Anda di halaman 1dari 9

PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xi

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus ini dengan teliti dari awal hingga akhir.
Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu
anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa
untuk anda habiskan bagi menyelesaikan kursus ini dengan jayanya. Sila rujuk
Panduan Kursus ini dari semasa ke semasa ketika anda membaca kandungan
kursus kerana ia dapat membantu anda dalam menjelaskan komponen
pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN
BBPM2103 Pengurusan Pemasaran I ialah salah satu kursus yang ditawarkan
di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini bernilai 3 jam kredit dan
harus dijalankan selama 8 hingga 15 minggu.

AUDIENS KURSUS
Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program Sarjana
Muda Pengurusan, Sarjana Muda Pemasaran, Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dan Sarjana Muda
Pengurusan Sumber Manusia. Modul ini bertujuan untuk memaklumkan
pengenalan kepada dasar pengurusan pemasaran.

Sebagai pelajar terbuka dan jarak jauh, anda seharusnya mampu belajar secara
kendiri dan mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan persekitaran sedia ada.
Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda mempunyai bahan
kursus yang betul serta memahami keperluan kursus dan cara kursus tersebut
dikendalikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xii  PANDUAN KURSUS

JADUAL PEMBELAJARAN
Berdasarkan piawaian amalan OUM, pelajar perlu memperuntukkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit. Oleh itu, kursus yang bernilai 3 jam kredit
memerlukan masa pembelajaran selama 120 jam. Rajah 1 menunjukkan masa
pembelajaran pelajar (SLT ă student learning time).

Rajah 1: Masa Pembelajaran Pelajar

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS


Pada akhir kursus ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara berikut:

1. Terangkan teori dan konsep proses pengurusan pemasaran.

2. Menganalisis faktor yang mempengaruhi proses pengurusan pemasaran


dalam perancangan pemasaran strategik.

3. Menilai persekitaran pemasaran dan situasi pemasaran syarikat bagi


mengenal pasti peluang pemasaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xiii

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini dibahagikan kepada 10 topik. Sinopsis bagi setiap topik dinyatakan
seperti yang berikut:

Topik 1 menyediakan secara terperinci tentang senario yang berlaku dalam


pemasaran, proses pengurusan pemasaran yang cekap dan berkesan serta
cabaran yang dihadapi oleh organisasi dalam meningkatkan daya saing dan
ketahanan di era baru. Anda juga akan didedahkan kepada strategi dan taktik
yang dihasilkan daripada pembangunan teknologi baru seperti iklan di media
massa dan komunikasi dengan pengguna melalui laman web.

Topik 2 memberi tumpuan kepada adaptasi pemasaran di dalam ekonomi baru.


Beberapa penggerak utama ekonomi baru yang akan dibincangkan adalah
digitalisasi dan jaringan, penyingkiran dan penggunaan semula medium
pengagihan, pengguna dan kepenggunaan serta tumpuan perindustrian. Topik
ini juga akan membincangkan mengenai kepercayaan dan amalan lama dan
perubahan di dalam amalan pemasaran seperti pengenalan e-dagang, laman
web, dan sistem pemasaran hubungan pelanggan (CRM).

Topik 3 menjelaskan keperluan untuk mewujudkan proses pengurusan


pemasaran yang cekap dan berkesan untuk memaksimumkan kepuasan
pelanggan melalui kualiti tinggi dan nilai tawaran yang menjurus kepada
pengekalan pengguna. Kejayaan secara terus dalam mengekalkan pengguna
akan membantu organisasi untuk berada terus di dalam pasaran dan bersaing
dalam jangka masa panjang.

Topik 4 menjemput anda untuk mengenal pasti dan faham akan proses formatif
perancangan pemasaran strategik. Melalui topik ini, anda akan didedahkan
konsep pengurusan pemasaran strategik, bermula dengan mengenal pasti satu
usaha perniagaan dan diakhiri dengan langkah yang diperlukan untuk
mengawal dan menilai perlaksanaan aktiviti pemasaran. Pelan pemasaran, yang
merupakan perancangan strategik utama kaedah pengurusan pemasaran, akan
turut dibincangkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xiv  PANDUAN KURSUS

Topik 5 membincangkan konsep dan kepentingan sistem maklumat pemasaran


dalam membantu pengurus pemasaran untuk memilih dan merancang
pengurusan pemasaran yang berkesan. Selain membincangkan semua komponen
sistem maklumat pemasaran, topik ini juga menerangkan proses penyelidikan
pemasaran serta kaedah membuat anggaran terhadap potensi pasaran dan
pasaran sebenar.

Topik 6 membincangkan secara terperinci tentang setiap faktor makro yang


menjejaskan proses pengurusan pemasaran. Antara faktor yang dibincangkan
adalah demografi, sosial, kebudayaan, alam sekitar, ekonomi, politik, undang-
undang dan faktor persekitaran yang sah.

Topik 7 menerangkan faktor-faktor yang boleh memberi kesan terhadap


pengguna individu di dalam proses membuat keputusan untuk pembelian. Ini
adalah untuk pengguna yang membeli produk untuk kegunaan isi rumah dan
peribadi. Tambahan kepada proses membuat keputusan secara terperinci, topik
ini juga menghuraikan faktor utama yang mempengaruhi proses tersebut.

Topik 8 menumpukan terhadap tingkah laku pengguna organisasi. Selain


membincangkan proses membuat keputusan dalam pembelian dan faktor-faktor
yang mempengaruhinya, topik ini juga menerangkan mengapa pemasar perlu
membezakan pengguna kepada dua kategori iaitu pengguna individu dan
pengguna organisasi. Sebagai tambahan, topik ini menerangkan kategori utama
pengguna-pengguna organisasi, iaitu pelanggan-pelanggan perniagaan
(termasuk perindustrian), pengguna-pengguna kerajaan dan pengguna-
pengguna institusi.

Topik 9 menerangkan konsep persaingan dan pengurusan persaingan. Melalui


topik ini, anda boleh mengelaskan pemasar dalam pasaran tertentu berdasarkan
kepada kawalan saham pasaran mereka dan strategi-strategi persaingan yang
diamalkan. Terdapat empat jenis pemasar, iaitu peneraju pasaran, pejuang
pasaran, pengikut pasaran dan pemasar mengikut bidang pasaran. Topik ini juga
turut menerangkan asas pengurusan pemasaran untuk menghasilkan strategi
pengurusan persaingan yang lebih berkesan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xv

Topik 10 membincangkan segmentasi pasaran, yang merupakan pendekatan


pemasar yang membuat kumpulan pasaran mengikut ciri-ciri tertentu. Ia
mengandungi beberapa peringkat penting. Misalnya, fasa pertama
membincangkan asas pemasaran yang boleh digunakan untuk membentuk profil
segmen pasaran, manakala fasa kedua akan menerangkan faktor yang perlu
diambil kira oleh pemasar dalam menilai dan menetapkan segmen pasaran yang
terbaik untuk didekati.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting bagi anda untuk maklum
mengenai susun atur teks modul. Dengan memahami susun atur teks akan
membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya menjadi lebih
objektif dan berkesan. Secara umumnya, susun atur teks bagi setiap topik
adalah seperti yang berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia menyatakan perkara yang anda harus dapat lakukan atau
capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Semasa anda membaca setiap topik,
anda digalakkan merujuk senarai hasil pembelajaran berkenaan. Ia membolehkan
anda meningkatkan pemahaman anda mengenai kandungan topik secara
berterusan.

Semak Kendiri: Komponen modul ini diselitkan di beberapa tempat strategik


tertentu di seluruh modul. Ia mungkin diletakkan selepas satu atau beberapa
subtopik. Ia biasanya berbentuk soalan. Apabila anda menemui komponen ini,
renungkanlah apa-apa yang telah anda pelajari sejauh ini. Dengan cuba
menjawab soalan tersebut, anda seharusnya dapat mengukur sejauh mana anda
memahami subtopik tersebut. Kebanyakan jawapan untuk soalan yang ditanya
terdapat dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Sebagaimana Semak Kendiri, komponen Aktiviti juga diselitkan pada


bahagian tertentu dalam topik di seluruh modul. Komponen ini mungkin
memerlukan anda untuk menjawab soalan, meneroka kajian kes pendek atau
melakukan pemerhatian atau penyelidikan. Anda juga mungkin perlu menilai
senario tertentu. Pada bahagian Aktiviti, anda harus berusaha merenungkan
apa-apa yang anda telah kumpulkan daripada modul ini dan mengguna
pakainya pada situasi sebenar. Pada masa yang sama, anda perlu
mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), iaitu dalam
menganalisis, mensintesiskan dan menilai, bukan hanya mengingat dan
mendefinisikan sesuatu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xvi  PANDUAN KURSUS

Rumusan: Pada akhir topik, pelbagai isi penting topik tersebut disenaraikan.
Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula
keseluruhan topik. Dengan membaca komponen ini, anda seharusnya dapat
mengukur tahap pengekalan pengetahuan anda tentang topik tersebut. Jika anda
dapati terdapat bahagian yang anda tidak faham dengan sepenuhnya, sila
kembali membaca topik berkenaan.

Kata Kunci: Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda seharusnya membaca komponen
ini untuk mengingat kembali perkataan dan frasa penting yang digunakan.
Jika terdapat perkataan atau terma yang anda tidak boleh jelaskan, sila kembali
mencari terma berkenaan dalam modul.

Rujukan: Bahagian ini menyatakan senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan
elektronik atau sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan bermanfaat.
Senarai ini boleh dilihat dalam beberapa bahagian seperti dalam Panduan Kursus
(pada bahagian Rujukan), pada akhir setiap topik atau pada akhir modul. Anda
digalakkan membaca bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut
untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda
berkenaan kursus ini.

PENGETAHUAN ASAS
Tiada pengetahuan asas diperlukan.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xvii

RUJUKAN
Bagozzi, R. P., Rosa, J. A., Celly, K. S., & Coronel, F. (1998). Marketing
management. New Jersey: Prentice Hall.

Dalrymple, D. J., & Parsons, L. J. (1999). Marketing management: Text and cases,
(7th ed.). New York: John Wiley & Sons.

Harrel, G. D. (2003). Marketing: Connecting with customers (2nd ed.). New


Jersey: Prentice Hall.

Hoffman, D. K., & Bateson, J. E. G. (2001). Essentials of services marketing


(2nd ed.). Fort Worth: The Dryden Press.

Kotler, P., & Armstrong, G., (2005). Principles of marketing (11th ed.). New
Jersey: Prentice Hall.

Kotler, P., Ang, S. H., Leong, S. M., & Tan, C. H. (2004). Marketing management:
An Asian Perspective (3rd ed.). Singapore: Prentice Hall.

Lamb, C. W., Hair, J. F., & McDaniel, C. (2001). Marketing (6th ed.). Canada:
South-Western Publishing.

Mowen, J. C., & Minor, M. (1997). Consumer behaviour (5th ed.). New Jersey:
Prentice Hall.
Shiffman, L. G., & Kanuk, L. L. (2003). Consumer behaviour (8th ed.). New Jersey:
Prentice Hall.

Zeithaml, V. A., & Bitner, M. J. (2002). Services marketing: Integrating customer


focus across the firm (3rd ed.). Boston: Irwin-McGraw-Hill.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xviii  PANDUAN KURSUS

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI


DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan dalam
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini yang
boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada
30 pangkalan data dan sebahagiannya ditunjukkan dalam Rajah 2. Sebagai
pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya sumber yang
terdapat di perpustakaan ini.

Rajah 2: Antara Pangkalan Data dalam Talian


yang Terdapat di Perpustakaan Digital TSDAS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai