Anda di halaman 1dari 12

Menurut Sains, Elemen

Boboiboy Mana Paling


Berkuasa?
by Muhammad Eilham
 26 August 2019
in Santai

2.9k
SHARES

19k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

BoboiBoy merupakan satu fenomena dalam masyarakat kita. Sejak dari episode 1
BoboiBoy sehingga yang terbaharu, BoboiBoy The Movie 2 ditayangkan, sambutan
dari masyarakat umum terhadap karya animasi tempatan ini amat menggalakkan.

BoboiBoy merupakan cerita seorang budak lelaki, BoboiBoy, yang diberi kuasa
elemental oleh sfera kuasanya, Ochobot. Kuasa yang diberikan adalah elemen api,
air, angin, tanah, petir, daun serta cahaya. Sepanjang pengembaraan BoboiBoy
juga, penonton telah didedahkan bahawa terdapat beberapa tahap bagi kuasa
elemental ni, dan setakat ini, BoboiBoy telah berjaya menguasai tahap satu dan dua.
Dalam filem BoboiBoy kedua, kita didedahkan dengan pengguna elemental pada
tahap lebih tinggi, iaitu Retak’ka dan Hang Kasa.

Jadi, kalau BoboiBoy ni tiba-tiba buat gila dan bergaduh sesama sendiri, rasa-
rasanya siapa yang akan menang? Berikut adalah senarai elemen Boboiboy menurut
turutan ‘kuasa’ dijustifikasikan dengan teori sains!

7Tempat Ketujuh: BoboiBoy Daun.


Sekiranya berlaku pergaduhan antara watak-watak BoboiBoy ni, BoboiBoy Daun
rasanya yang akan menjadi BoboiBoy pertama yang kalah. Kenapa? Kerana
BoboiBoy Daun merupakan BoboiBoy yang paling kebudak-budakan antara
BoboiBoy yang lain. Dia juga terkenal sebagai seorang yang penakut, macam tak
sesuai je dia nak bergaduh dengan BoboiBoy yang lain.

Tapi, kalau nak diceritakan dari segi kuasa, BoboiBoy Daun masih lagi dikategorikan
sebagai BoboiBoy yang lemah. Merupakan seorang Botanokinesis (mampu
mengawal tumbuhan), antara teknik serangan BoboiBoy Daun ni adalah Lontaran
Daun, satu teknik melontar daun (yang dah diubah strukturnya). Untuk teknik ni
berkesan, BoboiBoy Daun perlu melontarkan senjatanya (iaitu daun) kepada
musuhnya. Kalau tengok BoboiBoy yang lain pulak, kita akan dapati mereka
mempunyai kelajuan yang tinggi (macam BoboiBoy Petir dan BoboiBoy Cahaya), jadi
untuk BoboiBoy Daun menang melawan mereka berdua ni, dia kena buat lontaran
yang amat laju.

Teknik Lontaran Daun ni juga macam tak relevan apabila bertemu dengan BoboiBoy
Api dan BoboiBoy Ais (tahap kedua bagi BoboiBoy Air). Api, seperti yang kita tahu,
mampu membakar daun dengan amat mudah, dan Ais juga mampu membekukan
daun dengan amat mudah. Kalau nak dilihat dalam dunia nyata sekalipun, tumbuhan
paling panas dicatatkan pernah hidup adalah pada suhu 98 darjah celcius, dan
paling sejuk pernah hidup adalah pada suhu -20 darjah celcius. Tak mustahil
BoboiBoy Api serta BoboiBoy Ais mampu sampai ke tahap itu, jadi BoboiBoy Daun
akan mudah dikalahkan oleh mereka berdua.
Teknik Lontaran Daun juga dilihat tidak berkesan kepada BoboiBoy Angin, kerana
BoboiBoy Angin dengan mudahnya mampu memanipulasi angin dan trajektori
lontaran daun-daun tersebut. Melihat kepada Kesan Lontaran Daun kepada
BoboiBoy Tanah, Daun perlu melakukan balingan yang amat kuat untuk menembusi
perisai serta Golem yang dimiliki oleh BoboiBoy Tanah.

A D V E R T I S E M E N T

Andaikata dia mampu pergi ke tahap kedua, iaitu BoboiBoy Thorn, mungkin
perlawanan ini boleh jadi lebih menarik. Dengan teknik Akar Berduri, BoboiBoy Thorn
mampu mengeluarkan akar dari tanah, serta menyerang dan cuba untuk menjerut
mangsanya. Masalahnya masih lagi sama, dari aspek suhu, BoboiBoy Api dan Ais
akan menang. Dari aspek kelajuan pula, kalau kita rujuk pada filem BoboiBoy kedua
serta BoboiBoy Galaksi, BoboiBoy Thorn mampu “melahirkan” akar dalam keadaan
ruang angkasa. Ini bermakna Thorn mampu mencambahkan tumbuhan dan akar
secara semulajadi. Kalau ikut rekod sains, kepantasan tumbuhan paling laju penah
direkodkan adalah buluh yang mampu tumbuh pada kadar 0.00003 kmph. Aduh
lambatnya! Mampu ke nak kejar BoboiBoy lain yang mampu terbang?

Sebagai tambahan, hukuman dengan menggunakan tumbuhan ni sebenarnya


pernah dipraktikkan pada masa lampau, di Tanah Melayu sendiri! Pesalah yang
bersalah akan dibaringkan pada satu pucuk buluh muda, dan mereka akan
diletakkan di sana pada tempoh masa yang agak lama. Buluh tersebut akan
membesar, dan menembusinya daging mangsanya. Sungguh menggerunkan. Teknik
seksaan ini merupakan salah satu teknik seksaan paling kejam di dunia, kerana
mangsa akan mati sambil merasai kesakitan yang amat perlahan.
Jadi, mungkin BoboiBoy Thorn nampak macam lemah dan berada di tangga ketujuh,
tapi andaikata dia mampu mengejar BoboiBoy lain dan menjerat mereka, dia ada
kebarangkalian yang tinggi untuk menang.

A D V E R T I S E M E N T

6Tempat Keenam: BoboiBoy Angin.

Berada satu tahap di hadapan BoboiBoy Daun, BoboiBoy Angin merupakan


BoboiBoy yang memiliki kuasa untuk mengawal angin (aerokinesis). Kebolehan
utama BoboiBoy Angin ni dalam siri animasi berkisar kepada kebolehan BoboiBoy
untuk menggunakan taufan dan puting beliung sebagai senjatanya. Jadi, tak ada
masalah untuk BoboiBoy Angin bertarung dengan BoboiBoy Daun, kerana selain
mampu memanipulasi pergerakan Lontaran Daun, teknik-teknik taufan yang
digunakan oleh Angin juga mampu menjadi perisai terhadap teknik Akar Berduri
BoboiBoy Thorn. Cuma masalah dengan taufan adalah, terdapat satu titik buta di
tengah-tengah taufan, dipanggil “Eye of the storm”. Sekiranya BoboiBoy Thorn bijak
mencari perluang, dia boleh menyerang BoboiBoy Angin dari arah bawah tanah Eye
of The Storm ini dan menangkap BoboiBoy Angin.

Sebab kenapa BoboiBoy Angin berada di bawah BoboiBoy Air dan Api adalah,
kerana BoboiBoy Air, Tanah dan Api mengawal benda-benda penting untuk
BoboiBoy Angin, iaitu suhu dan tekanan. BoboiBoy Api dan Air mampu mengawal
suhu di arena perlawanan mereka. Sekiranya hari tersebut agak panas, udara akan
menjadi kering, dan molekul air di udara akan tersejat, dan angin akan bergerak
dengan laju. Sekiranya hari tersebut tidak berapa nak panas, molekul air di udara
akan menjadi banyak, menyebabkan ketumpatan udara bertambah, serta
melambatkan pergerakan angin. Tanah pula dilihat tidak akan terkesan dengan
Angin, hatta sekiranya taufan berlaku. Sekiranya Angin ingin mengalahkan teknik
Tanah Pelindung, satu puting beliung dengan magnitude yang tinggi perlu diberi
hanya untuk merobohkan pelindung tersebut. Teknik Taufan mungkin mampu
mengangkat Golem Tanah, namun mengikut pandangan panel penilai, BoboiBoy
Angin sukar nak mengalahkan BoboiBoy Tanah.

5Tempat Kelima/ Tempat Keempat: BoboiBoy Api/ BoboiBoy


Ais.
Tempat kelima dan tempat keempat dikongsi oleh BoboiBoy Api (pyrokinesis) dan
BoboiBoy Air (Hydrokinesis). Merupakan dua elemental yang mampu mengawal
suhu, sekiranya mereka bertemu antara satu sama lain, sukar nak ditentukan siapa
akan kalah dan siapa akan menang. Bersandarkan pada personaliti, BoboiBoy Api
berkemungkinan menang kerana dia lebih bersemangat dalam pertarungan,
manakala BoboiBoy Air terkenal dengan sifat malasnya. Dari segi teknik
pertempuran pula, mereka berdua kelihatan amat berbeza, kerana BoboiBoy Api
merupakan seorang pertempur jarak dekat, dengan tekniknya tinju berapi, manakala
BoboiBoy Air pula lebih kepada serangan jarak jauh seperti Tembakan Air dan
Panahan Ais (tahap kedua BoboiBoy Air). Jadi, disebabkan mereka berada pada
tahap yang sama, yang membezakan mereka cumalah skill dan kawalan emosi
mereka pada waktu itu.

4Tempat Kelima/ Tempat Keempat: BoboiBoy Api/ BoboiBoy


Ais.
(seperti diatas)

3Tempat Ketiga: BoboiBoy Petir.

Berada di tempat ketiga, kita ada BoboiBoy Petir, salah satu BoboiBoy pertama yang
diperkenalkan pada musim pertama BoboiBoy. Salah satu sebab kenapa BoboiBoy
Petir berada di tempat ketiga adalah kerana BoboiBoy Petir mempunyai kelajuan
yang amat tinggi, yang rasanya hanya boleh ditandingi oleh BoboiBoy Cahaya.
Menurut kiraan Wikipedia, kelajuan petir adalah 27,800 km/j, hampir 1/3 dari kelajuan
cahaya. Wow, lajunya! Sepantas kilat!
Jadi, sekiranya berlaku pergaduhan, elemental lain akan mengalami kesusahan
untuk nak mengejar BoboiBoy Petir ni.

Dari segi kuasa kemusnahan pula, mana yang lagi kuat, BoboiBoy Petir ke BoboiBoy
Api? Andaikata mereka berdua buat lontaran bola kuasa, dan bertembung antara
satu sama lain, mengikut anggaran, BoboiBoy Petir akan menang, kerana tenaga
yang dimiliki oleh petir dalam alam semulajadi sebenarnya adalah lebih tinggi dari
tenaga api. Menurut Quora ini, kiraan di petir secara umumnya mempunyai tenaga
sebanyak 5 GigaJoule, manakala api (andaikata api tu dibakar oleh bahan bakar), ia
akan mempunyai tenaga sebanyak 127 MegaJoule. Beza tenaga mereka di situ
adalah dalam 1000 Joule. Banyak tu! Ditambah dengan kebolehan petir untuk
membuat kejutan elektrik (elektrik shock) yang tak ada pada elemen api, elemen
petir ini terlampau hebat.
Kalau BoboiBoy Air lawan BoboiBoy Petir macamana? Akan berlaku Hydrolysis, satu
keadaan di mana air tu sendiri terpecah menjadi dua molekul, oksigen dan hydrogen.
Jadi, tak payahlah cuba bayangkan. Memang confirm kalah.
2Tempat Kedua: BoboiBoy Tanah.
Ya, BoboiBoy Petir mungkin laju, tapi ada satu perisai yang BoboiBoy Petir tak
mampu nak kalahkan, iaitu Perisai Tanah. Tanah merupakan penebat petir yang
baik, bahkan Bumi ini diketahui menjadi tempat simpanan cas-cas elektrik.
Maknanya, andaikata BoboiBoy Petir menggunakan tenaga elektrik terhadap
BoboiBoy Tanah, secara teorinya, BoboiBoy Tanah boleh meng-ground-kan cas
yang dihantar oleh BoboiBoy Petir tersebut.
Satu benda yang membuatkan BoboiBoy Tanah berada di kedudukan kedua adalah
kerana versetalitinya. Dia merupakan BoboiBoy yang tidak terlampau fokus pada
aspek serangan mahupun pertahanan, kerana dia memiliki kedua-duanya dan
mampu menggunapakai kedua-duanya serentak. Teknik Golem Tanah yang dia
miliki membolehkan dia menyeru Golem Tanah, dan Golem tersebut bertindak
sebagai satu unit serangan. Bayangkan. Tu kalau dia keluarkan satu Golem. Kalau
dia buat tentera Golem? Wah.
Dengan anggaran tinggi 2 meter, Golem Tanah BoboiBoy mampu mempunyai berat
sebesar 110,000 kg (kiraan sendiri). Dengan berat ini, daya yang mampu dikenakan
oleh Golem ini terhadap lawannya adalah sebanyak 1,000,000 Newton (Satu juta
Newton). Jumlah daya ni hampir sama dengan jumlah daya enjin Merlin dari roket
SpaceX Falcon 1, sewaktu dia sedang berlepas dan melawan graviti Bumi.
1Tempat Pertama: BoboiBoy Solar
BoboiBoy ini perlu diakui merupakan BoboiBoy paling kuat di antara kesemua
BoboiBoy. Dengan namanya yang mewakili elemental cahaya, dia sepatutnya
mempunyai kelajuan sepantas cahaya, yang merupakan kelajuan paling laju dalam
alam semesta (menurut Einstein). Jadi, dapat difahami la kenapa dia menang dari
segi ketangkasan.

Dari segi serangan pula, dia digambarkan dalam BoboiBoy Galaxy episode terakhir
sebagai mempunyai kebolehan serangan Tembakan Solar. Serangan ini, walaupun
mempunyai keaamatan yang tinggi, namun satu kelemahannya adalah ia mampu
dipantulkan. Kalau ikutkan, serangan BoboiBoy Solar ni seakan-akan serangan laser
(sebab laser merupakan cahaya dengan keamatan yang amat tinggi). Kalaulah
BoboiBoy Cahaya mampu guna serangan laser, dia perlu diiktiraf sebagai elemen
terkuat BoboiBoy kerana laser mampu digunakan untuk memotong besi! Satu
pertembungan yang menarik sebenarnya adalah pertembungan antara BoboiBoy
Cahaya dengan BoboiBoy Tanah. Pertarungan watak BoboiBoy yang memiliki
serangan terkuat (BoboiBoy Cahaya) dengan watak BoboiBoy yang memiliki
pertahanan yang paling ampuh (BoboiBoy Tanah), perlawanan tersebut pastinya
menjadi perlawanan yang terbaik (bak kata Papa Zola).
Teori Konspirasi.
Baiklah. Sebenarnya ada sebab kenapa dua elemental ini berada pada tempat
kedua dan pertama. Elemen Cahaya dan elemen Tanah ditunjukkan mempunyai
tahap yang lebih tinggi, yang hanya dikuasai oleh Retak’ka dan Hang Kasa.
Retak’ka, dalam filem tersebut, memiliki kuasa gamma, dan hal ini meletakkan masa
depan BoboiBoy dalam keadaan yang amat menarik. Dalam keadaan sekarang,
pada tahap kedua, BoboiBoy Solar dilihat amat berkuasa dengan serangan yang dia
miliki, namun penambahan kuasa gamma (yang merupakan sebahagian daripada
keluarga gelombang cahaya), aduh, jumlah radiasi yang dimiliki olehnya amat tinggi.
Dalam erti kata lain, sekiranya wujud BoboiBoy Gamma, ia pasti menjadi amat hebat,
kerana radiasi Gamma merupakan radiasi dengan tenaga paling kuat. Dengan
radiasi gamma yang rendah pun, DNA manusia mampu berubah!
Satu lagi elemental yang kami jangka akan menjadi menarik adalah tahap tinggi
elemental Tanah, iaitu elemen Kristal. Buat masa sekarang, kristal merupakan bahan
semulajadi paling kuat dan tahan dalam dunia. Ada beberapa bahan buatan manusia
lain yang lebih kuat dari kristal dan berlian, namun dari sudut BoboiBoy, antara
kesemua elemental yang wujud, BoboiBoy Kristal sepatutnya boleh diiktiraf sebagai
BoboiBoy paling kental.
Dalam filem kedua juga, Retak’ka menunjukkan beberapa sisi lebih tinggi kuasa
elemental, seperti elemental Voltra (elemental tier tinggi bagi BoboiBoy Petir)
sewaktu dia menyedut kuasa di planet Gurlatan. Retak’ka juga sempat
meng”upgrade” elemen Angin menjadi Beliung di planet Bayugan dan menggunakan
elemental tersebut untuk mengalahkan Hang Kasa. Namun, kuasa penuh kesemua
elemental yang telah di upgrade tidak dapat ditunjukkan oleh Retak’ka kerana untuk
menguasai elemental pada tahap lebih tinggi, pengguna kuasa elemental perlu
menggunakan sfera kuasa elemental tersebut, sepertimana yang dipersembahkan
oleh Hang Kasa yang menggunapakai Sfera Kuasa elemental Kristal.

Maka, kita boleh bayangkan, akan banyak lagi upgrade yang kita akan dapat lihat
pada masa akan datang untuk BoboiBoy.

Anda mungkin juga menyukai