Anda di halaman 1dari 8

TUGAS KELOMPOK PSIKOLOGI INDUSTRI

SIX THINGKING HATS (6 TOPI BERPIKIR)

EDWARD DE BONO

Kelompok 4 :

Andre Josua Sitompul 188150132


Reza Hidayat Sianturi 188150099
Leonardo Fransisco Sormin 188150121
Muhammad Yusuf Sirait 188150088
Marco Hot Septhianus 218150084

UNIVERSITAS MEDAN AREA


FAKULTAS TEKNIK INDUSTRI
TAHUN AJARAN 2020/2021
PENDAHULUAN

Jika kita mendengar kata kreatif, seringkali dikonotasikan dengan hal-hal yang berbau
seni. Seolah-olah kreativitas itu identik dengan hasil karya seniman, aktor/artis film, desainer,
penyanyi, koreografer, pelukis, dan lain lain.Dalam dunia bisnis, kreativitas biasanya terkait
dengan karya mereka yang berkecimpung di dunia pemasaran. Sebenarnya apapun
profesinya, semua orang bisa kreatif dalam berkarya jika mau berpikir lebih dalam dengan
cara yang berbeda. Berpikir bukanlah proses yang mudah, tapi harus selalu diasah. Dengan
berpikir, kita dapat menyelesaikan masalah baik pribadi, bisnis maupun kantor. Lalu, proses
berpikir yang bagaimana yang dapat memecahkan masalah sekaligus memperoleh solusi
terbaik?.Dalam kehidupan sehari-hari, sering kita menemui masalah.Ada masalah yang
memang bisa dengan mudah diselesaikan karena masalah tersebut adalah masalah yang
berulang dan kita masih ingat cara mengatasinya. Masalah seperti ini tentu mudah
diselesaikan dengan cara berpikir biasa.Namun, tidak jarang kita menemui masalah rumit,
isu dan tantangan yang memerlukan pemikiran mendalam.Menghadapi hal ini, sering kita
menemui jalan buntu, terjebak pada pokok permasalahan tanpa tahu jalan keluarnya. Dan
biasanya brainstorming terlama justru terletak pada pembahasan masalah bukan pada
solusinya.Kadang solusi yang dihasilkanpun biasa-biasa saja, imitasi dari solusi yang
lalu.Untuk menghasilkan solusi terbaik, perlu perubahan cara berpikir.

Pengenalan

The Six Thinking Hats (STH) yang diciptakan oleh Edward de Bono pada tahun 1995 ini
adalah suatu metode berpikir lateral yang mengajarkan cara meningkatkan kualitas daya
pikir untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif. Dalam metode STH, seseorang tidak
hanya dilatih untuk berkonsentrasi menyelesaikan suatu masalah dalam sekuens waktu
tertentu,tetapi juga dipersiapkan untuk dapat menerima dan menghargai pendapat orang lain.
STH dapat digunakan baik individu maupun

dalam grup diskusi. Disini, individu atau kelompok belajar memisahkan cara berpikir
tentang sebuah topik ke dalam enam kategori. Setiap kategori diwakili dengan warna topi
yang berbeda. Dengan memakai topi dan berganti topi, individu atau kelompok dapat
dengan mudah memfokuskan pemikiran ke dalam topik pembicaraan. Dengan demikian,
kita bisa mengeksplorasi suatu subjek tanpa harus mengambil posisi yang bersifat kontra.
Lalu apa hubungan antara topi dengan cara berpikir? Mengapa de Bono menganalogikannya
dengan topi? Tidak ada penjelasan yang pasti mengenai hal ini, tapi mungkin karena topi
dapat mengidentifikasikan peran yang diembannya. Misalnya topi pramuka, paskibraka,
tentara, polisi, topi haji, topi bayi, semua memiliki keunikan masing-masing.

Kaedah ini diperkenalkan oleh Edward de Bono, seorang pemikir dan penulis terkemuka
Barat. Kaedah berfikir secara parallel ini bertujuan untuk meluaskan perspektif, melihat
sesuatu perkara dari pelbagai sudut dan masa yang berlainan , menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan yang terbaik.

1. Topi Putih        

Topi putih digunakan untuk mengumpul secara objektif segala maklumat yang berkaitan
dengan apa yang sedang kita amati. Setiap pengguna topi putih tidak seharusnya memberi
sebarang penilaian atau pendapat terhadap sesuatu maklumat.

Pendapat sendiri tidak akan dibenarkan sama sekali untuk dimasukkan sebagai maklumat
yang hendak dikumpul atau menguatkan sesuatu pendapat. Hal ini amat bertentangan dengan
pemikiran tradisional yang mana lebih cenderung kepada membuat keputusan terlebih dahulu
dan hanya selepas itu sahaja barulah membuat jangkaan fakta-fakta untuk menyokong
keputusan berkenaan.

Topi putih seringkali digunakan pada permulaan perbincangan untuk mencorakkan latar
belakang sesuatu masalah. Ia juga boleh digunakan sekali lagi pada akhir perbincangan bagi
memastikan sesuatu cadangan atau keputusan yang telah dibuat itu adalah berdasar kepada
maklumat yang telah dikumpulkan.
2. Topi kuning                 

Topi kuning digunakan untuk mencari nilai-nilai positif. Ia juga digunakan untuk berfikir
secara logikal daripada perspektif yang positif dan konstruktif. Gaya pemikiran menggunakan
topi kuning amat penting kerana ia dapat menggalakkan kita untuk mencari nilai-nilai positif
sesuatu idea termasuk idea yang pada mulanya kelihatan tidak begitu menarik.

3. Topi hitam                   

Topi hitam digunakan untuk menganalisis idea atau meneliti sesuatu cadangan secara logikal
dari aspek undang-undang, keselamatan dan lain-lain agar kita lebih berhati-hati sebelum
menerima sesuatu keputusan atau cadangan. Dalam erti kata lain kita melihat sesuatu
keputusan itu dari sudut negatif. Negatif di sini bermaksud berhati-hati atau melindungi
kepentingan sendiri. Ini penting kerana ia dapat menonjolkan kelemahan sesuatu keputusan
yang akan diambil. Ia juga membenarkan kita untuk menyingkir, mengubah dan
menyediakan pelan kecemasan untuk mengatasi sebarang kemungkinan.

Topi hitam juga dapat membantu kita menjadikan perancangan yang dibuat itu lebih kukuh
dan fleksibel. Ia juga membantu kita dalam menjangkakan risiko-risiko yang mungkin
berlaku sebelum membuat sebarang keputusan.

4. Topi merah                                                      

Menggunakan topi merah kita akan melihat sesuatu masalah itu dengan menggunakan emosi
atau intuisi sama ada secara positif atau negatif tanpa perlu menjelaskan sebabnya dan bukan
digunakan untuk mengubah sesuatu perkara atau idea yang telah dibuat. Ia juga cuba untuk
memahami macam mana orang lain akan bertindak dengan emosi.

5. Topi hijau                    

Topi hijau pula mewakili kreativiti. Ia melambangkan tenaga pemikiran yang melihat sesuatu
perkara dari perspektif yang baru dan juga mengeluarkan idea-idea yang kreatif dalam kaedah
penyelesaian masalah.Topi hijau membantu kita untuk bergerak ke hadapan dengan
menjanakan idea-idea alternatif yang lebih baik berbanding idea asal. Ia juga digunakan
untuk menyelesaikan atau memperbaiki masalah yang dilihat melalui topi hitam.
6. Topi biru                     

Topi biru mewakili kawalan proses berfikir secara keseluruhannya ataupun dalam bahasa
yang lebih mudah ia digunakan untuk mengawal kegunaan topi berfikir yang lain.
Kebiasaannya, ia digunakan oleh pengerusi mesyuarat atau ketua perbincangan. Ia boleh
digunakan pada awal perbincangan untuk menjelaskan perkara yang akan dibincangkan,
menjelaskan tujuan sesuatu perbincangan dan merancang corak pemikiran yang akan
digunakan dalam perbincangan tersebut. Pemikir yang memakai topi biru boleh bersuara
semasa perbincangan sedang berlangsung untuk mengawal perbincangan agar tidak kelam
kabut dan penggunaan topi lain adalah mengikut peraturan

Berfikir Secara Paralel

Berfikir secara parelal bermaksud berfikir secara selari, teratur dan sistematik. Contohnya
enam idea yang berlainan diterima dan diletakkan selari antara satu sama lain dan tidak
dinilaikan, dibandingbezakan, dipertikaikan, serta tidak dibuktikan benar atau salah,
sebaliknya dicari kelebihan daripada setiap satunya.

Bagaimana enam topi berfungsi

Melalui kaedah enam topi berfikir (de Bono, 1991/1985), setiap pemikiran dianologikan
kepada topi yang mempunyai warna-warna tertentu, iaitu putih, merah, hitam, kuning, hijau
dan biru.

Topi putih – Melambangkan pemikiran neutral dan objektif yang mementingkan fakta dan
perkara objektif semata-mata.

Topi merah – Melambangkan pemikiran emosional dan berlandaskan perasaan dan intuisi.

Topi hitam – Melambangkan pemikiran negatif yang menekankan keburukan, kelemahan dan
kecacatan.

Topi kuning – Melambangkan pemikiran positif yang menggunakan kebaikan, keistimewaan


dan manfaat.

Topi hijau – Melambangkan pemikiran kreatif dan dengan itu mampu menjana idea-idea baru
yang bernas atau mengembangkan idea yang sedia ada, sama ada secara logik atau
sebaliknya.
Topi biru – Melambangkan pemikiran kawalan dan dengan itu mengawal perjalanan sesuatu
perkara termasuk topi-topi lain.

Kebaikan Menggunakan Kaedah Enam Topi Berfikir

Enam topi berfikir akan membantu seseorang untuk :

1. Menjadi lebih fokus dan disiplin dalam cara berfikir, justeru menghasilkan idea yang
lebih berstruktur dan sistematik.
2. Berfikir dengan lebih kritikal.
3. Memahami keperluan untuk memisahkan proses pemikiran kepada mod-mod yang
berbeza dan belajar untuk berfikir dalam satu mod pada satu masa.
4. Mempelajari garis panduan (topi putih) yang akan membantu dalam mengenal pasti
kelemahan dan risiko (topi hitam) sesuatu idea atau cadangan baru.
5. Memahami peranan emosi dan intuisi dalam pembuatan keputusan.
6. Mempelajari penggunaan maklumat yang ada secara berkesan.

Dr Edward de Bono telah  memberikan sumbangan dalam corak pemikiran lateral iaitu
dengan memberikan dan memperkenalkan. Untuk menjadi panduan kepada orang ramai
dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah:

1. Sentiasa bersikap positif dan konstruktif. 

2. Fikir perlahan-lahan dan secara mudah; jangan memudahkan sesuatu perkara. 

3. Lupakan ego; jangan biarkannya masuk campur bila berfikir. 

4. Tentukan tujuan berfikir. 

5. “Tukar gear otak” tentukan bila untuk pemikiran logik dan kreatif.

6. Tentukan hasil yang hendak dicapai

7. Sentiasa fikirkan alternatif yang lain. 

8. Beri tempat kepada perasaan. 

9. Tukar ganti pemikiran secara luas dan secara terperinci. 

10. Bezakan antara yang sepatutnya dengan yang mungkin. 


11. Ambil kira semua pendapat.

12. Semua jenis tindakan melibatkan nilai.

Dalam pemikiran lateral termasuk juga pemikiran kreatif.  Pemikiran kreatif merupakan satu
bentuk penyelesaian masalah yang potensi penyelesaian amat berkesan untuk  melakukan
penyelesaian masalah.

Kini dalam apa jua persidangan, forum dan bengkel pemikiran kreatif amat ditekankan
seumpama ia amat penting dalam kehidupan dan sememangnya menerusi kajian ia amat
penting dalam kehidupan. Ini kerana penyelesaian masalah secara kreatif akan meninggalkan
impak yang cukup berkesan dan membanggakan. 

PEMIKIRAN MENEGAK 

Ianya dikenali sebagai " Vertical Thinking" yang menggunakan proses-proses akal yang
tradisional untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Kebanyakan manusia menggunakan
pemikiran menegak hasil daripada pendidikan formal mereka. Oleh itu, pemikiran ini juga
dikenali sebagai pemikiran logik kerana ia menggunakan satu urutan langkah-langkah yang
sistematik untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ringkasnya berfikir secara menegak
(vertical thinking) ialah satu bentuk berfikir cara tradisional yang berteraskan kepada logik,
kesinambungan dan urutan.

PENUTUP

Dalam menghadapi masalah sehari-hari, kita perlu melatih daya pikir dan mengeksplorasi
otak kiri dan kanan. Perpaduan Critical Thinking yang didominasi otak kiri dan Creative
Thinking yang didominasi otak kanan merupakan good thinking process yang dapat
menghasilkan solusi yang brilliant. Lateral Thinking adalah kemampuan berpikir kreatif
yang tidak biasa karena menggunakan daya imajinasi yang kadang berada di luar logika.
Jadi, Lateral Thinking berusaha mengoptimalkan otak kiri dan kanan. “Think Globally, Act
Locally” merupakan slogan yang bisa dijadikan acuan untuk mengeksplorasi imajinasi kita
dalam men generate ide. Namun, solusi harus disesuaikan dengan kondisi yang ada dan tidak
keluar dari nilai yang dianut atau kriteria yang dikehendaki.

The Six Thinking Hats yang diciptakan oleh Edward de Bono merupakan penerapan dari
Lateral Thinking. Metode ini melihat suatu masalah dari berbagai sudut pandang dan
mengelola ide/pemikiran agar tidak melebar dan selalu tetap on the track sehingga akan
memudahkan pengambilan keputusan. Tekniknya yang sederhana sangat cocok diterapkan
dalam rapat dan diskusi terbuka. Dengan teknik ini, rapat akan berjalan singkat, efektif dan
bebas konflik. Namun demikian, personil yang akan menerapkan teknik STH ini sebaiknya
diikutsertakan dalam pelatihan lebih dahulu agar dapat memahami urutan langkahnya. Dalam
pelatihan tersebut simulasi rapat dilakukan berkali-kali hingga proses pengambilan keputusan
dapat dilakukan sesuai dengan waktu yang ditetapkan. Anda ingin mencoba?

Anda mungkin juga menyukai