Anda di halaman 1dari 2

CATATAN

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Pada cuti penggal yang lalu, saya telah dibawa oleh pak cik saya mengunjungi
sahabatnya di sebuah perkampungan orang asli. Yang berikut ialah catatan ringkas
tentang kunjungan saya itu.

Sabtu, 2 November 2008


Pukul 8.30 pagi bertolak dari Petaling Jaya menuju ke bandar Seremban. Bersarapan
pagi di perhentian rehat Nilai. Pukul 10.30 pagi bertolak ke Kampung Bukit Berapit.

Pukul 1.30 petang sampai di Bukit Berapit. Oleh sebab kampung orang asli itu
terlalu jauh dan terpencil, tidak ada kenderaan untuk ke sana. Kami terpaksa berjalan
kaki. Waktu itu jam telah menunjukkan pukul 6.30 petang. Kami bermalam di sebuah
rumah orang Melayu di situ.

Ahad, 3 November 2008


Pukul 8.30 pagi, kami memulakan perjalanan. Saya berasa sungguh seronok melalui
sebatang lorong yang dikelilingi belukar. Nasib kami malang apabila hujan turun dengan
lebatnya. Kami terpaksa berteduh di sebuah pondok usang. Hujan masih turun hingga
ke petang. Kami bermalam di pondok usang itu. Nasib baik kami ada membawa sedikit
bekalan.

Isnin, 4 November 2008

Saya diserang demam selesema. Pak cik tidak dapat membuat keputusan sama ada
hendak meneruskan perjalanan atau pulang sahaja. Pak cik memberi saya pil demam
yang dibawanya. Beberapa jam kemudian, saya berasa segar semula. Pukul 6.00
petang selamat sampai di Kampung Lanjut Manis.

Selasa, 5 November 2008


Berada di rumah Encik Ulung, sahabat karib pak cik. Berasa seronok tinggal
di kampung yang aman, tenang dan damai itu. Demam saya mulai reda.

Khamis, 7 November 2008


Kembali ke Petaling Jaya.
1 Di manakah mereka bermalam pada 2 November 2008 ?

2 Berapa lamakah mereka berada di rumah Encik Ulung?

3 Apakah keputusan yang dibuat oleh pak cik pada 4 November 2008 ?

4 Mereka tidak kelaparan semasa bermalam di tengah rimba itu kerana...

5 Apakah yang dimaksudkan dengan reda di dalam petikan di atas?

Anda mungkin juga menyukai