Anda di halaman 1dari 2

2019182340199 SJHK3093

1. Antara kriteria yang perlu diambil kira dalam pemilihan tugasan atau
pembentukan aktiviti ialah tahap kemampuan murid. Hal ini bagi memastikan
tugasan dan aktiviti yang dijalankan adalah bersesuaian dengan tahap kognitif
dan pengetahuan murid. Dengan itu, murid mampu menyelesaikan tugasan yang
diberikan guru. Selain itu, aktiviti dan tugasan yang dipilih perlulah berfokus
kepada matlamat dan objektif utama pengajaran supaya aktiviti tersebut dapat
membantu murid dalam membina pemahaman yang lebih kukuh mengenai tajuk
yang diajar sekali gus memastikan matlamat pembelajaran dapat dicapai. Guru
juga perlulah merancang aktiviti yang berkaitan dengan isu dan peristiwa
semasa supaya murid dapat membina perkaitan mengenai perkara yang diajar
dengan kehidupan seharian dan persekitaran mereka. Tambahan lagi, guru juga
dapat menguji kebolehan murid dalam mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran yang dipelajari dalam menyelesaikan tugasan dan aktiviti yang telah
diberi. Seterusnya, tugasan yang diberikan perlulah dipantau dan
dipersembahkan agar mereka dapat menilai hasil kerja mereka samada
mencapai matlamat pembelajaran atau tidak. Aktiviti yang dijalankan juga
perlulah menyediakan peluang interaksi antara rakan sekelas dan guru samada
sepanjang aktiviti dijalankan mahupun selepas mereka membentangkan hasil
kerja mereka. Hal ini bagi memastikan murid dapat membuat refleksi terhadap
hasil pembelajaran yang telah diperolehi samada secara berkumpulan lebih-lebih
lagi secara individu.

2. Antara kelebihan strategi berpusatkan aktiviti adalah seperti pembentukan


komunikasi aktif antara guru, murid dan persekitaran mereka. Hal ini kerana,
murid akan perlu berinteraksi dengan rakan sekumpulan dan juga guru semasa
proses mendapatkan maklumat berkaitan dengan tugasan mereka. Selain itu,
murid juga perlu untuk berkomunikasi dengan pelbagai jenis sumber maklumat di
sekeliling mereka misalnya seperti individu-individu yang pakar dan mempunyai
pengetahuan berkaitan dengan tugasan mereka. Dengan itu, murid dapat
mengukuhkan kemahiran sosial mereka dengan perhubungan dan jaringan yang
2019182340199 SJHK3093

telah dibina. Tambahan lagi, strategi pemusatan aktiviti dapat memberikan murid
platform untuk mengaplikasika pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari
di dalam situasi sebenar dalam kehidupan mereka. Seterusnya, strategi
pembelajaran sedemikian juga dapat mengasah kemahiran berfikir dan
kemahiran menyelesaikan masalah dengan menggunakan pengetahuan dan
ilmu yang telah dipelajari dalam bilik darjah. Akhir sekali, pembelajaran
berpusatkan aktiviti dapat meningkatkan keberksesanan PdP guru menerusi
tumpuan dan fokus yang diberikan murid terhadap sesi pengajaran dalam usaha
memperoleh pengetahuan dan maklumat yang dapat membantu tugasan
mereka.

Anda mungkin juga menyukai