Anda di halaman 1dari 2

Kuasa Yang Terlibat Dalam Hal Menjadi Kristen

Kuasa untuk Berubah adalah tentang satu hal saja: mengenali Yesus. Tiga prinsip berikut
menerangkan bagaimana seseorang boleh memulaikan hubungan dengan Tuhan Yesus dan benar-
benar mengalami kuasa Tuhan untuk berubah.

Prinsip 1:
 Tuhan mengasihi anda dan menawarkan satu rancangan yang istimewa untuk hidup anda

Tuhan menciptakan anda. Bahkan Dia begitu mengasihi anda sehingga Dia ingin anda bersama Dia
untuk selama-lamanya. Yesus berkata, "Tuhan sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia
memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa
tetapi beroleh hidup sejati dan kekal" (Yohanes 3:16).

Yesus datang supaya setiap kita dapat mengenali dan memahami Tuhan secara peribadi. Hanya
Yesus dapat memberikan kita makna dan tujuan dalam hidup.

Prinsip 2:
Yesus Kristuslah satu-satunya jalan yang Tuhan berikan untuk menyelesaikan masalah dosa
manusia. Melalui-Nya anda boleh mengetahui dan mengalami kasih dan rancangan Tuhan untuk
hidup anda.

Kaerana kematian Yesus di atas kayu salib, kita tidak perlu dipisahkan daripada Tuhan lagi. Yesus
telah menanggung upah (hukuman) dosa kita dan oleh itu menjambatani jurang antara kita dengan
Tuhan.

Kita hanya perlu menerima Yesus dan pengorbanan-Nya sebagai satu-satunya jalan kepada Tuhan,
dan bukan lagi mencuba dengan usaha sendiri untuk mencari Tuhan. Yesus mengatakan, "Akulah
jalan untuk mengenal Tuhan dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada
Bapa kecuali melalui Aku" (Yohanes 14:6). Dia juga mengatakan, "Akulah yang membangkitkan
orang mati dan yang memberi hidup. Sesiapa yang percaya pada-Ku akan hidup, meskipun dia sudah
mati. Orang yang hidup dan percaya kepada-Ku tidak akan mati selama-lamanya." (Yohanes 11:25-
26).

Prinsip 3:
 Kita mesti menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Penyelamat kita secara peribadi. Dengan
demikian, kita boleh mengetahui dan mengalami kasih dan rancangan Tuhan untuk hidup kita.

Alkitab mengatakan, "Tetapi kepada mereka yang menyambut Dia dan percaya kepada-Nya, mereka
diberi-Nya hak menjadi anak Tuhan" (Yohanes 1:12).

Kita menerima Yesus melalui iman. Alkitab mengatakan, "Dengan rahmat Tuhanlah anda
diselamatkan oleh sebab anda percaya kepada Yesus. Penyelamatan itu bukan hasil usaha anda
sendiri, melainkan kurnia Tuhan. Oleh itu anda tidak mempunyai alasan untuk bercakap besar
tentang hal itu" (Efesus 2:8-9).

Mengenali Yesus Secara Peribadi:

Membuat keputusan untuk membiarkan Tuhan menjadikan anda seorang peribadi mengikut
kehendak-Nya adalah keputusan terpenting dalam hidup anda. Hanya bersetuju bahwa Yesus ialah
Anak Tuhan dan Dia mati di atas salib kerana dosa kita adalah tidak mencukupi, kita perlu membuat
komitmen peribadi.

Kita membuat komitmen dengan kembali kepada Tuhan, bertaubat, percaya yang dia akan masuk ke
dalam hidup kita, dan meminta dia menjadikan kita peribadi mengikut kehendak-Nya. Ini berkaitan
dengan iman. Ini merupakan suatu tindakan nekad. Jika anda bersedia untuk mengambil langkah ini,
anda hanya perlu mennyatakannya kepada Tuhan.

"Yesus, saya ingin mengenali Engkau secara peribadi. Terima kasih kerana mati di atas salib untuk
mengampunkan dosa-dosa saya. Saya ingin Engkau masuk ke dalam hidup saya kerana hanya
Engkau yang dapat memberikan saya kuasa untuk berubah dan menyelamatkan saya daripada
perpisahan dengan Tuhan selama-lamanya. Terima kasih kerana memberikan saya hidup sejati dan
kekal bersama dengan Tuhan. Kuasailah hidup saya. Jadikanlah saya seorang peribadi mengikut
kehendak-Mu. Amin!"

Anda mungkin juga menyukai