Anda di halaman 1dari 2

Kelebihan dan Fadhilat Surah AL-KAHFI, SAJDAH, YAASIN, AD-DUKHAN, ALWAQIAH, AL-MULK, AL-HASYR

by Heliza Helmi on Friday, April 29, 2011 at 5:53am SURAH AL-KAHFI (surah yang ke-18-mengandungi 110 ayat) Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda: Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat

SURAH AS-SAJDAH (surah yang ke-32-mengandungi 30 ayat) Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata:Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As - Sajdah dan AlMulk Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar.

SURAH YAASIN (surah yang ke-36-mengandungi 83 ayat) Daripada Maqil ! Ibni Yasar berkata: Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan Ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah swt yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan surah yaasin itu, adalah jantung hati Al-Quran.

SURAH AD-DUKHAN (surah yang ke-44-mengandungi 59 ayat) Daripada abi Hurairah r.a. berkata :nabi saw telah bersabda: Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya 70,000 malaikat akan meminta ampun baginya.

SURAH AL-WAQIAH (surah yang ke56-mengandungi 96 ayat) Rasulullah saw bersabda: Bacalah surah Al-Waqiah. Sesiapa yang membacanya tidak akan menjadi miskin selama-lamanya

SURAH AL-MULK(surah yang ke-67-mengandungi 30 ayat) Daripada Ibnu Abbas r.a berkata: Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan semua anak kamu dan juga kepada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di hari kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat dari siksaan kubur!

Dan Nabi saw bersabda: saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku.

SURAH AL-HASYR(surah yang ke-59-mengandungi 24 ayat) Nabi saw bersabda: Barangsiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyr maka Allah swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal pada hari itu, ia dikira mati syahid MEE JAWA Bahan:300 gm mee kuning (celur dalam air didih dan toskan) 150 gm udang sederhana besar 5 tangkai daun sup - kerat2 sikit 1 inci halia - hiris nipis 2 ulas bawang merah - hiris nipis 2 ulas bawang putih - cincang 2 sudu besar sos tomato 1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn 1/3 cawan air 3 biji ubi keledek & 3 batang lobak merah ~ direbus kemudian di blend sedikit cili kering direbus & diblend ngan 3 labu bwg besar garam dan gula secukup rasa minyak untuk menumis 3 biji limau kasturi - belah 2 biji cili hijau - hiris serong 3 biji telor rebus - kupas dan belah 2 Cara Memasak:Gaulkan udang yang telah dibersihkan ,..biar sebentar dan rebus dengan 1 1/2 cawan air. Jangan lama sangat. Tutup api dan ketepikan. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan bancuhan ubi keledek & lobak merah yg diblend tadi,biar sebentar. Masukkan halia, cili kering & bwg besar yg diblend tadi dan kacau hingga naik bau halia. Masukkan sos tomato dan kacau hingga pecah minyak. Masukkan udang bersama air rebusan tadi, kacau dan biarkan mendidih (boleh tambah sedikit air lagi jika mahu kuah lebih) Kemudian masukkan daging rebus(klau suka) diikuti dengan air tepung jagung. Kacau dan masukkan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan daun sup, kacau sebentar dan tutup api. Sediakan sedikit mee yang dicelur tadi ke dalam pinggan dan tuangkan kuah mee ke atasnya. Hidangkan bersama telor, belahan limau kasturi dan cili hijau.

Anda mungkin juga menyukai