Anda di halaman 1dari 4

GARIS PANDUAN PEMBERIAN GERAN KOMPUTER RIBA

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU


(VERSI 2.0)

A. TUJUAN
1. Garis panduan ini bertujuan untuk pemakluman tatacara pemberian geran
komputer riba kepada staf pengurusan dan profesional (akademik dan
bukan akademik) yang layak.

2. Pembelian komputer melalui geran ini akan menjimatkan serta


mengurangkan kos pengurusan dan operasi perolehan komputer Universiti
Malaysia Terengganu.

B. SYARAT‐SYARAT KELAYAKAN
1. Pegawai iaitu staf pengurusan dan profesional (akademik dan bukan
akademik) sahaja.

2. Pegawai yang bertaraf tetap sahaja.

3. Nilai geran komputer ini ialah RM 3,500.00 sahaja.

4. Geran akan diberikan sekali dalam tempoh empat (4) tahun.

C. KAEDAH PEMBELIAN
1. Staf akan menerima pemberian geran komputer riba dari Bendahari UMT.

2. Staf membeli komputer riba yang baharu dari mana‐mana pihak.

3. Staf hendaklah membawa komputer riba dan resit pembelian untuk


pengesahan teknikal di Pusat Ekosistem Digital (PED).

4. PED akan mengemukakan borang pengesahan teknikal pembelian komputer


riba kepada Pejabat Bendahari selepas pengesahan teknikal.

5. Staf hendaklah menampung sendiri kos tambahan sekiranya harga


komputer riba baharu yang dibeli melebihi daripada nilaian geran yang
diperuntukkan.
D. TANGGUNGJAWAB STAF
1. Komputer riba yang dibeli adalah hak milik staf berkenaan.

2. Staf hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap komputer riba


meliputi aspek penggunaan, keselamatan dan penyelenggaraan dalam
tempoh empat (4) tahun.

3. Sebarang peningkatan spesifikasi, penyelenggaraan atau sebarang


pembaikian hendaklah dilakukan / ditanggung sendiri oleh staf berkenaan
tanpa melibatkan kos pembiayaan daripada universiti.

4. Komputer sewaan sedia ada (desktop / notebook) milik universiti hendaklah


dipulangkan kepada PED dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas tarikh
pengesahan teknikal di PED.

5. Staf bertanggungjawab untuk membaca, memahami dan mematuhi


peraturan dan syarat pelesenan bagi setiap perisian yang digunakan.

6. Sebarang pemasangan perisian tanpa lesen adalah dilarang dan penyebaran


berkaitan dengan perisian tersebut juga adalah dilarang. Sebarang implikasi
bagi ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di bawah tanggungjawab
staf berkenaan.

7. Staf bertanggungjawab sepenuhnya untuk mematuhi Polisi Keselamatan


Siber UMT dan garis panduan yang berkuatkuasa daripada masa ke semasa.

8. Staf bertanggungjawab sepenuhnya ke atas mana-mana tindakan atau


aktiviti yang menyalahi undang–undang berkaitan dengan komputer baharu
di bawah pemilikannya.

9. Staf adalah bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku kehilangan


komputer riba dan tiada lagi pemberian geran akan diberikan sehingga
tempoh empat (4) tahun yang seterusnya.

10. Staf adalah digalakkan untuk membeli insuran tambahan bagi tujuan
perlindungan tambahan kepada kehilangan atau kerosakkan utama (major
damage).

E. PEMASANGAN PERISIAN BERLESEN UMT


1. Universiti HANYA menyediakan perkhidmatan runding cara pemasangan
perisian automasi pejabat semasa yang ditawarkan oleh universiti untuk
KALI PERTAMA sahaja.
F. KERAHSIAAN MAKLUMAT
1. Data dan fail digital yang berada dalam komputer riba staf yang berkaitan
dengan pentadbiran, penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran menjadi
hak milik universiti. Sila rujuk – Polisi Keselamatan Siber UMT / Aset ICT /
Klausa 6 (a(iv)).

2. Universiti mempunyai hak sepenuhnya ke atas data dan fail digital


berkenaan sekiranya diperlukan.

G. SPESIFIKASI MINIMA KOMPUTER


1. Staf hendaklah membeli komputer riba yang berkeupayaan untuk
melaksanakan perisian yang menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran,
penyelidikan dan pentadbiran seperti berikut :

a. Perisian Automasi Pejabat (Office Automation Software)


b. Perisian Pelayar Web (Web Browser)
c. Perisian lain yang menyokong keperluan staf dan tidak menjadi
kesalahan di sisi undang-undang bagi tujuan pemilikan, pemasangan
dan penggunaan harian.

2. Spesifikasi PERKAKASAN minimum adalah seperti berikut :


Spesifikasi Keperluan Minimum

Pemproses (Processor) Intel Processor i5 / Apple M1 Chip /


AMD Ryzen 5

Sistem Ingatan (Memory System) 8GB Double Data Rate 4 (DDR4)

Sistem Storan (Storage System) 256GB Solid State Drive (SSD)

3. Staf bertanggungjawab untuk membeli komputer riba baharu dengan


sekurang-kurangnya spesifikasi minima di atas. Universiti tidak
bertanggungjawab jika pembelian adalah kurang daripada spesifikasi
minima tersebut. Staf boleh merujuk kepada PED untuk mendapatkan
khidmat nasihat berkenaan spesifikasi komputer riba.
4. Menggunakan sistem pengoperasian sama ada Windows, Sumber Terbuka
(Open Source) atau Apple MacOS. Pembelian komputer riba baharu ini
hendaklah dilengkapkan dengan perisian pengoperasian sistem komputer
yang lengkap seperti Windows 11 Home (minima), macOS Sonoma 14.1.2
(minima) dan lain-lain.
5. Berkeupayaan untuk memaparkan kandungan ke skrin layar dengan
bantuan LCD Projector atau ke Television (TV) menggunakan kabel atau
secara WiFi.

H. PENALTI
1. Staf yang gagal mengemukakan resit belian asal akan dikenakan tindakan
pemotongan gaji bagi bulan yang berikutnya. Pemotongan gaji ini akan
dilaksanakan secara sekaligus.

2. Sekiranya resit belian asal diterima selepas pemotongan gaji dilakukan,


surat rayuan hendaklah dikemukakan kepada Bendahari UMT untuk
pertimbangan bayaran balik gaji yang telah dipotong.

3. Staf yang berhenti, bersara, dipinjamkan ke agensi lain atau tamat /


ditamatkan perkhidmatan dalam tempoh empat (4) tahun dari tarikh
penerimaan geran dikehendaki membayar balik kepada universiti mengikut
kadar kiraan prorata mengikut baki bulan geran komputer tamat. Contoh
pengiraan adalah seperti berikut :

Kadar Prorata x Baki Bulan Geran Komputer Tamat


Kadar Prorata = RM 3,500.00 / 48 bulan = RM 72.10
= RM 72.10 x 12 bulan
= RM 865.20 (Jumlah yang perlu dibayar oleh staf untuk 12 bulan)

4. Sekiranya staf meninggal dunia dalam tempoh perkhidmatan dan masih


mempunyai baki bulan geran komputer ini, ianya tidak perlu dijelaskan oleh
waris staf berkenaan.

5. Kegagalan mana‐mana staf untuk membuat bayaran balik seperti perkara


di atas, universiti berhak menolak amaun bayaran balik tersebut secara
sekaligus daripada bayaran gaji akhir staf tersebut atau award wang tunai.

I. PINDAAN
1. Garis panduan ini boleh dipinda pada bila‐bila masa oleh universiti
berdasarkan keperluan.

Anda mungkin juga menyukai