Kuasa untuk Berubah adalah tentang satu hal saja: mengenali Yesus. Empat prinsip berikut
menerangkan bagaimana seseorang boleh memulakan hubungan dengan Tuhan Yesus dan benar-
benar mengalami kuasa Tuhan untuk berubah.
Prinsip 1:
Tuhan mengasihi anda dan menawarkan satu rancangan yang istimewa untuk hidup anda
Tuhan mencipta anda. Bahkan Dia begitu mengasihi anda sehingga Dia ingin anda bersama
Dia untuk selama-lamanya. Yesus berkata, "Tuhan sangat mengasihi orang di dunia ini
sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak
itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal" (Yohanes 3:16).
Yesus datang supaya setiap kita dapat mengenali dan memahami Tuhan secara peribadi. Hanya
Yesus dapat memberikan kita makna dan tujuan dalam hidup.
Prinsip 2:
Manusa berdosa dan terpisah daripada Tuhan. Oleh itu, dia tidak boleh mengetahui dan
mengalami kasih dan rancangan Tuhan untuk hidupnya.
Kita memerlukan Yesus. Alkitab mengatakan, "...semua orang sudah berdosa dan jauh daripada
kemuliaan Tuhan" (Roma 3:23b). Walaupun Tuhan ingin kita menikmati persekutuan dengan-Nya,
kita memilih jalan yang tersendiri. Kita degil, mementingkan diri, dan kerap-kali tidak dapat menepati
janji kita. Betapapun kita mencuba dengan sedaya-upaya kita, kita tetap tersandung.
Menurut Alkitab, kekerasan hati ini sama ada dalam bentuk sikap
memberontak ataupun sikap tidak peduli adalah dosa -- secara
harfiah bermakna "tidak mencapai taraf."
Prinsip 3:
Yesus Kristuslah satu-satunya jalan yang Tuhan berikan untuk menyelesaikan masalah dosa
manusia. Melalui-Nya anda boleh mengetahui dan mengalami kasih dan rancangan Tuhan untuk
hidup anda.
Yesus Kristuslah penyelesaian Tuhan bagi masalah ketidaksempurnaan dan kejahatan manusia.
Kerana kematian Yesus di atas kayu salib, kita tidak perlu dipisahkan daripada Tuhan lagi. Yesus
telah menanggung upah (hukuman) dosa kita dan oleh itu menjambatani jurang antara kita dengan
Tuhan.
Tetapi Yesus bukan saja mati kerana dosa kita, Dia juga bangkit
dari kematian (1 Korintus 15:3-6). Tanpa sebarang keraguan, Dia
membuktikan bahawa Dia memang boleh menjanjikan kita hidup
sejati dan kekal--bahawa Dialah Anak Tuhan dan jalan tunggal
untuk mengenali Tuhan.
Prinsip 4:
Kita mesti menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Penyelamat kita secara peribadi.
Dengan demikian, kita boleh mengetahui dan mengalami kasih dan rancangan Tuhan untuk
hidup kita.
Alkitab mengatakan, "Tetapi kepada mereka yang menyambut Dia dan percaya kepada-Nya, mereka
diberi-Nya hak menjadi anak Tuhan" (Yohanes 1:12).
Kita menerima Yesus melalui iman. Alkitab mengatakan, "Dengan rahmat Tuhanlah anda
diselamatkan oleh sebab anda percaya kepada Yesus. Penyelamatan itu bukan hasil usaha anda
sendiri, melainkan kurnia Tuhan. Oleh itu anda tidak mempunyai alasan untuk bercakap besar
tentang hal itu" (Efesus 2:8-9).
Menerima Yesus bermakna kita harus percaya bahawa Yesus adalah seperti yang Dia sendiri
nyatakan, kemudian mengundang-Nya untuk menguasai hidup kita dan menjadikan kita orang baru
(Yohanes 3:1-8).
Yesus mengatakan, "Dengarlah! Aku berdiri di depan pintu dan mengetuk. Jika seseorang
mendengar suara-Ku dan membuka pintu, Aku akan masuk ke dalam" (Wahyu 3:20).
Apakah respons anda terhadap undangan Tuhan? Apakah anda akan lakukan setelah mengetahui
pernyataan Yesus Kristus?
Kita membuat komitmen dengan kembali kepada Tuhan, bertaubat, percaya yang dia akan masuk ke
dalam hidup kita, dan meminta dia menjadikan kita peribadi mengikut kehendak-Nya. Ini berkaitan
dengan iman. Ini merupakan suatu tindakan nekad. Jika anda bersedia untuk mengambil langkah ini,
anda hanya perlu mennyatakannya kepada Tuhan.
Ingat, Tuhan mengetahui isi hati anda. Oleh itu Dia lebih mementingkan sikap hati anda daripada
kata-kata anda. Jika anda tidak pasti apa yang harus anda katakan kepada Dia, itu tidak mengapa.
Berikut merupakan satu contoh doa yang anda boleh ikuti:
"Yesus, saya ingin mengenali Engkau secara peribadi. Terima kasih kerana mati di atas salib untuk
mengampunkan dosa-dosa saya. Saya ingin Engkau masuk ke dalam hidup saya kerana hanya
Engkau yang dapat memberikan saya kuasa untuk berubah dan menyelamatkan saya daripada
perpisahan dengan Tuhan selama-lamanya. Terima kasih kerana memberikan saya hidup sejati dan
kekal bersama dengan Tuhan. Kuasailah hidup saya. Jadikanlah saya seorang peribadi mengikut
kehendak-Mu. Amin!"
Apabila anda menerima apa yang Yesus telah lakukan, anda menjadi seorang anak Tuhan dan
semua dosa anda telah diampunkan. Yesus berjanji bahawa jika anda menerima-Nya anda akan
hidup selama-lamanya di sebuah tempat yang Tuhan telah sediakan bagi anda.
Jika anda mengucapkan doa di atas dan mengundang Yesus masuk ke dalam hidup anda, anda telah
menjadi seorang Kristian. Perkataan "Kristian" bererti "Kristus berada di dalam hidup seseorang" --
Kristus hidup di dalam diri anda.
Sila isikan borang berikut untuk memberitahu kami bahawa anda telah mengundang Yesus ke dalam
hidup anda, agar kami dapat menjawab apa-apa soalan yang anda ingin kemukakan dan membantu
anda bertumbuh secara rohani.
Di bahagian selanjutnya: "Cara untuk Bertumbuh", anda akan dapati beberapa pelajaran ringkas
untuk membantu anda memahami