Anda di halaman 1dari 30

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERANTI

KOMPUTER KEPADA MURID SEKOLAH


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
DI BAWAH PROGRAM CERDIK

GP Pengurusan Peranti Komputer KPM & Program CERDIK - 1


GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERANTI KOMPUTER KEPADA MURID
SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DI BAWAH
PROGRAM CERDIK

1. TUJUAN

Garis Panduan (GP) ini bertujuan sebagai panduan berkaitan peraturan dan tatacara
pengurusan peranti komputer kepada murid sekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) yang layak menerima peranti komputer di bawah program CERDIK.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Semasa pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November 2020, YB Menteri


Kewangan telah mengumumkan bahawa peruntukan berjumlah RM150 juta
telah diperuntukkan untuk membekalkan peranti komputer kepada murid
sekolah yang melibatkan 150,000 murid di 500 buah sekolah sebagai projek
rintis. Inisiatif ini akan diselia oleh Yayasan Hasanah (YH) dengan
mendapatkan sumbangan daripada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan
Syarikat Pelaburan Milik Kerajaan (GLiC).

2.2 Selaras dengan dasar dan keperluan semasa, GP ini dikeluarkan untuk
dijadikan panduan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah untuk menguruskan peranti komputer
hak milik KPM untuk dipinjamkan kepada murid yang layak di sekolah KPM.

3. KRITERIA KELAYAKAN

3.1 Peranti komputer dipinjamkan kepada murid warganegara Malaysia Tahun


Empat (4) dan Tingkatan Tiga (3) di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah
Bantuan Kerajaan (SBK) bawah KPM yang memenuhi kriteria berikut:
i) Pendapatan isi rumah adalah di bawah RM4,850 [berdasarkan
pengelasan isi rumah oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (2019)];

GP Pengurusan Peranti Komputer KPM & Program CERDIK - 2


ii) Murid tidak memiliki sebarang peranti komputer yang berspesifikasi
ditetapkan oleh KPM dan YH; dan
iii) Murid tidak memiliki sebarang SIM Card pelan data untuk mengakses ke
talian Internet.

3.2 Murid yang memiliki peranti komputer dan SIM Card pelan data untuk
mengakses ke talian Internet seperti spesifikasi yang ditetapkan oleh KPM
TIDAK LAYAK menerima peranti komputer dan pelan data tersebut.

4. PERANTI KOMPUTER

4.1 Murid yang layak akan dibekalkan dengan satu (1) peranti komputer beserta
dengan satu (1) SIM Card pelan data untuk tempoh satu (1) tahun bagi tujuan
mengakses ke talian Internet.

4.2 Peranti komputer yang dibekalkan adalah komputer riba atau chromebook atau
tablet iPad yang berspesifikasi berikut:

Peringkat Persekolahan Spesifikasi Peranti Dibekalkan


• Komputer riba berspesifikasi minimum
processor (CPU) i3 atau AMD Ryzen 3 2nd
Generation atau setara; atau
• Chromebook berspesifikasi minimum
Sekolah Rendah processor Intel Celeron Quad-Core N4100;
(Tahun 4-6)
atau
• Tablet iPad berspesifikasi minimum processor
(CPU) A12 Bionic Chip with 64-bit architecture
neural engine atau setara.
• Komputer riba berspesifikasi minimum
processor (CPU) i3 atau AMD Ryzen 3 2nd
Sekolah Menengah Generation atau setara; atau
(Tingkatan 1-3)
• Chromebook berspesifikasi minimum
processor IntelCeleron Quad-Core N4100; atau

GP Pengurusan Peranti Komputer KPM & Program CERDIK - 3


• Tablet iPad berspesifikasi minimum processor
(CPU) A12 Bionic Chip with 64-bit architecture
neural engine atau setara.
• Komputer riba berspesifikasi minimum
Sekolah Menengah
processor (CPU) i5 atau AMD Ryzen 5 3nd
(Tingkatan 5-6)
Generation atau setara.

4.3 Satu (1) SIM card pelan data berspesifikasi minimum 15GB sebulan untuk
tempoh satu (1) tahun dibekalkan bagi tujuan mengakses ke talian Internet.

4.4 Tempoh waranti bagi setiap peranti dan SIM card pelan data ini adalah 12
bulan.

4.5 Setiap peranti komputer riba akan dilengkapi dengan perisian asas dan
Operating System (OS) MS Windows 10 Pro/Chrome OS atau versi yang
terkini. Manakala tablet iPad dilengkapi dengan Operating System (OS) iPad
OS 14.

4.6 Tanggungjawab ibu bapa/penjaga dan murid untuk memastikan peranti


komputer dan SIM card pelan data yang dibekalkan diterima dalam keadaan
baik, menjaga keselamatan peranti dengan baik dan dikembalikan dalam
keadaan baik.

5. TEMPOH PELAKSANAAN

5.1 Peranti komputer dan SIM Card untuk pelan data yang dibekalkan adalah
pinjaman kepada murid yang layak selagi mana murid tersebut bersekolah.

5.2 Peranti komputer dan SIM Card pelan data perlu dipulangkan kepada pihak
sekolah sekiranya murid tersebut:
i) menamatkan persekolahan;
ii) berhenti sekolah;
iii) dibuang sekolah;

GP Pengurusan Peranti Komputer KPM & Program CERDIK - 4


iv) bertukar sekolah; dan
v) menyalahgunakan peranti komputer dan dan SIM Card yang dibekalkan
untuk mendatangkan kemudaratan kepada negara atau menyalahi
undang-undang negara.

5.3 Sekiranya peranti komputer dan SIM Card pelan data yang dipinjam hilang
maka tiada penggantian. Penalti akan dikenakan ke atas peminjam/ibu
bapa/penjaga berdasarkan keputusan JK Bantuan Murid Sekolah (Peranti
Komputer).

5.4 Sepanjang tempoh pinjaman sekiranya peranti komputer perlu diselenggara


atau penggantian yang masih dalam tempoh waranti, maka peranti tersebut
akan diselenggara dan diuruskan oleh JPN/ PPD.

5.5 Sepanjang tempoh pinjaman, murid yang layak menerima peranti perlu
memastikan peranti tersebut disimpan dan dikendali dengan selamat dan baik.
Penggunaan peranti tersebut hanya untuk tujuan pembelajaran sahaja.

5.6 Sepanjang tempoh pinjaman, pada bila-bila masa JK Bantuan Murid Sekolah
(Peranti Komputer) boleh mengarahkan peminjam peranti (murid/ibu
bapa/penjaga) untuk menyerah peranti komputer dan SIM Card yang
dibekalkan untuk diperiksa dan disemak kandungan yang dimuatkan ke dalam
peranti komputer.

6. TATACARA PERMOHONAN

6.1 Murid perlu mengisi Borang Permohonan Bantuan Peranti Komputer seperti di
Lampiran 1 dan 2 (Borang PB-1 & Borang PB-2) dan dikemukakan kepada
sekolah untuk pertimbangan dan perakuan JK Bantuan Murid Sekolah (Peranti
Komputer).

GP Pengurusan Peranti Komputer KPM & Program CERDIK - 5


6.2 Ibu bapa/penjaga/murid perlu mengisi Borang Aku Janji Penerimaan Peranti
seperti di Lampiran 3 sebelum peranti komputer dan SIM card diserahkan oleh
pihak sekolah.

6.3 Senarai murid yang layak menerima peranti (Lampiran 5) akan dikemukakan
kepada JPN/PPD untuk semakan dan pengesahan sebelum dikemukakan
kepada JPN untuk kelulusan.

6.4 JPN hendaklah mengemukakan senarai bilangan murid yang layak menerima
peranti komputer kepada Bahagian Pengurusan Maklumat, KPM.

7. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

7.1 BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN

i) Mengeluar, mengedar dan membuat semakan GP Pengurusan Peranti


Komputer Kepada Murid Sekolah KPM di bawah Program CERDIK.
ii) Memantau pengurusan pemilihan murid yang layak menerima peranti
komputer di JPN dan PPD serta melaksanakan verifikasi di sekolah yang
terpilih.
iii) Melaksanakan bimbingan, penataran dan latihan bagi kaedah
pengurusan pemilihan murid yang layak menerima peranti komputer yang
dikeluarkan oleh KPM.

7.2 BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT

i) Mengeluar dan mengedarkan senarai nama sekolah dan murid yang


layak menerima peranti komputer di bawah Program CERDIK kepada
JPN/PPD terlibat.
ii) Mengurus dan mengumpul data murid yang layak menerima peranti
komputer di bawah Program CERDIK yang diserahkan oleh JPN.

GP Pengurusan Peranti Komputer KPM & Program CERDIK - 6


7.3 PEGAWAI MEJA BANTUAN JPN

i) Merancang, melaksana, memantau dan menambahbaik pelaksanaan


pengurusan pemilihan murid yang layak menerima peranti komputer di
peringkat JPN/PPD dan sekolah berdasarkan GP Pengurusan Peranti
Komputer Kepada Murid yang dikeluarkan oleh KPM.
ii) Mengurus, mengumpul dan melaksanakan verifikasi data murid yang
layak menerima peranti komputer untuk dihantar kepada KPM.
iii) Melaporkan analisis dan data murid layak menerima peranti komputer
dalam tahun semasa dalam mesyuarat pengurusan peringkat negeri.
iv) Taklimat dan bimbingan berkaitan pelaksanaan pengurusan pemilihan
murid yang layak menerima peranti komputer kepada PPD/sekolah.
v) Memantau dan membuat verifikasi terhadap taklimat pelaksanaan
pengurusan pemilihan murid yang layak menerima peranti komputer oleh
PPD kepada pihak sekolah.

7.4 PEGAWAI MEJA BANTUAN PPD

i) Merancang, melaksana, memantau dan menambahbaik pelaksanaan


pengurusan pemilihan murid yang layak menerima peranti komputer di
peringkat sekolah berdasarkan GP Pengurusan Peranti Komputer
Kepada Murid yang dikeluarkan oleh KPM.
ii) Menyemak dan memperaku senarai nama murid yang layak menerima
peranti komputer yang diterima dari sekolah.
iii) Membuat analisis data murid layak menerima peranti komputer untuk
dihantar ke JPN dalam bentuk hard copy yang telah disahkan dan soft
copy.
iv) Taklimat dan bimbingan pelaksanaan pengurusan pemilihan murid yang
layak menerima peranti komputer kepada sekolah.
v) Pengedaran surat arahan pelaksanaan pengurusan pemilihan murid yang
layak menerima peranti komputer yang diterima daripada JPN dan KPM
kepada pihak sekolah.

GP Pengurusan Peranti Komputer KPM & Program CERDIK - 7


7.5 PENGETUA/GURU BESAR

i) Mempengerusikan JK Bantuan Murid Sekolah (Peranti Komputer) untuk


menyemak Borang Permohonan Murid dan memutuskan murid yang
layak menerima peranti komputer berdasarkan kriteria yang ditetapkan.
ii) Memastikan peraturan/tatacara/prosedur pengurusan peranti komputer
dipatuhi.
iii) Memastikan penyampaian maklumat kepada ibu bapa/penjaga tentang
pinjaman peranti komputer dilaksanakan.
iv) Memantau penggunaan peranti komputer oleh murid.
v) Melaporkan senarai penerima peranti komputer kepada JPN/PPD.
vi) Mengesahkan peranti komputer yang diterima daripada PPD berada
dalam keadaan baik sebelum diserahkan kepada ibu
bapa/penjaga/murid.
vii) Memastikan laporan penggunaan peranti komputer murid diserahkan
kepada JPN/PPD mengikut tarikh yang ditetapkan.
viii) Membuat laporan polis bagi kes kehilangan peranti komputer di premis
sekolah.

7.6 GURU PENOLONG KANAN (PENTADBIRAN)

i) Menganggotai JK Bantuan Murid Sekolah (Peranti Komputer).


ii) Menguruskan pelaporan peranti komputer berdasarkan senarai nama
murid yang layak.
iii) Menyelaras sesi taklimat kepada murid tentang penggunaan peranti
komputer dan SIM card yang dibekalkan. Di samping itu, menyatakan
larangan dan implikasi ke atas mereka sekiranya menggunakan peranti
komputer dan SIM card pelan data yang dibekalkan bukan untuk tujuan
pembelajaran.
iv) Memaklumkan kepada murid yang menerima peranti komputer untuk
melaksanakan pembelajaran kendiri dengan e-bahan/bahan

GP Pengurusan Peranti Komputer KPM & Program CERDIK - 8


pembelajaran yang dimuatkan dalam peranti komputer atau mengakses
laman sesawang berkaitan pembelajaran.

7.7 GURU PENOLONG KANAN (HAL EHWAL MURID)

i) Menganggotai JK Bantuan Murid Sekolah (Peranti Komputer).


ii) Mengurus dan menyemak Borang Permohonan Murid (Peranti Komputer)
iaitu PB-1, PB-2 dan Borang Aku Janji Penerimaan Peranti Komputer.
iii) Menyelaras pengagihan pembekalan peranti komputer dan SIM card
pelan data kepada murid yang layak.
iv) Mengurus penalti dan pemulangan peranti komputer yang diterima oleh
murid sekiranya JK Bantuan Murid Sekolah (Peranti Komputer)
mendapati peranti tersebut telah disalahgunakan dan menyalahi undang-
undang negara dan bukan untuk kegunaan pembelajaran.

7.8 GURU PENYELARAS PERANTI KOMPUTER

i) Guru yang bertanggungjawab (yang dilantik) perlu menyemak peralatan


peranti komputer yang dibekalkan oleh JPN/PPD. Sekiranya memerlukan
bantuan atau nasihat, sekolah boleh mendapatkan khidmat nasihat
Juruteknik Komputer di PPD/PKG untuk membantu menyemak peralatan
pembekalan.
ii) Menyemak senarai peralatan yang diterima adalah lengkap.
iii) Mengesahkan penerimaan peralatan yang lengkap daripada JPN/PPD
dengan menandatangani dokumen berkaitan.
iv) Memperakui peralatan adalah berfungsi setelah pemasangan dan
pengujian dilaksanakan oleh JPN/PPD.
v) Menghadiri taklimat yang disampaikan oleh JPN/PPD.
vi) Membuat aduan di Sistem Meja Perkhidmatan ICT KPM sekiranya
berlaku kerosakan/kehilangan peranti komputer murid.
vii) Mengurus penggantian peranti komputer yang rosak/hilang.
viii) Menjadi admin kepada sistem pengurusan peranti komputer kepada
murid.

GP Pengurusan Peranti Komputer KPM & Program CERDIK - 9


ix) Menyelaras dan menguruskan Borang Permohonan PB-1/ PB-2 dan
Borang Aku Janji Penerimaan Peranti Komputer.
x) Menganggotai JK Bantuan Murid Sekolah (Peranti Komputer).
xi) Menyedia dan menyimpan rekod senarai nama murid yang layak
menerima peranti komputer untuk tujuan auditan.
xii) Membantu pelaksanaan pengurusan peranti komputer mengikut
peraturan/GP/tatacara pelaksanaan yang digariskan oleh KPM dari
semasa ke semasa.

7.9 JURUTEKNIK KOMPUTER SEKOLAH

i) Menganggotai JK Bantuan Murid Sekolah (Peranti Komputer).


ii) Membantu guru penyelaras peranti komputer menyemak peralatan
pembekalan.
iii) Membantu proses pemeriksaan dan penyelanggaraan.
iv) Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan pencegahan/preventive
maintenance (PM).
v) Membantu guru penyelaras peranti komputer berkaitan pengurusan
peranti komputer murid.
vi) Melaksanakan sepenuhnya arahan JK Bantuan Murid Sekolah (Peranti
Komputer).

7.10 IBU BAPA/PENJAGA

Ibu bapa/penjaga murid perlu bertanggungjawab dan menghargai kemudahan


yang disediakan oleh Kerajaan. Oleh itu, ibu bapa/penjaga mempunyai
peranan dan tanggungjawab seperti berikut:
i) Memberi kebenaran kepada anak/tanggungan mereka untuk menerima
peranti komputer pada Borang PB-1, PB-2 dan Borang Aku Janji
Penerimaan Peranti Komputer.
ii) Memastikan penjagaan keselamatan peranti komputer yang diterima
dengan baik.

GP Pengurusan Peranti Komputer KPM & Program CERDIK - 10


iii) Membuat laporan polis sekiranya peranti komputer anak/tanggungan
mereka hilang.
iv) Memastikan peranti komputer yang diterima oleh anak/tanggungan
mereka dikembalikan pada masa yang ditetapkan.
v) Memastikan anak/tanggungan mereka melaksanakan pembelajaran
kendiri dengan e-bahan/bahan pembelajaran yang dimuatkan dalam
peranti komputer.
vi) Memastikan SIM card pelan data yang diterima anak/tanggungan mereka
mengakses talian Internet atau laman sesawang yang dibenarkan sahaja.
vii) Menjelaskan segala penalti yang dikenakan sekiranya JK Bantuan Murid
Sekolah (Peranti Komputer) mendapati kehilangan/kerosakan peranti
komputer disebabkan kecuaian sendiri.
viii) Memulangkan kembali peranti komputer yang diterima oleh
anak/tanggungan mereka sekiranya JK Bantuan Murid Sekolah (Peranti
Komputer) mendapati peranti tersebut disalahgunakan dan menyalahi
undang-undang negara dan bukan untuk kegunaan pembelajaran.

7.11 MURID

Kesedaran dalam kalangan murid untuk menghargai kemudahan yang


diberikan kepada mereka adalah penting. Mereka sepatutnya dipupuk untuk
menghargai kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan dalam memajukan
pendidikan mereka terutama dalam norma baharu. Dengan ini, murid turut
mempunyai peranan dan tanggungjawab seperti berikut:
i) Menjaga keselamatan dan kebersihan peranti komputer yang diterima.
ii) Memastikan peranti komputer yang diterima tidak diconteng, ditulis atau
sebarang jenis perlakuan yang boleh mengakibatkan kerosakan peranti
komputer.
iii) Mematuhi peraturan/polisi KPM yang ditetapkan.
iv) Menggunakan sebaik-baiknya boleh peranti komputer yang dibekalkan
untuk pembelajaran kendiri.

GP Pengurusan Peranti Komputer KPM & Program CERDIK - 11


v) Menggunakan SIM card pelan data yang diterima untuk mengakses talian
Internet pembelajaran kendiri dan tidak mengakses laman sesawang
yang menyalahi undang-undang negara.

8. JAWATANKUASA BANTUAN MURID SEKOLAH (PERANTI KOMPUTER)

8.1 Penubuhan JK

i) Pengetua/Guru Besar (PGB) perlu menubuh dan mengetuai JK Bantuan


Murid Sekolah (Peranti Komputer).
ii) Keanggotaan JK Bantuan Murid Sekolah (Peranti Komputer) adalah
terdiri daripada:
• Penolong Kanan Pentadbiran;
• Penolong Kanan Hal Ehwal Murid;
• Guru Penyelaras Peranti Komputer (dilantik); dan
• Juruteknik Komputer.

8.2 Pelantikan Guru Penyelaras Peranti Komputer

PGB perlu melantik Guru Penyelaras Peranti Komputer yang


bertanggungjawab untuk menyemak peralatan peranti komputer dan SIM Card
Pelan Data yang dibekalkan oleh JPN/ PPD.

8.3 Penerimaan Peranti Komputer dan SIM Card Pelan Data

8.3.1 Panduan Penerimaan


i) Peralatan yang diterima oleh pihak sekolah adalah seperti
berikut:
• Perkakasan – komputer riba/tablet iPad;
• Perisian – MS Window 10Pro dan perisian berkaitan; dan
• SIM Card pelan data.
ii) Penghantaran peralatan ke sekolah akan dijadualkan oleh
JPN/PPD.

GP Pengurusan Peranti Komputer KPM & Program CERDIK - 12


iii) Pihak sekolah perlu menyemak bilangan peralatan. Sekiranya
terdapat kerosakan, kekurangan atau tidak menepati spesifikasi
perlu melaporkan kepada JPN/PPD.
iv) Pihak sekolah berhak tidak menandatangani borang
pengesahan sekiranya terdapat peralatan yang rosak dan tidak
dapat diganti oleh JPN/ PPD.

8.3.2 Pengujian dan Pentauliahan


i) Pihak JPN/PPD dengan bantuan Juruteknik Komputer akan
melakukan pengujian dan pentauliahan ke atas semua
peralatan komputer riba/tablet iPad dan SIM Card pelan data
yang dibekalkan kepada sekolah.
ii) Pihak sekolah akan menerima peralatan komputer riba/tablet
iPad dan SIM Card pelan data setelah segala kerja-kerja
pemasangan telah diuji lari dan didapati berfungsi dengan
sempurna oleh JPN/PPD.

8.3.3 Taklimat Penggunaan


i) JPN/PPD akan memberikan taklimat penggunaan kepada pihak
sekolah. Sekurang-kurangnya dua (2) orang wakil sekolah perlu
hadir ke sesi taklimat tersebut.
ii) Guru yang menghadiri taklimat perlu memberikan taklimat
kepada murid/ibu bapa/penjaga yang terlibat.

8.3.4 Pendaftaran
i) Pendaftaran peralatan komputer riba/tablet iPad dan SIM Card
pelan data mengikut surat pekeliling yang berkuat kuasa akan
diuruskan oleh JPN/PPD.
ii) Pihak sekolah perlu mengisi borang penerimaan dan
mengesahkan penerimaan peralatan tersebut.

GP Pengurusan Peranti Komputer KPM & Program CERDIK - 13


8.3.5 Penyimpanan
i) Komputer riba/tablet iPad yang dalam simpanan sekolah perlu
diletakkan di tempat yang selamat (seperti laci berkunci, bilik
khas berkunci dan sebagainya) dan sentiasa di bawah kawalan
PGB.
ii) Komputer riba/tablet iPad yang berada dalam simpanan
murid/ibu bapa/penjaga perlu dimaklumkan bahawa
tanggungjawab mereka untuk memastikan komputer riba/tablet
iPad yang tidak digunakan disimpan di tempat yang selamat
atau telah diambil langkah-langkah keselamatan yang
sewajarnya (seperti mengunci almari, memasang kunci
kensington dan sebagainya).

8.3.6 Pengagihan

i) Pinjaman
• Guru Penyelaras Peranti Komputer akan mengedarkan
komputer riba/tablet iPad serta SIM Card pelan data kepada
murid yang layak berdasarkan keputusan JK Bantuan Murid
Sekolah (Peranti Komputer).
• Pengagihan hanya dilaksanakan sekiranya murid telah
melengkapkan Borang Permohanan dan Borang Aku Janji
Penerimaan Peranti Komputer.
• Guru Penyelaras Peranti Komputer memberikan taklimat
penggunaan dan penjagaan peranti komputer kepada semua
murid yang layak menerima peranti.

ii) Agihan semula


• JK Bantuan Murid Sekolah (Peranti Komputer) akan
memutuskan murid yang layak (berdasarkan senarai
simpanan yang memenuhi kriteria yang ditetapkan) untuk
menerima peranti komputer berdasarkan bilangan peranti

GP Pengurusan Peranti Komputer KPM & Program CERDIK - 14


komputer dan SIM Card pelan data yang dikembalikan oleh
murid yang merupakan penerima sebelumnya.
• Guru Penyelaras Peranti Komputer akan mengagihkan
komputer riba/tablet iPad serta SIM Card pelan data kepada
murid yang layak berdasarkan keputusan JK Bantuan Murid
Sekolah (Peranti Komputer).
• Guru Penyelaras Peranti Komputer memberikan taklimat
penggunaan dan penjagaan peranti komputer kepada murid
yang layak menerima peranti agihan semula.

8.3.7 Pemulangan
i) Memastikan komputer riba/tablet iPad yang dipulangkan dalam
keadaan berfungsi supaya dapat dipinjamkan semula kepada
murid lain.
ii) Murid/ibu bapa/penjaga perlu mengisi dan menandatangani
Borang Pemulangan Peranti Komputer seperti di Lampiran 4.
iii) Guru Penyelaras Peranti Komputer perlu merekodkan
pemulangan peranti dan melaporkan kepada JK Bantuan Murid
Sekolah (Peranti Komputer).

8.3.8 Perpindahan/Pertukaran/Kes Berhenti Sekolah/Buang Sekolah


Murid
i) Murid perlu memulangkan komputer riba/tablet iPad sekiranya
berpindah/bertukar sekolah ke sekolah lain/kes berhenti
sekolah/buang sekolah.
ii) Murid/ibu bapa/penjaga perlu mengisi dan menandatangani
Borang Pemulangan Peranti Komputer.
iii) Guru Penyelaras Peranti Komputer perlu merekodkan
pemulangan peranti dan melaporkan kepada JK Bantuan Murid
Sekolah (Peranti Komputer).

GP Pengurusan Peranti Komputer KPM & Program CERDIK - 15


8.3.9 Penyelenggaraan
i) Penyelenggaraan pemulihan/Corrective Maintenance (CM)
dalam tempoh waranti:
• Khidmat penyelenggaraan pemulihan meliputi perkhidmatan
berikut:
- Mengenal pasti masalah;
- Penyelesaian masalah;
- Membekalkan peralatan pinjaman;
- Mengesan masalah;
- Ujian diagnostic; dan
- Mengganti alat ganti/peralatan.
• Sekiranya berlaku kerosakan pada komputer riba/tablet iPad,
pihak sekolah perlu menghantar laporan aduan kerosakan
kepada JPN/PPD.

ii) Penyelenggaraan pencegahan/Preventive Maintenance (PM)


oleh pihak sekolah:
• PM adalah satu aktiviti berkala yang dilaksanakan mengikut
tempoh tertentu bagi memastikan setiap komputer riba/tablet
iPad yang dibekalkan berada dalam keadaan yang baik dan
optimum.
• Aktiviti ini merangkumi aspek fizikal dan perisian di mana
komputer riba/tablet iPad dapat beroperasi dengan baik dan
mempunyai jangka hayat lebih lama berbanding dengan
yang tiada aktiviti penyelenggaraan.
• Aktiviti PM boleh dijadualkan sebanyak sekali (1) bagi
setahun.
• Skop kerja adalah seperti berikut:

Perlu memastikan komputer riba/tablet iPad


Fizikal terutama skrin LCD, touch pad, port berada
dalam keadaan baik.

GP Pengurusan Peranti Komputer KPM & Program CERDIK - 16


Perlu melaksanakan (mengikut keperluan)
iaitu disk cleaning, disk defragment,
Perisian
update/patching dan reset komputer
riba/tablet iPad jika perlu.

8.3.10 Kehilangan/Kerosakan Peranti


i) Ibu bapa/penjaga murid perlu bertanggungjawab dan membuat
laporan polis sekiranya peranti komputer anak/tanggungan
mereka hilang.
ii) Ibu bapa/penjaga murid perlu memaklumkan
kehilang/kerosakan peranti komputer anak/tanggungan mereka
kepada pihak sekolah.
iii) JK Bantuan Murid Sekolah (Peranti Komputer) apabila
menerima laporan kehilangan/kerosakan peranti komputer perlu
melakukan:
• Siasatan kehilangan/kerosakan peranti komputer tersebut.
Siasatan berfokas kepada punca kehilangan/kerosakan
peranti. Adakah kehilangan/kerosakan peranti komputer
disebabkan oleh kecuaian atau ada unsur jenayah.
• Sekiranya dapatan siasatan mendapati
kehilangan/kerosakan peranti komputer disebabkan oleh
kecuaian atau ada unsur jenayah. JK Bantuan Murid Sekolah
(Peranti Komputer) perlu mengeluarkan surat kepada ibu
bapa/penjaga murid untuk menuntut bayaran penalti
berjumlah RM300.00 (Tiga Ratus Ringgit Malaysia).
• Amaun bayaran yang diterima daripada ibu bapa/penjaga
murid hendaklah dimasukkan ke dalam akaun hasil kerajaan
sekolah.
• Sekolah boleh menggunakan wang tersebut untuk tujuan
kebajikan murid terutama pembelian peralatan atau
penyelenggaraan peranti komputer.

GP Pengurusan Peranti Komputer KPM & Program CERDIK - 17


iv) Sekiranya JK Bantuan Murid Sekolah (Peranti Komputer)
menerima rayuan daripada ibu bapa/penjaga murid untuk
mengecualikan daripada membayar penalti disebabkan oleh
kemiskinan atau tidak berkemampuan untuk menjelaskan
penalti tersebut. JK boleh mengecualikan bayaran penalti bagi
kes kehilangan/kerosakan peranti komputer disebabkan oleh
kecuaian sahaja. Namun keputusan ini hendaklah direkod untuk
rujukan auditan.

v) Tiada penggantian dan penambahan peranti komputer


sekiranya kehilangan/rosak disebabkan kecuaian penerima.

vi) Kehilangan/kerosakan SIM Card pelan data tidak akan


dikenakan sebarang penalti dan penggantian. Namun sekiranya
ibu bapa/penjaga murid ingin terus melanggan talian internet
boleh berhubung terus dengan TELCO yang menyedia dan
membekalkan perkhidmatan tersebut.

8.3.11 Pengurusan Aset


Laporan pengurusan peranti komputer perlu disediakan untuk tujuan
dokumentasi sekolah.

8.3.12 Meja Perkhidmatan ICT KPM


i) Guru Penyelaras Peranti Komputer atau Juruteknik Komputer
sekolah adalah Person-in-Charge (PIC)/Pegawai Bantuan
Teknikal ICT (PBT ICT) bagi Meja Perkhidmatan ICT di
peringkat sekolah dalam tempoh jaminan.
ii) Sistem Meja Perkhidmatan ICT dapat dicapai oleh kakitangan
KPM melalui saluran berikut:

Sistem : https://isd.moe.gov.my

E-mel : isd@moe.gov.my

GP Pengurusan Peranti Komputer KPM & Program CERDIK - 18


iii) Murid/ibu bapa/penjaga boleh membuat aduan kepada KPM
melalui saluran berikut:

Sistem : http://moe.spab.gov.my
E-Mel : adukpm@moe.gov.my
DELIMA
gchelpdesk@moe-dl.edu.my
(aduan berkaitan : bstp-gchelpdesk@moe-
Google Classroom
dl.edu.my
DELIMA)

iv) Tempoh jaminan bagi peralatan komputer riba dan tablet iPad
adalah 12 bulan atau dinyatakan semasa pembekalan.
v) Tempoh membaik pulih peralatan yang rosak adalah mengikut
Service Level Agreement (SLA) seperti berikut:

Meja Perkhidmatan ICT/PBT ICT akan

Respond memberikan maklum balas kepada


time kakitangan KPM yang mengadu dalam
tempoh satu (1) hari bekerja.

Resolution Penyelesaian aduan dalam tempoh tiga


time (3) hari bekerja.

8.4 JK Bantuan Murid Sekolah (Peranti Komputer) perlu menyediakan minit


mesyuarat yang mengandungi maklumat berkaitan proses pemilihan murid
(layak dan tidak layak), isu dan perbincangan berkaitan pengurusan peranti
komputer bagi tujuan pengauditan dan pemantauan.

8.5 JK Bantuan Murid Sekolah (Peranti Komputer) bertanggungjawab ke atas


pengurusan pelaksanaan pembekalan peranti komputer kepada murid yang
layak dan memantau pelaksanaannya.

GP Pengurusan Peranti Komputer KPM & Program CERDIK - 19


8.6 JK Bantuan Murid Sekolah (Peranti Komputer) boleh menarik balik pinjaman
peranti komputer dan SIM Card pelan data pada bila-bila masa sekiranya
berlaku:
• pemberian maklumat permohonan yang tidak betul oleh pemohon; dan
• penyalahgunaan peranti komputer dan SIM Card pelan data secara
memudaratkan keselamatan negara atau melanggar undang-undang
negara.

8.7 JK Bantuan Murid Sekolah (Peranti Komputer), sekiranya terdapat lebihan


peranti komputer dan SIM card (jika ada) setelah proses verifikasi senarai
nama yang diterima daripada KPM selesai, boleh memutuskan agihan kepada
penerima lain yang layak berdasarkan permohonan daripada murid kohort
yang sama. Keputusan JK ini perlu mematuhi kriteria yang ditetapkan dan
direkodkan untuk semakan audit.

9. PANDUAN KESELAMATAN

9.1 Jenis-Jenis Bencana


i) Banjir.
ii) Kebakaran.
iii) Puting beliung.

9.2 Langkah Pencegahan Awal


9.2.1 Banjir
i) Pihak sekolah memaklumkan kepada semua murid persediaan
dan persiapan menghadapi banjir (terutama pada musim hujan).
ii) Menempatkan di tempat tinggi/tingkat atas bangunan terutama
di kawasan yang sering dilanda banjir.
9.2.2 Kebakaran
i) Menyediakan alat pemadam api yang berfungsi.
ii) Sentiasa memeriksa sistem pendawaian elektrik.
iii) Sentiasa mematuhi arahan keselamatan kebakaran.
9.2.3 Puting Beliung

GP Pengurusan Peranti Komputer KPM & Program CERDIK - 20


i) Pastikan peranti komputer disimpan dalam almari tertutup.
ii) Sentiasa memastikan peranti komputer dalam keadaan sedia
untuk diselamatkan.

9.3 Tindakan Semasa Berlaku Bencana


9.3.1 Banjir
i) Mengikut nasihat pihak berkuasa.
ii) Memindahkan peranti komputer ke tempat yang selamat (jika
keadaan mengizinkan).
9.3.2 Kebakaran
i) Mengikut nasihat pihak berkuasa.
ii) Menyelamatkan peranti komputer (jika keadaan mengizinkan).

9.4 Selepas Berlaku Bencana


i) Memohon PPD/PKG menyemak/ menguji kefungsian aset.
ii) Membuat laporan dan anggaran jumlah kerosakan peranti komputer dan
SIM Card pelan data kepada JPN/PPD.

10. PANDUAN PENCEGAHAN KEHILANGAN

10.1 Jenis-Jenis Kehilangan


10.1.1 Kecurian
i) Dalam rumah.
ii) Dalam sekolah.
iii) Luar kawasan rumah/sekolah.
10.1.2 Hilang tanpa disedari
i) Hilang semasa kemalangan.
ii) Hilang disebabkan kecuaian.

10.2 Langkah Pencegahan Awal


i) Selepas penggunaan, perlu dikemaskan dan simpan dengan baik.
ii) Dibawa keluar sekiranya ada keperluan sahaja.
iii) Sentiasa dalam kawalan semasa berada di luar.
iv) Tidak tinggal di mana-mana selepas penggunaan.

GP Pengurusan Peranti Komputer KPM & Program CERDIK - 21


10.3 Selepas Berlaku Kehilangan
i) Apabila pengguna telah memastikan kehilangan, perlu segera membuat
laporan polis dan melaporkan kepada pihak sekolah untuk tindakan
seterusnya.
ii) Sekolah perlu bertindak mengikut GP yang ditetapkan.

11. PEMANTAUAN

11.1 JK Bantuan Murid Sekolah (Peranti Komputer) hendaklah bertanggungjawab


memantau dan memastikan pelaksanaan ini mengikut garis panduan
pengurusan peranti komputer serta peraturan-peraturan semasa yang
ditetapkan;
11.2 Pihak JPN/PPD bertanggungjawab membuat pemantauan ke atas
pelaksanaan peranti komputer bagi memastikan ianya mengikut GP
pengurusan peranti komputer dan peraturan yang ditetapkan.

12. LAPORAN PENGGUNAAN PERANTI KOMPUTER

Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) dan Bahagian Pembangunan


Kurikulum (BPK) hendaklah mengemukakan laporan penggunaan peranti komputer
murid ini dari semasa ke semasa.

13. PERLINDUNGAN KEPADA GURU

13.1 Pihak pembekal adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa-apa


kerosakan peranti komputer yang dibekalkan yang boleh menyebabkan
kecederaan kepada murid.

13.2 Pihak pembekal adalah bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku


ketidakpatuhan terhadap mana-mana dalam dokumen yang dipersetujui di
antara KPM dan YH.

13.3 Warga sekolah tidak boleh dipersalahkan sekiranya pihak pembekal tidak
mematuhi mana-mana terma dalam dokumen yang dipersetujui di antara KPM
dan YH.

GP Pengurusan Peranti Komputer KPM & Program CERDIK - 22


14. PEMAKAIAN GARIS PANDUAN

GP ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan 1PP, AM, KEW.PA dan Surat Siaran
yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

15. TARIKH KUAT KUASA

GP ini berkuat kuasa mulai dari tarikh ia dikeluarkan.

GP Pengurusan Peranti Komputer KPM & Program CERDIK - 23


PROSES KERJA
PENGURUSAN PERANTI KOMPUTER KEPADA MURID SEKOLAH DI BAWAH
PROGRAM CERDIK

BIL. TINDAKAN RUJUKAN TANGGUNGJAWAB

1.1 Pengesahan Kelayakan Murid

i. Sekolah menerima data APDM dan Pegawai Kebajkan Hal


kriteria kelayakan daripada JPN/ Ehwal Murid JPN/PPD
PPD dan melaksanakan verifikasi dan PGB
mengikut keutamaan seperti
berikut:
a) Murid warganegara;
b) Murid yang bersekolah di SK
dan SBK KPM.
c) Murid di Tahun 4 sekolah
rendah dan Tingkatan 3 sekolah
menengah;
d) Murid dari kategori keluarga
berpendapatan RM4,850 dan ke
bawah;
e) Murid yang tiada peranti
komputer riba atau iPad yang
berspesifikasi yang ditetapkan
KPM *; dan
f) Murid yang tiada SIM Card
pelan data mengakses ke talian
Internet*.
* verifikasi di peringkat sekolah

GP Pengurusan Peranti Komputer KPM & Program CERDIK - 24


BIL. TINDAKAN RUJUKAN TANGGUNGJAWAB

ii. Sekolah mengedarkan borang Borang PB-1/ Guru Penyelaras Peranti


permohonan kepada ibu bapa/ Borang PB-2 Komputer/Murid
penjaga murid yang layak mohon
(tidak perlu jika telah mengisi PB-1
dan PB-2 pada tahun semasa)

iii. PGB melalui JK Bantuan Murid Sekolah


Sekolah (Peranti Komputer)
mempertimbangkan dan
meluluskan permohonan
berdasarkan dokumen PB-1 dan
PB-2.

iv. Ibu bapa/penjaga melengkapkan Borang Aku Ibu bapa/Penjaga


Borang Aku Janji Penerimaan Janji
Peranti Komputer. Penerimaan
Peranti
Komputer

v. Setiap peranti komputer akan Borang Pelan Ibu bapa/Penjaga


dibekalkan dengan pelan data bagi Data
tempoh satu (1) tahun. Ibu bapa/
penjaga hendaklah melengkapkan
Borang Pelan Data.

vi. PGB perlu memastikan segala PGB


dokumen adalah lengkap sebelum
serahan dibuat.

vii. Guru Penyelaras Peranti Komputer Guru Penyelaras Peranti


mengemaskini maklumat rekod. Komputer

GP Pengurusan Peranti Komputer KPM & Program CERDIK - 25


BIL. TINDAKAN RUJUKAN TANGGUNGJAWAB

1.2 Penjagaan dan Penyimpanan Peranti Komputer di Sekolah

i. Aset hendaklah sentiasa berada di AM 2.4 Murid


bawah tanggungjawab peminjam.

ii. Aset hendaklah disimpan di dalam Murid/


almari/kabinet yang berkunci/bilik Guru Penyelaras Peranti
khas untuk penyimpanan peralatan Komputer
ICT.

iii. Aset tidak boleh dibiarkan terletak di Murid


tempat yang terdedah kepada
umum kecuali ianya dikunci (cable
lock).

1.3 Kehilangan Peranti Komputer

Sekiranya berlaku kehilangan terhadap


aset yang dipinjamkan, perkara berikut
perlu dilaksanakan:

i. Ibu bapa/penjaga murid perlu Ibu bapa/Penjaga Murid


melaporkan kehilangan kepada
pihak sekolah.

ii. Guru yang mengetahui kehilangan Guru Penyelaras Peranti


hendaklah melaporkannya kepada Komputer
Ketua Jabatan dengan serta-merta.

iii. Jika kehilangan berlaku di sekolah, Guru Penyelaras Peranti


Guru hendaklah membuat Laporan Komputer
Polis dengan segera, tidak lewat
dari 24 jam dari masa kehilangan
telah diketahui.

GP Pengurusan Peranti Komputer KPM & Program CERDIK - 26


BIL. TINDAKAN RUJUKAN TANGGUNGJAWAB

iv. Jika kehilangan berlaku di rumah Ibu Bapa/Penjaga


atau di luar sekolah ibu Murid
bapa/penjaga murid hendaklah
membuat Laporan Polis dengan
segera, tidak lewat dari 24 jam dari
masa kehilangan telah diketahui.

v. Guru penyelaras hendaklah Guru Penyelaras Peranti


memaklumkan kepada PPD Komputer

1.4 Penyelenggaraan Tidak Berjadual

i. Aduan kerosakan hendaklah Sistem Meja Guru Penyelaras Peranti


melalui Sistem Meja Perkhidmatan Perkhidmatan Komputer
ICT KPM. ICT KPM

ii. Aduan kerosakan akan disalurkan Sistem Meja Pegawai JPN


kepada Pegawai JPN. Perkhidmatan
ICT KPM

iii. Pegawai JPN hendaklah Pegawai Aset (PPD)


memanjangkan aduan kepada PPD
bertanggungjawab.

1.5 Penyelenggaraan Berjadual

i. Setiap Aset ICT yang dipinjam Borang Murid/Guru Penyelaras


hendaklah dipulangkan sebelum Pemulangan Peranti Komputer
tamat persekolahan akhir tahun Peranti
bagi tujuan penyelenggaraan Komputer
berkala.

GP Pengurusan Peranti Komputer KPM & Program CERDIK - 27


BIL. TINDAKAN RUJUKAN TANGGUNGJAWAB

ii. Guru ICT hendaklah menyemak Guru Penyelaras Peranti


keadaan aset ICT dan memastikan Komputer
dalam keadaan baik dan aksesori
yang mencukupi.

iii. Aset ICT akan dikumpulkan untuk Juruteknik Komputer


dilaksanakan penyelenggaraan oleh (PPD)
Juruteknik Komputer.

1.6 Bencana

i. Sekiranya berlaku kehilangan/


kerosakan terhadap aset yang
dipinjamkan disebabkan bencana
alam:
Jika berlaku kehilangan, rujuk para
1.3: Kehilangan.
Jika berlaku kerosakan rujuk para
1.4: Penyelenggaraan (Tidak
Berjadual)

GP Pengurusan Peranti Komputer KPM & Program CERDIK - 28


CARTA ALIR
PENGURUSAN PERANTI KOMPUTER KEPADA MURID SEKOLAH
DI BAWAH PROGRAM CERDIK

SEKOLAH MENERIMA Diberikan oleh JPN/PPD berdasarkan


SENARAI MURID YANG data APDM dan kriteria kelayakan
LAYAK MEMOHON

Sekolah mengedarkan borang


PENGISIAN BORANG permohonan kepada ibu
PB-1/ PB-2 PERMOHONAN bapa/penjaga murid yang layak (tidak
PB2 BANTUAN BERSEPADU perlu jika telah mengisi PB-1 dan PB-
2 pada tahun semasa)

MESYUARAT JK PGB melalui JK mempertimbangkan


BANTUAN MURID dan meluluskan permohonan
SEKOLAH berdasarkan dokumen PB-1 dan PB-
2

RAYUAN LULUS
SEMULA

PGB melalui JK mempertimbangkan


SENARAI NAMA MURID
LAYAK DITAWARKAN dan meluluskan permohonan
berdasarkan dokumen PB-1 dan PB-
2

MENGISI BORANG AKU Ibu bapa/Penjaga melengkapkan


JANJI PENERIMAAN Borang Aku Janji Penerimaan Peranti
PERANTI KOMPUTER Komputer

PENYERAHAN PERANTI PGB perlu memastikan segala


KOMPUTER/SIM CARD dokumen adalah lengkap sebelum
KEPADA MURID serahan dibuat.

MENGEMASKINI REKOD Dikemaskini oleh Guru Penyelaras


MURID DAN REKOD Peranti Komputer
PERANTI

GP Pengurusan Peranti Komputer KPM & Program CERDIK - 29


CARTA ALIR
PENYELENGGARAAN PERANTI KOMPUTER

GURU PENYELARAS
PERANTI KOMPUTER/ PPD PEMBEKAL
JURUTEKNIK KOMPUTER
• Bagi aset ICT diterima
Mula secara hadiah,
jaminan adalah
mengikut kontrak.
Terima laporan
kerosakan • Bagi aset ICT sewa
beli, jaminan adalah
sepanjang tempoh
Kenal pasti jenis sewaan.
kerosakan

Tidak boleh dibaiki

Lapor kepada
Semak Sistem Meja Perkhidmatan ICT
KPM

Boleh dibaiki?

Kerosakan dibaiki Lapor kepada


Pembekal

Isi Borang KEW.PA- Laksana


Tamat 10/KEW.PA-9 penyelenggaraan

Maklum Sekolah

GP Pengurusan Peranti Komputer KPM & Program CERDIK - 30

Anda mungkin juga menyukai