Anda di halaman 1dari 5

DOKTRIN DAN PERSPEKTIF PEMBANGUNAN

Hasil Pembelajaran:
1. Mengenal pasti pengertian dan konsep pembangunan di Malaysia
2. Meneliti teori-teori pembangunan
3. Menghuraikan kepentingan dan implikasi pembangunan
Doktrin Pembangunan
● Pembangunan adalah sebarang bentuk perubahan yang menyentuh aspek kehidupan manusia ke
arah lebih baik. Pembangunan boleh diertikan mengikut sektor utama seperti ekonomi, sosial,
pertumbuhan, infrastruktur, kesihatan, pendidikan dan banyak lagi.
● Selepas kejatuhan Tamadun Islam, masyarakat di negara Eropah Barat dan di Amerika Utara
telah mencapai/mengalami perubahan pada tahap negara maju.
● Pada masa yang sama, Negara-negara Sedang Membangun (kebanyakannya negara bekas jajahan
Barat) tercari-cari formula pembangunan untuk mengubah kemelut/masalah dalam negara.
● Justeru, intelek Barat cuba mengemukakan beberapa model dan teori pembangunan yang
dikatakan mampu untuk membantu Negara-negara Sedang Membangun mencapai pembangunan
dan kemajuan hidup-munculnya doktrin kapitalisme, sosialisme dan sebagainya.
Apakah itu Pembangunan?
● Konsep yang sangat luas
● Pembangunan ialah satu proses kemajuan daripada mundur kepada moden, masyarakat ‘simple’
kepada kompleks dan daripada buruk kepada baik.
● Pembangunan merupakan proses perubahan yang dicetuskan oleh manusia.
● Kamus Dewan (1941): mencapai kemajuan, perkembangan dalam sesuatu.
● Proses secara EVOLUSI DAN REVOLUSI
Perspektif Barat :
■ Pertumbuhan ekonomi - kemakmuran ekonomi beri peluang pekerjaan yang banyak, tingkatkan
produktiviti kerja dan kurangkan kemiskinan.
■ Modenisasi- kemajuan ekonomi dan pencapaian yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi.
■ Industrialisasi - transformasi masyarakat Barat (feudal kepada moden)
■ Normatif atau hak keperluan asasi - adalah keperluan fisiologi kerana keperluan ini
membolehkan manusia hidup dengan sihat dari segi fizikal seperti makanan, minuman, tempat
tinggal dan pakaian.
■ Environmentalisme - keutamaan alam sekitar dalam pembangunan
Pandangan Sarjana
A- Todaro(1983): pembangunan adalah proses pelbagai dimensi yang melibatkan perubahan-perubahan
ke atas struktur masyarakat, sikap dan institusi yang juga melibatkan pertumbuhan ekonomi, pengurangan
kadar ketidakadilan dan penghapusan kemiskinan mutlak iaitu kemiskinan.
B- Dudley Seers (1979): pembangunan adalah terhapusnya kemiskinan, kurangnya jumlah
pengangguran serta rapatnya jurang ketaksamaan. Pembangunan juga bermaksud pengurangan
pergantungan budaya kepada kuasa besar.
C- Morris (1979) menyatakan petunjuk kepada pembangunan adalah berdasarkan kepada:
● kualiti kehidupan manusia berasaskan tahap pendidikan dan akhlak.
● penyertaan adil masyarakat dalam proses pembangunan.
● masyarakat bebas memilih agama.
● setiap ahli masyarakat mendapat perlindungan hak asasi.
● pembangunan tidak mengancam keseimbangan alam sekitar.

Tokoh-tokoh sosiologi atau sains sosial abad ke 19 seperti Comte (1798 - 1857), Marx (1818 - 1883),
Spencer (1820 - 1903). Durkheim (1858 - 1917) dan Weber (1864 - 1920) umumnya menggunakan
konsep pembangunan untuk menerangkan tentang sejarah manusia dan perubahan yang dialaminya secara

5
berperingkat-peringkat ke arah kemajuan.
  -   Spencer berpendapat bahawa kemanusiaan bergerak dari satu peringkat yang rendah kepada
peringkat yang lebih tinggi dan maju
- Comte pula telah menggariskan tiga tahap perkembangan utama yang dilalui oleh semua masyarakat
iaitu tahap penaklukan, pertahanan dan perindustrian. Bagi setiap tahap tersebut, beliau mengemukakan
tahap perkembangan pemikiran manusia yang selari iaitu peringkat teologi, metafizika dan saintifik.
- Rohana Yusof (1997), “pembangunan bererti suatu kebaikan atau ‘improvement’ dan membawa
kepada kualiti kehidupan yang lebih baik kepada individu dan masyarakatnya. Ia merupakan suatu proses
yang menuju ke arah pertumbuhan dan ‘economic progress’ yang dapat mengubah keadaan atau situasi
sesuatu kawasan atau masyarakat.”
- Meier (1960), “pembangunan adalah suatu proses di mana pendapatan per kapita sesuatu negara
naik dalam sesuatu jangka masa”.
- Hagen (1978), “pembangunan harus menekankan kepada penambahan dalam pengeluaran dan
produktiviti negara”.
- Jhingan (1966) pula, “pertambahan dalam pendapatan per kapita tidak semestinya telah
meninggikan taraf kehidupan rakyat seluruhnya secara sebenar.”
- Seers (1969), “pembangunan tidak boleh disamakan dengan pertumbuhan ekonomi.
Pembangunan mesti mengambilkira tiga ciri penting iaitu mengurangkan kemiskinan, mengurangkan
pengangguran dan juga mengurangkan ketidaksamarataan antara rakyat.”
- Todaro (1977), “pembangunan melibatkan proses menyusun dan mengorientasi semula sistem
ekonomi dan sosial. Ini bermakna pembangunan bukan sahaja melibatkan pertambahan kepada
pendapatan dan pengeluaran, tetapi juga mengambilkira perubahan institusi sosial, struktur pentadbiran,
pendapat umum, adat resam dan kepercayaan.”
- Syed Husin Ali (1976), “pembangunan ekonomi memang bertujuan menaikkan taraf hidup
ekonomi sebahagian besar masyarakat. Pencapaian yang tinggi dalam bidang ekonomi boleh menjadi asas
yang kukuh bagi memaju atau membangunkan bidang-bidang lain seperti pelajaran, kemasyarakatan dan
kebudayaan. Maka, pembangunan tidak boleh terbatas kepada hal-hal ekonomi sahaja tetapi meliputi
semua bidang kehidupan masyarakat”.
- Rogers (1978), “pembangunan sebenarnya adalah bertujuan untuk menghasilkan kemajuan sosial
dan material khususnya berkaitan dengan nilai-nilai kesaksamaan, keseimbangan dan keadilan kepada
sebahagian besar penduduk sesebuah negara setelah mereka mendapat peluang yang lebih baik untuk
menguasai sumber-sumber pembangunan di persekitaran”.
Teori Pembangunan Dari Perspektif Barat
A- Teori modenisme/ KAPITALISME
● Wilbert Moore (1963) mendefinisikan modenisme sebagai satu transformasi total masyarakat
tradisional/pra moden kepada jenis teknologi dan organisasi sosial yang berkaitan masyarakat
barat yang maju, ekonomi makmur dan mempunyai kestabilan ekonomi.
● Teori modenisme dalam pembangunan ini dipopularkan oleh W.W Rostow (1964) seorang ahli
ekonomi Amerika Syarikat.
● Beliau telah membentuk konsep ‛peringkat kadar pertumbuhan yang tinggi’ atau
‛peringkat pelancaran’ dalam pembangunan.
● Konsep ini bermaksud bahawa kadar pembangunan pesat ekonomi yang berlaku dalam negara
yang membolehkan ia terus membangun tanpa bantuan daripada luar.
● Teori ini mengandaikan bahawa apabila ekonomi meningkat dengan pesat, faedahnya akan
melimpah keluar melangkaui sektor-sektor pembangunan lain seperti kesihatan, pertanian dan
pendidikan.

● B- Teori Neoliberal/ SOSIALISME


● lahir hasil dari pertikaian aliran teori kebergantungan yang lebih sesuai di negara blok sosialis.
● Konsep pembangunan Neoliberal - pembangunan ditentukan oleh kuasa pasaran dalam

5
meningkatkan pertumbuhan ekonomi, kecekapan dan daya saingnya.
● secara tidak langsung ia dilihat mengecilkan peranan pemerintah yang hanya menyediakan
prasarana fizikal dan undang-undang tanpa campurtangan pihak tertentu.
● Implikasinya, negara kecil dan lemah akan terus tersisih dan dari segi masyarakatnya, golongan
minoriti yang berkuasa dan kaya raya akan terus menjadi pemilik kemakmuran hasil
pembangunan.
Sekular
1. KAPITALISME (Modal, industri, pemilikan individu, pengawalan pasaran,
penjajahan/kolonialisme-laissez faire- modenisasi, kaya miskin) – Berkaitan teori Modenisasi
iaitu penitisan ke bawah). Andaian, apabila ekonomi meningkat dengan pesat, faedahnya akan
melimpah keluar melangkaui sektor-sektor yang lain)
2. SOSIALISME (Pemilikan negara, usaha secara kolektif, pertanian)
Teori Pembangunan
Implikasi: Kapitalisme memperlihatkan pelbagai bentuk eksploitasi dan berlakunya pelbagai masalah
sosial. Sosialisme pula hanyalah mengalihkan kemiskinan dan kemunduran samarata di kalangan rakyat.
Apa yang jelas kedua-dua ideologi ini meminggirkan agama daripada arus pembangunan negara iaitu satu
tamadun yang bersifat sekular.
Teori Pembangunan Dari Perspektif Islam

● Pembangunan berteraskan ke Esaan Allah, matlamatnya ialah keredhaan Allah (mardatillah) dan
kerangkanya mencakupi skala waktu yang panjang iaitu waktu kehidupan di alam roh, dunia dan
di akhirat.
● Proses untuk memakmurkan kehidupan dunia dalam semua aspek keperluan kehidupan dan
sistem kehidupan itu pula haruslah bertepatan dengan kehendak Allah swt dan rasulnya. Ini
bermakna, pembangunan Islam menghendaki manusia membangunkan seluruh sistem
kehidupannya berasaskan kehendak dan peraturan agama, termasuk sistem sosial, kesenian,
politik dan ekonomi.
● Menghendaki manusia terlibat dalam aktiviti ekonomi untuk menyediakan keperluan-keperluan
kehidupan yang mencukupi bagi semua manusia dengan cara yang dibenarkan oleh agama.
● Pembangunan dalam Islam dilaksanakan untuk membentuk sebuah kehidupan masyarakat yang
mempunyai akidah yang sejahtera, kecukupan keperluan kehidupan yang harmoni dan sejahtera
dengan mendapat keredhaan Allah di dunia dan akhirat.
● Pembangunan bertunjangkan al-quran dan hadis.
Perbezaan Konsep Pembangunan Barat dan Islam
Barat
-Lebih kepada pembangunan material yang bersifat utilitarian di mana ia tidak mengambil kira hukum-
hukum dan faktor agama.
-Tekankan kepada sekular rasional iaitu pembangunan yang bergantung kepada falsafah dan teori semata-
mata. Semua keputusan dibuat hanya berpandukan kepada akal fikiran manusia dan bukannya hukum-
hukum agama.
-Menuju ke arah kesejahteraan di dunia sahaja dan bukannya hidup manusia di akhirat kelak.
Pembangunan yang dibanggakan hanya bersifat sementara, di mana generasi yang akan datang akan
menerima kesan negatif di atas segala perbuatan yang dilakukan oleh pemerintah mereka.
Islam
-Berlandaskan kepada spiritual dan material. Di mana ia tidak hanya berlandaskan material semata-mata.
Segala keputusan dibuat hendaklah berlandaskan hukum-hukum agama.
-Tekankan urusan dunia dan agama. Segala keputusan yang diambil bukan hanya berpandukan akal
fikiran manusia tetapi ia juga mengambil kira segala faktor-faktor agama yang terlibat.
-Berlandaskan kepada spiritual dan material. Di mana ia tidak hanya berlandaskan material semata-mata.
Segala keputusan dibuat hendaklah berlandaskan hukum-hukum agama.

5
Dimensi Pembangunan
SOSIAL: - Kualiti kehidupan sosial, Keseimbangan elemen sosial, Meningkatkan penyertaan
komuniti dalam perancangan dan pembangunan sosial.
EKONOMI -Produktiviti, kemiskinan dan pendapatan
PERTUMBUHAN -peningkatan saiz ekonomi secara kuantitatif
PERINDUSTRIAN -perubahan ke arah penggunaan peralatan, pengeluaran barangan dan cara hidup yang
lebih sofistikated
Kepentingan/Matlamat Pembangunan
1. Meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi dalam pelbagai sektor.
2. Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan ini sekali gus dapat mengurangkan kadar
pengangguran.
3. Meningkatkan produktiviti bagi menghasilkan keuntungan yang maksimum.
4. Meningkatkan kuasa beli masyarakat.
5. Meningkatkan kualiti sumber manusia dari segi kecekapan dan keberkesanan bekerja.
Implikasi Pembangunan
a- Peningkatan dan pembangunan ekonomi negara. Ekonomi bersifat global dengan kemasukan
pelabur asing bagi menjana pertumbuhan ekonomi negara.
b- Pembangunan dalam konteks global turut mempengaruhi aspek sosial dan budaya tempatan
seperti nilai-nilai sosial negara-negara maju tersebar dan ini membawa implikasi pertentangan budaya
lokal dan global.
c- Pembangunan perlu menekankan kepada konsep sustainable development yang melihat
pentingnya faktor dan masalah alam sekitar diambil kira dan diutamakan dalam semua dasar
pembangunan fizikal yang dilakukan.
Kategori Pembangunan Negara Dunia
i. Negara Dunia Pertama –negara moden, industri dan kapitalis di Eropah dan Amerika Utara,
Jepun, Israel, Australia , Afrika Selatan dan New Zealand. Hampir semua negara tersebut
mengamalkan politik demokrasi dan sistem ekonomi terbuka.
ii. Negara Dunia Kedua –negara industri yang bersifat totalitarian di Eropah Timur dan Kesatuan
Soviet.
iii. Negara Maju – semua negara industri dan kaya, sama ada negara kapitalis ataupun negara
ekonomi campuran ( kapitalis dan sosialis) seperti Amerika Syarikat, Kanada, England, Perancis,
Jerman, Itali, Jepun. Kebanyakannya adalah dari kelompok Negara Dunia Pertama.
iv. Negara Industri Baru – kumpulan negara sedang pesat membangun melalui proses industrialisasi
seperti Korea, Taiwan, Singapura, Hong Kong, Malaysia. Negara tersebut juga dikenali sebagai
Negara Sedang Membangun.
v. Negara Kurang Membangun – negara yang masih kurang maju dari segi ekonominya. Juga
dikenali sebagai Negara Dunia Ketiga, sebahagian besar daripadanya terletak di benua Afrika dan
Amerika Latin. Penduduk dalam negara ini terlibat 40% hingga 90% dalam aktiviti pertanian.
Rumusan
1. Pembangunan adalah satu proses perubahan yang berlaku secara berterusan dan menyeluruh,
merangkumi pembangunan ekonomi, sosial dan kemanusiaan. Pembangunan ekonomi melalui
pendapatan dan produktiviti, pembangunan sosial melalui peluang dalam kemudahan dan
perkhidmatan seperti pelajaran, kesihatan, perumahan dan kebajikan; manakala pembangunan
kemanusiaan adalah hasil gabungan ekonomi dan sosial.
2. Pembangunan juga harus dilihat dari perspektif yang lebih ‘global’ dan memberi penekanan pada
aspek-aspek keadilan dan kesamarataan nilai-nilai moral dan spiritual serta terhadap kualiti
persekitaran sesuatu masyarakat. Pembangunan sepatutnya mestilah seimbang antara kawasan
dan antara individu dalam sesuatu komuniti. Pembangunan sepatutnya membawa kemewahan,
pertumbuhan dan kehidupan yang lebih baik kepada semua individu dalam sesuatu masyarakat.
3. Ketidakseimbangan pembangunan menyebabkan kepincangan masyarakat dan kecacatan individu

5
serta bencana alam.

Anda mungkin juga menyukai