Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang

menonton video saya hari ini. Saya Cikgu Hairul bin Sami
( Guru Bimbingan dan Kaunseling dari Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Saratok Sarawak. Hari ini saya berada di
persekitaran sekolah ,mungkin ada juga komuniti di luar sana
tidak tahu dengan kewujudan sekolah agama yang satu-
satunya ada di Daerah Saratok. Tuan-tuan dan puan-puan apa
yang ingin saya fokuskan dengan sekolah ini pada hari ini
adalah ruang tempat berkumpul pelajar dan guru-guru apabila
adanya program dan aktiviti sekolah termasuk aktiviti
akademik,kokurikulum, sahsiah, kerohanian dan
sebagainya.Tempat ini dinamakan Serambi ASAR dimana
ianya merupakan tempat yang sangat penting di dalam
kawasan sekolah ini. Salah satu aktiviti yang sangat menonjol
dilaksanakan di sini adalah dimana tempat kami mengumpul
pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam SPM
untuk sesi ulangkaji dan sebagainyan bersama guru-guru.
Dengan rasa tanggungjawabnya pada tahun ini kami cuba
untuk menaik taraf kemudahan dan publisiti di Serambi
ASAR ini demi untuk kebajikan dan keselesaan anak-anak
ASAR dalam menuntut ilmu di sini..
Tuan-tuan dan puan –puan…ayuh kita sama-sama
menyumbang sebanyak yang mungkin sebagai tanda syukur
dan banya tanda kita ada. Jom menyumbang untuk naik taraf
Serambi ASAR SMK Agama Saratok. Boleh hubungi saya
Cikgu Hairul bin Sami untuk lebih lanjut di
talian…………………..

Anda mungkin juga menyukai