Anda di halaman 1dari 4

BERNAMA, Mac 13, 2021

KUALA LUMPUR: Amalan Bekerja Dari Rumah (BDR) yang dipraktiskan secara meluas
sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih setahun lalu, semakin diterima walaupun
agak janggal pada awal pelaksanaannya.

Pembukaan semula sektor perkhidmatan dan ketersediaan vaksin di negara ini bagi
mengekang penularan COVID-19, menimbulkan pertanyaan adakah wajar norma baharu
bekerja dari rumah ini diteruskan, walaupun pandemik COVID-19 berakhir.
ADVERTISEMENT

Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan


Universiti Malaya (UM) Dr Harris Shah Abd Hamid, berpendapat pendekatan BDR wajar
diteruskan berikutan kesan positif diperolehi bukan sahaja pekerja tetapi melangkaui banyak
aspek.

"BDR wajar diteruskan, namun keperluan dan pilihan pekerja perlu diberi keutamaan supaya
BDR tidak dilihat sebagai satu solusi yang dipaksa.

DISYORKAN UNTUK ANDA


Benar kerja dari rumah sektor tertentu
Bekerja dari rumah lebih mencabar
Tujuan BDR kurangkan pergerakan
Bayar gaji pekerja BDR seperti biasa
"Terutama bagi sesetengah pekerja yang tinggi keperluan sosial, boleh menyebabkan mereka
kehilangan saluran untuk mendapatkan kepuasan interaksi sosial apabila melakukan BDR,"
katanya.

Pelaksanaan BDR juga jelas beliau, perlu dilaksanakan dengan melihat kepada kesepadanan
pekerja dan pekerjaan, bagi memastikan petugas dapat melaksanakan pekerjaan mereka
dengan lebih produktif di rumah.
Kajian dilakukan beberapa pihak menunjukkan, banyak kesan positif yang boleh dilihat
melalui BDR terutama produktiviti dan penyampaian tugasan.

Beliau berkata, oleh itu apabila kerajaan mempertimbangkan untuk memperluaskan


kemudahan bekerja dari rumah bagi sektor awam dan swasta bagi menjaga ahli keluarga yang
uzur, sakit, menyokong isteri menjaga anak yang baharu lahir, ini adalah langkah wajar
dipuji.

"Ini mampu mengurangkan tekanan yang timbul daripada konflik tuntutan kerja dan tuntutan
keluarga. Pilihan bekerja dari rumah boleh disifatkan sebagai langkah pencegahan tekanan,
terutama dalam kategori utama," katanya.

Isnin lepas, sempena Sambutan Hari Wanita 2021, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin memaklumkan, kerajaan mempertimbangkan memperluaskan kemudahan Bekerja
Dari Rumah (BDR) untuk sektor awam dan swasta dengan gaji penuh bagi penjagaan ahli
keluarga yang uzur dan sakit, serta menyokong isteri dalam hal penjagaan anak yang baru
lahir.

Kerajaan juga turut mengkaji sekiranya kemudahan BDR dapat dipanjangkan kepada wanita
atau lelaki yang kematian pasangan.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Perusahaan


Petroleum dan Kimia (NUPCIW), yang juga bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja
Malaysia (MTUC) Datuk Abdul Halim Mansor, menyifatkan tindakan memperluaskan
pendekatan BDR adalah pendekatan tepat dalam mengadaptasi amalan norma baharu dalam
masyarakat.

Beliau berkata, bagi menjayakan konsep ini majikan perlu mengubah pemikiran konservatif,
yang sentiasa mahu pekerja berada di pejabat dalam menyempurnakan tugasan masing-
masing.
"Jangan jadikan budaya kerja dari rumah ini hanya ketika pendemik COVID-19 melanda
negara semata-mata, sewajarnya diteruskan sebab jika kita tengok negara lain pun, mereka
sudah jadikan kerja dari rumah ini secara profesional.

"Namun masih ada sebilangan majikan yang berfikiran lama, mahu pekerja ada depan mata
sebagai bukti mereka buat kerja.

"Pada zaman teknologi ini tidak perlu pun kehadiran di pejabat termasuk wartawan, kerana
mereka boleh guna sepenuhnya gajet untuk menghantar laporan berita di mana-mana
termasuk dari rumah,'' katanya.

Abdul Halim berkata, selain diberikan gaji penuh, pekerja yang bekerja dari rumah juga perlu
diberikan jaminan keselamatan seperti caruman insurans Pertubuhan Keselamatan Sosial
(Perkeso).

"Sekiranya berlaku kemalangan di tempat kerja, pekerja boleh membuat tuntutan insurans
daripada Perkeso tetapi bagaimana pula sekiranya berlaku kemalangan di rumah ketika
sedang melakukan tugasan, adakah ada perlindungan buat mereka.

"Perkara ini perlu diteliti dengan membuat pindaan, supaya ada jaminan untuk mereka yang
bekerja dari rumah kerana kemalangan juga boleh berlaku di rumah," katanya.

Jelasnya, selain kepercayaan antara majikan dan pekerja, pendekatan BDR juga perlu
mewujudkan situasi menang-menang bagi kedua-dua pihak.

"Apabila pekerja bekerja dari rumah, majikan mungkin dapat kurangkan kos sewaan ruang
pejabat atau elektrik dan pada masa sama mereka (majikan) perlulah sediakan kemudahan
seperti komputer riba serta sebagainya, supaya pekerja dapat laksanakan tugas dengan lebih
berkesan," katanya. – BERNAMA

Anda mungkin juga menyukai