Anda di halaman 1dari 1

Iklan memaparkan Karnival Permainan Tradisional yang akan diadakan

di Dewan Taman Budi. Antara permainan tradisional adalah Yoyo Cina yang
akan dimainkan secara individu untuk para remaja. Selain itu, permainan
congkak turut diadakan untuk kanak-kanak yang akan main secara
berpasangan. Akhir sekali, permainan tradisional sepak raga akan dimainkan
oleh para dewasa secara berkumpulan. Melalui Karnival Permainan Tradisional
ini, kita bukan sahaja dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah,
malahan dapat menarik minat orang muda untuk bermain permainan
tradisional. Di samping itu, para peserta juga dapat mengeratkan silaturahim
dengan peserta yang lain. Secara tuntasnya, masyarakat seharusnya mendidik
anak mereka tentang permainan tradisional supaya permainan tersebut tidak
ditelani zaman. Jemputlah ahli keluarga dan rakan anda untuk memeriahkan
lagi karnival ini.

Anda mungkin juga menyukai