Anda di halaman 1dari 13

fined

undefined

PERANG KHANDAQ

Posted by BKMIP

Perang Khandaq atau Perang Al-Ahzab telah berlaku pada bulan Syawal tahun

kelima Hijrah. Perang tersebut adalah kejadian penting sekali dalam sejarah Islam.

Oleh kerana perang tersebut merupakan titik penentuan kelanjutan Agama

Islam.dalam peperangan tersebut kaum Muslimin ditimpa dengan pelbagai cubaan

dan dugaan yang sangat hebat. 

Dalam Al-Quran digambarkan seperti berikut: 

Ertinya: "Ketika mereka datang kepada kamu dari atas dan dari bawah, dan ketika

pandangan telah suram, dan hati telah naik sampai kekerongkongan. Dan ketika itu

kamu berprasangka kepada Allah dengan prasangka yang salah. Dikala itu orang-

orang beriman mendapat ujian dan perasaan mereka digongang dengan goncangan

yang hebat". (Al-Ahzab:10-11) 

Sebab utamanya adalah berpunca dari hasutan kaum Yahudi. Sebahagian pemuka

Yahudi Banu Nadlir dan Banu Wa'il datang kepadabangsa Quraisy di Mekah.

Mereka mencadangkan kaum Quraisy untuk memerangi Rasulullah saw. Sebelum


itu mereka telah mencuba untuk berhadapan dengan kaum Muslimin. Namun

mereka merasa tidak mampu. Utusan kaum Yahudi itu memujuk kaumQuraisy

dengan berbagai cara. Kata kaum Yahudi : " Kami akan bersama-sama dengan

kamu sehingga kami dapat menumpaskan Muhammad." 

Ucapan kaum Yahudi itu membuat hati bangsa Quraisy senang dan mereka segera

mengadakan persiapan untuk berperang. Kemudian utusan Yahudi itu pergi ke

Banu Ghatfan untuk menghasut mereka agar bersedia memerangi Rasulullah.

Utusan kau mYahudi pergi mengelilingi ke seluruh kabilah bangsa Arab dan

mengajukan rencana penyerbuan Kota Madinah yang telah disepakati oleh kaum

Quraisy. 

Hasutan kaum Yahudi itu menghasilkan perjanjian angkatan perang bersama antara

kaum Yahudi, Quraisy dan Banu Ghatfan dalam satu kekuatan. untuk itu mereka

saling mengikat perjanjian. Sebagai ganjarannya kaum Yahudi diwajibkan

menyerahkan seluruh hasil kurma Khaibar selama setahun penuh. Kaum Quraisy

keluar dengan pasukannya sebanyak empat ribu orang. Manakala Banu Ghatfan

keluar dengan pasukannya sebanyak enam ribu orang. pimpinan tertinggi dipegang

oleh Abu Sufyan bin Harb. 


Kebijaksanaan Sandaran Kaum Muslimin 

Ketika Rasulullah mendengar berita akan terjadinya penyerbuan terhadap Kota

Madinah dan Gabungan pasukan sekutu untuk memerangi kaum Muslimin, untuk

menumpas mereka hingga ke akarnya. Lalu baginda menyuruh kaum Muslimin

untuk mengadakan persiapan perang.Dan diputuskan pula untuk mengadakan

pertahanan dalam Kota madinah. Jumlah tentera kaum Muslimin hanya terkumpul

sebanyak tiga ribu orang sahaja. Dalam kesempatan itulah Salman Al-Farsi

mengisyratkan agar membuat parit disekitar Kota Madinah. 

Cara pertahanan sedemikian itu merupakan cara yang biasa dipakai oleh bangsa

Parsi 

Kata Salman: 

Ertinya:" Ya Rasulullah .. dahulu ketika kami di Parsi jika takut akan serbuan

tentera kuda maka kami akan menggali parit disekitar kami." 

Pendapat Salman tersebut diterima baik oleh Nabi dan segera beliau

memerintahkan para sahabatnya untuk menggali parit di sebelah barat daya

Madinah iaitu dibahagian yang terbuka yang di khuatiri musuh akan datang dari

arah sana. Rasulullah membahagikan tugas penggalian parit. setiap sepuluh orang

sahabat ditugaskan untuk menggali sepuluh hasta. Panjangnya parit itu kira-kira
lima ribu hasta, dalam sampai sepuluh hasta sedang lebarnya sembilan hasta

keatas. 

Jiwa Persamaan Diantara Kaum Muslimin 

Rasulullah ikut sama menggali parit itu agar kaum Muslimin ikut berlumba-lumba

dalam mencari pahala. Keran itulah kaum Muslimin beramai-ramai ikut bekerja

bersama beliau. 

Waktu itu Kota Madinah sedang mengalami musim yang sangat dingin. Sedangkan

kaum Muslimin banyak yang tidak mempunyai makanan yang secukupnya.

Bahkan adakalanya sehungga tidak mempunyai apa-apa makanan. Kata Abu

Thalhah : " Kami pernah mengeluh kepada Rasulullah tentang rasa lapar yang

kami deritai. Dan kami selalu mengikat perut kami dengan batu.Manakala Nabi

pula mengikat perut baginda dengan dua batu. 

Kata Anas: "Waktu itu ketika Nabi keluar beliau saksikan kaum Muhajirin dan

kaum Ansar bersama-sama menggali parit disuatu pagi yang amat dingin sekali

sedangkan keadaan mereka amat lapar. 

Mukjizat Nabi di Khandaq 

Pada waktu penggalian Khandaq ini ada mukjizat Nabi yang timbul, iaitu sedang

kaum Muslimin sedang menghadapi kesukaran untuk menghancurkan bungkahan


batu keras. Nabi menyuruh membawa sebejana air. Kemudian nabi meludah pada

air itu dan beliau berdoa kepada Allah, lalu air tersebut disiramkan pada

bongkahan batu itu mak batu itu segera hancur seperti pasir. 

Selain itu ada juga mukjizat nabi yang lain iaitu timbulnya berkat pada makanan

yang sedikit dapat mengenyangkan orang ramai dan mencukupi seluruh pasukan

yang ada. 

Kata Jabir:" Aku katakan pada Rasulullah :"Ya Rasulullah... izinkan aku untuk

pulang sebentar." 

Sesampaiku dirumah aku katakan pada isteriku:" Aku lihat sesuatu pada diri beliau

yang tidak boleh kita lewatkan. Adakah kamu mempunyai sesuatu? 

Jawab isteriku:" Ya aku mempunyai gandum dan seekor anak kambing." 

Kemudian anak kambing itu segera kusembelih dan gandum itu ku tumbuk.

Daging itu ku masak dalam kuali dan tepung gandum kumasukkan dalam

pembakar roti. Aku kembali ke tempat Nabidan kukatakan: "Ya Rasulullah aku ada

sedikit makanan marilah engkau datang ke rumahku bersama seorang atau dua

orang sahabatmu." 

Tanya Nabi: " Berapa banyakkah makanan itu" 

Setelah ku sebutkan jumlah makanan itu beliau berkata "Itu cukup banyak.
Katakan kepada isterimu jangan diangkat masakan itu dari atas tungku dan roti itu

pula jangan sampai dikeluarkan dari tempat pembakarannya sebelum aku datang

kesana." 

Beliau berseru kepada para sahabatnya " Bangun kamu sekalian" 

Seluruh kaum Muhajirin dan Ansar bangkit bersama-sama mengikut Nabi. 

Ketika aku masuk ke tempat isteriku ku katakan kepadanya "Nabi datang bersama

kaum Muhajirin dan Ansar dan orang yang bersama mereka. 

Nabi berkata " Masuklah kamu semua dan jangan berebut" 

Kemudian Nabi memotong-motong roti dan dicampurkan pada daging serta kuah

yang ada di kuali. Kemudian beliau mendekatkan hidangan pada sahabat

sedangkan baginda tetap memotong-motong roti itu sedangkan para sahabat makan

sehingga kenyang. 

Setelah mereka makan hingga kenyang, masih lagi terdapat roti dan kuah yang

masih bersisa. Baginda berkata: "Berikan makanan itu kepada orang kerana

sekarang ini musim sejuk" 

Pasukan musuh datang dari segenap penjuru 

Kaum Quraisy dan Bani Ghatfan dtang bersama tentera-tenteranya, dihadapan

Kota Madinah. Nabi juga keluar bersama pasukannya yang berjumlah tiga ribu
orang. Kedua pasukan ini hanya dipisahkan oleh parit yang digali oleh kaum

Muslimin. 

Antara kaum Muslimin dan kaum Yahudi Banu Quraizah telah terjali perjanjian

persahabatan. Pada hari itu Huyay bin Akhtab seorang pemuka Yahudi Bani Nadlir

datang kepada mereka dan memujuk agar mereka mahu melanggari perjanjian

yang telah diikat bersama dengan kaum Muslimin. Pada mulanya mereka enggan

untuk melaksanakan cadangan Huyay bin Akhtab. Namun akhirnya mereka

menyatakan persetujuan untuk melanggar perjanjian dengan Kaum Muslimin.

Pernyataan kaum Yahudi banu Quraizah itu menyebabkan menjadi kucar kacir.

Disamping itu kaum Munafiqin mula memainkan peranan mereka. Hampir saja

mengadakan perdamaian dengan kabilah Banu Ghatfan dengan memberi sepertiga

hasil kurma Madinah. kerana Nabi merasa sayang kepada kaum Ansar kerana

mereka telah menanggng bebanan yang berat. 

Namun Nabi memendamkan niatnya setelah mengetahui akan ketabahan dan

ketetapan hati kedua sahabat Ansar baginda iaitu Saad bin Muaz dan Saad bin

Ubadah untuk menghadapi musuh. Kata Saad bin Muaz " Ya Rasulullah dahulu

ketika kami dan mereka masih dalam keadaan menyengutukan Allah dan

menyembah berhala dan tidak menyembah Allah mahu mengenalnya, mereka tidak
pernah menerima kurma dari kami selain dengan jalan hutang atau beli.Apakah

kini setelah Allah memuliakan kami dengan Islam dengan memberi petunjuk kami

kepada Islam serta kami bangga dengan engkau dan Allah akan kami berikan harta

kami kepada mereka? Demi Allah kamu\i tidak perlu berdamai. Demi Allah kami

tidak rela memberikan kepada mereka sesuatu selain pedang sampai Allah

memutuskan sesuatu antara kami dan mereka." 

Ucapan Saad ini dijawab oleh Nabi: "Terpulang mengikut kehendakmu" 

Perbezaan Tentera Islam dan Kafir 

Rasullah dan kaum Muslimin tetap berada di medan Khandaq. Begitu juga dengan

tentera musuh. Antara kedua pasukan itu tidak terjadi peperangan besar selain

beberapa orang tentera mereka yang cuba untuk melepasi parit pemisah dengan

menggunakan kuda mereka. 

Namun mereka hanya terhenti dipinggir parit. Ketika mereka melihat parit yang

dibuat oleh kaum Muslimin mereka berkata " Sebenarnya ini adalah taktik

pertahan yang tidak pernah dikenal oleh bangsa Arab" 

Kemudian mereka mencari jarak parit yang paling sempit. Setelah itu mereka

berusaha untuk melepasi parit itu dengan kuda mereka dan mereka pun berhasil

masuk ke Madinah. Salah seorang dari mereka yang berhasil melepasi parit itu
adalah pahlawan mereka yang terkenal iaitu Amru bin Abdu Wudin. Ia mampu

mengetuai seribu orang tentera Quraisy. Ketika ia sampai berhampiran barisan

Islam ia berteriak minta bertanding. 

Ali maju kehadapan dan berkata ' Hai Amru! Kamu telah berjanji kepada Allah

jika ada seorang Quraisy yang menawarkan kepadamu dua perkara pasti kamu

akan menerima salah satu darinya." 

Jawab Amru " Benar" 

Kata Ali: " Aku mengajak kamu kembali kepada Allah dan RasulNya serta masuk

kedalam Islam" 

Jawab Amru aku tidak perlu kepada ajakanmu." 

Jawab Ali: " Kalau begitu aku ajak kamu untuk bertanding." 

Jawab Amru: " Mengapakah kamu mengajak ku demikian wahai anak saudaraku?

Demi Allah aku tidak ingin untuk membunuhmu" 

Jawab Ali: " Akan tetapi aku ingin sekali untuk membunuhmu" 

Mendengar ucapanm Ali bin Abi Thalib, Amru naik pitam dan kudanya dibunuh

kemudian ia maju ke hadapan Ali untuk bertanding. Keduanya saling beradu

kekuatan sampai Ali bin Abi Thalib dapat membunuh Amru. 

Milik Allah Segala Tentera Langit dan Bumi 

Pasukan Musyrikin mengadakan pengepungan terhadap pasukan Islam dengan


ketat sekali. Seolah-olah bagaikan satu benteng. Mereka mengadakan pengepungan

dari segenap penjuru selama sebulan. Sehinggakan kaum Muslimin merasa

semakin sukar dan tersepit. Pada masa itula kaum Munafiqin bersiap-siap untuk

menjalankan taktik-taktik jahatnya. Ketika Rasulullah dan Para sahabatnya sedang

dicekam oleh rasa takut tiba-tiba datang seorang yang bernama Nuiam bin Masud

berkata kepada Rasulullah: 

Ertinya: " Ya Rasulullah sesungguhnya aku telah masuk Islam. dan kaumku tidak

tahu keislamanku. kerana itu perntahkan padaku sesukamu" 

Jawab Nabi: " Sebenarnya kamu termasuk dari golongan kami.

Berusahalah mengikut kehendakmu untuk meringankan kami, sesungguhnya

perang itu adalah tipu muslihat" 

kemudian Nuaim mula menjalankan muslihatnya. Beliau datang ke tempat kaum

Yahudi Banu Quraizah untuk menimbulkan keraguan didalam hati orang Yahudi

tentangkeikhlasan kaum uaraisy dan Banu Ghatfan untuk berperang disamping

mereka. dan diterangkan pula bahaya yang akan menimpa mereka jika mereka

berperang disamping kaum Quraisy dan Banu Ghatfan untuk memerangi kaum

Muhajirin dan kaum Ansar yang menjadi tetangga kaum Yahudi. Kerana itu beliau

menganjurkan mereka agar tidak jadi perang disamping kaum Quraisy dan Banu

Ghatfan sebelum mereka memberikan beberapa orang yang terkemuka dari


kaumnya untuk dijadikan sebagai tanggungan ditangan mereka. Cadangan Nuiam

bin Masud diterima oleh kaum Yahudi dengan baik. 

Selanjutnya Nuaim bin Masud pergi ketempat kaum Qurausy dengan pura-pura

menunjukkan keikhlasannya serta memberikan nasihat. Beliau mengatakan bahawa

kaum Yahudi menyesal atas perjanjian yang telah dibuat dengan kaum Quraisy dan

mereka pasti akan meminta beberapa orang yang terkemuka sebagai tanggungan

untuk mereka agar dapat diserahkan kepada Nabi dan kaum Muslimin untuk

dibunuh. Setelah itu Nuaim juga pergi ke tempat Banu Ghatfan untuk menghasut

mereka seperti yang dilakukannya kepada kaum Quraisy. 

Hasil daripada hasutan Nuaim tersebut kedua suku itu mula merasa ragu-ragu dan

benci terhadap kaum Yahudi. Perpecahan dikalangan tentera sekutu mulai timbul.

Setiap golongan merasa khuatir terhadap kawan sendiri. 

Ketika Abu Sufyan dan pemuka-pemuka kaum Ghatfan menuntut untuk segera

memulai penyerangan secara terbuka terhadap kaum Muslimin, kaum Yahudi

mulai merasa enggan. Bahkan kaum Yahudi menuntut dari merka untuk diserahkan

beberapa orang sebagai tanggungan buat mereka. Dengan ini kaum Qurausy dan

kaum Ghatfan merasa yakin dengan apa yang diperkatakan oleh Nuaim bin

Mas'ud. Kerana itu mereka tidak bersedia untuk memenuhi permintaan kaum
Yahudi. Demikian pula kaum Yahudi pun juga yakin akan kebenaran apa yang

dikatakan oleh Nuaim bin Mas'ud. Sehingga kedua belah pihak saling mencela dan

berpecah belah. 

Allah menolong Nabi Muhammad saw dengan mengirimkan angin yang

berhembus dimalam hari yang amat dingin kepada pihak musuhnya. Angin

tersebut dapat memporak-perandakan kuali-kuali dan khemah-khemah mereka.

Abu Syufyan bangun dan berkata kepada pasukannya: 

Ertinya: Hai kaum Quarisy! Sesungguhnya kamu sekarang tidak mampu lagi untuk

bertahan disini kerana kambing-kambing dan unta-unta kami telah habis,

kaumYahudi Banu Quraiza pun telah mengingkari janjinya dan telah sampai

kepada kami berita yang tidak kami ingini dari mereka. Kami juga diserang oleh

anginkencang seperti yang kalian lihat seperti yang kamu semua lihat. Oleh itu

beredar kamu dan aku juga akan segera beredar. 

Kemudian Abu Sufyan bangun menuju kepada untanya yang tertambat dan segera

berlalu. Ketika kaum Ghatfan mendengar kaum Quraisy telah pun beredar mereka

pun segera kembali ketempat asal mereka. Ketika Khudaifah Ibnul Yaman yang

diutuskan oleh Nabi untuk mengitip ditengah-tengah barisan musuh datang

memberitahu kepada baginda apa yang dilakukan oleh pasukan musuh waktu itu

baginda sedang bersolat. 


Pada waktu paginya Nabi beserta seluruh pasukannya segera meninggalkan medan

peperangan Kahndaq menuju Madinah untuk meletak senjata. 

Peperangan itu berakhir dengan berundurnya bangsa Quraisy untuk selama-

lamanya dan mereka tidak pernah datang lagi untuk memerangi kaum Muslimin

selepas itu. Dalam peperangan Khandaq ini kaum Muslimin yang terbunuh

sebanyak tujuh orang sedangkan pasukan musuh ada empat orang. 

Anda mungkin juga menyukai