Anda di halaman 1dari 2

BAHAGIAN B (SOALAN 1)

Terdapat pelbagai jenis pendekatan bestari atau strategi pengajaran yang dapat digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran genre KOMSAS dalam bahasa Melayu seperti
pendekatandirektif, pendekatan mediatif, pendekatan generatif, pendekatan pemerhatian,
pendekatan kontekstual, pendekatan kajian masa depan, dan pendekatan metakognitif.

Pendekatan Direktif

Pendekatan ini berpusatkan guru dan pembelajaran secara tradisional. Guru pula
mengajar, membimbing, memberi latihan dan arahan untuk memberi kesemua maklumat.
Hanya guru merangkakan konsep dan kemahiran. Murid-murid belajar melalui peneanagn
tentang konsep atau kemahiran oleh guru dan diikuti oleh ujian kefahaman dan latihan yang
dibuat dengan bimbingan guru. Contoh strategi pengajaran yang boleh digunakan oleh guru
ialah kuliah dan latih tubi.

Pendekatan Mediatif

Bagi pendekatan mediatif pula, guru sebagai fasilitator. Murid belajar atau diajar
mengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan,
mengenal pasti andaian atau masalah, perbincangan terbuka, menilai kebenaran andaian dan
membuat keputusan dan hipotesis. Selain itu guru mengemukakan soalan untuk merangsang
minda murid untuk berfikir secara inkuiri. Modal inkuiri adalah seperti mengenal pasti
masalah, membuat hipotesis, mengumpul data, menganalisis data dan membuat generalisis.

Pendekatan Generatif

Strategi pengajaran generatif merupakan satu lagi pendekatan yang dapat membantu
pelajar mencipta pengetahuan dan membentuk cara baharu serta kreatif untuk menyelesaikan
masalahPendekatan generatif ini boleh digunakan untuk penulisan ekspresif serta membentuk
penyelesaian masalah bukan rutin dan inkuiri. Justeru itu, ianya boleh digunakan untuk
penulisan ekspresif, membentuk penyelesaian untuk masalah bukan rutin dan inkuiri. Guru
pula menjadi sebagai fasilitator. Tambahan pula, ia menggalakkan murid menjana idea kreatif
dan kritis dan dapat membantu murid menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif dengan
menggunakan idea asli dan unik. Dalam pendekatan ini, murid belajar cara bertindak yang
memerlukan kreativiti, pemahaman dan penyelesaian.

Pendekatan Kontekstual

Pendekatan kontekstual pula lebih bercirikan ruang siber yang mengaitkan bahan
pengajaran dan pembelajaran kepada situasi dunia yang sebenarnya. Jenis pembelajaran
pendekatan kotekstual adalah pembelajaran berasaskan pengalaman, pengalaman hidup
sebenar, pembelajaran aktiviti dan pembelajaran berpusatkan murid.
Sebagai kesimpulannya, terdapat banyak pendekatan dan aktiviti yang boleh
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Komsas untuk melahirka insan yang
bestari.

Anda mungkin juga menyukai