Struktur sosial masyarakat kerajaan Alam Melayu terbahagi kepada dua kelas iaitu kelas
atasan dan kelas bawahan.
Kelas atasan terdiri daripada golongan pemerintah iaitu golongan diraja dan golongan
bangsawan.
Raja mempunyai status tertinggi dalam struktur sosial diikuti dengan kerabat diraja.
Manakala, golongan bangsawan membantu raja dalam sistem pentadbiran.
Selain itu, golongan diperintah terbahagi kepada rakyat merdeka dan hamba.
Peranan rakyat bebas adalah untuk mengukuhkan sistem beraja melalui taat setia serta
menjana ekonomi melalui perdagangan.
Akhir sekali, golongan hamba berperanan untuk berkhidmat dalam sosioekonomi serta
menaikkan status pemiliknya.