Anda di halaman 1dari 10

MODUL PDPR BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH

Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Sasaran Tingkatan 4

Tema / Tajuk TEMA 15: ANGIN PERUBAHAN MEMBADAI


TAJUK: FUTURIS

Standard 2.4 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan untuk mengukuhkan


Kandungan penguasaan bahasa dan meluaskan pengetahuan bagi pembangunan diri.

Standard 2.4.1 Membaca dan menghayati pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen
Pembelajaran untuk meningkatkan penguasaan kosa kata dalam pelbagai bidang.

Objektif Pada akhir pembelajaran, anda dapat:


Pembelajaran 1. Menyenaraikan kosa kata sukar yang ditemukan.
2. Mencari maksud kosa kata yang sukar.
3. Membina ayat daripada kosa kata tersebut.

Tempoh Masa 1 jam 30 minit

Nota Rujuk Lampiran 1

Aktiviti 1. Anda diminta membaca dan menganalisis bahan dalam buku teks pada
halaman 206 - 207 dengan telitinya.
2. Anda diminta menyenaraikan kosa kata sukar yang ditemukan dalam teks.
(Lampiran 1)
3. Anda diminta mencari maksud kosa kata sukar dengan merujuk kamus.
4. Anda diminta membina satu ayat anda sendiri menggunakan kosa kata
tersebut.
5. Hasil tugasan anda hendaklah dihantar kepada guru mata pelajaran
melalui media sosial WhatsApp atau Telegram kelas.

Pentaksiran Anda akan dinilai berdasarkan tugasan yang telah dijawab.


LAMPIRAN 1

2.4.1 Membaca dan menghayati pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meningkatkan
penguasaan kosa kata dalam pelbagai bidang.

1.Baca dan senaraikan kosa kata yang sukar ditemukan. Kemudian, cari maksud kosa kata
tersebut.

Pencipta Teknologi

Doktor Fiq menopang kepala dengan kedua-dua belah tangannya. Matanya tertancap padakertas
kerja di atas meja. Tangan kiri yang sesekali menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal
meresahkan kami. Aku dan Olan hanya berdiri tegak seperti kayu di kiri dan kanannya. Menarik
nafas juga tertahan-tahan dan sekali-sekala sahaja.
“Kertas kerja ini lengkap dengan kajian masa lalu, masa sekarang, dan masa hadapan.
Tetapi,cadangan penyelesaiannya seperti ada yang tidak kena!” Suara Doktor Fiq yang tegas dan
keras tiba-tiba memecah kesunyian. Aku dan Olan bertukar-tukar kerlingan.
“Apa … apa yang tidak kena tu, doktor?” Olan bersuara, serak-serak antara kedengaran
dengan tidak.
“Masalah utama yang dikenal pasti ialah kesesakan lalu lintas, namun pengguna masih
tidakmahu menggunakan kenderaan awam. Kekurangan medan letak kereta di kota raya
memburukkan keadaan dan kita juga perlu menggunakan teknologi hijau untuk mengurangkan
penggunaan tenaga yang tidak boleh dibaharui.” Doktor Fiq tiba-tiba mengangkat mukanya lalu
memandang tepat mataku.
“Mengikut cadangan di sini, kita menggunakan tenaga solar. Apakah rasionalnya?” Aku
terkedu.
“Pertamanya, tenaga solar pengoperasiannya tidak rumit, doktor. Lagipun, negara kita
cukup panas bagi membolehkan tenaga suria dicas secara optimum untuk jarak pemanduan 50
kilometer sehari. Kita mampu bersaing dengan kereta solar yang ada di pasaran yang hanya
mampu mengecas tenaga untuk jarak pemanduan 30 kilometer sahaja.”
“Untuk 50 kilometer sahaja, Yazmin? Mana cukup! Pada musim hujan atau jika memandu
pada waktu malam pula, bagaimana?”
“Sebuah bateri dengan jarak perjalanan sejauh 300 kilometer juga akan disediakan.”
Olanmenambah.
“Bukankah itu menyusahkan pengguna? Pengguna mahukan kenderaan yang selesa,
praktikal, dan selamat. Pemegang taruh kita pula mahukan kenderaan yang mampu berdaya
saing untuk tempoh yang lama, bukannya buat tahun ini, tahun hadapan sudah berkarat di bilik
pameran.” Doktor Fiq menjegilkan matanya, memandang wajah kami bergilir-gilir lalu
mencampakkan kertas
kerja ke arahku.
“Saya mahu kamu berdua buat penyelidikan semula. Ambil kira semua faktor termasuk
kemampuannya untuk bersaing dalam tempoh yang lama. Pastikan juga kenderaan kita
bercirikan Internet benda (IoT). Saya beri tempoh seminggu sahaja!” Begitu kejam Doktor Fiq
menjatuhkan hukuman yang menyebabkan kami terpaksa membawa tilam dan bantal selama
seminggu ke makmal.
“Min, giliran kita tak lama lagi! ” Lamunanku tentang kisah setahun yang lalu tiba-tiba
hilang sekelip mata. Aku bingkas bangkit lalu membetul-betulkan kain tudung dan baju.
“Cantik dah tu, Cik Yazmin. Lebih cantik lagi kalau berdiri di sebelah prototaip J-Bat yang
pasti akan jadi hebat!” Usik Olan sambil tersenyum bangga. Gembira dengan usikan Olan, aku
menarik nafas dalam-dalam dan melepaskannya perlahan-lahan. Aku yakin, masa hadapan akan
berada dalam genggaman.

Bil Kosa Kata Sukar Maksud


1 menopang menyangga (menunjang) dengan kayu dll yang bercabang
2
3
4
5
6
7
8
9
10

2. Bina ayat daripada kosa kata sukar yang ditemukan.

1. Adik menopang dagu dengan kedua-dua belah tangannya sambil menonton siri animasi Upin
dan Ipin di televisyen.
2. ____________________________________________________________________________
3. ____________________________________________________________________________
4. ____________________________________________________________________________
5. ____________________________________________________________________________
6. ____________________________________________________________________________
7. ____________________________________________________________________________
8. ____________________________________________________________________________
9. ____________________________________________________________________________
10. ____________________________________________________________________________
MODUL PDPR BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH

Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Sasaran Tingkatan 4

Tema / Tajuk TEMA 15 : ANGIN PERUBAHAN MEMBADAI


TAJUK : JEREBU

Standard Kandungan 3.5 Menulis untuk mengolah maklumat bagi menghasilkan pelbagai
bentuk penulisan dan grafik.

Standard 3.5.1 Mengolah pelbagai bahan menggunakan ayat yang gramatis dan
Pembelajaran penanda wacana yang sesuai.

Objektif Pembelajaran Pada akhir pelajaran, murid- murid dapat;


1. Melengkapkan borang analisis rumusan dengan betul.
2. Menulis rumusan lengkap.

Tempoh Masa 1 jam 30 minit

Nota Rujuk Lampiran 1 dan Lampiran 2

Aktiviti 1. Anda diminta membaca dan meneliti kedua-dua bahan yang


diberikan. (Lampiran 1)
2. Anda diminta mengenal pasti maklumat fokus 1 dan fokus 2 daripada
kedua-dua bahan.
3. Anda diminta melengkapkan borang analisis rumusan. (Lampiran 2)
4. Anda diminta menulis rumusan lengkap dengan ayat yang gramatis.
5. Hasil tugasan anda hendaklah dihantar kepada guru mata pelajaran
melalui media sosial WhatsApp atau Telegram kelas.

Pentaksiran Anda akan dinilai berdasarkan tugasan yang disiapkan.


LAMPIRAN 1

3.5.1 Mengolah pelbagai bahan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang
sesuai.

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan.

Bahan 1: Petikan

Jerebu ialah keadaan kehadiran partikel terampai di atmosfera seperti gas-gas, debu, habuk, dan
zarah di dalam keadaan udara kering. Pada amnya fenomena jerebu juga berpunca daripada
pencemaran udara. Masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia melalui pembakaran
hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap alam sekitar seperti yang
dilakukan di Kalimantan dan Indonesia akhir-akhir ini telah menyebabkan masalah jerebu di
negara kita.

Selain itu, pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti
kawasan perindustrian yang menggunakan minyak dan arang batu sebagai bahan api. Selain itu
bahan-bahan pencemar juga dilepaskan daripada proses-proses yang terdapat di dalam industri
seperti industri petrokimia dan industri kuari. Selain itu, asap hasil dari pertambahan bilangan
kenderaan di jalan raya juga menyebabkan pertambahan asap-asap di kawasan sekitarnya.

Jerebu boleh menjejaskan kesihatan manusia serta binatang dan boleh membantutkan
tumbesaran tumbuhan. Kesan kesihatan manusia yang paling ketara ialah terhadap sistem
pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong, nemonia dan penyakit-
penyakit yang berkaitan dengan jantung. Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak
penglihatan yang membawa kepada risiko kemalangan seperti kapal terbang dan kapal laut atau
kenderaan di jalan raya menjadi semakin besar.

Selain itu, jerebu juga memberikan kesan kepada sektor pertanian kerana menghalang
kemasukan cahaya matahari yang cukup bagi membolehkan tumbuhan menjalankan proses
fotosíntesis. Kesannya tumbesaran tumbuhan pendebungaan, dan penghasilan buah
berkurangan. 

Sumber: http://geografialamsekitar.blogspot.com/2010/07/jerebu.html
Bahan 2: Grafik
LAMPIRAN 2

BORANG ANALISIS RUMUSAN

PENDAHULUAN
Rumusan membincangkan …….

BAHAN 1
FOKUS 1 FOKUS 2

BAHAN 2
FOKUS 1 FOKUS 2

KESIMPULAN
Kesimpulannya, (tema + cadangan + harapan)
Kesimpulannya, ……….

Rumusan membincangkan _________________________________________________________


_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

MODUL PDPR BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH

Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Sasaran Tingkatan 4

Tema / Tajuk TEMA 15 : ANGIN PERUBAHAN MEMBADAI


TAJUK : BIODIESEL

Standard Kandungan 1.7 Berbincang dan berunding tentang sesuatu perkara.

Standard 1.7.1 Berbincang dengan mengemukakan idea yang bernas dan


Pembelajaran rasional tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.

Objektif Pembelajaran Pada akhir pembelajaran, anda dapat:


1. Mengemukakan idea yang bernas dan rasional tentang biodiesel
secara bertatasusila.

Tempoh Masa 1 jam

Nota Rujuk Lampiran 1

Aktiviti 1. Anda diminta membaca buku teks pada halaman 214 - 215 dengan
telitinya.
2. Anda diminta mengenal pasti masalah yang dihadapi dan kemukakan
cadangan idea yang bernas dan rasional bagi mengatasi masalah
tersebut.
3. Cadangan anda dikemukakan dalam bentuk rakaman audio.
4. Anda diminta melengkapkan borang cadangan penyelesaian
masalah.
5. Tugasan anda hendaklah dihantar kepada guru melalui aplikasi
media sosial Whatsapp atau Telegram.

Pentaksiran Anda akan dinilai berdasarkan tugasan yang disempurnakan.


LAMPIRAN 1

1.7.1 Berbincang dengan mengemukakan idea yang bernas dan rasional tentang sesuatu perkara
secara bertatasusila.

Baca bahan di bawah dan kenal pasti masalah yang dihadapi. Kemudian, kemukakan cadangan
idea yang bernas dan rasional untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Kemukakan cadangan idea anda dalam bentuk rakaman audio dan lengkapkan borang di bawah.

Masalah Cadangan Penyelesaian

Anda mungkin juga menyukai