Anda di halaman 1dari 2

Baca dan fahami petikan di bawah.

Kemudian, kategorikan perkataan berimbuhan ke


dalam jadual yang disediakan.

Usaha Tangga Kejayaan

Encik Nazri bin Musa ialah seorang pengusaha nurseri yang berjaya. Beliau memulakan
kerjaya tersebut sejak 15 tahun yang lalu. Pada masa itu, halaman rumahnya menjadi tempat
semaian anak-anak pokok. Sebagai pengusaha yang berwawasan, beliau telah membeli dan
menyewa tanah-tanah yang tidak diusahakan. Tanah-tanah tersebut kemudiannya dijadikan
nurseri.

Encik Nazri menanam anak-anak pokok di tapak semaian khas. Kawasan tersebut
sangat luas dan subur. Pelbagai jenis anak pokok ada di situ. Anak pokok getah dan kelapa
sawit paling banyak disemai. Pekebun dan peladang dari serata tempat datang membeli anak-
anak pokok tersebut. Perusahaan beliau berkembang maju dari sehari ke sehari.

Cita-cita dan harapan beliau adalah untuk membuka cawangan nurserinya di setiap
negeri. Dengan ini, pembeli dan pemborong akan mendapat bekalan anak pokok dari
nurserinya dengan lebih mudah.

Kosa kata:

nurseri – tempat anak-anak pokok disemai atau ditanam untuk dijual


Kata Berimbuhan Awalan

1.pengusaha 2.menjadi 3.berwawasan

4.membeli 5.menyewa 6.menanam

7. disemai 8. pekebun 9. peladang

10. berkembang 11. membuka 12. pembeli

13. pemborong 14. mendapat

Kata Berimbuhan Apitan

1.dijadikan 2.memulakan 3.perusahaan

4.diusahakan

Kata Berimbuhan Akhiran

1.bekalan 2.harapan 3.semaian

Anda mungkin juga menyukai