Anda di halaman 1dari 14

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN...........................................................................................................................1
1.0 PENGENALAN.........................................................................................................................1
2.0 PRINSIP KEADILAN ASASI..................................................................................................1
PRINSIP PERTAMA – AUDI ALTERAM PARTEM.................................................................4
PRINSIP KEDUA – PRINSIP TIDAK BERAT SEBELAH (BIAS)...........................................5
3.0 PRINSIP KUASA BUDI BICARA.......................................................................................7
4.0 REMEDI PREROGATIF......................................................................................................9
5.0 KESIMPULAN........................................................................................................................12
6.0 RUJUKAN................................................................................................................................13

i 260252
1.0 PENGENALAN
Undang-Undang Pentadbiran telah berkembang dengan pesatnya dalam kurun ke-20 di negara-
negara demokratik termasuklah di Malaysia sendiri. Perkembangan yang berlaku dikira agak
lambat berbanding dengan perkembangan cabang perundangan lain. Perkembangan tersebut
berlaku atas sebab keperluan dan bukan seperti Undang-Undang Perlembagaan yang berlaku atas
satu gubalan. Pertumbuhan dan perkembangan tersebut berlaku dalam aspek kuantiti, kualiti dan
kepentingan-kepentingan yang ada kaitan (relative significance) bersesuaian dengan peredaran
masa dan zaman.
Contohnya, pemakaian atau aplikasi Prinsip Keadilan Asasi serta Remedi yang diperkenalkan
pada abad ke-17 adalah terhad dan ia hanya giat di aplikasikan dalam sistem pentadbiran apabila
Kerajaan menggubal polisi dengan melibatkan diri dalam urusan sosioekonomi rakyat. Di sinilah
pentingnya Undang-Undang Pentadbiran kerana ia dapat mengawal tindakan serta
perkembangan kuasa yang berlaku kepada pihak pentadbiran.

2.0 PRINSIP KEADILAN ASASI

Prinsip keadilan asasi merupakan satu konsep yang berkembang daripada sistem
Common law Inggeris. Prinsip ini penting kerana menjadi asas di dalam membuat suatu
keputusan yang adil dan saksama oleh mana-mana individu atau badan yang ditugaskan untuk
bertindak secara kehakiman.

Professor De Smith menyebut:


“Peraturan keadilan asasi adalah taraf minimum dalam membuat keputusan yang
saksama yang dikenakan oleh undang-undang terhadap orang atau badan yang bertugas
yang bertindak secara kehakiman…isi kandungan keadilan asasi boleh berubah-ubah
mengikut kesesuaian dan boleh berbeza-beza…, yang penting ialah kepentingan pihak
yang terlibat perlu diambil kira”.
Seterusnya dalam kes R lwn Sussex Justices ex parte Mc Carthyl, Hakim Lord Hewart pula
menyebut:
“Adalah menjadi keperluan asas bahawa keadilan bukan sahaja dilaksanakan, tetapi
perlu juga dipastikan yang ianya dilaksanakan”.

1 260252
Terdapat beberapa konsep penting mengenai pemakaian prinsip keadilan asasi dalam
konteks pentadbiran seperti; jika sekiranya tindakan mana-mana pihak berkuasa boleh
menjejaskan hak atau kepentingan atau jangkaan yang sah (legitimate expectation) seseorang,
maka prinsip ini akan terpakai. Ia juga tidak membezakan sama ada kuasa membuat keputusan
itu adalah kuasa kehakiman, kuasa separa kehakiman atau kuasa pentadbiran tulen. Hak untuk
didengar ini diberikan juga walaupun mana-mana statut tiada peruntukan mengenainya.
Kekosongan dan ketinggalan ini perlu dilengkapkan dengan Common Law, iaitu dalam konteks
ini perlu diisi dengan prinsip keadilan asasi. Kenyatan ini seperti yang digambarkan dalam kes
Cooper lwn Wandworth Board of Works, “The justice of the common law will supply the
omission of the legislature”

Di Malaysia, perkara ini disokong di dalam kenyataan Hakim Raja Azlan Shah dalam kes
Ketua Pengarah Kastam lwn Ho Kwan Seng, beliau memutuskan bahawa:
“the rule of natural justice that no man may be condemned unheard applies to every
case where an individual is adversely affected by an administrative action, no matter
whether it is labelled “judicial”, quasi judicial” or “administrative’ or whether or not
the enabling statute makes provision for a hearing”.

Begitu juga dalam kes Associated Provincial Picture Houses lwn Wednesbury
Corporation, Mahkamah Rayuan Inggeris menyebut pihak yang mengendalikan kes hendaklah
tidak bersikap buruk sangka, amanah, tidak memberi perhatian kepada perkara yang karut-marut,
atau kepada perkara yang tidak munasabah. Tentang persoalan "munasabah", Hakim Lord
Greene M.R. menyebut bahawa:
“…seseorang yang diamanahkan dengan budi bicara hendaklah memberikan tumpuan
yang sepenuhnya dengan betul terhadap undang-undang. Dia hendaklah memberikan
perhatian kepada perkara yang dia terikat untuk dipertimbangkan. Dia hendaklah
menyisihkan dirinya daripada mempertimbangkan perkara yang tidak berkait dengan
apa yang akan dipertimbangkan ... Jika tidak ... dia akan bertindak secara tidak
munasabah”.
A.V. Dicey dalam bukunya An Introduction to the Study of the Law of The Constitution,
memberikan pandangan yang berikut (dalam konteks penjawat awam, tetapi terpakai juga kepada
pekerja swasta):
“Penjawat awam hendaklah melaksanakan tugas yang dirujukkan kepadanya tanpa
berat sebelah dan memberikan peluang kepada pihak-pihak untuk membentangkan
kesnya dalam bentuk yang mencukupi. Namun pentadbir boleh mengikut kaedahnya dan
acaranya yang tersendiri walaupun dia tidak selalu mengikut cara mahkamah undang-
undang”.

Mahkamah dalam kes Byrne lwn Kinematograph Renters Society Ltd. memberikan
panduan untuk menentukan keadilan asasi itu tercapai. Pertama, seorang yang dituduh
hendaklah mengetahui bentuk tuduhan yang dibuat; kedua, dia hendaklah diberi peluang untuk
menyatakan kesnya; ketiga, tribunal hendaklah bertindak dengan niat baik (iaitu tanpa buruk
sangka).
Ketua Hakim Tucker dalam kes Russel lwn Duke of Norfolk, menyebut:
“Keperluan keadilan asasi bergantung kepada keadaan kes, bentuk siasatan, peraturan
Badan Penyiasat itu menjalankan kuasanya, perkara pokok yang dibincangkan dan yang
sebagainya”.
Konsep keadilan asasi ini perlu memenuhi dua prinsip utama iaitu:
1) Prinsip audi alteram partem, iaitu orang yang dituduh diberi peluang yang mencukupi dan
munasabah untuk menyatakan kesnya sewaktu perbicaraan diadakan.
2) Prinsip ‘tidak berat sebelah’ (bias) atau nemo debet judex sua causa/nemo judex in causa
sua potest.
Prinsip keadilan asasi adalah merupakan syarat minima dalam membuat keputusan adil dan
saksama yang dikenakan oleh undang-undang terhadap orang atau badan bertugas khususnya
yang bertindak secara kehakiman, termasuklah tribunal-tribunal dan juga mana-mana Lembaga
Tatatertib Jabatan. Tiada sebarang definisi atau penjelasan yang khusus mengenai prinsip
keadilan asasi di dalam mana-mana akta atau peraturan yang melibatkan prosedur tatatertib
penjawat awam, tetapi prinsip ini diguna pakai dengan meluas dan merupakan syarat bagi
menjamin prosedur perbicaraan adil dalam setiap perbicaraan. Pematuhan terhadap prinsip
keadilan asasi ini amat penting dan sebarang perlanggaran boleh menyebabkan kes-kes tersebut
boleh dirujuk di mahkamah untuk dibuat semakan semula atas keputusan yang diambil. Justeru,
artikel ini akan melihat apakah peruntukan-peruntukan mengenai prinsip keadilan asasi yang
terdapat di dalam undang-undang yang berkaitan dengan prosedur perbicaraan tatatertib di
jabatan polis. Antara isu-isu yang dibincangkan ialah sejauhmana peruntukan-peruntukkan
tersebut terpakai dan juga mengenai kekangan dalam pelaksanaan prinsip tersebut. Metodologi
yang digunakan adalah berdasarkan kajian perpustakaan berpandukan kepada analisa undang-
undang terhadap akta-akta, peraturan-peraturan dan kes undang-undang yang terpakai ke atas
Jabatan Polis. Diharap perbincangan dalam artikel ini dapat membantu memantapkan lagi
undang-undang mengenai pengurusan tatatertib yang terpakai sekarang khususnya di jabatan
polis bagi menjamin agar setiap pegawai yang dituduh berpeluang mendapat satu perbicaraan
yang adil dan saksama.

PRINSIP PERTAMA – AUDI ALTERAM PARTEM

Prinsip pertama ini memberi peluang kepada orang yang dituduh untuk membela diri.
Peluang untuk membela diri ini harus diberikan dengan sempurna dan mencukupi bagi memberi
peluang pihak yang didakwa betul-betul bersedia untuk membuat pembelaan terhadap tuduhan
yang dikenakan.
Antara elemen-elemen di bawah prinsip audi alteram partem yang perlu dipatuhi bagi
memastikan peluang pembelaan diberikan secara adil ialah:
a) Notis dakwaan tentang kesalahan atau dakwaan harus diberikan kepada tertuduh
sebelum perbicaraan.
b) Masa yang munasabah diberikan kepada tertuduh untuk membuat representasi
jawapan atau berhujah atas kesnya.
c) Hak untuk mengetahui dan mendapatkan semua maklumat atau keterangan yang
akan digunakan semasa membuat keputusan.
d) Hak menyoal saksi.
e) Hak diwakili peguam.
f) Hak diberitahu keputusan dan hak dinyatakan alasan keputusan.
g) Pertimbangan kes terdahulu dan prinsip "pembebasan dahulu" (autrefois
acquit), "sabitan dahulu" (autretois comvict), dan res judicata;
h) Hak untuk merayu dan dengar semula.

Isi kandungan keadilan asasi boleh berubah-ubah mengikut kesesuaian dan boleh
berbeza-beza, yang penting ialah kepentingan pihak terlibat perlu diambil kira dan dicapai tanpa
berat sebelah dan selepas peluang yang secukupnya diberikan kepada pihak yang berkenaan
untuk membentangkan kesnya

PRINSIP KEDUA – PRINSIP TIDAK BERAT SEBELAH (BIAS)

Dalam bahasa Latin, ia dikenali juga sebagal nemo judex in causa sua polest atau nemo
debet judex in propria sua causa yang bererti seseorang yang ada kepentingan dalam sesuatu kes
yang dikendalikannya (iaitu yang diadilinya). Oleh itu dia tidak boleh mengadili kes tersebut.
Dengan kata lain, prinsip ini bererti seseorang yang ada kepentingan dalam sesuatu kes
tidak boleh mengadili kes tersebut. Pihak yang mengadili kes seperti hakim dan penjawat awam
yang mempunyai kuasa budibicara untuk membuat sesuatu keputusan perlulah bebas daripada
membuat keputusan yang berat sebelah dan wujud prasangka. Keadaan terjadi disebabkan pihak-
pihak tadi mempunyai kepentingan dan pihak yang mengadili sesuatu kes mewakili institusi
yang menginginkan objektif tertentu atau pertalian tertentu atau sebagainya.

Menurut M.P Jain, Prinsip tidak berat sebelah ini sebenarnya lahir daripada dua maxim
iaitu:
a) Seseorang tidak boleh menjadi hakim dalam tindakannya sendiri. Maxim pertama ini
terpakai bukan hanya kepada pihak hakim atau pengadil sendiri yang terlibat dalam
kes-kes berkenaan, tetapi ianya memadai sekiranya hakim atau pengadil tadi ada
kepentingan di dalam kes tersebut.
b) Keadilan bukan sahaja perlu dilakukan, malah perlu ditunjukkan bahawa ia berlaku.
Maxim kedua bermaksud, elemen berat sebelah (bias) wujud memadai sekiranya ada
syak wasangka yang dapat diterima ramai tentang kredibiliti pihak hakim atau pihak
yang akan membuat keputusan untuk berlaku adil.
Elemen berat sebelah (bias) wujud memadai sekiranya ada syak wasangka yang dapat diterima
ramai tentang kredibiliti pihak hakim atau pihak yang akan membuat keputusan untuk berlaku
adil.
i. Bias Kewangan
Mengikut penulis undang-undang, Geoff Cahil, dalam bukunya, Promotion and
Diciplinary Appeals in Government Service" sesuatu pihak dianggap akan berat sebelah
jika pihak yang berkenaan ada kepentingan, sama ada kepentingan kewangan atau bukan
kewangan. Sebagai contoh jika salah seorang daripada ahli jawatankuasa tatatertib
mempunyai kepentingan kewangan dalam siasatan dalaman akan menimbulkan keadaan
berat sebelah. Dalam kes R lawan Hamond, Hakim Blackburn menyatakan jika wujud
kepentingan kewangan walaupun sedikit sudah cukup untuk mengatakan dia berat
sebelah.

ii. Bias Diri


Bias diri melibatkan ada hubungan kait seperti pertalian atau persaudaraan juga akan
menimbulkan situasi kes berat sebelah. Terdapat dua jenis keadaan yang menentukan
berat sebelah kerana mempunyai pertalian atau persaudaraan iaitu contoh yang pertama
dalam siasatan dalaman jika salah seorang jawatankuasa tatatertib mempunyai hubungan
keluarga seperti sepupu atau anak saudara dengan tertuduh, maka ia boleh dianggap
bahawa kes itu akan menjadi berat sebelah. Contoh yang kedua pula ialah di mana ahli
jawatankuasa tatatertib merupakan ahli pertubuhan yang sama dengan tertuduh maka
situasi ini juga akan mempengaruhi keputusan kes di mana wujud berat sebelah.

Jika pihak-pihak (iaitu pekerja yang dibicarakan atas tindakan berkuasa tatatertib dan ahli
pihak berkuasa tatatertib) adalah ahli satu pertubuhan pertubuhan yang sama, maka di
sini juga ada kemungkinan sebenar atau akan ada syak yang munasabah bahawa wujud
berat sebelah di pihak pembuat keputusan. Contoh kes Chong Kok Lim lwn Yong Su
Hian. Yong menuduh Chong langgar peraturan persatuan dan Chong dipecat dari menjadi
ahli persatuan. Keputusan pemecatan dibawa kemesyuarat mesyuarat agong persatuan
persatuan untuk pengesahan pengesahan dan Yong jadi pengerusi mesyuarat tersebut.
Keputusan pemecatan tidak sah kerana orang yang menuduh menjadi pengerusi dalam
mesyuarat agong persatuan yang mengesahkan pemecatan itu.

iii. Bias Dasar


Bias dasar melibatkan seseorang yg terlibat dalam penggubalan polisi secara langsung
atau tidak, tidak layak untuk buat keputusan atas masalah yg timbul akibat pelaksanaan
polisi tersebut. Contoh kes seperti Gullapalli N Rao lawan Andhra Pradesh dan State
Road Transport Corp. Mahkamah mendapati setiausaha jabatan pengangkutan tidak layak
untuk dengar bantahan bantahan terhadap terhadap polisi kerana beliau adalah sebahagian
daripada jabatan tersebut & terlibat dalam penggubalan polisi itu.

3.1 PRINSIP KUASA BUDI BICARA


Kewujudan kuasa-kuasa budi bicara ialah suatu fenomena yang begitu menonjol dalam undang-
undang awam. Baik di dalam undang-undang perlembagaan atau undang-undang pentadbiran
isu-isu berkenaan dengan budi bicara cukup dominan. Banyaknya jumlah kuasa-kuasa budi
bicara di dalam kehidupan bernegara di zaman moden seolah-olah membayangkan bahawa apa
yang dikatakan sebagai demokratik dan dibataskan oleh perlembagaan itu sudah menjadi
autokratik dan feudal semula.
Di sisi perlembagaan, kuasa-kuasa budi bicara diberi kerana sebabsebab yang agak berbeza.
Selain mengekalkan sejarah ia mungkin diberi kerana itu satu-satunya pilihan yang ada. Contoh
terbaik ialah kuasa ketua negara melantik kerajaan atau haknya untuk menyetujui atau sebaliknya
permintaan untuk membubarkan Dewan. Kuasa-kuasa ini tidak diberikan hanya semata-mata
kerana perlembagaan mahu memberikan kuasa sedemikian kepada ketua negara. Di dalam teori
perlembagaan kuasa, biar apa pun namanya, hanya boleh diberikan sekiranya ia selaras dengan
semangat dan tuntutan demokrasi. Kuasa budi bicara diberikan dalam konteks ini untuk
mempastikan bahawa ada pihak yang dapat mengelakkan kebuntuan dalam suasana-suasana
tertentu, seperti apabila proses demokrasi gagal memberikan keputusan, wujudnya senario
apabila ada pihak-pihak tertentu mahu menggunakan demokrasi untuk memusnahkan demokrasi
dan seumpamanya
3.2 Elemen Prinsip Kuasa Budi Bicara

i. Budi Bicara Mengikut Kontrak

ii. Budi Bicara Oleh Estoppels


Peraturan undang-undang yang apabila seseorang (A) dengan perbuatan atau kata-kata,
memberikan alasan kepada orang (B) untuk mempercayai suatu set fakta tertentu di
mana orang (B) mengambil tindakan, orang (A) tidak boleh kemudian, dengan
faedahnya, menafikan fakta atau mengatakan bahawa perbuatannya yang sebelumnya
tidak sesuai.

Di Abu Dhabi National Tanker Co v Product Star Shipping Ltd (Bintang Produk) [1993]
1 Lloyd's LR 397, budi bicara yang dimaksudkan adalah keupayaan tuan atau pemilik
untuk menolak untuk meneruskan ke mana-mana pelabuhan yang, menurut budi bicara
mereka, dipertimbangkan sebagai berbahaya. Leggatt LJ menyatakan yang prinsip
berikut berhubung dengan menjalankan budi bicara kontrak: "Jika kontrak A dan B
antara satu sama lain untuk memberi budi bicara pada A, itu tidak menyebabkan B
tertakluk kepada A tidak dilarang sesuka hati. Dalam penghakiman saya, pihak berkuasa
menunjukkan bahawa bukan sahaja budi bicara dilaksanakan secara jujur dan dengan
niat baik, tetapi, dengan mengambil kira peruntukan dari kontrak yang mana ia
diberikan, ia tidak boleh dijalankan secara sewenang-wenang, dengan keterlaluan atau
tidak munasabah.

iii. Budi Bicara Berdasarkan Jangkaan Yang Sah


4.1 REMEDI PREROGATIF
Huraian
4.2 Elemen Prinsip Remedi

i. Certiorari & Prohibition


Certiorari: Menurut bahasa latin ialah memaklumkan. Ia adalah remedi apabila
Mahkamah Tinggi memerintahkan keputusan mahkamah bawahan, tribunal, dan pihak
berkuasa pentadbiran dibawa kepadanya dan dibatalkan jika terdapat ultra vires atau
memperlihatkan kesalahan undang- undang atau telah melanggar prinsip asasi atau
berlaku kesilapan semasa mentafsirkan undang- undang. Remedi ini wujud untuk
kebaikan awam dan pemohon tidak perlu untuk membuktikan kepentingan peribadinya
secara langsung. Pada asalnya certiorari merupakan writ prerogatif tetapi sekarang ia
telah dipohon melalui permohonan kajian semula kehakiman.

Contoh kes: Jika mana- mana pihak pentadbiran atau tribunal bertanggungjawab untuk
memberi peluang kepada pegawainya untuk dibicarakan sebelum sebarang tindakan
dikenakan tugas tersebut adalah tugas kehakiman. Jika tugas tersebut tidak dilaksanakan
oleh pihak yang berkenaan maka pegawai yang tersinggung boleh memohon supaya
keputusan tersebut dibatalkan melalui certiorari.

Prohibition: Ia adalah suatu larangan. Remedi ini mengkehendaki Mahkamah Tinggi


memerintahkan Mahkamah Rendah, tribunal atau penguasa pentadbiran untuk tidak
menjalankan tindakan ultra vires seperti membicarakan kes di luar bidang kuasanya. Ia
digunakan untuk sesuatu kes di mana sekiranya tindakan itu telah dilaksanakan remedi
sepatutnya ialah certiorari dan ia dikehendaki mengikut peraturan- peraturan yang sama.
ii. Mandamus
Mandamus adalah satu perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi bagi memaksa
(compel) agensi awam atau badan badan Kerajaan untuk melakukan suatu perbuatan atau
tindakan yang dikehendaki oleh undang undang yang mana agensi atau badan itu telah
gagal atau cuai atau abai melakukannya. Contoh kes, dalam agensi Permodalan Felda
( KPF), Yb Isa Samad , yang bukan termasuk dalam mana mana kategori yang
membuatkan beliau layak menyertai agensi tersebut telah menyertai agensi ini secara ,
namanya juga tercatat sebagai atidak sah. Ahli KPF dan beberapa orang peneroka buat
aduan ke atas KPF di Suruhajaya Koperasi Malaysia (SKM) dan satu tribunal ditubuhkan
untuk dengar dan putuskan isu itu.

iii. Injuksi
Injuksi bermaksud perintah mahkamah yang dikeluarkan untuk menghentikan sesuatu
kerja/perkara pada masa dan tempat tertentu. Contoh kes, Mahkamah Tinggi Syariah di
sini hari ini menolak permohonan injunksi ex-parte (sebelah pihak) yang dikemukakan
pelakon Fasha Sandha bagi menghalang bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli yang
didakwa masih mengganggunya. Hakim Syarie, Muhamad Abdul Karim Wahab
sebaliknya mengarahkan agar permohonan injunksi tersebut didengar antara pihak-pihak
bagi memberi peluang kepada yang terlibat untuk menjawab semua dakwaan. Hakim
tersebut memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan eksibit (bahan bukti) yang
dikemukakan Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hasan, 33, selaku
pemohon dalam permohonan itu.

iv. Habeas Corpus


Habeas Corpus bermaksud arahan mahkamah supaya seseorang yang berada dalam
tahanan pihak berkuasa dibebaskan. Hebeas Corpus juga boleh digunakan untuk
mendapatkan jamin dan pembicaraan yang cepat. Di Malaysia ianya juga diguna pakai
bagi orang yang ditahan dengan jumlah jaminan yang begitu tinggi. Di Singapura orang
yang dibebaskan dengan jamin tidak mempunyai hak membuat permohonan habeas
corpus. Di dalam kes Ketua Polis Negara V Abdul Ghani Haroon [2001] 4 MLJ 11
anggota polis tidak perlu membawa orang yang ditahan ke Mahkamah untuk
pembicaraan Hebeas Corpus. Ini disebabkan peruntukan perlembagaan artikel 5(2)
menyatakan jika sekiranya Mahkamah Berpuas hati tahanan adalah tidak sah.

v. Pengistiharan/ Declaration

vi. Quo Warranto


Quo Warranto bermaksud ia adalah satu remedi yang khusus dalam undang- undang di
Malaysia. Ia berfungsi menjelaskan mengenai kuasa dan bidang kuasa yang
membenarkan atau membolehkan seseorang itu bertindak.

Contoh kes, Abang Ahmad Kerdee selaku pemohon memfailkan permohonan kebenaran
semakan kehakiman itu pada 1 November lepas bagi menuntut deklarasi mengatakan
pelantikan Md Raus sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan pada 4 Ogos 2017
di bawah Perkara 122(1A) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak sah, tidak
berperlembagaan, terbatal dan tidak mempunyai apa-apa kesan.

Pemohon juga menuntut agar diberi kebenaran mendapatkan Writ Quo Warranto supaya
responden menunjukkan sebab dan memberikan pengesahan bagaimana dan apakah asas
responden memegang jawatan berkenaan.

vii. Tindakan Relator


5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, Keadilan asasi ialah sifat semulajadi antara betul dan salah. Maka adalah
penting prinsip ini digunakan sebagai asas untuk membuat suatu keputusan yang adil dan
saksama oleh mana-mana badan atau individu yang diberi tanggungjawab untuk bertindak secara
kehakiman. Kuasa budi bicara menyebabkan perlembagaan sudah menjadi autokratik dan feudal
kerana soal sifat, kuantiti dan kawalan bagi mempastikan bahawa kuasa-kuasa kelihatan longgar.
Kawalan harus diketatkan agar bidang kuasa budi bicara tidak digunakan untuk kepentingan
sendiri. Dengan kata lain sebahagian besar daripada fungsi mekanisme kawalan itu ialah untuk
mengurangkan kesan-kesan negatif kuasakuasa budi bicara yang terlalu luas.
Remedi atau pemulihan adalah satu aspek penting dalam undang-undang pentadbiran untuk
menolong seseorang yang terjejas haknya disebabkan tindakan pentadbiran. Ia juga adalah satu
cara untuk Mahkamah Tinggi melaksanakan bidang kuasa kawalannya ke atas mahkamah
bawahan, tribunal atau pihak pentadbiran yang menjalankan kuasa kehakiman atau separa
kehakiman. Antara remedi yang boleh dipohon ialah certiorari, prohibition (larangan), injunksi,
habeas corpus, perisytiharan, quo warranto, dan tindakan relator. Setiap remedi mempunyai
fungsi dan cara permohonan yang berlainan. Hanya seseorang yang mempunyai locus
standisahaja dibenarkan untuk memohon kecuali untuk habeas corpus dan tindakan relator.
6.0 RUJUKAN

De Smith (1985). The Constitutional and Administrative Law, Edisi 5. Harry Sheet dan
Rodney Brazier (ed) Middlesex: penguin Books ltd.

Dicey, 1987. An Introduction to the study of the Law of the Constitution. Edisi Kesepuluh.
London: Macmillan Education Ltd. hlm. xxxiii.

Gan Chee Keong (2016)


Kebebasan Asasi dan Remedi di Malaysia: Satu Kajian daripada Perspektif Sejarah
Penggubalan Perlembagaan Persekutuan 1957, Jurnal Undang-undang & Masyarakat (Journal of
Law & Society) 20, 1-22.

Geoff Cahil, 1986, Promotion and Diciplinary Appeals in Government Service. North Ryde,
New South Wales: The Law Book Company Limited, hlm. 24.

Jain M. P (1980). Administrative Law in Malaysia dlm. Malaysian Legal Essays. M.B Hooker
(ed) Kuala Lumpur: Malayan Law Journal.

Anda mungkin juga menyukai