Anda di halaman 1dari 11

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran Sejarah


Kelas 5 Kreatif
Tarikh 2 Julai 2021
Masa 11.00 – 12.00 am (1 Jam)
Tajuk/ Unit 7.0 Perjuangan Kemerdekaan Negara
Standard Kandungan 7.3 Sejarah Kemerdekaan 1957
Standard Pembelajaran 7.3.3 Menerangkan detik-detik pengisytiharan
kemerdekaan

K7.3.5 Menjelaskan kepentingan permuafakatan


dalam perjuangan menuntut kemerdekaan

K7.3.6 Menghuraikan kepentingan


mempertahankan kemerdekaan negara
Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid
akan dapat:

1. Menjelaskan peristiwa pengumuman


kemerdekaan negara mengikut kronologi
yang betul.
2. Menerangkan detik-detik permasyhuran
kemerdekaan negara dengan betul
3. Menghuraikan kepentingan
permuafakatan dalam perjuangan
menuntut kemerdekaan
4. Menyatakan kepentingan
mempertahankan kemerdekaan negara.
Aktiviti 1. Guru menayangkan video laungan
kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman
kepada murid menerusi medium Google
Meet.
2. Guru bersoal jawab dengan murid
mengenai peristiwa di sebalik video
tersebut
3. Guru menayangkan slaid Powerpoint
mengenai kronologi pengisytiharan
kemerdekaan negara.
4. Rumusan/ nilai
5. Latihan pengukuhan menggunakan
aplikasi Quizlet
*Murid yang mempunyai halangan untuk
mengikuti PdPr secara atas talian boleh merujuk
buku teks halaman 84-86 atau menonton video
pengajaran pada pautan Youtube yang diberikan
guru serta menjawab latihan pengukuhan
menggunakan aplikasi Quizziz menerusi pautan
yang telah diberikan.
Bahan Bantu Belajar Aplikasi Google Meet, Video Laungan
Kemerdekaan, Slaid Powerpoint, Aplikasi
Whatsapp, Aplikasi Quizziz, Aplikasi Google
Form
Pentaksiran Bilik Darjah Lisan (soal jawab), penulisan (peta iThink)
Penilaian Pengajaran dan
Pembelajaran Penyoalan sokratik:
 Siapakah individu dalam video
berkenaan?
 Kenapa ramai orang berkumpul di situ?
 Sekiranya kamu berada di situ, apakah
perasaan kamu?

Pembentukan Peta iThink:


STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan


Set Induksi Pengumuman 1. Guru memaparkan video laungan Kemahiran Berfikir
(± 5 minit ) Kemerdekaan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman  Menjana idea
menerusi aplikasi Google Meet  Menghubung kait
2. Murid-murid disoal berkaitan dengan video Strategi
yang telah ditunjukkan.  Berpusatkan bahan
Contoh soalan:  Berpusatkan murid
 Siapakah individu dalam video berkenaan?  Soal jawab
 Kenapa ramai orang berkumpul di situ? BBM:
 Sekiranya kamu berada di situ, apakah
perasaan kamu?
3. Jawapan murid dikaitkan dengan tajuk
pembelajaran pada hari tersebut.
4. Murid-murid diterangkan objektif
pembelajaran pada hari tersebut. Video laungan kemerdekaan
https://www.youtube.com/watch?v=juhQhubpIkE

Nilai murni
 Rasional
 Ketekunan
 Berusaha
EMK
 Patriotisme
 KPS: Kemahiran Imaginasi
Langkah 1 Pengumuman Aktiviti 1 Kemahiran Berfikir
(± 20 minit) Kemerdekaan 1. Guru mula menayangkan slaid powerpoint  Memahami
mengenai peristiwa pengumuman  Membuat gambaran mental
kemerdekaan negara.
2. Guru memberi penerangan dengan Strategi
terperinci mengenai peristiwa-peristiwa  Berpusatkan bahan
yang penting yang berlaku sejurus negara  Berpusatkan guru
berjaya memeroleh kemerdekaan menerusi BBM:
kejayaan Rombongan Kemerdekaan.

Slaid Powerpoint Tajuk 7 (Pengumuman


Kemerdekaan)

Nilai murni
 Kesyukuran
 Kebebasan
EMK
 Patriotisme
 KPS: memahami kronologi
Langkah 2 Detik Aktiviti 2 Kemahiran Berfikir:
(± 15 minit ¿ Kemerdekaan 1. Guru meneruskan PdP dengan  Mengimbas kembali
Negara memaparkan gambar-gambar semasa  Menghubungkait
pengumuman kemerdekaan negara. Strategi:
2. Guru meminta murid mengaitkan gambar  Berpusatkan bahan
berkenaan dengan video yang telah  Berpusatkan guru
mereka tonton pada set induksi.
 Berpusatkan murid
BBM:
Gambar-gambar semasa peristiwa pengumuman
kemerdekaan negara
Nilai Murni:
 Cintakan tanah air
 Menghargai pemimpin
EMK:
 Patriotisme
 KPS: meneroka bukti

Langkah 3 Kepentingan Aktiviti 3 Kemahiran Berfikir


(± 15 minit ¿ mempertahankan 1. Guru memberikan satu soalan ransangan  Menjana idea
kemerdekaan kepada murid.
2. Murid secara individu diminta untuk berfikir  Menghubung kait
akan kepentingan untuk mempertahankan  Meramal
kemerdekaan negara.  Komunikasi
3. Guru memanggil beberapa nama untuk Strategi
mendapatkan jawapan murid akan soalan  Berpusatkan murid
perbincangan tersebut. BBM
4. Guru dan murid berbincang mengenai
 Slaid powerpoint
jawapan-jawapan yang telah diberikan.
Nilai murni
 Menghargai jasa pemimpin
 Patriotik
EMK
 KPS: kemahiran interpretasi & rasionalisasi

Penutup Rumusan isi 1. Murid dan guru membuat rumusan isi Kemahiran berfikir
(± 5 minit ¿ pelajaran pelajaran.  Merumus
2. Guru mengimbas kembali objektif  Menilai
pembelajaran yang telah dicapai. Strategi
3. Murid diminta melengkapkan latihan  Berpusatkan murid
pengukuhan menerusi arahan yang  Berpusatkan guru
diberikan. BBM
 Slaid powerpoint
Nilai murni
 Kesyukuran
EMK
 Patriotisme
Refleksi Pembelajaran dan Pengajaran:
Menerusi sesi PdP yang dijalankan saya mendapati terdapat beberapa kekuatan
dalam pengimplementasian perancangan pengajaran dan pembelajaran tersebut.
Antaranya, daripada aspek penggunaan aplikasi Whatsapp yang memudahkan komunikasi
antara guru dengan ibu bapa dan murid. Dengan pelbagai ciri yang terdapat dalam aplikasi
Whatsapp, komunikasi berkesan dapat dilakukan dengan lebih pantas dan berkesan.
Misalnya, arahan yang diberikan guru dalam group Whatsapp dapat diterima dengan mudah
dan cepat. Ibu bapa juga dapat mengambil tindakan dengan lebih cepat bagi memastikan
anak-anak dapat mengikuti sesi PdP walaupun berada di rumah.
Seterusnya, penggunaan aplikasi Google Meet juga membolehkan pengajaran
secara bersemuka dijalankan secara atas talian. Komunikasi yang berkesan juga dapat
berlaku dengan lebih berkesan memandangkan guru dapat berkomunikasi secara langsung
dengan murid secara lisan. Komunikasi 2 hala antara guru dan murid juga membolehkan
guru dapat memberikan penerangan dengan lebih jelas dan mendalam terhadap topik
pembelajaran serta persoalan yang dikemukakan murid. Dengan itu, kefahaman yang lebih
kukuh terhadap topik yang dipelajari dapat dibina dengan lebih efektif.
Selain itu, penggunaan perisian komputer seperti Slaid Powerpoint dan aplikasi
permainan yang menarik membolehkan murid lebih berminat terhadap sesi PdPR.
Penggunaan bahan-bahan maujud seperti gambar yang berkaitan dengan peristiwa
bersejarah dapat meningkatkan semangat inkuiri yang seterusnya dapat meningkatkan
keingingan murid untuk terus belajar. Perkara yang dipelajari berdasarkan bahan maujud
dan bukti yang benar-benar ada juga dapat membantu murid untuk membina kefahaman
yang lebih mendalam berkenaan dengan topik yang dipelajari.
Menerusi pelaksanaan sesi PdP ini, terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan
yang telah dikenalpasti. Antaranya, terdapat murid yang tidak dapat menjalankan tugasan
dalam waktu yang ditetapkan memandangkan terdapat dalam kalangan murid yang tidak
mempunyai akses terhadap jaringan internet yang baik selain mereka juga terpaksa
bergantung terhadap peranti elektronik milik ibu bapa masing-masing. Situasi ini menjadi
halangan terbesar bagi guru-guru untuk memastikan anak murid mereka untuk mengikuti
pembelajaran dengan baik dan berkesan.
Antara cadangan bagi menambah baik mutu pengajaran dan pembelajaran ini dalah
dengan menggalakkan pembelajaran secara tidak segerak. Guru dapat memberikan bahan-
bahan pengajaran yang sesuai dan murid dapat mengaksesnya pada waktu lain mengikut
kelapanagn mereka. Guru dapat mempelbagaikan bahan pengajaran misalnya seperti video
pengajaran, slaid Powerpoint dan banyak lagi. Selain itu, guru juga perlu memberikan masa
yang lebih panjang bagi murid untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

Anda mungkin juga menyukai