Anda di halaman 1dari 5

1.

Strukturalisme merupakan aliran pertama dalam psikologi, yang dikemukakan oleh


Wilhelm Wundt dan mengemukakan bahawa struktur pengalaman sedar dapat difahami
dengan menganalisis unsur-unsur dasar pemikiran dan sensasi. Serta sesuatu yang nyata dan
jelas kelihatan. Strukturalisme adalah satu pemikiran bahawa manusia sangat dipengaruhi
oleh sistem dalam lingkungannya.
Implikasi strukturalisme dalam pendidikan ialah belajar melalui pengalaman sendiri
dan pembelajaran kendiri.

2. Setiap kehidupan diperturunkan ciri-ciri daripada generasi ke generasi yang lain. Ini
diterangkan melalui prinsip genetik. Setiap individu membawa genetik yang diwarisi
daripada generasi terdahulu. Genetik yang diwarisi berkemungkinan besar mempengaruhi
personaliti seseorang itu.

Peranan alam sekitar pula bermula apabila berlakunya konsepsi atau hubungan dan
mempengaruhi perkembangan personaliti seseorang. Faktor pengalaman seperti latar
belakang keluarga, pemakanan dan persekitaran membawa pengaruh besar dalam
perkembangan personaliti. Personaliti negatif atau positif dibentuk melalui pengalaman-
pengalaman ini.

3. Empat ciri kanak-kanak dalam peringkat operasi konkrit ialah ;

a. Mula berfikir secara logik mengenai peristiwa konkrit.


Pada umumnya kanak-kanak pada tahap ini telah dapat memahami dan berfikir secara
logik dengan bantuan benda atau peristiwa konkrit. Mereka dapat menceritakan dan
membuat rumusan berkaitan apa yang mereka lihat secara jelas.
b. Memahami konsep pemuliharaan.
Kanak-kanak pada peringkat ini sudah memiliki kemampuan untuk memahami
bahawa objek tetap sama dalam kuantititi walau bentuk dan penampilan yang telah
berubah. Contohnya mereka dapat memahami jika segelas air dimasukkan ke dalam
bekas yang lain, kuantiti air tersebut adalah sama walau bentuk bekasnya berbeza.
c. Pembuat pengelasan
Kanak-kanak telah memiliki keupayaan mengenal pasti sesuatu sifat dan mengelaskan
mengikut kategori. Ini merupakan kemampuan untuk mengelaskan objek mengikut
ciri-ciri tertentu.
d. Memahami unsur-unsur pemikiran logik.
Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan. mereka juga
faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek.

4. i. Personaliti kebersetujuan
Mempunyai pendapat yang berbeza tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan
kerjasama dan keharmonian sosial diantara masyarakatnya.
Mempunyai pandangan yang optimistik terhadap orang lain, mudah melihat kebaikan
yang ada pada orang. bersifat perikemanusian, peramah dan sanggup berkompromi dengan
orang lain Mereka juga senang mendapat dan mengekalkan hubungan dengan orang lain. Dan
mengenepikan kepentingan sendiri.
ii. Personaliti extraversi
Bersikap mesra, penuh bertenaga dan biasanya bers ikap positif. Individu yang
tergolong dalam kumpulan ini mempunyai minat terhadap orang lain atau persekitaran
mereka berbanding dirinya sendiri.
Persepsi dan perspektif terhadap sesuatu perkara itu terutamanya tentang hidup ini
pada kebiasaannya ialah positif. Bagi golongan ini, dunia ini merupakan gelanggang mereka.
Semasa berada di dalam kumpulan, mereka suka sangat bercakap, menilai diri mereka dan
mendapat perhatian.

5. Pendidikan tidak formal ialah sejenis pendidikan yang bukan formal atau pendidikan
di luar bidang persekolahan piwaian. Seperti pertanian, pertukangan dan sebagainya.
pembelajaran tidak formal ini juga boleh dikenali sebagai pembelajaran menerusi
persekitaran. Sebagai contoh guru membawa murid murid melawat ke tempat tempat yang
mempunyai nilai tersendiri. Lawatan sambil belajar. Atau melakukan aktiviti seperti
pertanian dan pertukangan.
Pendidikan tidak formal terdapat dalam pelbagai persekitaran bersama individu atau
kumpulan. Contohnya televisyen, permainan video, majalah dan media sosial yang lain selain
itu muzium, perpustakaan, zoo dan organisasi berdasarkan komuniti lain juga menawarkan
bentuk pendidikan tidak formal.
6. Pengajaran langsung merupakan strategi pengajaran yang digunakan oleh guru dan
mengikut struktur tetap dengan langkah-langkah spesifik untuk membimbing pelajar ke arah
mencapai hasil pembelajaran yang eksplisit. Guru akan mengekalkan kawalan lokus terhadap
proses pengajaran dan memantau pembelajaran pelajar sepanjang proses. Pengajaran jenis ini
berpusatkan guru dan mengandungi lima langkah, iaitu penentuan set;
penerangan/demonstrasi; praktis/latihan terbimbing; maklum balas; dan amalan/praktis
lanjutan. Keistimewaan pengajaran langsung termasuklah menyampaikan maklumat yang
banyak dalam masa tertentu. Guru mereka cipta perkembangan pengajaran yang sesuai
dengan umur pelajar dan berperingkat-peringkat. Pengajaran langsung boleh diterangkan
dalam tiga aspek, iaitu jenis hasil pembelajaran pelajar, aliran aktiviti pengajaran dan
persekitaran pembelajaran. Pengajaran langsung direka bentuk untuk merangsang
pembelajaran pengetahuan pelajar yang distrukturkan serta diajar secara langkah demi
langkah
Pembelajaran Koperatif didefinisikan sebagai satu set proses yang membantu pelajar
berinteraksi satu sama lain untuk mecapai satu matlamat khusus atau mendapatkan satu hasil
akhir yang  ada kaitan dengan isi kandungan mata pelajaran. Pendekatan berstruktur dalam
pembelajaran koperatif hasil daripada proses mencipta, menganalisis dan mengaplikasikan
struktur (yang tidak terikat kepada isi kandungan pelajaran) secara sistematik termasuk cara-
cara menguruskan interaksi sosial dalam bilik darjah. koperatif bermaksud bekerjasama bagi
mencapai sesuatu objektif yang ditetapkan bersama. Di dalam pembelajaran koperatif, pelajar
berinteraksi dan saling bantu-membantu dalam aktiviti pembelajaran dengan tujuan mencapai
kemajuan dan prestasi yang cemerlang.

7. Empat langkah pemikiran kreatif.


i. Persediaan.
Merupakan peringkat paling asas dalam pemikiran kreatif. Peringkat ini
mengambil masa yang agak panjang dimana pemikir akan mengenalpasti dan
menjelaskan permasalahan yang wujud atau sesuatu yang hendak dihasilkan.
Pemikir akan mengumpul semua maklumat yang diperlukan kemudian memilih
dan menilai.
ii. Pengeraman
Merupakan peringkat yang paling mudah. Pemikir dapat meluangkan masa untuk
merehatkan minda untuk mengalih fikiran kepada perkara perkara lain kemudian
berhenti seketika untuk berfikir permasalahan yang terlibat di peringkat
persediaan. Langkah pengeraman idea hanya berlaku dalam pemikiran sahaja.

iii. Iluminasi
Merupakan kemuncak dalam langkah pemikiran kreatif. Berlaku dalam masa yang
singkat, pemikir dapat merubah idea baru yang menghasilkan penyelesaian atau
jawapan yang memuaskan.

iv. Verifikasi
Proses terakhir dalam langkah pemikiran kreatif. Pemikir perlu menyemak dan
menilai idea atau atau jawapan yang dihasilkan. Langkah ini penting kerana
pemikir mungkin menghasilkan penemuan baru yang tidak berguna atau jawapan
yang tidak menepati dan tidak berjaya menyelesaikan masalah.

8. Empat faktor yang mempengaruhi motivasi pelajar mengikut Teori Atribusi.


i. Nasib - Faktor luaran yang tidak stabil kerana pelajar mempunyai kawalan yang
paling sedikit sekali. Kegagalan sekali-sekala disebabkan nasib tetapi.
ii. Usaha - Faktor dalaman yang tidak stabil dan pelajar boleh mengawalnya,
galakkan pelajar berusaha untuk lebih berjaya.
iii. Kebolehan - Faktor dalaman yang stabil di mana pelajar tidak mempunyai
kawalan secara langsung. Pelajar digalakkan memantapkan kebolehan mereka.
iv. Kesukaran tugasan – Faktor luaran yang stabil dan ini tidak boleh dikawal oleh
pelajar sendiri.

9. Rancangan Pendidikan Individu adalah satu dokumen bertulis yang menjelaskan


matlamat perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid berkeperluan khas
dan dijadikan panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Digunakan
menyatakan tahap pencapaian murid dan bertujuan mendokumentasikan segala
pengubahsuaian dan penerapan terhadap program pembelajaran serta perkhidmatan yang
disediakan
10
i. Penilaian guru terhadap kerja murid. Contohnya dalam bentuk jurnal, dalam bentuk senarai
semak dan dalam bentuk rakaman audioS
ii. Sampel-sampel kerja murid yang terpilih. Contohnya sampel kerja di peringkat
permulaan, sampel kerja selepas pengajaran dijalankan, hasil kerja yang terbaik, hasil kerja yang
paling tidak memuaskan dan sampel kerja bagi kemahiran yang berlainan
iii. Penilaian kendiri oleh murid
iv. Soal selidik tentang aspek-aspek tertentu berkaitan murid. Contohnya, laporan ibu bapa tentang
tabiat kerja di rumah

Anda mungkin juga menyukai