Anda di halaman 1dari 8

BAHAGIAN A (20 Markah)

Cadangan Masa Menjawab :20 Minit

Jawab semua soalan.

1. Yang berikut adalah ciri-ciri pilihan bermoral, kecuali..

A. Melakukan dengan paksaan.


B. Mematuhi peraturan dan undang-undang
C. Tingkah laku baik,benar dan patut
D. Mengikut ajaran agama

2. Keperluan membuat pilihan bermoral akan memberi kesan kepada diri sendiri, iaitu

A. Dapat dipilih sebagai ketua


B. Mendapat pujian dan ganjaran
C. Dipandang serong oleh orang lain
D. Meningkatkan keyakinan diri

3. Yang manakah antara berikut adalah kepentingan adab dalam majlis rasmi?

A. Memilih kod pakaian yang biasa dipakai sehari-hari.


B. Atur cara majlis mengikut jadual.
C. Bercakap dengan kawan-kawan yang duduk berdekatan.
D. Pulang ketika majlis belum lagi tamat.

4. Pilih kesan yang mungkin berlaku sekiranya kita tidak menjaga adab di dalam majlis rasmi atau tidak
rasmi.

A. Tetamu berasa seronok dan terhibur.


B. Penganjur berbangga dengan majlis yang telah dianjurkan.
C. Atur cara majlis tidak berjalan dengan lancar.
D. Majlis berjalan dengan meriah dan teratur.

5. Berikut adalah keperluan batasan dalam kebebasan bersuara, kecuali….

A. Menghindari perbuatan fitnah.


B. Memelihara keharmonian negara.
C. Mengelakkan prasangka dan provokasi.
D. Menyebabkan berlakunya perselisihan faham antara kaum.

6. Cara menyuarakan pendapat mengikut saluran yang betul ialah…..

A. Menyampaikan aduan melalui peti aduan atau cadangan.


B. Menghantar mesej berantai.
C. Meletakkan komen dalam media sosial.
D. Menyebarkan berita yang tidak benar.

7. Berikut adalah contoh-contoh pencabulan undang-undang kemanusiaan antarabangsa kecuali……

A. Membuat serangan terhadap bangunan awam.


B. Merosakkan alam semula jadi.
C. Menyerang petugas hospital dan ambulans.
D. Menjaga dan memastikan kebajikan orang awam terjaga dengan baik.

8. Yang manakah antara berikut adalah kesan pengabaian undang-undang kemanusiaan


antarabangsa?

A. Ekonomi negara semakin baik.


B. Institusi keluarga semakin utuh.
C. Alam sekitar musnah.
D. Tiada lagi konflik.

9. Antara berikut, yang manakah bukan tindakan yang menyebabkan berlakunya jenayah dalam
kalangan remaja di negara kita?

A.Menghabiskan masa yang lama dengan rakan yang terlibat dengan jenayah
B.Media massa yang memaparkan adegan ganas dan perlakuan negatif
C.Kewujudan pusat hiburan dan kafe siber
D.Mengikuti kelas didikan agama dan memiliki nilai murni.

10. Kegagalan menangani jenayah kanak-kanak akan memberikan kesan kepada kehidupan sekeliling
termasuklah diri, mangsa, keluarga dan masyarakat. Antara berikut, yang manakah kesan jenayah
kanak-kanak terhadap mangsa?

A.Merugikan harta benda awam


B.Kurang keyakinan diri
C.Mengancam keselamatan komuniti
D.Keluarga mengalami tekanan perasaan

11. Pilih Pernyataan yang TIDAK menerangkan tentang kepentingan amalan bersatu padu dalam
kepelbagaian agama, bangsa, budaya, dan Bahasa.

A) meningkatkan imej negara


B) mengagungkan bangsa sendir
C) masyarakat hidup harmoni tanpa sebarang konflik
D) mengukuhkan ekonomi dan seterusnya meningkatkan pembangunan negara

12. Apakah ciri pilihan bermoral?

A) bertingkah laku baik, benar dan patut


B) berbohong
C) bercakap kasan
D) tidak bekerjasama

13. Bagaimanakah cara kerajaan menghargai anugerah alam ciptaan tuhan

A) membuang sisa buangan dalam sungai


B) menebang pokok secara berleluasa
C) menguatkuasakan undang-undang alam sekitar
D) melakukan pembazir air.

14. Berikut ialah ciri-ciri kebestarian diri, KECUALI


A) Bijak C) Bertanggungjawab
B) Berdisiplin D) Berbohong

15 Antara berikut, yang manakah kesan sekiranya amalan tradisi kekeluarga diabaikan dalam sesuatu
kaum?

A) Tradisi kekeluargaan akan dikekalkan


B) Generasi akan datang akan kehilangan identiti kaum
C) Amalan tradisi kekeluargaan akan diwarisi kepada generasi muda
D) Hubungan sesama kaum menjadi baik.

16. Bagaimanakah cara menyelesaikan konflik antara sahabat?

A) tidak memilih sahabat yang kurang berada


B) tidak dapat menerima pandangan sahabat
C) tidak menerima kekurangan sahabat
D) menerima budaya dan latar belakang sahabat.

17. Antara berikut, adalah kepentingan amalan hidup bersatu pada dalam kepelbagaian Agama,
Bangsa, Budaya dan Bahasa. KECUALI

A) meningkatkan imej negara


B) masyarakat hidup harmoni tanpa konflik
C) Kemerosotan pelancong ke dalam negara
D) Memperkukuhkan ekonomi negara

18. Kita perlu menghormati ajaran agama kaum lain kerana

A) mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum


B) memudahkan kita mencari kelemahan agama lain
C) mengurangkan tekanan daripada penganut agama lain
D) mengenal pasti kelebihan agama masing-masing

19. Antara berikut, yang manakah faktor yang mendorong remaja terlibat dalam gejala negatif?

I Kurangnya perhatian dan kasih saying daripada keluarga


II Mempunyai keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru
III Mempunyai ketahanan jiwa yang rapuh
IV Pengecualian undang-undang negara terhadap remaja

A ) I, II dan III C) I, III dan IV


B ) I, II dan IV D) II, III dan IV

20. Pembaziran air dapat dielakkan dengan cara

A menutup pili paip selepas digunakan


B menggunakan air yang berlebihan ketika membasuh kereta
C menggunakan air yang berlebihan ketika mandi
D tidak perlu melaporkan masalah kebocoran paip
BAHAGIAN B (28 Markah)
Cadangan Masa Menjawab: 35 Minit

1. Isi tempat kosong dengan jawapan yang menunjukkan pilihan bermoral dalam kehidupan seharian.
(10 Markah)

PENAAKULAN KEBERANIAAN SUKARELAWAN KEPERCAYAAN

IMEJ BERMORAL HARMONI KEYAKINAN


SELAMAT KELESTARIAN PETISYEN KEWANGAN

1. Keperluan dan kesedaran untuk membuat pilihan BERMORAL hendaklah dipupuk sejak
kecil.

2. Nilai KEPERCAYAAN kepada Tuhan diamalkan untuk mendapat pedoman dalam membuat
pilihan bermoral yang baik.

3. Apabila anda membuat pilihan bermoral, IMEJ diri akan meningkat.

4. Pilihan bermoral yang dibuat perlulah konsisten dan merangkumi aspek PENAAKULAN
moral, emosi moral dan perlakuan moral.

5. Apabila seseorang individu berjaya membuat pilihan bermoral, dia akan menikmati kehidupan yang
aman dan HARMONI.

6. Undang-undang kemanusiaan antarabangsa melindungi rakyat dan sentiasa berasa


SELAMAT kerana dapat bergerak bebas ke mana-mana sahaja.

7. Flora dan fauna mesti dikekalkan KELESTARIAN bagi mengelakkan berlaku kepupusan.

8. Orang awam yang menyokong mangsa peperangan boleh dibuat dalam bentuk PETISYEN
melalui tandatangan.

9. Bulan Sabit Merah Malaysia (BSSM) merupakan salah satu organisasi yang menjadi SUKARELAWAN
untuk membantu mangsa peperangan.

10.Pemberian bantuan KEWANGAN mampu mengurangkan kesusahan mangsa peperangan.

2. Lengkapkan jadual di bawah dengan jawapan diberi. ( 7 Markah )

Mematuhi etika pakaian yang telah ditetapkan Makan menggunakan tangan

Bebas bercakap dengan sesiapa sahaja Makan sambil berbual


dengsuaratinggi
Memakai pakaian yang mencolok mata Suasana yang mengikut protokol
Memegang sudu dengan tangan kanan dan memegang garpu dengan tangan kiri

PERLAKUAN DALAM MAJLIS RASMI

PERLAKUAN BERADAB PERLAKUAN TIDAK BERADAB

1. Mematuhi etika pakaian yang telah ditetapkan 1. Memakai pakaian yang mencolok mata

2. Memegang sudu dengan tangan kanan dan 2. Makan sambil berbual


memegang garpu dengan tangan kiri

3. Suasana yang mengikut protokol 3. Makan menggunakan tangan

4. Bebas bercakap dengan sesiapa sahaja

3. Suaikan. ( 5 Markah )

Kebebasan bersuara Aduan atau cadangan boleh


disampaikan melalui saluran yang
betul.

Peranan murid melaksanakan Bebas berucap mengeluarkan


kebebasan bersuara pendapat.

Kepentingan kebebasan bersuara Memelihara keharmonian


masyarakat.

Batasan dalam kebebasan Kebebasan berucap dan


bersuara dapat mengeluarkan pendapat dengan
batasan tertentu.

Kebebasan bersuara bermaksud Menghindari perbuatan fitnah.

● Setiap satu jawapan yang betul = 1m


4. Jawab soalan berikut berdasarkan situasi yang diberi ( 6 Markah )

a) Jelaskan tindakan anda terhadap tandas sekolah


yang telah diconteng oleh rakan.

-Saya membuat aduan kepada guru disiplin


-Saya menegur rakan yang menconteng tandas sekolah.
-Saya bergotong-royong untuk mengecat semula tandas
sekolah.
-Jawapan yang munasabah.

b) Apakah tindakan anda jika pihak majikan kantin tidak


menyediakan makanan vegetarian.

-Saya memberitahu kepada guru kelas.


- Saya berbincang dengan pengusaha kantin.
- Saya membawa bekal sendiri.
- Jawapan yang munasabah

c) Nyatakan tindakan anda terhadap rakan yang


melakukan buli siber

-Saya menegur supaya rakan tidak bertindak begitu.


-Saya membuat aduan kepada guru disiplin/ibu bapa
-Saya tidak akan menyebarkan fitnah tersebut
-Jawapan yang munasabah

BAHAGIAN C ( 12 Markah)
Cadangan Masa Menjawab : 15 Minit

ISKANDAR PUTERI : Trend dan statistik jenayah melibatkan kanak-kanak dan remaja
sama ada mereka menjadi mangsa atau pelaku jenayah di negeri ini agak
membimbangkan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, antara kesalahan jenayah
yang tertinggi membabitkan pelajar adalah berkaitan kes curi, mencederakan orang,
pecah rumah, rogol dan samun. 

“Mangsa paling tinggi adalah bagi kes rogol, mencederakan orang dan curi motosikal.
Hampir 99 peratus pelaku jenayah dan mangsa merupakan pelajar sekolah menengah
berusia lingkungan umur 13 hingga 18 tahun,” katanya.

SUMBER : https://www.utusan.com.my/berita/2020/12/trend-jenayah-remaja-dan-kanak-kanak-membimbangkan/

a) Apakah amalan nilai moral yang perlu diamalkan oleh kalangan murid bagi menangani janayah
kanak-kanak? (3 Markah)

i. Harga Diri (1M)


ii. Kesederhanaan (1M)
iii. Kepercayaan Kepada Tuhan (1M)
iv. Kebebasan (1M)
v. Rasional (1M) * PILIH MANA-MANA 3

b) Nyatakan pihak yang patut dihubungi sekiranya anda mengetahui ada dalam kalangan murid
sekolah terlibat dalam jenayah tersebut. (3 Markah)

i. Polis (1M)
ii. Guru/Guru Disiplin/Pihak Sekolah (1M)
iii. Ibu bapa/Jiran (1M)

c) Jelaskan faktor yang menyebabkan berlakunya jenayah kanak-kanak. (6 Markah)


i. Tidak mendapat kasih sayang dari ibu bapa (2M)
ii. Ibu bapa tidak menjadi suri teladan (2M)
iii. Kesibukan ibu bapa yang bekerja (2M)
iv. Pengaruh rakan sebaya (2M)
v. Perasaan ingin mencuba (2M)
vi. Kurang didikan agama (2M)

vii. Kewujudan pusat hiburan (2M)


viii. Pengaruh media sosial yang tidak terkawal. (2M)

(Jawapan lain yang munasabah boleh diterima) *PILIH MANA-MANA 3 FAKTOR

Anda mungkin juga menyukai