Anda di halaman 1dari 1

2.

1 – Pengasas

Pengasas Pergerakan Palang Merah ialah seorang ahli perniagaan bernama Henry Dunant
(1828-1910) yang sedih melihat mangsa perang antara Perancis dan Itali dengan tentera
Austria di Solferino, Itali utara pada 24 Jun 1959. Lebih 40,000 tentera dan orang awam
cedera dan terkorban. Henry Dunant dalam perjalanan ke Algeria, Afrika, telah membantu
mangsa yang merintih dan nyawa-nyawa ikan ke sebuah gereja berdekatan. Sebuah buku
kenangan dan pengalamannya ‘A Memory of Solferino’ telah dicetak dan dihadiahkan
kepada semua ketua negara di Eropah. Oleh sebab bahasa dan penceritaannya yang baik,
buku itu telah menyedarkan ketua-ketua kerajaan di Eropah.

Buku itu mencadangkan:

Pertama : Membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera


dan orang awam yang cedera dan menderita semasa peperangan.

Kedua : Mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari mana-
mana pasukan hendaklah dibantu.

Hasilnya, pada tahun 1864 Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) dibentuk
tanpa kehadiran beliau sendiri.

Anda mungkin juga menyukai