Anda di halaman 1dari 2

1.

Agama islam merupakan wahyu daripada Allah yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad SAW menerusi Malaikat Jibril semasa baginda berada di Gua Hira’. Pada
peringkat awal, agama islam disebarkan di Makkah menerusi dua peringkat iaitu secara
rahsia dan secara terbuka. Peringkat rahsia ialah di mana kerja dakwah menyebarkan
Islam selama 3 tahun disebarkan kepada ahli keluarga serta sahabat baginda. Antara
orang yang terawal yang memeluk islam ialah isteri baginda, Siti Khadijah, sepupu
baginda, Ali bin Abi Talib dan sahabat karib baginda, Abu Bakar As Siddiq. Menerusi
dakwah Abu Bakar juga, terdapat beberapa golongan pembesar Quraisy yang memeluk
Islam seperti Uthman bin Affan. Kegiatan dakwah secara rahsia menerima sambutan
yang memberansangkan kerana akhlak Rasulullah yang mulia.

Seterusnya, agama islam disebarkan secara terbuka selama 10 tahun setelah turunnya wahyu
yang meminta Rasulullah berbuat demikian. Pada peringkat ini, agama islam disebarkan
kepada segenap lapisan masyarakat Makkah. Rasulullah bermusyawarah dengan sahabat
baginda untuk melaksanakan perintah tersebut. Terdapat juga kaum kerabat baginda yang
menolak ajaran baginda seperti Abu Lahab. Dakwah terbuka yang dijalankan Rasulullah adalah
seperti memberikan ceramah atau penerangan mengenai Islam secara terbuka di tempat awam
dan peribadi seperi di bukit Safa dan di rumah Ali bin Abi Talib. Majlis tersebut dihadiri oleh
ramai masyarakat Mekkah samada golongan bawahan ataupun golongan bangsawan.

2. Penentangan Orang Quraisy terhadap dakwah Rasulullah adalah berdasarkan beberapa


faktor. Antaranya ialah kerana ajaran yang dibawa rasulullah adalah berbeza dengan amalan
dan kepercayaan Orang Arab Quraisy yang diamalkan sejak zaman nenek moyang mereka
iaitu amalan menyembah berhala dan sebagainya. Mereka turut mennetang ajaran islam
kerana perniagaan mengukir patung dan berhala yang merupakan sebahagian aktiviti ekonomi
mereka akan terjejas. Seterusnya, prinsip kesamarataan dan persaudaraan yang diunjurkan
dalam ajaran Islam adalah bertentangan dengan sistem sosial masyarakat Arab Quraisy yang
mempunyai golongan atasan dan bawahan. Selain itu, semangat assabiah dan perkauman
dalam kalangan masyarakat Arab Quraisy juga sangat menebal antara satu sama lain.
Masyarakat Arab Quraisy juga tidak menerima ajaran islam kerana amalan serta akhlak yang
keji seperti mencuri dilarang sama sekali. Masyarakat Arab Quraisy juga menyalah anggap
akan tugas seorang nabi. Mereka khuatir sekiranya menerima ajaran islam maka mereka perlu
tunduk akan kepimpinan baginda. Hal ini akan menggugat kedudukan dan pengaruh keluarga
pembesar di Mekkah.

Anda mungkin juga menyukai