Anda di halaman 1dari 5

Sebagai bakal pemimpin dan pengurus sekolah saya akan menekankan

kepimpinan Birokratik. Kepimpinan birokratik lebih berstruktur dan berfungsi mengikut

prosedur yang ditetapkan yang berhieraki kepada Guru Besar dan disusuli oleh guru yang

mempunyai kepakaran masing-masing. Tujuan diwujudkan sistem hierarki dalam

organisasi birokrasi adalah untuk mebina sistem rantaian arahan yang tersusun. Dengan

adanya hierarki ini, segala rancangan dapat disatukan dan pemusatan pembuatan

keputusan dapat dijalankan. Begitu juga dengan halnya bagi pengkhususan

fungsi, dengan adanya pengkhususan setiap jabatan dalam organisasi dapat menjalankan

fungsi mereka masing-masing. Kedua-dua langkah bertujuan mengelak adanya bidang

kuasa yang bertindih di antara satu sama lain.

Dari segi layanan ke atas pekerja-pekerja pula, teori birokrasi mengambil

pendekatan tidak dipengaruhi perasaan dan bersifat peribadi (impersonal), objektifnya

ialah untuk mengurangkan pekerja menghabiskan masanya dengan berborak sahaja serta

mengurangkan pekerjaan yang dijalankan dengan sewenang-wenangnya dan tidak

konsisten. Pendekatan ini adalah untuk memastikan setiap pekerja dilayan dan

diperlakukan secara sama rata (Sims et al., 1995). 

Setiap keputusan yang diputuskan menggunakan kuasa rasmi yang diberikan

melalui perlantikan jawatan. Konsep kepimpinan ini kurang memberi tumpuan terhadap

keperluan individu dan ianya lebih bersifat autokratik. Sebenarnya birokrasi direka agar

pekerjaan dapat dijalankan dengan baik (Hall, 1999). Menurut J. Hage (1980) pula,

birokrasi dibentuk untuk mewujudkan kecekapan dan kebolehpercayaan. Daripada

kedua-dua sumber tersebut dapat dikatakan bahawa objektif utama teori birokrasi ialah

untuk menjadikan sesebuah organisasi menjadi lebih cekap dan segala urusan pekerjaan
di dalam organisasi dapat berjalan dengan baik dan lancar. Ciri-ciri atau struktur birokrasi

yang dianjurkan oleh Weber sebenarnya mencapai ke arah organisasi yang lebih efisien

dan sistematik. Kewujudan sistem kawalan iaitu peraturan yang ditetapkan adalah

bertujuan untuk mengawal seluruh struktur dan proses organisasi, pengawalan ini juga

memerlukan pengetahuan teknikal ke arah mencapai kecekapan yang

maksimum (Mouzelis, 1967).

Saya lebih menekankan konsep kepimpinan kerana Teori birokrasi ini mempunyai

kekuatannya yang tersendiri, walaupun teori ini sering dikaitkan dengan pelbagai

streotaip negatif, namun teori birokrasi ini juga banyak memberikan sumbangan kepada

teori dalam pengurusan sumber manusia.Menurut Kettner (2002), terdapat tiga

pertimbangan yang diambil kira dalam teori birokrasi iaitu pertama ialah

kebertanggungjawapan (accountability), kedua ialah hierarki dan definisi tanggungjawab,

manakala yang ketiga pula ialah penyediaan untuk kerja. Kesemua instrumen tersebut

adalah kekuatan kepada teori ini dan inilah yang membezakannnya dengan teori

organisasi yang lain.

Kebertanggungjawaban adalah merupakan satu identiti dalam birokrasi. Salah

satu faktor yang menyebabkan sesebuah organisasi memilih struktur birokrasi ini ialah

untuk mengenalpasti dengan lebih tepat tanggungjawab dalam proses pembuatan

keputusan. Hal inilah yang menyebabkan selalunya organisasi kerajaan memerlukan

struktur birokrasi ini kerana tanggungjawab proses pembuatan keputusan sangat

dipentingkan. Jika ditinjau dalam model teori-teori organisasi yang lain, model teori-teori

tersebut mungkin juga lebih banyak mengemukakan syarat-syarat penyusunan kerja dan

produktiviti yang fleksibel, namun dalam sesebuah organisasi yang memerlukan


kebertanggungjawapan yang tinggi dalam pembuatan keputusan, birokrasi adalah

merupakan satu pilihan yang lebih praktikal.

Instrumen kedua iaitu hierarki dan definisi tanggungjawab adalah merupakan ciri

penting birokrasi dalam membantu  pengurusan tempat kerja yang tersusun. Lakaran

prinsipal terhadap semua tugas haruslah jelas dan harus disusun dalam bentuk hierarki.

Dengan adanya hierarki dan spesifikasi tugas ini, ianya dapat memberi kekuatan terhadap

organisasi birokrasi kerana ia dapat memantapkan lingkungan kuasa yang ada pada

jabatan, program, unit kecil dan bagi setiap pekerja itu sendiri.Salah satu lagi

kelebihannya disini ialah setiap pekerja amat jelas serta tahu kerja dan tugas harian yang

patut dilakukan oleh mereka, tanpa perlu bergantung kepada arahan untuk melakukan

sesuatu tugas daripada pihak lain. Sebagai contohnya disini seorang pekerja yang telah

tahu tugas yang harus dilakukannya boleh terus melakukan kerja rutinnya tanpa perlu

disuruh atau bertanya berkali-kali kepada orang atasannya tentang apa kerja yang harus

dilakukannya lagi.

Bagi instrumen ketiga iaitu penyediaan untuk kerja, Weber menyokong idea yang

dikemukakan oleh Frederick W. Taylor bahawa untuk memastikan kecekapan organisasi,

penyediaan untuk kerja mestilah berdasarkan kelayakan untuk penempatan pekerjaan di

dalam organisasi. Dalam hal ini, sudah menjadi kebiasaan dalam bidang perkhidmatan

sosial seseorang pekerja akan diberikan posisi dalam organisasi berdasarkan pendidikan

profesional yang diterima oleh mereka, disamping pengalaman yang pernah mereka lalui

dalam jangka masa tempoh tertentu. Hal inilah yang mejadi kekuatan kepada teori

birokrasi ini kerana organisasi birokrasi mengamalkan kaedah pemilihan pekerja yang

benar-benar layak untuk bekerja di organisasinya dan tujuan utamanya ialah untuk
mencapai kecekapan dalam melaksanakan tugas. Kejayaan sesebuah organisasi atau

agensi pada hari ini adalah dibantu oleh kesedaran mengenai proses pembuatan analisis

kerja secara teliti dan berhati-hati yang dapat menyediakan rangka kerja untuk

memutuskan penempatan kerja seseorang pekerja. Keputusan penempatan kerja itu juga

seharusnya adalah penyediaan kerja yang dapat dibuktikan dan bukannya data yang

hanya berdasarkan gambaran umum semata-mata tanpa perincian.

Walaubagaimanapun teori birokrasi juga mempunyai kelemahannnya. Anataranya

ialah kurang mengambil kira faktor Manusia. Masalah ini timbul kerana organisasi

birokrasi terlalu menekankan prinsip orientasi melakukan tugasan tanpa dipengaruhi oleh

perasaan. Dalam prinsip ini orang atasan harus menghindarkan pertimbangan peribadi

dalam hubungannya dengan orang bawahan ataupun orang awam yang dilayaninya.

walaupun pada dasarnya prinsip ini bertujuan untuk memberikan perlakuan yang adil

terhadap semua orang, namun jika terlalu ditekankan atau tidak disesuaikan mengikut

keadaan akan menyebabkan penurunan produktiviti sehingga menyebabkan timbulnya

ketidakcekapan. Sebagai contohnya disini katakan terdapat dua jenis orang bawahan yang

mempunyai daya produktiviti yang berbeza, golongan orang bawahan yang pertama

mempunyai prestasi kerja yang baik manakala golongan orang bawahan yang kedua pula

mempunyai prestasi kerja yang buruk, namun layanan yang diberikan oleh pihak atasan

kepada kedua-dua golongan orang bawahan tersebut tetap sama. Keadaan ini akan

menyebabkan timbulnya ketidakpuasan hati kepada orang bawahan yang mempunyai

prestasi kerja yang baik itu tadi dan ini boleh mempengaruhi prestasi mereka kerana

mereka kurang diberi penghargaan. Dalam kata lain, teori birokrasi tidak mengambilkira

perasaan dan emosi para pekerja, dan inilah apa yang disebutkan sebagai kurang
mengambil perhatian terhadap faktor manusia. Perkara ini boleh diatasi dengan perasaan

timbang rasa daripada pihak atasan dengan sebab musabab yang boleh diterima.

Anda mungkin juga menyukai