Anda di halaman 1dari 3

Kenyataan Masalah

Keberkesanan membawa maksud berkesannya sesuatu tindakakan atau

perubahan.Perkhidmatan pula menunjukan kepada usaha atau kemudahan

untuk kegunaan,keperluan orang ramai.Ambulan pula adalah kenderaan yang

digunakan khas untuk membawa atau mengangkut orang sakit atau cedera ke

hospital (Kamus Dewan 1994)

Di Hospital Selayang khususnya , sudah hampir 6 tahun perkhidmatan ini

diberikan berserta garis panduan dan protokol digariskan. Dan ia sepatutnya

berada pada landasan yang terbaik. Namun persoalannya bagaimana

perlaksanaannya dan adakah ia berjalan lancar.Sememannya tidak dinafikan

perkhidmatan pra hospital di Hospital Selayang adalah antara yang terbaik,

namun begitu masih ada beberapa perkara yang perlu diberikan penekanan.

Melalui aduan dari pelanggan , keadaan persekitaran , peralatan yang kurang

lengkap, sistem yang tidak berkesan serta sikap kakitangan yang kurang cekap

atau sebagainya. Hal ini sedikit sebanyak menyebabkan imej sesuatu

perkhidmatan itu terjejas. Oleh itu penilaian harus dibuat dari aspek berikut.

Perkara utama yang menjadi pokoknya adalah keberkesanan

perkhidmatan ambulan. Ini kerana perkhidmatan ambulanlah yang menjadi nadi

utama dalam perkhidmatan pra hospital , malah jumlah ambulan yang

mencukupi dan dilengkapi dengan alatan perubatan yang lengkap merupakan


faktor penting dalam menentukan keberkenan perkhidmatan pra hospital Idris

Ahmad (2003).

Perkhidmatan ambulan yang berkesan di mana ia dapat memberi

“activation time “ kurang dari 5 minit mengikut piawaian Kementerian Kesihatan

Malaysia. Kajian pada awal 2002 menunjukkan “respon time “ ,pada amnya

melebihi 20 minit dari masa menerima panggilan dan hadir ke tempat

kecemasan. Waktu ini tidak memenuhi standard antarabangsa di mana ianya

dalam masa 5 minit Ahmad Tajuddin ( 2002 ).

Sememangnya matlamat yamg dijalankan melalui perkhidmatan pra hospital

adalah memberi perkhidmatan ambulan yang berkualiti dan berkesan serta

berusaha mencapai tahap masa bertindak dengan seminimum mungkin. Tetapi

apa yang berlaku kebiasaanya tidak mencapai apa yang diimpikan. Sebagai

contoh yang boleh dilihat melalui berita yang dipaparkan di dada akhbar popular

semestinya ia dibaca jutaan rakyat Malaysia, akhbar Harian Metro M.Jamilul

Anbia ( 2007 ), menyatakan penderitaan seorang wanita yang telah tiba waktu

untuk melahirkan anak terpaksa menunggu hampir 2 jam untuk

mendapatkankhidmat ambulan. Suami wanita berkenaan memberitahu , beliau

telah membuat panggilan ke sebuah hospital terkenal pada jam 4.30 pagi apabila

menyedari isterinya mengalami sakit hendak bersalin. Tetapi panggilan tersebut

enggan dilayan oleh petugas hospital berkenaan. Malah beliau diminta

menghubungi hospital lain untuk mendapatkan khidmat ambulan. Seterusnya


beliau mencuba beberapa panggilan ke hospital lain . Setelah mendapat

persetujuan , sebuah hospital berjanji akan menghantar ambulan secepat

mungkin.malang menimpa beliau sekali lagi apabila ambulan yang dinantikan

tidak kunjung tiba sehingga jam 6.30 pagi. Ketika itulah isteri beliau telah

melahirkan anak mereka di hadapan pintu rumah. Ambulan yang diminta hanya

sampai ke rumah mereka pada jam 6.45 pagi. Kejadian ini bukanlah satu

mainan ia melibatkan dua nyawa manusia. Bagaimanakah agaknya jika perkara

ini berlaku kepada keluarga anda. Ini adalah salah satu rentetan mengenai

kelewatan ambulan. Imej hospital tercemar dengan adanya aduan sebegini.

Sekali lagi masa “ activation “ menjadi isi utama dalam keberkesanan

perkhidmatan ambulan. Jelas, permasalahan ini sesuai dengan tajuk ‘

Keberkesanan Perkkhidmatan Ambulan’ agar ianya dapat ditangani dari terus

berlaku.

Anda mungkin juga menyukai