Anda di halaman 1dari 4

STRATEGI PENGAJARAN

Strategi pengajaran dan pembelajaran dapat didefinisikan sebagai cara yang sistematik untuk
memilih, merancang dan menguruskan kaedah pengajaran untuk menghasilkan pencapaian
pelajar yang optimum. Strategi pengajaran guru dapat diklasifikasikan kepada 4 bahagian
iaitu:

1. Strategi berpusatkan guru


Strategi pengajaran ini memfokuskan kepada guru untuk mengajar dan
membimbing pelajar sepenuhnya di dalam kelas. Ia juga dikenali sebagai
pengajaran eksplisit serta terdiri daripada bahan yang mengandungi langkah-
langkah kecil dan sistematik. Melalui strategi ini, guru menyampaikan sepenuhnya
tentang topik pembelajaran pada hari itu dan murid menerimanya tanpa bantahan.
Contohnya guru ingin menyampaikan pengiraan dalam mata pelajaran matematik,
jadi murid strategi ini sangat sesuai digunakan kerana pengiraan matematik adalah
berbentuk konkrit dan tidak boleh diubah.. Strategi pengajaran ini juga menjadikan
guru peranan utama di dalam bilik darjah di mana guru mengawal semua yang
berlaku di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid juga hanya menjadi
pasif dan mendengar sahaja apa yang disampaikan oleh guru.
2. Strategi berpusatkan murid
Strategi pengajaran berpusatkan murid adalah bermaksud pelajar bertanggungjawab
untuk apa yang diajar dan menerangkan bagaiman ia dipelajari. Strategi ini
menjadikan guru bertindak sebagai fasilitator dan murid melibatkan diri dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung secara aktif. Murid-murid
juga dapat bergerak dengan bebas serta diberi peluang untuk menyatakan
pandangan dan pendaoat mereka terhadap topik pembelajaran pada hari itu. Murid
tidak pasif dan mereka memperoleh pengetahuan melalui pengalaman sendiri.

3. Strategi berpusatkan bahan


Strategi pengajaran ini melibatkan pelbagai bahan dan alatan seperti buku, bahan
lukisan, komputer dan peralatan saintifik untuk menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran. Bagi meningkatkan pemahaman murid-murid terhadap topik yang
akan diajar, guru-guru menyediakan pelbagai bahan untuk murid gunakan sebagai
rujukan dan medium untuk menambah ilmu pengetahuan. Strategi ini juga sangat
menarik bagi menghilangkan rasa bosan.

4. Strategi berpusatkan tugasan


Konsep strategi berpusatkan bahan adalah melibatkan murid dalam tugasan atau
aktiviti di mana ia memberi peluang kepada murid untuk mengaplikasikan apa yang
telah mereka belajar di dalam bilik darjah. Melalui aktiviti yang dilakukan, aspek
jasmani, rohani, intelek dan sosial dapat dikembangkan serta menjadikan proses
pembelajaran dan pengajaran lebih efektif. Contohnya, aktiviti membaca dan
simulasi di dalam bilik darjah.
Sebagai seorang guru, pendekatan yang saya anggap bagus untuk digunakan adalah
pendekatan tematik. Seperti yang kita tahu, pendekatan tematik adalah pengajaran yang
disampaikan melalaui konsep atau idea yang besar. Pendekatan ini memberi peluang
kepada pelajar merasai pengalaman dalam situasi yang berlainan serta membolehkan
pelajar menganalisis dan mengaplikasikan pengetahuan yang ada dalam diri mereka.

Di samping itu,strategi pengajaran yang sesuai digunakan pada masa kini adalah
strategi berpusatkan murid seiring dengan pembelajaran abad ke-21 yang menekankan
kepada proses pembelajaran yang berpusatkan murid. Pada zaman teknologi yang canggih
ini, murid seharusnya berfikiran lebih kritis dan kreatif. Walaupun begitu, guru tidak
membiarkan murid mengawal kelas sepenuhnya malah guru hanya bertindak sebagai
fasilitator ,membimbing dan memberi peluang kepada murid menonjolkan kemahiran yang
ada dalam diri mereka. Strategi ini dapat menunjukkan perkembangan yang bagus dari segi
kognitif pelajar untuk mencapai ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Kaedah pengajaran yang sesuai untuk dilaksanakan di dalam bilik darjah adalah
bercerita dan simulasi. Melalui kaedah pengajaran bercerita, kita dapat membina
keyakinan dalam diri murid, meningkatkan kemhiran bertutur serta membina interaksi
yang baik antara guru dan murid serta murid dan rakan sekelas. Kebanyakkan pelajar lebih
suka dan seronok apabila aktiviti bercerita dilaksanakan di dalam kelas. Selain itu,
simulasi juga merupakan salah stu kaedah pengajaran yang menarik perhatian di mana
murid didedahkan dengan situasi yang sebenar.

Tuntasnya, pemilihan pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran adalah


bergantung kepada objektif dan matlamat pengajaraan dan pembelajaran seorang guru.
Guru harus mengenalpasti setiap pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran yang sesuai
untuk digunakan supaya proses pengajaran dan pembelajaran mencapai objektif yang
ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai