Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA KURSUS PEMANTAPAN SAHSIAH DAN KETRAMPILAN SERTA KEPIMPINAN

PENGAWAS SK SERI PENGKALAN 2015

ANJURAN :

UNIT PENGAWAS & DISIPLIN

BERSAMA DENGAN

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

TARIKH :

30 JANUARI 2015

HARI :

JUMAAT

MASA :

08.00 – 11.00 PAGI

TEMPAT :

DEWAN SERI PERMATA

“TANGGUNGJAWAB DIPIKUL KARISMA DITONJOL”


1.0 PENGENALAN

Lembaga Pengawas dan Disiplin Sekolah merupakan satu badan yang membantu pihak
pengurusan menjalankan tugas mengawal disiplin murid-murid. Badan ini terdiri daripada guru-guru
sebagai penasihat dan murid-murid yang dipilih sebagai ahli pengawas. Sebagai pemimpin murid, adalah
wajar bagi pengawas-pengawas menunjukkan sahsiah dan ketrampilan diri yang positif agar dapat
dijadikan contoh dan tauladan kepada murid-murid lain.

Justeru, kursus pemantapan sahsiah dan ketrampilan serta kepimpinan pengawas ini perlu
diadakan sebagai wadah membentuk dan melahirkan pengawas yang mempunyai karisma kepimpinan
khususnya dalam menjalankan tugas harian. Pada tahun yang lalu, para pengawas telah diberi bengkel
berkaitan dengan protokol bagi mengendalikan majlis-majlis sekolah. Oleh itu, pada tahun 2015 ini,
kursus ini akan diadakan dengan member penekanan khusus terhadap tugas semasa majlis
perhimpunan rasmi sekolah pada setiap hari Ahad di samping menjalankan tugas-tugas harian.

Ketrampilan pengawas mencerminkan personaliti dan ketokohan kepimpinan murid-murid SK


Seri Pengkalan yang dibentuk melalui acuan guru-guru. Maka diharapkan kursus ini mendapat kerjasama
daripada semua pihak dan berjalan seperti yang dirancang.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Membentuk sahsiah dan ketrampilan pengawas.

2.2 Memurnikan tugas harian pengawas khususnya di sekolah.

2.3 Menjelaskan peranan dan tanggungjawab sebagai pemimpin murid.

3.0 NAMA PROGRAM

“KURSUS PEMANTAPAN SAHSIAH DAN KETRAMPILAN SERTA KEPIMPINAN PENGAWAS”

4.0 MOTTO

“Tanggungjawab Dipikul, Karisma Ditonjol”


5.0 ANJURAN

Unit Pengawas & Disiplin bersama dengan Unit Bimbingan & Kaunseling.

6.0 TEMPAT

Dewan Permata

7.0 TARIKH

30 Januari 2015

8.0 SASARAN

20 orang pengawas SK Seri Pengkalan

9.0 STRUKTUR JAWATANKUASA

Penasihat : En. Samsudin b Yasin (Guru Besar)

Pengerusi : Pn. Nazlin bt Mordi (GPK HEM)

Naib Pengerusi 1 : Pn. Rosinda bt Minhaj (GPK KK)

Penyelaras : Tn. Hj Mohamad Hashim b Johari

Setiausaha : En. Mohd Rasimi b Mat Yasin

Pen. Setiausaha : Pn. Halizah bt Isnin

Bendahari : Pn. Nurul Anis bt Hussin

10.0 MANUAL JAWATANKUASA

Setiausaha : Mencatat dan mengedar minit mesyuarat

Menguruskan surat menyurat

Bertugas menjemput jawatankuasa bermesyuarat


Membuat laporan setelah program tamat

Naib Setiausaha : Membantu tugas-tugas Setiausaha

Bendahari : Menguruskan segala masalah berkaitan dengan kewangan

Mengawal aliran wang masuk dan keluar

Menguruskan resit-resit pembelian dan bayaran

Membuat laporan kewangan setelah program tamat

Pendaftaran : Menyediakan borang kehadiran

Mencatat / mengambil kehadiran murid

Melaporkan kehadiran murid kepada Setiausaha

Penggambaran : Merakam aktiviti sepanjang program

Menyerahkan gambar kepada Setiausaha untuk laporan

Jamuan : Menguruskan persiapan tempat jamuan

Memastikan guru dan murid mendapat makanan

11.0 TENTATIF / ATURCARA PROGRAM

07.30 pagi : Pendaftaran peserta

08.00 pagi : Ceramah Kepimpinan

(Tugas dan Peranan sebagai Pemimpin Murid) – Guru B&K

09.00 pagi : LDK

10.00 pagi : Kudapan

10.30 pagi : LDK


11.00 pagi : Bersurai

12.0 BELANJAWAN

Pendapatan

RM60.00 (Unit B&K)

Perbelanjaan

Makan murid : 20 orang x RM3.00 = RM60.00

JUMLAH : RM60.00

13.0 PENUTUP

Sesungguhnya kita hanya merancang, namun perancangan Allah s.w.t itu lebih baik dan
mengatasi segala perancangan hambanya. Harapan kami agar segala program yang dirancangkan dan
disusun akan mencapai objektif yang telah digariskan serta dapat dihayati juga diaplikasikan dalam
kehidupan peserta. Akhir kata, kami merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang
terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

“TANGGUNGJAWAB DIPIKUL, KARISMA DITONJOL”

Disediakan oleh :

…………………………………………………………..

Disemak oleh :

………………………………………………………….
Disahkan oleh :

………………………………………………………….

Anda mungkin juga menyukai