Anda di halaman 1dari 2271

E-PROSIDING

SEMINAR PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JUN 2017

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS BAHASA MELAYU
20-21 April 2021

Anjuran
Jabatan Pengajian Melayu

Sidang Penyunting
Maria binti Tahir PhD
Zanariah binti Hamid PhD
Nurlyana binti Ezani
Farah Nurliyana binti Rosli

eISBN: 978-967-2265-18-4

@ Hak Cipta Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu

Semua hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula,
disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam bentuk atau dengan sebarang alat juga
pun. Sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa
kebenaran bertulis daripada Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu,
Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.
SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG

Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Salam Sejahtera Para Pembaca Budiman,

Terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya untuk mencoretkan sepatah dua kata
dalam e-prosiding kali ini. Terlebih dahulu saya panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT
kerana dengan limpah dan rahmatNya pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Ambilan Jun 2017 Major Bahasa Melayu IPG Kampus Bahasa Melayu telah berjaya
melaksanakan Seminar Penyelidikan Pendidikan tahun 2021 secara bersemuka namun
masih menjaga SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sebagaimana yang kita maklum warga guru harus memiliki budaya penyelidikan, berfikir, dan
bertindak secara inovatif dan kreatif untuk menjadikan mereka lebih afektif serta terbuka
kepada masyarakat global. Pemupukan dan penerapan budaya penyelidikan amat perlu
supaya para guru dapat mengoptimumkan potensi masing-masing untuk memberi
sumbangan dalam bidang pendidikan. Oleh itu, penghasilan kertas projek penyelidikan dalam
pendidikan yang merupakan keperluan utama bagi penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Perguruan dilihat bertepatan dengan pemupukan budaya penyelidikan kepada bakal guru ini.
Saya sangat menyokong penganjuran seminar ini yang dapat mengumpul dan menghasilkan
penemuan baharu dalam aspek pedagogi, bahan bantu mengajar serta inovasi yang dapat
dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu khususnya. Hasil
penyelidikan dalam pendidikan ini diharap dapat memantapkan lagi mutu pendidikan di
negara ini. Saya berasa gembira kerana para pelajar dapat menghasilkan penyelidikan yang
berkualiti dan memperoleh keputusan cemerlang dalam kursus BMMB3173.

Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada Jabatan Pengajian
Melayu, Penyelaras Seminar Penyelidikan Pendidikan, pensyarah-pensyarah penyelia dan
penilai, urus setia e-prosiding dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam menjayakan seminar pada kali ini. Saya juga amat berharap agar pelajar akan terus
melaksanakan penyelidikan apabila menjadi guru kelak dengan mengkaji isu-isu yang
menjadi permasalahan semasa di sekolah nanti. Semoga usaha kita ini akan mendapat
keberkatan daripada Ilahi.

Sekian, wassalam.
HJH NOR ASILAH BINTI OSMAN B.C.K
Pengarah
IPG Kampus Bahasa Melayu
Kuala Lumpur
SEMURNI BICARA MERUNGKAI KATA

Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu


Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT dengan rahmat-Nya maka penerbitan e-prosiding
bagi kumpulan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2017
dapat disempurnakan. Rangkuman syabas dan kalungan terima kasih dititipkan buat
jawatankuasa pensyarah dan pelajar yang telah berusaha merealisasikan penerbitan secara
dalam talian ini. Sesungguhnya, kejayaan dalam menghimpunkan 188 buah artikel bukanlah
sesuatu yang mudah. Tahniah juga diucapkan kepada pelajar PISMP Ambilan Jun 2017
kerana berjaya melengkapkan kursus BMMB3173. Penerbitan e-prosiding ini merupakan
bukti secara dokumentasi akan kejayaan tersebut dan merupakan kesinambungan daripada
Seminar Penyelidikan Dalam Pendidikan Bahasa Melayu yang telah dilaksanakan pada 20-
21 April 2021.

Penyelidikan Pendidikan ke arah Pemantapan Kualiti PdP merupakan kata azimat yang
menjadi tema dalam seminar tersebut. Bersandarkan tema tersebut maka terdapat
kepelbagaian isu pendidikan yang dirinci dan dikupas menerusi 188 artikel yang dimuatkan
dalam naskhah ini. Sejajar dengan itu, diharapkan himpunan artikel ini dapat dimanfaatkan
oleh pelbagai pihak khususnya golongan pendidikan ke arah meningkatkan gaya
penyampaian dan perkongsian ilmu di dalam bilik darjah. Semoga segala perkongsian
menerusi penerbitan ini berjaya membuka minda para pelajar tentang kepentingan
penyelidikan dalam bidang pendidikan. Hal ini demikian kerana bidang pendidikan tidak
lekang dengan masalah dan setiap masalah perlukan penyelesaian.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pengurusan tertinggi Institut Pendidikan
Guru Kampus Bahasa Melayu atas sokongan yang diberikan dalam menjayakan Seminar
Penyelidikan Dalam Pendidikan serta penerbitan e-prosiding. Terima kasih kepada
jawatankuasa penerbitan e-prosiding serta kumpulan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2017 atas muafakat dan sepakat dalam menerbitkan e-
prosiding ini. Kejayaan mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kurikulum
merupakan cebisan daripada hamparan ilmu Allah SWT yang begitu luas. Semoga usaha ini
memberi kebaikan dan keberkatan di dunia dan di akhirat.

Sekian, terima kasih.

ZABEDAH BINTI MOHAMMED PhD


Ketua Jabatan
Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Bahasa Melayu
Kuala Lumpur
SEJAMBAK KATA

Penyelaras, Seminar Penyelidikan Pendidikan


Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya pelajar
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Jun 2017 Major Bahasa Melayu telah
berjaya melaksanakan Seminar Penyelidikan Pendidikan Bahasa Melayu dengan tema pada
tahun ini iaitu ‘Penyelidikan Pendidikan ke arah Pemantapan Kualiti PdP’. Tema ini
menggambarkan kepada kita tentang kejituan hasrat kerajaan dalam agenda
mentransformasikan pendidikan ke arah satu bentuk wadah yang lebih baik dalam
pembangunan modal insan yang lebih cemerlang bukan sahaja dari segi pendidikan semata-
mata, tetapi juga untuk melahirkan insan yang bersahsiah tinggi. Justeru, penyelidikan yang
dihasilkan oleh guru pelatih akan memberikan lebih manfaat bukan sahaja kepada golongan
pendidik bahkan memberi impak yang besar terhadap proses pembelajaran murid khususnya.

Seminar kali ini berjaya dijalankan secara bersemuka di kampus meskipun kita menghadapi
kekangan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Segala aspek penjarakan fizikal telah
dijaga rapi bagi mengekang penularan wabak Covid-19 ini. Umumnya, pelaksanaan seminar
ini membolehkan para pelajar membentangkan hasil kajian yang telah dilaksanakan
berdasarkan kursus BMMB3173, Penyelidikan dalam Pendidikan. Kejayaan para pelajar
menyiapkan tugasan ini adalah dalam persekitaran yang mencabar kerana terpaksa
berhadapan dengan situasi semasa yang sememangnya banyak kekangan. Saya amat
kagum terhadap usaha yang ditonjolkan oleh para pelajar sehingga berjaya menghasilkan
kajian yang berkualiti dan bermanfaat yang boleh meningkatkan mutu pendidikan negara.

Saya amat berharap bahawa penerbitan e-prosiding ini berupaya menjadi naskhah rujukan
kepada pelajar dan penyelidik lain untuk menjana kelestarian pengajaran dan pembelajaran
mendepani cabaran pendidikan semasa. Perkongsian dalam seminar ini diharap dapat
menyumbang kepada kelestarian budaya penyelidikan oleh warga IPGKBM bagi mencapai
tahap pendidikan bertaraf global dalam kebitaraan latihan keguruan, pendidikan bahasa,
sastera dan budaya Melayu. Akhir kata, sekalung tahniah kepada semua pelajar PISMP
Semester 8 Ambilan Jun 2017 selaku pembentang dalam seminar kali ini. Terima kasih juga
diucapkan kepada barisan pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu dan para pelajar PISMP
C5 selaku jawatankuasa kerja seminar yang bertungkus lumus menjayakan seminar ini.

Sekian, terima kasih.

SHAMSUL AIZUWANI BIN NAWI PhD


Penyelaras Seminar Penyelidikan Pendidikan
IPG Kampus Bahasa Melayu
Kuala Lumpur
KANDUNGAN

1. PENGGUNAAN KATA SENDI DALAM PENULISAN KARANGAN MURID 1


TAHUN LIMA
Ho Mei Mun
Maniyamin bin Ibrahim

2. TINJAUAN TERHADAP TAHAP PENGETAHUAN DAN PENGAPLIKASIAN 12


DIDIK HIBUR DALAM KALANGAN GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH
RENDAH
Iffah Fakhira binti Farez Ezam
Suhasni bin Dollah

3. PENGAPLIKASIAN TEKNIK SALAM DALAM KEMAHIRAN MENULIS AYAT 19


BERDASARKAN BAHAN GRAFIK BAGI MURID TAHUN EMPAT
Jeeva a/l Shanmugam
Zulkarnain bin Hassan

4. PELAKSANAAN TEKNIK PETA I-THINK DALAM PENGAJARAN DAN 37


PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Khairunnisa binti Yusri
Suhasni bin Dollah

5. PENGGUNAAN TEKNIK SAKTIK DALAM MEMBINA AYAT TUNGGAL 49


BAHASA MELAYU BAGI MURID TAHUN TIGA BERDASARKAN GAMBAR
Mohd Aizzat bin Zainuddin
Ku Muhamad Asmadi bin Ku Mohd Saad PhD

6. PENERAPAN NILAI MURNI DALAM SESI PENGAJARAN DAN 65


PEMUDAHCARAAN GURU BAHASA MELAYU TERHADAP MURID
SEKOLAH RENDAH
Muhammad Farizuan bin Mohd Faizol
Azman bin Rahmat PhD

7. PENGGUNAAN TEKNIK SALAK DALAM MEMBINA AYAT TUNGGAL 77


BERDASARKAN BAHAN RANSANGAN UNTUK MURID BUKAN PENUTUR
JATI
Najuan Nabil bin Abdul Ghani
Suhasni bin Dollah

8. KAJIAN KES: PELAKSANAAN GURU SEBAGAI FASILITATOR DALAM 87


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Nur Adrina Farahin binti Mohd Azan
Sharizan binti Hamid

9. TINJAUAN TERHADAP TAHAP KEYAKINAN DAN TAHAP PENGGUNAAN 101


MEDIA INTERAKTIF DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH
RENDAH
Nur Amirah binti Shahri
Suhasni bin Dollah

10. PERSEPSI GURU TERHADAP PELAKSANAAN KAEDAH BELAJAR MELALUI 114


BERMAIN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Nurul Ain binti Mohd Azmi
Sharifah Hanim binti Syed Akbar
11. TINJAUAN TERHADAP TAHAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR 130
DALAM PENGAJARAN GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Nurul Izzati Amani binti Asham
Suhasni bin Dollah

12. MENINJAU KEBERKESANAN MULTIMEDIA INTERAKTIF DALAM 139


PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA MURID-MURID SEKOLAH
RENDAH
Pavitdra a/p Karunanithi
Vijayaletcmy a/p Muniyandy

13. AMALAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI 153


GURU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH
Sarah Anis Ilyani binti Azmi
Mohd Haidi bin Mohd Kasran PhD

14. MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS AYAT MUDAH DALAM KALANGAN 169


MURID TAHUN TIGA DENGAN JADUAL ‘SBK’
Srigaanth a/l Rajamohan
Tusharani a/p K. Rajendra PhD

15. MASALAH PEMBELAJARAN KOSA KATA DAN STRATEGI PEMBELAJARAN 184


KOSA KATA BAHASA MELAYU MURID BUKAN PENUTUR JATI
Tay Seng Fa
Tusharani a/p K. Rajendra PhD

16. PENGGUNAAN IMBUHAN KATA KERJA BAHASA MELAYU DALAM 198


PENULISAN MURID TAHUN EMPAT
Tharssinee a/p Raganathan
Zulkarnain bin Hassan

17. KEBERKESANAN MODUL BACAAN BERGRED DALAM MENINGKATKAN 203


KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN BAHASA MELAYU BAGI MURID
TAHUN SATU
Wong Jin Jing
Ahmad Rozi bin Abu

18. TAHAP KEFAHAMAN MURID TAHUN ENAM TERHADAP NILAI KEINDAHAN 218
PANTUN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DARIPADA PERSEPSI
GURU- SUATU TINJAUAN
Aiman Haziq bin Hamzah
Azman bin Rahmat PhD

19. ANALISIS PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA ‘DARI’ DAN ‘DARIPADA’ 233
DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU MURID TAHUN LIMA
Amirah Adilah binti Zakaria
Juariah binti Marjonet PhD
20. TAHAP MINAT MURID TAHUN ENAM TERHADAP PENDEKATAN DIDIK 246
HIBUR LAKONAN DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU
Asilatul Hana binti Roslee
Fauzi bin Abdullah

21. KOMPETENSI GURU BAHASA MELAYU DALAM PENGAJARAN SENI 258


TULISAN JAWI
Chai Kheng Hao
Razman bin Kamaruddin

22. KESEDIAAN GURU BAHASA MELAYU TERHADAP PELAKSANAAN 275


PEMBELAJARAN ABAD KE-21
Dharisini a/p Moorthy
Roslina binti Suratnu PhD

23. TAHAP PENGETAHUAN DAN KESEDIAAN GURU BAHASA MELAYU 289


TERHADAP TEKNIK JADUAL WATAK DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN
MEMBINA AYAT
Izati Mas Naajah binti Mustafa
Sabariah binti Yaakub

24. PENERIMAAN GOOGLE CLASSROOM DALAM PENGAJARAN DAN 297


PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Lau Zheng Lian
Mimma Sayuti binti Mat Khalid

25. TAHAP PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU SEKOLAH 309


RENDAH TERHADAP PENGGUNAAN PETA I-THINK DALAM KEMAHIRAN
MEMBACA
Lim Wan Xin
Latifah binti Mohd Nor

26. KESEDIAAN GURU BAHASA MELAYU MENERAPKAN KEMAHIRAN 318


BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN (PdP)
Muhamad Faiz bin Zainal
Sharizan binti Hamid

27. ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN TANDA BACA NOKTAH PADA 332


AKHIR AYAT DAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA
Muhammad Hazim bin Mohammed Yusoff
Sabariah binti Yaakob

28. PENGGUNAAN TEKNIK KATA KUNCI DALAM KEMAHIRAN MENJAWAB 339


SOALAN PEMAHAMAN BERTUMPU MURID SEKOLAH RENDAH
Nor Atika binti Adnan
Celinea Lasan PhD
29. KESALAHAN MEKANIS DALAM PENULISAN BAHASA MELAYU MURID 349
TAHUN LIMA DI SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MELATI: SATU KAJIAN
KES
Nur Faiqah Nasuha binti Muhd Zafrullah
Azman bin Rahmat PhD

30. PENGAPLIKASIAN TEKNIK DIDIK HIBUR DALAM PENGAJARAN KATA 360


MAJMUK BENTUK MANTAP
Nur Fatin Arifah binti Roszaimy
Haslinda binti Mohamad Saad

31. PENGGUNAAN PERMAINAN POWERPOINT “KAD 9” MENINGKATKAN 373


PENGUASAAN KATA ADJEKTIF DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5
Prashaanthini a/p Sivamoorthy
Zulkarnain bin Hassan

32. PENGAPLIKASIAN TEKNIK DIDIK HIBUR NYANYIAN BAGI KEMAHIRAN 387


MEMBACA MURID TAHAP SATU SEKOLAH RENDAH
Siti Roslina binti Zakaria
Celinea Lasan PhD

33. MENINJAU PERSEPSI GURU TERHADAP KEBERKESANAN PENGGUNAAN 398


PETA PEMIKIRAN I-THINK DALAM KEMAHIRAN MENULIS
Sugitha a/p Nilakanden
Vijayaletcmy a/p Muniyandy

34. TAHAP KOMPETENSI GURU MENGAPLIKASIKAN KEMAHIRAN BERFIKIR 410


ARAS TINGGI (KBAT) DALAM PDPC BAHASA MELAYU
Tan Shin Mei
Hayati binti Mat Yusoff

35. PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM 418


PENGAJARAN GURU BAHASA MELAYU
Angeline Ooi
Azman bin Rahmat PhD

36. PENINGKATAN PENGUASAAN TANDA BACA MELALUI TEKNIK LAMPU 432


ISYARAT DALAM KEMAHIRAN MENULIS MURID TAHUN EMPAT
Anis Athirah binti Abdullah
Amir Hamzah bin Aman

37. PENGAPLIKASIAN PERMAINAN BAHASA DALAM KALANGAN GURU 445


Fatihah Nabilah binti Zulkefli
Sharifah Hanim binti Syed Akbar

38. TAHAP KESEDIAAN, PENGETAHUAN DAN KEKERAPAN GURU DALAM 461


PENGAPLIKASIAN PETA I-THINK DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Fatin Syazwani binti Shani
Hisamuddin bin Abd Ghani PhD
39. PENGUASAAN KATA SENDI NAMA DALAM AYAT MURID TAHUN EMPAT 475
Hanis Wahidah binti Shuib
Azman bin Rahmat PhD

40. PEMBENTUKAN AYAT TUNGGAL DALAM KARANGAN MURID TAHUN LIMA 488
Mohamad Danial bin Mohamad Zakirudin
Wan Mardziyah binti Wan Hasbullah

41. PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM PENGAJARAN KARANGAN BAHASA 498


MELAYU SEKOLAH RENDAH
Muhammad Amirul Firdaus bin Mohd Azhar
Roslina binti Suratnu PhD

42. PENGAPLIKASIAN DIDIK HIBUR NYANYIAN LAGU RAKYAT DALAM 513


PENGAJARAN GURU BAHASA MELAYU
Muhammad Shahrol bin Harun
Siti Salamah binti Mohamad Yusof

43. PENGAPLIKASIAN KESANTUNAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID 525


TAHUN 3 BERDASARKAN PRINSIP KESOPANAN LEECH
Nabil Azfar bin A Wahab
Wan Mardziyah binti Wan Hasbullah

44. PERBEZAAN GURU BAHASA MELAYU BANDAR DAN LUAR BANDAR 532
DALAM PENGAPLIKASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
Nagulan a/l Ganesan
Azman bin Rahmat PhD

45. TAHAP PENGUASAAN SIMPULAN BAHASA DALAM KEMAHIRAN MENULIS 539


MURID TAHUN LIMA
Nur Ain binti Ahmad Tarmidi
Azman bin Rahmat PhD

46. TAHAP MOTOR MEMORI DAN HUBUNGANNYA DALAM PENGUASAAN 553


KEMAHIRAN MENULIS MEKANIS MURID TAHUN 2
Nurul Aqilah binti Mohd Isa
Yuznaili binti Saleh PhD

47. ANALISIS KESALAHAN TATABAHASA BAHASA MELAYU DALAM 564


PENULISAN MURID TAHUN EMPAT
Ong Wei Yi
Latifah binti Mohd Nor

48. PENGUASAAN ISI PENTING DALAM KEMAHIRAN MEMBACA MURID 573


TAHUN LIMA
Pavithra Pillay a/p Ravindharan
Vijayaletcmy a/p Muniyandy

49. PENGGUNAAN AYAT MAJMUK DALAM KARANGAN MURID TAHUN LIMA 584
Sarmila a/p Rajendran
Vijayaletcmy a/p Muniyandy

50. HUBUNGAN KEFAHAMAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DENGAN 592


PENGALAMAN MENGAJAR GURU BAHASA MELAYU
Sevanesan a/l Arumugam
Hayati binti Mohamad Yusof
51. PENGUASAAN GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH DALAM 599
MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
Siti Nur Fatimah binti Alias
Roslina binti Suratnu PhD

52. MOTOR LOGIK DALAM KEMAHIRAN MENULIS MEKANIS MURID TAHAP 614
SATU SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES
Ku Sofia Ilani binti Abdullah
Yuznaili binti Saleh PhD

53. KEBERKESANAN TEKNIK NYANYIAN TERHADAP ASPEK MINAT MURID 622


DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PDPC) BAHASA
MELAYU
Amir Syazwan bin Mahmud
Mastura binti Halim PhD

54. TAHAP PENGAPLIKASIAN KEPELBAGAIAN KAEDAH DAN TEKNIK 636


(PEMBELAJARAN ABAD KE-21) DALAM KALANGAN GURU-GURU BAHASA
MELAYU SEKOLAH RENDAH
Cally Wong
Siti Salamah binti Mohamad Yusof

55. PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF DALAM PENGAJARAN 646


TATABAHASA TAHUN LIMA OLEH GURU-GURU BAHASA MELAYU DI
DAERAH REMBAU NEGERI SEMBILAN
Fairuz Fadhil Rahimi bin Mohd Fairuz
Mastura binti Halim PhD

56. PENGGUNAAN PELANTAR DELIMA OLEH GURU BAHASA MELAYU 657


SEKOLAH RENDAH SEWAKTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI
RUMAH (PDPR) DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
(PKP)
Iskandar Firdaus bin Ismail
Mimma Sayuti binti Mat Khalid

57. KEBERKESANAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM 667


PENGAJARAN KATA ADJEKTIF BAHASA MELAYU
Izyan Syahiran bin Izzuddin
Wan Mardziyah binti Wan Hasbullah

58. PENGGUNAAN STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DALAM 681


KALANGAN MURID CINA DI SJK(C) BERDASARKAN KEMAHIRAN BAHASA
DAN SIKAP
Jackson Tan Jie Sheng
Shamsul Aizuwani bin Nawi PhD

59. PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) DALAM SET INDUKSI 696
PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Janet Lee Shu Ling
Sharifah Hanim binti Syed Akbar

60. PENGGUNAAN ALAT DAN SUMBER DIGITAL OLEH GURU DALAM 706
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) BAHASA MELAYU DI
BILIK DARJAH
Kanokwan a/p Eyan
Siti Salamah binti Mohamad Yusof
61. TAHAP PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU TERHADAP 718
PENGINTEGRASIAN MEDIA SOSIAL DALAM PDPC BAHASA MELAYU
Low Jie Ying
Sharifah Hanim binti Syed Akbar

62. BAHASA ANTARA DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU 729


SEBAGAI BAHASA KEDUA: SATU KAJIAN KES
Mohamad Hazieq bin Mohamad Sagir
Maria binti Tahir PhD

63. TAHAP KESEDIAAN GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH DALAM 742
PENGGUNAAN DIDIK HIBUR SECARA DALAM TALIAN
Muhamad Syahmi bin Jusoh
Mimma Sayuti binti Mat Khalid

64. ANALISIS KESALAHAN KATA PEMERI DALAM PENULISAN KARANGAN 752


MURID TAHUN LIMA: SATU KAJIAN KES
Muhammad Amirul Naim bin Md Sepian
Tusharani a/p K. Rajendra PhD

65. TAHAP PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) 763


DALAM KALANGAN GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Muhammad Nazmi bin Mohd Jamil
Siti Halimah binti Md Yassin PhD

66. PENGINTEGRASIAN PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL OLEH GURU BAHASA 773


MELAYU DALAM PDPC BAHASA MELAYU
Muhammad Syukri bin Samsuri
Shamsul Aizuwani bin Nawi PhD

67. PENGETAHUAN DAN AMALAN GURU TERHADAP TEKNIK LATIH TUBI 796
DALAM MEMPERKASAKAN KEMAHIRAN MEMBACA MURID TAHAP SATU
Nasiruddin bin Mis Man
Ku Muhamad Asmadi bin Ku Mohd Saad PhD

68. PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEDUA MURID 808


TAHUN EMPAT SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA: KAJIAN SIKAP DAN
MOTIVASI
Ng Jia Wei
Shamsul Aizuwani bin Nawi PhD

69. PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN GURU DALAM 820


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH
RENDAH DI DAERAH TUMPAT
Nik Nur Aida Dalili binti Roslan
Siti Salamah binti Mohamad Yusof

70. PELAKSANAAN TEKNIK MESTAMU DALAM PENGAJARAN PANTUN: SATU 831


KAJIAN TINJAUAN
Nur Farhanis Fathiah binti Anuaruddin
Siti Salamah binti Mohamad Yusof
71. AMALAN PENYOALAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) 841
DALAM PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PDPC) BAHASA MELAYU
DARIPADA PERSPEKTIF MURID
Nur Izzati binti Abd Halim
Siti Salamah binti Mohamad Yusof

72. ANALISIS PENGGUNAAN IMBUHAN AWALAN DALAM PENULISAN 853


KARANGAN BAHASA MELAYU MURID TAHUN LIMA
Siti Nurfatimah binti Zainuddin
Zurihan bin Yusoff

73. PENGGUNAAN PETA ALIR BERSAMA TEKNIK LAKARAN DALAM 867


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) MENJANA IDEA PENULISAN
KARANGAN
Syueenie Yapp Xue-Nie
Nor Rul Azlifah binti Zulkafali

74. KEBERKESANAN TEKNIK WAKLOM DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN 876


MENULIS MURID TAHUN EMPAT
Ahmad Fadzlan bin Ahmad Fadzil
Badrul Hisyam bin Ghazali

75. PENGAPLIKASIAN BAHAN MULTIMEDIA INTERAKTIF OLEH GURU 884


BAHASA MELAYU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA
MELAYU
Farah Nurliyana binti Rosli
Wan Norlidza binti Wan Mohd Zain PhD

76. TAHAP PENGAPLIKASIAN ELEMEN PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM 896


KEMAHIRAN MENULIS MURID TAHUN EMPAT: SATU TINJAUAN
Ivy Vivianna Yung Anak Michael
Amir Hamzah bin Aman

77. TAHAP MINAT TERHADAP PANTUN DAN TAHAP PENGETAHUAN 908


TERHADAP CIRI-CIRI PANTUN DALAM KALANGAN MURID TAHUN ENAM
Mohamad Arifuddin bin Ab Hadi
Azim Normiza binti Ahmad

78. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENULISAN KARANGAN 918


MURID TAHUN ENAM
Muhamad Syarafuddin bin Mohd Zian
Ku Muhamad Asmadi bin Ku Mohd Saad PhD

79. TINJAUAN TERHADAP TAHAP PENGETAHUAN, KEMAHIRAN 932


PELAKSANAAN DAN SIKAP MURID SEKOLAH RENDAH TERHADAP PETA
I-THINK
Muhammad Arfan bin Mohd Amin
Faridah binti Darus PhD

80. TAHAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN GURU MELAKSANAKAN 945


TEKNIK DIDIK HIBUR DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Muhmmad Asyraf bin Md Yunus
Raymond Mohanraj Paul a/l Paul David
81. TAHAP KESEDIAAN GURU BAHASA MELAYU TERHADAP KAEDAH 954
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Muhammad Azrul Effendy bin Ahmad Tajuddin
Maniyamin bin Ibrahim

82. TAHAP PENGUASAAN KATA GANDA SEPARA DALAM KALANGAN MURID 965
TAHUN LIMA
Muhammad Hakiim Fikri bin Mohamad Yusri
Azim Normiza binti Ahmad

83. TINJAUAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP AMALAN MEMBACA 976


DALAM KALANGAN MURID TAHAP DUA
Muhammad Ikram bin Mohamad
Rose Dzidan bin Mohd Dardan

84. TINJAUAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN 987


MULTIMEDIA OLEH GURU BAHASA MELAYU DALAM SESI PDP DI
SEKOLAH RENDAH
Muhammad Sollehin bin Mohd Nor
Celinea Lasan PhD

85. PENGAPLIKASIAN TEKNIK DIDIK HIBUR DALAM KALANGAN GURU 999


BAHASA MELAYU DI SEKOLAH RENDAH
Nur Afiqah Hadirah binti Suhalil
Faridah binti Darus PhD

86. FAKTOR- FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENULISAN KARANGAN 1011


BAHASA MELAYU MURID TAHUN LIMA
Nur Atikah binti Abdul Rahman
Azim Normiza binti Ahmad

87. TAHAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN GURU BAHASA MELAYU 1021


MENGGUNAKAN ALAT DAN SUMBER DIGITAL DALAM PENGAJARAN
Nur Shafikah binti Shadidi
Ahmad Rozi bin Abu

88. PENGAPLIKASIAN PENDEKATAN KONSTRUKTIF DALAM PENGAJARAN 1029


DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN LISAN BAHASA MELAYU
Nurlyana binti Ezani
Maria binti Tahir PhD

89. PENERIMAAN GURU BAHASA MELAYU TERHADAP APLIKASI DIGITAL 1043


GOOGLE MEET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM
TALIAN SEKOLAH RENDAH
Nurul Fatini binti Aziz
Masywawi bin Mohd Nor

90. PENERIMAAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEDUA DALAM 1056


KALANGAN MURID BUKAN PENUTUR NATIF
Ting Houng Ying
Wan Mardziyah binti Wan Hasbullah
91. PENGAPLIKASIAN PETA I-THINK DALAM KALANGAN MURID TAHUN LIMA 1071
SEMASA PROSES PDP BAHASA MELAYU
Wan Muhammad Hazman bin Md Nasir
Faridah binti Darus PhD

92. TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP MINAT MURID TERHADAP 1085


PENGGUNAAN PERMAINAN DIGITAL WORDWALL DALAM PDP BAHASA
MELAYU
Zakaria bin Mat Isa
Azim Normiza binti Ahmad

93. HUBUNGAN ANTARA TAHAP PENGETAHUAN DENGAN TAHAP 1094


PENGAPLIKASIAN GURU DALAM PENGGUNAN POWERPOINT
Ahmad Faris bin Hamdan Fadel
Hisamuddin bin Abd Ghani PhD

94. KEBERKESANAN KIT BACALAH ANAKKU DALAM MENGUASAI 1107


KEMAHIRAN ASAS MEMBACA BAGI MURID TAHUN DUA
Ainaa Farhana binti Muhamad Ishak
Ahmad Rozi bin Abu

95. AMALAN GENGGAMAN PENSEL DALAM PENGUASAAN KEMAHIRAN 1131


MENULIS MEKANIS
Mohamad Faris Asyraf bin Mohd Redzuan
Yuznaili binti Saleh PhD

96. HUBUNGAN POSTUR BADAN DALAM PENGUASAAN KEMAHIRAN 1142


MENULIS MEKANIS MURID TAHUN 4
Muadz bin Mohd Zaidi
Shamsul Aizuwani bin Nawi PhD

97. TAHAP KESEDIAAN DAN PELAKSANAAN TEKNIK DIDIK HIBUR DALAM 1148
KALANGAN GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Muhammad Amir Aqil bin Azeman
Hisamuddin bin Abd Ghani PhD

98. TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN ASAS MEMBACA SUKU KATA 1159


TERBUKA DAN SUKU KATA TERTUTUP
Muhammad Asyraf bin Azmy
Hisamuddin bin Abd Ghani PhD

99. TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN LISAN BAHASA MELAYU DALAM 1172


KALANGAN MURID BUKAN PENUTUR NATIF
Muhammad Farouk Aznan bin Zolkarnain
Zurihan bin Yusoff

100. PENGAPLIKASIAN MODUL BACAAN BERGRED BAGI MENINGKATKAN 1184


PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA MURID PEMULIHAN KHAS
Muhammad Hafizuddin bin Abu Kassim
Celinea Lasan PhD

101. TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA MELAYU MURID 1211


TAHUN TIGA DI SEKOLAH LUAR BANDAR
Muhammad Nur Arif Shafiq bin Mohd Nor Hisham
Masywawi bin Mohd Nor
102. TAHAP KESEDIAAN PENGGUNAAN BUKU AKTIVITI MURID (BAM) PKJR 1220
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MURID TAHUN LIMA
Muhammad Syukran bin Rosli
Shamsul Aizuwani bin Nawi PhD

103. PENGGUNAAN KAEDAH FONIK DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN 1231


MEMBACA MURID TAHUN SATU
Nur Adila Fadzlyn binti Ramly
Ruslan bin Abdullah PhD

104. PENGGUNAAN KARTUN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1240


GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH DI ZON WAKAF BHARU
Nur Anis Azlin binti Hamzih
Zanariah binti Hamid PhD

105. HUBUNGAN ANTARA TAHAP PENGETAHUAN DENGAN TAHAP 1251


PENGAPLIKASIAN TEKNIK DIDIK HIBUR DALAM KALANGAN GURU
BAHASA MELAYU
Nur Kiasatina binti Mohamad Fisal
Zanariah binti Hamid PhD

106. KEBERKESANAN KIT PANTAS MEMBACA DALAM MENINGKATKAN 1265


KEMAHIRAN ASAS MEMBACA MURID TAHUN DUA DI SEKOLAH RENDAH
ZON KERAMAT
Nurhudaina binti Muhamad Pilus
Zanariah binti Hamid PhD

107. PENGAPLIKASIAN TEKNIK JADUAL ‘SBAHS’ DALAM PENULISAN ULASAN 1281


BERDASARKAN BAHAN RANSANGAN TAHUN 5
Nursyaza Auni binti Muhamad Sukri
Ruslan bin Abdullah PhD

108. HUBUNGAN TAHAP PENGUASAAN DENGAN TAHAP PENGGUNAAN 1288


KOMPUTER DALAM KALANGAN GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH
RENDAH ZON CHANGLUN
Nurul Shuhada binti Mohd Haron
Zanariah binti Hamid PhD

109. KEBERKESANAN TEKNIK BERCERITA DALAM PENULISAN KARANGAN 1300


NARATIF BAHASA MELAYU TAHUN LIMA
Ooi Jia Feng
Tan Yan Im

110. PENGAPLIKASIAN BAHAN VISUAL DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN 1310


MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU
Siti Khadijah binti Juhari
Izani bin Ibrahim PhD

111. TAHAP PENGUASAAN TANDA BACA DALAM KALANGAN MURID TAHUN 1325
EMPAT DALAM PENULISAN BAHASA MELAYU
Wong Xun En
Tan Yan Im
112. PENERAPAN NILAI MURNI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1334
GURU BAHASA MELAYU
Aima Shahira binti Yusup
Zurihan bin Yusoff

113. PENGUASAAN DAN SIKAP MURID TERHADAP TEKNIK SKOP DALAM 1345
PEMBINAAN AYAT BAHASA MELAYU
Ang Shi Min
Sharifah Hanim binti Syed Akbar

114. TAHAP KEMAHIRAN ORTOGRAFI DALAM KEMAHIRAN MENULIS BAHASA 1356


MELAYU
Aqilah binti Abdul Jalil
Rose Dzidan bin Mohd Dardan

115. PENGGUNAAN KOSA KATA BAHASA MELAYU UNTUK MENINGKATKAN 1369


PENULISAN KARANGAN DALAM KALANGAN MURID TAHAP DUA
Azemah Azani binti Ahmad Yani
Raymond Mohanraj Paul a/l Paul David

116. PENGGUNAAN PETA PEMIKIRAN (I-THINK) TERHADAP DAYA INGATAN 1380


MURID DALAM PEMBELAJARAN KATA ADJEKTIF BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH
Fadhlin Najihah binti Mat Nizam
Raymond Mohanraj Paul a/l Paul David

117. TAHAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN GURU TERHADAP 1390


PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Fatin Aina Nabihah binti Marzuki
Izani bin Ibrahim PhD

118. KOMPETENSI GURU BAHASA MELAYU TERHADAP PENERAPAN 1400


PERMAINAN BAHASA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Intan Zarith Sofea binti Abdul Rashid
Izani bin Ibrahim PhD

119. PERSEPSI GURU TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN PEMBELAJARAN 1414


LITERASI MEMBACA MURID
Ling Yuh Shan
Nurulrabihah binti Mat Noh PhD

120. PENGAPLIKASIAN PETA PEMIKIRAN (PETA MINDA) DALAM PENULISAN 1426


KARANGAN BAHASA MELAYU MURID SEKOLAH RENDAH
Mimi Najihah binti Yusof
Hisamuddin bin Abd Ghani PhD

121. TAHAP PENGETAHUAN, KESEDIAAN DAN SIKAP GURU TERHADAP 1440


APLIKASI PETA PEMIKIRAN I-THINK DALAM KARANGAN BAHASA
MELAYU
Nabilah binti Abd Ghani
Ahmad Rozi bin Abu
122. TAHAP PENGGUNAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK-21) DALAM 1452
PENGAJARAN GURU BAHASA MELAYU
Nailil Huda binti Mohd Zaid
Patarai bin Cholen

123. APLIKASI GOOGLE DALAM PEDAGOGI GURU BAHASA MELAYU 1467


Nor Ayunie binti Mohd Noh
Mastura binti Mohamed Berawi

124. PENGAPLIKASIAN DIDIK HIBUR TERHADAP MURID DALAM PDP 1477


TATABAHASA BAHASA MELAYU DI SEKOLAH RENDAH
Nor Isma Ezzaty binti Ismail
Zurihan bin Yusoff

125. KOMPETENSI PENGAJARAN GURU BAHASA MELAYU DALAM 1490


MENERAPKAN PENDEKATAN DIDIK HIBUR
Nur Annishaa binti Md Nawawi
Patarai bin Cholen

126. PENGGUNAAN BAHAN BANTU VISUAL DALAM PENGAJARAN DAN 1503


PEMBELAJARAN GURU BAHASA MELAYU
Nur Hanisah binti Redhuan
Hisamuddin bin Abdul Ghani PhD

127. PENGAPLIKASIAN ELEMEN PENDEKATAN KOPERATIF DALAM 1517


PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENULIS BAHASA MELAYU
Nur Marzawani binti Jafri
Rose Dzidan bin Mohamad Dardan

128. KESAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU 1531


BERPUSATKAN MURID TERHADAP TINGKAH LAKU MURID
Nur Syafiqah binti Abdul Wahid
Mastura binti Mohamed Berawi

129. PENGAPLIKASIAN TEKNIK SCAFFOLDING TERHADAP KEMAHIRAN LISAN 1543


DALAM BAHASA MELAYU.
Nurul Asma Husna binti Haidzir
Mahdi bin Shuid PhD

130. PENGAPLIKASIAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL OLEH GURU BAHASA 1562


MELAYU TERHADAP KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KRITIS (KBKK)
MURID TAHAP DUA
Nurul Syakila binti Azhar
Juairiah binti Marjonet PhD

131. TAHAP PENGUASAAN KEFAHAMAN MEMBACA DAN PENGUASAAN KOSA 1576


KATA MURID TAHUN LIMA MELALUI PROGRAM NILAM
Venice Wong Yieng Yieng
Latifah binti Mohd Nor

132. PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) DALAM KALANGAN 1590


GURU TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) BAHASA
MELAYU SEKOLAH RENDAH
Aisyah Aaminin binti Idris
Hisamuddin bin Abd Ghani PhD
133. KEBERKESANAN PENGURUSAN GRAFIK BAGI MENINGKATKAN 1602
PENJANAAN IDEA MURID TAHUN EMPAT DALAM PENULISAN KARANGAN
EKSPOSITORI
Albert Hii Ting Han
Juairiah binti Marjonet PhD

134. KELEWAHAN BAHASA DALAM PENULISAN KARANGAN ANTARA MURID 1615


SEKOLAH KEBANGSAAN DAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN
Caroline Liew Xiao Hung
Nor Rul Azlifah binti Zulkafali

135. KEBERKESANAN TEKNIK 5W1H DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN 1632


MURID MEMAHAMI ISI SAJAK TAHUN 5
Fatin Sakinah binti Mohamed Zamhuri
Zabedah binti Mohammed PhD

136. TINJAUAN TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN GRAFIK DIGITAL DALAM 1641


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH
RENDAH
Hilman Hakim bin Harun
Mastura binti Halim PhD

137. KEBERKESANAN PETA DAKAP DALAM MENINGKATKAN PENCAPAIAN 1653


KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN FAKTA BAHASA MELAYU TAHUN
EMPAT
Lim Yan Qi
Mastura binti Halim PhD

138. TAHAP PENGETAHUAN, PEMAHAMAN DAN KEMAHIRAN GURU BAHASA 1662


MELAYU TERHADAP PELAKSANAAN KBAT DALAM PENGAJARAN
BAHASA MELAYU
Lye Chuan Loon
Sharifah Hanim binti Syed Akbar

139. ANALISIS KESALAHAN CARA MENULIS KATA SENDI NAMA ‘DI’ DALAM 1674
PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU TAHUN LIMA
Mohamad Raimi Syazwan bin Mohd Saad
Norliyah binti Sulaiman

140. TAHAP PENGUASAAN GURU TERHADAP PELAKSANAAN 1684


PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Mohd Redzuan bin Shukor
Norliyah binti Sulaiman

141. PENGAPLIKASIAN DIDIK HIBUR DALAM PENGAJARAN DAN 1698


PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH SECARA DALAM
TALIAN
Muhamad Wafiy bin Mohd Noor
Norliyah binti Sulaiman

142. KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA PEMIKIRAN BAGI MENJANA IDEA 1713


PENULISAN KARANGAN NARATIF BAHASA MELAYU MURID TAHUN LIMA
Muhammad Idzzuddin bin Mohd Norashid
Abd Razak bin Amin
143. PELAKSANAAN PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH 1724
RENDAH
Noorul Shaminazatul Fariesha binti Azmi
Hisamuddin bin Abd Ghani PhD

144. TINJAUAN PENGGUNAAN ‘PETMIN’ TERHADAP KUALITI PENGHASILAN 1737


KARANGAN BERFAKTA DALAM KALANGAN MURID TAHUN EMPAT
Nur Azmina binti Mohd Azmi
Rozeha binti Harun

145. PENGAPLIKASIAN PEMBELAJARAN DIGITAL DALAM PENGAJARAN GURU 1748


BAHASA MELAYU DI SEKOLAH RENDAH
Nurul Adiba binti Ahmad Khir
Hisamuddin bin Abd Ghani PhD

146. PENGAPLIKASIAN TEKNIK SALAK BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN 1763


KEMAHIRAN MENULIS AYAT TUNGGAL MURID TAHAP DUA
Nurul Azlin binti Abd Aziz
Rozeha binti Harun

147. PELAKSANAAN DIDIK HIBUR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1778


BAHASA MELAYU
Nurul Nabihah binti Muhamad Hashim
Hishammuddin bin Abd Ghani PhD

148. ANALISIS KESALAHAN TATABAHASA DALAM PENULISAN KARANGAN 1789


MURID TAHUN ENAM: SATU KAJIAN KES
Siet Chai Lee
Sharifah binti Said

149. ANALISIS KESALAHAN KATA SENDI NAMA ‘DI’ DAN ‘KE’ MURID SEKOLAH 1806
RENDAH PUTERI PANDAN 2
Siti Najwani binti Abd Rahim
Patarai bin Hj Cholen

150. PENGAPLIKASIAN BAHAN BANTU BELAJAR (BBB) BERASASKAN 1817


TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN ASPEK TATABAHASA TAHAP DUA
MENDEPANI PANDEMIK COVID-19
Bryan Chew Chng Gee
Yuznaili binti Saleh PhD

151. PENGAPLIKASIAN ELEMEN PERMAINAN DALAM PENGAJARAN DAN 1827


PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Effa Madiha binti Mohd Saidin
Rozeha binti Harun

152. PENGAPLIKASIAN ANIMASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1835


GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Fifiana Puteri binti Rosli
Sabariah binti Yaakub

153. KESEDIAAN GURU MENGAPLIKASIKAN TEKNIK BERCERITA DALAM 1846


PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU
Hafizuddin bin Mohd Sabri
Badrul Hisham bin Ghazali
154. PENGAPLIKASIAN GOOGLE EARTH DALAM MENULIS KARANGAN 1857
RANSANGAN BAHASA MELAYU TAHUN 5
Irfan Izzudin bin Md Jais
Nor Rul Azlifah binti Zulkafali

155. PENGAPLIKASIAN TEKNIK KNOW-WANT-LEARNED-HOW (KWLH) DALAM 1864


PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN KEMAHIRAN MEMBACA INTENSIF
BAHASA MELAYU TAHAP DUA
Khoo Yu Ting
Norhayati binti Md Yatim PhD

156. PENGAPLIKASIAN TEKNIK KWLH DALAM PENGAJARAN DAN 1873


PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA MENTALIS TAHUN 4
Mohd Akmal bin Majid
Nor Rul Azlifah binti Zulkafali

157. KEBERKESANAN PENGGUNAAN TEKNIK BOGRAF DAN BAHAN 1880


RANGSANGAN BERGAMBAR DALAM KEMAHIRAN MENCARI IDEA BAGI
MENULIS KARANGAN LAPORAN MURID TAHUN LIMA
Mohd Zikri Naim bin Mohd Zaki
Nurulhana binti Hussain

158. PENERIMAAN GURU UNTUK MENGAPLIKASIKAN MULTIMEDIA DALAM 1891


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH
RENDAH
Muhammad Ezam bin Abdullah
Ku Muhamad Asmadi bin Ku Mohd Saad PhD

159. KEBERKESANAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMIK DIGITAL DALAM 1904


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KATA GANTI NAMA DIRI MURID
TAHUN TIGA
Nur Aisyah binti Kamaruddin
Zabedah binti Mohamed PhD

160. PENGGUNAAN GOOGLE EARTH DALAM PENGAJARAN TATABAHASA 1918


BAHASA MELAYU PADA MURID SEKOLAH KEBANGSAAN
Nur Rasul Al Amien bin Ismail
Nor Rul Azlifah binti Zulkafali

161. KESEDIAAN DAN PENGAPLIKASIAN GURU DALAM MENGAPLIKASIKAN 1925


GAMIFIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA
MELAYU
Nur Syuhada’ binti Mohd Sabri
Rozeha binti Harun

162. PENGGUNAAN KAEDAH MNEMONIK DALAM PENGAJARAN PENULISAN 1936


KARANGAN BAHASA MELAYU MURID TAHUN LIMA
Nurul Aishah binti Mohamad Hazali
Nor Rul Azlifah binti Zulkafali

163. KEBERKESANAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN 1943


MENGGUNAKAN BAHAN BANTU BELAJAR WORDWALL DALAM
PEMBELAJARAN KATA ADJEKTIF TAHUN LIMA
Nurul Fatihah binti Mustaffa
Rozeha binti Harun
164. KEBOLEHLAKSANAAN TEKNIK LATIH TUBI DALAM PENGAJARAN DAN 1956
PEMUDAHCARAAN IMBUHAN ‘MEN-‘ DARI PERSPEKTIF GURU SEKOLAH
RENDAH
Phoong You Hang
Norhayati binti Md Yatim PhD

165. KEBERKESANAN TEKNIK BOGRAF DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN 1970


MENULIS KANDUNGAN KARANGAN FAKTA MURID TAHUN LIMA
Puteri Yasmin binti Khotib
Zabedah binti Mohamed PhD

166. PENGGUNAAN APLIKASI GOOGLE DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN 1982


MEMBACA BAHASA MELAYU
Siti Noor Nadirah binti Ismail
Nurulhana binti Hussain

167. PERSEPSI GURU TERHADAP PELAKSANAAN PEMBELAJARAN 1996


KOPERATIF DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU
Wong Wei Ning
Nurulrabihah binti Mat Noh PhD

168. ANALISIS KESALAHAN KATA NAMA KHAS DALAM PENULISAN 2008


KARANGAN MURID SEKOLAH RENDAH
Adi Zulhilmi bin Assmadey
Mahdi bin Shuid PhD

169. KESEDIAAN GURU BAHASA MELAYU UNTUK MELAKSANAKAN PDPR 2019


SECARA MAYA
Amirul Asyraf bin Ahmad Rizam
Ramlah binti Ghani

170. PEMBELAJARAN INTERAKTIF BERASASKAN WORDWALL DALAM 2032


PENJODOH BILANGAN
Azri Alwani Auni binti Kholib
Ramlah binti Ghani

171. APLIKASI PEMIKIRAN KRITIS DAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN 2040


MASALAH (CTPS) DALAM PEMENTASAN DRAMA HIKAYAT SI IKAN
KERING
Chan Mun Varne
Maria binti Tahir PhD

172. PENGAPLIKASIAN TEKNIK PENYOALAN 5W1H DALAM PENGAJARAN 2055


PENULISAN KARANGAN
Hanis Ruwaida binti Romli
Haslinda binti Mohamad Saad

173. PENGAPLIKASIAN ELEMEN 6C PAK 21 DALAM PEMBELAJARAN DAN 2067


PEMUDAHCARAAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Khuzaimah binti Abdul Halim
Haslinda binti Mohamad Saad
174. APLIKASI TEKNIK DOH DALAM MENGUASAI KEMAHIRAN MEMBACA 2083
TAHUN 1
Mohamad Badrul Naim bin Mustafa
Ruslan bin Abdullah PhD

175. PENGAPLIKASIAN TEKNIK PERMAINAN BAHASA GURU BAHASA MELAYU 2090


BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERTUTUR MURID TAHUN LIMA
Muhamad Amirul bin Mohd Nazri Azam
Izani bin Ibrahim PhD

176. PENGAPLIKASIAN KAEDAH PERMAINAN TERHADAP KEBOLEHAN 2108


MENGENAL BENTUK TULISAN JAWI DALAM PERIBAHASA MURID TAHUN
EMPAT
Muhammad Aiman Azizi bin Azhar
Faridah binti Darus PhD

177. KEBERKESANAN TEKNIK BERCERITA BAGI PENINGKATAN KEMAHIRAN 2122


BERTUTUR MURID TAHUN TIGA
Muhammad Azib bin Hamzah
Abd Razak bin Mohd Amin

178. PENGAPLIKASIAN FILEM ANIMASI EJEN ALI DALAM PENGAJARAN 2137


KARANGAN NARATIF BAHASA MELAYU
Muhammad Badrul Amin bin Mohd Yusof
Izani bin Ibrahim PhD

179. PENGUASAAN SINTAKSIS GURU BAHASA MELAYU BUKAN OPSYEN 2150


Muhammad Hariz bin Ahmad Hanit
Norliyah binti Sulaiman

180. PENGAPLIKASIAN KAEDAH PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK 2163


DALAM PENGAJARAN PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH
Nor Afifah binti Shoime
Faridah binti Darus PhD

181. PENGGUNAAN BAHAN INTERAKTIF DALAM PROSES PENGAJARAN DAN 2180


PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR) BAHASA MELAYU: SATU KAJIAN KES
Nur Ameera Athyrah binti Annuar
Ramlah binti Ghani

182. PENGAPLIKASIAN TELEFILEM DALAM PENULISAN KARANGAN NARATIF 2189


MURID SEKOLAH RENDAH
Nur Farzana Alya binti Noor Azahar
Faridah binti Darus PhD

183. PENGUASAAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM PENULISAN KARANGAN 2202


SECARA IMLAK MURID SEKOLAH RENDAH
Nurfataheyah Nasruhaq binti Mohd Zulkifli
Faridah binti Darus PhD
184. PERMASALAHAN PENGGUNAAN TANDA BACA DALAM KARANGAN 2216
NARATIF BAHASA MELAYU MURID TAHUN EMPAT SEKOLAH RENDAH
Nurul Hanania Farisha binti Azis
Haslinda binti Mohamad Saad

185. PENGGUNAAN BAHAN VISUAL DALAM PENGAJARAN PENULISAN 2228


KARANGAN
Nurul Izzati binti Noor Azlan
Roslina binti Suratnu PhD

186. PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN MELAFAZKAN PANTUN DALAM 2240


KALANGAN MURID TAHUN ENAM: KAJIAN KES
Pui Wen Hang
Norhayati binti Md Yatim PhD

187. PENGAPLIKASIAN PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM PEMBELAJARAN 2254


DAN PEMUDAHCARAAN (PDPC) BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Tuan Siti Yusra binti Tuan Hashim
Haslinda binti Mohamad Saad
PENGGUNAAN KATA SENDI DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU
MURID TAHUN LIMA

Ho Mei Mun
ho09-815@epembelajaran.edu.my

Maniyamin bin Ibrahim


maniyamin@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian yang dijalankan bertujuan mengenal pasti kesalahan penggunaan kata sendi dalam penulisan,
tahap penguasaan kemahiran menulis karangan bahasa Melayu murid tahun lima dan hubungan antara
kesalahan penggunaan kata sendi dengan tahap penguasaan kemahiran menulis karangan tahun lima.
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kajian tinjauan. Kajian tinjauan
ini menggunakan instrumen skrip jawapan karangan murid. Dalam kajian ini, sampel yang terlibat
merupakan 52 orang murid Tahun 5 di sebuah sekolah rendah sekitar Zon Sentul, Kuala Lumpur.
Pemilihan sampel untuk kajian ini dilakukan menggunakan teknik persampelan rawak mudah.
Kesalahan penggunaan kata sendi telah dianalisis menggunakan Teori Analisis Kesalahan Corder
(1981). Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif iaitu min dan sisihan piawai untuk mengenal
pasti kekerapan kesalahan penggunaan kata sendi dan markah karangan bahasa Melayu. Analisis
inferensi pula digunakan untuk mengkaji hubungan korelasi antara kekerapan kesalahan dengan tahap
penguasaan kemahiran menulis. Dapatan kajian membuktikan kesalahan penggunaan kata sendi
dalam penulisan karangan dan tahap penguasaan kemahiran menulis karangan adalah pada tahap
memuaskan. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan antara kesalahan penggunaan kata
sendi dalam penulisan dengan tahap penguasaan kemahiran menulis murid tahun lima. Implikasinya
kajian ini dapat membantu para guru untuk mengetahui kelemahan penggunaan kata sendi dalam
karangan. Sebagai rumusan, para guru perlu didedahkan dengan tahap penguasaan kemahiran
menulis murid tahun lima supaya dapat meningkatkan keberkesanaan pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu.
Kata kunci : kesalahan, kata sendi, kemahiran menulis, karangan, hubungan korelasi

ABSTRACT

This study aimed to observe the frequency of errors in the use of the conjunctions in essay writing,
essay writing skills proficiency of Malay language among Year 5 students and the relationship between
the word usage errors with the proficiency of writing essays of Year 5 students. The method used was
quantitative design. This survey study used studentss’ essay answer script as instrument. The study
involved a total of 52 samples among Year 5 students from one of the schools in Sentul Zone, Kuala
Lumpur. Sample selection for this study was done using random sampling technique. Conjunction errors
were analyzed using Corder’s Error Analysis Theory (1981). The findings of the study proved that the
frequency of errors in the use of conjunctions in essay writing and the proficiency of essay writing is at
a satisfactory level. The findings also show that there is a relationship between the misuse of
conjunctions in writing with the level of mastery of writing skills of fifth year students. The implications of
this study can help teachers to find out the weaknesses of the use of conjunctions in essays. In
summary, teachers should be exposed to the students’ proficiency in writing to improve the effectiveness
of the process of teaching and learning.
Keywords : errors, conjunctions, writing skills, essays, correlation relationship

1
PENGENALAN

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dilancarkan oleh kerajaan bermatlamat untuk
meningkatkan kemahiran dan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah
rendah. Namun, Siti Hajar (2009) menyatakan bahawa masih terdapat sebilangan murid
sekolah rendah yang tidak menguasai kemahiran berbahasa, terutamanya kemahiran
membaca dan menulis walaupun mereka telah menjalani sesi persekolahan selama enam
tahun di sekolah rendah. Kemahiran menulis dalam bahasa Melayu adalah signifikan bagi
setiap murid supaya dapat menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan
karangan tertentu.

Tatabahasa Bahasa Melayu merupakan salah satu bidang ilmu yang penting dalam
mata pelajaran bahasa Melayu. Secara umumnya, tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua
bidang, iaitu morfologi dan sintaksis. Morfologi merupakan kajian tentang kata dan
pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan, manakala sintaksis pula merupakan kajian
tentang pembentukan ayat (Nik Safiah Karim, 2010). Bagi mata pelajaran bahasa Melayu di
sekolah rendah, antara topik yang terkandung dalam bidang morfologi termasuklah kata nama,
kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Topik yang terkandung dalam bidang sintaksis pula
ialah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan, ayat dasar, ayat tunggal, ayat
majmuk, ragam ayat dan susunan ayat. Aspek morfologi dan sintaksis dikatakan adalah saling
berkaitan terutamanya dalam bidang penulisan karangan bahasa Melayu.

Sehubungan itu, kata sendi yang terkandung dalam bidang morfologi di bawah topik
kata tugas juga mempengaruhi penulisan karangan bahasa Melayu murid sekolah rendah.
Pengetahuan dari segi tatabahasa membolehkan murid-murid untuk mengaplikasikan
penggunaan kata yang sesuai dalam penulisan karangan. Penguasaan dalam penggunaan
kata sendi nama yang baik akan meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dan khususnya
pencapaian dalam ujian bahasa Melayu. Oleh itu, murid perlu memahami penggunaan kata
sendi nama supaya dapat menghasilkan karangan yang berkualiti. Dalam pada itu, kajian ini
telah dijalankan untuk mengenal pasti penggunaan kata sendi dalam penulisan karangan
murid tahun lima.

PERNYATAAN MASALAH

Menurut Norsimah Mat Awal, Nadzrah Abu Bakar Nor dan Hashimah Jalaluddin (2012), tahap
pencapaian murid dalam penulisan karangan bahasa Melayu di Malaysia adalah kurang
memuaskan. Kenyataan ini telah dibuktikan melalui pencapaian calon peperiksaan Ujian
Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) dalam kertas peperiksaan Bahasa Melayu – Penulisan
pada tahun 2019. Pencapaian ini menunjukkan bahawa hanya 26.91% daripada 332,610
orang calon yang memperoleh Gred A, 30.29% memperoleh Gred B, diikuti dengan 26.66%

2
murid mencapai Gred C dan 12.74% mencapai Gred D. Sementara itu, didapati bahawa 3.4%
daripada calon peperiksaan gagal dalam kertas peperiksaan tersebut (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2019). Maka, jelaslah bahawa walaupun bahasa Melayu sebagai
bahasa utama masyarakat di negara ini dan mata pelajaran yang paling penting bagi murid
sekolah rendah, tetapi tahap penulisan murid dalam bahasa Melayu masih kurang
memuaskan. Kegagalan murid menguasai kemahiran menulis pada peringkat sekolah rendah
akan memberi kesan kepada peringkat yang lebih tinggi lagi.

Pemerhatian juga telah menunjukkan bahawa murid di sekolah rendah belum


menguasai kemahiran menulis. Penggunaan kata sendi nama memberikan impak yang ketara
dalam penulisan bahasa Melayu murid sekolah rendah. Berdasarkan kajian yang dijalankan
oleh Yusazimah Md Yusof (2013), didapati bahawa terdapat banyak kesalahan dan kesilapan
yang dilakukan oleh murid dalam aspek tatabahasa, namun kesalahan yang paling ketara
yang dikenal pasti adalah berkaitan dengan penggunaan kata sendi ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam
ayat yang ditulis. Daripada pengamatan pengkaji, masalah sebenar yang dihadapi oleh
responden adalah berkisar mengenai penggunaan kata sendi yang tidak tepat dan sering
tertukar dalam ayat yang ditulis. Kegagalan murid untuk memilih dan mengaplikasikan
penggunaan kata sendi nama dalam penulisan akan menjejaskan kualiti penulisan karangan
tersebut. Justeru, pernyataan masalah yang dinyatakan seperti di atas mendorong pengkaji
untuk menjalankan kajian ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Bagi mencapai tujuan kajian ini, beberapa objektif khusus telah dihasilkan. Antaranya adalah
seperti berikut :

i. Mengenal pasti kesalahan penggunaan kata sendi dalam penulisan karangan murid
tahun lima.
ii. Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran menulis murid tahun lima.
iii. Mengenal pasti hubungan antara kesalahan penggunaan kata sendi dalam penulisan
karangan dengan tahap penguasaan kemahiran menulis.

SOALAN KAJIAN

Dalam menyelesaikan masalah kajian ini, pengkaji akan menganalisis persoalan-persoalan


yang disenaraikan di bawah ini :

i. Apakah kesalahan penggunaan kata sendi dalam penulisan karangan murid tahun
lima?
ii. Apakah tahap penguasaan kemahiran menulis murid tahun lima?

3
iii. Adakah terdapat hubungan antara kesalahan penggunaan kata sendi dalam penulisan
karangan dengan tahap penguasaan kemahiran menulis?

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kajian tinjauan untuk
mengkaji hubungan antara kesalahan penggunaan kata sendi dengan tahap penguasaan
kemahiran menulis murid tahun lima. Jenis persampelan yang digunakan dalam kajian ini ialah
persampelan rawak mudah. Kawasan kajian ini dibataskan kepada sebuah sekolah rendah di
Zon Sentul, Kuala Lumpur. Sebanyak 60 orang murid tahun lima di sekolah berkenaan dipilih
sebagai populasi kajian. Menurut Kreje dan Morgan (1970), sampel kajian ini hanya
melibatkan 52 orang responden. Hal ini bermaksud 52 orang murid tahun lima dipilih secara
rawak daripada tiga buah kelas di sekolah berkenaan. Kajian kuantitatif ini menggunakan skrip
jawapan karangan bahasa Melayu murid tahun lima sebagai bahan kajian untuk dianalisis.
Semua skrip jawapan ini dianalisis bagi mengenal pasti kekerapan kesalahan penggunaan
kata sendi dalam karangan dan tahap penguasaan kemahiran menulis murid. Teori Analsiis
Kesalahan Corder (1981) telah diaplikasikan dalam kajian untuk menganalisis data kajian.

Instrumen skrip jawapan karangan mempunyai kesahan muka yang tinggi disebabkan
soalan karangan dirangka dengan merujuk kepada Soalan 2 Bahagian C dalam kertas
peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2019 Bahasa Melayu – Penulisan. Bentuk
soalan karangan tersebut telah diadaptasikan dalam instrumen soalan karangan kajian ini.
Instrumen skrip jawapan karangan juga mempunyai kesahan kandungan yang tinggi kerana
skrip jawapan ditanda berdasarkan Rubrik Penskoran Jawapan Bahagian C Menulis Karangan
yang dirangka oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Rubrik
Penskoran Jawapan Bahagian C Menulis Karangan dibahagikan kepada lima peringkat, iaitu
cemerlang, baik, memuaskan, kurang memuaskan dan pencapaian tahap minimum. Terdapat
kriteria-kriteria yang telah ditetapkan bagi setiap peringkat tersebut, iaitu dari segi
penyampaian, kegramatisan, penggunaan kosa kata, ejaan dan tanda baca serta keupayaan
menjawab soalan. Setiap skrip jawapan karangan diberikan Gred berdasarkan rubrik
penskoran tersebut. Seterusnya, markah karangan tersebut telah dianalisis
kebolehpercayaannya untuk melihat nilai Alpha Cronbach. Nilai Alpha Cronbach markah
karangan bahasa Melayu murid tahun lima menunjukkan .871. Berdasarkan Interpretasi Nilai
Alpha Cronbach (Bond dan Fox, 2007), nilai Alpha Croncach tersebut boleh diterima dan
digunakan untuk analisis korelasi dengan kekerapan kesalahan penggunaan kata sendi dalam
karangan.

4
Jadual 1
Interpretasi Skor Alpha-Cronbach, Adaptasi daripada Bond & Fox (2007)

Skor Alpha-Cronbach Kebolehpercayaan


0.9-1.0 Sangat baik dan efektif dengan tahap
konsistensi yang tinggi
0.7-0.9 Baik dan boleh diterima
0.6-0.7 Boleh diterima
< 0.6 Item perlu dibaiki
< 0.5 Item perlu digugurkan

Analisis statistik deskriptif dan analisis statistik inferensi dilakukan menggunakan


perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26.0. Statistik deskriptif
merangkumi jumlah kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai yang digunakan untuk
memerihalkan kekerapan kesalahan penggunaan kata sendi dan markah karangan bahasa
Melayu. Bagi analisis deskriptif kekerapan kesalahan penggunaan kata sendi, senarai semak
kata sendi dirujuk untuk memudahkan proses penganalisisan data. Kekerapan penggunaan
kata sendi direkodkan dalam senarai semak untuk memudahkan pengkaji merujuk semula
untuk memperoleh maklumat yang berkaitan. Tahap penguasaan kemahiran menulis murid
tahun lima pula dianalisis berdasarkan kriteria-kriteria dalam Rubrik Penskoran Penulisan
Karangan Bahasa Melayu Tahun Lima. Seterusnya, markah dan Gred karangan tersebut
dapat dianalisis. Statistik inferensi yang digunakan dalam kajian ini ialah hubungan kolerasi
Pearson yang digunakan untuk menentukan kesignifikanan hubungan di antara kekerapan
kesalahan penggunaan kata sendi nama dengan tahap penguasaan kemahiran menulis
karangan bahasa Melayu. Kekuatan perhubungan antara pemboleh ubah dalam kajian ini
dianggar dengan menggunakan skala kekuatan yang dicadangkan oleh Davies (1971) seperti
Jadual 2.

Jadual 2
Skala Davies (1971) bagi kekuatan korelasi antara dua pemboleh ubah

Nilai Pekali Tafsiran Deskriptif


0.70-1.00 Amat tinggi
0.50-0.69 Tinggi
0.30-0.49 Sederhana Tinggi
0.10-0.29 Rendah
0.01-0.09 Diabaikan

5
DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian melalui Rajah 1, adalah berkenaan kesalahan penggunaan kata sendi dalam
penulisan karangan, iaitu berkaitan soalan kajian pertama. Berdasarkan Rajah 1, kekerapan
kesalahan penggunaan kata sendi yang paling banyak ialah sebanyak tiga kali. Sebanyak 16
orang responden yang melakukan 3 kesalahan kata sendi dalam karangan. Sebanyak 13
orang responden yang melakukan dua kesalahan dalam penulisan karangan. Seterusnya,
terdapat 10 orang responden yang melakukan empat kesalahan dalam penulisan dan 8 orang
responden yang melakukan satu kesalahan dalam penulisan karangan. 5 orang responden
pula telah melakukan sebanyak 5 kesalahan dalam penulisan karangan.

Kekerapan kesalahan penggunaan kata sendi


18 16
16
Bilangan responden

14 13
12 10
10 8
8
6 5
4
2
0
1 2 3 4 5
Kekerapan kesalahan

Rajah 1: Kekerapan kesalahan penggunaan kata sendi

Setiap sampel kajian juga telah dinilai mengikut kriteria penggunaan kata sendi dalam
penulisan karangan. Berdasarkan Rajah 2, dapat dirumuskan bahawa kebanyakan responden
telah mencapai tahap penguasaan memuaskan dalam penggunaan kata sendi, iaitu seramai
26 orang responden. Tiada responden yang mencapai tahap cemerlang dan pencapaian tahap
minimum dalam penggunaan kata sendi. Sebanyak 21 orang responden telah mencapai tahap
penguasaan baik manakala sebanyak 5 orang responden telah mencapai tahap penguasaan
kurang memuaskan.

6
Tahap penguasaan penggunaan kata sendi
30
26
Bilangan responden 25
21
20

15

10
5
5
0 0
0
Cemerlang Baik Memuaskan Kurang Pencapaian tahap
memuaskan minimum
Kekerapan kesalahan

Rajah 2: Tahap penguasaaan penggunaan kata sendi dalam penulisan karangan

Rajah 3: Contoh perenggan karangan

Rajah 3 menunjukkan contoh perenggan karangan sampel kajian. Ayat dalam perenggan ini
adalah seperti berikut.

Ayat 01 - Penduduk mengada jualan makanan serta kraf tangan bagi meningkatkan
ekonomi dan memupuk semangat kerjasama di kalangan penduduk.

Dalam perenggan ini, didapati terdapat kesalahan penggunaan kata sendi ‘di’.
Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata sendi ‘di’ khususnya digunakan di hadapan
kata nama atau frasa untuk menunjukkan tempat. Dalam ayat ini, kata sendi ‘di’ adalah tidak
sesuai digunakan di hadapan frasa ‘kalangan penduduk’. Kata sendi yang lebih sesuai
digunakan ialah kata sendi ‘dalam’. Kata sendi ‘dalam’ digunakan untuk membawa pengertian
lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Frasa ‘kalangan penduduk’ adalah lebih
sesuai dengan penggunaan kata sendi ‘dalam’.

Soalan kajian kedua pula ialah mengenal pasti tahap penguasaan kemahrian menulis
yang dianalisis berpandukan Rubrik Penskoran Menulis Karangan Bahasa Melayu Tahun
Lima. Markah penuh karangan adalah sebanyak 25 markah. Karangan responden dinilai
daripada aspek penyampaian, kegramatisan ayat, kosa kata, ejaan dan tanda baca serta
keupayaan menjawab soalan karangan.

7
Jadual 3
Tahap penguasaan kemahiran menulis karangan

Tahap Penguasaan Bilangan Responden Peratus (%)


Cemerlang (21-25) 1 1.9
Baik (16-20) 22 42.3
Memuaskan (11-15) 20 38.5
Kurang memuaskan (6-10) 9 17.3
Pencapaian tahap 0 0
minimum (1-5)

Berdasarkan Jadual 3, pencapaian responden dalam kemahiran menulis karangan adalah


kurang menggalakkan, iaitu didapati hanya seorang responden yang mencapai tahap
cemerlang, bersamaan dengan 1.9% daripada jumlah responden. 22 orang responden pula
mencapai tahap baik bersamaan 42,3%. Seterusnya, 20 orang responden mencapai tahap
penguasaan kurang memuaskan, iaitu antara 11 hingga 15 markah, bersamaan 38.5%. Tahap
kurang memuaskan pula adalah sebanyak 9 orang responden bersamaan 17.3%.

Berdasarkan dapatan kajian tersebut, dapat dirumuskan bahawa bilangan responden


kajian yang mendapat Gred B yang membawa peratusan sebanyak 42.3% merupakan
bilangan yang paling banyak sekali gus menjadi majoriti kepada bilangan responden kajian
yang mendapat Gred lain. Pencapaian murid dalam penulisan menunjukkan tahap
penguasaan adalah baik disebabkan kebanyakan murid memperoleh Gred B dalam penulisan,
iaitu markah antara 16 hingga 20. Penulisan murid menunjukkan penyampaian yang jelas,
ayat gramatis yang sesuai dengan soalan, kosa kata sederhana dan sesuai, sedikit kesalahan
ejaan dan tanda baca serta menjawab soalan dengan baik.

Jadual 4
Item kriteria pemarkahan karangan

Item Min Sisihan Piawai Tahap


Penyampaian 2.88 .855 Sederhana
Kegramatisan 2.60 .955 Sederhana
Penggunaan kosa kata 2.98 .828 Sederhana
Ejaan dan tanda baca 2.96 1.009 Sederhana
Menjawab soalan 2.88 1.022 Sederhana
Keseluruhan 2.86 .742 Sederhana

Dapatan tahap penguasaan kemahiran menulis karangan murid dirumuskan dalam Jadual 4.
Berdasarkan jadual tersebut, semua item berada pada tahap sederhana. Keseluruhan item
menunjukkan min (µ=2.86) dan nilai sisihan piawai SP=.742. Item penggunaan kosa kata

8
mempunyai nilai min tertinggi manakala item kegramatisan mempunyai nilai min terendah.
Secara keseluruhannya, semua item dalam konstruk ini berada pada tahap sederhana.
Pernyataan ini membuktikan bahawa tahap penguasaan kemahiran menulis murid tahun lima
adalah sederhana di sekolah kebangsaan tersebut.

Seterusnya, dapatan kajian bagi menjawab soalan kajian yang ketiga, iaitu hubungan
antara kekerapan kesalahan penggunaan kata sendi dengan tahap penguasaan kemahiran
menulis murid tahun lima. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai koefisien korelasi
Pearson antara kekerapan kesalahan dengan markah karangan adalah signifikan, r=-.185 dan
p=.189. Oleh itu, terdapat hubungan linear negatif yang rendah antara kekerapan kesalahan
kata sendi dengan markah karangan. Nilai r untuk hubungan kekerapan kesalahan dengan
markah karangan adalah sebesar -.185 yang menunjukkan bahawa korelasi adalah rendah
dan perkaitan yang sangat lemah antara kekerapan kesalahan penggunaan kata sendi dengan
pencapaian penulisan karangan. Hal ini bermakna semakin tinggi kekerapan kesalahan
penggunaan kata sendi dalam penulisan karangan, semakin rendah markah karangan
responden. Jadual 5 menunjukkan rumusan dapatan analisis korelasi hubungan antara dua
pemboleh ubah.

Jadual 5
Hubungan antara kekerapan kesalahan kata sendi dengan tahap penguasaan

Kekerapan Markah
kesalahan karangan
penggunaan
kata sendi
nama
Kekerapan Korelasi 1 -.185
kesalahan Pearson
penggunaan kata Sig. (2-tailed) .189
sendi nama N 52 52
Markah karangan Korelasi -.185 1
Pearson
Sig. (2-tailed) .189
N 52 52

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Kesimpulannya, kajian ini jelas menunjukkan bahawa murid-murid tahun lima mempunyai
tahap penguasaan yang memuaskan dalam penggunaan kata sendi dalam penulisan
karangan dan tahap penguasaan kemahiran menulis karangan yang sederhana. Dapatan juga
menunjukkan pemboleh ubah kekerapan kesalahan penggunaan kata sendi dalam penulisan
karangan mempunyai hubungan linear negatif dengan tahap penguasaan kemahiran menulis.
Hal ini membuktikan bahawa jika kekerapan kesalahan penggunaan kata sendi semakin tinggi,

9
tahap penguasaan kemahiran menulis karangan akan semakin rendah. Dapatan kajian ini
telah menunjukkan kepentingan yang jelas antara kekerapan kesalahan penggunaan kata
sendi dengan tahap penguasaan kemahiran menulis.

Secara keseluruhannya, kajian ini dapat memberi kesedaran kepada guru-guru


bahasa Melayu agar tidak memandang remeh terhadap aspek tatabahasa dan kemahiran
menulis. Guru perlu memberi penekanan terhadap kemahiran tatabahasa kerana
pembentukan ayat yang gramatis dan tepat adalah berdasarkan pemahaman dan penguasaan
terhadap aspek tatabahasa. Perkara ini juga disokong dalam kajian Abdul Rashid (2010) yang
menyatakan bahawa analisis kesalahan bahasa untuk mendapat maklumat terperinci tentang
penguasaan tatabahasa dan keberkesanan sesuatu pengajaran adalah penting sebagai
wahana kajian. Guru dapat meneliti aspek kesalahan tatabahasa murid dan aspek kriteria
penilaian markah karangan. Dengan itu, guru dapat merancang pengajaran dan pembelajaran
yang lebih sistematik pada masa hadapan.

Kajian ini diharapkan dapat memberikan implikasi terhadap sistem pendidikan sekolah
rendah, terutamanya terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu. Semua pihak perlu
melaksanakan inisiatif supaya penguasaan kemahiran menulis karangan murid sekolah
rendah dapat ditingkatkan secara berterusan. Pihak sekolah memainkan peranan penting
untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah.
Pihak guru juga harus sentiasa mengimplementasikan pendekatan dan kaedah pengajaran
yang bersesuaian dengan tahap pencapaian murid. Hal ini dapat memudahkan guru untuk
mengukuhkan kefahaman murid tentang penggunaan kata sendi dan juga kemahiran menulis
karangan murid. Tuntasnya, pengetahuan tentang kata sendi akan mempengaruhi tahap
penguasaan kemahiran menulis karangan bahasa Melayu murid sekolah rendah. Tahap
penguasaan dalam kemahiran menulis juga akan menjejaskan pencapaian murid dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu.

RUJUKAN
Abdul Rashid. (2010). Penguasaan tatabahasa guru mata pelajaran bahasa Melayu tingkatan
enam. Jurnal Linguistik, 1-17.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2013). Pelan pembangunan
pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bond, T. G. & Fox, C. M. (2007). Applying the Rasch model : fundamental measurement in the
human sciences (2nd ed.). Lawrence Eribaum Associates Publishers.
Bornman dan Donohue. (2013). South African teachers' attitudes toward learners with barriers
to learning : Attention-deficit and hyperactivity disorder and little or no functional
speech. International Journal of Disablity, 60(2), 85-104.
Corder, S. P. (1973). Introducing applied linguistics. Peguin Book Ltd.
Corder, S. P. (1981). Error analysis and interlanguage. Oxford University Press.

10
Creswell, J. (2009). Research design : qualitative, quantitative and mixed methods
approaches. Sage Publications Inc.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Pelaporan pentaksiran sekolah rendah. Dimuat
turun daripada https://www.moe.gov.my/en/muat-turun/laporan-dan-statistik/lp/3056-
pelaporan-pentaksiran-sekolah-rendah-2019/file
Nik Safiah Karim. (2010). Tatabahasa Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Norsimah Mat Awal, Nadzrah Abu Bakar Nor dan Hashimah Jalaluddin. (2012). Pembelajaran
bahasa Melayu sebagai bahasa kedua : pengungkapan idea dalam penulisan pelajar
sekolah menengah di Malaysia. Jurnal Melayu, 227-240.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Siri pendidikan guru : Bahasa Melayu II. Oxford Fajar Sdn Bhd.
Yusazimah Md Yusof. (2013). Penguasaan penggunaan kata sendi nama 'dari' dan 'daripada'.
Dimuat turun daripada https://www.academia.edu/16774546/Laporan_BM

11
TINJAUAN TERHADAP TAHAP PENGETAHUAN DAN PENGAPLIKASIAN DIDIK HIBUR
DALAM KALANGAN GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Iffah Fakhira binti Farez Ezam


iffah09-816@epembelajaran.edu.my

Suhasni bin Dollah


suhasnidallas@gmail.com

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan tahap kekerapan pengaplikasian didik
hibur dalam kalangan guru Bahasa Melayu semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Reka bentuk
kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kajian tinjauan. Instrumen kajian ini ialah
soal selidik yang mengandungi 26 item. Soal selidik tersebut mengandungi demografi responden, tahap
pengetahuan dan pengaplikasian didik hibur dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Responden
kajian melibatkan 76 orang guru Bahasa Melayu di tujuh buah sekolah rendah sekitar Zon Keramat,
Kuala Lumpur. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science
(SPSS) Versi 22 untuk mendapatkan peratus, min dan sisihan piawai. Berdasarkan dapatan kajian,
tahap pengetahuan guru terhadap pendekatan didik hibur berada pada tahap tinggi. Selain itu, tahap
pengaplikasian didik hibur dalam kalangan guru juga berada pada tahap tinggi. Kajian ini memberikan
satu implikasi yang jelas terhadap pembelajaran yang lebih menyeronokan dan mendorong penglibatan
aktif murid di samping menghasilkan pembelajaran yang bermakna kepada murid. Oleh itu, guru perlu
meningkatkan tahap pengetahuan dan pengaplikasian didik hibur dalam meningkatkan minat murid
terhadap pembelajaran Bahasa Melayu.
Kata Kunci: Tahap pengetahuan, pengaplikasian, didik hibur, guru Bahasa Melayu

ABSTRACT

This study aimed to identify the level of knowledge and application of edutainment frequency among
Malay teachers during the learning process. The design of this study uses a quantitative approach and
survey research methods. The instrument of this study is a questionnaire containing 26 items. The
questionnaire contains the demographics of the respondents, the level of knowledge and the application
of entertainment in the teaching and learning process. The respondents involved 76 Malay teachers in
seven primary schools around Zon Keramat, Kuala Lumpur. The data obtained were analyzed using
Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 22 to obtain percentage, mean and standard
deviation. Based on the findings of the study, the level of knowledge of teachers on the approach of
entertainment learners is at a high level. In addition, the level of application of entertainment education
among teachers is also at a high level. This study provides a clear implication for more enjoyable
learning and encourages active student involvement while producing meaningful learning for students.
Therefore, teachers need to raise the level of knowledge and application of edutainment in increasing
pupils' interest in learning English.
Keywords: knowledge, application, fun learning, Malay teachers

12
PENGENALAN

Pendekatan didik hibur telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di
dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebagai suatu alternatif untuk
mempelbagaikan proses pedagogi pengajaran guru. Pendekatan didik hibur ini dilaksanakan
untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran guru agar lebih menarik di samping meningkatkan
penguasaan dan pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu,
pendekatan didik hibur mengandungi empat elemen iaitu nyanyian, bercerita, lakonan dan
puisi (Modul Didik Hibur, 2010). Keempat-empat elemen didik hibur bukan sahaja
membolehkan murid belajar dalam suasana seronok bahkan juga dapat memperkembangkan
potensi mereka secara holistik dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial seperti yang
digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) (Pusat Perkembangan Kurikulum,
2001).

Pengaplikasian didik hibur dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa


Melayu telah mentransformasikan sistem pendidikan negara kita daripada proses pengajaran
berpusatkan guru kepada berpusatkan murid. Dalam hal ini, pelbagai aktiviti yang diadakan
secara didik hibur melibatkan murid secara langsung dalam proses pembelajaran Bahasa
Melayu. Kesannya, proses pembelajaran yang lebih interaktif dan berpusatkan murid dapat
diwujudkan (Abdul Rasid dan Hasmah, 2013). Hal ini secara tidak langsung menyokong
aspirasi PPPM 2013-2025 untuk melahirkan modal insan yang berketerampilan.

PERNYATAAN MASALAH

Menurut Rozita Radhiah Said et al. (2016), guru bahasa Melayu lebih selesa menggunakan
pendekatan pengajaran yang lama iaitu menggunakan buku teks bahasa Melayu dan papan
tulis di dalam bilik darjah. Guru perlu meningkatkan daya kreativiti dengan mengubahsuai
strategi dan teknik pengajaran akan pengajarannya menjadi lebih menarik, bermakna dan
membawa kesan yang maksimum lebih-lebih lagi berdepan dengan murid-murid yang
bermasalah. Oleh itu, tahap pengetahuan guru bahasa Melayu dalam pendekatan didik hibur
sangat penting dalam menghasilkan pengajaran yang berkesan. Hasil dapatan kajian oleh
Zanariah dan Zamri (2017) menyatakan bahawa sebahagian guru kurang berpengetahuan
mengenai definisi didik hibur. Hal ini sangat membimbangkan kerana dikhuatiri guru sekadar
menggunakan pendekatan ini tanpa pengetahuan mengenainya dan tersasar daripada
matlamat sebenar penggunaan pendekatan ini.

Kegagalan guru menguasai kemahiran ilmu pedagogi ini akan menjadikan murid lebih
bermasalah dalam menguasai topik pengajaran guru (Syed Najmuddin et al, 2009). Keadaan
ini memungkinkan murid semakin tidak bermotivasi dan menjejaskan proses pembelajaran
mereka. Hal ini membuktikan kurangnya pengaplikasian didik hibur semasa proses

13
pengajaran dan pembelajaran dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan. Perkara ini disokong oleh Zanariah dan Zamri (2017) yang menyatakan
hanya segelintir guru sahaja yang melaksanakan pendekatan didik hibur di dalam bilik darjah.
Oleh yang demikian, guru bahasa Melayu memainkan peranan penting untuk meningkatkan
pengetahuan terhadap pendekatan didik hibur di samping mengaplikasikannya di dalam bilik
darjah.

OBJEKTIF KAJIAN

Bagi mencapai tujuan kajian ini, beberapa objektif khusus telah dihasilkan. Antara objektifnya
adalah seperti berikut:

1. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru bahasa Melayu terhadap pendekatan didik
hibur dalam pengajaran Bahasa Melayu
2. Mengenal pasti tahap kekerapan pengaplikasian didik hibur dalam kalangan guru
bahasa Melayu semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian tersebut, soalan kajian ini adalah seperti yang berikut:

1. Apakah tahap pengetahuan guru bahasa Melayu terhadap pendekatan didik hibur?
2. Apakah tahap pelaksanaan pendekatan didik hibur dalam kalangan guru bahasa
Melayu semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah?

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk yang digunakan dalam kajian ini ialah pendekatan kuantitatif dan kaedah
tinjauan. Dalam kajian ini, sampel kajian terdiri daripada 76 orang guru bahasa Melayu
daripada tujuh buah sekolah rendah di kawasan Zon Keramat, Kuala Lumpur. Instrumen yang
digunakan ialah soal selidik yang telah diadaptasikan daripada kajian Koh Chun Jing (2019).
Instrumen kajian ini terdiri daripada 26 item dan dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian
A ialah demografi responden, Bahagian B pula tentang tahap pengetahuan guru bahasa
Melayu terhadap pendekatan didik hibur manakala Bahagian C meninjau tahap pelaksanaan
didik hibur dalam kalangan guru bahasa Melayu. Soal selidik ini adalah secara atas talian iaitu
melalui aplikasi google forms. Instrumen soal selidik dalam kajian ini diuji melalui kajian rintis
kepada 30 orang respon. Hasil analisis data mendapati bahawa nilai kebolehpercayaan Alpha
Cronbach bagi soal selidik ialah 0.91 yang bermaksud kebolehpercayaan yang sangat tinggi.
Penganalisisan data kajian dilakukan menggunakan SPSS versi 22.0. Data dianalisis secara
deskriptif iaitu kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai.

14
DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini menjawab kepada dua soalan kajian iaitu tahap pengetahuan dan tahap
pelaksanaan didik hibur dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Jadual 1
Analisis Item Tahap pengetahuan guru bahasa Melayu terhadap pendekatan didik hibur

Bil Item Skor min SP Tahap


Sangat
1. Saya tahu konsep pendekatan didik hibur. 4.32 0.57
Tinggi
Saya tahu elemen-elemen dalam
2. 4.21 0.57 Tinggi
pendekatan didik hibur.
Saya tahu kepentingan pendekatan didik Sangat
3. 4.43 0.55
hibur dalam PdP Bahasa Melayu. Tinggi
Saya tahu mengaplikasikan pendekatan
4. didik hibur berdasarkan objektif yang 4.22 0.58 Tinggi
hendak dicapai.
Saya tahu memilih elemen didik hibur yang
5. sesuai dengan aktiviti PdP Bahasa Melayu 4.14 0.55 Tinggi
di dalam kelas.
Saya tahu bahawa elemen lakonan dapat
6. menyampaikan isi pelajaran dengan lebih 4.28 0.58 Tinggi
berkesan.
Saya tahu bahawa elemen nyanyian dapat
Sangat
7. menyampaikan isi pelajaran dengan lebih 4.30 0.56
Tinggi
berkesan.
Saya tahu bahawa elemen berpuisi dapat
8. menyampaikan isi pelajaran dengan lebih 4.09 0.65 Tinggi
berkesan.
Saya tahu bahawa elemen bercerita dapat
Sangat
9. menyampaikan isi pelajaran dengan lebih 4.38 0.56
Tinggi
berkesan.
Saya tahu pendekatan didik hibur dapat
Sangat
10. mewujudkan suasana pembelajaran yang 4.53 0.59
Tinggi
menyeronokkan.
Saya tahu pendekatan didik hibur dalam
11. PdP dapat mengawal bilik darjah dengan 4.22 0.66 Tinggi
lebih baik.
Skor Min Keseluruhan 4.28 0.48 Tinggi

Dapatan berdasarkan Jadual 1 menunjukkan skor min tahap pengetahuan guru


bahasa Melayu terhadap pendekatan didik hibur secara keseluruhan ialah 4.28 (sp=0.48) yang
menunjukkan responden mempunyai pengetahuan yang sangat baik terhadap pendekatan
didik hibur. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa set data dalam kajian ini menghampiri
ukuran pusat. Skor min paling tinggi iaitu 4.53 (sp=0.59) bagi item 10 menunjukkan responden
sangat bersetuju dengan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dapat diwujudkan

15
melalui pendekatan didik hibur. Skor min paling rendah pula ialah 4.09 (sp=0.65) iaitu
berkenaan pengaplikasian elemen puisi dalam pengajaran dapat menyampaikan isi pelajaran
dengan lebih berkesan.

Jadual 2
Analisis Item Tahap pelaksanaan pendekatan didik hibur dalam kalangan guru bahasa Melayu
semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah

Bil Item Skor min SP Tahap


Saya sering menggunakan elemen
1. 3.63 0.67 Tinggi
nyanyian dalam pengajaran.
Saya sering menggunakan elemen
2. 3.67 0.73 Tinggi
nyanyian di bahagian set induksi.
Saya sering menggunakan elemen
3. 3.49 0.72 Tinggi
nyanyian di bahagian langkah pengajaran.
Saya sering menggunakan elemen
4. 3.57 0.73 Tinggi
nyanyian di bahagian penutup.
Saya sering menggunakan elemen
5. 3.61 0.81 Tinggi
lakonan dalam pengajaran.
Saya sering menggunakan elemen
6. 3.67 0.70 Tinggi
lakonan berdasarkan situasi.
Saya sering menggunakan elemen
7. 3.76 0.69 Tinggi
lakonan secara berkumpulan.
Saya sering menggunakan elemen
8. 3.89 0.72 Tinggi
bercerita dalam pengajaran.
Saya sering bercerita untuk memudahkan
9. 4.03 0.67 Tinggi
murid menjana idea.
Saya sering menggunakan elemen
10. 3.39 0.78 Sederhana
berpuisi dalam pengajaran.
Saya sering berpuisi untuk membolehkan
11. murid-murid belajar bahasa lisan dalam 3.45 0.80 Sederhana
suasana yang menyeronokan.
Skor Min Keseluruhan 3.65 0.56 Tinggi

Berdasarkan Jadual 2, skor min bagi konstruk ini ialah 3.65 (sp=0.56) yang
menunjukkan guru-guru bahasa Melayu sering mengaplikasikan elemen-elemen didik hibur
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil dapatan menunjukkan set data bagi
konstruk ini sedikit terserak daripada ukuran pusat. Skor min paling tinggi ialah 4.03 (sp=0.67)
iaitu bagi item 9 yang menunjukkan guru sering bercerita di dalam bilik darjah bagi
memudahkan murid untuk menjana idea. Skor min paling rendah pula ialah 3.39 (sp=0.78)
yang berada pada tahap sederhana, iaitu item 10 yang berkaitan pengaplikasian elemen puisi
dalam pengajaran. Item yang menunjukkan pada tahap sederhana ialah item 11 tentang
pengaplikasian elemen puisi bagi membolehkan murid-murid belajar bahasa lisan dalam
suasana yang menyeronokkan. Dapatan ini menunjukkan guru bahasa Melayu kurang
mengaplikasikan elemen puisi sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.

16
KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN
Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan pelaksanaan guru Bahasa
Melayu terhadap pendekatan didik hibur kedua-duanya berada pada tahap yang tinggi. Hasil
kajian ini membuktikan bahawa pengetahuan tentang pendekatan didik hibur merupakan satu
perkara yang penting untuk memastikan pengajaran guru yang berkesan. Hasil kajian juga
membuktikan bahawa pelbagai elemen yang digunakan oleh guru-guru bahasa Melayu dalam
pengaplikasian didik hibur iaitu teknik nyanyian, lakonan, bercerita dan puisi semasa
mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran.

Implikasinya, kajian ini berupaya membantu guru merangsang murid untuk belajar
secara aktif serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Guru juga dapat
mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Perkara ini selaras dengan
takrifan didik hibur yang merupakan suatu aktiviti murid untuk menghiburkan hati dan
menenangkan jiwa sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Menurut Tay
Meng Guat (2015), guru-guru sedar jika mereka dapat mengamalkan pembelajaran
menyeronokkan maka murid-murid akan lebih bermotivasi mengikuti pengajaran mereka.
Bukan itu sahaja, malah proses pengajaran dan pembelajaran dalam elemen didik hibur yang
dilakukan melalui aktiviti secara kreatif dan terancang juga dapat memberi perubahan yang
lebih efektif dalam pembelajaran.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memainkan peranan penting bagi membantu


meningkatkan pengaplikasian didik hibur oleh guru bahasa Melayu. Misalnya, mengadakan
bengkel dan kursus bagi meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran guru dalam
pengaplikasian didik hibur. Pihak sekolah pula hendaklah mewajibkan penggunaan teknik
didik hibur di sekolah dan menyediakan segala keperluan kepada murid-murid untuk
menjalankan aktiviti didik hibur. Seterusnya, kajian ini juga turut menyarankan guru
mewujudkan satu komuniti pembelajaran profesional menerusi program kolaboratif dengan
guru lain supaya dapat berkongsi pengetahuan, pengalaman dan kemahiran dalam
pengaplikasian didik hibur agar murid memperoleh manfaat.

Bagi cadangan kajian lanjutan, penyelidik menyarankan kajian dijalankan dengan


melibatkan guru-guru Bahasa Melayu di pelbagai jenis institusi pendidikan seperti sekolah
jenis kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil, sekolah-sekolah swasta, sekolah agama dan lain-
lain. Selain itu, penyelidikan tentang halangan atau masalah yang dihadapi dalam
pelaksanaan didik hibur juga boleh dijalankan. Hal ini penting supaya dapatan kajian boleh
digunakan untuk mengatasi halangan tersebut bagi meningkatkan pencapaian dan
penguasaan murid dalam Bahasa Melayu. Di samping itu, kajian tentang keberkesanan

17
pengaplikasian didik hibur dalam mata pelajaran Bahasa Melayu boleh dilaksanakan melalui
pendekatan lain seperti pendekatan kualitatif dan pendekatan gabungan.

Kesimpulannya, guru sebagai perancang dan pelaksana dasar dan kurikulum haruslah
mempunyai tahap pengetahuan dan pengaplikasian didik hibur yang tinggi terhadap
pengajaran mereka. Pengaplikasian didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran perlu
dilakukan secara kreatif dan sesuai dengan persekitaran murid dan apabila mereka seronok
dan aktif, secara tidak langsung mampu mengekalkan motivasi mereka untuk mengikuti
pembelajaran. Jadi, sebagai seorang pendidik, guru mestilah sentiasa kreatif dan inovatif
untuk menyediakan pelbagai aktviti untuk mendidik sambil menghiburkan murid serta
memberikan komitmen yang tinggi dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang
berpandukan didik hibur.

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian dan Hasmah Ismail. (2013). Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa
melayu: Malay Language Education (MyLEJ), 3 (2), 49-63.
Koh Chun Jing. (2019). Pengaplikasian didik hibur dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Tesis Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Institut
Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.
Modul Didik Hibur. (2010). Program memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan
Bahasa Inggeris. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Rozita Radhiah Said, Abdul Rasid Jamian dan Azhar Md. Sabil. (2016). Pengetahuan dan
Kefahaman Skop Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan
Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (SISC+). International Journal of Education and
Training (InjET), 2(2), 1–9.
Syed Najmuddin Syed Hassan, Ab Halim Tamuri, Isahak Othman dan Mohd Sabri Mamat.
(2009). Kajian persepsi pelajar terhadap tahap profesionalisme guru Pendidikan Islam
MRSM. Journal of Islamic and Arabic Education. Fakulti Pendidikan. Universiti
Kebangsaan Malaysia volum 1(2): 33-50.
Tay, M.G. (2015). Pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu. Jurnal Penyelidikan IPG KBL, 12, 1-16.
Zanariah binti Wahab dan Zamri Mahamod. (2017). Pengetahuan, kemahiran pelaksanaan
dan sikap guru bahasa melayu sekolah rendah terhadap pendekatan didik hibur.
Manuskrip yang tidak diterbitkan.
https://seminarserantau2017.files.wordpress.com/2017/09/3-zanariah-binti-wahab-
zamri-mahamod.pdf

18
PENGAPLIKASIAN TEKNIK SALAM DALAM KEMAHIRAN MEMBINA AYAT
BERDASARKAN BAHAN GRAFIK BAGI MURID TAHUN EMPAT

Jeeva a/l Shanmugam


pju17_c704@ipgkbm.edu.my

Zulkarnain bin Hassan


zulhasfa@yahoo.com

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


59990 Lembah Pantai
Kuala Lumpur

ABSTRAK

Masalah murid dalam kemahiran membina dan menulis ayat yang lengkap dalam bahasa Melayu
berada pada tahap yang agak membimbangkan walaupun telah ada beberapa usaha untuk
mengatasinya. Sehubungan dengan itu, kajian tinjauan ini dilaksanakan untuk melihat sejauh mana
penggunaan teknik "SALAM" yang telah diperkenalkan oleh guru-guru bahasa Melayu di sekolah
sebelum ini membantu murid-murid Tahun Empat dalam kemahiran menulis ayat berdasarkan bahan
grafik. Pengumpulan data adalah melalui pendekatan secara kualitatif. Alat kajian yang digunakan oleh
pengkaji ialah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen melalui soalan latih tubi dan ujian. Lokasi
kajian yang dipilih ialah sebuah sekolah di kawasan Sungai Besi, Kuala Lumpur. Peserta kajian terdiri
daripada lima orang murid Tahun Empat yang dipilih secara bertujuan. Model Penyelidikan Lewin (1946)
dan Laidlaw (1992) digunakan dalam penyelidikan tinjauan ini. Kajian ini berupaya memberi implikasi
dalam pendidikan pelajar sekolah rendah terutamanya murid tahun 4 bagi menambah baik penguasaan
mereka dalam kemahiran membina ayat. Oleh itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah
dan guru disarankan menggunakan teknik “SALAM” bagi meningkatkan penguasaan murid-murid
dalam membina ayat tunggal.
Kata kunci: Teknik SALAK, kemahiran menulis

ABSTRACT

The problem of pupils in Malay sentence writing skills is at a considerable level even though there have
been much efforts to overcome them. Accordingly, this survey study was conducted to see the extent
to which the use of the "SALAM" technique introduced by the Malay language teachers in the school
before had helped Year Four pupils in graphic writing skills. Data collection is through a qualitative
approach. The instrument used by the researcher is observation, interview and document analysis
through drill and test questions. The location of the study chosen was a school in Sungai Besi area,
Kuala Lumpur. The study participants consisted of five pupils selected with purpose from Year Four
students. The Lewin Research Model (1946) and Laidlaw (1992) were used in the survey. This study
was able to implicate in the education of primary school students especially Year Four students to
improve their proficiency in writing and constructing sentence skills. Therefore, the Ministry of Education,
schools and teachersare advised to use the SALAM technique to increase the pupil's ability to build a
single verse correctly without any mistakes.
Keywords: SALAK techniques, writing skills

PENGENALAN
Penguasaan aspek tatabahasa dalam kalangan murid pastinya akan melengkapkan diri
mereka dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi,iaitu matlamat pembelajaran

19
bahasa Melayu mengikut Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Bahasa Melayu
(2003). Hal ini seiring dengan matlamat Falsafah Pendidikan di Malaysia yang bertujuan
mengembangkan potensi individu secara menyeluruh. Dengan ini, telah menjadi
tanggungjawab guru untuk memastikan setiap murid dapat menguasai aspek tatabahasa
seterusnya profisien dalam bahasa Melayu selaras dengan hasrat kedua dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2012-2025.

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas berkaitan keberkesanan Teknik
“SALAM” dalam membina ayat berdasarkan bahan rangsangan dalam kalangan murid Tahun
4 di sebuah sekolah kawasan Petaling Jaya. Murid gagal membina ayat yang betul dari segi
tatabahasa dan kosa kata. Hal ini menyebabkan murid tidak dapat skor dalam peperiksaan
mereka padahal bahagian ini merupakan amat senang untuk murid mendapatkan
markah.Kajian ini diharapkan dapat memberi ilham kepada murid supaya menjawab soalan
dengan mudah tanpa sebarang kecelaruan.

Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat memberi ruang dan peluang kepada
pengkaji untuk mencari kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk meningkatkan
keberkesanan pencapaian objektif pengajaran. Proses pembelajaran yang disertakan dengan
minat dan keyakinan yang tinggi akan dapat membantu murid untuk lebih berusaha untuk
mencapai kejayaan. Hal ini adalah kerana pembelajaran itu merupakan aktiviti yang
melibatkan tindak balas antara mental, fizikal dan rohani kepada murid-murid. Menurut
Dr.Rohizani (2003) pembelajaran adalah proses yang dapat mengubah sikap dan tingkah laku
murid secara berterusan yang dapat mendorong diri menambahkan ilmu pengetahuan.

Teknik “SALAM” ini memberi fokus terhadap pengalaman sedia ada murid untuk
membina idea yang baru. Murid perlu diberi peluang untuk membuat latihan secara “cuba-
jaya” supaya dapat membandingkan hasil kerja terdahulu dan yang terbaru. Secara tidak
langsung murid akan membina keyakinan diri untuk mengaplikasikan teknik “SALAM” ini
dalam membina ayat berdasarkan bahan rangsangan.

PERNYATAAN MASALAH

Kebanyakan ayat yang dibina oleh murid yang menduduki Pelaporan Pentaksiran Sekolah
Rendah (PPSR) tidak mengikut penggunaan tatabahasa yang betul serta tidak gramatis.
Pengolahan ayat yang tidak menarik dengan pemilihan kosa kata yang tidak bersesuaian
dengan grafik (Lembaga Peperiksaan Malaysia , 2008). Menurut A.Rahman et. al. (2012)
penggunaan bahasa pasar juga kedapatan dalam ayat yang dibina. Selain itu, penggunaan
imbuhan, kata sendi, kata hubung, penjodoh bilangan dan kata adjektif tidak digunakan
dengan sebaik-baiknya dalam ayat yang dibina.

20
Mengetahui bahasa bermaksud berupaya menghasilkan ayat baru yang dituturkan.
Memahami pula ayat yang didengar dan dapat menggunakan ayat mengikut keperihalan
keadaan. Seterusnya dapat menggabungkan kata-kata untuk membentuk frasa. Kemudian
frasa disusun membentuk klausa dan ayat (Noor Aina, 2007). Zamri et al. (2010) menyatakan
penulisan merupakan satu cabaran sama ada menulis dalam bahasa ibunda ataupun dalam
bahasa kedua. Melalui penulisan dapat meningkatkan penguasaan bahasa kerana murid perlu
mencuba pelbagai jenis perkataan baru, ayat-ayat dan menulis dalam kuantiti yang banyak.
Menurut Yahya Othman (2014), mendapati guru yang kurang mempelbagaikan kaedah dan
teknik pengajaran boleh mengakibatkan murid kurang mahir dalam kemahiran menulis. Murid
kurang bermotivasi dan kurang fokus dalam penulisan jika guru tidak mengaplikasikan teknik
yang sesuai (Septian Diah Rosanti, 2011)

Justeru, Teknik SALAM ini diperkenalkan untuk membimbing murid membina ayat
berdasarkan bahan grafik. Penjanaan idea dengan teknik ini dapat membantu murid tahun
empat membina ayat dengan mudah dan efektif. Perbendaharaan kata dapat dijana secara
lisan dan penggunaan tatabahasa bergerak seiring dalam struktur ayat yang dibina. Dalam
kajian tinjauan ini akan memperlihatkan penggunaan Teknik SALAM dalam pembinaan ayat
berdasarkan grafik bagi murid tahun empat.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian yang disasarkan adalah seperti yang berikut:

i. Meninjau penggunaan teknik “SALAM“ dalam membantu murid tahun empat membina
ayat berdasarkan bahan grafik.
ii. Murid dapat menjana idea untuk menulis ayat yang lengkap berdasarkan bahan grafik
dengan menggunakkan teknik “SALAM”.

SOALAN KAJIAN

Antara persoalan yang timbul melalui kajian ini ialah:

i. Adakah murid dapat menulis ayat yang lengkap berdasarkan bahan grafik dengan
menggunakan Teknik “SALAM”?
ii. Adakah Teknik “SALAM” ini membantu murid menjana idea untuk menulis ayat yang
lengkap berdasarkan bahan grafik?

METODOLOGI KAJIAN

Dalam kajian ini, pengkaji melaksanakan kajian tinjaun berbentuk kualitatif untuk meninjau
pengaplikasian teknik SALAM dalam kemahiran menulis ayat berdasarkan bahan grafik bagi
murid tahun empat. Menurut Mohammad Najib (2010) kajian tinjauan bermatlamat untuk

21
mengumpul maklumat dan sesuai untuk mengukur pembolehubah yang berkait dengan
sesuatu fenomena tanpa menyoal mengapa pembolehubah tersebut wujud. Penyelidik
menjalankan kajian tinjauan ini di sebuah sekolah di kawasan Sungai Besi . Kajian ini
melibatkan tinjauan yang berbentuk deskriptif di mana tujuannya adalah untuk
menggambarkan ciri-ciri populasi, fenomena dan pengalaman untuk kajian yang dilakukan.
Dalam kajian tinjauan ini penyelidik menggunakan tiga jenis instrumen kajian yang berbeza
iaitu melalui pemerhatian,temu bual dan analisis dokumen. Penggunaan instrumen kajian
dalam kajian tinjauan ini membantu pengkaji untuk memperoleh data secara mudah
(Linchtman, M, 2006).

Sampel kajian yang digunakan dalam kajian tinjauan ini adalah kaedah persampelan
secara bertujuan. Persampelan secara bertujuan dipilih kerana peserta dipilih mengikut kriteria
yang ditetapkan sesuai dengan tujuan kajian. Saya memilih lima orang murid sebagai peserta
kajian daripada populasi sekumpulan murid Tahun 4 di sebuah sekolah di kawasan Sungai
Besi. Kelima-lima orang peserta itu dipilih berdasarkan pencapaian mereka pada peperiksaan
bualanan bagi matapelajaran Bahasa Melayu Tahun 4. Kelima-lima peserta kajian ini
memperoleh purata markah 6 daripada markah keseluruhan 10 untuk Bahagian A iaitu
membina ayat berdasarkan bahan grafik.

Secara umumnya, dalam kajian ini saya menggunakan tiga jenis instrumen yang
berbeza untuk mengumpul data dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan ini ialah
pemerhatian,temu bual,dan analisis dokumen.Menurut Azizah Hamzah (2010) instrumen
kajian ialah sebarang alat,cara atau kaedah untuk memperoleh dan mengumpulkan data
kajian. Instrumen pemerhatian merupakan satu cara mudah untuk mendapatkan maklumat.
Oleh sebab kajian yang dijalankan berbentuk kajian tinjauan, justeru lebih mudah untuk
pengkaji melakukan pemerhatian secara langsung di kawasan kajian. Saya menggunakan
borang pemerhatian khas untuk melihat perkembangan serta corak tingkah laku peserta kajian
dalam kajian ini.. Selain itu, penggunaan video rakaman juga digunakan untuk merakam
segala sesi kajian yang dijalankan bagi memastikan ada kolerasi maklumat dalam borang
pemerhatian kelak. Pemerhatian ini dilakukan secara konsisten bagi membolehkan persoalan
kajian dapat dijawab.

Bagi instrumen temu bual pula saya menjalankan temu bual separa berstruktur
terhadap lima orang peserta kajian yang dipilih melalui pemilihan secara bertujuan. Temu bual
ini dijalankan bagi mengetahui sejauh manakah penggunaan teknik ‘SALAM’ dalam membantu
murid menulis ayat berdasarkan bahan grafik dalam Penulisan Bahasa Melayu (Bahagian A).
Pengkaji juga menggunakan instrumen temu bual bertujuan untuk mendapatkan pandangan,
respons serta cadangan penambahbaikan atas kajian yang dilaksanakan. Pihak yang terlibat

22
adalah peserta kajian, iaitu 32 orang murid Tahun 4 itu sendiri. Temu bual akan dijalankan
secara bersemuka dengan menggunakan beberapa siri soalan terbuka. Sesi temu bual akan
dirakamkan secara video dan dicatatkan secara bertulis dalam borang yang akan disediakan.

Instrumen analisis dokumen pula dilaksanakan dengan cara melihat latih tubi yang
diberikan dalam buku latihan dan skor ujian yang dijalankan ke atas peserta kajian. Dalam
kajian ini, pencapaian dan penguasaan murid dilihat ketika penggunaan teknik ‘SALAM’ ketika
menulis ayat berdasarkan bahan grafik di dalam bilik darjah. Kesemua analisis dokumen ini
dijalankan secara bertulis.

Jika latih tubi yang diberikan dalam buku latihan dan skor ujian menunjukkan
peningkatan yang signifikan dan memuaskan, ini bermakna teknik ‘SALAM’ terbukti berkesan
membantu murid membina ayat berdasarkan bahan grafik dan dapat mencapai objektif kajian
yang telah ditetapkan. Kedua-dua soalan melalui latih tubi dalam buku latihan dan skor ujian
adalah berbeza untuk membolehkan data dapat dikumpul dari pelbagai sumber. Latih tubi dan
ujian untuk membina ayat berdasarkan bahan grafik yang dilaksanakan ini adalah seperti yang
berikut.

DAPATAN KAJIAN

Bab dapatan kajian ini menerangkan setiap satu dapatan kajian yang diperoleh daripada
instrumen kajian yang telah digunakan semasa mengumpulkan data kajian di Sekolah
Kebangsaan Sungai Besi. Kajian ini merangkumi tiga jenis instrumen kajian iaitu pemerhatian,
temu bual, dan analisis dokumen.. Melalui analisis data ini juga. pengkaji dapat mengetahui
keputusan kajian tinjauan ini sama ada benar-benar berjaya atau perlu ditambah baik.
Pengkaji melakukan pemerhatian menggunakan catatan lapangan, iaitu menggunakan borang
senarai semak yang telah disediakan terlebih dahulu. Analisis yang dilakukan adalah bentuk
kekerapan.

Item-item yang diperhatikan adalah sama terhadap kesemua lima peserta kajian. Hal
ini bertujuan untuk melihat dan mengetahui perubahan sikap serta minat peserta kajian
terhadap kemahiran menulis ayat semasa mereka menggunakan teknik “SALAM” dalam
pembelajaran kemahiran menulis ayat lengkap berdasarkan bahan grafik. Analisis
pemerhatian terhadap sikap kelima-lima peserta kajian ini dapat dilihat melalui Jadual 1 yang
berikut.

23
Jadual 1
Analisis data pemerhatian peserta kajian

BORANG SENARAI SEMAK BAGI KAEDAH PEMERHATIAN

BIL PESERTA KAJIAN


ITEM KEKERAPAN PERATUS
PK1 PK2 PK3 PK4 PK5

1. Murid
melengkapkan √ √ 2/5 40%
tugasan diberikan
secara sambil lewa
sahaja
2. Murid tidak meniru
contoh ayat yang √ √ √ √ √ 5/5 100%
terdapat dalam
buku teks
3 Murid menulis ayat
tanpa membuat √ √ √ √ 4/5 80%
rujukan kata kunci
‘SALAM’
4. Murid berbincang
dengan rakan √ √ 2/5 40%
semasa
menjalankan
tugasan yang
diberikan oleh
pengkaji.
6. Murid dapat
membina ayat √ √ √ √ 4/5 80%
berdasarkan bahan
grafik menggunakan
kata kunci ‘SALAM’
ini.

Berdasarkan data yang diperoleh melalui kaedah pemerhatian pengkaji dapat


memerhati tindak balas murid yang pelbagai semasa sesi pembelajaran dan pemudahcaraan
(PdPc) dijalankan guru bahasa Melayu di dalam bilik darjah berkaitan kaedah menulis ayat
lengkap untuk Penulisan Bahasa Melayu (Bahagian A) menggunakan teknik “SALAM”.
Wujudnya perubahan yang positif ke atas sikap peserta kajian terhadap aktiviti menulis ayat
berdasarkan bahan grafik dengan mengaplikasikan teknik “SALAM” ini. Sikap peserta kajian
semasa pemerhatian dilakukan oleh pengkaji di dalam bilik darjah boleh dilihat dengan lebih
jelas melalui Rajah 1 yang berikut.

24
ANALISIS DATA SEMASA PEMERHATIAN
DIJALANKAN
120

100

80
Kekerapan

60

40

20

0
Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5

Item Pemerhatian

Rajah 1: Analisis data semasa pemerhatian dijalankan


Semasa pemerhatian ini dijalankan, tingkah laku murid yang amat ketara dapat
dikesan ialah peserta kajian dapat membina ayat berdasarkan bahan grafik menggunakan
kata kunci ‘SALAM’ ini. Hanya seorang sahaja daripada peserta kajian tidak begitu mahir
membina ayat mudah menggunakan kata kunci “SALAM” ini. Oleh itu, dapat dibuktikan
jawapan bagi soalan kajian pertama boleh dilihat melalui kaedah pemerhatian ini.

Selain itu, melalui pemerhatian pengkaji dapat melihat kajian tidak meniru contoh
ayat yang terdapat dalam buku teks dan mampu menulis ayat dengan sendiri. Perkara ini
menunjukkan satu perkembangan positif kerana peserta kajian tidak perlu bergantung pada
bahan rujukan dan mampu berdikari untuk menulis ayat lengkap berdasarkan bahan grafik
yang diberi dengan mudah. Hasil pemerhatian ini juga sudah memenuhi kehendak soalan
kajian yang kedua dengan menunjukkan murid boleh menjana idea sendiri hanya
berpandukan teknik “SALAM” ini sahaja.

Pengkaji turut menjalankan sesi temu bual separa berstruktur selepas peserta kajian
diberi pendedahan mengenai penggunaan teknik “SALAM” untuk menulis ayat lengkap
berdasarkan bahan grafik semasa sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di dalam
bilik darjah. Setiap interaksi yang berlaku semasa proses temu bual telah dirakamkan pengkaji
sebagai data mentah untuk dianalisis. Pengkaji seterusnya menukar hasil rakaman temu bual
ke dalam bentuk transkripsi untuk dianalisis. Transkripsi temu bual dapat dilihat dengan lebih
jelas melalui Jadual 2 di bawah:

25
Jadual 2
Analisis temu bual yang dijalankan bersama peserta kajian

Bil Soalan/Maklum Balas PK Refleksi Pengkaji

1. Berdasarkan pemahaman anda apakah yang Pengkaji mendapati peserta


dimaksudkan teknik “SALAM” ini? kajian mampu memahanmi
PK 1 : “Satu teknik bina ayat” maksud teknik “SALAM” ini.
PK 2 : “ Siapa Aktiviti Lokasi Alatan Mengapa”
PK 3 : “Untuk cari aktiviti dalam gambar kot”
PK 4 : “ Petunjuk benda perlu dicari dalam gambar”
PK 5 : “Kata kunci bina ayat”

2. Apakah fungsi teknik “SALAM” ini dalam sesi Pengkaji mendapati bahawa
pembelajaran? peserta kajian teknik
PK 1 : “Bantu kita bina ayat bersama gambar” “SALAM” ini berfungsi untuk
PK 2 : “ Bina ayat yang betul” membantu mereka
PK 3 : “ Saya rasa untuk kita dapat markah penuh dalam membina ayat dengan betul
bina ayat cikgu”
PK 4 : “ Cari apa orang buat dalam gambar cikgu”
PK 5 : “ Membantu kita bina ayat lengkap cikgu”

3. Bagaimanakah teknik “SALAM” ini membantu anda Pengkaji mendapati peserta


menulis ayat lengkap dengan betul? kajian tahu mengaplikasikan
PK 1 : “Saya dapat cari aktiviti yang dilakukan dalam tekni “SALAM” ini dalam
gambar” menulis ayat berdasarkan
PK 2 : “ Saya bina ayat ikut huruf SALAM cikgu” bahan grafik.
PK 3 : “ Saya tahu macam mana menyusun ayat”
PK 4 : “ Saya tulis tepi perkataan SALAM dan cari isi ”
PK 5 : “ Kena cari siapa apa lokasi alat dan mengapa
sebelum tulis ayat. Lepas itu kita buat je ayat
ikut susunan ini”
4. Adakah penggunaan teknik “SALAM” ini dapat Pengkaji mendapati peserta
membantu anda mengurangkan kesalahan tatabahasa kajian telah mengurangkan
mahupun kesalahan ayat? kesalahan sewaktu
PK 1 : “Sangat membantu” membina dan menulis ayat.
PK 2 : “Ya cikgu”
PK 3 : “ Sekarang saya kurang buat salah cikgu”
PK 4 : “ Saya rasa ada kot cikgu”
PK 5 : “ Tak berapa pasti cikgu tapi saya rasa ye kot sebab
lihat cikgu puji saya saja selalu”

5. Jelaskan setakat manakah kefahaman anda berkaitan Pengkaji mendapati bahawa


teknik “SALAM” ini? peserta kajian lebih mudah
PK 1 : “ Sangat jelas ” menuli ayat menggunakan
PK 2 : “ Boleh memahami kesemua cikgu “ teknik “SALAM” ini.
PK 3 : “ Saya faham cara membina ayat guna teknik ini
cikgu”
PK 4 : “ Saya boleh bina ayat tanpa berfikir lama ”
PK 5 : “ Kadang-kadang kurang faham cikgu tapi saya boleh
sahaja membina ayat mudah.”

26
6. Nyatakan pendapat anda berkaitan penggunaan teknik Pengkaji mendapati bahawa
“SALAM” ini dalam membina ayat berdasarkan bahan teknik “SALAM” telah
grafik. memberikan banyak impak
PK 1: “Senang nak bina dan tulis ayat mudah’ positif kepada peserta kajian
PK 2 : “Tak perlu nak pening fikirkan apa kita nak tulis” dengan menjadikan aktiviti
PK 3 : “Boleh buat ayat senang dan dapat markah penuh” menulis ayat begitu
PK 4 : “Senang digunakan” menyeronokkan.
PK 5 : “Seronok dan teruja nak bina ayat cikgu”

ANALISIS DATA MELALUI SOALAN LATIH TUBI YANG DIBERIKAN DALAM BUKU
LATIHAN

Pengkaji telah menjalankan analisis dokumen terhadap latih tubi binaan ayat berpandukan
bahan grafik yang diberikan kepada peserta kajian. Pengkaji juga memberikan satu set ujian
kepada setiap peserta kajian. Ujian tersebut terdiri daripada bahagian A dalam Penulisan
Bahasa Melayu. Dalam bahagian ini, peserta kajian diuji dalam kemahiran menulis ayat bagi
membentuk satu ayat lengkap yang betul. Peserta kajian juga diuji membina ayat berdasarkan
grafik yang diberi dengan betul. Akhir sekali, peserta kajian diuji dari segi kreativiti menjanakan
idea untuk menulis ayat lengkap berdasarkan bahan grafik yang diberikan.

Skor diberikan berdasarkan ketepatan struktur ayat yang dibina. Ini bermakna,
pengkaji akan menilai latih tubi ini berdasarkan ayat yang dibina dengan subjek dan predikat
yang betul. Markah penuh bagi soalan yang diberikan adalah sebanyak 10 markah dan setiap
jawapan betul akan diberikan 2 markah penuh. Markah yang diperoleh peserta kajian
dicatatkan dalam bentuk skor dan peratus seperti dalam Jadual 3.

Jadual 3
Analisis skor analisis dokumen terhadap latih tubi

BIL PESERTA KAJIAN SKOR PERATUS GRED


1. PK 1 8/10 80% A
2. PK 2 8/10 80% A
3. PK 3 6/10 60% B
4. PK 4 8/10 80% A
5. PK 5 7/10 70% B

Berdasarkan Jadual 3 , didapati empat daripada lima peserta kajian telah mencapai
tahap penguasaan yang cemerlang sewaktu latih tubi mengenai binaan ayat berdasarkan
bahan grafik dijalankan.PK 1, PK 2,dan PK 4 mendapat gred A (cemerlang) dalam latih tubi
ini , iaitu mencapai peratusan dalam lingkungan 80% dan ke atas. Walaubagaimanapun PK 3
dan PK 5 mendapat gred B iaitu mencapai tahap penguasaan baik dalam ujian ini namun skor

27
PK 5 sedikit rendah berbanding dengan peserta kajian yang lain. Perbandingan skor yang
dicapai oleh kesemua peserta kajian boleh dilihat melalui Rajah 2.

SKOR YANG DIPEROLEH PESERTA KAJIAN


DALAM LATIH TUBI YANG DIBERIKAN
100

80
PERATUS SKOR%

60

40

20

0
PK 1 PK 2 PK 3 PK 4 PK 5
PESERTA KAJIAN

Rajah 2: Skor yang diperoleh peserta kajian dalam latih tubi yang diberikan

Secara keseluruhan, peratusan skor melalui latih tubi menunjukkan kesemua peserta
kajian dapat mencapai tahap penguasaan kemahiran menulis ayat lengkap berdasarkan
bahan grafik pada tahap yang baik dan cemerlang. Tiada murid yang mencapai tahap lemah
ataupun belum mencapai tahap minimum. Jadual 4 di bawah menunjukkan pencapaian
peserta kajian berdasarkan peserta kajian berdasarkan gred dalam latih tubi yang diberikan.

Jadual 4
Analisis skor latih tubi berdasarkan gred yang diperoleh peserta kajian

Gred Kekerapan Peratus


A 3 60
B 2 40
C 0 0
D 0 0
E 0 0
Jumlah 5 100%

Dengan ini pengkaji dapat melihat keberkesanan kelebihan penggunaan teknik


“SALAM” tersebut dalam membantu murid menulis ayat lengkap berdasarkan bahan grafik
bagi kesemua peserta kajian. Rajah 3 seterusnya akan menunjukkan gred yang diperoleh
peserta kajian dalam latih tubi binaan ayat yang diberikan.

28
GRED YANG DIPEROLEH PESERTA KAJIAN
DALAM LATIH TUBI YANG DIBERIKAN

40%

60% A
B

Rajah 3: Gred yang diperoleh peserta dalam latih tubi yang diberikan

ANALISIS DATA MELALUI UJIAN

Dalam kajian tinjauan ini, pengkaji juga telah mengumpulkan data melalui analisis dokumen
dengan melakukan ujian ke atas peserta kajian. Berikut merupakan analisis data ujian yang
diperoleh.

Ujian ini telah dijalankan oleh pengkaji selepas semua peserta kajian kerap didedahkan
dan dibiasakan dengan penggunaan teknik “SALAM” oleh guru bahasa Melayu di sekolah
sewaktu menulis ayat berdasarkan bahan grafik dalam Penulisan Bahasa Melayu (Bahagian
A). Hasil analisis ujian yang telah dijalankan ini kemudiannya diterjemahkan ke dalam bentuk
skor dan peratus seperti yang tertera dalam Jadual 5 yang berikut:

Jadual 5
Analisis skor ujian

BIL PESERTA SKOR PERATUS GRED


KAJIAN
1. PK 1 10/10 100% A
2. PK 2 8/10 80% A
3. PK 3 7/10 70% B
4. PK 4 9/10 90% A
5. PK 5 8/10 80% A

Berdasarkan Jadual 5, secara umumnya dapat dilihat bahawa penggunaan teknik


“SALAM” terbukti membantu peserta kajian ketika membina dan menulis ayat lengkap

29
berdasarkan bahan grafik di dalam bilik darjah. Seperti yang tertera di dalam Jadual 11 di atas,
peserta kajian PK 1 telah mencapai skor sebanyak 100 peratus iaitu cemerlang tertinggi.
Selain itu, peserta kajian PK 3 dan PK 5 menunjukkan peningkatan yang ketara dengan
masing-masing mencapai skor sebanyak 70% dan 80% yang mana membawa kepada
kenaikan gred pencapaiannya. Untuk peserta kajian PK 2 dia mendapat skor 80% manakala
PK 4 mendapat skor 90%.Hal ini menampakkan peserta kajian mempunyai penguasaan yang
agak baik ketika membina ayat lengkap berdasarkan bahan grafik. Skor yang diperoleh setiap
peserta kajian boleh dilihat dalam Rajah 4.

SKOR YANG DIPEROLEH PESERTA KAJIAN


MELALUI UJIAN
PERATUS SKOR %

100
90
80 80
70

PK 1 PK 2 PK 3 PK 4 PK 5
PESERTA KAJIAN

Rajah 4: Skor yang diperoleh peserta kajian dalam ujian

Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa skor peratusan untuk ujian ke atas
kelima-lima peserta kajian telah menunjukkan penguasaan yang amat memberangsangkan.
Rajah 5 di atas telah menjelaskan peratusan skor yang dicapai oleh peserta kajian setelah
menggunakan teknik “SALAM” dalam pembelajaran membina ayat dan menulis ayat lengkap
berdasarkan bahan grafik. Tuntasnya penggunaan teknik “SALAM” oleh murid-murid di
sekolah ternyata berkesan dalam membantu mereka membina dan menulis ayat lengkap
berdasarkan bahan grafik berdasarkan skor peratusan yang diperoleh peserta kajian yang
mengambil ujian ini.

Jadual 6
Analisis skor ujian berdasarkan gred yang diperoleh peserta kajian
Gred Kekerapan Peratus
A 4 80
B 1 20
C 0 0
D 0 0
E 0 0
Jumlah 5 100%

30
Jadual 6 di atas menerangkan pencapaian gred yang diperoleh peserta kajian dalam
ujian yang dijalankan. Setiap peserta kajian telah menunjukkan penguasaan yang baik dalam
Penulisan Bahasa Melayu (Bahagian A). Jika kita fokus pada gred mereka sebanyak empat
orang peserta kajian memperoleh gred A iaitu PK 1, PK 2, PK 4 dan PK 5.Namun PK 3
mencatatkan pencapaian yang agak memuaskan juga iaitu gred B. Pencapaian gred setiap
peserta kajian ini boleh dilihat dalam Rajah 5 yang berikut:

GRED YANG DIPEROLEH PESERTA KAJIAN


DALAM UJIAN

20%

A
B

80%

Rajah 5: Gred yang diperoleh peserta kajian dalam ujian

PERBANDINGAN ANALISIS DOKUMEN MELALUI LATIH TUBI DENGAN UJIAN


Melalui dapatan analisis data yang dilakukan melalui skor latih tubi dan skor terhadap ujian
yang telah dijalankan ke atas peserta kajian, penggunaan teknik “SALAM” dalam pengajaran
kemahiran membina ayat berdasarkan bahan grafik telah menunjukkan berlakunya
penguasaan membina ayat yang baik dan memuaskan dalam kalangan peserta kajian. Hal ini
dapat dibuktikan melalui keputusan ujian serta latih tubi, melalui analisis data kedua-dua
dokumen ini menunjukkan pencapaian yang baik dalam kalangan peserta kajian. Dapatan
pencapaian latih tubi serta ujian kemahiran membina ayat berdasarkan bahan grafik
ditunjukkan dalam Jadual 7 berikut:

31
Jadual 7
Skor pencapaian latih tubi dan ujian

Bil Peserta Skor Latih Tubi Skor Ujian


Kajian
Markah Gred Markah Gred
1 PK 1 80 A 100 A
2 PK 2 80 A 80 A
3 PK 3 60 B 70 B
4 PK 4 80 A 90 A
5 PK 5 70 B 80 A

Jadual 7 di atas menunjukkan perbezaan skor bagi kesemua peserta kajian. Peserta
kajian PK 1 telah mencatatkan peningkatan skor sebanyak 20 peratus dalam ujian apabila PK
1 sudah mahir mengaplikasikan teknik “SALAM” ketika membina ayat berdasarkan bahan
rangsangan yang diberi. Manakala peserta kajian PK 2 tidak mengalami sebarang perubahan
dan memastikan keseimbangan dalam markah kedua latihan ini. PK 3, PK 4 dan PK 5 masing-
masing mencatatkan peningkatan sebanyak 10 peratus apabila dibandingkan skor latih tubi
dengan skor ujian. Seterusnya, merujuk pada Rajah 6 pengkaji menunjukkan perbezaan skor
latih tubi dan skor ujian yang telah diperoleh peserta kajian.

PERBEZAAN SKOR LATIH TUBI DAN SKOR


UJIAN

100
90
80 80 80 80
SKOR (%)

70 70
60

PK 1 PK 2 PK 3 PK 4 PK 5
PESERTA KAJIAN

Rajah 6: Perbezaan skor latih tubi dan skor ujian

Secara keseluruhannya, dalam kajian tinjauan ini, berdasarkan analisis skor yang
telah dilakukan, penggunaan teknik “SALAM” dalam pembelajaran dan pemudahcaraan
(PdPc) bahasa Melayu di sekolah jelas membantu murid dalam kemahiran menulis ayat

32
lengkap berdasarkan bahan grafik kepada kelima-lima peserta kajian Tahun Empat ini.
Dengan ini kedua-dua soalan kajian telah pun dijawab, iaitu murid dapat membina ayat yang
lengkap berdasarkan bahan grafik dengan menggunakan teknik “SALAM” serta dapat
menjanakan idea untuk membina ayat yang betul berdasarkan bahan grafik dengan
menggunakan teknik “SALAM”.

KESIMPULAN,CADANGAN DAN IMPLIKASI

Secara amnya, kajian tinjauan ini dijalankan dengan tujuan melihat keberkesanan teknik
SALAM dalam membantu murid tahun 4 untuk membina ayat bahasa Melayu berdasarkan
gambar grafik di Sekolah Kebangsaan Sungai Besi. Manakala secara khususnya, objektif
kajian ini merangkumi peninjauan penggunaan teknik “SALAM“ dalam membantu murid tahun
empat membina ayat berdasarkan bahan grafik serta memerhati keupayaan murid menjana
idea untuk menulis ayat yang lengkap berdasarkan bahan grafik dengan menggunakan teknik
“SALAM”. Dapatan kajian ini menunjukkan murid berjaya membina ayat berdasarkan bahan
grafik dengan menggunakan teknik “SALAM” ini.

Melalui dapatan analisis data terhadap latih tubi dan ujian yang telah dilakukan,
penggunaan kemahiran menulis ayat lengkap telah menunjukkan penguasaan yang baik
dalam kalangan peserta kajian. Dapatan data kajian ini adalah selari dengan dapatan kajian
yang diperoleh dalam kajian oleh Mohamad Muhaimin bin Mohd Zaki (2011) yang
menggunakan Teknik Kata Kunci dan Latih Tubi dalam pengajaran menulis ayat tunggal jenis
ayat penyata berdasarkan gambar. Teknik Kata Kunci dan Latih Tubi ini adalah mirip dengan
teknik "SALAM", iaitu dalam teknik "SALAM" peserta kajian turut menetapkan dan menyusun
set-set kata berpandukan kata kunci akronim "SALAM" untuk untuk membantu mereka
menulis ayat yang lengkap berdasarkan bahan grafik yang diberi. Berdasarkan prinsip
pelaksanaan teknik dan kaedah ini yang hampir sama, maka dapatan yang diperoleh daripada
kedua-dua kajian ini adalah saling menyokong.

Selain itu, dapatan ini turut disokong oleh dapatan data temu bual. Berdasarkan data
temu bual yang diperoleh dan dianalisis, pengkaji telah mendapati bahawa teknik "SALAM
telah dapat membantu peserta kajian untuk menulis ayat dengan lebih mudah. Hujah ini turut
diperkuatkan lagi oleh pendapat yang dikemukakan oleh Ahmad Fuad & Ma'arof (2013) dalam
kertas kerja mereka yang bertajuk Kesan Teknik Peniruan Terhadap Pencapaian Murid Dalam
Menulis Karangan Bahasa Melayu (2013), yang mengatakan bahawa pembelajaran
berdasarkan prinsip peniruan tidak membebankan pelajar malahan mewujudkan rasa seronok
semasa belajar dalam kalangan pelajar. Dengan ini, jelaslah bahawa peserta kajian
sememangnya dapat menulis ayat lengkap berdasarkan bahan grafik dengan betul dengan
menggunakan teknik "SALAM".

33
Implikasinya, kajian ini secara tidak langsung memberikan pengetahuan kepada guru
tentang mengajar atau mempraktikkan penggunaan teknik dalam penulisan ayat dan
memperkembangkan idea murid-murid. Hal ini berlaku demikian kerana dapatan kajian ini
memang menunjukkan bahawa penggunaan teknik berupaya meningkatkan tahap
pencapaian murid dalam membina ayat. Kajian ini boleh dijadikan sebagai pendorong kepada
para guru menguasai pelbagai strategik untuk memastikan murid dapat menguasai ayat dan
menggunakannya semasa membina ayat berdasarkan gambar grafik. Kajian ini boleh
dijadikan sebagai pendorong kepada para guru menguasai pelbagai strategik untuk
memastikan murid dapat menguasai ayat dan menggunakannya semasa membina ayat
berdasarkan gambar grafik. Menurut Mohd Safuan (2011) dalam kajiannya memetik
kenyataan Barber dan Holdbart bahawa mengajar murid bermasalah memerlukan strategi
penilaian yang berbeza bagi menentukan keberkesanan pengajaran.

Sebagai cadangan kajian pengkaji kepada guru teknik sebegini perlu diterapkan guru
semua kepada murid sekolah rendah kerana mereka mempunyai kewajipan membina ayat
berdasarkan bahan grafik dalam kertas 2 bahasa Melayu semasa menduduki PPSR. Teknik
“SALAM” juga dapat dimanfaatkan oleh guru di sekolah dalam menghasilkan bahan
pengajaran alternatif yang dapat memudahkan proses pembelajaran Bahasa Melayu. Di
samping itu, hal tersebut juga dapat menarik minat pelajar mempelajari bahasa Melayu jika
ada panduan sebegini.

Seterusnya,, guru-guru juga dapat mengembangkan idea murid semasa membina ayat
berdasarkan gambar grafik. Teknik ini bukan sahaja membantu murid untuk membina ayat
malah teknik “SALAM” juga dapat membantu murid yang sangat lemah dalam penulisan
karangan. Oleh itu, pengkaji mencadangkan guru-guru bahasa Melayu, perlu menguasai
teknik ini terlebih dahulu sebelum mengaplikasikan kepada muridnya. Guru hendaklah
membiasakan murid dengan teknik ini kerana murid dapat membina ayat secepat mungkin
tanpa ada sekatan perkataan untuk digunakan.

Kesimpulannya, melalui kajian tinjauan dapat dibuktikan keberkesanan teknik


“SALAM” dalam membantu murid membina ayat berdasarkan bahan grafik. Teknik “SALAM”
ini wajib dipraktikkan semua guru sekolah rendah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
seharian mereka. Melalui teknik ini murid dapat membina ayat dengan mudah tanpa perlu
berfikir panjang. Kajian ini juga memberi sumbangan yang besar dalam proses PdPc kerana
dengan menggunakan teknik “SALAM” ini , proses PdPc menjadi menjadi lebih interaktif dan
menyeronokkan. Diharapkan guru-guru dapat merancang pengajaran secara lebih sistematik
agar pengajaran bahasa Melayu yang sukar oleh kebanyakan murid akan menjadi suatu mata
pelajaran yang sangat penting dan menyeronokkan untuk dipelajari.

34
RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian. (2011). Pendidikan literasi Bahasa Melayu: Satu pendekatan bersepadu.
Kuala Lumpur: Utusan.

Abdul Syukor. (2009). “Bahasa Melayu: Cabaran dan wawasan dalam sistem pendidikan di
Malaysia”. Dewan Bahasa 43(6), 482-488.

Abdullah Yusoff. (2015). Teknik SABATU dalam Membantu Murid Tahun Lima Membina Ayat
Tunggal. Jurnal Kajian Tindakan Guru. IPG Kampus Bahasa Melayu.

Adrian Stewart Ngau. (2010). Kesan Rumus "Pelaku + Perbuatan + Huraian” Dalam
Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Karangan Bahagian A Upsr Bahasa Melayu
Murid Tahun Empat. Buku Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Seminar Penyelidikan
Tindakan Tahun 2010. IPG Kampus Batu Lintang (BM Pendidikan Rendah), ms 13-26.

Agnew & Kellerman. (2010). Penggunaan Jadual ‘SALAM’ meningkatkan Kemahiran Membina
Ayat Lengkap Yang Mempunyai Keterangan Berdasarkan Gambar Grafik. Jurnal
Kajian Tindakan Guru. IPG Kampus Bahasa Melayu.

Bornmann, L. (2013). What is societal impact of research and how can it be assessed? A
literature survey. Journal of the American Society for information science and
technology, 64(2), 217-233.

Christy Jr Tan, Norlatifah Binti Othman & Syazwan Abd. Jalani. (2010). Kaedah konteksual
menggunakan gambar dalam pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Kajian Tindakan
Guru. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Chua Yan Piaw (2012). Kaedah dan statistik penyelidikan: kaedah penyelidikan. Mcgraw-Hill
Education.

Chua Yan Piaw. (2005). Kaedah penyelidikan buku 1. Kuala Lumpur: Mc Grew Education.

Creswell. (2014). Educational research: Qualitative and Quantitative Approaches. Thousand


Oaks: SAGE Publications.

Dayang Puziah Hj Awg Ahamad. (2010). Penggunaan Teknik Sap Dalam Meningkatkan
Kemahiran Membina Ayat Tunggal Murid Tahun Lima. Jurnal Kajian Tindakan Guru.
IPG Kampus Bahasa Melayu.

Ghaziah Mohd. Ghazali, Nabilah Abdullah, Shireena Basree Abdul Rahman, Rohaya Badul
Wahab & Norshidah Nordin. (2010). Dlm Noraini Indris (Ed.), Penyelidikan dalam
pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill. Sdn. Bhd.

Gorard. (2008). Perspektif-perspektif dalam pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Griffen Anak Encharang. (2012). Kajian tindakan: Ayat Topik dan Ayat Huraian. Puchong:
Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Habsah bt Nan. (2016). Teknik Four Wifes One Husband: Membina Ayat Penyata Berdasarkan
Gambar Tunggal atau Bersiri. Jurnal Kajian Tindakan Guru. Institut Pendidikan Guru
Kampus Perlis.

35
Kamus Pelajar. (2009). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat.
Kuala Lumpur: Bahagian Perkembangan Kurikulum.

Lalitha Hariram. (2010). Penyelidikan tindakan: Kaedah dan penulisan (edisi ke-2). Kuala
Lumpur: Freemind Horizons.

Lim. (2009). Konsep Ilusi. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Lim Chong Hin. (2009). Penyelidikan Pendidikan: Pendekatan Kuantitatif dan Kualitatif. Kuala
Lumpur: McGraw-Hill Education.

Muhammad Faris Bin Khairuddin. (2011). Teknik SKK dalam Membina Ayat Berpandukan
Gambar. Jurnal Kajian Tindakan Guru. IPG Kampus Bahasa Melayu.

Munir. (2011). Konsep Ilustrasi. Kuala Lumpur Fajar Bakti.

Neuman. (2009). Social Research Methods: Qualitative and Quantitative Approaches. Boston:
Allyn & Bacon.

36
PELAKSANAAN TEKNIK PETA I-THINK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Khairunnisa binti Yusri


khairunnisa09-818@epembelajaran.edu.my

Suhasni bin Dollah


suhasnidallas@gmail.com

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana pelaksanaan teknik peta i-Think dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Kajian tinjauan ini menggunakan soal
selidik sebagai instrumen kajian. Responden kajian terdiri daripada 52 orang guru Bahasa Melayu di 4
buah sekolah rendah di Zon Bangsar Pudu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Data kajian ini
dianalisis dengan menggunakan program The Statistical Packages for the Social Sciences versi (SPSS)
25.0. Kaedah analisis deskriptif digunakan untuk menunjukkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan
piawai. Hasil dapatan kajian mendapati tahap pelaksanaan teknik peta i-Think dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah berada pada tahap yang tinggi dengan min (4.24).
Manakala, kesan pelaksanaan teknik peta i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
sekolah rendah juga pada tahap yang tinggi dengan min (4.34). Dapatan menunjukkan bahawa guru
yang mengajar Bahasa Melayu mempunyai sikap yang positif dalam melaksanakan teknik peta i-Think.
Implikasi kajian ialah guru Bahasa Melayu sekolah rendah ini mengetahui kepentingan penggunaan
teknik peta i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Kata kunci: Peta i-Think, pengajaran dan pembelajaran, guru Bahasa Melayu, sekolah rendah

ABSTRACT

The purpose of this study was to identify the degree of the implementation of i-Think maps technique
in teaching and learning Malay languages in primary school. This study was carried out using survey
design using questionnaire as a research instrument. The respondents of the study consisted of 52
Malay language teachers in 4 primary schools in Zone Bangsar Pudu, Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur. The data were analysed using The Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS Window
version 25.0) to analyse all the data that has been collected. Descriptive and inference methods are
used and all the findings analyzed will be presented in the form of tables showing frequency, percentage,
mean score and standard deviation. The results showed that the level of implementation of i-Think maps
technique in teaching and learning Malay language at primary schools are at a high level with a mean
(4.24). Meanwhile, the impact of the implementation of i-Think map technique in teaching and learning
Malay language at primary schools are also at a high level with a mean (4.34). The findings show that
teachers who teach Malay language have a positive attitude in implementing i-Think maps technique.
The implication of this study is that the Malay language teachers in primary school know the importance
of using this i-Think maps techniques in Malay language teaching and learning.

Keywords: i-Think map, teaching and learning, Malay language teachers, primary school

37
PENGENALAN

Dalam proses Pembelajaran Abad Ke 21 (PAK21), Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
dilaksanakan di dalam bilik darjah bagi setiap mata pelajaran termasuklah mata pelajaran
Bahasa Melayu. Perkara ini sejajar dengan aspirasi murid yang termaktub dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM), iaitu murid perlu menguasai pelbagai
kemahiran kognitif yang melibatkan penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif serta inovatif.
Perkara sedemikian dapat meningkatkan keupayaan murid dan berkebolehan untuk mencerna
dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif.

Pelaksanakan program peta i-Think yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan


Malaysia (KPM) bertujuan untuk meningkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam
kalangan murid. Program peta i-Think ini muncul selepas KPM melaksanakan program
Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK) pada tahun 1994. Oleh itu, bagi mengatasi
cabaran abad ke-21 ini KPM telah bekerjasama dengan Agensi Invosai Malaysia (di bawah
Jabatan Perdana Menteri) melaksanakan program peta i-Think dengan merintis 10 buah
sekolah di Malaysia. Program ini diperluaskan kepada 1,000 buah sekolah pada tahun 2013
dan seterusnya kesemua sekolah pada tahun 2014 (Bahagian Pembangunan Kurikulum,
2012).

Mata pelajaran Bahasa Melayu dikatakan amat menyeronokkan kerana mempunyai


pelbagai aktiviti yang dapat menarik minat murid (Zamri, 2012). Namun, pelaksanaan proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) mempunyai pelbagai masalah yang dihadapi oleh guru
dari segi kaedah dan teknik PdP yang berkesan. Tambahan pula, guru juga beranggapan
bahawa Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran yang mudah dan tidak perlu ditekankan
kerana Bahasa Melayu digunakan dalam komunikasi harian.

Dalam PdP Bahasa Melayu, pengaplikasian peta i-Think sangat penting untuk
membina dan menjana pemikiran kritikal murid. Hal ini demikian kerana, peta pemikiran telah
menggabungkan proses pengajaran secara kognitif dan persembahan maklumat secara visual
dalam bentuk grafik (Bahagian Pembangunan Kurikulum 2012). Perkara sedemikian dapat
mempengaruhi kemahiran berfikir serta mampu memperbagaikan kaedah pengajaran yang
dilaksanakan supaya murid lebih berminat untuk belajar. Oleh itu, kemahiran berfikir murid
dapat membantu meningkatkan kemahiran operasi mental yang merangkumi pengetahuan,
pengamatan dan penghasilan sesuatu.

Keberhasilan murid dalam pelajaran tidak bergantung kepada tahap kecerdasan


kognitif murid itu sahaja namun guru perlu membantu untuk mewujudkan PdP yang berkesan.
Guru perlu menerapkan unsur kreativiti yang dapat menambah nilai dan meningkatkan usaha-
usaha dalam pembelajaran murid (Ong Sze Chong, Zamri Mahamod, Mohd Izham, 2007).

38
Dalam konteks ini, guru perlu mengubah pemikiran dan amalan pendekatan PdP dengan
mengaplikasikan pendekatan, kaedah dan teknik PdP yang lebih afektif. Namun, sesetengah
guru masih belum mahir untuk melaksanakan proses PdP yang bermakna kepada murid.
Perkara ini bertepatan dengan pendapat yang dikemukakan oleh Rohaida Yusop dan Zamri
Mahamod (2015), iaitu guru tidak diberikan pendedahan mengenai kaedah dan teknik yang
sesuai ketika proses PdP dan Bahasa Melayu di dalam bilik darjah.

Oleh itu, pelaksanaan program peta i-Think yang mampu meningkatkan kemahiran
berfikir menjelang abad ke-21 mestilah dilihat secara teliti. Tanpa penerimaan dan
pelaksanaan yang menyeluruh dari semua pihak terutamanya guru-guru Bahasa Melayu maka
hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam
bidang pendidikan mungkin tidak dapat dijalankan dengan lancar. Oleh itu, penerimaan guru-
guru khususnya guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan teknik peta i-Think dalam PdP
Bahasa Melayu perlu dinilai dan dikaji semula.

PERNYATAAN MASALAH

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menyatakan enam aspirasi murid


untuk bersaing pada peringkat global, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, identiti nasional,
kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian. Kemahiran berfikir
merupakan salah satu elemen yang sangat penting untuk melahirkan generasi muda yang
mempunyai kecerdasan kognitif agar mampu berdaya saing di peringkat dunia. Guru perlulah
optimum dalam meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
yang melibatkan kemahiran berfikir.

Berdasarkan kajian A. Rahman et. al (2015), kebanyakan guru tidak menekankan


kemahiran berfikir kepada murid-murid dalam pengajaran mereka. Kenyataan ini disokong
oleh Zamri dan Nora Razah (2011) menunjukkan bahawa guru banyak mengemukakan soalan
yang tertumpu kepada aras rendah sahaja, iaitu pengetahuan dan kefahaman sahaja. Kajian
oleh Rubananthan Paramasveran dan Nurfaradilla Mohamad Nasri (2018) menyatakan
bahawa guru tidak mempunyai penguasaan untuk menyebatikan kemahiran berfikir dalam
proses PdP Bahasa Melayu. Perkara yang berlaku ini menimbulkan masalah di mana
wujudnya sikap negatif murid yang malas untuk berfikir dalam menyelesaikan masalah
pembelajaran. Bagi mengubah dasar kurikulum sedia ada di Malaysia, KPM (2013) melalui
PPPM 2013-2025 telah menekankan kemahiran berfikir dan memperkenalkan peta pemikiran
i-think sebagai alat membantu proses kemahiran berfikir yang seterusnya menggalakkan
interaksi aktif antara guru dan murid. Dalam hal ini, pengkaji tertarik untuk mengkaji tentang
tahap pelaksanaan teknik peta i-Think untuk mengetahui sejauh manakah tahap pelaksanaan
guru Bahasa Melayu terhadap peta i-Think dalam proses PdP.

39
Kajian Normah Zakaria, Azita Ali, Nur Izeanty Hamidon, (2018) telah menyatakan
bahawa pencapaian murid telah mengalami perubahan ke arah positif setelah pengaplikasian
peta pemikiran i-Think dalam PdP. Dalam konteks ini, peningkatan markah yang berlaku
menunjukkan bahawa penggunaan i-Think sebagai satu kaedah pengajaran yang amat sesuai
dipraktikan dalam kalangan guru. Tambahan pula, kajian Abdul Rasid Jamian (2001)
menunjukkan hampir 70% daripada responden mengatakan bahawa mereka tidak memahami
isi pelajaran yang disampaikan oleh guru di dalam bilik darjah. Permasalahan yang berlaku ini
menyebabkan pengkaji mengkaji kesan yang berlaku terhadap murid apabila guru
mengaplikasikan teknik peta i-Think dalam PdP Bahasa Melayu di sekolah rendah.

Oleh itu, pernyataan masalah yang dinyatakan telah mendorong pengkaji untuk
melakukan kajian terhadap peta i-Think. Maka, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti tahap
pelaksanaan teknik peta i-Think dalam PdP Bahasa Melayu sekolah rendah serta kesan
pelaksanaan teknik peta i-Think dalam PdP Melayu sekolah rendah.

OBJEKTIF KAJIAN

Secara khusus, kajian ini mempunyai beberapa objektif, iaitu:

1. Mengkaji tahap pelaksanaan teknik peta i-Think yang digunakan oleh guru dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah.

2. Mengenal pasti kesan pelaksanaan teknik peta i-Think oleh guru dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah.

PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian adalah berkaitan dengan objektif kajian yang dikaitkan dengan pelaksanaan
teknik peta i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah.

1. Apakah tahap pelaksanaan teknik peta i-Think yang digunakan oleh guru dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah.

2. Apakah kesan pelaksanaan teknik peta i-Think yang digunakan oleh guru dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah.

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kajian tinjauan. Oleh
itu, reka bentuk yang digunakan ialah berbentuk deskriptif bagi mengenal pasti dan mengkaji
secara emprikal dan sistematik berkaitan pelaksanaan teknik peta i-Think dalam pengajaran
dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu oleh guru-guru Bahasa Melayu sekolah rendah.
Menurut Creswell (2005) reka bentuk kajian tinjauan deskriptif mampu menghurai isu-isu dan

40
masalah dalam pelbagai perspektif yang melibatkan pandangan, sikap, tingkah laku dan
persepsi.

Populasi yang dipilih dalam kajian ini melibatkan guru Bahasa Melayu sekolah rendah
di Zon Bangsar Pudu. Populasi merupakan sekumpulan masyarakat yang mempunyai ciri-ciri
yang sama (Mohamad Najib, 2003). Sebanyak 4 buah sekolah rendah menjadi populasi dalam
kajian ini iaitu melibatkan 60 orang guru. Sampel kajian yang digunakan dalam kajian ini pula
seramai 52 orang guru Bahasa Melayu sekolah rendah. emilihan sampel dilakukan secara
rawak mudah berdasarkan jadual penentu saiz sampel kajian Krejcie dan Morgan (1970).

Pengkaji menggunakan instrumen soal selidik dalam kajian ini. Set soalan
diadaptasikan oleh pengkaji menggunakan bahasa Melayu berdasarkan soal selidik Fadilla
Anak Layang dan Zamri Mahamod (2019) berkaitan kajian peta i-Think ini. Instrumen soal
selidik ini merangkumi tiga bahagian utama. Bahagian A mengandungi lima item tentang
maklumat demografi responden. Bahagian B mengandungi 13 item yang berkaitan dengan
tahap pelaksanaan teknik peta i-Think dalam PdP Bahasa Melayu. Bahagian C juga
melibatkan sepuluh item tentang kesan pelaksanaan teknik peta i-Think dalam PdP Bahasa
Melayu. Skala Likert lima mata digunakan bagi tujuan ini. Menurut Mohd Majid (2004), skala
Likert dipilih kerana nilai kebolehpercayaan yang tinggi dan juga memberi peluang kepada
responden membuat pilihan yang tepat berdasarkan darjah penerimaan responden.

Instrumen soal selidik dalam kajian ini diuji melalui kajian rintis kepada 30 orang
responden. Hasil analisis kajian rintis mendapati bahawa Nilai Alpha Cronbach bagi soal
selidik ialah 0.96 yang bermaksud kebolehpercayaan sangat tinggi. Dalam kajian ini, soal
selidik dijawab oleh 52 orang guru Bahasa Melayu di empat buah sekolah Zon Bangsar Pudu,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Akhirnya, data soal selidik dianalisis secara deskriptif
iaitu melihat kepada skor min dan sisihan piawai. Taksifar skor min telah diadaptasi daripada
Jamil Ahmad (2002) dan ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1
Skala Interprestasi Skor Min

Bil Julat Skor Min Tahap


1 1.00 – 2.34 Rendah
2 2.35 – 3.67 Sederhana
3 3.68 – 5.00 Tinggi
Sumber: Diadaptasi daripada Jamil Ahmad (2002)

Dalam kajian ini, tahap dan kesan pelaksanaan teknik peta i-Think dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu dikategorikan kepada tiga tahap iaitu 1.00 hingga 2.34

41
menujukkan tahap rendah, skor min 2.35 hingga 3.67 menunjukkan tahap sederhana dan skor
min 3.68 hingga 5.00 menunjukkan tahap tinggi.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dalam bahagian ini, penyelidik akan membincangkan dapatan kajian bagi menjawab soalan
kajian dan seterusnya mencapai objektif kajian. Dapatan kajian ini menjawab kepada
demografi responden dan dua soalan kajian iaitu tahap pelaksanaan dan kesan pelaksanaan
teknik peta i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah.

Jadual 2
Demografi Responden Kajian

Butiran Item Kekerapan Peratus Kekerapan (%)

Jantina Lelaki 22 42.3


perempuan 30 57.7
Umur 20 – 30 tahun 15 28.8
31 – 40 tahun 11 21.2
41 – 50 tahun 19 36.5
Lebih daripada 50 7 13.5
tahun
Pengalaman 1 – 5 tahun 14 26.9
mengajar
6 – 10 tahun 10 19.2
11 – 15 tahun 13 25
15 tahun ke atas 15 28.8
Pengkhususan / Bahasa Melayu 41 78.8
Opsyen
Bukan Bahasa 11 21.2
Melayu
Kelulusan akademik SPM / MCE 0 0
STPM 1 1.9
Diploma 4 7.7
Ijazah Sarjana Muda 46 88.5
Ijazah Sarjana 1 1.9
PHD 0 0

Jadual 2 menerangkan dengan lebih terperinci mengenai demografi responden kajian


yang diperoleh hasil daripada soal selidik. Rumusan yang dapat dibuat ialah, guru perempuan
lebih ramai berbanding guru lelaki, sebanyak 36.5% guru berumur 41 hingga 40 tahun,
kebanyakan guru berpengalaman mengajar 15 tahun ke atas dan 78.8% guru mempunyai
pengkhususan dalam Bahasa Melayu. Manakala, hampir keseluruhan guru mempunyai
kelulusan akademik dalam ijazah Sarjana Muda, iaitu 46 orang guru. Dengan kata lain, semua
guru Bahasa Melayu yang dikaji ini merupakan guru yang berpengalaman dalam bidang ini.

42
Jadual 3
Min dan Sisihan Piawai Tahap Pelaksanaan Teknik Peta I-Think Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

No. Item Tahap Pelaksanaan Teknik Min Tahap Sisihan Tahap


Item Peta I-Think dalam Pengajaran Min Piawai Sisihan
Dan Pembelajaran Bahasa Piawai
Melayu Sekolah Rendah
B1 Saya menetapkan objektif 4.54 Tinggi 0.576 Sederhana
pembelajaran yang perlu dicapai
oleh murid sebelum menggunakan
peta i-Think.
B2 Saya merancang aktiviti PdP 4.54 Tinggi 0.609 Sederhana
sebelum menggunakan peta i-
Think.
B3 Saya mengenal pasti tahap 4.50 Tinggi 0.610 Sederhana
pengetahuan murid dalam
pelaksanaan peta i-Think.
B4 Saya menggunakan peta i-Think 3.67 Sederhana 1.184 Sangat tinggi
dalam set induksi.
B5 Saya menggunakan peta i-Think 4.37 Tinggi 0.687 Sederhana
dalam aktiviti PdP.
B6 Saya menggunakan elemen peta 4.23 Tinggi 0.675 Sederhana
i-Think yang sesuai digunakan
dalam PdP.
B7 Saya menggunakan peta i-Think 4.35 Tinggi 0.764 Tinggi
untuk murid menganalisis
banding-beza maklumat dalam
PdP.
B8 Saya menggunakan peta i-Think 4.23 Tinggi 0.731 Sederhana
untuk menggalakkan murid
memberi pendapat dalam PdP.
B9 Saya menggunakan peta i-Think 3.98 Tinggi 0.918 Tinggi
untuk membuat refleksi
penambahbaikan dalam PdP.
B10 Saya menggunakan peta i-Think 4.33 Tinggi 0.734 Sederhana
untuk aktiviti berkumpulan dalam
PdP.
B11 Saya menggalakkan murid 3.81 Tinggi 0.908 Tinggi
memilih sendiri peta i-Think yang
sesuai digunakan dalam PdP.
B12 Saya menggalakkan murid 4.38 Tinggi 0.661 Sederhana
menggunakan peta i-Think untuk
membuat nota.
B13 Saya menggalakkan murid 4.21 Tinggi 0.667 Sederhana
meneroka pelbagai maklumat
semasa PdP berdasarkan peta i-
Think.
Keseluruhan 4.24 Tinggi 0.521 Sederhana
n = 52

43
Dapatan berdasarkan Jadual 3 menunjukkan skor min bagi tahap pelaksanaan teknik
peta i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu sekolah rendah
secara keseluruhan ialah (4.24) yang menunjukkan tahap pelaksanaan teknik peta i-Think
responden berada pada tahap yang tinggi. Nilai sisihan piawai pula (0.521) menunjukkan
kesepakatan responden adalah tinggi. Berdasarkan jadual 3, min tertinggi bagi tahap
pelaksanakan teknik peta i-Think adalah pada item “saya menetapkan objektif pembelajaran
yang perlu dicapai oleh murid sebelum menggunakan peta i-Think” dengan min (4.54) dan
sisihan piawai (0.576). Item “saya merancang aktiviti PdP sebelum menggunakan peta i-Think”
juga mencatatkan min yang sama iaitu (4.54) dan sisihan piawai (0.609). Manakala, bagi min
terendah adalah pada item “saya menggunakan peta i-Think dalam set induksi” dengan min
(3.67) dan sisihan piawai (1.184). Berdasarkan dapatan yang diperoleh mendapati guru
Bahasa Melayu sekolah rendah ini melaksanakan teknik peta i-Think yang baik dalam PdP
Bahasa Melayu.

Jadual 4
Min dan Sisihan Piawai Kesan Pelaksanaan Teknik Peta I-Think Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

No. Item Kesan Pelaksanaan Teknik Min Tahap Sisihan Tahap Sisihan
Item Peta I-Think Dalam Pengajaran Min Piawai Piawai
dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah
Saya mendapati bahawa teknik peta i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran
membantu murid:

C1 Memahami maklumat yang tersirat 4.17 Tinggi 0.760 Tinggi


dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu.
C2 Memahami maklumat yang tersurat 4.37 Tinggi 0.595 Sederhana
dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu.
C3 Memberikan pandangan dalam 4.13 Tinggi 0.715 Sederhana
mata pelajaran Bahasa Melayu
C4 Mudah memahami pengajaran guru 4.46 Tinggi 0.641 Sederhana
apabila menggunakan teknik peta i-
Think.
C5 Membuat tafsiran sesuatu 4.31 Tinggi 0.612 Sederhana
maklumat dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu.
C6 Meningkatkan kemahiran untuk 4.48 Tinggi 0.610 Sederhana
membanding-bezakan konsep
dalam Bahasa Melayu.
C7 Meningkatkan kemahiran untuk 4.31 Tinggi 0.701 Sederhana
menghubungkaitkan antara
pengetahuan lama dengan

44
pengetahuan baharu dengan lebih
baik.
C8 Memberikan hujah yang bernas 4.35 Tinggi 0.590 Sederhana
dalam menulis karangan Bahasa
Melayu.
C9 Mempunyai sikap yang positif 4.44 Tinggi 0.639 Sederhana
terhadap pembelajaran yang
menggunakan peta i-Think.
C10 Mencatat maklumat tentang 4.42 Tinggi 0.572 Sederhana
sesuatu perkara yang perlu
dianalisis.
Keseluruhan 4.34 Tinggi 0.494 Rendah
n= 52

Jadual 4 menunjukkan skor min bagi kesan pelaksanaan teknik peta i-Think dalam PdP
Bahasa Melayu sekolah rendah. Berdasarkan jadual 4, min tertinggi bagi kesan pelaksanaan
teknik peta i-Think adalah pada item enam “meningkatkan kemahiran untuk membanding-
bezakan konsep dalam Bahasa Melayu” dengan min sebanyak (4.48) dan sisihan piawai
(0.610). Bagi min terendah adalah pada item “memberikan pandangan dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu” dengan min (4.13) dan sisihan piawai (0.715). Daripada data yang diperoleh,
kesan pelaksanaan teknik peta i-Think dalam PdP Bahasa Melayu berada pada yang tinggi,
iaitu min (4.34) dan sisihan piawai (0.494). Hal ini bermakna teknik peta i-Think dalam PdP
Bahasa Melayu yang dilaksanakan oleh guru memberikan kesan positif kepada murid
terutamanya dalam aspek kemahiran berfikir.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Dapatan kajian menunjukkan tahap pelaksanaan teknik peta i-Think dalam pengajaran dan
pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu sekolah rendah berada pada tahap yang tinggi. Perkara
ini dapat dibuktikan apabila julat min memperoleh (4.24) dan sisihan piawai (0.521). Perkara
ini selari dengan dapatan kajian Fadilla Anak Layang dan Zamri Mahamod (2019) yang
mendapati bahawa pengetahuan guru terhadap pelaksanaan peta i-Think adalah berada pada
tahap yang tinggi, iaitu dengan jumlah min sebanyak (4.01) dan sisihan piawai (0.700). Hal ini
bermakna guru-guru Bahasa Melayu sekolah rendah ini mempunyai pengetahuan yang
tinggi/baik tentang penggunaan peta i-Think. Penyataan ini disokong sepenuhnya oleh Zamri
(2011) yang menyatakan bahawa guru sebagai penterjemah kurikulum di sekolah harus
mempunyai pengetahuan, kefahaman dan keyakinan dalam menyampaikan pengajaran
kepada pelajar supaya dapat menjayakan proses pengajaran yang dirancang. Oleh itu,
jelaslah bahawa guru perlu mengenal pasti penggunaan jenis peta i-Think yang bersesuaian
agar dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid.

45
Selain itu, dapatan kajian ini menunjukkan kesan pelaksanaan teknik peta i-Think
dalam PdP Bahasa Melayu sekolah rendah berada pada tahap yang tinggi. Hal ini dapat
dibuktikan apabila hasil dapatan kajian memperoleh min (4.34) dan sisihan piawai (0.495).
Dapatan kajian ini juga selari dengan kajian lalu Anthony Aloysius Akup dan Yahya Othman
(2017) yang mendapati bahawa penggunaan peta i-Think digunakan sebagai alat yang
membantu murid memahami, menyelesaikan masalah, dan menjana idea secara kreatif dan
seterusnya boleh mengikuti pembelajaran secara bermakna. Dapatan kajiannya mendapati
skor min bagi kumpulan eksperimen lebih tinggi iaitu (10.300) dengan sisihan piawai (1.081)
berbanding dengan kumpulan kawalan iaitu (7.950) dengan sisihan piawai (1.146). Tambahan
pula, kajian oleh Asma Ishak (2005) menyatakan bahawa penggunaan peta i-Think berjaya
meningkatkan pelaksanaan aktiviti bagi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Oleh itu,
perkara ini menunjukkan bahawa peta i-Think membantu murid memproses dan menaakul
sesuatu maklumat dengan mudah.

Implikasinya, kajian ini memberikan nilai tambah dalam beberapa aspek. Antaranya,
ialah implikasi pengetahuan ialah kajian ini berupaya untuk meningkatkan pengetahuan guru
dalam penggunaan peta i-Think. Hal ini demikian kerana, sesetengah guru beranggapan
bahawa pelaksanaan peta i-Think ini adalah sukar dalam menentukan topik pembelajaran
yang sesuai. Apabila kajian ini dijalankan, sedikit sebanyak dapat memberikan pengetahuan
bahawa teknik peta i-Think boleh dilaksanakan pada mana-mana bahagian sesi PdP. Di
samping itu, kajian ini turut memberikan nilai tambah kepada Jabatan Pendidikan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur (JPWKL) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan
memberikan maklumat dan data kepada pihak berkenaan berkaitan penggunan teknik peta i-
Think di beberapa sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Seterusnya, kajian ini memberikan implikasi praktikal dimana guru yang mengajar
Bahasa Melayu boleh mempraktikan peta i-Think ini dengan menggunakan pelbagai bentuk
grafik. Contohnya, guru memberikan kebebasan kepada murid untuk mewarnakan peta i-Think
yang telah dilakukan itu. Tambahan pula, implikasi teori ini dalam kajian turut mengubah
senario pengajaran tradisional yang ada di Malaysia iaitu berpusatkan guru kepada PdP yang
berpusatkan murid. Ini adalah kerana teori ini menyifatkan proses pembelajaran sebagai suatu
proses yang aktif dan bersifat sosiobudaya (Syahida Nadia Zakaria, 2009).

Antara cadangan dalam kajian ini adalah Kementerian Pendidikan Malaysia perlu
menaik taraf lagi peta i-Think ini dengan menyediakan kursus kepada guru terutamanya guru
yang telah lama berkhidmat di sekolah. Hal ini demikian kerana, kebanyakan guru lama masih
gemar melaksanakan pembelajaran tradisional yang berkonsepkan soal jawab berbanding
pelajar pembelajaran yang melibatkan kemahiran berfikir. Selain itu, cadangan yang perlu

46
dilakukan oleh pihak sekolah ialah sekolah memainkan peranan penting untuk menyediakan
bahan peta i-Think di kawasan sekolah. Perkara ini bertujuan untuk memberikan pendedahan
dan kebiasaan kepada murid terhadap peta i-Think. Tambahan pula, pihak sekolah perlu
menyediakan kursus atau Latihan dalam Perkhidmatan (LADAP) kepada guru berkaitan teknik
peta i-Think. Hal ini bertujuan untuk memperluaskan penggunaan peta i-Think kepada guru
dengan memberikan pendedahan menyeluruh kepada guru berkaitan peta i-Think ini.

Akhirnya, cadangan kepada guru yang dinyatakan oleh penyelidik ialah guru
hendaklah menjadikan peta i-Think sebagai runtin dalam proses PdP. Hal ini demikian kerana,
kebiasaan yang dilakukan ini membuka peluang kepada murid untuk lebih mahir dalam
menggunakan teknik peta i-Think. Di samping itu, bagi kajian lanjutan yang dicadangkan ialah
pengkaji kajian lanjutan boleh mengubah kumpulan sasaran mengikut hasil kajian yang ingin
dilihat dan membuat pembaharuan kajian dengan menggunakan kaedah kualitatif atau kaedah
campuran kuantitatif dan kualitatif (mixed method). Dalam konteks ini, pengkaji kajian lanjutan
dicadangkan untuk menggunakan kaedah cara dengan menggabungkan kaedah-kaedah yang
sesuai untuk mendapatkan data. Tambahan pula, kaedah campuran ini dapat memperkukuh
lagi sokongan apabila terhadap lebih daripada satu kaedah pemerolehan data.

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian. (2001). Pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu: Masalah dalam
kalangan pelajar bukan Melayu. Jurnal Bahasa, 1(4): 445-465.
A.Rahman Haron, and Jamaludin Badusah dan Zamri Mahamod. (2015). Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) Dalam Salak Didik Dengan Elemen Nyanyian Dan Elemen
Pantun. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 5
(1). pp. 53-60.
Anthony Aloysius Akup, And Yahya Othman .(2017). Keberkesanan Peta Pemikiran Dalam
Meningkatkan Kemahiran Menulis Esei Bahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar
Tingkatan 6. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7 (1). Pp. 44-55.
http://journalarticle.ukm.my/10412/1/131-252-1-SM.pdf
Asma Ishak. (2005). Meningkatkan Kemahiran Mencatat Isi-Isi Penting Di Kalangan Murid
Tahun 4 Dengan Menggunakan Peta Minda. Jurnal Kajian Tindakan Guru Institut
Perguruan Perlis: 133-145.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2012). Program Peta i-Think Membudayakan
Kemahiran Berfikir. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Creswell, J. W. (2005). Educational Research: Planning, Conducting, And Evaluating
Quantitative And Qualitative Research. Pearson Education, Inc.
Fadilla Anak Layang dan Zamri Mohamod. (2019). Tahap Pengetahuan, Kesediaan dan Sikap
Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah dalam Melaksanakan Pengajaran dan
Pembelajaran Peta Pemikiran i-Think. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44(1)(2019): 37-
44 https://ejournal.ukm.my/jpend/article/view/44.01-05

47
Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan Budaya Penyelidikan Dikalangan Guru di Sekolah: Satu
Penilaian. Ph.D. Thesis, Fakulti Pendidikan Universiti, Kebangsaan Malaysia, Bangi.
http://journalarticle.ukm.my/10192/1/114-224-1-SM.pdf
Mohd Majid Konting. (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan dan Pustaka.
Mohd Najib Abd. Ghafar (2003). Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia.
Normah Zakaria, Azita Ali, Nur Izeanty Hamidon. (2018). Aplikasi Peta Pemikiran I-Think
Dalam Meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). UTHM
Ong Sze Chong, Zamri Mahamod dan Mohd Izham Mohd Hamzah. (2017). Meneroka Kaedah
Pengajaran Guru Cemerlang Bahasa Melayu Negeri Sarawak: Satu Kajian Kes. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, Vol. 7(1), 93-108.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. (2013) .Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Rohaida Yusop dan Zamri Mahamod. (2015). Keberkesanan Peta Pemikiran ( I-Think) Dalam
Meningkatkan Pencapaian Penulisan Bahasa Melayu Murid Tahun 6. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, Vol. 5, Bil. 2 (Nov. 2015): 31-37.
http://journalarticle.ukm.my/9859/1/95-188-1-SM.pdf
Rubananthan Paramasveran dan Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2018). Tahap Keprihatinan
Guru Terhadap Penggunaan i-Think Merentasi Kurikulum dalam Proses Pembelajaran
dan Pemudahcaraan. Jurnal Pendidikan Malaysia, 43(2)(2018): 61-
71.http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2018-43.02-06
Syahida Nadia Zakaria .(2015). Kesan Pendekatan Konstruktivisme Dan Pendekatan
Tradisional Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Komponen Sastera Bahasa Melayu.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Vol.5, Bil.2 (Nov. 2015): 12-21
Zamri Mahamod. (2012). Inovatif Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Bahasa
Melayu.Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Zamri Mahamod dan Nor Razah Lim. (2011). Kepelbagaian Kaedah Penyoalan Lisan Dalam
Pengajaran Bahasa Melayu: Kaedah Pemerhatian. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,
1 (5): 51-65.
http://journalarticle.ukm.my/2540/1/51-65_Jurnal_pendidikan_bahasa_melayu.pdf
Zamri Mahamod. (2011). Memperkasa Guru, Mempercekap Pelajar: Pengajaran Dan
Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Abad Ke-21. Seminar Bahasa Melayu, 1–30

48
PENGGUNAAN TEKNIK SAKTIK DALAM MEMBINA AYAT TUNGGAL BAHASA
MELAYU BAGI MURID TAHUN 3 BERDASARKAN GAMBAR

Mohd Aizzat bin Zainuddin


aizzat09-819@epembelajaran.edu.my

Ku Muhamad Asmadi bin Ku Mohd Saad PhD


kuasmadi@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan Teknik SAKTIK dalam membantu murid- murid tahun
tiga membina ayat tunggal berdasarkan gambar. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan
kuantitatif. Instrumen kajian ini ialah instrumen kertas ujian dan juga instrumen soal selidik yang
bertujuan untuk menguji keberkesanan Teknik SAKTIK dalam membantu murid tahun tiga membina
ayat tunggal. Responden kajian ini terdiri daripada 60 orang murid Sekolah Kebangsaan Sungai Petani.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa Teknik SAKTIK dapat membantu murid tahun 3 membina ayat
tunggal dengan betul. Hal ini dibuktikan dengan keputusan ujian pra dan ujian pasca yang telah
dijalankan antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Selain itu, dapatan kajian juga
menunjukkan bahawa terdapat perbezaan skor min dan nilai signifikan antara kumpulan kawalan dan
kumpulan rawatan. Kesimpulannya, kajian ini dapat dijadikan sebagai satu panduan kepada murid bagi
membina ayat tunggal berdasarkan gambar dengan berkesan. Implikasinya, kajian ini telah menambah
baik kemahiran membina ayat tunggal dalam kalangan murid sekolah rendah berdasarkan teori
Behavourisme. Oleh itu, teknik SAKTIK dapat dijadikan sebagai satu medium untuk mengajar
kamahiran menulis terutamanya dalam aspek membina ayat tunggal berdasarkan gambar kerana
kemahiran membina ayat tunggal merupakan salah satu aspek yang asas yang akan mempengaruhi
penulisan karangan.

Kata kunci: Ayat, Membina Ayat

ABSTRACT

The aim of this study is to see the effectiveness of SAKTIK technique in helping the year three students
to write sentences based on images. The design of this approach. The instrument that used for this
research is a test study and questionnaire use a quantitative effectiveness of paper that aims to test the
SAKTIK Techniques in helping the year three students in writing sentences. The respondents of this
study were 60 students from Sekolah Kebangsaan Sungai Petani. The findings of this study show that
SAKTIK Techniques are effective in helping the year three students in making sentences correctly. This
is evidenced by the pre-test and post-test results that have been conducted between the experiment
group and the non-experiment group. In addition, the findings showed that there were differences in
mean score and significant values between experiment group and non-experiment group. In conclusion,
this study can be used as a guideline to students to make sentences based on images. The implication,
this study has improved the skill of constructing sentences among school students based on
Behavourism's theory. Therefore, SAKTIK technique can be used as a medium to teach writing skills
especially in the aspect of writing a sentence based on images because the skill of constructing a
sentence is one of the basic aspects and it will affect while writing an essay.

Keywords: Sentences, Writing Skills

49
PENGENALAN
Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, mengira dan menaakul (4M) adalah amat
penting bagi murid untuk memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan. Pendidikan peringkat
rendah merupakan pendidikan awal kepada murid untuk menguasai kemahiran asas 4M. Ini
sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang bermatlamat untuk melahirkan insan
yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Penguasaan kemahiran asas 4M perlu dikuasai pada peringkat awal bagi
membolehkan murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Murid akan dapat
menyatakan dan menghasilkan bahan atau bukti berbentuk idea dalam bentuk tulisan untuk
berhubung dengan orang lain atau diri sendiri dan meluahkannya, sama ada pengalaman,
perasaan atau maklumat. Namun, dalam apa juga sistem pendidikan, adalah amat sukar untuk
memastikan semua murid berjaya menguasai kemahiran asas 4M ini lantaran keupayaan
intelek masing-masing terutamanya dalam menguasai kemahiran menulis. Nik Safiah Karim
(2009) mengatakan bahawa ayat dibahagikan kepada dua jenis iaitu ayat tuggal dan ayat
majmuk. Ayat tunggal secara umumnya ialah ayat yang mempunyai ciri yang sama dengan
ayat dasar. Ayat tunggal dibezakan dengan ayat dasar. Hal in berlaku demikian kerana
kebolehannya menerima kehadiran unsur keterangan pada bahagian subjek atau predikatnya.
Zulkifli Osman (2009) menyatakan ayat tunggal dan ayat dasar adalah satu perkara yang
sama kerana hal tersebut dibentuk berdasarkan bilangan subjek dan predikat yang paling asas
dan semestinya terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan Teknik SAKTIK iaitu S - Siapakah A
- Aktiviti K- Keterangan Tik - titik iaitu tanda noktah dihujung ayat dalam kemahiran membina
ayat tunggal. Banyak kajian yang dijalankan mendapati kebanyakan murid menghadapi
masalah dalam penulisan terutamanya dalam aspek membina ayat dengan betul dan lengkap.
Menurut Khairuddin, Maridah, Faiziah (2013) murid lemah amat sukar menguasai kemahiran
menulis ayat-ayat mudah berbanding rakan sebaya mereka yang lain. Perkataan yang
digunakan juga hanya berkisar kepada perkataan yang sering didengar dan disebut sahaja.
Masalah lain yang dialami murid-murid ini apabila menulis ayat ialah mereka tidak dapat
menginterprestasikan bahasa lisan dan fikiran mereka kepada bentuk ayat. Murid akan
menghadapi kesukaran untuk menulis meskipun mereka sebenarnya mempunyai idea untuk
disampaikan.

Memandangkan masalah ini masih tidak dapat diatasi, maka pengkaji mengambil
inisiatif untuk memperkembangkan kajian ini bagi mengatasi isu-isu yang timbul dalam
pengajaran disamping dapat membantu murid -murid dalam menguasai kemahiran menulis
ayat tunggal yang sememangnya tidak dapat dikuasai oleh murid dengan baik. Perkara ini

50
berlaku kerana menulis ayat tunggal merupakan landasan yang pertama yang akan dapat
membantu murid untuk menulis ayat dalam penulisan bahasa Melayu dengan baik dan
gramatis. Intervensi yang dilaksanakan membantu menimbulkan rasa minat dan dapat
memotivasikan murid untuk menulis ayat mudah melalui bahan-bahan rangsangan secara
interaktif.
PERNYATAAN MASALAH
Proses Pengajaran dan pembelajaran yang efektif dapat dilaksanakan sekiranya seseorang
guru bijak merancang sesuatu aktiviti yang boleh menarik minat murid mengikuti sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Semasa praktikum fasa pertama di
Sekolah Kebangsaan Bandar Utama Damansara (4), pengkaji telah diamanahkan untuk
mengajar subjek Bahasa Melayu Tahun 3 Delta. Kelas ini melibatkan murid-murid mempunyai
pelbagai tahap kecerdasan dan kemahiran pembelajaran. Majoriti murid kelas ini berasal dari
keluarga bertaraf sederhana dan terdapat segelintir daripada mereka yang masih lagi lemah
dalam membina ayat tunggal. Mereka sering melakukan kesilapan dari aspek penggunaan
penggunaan ayat, kosa kata, kesalahan dari segi subjek dan predikat serta tanda noktah di
akhir ayat dalam penulisan ayat bahasa Melayu. Kelas Tahun 3 Delta merupakan kelas yang
terakhir dari empat kelas bagi tahun tersebut.

Melalui pemerhatian pengkaji berkaitan dengan pembinaan ayat tunggal, terdapat


beberapa murid yang mempunyai masalah dalam membina ayat dan kesalahan menulis
subjek dan predikat serta tiada tanda noktah pada akhir ayat. Pengkaji telah menggunakan
pelbagai cara untuk membantu murid membina ayat dengan baik. Mereka kurang kosa kata
dalam penulisan ayat tunggal dan tidak berminat untuk membina ayat kerana merasakan
tugasan yang diberikan susah dan membosankan.Jamilah Bt Hamzah (2012), mengatakan
bahawa dalam kajiannya responden boleh menulis ayat tetapi dengan pelbagai kesalahan
seperti kesalahan ejaan, tanda baca, pemilihan kata yang tidak tepat, dan kesalahan dari segi
struktur yang membuat ayat itu tergantung dan sukar difahami dan beliau telah mencadangkan
sat teknik serta teknik tersebut telah membantu respondennya. Manakala Griffen Anak
Encharang (2012), telah menjalankan kajian terhadap anak muridnya dan beliau telah
mendapati bahawa separuh daripada kelas gagal menghasilkan ayat topik dan ayat huraian
yang tepat dan beliau mengatakan tidak ada satu panduan yang betul bag mempertingkatkan
kemahiran menulis anak muridnya. Zamri (2010) menyatakan penulisan merupakan satu
cabaran sama ada menulis dalam bahasa ibunda ataupun dalam bahasa kedua. Di samping
itu, Mohd Nasrudin Bin Basar (2009) telah menjalankan kajiannya mengenai penulisan ayat
dalam karangan terhadap 150 sampel. Beliau telah mengenal pasti bahawa kebanyakkan
sampel telah melakukan kesalahan dari segi pembinaan ayat dan susunan ayatnya dan teknik
yang digunakannya adalah sangat berkesan dan membantu muridnya.

51
OBJEKTIF KAJIAN
Bahagian ini menerangkan tentang objektif yang hendak dicapai oleh pengkaji di akhir kajian
ini. Sehubungan itu, pengkaji turut menimbulkan persoalan kajian berdasarkan objektif kajian
yang telah dibina. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis ayat tunggal
yang gramatis menggunakan bahan rangsangan gambar.

Objektif khusus kajian ini adalah supaya murid dapat :


1. Meningkatkan kemahiran murid Tahun 3 menulis ayat tunggal menggunakan teknik
SAKTIK dengan betul.
2. Mengenal pasti perbezaan pencapaian kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan
dalam kalangan murid tahun tiga.

SOALAN KAJIAN
Terdapat beberapa persoalan yang ingin dijawab melalui kajian ini iaitu:
1. Adakah teknik ‘SAKTIK’ ini berkesan terhadap murid tahun tiga dalam membina ayat
tunggal?
2. Adakah terdapat perbezaan dalam pencapaian murid bagi kumpulan kawalan dan
kumpulan rawatan?

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk atau model yang digunakan dalam kajian ini adalah reka bentuk kajian oleh Kurt
Lewin iaitu kajian berbentuk kuantitatif. Saya menjalankan kajian ke atas 60 orang pelajar
Tahun 3 UM dan 3 USM di sekolah Kebangsaan Sungai Petani. Kelas ini terdiri daripada 25
orang murid lelaki dan 35 orang murid perempuan. Seramai 30 orang murid berada pada
pelbagai tahap yang dipilih sebagai sampel kajian ini bagi kaedah kawalan dan 30 murid lagi
bagi kaedah rawatan. Responden terdiri daripada bangsa Melayu dan bangsa India. Mereka
dipilih berdasarkan tahap pencapaian yang lemah dan sederhana.
Pelbagai cara dan kaedah yang boleh kita gunakan untuk mendapatkan data dalam
sesuatu penyelidikan dalam bilik darjah atau sekolah. Perancangan proses pengumpulan data
perlu dibuat dengan rapi agar data yang dikumpul adalah sahih. Data dalam sesuatu kajian
boleh diambil daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran seharian melalui ujian pra dan
ujian pos serta soal selidik.
Ujian merupakan salah satu alat kajian yang digunakan untuk menentukan pencapaian
dan keupayaan murid dalam pembelajaran. Ujian pengesahan awal dijalankan bagi melihat
sejauh manakah masalah yang dihadapi oleh murid serta mengetahui tahap penguasaan
mereka dalam kemahiran membina ayat tunggal. Ujian pengesahan awal ini diberikan kepada
murid sebelum pendedahan teknik SAKTIK digunakan bagi kumpulan rawatan. Bagi kumpulan

52
kawalan, murid akan diajar menggunakan kaedah tradisional selepas ujian pra dijalankan.
Respoden diuji dengan beberapa item soalan berkenaan dengan penulisan ayat tunggal.
Soal selidik biasanya melihat item item soalan yang digunakan untuk mendapatkan
maklumat dan fakta berkaitan persepsi respoden berkaitan isu yang dibincangkan. Justeru,
dalam pelaksanaan kajian ini, soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan maklum balas
terhadap tindakan yang dijalankan sepanjang tempoh empat minggu melalui Teknik SAKTIK
ini. Responden diminta untuk mengisis borang soal selidik ini dengan jujur supaya pengkaji
dapat mengetahui tahap keberkesanan kaedah yang digunakan ini semasa membina ayat
tunggal. Soal selidik digunakan untuk mengumpul data yang berkaitan dengan pemahaman
dan pandangan atau persepsi murid selepas mempelajari aspek membina ayat tunggal
dengan betul menggunakan Teknik SAKTIK yang diperkenalkan.
Bagi mengumpulkan data dalam kajian ini, pengkaji telah menjalankan soal selidik
menggunakan skala Gultman yang hanya memerlukan murid memberikan respon "Ya" atau
"Tidak" dengan menandakan pilihan dalam borang soal selidik yang disediakan.

DAPATAN KAJIAN
Bab dapatan kajian ini menerangkan setiap satu dapatan kajian yang diperoleh daripada
instrumen kajian yang telah digunakan semasa mengumpulkan data kajian di Sekolah
Kebangsaan Sungai Petani. Kajian ini merangkumi dua instrumen kajian iaitu kertas ujian dan
borang soal selidik. Kertas ujian ini dibahagikan kepada dua iaitu ujian Pra dan ujian Pasca.
Kedua-dua kertas ujian adalah sama bagi ujian pra dan juga ujian pasca. Kertas ujian dan
borang soal selidik digunakan secara semaksimum untuk menghasilkan dapatan kajian yang
mampu menjawab soalan-soalan kajian seperti di bawah:

Bahagian ini melaporkan dapatan kajian berdasarkan keputusan ujian. Kajian ini
dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical Package for Social Science (SPSS) versi
26. Semua keputusan yang diperolehi dibentang dalam bentuk jadual, carta pai dan carta bar.
Hasil dapatan kajian yang dikemukakan pada bahagian ini adalah untuk menghuraikan
jawapan kepada soalan kajian. Bagi menjawab soalan kajian pertama, pengkaji menggunkan
peratus untuk mengategorikan tahap pencapaian murid mengikut julat gred yang telah
ditetapkan dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Manakala, bagi menjawab
soalan kajian kedua pula, pengkaji telah menggunakan statistik inferensi iaitu ujian taburan t
(t-test) untuk melihat perbeaan pencapain murid mengikut teknik SAKTIK yang digunakan
semasa membina ayat tunggal berdasarkan gambar.

53
Persoalan 1: Keberkesanan Penggunaan Teknik SAKTIK Terhadap Murid Tahun 3
Dalam Membina Ayat Tunggal Berdasarkan Gambar

Pada bahagian ini, pengkaji telah menganalisis markah ujian pra dan pasca responden bagi
kumpulan rawatan dan juga kawalan secara manual dalam bentuk jadual. Pengkaji telah
menyemak kertas ujian responden dengan menggunakan rubrik pemarkahan yang telah
dibina berdasarkan JSU sekolah. Selepas menyemak, markah tersebut telah didarabkan
dengan dua supaya markah tersebut dapat dijadikan dalam bentuk peratus untuk menilai
tahap murid seperti yang ada pada jadual julat gred. Setelah menganalisis, pengkaji telah
memperincikan markah murid mengikut ujian pra dan pasca dan menetapkannya dalam
bentuk peratus. Keberkesanan penggunaan Teknik SAKTIK dapat dilihat melalui ujian pra dan
pasca yang telah dijalankan pada dua kumpulan yang berbeza iaitu kumpulan kawalan dan
kumpulan rawatan.

PERATUS UJIAN PRA KUMPULAN KAWALAN

10% 10%

17%
30%

33%

A B C D E

Rajah 1: Peratus Ujian Pra Kumpulan Kawalan

Carta pai di atas menunjukkan jumlah peratus bagi ujian pra kumpulan kawalan. Bagi
gred A, hanya sebanyak 10% murid daripada 100% yang mendapat markah A. Bagi gred B
pula, sebanyak 30% murid yang mendapat gred B manakala jumlah peratus bagi murid yang
mendapat gred C ialah 33% iaitu jumlah terbesar dalam peratus ujian pra kumpulan kawalan.
Bagi gred D pula, sebanyak 17% yang mendapat gred D dan sebanyak 10 peratus murid yang
mendapat gred E iaitu belum mencapai tahap minimum.

54
PERATUS UJIAN PASCA KUMPULAN KAWALAN
0%

10%
16%

37%
37%

A B C D E

Rajah 2: Peratus Ujian Pasca

Carta pai di atas menunjukkan jumlah peratus bagi ujian pasca kumpulan kawalan.
Bagi gred A, hanya sebanyak 16% murid yang mendapat markah A, hanya peningkatan
sebanyak 6% sahaja apabila murid kumpulan kawalan diajar dengan kaedah tradisional. Bagi
gred B pula, sebanyak 37% murid yang mendapat gred B manakala jumlah peratus bagi murid
yang mendapat gred C juga sama seperti gred B iaitu sebanyak 37%. Bagi gred D pula,
sebanyak 10% yang mendapat gred D iaitu hanya mencapai tahap minimum.

Analisis Ujian Pra Dan Ujian Pasca Bagi Kumpulan Rawatan (Penggunaan Teknik
SAKTIK)

Responden kumpulan rawatan telah diajar menggunakan teknik SAKTIK iaitu responden
membina ayat tunggal berdasarkan gambar. Sebelum mengajar, responden telah diedarkan
dengan kertas ujian pra untuk mengenal pasti tahap murid. Selepas mengajar selama empat
minggu, responden telah membuat ujian pasca bagi menilai tahap keberkesanan teknik
SAKTIK. Jadual di atas menunjukkan markah yang diperoleh oleh ressponden dalam ujian pra
dan ujian pasca. Berdasarkan jadual di atas, pengkaji telah menganalisis perbezaan yang
berlaku di antara gred ujian pra dengan pasca bagi kumpulan kawalan.

55
PERATUS UJIAN PRA KUMPULAN RAWATAN
0%

20% 16%

24%
40%

A B C D E

Rajah 3: Peratus Ujian Pra

Carta Pai di atas menunjukkan peratus bagi ujian pra kumpulan rawatan. Bagi ujian
pra kumpulan rawatan, sebanyak 16% murid mendapat gred A iaitu tahap cemerlang. Bagi
gred B, sebanyak 40% murid yang mendapat gred B iaitu jumlah terbesar dalam peratusan
murid yang mendapat gred B. Bagi gred C pula sebanyak 24% yang mendapat markah gred
C iaitu masih tahap yang memuaskan. Bagi gred D pula iaitu mencapai tahap minimum,
sebanyak 20% murid yang berjaya mendapat gred D.

PERATUS UJIAN PASCA KUMPULAN RAWATAN


0% 0%

13%

50%
37%

A B C D E

Rajah 4: Peratus Ujian Pasca

Bagi cartai pai di atas menunjukkan peratusan ujian pasca kumpulan rawatan. Bagi
peratusan yang murid yang mendapat gred A menunjukkan peningkatan yang ketara
berbanding ujian pra kumpulan rawatan. Bagi ujian pra kumpulan rawatan, peratusan murid

56
yang mendapat gred A hanya 16% namun setelah murid ajarkan dengan teknik SAKTIK
menunjukkan peningkatan sehingga 50%. Bagi gred B iaitu tahap baik, sebanyak 13% jumlah
murid yang mendapat markah B. Bagi gred C, hanya terdapat sebanyak 13% murid yang
mendapat gred C. Ujian pasca kumpulan rawatan menunjukkan peningkatan yang sangat baik
disebabkan jumlah peratusan murid yang mencapai tahap cemerlang dan tidak ada murid
yang mendapat gred D dan E.

Perbezaan Analisis Ujian Pasca Antara Kumpulan Kawalan Dengan Kumpulan Rawatan

Rajah 5: Perbezaan antara ujian pasca kumpulan kawalan dan rawatan

Dapatan kajian mendapati bahawa tidak ada perbezaan yang ketara berlaku antara
ujian pra kumpulan kawalan dan ujian pra kumpulan rawatan. Oleh itu, pengkaji tidak membuat
perbandingan ujian pra antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Apabila membuat
perbandingan ujian pasca antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Jumlah
responden yang mendapat Gred A iaitu tahap cemerlang hanya lima responden sahaja
berbanding dengan kumpulan rawatan iaitu sebanyak lima belas responden yang mendapat
Gred A. Ini disebabkan responden kumpulan kawalan tidak mempunyai satu panduan untuk
membina ayat.
Manakala, bagi ujian pasca kumpulan rawatan sebanyak lima belas responden berada
dalam tahap yang cemerlang. Hal ini berlaku demikian kerana responden kumpulan rawatan
mempunyai satu panduan yang baik untuk membina ayat tunggal berdasarkan gambar iaitu
teknik SAKTIK. Oleh itu, melalui ini dapatan ini dapat disimpulkan bahawa teknik SAKTIK ini
memang berkesan dan membantu murid Tahun 3 untuk membina ayat tunggal bahasa Melayu
berdasarkan gambar.

57
Persoalan 2: Dapatan Kajian Mengenai Peningkatan Terhadap Pembinaan Ayat Tunggal
Dalam Kalangan Murid Tahun Tiga Dengan Menggunakan Teknik “SAKTIK” Berdasrkan
Gambar (Ujian - t).

Pada bahagian ini, pengkaji telah menganalisis markah ujian pra dan pasca murid bagi
kumpulan rawatan dan juga kawalan dengan menggunakan Statistical Package for the Social
Science (SPSS). Selepas menganalisis data dalam SPSS, pengkaji telah membuat
perbandingan ujian t-test antara ujian kawalan dan ujian rawatan. Melalui perbandinagn
tersebut, pengkaji telah mengenal pasti peningkatan terhadap pembinaan ayat dalam
kalangan murid tahun tiga dengan menggunakan teknik ‘SAKTIK’.

Jadual 1
Perbandingan Skor Min

Ujian - t Perbandingan Skor Min Markah Ujian Pra Dan Ujian Pasca Bagi Kumpulan
Kawalan

N UJIAN PRA UJIAN PASCA


Min Sisihan Min Sisihan Beza Min NILAI 1 NILAI
piawai piawai SIGNFIKAN
26 23.65 7.653 22.10 7.290 -.160 -.120 .840

Jadual di atas menunjukkan hasil analisis ujian-t perbandingan skor min sebelum dan
selepas proses pembelajaran menggunakan kaedah tradisional bagi kumpulan kawalan. Hasil
daripada analisis menunjukkan skor min dan sisihan piawai sebelum pembelajaran iailah
23.65 dan 7.653 manakala skor min dan sisihan piawai selepas sesi pembelajaran
menggunakan kaedah tradisional ialah 22.10 dan 7.290. Hal ini menunjukkan ada peningkatan
dari segi pencapaian skor min iaitu -.160.

Menurut Noraini Idris (2010), jika p-Value kurang daripada 0.05, maka terdapat
hubungkait di antara pembolehubah tidak bersandar dengan pembolehubah bersandar. Hal
ini dikatakan kerana tidak ada perbezaan yang ketara antara ujian pra dan pasca bagi
kumpulan kawalan. Keputusan statistic ujian-t menunjukkan perbezaan yang tidak signifikan
(p>.05). Pengkaji gagal menolak hipotesis nul (HO1) dan menerima hipotesis nul. Keputusan
ujian menunjukkan bahawa kaedah tradisional tidak mempengaruhi pencapaian responden.

58
Jadual 2
Perbandingan Skor Min

Ujian-t Perbandingan Skor Min Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca Bagi Kumpulan
Rawatan

N UJIAN PRA UJIAN PASCA


Min Sisihan Min Sisihan Beza Min NILAI 1 NILAI
piawai piawai SIGNFIKAN
26 26.29 7.140 36.22 5.425 -10.269 -10.545 .000

Jadual di atas menunjukkan hasil analisis ujian-t perbandingan skor min sebelum dan
selepas proses pembelajaran dengan menggunakan teknik SAKTIK bagi kumpulan rawatan.
Hasil daripada analisis menunjukkan skor min dan sisihan piawai sebelum pembelajaran ialah
26.29 dan 7.140 manakala skor min dan sisihan piawai selepas sesi pembelajaran
menggunakan teknik SAKTIK iailah 36.22 dan 5.425. Hal ini menunjukkan ada peningkatan
dari segi pencapaian skor minnya iaitu -10.269.

Berdasarkan jadual di atas, nilai signfikan atau p-Value adalah .000, dapat dikatakan
bahawa ada hubungkait di antara pembolehubah tidak bersandar dengan pembolehubah
bersandar. Hal ini kerana terdapat perbezaan yang ketara antara ujian pra dan pasca bagi
kumpulan rawatan. Keputusan statistik ujian-t menunjukkan perbezaan yang signifikan
(p<.05). Pengkaji berjaya menolak hipotesis nul (HO2) dan pengkaji tidak menerima hipotesis
nul tersebut. Keputusan ujian menunjukkan bahawa teknik SAKTIK ini mempengaruhi
pencapaian responden dalam membantu membina ayat bahasa Melayu berdasarkan gambar.
Melalui nilai signifikan di atas menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam pencapaian
responden apabila dilaksanakan teknik SAKTIK bagi kumpulan rawatan.

Jadual 3
Perbezaan nilai signfikan

Perbezaan Ujian-t Ujian Pasca Bagi Kumpulan Kawalan Dan Kumpulan Rawatan
JENIS KUMPULAN NILAI SIGNFIKAN
KUMPULAN KAWALAN .840
KUMPULAN RAWATAN .000

Berdasarkan daripada analisis dalam jadual di atas, dapatlah disimpulkan bahawa


responden dari kedua-dua kumpulan memperlihatkan peningkatan dalam pencapaian ujian
membina ayat tunggal berdasarkan gambar. Namun begitu, responden daripada kumpulan

59
rawatan yang menerima teknik SAKTIK memperlihatkan kadar kemajuan yang lebih baik jika
dibandingkan dengan responden kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah tradisional.
Kesimpulan dapatan kajian ujian-t adalah seperti dalam Jadual 4.

Jadual 4
Keputusan Hipotesis

Hipotesis Nul Huraian Hipotesis Keputusan


HO1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan anatara skor Diterima
sebelum dan selepas dengan menggunakan kaedah
tradisional.
HO2 Tidak terdapat perbezaan yang signfikan antara skor Ditolak
sebelum penggunan teknik ‘SAKTIK’ dengan skor selepas
penggunaan teknik ‘SAKTIK’,

SOAL SELIDIK
Soal selidik akan digunakan bagi mendapatkan maklum balas terhadap tindakan yang
dijalankan sepanjang tempoh empat minggu melalui Teknik SAKTIK. Borang soal selidik telah
diedarkan kepada 30 orang responden daripada kelas rawatan untuk mengetahui tahap
keberkesanan Teknik SAKTIK ini terhadap penulisan dalam membina ayat tunggal selepas
intervensi dijalankan.

Dalam pelaksanaan intervensi ini, borang soal selidik ini sesuai kerana murid tidak
boleh dipengaruhi oleh faktor luaran lain. Soal selidik ini akan diedarkan sejurus selesai
intervensi yang dilaksanakan bagi melihat sejauh mana keberkesanan intervensi yang
dilaksanakan. Dalam hal ini murid perlu jujur dalam menjawab soalan dan tidak dipengaruhi
oleh murid-murid yang lain.

Data yang diperoleh daripada borang soal selidik tersebut akan dianalisis dengan
menggunakan kiraan peratusan. Seterusnya, data tersebut diterjemahkan ke dalam bentuk
jadual. Hal ini bertujuan untuk melihat sama ada wujud atau tidak keberkesanan dalam
intervensi yang dilaksanakan. Berikut merupakan soalan beberapa item yang akan
dilaksanakan bagi melihat intervensi dilaksanakan berjaya atau tidak. Berikut adalah soalan
soal selidik yang akan digunakan bagi melihat intervensi yang akan dilaksanakan.

60
Jadual 5
Analisis Soal Selidik

BIL SOALAN Ya Tidak


Frekuensi Peratus Frekuensi Peratus
1 Kaedah SAKTIK mudah digunakan. 30 100% 0 0%
2 Kaedah SAKTIK membantu saya
meningkatkan kemahiran menulis 30 100% 0 0%
ayat tunggal.
3 Kaedah SAKTIK memudahkan saya
memindahkan maklumat daripada
gambar kepada ayat. 30 100% 0 0%
4 Saya dapat membina ayat tunggal
yang gramatis dengan
menggunakan Teknik SAKTIK. 23 74% 8 26%
5 Saya dapat mengenal pasti struktur
ayat tunggal menggunakan Teknik
SAKTIK. 20 90% 10 10%

Berdasarkan Jadual 5, mendapati responden memberikan maklum balas yang positif


terhadap soal selidik yang telah dijalankan kepada responden. Bagi soalan yang pertama,
100% responden menyatakan bahawa mereka dapat menggunakan teknik SAKTIK dengan
baik kerana kaedah ini mudah digunakan dan sangat berkesan kepada responden untuk
membina ayat tunggal dengan betul. Bagi soalan kedua pula, 100% responden bersetuju
dengan Teknik SAKTIK memudahkan mereka memindahkan maklumat daripada gambar
kepada ayat. Hal ini membuktikan bahawa kaedah ini sangat sesuai kepada responden untuk
meningkatkan penguasaan mereka membina ayat tunggal dengan berkesan.

Seterusnya, bagi soalan selidik yang keempat, 74% responden dapat membina ayat
tunggal gramatis dengan menggunakan Teknik SAKTIK dan hanya lapan responden tidak
bersetuju dengan soalan tersebut. Hal ini membuktikan keberkesanan aktiviti yang dijalankan
dan dapat membantu menjawab soalan kajian yang kedua. Bagi soalan yang terakhir 90%
responden bersetuju bahawa mereka dapat mengenal pasti struktur ayat tunggal dengan
menggunakan Teknik SAKTIK. Kesimpulannya, berdasarkan analisis soalan selidik yang
telah dijalankan selepas intervensi sangat berkesan, menarik minat responden dan membantu
responden menguasai kemahiran membina ayat tunggal dengan betul dan gramatis.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


Secara konklusinya, kajian ini dilaksanakan bagi melihat keberkesanan Teknik SAKTIK dalam
membantu murid tahun 3 membina ayat tunggal bahasa Melayu berdasarkan gambar dengan
betul. Kajian yang telah dijalankan ini menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimental.

61
Seramai 60 orang murid yang terpilih dalam kajian ini iaitu seramai 30 murid kumpulan rawatan
dan seramai 30 orang murid bagi kelas kawalan yang hanya mempelajari ayat tunggal
menggunakan kaedah tradisional. Pemilihan sampel ataupun penentuan saiz sampel telah
dilakukan berdasarkan jadual Krejcie dan Morgan (1970). Melalui jadual beliau, sampel adalah
sebanyak 60 daripada jumlah populasi yang dipilih.

Kajian ini menggunakan dua jenis instrumen iaitu kertas ujian yang terdiri dengan satu
bahagian sahaja iaitu bahagian A seperti yang ada dalam kertas ujian Bahasa Melayu
penulisan dan instrumen soal selidik. Instrumen tersebut telah diuji kesahan dan juga telah
mendapat pengesahan daripada pihak pensyarah dan sekolah unruk memastikan kualiti
instrumen. Bagi menjawab kedua-dua soalan kajian, pengkaji telah menggunakan
penganalisisan peratus dan ujian-t. Kedua-dua hipotesis yang telah ditetapkan dalam kajian
ini, data yang diperoleh telah diuji menggunakan ujian-t.

Selain itu, antara kajian yang mengkaji keberkesanan teknik dalam membina ayat
tunggal ialah Masni Mohhamad Saidi dan Suen Sau Chun (2003) yang mengkaji teknik S-R
8W1H dalam kajian mereka yang bertajuk "Meningkatkan Kebolehan Membina Ayat Majmuk
bagi bahasa Inggeris. Iskandar Muda Bin Ishak (2005) telah menjalankan kajian yang bertajuk
"Penggunaan Latih Tubi (2005) telah menjalankan kajian yang Dengan Menggunakan Gambar
Bagi Meningkatkan Pencapaian dan Kebolehan Murid Tahun Lima Membina Ayat Bahasa
Inggeris". Azizah Othman dan Samidon Abdullah (2006) telah membuat kajian yang bertajuk
"Meningkatkan Kemahiran Murid Membina Ayat Mudah Dengan Struktur Yang Betul Dalam
Bahasa Inggeris Menggunakan Formula 'P/NVPA/PO/S2CD/OP3/AF2", dan Habsah Binti Nan
(2006) telah membuat kajian yang bertajuk 'Teknik Four Wifes And One Husband: Membina
Ayat Penyata berdasarkan Gambar Tunggal atau Bersiri" dalam matapelajaran bahasa
Inggeris. Manakala, bagi kajian bina ayat lain yang telah dijalankan menggunakan teknik
SALAK dalam kemahiran menulis seperti membina ayat atau karangan. Teknik SALAK ini
telah oleh A. Rahman Haron et.al. (2012) yang menggunakan teknik SALAK untuk melihat
keberkesanan pembinaan ayat dalam karangan murid-murid tahun satu.

Seterusnya, implikasi kajian bagi memberi justifikasi bahawa kajian ini memenuhi
jurang penyelidikan dan berupaya memberi sumbangan kepada teori, pengetahuan, praktikal
dan emprikal. Penguasaan terhadap ayat bahasa Melayu sememangnya amat penting bagi
murid meningkatkan lagi mutu pembinaan ayat, penulisan karangan atau menghasilkan
penulisan yang lebih baik. Walaupun terdapat banyak kajian berkaitan penggunaan teknik
dalam membina ayat berdasarkan gambar, namun lebih banyak memfokuskan kepada bahasa
Melayu pendidikan menengah dan juga pembinaan ayat majmuk. Masih kurang kajian

62
penggunaan teknik yang berfokus kepada ayat tunggal bahasa Melayu. Kajian ini telah
mengisikan kelompongan tersebut. Wan Roszaimmah (2009), menjelaskan bahawa
pengetahuan guru mengenai kandungan ayat sama ada ayat tunggal mahupun ayat majmuk
dan teknik pengajaran yang tepat mempengaruhi keberkesanan PdPc mengenai ayat di dalam
kelas.

Antara cadangan khususnya kepada guru ialah guru-guru boleh menggunakan teknik
SAKTIK ini untuk meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal dalam kalangan murid.
Guru-guru boleh juga membuat pelbagai inovasi daripada teknik SAKTIK ini dalam
meningkatkan pencapaian murid terutama dalam membina ayat tunggal. Guru juga boleh
menjadikan Teknik SAKTIK ini sebagai bahan untuk mengajar pembinaan ayat tunggal. Guru
juga boleh menjadikan jadual teknik SAKTIK untuk membina ayat pada peringkat seterusnya
iaitu ayat majmuk dan karangan penulisan.

Secara konklusinya, masalah membina ayat tunggal Bahasa Melayu dalam kalangan
murid Tahun 3 dapat diselesaikan dengan teknik SAKTIK. Hal ini dapat dibuktikan
berdasarkan hasil dapatan kajian bahawa teknik SAKTIK memang mempengaruhi pencapaian
murid. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan prestasi murid serta prestasi sekolah
dalam kertas Bahasa Melayu. Kajian ini juga memberi sumbangan yang besar dalam proses
PdPc kerana dengan menggunakan tenik SAKTIK, proses PdPc menjadi menjadi lebih
interaktif dan menyeronokkan. Oleh itu, jelaslah bahawa Teknik SAKTIK merupakan suatu
teknik yang bekesan dan boleh membantu murid tahap satu dalam membina ayat tunggal dan
mengenal struktur ayat tunggal dengan mudah. Penggunaan Teknik SAKTIK dalam kumpulan
rawatan menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding kumpulan kawalan yang tiada
panduan khusus untuk membina ayat tunggal. Pernyataan ini disokong dengan dapatan kajian
apabila ujian- t mendapati nilai signifikan yang mempunyai banyak perbezaan yang ketara.
Nilai signifikan bagi kumpulan kawalan adalah .840 manakala nilai signifikan bagi kumpulan
rawatan ialah .000. Berdasarkan daripada analisis ujian - t,dapatlah disimpulkan bahawa
responden dari kedua-dua kumpulan memperlihatkan peningkatan dalam pencapaian ujian
membina ayat tunggal berdasarkan gambar. Namun begitu, responden daripada kumpulan
rawatan yang menerima teknik SAKTIK memperlihatkan kadar kemajuan yang lebih baik jika
dibandingkan dengan responden kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah tradisional.

63
RUJUKAN

Abdul Aziz Talib. (2010). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
Pustaka.

Abdul Syukor Abdullah. (1999). “Bahasa Melayu: Cabaran dan wawasan dalam sistem
pendidikan di Malaysia”. Dewan Bahasa 43(6), 482-488.

Azizi Ahmad. (2006). Pengukuran dan penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa & Pustaka.

Blommfield. (1961). Kaedah dan statistik penyelidikan: Kaedah penyedika buku 1. Selangor:
McGraw-Hill (Malaysia).

Bond & Fox.(2009). Computational Handbook of Statistics. Glenview, linois. Scott Foresman
& Co.

Bornman, L.(2013). What Is Societal Impact of Research and How Can It Be Assessed? A
Literature Survey. Journal of the America Society for Information Sciece and
Techology, 3(2), 218-232.

Babbie. (2001). The Basic of Social Research. Thomson Learning. Inc.

B. F. Skinner. (1988). About Behaviorism. Knopf Doubleday Publishing Group.

Christy Jr Tan, Norlatifah Binti Othman& Syazwan Abd. Jalani. (2010). Kaedah kontekstual
menggunakan gambar dalam pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Kajian Tindakan
Guru. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Chua.(2012). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur:


McGraw-Hill Education.

Fauziah.(2011). Meningkatkan Kemahiran Menulis Ayat Gramatis Murid Tahun 5 Dalam


Penulisan Bahasa Melayu (Bahagian A) dengan Menggunakan Pelan Kaedah
Maklumat dan Kata Tanya. Jurnal Kajian Tindakan Guru. IPG Kampus Bahasa
Melayu.

Gorard.(2008). Perspektlf-perspektif dalam pengajaran Bahasa Malaysia. Dewan Bahasa dan


Pustaka.

Griffen Anak Encharang.(2012). Kajian tindakan: Ayat Topik dan Ayat Huraian. Puchong:
Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Habsah bt Nan.(2016). Teknik Four Wifes One Husband: Membina Ayat Penyata Berdasarkan
Tunggal atau Bersiri. Jurnal Kajian Tindakan Guru. Institut Pendidikan Guru Kampus
Perlis.

Harnani Jaafar.(2010). Peningkatan Kemahiran Membina Ayat Berdasarkan Gambar Melalui


Penggunaan Jadual. Jurnal Kajian Tindakan Guru. IPG Kampus Bahasa Melayu.

Hassan.(1987). Penguasaan Bahasa Kanak-Kanak: Satu Pemerhatian Kes Awal. Jurnal


Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

64
PENERAPAN NILAI MURNI DALAM SESI PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN
GURU BAHASA MELAYU TERHADAP MURID SEKOLAH RENDAH

Muhammad Farizuan bin Mohd Faizol


farizuan09-820@epembelajaran.edu.my

Azman bin Rahmat


sabtu_man@yahoo.com

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian yang dijalankan ini merupakan satu kajian kes bertujuan meninjau penerapan nilai murni dalam
sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru Bahasa Melayu terhadap murid sekolah rendah.
Kajian literatur mengandaikan bahawa masih ramai dalam kalangan guru daripada pelbagai mata
pelajaran tidak melaksanakan penerapan nilai-nilai murni semasa menjalankan sesi PdPc. Selain itu,
guru juga kurang pengalaman serta pengetahuan tentang kaedah pengajaran penerapan nilai murni
menyebabkan guru menerapkan nilai murni secara tidak terancang dan hanya apabila perlu
dibangkitkan semasa pelajaran secara tersirat berbanding tersurat. Oleh itu, objektif kajian ini adalah
untuk mengenal pasti penerapan nilai murni oleh guru Bahasa Melayu terhadap murid sekolah rendah
semasa sesi PdPc dan mengenal pasti cara penerapan nilai murni oleh guru Bahasa Melayu terhadap
murid sekolah rendah semasa sesi PdPc. Seramai empat orang guru opsyen Bahasa Melayu yang
mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Desa Petaling, Kuala Lumpur
telah dipilih sebagai peserta kajian yang menggunakan kaedah kualitatif. Pengumpulan data dalam
kajian ini adalah melalui kaedah triangulasi, iaitu temu bual berstruktur, analisis dokumen dan
pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru sememangnya ada menerapkan nilai murni
terhadap murid semasa menjalankan PdPC Bahasa Melayu dengan menggunakan pelbagai kaedah
dan teknik tanpa mereka sedar mahupun tidak sedar. Dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi
panduan kepada guru untuk menerapkan nilai murni melalui mata pelajaran Bahasa Melayu.
Kata kunci: Nilai murni, Pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC), Guru Bahasa Melayu

ABSTRACT

This study is a case study aimed at exploring implementation of virtue values in the teaching session
and facilitation (PdPc) of Malay Language teachers towards primary school students. The study of
literature assumes that there are still many teachers from various subjects who do not implement the
application of virtue values during the PdPc session. In addition, teachers also lacked experience and
knowledge on teaching methods in the implementation of virtue values which resulted in teachers
applying virtue values in an unseeded manner and only when it is necessary to be raised during lessons
implicitly rather than explicitly. Therefore, the objective of this study was to identify the implementation
of virtue values by Malay Language teachers to primary school students during the PdPc session and
to identify the method of implementation of virtue values by Malay Language teachers during the PdPc
session. A total of four Malay Language teachers who taught Malay Language at Sekolah Kebangsaan
Desa Petaling, Kuala Lumpur were selected as participants of the study using qualitative methods. Data
collection in this study is through triangulation method, which is structured interviews, document analysis
and observation. The findings showed that teachers have indeed applied virtue values to students while
conducting PdPc Malay Language by using various methods and techniques without their conscious or
unconscious. The findings of this study are expected to be a guide for teachers to apply virtue values
through Malay Language.
Keywords: Virtue value, teaching and facilitation, Malay Language teacher

65
PENGENALAN
Pendidikan merupakan aspek penting untuk melahirkan generasi berkeperibadian terpuji
(Mohd Lutfi Ahmad, 2012). Pendidikan bukanlah semata-mata memberikan pelajaran kepada
masyarakat, malah sebagai medium penyampaian kepada rakyat mengenai wadah
perjuangan negara yang mementingkan nilai-nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum
demi mencapai perpaduan. Bagi merealisasikan aspek pendidikan tersebut, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan konsep penerapan nilai murni merentas
kurikulum (Mohamad Khairi Othman dan Asmawati Suhid, 2010).

Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017, terdapatnya


aspek Elemen Merentas Kurikulum atau EMK, iaitu unsur nilai tambah yang diterapkan dalam
proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bertujuan mengukuhkan kemahiran dan
keterampilan modal insan serta menangani cabaran semasa dan masa hadapan (Mohd
Rashid Md. Idris dan Mahzir Ibrahim, 2014). Nilai murni merupakan salah satu elemen di
bawah EMK yang diberi penekanan dalam semua mata pelajaran agar murid sedar akan
kepentingannya dan mengamalkannya.

KPM telah menerapkan beberapa strategi pengajaran berkaitan penerapan nilai murni
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Hal ini terbukti dalam Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu telah dimasukkan sebanyak 17 nilai murni untuk
diterapkan kepada murid dalam PdPc Bahasa Melayu. Ini menunjukkan bahawa pengajaran
Bahasa Melayu bukan sahaja tertumpu pada aspek tatabahasa dan penulisan semata-mata,
malah boleh menerapkan nilai-nilai murni bagi membina sahsiah murid terutamanya pada
zaman sekarang yang masyarakatnya dilihat semakin ketandusan nilai-nilai murni (Noraini
Abd Shukor, 2012).

Tuntasnya, dapat difahami bahawa pendidikan memainkan peranan penting dalam


membentuk peribadi dan sahsiah melalui penerapan nilai murni. Proses PdPc yang
menerapkan nilai murni akan dapat menanamkan ciri-ciri individu yang unggul dalam diri
murid-murid. Tugas ini nyatanya memerlukan guru yang perlu bertindak secara aktif dan
dedikasi dalam menerapkan nilai murni dalam sesi PdPc kepada murid. Pendapat ini disokong
oleh Norazri Mohd Zaidin (2015) yang menyatakan bahawa guru diharap dapat bertindak
sebagai agen yang aktif dalam membina masyarakat yang bersatu padu dan mendukung
prinsip demokrasi.

66
PERNYATAAN MASALAH
Habsah Ismail et. al. (2007) menyatakan bahawa penekanan yang lemah terhadap penerapan
nilai murni mengakibatkan guru menghadapi kesukaran dalam menerapkan nilai murni di
dalam bilik darjah. Akibatnya, guru menerapkan nilai murni secara tidak terancang dan hanya
apabila perlu dibangkitkan sahaja semasa pelajaran secara tersirat berbanding tersurat
(Nurazidawati Mohamad Arsad dan Kamisah Osman, 2019). Perkara ini dibuktikan oleh Wan
Hasmah Wan Mamat (2002) dalam kajiannya yang mendapati bahawa guru memberikan
penekanan nilai yang amat sedikit dalam sesi PdPc sebenar.

Kajian-kajian terdahulu juga mendapati bahawa penerapan nilai murni yang


dilaksanakan oleh guru adalah berada pada tahap yang sederhana (Sahinkayasi dan Kelleci,
2013). Menurut Celikkaya dan Filoglu (2014), perkara ini berlaku disebabkan guru-guru tidak
menyedari apakah nilai-nilai yang perlu dan sesuai untuk diterapkan dalam sesuatu masa.
Kesan daripada perkara ini menimbulkan kurang kefahaman dan penghayatan nilai murni
dalam kalangan murid kerana mereka tidak berupaya membuat perkaitan antara ilmu yang
dipelajari dengan nilai yang dibangunkan daripada pembelajaran ilmu tersebut (Mohamad
Khairi dan Asmawati Suhid, 2010).

Norzamri Ishak dan Nurhasni Mohd Noor (2010) pula menjelaskan masih ramai guru tidak
melaksanakan penerapan nilai-nilai murni semasa menjalankan sesi PdPc. Hal ini disokong
oleh kajian Nor Hashimah Hashim (2000) yang mendapati penerapan nilai-nilai murni gagal
diterapkan dalam PdPc, terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah.
Dapatan kajian ini secara tidak langsung telah mencetuskan kebimbangan terhadap institusi
pendidikan yang sepatutnya menjadi tempat membangunkan jati diri serta nilai moral bakal
pembina masa hadapan negara.

Kajian Musak Mantrak (1993) menunjukkan hanya lima nilai yang kerap diterapkan
oleh guru dalam pengajaran, iaitu nilai hormat-menghormati, kerajinan, berdikari, bekerjasama
dan kejujuran (Robiah K. Hamzah, 2011). Kajian ini turut mendapati bahawa sebahagian kecil
guru tidak melaksanakan penerapan nilai dengan alasan tiada nilai yang sesuai dengan tajuk
perbincangan. Justeru, penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan guru amat diperlukan dan
wajar dipraktikkan terutamanya ketika berlangsungnya PdPc. Sehubungan dengan itu, kajian
ini dilaksanakan bertujuan meninjau penerapan nilai-nilai murni oleh guru Bahasa Melayu
terhadap murid sekolah rendah semasa sesi PdPc.

67
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Secara khususnya, objektif kajian ini adalah seperti berikut:
1. Mengenal pasti penerapan nilai murni oleh guru Bahasa Melayu terhadap murid
sekolah rendah semasa sesi pengajaran dan pemudahcaraan.
2. Mengenal pasti cara penerapan nilai murni oleh guru Bahasa Melayu terhadap murid
sekolah rendah semasa sesi pengajaran dan pemudahcaraan.

Untuk memenuhi objektif kajian yang dinyatakan, terdapat dua persoalan dikemukakan dalam
kajian ini, iaitu:
1. Adakah guru Bahasa Melayu menerapkan nilai murni terhadap murid-murid semasa
sesi pengajaran dan pemudahcaraan?
2. Bagaimanakah nilai murni diterapkan oleh guru Bahasa Melayu semasa sesi
pengajaran dan pemudahcaraan?

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes. Pendekatan kualitatif
menjelaskan sesuatu fenomena atau isu yang dikaji menggunakan kaedah deskripsi
berdasarkan kajian lapangan oleh penyelidik (Syed Ismail Syed Mustapa et. al., 2018).
Menurut Merriam (2019), kajian kes boleh digunakan untuk mengumpul data kualitatif bagi
memantapkan dan memahami sesuatu situasi atau fenomena, program, proses atau
kumpulan sosial secara mendalam. Melalui kajian kes ini, penyelidik berpeluang meneroka
dan memperoleh pemahaman secara lebih mendalam terhadap permasalahan kajian.

Mohd Awang Idris et. al. (2018) menghuraikan bahawa persampelan bertujuan hanya
melibatkan justifikasi pemilihan sampel dan ciri-ciri sampel mengikut pertimbangan penyelidik
sendiri. Oleh itu, pemilihan peserta kajian sebagai sampel dalam kajian ini hanya melibatkan
empat orang sahaja, iaitu guru beropsyen Bahasa Melayu yang mengajar mata pelajaran
Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Desa Petaling, Kuala Lumpur. Pemilihan seramai
empat orang peserta kajian ini adalah bagi memudahkan penyelidik merumuskan dapatan
kajian sama ada guru Bahasa Melayu ada atau tidak menerapkan nilai murni terhadap murid
semasa PdPc.

Dalam kajian ini, instrumen temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen telah dibina
sebagai instrumen kajian yang dirasakan sesuai dan menepati kehendak, objektif dan soalan
kajian. Bagi instrumen temu bual, penyelidik menghasilkan satu set soalan temu bual yang
mengandungi dua bahagian. Bagi instrumen pemerhatian pula, penyelidik membina satu
senarai semak berkaitan nilai murni dalam Rancangan Pelajaran Harian (RPH). Manakala,

68
instrumen pemerhatian dibina dengan menyediakan senarai semak untuk mengenal pasti dan
menganalisis cara yang dilakukan oleh peserta kajian dalam menerapkan nilai murni terhadap
murid semasa PdPc.

Mohd Zaharen Md Zahir et. al. (2019) berpandangan kesahan sebagai mengukur
sesuatu yang hendak diukur untuk menegaskan keutuhan instrumen yang dihasilkan. Dalam
kajian ini, penyelidik telah mengemukakan item temu bual, senarai semak pemerhatian dan
senarai semak analisis dokumen kepada pakar Bahasa Melayu yang telah dilantik untuk
memohon kesahan terhadap item yang digunakan untuk mengutip data sepanjang
pelaksanaan kajian ini. Kebolehpercayaan pula merujuk kepada bagaimana sesuatu
instrumen kajian boleh dipercayai. Lantaran itu, kebolehpercayaan yang digunakan dalam
kajian ini melibatkan triangulasi data, iaitu soalan temu bual, senarai semak pemerhatian dan
analisis dokumen.

Bagi mengumpul data dalam kajian ini, penyelidik menemu bual peserta kajian
menggunakan instrumen temu bual yang telah dibina. Temu bual yang dilaksanakan adalah
secara bersemuka dengan merakam perbualan sepanjang proses temu bual berlangsung.
Kaedah pemerhatian dilakukan oleh penyelidik dengan mengikuti proses PdPc peserta kajian
secara langsung dan menggunakan senarai semak untuk mencatat maklumat yang diperoleh
sepanjang pemerhatian dilakukan. Analisis dokumen pula dilakukan dengan menganalisis
RPH guru untuk melihat sama ada guru ada atau tidak menerapkan nilai murni yang telah
dirancang dalam RPH. Analisis dokumen ini adalah sebagai sokongan bagi data temu bual
dan pemerhatian.

Penyelidik menggunakan kaedah analisis deskriptif, iaitu menghuraikan hasil dapatan


dalam bentuk ayat atau huraian secara manual untuk menganalisis data-data yang dikumpul.
Berdasarkan data temu bual, penyelidik melakukan proses transkripsi dengan menyalin
semula setiap kata-kata yang diujarkan oleh peserta kajian dan menomborkan setiap baris
ayat. Selain itu, penyelidik menganalisis data pemerhatian dengan membina tema daripada
pemilihan kaedah analisis, ketepatan data, pemilihan pola tema dan persediaan membina
model sebagai rumusan dalam setiap bahagian agar ianya setara dengan objektif kajian.
Dalam menganalisis dokumen RPH pula, penyelidik menganalisis perancangan aktiviti
peserta kajian dan pemilihan nilai murni.

69
DAPATAN KAJIAN
Penyelidikan kajian kes ini meninjau penerapan nilai murni dalam PdPc oleh guru Bahasa
Melayu terhadap murid. Dapatan kajian yang diperoleh menjawab soalan kajian, iaitu (1)
adakah guru Bahasa Melayu menerapkan nilai murni terhadap murid-murid semasa sesi
pengajaran dan pemudahcaraan? dan (2) bagaimanakah nilai murni diterapkan oleh guru
Bahasa Melayu semasa sesi pengajaran dan pemudahcaraan?. Dapatan ini menggambarkan
interpretasi data yang diperoleh dalam bentuk temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen.

a) Penerapan Nilai Murni oleh Guru Bahasa Melayu Terhadap Murid Sekolah Rendah
Semasa Sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan

Dapatan kajian menunjukkan kesemua peserta kajian ada menerapkan nilai-nilai murni
terhadap murid semasa melaksanakan PdPc. Semasa temu bual, mereka memilih nilai
kerjasama sebagai nilai yang sering dipilih dalam perancangan RPH untuk diterapkan
terhadap murid semasa PdPc. Misalnya, semasa melaksanakan PdPc, PK2 dan PK4
menerapkan nilai kerjasama pada langkah kedua untuk memupuk sikap kerjasama yang baik
antara murid. Perkara ini disokong oleh analisis dokumen yang memperlihatkan
sememangnya mereka benar-benar menyatakan nilai kerjasama dalam RPH dan merancang
aktiviti yang mendorong ke arah pemupukan nilai kerjasama.

Selain itu, nilai hormat-menghormati juga diterapkan oleh peserta kajian terhadap
murid semasa PdPc walaupun ia bukanlah nilai yang sering dipilih dalam perancangan RPH.
Contohnya, PK3 menerapkan nilai hormat-menghormati pada langkah pengurusan bilik darjah
yang bertujuan mendidik murid untuk bersikap hormat kepada guru yang memasuki kelas.
Manakala, PK1 pula menerapkan nilai ini pada langkah pertama untuk menyemai sikap
menghormati guru yang sedang mengajar. Akan tetapi, analisis dokumen RPH mendapati
mereka tidak memilih dan menyatakan nilai hormat-menghormati sebagai nilai utama yang
ingin difokuskan dan diterapkan terhadap murid kerana mereka lebih memfokuskan nilai-nilai
murni yang berkaitan dan bertepatan dengan tema dan tajuk pembelajaran pada hari tersebut.

Seterusnya, peserta-peserta kajian turut menerapkan nilai kerajinan terhadap murid


semasa menjalankan PdPc. Tamsilnya, PK1 menerapkan nilai kerajinan semasa langkah set
induksi, langkah pertama, langkah ketiga dan langkah penutup untuk menimbulkan sikap rajin
berfikir, rajin membaca buku, rajin menulis dan rajin menyelesaikan tugasan kerja rumah. Hasil
analisis dokumen juga memperlihatkan beliau benar-benar memilih nilai kerajinan dalam
perancangan RPH sebagai salah satu nilai yang perlu difokuskan untuk diterapkan terhadap
murid pada hari tersebut.

70
Dalam pada itu, nilai kejujuran didapati ada diterapkan oleh para peserta kajian
terhadap murid dalam PdPc. Melalui pemerhatian terhadap pelaksanaan PdPc PK4 misalnya,
beliau menerapkan nilai kejujuran pada langkah ketiga yang memperlihatkan beliau cuba
mendidik murid-murid untuk bersikap jujur dengan tidak berbohong kepada guru. Namun
begitu, analisis dokumen terhadap RPH PK4 pula mendapati PK4 tidak memilih dan
menyatakan nilai kejujuran sebagai nilai utama kerana beliau lebih memfokuskan nilai-nilai
murni yang berkaitan dengan tema dan tajuk pembelajaran pada hari tersebut.

Di samping itu, peserta kajian juga dilihat ada menerapkan nilai berdikari dalam PdPc
terhadap murid-murid, terutamanya PK2 dan PK3 yang menerapkan nilai ini pada langkah
ketiga untuk memupuk sikap berdikari dalam melaksanakan tugasan dengan hasil idea sendiri
tanpa mengikut atau meniru hasil kerja orang lain. Hasil analisis dokumen RPH juga
mendapati nilai ini ada diimplementasikan dalam perancangan aktiviti yang dicatatkan pada
ruangan catatan aktiviti PdPc. Namun, nilai ini tidak dinyatakan sebagai salah satu nilai yang
difokuskan untuk diterapkan dalam diri murid-murid pada hari tersebut.

b) Cara Penerapan Nilai Murni oleh Guru Bahasa Melayu Terhadap Murid Sekolah
Rendah Semasa Sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan

Dapatan kajian menunjukkan peserta kajian melaksanakan beberapa cara, kaedah dan teknik
yang sesuai dan berkesan dalam menerapkan nilai-nilai murni terhadap murid semasa
menjalankan PdPc. Contohnya, PK2 menggunakan kaedah aktiviti berkumpulan melalui sesi
perbincangan untuk menerapkan nilai kerjasama dalam diri murid-murid. Bagi menggalakkan
murid-murid untuk lebih aktif melibatkan diri dan bekerjasama, beliau menggunakan kaedah
pengukuhan positif berbentuk pujian. Perkara ini selari dengan dapatan temu bual bahawa
beliau gemar menggunakan kaedah aktiviti berkumpulan dan pengukuhan positif dalam
menerapkan nilai kerjasama terhadap murid semasa menjalankan PdPc.

Selain itu, peserta kajian juga menggunakan beberapa cara, kaedah dan teknik
penerapan nilai murni dalam PdPc untuk menerapkan nilai hormat-menghormati. Misalnya,
PK1 menggunakan kaedah peraturan ke tandas untuk mendidik murid menghormati guru
dengan meminta izin terlebih dahulu sebelum keluar ke tandas. PK2 pula melaksanakan
peraturan mengangkat tangan jika ingin menawarkan diri membaca petikan teks bagi
mengelakkan suasana kelas menjadi bising dan tidak terkawal. Dapatan ini disokong oleh
temu bual bahawa mereka sememangnya sering melaksanakan peraturan untuk menerapkan
nilai murni terhadap murid.

71
Seterusnya, peserta kajian dilihat menggunakan teknik soal jawab untuk menerapkan
nilai kerajinan terhadap murid semasa PdPc sedang berlangsung. Sebagai contoh, PK2
mengemukakan soalan-soalan berbentuk KBAT kepada murid-murid untuk mendorong
mereka bersikap rajin berfikir dan rajin memberikan jawapan. Manakala, PK4 pula
mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan sikap kerajinan agar murid mampu
berfikir tentang kepentingan memiliki dan mengamalkan nilai kerajinan. Teknik ini merupakan
teknik yang sering digunakan oleh peserta kajian untuk menerapkan nilai kerajinan dalam diri
murid-murid sepertimana yang mereka nyatakan semasa sesi temu bual.

Di samping itu, dapatan kajian turut menunjukkan peserta kajian menggunakan teknik
leteran untuk menerapkan nilai kejujuran terhadap murid semasa menjalankan PdPc.
Misalnya, PK4 menggunakan teknik leteran ini setelah mendapati bahawa murid tidak berlaku
jujur pada sesi PdPc sebelum ini dengan memberikan pelbagai alasan kepada guru apabila
tidak menyiapkan tugasan. Oleh itu, PK4 memberikan leteran terhadap murid agar bersikap
jujur dan tidak lagi berbohong kepada guru. Hal ini selari dengan dapatan temu bual yang
menunjukkan PK4 menggunakan teknik leteran untuk menerapkan nilai murni terhadap murid.

Akhir sekali, untuk menerapkan nilai berdikari terhadap murid semasa PdPc, kesemua
peserta kajian didapati menggunakan kaedah tidak langsung. Tamsilnya, PK2, PK3 dan PK4
meminta murid untuk berusaha melaksanakan tugasan secara sendiri tanpa meniru rakan-
rakan dan internet. Melalui cara tersebut, nilai berdikari secara tidak langsungnya telah
diterapkan dalam diri mereka. Maka, keadaan ini menunjukkan bahawa peserta kajian telah
menerapkan nilai berdikari terhadap murid-murid menggunakan kaedah tidak langsung.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


Dapatan kajian mendapati guru-guru Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Desa Petaling,
Kuala Lumpur melaksanakan penerapan nilai murni, terutamanya kelima-lima nilai yang
dijadikan fokus dalam kajian ini, iaitu nilai kerjasama, nilai hormat-menghormati, nilai kerajinan,
nilai kejujuran dan nilai berdikari. Ini membuktikan bahawa guru Bahasa Melayu bukan
sekadar mengajar mengikut sukatan pelajaran semata-mata. Maka, dapat disimpukan bahawa
sememangnya nilai murni diterapkan oleh guru Bahasa Melayu terhadap murid dalam
langkah-langkah pengajaran PdPc dengan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang
sesuai.

Persediaan guru dalam mengenal pasti pemilihan nilai murni adalah faktor penting
dalam keberhasilan penerapan nilai murni. Persediaan ini membolehkan guru memahami nilai
yang hendak digunakan mengikut keupayaan dan penerimaan murid. Ini menunjukkan

72
bahawa guru perlu memahami kesemua 17 nilai murni secara mendalam agar dapat
diterapkan dan dikaitkan dengan realiti kehidupan seharian. Pendapat ini selari dengan
pernyataan Hassan Hushin et. al. (2006) yang menyatakan guru perlu mengenal pasti nilai-
nilai murni yang ingin diterapkan dan mampu membentuk tingkah laku murid. Persediaan yang
mencukupi akan dapat membantu seorang guru menyediakan perancangan yang lebih baik
untuk digunakan semasa proses PdPc.

Dapatan kajian juga menunjukkan perancangan yang rapi perlu dilakukan dengan
memastikan unsur-unsur nilai murni dapat diterapkan dengan baik. Perancangan nilai bukan
sahaja dinyatakan dalam RPH sebagai fokus nilai, malah perlu diimplementasikan dalam
perancangan aktiviti. Misalnya, perancangan aktiviti PK4 yang mendorong penerapan nilai
kerajinan memperlihatkan murid-murid dapat menerima dan mengamalkannya dengan
berkesan. Tindakan ini selari dengan pandangan Norzamri Ishak dan Nurhasni Mohd Noor (2010)
yang menjelaskan bahawa perancangan mengajar yang betul dengan memasukkan elemen-
elemen nilai yang dirasakan penting serta bersesuaian dalam aktiviti PdPc berupaya
menjadikan PdPc dijalankan dengan berkesan.

Dalam pada itu, dapatan kajian tentang cara penerapan nilai murni menunjukkan
bahawa guru lebih kerap menggunakan kaedah tidak langsung untuk menerapkan nilai murni
dalam PdPc. Penggunaan kaedah tidak langsung ini digunakan oleh guru apabila berlakunya
sesuatu situasi. Misalnya, apabila kelas bising, murid tidak berterus terang, apabila
melaksanakan sesuatu aktiviti dan sebagainya. Contohnya, PK2 meminta murid-murid
membaca dan memahami petikan teks dalam buku teks secara tidak langsungnya
menerapkan nilai kerajinan. Dapatan ini selari dengan dapatan kajian Rushani Abdullah (1992)
yang menunjukkan penerapan nilai sering dilakukan secara tidak langsung oleh guru
terutamanya semasa aktiviti membaca dan memahami teks.

Dapatan kajian turut menunjukkan kaedah berkumpulan kerap digunakan guru semasa
menjalankan PdPc untuk menggalakkan murid melakukan perbincangan yang berupaya
menerapkan nilai bekerjasama. Kaedah ini juga bertujuan menggalakkan perkembangan
kognitif supaya murid menyumbang pandangan dan idea dalam kumpulan. Hal ini bertepatan
dengan pandangan Burton et. al. (1991), iaitu melalui penggunaan kaedah perbincangan
berupaya memberi kesan positif kepada pembangunan diri murid melalui aktiviti berkumpulan
yang dijalankan. Kohlberg (1981) juga menjelaskan guru-guru digalakkan menggunakan
kaedah kerja kumpulan untuk menerapkan nilai semasa aktiviti PdPc.

73
Seterusnya, dapatan menunjukkan guru menggunakan teknik soal jawab, teknik
pengkuhan positif secara pujian dan ganjaran serta teknik nasihat dan leteran untuk
menerapkan nilai murni terhadap murid semasa PdPc. Hal ini selari dengan pandangan
Butroyed dan Somekh (2001) yang menyatakan bahawa guru menggunakan teknik soal jawab
untuk membincangkan persoalan nilai. B.F. Skinner (1974) juga menyatakan bahawa setiap
pengukuhan positif yang diberikan kepada murid berupaya mendorong mereka untuk terus
melakukan sesuatu tindakan nilai murni. Oleh itu, jelaslah bahawa dapatan ini selaras dengan
dapatan kajian Musak Mantrak (1993) yang mendapati guru menggunakan pelbagai teknik
penerapan nilai dalam pengajaran.

Hasil kajian ini telah memberi beberapa implikasi penting dan bermakna. Dari aspek
pengetahuan, dapatan kajian ini memberi pengetahuan kepada guru Bahasa Melayu tentang
perancangan dan pelaksanaan penerapan nilai semasa menjalankan PdPc Bahasa Melayu.
Tanpa menggunakan kaedah penerapan nilai yang terancang, guru belum dapat dikatakan
melaksanakan proses penerapan secara mantap dan berkesan. Selain itu, kajian ini juga
membantu banyak pihak mempertingkatkan kualiti penerapan nilai murni dalam PdPc. Dari
aspek empirikal pula, kajian ini berupaya mengisi kelompangan empirikal dalam aspek sampel
kajian, kaedah kajian dan juga fokus kajian, iaitu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Berdasarkan kepada dapatan kajian, beberapa cadangan dikemukakan bagi


menambah baik penerapan nilai murni dalam PdPc Bahasa Melayu di sekolah rendah.
Antaranya ialah, guru perlu membuat persediaan yang rapi sebelum memasuki kelas dengan
benar-benar menghayati dan memahami ilmu penerapan nilai murni. Selain itu, pihak sekolah
sewajarnya mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan dan kursus-kursus berkaitan nilai
murni kepada para guru untuk memperdalam ilmu nilai murni serta kaedah dan teknik
pengajaran. Seterusnya, KPM boleh menghasilkan modul yang dapat digunakan oleh guru-
guru di seluruh Malaysia bagi tujuan penerapan nilai murni dan sentiasa menjalankan tinjauan
dan galakan kepada sekolah-sekolah agar sentiasa menerapkan nilai murni terhadap murid-
murid semasa menjalankan sesi PdPc.

Sehubungan dengan itu, masih terdapat banyak ruang dan peluang kepada penyelidik-
penyelidik lain untuk melaksanakan kajian lanjutan bagi mengisi kelompangan kajian ini.
Misalnya, menggunakan peserta kajian yang lebih ramai dan menyeluruh yang lebih
menumpukan kepada keberkesanan penerapan nilai murni yang dilakukan oleh guru.
Berasaskan dapatan tersebut akan dapat dipastikan senario penerapan nilai yang
dilaksanakan oleh guru di seluruh Malaysia. Melalui kaedah ini juga, strategi
mempertingkatkan keberkesanan penerapan nilai akan mampu difikir dan dilaksanakan

74
dengan lebih menyeluruh meliputi kaedah, teknik, prinsip penerapan nilai dan penilaian isi nilai
dalam PdPc Bahasa Melayu.

RUJUKAN
Burton, S., Johnstone, W. M. & Wilson, E. J. (1991). An ecperimental assessment of
alternative approaches for introducing business ethics to undergraduate business
students. Journal of Business Ethics, 10(7), 507-517.

Celikkaya, T & Filoglu, S. (2004). Attitudes of social studies teachers toward value and
values education. Education Sciences: Theory & Practice, 14(4), 1551-1556.

Habsah Ismail, Ramlah Hamzah, Aida Suraya Md. Yuus, Hapsah Nawawi, Rosini Abu &
Wan Zah Wan Ali. (2007). Teachers’ belief towards the principles underlying the
national philosophy of education in Malaysia. International Journal of Learning, 13(9),
91-104.

Hassan Hushin, Ibrahim & Rosilawati. (2006). Penerapan nilai-nilai murni oleh guru kepada
pelajar tingkatan 1 dan 2 semasa proses pengajaran dan pembelajaran Kemahiran
Hidup Bersepadu [Barchelor’s Thesis, Universiti Teknologi Malaysia]. Malaysian
Education Research Repository. http://merr.utm.my/id/eprint/10207

Kohlberg, L. (1981). Essays on Moral Development: The philosophy of Moral Development


Vol. 1. Harper Collins.

Merriam, Sharan B. (2019). Qualitative Research in Practice: Examples for Discussion and
Analysis, 2nd Edition. Jossey-Bass.

Mohamad Khairi Othman & Asmawati Suhid. (2010). Peranan sekolah dan GUN dalam
pembangunan nilai pelajar menerusi penerapan nilai murni: satu sorotan. MALIM:
Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 11, 117-13.

Mohd Awang Idris, Haslina Muhamad & R. Zirwatul Aida R. Ibrahim (2018). Metodologi
Penyelidikan Sains Sosial. Penerbit Universiti Malaya.

Mohd Lutfi Ahmad. (2012). Sekolah Menengah Teknik Kajang, Selangor: kajian tentang
metode pengajaran Pendidikan Islam [Doctoral dissertation, University of Malaya]. UM
Students’ Repository. http://studentsrepo.um.edu.my/5311/

Mohd Rashid Md. Idris & Mahzir Ibrahim. (2014). Teori falsafah bahasa dalam standard
kurikulum Bahasa Malaysia sekolah rendah. Jurnal Peradaban Melayu Jilid 9, 1, 63-
83.

Mohd Zaharen Md Zahir, Md Noor Saper & Mohammad Nasir Bistamam. (2019). Kesahan
dan kebolehpercayaan modul kelompok bimbingan integrasi rebt-tazkiyah an-nafs.
Journal of Research, Policy & Practice of Teachers and Teacher Education, 9(1), 58-
69.

Musak Mantrak. (1993). Moral value in Malaysian integrated secondary school curriculum:
A survey on teachers perception and ablities [Doctoral dissertation, University of South
Dakota].

75
Noor Hashimah Hashim. (2000). Pemahaman guru terhadap penerapan nilai-nilai murni di
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Laporan penyelidikan Pusat
Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia.

Noraini Abd Shukor. (2012). Penerapan nilai murni dalam pengajaran Bahasa Melayu. Klik
Web DBP. http://klikweb.dbp.my/?p=536

Norazri Mohd Zaidin. (2015). Penerapan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ke arah pembentukan sahsiah pelajar di Kolej Kemahiran Tinggi
MARA [Master’s Thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia]. UTHM Institutional
Repository. http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7073/

Norzamri Ishak & Nurhasni Mohd Noor. (2010). Pelaksanaan Penerapan Nilai Murni dalam
Pengajaran dari Perspektif Guru-guru PJK/Olahraga: Satu Kajian Kualitatif di Sekolah
Kebangsaan Cyberjaya.

Nurazidawati Mohamad Arsad & Kamisah Osman. (2019). Penerapan nilai murni melalui
interaksi T-A-M dan kitaran pengajaran 5E dalam modul Tauhidik STEM Kids. Jurnal
Pendidikan Malaysia, 44(1), 67-82.

Robiah K. Hamzah (2011). Nilai Murni dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Rushani Abdullah. (1992). Kajian terhadap penggunaan bahan bantu mengajar dalam
pengajaran Bahasa Melayu tingkatan 2 [Master’s Thesis, Universiti of Malaya].

Sahinkayasi & Kelleci. (2013). Pandangan guru sekolah dasar tentang pendidikan nilai.
Procedia – Ilmu Sosial dan Perilaku, 93, 116-120.

Skinner, B. F. (1974). About Behaviorism. Knopf.

Syed Ismail Syed Mustapa, Ismail Raduan & Ahmad Subki Miskon. (2018). Penguasaan
kemahiran insaniah dalam kalangan siswa guru semester 8, ambilan Januari 2013,
pengkhususan Pendidkan Khas, IPG Kampus Ilmu Khas.

Wan Hasmah Wan Mamat. (2002). A qualitative investigation on the teaching of values
education in Malaysian schools: Expectations and realities. Jurnal Pendidikan, 22, 1
37-154.

76
PENGGUNAAN TEKNIK SALAK DALAM MEMBINA AYAT TUNGGAL BERDASARKAN
BAHAN RANGSANGAN UNTUK MURID BUKAN PENUTUR JATI BAHASA MELAYU

Najuan Nabil bin Abdul Ghani


najuan09-821@epembelajaran.edu.my

Suhasni bin Dollah


suhasnidallas@gmail.com

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan teknik SALAK dalam kalangan
murid bukan penutur jati bahasa Melayu. Reka bentuk kajian ini menggunakan salah satu pendekatan
kuantitatif iaitu kuasi eksperimental. Instrumen kajian ini ialah soalan ujian pra dan ujian pasca yang
memerlukan murid-murid untuk membina ayat tunggal dan ujian tersebut diberikan kepada kumpulan
rawatan dan kumpulan kawalan. Responden kajian melibatkan sejumlah 60 orang murid tahun lima
berbangsa Cina dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson yang dibahagikan kepada
dua kumpulan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science
(SPSS) Versi 25 untuk mendapatkan peratus, min dan sisihan piawai. Berdasarkan dapatan kajian, bagi
kumpulan rawatan terdapat perubahan yang positif pada ujian pasca, selepas murid-murid
mengaplikasikan teknik SALAK berbanding semasa mereka menjawab ujian pra tanpa mengaplikasikan
teknik SALAK. Oleh itu memberi impak yang positif kepada murid-murid bukan penutur dalam
membantu mereka membina ayat tunggal.

Kata Kunci: Teknik SALAK, murid bukan penutur jati, ujian pra, ujian pasca

ABSTRACT

This research aims to find out the effectiveness of using SALAK technique among non-native Malay
speaker student. The research design used one of the quantitative approaches which is quasi-
experimental. The instruments used are pre and post-tests where the students needed to create simple
sentence and it were given to treatment and control group. The respondents of research involved 60
students of Year 5 from Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson and divided into two
groups. The data collected from this research is analysed using Statistical Package for Social Science
(SPSS) version 25 to get the percentage, mean and standard deviation. Findings from this research
showed that there was a positive change on treatment group in their post-test after using the SALAK
technique compared to their pre-test where they did not use the SALAK technique. Therefore, it is
proven that the uses of SALAK technique avails the non-native Malay speaker student in creating simple
sentence.

Keywords: SALAK technique, non-native Malay speaker student, pre and post-test.

77
PENGENALAN

Falsafah Pendidikan Negara menuntut agar pendidikan kini mampu melahirkan insan yang
seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Maka bagi
memastikan perkara tersebut berlaku kemahiran asas 3M merupakan suatu kemahiran asas
yang seharusnya dikuasai oleh murid-murid sekolah rendah. Hal ini kerana, penguasaan
kemahiran 3M tersebut akan membantu mereka dalam proses pembelajaran di dalam kelas
kerana mereka mampu untuk berkomunikasi dengan baik yang memudahkan proses bertukar
pendapat bersama rakan-rakan serta menyumbangkan idea yang dimiliki secara lisan
mahupun bertulis. Malahan menurut mantan Menteri Pendidikan Negara iaitu Dr Maszlee
Malik (2018) mengatakan bahawa amat besar maknanya 3M dalam sistem pendidikan negara
kerana perkara tersebut menjadi salah satu penilaian yang sangat penting akan keberkesanan
sistem pendidikan negara. Fokus kemahiran yang akan diperincikan daripada kemahiran 3M
ialah kemahiran menulis.

Umum mengetahui bahawa antara kemahiran berbahasa yang diberi fokus dalam
Kurikulum Bersepada Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah kemahiran menulis. Hal ini
kerana kemahiran tersebut perlu diaplikasikan semasa mereka menduduki peperiksaan
bertulis di sekolah (Noorazman Mahat, 2009). Secara tidak langsung, murid yang mengalami
kesukaran dalam menguasai kemahiran ini akan menghadapi kesukaran dalam menjawab
soalan-soalan peperiksaan, meskipun mereka mengetahui jawapan yang tepat namun ia tidak
dapat dijelmakan dalam bentuk penulisan yang baik. Hal ini turut dipersetujui oleh Zanariah
dan Hassan (2011) yang berpendapat bahawa kemahiran menulis perlu dikuasai sepenuhnya
oleh semua murid bagi memudahkan mereka menduduki peperiksaan bertulis.

Memetik kenyataan daripada Soeharso dan Widiastuti (2015), proses yang kompleks
perlu dilalui oleh murid-murid dalam menghasilkan sesuatu penulisan kerana mereka perlu
mengikut susunan aliran yang sistematik bagi menghasilkan sebuah penulisan yang berkualiti.
Permasalahan tersebut bukan sahaja dihadapi kepada murid-murid penutur jati iaitu mereka
yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda malahan kepada murid-murid
bukan penutur jati yang tidak mengguanakan bahasa melayu sebagai bahasa ibunda mereka
maka permasalahan dalam menguasai kemahiran menulis ini akan lebih memberi tamparan
yang hebat kepada mereka. Masalah penguasaan kemahiran menulis sering berlaku dalam
kalangan murid-murid dan antara golongan yang paling mempunyai masalah dalam
menguasai kemahiran ini adalah murid bukan penutur jati bahasa Melayu. Perkara tersebut
turut dipersetujui oleh Tay dan Wong (2016) yang mengatakan bahawa pelajar bukan penutur
jati mempunyai minat terhadap pembelajaran bahasa melayu tetapi disebabkan bahasa

78
ibunda mereka bukan bahasa Melayu dan bahasa tersebut tidak sering digunakan semasa
berada di rumah maka perkara tersebut sering memberi kesukaran kepada mereka.

Malahan memetik kenyataan daripada Yueh Wei, Lambri dan Kiting (2020), murid-
murid bukan penutur jati bahasa Melayu memiliki cabaran yang amat besar dalam menguasai
serta mempelajari bahasa yang bukan diamalakan dalam kehidupan seharian mereka
terutama dalam bidang menulis dan membaca. Justeru itu, perkara ini amat membebankan
mereka dan menyukarkan usaha mereka dalam menguasai kemahiran menulis dengan pantas
seiring dengan murid-murid yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi
utama mereka. Hal ini tidak hanya berlaku kepada konteks bahasa Melayu sahaja kerana
menurut Mohd Firdaus et.al (2014), penguasaan kemahiran menulis ini sering berlaku kepada
semua mata pelajaran yang berkaitan dengan bahasa misalnya bahasa Arab yang menjadi
skop perbincangan kajiannya. Oleh yang demikian, permasalahan penguasaan kemahiran
menulis dalam bahasa Melayu sudah menjadi perkara yang biasa berlaku dalam kalangan
murid-murid.

Oleh yang demikian, teknik SALAK diperkenalkan kepada murid-murid bukan penutur
jati bahasa Melayu bagi membantu mereka dalam membina ayat berpandukan bahan
rangsangan serta mempunyai penulisan yang berkualiti dalam membina ayat tunggal. Menurut
A. Rahman Haron (2012), teknik SALAK merupakan akronim daripada perkataan (S) bagi
‘Siapa’, (A) bagi ‘Aktiviti’, (L) bagi ‘Lokasi’, (A) bagi ‘Alatan’ dan (K) merujuk kepada
‘Keterangan’. Teknik tersebut akan diajarkan kepada murid-murid supaya mereka berupaya
membina ayat tunggal dengan lebih tepat dan baik berpandukan bahan rangsangan yang
diberikan. Bukan itu sahaja, teknik SALAK digunakkan bagi menjana idea prapenulisan
sebelum murid menulis karangan, menjana idea mencari isi, menyusun rangkai kata, membina
ayat dan sebagainya. Meskipun teknik SALAK memerlukan murid membina ayat mengikut
urutan rumus yang disediakan iaitu S – A – L – A – K, tetapi teknik mempunyai lapan variasi
lain yang boleh digunakkan semasa membina ayat bagi membentuk kepelbagaian variasi ayat.
Antara lapan variasi ayat tunggal yang boleh dihasilkan melalui teknik SALAK adalah SA, SAL,
SALA, SALK, SALAK, SAA, SAAK dan SAK.

PERNYATAAN MASALAH
Berpandukan pemerhatian awal yang dilakukan kepada murid-murid bukan penutur jati
bahasa Melayu, didapati bahawa sebahagian besar daripada mereka mengalami kesukaran
dalam membina ayat tunggal dengan betul malahan tatabahasa yang digunakkan juga tidak
gramatis. Bukan itu sahaja mereka juga tidak dapat memanfaatkan bahan rangsangan dengan
sebaik mungkin kerana melihat kepada ayat yang dibina, perkara yang ketara dikesan adalah
penggunaan kosa kata yang tidak tepat serta pengolahan ayat yang kurang menarik (Lembaga

79
Peperiksaan Malaysia – LPM 2008). Perkara tersebut menepati pendapat A. Rahman et.al
(2012) yang menyatakan bahawa murid penutur bukan jati lebih banyak menggunakan bahasa
pasar mahupun bahasa komunikasi harian mereka semasa membina ayat.

Malahan bagi mereka yang kurang mahir dalam membina ayat secara secara betul
mengikut struktur dalam bahasa Melayu, kebanyakan daripada mereka akan menterjemahkan
secara langsung daripada bahasa ibunda mereka kepada bahasa Melayu yang akan
menyaksikan susunan ayat akan berterabur dan mengakibatkan ayat tidak gramatis.
Kenyataan tersebut amat bersesuaian dengan pendirian Yueh Wei, Lambri dan Kiting (2020),
mereka menyatakan bahawa murid-murid bukan penutur jati bahasa Melayu akan lebih selesa
dan gemar berkomunikasi dalam bahasa ibunda mereka maka semasa mahu menulis ayat
dalam bahasa melayu, sudah pastinya mereka akan terpengaruh akan bahasa ibunda mereka
sendiri meskipun struktur ayat kedua-dua bahasa adalah amat berbeza.

Manakala Tay dan Wong (2016) mengatakan bahawa pelajar bukan penutur jati
mempunyai minat terhadap pembelajaran bahasa Melayu tetapi mereka sukar menguasai
bahasa Melayu secara menyeluruh kerana mereka hanya berpeluang menggunakan bahasa
melayu ketika di sekolah sahaja kerana selepas tamat waktu persekolahan, semasa berada
di rumah atau berinteraksi sesama masyarakat bangsa mereka, penggunaan bahasa ibunda
mereka sendiri akan digunakkan berbanding dengan bahasa Melayu. Permasalahan ini amat
menyukarkan lagi kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan sama
ada Tamil atau Cina, sudah pastinya aspek komunikasi mereka akan lebih tertumpu kepada
bahasa ibunda mereka sahaja sendiri. Tuntasnya, murid-murid bukan penutur jati bahasa
Melayu menghadapi kesukaran menyampaikan idea yang menarik dalam penulisan kerana
mereka hanya memiliki idea tetapi tidak dapat diterjemahkan dengan baik dalam bahasa
Melayu.

OBJEKTIF KAJIAN

Bagi mencapai tujuan kajian ini, beberapa objektif khusus telah dihasilkan. Antara objektifnya
adalah seperti berikut:

i. Mengenal pasti tahap keupayaan murid dalam kemahiran menulis ayat tunggal
sebelum dan selepas ujian.
ii. Menganalisis keupayaan teknik SALAK dalam meningkatkan tahap penguasaan
kemahiran menulis ayat tunggal.

80
SOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian tersebut, soalan kajian ini adalah seperti yang berikut:

i. Apakah tahap penguasaan murid dalam kemahiran menulis ayat tunggal sebelum dan
selepas ujian?
ii. Adakah terdapat perbezaan min yang signifikan antara kumpulan eksperimen dan
kawalan dalam penggunaan teknik SALAK bagi menulis ayat tunggal?

METODOLOGI KAJIAN
Secara umumnya, kajian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti keberkesanan teknik SALAK
dalam meningkatkan tahap penguasaan kemahiran menulis ayat tunggal tunggal bagi murid
bukan penutur jati bahasa Melayu. Oleh yang demikian, reka bentuk kajian yang paling sesuai
digunakkan untuk kajian ini ialah kajian berbentuk kuasi eksperimental. Hal ini kerana menurut
Ang Kean (2016), kuasi eksperimental merupakan reka bentuk kajian yang sering digunakan
dalam menilai keberkesanan sesuatu program atau kaedah. Maka bertepatan dengan tajuk
kajian yang menguji keberkesanan teknik SALAK dalam membantu murid bukan penutur jati
bahasa Melayu dalam membina ayat tunggal berdasarkan bahan rangsangan.

Pelaksanaan reka bentuk kuasi eskperimental dalam kajian ini akan melibatkan ujian
pra dan ujian pasca. Pendekatan kuantitatif digunakan dalam kajian ini kerana instrumen
yang digunakan dalam kajian ini menyediakan data-data berbentuk angka dan nombor
(Jannah dan Prasetyo, 2011) dan dapat menunjukkan maklumat secara menyeluruh,
perbezaan, dan dapatan kesan-akibat. Reka bentuk kajian eksperimental menurut Creswell
(2018) memiliki tiga bentuk yang berbeza dan sering kali digunakan dalam penyelidikan
kuantitatif iaitu yang pertama reka bentuk ujian pra-pasca, reka bentuk regresi tidak
bersambung dan reka bentuk siri masa. Namun begitu pada kajian ini, pengkaji telah
menggunakan reka bentuk ujian pra dan pasca manakala pengumpulan data dibuat melalui
pengaplikasian pendekatan kuantitatif.

Responden kajian melibatkan sejumlah 60 orang murid tahun lima berbangsa Cina dari
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson yang dibahagikan kepada dua
kumpulan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science
(SPSS) Versi 25 untuk mendapatkan nilai Alpha Cronbach bagi kebolehpercayaan intsrumen
kajian. Analisis nilai Alpha Cronbach yang diperoleh adalah sebanyak 0.960 yang menjadikan
nilainya sangat baik dan tinggi nilainya. Oleh itu, kebolehpercayaan kajian ini sangat tinggi dan
diterima kerana melebihi nilai 0.7 hingga 0.8. Malahan itu, dapatan kajian telah dianalisis
secara deskriptif untuk mengetahui kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai.

81
DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan bahagian ini, penyelidik akan membincangkan mengenai dapatan kajian menjawab
persoalan kajian. Soalan kajian yang pertama iaitu tahap penguasaan murid dalam kemahiran
menulis ayat tunggal sebelum dan selepas ujian.

Jadual 1
Keputusan Ujian Pra dan Pasca Kumpulan Rawatan Dalam Membina Ayat Tunggal Dengan
Menggunakan Teknik SALAK

Julat Tahap Penguasaan Ujian Pra Ujian Pasca


Markah
80-100 Cemerlang 1 3
65-79 Baik 4 7
50-64 Memuaskan 11 9
40-49 Mencapai tahap penguasaan 3 7
minimum
0-39 Tidak mencapai tahap 11 4
penguasaan minimum

Berpandukan Jadual 1, dapatan kajian melalui ujian pra dan pasca yang telah
dijalankan menyaksikan wujudnya peningkatan terhadap kumpulan rawatan dari peratusan
markah bagi ujian pasca dalam membina ayat tunggal dengan mengaplikasikan teknik SALAK
ketika ujian tersebut. Buktinya, pada ujian pra, hanya 3.33% sahaja murid yang mendapat gred
A iaitu berada pada tahap cemerlang tetapi pada ujian pasca pula sejumlah 10% murid
daripada kumpulan rawatan yang berjaya memperolehi tahap cemerlang. Malahan bagi gred
E pula, tahap pencapaian murid ialah tidak mencapai penguasaan minimum menunjukkan
pada ujian pra hanya 37% sahaja murid yang berada pada tahap berkenaan tetapi pada ujian
pasca melalui bantuan daripada teknik SALAK, peratusan murid yang mendapat gred E hanya
13.3% sahaja. Hal ini membuktikan bahawa terdapat penurunan yang berlaku terhadap murid
yang tidak mencapai tahap penguasaan minimum.

Secara tidak langsung, situasi tersebut menunjukkan bahawa murid-murid dapat


membina ayat tunggal dengan betul dan gramatis sekiranya mereka mengaplikasikan teknik
SALAK dan dapat mengurangkan pencapaian murid yang hanya memperolehi gred E.

82
Jadual 2
Perbezaan Min Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan

Equal Equal
Kumpulan Min Sisihan T Variances Variances
Piawai Assumed Not
(Sig p) Assumed
(2 tailed P)
Kawalan 4.200 8.006 .873 .000 .008
Rawatan -8.000 5.199 .427 .000 .000

Berpandukan jadual 2, pengkaji dapat menjawab soalan kajian yang kedua iaitu
terdapat perbezaan min yang singnifikan antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan
dalam penggunaan teknik SALAK bagi membina ayat tunggal. Maka jadual 2 merupakan
rumusan bagi dapatan analisis min untuk mengenalpasti tahap perbezaan min antara
kumpulan kawalan dan rawatan. Min kumpulan kawalan ialah 4.200 manakala min bagi
kumpulan rawatan ialah -8.000. Hal ini jelas menunjukkan bahawa terdapat perbezaan
min yang signifikan bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Bukan itu sahaja, jadual
8 menunjukkan bahawa nilai Sig p ialah .000 manakala bagi kumpulan rawatan, nilai Sig p
ialah 0.000 adalah lebih kecil daripada nilai varian iaitu .05, ini bermakna varian untuk kedua-
dua kumpulan adalah berbeza dan membolehkan hipotesis null ditolak. Manakala bagi
kumpulan kawalan, nilai (p) Sig.(2 Tailed) ialah .008, dan bagi kumpulan rawatan pula nilai (p)
Sig.(2 Tailed) ialah .000 iaitu nilai yang lebih kecik daripada nilai varian iaitu 0.5. Maka dapat
disimpulkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik di dalam nilai min
pemboleh ubah bagi teknik SALAK kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Hal ini
menunjukkan teknik SALAK adalah berkesan untuk meningkatkan penguasaan murid bukan
penutur jati dalam kemahiran menulis ayat tunggal.

KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN


Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan teknik SALAK dalam membina ayat
tunggal dapat memastikan murid-murid bukan penutur jati dapat menguasai kemahiran
menulis iaitu membina ayat. Hal ini kerana murid-murid penutur jati dapat mencetuskan lebih
banyak idea semasa menggunakan teknik SALAK dalam membina ayat tunggal. Bukan itu
sahaja, dapat kajian telah membuktikan bahawa wujudnya peningkatan bagi murid bukan
penutur jati bahasa Melayu yang mengaplikasikan teknik SALAK dalam membina ayat tunggal.

Implikasinya, kajian ini berupaya untuk memberikan pengetahuan kepada para guru
tentang kewujudan teknik SALAK serta penggunaannya yang mampu membantu proses
pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran bahasa Melayu khusus dalam kemahiran
membina ayat tunggal. Sehubungan itu, penggunaan teknik SALAK merupakan satu aspek

83
yang perlu dititikberatkan oleh para guru bagi memastikan pengajaran mereka lebih berkesan
serta memberi impak yang mendalam kepada para murid-murid. Bukan itu sahaja, dapat
kajian ini juga menunjukkan pengunaan teknik SALAK dalam membina ayat tunggal
berdasarkan bahan rangsangan berupaya dalam membantu murid untuk meningkatkan
penguasaan kemahiran menulis ayat tunggal secara kritis dan gramatis. Tambahan pula,
kajian ini juga boleh dijadikan sebagai pendorong untuk guru menggunakan teknik-teknik yang
berkesan serta yang mampu membantu mereka dalam progres pengajaran dan
pemudahcaraan.

Bagi cadangan kajian lanjutan, penyelidik menyarankan menjalankan kajian dalam


topik yang sama tetapi menggunakan pendekatan yang berbeza iaitu kualitatif. Menurut T.
Pernecky (2016), kelebihan pendekatan kualitatif sebagai pendekatan yang membolehkan
kefahaman mendalam tentang sesuatu fenomena, keadaan atau peristiwa. Bukan itu sahaja
melalui pendekatan ini juga, penyelidikan boleh dimulakan pada semua peringkat seperti
menggunakan kaedah Grounded Theory pada peringkat asas dan kajian juga boleh bermula
secara saintifik serta empirikal sepanjang proses penyelidikan.

Selain itu, pendekatan kualitatif yang menggunakan kaedah fenomenologi


membolehkan penyelidik memahami dengan mendalam berkaitan dengan penggunaan teknik
SALAK dalam membina ayat tunggal berdasarkan bahan ransangan. Malahan penggunaan
pendekatan dan kaedah tersebut membolehkan penyelidik mendalami keadaan, perasaan
dan tingkah laku guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut.

Tambahan pula, antara cadangan yang lain adalah melakukan kajian dalam topik yang
sama tetapi melibatkan responden dengan bilangan yang lebih besar kerana kajian ini hanya
melibatkan sejumlah 60 orang murid sahaja dengan membahagikan mereka kepada dua
kumpulan. Oleh itu, bagi mendapatkan gambaran yang lebih tentang ciri-ciri responden yang
lebih luas maka kajian yang melibatkan responden yang berbeza peringkat umur boleh
dilaksanakan atau kajian melibatkan perbandingan antara dua buah sekolah yang melibatkan
jumlah responden yang lebih besar boleh dilakukan. Secara tidak langsung, kajian tersebut
mampu memberi manfaat kepada murid-murid mahupun guru-guru dengan lebih banyak lagi.

Konklusinya, kajian ini memberikan implikasi yang amat besar kepada para guru dan
murid kerana melalui pengaplikasian teknik SALAK ini dapat membantu murid menguasai
kemahiran membina ayat tunggal. Selain itu, melalui pengaplikasian teknik SALAK, murid
bukan penutur jati bahasa Melayu akan dapat membina ayat dengan lebih gramatis serta
struktur ayat mereka juga tidak dipengaruhi oleh bahasa ibunda mereka. Oleh yang demikian,
pihak KPM sewajarnya melaksanakan bengkel kepada guru-guru yang mengajar bahasa
Melayu sama ada guru pelatih mahupun guru yang telah ditempatkan di sekolah-sekolah

84
seluruh Malaysia. Malahan guru-guru juga akan mahir bagi mendakan bengkel khas mengenai
teknik SALAK kepada murid-murid di sekolah mereka mahupun di sekolah lain supaya mereka
dapat menguasai sepenuhnya pengaplikasian teknik SALAK yang mampu membantu mereka
membina ayat tunggal. Tuntasnya, kajian ini berupaya memberi manfaat kepada pelbagai
pihak dan meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran membina ayat tunggal.

RUJUKAN
A. Rahman Haron. (2009). Membina ayat dengan Teknik SALAK dan Mencari isi karangan
dengan Teknik SALAK. Seminar Peningkatan Profesionalisme dan Kursus Kajian
Tindakan serta Inovasi Guru-Guru Cemerlang. Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat,
19 Ogos, PPD Hulu Langat.
A. Rahman Haron, Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi, Nik Mohd Rahimi Nik Yusof,
Sharifah Nor Puteh & Jamaludin Badusah. (2012). Teknik SALAK dalam menjana idea
dan membina ayat dengan cepat dan efektif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu –
JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ), 2 (2), 83-92.
A. Rahman Haron, Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi, Nik Mohd Rahimi Nik Yusof,
Sharifah Nor Puteh & Jamaludin Badusah. (2012). Membina ayat berdasarkan grafik
dengan Teknik ‘SALAK’. Kertas kerja Seminar Antarabangsa Pedagogy of Malay,
Indonesian and Other Language (PMIOL) 2012. Anjuran Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Melayu Malaysia dan Universitas Pendidikan Indonesia, Bandung,
14-15 Jun.
Ang Kean Hua, Mengenai penyelidikan dan kajian kes: satu tinjauan literatur. (2016).
Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 12(10), 49–55.
https://doi.org/10.6084/m9.figshare.3803583.v1
Creswell, J. W. (2018). Pendekatan kuantitatif dan kualitatif MIxed. Health Services
Management. Research Design, 31(3), 138–153.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) Bahasa Melayu. Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Jannah, L. M., & Prasetyo, B. (2011). Pendekatan Kuantitatif. Materi Pokok Metode Penelitian
Kuantitatif, Jurnal Penyelidikan, 1–19. http://repository.ut.ac.id/4598/2/SOSI4311-
M1.pdf
Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2008). Pengumuman Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah Tahun 2008. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Maszlee Malik. (2018). Besar maknanya 3M dalam sistem pendidikan negara.
https://www.gpsbestari.com/mobile/artikel/rencana/besar-maknanya-3m-dalam-
sistem-pendidikan-negara-maszlee-tambah-lagi-satu-m-sebagai-pelengkap-
1.886239
Mohd Firdaus Yahaya, Mohd Shahrizal Nasir, Wan Abdul Hayyi Wan Omar, Zulazhan Ab.
Halim, & Sweedan, E. N. (2014). KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA ARAB
MENERUSI AKTIVITI. Issues in Language Studies, 3(1), 36–53.
Noorazman Mahat. (2009). Panduan menulis karangan. Dipetik dari
http://karanganbagus.blogspot.com.
Soeharso, Y., & Widiastuti, E. H. (2015). Panduan Penulisan Karya Ilmiah. Jurnal Pendidikan,
22(2), 52–65.

85
T. Pernecky. (2016). Epistemology and Metaphysics for Qualitative Research. SAGE
Publications Ltd
Tay Meng Guat & Wong Shi. (2016). Minat pelajar bukan penutur natif terhadap pembelajaran
Bahasa Melayu: Satu kajian kes. Jurnal Penyelidikan IPGBL, 13, 53-63.
Yueh Wei, S. L., Lambri, A., & Kiting, R. (2020). Penguasaan kemahiran membaca Bahasa
Melayu murid bukan penutur jati di Bintulu, Sarawak. Jurnal Sains Sosial, 6(1), 33-42.
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/EJOSS/article/view/3449
Zanariah, C. H. E., & Hassan, C. H. E. (2011). Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
kemahiran menulis di sekolah rendah. Malay Language Education Journal (MyLEJ),
1(1), 67–87.

86
KAJIAN KES: PELAKSANAAN GURU SEBAGAI FASILITATOR DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Nur Adrina Farahin binti Mohd Azan


adrina09-822@epembelajaran.edu.my

Sharizan binti Abd Hamid


sharizan@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian kes ini bertujuan untuk mengkaji tahap pelaksanaan guru sebagai fasilitator dalam pengajaran
dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu dan permasalahan yang terdapat dalam pelaksanaan guru
sebagai fasilitator dalam proses PdP Bahasa Melayu di sebuah sekolah. Sampel kajian ini terdiri
daripada tiga orang guru Bahasa Melayu yang dipilih secara persampelan bertujuan. Kajian kualitatif ini
menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Data dianalisis secara triangulasi
di mana data temu bual akan disokong dengan data pemerhatian dan analisis dokumen. Analisis data
kualitatif dirumuskan bahawa terdapat tiga tema utama yang dikaitkan dengan pelaksanaan guru
sebagai fasilitator dan permasalahan yang terdapat dalam pelaksanaan guru sebagai fasilitator. Antara
tema bagi persoalan pertama ialah pelaksanaan fasilitator sebagai penggerak, pembimbing dan
pemudah cara. Manakala tema bagi persoalan kedua ialah permasalahan murid, bahan bantu mengajar
dan masa. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru memaparkan sikap yang positif sebagai fasilitator
dalam PdP Bahasa Melayu. Implikasi kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan guru
sebagai fasilitator dalam PdP Bahasa Melayu di sekolah dan cabaran guru Bahasa Melayu dalam
melaksanakan tugas sebagai fasilitator di bilik darjah.
Kata kunci: Fasilitator, pengajaran dan pembelajaran, Bahasa Melayu

ABSTRACT

This case study aims to assess the level of implementation of the teacher as a facilitator in the teaching
and learning process of Bahasa Melayu and problems in the implementation of the teacher as a
facilitator in the process of in a school. The study sample consisted of three Malay language teachers
that are selected by sampling purpose. This qualitative study uses interview, observation and document
analysis methods. Data were analyzed triangulation in which interview data would be supported with
observational data and document analysis. Qualitative data analysis concluded that there are three main
themes associated with the implementation of teachers as facilitators and the problems found in the
implementation of teachers as facilitators. Among the themes for the first question is the implementation
of facilitators as motivators, mentors and facilitators. Meanwhile, the theme for the second question is
student problems, teaching aids and time. The findings indicate that teachers show a positive attitude
as a facilitator in the teaching and learning of Malay language. The implications of this study are to
identify the level of implementation of the teacher as a facilitator in the teaching and learning of Malay
language in schools and challenges Malay langauge teachers had to go through while carrying out
duties as a facilitator in the classroom.
Keywords: facilitator, teaching and learning, Malay language

87
PENGENALAN
Menurut Noriati et al. (2016), falsafah pendidikan ialah satu bidang falsafah gunaan yang
melibatkan bidang falsafah tradisional malah pendekatannya untuk menangani persoalan
berkaitan polisi pendidikan, pembangunan manusia, teori kurikulum dan sebagainya. Bagi
mendapatkan pendidikan yang berkesan dalam kalangan masyarakat, guru memainkan
peranan penting dalam memastikan setiap proses pengajaran dan pembelajaran yang
dirancang berkesan untuk murid. Oleh itu, falsafah pendidikan amat penting kepada guru dan
menjadi asas untuk mereka merancang proses pengajaran yang berkesan.

Sehubungan itu, guru profesional haruslah sentiasa mengenal pasti kelemahan atau
masalah yang terdapat dalam sistem pengajaran mereka (Noriati et.al., 2016). Dalam
menelusuri arus perkembangan dunia pendidikan, pelbagai pendekatan yang bersesuaian
dengan murid dapat diterapkan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran
mereka. Oleh hal yang demikian, pelaksanaan guru sebagai fasilitator dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) bertepatan dengan matlamat Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) di mana guru bertindak sebagai pembimbing, motivasi dan pemudah cara
dalam proses PdP.

Namun demikian, guru-guru di sekolah masih terikat dengan menggunakan


pendekatan tradisional dalam meyampaikan proses PdP kepada murid, terutama dalam
kalangan guru-guru Bahasa Melayu. Pendekatan tradisional menitikberatkan penguasaan
pengetahuan atau nahu bahasa serta memberi penekanan kepada aspek latih tubi bagi
mengukuhkan kemahiran bahasa murid. Namun begitu, menurut Norhasni Zainal Abidin &
Azahari Ismail (2016), fasilitator tidak lagi boleh mengharapkan objektif pembelajaran yang
tertumpu kepada tahap atau aras rendah, tahap aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian turut
perlu diterjemahkan dalam aktiviti PdP. Oleh itu, guru sebagai fasilitator memainkan peranan
penting bagi mencapai objektif pembelajaran murid.

Ringkasnya, kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap pelaksanaan guru Bahasa
Melayu sebagai fasilitator dalam proses PdP. Di samping melaksanakan peranan tersebut,
kajian ini juga mengkaji tentang permasalahan guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan
peranan fasilitator dalam proses PdP Bahasa Melayu.

PERNYATAAN MASALAH
Dalam melaksanakan peranan guru sebagai fasilitator yang efektif, guru perlu melaksanakan
strategi pengajaran yang sesuai supaya murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam proses
pembelajaran berikut. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti tahap

88
pelaksanaan guru sebagai fasilitator dalam PdP Bahasa Melayu. Berdasarkan kajian Norhasni
Zainal Abidin & Azahari Ismail (2016), guru tidak merancang perancangan yang rapi sebagai
fasilitator kerana memandang perkara ini sebagai perkara yang remeh. Guru sebagai fasilitator
haruslah merancang PdP dengan lebih rapi supaya aktiviti dapat dilaksanakan dengan
berkesan.

Selain itu, berdasarkan kajian Miftahul Jannah & Junaidi (2020), guru tidak
menyediakan bahan bantu mengajar dengan baik dalam melaksanakan peranan mereka
sebagai fasilitator. Penyediaan bahan bantu mengajar oleh fasiltator dapat menarik minat
murid untuk menyertai aktiviti yang dilaksanakan oleh guru. Tambahan pula, kajian Muhamad
Nurul Farih (2020) menyatakan guru sudah terbiasa menggunakan kaedah ceramah. Oleh hal
yang demikian, guru sukar membiasakan diri melaksanakan peranan sebagai fasilitator dalam
PdP di bilik darjah. Hal ini menyebabkan pengkaji tertarik untuk melaksanakan kajian bagi
mengenal pasti tahap pelaksanaan guru sebagai fasilitator dalam PdP Bahasa Melayu.

Di samping itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti permasalahan yang
terdapat dalam pelaksanaan guru sebagai fasilitator dalam PdP Bahasa Melayu. Berdasarkan
kajian Fazian Mohamad (2014), guru tidak berminat untuk melaksanakan peranan guru
sebagai fasilitator kerana guru terpaksa menerima semua idea murid walaupun idea tersebut
tidak releven. Hal ini demikian kerana guru perlu memberi sokongan kepada murid supaya
murid sentiasa bermotivasi untuk menyertai aktiviti PdP. Seterusnya, kajian Muhamad Nurul
Farih (2020), kekurangan bahan bantu mengajar oleh guru semasa melaksanakan peranan
sebagai fasilitator. Kesannya, proses PdP sukar berjalan dengan lancar kerana bahan
pengajaran guru yang tidak mencukupi. Oleh itu, pengkaji berminat untuk mengkaji antara
permasalahan yang berlaku terhadap pelaksanaan guru sebagai fasilitator dalam PdP Bahasa
Melayu.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini mengandungi dua objektif kajian seperti yang berikut:
i. Mengenal pasti tahap pelaksanaan guru sebagai fasilitator dalam proses pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu.
ii. Mengenal pasti permasalahan yang terdapat dalam pelaksanaan guru sebagai
fasilitator dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

89
SOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian, berikut merupakan beberapa soalan kajian telah dibina untuk
kajian ini:
i. Sejauh manakah tahap pelaksanaan guru sebagai fasilitator dalam proses pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu?
ii. Apakah permasalahan yang terdapat dalam pelaksanaan guru sebagai fasilitator
dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

METODOLOGI
Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian kes. Kajian kes ini menggunakan pendekatan
kualitatif. Pendekatan ini membantu dalam penyelidikan, pemerhatian dan penelitian dalam
mengumpul data yang berkaitan dengan masalah kajian (Safiah, 2016). Pendekatan kualitatif
menekankan kepentingan pengalaman subjektif individu yang perlu dianalisis secara kualitatif
dan mempunyai makna tertentu bersifat subjektif dan personal (Syed Ismail et.al., 2018).
Kajian secara kualitatif lebih berfokus kepada pengumpulan data secara lisan melalui temu
bual atau pemerhatian dan memerlukan penglibatan sepenuhnya dalam kajian yang
dilaksanakan. Oleh itu, pemilihan pendekatan kajian kualitatif ini adalah supaya data yang
diperoleh dapat memberikan makna kepada kajian tersebut.

Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan. Menurut Syed Ismail et.al. (2018),
persampelan melalui kajian kualitatif melibatkan prosedur persampelan bukan
kebarangkalian. Melalui persampelan bukan kebarangkalian ini merangkumi pemilihan sampel
daripada suatu populasi yang telah dikenal pasti berdasarkan kriteria yang akan ditetapkan.
Oleh hal yang demikian, populasi seramai 10 orang guru bahasa Melayu di sebuah sekolah di
Zon Keramat, Kuala Lumpur telah dipilih daripada beberapa buah sekolah di sekitar Zon
Keramat, Kuala Lumpur. Berdasarkan persampelan bertujuan, pengkaji telah memilih tiga
orang guru Bahasa Melayu daripada 10 orang populasi guru di sekolah tersebut.

Kajian ini telah menggunakan tiga kaedah pengumpulan data, iaitu kaedah temu bual,
pemerhatian dan analisis dokumen. Oleh hal yang demikian, instrumen temu bual dan senarai
semak pemerhatian perlu disediakan bagi membolehkan proses pengumpulan data berjalan
dengan lancar dan mudah. Pengkaji menggunakan kaedah temu bual berstruktur
berpandukan protokol temu bual yang telah dibina Seterusnya, instrumen pemerhatian pula
menggunakan senarai semak pemerhatian yang diadaptasi daripada kajian Esi, Endang
Purwaningsih & Okianna (2016). Berdasarkan kepada Syed Ismail et.al. (2018), pengkaji
bertindak sebagai peserta melalui pemerhatian dan juga pengkaji melaksanakan pemerhatian

90
penuh terhadap sampel kajian. Manakala kaedah analisis dokumen dijalankan secara tidak
berstruktur menggunakan rancangan pengajaran harian guru sebagai rujukan.

Pembangunan instrumen kajian perlu mengambil kira aspek kesahan supaya dapatan
kajian adalah konsisten dan boleh dipercayai oleh pembaca. Kesahan bertujuan bagi
memastikan sama ada ukuran atau indikator yang digunakan itu mengandungi semua ciri
dalam konsep yang diukur (Kamarul Azmi Jasmi, 2012). Selain itu, semakan pakar adalah
perlu untuk memastikan ketepatan konstruk serta kejelasan kandungan (Mohd Faizal Nizam
Lee Abdullah & Leow Tze Wei, 2017). Oleh hal yang demikian, instrumen kajian yang dibina
oleh pengkaji telah diberikan kepada tiga pakar, iaitu pensyarah pakar bidang, pakar bahasa
dan pakar metodologi di Institut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Melayu yang mahir dan
berpengalaman dalam bidang tersebut bagi memastikan isi kandungannya bersesuaian dan
menepati objektif serta persoalan kajian.

Menurut Azizi Ahmad (2010), kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan dan


kestabilan keputusan pentaksiran. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan salah satu
cara untuk menjadikan data kualitatif ini mempunyai kepercayaan yang tinggi adalah dengan
menggunakan triangulasi kaedah. Triangulasi kaedah dalam kajian ini melalui beberapa cara
yang dipilih supaya data yang dikutip dapat mencapai tahap kepercayaan yang tinggi, iaitu
triangulasi antara hasil dapatan temu bual dengan hasil dapatan pemerhatian dan hasil
dapatan analisis dokumen. Oleh hal yang demikian, data pemerhatian dan analisis dokumen
telah dijadikan sebagai data sokongan yang tidak boleh berdiri sendiri melainkan disandarkan
bersama data temu bual.

Selanjutnya, prosedur kajian dimulakan dengan mendapatkan pengesahan pakar bagi


kesahan protokol temu bual dan senarai semak pemerhatian. Setelah mendapat kesahan
daripada pakar, pengkaji telah mendapat kebenaran daripada guru besar melalui surat
permohonan menjalankan kajian dan kutipan data daripada pengarah Institut Pendidikan
Guru, Kampus Bahasa Melayu yang bertujuan untuk membolehkan pengkaji mengutip data di
sekolah berikut. Setelah mendapat kebenaran pihak sekolah, pengkaji mengadakan
perbincangan dengan responden kajian melalui Whatsapp bagi menerangkan berkenaan
kajian dan peranan responden kajian dalam kajian ini. Melalui perbincangan tersebut, pengkaji
telah menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk menjalankan kajian terhadap
responden. Selain itu, bagi tujuan pelaporan, nama dan maklumat responden akan
dirahsiakan. Responden juga dibenarkan untuk membaca laporan dan memberi sebarang
penambahan atau komen mengenai perkara yang terkandung dalam laporan berikut.

91
Bagi kajian ini, pengkaji telah melaksanakan proses pengumpulan data secara
sistematik. Prosedur pengumpulan data dimulakan dengan sesi temu bual yang diadakan
bersama tiga responden kajian setelah mendapat persetujuan daripada mereka untuk
menjalankan proses pengumpulan data kajian. Sesi temu bual ini dilaksanakan mengikut
kelapangan masa dari pihak responden tetapi diadakan sebelum sesi pemerhatian. Sesi temu
bual telah diadakan secara atas talian di pelantar Google Meet kerana masa yang terhad untuk
diadakan di sekolah. Hal ini berikutan situasi pandemik Covid-19 yang menyebabkan
kekangan kepada pengkaji untuk menjalankan kajian di sekolah. Manakala, kaedah
pemerhatian dilaksanakan melalui video yang dirakam serta gambar-gambar responden
melaksanakan proses PdP Bahasa Melayu di bilik darjah. Responden kajian diminta untuk
merakam video dan gambar sebagai bahan untuk pengkaji menjalankan kaedah pemerhatian
terhadap responden.

Proses seterusnya, pengkaji telah melaksanakan pengumpulan rancangan


pengajaran harian daripada tiga responden. RPH yang dihantar tersebut menggunakan format
gambar kepada pengkaji untuk dianalisis dokumennya yang berkaitan. Hal yang demikian
supaya pengkaji dapat mengaitkan dan mengukuhkan hasil dapatan kajian dengan hasil
dapatan kaedah temu bual dan pemerhatian. Perkara ini juga membuktikan kebolehpercayaan
maklumat yang disampaikan oleh responden terhadap item soalan yang ditanya semasa
kaedah temu bual. Setelah selesai mengumpulkan data, pengkaji meneruskan prosedur
dengan membuat transkripsi berkaitan temu bual bersama responden. Kemudian, transkripsi
tersebut diserahkan kepada responden untuk disahkan dan dipersetujui oleh mereka.
Seterusnya, pengkaji memulakan proses menganalisis hasil dapatan daripada tiga kaedah
pengumpulan data yang diadakan bersama responden, iaitu kaedah temu bual, pemerhatian
dan analisis dokumen.

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah analisis tematik, iaitu analisis
berdasarkan tema. Analisis tematik ialah analisis paling popular yang digunakan oleh pengkaji
dalam penyelididikan kualitatif. Menurut Kamarul Azmi Jasmi (2012), analisis berdasarkan
tema merupakan kaedah analisis yang paling mudah, ringkas dan memastikan pengulangan
perbincangan tema tidak berlaku. Kaedah analisis berdasarkan tema juga merupakan kaedah
yang efektif kerana pengkaji akan mengupas secara terperinci dapatan kajian untuk dikaitkan
dengan tema (Heriyanto, 2018). Terdapat empat peringkat kaedah analisis berdasarkan tema
yang dilaksanakan oleh pengkaji, iaitu memahami data, pengkodan, mencari tema dan
persembahan dapatan kajian.

92
Pada peringkat memahami data, pengkaji membaca berulang-ulang hasil dapatan
kajian daripada tiga kaedah pengumpulan data untuk difahami dengan lebih mendalam.
Pemahaman yang jelas berkaitan transkrip temu bual dapat membantu pengkaji
menghuraikan maklumat yang dikumpul daripada responden dengan lebih jelas dan
mendalam. Hal ini demikian juga, pengkaji dapat menghubungkan hasil dapatan daripada
transkrip temu bual dengan pemerhatian dan analisis dokumen.

Selanjutnya, pengkaji meneruskan prosedur penganalisisan data dengan kaedah


kodifikasi. Menurut Noormala Ali, Mohamed Sharif Mustaffa dan Roslee Ahmad (2005),
pengkodan memudahkan pengkaji memahami maklumat yang diperolehi dan menjadi
panduan kepada pengkaji untuk menentukan perkara yang harus difokuskan kepada hasil
dapatan kajian. Melalui kaedah pengkodan tersebut, penetapan kod indeks transkripsi dibina
bagi kajian ini. Sebagai contoh, RA untuk Responden A, RB untuk Responden B dan RC untuk
Responden C yang merujuk kepada ketiga-tiga responden kajian ini. Pengkaji turut
menggunakan indeks seperti B untuk merujuk kepada baris ayat dalam transkripsi temu bual.

Seterusnya, pengkaji mencari tema yang bersesuaian dengan persoalan dan objektif
kajian. Tema ini menggambarkan perkara penting yang terdapat dalam dapatan kajian untuk
dihubungkan dengan persoalan kajian. Kajian ini mengandungi enam tema keseluruhan. Tiga
tema bagi persoalan pertama, iaitu pelaksanaan fasilitator sebagai motivasi, pembimbing dan
pemudah cara. Manakala, tiga tema bagi persoalan kedua, iaitu permasalahan murid, bahan
bantu mengajar dan masa. Berdasarkan tema berikut, pengkaji telah mengasingkan hasil
dapatan daripada temu bual yang disokong dengan pemerhatian dan analisis dokumen
kepada tema yang berkaitan dengan maklumat. Akhir sekali, hasil dapatan yang diperolehi
dihuraikan kepada penulisan naratif untuk menjawab persoalan kajian dengan terperinci.

DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian dihuraikan secara naratif melalui bentuk penulisan. Penulisan naratif adalah
bertepatan dengan konsep penyelidikan kualitatif yang memerlukan huraian berbentuk
penulisan dan penceritaan berbanding kajian kuantitatif yang berbentuk statistik. Hasil dapatan
bagi soalan kajian pertama diperincikan melalui beberapa tema yang dikaitkan dengan definisi
tahap pelaksanaan guru sebagai fasilitator dalam PdP Bahasa Melayu. Antara tema yang telah
diperincikan ialah pelaksanaan fasilitator dalam PdP Bahasa Melayu sebagai penggerak
(motivator), pelaksanaan fasilitator sebagai pembimbing dan pelaksanaan fasilitator sebagai
pemudah cara. Manakala, hasil dapatan bagi soalan kajian kedua diperincikan melalui
beberapa tema yang dikaitkan dengan permasalahan yang terdapat dalam pelaksanaan guru
sebagai fasilitator dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Antara tema

93
yang telah diperincikan ialah permasalahan murid, permasalahan bahan bantu mengajar dan
permasalahan masa.

Dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga responden, iaitu Responden A, Responden B


dan Responden C telah melaksanakan pelaksanaan fasilitator sebagai motivator, iaitu
penggerak. Alhaadi Ismail & Norimah Zakaria (2019) menyenaraikan antara usaha yang boleh
dilaksanakan sebagai penggerak bagi menyuburkan motivasi awal murid merangkumi
memperkemaskan sikap murid terhadap pembelajaran, mempertingkatkan jangkaan kejayaan
mereka, mempertingkatkan matlamat mereka, menjadikan bahan pembelajaran berkaitan
dengan mereka dan membentuk kepercayaan mereka.

Jadual 1
Analisis temu bual tema fasilitator sebagai motivator, iaitu penggerak.

Responden A Responden B Responden C


“…kita tarik minat dia dari “…saya menyediakan PdP “…kita tak boleh kata “itu
ganjaran, pujian, murid yang menyeronokkan ...” salah, awak tak boleh buat
memang seronok dapat lagi”, tidak boleh. Kita hanya
pujian...” boleh kata, bagi lagi kerja
lain, tugasan yang
seterusnya ...”

TBRA: B56-57 TBRB: B37 TBRC:47-49

Berdasarkan dapatan kajian, Responden A menyatakan dalam temu bual beliau telah
mengaplikasikan sistem ganjaran sebagai salah satu usaha bagi meningkatkan motivasi
dalam diri murid. Di samping itu, Responden A turut menjelaskan sistem ganjaran dapat
menarik minat murid untuk belajar dan melibatkan diri dalam aktiviti yang dilaksanakan oleh
guru. Sistem ganjaran ini dapat memberikan keseronokan dan meningkatkan semangat murid
dalam PdP Bahasa Melayu. Hal ini jelas dibuktikan melalui pemerhatian yang dilakukan
apabila Responden A memberikan ganjaran kepada murid yang telah melengkapkan aktiviti
yang diberikan oleh guru.

Berdasarkan dapatan kajian, Responden B menyatakan salah satu usaha beliau dalam
mewujudkan suasana PdP Bahasa Melayu yang menarik ialah beliau menyediakan rancangan
PdP yang menyeronokkan untuk murid. PdP Bahasa Melayu yang menyeronokkan dapat
meningkatkan motivasi murid untuk belajar dan mengikuti proses PdP dengan lebih
bersemangat. Hal ini disokong melalui pemerhatian pada aspek guru menyediakan bahan PdP
yang bersesuaian bagi memudahkan murid melaksanakan aktiviti.

94
Manakala, hasil temu bual Responden C menyatakan bahawa seorang guru harus
sentiasa menyokong hasil kerja murid. Kesalahan yang dilakukan oleh murid semasa
menyiapkan tugasan perlu ditegur secara baik dan bukan memarahi mereka kerana
melakukan kesalahan. Sebaliknya, guru perlu membantu murid untuk faham isi pembelajaran
tersebut dengan memberikan tugasan yang lain. Melalui cara ini, murid akan lebih bermotivasi
kerana disokong oleh guru untuk meningkatkan usaha dalam memperoleh kefahaman
terhadap isi pembelajaran Bahasa Melayu. Hal ini disokong dengan kekerapan pemerhatian
terhadap aspek guru memberi sokongan atau dorongan sepanjang pelaksanaan aktiviti PdP.
Berdasarkan pemerhatian, responden dilihat sangat kerap memberi sokongan kepada murid-
murid beliau untuk menyiapkan aktiviti semasa proses PdP.

Dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga responden, iaitu Responden A, Responden B


dan Responden C telah melaksanakan pelaksanaan fasilitator sebagai pembimbing.

Jadual 2
Analisis temu bual tema fasilitator sebagai pembimbing.

Responden A Responden B Responden C


“...ada murid tu dia tak kenal “...guru perlu menjadi rakan “...guru hanya memerhati
huruf. Kalau macam tahun 1 kepada murid atau pun guru sahaja apa yang mereka
tu, dia tak kenal huruf. Jadi, itu perlu mengenali murid...” bincangkan...”
daripada situ lah kita kena
bantu dia...”

TBRA: B41-42 TBRB: B20-21 TBRC: B26-27

Hasil dapatan daripada Responden A menyatakan bahawa guru perlu membantu


murid dalam pelbagai situasi. Kenyataan responden disokong dengan pemerhatian yang
menunjukkan responden mendekati murid untuk memberikan bimbingan terhadap proses PdP
Bahasa Melayu yang dijalankan. Dapatan ini turut disokong melalui analisis dokumen yang
menyatakan responden memberikan bimbingan kepada murid yang lemah. Hal ini dicatat pada
refleksi di ruangan RPH responden.

Selain itu, responden B menjelaskan guru perlu menjadi rakan kepada murid atau guru
perlu mengenali murid. Langkah ini memberi manfaat supaya murid selesa bersama guru dan
melibatkan diri dalam proses PdP Bahasa Melayu dengan lebih aktif. Hal ini demikian juga
dapat memudahkan guru dalam membimbing murid untuk menguasai isi pembelajaran
dengan lebih meluas. Murid juga dapat menceritakan secara terbuka mengenai masalah yang
mereka hadapi dalam pembelajaran Bahasa Melayu apabila mereka berasa selesa dengan

95
guru tersebut. Oleh itu, murid akan lebih mudah dibantu apabila guru menjadi rakan kepada
murid serta mengenali murid dengan lebih mendalam.

Responden C pula menjelaskan bahawa pelaksanaan guru sebagai fasilitator akan


memerhati setiap murid membincangkan tugasan yang diberikan di dalam kumpulan masing-
masing. Jika murid kurang memahami arahan tugasan yang disampaikan oleh guru dan
kurang memahami cara pelaksanaan tugasan tersebut, maka guru perlu menunjuk ajar murid
secara berulang kali supaya mereka faham. Proses ini merupakan proses bimbingan daripada
guru supaya murid dapat melaksanakan tugasan dan memahami hasil pembelajaran tersebut.
Hal ini demikian kerana, fasilitator merupakan pembimbing murid-murid dalam proses
pembelajaran mereka.

Dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga responden, iaitu Responden A, Responden B


dan Responden C telah melaksanakan pelaksanaan fasilitator sebagai pemudah cara.

Jadual 3
Analisis temu bual tema fasilitator sebagai pemudah cara.

Responden A Responden B Responden C


“... fasilitator ini pemudah “... guru sediakan aktiviti dan “... kita bagi satu tajuk,
cara ...” murid buat ...” mereka akan buat. Mereka
akan cari dan mereka akan
buat...”

TBRA: B18 TBRB: B29-30 TBRC: B27-28

Hasil dapatan daripada Responden A menyatakan fasilitator merupakan pemudah cara


dalam proses pembelajaran murid-murid. Guru harus menyediakan bahan maujud untuk
memudahkan proses pembelajaran murid-murid. Melalui bahan maujud juga, murid-murid
lebih seronok belajar dan mudah memahami perkara yang diajarkan oleh guru.
Selain itu, Responden B menyatakan peranan fasilitator sebagai pemudah cara ialah
guru menyediakan aktiviti dan murid akan melaksanakan aktiviti berikut. Melalui penyediaan
aktiviti dan tugasan tersebut, murid secara berkumpulan akan menyiapkan tugasan yang
diberikan pada masa yang telah ditetapkan oleh responden. Tugasan yang diberikan oleh
responden bukan sekadar latihan tetapi murid dapat memanfaatkan untuk meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran berfikir masing-masing semasa menyiapkan tugasan. Di
samping itu, murid juga dapat meningkatkan kemahiran sosial melalui aktiviti berkumpulan
yang memerlukan murid untuk mengadakan aktiviti perbincangan antara ahli kumpulan.

96
Manakala, Responden C pula menyatakan beliau memberikan satu tajuk dan tugasan
untuk diselesaikan bersama ahli kumpulan. Beliau akan memberikan bahan yang mencukupi
untuk setiap kumpulan mencari maklumat penting dan menyediakan tugasan. Langkah berikut
menunjukkan Responden C merupakan pemudah cara bagi proses pembelajaran Bahasa
Melayu kerana beliau telah melengkapkan bahan yang mencukupi dan tugasan yang harus
disiapkan untuk dibentang oleh setiap kumpulan murid. Hal ini dibuktikan melalui kekerapan
pemerhatian yang menunjukkan guru menyediakan penerangan yang meluas kepada murid
sebelum pelaksanaan aktiviti.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


Hasil dapatan bagi soalan satu menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu sekolah
rendah di sebuah sekolah di Zon Keramat, Kuala Lumpur telah melaksanakan dengan
berkesan pelaksanaan guru sebagai fasilitator dalam PdP Bahasa Melayu di bilik darjah.
Mereka mempunyai pengetahuan yang tinggi berkaitan pelaksanaan peranan guru sebagai
fasilitator dengan mengaplikasikan pelbagai strategi dan teknik supaya dapat dilaksanakan
dengan efektif. Berdasarkan kajian, hasil dapatan kajian menunjukkan dapatan yang selari
dengan dapatan kajian-kajian lepas, iaitu kajian Fazian (2014) dan kajian Muhammad Nurul
Farih (2020). Kajian tersebut menjelaskan peranan guru sebagai fasilitator berbeza dengan
pelaksanaan pendekatan konvesional yang lebih kepada guru menyampaikan maklumat dan
murid menerima maklumat yang hanya melibatkan interaksi satu hala sahaja. Pelaksanaan
peranan guru sebagai fasilitator merangkumi konsep yang meluas, iaitu melibatkan sebarang
aktiviti membimbing, membantu, memudah cara, memotivasikan dan memberikan dorongan
atau sokongan kepada murid semasa proses PdP di bilik darjah.

Manakala, hasil dapatan bagi soalan dua pula, guru mengalami permasalahan semasa
melaksanakan peranan mereka sebagai fasilitator. Permasalahan ini dikategorikan kepada
beberapa aspek, iaitu permasalahan murid, bahan bantu mengajar dan masa. Dalam kajian
lepas, permasalahan yang dikumpul melalui kajian ini selari dengan permasalahan yang
dinyatakan dalam kajian Muhamad Nurul Farih (2020) dan kajian Miftahul Jannah & Junaidi
(2020). Dalam kajian-kajian lepas telah dinyatakan beberapa masalah yang berkaitan seperti
permasalahan guru kurang pengetahuan secara menyeluruh megenai pelaksanaan guru
sebagai fasilitator. Selain itu, kajian lepas turut mendapati bahan bantu mengajar yang kurang
dan penggunaan masa yang terhad saling berkaitan dengan kajian yang dilaksanakan oleh
pengkaji.

Ringkasnya, tahap pelaksanaan guru sebagai fasilitator telah diaplikasikan secara


menyeluruh di sekolah. Guru berkemahiran dalam melaksanakan dan merancang PdP dengan

97
memainkan peranan sebagai fasilitator. Namun demikian, guru turut mengalami
permasalahan semasa melaksanakan peranan sebagai fasilitator dalam PdP Bahasa Melayu
di bilik darjah. Oleh itu, hal ini dapat dilihat bahawa guru perlu meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran mereka supaya bertambah baik dalam pelaksanaan peranan mereka sebagai
fasilitator dalam PdP Bahasa Melayu di bilik darjah bagi mengelak permasalahan berlaku
semasa proses PdP Bahasa Melayu.

Berdasarkan kajian ini, antara beberapa cadangan kepada murid dalam mengikuti
proses PdP oleh guru ialah murid perlu meningkatkan minat dan usaha dalam melibatkan diri
dalam proses PdP. Selain itu, murid juga perlu memberikan kerjasama yang baik kepada guru
semasa proses PdP dijalankan di bilik darjah. Seterusnya, cadangan kepada guru pula dalam
meningkatkan keberkesanan pelaksanaan fasilitator dalam proses PdP ialah guru perlu
memainkan peranan yang penting sebagai fasilitator dengan memastikan murid-murid dapat
melaksanakan aktiviti yang dirancang dengan berkesan. Di samping itu, guru perlu
memperbanyakkan dan mempelbagaikan aktiviti dalam proses PdP supaya proses PdP yang
menggalakkan guru sebagai fasilitator tidak membosankan kepada murid.

Tambahan pula, bagi meningkatkan pelaksanaan peranan guru sebagai fasilitator di


sekolah, pihak sekolah perlu menyediakan kemudahan yang lengkap kepada guru dan murid.
Hal ini demikian supaya proses PdP guru dan murid-murid akan menjadi lebih mudah kerana
dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang dapat membantu meningkatkan kualiti PdP
terutama semasa guru melaksanakan peranan mereka sebagai fasilitator. Selain itu, pihak
sekolah juga perlu mengadakan bengkel mengenai peranan guru sebagai fasilitator. Tujuan
bengkel ini supaya guru-guru dapat memahami dengan lebih jelas mengenai peranan mereka
dan teknik pengajaran yang perlu digunakan dalam memainkan peranan mereka sebagai
fasilitator di bilik darjah, terutama kepada guru-guru Bahasa Melayu.

Antara cadangan lanjutan berdasarkan kajian ialah pengkaji seterusnya dapat


menggunakan teori lain selain teori scaffolding, iaitu teori konstruktivisme. Teori
konstruktivisme memerlukan murid untuk membina pengetahuan mereka sendiri yang
melibatkan guru sebagai pembimbing kepada murid sekali gus sejajar dengan kajian ini. Selain
itu, pengkaji dapat melibatkan lebih dari tiga orang responden dalam kalangan guru serta
menambah responden dari kalangan murid untuk kajian yang berikutnya. Di samping itu,
kajian berikutnya dapat dilakukan dengan menggunakan reka bentuk dan pendekatan yang
berbeza, iaitu reka bentuk kuasi eksperimental yang melibatkan pra dan post. Melalui reka
bentuk kajian kuasi eksperimental, kajian tersebut dapat melihat tahap keberkesanan
pelaksanaan peranan guru sebagai fasilitator dalam PdP Bahasa Melayu di bilik darjah.

98
Selanjutnya, kajian ini memberikan implikasi terhadap pengetahuan, praktikal dan
teori. Guru dapat meningkatkan pengetahuan mereka mengenai peranan sebagai fasilitator
dalam menguruskan proses PdP murid-murid di bilik darjah. Kajian ini juga dapat
meningkatkan pengetahuan ramai guru bukan sahaja dari kalangan guru-guru Bahasa Melayu
tetapi dapat diaplikasikan oleh guru-guru mata pelajaran lain. Di samping itu, implikasi praktikal
yang diperoleh melalui kajian ini antaranya ialah guru boleh mempraktikkan cara tersebut
dalam pengajaran mereka. Guru dapat menjadikan strategi responden dalam menguruskan
PdP yang melibatkan guru sebagai fasilitator sebagai amalan dalam merancang proses PdP
yang berkesan kepada murid. Antara implikasi teori dalam kajian ialah guru dapat
mengaplikasikan penggunaan teori scaffolding dalam proses PdP yang dirancang. Hal ini
demikian kerana guru telah mendapat gambaran jelas mengenai teori scaffolding yang
menghubungkan pengetahuan baharu dan pengetahuan sedia ada murid. Guru sebagai
penghubung, iaitu sebagai pembimbing atau pembantu murid dalam mencapai pengetahuan
baharu dalam kalangan murid.

RUJUKAN

Alhaadi Ismail, and Norimah Zakaria, (2019) Faktor yang mempengaruhi motivasi
pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid di SJKC Chung Hwa Teluk
Kemang. International Journal of the Malay World and Civilisation, Vol 7 No 3, 23-30.
Retrieved from
http://journalarticle.ukm.my/view/creators/Alhaadi_Ismail=3A=3A=3A.html
Azizi Yahya & Chu Siew Pang. (2010). Teori-teori pembelajaran. Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia.
Esi, Endang Purwaningsih & Okianna. (2016). Peranan Guru Sebagai Fasilitator Dan Motivator
Dalam Meningkatkan Hasil Belajar Di Kelas Xi SMK. Jurnal Pendidikan dan
Pembelajaran Khatulistiwa Vol 5 No 10, 1-14. Retrieved from
https://jurnal.untan.ac.id/index.php/jpdpb/article/view/17132/14624
Fazian Mohamad. (2014). Peranan Guru Sebagai Fasilitator Pembelajaran Berdasarkan
Masalah (PBM) dalam Mata Pelajaran Sains. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Retrieved from http://eprints.utm.my/id/eprint/78142/1/FazianMohamadMFP20141.pdf
Heriyanto. (2018). Thematic Analysis sebagai Metode Menganalisa Data untuk Penelitian
Kualitatif. ANUVA Vol 2 No 3, 317-324. Retrieved from
https://ejournal2.undip.ac.id/index.php/anuva/article/view/3679/2059
Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Tesis Pra Lapangan Kajian dalam Penyelidikan Kualitatif. Kursus
Penyelidikan Kualitatif Siri 1 (pp. 1-12). Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Retrieved
from
https://www.researchgate.net/publication/293097744_Tesis_Pra_Lapangan_Kajian_d
alam_Penyelidikan_Kualitatif

99
Miftahul Jannah & Junaidi. (2020). Faktor Penghambat Guru sebagai Fasilitator dalam
Pembelajaran Sosiologi di SMAM 2 Batusangkar. Jurnal Kajian Pendidikan dan
Pembelajaran VOL. 1 NO. 3, 191-198. Retrieved from
http://sikola.ppj.unp.ac.id/index.php/sikola/article/view/25/21
Muhamad Nurul Farih. (2020). Peran Guru Sebagai Fasilitator dalam Proses Pembelajaran
Pendidikan Sejarah di SMA Negeri 1 Kajen Kabupaten Pekalongan. Jurusan Sejarah
Fakultas Ilmu Sosial Univeritas Negeri Semarang, 1-74. Retrieved from
http://lib.unnes.ac.id/42774/1/3101413045%20-%20Nurul%20Farih.pdf
Mohd Faizal Nizam Lee Adullah & Leow Tze Wei. (2017). Kesahan dan Kebolehpercayaan
Instrumen Penilaian Kendiri Pembelajaran Geometri Tingkatan Satu. Malaysian
Journal of Learning and Instruction, VOL 14, NO. 1, 211-265. Retrieved from http://e-
journal.uum.edu.my/index.php/mjli/article/view/mjli2017.14.1.9
Noormala Ali, Mohamed Sharif Mustaffa & Roslee Ahmad. (2005). Pendekatan Temubual
Sebagai Metod Kajian Kes: Suatu Persepsi di Kalangan Pelajar Perempuan
Cemerlang Terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Universiti Teknologi
Malaysia. Retrieved from
http://eprints.utm.my/id/eprint/2212/1/91.DrMuhdSharif%26Roslee.pdf
Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zullkifli Mahayudin & Zakiah Noordin. (2016). Falsafah
dan Pendidikan di Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Norhasni Zainal Abidin & Azahari Ismail. (2016). Peranan Fasilitator dalam Perbincangan
Kumpulan. Jurnal Indonesia untuk Kajian Pendidikan 1(1), 69-76. Retrieved from
https://ejournal.upi.edu/index.php/mimbardik/article/view/1754/pdf
Safiah Harun. (2016). Pelajar bahasa melayu dalam kelas inklusif; satu kajian kes. Jurnal
Penyelidikan Dedikasi (10) (160-176).
Syed Ismail Syed Mustapa, Ismail Raduan & Bushro Ali. (2018). Asas penyelidikan dalam
pendidikan. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

100
TINJAUAN TERHADAP TAHAP KEYAKINAN DAN TAHAP PENGGUNAAN MEDIA
INTERAKTIF DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Nur Amirah binti Shahri


amirah09-823@epembelajaran.edu.my

Suhasni bin Dollah


suhasnidallas@gmail.com

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


59990 Lembah Pantai
Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap keyakinan dan tahap penggunaan media
interaktif dalam pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Kajian ini menggunakan pendekatan
kuantitatif berbentuk kajian tinjauan yang menggunakan set soal selidik sebagai instrumen kajian.
Responden kajian terdiri daripada 52 orang guru bahasa Melayu dari lapan buah sekolah kebangsaan
di zon Tasek Gelugor. Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan program The Statistical Packages
for the Social Sciences (SPSS) versi 26.0. Analisis deskriptif adalah melibatkan peratusan, kekerapan,
min dan sisihan piawai. Hasil kajian ini menunjukkan tahap keyakinan guru bahasa Melayu terhadap
pengaplikasian media interaktif dalam pengajaran Bahasa Melayu berada pada tahap tinggi dengan
skor min (µ=3.84). Namun, tahap penggunaan media interaktif dalam kalangan guru Bahasa Melayu
dalam pengajaran Bahasa Melayu berada pada tahap sederhana dengan skor min (µ=3.48).
Berdasarkan dapatan kajian ini, dicadangkan agar penggunaan media interaktif diteruskan namun perlu
usaha penambahbaikan supaya guru dapat meningkatkan tahap penggunaan media interaktif tersebut
sebagai medium utama pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Kata kunci: Media interaktif, tahap keyakinan, tahap penggunaan, guru bahasa Melayu, pengajaran
Bahasa Melayu

ABSTRACT

This research aims to identify the level of confidence and the level of use of interactive media in teaching
Malay Language in primary schools. This research uses a quantitative approach in the form of a survey
study that uses a set of questionnaires as research instruments. The respondents comprised of 52
Malay Language teachers from eight primary schools in the zone Tasek Gelugor. The data of this study
were analyzed using The Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) version 26.0. Descriptive
analysis involves percentage, frequency, mean and standard deviation. The results of this study indicate
the level of confidence of Malay Language teachers for application of interactive media in teaching Malay
Language at the high level with the mean (μ = 3.84). However, the use of interactive media among
Malay Language teachers in teaching Malay Language at a moderate level with a mean (μ = 3.48).
Based on these findings, it is suggested that the use of interactive media continue but need improvement
so that teachers can improve the use of interactive media such as the main medium of teaching and
learning Malay Language.
Keywords: Interactive media, the confidence level, the level of use, the Malay Language teacher,
teaching Malay Language

101
PENGENALAN

Kualiti pendidikan untuk anak-anak bangsa negara kita seharusnya dipertingkatkan dengan
pelbagai pembaharuan dan perubahan. Terdapat banyak transformasi yang telah dilakukan
oleh kerajaan kita dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan di negara kita. Menerusi Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM, 2012) menyatakan bahawa Malaysia telah lama menyedari potensi transformasi
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pendidikan. Kajian semula UNESCO
menunjukkan bahawa Malaysia adalah antara negara pertama di dunia yang mempunyai
pelan strategik TMK untuk sistem pendidikan. Kajian semula ini juga menyatakan terdapat
pelbagai dasar dan pelan yang hebat telah dibangunkan sejak 1990, termasuk Pelan Strategik
bagi Sekolah Bestari dan Dasar TMK dalam Pendidikan 2010. Kini dalam anjakan ketujuh
PPPM 2013-2025, KPM mempunyai aspirasi untuk memanfaatkan TMK dalam meningkatkan
pemikiran yang mendalam serta menambah baik kualiti keseluruhan pendidikan di Malaysia.

TMK semakin hari semakin bertambah maju. Bagi mencapaiaspirasi tersebut, dunia
pendidikan perlu berkembang seiring dengan kemajuan TMK pada masa kini. Pengintegrasian
teknologi dalam pengajaran akan menjadikan pengajaran tersebut lebih menarik, bermakna
dan produktif dengan penggabungjalinan penggunaan media interaktif. Menurut Zamri
Mahamod dan Mohamed Amin (2008), media interaktif mampu menyampaikan sesuatu
maklumat dengan cepat, tepat dan mampu menjadi daya tarikan bagi mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan. Hal ini kerana bahan teknologi maklumat biasanya
menggabungkan teknik suara, bunyi, gambar, video serta teks yang pelbagai untuk
mewujudkan pembelajaran yang menarik dan berkesan. Sehubungan dengan itu, murid-murid
yang menggunakan media interaktif sebagai medium menguasai pembelajaran akan lebih
fleksibel dan lebih bebas untuk mencari ilmu pengetahuan. Manakala menurut Doyle (2007),
TMK membantu murid untuk meningkatkan pencapaian bahasa menerusi penggunaan teknik
yang sistematik dan berpusatkan murid.

Murid zaman sekarang sangat berbeza dengan murid zaman dahulu. Mereka amat
mahir menggunakan teknologi dan sejak kecil mereka sudah didedahkan dengan
pembelajaran menggunakan TMK. Jadi, pendidik perlu berusaha mengejar zaman teknologi
yang penuh dengan cabaran. Menurut Zulzana Zulkarnain et al. (2012), bentuk pembelajaran
pada abad ke-21 masih tetap berpusatkan guru, tetapi guru memainkan peranan lebih penting
untuk melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Bagi memastikan proses
pembelajaran berlangsung dengan lebih kondusif dan sesuai dengan keperluan Abad Ke-21
(PAK-21) yang terkandung di dalam dokumen standard Bahasa Melayu Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), cara

102
pengarajaran dan pedagogi di dalam kelas perlu di ubahsuai. Salah satu platform yang dapat
digunakan ialah media interaktif seperti Microsoft Power Point, Youtube, Kahoot, Wordwall
dan sebagainya.

Di dalam kelas, pencapaian murid akan terbantut jika guru menggunakan teknik
pengajaran yang tidak sesuai dan tidak menarik. Menurut Abd. Aziz Abd. Talib (2007), teknik
yang tidak sesuai akan menyebabkan topik menjadi tidak menarik, di samping menjadikan
murid tidak dapat menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Tetapi penggunaan media
interaktif dapat menjadikan pembelajaran menjadi lebih menarik dan menekankan pedagogi
yang melibatkan hubungan antara pemikiran aktif pelajar dengan kandungan pelajaran yang
menekan perhatian, pengekalan tujuan pelajar semasa belajar di dalam kelas. Pendekatan ini
juga menyediakan maklum balas segera yang murid boleh menggunakan pengetahuan baru
untuk menyelesaikan masalah dan mereka mempunyai lebih pilihan sumber rujukan untuk
menyelesaikan tugasan mereka.

Sejajar dengan itu, guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah
sekarang perlu berperanan sebagai pemudahcara dan perlu bertindak sebagai agen
perubahan. Selain itu, guru perlulah kreatif dan inovatif dalam proses PdP agar sistem
pendidikan sekarang menjadi lebih efisyen, efektif dan menyeronokkan bagi pelajar.
Pengintegrasian media interaktif dalam proses PdP boleh menjadikan persekitaran
pembelajaran di sekolah lebih canggih, futuristik dan sesuai dengan era teknologi maklumat
(Syed Ismail & Ahmad Subkhi 2010). Pengajaran menggunakan media interaktif juga
membolehkan sesi pembelajaran menjadi lancar, menjimatkan masa, tenaga serta sumber-
sumber kewangan (Khadijah, et al., 2014).

PERNYATAAN MASALAH

Menurut Rashidi Azizan (2007), kegagalan dalam merancang dan menentukan teknik
pengajaran Bahasa Melayu menyebabkan isi pelajaran gagal disampaikan secara berkesan.
Berdasarkan kajian lampau, kualiti pengajaran merupakan aspek penting dalam menarik minat
dan meningkatkan kemahiran berbahasa murid. Proses pendidikan dalam bilik darjah
memainkan peranan yang penting bagi memastikan pembelajaran berlaku. Guru mempunyai
pelbagai pilihan yang boleh membantunya mencapai objektif pengajaran.

Namun, pengajaran tradisional “chalk and talk” telah menjadi kebiasaan bagi guru
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan guru seharusnya mencari kaedah baharu bagi
menarik minat dan kefahaman murid. Menurut Noriah et al., (2002), cara pengajaran
tradisional seperti teknik chalk and talk hanya membenarkan maklumat yang terhad untuk
disampaikan daripada guru kepada murid. Menurut Yee Chee Hong dan Amir Hamzah (2012),
guru harus merancang dan melaksanakan pendekatan dan strategi pengajaran yang paling

103
sesuai untuk pengajaran pembelajaran bagi memastikan semua pelajar menguasai ilmu
pengetahuan yang disampaikan. Ini disokong oleh Sharil @ Charil Hj Marzuki (2005) yang
mengatakan pengajaran dan pembelajaran guru dianggap baik jika guru berupaya
mempelbagaikan kaedah pengajaran, menyediakan alat bantu yang sesuai dan mendalami isi
kandungan yang diajar. Guru perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam menjayakan pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan.

Kajian lepas menunjukkan bahawa guru-guru belum berkeyakinan dalam


menggunakan media interaktif di dalam kelas (Rohani, 2011). Malah, mereka kurang yakin
bahawa media interaktif mampu membaiki cara pengajaran dan meningkatkan keupayaan
murid. Dapatan kajian ini selari dengan kajian oleh Tengku Norhayati (2015) yang mengatakan
bahawa guru-guru mempunyai keyakinan yang kurang dan sederhana terhadap penggunaan
media interaktif. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengukur tahap keyakinan
dalam kalangan guru bahasa Melayu terhadap pengaplikasiaan media interaktif dalam
pengajaran sama ada pada tahap rendah, sederhana atau tinggi.

Selain itu, dapatan kajian lepas banyak membuktikan bahawa terdapat banyak
manfaat yang diperoleh apabila guru-guru menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) seperti media interaktif dalam pengajaran di sekolah, namun, kajian berkaitan
penggunaan media interaktif dalam kalangan guru di Malaysia menunjukkan tahap rendah
(Abdul Wahab et al, 2006) dan sederhana (Tengku Norhayati, 2015). Hal ini memberi
gambaran bahawa guru kurang mengaplikasikan sepenuhnya teknologi dalam pengajaran
dan pembelajaran. Oleh itu, kajian ini perlu dijalankan untuk mengenal pasti penggunaan
media interaktif oleh guru-guru bahasa Melayu dalam pengajaran Bahasa Melayu sama ada
pada tahap rendah, sederhana atau tinggi.

OBJEKTIF KAJIAN

Secara khusus, kajian ini mempunyai dua objektif, iaitu:


i. Untuk mengukur tahap keyakinan guru-guru bahasa Melayu terhadap pengaplikasian
media interaktif dalam pengajaran Bahasa Melayu.
ii. Untuk mengenal pasti tahap penggunaan media interaktif dalam kalangan guru-guru
bahasa Melayu dalam pengajaran Bahasa Melayu.

PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian tersebut, soalan kajian adalah seperti berikut:


i. Apakah tahap keyakinan guru-guru bahasa Melayu terhadap pengaplikasikan media
interaktif dalam pengajaran Bahasa Melayu?

104
ii. Apakah tahap penggunaan media interaktif dalam kalangan guru-guru bahasa Melayu
dalam pengajaran Bahasa Melayu?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini telah menggunakan reka bentuk kajian tinjauan berbentuk deskriptif. Reka bentuk
kajian tersebut dipilih berdasarkan kelebihan yang dinyatakan oleh Chua (2014) yang
menerangkan bahawa kaedah tinjauan merupakan satu kaedah kajian yang terbaik untuk
mengumpul maklumat secara langsung daripada responden berkaitan dengan perasaan,
motivasi, sikap, kepercayaan, tingkah laku dan lain-lain maklumat yang berkaitan dengan
sekumpulan individu. Pernyataan ini disokong oleh Mathers et al. (2009) yang menjelaskan
bahawa kaedah tinjauan adalah merupakan proses untuk mengumpulkan penerangan
terperinci berhubung dengan sesuatu fenomena yang berlaku, bertujuan untuk menggunakan
data bagi membuktikan situasi dan amalan-amalan yang wujud.

Populasi dalam kajian ini terdiri daripada 60 orang guru bahasa Melayu sekolah
kebangsaan di sekitar zon Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Dalam kajian yang dijalankan ini,
populasi dan sampel ditentukan berpandukan jadual penentu saiz sampel Krejcie dan Morgan
(1970). Berdasarkan jadual penentu saiz sampel tersebut, jumlah saiz sampel minimum yang
diperlukan bagi populasi 60 orang adalah seramai 52 orang. Oleh itu, responden sebenar yang
digunakan dalam kajian ini adalah seramai 52 orang guru bahasa Melayu dari lapan buah
sekolah kebangsaan yang terdapat di zon Tasek Gelugor yang dipilih berdasarkan teknik
persampelan rawak mudah.

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah terdiri daripada item-item soal
selidik yang diadaptasi dan diubahsuai daripada instrumen kajian-kajian lepas mengikut
kesesuaian konteks kajian, iaitu media interaktif. Soal selidik ini mempunyai pemboleh ubah
yang telah dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C.
Bahagian A adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri demografi yang terdiri daripada enam item.
Instrumen pada Bahagian B pula melibatkan perkara yang berkenaan dengan tahap keyakinan
guru-guru bahasa Melayu terhadap pengaplikasian media interaktif semasa proses
pengajaran. Jumlah item pada bahagian ini ialah 10 item. Seterusnya, Bahagian C melibatkan
perkara yang berkaitan dengan tahap penggunaan media interaktif oleh guru-guru Bahasa
Melayu di dalam kelas. Jumlah item pada bahagian ini juga ialah sebanyak 10 item. Bagi soal
selidik pada bahagian B dan C, format maklum balas adalah merujuk kepada Skala Likert lima
poin.

Instrumen soal selidik dalam kajian ini diuji melalui kajian rintis kepada 30 orang
responden. Hasil analisis kajian rintis mendapati bahawa Nilai Alpha Cronbach bagi soal

105
selidik ialah 0.922 yang bermaksud kebolehpercayaan sangat tinggi. Dalam kajian ini, soal
selidik dijawab oleh 52 orang guru Bahasa Melayu dari lapan buah sekolah di zon Tasek
gelugor, Pulau Pinang. Data soal selidik dianalisis secara deskriptif iaitu melihat skor min dan
sisihan piawai. Skala Likert menggunakan lima poin sesuai digunakan kerana mempunyai
keupayaan mendapatkan data. Interprestasi skor min bagi kajian ini telah menggunakan
sumber daripada Jamil Ahmad (2002) dan pemeringkatan skala skor min adalah seperti dalam
Jadual 1 di bawah.

Jadual 1
Interpretasi Skala Skor Min

Skor min Tahap Interpretasi skor min


1.00 – 2.33 Rendah Kurang setuju / kurang membantu / kurang mahir /
kurang memenuhi / tidak pasti / kadang-kadang / tiada /
sebahagian kecil
2.34 – 3.66 Sederhana Setuju / membantu / mahir / memenuhi / separuh
3.67 – 5.00 Tinggi Sangat setuju / sangat membantu / sangat mahir /
sangat memenuhi / sangat selalu / semua / sebahagian
besar

Dalam kajian ini, tahap keyakinan dan tahap penggunaan media interaktif dalam
kalangan guru-guru bahasa Melayu dalam pengajaran Bahasa Melayu dikategorikan kepada
tiga tahap iaitu 1.00 hingga 2.33 menujukkan tahap rendah, skor min 2.34 hingga 3.66
menunjukkan tahap sederhana dan skor min 3.67 hingga 5.00 menunjukkan tahap tinggi

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini menjawab kepada dua soalan kajian iaitu berkaitan tahap keyakinan dan
tahap penggunaan media interaktif dalam kalangan guru-guru bahasa Melayu dalam
pengajaran Bahasa Melayu.

Jadual 2
Analisis Item Tahap keyakinan guru bahasa Melayu terhadap pengaplikasian media interaktif
dalam pengajaran Bahasa Melayu

Bil Item Min Sisihan piawai Deskripsi


Saya mempunyai keyakinan untuk
1 menggunakan media interaktif di 3.65 0.861 Sederhana
dalam kelas Bahasa Melayu.
Saya yakin dapat merancang
2 penghasilan media interaktif dengan 3.48 0.610 Sederhana
baik dan bersistematik.
Saya yakin dengan menggunakan
3 media interaktif tingkah laku murid 3.54 0.753 Sederhana
dapat dikawal.

106
Saya yakin dapat menghidupkan
suasana yang menarik dalam
4 4.21 0.605 Tinggi
pengajaran menggunakan media
interaktif.
Saya yakin mampu menarik minat
5 murid dengan menggunakan media 4.58 0.499 Tinggi
interaktif.
Saya yakin dengan pengetahuan
tentang media interaktif yang saya
6 3.52 0.610 Sederhana
pelajari semasa mengikuti kursus
perguruan.
Saya yakin prestasi murid meningkat
dengan menggunakan media
7 3.79 0.605 Tinggi
interaktif.
Saya yakin kaedah menggunakan
8 media interaktif lebih berkesan 3.75 0.519 Tinggi
daripada kaedah konvensional.
Saya yakin media interaktif adalah
satu kaedah yang terbaik untuk
9 3.85 0.697 Tinggi
mengukuhkan pengetahuan dalam
kalangan murid.
Saya yakin pengajaran
menggunakan media interaktif dapat
10 4.04 0.713 Tinggi
memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu.
Keseluruhan 3.84 0.281 Tinggi

Berdasarkan jadual 2, skor min dan sisihan piawai bagi tahap keyakinan guru-guru
bahasa Melayu terhadap pengaplikasian media interaktif dalam pengajaran Bahasa Melayu
ialah (µ=3.84) dan (SP=0.281) dengan skor interpretasi keseluruhan pada tahap tinggi. Ini
memberi gambaran bahawa guru-guru bahasa Melayu memberikan pandangan positif
terhadap pengaplikasian media interaktif dalam pengajaran Bahasa Melayu. Skor min paling
tinggi iaitu (µ=4.58) pada item 5 menunjukkan responden sangat bersetuju bahawa media
interaktif mampu menarik minat murid. Skor min paling rendah pula ialah (µ=3.48) pada item
2 iaitu berkenaan keyakinan dalam merancang penghasilan media interaktif dengan baik dan
bersistematik. Keyakinan untuk merancang penghasilan media interaktif amatlah penting
supaya proses pengajaran yang bakal dilakukan berjalan dengan lancar. Namun, guru-guru
sederhana yakin dengan kemampuan diri sendiri untuk menghasilkan pengisian pegajaran
menggunakan media interaktif.

107
Jadual 3
Analisis item Tahap penggunaan media interaktif oleh guru-guru bahasa Melayu dalam
pengajaran Bahasa Melayu

Bil Item Min Sisihan piawai Deskripsi


Saya menggunakan media interaktif
1 sepenuhnya dalam pengajaran 2.77 0.645 Sederhana
Bahasa Melayu.
Saya mengajar dengan berkesan
2 apabila menggunakan media 3.81 0.841 Tinggi
interaktif.
Saya berasa selesa jika mengajar
3 Bahasa Melayu menggunakan media 3.04 0.625 Sederhana
interaktif.
Saya menggunakan media interaktif
4 4.02 0.727 Tinggi
untuk tajuk yang tertentu sahaja.
Saya menggunakan media interaktif
5 3.42 0.915 Sederhana
untuk aktiviti pengayaan.
Saya menggunakan media interaktif
6 2.87 0.687 Sederhana
untuk aktiviti pemulihan.
Saya gemar menggunakan media
7 interaktif Microsoft Power Point 3.98 0.754 Tinggi
dalam pengajaran Bahasa Melayu.
Saya gemar menjalankan aktiviti kuiz
8 secara atas talian menggunakan 2.83 0.617 Sederhana
media interaktif Kahoot.
Saya gemar menggunakan video dan
9 audio daripada media interaktif 3.98 0.779 Tinggi
Youtube dalam pengajaran saya.
Saya berminat untuk mempelajari
10 lebih banyak kemahiran 4.12 0.615 Tinggi
menggunakan media interaktif.
Keseluruhan 3.48 0.239 Sederhana

Berdasarkan Jadual 3, skor min dan sisihan piawai bagi tahap penggunaan media
interaktif oleh guru-guru Bahasa Melayu dalam pengajaran Bahasa Melayu ialah (µ=3.48) dan
(SP=0.280) dengan skor interpretasi keseluruhan masih pada tahap sederhana. Ini
menunjukkan penggunaan media interaktif dalam pengajaran Bahasa Melayu hanya jarang-
jarang sahaja digunakan oleh guru, yakni purata penggunaan antara tiga hingga empat kali
dalam sebulan. Dengan ini menjelaskan bahawa guru-guru Bahasa Melayu di zon Tasek
Gelugor lebih banyak menggunakan kaedah konvensional dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Skor min paling tinggi ialah (µ=4.12) pada item 10 yang menunjukkan guru
berminat untuk mempelajari lebih banyak kemahiran menggunakan media interaktif. Skor min
paling rendah ialah (µ=2.77) pada item 1 yang menunjukkan guru kurang menggunakan media
interaktif sepanjang proses pengajaran berlangsung, iaitu daripada bahagian set induksi
hingga bahagian penutup proses pengajaran dan pembelajaran. Jelas menunjukkan bahawa

108
guru-guru masih cenderung untuk menggunakan kaedah konvensional dalam pengajaran
Bahasa Melayu.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap keyakinan guru Bahasa Melayu terhadap
pengaplikasian media interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berada
pada tahap yang tinggi dengan skor min (µ=3.84). Hasil dapatan kajian ini selari dengan
dapatan kajian Siti Aminah Sallehin & Fazlinda bt. Abd. Halim (2018). Dalam kajian tersebut,
didapati keyakinan guru terhadap penggunaan media interaktif dalam pengajaran dan
pembelajaran berada pada tahap yang tinggi dengan skor min (µ=4.23). Guru yakin dan
beranggapan bahawa penjelasan sesuatu topik akan menjadi lebih mudah apabila
menggunakan video dan animasi yang lebih realistik berbanding hanya penerangan semata-
mata. Malah, turut disokong oleh kajian Singh dan Chan (2014) yang mengatakan
penggunaan media interaktif mampu menjanakan satu persekitaran pembelajaran kreatif dan
kondusif yang mampu mengubah proses pengajaran dan pembelajaran. Dapat disimpulkan
bahawa guru-guru sedar akan penggunaan media interaktif mampu mendatangkan kesan
yang terbaik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan media interaktif
dalam kalangan guru-guru Bahasa Melayu dalam pengajaran Bahasa Melayu adalah
sederhana dengan skor min (µ=3.48). Dapatan ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh
Tengku Norhayati (2015) dengan skor min (µ=3.26). Hasil kajian ini menunjukkan bahawa min
yang paling rendah iaitu (µ=2.77) ialah guru kurang menggunakan media interaktif
sepenuhnya dalam pengajaran Bahasa Melayu. Antara faktor yang menjurus kepada perkara
ini ialah dari segi kekangan waktu dan ini disokong oleh dapatan kajian Simin et al (2016) yang
menyatakan bahawa antara cabaran yang guru hadapi untuk pelaksanaan teknologi dalam
kelas ialah kekangan masa. Selain itu, dapatan ini juga jelas menunjukkan bahawa guru lebih
selesa membuat kuiz atau latih tubi secara tradisional. Berdasarkan analisis kajian, Microsoft
Power Point merupakan platform yang paling popular dalam kalangan guru-guru bahasa
Melayu. Sebahagian besar responden iaitu 78.9% guru pernah menggunakan Microsoft Power
Point dalam pengajaran. Hasil dapatan ini selari dengan kajian Zaidatun dan Lim (2015) yang
mendapati bahawa hanya perisian Microsoft Power Point merupakan aplikasi yang kerap dan
mudah diaplikasikan oleh guru. Perisian Microsoft Power Point banyak membantu menjayakan
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Implikasinya, kajian ini memberikan nilai tambah dalam beberapa aspek. Antaranya
ialah implikasi pengetahuan di mana kajian ini berupaya untuk memberi pengetahuan kepada
guru tentang jenis media interaktif yang mereka masih tidak ketahui. Walaupun dapatan kajian

109
mendapati Microsoft Power Point paling banyak digunakan dalam kalangan guru, secara tidak
langsung kajian ini memberi pengetahuan kepada guru tentang media interaktif yang masih
tidak diketahui dan boleh diterokai oleh mereka. Antaranya ialah Kahoot dan Wordwall.
Dengan itu, guru berupaya meneroka dan memahami fungsi-fungsi yang terdapat pada setiap
perisian untuk digunakan dalam pengajaran mereka. Kajian ini turut memberi maklumat secara
deskriptif kepada KPM bahawa penggunaan media interaktif dalam kalangan guru Bahasa
Melayu di zon Tasek Gelugor masih pada tahap sederhana. Dapatan ini dapat membantu
pihak KPM untuk membuat persediaan dalam merangka strategi-strategi yang lebih dinamik
untuk menggalakkan penggunaan media interaktif di sekolah pada masa hadapan.

Seterusnya, kajian ini memberikan implikasi praktikal di mana kajian-kajian lepas


banyak dilaksanakan kepada guru-guru sekolah tanpa membataskan sampel kajian tersebut
kepada mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan itu, dapatan kajian tersebut telah mewakili
guru sekolah mengikut mata pelajaran yang dikaji. Sebaliknya, dalam kajian ini pula telah
memfokuskan guru-guru Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan sebagai sampel kajian. Hal
ini amat penting kerana guru Bahasa Melayu turut disarankan menggunakan media interaktif
untuk meningkatkan kemahiran bahasa dalam kalangan murid.

Antara cadangan untuk kajian ini ialah pihak KPM disarankan untuk bekerjasama
dengan JPN bagi mengenal pasti sekolah-sekolah yang menghadapi masalah kemudahan
TMK terutamanya dari segi capaian internet dan peranti mudah alih. Berdasarkan itu, KPM
perlu merancang peruntukan kewangan yang lebih efisien untuk membiayai pembelian dan
penyelenggaran peralatan mudah alih dan capaian internet. KPM juga boleh bekerjasama
dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk merancang Strategi
Pelaksanaan Jalur Lebar Negara atau dikenali sebagai Pelan Jalur Lebar Negara (NBI)
kepada sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Dengan itu, para guru pasti lebih bermotivasi untuk
meningkatkan penggunaan media interaktif dalam pengajaran mereka jika dibantu dan diberi
kemudahan serta sokongan oleh semua pihak yang terlibat dalam usaha untuk
menjayakannya.

Di samping itu, cadangan kepada pihak sekolah ialah pihak pentadbir sekolah boleh
memohon jasa baik pihak JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk mengadakan satu
progam peningkatan kemahiran yang mana program ini akan menjadi satu platform bagi guru
agar dapat mendapatkan maklumat yang terkini mengenai kaedah penggunaan media
interaktif. Oleh itu, pentadbir sekolah boleh mula membudayakan media interaktif dalam
komuniti sekolah dengan menjadikan media interaktif sebagai medium untuk menyampaikan
informasi. Pihak pentadbir sekolah juga perlu kerap memantau penggunaan media interaktif
dalam proses PdP. Pentadbir sekolah boleh mengatur pencerapan proses pengajaran guru

110
secara berkala. Dengan ini, pentadbir sekolah sendiri boleh mengenal pasti kelebihan dan
kelemahan yang terdapat pada pelaksanaan media interaktif ini. Kemudian, laporan bagi
setiap pencerapan tersebut boleh diberikan kepada PPD untuk tujuan tindakan susulan. Selain
itu, sokongan pentadbir sekolah terutamanya Guru Besar boleh ditunjukkan dengan cara
menyediakan insentif sebagai galakan melalui penilaian penggunaan oleh guru yang aktif
menggunakan media interaktif dalam pengajaran. Mungkin dengan memberi sedikit token atau
hadiah dapat merangsang minat dan motivasi guru-guru untuk terus menggunakan media
interktif dalam pengajaran mereka.

Cadangan kepada guru pula ialah guru tidak boleh menjadikan kekangan sedia ada
sebagai alasan untuk tidak menggunakan media interaktif ini dalam pengajaran. Oleh itu, para
guru perlu lebih cekap dan mempunyai rancangan alternatif untuk menggunakan media
interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, hasil
kajian ini mendapati para guru menunjukkan persepsi dan keyakinan yang tinggi terhadap
pengaplikasian media interaktif dalam pengajaran. Justeru, guru boleh meningkatkan usaha
memperbaiki diri untuk menguasai kemahiran menggunakan media interaktif sebagai medium
pengajaran yang berkesan. Guru disarankan untuk lebih banyak meneroka kemudahan yang
ada di dalam media interaktif. Guru-guru boleh menyertai pelbagai bengkel atau seminar
terbuka berkaitan media interaktif yang diadakan oleh pasukan e-DIDIK dan Bahagian
Teknologi Pendidikan (BTP).

Akhir sekali, kajian berkaitan tahap keyakinan dan penggunaan media interaktif ini
telah menggunakan pendekatan kuantitatif, iaitu kajian tinjauan. Maka, hasil kajian bergantung
kepada kejujuran responden memberikan maklumat menerusi soal selidik. Terdapat juga satu
kajian lepas yang menggunakan kaedah kualitatif terhadap tahap penggunaan. Jadi,
cadangan kajian lanjutan ialah pengkaji akan datang disarankan untuk melakukan
pembaharuan dalam kajian ini dengan cara menggunakan pendekatan multimetodologi, iaitu
gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Hal ini disebabkan belum ada kajian yang
menggunakan pendekatan campuran (mix method) bagi menentukan tahap penggunaan
media interaktif ini dalam kalangan guru, khususnya guru Bahasa Melayu. Creswell (2014)
berpendapat bahawa pengkaji akan mendapat pandangan yang lebih jelas, lengkap dan tepat
daripada responden. Kepelbagaian kaedah seperti ini memberi peluang kepada pengkaji
untuk melihat persamaan dan perbezaan maklumat yang diperolehi di dalam kajian yang
dijalankan.

111
RUJUKAN

Abd. Aziz Abd. Talib. (2007). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik. Edisi
keempat. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Abdul Wahab et al, (2006). Corporate governance and institutional investors: Evidence from
Malaysia. Asian Academy of Management Journal of Accounting and Finance, 4(2):67-
90
Chua, Y.P. (2014). Kaedah penyelidikan: Kaedah dan statistik penyelidikan (3rd ed.).
McGraw-Hill.
Creswell, J.W. (2014). Educational research: Planning, conducting and evaluating quantitative
and qualitative research. Prentice Hall.
Doyle. M. (2007). Learning language through information technology. Educational
Technology, 30 (7).
Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru sekolah: Satu
Penilaian. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Khadijah Abdul Razak et al. (2014). Information and communication technology among
excellent Islamic education teachers in Selangor Malaysia. Journal International
Education Studies. Vol. 7, No. 13; 2014, hlm 146-156.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2015. Percetakan Nasional Berhad.
Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research Activities.
Educational and Psychological Measurement. 30: 607-610.
Mathers, N., Fox, N., & Hunn, A. (2009). The NIHR research design service for yorkshire &
the humber-Survey and questionnaires. National Institute for Health Research. 1-48.
Noriah et al. (2002). “Expanding traditional classroom through computer technology: A
collaborative learning process”. Jurnal Teknologi, 37 (1) pg 17-28.
Rashidi Azizan. (2007). Pengajaran di dalam bilik darjah: Kaedah dan teknik. Masa Enterprise.
Rohani Ahmad. (2011). Pengetahuan, sikap, & kemahiran ICT di kalangan guru-guru
Matematik Sekolah menengah Negeri Pahang. Tesis Sarjana. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Shahril @ Charil Hj Marzuki. (2004). Amalan pengajaran yang berkesan: Kajian di beberapa
sekolah menengah di Wilayah Persekutuan dan Selangor. Jurnal Pendidikan.
Universiti Malaya.
Simin et al. (2016). Teaching and learning with ICT tools: Issues and challenges from teachers'
perceptions. Malaysian Online Journal of Educational Technology, v4 n2 p38-57 2016
Singh, T. K. R., & Chan, S. (2014). Teacher readiness on ICT integration in teaching-learning:
A Malaysian case study. International Journal of Asian Social Science, 4, 874-885.
Siti Aminah Sallehin & Fazlinda bt. Abd. Halim. (2018). Penggunaan alat bahan bantu
mengajar berasaskan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah
menengah Daerah Benut. Online Journal for TVET Practitioners. Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia.
Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2010). Guru dan cabaran semasa.
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

112
Tengku Norhayati. (2015). Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan
pembelajaran guru cemerlang Pendidikan Islam di Negeri Selangor. Tesis Sarjana.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Yee Cheng Hong, & Amir Hamzah Sharaai. (2012). Perbandingan antara Kaedah Main
Peranan dan Penggunaan Kad Permainan bagi Meningkatkan Pencapaian dan Minat
Murid Tahun Empat dalam Tajuk Siratan Makanan. Jurnal Pendidikan Sains.
Zaidatun Tasir & Lim Bee Yeok. (2015). Tahap pengetahuan, sikap dan masalah
penggunaan komputer di kalangan guru di Sekolah Menengah Zon Alor Gajah, pp.
1-10
Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. (2008). Teknologi maklumat dan komunikasi dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu: Teori dan praktis. Karisma Publications
Sdn. Bhd.
Zulzana Zulkarnain et al. (2012). Hubungan antara minat, sikap dengan pencapaian pelajar
dalam kursus CC301 – Quantity Measurement. Politeknik Port Dickson.

113
PERSEPSI GURU TERHADAP PELAKSANAAN KAEDAH BELAJAR MELALUI BERMAIN
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Nurul Ain binti Mohd Azmi


ain09-824@epembelajaran.edu.my

Sharifah Hanim binti Syed Akbar


sharifahhanim@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan
kaedah belajar melalui bermain. Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap
pengetahuan guru terhadap pelaksanaan kaedah belajar melalui bermain dalam PdP Bahasa Melayu
dan persepsi guru terhadap aspek perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid dalam PdP
Bahasa Melayu yang menerapkan kaedah belajar melalui bermain. Reka bentuk kajian ini ialah kajian
tinjauan yang menggunakan kaedah gabungan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal
selidik dan temu bual. Sampel kajian adalah seramai 44 orang guru yang mengajar mata pelajaran
Bahasa Melayu di sekolah rendah di daerah Kuala Krai. Hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa
tahap pengetahuan guru terhadap pelaksanaan kaedah belajar melalui bermain dalam PdP Bahasa
Melayu berada pada tahap yang tinggi dan persepsi guru terhadap aspek perkembangan kognitif,
afektif dan psikomotor murid dalam PdP Bahasa Melayu yang menerapkan kaedah belajar melalui
bermain adalah positif dan turut berada pada tahap yang tinggi.

Kata Kunci: kaedah belajar melalui bermain, pengetahuan, persepsi

ABSTRACT

This study is conducted to identify the perception of Malay Language teachers in the implementation of
methods learning through playing approach. The objective of this study is to identify the teacher's ability
and level of knowledge about the implementation of the learning through playing approach in Malay
Language, specifically through the learning and teaching process; in addition to teachers' perceptions
on aspects of cognitive, affective and psychomotor skills through the implementation of this approach.
The study adopted a mixed methodology using survey. The instruments used in this study were
questionnaires and teacher interview scripts. The sample of the study includes 44 teachers who teach
Malay Language subjects in primary schools of the Kuala Krai district. The results of this study
discovered that the level of knowledge about the implementation of learning through playing method in
the Malay Language subjects through teaching and learning process is at a high level. Similarly,
teachers’ perception on aspects of students’ cognitive, affective and psychomotor skills are positive and
also at a high level.

Keywords: learning through playing method, knowledge, perception

PENGENALAN
Belajar sambil bermain ialah salah satu kaedah pengajaran yang tidak asing untuk murid-
murid di sekolah rendah. Kaedah ini menerapkan idea pembelajaran kepada murid sambil
disertakan aktiviti permainan untuk menarik minat mereka mengikut pelajaran. Menurut Noriati

114
A. Rashid et al. (2017), kaedah belajar melalui bermain dapat menggalakkan pembelajaran
murid berlaku secara holistik. Hal ini demikian kerana, bermain merupakan aktiviti yang
menyeronokkan di samping memerlukan penglibatan aktif secara fizikal dan kognitif. Murid
juga dapat merasai pengalaman sendiri kesan daripada aktiviti permainan yang dijalankan.
Hal ini seterusnya dapat mengukuhkan lagi ingatan dan kefahaman murid mengenai
pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari.

Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012), merumuskan kaedah belajar melalui
bermain sebagai satu gerak kerja ransangan yang menyeronokkan, selain membuka ruang
kepada murid untuk meneroka, menjelajah, menyuntik inkuiri dan membina daya intelek tinggi
menerusi pengalaman langsung dan semula jadi. Dalam hal ini, guru menggunakan
permainan bahasa sebagai satu langkah ke arah mendekatkan murid dengan pembelajaran
bermakna. Hal ini demikian kerana, kaedah ini menzahirkan unsur komunikatif dan
keseronokan. Justeru, guru boleh mengaplikasikan kaedah belajar melalui bermain tatkala
berhadapan denggan konsep yang memerlukan pengukuhan dan peneguhan.

Pedagogi berasaskan bermain juga dapat meningkatkan tahap prestasi kanak-kanak


terutamanya daripada segi motivasi, minat dan kreativiti dalam pembelajaran (Zakiah dan
Mohamad Kamis, 2016). Kenyataan ini disokong oleh Fromberg (2002), bahawa main
merupakan simbolik bermakna, menyeronokkan, sukarela dan mempunyai motivasi intrisik
yang berhubung dengan alam fizikal kanak-kanak untuk mengenali persekitaran mereka. Bagi
kanak-kanak, bermain merupakan satu cara yang membolehkan mereka melakukan
penerokaan dan membuat proses cuba jaya.

Menurut Sharifah Nor dan Aliza Ali (2011), pakar dalam bidang perkembangan kanak-
kanak percaya aktiviti bermain merangsang fungsi otak yang dapat memupuk perkembangan
kognitif, sosial, emosi dan fizikal kanak-kanak. Semasa bermain, kanak-kanak berinteraksi
dengan rakan sebaya ataupun orang dewasa melalui perbincangan dan soal jawab.
Tambahan pula, Kamisah dan Aini (2013), juga bersetuju bahawa menerusi kaedah bermain
sambil belajar kemahiran dan pengetahuan kanak-kanak akan berkembang baik apabila
terlibat dengan aktiviti bermain yang dikongsi dengan rakan dan disokong oleh orang dewasa.

Tambahan pula, kebanyakan kajian terhadap kaedah belajar melalui bermain lebih
tertumpu pada peringkat pendidikan prasekolah. Menyedari masih kurang kajian mengenai
kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu, maka kajian ini
dihasilkan bagi mengkaji persepsi guru terhadap pelaksanaan kaedah belajar melalui bermain
PdP Bahasa Melayu. Menurut Noresah Baharom (2015), persepsi ditakrifkan sebagai

115
gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi
pancaindera) dan tanggapan. Bahasa Melayu pula merupakan mata pelajaran bahasa teras
yang wajib dipelajari oleh murid untuk menguasai kemahiran berbahasa.

Dalam hal ini, persepsi guru terhadap kaedah belajar melalui bermain penting untuk
dikaji kerana guru merupakan tenaga pelaksana yang bertanggungjawab mengajar dan
menilai perkembangan pembelajaran murid mengikut tahap penguasaan tertentu. Maka, para
guru pastinya dapat mengesan dan mengetahui sebarang perubahan mahupun peningkatan
dalam pembelajaran murid-murid apabila menerapkanmelaksanakan kaedah belajar melalui
bermain dalam PdP. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi mendapatkan pandangan mereka
mengenai pengetahuan penggunaan kaedah belajar melalui bermain dan persepsi mereka
terhadap kaedah ini dalam membantu perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid
khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah.

PERNYATAAN MASALAH

Berdasarkan kajian Aliza Ali, Sharifah Nor dan Zamri Mahamod (2018), kebanyakan guru tidak
melakukan pendekatan belajar melalui bermain walaupun mereka mengetahui bahawa
bermain penting untuk perkembangan bahasa murid. Dalam kajian Sharifah Nor dan Aliza Ali
(2011), pakar dalam bidang perkembangan kanak-kanak percaya aktiviti bermain dapat
merangsang fungsi otak yang memupuk perkembangan kognitif, sosial, emosi dan fizikal
kanak-kanak. Miller dan Almon dalam Sharifah Nor dan Aliza Ali (2012), berpandangan
bahawa kanak-kanak yang belajar di sekolah yang menggunakan kurikulum berasaskan main
berpotensi menjadi individu yang lebih baik dari aspek kemahiran membaca dan intelek, dapat
membina kemahiran kognitif dengan memberikan pengalaman yang konkrit dan relevan. Di
samping itu, Sharifah Nor et al. (2009), juga mendapati kanak-kanak berasa teruja, seronok,
dapat berfikiran kreatif dan terlibat aktif dalam aktiviti bermain sambil belajar. Jelasnya,
terdapat perkaitan antara manfaat pelaksanaan kaedah belajar melalui bermain terhadap
perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid. Namun, sejauh manakah persepsi guru
terhadap pelaksanaan kaedah tersebut dalam PdP khususnya dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu?

Akhir sekali, kajian mengenai persepsi guru Bahasa Melayu yang menggunakan
kaedah belajar melalui bermain belum pernah dikaji. Sebaliknya, kajian sebelum ini banyak
dilaksanakan pada peringkat pendidikan prasekolah dan juga mata pelajaran Pendidikan
Islam, Sains serta Matematik. Justeru, kajian ini dilaksanakan bagi melihat pandangan

116
sebenar para guru mengenai kaedah belajar melalui bermain khususnya dalam PdP Bahasa
Melayu di sekolah rendah.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk:
1. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru terhadap pelaksanaan kaedah belajar sambil
bermain dalam PdP Bahasa Melayu.
2. Mengenal pasti persepsi guru Bahasa Melayu mengenai pelaksanaan kaedah belajar
melalui bermain terhadap aspek perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid.

SOALAN KAJIAN
Kajian ini akan menjawab soalan kajian seperti berikut:
1. Apakah tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu mengenai kaedah belajar sambil
bermain?
2. Apakah persepsi guru Bahasa Melayu mengenai pelaksanaan kaedah belajar melalui
bermain terhadap aspek perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid?

METODOLOGI KAJIAN

Dalam kajian ini, pendekatan kaedah campuran iaitu gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif
telah dilaksanakan. Walau bagaimanapun, kajian ini lebih cenderung kepada kaedah
kuantitatif kerana kaedah kualitatif yang digunakan hanya untuk menyokong dan merupakan
tafsiran tambahan bagi merumuskan kenyataan umum (generality) berkaitan persepsi guru
terhadap pelaksanaan kaedah belajar melalui bermain. Tambahan pula, kajian ini menerapkan
reka bentuk kajian tinjauan yang menjurus kepada instrumen kajian yang berbentuk soal
selidik dan turut disokong dengan dapatan daripada temu bual.

Berikutan kekangan Perintah Kawalan Pergerakan dan Perintah Kawalan Pergerakan


Bersyarat disebabkan penularan virus Corona-19 kajian dilakukan di sekolah-sekolah
berdekatan dengan kediaman pengkaji. Maka, dalam kajian ini populasi kajian merupakan
guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di lima buah sekolah rendah di
daerah Kuala Krai, Kelantan. Seterusnya, dalam kajian ini juga, pengkaji telah menentukan
saiz sampel kajian berdasarkan penentuan saiz sample Krejcie Morgan (1970). Saiz populasi
guru Bahasa Melayu yang terdapat di lima buah sekolah rendah tersebut ialah seramai 50
orang. Oleh itu, saiz sampel yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 44 orang responden.

117
Terdapat dua instrumen kajian yang digunakan untuk menggumpulkan data iaitu soal
selidik dan temubual semi struktur. Instrumen utama yang digunakan dalam kajian ialah soal
selidik untuk memperoleh data kuantitatif. Melalui soal selidik, maklumat berhubung dengan
responden boleh dirahsiakan, sekali gus, membolehkan responden menjawab soalan
berkenaan dengan selesa tanpa rasa risau atau bimbang. Borang soal selidik kajian ini
mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C.

Secara rumusan, bahagian A dibina untuk mendapatkan maklumat demografi


responden. Terdapat lima soalan disediakan pada bahagian ini iaitu jantina, umur, kelulusan
akademik, opsyen semasa pengajian dan pengalaman mengajar. Manakala, bahagian B
melibatkan aspek pengetahuan guru mengenai kaedah kaedah belajar melalui bermain dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Terdapat 10 soalan disediakan untuk ditanda
oleh responden menggunakan Skala Likert lima mata seperti yang terdapat dalam Jadual 1.

Jadual 1
Jadual Skala Likert

Skala Darjah Persetujuan


1 Sangat Tidak Setuju (STS)
2 Tidak Setuju (TS)
3 Kurang Setuju (KS)
4 Setuju (S)
5 Sangat Setuju (SS)

Kemudian, bahagian C yang merupakan bahagian terakhir dalam borang soal selidik
ini. Item dalam bahagian ini adalah berkenaan persepsi guru terhadap persepsi guru Bahasa
Melayu mengenai pelaksanaan kaedah belajar melalui bermain terhadap aspek
perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid. Terdapat 15 item yang disediakan dan
kaedah menjawab soalan juga menggunakan Skala Likert lima mata yang sama seperti yang
terdapat dalam Jadual 1. Pada bahagian C juga, item dibahagikan kepada lima bahagian
seperti dalam Jadual 2 iaitu item 1 hingga 5 ialah berkaitan dengan aspek kognitif murid,
manakala item 6 hingga 10 ialah mengenai aspek afektif murid dan item 11 hingga 15 pula
melibatkan aspek psikomotor murid.

118
Jadual 2
Pecahan Item Soal Selidik Bahagian C

Item Aspek
C1 – C5 Kognitif
C6 – C10 Afektif
C11 - C15 Psikomotor

Selanjutnya, dalam kajian ini, temu bual guru dijalankan bertujuan untuk mendapatkan
maklumat lebih lanjut berkaitan persepsi guru mengenai pelaksanaan kaedah belajar melalui
bermain terhadap aspek perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid. Data ini penting
untuk menyumbang kepada kajian kerana guru mempunyai pendapat tersendiri berdasarkan
pengalaman mengajar yang telah dilaksanakan. Inisiatif ini diambil supaya data yang diperoleh
dapat menyokong, mengukuhkan dan membuat generalisasi terhadap dapatan kajian. Maka,
data-data yang dikumpul melalui temu bual dapat memantapkan lagi data-data yang diperoleh
daripada soal selidik. Di samping itu, kaedah temu bual yang digunakan dalam kajian ini ialah
jenis temu bual semi-sruktur. Temu bual ini dijalankan secara separa formal menggunakan
laras bahasa yang mudah dan sesuai dengan responden.

Menurut Chua dalam Muhamad Fahmi dan Abdul Jalil (2012), kesahan ialah merujuk
kepada kebolehan sesuatu pengukuran dalam mengukur nilai sebenar konsep dalam hipotesis
kajian. Kesahan yang sesuai untuk soal selidik yang dijalankan ialah kesahan muka iaitu
sejauh mana pengukuran yang dibuat dapat mengukur nilai sebenar yang ingin diukur. Maka,
instrumen soal selidik dan kertas temu bual guru yang dihasilkan oleh pengkaji telah melalui
proses pengesahan daripada tiga orang pakar yang merupakan pensyarah-pensyarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu yang mempunyai kepakaran serta pengalaman
dalam bidang yang dikaji oleh pengkaji.

Kebolehpercayaan pula merujuk kepada keupayaan sesuatu kajian untuk memperoleh


nilai yang serupa apabila pengukuran yang sama diulangi. Alat ukur yang mengukur sesuatu
pemboleh ubah dengan tekal dan memberikan keputusan yang sama bererti mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi. Oleh itu, pengkaji menggunakan ukuran ketekalan dalaman
untuk menentukan nilai pekali kebolehpercayaan Cronbach Alpha bagi setiap konstruk dan
keseluruhan item dalam instrumen soal selidik melalui perisian Statistical Package For Social
Science (SPSS) versi 26.0. Dalam hal ini, pengkaji menilai kebolehpercayaan dan reliabiliti
setiap bahagian konstruk dalam instrumen soal selidik yang dihasilkan berdasarkan
interpretasi skor Cronbach Alpha seperti dalam Jadual 3.

119
Jadual 3
Interpretasi Skor Cronbach Alpha

Skor Alpha Cronbach Tahap Kebolehpercayaan


0.8 hingga 1.0 Sangat baik dan efektif dengan tahap konsistensi
yang tinggi
0.7 hingga 0.8 Baik dan boleh diterima
0.6 hingga 0.7 Boleh diterima
Kurang daripada 0.6 Item perlu dibaiki
Kurang daripada 0.5 Item perlu digugurkan

Selanjutnya, bagi data kualitatif pula kebolehpercayaan dilaksanakan menerusi


trangulasi data. Dalam hal ini, hasil daripada dapatan temu bual menerusi tiga orang
responden ditrangulasikan untuk melihat perkaitan yang terjalin. Tujuan trangulasi ini
dilakukan ialah untuk melihat sisi yang lebih menyeluruh mengenai persepsi guru mengenai
pelaksanaan kaedah belajar melalui bermain terhadap perkembangan aspek kognitif, afektif
dan psikomotor murid. Dalam hal ini, dapatan daripada temu bual berfungsi untuk menyokong
hasil soal selidik yang diperoleh dan membuat rumusan keseluruhan mengenai persepsi guru
terhadap pelaksanaan kaedah belajar melalui bermain yang memberi kesan kepada
perkembangan aspek kognitif, afektif dan psikomotor murid.

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian ini menjawab kepada dua soalan kajian iaitu berkaitan tahap pengetahuan
guru dan persepsi guru persepsi guru Bahasa Melayu mengenai pelaksanaan kaedah belajar
melalui bermain terhadap aspek perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid.

Jadual 4
Analisis Item Pengetahuan Guru Mengenai Kaedah Belajar Melalui Bermain

Item/Kandungan Min Sisiha Tahap


n
Piawai
B1.Saya memahami konsep kaedah belajar melalui 4.41 0.542 Tinggi
bermain dalam PdP dengan baik dan jelas.
B2.Saya telah diberikan pendedahan tentang 4.36 0.532 Tinggi
kaedah belajar melalui bermain.

120
B3.Saya menggunakan kaedah belajar melalui 4.23 0. 565 Tinggi
bermain bagi menyokong perkembangan murid
dalam PdP Bahasa Melayu.
B4.Saya menguasai kandungan kurikulum bagi 4.11 0.579 Tinggi
membina pengajaran menggunakan kaedah
belajar melalui bermain dalam PdP Bahasa Melayu
B5.Saya tahu merancang kaedah belajar melalui 4.16 0.568 Tinggi
bermain semasa membina RPH Bahasa Melayu
B6.Saya gemar menerapkan kaedah belajar 4.16 0.680 Tinggi
melalui bermain semasa membina RPH Bahasa
Melayu.
B7.Saya tahu bahawa kaedah belajar melalui 4.36 0.685 Tinggi
bermain mampu menarik minat murid untuk aktif
dalam aktiviti PdP Bahasa Melayu
B8.Saya mengenal pasti kemampuan murid 4.36 0.613 Tinggi
terlebih dahulu sebelum melaksanakan kaedah
belajar melalui bermain.
B9.Saya tahu keberkesanan kaedah belajar 4.39 0.618 Tinggi
melalui bermain untuk meningkatkan
perkembangan bahasa dan kognitif murid.
B10.Saya dapat membina bahan bantu mengajar 4.25 0.576 Tinggi
yang sesuai untuk kaedah belajar melalui bermain.
Keseluruhan 4.28 0.539 Tinggi

Dapatan berdasarkan Jadual 4 menunjukkan min pengetahuan guru mengenai kaedah


belajar melalui bermain ialah 4.28 yang menunjukkan responden mempunyai tahap
pengetahuan yang tinggi terhadap kaedah ini. Nilai sisihan piawai (SP) ialah 0.534
menunjukkan bahawa set data dalam kajian ini menghampiri ukuran pusat. Skor min yang
paling tinggi iaitu 4.41 bagi item B1 menunjukkan responden sangat bersetuju bahawa mereka
memahami konsep kaedah belajar melalui bermain dalam PdP dengan baik dan jelas. Skor
min yang paling rendah pula ialah 4.11 iaitu berkenaan penguasaan kandungan kurikulum
bagi membina pengajaran menggunakan kaedah belajar melalui bermain dalam PdP Bahasa
Melayu.

121
Jadual 5
Analisis Item Persepsi Guru Mengenai Pelaksanaan Kaedah Belajar Melalui Bermain
Terhadap Aspek Kognitif Murid

Item/Kandungan Min Sisihan Tahap


Piawai

C1. Murid dapat mencapai objektif 4.32 0.518 Tinggi


pembelajaran yang tetapkan.
C2.Murid mengingat pembelajaran yang pernah 4.39 0.538 Tinggi
diajar menggunakan kaedah bermain
C3.Murid dapat menjawab soalan yang 4.27 0.544 Tinggi
diberikan guru.
C4.Murid dapat berkomunikasi dengan baik 4.39 0.538 Tinggi
bersama guru dan rakan-rakan
C5.Murid mengaplikasikan pengetahuan yang 4.30 0.553 Tinggi
dipelajari dalam aktiviti bermain
Keseluruhan 4.33 0.538 Tinggi

Berdasarkan Jadual 5, skor min bagi konstruk ini ialah 4.33 menunjukkan guru-guru
sekolah rendah di Kuala Krai mempunyai tahap persepsi yang tinggi dan bersetuju bahawa
kaedah belajar melalui bermain dalam PdP Bahasa Melayu dapat memberi kesan yang baik
kepada murid-murid. Nilai sisihan piawai 0.538 menunjukkan set data bagi konstruk ini sedikit
terserak daripada ukuran pusat. Skor min paling tinggi melibat item C2 dan C3 iaitu 4.39
berkaitan dengan murid dapat mencapai objektif pembelajaran yang tetapkan serta murid
dapat berkomunikasi dengan baik bersama guru dan rakan-rakan. Skor min yang paling
rendah pula ialah 4.27 iaitu item C3 berkaitan dengan murid dapat menjawab soalan yang
diberikan guru.

Selanjutnya, bagi menyokong dapatan soal selidik ini, pengkaji turut melaksanakan
kaedah temu bual kepada responden untuk mendapatkan sendiri pandangan guru Bahasa
Melayu berkaitan kesan pelaksanaan kaedah belajar melalui bermain kepada aspek
perkembangan kognitif murid. Berdasarkan dapatan dari temu bual soalan 1, pengkaji
mendapati responden 2 dan 3 bersetuju bahawa kaedah belajar melalui bermain dapat
membantu meningkatkan kognitif murid. Manakala, responden 1 dilihat kurang bersetuju
dengan pandangan tersebut. Responden 1 berpendapat, terdapat juga murid yang masih tidak
memahami kandungan pembelajaran walaupun diajar menggunakan kaedah ini. Hal ini
demikian kerana, aras perkembangan kognitif setiap murid adalah berbeza. Seterusnya,

122
responden 2 dan 3 pula menyatakan bahawa kaedah ini dapat membantu murid mencapai
objektif pembelajaran. Hal ini dapat menyokong dapatan item C1 iaitu ‘Murid dapat mencapai
objektif pembelajaran yang tetapkan’ dalam soal selidik yang dijalankan.

Jadual 6
Analisis Item Persepsi Guru Mengenai Pelaksanaan Kaedah Belajar Melalui Bermain
Terhadap Aspek Afektif Murid

Item/Kandungan Min SP Tahap

C6.Murid semakin berminat terhadap 4.41 0.542 Tinggi


pembelajaran Bahasa Melayu
C7.Murid berasa seronok mengikuti 4.45 0.548 Tinggi
pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan
kaedah belajar melalui bermain.
C8.Murid bersemangat melaksanakan aktiviti 4.45 0.548 Tinggi
pembelajaran.
C9.Murid berani mencuba jaya menjawab 4.34 0.526 Tinggi
soalan yang diberi.
C10.Murid termotivasi untuk mengikuti 4.36 0.613 Tinggi
pembelajaran yang akan datang.
Keseluruhan 4.40 0.555 Tinggi

Berdasarkan Jadual 6, skor min bagi konstruk ini ialah 4.40 menunjukkan guru-guru
sekolah rendah di Kuala Krai mempunyai tahap persepsi yang tinggi dan bersetuju bahawa
kaedah belajar melalui bermain dalam PdP Bahasa Melayu dapat memberi kesan yang baik
kepada murid-murid. Nilai sisihan piawai 0.555 menunjukkan set data bagi konstruk ini sedikit
terserak daripada ukuran pusat. Skor min paling tinggi melibat item C7 dan C8 iaitu 4.45
berkenaan murid berasa seronok mengikuti pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan
kaedah belajar melalui bermain dan murid bersemangat melaksanakan aktiviti pembelajaran.
Skor min yang paling rendah pula ialah 4.34 iaitu item C9 berkaitan dengan murid berani
mencuba jaya menjawab soalan yang diberi.

Berdasarkan dapatan daripada temu bual soalan 2, pengkaji mendapati kesemua


responden bersetuju bahawa kaedah belajar melalui bermain dapat membantu
mengembangkan aspek afektif murid. Hal ini demikian kerana, kesemua responden
mengaitkan bahawa kaedah ini bertepatan dengan pembawaan jiwa dan naluri murid di

123
berada di bangku sekolah rendah yang sememangnya suka bermain. Menurut responden 1,
berdasarkan pengalamannya, kanak-kanak menjadi semakin berminat dengan PdP apabila
kaedah ini digunakan. Hal ini menyokong item C6 ‘Murid semakin berminat terhadap
pembelajaran Bahasa Melayu’ yang terdapat dalam soal selidik.

Seterusnya, responden 3 pula menyatakan bahawa murid kelihatan sangat gembira


ketika melaksanakan aktiviti bermain. Malah, muridnya juga sentiasa ternanti-nanti PdP yang
menerapkan kaedah belajar melalui bermain dalam mata mata pelajaran Bahasa Melayu. Hal
ini telah menyokong item C7 iaitu murid berasa seronok mengikuti pembelajaran Bahasa
Melayu menggunakan kaedah belajar melalui bermain’ dan C10 ‘Murid termotivasi untuk
mengikuti pembelajaran yang akan datang’. Jelasnya, dapatan daripada temu bual dan soal
selidik menunjukkan guru berpendapat kaedah belajar melalui bermain adalah sesuai untuk
diterapkan dalam PdP Bahasa Melayu kerana bertepatan dengan naluri kanak-kanak yang
suka bermain. Guru juga turut mempunyai persepsi yang positif bahawa kaedah belajar
melalui bermain dapat membantu mengembangkan afektif murid.

Jadual 7
Analisis Item Persepsi Guru Mengenai Pelaksanaan Kaedah Belajar Melalui Bermain
Terhadap Aspek Psikomotor Murid

Item/Kandungan Min SP Tahap

C11.Kaedah belajar melalui bermain meransang 4.43 0.625 Tinggi


tingkah laku positif murid
C12. Murid terlibat aktif dalam pembelajaran 4.39 0.579 Tinggi
C13. Murid melaksanakan aktiviti secara terkawal 4.27 0.585 Tinggi
mengikut arahan guru
C14. Murid saling bekerjasama dengan rakan- 4.27 0.585 Tinggi
rakan semasa aktiviti bermain dijalankan
C15. Murid melakukan banyak pergerakan fizikal 4.34 0.526 Tinggi
semasa aktiviti bermain dilakukan
Keseluruhan 4.34 0.580 Tinggi

Berdasarkan Jadual 7, skor min bagi konstruk ini ialah 4.34 menunjukkan guru-guru
sekolah rendah di Kuala Krai mempunyai tahap persepsi yang tinggi dan bersetuju bahawa
kaedah belajar melalui bermain dalam PdP Bahasa Melayu dapat memberi kesan yang baik
kepada murid-murid. Nilai sisihan piawai 0.580 menunjukkan set data bagi konstruk ini sedikit

124
terserak daripada ukuran pusat. Skor min paling tinggi melibat item C12 iaitu 4.39 iaitu
berkenaan murid terlibat aktif dalam pembelajaran. Skor min yang paling rendah pula ialah
4.27 yang melibatkan item C13 dan C14 murid melaksanakan aktiviti secara terkawal mengikut
arahan guru dan murid saling bekerjasama dengan rakan-rakan semasa aktiviti bermain
dijalankan.

Berdasarkan dapatan dari temu bual soalan 3, pengkaji merumuskan bahawa ketiga-
tiga responden bersetuju bahawa kaedah belajar melalui bermain dapat membantu
menggalakkan perkembangan aspek psikomotor murid. Walau bagaimanapun, responden 1
turut berpendapat bahawa pergerakan murid sememangnya tidak sepenuhnya berlaku
sepanjang tempoh PdP kerana terdapat kekangan faktor masa yang menghadkan
pelaksanaan aktiviti. Namun, beliau menyokong bahawa kaedah ini menggalakkan
pergerakan murid seperti bergerak dari stesen ke stesen untuk aktiviti penerokaan. Malah,
beliau juga kerap menggunakan kaedah belajar melalui bermain untuk mengajar kemahiran
tatabahasa dan kemahiran mendengar dan bertutur.

Seterusnya, responden 3 pula menyatakan aktiviti yang dilaksanakannya banyak


merangsang pergerakan murid. Hal ini demikian kerana, menerusi pemerhatiannya murid
dilihat berlari-lari dan saling mengejar masa untuk menyusun kad suku kata dengan betul. Hal
ini menyokong dapatan item C12 ‘Murid terlibat aktif dalam pembelajaran’ dan C15 ‘Murid
melakukan banyak pergerakan fizikal semasa aktiviti bermain dilakukan’. Jelasnya,
perkembangan aspek psikomotor murid dalam kaedah belajar melalui bermain adalah
bergantung kepada jenis aktiviti yang dirancang oleh guru sama ada melibatkan banyak
pergerakan atau sebaliknya. Konklusinya, berdasarkan hasil dapatan daripada temu bual dan
soal selidik yang diperoleh menunjukkan guru bersetuju bahawa kaedah belajar melalui
bermain membantu menggalakkan perkembangan aspek psikomotor murid.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru yang mengajar mata pelajaran
Bahasa Melayu sekolah rendah di kawasan kajian mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi
mengenai kaedah belajar melalui bermain dalam PdP Bahasa Melayu dan persepsi yang
positif pada tahap yang tinggi terhadap pelaksanaan kaedah ini dalam memberi kesan kepada
aspek perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid.

Terdapat beberapa kajian lain yang hampir sama dapatannya dengan kajian ini.
Sebagai contoh, kajian Chervenak (2011), yang dilaksanakan menerusi pendekatan kualitatif
bagi mengkaji persepsi guru yang mengajar sepenuh dan separuh masa di prasekolah

125
terhadap pembelajaran berasaskan bermain. Beliau mendapati kebanyakan responden
bersetuju tentang pentingnya mengintegrasikan main dalam kurikulum, Seterusnya, kajian
Sharifah Nor Puteh dan Aliza Ali (2012), pula mengkaji persepsi guru terhadap penggunaan
kurikulum berasaskan bermain bagi aspek pekembangan bahasa dan literasi murid
prasekolah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan, yakni sama dengan kajian
yang dijalankan oleh penyelidik. Walau bagaimanapun, responden yang terlibat dalam kajian
tersebut ialah guru di peringkat prasekolah.

Seterusnya, Zakiah dan Mohamad Kamis (2016), menjalankan kajian meta analisis
untuk mengenalpasti elemen-elemen di dalam pedagogi bermain yang sesuai diaplikasikan
dan dipraktikkan terhadap kanak-kanak di peringkat prasekolah. Adly dan Mardzelah (2016),
pula mengkaji kesan play-based learning terhadap afektif murid pemulihan jawi J-QAF di
sekolah rendah. Namun, kajian yang dijalankan beliau adalah berfokus kepada aspek afektif
serta bersifat kualitatif, sekali gus berbeza dengan kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji.
Selanjutnya, hasil dapatan kajian yang dijalankan ini adalah bertentangan dengan kajian Aliza
(2012), yang mendapati guru prasekolah tidak memfokuskan pendekatan bermain bagi
pengajaran dan pembelajaran bahasa kerana kurang pengetahuan untuk menyesuaikan
pendekatan ini dengan pengajaran bahasa (Aliza Ali dan Zamri Mahamod, 2015). Oleh itu,
kajian yang dijalankan oleh pengkaji dapat merungkai gambaran sebenar dan dapat mengisi
kelompangan mengenai pelaksanaan kaedah belajar melalui bermain dalam PdP Bahasa
Melayu di sekolah rendah.

Implikasinya, berdasarkan soal selidik kajian ini berupaya menunjukkan bahawa guru
sekolah rendah mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap perlaksanaan kaedah
belajar melalui bermain dalam PdP Bahasa Melayu serta mempunyai persepsi yang positif
pada tahap yang tinggi mengenai pelaksanaan kaedah ini terhadap aspek perkembangan
kognitif, afektif dan psikomotor murid. Selain itu, kajian ini memberi gambaran sebenar bahawa
keberkesanan kaedah belajar melalui bermain adalah bergantung kepada kebolehan dan
kemampuan murid menerima pembelajaran. Hal ini demikian kerana, hasil dapatan temu bual
mendapati bahawa terdapat guru yang kurang bersetuju kaedah ini berkesan meransang
kognitif semua murid. Dapatan kajian ini tidak dijangka kerana berdasarkan teori Kognitif
Piaget kaedah bermain dapat membantu meningkat kognitif murid.

Guru tersebut berpendapat sedemikian kerana, beliau berpengalaman menguruskan


murid yang mempunyai aras kognitif yang lemah dan melihat bahawa murid tersebut tidak
dapat mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan walaupun dengan menggunakan
kaedah ini. Hal ini menunjukkan penerapan kaedah ini memberi kesan yang pelbagai kepada

126
perkembangan kognitif murid kerana setiap murid mempunyai aras kognitif yang berbeza-
beza. Malah, tempoh pembelajaran juga tidak berlaku dalam masa sehari dua sebaliknya
dalam jangka masa yang lama. Jelasnya, perkembangan aspek kognitif murid melalui
pelaksanaan kaedah belajar melalui bermain turut dipengaruhi dengan kemampuan mereka
menerima pembelajaran yang disampaikan guru. Oleh itu, guru seharusnnya sentiasa
mengingatkan murid mengenai kandungan pembelajaran yang perlu murid pelajari dan
perolehi ketika aktiviti permainan dilaksanakan dalam PdP.

Selain itu, berdasarkan temu bual juga dapat disimpulkan bahawa perkembangan
aspek psikomotor hanya berlaku sekiranya guru melaksanakan aktiviti yang melibatkan
pergerakan kinestetik dalam PdP. Hal ini demikian kerana, terdapat juga aktiviti bermain yang
dilaksanakan tidak melibatkan pergerakan murid. Jelasnya, guru merupakan individu utama
yang mencorak dan menentukan sama ada kaedah ini berkesan atau tidak dalam membantu
perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid. Oleh itu, pengetahuan guru terhadap
pelaksanaan kaedah belajar melalui bermain penting untuk mencorak pengajaran yang
memenuhi kesemua aspek perkembangan murid.

Sebagai cadangan kajian lanjutan, pengkaji mencadangkan supaya kajian seterusnya


dijalankan menggunakan populasi dan sampel yang lebih besar. Hal ini demikian kerana, data
yang diperoleh akan menjadi lebih jitu dan dapat merumuskan lebih banyak sampel responden
yang terlibat melaksanakan kaedah belajar melalui bermain. Kajian kuantitatif menggunakan
bentuk kolerasi juga wajar dilaksanakan untuk melihat perkaitan hubungan antara kesemua
pemboleh ubah kajian. Tambahan pula, kajian juga boleh dilaksanakan menggunakan
populasi guru yang mengajar di daerah dan negeri yang berbeza.

Seterusnya, kajian menggunakan kaedah kualitatif wajar dikembangkan untuk


mengkaji lebih mendalam mengenai pendapat para guru mengenai kesan pelaksanaan
kaedah belajar melalui bermain. Hal ini demikian kerana, berdasarkan kajian yang dilakukan,
banyak maklumat yang diperoleh daripada dapatan temu bual yang dapat menyokong kajian
ini. Selain itu, menerusi temu bual yang dijalankan pengkaji dapat berinteraksi dengan lebih
rapat dengan guru, sekali gus dapat merasai dan memahami lebih lanjut pengalaman yang
dikongsikan mereka. Jelasnya, menerusi kaedah kuantitatif mahupun kualitatif, kajian ini dapat
dikembangkan dengan lebih lanjut dan memberi manfaat kepada seluruh warga pendidik.

Kesimpulannya, persepsi guru terhadap pelaksanaan kaedah belajar melalui bermain


dalam PdP Bahasa Melayu di sekolah rendah berada pada tahap yang sangat baik. Guru-guru
mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi mengenai kaedah belajar melalui bermain dalam

127
PdP Bahasa Melayu dan persepsi positif tehadap pelaksanaan kaedah belajar melalui
bermain dalam membantu aspek perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid.
Dapatan kajian ini dilihat sebagai nilai tambah dalam bidang pedagogi kaedah pengajaran
Bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana, kajian-kajian lepas lebih tertumpu kepada peringkat
prasekolah berbanding peringkat sekolah rendah. Tuntasnya, para guru seharusnya bersedia
dalam melaksanakan kaedah belajar melalui bermain di dalam PdP Bahasa Melayu untuk
menggalakkan aspek perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid. Berdasarkan
dapatan kajian ini, guru-guru dan pihak berkepentingan yang lain disarankan untuk
meningkatkan pengetahuan guru dalam melaksanakan pengajaran yang berasaskan kaedah
belajar melalui bermain.
RUJUKAN
Adenan Ayob & Khairuddin Mohammad. (2012). Kaedah pengajaran bahasa melayu. Oxford
Fajar.

Adly & Mardzelah. (2016). Kesan play-based learning terhadap afektif murid pemulihan jawi j-
qaf di sekolah rendah. International Seminar on Generating Knowledge Through
Research. 1, 587-598. Universiti Utara Malaysia.

Aliza Ali, Sharifah Nor & Zamri Mahamod. (2018). Isu dan kekangan melaksanakan
pendekatan belajar melalui bermain dalam pengajaran bahasa bagi kanak-kanak
prasekolah. Seminar Internasional Pendidikan Serantau ke-6, (pp. 1-13).

Aliza Ali & Zamri Mahamod. (2015). Analisis keperluan terhadap pengguna sasaran modul
pendekatan berasaskan bermain bagi pengajaran dan pembelajaran kemahiran
bahasa kanak-kanak prasekolah. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik, 3(1).

Chervenak, R. (2011). Play in kindergarten: Perspectives a full-and half day kindergarten


teacher.https://etd.ohiolink.edu/apexprod/rws_etd/send_file/send?accession=bgsu13
07916817&disposition=inline.

Fromberg, D.P. (2002). Play and meaning in early childhood education. Allyn & Bacon.

Kamisah & Aini. (2013). Teachers and students as game designers: designing games for
classroom integration. New Pedagogical Approaches in Game Enhanced
Learning: Curriculum Integration, 102-113.

Muhamad Fahmi & Abd Jalil. (2012). Penguasaan pelajar stam terhadap imbuhan kata
bahasa arab. Masters Thesis, Universiti Malaya.

Noriati A. Rashid et.al. (2017). Murid dan pembelajaran. Oxford Fajar. Sdn. Bhd.

Noresah Baharom et.al. (2015). Kamus dewan. (edisi ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sharifah Nor & Aliza Ali. (2012). Persepsi guru terhadap penggunaan kurikulum berasaskan
bermain bagi aspek Perkembangan bahasa dan literasi murid prasekolah. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu 1, 2(1), 141-159.

Sharifah Nor & Aliza Ali. (2011). Pendekatan bermain dalam pengajaran bahasa dan literasi.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(Bil 2), 1-15.

128
Sharifah Nor et.al. (2009). Penggunaan dan pengurusan bahan pengajaran dan pembelajaran
dalam kurikulum permainan pendidikan awal kanak-kanak. Laporan Teknikal Projek
Penyelidikan.

Zakiah & Mohamad Kamis. (2016). Pedagogi berasaskan bermain di prasekolah: satu kajian
meta analisis. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

129
TINJAUAN TERHADAP TAHAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM
PENGAJARAN GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Nurul Izzati Amani binti Asham


izzati09-825@epembelajaran.edu.my

Encik Suhasni bin Dollah


suhasnidallas@gmail.com

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu,


59990 Lembah Pantai,
Kuala Lumpur.

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti tahap penggunaan bahan bantu mengajar dalam
pengajaran guru bahasa Melayu sekolah rendah. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan
kuantitatif dan kaedah kajian tinjauan. Kajian tinjauan ini menggunakan instrumen soal selidik. Dalam
kajian ini, sampel yang terlibat seramai 52 orang guru bahasa Melayu sekolah rendah yang mengajar
di zon Padang Terap, Kedah. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan statistik deskriptif
menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26.0. Statistik deskriptif
melibatkan pengukuran min dan sisihan piawai bagi menganalisis dapatan kajian tahap penggunaan
bahan bantu mengajar dalam pengajaran guru bahasa Melayu sekolah rendah dan kesan penggunaan
bahan bantu mengajar dalam pengajaran guru terhadap murid-murid. Secara keseluruhan, analisis
statistik deskriptif menunjukkan tahap penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran guru
bahasa Melayu sekolah rendah berada pada tahap tinggi (µ=4.584) dan (S.P=0.432). Dapatan kajian
juga mendapati kesan penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran guru terhadap murid-
murid turut berada pada tahap tinggi dengan µ=4.786 dan SP= 0.406. Implikasi kajian ini ialah guru
dapat mengetahui tahap penggunaan bahan bantu mengajar guru bahasa Melayu sekolah rendah dan
kesan penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran guru terhadap murid-murid.
Kata kunci: penggunaan, bahan bantu mengajar, guru, bahasa Melayu, sekolah rendah

ABSTRACT

This research was conducted to identify the use of teaching aids in the teaching of Malay language
teachers in primary schools. The design of this study uses a quantitative approach and survey research
methods. This survey study used a questionnaire instrument. In this study, the sample involved 52 Malay
language teachers who taught in primary school in zone of Padang Terap, Kedah. The collected data
were analyzed using descriptive statistics using Statistical Package for the Social Sciences (SPSS)
version 26.0. Descriptive statistics involves the measurement of the mean and standard deviation for
analyzing the findings of the teaching aids in the teaching of Malay language teachers of primary school
and impact of the use of teaching aids in the teaching of teachers to students. Overall, the descriptive
statistical analysis showed that the use of teaching aids in the teaching of Malay primary school teacher
at the high level (μ = 4.584) and (S.P = 0.432). The findings of the study also found that the effect of the
use of teaching aids in the teaching of teachers on students is also at a high level with µ = 4.786 and
SP = 0.406. The implication of this study is that teachers can know the use of teaching aids for primary
school teachers in the Malay language and the effect of the use of teaching aids in the teaching of
teachers to students.

Keywords: consumption levels, teaching aids, teachers, Malay language, primary school

130
PENGENALAN

Pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan dapat dilihat menerusi sejauh mana
kebolehan guru-guru dalam menghasilkan PdP yang interaktif. Menurut Kamarul et. al (2011),
guru yang kreatif dan inovatif perlu mempunyai persediaan yang rapi untuk menyampaikan
hasil PdP di dalam bilik darjah. Oleh itu, dapat kita lihat bahawa penggunaan bahan bantu
mengajar (BBM) amatlah penting bagi seseorang guru dalam melaksanakan proses PdP di
dalam bilik darjah. Selain itu, melalui penggunaan bahan BBM, guru dapat membantu murid
dalam memberikan kesan yang positif kepada mereka. Hal ini demikian kerana melalui
penggunaan BBM, murid akan lebih fokus terhadap perkara yang diajarkan oleh guru.
Seterusnya, penggunaan BBM ini sebenarnya turut membantu murid-murid untuk belajar
dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Norfaizah dan Zazril (2016) berpendapat
bahawa suasana yang menyeronokkan ini secara tidak langsung dapat menimbulkan minat
dalam kalangan murid terutamanya bagi proses PdP yang menggunakan BBM.

Menurut kajian Zakaria (2014), terdapat guru-guru yang masih lagi tidak berminat
dengan penggunaan BBM dalam PdP mereka. Hal ini disebabkan oleh sikap dan kepercayaan
terhadap penggunaan BBM dalam PdP telah menguasai dalam diri seseorang guru. Namun
begitu, sesetengah guru akan berasa risau dan tidak selesa setiap kali sesuatu bahan atau
alat ICT itu diperkenalkan dalam pendidikan walaupun sesungguhnya penggunaan ICT dalam
PdP sudah lama diperkenalkan. Perkara ini berlaku disebabkan guru tidak bersedia dengan
perubahan kurikulum yang baharu dengan menggunakan ICT dalam melaksanakan PdP
seperti mana yang disarankan (Rozinah, 2007). Oleh itu, dengan adanya sikap guru yang tidak
mempunyai sikap keterbukaan terhadap perubahan-perubahan yang terkini yang
menyebabkan guru tidak bersedia untuk menyediakan dan menggunakan BBM dalam PdP di
sekolah.

PERNYATAAN MASALAH

Tahap penggunaan BBM dalam pengajaran guru bahasa Melayu perlu ditinjau untuk melihat
reaksi dan tindak balas murid apabila berada di dalam bilik darjah. Hal ini selari dengan kajian
Faizah (2017), yang mempersoalkan adakah guru-guru bersedia terhadap penggunaan BBM
dalam proses PdP dari aspek amalan, kemahiran dan sikap guru di sekolah. Perkara ini perlu
diambil berat kerana murid kini berhak menilai sama ada proses PdP yang dilaksanakan oleh
guru itu berkesan dan menarik minat mereka atau sebaliknya. Kekangan kerja sampingan di
sekolah selain mengajar mungkin menyebabkan guru-guru bahasa Melayu sukar untuk
menghasilkan BBM untuk digunakan semasa melaksanakan PdP di dalam bilik darjah.
Namun, ini hanyalah tanggapan negatif yang difikir oleh pengkaji. Walaupun begitu, masih
ada juga guru-guru yang bijak mencuri masa mereka sama ada di sekolah mahupun di rumah

131
untuk menghasilkan BBM untuk digunakan semasa proses PdP di dalam bilik darjah agar
dapat menarik minat murid-murid mereka untuk belajar (Kamarul et. al, 2011).

Seterusnya, pengkaji juga mengenal pasti masalah berikutnya melibatkan kesan


penggunaan BBM dalam pengajaran guru terhadap murid-murid. Berdasarkan kajian Khadijah
dan Shahrin (2006), mendapati bahawa kefahaman dan pengetahuan pelajar tentang isi
pembelajaran meningkat apabila guru menggunakan BBM yang sesuai. Penggunaan alat dan
bahan bantu mengajar dapat membantu untuk mempelbagaikan bentuk pengajaran,
meningkatkan minat pelajar, meningkatkan penggunaan pelbagai deria pelajar, memudahkan
pelajar memahami perkara yang abstrak dan menyokong gaya pembelajaran berbeza. Kajian
yang dilaksanakan oleh Alizah dan Zamri (2019) juga mendapati bahawa pemilihan bahan
bantu mengajar juga mempengaruhi pelaksanaan PdP di dalam kelas Bahasa Melayu. Oleh
itu, kajian ini akan melihat sejauh mana kesan penggunaan BBM dalam pengajaran guru
terhadap murid-murid.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan berdasarkan kepada beberapa objektif tertentu, antaranya:

1. Megenal pasti tahap penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran guru
bahasa Melayu sekolah rendah.
2. Meninjau kesan penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran guru terhadap
murid-murid.
SOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan, soalan kajian yang boleh dibentuk:

1. Sejauh manakah tahap penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru mata
pelajaran bahasa Melayu sekolah rendah?
2. Sejauh manakah kesan penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran guru
terhadap murid-murid?
METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kajian tinjauan. Kajian
tinjauan dijalankan bertujuan untuk menilai sikap, kepercayaan, pandangan atau amalan
semasa (Creswell, 2008). Kajian ini mengumpulkan data melalui instrumen soal selidik yang
dibangunkan sendiri oleh pengkaji berdasarkan beberapa bacaan literatur serta perbincangan
dengan pensyarah pembimbing. Instrumen ini terdiri daripada konstruk B dan konstruk C.
Instrumen ini telah disahkan oleh pakar dalam bidang yang berkaitan dari segi konstruk,
kandungan dan bahasa.

132
Instrumen soal selidik dalam kajian ini diuji melalui kajian rintis kepada 30 orang
responden. Analisis nilai Alpha Cronbach menunjukkan 0.92 bagi bahagian B dan 0.96 bagi
bahagian C. Ini menunjukkan instrumen boleh diterima dan digunakan untuk mengumpul data
sebenar. Populasi dalam kajian ini melibatkan guru bahasa Melayu sekolah rendah yang
berkhidmat di lapan buah sekolah di zon Padang Terap, Kedah. Jumlah populasi seramai 61
orang guru bahasa Melayu. Oleh itu, sampel kajian adalah seramai 52 orang. Pemilihan
sampel ini berdasarkan jadual penentu saiz sampel kajian Krejcie dan Morgan (1970).
Akhirnya, data soal selidik dianalisis secara deskriptif iaitu melihat kepada min dan sisihan
piawai menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26.0.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

TAHAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM PENGAJARAN GURU


BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Jadual 1 menunjukkan skor min bagi tahap penggunaan bahan bantu mengajar dalam
pengajaran guru bahasa Melayu sekolah rendah. Berdasarkan jadual 1, min (µ) tertinggi bagi
tahap penggunaan BBM adalah pada item kesepuluh, iaitu “Saya mengedarkan lembaran
kerja setiap kali tamat sesi PdP” dengan µ=4.77 (S.P=0.509). Bagi min terendah adalah pada
item ketujuh, iaitu “Saya menggunakan bahan maujud seperti patung untuk menceritakan
mengenai watak-watak tertentu yang adalah dalam buku teks” dengan µ=4.13 dan sisihan
piawai 0.627. Daripada dapatan yang diperoleh, tahap penggunaan bahan bantu mengajar
dalam pengajaran guru berada pada tahap tinggi dengan min keseluruhan sebanyak 4.584
dan sisihan piawai 0.433. Hal ini bermaksud guru bahasa Melayu banyak menggunakan bahan
bantu mengajar dalam pengajaran bahasa Melayu.

Jadual 1
Analsis Item bagi Tahap Penggunaan BBM dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu Sekolah
Rendah

No. Item Penggunaan BBM dalam Min Tahap Sisihan Tahap


Item Pengajaran Guru Bahasa Melayu (µ) (µ) Piawai (S.P)
Sekolah Rendah (S.P)
B1. Saya menggunakan BBM seperti 4.69 Tinggi .506 Rendah
bahan maujud, grafik dan audio ketika
set induksi untuk merangsang
pemikiran murid.
B2. Saya menggunakan buku teks semasa 4.71 Tinggi .457 Rendah
mengajarkan mata pelajaran bahasa
Melayu di dalam bilik darjah.
B3. Saya menggunakan BBM seperti 4.65 Tinggi .623 Sederhana
bahan teks, audio dan grafik yang
berlainan semasa mengajarkan tajuk

133
yang sama bagi kelas yang berlainan
semasa proses PdP.
B4. Saya menggunakan media interaktif 4.67 Tinggi .550 Sederhana
sebagai BBM semasa proses PdP di
dalam kelas.
B5. Saya menggunakan pelbagai jenis 4.69 Tinggi .544 Sederhana
BBM setiap kali mengajarkan tajuk
yang berlainan.
B6. Saya menggunakan TMK sebagai 4.15 Tinggi .500 Rendah
BBM semasa mengajarkan bahasa
Melayu di sekolah.
B7. Saya menggunakan bahan maujud 4.13 Tinggi .627 Sederhana
seperti patung untuk menceritakan
mengenai watak-watak tertentu yang
ada dalam buku teks bahasa Melayu.
B8. Saya menggunakan gambar yang 4.71 Tinggi .498 Rendah
bercetak untuk menerangkan sesuatu
peristiwa.
B9. Saya menggunakan lebih daripada 4.65 Tinggi .653 Sederhana
satu BBM setiap kali melaksanakan
proses PdP.
B10. Saya mengedarkan lembaran kerja 4.77 Tinggi .509 Rendah
setiap kali tamat sesi penerangan dan
aktiviti semasa proses PdP.
Keseluruhan 4.584 .433

KESAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM PENGAJARAN GURU


TERHADAP MURID-MURID

Jadual 2 menunjukkan skor min bagi kesan penggunaan bahan bantu mengajar dalam
pengajaran guru terhadap murid-murid. Berdasarkan jadual 2, min tertinggi adalah item
kelima, iaitu “...dapat mewujudkan komunikasi dua hala antara murid dan guru semasa PdP
berlangsung” dengan µ=4.83 (S.P=0.382) manakala item dengan min terendah melibatkan
item kelapan, iaitu “...dapat mewujudkan suasana pembelajaran berasaskan pengalaman
dalam kalangan murid” dengan µ=4.75 dan S.P 0.519. Daripada dapatan kajian yang
diperoleh, kesan penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran guru terhadap murid-
murid berada pada tahap tinggi dengan jumlah min sebanyak 4.786 dan sisihan piawai 0.406.
Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar sememangnya memberikan
banyak kesan kepada murid-murid.

Jadual 2
Analisis Item bagi Kesan Penggunaan BBM
No. Item Kesan Penggunaan BBM Min Tahap Sisihan Tahap
Item Saya mendapati bahawa penggunaan (µ) (µ) Piawai (S.P)
BBM dalam pengajaran selain buku (S.P)
teks...........

134
C1. seperti bahan grafik telah 4.81 Tinggi .398 Rendah
meningkatkan pemahaman murid
terhadap pengajaran guru berbanding
kaedah tradisional.
C2. telah meningkatkan minat murid 4.79 Tinggi .412 Rendah
terhadap pengajaran guru berbanding
kaedah tradisional.
C3. telah meningkatkan daya ingatan 4.77 Tinggi .469 Rendah
murid tentang fakta atau konsep
sesuatu tajuk yang diajar.
C4. membolehkan murid lebih fokus dan 4.79 Tinggi .457 Rendah
tidak mudah berasa bosan semasa
pembelajaran berlangsung.
C5. dapat mewujudkan komunikasi dua 4.83 Tinggi .382 Rendah
hala antara murid dan guru semasa
PdP berlangsung.
C6. dapat meningkatkan daya dan 4.79 Tinggi .412 Rendah
kreativiti dalam pemikiran murid.
C7. dapat mewujudkan pembelajaran 4.77 Tinggi .469 Rendah
berpusatkan murid semasa di dalam
bilik darjah.
C8. dapat mewujudkan suasana 4.75 Tinggi .519 Sederhana
pembelajaran berasaskan
pengalaman dalam kalangan murid.
C9. seperti bahan maujud dan grafik 4.79 Tinggi .457 Rendah
semasa set induksi dapat
meningkatkan sifat ingin tahu (inkuiri)
dalam kalangan murid terhadap
perkara yang hendak dipelajari.
C10. dapat membantu meningkatkan 4.79 Tinggi .412 Rendah
prestasi murid dalam peperiksaan.
Keseluruhan 4.786 .406

KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

Dapatan kajian ini menunjukkan guru bahasa Melayu sekolah rendah yang mengajarkan mata
pelajaran bahasa Melayu mempunyai tahap penggunaan BBM yang sangat baik apabila
jumlah min keseluruhan bagi konstruk ini sebanyak 4.584 (S.P=0.433). Hal ini menunjukkan
bahawa sebahagian besar guru menggunakan BBM ketika mengajar mata pelajaran bahasa
Melayu. Walau bagaimanapun, masih ada lagi sebilangan guru yang kurang menggunakan
BBM ketika mengajar. Akan tetapi dapatan kajian ini masih lagi menunjukkan bahawa mereka
berpandangan positif terhadap penggunaan BBM dalam pengajaran bahasa Melayu sekolah
rendah. Hasil dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa kesan penggunaan BBM adalah
berada pada tahap min yang tinggi iaitu sebanyak 4.786 (S.P=0.406). secara ringkasnya kajian
ini mendapati bahawa sebilangan besar murid memperoleh impak yang positif apabila guru
menggunakan BBM ketika mengajarkan mata pelajaran bahasa Melayu di sekolah.

135
Antara implikasinya, kajian ini mampu memberikan pengetahuan dan ilmu baharu
kepada guru-guru mengenai kepelbagaian jenis BBM melalui instrumen soal selidik yang
diberikan kepada mereka. Walaupun dapatan kajian menunjukkan hampir semua responden
menggunakan BBM dalam pengajaran mereka, namun masih ada lagi sebilangan responden
yang kurang menggunakan BBM yang pelbagai dan masih memfokuskan kepada penggunaan
buku teks sahaja. Seterusnya, melalui instrumen soal selidik yang disediakan, responden akan
mengetahui pelbagai jenis BBM yang mereka boleh gunakan untuk masa akan datang.
Dengan ini responden akan dapat mempertingkatkan tahap penggunaan BBM dalam
pengajaran mereka dalam mata pelajaran bahasa Melayu ataupun mata pelajaran lain. hal ini
dapat membantu guru daripada hanya menggunakan satu atau dua jenis BBM sahaja
sepanjang pengajaran mereka.

Implikasi praktikal menunjukkkan kajian ini berupaya untuk membuka peluang kepada
guru-guru untuk mempelajari dengan lebih mendalam lagi mengenai penggunaan BBM dalam
pengajaran mereka. Tambahan pula, kajian ini turut menjelaskan mengenai kesan
penggunaan BBM terhadap murid-murid. Secara ringkasnya, kajian Charlie (2008) turut
menyatakan bahawa aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penggunaan BBM
ini perlu lagi dipraktikkan atau diamalkan oleh guru-guru sewaktu pengajaran mereka bukan
sahaja dalam mata pelajaran bahasa Melayu malah dalam PdP mata pelajaran yang lain juga.
Kesimpulannya perbincangan ini membuktikan bahawa kajian ini berupaya mengisi
kelompangan dalam aspek praktikal.

Antara cadangan yang boleh dilaksanakan bagi membantu dalam peningkatan


penggunaan BBM dalam pengajaran guru bahasa Melayu sekolah rendah adalah pihak
kementerian pendidikan, pejabat pelajaran daerah dan sekolah perlu merancang dan
melaksanakan kursus, bengkel, ceramah dan sebagainya berkaitan dengan cara-cara
menyediakan dan mengendalikan BBM. Hal ini bertujuan untuk memberikan pendedahan
kepada guru-guru mengenai BBM terutamanya yang berbentuk interaktif ataupun mengenai
BBM yang memerlukan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Hal ini demikian kerana
masih ramai lagi guru-guru kini yang kurang mahir dalam penggunaan BBM interaktif dan BBM
melibatkan TMK (Rozinah, 2007). Tambahan pula, ini merupakan salah satu usaha murni
untuk membantu guru-guru terutamanya guru senior dalam penyediaan dan pengendalian
BBM kerana mereka ini biasanya lebih selesa menggunakan buku teks dan menggunakan
kaedah chalk and talk ketika mengajar.

Pihak sekolah turut memainkan peranan yang penting dalam memastikan dasar
pendidikan yang telah digubal dilaksanakan di peringkat sekolah. Dalam konteks ini, pihak
pentadbir khususnya guru besar dan barisan guru penolong kanan yang merupakan

136
penggerak kepada dasar yang diperkenalkan oleh KPM. Jadi, sebagai cadangan, pihak
sekolah mestilah berusaha untuk menggalakkan guru-guru untuk menggunakan BBM dalam
pengajaran mereka. Hal ini demikian kerana guru-guru di sekolah banyak menggunakan buku
teks ketika mengajar di dalam bilik darjah. Hal ini disebabkan penggunaan BBM dalam
pengajaran guru bahasa Melayu perlu dipelbagaikan dari semasa ke semasa mengikut
peredaran zaman. Tambahan pula, guru-guru juga harus melihat kesesuaian penggunaan
BBM dengan peringkat umur murid, objektif pengajaran dan sebagainya kerana perkara ini
merupakan faktor penting dalam menjayakan sesuatu PdP sesuai dengan PAK 21.

Guru memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Menurut Wong et. al (2016),
peranan guru adalah sebagai pentafsir, perancang dan pelaksana bagi kurikulum serta dasar
yang dibentuk oleh KPM. Tanpa guru, segala hasrat yang ingin dicapai dalam pendidikan tidak
akan dapat dicapai kerana guru merupakan penggerak kepada dasar serta program yang
dirancang oleh KPM di peringkat sekolah. Sehubungan dengan itu, kajian ini menyarakan agar
guru-guru dapat meningkatkan tahap penggunaan BBM dalam pengajaran bahasa Melayu
sekolah rendah. Hal ini bertujuan untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang lebih aktif di
samping murid-murid dapat belajar dengan berkesan berpandukan BBM yang digunakan oleh
guru sama ada berbentuk maujud, grafik dan sebagainya.

Kajian ini dijalankan berdasarkan tujuan, persoalan, kaedah dan reka bentuk yang
tertentu dan mempunyai batasan-batasan tersendiri. Walau bagaimanapun, masih terdapat
ruang serta peluang kepada pengkaji seterusnya untuk melaksanakan penyelidikan dalam
fokus atau bidang yang sama. Pertama sekali, kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif
untuk mengenal pasti tahap penggunaan BBM dalam pengajaran guru bahasa Melayu sekolah
rendah dan meninjau kesan penggunaan BBM. Oleh itu, cadangan yang ingin dikemukan
kepada pengkaji baharu ialah mereka boleh menjalankan kajian dalam topik yang sama tetapi
menggunakan pendekatan yang berbeza iaitu kualitatif. Menurut Pernecky T. (2016),
kelebihan pendekatan kualitatif sebagai pendekatan yang membolehkan kefahaman
mendalam tentang sesuatu fenomena, keadaan atau peristiwa. Selain itu, kajian ini hanya
tertumpu kepada guru bahasa Melayu si sekolah rendah di zon Padang Terap, Kedah.
Sehubungan dengan itu, pengkaji seterusnya boleh menjalankan kajian di kawasan bandar
yang lain seperti di kawasan Alor Setar, Keramat, Kuala Lumpur, Putrajaya dan sebagainya
untuk meningkatkan lagi kualiti penyelidikan. Malah, pengkaji akan datang juga disarankan
untuk melakukan kajian di kawasan luar bandar yang lain untuk mengenalpasti tahap
penggunaan BBM dalam pengajaran guru bahasa Melayu sekolah rendah.

137
RUJUKAN
Alizah Lambri & Zamri Mahamood. (2019). Penggunaan alat bantu mengajar dalam
pengajaran bahasa Melayu menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan
pelajar. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4 (33), 78-94.
DOI: 10.35631/IJEPC.433007
Charlie Anak Ungang. (2008). Penggunaan bahan bantu mengajar dalam kemahiran asas
membaca di kelas pemulihan: kajian kes di lima buah sekolah daerah Serian. Jurnal
Penyelidikan IPBL, Jilid 8, 2008.
Creswell, J. W. (2003). Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods
approaches (2nd ed.). Sage Publications.
Faizah Ja’afar. (2017). Bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran
(P&P) di sekolah menengah kebangsaan (SMK) daerah Pontian. Laporan Projek
Teknik dan Vokasional. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faez Ilias, Abdul Halim Tamuri & Mohd Izham Mohd Hamzah.
(2011). Amalan penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru cemerlang
pendidikan islam sekolah menengah di Malaysia. Journal Of Islamic and Arabic
Education, 59-74.
Khadijah Abdul Razak dan Shahrin Awaludin. (2006). Amalan pengajaran guru pendidikan
Islam: penilaian kendiri guru pendidikan Islam. Seminar Amalan Pengajaran Guru.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Krejcie, R. V., & Morgan, D.W. (1970). Determining sampel saiz for research activities.
Education and Psychological Measurement, 30(3), 607-610.
Norfarizah Mohd Bakhir & Mohd Zazril Ikhmal Zamri. (2016). Pengenalan. Penggunaan Bahan
Bantu Mengajar Berasaskan Papan Pelbagai Sentuh untuk Pembelajaran Sains Tahun
Tiga.
Othman Talib. (2018). SPSS: Analisis data kuantitatif untuk penyelidik muda. MPWS Rich
Publication Sdn. Bhd.
Pernecky. T. (2016). Epistemology and Metaphysics for Qualitative Research. SAGE
Publications.
Rozinah Jamaludin. (2007). Internet dalam pendidikan. Universiti Sains Malaysia.
Wong K.W., Noriati A. Rashid, dan Boon P.Y. (2018). Asas kepimpinan dan pembangunan
proesionalisme guru (2nd ed). Oxford Fajar Sdn Bhd.

138
MENINJAU KEBERKESANAN MULTIMEDIA INTERAKTIF DALAM PEMBELAJARAN
KEMAHIRAN MEMBACA MURID-MURID SEKOLAH RENDAH

Pavitdra a/p Karunanithi


pavitdra09-826@epembelajaran.edu.my

Vijayaletcmy a/p Muniyandy


vijayaletcmy@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan multimedia interaktif dalam pembelajaran
kemahiran membaca murid-murid sekolah rendah melalui tiga aspek iaitu persepsi, prestasi dan
keberkesanan. Pengkaji mengenal pasti persepsi murid terhadap penggunaan multimedia interaktif
dalam pembelajaran kemahiran membaca, kelebihan multimedia interaktif dalam meningkatkan prestasi
membaca serta keberkesanan multimedia interaktif sebagai bahan bantu belajar dalam pembelajaran
kemahiran membaca. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah rendah di daerah Petaling Utama. Sampel
kajian ini terdiri daripada 63 orang murid dari enam kelas yang berbeza. Persampelan yang dilakukan
adalah menggunakan kaedah pensampelan rawak mudah. Kajian ini menggunakan kaedah kajian
tinjauan dan instrumen soal selidik bagi mengumpul data untuk meninjau keberkesanan multimedia
interaktif dalam pembelajaran kemahiran membaca. Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan
perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Kaedah analisis deskriptif digunakan untuk
menunjukkan peratusan, min dan sisihan piawai. Hasil dapatan kajian menjelaskan bahawa murid
mempunyai persepsi yang baik dan positif terhadap penggunaan multimedia interaktif dalam
pembelajaran kemahiran membaca. Dapatan kajian juga menggambarkan penggunaan multimedia
interaktif dalam pembelajaran kemahiran membaca dapat meningkatkan prestasi membaca murid-
murid. Ternyata bahawa multimedia interaktif sebagai bahan bantu belajar dalam pembelajaran
kemahiran membaca sangat berkesan.

Kata kunci : Multimedia interaktif, kemahiran membaca, persepsi, prestasi, keberkesanan

ABSTRACT

This study aims to examine the effect of the use of interactive multimedia in the learning of reading skills
of primary school students through three aspects, namely perception, performance and effectiveness.
Researchers identified students' perceptions on the use of interactive multimedia in learning reading
skills, the advantage of interactive multimedia in improving reading performance as well as the
effectiveness of interactive multimedia as a learning aid in learning reading skills. The study was
conducted in a primary school in the district of Petaling Utama. The sample of this study consisted of 63
students from six different classes. Sampling was done using a simple random sampling method. This
study uses survey research methods and questionnaire instruments to collect data to review the
effectiveness of interactive multimedia in learning reading skills. The data of this study were analyzed
using Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) software. Descriptive analysis methods were
used to show percentages, means and standard deviations. The results of the study explained that
students have a good and positive perception of the use of interactive multimedia in learning reading
skills. The findings of the study also illustrate that the use of interactive multimedia in learning reading
skills can improve students' reading performance. It turns out that interactive multimedia as a learning
aid in learning reading skills is very effective.
Keywords : Interactive multimedia, reading skills, perception, performance, effectiveness

139
PENGENALAN
Keperluan menyediakan pendidikan yang setaraf dengan kehendak generasi murid pada abad
ke-21 seringkali diperkatakan oleh ahli akademik dan pakar-pakar pendidikan. Dalam hal ini,
kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dipraktikkan mestilah sejajar dengan
perkembangan teknologi maklumat dan akses kepada jalur lebar yang semakin pantas (Raja
Abdullah & Daud Ismail, 2018). Perkembangan teknologi maklumat tidak menyumbang
kepada pembelajaran sekiranya perisian multimedia yang menjadi perantaraan utama antara
perkakasan dan murid tidak disediakan dengan secukupnya. Hal ini kerana, perisian
multimedia merupakan subset kepada teknologi maklumat. Keperluan multimedia sebagai
bahan pembelajaran sangat signifikan dan sesuai digunakan selaras dengan pembelajaran
abad ke 21 (PAK 21) yang banyak memfokuskan pembinaan kemahiran-kemahiran yang
meliputi kemahiran membaca, mengira, menulis dan menaakul (Muhammad Zulazizi, 2020).

Sharifah Fatimah Wan Jamel (2013) mendefinisikan multimedia sebagai alat


komunikasi dan persembahan. Menurut Mayer (2009) multimedia merujuk kepada
persembahan yang terdiri daripada perkataan dan gambar. Interaktiviti pula merujuk kepada
elemen multimedia yang membolehkan pengguna berinteraksi dan berkomunikasi dengan
media, mengawal apa yang hendak didengar, apa yang hendak dilihat dan mencipta media
sendiri. Deliyannis (2012) menjelaskan multimedia interaktif sebagai sistem fizikal atau digital
di mana pelbagai media atau orang saling mempengaruhi antara satu sama lain melalui
tingkah laku interaktif mereka. Rajendra dan Sudana (2018) dalam kajian mereka
menerangkan bahawa multimedia interaktif memperkasakan proses pendidikan dengan
meningkatkan interaksi antara guru dan murid.

Membaca adalah salah satu aspek yang harus dikuasai oleh murid-murid. Hal ini
kerana, kemahiran membaca membolehkan murid menyebut perkataan demi perkataan
dengan betul dan tepat, mencari makna perkataan dan mengukur kemampuan murid
mencapai matlamat serta memahami petikan yang dibaca. Ini selaras dengan kenyataan
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2010) yang menjelaskan bahawa kemahiran membaca
perlu dikuasai oleh setiap murid bagi melancarkan proses PdP. Guru dalam melaksanakan
pembelajaran kemahiran membaca dalam bilik darjah memerlukan bahan bantu belajar yang
mengintegrasikan PAK 21 sebagai usaha untuk mencapai hasrat Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Dalam
mencapai hasrat ini, multimedia interaktif menjadi trend terkini dalam dunia pendidikan PAK
21 (Abdul Rahman dan Abdullah, 2001). Pelaksanaan proses PdP yang mengintegrasikan
multimedia interaktif merupakan kaedah yang efektif dalam pembelajaran kemahiran
membaca. Kenyataan ini dipersetujui oleh Siti Zulaidah et al. (2017) kerana penggunaan
multimedia interaktif akan memberi impak yang lebih positif dalam kalangan murid-murid.

140
Perkembangan dunia pendidikan pada masa ini adalah seiring dengan ledakan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Pengintegrasian alat teknologi dalam
pengajaran, khususnya dalam pengajaran bahasa Melayu menyebabkan proses
pembelajaran menjadi lebih menarik, bermakna dan produktif dengan penggabungjalinan
multimedia interaktif. Menurut Zamri Mohammod dan Mohamed Amin (2008) multimedia
interaktif mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat dan mampu menjadi
daya tarikan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Multimedia
bermaksud segala bahan PdP yang menggabungkan unsur-unsur teks, grafik, animasi, imej,
suara dan video (Arsat dan Khalip, 2011) bagi membolehkan pengalaman yang sebenar
terhadap tajuk yang diajar atau dipelajari. Kaedah pengajaran guru berasaskan pendekatan
tradisional dilihat semakin kurang sesuai dengan keperluan murid-murid sekarang. Pedagogi
tradisional lebih menumpukan PdP sehala berbanding teknologi multimedia yang merupakan
bahan bantu belajar bersifat dua hala. Bagi merangsang minda murid terhadap PdP, guru
perlulah menggunakan bahan bantu belajar berasaskan multimedia. Di peringkat sekolah
rendah, murid perlu dilatih, dibimbing dan diajar untuk membaca sebagai persiapan ke arah
penguasaan kemahiran membaca secara efektif. Pendekatan multimedia interaktif dalam
kemahiran membaca haruslah diterapkan dengan betul agar murid dapat meningkatkan
penguasaan kemahiran membaca secara berkesan. Justeru, hubungan dua hala antara guru
dengan murid adalah penting bagi melonjak kemahiran membaca murid-murid.

PERNYATAAN MASALAH

Kemahiran membaca merupakan kemahiran asas bahasa Melayu yang harus dikuasai oleh
murid-murid sekolah rendah. Menurut Abdul Rasid Jamian dan Zulkafli Abu Zarin (2008)
ketidakcekapan murid menguasai kemahiran membaca menjadikan murid lemah dan tidak
berminat dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Permasalahan membaca yang ada dalam diri
murid adalah seperti keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil, tidak membunyikan
perkataan dengan betul dan tepat, tidak dapat menyebut perkataan yang dieja serta sering
meninggalkan perkataan yang tidak ketahui makna atau gagal membunyikannya. Masalah
membaca adalah faktor utama yang menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran dalam
kalangan murid-murid (Zamri dan Suwarnee, 2008). Ini disebabkan murid-murid mempunyai
latar belakang status ekonomi dan sosial yang berbeza-beza. Abdul Rasid Jamian (2011)
dalam kajiannya menghuraikan bahawa murid yang tidak menguasai kemahiran membaca
tidak akan menguasai kemahiran asas, iaitu kemahiran lisan secara sepenuhnya. Tambahan
pula, beliau menekankan peranan guru supaya menerapkan kaedah yang efektif bagi
membantu murid-murid bermasalah dalam pembelajaran kemahiran membaca.
Justeru, guru mempunyai peranan yang penting dalam mempelbagaikan kaedah
pembelajaran kemahiran membaca supaya dapat menarik minat murid untuk terus meneroka

141
ilmu dan pengetahuan bahasa Melayu. Dalam hal ini, penggunaan multimedia interaktif
merupakan kaedah yang paling efektif bagi mempertingkatkan pembelajaran kemahiran
membaca dalam kalangan murid-murid. Hujah ini disokong dan dibuktikan dalam kajian yang
dijalankan oleh Abdul Rashid Jamian dan rakan-rakannya (2012). Kajian yang dijalankan oleh
Abdul Rasid Jamian et al. (2012) adalah berkaitan multimedia interaktif dalam
mempertingkatkan pembelajaran kemahiran membaca murid-murid Program Bimbingan
Membaca dan Menulis (PROBIM). Mereka mengkaji bagaimana multimedia memberi kesan
kepada murid di bawah program ini. Berdasarkan dapatan kajian, didapati murid-murid
PROBIM bersetuju bahawa penggunaan multimedia membantu mereka mengenal huruf-huruf
abjad dan juga mengenal vokal dan konsonan. Mereka menyatakan bahawa multimedia
interaktif berupaya membantu mereka untuk menyebut vokal dan konsonan serta menyebut
dan membunyikan suku kata terbuka. Hal ini menunjukkan bahawa multimedia interaktif dapat
meningkatkan keupayaan murid-murid PROBIM dalam membaca.

Kenyataan ini turut dipersetujui dalam kajian Nor Hafidah (2016) yang menyatakan
bahawa multimedia interaktif mempertingkatkan PdP kursus Bahasa Melayu Pengurusan.
Penggunaan bahan bantu belajar berasaskan multimedia dalam PdP telah terbukti dapat
meningkatkan keberkesanan PdP (Ibrahim, 2013). Namun, penggunaan komputer masih
kurang digunakan dalam proses PdP kerana kekurangan perisian komputer dan penggunaan
kaedah tradisional. Guru sebagai pendidik harus berusaha untuk membantu murid-murid yang
menghadapi masalah dalam pembelajaran supaya mereka dapat menguasai kemahiran
membaca melalui aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan kerana aktiviti membaca merupakan
proses interaksi antara teks dengan imaginasi pembaca (Yahya Othman, 2005).

Walau bagaimanapun, kajian-kajian yang dijalankan di atas adalah terhadap murid-


murid sekolah menengah dan juga pelajar universiti dalam melihat keberkesanan penggunaan
multimedia interaktif semasa proses PdP. Hal ini sedemikian, menggambarkan bahawa masih
kurang kajian yang dilaksanakan di sekolah rendah mengenai penggunaan multimedia
interaktif dalam mata pelajaran bahasa Melayu terutamanya dalam pembelajaran kemahiran
membaca. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan mengenal pasti keberkesanan multimedia
interaktif dalam pembelajaran kemahiran membaca murid-murid sekolah rendah. Secara
spesifik, kajian ini akan mengkaji persepsi murid terhadap penggunaan multimedia interaktif
dalam pembelajaran kemahiran membaca, kelebihan multimedia interaktif dalam
meningkatkan prestasi membaca murid-murid serta keberkesanan multimedia interaktif
sebagai bahan bantu belajar dalam pembelajaran kemahiran membaca.

142
OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini mempunyai tiga objektif bagi mencapai tujuan sebenar kajian. Objektif kajian ini
adalah seperti yang berikut:

i. Mengenal pasti persepsi murid terhadap penggunaan multimedia interaktif dalam


pembelajaran kemahiran membaca.
ii. Mengenal pasti kelebihan multimedia interaktif dalam meningkatkan prestasi
membaca murid-murid.
ii. Mengenal pasti keberkesanan multimedia interaktif sebagai bahan bantu belajar dalam
pembelajaran kemahiran membaca.

SOALAN KAJIAN

Soalan kajian ini selari dengan objektif kajian. Soalan kajian ini adalah seperti yang berikut:

i. Sejauh manakah persepsi murid terhadap penggunaan multimedia interaktif dalam


pembelajaran kemahiran membaca?
ii. Sejauh manakah kelebihan multimedia interaktif dalam meningkatkan prestasi
membaca murid-murid?
iii. Sejauh manakah keberkesanan multimedia interaktif sebagai bahan bantu belajar
dalam pembelajaran kemahiran membaca?

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan. Sampel
kajian ini melibatkan 63 orang murid tahun 4, 5 dan 6 di sebuah sekolah rendah berdasarkan
penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970). Instrumen kajian yang digunakan dalam
kajian ini ialah soal selidik. Soal selidik telah digunakan untuk mengutip data bagi meninjau
keberkesanan multimedia interaktif dalam pembelajaran kemahiran membaca murid-murid
sekolah rendah. Menurut Debois (2019) kajian yang menggunakan soal selidik menjadi pilihan
banyak pengkaji kerana kos yang rendah, bersifat praktikal, keputusan yang cepat dan mudah
dianalisis. Zikmund (2013) pula menjelaskan bahawa penggunaan soal selidik sebagai
pengganti diri pengkaji serta penghubung antara pengkaji dan responden. Faktor-faktor ini
telah mempengaruhi pengkaji untuk memilih soal selidik bagi penganalisisan data secara
mudah dan berkesan.

Soal selidik yang dibina telah diberikan kepada pakar yang mempunyai kemahiran
dalam bidang yang berkaitan untuk disemak bagi memastikan isi kandungannya bersesuaian
dan menepati objektif kajian. Semakan pakar adalah perlu untuk memastikan ketepatan
konstruk serta kejelasan kandungan (Kline, 2005). Dalam hal ini, pengkaji telah mendapat

143
kesahan bahasa serta kesahan konstruk dan kandungan daripada dua orang pakar di Institut
Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM). Soal selidik yang disemak telah
dimurnikan berdasarkan cadangan yang diberikan oleh kedua-dua pakar tersebut. Bagi
menentukan kebolehpercayaan instrumen kajian, kajian rintis telah dilaksanakan terlebih
dahulu. Dapatan analisis kajian rintis mendapati nilai kebolehpercayaan yang merujuk kepada
nilai Alpha Cronbach ialah 0.82. Ini menunjukkan instrumen berada dalam keadaan sangat
baik dan efektif dengan tahap konsisten yang tinggi sekaligus boleh digunakan dalam
penyelidikan sebenar (Bond & Fox, 2015).

Prosedur pengumpulan data dijalankan secara berperingkat oleh pengkaji dalam


usaha untuk melaksanakan proses penganalisisan data dengan lancar dan telus
menggunakan instrumen kajian yang telah pun mendapat kesahan dan kebolehpercayaan.
Instrumen kajian diedarkan kepada responden kajian dalam bentuk Google Forms.
Responden kajian diberi penerangan tentang kajian yang dijalankan. Penyertaan responden
kajian dalam menjawab soal selidik ini adalah secara sukarela. Segala maklumat yang
diberikan akan dirahsiakan dan digunakan bagi kepentingan kajian sahaja. Seterusnya, data
mentah yang dikumpulkan telah dianalisis menggunakan kaedah deskriptif melalui perisian
SPSS versi 26.0. Kaedah statistik deskriptif digunakan untuk memperoleh nilai min dan sisihan
piawai. Statistik deskriptif berfungsi untuk mendeskripsikan atau memberi gambaran terhadap
objek yang diteliti melalui data sampel atau populasi (Leni Masnidar Nasution, 2017).
Kemudian, nilai min yang diperoleh digunakan untuk merumuskan tindak balas responden
terhadap semua kenyataan yang diberikan dalam borang soal selidik mengenai keberkesanan
multimedia interaktif dalam pembelajaran kemahiran membaca.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini membincangkan dapatan kajian bagi menjawab soalan kajian.

Jadual 1
Analisis item persepsi murid terhadap penggunaan multimedia interaktif dalam pembelajaran
kemahiran membaca.

Bil Pernyataan Sisihan Tahap


Min piawai
1. Multimedia interaktif 4.51 .56 Tinggi
menggalakkan saya belajar
sendiri.
2. Multimedia interaktif 4.38 .68 Tinggi
menggalakkan saya
mengulang kaji pelajaran.
3. Multimedia interaktif mampu 4.38 .75 Tinggi
memotivasikan saya belajar.

144
4. Multimedia interaktif 4.35 .54 Tinggi
menggalakkan saya
meneroka maklumat yang
terkandung di dalamnya.
5. Multimedia interaktif 4.51 .69 Tinggi
menggalakkan saya
menggunakan pengetahuan
sendiri untuk lebih
mendalami pengetahuan
yang diperoleh.
Keseluruhan 4.43 .64 Tinggi

Jadual 1 mengandungi 5 item mengenai persepsi murid terhadap penggunaan multimedia


interaktif dalam pembelajaran kemahiran membaca. Dapatan kajian menunjukkan persepsi
murid terhadap penggunaan multimedia interaktif dalam pembelajaran kemahiran membaca
berada pada tahap yang tinggi dengan skor min 4.43 (SP=.64). Analisis ini menunjukkan
bahawa responden bersikap positif terhadap penggunaan multimedia interaktif dalam
pembelajaran kemahiran membaca. Terdapat dua item yang mempunyai skor min yang
tertinggi dalam bahagian ini. Pertama, murid bersetuju bahawa multimedia interaktif
menggalakkan mereka untuk belajar sendiri. Kedua, murid bersetuju bahawa multimedia
interaktif menggalakkan mereka menggunakan pengetahuan sendiri untuk lebih mendalami
pengetahuan yang diperoleh. Nilai min bagi kedua-dua item ini ialah sebanyak 4.51, manakala
sisihan piawai pula ialah .56 dan .69. Di samping itu, responden juga mengakui bahawa
multimedia interaktif menggalakkan mereka mengulang kaji pelajaran. Skor min yang
diperoleh bagi item ini ialah 4.38 (SP=.68). Berdasarkan jadual ini, kita dapat lihat bahawa
responden percaya multimedia interaktif mampu memotivasikan mereka belajar. Analisis
terhadap item ini memaparkan nilai min sebanyak 4.38 (SP=.75). Di samping itu, responden
turut bersetuju bahawa multimedia interaktif menggalakkan mereka meneroka maklumat yang
terkandung di dalamnya. Nilai min bagi item ini adalah 4.35 (SP=.54) yang merupakan nilai
min terendah dalam bahagian ini.

Jadual 2
Analisis item kelebihan multimedia interaktif dalam meningkatkan prestasi membaca murid-
murid.

Bil Pernyataan Sisihan Tahap


Min piawai
1. Saya berupaya 4.56 .56 Tinggi
membunyikan huruf vokal
dan konsonan dengan lebih
mudah.

145
2. Saya berupaya menyebut 4.44 .62 Tinggi
suku kata terbuka dan
tertutup dengan jelas.
3. Saya berupaya menyebut 4.33 .70 Tinggi
perkataan dengan betul.
4. Saya berupaya membaca 4.46 .64 Tinggi
ayat dengan sebutan dan
intonasi yang betul.
5. Saya berupaya membaca 4.44 .62 Tinggi
dan memahami petikan.
Keseluruhan 4.45 .63 Tinggi

Jadual 2 mengandungi 5 item mengenai kelebihan multimedia interaktif dalam


meningkatkan prestasi membaca murid-murid. Dapatan kajian menggambarkan bahawa
kelebihan multimedia interaktif dalam meningkatkan prestasi membaca murid-murid berada
pada tahap yang tinggi, iaitu dengan skor min 4.45 (SP=.63). Analisis yang dilakukan terhadap
kelima-lima item ini menunjukkan bahawa responden dapat meningkatkan prestasi membaca
dengan menggunakan multimedia interaktif semasa pembelajaran kemahiran membaca. Item
pertama dalam bahagian ini mencatatkan skor min yang tertinggi dengan nilai 4.56 (SP=.56).
Responden sangat bersetuju dengan item ini kerana percaya multimedia interaktif membantu
mereka membunyikan huruf vokal dan konsonan dengan lebih mudah. Selain itu, murid juga
bersetuju bahawa multimedia interaktif membantu mereka menyebut suku kata terbuka dan
tertutup dengan jelas. Nilai min bagi kenyataan ini adalah 4.44 (SP=.62). Item ketiga dalam
bahagian ini pula menjelaskan keupayaan murid dalam menyebut perkataan dengan betul.
Item ini mempunyai nilai min 4.33 (SP=.70) yang merupakan nilai min terendah dalam
bahagian ini. Item keempat menyatakan bahawa responden berupaya membaca ayat dengan
sebutan dan intonasi yang betul melalui penggunaan multimedia interaktif dalam pembelajaran
kemahiran membaca. Nilai min bagi item ini adalah 4.46 (SP=.64) yang merupakan nilai min
yang kedua tertinggi dalam bahagian ini. Item kelima mencatat skor min sebanyak 4.44
(SP=.62). Bagi item ini murid bersetuju bahawa multimedia interaktif membolehkan mereka
membaca dan memahami petikan dengan baik.

Jadual 3
Analisis item terhadap keberkesanan multimedia interaktif sebagai bahan bantu belajar dalam
pembelajaran kemahiran membaca.

Bil Pernyataan Sisihan Tahap


Min piawai
1. Aktiviti pembelajaran dalam 4.48 .67 Tinggi
multimedia interaktif sesuai
digunakan bila-bila masa
sahaja.

146
2. Aktiviti pembelajaran dalam 4.29 .71 Tinggi
multimedia interaktif boleh
diulang-ulang tanpa
masalah.
3. Aktiviti pembelajaran dalam 4.25 .67 Tinggi
multimedia interaktif mudah
diikuti.
4. Aktiviti pembelajaran dalam 4.43 .59 Tinggi
multimedia interaktif mudah
difahami.
5. Aktiviti pembelajaran dalam 4.37 .75 Tinggi
multimedia interaktif lebih
lancar dan cepat.
Keseluruhan 4.36 .68 Tinggi

Jadual 3 mengandungi 5 item mengenai keberkesanan multimedia interaktif sebagai


bahan bantu belajar dalam pembelajaran kemahiran membaca. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa multimedia interaktif sebagai bahan bantu belajar dalam pembelajaran kemahiran
membaca sangat berkesan kerana memperoleh skor min yang tinggi, iaitu 4.36 (SP=.68).
Analisis yang dilakukan terhadap kelima-lima item ini menunjukkan bahawa responden
bersikap positif terhadap penggunaan multimedia interaktif sebagai bahan bantu belajar dalam
pembelajaran kemahiran membaca. Berdasarkan jadual 3, kita dapat lihat bahawa item
pertama dalam bahagian ini mencatat skor min yang tertinggi dengan nilai min 4.48 (SP=.67).
Item ini menyatakan bahawa aktiviti pembelajaran dalam multimedia interaktif sesuai
digunakan bila-bila masa sahaja. Item kedua mencatat nilai min sebanyak 4.29 (SP=.71).
Dengan ini, responden mendapati bahawa aktiviti pembelajaran dalam multimedia interaktif
boleh diulang-ulang tanpa masalah. Tambahan pula, responden bersetuju bahawa aktiviti
pembelajaran dalam multimedia interaktif mudah diikuti dan memperoleh skor min 4.25
(SP=.67). Item keempat mencatatkan skor min yang kedua tertinggi dalam bahagian ini, iaitu
4.43 (SP=.59). Menerusi item ini, responden mengganggap aktiviti pembelajaran dalam
multimedia interaktif mudah difahami. Dengan min sebanyak 4.37 (SP=.75), murid bersetuju
bahawa aktiviti pembelajaran dalam multimedia interaktif lebih lancar dan cepat.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Dalam bahagian ini, pengkaji menghuraikan kesimpulan, implikasi dan cadangan berdasarkan
dapatan kajian. Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan multimedia interaktif dalam
pembelajaran kemahiran membaca murid-murid sekolah rendah. Kajian ini terdiri daripada tiga
objektif bagi mencapai tujuan sebenar kajian. Soalan kajian ini dibina selari dengan objektif
kajian. Bagi soalan kajian pertama, dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi murid
terhadap penggunaan multimedia interaktif dalam pembelajaran kemahiran membaca berada

147
pada tahap yang tinggi dengan skor min 4.43 (SP=.64). Analisis menunjukkan responden
bersikap positif terhadap penggunaan multimedia interaktif dalam pembelajaran kemahiran
membaca. Murid sangat menggalakkan penggunaan multimedia interaktif dalam
pembelajaran kemahiran membaca. Bagi soalan kajian kedua, dapatan kajian menerangkan
bahawa kelebihan multimedia interaktif dalam meningkatkan prestasi membaca murid-murid
berada pada tahap yang tinggi dengan skor min 4.45 (SP=.63). Analisis menunjukkan
responden kajian sangat yakin bahawa multimedia interaktif dapat meningkatkan prestasi
membaca mereka. Mereka dapat mengatasi masalah dalam pembelajaran kemahiran
membaca secara berkesan menerusi multimedia interaktif. Bagi soalan kajian ketiga, dapatan
kajian menunjukkan bahawa multimedia interaktif sebagai bahan bantu belajar dalam
pembelajaran kemahiran membaca sangat berkesan kerana memperoleh skor min yang agak
tinggi, iaitu 4.36 (SP=.68). Analisis menunjukkan bahawa responden bersikap positif terhadap
penggunaan multimedia interaktif sebagai bahan bantu belajar dalam pembelajaran
kemahiran membaca kerana murid bosan dengan kaedah konvensional dalam PdP bahasa
Melayu.
Implikasi kajian adalah bagi memberi justifikasi bahawa kajian ini memenuhi jurang
penyelidikan dan berupaya memberi sumbangan dari segi pengetahuan, praktikal dan
empirikal. Kajian ini memberi implikasi dari segi pengetahuan kepada pelbagai pihak
termasuklah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Institut Pendidikan Guru (IPG), pihak
sekolah dan para guru. Dapatan kajian ini memberi kesedaran serta perubahan yang besar
kepada KPM bahawa multimedia interaktif merupakan media pendidikan yang sangat
berkesan diguna pakai sebagai bahan bantu belajar (Izzah, 2017). Dengan ini, KPM dapat
memastikan bahawa setiap sekolah mendapat skim peruntukan kelengkapan kemudahan
infrastruktur supaya memudahkan pengunaan teknologi. Pihak IPG turut dapat menggalakkan
guru pelatih untuk melaksanakan kajian mengenai multimedia interaktif. Hal ini membolehkan
guru pelatih untuk mendalami bidang teknologi dan dapat menjalankan PdP menerusi
multimedia interaktif dengan menarik. Lebih-lebih lagi, pihak sekolah juga dapat mengambil
iktibar bahawa penggunaan multimedia interaktif dapat meningkatkan prestasi membaca
dalam kalangan murid-murid. Dalam hal ini, guru besar boleh memainkan peranan penting
sebagai model pengguna multimedia dengan menggerakkan para guru ke arah ledakan TMK
secara berkesan. Guru pula dapat mempelbagaikan teknik PdP secara efektif dengan
menggabungjalinkan multimedia interaktif untuk menyampaikan isi kandungan.

Kajian ini memberi implikasi dari segi praktikal kepada pelbagai pihak terutamanya
dalam kalangan warga pendidik. Warga pendidik menyedari kesan positif penggunaan
multimedia interaktif dalam PdP bahasa Melayu. Oleh itu, para guru dapat mempelbagaikan
kaedah pembelajaran dengan menggabungjalinkan multimedia seperti teks, gambar, audio,

148
animasi dan video untuk menyampaikan isi kandungan secara efektif. Selain daripada itu,
dapatan kajian ini mendorong guru berusaha untuk meningkatkan ilmu bagi mengendalikan
perisian multimedia supaya dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran membaca
dengan berkesan. Dalam hal ini, guru dapat meningkatkan keprofesionalisme mereka dengan
menghadiri kursus, bengkel dan seminar yang membantu meningkatkan kemahiran,
pengetahuan dan pengalaman mereka dalam mengendalikan alat-alat teknologi di bilik darjah
secara berkesan (Vespanathan Supramaniyam, 2015). Selain daripada itu, pengkaji juga
percaya bahawa kajian ini dapat mengisi kelompangan empirikal dari aspek sampel kajian,
kaedah kajian dan instrumen kajian. Terdapat kajian yang dijalankan oleh Sylvester et al.
(2020) memperlihatkan penguasaan kemahiran membaca bahasa Melayu murid bukan
penutur jati yang menggunakan pendekatan kualitatif menerusi kaedah kajian kes. Pengutipan
data dibuat menerusi kajian lapangan dengan menggunakan teknik temu bual dan teknik
pemerhatian. Seterusnya, kajian yang dijalankan oleh Suraya Tarasat dan Aisah Daud (2014)
membincangkan kesan penggunaan perisian asas membaca terhadap pencapaian membaca
murid peringkat prasekolah yang menggunakan kaedah kuasi-eksperimen. Melalui kajian-
kajian ini, kita dapat lihat bahawa masih kurang kajian yang dijalankan menggunakan kaedah
kajian tinjauan menggunakan instrumen soal selidik bagi mengumpul data untuk meninjau
keberkesanan multimedia interaktif dalam pembelajaran kemahiran membaca.

Pengkaji membincangkan beberapa cadangan yang boleh diambil oleh KPM, IPG,
pihak sekolah, para guru dan pengkaji kajian lanjutan berdasarkan hasil dapatan kajian ini.
Dalam hal ini, KPM boleh mengetengahkan polisi atau dasar pendidikan yang menggunakan
perisian multimedia sebagai medium untuk menyampaikan ilmu kepada para murid dalam
mata pelajaran bahasa Melayu. Pihak IPG pula boleh menggalakkan guru pelatih untuk
menghasilkan inovasi PdP menerusi multimedia interaktif. Pihak sekolah juga boleh
mengamalkan pengurusan dan kepimpinan top down dan bottom up untuk memastikan
penguasaan dan penggunaan teknologi secara menyeluruh oleh guru dan warga sekolah
(Mohd Izham & Sufean Hussin, 2009). Hasil dapatan kajian memberi peluang kepada guru
untuk menentukan hala tuju pembangunan profesionalisme kendiri dalam meningkatkan
pengetahuan dan pengalaman dalam mengaplikasikan teknologi yang merupakan subset
kepada multimedia interaktif. Seterusnya, pengkaji memberikan beberapa cadangan kajian
lanjutan untuk membuat penambahbaikan pada masa hadapan kerana kajian ini dijalankan
dengan beberapa batasan kajian. Dicadangan kajian lanjutan yang dilakukan pada masa
hadapan adalah lebih bersifat komprehensif dengan menggunakan kaedah kualitatif bagi
meninjau keberkesanan multimedia interaktif dalam pembelajaran kemahiran membaca
murid-murid sekolah rendah. Pengkaji boleh melakukan temu bual dan pemerhatian semasa
pelaksanaan proses PdP bagi mengumpul data.

149
RUJUKAN

Abdul Rahman, Y. & Abdullah, W. M. R. (2001). Mengukur kesediaan guru menggunakan


komputer dalam menjalankan tugas pentadbiran dan pengajaran. Utusan Publication
& Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa Melayu
murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1-12.

Abdul Rashid Jamian, Norhashimah Hahim & Shamsudin Othman. (2012). Multimedia
Interaktif Mempertingkatkan Pembelajaran Kemahiran Membaca Murid-Murid
PROBIM. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(2), 46-53.

Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan kemahiran membaca dan
menulis Bahasa Melayu murid sekolah rendah kebangsaan luar bandar. Kertas kerja
di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008.

Arsat, M. & Khalip, H. (2011). Penggunaan perisian multimedia dalam pengajaran guru-guru
teknikal.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2010). Pelaksanaan kurikulum prasekolah kebangsaan
pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna: Modul aktiviti luar. Kementerian
Pelajaran Malaysia.

Bond, T. G. & Fox, C. M. (2015). Applying the rasch model fundamental measurement in the
human sciences. Third edition. Routledge & T. & F. Group, Eds.

Debois, S. (2019). 10 Advantages and disadvantages of questionnaires. SurveyAnyplace.org.

Deliyannis, Ioannis. (2012). From interactive to experimental multimedia. 10.5772/38341

Ibrahim, K. (2013). Amalan penggunaan bahan bantu belajar (BBB) berasaskan multimedia
dalam kalangan guru Bahasa Arab J-QAF di daerah Muar. Laporan Projek Sarjana
Muda. Universiti Tun Hussein.

Izzah. (2017). Pengembangan media touch and play 3d images materi panca indera kelas iv
sekolah dasar berbasis Adobe Flash. Jurnal Florea, 4 (2), 39-45.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-


2025. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kline, T. (2005). Psychological Testing: A practical approach to design & evaluation. Sage
Publication.

Krejcie, R.V. & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities.
Educational and Psychological Measurement. 30, 607-610,
https://doi.org/10.1177%2F001316447003000308

Leni Masnidar Nasution. (2017). Statistik deskriptif. Jurnal Hikmah, 14 (1), ISSN :1829-8419

150
Mayer, R. E. (2009). Multimedia Learning. Edisi Kedua. Cambridge University Press.

Mohd Izham & Sufean Hussin. (2009). Pengurusan perubahan terancang dalam
pembestarian sekolah. Proses pelaksanaan polisi. Terbitan Universiti Malaya.

Muhammad Zulazizi. (2020). Transformasi pengajaran dan pembelajaran multimedia dalam


pendidikan Islam: Satu perbincangan. Journal of ICT in Education, 7 (20), 14-26.

Nor Hafidah. (2016). Multimedia interaktif mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran


kursus Bahasa Melayu Pengurusan (Sblm 1053) dalam kalangan pelajar Universiti
Utara Malaysia. International Seminar On Generating Knowledge Through Research.
Https://Www.Researchgate.Net/Publication/317081186_

Raja Abdullah & Daud Ismail. (2018). Aplikasi ‘Konsep 4C’ pembelajaran abad ke-21 dalam
kalangan guru pelatih pengajian agama Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali
Ismail. Asian People Journal (APJ), 1(1), 45-65,
https://journal.unisza.edu.my/apj/index.php/apj/article/view/8

Rajendra, I. M., & Sudana, I. (2018). The influence of interactive multimedia technology to
enhance achievement students on practice skills in mechanical technology. Journal of
Physics: Conference Series, 10.1088/1742-6596/953/1/012104

Sharifah Fatimah Wan Jamel. (2013). Penggunaan multimedia dalam pengajaran Bahasa
Arab. Tesis Ijazah Sarjana Doktor Falsafah. Universiti Malaya.

Siti Zulaidah, Mohamed Nor Azhari & Mai Shihah. (2017). Tren pembelajaran menggunakan
multimedia interaktif dalam bidang pendidikan teknikal: Satu sorotan literatur. UTM
Press.

Suraya Tarasat & Aisah Daud. (2014). Kesan penggunaan perisian asas membaca terhadap
pencapaian membaca murid peringkat prasekolah. Procedia-Social and Behavioral
Sciences, (134), 399-407, https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2014.04.262

Sylvester, L. Y. W., Alizah Lambri & Rosliah Kiting. (2020). Penguasaan kemahiran membaca
Bahasa Melayu murid bukan penutur jati di Bintulu, Sarawak. Journal of Social Science
6(1), 33-42, https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/EJOSS/article/view/3449/2381

Vespanathan Supramaniyam. (2015). Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi


(TMK) dalam kalangan guru-guru mata melajaran Kemahiran Hidup di sekolah
rendah luar bandar negeri Johor. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Yahya Othman. (2005). Trend dalam pengajaran Bahasa Melayu. PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

Zamri Mohammod & Mohamed Amin. (2008). Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu. Publications Sdn. Bhd.

151
Zamri & Suwarnee. (2008). Kesediaan guru Bahasa Melayu membudayakan TMK dalam
pengajaran. Dlm. Zamri Mahamod & Mohamed Amin. (Eds.). Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dalam pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu: Teori dan praktis.
Karisma Publication.

Zikmund. (2013). Presenting quantitative information about decision outcomes: a risk


communication primer for patient decision aid developers. BMC Medical Informatics
and Decision Making.
https://bmcmedinformdecismak.biomedcentral.com/articles/10.1186/1472-6947-13- S2-
S7

152
AMALAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI GURU DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Sarah Anis Ilyani binti Azmi


sarah09-827@epembelajaran.edu.my

Mohd Haidi bin Mohd Kasran PhD


haidi@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan meninjau tahap amalan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) guru dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Melayu sekolah rendah. Kajian ini turut
mengkaji sikap atau keinginan guru-guru bahasa Melayu sekolah rendah terhadap amalan penggunaan
TMK termasuklah tahap penggunaan dan tahap pengetahuan guru terhadap 19 buah aplikasi TMK.
Reka bentuk yang digunakan dalam kajian ini ialah reka bentuk kaedah penyelidikan tinjauan dengan
menggunakan pendekatan kuantitatif. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik.
Instrumen soal selidik tersebut mengandungi 47 item dan sampel kajian ini melibatkan 44 orang guru
mata pelajaran Bahasa Melayu di sepuluh buah sekolah yang terdapat dalam Zon Pantai Remis Beruas,
Perak. Data mentah yang diperoleh telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik
inferensi secara manual dan melalui perisian Statistical Package For The Social Sciences SPSS V22.
Data statistik deskriptif tersebut melibatkan analisis kekerapan, peratusan, skor min, dan sisihan piawai
manakala statistik inferensi meliputi korelasi. Dapatan kajian pula dipersembahkan dalam bentuk jadual
dan graf seperti graf histogram. Hasil dapatan menunjukkan bahawa tahap amalan penggunaan TMK
guru dalam PdP bahasa Melayu sekolah rendah adalah berada pada tahap sederhana manakala sikap
atau keinginan guru-guru bahasa Melayu sekolah rendah terhadap amalan TMK adalah positif iaitu
guru-guru menerima penggunaan TMK dengan baik sekali. Purata skor min keseluruhan bagi kedua-
dua pemboleh ubah ini adalah μ=3.45 dan μ=4.31 masing-masing. Hal ini jelas sekali membuktikan
bahawa guru-guru sangat berminat untuk mendalami dan mengaplikasikan bidang TMK ini tetapi atas
beberapa faktor yang menjadi kekakangan, maka perkara tersebut sedikit sebanyak mempengaruhi
tahap amalan penggunaan atau pengaplikasian TMK dalam sesi PdP mereka di bilik darjah. Justeru,
guru-guru disarankan supaya cuba mengatasi kekangan-kekangan yang ada supaya pengaplikasian
TMK ini dapat terus dimanfaatkan bagi meningkatkan kualiti profesionalisme seseorang guru itu sendiri
sekali gus dapat menarik minat murid untuk belajar. Hal ini demikian kerana, sikap merupakan antara
salah satu aspek yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap penggunaan sebenar
sesuatu sistem yang ada.
Kata Kunci: Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Bahasa Melayu

ABSTRACT

This study aims to determine teachers' level of information and communication technology (ICT) usage
in teaching and learning (TnL) of Malay language in primary school. This study also examines the
attitude and the willingness of Malay language teachers in primary school to practice the use of ICT,
including the use and knowledge of teachers on 19 ICT applications. The design used in this study was
a survey research method design using a quantitative approach. The instrument used in this study was
a questionnaire. The questionnaire consists of 47 items and samples of this study involved 44 Malay
Language teachers in ten schools located in Pantai Remis Beruas Zone, Perak. The raw data obtained
were analyzed using descriptive statistics and inferential statistics manually and Statistical Package For
The Social Sciences (SPSS) V22 software. The descriptive statistical data involved analysis of
frequency, percentage, mean score, and standard deviation while inferential statistics covered
correlation. The findings of the study were presented in the form of tables and graphs such as histogram

153
graphs. The results showed that the primary teachers' level of ICT usage in Malay language TnL in
primary school was at a moderate level while the attitude and the willingness of primary school Malay
language teachers to practice ICT was positive that teachers greatly accepted the use of ICT. The
average of overall mean scores for these two variables were μ = 3.45 and μ = 4.31, respectively. This
clearly proves that teachers are very interested in deepening and applying ICT but due to some factors
that considered as constraints, the matters have affected the level of practice and usage of application
or ICT in their TnL sessions in the classroom. Therefore, teachers are advised to try to overcome the
constraints so that the application of ICT can continue to be utilized to improve the quality of
professionalism of a teacher himself/herself thus, he/she can attract students to learn. This is such since
attitude is one of the aspects that has a significant relationship with the level of actual use of an existing
system.
Keywords: Information and Communication Technology, Malay Language

PENGENALAN

Dalam meniti kehidupan pada era globalisasi ini, kita seringkali dihidangkan dengan pelbagai
perkembangan teknologi yang semakin hari semakin canggih. Perkembangan teknologi ini
meliputi atau mencakupi setiap aspek sama ada dalam bidang perkhidmatan, perubatan,
termasuklah dunia pendidikan itu sendiri. Teknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi
yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat
secara elektronik. Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) pula ialah teknologi yang
berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat
melalui penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi (Kamus Dewan Edisi Keempat,
2015). Pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Melayu
dapatlah kita kaitkan dengan suatu bentuk kaedah mengajar serta belajar yang berbantukan
komputer dan pelbagai aplikasi yang dikategorikan sebagai pelantar pembelajaran digital.
Berdasarkan Modul TMK dalam Pedagogi Bahasa Malaysia Abad 21 (2015) yang digunakan
dalam Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu Peringkat Negeri Kelantan
2015, penggunaan TMK dalam PdP membawa maksud menggunakan TMK secara terancang,
bersesuaian, dan berfikrah bagi suatu proses peningkatan kecekapan serta keberkesanan
PdP.

Kini, antara kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian dengan keperluan


pendidikan pada zaman ledakan maklumat yang begitu banyak dan pantas ini termasuklah
pengajaran bahasa Melayu dengan menggunakan TMK. Penggunaan TMK dalam pengajaran
bahasa dikatakan mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan
kemahiran bahasa murid. Menurut Noor Aini Ahmad (2014), di Portugal, Carvalhais dan
Fernandes da Silva (2009) telah menjalankan kajian yang berfokuskan kepada salah satu
kemahiran bahasa iaitu kemahiran membaca terhadap 555 orang kanak-kanak disleksia.
Setelah mengambil kira akta, persekitaran bermain, bantuan yang sesuai, perkhidmatan
intervensi, masa bagi aktiviti dan perkhidmatan susulan daripada bahan pembelajaran
interaktif, hasil kajian mendapati bahawa tahap perkembangan kanak-kanak berlaku secara

154
lebih menyeluruh jika TMK diintegrasikan dalam pendidikan. Perkara ini jelas menunjukkan
bahawa perkembangan dan penggunaan TMK khususnya dalam pendidikan berpotensi
mengubah cara kanak-kanak mempelajari bahasa.

Guru sewajarnya memainkan peranan yang penting dalam memilih, merancang, dan
menentukan kaedah pengajarannya bagi memastikan objektif pembelajaran yang ditetapkan
tercapai. Menurut Mohamad Johdi Salleh (2007), sekiranya guru menggunakan pelbagai
kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid,
pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan. Hal ini kerana, kaedah
yang digunakan sangat penting sebagai sumber kefahaman, minat dan komitmen murid dalam
PdP. Murid lebih tertarik kepada kaedah yang kemaskini serta menggunakan peralatan
elektronik seperti internet, komputer, powerpoint, video, dan sebagainya. Dalam pengajaran
kemahiran bahasa khususnya, strategi yang sesuai perlu diamalkan kerana amalan
pengajaran berkait rapat dengan menyediakan peluang untuk kanak-kanak membaca,
menulis, bercakap dan mendengar menggunakan bahasa ibunda masing-masing atau bahasa
kedua (Noor Aini Ahmad, 2014). Berdasarkan World Declaration on Education for All (WDEFA,
1994), mempelajari kemahiran bahasa merupakan salah satu agenda mereka agar semua
kanak-kanak dapat berkomunikasi dengan baik. Dasar ini juga menuntut setiap individu
seharusnya mendapat kebaikan daripada peluang pendidikan yang direka khusus untuk
mereka bagi mencapai keperluan pembelajaran asas seperti literasi, ekspresi lisan dan
menyelesaikan masalah serta mempertingkatkan tahap pengetahuan, kemahiran, nilai, dan
sikap. Oleh itu, pendidik perlulah cakna akan latar belakang, minat, dan kebolehan seseorang
individu kanak-kanak supaya kaedah yang digunakan sewaktu menyampaikan pengajaran
dapat memberikan impak yang positif terhadap pencapaian objektif PdP yang telah dirancang.

PERNYATAAN MASALAH

Menurut Hasnuddin Ab Rahman, Norfaizuryana Zainal, dan Nor Azzarahton Ab Karim (2015),
Robiah Sidin dan Nor Sakinah Mohamad (2007) berpendapat bahawa dalam era globalisasi
ini, pembangunan pendidikan sangat mementingkan pembudayaan dan penguasaan TMK
dalam kalangan murid. Menurut Faridah Nazir, Faiziah Shamsudin dan Amran Bakar (2017),
terdapat pelbagai istilah digunakan untuk menjelaskan pendapat serta idea berkaitan
pembelajaran elektronik ini seperti web-based learning, virtual learning, online learning,
internet-enabled learning, digital learning dan ditekankan penlaksanaanya melalui salah satu
elemen yang terkandung dalam dasar 11 Anjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 iaitu memanfaatkan Information and Communication Technology (ICT) bagi
meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).
Penetapan elemen TMK dalam dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (DSKP) sebagai

155
salah satu pengisian kurikulum juga merupakan syarat dan saranan kepada semua warga
pendidik mengenai pengaplikasiannya dalam PdP dan perkara ini amat jelas dijadikan fokus
utama misi KPM. Hal ini kerana, terdapat kolaboratif, hubungan, ataupun jaringan yang erat
antara keberkesanan PdP dengan penggunaan TMK. Menurut Vespanathan Supramaniyam
(2015), perkembangan pesat dalam bidang TMK bukan sahaja membawa banyak perubahan
terhadap kaedah PdP guru malahan kaedah belajar dalam kalangan murid sekolah rendah
juga bertambah baik.

Menurut Alagesan Ambikapathy, Siti Hajar Halili, Mohana Dass Ramasamy (2020),
penggunaan TMK boleh diaplikasikan dalam semua mata pelajaran termasuklah mata
pelajaran bahasa dan di Malaysia, penggunaan TMK sebagai alat bantu mengajar (ABM)
bukanlah sesuatu yang baru sebaliknya telah diperkenalkan sejak awal tahun 80-an lagi.
Berikutan perkara ini, timbul persoalan dalam diri penyelidik berkaitan isu amalan penggunaan
TMK guru khususnya dalam PdP bahasa Melayu yang kurang mendapat sambutan
sedangkan telah lama diperkenalkan. Berdasarkan kepada sumber-sumber kajian lepas
lepas, dapatan menunjukkan isu pengaplikasian TMK dalam PdP guru bahasa Melayu masih
di tahap yang rendah. Contoh dapat dibuktikan melalui kajian yang dilaksanakan oleh Zanariah
Hamid et. al (2019) yang menjelaskan dapatan kajian Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah
Sirap, Hasrina Mustafa (2006), Suzlina Hilwani Baharuddin dan Jamaludin Badusah (2015),
Mohd Faiz Mohd Baharan, Mohd Nor Mamat, dan Zawawi Temyati (2017). Menurutnya, kajian
tokoh-tokoh ini mendapati bahawa rata-rata guru termasuk guru Bahasa Melayu masih
berpegang kepada kaedah pengajaran secara tradisional. Hal ini bermakna, pedagogi abad
ke-21 yang mementingkan penggunaan TMK masih belum sepenuhnya diaplikasikan.

Selain itu, Laporan Audit oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2014) mendapati
penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya oleh guru dan murid dari tempoh Oktober 2013
hingga April 2014 sangat rendah iaitu murid antara 0.17% hingga 0.63%, guru antara 0.57%
hingga 4.69%. Hal ini bertepatan dengan pendapat Akil Yunus (2014) yang menjelaskan
bahawa Projek 1BestariNet tidak mencapai objektif. Selaku guru pelatih dalam bidang Bahasa
Melayu, penyelidik berasa terpanggil untuk mencari tahu punca perkara ini berlaku
berdasarkan kepada beberapa pemboleh ubah yang telah ditetapkan kerana menurut
Altanopoulou & Tselios, 2017; El Alfy, Gómez, & Ivanov, 2017; Tan, 2016 dalam Zanariah
Hamid et. al (2019), tugas untuk memastikan kejayaan penggunaan teknologi dalam PdP
seharusnya digalas oleh guru. Tambahan lagi, berdasarkan Pelan Hala Tuju Pendidikan
Bahasa Melayu 2016-2025, usaha memartabatkan bahasa Melayu sangat penting sebagai
alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara
bangsa (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017). Oleh itu, jelaslah di sini bahawa peranan
guru bahasa Melayu juga sangat penting dalam memastikan PdP bahasa Melayu dapat

156
dilaksanakan secara berkesan untuk memastikan prestasi murid dalam mata pelajaran ini
cemerlang. Chew Fong Peng dan Zahari Ishak (2008) menyatakan bahawa dua entiti yang
penting dalam pembentukan negara bangsa, sekali gus membawa jati diri serta pembangunan
manusia yang dapat diukur secara empirikal ialah bahasa dan pendidikan. Maka, jelaslah
bahawa seseorang individu guru bahasa Melayu mestilah komited dalam PdP yang
dilaksanakan dan usaha ni pastinya memerlukan kaedah pengajaran yang berkesan.

Selaku bakal guru novis yang akan berkecimpung dalam bidang ini, penyelidik berasa
sangat teruja untuk mengenalpasti keinginan atau sikap guru bahasa Melayu terhadap amalan
penggunaan TMK kerana berdasarkan kajian lalu, dapatan menunjukkan guru kurang
berminat untuk mengaplikasikannya sedangkan telah banyak kajian yang mengatakan melalui
TMK, PdP yang dilaksanakan dapat menarik minat murid. Salah satunya dapat kita lihat
melalui pernyataan Siti Hajar Halili dan Suguneswary (2016) yang menjelaskan bahawa
Volman dan Eck (2001) dalam Signh dan Chan (2014) mengatakan melalui penggunaan TMK,
satu persekitaran pembelajaran kreatif dan kondusif yang mampu mengubah proses PdP
dapat dijanakan. Hal ini demikian kerana, TMK bukan sahaja berfungsi sebagai alat, malah
dianggap sebagai penyokong cara baru dalam proses PdP. Plamen & Rodgers, (2003) dalam
Siti Hajar Halili dan Suguneswary (2016) juga berpendapat, penggunaan TMK dalam PdP
banyak menarik minat murid dalam pembelajaran kerana TMK dirasakan menarik, senang
digunakan, terdapat kepelbagaian seperti penambahan muzik, video, demonstrasi, malah
pemahaman murid menjadi lebih berkesan dengan penerangan melalui gambar-gambar dan
tayangan secara langsung. Ward & Peppard (2003) dalam Siti Hajar Halili dan Suguneswary
(2016) juga berpendapat, revolusi maklumat yang berlaku disebabkan kemajuan TMK
memberi cabaran baru kepada profesion keguruan dan kemajuan yang berlaku ini perlu
dimanfaatkan untuk mempertingkatkan martabat profesion keguruan yang sedang
mengharungi perubahan abad ke- 21. Di samping itu, perkara ini juga penting supaya bahasa
Melayu tidak ketinggalan dalam era globalisasi kerana menurut Muhammad Khairi Mohamed
Nor (2015), penyerapan teknologi seperti komputer dalam bahasa Melayu sangatlah sesuai
dengan kehendak dunia sekarang. Melalui kajian ini, penyelidik berharap agar kajian ini dapat
menjadi satu perkara yang signifikan untuk menyumbang kepada penyelidikan yang sedia ada
dan mampu memberi manfaat kepada bidang pendidikan khususnya pengaplikasian TMK
dalam mata pelajaran bahasa Melayu.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini adalah berasaskan kepada beberapa objektif tertentu iaitu;

1. Mengenal pasti tahap amalan penggunaan TMK guru-guru bahasa Melayu sekolah
rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

157
2. Mengenal pasti sikap atau keinginan guru-guru bahasa Melayu sekolah rendah
terhadap amalan TMK.
3. Menentukan hubungan antara tahap amalan penggunaan TMK guru-guru bahasa
Melayu sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan sikap atau
keinginan guru-guru bahasa Melayu sekolah rendah terhadap amalan TMK.

SOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian yang telah dinyatakan, kajian ini telah membina tiga soalan kajian.
Ketiga-tiga soalan kajian adalah seperti yang berikut:

1. Apakah tahap amalan penggunaan TMK guru-guru bahasa Melayu sekolah rendah
dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
2. Apakah sikap atau keinginan guru-guru bahasa Melayu sekolah rendah terhadap
amalan TMK?
3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap amalan penggunaan TMK
guru-guru bahasa Melayu sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dengan sikap atau keinginan guru-guru bahasa Melayu sekolah rendah terhadap
amalan TMK?

HIPOTESIS KAJIAN

Berdasarkan soalan kajian tersebut, hipotesis kajian yang dibentuk ialah:

 Hipotesis Alternatif

Ha1: Terdapat hubungan signifikan antara tahap amalan penggunaan TMK guru-guru bahasa
Melayu sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan sikap atau
keinginan guru-guru bahasa Melayu sekolah rendah terhadap amalan TMK.

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kajian tinjauan yang mengkaji tahap amalan
penggunaan TMK guru dalam PdP bahasa Melayu sekolah rendah dan sikap guru terhadap
amalan penggunaan TMK. John W Creswell & Mariko Hirose (2019) menyatakan bahawa
penyelidikan kualitatif meneroka fenomena sementara penyelidikan kuantitatif menerangkan
hasil ujian hipotesis atau persoalan kajian. Maka, wajarlah kajian ini dilaksanakan secara
kuantitatif kerana selari dengan tujuan penyelidik yang ingin melihat kebenaran hipotesis yang
dirangka di samping menjawab persoalan kajian. Menurut Lee Keok Cheong, Zakri Abdullah
dan Chua Lay Nee (2018), tujuan kajian tinjauan dilaksanakan adalah untuk meninjau
keberkesanan sesuatu produk atau meninjau pandangan orang ramai berkaitan sesuatu isu
dan keadaan ini selari dengan hasrat penyelidik yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan

158
isu amalan penggunaan TMK dalam kalangan guru mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah
rendah. Populasi kajian terdiri daripada guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah
rendah yang terdapat di sekitar Zon Pantai Remis Beruas, Perak manakala sampelnya terdiri
daripada guru-guru bahasa Melayu daripada sepuluh buah sekolah yang dikategorikan dalam
Zon Pantai Remis Beruas, Perak.

Penentuan saiz sampel adalah berdasarkan populasi yang dirujuk melalui jadual Rober
V. Krejcie dan Daryle W. Morgan (1970) dalam Ghazali Darusalam dan Sufean Hussin (2018)
iaitu seramai 44 orang guru. Penyelidik telah memanfaatkan penemuan atau kajian-kajian
lepas khususnya dalam penggunaan instrumen kajian bagi tujuan pengutipan dan
pengumpulan data melalui pengadaptasian dan pengubahsuaian satu set soal selidik daripada
kajian Sham Suhaila Mohd Salleh (2015) dan Ahmad Affiq Mohd Yusof (2020). Kesahan muka
dan kesahan kandungan instrumen didapatkan daripada beberapa orang pensyarah di Institut
Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu yang melibatkan seorang pakar bahasa, dan dua
orang pakar metodologi. Kajian rintis dilaksanakan kepada semua guru bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan Pantai Remis dan Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail (1) dan
data bagi kajian ini akan diuji dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the
Social Sciences (SPSS) versi 22 atau menggunakan pekali Alpha Cronbach bagi
mendapatkan nilai Alpha Cronbach untuk menentukan kebolehpercayaan instrumen soal
selidik yang dibina. Skor Alpha Cronbach yang diperoleh bagi kajian ini adalah sebanyak 0.931
menunjukkan tahap sangat baik dan bermaksud bahawa soal selidik ini boleh digunakan untuk
mengumpul data sebenar dan mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi. Oleh itu,
seramai 44 orang guru bahasa Melayu yang terdiri daripada sepuluh buah sekolah rendah
sekitar Zon Pantai Remis Beruas Perak telah menjawab soal selidik ini bagi data kajian
sebenar. Dapatan kajian telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik
inferensi.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Jadual 1
Analisis Item Tahap Amalan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Guru dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Bil. Item/Kenyataan Min (Sisihan Piawai) Interpretasi


1. B1. Saya menggunakan teknologi
maklumat dan komunikasi 3.45 (0.820) Sederhana
sepenuhnya dalam pengajaran dan
pembelajaran.
2. B2. Saya menggunakan teknologi
maklumat dan komunikasi dalam 3.59 (0.787) Sederhana
penyediaan bahan bantu mengajar.

159
3. B3. Saya menggunakan aplikasi
teknologi maklumat dan komunikasi
untuk melaksanakan pentaksiran 3.52 (0.762) Sederhana
bagi memastikan objektif
pembelajaran murid tercapai.
4. B4. Saya menggunakan teknologi
maklumat dan komunikasi untuk 3.30 (0.851) Sederhana
merancang aktiviti pemulihan.
5. B5. Saya menggunakan teknologi
maklumat dan komunikasiuntuk 3.34 (0.834) Sederhana
merancang aktiviti pengayaan.
6. B6. Saya menggunakan teknologi
maklumat dan komunikasi untuk 3.39 (0.754) Sederhana
memberikan maklum balas
terhadap hasil kerja murid.
7. B7. Saya menggunakan teknologi
maklumat dan komunikasi untuk 3.41 (0.726) Sederhana
tajuk yang sukar difahami.
8. B8. Saya menggunakan teknologi
maklumat dan komunikasi yang
menekankan unsur interaktif bagi 3.50 (0.731) Sederhana
mewujudkan pembelajaran yang
bermakna.
9. B9. Saya menggunakan teknologi
maklumat dan komunikasi untuk 3.55 (0.761) Sederhana
memberikan tugasan murid di
rumah.
Keseluruhan 3.4495 (0.62943) Sederhana

Jadual 1 menunjukkan nilai min bagi keseluruhan konstruk tahap amalan penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi guru dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
iaitu μ=3.45 dan sisihan piawai (SP=0.629). Hal ini bermaksud bahawa majoriti responden
guru mempunyai tahap amalan penggunaan TMK yang sederhana iaitu guru-guru hanya
memilih untuk mengaplikasikan, menggunakan atau menerapkan elemen TMK dalam sesi
PdP bahasa Melayu kadang-kadang yakni antara tiga hingga empat kali sebulan. Ringkasnya,
guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan sekitar Zon Pantai Remis
Beruas menunjukkan pembaharuan melalui peningkatan penggunaan TMK kerana
mempunyai tahap amalan penggunaan TMK dalam sesi PdP di tahap sederhana berbanding
dapatan kajian-kajian lepas yang sering menunjukkan dapatan bahawa amalan penggunaan
TMK guru masih di tahap yang rendah.

Jadual 2
Analisis Item Tahap Penggunaan dan Pengetahuan Aplikasi Teknologi Maklumat dan
Komunikasi

Bil. Item/Kenyataan Min (Sisihan Piawai) Interpretasi


1. C1. Apple Classroom 1.45 (0.589) Rendah

160
2. C2. Google Classroom 2.73 (0.499) Sederhana
3. C3. Youtube 2.77 (0.476) Sederhana
4. C4. Microsoft Education 1.75 (0.651) Rendah
5. C5. Microsoft 365 1.68 (0.674) Rendah
6. C6. Schoology 1.43 (0.545) Rendah
7. C7. QR Code 2.80 (0.408) Sederhana
8. C8. Powtoon 1.70 (0.668) Rendah
9. C9. Edmodo 1.32 (0.561) Rendah
10 C10. Kiddom 1.34 (0.479) Rendah
11. C11. Facebook 2.89 (0.321) Sederhana
12. C12. Padlet 1.89 (0.868) Rendah
13. C13. Socrative 1.27 (0.451) Rendah
14. C14. Nearpod 1.32 (0.518) Rendah
15. C15. Seesaw 1.30 (0.509) Rendah
16. C16. Blackboard Learn 1.41 (0.497) Rendah
17. C17. Wordwall 1.98 (0.821) Rendah
18. C18. Quizizz 2.73 (0.585) Sederhana
19. C19. Kahoot 2.36 (0.780) Sederhana
Keseluruhan 1.9007(0.33117) Rendah

Jadual 2 menunjukkan nilai min bagi keseluruhan konstruk tahap penggunaan dan
pengetahuan aplikasi TMK guru iaitu μ=1.90 manakala sisihan piawai (SP=0.331). Hal ini
bermaksud bahawa majoriti responden guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah
rendah di sekitar Zon Pantai Remis Beruas masih mempunyai tahap penggunaan dan
pengetahuan aplikasi TMK yang rendah. Dapatan ini jelas sekali membuktikan bahawa guru-
guru ini kurang pengetahuan tentang aplikasi TMK dan mereka perlu meneroka dengan lebih
banyak lagi kepelbagaian aplikasi pelantar pembelajaran digital yang telah sedia ada untuk
dimanfaatkan dalam PdP bahasa Melayu yang dijangkakan dapat menarik minat murid untuk
belajar. Konstruk ini tidak menjawab sebarang persoalan kajian yang dirangka tetapi
penyelidik melaksanakan kutipan data sebagai sokongan kepada dapatan kajian ini kerana
mempunyai perkaitan yang releven dengan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang difokuskan.

Jadual 3
Analisis Item Sikap Guru Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran

Bil. Item/Kenyataan Min (Sisihan Piawai) Interpretasi


1. D1. Teknologi maklumat dan 4.36 (0.613) Positif
komunikasi menyediakan ruang
kepada guru dan murid untuk
berkongsi maklumat dan pendapat.
2. D2. Teknologi maklumat dan 4.64 (0.574) Positif
komunikasi mestilah digunakan
dengan berhemah dan dengan cara
yang betul.
3. D3. Teknologi maklumat dan 4.39 (0.538) Positif
komunikasi sangat baik untuk

161
digunakan sebagai alat
perhubungan antara guru dengan
murid.
4. D4. Teknologi maklumat dan 3.95 (0.569) Positif
komunikasi amat mudah dipelajari.
5. D5. Saya berminat untuk 4.39 (0.579) Positif
mempelajari teknologi yang baharu.
6. D6. Pengajaran Bahasa Melayu 4.45 (0.589) Positif
dengan bantuan teknologi
maklumat dan komunikasi akan
meningkatkan prestasi murid.
7. D7. Teknologi maklumat dan 4.27 (0.544) Positif
komunikasi mempermudahkan sesi
pengajaran saya.
8. D8. Teknologi maklumat dan 4.43 (0.587) Positif
komunikasi merupakan alat
pengajaran dan pembelajaran yang
menarik dan menyeronokkan di
dalam bilik darjah.
9. D9. Teknologi maklumat dan 4.36 (0.574) Positif
komunikasi yang diperkenalkan
kepada saya dapat membaiki cara
pengajaran saya.
10. D10. Teknologi maklumat dan 4.07 (0.728) Positif
komunikasi dapat menggantikan
sumber pembelajaran di dalam bilik
darjah.
11. D11. Kemudahan dan fungsi yang 4.11 (0.538) Positif
ada dalam teknologi maklumat dan
komunikasi sesuai digunakan
untuk semua kemahiran Bahasa
Melayu.
12. D12. Penggunaan teknologi 4.34 (0.645) Positif
maklumat dan komunikasi dalam
pengajaran memerlukan
pentadbiran yang tinggi, sokongan
dan masa.
Keseluruhan 4.3144(0.41487) Positif

Jadual 3 menunjukkan nilai min bagi keseluruhan konstruk sikap guru terhadap
penggunaan TMK dalam PdP iaitu μ=4.31 dengan nilai sisihan piawai (SP=0.415). Dapatan
ini menjelaskan bahawa sikap guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu terhadap amalan
penggunaan TMK adalah positif atau dalam erti kata lain mereka menerima penggunaan TMK
ini dengan baik. Walaupun guru bersikap sangat positif terhadap bidang TMK, namun tahap
amalan TMK mereka masih sederhana kerana dipengaruhi oleh faktor-faktor luar yang
menjadi kekangan kepada guru untuk mengaplikasikannya di dalam PdP. Contoh dapat
dibuktikan melalui item empat iaitu ‘teknologi maklumat dan komunikasi amat mudah dipelajari’
yang mempunyai nilai skor min yang paling rendah iaitu μ=3.95 dengan nilai sisihan piawai
(SP=0.569).

162
Berdasarkan dapatan ini, dapatlah dirumuskan bahawa guru-guru ini sangat positif
terhadap amalan penggunaan TMK, tetapi kurang bersetuju dengan pernyataan yang
mengatakan bahawa TMK ini mudah dipelajari. Hal ini selari dengan dua aspek lain yang
mempengaruhi penggunaan sebenar sesuatu sistem sebagaimana yang ditekankan dalam
Model Penerimaan Teknologi oleh Davis (1993) iaitu ciri reka bentuk sistem dan
kemudahgunaan. Guru-guru menganggap bahawa TMK sukar dikendalikan menyebabkan
tahap amalan TMK dalam PdP mereka juga kurang memberangsangkan. Hal ini juga selari
dengan pendapat Placidius Ndibalema (2014) yang menjelaskan dapatan Kambagha (2008)
iaitu guru di Dar es Salaam-Tanzania mempunyai persepsi positif terhadap penggunaan ICT
dalam pengajaran tetapi mereka tidak menggunakannya dalam pedagogi kerana kekurangan
sokongan teknikal dan latihan yang tidak mencukupi. Dalam konteks ini, benarlah bahawa
guru sememangnya sangat mempunyai sikap yang positif terhadap TMK, namun terdapat
faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi tahap penggunaan TMK ini dalam PdP mereka.

Jadual 4
Analisis Korelasi Terhadap Hubungan Antara Tahap Amalan Penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dan
Sikap Guru Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran
dan Pembelajaran

Pemboleh Ubah Pekali Korelasi (r) Paras Signifikan (p)


Tahap Amalan
Penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi
Guru dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Bahasa
Melayu
0.270 0.038
Sikap Guru Terhadap
Penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi
dalam Pengajaran dan
Pembelajaran

Jadual 4 menunjukkan korelasi bivariate telah dilaksanakan antara kedua-dua


pemboleh ubah. Hipotesis yang hendak diuji adalah berkaitan hubungan yang signifikan
antara dua pemboleh ubah tersebut. Keputusan menunjukkan bahawa terdapat hubungan
signifikan tetapi lemah antara kedua-dua pemboleh ubah. Nilai Pearson r ialah (44, p=0.038)
= 0.270, p < 0.05. Nilai koefesion (r = 0.270) adalah signifikan pada aras keertian 0.05
menunjukkan hubungan yang signifikan tetapi lemah kerana berdasarkan kekuatan hubungan
mengikut nilai korelasi oleh Rowantree (1981) dalam Awanis Mohd et. al (2016), nilai r berada

163
dalam julat nilai indeks korelasi 0.21-0.40 yang diinterpretasikan sebagai lemah.
Walaubagaimanapun, hipotesis kajian yang mengatakan bahawa terdapat hubungan
signifikan antara kedua-dua pemboleh ubah adalah diterima kerana korelasi Pearson yang
menunjukkan nilai positif menggambarkan dua pemboleh ubah yang dikaji mempunyai
hubungan langsung dan nilai signifikan, p ≤ 0.05=0.038 menjelaskan bahawa terdapat
hubungan yang signifikan antara kedua-dua pemboleh ubah tersebut.

KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

Kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa berdasarkan hasil skor min keseluruhan, kajian
ini menunjukkan tahap amalan penggunaan TMK guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu di
sepuluh buah sekolah rendah Zon Pantai Remis Beruas berada pada tahap sederhana yang
jika diinterpretasikan secara lebih jelas lagi iaitu, guru mengaplikasikan penggunaan TMK
dalam sesi PdP kadang-kadang yakni antara tiga hingga empat kali sebulan sahaja. Selain
itu, dapatan berkaitan sikap guru-guru terhadap amalan TMK juga adalah positif iaitu guru
menerima penggunaan atau pengaplikasian TMK meskipun tahap amalan penggunaan
mereka masih di tahap yang sederhana. Dapatan ini menyokong dapatan kajian lepas seperti
kajian Ahmad Affiq Mohd Yusof (2020), Sham Suhaila Mohd Saleh (2015), Siti Hajar Halili &
Suguneswary (2016), Rohayati Ismail (2013) yang menjelaskan bahawa sikap guru terhadap
penggunaan TMK dalam PdP berada pada tahap yang tinggi dan guru bersikap positif
terhadap penggunaan TMK dalam PdP.

Terdapat hubungan yang signifikan tetapi lemah antara kedua-dua pemboleh ubah
bersandar dan bebas. Tahap amalan penggunaan TMK yang sederhana ini mungkin
disebabkan oleh kekangan daripada aspek-aspek atau faktor-faktor lain yang tidak difokuskan
dalam kajian ini tetapi mampu mendorong kepada penggunaan sebenar TMK seperti faktor
persepsi mudah guna, faktor kebergunaan, faktor ciri reka bentuk sistem, dan sebagainya.
Secara keseluruhannya, dapatan mengenai tahap amalan penggunaan TMK yang sederhana
ini masih menyokong kajian-kajian lepas seperti kajian Sham Suhaila Mohd Saleh (2015),
Ahmad Affiq Mohd Yusof (2020), Norhiza Fadila, Zamri Mahamod, Wan Muna Ruzanna Wan
Mohamad (2016), dan sebagainya. Namun begitu, dapatan kajian ini mendapati bahawa
terdapat peningkatan dalam tahap penggunaan TMK guru berbanding dengan dapatan kajian-
kajian lepas yang berada pada tahap rendah namun kini berubah kepada tahap sederhana.

Penyelidik berpendapat bahawa peningkatan dalam tahap amalan penggunaan TMK


ini adalah kerana hampir keseluruhan guru telah menggunakan kaedah secara dalam talian
yang berteraskan TMK semasa pelaksanaan PdPR tempoh lalu kerana PdP secara
bersemuka tidak dapat dilaksanakan disebabkan pandemik Covid-19. Tambahan pula, data

164
kajian ini telah dikutip pada waktu yang sama. Menurut sebuah artikel oleh The Malaysian
Insight (2020), dalam tempoh sekatan pergerakan akibat Covid-19, pembelajaran dalam talian
bukan lagi satu pilihan tetapi keperluan. Hal ini demikian kerana, kehadiran teknologi canggih
dalam era moden membenarkan aktiviti PdP boleh berlaku di mana-mana tempat dan bila-bila
masa. Oleh itu, jelaslah bahawa hipotesis kajian diterima. Seterusnya, hasil kajian ini dapat
memberi maklumat secara deskriptif kepada KPM selaku tunjang utama bidang pendidikan di
negara ini mengenai cabaran, kekangan atau faktor-faktor luaran yang dilalui oleh guru
sekolah rendah di Zon Pantai Remis Beruas yang menyebabkan tahap penggunaan TMK
masih di tahap sederhana dan bukannya beralih kepada tahap yang tinggi meskipun dalam
tempoh pandemik Covid-19 yang menuntut kepada pelaksanaan PdPR dalam kalangan guru
yang sememangnya berasaskan kelas secara dalam talian. Oleh itu, dengan hasil dapatan
kajian ini, pihak KPM berupaya merancang semula kaedah dan mengkaji mekanisme yang
lebih berkesan untuk menangani masalah tersebut supaya usaha para guru dalam
mewujudkan persekitaran PdP berasaskan penggunaan TMK dapat berjalan dengan lancar.

Seterusnya, kajian ini berupaya memberikan kesedaran kepada guru-guru bahasa


Melayu berkaitan tahap penggunaan TMK mereka dalam sesi PdP bagi memastikan salah
satu daripada sebelas anjakan yang terkandung dalam PPPM, KPM (2013-3025) iaitu
memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia dapat dijayakan. Guru
merupakan individu yang terpenting dalam memastikan kejayaan sesuatu pelaksanaan dasar
atau strategi baharu yang dirangka oleh KPM. Selain itu, kajian ini berupaya memberi
pengetahuan yang jelas kepada para guru tentang pelbagai pilihan aplikasi TMK yang boleh
diterokai berdasarkan 19 buah aplikasi yang disenaraikan. Melalui penerokaan kendiri ini, guru
pastinya berupaya memahami fungsi-fungsi yang terdapat pada setiap aplikasi untuk
dimanfaatkan dalam PdP mereka. Menurut Siti Aminah Sallehin & Fazlinda Ab Halim (2019),
penggunaan alat bahan bantu mengajar (ABBM) berasaskan multimedia dalam pengajaran
dan pembelajaran (PdP) telah terbukti dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran (PdP).

Antara cadangan yang ingin disarankan oleh penyelidik kepada bakal pengkaji akan
datang adalah untuk melakukan pembaharuan dalam kajian ini dengan cara menggunakan
pendekatan multimetodologi iaitu gabungan antara pendekatan kualitatif dan pendekatan
kuantitatif. Hal ini demikian kerana masih belum ada kajian lepas yang menggunakan
pendekatan campuran untuk menentukan tahap penerimaan dan penggunaan TMK dalam
kalangan guru. Yuznaili Saleh (2021) menjelaskan bahawa menurut Creswell (2014), terdapat
enam jenis kajian dalam pendekatan gabungan yang sering digunakan oleh pengkaji dalam
Sains Sosial seperti Selari Konvergen, Turutan Penjelasan, Turutan Penerokaan, Tertanam

165
(Embedded), dan sebagainya. Selain itu, menurut Ghazali Darusalam & Sufean Hussin (2018),
melalui penyelidikan kaedah gabungan, pungutan data yang diperoleh akan saling menyokong
antara data primer dan sekunder serta secara langsungnya mempunyai unsur-unsur seperti
ketersediaan, kesahihan, kecukupan, kesesuaian, dan penyesuaian. Oleh itu, melalui
kepelbagaian kaedah seperti ini dapat memberi peluang kepada pengkaji untuk mendapat
pandangan yang lebih lengkap, jelas, dan tepat daripada responden serta dapat melihat
persamaan dan perbezaan maklumat yang diperoleh dalam kajian yang dijalankan.
Selain itu, pengkaji akan datang juga disarankan untuk melaksanakan kajian dengan
menitikberatkan kesemua aspek yang ditekankan dalam Teori Penerimaan Teknologi oleh
Davis (1989) bagi mendapatkan keputusan kajian yang lebih menyeluruh berkaitan tahap
penggunaan sebenar sesuatu sistem kerana dalam kajian ini, penyelidik hanya memfokuskan
kepada satu aspek sahaja iaitu sikap. Antara cadangan lain yang ingin disarankan kepada
pengkaji akan datang ialah membuat kajian kepada guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu
yang terdapat di semua jenis sekolah termasuklah SK, SJKC, dan SJKT sebagai responden
kajian bagi membantu pengkaji melihat perbandingan pelaksanaan atau pengaplikasian TMK
dalam PdP di tiga jenis sekolah ini dengan lebih jelas kerana kita sedia maklum bahawa setiap
sekolah tersebut pastinya mempunyai perbezaan persekitaran dan budaya amalan TMK
dalam sesi PdP masing-masing.

RUJUKAN

Ahmad Affiq Mohd Yusof. (2020). Penggunaan Pelantar Pembelajaran Digital Dalam
Pengajaran Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Dicapai pada Januari 21, 2021,
daripada
https://www.academia.edu/43513406/PENGGUNAAN_PELANTAR_PEMBELAJARA
N_DIGITAL_DALAM_PENGAJARAN_GURU_BAHASA_MELAYU_SEKOLAH_REN
DAH

Akil Yunus. (2014, November 10). Laporan Audit: Projek 1BestariNet Tidak Capai Objektif.
Dicapai pada Januari 21, 2021, daripada
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2014/11/10/audit-1bestarinet

Alagesan Ambikapathy, Siti Hajar Halili, Mohana Dass Ramasamy. (2020). Kemahiran TMK
Dalam Kalangan Guru-Guru Bahasa Tamil Sekolah Menengah. Muallim Journal Of
Social Science And Humanities Volume 4, Issue 3, 99-114.

Awanis Mohd, Ainunmadiah Mohd Nawawi, Siti Noor Ismail. (2016). Tahap Efikasi Guru dan
Hubungannya Dengan Pencapaian Sekolah Di Sekolah-Sekolah Menengah Dalam
Daerah Bachok. International Seminar On Generating Knowledge Through Research,
UUM-UMSIDA (pp. 312-326). Kedah: Universiti Utara Malaysia.

Chew Fong Peng, Zahari Ishak. (2008). Tahap Penggunaan Bahasa Melayu Dan Bahasa
Inggeris Dalam Kalangan Mahasiswa/I IPTA Dan IPTS Dalam Sistem Pendidikan
Negara. Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 19, 16-36.

Davis, F.D. (1989). Perceived Usefulness, Perceived Ease of Use, and User Acceptance of

166
Information Technology V. MIS Quarterly Vol. 13, No. 3, 319-340.

Davis, F.D. (1993). User Acceptance of Information Technology: System Characteristics,


User Perceptions and Behavioral Impacts. Dicapai pada Februari 13, 2021, daripada
International Journal of Man-Machine Studies 38, 475-487:
https://deepblue.lib.umich.edu/bitstream/handle/2027.42/30954/0000626.pdf;jsessioni
d=6C472A8CC57CD6F931EE0D4817D85A43?sequence=1

Faridah Nazir, Faiziah Shamsudin, Amran Bakar. (2017). Pengajaran dan Pembelajaran
Abad Ke-21. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Ghazali Darusalam, Sufean Hussin. (2018). Metodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan.


Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Hasnuddin Ab Rahman, Norfaizuryana Zainal, Nor Azzarahton Ab Karim. (2015).


Keberkesanan Penggunaan ICT Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan
Islam Bagi Sekolah Kebangsaan Desa Pandan Kuala Lumpur. International
Conference On Information Technology & Society (pp. 238-252). Kuala Lumpur: Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

John W Creswell, Mariko Hirose. (2019, March 28). Mixed Methods and Survey Research In
Family Medicine and Community Health. Dicapai pada April 6, 2021, daripada
https://fmch.bmj.com/content/fmch/7/2/e000086.full.pdf

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 201-


2025 (Pendidikan Prasekolah Hingga Lepasan Menengah). Dicapai pada Januari 20,
2021, daripada https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/1813-
pppm-2013-2025/file
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Laporan Audit 2014. Dicapai daripada
https://egov.nik.gov.pl/g/egov/MY/2014/BestariNnet/1BESTARINET FOR EUROSAI
CUBE.pdf

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu
2016-2025. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Putrajaya: Bahagian
Pembangunan Kurikulum.

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu Peringkat Negeri Kelantan 2015.
(2015, September 14). TMK Dalam Pedagogi Bahasa Malaysia Abad 21. Dicapai pada
Februari 13, 2021, daripada https://fliphtml5.com/wmhm/bezy/basic

Lee Keok Cheong, Zakri Abdullah, Chua Lay Nee. (2018). Penyelidikan Dalam Pendidikan.
Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Mohamad Johdi Salleh. (2007). Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu
Lintang Tahun 2007. Dicapai pada Februari 13, 2021, daripada Guru Efektif dan
Peranan Guru dalam Mencapai Objektif Persekolahan Sekolah Rendah: Perspektif
Guru Besar:
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/2007/Edmanagement/moh
djohdiUIAMfp.pdf

Muhammad Khairi Mohamed Nor. (2015). Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

167
Berbantukan Komputer. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Noor Aini Ahmad. (2014). Mengintegrasi Teknologi Komunikasi dan Maklumat Sebagai
Media Pengajaran Bahasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak Awal Umur. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu Vol. 4, Bil. 2, 36-43.

Norhiza Fadila, Zamri Mahamod, Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad. (2016). Kompetensi,
Sikap dan Penggunaan Aplikasi Web 2.0 Sebagai Bahan Bantu Mengajar Dalam
Kalangan Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu
Vol. 6, Bil. 2, 52-58.

Rohayati Ismail. (2013, Jun). Faktor Peramal Akan Sikap Guru Terhadap Penggunaan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di
Sekolah Menengah Selangor, Malaysia. Dicapai pada April 9, 2021, daripada
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48754/1/FPP%202013%2062R.pdf

Sham Suhaila Mohd. Salleh. (2015, Mei 23). Sikap Guru Terhadap Penggunaan ICT Di
Sekolah Kebangsaan Trolak Timur. Dicapai pada Januari 21, 2021, daripada
https://www.slideshare.net/shamsuhaila85/sikap-guru-terhadap-penggunaan-ict-di-
sekolah-kebangsaan-trolak-timur

Siti Aminah Sallehin, Fazlinda Ab Halim. (2019). Penggunaan Alat Bahan Bantu Mengajar
Berasaskan Multimedia Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di Sekolah Menengah
Zon Benut. Dicapai pada April 6, 2021, daripada file:///C:/Users/asus/Downloads/4814-
Article%20Text-18485-1-10-20190821.pdf

Siti Hajar Halili, Suguneswary. (2016). Penerimaan Guru Terhadap Penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi Berasaskan Model TAM dalam Pengajaran Mata Pelajaran
Bahasa Tamil. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 31-41.

Vespanathan Supramaniyam. (2015, Jun). Penggunaan Teknologi Maklmuat dan


Komunikasi dalam Kalangan Guru-guru Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah
Rendah Luar Bandar Negeri Johor. Dicapai pada Februari 27, 2020, daripada
http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8014/1/VESPANATHAN_SUPRAMANIYAM.pdf

Yuznaili Saleh. (2021). Panduan Komprehensif Penyelidikan: Navigasi Penyelidikan Anda.


Kuala Lumpur: Global Mediastreet Sdn Bhd.

Zanariah Hamid, Chew Fong Peng, Mohd Shahril Nizam Shaharom, Rosli Hamid, Mohd
Aizat Omar. (2019). Faktor Peramal Penerimagunaan Persekitaran Pembelajaran
Maya Dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu. Jurnal Kepimpinan Pendidikan Bil. 6, Isu
3, 64-79.

168
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS AYAT MUDAH DALAM KALANGAN MURID
TAHUN 3 DENGAN JADUAL ‘SBK’.

Srigaanth a/l Rajamohan


srigaanth09-828@epembelajaran.edu.my

Tusha Rani a/p Rajendra PhD.


thusha@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran menulis ayat mudah mengikut
struktur ayat yang betul berdasarkan gambar dalam kalangan murid tahun 3 dengan menggunakan
Jadual “SBK”. Peserta kajian terdiri daripada lima orang murid. Instrumen yang digunakan dalam kajian
ini ialah ujian menulis ayat yang betul dan lengkap (ujian pra), ujian menulis ayat yang betul dan lengkap
(akhir), analisis dokumen dan pemerhatian. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian menulis ayat
awal. Hasil tinjauan awal menunjukkan bahawa murid tidak tahu menulis ayat dengan struktur ayat yang
betul. Kebanyakan murid hanya menulis ayat tunggal yang tergantung. Terdapat sebilangan kecil murid
yang tidak dapat mengenal pasti kata kerja yang sesuai berdasarkan situasi dalam gambar. Justeru,
perancangan tindakan berfokuskan kepada keadah untuk menghasilkan penulisan ayat yang betul dan
lengkap. Oleh itu, kaedah jadual telah diperkenalkan kepada peserta kajian bagi membimbing mereka
untuk menulis ayat yang lengkap dan betul. Murid-murid telah didedahkan dan dibimbing oleh guru
tentang cara-cara menggunakan jadual dalam tempoh lima minggu lepas. Hasilnya, ujian pos telah
menunjukkan peningkatan prestasi murid yang dalam menulis ayat. Keputusan ujian pos menunjukkan
bahawa sebanyak 80 peratus murid mendapat skor cemerlang. Dapatan pemerhatian dan analisis
dokumen pula menunjukkan bahawa kaedah dalam bentuk jadual dapat membantu murid untuk menulis
ayat dengan lengkap dan betul. Di samping meningkatkan pemahaman terhadap struktur binaan ayat
dengan tepat. Tindakan susulan yang dicadangkan ialah menggunakan aplikasi “Word Wall” bagi
memudahkan lagi proses murid dalam menulis ayat mengikut struktur ayat yang betul.
Kata kunci: jadual “SBK”, kemahiran, ayat mudah, kata kerja, menulis ayat

ABSTRACT
This action research was conducted to improve the skills of writing simple sentences according to the
correct sentence structure based on pictures among year 3 students by using the "SBK" Table. Study
participants consisted of five students. The instruments used in this study were correct and complete
sentence writing test (pre-test), correct and complete sentence writing test (final), document analysis
and observation. The initial survey was carried out through an initial sentence writing test. Preliminary
survey results showed that students did not know how to write sentences with the correct sentence
structure. Most students only write a single hanging sentence. There are a small number of students
who are unable to identify the appropriate verb based on the situation in the picture. Thus, action
planning focuses on methods to produce correct and complete sentence writing. Therefore, the tabular
method was introduced to the study participants to guide them to write complete and correct sentences.
Pupils have been exposed and guided by the teacher on how to use the schedule over the past four
weeks. As a result, the post-test has shown an improvement in the performance of students in writing
sentences. The results of the post test showed that as many as 80 percent of the students got excellent
scores. Findings of observation and document analysis show that the method in the form of tables can
help students to write sentences completely and correctly. In addition to improving the understanding of
sentence structure accurately. The proposed follow -up action is to use the "Word Wall" application to
further facilitate the process of students in writing sentences according to the correct sentence structure.
Keywords: “SBK” table, skills, simple sentences, verbs, sentence writing

169
PENGENALAN

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) distrukturkan kepada pendekatan modular yang
mengandungi beberapa unit di dalamnya. Salah satu unit yang penting ialah kemahiran
membaca menulis. Kemahiran menulis adalah salah satu kemahiran yang kemahiran penting
yang perlu dikuasai oleh murid-murid. Berdasarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (2014),
kemahiran menulis juga mempunyai hubungan yang rapat dengan kemahiran bahasa yang
lain. Oleh itu, guru perlu melatih murid supaya dapat membina ayat yang betul dengan
menggunakan struktur bahasa yang tepat.

Kelemahan murid dalam menulis idea dengan ayat yang gramatis serta bermasalah
dalam penggunaan kosa kata, struktur ayat, imbuhan, tanda bacaan dan ejaan menyebabkan
murid tidak berminat dan tidak memberi fokus dalam pembelajaran (Abdul Rashid Jamian,
2011). Dalam kajian ini, jadual ‘SBK’ (Siapa, Buat Apa, Keterangan) digunakan untuk
membimbing murid tahun 3 bagi menguasai kemahiran menulis ayat mudah mengikut struktur
ayat yang betul berdasarkan gambar serta meningkatkan kemahiran mengenal pasti pelaku
kata kerja dan keterangan dalam ayat. Jadual ini diaplikasi secara ansur maju dan konsep
‘SBK’ diterapkan dalam diri murid melalui kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK).

FOKUS KAJIAN

Isu kajian yang difokuskan berkaitan dengan refleksi pengajaran dan pembelajaran yang telah
pengkaji laksanakan. Walaupun pengkaji mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh
murid pengkaji, namun dalam kajian tindakan ini, pengkaji hanya akan memfokuskan kepada
permasalahan dalam kemahiran menulis ayat dalam kalangan murid tahun 3Y. Standard
kandungan dan standard pembelajaran yang difokuskan dalam masalah kajian ini adalah
seperti yang berikut:

Jadual 1
Standard kandungan dan standard pembelajaran yang difokuskan dalam kajian.

Standard Kandungan Standard Pembelajaran


3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat yang 3.2.1 Membina dan menulis;
bermakna. (i) ayat

Murid kurang berkeupayaan untuk mempertingkatkan kemahiran menulis ayat


khususnya menulis ayat secara gramatis iaitu mengikut struktur ayat yang tepat di samping
kurang mampu untuk mengenal aspek pasti pelaku, kata kerja dan keterangan dalam sesuatu

170
ayat. Dengan ini, murid tidak aktif dalam aktiviti PdPc yang berkonsepkan kemahiran menulis.
Permasalahan ini wajar diatasi supaya dapat mendukung matlamat KSSR Bahasa Melayu
iaitu membolehkan murid berketrampilan dalam berbahasa dengan menjadikan murid
berkeupayaan untuk mencatat, menulis dan mengimplak untuk mengaplikasikan maklumat
dengan menggunakan bahasa yang santun.

Menurut Masni Mohamad Saidi (2010), masalah utama yang dihadapi oleh guru
Bahasa Melayu untuk menangani masalah yang berkaitan dengan murid iaitu kelemahan
murid bagi menguasai asas Bahasa Melayu. Berdasarkan refleksi pengajaran dan
pembelajaran yang lepas, murid Tahun 3Y agak lemah dalam aspek kemahiran menulis
terutamanya menulis ayat mengikut struktur ayat yang tepat. Oleh hal yang demikian, kajian
ini dijalankan oleh pengkaji bagi membantu murid menyelesaikan masalah menulis ayat
mengikut struktir ayat yang tidak tepat. Kajian yang akan dijalankan diharap dapat memberikan
peluang kepada murid untuk memperbaik kelemahan dalam pembelajaran menulis ayat
mengikut struktu ayat yang betul.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif kajian tindakan ini adalah untuk:

i. Meningkatkan kemahiran mengenal pasti pelaku, kata kerja dan keterangan dalam ayat
menggunakan teknik “SBK”.
ii. Meningkatkan kemahiran menulis ayat yang mudah berdasarkan gambar dengan
menggunakan Jadual “SBK”.

Soalan kajian tindakan ini ialah:

i. Adakah penggunaan Jadual “SBK” meningkatkan kemahiran mengenal pasti pelaku kata
kerja dan keterangan dalam ayat?
ii. Adakah penggunaan Jadual “SBK” meningkatkan kemahiran menulis ayat yang lengkap
berdasarkan gambar dalam kalangan murid tahun tiga?

PESERTA KAJIAN
Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah yang terletak di Sri Petaling, Petaling Jaya, Selangor.
Murid yang bersekolah di sekolah ini ialah murid-murid dalam kalangan pelbagai kaum.
Seramai 24 orang murid yang berada pada tahun 3Y iaitu kelas pengkaji mengajar dan
menjalankan kajian. Namun daripada 24 orang murid terdapat lima orang murid tidak dapat
tidak berjaya mendapat markah yang memuaskan dalam ujian diagnostik yang pengkaji telah
jalankan. Oleh itu, kajian ini melibatkan seramai lima orang dalam kalangan murid tahun 3Y.
Murid-murid yang menjadi peserta kajian yang terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan dua

171
orang murid perempuan. Peserta kajian ini merupakan murid-murid yang berumur sembilan
tahun iaitu berada pada tahun 3Y yang didapati lemah dalam menulis ayat berdasarkan
dapatan daripada pengumpulan data awal.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Pelaksanaan kajian tindakan ini berasaskan kepada Model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992)
yang mengandungi enam peringkat tindakan yang bermula dengan peringkat mengenal pasti
amalan, merancang tindakan, melaksanakan tindakan, mengumpul data, membuat refleksi
dan kitaran seterusnya.

Merujuk model kajian tersebut, pengkaji merancang untuk mengaplikasikan Jadual


“SBK” bagi meningkatkan kemahiran menulis ayat mengikut struktur ayat yang lengkap melalui
perisian PowerPoint dalam kalangan peserta kajian. Pengkaji menggunakan teknik ini dalam
tempoh kajian tindakan dilaksanakan. Semasa kajian dijalankan, pengkaji memerhati dengan
mengumpul data, menganalisis dan menyemak data yang diperoleh. Seterusnya, pengkaji
membuat refleksi mengenai keberkesanan kajian tindakan yang dilaksanakan.

Mengenal Pasti Amalan

Langkah pertama yang dilaksanakan oleh pengkaji ialah mengenal pasti masalah murid yang
perlu diselesaikan. Masalah ini dapat dikenal pasti melalui refleksi pengajaran dan
pembelajaran yang dibuat selepas menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. (Lim Chong Hin, 2009) Seterusnya, pengkaji mengumpul data awal untuk
menyokong refleksi pengajaran dan pembelajaran yang telah dibuat. Pengumpulan data awal
dilaksanakan dengan menggunakan tiga kaedah pengumpulan data iaitu ujian diagnostik,
analisis dokumen dan pemerhatian. Data yang dikumpul seterusnya dianalisis dan dihuraikan
oleh pengkaji.

Berdasarkan dapatan awal yang telah dikumpul, pengkaji dapat mengenal pasti lima
orang murid yang menghadapi masalah dalam menulis ayat mengikut struktur ayat yang tepat.
Murid-murid ini tidak memahami dan mengenal pasti aspek dalam ayat iaitu pelaku, kata kerja
dan keterangan. Masalah ini berlaku disebabkan pengajaran dan pembelajaran tidak
dirancang dengan baik dan berkesan serta menggunakan panduan bagi merangsang murid
untuk menguasai kemahiran ini. Disebabkan mereka berasa bosan, murid murid kurang aktif
sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlansung. Guru tidak menggunakan teknik
pengajaran yang efektif serta bahan bantu mengajar yang menarik minat murid. Oleh itu, ayat
yang dibina oleh murid dibina tidak gramatis kerana mengikut struktur ayat yang tidak tepat.
Setelah menyedari masalah ini, pengkaji cuba mengatasi masalah ini dengan cara menambah
baik aspek amalan pengajaran dengan menggunakan kajian yang dirancang oleh pengkaji.

172
Merancang Tindakan

Dalam peringkat perancangan ini, pengkaji telah merancang pelan tindakan untuk
menambahbaik aspek amalan serta perancangan pengumpulan data untuk kesan tindakan.
Perancangan yang rapi dan teliti akan dibuat pada peringkat ini supaya pada peringkat
pelaksanaan dapat dijalankan dengan lancar dan sistematik.

Dalam pada itu, pengkaji telah merancang untuk melaksanakan kajian yang
mengaplikasikan teori behaviouris yang dipelopori oleh Skinner (1957) Teori behavioris
beranggapan seseorang itu akan mahir dan dapat menguasai sesuatu kemahiran berdasarkan
kepada aktiviti peneguhan. Peneguhan pula berlaku hasil wujudnya rangsangan dan gerak
balas (Azizah Hamzah, 2010) Menurut teori behavioris ini, pengkaji telah merancang aktiviti
dan intervensi yang akan dilaksanakan selama beberapa kali sehingga murid-murid mahir
menulis ayat. Untuk mencapai hasrat ini, pengkaji telah memperkenalkan teknik yang dikenali
sebagai Jadual “SBK” kepada murid-murid. Seterusnya, pengkaji akan merancang segala
pelan tindakan untuk dilaksanakan selama tempoh penyelidikan ini untuk menambah baik
amalan.

Pengkaji merancang teknik yang sesuai bagi membantu peserta kajian yang
menghadapi masalah dalam menulis ayat mengikut struktur ayat yang mengikut konteks.
Pengkaji merancang untuk menggunakan Jadual “SBK” untuk meningkatkan kemahiran
menulis ayat menggunakan perisian PowerPoint.bagi mewujudkan pengajaran dan
pembelajaran yang menarik dan menyoronakan. Pengkaji mencipta satu aktiviti memadan
melalui perisian PowerPoint bagi memahamkan murid tentang konsep Jadual “SBK” supaya
murid-murid dapat memberi perhatian di dalam bilik darjah serta mempunyai minat untuk
belajar. Maka, pengkaji dapat mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan serta dapat meningkatkan penguasaan kemahiran menulis ayat dalam kalangan
peserta kajian tersebut. Melalui permainan ini, murid dapat meningkatkan motivasi instrinsik
dalam diri mereka untuk belajar.

Melaksana Tindakan

Pada peringkat melakana tindakan, segala perancangan pelan tindakan yang sudah dibuat
dengan rapi di peringkat kedua telah dilaksanakan sepenuhnya. Dalam peringkat ini, segala
teknik dan kaedah yang dipilih untuk membimbing dan memudahkan murid-murid menulis ayat
akan digunakan. Segala pelaksanaan pula adalah berdasarkan teori behavioris seperti yang
telah ditetapkan pada peringkat merancang.

Dalam fasa ini, pelaksanaan bukan dibuat sekali malah sebanyak tiga kali. Hal ini
demikian kerana pelaksanaan dibuat beberapa kali dapat membuktikan sama ada teknik dan

173
inovasi yang diperkenalkan dapat membantu murid ataupun sebaliknya. Selain itu,
pelaksanaan tindakan dilaksanakan sebanyak tiga kali bagi memenuhi prinsip peneguhan teori
behavioris yang telah diaplikasikan dalm menyelidikan kajian ini. Latihan yang dijalankan
secara berulang kali akan membentuk kebiasaan dalam kalangan murid-murid. (Arina, 2013)
Kebiasaan pula akan membina ikatan yang kuat dan kefahaman yang tinggi dalam kalangan
murid. Jadi, lebih mudah untuk murid mencapai peningkatan khususnya dalam penggunaan
Jadual “SBK”. Disamping itu, semua keputusan daripada tindakan yang dilaksanakan perlu
dicatatkan dalam ujian yang pertama sehingga ujian yang terakhir.

Hal ini demikian kerana catatan rekod pencapaian peserta kajian dalam penggunaan
teknik yang telah diperkenalkan memberi gambaran yang menyeluruh dan terperinci terhadap
keberkesanan penggunaan bahan inovasi kepada peningkatan kemahiran menulis ayat dalam
kalangan murid tahun 3Y.

Mengumpul Data

Pada peringkat ini, pengkaji mengumpulkan semua data daripada pelaksanaan yang telah
dibuat dengan menganalisis keputusan dan mengetahui sama tiada keputusan positif ataupun
sebaliknya. Keputusan kesan tindakan akan memberi gambaran tentang kekuatan intervensi
yang telah dibuat intervensi yang berkesan akan memberikan keputusan yang positif pada
kesan tindakan setelah dianalisis.

Membuat Refleksi

Dalam fasa ini, segala data yang telah dikumpulkan akan diteliti dan dinilai. Berdasarkan data
tersebut, satu kesimpulan dapat dibuat sama ada intervensi yang dilaksanakan kepada murid-
murid dapat membantu mengurangkan masalah murid-murid ataupun sebaliknya. Kejayaan
pada peringkat ini, boleh dikatakan kejayaan pada keseluruhan kajian manakala jika
sebaliknya. Menurut model Lewin 1996 dan Laidlaw (1992), kitaran seterusnya perlu
dijalankan oleh pengkaji supaya dapat menambah baik mana-mana langkah tindakan yang
kurang berkesan dan menyebabkan kegagalan keseluruhan kajian itu. (Chua Yan Piaw, 2012)
Kitaran seterusnya juga dikenali sebagai kitaran kedua yang bermaksud pengkaji perlu
mengulang semula semua proses dan langkah bermula daripada perancangan tindakan
dalam menambah baik amalan dan melihat semula hasil tindakan.

Ahmad Khairul Haleem Abdullah Zhidi (2012) berpendapat peringkat refleksi


merupakan peringkat pengkaji melihat semula semua proses dan tindakan yang dilaksanakan
dalam kajian tindakan ini. Pengkaji juga bertanggungjawab melihat hasil dan pencapaian yang
diperolehi daripada intervensi dan data yang diperoleh sepanjang kajian ini. Pada peringkat
ini juga pengkaji perlu bersedia menerima sebarang risiko sama ada kajian yang dijalankan

174
berjaya ataupun sebaliknya. Pengkaji juga perlu bersedia untuk melaksanakan kajian pada
kitaran kedua sekiranya kajian yang dijalankan tidak dapat mencapai objektif kajian dan tidak
dapat menjawab persoalan kajian yang telah ditetapkan pada awal kajian.

Pengumpulan Data

Data kajian dikumpul melalui pemerhatian, analisis dokumen dan ujian. Kaedah pemerhatian
berstruktur dilaksanakan untuk melihat perkembangan peserta kajian sepanjang kajian ini
serta memantau pergerakan murid sepanjang tempoh kajian dijalankan khususnya dalam
kemahiran menulis ayat. (Agnew & Kellerman, 2010) Analisis dokumen dilakukan melalui
latihan menulis ayat, ujian pra dan ujian pos. Instrumen ujian digunakan bagi menilai tahap
penguasaan menulis ayat dan melalui ujian, data dan bukti peserta kajian dalam bentuk
lembaran kerja dapat dikumpul dan dirujuk. Senarai semak disediakan untuk menganalisis
ketiga-tiga dokumen ini.

Penganalisisan Data

Data telah dianalisis secara manual dengan kaedah analisis dokumen bagi menganalisis data
ujian, pemerhatian dan dokumen (latihan murid). Data yang diperoleh daripada kajian ini
dianalisis untuk memberikan gambaran tentang pencapaian peserta kajian sepanjang proses
kajian dijalankan. Melalui triangulasi data, maklumat yang didapati daripada satu sumber boleh
disahkan dengan merujuk kepada perkara yang sama dari sumber lain. Daripada kenyataan
ini, kaedah ujian telah dipilih sebagai kaedah utama dalam kajian ini. Kemudiannya disahkan
dan disokong dengan kaedah pemerhatian dan analisis latihan murid. Data yang diperoleh
daripada ketiga-tiga kaedah pengumpulan data ini, dianalisis dalam bentuk kekerapan dan
peratus

DAPATAN KAJIAN

Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Pasca

10
8
Markah

6
4 Ujian Pra

2 Ujian Pasca
0
PK1 PK2 PK3 PK4 PK5
Peserta Kajian

Rajah 1: Graf Perbandigan Keputusan Ujian Pra dan Pasca

175
Jadual 2
Analisis Peningkatan Pencapaian Peserta Kajian

Peserta Kajian Perbezaan (%)


PK1 80% - 30% = 50%
PK2 60% - 10% = 50%
PK3 100% - 50% = 50%
PK4 100% - 30% = 70%
PK5 90% - 20% = 70%

Jadual 2 dan Rajah 1 iaitu graf menunjukkan perbandingan antara ujian pra dan ujian
pasca menulis ayat berdasarkan gambar bagi setiap peserta kajian. Jaual tersebut
memperlihatkan bahawa kesemua peserta kajian mengalami peningkataan markah daripada
ujian pra kepada ujian pasca. Terdapat dua orang peserta kajian iaitu PK4 dan PK5 yang
mencatatkan peningkatan yang tertinggi iaitu sebanyak 70%. Selain itu, tiga orang peserta
kajian lagi menunjukkan peningkatan sebanyak 50% iaitu PK1, PK2 dan PK 3. Kesimpulannya,
kesemua peserta kajian mencatatkan peningkatan markah antara ujian pra dan ujian pasca.
Kesemua pserta kajian juga menunjukkan peningkatan dalam yang sama dan lebih daripada
50%. Peningkatan markah yang dicatatkan oleh kesemua peserta kajian ini menunjukkan
bahawa jadual ‘SBK’ yang digunakan dapat membantu murid-murid menulis ayat berdasarkan
gambar mengikut struktur ayat yang betul. Pelaksanaan intervensi selama tiga kali
menggunakan Jadual ‘SBK’ berjaya meningkatkan pencapaian murid khususnya dalam
kemahiran menulis ayat berdasarkan gambar.

Analisis Pemerhatian

Dapatan analisis pemerhatian yang telah diperolehi, menjawab persoalan kajian penyelidikan
ini. Analisis pemerhatian menunjukkan bahawa wujudnya perubahan positif dari segi
kemahiran menulis ayat berdasarkan gambar dalam kalnagan murid tahun tiga selepas
intervensi Jadual ‘SBK’ diperkenalkan. Pengkaji juga berjaya memperoleh dapatan yang positif
dan dapat menjawab persoalan kajian pada akhir penyelidikan ini. Yang berikut merupakan
dapatan pemerhatian yang dilakukan terhadap peserta kajian.

176
Jadual 3
Dapatan Pemerhatian

Bil Item Pemerhatian Sebelum Selepas


1 Peserta kajian dapat menterjemahkan 0/5 5/5
maklumat daripada gambar ke dalam
bentuk ayat.
2 Peserta kajian dapat memilih kata kerja 2/5 5/5
yang sesuai dalam gambar berdasarkan
situasi gambar.
3 Peserta kajian dapat memberikan 1/5 5/5
keterangan pada ayat.
4 Peserta kajian dapat menulis ayat 0/5 5/5
berdasarkan bahan grafik yang diberi.
5 Peserta kajian dapat menulis ayat 0/5 5/5
dengan lengkap dan struktur yang betul.

Jadual 3 menunjukkan bahawa peserta kajian secara keseluruhan memperlihatkan


perubahan positif dalam kemahiran menulis ayat berdasarkan gambar. Sebelum intervensi
dijalankan, peserta kajian tidak dapat menterjemah maklumat daripada gambar ke dalam
bentuk ayat, tidak dapat menulis ayat berdasarkan bahan grafik yang diberi serta tidak dapat
menulis ayat dengan lengkap dan struktur yang betul. Walau bagaimanapun, selepas jadual
‘SBK’ diperkenalkan, kesemua peserta kajian dapat menterjemahkan maklumat daripada
gambar ke dalam bentuk ayat dan menulis ayat berdasarkan bahan grafik yang diberi serta
dapat menulis ayat dengan lengkap dan struktur yang betul. Buktinya dapat dilihat pada jadual
yang menunjukkan keputusan kekerapan peserta kajian.

Selain itu, penggunaan jadual ‘SBK’ yang diperkenalkan oleh pengkaji juga dapat
meningkatkan kemahiran mengenal pasti pelaku kata kerja dan keterangan dalam ayat.
Menurut dapatan pemerhatian, sebelum jadual ‘SBK’ diperkenalkan hanya dua orang daripada
lima orang peserta kajian sahaja dapat memilih kata kerja yang sesuai dengan dalam situasi
gambar. Sementara seorang daripada lima orang peserta kajian sahaja yang dapat
memberikan keterangan pada ayat. Namun selepas jadual “SBK’ diperkenalkan, kesemua
peserta kajian menunjukkan bahawa sudah dapat menguasai kemahiran menulis ayat.

Analisis Dokumen (Latihan Murid)

Dapatan analisis dokumen (latihan murid) yang telah diperolehi, juga menjawab
persoalan kajian penyelidikan ini. Analisis dokumen (latihan murid) menunjukkan bahawa
wujudnya perubahan positif dari segi kemahiran menulis ayat berdasarkan gambar dalam
kalangan murid tahun tiga selepas intervensi Jadual ‘SBK’ diperkenalkan. Pengkaji juga
berjaya memperoleh dapatan yang positif dan dapat menjawab persoalan kajian pada akhir

177
penyelidikan ini. Yang berikut merupakan dapatan analisis dokumen (latihan murid) yang
dilakukan terhadap peserta kajian.

Jadual 4
Dapatan Analisis Dokumen (latihan murid)

Bil Item Analisis Dokumen (latihan murid) Sebelum Selepas


1 Peserta kajian dapat menterjemahkan 0/5 5/5
maklumat daripada gambar ke dalam
bentuk ayat.
2 Peserta kajian dapat memilih kata kerja 2/5 5/5
yang sesuai dalam gambar berdasarkan
situasi gambar.
3 Peserta kajian dapat memberikan 1/5 5/5
keterangan pada ayat.
4 Peserta kajian dapat menulis ayat 0/5 5/5
berdasarkan bahan grafik yang diberi.
5 Peserta kajian dapat menulis ayat 0/5 5/5
dengan lengkap dan struktur yang betul.

Jadual 4 menunjukkan bahawa peserta kajian secara keseluruhan memperlihatkan


perubahan positif dalam kemahiran menulis ayat berdasarkan gambar. Sebelum intervensi
dijalankan, peserta kajian tidak dapat menulis ayat dengan lengkap dan struktur yang betul
serta kajian tidak dapat menterjemah maklumat daripada gambar ke dalam bentuk ayat, tidak
dapat menulis ayat berdasarkan bahan grafik yang diberi. Walau bagaimanapun, selepas
jadual ‘SBK’ diperkenalkan, kesemua peserta kajian menulis ayat berdasarkan bahan grafik
yang diberi serta dapat menulis ayat dengan lengkap dan struktur yang betul serta dapat
menterjemahkan maklumat daripada gambar ke dalam bentuk ayat. Buktinya dapat dilihat
pada jadual yang menunjukkan keputusan kekerapan peserta kajian. Selain itu, penggunaan
jadual ‘SBK’ yang diperkenalkan oleh pengkaji juga dapat meningkatkan kemahiran mengenal
pasti pelaku kata kerja dan keterangan dalam ayat.

PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Perbincangan dapatan kajian dilakukan berdasarkan dua persoalan kajian. Perbincangan ini
telah dikaitkan dengan dapatan kajian lepas.

Kemahiran mengenal pasti pelaku, kata kerja dan keterangan dalam ayat menggunakan
Jadual ‘SBK’.

Masalah penguasaan murid pemulihan boleh dikesan sebelum pelaksanaan intervensi dan
semasa pelaksanaan intervensi dalam kitaran pertama. Sebelum pelaksanaan intervensi,

178
tinjauan awal telah dibuat melalui data pemerhatian, latihan menulis ayat dan ujian pra. Hasil
ujian pra dan ujian pasca dalam kajian ini telah berjaya menjawab persoalan kajian yang
pertama iaitu Jadual ‘SBK’ telah meningkatkan kemahiran mengenal pasti pelaku kata kerja
dan keterangan dalam ayat. Keberkesanan penggunaan Jadual “SBK” dalam meningkatkan
kemahiran menulis ayat berdasarkan gambar dapat dinilai daripada peningkatan yang
ditunjukkan oleh perbandingan markah ujian pra dan ujian pasca iaitu berdasarkan rajah 1 dan
jadual 1 yang lepas. Dalam jadual 1 pula, peningkatan peratusan markah setiap peserta kajian
yang telah dipaparkan ini telah membuktikan lagi bahawa persoalan kajian satu ini dapat
dijawab.

Analisis dan interprestasi data yang diperoleh daripada ujian pra dan ujian pasca
menunjukkan peningkatan yang ketara dalam kemahiran menulis ayat berdasarkan gambar
iaitu aspek mengenal pasti pelaku, kata kerja dan keterangan dalam ayat yang ditulis. Hal ini
yang demikian kerana semasa ujian pra, pengkaji mendapati mendapati empat daripada lima
orang peserta kajian memperoleh markah yang rendah iaitu tiga orang peserta kajian
memperoleh gred D dan seorang lagi mendapat gred E serta seorang peserta kajian
memperoleh gred C. Walau bagaimanapun, selepas intervensi dilaksanakan, seramai empat
orang peserta kajian memperoleh gred A iaitu markah sekitar 8 hingga 10 dan seorang lagi
mendapat gred B iaitu markah sekitar 6 hingga 7. Berdasarkan dapatan ujian pra dan ujian
pasca ini, ternyata kesemua peserta kajian dapat meningkatkan kemahiran mengenal pasti
pelaku, kata kerja dan keterangan selepas didedahkan dengan jadual ‘SBK’.

Jadual 5
Dapatan ujian pra dan ujian pasca

Bil Item Pemerhatian Sebelum Selepas


1 Peserta kajian dapat menterjemahkan 0/5 5/5
maklumat daripada gambar ke dalam
bentuk ayat.
2 Peserta kajian dapat memilih kata kerja 2/5 5/5
yang sesuai dalam gambar berdasarkan
situasi gambar.
3 Peserta kajian dapat memberikan 1/5 5/5
keterangan pada ayat.
4 Peserta kajian dapat menulis ayat 0/5 5/5
berdasarkan bahan grafik yang diberi.
5 Peserta kajian dapat menulis ayat 0/5 5/5
dengan lengkap dan struktur yang betul.

Hasil dapatan pemerhatian juga menyokong dapatan yang diperoleh daripada ujian
pra dan ujian pasca untuk menjawab persoalan kajian satu ini. Berdasarkan item pemerhatian
yang telah dianalisis, peserta kajian menunjukkan perubahan yang positif terhadap kemahiran

179
mengenal pasti pelaku, kata kerja dan keterangan dalam ayat selepas menggunakan jadual
‘SBK’. Seperti item yang terdapat dalam borang pemerhatian iaitu “Peserta kajian dapat
memilih kata kerja yang sesuai dengan gambar berdasarkan situasi gambar”, pada mulanya,
hanya dua orang peserta kajian sahaja dapat memilih kata kerja yang sesuai. Namun begitu,
selepas intervensi dijalankan, kesemua peserta kajian iaitu seramai lima orang peserta kajian
dapat memilih kata kerja yang sesuai berdasarkan gambar. Perkara ini menunjukkan bahawa
peserta kajian sudah dapat mengenal pasti kata kerja dalam ayat. Dapatan pemerhatian juga
memperlihatkan kesemua peserta kajian menunjukkan peningkatan yang positif seperti yang
terdapat dalam jadual 19. Ini memberi gambaran yang jelas bahawa bukan hanya ujian pra
dan ujian pasca sahaja dapat menjawab persoalan kajian satu malah dapatan analisis
pemerhatian juga membuktikan persoalan kajian pertama dapat dijawab iaitu penggunaan
jadual ‘SBK’ dapat meningkatkan kemahiran mengenal pasti pelaku, kata kerja dan
keterangan dalam ayat.

Kemahiran menulis ayat yang mudah berdasarkan gambar dengan menggunakan


Jadual “SBK”.

Persoalan kajian kedua ini juga telah dijawab dengan menggunakan dapatan ujian pra dan
ujian pasca dalam rajah 1 dan jadual 1. Peningkatan markah dan gred yang ditunjukkan dalam
jadual 1 membuktikan bahawa penggunaan jadual ‘SBK’ meningkatkan kemahiran menulis
ayat mengikut struktur ayat yang lengkap berdasarkan gambar dalam kalangan murid tahun
tiga. Peningkatan markah dalam ujian pasca juga menunjukkan bahawa peserta kajian sudah
dapat menulis ayat dengan lengkap berdasarkan gambar dengan baik. Hal inikerana peserta
kajian berjaya memperoleh gred yang baik iaitu sekitar gred A dan B dalam ujian pasca.
Pencapaian ini telahpun berjaya menjawab persoalan kajian yang kedua ini.

Selain ujian pra dan ujian pasca persoalan kajian yang kedua ini dapat dijawab
daripada dapatan pemerhatian yang dilaksanakan oleh pengkaji. Menurut jadual 1,
peningkatan pencapaian peserta kajian dalam kemahiran menulis ayat berdasarkan gambar
jelas dilihat pada setiap item pemerhatian yang menunjukkan peningkatan jumlah peserta
kajian daripada sebelum intervensi kepada selepas intervensi dilaksanakan. Penggunaan
jadual ‘SBK’ yang telah diperkenalkan, memudahkan peserta kajian menulis ayat yang
lengkap di samping meningkatkan kemahiran murid tahun tiga untuk menulis ayat berdasarkan
gambar. Dapatan pemerhatian yang diperolehi daripada kajian ini selepas intervensi
dilaksanakan dapat menjawab soalan kajian yang kedua. Setiap item pemerhatian telah
ditetapkan dengan mengambil kira aspek kemahiran menulis yang hendak dinilai dalam kajian
ini. Hasilnya, peserta kajian dapat memenuhi kriteria dalam item pemerhatian yang ditetapkan

180
selepas pelaksanaan jadual ‘SBK’ ini. Hal ini demikian menunjukkan bahawa dapatan
pemerhatian juga telah dapat menjawab persoalan kajian yang kedua.

Kajian ini telah disokong oleh Wan Hafizah (2015) yang menjalankan kajian tentang
membina ayat yang lengkap yang mempunyai keterangan berdasarkan bahan grafik
menggunakan jadual ‘SALAM’. Berdasarkan kajian tersebut, beliau mendapati bahawa jadual
‘SALAM’ telah meningkatkan kemahiran membina ayat yang lengkap yang mempunyai
keterangan. Selain itu, kajian ini juga turut disokong oleh Azman (2015) dalam kajian yang
bertajuk Peningkatan kemahiran penulisan ayat berpandukan gambar tunggal melalui
penggunaan jadual SIBU+DI+BI+ME. Hasil dapatan dalam kajian memperlihatkan bahawa
peningkatan prestasi murid dalam membina ayat sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk.
Norsial (2015) dalam kajiannya yang bertajuk Penggunaan teknik ‘SAK’ berjadual
meningkatkan penggunaan kemahiran menulis ayat majmuk keterangan berdasarkan gambar
juga menunjukkan hasil dapatan yang memberangsangkan. Berdasarkan kajian tersebut
beliau mendapati bahawa teknik ‘SAK’ berjadual ini dapat meningkatkan kemahiran menulis
ayat majmuk dengan keterangan.

REFLEKSI

Melalui pelaksanaan jadual SBK ini, peserta kajian dapat meningkatkan kemahiran menulis
ayat berdasarkan gambar melalui penggunaan jadual ‘SBK’ yang telah diperkenalkan oleh
pengkaji. Jadual SBK mampu membantu murid-murid lebih mahir dalam kemahiran menulis
ayat berdasarkan gambar dan diharapkan akan memberi kesan yang positif dalam bidang
penulisan karangan di tahap dua kelak. Keberkesanan kajian ini dapat dilihat daripada
pencapaian objektif kajian yang ditetapkan oleh pengkaji pada awal kajian iaitu meningkatkan
penguasaan kemahiran menulis ayat dalam kalangan murid tahun tiga mengikut struktur ayat
yang lengkap mengikut jadual ‘SBK’.

Pengkaji telah memperkenalkan jadual ‘SBK’ dan teknik ini berjaya meningkatkan
pencapaian dan prestasi peserta kajian dalam menulis ayat. Selepas kajian ini dilaksanakan,
peserta kajian telah menunjukkan peningkatan pencapaian dalam ujian menulis ayat yang
telah dibuktikan dalam analisis data sebelum ini. Peningkatan pencapaian dalam kalangan
peserta kajian membuktikan keberkesanan teknik jadual ‘SBK’ yang digunakan oleh pengkaji.
Pengkaji juga berjaya meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan murid peserta kajian
selepas memperkenalkan jadual ‘SBK’ dan dilaksanakan beberapa kali, peserta kajian sudah
boleh menulis ayat sendiri tanpa perlu menyalin ayat rakan seperti yang berlaku sebelum ini.
Pencapaian ini secara tidak langsung meningkatkan keyakinan diri peserta kajian.

Kajian ini juga mempunyai kekurangan dan kelemahan sepanjang pelaksanaannya.


Antara kelemahan yang dapat dikenal pasti sepanjang pelaksanaan kajian ini ialah dari aspek

181
kehadiran peserta kajian. Terdapat dua orang peserta kajian yang mempunyai rekod buruk
dalam kehadiran ke sekolah sekali sekala memberi kesan kepada pengkaji untuk
melaksanakan intervensi dan ujian. ketidakhadiran peserta kajian menyukarkan pengkaji
untuk menganalisis data pada masa yang dirancang dan pengkaji terpaksa menunggu peserta
kajian untuk hadir ke sekolah untuk melaksanakan intervensi. Hal ini juga menyukarkan
pengkaji untuk melaksanakan intervensi terhadap peserta kajian tersebut. Dengan ini, peserta
kajian yang mempunyai masalah boleh dikatakan tertinggal maklumat menyebabkan
kelewatan untuk melaksanakan proses kajian.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Dalam penyelidikan ini, pengkaji menggunakan teknik Jadual ‘SBK’ untuk meningkatkan
kemahiran menulis ayat dalam kalangan murid tahun 3. Dapatan kajian membuktikan bahawa
Jadual ‘SBK’ berjaya membantu peserta kajian meningkatkan kemahiran mereka. Aktiviti yang
digunakan dan pelaksanaan Jadual ‘SBK’ mampu menarik minat murid untuk mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah serta menjadikan mereka aktif dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran.

Memandangkan penggunaan Jadual ‘SBK’ memberikan keputusan yang positif


kepada murid-murid, maka kajian ini boleh diperluaskan kepada murid-murid tahun 2. Hal ini
demikian kerana, murid-murid sudah mula belajar kemahiran menulis ayat seawal tahun 1.
Sekiranya bakal pengkaji ingin melaksanakan kajian seterusnya, maka mereka boleh
menjalankan penyelidikan tentang kemahiran menulis ayat dengan menggunakan “Word Wall”
yang menarik dan menyeronokkan murid-murid serta meringankan proses pembinaan Jadual
“SBK” guru.

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian. (2011). Pendidikan literasi Bahasa Melayu: Satu pendekatan bersepadu.
Kuala Lumpur: Utusan.

Agnew & Kellerman. (2010). Penggunaan Jadual ‘SALAM’ meningkatkan Kemahiran Membina
Ayat Lengkap Yang Mempunyai Keterangan Berdasarkan Gambar Grafik. Jurnal
Kajian Tindakan Guru. IPG Kampus Bahasa Melayu.

Ahmad Khairul Haleem Abdullah Zhidi. (2012). Peningkatan Kemahiran Mernbina Ayat
Majmuk Berdasarkan Gambar Melalui Penggunaan Jadual KNKK Dalam Kalangan
Murid Tahun Empat. Jurnal Kajian Tindakan Guru. IPG Kampus Bahasa Melayu.

Arina. (2013). Guru kreatif pelajar aktif dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Strategi pengajaran Guru Cemerlang. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn.Bhd.

Azizah Hamzah. (2010). Kaedah Kuantitatif dalam Penyelidikan Sosiobudaya. Jurnal


Pengajian Media Malaysia, 6(1).

182
Chua Yan Piaw (2012). Kaedah dan statistik penyelidikan: kaedah penyelidikan. Mcgraw-Hill
Education.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


Bahasa Melayu Sekolah Rendah (SK) Semakan 2017. Kuala Lumpur: Bahagian
Pembangunan Kurikulum.
Lim Chong Hin. (2009). Penyelidikan Pendidikan: Pendekatan Kuantitatif dan Kualitatif. Kuala
Lumpur: McGraw-Hill Education.

Masni Mohamad Saidi. (2010). Meningkatkan Kebolehan Membina Ayat Majmuk Tentang
Sesuatu Topik dengan Teknik S-R-8-W-1-H. Jurnal Pengajian Melayu. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.

183
MASALAH PEMBELAJARAN KOSA KATA DAN STRATEGI PEMBELAJARAN KOSA
KATA BAHASA MELAYU MURID BUKAN PENUTUR JATI

Tay Seng Fa
tay09-829@epembelajaran.edu.my

Thusha Rani a/p Rajendra PhD


thusha@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan meninjau masalah pembelajaran kosa kata dan meneroka hubungan antara strategi
pembelajaran kosa kata dengan tahap saiz kosa kata bahasa Melayu dalam kalangan 100 orang murid
bukan penutur jati di tiga buah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) di Malaysia. Kajian tinjauan korelasi
ini menggunakan dua instrumen, iaitu (1) borang soal selidik masalah pembelajaran kosa kata dan
strategi pembelajaran kosa kata bahasa Melayu serta (2) ujian saiz kosa kata bahasa Melayu. Soal
selidik ini telah dibina dan diubah suai berdasarkan borang soal selidik masalah pembelajaran kosa
kata Afzal (2019) dan borang soal selidik strategi pembelajaran kosa kata Kafipour dan Mohammad
Hosseini (2011). Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa lima masalah pembelajaran kosa kata yang
kerap dihadapi responden ialah (1) penggunaan kosa kata baharu dalam pertuturan, (2) pemahaman
makna kata-kata tentang budaya masyarakat Melayu, (3) penghafalan makna-makna dalam kata
banyak makna, (4) penghafalan makna kosa kata baharu, dan (5) pemahaman makna peribahasa.
Selain itu, lima strategi pembelajaran kosa kata yang paling kerap digunakan termasuklah (1) bertanya
kepada rakan sekelas, (2) menggunakan kamus dwibahawa, (3) meminta guru menterjemahkan kosa
kata kepada bahasa pertama, (4) mengenal pasti golongan kosa kata untuk mengetahui makna kosa
kata, dan (5) mencatat nota atau menyerlahkan kosa kata di dalam bilik darjah. Hasil analisis korelasi
membuktikan bahawa wujudnya pertalian positif sederhana antara strategi pembelajaran kosa kata
dengan markah ujian saiz kosa kata responden. Dalam erti kata lain, penggunaan strategi pembelajaran
wajar diberikan penekanan kerana dapat memberikan pengaruh positif kepada penguasaan kosa kata
bahasa Melayu murid bukan penutur jati.
Kata kunci: Masalah pembelajaran kosa kata, Strategi pembelajaran kosa kata, Saiz kosa kata, Bahasa
Melayu, Murid bukan penutur jati

ABSTRACT

This research investigated the vocabulary learning difficulties as well as investigated the relationship
between the vocabulary learning strategies used and the Malay language vocabulary size level of 100
non-native Malay speaking students from three SJK(C). There are two instruments applied in this
correlational survey research, which was (1) a survey questionnaire on the vocabulary learning
difficulties along with the vocabulary learning strategies and (2) a Malay vocabulary size test. The
questionnaire was built and adapted from the vocabulary learning difficulties questionnaire by Afzal
(2019) and the vocabulary learning strategies questionnaire by Kafipour and Mohammad Hosseini
(2011). The results revealed that the five most frequent difficulties faced by the respondents were (1)
the use of new vocabularies in speaking, (2) the comprehension of culture-specific vocabularies, (3) the
memorization of meanings in polysemy words, (4) the memorization of meanings of new vocabularies
learnt and lastly (5) the comprehension of proverbs. On the other hand, the five most often used
vocabulary learning strategies were (1) asking for help from classmates, (2) using a bilingual dictionary,
(3) asking for the translations of vocabularies from teachers, (4) identifying the parts of speech of the
vocabularies to know their meanings, and finally (5) taking notes and highlighting vocabularies during
the class. The correlation analysis proved the presence of a moderate positive correlation between the
vocabulary learning strategies used and the Malay language vocabulary size test’s result. In other

184
words, vocabulary learning strategies should be emphasized for its contribution towards the mastery of
Malay vocabularies among non-native students.

Keywords: Vocabulary learning strategies, Vocabulary learning strategies, Vocabulary size, Malay
language, non-native students

PENGENALAN

Bahasa ibunda merupakan bahasa pertama yang dikuasai dan dituturkan oleh seseorang
individu manakala bahasa kedua ialah bahasa yang dipelajari selepas menguasai bahasa
ibunda (Subramaniam et al., 2014). Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kebanyakan murid
didedahkan kepada lebih daripada satu bahasa selain bahasa ibunda. Bahasa Melayu
berkemungkinan menjadi bahasa kedua malah bahasa ketiga bagi golongan-golongan
tertentu, terutamanya masyarakat yang bukan berbangsa Melayu (Nora’Azian & Fadzilah,
2018). Bahasa Melayu ialah bahasa yang hidup, bergerak seiring dengan perkembangan
semasa dan menerima kosa kata baharu untuk memperkasa perbendaharaan sedia ada. Kosa
kata ialah unit teringkas dalam penggunaan bahasa (Astika, 2016). Sebagai tambahan,
pengetahuan kosa kata merujuk tahap penguasaan kedalaman sesebuah kata daripada aspek
kualiti dan kuantiti (Nur Naimah & Harun, 2017). Norizan dan Zaitul (2013) mengaitkan
kepentingan pengetahuan kosa kata dengan pembelajaran bahasa kedua untuk
membolehkan seseorang individu berkomunikasi dengan lancar sama ada dalam bentuk lisan
ataupun tulisan. Pernyataan tersebut disokong dengan pendapat Perveen et al. (2016)
bahawa perbendaharaan kata sebagai elemen teras dalam pemerolehan bahasa mampu
mencerminkan kompetensi murid dalam penguasaan kemahiran literasi, kemahiran membaca
dan kemahiran menulis. Gu (2018) menekankan bahawa penguasaan kosa kata ialah proses
pembelajaran sepanjang hayat oleh para pelajar bahasa kedua atas sifat bahasa yang
sentiasa berkembang dan perubahan tujuan pembelajaran pelajar bahasa. Hakikatnya,
pembelajaran merupakan proses yang peribadi dan berbeza antara individu (Kanchi et al.,
2013). Setiap individu mempunyai strategi pembelajaran, gaya pembelajaran, kecerdasan
pelbagai dan tabiat belajar yang tersendiri (Kafadar & Tay, 2014). Dalam konteks
pembelajaran bahasa, penemuan strategi yang sesuai dapat menjamin keberkesanan
penguasaan kosa kata dan menyelesaikan masalah yang dialami. Secara tidak langsungnya,
strategi pembelajaran kosa kata yang dipilih juga akan mempengaruhi pencapaian pelajar
bahasa dalam pentaksiran yang dijalankan. Dengan itu, kajian ini dilaksanakan bagi
menyelidiki masalah pembelajaran kosa kata dan strategi pembelajaran kosa kata yang paling
kerap digunakan oleh murid bukan penutur jati dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua.

185
PERNYATAAN MASALAH

Berdasarkan kajian Nursidah et al. (2010), antara kesilapan tatabahasa yang sering dilakukan
oleh pelajar bukan penutur jati dalam penulisan karangan termasuklah kesalahan penggunaan
imbuhan, kata tugas, kata ganti nama diri, ejaan dan kosa kata. Kajian Nora’Azian dan
Fadzilah (2018) pula menyatakan bahawa masalah kekurangan kosa kata merupakan
penyebab utama tahap kompetensi kemahiran bahasa bahasa Melayu yang rendah dalam
kalangan murid bukan penutur jati SJK daerah Kuantan. Hasilnya, murid kurang
berkemampuan untuk menyampaikan makna dengan lengkap dan yakin. Dapatan kajian Tay
dan Wong (2016) pula menyatakan bahawa pelajar bukan penutur jati berbangsa Cina tidak
berminat terhadap penulisan karangan bahasa Melayu kerana kosa kata yang dimiliki terhad.
Responden juga berpendapat bahawa penghafalan dan penggunaan kosa kata mengikut
konteks menyukarkan pembelajaran bahasa Melayu. Oleh itu, ternyatalah bahawa isu
penguasaan kosa kata yang lemah dalam kalangan pelajar bukan penutur jati bahasa Melayu
masih wujud dalam senario pendidikan terkini.

Adibah et al. (2015) mengelaskan masalah pembelajaran kosa kata kepada dua punca,
iaitu daripada segi kosa kata dan pelajar. Perkataan yang lazim dalam penggunaan seharian
mudah dipelajari manakala istilah yang bersifat khusus sukar dikuasai pelajar kerana kurang
berpeluang untuk diaplikasikan dalam aktiviti komunikasi. Masalah jarak linguistik antara
bahasa ibunda dengan bahasa kedua juga mempengaruhi pembelajaran kosa kata pelajar
bukan penutur jati (Leusink, 2017).

Bagi mencapai hasil pembelajaran yang disasarkan, tanggungjawab yang dipikul oleh
guru dan murid-murid adalah sama pentingnya. Pembelajaran kosa kata tidak hanya terhad di
dalam bilik darjah malah memerlukan pengamalan yang kerap dan inisiatif yang berterusan
oleh pelajar bahasa di luar bilik darjah (Rupina & Rojab, 2020). Untuk itu, pelajar bahasa perlu
menemui strategi pembelajaran yang sesuai dengan keperluan dan kehendak sendiri.
Penulisan Alpino et al. (2019) menjelaskan bahawa strategi pembelajaran kosa kata dapat
ditafsirkan sebagai cara pembelajaran bahasa yang memfokuskan peluasan perbendaharaan
kata seseorang individu tanpa mengabaikan keperluan dan keutamaannya. Melalui
pengaplikasian strategi pembelajaran yang tepat, proses pembelajaran kosa kata dapat
dipermudah dan dilipatgandakan keberkesannya serta memperoleh pengalaman
pembelajaran yang menarik. Akan tetapi, menurut Wisam (2016), kebanyakan pelajar bahasa
kedua dan bahasa asing tidak didedahkan dengan strategi pembelajaran kosa kata yang
pelbagai. Hal ini perlu berbalik kepada amalan pengajaran guru di dalam bilik darjah. Para
guru sewajarnya mencadangkan pelbagai jenis strategi pembelajaran kosa kata kepada anak
murid untuk dimanfaatkan oleh mereka dalam proses penimbaan ilmu.

186
Secara ringkasnya, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa pelajar bahasa kedua
menghadapi pelbagai masalah dalam penguasaan kosa kata bahasa Melayu dan kurang
memahami strategi pembelajaran kosa kata yang dapat digunakan dalam pembelajaran
seharian. Hasilnya, pencapaian mereka dalam bahasa Melayu terjejas. Untuk itu, pengkaji
akan mendalami isu-isu yang tersebut dalam penulisan ilmiah ini.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Kajian ini mempunyai empat objektif, iaitu:

i. Mengenal pasti lima masalah yang paling kerap dihadapi oleh murid bukan penutur jati
tahun lima SJKC dalam pembelajaran kosa kata bahasa Melayu.
ii. Mengenal pasti lima strategi pembelajaran kosa kata yang paling kerap digunakan oleh
murid bukan penutur jati bahasa Melayu tahun lima SJKC.
iii. Mengenal pasti tahap saiz kosa kata bahasa Melayu murid bukan penutur jati bahasa
Melayu tahun lima SJKC.
iv. Mengenal pasti hubungan antara strategi pembelajaran kosa kata yang digunakan oleh
murid bukan penutur jati tahun lima SJKC dengan markah ujian saiz kosa kata bahasa
Melayu mereka.

Antara soalan kajian ini termasuklah:

i. Apakah lima masalah yang paling kerap dihadapi oleh murid bukan penutur jati tahun
lima SJKC dalam pembelajaran kosa kata bahasa Melayu?
ii. Apakah lima strategi pembelajaran kosa kata yang paling kerap digunakan oleh murid
bukan penutur jati bahasa Melayu tahun lima SJKC?
iii. Apakah tahap saiz kosa kata bahasa Melayu murid bukan penutur jati bahasa Melayu
tahun lima SJK?
iv. Apakah hubungan antara strategi pembelajaran kosa kata yang digunakan oleh murid
bukan penutur jati tahun lima SJKC dengan markah ujian saiz kosa kata bahasa
Melayu mereka?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini berupa penyelidikan kuantitatif dan menggunakan pendekatan positivis.


Penyelidikan ini melibatkan proses pengumpulan dan penukaran data ke dalam bentuk
numerik untuk pengiraan statistik dan seterusnya penjanaan kesimpulan (Apuke, 2017). Jika
diperincikan, pengkaji telah menetapkan satu hipotesis nol yang hendak dibuktikan melalui
pelaksanaan kajian tinjauan korelasi ini. Dalam kajian ini, persampelan rawak mudah
digunakan untuk memilih 100 orang murid Cina Tahun 5 dari tiga buah SJK(C) di mukim

187
Bandar daerah Muar. Kajian ini menggunakan dua instrumen, iaitu (1) borang soal selidik
masalah pembelajaran kosa kata dan strategi pembelajaran kosa kata bahasa Melayu serta
(2) ujian saiz kosa kata bahasa Melayu. Soal selidik ini telah dibina dan diubah suai
berdasarkan borang soal selidik masalah pembelajaran kosa kata Afzal (2019) dan borang
soal selidik strategi pembelajaran kosa kata Kafipour dan Mohammad Hosseini (2011). Model
yang menunjangi kajian ini ialah Model Taksonomi Schmitt (1997) yang membicarakan
strategi-strategi pembelajaran kosa kata. Analisis nilai Cronbach Alpha menunjukkan bahawa
instrumen kajian ini diterima dan dapat diaplikasikan.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Instrumen soal selidik dan ujian saiz kosa kata kajian ini dijawab oleh 100 orang murid Tahun
5 dari tiga buah SJK(C) di mukim Bandar daerah Muar. Data yang dikumpul telah dianalissis
dengan menggunakan statistik deskriptif yang terdiri daripada min dan sisihan piawai.

Jadual 1
Rumusan Analisis Item Masalah Pembelajaran Kosa Kata

Item Min SP
B1 Saya mudah menyebut perkataan bahasa Melayu dengan
3.60 .995
tepat.
B2 Saya mudah mengeja perkataan bahasa Melayu dengan
3.91 1.311
tepat.
B3 Saya mudah menghafal maksud kosa kata bahasa Melayu
2.89 1.063
yang baru dipelajari.
B4 Saya mudah mengingat maksud-maksud setiap kata banyak
2.87 1.002
makna yang dipelajari.
B5 Saya mudah memahami maksud perkataan-perkataan
2.77 .993
tentang budaya masyarakat Melayu.
B6 Saya mudah memahami makna kata majmuk bahasa
3.39 1.127
Melayu.
B7
Saya mudah memahami makna peribahasa bahasa Melayu. 3.13 1.051
B8 Saya selalu menggunakan kosa kata baharu dalam
2.66 1.103
pertuturan.
B9 Saya selalu menggunakan kosa kata baharu dalam
3.13 1.031
penulisan bahasa Melayu.
B10 Saya dapat meneka makna kosa kata yang tidak diketahui
3.29 1.076
berdasarkan makna keseluruhan ayat.
B11 Saya mudah mengenal pasti golongan dan bentuk perkataan
3.14 .829
bahasa Melayu.
B12 Saya mempunyai cara-cara tersendiri untuk mempelajari
3.61 1.081
kosa kata baharu.

188
Daripada aspek statistik, semakin rendah nilai min, semakin kurang persetujuan
responden terhadap pernyataan yang telah diberikan. Jadual 1 merupakan rumusan analisis
item masalah pembelajaran kosa kata. Lima masalah pembelajaran kosa kata bahasa Melayu
utama dalam kalangan responden ialah penggunaan kosa kata baharu dalam pertuturan
(min=2.66), pemahaman maksud kata-kata tentang budaya masyarakat Melayu (min=2.77),
penghafalan makna-makna kata banyak makna (min=2.87), penghafalan makna kosa kata
baharu (min=2.89) dan pemahaman makna peribahasa (min=3.13).

Jadual 2
Rumusan Analisis Item Strategi Pembelajaran Kosa Kata

Item Min SP
Strategi Keazaman
Saya menggunakan kamus ekabahasa (Bahasa Melayu
C4 1.56 .656
– Bahasa Melayu).
Saya menggunakan kamus dwibahasa (Bahasa Tamil/
C5 2.30 .704
Bahasa Mandarin/ Bahasa Inggeris – Bahasa Melayu).
Saya mengenal pasti golongan kata kosa kata untuk
C6 2.21 .556
mengetahui makna kosa kata tersebut.
Saya merujuk gambar yang terdapat dalam buku teks
C7 2.13 .720
untuk meneka makna kosa kata.
Strategi Sosial
Saya meminta guru menterjemahkan kosa kata tersebut
C1 2.29 .574
kepada bahasa pertama saya.
Saya bertanya kepada rakan sekelas tentang makna
C2 2.31 .649
kosa kata yang tidak saya ketahui.
Saya meminta bantuan daripada kenalan atau rakan-
C3 1.53 .674
rakan berbangsa Melayu.
Saya belajar kosa kata baharu melalui tugasan dalam
C8 1.69 .647
kumpulan bersama rakan-rakan.
Strategi Memori
Saya menggunakan perlakuan fizikal untuk memahami
C11 1.59 .683
makna kosa kata.
Saya mengaitkan kosa kata itu dengan kata sinonim dan
C15 1.77 .664
kata antonimnya.
Saya mengelompokkan kosa kata mengikut kumpulan
C16 1.66 .623
tertentu semasa mempelajari kosa kata.

189
Saya membina ayat menggunakan kosa kata baharu
C22 2.05 .687
yang baru dipelajari
Saya membina perenggan menggunakan beberapa
C23 1.67 .620
kosa kata baharu

Strategi Kognitif
Saya mengulang sebut atau menulis kosa kata tersebut
C9 1.97 .717
secara berulang kali.
Saya meletakkan label bahasa Melayu pada objek fizikal
C10 1.41 .621
di sekeliling saya.
Saya mencatat nota atau menyerlahkan (highlight) kosa
C12 2.20 .752
kata di dalam bilik darjah.
Saya membuat kad imbas untuk merekodkan kosa kata
C20 1.21 .456
baharu yang dipelajari.
Saya menghasilkan dan menyimpan buku kosa kata
C21 2.13 .761
tersendiri.
Strategi Metokognitif
Saya menggunakan media berbahasa Melayu seperti
C13 1.52 .689
lagu, wayang dan laman internet.
C14 Saya mengulang kaji kosa kata yang baru ditemui. 2.15 .609
Saya memberikan perhatian kepada kosa kata bahasa
C17 1.51 .718
Melayu apabila orang di sekeliling berbahasa Melayu.
Saya mengabaikan kosa kata yang difikirkan tidak
C18 1.78 .760
penting.
Saya menguji diri menggunakan latihan atau ujian kosa
C19 1.81 .720
kata dalam talian.

Jadual 2 merupakan rumusan analisis item strategi pembelajaran kosa kata. Daripada
aspek statistik, semakin tinggi nilai min yang dicapai, semakin tinggi kadar kekerapan
pengaplikasian strategi yang dinyatakan. Yang pertama ialah bertanya kepada rakan sekelas
tentang makna kosa kata yang tidak diketahui (min=2.31) dalam strategi sosial. Yang kedua
ialah menggunakan kamus dwibahasa (min=2.30) dalam strategi keazaman. Yang ketiga ialah
meminta guru menterjemahkan kosa kata kepada bahasa pertama (min=2.29) dalam strategi
sosial. Yang keempat ialah mengenal pasti golongan kosa kata untuk mengetahui makna kosa
kata tersebut (min=2.21) dalam strategi keazaman. Yang kelima merupakan mencatat nota
atau menyerlahkan kosa kata di dalam bilik darjah (min=2.20) dalam strategi kognitif.

190
Data tersebut menyatakan bahawa strategi keazaman dan strategi sosial ialah antara
dua kumpulan strategi yang paling banyak diamalkan oleh responden. Keadaan ini
menampakkan kecenderungan responden dalam pemilihan strategi penemuan, iaitu
mengenal pasti makna perkataan baharu yang baru ditemui dalam proses pembelajaran
peringkat awal. Jika dibandingkan, strategi pengukuhan untuk pemahaman dan pengingatan
makna kosa kata pada proses pembelajaran peringkat lanjutan kurang diamalkan oleh
responden kajian. Secara tampaknya, responden kurang mengambil inisiatif untuk mendalami
dan mengingati makna kosa kata yang ditemui.

Jadual 3
Analisis Hasil Ujian Saiz Kosa Kata

Gred Frekuensi Peratus (%) Min SP


A 15 15
B 29 29
C 31 31 56.16 14.79
D 20 20
E 5 5

Jadual 3 menunjukkan analisis hasil ujian saiz kosa kata yang terkumpul daripada 100
orang responden. Dapatan daripada ujian saiz kosa kata mendapat bahawa seramai 15 orang
responden (15%) mencapai Gred A (80% - 100%), 29 orang responden (29%) mencapai Gred
B (65% - 79%), 31 orang responden (31%) mencapai Gred C (50% - 64%), 20 orang
responden (20%) mencapai Gred D (40% - 49%) dan hanya 5 orang responden (5%)
mencapai Gred E (0% - 39%). Secara deskriptifnya, min bagi data yang dipaparkan ialah
56.16%, iaitu melambangkan bahawa tahap saiz kosa kata responden adalah pada tahap
memuaskan. Nilai sisihan piawai ialah 14.79, yakni menunjukkan bahawa data adalah sedikit
terserak tetapi masih dekat dengan ukuran pusat.

Jadual 4
Analisis Kenormalan Data Keseluruhan Strategi Berdasarkan Ujian Shapiro-Wilk

Strategi Statistic (W) df Sig. (p) Intepretasi

Keazaman 0.954 100 0.335 Taburan normal

Sosial 0.943 100 0.310 Taburan normal

Memori 0.947 100 0.299 Taburan normal

191
Kognitif 0.947 100 0.271 Taburan normal

Metakognitif 0.947 100 0.337 Taburan normal

Keseluruhan 0.948 100 0.310 Taburan normal

Jadual 4 merupakan analisis kenormalan data keseluruhan strategi pembelajaran kosa


kata. Dapatan yang dirumuskan ialah pemaparan data yang bertaburan normal melalui ujian
Shapiro-Wilk, W(100)=0.984, p=0.310. Berdasarkan data-data yang dinyatakan, nilai
signifikan (p) untuk secara keseluruhan ialah 0.310, iaitu melebihi 0.05 dan bermakna bahawa
semua data berada dalam taburan normal dalam kalangan populasi. Darjah kebebasan (df)
melambangkan jumlah responden dengan tepat, iaitu 100 orang. Dengan itu, pengujian
hubungan antara pemboleh ubah akan menggunakan ujian parametrik, iaitu ujian pekali
korelasi Pearson.

Jadual 5 memaparkan keputusan ujian yang mendapati nilai kolerasi, aiitu r=0.486
dengan nilai p<0.05. Ini menunjukkan bahawa hipotesis nol kajian, iaitu tiada hubungan yang
signifikan antara strategi kosa kata yang digunakan dengan markah ujian saiz kosa kata
berjaya ditolak. Nilai positif r=0.486 menjelaskan bahawa terdapatnya hubungan positif
sederhana antara keseluruhan strategi pembelajaran kosa kata dengan markah ujian saiz
kosa kaata bahasa Melayu. Nilai kesignifikan 0.006 menerangkan bahawa kebarangkalian
berlakunya korelasi secara tidak sengaja atau secara peluang amat rendah atau mungkin tidak
berlaku sama sekali. Dengan itu, dapat disimpulkan bahawa terdapat perkaitan signifikan
antara keseluruhan penggunaan strategi pembelajaran kosa kata dengan keseluruhan markah
ujian saiz kosa kata.

Jadual 5
Korelasi antara Keseluruhan Strategi Pembelajaran dengan Markah Ujian Kosa Kata

Hubungan antara Pemboleh ubah Pekali Korelasi (r) Varian (r²) Sig. (p)

Strategi Pembelajaran Kosa Kata


0.486 0.245 0.006
Markah Ujian Saiz Kosa Kata

Nilai pekali korelasi 0.486 menunjukkan pertalian yang sederhana antara dua
pemboleh ubah secara keseluruhan (Schober et al., 2019). Nilai varian, r²=0.245 menandakan

192
bahawa penggunaan strategi pembelajaran kosa kata adalah bertangggungjawab terhadap
24.5% keragaman dalam markah ujian saiz kosa kata (Frost, 2017). Sebagai tambahan,
75.5% daripada perubahan dalam markah ujian saiz kosa kata adalah bergantung pada faktor-
faktor lain.

KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

Dapatan kajian pertama bagi masalah pembelajaran kosa kata dalam kalangan murid bukan
penutur jati mendapati bahawa lima jenis masalah utama telah dikenal pasti. Untuk
pemahaman peribahasa, punca isu berlaku termasuklah kekurangan ilmu semantik dan
ketiadaan pengetahuan tentang budaya masyarakat Melayu. Untuk penghafalan makna kosa
kata dan kata banyak makna, responden kajian Tay dan Wong (2016) menyatakan bahawa
penghafalan kosa kata membebankan pelajar dan mengurangkan minat murid terhadap
pembelajaran bahasa Melayu. Kajian Khamees (2016) menyatakan bahawa kaedah
penghafalan berpotensi dapat mengurangkan kadar pembelajaran bermakna. Jika didalami,
isu jarak linguistik berperanan penting dalam penghafalan kosa kata (Makoni, 2008). Masalah
pemahaman kata-kata bermuatan budaya wujud apabila murid kurang terdedah dan
menghayati budaya masyarakat Melayu (Qing, 2009).

Dapatan kajian kedua bagi strategi pembelajaran kosa kata murid bukan penutur jati
menunjukkan bahawa lima strategi pembelajaran kosa kata bahasa Melayu yang kerap
diaplikasikan telah dikenal pasti. Data tersebut menunjukkan bahawa strategi keazaman dan
strategi sosial ialah antara dua kumpulan strategi yang paling banyak diamalkan oleh
responden lalu diikuti dengan strategi kognitif. Kajian yang dapat menyokong dapatan pengkaji
termasuklah kajian Wisam (2016), Behbahani (2016) serta Nur Fadhila dan Tengku Nor Rizan
(2018). Penggunaan kamus dwibahasa terbukti dapat memanfaatkan pelajar bahasa kedua
(Kung, 2015). Selanjutnya, Norliza (2011) menyatakan bahawa pemahaman golongan kata
dapat membantu murid murid mendalami sesuatu kosa kata daripada aspek tatabahasa.
Penggunaan strategi sosial adalah relevan dengan konsep usaha bersama dalam Teori
Konstruktivisme Sosial (Azabdaftari, 2013). Strategi kognitif seperti mencatat nota dan
menyerlahkan kosa kata dapat mengukuhkan asas pengetahuan kosa kata pelajar baharu.

Dapatan kajian ketiga bagi tahap ujian saiz kosa kata bahasa Melayu murid bukan
penutur jati menyatakan bahawa tahap saiz kosa kata responden adalah pada tahap
memuaskan. Berdasarkan pembandingan antara data prestasi Pelaporan Pentaksiran
Sekolah Rendah 2019 keluaran Lembaga Peperiksaan (2019) dengan dapatan Ujian Saiz
Kosa Kata 2021, ternyata bahawa pencapaian responden kajian adalah melebihi jangkaan
asal pengkaji dan keputusan yang dicapai adalah lebih positif. Namun, data pengkaji tidak

193
merangkumi murid SJKT dan perubahan responden berpotensi memberikan impak yang
berbeza kepada data kajian.

Dapatan kajian keempat mengenai hubungan antara strategi pembelajaran kosa kata
dengan tahap saiz kosa kata murid bukan penutur jati telah memperoleh nilai r positif. Nilai
positif r=0.486 menjelaskan bahawa terdapatnya hubungan positif sederhana antara
keseluruhan strategi pembelajaran kosa kata dengan markah ujian saiz kosa kata bahasa
Melayu. Nilai kesignifikan 0.006 menerangkan bahawa kebarangkalian berlakunya korelasi
secara tidak sengaja atau secara peluang amat rendah atau mungkin tidak berlaku sama
sekali. Nilai varian, r²=0.245 menandakan bahawa penggunaan strategi pembelajaran kosa
kata bertangggungjawab terhadap 24.5% keragaman dalam markah ujian saiz kosa kata.
Dapatan kajian Yasir et al. (2019), Nur Naimah dan Harun (2017) serta Harun dan Maimun
(2015) juga memperoleh dapatan yang sejajar dengan hasil pengkaji. Dengan sokongan
daripada kajian-kajian yang dikemukakan, pengkaji yakin bahawa dapatan kajian ini adalah
sahih dan berupaya menyumbang dalam bidang pendidikan bahasa Melayu.

Sebagai implikasinya, kajian ini berupaya memberikan sumbangan daripada aspek


empirikal, pengetahuan dan praktikal. Daripada aspek implikasi empirikal, kajian ini berupaya
merapatkan jurang kajian penyelidikan bahasa Melayu, memfokuskan permasalahan kajian
yang dinyatakan, mempunyai instrumen soal selidik dan ujian yang lengkap untuk rujukan
masa depan serta berupaya mencetuskan ilham kajian lanjutan dalam pelbagai bidang
bahasa. Daripada aspek implikasi pengetahuan, pengetahuan tentang masalah pembelajaran
dan strategi pembelajaran kosa kata memberikan peluang kepada guru dan murid untuk
mengetahui gaya dan sikap pembelajaran murid seraya membuka ruang untuk murid
meneroka pelbagai strategi yang paling berkesan untuk diri sendiri. Selanjutnya, daripada
aspek implikasi praktikal, strategi pembelajaran kosa kata yang ditimba daripada kajian dapat
dipraktikkan ke dalam pendidikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua untuk memupuk
murid yang dapat bertanggungjawab terhadap kemajuan diri.

Untuk cadangan praktikal, pengkaji ingin tujukan kepada pihak Kementerian


Pendidikan Malaysia, sekolah dan guru. Cadangan pertama merupakan penambahan sudut
‘Info Kosa Kata’ dalam bahan teks dan penyediaan Glosari Kata pada akhir buku teks untuk
mengelakkan keciciran kosa kata. Cadangan kedua ialah penyediaan Kursus Penataran
Pedagogi Kosa Kata untuk para guru memperoleh cara pengajaran kosa kata yang lebih
sesuai untuk murid bukan penutur jati di SJK. Cadangan ketiga ialah penganjuran program
penerokaan strategi pembelajaran kosa kata murid peda peringkat sekolah. Cadangan
keempat ialah pembentukan kumpulan mentor-mentee dalam kalangan guru untuk saling
berkongsi cara pengajaran kosa kata yang baik. Cadangan kelima ialah penyelesaian masalah

194
pembelajaran kosa kata murid menggunakan teknik-teknik kreatif dan inovatif. Akhirnya,
cadangan keenam ialah penghasilan Modul Kosa Kata Bahasa Melayu Tahap Satu dan Tahap
Dua oleh para guru untuk membantu murid-murid menguasai kosa kata.

Untuk cadangan kajian lanjutan, penghasilan instrumen ujian saiz kosa kata yang
universal untuk para pelajar bahasa Melayu baik penutur jati dan bukan penutur jati sebagai
instrumen penilaian kemajuan kendiri. Usaha ini perlu ditunjangi oleh agen kodifikasi bahasa
Melayu yang utama di negara Malaysia, iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka dan para pakar
bahasa. Cadangan kedua ialah penambahbaikan instrumen borang soal selidik kajian melalui
perangkuman soalan-soalan yang munasabah daripada instrumen sedia ada yang lain dan
penggunaan dwibahasa dalam instrumen yang dibina. Cadangan ketiga pengkaji ialah
pengendalian kajian kuasi eksperimental untuk menguji keberkesanan lima strategi
pembelajaran kosa kata utama dalam dapatan kajian ini.

Kesimpulannya, isu tentang masalah strategi pembelajaran kosa kata dalam kalangan
murid bukan penutur jati sewajarnya diberikan perhatian yang secukupnya. Strategi
pembelajaran kosa kata yang didapati mampu mempengaruhi markah ujian saiz kosa kata
juga perlu diamalkan oleh murid dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.
Berdasarkan semua cadangan praktikal dan cadangan kajian lanjutan yang dikemukakan oleh
pengkaji, diharapkan penguasaan saiz kosa kata bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan
penutur jati dapat dipertingkatkan lagi.

RUJUKAN

Adibah Halilah A. Mutalib, Rashidah Abdul Kadir, Rashidah Robani & Faizah A. Majid. (2014).
Vocabulary learning strategies among Malaysian TVET students in German-Malaysian
Institute (GMI). Precedia - Social and Behaviorial Sciences, 361-368.
Afzal, N. (2019). A study on vocabulary-learning problems problems encountered by BA
English majors at the university level of education. Arab World English Journal, 10(3),
81-89.
Alpino Susanto, Fazlinda Ab Halim & Said Nuwrun. (2019). Vocabulary learning strategies,
vocabulary skills, and integrative motivation levels among university students.
International Journal of Engineering and Advanced Technology (IJEAT), 8(5C), 323-
334.
Apuke, O.D. (2017). Quantitative research methods: A synopsis approach. Arabian Journal of
Bussiness and Management Review (Kuwait Chapter), 6(10), 40-47.
Astika, I.G. (2016). Vocabulary learning strategies of secondary school students. Indonesian
Journal of Language Teaching ang Linguistics, 1(1), 1-15.
Azabdaftari, B. (2013). On the implications of Vygotskian concepts for second language
teaching. Irian Journal of Language Teaching Research, 1(2), 99-114.
Behbahani, A.R. (2016). A survey of university students' knowledge of vocabulary learning
strategies and influential factors in Middle East. Journal of Language Teaching and
Research, 7(4), 646-654.

195
Frost, J. (2017). How to interpret R-squared in regression analysis. Retrieved from Statistics
by Jim: https://statisticsbyjim.com/regression/interpret-r-squared-regression/
Gu, P.Y. (2018). Validation of an online questionnaire of vocabulary learning strategies for ESL
learners. Studies in Second Language Learning and Teaching, 8(2), 325-350.
Harun Baharudin & Maimun Aqsha Lubis. (2015). Korelasi strategi dengan saiz kosa kata
dalam pembelajaran bahasa Arab. ASEAN Comparative Education Research
Conference (pp. 1535-1544). Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Kafadar, T. & Tay, B. (2014). Learning strategies and learning styles used bu sstudents in
social studies. International Journal of Academic Research, 6(2), 250-267.
Kafipour, R. & Mohammad Hosseini Naveh. (2011). Vocabulary learning strategies and their
contribution to reading comprehension of EFL undergraduate studentd in Kerman
province. European Journal of Social Sciences, 23(4), 626-648.
Kanchi Shah, Junaid Ahmeed, Nandita Shenoy & Srikant N. (2013). How different are students
and their learning styles. International Journal of Research in Medical Sciences, 1(3),
212-215.
Khamees, K.S. (2016). An evaluation study of memorization as a strategy for learning english.
International Journal of English Linguistics, 248-259.
Kung, F.W. (2015). Bilingual or monolingual? The effects of dictionary use from a corpus
perspektif in ELT. English Teaching and Learning, 39(4), 1-27.
Lembaga Peperiksaan. (2019). Ujian pencapaian sekolah rendah: Prestasi mata pelajaran. In
K. P. Malaysia, Pelaporan pentaksiran sekolah rendah 2019 (pp. 31-32). Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Leusink, J.W. (2017). The influence of linguistic distance on foreign language attrition.
[Master’s thesis, Radboud University] Radboud University Educational Repository
Makoni, B. (2008). Book review: Third or additional language acquisition by Gessica De
Angelis. International Jornal of Applied Linguistics, 18(3), 293-298.
Nora'Azian Nahar & Fadzilah Abd. Rahman. (2018). Tahap penguasaan kemahiran bertutur
bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan penutur natif. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 74-83.
Norizan Che Su & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2013). Penguasaan Kosa Kata dan
Kemampuan Membina Ayat Bahasa Thai. Jurnal Linguistik, Vol. 17(1), 29-38.
Norliza Jamaluddin. (2011, Januari). Penggolongan kata bahasa Melayu. Retrieved from
ResearchGate:
https://www.researchgate.net/publication/339472700_Penggolongan_Kata_Bahasa_
Melayu
Nur Fadhila Ahmad & Tg. Nor Rizan Tg. Mohd. Maasum. (2018). Penggunaan strategi
pembelajaran kosa kata bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah rendah
terpilih di petempatan FELDA di Pahang. Jurnal Wacana Sarjana, 2(2), 1-11.
Nur Naimah Akmar Kamariddun & Harun Baharudin. (2017). Strategi pembelajarna kosa kata
dan penguasaan pengetahuan kosa kata Arab dalam kalangan pelajar STAM.
Attarbawiy: Malaysia Online Journal of Education, 1(1), 64-73.
Nursidah Ad. Hamid, Fairose Sulaiman & Jamaludin Badusah. (2010). Kajian kelemahan
tatabahasa pelajar Cina dalam penulisan karangan pada peringkat menengah rendah.

196
Prosiding Seminar Antarabangsa Pendidikan Bahasa Melayu. Bangi: Fakulti
Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Perveen, A., Muhammad Asif, Mehmood, S., Muhammad Kamal Khan & Zafar Iqbal. (2016).
Effectiveness of language games in second language vocabulary acquisition. Sci. Int.
Journal (Lahore), 28 (1), 633-637.
Qing, M. (2009). Second language vocabulary acquisition. Peter Lang. Retrieved from
ResearchGate.
Schmitt, N. (1997). Vocabulary Learning Strategies. In D. N. Schmitt, & M. McCarthy (Eds.),
Vocabulary: Description, Acquisition and Pedagogy (pp. 199-227). Cambridge:
Cambridge University Press.
Schober, P., Boer, C. & Schwarte, L.A. (2018). Correlation coefficients: Appropriate use and
interpretation. Anesthesia & Analgesia: Special Article, 126(5), 1763-1768.
Subramaniam, I., Noorulafiza Abdul Muthalib & Siti Nor Hamanida Zainal. (2014). Penggunaan
bahasa ibunda dalam pengajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid peribumi di
sekolah pedalaman Sarawak. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Vlu.4, Bil 1, 65-74.
Tay, M.G. & Wong, S.H. (2016). Minat pelajar bukan putur natif terhadap pembelajaran bahasa
Melayu. Jurnal Penyelidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, 53-63.
Wisam Ali Askar. (2016). A survey of the use of vocabulary leraning strategies by ELT and
ELL students of Duhok University in Kudistan. The 2016 International Academic
Research Conference (pp. 413-426). Milan: ICBTS Conference Center.
Yasir Bdaiwi Jasim Al-shujairi, Arifur Rahman & Ma, Y. (2019). Vocabulary size and vocabulary
learning strategy among Chinese undergraduates at Universiti Putra Malaysia. Journal
of Modern Languages, 29, 99-125.

197
PENGGUNAAN IMBUHAN KATA KERJA BAHASA MELAYU DALAM PENULISAN
MURID TAHUN EMPAT

Tharssinee a/p Raganathan


tharssinee09-830@epembelajaran.edu.my

Zulkarnain bin Hassan


zulkarnain09-125@epembelajaran.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu,


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Penulisan ini bertujuan untuk meninjau hubungan yang signifikan antara kekerapan penggunaan
imbuhan kata kerja dalam penulisan murid dengan tahap penguasaan kemahiran menulis murid.
Penguasaan murid dalam pengimbuhan memberikan kesan yang ketara terhadap penulisan bahasa
Melayu. Maka, penulisan bahasa Melayu kurang memberangsangkan disebabkan murid kurang
menguasai aspek imbuhan kata kerja. Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengkaji kekerapan
penggunaan imbuhan kata kerja bahasa Melayu dalam penulisan murid serta mengenal pasti tahap
penguasaan kemahiran menulis murid berdasarkan penulisan. Seramai 86 orang murid tahun empat
dari sebuah sekolah kebangsaan di daerah Kuala Lumpur telah terlibat dalam kajian ini. Kajian tinjauan
korelasi ini berbentuk kuantitatif. Kajian ini menggunakan kertas peperiksaan penulisan bahasa Melayu
murid sebagai instrumen kajian. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian adalah 0.85. Data statistik
deskriptif dan inferensi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social
Sciences (SPSS). Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati bahawa penggunaan imbuhan
kata kerja dalam penulisan mempengaruhi markah penulisan murid. Murid yang banyak menggunakan
imbuhan kata kerja dalam penulisan memperoleh gred A dalam penulisan mereka.
Walaubagaimanapun, faktor seperti minat murid dalam bilik darjah serta pengajaran guru yang kurang
berkesan menyebabkan penguasaan imbuhan kata kerja dalam kalangan murid tidak mencapai tahap
yang ditentukan.

Kata Kunci: imbuhan, kata kerja, penulisan, kekerapan, penguasaan

ABSTRACT

This study aims to review the significant relationship between the frequency of the use of verbs in
student’s writing and the level of mastery of student writing skills. The mastery of students in using verbs
had a significant impact on their writing. Thus, the writing was less interesting because students lacked
the proficiency aspect of verb affixes. The study was conducted with the aim of studying the frequency
of the usage of verb affixes in writing as well as identifying the level of proficiency of writing skills of
students based on the writing. A total of 86 respondents of Standard 4 were selected from one of the
primary school in Kuala Lumpur district. This correlation survey is quantitative. This study used the
malay language writing exam paper as an instrument of study. The reliability value of the study
instrument was 0.85. Descriptive statistical data and inference were analyzed using Statistical Package
for the Social Sciences (SPSS) software. Overall, the findings found that the use of verb affixes in writing
affects the scores of students. Students who use verbs in writing receive grade A in their writing.
However, factors such as lack of interest in students as well as the effectiveless teaching methods
resulted in low proficiency of verbs among students.
Key Words : verb affixes, writing, mastery, significant

198
PENGENALAN

Modul tatabahasa dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merujuk kepada aspek
morfologi dan sintaksis yang perlu dikuasai oleh murid serta tatabahasa perlu dilaksanakan
melalui pengajaran yang terancang dengan teknik yang berkesan supaya murid dapat
menggunakan tatabahasa dengan tepat dalam pelbagai konteks. Seperti yang dijelaskan oleh
Noor Hidayu dan Yahya (2016), kemahiran menulis karangan merupakan peringkat tertinggi
dalam peringkat kemahiran berbahasa. Tahap pencapaian murid dalam penulisan bahasa
Melayu adalah kurang memuaskan. Kenyataan ini boleh dibuktikan melalui pencapaian calon
peperiksaan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) dalam kertas peperiksaan bahasa
Melayu Penulisan SK pada tahun 2019 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019).
Pencapaian ini menunjukkan bahawa hanya 29.39 % daripada 445, 641 calon memperoleh
Gred A, 32.27 % calon memperoleh Gred B, 20.60 % calon memperoleh Gred C dan 13.07%
calon mencapai Gred D. Sementara itu, 4.67% calon peperiksaan didapati gagal dalam kertas
peperiksaan tersebut. Walaupun bahasa Melayu merupakan mata pelajaran yang sangat
signifikan bagi murid tetapi tahap penulisan murid masih dalam keadaan yang kurang
memberangsangkan.

PERNYATAAN MASALAH

Penggunaan imbuhan kata kerja memberikan kesan yang ketara terhadap penulisan bahasa
Melayu murid. Menurut Nor Izawaty Mohamed Noor (2009), murid lemah menggunakan
imbuhan dalam penulisan karangan. Perkara ini secara tidak langusngnya menjadi masalah
kepada murid dalam menghasilkan penulisan yang berkualiti. Arbak Othman (1985),
menyatakan bahawa aspek pengimbuhan adalah sangat kompleks sehingga pemahaman
tentang selok-belok penggunaannya berupaya menyebabkan seseorang kurang menguasai
bahasa Melayu. Penulisan bahasa Melayu kurang memberangsangkan disebabkan murid
kurang menguasai aspek tatabahasa terutamanya imbuhan kata kerja (Nor Hidayah Md
Khanapiah, 2016).

OBJEKTIF & SOALAN KAJIAN

Kajian ini mempunyai beberapa objektif iaitu:

i. Mengenal pasti kekerapan penggunaan imbuhan kata kerja dalam penulisan murid
ii. Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran menulis murid
iii. Mengenal pasti hubungan antara kekerapan penggunaan imbuhan kata kerja dalam
penulisan murid dengan tahap penguasaan kemahiran menulis murid.

199
Soalan kajian yang akan dibincangkan adalah seperti berikut:

i. Apakah kekerapan penggunaan imbuhan kata kerja dalam penulisan murid ?


ii. Apakah tahap penguasaan kemahiran menulis murid ?
iii. Apakah hubungan antara kekerapan penggunaan imbuhan kata kerja dalam penulisan
murid dengan tahap penguasaan kemahiran menulis murid ?

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kuantitatif. Kajian ini berbentuk tinjauan secara
deskriptif untuk memperoleh data berkaitan kekerapan penggunaan imbuhan kata kerja
bahasa Melayu dalam penulisan dan tahap kemahiran menulis murid tahun empat. Kajian
secara inferensi iaitu kajian korelasi turut dilaksanakan untuk mengenalpasti hubungan antara
kekerapan penggunaan imbuhan kata kerja bahasa Melayu dalam penulisan dengan tahap
kemahiran menulis murid tahun empat. Sampel kajian ini terdiri daripada 86 murid tahun empat
di sebuah sekolah di kawasan Kuala Lumpur. Jenis persampelan yang digunakan untuk
memilih sampel kajian ialah persampelan rawak mudah. Terdapat tiga kelas dalam tahun
empat yang dibahagikan kepada 4 Nebula, 4 Galaksi dan 4 Asteroid. Instrumen yang
digunakan dalam kajian adalah untuk memperoleh data ialah Bahagian C dalam kertas
peperiksaan bahasa Melayu penulisan. Pengkaji telah mengumpulkan semua set soalan
daripada sampel kajian. Pengkaji telah mengenalpasti nilai Alpha Cronbach dengan
menganalisis kebolehpercayaan markah ujian tersebut. Jadi nilai Alpha Cronbach bagi ujian
ini ialah 0.85 yang menunjukkan instrumen ini baik.

DAPATAN KAJIAN

Bagi menjawab soalan kajian pertama, dapatan kajian menunjukkan bahawa murid tahun
empat kerap menggunakan imbuhan kata kerja dalam penulisan bahasa Melayu. Hal ini
demikian kerana 86% responden kajian telah menggunakan sekurang- kurangnya enam
imbuhan kata kerja dalam penulisan mereka. Imbuhan kata kerja yang digunakan paling
banyak kali adalah sebanyak 19 kali dalam penulisan bahasa Melayu.

Selain itu, dapatan kajan juga menunjukkan bahawa imbuhan awalan kata kerja paling
kerap digunakan murid dalam penulisan manakala imbuhan sisipan kata kerja tidak digunakan
dalam penulisan murid. Pada pendapat pengkaji, imbuhan awalan adalah mudah dipelajari
jika dibandingkan dengan imbuhan sisipan kata kerja. Murid lebih banyak terdedah dengan
imbuhan awalan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dan sebaliknya bagi
imbuhan sisipan kata kerja.

200
Bagi menjawab soalan kajian kedua pula, hasil dapatan kajian menunjukkan tahap
penguasaan kemahiran menulis murid berada pada tahap yang cemerlang. Hal ini demikian
kerana 44. 2 % responden kajan telah mencapai Gred A dalam penulisan respons terbuka.
Jadi kebanyakan markah murid dalam penulisan adalah antara 21 hingga 24.

Di samping itu, kemahiran menulis murid adalah pada tahap baik disebabkan murid
mempunyai idea untuk menulis karangan. Tetapi murid masih perlu membaiki dari aspek kosa
kata, penulisan ayat dan penyampaian isi kerana 52.2 % peratus murid mencapai Gred B dan
Gred C dalam penulisan mereka. Hal ini kerana kebanyakan responden kajian tidak
mempunyai masa yang secukupnya untuk mrnyemak kembali karangan mereka ketika
peperiksaan. Murid biasanya kurang memberi perhatian pada peringkat penyuntingan
(Kamarudin dan Siti Hajar, 1997).

Bagi menjawab soalan ketiga pula, hasil kajian ini menunjukkan terdapat hubungan
antara kekerapan penggunaan imbuhan kata kerja dalam penulisan murid dan tahap
penguasaan kemahiran menulis murid. Penggunaan imbuhan kata kerja dalam penulisan
murid dengan tahap penguasaan kemahiran menulis murid mempunyai perkaitan korelasi
positif .965. Jadi, hubungan kedua-dua pemboleh ubah ini mempunyai hubungan yang positif.
Dapatan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan imbuhan kata kerja dapat
mempengaruhi penulisan murid. aras nilai pekali kebolehpercayaan yang mempunyai nilai
yang melebihi r = 0.80 merupakan hubungan positif yang sangat baik. Maka, kekerapan
penggunaan imbuhan kata kerja dalam penulisan murid dengan tahap penguasaan kemahiran
menulis murid adalah pada tahap sangat baik.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Kajian ini berupaya memberi pengetahuan kepada guru tentang kepentingan imbuhan kata
kerja dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa Melayu. Penguasaan imbuhan kata
kerja merupakan satu aspek yang perlu dititikberatkan oleh guru bagi memastikan penghasilan
penulisan yang berkualiti dalam kalangan murid. Perbincangan dalam bahagian ini memberi
beberapa cadangan yang dapat menambah baik sistem pendidikan di negara kita terutamanya
yang berkaitan dengan penggunaan imbuhan kata kerja bahasa Melayu dalam mempengaruhi
penulisan murid. Dalam usaha meningkatkan penggunaan imbuhan kata kerja murid,
Kementerian Pendidikan Malaysia boleh menambah baik sukatan pelajaran bahasa Melayu
yang sedia ada. Hal ini demikian kerana sukatan pelajaran yang ditambah baik menyebabkan
murid dapat lebih memahami pembelajaran bahasa Melayu. Sebagai contoh, pembelajaran
yang berkaitan dengan penggunaan imbuhan kata kerja bahasa Melayu boleh diperbanyakkan

201
dalam buku teks. Pembelajaran secara interaktif turut boleh disertakan supaya murid dapat
mempelajari imbuhan kata kerja dengan seronok. Di samping itu, pihak sekolah boleh
menyediakan kemudahan yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu. Hal ini adalah disebabkan kemudahan yang selesa dapat merangsang pembelajaran
murid terhadap tatabahasa Melayu. . Contohnya, makmal komputer dengan adanya alat
multimedia yang lengkap berupaya menarik perhatian murid terhadap pembelajaran imbuhan
kata kerja. Guru mempunyai peranan yang signifikan dalam memastikan penguasaan murid
terhadap imbuhan kata kerja. Justeru, guru haruslah menyediakan latih tubi yang berkaitan
dengan tatabahasa kepada murid. Latih tubi ini dapat mengenal pasti tahap pemahaman murid
terhadap tatabahasa yang dipelajari pada proses pengajaran dan pembelajaran tersebut.

RUJUKAN

Arbak Othman. (1985). Mengajar tatabahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka.


Noor Hidayu Mohd Rahim & Yahya Othman. (2016). Keberkesanan peta bulatan dan peta alir
dalam meningkatkan penguasaan menulis karangan naratif murid-murid Cina. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 6 (2): 68-77.
Nor Hidayah Md Khanapiah. (2016). Analisis penggunaan imbuhan kata kerja dalam penulisan
murid pekak. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.
Nor Izawaty Mohamed Noor. (2009). Tahap penguasaan imbuhan dalam kalangan pelajar di
Sekolah Rendah Fengshan. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.

202
KEBERKESANAN MODUL BACAAN BERGRED DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MEMBACA PERKATAAN BAHASA MELAYU BAGI MURID TAHUN SATU

Wong Jin Jing


pju16k519@ipgkbm.edu.my

Ahmad Rozi bin Abu


ahmadrozi@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti keberkesaan penggunaan Modul Bacaan Bergred dalam
meningkatkan kemahiran membaca perkataan bahasa Melayu bagi murid Tahun 1 di sekolah rendah.
Kajian ini dijalankan berdasarkan tiga objektif utama. Antaranya untuk melihat perbezaan pencapaian
prestasi murid antara kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Sampel kajian ini melibatkan 36
orang murid Tahun 1 di sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan. Daripada 36 orang responden, 18
orang murid dipilih sebagai kumpulan kawalan manakala 18 orang murid dipilih sebagai kumpulan
eksperimen yang diberi rawatan. Selain itu juga, terdapat beberapa kategori latar belakang sosial yang
dianalisis untuk melihat kesan latar belakang sosial kepada pencapaian kemahiran membaca murid dari
aspek perbezaan gender, kaum, bahasa ibunda, pra sekolah, pekerjaan ibu bapa dan status penjaga.
Kajian ini merupakan reka bentuk kajian kuasi eksperimental dan deskriptif dengan menggunakan
kaedah kuantitatif. Terdapat dua ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca. Hasil dapatan kajian terbukti Modul
Bacaan Berged mampu meningkatkan pencapaian murid dalam kemahiran membaca. Dapatan kajian
juga telah mendapati faktor latar belakang sosial tersebut tidak memberi kesan yang ketara terhadap
keupayaan murid dalam menguasai kemahiran asas membaca. Maka, dapat disimpulkan bahawa
penggunaan Modul Bacaan Bergred berkesan untuk membantu murid menguasai kemahiran membaca
dan meningkatkan tahap penguasaan mereka berbanding dengan pendekatan tradisional.
Kata Kunci: Modul Bacaan Bergred, pendekatan kuantitatif, kuasi-eksperimenal, kemahiran membaca,
bahasa Melayu

ABSTRACT

This research was conducted to investigate the effectiveness of Graded Reading Module on command
in reading skills among Year 1 students from primary school. Therefore, this research is conducted
based on three main objectives. One of the objectives is to find the difference on reading performance
which involving two groups of students in control and experimental groups. In this study, there are 36
respondence in total and both control and experimental group were made up of 18 students respectively.
Besides that, there are several categories of social backgrounds comprises of gender, race, native
language, pre-school education, parents’ occupation and status guardian were analysed to investigate
the relation of those social background on student reading skills achievement. This research applies
experimental and descriptive studies using quantitative methods. There are two tests in this research
which are pre-test and post-test. The results of this research showed that the Graded Reading Module
had demonstrated improvements in the students’ reading skills in Malay language achievement.
Furthermore, the research findings showed that the social background does not have significant
relationship with the students’ ability in basic reading skills. The research findings also showed that the
social background does not have significant relationship with the students’ ability in basic reading skills.
Hence, this shows that Graded Reading Module is more effective than traditional approach to enhance
students’ words reading skills in Malay language.
Keywords: Graded Reading Module, quantitative method, quasi-experimental, reading skills, Malay
language

203
PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang didiami oleh masyarakat majmuk yang terdiri
daripada pelbagai kaum atau bangsa. Semua kaum di Malaysia sejak dahulu lagi telah
menggunakan satu bahasa rasmi iaitu bahasa Melayu. Bahasa Melayu merupakan bahasa
penghantar utama dalam sistem pendidikan Malaysia kini, termasuklah peringkat sekolah
rendah, peringkat sekolah menengah dan peringkat pengajian tinggi. Melalui penguasaan
kemahiran bahasa, murid dapat berkomunikasi dalam pelbagai situasi dengan lebih berkesan,
manakala melalui kemahiran membaca, murid dapat meningkatkan kosa kata di samping
memupuk minat membaca. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu ini adalah dari
segi ketidaksamaan aspek perkembangan secara fizikal, mental, sosial, emosi di kalangan
individu. (Zamri, Ruslin, Mohamed Amin, 2015) berpandangan guru perlu mengambil kira
perbezaan yang ada dalam kalangan pelajar dalam proses pengajaran. Guru perlu
mengetahui dan mengambil perhatian terhadap wujudnya perbezaan individu yang pelbagai
latar belakang sosial.

Membaca merupakan asas kepada kejayaan seseorang murid. Menurut Yahya (2008),
kemahiran membaca penting bagi menentukan sama ada kandungan teks yang dibaca dapat
difahami. Murid yang dapat menguasai kemahiran ini dapat menguruskan bacaannya dengan
berkesan dan dapat memanfaatkannya dalam kehidupannya. Penekanan perlu diberi pada
aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kritis dengan
menggunakan pelbagai teknik bacaan. Bahan bacaan dapat mempengaruhi keberkesanan
pembacaan. Pemilihan bahan bacaan amat penting dan seharusnya disesuaikan dengan
peringkat umur pembaca kerana setiap bahan bacaan mempunyai kosa kata yang berbeza
mengikut umur. Amran Abidin (2009) menyatakan bacaan bergred adalah satu bentuk bahan
bacaan yang dibina melalui proses pemeringkatan untuk membolehkan seseorang murid itu
menguasai bacaan dengan lancar dalam tempoh masa yang singkat. Modul Bacaan Bergred
yang menarik dapat menarik minat murid yang lemah dalam membaca. Penyediaan bahan
bacaan bergred mengikut tahap bacaan murid bukan sahaja memudahkan pembacaan murid-
murid tetapi juga menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid. Oleh itu suatu
sistem pemeringkatan bahan bacaan adalah perlu agar kanak-kanak disediakan dengan buku
yang bersesuaian dengan tahapnya (Zainiah Mohamed Isa, 2010).

PERNYATAAN MASALAH

Pernyataan masalah kajian ini ialah kelemahan murid dalam kemahiran membaca perkataan
bahasa Melayu terutamanya dalam kalangan murid Tahun 1. Murid gagal menjawab soalan
berpunca daripada penguasaan kemahiran literasi dan membaca. Murid yang lemah dalam
kemahiran membaca pada permulaan pembelajaran tidak akan dapat mengikuti proses

204
pembelajaran dengan baik (Loo S.L & Hasnah Toran, 2011). Permasalahan yang wujud dari
aspek latar belakang sosial murid juga perlu diberi perhatian berdasarkan kepelbagaian
jantina, bahasa ibunda, kaum, serta tahap kemiskinan di Malaysia turut memberi kesan dalam
penguasaan kemahiran membaca (Chew et al., 2012). Salah satu sebab murid lemah dalam
kemahiran membaca ialah kekurangan pendidikan pada peringkat awal kanak-kanak. Murid
yang tidak pernah belajar seawal usia 5 tahun kehilangan peluang untuk membiasakan diri
dalam aktiviti pembelajaran yang menarik. Selain itu, perbezaan jantina turut menjadi salah
satu faktor yang mendapat perhatian. Ada pengkaji yang mendapati bahawa penguasaan
kemahiran membaca dalam kalangan perempuan adalah lebih baik berbanding dengan lelaki.
Menurut Danuta (2014), pencapaian perempuan adalah lebih baik berbanding dengan lelaki.
Sebaliknya, kajian Busch (1995) menunjukkan pelajar lelaki mempunyai tahap motivasi dan
pencapaian yang lebih baik berbanding pelajar perempuan. Seterusnya, penguasaan
kemahiran membaca murid bukan penutur jati masih berada pada tahap yang kurang
memuaskan. Tahap kebolehan bertutur dalam Bahasa Melayu di antara mereka masih lemah
dan ada yang langsung tidak dapat menguasainya. Menurut Mahzan (2008), murid-murid
bukan Melayu selalunya mengalami masalah dan kesukaran untuk menyebut huruf dan
membezakan bunyi vokal menyebabkan perkataan tidak jelas dituturkan (Chew, 2016). Latar
belakang murid seperti status penjaga dan pekerjaan ibu bapa juga merupakan satu faktor
yang penting dalam mendorong murid menguasai kemahiran membaca. Menurut NF Kassim
et al. (2015), apa yang dilakukan oleh ibu bapa, bakal menjadi ikutan mereka dalam proses
pembentukan keperibadian diri. Pendapat ini sejajar dengan pandangan Nur Farahana, Nor
Aroma & Zetty (2020) yang menyatakan gaya keibubapaan yang dipraktik dalam sesebuah
keluarga memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan pembelajaran anak-
anak selain peranan guru di sekolah. Murid yang lambat perkembangan bahasanya, akan
mengalami masalah pembelajaran akademik. Menurut Sabrina (2010), kegagalan murid
dalam membaca secara langsung akan juga menggagalkan pembelajaran murid kerana
bahasa adalah merentasi kurikulum. Memandangkan kelemahan murid dalam kemahiran
membaca telah menimbulkan kebimbangan semua pihak, maka pernyataan masalah yang
dinyatakan telah mendorong penyelidik untuk menjalankan kajian ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:

i. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan pencapaian kemahiran membaca


perkataan bahasa Melayu dalam kalangan murid Tahun 1 selepas menggunakan Modul
Bacaan Bergred dalam ujian pasca.

205
ii. Mengkaji sama ada terdapat perbezaan pencapaian kemahiran membaca perkataan
bahasa Melayu dalam kalangan murid Tahun 1 berdasarkan aspek jantina, kaum,
bahasa ibunda, status pendidikan awal, pekerjaan ibu bapa dan status penjaga mereka
selepas menggunakan Modul Bacaan Bergred.
iii. Mengenal pasti kesesuaian Modul Bacaan Bergred terhadap murid tahun satu untuk
membantu meningkatkan bacaan perkataan bahasa Melayu Tahun 1.

SOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan di atas, kajian ini adalah bertujuan untuk
menjawab persoalan-persoalan yang akan disenaraikan di bawah:

i. Apakah pencapaian min bagi kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen dalam ujian
pra dan ujian pasca kemahiran membaca perkataan bahasa Melayu bagi murid Tahun
1?
ii. Apakah perbezaan prestasi murid dalam kemahiran membaca perkataan bahasa
Melayu yang signifikan antara murid Tahun 1 dari aspek jantina, kaum, bahasa ibunda,
status pendidikan awal, pekerjaan ibu bapa dan status penjaga?
iv. Sejauh manakah keberkesanan Modul Bacaan Bergred dapat membantu meningkatkan
bacaan perkataan bahasa Melayu Tahun 1?

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kajian kuasi-
eksperimen. Kaedah kuasi-eksperimen sering digunakan dalam kajian tentang keberkesanan
sesuatu kaedah pengajaran, program atau modul (Juppri, 2014). Sehubungan dengan itu,
kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti keberkesanan Modul Bacaan Bergred dalam
pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca perkataan bahasa Melayu dalam
kalangan murid Tahun 1. Dengan merujuk kepada Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie dan
Morgan (1970), sampel kajian ini terdiri daripada 36 orang murid Tahun 1 dan terbahgi kepada
dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen.

Dalam kajian ini, instrument kajian yang telah digunakan ialah ujia pra dan ujian pasca
yang berbentuk soalan bacaan, RPH serta borang pelaporan penguasaan individu. Instrumen
ini disahkan oleh pakar bidang dan bahasa. Menurut Azizi et al. (2017), kesahan penting dalam
konteks pengukuran sesuatu konstruk atau item. Kesahan sesuatu pengukuran itu bergantung
kepada sejauh mana ia berjaya mengukur apa yang hendak diukur (Lily et al., 2018).
Instrumen utama yang digunakan ialah Modul Bacaan Bergred. Modul tersebut dibina oleh
pengkaji berdasarkan DSKP dan Falsafah Pendidikan Negara. Pengkaji membuat Rancangan
Pelajaran Harian berpandukan Modul Bacaan Bergred. Pengkaji juga menyediakan soalan

206
ujian pra dan ujian pasca berlandaskan instrumen Program Literasi dan Numerasi. Sama juga
dengan borang pelaporan penguasaan kemahiran membaca murid dan rubrik pemarkahan.
Instrumen telah disemak oleh pakar dari aspek bahasa, kandungan dan struktur dengan
peringkat murid yang terlibat.

Selain itu, kajian rintis telah dijalankan bagi memastikan kebolehpercayaan instrumen
yang digunakan. Sampel kajian rintis terdiri daripada 60 orang murid Tahun 1 di sebuah
Sekolah Kebangsaan yang terletak di Taman Perkasa Shamelin. Analisis nilai Alpha Cronbach
menunjukkan .730 hingga .920 iaitu instrumen boleh diterima dan digunakan untuk
mengumpul data sebenar. Seterusnya, ujian pra dijalankan secara individu ke atas 36 orang
murid Tahun 1 yang terlibat dan markah dicatat dalam borang pelaporan penguasaan individu.
Selepas itu, kumpulan eksperimen diajar menggunakan Modul Bacaan Bergred manakala
kumpulan kawalan kekal menggunakan pembelajaran konvensional berasaskan KSSR.
Setelah lapan kali pengajaran dan pembelajaran, kedua-dua kumpulan diberi ujian pasca.
Data-data tersebut dimasukkan dalam SPSS versi 26 untuk dianalisis. Statistik deskriptif telah
digunakan untuk memperoleh kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dalam bahagian ini, pengkaji akan membincang tentang dapatan kajian bagi menjawab
soalan-soalan kajian.

Jadual 1
Pencapaian Min dan Sisihan Piawai antara Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Eksperimen
Pada Peringkat Ujian Pra dan Ujian Pasca

Kumpulan Ujian N Min Sisihan Piawai


Kawalan Pra 18 19.333 9.780
(KSSR) Pasca 18 21.333 9.029
Eksperimen Pra 18 19.611 7.005
(Modul Bacaan Bergred) Pasca 18 32.833 5.250

Jadual 1 merupakan dapatan bagi soalan kajian yang pertama. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa tahap penguasaan kemahiran membaca perkataan antara kumpulan
kawalan dan eksperimen adalah hampir sama pada peringkat ujian pra iaitu sebelum diberi
rawatan. Nilai purata skor atau min skor bagi kumpulan kawalan sebanyak 19.333 manakala
nilai purata bagi kumpulan eksperimen sebanyak 19.611 semasa ujian pra. = Selepas diberi
rawatan, kedua-dua kumpulan menjalani ujian pasca. Nilai purata bagi kumpulan kawalan
sebanyak 21.333 manakala kumpulan eksperimen menunjukkan nilai purata 32.833. Hal ini
menunjukkan bahawa selepas diberi rawatan nilai purata kumpulan eksperimen jauh lebih

207
tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan. Dalam konteks ini, kumpulan kawalan tidak
menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam ujian pra dan ujian pasca manakala kumpulan
eksperimen telah menunjukkan pencapaian yang signifikan dalam ujian pasca berbanding
dengan ujian pra.

Jadual 2 hingga jadual 7 di bawah menjawab soalan kajian yang kedua.

Jadual 2
Pencapaian Min dan Sisihan Piawai antara Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Eksperimen
Pada Peringkat Ujian Pra dan Ujian Pasca Berdasarkan Gender

Gender Kumpulan Ujian N Min Sisihan Piawai


Lelaki Kawalan Pra 9 17.444 9.580
Pasca 9 19.889 8.594

Eksperimen Pra 9 16.556 6.106


Pasca 9 32.000 5.000

Perempuan Kawalan Pra 9 21.222 10.171


Pasca 9 22.778 9.731
Eksperimen Pra 9 22.667 6.782
Pasca 9 33.667 5.657

Jadual 2 menunjukkan pencapaian murid dari aspek gender. Bagi gender lelaki, pada
peringkat ujian pra, nilai purata skor adalah sebanyak 17.444 bagi kumpulan kawalan dan
16.556 bagi kumpulan eksperimen. Perempuan pula menunjukkan nilai purata 21.222 untuk
kumpulan kawalan dan 22.667 untuk kumpulan eksperimen. Dalam ujian pasca, lelaki bagi
kumpulan kawalan menunjukkan skor purata 19.889 dan 22.778 bagi kumpulan eksperimen.
Kategori perempuan pula mencatatkan skor purata 22.778 bagi kumpulan kawalan dan 33.667
bagi kumpulan eksperimen. Hal ini menunjukkan bahawa selepas diberi rawatan nilai purata
kumpulan eksperimen lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan. Dalam konteks ini,
kumpulan kawalan tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam ujian pra dan ujian
pasca manakala kumpulan eksperimen telah menunjukkan pencapaian yang signifikan dalam
ujian pasca berbanding dengan ujian pra bagi kategori lelaki dan perempuan.

208
Jadual 3
Pencapaian Min dan Sisihan Piawai antara Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Eksperimen
Pada Peringkat Ujian Pra dan Ujian Pasca Berdasarkan Kaum

Kaum Kumpulan Ujian N Min Sisihan Piawai


Melayu Kawalan Pra 6 24.333 7.737
Pasca 6 26.333 6.218

Eksperimen Pra 9 22.000 7.772


Pasca 9 35.500 2.739

Bukan Kawalan Pra 12 16.833 10.008


Melayu Pasca 12 18.833 9.379
Eksperimen Pra 9 18.417 6.612
Pasca 9 31.500 5.776

Jadual 3 menunjukkan pencapaian murid berdasarkan kaum. Bagi murid Melayu, pada
peringkat ujian pra, nilai purata skor adalah sebanyak 24.333 bagi kumpulan kawalan dan
22.000 bagi kumpulan eksperimen. Murid bukan Melayu pula menunjukkan nilai purata 16.833
untuk kumpulan kawalan dan 18.417 untuk kumpulan eksperimen. Dalam ujian pasca, murid
Melayu bagi kumpulan kawalan menunjukkan skor purata 26.333 dan 35.500 bagi kumpulan
eksperimen. Kategori bukan Melayu pula mencatatkan skor purata 18.833 bagi kumpulan
kawalan dan 31.500 bagi kumpulan eksperimen. Hal ini menunjukkan bahawa selepas diberi
rawatan nilai purata kumpulan eksperimen lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan.
Dalam konteks ini, kumpulan kawalan tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam
ujian pra dan ujian pasca manakala kumpulan eksperimen telah menunjukkan pencapaian
yang signifikan dalam ujian pasca berbanding dengan ujian pra berdasarkan aspek kaum.

Jadual 4
Pencapaian Min dan Sisihan Piawai antara Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Eksperimen
Pada Peringkat Ujian Pra dan Ujian Pasca Berdasarkan Bahasa Ibunda
Bahasa Ibunda Kumpulan Ujian N Min Sisihan Piawai
Bahasa Melayu Kawalan Pra 10 18.100 9.983
Pasca 10 20.500 9.120
Eksperimen Pra 9 16.667 7.794
Pasca 9 34.444 4.157
Bukan Bahasa Kawalan Pra 8 20.875 9.963
Melayu Pasca 8 22.375 9.425
Eksperimen Pra 9 19.556 6.598
Pasca 9 31.222 5.954

209
Jadual 4 menunjukkan pencapaian murid berdasarkan bahasa ibunda. Bagi kategori
bahasa Melayu, pada peringkat ujian pra, nilai purata skor adalah sebanyak 18.100 bagi
kumpulan kawalan dan 16.667 bagi kumpulan eksperimen. Murid yang bukan penutur jati pula
menunjukkan nilai purata 20.875 untuk kumpulan kawalan dan 19.556 untuk kumpulan
eksperimen. Dalam ujian pasca, kategori bahasa Melayu bagi kumpulan kawalan
menunjukkan skor purata 20.500 dan 34.444 bagi kumpulan eksperimen. Kategori bukan
bahasa Melayu pula mencatatkan skor purata 22.375 bagi kumpulan kawalan dan 31.222 bagi
kumpulan eksperimen. Hal ini menunjukkan bahawa selepas diberi rawatan nilai purata
kumpulan eksperimen lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan. Dalam konteks ini,
kumpulan kawalan tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam ujian pra dan ujian
pasca manakala kumpulan eksperimen telah menunjukkan pencapaian yang signifikan dalam
ujian pasca berbanding dengan ujian pra bagi kategori bahasa ibunda.

Jadual 5
Pencapaian Min dan Sisihan Piawai antara Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Eksperimen
Pada Peringkat Ujian Pra dan Ujian Pasca Berdasarkan Pendidikan Awal

Pendidikan Awal Kumpulan Ujian N Min Sisihan Piawai


Hadir Kawalan Pra 16 20.875 9.244
Pasca 16 22.875 8.334
Eksperimen Pra 15 20.067 6.541
Pasca 15 32.733 5.063

Tidak Hadir Kawalan Pra 2 7.000 1.414


Pasca 2 9.000 1.414
Eksperimen Pra 3 17.333 10.408
Pasca 3 33.333 7.371

Jadual 5 menunjukkan pencapaian murid dari aspek pendidikan awal. Bagi kategori
hadir, pada peringkat ujian pra, nilai purata skor adalah sebanyak 20.875 bagi kumpulan
kawalan dan 20.067 bagi kumpulan eksperimen. Kategori tidak hadir pula menunjukkan nilai
purata 7.000 untuk kumpulan kawalan dan 17.333 untuk kumpulan eksperimen. Dalam ujian
pasca, kategori hadir bagi kumpulan kawalan menunjukkan skor purata 22.875 dan 32.733
bagi kumpulan eksperimen. Kategori tidak hadir pula mencatatkan skor purata 9.000 bagi
kumpulan kawalan dan 33.333 bagi kumpulan eksperimen. Hal ini menunjukkan bahawa
kumpulan kawalan tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam ujian pra dan ujian
pasca manakala kumpulan eksperimen telah menunjukkan pencapaian yang signifikan dalam
ujian pasca berbanding dengan ujian pra bagi aspek pendidikan awal.

210
Jadual 6
Pencapaian Min dan Sisihan Piawai antara Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Eksperimen
Pada Peringkat Ujian Pra dan Ujian Pasca Berdasarkan Status Penjaga

Status Penjaga Kumpulan Ujian N Min Sisihan Piawai


Ibu bapa Kawalan Pra 11 19.636 10.623
Pasca 11 21.546 9.802
Eksperimen Pra 13 19.000 6.364
Pasca 13 33.462 4.313

Penjaga Kawalan Pra 7 18.857 9.082


Pasca 7 21.000 8.406
Eksperimen Pra 5 21.200 9.094
Pasca 5 31.200 7.530

Jadual 6 menunjukkan pencapaian murid berdasarkan status penjaga. Bagi kategori


ibu bapa, pada peringkat ujian pra, nilai purata skor adalah sebanyak 19.636 bagi kumpulan
kawalan dan 19.000 bagi kumpulan eksperimen. Kategori penjaga pula menunjukkan nilai
purata 18.857 untuk kumpulan kawalan dan 21.200 untuk kumpulan eksperimen. Dalam ujian
pasca, kategori ibu bapa bagi kumpulan kawalan menunjukkan skor purata 21.546 dan 33.462
bagi kumpulan eksperimen. Kategori penjaga pula mencatatkan skor purata 21.000 bagi
kumpulan kawalan dan 31.200 bagi kumpulan eksperimen. Hal ini menunjukkan bahawa
selepas diberi rawatan nilai purata kumpulan eksperimen lebih tinggi berbanding dengan
kumpulan kawalan. Dalam konteks ini, kumpulan kawalan tidak menunjukkan perbezaan yang
signifikan dalam ujian pra dan ujian pasca manakala kumpulan eksperimen telah menunjukkan
pencapaian yang signifikan dalam ujian pasca berbanding dengan ujian pra bagi kategori
status penjaga.

Jadual 7
Pencapaian Min dan Sisihan Piawai antara Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Eksperimen
Pada Peringkat Ujian Pra dan Ujian Pasca Berdasarkan Pekerjaan Ibu Bapa
Pekerjaan Kumpulan Ujian N Min Sisihan Piawai
Makan Gaji Kawalan Pra 12 21.667 9.538
Pasca 12 23.583 8.395
Eksperimen Pra 12 18.250 7.497
Pasca 12 32.417 5.230

Bekerja Sendiri Kawalan Pra 6 14.667 9.266


Pasca 6 16.833 9.453

211
Eksperimen Pra 6 22.333 5.465
Pasca 6 33.667 5.538

Jadual 7 menunjukkan pencapaian murid dari aspek pekerjaan ibu bapa. Bagi kategori
makan gaji, pada peringkat ujian pra, nilai purata skor adalah sebanyak 21.667 bagi kumpulan
kawalan dan 18.250 bagi kumpulan eksperimen. Kategori bekerja sendiri pula menunjukkan
nilai purata 14.667 untuk kumpulan kawalan dan 22.333 untuk kumpulan eksperimen. Dalam
ujian pasca, kategori makan gaji bagi kumpulan kawalan menunjukkan skor purata 23.583 dan
32.417 bagi kumpulan eksperimen. Kategori bekerja sendiri pula mencatatkan skor purata
16.833 bagi kumpulan kawalan dan 33.667 bagi kumpulan eksperimen. Hal ini menunjukkan
bahawa selepas diberi rawatan nilai purata kumpulan eksperimen lebih tinggi berbanding
dengan kumpulan kawalan. Dalam konteks ini, kumpulan kawalan tidak menunjukkan
perbezaan yang signifikan dalam ujian pra dan ujian pasca manakala kumpulan eksperimen
telah menunjukkan pencapaian yang signifikan dalam ujian pasca berbanding dengan ujian
pra berdasarkan pekerjaan ibu bapa.

KUMPULAN KAWALAN
40
30
Markah

20
10
0
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18
Responden

UJIAN PRA UJIAN PASCA

Rajah 1: Pencapaian Markah bagi Kumpulan Kawalan pada Peringkat Ujian Pra dan Ujian
Pasca

212
KUMPULAN EKSPERIMEN
50
40
Markah 30
20
10
0
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18
Responden

UJIAN PRA UJIAN PASCA

Rajah 2: Pencapaian Markah bagi Kumpulan Eksperimen pada Peringkat Ujian Pra dan
Ujian Pasca

Rajah 1 dan Rajah 2 menjawab soalan kajian ketiga. Merujuk kepada kedua-dua rajah di atas,
tidak terdapat peningkatan yang signifikan dalam pencapaian murid kumpulan kawalan bagi
ujian pra dan pasca. Hal ini jelas ditunjukkan melalui histogram dalam rajah 1 yang
menunjukkan ketinggian carta palang yang hampir sama bagi responden kumpulan kawalan.
Sebaliknya, bagi kumpulan eksperimen, rajah 2 jelas menunjukkan selepas murid diberi
rawatan dengan menggunakan Modul Bacaan Bergred, terdapat peningkatan yang signifikan
dalam pencapaian murid. Merujuk kepada rajah 2, carta palang bagi setiap murid tidak sama
ketinggiannya dan ini jelas mencatatkan pencapaian murid telah meningkat pada ujian pasca.
Oleh itu, boleh dirumuskan bahawa dapatan kajian ini telah menjawab soalan ketiga dan
membuktikan bahawa pencapaian murid telah meningkatkan selepas diberi rawatan dengan
menggunakan Modul Bacaan Bergred.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Dalam bahagian ini, pengkaji akan menerangkan rumusan dapatan bagi soalan-soalan kajian
dengan mengaitkan dapatan kajian lepas yang dijalankan oleh beberapa orang penyelidik.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara
kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen pada peringkat ujian pra. Selepas kumpulan
eksperimen diberi rawatan dengan menggunakan Modul Bacaan Bergred dan kumpulan
kawalan menggunakan kaedah konvensional atau KSSR, dapatan kajian telah mencatatkan
peningkatan yang signifikan bagi kumpulan eksperimen berbanding dengan kumpulan
kawalan. Hal ini dibuktikan dengan perbezaan nilai purata antara skor ujian pra dengan ujian
pasca bagi kumpulan eksperimen iaitu sebanyak 13.222. Perbezaan nilai purata tersebut
adalah lebih tinggi berbanding dengan perbezaan nilai purata antara skor ujian prpa dan pasca
bagi kumpulan kawalan iaitu sebanyak 2.000.

213
Dapatan kajian tersebut selaras dengan hasil kajian yang dijalankan oleh Tuzana
(2014) yang bertajuk “Keberkesanan Modul Bacaan Bergred Bagi Membantu Murid Linus
Tegar Dalam Kemahiran Membaca KVKV”. Dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa
Modul Bacaan Bergred lebih berkesan untuk meningkatkan tahap pencapaian murid dalam
kemahiran membaca perkataan bahasa Melayu berbanding dengan kaedah konvensional
atau KSSR. Modul Bacaan Bergred ialah satu bentuk bacaan yang dihasilkan melalui proses
pemeringkatan daripada perkataan yang mudah kepada yang lebih kompleks. Jadi,
penyediaan bahan bacaan berperingkat atau bergred yang bersesuaian dengan tahap kanak-
kanak adalah penting bagi menarik minat mereka untuk membaca (Zainiah, 2010).

Hasil kajian ini mampu memberi implikasi kepada kaedah pengajaran guru bahasa
Melayu. Sekiranya guru bahasa Melayu masih menggunakan kaedah konvensional yang
ditetapkan tanpa menggunakan apa-apa bahan bantu mengajar yang bersesuaian, maka
pembelajaran kemahiran membaca menjadi kurang berkesan dan perlu mengambil tempoh
masa yang lebih panjang. Akibat daripada masalah ini, murid juga tidak dapat memberi
tumpuan semasa guru mengajar terutamanya murid Tahun 1. Apabila mereka tidak dapat
berfokus, maka pengajaran dan pembelajaran juga tidak berlangsung dengan efektif dan
menyebabkan pencapaiaan bacaan murid juga kurang memuaskan. Oleh itu, sekiranya guru
hanya memberi fokus kepada sesuatu pendekatan dan teknik sahaja tanpa bantuan bahan
bantu mengajar, maka murid akan kehilangan minat untuk belajar.

Seterusnya, dari segi implikasi praktikal yang merujuk kepada keupayaan sesuatu
kajian melakukan penambahbaikan terhadap amalan sedia ada kepada amalan yang lebih
berkesan (Bomman, 2013). Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti keberkesaan
Modul Bacaan Bergred dalam meningkatkan kemahiran membaca perkataan bahasa Melayu
bagi murid Tahun 1. Pada masa yang sama, modul ini juga dikategorikan sebagai satu bahan
bantu mengajar dalam menarik minat murid. Hasil kajian menunjukkan bahawa Modul Bacaan
Bergred ini amat berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca
perkataan bahasa Melayu. Oleh itu, guru bahasa Melayu Tahun 1 boleh menggunakan modul
ini sebagai satu bahan tambahan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah untuk
meningkatkan minat murid untuk belajar.

Justeru, pengkaji juga telah menyenaraikan beberapa cadangan yang relevan kepada
beberapa pihak lain untuk meningkatkan pengaplikasian Modul Bacaan Bergred dalam
kemahiran membaca perkataan bahasa Melayu. Antara cadangan yang dikemukakan ialah
pihak sekolah boleh memberi galakkan kepada guru bagi meningkatkan kemahiran guru.
Dalam pada itu, guru perlu sentiasa mengaplikasikan dan memilih pendekatan, strategi,
kaedah dan teknik yang bersesuaian dengan objektif pembelajaran. Bagi memastikan guru

214
dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam penggunaan kaedah pembelajaran yang betul,
peranan pihak sekolah adalah seperti menjemput pakar-pakar bidang yang berkaitan untuk
memberi ceramah dan kursus kepada guru sekolah.

Di samping itu, pengkaji juga mengemukakan cadangan kepada guru. Cadangan


berikut ialah guru perlu sentiasa mengkaji dan membuat refleksi diri terhadap setiap proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu sentiasa memastikan objektif pembelajaran pada
hari tersebut tercapai pada akhir sesi. Selain daripada itu juga, guru juga perlu mengambil
inisiatif dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemahiran diri dalam menyampaikan ilmu
pengetahuan. Sekiranya guru dapat menggunakan kaedah pembelajaran dan bahan bantu
mengajar yang bersesuaian, maka proses pengajaran dan pembelajaran juga akan menjadi
menarik dan berkesan.

Seterusnya, seperti yang ditunjukkan dalam dapatan kajian, murid yang diberi rawatan
dengan menggunakan Modul Bacaan Bergred mendapat pencapaian yang sangat
memuaskan dalam ujian pasca manakala murid dalam kumpulan kawalan tidak mencatatkan
perbezaan pencapaian yang signifikan. Dengan merujuk kepada dapatan ini, pengkaji
mencadangkan bahawa kajian lanjutan perlu mengambil masa dan tempoh yang lebih panjang
iaitu sekurang-kurangnya tiga bulan ke atas. Cadangan ini diberikan setelah pengkaji
mendapati bahawa satu bulan tidak mencukupi untuk menjalankan kajian yang berkaitan
dengan kemahiran membaca terutamanya.

Selain daripada itu, kajian daripada aspek latar belakang sosial perlu
diperkembangakan lagi dalam kajian lanjutan agar satu gambaran yang lebih menyeluruh dan
tepat tentang faktor pemerolehan literasi awal murid yang bersesuaian dengan pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah dapat dirancang. Perdebatan keutamaan menguasai
kemahiran membaca bergantung kepada latar belakang sosial murid sebelum mereka masuk
ke peringkat persekolahan formal perlu diteruskan untuk mencari jawapan yang lebih jelas
keutamaan pelbagai pihak dalam menerapkan pendidikan lietera Bahasa Melayu dalam
kalangan murid Tahun 1.

Akhir sekali, strategi dan pendekatan pengajaran kemahiran membaca perkataan


bahasa Melayu boleh dijalankan juga dengan menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar
yang lain seperti pendekatan fonik dan multisensori. Pengkaji juga mencadangkan kajian
berkaitan dengan fonologikal amat penting dalam penerapan kaedah fonik terutamanya dalam
bacaan bagi murid prasekolah dan murid Tahap 1. Oleh demikian, cadangan ini diharapkan
mampu membantu dan memberi manfaat dalam kajian lanjutan.

215
RUJUKAN

Abidin, A. (2009). Bacaan Bergred. https://www.scribd.com/presentation/24637694/BACAAN-


BERGRED
Arshad, M. (2008). Pendidikan literasi bahasa Melayu: strategi perancangan dan pelaksanaan.
Utusan Publications.
Asbulah, L. H., Lubis, M. A., Aladdin, A., & Sahrim, M. A. (2018). Kesahan dan
Kebolehpercayaan Instrumen Strategi Pembelajaran Kolokasi Bahasa Arab: Analisis
Menggunakan Model Rasch. Jurnal Pendidikan Malaysia, 43(3), 131-140.
10.17576/JPEN-2018-43.03-14
Bacotang, J. b. (2014). Kemahiran literasi awal bagi kanak-kanak taska. Seminar Kebangsaan
Pendidikan Awal Kanak-kanak 2014.
Busch, Tor. (1995). Gender differences in self‐efficacy and academic performance among
students of business administration. Scandinavian Journal of Educational Research 39
(4): 311-318.
Główka, Danuta. (2014). The impact of gender on attainment in learning English as a foreign
language. Studies in Second Language Learning and Teaching 4(4): 617-635.
Isa, Z. M. (2010). Penggunaan buku cerita bertahap dan kesannya terhadap pemunculan
literasi kanak-kanak. Proceeding of The Third Asia Pasific Educational Research
Association (APERA) Conference. PWTC.
Jantan, R. B. (2013). Faedah bermain dalam perkembangan kanak-kanak prasekolah (4-6
tahun). Trend dan isu: Pengajaran dan Pembelajaran, 1(2), 59-69.
Kassim, N. F. b., & Abdul Jalal, F. H. b. (2015). Kurikulum pendidikan awal kanak-kanak dan
modul pendidikan akhlak: Isu dan cabaran masa kini. Seminar Penyelidikan
Kebangsaan.
https://www.researchgate.net/publication/303381860_KURIKULUM_PENDIDIKAN_AW
AL_KANAK-
KANAK_DAN_MODUL_PENDIDIKAN_AKHLAK_ISU_DAN_CABARAN_MASA_KINI
Loo, S.H., Toran, H. (2011). Persepsi-persepsi guru prasekolah bagi strategi yang berkesan
untuk meningkatkan kemahiran literasi awal kanak-kanak. Proceedings of International
Seminar on Educational Comparative in Curriculum for Active Learning Between
Indonesia and Malaysia, 547-554.
Mahamod, Z., Amir, R., & Embi, M. A. (2015). Kepelbagaian pelajar dan perbezaan
pembelajaran. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nazri, N. F. b., Abu Bakar, N. A. b., & Rashed, Z. N. b. (2020). Hubungan gaya keibubapaan
dan pencapaian akademik pelajar tingkatan 4 sekolah menengah di Perak. Seminar
Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN 2020), 73-83.
Othman, Y. (2008). Proses dan strategi membaca berkesan. Penerbitan Universiti Putra
Malaysia.
Peng, C. F., et al. (2012). Literacy among the secondary schools’ students in Malaysia. Jurnal
Antarabangsa Sosial Sains dan Kemanusiaan, 2(6), 546-550.
Peng, C. F. (2016). Masalah pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina
sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education
Journal – MyLEL), 6(2), 10-22.

216
Rahim, S. A. (2010). Keberkesanan kaedah gabungan bunyi dan kata dalammeningkatkan
kemahiran membaca kanak-kanak prasekolah. Prosiding KajianTindakan Prasekolah
2010, 148-157.
Yahya, A., Voo, P., Maakip, I., & Malek, M. D. A. (2017). Kaedah penyelidikan dalam
pendidikan. Univerisiti Pendidikan Sultan Idris.
Yusri, K. (2007). Pelan Induk Pendidikan (PIPP), Kementerian Pelajaran Malaysia. Malaysia.

217
TAHAP KEFAHAMAN MURID TAHUN 6 TERHADAP NILAI KEINDAHAN PANTUN
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DARIPADA PERSEPSI GURU – SUATU
TINJAUAN

Aiman Haziq bin Hamzah


aiman09-832@epembelajaran.edu.my

Azman bin Rahmat PhD


azman@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini merupakan sebuah tinjauan bagi mengkaji tahap kefahaman murid Tahun 6 terhadap unsur
nilai keindahan pantun dalam pengajaran Bahasa Melayu daripada persepsi guru. Unsur keindahan
pada pantun yang ingin diukur bersandarkan kepada Teori Puitika Sastera Melayu, dengan
menggariskan tiga unsur utama iaitu bunyi-bunyi rima, pemilihan diksi, serta penyampaian maksud
sesebuah pantun. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah tinjauan.
Kajian ini dijalankan kerana masih kurang kajian-kajian sebelumnya yang meninjau tahap kefahaman
murid dan persepsi guru terhadap nilai-nilai keindahan dan estetika pada sesebuah pantun yang perlu
dipelajari, dan lebih kepada penyelidikan berbentuk konsep, tema, metafora dan filosofi melalui analisis
karya pantun semata-mata. Instrumen kajian ini ialah soal selidik yang mengandungi 21 item, dan
dipecahkan kepada tiga bahagian konstruk. Responden kajian ini terdiri daripada 72 orang guru yang
mengajar Tahun 6 di daerah Petaling Utama, Selangor. Data yang dikumpul telah diproses
menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26.0, dan diterangkan
secara analisis statistik deskriptif. Statistik deskriptif melibatkan pengukuran min dan sisihan piawai
untuk menganalisis dapatan kajian tahap kefahaman murid Tahun 6 terhadap unsur bunyi-bunyi rima
(Bahagian A), penggunaan dan pemilihan diksi (Bahagian B), dan akhir sekali ialah unsur penyampaian
makna (Bahagian C). Kesimpulannya, data statistik deskriptif menunjukkan bahawa guru
bersependapat tahap kefahaman murid terhadap unsur-unsur nilai keindahan pantun yang dipelajari
menerusi PdPC berada di paras bacaan yang tinggi pada setiap bahagian.
Kata Kunci: tahap kefahaman, pantun, nilai, keindahan, Tahun 6.

ABSTRACT

This study is a survey to study the level of understanding of Year 6 pupils on the value element of the
beauty of the pantun in the teaching of Malay language from the perception of teachers. The element of
beauty in the pantun to be measured is based on the Malay Literature Puitika Theory, which outlines
the three main elements namely the sounds of rhyme, selection of diction, and the presentation of the
meaning of a bounce. The design of this study uses quantitative approaches and survey methods. This
study was carried out because there are still fewer previous studies that looked at the level of
understanding and perception of teachers on the values of beauty and aesthetics in a pantun that need
to be studied, and more on research in the form of concepts, themes, metaphors and philosophies
through the analysis of pantun works alone. The instrument of this study was a questionnaire containing
21 items, and divided into three parts of the construct. Respondents of this study consisted of 72
teachers who taught Year 6 in Petaling Utama district, Selangor. The data collected was processed
using Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) software version 26.0, and described in
descriptive statistical analysis. Descriptive statistics involve the measurement of mean and standard
deviation to analyze the study of the level of understanding of Year 6 pupils on the element of rhyme
sounds (Part A), the use and selection of diction (Part B), and finally is the element of presentation of
meaning (Part C). In conclusion, descriptive statistical data showed that teachers agreed on the level of

218
understanding of the elements of the value of the beauty of the elements learned through PdPC at a
high level of reading in each section.
Keywords: level of understanding, pantun, value, beauty, Year 6.

PENGENALAN
Masyarakat Melayu begitu kaya dengan seni sastera puisinya. Kita dihiasi dengan pelbagai
bentuk genre, jenis dan irama, yang dapat dipelajari oleh masyarakat pada setiap peringkat
umur, malah mampu menarik perhatian dunia terhadap keindahan budaya puisi di tanah air
kita ini, termasuklah seni puisi tradisional pantun. Bibit-bibit kata yang terpatri pada pantun itu
mampu menjelmakan nilai-nilai moral, mesej, nasihat, luahan emosi, perasaan, sindiran,
kritikan dan sebagainya yang cuba dilontarkan oleh para pengkarya secara halus dan sopan
sebagai pedoman kehidupan melalui penerapan elemen keindahan dalam bunyi-bunyi bahasa
dan diksinya. Berbanding dengan puisi tradisional Melayu yang lain, seperti gurindam, seloka,
nazam dan syair, dilihat pantun masih popular hingga ke masa kini (Johari Yahaya, 2015).

Melalui tinjauan dan pengamatan daripada beberapa kajian dan pandangan tokoh
ilmuan, seperti Za’ba (196), Hamka (1976), Annas Haji Amhad (1988), Nordiana Hamzah
(2014), Eizah Mat Hussain (2016), Norazimah Zakaria et al. (2017), Abdul Hasim (2018),
Lokman Abdul Samad dan Asmiaty Amat (2018), dan terkini iaitu Nordiana Hamzah et al.
(2019) masing-masing berpandangan bahawa terdapat beberapa aspek yang telah digariskan
dan dirangkumkan dalam melihat dan menilai keindahan pada sesebuah pantun, iaitu aspek
bunyi-bunyi rima (1); penyusunan diksi pada baris-baris rangkap (2); dan juga maksud sebenar
yang disampaikan pada pantun tersebut (3). Elemen-elemen ini dianggap sebagai antara
aspek sangat bertepatan dengan Teori Puitika Sastera Melayu oleh Muhammad Haji Salleh
(2006) yang mengungkapkan erti keindahan pada puisi tradisional pantun.

Menyedari hakikat itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebenarnya amat


optimis dalam memastikan seni puisi sastera terus dipelihara, dihayati serta disebatikan
keindahan seni puisi itu ke dalam jiwa murid-murid melalui pengajaran dan pemudahcaraan
bilik darjah (PdPc), lebih-lebih lagi dalam seni pantun yang lebih diminati oleh murid
berbanding genre yang lain (Shamsudin Othman & Abdul Rasid Jamian, 2019). Namun,
mulanya timbul persoalan, apakah tahap kemampuan murid terutamanya tahun enam, dalam
melihat unsur nilai keindahan pantun yang dipelajari dan dihayati menerusi pengajaran dan
pembelajaran yang diikuti? Makanya, melalui pembelajaran modul tersebutlah, pengkaji
mendapati bahawa kajian ini harus dilaksanakan sebaiknya bagi mengukur tahap pemikiran
dan kefahaman murid mengenai unsur keindahan sesebuah pantun yang dipelajari, menerusi
maklum balas yang diperoleh daripada guru matapelajaran bahasa Melayu bagi murid tahun

219
enam. Maklum balas tersebut dikumpulkan lalu diproses untuk mendapatkan gambaran
sebenar kefahaman murid secara menyeluruh dan terperinci.

PERNYATAAN MASALAH
Nordiana Hamzah et al. (2019) menyatakan bahawa murid-murid pada peringkat sekolah
rendah lagi sewajarnya diberi penekanan tentang aspek struktur luaran dan dalaman pantun
agar mereka tahu bahawa puisi tradisional ini merupakan seni sastera ulung dan tulen
kepunyaan orang Melayu. Estetika dari segi struktur luaran meliputi baris, bilangan perkataan
dan suku kata, manakala struktur dalaman yang merujuk kepada pertautan antara pembayang
dengan maksud, penghayatan dan sebagainya (Nordiana Hamzah, 2014). Namun, hasil
daripada dapatan kajiannya, murid Tahap 1 yang baru sahaja mengenali seni berpantun, tidak
dapat mengecam aspek estetika dan keindahan pada pantun yang disampaikan, disebabkan
standard pembelajaran yang digariskan hanya memberi penekanan kepada aspek melafazkan
pantun dua kerat dan empat kerat serta membina pantun secara berpandu, iaitu aktiviti
melengkapkan pantun dengan mengisi tempat kosong bagi melengkapkan pantun semata-
mata.

Kemampuan murid pada tahap ini agar sukar untuk kita mengukur pandangan mereka
dalam menilai unsur keindahan itu pada pantun-pantun yang disampaikan dalam sesi
pengajaran dan pemudahcaraan Bahasa Melayu berbanding murid di Tahap Dua. Maka,
pengkaji terpanggil untuk cuba membuktikan kefahaman dan pandangan murid terhadap nilai
keindahan pantun ini, tetapi mengambil kira pandangan guru mata pelajaran Bahasa Melayu
Tahun 6 dalam memberi persepsi terhadap kefahaman murid-murid mereka apabila mengikuti
sesi PdPC memperlajari seni puisi tradisional pantun mengikut Standard Pembelajaran yang
digariskan pada Dokumen Standard Kurikulum dan pentaksiran (DSKP). Hal ini kerana dilihat
guru lebih jelas dalam menilai semula kemampuan murid-murid pada kefahaman terhadap
unsur nilai keindahan dan estetika pada pantun, yang bersandarkan kepada Teori Puitika
Sastera Melayu oleh Muhammad Haji Salleh (2006). Jadi, amat relevanlah buat pengkaji untuk
menjadikan guru sebagai responden bagi kajian pada kali ini bagi mendapatkan gambaran
secara menyeluruh dan meyakinkan pada hasil dapatan kajiannya.

Dari konteks pendidikan, Rashidah Mohd, Saedah Siraj, dan Zaharah Hussin (2018)
menjalanan kajian bertujuan untuk menilai pengguaan modul pengajaran pantun Melayu
Tingkatan 2, berasaskan makdus al-Quran mengenai keindahan flora, fauna, dan langit. Kajian
tersebut lebih cenderung untuk menilai persepsi murid peringkat sekolah menengah terhadap
simbolisme pada diksi-diksi alam sebagai elemen keindahan pada penciptaan sesebuah
pantun. Ruang lingkup kajian ini dilihat bersesuaian dalam kita mengenal pasti adakah pelajar

220
sememangnya sudah mampu menterjemah makna ‘keindahan’ pada sesebuah penghasilan
karya itu ataupun sebaliknya. Kajian sebegini masih lagi tidak dilaksanakan pada peringkat
sekolah rendah yang mungkin agak sukar untuk meminta murid menjelmakan makna
keindahan tersebut.

Hasil daripada segala pandangan yang dikemukakan, pengkaji merangkumkan


kepada tiga bahagian teras utama dalam mengukur tahap kefahaman murid terhadap unsur
nilai keindahan sesebuah pantun dan dikhususkan daripada murid tahun enam sahaja, iaitu
keindahan dari segi bunyi-bunyi rima yang terhasil, unsur keindahan dari susunan dan
pemilihan diksi pada baris-baris pembayang, dan akhir sekali ialah penyampaian mesej dan
erti yang tepat pada sesebuah maksud pantun. Ketiga-tiga aspek ini disandarkan kepada teori
yang digunakan, iaitu Teori Puitika Sastera Melayu oleh Muhammad Haji Salleh (2006).
Daripada aspek-aspek sedemikianlah, barulah pengkaji dapat meninjau dan membuat
rumusan apakah sudut pandang guru bahasa Melayu yang mengajar murid tahun enam,
terhadap kefahaman muridnya terhadap unsur keindahan sesebuah pantun yang dipilih dan
dibaca.

Kajian-kajian lepas yang telah dijalankan seperti Rashidah Haji Mohd Siraj & Zaharah
Hussin (2018), lebih mengkaji nilai keindahan pantun berasakan maksud al-Quran mengenai
keindahan flora, fauna dan langit, manakala Nordiana Hamzah et al. (2014 & 2019) lebih
melihat nilai keindahan pantun di dalam buku teks Bahasa Melayu bagi murid tahap satu, serta
nilai kebijaksanaan Melayu pada pantun oleh Mohd Rashid Md Idris (2012), namun masih
tiada lagi memperkatakan dari sudut kefahaman murid sendiri terhadap nilai ‘indah’ dan
‘estetika’ daripada pantun yang dibaca dan dihayati daripada pantun yang disampaikan di
dalam sesi PdPc. Kajian seperti Eizah Mat Hussain (2016), Norazimah Zakaria et al. (2017),
Abdul Hasim (2018), Lokman Abdul Samad dan Asmiaty Amat (2018) pula lebih kepada
penyelidikan berbentuk konsep, tema, metafora dan filosofi melalui analisis karya pantun
semata-mata. Disebabkan itulah, pengkaji ingin mendekati guru bagi merungkai respon
mereka terhadap objektif yang ingin dicari.

OBJEKTIF & SOALAN KAJIAN


OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti tahap kefahaman murid tahun 6 terhadap unsur bunyi-bunyi rima
sebagai nilai keindahan pantun dalam pengajaran Bahasa Melayu.
2. Mengenal pasti tahap kefahaman murid tahun 6 terhadap unsur penggunaan diksi
sebagai nilai keindahan pantun dalam pengajaran Bahasa Melayu.

221
3. Mengenal pasti tahap kefahaman murid tahun 6 terhadap unsur penyampaian makna
dan maksud sebagai nilai keindahan pantun dalam pengajaran Bahasa Melayu.

PERSOALAN KAJIAN
Soalan kajian yang dirangka adalah selaras dengan objektif kajian yang dikemukakan,
antaranya adalah seperti yang berikut:
1. Apakah tahap kefahaman murid terhadap unsur bunyi-bunyi rima sebagai nilai
keindahan pantun dalam pengajaran Bahasa Melayu?
2. Apakah tahap kefahaman murid terhadap unsur penggunaan diksi sebagai nilai
keindahan pantun dalam pengajaran Bahasa Melayu?
3. Apakah tahap kefahaman murid terhadap unsur penyampaian maksud sebagai nilai
keindahan pantun dalam pengajaran Bahasa Melayu?

METODOLOGI KAJIAN
REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini mengunakan pendekatan kuantitatif. Reka bentuk kajian ini berbentuk tinjauan
mengunakan set soal selidk untuk mengumpul data. Kajian tinjauan ini digunakan untuk
mengenal pasti tahap kefahaman murid Tahun 6 terhadap unsur nilai keindahan pantun dalam
pengajaran Bahasa Melayu daripada persepsi guru. Tahap kefahaman tersebut disandarkan
kepada Teori Puitika Sastera Melayu oleh Muhammad Haji Salleh (2006) dengan melihat
unsur keindahan kepada tiga pecahan, iaitu unsur bunyi-bunyi rima, pemilihan diksi dan
penyampaian maksud.

PERSAMPELAN

Populasi kajian ini melibatkan 88 orang guru Bahasa Melayu Tahun 6 di 44 buah sekolah
daerah Petaling Utama, Selangor. Pengkaji cenderung untuk memilih guru Bahasa melayu
yang mengajar murid Tahun 6 di sekolah-sekolah kebangsaan daerah Petaling Utama sebagai
sampel kajian. sampel dipilih secara rawak mudah daripada 88 orang guru mata pelajaran
Bahasa Melayu Tahun 6 di seluruh sekolah berkenaan. Dalam proses persampelan, kesemua
nama 88 orang guru dipilih menggunakan aplikasi Wheel Decide yang dilihat memudahkan
pengkaji dalam menentukan pemilihan responden yang terdiri daripada 72 orang guru. 16
nama terawal yang dipaparkan pada skrin dianggap tidak tersenarai sebagai sampel kajian.

INSTRUMEN KAJIAN

Pengkaji cenderung untuk memilih satu instrumen, iaitu soal selidik sebagai instrumen kajian
bersesuaian dengan objektif kajian yang telah ditetapkan dan ingin dicapai, iaitu

222
mengenalpasti tahap kefahamana murid Tahu 6 terhadap unsur nilai keindahan pantun dalam
pengajaran Bahasa Melayu daripada persepsi guru. Pada bahagian A dikelaskan sebagai
demografi responden kajian. Bahagian B pula terdiri daripada item-item soalan berkenaan
aspek keindahan pantun dari segi bunyi-bunyi rima, Bahagian C untuk aspek pemilihan diksi-
diksi pada baris-baris pantun, dan Bahagian D merujuk kepada aspek penilaian terhadap
keindahan pantun dari segi maknanya. Pembahagian item soal selidik dapat dibayangkan
seperti yang Jadual 1 yang berikut;

Jadual 1
Pembahagian Item Soal Selidik
Bilangan
Bahagian Perkara No. Item
Item
A Demografi 6 A01 – A06
Tahap Kefahaman Murid Terhadap
B 7 B01 – B07
Unsur Bunyi Rima Pantun
Tahap Kefahaman Murid Terhadap
C 7 C01 – C07
Unsur Penggunaan Diksi Pada Pantun
Tahap Kefahaman Murid Terhadap
D Unsur Penyampaian Maksud Sesebuah 7 D01 – D07
Pantun

Seperti diterangkan kajian ingin melihat tahap kefahaman murid dengan pemboleh
ubah yang dirangkaikan kepada tiga aspek yang utama, iaitu bunyi rima, pemilihan diksi serta
makna pada pantun. Maka objektif tersebut ditinjau melalui kaedah kuantitatif dan
berinstrumenkan borang soal selidik. Data soal selidik dianalisis secara deskriptif, iaitu hasil
min dapatan soal selidik yang akan dijalankan. Berdasarkan reka bentuk kajian inilah, nilai
keindahan pada bait-bait pantun di dalam buku teks dapat ditinjau dan diukur menerusi respon
yang dikemukakan oleh murid tahun 6.

KESAHAN & KEBOLEHPERCAYAAN


Tahap kesahan dan kebolehpercayaan item telah diuji menggunakan pekali Alpha Cronbach.
Nilai alpha yang kurang daripada 0.6 dianggap lemah manakala nilai alpha 0.7 ke atas
dianggap baik. Hasil analisis menunjukkan nilai pekai kebolehpercayaan bagi keseluruhan
data kajian ini adalah tinggi iaitu 0.964. Oleh itu, pernyataan item mencapai kebolehpercayaan
yang sangat baik dan efektif dengan tahap konsistensi yang tinggi. Data kuantitatif dianalisis
menggunakan statistik deskriptif dengan bantuan perisian Statistical Package for the Social
Science (SPSS) versi 26.0. analisis deskriptif bertujuan mendapatkan data kekerapan,
peratus, min dan sisihan piawai bagi mengukur tahap kefahaman murid terhadap unsur nilai
keindahan daripada persepsi guru, iaitu yang pertama unsur bunyi-bunyi rima (1), pemilihan
diksi (2), dan penyampaian maksud (3). Bacaan skor min bagi konstruk tahap kefahaman

223
murid adalah berpandukan interpretasi daripada Haizuran (2013) sepertimana yang
dikemukakan dalam Jadual 2 di bawah;

Jadual 2
Interpretasi Skor Min

Skor Min Interpretasi Min

1.00 – 2.33 Rendah (Mencapai tahap kefahaman yang rendah)

2.34 – 3.66 Sederhana (Mencapai tahap kefahaman yang sederhana)

3.67 – 5.00 Tinggi (Mencapai tahap kefahaman yang tinggi)


Sumber: Haizuran (2013)

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Tahap Kefahaman Murid Tahun 6 Terhadap Bunyi-Bunyi Rima sebagai Nilai Keindahan
Pantun daripada persepsi Guru (Bahagian B)
Jadual 3
Kekerapan dan peratusan keseluruhan tahap kefahaman murid terhadap unsur bunyi rima
sebagai nilai keindahan pantun daripada persepsi guru.

Nilai Min Kekerapan (ƒ) Peratus (%) Tahap


1.00 – 2.33 1 1.4 Rendah
2.34 – 3.66 15 20.8 Sederhana
3.67 – 5.00 56 77.8 Tinggi

Berdasarkan Jadual 3 di atas, dapatan hasil analisis ini menunjukkan majoriti guru
Bahasa Melayu Tahun 6 memperoleh nilai skor min yang tinggi, iaitu sekitar 3.67 sehingga
5.00, dengan bilangan seramai 56 orang guru bersamaan 77.78 peratus. Angka ini memberi
gambaran bahawa guru bersetuju murid Tahun 6 berada di tahap yang tinggi dalam skop
kefahaman mereka terhadap nilai keindahan pantun dalam pengajaran Bahasa Melayu dari
segi unsur bunyi-bunyi rima.

Berdasarkan jadual 4 di bawah pula, dapatan kajian menunjukkan item hampir


keseluruhan item memperoleh interpretasi skor min yang tinggi, iaitu mencapai (µ=3.66) ke
atas. Cuma hanya satu item sahaja pada tahap sederhana iaitu item B04 (µ=3.58). Hal ini
telah membantu pengkaji dalam membuat sebuah kesimpulan daripada konstruk B ini,
bahawa guru-guru murid Tahun 6 di daerah Petaling Utama cenderung untuk setuju yang
mana tahap kefahaman murid dalam unsur bunyi rima sebagai nilai keindahan pantun berada
di paras tahap yang tinggi dan memberansangkan. Murid sedia maklum dan memahami akan

224
bentuk-bentuk rima pantun a-b-a-b, menghasilkan bunyi rima yang boleh diadaptasi kepada
lagu, menjadi suatu keindahan bunyi apabila dilafazkan sekaligus sudah mampu
menghasilkan pantun bentuk rima a-b-a-b yang betul dan tepat.

Jadual 4
Min dan sisishan piawai tahap kefahaman murid Tahun 6 terhadap unsur bunyi-bunyi rima

Bil. Item Min S.P Interpretasi


1 Murid saya dapat mengenal pasti bunyi- 4.39 0.832 Tinggi
bunyi rima pantun berbentuk a-b-a-b.
2 Murid saya dapat didedahkan dengan 3.94 0.729 Tinggi
penerapan susunan rima pantun yang
menghasilkan bahasa-bahasa indah untuk
didengar.
3 Murid saya berasa seronok dengan 4.32 0.885 Tinggi
pengajaran pantun kerana susunan bunyi
rimanya yang unik untuk dilafazkan.

4 Murid saya dapat menghasilkan pantun 3.58 0.852 Sederhana


empat kerat menggunakan susunan rima a-
b-a-b

5 Murid saya dapat mengadaptasi rangkap 3.72 0.791 Tinggi


pantun kepada nyanyian lirik lagu kerana
gabungan bunyi-bunyi rima yang berselang
seli.

6 Susunan dan bunyi-bunyi rima membantu 3.86 0.756 Tinggi


murid saya menghayati nilai keindahan
rangkap-rangkap pantun.

7 Murid saya perlu didedahkan dengan 4.25 0.707 Tinggi


contoh-contoh pantun yang menepati
susunan rima.
Keseluruhan 4.01 0.657 Tinggi

Tahap Kefahaman Murid Tahun 6 Terhadap Pemilihan Diksi sebagai Nilai Keindahan
Pantun daripada persepsi Guru (Bahagian C)
Jadual 5
Kekerapan dan peratusan keseluruhan tahap kefahaman murid terhadap unsur
penggunaan diksi sebagai nilai keindahan pantun daripada persepsi guru.

Nilai Min Kekerapan (ƒ) Peratus (%) Tahap


1.00 – 2.33 1 1.4 Rendah
2.34 – 3.66 26 36.1 Sederhana
3.67 – 5.00 45 62.5 Tinggi

225
Berdasarkan Jadual 5 didapati majoriti guru Bahasa Melayu Tahun 6 berpandangan
bahawa tahap kefahaman murid berkitan unsur pemilihan dan penggunaan diksi yang tinggi,
iaitu seramai 45 orang (62.5%) guru memperolehi nilai min melebihi 3.66. Hal ini membuktikan
bahawa murid-murid tahun 6 di daerah Petaling Utama telah menguasai dan memahami
penggunaan diksi-diksi yang sesuai berunsurkan penggunaan alam, flora, fauna dan
seumpama dengannya. Namun, 26 guru (36.1%) bukanlah suatu jumlah yang kecil apabila
memperolehi nilai min antara 3.67 hingga 3.66 yang menunjukkan murid-murid tahun 6 juga
mencapai tahap kefahaman yang sederhana. Hanya seorang sahaja (1.4%) guru
diinterpretasikan sebagai tahap rendah apabila memperolehi nilai min kurang daripada 2.34.
Hal ini bermaksud terdapat juga segelintir guru yang mempunyai persepsi murid mereka masih
belum menguasai dan memahami pemilihan diksi-diksi pada sesebuah pantun.

Jadual 6
Min dan sisihan piawai tahap kefahaman murid Tahun 6 terhadap unsur pemilihan diksi
sebagai nilai keindahan pantun daripada persepsi guru.

Bil. Item Min S.P Interpretasi


1 Murid saya berupaya menghayati 3.89 0.662 Tinggi
sesebuah pantun yang dipelajari kerana
penggunaan diksi atau rima kata yang
sesuai.
2 Penggunaan diksi berunsurkan flora dan 3.86 0.718 Tinggi
fauna mempengaruhi kefahaman murid
saya terhadap nilai estetika pantun.

3 Murid saya dapat menghasilkan rangkap 3.61 0.865 Sederhana


pantun menggunakan diksi atau kosa
kata berunsurkan alam flora dan fauna.
4 Murid saya dapat menterjemah makna 3.61 0.703 Sederhana
tersirat pada pantun daripada
penggunaan diksi-diksi yang diterapkan.
5 Penggunaan diksi yang tepat membantu 3.89 0.683 Tinggi
murid saya dalam memahami maksud
pantun.
6 Murid saya dapat membuat sebuah 3.65 0.715 Sederhana
perlambangan daripada diksi-diksi
pantun yang dipelajari seperti lambang
kesedihan, kasih sayang dan
sebagainya.
7 Murid saya perlu didedahkan dengan 4.10 0.653 Tinggi
contoh-contoh pantun yang menepati
kesesuaian diksi-diksi yang indah.

Keseluruhan 3.81 0.591 Tinggi

226
Berdasarkan Jadual 6, skor min dan sisihan piawai bagi tahap kefahaman murid
terhadap unsur penggunaan dan pemilihan diksi sebagai nilai keindahan pantun dalam
pengajaran Bahasa Melayu itu ialah (µ=3.80) dan (SP=0.591) dengan skor intepretasi
keseluruhan masih pada tahap yang tinggi. Hal ini telah membantu pengkaji dalam membuat
sebuah kesimpulan daripada konstruk C ini, bahawa guru-guru murid Tahun 6 di daerah
Petaling Utama cenderung untuk bersetuju yang mana tahap kefahaman murid dalam unsur
pemihan dan penggunaan sebagai nilai keindahan pantun berada di paras tahap yang tinggi
dan memberansangkan. Guru-guru berpandangan bahawa murid berupaya menghayati
sesebuah pantun yang dipelajari, mampu menggunakan flora dan fauna, dapat membina
pantun menggunakan diksi-diksi yang sesuai, dan sekaligus boleh menterjemah makan
tersirat daripada diksi pantun.

Tahap Kefahaman Murid Tahun 6 Terhadap Penymapaian Maksud sebagai Nilai


Keindahan Pantun daripada persepsi Guru (Bahagian D)
Jadual 7
Min dan sisishan piawai tahap kefahaman murid Tahun 6 terhadap unsur
penyampaian maksud

Bil. Item Min S.P Interpretasi


1 Murid saya dapat memahami nilai dan 3.94 0.710 Tinggi
pengajaran daripada maksud pantun
yang dipelajari.
2 Murid saya berupaya menerangkan 4.08 0.868 Tinggi
semula maksud sebenar pantun yang
dilafazkan dan dipelajari.
3 Murid saya dapat menjawab soalan 3.82 0.589 Tinggi
kefahaman berkaitan dengan petikan
pantun yang diberikan.
4 Murid saya berupaya menyatakan tema 3.78 0.716 TInggi
rangkap pantun apabila memahami mesej
yang disampaikan pada pantun..
5 Murid saya dapat menghasilkan rangkap 3.58 0.818 Sederhana
pantun untuk menyampaikan nilai mesej
yang indah difahami, tepat dan jelas.
6 Murid saya dapat menghayati nilai 3.72 0.773 Tinggi
keindahan maksud rangkap-rangkap
pantun dengan melagukannya.
7 Murid saya perlu didedahkan kepada 4.39 0.703 Tinggi
penghayatan nilai keindahan melalui
penyampaian mesej pantun yang
bermakna
Keseluruhan 3.90 0.614 Tinggi

227
Berdasarkan Jadual 7, item yang terakhir iaitu item 7 di bawah pernyataan ‘murid saya
perlu didedahkan kepada penghayatan nilai keindahan melalui penyampaian mesej pantun
yang bermakna’, menghasilkan nilai skor min yang paling tinggi pada Bahagian D dan juga
bahagian-bahagian konstruk yang lain, iaitu (µ=4.38) dan sisihan piawai (SP=0.703). Skor min
yang terendah ialah item 5 dengan pernyataan ‘murid saya dapat menghasilkan rangkap
pantun untuk menyampaikan nilai mesej yang indah difahami, tepat dan jelas’ menghasilkan
nilai skor min pada bacaan (µ=3.58), yang menunjukkan berada pada tahap sederhana dalam
interpretasi skor min.

Hal ini telah menunjukkan pada kontruk Bahagian D yang meliputi item D01 sehingga
D07, bahawa guru-guru murid Tahun 6 di derah Petaling Utama cenderung untuk bersetuju
dan bersefahaman yang mana murid sememangnya telah membentuk sebauh kefahaman
dalam unsur penyampaian maksud atau makna pada sesebuah pantun secara menyeluruh.
Murid mampu mengambil nilai-nilai pengajaran pada sesebuah pantun yang memberi kesan
dalam pemikiran murid (D01), menerangkan semula maksud pantun (D02), menjawab soalan
kefahaman daripada petikan pantun yang dibaca (D03), menyatakan tema rangkap pantun
(D04), menghasilkan rangkap pantun (D05), serta menhayati nilai keindahan maksud rangkap-
rangkap pantun dengan melagukannya (D06). Guru juga bersetuju untuk memberi
pendedahan kepada murid dengan pantun-pantun yang baik, menepati ciri-ciri nilai keindahan
pada sesebuah pantun (D07). Dengan langkah sebeginilah, ingin pengkaji menekankan
bahawa pengajaran pantun di sekolah rendah tidak boleh sekadar dilihat menerusi struktur
luaran, tetapi perlu mengambil kira pada strukur dalaman, iaitu nilai estetika sesebuah pantun.

KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN


Secara keseluruhannya, dapat kita membuat kesimpulan secara menyeluruh, bahawa guru-
guru Tahun 6 di daerah Petaling Utama bersetuju dan bersependapat bahawa murid-murid
Tahun 6 telah mencapai tahap kefahaman yang tinggi terhadap unsur nilai keindahan pantun
dalam pengajaran Bahasa Melayu, apabila mencapai skor min interpretasi yang positif dan
sangat tinggi. Dari asepk bunyi-bunyi rima (Objektif 1), murid dapat dan menguasai bentuk-
bentuk rima pantun a-b-a-b, menghasilkan bunyi rima yang diadaptasi kepada lagu,
menghasilkan pantun bentuk rima a-b-a-b yang betul dan tepat dan seumpamanya lagi.

Pada unsur pemilihan diksi juga, guru-guru memberi maklum balas bahawa murid
berupaya menghayati sesebuah pantun yang dipelajari, mampu menggunakan flora dan
fauna, dapat membina pantun menggunakan diksi-diksi yang sesuai, dan sekaligus boleh
menterjemah makna tersirat daripada diksi pantun. tentang tahap kefahaman murid Tahun 6
daerah Petaling Utama terhadap unsur penyampaian maksud sebagai nilai keindahan pantun
menunjukkan di tahap interpretasi skor min yang tinggi. Hal ini bermaksud, sebahagian besar

228
guru-guru sebagai responden itu cenderung untuk bersetuju yang mana murid-murid Tahun 6
mereka sudah mampu mengenal pasti nilai dan pengajaran daripada maksud yang diberi,
berupaya menerangkan semula maksud sebenar pantun, menjawab soalan kefahaman
daripada petikan pantun. Melihat daripada kajian-kajian yang sedia ada, didapati juga
terdapatnya persamaan dan perbandingan dengan kajian ini, berkenaan unsur-unsur yang
diukur sebagai nilai keindahan pantun yang menjadi wadah pengajaran dalam Bahasa Melayu.

Dapatan kajian ini dilihat hampir sama dengan beberapa kajian lain yang mengkaji
unsur keindahan pantun dari ketiga-tiga aspek ini. Antaranya ialah Lokman Abdul Samad dan
Asmiaty Amat (2018), Nordiana Hamzah et al. (2014), Eizah Mat Hussain (2016), Rashidah et
al. (2018), Johari Yahaya (2015), Siti Hajar Che Man (2013), Salinah Jaafar (2016), Rahayu
Akhesah et al. (2017), dan termasuklah Nordiana Hamzah et al. (2019). Kajian-kajian tersebut
sememangnya mengkaji di dalam mahupun di luar ruang lingkup konteks PdPC, tetapi
objektifnya adalah sama iaitu merungkai unsur-unsur keindahan pada pantun, dari segi teori,
konsep, dan termasuklah persepsi. Namun, masih tidak ada kajian yang meninjau tahap
kefahaman murid mengenai unsur-unsur estetika pada pantun tersebut. Dengan itu, hasil
kajian dapat memberikan justifikasi bahawa kajian ini telah memberi nilai tambah kepada
kajian-kajian sedia ada dan berupaya merapatkan jurang antara penyelidikan.

Terdapat beberapa implikasi yang boleh pembaca peroleh daripada penulisan kajian
ini. Dari aspek pengetahuan, ingin ditekankan bahawa kajian ini sangat penting kepada pihak
para guru terutamanya kerana berupaya memberi pengetahuan tentang sejauh manakah
tahap kefahaman murid-murid mereka terhadap ciri-ciri keindahan pantun yang perlu mereka
pelajari. Adakah murid memahami nilai-nilai yang digariskan pada sesebuah pantun, ataupun
sebaliknya? Nilai-nilai keindahan pantun tersebut merupakan satu aspek yang perlu
dititikberatkan oleh guru bagi memastikan khazanah penciptaan pantun berada di tempatnya
yang tertinggi, membentuk kehalusan budi, kesantunan dalam berbicara, mengasah sebuah
pemikiran keintelektualan, dan menyuburkan pandangan hidup masyarakat yang berfikiran
jauh.
Dari aspek implikasi teori juga, dapatan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan
Teori Puitika Sastera Melayu dilihat lebih sesuai dan tepat dalam mencari unsur-unsur
keindahan pada sesebuah penciptaan pantun secara lebih menyeluruh. Hampir keseluruhan
kajian yang disenaraikan menggunakan teori ini berkisar tentang konsep, tema, dan metafora
yang terdapat dalam sesebuah pantun, namun masih tidak ada yang berkait dengan
pengajaran dan pembelajaran, serta mengambil kira daripada persepsi guru dan juga murid.
Oleh itu, kajian ini berjaya mengisi kelompangan penggunaan teori tersebut, dalam
penyelidikan tentang aspek keindahan ataupun estetika dalam pantun. Dalam pada masa

229
yang sama juga, berdasarkan perbincangan ini dapat dinyatakan bahawa kajian ini berupaya
mengisi kelompangan empirikal dalam aspek sampel kajian, kaedah dan pendekatan kajian,
serta fokus kajian kerana mengambil kira estetika daripada persepsi guru, berbanding kajian
bertunjangkan teori, konsep dan metafora semata-mata.

Perbincangan dalam bahagian ini mengemukakan beberapa cadangan yang dapat


menambah baik sistem pendidikan di Malaysia berkaitan penerapan nilai keindahan pantun
meliputi komponen-komponen yang telah diperincikan pada dapatan kajian sebelum ini,
khususnya kepada guru-guru Bahasa Melayu yang berperanan menjadi agen penyampai
wadah pengetahuan ini kepada anak didik di sekolah. Standard Kandungan bagi Tahun 6 pula
menunjukkan kepada sasaran ‘Melafazkan dan memahami puisi dengan intonasi yang betul
menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur’. Hal ini menunjukkan kedua-dua contoh
standard kandungan sedia ada telah menekankan unsur keindahan pada pengajaran bahan
sastera seperti pantun. Namun begitu, standard pembelajaran tidak disertakan komponen-
komponen unsur nilai keindahan secara khusus meliputi kedua-dua aspek utama iaitu struktur
luaran dan struktur dalaman. Maka dengan itu, pengkaji mencadangkan kepada pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menstruktur dan menggubal semula bahagian
aspek seni bahasa ini terutamanya dalam topik puisi tradisional pantun, untuk memperkenal
unsur-unsur nilai keindahan pantun kepada murid-murid secara lebih terperinci dan eskplisit,
iaitu komponen unsur bunyi-bunyi rima, pemilihan diksi, dan juga penyampaian maksud
seperti mana yang ditinjau pada kajian kali ini.

Hasil daripada dapatan kajian ini, pengkaji menyarankan beberapa cadangan yang
boleh dijadikan panduan atau tindakan susulan bagi menyuburkan lagi perkembangan murid
terhadap kefahaman nilai keindahan pantun yang dipelajari sama ada di dalam mahupun di
luar bilik darjah. Antaranya termasuklah pihak sekolah perlu mengadakan program yang dapat
menyebarluaskan lagi maklumat langkah-langkah penciptaan pantun yang menepati hukum-
hukum estetika dalam sesebuah pantun. Hal ini dilihat menjadi suatu yang signifikan apabila
senario hari ini sering kali kita lihat murid sering menghasilkan pantun yang tidak ada nilai
keindahan yang boleh difahami dan dihayati. Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) turut
wajar dijadikan medan kepada guru dalam meningkatkan pemerkasaan kefahaman murid
terhadap unsur nilai keindahan pantun dalam pengajaran Bahasa Melayu di dalam kelas.
Konteks keindahan pantun ini tidak mudah kepada guru untuk diajar di dalam kelas,
disebabkan intipati dalamannya perlu difahami secara mendalam. Sekiranya guru Bahasa
Melayu yang mengajar Tahun 6 itu sendiri tidak dapat menguasai secara menyeluruh, agak
sukar untuk kita pastikan murid-murid tersebut dapat menggarap nilai keindahan pada
sesebuah pantun, dan sekaligus murid akan terus membina pantun-pantun yang langsung

230
tidak menggambarkan ciri-ciri akal budi dan cerminan jati diri bangsa di dalam jiwa anak-anak
kecil ini

Budaya penerokaan dan inovasi merupakan salah satu medium yang dilihat semakin
rancak dipergiat dalam kalangan barisan pendidik dan termasuklah guru-guru di sekolah
rendah. Pembangunan pendidikan menerusi inovasi jelas menunjukkan peningkatan yang
ketara dari segi pencapaian akademik, prestasi sekolah, gerak kerja para guru dan sebagainya
lagi (Kamarul Azmi Jasmi, 2016). Menyedari akan kelebihan dalam skop kajian ini, pengkaji
mencadangkan kepada para guru membina sebuah inovasi, yang mampu memudahkan
murid-murid Tahun 6 dalam mempelajari pantun-pantun berunsurkan nilai keindahan pantun
seperti yang diulaskan dalam kajian tersebut. Tambahan pula, penerapan teknologi digital
akan meningkatkan lagi minat murid untuk menggunakan inovasi tersebut sekaligus
mendorong mereka menerima pengetahuan terhadap unsur keindahan tersebut secara
holistik dan efektif.

Terdapat pelbagai bidang kajian lanjutan yang boleh dikaji bagi meningkatkan dan
mengenal pasti tahap kefahaman murid terhadap unsur nilai keindahan pantun dalam
pengajaran Bahasa Melayu. Pengkaji akan datang boleh melaksanakan kajian kepada guru
ataupun murid di kawasan luar-luar bandar bagi meninjau pula adakah terdapat perbezaan
yang ketara antara tahap kefahaman murid bandar dan luar bandar sekolah kebangsaan.
Melalui kajian sebegini, pengkaji dapat mengenal pasti faktor-faktor yang menunjukkan
perbandingan antara kedua-dua sasaran sampel tersebut. Bukan itu sahaja, pengkaji juga
turut mencadangkan kepada pengkaji akan datang untuk meninjau tahap kefahaman murid
Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) terhadap unsur-unsur estetika dalam pengajaran pantun.
Dapatan kajian tersebut sangat diperlukan untuk kita meninjau adakah murid di SJK benar-
benar mengetahui ilmu puisi tradisional pantun ini secara mendalam, ataupun sekadar
pengenalan asas kepada puisi-puisi tersebut. Sekiranya dijangkakan dapatan kajian tersebut
menujukkan tahap bacaan skor min yang sangat rendah, maka tindakan susulan akan
diteruskan sebagai satu usaha yang berkesan dalam mengubah persepsi dan kefahaman
murid SJK mengenai puisi tradisional pantun termasuk genre-genre yang lain untuk sama-
sama dipelihara dan menghargai seni penulisan kreatif ini walaupun berbeza bangsa dan
agama.
RUJUKAN

Abdul Hasim. (2016). Menelusuri nilai-nilai karakter dalam pantun. Jurnal Ilmu Pendidikan,
14(3), 399-405.

Annas Haji Ahmad. (1988). Sastera Melayu lama dan baru, edisi baru: Masa Enterprise.

231
Eizah Mat Hussain. (2016). Simbol dan makna dalam pantun Melayu bingkisan permata.
(Thesis PhD), Universiti Malaya.

Haizuran Mohd Jani. (2013). Pelaksanaan dan keberkesanan kaedah pengajian al-Qur'an
dalam kalangan masyarakat Felda: kajian di Felda Bukit Goh Kuantan, Pahang.
(Thesis (Masters)), Universiti Malaya.

Hamka. (1976). Cermin Penghidupan. Pustaka Melayu Baru.

Johari Yahaya. (2015). Pantun peribahasa melayu: analisis daripada perspektif teori
pengkaedahan melayu. (Ijazah Sarjana Sastera), University Sains Malaysia.

Lokman Abdul Samad, A. A. (2018). Pantun, kata dan bunyi membentuk makna. Jurnal
Pendidikan University Malaysia Sabah, 1(2), 1-14.

Mohd Rashid Md Idris. (2012). Nilai kebijaksanaan Melayu dalam pantun. 'Ulum Islamiyyah
Journal, 9(December), 3-18.

Muhammad Haji Salleh. (2006). Puitika sastera Melayu: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nordiana Hamzah. (2014). Pengabaian estetika pantun. Jurnal Monograf Sinar Bahasa 2014,
1(5), 80-96.

Nordiana Hamzah, Farra Humaira Mohammad, Hasrina Baharun, Ros Silawati, & Ibrahim
Bakar. (2019). Instrumen pantun erestetika. International Journal of Humanities,
Philosophy, and Language, 2(8), 188-201.

Rashida Haji Mohd, Saedah Sirah, & Zaharah Hussin. (2018). Penilaian penggunaan modul
pengajaran pantun Melayu tingkatan 2 berasaskan maksud al-Quran mengenai
keindahan flora, fauna dan langit. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 5(4), 42-56.

Salinah Ja'afar, tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali, Zurinah Hassan, Tengku Mohd Ali, &
Shafa'atussara Silahudin. (2016). Wacana pantun Melayu. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Shamsudin Othman, A. R. J. (2019). Pelaksanaan elemen sastera dalam pengajaran dan


pembelajaran seni bahasa kurikulum standard sekolah rendah. Jurnal Bahasa
Universiti Putra Malaysia, 19(2), 292-312.

Zainal Abidin Ahmad. (1965). Ilmu mengarang Melayu: Dewan Bahasa dan Pustaka.

232
ANALISIS PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA ‘DARI’ DAN ‘DARIPADA’ DALAM
PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU TAHUN LIMA

Amirah Adilah binti Zakaria


amirah09-833@epembelajaran.edu.my

Juairiah binti Marjonet PhD


juairiah@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini mengkaji kesilapan penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam penulisan
karangan murid Tahun lima. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualititatif dengan
kaedah kajian kes. Kajian kes ini menggunakan dua instrumen kajian iaitu analisis dokumen dan temu
bual. Kajian ini melibatkan tiga orang murid tahun lima di sebuah sekolah rendah sekitar Maran, Pahang.
Berdasarkan dapatan kajian, terdapat kesilapan penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dan daripada’
dalam penulisan murid dan sekaligus menjadikan tahap penguasaan murid terhadap penggunaan kata
sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ berada pada tahap yang sederhana. Implikasi kajian ini dapat mengisi
kelompongan penyelidikan berkaitan penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam kalangan
murid sekolah rendah menggunakan Teori Kesilapan Bahasa Corder 1981. Justeru, guru-guru dan
pihak berkepentingan yang lain perlu memastikan murid menguasai mata pelajaran bahasa Melayu
dalam aspek tatabahasa khususnya kata sendi nama agar mereka mahir menggunakan kata sendi
nama yang sesuai mengikut konteks semasa membina ayat untuk membuat karangan.
Kata kunci: penggunaan, kata sendi nama, Teori Kesilapan Bahasa, tahun lima, sekolah rendah.

ABSTRACT

This study examined the errors in the use of the noun conjunctions ‘dari’ and ‘daripada’ in the writing of
Year Five students’ essays. The design of this study uses a qualitative approach with case study
method. This case study uses two research instruments namely document analysis and interviews. This
study involved three fifth year students in a primary school around Maran, Pahang. Based on the findings
of the study, there are errors in the use of noun conjunctions 'dari' and ‘daripada' in students' writing and
at the same time make the level of students' mastery of the use of noun conjunctions 'dari' and 'daripada'
is at a moderate level. The implications of this study can fill the research gap related to the use of noun
conjunctions 'dari' and 'daripada' among primary school students using Corder Language Error Theory
1981. Thus, teachers and other stakeholders should ensure that students master the Malay language
subject in particular aspects of grammar prepositions name so that they can use the preposition
appropriate name in the current context to construct sentences to make bouquets.
Keywords: usage, noun conjunctions, Language Error Theory, fifth year, elementary school.

PENGENALAN
Modul tatabahasa dalam DSKP telah disediakan kepada semua peringkat pembelajaran
Bahasa Melayu. Modul Tatabahasa merujuk kepada aspek morfologi dan sintaksis yang perlu
difahami dan dikuasi oleh semua peringkat murid. Aspek tatabahasa perlu diajarkan melalui
pengajaran dan pembelajaran yang terancang dengan menggunakan teknik pengajaran dan
pemudahcaraan yang sesuai dan berkesan. Ini kerana bertujuan untuk memastikan murid

233
memahami dan menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2013). Semua murid tidak kira di sekolah kebangsaan mahupun sekolah jenis
kebangsaan wajib untuk mempelajari modul tatabahasa. Hal ini kerana penguasaan hukum
dalam aspek tatabahasa merupakan asas kepada pembentukan ayat-ayat dalam Bahasa
Melayu (Abdullah Hassan, 2009). Pendapat ini jelas menunjukkan bahawa modul tatabahasa
merupakan satu daripada unsur penting yang perlu dipelajari dan dikuasi oleh murid untuk
memantapkan penggunaannya semasa menulis karangan Bahasa Melayu.

Selain itu, kemahiran menulis juga merupakan satu kemahiran yang penting dan perlu
dikuasai oleh semua murid. Tuan Jah & Faridah (2011), mendefinisikan menulis merupakan
satu proses menyampaikan buah fikiran, idea dan pendapat dengan tepat dan berkesan
kepada khalayak atau pembaca melalui hasil penulisan seseorang individu. Jadi, dalam
sesebuah penulisan yang dihasilkan haruslah tidak mengalami sebarang kesalahan
terutamananya kesalahan tatabahasa agar mesej dan cerita yang disampaikan boleh dihayati
oleh para pembaca. Oleh itu, dalam konteks penulisan karangan murid sekolah rendah, guru
perlulah membantu murid dalam penggunaan tatabahasa atau lebih tepatnya penggunaan
kata sendi nama dalam penulisan karangan murid-murid agar ayat yang dihasilkan lebih
gramatis

Penguasaan penggunaan kata sendi nama yang baik akan membantu murid-murid
berketerampilan dalam berbahasa (Kamaruddin Husin, 2015). Perkara ini merupakan
matlamat yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang mengatakan bahawa
Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk melengkapkan murid yang
berketerampilan berbahasa dan berkomunikasi. Aspek ini jelas dalam komponen sistem
bahasa yang menerangkan bahawa pengajaran dan pembelajaran sistem bahasa berfokus
kepada aspek tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Oleh itu,
murid perlu menguasai komponen yang terdapat dalam sistem bahasa dengan baik supaya
ujaran yang dilafazkan oleh murid betul agar maksud sebenar yang disampaikan kepada pihak
lain dapat difahami dengan baik (Abdullah Hassan, 2010).

Dalam pengajaran bilik darjah, didapati bahawa murid kerap melakukan kesalahan
terutamanya dalam aspek-aspek yang berkaitan dengan sistem bahasa dan ianya lebih ketara
pada kesalahan penggunaan kata sendi nama. Murid perlu menguasai tatabahasa dalam
penulisan karangan terutamanya berkaitan dengan kata sendi kerana akan menyebabkan
markah murid akan ditolak disebabkan pengguaan kata sendi nama yang salah dalam
penulisan karangan. Hal ini menunjukkan bahawa penguasaan kata sendi nama adalah
sangat penting dalam aspek tatabahasa. Sekiranya penguasaan murid adalah baik dalam

234
aspek ini, maka secara tidak langsung akan membantu mereka untuk membina ayat dengan
betul dan sekaligus dapat meningkatkan pencapaian dalam ujian Bahasa Melayu.

Oleh itu, guru haruslah bertanggungjawab dalam memastikan pengajaran dan


pembelajaran di dalam bilik darjah berjalan dengan lancar. Guru juga perlu mencatatkan
permasalahan yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran. Siti hajar Abdul Aziz (2009),
menyatakan guru harus memastikan masalah yang dihadapi oleh murid tersebut dapat
diselesaikan dengan menggunakan kaedah dan pendekatan yang bersesuaian dengan
peringkat murid. Hal ini demikian kerana masalah yang dihadapi oleh murid perlu diatasi
secepat mungkin agar murid bermasalah tidak ketinggalan dalam pengajaran yang
dilaksanakan oleh guru.

PERNYATAAN MASALAH

Masalah yang dapat dikenal pasti dan dilihat adalah dalam penggunaan kata sendi nama yang
merupakan salah satu aspek penting untuk dikuasi oleh murid. Kata sendi nama perlu
ditekankan kepada murid terutamanya dalam penulisan karangan. Oleh itu, kata sendi nama
‘dari’ dan ‘daripada’ memainkan peranan yang penting dalam penulisan karangan. Hal ini
kerana, jika kata sendi nama tersebut tidak digunakan dengan betul, ianya akan menjejaskan
dan memberikan kesan yang buruk kepada murid terutamanya bagi mereka yang akan
menduduki peperiksaan. Sekiranya murid tidak kuasai, maka mereka akan memperolehi
markah yang rendah disebabkan oleh penggunaan kata sendi nama yang tidak tepat.

Menurut W. Azlinda (2003), berdasarkan kesilapan kata sendi nama yang dibuat, murid
memahami dari segi makna ayat yang dibentuk namun penggunaan pemilihan kata sendi yang
sesuai masih tidak menepati tahap penguasaan Bahasa Melayu yang lebih baik dalam
penulisan karangan. Perkara ini boleh dikatakan bahawa tahap penggunaan dan penguasaan
murid bagi kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ belum dikuasai sepenuhnya dalam penulisan
karangan.

Selain itu, berdasarkan refleksi yang dibuat oleh Muhamad Zain (2011) dalam kajian
beliau yang bertajuk ‘Peningkatan Penguasaan Kata Sendi Nama’ mendapati bahawa
kebanyakkan responden melakukan kesilapan semasa penggunaan kata sendi nama ‘dari’
dan ‘daripada’ dalam penulisan ayat. Kesilapan yang kerap dilakukan oleh responden adalah
ketidakfahaman penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ serta kekeliruan semasa
menggunakannya dalam menulis ayat. Misalnya, ayat saya tunggu awak daripada pukul 3
petang tadi lagi (ayat yang salah) dan saya tunggu awak dari pukul 3 petang lagi (ayat yang
betul). Maka, jelaslah bahawa responden masih mengalami kekeliruan berkenaan fungsi kata
sendi nama nama ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam membina ayat yang tepat.

235
Sehubungan dengan itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji kesilapan penggunaan
kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam karangan murid tahun lima di sekolah rendah
dengan mengaplikasikan Teori Analisis Kesilapan Bahasa Corder (1981). Hal ini demikian
kerana kajian kesilapan penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ murid sekolah
rendah masih kurang dilaksanakan di negara ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah:


I. Mengenal pasti kesilapan penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam
penulisan karangan Bahasa Melayu murid tahun lima.
II. Mengenal pasti tahap penguasaan murid tahun lima terhadap penggunaan kata
sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam karangan Bahasa Melayu.

SOALAN KAJIAN
Persoalan kajian menjadi panduan yang penting bagi menjalankan kajian ini. Oleh itu,
persoalan kajian yang akan menjadi perkara utama adalah:

I. Adakah terdapat kesilapan penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’
dalam penulisan karangan Bahasa Melayu?
II. Sejauh manakah murid menguasai kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam
penulisan karangan Bahasa Melayu?

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan penyelidikan kualitatif
berasaskan kaedah kajian kes berbentuk penerokaan kesilapan tatabahasa kata sendi nama
yang dibuat oleh murid-murid. Data kualitatif berbentuk deskriptif iaitu kata-kata lisan atau
tulisan tentang tingkah laku manusia yang dapat diamati (Kamarul Azmi Jasmi, 2012).
Penyelidikan yang berbentuk kajian kes boleh digunakan untuk mengumpul data kualitatif bagi
memantapkan dan memahami sesuatu situasi atau fenomena yang sedang berlaku (Merriam,
2002). Maka, pengkaji menggunakan reka bentuk ini kerana merasakan ianya lebih sesuai
berbanding dengan reka bentuk kajian yang lain. Melalui kajian kes juga, penyelidik
berpeluang untuk meneroka dan memperoleh pemahaman secara lebih mendalam terhadap
permasalahan yang dikaji di samping ianya sesuai untuk menilai data-data yang diperoleh
daripada kajian ini.

Data kajian dikumpul menggunakan instrumen dalam bentuk penulisan karangan


murid disokong dengan kaedah temu bual. Pengkaji telah memilih tiga sampel dokumen yang
berbeza daripada peserta kajian bagi membolehkan mendapat kebolehpercayaan yang tinggi.

236
Tujuan sampel karangan yang diperoleh adalah untuk mendapatkan data berkaitan dengan
kesilapan tatabahasa, iaitu untuk mengetahui kesilapan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’
yang dilakukan oleh murid dalam penulisan karangan. Penganalisisan data kualitatif dijalankan
menggunakan pendekatan pengekodan dengan tema-tema tertentu dalam analisis dan
interpretasi data menggunakan penulisan secara naratif.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini membincangkan dapatan kajian bagi menjawab kedua-dua soalan kajian. Kedua-
dua dapatan bagi soalan kajian ditunjukkan seperti yang berikut:

Objektif 1: Mengenal pasti kesilapan penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’
dalam penulisan karangan Bahasa Melayu murid tahun lima.

Jadual 1
Senarai Kesilapan Kata Seni Nama ‘Dari’ Dan ‘Daripada’ Dalam Penulisan Karangan Peserta
Kajian Murid 1 (PKM1)

Jenis Aspek/Tema Kod Kesilapan kata Kesilapan kata


Karangan sendi nama ‘dari’ sendi nama
‘daripada’
Karangan Kesilapan KPD Kita haruslah
ulasan Penggunaan simpan separuh dari
Dari bahagian itu untuk
pengunaan masa
hadapan
Karangan Kesilapan KPDp Mereka juga
cerita Penggunaan menjaga saya
Daripada daripada saya kecil
hingga saya besar
Karangan Kesilapan KPD Untuk mengelakkan
perbincangan Penggunaan dari terkena wabak
Dari ini, saya buat
beberapa langkah
dalam tempoh
tersebut.

Penggunaan kata sendi nama ‘dari’ yang salah dilakukan oleh PKM1 adalah pada ayat ‘kita
haruslah simpan separuh dari bahagian itu untuk pengunaan masa hadapan’. Ayat yang
sepatutnya ditulis oleh PKM1 adalah ‘kita haruslah simpan separuh daripada bahagian itu
untuk pengunaan masa hadapan’. Kesilapan yang dilakukan dalam ayat tersebut oleh PKM1
adalah pada penggunaan kata sendi nama ‘dari’, sepatutnya yang tepat adalah kata sendi
nama ‘daripada’. Hal ini kerana selepas perkataan kata sendi nama ‘dari’ harus diikuti oleh
kata nama atau frasa nama yang menyatakan tempat, arah dan masa sahaja. Dalam contoh
ayat PKM1 tersebut, selepas kata sendi nama ‘dari’ adalah perkataan “bahagian” iaitu yang

237
mana bukan merujuk salah satu dari tempat, masa atau arah. Jadi kata sendi nama yang tepat
dalam ayat ini adalah kata sendi nama ‘daripada’.

Seterusnya, PKM1 membuat kesilapan penggunaan kata sendi nama ‘daripada’ dalam
contoh karangan cerita yang telah dianalisis. Seperti dalam contoh jadual di atas ayat PKM1
yang ditulis ‘mereka juga menjaga saya daripada saya kecil hingga saya besar’. Ayat ini salah
penggunaan kata sendi nama ‘daripada’. Ayat sepatutnya yang ditulis oleh PKM1 adalah
‘mereka juga menjaga saya dari saya kecil hingga besar’. Penggunaan kata sendi nama ‘dari’
adalah yang lebih tepat dalam ayat tersebut kerana “kecil” merujuk kepada waktu. Seperti
yang dijelaskan sebelum ini, salah satu fungsi penggunaan kata sendi nama ‘dari’ adalah
digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama waktu.

Contoh sampel karangan yang ketiga setelah dianalisis, PKM1 membuat kesilapan
dalam penggunaan kata sendi nama ‘dari’. Contoh ayat yang telah ditulis adalah ‘untuk
mengelakkan dari terkena wabak ini, saya buat beberapa langkah dalam tempoh tersebut’.
Penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dalam ayat tersebut tidak tepat kerana perkataan “terkena”
selepas itu tidak merujuk kepada tempat, masa malah arah sekalipun. Perkataan “terkena” di
dalam ayat tersebut berfungsi untuk menunjukkan punca bagi sesuatu benda. Maka, ayat yang
tepat adalah ‘untuk mengelakkan daripada terkena wabak ini, saya buat beberapa langkah
dalam tempoh tersebut’.

Jadual 2
Senarai Kesilapan Kata Seni Nama ‘Dari’ Dan ‘Daripada’ Dalam Penulisan Karangan Peserta
Kajian Murid 2 (PKM2)

Jenis Aspek/Tema Kod Kesilapan kata sendi Kesilapan kata


Karangan nama ‘dari’ sendi nama
‘daripada’
Karangan Kesilapan KPD Pada hari yang lalu,
ulasan Penggunaan Aiman dapat 500 ratus
Dari ringgit dari anugerah
peperiksaan akhir tahun

Aiman telah pergi ke Bank


untuk menyimpan mata
wang yang lebih untuk
gandakan lagi wang
tersebut dari habis.
Karangan Kesilapan KPD Para tetamu yang terdiri
cerita Penggunaan dari pelbagai kaum
Dari seperti Melayu, Cina,
Kadazandusun, Murut dan
Banjau.
Karangan Kesilapan KPDp Kita perlulah duduk
perbincangan Penggunaan di rumah supaya
Daripada Covid itu tidak dapat

238
jangkiti kita dan kita
hanya boleh keluar
daripada rumah atas
urusan tertentu.

Kesilapan penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dapat dilihat dalam dua contoh ayat
pada karangan ulasan yang ditulis oleh PKM2 iaitu ayat pertama ‘pada hari yang lalu, Aiman
dapat 500 ringgit dari anugerah peperiksaan akhir tahun…’ manakala ayat kedua ‘Aiman telah
pergi ke Bank untuk menyimpan mata wang yang lebih untuk gandakan lagi wang tersebut
dari habis…’. Berdasarkan contoh ayat tersebut, kedua-dua ayat ini mempunyai kesilapan
dalam penggunaan kata sendi nama ‘dari’. Pada kedua-dua ayat tesebut, selepas kata sendi
nama ‘dari’ adalah perkataan “anugerah” dan perkataan “habis”. Kedua-dua perkataan
selepas kata sendi nama ‘dari’ dalam dua sampel ayat tersebut bukan merujuk kepada arah,
tempat dan masa. Jadi, kata sendi yang lebih sesuai adalah kata sendi nama ‘daripada’. Oleh
itu, ayat pertama yang tepat adalah ‘pada hari yang lalu, Aiman dapat 500 ringgit daripada
anugerah peperiksaan’ dan ayat tepat bagi ayat yang kedua adalah ‘Aiman telah pergi ke bank
untuk menyimpan mata wang yang lebih untuk gandakan lagi wang tersebut daripada habis’.

Seterusnya, kesilapan penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dapat dilihat juga dalam
sampel karangan cerita PKM2. Seperti dalam jadual 4.4 di atas, ayat yang ditulis oleh PKM2
adalah ‘para tetamu yang terdiri dari pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, Kadazandusun,
Murut dan Banjau’. Ayat ini mengalami kesilapan dalam penggunaan kata sendi nama ‘dari’.
Ayat yang lebih tepat adalah ‘para tetamu yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu,
Cina, Kadazandusun, Murut dan Banjau’. Hal ini kerana, selepas sendi nama ‘dari’ tersebut
adalah perkataan “pelbagai” yang mana perkataan ini membawa maksud untuk menyatakan
sumber kejadian sesuatu benda. Jadi, kata sendi nama yang lebih tepat untuk digunakan
adalah ‘daripada’ bukan ‘dari’.

Selain itu, contoh ayat ‘kita perlulah duduk di rumah supaya Covid itu tidak dijangkiti
kita dan kita hanya boleh keluar daripada rumah atas urusan tertentu’. Ayat yang ditulis oleh
PKM2 dalam sampel karangan perbincangan ini adalah salah dari segi penggunaan kata sendi
nama ‘daripada’. Kata sendi nama ‘daripada’ digunakan untuk menyatakan punca bagi
manusia, institusi, haiwan, benda dan unsur mujarad serta untuk menyatakan sumber atau
asal kejadian sesuatu benda dan perbezaan atau perbandingan sahaja. Akan tetapi ayat yang
cuba di sampaikan oleh PKM2 membawa maksud untuk menerangkan tentang sesuatu
tempat. Perkataan “rumah” yang ditulis selepas kata sendi nama ‘daripada’ dalam ayat
tersebut adalah merujuk kepada tempat. Jadi, kata sendi nama yang tepat untuk digunakan
adalah “dari”. Maka ayat yang sebetulnya adalah ‘kita perlulah duduk di rumah supaya Covid
itu tidak dijangkiti kita dan kita hanya boleh keluar dari rumah atas urusan tertentu’.

239
Objektif 2: Mengenal pasti tahap penguasaan murid tahun lima terhadap penggunaan
kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam karangan Bahasa Melayu.

Berdasarkan temu bual yang dilaksanakan, guru mengenal pasti tahap penguasaan peserta
kajian murid terhadap kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ adalah melalui aktiviti penyoalan
di mana guru membuat sesi soal jawab dan bertanya kepada murid untuk melihat tahap
penguasaan murid sama ada telah kuasai ataupun belum. Daripada aktiviti penyoalan yang
diberikan, guru akan menerima respon terus daripada murid berkaitan kefahaman mereka
tentang kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’.

Tahap penguasaan peserta kajian terhadap kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ dapat
diukur juga dengan ujian yang diberikan oleh guru. Bukan hanya dengan teknik soal jawab
sahaja malah tahap penguasaan murid juga boleh dilihat melalui penulisan karangan dalam
peperiksaan yang diberikan. Oleh hal demikian, dengan melihat cara penulisan peperiksaan,
guru akan dapat mengetahui peserta kajian murid yang menguasai pengajaran yang diajarkan
atau tidak kerana semasa murid menjawab peperiksaan mereka akan melakukannya sendiri
tanpa bimbingan daripada guru mahupun rakan. Maka, tahap kefahaman dan penguasaan
murid akan lebih tepat untuk dinilai.

Selain itu, dapatan menunjukkan juga bahawa tahap penguasaan peserta kajian murid
bergantung kepada tahap kognitif mereka. Misalnya, peserta kajian murid mempunyai tahap
kognitif yang tinggi, maka murid tersebut akan lebih mudah ingat formula yang diberikan oleh
guru. Akan tetapi sekiranya tahap kognitif murid rendah, jadi kesalahan kata sendi nama ‘dari’
dan ‘daripada’ akan mudah dilakukan dalam penulisan karangan.

Tahap penguasaan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ adalah bergantung kepada
tahap daya kognitif peserta kajian. Melalui dapatan yang diperoleh, ketiga-tiga peserta kajian
murid memiliki tahap kognitif yang berbeza, namun ketiga-tiga mereka masih melakukan
kesilapan penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ semasa menulis karangan. Maka,
jelaslah bahawa tahap penguasaan murid terhadap kata sendi ‘dari’ dan ‘daripada’ masih
berada tahap sederhana.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Berdasarkan dapatan kajian, pengkaji mendapati bahawa terdapat kesilapan penggunaan


kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam penulisan karangan peserta kajian. Hasil kajian
juga mendapati kesilapan penggunaan tersebut adalah disebabkan faktor kecuaian peserta
kajian terhadap penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ yang tepat. Dapatan kajian
ini sama dengan kajian yang dijalankan oleh Nor Ain Nor Azman dan Nur Farahkhanna Mohd
Rusli (2020), yang turut mengkaji tentang penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’.

240
Dapatan kajian mereka juga mendapati bahawa pelajar masih melakukan kesilapan
penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ walaupun di peringkat sekolah menengah.

Dapatan kajian ini dan dapatan kajian Nor Ain Nor Azman dan Nur Farahkhanna
adalah sama di mana faktor yang menyebabkan murid melakukan kesilapan penggunaan kata
sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ adalah disebabkan kecuaian dan kesilapan dalam
menggunakan bahasa walaupun pada dasarnya pelajar dapat menguasai penggunaan kata
sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ apabila di dalam kelas namun masih melakukan kesilapan
apabila ujian peperiksaan atau latihan yang lain. Pendapat ini juga selari dengan kenyataan
Juriah Long et al (1990), yang menyatakan bahawa antara faktor yang mempengaruhi pelajar
mambuat kesalahan adalah disebabkan salah cara memproses isi pelajaran yang telah
diterima dalam konteks tertentu.

Di samping itu, hasil dapatan kajian mendapati tahap penguasaan murid terhadap
penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ berada pada tahap yang sederhana. Hal ini
bermaksud murid belum sepenuhnya menguasai kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam
lisan mahupun tulisan. Begitu juga dengan dapatan daripada kajian yang dilakukan oleh
Mohamed Zain (2010) yang bertajuk Penggunaan Kata Sendi Nama Bahasa Melayu dalam
Kalangan Pelajar Universiti. Dapatan kajian Mohamed Zain (2010) juga mendapati pelajar
tahap penguasaan peserta kajian beliau masih kurang kerana melakukan kesilapan kata sendi
yang mudah seperti ‘dari’ dan ‘daripada’.

Dapatan kajian terhadap tahap penguasaan peserta kajian berada pada tahap
sederhana. Begitu juga dengan dapatan kajian Mohamed Zain (2010) yang menunjukkan
bahawa pelajar di peringkat pengajian tinggi masih lagi tidak menguasai penggunaan kata
sendi yang mudah seperti ‘dari’ dan ‘datipada’ ini. Hal ini jelas menunjukkan bahawa bujan
sahaja murid di sekolah rendah melakukan kesalahan penggunaan kata sendi nama malah
kesalahan ini berlarutan hingga ke peringkat universiti seperti yang ditunjukkan dalam kajian
Mohamed Zain (2010). Perkara ini memberikan kebimbangan kerana jelas menunjukkan
penguasaan aspek tatabahasa yang masih kurang memuaskan walaupun pelajar sudah
menjejakkan kaki ke peringkat pengajian tinggi.

Kajian ini mampu memberi pengetahuan yang jelas kepada para guru terhadap
kesilapan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ yang dilakukan oleh murid dalam karangan
Bahasa Melayu. Pengetahuan dalam penganalisisan kesilapan bahasa merupakan teknik
yang memainkan peranan penting bagi mengukur kemajuan bahasa murid dalam sesuatu
bahasa dengan melakukan cacatan dan melakukan pengelasan kesalahan yang dilakukan
oleh individu atau kumpulan (Normaliza & Roslina, 2013). Kesilapan bahasa yang didapati
boleh dijadikan panduan kepada guru dalam penulisan kata sendi nama dalam kalangan murid

241
di sekolah supaya menjadi panduan keperluan murid dalam proses guru merancang
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sama ada bagi murid Melayu dan bukan
Melayu.

Dapatan kajian ini dapat memberikan maklumat kesilapan penggunaan kata sendi
nama ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam penulisan karangan. Dalam kata lain, dapatan kajian ini juga
berupaya mendorong para guru untuk mempraktikkan analisis kesilapan penggunaan kata
sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam karangan Bahasa Melayu berlandaskan Teori Analisis
Bahasa Corder (1981). Maka, guru boleh menggunakan analisis kesilapan penggunaan kata
sendi nama sebagai satu inisiatif dalam mengenal pasti kesilapan dan kelemahan dalam
kalangan murid. Perancangan pengajaran dan pembelajaran berdaasarkan kesilapan dan
kelemahan yang dihadapi oleh murid berupaya diselesaikan dengan penyesuaian dari segi
aktiviti, kaedah, teknik serta strategi pengajaran guru.

Melihat kepada kajian yang telah dilakukan oleh Alhaadi dan Zaitul Azma (2018), kajian
tersebut telah dilaksanakan menggunakan Teori Analisis Kesilapan Bahasa Corder (1981).
Teori ini digunakan dalam kajian mereka untuk mengkaji dalam bidang morfologi. Selain itu,
kajian daripada Nor Ain Nor Azman dan Nur Farahkhanna Mohd Rusli (2020), turut mengkaji
berkaitan analisis penggunaan kata sendi nama dalam penulisan berdasarkan Teori Kesilapan
Bahasa Corder terhadap murid sekolah menengah. Sehubungan dengan itu, kajian ini
mengkaji kesilapan penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam penulisan
karangan Bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun lima menggunakan Teori Analisis
Kesilapan Bahasa Corder (1981). Oleh itu, kajian ini menjadi permulaan penggunaan teori ini
dalam bidang Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah bagi mengkaji kata sendi
nama ‘dari’ dan ‘daripada’.

Di samping itu, kajian menggunakan Teori Analisis Kesilapan Bahasa corder yang
mengenal pasti kesilapan penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam penulisan
karangan Bahasa Melayu di Malaysia mampu memenuhi kelompongan dari segi teori dan
membuka peluang dan runag kepada penyeldikan kepada penyelidik dalam bidang bahasa
Melayu.

Penguasaan kata sendi nama yang baik atau lemah akan menjejaskan kemahiran
membina ayat murid. Oleh itu, beberapa cadangan kepada KPM selaku pihak yang terlibat
dalam penyediaan kursus dan latihan dalam perkhidmatan kepada guru sekolah. Pihak KPM
perlu meningkatkan bilangan guru-guru Bahasa Melayu yang terlatih. Hal ini kerana guru yang
diberikan latihan yang secukupnya memainkan peranan penting dalam membantu proses
pengajaran dan pembelajaran supaya berjalan dengan lancar serta penyampaian ilmu
tersebut boleh berlaku dengan berkesan serta sahih. Kursus-kursus berkaitan mata pelajaran

242
Bahasa Melayu perlu disediakan dari semasa ke semasa agar guru-guru dapat memantapkan
ilmu mereka di samping dapat mengemas kini dengan perkembangan pendidikan terkini.
Maka, kemahiran dan ilmu pengetahuan yang ada pada setiap guru dalam bidang Bahasa
Melayu perlu dikukuhkan dan ditingkatkan melalui latihan dan kursus yang disediakan dalam
proses melahirkan guru yang terlatih.

Seterusnya, pada masa yang sama pihak sekolah juga harus melaksanakan kelas
tambahan serta program untuk meningkatkan penguasaan tatabahasa kata sendi nama dalam
kalangan murid. Misalnya pihak sekolah boleh mengadakan program ‘anak angkat’ yang
bertujuan untuk membolehkan guru membimbing beberapa orang murid yang lemah dalam
penguasaan tatabahasa di bawahnya. Berdasarkan dapatan kajian ini, masih terdapat
kelemahan yang ketara dalam penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam
kalangan peserta kajian. Oleh itu, kelas tambahan juga merupakan satu inisiatif yang
dirasakan dapat membantu murid untuk menguasai kata sendi nama. Keberkesanan kelas
tambahan di sekolah berupaya memberi perkembangan yang positif (Yahaya, 2011). Sebagai
contoh, kajian yang telah dilakukan oleh Yahaya mendapati bahawa keberkesanan kelas
tambahan dalam kalangan pelajaran Tingkatan Empat berada pada tahap yang tinggi dan
prestasi responden dalam kelas juga telah meningkat setelah menghadiri kelas tamabhan
yang dibuat oleh pihak sekolah mereka. Tambahan pula, guru juga dapat merancang
pengajaran yang lebih berfokus di samping dapat memnatapkan lagi proses pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan pada waktu formal. Oleh itu, dapat dibuktikan bahawa kelas
tambahan juga merupakan satu langkah yang efektif untuk dilakukan oleh pihak sekolah dalam
menangani masalah kata sendi nama dalam penulisan karangan murid.

Selain itu, guru juga boleh mengambil inisiatif bertindak secara proaktif dengan
mewujudkan suasana pembelajaran abad ke 21 sebagai paksi dalam pengajaran dan
pembelajaran harian. Sebagai contoh, guru mewujudkan pembelajaran yang berpusatkan
murid dengan melakukan tugasan berkumpulan supaya murid dapat saling membimbing dan
bekerjasama untuk menyelesaikan sebarang kesilapan dan kekeliuran yang mereka hadapi
berkaitan penggunaan kata sendi nama. Sejajar dengan perkembangan revolusi perindustrian
4.0, guru juga hendaklah mengintegrasi penggunaan teknologi dalam pembelajaran kata sendi
nama. Contohnya penggunaan komputer, telefon pintar, tablet bagi mewujudkan interaksi
pembelajaran secara maya. Penghasilan pelbagai inovasi yang telah dihasilkan oleh pakar-
pakar boleh digunakan oleh para guru dalam usaha untuk meningkatkan penggunakan kata
sendi nama dalam kalangan murid. Pembelajaran pada masa kini tidak terikat di bilik darjah
sahaja, sebaliknya murid berupaya untuk mengakses pelbagai bahan atas talian melalui
penggunaan pelbagai gajet untuk menambah ilmu mereka berkaitan penggunaan kata sendi
nama yang tepat.

243
Antara kajian yang boleh dipertimbangkan untuk dikaji pada masa akan datang
penyelidik mencadangkan supaya kajian lanjutan boleh dilaksanakan dalam bentuk kajian
tindakan. Hal ini kerana kajian tindakan membolehkan pengkaji merangka strategi bagi
menangani masalah kesilapan penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’. Menurut
Khairuddin (2016), kajian tindakan dapat membantu guru memperbaik amalan pengajaran
dengan sentiasa mencari jalan dan peluang untuk menyelesaikan masalah pembelajaran
murid. Hal ini secara tidak langsung penguasaan yang lemah dalam penulisan ayat
terutamanya dari segi sintaksis dan tatabahasa dapat diatasi melalui tindakan praktis dan
refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan yang dilaksanakan oleh pengkaji. Justeru, kajian
tindakan sesuai dilaksanakan untuk meningkatkan penguasaan dan penggunaan kata sendi
nama ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam penulisan murid.

RUJUKAN
Abdullah Hassan. (1974). The Morfology of Malay. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan. (2009). Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Menengah. PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan. (2010). Tatabahasa bahasa Melayu: morfologi dan sintaksis untuk
guru dan pelajar. PTS Sdn. Bhd.
Alhaadi & Zaitul Asma. (2018). Analisis Kesalahan dalam Penulisan Pelajar Bahasa Kedua
dari Aspek Morfologi. Jurnal Linguistik. 22:24-31.
Chow & Jaizah. (2012). Kajian Tindakan Konsep dan Amalan dalam Pengajaran. Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Christina Rama. (2017). Analisis Kesalahan Ejaan dan Penggunaan Kata Sendi Nama
dalam Karangan Bahasa Melayu Pelajar Tingkatan 1. Tesis Sarjana Muda yang tidak
diterbitkan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Corder, S. P. (1973). Introducing applied linguistics. Penguin Education.
Corder. S. Pit. (1967). The Significance of Learner’s Errors. Reprinted in J.C. Richards
(ed.). 1974. 1984. Error Analysis: Perspectives on Second Language Acquisition.
London: Longman. 19-27 (Originally in International Review of Applied Linguistics, 5
(4).
Corder. S. Pit. (1981). Error Analysis and Interlanguange. London: University Press.
Juriah Long, Rahimah Sabran & Sofiah Hamid. (2001). Perkaedahan Pengajaran Bahasa
Malaysia. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Kamaruddin Husin. (2015). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatif.
Universiti Teknologi Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-
2025). Bahagian Perancangan dan Penyelidikan.
Merriam. (2002). An Intruduction to Qualitative. Journal of Management Studies 20(3):349-
365.

244
Muhamad Zain. (2011). Penggunaan Kata Sendi Nama dalam Kalangan Pelajar Universiti.
Tesisi Sarjana ynag tidak diterbitkan. Universiti Putra Malaysia.
Nor Ain Nor Azman & NurFarahkhanna Mohd Rusli. (2020). Analisis Penggunaan Kata
Sendi Nama dalam Penulisan Berdasarkan Teori Kesalahan Bahasa. LSP
international Journal, Vol. 7, Issue 1, 2020, 39-59.
Normaliza & Roslina. (2013). Kesilapan Pnegurangan dalam Pemerolehan Gender
Gramatikal Bahasa Perancis. Vol 10 (2013): Malaysia Journal of Learning and
Instruction (MJL1) Vol. 10, 2013.
Siti Hajar Abd Aziz. (2009). Bahasa Melayu II. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Tuan Jah & Faridah. (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. Penerbitan Multimedia.
W. Azlinda Wan Mukhtar. (2003). Kata Sendi Nama dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu di Sekolah Menengah: Satu Tinjauan. Tesis Ijazah Sarjana Muda
yang tidak diterbitkan. Universiti Sultan Idris.
Wan Mohd Morudin Wan Kadir. (2006). Analisis Kesalahan Umum Struktur Ayat Majmuk
Yahaya, Azizi, Abd. Majid & Nurfaizah (2011). Hubungan Antara Budaya Formal Sekolah
dan Gaya Pembelajaran Pelajar dengan Pencapaian Akademik PelajarSekolah
Menengah. Journal of Educational Psychology and Counseling, 2(4). Pp. 78-112.
ISSN 2231-735X.
Yong & Vijayaletchumy. (2012). Analisis Kesilapan dalam Pembelajaran Bahasa Melayu
oleh Pelajar Asing. Jurnal pengajaran Bahasa Vol 12, No 2 (2012).
Zainal Abidin. (1965). Ilmu Mengarang Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zaliza Mohamad Nasir. (2017). Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu dalam Penulisan
Karangan Pelajar. LSP International Journal. 4(1):23-35.

245
TAHAP MINAT MURID TAHUN ENAM TERHADAP PENDEKATAN DIDIK HIBUR
LAKONAN DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU

Asilatul Hana binti Roslee


Asilatul09-834@epembelajaran.edu.my

Fauzi bin Abdullah


fauzi09-50@epembelajaran.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang tahap minat murid terhadap pendekatan didik
hibur lakonan dalam kalangan murid-murid Tahun 6. Dalam pada itu, kajian ini untuk mengenal pasti
unsur-unsur didik hibur dan faktor motivasi ekstrinsik yang boleh meningkatkan minat murid terhadap
aktiviti lakonan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Melayu melalui
pendekatan didik hibur. Seramai 113 orang sampel yang terdiri daripada murid Tahun 6 di sekolah
rendah di kawasan Wangsa Maju telah dipilih untuk kajian ini. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif
dengan menggunakan instrumen soal selidik. Soal selidik tersebut mengandungi demografi responden,
tahap minat murid terhadap pendekatan didik hibur lakonan berdasarkan persepsi murid, unsur-unsur
didik hibur yang mempengaruhi minat murid terhadap aktiviti lakonan dan faktor motivasi ektrinsik yang
meningkatkan minat murid terhadap pendekatan didik hibur lakonan. Hasil analisis kajian mendapati
murid Tahun 6 menunjukkan minat yang tinggi terhadap pendekatan didik hibur lakonan dengan
keseluruhannya min (3.96µ). Dapatan kajian unsur-unsur didik hibur yang mempengaruhi minat murid
terhadap aktiviti lakonan secara keseluruhannya memperoleh min (4.04µ). Dari segi dapatan kajian
faktor motivasi ektrinsik yang meningkatkan minat murid terhadap pendekatan didik hibur lakonan
secara keseluruhannya min (4.27). Kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa aktiviti
lakonan yang dilaksanakan melalui pendekatan didik hibur dalam pembelajaran bahasa Melayu dapat
meningkatkan minat murid.

Kata Kunci: minat, didik hibur, lakonan, bahasa Melayu, kuantitatif

ABSTRACT
This research aimed to obtain information about the level of students 'interest in the role-playing through
‘fun learning’ approach in among Year 6 students. In the meantime, this study to identify the elements
of ‘fun learning’ and extrinsic motivational factors that can increase students' interest in role-playing
activities through ‘fun learning’ approach used in bahasa Melayu ’s class. A total of 113 samples
comprised of Year 6 students in primary schools in the Wangsa Maju area was selected for this study.
This study quantitatively using a survey instrument. The instrument contains demographics of
respondents, the level of students 'interest in role-playing through ‘fun learning’ approach based on
students' perceptions, elements of ‘fun learning’ and extrinsic motivational factors that rise students'
interest through ‘fun learning’ approach. The results show that Year 6 students have a high interest in
the role-playing activities through ‘fun learning’ with an overall mean (3.96µ). In terms of ‘fun learning’
element that influence students' interest in role playing activities as a whole obtained mean (4.04µ). In
terms of the findings of the study of extrinsic motivational factors that increase students' interest in role
playing through ‘fun learning’ approarch as a whole mean (4.27). In conclusion, this study shows that
Year 6 students have a high interest in role playing activiti used in bahasa Melayu’ class through ‘fun
learning’ approch

Keywords: interest, ‘fun learning’, role playing bahasa Melayu, quantitatives.

246
PENGENALAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan didik hibur di sekolah rendah
bagi merealisasikan hasrat transformasi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik
darjah. Menurut Wan Malini et al (2015), didik hibur ditakrifkan sebagai cara proses pengajaran
dan pembelajaran yang membawa kepada rasa keseronokan dan kurangnya suasana
pembelajaran yang serius. Didik hibur menjadikan sesi pembelajaran lebih menyeronokkan
kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan
lain-lain. Unsur-unsur didik hibur yang menarik ini akan mempengaruhi minat murid dalam
pelaksanaan aktiviti didik hibur. Minat berkait rapat dengan motivasi dalaman dan juga luaran.
Salah satu jenis motivasi yang boleh diberikan kepada murid oleh guru adalah berbentuk
ekstrinsik melalui pengukuhan. Pengukuhan itu adalah rangsangan atau bantuan luar yang
digunakan oleh guru untuk meningkatkan dan mengekalkan minat murid dalam mempelajari
bahasa Melayu seperti ganjaran, pujian dan bahan penggunaan bahan bantu mengajar yang
menarik. Justeru, kajian ini memilih salah satu elemen didik hibur iaitu, lakonan untuk mengkaji
tahap minat murid terhadap aktiviti tersebut dalam PdP bahasa Melayu.

PERNYATAAN MASALAH

Kajian Christina Andin, Rosmiza Mohd Zainol, Wong Hock Chuo dan Rohana Hamzah (2019)
mendapati murid tidak mempunyai semangat untuk belajar kerana kaedah pengajaran guru
yang membosankan, gaya pengajaran guru yang sama dan tidak berubah merupakan faktor
utama murid berpencapaian rendah dalam pembelajaran. Kajian ini disokong dengan hasil
dapatan kajian Muhammad Yunos (2015) yang melaporkan bahawa kemerosotan minat murid
terhadap proses pembelajaran berpunca daripada guru yang menggunakan strategi, teknik,
kaedah dan pendekatan yang terhad. Pendekatan pengajaran seseorang guru merupakan
komponen yang penting dalam sesi PdP. Perancangan pengajaran yang baik akan membawa
hasil prestasi yang dikehendaki. Seseorang guru perlu mempunyai sifat kreatif yang boleh
dibina melalui pengalaman yang luas dengan mempelbagaikan pendekatan, strategi, kaedah
dan teknik yang berkesan untuk menarik minat dan perhatian murid.

Pelbagai kajian yang menunjukkan guru masih tidak ambil cakna dengan minat murid
semasa berlangsungnya proses PdP dan masih mengamalkan cara pengajaran yang ‘selesa’
tanpa meningkatkan ilmu pedagogi yang mengikut perkembangan semasa. Penyataan ini
dapat disokong dengan hasil kajian Mohd Aizat dan Kamarudin Musa (2020) yang mendapati
daripada 384 orang guru sekolah rendah di Semenanjung Malaysia berkaitan aspek
pengetahuan subjek dan pedagogi serta tanggungjawab yang memfokuskan pengajaran guru
dengan kaedah yang sesuai dengan perkembangan semasa ini berada pada tahap terendah
berbanding tiga aspek yang lain seperti watak guru, komitmen untuk berubah dan peningkatan

247
berterusan. Selari dengan hasil dapatan kajian Rozita Radhiah, Abdul Rasid, & Azhar Md.
Sabil (2016) mendapati guru bahasa Melayu lebih selesa menggunakan pendekatan
pengajaran yang lama iaitu menggunakan buku teks bahasa Melayu dan papan tulis di dalam
bilik darjah. Sistem pendidikan yang bergantung sepenuhnya kepada guru dan tidak mengikut
perkembangan semasa akan memberi kesan kepada pencapaian dan minat murid semasa
proses PdP.

Hasil dapatan kajian Mohamad Aziz et al (2014) menunjukkan murid tertekan dan
bimbang untuk terlibat dalam proses pengajaran guru kerana menunjukkan sikap guru yang
serius dan tegas semasa mengajar bahasa Melayu. Hal ini bertentangan dengan unsur-unsur
didik hibur yang perlu diaplikasikan oleh guru bahasa Melayu. Kesannya membawa kepada
pencapaian akademik dalam penilaian bahasa Melayu yang kurang memuaskan (Shaffe Mohd
et al, 2011). Majoriti murid menyukai guru yang boleh berjenaka atau membuatkan mereka
geli hati (Mohd. Salleh, 2002). Mereka akan menanti kedatangan guru tersebut dan
memberikan perhatian kepadanya. Secara semula jadi setiap manusia sukakan suasana yang
ceria dan menggembirakan (Abdul Rashid, Abd Rahman & Abd Ghani, 2008). Menurut Max
Malikow (2007), murid menyukai guru yang pandai berjenaka. Namun ramai guru yang tidak
dapat melakukannya semasa dalam bilik darjah. Faktor jantina, mata pelajaran dan personaliti
guru dikatakan menjadi penyebab mengapa guru tidak berjenaka.

Ringkasnya, pendekatan didik hibur merupakan salah satu pembaharuan dalam sistem
pendidikan di negara kita. Ramai pengkaji telah memberi sumbangan untuk menjalankan
kajian tentang didik hibur. Walau bagaimanapun, kajian mengenai minat murid terhadap
pendekatan didik hibur khususnya aktiviti lakonan masih kurang dilaksanakan. Hal ini demikian
kerana kebanyakan pengkaji lebih menumpukan kepada pengaruh amalan pembelajaran
menyeronokkan terhadap kelompok guru tertentu dan impaknya terhadap pembelajaran murid
(Abdul Rasid & Hasmah, 2013). Kurangnya maklumat mengenai tahap minat dan faktor yang
meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran akan menyukarkan usaha untuk membantu
mereka. Oleh itu, kajian yang akan dilakukan ini adalah untuk meninjau persepsi murid
terhadap minat mereka melalui pendekatan didik hibur lakonan dalam PdP bahasa Melayu.

OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan tujuan tersebut, kajian ini cuba untuk mencapai tiga objektif berikut:

i. Mengenal pasti tahap minat murid terhadap pendekatan didik hibur lakonan dari persepsi
murid dalam pembelajaran bahasa Melayu.
ii. Mengenal pasti unsur-unsur didik hibur yang mampu meningkatkan minat murid terhadap
aktiviti lakonan.

248
iii. Mengenal pasti faktor motivasi ekstrinsik yang meningkatkan minat murid terhadap didik
hibur lakonan.
SOALAN KAJIAN

Kajian ini mengemukakan tiga persoalan seperti berikut:

i. Apakah tahap minat murid semasa menjalankan aktiviti didik hibur lakonan dalam
pengajaran dan pembelajran bahasa Melayu berdasarkan persepsi murid?
ii. Adakah penerapan unsur-unsur didik hibur yang dapat mempengaruhi minat murid dalam
aktiviti lakonan?
iii. Apakah faktor motivasi ekstrinsik yang menggalakkan minat murid terhadap pendekatan
didik hibur lakonan?
METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kajian tinjauan. Ia
dijalankan dengan cara mendapatkan data dalam tempoh suatu masa tertentu sahaja. Selain
itu, kaedah ini juga digunakan untuk mengukur pembolehubah-pembolehubah yang berkaitan
dengan suatu fenomena tanpa menyoal mengapa pembolehubah tersebut wujud (Mohd.
Majid, 2005). Di samping itu, kajian tinjauan dapat mengumpul data berhubung dengan
fenomena yang tidak dapat diperhatikan oleh pengkaji secara langsung (Chua, 2011).
Sehubungan itu, pengkaji telah menggunakan kajian penyelidikan deskriptif dengan
menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian.

Penggunaan soal selidik menjadi pilihan pengkaji kerana bersifat kos-efektif iaitu
mudah ditadbirkan kepada kumpulan responden kajian yang besar serta bersifat piawai iaitu
setiap responden kajian akan menerima soal selidik yang sama untuk dijawab. Sifat piawai
akan memudahkan pengkaji menganalisis data dan menggeneralisasikan dapatan kajian
kepada kumpulan sampel yang besar (Lay dan Khoo, 2014). Item soal selidik dibina dan
diadaptasi berdasarkan soal selidik kajian lepas yang telah diakui kesahannya. Walaupun
demikian, pengkaji tetap menjalankan kesahan muka dan kesahan kandungan terhadap soal
selidik.

Dalam konteks kajian ini, kebolehpercayaan item soal selidik dianggarkan


menggunakan nilai Alpha Cronbach. Dalam hal ini, analisis data berdasarkan ujian rintis telah
dilakukan untuk mendapatkan nilai alpha Cronbach. Dalam proses ujian rintis, sebanyak 30
soal selidik telah diisi dan dikembalikan, diproses dan dianalisis datanya menggunakan
‘Statistical Pakage for Social Science (SPSS) Version 26.0. Didapati instrumen soal selidik
tersebut mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi, iaitu 0.958.

249
Justeru, soal selidik telah diedarkan kepada responden yang terdiri daripada murid-
murid tahun 6 di beberapa buah sekolah di zon Keramat. Tafsiran skor min telah diadaptasi
daripada Jamil et al. (2002) dan ditunjukkan dalam Jadual 1. Selang skala skor min dikekalkan
tetapi tafsiran bagi setiap konstruk diubah suai menggunakan istilah yang lebih sesuai agar
dapat menyampaikan tafsiran yang tepat dan difahami.

Jadual 1
Interpretasi Skor Min

Skor Min Tahap Interpretasi Skor Min


1.00 hingga 2.33 Rendah Kurang setuju/ kurang membantu/
kurang mahir/ kurang memenuhi/
tidak pasti/ kadang-kadang/ tiada/
sebahagian kecil
2.34 hingga 3.66 Sederhana Setuju/ membantu/ mahir/
memenuhi/ separuh
3.67 hingga 5.00 Tinggi Sangat setuju/ sangat membantu/
sangat mahir/ sangat memenuhi/
sangat selalu/ semua/
sebahagian besar

Dalam kajian ini tahap minat murid terhadap pendekatan didik hibur lakonan kepada
tiga tahap iaitu skor min 1.00 hingga 2.33 menunjukkan tahap yang rendah, skor min 2.34
hingga 3.66 menunjukkan tahap sederhana dan skor min 3.67 hingga 5.00 menunjukkan tahap
minat murid yang tinggi.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini menjawab kepada tiga soalan kajian iaitu berkaitan tahap minat murid
terhadap pendekatan didik hibur lakonan, unsur-unsur didik hibur dan faktor motivasi ekstrinsik
yang meningkatkan minat murid terhadap aktiviti lakonan melalui pendekatan didik hibur.

Jadual 2
Analisis Item Tahap Minat Murid Terhadap Pendekatan Didik Hibur Lakonan Dalam Mata
Pelajaran Bahasa Melayu

Bil. Item Min Sisihan Tahap


(µ) Piawai
(SP)

B1 Saya berminat terhadap aktiviti lakonan kerana 4.04 1.116 Tinggi


saya berasa santai.

250
B2 Saya bersemangat apabila dapat melakonkan 3.91 1.048 Tinggi
sesuatu watak.

B3 Saya seronok apabila dapat melakonkan sesuatu 3.81 1.074 Tinggi


watak.

B4 Saya berminat untuk menyatakan 3.81 1.109 Tinggi


pendapat dalam sesi soal jawab aktiviti lakonan.

B5 Saya berpuas hati selepas melaksanakan 3.96 1.114 Tinggi


bahagian saya dalam aktiviti lakonan ini.

B6 Saya tidak jemu untuk melaksanakan aktiviti 3.89 1.097 Tinggi


lakonan ini.

B7 Saya tidak bosan untuk melaksanakan aktiviti 4.01 1.073 Tinggi


lakonan ini.

B8 Aktiviti lakonan menarik minat saya untuk 4.08 0.983 Tinggi


mempelajari bahasa Melayu.

B9 Saya suka jika guru melaksanakan lagi aktiviti 3.98 1.001 Tinggi
lakonan pada kelas akan datang.

B10 Saya berasa seronok kerana aktiviti lakonan ini 4.13 0.987 Tinggi
memberi pengalaman bermakna kepada saya.

Skor Min Keseluruhan 3.96 0.879 Tinggi

Jadual 2 menunjukkan dapatan item tahap minat murid terhadap pendekatan didik
hibur lakonan dalam mata pelajaran bahasa Melayu berada pada tahap tinggi. Item yang
mempunyai nilai min tertinggi ialah item B10 “Saya berasa seronok kerana aktiviti lakonan ini
memberi pengalaman bermakna kepada saya” (µ=4.14 dan SP=0.987). Manakala, terdapat
dua item yang mempunyai nilai min yang sama dan merupakan nilai min terendah dalam
dapatan ini. Item B3 “Saya seronok apabila dapat melakonkan sesuatu watak” (µ=3.81 dan
SP=1.074) dan item B4 “Saya berminat untuk menyatakan pendapat dalam sesi soal jawab
aktiviti lakonan” (µ=3.81 dan SP=1.109).

251
Jadual 3
Analisis Item Penerapan Unsur-unsur Didik Hibur Yang Dapat Mempengaruhi Minat Murid
Dalam Aktiviti Lakonan

Bil. Item Min Sisihan Tahap


(µ) Piawai
(SP)

C1 Saya teruja dapat melaksanakan aktiviti 4.29 0.942 Tinggi


lakonan bersama rakan-rakan secara
berkumpulan.

C2 Saya terhibur apabila guru menggunakan 4.26 0.821 Tinggi


muzik semasa melaksanakan aktiviti
lakonan.

C3 Saya terhibur apabila guru menggunakan 4.28 0.881 Tinggi


lagu semasa melaksanakan aktiviti lakonan.

C4 Saya suka guru yang pandai berjenaka ketika 4.40 0.851 Tinggi
mengajarkan aktiviti lakonan ini.

C5 Saya berasa santai kerana bebas bergerak 4.01 1.114 Tinggi


semasa melaksanakan aktiviti lakonan.

C6 Saya menggunakan gaya sendiri yang kreatif 3.88 1.166 Tinggi


semasa menyampaikan lakonan.

C7 Saya melakukan mimik muka yang sesuai 3.92 1.143 Tinggi


semasa menyampaikan lakonan.

C8 Saya menggunakan bahasa badan yang 3.82 1.071 Tinggi


sesuai semasa menyampaikan lakonan.

C9 Saya menggunakan intonasi suara yang 3.93 1.140 Tinggi


sesuai semasa menyampaikan lakonan.

C10 Saya tidak berasa takut ketika melaksanakan 3.65 1.223 Sederhana
aktiviti lakonan di hadapan rakan sekelas dan
guru.

Keseluruhan 4.04 0.749 Tinggi

252
Jadual 3 menunjukkan dapatan item unsur-unsur didik hibur yang mempengaruhi minat
murid dalam aktiviti lakonan berada pada tahap yang tinggi. Nilai min tertinggi ialah item C4
“Saya suka guru yang pandai berjenaka ketika mengajarkan aktiviti lakonan ini” (µ=4.40 dan
SP=0.851). Manakala, item C10 “Saya tidak berasa takut ketika melaksanakan aktiviti lakonan
di hadapan rakan sekelas dan guru” (µ=3.65 dan SP=1.223) merupakan nilai min terendah
dan berada pada tahap sederhana dalam dapatan ini.

Jadual 4
Analisis Item Faktor Motivasi Ektrinsik Yang Meningkatkan Minat Murid Terhadap Pendekatan
Didik Hibur Lakonan Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu

Bil. Item Min Sisihan Tahap


(µ) Piawai
(SP)

D1 Saya berminat apabila guru menggunakan petikan 4.32 0.899


cerita yang menarik ketika melaksanakan aktiviti
lakonan. Tinggi

D2 Saya berminat apabila guru menggunakan topeng 4.30 0.925 Tinggi


muka yang menarik ketika melaksanakan aktiviti
lakonan.

D3 Saya berminat apabila guru menggunakan bahan 4.17 0.953 Tinggi


bergambar yang menarik ketika melaksanakan
aktiviti lakonan.

D4 Saya suka apabila guru memberi bimbingan dan 4.33 0.860 Tinggi
pertolongan kepada saya dalam melaksanakan
aktiviti lakonan.

D5 Saya suka apabila guru memberikan perhatian 4.14 0.990 Tinggi


kepada saya ketika saya melaksanakn aktiviti
lakonan.

D6 Suasana kelas yang ceria membuatkan saya 4.20 0.868 Tinggi


berasa seronok melaksanakan aktiviti lakonan.

D7 Saya suka apabila guru memberikan kata-kata 4.35 0.884 Tinggi


semangat kepada saya untuk
melaksankan aktiviti lakonan.

253
D8 Saya suka apabila guru memberikan pujian 4.22 0.952 Tinggi
kepada saya setelah melaksanakan aktiviti
lakonan.

D9 Saya suka apabila guru memberikan ganjaran 4.24 0.919 Tinggi


setelah saya melaksanakan aktiviti lakonan.

D10 Saya rasa bersemangat apabila ada kerjasama 4.43 0.843 Tinggi
antara rakan sekelas ketika melaksanakan aktiviti
lakonan.

Keseluruhan 4.27 0.642 Tinggi

Jadual 4 menunjukkan dapatan item faktor motivasi ektrinsik yang meningkatkan minat
murid terhadap pendekatan didik hibur lakonan berada pada tahap tinggi. Item yang
mempunyai nilai min tertinggi ialah item D10 “Saya rasa bersemangat apabila ada kerjasama
antara rakan sekelas ketika melaksanakan aktiviti lakonan” (µ=4.44 dan SP=0.843).
Manakala, item D5 “Saya suka apabila guru memberikan perhatian kepada saya ketika saya
melaksanakn aktiviti lakonan” (µ=4.14 dan SP=0.990) merupakan nilai min terendah di tahap
yang sama.

Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa majoriti murid-murid Tahun 6 daripada


ketiga-tiga buah sekolah di kawasan Wangsa Maju tersebut mempunyai minat yang tinggi
terhadap pendekatan didik hibur lakonan. Hasil analisis data juga menunjukkan bahawa
majoriti minat murid dipengaruhi oleh unsur-unsur didik hibur serta faktor ekstrinsik yang dapat
meningkatkan minat murid terhadap pendekatan didik hibur lakonan. Secara keseluruhannya,
keseluruhan skor min ketiga-tiga soalan kajian berada pada tahap tinggi. Dalam kajian ini,
masalah ini turut dibincangkan dan menjadi cadangan pengkaji dalam usaha meningkatkan
minat murid terhadap pendekatan didik hibur lakonan dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Dapatan kajian ini menunjukkan tahap minat murid terhadap pendekatan didik hibur lakonan
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Terdapat hasil dapatan kajian dalam
kajian lepas yang hampir selari dengan kajian tahap minat murid terhadap pendekatan didik
hibur lakonan dalam pembelajaran bahasa Melayu dan. Hal ini signifikan dengan hasil dapatan
kajian Nurhayati (2017) yang merumuskan bahawa penggunaan teknik similasi berlakon
berskrip dalam topik Pergerakan Bumi memberi kesan yang lebih baik dalam aspek minat
dan pencapaian murid Tahun 5. Dalam pada itu, objektif kajian Norasmazura Muhammad,

254
Azani Ismail & Azman Che Mat (2014) adalah berbeza tetapi dapatan kajian yang selari
dengan kajian ini iaitu 78.64% pelajar menyatakan penggunaan aktiviti lakonan dalam PdP
Bahasa Arab.

Selain itu, hasil dapatan kajian Mohd Amir et al (2019) juga mendapati sejumlah 81
peratus dalam kalangan pelajar yang terlibat amat berminat terhadap kaedah drama
berbanding kaedah pengajaran yang lain. Kajian ini juga mendapati bahawa penggunaan
kaedah teater membaca memberi impak yang positif dalam aspek pengajaran dan
pembelajaran, di samping kaedah ini dapat menarik minat pelajar tanpa terikat dan tidak
memberi tekanan kepada pelajar.

Berdasarkan hasil dapatan kajian Mohd Salleh (2002) mendapati majoriti murid
menyukai guru yang boleh berjenaka atau membuatkan mereka geli hati. Secara semula jadi
setiap manusia sukakan suasana yang ceria dan menggembirakan (Abdul Rashid, Abd
Rahman & Abd Ghani, 2008). Keadaan ini menunjukkan wujud kaitan antara kajian tersebut
dengan kajian ini kerana jenaka atau unsur humor adalah salah satu unsur-unsur dalam didik
hibur.

Melalui hasil dapatan kajian Mohd Zahar dan Affero Ismail (2016) mendapati
penerangan yang jelas, pemberian ganjaran, menetapkan matlamat, mengambil berat kepada
pelajar serta dapat melibatkan pelajar semaksimum yang boleh menjadi kunci dalam
merangsang tahap motivasi ekstrinsik pelajar. Dapatan kajian Alhaadi Ismail & Norimah
Zakaria (2019) juga dilihat selari dengan dapatan kajian ini iaitu faktor guru yang
menggunakan bahan bantu yang pelbagai, selalu memberi ganjaran, melaksanakan aktiviti
yang pelbagai dapat mempengaruhi motivasi murid untuk mempelajari bahasa Melayu.

Implikasinya, dapatan kajian ini dapat ini dapat membantu guru-guru mengenal pasti
tahap minat belajar murid dalam pembelajaran dan menyusun semula strategi pengajaran dan
pembelajaran di kelas. Penggunaan didik hibur membantu guru merancang kaedah mengajar
yang berkesan untuk menghasilkan satu produk yang bermutu tinggi. Sebagai cadangan
kajian lanjutan, pengkaji juga boleh mengkaji sama ada wujud faktor-faktor yang
mempengaruhi tahap minat murid terhadap pendekatan didik hibur lakonan dalam PdP
bahasa Melayu seperti jantina, rakan sebaya dan budaya sekolah. Pengkaji juga boleh
mempelbagaikan teknik untuk mengumpul maklumat dan data seperti pemerhatian dan temu
bual. Selain itu, dicadangkan bahawa penyelidik yang berpotensi untuk menjalankan
penyelidikan mengambil sampel yang lebih besar dan tidak terhad kepada beberapa buah
sekolah sahaja untuk mencapai hasil kajian yang lebih luas.

Secara kesimpulannya, tahap minat murid terhadap pendekatan didik hibur lakonan
dalam mata pelajaran bahasa Melayu berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian ini dilihat

255
sebagai nilai tambah dalam bidang pedagogi pendekatan pengajaran bahasa Melayu. Hal ini
demikian kerana kajian-kajian lepas lebih melihat keberkesanan aktiviti lakonan berbanding
persepsi dan minat murid. Tambahan pula, masih kurang kajian tentang tahap minat murid
terhadap pendekatan didik hibur lakonan dalam mata pelajaran bahasa Melayu Tuntasnya,
pengkaji akan datang disarankan untuk menjalankan kajian yang hampir sama seperti
cadangan yang diberikan. Jelaslah bahawa cadangan kajian lanjutan ini dapat memperluas
penyelidikan dalam bidang didik hibur bahasa Melayu.

RUJUKAN

Abdul Rashid Mohamed, Abd Rahman & Abd Ghani. (2008). Humor dalam pengajaran. PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Alhaadi Ismail & Norimah Zakaria. (2019). Faktor yang mempengaruhi motivasi pembelajaran
bahasa Melayu dalam kalangan murid di SJKC Chung Hwa Teluk Kemang.
International Journal of the Malay World and Civilisation, 7 (3), 23-30.
Chua, Y.P. (2011). Kaedah dan statistik penyelidikan: kaedah penyelidikan. Mcgraw-Hill
Education.
Lay, Y.F. & Khoo, C.H. (2014). Pengenalan kepada pendekatan kuantitatif dalam penyelidikan
pendidikan. Penerbit Universiti Malaysia Sabah.
Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru di sekolah: Satu
penilaian. (Tesis doktor falsafah yang tidak diterbitkan). Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Meor Rahman. 2003. Gaya pembelajaran dan hubungannya dengan pencapaian pelajar,
seminar memperkasakan sistem pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Aizat Abu Hassan & Kamarudin Musa. (2020). Tahap profesionalisme guru sekolah
kebangsaan di Semenanjung Malaysia. Management Research Journal, 9(2), 37-
45.
Mohd Amir Mohd Zahari. (2019). Kaedah Teater Membaca Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Genre (Drama). Jurnal Bahasa dan Kesusasteraan Melayu.
Mohd Salleh. (2002). Perancangan Pendidikan: peringkat sekolah dan ipt. Utusan Publication
& Distribution Sdn. Bhd.
Mohammad Aziz Shah et al. (2014). Faktor, Kesan Dan Strategi Menangani Permasalahan
Kurang Tumpuan Pelajar Sekolah Menengah Di Dalam Kelas: Suatu Kajian Kualitatif.
Dibentangkan di International Counseling Conference and Work, Medan.
Mohd Zahar Kusnun & Affero Ismail (2016). Penerapan kaedah didik hibur terhadap motivasi
belajar di kalangan murid di sebuah sekolah rendah daerah Kluang. Seminar
Pendidikan Johor 2016.
Muhammad Yunos. (2015). Hubungan Sikap Dan Persepsi Murid Terhadap Pembelajaran
Bahasa Melayu Dengan Kemahiran Abad Ke-21. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,
5(2), 22-30.
Norasmazura Muhammad, Azani Ismail & Azman Che Mat. (2014). Penerimaan pelajar
sekolah menengah terhadap aktiviti lakonan dalam P&P bahasa Arab. Seminar
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab. Malaysia Terengganu.

256
Nurhayati Ishak. (2017). Kesan teknik simulasi berlakon berskrip terhadap minat dan
pencapaian murid tahun lima dalam topik pergerakan bumi. Prosiding Seminar
Penyelidikan dalam Pendidikan.
Ragbir Kaur, J.S. (2005). Panduan ulangkaji ilmu pendidikan untuk Kursus Perguruan
Lepasan Ijazah (KPLI). Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Rozita Radhiah Said, Abdul Rasid Jamian, & Azhar Md. Sabil. (2016). Pengetahuan dan
kefahaman skop pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu dalam kalangan
jurulatih pakar pembangunan sekolah (sisc+). International Journal of Education and
Training (InjET), 2(2)1- 9.http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/51057/
Shaffe Mohd Daud et al. (2011). Pengaruh amalan jenaka terhadap pengajaran dan
pembelajaran murid. Jurnal Pendidik dan Pendidikan Asia Pasifik, 26 (1),125-144.
Wan Malini Wan Isa et al. (2015). Conceptual framework of edutainment animated series for
children: A pious story. Journal of Engineering and Applied Sciences,10(3),1106-
1113.

257
KOMPETENSI GURU BAHASA MELAYU DALAM PENGAJARAN SENI TULISAN JAWI

Chai Kheng Hao


chai09-835@epembelajaran.edu.my

Razman bin Kamaruddin


razman@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Isu berkaitan pengajaran seni tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu semakin hangat
dibincangkan pada masa kini. Pelaksanaan pengajaran seorang guru selalu berkait rapat dengan
penguasaan pengetahuan dan kemahiran terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu. Justeru kajian ini
bertujuan untuk mengkaji kompetensi guru Bahasa Melayu dalam pengajaran seni tulisan Jawi. Reka
bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah kajian kes. Seorang guru Bahasa
Melayu Tahun 5 yang mengajar di sebuah sekolah rendah di negeri Melaka telah menjadi sebagai
peserta kajian kes ini. Instrumen kajian yang digunakan ialah kaedah temu bual, analisis dokumen dan
pemerhatian. Triangulasi data digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan nilai kepercayaan yang
tinggi. Dapatan kajian membuktikan bahawa penguasaan pengetahuan dan kemahiran guru adalah
pada tahap memuaskan disebabkan oleh beberapa faktor yang akan dibincangkan dalam kajian ini. Hal
ini telah mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan pengajaran seni tulisan Jawi guru dalam PdP
Bahasa Melayu. Implikasinya, murid tidak dapat mempelajari seni tulisan Jawi dengan cara yang betul
daripada pengajaran guru disebabkan pendedahan guru yang kurang mendalam terhadap seni tulisan
Jawi.
Kata Kunci: Seni Tulisan Jawi, Kompetensi, Guru Bahasa Melayu

ABSTRACT
Issues related to the implementation of Jawi written art in subjects Bahasa Melayu are increasingly
being discussed nowadays. The implementation of a teacher's teaching is always closely related to the
mastery of knowledge and skills in the subjects Bahasa Melayu. Hence, this study was aimed to study
competency of Malay language teachers in teaching Jawi written art. The design of this study uses a
qualitative approach and case study method. A Year 5 Malay language teachers who taught at a primary
school in Melaka has become a participant in this case study. The instruments used are interview
methods, document analysis and observation. Triangulation of data is used in this study to obtain high
trust value. The findings prove that mastery of teacher knowledge and skills is at a satisfactory level due
to several factors that will be discussed in this study. This has influenced the effectiveness of the
teaching of Jawi written art teachers in PdP Bahasa Melayu. Consequently, the students were unable
to learn Jawi written art in the correct way from the teacher's teaching due to the teacher's lack of in-
depth exposure to Jawi written art.
Key Words: Jawi Written Art., Competency, Malay Language Teachers

PENGENALAN
Seni tulisan Jawi merupakan sistem tulisan Jawi yang ditulis dalam bentuk kesenian yang
indah dan menarik. Seni tulisan Jawi diperkenalkan sebagai seni dan warisan Melayu yang
unik serta memiliki keindahan dan estetik yang bernilai tinggi. Makmur (2011) telah

258
menegaskan bahawa seni tulisan Jawi lebih terkenal dengan seni kaligrafi Islam yang
merupakan penyederhanaan daripada kata calligraphy yang berasal dari dua suku kata
bahasa Yunani iaitu Kallos yang bermaksud indah dan Graphein yang bermakna menulis.
Dapat dijelaskan bahawa seni tulisan Jawi ialah sejenis tulisan yang ditulis indah dengan
menggunakan tulisan Jawi dan diikuti dengan corak hiasan atau motif-motif yang menarik
sehingga menghasilkan sebuah karya seni tulisan yang cantik dan menarik.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (Semakan) tahun 2017 bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu Tahun Lima telah diperkenalkan dengan seni tulisan Jawi sebagai
pengisian tambahan. Husni Noor (Ogos, 2019) juga menegaskan lagi bahawa tulisan jawi
telah diajar di sekolah jenis kebangsaan melalui mata pelajaran Bahasa Melayu sejak tahun
2015. Berdasarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (2019), pengenalan seni tulisan Jawi
dilaksanakan sebagai pengisian dalam aspek seni bahasa adalah bertujuan untuk
memperkaya murid-murid dengan pengetahuan tentang seni, warisan dan sejarah bahasa
Melayu. Hal ini bermakna murid-murid akan memahami dan menyedari kepentingan seni
tulisan Jawi sebagai warisan budaya negara melalui pendedahan seni tulisan Jawi dalam
aspek seni bahasa.

Dalam KSSR Bahasa Melayu Tahun Lima, standard kandungan 4.4, murid-murid perlu
mengaplikasikan, menghayati dan menghasilkan unsur keindahan dalam seni tulisan Jawi.
Seterusnya, standard pembelajaran 4.4.1 pula memastikan murid mengenal, mengencam dan
menyebut huruf tunggal yang ditulis mengikut seni tulisan Jawi dalam perumpamaan dan
mempersembahkannya dalam bentuk tulisan. Manakala standard pembelajaran 4.4.2
mewajibkan murid untuk mempersembahkan keindahan seni tulisan Jawi melalui
perumpamaan. Jelaslah bahawa, pendedahan seni tulisan Jawi sebagai pengisian tambahan
dalam Bahasa Melayu perlu diberi fokus oleh warga pendidik supaya warisan kebudayaan
Melayu tidak dijejaskan. Pada pendapat pengkaji, pengisian kurikulum yang direka oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia bukan sahaja dapat mengukuhkan kemahiran tulisan Jawi
dalam kalangan murid tahap dua, malahan hal ini juga dapat meningkatkan nilai estetika dalam
diri mereka melalui pengajaran seni tulisan Jawi dalam proses PdP Bahasa Melayu.

Namun begitu, penguasaan dan minat masyarakat terhadap tulisan dan khat jawi
adalah semakin berkurang. Mimijuana (2014) bersetuju dengan pernyataan tersebut kerana
penggunaan seni tulisan Jawi semakin berkurang dalam kalangan masyarakat, contohnya
tiada lagi surat khabar yang diterbitkan dalam tulisan jawi. Oleh itu, guru memainkan peranan
penting untuk memperkenalkan dan memartabatkan seni tulisan Jawi melalui mata pelajaran
Bahasa Melayu. Secara ringkasnya, pengkaji dapat merumuskan bahawa guru Bahasa
Melayu perlu sentiasa bersedia untuk menjadi seorang guru yang mempunyai pengetahuan

259
mendalam terhadap seni tulisan Jawi supaya murid dapat memahami dan mempelajari seni
tulisan Jawi dengan baik.

PERNYATAAN MASALAH

Pandangan yang mengatakan bahawa ketidaksetujuan silibus pelajaran seni tulisan Jawi
dalam subjek Bahasa Melayu telah dibangkitkan dalam masyarakat kita yang bercorak
pelbagai bangsa dan agama. Hal ini telah dibincang dalam artikel konseptual yang dilakukan
oleh Eezan Hamzah dan Shahlah Surat (2021) bahawa masyarakat yang tidak menyokong
dasar ini menganggap bahawa penguasaan Jawi adalah tidak relevan pada masa kini kerana
penggunaan tulisan rumi telah diamalkan dalam kehidupan kita sebagai norma biasa. Eezan
Hamzah dan Shahlah Surat juga berpendapat bahawa masyarakat merasakan pelajaran seni
tulisan Jawi adalah tidak penting kerana tidak dinilai dalam peperiksaan. Pandangan naif ini
telah mempengaruhi persepsi murid dan merendahkan motivasi murid untuk memperkasakan
kemahiran seni tulisan Jawi.

Guru Bahasa Melayu perlu bertanggungjawab untuk melaksanakan sesi PdP


berdasarkan standard kandungan 4.4, iaitu murid-murid perlu mengaplikasikan, menghayati
dan menghasilkan unsur keindahan dalam seni tulisan Jawi. Namun begitu, beberapa kajian
telah membuktikan bahawa kegagalan pelaksanaan PdP tersebut dalam bilik darjah Bahasa
Melayu Tahun 5. Hazliza Ismail (2011) telah mengatakan bahawa tenaga pengajar yang
berkemahiran dalam seni tulisan Jawi adalah amat berkurangan. Hal ini akan terus
menimbulkan masalah kepada murid dan guru sendiri. Widi Purwianingsih, Nuryani Y.
Rustaman dan Sri Redjeki (2010) juga menegaskan bahawa seorang guru yang baik harus
menguasai ilmu pengetahuan dengan baik dan mengaplikasi ilmu mengajar dengan betul
dalam bilik darjah. Dapat dijelaskan bahawa guru yang kurang mahir dalam bidang seni tulisan
Jawi tidak akan melaksanakan sesi PdP tersebut dengan baik dan kesannya ialah murid akan
terus menghilangkan minat terhadap seni tulisan Jawi.

Selain itu, tahap penguasaan kemahiran seni tulisan Jawi dalam kalangan guru
Bahasa Melayu juga perlu diberi perhatian. Jika guru tidak mengajar kemahiran seni tulisan
Jawi yang betul, maka murid akan berasa bosan dan tidak memberi fokus di dalam bilik darjah.
Abdul Rasid Jamian dan Hasmah Ismail (2013) juga bersetuju pendapat tersebut kerana murid
akan berasa kurang berminat apabila guru mampu mengajar dengan baik tetapi dalam
keadaan yang membosankan. Hal ini juga bertepatan dengan pendapat kajian Makmur Harun
dan Bukhari Lubis (2016) bahawa penerapan seni tulisan Jawi dalam dunia pendidikan adalah
berkurangan disebabkan kekurangan kepakaran dalam pengajaran dan pembelajaran seni
tulisan jawi dalam subjek Bahasa Melayu. Oleh itu, guru perlu merangkumi kemahiran seni
tulisan Jawi yang baik untuk mengajar murid-murid semasa sesi PdP dijalankan.

260
Latifah Alias (2011) telah berpendapat bahawa kemerosotan seni tulisan Jawi pada
masa kini disebabkan oleh kekurangan minat generasi sekarang untuk mempelajari seni
tulisan Jawi. Kajian Makmur Harun dan Bukhari Lubis (2016) juga membuktikan bahawa
kebanyakan generasi muda telah tidak menikmati seni tulisan Jawi sehingga isu ini menjadi
cabaran utama dalam masyarakat kita untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran seni
tulisan Jawi. Jika isu ini terus dibiarkan tanpa sebarang tindakan, maka pasti tidak akan ada
golongan pelapis yang bakal mewarisi dan memperkembangkan seni tulisan Jawi. Justeru,
guru perlu memainkan peranan domain untuk menguasai kemahiran seni tulisan Jawi dengan
baik.

OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan kajian tersebut, objektif kajian ini adalah bertujuan untuk:

i. Mengenal pasti tahap penguasaan pengatahuan dan kemahiran seni tulisan Jawi dalam
kalangan guru Bahasa Melayu Tahun 5 di sekolah rendah
ii. Mengenal pasti amalan pengajaran seni tulisan Jawi dalam kalangan guru Bahasa Melayu
Tahun 5 di sekolah rendah
iii. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pengajaran seni tulisan Jawi dalam
kalangan guru Bahasa Melayu Tahun 5

SOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian tersebut, kajian ini telah membina dua soalan kajian. Soalan kajian
adalah seperti berikut:

i. Apakah tahap penguasaan pengetahuan dan kemahiran seni tulisan Jawi dalam kalangan
guru Bahasa Melayu Tahun 5 di sekolah rendah?
ii. Apakah amalan pengajaran seni tulisan Jawi dalam kalangan guru Bahasa Melayu Tahun
5 di sekolah rendah?
iii. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pengajaran seni tulisan Jawi guru dalam Bahasa
Melayu?
METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk

Pendekatan kualitatif digunakan dalam kajian ini. Syed Ismail, Ismail Raduan dan Bushro Ali
(2018) mengatakan bahawa kajian kes digunakan untuk memahami subjek yang dikaji dengan
mendalam, menfokuskan proses berbanding dengan output, mementingkan penemuan dan
bukan pengesahan sesuatu teori atau dapatan. Hal ini juga disokong oleh Yin (2009) bahawa

261
kajian kes sesuai digunakan dalam unit yang kecil seperti sekolah, institusi atau unit sosial
yang kompleks secara keseluruhan dan mendalam. Hal ini bermakna kajian kes
membolehkan pengkaji untuk melakukan pengkajian yang menyeluruh bagi mengetahui ciri-
ciri dalam sesuatu peristiwa atau kehidupan sebenar. Kajian kes ini dilakukan untuk mengenal
pasti dan membincang dengan terperinci bahawa implikasi pengetahuan dan kemahiran seni
tulisan Jawi pada guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan pengajaran seni tulisan Jawi.

Sampel Kajian

Kajian kes ini menggunakan pensampelan bertujuan. Syed Ismail, Ismail Raduan dan Bushro
Ali (2018) turut berpendapat bahawa respoden bagi kajian kes ini akan dipilih mengikut kriteria-
kriteria yang ditetapkan sesuai dengan tujuan kajian berkenaan dijalankan. Justeru, sampel
kajian ini melibatkan seorang guru Bahasa Melayu yang mengajar murid tahun lima di sekolah
rendah. Hal ini dapat disokong dengan pernyataan Creswell (2009) dan Bogdan dan Biklen
(2003) iaitu melalui persampelan bertujuan ini, peserta kajian yang dipilih merupakan peserta
kajian terbaik yang dapat memberikan sumber maklumat yang maksimum bagi membantu
pembaca memahami isu yang dikaji.

Instrumen Kajian

Terdapat pelbagai instrumen yang boleh digunakan untuk mengumpul data-data kajian
(Rosinah, 2015). Justeru, pengkaji telah menggunakan tiga instrumen dalam kajian kes ini
untuk tujuan pengumpulan hasil kajian yang menyeluruh. Tiga instrumen tersebut ialah
pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen.

Temu Bual

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan temu bual separa berstruktur kerana jenis ini lebih
bersifat fleksibel dan keadaan ini membolehkan peserta kajian menghuraikan apa yang
difikirkannya sesuai kepada pengkaji. Teknik temu bual dalam kajian ini melibatkan seorang
peserta kajian dan dianalisis untuk mengetahui tahap penguasaan guru dalam seni tulisan
Jawi, kaedah pengajaran seni tulisan Jawi, dan faktor-faktor yang mempengaruhi pengajaran
seni tulisan Jawi dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah.

Pemerhatian

Kaedah pemerhatian digunakan untuk menyokong dapatan analisis dokumen. Pemerhatian


memberi pertimbangan yang berguna kepada pengkaji untuk membuat perbandingan
persamaan dan perbezaan dalam perkara yang timbul semasa temu bual dijalankan. Pengkaji
telah menggunakan satu borang senarai semak pemerhatian untuk mencatat dan merekod
amalan-amalan pengajaran peserta kajian. Borang senarai semak ini akan digunakan untuk

262
memerhatikan PdP seni tulisan Jawi yang dijalankan oleh peserta kajian. Pengkaji akan
memerhatikan persediaan, pelaksanaan dan penilaian guru dalam kelas tersebut. Hal ini
dapat membantu pengkaji untuk melihat dan mengenal pasti kaedah serta teknik yang
digunakan oleh guru semasa mengajar seni tulisan Jawi.

Analisis Dokumen

Syed Ismail, Ismail Raduan dan Bushro Ali (2018) mendefinisikan dokumen sebagai satu
rekod penting tentang pemikiran, perasaan, pendapat atau tindakan seseorang, rekod bertulis
tentang sesuatu peristiwa atau fenomena. Analisis dokumen dipilih sebagai satu cara untuk
mengumpulkan data kerana dokumen merupakan sejenis dokumen peribadi yang mampu
menggambarkan tindakan, pengalaman dan kepercayaan seseorang.

Hasil karya seni tulisan Jawi yang dihasilkan oleh peserta kajian akan dijadikan
sebagai dokumen untuk dianalisis. Tahap penguasaan tersebut akan dikenal pasti dan dinilai
berdasarkan rubrik pemarkahan. Tiga aspek utama akan dinilai dalam rubrik pemarkahan
tersebut, iaitu kaedah menulis, penyusunan huruf, hiasan dan kebersihan. Daripada aspek
kaedah menulis, pengkaji akan menilai daripada segi cara menulis seni tulisan Jawi dengan
mengikut kaedah seni tulisan Jawi yang betul serta penggunaan kaedah penulisan Jawi
berdasarkan Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (PEJYD). Berdasarkan aspek
penyusunan huruf, penyusunan huruf yang betul dan penjarakan yang sesuai akan diambil
kira dalam rubrik pemarkahan ini. Berasaskan aspek hiasan dan kebersihan pula, seni tulisan
Jawi dinialai daripada olahan bentuk hiasan yang kemas dan tidak menghalang tajuk tulisan
Jawi tersebut.

Triangulasi Data

Triangulasi data digunakan untuk memastikan kepercayaan dalam pengumpulan data kajian
kerana setiap teknik memiliki keunggulan dan kelemahannya sendiri. Hal ini telah dibuktikan
oleh Syed Ismail, Ismail Raduan dan Bushro Ali (2018) bahawa melalui triangulasi data, data
yang diperolehi bukan sahaja dapat menyokong dan menambahkan bukti daripada pelbagai
sumber tetapi juga menolong pengkaji untuk mengesahkan maklumat yang didapati daripada
temu bual dan pemerhatian.

Dalam kajian ini, kaedah pemerhatian dan analisis dokumen merupakan data
sokongan yang tidak boleh berdiri sendiri melainkan disandarkan dengan data temu bual.
Pemerhatian perlaksanaan PdP seni tulisan Jawi dijalankan untuk melihat kaedah pengajaran
yang digunakan oleh peserta kajian dalam perlaksanaan PdP seni tulisan Jawi Tahun 5.
Seterusnya, data yang dikumpulkan dalam sesi temu bual akan digunakan untuk
mengesankan kesahihan dan kepercayaan data yang telah dikumpul dalam sesi pemerhatian.

263
Tambahan pula, penggunaan teknik triangulasi seperti pungutan data yang diperolehi melalui
sumber dokumen bukan hanya menyokong bukti daripada pelbagai sumber yang lain, namun
triangulasi ini juga membantu pengkaji dalam mengesahkan maklumat yang didapati daripada
temu bual dan pemerhatian.

Kesahan dan Kebolehpercayaan

Kesahan dan kebolehpercayaan mengambarkan satu situasi, iaitu sesuatu dapatan dalam
kajian mempunyai replikasi sekiranya pengkajian dilakukan dalam situasi yang sama (Abdul
Sukor & et. al, 2011). Ghazali (2002) juga menegaskan bahawa semakin tinggi nilai dan tahap
kesahan dan kebolehpercayaan instrumen, semakin jitu data-data yang akan diperoleh bagi
menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti. Oleh itu, triangulasi merupakan salah satu
kaedah yang boleh meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan pengkajian kualitatif serta
meningkatkan kredibiliti penemuan dan saranan yang dihasilkan dalam penghasilan kajian.

Dalam kajian ini, bagi mengukuhkan kesahan dan kebolehpercayaan terhadap data
kualitatif yang dikutip oleh pengkaji ialah pengesahan melalui tandatangan terhadap data yang
telah dikutip (Bogdan, R.C & Biklen, 2003). Pengkaji meminta kebenaran daripada peserta
untuk menjalankan rakaman video temu bual dan PdP seni tulisan Jawi yang dijalankan.
Salinan daripada transkripsi itu diberi kepada peserta kajian untuk dibaca, disemak, dan
disahkan supaya transkripsi itu selaras dan betul dengan maksud yang ingin disampaikan oleh
peserta kajian. Akhir sekali, peserta kajian akan menandatangani teks transkripsi tersebut.
Selain itu, rubrik pemarkahan yang dihasilkan untuk mengenal pasti penguasaan pengetahuan
dan kemahiran guru dalam seni tulisan Jawi juga akan disemak dan disahkan oleh pakar
jurulatih bidang seni tulisan Jawi untuk meningkatkan nilai kepercayaan terhadap hasil analisis
pengkaji.

Kaedah Pengumpulan Data

Pengkaji akan melakukan pemerhatian terhadap perlaksanaan proses pengajaran dan


pembelajaran (PdP) guru peserta kajian. Pada tahap ini, pengkaji akan memerhatikan cara
penyampaian dan penguasaan kemahiran seni tulisan Jawi guru peserta kajian di dalam bilik
darjah. Seterusnya, analisis dokumen turut dilaksanakan. Pengkaji akan menganalisis karya
khat yang dihasilkan oleh peserta kajian berdasarkan rubrik permarkahan yang telah
disediakan.

Selepas itu, satu sesi temu bual bersemuka akan dirakam menggunakan pita rakaman
dan nota catatan. Sesi temu bual dimulakan dengan mengajukan soalan-soalan asas
berbentuk umum serta mudah dan kemudian menjurus kepada yang lebih berfokus. Sesi ini
dijalankan bertujuan untuk mendapatkan penjelasan penguasaan kemahiran seni tulisan Jawi

264
guru, kaedah pengajaran guru dalam PdP seni tulisan Jawi, dan faktor-faktor yang
mempengaruhi guru-guru Bahasa Melayu semasa mengajar kemahiran seni tulisan Jawi di
dalam bilik darjah.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Tahap Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran Seni Tulisan Jawi Dalam Kalangan
Guru Bahasa Melayu Tahun 5

Berdasarkan hasil temu bual, didapati bahawa peserta kajian mempunyai pendedahan dan
pemahaman berkaitan dengan seni tulisan Jawi dalam KSSR Bahasa Melayu SK Tahun 5.
Beliau dapat memberi justifikasi berkaitan dengan SK dan SP yang ditetapkan dalam KSSR
Bahasa Melayu Tahun 5. Data temu bual telah menunjukkan bahawa peserta kajian memiliki
amalan pemahaman dan pengetahuan berkaitan dengan SK dan SP yang ditetapkan. Beliau
berpendapat bahawa murid-murid dapat mengaplikasikan seni tulisan Jawi yang dipelajari
dalam kehidupan harian mereka setelah mempelajari SK 4.4 iaitu mengaplikasikan,
menghayati dan menghasilkan unsur keindahan dalam seni tulisan jawi. Tambahan pula,
peserta kajian juga berpendapat bahawa SP 4.4.2, iaitu mempersembahkan keindahan seni
tulisan jawi melalui perumpamaan dapat melatih murid dalam penguasaan kemahiran menulis.
Berdasarkan pendapat beliau, dapat ditekankan bahawa penggunaan ejaan yang betul dan
keseluruhan tulisan yang kemas merupakan elemen yang amat penting dalam pengajaran SP
ini.

Di samping itu, berdasarkan data temu bual, peserta kajian mengatakan bahawa bukan
semua guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan seni tulisan Jawi.
Beliau juga tidak pernah menyertai kelas atau bengkel seni tulisan Jawi sebelum ini.
Berdasarkan Husni Noor (2019, Ogos 6) seni tulisan Jawi telah diperkenalkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia sejak tahun 2019 dan dasar tersebut dilaksanakan dalam
KSSR Semakan 2017 Tahun 4 pada tahun 2020 manakala Tahun 5 dan 6 pada tahun 2021.
Namun begitu, PK 1 mengatakan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia tidak pernah
menganjurkan kelas atau bengkel pengajaran seni tulisan Jawi kepada guru-guru di sekolah
negeri Melaka. Hal ini juga dipengaruhi oleh pandemik Covid-19 yang menyebabkan
perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara pada tahun 2020.

265
Pengetahuan dan kemahiran guru terhadap kandungan ilmu subjek yang diajar adalah
elemen yang utama kepada kejayaan pelaksanaan pengajarannya bagi menghasilkan
keterampilan pedagogi abad ke-21. Hal ini turut disokong oleh Naquiah Nahar dan Jimaain
Safar (2017) bahawa guru berperanan penting dalam menentukan pencapaian dan
penguasaan murid kerana seseorang guru itu tidak akan berjaya menyampaikan ilmu kepada
murid dengan berkesan jika guru tersebut tidak memiliki pengetahuan dan kemahiran yang
mendalam tentang kandungan ilmu tersebut. Penguasaan kemahiran peserta kajian terhadap
seni tulisan Jawi dalam KSSR Bahasa Melayu dapat dikenal pasti berdasarkan rajah berikut:

Rajah 1: Hasil Karya Seni Jawi Peserta Kajian

Rajah 1 tersebut merupakan hasil karya seni tulisan Jawi yang dihasilkan oleh peserta kajian.
Tajuk yang dihasilkan ialah perumpamaan “bagai aur dengan tebing”, yang berasaskan
Standard Kandungan 4.4.2 mempersembahkan keindahan seni tulisan Jawi melalui
perumpamaan. Peserta kajian menggunakan pen penanda berwarna biru yang berbentuk
serong dalam menulis seni tulisan Jawi. Seterusnya, beliau menggunakan pen penanda
berwarna hitam yang berbentuk bulat untuk menghasilkan corak-corak di sekeliling tulisan
Jawi. Dapatan yang diperolehi oleh pengkaji dalam mengenal pasti penguasaan kemahiran
guru terhadap seni tulisan Jawi dalam KSSR Bahasa Melayu Tahun 5 dapat diringkaskan
melalui Jadual 1

Jadual 1
Analisis Dokumen Karya Seni Tulisan Jawi Peserta Kajian

Sampel/ Petunjuk :1
Hiasan dan = Amat
Kriteria Kaedah Menulis Penyusunan Huruf Cemerlang,
Kebersihan
2=
Cemerlang,
1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 3=
Kepujian, 4
PK1 / / / = Lulus, 5 =
Gagal
Nilai Gred Purata = 3 (Kepujian)

266
Berdasarkan jadual tersebut, dapat diringkaskan bahawa tahap penguasaan peserta
kajian terhadap kemahiran seni tulisan Jawi dalam KSSR Bahasa Melayu adalah pada tahap
kepujian. Hal ini dapat dijelaskan berdasarkan beberapa aspek utama, iaitu dari segi kaedah
menulis, penyusunan huruf, hiasan dan kebersihan. Dari segi kaedah menulis, peserta kajian
mampu menulis seni tulisan Jawi mengikut kaedah seni tulisan Jawi dengan memuaskan.
Cara menyambung huruf yang dilakukan oleh peserta kajian juga dikenal pasti sebagai kurang
lancar. Hal ini dapat dilihat pada kesinambungan huruf pada perkataan ‫( باڬا ي‬bagai). Huruf
“ ‫ “ ا‬disambung dengan kurang lancar dan jarak yang dihasilkan antara huruf “ ‫ “ ا‬dengan huruf
“ ‫ ” ڬ‬adalah kurang sesuai kerana jarak antara kedua-dua huruf adalah terlalu dekat dan tidak
diamalkan penjarakan titik huruf yang sesuai.

Dari aspek penyusunan huruf, peserta kajian dapat menulis seni tulisan Jawi dengan
penyusunan huruf yang memuaskan serta menulis huruf dengan jarak yang agak sesuai. Hal
ini dapat dibuktikan melalui penyusunan rumah huruf “‫ ”ت‬, ” ‫ “ ب‬, "‫ “ي‬iaitu penyusanan yang
dihasilkan terlalu sempit dan rumah huruf tidak disusun dengan betul. Hal ini dapat dijelaskan
melalui rajah yang berikut.

Seterusnya, peserta kajian berjaya menulis seni tulisan Jawi dengan olahan bentuk
hiasan yang kemas serta menghasilkan seni tulisan Jawi dengan bersih. Corak yang
dihasilkan pada sekeliling tulisan Jawi adalah cantik dan kemas serta tidak menghalang tajuk
tulisan Jawi tersebut. Olahan bentuk hiasan dapat mempamerkan seni tulisan Jawi dalam
bentuk yang lebih tinggi nilai estetikanya dan menarik minat audien untuk menghayati karya
tersebut. Berdasarkan data temu bual, dapat dianalisiskan bahawa peserta kajian juga
berpendapat bahawa beliau tidak berkemahiran dalam seni tulisan Jawi disebabkan
kekurangan pendedahan dalam seni tulisan Jawi.

Secara keseluruhan, penguasaan kemahiran seni tulisan Jawi dalam peserta kajian
masih berada pada tahap kepujian (nilai gred purata = 3). Dari segi kekuatan, peserta kajian
dapat menulis seni tulisan Jawi dengan hukum dan ejaan yang betul serta menghasilkan
olahan bentuk hiasan yang kemas dan bersih. Namun begitu, dari segi kelemahan, kaedah
menulis seni tulisan Jawi oleh peserta kajian adalah memuaskan. Hal ini demikian kerana
terdapat beberapa huruf Jawi yang ditulis dengan kurang betul dari segi penyusunan huruf
dan jarak.

Amalan Pengajaran Seni Tulisan Jawi Dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu

Sebelum melaksanakan PdP, peserta kajian telah mengamalkan amalan penulisan


persediaan rancangan pelajaran harian (RPH) sebelum pengajaran seni tulisan Jawi dalam
PdP Bahasa Melayu. Data temu bual dapat membuktikan bahawa peserta kajian membuat
persediaan penulisan RPH sebelum PdP seni tulisan Jawi dilaksanakan.

267
Hal ini dapat dijelaskan bahawa RPH yang dirancang haruslah bertepatan dan
bersesuaian dengan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang telah ditetapkan.
Hal ini bertepatan dengan pendapat Ong S. C, Zamri Mahamod & Izham Hamzah (2017) yang
mengatakan bahawa penulisan persediaan RPH sebelum PdP dijalankan adalah untuk
mencapai objektif PdP, mengikut tahap penguasaan murid, menetapkan bahan bantu
mengajar dan mengoptimumkan PdP. Justeru, objektif pembelajaran yang ditetapkan perlulah
bersesuaian dengan SK dan SP serta dapat diukur dengan baik. Perancangan yang
dilaksanakan dalam PdP haruslah bersifat sistematik dan bertepatan dengan kehendak
objektif tersebut.

Secara ringkasnya, peserta kajian telah menyediakan persediaan PdP seni tulisan
Jawi dengan menyediakan RPH yang mengandungi objektif pelajaran yang konkrit dan
bersesuaian dengan tahap penguasaan murid yang terdiri daripada pelbagai kecerdasan.
Penyediaan BBM seperti alat dan bahan keperluan seni tulisan Jawi merupakan asas dalam
pengajaran seni tulisan Jawi supaya murid memahami kepentingan alat dan bahan dalam seni
tulisan Jawi. Tegasnya, perancangan dan persediaan yang baik dapat memastikan
perlaksanaan pengajaran guru dijalankan dengan lancar.

Berdasarkan data pemerhatian, peserta kajian telah melaksanakan SP 4.4.2 iaitu


mempersembahkan keindahan seni tulisan Jawi melalui perumpamaan dalam PdPR. Dalam
set induksi, peserta kajian telah memperkenalkan SK dan SP serta objektif pelajaran pada hari
tersebut. Seterusnya, pada langkah pertama PdPR, beliau menggunakan buku teks sebagai
BBM untuk memperkenalkan tajuk pembelajaran, iaitu “Awasi Gerak-gerimu”. Murid
memerhati dan meneliti gambar yang terdapat pada buku teks dan membaca perbualan dalam
petikan tersebut secara mekanis. Selepas itu, peserta kajian mengemukakan soalan kuiz
yang berkaitan dengan perumpamaan untuk menguji kefahaman murid terhadap isi pelajaran.

Seterusnya, peserta kajian berbincang dengan murid berkaitan perumpamaan yang


terdapat di dalam buku teks dan membaca tulisan jawi perumpamaan itu dengan bimbingan
guru. Murid dapat mengenal dan membaca setiap huruf yang terdapat pada tajuk
perumpamaan, iaitu “bagai aur dengan tebing”. Tambahan pula, pendedahan ilmu
pengetahuan berkaitan dengan seni tulisan Jawi juga telah diterapkan dan disampaikan oleh
peserta kajian kepada murid-murid dalam PdPR. Sebagai contoh, peserta kajian telah
memperkenalkan alat dan bahan yang digunakan dalam seni tulisan Jawi kepada murid,
contohnya ialah pen penanda yang berbentuk tirus, berus khat dan kertas kajang.

Seterusnya, video tunjuk cara berkaitan dengan cara dan kaedah menulis seni tulisan
Jawi yang bertajuk “bagai aur dengan tebing” telah ditayangkan oleh peserta kajian. Tujuan
penggunaan video ini adalah untuk memberi tunjuk cara yang jelas berkaitan dengan cara

268
menulis seni tulisan Jawi kepada murid-murid. Mereka dapat mempelajari cara dan kaedah
menulis seni tulisan Jawi dengan betul secara dalam talian. Secara ringkasnya, dapat
dirumuskan bahawa perlaksanaan pengajaran guru semasa PdPR adalah sistematik dan
lancar.

Peserta kajian telah mencatat penilaian pencapaian murid berdasarkan rubrik


pemarkahan seni tulisan Jawi. Jadual 2 merupakan hasil catatan penilaian pencapaian murid
dalam seni tulisan Jawi. Berdasarkan rekod penilaian tersebut, dapat dirumuskan bahawa
tahap pencapaian murid dalam seni tulisan Jawi adalah pada tahap kepujian, iaitu dengan
nilai gred purata 3. Penilaian yang dilakukan oleh peserta kajian terhadap murid-murid ini
adalah bersesuaian dengan tahap penguasaan pengetahuan dan kemahiran murid-murid
dalam seni tulisan Jawi daripada aspek kaedah menulis, penyusunan huruf, hiasan dan
kebersihan. Jelaslah bahawa, tahap penguasaan pengetahuan dan kemahiran guru akan
memberi kesan kepada keberkesanan murid dalam mempelajari seni tulisan Jawi.

Jadual 2
Penilaian pencapaian murid dalam seni tulisan Jawi

Sampel/
Kriteria Kaedah Menulis Penyusunan Huruf Hiasan dan Nilai
Kebersihan Gred
1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 Purata
Murid / / / 1
A
Murid / / / 2
B
Murid / / / 4
C
Murid / / / 3
D
Petunjuk :1 = Amat Cemerlang, 2 = Cemerlang, 3 = Kepujian, 4 = Lulus, 5 = Gagal
Nilai Gred Purata = 3 (Kepujian)

Kesimpulan, seni tulisan Jawi yang diminati oleh murid berkait rapat dengan
pengajaran guru yang selalu mengoptimumkan PdP, memberi edaran hands on sebagai
latihan pengukuhan serta memberi pujian kepada murid-murid. Kaedah dan teknik yang
digunakan dapat menarik minat murid daripada pelbagai kecerdasan. Amalan pengajaran
seni tulisan Jawi yang dilaksanakan oleh peserta kajian adalah sistematik dan dapat menarik
minat murid terhadap pembelajaran seni bahasa ini. Murid dapat memahami kepentingan
menghargai dan menghayati seni tulisan Jawi dalam kehidupan harian melalui pengajaran
peserta kajian.

269
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pengajaran Seni Tulisan Jawi dalam Kalangan Guru

Berdasarkan dapatan temu bual ini, dapat dirumuskan bahawa faktor utama yang
mempengaruhi pengajaran seni tulisan Jawi dalam peserta kajian ialah tahap menguasai
kemahiran asas tulisan Jawi yang rendah pada guru Bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana
guru haruslah menguasai kemahiran asas dalam menulis tulisan Jawi terlebih dahulu sebelum
mempelajari seni tulisan jawi. Hal ini juga disokong oleh Khairunnisan dan Anuar (2016)
bahawa pengetahuan guru yang tidak mencukupi akan mengakibatkan penyampaian guru
menjadi kurang efektif dan menyukarkan kefahaman murid dalam PdP.

Berdasarkan dapatan temu bual, peserta kajian menyatakan bahawa guru-guru


Bahasa Melayu yang telah lama berkhidmat di sekolah rendah tidak mempunyai pendedahan
tentang seni tulisan Jawi. Disebabkan tahap penguasaan yang rendah, maka guru-guru ini
tidak berminat dan tidak mempunyai motivasi yang tinggi terhadap seni tulisan Jawi.
Tegasnya, tahap motivasi yang rendah terhadap seni tulisan Jawi pada kalangan guru Bahasa
Melayu yang lama berkhidmat di sekolah juga merupakan salah satu faktor mempengaruhi
pengajaran seni tulisan Jawi dalam kalangan guru.

Di samping itu, peserta kajian juga memberi justifikasi bahawa kekangan masa juga
merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi pengajaran guru Bahasa Melayu dalam seni
tulisan Jawi. Berdasarkan data temu bual kajian ini, telah dirumuskan bahawa peserta kajian
tidak mempunyai masa yang cukup dalam PdP seni tulisan Jawi Bahasa Melayu yang selama
sejam. Guru hendaklah menggunakan masa yang lama dalam menerang dan menunjuk cara
menulis seni tulisan Jawi dengan betulnya. Hakikatnya, kekangan masa dalam PdP guru
Bahasa Melayu merupakan salah satu faktor umum yang didapati oleh peserta kajian di dalam
kelas beliau.

Selain itu, sikap dan persepsi murid dalam seni tulisan Jawi juga memberi kesan
terhadap pengajaran guru Bahasa Melayu dalam seni tulisan Jawi. Dapatan temu bual telah
membuktikan bahawa minat dalam kalangan murid bukan Melayu yang tidak mempunyai
pendedahan awal tentang seni tulisan Jawi adalah rendah. Hal ini demikian kerana guru perlu
mengambil masa yang agak lama untuk meningkatkan minat mereka terhadap seni tulisan
Jawi serta memastikan mereka benar-benar memahaami dan menguasai kemahiran seni
tulisan Jawi.

Peserta kajian juga menyatakan bahawa ketidakadaan peralatan yang sesuai dengan
seni tulisan Jawi di dalam sekolah juga merupakan faktor mempengaruhi pengajaran guru
Bahasa Melayu dalam pengajaran seni tulisan Jawi. Hal ini dikatakan demikian kerana alat
dan bahan yang sesuai merupakan elemen yang amat penting dalam mempersembahkan
sebuah karya seni tulisan Jawi yang baik. Misalnya, peralatan yang perlu dibekalkan oleh

270
pihak sekolah seperti pensel tulisan Jawi, pena resam, pen penanda seni tulisan Jawi, dakwat,
kertas lukisan dan lain-lain lagi.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru Bahasa Melayu yang dipilih sebagai peserta
kajian menguasai pengetahuan dan kemahiran seni tulisan Jawi pada tahap kepujian sahaja.
Berdasarkan dapatan kajian, dapat dirumuskan bahawa peserta kajian merupakan seorang
guru Bahasa Melayu yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang asas dalam seni
tulisan Jawi. Beliau tidak mempunyai pendedahan dan pengalaman yang mendalam terhadap
seni tulisan Jawi kerana beliau tidak pernah menyertai kursus atau bengkel seni tulisan Jawi.
Justeru, beliau tidak dapat menguasai kemahiran menulis seni tulisan Jawi dengan kaedah
seni tulisan Jawi yang betul. Dapat diringkaskan bahawa pengetahuan kandungan dan
kemahiran seni tulisan Jawi dalam kalangan guru adalah saling berkaitan. Hal ini dapat
dijelaskan dengan lebih teliti melalui perbincangan aspek pengetahuan kandungan dan
penguasaan kemahiran guru dalam seni tulisan Jawi dalam Bahasa Melayu.

Hasil dapatan kajian tersebut dapat dihubungkaitkan dengan kajian-kajian yang


berkaitan. Kebanyakkan kajian yang dijalankan kebelakangan ini seperti kajian yang
dilakukan oleh Naquiah Nahar dan Jimaain Safar (2017) tidak lagi berfokus kepada begaimana
guru mengimplemenkan amalan pengajaran yang berkesan kepada murid, sebaliknya
tumpuan pada masa kini lebih diberi pada aspek yang lebih mendasar, iaitu menganalisis
tahap kandungan ilmu dan kemahiran yang dikuasai oleh guru. Dapatan kajian tersebut telah
menunjukkan bahawa tahap pengetahuan kandungan mata pelajaran Jawi mempengaruhi
keberkesanan guru dalam menyampaikan pengajaran. Sehubungan itu, peserta kajian telah
menyatakan banyak kali dalam temu bual kajian ini bahawa ilmu dan kemahiran seni tulisan
Jawi pada seorang guru adalah penting supaya murid dapat mempelajari cara
mempersembahkan seni tulisan Jawi dengan betul dan kemas.

Penyelidikan yang telah dijalankan yang mengkhusus kepada aspek pengetahuan


kandungan guru dalam subjek tertentu telah membawa kepada pendedahan pelbagai isu
berkaitan tahap penguasaan pengetahuan dan ilmu yang dimiliki dalam kalangan guru- guru
di Malaysia. Isu penguasaan pengetahuan kandungan mata pelajaran Jawi dalam kalangan
guru juga telah dikupas melalui kajian Hairul Aysa et al. (2010). Kajian ini mendapati faktor
yang mempengaruhi kurangnya minat dan tahap motivasi yang rendah dalam kalangan murid
untuk mempelajari tulisan Jawi ialah terdapat sebilangan guru yang tidak benar-benar mahir
dalam tulisan Jawi. Kajian tinjauan yang dilaksanakan oleh Ab Halim et al (2012) juga telah
membuktikan bahawa tahap penguasaan guru dalam seni tulisan Jawi adalah berada pada
tahap sederhana, iaitu min 2.77. Hal ini bermakna terdapat guru Pendidikan Islam yang masih

271
tidak dapat menguasai tulisan Jawi dengan baik. Justeru, dapatan kajian ini juga menunjukkan
fenomana yang sama, iaitu tahap penguasaan pengetahuan dan kemahiran pada seorang
guru adalah sederhana dan tidak menunjukkan pemahaman yang mendalam terhadap seni
tulisan Jawi dalam Bahasa Melayu.

Implikasinya, kajian ini telah memberi pengetahuan jelas kepada guru tentang
pengetahuan kandungan dan kemahiran seni tulisan Jawi terhadap seorang guru Bahasa
Melayu dalam pengajaran seni tulisan Jawi. Hal ini juga disokong oleh Naquiah Nahar dan
Jimaain Safar (2017) yang berpandangan bahawa guru harus memiliki tahap keilmuan yang
tinggi dan pengetahuan yang mencukupi tentang isi kandungan mata pelajaran yang diajari.
Hanya adanya pengetahuan yang mendalam sahaja seseorang guru itu mampu menjawab
soalan-saolan berkaitan secara spontan yang berkemungkinan diajukan oleh murid-murid.
Justeru, kajian ini dapat memberi implikasi pengetahuan kepada guru dalam memahami
konsep, bentuk, kaedah dan cara mempersembahkan seni tulisan Jawi dalam Bahasa Melayu
melalui dapatan kajian ini.

Beberapa cadangan telah dikemukakan oleh pengkaji dalam bahagian ini. Pengkaji
berpendapat bahawa KPM boleh mengadakan bengkel seni tulisan Jawi kepada guru-guru
Bahasa Melayu untuk meningkatkan penguasaan pengetahuan kandungan dan kemahiran
seni tulisan Jawi dalam diri mereka. Pihak KPM juga perlu membuat penambahbaikan pada
sumber rujukan buku teks Bahasa Melayu Tahun 4 dan Tahun 5. Hal ini demikian kerana buku
teks Bahasa Melayu tidak memberi penjelasan dan huraian yang teliti berkaitan dengan cara
mempersembahkan seni tulisan Jawi. Hal ini telah memberi kesan kepada pelaksanaan
pengajaran guru dalam seni tulisan Jawi. Misalnya, pihak KPM boleh menunjukkan cara
menulis dan mempersembahkan seni tulisan Jawi melalui bentuk gambar pada buku teks. QR
Code yang mengandungi video menulis dan mempersembahkan seni tulisan Jawi juga boleh
diletakkan pada buku teks supaya guru-guru dan murid-murid dapat mengikuti cara yang betul
melalui video tersebut.

Selain itu, pihak sekolah juga merupakan salah satu peranan yang penting dalam
menjayakan pelaksanaan pengajaran seni tulisan Jawi dalam silibus baharu ini. Pihsk sekolah
perlu menyediakan alat dan bahan seni tulisan Jawi yang sesuai di dalam sekolah supaya
guru boleh menggunakan alat dan bahan seni tulisan Jawi yang betul dalam pelaksanaan PdP
Bahasa Melayu. Pengkaji juga bercadang bahawa di samping guru menyertai bengkel seni
tulisan Jawi untuk meningkatkan pendedahan dalam seni tulisan Jawi, guru juga boleh
menjalankan pembelajaran kendiri untuk mempelajari cara menulis dan mempersembah seni
tulisan Jawi yang betul. Hal ini demikian kerana guru boleh mempelajari cara menulis seni
tulisan Jawi melalui video dalam Youtube secara dalam talian dan bersifat kendiri. Justeru,

272
guru perlu bersifat rasional dan positif terhadap pelaksanaan pengajaran seni tulisan Jawi agar
murid dapat mencapai objektif pembelajaran seni tulisan Jawi dalam Bahasa Melayu.

Berdasarkan hasil dapatan kajian yang telah dikumpul serta perbincangan dapatan
kajian yang jelas tentang pelaksanaan pengajaran seni tulisan Jawi dalam kalangan guru
Bahasa Melayu Tahun 5, ketiga-tiga soalan kajian telah dijawab. Kajian ini telah berjaya
membuktikan bahawa pengetahuan kandungan dan kemahiran seni tulisan Jawi adalah
elemen yang amat penting dalam pelaksanaan pengajaran seni tulisan Jawi dalam kalangan
guru. Faktor-faktor lain seperti faktor dalaman dan faktor luaran juga merupakan faktor yang
mempengaruhi pelaksanaan pengajaran guru Bahasa Melayu. Oleh hal yang demikian
sebagai guru, kita perlulah sentiasa meningkatkan penguasaan pengetahuan dan kemahiran
dalam kandungan mata pelajaran yang diajari supaya murid dapat mempelajari dan
memperolehi ilmu pengetahuan, kemahiran serta pengalaman yang berguna daripada guru-
guru.

RUJUKAN

Abdul Rashid Jamian & Hasmah Ismail. (2013). Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 3(2), 49-63.
Creswell, J. R. (2009). Research design: Qualitative, quantitative and mixed methods
approaches. 3th Edition. SAGE Publication.
Creswell, J. R. (2009). Research design: Qualitative, quantitative and mixed methods
approaches. 3th Edition. SAGE Publication.
Eezan Hamdzah & Shahlan Surat. (2021). Pemupukan minat terhadap Jawi dalam kalangan
murid sekolah rendah. Jurnal Personalia Pelajar, 23(2): 103-109.
Hazliza Ismail. (2011). Kaedah dan pendekatan mempelajari seni tulisan Jawi: kajian di
Kelantan. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Husni Noor. (2019). Tiada paksaan murid bukan Melayu belajar tulisan khat. Info Berita
Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/08/593388/tiada-paksaan-
murid-bukan-melayu-belajar-tulisan-khat.
Khairunnisa Abd Hamid dan Anuar Ahmad. (2016). Tahap pengetahuan pedagogi isi
kandungan (PPIK) bagi guru dalam mata Sejarah di sekolah menengah. (Tesis Sarjana
Tidak Diterbitkan). Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Latifah Alias. (2011). Kaedah dan pendekatan pengajaran seni tulisan Jawi: satu kajian di
Johor Bahru. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Makmur. (2011). Sejarah perkembangan seni tulisan Jawi di Nusantara: kajian perbandingan
di Muzium Kesenian Islam Malaysia dan Yayasan Restu (Malaysia) dengan lembaga
dan pondok kaligrafi Al-Qur’an LEMKA (Indonesia). Thesis: Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya.
Makmur Harun & Bukhari Lubis. (2016). Pengajaran seni kaligrafi dan tulisan Jawi (Arab
Melayu) di perguruan tinggi Malaysia: satu kajian di Univerditi Pendidikan Sultan Idris
(UPSI) Tanjong Malim, Perak, Darul Ridzuan. Fakultas Bahasa dan Komunikasi UPSI.

273
Mimijuana Ahmad. (2014). Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi di kalangan
murid tahun 2: kajian kes di Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna.
Naquiah Nahar & Jimaain Safar. (2016). Pengajaran Jawi berkesan dalam memartabatkan
warisan budaya bangsa. Proceedings or the International Conference on Education
towards Global Peace, Universiti Teknologi Malaysia.
Naquiah Nahar & Jimaain Safar. (2017). Penguasaan pengetahuan kandungan (content
knowledge): pemangkin keterampilan pedagogi Jawi berkesan abad ke-21. Jurnal
Teknikal & Sains Sosial, 1(8), 45-59.
Ong S. C, Zamri Mahamod & Izham Hamzah. (2017). Meneroka kaedah pengajaran guru
cemerlang Bahasa Melayu negeri Sarawak: satu kajian kes. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu; 1(7), 93-108.
Rosinah Edinin. (2015). Pengkajian tindakan: Kaedah & penulisan. Pelangi Professional
Publishing Sdn. Bhd.
Syed Ismail, Ismail Raduan & Bushro Ali. (2018). Asas pengkajian dalam pendidikan.
Sasbadi Sdn. Bhd.
Widi Purwianingsih, Nuryani Y. Rustaman & Sri Redjeki. (2010). Pengetahuan konten
peagogi (PCK) dan urgensinya dalam Pendidikan guru. Jurnal Pengajaran MIPA, 15(2),
87-94.
Yin, R.K. (2009). Case study research: Design and methods. SAGE Publications.

274
KESEDIAAN GURU BAHASA MELAYU TERHADAP PELAKSANAAN PEMBELAJARAN
ABAD KE-21

Dharisini a/p Moorthy


pju17_c504@ipgkbm.edu.my

Roslina binti Suratnu PhD


roslina@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur.

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh manakah kesediaan guru Bahasa Melayu sekolah
rendah dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap pelaksanaan pembelajaran abad ke-21
di Petaling Jaya. Kajian tinjauan ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Responden
kajian terdiri daripada 52 orang guru Bahasa Melayu dari 10 buah sekolah rendah di daerah Petaling
Jaya, Selangor. Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the
Social Sciences Versi 26.0 (SPSS). Kaedah analisis deskriptif digunakan untuk menunjukkan
kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan ada pada
tahap yang tinggi (skor min 4.71). Selain itu, dapatan kajian juga membuktikan bahawa tahap kesediaan
guru Bahasa Melayu dari aspek kemahiran juga ada pada tahap yang tinggi (skor min 4.24). Bagi sikap
guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 pula berada di tahap tinggi (skor
min 4,16). Justeru, guru bahasa Melayu sekolah rendah yang mengajar di sekitar daerah Petaling Jaya,
Selangor mempunyai pengetahuan yang baik tentang pelaksanaan pembelajaran abad ke-21,
mempraktikkan pembelajaran abad ke-21 dalam PdPc Bahasa Melayu dan mempunyai sikap yang
positif dalam mempraktikkan pembelajaran abad ke-21. Akhirnya penyelidik mengemukakan beberapa
cadangan kajian lanjutan untuk dijalankan oleh penyelidik yang akan datang.
Kata kunci: Pembelajaran abad ke-21, pengetahuan, kemahiran, sikap, guru bahasa Melayu.

ABSTRACT

This study aims to identify the extent of knowledge, mastery and attitude of primary school Malay
language teachers in implementing the 21st century learning. This survey used questionnaire as an
instrument of study. Respondents of the study consisted of 52 Malay language teachers from 10 primary
schools in Petaling Jaya district, Selangor. The data was analyzed using statistical package for the
social sciences version 26.0 (SPSS). Descriptive analysis methods are used to indicate the frequency,
percentage, mean and standard deviation. The results have found that the level of knowledge of primary
school Malay language teachers towards implementing 21st century learning is at a high level (mean
4.71). Furthermore, the level of mastery of primary school Malay language teachers towards
implementing 21st century learning also is at a high level (mean 4.24). Meanwhile, the result also shows
that the attitude of primary school Malay language teachers towards implementing 21st century learning
is at a high level (4.16). Primary school Malay language teachers who teach around Petaling Jaya
district, Selangor have good knowledge about 21st century learning, are willing to implement 21st century
learning during Malay language learning and facilitation and have a positive attitude towards
implementing 21st century learning. Finally, the researchers made several recommendations for further
studies which can carried out by researchers in the future.

Keywords: 21st century learning, knowledge, mastery, attitude, Malay language teachers .

275
PENGENALAN

Era millennium hari ini mempamerkan persaingan yang hebat untuk mencapai kecemerlangan
pendidikan di peringkat globilasasi. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berusaha
mengangkat pendidikan bertaraf dunia sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara.
Bidang pendidikan merupakan salah satu bidang yang penting dalam pembangunan negara
dan masyarakat. Kurikulum pendidikan haruslah sentiasa mengikuti peredaran masa bagi
memastikan para murid bukan sahaja menguasai ilmu pengetahuan malah menguasai
kemahiran yang menyediakan murid untuk menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21
supaya mampu bersaing pada peringkat anatarabangsa.

Bagi mencapai hasrat ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merangka
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) untuk dijadikan sebagai
landasan panduan untuk melahirkan murid yang dapat menghadapi cabaran pendidikan abad
ke-21 dan membangunkan pendidikan di negara ini supaya setanding dengan pendidikan di
peringkat dunia. Sejajar dengan itu, KPM telah melancarkan pembelajaran abad ke-21 pada
tahun 2014.

Keberkesanan pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 tidak dapat tecapai sepenuhnya


sekiranya aspek penting tidak dititiberatkan. Terdapat tiga keperluan utama yang sangat
berkait rapat dengan pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 iaitu persekiaran sekolah, reka
bentuk bilik darjah dan kesediaan guru. Guru sebagai agen pelaksana memainkan peranan
yang penting dalam menjayakan objektif pembelajaran abad ke-21. Ayub Ibrahim (2014)
berpendapat bahawa kemahiran dan sikap guru merupakan elemen yang penting yang
menjadi tunjang dalam pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 sekiranya dibandingkan
dengan infrastruktur kelas itu sendiri.

Sehubungan dengan itu, dalam melaksanakan pembelajaran abad ke-21, kebolehan


guru yang mampu berfikir, merancang, berbincang, menilai, mereka cipta dan membuatkan
kepurusan berlatarkan Model Pertnership for 21st Century (2015) amat diperlukan. Apa yang
menjadi kekangan dalam kalangan guru bahasa Melayu ialah dari segi kefahaman, kemahiran
dan kesediaan untuk memberi input dan menerapkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan
pada abad ke-21. Berdasarkan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah 2019, terdapat
13.71% calon UPSR yang gagal dalam Kertas Pemahaman Bahasa Melayu dan bagi Kertas
Penulisan Bahasa Melayu pula 16.86% calon UPSR gagal. Berikutan dengan itu, guru yang
merupakan tonggak utama kepada proses pembelajaran perlulah mempelbagaikan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang menfokuskan kepada elemen-elemen kemahiran
pemikiran kritikal, kemahiran kolaborasi, kemahiran komunikasi dan kreativiti bagi menjayakan
pembelajaran abad ke-21.

276
PERNYATAAN MASALAH

Salehudin et al. (2015) menyatakan bahawa guru perlu mengubah pendekatan dan teknik
mengajar yang tradisional kepada pedagogi yang berpusatkan pelajar yang kreatif di mana ia
berfokus kepada kemahiran berfikir dan pembelajaran kendiri berasaskan ICT. Tetapi
kegagalan PdP yang berkesan adalah disebabkan oleh guru tersebut mempunyai kepakaran
yang rendah dalam merancang strategi pengajaran dan kurang memahami
kandungan kurikulum yang baharu (Puteh et al.,2012). Selain itu, Mahamod (2011)
berpendapat bahawa ramai guru telah gagal dalam mengintegrasikan elemen dan kemahiran
PAK21 ke dalam pengajaran mereka.

Tahap kesediaan guru di Johor Bahru adalah sederhana bagi aspek kognitif, afektif
dan sikap dalam melaksanakan PdP Abad Ke-21 dalam bilik darjah (Abdullah, 2017). Kajian
tersebut mendapati bahawa guru mesti mempunyai tahap kesediaan yang tinggi dari aspek
sikap dan afektif supaya PAK21 dapat dijalankan dengan lancar. Oleh itu, Jusoh dan Osman
(2018) menyatakan bahawa guru Sains sekolah rendah di Kuala Pilah yang mengamalkan
KBAT dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) Sains memerlukan latihan
untuk memperkasakan pengetahuan dan penguasaan sedia ada seiring dengan era
globalisasi walaupun mereka mempunyai pengetahuan sedia ada yang luas sebagai seorang
guru. Che Mohd Noor & Ahmad (2015) mengatakan bahawa masih terdapat guru masih gemar
menggunakan kaedah pengajaran konvensional iaitu mengunakan kaedah ‘Chalk & Talk’.

Kajian lepas tentang tahap kesediaan dan keperluan latihan guru dalam
melaksanakan PAK21 pernah dijalankan sebelum ini dan hasil dapatan kajian lepas adalah
pelbagai mengikut sampel dan lokasi kajian. Menyedari permasalahan ini, pengkaji telah
berminat untuk meneliti tahap kesediaan guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan PAK-21.
model pengajaran Slavin (1994) ini memperlihatkan satu proses kesediaan guru yang
merangkumi sikap, tahap pengetahuan dan tahap kemahiran yang berkait rapat sebagai orang
yang akan memimpin proses pembelajaran. Guru juga dilihat sebagai keperluan perubahan
ke arah pembelajaran abad ke-21 yang merupakan tunjang utama penggerak kepada
pelaksanaan pembelajaran abad ke-21. Dengan itu, kajian ini ingin mengenal pasti tahap
kesediaan guru bahasa Melayu terhadap pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 di Petaling
Jaya

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenalpasti tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu tentang pelaksanaan


pembelajaran abad ke-21.
2. Mengkaji kemahiran guru Bahasa Melayu dalam pelaksanaan pembelajaran abad ke-21.
3. Meninjau sikap guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan pembelajaran abad ke-21.

277
SOALAN KAJIAN

1. Apakah tahap kesediaan guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan pembelajaran abad
ke-21 dari aspek pengetahuan?
2. Apakah tahap kesediaan guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan pembelajaran abad
ke-21 dari aspek kemahiran?
3. Apakah tahap kesediaan guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan pembelajaran abad
ke-21 dari aspek minat?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini merupakan kajian berbentuk kuantitatif. Reka bentuk kajian yang
dipilih ialah kajian tinjauan. Berdasarkan Mohd Majid (2004), kaedah penyelidikan kuantitatif
dipilih kerana kaedah ini menerangkan sesuatu fenomena dalam bentuk angka dan ukuran.
Kaedah tinjauan dipilih untuk ditadbir ke atas sampel dalam masa yang terhad. Kajian ini
dijalankan dengan menggunakan kaedah kajian tinjauan jenis kuantitatif. Sehubungan
dengan itu, kajian ini mengenal pasti tahap kesediaan guru Bahasa Melayu terhadap
pelaksanaan pembelajaran abad ke-21.

Dalam kajian ini, tahap kesediaan guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan
pembelajaran abad ke-21 ditinjau melalui soal selidik. Soal selidik digunakan sebagai
instrumen untuk mengumpul data kajian ini. Hal ini demikian, soal selidik lebih praktikal dan
berkesan untuk digunakan dalam populasi yang besar, bahkan ia digunakan bagi mengukur
tahap kesediaan guru Bahasa Melayu dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap
(Fraenkel, Wallen & Hyun, 2015). Oleh yang demikian, kajian itu mudah untuk difahami dan
dukur (Wiersma, 2000).

Instrumen kajian ini diadaptasi dan diubahsuai daripada kajian oleh Azalinda Tajudin
(2018) yang terbahagi kepada empat bahagian utama iaitu, Bahagian, Bahagiab B, Bahagian
C dan Bahagian D. Instrumen Bahagian A berkenaan dengan latar belakang responden
seperti jantina, umur, bangsa, kelayakan akademik dan pengalaman mengajar mata pelajaran
Bahasa Melayu. Bahagian B pula berkenaan kesediaan guru Bahasa Melayu dari aspek
pengetahuan manakala Bahagian C pula untuk meninjau kesediaan guru Bahasa Melayu dari
aspek kemahiran. Bahagian terakhir iaitu Bahagian D adalah tentang kesediaan guru Bahasa
Melayu dari aspek sikap. Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D pula terdiri daripada skala
“Likert” yang mengandungi lima pilihan iaitu (5) sangat setuju, (4) setuju, (3) tidak pasti, (2)
tidak setuju, (1) sangat tidak setuju dan terbahagi kepada empat domain yang merangkumi
Kesediaan Guru dari segi pengetahuan (10 item), kemahiran (8 item), sikap (15 item) dan
minat (10 item). Jumlah kesemua item Kesediaan Guru yang dikaji ialah 31 item.

278
Dalam kajian ini, kesahan dan kebolehpercayaan instrument kajian disemak dengan
caara menganalisis item-item soal selidik dengan menggunakan perisian SPSS bagi
mendapat nilai pekali Alpha Cronbach selepas kajian rintis dijalankan ke atas 20 orang guru
Bahasa Melayu di Bentong. Hasil analisis data kajian rintis mendapati bahawa nilai
kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi soal selidik ini ialah 0.9 yang bermaksud
kebolehpercayaan soal selidik ini sangat tinggi. Dalam kajian ini, soal selidik dijawab oleh 52
orang guru Bahasa Melayu sekolah rendah dalam kawasan Petaling Jaya, Selangor.
Akhirnya, data soal selidik dianalisis secara deskriptif iaitu deskriptif iaitu melihat kepada skor
min dan sisihan piawai. Tafsiran skor min telah diadaptasi daripada Jamil et al. (2014) dan
ditunjukkan dalam jadual 1.

Jadual 1
Interpretasi Skor Min
Selang Skala Skor Min Interpretasi
1.00-2.00 Rendah
2.01-3.00 Sederhana rendah
3.01-4.00 Sederhana tinggi
4.01-5.00 Tinggi

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian ini menjawab tiga soalan kajian iaitu berkaitan tahap pengetahuan, tahap
kemahiran dan tahap sikap guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan pembelajaran abad
ke-21, tahap kemahiran

Jadual 2
Analisis Tahap Kesediaan Guru Bahasa Melayu Dari Aspek Pengetahuan.

Bil Item Min SP Tahap


1 Saya tahu mengurus susun atur bilik dalam 4.29 0.54 Tinggi
melaksanakan pembelajaran abad ke-21.
2. Saya tahu untuk memastikan bahawa 4.19 0.72 Tinggi
peralatan bilik darjah lengkap dalam
melaksanakan pembelajaran abad ke-21.

3. Saya tahu untuk menyediakan sudut Parking 4.37 0.56 Tinggi


Lot dalam bilik darjah semasa pembelajaran
abad ke-21.
4. Saya tahu untuk menentukkan peraturan 4.31 0.54 Tinggi
kelas yang sesuai dalam melaksanakan
pembelajaran abad ke-21.

5. Saya tahu untuk merancang aktiviti 4.37 0.53 Tinggi


pembelajaran abad ke-21 yang sesuai
dengan objektif pembelajaran.

279
6. Saya tahu untuk memilih aktiviti 4.31 0.54 Tinggi
pembelajaran abad ke-21 berdasarkan topik
pembelajaran dalam melaksanakan
pembelajaran abad ke-21.
7. Saya tahu untuk menyediakan bahan bantu 4.37 0.53 Tinggi
mengajar yang sesuai dengan objektif
pembelajaran dalam melaksanakan
pembelajaran abad ke-21.
8. Saya tahu untuk menggunakan teknologi 4.17 0.58 Tinggi
dalam pelaksanaan pembelajaran abad ke-
21.
9. Saya tahu menggunakan aplikasi interaktif 4.10 0.66 Tinggi
dalam pelaksanaan pembelajaran abad ke-
21.
10. Saya tahu membuat lembaran kerja yang 4.38 0.49 Tinggi
sesuai dengan pelaksanaan pembelajaran
abad ke-21.
Min Keseluruhan 4.71 0.68 Tinggi

Dapatan berdasarkan Jadual 2 menunjukkan tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu


terhadap pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 secara keseluruhannya adalah berada pada
tahap tinggi dalam kalangan responden dengan skor min 4.71 (SP=0.69). Pengetahuan guru
dalam membuat lembaran kerja yang sesuai dengan pelaksanaan pembelajaran abad ke-21
memperoleh skor min yang tertinggi iaitu 4.38 (SP=0.49). Manakala pengetahuan guru
bahasa Melayu dalam menggunakan aplikasi interaktif sebagai bahan bantu mengajar dalam
pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 memperoleh min yang terendah iaitu 4.10 (SP=0.66).
Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini membuktikan baahwa guru bahasa Melayu
mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap pelaksanaan pembelajaran abad ke-21
dalam bilik darjah.

Jadual 3
Analisis item Tahap Kesediaan Guru Bahasa Melayu Dari Aspek Kemahiran.

Bil Item Min SP Tahap


1. Saya mahir dalam mempraktikkan 4.12 0.47 Tinggi
pembelajaran abad ke-21 bagi mengajar
subjek Bahasa Melayu.
.2. Saya dapat merancang PdPc yang sesuai 4.23 0.51 Tinggi
dengan melaksanaan pembelajaran abad
ke-21
3. Saya dapat memilih aktiviti yang sesuai 4.21 0.54 Tinggi
dengan pelaksanaan pembelajaran abad
ke-21.

280
4. Saya mahir dalam mewujudkan kelas 4.17 0.51 Tinggi
yang kondusif dengan menjalankan PdPc
berdasarkan pembelajaran abad ke-21.
5. Saya dapat mewujudkan komunikasi dua 4.21 0.50 Tinggi
hala dalam PdPc dengan melaksanakan
pembelajaran abad ke-21.
6. Saya mahir menggunakan teknologi 4.21 0.46 Tinggi
dalam pelaksanaan pembelajaran abad
ke-21.
7. Saya dapat menentukan bahan bantu 4.21 0.50 Tinggi
mengajar yang sesuai dalam pelaksanaan
pembelajaran abad ke-21 berdasarkan
objektif pembelajaran.
8 Saya berkemahiran membuat analisis 4.25 0.52 Tinggi
pencapaian murid dengan melaksanakan
pembelajaran abad ke-21.
Min Keseluruhan 4.24 0.63 Tinggi

Dapatan berdasarkan Jadual 3 menunjukkan skor min tahap kemahiran guru bahasa
Melayu terhadap pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 secara keseluruhan tahap kemahiran
guru bahasa Melayu berada pada tahap yang tinggi iaitu skor min 4.24 (SP=0.63). Kemahiran
guru dalam membuat analisis pencapaian murid dengan melaksanakan pembelajaran abad
ke-21 memperoleh skor min yang tertinggi iaitu 4.25 (SP=0.63). Manakala kemahiran guru
bahasa Melayu dalam mempraktikkan pembelajaran abad ke-21 mencapai min yang
terrendah iaitu 4.12 (SP=0.47). Secara keseluruhannya, dapatan ini menunjukkan bahawa
tahap kemahiran majoriti guru bahasa Melayu berada pada tahap yang tinggi.

Jadual 4
Analisis Item Tahap Kesediaan Guru Bahasa Melayu Dari Aspek Sikap dalam Pelaksanaan
Pembelajaran Abad Ke-21

Bil Item Min SP Tahap

1. Saya berasa selesa mengajarkan subjek 4.23 0.56 Tinggi


Bahasa Melayu semenjak pembelajaran abad
ke-21 diperkasakan.

2. Saya lebih yakin mengajar subjek Bahasa 4.25 0.56 Tinggi


Melayu dengan mempraktikkan pembelajaran
abad ke-21.

3. Saya kerap menerapkan elemen pembelajaran 4.21 0.57 Tinggi


abad ke-21 semasa menghasilkan rancangan
pengajaran harian.

4. Saya yakin membuat inovasi dalam PdPc 4.04 0.59 Tinggi


dengan mengaplikasikan pembelajaran abad
ke-21.

281
5. Saya kerap melaksanakan pembelajaran abad 4.08 0.52 Tinggi
ke-21 pada setiap PdPc.
6. Saya dapat menyediakan bahan bantu 4.16 0.43 Tinggi
mengajar (BBM) yang sesuai dengan mudah
berdasarkan pembelajaran abad ke-21 dalam
setiap PdPc.
7. Saya sering menonton video pelaksanaan 4.00 0.63 Tinggi
pembelajaran abad ke-21 untuk
memperkasakan kemahiran saya.

8. Saya kerap mengikut kursus pemantapan 3.98 0.50 Sederhana


pembelajaran abad ke-21 bagi memantapkan Tinggi
lagi pengetahuan saya.
9. Saya dapat melaksanakan pembelajaran abad 3.90 0.63 Sederhana
ke-21 dengan menggunakan alam maya. Tinggi
10. Saya selalu berbincang dengan guru-guru lain 4.15 0.46 Tinggi
untuk mendapatkan ilmu baharu tentang
pelaksanaan pembelajaran abad ke-21.
11. Saya membuat refleksi terhadap pelaksanaan 4.13 0.53 Tinggi
pembelajaran abad ke-21 yang saya amalkan
semasa PdPc.

12. Saya selalu melayari internet untuk 4.17 0.51 Tinggi


mendapatkan idea-idea baharu tentang
pelaksanaan pembelakajaran abad ke-21.

13. Saya kerap mencuba melaksanakan aktiviti- 4.13 0.56 Tinggi


aktiviti yang kreatif dalam pelaksanaan
pembelajaran abad ke-21.
Min Keseluruhan 4.16 0.52 Tinggi

Dapatan berdasarkan Jadual 4 menunjukkan sikap guru Bahasa Melayu terhadap


pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 secara keseluruhannya adalah sikap guru bahasa
Melayu terhadap pembelajaran abad ke-21 berada di tahap positif dengan skor min 4.16
(SP=0.52). Keyakinan guru bahasa Melayu mengajar subjek bahasa Melayu dengan
mempraktikkan pembelajaran abad ke-21 memperoleh skor min yang tertinggi iaitu 4.25
(SP=0.56). Sikap majoriti guru bahasa Melayu melaksanakan pembelajaran abad ke-21
dengan menggunakan alam maya berada di tahap sederhana tinggi dengan memperoleh skor
min yang terendah iaitu 3.90 (0.63). Secara keseluruhannya, dapatan ini membuktikan
bahawa majoriti guru bersikap positif terhadap pelaksanaan pembelajaran abad ke-21.

Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu di sepuluh buah
sekolah di Petaling Jaya, Selangor mempunyai tahap kesediaan yang tinggi dari aspek
pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam melaksanakan pembelajaran abad ke-21.

282
KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Dapatan kajian ini menunjukkan guru Bahasa Melayu sekolah rendah di kawasan kajian
mempunyai pengetahuan yang sangat tinggi terhadap pelaksanaan pembelajaran abad ke-
21. Skor min 4.32 membuktikan bahawa guru-guru mempunyai pengetahuani yang sangat
tinggi terhadap pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 dalam PdPc Bahasa Melayu. Dapatan
kajian ini disokong oleh beberapa kajian lain yang turut menyatakan hal yang sama.
Antaranya, kajian Azalida Tajudin & Norazilawati Abdullah (2018) menjelaskan bahawa guru-
guru mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadap pelaksanaan pembelajaran abad ke-21.
Selain itu, dapatan kajian ini juga turut selari dengan pandangan Shaffee et al (2009) yang
berpendapat bahawa seseorang guru mesti mempunyai pengetahuan pedagogi berdasarkan
pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran
mempunyai arah tuju.

Antaranya dengan kajian Sharipah Khadijah S Hashim (2001) yang mengatakan


bahawa guru berkemahiran menggunakan komputer dalam PdP. Kenyataan ini selaras
dengan dapatan kajian ini dimana majoriti guru bahasa Melayu menyatakan bahawa mereka
mahir menggunakan teknologi dalam pelaksanaan pembelajaran abad ke-21. Hasil dapatan
ini juga disokong oleh Faridah Nazir et al. (2016) dalam kajiannya mendapati guru-guru abad
ke-21 melihat teknologi sebagai perkara positif. Seterusnya, hasil dapatan kajian ini sejajar
dengan hasil dapatan kajian Nurzarina Amran & Rosli Roslinda (2017) yang mendapati
bahawa guru mempunyai kemahiran yang tinggi terhadap pelaksanaan pembelajaran abad
ke-21 seperti pembelajaran koloborasi dan pembelajaran kendiri. Hal ini demikian kerana
majoriti guru dapat mewujudkan kelas yang kondusif dimana ada komunikasi dua hala dan
bukan sehala.

Selain itu, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa guru bahasa Melayu
berkemahiran dalam menentukan dan menghasilkan bahan bantu mengajar dalam
pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 mencapai tahap yang tinggi. Hasil dapatan in selaras
dengan dapatan kajian Khairiah (2010) yang mendapati mendapati guru bahasa mempunyai
kemahiran yang tinggi dalam mempelbagaikan penggunaan BBM dalam pelaksanaan
pembelajaran abad ke-21. Hal ini demikian, penggunaan BBM dalam pengajaran bahasa
mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan kemahiran bahasa
pelajar. Ini selari dengan pernyataan oleh Hanapiah (2009) bahawa pembelajaran berkesan
apabila guru tahu tujuan menggunakan BBM dengan sepenuhnya dalam P&P.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang bercanggah dengan hasil


dapatan kajian ini. Antaranya, kajian Puteh et al. (2012) dalam kajiannya mendapati bahawa
guru mempunyai kepakaran yang rendah dalam merancang strategi pengajaran dan kurang

283
memahami kandungan kurikulum baharu. Hasil dapatan kajian membuktikan bahawa guru
berkemahiran untuk merancang PdPc berdasarkan kurikulum pembelajaran abad ke-21.
Selain itu, kajian Che Mohd Noor & Ahmad (2015) mengatakan bahawa masih terdapat guru
masih gemar menggunakan kaedah pengajaran konvensional iaitu mengunakan kaedah
‘Chalk & Talk’. Manakala hasil dapatan kajian ini dapat membuktikan bahawa guru
menggunakan teknik pembelajaran abad ke-21 dalam PdPc bahasa Melayu.

Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru mempunyai sikap yang positif
terhadap melakukan inovasi dalam PdPc bahasa Melayu. Dapatan ini disokong dengan kajian
Nordiana Abu Bakar & Zamri (2017) yang menyatakan bahawa guru-guru bersikap positif
dalam melakukan inovasi dalam pelaksanaan pembelajaran abad ke-21. Selain itu, kenyataan
ini juga disokong oleh Susanne (2014) yang mendapati bahawa guru bersifat kreatif dan
berinovasi berupaya menginspirasi murid-murid untuk memberi sumbangan melampaui
ekspektasi dalam proses pembelajaran. Hasil dapatan kajian ini juga dapat memberi
gambaran yang jelas tentang sikap guru terhadap kekerapan guru mengikuti kursus
pemantapan ada di peringkat sederhana tinggi yang menjelaskan bahawa mungkin beberapa
orang responden menghadapi cabaran untuk mengikuti kursus pemantapan. Dapatan kajian
ini disokong oleh Badrul Hisham dan Mohd Nasruddin (2016) yang koloborasi di kalangan guru
ada di peringkat sederhana. Item kesembilan yang berkaitan sikap guru terhadap penggunaan
alam maya mencapai tahap sederhana tinggi. Kenyataan ini disokong oleh Faridah Nazir et
al (2016) yang mendapati guru mempunyai minat yang tinggi terhadap penggunaan TMK
dalam PdP tetap sikap mereka adalah di tahap sederhana. Ini bermaksud terdapat cabaran
dari segi kemudahan yang menjadi satu penghalang bagi meningkatkan sikap guru terhadap
penggunaan alam maya

Implikasinya, kajian ini berupaya membolehkan guru-guru Bahasa Melayu membuat


refleksi terhadap tahap kesediaan mereka dalam melaksanakan pembelajaran abad ke-21 dari
aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap. mengisi kelompangan tersebut.

Umi Kalthom Bte Mahbib dan Ahmad Bin Esa (2014), dalam kajiannya yang bertajuk
‘kaedah koperatif sebagai pilihan kelas abad 21’. Kajian ini ingin menekankan mengenai guru
bukan sahaja perlu berjaya dalam bidang akademik, malah haruslah menguasai teknik-teknik
Pengajaran Abad ke-21. Kleickmann et al., (2013) menjelaskan bahawa pengetahuan guru
mengenai kandungan, pedagogi dan bahan pengajaran amat mempengaruhi keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kajian ini berupaya memberi pengetahuan
kepada guru tentang pengetahuan pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pengetahuan terhadap pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 merupakan satu aspek yang
perlu dititikberatkan oleh guru bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih

284
berkesan. Dapatan kajian ini menunjukkan pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 dapat
meningkatkan keberkesanan PdPc Bahasa Melayu, kualiti pendidikan dan kemahiran guru.
Kajian ini boleh dijadikan pendorong untuk guru melaksanakan pembelajaran abad ke-21
dalam pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, guru-guru perlu sedar tentang
tanggungjawab mereka untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dengan
menggunakan pengetahun guru terhadap pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 semasa
menjalankan PdPc. Kajian ini membolehkan guru bahasa Melayu memperkukuh pengetahuan
mereka terhadap pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 di bilik darjah. Pengetahuan guru
dalam pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 membolehkan guru mempraktikkan aktiviti dan
teknik pembelajaran abad ke-21 tersebut dengan cekap dan berkesan.

Sebagai cadangan kajian lanjutan, pengkaji boleh mengkaji sama ada boleh membuat
kajian tentang masalah dan cabaran yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan
pembelajaran abad ke-21. Kesimpulannya, tahap kesediaan guru terhadap pelaksanaan
pembelajaran abad ke-21 berada di tahap tinggi manakala terdapat juga item yang mencapai
min tahap sederhana tinggi dalam konstruk ketiga. Dapatan kajian ini dilihat sebagai nilai
tambah dalam bidang pedagogi teknik pengajaran Bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana
kajian-kajian lepas lebih melihat pengetahuan, kemahiran dan sikap guru secara keseluruhan.
Tambahan pula, masih kurang kajian tentang kemahiran guru pelaksanaan pembelajaran
abad ke-21 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Tuntasnya, guru-guru seharusnya bersedia
dalam melaksanakan pembelajaran abad ke-21 dalam PdPc merentasi kurikulum.
Berdasarkan dapatan kajian ini, guru-guru dan pihak berkepentingan yang lain disarankan
untuk meningkatkan kemahiran guru dalam melaksanakan pembelajaran abad ke-21.

RUJUKAN

Abdullah, A. H. (2017). Kesediaan Guru Matematik Sekolah Menengah dalam Melaksanakan


Proses Pembelajaran dan Pengajaran Abad Ke-21. Isu-isu Pendidikan Kontemporari.
ISBN 978-967-0194-68-4. Universiti Teknologi Malaysia.
Alinda Alias. (2017). Higher Education 4.0: Current Status and Readiness in Meeting the
Fourth Industrial Revolution Challenges. Universiti Taknologi Malaysia.
Azalida Tajudin & Norazilawati Abdullah. (2018). Kesediaan Guru Sains Sekolah Rendah
Terhadap Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Badrul Hisham Alang Osman, & Mohd Nasruddin Basar. (2016). Amalan Pengajaran dan
Pembelajaran Abad Ke-21 dalam Kalangan Pensyarah Institut Pendidikan Guru
Kampus Ipoh. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 10,20-37.
Barber, M & Mourshed, M. (2007). How the World’s Best-Performing School System Come
Out on Top. Educational Studies, 3, 6-31.
Buletin Anjakan. (2015). Pembelajaran Abad Ke-21: Amalan Dan Pelaksanaan Di Sekolah.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, p. 4.

285
Che Mohd Noor, C.MS. Z & Ahmad, A.R. (2015). Kreativiti Guru dalam Meningkatkan Kefaham
dan Penghayatan Sejarah. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Collins, J. T. (2005). Bahasa Melayu Bahasa Dunia. Yayasan Obor Indonesia.
Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2011). Research Methods in Education. Routledge.
Creswell, J.,W. (2007). Research Design. Qualitative and Mixed Methods Approaches. Sage.
Cronbach, L. J. (1946). R Creswell, J. W. (2002). Educational research - planning, conducting,
and evaluating quantitative and qualitative research (2nd Ed). Pearson Merril Prentice
Hall.
DeVries, R., and B. Zan. (1994). Moral Classrooms, Moral Children: Creating a Constructivist
Atmosphere in Early Education. Teachers College Press.
Dissanayake, D. M. N. S. W., (2013). The Impact of Perceived Desirability and Perceived
Feasibility on Entrepeunrial Intention Among Undergraduate Students in Sri Lanka. The
kelaniya Journal of Management, 2(1), pp 39-57.
Goh, P. S. C., Blake, D. (2015). Teacher Preparation in Malaysia: Needed Changes. Teaching
in Higher Educcation, 20, 469-480.
Hanapi, M. H. M., Zakaria, N., & Shaffei K. (2020). Cabaran Pendidikan Abad Ke-21 Sekolah
Rendah. International Journal of Modern Education, 2(5), 01-08.
Faridah Nazir, Faizah Shamsudin & Amran Bakar. (2016). Pengajaran dan Pembelajaran
Abad 21 (1st ed.). Sasbadi Sdn.Bhd.
Faridah Mariani, Othman, Widad dan Ismail. (2014). Isu dan Cabaran Pelaksanaan Asas
Vokasional (PAV) di Sekolah Menegah. Universiti Sains Malaysia.
Fraenkel, J. K., & Wallen, N. E. (Eds.). (2003). How to Design and Evaluate Research in
Education. The McGraw-Hill Company.
Freire, P. (1994). Pedagogy of Hope: Reliving Pedagogy of the Oppressed. Continuum.
Kamus Dewan. Edisi Keempat. (2015). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Khairiah Sardi. (2010). Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Matematik Tingkatan Empat
Bertajuk Lines and Planes in 3-Dimensions. Universiti Teknologi Malaysia.
Kincheloe, Joe L. (1999). The Foundations of a Democratic Educational Psychology: Rethink
Intelligence. Routledge.
Krejcie, R.V & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities.
Education abd Phychological Measurement, 30,608.
Lee, S.K. (2012, March 14–15). Preparing 21st century teachers: Singapore’s approach.
International Summit on the Teaching Profession.
Mahmod, Z. (2011). Memperkasa Guru, Mempercekap Murid: Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu Dalam Abad Ke-21. Kertas Kerja Ucaptama di Seminar Bahasa
Melayu Singapura 2011. Pusat Bahasa Melayu Singapura, 1 Jun 2011.
Marlowe, B. A. & Page, M. L. Creating and Sustaining the Constructivist Classroom. Corwin
Press.
Mary Yap, K.C. (2015, Ogos 13). Guru Berperanan Lahir Pelajar Capai Standard Global. Berita
Harian. https//www.bharian.com.my/node/74472

286
Mazarul Hasan, Maizura Komari dan Norazimah Zakaria. (2020). Kesediaan Guru Pendidikan
Islam Dala Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Merriam, S. B. (2001). Qualitative Research and Case Study Applications in Education.
Jossey-Bass Publishers.
Mohd Zolkifli Abd. Hamid, Muhammad Rashid Rajuddin, & Megat Aman Zahiri Megat Zakaria.
(2007). Harapan dan Keresahan Bakal Guru Pelatih dalam Praktikum Latihan
Mengajar. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun
2007, (2007),1-3.https;//doi.org/10.1364/oe.17.009337
Mohd Majid Konting. (2016). Teaching for Quality Learning:A leadership Challenge. Universiti
Putra Malaysia.
Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia
Neuman, W.L. (2011). Social Research Methods: Qualitative and Quantitave Approches (7th
Ed.). Pearson.
Nordiana Abu Bakar, & Zamri Mahamod. (2017). Kesediaan Guru Terhadap Implementasi
Kemahiran Abad Ke-21 dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Daerah
Limbang. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Noriati A. Rashid. (2012). Murid dan Alam Belajar. Oxfard Fajar.
Normee Abd. Rahman. (2001). Kesediaan Guru dalam Pengajaran Kemahiran Berfikir Secara
Kritis dan Kreatif dalam Mata Pelajaran Sains. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nurulhuda Mohd Sukri. (2013). Tahap Kesediaan Guru Terhadap Pelaksanaan Pembelajaran
Berasaskan Kompetensi di Kolej Vokasional. Universiti Teknologi Malaysia.
Nurzarina Amran & Rosli Roslinda. (2017). Kefahaman guru tentang kemahiran abad ke-21.
In S. Z. Ibrahim, A. E. Mat Zain, S. Sharil, & A.N. Zainal Arifin (Eds.), Prosiding
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan (p.412). Pusat Pengajian
Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Partnership for 21st Century Skills. (2015). Model Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21.
http://www.P21.Org/Our-Work/P21-Framework
Puteh, S.N., Ghazali, N. A., Tamyis, M. M., & Ali, A. (2012). Keprihatinan Guru Bahasa Melayu
dalam melaksanakan Kemahiran Berfikir Secara Kritiis dan Kreatif (Malay Language
Teachers’ Concern in Implementing Critical and Creative Thinking Skills). Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu-JPBM (Malay Language Education Journal- MyLE). ISSN:
2180-4842.Vol2, Bil.2(Nov 2012):19-31 19.
Raja Abdullah Raja Ismail dan Daud Ismail. (2018). Aplikasi ‘Konsep 4C’ Pembelajaran Abad
Ke-21 dalam Kalangan Guru Pelatih Pengajian Agama Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato’ Razali Ismail. Asian People Journal. Vol. 1. Issue 1.
Rajendran Nagappan. (2010). Teaching Thinking Skills at Institutions of Higher Learning:
Lesson Learned. Pertanika Jornal of Social Science and Humanities, 18, 1-14.
Rusdin, N. M. (2018). Teachers’ Readiness in Implementing 21st Century Learning.
International Journal of Academic Research in Bussiness and Social Sciences, 8,
1293-1306.
Salehudin, N.N., Hassan, H.N., & Hamid, N. A. A. (2015). Matematik dan Kemahiran Abad
Ke-21: Perspektif Murid. Jurnal Pendidikan Matematik. Vol.3, Bil.1,24-36. ISSN: 2231-
9425.

287
Schrum, L., Levin, B.B. (2012). Evidence-based Strategies for Leading 21st Century Schools.
Saga Publications.
Shaffee Mohd Daud dan Chong, A. P. (2016). Relationship Between Special Education
(Hearing Impairment) Teachers’ Technological Pedagogical Content Knowledge
(TPACK) and Their Attituteds Towards ICT Integration. Universiti Putra Malaysia.
Slavin, R. E. (1994). Using Student Team Learning (2nd ed.). Johns Hopkins University.
Sofiana Hassan & Zamri Mahmood. (2019). Kesediaan Guru Bahasa Melayu Terhadap
Pengajaran Abad Ke-21 di Sibu, Sarawak. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Sulaiman Masri. (2005). Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan: Esei, Proposal, Tesis.
Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan. Utusan Publications.
Susanne, O. (2014). Teacher Professional Learning Communities: Going Beyond Contrived
Collegiality Toward Challenging Debate and Collegial Learning and Professional
Growth. Australian Journal of Adult Learning, Vol.54, No.2. Unviversity Of South
Australia.
Syed Ismail Syed Mustapa. Ismail Raduan & Bushro Ali. (2018). Asas Penyelidikan dalam
Pendidikan. Sasbadi Sdn. Bhd.
Sylvia, S. P & Ed Tobia. (2014). Implementing Effective Professional Learning Communities,
Sedl Insights, Vol.2, No.3.
Thayer-Bacon, B. (1999). The Thinker Versus A Quilting Bee: Constructing Images.
Educational Foundations. 13(4), 47-65.
Umi Kalthom Mahbib & Ahmad Esa. (2014). Kaedah Koperatif Sebagai Pilihan Kelas Abad 21.
Jurnal Seminar Pendidikan Teknikal dan Vokasional.
Vgotsky, L. S. (1978). Mind in Society. Cambridge, MA: Harvard University Press.
Wahaida Wahi. (2008). Tahap Kesediaan Guru Menggunakan Teknologi dalam Pengajaran
dan Pembelajaran (P&P) di Sekolah Menengah Kebangsaan. Universiti Utara
Malaysia.
Wan Azlin Anora Wan Azman, & Mohamed Yusoff Mohd Nor. (2017). Kemahiran guru abad
ke-21 terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran murid di sekolah. In Prosiding
Membudayakan Amalan Abad Ke-21 (pp. 1-10). Universiti Kebangsaan Malaysia.
Warnoh Katiman, & Norasmah Hj Othman. (2011). Program Pendidikan Guru Teknik dan
Vokasional Yang Cemerlang. Jurnal Intelek,1(2001),1-10.
Wiersma, W. (2000). Research Methods in Education: An Introduction (7th ed.). Allyn and
Bacon.
Zarina Abdul Rashid. (2016). Tahap Kesediaan Guru dalam Aspek Pengetahuan dan
Keperluan Latihan Berfokuskan Aplikasi KBAT. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

288
TAHAP PENGETAHUAN DAN KESEDIAAN GURU BAHASA MELAYU TERHADAP
TEKNIK JADUAL WATAK DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT

Izati Mas Naajah binti Mustafa


izati09-837@epembelajaran.edu.my

Sabariah binti Yaakub


sabariah@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan dan kesediaan guru Bahasa Melayu terhadap
teknik jadual WATAK dalam pengajaran kemahiran membina ayat. Objektif kajian ini adalah untuk
mengenal pasti tahap pengetahuan dan kesediaan guru Bahasa Melayu terhadap teknik jadual WATAK
dalam pengajaran kemahiran membina ayat. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan
kuantitatif dan kaedah tinjauan. Responden terdiri daripada 73 orang guru Bahasa Melayu di sekitar
Mukim Bangau, Pahang. Dalam kajian ini, soal selidik digunakan sebagai alat kajian atau instrumen
mengutip data. Data dikumpul menerusi soal selidik yang terdiri daripada bahagian A, iaitu demografi,
bahagian B tentang tahap pengetahuan guru terhadap teknik jadual WATAK dan bahagian C mengenai
tahap kesediaan guru terhadap teknik jadual WATAK. Keseluruhan data dianalisis dengan
menggunakan perisian SPSS. Hasil kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan dan kesediaan guru
Bahasa Melayu terhadap teknik jadual WATAK adalah pada tahap tinggi.
Kata Kunci: teknik jadual WATAK, guru Bahasa Melayu, kemahiran menulis

ABSTRACT
The research aim was to study the level of knowledge and readiness among Malay Language teachers
towards the usage of the WATAK schedule techniques in building sentences. The objective of this study
was to identify the level of knowledge and readiness of Malay Language teachers towards the usage of
the WATAK schedule techniques. The study use quantitative and observation method for research
design. The respondents consist with 73 Malay Language teachers around Bangau Resident in Pahang.
In this study, questionnaires were used as research tools or data collection instruments. Data were
collected through a questionnaire consisting of part A, namely demographics, part B on the level of
knowledge towards teachers on WATAK schedule techniques and part C on the level of readiness
towards teachers on WATAK schedule techniques. The whole data was analyzed by using Statistical
Package For Social Science (SPSS). In addition, the study found that the level of knowledge and
readiness of Malay Language teachers to WATAK table technique is at a high level.
Keywords: WATAK teaching table, Malay Language teacher, writing skills

PENGENALAN

Menurut Norul Haida Redzuan (2014) penguasaan terhadap kemahiran menulis ini sangat
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa Melayu kerana ianya sangat
berguna untuk diaplikasikan oleh murid semasa peperiksaan bertulis. Pembelajaran

289
kemahiran menulis ayat ini seharusnya dipelajari secara berperingkat. Kemahiran menulis
merupakan suatu proses yang kompleks. Hal ini penting kerana menurut Azizul Rahman Abdul
Rahman (2010) dan Bajuri Babu (2010), prinsip asas dalam setiap pengajaran bahasa
hendaklah dimulakan daripada peringkat yang mudah kepada yang lebih kompleks, daripada
yang konkrit kepada yang abstrak, daripada yang dekat kepada yang jauh dan daripada yang
telah diketahui kepada yang belum diketahui.

Dengan itu, penggunaan teknik seperti jadual merupakan satu inisiatif bernas yang
boleh digunakan oleh guru dalam meningkatkan kemahiran murid membina ayat dengan
mudah. Hal ini kerana, dengan berbantukan bahan rangsangan seperti jadual ini, proses
penjanaan idea dilihat lebih mudah dalam kemahiran menulis. Kemahiran menulis amat
berkait rapat dengan kemahiran berfikir di mana murid perlu berfikir serta berdialog dengan
diri sendiri untuk mendapatkan idea bagi menghasilkan satu ayat. Menurut Azura Mohd Nor
dan Sabariah Sharif (2014), bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dan efektif, bahan bantu mengajar boleh digunakan. Maka, guru perlu memainkan
peranan yang besar dalam menjadikan sesi pengajaran berjalan lancar di samping membantu
murid dalam menyelesaikan masalah pembelajaran.

Tambahan juga, kajian Awg. Hafiz Awg. dan Jamaludin Badusah (2018) telah
mendapati bahawa penggunaan teknik jadual oleh guru sememangnya dapat membantu
murid menjana idea semasa membina ayat. Misalnya dalam kajian oleh Nazihah Mattin (2018)
yang menggunakan teknik jadual WATAK dalam pengajaran membina ayat dan hasilnya,
kajian mendapati murid boleh menghasilkan satu ayat yang mudah dan lengkap berbantukan
rumus daripada teknik jadual yang digunakan. Teknik jadual WATAK ini adalah akronim
daripada (W) Watak, (A) Aktiviti, (T) Tempat, (A) Alat dan (K) Keterangan. Teknik ini telah
digunakan dalam pengajaran guru untuk melihat keberhasilan teknik pengajaran membina
ayat berdasarkan grafik yang diberikan. Pengajaran menggunakan jadual WATAK ini dapat
memudahkan pengajaran guru dalam kemahiran membina ayat murid dengan baik. Maka,
dengan adanya teknik jadual WATAK ini murid bukan sahaja dapat menghasilkan ayat dengan
mudah dan efektif malah, dapat meningkatkan kemahiran pengajaran guru dalam. Dengan itu,
teknik jadual ini dilihat sebagai titik mula kepada guru untuk menambah baik mutu pengajaran
dalam kemahiran membina ayat.

PERNYATAAN MASALAH

Pengajaran kemahiran menulis merupakan aspek penting yang perlu dikuasai oleh guru
khususnya di sekolah rendah. Hal ini kerana hampir semua kertas peperiksaan di negara ini
memerlukan murid menjawab dalam bentuk tulisan dan jawapan yang panjang lebar dalam

290
bentuk ayat (Tuan Azlyna Tuan Yusoff, 2013). Guru seharusnya mempunyai teknik-teknik
pengajaran tersendiri untuk memudahkan murid dalam menghasilkan penulisan yang baik.
pengajaran guru yang kurang berkesan akan menyebabkan murid yang tidak menguasai
kemahiran menulis dengan baik dan sering menghadapi masalah untuk menjawab soalan
peperiksaan. Tambahan juga, sikap guru juga menjadi salah satu sebab kegagalan murid
dalam menguasai kemahiran menulis ayat dek kerana kurangnya pendedahan tentang
kemahiran serta teknik-teknik tertentu dalam pengajaran.

Sehubungan dengan itu, penggunaan teknik jadual WATAK ini dapat membantu guru
untuk menjana idea murid dalam menghasilkan ayat yang lengkap dan gramatis. Buktinya,
dalam kajian Nazihah Mattin (2018), mendapati bahawa murid dalam menghasilkan ayat
dengan lengkap menggunakan teknik jadual berbantukan bahan rangsangan bergambar.
Penjanaan idea melalui teknik ini dapat membantu murid dalam membina ayat dengan mudah
dan berkesan. Jelaslah, bahawa teknik pengajaran yang menarik dan interaktif seperti
penggunaan jadual ini dilihat lebih berkesan jika dibandingkan dengan teknik pengajaran
tradisional.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah untuk:


i. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu terhadap teknik jadual
WATAK dalam pengajaran kemahiran membina ayat.
ii. Mengenal pasti tahap kesediaan guru Bahasa Melayu terhadap teknik jadual WATAK
dalam pengajaran kemahiran membina ayat.

SOALAN KAJIAN

Kajian ini mengandungi dua soalan kajian.


i. Apakah tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu terhadap teknik jadual WATAK dalam
pengajaran kemahiran membina ayat?
ii. Apakah tahap kesediaan guru Bahasa Melayu terhadap teknik jadual WATAK dalam
pengajaran kemahiran membina ayat?

HIPOTESIS KAJIAN

Hipotesis kajian adalah seperti yang berikut:


i. Ho: Tidak terdapat perbezaan signifikan tahap pengetahuan dan kesediaan guru
Bahasa Melayu terhadap teknik jadual WATAK dalam pengajaran kemahiran membina
ayat.

291
METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah tinjauan. Kajian ini
menggunakan instrumen berbentuk soal selidik sebagai alat kajian yang bertujuan untuk
memperoleh data dalam bentuk ukuran kuantitatif. Melalui soal selidik, sesuatu data itu dilihat
tepat dan mempunyai tahap kebenaran serta kesahihan yang lebih tinggi terhadap
rangsangan soalan yang diberi. Populasi yang dipilih dalam kajian ini melibatkan guru Bahasa
Melayu yang terdapat di sekitar Mukim Bangau, Pahang sahaja. Jumlah populasi dalam kajian
ini adalah seramai 90 orang guru Bahasa Melayu. Oleh itu sampel kajian adalah seramai 73
orang berdasarkan jadual penentu saiz sampel kajian Krejcie dan Morgan (1970).
Berdasarkan jadual saiz sampel, jika populasi adalah seramai 90 orang, maka sampel kajian
adalah 73 orang.

DAPATAN KAJIAN

TAHAP PENGETAHUAN GURU BAHASA MELAYU TERHADAP TEKNIK JADUAL


WATAK DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT

Jadual 1 menunjukkan skor min bagi tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu terhadap teknik
jadual WATAK dalam pengajaran kemahiran membina ayat. Berdasarkan Jadual 1, min
tertinggi bagi tahap pengetahuan guru terhadap teknik jadual WATAK adalah pada item kedua
dan keempat, iaitu “Saya tahu tentang konsep jadual WATAK dalam kemahiran membina ayat”
dan “Saya mengetahui fungsi jadual WATAK dalam kemahiran membina ayat”. Kedua-dua
item tersebut masing-masing mencatatkan skor min 4.16 serta sisihan piawai .553 dan .645.
Bagi min terendah pula adalah pada item ketiga, iaitu “Saya tahu kepentingan menerapkan
penggunaan jadual WATAK dalam kemahiran membina ayat” dengan min 3.93 dan sisihan
piawai .713. Daripada dapatan yang diperoleh, tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu
terhadap teknik jadual WATAK adalah berada pada tahap yang tinggi, iaitu dengan min
keseluruhan sebanyak 4.08 dengan sisihan piawai .479. Hal ini bermakna guru Bahasa
Melayu sekitar kawasan Mukim Bangau mempunyai pengetahuan yang tinggi dan baik tentang
teknik jadual WATAK.

Jadual 1

Analisis Item bagi Konstruk Tahap Pengetahuan terhadap Teknik Jadual WATAK

Skor Sisihan
Bil Item Min Piawai Tahap
(µ) (SP)
B1 Saya tahu jadual WATAK ialah singkatan bagi 4.09 .504 Tinggi
unsur Watak, Aktiviti, Tempat, Alat dan Keterangan

292
B2 Saya tahu tentang konsep jadual WATAK dalam 4.16 .553 Tinggi
kemahiran membina ayat
B3 Saya tahu isu-isu berkaitan jadual WATAK dalam 3.93 .713 Tinggi
kemahiran membina ayat
B4 Saya mengetahui fungsi jadual WATAK dalam 4.16 .645 Tinggi
kemahiran membina ayat
B5 Saya tahu kepentingan menerapkan penggunaan 4.05 .598 Tinggi
jadual WATAK dalam kemahiran membina ayat
B6 Saya tahu menyusun item dalam jadual WATAK 4.10 .590 Tinggi
untuk membina ayat
B7 Saya dapat mengenalpasti item yang sesuai dalam 4.09 .627 Tinggi
jadual WATAK
B8 Saya tahu membina ayat menggunakan jadual 4.06 .608 Tinggi
WATAK
B9 Saya tahu penggunaan jadual WATAK 4.08 .546 Tinggi
menjimatkan masa murid membina ayat
B10 Saya tahu laras bahasa yang sesuai pada jadual 4.06 .630 Tinggi
WATAK
Keseluruhan 4.08 .479 Tinggi

TAHAP KESEDIAAN GURU BAHASA MELAYU TERHADAP TEKNIK JADUAL WATAK


DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT

Jadual 2 pula menunjukkan skor min bagi tahap kesediaan guru Bahasa Melayu terhadap
teknik jadual WATAK dalam pengajaran kemahiran membina ayat. Berdasarkan Jadual 2, min
tertinggi bagi tahap kesediaan guru terhadap teknik jadual WATAK adalah pada item kedua
dan kesembilan, iaitu “Saya merancang kaedah yang menggalakkan kemahiran berfikir
menggunakan teknik jadual WATAK” dan “Saya dapat menerangkan teknik jadual WATAK
kepada murid dengan baik”. Kedua-dua item tersebut masing-masing mencatatkan skor min
4.10 serta sisihan piawai .613 dan .590. Bagi min terendah pula adalah pada item kelapan,
iaitu “Saya menyediakan jawapan latihan murid menggunakan jadual WATAK” dengan min
3.93 dan sisihan piawai .673. Daripada dapatan yang diperoleh, tahap kesediaan guru Bahasa
Melayu terhadap teknik jadual WATAK adalah berada pada tahap yang tinggi, iaitu dengan
min sebanyak 4.04 dengan sisihan piawai .485. Hal ini bermakna guru Bahasa Melayu sekitar
kawasan Mukim Bangau mempunyai tahap kesediaan yang tinggi dan baik tentang teknik
jadual WATAK.

Jadual 2

Analisis Item bagi Konstruk Tahap Kesediaan terhadap Teknik Jadual WATAK

Skor Sisihan
Item Min Piawai Tahap
(µ) (SP)
C1 Saya mengenal pasti tahap pengetahuan murid dalam 4.06 .560 Tinggi
pelaksanaan teknik jadual WATAK

293
C2 Saya merancang kaedah yang menggalakkan 4.10 .613 Tinggi
kemahiran berfikir menggunakan teknik jadual WATAK
C3 Saya menggalakkan murid meneroka pelbagai jenis ayat 4.04 .563 Tinggi
menggunakan jadual WATAK dalam membina ayat
C4 Saya menyediakan ayat contoh penggunaan jadual 4.05 .621 Tinggi
WATAK sebelum mengajarkan kepada murid
C5 Saya menggalakkan murid menjana idea menggunakan 4.01 .565 Tinggi
jadual WATAK untuk membina ayat
C6 Saya menyediakan rangka jadual WATAK untuk 4.00 .623 Tinggi
membantu murid memahami cara penggunaanya
C7 Saya mencari solusi untuk menambahbaik kefahaman 4.05 .598 Tinggi
murid dalam menggunakan jadual WATAK
C8 Saya menyediakan jawapan latihan murid menggunakan 3.93 .673 Tinggi
jadual WATAK
C9 Saya dapat menerangkan teknik jadual WATAK kepada 4.10 .590 Tinggi
murid dengan baik
C10 Saya memberikan aktiviti yang memerlukan murid 4.08 .546 Tinggi
menggunakan jadual WATAK
Keseluruhan 4.04 .485 Tinggi

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Berdasarkan soalan kajian pertama, dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru
terhadap teknik jadual WATAK dalam pengajaran kemahiran membina ayat berada pada
tahap tinggi dan sesuai diaplikasikan. Pengkaji juga mendapati bahawa guru mempunyai
pengetahuan tentang konsep jadual WATAK dalam kemahiran membina ayat serta berpengetahuan
tinggi akan fungsi teknik jadual WATAK ini. Hasil dapatan kajian ini hampir sama dengan kajian
lepas yang mengkaji mengenai teknik jadual WATAK, misalnya kajian Nazihah Mattin (2018)
yang menunjukkan tahap peningkatan dalam pengajaran kemahiran membina ayat dengan
baik. Kesannya, teknik jadual WATAK ini bukan sahaja dapat memudahkan guru, bahkan
kepada murid juga.

Bagi soalan kajian kedua pula, pengkaji merumuskan bahawa responden mempunyai
tahap kesediaan yang tinggi terhadap penggunaan teknik jadual WATAK. Melalui dapatan
kajian ini, pengkaji dapat melihat bahawa guru dapat merancang kaedah yang menggalakkan
kemahiran berfikir menggunakan teknik jadual WATAK serta berupaya menerangkan teknik jadual ini
kepada murid dengan baik semasa sesi pengajaran. Terdapat beberapa kajian lepas mengenai teknik
jadual yang digunakan misalnya kajian oleh A. Rahman Haron, Zamri Mahamod, Mohamed Amin
Embi, Nik Mohd Rahimi Nik Yusof, Sharifah Nor Puteh dan Jamaludin Badusah (2012) yang
mengkaji mengenai teknik jadual SALAK. Teknik jadual WATAK dan SALAK mempunyai
konsep yang sama iaitu memegang akronim bagi watak, aktiviti, latar tempat, alat dan
keterangan. Kesannya, teknik jadual SALAK juga turut memberikan hasil dapatan yang positif
di mana teknik ini dapat membantu murid membina ayat dengan mudah dan berkesan.

294
Melalui kajian ini, terdapat beberapa implikasi yang boleh didapati daripada aspek
empirikal. Kebanyakan kajian lepas menggunakan sampel murid sekolah rendah seperti kajian
Noor Atikah Yahaya (2014), Wan Nurulhawani Arifin dan Mohd Asri Harun. (2013) serta kajian
Syarifah Nor Hamiza Syed Edrus (2012). Namun berbeza bagi kajian ini, di mana pengkaji
memfokuskan kepada guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan teknik jadual WATAK
dalam pengajaran kemahiran membina ayat. Maka, kajian ini secara tidak langsung telah
mengisi kelompangan kajian-kajian lepas yang hanya menggunakan murid sebagai sampel
kajian.

Sebagai cadangan lanjutan, pengkaji menyarankan untuk menggunakan pendekatan


kualitatif. Menurut Pernecky T. (2016), kelebihan kajian pendekatan kualitatif membolehkan
kefahaman yang lebih mendalam mengenai sesuatu fenomena itu. Cadangan seterusnya
ialah melaksanakan penyelidikan pendekatan gabungan iaitu kuantitatif dan kualitatif.
Pendekatan gabungan ini dapat memberikan pandangan yang lebih lengkap iaitu melalui temu
bual, pemerhatian, analisis dokumen serta soal selidik (Yuznaili Saleh, 2020). Maka, sesuatu
isu itu dapat dikupas dengan lebih mendalam lagi akan sesuatu pengetahuan serta kesediaan
guru bahasa Melayu terhadap teknik jadual WATAK dalam pengajaran kemahiran membina
ayat.

Kesimpulannya, tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu terhadap teknik jadual


WATAK dalam pengajaran kemahiran membina ayat berada pada tahap yang tinggi manakala
tahap kesediaan guru terhadap teknik jadual ini juga berada pada tahap yang tinggi. Dengan
itu, kajian ini secara tidak langsung telah memberi kesedaran kepada guru akan pentingnya
penggunaan teknik yang betul dan sesuai semasa pengajaran di dalam bilik darjah.
Penggunaan sesuatu teknik pengajaran seperti teknik jadual WATAK ini mampu menarik
minat murid dalam pembelajaran kerana murid akan berasa seronok untuk mengikuti sesi
pembelajaran. Sehubungan itu, guru bahasa Melayu harus sedar akan kepentingan teknik
jadual WATAK ini agar dapat mengaplikasikannya ke dalam bilik darjah sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran.

RUJUKAN

A. Rahman Haron, Zamri Mahamud, Muhamed Embi, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Sharifah
Nor Puteh & Jamaludin Badusah. (2012). Teknik SALAK dalam menjana idea membina
ayat dengan cepat dan efektif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol 2 (2), 83-92.

Awg. Hafiz Awg. & Jamaludin Badusah. (2018). Penggunaan jadual S.A.P.T.O.M.M+kata
kunci terhadap murid-murid Iban sekolah rendah dalam menulis ayat gramatis Bahasa
Melayu. Prosiding Seminar Pendidikan Transdisiplin (STED 2018). Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia.

295
Azizul Rahman Abdul Rahman. (2010). Guru kreatif pelajar aktif dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Strategi Pengajaran Guru Cemerlang. Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.

Azura Mohd Nor & Sabariah Sharif. (2014). Penggunaan bahan visual di kalangan guru
teknikal. Journal for Educational Thinking. Vol.5, pp.79-98, ISSN 1985-3637.

Bajuri Babu. (2010). Strategi pengajaran dan pembelajaran berkualiti: pendidikan seni visual
mampu melahirkan insan kreatif. Strategi Pengajaran Guru Cemerlang. Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.

Nazihah Mattin. (2018). Penggunaan Teknik Jadual Watak Meningkatkan Kemahiran


Membina Ayat Majmuk dalam kalangan Murid Tahun 5. Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Melayu.

Noor Atikah Yahaya. (2014). Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun 2014. Institut Pendidikan
Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan.

Norul Haida Redzuan. (2014). Modul ‘bijak mengarang’ mempertingkat kemahiran menulis
karangan. Jurnal Peradaban Melayu, Jilid 9, 54-62.

Pernecky T. (2016). Epistemology and Metaphysics for Qualitative Research. SAGE


Publishing.

Syarifah Nor Hamiza Syed Edrus. (2012). Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun 2012. Institut
Pendidikan Kampus Bahasa Antarabangsa.

Tuan Azlyna Tuan Yusoff. (2013). Kesediaan guru melaksanakan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah. Kertas Projek Sarjana Pendidikan.

Wan Nurulhawani Arifin & Mohd Asri Harun. (2013). Meningkatkan kemahiran membina ayat
gramatis murid tahun 5 Bestari menggunakan teknik SiBuDaM. Seminar Penyelidikan
Tindakan PISMP 2013.

Yuznaili Saleh. (2020). Panduan komprehensif penyelidikan: Navigasi penyelidikan anda.


Global Mediastreet Sdn Bhd.

296
PENERIMAAN GOOGLE CLASSROOM DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Lau Zheng Lian


lau09-838@epembelajaran.edu.my

Mimma Sayuti binti Mat Khalid


mimma@epembelajaran.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap persepsi kegunaan, tahap persepsi kemudahgunaan, dan
tahap kesediaan penggunaan Google Classroom dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa
Melayu. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan. Instrumen
soal selidik digunakan untuk mengumpulkan data. Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah
seramai 85 orang guru Bahasa Melayu daripada 10 buah sekolah rendah di daerah Lawas, Sarawak
yang dipilih berdasarkan teknik pensampelan rawak mudah. Data dianalisis secara deskriptif dengan
menggunakan Statistical Packages for the Social Science (SPSS) versi 27.0. Statistik deskriptif
digunakan untuk melihat analisis kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Analisis deskriptif
mendapati min bagi persepsi kegunaan (3.44) berada pada tahap sederhana, tahap persepsi
kemudahgunaan (3.69) berada pada tahap tinggi, dan tahap kesediaan penggunaan (3.49) Google
Classroom dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah berada pada tahap sederhana.
Rumusannya, guru Bahasa Melayu masih kurang menyedari penggunaan Google Classroom dan
kepentingannya dalam PdP Bahasa Melayu. Kajian ini mencadangkan agar pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia sebagai pemegang taruh dalam pelaksanaan Google Classroom sebagai medium
PdP bagi guru dan murid terus meningkatkan kesedaran guru melalui kursus dan bengkel yang
berkenaan.
Kata Kunci: Google Classroom, tahap persepsi kegunaan, tahap persepsi kemudahgunaan, tahap
kesediaan penggunaan, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

ABSTRACT
This study aims to assess the level of perceived usefulness, perceived ease of use, and the readiness
to use Google Classroom in teaching and learning of Malay Language. The design of this study used
quantitative approach through survey method. Questionnaire instruments were used to collect data.
Respondents involved in this study consisted of 85 English teachers from 10 primary schools in Lawas,
Sarawak selected by simple random sampling technique. Data were analysed descriptively using
Statistical Packages for the Social Science (SPSS) version 27.0. Descriptive statistics were used to look
at frequency, percentage, mean and standard deviation. Descriptive analyses found the mean of
perceived usefulness (3.44) at a moderate level, the level of perceived ease of use (3.69) is at high
level, and the level of readiness to use (3:49) Google Classroom among Malay Language teachers in
primary schools are at moderate level. In conclusion, Malay Language teachers are less aware of the
use of Google Classroom and its importance in the teaching and learning of Malay Language. This study
suggests that the Ministry of Education Malaysia as a stakeholder in the implementation of Google
Classroom as a medium of teaching and learning for teachers and students continues to increase
teachers’ awareness through relevant courses and workshops.
Key Words: Google Classroom, Level of Perceived Usefulness, Level of Perceived Ease of Use, Level
of Readiness to Use, Teaching and Learning of Malay Language

297
PENGENALAN
Kemunculan teknologi yang canggih semakin hari semakin banyak terutamanya dari aspek
teknologi capaian internet. Teknologi capaian internet ini telah berubah corak kehidupan
komuniti dan masyarakat di seluruh dunia dalam pelbagai bidang iaitu pendidikan, politik dan
sosial. Penggunaan internet terus berkembang dari semasa ke semasa (Noraini et al., 2010).
Lantaran itu, antara bidang yang muncul dan berkembang dalam era internet ini ialah
pembelajaran maya (virtual learning education). Zaman teknologi digital dalam bidang
pendidikan ini berkembang dengan pesat selari dengan era globalisasi.

Setiap murid perlu mempunyai akses kepada pendidikan berkualiti dan teknologi yang
mencorak dunia masa kini. Elemen-elemen teras untuk disiplin keseluruhan pembelajaran
abad ke-21 ialah kolaboratif berpusatkan murid, komunikasi, kreativiti, nilai positif dan
pemikiran kritis (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016). Sejajar dengan itu, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan untuk menggunakan pelantar Google
Classroom bagi menggantikan Frog VLE pada Jun 2019 dengan susulan berakhirnya
perkhidmatan 1 BestariNet Fasa 2 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019). Dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran (PdP), hal ini bermakna guru Bahasa Melayu perlu
memperlengkap dirinya dengan pengetahuan yang mendalam terhadap penggunaan aplikasi
Google Classroom dalam proses PdP bagi mencapai hasrat pendidikan negara yang menuju
ke arah Revolusi Industri 4.0.

PERNYATAAN MASALAH

Pembelajaran maya di Malaysia khususnya murid sekolah rendah merupakan satu konsep
pembelajaran yang baharu tetapi di negara lain seperti United Kingdom, Ireland, Amerika
Syarikat, Hong Kong, dan Singarpura sudah lama bertapak dan diamalkan (Siti Aminah
Khasiman, 2013).

Sebelum Google Classroom menggantikan Frog VLE, Frog VLE merupakan satu
projek Transformasi sistem pendidikan yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) di bawah Projek 1 BestariNet mulai tahun 2011. Dalam projek ini, sekolah-
sekolah dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu mengenai urusan pentadbiran sekolah,
kaedah maya pengajaran dan pembelajaran, dan maklumat-maklumat terkini persekolahan
murid-murid menerusi capaian internet. Persekitaran Pembelajaran Maya (Frog VLE)
dibagaikan sebuah bilik darjah secara atas talian dan ruang sosial di sekolah serta berfungsi
sebagai sistem pembelajaran berteraskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia
realiti dengan menyatukan konsep maya dalam pendidikan konvensional. Namun begitu,
diperhatikan bahawa isu tahap penggunaan persekitaran pembelajaran maya (VLE) yang
rendah telah didebatkan secara konsisten dan dibincangkan dalam kalangan penyelidik

298
terdahulu (Cheok et al., 2017), manakala sorotan kajian mengenai persekitaran pembelajaran
maya (VLE) terletak pada penyelidikan yang tidak mencukupi dari segi jalan penyelesaiannya
dan lebih banyak perhatian pula telah ditumpukan kepada masalah dan isu-isu sebelum ini.
Oleh hal yang demikian, trenda penyelidikan yang dinyatakan menunjukkan bahawa
penyiasatan empirikal yang lebih lanjut diperlukan (Hapini et al., 2019).

Google Classroom boleh ditingkatkan untuk menjadi alat pedagogi bagi membantu
guru dalam perubahan fokus bilik darjah daripada yang berpusatkan guru diubah kepada yang
berpusatkan pelajar serta terbuka untuk inkuiri, dialog, dan pemikiran kreatif dalam kalangan
pelajar sebagai penglibatan aktif. Namun, kekurangan kajian dalam Google Classroom,
khususnya dalam konteks negara sedang membangun telah mendorong kepada keperluan
untuk melaksanakan kajian lebih lanjut terhadap keberkesanan alat tersebut dalam proses
PdP di bilik darjah (Azhar dan Iqbal, 2018).

Menurut Rohiman, Rohizani dan Azlinda (2021), pembelajaran menggunakan e-


pembelajaran dilihat lebih popular dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi tetapi tidak di
sekolah. Namun begitu, kehadiran pandemik COVID-19 telah menjadikan pembelajaran
secara dalam talian sebagai satu perkara wajib untuk dilaksanakan oleh guru seluruh Malaysia
bagi memastikan murid menerima ilmu yang disampaikan. Berdasarkan situasi pandemik ini,
kesediaan dan kemampuan guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam
talian turut menjadi isu penting dalam hal memastikan keberkesanan penyampaian PdP
terhadap murid. Pelaksanaan PdP secara dalam talian dalam situasi ini membuka persoalan
terhadap persepsi guru mengenai penerimaan alat digital seperti Google Classroom dalam
PdP.

Wujudlah persoalan sejauh mana penerimaan Google Classroom dalam kalangan guru
Bahasa Melayu khususnya dalam proses PdP Bahasa Melayu memberi impak positif dalam
peningkatan keberkesanan proses PdP di sekolah rendah. Oleh itu, kajian ini lebih
menumpukan aspek persepsi kegunaan, persepsi kemudahgunaan, dan tahap kesediaan
penggunaan Google Classroom dalam proses PdP Bahasa Melayu dengan lebih mendalam
dan holistik.

OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan kajian tersebut, objektif kajian ini adalah bertujuan untuk:

i. Mengenal pasti tahap persepsi kegunaan Google Classroom dalam kalangan guru Bahasa
Melayu di sekolah rendah.
ii. Mengenal pasti tahap persepsi kemudahgunaan Google Classroom dalam kalangan guru
Bahasa Melayu di sekolah rendah.

299
iii. Mengenal pasti tahap kesediaan penggunaan Google Classroom dalam kalangan guru
Bahasa Melayu di sekolah rendah.

SOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian tersebut, kajian ini telah membina tiga soalan kajian. Soalan kajian
adalah seperti berikut:

i. Apakah tahap persepsi kegunaan Google Classroom dalam kalangan guru Bahasa Melayu
di sekolah rendah?
ii. Apakah tahap persepsi kemudahgunaan Google Classroom dalam kalangan guru Bahasa
Melayu di sekolah rendah?
iii. Apakah tahap kesediaan penggunaan Google Classroom dalam kalangan guru Bahasa
Melayu di sekolah rendah?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Reka bentuk kajian ini berbentuk tinjauan
menggunakan set soal selidik untuk mengumpul data. Kajian tinjauan ini digunakan untuk
mengenal pasti tahap persepsi kegunaan, tahap kemudahgunaan, dan tahap kesediaan
penggunaan Google Classroom dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah.

Dalam kajian yang dijalankan ini, populasi dan sampel ditentukan berpandukan jadual
penentu saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970) dengan ralat lima peratus atau aras keyakinan
kajian sebanyak 95 peratus. Berdasarkan jadual penentu saiz sampel tersebut, jumlah saiz
sampel minimum yang diperlukan bagi populasi 110 orang adalah seramai 86 orang guru.
Oleh itu, responden sebenar yang digunakan dalam kajian ini pula adalah seramai 85 orang
guru Bahasa Melayu daripada 10 buah sekolah rendah di sekitar daerah Lawas, Sarawak yang
dipilih berdasarkan teknik persampelan rawak mudah.

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada satu set soal selidik yang
dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu Bahagian A, B, C, dan D. Bahagian A ialah soalan-
soalan yang berkaitan dengan demografi responden. Bahagian B meliputi 10 item mengenai
tahap persepsi kegunaan Google Classroom dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah
rendah. Bahagian C meliputi 10 item mengenai tahap persepsi kemudahgunaan Google
Classroom dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah. Bahagian D pula meliputi
10 item mengenai tahap kesediaan penggunaan Google Classroom dalam kalangan guru
Bahasa Melayu di sekolah rendah. Kesemua item telah diuji rintis untuk memperolehi
kebolehpercayaan.

300
Indeks Kesahan Kandungan (Content Validation Index, CVI) telah digunakan bagi
menentukan kebolehpercayaan antara pakar dicapai dalam kajian ini. Nilai CVI yang diterima
bagi empat orang pakar ialah 1.00 (Polit et al., 2007). Dalam kajian ini, nilai CVI untuk
instrumen kajian boleh diterima, iaitu 0.98 kerana menghampiri nilai CVI yang ditetapkan oleh
Polit et al. (2007). Seterusnya, tahap kesahan dan kebolehpercayaan item diuji menggunakan
pekali Alpha Cronbach. Nilai alpha yang kurang daripada 0.6 dianggap lemah manakala nilai
alpha 0.7 ke atas dianggap baik. Hasil analisis menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan
bagi keseluruhan data kajian ini adalah sangat baik, iaitu 0.977. Oleh itu, pernyataan item
boleh diterima pakai dalam kalangan sampel kajian sebenar. Data kuantitatif dianalisis
menggunakan statistik deskriptif dengan bantuan perisian Statistical Package for the Social
Science (SPSS) versi 27.0. Analisis deskriptif bertujuan mendapatkan data kekerapan,
peratus, min dan sisihan piawai bagi mengukur tahap persepsi kegunaan, tahap persepsi
kemudahgunaan, dan tahap kesediaan penggunaan Google Classroom dalam kalangan guru
Bahasa Melayu di sekolah rendah. Bacaan skor min bagi konstruk tahap persepsi kegunaan,
tahap persepsi kemudahgunaan, dan tahap kesediaan penggunaan adalah berpandukan
interpretasi daripada Riduwan (2012) sebagaimana yang dikemukakan dalam Jadual 1.

Jadual 1
Interpretasi Min

Skor Min Interpretasi Min


1.00 – 1.50 Kurang Memuaskan

1.51 – 2.50 Rendah


2.51 – 3.50 Sederhana
3.51 – 4.00 Tinggi
Sumber: Riduwan (2012)

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Tahap Persepsi Kegunaan Google Classroom dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu di
Sekolah Rendah

Jadual 2 menunjukkan skor min bagi tahap persepsi kegunaan Google Classroom dalam
kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah dengan merujuk kepada skala pengukuran
mengikut Riduwan (2012). Berdasarkan Jadual 2, dapatan kajian menunjukkan item yang
mempunyai min paling tinggi ialah item B8, iaitu “Google Classroom menyokong aspek
pedagogi yang dianggap kritikal dalam pembelajaran Bahasa Melayu” dengan min (μ=3.89),
sisihan piawai (SP=.310) dan berada pada tahap tinggi. Seterusnya, bagi min yang terendah
pula ialah item B2, iaitu “Google Classroom meningkatkan tahap kefahaman murid saya”
dengan min (μ=3.14), sisihan piawai (SP=.804) dan berada pada tahap sederhana.

301
Secara keseluruhannya, skor min dan sisihan piawai bagi tahap persepsi kegunaan
Google Classroom dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah ialah (μ=3.44) dan
(SP=.638) dengan skor interpretasi keseluruhan pada tahap sederhana. Penemuan kajian ini
memaparkan bahawa sebahagian guru Bahasa Melayu di sekolah rendah masih kurang
berpengetahuan dalam pengaplikasian Google Classroom dalam pengajaran dan
pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu. Oleh itu, tujuh item yakni item B1, B2, B3, B5, B6, B9
dan B10 perlu diberi perhatian supaya persepsi kegunaan dalam kalangan guru Bahasa
Melayu di sekolah rendah dapat ditingkatkan.

Jadual 2
Min dan sisihan piawai tahap persepsi kegunaan Google Classroom dalam kalangan guru
Bahasa Melayu di sekolah rendah

No. Item Tahap Persepsi Kegunaan Google Min SP Tahap


Item Classroom dalam Kalangan Guru Bahasa μ
Melayu di Sekolah Rendah
B1. Google Classroom meningkatkan prestasi 3.30 .721 Sederhana
pembelajaran murid saya.
B2. Google Classroom meningkatkan tahap 3.14 .804 Sederhana
kefahaman murid saya.
B3. Google Classroom meningkatkan keberkesanan 3.26 .758 Sederhana
pembelajaran murid saya.
B4. Google Classroom sangat berguna untuk saya. 3.58 .585 Tinggi

B5. Google Classroom memudahkan murid saya 3.41 .678 Sederhana


mempelajari isi kandungan mata pelajaran Bahasa
Melayu.
B6. Google Classroom meningkatkan kualiti tugasan 3.27 .730 Sederhana
murid saya.
B7. Google Classroom membolehkan saya 3.79 .465 Tinggi
mengagihkan satu tugasan yang sama kepada
beberapa kelas dalam satu masa.
B8. Google Classroom menyokong aspek pedagogi 3.89 .310 Tinggi
yang dianggap kritikal dalam pembelajaran Bahasa
Melayu.
B9. Google Classroom membolehkan penyediaan 3.38 .654 Sederhana
tugasan disiapkan lebih cepat.
B10. Google Classroom meningkatkan produktiviti saya 3.41 .678 Sederhana
dalam penyediaan tugasan murid.
Keseluruhan 3.44 .638 Sederhana

302
Tahap Persepsi Kemudahgunaan Google Classroom dalam Kalangan Guru Bahasa
Melayu di Sekolah Rendah

Jadual 3 menunjukkan skor min bagi tahap persepsi kemudahgunaan Google Classroom
dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah dengan merujuk kepada skala
pengukuran mengikut Riduwan (2012). Berdasarkan Jadual 3, dapatan kajian menunjukkan
item yang mempunyai min paling tinggi ialah item C7 dan C9, iaitu “Google Classroom
membolehkan saya mencipta kuiz seperti Google Forms melalui “Classwork” ” dan “Google
Classroom membolehkan saya mengintegrasikan aplikasi lain seperti Quizizz melalui
“Classwork” ” dengan min (μ=3.78), sisihan piawai (SP=.497) dan berada pada tahap tinggi.
Seterusnya, bagi min yang terendah pula ialah item C3, iaitu “Google Classroom bersifat
mesra pengguna” dengan min (μ=3.51), sisihan piawai (SP=.610) dan berada pada tahap
tinggi.

Secara keseluruhannya, skor min dan sisihan piawai bagi tahap persepsi
kemudahgunaan Google Classroom dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah
ialah (μ=3.69) dan (SP=.558) dengan skor interpretasi keseluruhan pada tahap tinggi.
Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa guru Bahasa Melayu di sekolah rendah memang
memahami bahawa penggunaan Google Classroom berupaya memudahkan penyampaian
guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Jadual 3
Min dan sisihan piawai tahap persepsi kemudahgunaan Google Classroom dalam kalangan
guru Bahasa Melayu di sekolah rendah

No. Item Tahap Persepsi Kemudahgunaan Min SP Tahap


Item Google Classroom dalam Kalangan Guru μ
Bahasa Melayu di Sekolah Rendah
C1. Google Classroom dapat menjimatkan masa 3.61 .656 Tinggi
untuk berkongsi bahan rujukan mengenai
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
C2. Google Classroom memberi keselesaan kepada 3.59 .603 Tinggi
saya semasa menggunakannya.
C3. Google Classroom bersifat mesra pengguna. 3.51 .610 Tinggi
C4. Google Classroom membolehkan saya 3.60 .602 Tinggi
melakukan pengurusan murid dengan mudah.
C5. Google Classroom membolehkan saya 3.76 .503 Tinggi
berkomunikasi dengan murid melalui “Stream”.
C6. Google Classroom membolehkan saya 3.74 .538 Tinggi
menyediakan tugasan melalui “Classwork”.
C7. Google Classroom membolehkan saya mencipta 3.78 .497 Tinggi
kuiz seperti Google Forms melalui “Classwork”.

303
C8. Google Classroom membolehkan saya 3.74 .538 Tinggi
menyediakan bahan bacaan melalui “Classwork”.
C9. Google Classroom membolehkan saya 3.78 .497 Tinggi
mengintegrasikan aplikasi lain seperti Quizizz
melalui “Classwork”.
C10. Google Classroom membolehkan saya 3.75 .532 Tinggi
memantau pencapaian murid dalam setiap
tugasan melalui “Grades”.
Keseluruhan 3.69 .558 Tinggi

Tahap Kesediaan Penggunaan Google Classroom dalam Kalangan Guru Bahasa


Melayu di Sekolah Rendah

Jadual 4 menunjukkan skor min bagi tahap kesediaan penggunaan Google Classroom dalam
kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah dengan merujuk kepada skala pengukuran
mengikut Riduwan (2012). Berdasarkan Jadual 4, dapatan kajian menunjukkan item yang
mempunyai min paling tinggi ialah item D7, iaitu “Saya mengakses Google Classroom dengan
mudah kerana mempunyai kemudahan komputer di rumah ” dengan min (μ=3.79), sisihan
piawai (SP=.514) dan berada pada tahap tinggi. Seterusnya, bagi min yang terendah pula
ialah item D10, iaitu “Saya mengakses Google Classroom dengan mudah kerana mempunyai
kemudahan Internet di sekolah” dengan min (μ=3.00), sisihan piawai (SP=.817) dan berada
pada tahap sederhana.

Secara keseluruhannya, skor min dan sisihan piawai bagi tahap kesediaan
penggunaan Google Classroom dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah ialah
(μ=3.49) dan (SP=.667) dengan skor interpretasi keseluruhan pada tahap sederhana.
Penemuan kajian ini mendapati bahawa masalah akses terhadap jaringan Internet merupakan
isu utama bagi penggunaan Google Classroom dalam kalangan guru Bahasa Melayu di
sekolah rendah. Oleh itu, empat item yakni item D2, D6, D9 dan D10 perlu diberi perhatian
supaya kesediaan penggunaan Google Classroom dalam kalangan guru Bahasa Melayu di
sekolah rendah dapat ditingkatkan.

Jadual 4
Min dan sisihan piawai tahap kesediaan penggunaan Google Classroom dalam kalangan guru
Bahasa Melayu di sekolah rendah
No. Item Tahap Kesediaan Penggunaan Google Min SP Tahap
Item Classroom dalam Kalangan Guru Bahasa μ
Melayu di Sekolah Rendah
D1. Saya bersedia menggunakan Google 3.73 .643 Tinggi
Classroom dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu.

304
D2. Saya mempunyai akses terhadap jaringan 3.38 .690 Sederhana
Internet.
D3. Saya berinteraksi bersama murid mengenai 3.62 .617 Tinggi
masalah pembelajaran Bahasa Melayu melalui
Google Classroom.
D4. Saya memantau interaksi murid sesama murid 3.72 .590 Tinggi
seperti perbincangan melalui Google
Classroom.
D5. Saya menggunakan Google Classroom pada 3.56 .606 Tinggi
luar waktu persekolahan untuk berinteraksi
dengan murid.
D6. Saya menggunakan Google Classroom di bilik 3.19 .824 Sederhana
darjah semasa menjalankan pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu.
D7. Saya mengakses Google Classroom dengan 3.79 .514 Tinggi
mudah kerana mempunyai kemudahan
komputer di rumah.
D8. Saya mengakses Google Classroom dengan 3.55 .627 Tinggi
mudah kerana mempunyai kemudahan Internet
di rumah.
D9. Saya mengakses Google Classroom dengan 3.36 .738 Sederhana
mudah kerana mempunyai kemudahan
komputer di sekolah.
D10. Saya mengakses Google Classroom dengan 3.00 .817 Sederhana
mudah kerana mempunyai kemudahan Internet
di sekolah.
Keseluruhan 3.49 .667 Sederhana

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa kajian ini menunjukkan tahap persepsi kegunaan
Google Classroom dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah berada pada tahap
sederhana, tahap persepsi kemudahgunaan Google Classroom dalam kalangan guru Bahasa
Melayu di sekolah rendah berada pada tahap tinggi, dan tahap kesediaan penggunaan Google
Classroom dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah berada pada tahap
sederhana. Dapatan mengenai tahap persepsi kegunaan menunjukkan kontroversi dengan
dapatan kajian Ida Norini (2013) yang mendapati bahawa pembelajaran maya mendatangkan
banyak manfaat, iaitu mewujudkan suasana kondusif dan ruang realiti maya, meningkatkan
penglibatan ibu bapa selain memudahkan pengguna untuk mengakses aplikasi VLE Frog
tanpa mengira masa dan tempat.

Dapatan mengenai tahap persepsi kemudahgunaan selari dengan dapatan kajian Siti
Zaharah et al. (2018). Kajian tersebut mendapati bahawa penggunaan teknologi maklumat
dan komunikasi (TMK) menjadi salah satu bahan bantu mengajar yang dapat membantu
memudahkan urusan guru di samping menarik minat murid dengan gabungan pelbagai
elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, video, animasi dan uji minda secara interaktif.

305
Dalam konteks kajian ini, dapatan kajian selari dengan fungsi Google Classroom, iaitu
mengintegrasikan semua elemen multimedia dalam aktiviti pembelajaran murid yang
menepati ciri-ciri pembelajaran abad ke-21.

Dapatan mengenai tahap kesediaan penggunaan pula selari dengan dapatan kajian
Suzlina dan Jamaludin (2015). Dapatan kajian tersebut menunjukkan tahap penggunaan Web
2.0 dalam kalangan guru Bahasa Melayu adalah rendah. Walaupun sebahagian guru
mengalami masalah akses terhadap jaringan Internet, dapatan kajian ini juga menunjukkan
bahawa sebahagian besar guru dapat memantau interaksi murid sesama murid melalui
Google Classroom. Dapatan ini juga selari dengan dapatan kajian Liu dan Chuang (2016) yang
menunjukkan bahawa guru dapat memantau proses pembelajaran murid dan menilai
pencapaian objektif pembelajaran murid melalui Google Classroom. Dapatan kajian tersebut
mendapati pelajar menunjukkan persepsi positif dan pemahaman membaca turut meningkat.

Hasil kajian ini telah memberi beberapa implikasi penting dan bermakna kepada pihak
berkepentingan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai pemegang taruh
dalam pelaksanaan Google Classroom sebagai medium PdP bagi guru dan murid secara
berterusan. Dengan itu, hasil kajian dapat memberikan justifikasi bahawa kajian ini telah
memberi nilai tambah kepada kajian-kajian sedia ada dan berupaya merapatkan jurang antara
penyelidikan. Dari aspek pengetahuan, kajian ini berupaya memberi pengetahuan yang jelas
kepada guru tentang kebolehan dan keupayaan pengaplikasian Google Classroom dalam
pendidikan. Aplikasi Google Classroom merupakan satu inovasi dalam teknologi yang perlu
dititikberatkan oleh guru bagi memastikan PdP dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan
memenuhi ciri-ciri pembelajaran abad ke-21.

Bertitik tolak daripada hasil dapatan kajian, kajian ini mencadangkan pihak KPM
melaksanakan kursus atau bengkel kepada guru-guru di sekolah mengenai cara-cara
mengaplikasikan Google Classroom dalam proses PdP. Kursus atau bengkel ini dapat
memberikan pendedahan kepada guru-guru khususnya guru yang masih kurang mahir dalam
pembelajaran digital. Lantaran itu, pihak KPM berupaya menggubal dasar penggunaan
Google Classroom yang wajib dipatuhi oleh guru, misalnya, penggunaan sekali dalam
sebulan. Hal ini bertujuan memperlengkap murid dengan kemahiran teknologi yang wajib
diaplikasikan pada masa depan.

Sebagai cadangan kepada kajian lanjutan, pengkaji akan datang disarankan untuk
mengkaji keberkesanan Google Classroom dalam PdP Bahasa Melayu melalui kaedah kuasi
eksperimental yang mengkaji dua kumpulan sampel kajian, iaitu kumpulan rawatan dan
kumpulan kawalan. Selanjutnya, pengkaji seterusnya boleh mengkaji hubungan signifikan
antara ciri demografi guru yang merangkumi kemudahan akses Internet peribadi dengan

306
penerimaan Google Classroom. Jelaslah bahawa melalui penyelidikan kuasi eksperimental,
dapatan kajian mampu membuktikan keberkesanan Google Classroom dalam kemahiran
bahasa bagi PdP Bahasa Melayu.

Selain itu, pengkaji seterusnya juga disarankan untuk melaksanakan pendekatan


kualitatif. Kajian lepas menggunakan pendekatan kualitatif seperti kajian Kaukab Abid Azhar
dan Nayab Iqbal (2018) yang menilai persepsi guru terhadap keberkesanan Google
Classroom di Pakistan. Pengkaji seterusnya boleh menggunakan instrumen temu bual bagi
mengkaji kekangan yang dihadapi oleh guru untuk menggunakan Google Classroom dalam
PdP Bahasa Melayu di sekolah rendah. Melalui pendekatan ini, pengkaji boleh melihat
penerimaan Google Classroom dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah
dengan menyeluruh.

Cadangan juga diberikan kepada pengkaji akan datang untuk melaksanakan kajian
menggunakan pendekatan gabungan kualitatif dan kuantitatif. Kajian lepas seperti kajian
Hapini Awang et al. (2019) menggunakan pendekatan gabungan kualitatif dan kuantitatif untuk
mengenal pasti kesesuaian strategi implementasi persekitaran pembelajaran maya untuk
diaplikasikan terhadap penggunaan Google Classroom di sekolah. Oleh itu, pengkaji
seterusnya boleh mengkaji impak sebelum dan selepas pelaksanaan strategi implementasi
Google Classroom dalam PdP guru Bahasa Melayu. Dapatan kualitatif dan kuantitatif saling
menyokong dapatan supaya lebih sahih dan boleh dipercayai.

RUJUKAN

Awang, H., Aji, Z. M., Osman, W. R. S., Nasir, A. A., Deli, M. M., & Hamat, W. Y. W. (2019).
Virtual Learning Environment (VLE) implementation strategy: An analysis of practicality
for Google Classroom implementation in Malaysian schools. Journal of Educational
Research and Indigenous Studies, 2(1).
Azhar, K. A., & Iqbal, N. (2018). Effectiveness of Google classroom: Teachers’
perceptions. Prizren Social Science Journal, 2(2), 52-66.
Cheok, M. L., Wong, S. L., & Ahmad Fauzi Ayub. (2017). Teachers’ Perceptions of E-
Learning in Malaysian Secondary Schools. Malaysian Online Journal of Educational
Technology (MOJET), 5(2), 14.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21). Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Kenyataan Media: Perkhidmatan Talian Internet di
Sekolah bertarikh 27 Jun 2019. Unit Komunikasi Korporat KPM.
Khasiman, S. A. (2013). The observation for early usage of Frog VLE in school.
Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities.
Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.
Liu, H. C., & Chuang, H. H. (2016). Integrating Google Classroom to Teach Writing in
Taiwan. Minnesota Summit on Learning & Technology.

307
Mohid, S. Z., Ramli, R., Abdul Rahman, K., & Shahabuddin, N. N. (2018, Ogos). Teknologi
multimedia dalam pendidikan abad 21. In 5th International Research Management &
Innovation Conference, Putrajaya, Malaysia.
Noraini Mohd Noh, Mohd Arif Ismail & Jamil Ahmad. (2010). Tahap Penerimaan Inovasi
EduwebTV dalam Kalangan Guru. Jurnal Penyelidikan Pendidikan. 3(5), 118-128.
Polit, D. F., Beck, C. T., & Owen, S. V. (2007). Is the CVI an acceptable indicator of
content validity? Appraisal and recommendations. Research in nursing &
health, 30(4), 459-467.
Riduwan. (2012). Metode & Teknik Menyusun Proposal Penelitian. Alfabeta.
Subri, M. R., Yaakub, R., & Nudin, A. B. (2021). Pelaksanaan Pengajaran Guru Cemerlang
dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu ketika Pandemik COVID-19: Satu Kajian
Kes. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 12, 21-32.
Suzlina Hilwani Baharudin & Jamaludin Badusah. (2015). Tahap penggunaan web 2.0
dalam pengajaran guru Bahasa Melayu sekolah menengah. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, 5(2), 38-48.
Tajudin, I. N. M. (2013). Kajian tinjauan mengenai keberkesanan penggunaan konsep
persekitaran pengajaran maya frog (VLE Frog) di kalangan pelajar SK Haji Mahmud
Chemor, Perak. Kertas Projek Penyelidikan. Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti
Perguruan Sultan Idris.

308
TAHAP PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU SEKOLAH RENDAH
TERHADAP PENGGUNAAN PETA I-THINK DALAM KEMAHIRAN MEMBACA

Lim Wan Xin


lim09-839@empelajaran.edu.my

Latifah binti Mohd Nor


latifah09-37@epembelajaran.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru sekolah rendah
terhadap penggunaan peta i-Think dalam kemahiran membaca. Responden kajian terdiri daripada 73
orang guru sekolah rendah yang mengajar Bahasa Melayu di kawasan Bangsar Pudu Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik.
Terdapat empat bahagian dalam instrumen, iaitu Bahagian A demografi, Bahagian B ialah tahap
pengetahuan guru terhadap penggunaan peta i-Think. dalam kemahiran membaca, Bahagian C
mengenai kemahiran guru terhadap penggunaan peta i-Think dalam kemahiran membaca dan
Bahagaian D tentang sikap guru terhadap penggunaan peta i-Think dalam kemahiran membaca. Proses
penganalisisan data adalah berpandukan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS).
Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan sikap guru sekolah rendah
terhadap penggunaan peta i-Think dalam kemahiran membaca telah mencapai tahap yang tinggi.
Sementara itu, kemahiran guru sekolah rendah terhadap penggunaan peta i-Think dalam kemahiran
membaca telah mencapai tahap sederhana tinggi.

Kata Kunci: peta i-Think, pengetahuan, kemahiran, sikap, kemahiran membaca.

ABSTRACT
This study aims to examine the level of knowledge, skills and attitudes of primary school teachers
towards the use of i-Think maps in reading skills. The respondents comprised of 73 primary school
teachers who teach English at Bangsar Pudu in area of Kuala Lumpur. The instrument used in this study
was a questionnaire. There are four sections in the instrument, which included Part A about
demographics, Part B about the level of teachers' knowledge on the use of i-Think maps., Part C about
about teachers' skills on the use of i-Think maps and Part D is about teachers' attitudes towards the use
of i-Think maps. The data analysis process is guided by Statistical Package for Social Science (SPSS)
software. The findings of the study have shown that the level of knowledge and attitudes of primary
school teachers on the use of i-Think maps in reading skills has reached a high level. Meanwhile, the
skills of primary school teachers on the use of i-Think maps in reading skills have reached a moderately
high level.

Keywords: thinking map i-Think, knowledges, skill, attitudes, reading skills.

PERNYATAAN MASALAH
Isu utama yang diketengahkan dalam penyelidikan ini ialah kegagalan sesetengah pendidik
untuk menguasai konsep dan pengetahuan peta i-Think sepenuhnya. Berdasarkan hasil temu
bual Ainon Mohd, Haniff dan Goh (2016), didapati segelintir guru sekolah rendah tidak berpuas
hati dengan tahap pengetahuan mereka tentang penggunaan peta i-Think dalam kurikulum

309
berlainan. Kedangalan pengetahuan pengajar turut menimbulkan masalah pemahaman
kepada murid yang berasal daripada pelbagai kecerdasan. Hakikatnya, ketidakpastian dan
kekurangan informasi dalam pelaksanaan peta i-Think secara pratikal telah mendorong
mereka supaya mengekalkan kaedah pengajaran tradisional berbanding dengan alat
pemikiran berbentuk grafik. Pernyataan ini juga bertetapan dengan pemerhatian Ali
Abdulrahim (2019) bahawa pendekatan tradisional chalk and talk masih diamalkan dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu pada zaman kini sehingga menjemukan murid.

Isu kedua pula ialah kelemahan guru dalam pengaplikasian kemahiran peta i-Think
dalam PdP akibat tiada pemantauan berterusan. Fenomena ini dapat ditinjau melalui kajian
Shamsazila Sa’aban et.al. (2017) mengenai tahap penilaian guru terhadap aspek aktiviti
pelaksanaan program peta i-Think di sekolah Wliayah Persekutuan Kuala Lumpur. Walaupun
penglibatan guru dalam kegiatan program i-THINK seperti kursus, taklimat dan penubuhan
jawatankuasa pelaksanaan berada pada tahap penilaian tinggi (min= 4.04, SP= 0.64), namun
pengaplikasian kemahiran i-THINK dalam proses PdP dalam bilik darjah hanya berada pada
tahap sederhana tinggi (min=3.99, SP= 0.64). Warga guru di sekolah kawasan terpencil pula
mengalami situasu yang serupa. Penyelidikan Rubananthan Paramasveran dan Nurfaradilla
Mohamad Nasri (2018) membuktikan bahawa majoriti pendidik yang pernah menyertai kursus
anjuran Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah di Sarawak
kurang dipantau secara rapi. Tamsilnya, hasil program peta i-Think itu tidak mencerminkan
hasrat yang dijangkakan oleh KPM.

Tambahan pula, isu ketiga ialah sistem peperiksaan awam Malaysia yang
berorientasikan hafalan telah mengubahkan sikap guru terhadap pelaksanaan PdP
(Muhammad Aiman, 2017). Pembinaan soalan peperiksaan dan buku teks tidak mengambil
kira perkembangan daya kognitif murid seperti pemikiran reflektif, pemikiran kritikal dan
metakognitif. Keadaan ini telah menyebabkan pihak sekolah dan guru lebih menitikberatkan
keputusan akademik berbanding pengamalan kemahiran aras tinggi menerusi alat berfikir
(Hadi, 2012). Hasil dapatan Yahya dan Raini (2013) pula menunjukkan sebanyak 78.4% calon
UPSR 2010 tidak boleh menjawab soalan pemahaman yang melibatkan analisis petikan.

OBJEKTIF KAJIAN
Secara umumnya, terdapat beberapa objektif kajian yang ditetapkan:
i. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru sekolah rendah terhadap penggunaan peta i-
Think dalam kemahiran membaca.
ii. Mengenal pasti kemahiran guru sekolah rendah terhadap penggunaan peta i-Think
dalam kemahiran membaca.

310
iii. Mengenal pasti sikap guru sekolah rendah terhadap penggunaan peta i-Think dalam
kemahiran membaca.

SOALAN KAJIAN
Terdapat beberapa soalan kajian yang telah dirangka:

i. Apakah tahap pengetahuan guru sekolah rendah terhadap penggunaan peta i-Think
dalam kemahiran membaca?

ii. Apakah kemahiran guru sekolah rendah terhagap penggunaan peta i-Think dalam
kemahiran membaca?

iii. Apakah sikap guru sekolah rendah terhadap penggunaan peta i-Think dalam
kemahiran membaca?

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk tinjauan dan pendekatan kuantitatif telah digunakan dalam penyelidikan ini.
Pendekatan kuantitatif digunakan kerana pengukuran dalam bentuk nombor dan statistik
dapat memperlihat hasil dapatan yang mempunyai kesahan lebih tinggi, tepat dan sistematik
(Syed Ismail Syed Mustapa, et al., 2018). Golongan sasaran kajian ini ialah guru sekolah
rendah yang mengajar bahasa Melayu di kawasan Bangsar Pudu Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur. Populasi kajian adalah seramai 90 orang responden. Untuk menentukan saiz sampel
dengan tepat, senarai jadual saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970) telah dijadikan panduan.
Oleh itu, terdapat 73 orang responden daripada sekolah rendah kebangsaan di kawasan
berkenaan telah dipilih sebagai responden melalui kaedah pesampelan rawak mudah dalam
kajian ini.

Selain itu, pengkaji telah meminta kebenaran daripada pengkaji lepas, iaitu Fadilla
Anak Layang (2019) untuk mengadaptasikan instrumen soal selidiknya. Terdapat empat
bahagian dalam instrumen, iaitu demografi, tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru
sekolah rendah terhadap penggunaan peta i-Think dalam kemahiran membaca. Responden
diminta untuk menjawab soalan dengan cara memilih skala likert yang diberikan. Tambahan
pula, item yang terkandung dalam soal selidik kajian tinjauan ini telah disemak dan disahkan
oleh individu yang memiliki kepakaran tertentu seperti pakar bahasa, pakar metodologi dan
pakar bidang daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.

Di samping itu, pengkaji telah mengedarkan instrumen kajian dalam bentuk atas talian
melalui aplikasi Google Form. Proses penganalisian data kajian tinjauan ini juga berpandukan
perisian Statistical Package for Social Science for Window (SPSS). Penggunaan SPSS dapat
menjimatkan kos, tenaga dan kewangan kerana pengiraannya beroperasi secara automatik.

311
Untuk menentukan pemeringkat skor, pengkaji telah menggunakan interpretasi skor min yang
telah diadaptasi daripada Sapie, Harzita, Suhana, Mohamad Fuad dan Siti Nga’ishah (2017).

Jadual 1
Julat min bagi menjawab persoalan kajian

Skor min Inerprestasi skor


min
4.01 – 5.00 Tinggi
3.01 – 4.00 Sederhana Tinggi
2.01 – 3.00 Sederhana Rendah
1.00 – 2.00 Rendah

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

TAHAP PENGETAHUAN GURU SEKOLAH RENDAH TERHADAP PENGGUNAAN PETA


I-THINK DALAM KEMAHIRAN MEMBACA

Jadual 2
Analisis item bagi aspek tahap pengetahuan

Bil. Item Min Sisihan Varian Tahap


Piawai
1. Saya tahu konsep peta i- 4.25 .703 .494 Tinggi
Think.
2. Saya tahu jenis-jenis peta i- 4.32 .621 .385 Tinggi
Think.
3. Saya jelas kegunaan setiap 4.05 .685 .469 Tinggi
jenis peta i-Think.
4. Saya tahu kepentingan 4.04 .735 .540 Tinggi
menerapkan peta i-Think
dalam kemahiran membaca.
5. Saya tahu jenis peta i-Think 4.03 .666 .444 Tinggi
yang sesuai digunakan dalam
kemahiran membaca.
6. Saya tahu strategi yang 4.00 .687 .472 Sederhana
berkesan untuk menerapkan Tinggi
peta i-Think dalam kemahiran
membaca.

Jadual 2 menunjukkan tahap pengetahuan guru sekolah rendah terhadap penggunaan


peta i-Think dalam kemahiran membaca. Secara keseluruhannya, tahap pengetahuan guru
adalah berada pada tahap tinggi. Min tertinggi (4.32) terletak pada item item 2, iaitu “Saya tahu
jenis-jenis peta i-Think” dengan sisihan piawai .621 dan varian .385. Min terendah (4.00) pula

312
terletak pada item 6, iaitu “Saya tahu strategi yang berkesan untuk menerapkan peta i-Think
dalam kemahiran membaca” dengan sisihan piawai .687 dan varian .472.

KEMAHIRAN GURU SEKOLAH RENDAH TERHADAP PENGGUNAAN PETA I-THINK


DALAM KEMAHIRAN MEMBACA

Jadual 3
Analisis item bagi aspek kemahiran

Bil. Item Min Sisihan Varian Tahap


Piawai
7. Saya kerap mengendalikan 3.62 .700 .490 Sederhana
aktiviti kemahiran membaca Tinggi
dengan menggunakan peta i-
Think.
8. Saya mengenal pasti tahap 3.82 .752 .565 Sederhana
kemahiran membaca murid Tinggi
sebelum merancang aktiviti
peta i-Think.
9. Saya memberikan bimbingan 3.82 .752 .565 Sederhana
kepada murid semasa Tinggi
menghasilkan peta-Think dalam
kemahiran membaca.
10. Saya memberikan peluang 3.60 .759 .576 Sederhana
kepada murid untuk memilih Tinggi
peta i-Think yang sesuai untuk
kemahiran membaca.
11. Saya menggunakan peta i- 3.81 .720 .518 Sederhana
Think untuk menggalakkan Tinggi
aktiviti kemahiran membaca
secara kolaboratif.
12. Saya membuat refleksi untuk 3.75 .741 .549 Sederhana
menambahbaikkan PdP Tinggi
berasaskan peta i-Think.

Jadual 3 memaparkan kemahiran guru sekolah rendah terhadap penggunaan peta i-


Think dalam kemahiran membaca. Secara umumnya, kemahiran guru adalah berada pada
tahap sederhana tinggi sahaja. Item 8 dan 9 telah mendapat min tertinggi, iaitu 3.83 dengan
sisihan piawai .752 dan varian .565. Sementara itu, item 10 “Saya memberikan peluang
kepada murid untuk memilih peta i-Think yang sesuai untuk kemahiran membaca” telah
memperoleh min terendah, iaitu 3.60 dengan sisihan piawai .759 dan varian .576.

313
SIKAP GURU SEKOLAH RENDAH TERHADAP PENGGUNAAN PETA I-THINK DALAM
KEMAHIRAN MEMBACA

Jadual 4
Analisis item bagi aspek sikap

Bil. Item Min Ssisihan Varian Tahap


Piawai
13. Saya suka menggunakan peta 3.86 .751 .564 Sederhana
i-Think dalam pengajaran tinggi
kemahiran membaca.
14. Saya dapati penggunaan peta i- 3.89 .698 .488 Sederhana
Think sesuai dengan aktiviti tinggi
kemahiran membaca.
15. Saya yakin penggunaan peta i- 4.04 .696 .484 Tinggi
Think memudahkan pengajaran
kemahiran membaca.
16. Saya percaya penggunaan peta 4.04 .633 .401 Tinggi
i-Think dapat menarik minat
murid untuk belajar kemahiran
membaca.
17. Saya dapati penggunaan peta i- 4.12 .666 .443 Tinggi
Think membantu murid untuk
meningkatkan daya ingatan
murid.
18. Saya percaya penggunaan peta 4.19 .700 .490 Tinggi
i-Think dapat membantu murid
untuk meningkatkan tahap
pemahaman murid.
19. Saya yakin penggunaan peta i- 4.10 .670 .449 Tinggi
Think dapat membantu murid
untuk menghubungkaitkan
maklumat sedia ada dengan isi
pelajaran baharu.
20. Saya dapati penggunaan peta i- 4.12 .666 .443 Tinggi
Think meningkatkan kemahiran
berfikir aras tinggi murid.

Jadual 4 memperlihat sikap guru sekolah rendah terhadap penggunaan peta i-Think dalam
kemahiran membaca. Secara keseluruhannya, sikap guru adalah berada pada tahap tinggi.
Min tertinggi terletak pada item 18 “Saya percaya penggunaan peta i-Think dapat membantu
murid untuk meningkatkan tahap pemahaman murid” dengan sisihan piawai .700 dan varian
.490. Sementara itu, item 10 “Saya suka menggunakan peta i-Think dalam pengajaran
kemahiran membaca” telah memperoleh min terendah, iaitu 3.86 dengan sisihan piawai .751
dan varian .564.

314
KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Secara umumnya, item dalam bahagian B, iaitu tahap pengetahuan guru sekolah rendah
terhadap penggunaan peta i-Think dalam kemahiran membaca adalah berada pada peringkat
yang tinggi. Setiap responden dipercayai telah memahami dan menguasai konsep peta i-Think
dengan mendalam. Kejayaan itu bergantung kepada usaha KPM yang melaksanakan
Program i-THINK demi membina pemikiran kritis dan kreatif sejajar dengan aspirasi PPPM
2013-2025. Oleh itu, tidak hairanlah kebanyakan warga pendidik Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur yang menjadi responden kajian ini sudah tentu didedahkan kepada konsep alat berfikir
menerusi kursus, bengkel, ceramah dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, kelemahan
masih dapat ditemui dalam aspek tahap pengetahuan tertentu khususnya pemilihan strategi
yang sesuai untuk menerapkan peta i-Think dalam kemahiran membaca. Hal ini demikian
kerana terdapat sebilangan kecil guru yang enggan menerima transformasi 315nstitute315
baharu dan mengekalkan strategi pengajaran sedia ada (Ainon Mohd et. Al, 2016).

Sementelahan itu, item bahagian C yang berkaitan dengan kemahiran guru sekolah
rendah terhadap penggunaan peta i-Think dalam kemahiran membaca telah menunjukkan
keputusan yang berbeza, iaitu berada pada tahap sedehana tinggi. Jelasnya, aspek
penggunaan pratikal dalam kalangan guru masih perlu ditekankan dan diperbaiki untuk
merealisasikan PdP berteraskan peta pemikiran. Senario tersebut tidak dapat diasingkan
dengan isu pemantauan Program i-THINK yang kerap diabaikan oleh kerajaan seperti yang
dibincangkan sebelum ini. Begitu juga responden dalam kajian Nik Rosnizasuzila, Azlina &
Zakiah (2017) telah mengatakan bahawa mereka tidak dibekalkan sebarang modul atau
panduan mengikut topik yang diajar daripada pihak sekolah ataupun KPM. Guru-guru hanya
mampu mengaplikasikan peta i-Think berdasarkan kefahaman masing-masing.

Bagi item bahagian D pula, sikap guru sekolah rendah terhadap penggunaan peta i-
Think dalam kemahiran membaca secara keseluruhannya adalah berada pada tahap tinggi.
Hanya terdapat beberapa item yang memaparkan kelemahan dan patut dititikberatkan untuk
mengambil 315nstitut susulan. Hasil dapatan yang begitu tinggi dalam bahagian ini berhubung
rapat dengan revolusi 315nstit 315nstitute315 pada zaman globalisasi ini. Tindakan KPM
untuk menerapkan unsur KBAT dalam 315nstit peperiksaan awam seperti UPSR dan SPM
dari masa ke masa telah menggesa guru memandang series terhadap 315nstit pengajaran
abab ke-21. Lagipun, kepesatan teknologi telah mengubahkan bentuk PdP tradisional yang
bersifat bersemuka kepada PdP atas talian yang lebih berpandukan peralatan TMK (Mohd
Amiruddin Ag. Damit, 2020).

Terdapat beberapa implikasi positif yang telah menyumbang kepada pihak terlibat.
Misalnya, kajian ini turut bertujuan untuk membuka mata dan meluaskan ruang fikiran pendidik

315
mengenai peggunaan peta i-Think merentasi kemahiran. Kebanyakan guru didapati lebih
cenderung mengaplikasikan peta i-Think dalam kemahiran menulis sahaja untuk
memudahkan proses mengarang murid. Namun demikian, penggunaan peta i-Think dalam
aspek membaca dan pemahaman juga sungguh efektif sehingga mendapat pengakuan
daripada institut pendidikan antarabangsa sejak lama lagi. Peta pemikiran ini bukan sahaja
mampu memperkasa tahap pemahaman murid, malah boleh meningkatkan daya ingatan,
daya menganalisi, menghubungkaitkan ilmu sedia ada dan mencetuskan imaginasi murid
terhadap petikan (Aliye Erdem, 2017).

Di samping itu, kajian ini juga dapat menjadi asas dan sumber rujukan kepada kerajaan
untuk menilai keberhasilan program i-THINK pada tahun kebelakangan ini. Program i-THINK
telah lama diperkenalkan oleh KPM untuk mencapai aspirasi PPPM 2013-2025, iaitu
membangunkan insan yang berfikiran kritis dan kreatif. Akan tetapi, keberhasilan program ini
kian diragui kerana pihak kerajaan tidak menjalankan pemantauan secara berterusan dan
berkala terhadap sekolah terbabit. Oleh itu, diharapkan KPM dapat mementingkan isu
pemantauan ini dan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasinya dengan sempurna
menerusi hasil analisis kajian ini.

Bertitik tolak daripada hasil dapatan kajian, terdapat beberapa cadangan telah
dikemukakan kepada pihak terlibat untuk menambahbaikkan keadaan. Tamsilnya, KPM
dicadangkan untuk menggubal kurikulum sedia ada supaya penggunaan peta pemetaan
minda dapat diterapkan ke dalam isi pelajaran sekolah rendah terutamanya subjek Bahasa
Melayu. Panduan penggunaan peta i-Think yang betul juga digalakkan supaya diterangkan
pada ruang catatan DSKP sebagai rujukan kepada pengajar. Sementelahan itu, Jabatan
Pendidikan Negara (JPN) pula diberikan amanah untuk membantu KPM memperincikan
proses pemantauan berkala di negari masing-masing. Antara konstruk yang dititikberatkan
ialah perancangan, pelaksanaan, pemantauan, penilaian, penambahbaikan dan
pembudayaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014). JPN patut memastikan kesahihan
evidens program i-Think yang diserahkan oleh pemimpin sekolah, pemandu pasukan dan
pencerapan aktiviti seperti dokumentasi, video, gambar, audio dan sebagainya.

Pihak sekolah pula perlu menubuhkan Jawatankuasa Program i-Think sebagai satu
platfom kepada warga guru untuk merancang, memantau dan berkongsi idea serta cabaran
yang dihadapi sepanjang pelaksanaan. Program i-Think perlu dimasukkan ke dalam takwim
sekolah terkini sebagai pendedahkan awal kepada murid. Guru bahasa Melayu juga
digalakkan untuk menghasilkan modul atau templat peta pemikiran i-Think bagi setiap tajuk
agar dapat digunakan pada PdP biasa. Selain itu, guru juga dicadangkan supaya menguasai
kemahiran mengendalikan perisian peta i-Think atas talian seperti Microsoft Visio dan

316
MindMeister untuk menepati kehendak jurusan pendidikan yang bersifat dinamik. Cara
pengoperasian perisian yang mudah dan cekap mampu membangkitkan minat murid untuk
meneroka dan mengembang idea dalam petikan pemahaman sepanjang tempoh PdP atas
talian.

RUJUKAN
Ainon Omar, Haniff Abdul Zubiar & Goh Hock Seng. (2016). Teachers’ implementation of the
i-think program in the ESL classroom: A case study. International Journal of Science
Arts and Commerce, 1(9), 33-46.
Ali Abdulrahim Abd. Mahaimin. (2019). Tinjauan terhadap tahap pengetahuan, sikap dan
pengaplikasian peta i-Think dalam kalangan guru bahasa Melayu sekolah rendah.
Tesis. Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.
Aliye Erdem. (2017). Mind maps as a lifelong learning tool. Universal Journal of Educational
Research, 5(12A). 1-17.
Fadilla Anak Layang & Zamri Mahamod. (2019). Tahap pengetahuan, kesediaan dan sikap
guru bahasa melayu sekolah rendah dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran peta pemikiran i-Think. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44(1), 37-44.
Hadi, D. R. (2012). KBKK dan Aplikasi dalam P&P. Retrieved from Persatuan Pengamal
Pendidikan Malaysia.
Krejcie & Morgan. (1970). Determining sampel size for research activities. Educational and
Psychological Measurement, 30, 607-610.
Mohd Amiruddin Ag. Damit & Muhd Khaizer Omar. (2019). Meneroka impak dan cabaran
pensyarah terhadap pelaksanaan E-pembelajaran di kolej vokasional Zon Tengah,
Malaysia. International Conference on Educational Research and Practice (ICERP).
Nik Rosnizasuzila Nik Hassan, Dr. Azlina Mohd Kosnin& Dr. Zakiah Mohamad Ashari. (2017).
Keperluan modul i-Think dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Universiti Teknologi Malaysia.
Rubananthan Paramasveran dan Nurfaradilla Mohamad Nasri (2018). Tahap Keprihatinan
Guru Terhadap Penggunaan i-Think Merentasi Kurikulum dalam Proses Pembelajaran
dan Pemudahcaraan. Jurnal Pendidikan Malaysia 43(2), 61-71.
Sapie Sabilan, Harzita Ismail, Suhana Mohamed Lip, Mohamad Fuad Ishak & Siti Nga’ishah
Mohni. (2017). Penilaian Aspek konteks dan input berkaitan tahap pencapaian
kemahiran bacaan tilawah Al-Quran berasaskan penggunaan kaedah warna terhadap
kelancaran sebutan bertajwid dalam kalangan pelajar-pelajar Tahun Lima Sekolah
Kebangsaan Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Attarbawiy: Malaysian Online Jurnal of
Education, 1(2), 20-31.
Shamsazila Sa’aban, Muhammad Faizal Abdul Ghani & Ghazali Darusalam. (2017).
Pendedahan program i-Think di peringkat sekolah mengikut pendekatan sekolah
secara menyeluruh: Satu kajian awal. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 4(2), 1-71.
Syed Ismail Syed Mustapa, Ismail Raduan & Bushro Ali. (2018). Asas pengkajian dalam
pendidikan. Sasbadi Sdn. Bhd.
Yahya Othman & Dayang Raini Pakar. (2013). Keberkesanan strategi metakognisi dalam
pengajaran bacaan dan kefahaman menggunakan teks ekspositori. Journal of
Language Studies, 13(3), 133-150.

317
KESEDIAAN GURU BAHASA MELAYU MENERAPKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS
TINGGI (KBAT) DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)

Muhamad Faiz bin Zainal


pju17_c408@ipgkbm.edu.my

Sharizan binti Hamid


sharizan@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan guru bahasa Melayu menerapkan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Reka
bentuk kajian ini menggunakan salah satu pendekatan kuantitatif iaitu kaedah tinjauan. Instrumen yang
digunakan dalam kajian ini ialah sebuah set soal selidik yang melibatkan guru bahasa Melayu.
Responden kajian melibatkan sejumlah 60 orang guru bahasa Melayu dari Zon Bangsar/Pudu. Data
yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 26 untuk
mendapatkan peratus, min dan sisihan piawai. Berdasarkan hasil dapatan kajian, tahap kesediaan dan
tahap sikap guru bahasa Melayu dari Zon Bangsar/Pudu menerapkan KBAT dalam proses PdP berada
pada tahap yang tinggi. Kajian ini diharapkan dapat membantu para guru, murid, pihak sekolah serta
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha untuk menjayakan penerapan KBAT melalui
sistem pendidikan negara. Kesimpulannya, guru-guru perlu sedar bahawa penerapan KBAT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran adalah penting bukan sahaja untuk meningkatkan prestasi murid
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu malah untuk menghasilkan modal insan yang cemerlang dengan
kemahiran berfikir yang tinggi.
Kata Kunci: kesediaan guru, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), guru bahasa Melayu, sikap
guru, proses pengajaran dan pembelajaran

ABSTRACT
This study was carried out to identify the level of readiness of Malay Language teachers to apply Higher
Order Thinking Skills (HOTS) in teaching and learning process. The design of this study uses one of the
quantitative approaches which is the survey method. This study instrument is a set of questionnaires
involving Malay Language teachers. The respondents involved a total of 60 Malay Language teachers
from The Bangsar/Pudu Zone. The data obtained was analyzed using Statistical Package for Social
Science (SPSS) Version 26 to obtain the percentage, mean and standard deviation. Based on the
findings of the study, the level of readiness and attitude of Malay language teachers from the
Bangsar/Pudu Zone to implement KBAT in the PdP process is at a high level. As a summary, this study
is expected to assist teachers, students, schools as well as the Ministry of Education in the effort to
achieve the implementation of KBAT through the national education system. In conclusion, teachers
should be aware that the application of HOTS in the teaching and learning process is important not only
to improve pupils' performance in Malay Language subjects but also to produce excellent human capital
with higher order thinking skills.
Keywords: teacher readiness, Higher Order Thinking Skills (HOTS), Malay Language teacher,
teacher attitude, teaching and learning process

318
PENGENALAN

Sistem pendidikan di Malaysia telah melalui banyak perubahan seiring dengan peredaran
masa dan juga keperluan masyarakat pada masa kini. Pelbagai usaha yang mapan telah
dilaksanakan oleh pelbagai pihak bagi memastikan setiap perubahan yang berlaku adalah
bertepatan dengan kehendak semasa dan turut memenuhi hasrat pihak kerajaan dalam usaha
menjadikan sistem pendidikan sebagai suatu medium yang penting dalam melahirkan
warganegara yang mempunyai keseimbangan dari semua aspek. Sistem pendidikan masa
kini menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2013) menjurus kepada sistem pendidikan
abad ke-21 di mana sebuah transformasi kurikulum iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 yang dibina oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang menekankan
aspek kemahiran kreatif, inovasi serta kemahiran penyelesaian masalah.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan Pelan Pembangunan


Pendidikan Malaysia (PPM) 2013-2025 dalam mempersiapkan generasi muda untuk
menghadapi keperluan abad ke-21 dan peningkatan harapan ibu bapa serta masyarakat
terhadap dasar pendidikan negara (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2011). Pelan ini
menyediakan kerangka pembangunan yang menyeluruh untuk menzahirkan transformasi
sistem pendidikan secara pantas sehingga tahun 2025. Ismail et.al. (2015) menjelaskan
melalui kajiannya, apabila seseorang dapat menguasai kemahiran berfikir secara kritis, kreatif
dan inovatif, secara tidak langsung mampu untuk berdaya saing di peringkat global dalam
pelbagai aspek. Merujuk kepada Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 telah menggariskan enam aspirasi yang wajar dimiliki oleh setiap murid
demi menghadapi cabaran globalisasi dan semasa. Antara aspirasi yang diberi penekanan
kepada murid yakni aspirasi terhadap kemahiran berfikir yang memperlihat keupayaan murid
untuk memperoleh ilmu pengetahuan melalui penerapan sifat ingin tahu untuk membolehkan
mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan mencipta ilmu yang baharu termasuk
penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif.

Berdasarkan kajian Alimuddin Mohd. Dom (2013) menyatakan bahawa Kurikulum


Standard Sekolah Rendah digubal berdasarkan bentuk pernyataan standard yang dikenali
sebagai Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan mendasari PPPM 2013-
2025 yang terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran di mana DSKP
tersebut digunakan dalam semua mata pelajaran. Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu,
dokumen kurikulum standard yang digunakan adalah DSKP Bahasa Melayu bagi memenuhi
keperluan reka bentuk kurikulum yang perlu diterapkan kepada murid khususnya. Murid-murid
pada masa kini seharusnya disediakan dengan kemahiran dan kompetensi kurikulum yang
bakal melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersemangat ingin tahu, berprinsip,

319
mempunyai kemahiran berfikir dan berkomunikasi dengan berkesan melalui penerapan
kemahiran 6C yang telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jika dirujuk penjelasan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2014a) telah


menggariskan kemahiran 6C yang perlu diterapkan dalam diri murid oleh guru abad ke-21
adalah seperti kemahiran pemikiran kritis, pemikiran kreatif, kolaborasi, komunikasi,
perwatakan dan juga kenegaraan. Komponen utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif
dan kritis merupakan salah satu elemen penting bagi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
KBAT secara umumnya merujuk kepada keupayaan seseorang individu untuk
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi
bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta
sesuatu perkara. Menurut Norakma, Abdul Razak dan Noria Munirah (2015), pelaksanaan
KBAT merupakan salah satu langkah yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
untuk meningkatkan lagi pemahaman dan pengetahuan murid di samping menambahbaik
serta meningkatkan taraf pencapaian murid di dalam semua mata pelajaran termasuklah
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang merupakan salah satu daripada subjek teras yang
perlu dikuasai oleh setiap murid.

Selaras dengan pelaksanaan tersebut, jelaslah bahawa KBAT merupakan antara


elemen penting di dalam kemahiran berfikir yang perlu diterapkan oleh guru terutama sekali
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh hal yang demikian, guru bahasa Melayu
memainkan peranan yang penting untuk melaksanakan KBAT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah bagi memastikan kemahiran berfikir ini dapat dikuasai
dengan baik oleh murid-murid. Intihannya, peranan guru sangat dititikberatkan dalam
menjayakan pelaksanaan KBAT bagi pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu dan meliputi
semua mata pelajaran kerana guru merupakan agen penggerak dan agen perubahan yang
bertanggungjawab dalam membentuk dan mendidik murid di sekolah mengikut keperluan
semasa pendidikan.

PERNYATAAN MASALAH

Pelaksanaan KBAT merangkumi tiga elemen utama yang meliputi pelaksanaan


kurikulum, pedagogi, dan pentaksiran (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014a). Namun
begitu, kemahiran guru bukan hanya tertumpu kepada aspek pedagogi semata-mata. Hal ini
demikian kerana menurut dapatan kajian Nor Hasmaliza Hasan dan Zamri Mahamod (2016),
guru dikatakan tidak tahu dan tidak jelas tentang cara menerapkan KBAT dalam Pengajaran
dan Pembelajaran (PdP) dan kerana itulah mereka masih mengamalkan pengajaran secara
tradisional, iaitu berpusatkan guru bagi menghabiskan sukatan pelajaran. Pengajaran
berpusatkan guru akan menyebabkan murid menjadi pasif dan membantutkan proses

320
kemahiran berfikir kerana murid hanya mendengar dan menerima maklumat daripada guru
sahaja tanpa memberi peluang kepada murid untuk melontarkan pendapat dan pandangannya
sendiri tentang apa yang dipelajari ataupun dari aspek yang lain.

Penerapan KBAT dalam PdP bahasa Melayu dapat dijalankan dengan efektif
sekiranya guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mantap tentang pelaksanaan
KBAT. Hal ini disokong oleh Wan Ismail et.al. (2016) menegaskan kesediaan guru dalam
menerapkan KBAT dilihat dari aspek pengetahuan dan kemahiran guru. Penerapan KBAT
dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak langsung dapat merangsang murid
bukan hanya menghafal sahaja tetapi faham dan tahu apa yang mereka pelajari dan
menggunakan akal fikiran pada tahap yang tinggi dengan menguasai kemahiran menilai,
mengaplikasi, menganalisis dan mencipta. Walaubagaimanapun, kemahiran guru dalam
mengaplikasikan KBAT turut boleh terganggu sekiranya mengalami kekangan masa,
kesibukan dengan pelbagai tugasan luar dan fokus untuk menghabiskan sukatan pelajaran.

Berdasarkan hasil kupasan pernyataan masalah tersebut, satu kajian dijalankan bagi
mengenal pasti permasalahan yang timbul terutama sekali dalam kalangan guru bahasa
Melayu semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran untuk menerapkan KBAT
dalam merangsang penguasaan kemahiran berfikir dengan lebih berkesan kepada murid.
Kesediaan guru bukan sahaja diukur menerusi pengetahuan dan kemahiran guru bahasa
Melayu dalam menerapkan KBAT sahaja malahan kesediaan guru diukur berdasarkan
kemampuan guru menyelesaikan sebarang masalah yang menjadi halangan dalam
menerapkan KBAT. Hal ini sejajar melalui kajian Chew Bee Gek (2017) yang menjelaskan
bahawa guru merupakan pemacu kepada tahap kemahiran berfikir murid kerana guru
merupakan individu yang bertanggungjawab ke atas proses pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah. Kenyataan tersebut disokong oleh Laporan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang menyatakan salah satu punca murid tidak dapat
memikirkan dan menjawab soalan yang berunsurkan KBAT adalah kerana guru amat kurang
menerapkan KBAT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan tajuk kajian yang telah dinyatakan, kajian ini dilaksanakan untuk mencapai dua
objektif berikut:

1. Mengenal pasti tahap kesediaan guru bahasa Melayu dalam menerapkan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) terhadap proses pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu.
2. Meninjau tahap sikap guru mengenai penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu

321
SOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian tersebut, kajian ini dilaksanakan berteraskan kepada dua
persoalan kajian. Kedua-dua soalan kajian adalah seperti yang berikut:
1. Apakah tahap kesediaan guru bahasa Melayu menerapkan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

2. Apakah tahap sikap guru bahasa Melayu mengenai penerapan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

METODOLOGI KAJIAN

Secara umumnya kajian ini adalah kajian kuantitatif berbentuk deskriptif bagi mengenalpasti
dan mengkaji kesediaan guru bahasa Melayu menerapkan KBAT dalam PdP. Ghazali
Darusalam dan Sufean Hussin (2018) menjelaskan bahawa penyelidikan berbentuk kuantitatif
merupakan satu bentuk kajian yang menggunakan statistik serta bersifat numerikal dengan
parameter yang boleh diukur bertujuan untuk membuat penambahbaikan hubungan antara
teori-teori yang telah dibincangkan seiring dengan perkembangan profesionalisme keguruan.
Sehubungan dengan itu, kajian ini akan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Daripada
aspek pengumpulan data dan maklumat, pengkaji menggunakan borang soal selidik kerana
pemilihan penggunaan borang soal selidik untuk kajian ini juga adalah bersifat lebih praktikal
dan efisien dalam memperoleh realiti sebenar dalam amalan proses pengajaran dan
pembelajaran guru bahasa Melayu.

Instrumen kajian yang digunakan bagi proses pengumpulan data adalah set soal
selidik yang berfungsi sebagai penganalisisan data secara statistik deskriptif dan inferensi bagi
tujuan pengukuran data. Ghazali Darusalam dan Sufean Hussin (2018) menegaskan bahawa
item-item soal selidik yang dibina perlulah menitikberatkan ciri-ciri “indicator item” yakni dalam
pembinaan item perlulah mempunyai konstruk atau atribut item bagi memudahkan proses
penganalisisan data. Pembinaan instrumen kajian perlulah mendasari kesahan dan
kebolehpercayaan yang merujuk kepada tahap kestabilan dan ketekalan set-set instrumen
sehingga item-item yang dibina berupaya dijawab oleh responden kajian. Oleh hal yang
demikian, dalam kajian ini, soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai
kesediaan guru bahasa Melayu menerapkan KBAT dalam PdP.

Soal selidik yang disediakan bagi kajian ini diadaptasi dan diubahsuai daripada kajian
Hasnah Isnon dan Jamaludin Badusah (2017) serta kajian Nur Athirah Mohamad Rosdi (2019)
bagi mengenal pasti tahap kesediaan guru bahasa Melayu melaksanakan penerapan KBAT
dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Soal selidik ini terdiri daripada

322
tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Pengkaji telah membina item
soalan yang mengikut kesesuaian dengan tajuk kajian. Terdapat enam item yang terkandung
di dalam Bahagian A yang meliputi demografi responden kajian iaitu berkaitan jantina, umur,
pengalaman mengajar, bidang pengkhususan, kelas yang diajar serta pengalaman
menghadiri kursus berkaitan kemahiran berfikir atau KBAT. Bahagian B terdiri daripada item-
item soalan berkenaan kesediaan guru menerapkan KBAT dalam proses PdP manakala
Bahagian C terdiri daripada item-item mengenai sikap guru bahasa Melayu mengenai
kesediaan menerapkan KBAT dalam proses PdP.

Kajian rintis bagi penulisan kajian ini telah dilaksanakan dengan mendapatkan
responden seramai 30 orang guru bahasa Melayu di zon Kajang iaitu tempat tinggal pengkaji.
Jumlah bilangan sampel bagi kajian rintis menurut kajian Connelly (2008) sebanyak 10%
daripada sampel sebenar maka jumlah 30 orang responden adalah jumlah yang munasabah
dan mencukupi untuk menjalankan kajian rintis. Sebanyak 6 buah sekolah sekitar Zon Kajang
yang terlibat dalam kajian rintis. Nilai Cronbach Alpha yang diperolehi bagi keseluruhan item
yang dibina adalah sangat baik iaitu 0.98. Item dalam soal selidik Bahagian B pula
menunjukkan nilai Cronbach Alpha yang sangat baik iiatu 0.973 manakala bagi item soal
selidik pada Bahagian C pula menunjukkan nilai 0.971 yang juga berada pada tahap sangat
baik. Oleh kerana instrumen tersebut telah memenuhi syarat kesahan dan kebolehpercayaan
item, maka instrumen yang disediakan iaitu sebuah set soal selidik sesuai untuk digunakan
bagi mengukur tahap kesediaan guru bahasa Melayu menerapkan KBAT dalam proses PdP.

Bagi menganalisis data di Bahagian A iaitu demografi responden, statistik deskriptif


yang merangkumi kekerapan dan peratus digunakan. Manakala penganalisisan bagi
Bahagian B dan Bahagian C iaitu berkaitan penerapan KBAT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran guru bahasa Melayu dan sikap mereka mengenai penerapan tersebut dalam
bentuk min dan sisihan piawai. Interpretasi bacaan skala skor min adalah seperti yang berikut:

Jadual 1
Interpretasi Skala Skor Min

SKOR MIN INTERPRETASI SKOR MIN


1.00 – 2.33 Rendah Kurang setuju/ kurang membantu/ kurang mahir/
kurang memenuhi/ tidak pasti/ kadang-kadang/ tiada/
sebahagian kecil
2.34 – 3.66 Sederhana Setuju/ membantu/ mahir/ memenuhi/ separuh
3.67 – 5.00 Tinggi Sangat setuju/ sangat membantu/ sangat mahir/
sangat memenuhi/ sangat selalu/ semua/ sebahagian
besar
(Dirujuk dari Jamil Ahmad, 2002)

323
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Dapatan kajian ini menjawab kepada dua persoalan kajian iaitu berkaitan tahap kesediaan
dan tahap sikap guru bahasa Melayu terhadap penerapan KBAT dalam proses PdP.

Jadual 2

Analisis Item Tahap Kesediaan Guru Bahasa Melayu Menerapkan KBAT dalam PdP

Item Tahap Minat Guru


Sisihan
Terhadap Pembelajaran Min (µ) Interpretasi
Piawai (SP)
Berasaskan Projek
B1 4.38 0.555 Tinggi
B2 4.23 0.698 Tinggi
B3 4.23 0.621 Tinggi
B4 4.18 0.701 Tinggi
B5 4.20 0.732 Tinggi
B6 4.20 0.777 Tinggi
B7 4.22 0.666 Tinggi
B8 4.20 0.632 Tinggi
B9 4.23 0.698 Tinggi
B10 4.18 0.651 Tinggi
Skor Keseluruhan 4.23 0.60 Tinggi

Merujuk kepada Jadual 2, skor min bagi tahap kesediaan guru bahasa Melayu
menerapkan KBAT dalam PdP adalah pada nilai µ = 4.23 manakala bagi skor sisihan piawai
pula memaparkan skor SP=0.60. Skor min ini menggambarkan sebahagian besar responden
kajian menunjukkan tahap kesediaan yang tinggi untuk menerapkan KBAT dalam proses PdP
Bahasa Melayu. Nilai bagi sisihan piawai pula iaitu 0.60 menunjukkan bahawa set data dalam
kajian ini terserak sedikit tetapi masih menghampiri ukuran pusat. Skor min paling tinggi iaitu
4.38 bagi item B1. Hal ini bermakna responden sangat bersetuju dengan persoalan berkaitan
pengetahuan guru berkenaan konsep KBAT. Skor min paling rendah pula ialah 4.18 bagi item
B4 iaitu "Saya mengetahui cara mengaplikasi pelbagai strategi dan teknik untuk menerapkan
KBAT dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu” dalam proses PdP.
Berdasarkan skor min yang diperolehi membuktikan bahawa responden kajian mempunyai
tahap pengetahuan yang sederhana tinggi tentang cara mengaplikasi pelbagai strategi dan
teknik untuk menerapkan KBAT dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

324
Jadual 3

Analisis Item Tahap Sikap Guru Bahasa Melayu Menerapkan KBAT Dalam Proses PdP

Item Tahap Pengetahuan Min (µ) Sisihan Interpretasi


Guru Terhadap Piawai (SP)
Pembelajaran Berasaskan
Projek
C1 4.50 0.651 Tinggi

C2 4.38 0.715 Tinggi


C3 4.53 0.724 Tinggi
C4 4.52 0.624 Tinggi
C5 4.42 0.696 Tinggi
C6 4.30 0.646 Tinggi
C7 4.47 0.676 Tinggi
C8 4.28 0.666 Tinggi
C9 4.53 0.623 Tinggi
C10 4.48 0.624 Tinggi
Skor Keseluruhan 4.44 0.59 Tinggi

Berdasarkan Jadual 3 memperlihat bahawa min tahap sikap guru bahasa Melayu
menerapkan Kbat dalam PdP adalah pada nilai purata min µ = 4.44 dan bagi skor sisihan
piawai pula memaparkan skor purata SP=0.59. Skor min ini menggambarkan sebahagian
besar guru memberikan jawapan setuju dan sangat setuju dalam item-item konstruk ini.
Manakala, skor bagi sisihan piawai pula menunjukkan bahawa set data dalam kajian ini
terserak sedikit namun masih menghampiri ukuran pusat. Skor min yang tertinggi bagi
konstruk ini adalah item C9 iaitu ”Saya berasa kepuasan diri apabila berjaya menerapkan
KBAT dalam proses PdP Bahasa Melayu” yang memperoleh min µ = 4.53. Hal ini bermakna,
responden kajian iaitu guru bahasa Melayu dari Zon Bangsar/Pudu mempunyai tahap
persetujuan yang tinggi terhadap item ini. Menjurus kepada item seterusnya iaitu item C8
"Saya selalu menerapkan KBAT terhadap murid melalui kepelbagaian strategi pengajaran”
mendapat data skor min (µ =4.28). Melalui data skor min tersebut membawa makna responden
kajian yakni guru bahasa Melayu berupaya menerapkan KBAT terhadap murid melalui
kepelbagaian strategi pengajaran dengan baik.
Melalui maklumat dan data yang diperolehi daripada instrumen kajian yang dijalankan
menunjukkan bahawa tahap kesediaan dan tahap sikap guru terhadap pelaksanaan KBAT
dalam proses PdP Bahasa Melayu berada pada tahap yang tinggi.

325
KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Sebagai kesimpulan daripada keseluruhan dapatan kajian ini, dapatlah disimpulkan bahawa
skor min bagi kedua-dua konstruk soalan kajian iaitu “Tahap kesediaan guru bahasa Melayu
menerapkan KBAT dalam PdP” dan “Tahap sikap guru bahasa Melayu menerapkan KBAT
dalam proses PdP” adalah pada tahap yang tinggi. Hal ini membuktikan walaupun responden
kajian memahami dan menguasai konsep KBAT dengan baik namun responden tetap
mempunyai sikap yang positif mengenai penerapan KBAT dalam proses PdP seperti berusaha
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran sedia ada melalui penyertaan bengkel atau kursus
penerapan KBAT dalam proses PdP.

Dapatan kajian ini seiring dengan hasil dapatan kajian oleh Wan Ismail, Muhammad
Hamzah, dan M.A Lubis (2016) serta hasil dapatan kajian Zamri Mahamod (2014) yang
mendapati tahap kesediaan pengetahuan dan kemahiran guru terhadap penerapan KBAT
berada pada tahap yang tinggi di mana guru mengetahui konsep, istilah dan makna KBAT
serta mempunyai pandangan yang positif terutama sekali ke arah pelaksanaan KBAT.
Walaubagaimanapun, tahap kemahiran dan kesediaan guru menerapkan KBAT dalam PdP
menjadi kurang efektif dan memberangsangkan adalah kerana melibatkan bebanan tugas dan
peranan sebagai seorang guru dalam urusan hal ehwal pelajar dan pelaksanaan kurikulum
sekolah (Rohaida Mazlan dan Zamri Mahamod, 2016). Pemahaman dan penguasaan
terhadap konsep KBAT secara umumnya dapat membantu guru untuk mempertingkatkan
keberkesanan pelaksanaan proses PdP yang dijalankan.

Sebagai inisiatif dan cadangan yang boleh dilaksanakan oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan penerapan KBAT dalam proses PdP adalah melalui
pembentukan kurikulum. Pihak KPM perlulah sentiasa cakna terhadap pemantauan
pelaksanaan Pengajaran dan Pemudahcara (PdPc) dalam kalangan guru bahasa Melayu
terutama sekali dalam penyediaan sebuah proses PdP yang bermakna kepada murid
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014b). Penetapan dan penggubalan kurikulum secara
dasarnya mestilah merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) bagi
membantu guru agar dapat memahami dan menguasai penekanan terhadap pengaplikasian
Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) yang perlu digunapakai semasa
menjalankan proses PdP. Sebagai sebuah saranan kepada pihak sekolah, pengemaskinian
dan pembaharuan modul DSKP perlu dilaksanakan dengan membuat penambahbaikan iaitu
perincian soalan KBAT yang boleh digunakan oleh guru semasa menjalankan proses PdP.
Hal ini kerana, masih wujudnya segelintir guru yang masih ragu-ragu dan tidak pasti untuk
mengintegrasikan SK dan SP yang bersesuaian dengan penerapan KBAT dalam proses PdP
yang dijalankan.

326
Di samping itu, antara usaha yang boleh digiatkan oleh pihak KPM dalam
membugarkan penerapan KBAT dalam PdP adalah melalui pelaksanaan bengkel dan latihan
KBAT kepada guru-guru secara berterusan. Peluang penyertaan bengkel ini secara tidak
langsung dapat membantu para guru mempertingkatkan tahap pengetahuan KBAT supaya
dapat diaplikasikan semasa menjalankan proses PdP. Melalui perancangan yang
komprehensif untuk jangka masa panjang, pihak KPM boleh menyediakan kursus dan bengkel
boleh dengan menjemput guru-guru pakar daripada pelbagai bidang atau komponen seperti
guru pakar Pembelajaran Abad ke-21, guru pakar didik hibur, guru pakar KBAT dan juga guru
pakar bagi komponen pedagogi dari seantero negara untuk saling berkongsi pengetahuan dan
pembelajaran dalam merancang aktiviti PdP yang berteraskan KBAT.

Dalam mengintegrasikan penerapan KBAT di peringkat sekolah, pelaksanaan dan


pengaplikasian KBAT perlulah dilakukan secara menyeluruh. Antara inisiatif yang boleh
dilaksanakan adalah melalui perancangan dan pelaksanaan KBAT di peringkat sekolah secara
menyeluruh sepertimana saranan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (2014b) untuk
mengambil kira tahap kognitif dan kebolehan murid dalam memastikan aspirasi dan
kemenjadian murid selari dengan pelaksanaan inisiatif bagi aspek Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) seperti yang terkandung dalam Anjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu melahirkan murid yang berfikiran aras tinggi dan mampu
untuk berdaya saing di peringkat global.

Menurut Buletin Anjakan Transformasi Pendidikan nukilan pihak Kementerian


Pendidikan Malaysia (2015), penerapan KBAT dalam sistem persekolahan merupakan salah
sebuah medium yang membantu murid untuk tidak hanya menghafal semata-mata namun,
murid perlu tahu dan fahami setiap apa yang mereka pelajari melalui penguasaan kemahiran
menilai, mengaplikasi, menganalisis dan juga mencipta. Hal ini kerana, pihak sekolah perlulah
menambahbaik sistem penilaian dan pentaksiran murid iaitu melalui penyediaan peperiksaan
yang lebih berteraskan kepada unsur KBAT. Penyediaan dan penambahbaikan sistem
peperiksaan yang berteraskan KBAT dapat melatih murid untuk mengaplikasikan kesemua
elemen dan kemahiran KBAT bagi menghasilkan dan mencipta idea serta jawapan yang
kreatif dan kritis. Oleh itu, guru sewajarnya memainkan peranan penting agar tidak lagi berada
di zon selesa malahan guru perlu melaksanakan transformasi melalui penggunaan strategi,
pendekatan, teknik dan juga kaedah pengajaran supaya proses pengajaran dan pembelajaran
berteraskan KBAT.

Dalam mendukung perubahan pendidikan masa kini, kajian ini berupaya memberi
pengetahuan dan kefahaman yang jelas tentang penerapan KBAT dalam proses PdP. Amalan
pengajaran kreatif dalam kalangan guru perlu dipergiatkan melalui penerapan elemen kreatif,

327
kritis dan inovatif berdasarkan penerapan KBAT semasa proses PdP berlangsung. Zamri
Mahamod (2014) melalui kajiannya menyatakan bagi meningkatkan rangsangan dan tahap
pemikiran murid di dalam bilik darjah, guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya
murid lebih berminat untuk belajar. Antara kaedah yang boleh diaplikasikan bagi menerapkan
KBAT dalam proses PdP Bahasa Melayu termasuklah kaedah penyoalan, perbincangan atau
kolaborasi kumpulan dan inkuiri penemuan. Bagi membentuk dan melahirkan murid yang
mempunyai daya berfikir yang kreatif, kritis dan inovatif, guru perlulah menguasai
pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam pelaksanaan KBAT.

Kesediaan guru dalam melaksanakan pengajaran berasaskan KBAT sangat penting


bagi membolehkan mereka mendidik murid menguasai KBAT yang mana merupakan salah
satu aspek yang perlu dikuasai dalam menuju pembelajaran abad ke-21. Sehubungan dengan
itu, seorang guru berkaliber perlu bijak merancang, mengurus dan mengelola proses PdP
kerana sejauh mana guru berjaya mampu capai matlamat atau objektif pengajaran merupakan
tahap keberkesanan sesebuah proses PdP.yang dijalankan (Sharifah Puteh dan Aliza Ali,
2011). Guru perlulah menggunakan pelbagai strategi, teknik dan kaedah pengajaran yang
bersesuaian dalam memupuk KBAT terutama sekali dalam kalangan murid. Sebagai galakan
untuk merangsang murid berfikir, guru sewajarnya mengaplikasikan strategi pembelajaran
berpusatkan murid yang dapat membantu dalam galakan tindak balas dan pemikiran murid
melalui pembelajaran koperatif dan kolaboratif. Menurut Azieyana Aziz dan Christina Andin
(2018), pembelajaran koperatif dan kolaboratif dapat menggalakkan perkembangan
kemahiran berfikir murid melalui aktiviti berbentuk perbincangan dan interaksi secara aktif dan
bermakna bersama rakan sekelas. Melalui proses pembelajaran yang berlangsung dapat
mewujudkan sebuah pengalaman dan pembelajaran yang efektif dan bermakna kepada murid
dalam meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis

Secara kesimpulannya, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti


kesediaan guru bahasa Melayu menerapkan KBAT dalam proses PdP di sekolah rendah Zon
Bangsar/Pudu. Penerapan dan pelaksanaan KBAT dalam kajian ini ditinjau melalui aspek
tahap kesediaan guru serta tahap sikap guru tentang penerapan KBAT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Hasil dapatan kajian yang diperolehi
menunjukkan bahawa tahap kesediaan dan tahap sikap guru bahasa Melayu menerapkan
KBAT dalam proses PdP adalah berada pada tahap yang tinggi. Berdasarkan saranan oleh
pihak KPM, penerapan KBAT bukan hanya diterapkan bagi subjek Bahasa Melayu sahaja
namun perlu dilaksanakan bagi kesemua subjek dalam membentuk kemahiran berfikir secara
kritif, kritis dan inovatif dalam kalangan murid.

328
RUJUKAN

Azieyana Aziz & Christina Andin. (2018). Penggunaan Strategi Pembelajaran


Koperatif untuk Meningkatkan Tahap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Pelajar. Jurnal
Pendidikan Malaysia. 43(1).

Chew Bee Gek. (2017). Pengetahuan dan Pengaplikasian Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi dalam Kalangan Guru Teknik dan Vokasional. Johor: Fakulti Pendidikan
Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Connelly, L. M. (2008). Pilot studies. Medsurg nursing: official journal of the Academy
of Medical-Surgical Nurses. 17(6), 411–413.

Ghazali Darusalam & Sufean Husin. (2018). Metodologi penyelidikan dalam


pendidikan: amalan dan analisis kajian edisi kedua. Penerbit Universiti Malaya.

Hasnah Isnon & Jamaludin Badusah. (2017). Kompetensi Guru Bahasa Melayu
Dalam Menerapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.Vol. 7(1). 56-65.

Ismail, N.H., Sidek, S., & Mahbib, U.K. (2015). Faktor Keberkesanan Pengajaran dan
Pembelajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Abad Ke-21 bagi Pelajar Sains. Seminar
Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam 2015. Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia.

Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan Budaya Penyelidikan di Kalangan Guru di Sekolah:


Satu Penilaian.Tesis Ijazah Kedoktoran: Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2011). Pelan Strategik Transformasi Pendidikan


Teknik dan Vokasional 2011-2020.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia 2013-2025. Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014a). Elemen KBAT dalam Kurikulum.


Bahagian Pembangunan Kurikulum.
.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014b). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Aplikasi
di Sekolah. Bahagian Pembangunan Kurikulum.
.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Buletin Anjakan Transformasi Pendidikan
Malaysia. Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan.

Norakma, Abdul Razak & Noria Munirah. (2015). Pembelajaran Berteraskan


Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mata
Pelajaran Sejarah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nor Hasmaliza Hasan & Zamri Mahamod. (2016). Persepsi guru bahasa Melayu
sekolah menengah terhadap kemahiran berfikir aras tinggi. Jurnal Pendidikan Bahasa.
6(2).

Nur Athirah Mohamad Rosdi. (2019). Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(Kbat) Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Guru Sejarah Sekolah Rendah.
Jurnal Pendidikan. Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.

330
Rohaida Mazlan dan Zamri Mahamod. (2016). Faktor-faktor yang mempengaruhi
kesediaan guru Bahasa Melayu melaksanakan kajian pengajaran. Jurnal Pendidikan
Malaysia, 41(2), 173–182.

Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali. (2011) Pendekatan bermain dalam pengajaran bahasa
dan literasi bagi pendidikan prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 1(2): 1-15.

W.A Wan Ismail, Muhammad Hamzah, dan M.A Lubis. (2016). Kesediaan guru
pendidikan Islam sekolah rendah di Selangor terhadap penerapan KBAT dalam
pengajaran dan Akademia. Journal of Advanced Research in Applied Sciences and
Engineering Technology. 3(1), 79–92.

Zamri Mahamod. (2014). Inovasi P&P dalam pendidikan Bahasa Melayu. Cetakan
Ketiga Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Alimuddin Mohd Dom. (2013). Kurikulum Baharu KSSR Meningkatkan Kualiti


Pendidikan. Diakses pada 20 Ogos 2020 dari
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131231/re_06/Kurikulum-baharu
KSSR-meningkatkan-kualiti-pendidikan

331
ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN TANDA BACA NOKTAH PADA AKHIR AYAT
DAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA

Muhammad Hazim bin Mohammed Yusoff


pju17_c811@ipgkbm.edu.my

Sabariah binti Yaakub


sabariah@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesalahan dalam penggunaan tanda baca noktah pada akhir
ayat dalam kemahiran menulis murid. Reka bentuk kajian ini menggunakan salah satu pendekatan
kualitatif iaitu kajian kes. Instrumen kajian ini ialah analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual
berkaitan kesalahan penggunaan tanda baca noktah di akhir ayat dan faktor yang mempengaruhinya.
Responden kajian melibatkan dua orang murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Baharu Lanjut,
Sepang, Selangor. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan tematik.
Berdasarkan dapatan kajian, terdapat dua orang murid yang kerap melakukan kesalahan meninggalkan
tanda baca noktah pada akhir ayat dan beberapa faktor telah dikenalpasti yang dapat dikaitkan dengan
masalah tersebut. Oleh itu, kajian ini memberi impak yang positif terhadap kesediaan guru Bahasa
Melayu terhadap kaedah pembelajaran berasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kata Kunci: Tahap kesediaan, kesalahan, tanda baca noktah, faktor mempengaruhi, akhir ayat

ABSTRACT
This research aims to find out the student’s level of mastery in the use of the full stop punctuation at the
end of a sentence. The research design used one of the qualitative approaches which is case studies.
The instruments of this study are documents analysis, observations and interviews which is related to
the use of full stop punctuation errors at the end of sentences and factors that influence it. The
respondents of the study involved twelve years old students of Sekolah Kebangsaan Bharu Lanjut,
Sepang. The data obtained were analysed using descriptive analysis and thematic analysis. Based on
the findings of the study, there are two students who often make the mistakes of leaving full stop
punctuation at the end of sentences and there are several factors have been identified that can be
associated with the problem. Thus, this study provides a positive impact on the willingness of Malay
Language teachers on project-based learning methods in teaching and learning.
Keywords: Level of readiness, mistakes, full stop punctuation, influencing factors, end of sentence

PENGENALAN
Menurut Nik Safiah Karim (2008), beliau menyatakan bahawa sintaksis dapat ditakrifkan
sebagai sebuah bidang ilmu yang terdapat di dalam bahasa. Sintaksis memberi fokus untuk
mengkaji mengenai sesuatu bentuk, struktur, dan binaan ayat. Bukan itu sahaja, bidang ini
juga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah
penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat
dalam sesuatu bahasa. Oleh yang demikian, bidang sintaksis amatlah berkait rapat dengan

332
salah satu kemahiran dalam kurikulum mata pelajaran bahasa Melayu sekolah rendah iaitu
kemahiran menulis.

Kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang amat perlu diberi penekanan oleh
seseorang guru terhadap muridnya. Hal ini dibuktikannya dengan pandangan Noorazman
Mahat (2009), di mana beliau menyatakan bahawa murid perlu mahir menulis kerana hampir
semua kertas peperiksaan di negara ini memerlukan seseorang murid menjawab dalam
bentuk tulisan dan ada juga yang memerlukan jawapan yang panjang lebar dalam bentuk ayat.
Hal ini juga disokong oleh Suhaimi Yunus (2009) yang berpandangan bahawa kemahiran
menulis dilihat begitu penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu kerana ia
mesti dikuasai oleh murid-murid untuk menduduki peperiksaan bertulis. Pada pandangan
pengkaji, pada masa kini walaupun murid tahap satu tidak menduduki peperiksaan namun
guru haruslah memberi kesedaran kepada murid-murid mengenai kepentingan menguasai
kemahiran menulis ini juga.

PERNYATAAN MASALAH
Berdasarkan pengalaman lepas, pengkaji sering menegur murid secara lisan mengenai
kesalahan yang mereka lakukan iaitu meninggalkan tanda noktah di akhir ayat. Namun yang
demikian, apa yang kesan yang diperolehi adalah murid hanya memandang perkara tersebut
secara remeh dan tidak serius. Hal ini kerana, apabila aktiviti menulis yang lain dilaksanakan,
mereka tetap mengulangi kesalahan yang sama. Hal ini juga menunjukkan bahawa sudah
semestinya terdapat masalah yang menjadi punca masalah ini terjadi.

Sekiranya hal ini tidak diberi penekanan yang serius, murid tidak dapat menguasai
kemahiran menulis dalam bahasa melayu dengan baik. Dalam bahasa Melayu, sudah menjadi
kelaziman di mana seseorang murid akan mempelajari kemahiran menulis sebagai contoh,
untuk membina ayat, menulis puisi, dan menjawab soalan tatabahasa. Kesemua aktiviti
tersebut amat memerlukan kemahiran menulis yang baik walaupun hanya memfokuskan
kepada tanda baca noktah.

OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan tujuan tersebut, kajian ini cuba untuk mencapai dua objektif berikut:

1. Mengenalpasti kesalahan murid dalam penggunaan tanda baca noktah dalam aktiviti
kemahiran menulis.
2. Mengenalpasti faktor yang mempengaruhi murid tidak dapat menguasai penggunaan
tanda baca noktah aktiviti kemahiran menulis.

333
SOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian tersebut, soalan kajian. Dua soalan kajian adalah seperti yang
berikut:

1. Adakah murid melakukan kesalahan tanda baca dalam melaksanakan aktiviti


kemahiran menulis.
2. Apakah faktor yang mempengaruhi murid tidak dapat menguasai penggunaan tanda
baca noktah dalam aktiviti kemahiran menulis.

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah kajian kes. Menurut
Zaidah (2007) Kajian kes sesuai bagi kajian yang memerlukan kepada pengkaji menyiasat
sesuatu perkara secara mendalam dan menyeluruh. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk
mengenal pasti kesalahan murid dalam menggunakan tanda baca noktah pada akhir ayat dan
faktor yang mempengaruhinya. Data dikumpul dengan menggunakan pendidikan temu bual,
analisis dokumen, dan temu bual.
Pengkaji memberi penekanan terhadap intrumen analisis dokumen dalam kajian ini.
Analisis dokumen merupakan sebuah data yang bertulis atau bercetak yang berkaitan dengan
aktiviti, peristiwa, persembahan, pemikiran, pendapatan, perasaan atau sejarah sesebuah
fokus kajian. Dalam kajian ini, analisis dokumen dilaksanakan berdasarkan hasil kerja murid
iaitu hasil penulisan karangan yang dibuat dalam kelas ketika proses pengajaran dan
pembelajaran (Uwe, 2006).

Seterusnya, kaedah temu bual merupakan sebuah instrument yang penting dalam
pelaksanaan kajian kes. Menurut Ismail & Burshro (2018) melalui kaedah ini, penyelidik akan
memperoleh data yang diperlukan secara terus daripada responden atau subjek kajian.
Dengan ini, data temu bual yang diperolehi ini dapat menyokong sesuatu dapatan daripada
sumber utama dengan lebih tepat dan premier. Dalam kajian ini, temu bual telah dijalankan
kepada seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Baharu Lanjut yang mengajar bahasa Melayu
bagi kedua-dua orang murid yang dijadikan sebagai sampel kajian. Soalan temu bual telah
dibina dan dirancang dengan teliti supaya menjurus kepada persoalan kajian.

Selain itu, pemerhatian merupakan instrumen kajian yang menjurus kepada


pengumpulan data yang menggalakkan penyelidik untuk memperoleh data yang lebih spontan
dan tidak dijangka secara terus. Dalam kajian ini, data pemerhatian diperolehi daripada hasil
pemerhatian terhadap dua orang murid yang dijadikan sampel kajian. Pemerhatian tersebut
dilaksanakan terhadap guru bahasa Melayu mengajar di dalam kelas murid tersebut. Sebelum
pemerhatian dijalankan, beberapa aspek telah ditentukan oleh pengkaji bagi mendapatkan
data yang lebih tepat dan hanya menjurus kepada kajian terlebih dahulu.

334
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Dapatan kajian ini menjawab dua soalan kajian iaitu berkaitan kesalahan murid terhadap
penggunaan tanda baca noktah pada akhir ayat dan faktor yang mempengaruhinya. Setelah
melaksanakan analisis dokumen dan membuat pemerhatian sepanjang berada di lapangan
kajian, pengkaji telah mendapati bahawa kesalahan murid dalam penggunaan tanda baca
noktah pada akhir ayat oleh kedua-dua sampel amat lemah. Hal ini dikesan melalui aktiviti
yang dilaksanakan oleh guru bahasa Melayu bagi kelas 6 Al-Mawardi. Guru tersebut telah
memberi tugasan untuk menulis karangan autobiografi. Berdasarkan dapatan analisis
dokumen daripada karangan tersebut, terdapat banyak kelemahan yang dapat dikesan
terutamanya dari aspek penggunaan tanda baca noktah pada akhir ayat.

Murid A telah melakukan sebanyak tujuh kesalahan penggunaan tanda baca noktah
pada akhir ayat dalam sebuah hasil penulisan karangan autobiografi yang diberikan oleh guru.
Kesalahan tersebut dipecahkan kepada perenggan pertama sebanyak dua kesalahan,
perenggan kedua sebanyak dua juga kesalahan dan perenggan ketiga sebanyak tiga
kesalahan. Seterusnya, Murid B pula melakukan sebanyak lima kesalahan dalam penulisan
karangan autibiografi yang sama diberikan oleh guru. Pecahan bagi kesalahan tersebut adalah
satu pada perengan pertama, kedua dan ketiga manakala dua kesalah dikesan pada
perenggan keempat. Berdasarkan analisis dokumen yang telah pengkaji jalankan ini, jelas
sekali bahawa kedua-dua murid ini amat lemah penguasaannya terhadap penggunaan tanda
baca noktah pada akhir ayat.

Seterusnya, dapatan berkaitan faktor mempengaruhi penggunaan tanda baca noktah


pada akhir ayat bagi pula adalah yang pertama berkaitan dengan kecuaian. Menurut temu
bual yang dijalankan bersama guru, kecuaian dalam melaksanakan tugasan yang diberikan
adalah kerana murid tersebut ingin menyiapkan tugasan yang diberikan dengan cepat.
Terdapat dua punca mereka ingin menyiapkan tugasan dengan cepat iaitu sama ada masa
yang diperuntukan sudah tamat ataupun mereka sendiri nak siapkan kerja tersebut dengan
cepat. Selain itu, antara sebab mereka cuai dalam menyiapkan tugasan yang diberikan adalah
kerana mereka tidak memandang serius dengan latihan yang diberikan oleh guru tersebut.
Hal ini dinyatakan sedemikian apabila pengkaji membuat analisis pemerhatian terhadap
tingkah laku murid A terutamanya, dia akan cenderung untuk bermain ataupun melakukan
perkara lain ketika guru memberi latihan.

Selain itu, faktor yang kedua pula ialah berkaitan dengan sikap dan tingkah laku murid.
Berdasarkan teori Fredricks, Blumenfeld dan Paris (2004), penglibatan adalah tingkah laku
yang mudah dilakukan atau dibentuk, mempunyai ciri-ciri kontekstual dan mengikut perubahan
persekitaran. Selanjutnya, berdasarkan teori Fredricks et.al. (2004), penglibatan murid

335
mempunyai hubungan signifikan yang positif dengan pencapaian. Namun yang demikian,
dalam kajian ini, pengkaji dapat merumuskan bahawa kedua-dua sikap dan tingkah laku yang
dipamerkan tersebut merupakan antara punca kesalahan penggunaan tanda baca noktah
pada akhir ayat berlaku. Hal ini dinyatakan sedemikian kerana, Murid A terlalu aktif
sehinggakan dia kurang fokus terhadap pengajaran yang disampaikan oleh gurunya. Bukan
itu sahaja, dia akan berusaha untuk memastikan dirinya dapat menyiapkan tugasan dengan
cepat walaupun terdapat banyak kesalahan dalam hasil kerjanya. Hal ini bertepatan dengan
pandangan Schreiber et. Al. (2002) yang mendapati bahawa penglibatan murid di sekolah
tidak mempunyai hubungan dengan gred purata keseluruhan murid/ Bagi Murid B pula, oleh
disebabkan dia terlalu pasif di dalam kelas, guru tidak dapat mengesan kelemahan yang ada
pada murid tersebut. Selain itu, apabila Murid B hanya mendiamkan diri ketika guru mengajar,
sudah semestinya dia tidak akan bertanya walaupun dia tidak memahami sesuatu perkara.
Hal ini secara tidak langsung menyebabkan Murid B ini ketinggalan dan tidak mampu untuk
membuat sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru dengan baik. Jelaslah bahawa tahap
penguasaan murid terhadap penggunaan tanda baca noktah pada akhir ayat berkait rapat
dengan sikap dan tingkah laku murid. Jika murid terlalu aktif, maka murid akan keciciran dalam
isi pembelajaran dan begitu juga sebaliknya.

Berikutnya, faktor ketiga adalah mengenai kesedaran murid dalam menyiapkan


kerja rumah dengan sempurna. Berdasarkan hasil dapatan, kedua-dua murid ini tidak
melaksanakan kerja rumah dengan sempurna. Antara punca murid tidak dapat menyiapkan
kerja rumah yang diberikan adalah kerana menurut Fadzilah (2010), murid tidak meminati
sesuatu subjek dan sikap mereka menjadi punca mereka gagal menyiapkan kerja rumah yang
diberikan. Jika hal ini diteruskan, maka Murid A dan Murid B akan mengalami kelemahan
dalam aspek praktikal dan pengaplikasian ilmu pembelajaran yang disampaikan oleh guru.
Kesan daripada hal itu, kedua-dua murid ini akan lebih cenderung melakukan kesilapan
terutamanya dalam penggunaan tanda baca noktah khususnya pada akhir ayat yang
dihasilkan. Kesilapan ini boleh dielakkan jika murid sentiasa melakukan kerja rumah dan
sekaligus melatih diri mereka untuk bijak menggunakan tanda baca dan meletakkannya pada
tempat yang betul.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


Daripada hasil dapatan kajian mengenai tahap penguasaan murid dalam menggunakan tanda
baca noktah pada akhir ayat, pengkaji telah mendapati bahawa kesalahan yang agak ketara
dapat dikesan pada kedua-dua hasil latihan karangan yang dikarang oleh murid yang dipilih.
Berdasarkan dapatan yang diperolehi ini, apabila kesalahan ini dapat dikesan dalam
kekerapan yang berulang dalam satu penulisan, maka kesalahan tersebut akan memberi
impak yang negatif kepada murid itu sendiri terutamanya dalam aspek kemahiran menulis. Hal

336
ini dikatakan sedemikian kerana penguasaan dalam penggunaan tanda baca amat penting
untuk ditekankan sebagai membantu keberkesanan penyampaian mesej yang tepat dalam
kemahiran menulis (KPM, 2018). Seterusnya, terdapat beberapa faktor juga telah dikesan
berdasarkan hasil dapatan yang diperolehi yang menyebabkan murid tersebut melakukan
kesilapan dalam penggunaan tanda baca noktah pada akhir ayat. Faktor yang menyebabkan
hal ini berlaku terbahagi kepada tiga iaitu faktor kecuaian, sikap dan tingkah laku dan murid
tidak melakukan kerja rumah yang diberikan oleh guru.

Seterusnya, terdapat pelbagai implikasi yang dapat diperolehi berdasarkan kajian


ini. Antaranya guru yang mempunyai murid yang sering melakukan kesalahan ini haruslah
sedar supaya sentiasa mengamalkan pendekatan pengajaran yang berkesan dalam
membentuk kemenjadian dan perubahan positif dalam prestasi akademik mereka. Oleh yang
demikian, guru perlulah sentiasa memberi bimbingan kepada murid yang lemah dalam
penggunaan tanda baca khasnya tanda baca noktah pada akhir ayat. Dengan adanya
dorangan daripada guru secara praktikal, murid akan lebih mudah untuk faham dan terkesan
dengan pengajaran yang diberikan kerana murid tersebut dapat menghayati secara fizikal
pengajaran yang disampaikan. Seterusnya, murid pula seharusnya mengatahui dan
menyedari tahap pencapaian mereka dalam akademik. Dengan adanya kesedaran pada diri
murid itu sendiri, maka murid tersebut dapat melaksanakan pembelajaran secara kendiri
mengenai sesuatu perkara yang gagal dikuasai oleh mereka. Tujuan pembelajaran kendiri ini
dilaksanakan adalah untuk memperbaiki kesilapan ataupun kelemahan yang dihadapi oleh
murid itu sendiri.

Antara inisiatif dan cadangan yang boleh dilaksanakna oleh guru untuk mengurangkan
masalah ini adalah dengan membina sebuah bahan bantu mengajar kepada murid yang boleh
dijadikan sebagai intervensi dalam kalangan murid. Terdapat beberapa kajian lalu yang telah
membuktikan bahawa wujudnya impak positif dalam penggunaan bahan bantu mengajar.
Kajian yang dinyatakan tersebut adalah kajian yang dilaksanakan oleh Jasmi et al. (2011) dan
Ilias et al. (2013). Kajian ini telah membuktikan bahawa dengan adanya bahan bantu mengajar
oleh guru, maka guru mampu membuat para pelajar lagi fokuskepada pengajaran sewaktu
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mahupun sebaliknya. Oleh yang
demikian, guru haruslah bijak dalam membina bahan bantu mengajar yang selari dengan
strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang mampu mengikut kesesuain kognitif murid-murid
tersebut. Hal ini bertepatan dengan pandangan yang dinyatakan oleh Jasmi dan Tamuri (2007)
yang menjelaskan bahawa ciri-ciri pemilihan BBM mestilah yang mampu memberi kesan
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

337
RUJUKAN
Fadzilah Ibrahim. (2010). Mengatasi masalah murid tidak menghantar dan menyiapkan kerja
rumah dalam kalangan murid tahun 5 usaha sekolah kebangsaan bukit
mahkota melalui kaedah “sticker”. Kajian 338endidik Isu-Isu dalam Pendidikan Sekolah
Rendah.
Fredricks, J. A., Blumenfeld, P. C., & Paris, A. H. (2004). School engagement: Potential of the
concept, state of the evidence. Review of Educational Research, 74(1): 59-109.
Nik Safiah Karim et al (2008). Tatabahasa Dewan. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Ilias, M. F., Ismail, M. F. & Jasmi, K. A. (2013). Faktor dorongan dan halangan penggunaan
bahan bantu mengajar oleh guru pendidikan Islam di sekolah bestari, 3rd. International
Conference on Islamic Education 2013 (ICIED2013). EPF Institute, Malaysia, pp. 943-
953.
Jasmi, K. A., Ilias, M. F., Tamuri, A. H. & Mohd Hamzah, M. I. (2011). Amalan penggunaan
bahan bantu mengajar dalam kalangan guru cemerlang pendidikan Islam sekolah
menengah di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education. 3(1), pp. 59-74.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Kurikulum Standard Sekolah Menengah Bahasa
Melayu Tingkatan 4 dan 5. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Schreiber, J.B., & Chambers, E.A. (2002). “After-School Pursuits, Ethnicity, and Achievement
for 8th and 10th-Grade Students”. Journal of Educational Research. 96:90-100.
Uwe Flick. (2006). An Introduction to Qualitative Research Third Edition. London: SAGE
Publications Ltd.

338
PENGGUNAAN TEKNIK KATA KUNCI DALAM KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN
PEMAHAMAN BERTUMPU MURID SEKOLAH RENDAH

Nor Atika binti Adnan


atika09-842@epembelajaran.edu.my

Celinea Lasan Phd


celinea@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan untuk mengukur tahap pengetahuan dan tahap kekerapan guru bahasa Melayu
mengaplikasikan teknik kata kunci dalam pengajaran soalan pemahaman secara bertumpu bagi murid
sekolah rendah. Penggunaan sesuatu teknik, pendekatan, strategi, atau kaedah dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran oleh seseorang guru amat penting untuk mewujudkan keberkesanan penyampaian
ilmu pengetahuan kepada pelajar. Namun begitu, kekurangan pengetahuan dan pengaplikasian teknik
mengajar guru dalam bilik darjah mengakibatkan keberkesanan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran adalah berkurangan. Sehubungan itu, kajian tinjauan dilaksanakan untuk mengenalpasti
tahap pengetahuan dan kekerapan guru Bahasa Melayu sekolah rendah dalam penggunaan teknik kata
kunci untuk pengajaran soalan pemahaman secara bertumpu. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan,
menggunakan borang soal selidik berbentuk google form sebagai instrumen pemerolehan data.
Seramai 59 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kalangan guru-guru Bahasa Melayu
sekolah rendah. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (version 22.0) bagi mendapatkan
min dan sisihan piawai bagi setiap item. Dalam objektif kajian adalah untuk mengenalpasti tahap
pengetahuan dan kekerapan guru bahasa Melayu sekolah rendah dalam penggunaan teknik kata kunci
untuk pengajaran soalan pemahaman secara bertumpu. Hasil kajian secara keseluruhan menunjukkan
bahawa tahap pengetahuan dan pengaplikasian teknik kata kunci oleh guru Bahasa Melayu adalah
baik.

Kata Kunci: teknik kata kunci, guru Bahasa Melayu, soalan pemahaman bertumpu

ABSTRACT

This study was conducted to measure the level of knowledge and frequency of Malay Language
teachers apply techniques keywords in teaching comprehension questions for concentrate for primary
school pupils. The use of a technique, approach, strategy, or method in a teaching and learning session
by a teacher is very important to create the effectiveness of knowledge delivery to students. However,
the lack of knowledge and application of teaching techniques of teachers in the classroom results in the
effectiveness of the teaching and learning process is reduced. Accordingly, the survey was conducted
to identify the level of knowledge and frequency Malay primary school teachers in the use of keyword
techniques for teaching comprehension questions for resting. This study is a survey study, using a
questionnaire of google form as a data acquisition instrument. A total of 59 respondents were randomly
selected from among the teachers of Malay in primary schools. Data were analyzed using SPSS
software (version 22.0) to obtain the mean and standard deviation for each item. The objective of the
study is to identify the level of knowledge and frequency Malay primary school teachers in the use of
keyword techniques for teaching comprehension questions for resting. The findings overall show that
the level of knowledge and application of techniques keywords by Malay Language teachers are good.
Keywords: keyword techniques, Malay teachers, comprehension questions focusing

339
PENGENALAN

Negara Malaysia yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum seperti kaum Melayu,
Cina dan India ini memerlukan komunikasi yang jelas antara satu sama lain. Oleh itu, melalui
penggunaan bahasa Melayu sewaktu berkomunikasi, menjadi tunggak utama dalam
mencapai persefahaman dan penyampaian makna yang berkesan untuk berhubung. Dalam
bahasa Melayu, penggunaan bahasa baku amat digalakkan dan seharusnya dipraktikkan oleh
setiap penutur. Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2015), baku membawa maksud
sebutan kata dalam bahasa Melayu yang menjadikan sebutan bahasa itu standard. Apabila
penggunaan bahasa Melayu baku diaplikasikan dalam komunikasi, penyampaian makna
sewaktu berinteraksi akan tercapai dan boleh difahami oleh pelbagai pihak tanpa
menyebabkan sebarang perselisihan faham.

Dalam dunia pendidikan, mata pelajaran Bahasa Malaysia diajarkan mengikut sukatan
pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Melalui sukatan pelajaran ini, empat kemahrian
yang amat penting untuk diajarkan kepada murid-murid iaitu kemahiran mendengar dan
bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Melalui penguasaan kemahiran ini,
dapat membantu murid-murid menggunakan bahasa Melayu secara menyeluruh. Menurut
Mahzan Arshad (2003), setiap murid perlu mempunyai kemahiran literasi yang mantap seperti
keupayaan mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Berdasarkan empat kemahiran ini, menulis merupakan kemahiran yang sukar untuk
diajar dan dikuasai oleh murid-murid kerana memerlukan proses pengajaran dan
pembelajaran yang tinggi (Nik Safiah, 2004). Sukarnya kemahiran menulis ini kerana
memerlukan murid itu menulis lambang-lambang bunyi serta perlu melahirkan fikiran dan
perasaan supaya dapat menghasilkan rangkai kata yang rmembentuk ayat. Hal ini telah
disokong oleh Juriah Long et al (1990), beliau menyatakan menulis adalah proses
menyampaikan buah fikiran atau pendapat yang berkesan serta tepat kepada orang ramai.

Dalam kajian ini, perbincangannya akan lebih menjurus kepada salah satu kemahiran
menulis yang melibatkan penulisan jawapan dalam soalan pemahaman secara bertumpu.
Kajian ini memberikan fokus kepada pengetahuan guru serta kekerapan guru dalam
mengaplikasikan teknik kata kunci dalam pengajaran soalan pemahaman secara bertumpu
bahasa Melayu. Secara umumnya terdapat pelbagai teknik, strategi dan pendekatan yang
boleh digunakan oleh guru bahasa Melayu di sekolah rendah untuk diaplikasikan ke dalam
bilik darjah masing-masing. Oleh itu, penggunaan teknik kata kunci ke dalam pengajaran
soalan pemahaman bertumpu bahasa Melayu merupakan salah satu perkara utama dalam
kajian ini bagi mengenalpasti tahap pengetahuan dan kekerapan guru bahasa Melayu
mengaplikasikan teknik ini.

340
PERNYATAAN MASALAH

Murid-murid sekolah rendah pada tahap 1 dan tahap 2 memerlukan pemikiran yang kreatif
dan kritis untuk menjawab soalan pemahaman. Menurut George et al (1970), pemikiran ialah
proses menyelesaikan masalah dan perlakuan yang semula jadi. Ini bermaksud, berfikir ialah
suatu kemahiran tetapi bukan kebolehan semula jadi. Oleh itu, pentingnya menggilap
kemahiran berfikir seseorang supaya dapat menyelesaikan masalah yang diutarakan.
Menjawab soalan pemahaman dengan jawapan yang salah menunjukkan seseorang murid itu
tidak mampu mengesan dan mengenalpasti jawapan yang betul atau sebab lain ialah
kekeliruan dalam menyatakan jawapan yang betul.

Selain itu, masalah murid-murid ketika menjawab soalan pemahaman ialah menulis
jawapan yang pendek. Menulis jawapan yang pendek ini tidak salah, namun begitu apabila
murid-murid menulis jawapan yang pendek akan memberikan kesan kepada jawapan yang
tidak lengkap atau jawapan yang kurang tepat. Malah, masalah lain yang dihadapi oleh murid-
murid semasa menjawab soalan pemahaman ialah murid terus menulis jawapan yang dibina
tanpa menulis subjek ayat atau kepala jawapan bagi soalan pemahaman tersebut. Apabila
murid menulis jawapan tanpa subjek ayat, impaknya jawapan yang diberikan tidak utuh dan
boleh menimbulkan kecelaruan terhadap pembaca.

Oleh itu, dapatan kajian ini mengenai penggunaan teknik kata kunci dalam kalangan guru
serta kekerapan guru mengaplikasikan teknik kata kunci dalam pengajaran soalan
pemahaman secara bertumpu Bahasa Melayu. Kajian ini juga ingin mengkaji sama ada
penggunaan teknik kata kunci ini sudah digunakan secara meluas atau sebaliknya.

OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan tujuan tersebut, kajian ini cuba untuk mencapai tiga objektif berikut:

1. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru bahasa Melayu terhadap teknik kata kunci
dalam pengajaran kemahiran menjawab soalan pemahaman secara bertumpu.
2. Mengenal pasti kekerapan guru bahasa Melayu mengaplikasikan teknik kata kunci
dalam pengajaran kemahiran menjawab soalan pemahaman secara bertumpu.

SOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian tersebut, kajian ini telah membina dua soalan kajian dan soalan
kajian adalah seperti berikut:

1. Apakah tahap pengetahuan guru bahasa Melayu terhadap teknik kata kunci dalam
pengajaran kemahiran menjawab soalan pemahaman secara bertumpu?

341
2. Apakah kekerapan guru bahasa Melayu mengaplikasikan teknik kata kunci dalam
pengajaran kemahiran menjawab soalan pemahaman secara bertumpu?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang berbentuk kuantitatif yang memerlukan analisis
deskriptif. Kajian tinjauan ini dilakukan untuk mengkaji tahap pengetahuan dan kekerapan guru
Bahasa Melayu sekolah rendah dalam mengaplikasikan penggunaan teknik kata kunci
sewaktu mengajar soalan pemahaman secara bertumpu kepada murid-murid. Menurut Chua
Yan Piaw (2014) dalam kajian yang memerlukan penerangan atau meramal pola yang
berkaitan dengan sesuatu fenomena dan corak tingkah laku manusia merupakan suatu kajian
tinjauan. Oleh itu, penggunaan pendekatan kuantitatif digunakan oleh pengkaji supaya
membolehkan pengkaji mendapat data kajian yang tepat. Dalam kajian ini, pengkaji
menggunakan SPSS (Statistical Package for Social Sciences) sebagai pengukur untuk
menganalisis data deskriptif supaya pengkaji memperolehi suatu data yang tepat dalam kajian
ini.

Dalam kajian ini melibatkan guru bahasa Melayu yang akan dikaji oleh pengkaji
berkaitan tahap pengetahuan dan kekerapan guru mengaplikasikan teknik kata kunci dalam
pengajaran soalan pemahaman secara bertumpu Bahasa Melayu. Populasi bagi kajian ini
melibatkan guru Bahasa Melayu di Mukim Lenggeng, Negeri Sembilan. Sampel secara rawak
telah di ambil dengan bilangan guru lelaki dan perempuan yang masing-masingnya terdiri
daripada 59 orang, melibatkan lapan buah sekolah. Menurut Dane (1990), saiz sampel 50 ke
100 orang untuk kajian tinjauan yang dijalankan adalah mencukupi. Oleh itu, pengkaji memilih
untuk melibatkan 59 orang guru bahasa Melayu sekolah rendah yang melibatkan 8 buah
sekolah di Mukim Lenggeng, Negeri Sembilan yang populasinya ialah 70 mengikut jadual
Krejie Morgan.

Instrumen utama yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik yang
berbentuk google form. Instrumen ini digunakan untuk memperoleh data kuantitatif supaya
pengkaji dapat memperoleh data yang tepat sehingga mencapai objektif dalam kajian
pengkaji. Soal selidik merupakan suatu borang yang memerlukan pendapat daripada pihak
responden. Menurut Rohana Yusof (2003), penggunaan borang soal selidik ini akan diedarkan
kepada semua lapisan masyarakat dan kesemua soalan dalam borang soal selidik yang
dikemukakan oleh pengkaji hendaklah selaras dan sama apabila dijawab oleh responden.
Pengkaji juga menggunakan skala likert sebagai pilihan jawapan untuk soalan yang
dikemukakan dalam borang soal selidik supaya mudah untuk dibaca dan difahami oleh
responden. Seramai 59 orang guru bahasa Melayu sekolah rendah yang terlibat dalam kajian
ini untuk menjawab soal selidik berkaitan dengan pengetahuan dan kekerapan

342
mengaplikasikan teknik kata kunci dalam pengajaran soalan pemahaman secara bertumpu
bahasa Melayu murid sekolah rendah.

Dalam prosedur penganalisisan data ini, pengkaji menggunakan pendekatan


kuantitatif dan kaedah kajian tinjauan. Oleh itu, bagi mendapatkan analisis data yang tepat,
pengkaji menggunakan analisis statistik deskriptif untuk menentukan nilai min dan sisihan
piawaian melalui penggunaan aplikasi SPSS versi 22. Menurut Othman Talib (2013),
penggunaan analisis deskriptif ini untuk menterjemahkan data secara ringkas sehingga
mampu memberikan pemahaman yang jelas kepada pengkaji. Kaedah analisis data melalui
analisis statistik deskriptif ini bersesuaian dalam kajian ini kerana kajian ini berbentuk kajian
tinjauan yang memrlukan pemerolehan data yang banyak. Oleh itu, persembahan data akan
dilakukan melalui bentuk jadual supaya memudahkan terjemahan data tersebut sehingga
mampu menterjemahkan objektif kajian pengkaji iaitu tahap pengetahuan dan tahap
kekerapan penggunaan teknik kata kunci dalam pengajaran soalan pemahaman secara
bertumpu murid sekolah rendah oleh guru Bahasa Melayu.

Jadual 1
Intrepretasi Skala Skor Min

Skor Min Tahap


1.00 – 2.00 Rendah
2.01 – 3.00 Sederhana Rendah
3.01 – 4.00 Sederhana Tinggi
4.01 – 5.00 Tinggi

Berdasarkan Jadual 1 di atas, menunjukkan bahawa interpretasi skala skor min yang
digunakan oleh pengkaji untuk menilai hasil analisis data deskriptif kajian. Setelah beberapa
hari berlakunya proses pengumpulan data dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah Mukim
Lenggeng, Negeri Sembilan sehingga data lengkap diperolehi oleh pengkaji. Apabila pengkaji
memperolehi data kajian yang lengkap, kesemua hasil dapatan data telah dianalisis oleh
pengkaji dengan menggunakan SPSS (Statistical Package for Social Sciences) dan keputusan
analisis deskriptif seperti min dan sisihan piawian digunakan untuk memberikan gambaran
umum tentang data yang didapati melalui soal selidik yang dilakukan (Aminudin, 2005).

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini menjawab dua soalan kajian yang berkaitan dengan tahap pengetahuan
guru serta kekerapan guru mengaplikasikan teknik kata kunci dalam pengajaran soalan
pemahaman secara bertumpu bagi murid sekolah rendah.

343
Jadual 2
Analisis Item Tahap Pengetahuan Guru Bahasa Melayu terhadap Teknik Kata Kunci dalam
pengajaran Kemahiran Menjawab Soalan Pemahaman secara Bertumpu

Sisihan
Skor
Item Piawai Tahap
Min (µ)
(SP)
B1 Saya tahu teknik kata kunci digunakan oleh murid
4.18 0.434 Tinggi
sewaktu menjawab soalan pemahaman bertumpu
B2 Saya pernah menggunakan teknik kata kunci
kepada murid untuk menjawab soalan pemahaman 4.20 0.446 Tinggi
bertumpu
B3 Saya tahu kepentingan teknik kata kunci kepada
murid untuk menjawab soalan pemahaman 4.25 0.439 Tinggi
bertumpu
B4 Saya tahu untuk mengaplikasikan teknik kata kunci
kepada murid bagi menjawab soalan pemahaman 4.10 0.402 Tinggi
bertumpu
B5 Saya tahu teknik kata kunci dapat membantu murid
mengenalpasti jawapan dalam soalan pemahaman 4.20 0.405 Tinggi
bertumpu
B6 Saya tahu teknik kata kunci dapat meransang
4.22 0.418 Tinggi
pemikiran murid
B7 Saya tahu teknik kata kunci dapat memberi idea
kepada murid untuk menjawab soalan pemahaman 4.20 0.405 Tinggi
bertumpu
B8 Saya tahu teknik kata kunci dapat memberi
kefahaman kepada murid terhadap soalan 4.23 0.467 Tinggi
pemahaman yang dikemukakan
B9 Saya tahu teknik kata kunci berkait rapat dengan
4.16 0.421 Tinggi
amalan pengajaran Bahasa Melayu
B10 Saya tahu teknik kata kunci dapat menjelaskan
konsep menjawab soalan pemahaman bertumpu 4.22 0.418 Tinggi
dengan betul
Skor Min Keseluruhan 4.19 0.346 Tinggi

Dapatan berdasarkan Jadual 2 menunjukkan skor min tahap pengetahuan guru


bahasa Melayu terhadap teknik kata kunci dalam pengajaran kemahiran menjawab soalan
pemahaman secara bertumpu murid sekolah rendah secara keseluruhannya ialah 4.19 yang
menunjukkan responden mempunyai persepsi yang sangat baik terhadap pengetahuan teknik
kata kunci ini. nilai sisihan piawaian (SP) ialah 0.346 yang menunjukkan bahawa set data
kajian menghampiri ukuran pusat. Skor min paling tinggi ialah 4.25 bagi item B3 menunjukkan
responden sangat bersetuju dengan kepentingan teknik kata kunci kepada murid-murid. Skor
min paling rendah pula ialah 4.10 iaitu berkenaan dengan pengetahuan untuk
mengaplikasikan teknik kata kunci kepada murid-murid.

344
Jadual 3
Analisis Item Kekerapan Guru Bahasa Melayu Mengaplikasikan Teknik Kata Kunci dalam
Pengajaran Soalan Pemahaman secara Bertumpu Murid Sekolah Rendah

Sisihan
Skor
Item Piawai Tahap
Min (µ)
(SP)
C1 Saya mengaplikasikan teknik kata kunci untuk
murid mengenal pasti jawapan yang betul dalam 4.42 0.498 Tinggi
soalan pemahaman bertumpu
C2 Saya mengaplikasikan teknik kata kunci untuk
membantu murid membina ayat dalam soalan 4.40 0.495 Tinggi
pemahaman bertumpu
C3 Saya mengaplikasikan teknik kata kunci untuk
membantu murid menulis ayat yang lengkap 4.42 0.498 Tinggi
dalam jawapan soalan pemahaman bertumpu
C4 Saya mengaplikasikan teknik kata kunci supaya
struktur ayat murid betul semasa menjawab soalan 4.37 0.487 Tinggi
pemahaman bertumpu
C5 Saya mengaplikasikan teknik kata kunci supaya
murid dapat menguasai kemahiran tatabahasa
4.13 0.345 Tinggi
dalam menjawab soalan pemahaman secara
bertumpu
C6 Saya mengaplikasikan teknik kata kunci untuk
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran 4.32 0.539 Tinggi
dalam Bahasa Melayu
C7 Saya mengaplikasikan teknik kata kunci untuk
4.20 0.405 Tinggi
meningkatkan kemahiran menulis murid
C8 Saya mengaplikasikan teknik kata kunci untuk
meningkatkan kosa kata murid sewaktu menjawab 4.20 0.405 Tinggi
soalan pemahaman bertumpu
C9 Saya mengaplikasikan teknik kata kunci untuk
membantu murid memahami petikan pemahaman 4.22 0.457 Tinggi
dengan jelas
C10 Saya mengaplikasikan teknik kata kunci untuk
membantu murid memahami konsep menjawab 4.28 0.493 Tinggi
soalan pemahaman bertumpu
Skor Min Keseluruhan 4.20 0.349 Tinggi

Dapatan berdasarkan Jadual 3 menunjukkan skor min tahap pengetahuan guru


bahasa Melayu terhadap teknik kata kunci dalam pengajaran kemahiran menjawab soalan
pemahaman secara bertumpu murid sekolah rendah secara keseluruhannya ialah 4.20 yang
menunjukkan responden mempunyai persepsi yang sangat baik terhadap pengetahuan teknik
kata kunci ini. nilai sisihan piawaian (SP) ialah 0.349 yang menunjukkan bahawa set data
kajian menghampiri ukuran pusat. Skor min paling tinggi ialah 4.42 bagi item C1 dan C3
menunjukkan responden sangat bersetuju dengan pengaplikasian teknik kata kunci
membantu murid-murid untuk mengenalpasti jawapan yang betul serta pengaplikasian teknik

345
kata kunci membantu murid-murid menulis jawapan yang lengkap dalam soalan pemahaman
secara bertumpu. Skor min paling rendah pula ialah 4.13 iaitu berkenaan dengan
pengaplikasian teknik kata kunci membantu penguasaan tatabahasa murid-murid.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Dapatan kajian ini menunjukkan tahap pengetahuan guru terhadap penggunaan teknik kata
kunci dalam pengajaran soalan pemahaman bertumpu murid sekolah rendah yang terdapat
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Sebahagian besar guru telah
menguasai penggunaan teknik kata kunci ini. Walaubagaimana pun terdapat sebilangan kecil
guru yang kurang berpengetahuan dalam teknik penggunaan kata kunci ini. Hal ini kerana
teknik kata kunci ini merupakan suatu teknik yang dijadikan formula untuk murid menjawab
soalan pemahaman secara bertumpu. Dapatan kajian ini hampir sama dengan beberapa
kajian lain yang mengkaji tahap pengetahuan guru dalam mengaplikasikan teknik, pendekatan
atau strategi yang pelbagai dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Antaranya ialah kajian Sapie Sabilan et al (2014) yang mengkaji pemilihan dan ppelaksanaan
pendekatan, strategi, kaedah serta teknik dalam PdP supaya dapat memberikan
keberkesanan penyampaian ilmu kepada murid-murid. Kajian beliau mengetengahkan guru
pelatih semasa latihan mengajar untuk mengenalpasti tahap pengetahuan guru pelatih
terhadap strategi, teknik dan pendekatan yang digunakan sewaktu mengajar.

Seterusnya, dapatan kajian berkaitan kekerapan guru Bahasa Melayu


mengaplikasikan teknik kata kunci dalam pengajaran soalan pemahaman secara bertumpu ini
adalah kerap dan menjadi kebiasaan yang secara langsung dan tidak langsung. Apabila guru-
guru membuat sebuah formula atau lebih tepat lagi sebuah teknik sewaktu mengajar cara
menjawab soalan pemahaman secara bertumpu, hal ini dapat membantu murid-murid secara
terus untuk menjawab soalan pemahaman bertumpu tanpa ragu-ragu serta menambahkan
rasa keyakinan dalam murid-murid untuk menjawab soalan pemahaman bertumpu dengan
baik. Menurut Kamarul Azmi Jasmi et al (2012), ciri-ciri guru yang berkesan dalam PdP
sehingga mampu memberikan pengajaran dalam pembelajaran yang baik ialah guru yang
menyediakan maklumat yang relevan serta sesuai untuk dipelajari oleh murid-murid.

Hasil dapatan kajian ini hampir sama dengan kajian Steven Blanda Anak Inting (2009)
yang menggunakan kaedah ansur maju bagi membantu murid-murid menjawab soalan
pemahaman Bahasa Melayu. Beliau berpendapat bahawa penggunaan kaedah ansur maju ini
seperti latih tubi kepada murid-murid dalam usaha untuk membimbing dan membantu murid-
murid menjawab soalan pemahaman dengan struktur yang bertul dan tepat dari segi
jawapannya. Ini menunjukkan hasil dapatan kajian beliau adalah sama dengan kajian ini, di

346
mana penggunaan kaedah atau teknik itu harus dipraktikkan di bilik darjah dalam pelbagai
aktiviti pengajaran.

Cadangan kajian lanjutan yang dikemukakan oleh pengkaji untuk kajian ini ialah
membuat kajian penggunaan teknik kata kunci ini melalui pendekatan kualitatif, menurut
Pernecky T. (2016), kelebihan kajian pendekatan kualitatif membolehkan kefahaman yang
lebih mendalam mengenai sesuatu fenomena itu. Malah, penggunaan pendekatan kualitatif
dalam kajian ini untuk kajian lanjutan juga mampu membuka mata dan memberi ruang serta
peluang kepada pengkaji untuk mengetengahkan lagi isu yang berkaitan dengan teknik kata
kunci ini supaya pengetahuan yang berkaitan dengannya dapat disebar secara meluas kepada
guru. Selain itu, kajian lanjutan lain yang boleh dilakukan oleh pengkaji lain melalui kajian ini
ialah menilai penggunaan teknik kata kunci pada soalan pemahaman secara bercapah pula.
Pengkaji akan datang boleh menguji sama ada penggunaan teknik kata kunci ini adalah
releven atau tidak untuk digunakan kepada murid sewaktu menjawab soalan pemahaman
bercapah.

Terdapat juga sebilangan kecil guru yang kurang berpengetahuan terhadap


penggunaan teknik kata kunci ini kerana guru mengambil kira bahawa soalan pemahaman
secara bertumpu ini mudah untuk dijawab oleh murid-murid. Walhal, setiap pengajaran dalam
bilik darjah memerlukan teknik, cara, strategi dan pendekatan yang tepat serta bersesuaian
supaya murid-murid dapat menerima ilmu secara berkesan di samping menarik minat mereka.
Oleh itu, kajian ini dapat memberikan kesedaran kepada guru bahawa betapa pentingnya
penggunaan teknik dalam bilik darjah. Penggunaan kaedah dan teknik dalam pengajaran
mampu membentuk kegembiraan, suasana yang menyeronokkan, meningkatkan imaginasi
kanak-kanak serta membentuk kefahaman dan kemahiran literasi awal murid (Aishah Abdul
Malek et al, 2019). Ini menunjukkan bahawa penggunaan sesuatu teknik terutamanya teknik
kata kunci ini mampu untuk menarik minat murid dalam pembelajaran kerana murid akan
berasa seronok untuk mengikuti sesi pembelajaran. Malah, murid-murid juga akan berasa
lebih mudah untuk belajar dan menjawab soalan pemahaman secara bertumpu ini apabila
guru-guru menggunakan teknik kata kunci dalam bilik darjah.

RUJUKAN

Aishah Abdul Malek, Mohd Nazri Abdul Rahman, Romli Darus & Muhammad Asyraf Mansor.
(2019). Pendekatan Bercerita Berasaskan Kurikulum Berkepelbagaian Budaya untuk
Pembelajaran Literasi Awal Kanak-kanak. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia
Pasifik, 7(3), 28-34.

Chua Yan Piaw. (2014). Ujian Regrasi, Analisis Faktor dan Analisis SEM. Universitu Malaya.
Dane. (1990). Research Methods. Brooks Cole Pub Co.

347
George Armitage Miller & Kenneth E. Clark. (1970). Behavioral and Social Sciences Survey
Psychology Panel. Prentice Hall.
Juriah Long, Raminah Sabran & Sofia Hamid. (1990). Perkaedahan Pengajaran Bahasa
Malaysia. Fajar Bakti.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamarul Azmi Jasmi, Noratikah Ibrahim & Mohd Faeez Ilias. (2012). Gaya Pengajaran Guru
dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Seminar Antarabangsa dan
Pengurusan Pendidikan Islam, 211-223.
Mahzan Arshad. (2003). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu. Cawangan Setiawangsa
Perpustakaan Medan Idaman.
Nik Safiah Karim. (2004). Bahasa Melayu Sedekad Lalu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Othman Talib. (2013). Asas penulisan Tesis. Universiti Putra Malaysia Press.
Pernecky T. (2016). Epistemology and metaphysics for Qualitative Research. SAGE
Publishing.
Rohana Yusof. (2013). Penyelidikan Sains Sosial. PTS Publications & Dist.
Sapie Sabilan, Mohamad Fuad Ishak, Mohd Kamal Din & Rekkeman Kusut. (2014). Tahap
Pelaksanaan Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran dan
Pembelajaran dalam Latihan Mengajar Menurut Persepsi Guru-Guru Pelatih Fakulti
Pendidikan KUIS : Satu Tinjauan Awal. Jurnal Pendidikan Bil 1 (2), 88-97.

Steven Blanda Anak Inting. (2009). Kesan Penggunaan Kaedah Ansur Maju dalam Membantu
Murid Tahun Empat Menjawab Soalan Pemahaman Bahasa Melayu. Seminar
Penyelidikan Tindakan IPG KBL, 41-55.

348
KESALAHAN MEKANIS DALAM PENULISAN BAHASA MELAYU MURID TAHUN LIMA
DI SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MELATI: SATU KAJIAN KES

Nur Faiqah Nasuha binti Muhd Zafrullah


faiqah09-843@epembelajaran.edu.my

Azman bin Rahmat PhD


azman@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini mengkaji jenis dan kekerapan kesalahan mekanis dalam penulisan bahasa Melayu murid
Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Taman Melati, di samping mengkaji sejauh manakah faktor sikap murid
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis mempengaruhi kesalahan mekanis
dalam penulisan bahasa Melayu mereka. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif
dengan reka bentuk kajian kes. Instrumen kajian ini menggunakan triangulasi data dan kaedah, dengan
menggunakan kaedah analisis dokumen, kaedah temu bual dan kaedah pemerhatian terhadap murid.
Responden kajian ini terdiri daripada lima orang murid Tahun 5 dan dua orang guru dari Sekolah
Kebangsaan Taman Melati. Kajian ini mendapati bahawa murid kerap melakukan kesalahan mekanis
dalam penulisan karangan mereka, sama ada kerana kecuaian atau kurangnya ilmu pengetahuan
dalam kemahiran menulis. Kajian ini juga mendapati bahawa faktor-faktor sikap murid semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis seperti faktor penglibatan diri, faktor kefokusan, faktor
ilmu pengetahuan di dalam kelas dan faktor kesediaan murid memberi kesan yang berbeza kepada
kesalahan mekanis yang dilakukan oleh mereka. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa murid
yang mempunyai sikap yang positif di dalam kelas akan menunjukkan prestasi yang baik, seterusnya
menguasai penggunaan aspek mekanis dalam penulisan bahasa Melayu dengan baik. Implikasi kajian
ini pula telah berupaya memberi sumbangan kepada pengetahuan, praktikal dan teori. Kajian ini juga
dapat mengisi kelompangan penyelidikan berkaitan analisis kesalahan mekanis dan hubungan antara
sikap dengan prestasi murid dalam sesebuah aspek mekanis yang tertentu. Oleh sebab itu, guru-guru
dan pihak berkepentingan yang lain disarankan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
melaksanakan sesi pengajaran kemahiran menulis yang lebih menarik supaya dapat membantu murid
untuk menunjukkan sikap yang positif dan bersemangat di dalam kelas. Bagi pihak murid pula, mereka
perlu sentiasa mencontohi sikap yang positif dalam usaha untuk meningkatkan tahap prestasi mereka,
terutamanya dalam aspek mekanis bagi kemahiran menulis bahasa Melayu.

Kata Kunci: kesalahan mekanis, kajian kes, kemahiran menulis, triangulasi data, Bahasa Melayu

ABSTRACT
This research investigates the type and frequency of mechanical errors in Malay Language writing of
Year 5 students in Sekolah Kebangsaan Taman Melati, in addition to examined how the factors of
students’ attitude in Malay Language class of writing skills affect the mechanical errors made by the
students in their Malay Language writing. The research is using the qualitative method with case study
design. This research instrument is using data triangulation, which are document analysis, interview and
observation method. Respondents of this research consist of 5 students of Year 5 and 2 teachers from
Sekolah Kebangsaan Taman Melati. This research found out that the students often make mechanical
errors in their writing, either because of their negligence or lack of knowledge in writing skills. The study
also found that the factors of students’ attitude in Malay Language class of writing skills such as their
involvement in class, their focus, their knowledge and their urgency in the class affect differently towards
the mechanical errors that they did in their Malay writing. As a conclusion, this study shows that students
with positive attitude in class will show a good achievement in class, hence will be able to expert in
mechanical part of Malay writing. The implications of this research are this research can contribute to
the knowledge, practical and theory. This study can fill in the gaps of research on mechanical errors
analysis and the relationship between attitude and achievement of a student, in certain aspects. Hence,
teachers and important parties are recommended to enhance their knowledge and skills in making the

349
Malay Language class of writing skills to be more enjoyable with the purpose to increase the positive
attitude and motivation of the students during the Malay Language class. Students also have to take
part in improving themselves, implementing an example of the positive character in order to increase
their achievement in studies, especially in mechanical parts of Malay Language writing skills.

Keywords: mechanical errors, case study, writing skills, data triangulation, Malay language

PENGENALAN
Kemahiran berbahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.
Kemahiran berbahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku. Penguasaan
kesemua kemahiran ini amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya
proses tersebut berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemahiran bahasa yang berhubung
dengan kemahiran lisan melibatkan dua komponen asas, iaitu mendengar dan bertutur.
Kedua-dua komponen ini berkait rapat dan saling melengkapi. Kemahiran membaca dan
menulis pula merupakan kemahiran bukan lisan.

Kemahiran menulis merupakan sebahagian daripada kemahiran literasi yang


merupakan salah satu hak asasi individu yang menjadi tanggungjawab sesebuah kerajaan
terhadap rakyatnya. Kurangnya kajian tentang literasi fungsian yang membabitkan kemahiran
menulis menyebabkan kurang lengkap data tentang tahap literasi di Malaysia, khususnya
dalam bahasa Melayu. Sebuah kajian khusus tentang literasi kemahiran menulis diperlukan
bagi melengkapkan kajian literasi sebelumnya yang lebih tertumpu pada kemahiran membaca,
serta dapat dibuat bandingan dengan tahap penguasaan kemahiran menulis yang telah
dijalankan di luar negara (Hashim Othman, 2005). Sehubungan dengan itu, kajian yang telah
dijalankan oleh Sabar Mohamad, Esa Muhamad & Zamri Mahamod (2008) telah mengatakan
bahawa menulis karangan merupakan satu aspek yang penting dalam kemahiran menulis
kerana sebahagian besar aktiviti pelajar semasa belajar memerlukan kecekapan merakamkan
pengetahuan secara bertulis. Menurutnya lagi, penguasaan kemahiran menulis karangan
amat penting bagi setiap individu supaya dapat dijadikan alat untuk menghasilkan tindak balas
sebagai hasil bagi sesuatu pembelajaran.

Tegasnya, penulisan karangan merupakan satu aspek penting diajarkan dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu. Bagi murid-murid sekolah rendah terutamanya Tahap 2 iaitu murid
Tahun 4, 5 dan 6, perkara ini merupakan kesinambungan daripada kemahiran menulis asas
yang dipelajari oleh murid semasa berada dalam Tahap 1 iaitu pada Tahun 1, 2 dan 3. Oleh
yang demikian, murid-murid sekolah rendah terutamanya murid Tahap 2 seharusnya sudah
mampu menghasilkan karangan yang bermutu bagi peringkat sekolah rendah. Meskipun
begitu, perkara ini tidak mampu dilaksanakan oleh kebanyakan murid kerana kemahiran
menulis karangan ini bukanlah satu proses yang mudah. Murid-murid sering melakukan
kesalahan dalam penulisan karangan, terutamanya dalam aspek kesalahan mekanis. Antara
faktor murid-murid melakukan kesalahan adalah disebabkan oleh faktor sikap murid di dalam

350
kelas. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian Zaliza & Zaitul (2013) yang berpendapat bahawa
sikap mempunyai perkaitan rapat dengan pencapaian seseorang dalam pembelajarannya.
Menurut mereka lagi, sikap ialah sesuatu yang abstrak dan hanya dapat dilihat atau dirasa
melalui tindakan yang diambil. Justeru, pengkaji amat tertarik untuk menganalisis kesalahan
bahasa dalam aspek mekanis iaitu kesalahan ejaan, kesalahan penggunaan tanda baca dan
kesalahan penggunaan huruf besar/huruf kecil dalam penulisan karangan Bahasa Melayu bagi
murid sekolah rendah. Pengkaji juga tertarik untuk melihat sejauh manakah faktor sikap murid
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis di dalam kelas bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu mempengaruhi kesalahan mekanis yang dilakukan oleh mereka.

PERNYATAAN MASALAH
Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar, sama ada di sekolah-sekolah khasnya, dan di
pusat pengajian tinggi amnya, mengikut sistem pendidikan di Malaysia. Justeru, kemampuan
dan ketepatan berbahasa sepatutnya bukan merupakan suatu masalah yang serius. Walau
bagaimanapun, dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, khususnya di sekolah
rendah, guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu telah mengesan berlakunya banyak
kesilapan mekanis melibatkan ejaan, penggunaan huruf besar/huruf kecil serta kesilapan
dalam penggunaan tanda baca yang telah dilakukan oleh murid-murid terutamanya dalam
penulisan karangan. Ini menunjukkan bahawa masalah ketepatan berbahasa merupakan
suatu perkara yang tidak boleh dipandang ringan.

Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi (2008) dalam kajiannya mendapati bahawa
responden paling banyak melakukan kesalahan ayat dari aspek mekanis dalam penulisan
karangan. Antara kesalahan mekanis yang dikaji termasuklah kesalahan dari segi ejaan,
penggunaan huruf besar/huruf kecil serta penggunaan tanda baca. Menurut Awang Sariyan
(1980), ramai pelajar yang gagal mendapat pencapaian yang baik dalam kertas Bahasa
Melayu adalah kerana faktor kesalahan bahasa dalam penulisan. Hal ini bertepatan dengan
kajian Mohd Daud Yusof (1990) yang mendapati bahawa kesilapan ejaan merupakan satu
daripada bentuk kesilapan yang agak serius dalam kajian yang dijalankan oleh beliau.

Berdasarkan kajian-kajian yang telah diperincikan, kajian ini dilaksanakan untuk


mengkaji dan menganalisis kesalahan terutamanya dalam aspek mekanis bagi penulisan
karangan murid sekolah rendah. Memandangkan sudah ramai pengkaji yang mengkaji dan
menganalisis kesalahan tatabahasa murid bukan Melayu atau murid yang menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa kedua, jadi pengkaji berminat untuk mengkaji kesalahan
dalam penulisan karangan bahasa Melayu dalam kalangan penutur jati bahasa Melayu, iaitu
murid-murid sekolah rendah yang berbangsa Melayu. Hal ini kerana murid-murid yang menjadi

351
penutur jati bahasa Melayu juga cenderung untuk melakukan kesalahan dalam aspek mekanis
dalam penulisan karangan bahasa Melayu mereka.

OBJEKTIF KAJIAN
Bagi mencapai tujuan kajian ini, beberapa objektif khusus telah dihasilkan. Antaranya adalah
seperti berikut:

1. Mengenal pasti jenis dan kekerapan kesalahan mekanis dalam penulisan bahasa
Melayu bagi murid Tahun 5.
2. Mengenal pasti sejauh manakah sikap murid Tahun 5 dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran kemahiran menulis bagi mata pelajaran Bahasa Melayu mempengaruhi
kesalahan mekanis dalam penulisan bahasa Melayu mereka.

SOALAN KAJIAN
Dalam menyelesaikan masalah kajian ini, pengkaji menganalisis persoalan-persoalan yang
disenaraikan di bawah ini:

1. Apakah jenis dan kekerapan kesalahan mekanis dalam penulisan bahasa Melayu bagi
murid Tahun 5?
2. Sejauh manakah faktor sikap murid Tahun 5 dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
kemahiran menulis bagi mata pelajaran Bahasa Melayu mempengaruhi kesalahan
mekanis dalam penulisan bahasa Melayu mereka?

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan penyelidikan kualitatif
berasaskan kajian kes berbentuk penerokaan jenis-jenis kesalahan mekanis yang dilakukan
oleh murid-murid dalam penulisan karangan mereka. Menurut Merriam (2002), kajian kes
boleh digunakan untuk mengumpul data kualitatif bagi memantapkan dan memahami sesuatu
situasi atau fenomena, program, proses atau kumpulan sosial secara mendalam. Melalui
kajian kes juga, penyelidik berpeluang untuk meneroka dan memperoleh pemahaman secara
lebih mendalam terhadap sesuatu permasalahan yang dikaji.

Dengan menggunakan kaedah ini, kekerapan kesalahan serta jenis-jenis kesilapan


tatabahasa terutamanya dalam aspek mekanis yang dilakukan oleh murid dalam penulisan
karangan dapat dikenal pasti. Selain itu juga, kajian ini akan dapat mengenal pasti sama ada
faktor sikap murid dapat mempengaruhi kekerapan kesilapan bahasa iaitu aspek mekanis
yang dilakukan dalam penulisan karangan mereka. Oleh itu, pemilihan kaedah kajian kes ini
amat bersesuaian dan bertepatan dengan pelaksanaan penyelidikan yang dibuat untuk
mencapai tujuan kajian.

352
Kajian ini terbatas kepada lima orang murid berbangsa Melayu di Sekolah Kebangsaan
Taman Melati. Mereka terdiri daripada murid Tahun 5 sekolah tersebut. Selain itu, Guru A yang
merupakan guru kelas bagi kelas tersebut dan Guru B yang merupakan guru bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu kelas tersebut juga akan dijadikan sebagai sampel kajian. Sampel
kajian iaitu lima orang murid tersebut telah didedahkan tentang teknik penulisan karangan
termasuk aspek tatabahasa dan aspek mekanis oleh Guru B semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas.

Kajian ini mendapatkan data dalam bentuk penulisan karangan murid. Karangan ialah
satu data bertulis untuk melihat kemampuan murid menyampaikan mesej dalam bahasa
Melayu dengan menggunakan tatabahasa yang betul (Siti Baidura & Nurul Jamilah, 2011).
Pengkaji menggunakan soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun yang disediakan oleh guru
sekolah tersebut dan telah disemak oleh ketua panitia Bahasa Melayu sekolah tersebut, serta
disahkan oleh guru besar sekolah.

Dalam kertas soalan tersebut mengandungi bahagian A, bahagian B dan bahagian C,


tetapi kajian ini hanya akan menganalisis penulisan karangan murid di bahagian C. Maka,
murid diminta untuk menjawab satu daripada dua tajuk karangan yang akan diberikan.
Sebelum memulakan ujian penulisan, semua murid telah diberikan arahan yang jelas. Masa
yang akan diperuntukkan untuk menyiapkan sebuah karangan ialah 35 minit, selaras dengan
masa yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk menjawab soalan Bahasa
Melayu Penulisan – Bahagian C kepada semua calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah.
Murid dikehendaki menyediakan karangan tidak berformat yang panjangnya antara 80 hingga
120 patah perkataan. Tujuan ujian penulisan karangan dilakukan adalah untuk mendapatkan
data yang berkaitan dengan kesilapan tatabahasa khususnya aspek mekanis, dengan
mengetahui kekerapan dan jenis kesalahan mekanis yang dilakukan oleh murid-murid yang
terdapat dalam penulisan karangan.

Kajian ini juga telah menjalankan pemerhatian terhadap murid di dalam kelas semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu dan temu bual yang akan
dilaksanakan kepada Guru A dan Guru B mengenai sikap murid-murid tersebut di dalam kelas
untuk membantu pengkaji mendapatkan data dan maklumat yang secukupnya bagi menjawab
persoalan kajian iaitu sejauh manakah faktor sikap murid mampu mempengaruhi kekerapan
kesalahan mekanis yang dilakukan oleh murid-murid dalam penulisan karangan bahasa
Melayu mereka. Untuk itu, pemerhatian akan dijalankan oleh pengkaji semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran dalam kemahiran menulis bahasa Melayu oleh Guru B. Pengkaji telah
membuat pemerhatian secara terperinci mengenai sikap murid semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran itu berlangsung. Pengkaji juga akan mendapatkan maklumat tambahan melalui

353
temu bual yang akan dijalankan kepada Guru A dan Guru B untuk menginterpretasi data
dengan lebih jelas dan kukuh mengenai faktor sikap murid yang mempengaruhi kekerapan
kesalahan mekanis yang dilakukan oleh mereka.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Berdasarkan hasil analisis dokumen yang telah dijalankan oleh pengkaji, pengkaji mendapati
bahawa murid rata-ratanya melakukan kesalahan yang seiring dengan pengekodan yang
dihasilkan oleh pengkaji di dalam kerangka konsep yang dibina berdasarkan Teori Analisis
Kesilapan Bahasa Corder yang telah diubahsuai. Antara jenis kesalahan yang sering
dilakukan oleh murid yang dikaji termasuklah kesalahan mekanis dari aspek ejaan yang
meliputi kesalahan ejaan berdasarkan sistem keselarasan huruf vokal, kesalahan ejaan kata
pinjaman, kesalahan ejaan kata terbitan dan kesalahan ejaan penulisan kata ganti singkatan
dan awalan, kesalahan aspek tanda baca yang merangkumi kesalahan penggunaan tanda
noktah, kesalahan penggunaan tanda koma dan kesalahan penggunaan tanda baca lain-lain,
serta kesalahan aspek penggunaan huruf kecil dan huruf besar yang meliputi kesalahan huruf
pada permulaan ayat, kesalahan huruf pada kata nama am/kata nama khas dan kesalahan
penggunaan huruf besar/huruf kecil yang lain-lain.

Antara contoh kesalahan yang sering dibuat dalam aspek ejaan termasuklah
kesalahan ejaan berdasarkan sistem keselarasan vokal yang telah dilakukan ialah ejaan
perkataan ‘dipamirkan’ yang sepatutnya dieja dengan ejaan ‘dipamerkan’ dan ejaan perkataan
‘menyukong’ yang sepatutnya dieja dengan ejaan ‘menyokong’. Murid juga dilihat sering
melakukan kesalahan ejaan dalam aspek kata terbitan, contohnya dengan meninggalkan satu
huruf di setiap perkataan yang dieja salah, contohnya perkataan ‘kebersiha’ yang sepatutnya
dieja ‘kebersihan’, perkataan ‘pegerakan’ yang sepatutnya dieja ‘pergerakan’, dan perkataan
‘mengelakan’ yang sepatutnya dieja ‘mengelakkan’. Murid juga sering dilihat melakukan
kesalahan aspek tanda baca dengan meninggalkan tanda baca yang sepatutnya diletakkan di
tempatnya, ataupun kesalahan menggunakan tanda baca yang salah. Dalam aspek
penggunaan huruf kecil dan huruf besar pula, murid dilihat sering melakukan kesalahan
penggunaan huruf kecil dan huruf besar bagi kata nama am dan kata nama khas, kerana
mereka kebanyakannya masih tidak dapat membezakan ciri-ciri antara kata nama am dan
kata nama khas. Hasil dapatan kajian bagi analisis dokumen ini jelas menunjukkan bahawa
kesalahan mekanis yang dibuat oleh murid adalah disebabkan oleh faktor kecuaian murid itu
sendiri serta faktor kekurangan kefahaman mereka dalam penggunaan mekanis bagi
penulisan bahasa Melayu.

Hasil analisis pemerhatian dan temu bual yang telah dijalankan pula mendapati
bahawa responden dalam kalangan murid sememangnya mempunyai sikap-sikap yang

354
tertentu semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu, yang jelas
dilihat mempengaruhi kesalahan mekanis dalam penulisan karangan bahasa Melayu mereka.
Faktor-faktor sikap yang telah dikenal pasti telah dibahagikan kepada beberapa tema yang
akan diperincikan, antaranya termasuklah faktor penglibatan diri murid dalam kelas bahasa
Melayu, faktor kefokusan murid dalam kelas bahasa Melayu, faktor tahap pengetahuan murid
dalam kelas bahasa Melayu, dan faktor kesediaan murid dalam kelas bahasa Melayu.

Dapatan data bagi faktor penglibatan diri murid di dalam kelas bahasa Melayu dapat
dirumuskan sebagai antara faktor yang memberi kesan kepada murid terhadap kesalahan
mekanis yang dilakukan oleh mereka. Sebagai contoh, rumusan yang dapat dibuat hasil
dapatan kajian menunjukkan rata-rata murid yang melibatkan diri secara aktif di dalam kelas
cenderung untuk melakukan kesalahan yang minimum berbanding dengan murid yang pasif
di dalam kelas yang dilihat lebih kerap melakukan kesalahan mekanis dalam penulisan bahasa
Melayunya. Namun begitu, hasil dapatan bagi tema ini juga mendapati bahawa ada juga murid
yang cenderung untuk melakukan kesalahan mekanis walaupun murid tersebut bersikap aktif
di dalam kelas. Hal ini berpunca daripada sikap murid itu sendiri yang terlalu aktif sehingga
sering melakukan kecuaian dalam penulisannya. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa faktor
penglibatan murid di dalam kelas sememangnya mempengaruhi kesalahan mekanis yang
dilakukan.

Faktor sikap yang seterusnya yang dapat pengkaji perincikan dapat dilihat melalui
tahap kefokusan murid di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran kemahiran
menulis bahasa Melayu serta hasil temu bual dua orang responden dalam kalangan guru yang
berpengalaman mengajar mereka selama satu tahun, mengenai faktor kefokusan murid-murid
dalam kelas bahasa Melayu semasa sesi pengajaran dan pembelajaran yang mereka
laksanakan. Dapatan kajian mendapati bahawa murid-murid yang mempunyai tahap
kefokusan yang tinggi di dalam kelas cenderung untuk melakukan kesalahan mekanis yang
minimum, berbanding murid yang kurang fokus di dalam kelas yang dilihat akan selari dengan
dapatan kajian bagi analisis kesalahan mekanis yang dilakukan. Hal ini kerana, murid yang
lebih fokus di dalam kelas dilihat akan menjadi lebih teliti semasa menghasilkan penulisan,
berbanding dengan murid yang tidak fokus di dalam kelas yang dapat kita lihat hasilnya juga
melalui penulisannya. Oleh itu, rumusan bagi tema ini mendapati bahawa tahap kefokusan
murid yang tinggi di dalam kelas akan membawa hasil prestasi yang lebih tinggi, terutamanya
dalam aspek mekanis semasa menulis penulisan bahasa Melayu.

Dapatan kajian bagi faktor sikap yang ketiga yang dapat pengkaji perincikan dapat
dilihat melalui tahap pengetahuan yang ditunjukkan oleh murid di dalam kelas semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis bahasa Melayu. Hasil dapatan kajian

355
mendapati bahawa murid yang mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi di dalam kelas,
cenderung untuk mempunyai motivasi intrinsik yang lebih tinggi, yang akan menunjukkan
prestasi yang lebih baik dalam penulisan terutamanya dalam aspek mekanis, berbanding
dengan murid yang mempunyai tahap pengetahuan yang lebih rendah. Hal ini dapat dibuktikan
melalui dapatan data yang menunjukkan bahawa kebanyakan murid yang melakukan
kesalahan mekanis bukanlah disebabkan oleh faktor kecuaian semata-mata, namun
kekurangan pengetahuan mengenai penggunaan aspek mekanis di dalam penulisan bahasa
Melayu. Sebagai contoh, rata-rata murid yang melakukan kesalahan mekanis dalam aspek
penggunaan huruf kecil dan huruf besar bukan kerana mereka cuai, namun kerana mereka
tidak dapat membezakan antara kata nama am dengan kata nama khas. Oleh itu, jelaslah di
sini bahawa murid yang mempunyai tahap pengetahuan yang rendah dalam kelas bahasa
Melayu cenderung untuk melakukan kesalahan dalam aspek mekanis berbanding murid yang
mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi di dalam kelas bahasa Melayu.

Faktor sikap yang terakhir yang dapat pengkaji perincikan menerusi dapatan kajian
yang diperoleh ialah faktor tahap kesediaan murid di dalam kelas bahasa Melayu. Rumusan
yang dapat dibuat hasil dapatan data telah membuktikan bahawa murid yang mempunyai
tahap kesediaan yang tinggi di dalam kelas mempunyai risiko yang lebih rendah dalam
melakukan kesalahan mekanis dalam penulisan bahasa Melayu berbanding murid yang
mempunyai tahap kesediaan yang rendah di dalam kelas. Hal ini dapat dibuktikan menerusi
hasil kajian yang mendapati bahawa responden yang sentiasa bersedia sepanjang kelas
mempunyai prestasi yang jauh lebih baik, terutamanya dalam bahagian penulisan bahasa
Melayu dari aspek mekanis berbanding murid yang dilihat sentiasa tidak bersedia di dalam
kelas.

Kesimpulannya, dapatan kajian mendapati bahawa murid-murid sememangnya sering


melakukan kesalahan mekanis dalam penulisan bahasa Melayu mereka terutamanya dalam
aspek kesalahan ejaan, aspek kesalahan penggunaan huruf kecil dan huruf besar, serta aspek
kesalahan penggunaan tanda baca. Faktor sikap murid di dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran kemahiran menulis bagi mata pelajaran Bahasa Melayu seperti faktor
penglibatan diri murid, faktor kefokusan, faktor tahap pengetahuan murid di dalam kelas serta
faktor kesediaan murid juga dilihat sangat mempengaruhi kesalahan mekanis yang dilakukan
oleh murid.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


Dapatan kajian menunjukkan masih terdapat kelemahan murid yang sangat ketara dalam
penguasaan kemahiran menulis, terutamanya dalam aspek mekanis yang dapat dilihat melalui
penulisan bahasa Melayu murid sekolah rendah. Penguasaan penulisan bahasa Melayu yang

356
lemah dapat dilihat dipengaruhi oleh sikap murid tersebut di dalam kelas semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Penguasaan aspek mekanis yang lemah sememangnya akan menjejaskan kemahiran
menulis murid, seterusnya akan memberi kesan yang ketara dalam prestasi murid-murid
tersebut.

Oleh itu, pihak kementerian melalui pihak Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) atau
SISC+ wajar melaksanakan pemantauan berkala ke sekolah untuk membantu guru
meningkatkan keberkesanan pengajaran khususnya kemahiran menulis dalam kalangan
murid. Tindakan ini adalah wajar kerana menulis bukan sahaja digunakan untuk
mengekspresikan perasaan atau menyampaikan fikiran murid, malah dapat menunjukkan
penggunaan bahasa Melayu mereka dalam bentuk penulisan. Pemantauan dan bimbingan ini
dapat memastikan wujudnya kolaboratif yang efektif dengan pihak sekolah dalam merangka
kursus atau bengkel yang bersesuaian untuk memantapkan penguasaan pengajaran
kemahiran menulis dalam kalangan guru, agar pembelajaran yang dilaksanakan memenuhi
kriteria yang diperlukan untuk meningkatkan penguasaan murid terhadap kemahiran tersebut,
khususnya dalam aspek mekanis.

Pihak sekolah juga harus melaksanakan kelas tambahan dan bengkel-bengkel secara
berterusan kepada murid-murid, khususnya dalam kemahiran menulis untuk meningkatkan
penguasaan kemahiran tersebut dalam kalangan murid. Berdasarkan dapatan kajian ini, wujud
kelemahan yang ketara dalam kesalahan mekanis seperti penggunaan huruf kecil dan huruf
besar pada kata nama am dan khas, kesalahan ejaan dan penggunaan tanda baca di dalam
penulisan mereka, yang telah pengkaji dapati ada dalam kalangan responden. Kelemahan ini
dapat dilihat apabila responden tidak dapat menggunakan ejaan yang betul dengan kerap bagi
perkataan yang sama dalam karangan yang dihasilkan. Hasil daripada kajian Yahaya et.al
(2011) yang berkaitan keberkesanan kelas tambahan di sekolah mendapati bahawa tahap
keberkesanan kelas tambahan pada pandangan pelajar Tingkatan Empat berada pada tahap
yang tinggi. Prestasi responden dalam kelas juga telah meningkat setelah menghadiri kelas
tambahan yang diadakan oleh pihak sekolah kepada mereka. Guru juga dapat merancang
pengajaran yang lebih berfokus untuk mengatasi kelemahan dalam kemahiran menulis
khususnya bagi kemahiran bahasa Melayu. Hal ini dapat memantapkan lagi proses
pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan pada waktu formal oleh guru di sekolah.

Guru pula hendaklah mengambil inisiatif supaya bertindak secara proaktif dengan
mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran yang selesa serta menggalakkan kerjasama
antara murid, membimbing antara satu sama lain agar penguasaan mereka dalam kemahiran
Bahasa Melayu terutamanya kemahiran menulis dapat ditingkatkan. Apabila murid dapat

357
memahami penggunaan sesuatu aspek mekanis itu dengan betul, maka murid akan
menggunakan aspek mekanis yang dipelajari dengan betul juga. Bagi murid yang sering
melakukan kecuaian dalam penulisan bahasa Melayunya, guru perlu bertindak secara proaktif
dengan sentiasa menekankan penggunaan aspek mekanis di dalam kelas kemahiran menulis,
agar murid sentiasa berhati-hati dan lebih teliti dalam membuat penulisannya.

Selain itu, pengkaji ingin memberi cadangan kajian lanjutan berkaitan kemahiran
menulis iaitu aspek mekanis yang boleh dilaksanakan menggunakan pendekatan kajian
tindakan. Menurut Khairuddin et.al. (2016) kajian tindakan dapat membantu guru memperbaik
amalan pengajaran dengan sentiasa mencari jalan dan peluang untuk menyelesaikan masalah
pembelajaran murid. Melalui kajian tindakan, tahap penguasaan murid yang lemah dalam
penulisan bahasa Melayu terutamanya dalam aspek mekanis juga dapat diatasi melalui
tindakan praktis serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan yang dilaksanakan oleh
pengkaji. Oleh itu, kajian tindakan sesuai dilaksanakan untuk meningkatkan penguasaan
kemahiran menulis terutamanya aspek mekanis dalam penulisan murid.

Tambahan pula, kajian ini dijalankan berdasarkan pendekatan kualitatif dan responden
yang digunakan adalah tidak ramai. Oleh itu, kajian lanjutan boleh dilakukan dengan
menggunakan kajian kuantitatif. Pendekatan kuantitatif mengizinkan pengkaji untuk mengutip
data peserta kajian dalam jumlah yang banyak dan merumuskan satu generalisasi daripada
hasil kajian. Di samping itu, fokus kajian ini memfokuskan kemahiran menulis iaitu dalam
aspek mekanis sahaja. Oleh itu cadangan kajian lanjutan berkenaan kemahiran menulis boleh
divariasikan dan dilaksanakan ke atas kemahiran dan aspek lain seperti aspek tatabahasa,
pembinaan ayat dan penggunaan ayat yang gramatis di dalam penulisan bahasa Melayu. Hal
ini kerana, masalah dalam kemahiran menulis tidak hanya terhad pada sesuatu aspek sahaja,
malahan juga berlaku dalam aspek yang lain.

Seterusnya, persampelan kajian ini hanya memfokuskan murid tahun lima dari Sekolah
Kebangsaan Taman Melati yang merupakan sebuah sekolah yang terletak di tengah-tengah
bandar raya Kuala Lumpur. Penyelidik mencadangkan persampelan kajian untuk kajian
lanjutan boleh melibatkan pelajar sekolah rendah di kawasan luar bandar, ataupun pada
peringkat yang lebih tinggi, contohnya menggunakan persampelan daripada sekolah
menengah, universiti awam ataupun pelajar di Institut Pendidikan Guru. Hal ini kerana, kajian
lepas tidak mengkaji tentang kemahiran menulis aspek mekanis dalam penulisan bahasa
Melayu yang lebih terperinci. Oleh itu, disarankan agar pengkaji dapat mengkaji masalah
kemahiran menulis dalam aspek mekanis ini dalam pelbagai kawasan dan peringkat, sama
ada di kawasan luar bandar, peringkat sekolah menengah mahupun peringkat pelajar di
universiti, pelajar di Institut Pendidikan Guru. Pengkaji kajian lanjutan juga boleh mengkaji

358
penguasaan kemahiran menulis dalam aspek mekanis dalam kalangan guru bahasa Melayu
di sekolah rendah.

RUJUKAN

Awang Sariyan. (1980). Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia KBSM. Berita
Publishing Sdn. Bhd.

Corder, S. P. (1981). Error Analysis and Interlanguage. Oxford University Press.

Hashim Othman. (2005). Penilaian Tahap Penguasaan Kemahlran Menulis dalam Bahasa
Melayu Murid Sekolah Kebangsaan. Universiti Sains Malaysia.

Khairuddin Mohamad, Ibrahim Yusof dan Zaridah Ramli. (2016). Penyelidikan dalam
Pendidikan Bahasa Melayu. Sasbadi Sdn. Bhd.

Merriam, S. B. (2002). An Introduction to Qualitative Research. 1.1. 1.-17

Mohd Daud Yusof. (1990). Penguasaan Bahasa Malaysia Baku Dalam Kalangan Pelajar
Tingkatan 2 : Satu Kajian Kes Di Maktab Sultan Ismail Kota Bharu, Kelantan. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Sabar Hj. Mohamad, Esa Muhamad & Zamri Mahamod. (2008). Analisis Kesilapan Ejaan
Dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu Pelajar Sekolah Menengah. Karisma
Publications Sdn. Bhd.

Siti Baidura & Nurul Jamilah. (2011). Analisis Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu Dalam
Karangan Pelajar Asing Di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam. In 2nd International
Language Conference 2011. 22nd - 24th April 2011. International Islamic University
Malaysia.

Yahaya, Azizi & Ramli, Jamaludin (2011). Persepsi Pelajar Terhadap Keberkesanan Kelas
Tambahan Di Sekolah: Sejauhmanakah Berkesan?.Journal of Science & Mathematics
Education.

Zaliza Mohamad Nasir & Zaitul Akma Zainon Hamzah. Sikap dan Motivasi Pelajar terhadap
Pembelajaran Bahasa Melayu. Procedia - Social and Behavioral Sciences 134 ( 2014 )
408 – 415

Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. (2008). Kesalahan Bahasa Dalam Penulisan
Karangan Pelajar Bukan Melayu : Satu Kajian Kes. Karisma Publications Sdn. Bhd.

359
PENGAPLIKASIAN TEKNIK DIDIK HIBUR DALAM PENGAJARAN KATA MAJMUK
BENTUK MANTAP

Nur Fatin Arifah binti Roszaimy


fatin09-844@epembelajaran.edu.my

Haslinda binti Mohamad Saad


haslinda@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini mengkaji pengaplikasian teknik didik hibur dalam pengajaran kata majmuk bentuk mantap.
Kajian ini juga mengenal pasti tahap pengetahuan guru terhadap pengaplikasian teknik didik hibur yang
digunakan dalam pengajaran kata majmuk bentuk mantap. Reka bentuk kajian ini adalah kaedah
penyelidikan tinjauan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 32 item. Sampel kajian
terdiri daripada 86 orang guru Bahasa Melayu sekolah rendah di daerah Keramat, Kuala Lumpur. Data
yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif, melibatkan analisis skor min dan sisihan
piawai. Dapatan kajian menunjukkan min keseluruhan bagi kekerapan guru terhadap pengaplikasian
teknik didik hibur dalam pengajaran kata majmuk bentuk mantap berada ialah 3.84 dengan sisihan
piawai 0.65 dan tahap pengetahuan guru terhadap pengaplikasian teknik didik hibur dalam pengajaran
kata majmuk bentuk mantap ialah 4.18 dengan sisihan piawai 0.45. Dapatan ini membuktikan bahawa
kekerapan guru mengaplikasikan teknik didik hibur dalam pengajaran kata majmuk bentuk mantap
adalah di tahap sederhana tinggi manakala tahap pengetahuan guru terhadap pengaplikasian teknik
didik hibur dalam pengajaran kata majmuk bentuk mantap di tahap tinggi. Lantaran itu, guru-guru
Bahasa Melayu disarankan untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran pedagogi terutama dalam
pengaplikasikan teknik didik dalam pengajaran aspek tatabahasa khususnya kata majmuk bentuk
mantap. Pihak berkepentingan juga perlu menyumbang pelbagai cadangan bagi meningkatkan tahap
kekerapan dan tahap pengetahuan guru terhadap pengaplikasian didik hibur dalam pengajaran kata
majmuk bentuk mantap.
Kata kunci: pengaplikasian, teknik, didik hibur, tatabahasa, kata majmuk bentuk mantap, kekerapan,
tahap pengetahuan

ABSTRACT
This study examines the application of entertainment teaching techniques in the teaching of compound
words. This study also identifies the level of knowledge of teachers on the application of entertainment
techniques used in the teaching of solid form compound words. The design of this study was a survey
research method using a set of questionnaires containing 32 items. The sample consisted of 86 teachers
Malay primary school in Keramat, Kuala Lumpur. The data obtained were analyzed using descriptive
statistics, involving analysis of mean scores and standard deviations. Findings show that the overall
mean for the frequency of teachers on the application of entertainment techniques in teaching steady
form compound words is 3.84 with a standard deviation of 0.65 and the level of knowledge of teachers
on the application of entertainment techniques in teaching steady form compound words is 4.18 with a
standard deviation of 0.45. These findings prove that the frequency of teachers applying entertainment
techniques in teaching steady compound words is at a moderately high level while the level of
knowledge of teachers on the application of entertainment techniques in teaching steady compound
words at a high level. Thus, English teachers are advised to increase the knowledge and pedagogical
skills especially with applying techniques in teaching students aspects of grammar particularly robust
form of the compound word. Stakeholders also need to contribute various suggestions to increase the
level of frequency and level of knowledge of teachers on the application of entertainment learners in the
teaching of compound words in solid form.
Keywords: application, technique, entertainment learner, grammar, steady form compound word,
frequency, level of knowledge

360
PENGENALAN
Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) mata pelajaran Bahasa
Melayu Tahun 4 (2018), kemahiran aspek tatabahasa merujuk kepada keupayaan murid
menguasai perkara asas dalam pembentukan kata dan ayat serta menggunakan tatabahasa
mengikut cara dan sistem yang betul semasa semasa membina ayat (KPM, 2018). Aspek
tatabahasa bukan sahaja ditekankan dalam ditekankan dalam penulisan, malahan aspek
sebutan, intonasi, semantik serta menggunaan peribahasa dan perbendaharaan kata juga
diberi penekanan. Antara topik yang terkandung dalam aspek tatabahasa dan penting untuk
dikuasai dalam mata pelajaran bahasa melayu merupakan kata majmuk bentuk mantap. Kata
majmuk secara umum difahami sebagai gabungan dua atau lebih perkataan. Raminah Sabran
et. al. (2012) menyatakan kata majmuk bentuk mantap merupakan jenis kata majmuk yang
wujud dan ditulis secara serangkai kerana penggunaannya telah dianggap mantap sebagai
satu perkataan.

Pengajaran tatabahasa khususnya kata majmuk bentuk mantap di dalam bilik darjah
perlulah menarik minat pelajar untuk mendapatkan idea, pandangan, ulasan dan sebagainya.
Kreativiti yang tinggi dalam pengajaran dapat mencorakkan perkembangan minda, emosi,
sikap dan diri pelajar (Abdul Rasid, Shamsudin & Huzaimah. 2012). Kurangnya kreativiti dan
inovasi yang berterusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
menyebabkan pelajar cepat berasa bosan dan menganggap pengajaran tatabahasa
khususnya kata majmuk mentuk mantap mencabar minda dan susah untuk dikuasai.
Pengajaran aspek tatabahasa dalam elemen didik hibur yang dilakukan melalui aktiviti secara
kreatif dan terancang oleh guru sudah pasti dapat memberi perubahan yang lebih efektif dalam
pembelajaran. Bahagian Pembangunan Kokurikulum, KPM menyarankan supaya proses
pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa Melayu di dalam bilik darjah lebih dinamis dan
progresif. Oleh itu, guru Bahasa Melayu di sekolah rendah perlu mengambil pelbagai inisiatif
melaksanakan pelbagai pendekatan untuk menarik minat murid mempelajari Bahasa Melayu.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan pendekatan didik


hibur dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai tahun 2010 sebagai suatu
alternatif untuk mempelbagaikan proses pedagogi pengajaran guru. Didik hibur ini merupakan
satu teknik dalam pengajaran dan pembelajaran dan berupaya menyediakan pelajar-pelajar
peluang untuk bereksperimentasi, mengintegrasi dan menggunakan apa yang telah dipelajari
dalam modul berdasarkan aktiviti, seronok dan bermakna. Fokusnya adalah kepada
penguasaan kemahiran asas Bahasa Melayu menerusi didik hibur dan apresiasi bahasa.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan didik hibur di sekolah rendah bagi
merealisasikan hasrat transformasi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Harapan agar pendekatan didik hibur akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran

361
lebih interaktif, menarik, santai dan seronok serta berpusatkan pelajar. Justeru, pengajaran
guru akan lebih mudah dihayati dan difahami oleh mereka. Melalui pelaksanaan pendekatan
didik hibur ini berupaya meningkatkan penguasaan murid dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu dan seterusnya pencapaian Bahasa Melayu mereka akan menjadi lebih baik.

Didik hibur merupakan pengajaran guru dalam proses pembelajaran dan


pemudahcaraan (PdPc) untuk mendidik sambil menghibur murid dalam suasana yang santai
dan seronok tetapi masih dapat memenuhi objektif pengajaran yang ditetapkan. Pendekatan
ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan empat teknik iaitu teknik nyanyian, bercerita,
lakonan dan puisi. Guru bertindak sebagai fasilitator, pengurus, penilai atau pemudah cara
dalam membantu murid menguasai objektif pengajaran yang dijalankan dengan penglibatan
yang paling maksimum dalam proses pengajaran guru (KPM, 2015).

Justeru, bagi memastikan murid-murid mengingati dan menghafal serta memahami


kata majmuk bentuk mantap, guru merupakan golongan yang berperanan besar dalam
mencapai hasrat ini. Teknik didik hibur yang digunakan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran kata majmuk bentuk mantap berlangsung membawa kesan yang sangat besar
bukan sahaja kepada hasil pembelajaran, malahan kepada kefahaman dan ingatan murid-
murid sendiri. Ini selaras dengan Bahagian Pembangunan Kokurikulum, KPM menyarankan
agar proses pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa Melayu di dalam bilik darjah lebih
dinamis dan progresif. Guru boleh memilih teknik-teknik didik hibur dalam pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran aspek
tatabahasa iaitu kata majmuk bentuk mantap bergantung pada pengolahan teknik didik hibur
yang digunakan guru yang dapat merangsang dan menggalakkan kefahaman dan ingatan
murid dalam mengukuhkan kefahaman dan penguasaan murid dalam pengajaran aspek
tatabahasa.

PERNYATAAN MASALAH

Adenan dan Khairuddin (2012) menyatakan bahawa isi pelajaran Bahasa Melayu dapat
disampaikan dengan berkesan apabila guru merancang dan menentukan teknik pengajaran
dengan baik. Dalam hal ini, guru mempunyai pelbagai pilihan strategi, pendekatan, teknik dan
kaedah yang dapat membantu murid mencapai objektif pembelajaran. Satu daripada
pendekatan tersebut ialah pendekatan didik hibur yang digunakan untuk meningkatkan
penguasaan murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca serta menulis
dengan pengajaran guru secara santai dan menyeronokkan (Abdul Rashid, Nurul Nadiah &
Shamsudin, 2016).

Dalam kajian ini, isu yang dikaji berkaitan aspek tatabahasa iaitu kata majmuk bentuk
mantap. Keperihatinan isu ini dilakukan atas kesedaran bahawa pengejaan sesuatu perkataan

362
dengan betul dalam pembelajaran bahasa bukan sesuatu yang boleh diambil mudah.
Kesilapan ejaan akan menjejaskan makna sesuatu penyampaian bahasa. Topik ‘kata majmuk”
bukanlah asing kepada sewaktu di peringkat awal persekolahan lagi murid-murid dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu telah didedahkan tentang “kata majmuk”

Berdasarkan kajian oleh Wan Aizaidi (2015) mendapati bahawa cara pengajaran guru
dalam pengajaran kata majmuk bentuk mantap lebih bersifat kepada pembelajaran secara
sehala iaitu pembelajaran hanya berpusatkan kepada guru semata. Suasana PdPC yang lebih
bersifat syarahan ini sedikit sebanyak menjejaskan keseronokan belajar. Kekurangan
pengajaran bersifat syarahan ini disifatkan oleh Alizah dan Zamri (2015) sebagai kaedah
pengajaran yang bersifat suapan dan tidak lagi sesuai dengan pembaharuan kurikulum dan
perubahan budaya belajar dan budaya mengajar. Ini membuktikan bahawa walaupun guru
telah mengajar murid-murid mengunakan kaedah mengajar ‘chalk and talk’, namun murid-
murid masih belum menguasai pengajaran tersebut sepenuhnya kerana kaedah yang
digunakan kurang efektif dan efisien di samping kurang melibatkan penglibatan murid secara
aktif dalam pembelajaran. Oleh yang demikian, penguasaan murid dalam aspek kemahiran
tatabahasa iaitu kata majmuk bentuk mantap akan terhalang. Begitu juga Wong (2019)
merumuskan teknik pengajaran yang digunakan guru lebih memberi penekanan kepada
penyampaian maklumat semata-mata daripada penguasaan dan ingatan kepada pelajar.

Tambahan lagi, kajian oleh Seng, Azhar dan Shamsudin (2018) mendapati kelemahan
guru dari pemilihan kaedah yang sesuai menyebabkan kepada pencapaian akademik dalam
penilaian. Penglibatan murid didapati kurang aktif dalam proses pengajaran guru dengan
menggunakan pengajaran berpusatkan guru. Tahap pengetahuan guru sangat penting dari
aspek pengetahuan kandungan dan pengetahuan pedagogi supaya guru dapat
menyampaikan pengajaran yang baik dan berkesan kepada murid. Kelemahan guru memilih
pendekatan pengajaran yang kurang sesuai mewujudkan suasana pembelajaran yang
membosankan. Menurut Alias Puteh (2016), pengajaran guru yang hanya bersifat sehala dan
tidak melibatkan murid ini menyebabkan murid ponteng sekolah bagi mengelakkan diri dari
berada di dalam kelas yang membosankan dan kurang menyeronokkan.

Justeru, kajian ini dilaksanakan untuk meninjau kekerapan pengaplikasian teknik didik
hibur dalam pengajaran aspek tatabahasa iaitu kata majmuk bentuk mantap di sekolah
rendah. Kajian ini juga meninjau tahap pengetahuan guru dalam mengaplikasikan teknik didik
hibur dalam pengajaran aspek tatabahasa iaitu Kata Majmuk Bentuk Mantap di sekolah
rendah.

363
OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan tujuan tersebut, kajian ini cuba untuk mencapai dua objektif berikut:

1. Mengenal pasti kekerapan guru terhadap pengaplikasian teknik didik hibur dalam
pengajaran kata majmuk bentuk mantap.
2. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru terhadap pengaplikasian teknik didik hibur yang
digunakan dalam pengajaran kata majmuk bentuk mantap.

SOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian tersebut, kajian ini telah membina dua soalan kajian. Kedua-dua
soalan kajian adalah seperti yang berikut:

1. Berapa kerapkah guru mengaplikasikan teknik didik hibur dalam pengajaran kata majmuk
bentuk mantap?
2. Apakah tahap pengetahuan guru terhadap pengaplikasian teknik didik hibur dalam
pengajaran kata majmuk bentuk mantap?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian yang berbentuk kuantitatif dan kaedah tinjauan deskriptif. Seramai
86 orang sampel kajian guru di sekolah-sekolah terpilih dalam daerah Keramat, Kuala Lumpur
dipilih mengikut Krenjcie dan Morgan (1970) melalui kaedah persampelan rawak mudah.
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengaplikasian teknik didik hibur dalam
pengajaran aspek tatabahasa khususnya kata majmuk bentuk mantap. Dalam kajian ini,
instrument utama yang digunakan ialah soal selidik. Semua data yang diperoleh daripada soal
selidik dianalisis menggunakan perisian Microsoft Office Excel 2013 dan SPSS (Statistical
Package for Social Science) versi 26.0. Data yang diperoleh dianalisis secara statistik
deskriptif menggunakan SPSS Version 26.0 bagi mendapatkan min, kekerapan, peratus dan
sisihan piawai. Kaedah analisis ini digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai
demografi responden dan tahap pengaplikasian teknik didik hibur dalam pengajaran kata
majmuk bentuk mantap. Ia juga digunakan untuk menjawab persoalan kajian.

Instrumen soal selidik kajian ini iaitu bahagian B telah dibina sendiri dan soal selidik
bahagian C yang diadaptasi pada pengkaji lain telah disahkan oleh pakar bidang dan
metodologi. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini mengandungi 32 item yang
dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian A merupakan profil responden yang bagi
mendapatkan maklumat seperti jantina, kaum, umur dan pengalaman mengajar. Bahagian B
mengandungi 12 item soalan tentang kekerapan guru mengaplikasikan teknik didik hibur
dalam pengajaran kata majmuk bentuk manta manakala Bahagian C mengandungi 20 item

364
yang meninjau tahap pengetahuan guru dalam mengaplikasikan teknik didik hibur dalam
pengajaran kata majmuk bentuk mantap.

Tafsiran skor min digunakan telah diadaptasi daripada Jamil et al. (2014). Selang skala
skor min dikekalkan tetapi tafsiran bagi setiap konstruk diubah suai menggunakan istilah yang
lebih sesuai agar dapat menyampaikan tafsiran yang tepat dan difahami.

Dalam kajian ini, kekerapan dan tahap pengetahuan guru dikategorikan kepada empat
tahap iaitu skor min 1.00 hingga 2.00 menunjukkan tahap yang rendah, skor min 2.01 hingga
3.00 menunjukkan tahap sederhana rendah manakala skor min 3.01 hingga 4.00 menunjukkan
tahap sederhana tinggi. Skor min 4.01 hingga 5.00 pula menunjukkan kekerapan dan tahap
pengetahuan guru yang tinggi.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini menjawab kepada dua soalan kajian iaitu berkaitan kekerapan dan tahap
pengetahuan guru terhadap pengaplikasian teknik didik hibur dalam pengajaran kata majmuk
bentuk mantap.

Jadual 1
Analisis item kekerapan guru mengaplikasikan teknik didik hibur

Skor
Bil. Item min SP Tahap
μ
1. Saya mengaplikasikan teknik bercerita dalam 4.00 0.751 Sederhana
pengajaran kata majmuk bentuk mantap Tinggi
2. Saya menjalankan teknik bercerita dalam 3.83 0.829 Sederhana
pengajaran kata majmuk bentuk mantap Tinggi
melalui aktiviti bercerita dengan
menggunakan alat
3. Saya menyesuaikan teknik bercerita dalam 3.81 0.89 Sederhana
pengajaran kata majmuk bentuk mantap Tinggi
melalui aktiviti bercerita tanpa menggunakan
alat
4. Saya mempraktikkan teknik lakonan dalam 4.00 0.81 Sederhana
pengajaran kata majmuk bentuk mantap Tinggi
5. Saya mengaplikasikan teknik lakonan dalam 4.00 0.75 Sederhana
pengajaran kata majmuk bentuk mantap Tinggi
melalui aktiviti main peranan
6. Saya menjalankan teknik lakonan dalam 3.91 0.93 Sederhana
pengajaran kata majmuk bentuk mantap Tinggi
melalui aktiviti teater bercerita
7. Saya menerapkan teknik nyanyian dalam 3.99 0.86 Sederhana
pengajaran kata majmuk bentuk mantap Tinggi
8. Saya menjalankan teknik nyanyian dalam 3.84 0.98 Sederhana
pengajaran kata majmuk bentuk mantap Tinggi
dengan iringan muzik

365
9. Saya melaksanakan teknik nyanyian dalam 3.90 0.92 Sederhana
pengajaran kata majmuk bentuk mantap tanpa Tinggi
iringan muzik
10. Saya melaksanakan teknik puisi dalam 3.57 0.85 Sederhana
pengajaran kata majmuk bentuk mantap Tinggi
11. Saya menyesuaikan teknik puisi dalam 3.69 0.44 Sederhana
pengajaran kata majmuk bentuk mantap Tinggi
melalui aktiviti berpantun
12. Saya menerapkan teknik puisi dalam 3.58 0.83 Sederhana
pengajaran kata majmuk bentuk mantap Tinggi
melalui aktiviti bersyair
Skor Min Keseluruhan 3.84 0.65 Sederhana
Tinggi

Dapatan berdasarkan Jadual 1 menunjukkan skor min kekerapan guru terhadap


pengaplikasian teknik didik hibur secara kesuluruhan ialah 3.84 yang menunjukkan responden
mempunyai tahap sederhana dalam mengaplikasikan teknik didik hibur dalam pengajaran kata
majmuk bentuk mantap. Nilai sisihan piawai (SP) ialah 0.65 menunjukkan bahawa set data
dalam kajian ini sedikit terserak daripada ukuran pusat. Skor min paling tinggi iaitu 4.00 bagi
item 1, 4 dan 5 menunjukkan responden lebih kerap mengaplikasikan teknik didik hibur iaitu
teknik bercerita dan teknik lakonan seperti main peranan. Skor min paling rendah pula ialah
3.57 iaitu berkenaan kekerapan guru melaksanakan teknik puisi dalam pengajaran kata
majmuk bentuk mantap.

Jadual 2
Analisis item tahap pengetahuan guru dalam mengaplikasikan teknik didik hibur

Skor
Bil Item min SP Tahap
μ

1. Saya tahu tentang konsep teknik didik hibur 4.27 0.60 Tinggi
2. Saya tahu cara pelaksanaan teknik didik hibur dalam 4.19 0.62 Tinggi
bilik darjah

3. Saya faham tentang elemen yang terdapat di dalam 4.20 0.65 Tinggi
didik hibur

4. Saya tahu pengaplikasian didik hibur mewujudkan 4.31 0.58 Tinggi


sesi pembelajaran yang menyeronokkan dalam
pengajaran kata majmuk bentuk mantap

5. Saya tahu ciri teknik didik hibur ialah mengurangkan 4.23 0.60 Tinggi
tahap kebimbangan murid kepada guru

366
6. Saya tahu pembelajaran berpusatkan murid 4.26 0.60 Tinggi
merupakan ciri didik hibur

7. Saya tahu mengaplikasikan teknik nyanyian dalam 4.14 0.64 Tinggi


pengajaran kata majmuk bentuk mantap

8. Saya tahu menerapkan teknik bercerita dalam 4.14 0.62 Tinggi


pengajaran kata majmuk bentuk mantap

9. Saya tahu mempraktikkan teknik lakonan dalam 4.09 0.63 Sederhana


pengajaran kata majmuk bentuk mantap Tinggi

10. Saya tahu melaksanakan teknik puisi dalam 3.81 0.76 Sederhana
pengajaran kata majmuk bentuk mantap Tinggi

11. Saya tahu murid bebas menyatakan pendapat 4.20 0.65 Tinggi
secara terkawal dalam pengajaran kata majmuk
bentuk mantap melalui teknik didik hibur

12. Saya tahu guru berperanan sebagai fasilitator dalam 4.24 0.57 Tinggi
pelaksanaan teknik didik hibur dalam pengajaran
kata majmuk bentuk mantap

13. Saya tahu menyesuaikan bahan bantu mengajar 4.14 0.64 Tinggi
dalam teknik didik hibur

14. Saya tahu didik hibur penting dalam pengajaran dan 4.20 0.63 Tinggi
pembelajaran kata majmuk bentuk mantap

15. Saya tahu pengurusan bilik darjah penting dalam 4.26 0.58 Tinggi
didik hibur

16. Saya tahu mengaplikasikan aktiviti didik hibur 4.19 0.60 Tinggi
berdasarkan objektif yang hendak dicapai

17. Saya tahu memilih elemen didik hibur yang sesuai 4.21 0.64 Tinggi
dengan pengajaran kata majmuk bentuk mantap

18. Saya tahu penggunaan teknik didik hibur dapat 4.20 0.59 Tinggi
menyampaikan isi pelajaran kata majmuk bentuk
mantap

19. Saya tahu elemen keseronokan dalam didik hibur 4.17 0.64 Tinggi
penting terhadap pengajaran kata majmuk bentuk
mantap

20. Saya tahu teknik didik hibur menggunakan 4.20 0.59 Tinggi
komunikasi melalui bahasa tubuh dalam pengajaran
kata majmuk bentuk mantap

Skor Min Keseluruhan 4.18 0.45 Tinggi

367
Berdasarkan Jadual 2, secara keseluruhannya, skor min bagi konstruk tahap pengetahuan
guru terhadap pengaplikasian teknik didik hibur ialah 4.18 iaitu pada tahap tinggi. Nilai sisihan
piawai 0.45 menunjukkan set data menghampiri ukuran pusat. Nilai skor min paling tinggi ialah
4.31 bagi item 4 yang menunjukkan guru tahu pengaplikasian didik hibur mewujudkan sesi
pembelajaran yang menyeronokkan dalam pengajaran kata majmuk bentuk mantap. Skor min
paling rendah pula ialah 3.81 berkaitan pengetahuan guru dalam melaksanakan teknik puisi
dalam pengajaran kata majmuk bentuk mantap.

Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu di tujuh buah
sekolah di daerah Keramat, Kuala Lumpur mempunyai tahap kekerapan yang sederhana
tinggi dalam mengaplikasikan teknik didik hibur dalam pengajaran kata majmuk bentuk
mantap. Kajian ini juga mendapati guru-guru tersebut mempunyai tahap pengetahuan tinggi
terhadap pengaplikasian teknik didik hibur dalam pengajaran kata majmuk bentuk mantap.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Dapatan kajian ini menunjukkan guru Bahasa Melayu sekolah rendah di kawasan kajian
mempunyai tahap kekerapan yang sederhana tinggi dalam mengaplikasikan teknik didik hibur
dalam pengajaran aspek tatabahasa. Skor min 3.84 dengan sisihan piawai 0.65 membuktikan
bahawa guru-guru mempunyai kekerapan yang sederhana tinggi dalam pengaplikasian teknik
didik hibur dalam pengajaran kata majmuk bentuk mantap. Dapatan kajian ini disokong oleh
beberapa kajian lain yang turut menyatakan hal yang sama.

Antaranya, kajian Wong (2019) yang bertajuk “Penggunaan Teknik Jalinan Cerita
Untuk Meningkatkan Penguasaan Ingatan Pelajar dan Ingatan Pelajar Terhadap Kata Majmuk
Bentuk Mantap’ mengkaji tentang keberkesanan “Teknik Jalinan Cerita”. Hasil dapatan kajian
mendapatiselain dapat menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran guru melalui
penggunaan teknik jalinan cerita, pelajar juga menguasai kata majmuk bentuk mantap. Selain
itu, kajian ini turut disokong oleh Zuraini dan Abdul Rashid (2009) yang mengkaji tentang
keberkesanan teknik bercerita dalam pengajaran dan pelajaran karangan naratif Bahasa
Melayu. Dapatan kajian menunjukkan kepentingan teknik bercerita dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu tidak dinafikan biarpun teknik bercerita dalam kajian ini tidak
dapat meningkatkan prestasi karangan naratif murid-murid tingkatan satu kepada cemerlang.
Kajian ini turut disokong oleh Ramlah, Afni dan Fathimah (2016) yang mendapati majoriti guru
prasekolah berpendapat bahawa murid-murid mendapati kaedah didik hibur membawa
keseronokan dalam pembelajaran dan guru mudah untuk mengaplikasikannya. Mereka
mendapati kaedah didik hibur berkesan dalam mempertingkatkan kemahiran literasi dalam
kalangan kanak-kanak prasekolah.

368
Di samping itu, Siti Nora Ani (2015) juga menjalankan kajian tentang didik hibur yang
bertajuk ‘Keberkesanan Lagu dalam Pengajaran Ayat Tanya Mata Pelajaran Bahasa Malaysia
Tahun 3’. Dalam kajian tersebut juga menunjukkan lagu kata tanya dalam pengajaran dan
pembelajaran ayat tanya dapat meningkatkan penumpuan perhatian dan minat yang tinggi
untuk murid belajar mata pelajaran Bahasa Malaysia. Penggunaan senikata lagu telah dapat
membantu murid-murid menguasai pemahaman bacaan dan mengingat perkataan serta ciri-
ciri kata tanya dengan baik.

Walau bagaimanapun, kajian-kajian dinyatakan bukanlah memfokuskan kepada


kekerapan pengaplikasian teknik didik hibur namun dapatan kajian dari aspek fokus kajian
adalah sama. Ini jelas menunjukkan teknik didik hibur kerap digunakan dalam pembelajaran
Bahasa Melayu. Meskipun terdapat pelbagai kajian tentang keberkesanan teknik-teknik dalam
didik hibur ini dalam Bahasa Melayu, namun masih belum ada kajian yang meninjau
kekerapan guru terutamanya dalam mengaplikasikan teknik didik hibur dalam pengajaran kata
majmuk bentuk mantap. Kajian oleh Fauziah (2011) pula menunjukkan tentang kekerapan
terhadap aktiviti didik hibur dalam kalangan kanak-kanak prasekolah serta perbezaan antara
main antara prasekolah dan KEMAS dalam daerah Kubang Pasu, Kedah. Hasil kajian ini
menunjukkan terdapat guru prasekolah yang melaksanakan aktiviti berbentuk didik hibur di
prasekolah berbanding guru dari tadika KEMAS.

Justeru, perbezaan dalam kajian ini yang menunjukkan kajian dijalankan berupaya
mengisi kelompongan khususnya kepada kajian pengaplikasian teknik didik hibur dalam
pengajaran kata majmuk bentuk mantap dalam jenis responden kajian.

Seterusnya, dapatan kajian ini turut memperlihatkan tahap pengetahuan guru terhadap
pengaplikasian teknik didik hibur dalam pengajaran kata majmuk bentuk mantap berada pada
tahap tinggi. Hal ini dapat dilihat pada skor min 4.18 dan sisihan piawai 0.65 yang
membuktikan guru-guru di sekolah rendah sekitar daerah Keramat, Kuala Lumpur mempunyai
tahap pengetahuan yang tinggi terhadap pengaplikasian teknik didik hibur. Dapatan kajian ini
disokong oleh beberapa kajian lain yang turut menyatakan hal yang sama.

Antaranya, kajian Nurliyana (2019) menunjukkan guru mempunyai tahap pengetahuan


yang tinggi dan positif yang sangat positif terhadap pelaksanaan teknik didik hibur dalam PdP
Bahasa Melayu. Kajian ini turut menyatakan dengan memiliki tahap pengetahuan yang tinggi
dalam teknik didik hibur membolehkan guru untuk menyampaikan isi kandungan Bahasa
Melayu dengan menggunakan pedagogi yang bersesuaian dan berkesan mengikut kebolehan
murid di dalam kelas. Sikap guru Bahasa Melayu terhadap pendekatan didik hibur ini dapat
ditingkatkan agar pelaksanaan pendekatan ini dalam pengajaran dijalankan dengan

369
bersungguh-sungguh supaya membawa impak yang positif kepada murid dalam penguasaan
dan pencapaian Bahasa Melayu.

Dapatan kajian tentang tahap pengetahuan guru terhadap pengaplikasian teknik didik
hibur turut disokong oleh Owing, Azhar dan Shamsudin (2018) yang mendapati guru
mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap terhadap pendekatan didik hibur dan
sikap yang sederhana terhadap pelaksanaan pendekatan didik hibur dalam pengajaran
Bahasa Melayu. Melalui tahap pengetahuan yang tinggi dalam didik hibur membolehkan guru
untuk mengajar isi kandungan Bahasa Melayu dengan menggunakan pedagogi yang
berkesan serta bersesuaian mengikut tahap perkembangan dan kebolehan murid di dalam
kelas. Dalam kajian tersebut juga menyatakan guru mempunyai pengetahuan bahawa teknik
didik hibur boleh integrasikan kepada semua mata pelajaran selari dengan dapatan kajian ini
yang memfokuskan kepada mata pelajaran Bahasa Melayu. Dapatan tersebut selari dengan
dapatan kajian ini yang juga melihat kepada pengetahuan guru dalam mengaplikasikan teknik
didik hibur.

Implikasinya, kajian ini berupaya membolehkan guru-guru Bahasa Melayu membuat


refleksi terhadap teknik pengajaran menggunakan teknik didik hibur. Selain itu, kajian ini
memberi fokus kepada guru dalam mengaplikasikan teknik didik hibur dalam pengajaran kata
majmuk bentuk mantap yang dapat mengisi kelompongan kajian-kajian lepas yang berkaitan
keberkesanan teknik didik hibur semata-mata. Di samping itu, kajian yang menganalisis
kekerapan guru dalam mengaplikasian teknik didik hibur juga sangat kurang dihasilkan.
Kebanyakan kajian tinjauan yang menggunakan sampel guru hanya mengkaji tentang sikap
guru terhadap didik hibur contohnya dalam kajian Owing, Azhar & Shamsudin (2018).
Sehubungan itu, kajian ini telah mengisi kelompongan tersebut dengan mengkaji dengan lebih
lanjut tentang tahap pengaplikasian teknik didik hibur dalam aspek tatabahasa.

Antara cadangan yang dikemukakan bagi menggalakkan pengaplikasian teknik didik


hibur dalam pengajaran kata majmuk bentuk mantap ialah guru hendaklah meningkatkan
tahap kemahiran diri terutamanya dalam memilih, mengubah suai dan mengaplikasikan teknik
didik hibur yang dapat memenuhi objektif pelajaran kata majmuk bentuk mantap. Guru
hendaklah mencari inisiatif untuk mendapatkan cara-cara pelaksanaan teknik-teknik didik
hibur yang terdapat di Internet dan menyesuaikannya dengan isi pelajaran kata majmuk
bentuk mantap. Guru juga boleh berkolaboratif dengan guru- guru lain untuk bertukar-tukar
idea dan bahan teknik didik hibur agar lebih efisien dalam pelaksanaan tugas.

Sebagai cadangan kajian lanjutan, pengkaji boleh mendalami perihal kemahiran dalam
didik hibur seperti tahap kemahiran guru dalam mengaplikasikan teknik didik hibur dalam
pengajaran kata majmuk bentuk mantap melalui kajian tinjauan. Di samping itu, penyelidikan

370
tentang halangan atau masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan pendekatan didik hibur juga
boleh dijalankan. Untuk mengukuhkan lagi dapatan kajian yang menggunakan kaedah
kuantitatif ini, penyelidikan yang menggunakan kaedah kualitatif juga digalakkan kerana dapat
menghasilkan dapatan yang lebih menyeluruh.

Kesimpulannya, tahap kekerapan guru terhadap pengaplikasian teknik didik hibur


berada di tahap sederhana tinggi manakala tahap pengetahuan guru terhadap pengaplikasian
teknik didik hibur dalam pengajaran kata majmuk bentuk mantap berada di tahap yang tinggi.
Dapatan kajian ini dilihat sebagai nilai tambah dalam bidang pedagogi teknik pengajaran
Bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana kajian-kajian lepas lebih melihat keberkesanan
permainan bahasa berbanding tahap pengaplikasian teknik didik hibur. Tambahan pula, masih
kurang kajian tentang pengaplikasian teknik didik hibur oleh guru khusus dalam pengajaran
kata majmuk bentuk mantap. Berdasarkan kajian ini, guru-guru dan pihak berkepentingan
yang lain disarankan untuk meningkatkan pengaplikasian teknik didi hibur dalam pengajaran
aspek tatabahasa khususnya kata majmuk bentuk mantap. Tuntasnya, guru-guru seharusnya
meningkatkan pengaplikasian teknik didik hibur dalam pengajaran kata majmuk bentuk
mantap. Guru Bahasa Melayu yang berkualiti bukan hanya menguasai ilmu pengetahuan dan
kandungan mata pelajaran semata-mata sebaliknya perlu mahir memilih dan menggunakan
teknik pengajaran yang bertepatan dengan perkembangan semasa. Didik hibur merupakan
satu daripada teknik yang sesuai dan wajar untuk diaplikasikan dalam PdP kerana pelbagai
kelebihan yang bakal diperoleh oleh murid dan guru. Teknik didik hibur tidak seharusnya
sekadar menjadi aktiviti masa lapang atau aktiviti selingan, sebaliknya perlu ditambah baik
sebagai wadah utama untuk menyampaikan kandungan yang sesuai dengan kurikulum
Bahasa Melayu. Semoga kajian ini dapat menjadi bukti dan memberi keyakinan kepada semua
pihak untuk menggembleng tenaga bagi meningkatkan tahap pengaplikasian teknik didik hibur
oleh guru dalam pengajaran aspek tatabahasa iaitu kata majmuk bentuk mantap.

RUJUKAN
Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman & Humaizah Hashim. (2012). Persepsi guru
terhadap penggunaan kartun dalam transformasi pengajaran penulisan karangan
371ahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 2(1): 129-140.
Abdul Rashid Jamian, Nurul Nadiah Razali, & Shamsudin Othman. (2016). Pengaplikasian
Teknik Didik Hibur Meningkatkan Pencapaian Penulisan Karangan Bahasa
Melayu. Malaysian Journal of Education (0126-6020), 41(1).
Alias Puteh. (2016). Profesion keguruan: Peranan etika kerja dalam mendisiplinkan
pelajar. Universiti Utara Malaysia Press.
Alizah Lambri & Zamri Mahamod. (2015). Pelaksanaan Aktiviti Pembelajaran Berasaskan

371
Masalah dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Pendeta:
Jurnal Bahasa, Pendidikan dan Sastera Melayu, 6, 98-117.
Fauziah Md. Jaafar. (2011). Kepentingan Aktiviti Bermain Di Dalam Pendidikan
Prasekolah. Universiti Sains Malaysia.
Jamil Abd Baser, Nurul Syahada Mohd Suhaimi, Hisyamuddin Othman, Azman Hassan, Mohd
Bekri Rahim & Mohd Faizal Askor min Nur Yunus. (2014). Standard guru Malaysia
dalam program persediaan guru reka bentuk dan teknologi. Online Journal for TVET
Practioners, 2(2).
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Modul Kursus Peningkatan Profesional Guru
Bahasa Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Nurliyana Rusli. (2019). Pengaplikasian Teknik Didik Hibur dalam PdP Bahasa Melayu. Jurnal
Bahasa, Pendidikan dan Sastera Melayu, 10, 107-125.
Owing Ji Seng, Azhar Md. Sabil & Samsuddin Othman (2018). Pendekatan didik hibur dalam
pengajaran dan pembelajaran 372ahasa melayu: tinjauan terhadap sikap dan minat
murid orang asli di negeri perak. Jurnal Dedikasi, 9, 77-90.
Raminah Sabran, Ton Ibrahim, Nawi Ismail, & Ahmad Khair Mohd Nor. (2012). Tatabahasa
Asas Edisi Kedua. Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Ramlah Jantan, Nor Afni Resad & Siti Fathimah Az-zahra Mohd Fauzi. (2016). Aktiviti Didik
Hibur Dalam Kalangan Guru Prasekolah Di Daerah Gombak. Jurnal Pendidikan Awal
Kanak-Kanak Kebangsaan, 5, 19 – 29.
Siti Nora Ani Abdul Hadi. (2014). Keberkesanan Lagu dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Ayat Tanya Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 3. Universiti Sains Malaysia.
Wan Aizaidi bin Zakaria (2015). Pendekatan Mudah Mengingat Kata Majmuk Mantap Dengan
Kaedah ‘Abba Baling Batu’. Jurnal Bahasa, Pendidikan dan Sastera Melayu, 10, 103-
121.
Wong Shia Ho. (2019). Penggunaan “Teknik Jalinan Cerita” untuk meningkatkan Penguasaan
dan ingatan pelajar terhadap kata majmuk bentuk mantap. Pendeta: Jurnal Bahasa,
Pendidikan Dan Sastera Melayu, 10, 106-120.
Zuraini Jusoh & Abdul Rashid Jamian (2014). Kesan bercerita terhadap pencapaian penulisan
karangan naratif 372ahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM. Vol. 4,
Bil. 1 (Mei 2014): 11-18.

372
PENGGUNAAN PERMAINAN POWERPOINT “KAD 9” MENINGKATKAN PENGUASAAN
KATA ADJEKTIF DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5

Prashaanthini a/p Sivamoorthy


prashaanthini09-845@epembelajaran.edu.my

Zulkarnain bin Hassan


zulkarnain09-125@epembelajaran.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan penguasaan murid tentang sembilan jenis kata
adjektif yang betul dengan menggunakan permainan PowerPoint “KAD 9”. Peserta kajian terdiri
daripada 6 orang murid Tahun 5Y. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian dan ujian.
Kajian ini dijalankan berdasarkan model reka bentuk Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). Tiga instrumen
kajian iaitu ujian, analisis dokumen dan pemerhatian digunakan dalam kajian ini untuk mengukur
keberkesanan tindakan pengkaji. Hasil ujian pasca menunjukkan prestasi peserta kajian meningkatkan
sebanyak 50 hingga 70 peratus berbanding ujian pra. Dapatan analisis dokumen pula menunjukkan
peningkatan pencapaian peserta kajian yang sangat ketara dalam kemahiran penggunaan kata adjektif
dengan betul mengikut konteks. Berdasarkan analisis data pemerhatian pula menunjukkan setiap
peserta kajian mengalami perubahan tingkah laku yang positif apabila mereka telah menunjukkan
kemahiran menggunakan sembilan jenis kata adjektif dengan betul mengikut konteks. Oleh itu,
penggunaan permianan PowerPoint “KAD 9” sangat sesuai digunakan oleh guru bahasa Melayu untuk
mengajar kata adjektif dengan mudah. Untuk kitaran kedua, pengakaji mencadangkan meningkatkan
peringkat permainan daripada tahap yang mudah kepada tahap yang sukar serta mempelbagaikan
aktiviti yang menarik dan mencabar terutamanya yang bercorakkan pembelajaran abad ke-21 dalam
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu.
Kata Kunci: permainan PowerPoint “KAD 9”, mengajar, penguasaan, kemahiran, kata adjektif

ABSTRACT
This action research was conducted to enhance pupils’ mastery on nine types of adjectives by using
“KAD 9” PowerPoint game. Research participants are 6 year 5Y pupils. Early inspection was conducted
through observation and test. This research was conducted based on Lewin (1946) and Laidlaw (1992)
model. Three research instruments which are test, documen analysis and observation were used in this
research to gauge the effectiveness of researcher’s action. The result of post-test shows increase in
performance of participants by 50 to 70 percentage compared to pre-test. Research findings from
documen analysis shows increase of performance the paticipants in using adjectives correctly in context.
Observation data on the other hand shows that participants exhibit positive changes of participants’
behaviour when they were able to use nine types of adjectives correctly in context. Therefore, the usage
“KAD 9” game is suitable to be use by Bahasa Melayu teachers to teach adjectives easily. For second
cycle, the researcher sugest that the to increase the level of game from easy to hard and to diversify
interesting and challenging activity especially those with PAK21 elements in teaching and learning
adjectives. This is to elevate pupils’ interest in learning Bahasa Melayu.
Keywords: “KAD 9” PowerPoint game, teach, mastery, performance, adjectives

373
PENGENALAN

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996,
Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah (Noriati
A. Rashid et al., 2016). Bahasa Melayu pada hari ini terus berkembang dengan pesat selaras
dengan perkembangan alam fikir manusia. Belajar melalui bermain merupakan satu teknik
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Teknik ini sangat sesuai
diaplikasikan di dalam bilik darjah kerana mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada
mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Kajian awal mendapati bahawa
segelintir murid tidak dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah
ditetapkan oleh pengkaji. Hal ini demikian kerana mereka tidak dapat menggunakan kata
adjektif dengan betul mengikut konteks. Mereka berasa bosan apabila mempelajari kata
adjektif di dalam kelas. Menurut Mariyati Mohd Nor et al. (2015), kata adjektif ialah kata yang
menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama. Oleh itu, kaedah permainan
bahasa yang berbentuk TMK membantu murid yang menghadapi masalah dalam penguasaan
penggunaan sembilan jenis kata adjektif.

FOKUS KAJIAN

Pengkaji mendapati bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh
pengkaji tidak sesuai dan membosankan murid-murid. Mereka kurang berminat untuk
mempelajari kata adjektif. Dengan ini, murid tidak aktif dan tidak memberi fokus sepanjang
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Murid juga tidak berupaya mengingat kembali apa
yang telah mereka pelajari mengenai kata adjektif. Apabila diuji mengenai sembilan jenis kata
adjektif, didapati murid kurang berkeyakinan untuk menjawab soalan guru dan ada juga yang
kurang pasti mengenai jenis-jenis kata adjektif yang sepatutnya sudah mempunyai
pengetahuan asas mengenai kata adjektif. Sementelahan itu, murid ini juga tidak mempunyai
motivasi diri untuk belajar dan sentiasa berada dalam kelekaan sehingga menjadi punca
berlakunya masalah ini. Murid yang tidak mempunyai motivasi dan sentiasa leka tidak sedar
akan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Hal ini dapat dilihat dalam kajian Hamsari dan
Yahaya (2012), gaya pembelajaran seseorang pelajar didorong kuat oleh motivasi. Oleh hal
yang demikian, kajian ini dijalankan oleh pengkaji bagi membantu murid menyelesaikan
masalah penguasaan kata adjektif supaya tidak berterusan. Pengkaji telah menjalakan satu
penyelidikan tindakan untuk meningkatkan penguasaan sembilan jenis kata adjektif dalam
kalangan murid Tahun 5Y dengan menggunakan permainan PowerPoint “KAD 9”. Permainan
PowerPoint “KAD 9” merujuk kepada Kad Kata Adjektif manakala 9 merujuk kepada sembilan
jenis kata adjektif. Maka “KAD 9” merujuk kepada Kad Sembilan Jenis Kata Adjektif.

374
OBJEKTIF KAJIAN

Objektif khusus kajian ini untuk:

1) Membantu murid menggunakan permainan PowerPoint “KAD 9” untuk mengenal pasti


sembilan jenis kata adjektif dengan cara yang berkesan.
2) Meningkatkan penggunaan kata adjektif dengan betul mengikut konteks melalui
permainan PowerPoint “KAD 9” dalam kalangan murid Tahun 5Y.

SOALAN KAJIAN

Kajian ini mengemukakan beberapa soalan seperti berikut:

1) Adakah permaianan PowerPoint “KAD 9” dapat membantu murid untuk mengenal pasti
sembilan jenis kata adjektif?
2) Adakah permainan PowerPoint “KAD 9” dapat meningkatkan kemahiran penggunaan kata
adjektif dengan betul mengikut konteks dalam kalangan murid Tahun 5Y?

PESERTA KAJIAN

Peserta kajian yang terlibat dalam kajian ini ialah enam orang murid yang terdiri daripada tiga
orang murid perempuan dan tiga orang murid lelaki selepas pengumpulan data awal
dilaksanakan oleh pengkaji dengan menggunakan instrumen pemerhatian dan ujian
diagnostik. Peserta kajian ini terdiri daripada murid yang berbangsa Melayu.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Tindakan yang dilaksanakan dalam kajian ini berdasarkan Model Penyelidikan Tindakan Lewin
(1946) dan Laidlaw (1992). Berdasarkan model penyelidikan tersebut, kajian dilaksanakan
mengikut lima langkah iaitu dimulakan dengan mengenal pasti aspek amalan, diikuti
merancang tindakan, melaksanakan tindakan, mengumpul data dan membuat refleksi selepas
kajian dilaksanakan. Langkah pertama yang dilaksanakan oleh pengkaji ialah mengenal pasti
masalah murid melalui refleksi pengajaran dan pembelajaran yang dibuat. Pengkaji
mengumpul data awal dengan menggunakan tiga kaedah pengumpulan data iaitu ujian
diagnostik, analisis dokumen dan pemerhatian. Berdasarkan dapatan awal yang telah
dikumpul, pengkaji dapat mengenal pasti enam orang murid yang menghadapi masalah untuk
menggunakan kata adjektif dengan betul mengikut konteks dalam ayat. Murid-murid ini tidak
memahami kata adjektif dan kurang mahir untuk menggunakan kata adjektif ini mengikut
konteks. Masalah ini berlaku disebabkan pengajaran dan pembelajaran tidak dirancang
dengan baik dan berkesan sehingga murid berasa bosan untuk menumpukan perhatian.
Mereka kurang aktif sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Guru tidak

375
menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik minat murid. Oleh itu, kata adjektif yang
ditulis oleh murid adalah salah dan ayat yang dibina tidak gramatis. Pengkaji mengatasi
masalah ini dengan cara menambah baik aspek amalan pengajaran dengan menggunakan
kajian yang dirancang oleh pengkaji.

Langkah kedua ialah merancang tindakan. Pengkaji merancang untuk menggunakan


teknik permainan bahasa di dalam bilik darjah untuk mewujudkan pengajaran dan
pembelajaran yang menarik dan menyoronakkan. Pengkaji mencipta satu permainan kecil
iaitu permainan PowerPoint “KAD 9” untuk meningkatkan penguasaan kata adjektif dalam
kalangan peserta kajian. Langkah ketiga ialah melaksana tindakan. Pengkaji menjalankan
ujian diagnostik kepada peserta kajian untuk melihat tahap penguasaan peserta kajian dalam
kemahiran tatabahasa iaitu kata adjektif sebelum tindakan dijalankan. Setelah mengetahui
tahap penguasaan peserta kajian, pengkaji memperkenalkan permainan PowerPoint “KAD 9”
untuk membantu peserta kajian memahami penggunaan kata adjektif yang mengikut konteks
di dalam bilik darjah. Permainan ini menghiburkan murid-murid supaya mereka berasa
seronok dan melibatkan diri secara aktif apabila bermain permainan ini di dalam kelas.

Langkah keempat ialah mengumpul data. Pengkaji memperoleh data awal dengan
melakukan analisis terhadap hasil ujian diagnostik yang telah dijalankan terhadap peserta
kajian. Selain itu, pengkaji juga menjalankan pemerhatian berstruktur berdasarkan borang
senarai semak. Langkah terakhir ialah membuat refleksi. Pengkaji membuat refleksi sebelum,
semasa dan selepas tindakan bagi mengenal pasti amalan sama ada tindakan yang telah
dilaksanakan dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh peserta kajian atau mereka masih
lagi memerlukan bantuan. Pengkaji merujuk kepada data-data yang diperoleh daripada
pemerhatian, ujian dan analisis dokumen untuk membuat refleksi.

Pelaksanaan langkah-langkah tindakan telah mengambil masa selama lima minggu.


Pada minggu pertama, pengkaji telah menjalankan ujian pra terhadap semua peserta kajian.
Menurut Amanda (2012), ujian pra digunakan untuk mendapatkan data bagi mengesan murid
yang lemah agar dapat diberikan bantuan awal. Ujian pra ini dilaksanakan untuk melihat tahap
penguasaan peserta kajian dalam penggunaan kata adjektif sebelum tindakan dijalankan.
Pada minggu kedua, pengkaji memperkenalkan permainan PowerPoint “KAD 9” kepada
peserta kajian. Sebelum bermain, peserta kajian didedahkan tentang konsep kata adjektif dan
sembilan jenis kata adjektif.

Dalam langkah seterusnya, pengkaji telah menerangkan cara bermain permainan


PowerPoint “KAD 9”. Permainan ini mengandungi dua jenis kad iaitu kad yang mengandungi
gambar dan kad yang mengandungi perkataan iaitu sembilan jenis kata adjektif. Peserta kajian
diminta memadankan satu kad gambar dengan satu kad kata adjektif dengan betul. Setiap

376
kad gambar dan kad perkataan tersebut berkaitan dengan sembilan jenis kata adjektif. Jika
betul, peserta kajian meneruskan untuk bermain sehingga tamat permainan tersebut. Peserta
kajian telah berkolaborasi dan memberi kerjasama sepanjang pengajaran dan pembelajaran
berlaku. Peserta kajian berbincang dalam kumpulan apabila bermain permainan tersebut.
Selepas memadankan, peserta kajian menulis dalam kad yang diberikan oleh pengkaji.
Kemudian, peserta kajian membina ayat berdasarkan perkataan yang dipadankan dengan
menggunakan kata adjektif yang betul mengikut konteks. Selanjutnya, peserta kajian juga
menyatakan atau menyenaraikan contoh-contoh yang lain dengan betul berdasarkan jenis
kata adjektif tersebut. Melalui proses ini, pengkaji telah dapat meningkatkan pengetahuan
murid tentang kata adjektif di samping dapat mengetahui sejauh mana keberkesanan
permainan PowerPoint “KAD 9” dalam proses mengajarkan memahami dan menggunakan
kata adjektif dengan betul mengikut konteks.

Pada minggu ini juga pengkaji telah membina item soalan. Soalan-soalan yang dibina
mengikut tahap pencapaian peserta kajian yang pelbagai iaitu sederhana dan lemah. Setelah
selesai aktiviti tersebut, pengkaji melaksanakan aktivti soal jawab dengan peserta kajian.
Pengkaji juga menerangkan kegunaan kata adjektif yang dipelajari pada intervensi kali
pertama tersebut kepada peserta kajian. Akhir sekali, peserta kajian diberikan lembaran kerja
bagi menguji kefahaman murid sebagai latihan pengukuhan kepada mereka. Hasil kerja
peserta kajian disemak dan dinilai oleh pengkaji bagi mengetahui tahap pencapaian peserta
kajian selepas intervensi yang pertama.

Langkah yang sama dalam pelaksanaan intervensi diteruskan oleh pengkaji untuk
intervensi kedua, intervensi ketiga dan intervensi keempat iaitu intervensi yang terakhir. Setiap
proses intervensi tersebut adalah berbeza dengan menggunakan permainan tersebut. Begitu
juga dengan soalan dalam lembaran kerja setiap intervensi adalah berbeza mengikut tahap
kesukaran daripada tahap yang mudah kepada tahap yang sukar. Setelah selesai
pelaksanaan intervensi yang terakhir dengan menggunakan permainan PowerPoint “KAD 9”,
pengkaji menjalankan satu ujian pasca terhadap semua peserta kajian. Menurut Chua Yan
Piaw (2006), ujian pasca dijalankan selepas guru mendedahkan sesuatu teknik dan beberapa
intervensi berdasarkan masalah murid. Ujian pasca dijalankan bertujuan untuk mengetahui
peningkatan penguasaan penggunaan sembilan jenis kata adjektif yang berlaku dalam
kalangan peserta kajian.

Menurut Muhammad Nurkhifzan (2011), kaedah pengumpulan data menghuraikan


instrumen yang akan digunakan, bagaimana instrumen dibina dan rasional penggunaan
instrumen yang dipilih. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan tiga kaedah untuk mengumpul
data iaitu ujian, analisis dokumen dan pemerhatian. Ujian yang dilaksanakan oleh pengkaji

377
untuk mendapatkan data iaitu ujian pra dan ujian pasca. Ujian ini dilaksanakan secara bertulis
iaitu melengkapkan ayat dengan kata adjektif yang betul. Kedua-dua set soalan ujian adalah
sama untuk melakukan perbandingan dan melihat keberkesanan permainan PowerPoint “KAD
9”. Skor ujian membantu pengkaji untuk melihat tahap pencapaian objektif kajian serta
menjawab soalan kajian yang telah dirancang oleh pengkaji. Selain itu, pengkaji telah
menyediakan empat jenis lembaran kerja yang berbeza untuk digunakan dalam kaedah
analisis dokumen. Akhirnya, pengkaji menjalankan pemerhatian secara berstruktur dengan
menggunakan sembilan item dan dinilai menggunakan borang senarai semak. Pemerhatian
terhadap item ini bertujuan untuk mendapatkan data tentang tahap penguasaan dan tingkah
laku peserta kajian semasa menyiapkan tugasan dalam lembaran kerja yang terakhir iaitu
selepas intervensi yang terakhir.

DAPATAN KAJIAN

Ujian

Pengkaji telah menjalankan ujian pra dan pasca dalam kajian ini. Berdasarkan Buku Manual
Kajian Tindakan Edisi Ketiga (2008), ujian pra dilakukan sebelum tindakan intervensi dilakukan
manakala ujian pasca pula dilakukan selepas tindakan intervensi dilaksanakan ke atas peserta
kajian. Dapatan analisis data berdasarkan skor ujian pra dan ujian pasca yang telah
dilaksanakan jelas menunjukkan bahawa peningkatan dalam penguasaan sembilan jenis
penggunaan kata adjektif dengan menggunakan permainan PowerPoint “KAD 9” yang sangat
menarik dan menyeronokkan dalam kalangan peserta kajian. Hal ini dapat dilihat melalui
keputusan ujian pasca yang telah dianalisis yang menunjukkan peningkatan skor pencapaian
dalam kalangan peserta kajian berbanding dengan keputusan ujian pra tersebut. Pengkaji
mendapati bahawa semua peserta kajian menunjukkan peningkatan markah yang agak tinggi
dalam ujian pasca berbanding dengan ujian pra. Mereka mendapat skor antara 20 peratus
hingga 50 peratus semasa ujian pra berbanding dengan ujian pasca yang menunjukkan
peserta kajian memperoleh skor 80 peratus hingga 100 peratus.

Perbezaan Skor Ujian Pra dan Pasca


150%
100% 100% 90% 90% 100%
100% 80%
Peratus (%)

40% 50% 40%


50% 20% 30% 20% Ujian Pra
0% Ujian Pasca
PK 1 PK2 PK 3 PK 4 PK 5 PK 6

Peserta Kajian

Rajah 1: Perbezaan Skor Ujian Pra dan Pasca

378
Berdasarkan Rajah 1 tersebut dapat dilihat bahawa PK 1 dan PK 6 mencatatkan
peningkatan skor sebanyak 60 peratus iaitu daripada skor ujian pra 40 peratus meningkat
kepada skor 100 peratus semasa ujian pasca. PK 3 pula menunjukkan peningkatan skor
sebanyak 50 peratus iaitu daripada skor 50 peratus yang diperoleh semasa ujian pra
meningkat kepada 100 peratus semasa ujian pasca. Selain itu, PK 2 dan PK 4 menunjukkan
peningkatan skor sebanyak 60 peratus di mana PK 2 memperoleh 20 peratus semasa ujian
pra dan sebanyak 80 peratus dalam ujian pasca manakala PK 4 pula memperoleh sebanyak
30 peratus dalam ujian pra dan sebanyak 90 peratus dalam ujian pasca. PK 5 pula
menunjukkan peningkatan skor yang paling tinggi antara kesemua peserta kajian dengan
peningkatan skor sebanyak 70 peratus iaitu skor sebanyak 90 peratus yang diperoleh dalam
ujian pasca berbanding dengan skor sebanyak 20 peratus yang diperoleh dalam ujian pra.
Secara keseluruhannya, permainan PowerPoint “KAD 9” telah menunjukkan keberkesanan
dalam penguasaan penggunaan kata adjektif terhadap semua peserta kajian berdasarkan
analisis perbezaan skor yang telah dilakukan oleh pengkaji. Oleh itu, soalan kajian pertama
telah dapat dijawab berdasarkan bukti-bukti yang kukuh iaitu membantu peserta kajian
menggunakan permainan PowerPoint “KAD 9” bagi mengenal pasti sembilan jenis kata
adjektif.

Analisis Dokumen

Analisis dokumen membekalkan maklumat mengenai isu atau masalah yang dikaji (John W.
Creswall, 2014). Pengkaji telah melaksanakan analisis dokumen berdasarkan lembaran kerja
yang diberikan kepada peserta kajian sepanjang intervensi dilaksanakan dalam kajian ini.
Sebanyak empat lembaran kerja telah diberikan kepada peserta kajian selepas permainan
PowerPoint “KAD 9” diperkenalkan kepada mereka. Setiap lembaran kerja yang diberikan
disusun mengikut tahap kesukaran dari mudah ke sukar. Setiap lembaran kerja tersebut
mempunyai 10 soalan yang memerlukan peserta kajian menggunakan kata adjektif dengan
betul. Skor diberi berdasarkan kata adjektif yang digunakan dengan betul bagi setiap soalan
yang diberikan. Hasil analisis skor markah ini telah dicatatkan dalam jadual di bawah seperti
berikut:

Jadual 1
Analisis Skor Lembaran Kerja 1 hingga 4

Lembaran Lembaran Lembaran Lembaran


Bil Peserta Kerja 1 Kerja 2 Kerja 3 Kerja 4
Kajian
Skor % Skor % Skor % Skor %
( /10) ( /10) ( /10) ( /10)
1 PK 1 6 60 7 70 8 80 9 90

379
2 PK 2 5 50 6 60 7 70 9 90
3 PK 3 7 70 8 80 10 100 10 100
4 PK 4 6 60 7 70 8 80 9 90
5 PK 5 5 50 6 60 7 70 9 90
6 PK 6 6 60 7 70 8 80 10 100

Jadual di atas menunjukkan bahawa skor yang diperoleh oleh setiap peserta kajian
dalam lembaran kerja 1 hingga 4 sepanjang intervensi selepas permainan PowerPoint “KAD
9” diperkenalkan kepada peserta kajian. Berdasarkan Jadual 1, pengkaji mendapati skor
peserta kajian berada pada tahap penguasaan yang sederhana dan baik pada lembaran kerja
yang pertama. PK 1, PK 2, PK 4, PK 5 dan PK 6 telah mencapai tahap penguasaan yang
sederhana dengan pencapaian skor antara 50 hingga 60 peratus manakala PK 3 pula berada
pada tahap penguasaan yang agak baik apabila mencapai skor yang tertinggi iaitu sebanyak
70 peratus. Selanjutnya, semua peserta kajian telah mencatatkan peningkatan skor sebanyak
10 peratus dalam lembaran kerja kedua. PK 3 pula mencapai skor yang tertinggi iaitu 80
peratus.

Selain itu, PK 3 telah menunjukkan satu peningkatan yang sangat ketara dengan
mencapai skor sebanyak 100 peratus iaitu skor penuh berjaya diperoleh dalam lembaran kerja
ketiga. PK 1, PK 4 dan PK 6 pula menunjukkan peningkatan dengan pencapaian skor
sebanyak 80 peratus manakala PK 2 dan PK 5 telah mencatatkan pencapaian skor sebanyak
70 peratus. Akhir sekali, pencapaian skor dalam lembaran kerja yang keempat bagi setiap
peserta kajian telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang. Oleh itu, pencapaian semua
peserta kajian dalam lembaran kerja keempat ini jelas menunjukkan bahawa permainan
PowerPoint “KAD 9” dapat membantu mereka untuk meningkatkan kemahiran menggunakan
kata adjektif mengikut konteks berbanding dengan lembaran kerja pertama. Skor yang
diperoleh dalam lembaran kerja 1 hingga 4 bagi semua peserta kajian dapat dilihat dalam
Rajah 2 seperti berikut:

Perbezaan Skor Lembaran Kerja 1 hingga 4

100
Lembaran Kerja 1
Peratus (%)

50
Lembaran Kerja 2
Lembaran Kerja 3
0
PK 1 PK 2 PK 3 PK 4 PK 5 PK 6 Lembaran Kerja 4

Peserta Kajian

Rajah 2: Perbezaan Skor Lembaran Kerja 1 hingga 4

380
Hasil dapatan ini membuktikan bahawa penggunaan permainan PowerPoint “KAD 9” dapat
meningkatkan kemahiran penggunaan kata adjektif mengikut konteks dalam kalangan peserta
kajian. Oleh hal yang demikian, soalan kajian kedua telah pun dapat dijawab.

Pemerhatian

Pemerhatian telah dilakukan oleh pengkaji selepas peserta kajian menjalankan intervensi
yang terakhir. Hasil analisis pemerhatian yang telah dijalankan ini kemudiannya diterjemahkan
ke dalam bentuk kekerapan dan peratus seperti yang tertera dalam Jadual 2 yang berikut:

Jadual 2
Analisis Data Pemerhatian Selepas Intervensi Keempat

Bil Item Pemerhatian Ya Tidak


Kekerapan % Kekerapan %
1 Menggunakan kata adjektif sifat 5/6 83 1/6 17
dengan betul mengikut konteks
secara lisan.
2 Menggunakan kata adjektif warna 6/6 100 0/6 0
dengan betul mengikut konteks
secara lisan.
3 Menggunakan kata adjektif 6/6 100 0/6 0
ukuran dengan betul mengikut
konteks secara lisan.
4 Menggunakan kata adjektif 6/6 100 0/6 0
bentuk dengan betul mengikut
konteks secara lisan.
5 Menggunakan kata adjektif waktu 5/6 83 1/6 17
dengan betul mengikut konteks
secara lisan.
6 Menggunakan kata adjektif jarak 6/6 100 0/6 0
dengan betul mengikut konteks
secara lisan.
7 Menggunakan kata adjektif cara 5/6 83 1/6 17
dengan betul mengikut konteks
secara lisan.
8 Menggunakan kata adjektif 6/6 100 0/6 0
perasaan dengan betul mengikut
konteks secara lisan.
9 Menggunakan kata adjektif 4/6 67 2/6 33
pancaindera dengan betul
mengikut konteks secara lisan.

Berdasarkan Jadual 2, pengkaji mendapati bahawa lima orang peserta kajian dapat
menggunakan kata adjektif sifat, waktu dan cara dengan betul mengikut konteks secara lisan
manakala seorang peserta kajian tidak dapat menggunakannya dengan betul mengikut
konteks semasa sesi soal jawab berlangsung. Hal ini disebabkan peserta kajian tersebut

381
masih keliru terhadap penggunaan tiga kata adjektif tersebut. Seterusnya, semua peserta
kajian dapat menggunakan kata adjektif warna, ukuran, bentuk, jarak dan perasaan dengan
betul. Empat orang peserta kajian pula dapat menggunakan kata adjektif pancaindera dengan
betul manakala dua orang peserta kajian pula tidak menggunakan kata adjektif tersebut
dengan betul mengikut konteks. Pengkaji mendapati bahawa dua orang peserta kajian masih
keliru terhadap penggunaan kata adjektif pancaindera kerana kata adjektif ini dibahagikan
kepada lima jenis iaitu deria pandang, bau, dengar, rasa dan sentuh. Data pemerhatian dapat
dilihat dengan lebih jelas berdasarkan Rajah 3 di bawah.

Pemerhatian Selepas Intervensi Akhir


100% 0 0 0 0 0
17 17 17 33
Peratus (%)

50% 100 100 100 100 100


83 83 83 67 Tidak

0% Ya
1 2 3 4 5 6 7 8 9

Item Pemerhatian

Rajah 3: Pemerhatian Selepas Intervensi Akhir

Secara keseluruhannya, berdasarkan ketiga-tiga analisis data yang telah dikemukakan


oleh pengkaji telah dapat menjawab kedua-dua soalan kajian yang telah dikemukakan dalam
kajian ini.

Soalan Kajian 1

Adakah permainan PowerPoint “KAD 9” dapat membantu murid untuk mengenal


sembilan jenis pasti kata adjektif?

Berdasarkan dapatan analisis data ujian pra dan pasca yang telah dijalankan oleh pengkaji,
penggunaan permainan PowerPoint “KAD 9” memberi gambaran bahawa peserta kajian telah
dapat mengenal pasti sembilan jenis kata adjektif. Hal ini jelas menunjukkan melalui keputusan
ujian pasca iaitu hasil analisis data menunjukkan peningkatan skor pencapaian daripada 50
peratus hingga 70 peratus dalam kalangan peserta kajian. Maka, analisis data ujian pra dan
pasca ini membuktikan bahawa peserta kajian dapat meningkatkan kemahiran mengenal pasti
sembilan jenis kata adjektif setelah mereka menggunakan permainan PowerPoint “KAD 9”.
Dapatan kajian ini adalah selari dengan dapatan kajian yang diperoleh oleh Hasnah Hassan
(2019) yang menggunakan aplikasi Kahoot dalam meningkatkan penguasaan sembilan jenis
kata adjektif.

382
Pengkaji percaya bahawa peserta kajian mampu menggunakan sembilan jenis kata
adjektif ini biarpun mereka takut untuk mempertingkatkan keupayaan mereka dengan
menggunakan sembilan jenis kata adjektif. Secara ringkasnya, dapatan kajian amat
memberangsangkan kerana peserta kajian berminat untuk melibatkan diri secara aktif
khususya dalam penggunaan TMK bagi mempelajari kata adjektif dan hasilnya dapat
meningkatkan pembelajaran. Kesimpulannya, kajian tersebut menunjukkan bahawa
permainan ini dapat meningkatkan motivasi dan pemerolehan kata adjektif oleh peserta kajian.
Akhirulkalam, soalan kajian 1 bagi kajian ini telah dapat dijawab berdasarkan eviden-eviden
yang dikemukakan dalam analisis data ujian pra dan pasca yang dikemukakan dalam analisis
data.

Soalan Kajian 2

Adakah permainan PowerPoint “KAD 9” dapat meningkatkan kemahiran penggunaan


kata adjektif dengan betul mengikut konteks dalam kalangan murid Tahun 5Y?

Berdasarkan analisis data analisis dokumen yang telah dilaksanakan oleh pengkaji, dapat
disimpulkan bahawa semua peserta kajian menunjukkan peningkatan yang sangat ketara
dalam kemahiran penggunaan sembilan jenis kata adjektif dalam ayat mengikut konteks dalam
kajian tersebut. Hal ini demikian kerana setiap lembaran kerja yang dilaksanakan selepas
peserta kajian menjalankan intervensi satu hingga intervensi terakhir mencatatkan
peningkatan antara 10 peratus hingga 20 peratus serta mengekalkan markah yang konsisten
dalam lembaran kerja yang diberikan kepada mereka.

Dapatan ini disokong melalui analisis data pemerhatian yang menunjukkan bahawa
setiap peserta kajian mengalami perubahan tingkah laku yang positif apabila mereka telah
menunjukkan kemahiran menggunakan sembilan jenis kata adjektif dalam ayat mengikut
konteks. Rentetan senario itu, semua peserta kajian dapat menyiapkan tugasan mengikut
masa yang telah ditetapkan oleh pengkaji. Bukan itu sahaja, terdapat beberapa peserta kajian
menyiapkan tugasan yang diberikan dengan lebih pantas jika dibandingan dengan masa yang
diperuntukkan. Oleh itu, jelaslah bahawa peserta kajian telah mahir dan memahami
penggunaan sembilan jenis kata adjektif dengan betul mengikut konteks. Mereka telah
menguasai sembilan jenis kata adjektif dengan betul.

Berdasarkan analisis data pemerhatian tersebut yang telah diperoleh ini jelas
menunjukkan bahawa permainan PowerPoint “KAD 9” dapat meningkatkan kemahiran
penggunaan kata adjektif dalam ayat mengikut konteks dalam kalangan peserta kajian.
Jelaslah bahawa TMK merupakan antara wadah yang membantu mempertingkatkan
penggunaan dan mengembangkan kosa kata murid khususnya dalam penggunaan kata
adjektif. Akhirulkalam, soalan kajian 2 bagi kajian ini telah terjawab berdasarkan bukti-bukti

383
yang dikemukakan oleh pengkaji dalam analisis data analisis dokumen dan juga analisis data
pemerhatian.

REFLEKSI

Pengkaji mendapati bahawa murid-murid telah berjaya meningkatkan kemahiran penggunaan


sembilan jenis kata adjektif yang betul melalui permainan PowerPoint “KAD 9”. Hal ini dapat
dilihat melalui perbezaan skor ujian awal dan akhir yang telah dilakukan terhadap peserta
kajian. Semasa menganalisis data ujian pra dan pasca pengkaji mendapati bahawa peserta
kajian berjaya meningkatkan pengguasaan mereka mengenai penggunakan kata adjektif yang
betul mengikut konteks dengan permianan PowerPoint “KAD 9”. Perbezaan yang berlaku ialah
dari segi peningkatan skor yang diperoleh oleh peserta kajian dalam ujian pasca selepas
melaksanakan empat intervensi yang berbeza secara ansur maju.

Dengan penggunaan permainan PowerPoint “KAD 9”, murid sangat minat dan aktif
untuk mempelajari kata adjektif. Permainan ini mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan serta pengajaran dan pembelajaran berjalan dan lancar dan berkesan. Hal ini
kerana penggunaan PowerPoint “KAD 9” ini digunakan sebagai suatu permainan yang
menarik kepada mereka. Melalui permainan ini, murid berkeupayaan menguasai dan
menyenaraikan sembilan jenis kata adjektif beserta contohnya dengan tepat. Secara tidak
langsung, ia dapat menambahkan keyakinan dan kepercayaan murid dalam mempelajari kata
adjektif.

Kajian ini juga menghadapi masalah kekurangan masa yang menyebabkan permainan
PowerPoint “KAD 9” tidak dapat dipraktikkan secara menyeluruh kepada murid yang
mempunyai masalah. Sekiranya tempoh kajian ini dipanjangkan, sudah tentu pengkaji akan
melaksanakan inovasi ini dengan lebih lama dan dapat memperbaik sebarang kekurangan
yang timbul semasa proses intervensi dilaksanakan. Oleh itu, pencapaian murid dapat
ditingkatkan serta dapat melatih murid untuk mahir dalam penggunaan sembilan jenis kata
adjektif selaras dengan hasrat untuk memenuhi tuntutan Kurikulum Bahasa Melayu Sekolan
Rendah.

Secara keseluruhannya, pengkaji telah memilih teknik permainan bahasa iaitu


permainan PowerPoint “KAD 9” yang tepat untuk membantu murid tahun lima dalam
menguasai penggunaan sembilan jenis kata adjektif. Pelaksanaan intervensi dalam kajian ini
telah berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Hasil dapatan kajian menunjukkan
bahawa permainan PowerPoint “KAD 9” mendatangkan manfaat kepada murid-murid untuk
mencapai keputusan yang baik dalam ujian selepas intervensi. Jelaslah bahawa permainan
PowerPoint “KAD 9” dapat menarik minat murid untuk mempelajari mata pelajaran Bahasa
Melayu.

384
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Cadangan pertama ialah pengkaji boleh meningkatkan peringkat permainan daripada tahap
yang mudah kepada tahap yang sukar seperti peringkat 1, peringkat 2, peringkat 3 dan
seterusnya. Setiap peringkat tersebut mempunyai pelbagai corak permainan yang berbeza.
Masa akan ditetapkan dalam setiap peringkat tersebut untuk menguji tahap kognitif peserta
kajian.

Seterusnya, pengkaji boleh meminta peserta kajian menjawab set soalan kata adjektif
dengan menggunakan video interaktif. Keadaan ini memberi impak postif kerana dapat
mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berinteraktif dan menarik selaras dengan
pembelajaran abad ke-21. Menurut Norhailmi Abdul Mutalib (2017), penggunaan TMK mampu
memberikan lebih banyak kemungkinan dalam cara penyelesaian masalah dan penghasilan
hasil kerja murid.

Akhirnya, membina bahan bantu belajar dan aktiviti yang lebih mencabar dan pelbagai
untuk menarik minat peserta kajian, namun masih mengekalkan kaedah yang sama iaitu
permainan PowerPoint “KAD 9”. Misalnya, aktiviti Gallery Walk, Talking Chips, Line Ups,
Showdown dan sebagainya. Secara tidak langsung, kefahaman murid dapat dibentuk melalui
perbincangan dan berkolaboratif dengan rakan sekumpulan.

RUJUKAN

Amanda Bangkong. (2012). Jom tambah sayangku. Koleksi artikel penyelidikan tindakan
PISMP Prasekolah Ambilan Januari 2009 Seminar Penyelidikan Tindakan IPG
Kampus Batu Lintang. 1-15.
Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.
(2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Pusat Pentadbiran Kerajaan
Pesekutuan.
Chua Yan Piaw. (2011). Penyelidikan tindakan. MC Graw Hill Sdn. Bhd.
Hamsari, N. A. & Yahaya, A. (2012). Peranan Motivasi Pembelajaran, Gaya Keibubapaan dan
Sikap Dengan Pencapaian Akademik. Journal of Educational Psychology &
Counseling, 5(1), 30-57.
Hasnah Hassan. (2019). Penggunaan Aplikasi Kahoot dalam meningkatkan penguasaan kata
adjektif. Seminar Bahasa Melayu, 433-440. Sekolah Menengah St. Gabriel.
John W. Creswall. (2014). Qualitative, Quantitative and Mixed Methods Approaches Research
Design (4th ed.). Sage Publications.
Mariyati Mohd Nor et al. (2015). Analisis Konstrastif Pembentukan Kata Adjektif Bahasa
Melayu dan Bahasa Sepanyol. Journal of Social Science, 1, 1-13.
Muhammad Nurkhifzan Isnin. (2011). Keberkesanan kaedah melukis dalam meningkatkan
tumpuan murid bagi mata pelajaran Kajian Tempatan. Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Antarabangsa.

385
Norhailmi Abdul Mutalib. (2017). Guru Kreatif, Murid Kreatif- 17 Tip Didik Murid Jadi
Inovatif. Pendidik, 56-59.
Noriati A. Rashid et al. (2016). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia Edisi Ketiga. Oxford Fajar
Sdn. Bhd.

386
PENGAPLIKASIAN TEKNIK DIDIK HIBUR NYANYIAN BAGI KEMAHIRAN MEMBACA
MURID TAHAP SATU SEKOLAH RENDAH

Siti Roslina binti Zakaria


pju17_c215@ipgkbm.edu.my

Celinea Lasan PhD


celinea@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji tahap pengaplikasian teknik didik hibur nyanyian dalam
kemahiran membaca murid tahap satu. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti cabaran guru
bahasa Melayu dalam mengaplikasikan teknik didik hibur nyanyian. Reka bentuk kajian adalah kaedah
penyelidikan tinjauan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 24 item. Sampel kajian
terdiri daripada 61 orang guru Bahasa Melayu sekolah rendah di zon Bandar daerah Kuala Lipis,
Pahang. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif, melibatkan analisis skor min
dan sisihan piawai. Hasil dapatan menemukan kekerapan guru mengaplikasikan teknik didik secara
keseluruhan berada pada tahap yang sederhana (skor min 3.46). Bagi cabaran guru dalam
mengaplikasikan teknik nyanyian pula berada pada tahap yang tinggi (skor min 3.60). Justeru, guru-
guru disarankan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengaplikasikan teknik didik
hibur nyanyian bagi meningkatkan kemahiran membaca murid tahap satu. Pihak-pihak yang terlibat
juga perlulah memainkan peranan dalam membantu guru dalam meningkatkan pengaplikasian teknik
didik hibur nyanyian. Hal ini adalah betujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca serta masalah
kemahiran membaca dalam murid tahap satu.
Kata kunci: pengaplikasian, teknik didik hibur, nyanyian, guru bahasa Melayu, kemahiran membaca

ABSTRACT
This study aims to identify the level of application of singing techniques in the reading skills of level one
students. The study also identifies the challenges that Malay language teachers faced in applying the
singing technique in the reading skills of level one students. This survey used a set of questionnaires
that contain 24 items. The sample comprised 61 Malay Language teachers from primary schools around
the Bandar’s zone of Kuala Lipis, Pahang. Collected data were analyzed in the descriptive form of mean
and standard deviation. Findings show that the frequency of teachers implementing the singing
techniques in the reading skills of level one students as a whole is at a moderate level (mean 3.46). As
for the teacher's challenge in implementing the singing techniques, it is at a high level (mean 3.60).
Therefore, teachers are advised to increase their knowledge and pedagogy skills especially in applying
singing techniques in the reading skills of level one students. The parties involved must also play a role
in assisting teachers in improving the application of singing techniques. This is intended to improve
reading skills as well as reading skills problems in level one students.
Keywords: technique, fun learning, songs, Malay language teachers, reading skills

PENGENALAN

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dirangka untuk


membangunkan dan menambah baik sistem pendidikan negara secara berterusan. Tujuan
pelan ini adalah bagi melahirkan murid yang dapat mencapai potensi diri sepenuhnya selaras

387
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Dalam Saharia Hj Ismail (2011), pendidikan
ialah satu sistem dalam sesebuah kehidupan yang mengandungi aktiviti-aktiviti berkaitan
dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia.
Hal ini turut termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pelbagai usaha yang diambil
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memberikan pendidikan yang terbaik
kepada murid kerana murid akan membentuk masyarakat pada masa yang akan datang.
Fairul Asmaini & Siti A’isyah (2017), bagi merealisasikan hasrat tersebut, salah satu usaha
adalah dengan memperkenalkan teknik didik hibur di dalam bidang pendidikan. Wujudnya
teknik didik hibur ini adalah seiring dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) sejak tahun 2010 lagi. Didik hibur bermaksud satu teknik pengajaran dan
pembelajaran yang bersifat santai dan menyeronokkan seperti nyanyian, bercerita, lakonan
pantun dan puisi. Tujuan teknik didik hibur ini diperkenalkan adalah untuk mewujudkan
suasana pembelajaran yang kondusif buat murid. Pembelajaran yang lebih menarik akan
menambahkan minat dan motivasi murid sekaligus dapat membantu murid dalam
meningkatkan prestasi mereka

Seiring dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam melahirkan


insan yang dapat menguasai bahasa Melayu, kemahiran membaca amat perlu dikuasai oleh
murid sejak di bangku sekolah. Penguasaan literasi merupakan asas bagi kemahiran
pembelajaran abad-21 bagi murid untuk mendepani cabaran pada masa akan datang.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2014), literasi bermaksud kebolehan membaca dan
menulis ataupun digelar sebagai celik huruf. Abdul Rahim & Mohd Sharifudin (2014)
menyatakan bahawa penguasaan literasi seseorang dapat menggambarkan situasi pada
masa akan datang. Hal ini juga turut dinyatakan dalam Diamond & Karen E (2012) bahawa
penguasan asas ini amatlah penting supaya murid dapat berjaya dan tidak tergolong dalam
keciciran. Perkara-perkara ini menyatakan bahawa kemahiran membaca merupakan sesuatu
yang penting dan perlu diatasi masalahnya. Oleh itu, guru boleh mengaplikasikan teknik didik
hibur nyanyian dalam kemahiran membaca yang merupakan salah satu usaha untuk
membantu murid. Lebih-lebih lagi pada peringkat rendah iaitu pada murid tahap satu. Hal ini
mereka lebih sesuai dengan teknik nyanyian yang juga dipraktikkan oleh guru semasa berada
di prasekolah. Guru perlulah bersifat dinamik dengan mengaplikasikan pelbagai teknik dalam
pengajaran selain hanya menggunakan pengajaran tradisional semata-mata.

PERNYATAAN MASALAH

Membaca merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid pada peringkat awal
lagi. Murid yang bekebolehan untuk membaca ayat yang mudah serta memahami makna sejak
peringkat awal lagi akan mempunyai keyakinan lebih tinggi berbanding murid yang tidak

388
menguasai kemahiran membaca. Di Malaysia, masih terdapat masalah murid yang tidak
menguasai kemahiran membaca. Nor Zakiah & Nurhani (2012) turut menyatakan bahawa
murid-murid tahap satu masih mengalami masalah dalam kemahiran membaca seperti
kesukaran untuk menyebut perkataan dan membaca ayat dengan lancar. Berdasarkan
analisis Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (2019) dalam Kementerian Pendidikan
Malaysia (2020), keputusan UPSR 2019 mendapati bahawa, 11,308 daripada 332,610 calon
mewakili 3.40% mendapat pencapaian minimum iaitu gred E ataupun gagal bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu (SK) kertas pemahaman. Hal ini menunjukkan bahawa tahap
penguasaan pengetahuan dan kefahaman sistem bahasa murid adalah pada tahap yang
sangat rendah. Perkara ini sekali gus membuktikan bahawa tahap kemahiran membaca murid
adalah pada masih rendah walaupun sudah menginjak kepada peringkat tahap dua sekolah
rendah dan fasa peralihan memasuki sekolah menengah.

Seterusnya, Tamam Timbang, Zamri & Afendi (2011) menyatakan bahawa punca
kepada masalah membaca ialah faktor psikologi murid dan kaedah pengajaran guru. Dalam
kajian Suraya (2012) turut menyatakan bahawa faktor pengajaran guru juga merupakan salah
satu punca kepada pencapaian murid yang rendah dalam kemahiran membaca. Hal ini adalah
pengajaran guru yang bersifat tradisional mewujudkan suasana kelas yang tidak
menyeronokkan serta pembelajaran murid tidak efektif (Suraya & Aisah 2014). Dalam Ong
B.H et al. (2013) juga menyatakan bahawa keadaan ini semakin kritikal dengan penggunaan
bahan bacaan yang statik tidak membantu. Hal ini menunjukkan bahawa guru tidak
menggalakkan penggunaan pelbagai strategi P&P dalam kemahiran membaca untuk
meningkatkan motivasi murid. Menurut Reney Pantun (2016), PdP yang mengaplikasikan
teknik nyanyian dapat memberikan impak yang baik kepada murid. Penggabungan unsur
muzik dan juga unsur pergerakan dalam bilik darjah adalah mudah dan dapat mewujudkan
suasana yang menyeronokkan. Dapatan kajian Nur Nadiyah (2010), Nor Ella Fadzilah (2012)
dan Abdul Aziz (2017) mendapati bahawa nyanyian dapat membantu meningkatkan
kefahaman murid. Walaubagaimanapun, dalam kajian Zanariah & Zamri Mahamod (2017),
pelaksanaan pendekatan didik hibur dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah rendah
adalah berada pada tahap yang sederhana.

Dalam Nur Aliah Izzaty (2019) pula menyatakan bahawa terdapat kekangan untuk
melaksanakan pengajaran secara didik hibur seperti tekanan pihak pentadbir dan ibu bapa
yang menginginkan murid mahir dalam kemahiran membaca. Sementara itu dalam kajian
Wawa Wartini (2019) juga menyatakan kesukaran memilih lagu yang sesuai dengan isi
pelajaran adalah salah satu cabaran dalam pengaplikasian teknik nyanyian dalam PdP.
Perkara ini menyebabkan guru memilih pengajaran secara langsung. Melihat kepada
permasalahan dalam kemahiran membaca murid sekolah rendah serta keberkesanan elemen

389
nyanyian dapat memberikan kesan positif serta membantu meningkatkan kemahiran
membaca, maka pengkaji berpendapat bahawa satu kajian perlu dijalankan untuk mengetahui
tentang pengaplikasian teknik didik hibur iaitu elemen nyanyian bagi kemahiran membaca
bahasa Melayu sekolah rendah.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang pengaplikasian teknik didik hibur nyanyian bagi
kemahiran membaca murid tahap satu dalam proses PdP bahasa Melayu. Selain itu, kajian
ini juga bertujuan untuk mengenal pasti cabaran guru terhadap pengaplikasian teknik didik
hibur nyanyian bagi kemahiran membaca murid tahap satu dalam PdP bahasa Melayu.
Berdasarkan tujuan tersebut, kajian ini cuba untuk mencapai dua objektif berikut:

1. Mengenal pasti kekerapan guru mengaplikasikan teknik didik hibur nyanyian bagi
kemahiran membaca murid tahap satu dalam proses PdP bahasa Melayu
2. Mengenal pasti cabaran guru terhadap pengaplikasian teknik didik hibur nyanyian
bagi kemahiran membaca murid tahap satu dalam proses PdP bahasa Melayu

Berdasarkan objektif kajian tersebut, kajian ini telah membina dua soalan kajian. Kedua-dua
soalan kajian adalah seperti berikut:

1. Apakah kekerapan guru mengaplikasikan teknik didik hibur nyanyian bagi


kemahiran membaca murid tahap satu dalam proses PdP bahasa Melayu?
2. Apakah cabaran guru terhadap pengaplikasian teknik didik hibur nyanyian bagi
kemahiran membaca murid tahap satu dalam proses PdP bahasa Melayu?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian yang dijalankan adalah menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah kajian
tinjauan bagi meninjau tahap pengaplikasian teknik didik hibur bagi kemahiran membaca
murid tahap satu sekolah rendah. Menurut Best & Kahn (1998) dalam Ageila Ali (2017), kajian
tinjauan merupakan suatu kaedah penyelidikan yang dapat menjelaskan keadaan semasa.
Kaedah tinjauan digunakan untuk mengambil data atau maklumat kebiasaannya
menggunakan set soal selidik satu pada masa tertentu sahaja (Mohamad Najib, 2003). Kajian
ini berbentuk deskriptif dengan menggunakan instrumen soal selidik untuk mengenal pasti
kekerapan guru mengaplikasikan teknik didik hibur nyanyian bagi kemahiran membaca serta
cabaran dalam pengaplikasiannya. Sebelum soal selidik dijalankan kepada responden
sebenar, soal selidik tersebut telah diserahkan kepada pakar terlebih dahulu untuk semakan
dan kemudian diuji ke atas sekumpulan guru bahasa Melayu dalam kajian rintis. Kajian rintis
dijalankan kepada 30 orang guru bahasa Melayu di sekitar daerah Jerantut, Pahang. Perisian
SPSS versi 26 telah digunakan bagi menilai kebolehpercayaan instrumen soal selidik tersebut.

390
Secara keseluruhan, nilai Alfa Cronbach menunjukkan kebolehpercayaan yang sangat baik
iaitu 0.934. Statistik deskriptif telah digunakan untuk menghuraikan atau membuat ringkasan
bagi maklumat yang diperoleh daripada responden. Skor min yang diperoleh untuk semua
soalan dalam kajian ditafsirkan berdasarkan julat atau skala tertentu oleh Nor Hasmaliza
Hasan & Zamri Mahamod (2016).

Jadual 1
Nilai skor min dan interpretasi

Skor Min Tahap


1.00-1.89 Sangat Rendah
1.90-2.69 Rendah
2.70-3.49 Sederhana
3.50-4.29 Tinggi
4.30-5.00 Sangat Tinggi

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini menjawab kepada dua soalan kajian iaitu berkaitan kekerapan guru
mengaplikasin teknik nyanyian dan cabaran guru dalam mengaplikasikannya.

Jadual 2
Analisis item kekerapan guru mengaplikasikan teknik didik hibur nyanyian bagi kemahiran
membaca murid tahap satu sekolah rendah

BIL ITEM BAHAGIAN B MIN (µ) SP TAHAP


B01 Saya menggunakan teknik nyanyian untuk menarik 3.5 0.809 Tinggi
minat murid bagi kemahiran membaca
B02 Saya melaksanakan teknik nyanyian untuk 3.5 0.765 Tinggi
membantu murid membunyikan vokal dan konsonan
B03 Saya memudahkan murid untuk menyebut suku kata 3.6 0.844 Tinggi
dengan betul melalui teknik nyanyian
B04 Saya menggunakan teknik nyanyian untuk 3.6 0.901 Tinggi
membantu murid membaca perkataan dengan
sebutan yang betul
B05 Teknik nyanyian yang saya gunakan adalah untuk 3.7 0.854 Tinggi
membantu murid menambah kosa kata baru
B06 Saya membantu murid membaca ayat dengan lancar 3.4 0.967 Sederhana
menggunakan teknik nyanyian
B07 Saya memudahkan murid memahami makna 3.4 0.879 Sederhana
sesuatu perkataan dengan mengunakan teknik
nyanyian

391
B08 Saya menggunakan teknik nyanyian untuk 3.6 0.867 Tinggi
membantu murid membaca pelbagai jenis ayat
dalam suasana yang menyeronokkan
B09 Saya meningkatkan kefahaman murid tentang idea 3.4 0.950 Sederhana
utama dan idea sampingan menggunakan teknik
nyanyian
B10 Saya menggunakan teknik nyanyian untuk 3.3 0.947 Sederhana
merangsang pemikiran murid bagi mengenal pasti
isi tersurat dan tersirat
B11 Saya membimbing murid mengecam idea 3.3 0.964 Sederhana
keseluruhan melalui teknik nyanyian
B12 Saya menggunakan teknik nyanyian untuk 3.6 0.886 Tinggi
membantu murid mengenal pasti nilai daripada lirik
lagu kanak-kanak
B13 Saya membantu murid menyatakan nilai daripada 3.4 0.884 Sederhana
cerita yang dipelajari menggunakan teknik nyanyian

Kesimpulannya, berdasarkan Jadual 2 menunjukkan kekerapan guru paling tinggi


mengaplikasikan teknik nyanyian menerusi item B07 iaitu ‘Teknik nyanyian yang saya
gunakan adalah untuk membantu murid menambah kosa kata baru’ dengan nilai min 3.7.
Sebaliknya, kekerapan guru paling kurang diamalkan oleh guru ialah melalui item B10 dan
B11 iaitu ‘Saya menggunakan teknik nyanyian untuk merangsang pemikiran murid bagi
mengenal pasti isi tersurat dan tersirat’ dan ‘Saya membimbing murid mengecam idea
keseluruhan melalui teknik nyanyian’. Rumusannya, purata bahagian B secara
keseluruhannya mengenai kekerapan guru mengaplikasikan teknik nyanyian bagi kemahiran
membaca murid tahap satu adalah berada pada tahap yang sederhana dengan nilai min
purata 3.46 yang menunjukkan tahap sederhana. Selain itu nilai sisihan piawai secara
keseluruhan ialah 0.754 yang menunjukkan bahawa set data agak terserak dan masih
menghampiri ukuran pusat.

Jadual 3
Analisis cabaran guru dalam mengaplikasian teknik didik hibur nyanyian bagi kemahiran
membaca murid tahap satu

BIL ITEM BAHAGIAN C MIN SP TAHAP


C01 Pengetahuan guru yang kurang tentang teknik didik 3.29 0.782 Sederhana
hibur nyanyian bagi kemahiran membaca
C02 Guru kurang berkemahiran untuk melaksanakan 3.80 0.891 Tinggi
teknik didik hibur nyanyian
C03 Kesukaran memilih lagu yang sesuai dengan isi 3.66 0.892 Tinggi
pelajaran
C04 Kesukaran untuk mendapatkan lagu-lagu terkini 3.64 0.775 Tinggi
yang mempunyai nilai dalam liriknya
C05 Kekangan masa untuk melaksanakan teknik didik 3.59 0.824 Tinggi
hibur nyanyian di dalam kelas

392
C06 Fasiliti sekolah yang terhad untuk mengaplikasikan 3.70 0.882 Tinggi
teknik didik hibur nyanyian
C07 Masalah teknikal apabila menggunakan bahan bantu 3.66 0.854 Tinggi
mengajar (video/audio) di dalam kelas
C08 Ruang kelas yang terhad menghalang murid 3.66 0.793 Tinggi
bergerak sewaktu menjalankan aktiviti didik hibur
nyanyian
C09 Murid sukar dikawal apabila melibatkan proses 3.52 0.744 Tinggi
pembelajaran menggunakan teknik didik hibur
nyanyian
C10 Murid menjalani proses pembelajaran secara 3.48 0.788 Sederhana
menyeronokkan semata-mata tanpa menguasai isi
pelajaran

Secara keseluruhannya, berdasarkan Jadual 3 menunjukkan cabaran guru paling


tinggi dalam mengaplikasikan teknik nyanyian menerusi item B02 iaitu ‘Guru kurang
berkemahiran untuk melaksanakan teknik didik hibur nyanyian’ dengan nilai min 3.80.
Sebaliknya, nilai min yang paling rendah melalui konstruk cabaran ini adalah melalui item C02
iaitu ‘Pengetahuan guru yang kurang tentang teknik didik hibur nyanyian bagi kemahiran
membaca’. Melihat kepada nilai min item tertinggi dan yang paling rendah menunjukkan
bahawa guru berpengetahuan tentang didik hibur nyanyian namun kurang berkemahiran
dalam melaksanakannya. Rumusannya, purata bahagian C secara keseluruhannya
mengenai cabaran guru mengaplikasikan teknik nyanyian bagi kemahiran membaca murid
tahap satu adalah berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min purata 3.60. Selain itu nilai
sisihan piawai secara keseluruhan ialah 0.473 yang menunjukkan bahawa set data terserak
dekat dan menghampiri ukuran pusat.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Dapatan kajian menunjukkan bahawa kekerapan guru Bahasa Melayu mengaplikasikan teknik
nyanyian dalam kemahiran membaca murid adalah berada pada tahap yang sederhana
dengan purata nilai min bagi bahagian B ialah 3.46. Dapatan kajian ini hampir sama dengan
beberapa dapatan kajian lain yang juga mengkaji tentang kekerapan guru dalam
mengaplikasikan teknik dan kaedah. Antaranya kajian Abdul Rahman, Noorsiha & Md Johan
Othman (2006) yang mendapati kekerapan guru mengaplikasikan kecerdasan muzikal adalah
yang paling rendah berbanding dengan kecerdasan lain yang terdapat dalam Teori
Kecerdasan Pelbagai. Tambahan lagi, dalam James DiDomenico (2017) mendapati bahawa
tidak semua guru mengaplikasikan teknik nyanyian dalam pengajaran mereka. Dapatan kajian
Mahyuddin Arsat & Hasnisham Khalip (2011) juga mendapati kekerapan guru
mengaplikasikan BBM multimedia juga pada tahap rendah manakala dapatan kajian Rozita

393
Radhiah, Latifah & Fadzilah (2017) mendapati kekerapan guru mengaplikasikan teknik
pembelajaran koperatif adalah sederhana dan rendah.

Dapatan kajian ini turut menunjukkan bahawa cabaran guru Bahasa Melayu
mengaplikasikan teknik nyanyian dalam kemahiran membaca murid tahap satu adalah berada
pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian ini hampir sama dengan dapatan kajian Roslina &
Aifaa Nur Athirah (2020) yang mendapati nilai min berada pada tahap sederhana tinggi bagi
konstruk cabaran dalam mengaplikasikan teknik main peranan oleh guru Bahasa Melayu
sekolah rendah. Dalam kajian James Didomenico (2017) juga mendapati bahawa faktor
kekurangkan latihan dan kemahiran merupakan antara punca guru kurang mengaplikasikan
teknik nyanyian dalam pengajaran. Seterusnya, dapatan kajian Abdul Rasid, Nurul Nadiah &
Shamsudin (2016) pula mendapati bahawa antara cabaran dalam melaksanakan teknik didik
hibur lakonan ialah tempoh pelaksanaan yang diperlukan adalah lebih lama serta peruntukan
waktu pembelajaran perlu lebih fleksibel. Begitu juga dengan kajian Wawa Wartini (2019) yang
mendapati kesukaran memilih lagu yang sesuai dengan isi pelajaran adalah salah satu
cabaran dalam pengaplikasian teknik nyanyian dalam PdP.

Implikasinya, kajian ini berupaya memberikan implikasi pengetahuan dan implikasi


teori. Kajian ini boleh dijadikan sebagai rujukan kepada guru-guru bahasa Melayu yang lain
bagi mereflek amalan pengajaran terutamanya penggunaan pendekatan yang menarik seperti
pendekatan teknik didik hibur nyanyian. Kebanyakan kajian adalah untuk memberi maklumat
tentang keberkesanan penggunaan teknik didik hibur nyanyian kepada kemahiran membaca
murid seperti kajian yang dilaksanakan oleh Mohd Izzuddin (2011), Hanifah, Vincent., P &
Muhammad Idris (2016) serta Masitah, Zulkifley, Nirwana & Nik Zulaiha (2017). Bagi implikasi
teori pula, penggunaan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam kajian ini dapat menambahkan ilmu
kepada pembaca berkaitan teori ini. Antara kajian lepas yang menggunakan teori ini ialah
Abdul Rahman, Noorsiha & Md Johan (2006), Ikhsan dan Rohizani (2010), Siti Rahayah,
Roseni, Arbaiyah, & Nik Norahuda (2011) dan Chew F.P (2011). Tiga daripada kajian tersebut
menggunakan murid sebagai responden manakala dalam kajian Abdul Rahman, Noorsiha &
Md Johan (2006) menggunakan guru sekolah menengah sebagai responden kajian. Hasil
analisis pengkaji daripada kajian lepas masih kurang kajian yang menggunakan teori ini
kepada guru sekolah rendah khususnya dalam bidang bahasa Melayu.

Sebagai cadangan kajian lanjutan ialah menggunakan pendekatan gabungan


Pendekatan gabungan membolehkan kefahaman yang lebih mendalam berkaitan fenomena,
keadaan atau peristiwa. Menurut (Kamarul Azmi Jasmi, 2012), pendekatan gabungan ini dapat
memberikan pandangan yang lebih lengkap melalui pemerhatian, temu bual dan soal selidik.
Penggunaan kaedah dan pendekatan tersebut turut membolehkan penyelidik dan pembaca

394
memahami keadaan, perasaan dan tingkah laku responden terhadap pengaplikasian teknik
didik hibur nyanyian dengan lebih terperinci. Perkara ini sekaligus dapat memberi nilai tambah
dalam bidang penyelidikan pendidikan khususnnya dalam kategori bahasa Melayu dan
pedagogi. Tambahan lagi, dalam kajian lanjutan juga boleh mengkaji hubungan antara
pengaplikasian teknik nyanyian oleh guru-guru di sekolah bandar dan luar bandar untuk
melihat perbezaan tahap pengaplikasiannya.

Rumusannya, kekerapan guru mengaplikasikan teknik didik hibur nyanyian bagi


kemahiran membaca murid tahap satu adalah berada pada tahap sederhana manakala
cabaran dalam pengaplikasiannya adalah berada pada tahap yang tinggi. Kajian ini penting
kerana unsur didik hibur adalah salah satu teknik yang telah diperkenalkan oleh KPM dah telah
dinyatakan dalam DSKP. Teknik nyanyian mempunyai banyak kelebihan dan ianya perlu
dipraktikan untuk membantu murid tahap satu dalam meningkatkan kemahiran berbahasa
khususnya kemahiran membaca. Diharapkan penyelidikan ini dapat memberikan maklumat
dan membantu guru-guru bahasa Melayu untuk meningkatkan dan menambahbaik mutu
pengajaran dengan menerapkan teknik nyanyian dalam PdP.

RUJUKAN

Abdul Aziz (2017). Kaedah nyanyian dan video animasi untuk meningkatkan kefahaman murid
dalam tajuk jata negara. Kajian Tindakan. IPG Kampus Keningau

Abdul Rahim & Mohd Sharifudin Yusop. (2014). Sikap kanak-kanak orang asli di bandar raya
kuala lumpur terhadap penguasaan bahasa melayu sebagai bahasa kedua. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 4(2), 57-66

Abdul Rahman, Noorsiha & Md Johan (2006) Pengetahuan tentang teori kecerdasan pelbagai
di kalangan guru serta pelaksanaannya. Thesis Ijazah Sarjana Muda, Universiti
Teknologi Malaysia

Abdul Rasid, Nurul Nadiah Razali & Shamsudin Othman, (2016) Pengaplikasian teknik
didik hibur meningkatkan pencapaian penulisan karangan bahasa Melayu. Jurnal
Pendidikan Malaysia, 41 (1). pp. 39-45

Ageila Ali (2017) National Libyan public education reform: Entire transformative strategies,
2020-2026. American Journal of Educational Research. 2017, Vol. 5 No. 10, 1044-
1057. DOI: 10.12691/education-5-10-6

Chew Fong Peng & Zul Hazmi Hamad (2018) Kemahiran berfikir aras tinggi dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan bahasa melayu melalui teknik penyoalan. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 8, Bil. 1 (Mei 2018): 1-12

Diamond & Karen E (2012) Effects of an early literacy professional development intervention
on head start teachers and children. Journal of Educational Psychology. Vol. 102, No.
2, 299 –312. DOI 10.1037/a0017763

Fairul Asmaini & Siti A’isyah (24 Januari 2017) Didik hibur elak murid pasif. My Metro
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/01/200025/didik-hibur- elak-murid-pasif

395
Ikhsan Othman dan Rohizani Yaakub (2010) Aplikasi teori kecerdasan pelbagai dalam
pelaksanaan kurikulum. Asia Pasific Journal of Educators and Education, 25, 21–32

James DiDomenico (2017) Effective integration of music in the elementary school classroom.
Inquiry in education. Vol. 9: Iss. 2, Article 4. https://digitalcommons.nl.edu/ie/vol9/iss2/4

Kamus Dewan Edisi Keempat (2014). Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamarul Jasmi (2012). Metodologi pengumpulan data dalam penyelidikan kualitatitif in kursus
penyelidikan kualitatif Siri 1 2012 Puteri Resort Melaka on 28-29 Mac 2012. Organized
by Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin
Halimah, 80350 Johor Bahru, Negeri Johor Darul Ta'zim

Mahyuddin Arsat & Hasnisham Khalip (2011) Penggunaan perisian multimedia dalam
pengajaran guru-guru teknikal. Journal of Science & Mathematics Education. 1-10

Mohamad Najib (2003). Reka bentuk tinjauan soal selidik pendidikan. Skudai: Universiti
Teknologi Malaysia

Mohd Izzuddin (2011) Mohd Izzuddin Akmal (2011). Keberkesanan nyanyian melodi ria untuk
meningkatkan kemahiran mengingat nama 10 malaikat bagi murid tahun 2 delima SK
Kampung Gemuroh. IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, K. Terengganu

Hanifah Sabin, Vincent Pang & Muhammad Idris Bullare@Bahari (2019) Modul membaca
awal prasekolah menggunakan nyanyian berasaskan teori psikolinguistik kognitif dan
aplikasi kaedah belajar melalui bermain. Jurnal Pendidikan Malaysia 44(1)(2019): 45-
58 doI:http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2019-44.01-06

Masitah, Zulkifley, Nirwana, & Nik Zulaiha (2017) Perenggu minda melayu dalam lirik lagu:
satu analisis makna. Journal of social sciences and humanities Vol. 12, No. 3 (2017),
031. 1-12

Nor Ella Fadzilah (2012). Sing it! Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Prasekolah
Ambilan Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL. 27 & 28 September
2012. 98-111

Nor Zakiah Arif & Nurhani Idris. (2012) Penggunaan ict bagi meningkatkan kemahiran
membaca murid. seminar bahasa Melayu, MLCS Bishan, Singapura.
https://academyofsingaporeteachers.moe.edu.sg/docs/librariesprovider6/ml-poetry-
sg50/seminar-bahasa-melayu-2012/kertas-kerja-sesi-sidang-selari/19-penggunaan-
ictbagi-meningkatkan-kemahiran-membaca-murid-pei-tong.pdf

Nur Aliah Izzaty (2019) Penggunaan kaedah didik hibur untuk pembelajaran matematik dalam
kalangan murid sekolah rendah Taman Sri Rampai. Thesis Sarjana Seni
Persembahan (Muzik). Universiti Malaya

Nur Nadiyah Indra Gunawan (2010). Meningkatkan kemahiran membaca perkataan dua
suku kata bagi murid tahun dua. Kajian Tindakan. IPG Kampus Kota Bharu

Ong Boon Han, Noor Dayana, Rio Surmani & Zaleha (2013). Computer based courseware in
learning mathematics: potentials and constrains. Procedia - Social and Behavioral
Sciences 103 (2013) 238 – 244. doi: 10.1016/j.sbspro.2013.10.331

396
Reney Pantun (2016) Penggunaan teknik nyanyian dalam meningkatkan kefahaman murid
tahun dua dalam topik pembundaran. Proceeding of ICECRS.1 (2016) 677-686
International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA,
25-27 October 2016

Roslina Suratnu & Aifaa Nur Athirah (2020) Tahap kemahiran guru bahasa Melayu dalam
mengaplikasikan permainan bahasa. Prosiding Seminar Penyelidikan Dalam
Pendidikan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Jun 2016. 14-17 April
2021. IPG Kampus Bahasa Melayu.

Rozita Radhiah, Latifah & Fadzilah (2017) Pembelajaran koperatif dalam pengajaran karangan
bahasa melayu menengah atas. International Journal of Education and Training (InjET)
3(2) November: 1- 12 (2017)

Saharia Hj Ismail (2011). Pembangunan insan dalam falsafah pendidikan kebangsaan.


Journal of Human Capital Development. Vol. 8 No. 2 July - December 2015

Siti Rahayah, Roseni, Arbaiyah, & Nik Norahuda (2011) Faktor kontribusi kecerdasan
pelbagai dalam kalangan pelajar remaja. Jurnal Pendidikan 35-46

Suhaimi Kamarudin & Muhamad Suhaimi (2020) Faktor tingkah laku pelajar, kekangan masa,
beban tugas dan tekanan kerja dalam kalangan guru Malaysia. Journal of Social
Sciences and Humanities (MJSSH), Volume 5, Issue 9, (114-124)
https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i9.481

Suraya (2012) Changing traditional reading paedagogy: The importance of classroom


interactive talk for year one Malay readers. International Journal of Pedagogies and
Learning 7 (3), 239-261

Suraya Tarasata, & Aisah Daud (2014). Kesan penggunaan perisian asas membaca
terhadap pencapaian membaca murid peringkat prasekolah. Procedia - Social and
Behavioral Sciences 134. 399 – 407. doi: 10.1016/j.sbspro.2014.04.262

Tamam Timbang, Zamri Mahamod & Afendi Hamat, (2011). Faktor dan kesan masalah
membaca dalam kalangan murid sekolah rendah kerajaan di Brunei Darussalam.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 1, Bil. 1 (Mei 2011): 89-107

Wawa Wartini (2019). Efforts to improve the ability of reading early age children through the
method of singing. Journal Empowerment. Volume 8 No 1. 73-79

Zanariah Wahab & Zamri Mahamod (2017) Pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap
guru bahasa melayu sekolah rendah terhadap pendekatan didik hibur. UKM. 19-26

397
MENINJAU PERSEPSI GURU TERHADAP KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA
PEMIKIRAN I-THINK DALAM KEMAHIRAN MENULIS

Sugitha a/p Nilakanden


sugitha09-847@epembelajaran.edu.my

Vijayaletcmy a/p Muniyandy


Vijayaletcmy@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan untuk meninjau persepsi guru terhadap keberkesanan penggunaan peta
pemikiran i-Think dalam kemahiran menulis. Kajian ini juga mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh
guru dalam penggunaan peta pemikiran i-Think. Reka bentuk kajian adalah kaedah penyelidikan
tinjauan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 30 item. Sampel kajian terdiri daripada
63 orang guru Bahasa Melayu sekolah rendah di Kulim, Kedah. Data yang diperolehi dianalisis
menggunakan statistik deskriptif, melibatkan analisis skor min dan sisihan piawai. Hasil kajian
mendapati tahap pengetahuan (skor min 4.31), tahap kesediaan (skor min 4.06) dan sikap (skor min
4.05) guru Bahasa Melayu sekolah rendah terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think dalam
kemahiran menulis berada pada tahap yang tinggi. Guru bahasa Melayu sekolah rendah yang mengajar
di sekitar daerah Kulim, Kedah mempunyai pengetahuan yang baik tentang peta pemikiran i-Think,
bersedia untuk menggunakan peta pemikiran i-Think dan mempunyai sikap yang positif dalam
menggunakan peta pemikiran i-Think sebagai bahan bantu mengajar dalam kemahiran menulis. Peta
pemikiran i-Think ini dapat dijadikan sebagai bahan bantu mengajar dalam pembelajaran berasaskan
kemahiran menulis. Pihak berkepentingan juga perlu menyumbang pelbagai cadangan bagi
meningkatkan tahap kesediaan dan sikap guru terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think dalam
kemahiran menulis.

Kata kunci: Peta Pemikiran i-Think, pengetahuan, kesediaan, sikap, guru bahasa Melayu, sekolah
rendah.
ABSTRACT
This study was conducted to review teachers' perception on the effective use of i-Think thinking maps
in writing skills. This study also identified the problems faced by teachers in the use of i-Think thought
maps. The design of the study is a survey research method using a set of questionnaires containing 30
items. The sample consisted of 63 primary school Malay teachers in Kulim, Kedah. The data was
analyzed using descriptive statistics, involving analysis of mean score and standard deviation. The
results showed that the level of knowledge (mean score 4.31), readiness level (mean score 4.06) and
attitude (mean score of 4.05) of primary school Malay teachers towards the use of i-Think thinking map
in writing skills were at a high level. Primary school Malay language teachers who teach around Kulim
district, Kedah have good knowledge of the i-Think thinking map, are willing to use the i-Think thinking
map and have a positive attitude in using the i-Think thinking map as a teaching aid in writing skills. This
i-Think thinking map can be used as a teaching aid in writing skills-based learning. Stakeholders should
also contribute various suggestions to increase teacher readiness and attitude towards the use of i-
Think thinking maps in writing skills.

Keywords: i-Think map, knowledge, readiness, attitude, Malay Language teachers, primary schools

398
PENGENALAN

Sistem pendidikan negara telah mengalami transformasi dalam melahirkan generasi yang
mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK), kemahiran berfikir adalah salah satu daripada enam ciri utama yang diperlukan oleh
setiap murid untuk bersaing pada peringkat global (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).
Transformasi kurikulum pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025 memberi penekanan kepada konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang berupaya
melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran kritis dan kreatif. Salah satunya adalah
kemahiran berfikir. Maka, usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan
Peta Pemikiran i-Think kepada murid dalam usaha mencungkil Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT).

Bagi merealisasikan tuntutan transformasi tersebut, program i-Think telah


diperkenalkan bermula pada tahun 2011 bertujuan untuk mengukuhkan dan membudayakan
kemahiran berfikir dalam kalangan murid. i-Think bermaksud innovative thinking atau
pemikiran inovatif yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran
berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid yang kreatif, kritis dan inovatif.
Agensi Inovasi Malaysia (2012) menggambarkan kenyataan tersebut dengan berpendapat
bahawa Program i-Think bertujuan untuk membudayakan kemahiran berfikir dan menjadikan
budaya berfikir sebagai amalan guru-guru dan murid-murid di sekolah. Selanjutnya, Program
i-Think yang masih berjalan dan dilaksanakan di seluruh Malaysia, menekankan penerapan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan alat berfikir sebagai
pengisian utama program ini.

Teknik mengajar menggunakan peta pemikiran i-Think merupakan salah satu usaha
dalam pengukuhan pedagogi guru bagi membantu guru mengubah mentaliti dan amalan lama.
Teknik ini dapat mewujudkan suasana pengajaran yang menyeronokkan murid, mudah dan
berinformasi. Melalui penggunaan peta pemikiran i-Think ini, pembelajaran berpusatkan murid
menjadi lebih aktif kerana mereka mampu untuk mengemukakan pendapat masing-masing,
membuat penjelasan dan analogi. Pembelajaran yang berpusatkan murid dapat melahirkan
generasi yang berkeyakinan, berdaya saing dan mampu berfikir pada aras tinggi (Mohd
Syaubari dan Ahmad Yunus 2016).

Penggunaan peta pemikiran i-Think juga amat membantu dalam meningkatkan tahap
penguasaan murid dalam memahami suatu perkara yang dipelajari. Penggunaan peta
pemikiran i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran juga selari dengan tujuan
meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dan memudahkan murid untuk mencatat nota
serta meningkatkan daya ingatan murid dalam pembelajaran. Mengikut Hyerle & Yeager

399
(2014) pula, peta pemikiran i-Think yang diaplikasikan oleh murid dapat meningkatkan
pemahaman dalam konsep, menganalisis masalah dan dapat mencari jalan penyelesaian bagi
setiap masalah yang timbul.

Kesimpulannya, penggunaan peta pemikiran i-Think dalam kemahiran menulis adalah


satu teknik pengajaran yang diperkenalkan untuk mengalakkan pelajar berfikir dan lebih fokus
dalam memahami tajuk yang dipelajari (Pardieck, 2011). Kajian yang dibuat oleh Nur Azura
(2008) menunjukkan bahawa penggunaan unsur grafik dan warna dapat menarik minat dan
perhatian murid. Peta pemikiran i-Think juga membantu pelajar merangsang pemikiran secara
aktif.

PERNYATAAN MASALAH

Berdasarkan kajian kecerdasan peta pemikiran telah menggabungkan proses pembelajaran


secara kognitif dan persembahan maklumat secara visual dalam bentuk grafik (KPM, 2012).
Berdasarkan pernyataan berikut isu yang dapat diketengahkan dalam kajian ini ialah guru
kurang menerapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Nor Hasmaliza Hassan & Zamri
Mahamod, 2016). Menurut dapatan daripada Norazlina Muhammad 2019, kebanyakan guru
biasanya menyampaikan pengetahuan berasaskan isi kandungan dan berpusatkan
pengajaran itu sendiri.

Selari dengan dapatan Fadillah & Zamri (2019), pendidikan Malaysia yang
berorientasikan kepada peperiksaan semata-mata merupakan isu yang perlu diberikan
penekanan kerana berkaitan dengan amalan pengajaran guru. Alizah dan Zamri (2019),
mendapati pembelajaran yang berpusat guru telah menyebabkan murid menjadi pasif.
Menurut Rothman et al., (2018), PdP yang masih bertumpu kepada peperiksaan
menyebabkan usaha untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) tidak
dapat dilaksanakan sepenuhnya. Penekanan kepada peperiksaan telah menyebabkan guru-
guru kurang memberi perhatian kepada kemahiran berfikir murid-murid dengan memberikan
tumpuan kepada usaha untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan penguasaan teknik
menjawab soalan peperiksaan.

Selanjutnya, kesukaran murid untuk mengingat rumus-rumus bahasa dan fakta-fakta


dalam penulisan merupakan isu dalam aspek amalan yang dapat mengalakkan guru untuk
menggunakan peta pemikiran i-Think dalam PdP. Menurut Amirah Wahidah (2020),
penggunaan peta pemikiran i-Think dapat memudahkan pemikiran pelajar, membantu
mengukuhkan daya ingatan dan pelajar dapat mengingati fakta-fakta penting.

400
Menurut Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia,
(2014), pelbagai kaedah digunakan semasa PdP dijalankan di dalam bilik darjah bagi
membudayakan dan merealisasikan kemahiran berfikir dalam kalangan murid. Hal ini dapat
dibuktikan dengan kajian yang dijalankan oleh Zamri Mahamod & Lim (2011) yang
menjelaskan bahawa dalam konteks PdP, penyoalan berupaya dan menggalakkan interaksi
guru dan murid secara berkesan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan
penggunaan peta pemikiran i-Think dalam kemahiran menulis.

OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan tujuan tersebut, kajian ini cuba untuk mencapai tiga objektif berikut:

1. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think
dalam kemahiran menulis.
2. Mengenal pasti tahap kesediaan guru terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think
dalam kemahiran menulis.
3. Mengenal pasti sikap guru terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think dalam
kemahiran menulis.
SOALAN KAJIAN

Dalam menyelesaikan masalah kajian ini, pengkaji akan menganalisis persoalan yang
disenaraikan di bawaha iaitu:

1. Apakah tahap pengetahuan guru terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think dalam
kemahiran menulis?
2. Apakah tahap kesediaan guru terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think dalam
kemahiran menulis?
3. Apakah sikap guru terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think dalam kemahiran
menulis?
METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kajian tinjauan.
Menurut Mohd Majid (2005), kaedah kajian tinjauan yang digunakan dapat memberikan
gambaran yang tepat berkaitan nilai, tingkah laku dan kepercayaan komuniti. Kaedah ini
digunakan kerana ia dapat menerangkan keadaan semasa yang merupakan satu situasi
seperti mana yang ternyata berlaku di sekolah sebagai subjek kajian, mengambil data dalam
satu masa tertentu serta ia dapat memberi penjelasan yang menyeluruh dan tepat tentang
sesuatu persoalan yang dikaji (Leedy & Ormrod, 2001). Sehungan dengan itu, kajian ini
mengenal pasti tahap pengetahuan, tahap kesediaan dan sikap guru terhadap keberkesanan
penggunaan peta pemikiran i-Think dalam kemahiran menulis.

401
Dalam kajian ini, tahap pengetahuan, kesediaan dan sikap guru terhadap penggunaan
peta pemikiran i-Think dalam kemahiran menulis ditinjau melalui soal selidik. Soal selidik
digunakan sebagai instrumen untuk mengumpulkan maklumat dalam kajian ini. Hal ini
demikian kerana soal selidik lebih praktikal dan berkesan untuk digunakan dalam populasi
yang besar (Fraenkel, Wallen & Hyun, 2015).

Soal selidik dalam kajian ini telah diubahsuai daripada kajian terdahulu iaitu Hazlin
(2016) berkaitan kajian peta pemikiran i-Think ini. Maka, soal selidik telah diambil dan
diadaptasi mengikut persoalan kajian. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini
mengandungi 30 item yang dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian A ialah profil
responden bagi mendapatkan maklumat seperti jantina, umur, pengalaman mengajar,
kelulusan dan tahap kelas mengajar. Bahagian B pula mengandungi 10 item yang berkaitan
dengan tahap pengetahuan guru terhadap keberkesanan penggunaan peta pemikiran i-Think
dalam kemahiran menulis. Bahagian C melibatkan 10 item tentang tahap kesediaan guru
terhadap keberkesanan penggunaan peta pemikiran i-Think dalam kemahiran menulis.
Manakala, bahagian D mengandungi 10 item tentang sikap guru terhadap keberkesanan
penggunaan peta pemikiran i-Think dalam kemahiran menulis.

Instrumen soal selidik dalam kajian ini diuji melalui kajian rintis kepada 30 orang
responden. Hasil analisis data kajian rintis mendapati bahawa nilai kebolehpercayaan Alpha
Cronbach bagi soal selidik ialah 0.8 yang bermaksud kebolehpercayaan yang tinggi. Dalam
kajian ini, soal selidik dijawab oleh 63 orang guru di 30 buah sekolah dalam daerah Kulim,
Kedah. Akhirnya, data soal selidik dianalisis secara deskriptif iaitu melihat kepada skor min
dan sisihan piawai. Tafsiran skor min telah diadaptasi daripada Jamil et al. (2014) dan
ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1
Interpretasi Skor Min

Nilai Skor Min Interpretasi


1.00 hingga 2.00 Rendah
2.01 hingga 3.00 Sederhana Rendah
3.01 hingga 4.00 Sederhana Tinggi
4.01 hingga 5.00 Tinggi

Dalam kajian ini, tahap pengetahuan, kesediaan dan sikap guru dikategorikan kepada
empat tahap iaitu skor min 1.00 hingga 2.00 menunjukkan tahap yang rendah, skor min 2.01
hingga 3.00 menunjukkan tahap sederhana rendah manakala skor min 3.01 hingga 4.00
menunjukkan tahap sederhana tinggi. Skor min 4.01 hingga 5.00 pula menunjukkan tahap
pengetahuan, kesediaan dan sikap guru yang tinggi.

402
DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini menjawab kepada tiga soalan kajian iaitu berkaitan tahap pengetahuan,
tahap kesediaan dan sikap guru terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think dalam
kemahiran menulis.

Jadual 2
Analisis Item Bagi Tahap Pengetahuan Guru Terhadap Penggunaan Peta Pemikiran I-Think
Dalam Kemahiran Menulis

Bil Tahap Pengetahuan Min S.P


B01. Saya faham dan jelas tentang konsep peta pemikiran i- 4.36 .48
Think.
B02. Saya tahu dan faham jenis-jenis peta pemikiran i-Think 4.30 .50
yang digunakan dalam kemahiran menulis.
B03. Saya dapat mengenal pasti fungsi dan kegunaan setiap 4.45 .53
peta pemikiran i-Think.
B04. Saya mengetahui kepentingan menerapkan peta 4.35 .48
pemikiran i-Think dalam kemahiran menulis.
B05. Saya mengetahui aras kognitif dalam peta pemikiran i- 4.37 .63
Think.
B06. Saya mengetahui langkah mengajar kemahiran menulis 4.32 .56
dengan menggunakan peta pemikiran i-Think.
B07. Saya mengetahui bahawa peta pemikiran i-Think akan 4.39 .55
memudahkan murid dalam kemahiran menulis.
B08. Saya mengetahui langkah melibatkan murid secara aktif 4.39 .52
dalam proses pengajaran-pembelajaran.
B09. Saya mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk 4.30 .59
mengembangkan kemahiran berfikir murid.
B10. Saya mengetahui amalan pedagogi berkesan berkaitan 4.21 .63
peta pemikiran i-Think dalam kemahiran menulis.
Skor Min Keseluruhan 4.31 .44

Dapatan berdasarkan Jadual 2 menunjukkan skor min tahap pengetahuan guru


terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think dalam kemahiran menulis secara keseluruhan
ialah 4.39 yang menunjukkan guru bahasa Melayu sekolah rendah mempunyai tahap
pengetahuan yang tinggi terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think dalam kemahiran
menulis. Skor min paling rendah adalah pada soalan bernombor 10 iaitu ‘Saya mengetahui
amalan pedagogi berkesan berkaitan peta pemikiran i-Think dalam kemahiran menulis’
dengan nilai min 4.21. Hal ini menunjukkan guru kurang mengetahui tentang amalan pedagogi
berkesan yang berkaitan dengan peta pemikiran i-Think. Manakala, skor tertinggi adalah pada
soalan nombor tiga iaitu “Saya dapat mengenal pasti fungsi dan kegunaan setiap peta
pemikiran i-Think”, dengan min skor 4.45. Hal ini menunjukkan kebanyakkan responden
mengetahui fungsi dan kegunaan setiap peta pemikiran i-Think. Hasil kajian ini juga selari

403
dengan dapatan kajian pengkaji yang terdahulu seperti kajian Nor Hasmaliza (2016) yang
mana dapatan menunjukkan pengetahuan guru berada pada tahap yang tinggi.

Jadual 3
Analisis Item Tahap Kesediaan Guru Terhadap Penggunaan Peta Pemikiran I-Think Dalam
Kemahiran Menulis.

Bil Tahap Kesediaan Min S.P


C01. Saya mengenal pasti tahap pengetahuan murid dalam 4.02 .50
pelaksanaan peta pemikiran i-Think.
C02. Saya merancang kaedah pengajaran yang menggalakkan 4.18 .52
kemahiran berfikir aras tinggi dalam penulisan.
C03. Saya melaksanakan aktiviti kemahiran menulis dengan 4.13 .56
mengaitkan dengan peta pemikiran i-Think.
C04. Saya menggalakkan murid meneroka pelbagai maklumat 4.27 .42
semasa PdP berdasarkan peta pemikiran i-Think.
C05. Saya menentukan isi kandungan pelajaran berdasarkan 4.18 .41
kepada kebolehan murid.
C06. Saya menyediakan pelbagai teknik penyoalan berdasarkan 4.00 .58
peta pemikiran i-Think.
C07. Saya menggalakkan murid berhujah bagi menggalakkan 4.02 .50
perkembangan minda berdasarkan peta pemikiran i-Think.
C08. Saya menggalakkan murid menaakul bagi menggalakkan 4.03 .54
perkembangan minda berdasarkan peta pemikiran i-Think.
C09. Saya menyediakan soalan mengikut pemeringkatan 4.18 .55
berdasarkan peta pemikiran i-think.
C10. Saya merujuk modul peta pemikiran i-Think sebelum 3.98 .59
merancang aktiviti pdp melibatkan kemahiran menulis.
Skor Min Keseluruhan 4.06 .45

Berdasarkan Jadual 3, skor min bagi konstruk ini ialah 4.06 yang menunjukkan guru-
guru sekolah rendah di daerah Kulim, Kedah memiliki tahap kesediaan yang tinggi dalam
penggunaan peta pemikiran i-Think dalam kemahiran menulis. Skor min paling rendah adalah
pada soalan bernombor 10 iaitu “Saya merujuk modul peta pemikiran i-Think sebelum
merancang aktiviti pdp melibatkan kemahiran menulis”. Hal ini menunjukkan responden
kurang merujuk modul peta pemikiran i-Think sebelum merancang aktiviti PdP melibatkan
kemahiran menulis. Walaubagaimanapun, skor tersebut juga masih lagi berada pada tahap
yang tinggi. Manakala, skor tertinggi adalah pada soalan keempat iaitu “Saya menggalakkan
murid meneroka pelbagai maklumat semasa PdP berdasarkan peta pemikiran i-Think”,
dengan skor min 4.27. Hal ini menunjukkan kebanyakkan responden menggalakkan murid
meneroka pelbagai maklumat semasa PdP berdasarkan peta pemikiran i-Think.

404
Jadual 4
Analisis Item Sikap Guru Terhadap Penggunaan Peta Pemikiran I-Think Dalam Kemahiran
Menulis.

Bil Sikap Min S.P


(µ)
D01. Saya sentiasa memberi peluang kepada murid memberi 4.22 .56
pandangan semasa PdP.
D02. Saya sentiasa menyediakan rancangan pengajaran yang 4.03 .60
mengandungi peta pemikiran i-Think dalam kemahiran
menulis.
D03. Saya sentiasa menggunakan elemen peta pemikiran i- 4.04 .56
Think yang sesuai dalam kemahiran menulis.
D04. Saya sentiasa menghubungkaitkan konsep peta pemikiran 3.97 .52
i-Think dengan isu-isu kehidupan seharian.
D05. Saya menggunakan bahan bantu mengajar secara lebih 4.18 .47
kreatif.
D06. Saya lebih peka terhadap kepelbagaian kecerdasan murid 4.05 .42
dalam pelaksanaan peta pemikiran i-think.
D07. Saya sentiasa merancang aktiviti yang bersesuaian dengan 4.12 .42
minat dan kesediaan murid terhadap peta pemikiran i-think.
D08. Saya sentiasa menggalakkan murid memilih sendiri peta 4.02 .65
pemikiran i-Think yang sesuai digunakan dalam kemahiran
menulis.
D09. Kerja berkumpulan yang dilaksanakan memudahkan murid 4.05 .55
untuk melaksanakan peta pemikiran i-Think.
D10. Pendekatan mengajar yang baru dan lebih berkesan 4.00 .54
dikenali dari semasa ke semasa dalam mengajar
kemahiran menulis.
Skor Min Keseluruhan 4.05 .45

Berdasarkan Jadual 4, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru bahasa Melayu
sekolah rendah mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think
dalam kemahiran menulis. Ia dibuktikan melalui min sebanyak 4.05. Skor min paling rendah
adalah pada soalan bernombor 4 iaitu “Saya sentiasa menghubungkaitkan konsep peta
pemikiran i-Think dengan isu-isu kehidupan seharian”. Hal ini menunjukkan responden kurang
menghubungkaitkan konsep peta pemikiran i-Think dengan isu-isu kehidupan seharian.
Walaubagaimanapun, skor tersebut juga masih lagi berada pada tahap yang tinggi. Manakala,
skor tertinggi adalah pada soalan satu iaitu “Saya sentiasa memberi peluang kepada murid
memberi pandangan semasa PdP”, dengan skor min 4.22. Hal ini menunjukkan kebanyakkan
responden sentiasa memberi peluang kepada murid memberi pandangan semasa PdP.

Menerusi kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu di tiga puluh buah
sekolah di daerah Kulim, Kedah mempunyai tahap pengetahuan, tahap kesediaan dan sikap
yang baik dan positif. Justeru, sikap penggunaan peta pemikiran i-Think dalam kalangan guru

405
Bahasa Melayu sekolah kebangsaan dan sekolah rendah boleh dipertingkatkan lagi walaupun
hasil dapatan kajian menunjukkan tahap sikap guru berada pada tahap tinggi dengan cara
memperluas lagi pendedahan penggunaan peta pemikiran i-Think dalam bidang pendidikan.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Kajian ini mengenal pasti tahap pengetahuan, tahap kesediaan dan sikap guru bahasa Melayu
bagi menentukan keberkesanan penggunaan peta pemikiran i-Think. Peta pemikiran i-Think
merupakan alat yang perlu digunakan untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi
(Abedah Ismail & Norhaini Hassan, 2004). Ini disokong oleh Rohaida & Zamri (2015)
pelaksanaan program i-Think di sekolah-sekolah yang bertujuan untuk memupuk kemahiran
berfikir ke arah menghasilkan pelajar yang inovatif pada masa akan datang. Peta pemikiran i-
Think juga membantu para pelajar aktif merangsang pemikiran (Rosnidar et al, 2015).

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru bahasa Melayu sekolah rendah
mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think
dalam kemahiran menulis. Dapatan kajian ini disokong oleh beberapa kajian lain yang turut
menyatakan hal yang sama. Hasil dapatan ini juga disokong oleh Khairiah (2010) dalam
kajiannya mendapati guru bahasa Melayu mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam
mempelbagaikan penggunaan peta i-Think dalam PdP. Hal ini demikian, penggunaan peta
pemikiran i-Think dalam kemahiran menulis mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran
guru dan penguasaan kemahiran bahasa pelajar. Ini selari dengan pernyataan oleh Hanapiah
(2009) bahawa pembelajaran berkesan apabila guru tahu tujuan menggunakan peta pemikiran
i-Think dengan sepenuhnya dalam PdP. Menurut Ikhsan & Norila (2009), guru-guru
mempunyai pengetahuan dalam penggunaan peta pemikiran i-Think merupakan satu elemen
penting bagi meningkatkan kemahiran semasa sesi PdP yang dilaksanakan di dalam kelas.

Para pengkaji juga telah membuat kesimpulan bahawa guru yang mempunyai tahap
pengetahuan yang tinggi terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think dalam kemahiran
menulis dikaitkan dengan latihan guru (Hassan, 2004). Jelaslah, penggunaan peta pemikiran
i-Think dalam kemahiran menulis dapat digunakan dengan lebih efektif dan efisien serta
mempunyai impak yang kuat ke atas, seandainya guru telah mendapat latihan khusus dalam
penggunaan peta pemikiran i-Think. Selain itu, menurut Khairuddin (2008), peta pemikiran ini
dapat menyumbang kepada peningkatan tingkah laku murid di dalam kelas kerana kaedah
yang menarik dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Dapatan kajian ini tentang tahap kesediaan guru terhadap penggunaan peta pemikiran
i-Think dalam kemahiran menulis menunjukkan bahawa guru bahasa Melayu sekolah rendah
mempunyai tahap kesediaan yang tinggi. Sehubungan dengan itu, kajian Ng Ying (2009) juga
mengatakan jikalau peta pemikiran i-Think yang dipilih itu mempunyai elemen menarik

406
perhatian dan sesuai, maka media tersebut akan memberi keyakinan dan kepuasan kepada
murid. Secara tidak langsung, peranan sampingan BBM berubah menjadi peranan utama
dalam menyingkirkan kebosanan dan seterusnya memberi keseronokan kepada murid-murid
dalam pembelajaran mereka. Kajian ini menunjukkan kesamaan dengan dapatan kajian
Fatimah (2010) yang mendapati BBM seperti peta i-think dapat menarik minat dan perhatian
murid sekaligus meningkatkan motivasi mereka serta membantu merangsangkan dunia murid
untuk belajar.

Menurut Chiew Wye Mei (2015), perancangan dalam pengajaran perlu dirancang
dengan teliti dan setiap perancangan perlu mencapai objektif pengajaran agar memberikan
impak yang positif terhadap murid-murid. Elemen-elemen yang terdapat dalam perancangan
pengajaran perlu mengikut standard pembelajaran yang telah ditetapkan. Penggunaan peta
pemikiran i-Think di dalam PdP perlu sesuai dengan tajuk yang diajar. Bahan bantu belajar
juga memainkan peranan yang penting agar dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan dan menarik minat murid untuk belajar. Begitu juga dengan kajian yang dibuat
oleh Wong Kim Siong & Abdul Rafie (2014) mendapati proses PdP akan menjadi lebih menarik
dan berkesan jika disokong dengan penggunaan pelbagai media.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru bahasa Melayu sekolah rendah
mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think dalam kemahiran
menulis. Kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru yang sentiasa bersikap positif akan turut
menghasilkan impak yang positif terhadap hasil pembelajaran dan kemenjadian murid.
Kenyataan ini disokong penuh oleh hasil dapatan kajian Noorleha (2016) yang mendapati
sikap positif guru terhadap pendekatan mempunyai hubungan dengan sikap dan kemahiran
pelaksanaan guru. Hasil dapatan sikap guru berada pada tahap tinggi juga selaras dengan
kajian Zamri (2014) yang menjelaskan bahawa kejayaan dan kecemerlangan dalam sesuatu
mata pelajaran tidak akan menjadi kenyataan sekiranya pengajaran guru masih menggunakan
kaedah tradisional dan tidak mengira aspek kemahiran berfikir yang dilihat banyak
mempengaruhi pencapaian murid.

Implikasinya, kajian ini berupaya membolehkan guru-guru bahasa Melayu membuat


refleksi terhadap kaedah pengajaran menggunakan peta i-think. Kajian ini berupaya memberi
pengetahuan kepada guru tentang keupayaan penggunaan peta pemikiran i-Think dalam
pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, terdapat beberapa kajian mengenal pasti
keberkesanan penggunaan peta pemikiran i-Think dalam kemahiran menulis. Antaranya ialah
Rosnidar Mansor (2015) yang menggunakan kajian eksperimental dan Rothman et al., (2018)
yang menggunakan kajian kes. Kajian ini telah melaksanakan kaedah tinjauan yang
menunjukkan bahawa kajian ini adalah empirikal yang membolehkan penggunaan peta

407
pemikiran i-Think dalam kemahiran menulis. Sehubungan itu, kajian ini telah mengisi
kelompongan tersebut dengan mengkaji lebih lanjut tentang kemahiran yang dimiliki oleh guru
dalam penggunaan peta pemikiran i-Think.

Sebagai cadangan kajian lanjutan, kajian seperti ini juga boleh dijalankan untuk
meninjau pelaksanaan peta pemikiran i-Think dalam kalangan guru yang mengajar
matapelajaran bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Sejarah. Kajian seumpama ini dapat
mengenal pasti tahap penggunaan peta pemikiran i-Think dalam kalangan guru di setiap
matapelajaran. Kajian seperti ini juga boleh buat dalam bentuk perbandingan, misalnya
meninjau tahap penggunaan peta pemikiran i-Think antara guru Sejarah dan guru bahasa
Melayu.

Kesimpulannya, tahap pengetahuan, tahap kesediaan dan sikap guru terhadap


penggunaan peta pemikiran i-Think dalam kemahiran menulis berada di tahap yang sangat
baik. Dapatan kajian ini dilihat sebagai nilai tambah dalam bidang pedagogi teknik pengajaran
Bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana kajian-kajian lepas lebih melihat keberkesanan dalam
subjek Bahasa Melayu berbanding kemahiran guru. Tambahan pula, kurang kajian tentang
kemahiran menulis dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Tuntasnya, guru-guru seharusnya
bersedia dalam melaksanakan peta pemikiran i-Think dalam kemahiran menulis melalui PdP.
Berdasarkan dapatan kajian ini, semua pihak berkaitan pendidikan perlu merangka serta
melaksanakan satu pelan tindakan yang berupaya merangsang penggunaan peta pemikiran
i-Think secara intensif dan ekstensif.

RUJUKAN

Abdul Aziz Talib. (2007). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah Dan Teknik. Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
Azizi Yahaya et al. (2005). Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan. PTS Professional Publishing.
Chiew Wye Mei (2015). Peta Ke Arah Kejayaan Dalam Pengajian Perniagaan.The
Development of Pedagogical Education from The Perpective Of The 21st centery
and Cooperation ASEAN Education Community.
Fadillah Anak Layang & Zamri Mahamod. (2019). Tahap Pengetahuan, Kesediaan dan
Sikap Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah dalam Melaksanakan Pengajaran dan
Pembelajaran Peta Pemikiran i-Think. Jurnal Pendidikan Malaysia 44(1) (2019): 37-
44.
Nor Hasmaliza Hasan. (2016). Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pengajaran
Guru Bahasa Melayu Daerah Kuala Terengganu. Tesis Sarjana Pendidikan.
Universiti Kebangsaan Malaysia.

408
Hazlin Mohamat. (2016). Tahap Pengetahuan, Sikap Dan Amalan Penggunaan Peta I-Think
dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Hyerle & Yeager. (2014). A Language for Learning: Thinking Maps Incorporated. Thinking
Maps. Inc.
Jamil Abd Baser. (2014). Standard Guru Malaysia Dalam Program Persediaan Guru Reka
Bentuk Dan Teknologi. Diakses daripada
https://pdfs.semanticscholar.org/ce69/b94a9ef2b3c1825cdaf74eadd4575b1f25bf. pdf
pada 10 April 2021.
Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan Budaya Penyelidikan Di Kalangan Gru Sekolah: Satu
penilaian. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Khairuddin Mohamad. (2008). Amalan Penyerapan Kemahiran Berfikir Kritis dalam
Pengajaran Cerpen KOMSAS Bahasa Melayu. Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Mohd. Majid Konting. (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa & Pustaka.
Suhaimi et al. (2014). Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Melalui Model Stesen Rotasi
Pelbagai Mod. Universiti Teknologi Malaysia. Konvensyen Antarabangsa Jiwa
Pendidik.
Pardieck, S. C. (2011). Visual Literacy: Reading and Analyzing E-Primary sources Teaching
with Primary sources. IllInoIs Reading Council Journal.
Rohaida Yusop & Zamri Mahamod. (2015). Keberkesanan Peta Pemikiran (i-Think) Dalam
Meningkatkan Pencapaian Penulisan Bahasa Melayu Murid Tahun 6. Jurnal
Pendidikan Malaysia 44(1) (2019): 37-44.
Roslinda Rosli & Mohamed Yusoff Mohd Nor. (2015). Aplikasi Peta Pemikiran i-Think Dalam
Proses Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. World Academic and Research
Congres.
Zamri Mahamod. (2014). Inovasi P&P dalam pendidikan Bahasa Melayu. Cetakan ketiga.
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Zamri Mahamod. (2015). Strategi Belajar: Iventori Cara Belajar Bahasa Melayu. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

409
TAHAP KOMPETENSI GURU MENGAPLIKASIKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS
TINGGI (KBAT) DALAM PDPC BAHASA MELAYU

Tan Shin Mei


tan09-848@epembelajaran.edu.my

Hayati binti Mat Yusof


hayati.myusof@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan meninjau penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) guru dari aspek
pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam PdPc Bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan Cina
negeri Kedah. Reka bentuk kajian adalah menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu kajian tinjauan
manakala instrumen kajian adalah menggunakan borang soal selidik. Seramai 52 daripada 60 orang
guru yang mengajar Bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan Cina negeri Kedah telah menjawab
soal selidik yang telah diedarkan. Data dianalisis menggunakan Statistic Package for the Social Science
(SPSS) versi 25.0. Dapatan kajian menunjukkan nilai purata min bagi tahap pengetahuan guru (min
3.183), tahap kemahiran guru mengaplikasikan KBAT (min 3.071) dan aspek sikap guru terhadap
pengaplikasian KBAT dalam PdPc Bahasa Melayu (min 2.996) adalah berada pada tahap sederhana.
Oleh itu, pengkaji berharap kajian ini dapat membantu guru, pihak sekolah dan kementerian pendidikan
dalam usaha untuk meningkatkan kejayaan pengaplikasian KBAT dalam sistem pelajaran.

Kata Kunci: tahap pengetahuan, tahap kemahiran, sikap, guru, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT),
Bahasa Melayu

ABSTRACT
This study identifies the implementation of the Higher Order Thinking Skills (HOTS) of teachers in terms
of their knowledge, skills and attitude in teaching Malay subjects at primary Chinese school from Kedah
state. The design of this study uses a quantitative approach which is a survey. 52 of the 60 teachers
who teach Bahasa Melayu in primary Chinese school of Kedah state have answered the questionnaires
which have been distributed. Researcher used questionnaire as research instrument. The data were
analyzed using Statistic Package for Science Social (SPSS) version 25.0. Value for the knowledge level
with min 3.183, the skill level with min 3.071 and the attitude of the teacher with min 2.996 on
implementation of HOTS in teaching Malay subjects are located at a moderate level. Therefore,
researcher hope the study will help teachers, institution even education ministries as an effort to improve
the success of HOTS implementation in the students’ learning process.

Keywords: knowledge, skill, attitude, teacher, Higher Order Thinking Skills (HOTS), Malay subjects

PENGENALAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) memberikan penekanan terhadap kepentingan
perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012).
Kandungan kurikulum adalah selaras dengan aspirasi negara yang menekankan pendidikan

410
harus mampu menyediakan rakyat yang bukan sahaja berpengetahuan dan berketrampilan
malah berkeupayaan untuk berfikir secara kritis dan kreatif sehingga mampu bersaing di
pentas global yang semakin mencabar. Kemahiran berfikir merupakan salah satu ciri penting
yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang perlu
dilaksanakan. Tambahan pula, transformasi kurikulum pendidikan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 memberi penekanan terhadap konsep kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) yang dikaitkan dengan satu proses menggunakan minda sama ada
mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan
atau menyelesaikan suatu masalah. Tegasnya, inisiatif kurikulum yang digubal menerusi
PPPM berhubung KBAT adalah bertujuan membentuk pelajar yang tidak lagi hanya menghafal
untuk menduduki peperiksaan tetapi berpengetahuan dan berkemahiran untuk
mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.

PERMASALAHAN KAJIAN
Menurut Shah (1997), didapati bahawa pelaksanaan KBAT di sekolah masih kurang berkesan
berdasarkan isu berkaitan pengetahuan guru untuk mengaplikasikan KBAT dalam pengajaran
dan pembelajaran. Kajian Nor Hasmaliza (2016) juga menyatakan bahawa guru-guru Bahasa
Melayu khususnya masih kurang pemahaman dan pengetahuan mengenai KBAT. Hal ini
dapat dibuktikan melalui kegagalan Malaysia memperoleh tempat terbaik dalam keputusan
PISA disebabkan tahap kemahiran berfikir pelajar Malaysia masih rendah. Selain itu, faktor
yang menyumbang kepada isu pengaplikasian KBAT ini adalah guru tidak pernah didedahkan
dengan KBAT secara khusus kerana kursus berkaitan KBAT hanya diberikan dari peringkat
dalaman sahaja (Nooriza dan Effandi, 2015). Hal ini telah memberi kesan kepada tahap
pengetahuan mahupun kemahiran guru mengenai aspek KBAT untuk dilaksanakan
terutamanya dalam PdPc Bahasa Melayu. Baharuddin Jabar (2006) juga berpendapat bahawa
pengabaian terhadap modul penerapan KBAT dalam PdPc didapati menjejaskan penglibatan
intelektual murid dalam PdPc serta kualiti latihan dan tugasan yang diberikan. Namun
sedemikian, isu yang umum diketahui bahawa guru di sekolah adalah lebih berfokus untuk
menghabiskan silibus dan komitmen guru dengan bebanan kertas kerja telah menyebabkan
guru kurang memberi penekanan untuk memahami dan mengaplikasikan pendekatan KBAT
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu, Nooriza dan Effandi mendapati
bahawa guru kurang mengamalkan penerapan KBAT dalam PdPc adalah disebabkan oleh
amalan kaedah pengajaran berbentuk konvensional seperti chalk and talk lebih dicenderung
guru berbanding kaedah pengajaran dua hala dan berpusatkan murid. Akhir sekali, teknik
penyoalan yang digunakan oleh guru juga didapati mempengaruhi pengaplikasian KBAT
dalam PdPc. Natijahnya, guru lazim mengkehendaki murid untuk mengingati fakta dan
menguji pengetahuan murid melalui ujian aneka pilihan. Dengan ini, amalan pengajaran ini

411
didapati bertentangan dengan usaha penerapan KBAT dalam PdPc yang memerlukan guru
memberi tumpuan terhadap pemikiran aras tinggi iaitu terdiri daripada rangkuman aras
aplikasi, sintesis dan analisis, pemikiran bercapah serta peluang untuk menyusun idea.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau dan mengenalpasti tiga perkara iaitu:

i. Tahap kompetensi dari aspek pengetahuan guru mengaplikasikan KBAT dalam


PdPc Bahasa Melayu
ii. Tahap kompetensi dari aspek kemahiran guru mengaplikasikan KBAT dalam PdPc
Bahasa Melayu
iii. Sikap guru terhadap pengaplikasian KBAT dalam PdPc Bahasa Melayu

SOALAN KAJIAN
i. Apakah tahap kompetensi dari aspek pengetahuan guru untuk mengaplikasikan
KBAT dalam PdPc Bahasa Melayu?
ii. Apakah tahap kompetensi dari aspek kemahiran guru untuk mengaplikasikan KBAT
dalam PdPc Bahasa Melayu?
iii. Apakah tahap kompetensi dari aspek sikap guru terhadap pengaplikasian KBAT
dalam PdPc Bahasa Melayu?

METODOLOGI KAJIAN
Reka Bentuk Kajian
Menurut Bryman (2008), reka bentuk kajian adalah satu struktur kajian untuk mengutip dan
menganalisis data. Dalam hal ini, kajian tinjauan ini telah menggunakan pendekatan
penyelidikan kuantitatif yang amat menekankan ketepatan bukti penyelidikan iaitu data bentuk
numerikal. Rasional pemilihan reka bentuk kajian ini adalah maklumat daripada kajian tinjauan
diperoleh terus daripada subjek kajian dan sesuai digunakan untuk menghuraikan fenomena
yang diminati pengkaji. Norhannan (2016) juga menjelaskan bahawa kajian kuantitatif yang
menggabungkan kajian deskriptif dan kajian inferensi adalah bertujuan melihat secara meluas
suatu topik yang menjadi bahan kajian. Oleh itu, hal ini bersesuaian dengan tujuan kajian ini
yang mengenalpasti tahap kompetensi guru untuk mengaplikasikan KBAT dalam PdPc
Bahasa Melayu di sekolah.

Persampelan
Menurut Sekaran (2003), persampelan bertujuan digunakan untuk menghadkan sampel
kepada jenis orang tertentu yang boleh memberi maklumat dikehendaki, sama ada mereka
adalah kelompok yang sedia ada atau mereka merupakan golongan yang mematuhi kriteria.
Dalam kajian ini, populasi kajian adalah terdiri daripada guru yang mengajar Bahasa Melayu

412
di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dari negeri Kedah. Jumlah populasi adalah
ditentukan berdasarkan saiz sampel yang dicadangkan oleh Krejcie dan Morgan (1970), iaitu
populasi 60 orang disarankan dengan saiz minimum sampel seramai 52 orang. Kumpulan
sampel terdiri daripada guru lelaki dan guru perempuan yang dipilih secara rawak oleh
pengkaji.

Instrumen Kajian
Instrumen kajian merupakan sebarang alat, cara atau kaedah untuk memperoleh dan
mengumpulkan data kajian. Dalam kajian ini, kaedah yang digunakan untuk memperoleh dan
mengumpul data merupakan satu set borang soal selidik. Hal ini sedemikian kerana kaedah
ini dapat menjimatkan kos, masa serta mudah untuk mendapat kerjasama daripada responden
di samping dapat menghasilkan item-item yang konsisten dan boleh dipercayai. Soal selidik
untuk kajian ini telah diubah suai berdasarkan kajian-kajian lepas serta direka bentuk selaras
keperluan, objektif dan persoalan kajian seterusnya disesuaikan dengan tajuk kajian. Borang
soal selidik yang dibina untuk kajian ini terdiri daripada empat bahagian utama, iaitu Bahagian
A yang merupakan aspek maklumat demografi, Bahagian B yang berkaitan tahap
pengetahuan guru terhadap pengaplikasian KBAT, Bahagian C yang merupakan tahap
kemahiran guru dalam mengaplikasikan KBAT serta Bahagian D yang meninjau sikap guru
terhadap pengaplikasian KBAT.

Kesahan dan Kebolehpercayaan


Kesahan dan kebolehpercayaan kajian memainkan peranan penting dalam mempertahankan
kejituan instrumen. Menurut Syed Ismail et al. (2018), semakin tinggi nilai kesahan dan
kebolehpercayaan, semakin jitu data-data yang diperoleh bagi menghasilkan kajian yang
berkualiti. Tahap kesahan dapat dipertingkatkan dengan menentukan kandungan yang sesuai
dan jumlah yang mencukupi. Oleh itu, instrumen kajian yang dibina telah disahkan oleh
pensyarah IPGKBM yang mewakili bidang pakar masing-masing. Antaranya merupakan Dr.
Roslina yang mengesahkan aspek konstruk instrumen, Encik Suhasni yang memberi
pengesahan aspek bahasa instrumen dan Dr. Hisamuddin yang mengesahkan aspek bidang
instrumen. Berikutnya, kebolehpercayaan instrumen kajian diukur menggunakan Alpha
Cronbach. Dengan ini, kajian rintis telah dijalankan terhadap 30 orang responden di sekolah
jenis kebangsaan Cina negeri Kedah untuk mengenalpasti nilai Alpha Cronbach dalam
memastikan kebolehpercayaan instrumen kajian. Nilai indeks kebolehpercayaan item-item
soal selidik dapat diuji menggunakan Model Alpha Cronbach yang terdapat dalam perisian
Statistical Package for the Social Science (SPSS) version 25.0 for windows.
Kebolehpercayaan instrumen kajian ini telah ditentukan dengan menggunakan kaedah
ketekalan dalaman Alpha Cronbach. Nilai Alpha Cronbach bagi dapatan kajian rintis konstruk
tahap pengetahuan adalah .872, konstruk tahap kemahiran adalah .859 manakala konstruk

413
sikap guru adalah .845. Tegasnya, keputusan keseluruhan ujian kebolehpercayaan Alpha
Cronbach menunjukkan nilai .910 dengan jumlah 30 bilangan item. Hal ini juga bermakna soal
selidik yang disediakan adalah sangat baik dan efektif dengan tahap konsistensi yang tinggi
berdasarkan interpretasi nilai Alpha Cronbach daripada Bond dan Fox (2015).

Aktiviti Tindakan Mengumpul, Menganalisis dan Menyemak Data


Kajian ini adalah melibatkan sekolah-sekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM). Dengan ini, taju kajian perlu dilulus oleh pensyarah daripada Jabatan Bahasa Melayu
IPGKBM terlebih dahulu sebelum mendapatkan kesahan soal selidik daripada pensyarah yang
mempunyai kepakaran masing-masing dalam bidang berbeza. Kemudian, pengkaji boleh
menjalankan kajian rintis di sekolah-sekolah yang disasarkan sebelum menjalankan kajian
sebenar. Dalam hal ini, pengkaji perlu memberi surat kebenaran kepada guru besar sekolah
yang telah disahkan oleh Pengarah IPGKBM. Selain itu, pengkaji perlu mendapatkan data
daripada pihak pengurusan sekolah rendah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi
memperoleh maklumat mengenai populasi terkini guru sekolah jenis kebangsaan Cina.
Setelah itu, pengkaji boleh memohon kebenaran kepada pihak sekolah kajian bagi
mengedarkan instrumen kajian untuk mendapatkan data kajian. Dalam hal ini, pengkaji
mengedarkan borang soal selidik secara atas talian iaitu melalui emel borang soal selidik yang
dibina dalam bentuk Google Form. Hal ini sedemikian kerana keadaan pandemik Covid-19
yang telah memberi impak besar kepada bidang pendidikan iaitu penutupan sekolah di seluruh
negara sehingga mengakibatkan sesi persekolahan telah dilaksanakan secara atas talian atau
tidak bersemuka. Dengan kekangan tersebut, pengkaji tidak dapat menjalankan proses
pengumpulan data secara fizikal tetapi digantikan dengan alternatif pengedaran borang soal
selidik secara atas talian. Responden dimaklumkan bahawa mereka diberi masa yang
secukupnya untuk menjawab soal selidik tersebut serta segala maklum balas yang diberi
responden akan dirahsiakan.

Setelah mengakhiri proses pengumpulan data dari sekolah, pengkaji akan mula
dengan prosedur penganalisisan data. Dalam hal ini, pengkaji akan memindahkan dan
memasukkan semua data ke perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS)
untuk dianalisiskan. Tegasnya, kaedah ini dipilih dan diaplikasikan dalam proses
penganalisisan data supaya data dapat diinterpretasikan dengan jelas dan mudah difahami.

Dapatan Kajian
Hasil keputusan kajian telah dianalisiskan dari aspek persoalan kajian, iaitu tahap
pengetahuan guru sehingga tahap kemahiran dan sikap guru terhadap pengaplikasian KBAT
dalam PdPc Bahasa Melayu. Pertama sekali, analisis profil sampel kajian berdasarkan 52
orang guru memberi maklumat mengenai responden dari pelbagai aspek seperti jantina,

414
bangsa, kelayakan akademik, opsyen Bahasa Melayu, bilangan waktu mengajar serta
pengalaman menghadiri kursus atau bengkel KBAT. Berikutnya, hasil dapatan kajian
dianalisiskan oleh pengkaji melalui analisis deskriptif berbentuk min, sisihan piawai dan varian.
Secara ringkasnya, dapatan kajian yang dianalisis telah menunjukkan pengaplikasian KBAT
dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Bahasa Melayu oleh guru berada pada tahap
sederhana. Hal ini juga bermakna pengaplikasian KBAT dari tiga aspek iaitu tahap
pengetahuan guru dengan catatan nilai min 3.183, tahap kemahiran guru dengan kiraan nilai
min 3.071 serta sikap guru dalam PdPc Bahasa Melayu berunsurkan KBAT yang direkod nilai
min 2.996 dikategorikan pada tahap sederhana. Dapatan kajian ini adalah dianalisis daripada
maklum balas responden melalui instrumen yang dijalankan. Hal ini menunjukkan kajian ini
berjaya menjawab ketiga-tiga soalan kajian.

Kesimpulan, Cadangan dan Implikasi


Dapatan kajian menunjukkan pengetahuan guru untuk mengaplikasikan KBAT dalam PdPc
Bahasa Melayu adalah berada pada tahap sederhana. Hal ini ditunjukkan melalui salah satu
item seperti saya tahu mengenai ciri-ciri soalan KBAT dalam Lembaga Peperiksaan Malaysia
(LPM) memperoleh nilai min 2.87 yang merupakan nilai min terendah antara sepuluh item. Hal
ini dipercayai bahawa guru menggubal soalan peperiksaan peringkat sekolah dengan
menceduk item-item daripada buku rujukan yang sedia ada. Seterusnya, dapatan kajian
menunjukkan kemahiran guru mengaplikasikan KBAT dalam PdPc Bahasa Melayu adalah
bertahap sederhana. Dalam hal ini, didapati bahawa item seperti binaan Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) Bahasa Melayu berunsurkan KBAT mencatatkan nilai min 3.13 yang
paling tinggi antara sepuluh item dan diinterpretasikan sebagai tahap sederhana. Akhir sekali,
konstruk sikap guru terhadap pengaplikasian KBAT memperoleh hasil dapatan tahap
sederhana. Keadaan ini berlaku apabila item seperti kesanggupan untuk meluangkan masa
dalam meningkatkan diri berkaitan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) mencatatkan skor
min terendah iaitu 2.92 yang diinterpretasi pada kategori sederhana. Tegasnya, guru perlu
menyedari bahawa kepentingan KBAT dalam mengembangkan minda pemikiran murid
dengan lebih menyeluruh iaitu berfikiran kreatif, inovatif dan kritikal.

Implikasi kajian menunjukkan suatu kajian telah menambah nilai pada kajian sedia ada
dan dapat memberi kepentingan nasional. Dengan ini, kajian ini adalah memenuhi jurang
penyelidikan dan berupaya memberi sumbangan kepada pengetahuan, praktikal dan
empirikal. Dari aspek implikasi pengetahuan, kajian ini berupaya memberi pengetahuan
mahupun kesedaran jelas bahawa pengaplikasian KBAT dalam PdPc Bahasa Melayu
memerlukan usaha berterusan daripada guru. Secara tidak langsung, kajian ini membolehkan
guru membuat refleksi kendiri untuk mengenalpasti tahap pengetahuan diri sendiri tentang
pengaplikasian KBAT dalam PdPc Bahasa Melayu. Dari segi implikasi praktikal pula, guru

415
bukan sahaja perlu menggunakan berbagai strategi pengajaran malah guru harus kerap
mengaplikasikan teknik penyoalan KBAT dalam PdPc Bahasa Melayu. Guru juga boleh
menganjurkan aktiviti sumbangsaran yang mampu menjana minda murid untuk berfikir pada
aras yang lebih tinggi dan meluas. Selain itu, penyelidikan empirikal yang diberi takrif oleh
Creswell (2014) iaitu jenis penyelidikan dilakukan melalui pengalaman, pemerhatian langsung
atau eksperimen telah menyatakan beberapa kajian bertopik seumpama tetapi dengan kaedah
pelaksanaan berbeza. Tamsilnya, kajian kes kualitatif tentang cabaran guru Bahasa Melayu
di sekolah menengah melaksanakan penerapan KBAT dalam PdPc penulisan karangan
argumentatif.

Akhir sekali, cadangan penambahbaikan berdasarkan isu berkaitan juga dikemukakan


dalam kajian ini dengan tujuan meningkatkan kualiti sistem pendidikan di Malaysia khususnya
berkaitan penerapan KBAT dalam PdPc Bahasa Melayu di samping bertujuan meningkatkan
kualiti penyelidikan di Malaysia. Dalam hal ini, cadangan telah diutarakan kepada beberapa
pihak terlibat iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pihak sekolah, para pendidik
mahupun cadangan untuk kajian lanjutan. Pengkaji memberi cadangan bahawa Kementerian
Pendidikan Malaysia perlu membuat perancangan secara komprehensif iaitu menyediakan
kursus atau latihan yang berterusan kepada guru-guru di sekolah dengan menjemput pakar
bidang berkaitan seperti guru pakar pedagogi, guru PAK 21 dan sebagainya untuk berkongsi
pengetahuan dan kemahiran merancang aktiviti PdPc berunsurkan KBAT. Pihak sekoalah
juga berperanan dalam usaha membudayakan amalan KBAT dalam kalangan guru mahupun
murid seperti pihak sekolah boleh menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk mengendalikan
amalan KBAT. Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah menyediakan satu sudut
berorientasikan KBAT di sekolah iaitu sudut KBAT tersebut perlu mengandungi maklumat dan
bahan-bahan berkaitan KBAT. Sehubungan itu, guru juga tidak terkecuali untuk melibatkan
diri dalam pembudayaan amalan KBAT. Dalam hal ini, guru bukan sahaja perlu menyedia dan
melengkapkan diri dari pelbagai aspek seperti ilmu pengetahuan dan kemahiran malah guru
amat digalakkan untuk mengaplikasikan konsep inovasi dalam pendidikan. Hal ini sedemikian
kerana inovasi dalam pendidikan amat menyarankan guru untuk menggunakan strategi atau
teknik berunsurkan KBAT supaya dapat melibatkan murid dengan lebih aktif di dalam bilik
darjah. Akhir sekali, cadangan juga diusulkan dalam kajian ini sebagai rujukan atau panduan
untuk penyelidikan pada masa akan datang. Tuntasnya, pengkaji bercadang bahawa
kepelbagaian kaedah pengumpulan data atau penggabungan pendekatan boleh dijalankan
serta skop kajian boleh diluaskan sehingga melibatkan sekolah dari seluruh negara.

416
RUJUKAN
Baharuddin Jabar. (2006). Perspektif pelajar terhadap pengajaran kemahiran berfikir aras
tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah di sekolah menengah: Satu kajian
kes di daerah Hilir Perak. Laporan Geran Penyelidikan. Universiti Pendidikan Sultan
Idris.

Bond, T. G. & Fox, C. M. (2015). Applying the rasch model fundamental measurement in the
human Sciences. Routledge.

Bryman, A. (2008). Social research methods. (3rd ed.). Oxford University Press.

Creswell, J. W. (2014). Research design: Qualitative, quantitative and mixed methods


approache. Sage Publications.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-


2025. Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities.
Educational and psychological Measurement. 30. 608 – 702.

Norhannan Ramli. (2016). Prestasi guru Pendidikan Islam berasaskan daya kekuatan
dalaman, kepimpinan pengetua dan iklim sekolah. Universiti Malaya.

Nor Hasmaliza Hassan. (2016). Persepsi guru Bahasa Melayu sekolah menengah
kebangsaan terhadap penerapan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran. Fakulti
Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nooriza Kassim & Effandi Zakaria. (2015). Integrasi kemahiran berfikir aras tinggi dalam
pengajaran dan pembelajaran Matematik: Analisis keperluan guru. Jurnal Pendidikan
Matematik. 3(1). 1-12.

Sekaran, U. (2003). Research methods for busineness – A skill building Approach. John Wiley
and Sons Ins.

Shah, A.J. (1997). Kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Kertas kerja
seminar dan pameran Gerak Gempur Minda dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa dan Kesusasteraan Melayu. Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP pada 22
hingga 23 Oktober 1997.

Syed Ismail Syed Mustapa, Ismail Raduan & Bushro Ali. (2018). Asas penyelidikan dalam
pendidikan. Sasbadi Sdn. Bhd.

417
PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM
PENGAJARAN GURU BAHASA MELAYU

Angeline Ooi
pju17_c602@ipgkbm.edu.my

Azman bin Rahmat PhD


azman@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Cara dan kesan pengaplikasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran guru Bahasa
Melayu membantu dalam meningkatkan mutu pengajaran guru. Kebanyakan guru tidak jelas tentang
cara pengaplikasian KBAT dan membawa kesan negatif dalam pengajaran guru Bahasa Melayu. Kajian
ini akan menunjukkan bagaimana cara dan kesan pengaplikasian KBAT dalam pengajaran guru Bahasa
Melayu. Kajian bagi menyelidik pengaplikasian KBAT dalam pengajaran guru Bahasa Melayu lebih
banyak dikaji di sekolah menengah. Walau bagaimanapun, didapati masih kurang kajian dilaksanakan
bagi mengkaji pengaplikasian KBAT dalam pengajaran guru Bahasa Melayu terutamanya di sekolah
kebangsaan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji bagaimana cara dan apakah kesan
pengaplikasian KBAT dalam pengajaran guru Bahasa Melayu. Reka bentuk kajian ini menggunakan
pendekatan kualitatif dan kaedah fenomenologi. Responden kajian ini terdiri daripada tiga guru Bahasa
Melayu sekolah kebangsaan di sekitar daerah Kuala Lumpur. Kajian ini telah menggunakan instrumen
temu bual, senarai semak analisis dokumen dan senarai semak pemerhatian. Dapatan kajian
menunjukkan guru menggunakan pelbagai cara pengaplikasian KBAT yang sesuai dalam pengajaran
dan memberi kesan yang positif. Hasil kajian ini membuktikan bahawa guru Bahasa Melayu di sekolah
kebangsaan boleh menggunakan pelbagai cara dalam pengaplikasian KBAT dalam pengajaran dan
pengaplikasian KBAT ini memberi kesan yang baik terhadap pengajaran. Oleh itu, dapatan kajian ini
membolehkan guru mengaplikasikan KBAT dengan lebih baik dan meningkatkan kualiti pengajaran.

Kata Kunci: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), sekolah kebangsaan, guru Bahasa Melayu,
pengaplikasian, pengajaran

ABSTRACT

Methods and effects of Higher Order Thinking Skills (HOTS) application in the teachings of Malay
language teachers helps in elevating the quality of the lesson. Most teachers do not understand the
proper comprehend of HOTS, which brings negative impact in their teachings. This study will show the
application methods of HOTS and the effects of it in the teachings of Malay language teachers. Studies
in investigating HOTS application in the teachings of Malay language teachers are mostly done in
secondary schools. However, few studies is done on HOTS application in the teachings of Malay
language teachers at Malay-medium national primary schools. Thus, this study aims to investigate how
to apply HOTS and what effects it will bring in the teachings of Malay language teachers. The design of
this study utilizes the qualitative approach and phenomenological methodology. Respondents of this
study compromises of three Malay language teachers in Malay-medium national primary schools within
the Kuala Lumpur district. This study used the interview instrument, document analysis checklist and
the observation checklist. The findings of this study show these teachers use various suitable HOTS
application methods in their lessons and demonstrate positive effects. This results of study proves that
Malay language teachers in Malay-medium national primary schools can use multiple methods in
applying HOTS into their lessons and result in positive effects. Hence, these findings allow teachers to
apply HOTS even better and improve lesson quality.

Key word: Higher Order Thinking Skills (HOTS), Malay-medium national primary school, Malay
language teacher, application, teaching

418
PENGENALAN
Peranan kurikulum dalam pendidikan menjadi elemen penting di setiap negara bagi
merealisasikan hasrat dan matlamat falsafah pendidikan negara masing-masing. Di Malaysia,
kurikulum Bahasa Melayu justeru mengalami proses semakan dan penambahbaikan sehingga
terhasilnya Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu yang
merangkumi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi.
Pernyataan standard ini mesti dipelajari dan dikuasai oleh murid di sekolah rendah bagi
melengkapi murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Selain kemahiran-kemahiran yang sering ditegaskan dalam kurikulum Bahasa Melayu,


KBAT diimplementasikan dalam sukatan pelajaran sekolah agar dapat membentuk insan yang
dapat berfikir pada aras yang tinggi. Kurikulum Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dinyatakan secara
eksplisit supaya guru dapat menterjemahkan dalam PdP bagi merangsang pemikiran
berstruktur dan berfokus dalam kalangan murid. KBAT ini perlu digunakan oleh guru pada
setiap pengajaran dan pembelajaran kerana guru merupakan pelaksana kurikulum dan
pendokong kepada masyarakat yang berpemikiran tinggi. Kejayaan dan kecemerlangan
dalam sesuatu mata pelajaran tidak akan menjadi kenyataan sekiranya pengajaran guru masih
menggunakan kaedah tradisional dan tidak mengambil kira aspek kemahiran berfikir (Zamri,
2012). Justeru, adalah penting kepada seseorang guru untuk menguasai cara pengaplikasian
KBAT dan kesan positif pengaplikasian KBAT membantu dalam pengajaran guru.

PERNYATAAN MASALAH

Guru perlu menguasai cara pengaplikasian KBAT dan memahami kesan pengaplikasian KBAT
dalam pengajaran guru Bahasa Melayu. Guru memainkan peranan penting dalam memastikan
KBAT dapat dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka, (Jayeswary & Ahmad
Johari, 2014).

Kajian Nor Hasmaliza dan Zamri (2016), mendapati guru tidak tahu dan tidak jelas
tentang cara menerapkan KBAT. Guru tidak mengetahui dengan lebih mendalam berkaitan
dengan pengaplikasian KBAT dalam pengajaran mereka. Hal ini juga disokong oleh Jamilah
(2016) yang menunjukkan guru-guru masih belum menguasai sepenuhnya konsep kemahiran
berfikir serta cara untuk dilaksanakan di dalam bilik darjah. Bavani et al. (2016) pula
menjelaskan bahawa KBAT memberikan kesan negatif di dalam bilik darjah. Oleh itu, kajian
ini mengkaji pengaplikasian KBAT dalam pengajaran guru Bahasa Melayu.

Guru Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan sekitar daerah Kuala Lumpur


menggunakan pelbagai cara pengaplikasian KBAT yang sesuai dalam pengajaran. Kajian
lepas berkaitan fokus kajian seperti Marzini (2018), Charanjit et al. (2018) & Abdul Halim et al.

419
(2016) menjalankan kajian di sekolah menengah, Malini et al. (2017) di universiti dan Suppiah
et al. (2019) di tadika. Hasil kajian ini dan juga hasil kajian-kajian yang telah disenaraikan
membuktikan bahawa guru Bahasa Melayu sangat memahami dan jelas tentang cara
pengaplikasian KBAT. Kajian literatur menunjukkan kebanyakan kajian yang ada lebih banyak
menggunakan lokasi di sekolah menengah, universiti dan tadika. Justeru, didapati kurang
maklumat diperoleh berkenaan pengaplikasian KBAT dalam pengajaran guru Bahasa Melayu
di sekolah kebangsaan.

Selain itu, pengaplikasian KBAT dalam pengajaran guru Bahasa Melayu sekolah
kebangsaan di sekitar daerah Kuala Lumpur memberi kesan yang positif. Terdapat beberapa
kajian yang mengkaji kesan pengaplikasian KBAT dalam pengajaran di sekolah rendah dan
menengah. Antaranya kajian Mohd Syaubari & Ahmad Yunus (2016), kajian Muhammad Faez
et al. (2018) dijalankan di sekolah rendah, kajian Vinogharri et al. (2015), kajian Elfis et al.
(2019) di sekolah menengah dan kajian Chew (2017) di sekolah teknikal dan vokasional. Hasil
kajian ini dan juga hasil kajian-kajian yang telah disenaraikan membuktikan bahawa
pengaplikasian KBAT dalam pengajaran guru memberi kesan yang positif. Kajian ini
dilaksanakan di tempat kajian dan mata pelajaran seperti Mohd Syaubari & Ahmad Yunus
(2016) di Perak yang mengkaji mata pelajaran pendidikan Islam, Muhammad Faez et al.
(2018) di Petaling Jaya yang mengkaji Bahasa Melayu, Vinogharri et al. (2015) di Kajang yang
mengkaji bahasa Kimia, Elfis et al. (2019) di Indonesia yang mengkaji Matematik dan Chew
(2017) di Muar.

Kebanyakan kajian sedia ada lebih banyak mengkaji pengaplikasian KBAT dalam
tempat kajian dan mata pelajaran yang berbeza. Analisis kajian literatur juga mendapati masih
kurang kajian pengaplikasian KBAT dalam pengajaran guru Bahasa Melayu sekolah
kebangsaan terutamanya melihat pada pengajaran guru. Justeru, dapat didakwa bahawa
kajian ini juga berupaya mengisi kelompangan dalam aspek tempat kajian, mata pelajaran dan
jenis sekolah yang akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam implikasi kajian.

OBJEKTIF KAJIAN

Sehubungan dengan itu, kajian ini bagi melaksanakan objektif kajian yang berikut:

i. Mengkaji cara pengaplikasian KBAT dalam pengajaran guru Bahasa Melayu

ii. Mengkaji kesan pengaplikasian KBAT dalam pengajaran guru Bahasa Melayu

420
SOALAN KAJIAN

Kajian ini untuk mendapat maklumat bagi menjawab persoalan yang berikut:

i. Bagaimanakah cara pengaplikasian KBAT dalam pengajaran guru Bahasa Melayu?

ii. Apakah kesan pengaplikasian KBAT dalam pengajaran guru Bahasa Melayu?

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah fenomenologi. Kajian
ini melibatkan seramai 3 orang responden yang terdiri daripada guru Bahasa Melayu sekolah
kebangsaan di sekitar daerah Kuala Lumpur yang mempunyai ciri menggalakkan KBAT.
Kajian ini menggunakan tiga instrumen iaitu instrumen temu bual, instrumen senarai semak
analisis dokumen dan instrumen senarai semak pemerhatian. Soalan temu bual dalam kajian
ini bersifat temu bual separa berstruktur. Hal ini demikian kerana menurut Noor Haslinda
(2019), kaedah tersebut membenarkan soalan lanjutan dilontarkan berdasarkan jawapan
peserta kajian. Soalan temu bual yang ditujukan kepada tiga guru Bahasa Melayu ini
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian A, B, dan C. Bahagian A meliputi enam
soalan berkaitan dengan profil responden, bahagian B meliputi dua puluh soalan berkaitan
cara pengaplikasian KBAT dalam pengajaran dan bahagian C mempunyai dua puluh soalan
berkaitan kesan pengajaran guru Bahasa Melayu.

Kajian ini turut menggunakan instrumen senarai semak bagi pemerhatian dan analisis
dokumen. Instrumen senarai semak pemerhatian dan analisis dokumen ini dibina sendiri bagi
menjawab pada soalan kajian. Hal ini demikian kerana Zurina et al. (2018) menjelaskan
keperluan membangunkan satu senarai semak adalah penting bagi memudahkan proses
pengumpulan data. Senarai semak bagi pemerhatian dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
tingkah laku pengajaran guru dan tingkah laku murid. Terdapat lapan item berkaitan dengan
tingkah laku guru dan tujuh item dalam tingkah laku murid. Senarai semak analisis dokumen
ini pula dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu empat item dalam RPH guru, dua item refleksi
RPH dan empat item hasil kerja murid. Kesahan yang digunakan dalam kajian ini terbahagi
kepada empat iaitu kredibiliti, kebergantungan, pengesahan dan kebolehpindaan. Sampel-
sampel dalam kajian ini mempunyai kredibiliti kerana hanya sampel yang memenuhi ketiga-
tiga kriteria guru yang menggalakkan KBAT seperti yang dinyatakan dalam Bahagian
Pembangunan Kurikulum (2014b). Kajian ini memenuhi kesahan kebergantungan apabila
jawapan yang diberikan oleh responden konsisten walaupun dijalankan di situasi atau masa
yang berlainan. Pengkaji telah menjalankan pengesahan dengan menggunakan dua orang
pakar iaitu seorang pakar bahasa pada tarikh 3 Februari 2021 dan dua orang pakar instrumen

421
bagi pengesahan tersebut pada 2 Februari 2021 dan 25 Februari 2021. Kesahan
kebolehpindaan dalam kajian ini dapat dilihat apabila pengkaji memberi peluang kepada
pembaca dan pengkaji lain mengaitkan kajian pengkaji dengan mereka daripada dapatan dan
hasil kajian pengkaji. Kajian ini turut mendapat kebolehpercayaan kerana mengandungi dua
triangulasi iaitu triangulasi kaedah dan triangulasi data. Pengkaji menggunakan triangulasi
kaedah apabila data ditemui dalam tiga kaedah melalui temu bual dengan data pemerhatian
dan analisis dokumen bagi mengukuhkan kebolehpercayaan data dalam kajian ini. Data yang
sama diperoleh daripada ketiga-tiga cikgu ini menunjukkan ketekalan data dan membuktikan
kajian pengkaji mempunyai kebolehpercayaan. Kemudian, hasil data akan dikumpul dan
dianalisis oleh pengkaji menggunakan analisis tematik.

Terdapat tujuh langkah dalam proses analisis data kualitatif iaitu transkripsi, organisasi
data, pelaziman, koding, tema, demonstrasi kebolehpercayaan dan kesahan dan laporan.
Penggunaan perisian Nvivo 12 turut digunakan dalam proses menganalisis data-data kualitatif
kerana dapat memudahkan dan mempercepatkan proses mengurus, menganalisis dan
mentafsir data-data kualitatif.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Guru Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan sekitar daerah Kuala Lumpur menggunakan
pelbagai cara pengaplikasian KBAT yang sesuai dalam pengajaran. Berdasarkan dapatan
kajian, guru-guru Bahasa Melayu di sekitar daerah Kuala Lumpur menggunakan pelbagai cara
untuk mengaplikasikan KBAT dalam pengajaran seperti aktiviti pemikiran aras tinggi dalam
buku teks, pembelajaran berasaskan projek, teknik penyoalan dan tingkatkan soalan aras
tinggi.

Aktiviti Pemikiran Aras Tinggi dalam Buku Teks


Melalui hasil dapatan temu bual, kita dapat lihat bahawa Cikgu 1 dan Cikgu 3 telah
menggunakan aktiviti pemikiran aras tinggi dalam buku teks. Hasil temu bual dengan Cikgu 1
dan Cikgu 3 telah mengesahkan bahawa mereka menggunakan aktiviti pemikiran aras tinggi
dalam buku teks sebagai cara pengaplikasian KBAT dalam pengajaran. Data pemerhatian
Cikgu 1 dan Cikgu 3 melalui instrumen senarai semak adalah selari dengan data temu bual
dan analisis dokumen serta membuktikan triangulasi kaedah. Melalui instrumen senarai
semak analisis dokumen, Cikgu 1 dan Cikgu 3, kedua-dua cikgu telah menggunakan aktiviti
dan latihan buku teks untuk mengaplikasi KBAT dalam pengajaran. Melalui senarai semak
pemerhatian juga, kedua-dua guru juga menggunakan buku teks bagi pengajaran. Justeru,
jelaslah bahawa soalan kajian bagaimana cara pengaplikasian KBAT ini ialah melalui aktiviti
pemikiran aras tinggi dalam buku teks.

422
Pembelajaran Berasaskan Projek
Cikgu 2 menggunakan strategi pembelajaran berasaskan projek sebagai cara untuk
mengaplikasikan KBAT dalam pengajarannya. Menurut Bahagian Pembangunan Kurikulum
(2014a), pembelajaran berasaskan projek menggalakkan pemahaman murid di mana murid
dapat meneroka untuk mencari maklumat, membuat interpretasi, membuat keputusan atau
kesimpulan. Dapatan kajian ini dapat diperkukuhkan lagi melalui senarai semak pemerhatian
dan senarai semak analisis dokumen yang membuktikan triangulasi kaedah. Pengkaji
mendapati bahawa Cikgu 2 menggunakan pembelajaran berasaskan projek dalam
mengaplikasikan KBAT dalam senarai semak pemerhatian dan senarai semak analisis
dokumen iaitu rancangan pengajaran guru. Pembelajaran berasaskan projek yang digunakan
oleh Cikgu 2 adalah menggunakan bahan grafik yang telah dibina pada Pdp yang sebelumnya
dan mempersembahkan pada Pdp seterusnya.

Teknik Penyoalan
Cara pengaplikasian KBAT yang ketiga didapati dalam kajian ini ialah teknik penyoalan.
Dapatan temu bual oleh ketiga-tiga guru mendapati bahawa guru menggunakan teknik
penyoalan dalam pengajaran sebagai cara mengaplikasikan KBAT. Melalui hasil dapatan
temu bual, kita dapat melihat bahawa ketiga-tiga cikgu menyatakan bahawa mereka
menggunakan teknik penyoalan untuk mengaplikasikan KBAT dalam pengajaran dan
membuktikan triangulasi data. Hasil dapatan daripada senarai semak pemerhatian Cikgu 2
dan Cikgu 3 turut memperkukuhkan lagi hujah mereka apabila mereka menggunakan teknik
penyoalan dalam pengajaran. Senarai semak analisis dokumen rancangan pengajaran harian
juga membuktikan bahawa Cikgu 2 mendengar pandangan murid dan Cikgu 3 menggunakan
teknik penyoalan.

Tingkatkan Soalan Aras Tinggi


Hasil dapatan temu bual menunjukkan triangulasi data dan memperkukuhkan bahawa mereka
menggunakan cara tingkatkan soalan aras tinggi dalam pengajaran mereka. Respons Cikgu
1 menggunakan KBAT dengan tingkatkan soalan aras tinggi. Cikgu 2 pula meningkatkan
soalan aras tinggi dengan menggunakan Taksonomi Bloom yang tiga teratas, soalan
berbentuk mudah yang memerlukan murid untuk berfikir menggunakan “critical thinking” dan
soalan yang diberikan juga dari senang sehingga ke soalan sukar. Cikgu 3 juga menjelaskan
soalan yang dirancangkan juga dari soalan aras rendah kepada aras tinggi. Hasil dapatan
temu bual turut dapat dikukuhkan dengan senarai semak pemerhatian iaitu melalui tahap
soalan KBAT yang diberikan. Melalui pemerhatian tersebut, didapati bahawa Cikgu 1
menggunakan tahap soalan KBAT menganalisis, Cikgu 2 menggunakan tahap soalan KBAT

423
mengaplikasi dan menganalisis, manakala Cikgu 3 menggunakan tahap soalan KBAT iaitu
menganalisis.

Guru Bahasa Melayu di sekolah kebangasaan sekitar daerah Kuala Lumpur


menggunakan pelbagai cara pengaplikasian KBAT yang sesuai dalam pengajaran. Cara yang
pertama termasuklah penggunaan aktiviti pemikiran aras tinggi dalam buku teks. Menurut
Saipolbarin et al. (2019), bahan bantu mengajar seperti buku teks menjadi bahan sokongan
semasa proses PdPc yang berteraskan KBAT. Selain itu, cara pengaplikasian KBAT yang
kedua ialah pembelajaran berasaskan projek dengan menggunakan grafik-grafik. Bahagian
Pembangunan Kurikulum (2014a), pembelajaran berasaskan projek menggalakkan
pemahaman murid di mana murid dapat meneroka untuk mencari maklumat, membuat
interpretasi, membuat keputusan atau kesimpulan. Teknik penyoalan guru juga dilihat sebagai
salah satu cara dalam pengaplikasian KBAT. Teknik penyoalan biasanya tidak terus menjurus
kepada kehendak soalan. Penguasaan proses penyoalan secara menyeluruh adalah salah
satu cara teknik pengajaran yang berasaskan KBAT, (Mohd Syaubari & Ahmad Yunus, 2017).
Seterusnya, cara pengaplikasian KBAT dalam pengajaran guru Bahasa Melayu adalah melalui
meningkatkan soalan aras tinggi. Soalan-soalan ini berbentuk terbuka dan merangsangkan
kemahiran berfikir. Soalan berbentuk aras tinggi boleh menggalakkan pemikiran jika
digunakan secara berkesan, (Mohamad Nurul et al., 2017). Selain itu, pengaplikasian KBAT
dalam pengajaran guru Bahasa Melayu sekolah kebangsaan di sekitar daerah Kuala Lumpur
memberi kesan yang positif. Berdasarkan dapatan kajian, pengaplikasian KBAT dalam
pengajaran guru Bahasa Melayu memberi kesan yang baik iaitu murid berfikir semasa
pengajaran guru, guru sebagai fasilitator, komunikasi dua hala dan penglibatan murid aktif.

Murid berfikir semasa pengajaran guru


Bahagian ini membincangkan dapatan kedua kajian bagi menjawab soalan kedua kajian iaitu
apakah kesan pengaplikasian kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pengajaran guru
Bahasa Melayu. Kesan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ini dapat dikesan apabila murid
berfikir semasa pengajaran guru. Melalui temu bual dengan ketiga-tiga guru, dapatan
menunjukkan triangulasi data dan kesan KBAT ialah murid dapat berfikir semasa pengajaran
guru yang dapat menjawab ke soalan kajian kedua iaitu apakah kesan pengaplikasian KBAT
dalam pengajaran guru. Hasil dapatan daripada senarai semak pemerhatian Cikgu 1, Cikgu 2
dan Cikgu 3 daripada perspektif tingkah laku murid juga menunjukkan bahawa murid dapat
menjawab soalan yang diajukan oleh guru kerana mempunyai murid berjaya berfikir untuk
menjawab soalan tersebut.

424
Guru sebagai fasilitator

Bahagian ini membincangkan dapatan kedua kajian bagi menjawab soalan kedua kajian iaitu
apakah kesan pengaplikasian kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pengajaran guru
Bahasa Melayu. Apabila pengaplikasian kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ini dijalankan,
hasil dapatan kajian temu bual bersama dengan tiga orang guru menunjukkan bahawa guru
berperanan sebagai seorang fasilitator dalam pengajaran. Kita dapat lihat bahawa melalui
hasil temu bual guru yang telah dihuraikan dalam cara pengaplikasian KBAT, guru
membimbing murid untuk melaksanakan tugasan ataupun aktiviti yang diberikan dan
bukannya pembelajaran berpusatkan guru.

Komunikasi dua hala


Bahagian ini membincangkan dapatan kedua kajian bagi menjawab soalan kedua kajian iaitu
apakah kesan pengaplikasian kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pengajaran guru
Bahasa Melayu. Pengaplikasian kemahiran berfikir aras tinggi KBAT ini mempunyai kesan
yang baik dalam hasil dapatan kajian iaitu pewujudan komunikasi dua hala antara murid dan
juga guru dalam kelas. Hasil temu bual menjelaskan bahawa terdapat hubungan dua hala
antara murid dengan guru. Selain itu, hasil daripada pemerhatian juga dapat memperkukuhkan
kenyataan yang diujarkan oleh cikgu-cikgu dalam temu bual. Melalui senarai semak
pemerhatian terdapat ketiga-tiga cikgu, dapat dikenal pasti bahawa murid berinteraksi dengan
guru semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan seperti dalam senarai semak
pemerhatian Cikgu 1, Cikgu 2 dan juga Cikgu 3.

Penglibatan murid aktif


Dapatan kajian menunjukkan bahawa penglibatan murid aktif dalam pengajaran yang
berasaskan KBAT. Dapatan temu bual menunjukkan bahawa murid melibatkan diri secara
aktif apabila guru menggunakan KBAT semasa pengajaran. Dengan ini, dapat kita menyimpul
bahawa penglibatan murid dalam kelas Cikgu 2 yang mengaplikasikan KBAT amat aktif. Hasil
dapatan temu bual dapat dikukuhkan dengan senarai semak pemerhatian terhadap Cikgu 1,
Cikgu 2 dan Cikgu 3 yang menunjukkan bahawa murid melibatkan diri secara aktif dalam
pengajaran guru. Jika meneliti daripada jawapan Cikgu 1, murid bukan sahaja gembira dalam
pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan KBAT, malah penglibatan murid amat
aktif. Dalam temu bual dengan Cikgu 2, murid berebut-rebut untuk menjawab soalan dan murid
akan menjawab walaupun jawapan tersebut salah. Dengan ini, dapat kita menyimpul bahawa
penglibatan murid dalam kelas Cikgu 2 yang mengaplikasikan KBAT amat aktif.

425
Pengaplikasian KBAT dalam pengajaran guru Bahasa Melayu sekolah kebangsaan di
sekitar daerah Kuala Lumpur memberi kesan yang positif. Pengaplikasian KBAT dalam
pengajaran guru Bahasa Melayu memberi kesan yang baik iaitu murid berfikir semasa
pengajaran guru, guru sebagai fasilitator, komunikasi dua hala dan penglibatan murid aktif.
Kesan pengaplikasian KBAT dapat dilihat apabila penekanan KBAT memberi kesan iaitu murid
berfikir. Hal ini bertetapan kerana penekanan KBAT di sekolah membolehkan percambahan
pemikiran berlaku dan murid boleh berfikir dan membuat sesuatu keputusan dengan lebih
rasional, bertimbang rasa dan objektif, (Rohaida Yusop & Zamri Mahamod, 2015). Kesannya
juga dapat dilihat iaitu guru sebagai fasilitator. Menurut Unit Pelaksanaan dan Prestasi
Pendidikan (2015), aktiviti seperti perbincangan kumpulan, pembentangan dan pentaksiran
rakan sebaya dapat memupuk KBAT dalam kalangan murid dengan peranan guru lebih
sebagai fasilitator di dalam bilik darjah. Kesan pengaplikasian KBAT juga melibatkan
komunikasi dua hala iaitu perbincangan dua hala antara guru dan murid. Syafiq Mah Hasan
(2019) menyatakan bahawa KBAT mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dengan
pelajar dan menyebabkan proses pengajaran lebih berkesan. Seterusnya, kesan KBAT dalam
pengajaran guru Bahasa Melayu melibatkan murid secara aktif semasa pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan. Menurut Sivapakkiam (2017), pelaksanaan KBAT secara efektif
dapat menggalakkan penglibatan murid aktif. Murid akan melibatkan secara aktif
dalam perbincangan ataupun tugasan.

Ringkasnya, melalui hasil dapatan kajian, guru-guru Bahasa Melayu di sekolah


kebangsaan sekitar daerah Kuala Lumpur menggunakan pelbagai cara untuk
mengaplikasikan KBAT dalam pengajaran seperti aktiviti pemikiran aras tinggi dalam buku
teks, pembelajaran berasaskan projek, teknik penyoalan dan tingkatkan soalan aras tinggi.
Pengaplikasian KBAT ini dapat memberi kesan dalam pengajaran guru. Pengaplikasian KBAT
dalam pengajaran guru Bahasa Melayu memberi kesan yang baik iaitu murid berfikir semasa
pengajaran guru, guru sebagai fasilitator, komunikasi dua hala dan penglibatan murid aktif.

KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN


Sebagai penggulungan, guru Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan sekitar daerah Kuala
Lumpur menggunakan pelbagai cara pengaplikasian KBAT yang sesuai dalam pengajaran.
Hasil kajian ini membuktikan bahawa guru-guru Bahasa Melayu di sekitar daerah Kuala
Lumpur menggunakan pelbagai cara untuk mengaplikasikan KBAT dalam pengajaran seperti
aktiviti pemikiran aras tinggi dalam buku teks, pembelajaran berasaskan projek, teknik
penyoalan dan tingkatkan soalan aras tinggi. Selain itu, pengaplikasian KBAT dalam
pengajaran guru Bahasa Melayu sekolah kebangsaan di sekitar daerah Kuala
Lumpur memberi kesan yang positif. Hasil kajian ini membuktikan pengaplikasian KBAT dalam

426
pengajaran guru Bahasa Melayu memberi kesan yang baik iaitu murid berfikir semasa
pengajaran guru, guru sebagai fasilitator, komunikasi dua hala dan penglibatan murid aktif.

Kajian ini memberi implikasi dari segi pengetahuan. Cara KBAT boleh dijadikan
pendorong bagi guru yang berada di sekolah yang kurang mengaplikasikan KBAT dan tidak
faham cara mengaplikasikan KBAT dalam pengajaran mereka. Mohamad Nurul et al. (2017)
mentakrifkan bahawa pengetahuan guru menjadi penentu kepada pelaksanaan elemen KBAT
dalam pengajaran. Pengetahuan tentang bagaimana cara pengaplikasian KBAT berupaya
meningkatkan motivasi guru dalam menggunakan KBAT dalam pengajaran mereka. Kajian ini
boleh dijadikan pendorong bagi guru sekolah rendah agar menitikberatkan pengaplikasian
KBAT dalam pengajaran kerana memberi kesan yang positif. Seterusnya, kajian ini mampu
memotivasikan guru bahawa kesan pengaplikasian KBAT ini merupakan sesuatu yang dapat
membantu guru dalam pengajaran dan secara tidak langsung memudahkan pengajaran serta
membantu dalam pembelajaran murid.

Seterusnya, kajian ini turut memberi implikasi praktikal iaitu guru yang mempunyai
kekangan dalam mengaplikasikan KBAT dalam pengajaran Bahasa Melayu boleh
mempraktikkan pengajaran tersebut. Soalan temu bual dan senarai semak pemerhatian yang
disediakan dapat membantu dalam membuktikan kesan KBAT dijalankan. Sehubungan itu,
guru yang tidak pasti bahawa kesan KBAT yang dijalankan membawa kesan yang baik atau
tidak, boleh menggunakan senarai semak pemerhatian dan mengemukakan soalan-soalan
temu bual kepada diri sendiri kerana hasil dapatan kajian telah membuktikan kesan yang
positif. Kajian memberi implikasi teori. Kebanyakan kajian yang menggunakan teori Taksonomi
Bloom revisi dalam pengajaran dan lebih bertumpu kepada pembelajaran murid dan membina
soalan KBAT. Melalui kajian Siti Aishah (2016) pula, pengkaji telah menggunakan aras kognitif
taksonomi Bloom revisi dalam merangka soalan ujian. Namun begitu, dapatan kajian ini
membuktikan bahawa teori Taksonomi Bloom revisi ini juga dapat membantu dalam
pengajaran guru Bahasa Melayu apabila teori ini menjadi dasar kepada kepelbagaian cara
pengaplikasian guru Bahasa Melayu yang berasaskan KBAT. Justeru, teori ini memberi impak
yang besar yang berupaya mengisi kelompangan dalam aspek teori. Selain itu, kajian ini
menunjukkan memberi implikasi empirikal. Terdapat beberapa kajian yang telah dilaksanakan
bagi mengkaji cara pengaplikasian KBAT dalam pengajaran guru dengan menggunakan kajian
kes dan menggunakan kajian tinjauan. Kajian ini telah melaksanakan kaedah kajian
fenomenologi yang menunjukkan bahawa kajian ini adalah empirikal.

Berdasarkan dapatan kajian, pengkaji telah menyenaraikan beberapa cadangan


kepada beberapa pihak dalam cara dan kesan pengaplikasian KBAT. Cadangan praktikal

427
diberikan Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya Bahagian Pembangunan Kurikulum
perlu mengambil perhatian serius tentang terhadap perkara ini dengan meneruskan modal-
modal yang sedia ada dengan penambahbaikan pada aspek cara pengaplikasian KBAT
dengan lebih terperinci untuk memastikan bagaimana cara pengaplikasian KBAT dapat
ditunjukkan kepada guru dengan contoh-contoh yang sesuai. Pihak sekolah disarankan untuk
mengadakan sesi perkongsian antara guru agar semua guru Bahasa Melayu dapat berkongsi
idea cara mengaplikasikan pelbagai KBAT masing-masing dalam pengajaran mereka. Guru
perlu memainkan peranan penting dalam pengaplikasian KBAT dalam pengajaran bagi
memastikan kualiti pengajaran mencapai unsur dan elemen KBAT yang sepatutnya. Selain
itu, Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya Bahagian Pembangunan Kurikulum perlu
memantapkan dan menyebarkan lagi kesan pengaplikasian KBAT kepada pihak sekolah dan
guru agar mereka dapat melihat keberkesanan KBAT dalam pengajaran. Pihak sekolah
disarankan untuk memberikan taklimat dan bengkel kepada guru agar mereka dapat
mengaplikasikan KBAT dengan berperanan sebagai seorang guru fasilitator. Guru perlu sedar
bahawa murid juga berupaya memperoleh nilai tambah melalui pengaplikasian KBAT ini. Nilai
seperti murid lebih aktif dalam pembelajaran, murid berfikir untuk menjawab tugasan dan
mewujudkan komunikasi dua hala yang dapat membantu dalam memastikan kelas yang
dijalankan bersifat interaktif.

Pengkaji juga mencadangkan beberapa cadangan kajian lanjutan. Saranan yang


pertama ialah pelaksanaan penyelidikan tentang objektif kajian pertama iaitu cara
pengaplikasian KBAT dalam pengajaran guru Bahasa Melayu menggunakan pendekatan
kajian gabungan. Hal ini disebabkan masih kurang kajian berkaitan pengaplikasian KBAT yang
menggunakan pendekatan kajian gabungan. Sehubungan itu, disarankan agar pada masa
akan datang dilaksanakan penyelidikan tentang pembangunan modul KBAT versi
penambahbaikan dengan cara yang paling kerap digunakan oleh guru bersama dengan
proses pengaplikasian KBAT. Berdasarkan kajian literatur didapati masih kurang kajian yang
dilaksanakan bagi guru Bahasa Melayu terutamanya di sekolah rendah. Oleh yang demikian,
disarankan agar pada masa yang akan datang dilaksanakan penyelidikan di sekolah rendah
seperti SJK (C) dan SJK (T) dengan menggunakan guru-guru muda kerana guru-guru ini telah
didedahkan tentang maklumat dan teknologi yang tinggi yang membolehkan mereka untuk
mengaplikasi KBAT dengan cara yang lebih bervarisi. Seterusnya, saranan yang diberikan
ialah pelaksanaan penyelidikan tentang kesan pengaplikasian KBAT dalam pengajaran guru
menggunakan sampel guru yang berbeza. Hal ini disebabkan berdasarkan kajian literatur,
masih kurang kajian berkaitan kesan pengaplikasian KBAT yang menggunakan sampel dalam
kalangan guru prasekolah.

428
RUJUKAN
Abdul Halim Abdullah, Mahani Mokhtar, Noor Dayana Abd Halim, Dayana Farzeeha Ali,
Lokman Mohd Tahir & Umar Haiyat Abdul Kohar. (2016) Mathematics Teachers’ Level
of Knowledge and Practice on the Implementation of Higher-Order Thinking Skills
(HOTS). EURASIA Journal of Mathematics Science and Technology Education. 13(1),
3-7. https://doi.org/ 10.12973/eurasia.2017.00601a

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2014a). Elemen KBAT dalam Kurikulum. Kementerian


Pendidikan Malaysia

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2014b). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Aplikasi di


Sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia

Bavani Nageswana Row, Selvaranee Subramaniam, Renuka V. Sathasivam. (2016). When


Students Say “I Just Couldn‟t Think”: Challenges in Teaching Skilful Thinking.
The Malaysian Online Journal of Educational Sciences, 4(2). University of Malaya
Charanjit Kaur Swaran Singh, Rhashvinder Kaur Ambar Singh, Tarsame Singh Masa Singh,
Nor Azmi Mostafa & Tunku Mohani Tunku Mohtar. (2018). Developing a Higher Order
Thinking Skills Module for Weak ESL Learners. English Language Teaching, 11(7), 86-
100

Chew, Bee Gek. (2017). Pengetahuan dan Pengaplikasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
dalam Kalangan Guru Teknik dan Vokasional. Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Elfis Suanto, Effandi Zakaria & Siti Mistima Maat. (2019). Impak Pendekatan Pembelajaran
Pengalaman terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Topik Bongkah Geometri Tiga
Dimensi. Jurnal Pendidikan Khas, 44(1), 121-135. http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2019-
44.01SI-10

Jamilah Man, Yahya Don dan Siti Noor Ismail. (2016). Kepimpinan Transformasional Dan
Kualiti Guru Generasi ‘Y’. Jurnal Kepimpinan Pendidikan.
ijie.um.edu.my/index.php/JUPIDI/article/download/8412/5851

Jayeswary Shammugam & Ahmad Johari Sihes. (2014). Kefahaman Dan Kemahiran Guru
Dalam Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). 1 International Education
st

Proceedings Volume 2. Universiti Teknologi Malaysia

Malini Ganapathy, Manjet Kaur Mehar Singh, Sarjit Kaur, Liew, Wai Kit. (2017). Promoting
Higher Order Thinking Skills via Teacher Practices. 3L: The Southeast Asian Journal of
English Language Studies, 23(1): 75-85. http:/doi.org 10.17576/3L-2017-2301-06

Marzini binti Mohamed Mokhtar. (2018). Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam
Pembelajaran dan Pemudahcaraan Penulisan Karanagan Argumentatif. Tesis Ijazah
Doktor Falsafah. Universiti Sains Malaysia

Mohamad Nurul Azmi Mat Nor, Nurzatulshima Kamarudin, Umi Kalthom Abdul Manaf & Mohd
Hazwan Mohd Puad. (2017). Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
dalam Kurikulum Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Sekolah Rendah.
International Journal of Education and Training (InjET),3(2), 17. http://www.injet.up
m.edu.my

429
Mohd Syaubari Othman & Ahmad Yunus Kasim. (2017). Pelaksanaan Kaedah Penyoalan
Berdasarkan KBAT di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Tinta Artikulasi
Membina Ummah, 3(1), 42-53

Muhammad Faez Nurazman Amrullah, Wan Muna Ruzanna Wan Mohamed & Melor Md
Yunus. (2018). Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran
Karangan UPSR oleh Guru Bahasa Melayu: Satu Kajian Kes. Sains
Humanika, 10(3) :27-37

Nor Hasmaliza Hasan & Zamri Mahamod. (2016). Persepsi Guru Bahasa Melayu
Sekolah Menengah Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. (The Perception of
Malay Language Teachers at Secondary School towards Higher Order Thinking
Skills). Malay Language Education Journal –MyLEJ, 6(2), 2180–4842.

Noor Haslinda Shuib. (2019). Penggunaan Protokol Temu Bual dalam Menghasilkan Dapatan
Kajian Kualitatif yang Berkualiti: Satu Perkongsian Pengalaman. Jurnal Refleksi
Kepemimpinan, 1, 97-112

Rohaida Yusop & Zamri Mahamod. (2015). Keberkesanan Peta Pemikiran (I-think) dalam
meningkatkan pencapaian penulisan Bahasa Melayu Murid Tahun 6. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 5(2), 31-37

Saipolbarin Ramli, Muhammad Taufiq Abdul Ghani, Nazri Atoh & Taj Rijal Muhammad
Romli. (2019). Integrasi Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Berasaskan
Kit Media dalam Amalan Pembelajaran dan Pemudahcaraan Guru Pelatih Bahasa
Arab International Journal of Language Education and Applied Linguistics
(IJLEAL), 9(1), 33-44

Siti Aishah binti Ashaari. (2016). Pembinaan dan Penilaian Modeul SintaksisAsas Bahasa
Arab Berlandaskan Pendekatan Konstrastif Bahasa Melayu-Bahasa Arab.
Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Universiti Malaya.

Sivapakkiam a/p Ramasamy. (2017). Kesediaan dan Pelaksanaan Kemahoran Berfikir Aras
Tinggi dalam Kalangan Guru Cemerlang. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Universiti
Putra Malaysia

Suppiah Nachiappan, Irna Patricia Julia, Norazilawati Abdullah, Sangkari Chandra Segar,
Sandra Suffian, Noor Athirah Sukri. (2019). Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di tadika. Jurnal Pendidikan
Awal Kanak kanak Kebangsaan, 8, 24-32.
https://doi.org/10.37134/jpak.vol8.4.2019

Syafiq Mah Hasan. (2019). Meningkatkan Kemahiran Menyoal dalam pengajaran. Asian
Education Action Research Journal (AEARJ). 8, 1-8

Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan. (2015). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
dan Pelaksanaan KBAT di Sekolah. Buletin Anjakan Buletin Transformasi
Pendidikan
Malaysia.https://www.moe.gov.my/images/kpm/pemberitahuan/2015/articlefile_file_
004066.pdf

430
Vinogharri Muniandy, Johari Surif dan Nor Hasniza Ibrahim. (2015). Penerapan Strategi
Pengutaraan Masalah Untuk Meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.
Universiti Teknologi Malaysia.

Zamri Mahamod. (2012). Inovasi p&p dalam pendidikan Bahasa Melayu. Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Idris

Zurina Md. Nen, Nur Zafifa Kamarunzaman, Mazlan Che Soh & Sarina Othman. (2018).
Pembangunan Senarai Semak untuk Mendapatkan Data-data Sensitif (HSD) dalam
Penyelidikan (Development of Checklist for Assessing Highly Sensitive Data (HSD) in
Research). Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM),2, 37-52

431
PENINGKATAN PENGUASAAN TANDA BACA MELALUI PENGGUNAAN TEKNIK
LAMPU ISYARAT DALAM KEMAHIRAN MENULIS MURID TAHUN 4

Anis Athirah binti Abdullah


anis09-850@epembelajaran.edu.my

Amir Hamzah bin Aman


amirhamzah@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji peningkatan penguasaan tanda baca melalui penggunaan Teknik
Lampu Isyarat dalam kemahiran menulis murid Tahun 4. Reka bentuk kajian ini mengaplikasikan
kaedah kuasi eksperimen dengan membahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan yang
menggunakan pendekatan pengajaran secara tradisional dan kumpulan rawatan yang mengaplikasikan
Teknik Lampu Isyarat. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan seramai 59 orang
murid Tahun 4 berpencapaian sederhana di sebuah sekolah kerajaan di Sungai Buloh, Selangor. Data
kajian dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 25 untuk
mendapatkan min dan sisihan piawai dan statistik inferens iaitu ujian-t tidak bersandar. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara min pencapaian pelajar kumpulan
rawatan dengan pelajar kumpulan kawalan dalam ujian pasca. Dapatan juga membuktikan bahawa
Teknik Lampu Isyarat dapat meningkatkan penguasaan tanda baca murid dalam kemahiran menulis.
Kajian ini memberikan satu implikasi yang jelas kepada murid-murid dalam membantu mereka
menguasai penggunaan tanda baca yang betul.

Kata Kunci: peningkatan, penguasaan, tanda baca, Teknik Lampu Isyarat, kemahiran menulis

ABSTRACT
This study aims to examine the improvement of punctuation mastery through the use of Traffic Light
Techniques in the writing skills of Year 4 students. This study uses a quantitative method involving a
total of 59 Year 4 students with moderate achievement in a government school in Sungai Buloh,
Selangor. Study data were analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 25 to
obtain the mean and standard deviation and inferential statistics that is independent t-test. The findings
of the study showed that there was a significant difference between the mean achievement of students
of the treatment group with students of the control group in the post-test. The findings also prove that
the Traffic Light Technique can improve students' punctuation mastery in writing skills. This study gives
a clear implication to the students in helping them master the use of correct punctuation.
Keywords: improvement, mastery, punctuation, Traffic Lighting Techniques, writing skills

PENGENALAN
Bahasa merupakan salah satu elemen komunikasi yang penting di seluruh dunia kerana tanpa
bahasa, manusia tidak dapat berkomunikasi antara satu sama lain. Setiap masyarakat
mempunyai sistem bahasa yang tersendiri dan penggunaan sesuatu bahasa itu amat meluas
di seluruh dunia. Di Malaysia, bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Negara ini
yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum mempunyai sebahagian daripada

432
penduduknya yang menggunakan bahasa Melayu bukan sebagai bahasa pertama atau
bahasa ibunda, tetapi sebaliknya mempelajari dan menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa
pengantar utama dan merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari di sekolah. Mata
pelajaran ini bertujuan melengkapkan murid dengan ketrampilan dari segi tulisan mahupun
lisan selaras dengan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Kemahiran bahasa
terbahagi kepada empat komponen iaitu kemahiran membaca, kemahiran menulis, kemahiran
mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran bahasa diajar dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu.

Setiap masyarakat mempunyai sistem bahasanya yang tersendiri dan penggunaan


sesuatu bahasa itu amat meluas di seluruh dunia. Buktinya, terdapat pelbagai bahasa yang
dituturkan di seluruh dunia sama ada di benua Eropah dan juga benua Asia. Malah dalam
setiap sistem pendidikan di seluruh dunia pasti mengutamakan pembelajaran bahasa di
institusi-institusi pengajian. Sebagai contoh di negara Eropah seperti Amerika Syarikat
mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa utama manakala di Singapura turut mempelajari
bahasa Inggeris dan bahasa Cina sebagai bahasa utama. Di Malaysia, terdapat dua bahasa
utama yang difokuskan dalam pengajaran dan pembelajaran di semua institusi persekolahan
iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Selain dua bahasa utama, bahasa asing seperti
bahasa Arab, bahasa Perancis juga turut dipelajari di Malaysia.

Dalam usaha mempertingkat kemahiran bahasa murid-murid, guru mempunyai


peranan yang besar. Menurut Roselan (2003), kemahiran berbahasa merupakan kemahiran
asas yang amat penting dan perlu ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Hal ini kerana guru yang bertindak sebagai pelaksana kurikulum perlu
mengambil berat tentang objektif kurikulum yang digubal bagi membolehkan hasrat kerajaan
tercapai. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan projek untuk meninjau
keperluan pengajaran pemulihan, iaitu melalui Program KIA2M (Kelas Intervensi Awalan
Membaca dan Menulis) mengesahkan bahawa keperluan pengajaran pemulihan amat
diperlukan. Justeru, Bahagian Sekolah-Sekolah KPM telah merangka program pengajaran
pemulihan di sekolah rendah bagi memenuhi keperluan murid-murid lembam ini (Abdul Rasid
dan Zulkafli, 2008). Walaupun begitu, terdapat program yang diberi perubahan tetapi menuju
ke arah matlamat yang sama, iaitu Program Literasi dan Numerasi (LINUS). Program ini
memberi penekanan kepada literasi Bahasa Melayu, iaitu lisan, bacaan dan tulisan serta
ditambah dengan kemahiran asas kiraan serta memahami idea matematik yang mudah.

Matlamat utama dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ialah murid
dapat menggunakan bahasa secara gramatis. Kemahiran menulis merupakan salah satu

433
kemahiran yang kompleks dan perlu dikuasai di sekolah. Bahkan, kemahiran menulis
merupakan kemahiran yang sukar diajarkan dan dikuasai oleh murid (Nik Safiah 2004) kerana
penulisan melibatkan tahap literasi yang paling kompleks dan memerlukan proses kognisi
yang tinggi (Roselan 2003). Dalam konteks pendidikan di Malaysia, pengajaran kemahiran
menulis merupakan salah satu elemen utama dalam pelaksanaan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menitikberatkan kemahiran dan penguasaan 3M
(membaca, menulis dan mengira). Para guru perlu mengajarkan kemahiran menulis dengan
menggunakan pelbagai pendekatan, teknik atau strategi yang mengutamakan ciri-ciri
pembelajaran aktif, seperti menggunakan pendekatan pembelajaran secara didik hibur
(Jabatan Perkembangan Kurikulum, 2009). Pendekatan pengajaran ini dicadangkan
penggunaannya dengan tujuan untuk mengelakkan pengajaran menulis tidak membosankan
murid (Siti Zabidah 2006).

Kemahiran menulis terbahagi kepada dua iaitu kemahiran menulis mekanis dan
kemahiran menulis mentalis (Kamarudin Hj Husin dan Siti Hajar Hj Abd Aziz, 1997). Sejajar
dengan Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah (2003), objektif utama
kemahiran menulis adalah memfokuskan kepada aspek tulisan yang jelas dengan
menggunakan tanda bacaan dan ejaan yang betul. Tanda-tanda bacaan seperti tanda noktah,
koma, seruan, tanda soal dan sebagainya perlu diberi penekanan.

PERNYATAAN MASALAH
Shaw (1993) mengklasifikasikan empat fungsi tanda baca iaitu untuk menamatkan,
memperkenalkan, memisahkan atau merangkumkan perkataan, frasa dan klausa dalam ayat.
Masalah penguasaan tanda baca dalam kalangan murid dapat menyebabkan sesuatu
penulisan menjadi kurang jelas dan tidak gramatis. Sebagai contoh, penekanan tanda noktah
dalam ayat lebih tinggi berbanding tanda koma. Manakala darjah penekanan tanda koma
bertitik pula lebih tinggi berbanding tanda koma. Hal ini bermakna, amatlah penting untuk
memilih tanda baca yang lebih efektif dalam menyampaikan sesuatu dalam penulisan. Oleh
itu, kepentingan penggunaan tanda baca dalam tulisan tidak dapat disangkal lagi kerana tanda
baca turut mengukuhkan tatabahasa wacana tulisan dalam Bahasa Melayu (Ismail,2015).

Menurut Adilah Binti Che Ismail dan Tg. Nor Faizul Bin Tg. Embong (2015), Teknik
Lampu Isyarat dapat memperbaiki kelemahan murid dalam menguasai kemahiran
penggunaan tanda baca yang melibatkan huruf besar, koma dan noktah bagi penulisan
bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, kajian ini mengkaji hasil tulisan murid Tahun 4 bagi
mengenal pasti kesan penggunaan Teknik Lampu Isyarat dalam penguasaan tanda baca
kemahiran menulis.

434
OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini terdapat satu objektif bagi mencapai tujuan kajian seperti yang berikut:

1. Mengenal pasti penguasaan tanda baca murid setelah menggunakan Teknik Lampu
Isyarat dalam kemahiran menulis.

SOALAN KAJIAN
Soalan kajian adalah selari dengan objektif kajian seperti yang berikut:
1. Adakah penguasaan tanda baca murid dapat dibantu setelah menggunakan Teknik
Lampu Isyarat dalam kemahiran menulis murid Tahun 4?

METODOLOGI KAJIAN
Reka Bentuk
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif bagi mengenal pasti penguasaan tanda baca
murid setelah menggunakan Teknik Lampu Isyarat dalam kemahiran menulis bahasa Melayu.
Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kuasi eksperimen yang menggunakan bentuk iaitu
ujian pra dan ujian pasca kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Kajian ini juga menyelidik
keberkesanan Teknik Lampu Isyarat dalam membantu masalah penguasaan tanda baca yang
berlaku dalam kalangan murid Tahun 4. Maka, kajian kuasi eksperimen ialah kaedah kajian
yang amat tepat digunakan untuk menggantikan reka berbentuk eksperimen tulin apabila
dalam proses pemilihan responden kajian, pengagihan secara rawak tidak dapat dilakukan
oleh penyelidik (Chua, 2006).

Sampel Kajian
Sampel dipilih berdasarkan persampelan rawak mudah, iaitu secara kuasi-eksperimen.
Berdasarkan kajian oleh Norizah Aripin et.al. (2014), persampelan ataupun sampel merupakan
sebahagian daripada populasi yang diperlukan dalam sesuatu kajian bagi membuat
generalisasi tentang populasi tersebut. Populasi kajian ini adalah terdiri daripada murid Tahun
4 di sebuah Sekolah Kebangsaan di Selangor. Dalam kajian ini, seramai 59 orang murid
Tahun 4 iaitu daripada tiga kelas telah dipilih secara berkelompok. Kajian ini menggunakan
persampelan murid Tahun 4 kerana telah mempelajari standard pembelajaran bahagian
penggunaan tanda baca dalam bahasa Melayu. Hal ini memudahkan pengkaji untuk mengenal
pasti tahap penguasaan tanda baca dan keberkesanan Teknik Lampu Isyarat yang diuji.

Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan ujian pra dan pasca bagi mengukur kemahiran individu dalam
penggunaan tanda baca dalam kemahiran menulis bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

435
Kajian ini mengukur penguasaan tanda baca selepas menggunakan Teknik Lampu Isyarat
dalam kemahiran menulis. Noraini (2010), menjelaskan bahawa ujian pencapaian digunakan
untuk mengukur pengetahuan atau kemahiran individu dalam sesuatu bidang atau subjek.
Tujuan ujian pencapaian digunakan di sekolah adalah untuk menilai keberkesanan
pembelajaran atau pengajaran. Oleh hal yang demikian, dalam konteks kajian ini ujian
pencapaian yang digunakan ialah kategori ujian pencapaian yang khusus untuk menilai
kemahiran individu dalam penguasaan tanda baca setelah menggunakan Teknik Lampu
Isyarat dalam kemahiran menulis.

Ujian pra dan pasca dalam kajian dibahagikan kepada dua item iaitu item 1 dan item
2. Item 1 merupakan sebuah petikan pendek yang mempunyai beberapa kesalahan
penggunaan tanda baca yang perlu diteliti dan dibulatkan oleh responden. Item 2 pula
melibatkan kemahiran menulis murid untuk menyalin semula teks petikan tersebut dengan
penggunaan tanda baca yang betul. Kedua-dua item berkaitan dengan konstruk merancang
secara tersusun. Item ini dinilai menggunakan Peraturan Memberi Markah. Ujian pra dan
pasca ini dibangunkan berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian yang telah disediakan oleh
pengkaji. Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) akan dibina sebelum ujian pra dan pasca dijalankan.
Jadual ini dibina supaya ujian yang akan dibangunkan dapat mengukur tahap pencapaian
murid mengikut Aras Taksonomi Bloom. Menurut Zimmaro (2004), JSU adalah satu matrik
atau carta yang mewakili bilangan item yang hendak diuji mengikut topik dan aras kesukaran.
Malah, pembinaan JSU juga dapat membantu guru mengenal pasti kemahiran dan objektif
yang ingin diuji.

Kajian Rintis
Kajian rintis bagi penulisan ini telah dilaksanakan di sebuah sekolah di daerah Kubang Pasu,
Kedah dan terdiri daripada 30 orang murid Tahun 4. Othman Talib (2013) menjelaskan
bahawa item dalam ujian pra dan pasca perlu diuji melalui kajian rintis yang diberikan kepada
sekumpulan responden kajian yang setara dengan responden dalam kajian sebenar. Justeru,
pengkaji menggunakan sampel kajian yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan
subjek kajian sebenar. Ciri-ciri tersebut ialah peringkat umur, latar belakang pendidikan dan
pencapaian akademik. Sebelum kajian rintis dijalankan, pengkaji telah meminta kebenaran
rasmi daripada guru besar sekolah yang berkenaan. Pengkaji juga telah mendapatkan
kerjasama yang baik daripada guru panitia bahasa Melayu di sekolah tersebut. Nilai Cronbach
Alpha yang diperoleh bagi keseluruhan item yang dibina adalah 0.791. Berdasarkan
Interpretasi Nilai Cronbach Alpha (Bond & Fox, 2015), nilai Cronbach Alpha dalam ujian ini
adalah sangat baik dan efektif untuk digunakan dalam pengumpulan data sebenar.

436
Analisis Data
Dalam kajian ini, data yang telah dikumpulkan dianalisis menggunakan Statistical Package for
Social Science (SPSS) Versi 25. Data-data dianalisis melalui statistik deskriptif serta statistik
ujian-t sampel bebas, ujian-t sampel padanan dan perbandingan purata min skor dalam kajian
ini. Hasil kajian dinyatakan dalam bentuk jadual dan analisis deskriptif menggunakan taburan
nilai min dan sisihan piawai. Statistik deskriptif digunakan untuk menunjukkan markah min
yang digunakan untuk menjelaskan latar belakang responden, masalah, kesan penggunaan
Teknik Lampu Isyarat dan keputusan ujian. Seterusnya, statistik ujian-t digunakan untuk
menguji hipotesis tentang perbezaan pencapaian pelajar mengikut kaedah yang diterapkan
dalam kajian ini.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Analisis Data Ujian Normaliti
Analisis normaliti ini dilaksanakan bertujuan untuk menentukan bahawa keseluruhan data
responden yang diperoleh adalah well-modelled, iaitu bertabur secara taburan normal atau
sebaliknya. Menurut Nor Aishah, Abdul Rahman, Che Rohani dan Teh (2011), ujian
kenormalan yang baik apabila aras signifikan lebih besar daripada (p>0.05). Bagi
mendapatkan keputusan untuk analisis ini, Ujian Normaliti dilakukan ke atas keseluruhan data
responden yang diperoleh. Ujian Skewness dan Kurtosis dijalankan bertujuan untuk
menentukan taburan data bertabur secara normal. Jika nilai kedua-dua ujian pra dan pasca
ini adalah tidak signifikan iaitu melebihi 0.05 (p>0.05), maka data yang diperoleh dikategorikan
sebagai normal (Coakes, 2013).

Jadual 1
Ujian Normaliti

Kumpulan Jenis ujian Skewness Kurtosis

Kawalan 0.661 -0.161


Ujian Pra
Rawatan 1.121 1.362

Berdasarkan hasil analisis yang dijalankan, nilai signifikan adalah seperti dalam Jadual
1 di atas bagi kedua-dua jenis ujian. Hasil ujian ini menunjukkan nilai bagi kedua-dua
pemboleh ubah adalah tidak signifikan iaitu melebihi 0.05 (p>0.05). Oleh hal yang demikian,
berdasarkan kepada analisis ini, maka dapat disimpulkan bahawa data yang diperoleh
bertaburan secara normal.

437
Analisis Deskriptif Ujian Pra dan Pasca
Bahagian ini membincangkan hasil dapatan untuk ujian pra dan ujian pasca bagi kedua-dua
kumpulan, iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Dalam hasil dapatan kajian,
terdapat dua jenis data iaitu analisis ujian pra dan pasca bagi kumpulan kawalan dan analisis
ujian pra dan pasca bagi kumpulan rawatan. Kedua-dua penganalisisan menjawab soalan
kajian iaitu penguasaan tanda baca dalam kemahiran menulis murid setelah menggunakan
Teknik Lampu Isyarat.

Jadual 2
Analisis Nilai Min dan Sisihan Piawai Bagi Kumpulan Kawalan dan Rawatan

Sisihan
Kumpulan N Jenis ujian Min (µ)
Piawai (Ϭ)
Pra 9.63 3.409
Kawalan 29
Pasca 9.87 2.713
Pra 9.53 3.730
Rawatan 30
Pasca 15.9 3.325

Berdasarkan jadual di atas, ujian pra bagi kumpulan kawalan mempunyai min yang lebih
rendah berbanding dengan ujian pasca. Min bagi ujian pra kumpulan kawalan bernilai (µ=9.63)
manakala min bagi ujian pasca kumpulan kawalan pula bernilai (µ=9.87). Hal ini menunjukkan
bahawa terdapat perbezaan min antara ujian pra dan ujian pasca tersebut. Bagi kumpulan
rawatan pula, min bagi ujian pra juga rendah berbanding dengan min bagi ujian pasca iaitu
min bagi ujian pra kumpulan rawatan bernilai (µ=9.53) manakala min bagi ujian pasca bernilai
(µ=15.9).
Seterusnya, sisihan piawai bagi ujian pra dalam kumpulan kawalan lebih lebih tinggi
berbanding dengan ujian pasca. Sisihan piawai bagi ujian pra dalam kumpulan kawalan
bernilai (Ϭ=3.409) manakala sisihan piawai bagi ujian pasca bernilai (Ϭ=2.713). Bagi
kumpulan rawatan pula, sisihan piawai untuk ujian pra adalah lebih tinggi berbanding dengan
sisihan piawai untuk ujian pasca. Sisihan piawai bagi ujian pra dalam kumpulan rawatan
bernilai (Ϭ=3.730) manakala sisihan piawai bagi ujian pasca pula bernilai (Ϭ=3.325).
Berdasarkan data deskriptif yang telah dijelaskan di atas, dapat dirumuskan bahawa
jika dibandingkan antara kedua-dua kumpulan, didapati bahawa skor kumpulan rawatan lebih
baik. Hal ini demikian, berdasarkan jadual 2, nilai min skor ujian rawatan lebih tinggi iaitu pra
(µ=9.53) dan pasca (µ=15.9), berbanding dengan nilai min skor ujian kumpulan kawalan iaitu
pra (µ=9.63) dan pasca (µ=9.87). Keadaan ini menggambarkan bahawa peningkatan purata
markah kumpulan rawatan (µ=6.37) lebih tinggi bagi setiap murid berbanding kumpulan
kawalan yang meningkat hanya sebanyak (µ=0.24) bagi setiap murid.

438
Jadual 3
Kekerapan Ujian Pra dan Ujian Pasca Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan

Julat Tahap Kumpulan Kawalan Kumpulan rawatan


markah penguasaan Ujian Pra Ujian Ujian Pra Ujian
Pasca Pasca
16-20 Cemerlang 3 1 3 17
11-15 Baik 7 10 7 10
6-10 Sederhana 18 17 18 3
1-5 Lemah 1 1 2 0

Jadual 3 menunjukkan keputusan kekerapan ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan kawalan
dan kumpulan rawatan. Jadual ini juga menjawab soalan kajian iaitu tahap penguasaan tanda
baca murid setelah menggunakan Teknik Lampu Isyarat dalam kemahiran menulis. Tahap
penguasaan murid dalam tanda baca Bahasa Melayu mengandungi lima tahap, iaitu
Cemerlang, Baik, Memuaskan, Kurang memuaskan dan Lemah berdasarkan rubrik
pemarkahan kertas Penulisan Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Ujian pra dijalankan dalam kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan sebelum proses
intervensi. Ujian pasca dilaksanakan untuk menilai keberkesanan pendekatan yang
digunakan, iaitu kaedah tradisional yang digunakan bagi kumpulan kawalan dan Teknik Lampu
Isyarat yang digunakan dalam kumpulan rawatan bagi mengkaji peningkatan penguasaan
tanda baca dalam kemahiran menulis murid.

Dapatan berdasarkan jadual 3 menunjukkan bahawa hanya terdapat 3 orang murid


kumpulan rawatan yang mencapai tahap cemerlang bagi ujian pra manakala 17 orang murid
mendapat cemerlang dalam ujian pasca. Selain itu, bilangan murid yang mencapai tahap baik
dalam ujian pra adalah sebanyak 7 orang berbanding ujian pasca sebanyak 10 orang murid.
Seterusnya, bagi murid yang mencapai tahap sederhana dalam ujian pra bagi kumpulan
rawatan adalah sebanyak 18 orang manakala 3 orang murid mendapat tahap sederhana
dalam ujian pasca. Di samping itu, bilangan murid yang mencapai tahap lemah dalam ujian
pra adalah sebanyak 2 orang dan tiada murid yang mencapai tahap lemah dalam ujian pasca
bagi kumpulan rawatan.

Murid kumpulan kawalan ialah murid yang tidak menerima pengajaran menggunakan
Teknik Lampu Isyarat dalam ujian pra dan pasca. Dalam kajian ini, terdapat 3 orang murid
yang mencapai tahap cemerlang dalam ujian pra dan seorang mencapai tahap cemerlang
dalam ujian pasca. Selain itu, bilangan murid yang mencapai tahap baik dalam ujian pra dalam
kumpulan kawalan adalah sebanyak 7 orang berbanding ujian pasca sebanyak 10 orang
murid. Seterusnya, bagi murid yang mencapai tahap sederhana dalam ujian pra bagi

439
kumpulan kawalan adalah sebanyak 18 orang manakala 17 orang murid mendapat tahap
sederhana dalam ujian pasca. Malahan, bilangan murid yang mencapai tahap lemah dalam
ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan kawalan ialah seorang murid.

Analisis Hipotesis Kajian Menggunakan Ujian-T


Analisis ujian-t sampel berpasangan telah digunakan untuk menguji hipotesis yang dibina oleh
pengkaji. Menurut Gay et. al. (2009), hipotesis ialah jangkaan pengkaji tentang dapatan kajian.
Hipotesis menyediakan konseptual untuk melaporkan dapatan dan kesimpulan kajian. Oleh
itu, untuk mengetahui hipotesis nul itu ditolak atau diterima, maka nilai signifikan (2-tailed)
menjadi sandaran kepada pengkaji untuk menentukannya. Sekiranya nilai signifikan (2-tailed)
lebih kecil daripada 0.05, maka ia menunjukkan bahawa terdapat perbezaan min yang
signifikan. Seandainya nilai signifikan (2-tailed) lebih besar daripada 0.05, maka ia
menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan min yang signifikan. Oleh itu, bahagian ini
akan menerangkan analisis hipotesis kajian dengan menggunakan Ujian-T (t-test). Terdapat
dua hipotesis yang akan dialisis dan diuji dalam kajian ini.

a. Hipotesis Pertama
Ho1: Terdapat perbezaan min yang signifikan antara skor ujian pasca kumpulan yang
menggunakan Teknik Lampu Isyarat dengan kumpulan yang tidak menggunakan teknik
tersebut.

Jadual 4
Ujian-t (dua sampel berpasangan) antara ujian pasca dalam kumpulan kawalan dan kumpulan
rawatan

Sisihan Sig. (2-


Kumpulan N Min(µ) Nilai -t
Piawai (Ϭ) tailed)
Kawalan 29 9.87 2.713
-9.070 0.000
Rawatan 30 15.9 15.90

Jadual 4 menunjukkan ujian-t bagi menguji perbezaan pemboleh ubah min skor ujian pasca
bagi kumpulan rawatan dengan min skor ujian kumpulan kawalan. Berdasarkan jadual 4.8,
nilai signifikan (2-tailed yang diperoleh ialah 0.000. Data ini menerangkan bahawa terdapat
perbezaan yang signifikan antara min skor ujian pasca bagi kumpulan kawalan dan kumpulan
rawatan. Hal ini disebabkan nilai signifikan (2-tailed) lebih kecil daripada 0.05. Oleh itu,
hipotesis nul diterima.

440
b. Hipotesis Kedua

Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor ujian pasca kumpulan yang
menggunakan Teknik Lampu Isyarat dengan kumpulan yang tidak menggunakan teknik
tersebut.

Jadual 5

Ujian-t (dua sampel berpasangan) antara ujian pasca dalam kumpulan kawalan dan kumpulan
rawatan

Sisihan Signifikan
Kumpulan N Min (µ) Nilai -t
Piawai (Ϭ) (2-tailed)
Kawalan 29 9.87 2.713
-9.070 0.000
Rawatan 30 15.9 15.90

Jadual 5 menunjukkan ujian-t bagi menguji perbezaan pemboleh ubah min skor ujian pasca
kumpulan rawatan dan min skor ujian pasca kumpulan kawalan. Berdasarkan Jadual 4.9,
pengkaji mendapati bahawa nilai signifikan (2-tailed) adalah 0.000. Data ini menerangkan
bahawa tidak terdapat perbezaan antara min skor ujian pasca bagi kumpulan kawalan dan
kumpulan rawatan. Oleh itu, hipotesis nul ditolak.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


Dapatan kajian menunjukkan bahawa penguasaan tanda baca dapat dibantu setelah
menggunakan Teknik Lampu Isyarat dalam Kemahiran Menulis murid Tahun 4. Hal ini
demikian kerana skor ujian pasca bagi kumpulan rawatan adalah lebih baik daripada kumpulan
kawalan. Dalam konteks yang lain, terdapat perbezaan dari segi tahap pencapaian murid
daripada kedua-dua kumpulan sebelum dan selepas intervensi. Terdapat peningkatan
pencapaian yang signifikan dalam kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan. Namun
begitu, kumpulan kawalan juga menunjukkan peningkatan dalam ujian pasca tetapi tahap
peningkatannya kurang signifikan. Bahkan, dapatan kajian ini juga mengukuhkan dapatan
kajian Adilah Binti Che Ismail dan Tg. Nor Faizul Bin Tg. Embong (2015) kerana pencapaian
murid meningkat setelah menggunakan Teknik Lampu Isyarat dalam penguasaan tanda baca
dalam kemahiran menulis Bahasa Melayu.

Selain itu, dapatan kajian ini menunjukkan keberkesanan Teknik Lampu Isyarat dalam
meningkatkan penguasaan tanda baca dalam kemahiran menulis bahasa Melayu. Kajian ini
memberi kesan yang signifikan kepada kumpulan rawatan. Setelah menggunakan Teknik
Lampu Isyarat, murid-murid dapat menguasai penggunaan tanda baca dengan lebih baik
terutama dalam kemahiran menulis bahasa Melayu. Murid-murid dalam kumpulan rawatan

441
berjaya mengetahui dan mengenal pasti kesalahan tanda baca dengan baik dengan
menggunakan Teknik Lampu Isyarat. Min yang diperoleh daripada kumpulan rawatan dan
kumpulan kawalan mempunyai perbezaan yang signifikan. Hal ini dibuktikan dengan hasil
dapatan nilai skor ujian-t bagi ujian pra dan pasca kumpulan rawatan yang menunjukkan
peningkatan nilai min kajian daripada (µ=9.53) dalam ujian pra kepada nilai min sebanyak
(µ=15.9) dalam ujian pasca. Peningkatan antara nilai min bagi kedua-dua ujian adalah
sebanyak 6.37. Oleh itu, dapatan ini telah jelas menunjukkan bahawa Teknik Lampu Isyarat
dapat membantu murid untuk meningkatkan penguasaan tanda baca dalam kemahiran
menulis bahasa Melayu.

Implikasinya, kajian ini berupaya memberi pengetahuan kepada guru tentang


keupayaan pengaplikasian Teknik Lampu Isyarat dalam pengajaran dan pembelajaran tanda
baca dalam bahasa Melayu. Klieckman et. al., (2012) menjelaskan bahawa pengetahuan
berupaya meningkatkan amalan profesional. Oleh itu, kajian ini menjadi pendorong bagi guru
yang kurang strategi atau teknik dalam pengajaran penulisan tanda baca. Seterusnya, kajian
ini juga mampu memotivasikan guru untuk mempersiapkan diri dengan satu kaedah atau
teknik yang dapat merangsang minda murid supaya dapat menguasai penggunaan tanda baca
dalam kemahiran menulis bahasa Melayu. Pengetahuan tentang keberkesanan Teknik Lampu
Isyarat ini berupaya meningkatkan motivasi guru dalam menggunakan teknik tersebut dalam
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa kajian ini berupaya
mengisi kelompangan dalam aspek pengetahuan.

Antara cadangan dalam kajian ini adalah Kementerian Pendidikan Malaysia perlu
mengadakan bengkel berkaitan Teknik Lampu Isyarat dengan menjemput guru-guru yang
berpengalaman dari semasa ke semasa. Hal ini demikian kerana Teknik Lampu Isyarat yang
dilaksanakan pada zaman dahulu berbeza dengan zaman kini. Pengajaran Abad ke-21 (PAK-
21) kurang didedahkan kepada guru-guru lama. Selain itu, cadangan yang perlu dilakukan
oleh pihak sekolah terutamanya pihak pentadbir seperti guru besar, guru penolong kanan dan
sebagainya seharusnya memantau perkembangan sesi PdP guru-guru Bahasa Melayu di
dalam bilik darjah berkaitan pengaplikasian PAK-21. Selain itu, pihak sekolah boleh membina
sudut atau papan maklumat berkaitan Teknik Lampu Isyarat. Sudut tersebut perlu dilengkapi
maklumat asas berkaitan konsep dan cara penggunaan Teknik Lampu Isyarat dalam PDP dan
kehidupan dalam bentuk peta atau infografik. Cadangan ini mampu menyampaikan maklumat
terkini tentang teknik tersebut kepada murid secara langsung.

442
RUJUKAN
Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan kemahiran membaca dan
menulis Bahasa Melayu murid sekolah rendah kebangsaan luar bandar. Kertas
kerja di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008. Universiti Pendidikan Sultan
Idris. 2 – 4 Jun 2008.

Adilah Binti Che Ismail dan Tg. Nor Faizul Bin Tg. Embong. (2015) Meningkatkan
Penggunaan Huruf Besar, Koma Dan Noktah Murid 5 Elit Menggunakan Teknik
Lampu Isyarat. Jurnal Pendidikan: IPGKDRI.

Bond T.G. & Fox C.M. (2007). Applying the Rasch Model Fundamental Measurement in the
Human Sciences. (2nd. Ed.). New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates.

Chua, Y. P. (2006). Kaedah dan statistik penyelidikan tindakan buku. McGraw Hill
Sdn. Bhd.

Coakes, S. J. (2013). SPSS: analysis without anguish: version 20 for windows. John
Wiley & Sons Australia, Ltd.

Gay,L. R., Mills, G.E. & Airasian,P. (2009). Educational research: competencies for
analysis and application. Pearson Education Inc.

Ismail bin Dahaman. (2015). Canggihnya bahasa Melayu: Sistem tanda baca: Kalimat
bertanda intonasi bergaya. Dewan Bahasa dan Pustaka.

JPK [Jabatan Perkembangan Kurikulum]. (2009). Kerangka dan Panduan bagi Kurikulum
dan Penilaian Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21. Bandar Seri Begawan: Jabatan
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan.

Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajr Hj. Abdul Aziz. (1997). Penguasaan kemahiran
menulis: Budiman.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu


Sekolah Menengah; Bahasa Melayu: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kleickmann, T., Richter, D., Kunter, M., Elsner, J., Besser, M., Krauss, S. dan Baumert,
(2013). Teachers’ content knowledge and pedagogical content knowledge: The
role of structural differences in teacher education. Journal of Teacher
Education, 64 (1), 90-106.

Nik Safiah Karim. (2004). Bahasa Melayu sedekad yang lalu. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. McGraw Hill Education.

Norizah Aripin, Hasrina Mustafa & Adnan Hussein. (2014). Hubungan kedinamikan
dalaman dengan keberkesanan pasukan maya: Satu tinjauan di organisasi
bertaraf Koridor Raya Multimedia (MSC) yang terpilih. Malaysian Journal of
Communication, 30, 191–218.

Nor Aishah Ahad, Teh S. Y., Abdul Rahman Othman & Che Rohani Yaacob (2011).
Sensitivity of Normality Tests to Non-normal Data. Sains Malaysiana, 40(6),
637-641.

443
Othman Talib (2013). Asas Penulisan Tesis Penyelidikan dan Statistik. Malaysia:
Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang.

Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu. Karisma
Publications Sdn Bhd.

Shaw, H. (1993). Punctuate it right. New York: Harper Collins Publishers.

Siti Zabidah Mohamed. (2006). Kesan pendekatan penyebatian kemahiran berfikir


kreatif dalam pengajaran karangan deskriptif dan karangan imaginatif dalam
kalangan pelajar tingkatan IV. Disertasi Ph.D. Universiti Sains Malaysia.

Zimmaro, D. M. (2004). Writing good multiple-choice exams. Measurement and Evaluation


Center. University of Texas at Austin. Web site, 16.

444
PENGAPLIKASIAN PERMAINAN BAHASA DALAM KALANGAN GURU BAHASA
MELAYU

Fatihah Nabilah binti Zulkefli


fatihah09-851@epembelajaran.edu.my

Sharifah Hanim binti Syed Akbar


sharifahhanim@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji secara mendalam pengaplikasian permainan bahasa
dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Melayu. Objektif kajian ini adalah untuk menyelidik
pengaplikasian permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Reka bentuk
kajian ini ialah kajian fenomenologi dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Pemilihan peserta
kajian adalah secara persampelan bertujuan yang melibatkan tiga orang guru bahasa Melayu yang
mengajar di sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Pasir Puteh, Kelantan. Instrumen yang
digunakan dalam kajian ini ialah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Data temu bual,
pemerhatian dan analisis dokumen dianalisis secara deskriptif dan analisis tematik. Hasil dapatan kajian
menunjukkan bahawa guru-guru bahasa Melayu melaksanakan permainan bahasa dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu. Implikasi kajian menunjukkan bahawa pengaplikasian permainan
bahasa adalah sesuai dilaksanakan dalam proses PdP bahasa Melayu. Oleh itu, guru-guru bahasa
Melayu disarankan untuk mengaplikasikan permainan bahasa dalam PdP bahasa Melayu di dalam
kelas supaya dapat memberi impak yang signifikan dalam meningkatkan penguasaan kemahiran
bahasa murid yang selanjutnya dapat memberi kesan secara tidak langsung terhadap peningkatan
akademik murid.

Kata Kunci: permainan bahasa, pengaplikasian, Bahasa Melayu

ABSTRACT

This research aims to study in depth about the application of language games in the teaching and
learning of the Malay language. The objective of this study is to investigate the application of language
games in the teaching and learning of the Malay Language. The design of this study is
‘phenomenological study’ which uses the qualitative approach. Selection of the study participants is by
purposive sampling method that involves three teachers who teach Malay language in primary schools
in the district of Pasir Puteh, Kelantan. The instruments used in this study are interviews, observations
and documents analysis. Data from interviews, observations and documents analysis were analyzed by
descriptive and thematic analysis. Results show that the Malay language teachers carry out language
games in the teaching and learning of the Malay language. The study shows that the application of
language games is suitable to be implemented in the teaching and learning of the Malay language.
Therefore, teachers are advised to apply language games in the teaching and learning of the Malay
language in the classroom as it can give a significant impact to improve students’ proficiency in their
language skills. Futhermore, it also can lead to the improvement of students’ academic achievement.

Keywords: language games, applications, Malay language

445
PENGENALAN
Pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini juga bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2003). Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, KPM
menggariskan enam aspirasi murid, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran
memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional. Dalam konteks
ini, sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk memastikan setiap murid mencapai potensi
sepenuhnya. Oleh itu, guru memainkan peranan penting dalam memastikan murid-murid
mencapai aspirasi yang diharapkan.

Seiring dengan perkembangan teknologi dalam pendidikan, kaedah pengajaran yang


berpusatkan guru seperti “Chalk and Talk” sudah tidak relevan lagi pada masa kini (Mahasan
Mahmood, 2003). Kaedah ini sudah tidak berkesan untuk dilaksanakan di dalam bilik darjah
kerana tidak dapat menarik minat murid dan boleh mengundang rasa jemu murid sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijalankan. Oleh yang demikian, bagi
menggantikan pengajaran kaedah ini, kaedah pengajaran berpusatkan murid telah
diperkenalkan. Murid perlu didedahkan dengan strategi kendiri agar mereka dapat
menjalankan aktiviti pembelajaran dengan sendiri. Peranan yang dimainkan oleh guru pula
adalah sebagai fasilitator dan pemudahcara kepada pengajaran yang dilaksanakan. Melalui
kaedah ini murid akan dapat menguasai ilmu dengan cepat dan baik. Malah, hasil yang
diperoleh juga adalah lebih berkesan. Justeru itu, guru perlu menggunakan teknik pengajaran
yang sesuai bagi menarik minat murid untuk belajar.

Dalam pengajaran bahasa Melayu, terdapat beberapa teknik pengajaran yang dapat
diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Faridah Nazir et al. (2016),
teknik merupakan taktik atau cara-cara yang digunakan oleh guru bagi mencapai hasil segera
yang maksimum ketika menyampaikan sesuatu pengajaran. Teknik-teknik ini diaplikasikan
bagi memastikan proses PdP dilaksanakan dengan berkesan dan bermakna. Antara teknik
yang dapat diaplikasikan bagi meningkatkan keberkesanan proses PdP ialah teknik sumbang
saran, permainan bahasa, main peranan, simulasi, lakonan, soal jawab dan sebagainya (Mohd
Razak Mohd Nordin & Masitah Ahmad, 2016). Pengaplikasian teknik dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dapat menimbulkan keseronokan, menarik minat murid dan dapat

446
memastikan proses pengajaran berjalan dengan lancar. Menurut Mohd Ismail Mustari et al
(2012), guru yang bijak akan mengadaptasikan teknik yang kreatif bagi mewujudkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan serta bermakna. Oleh itu, teknik yang
paling menyeronokkan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah teknik
permainan bahasa.

Teknik permainan bahasa merupakan salah satu cara dalam mempelajari bahasa
melalui permainan (Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad, 2012). Permainan bahasa ini
sesuai digunakan semasa penyampaian pembelajaran dan pengajaran pada pelbagai tahap
pencapaian murid. Hal ini demikian kerana penglibatan dalam permainan memberi ruang dan
peluang kepada murid untuk memperoleh pembelajaran bermakna. Penggunaan teknik
permainan bahasa sewaktu mengajar bahasa Melayu juga dapat menarik minat murid untuk
belajar. Menurut Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad (2012), kebanyakan aktiviti permainan
menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa murid. Melalui pengaplikasian teknik ini,
kemahiran berbahasa dalam Bahasa Melayu seperti kemahiran mendengar, kemahiran
bertutur, kemahiran menulis dan kemahiran membaca dapat diajar dengan mudah. Semua
kemahiran ini amat penting dikuasai oleh murid dalam pembelajaran bahasa Melayu bagi
memperoleh ilmu. Anglin (2000) pula berpendapat bahawa penglibatan dalam permainan,
khususnya secara interaktif mampu memberi ruang dan peluang kepada murid untuk
memperoleh latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat diagnostik. Oleh itu,
teknik permainan bahasa sesuai diaplikasikan oleh guru dalam meningkatkan kemahiran
berbahasa murid.

PERNYATAAN MASALAH
Menurut Mohd Razak Mohd Nordin & Masitah Ahmad (2016), permainan bahasa baik untuk
dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian Nurul Huda Mohd Saad et al.
(2017), menunjukkan bahawa teknik permainan bahasa mampu menarik minat pelajar untuk
aktif dalam menyertai sesi pengajaran dan pembelajaran. Teknik permainan bahasa seperti
teka silang kata, kotak beracun, sahiba dan sebagainya sangat sesuai diaplikasikan dalam
bilik darjah. Sehubungan itu, kajian ini telah menyelidik pengaplikasian permainan bahasa
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini terdapat satu objektif seperti yang berikut:
i. Menyelidik pengaplikasian permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu.

447
SOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif yang dinyatakan, soalan kajian yang boleh dibentuk:
i. Apakah permainan bahasa yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu?
ii. Bagaimanakah permainan bahasa dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu?

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah kajian fenomenologi.
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji secara mendalam pengaplikasian permainan bahasa
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Sehubungan itu, kajian ini
menggunakan pendekatan kualitatif kerana menurut Patton (2002) pendekatan kualitatif
sangat sesuai untuk digunakan bagi pengkaji yang ingin menyelidik secara mendalam dan
terperinci tentang sesuatu isu kajian. Selain itu, kajian ini juga menggunakan kaedah kajian
fenomenologi kerana Kamarul Azmi Jasmi (2012) menyatakan bahawa kajian fenomenologi
adalah satu ilmu yang berorientasi untuk mendapatkan penjelasan tentang sesuatu realiti yang
ada. Oleh itu, reka bentuk kajian ini membolehkan pengkaji untuk menyelidik pengaplikasian
permainan bahasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara lebih terperinci.

Populasi kajian ini terdiri daripada guru bahasa Melayu yang mengaplikasi permainan
bahasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Melayu. Kaedah
persampelan yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah pensampelan bertujuan. Menurut
Creswell (2010), kaedah pensampelan bertujuan ialah sampel bukan kebarangkalian yang
dipilih berdasarkan ciri-ciri populasi dan objektif kajian. Kajian ini berfokus berkenaan
pengaplikasian permainan bahasa dalam PdP bahasa Melayu. Sehubungan itu, pengkaji telah
memilih guru bahasa Melayu yang mengajar di sekolah kebangsaan sebagai sampel kajian.

Kajian ini menggunakan tiga jenis instrumen iaitu senarai semak pemerhatian, senarai
semak analisis dokumen dan protokol temu bual. Instrumen senarai semak digunakan bagi
memudahkan pengkaji menganalisis data-data dalam pemerhatian dan analisis dokumen
(Kamarul Azmi Jasmi, 2012). Manakala protokol temu bual pula digunakan kerana instrumen
ini lebih sistematik dan berstruktur dalam proses pengumpulan data kualitatif (Mohd Majid,
2000). Oleh itu, kajian ini menggunakan instrumen senarai semak dan protokol temu bual bagi
membolehkan pengkaji mengumpul data dengan lebih baik sewaktu membuat temu bual,
pemerhatian dan analisis dokumen.

448
Instrumen senarai semak dan protokol temu bual dalam kajian ini telah dibina sendiri oleh
pengkaji. Sehubungan itu, setelah pengkaji membina instrumen itu, pengkaji telah
mendapatkan kesahan daripada pakar. Kesahan muka adalah untuk memastikan kejelasan
item, soalan yang dikemukakan, masa menjawab yang mencukupi, dan yang paling utama
item mengukur apa yang sepatutnya (DeVellis, 2003). Kesahan instrumen dalam kajian ini
mengambil kira kredibiliti, kebolehpindahan dan mendapat pengesahan daripada pakar
bidang bahasa terhadap instrumen kajian. Kebolehpercayaan kajian ini pula melalui semakan
data iaitu triangulasi data. Pengumpulan data utama dalam kajian ini melalui kaedah temu
bual separa struktur dan disokong dengan data pemerhatian dan analisis dokumen iaitu
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) guru. Oleh itu, kajian ini menggunakan triangulasi data
supaya data yang dikutip benar-benar mencapai tahap kepercayaan yang tinggi.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Perbincangan bagi dapatan kajian ini menggunakan analisis tematik. Persoalan utama kajian
ini berkenaan permainan bahasa yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu. Manakala, cara permainan bahasa yang diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu merupakan soalan kajian yang kedua. Melalui hasil dapatan
temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen, pengkaji telah berjaya membuktikan bahawa
dapatan kajian ini telah menjawab kedua-dua soalan kajian.

Apakah Permainan Bahasa Yang Diaplikasikan dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Bahasa Melayu
Hasil dapatan kajian melalui temu separa struktur yang dijalankan kepada tiga orang
responden kajian, pengkaji mendapati bahawa permainan bahasa sememangnya
diaplikasikan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Persoalan kajian pertama merangkumi tiga jenis permainan bahasa seperti yang berikut:

i. Kad perkataan
Dapatan kajian menunjukkan bahawa permainanan bahasa yang kerap digunakan oleh ketiga-
tiga responden ialah kad perkataan. Hal ini dapat dibuktikan dengan kenyataan yang diujarkan
oleh responden-responden kajian melalui temu bual berdasarkan Jadual 1.

449
Jadual 1
Transkripsi temu bual soalan satu

Responden 1 Responden Responden 3


2
“... Kebiasaannya, “Yang biasa saya “..Saya
saya menggunakan lakukan adalah melaksanakan
kad perkataan... teka silang kata, aktiviti kuiz dan kad
untuk membina pastu kad perkataan dalam
perkataan”. permainanlah. proses pengajaran
Kad flash card saya..”.
iaitu kad
perkataan bagi
memudahkan (R3TB3B1)
(R1TB1B1) murid memahami
isi pelajaran yang
saya
sampaikan...”.

(R2TB2B1)

Berdasarkan Jadual 1, responden pertama (R1) menyatakan bahawa beliau menggunakan


kad perkataan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu terutama dalam
melaksanakan aktiviti membina perkataan. Manakala, responden kedua (R2) pula
menyatakan bahawa beliau kerap menggunakan kad perkataan seperti flash card dalam
pengajaran beliau. Selanjutnya, responden ketiga (R3) pula menyatakan bahawa beliau telah
melaksanakan aktiviti kad perkataan dalam PdP beliau. Dapatan daripada ketiga-tiga
responden tersebut menunjukkan bahawa permainan kad perkataan merupakan antara aktiviti
permainan bahasa yang gemar dilakukan oleh guru-guru bahasa Melayu dalam
pengajarannya di dalam kelas. Dapatan kajian ini disokong oleh dapatan pemerhatian
daripada senarai semak pemerhatian yang telah dijalankan. Dapatan pemerhatian ini
menunjukkan bahawa R1 dan R2 menggunakan kad perkataan sebagai Bahan Bantu
Mengajar (BBM) dalam aktiviti permainan bahasa. Dapatan kajian ini juga disokong dengan
dapatan daripada analisis dokumen, iaitu Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Melalui RPH
tersebut, jelas menunjukkan bahawa guru telah menggunakan kad perkataan dalam RPH. Hal
ini dibuktikan berdasarkan perkataan ‘kad imbasan’ dalam RPH tersebut. Kad imbasan
merupakan salah satu contoh kad perkataan dalam permainan bahasa. Kad imbasan
digunakan oleh guru bagi memudahkan murid memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh
guru. Tuntasnya, dapat disimpulkan bahawa guru menggunakan kad perkataan dalam aktiviti
permainan bahasa.

450
ii. Teka silang kata
Jenis permainan bahasa yang digunakan oleh guru juga ialah teka silang kata dalam aktiviti
pengajaran bahasa Melayu di dalam kelas. Permainan teka silang kata adalah salah satu
permainan mengasah minda yang sangat diminati. Daripada ketiga-tiga responden tersebut,
hanya seorang sahaja responden, iaitu responden kedua (R2) menyatakan bahawa beliau
melaksanakan aktiviti teka silang kata dalam pengajaran beliau. Hal ini dibuktikan daripada
kenyataan beliau semasa temu bual, iaitu seperti berikut:

“Yang biasa saya lakukan adalah teka silang kata, pastu kad permainanlah. Kad flash card
iaitu kad perkataan bagi memudahkan murid memahami isi pelajaran yang saya sampaikan...
”.
(R2TB2B1)

Pernyataan beliau berkenaan teka silang kata dapat mengukuhkan dapatan ini bahawa
beliau sememangnya kerap mengaplikasikan aktiviti teka silang kata dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (PdP) beliau. Dapatan kajian ini juga disokong oleh dapatan pemerhatian
daripada senarai semak pemerhatian yang telah dijalankan. Dapatan pemerhatian ini
menunjukkan bahawa R2 menggunakan teka silang kata dalam aktiviti permainan bahasa
yang dijalankan. Permainan teka silang kata dilaksanakan untuk melatih kebolehan berfikir
murid. Menurut Suzana Yusof dan Zukia Aniza Ibrahim (2017), teka silang kata merupakan
satu aktiviti yang dapat dimanfaatkan oleh tenaga pengajar untuk diaplikasikan di dalam kelas
mengikut kesesuaian topik yang diajar dan pengisian aktiviti ini adalah bersifat lebih menarik,
santai dan mesra pelajar. Dalam pelaksanaan aktiviti teka silang kata ini, guru memberi arahan
kepada murid dengan menerangkan cara-cara melengkapkan teka silang kata. Guru
menggalakkan penglibatan murid secara aktif dengan meminta murid melengkapkan teka
silang kata yang terdapat dalam belon.

Berdasarkan pemerhatian yang telah dilaksanakan, dapat disimpulkan bahawa hanya


R2 yang menggunakan teka silang kata dalam aktiviti permainan bahasa yang dijalankan.
Dapatan kajian ini juga disokong oleh dapatan daripada analisis dokumen, iaitu Rancangan
Pengajaran Harian (RPH). Berdasarkan RPH tersebut, jelas menunjukkan bahawa guru telah
menyatakan perkataan ‘teka silang kata’ dalam RPH. Permainan teka silang kata merupakan
salah satu permainan bahasa yang telah dilaksanakan oleh guru. Hal ini membuktikan bahawa
guru sememangnya telah melaksanakan teka silang dalam pengajaran dan pembelajaran
(PdP) beliau. Guru melaksanakan permainan teka silang kata dengan meminta murid meniup
belon sehingga pecah dan mengeluarkan cebisan kertas yang tertulis suku kata. Seterusnya,

451
guru meminta murid menyambung suku kata yang terdapat dalam belon. Tegasnya, dapat
dirumuskan bahawa guru telah melaksanakan aktiviti teka silang kata dalam PdP beliau.

iii. Kuiz
Dapatan kajian juga mendapati bahawa guru bahasa Melayu telah melaksanakan aktiviti kuiz
sebagai salah satu permainan bahasa yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
(PdP) beliau. Daripada ketiga-tiga responden tersebut, hanya seorang responden yang
melaksanakan aktiviti kuiz, iaitu responden ketiga (R3). Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan
kenyataan beliau dalam temu bual yang telah dilaksanakan, iaitu seperti berikut:

“Saya melaksanakan aktiviti kuiz dan kad perkataan dalam proses pengajaran saya”.
(R3TB3B1)

Aktiviti kuiz ini juga dilaksanakan oleh responden ketiga (R3) sebagai aktiviti
pengayaan dalam langkah pengajaran beliau untuk mengukuhkan kefahaman murid tentang
penjodoh bilangan. Dapatan kajian ini juga disokong oleh dapatan pemerhatian daripada
senarai semak pemerhatian yang telah dijalankan. Dapatan pemerhatian ini menunjukkan
bahawa R3 melaksanakan kuiz dalam aktiviti permainan bahasa semasa dalam kelas. Dalam
pelaksanaan aktiviti kuiz ini, guru mengedarkan kertas yang mengandungi beberapa soalan
kuiz kepada murid. Guru mengarahkan murid membaca soalan dan menjawab soalan kuiz
yang dikemukakan, iaitu tentang penjodoh bilangan. Semasa menjawab kuiz, guru
menerangkan soalan kuiz kepada murid. Dalam pelaksanaan aktiviti kuiz ini juga, guru dapat
melibatkan murid secara aktif kerana aktiviti ini melibatkan semua murid. Dengan
melaksanakan permainan ini, guru dapat menghilangkan sikap malas belajar dan rasa
mengantuk murid kerana pada permainan ini terdapat penglibatan semua murid dalam proses
PdP.

Berdasarkan pemerhatian tersebut dapat disimpulkan bahawa permainan kuiz ini


dilaksanakan oleh responden ketiga (R3) dalam proses PdP di dalam kelas. Dapatan ini
disokong oleh dapatan daripada analisis dokumen, iaitu Rancangan Pengajaran Harian
(RPH). Melalui RPH tersebut, jelas menunjukkan bahawa guru telah menyatakan perkataan
‘kuiz’ dalam RPH. Dapatan kajian menunjukkan responden ketiga (R3) melaksanakan kuiz
semasa langkah pengayaan dalam proses PdP. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa
responden ketiga (R3) melaksanakan aktiviti kuiz dalam proses pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu.

452
Bagaimanakah Permainan Bahasa Dilaksanakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu

Bagi menjawab persoalan kajian yang kedua, pengkaji telah melaksanakan temu bual separa
struktur terhadap tiga orang responden kajian. Persoalan kajian kedua merangkumi dua cara
melaksanakan aktiviti permainan bahasa, iaitu secara berkumpulan dan individu.

Secara berkumpulan
Salah satu cara permainanan bahasa yang dilaksanakan oleh responden kajian ialah secara
berkumpulan. Menurut Siti Hajar Abd. Aziz (1996), permainan bahasa boleh dilaksanakan
dalam kumpulan-kumpulan kecil. Kebiasaannya, empat hingga enam orang pemain dalam
sesebuah kumpulan sudah memadai. Dapatan kajian temu bual menunjukkan bahawa
responden pertama (R1) dan responden ketiga (R3) melaksanakan permainan bahasa secara
berkumpulan. Dapatan kajian menunjukkan R1 menyatakan bahawa beliau mengaplikasikan
permainan bahasa secara berkumpulan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Hal ini dibuktikan dengan kenyataan beliau yang menyatakan seperti berikut:

“Secara berkumpulan. Secara berkumpulan ermm.. dalam empat atau lima orang. Jadi murid
dapat mudah memahami dan mempelajari apa yang... yang cikgu ajar melalui rakan-rakan
mereka”.
(R1TB1B3)
Selain itu, responden ketiga (R3) juga melaksanakan permainan bahasa secara berkumpulan.
Hal ini dibuktikan dengan kenyataan beliau dalam temu bual, iaitu:

“Saya jalankan secara individu dan berkumpulan”.


(R3TB3B3)

Dapatan daripada kedua-dua responden tersebut menunjukkan bahawa permainan


bahasa secara berkumpulan merupakan cara aktiviti permainan bahasa yang dilaksanakan
oleh guru-guru bahasa Melayu dalam pengajarannya di dalam kelas.

Dapatan kajian ini juga disokong oleh dapatan pemerhatian daripada senarai semak
pemerhatian yang telah dijalankan. Dapatan pemerhatian menunjukkan bahawa R1
melaksanakan aktiviti permainan bahasa, iaitu aktiviti kad perkataan secara berkumpulan.
Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada empat atau lima
orang murid dalam setiap kumpulan. Sebelum pelaksanaan aktiviti permainan bahasa, guru
menjelaskan peraturan permainan bahasa. Dalam pelaksanaan aktiviti bermain kad

453
perkataan, guru menerangkan peraturan permainan bahasa kepada murid. Responden R1
juga menunjukkan demostrasi kepada murid agar murid mudah memahami aktiviti permainan
bahasa yang dilaksanakan. Semasa aktiviti permainan bahasa dilaksanakan secara
berkumpulan, guru meminta semua murid melaksanakan aktiviti yang dijalankan. Di samping
itu, guru memberi bimbingan kepada murid semasa melaksanakan aktiviti permainan bahasa.

Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan, dapat disimpulkan bahawa


responden pertama (R1) melaksanakan aktiviti permainan bahasa secara berkumpulan dalam
proses PdP. Dapatan kajian ini juga disokong oleh dapatan daripada analisis dokumen, iaitu
Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Melalui RPH tersebut, jelas menunjukkan bahawa guru
telah menyatakan aktiviti permainan bahasa dilaksanakan secara berkumpulan. Hal ini
membuktikan bahawa guru sememangnya telah melaksanakan permainan bahasa, iaitu kad
imbasan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) beliau. Tegasnya, dapat dirumuskan
bahawa guru telah melaksanakan aktiviti kad imbasan dalam PdP beliau secara berkumpulan.

Secara individu
Dapatan kajian juga mendapati bahawa guru bahasa Melayu telah melaksanakan aktiviti
permainan bahasa secara individu. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (1996), permainan secara
individu sesuai untuk aktiviti pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang pintar dan lemah.
Permainan secara individu membuatkan murid akan berfikir sendirian untuk menyelesaikan
masalah yang diberi. Sekiranya masalah itu tidak dapat diselesaikannya, murid akan merujuk
kepada guru untuk mendapatkan petunjuk dan panduan. Berdasarkan temu bual yang telah
dilaksanakan oleh ketiga-tiga responden kajian, dua orang responden melaksanakan aktiviti
permainan bahasa secara individu, iaitu R2 dan R3. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan
kenyataan R2 dan R3 dalam temu bual yang telah dilaksanakan. Sebagai contoh, R2 dan R3
masing-masing menyatakan seperti berikut:

“... Secara individu hmmmm contohnya saya menggunakan kad imbasan tadi lah. Saya
aplikasikan kepada budak yangg sememangnya sedikit lemah lah untuk menguasai contohnya
ejaan suku kata.. Suku kata lah kebanyakannya hmmm untuk membatang suku kata dalam
kaedah tu. Saya guna kaedahh kaedah imbasan bahasa tu lah, kad flash card tu untuk aktiviti
pembelajaran...”

(R2TB2B3)

454
“Saya jalankan secara individu dan berkumpulan”.
(R3TB3B3)

Pernyataan beliau berkenaan aktiviti permainan bahasa dilaksanakan secara individu


dapat mengukuhkan dapatan ini bahawa beliau sememangnya mengaplikasikan permainan
bahasa secara individu dalam proses PdP beliau. Dapatan kajian ini turut disokong oleh
dapatan pemerhatian daripada senarai semak pemerhatian yang telah dijalankan. Hasil
dapatan pemerhatian ini menunjukkan bahawa responden kedua (R2) melaksanakan aktiviti
permainan bahasa secara individu. Hal ini dapat dibuktikan apabila guru melaksanakan aktiviti
permainan bahasa, iaitu kad perkataan kepada murid secara individu. Sebelum aktiviti
permainan bahasa dijalankan, guru menerangkan peraturan bermain kad perkataan kepada
semua murid agar murid mematuhi peraturan yang ditetapkan. Selepas itu, guru menunjukkan
demostrasi cara bermain kad perkataan agar murid mendapat gambaran tentang cara
permainan bahasa dilaksanakan. Seterusnya, guru meminta murid melaksanakan aktiviti
permainan bahasa. Secara individu, guru meminta setiap murid menyebut perkataan yang
terdapat dalam kad perkataan yang ditunjukkan oleh guru. Bagi murid yang sukar untuk
menyebut perkataan yang ditunjukkan oleh guru, guru membimbing murid untuk menyebut
perkataan dengan betul dari segi intonasi dan sebagainya.

Selain itu, dapatan pemerhatian juga menunjukkan bahawa R3 turut melaksanakan


permainan bahasa secara individu. Sebelum melaksanakan aktiviti kuiz, guru menjelaskan
peraturan-peraturan dalam aktiviti ini, iaitu murid yang ingin menjawab soalan kuiz perlu
mengangkat tangan terlebih dahulu, tidak membuat bising ketika aktiviti dijalankan dan setiap
ahli kumpulan perlu mengemukakan idea. Selepas itu, guru menunjukkan demostrasi cara
bermain kepada murid agar murid mudah memahami cara pelaksanaan aktiviti yang
dijalankan. Setelah itu, guru meminta murid melaksanakan aktiviti permainan bahasa, iaitu
kuiz dalam masa lima belas minit. Di samping itu, guru memberi bimbingan kepada murid
semasa aktiviti dijalankan.

Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan, dapat disimpulkan bahawa


responden kedua (R2) dan responden ketiga (R3) melaksanakan aktiviti permainan bahasa
secara individu. Dapatan kajian ini turut disokong dengan dapatan daripada analisis dokumen,
iaitu Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Melalui RPH tersebut, jelas menunjukkan bahawa
guru telah menyatakan aktiviti dilaksanakan secara individu. Hal ini membuktikan bahawa
guru sememangnya telah melaksanakan teka silang dalam PdP beliau. Dapatan kajian
menunjukkan R2 melaksanakan permainan teka silang kata semasa langkah set induksi
dalam proses PdP. Guru melaksanakan permainan teka silang kata dengan meminta murid

455
meniup belon sehingga pecah dan mengeluarkan cebisan kertas yang tertulis suku kata.
Seterusnya, guru meminta murid menyambung suku kata yang terdapat dalam belon.
Tegasnya, dapat dirumuskan bahawa guru telah melaksanakan aktiviti teka silang kata dalam
PdP beliau.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


Kesimpulannya, hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru bahasa Melayu
sememangnya mengaplikasikan permainan bahasa dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) mereka. Dapatan kajian ini diperoleh daripada tiga kaedah, iaitu kaedah
temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Berdasarkan dapatan daripada hasil temu bual
yang telah dijalankan, pengkaji mendapati terdapat tiga tema utama dalam soalan kajian satu,
iaitu kad perkataan, teka silang kata dan kuiz. Dapatan kajian menunjukkan permainan bahasa
yang kerap digunakan oleh ketiga-tiga responden ialah kad perkataan. Hal ini demikian
kerana, guru yang mengaplikasikan kad perkataan dapat memastikan proses PdP berjalan
dengan berkesan. Dapatan tentang keberkesanan kad perkataan dalam aktiviti permainan
bahasa selari dengan dapatan kajian Rosnah Yunus (2016), Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali
(2011), dan Hasnurfarisha (2008) bahawa penggunaan kad perkataan dapat meningkatkan
keberkesanan PdP di dalam kelas.

Dapatan kajian juga menunjukkan guru melaksanakan permainan teka silang kata
dalam aktiviti pengajaran bahasa Melayu di dalam kelas. Permainan teka silang kata
dilaksanakan oleh guru untuk melatih kebolehan berfikir murid. Hal ini demikian kerana pemain
perlu memberi fokus dan perhatian sepenuhnya dan ini melibatkan mereka dalam pemikiran
yang kompleks dan penyelesaian masalah (Nurfazliah Muhamad et al., 2015). Berdasarkan
dapatan kajian juga pengkaji mendapati aktiviti teka silang kata ini dapat menimbulkan minat
murid untuk belajar. Dapatan kajian ini selaras dengan kajian Suzana Yusof & Zukia Aniza
Ibrahim (2017) dan Runki & K. Saurabh (2015) yang menunjukkan bahawa teka silang kata
mempunyai kesan positif terhadap pembelajaran di samping memberi motivasi kepada pelajar
dan meningkatkan minat terhadap topik yang diajar. Di samping itu, dapatan kajian juga
menunjukkan guru bahasa Melayu melaksanakan aktiviti kuiz sebagai salah satu permainan
bahasa yang diaplikasikan dalam PdP. Guru mengaplikasikan permainan bahasa untuk
mengukuhkan kefahaman murid. Dapatan kajian ini selari dengan kajian yang dikaji oleh Reza
Abdullah (2020). Dapatan kajian Reza Abdullah (2020) menunjukkan teknik permainan kuiz
mampu meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid dalam topik yang diajar. Oleh itu,
disimpulkan bahawa guru mengaplikasikan permainan bahasa dalam proses PdP mereka.

456
Selanjutnya, dapatan kajian menunjukkan terdapat dua cara permainan bahasa
diaplikasikan oleh guru, iaitu secara berkumpulan dan individu. Berdasarkan dapatan daripada
hasil temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen, pengkaji mendapati guru melaksanakan
aktiviti permainan bahasa secara berkumpulan. Menurut Richard Sandford et al. (2007)
menunjukkan bahawa prestasi para pelajar (selepas sesebuah permainan) menjadi semakin
baik, lebih-lebih lagi selepas bermain secara berkumpulan. Semasa aktiviti berkumpulan
dilaksanakan, guru bertindak sebagai fasilitator. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan
bahawa guru melaksanakan permainan bahasa dalam PdP Bahasa Melayu secara individu.
Menurut Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali (2011), permainan bahasa secara individu dapat
membantu kanak-kanak memahami konsep-konsep peraturan dan perlunya mematuhi
peraturan. Oleh itu, pelaksanaan permainan bahasa secara individu dapat meningkatkan
tahap berfikir murid.

Cadangan turut diberikan kepada beberapa pihak yang terlibat secara langsung dalam
organisasi pendidikan seperti pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN), sekolah dan guru. Oleh itu, pengkaji mencadangkan beberapa
perkara yang perlu diambil perhatian. Antaranya ialah mengadakan pelbagai kursus berkaitan
permainan bahasa bagi memberikan pengetahuan kepada guru-guru tentang cara
mengaplikasikan permainan bahasa dengan berkesan. Di samping itu, Bahagian Pendidikan
Guru (BPG) juga perlu mengadakan pelbagai program seperti pembentangan kertas kerja
berkenaan dengan pengaplikasian permainan bahasa bagi membuka mata dan memberikan
kesedaran kepada para guru tentang kepentingan mengaplikasikan permainan bahasa di
dalam bilik darjah.

Selanjutnya, cadangan turut diberikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN),


pengkaji mencadangkan agar JPN sentiasa membuat pemantauan berkala ke sekolah bagi
melihat keberkesanan pelaksanaan PdP guru bahasa Melayu. Oleh yang demikian, bagi guru
yang tidak mempelbagaikan teknik, JPN boleh mencadangkan supaya guru mengaplikasikan
teknik permainan bahasa sebagai salah satu teknik pengajaran untuk meningkatkan
penguasaan murid dan menarik minat murid untuk belajar. Bagi guru yang kurang mahir
tentang pengaplikasian permainan bahasa, JPN boleh menganjurkan kursus tentang cara
mengaplikasikan permainan bahasa dengan berkesan untuk guru-guru dengan mendapatkan
khidmat penceramah yang pakar berkaitan permainan bahasa.

Seterusnya, cadangan kepada guru dan sekolah pula ialah guru perlu sentiasa
menimba ilmu pengetahuan selari dengan perkembangan teknologi. Misalnya, guru boleh
mengaplikasikan permainan bahasa melalui penggunaan TMK seperti menggunakan aplikasi

457
Quizizz, Wordwall dan sebagainya. Pihak sekolah pula perlu menyediakan pelbagai bahan
bantu mengajar yang boleh digunakan oleh guru semasa pelaksanaan aktiviti permainan
bahasa seperti kad perkataan, kotak beracun dan sebagainya. Selain itu, guru juga boleh
mengamalkan Professional Learning Community (PLC), iaitu berkolaboratif antara guru dalam
mempelbagaikan aktiviti permainan bahasa dan melihat keberkesanannya.

Selanjutnya, dapatan kajian yang diperolehi ini telah memberikan beberapa implikasi
penting dan bermakna kepada pihak-pihak berkepentingan seperti guru-guru Bahasa Melayu
dalam meningkatkan pengaplikasian permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu. Dari aspek pengetahuan, kajian ini mampu memberi pengetahuan kepada
guru tentang kepentingan mengaplikasi permainan bahasa semasa proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Hal ini demikian kerana pengaplikasian permainan bahasa dapat
membantu guru dalam meningkatkan penguasaan murid terhadap tajuk yang diajar. Menurut
Kleickmann et al. (2013), pengetahuan guru berkaitan kandungan, pedagogi dan bahan
pengajaran amat mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Dengan itu, pengetahuan tentang pengaplikasian permainan bahasa berupaya membantu
guru menyampaikan maklumat kepada murid-murid dengan mudah.

Selain itu, kajian ini juga memberi implikasi dari aspek praktikal. Pengaplikasian
permainan bahasa dalam PdP bahasa Melayu boleh memberi implikasi yang besar kepada
sistem pendidikan Malaysia. Meskipun terdapat banyak kajian yang dijalankan terhadap
permainan bahasa, namun kebanyakan kajian tersebut dilaksanakan dalam mata pelajaran
lain. Malah, masih kurang kajian yang mengkaji tentang permainan bahasa terhadap guru.
Lantaran itu, kajian ini dijalankan bagi mengisi kelompangan tersebut dan berupaya memberi
pengetahuan yang jelas kepada guru berkaitan pengaplikasian permainan bahasa dalam PdP
bahasa Melayu. Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh, guru-guru bahasa Melayu yang
telah dibataskan mengaplikasi permainan bahasa dalam proses PdP. Hal ini membuktikan
bahawa guru-guru kompeten terhadap teknik pengajaran pada masa kini. Oleh itu, guru
perlulah mengaplikasikan permainan bahasa dalam proses PdP.

Seterusnya, dapatan ini juga memberi implikasi terhadap teori. Hal ini demikian
kerana, terdapat pengkaji lepas menyelidik berkenaan permainan bahasa dengan
menggunakan teori Behaviorisme dalam kajiannya seperti kajian Norjietta Taisin (2018),
kajian Razak Nordin & Masitah Ahmad (2016), dan kajian Rosnah Yunus (2016). Kajian yang
dilakukan ini mengambil teori behaviorisme sebagai pendukung utama bagi menggalakkan
guru mengaplikasikan teknik permainan bahasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Walau bagaimanapun, kebanyakan kajian lepas dilaksanakan menggunakan pendekatan

458
kuantitatif. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan pendekatan kualitatif dalam
menyelidik pengaplikasian permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu. Penggunaan pendekatan kuantitatif membolehkan perkara yang dinyatakan dalam
teori dikenal pasti tebarannya berkaitan sesuatu kajian. Namun begitu, pendekatan tersebut
kurang memberikan maklumat terperinci berkenaan perkara yang dibincangkan dalam teori.
Justeru itu, penggunaan pendekatan kualitatif dalam kajian ini membolehkan dapatan
diperoleh secara terperinci dan mendalam. Secara kesimpulannya, dapat disimpulkan bahawa
penggunaan pendekatan kualitatif dalam teori Behaviorisme kajian ini membolehkan
maklumat diperoleh secara terperinci dan mendalam berkenaan pengaplikasian permainan
bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Hal ini membuktikan bahawa
pendekatan kualitatif yang digunakan pengkaji berupaya mengisi kelompangan dalam aspek
teori kajian.

RUJUKAN

Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. (2012). Siri Pendidikan Guru: Kaedah Pengajaran
Bahasa Melayu. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Creswell, J. W. (2010). Research design: pendekatan kualitatif, kuantitatif, dan mixed . PT


Pustaka Pelajar.

DeVellis, R.F. (2003). Scale Development Theory and Applications. Sage Publications.

Faridah Nazir, Faiziah Shamsudin & Amran Bakar. (2016). Kaedah Pengajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah. Sasbadi Sdn. Bhd.

Ilangko Subramaniam. (2014). Aktiviti Permainan Bahasa, Wahana Penguasaan Kosa Kata.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1-9.

Kamarul Azmi Jasmi . (2012). Kesahan dan Kebolehpercayaan dalam Kajian Kualitatif. 1-6.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Pelan PembangunanProfesionalisme Berterusan


(Guru dan Pemimpin Sekolah) Edisi 2014. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mahasan Mahmood . (2003). Kaedah Nemonik Dalam P&P Matematik. SMK Yaacob.

Mohd Razak Mohd Nordin & Masitah Ahmad. (2016). Penggunaan Teknik Permainan Bahasa
Dan Main Peranan Dalam Kalangan Murid Orang Asli: Satu Tinjauan . Jurnal
Penyelidikan Dedikasi Jilid 11, 161-174.

Mohd. Majid Konting. (2000). Kaedah penyelidikan pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

459
Norjietta Julita Binti Taisin . (2018). Keberkesanan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Kadazandusun dalam Kalangan Guru Bahasa Kadazandusun Sekolah
Rendah. 363-376.

Nurul Huda Mohd Saad, Rafidah Abd. Karim, Farahidatul Akmar & Zainab Mohd Zain . (2017).
Keberkesanan penggunaan kaedah permainan bahasa dalam pembelajaran
penterjemahan bahasa. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Reza Badiuzzaman Abdullah . (2020). Penggunaan Teknik Kuiz “PLICKERS” dalam Tajuk
Yang di-Pertuan Agong Mata Pelajaran Sejarah Tahun 5. Universiti Malaya.

Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu. Karisma
Publications Sdn. Bhd.

Rosnah Yunus. (2016). Keberkesanan Kad Imbasan Bergambar Dalam Meningkatkan


Kemahiran Membaca Suku Kata Jawi Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Sekolah
Kebangsaan Parit Jawa, Muar, Johor. 1-72.

S.Runki & K.Saurabh. (2015). Use of crossword puzzle as a teaching aid to facilitate active
learning in dental materials. 456-457.

Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd. Zohir Ahmad. (2007). Strategi dan Teknik
Mengajar dengan Berkesan. PTS Professional.

Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali . (2011). Pendekatan Bermain dalam Pengajaran Bahasa dan
Literasi bagi Pendidikan Prasekolah . Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu , 1-15.

Suzana Yusof & Zukia Aniza Ibrahim . (2017). Penggunaan Inovasi Teka Silang Kata dalam
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Proceeding of the Malaysia TVET on Research
via Exposition 2017 13-14 November 2017.

Syed Ismail Syed Mustapa, Ismail Raduan & Bushro Ali . (2018). Asas Penyelidikan dalam
Pendidikan. Sasbadi Sdn. Bhd.

Wong Kiet Wah, Mohamad Isa Azis & Rafidah Ruhani. (2016). Perkembangan Kanak-kanak
Edisi Kedua. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Zakiah Mohamad Ashari . (2014). Aplikasi Modul Belajar Melalui Bermain Dalam Kefahaman
Awal Matematik dan Motivasi Kanak-Kanak Prasekolah. Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia.

460
TAHAP KESEDIAAN, PENGETAHUAN DAN KEKERAPAN GURU DALAM
PENGAPLIKASIAN PETA I-THINK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA MELAYU

Fatin Syazwani binti Shani


fatin09-852@epembelajaran.edu.my

Hisamuddin bin Abdul Ghani PhD


hisamuddin@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap kesediaan, pengetahuan dan kekerapan guru dalam
pengaplikasian peta i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Selain itu, kajian ini
juga bertujuan untuk melihat hubungan antara kesediaan guru terhadap pelaksanaan peta pemikiran i-
Think dengan kekerapan pengaplikasiaan peta I-Think dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu. Seterusnya, kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Reka bentuk kajian yang dipilih
adalah kaedah tinjauan dan kaedah korelasi di mana ia memerlukan pengkaji melaksanakan
pendekatan tersebut bagi memperoleh dapatan kajian yang tepat. Instrumen kajian ini ialah soal selidik
yang mengandungi 33 item. Responden kajian terdiri daripada 95 orang guru bahasa Melayu yang
mengajar di lapan buah sekolah rendah di sekitar Zon Bangsar/ Pudu. Data dikumpul dan dianalisis
menggunakan statistik deskriptif menggunakan perisian Statistical packafe for the Social Sciences
(SPSS) versi 22. Statistik deskriptif melibatkan pengukuran min, sisihan piawai dan varian untuk
menganalisis dapatan kajian tahap kesediaan, pengetahuan dan kekerapan guru dalam pengaplikasian
peta i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kesimpulannya, analisis statistik
deskriptif menunjukkan bahawa kajian tahap kesediaan, pengetahuan dan kekerapan guru dalam
pengaplikasian peta i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu berada pada tahap
yang sederhana. Bahkan, kajian juga mendapati, tahap kesediaan mempunyai hubungan signifikan dan
positif dengan tahap kekerapan guru dalam mengaplikasikan peta pemikiran i-Think dalam PdP Bahasa
Melayu. Justeru, hasil kajian ini telah memberikan cadangan tindakan yang perlu dilaksanakan oleh
guru bahasa Melayu dan sekolah, Institut Pendidikan Guru, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menambahbaik pengaplikasian peta pemikiran i-Think
dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah rendah.
Kata kunci: Peta pemikiran i-Think, pengetahuan, kesediaan, kekerapan, guru bahasa Melayu,
sekolah rendah

ABSTRACT
This study was conducted to review the level of preparedness, knowledge and frequency of teachers in
the application map i-Think in teaching and learning English. In addition, this study also examined the
relationship between the willingness of teachers to implement i-Think thoughts maps with the frequency
of application of the maps I-Think in the teaching and learning of the Malay language. Next, this study
uses a quantitative approach. The chosen study design is a survey method and a correlation method
where it requires the researcher to implement the approach in order to obtain accurate research findings.
The instrument of this study was a questionnaire containing 33 items. The respondents comprised of 95
Malay teachers who teach in eight primary schools around Bangsar Zone / Pudu. Data were collected
and analyzed using descriptive statistics using Statistical packafe for the Social Sciences (SPSS)
version 22. Descriptive statistics involved the measurement of mean, standard deviation and variance
to analyze the findings of the study of the level of readiness, knowledge and frequency of teachers in
the application of i-Think map in teaching. and learning the Malay language. In conclusion, the
descriptive statistical analysis showed that the study of the state of readiness, knowledge and frequency

461
of teachers in the application map i-Think in teaching and learning languages other than English are at
a moderate level. In fact, the study also found that the level of preparedness has a significant and
positive relationship with the frequency of teachers in applying reasoning map i-Think in PDP Malay.
Keywords: Map i-Think thoughts, knowledge, readiness, frequency, Malay language teacher,
elementary school

PENGENALAN

Negara-negara di dunia sekarang rata-ratanya berada pada zaman ledakan teknologi dan
maklumat, di mana berlakunya persaingan ekonomi perindustrian yang begitu hebat serta
perkara ini secara tidak langsung memerlukan persaingan daya fikir yang bersifat kritis,
inovatif, imaginatif dan kreatif. Pelan Induk Pendidikan Malaysia 2006-2010 (Ministry of
Education, 2006) ada menyatakan bahawa salah satu matlamat utama dalam menghasilkan
sumber insan kelas pertama di Malaysia adalah untuk melahirkan pelajar dengan kebolehan
pemikiran kreatif dan kritis. Maka, penguasaan kemahiran berfikir yang betul dan
komprehensif adalah sangat penting jika kita mahukan sebuah negara yang maju terutamanya
dalam bidang pendidikan seperti negara Findland, Korea, Jepun, China dan negara-negara
lain.

Alat berfikir seperti penggunaan peta pemikiran iaitu salah satu pengurusan grafik
secara visual yang telah membuktikan keberkesanannya di sekolah-sekolah di negara-negara
membangun seperti United Kingdom, Kanada dan Amerika Syarikat. Namun begitu, di
Malaysia, penggunaan pengurusan grafik kurang menjadi amalan guru lalu menyumbang
kepada kurangnya tahap pemikiran murid yang kritis dan kreatif, (Mohd Sidek et al. 2013).
Justeru, guru merupakan penggerak kepada keberkesanan aktiviti PdP di dalam bilik darjah.
Salah satunya dengan menggunakan bahan bantu mengajar seperti peta pemikiran i-think.
Sejajar dengan itu, kajian ini bakal meninjau sejauh mana tahap kesediaan, pengetahuan dan
kekerapan guru Bahasa Melayu dalam mengaplikasikan Peta Pemikiran i-Think serta melihat
hubungan antara tahap kesediaan dan tahap kekerapan pengaplikasian peta i-Think dalam
kalangan guru Bahasa Melayu.

PERNYATAAN MASALAH

Menurut Fadilla dan Zamri Mahamod (2019), tahap kesediaan guru terhadap pelaksanaan
peta pemikiran i-Think adalah berada pada tahap yang tinggi. Hal ini bermakna guru-guru
Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah rendah ini telah bersedia untuk menggunakan peta
pemikiran i-think sebagai bahan bantu mengajar mereka ketika mengajar Bahasa Melayu.
Oleh hal yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan guru terhadap
pelaksanaan peta pemikiran i-Think dan mengkajinya dengan mengenal pasti tahap kesediaan

462
guru terhadap pelaksanaan peta pemikiran i-think berdasarkan lima tahap iaitu sangat rendah,
rendah, sederhana, tinggi dan sangat tinggi.

Menurut Fadilla dan Zamri Mahamod (2019), tahap pengetahuan guru terhadap
pengetahuan peta pemikiran i-think adalah berada pada tahap yang tinggi. Hal ini bermakna
guru-guru Bahasa Melayu mempunyai sikap yang postif dan mempunyai pengetahuan yang
tinggi/baik tentang penggunaan peta pemikiran i-think. Pengetahuan tentang i-think ini
membantu guru mengajar Bahasa Melayu dengan menarik, berkesan dan menyeronokkan.
Sehubungan dengan itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti tahap pengetahuan guru
terhadap pelaksanaan peta pemikiran i-think dan mengkajinya dengan mengenal pasti tahap
pengetahuan guru terhadap pelaksanaan peta pemikiran i-think berdasarkan lima tahap iaitu
sangat rendah, rendah, sederhana, tinggi dan sangat tinggi.

Menurut Salina Md Yunas dan Zamri Mahamod (2017), tahap kekerapan guru dalam
mengaplikasikan peta I think pdp bahasa Melayu adalah berada pada tahap yang tinggi. Hal
ini menunjukkan guru-guru bahasa Melayu mempunyai inisiatif dalam melaksanakan pdp
masa kini dengan kerap menggunakan peta i-Think dalam pdpnya. Sehubungan dengan itu,
kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti tahap kekerapan guru terhadap pelaksanaan peta
pemikiran i-think dan mengkajinya dengan mengenal pasti tahap kekerapan guru terhadap
pelaksanaan peta pemikiran i-think berdasarkan lima tahap iaitu sangat rendah, rendah,
sederhana, tinggi dan sangat tinggi.

Dalam kajian yang sama, Salina Md Yunas dan Zamri Mahamod (2017) mengatakan
bahawa, tahap kesediaan dan kekerapan guru dalam mengaplikasikan peta pemikiran i-Think
berada pada tahap yang tinggi. Justeru itu, kajian ini turut mengkaji hubungan yang terdapat
antara tahap kesediaan dengan kekerapan pengaplikasiaan peta I-Think dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini terdapat empat objektif kajian bagi mencapai tujuan kajian. Objektif kajian itu
adalah seperti yang berikut;

i. Mengenal pasti tahap kesediaan guru terhadap pelaksanaan peta pemikiran i-think
ii. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru terhadap pelaksanaan peta pemikiran i-think
iii. Mengenal pasti tahap kekerapan guru terhadap pelaksanaan peta pemikiran i-think
iv. Menentukan nilai hubungan antara kesediaan dengan kekerapan pengaplikasiaan
peta I-Think dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu

463
SOALAN KAJIAN

Soalan kajian selari dengan objektif kajian, soalan kajian adalah selari dengan objektif kajian
seeprti yang berikut;

i. Apakah tahap kesediaan guru terhadap pelaksanaan peta pemikiran i-think?


ii. Apakah tahap pengetahuan guru terhadap pelaksanaan peta pemikiran i-think?
iii. Berapakah tahap kekerapan guru terhadap pengaplikasian peta pemikiran i-think?
iv. Adakah terdapat nilai hubungan yang signifikan antara kesediaan dengan
kekerapan pengaplikasiaan peta I-Think dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu?

HIPOTESIS KAJIAN

Berdasarkan soalan kajian ketiga, sebuah hipotesis telah dibina iaitu:

Ho1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penguasaan dengan tahap
penggunaan komputer dalam kalangan guru Bahasa Melayu.

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan dan
korelasi. Menurut Mohd Majid (2004), kajian tinjauan lebih sesuai digunakan kerana kaedah
ini menerangkan sesuatu fenomena dalam bentuk angka dan ukuran. Manakala kaedah
korealsi pula, Kaedah tinjauan digunakan untuk mencapai objektif pertama, kedua dan ketiga
iaitu bagi mengenalpasti tahap kesediaan, pengetahuan dan kekerapan guru dalam
mengaplikasikan peta i-Think dala PdP BahasaMelayu. Kaedah korelasi pula digunakan untuk
mencapai objektif keempat iaitu bagi mengenal pasti hubungan antara tahap kesediaan dan
tahap kekerapan pengaplikasian peta pemikiran i-Think dalam PdP Bahasa Melayu.

Populasi dan Sampel


Populasi kajian ini melibatkan 125 orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di lapan buah
sekolah rendah di sekitar Zon Bangsar/ Pudu. Berdasarkan jumlah populasi, saiz sampel
ditentukan menggunakan perisian Sample Size Calculator oleh Roasoft Inc. Berpandukan
perisian tersebut, jumlah sampel yang diperlukan bagi 125 orang populasi adalah seramai 95
orang. Hal ini bermakna seramai 95 orang guru Bahasa Melayu yang dipilih adalah mewakili
populasi guru Bahasa Melayu sekolah rendah di PPW Zon Bangsar/ Pudu.

464
Instrumen Kajian
Pengkaji menggunakan instrumen soal selidik dalam kajian ini. Set soalan diadaptasikan oleh
soal selidik yang dibangunkan oleh Fadilla Anak Layang dan Zamri Mahamod (2019) berkaitan
kajian peta pemikiran i-think ini. Instrumen soal selidik ini merangkumi empat bahagian utama.
Bahagian A mengandungi tujuh item tentang maklumat demografi responden. Bahagian B
mengandungi 10 item yang berkaitan dengan tahap kesediaan guru mengaplikasikan peta
pemikiran i-think dalam PdP Bahasa Melayu. Bahagian C juga melibatkan sepuluh item
tentang tahap pengetahuan guru berkaitan peta pemikiran i-think. Manakala, bahagian D
mengandungi 13 item tentang kekerapan guru mengaplikasikan peta pemikiran i-think dalam
PdPc Bahasa Melayu. Skala Likert empat mata digunakan bagi tujuan ini yang diadaptasi oleh
(Riduwan,2012). Menurut Mohd Majid (2004), skala Likert dipilih kerana nilai
kebolehpercayaan yang tinggi dan juga memberi peluang kepada responden membuat pilihan
yang tepat berdasarkan darjah penerimaan responden. Pada bahagian B, C dan D, skala likert
digunakan, iaitu 1 ialah aras yang terendah, manakala 5 ialah skala yang tertinggi.

Analisis Data
Kaedah kuantitatif dalam program The Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) versi
25.0 digunakan untuk menganalisis semua data yang telah dikumpulkan. Data-data dianalisis
melalui dua cara iaitu statistik deskriptif (min, sisihan piawai dan varians) dan statistik inferensi
(korelasi pearson). Semua dapatan yang telah dianalisis akan dipaparkan dalam bentuk jadual
yang menunjukkan peratusan, frekuensi dan min. Analisis data yang melibatkan tahap
pengaplikasian peta i-Think dalam PdP Bahasa Melayu dipaparkan dalam bentuk jadual yang
menunjukkan skor min, varian dan sisihan piawai. Nilai min diinterpertasi menggunakan
interpretasi skor min yang telah diadaptasi daripada Riduwan (2012), iaitu nilai skor 1.0 hingga
1.5 pada tahap kurang memuaskan, 1.51 hingga 2.5 pada tahap rendah, 2.51 hingga 3.5 pada
tahap sederhana dan 3.51 hingga 4.0 pada tahap tinggi. Bahkan, kajian ini juga melaksanakan
analisis pekali korelasi antara min tahap kesediaan guru terhadap pelaksanaan peta pemikiran
i-think dengan min tahap kekerapan guru terhadap pelaksanaan peta pemikiran i-think.
Pengkaji akan menggunakan interpretasi hubungan Cohen, Manion dan Marrison (2011) yang
dibahagikan kepada lima tahap iaitu dari sai saiz pekali korelasi 01 hingga .20 berada pada
tahap sangat lemah, pekali korelasi .21 hingga . 30 pada tahap lemah, pekali korelasi dari .31
hingga .50 pada tahap sederhana, pekali korelasi .51 hingga .80 berada pada tahap kuat dan
yang terakhir pekali korelasi dari .81 hingga 1.00 berada pada tahap sangat kuat. Hasil
daripada data ini, perbincangan akan dijalankan terhadap keputusan kajian berdasarkan
persoalan yang dikemukakan.

465
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Demografi Responden
Sampel kajian ini terdiri daripada 95 orang guru Bahasa Melayu dari 8 buah sekolah
kebangsaan dalam pentadbiran PPW Zon Bangsar/ Pudu. Jadual 1 menerangkan dengan
lebih terperinci mengenai demografi responden kajian yang diperoleh hasil daripada soal
selidik. Rumusan yang dapat dibuat ialah, guru perempuan lebih ramai berbanding guru lelaki,
kebanyakan guru berpengalaman mengajar di antara 21 hingga 30 tahun, 92.6 guru Bahasa
Melayu ialah guru lepas Ijazah Sarjana Muda, 91.6% guru ialah guru opsyen Bahasa Melayu
dan kebanyakan guru mengajar tahap 1 dan 2 dengan kata lain, semua guru Bahasa Melayu yang
dikaji ini merupakan guru yang berpengalaman dalam bidang.

Tahap Kesediaan Guru Mengaplikasikan Peta Pemikriran i-Think dalam PdP Bahasa
Melayu
Jadual 1 menunjukkan skor min ,varian dan sisihan piawai bagi item-item dalam konstruk
tahap kesediaan pengaplikasian peta i-Think dalam kalangan guru Bahasa Melayu.

Jadual 1
Min , Varian dan sisihan piawai tahap kesediaan pengaplikasian peta i-Think dalam kalangan
guru Bahasa Melayu.

Varia
Min Sisihan
Bil Item n Tahap
(µ) Piawai (SP)
(V)
Saya mengenal pasti tahap pengetahuan
Sederhan
1 murid dalam pelaksanaan peta pemikiran i- 3.47 .523 .273
a
think.
Saya merancang kaedah pengajaran yang
Sederhan
2 menggalakkan kemahiran berfikir aras 3.38 .530 .280
a
tinggi.
Saya melaksanakan aktiviti PdP dengan Sederhan
3 3.46 .501 .251
mengaitkan dengan peta pemikiran i-think. a
Saya menggalakkan murid meneroka
Sederhan
4 pelbagai maklumat semasa PdP 3.47 .502 .252
a
berdasarkan peta pemikiran i-think.
Saya menyediakan pelbagai teknik
Sederhan
5 penyoalan berdasarkan peta pemikiran i- 3.36 .482 .232
a
think.
Saya menyediakan soalan mengikut
Sederhan
6 pemeringkatan berdasarkan peta 3.41 .495 .245
a
pemikiran i-think.
Saya menyediakan soalan yang murid
Sederhan
7 membuat refleksi berdasarkan peta 3.32 .531 .282
a
pemikiran i-think.
Saya menggalakkan murid berhujah bagi
Sederhan
8 menggalakkan perkembangan minda 3.41 .495 .245
a
berdasarkan peta pemikiran i-think.

466
Saya menggalakkan murid menaakul bagi
Sederhan
9 menggalakkan perkembangan minda 3.39 .490 .240
a
berdasarkan peta pemikiran i-think.
Saya membuat refleksi untuk
1 Sederhan
penambahbaikan PdP berdasarkan peta 3.41 .495 .245
0 a
pemikiran i-think.

Berdasarkan Jadual 1, dapatan kajian menunjukkan item yang mempunyai min paling tinggi
ialah item bernombor 4 iaitu ‘Saya menggalakkan murid meneroka pelbagai maklumat semasa
PdP berdasarkan peta pemikiran i-think.’ dengan min (µ=3.47), sisihan piawai (SP=0.502) dan
berada pada sederhana. Seterusnya, min terendah direkodkan bagi item bernombor 7 iaitu
‘Saya menyediakan soalan yang murid membuat refleksi berdasarkan peta pemikiran i-think’,
dengan min (µ=3.32), sisihan piawai (SP=0.531) dan berada pada tahap sederhana.

Secara keseluruhannya, skor min dan sisihan piawai bagi tahap kesediaan
pengaplikasian peta i-Think ialah (µ=3.40) dan (SP=0.403) dengan skor interpretasi
keseluruhan berada pada tahap yang sederhana. Data ini menunjukkan sebahagian guru-guru
Bahasa Melayu di PPW Zon Bangsar/ Pudu mempunyai tahap kesediaan yang sederhana
dalam mengaplikasikan peta i-Think. Hal ini memberi gambaran bahawa, guru-guru
mempunyai kesedaran terhadap kepentingan program i-Think dan bersedia untuk
meningkatkan mutu pengajaran dengan menggunakan peta pemikiran i-Think sebagai
pemudahcara dama PdP mereka. Namun begitu, terdapat juga segelintir daripada mereka
yang masih kurang insiatif untuk mencuba mengaplikasikannya.

Tahap Pengetahuan Guru Mengaplikasikan Peta Pemikriran i-Think dalam PdP Bahasa
Melayu
Jadual 2 menunjukkan skor min ,varian dan sisihan piawai bagi item-item dalam konstruk
tahap kesediaan pengaplikasian peta i-Think dalam kalangan guru Bahasa Melayu.

Jadual 2
Min , Varian dan sisihan piawai tahap kesediaan pengaplikasian peta i-Think dalam kalangan
guru Bahasa Melayu.

Sisihan Varian
Bil Item Min (µ) Piawai (V) Tahap
(SP)
Saya tahu isu-isu berkaitan peta .243
C1 3.40 .492 Sederhana
pemikiran i-think.
Saya tahu konsep peta pemikiran i- .252
C2 3.47 .502 Sederhana
think.
Saya tahu kepentingan menerapkan .253
C3 3.51 .503 Tinggi
peta pemikiran i-think dalam PdP.
Saya tahu aras kognitif dalam dalam .302
C4 3.38 .549 Sederhana
peta pemikiran i-think.

467
Saya tahu ciri-ciri umum peta .245
C5 3.41 .495 Sederhana
pemikiran i-think.
Saya tahu jenis-jenis peta pemikiran .251
C6 3.46 .501 Sederhana
i-think yang diguna dalam PdP.
Saya tahu teknik menyoal yang efektif .342
C7 dalam PdP menggunakan peta 3.31 .585 Sederhana
pemikiran i-think.
Saya tahu untuk mengenal pasti .249
C8 3.44 .499 Sederhana
fungsi peta pemikiran i-think.
Saya tahu untuk mengenal pasti .249
C9 kegunaan setiap peta pemikiran i- 3.44 .499 Sederhana
think.
Saya tahu amalan pedagogi yang .287
C10 berkesan melalui peta pemikiran i- 3.41 .536 Sederhana
think.

Berdasarkan Jadual 2, dapatan kajian menunjukkan item yang mempunyai min paling tinggi
ialah item bernombor 3 iaitu ‘Saya tahu kepentingan menerapkan peta pemikiran i-think dalam
PdP’, dengan min (µ=3.51), sisihan piawai (SP=0.503) pada tahap tinggi. Seterusnya, min
terendah direkodkan bagi item bernombor 7 iaitu ‘Saya tahu teknik menyoal yang efektif dalam
PdP menggunakan peta pemikiran i-think’, dengan min (µ=3.31), sisihan piawai (SP=0.585)
dan berada pada tahap sederhana.

Secara keseluruhannya, tahap pengetahuan pengaplikasian peta pemikiran i-Think


dalam kalangan guru Bahasa Melayu adalah sederhana. Jumlah skor min bagi tahap
penggunaan ini ialah (µ=3.42) dan nilai sisihan piawai ialah (SP=0.439). Ini menunjukkan
bahawa kebanyakan guru tersebut mempunyai pengetahuan untuk mengaplikasikan peta
pemikiran i-Think dalam PdP namun terdapat sebilangan guru yang kurang mengetahui cara
mengaplikasinya dengan berkesan seperti mengetahui teknik menyoal yang efektif dalam
PdP menggunakan peta pemikiran i-think. Hal ini sekaligus menyebabkan guru tersebut jarang
untuk mengaplikasikan peta pemikiran i-Think dalam PdP Bahasa Melayu.

Tahap Kekerapan Guru Mengaplikasikan Peta Pemikriran i-Think dalam PdP Bahasa
Melayu
Jadual 3 menunjukkan skor min dan sisihan piawai bagi item-item dalam konstruk tahap
kekerapan guru mengaplikasikan peta pemikriran i-Think dalam pdp Bahasa Melayu.

468
Jadual 3
Min dan sisihan piawai tahap kekerapan guru mengaplikasikan peta pemikriran i-Think dalam
pdp Bahasa Melayu.

Sisihan Varian
Bil Item Min (µ) Piawai s Tahap
(SP)
Saya kerap menggunakan peta
Sederhan
D1 pemikiran i-think ketika menjalankan 3.32 .673 .452
a
proses PdP.
Saya kerap menggalakkan murid
Sederhan
D2 menggunakan peta pemikiran i-think 3.33 .626 .392
a
ketika membuat nota.
Saya kerap menggunakan peta
pemikiran i-think sebagai bahan Sederhan
D3 3.35 .649 .421
bantu mengajar dalam pengajaran di a
sekolah.
Saya kerap menggunakan peta
Sederhan
D4 pemikiran i-think bagi meningkatkan 3.32 .588 .346
a
kemahiran berfikir aras tinggi murid.
Saya kerap menggunakan peta
pemikiran i-think bagi meningkatkan Sederhan
D5 3.28 .577 .333
pencapaian murid dalam a
peperiksaan.
Saya kerap menggunakan peta
Sederhan
D6 pemikiran i-think bagi meningkatkan 3.34 .612 .375
a
prestasi kerja guru.
Saya kerap menggunakan peta
Sederhan
D7 pemikiran i-think bagi menghasilkan 3.40 .514 .264
a
suasana pembelajaran yang aktif.
Saya kerap menggunakan peta Sederhan
D8 3.09 .730 .533
pemikiran I -think dalam set induksi. a
Saya kerap menggunakan peta
Sederhan
D9 pemikiran I -think dalam aktiviti 3.41 .555 .308
a
pengajaran.
Saya kerap menggunakan peta
Sederhan
D10 pemikiran I -think dalam aktiviti 3.19 .719 .517
a
penilaian.
Saya kerap menggunakan peta
Sederhan
D11 pemikiran I -think dalam rumusan 3.17 .739 .546
a
pengajaran.
Saya kerap menggunakan peta
Sederhan
D12 pemikiran i-think untuk menjayakan 3.36 .600 .360
a
kaedah PdP di dalam bilik darjah.
Saya kerap menggunakan peta
Sederhan
D13 pemikiran i-think mengikut jenisnya 3.41 .610 .372
a
yang bersesuaian di dalam PdP.

Berdasarkan Jadual 3, dapatan kajian menunjukkan item yang mempunyai min paling tinggi
ialah item bernombor 9 dan 13 iaitu ‘Saya kerap menggunakan peta pemikiran I -think dalam
aktiviti pengajaran’, dan ‘Saya kerap menggunakan peta pemikiran i-think untuk menjayakan

469
kaedah PdP di dalam bilik darjah.’, dengan min (µ=3.41), sisihan piawai (SP=0.555) dan
(SP=0.610) berada pada tahap sederhana. Seterusnya, min terendah direkodkan bagi item
bernombor 9 iaitu ‘Saya kerap menggunakan peta pemikiran I -think dalam set induksi’,
dengan min (µ=3.09), sisihan piawai (SP=0.730) dan berada pada tahap sederhana.

Secara keseluruhannya, tahap kekerapan pengaplikasian peta pemikiran i-Think dalam


kalangan guru Bahasa Melayu adalah sederhana. Jumlah skor min bagi tahap penggunaan
ini ialah (µ=3.30) dan nilai sisihan piawai ialah (SP=0.437). Ini menunjukkan bahawa
kebanyakan guru tersebut Kerap mengaplikasikan peta pemikiran i-Think dalam PdP namun
terdapat sebilangan guru yang kurang mengaplikasikannya terutamanya dalam set induksi.
Hal ini terjadi mungkin kerana keadaan semasa pandemik yang melanda menyukarkan para
guru yang menjalankan PdP secara atas talian untuk melaksanakan aktiviti pengajaran
menggunakan peta pemikiran i-Think dan lebih menumpukan kepada pengajaran secara atas
talian.

Hubungan Tahap Kesediaan dengan Tahap Kekerapan Guru Mengaplikasikan Peta


Pemikriran i-Think dalam PdP Bahasa Melayu

Jadual 4 di bawah menunjukkan nilai korelasi Pearson bagi hubungan tahap kesediaan
dengan tahap kekerapan guru mengaplikasikan peta pemikriran i-Think dalam PdP Bahasa
Melayu.

Jadual 4
Hubungan Tahap Kesediaan dan Tahap Kekerapan Pengaplikasian Peta i-Think

Tahap
Aspek Tahap Kesediaan
Kekerapan
1 .750**
Tahap Kesediaan Pearson
Guru Correlation Sig.
Mengaplikasikan Peta (1-tailed)
.000
Pemikiran i-Think N
95 95
.750** 1
Tahap Kekerapan Pearson
Guru Correlation Sig.
Mengaplikasikan Peta (1-tailed)
.000
Pemikiran i-Think N
95 95

Berpandukan Jadual 4, nilai koefisien korelasi Pearson ialah r = .750. Merujuk Pearson, nilai r
= .51 hingga r = .80 menunjukkan hubungan yang kuat. Justeru, dapat dijelaskan bahawa
pemboleh ubah tahap kesediaan dengan tahap kekerapan guru mengaplikasikan peta i-Think

470
dalam PdP Bahasa Melayu mempunyai hubungan korelasi yang kuat. Nilai varian bagi
pemboleh ubah ialah 56.25% ((.750 x .750) x 100).

Selain itu, nilai korelasi r = .750 menunjukkan arah hubungan tersebut. Dalam dapatan
ini, nilai r yang positif menunjukkan bahawa hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah yang
diuji adalah positif. Ini bermakna, Ini bermakna, sekiranya guru bersedia dalam
mengaplikasikan peta pemikiran i-Think, maka guru lebih kerap mengaplikasikan peta
pemikira i-Think dalam pegajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Berikutnya, nilai
signifikan yang diperoleh dalam kajian ini ialah p = .000. Menurut Pearson (1966), nilai
signifikan iaitu nilai p<0.05 menunjukkan hubungan yang signifikan. Maka, dapat ditafsirkan
bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kesediaan dengan tahap kekerapan
guru dalam mengapikasikan peta pemikiran i-Think. Oleh itu, hipotesus nul Ho1 adalah ditolak.

KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu sekolah-sekolah di
bawah pentadbiran PPW Zon Bangsar/ Pudu mempunyai tahap kesediaan yang sederhana.
Min sebanyak (µ=3.40) membuktikan bahawa guru-guru mempunyai tahap kesediaan yang
sederhana terhadap pengaplikasian peta pemikiran i-Think semasa menjalankan PdP Bahasa
Melayu. Hal ini terjadi adalah kerana kurangnya pengetahuan guru mengenai cara
penggunaan peta pemikiran seperti teknik penyoalan yang efektif dan bersesuaian dengan
sesebuah peta i-Think bagi meransang pemikiran murid kearah pemikiran yang lebih kreatif
dan kritis. Selain itu, guru juga dilihat kurang pendedahan mengenai aras kognitif berdasarkan
peta pemikiran i-Think seterusnya telah menyukarkan guru untuk memilh peta i-Think yang
bersesuaian dengan tahapnya dan menyesuaikannya dengan aktiviti pengajaran.

Selain itu, kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu sekolah-sekolah
di bawah pentadbiran PPW Zon Bangsar/ Pudu mempunyai tahap pengetahuan yang
sederhana. Min sebanyak (µ=3.42) membuktikan bahawa guru-guru mempunyai tahap
pengetahuan yang sederhana terhadap pengaplikasian peta pemikiran i-Think semasa
menjalankan PdP Bahasa Melayu. Hal ini terjadi adalah kerana kurangnya pengetahuan guru
mengenai cara penggunaan peta pemikiran terutamanya dalam teknik penyoalan yang efektif.
Hal ini terjadi adalah mungkin kerana mungkin guru-guru di Malaysia ini telah diberi
pendedahan namun begitu, terdapat segelintir yang masih memandang enteng mengenai
permasalahan ini dan tidak mempunyai inisiatif untuk menukarkan kaedah pengajaran kearah
yang lebih bersesuaian mengikut peredaran zaman. Rohani Arbaa. et al (2010) menjelaskan
dalam kajiannya yang mengatakan guru senior lebih berminat untuk menggunakan pengajaran
kaedah tradisional. Hal ini kerana, mereka sudah terbiasa dengan dengan pengajaran
menggunakan kaedah sendiri.

471
Seterusnya, kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu sekolah-
sekolah di bawah pentadbiran PPW Zon Bangsar/ Pudu mempunyai tahap kekerapan yang
sederhana. Min sebanyak (µ= 3.30) membuktikan bahawa guru-guru mempunyai tahap
kekerapan yang sederhana terhadap pengaplikasian peta pemikiran i-Think semasa
menjalankan PdP Bahasa Melayu. Perkara ini jelas berlaku terutamanya dalam aktiviti
pengajaran seperti aktiviti rumusan, set induksi dan aktiviti penilaian. Hal ini terjadi adalah
kerana kurangnya pengetahuan guru mengenai cara penggunaan serta kurangnya tahap
kesediaan guru untuk mengaplikasikan peta pemikiran i-Think semasa proses PdP
berlangsung. Selain itu, guru juga dilihat kurang pendedahan mengenai aras kognitif
berdasarkan peta pemikiran i-Think seterusnya telah menyukarkan guru untuk memilh peta i-
Think yang bersesuaian dengan tahapnya dan menyesuaikannya dengan aktiviti pengajaran.
Selain itu, perkara ini terjadi juga berlaku mungkin atas faktor pandemik yang melanda ketika
itu. Dalam kajian Zulzana et. al (2011), Best dan Kahn (1998), ada menyatakan bahawa kajian
tinjauan merupakan suatu kaedah penyelidikan yang dapat memperjelaskan keadaan
semasa. Oleh hal yang demikian, guru terpaksa menukarkan kaedah pengajaran kepada
pengajaran secara atas talian. Perkara ini sedikit sebanyak telah memberi impak terhadap
tahap kekerapan responden dalam mengaplikasikan peta pemikiran i-Think dalam PdP
terutamanya dalam PdP mata pelajaran Bahasa Melayu.

Di samping itu, kajian ini juga merumuskan bahawa terdapat hubungan yang signifikan
antara tahap kesediaan dan kekerapan guru mengaplikasikan peta pemikiran i-Think dalam
PdP Bahasa Melayu. Bentuk hubungan tersebut adalah positif dan mempunyai kekuatan
hubungan yang kuat dengan nilai korelasi, r = .750. Hal ini bermakna, hipotesis nul (Ho1) iaitu
‘Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penguasaan dengan tahap
penggunaan komputer dalam kalangan guru Bahasa Melayu’ adalah ditolak. Ringkasnya, guru
Bahasa Melayu yang lebih bersedia dalam pengaplikasian peta-Think lebih kerap
mengaplikasikannya dalam PdP Bahasa Melayu.

Implikasinya, kajian ini telah memberi nilai tambah dalam beberapa aspek iaitu
antaranya ialah implikasi pengetahuan. Kajian ini dapat dijadikan pengenalan kepada guru
mengenai peta i-Think yang dapat memberikan input yang penting tentang alat bahan bantu
mengajar yang sesuai bagi menerapkan elemen KBAT semasa proses pengajaran dan
pembelajaran khususnya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, kajian ini boleh
dijadikan rujukan buat guru-guru untuk menyedari bahawa tahap kesediaan, pengetahuan,
dan kekerpaan guru dalam mengapliaksikan peta pemikiran i-Think ini masih berada pada
tahap sederhana dan setiap pihak lebih-lebih lagi guru perlu cakna dan mengambil tindakan
yang sewajarnya dalam meningkatkan kualiti pengajaran terutamanya dalam membentuk
pemikiran kognitif murid.Seterusnya, kajian ini berupaya memberikan pengetahuan dan

472
kesedaran kepada guru tentang kepentingan pengaplikasian peta pemikiran i-Think semasa
proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Kajian ini juga telah memberi implikasi empirikal. Terdapat pelbagai kajian telah
dilaksanakan bagi mengenalpasti tahap kesediaan dan tahap kekerapan mengaplikasikan
peta i-Think dalam kalangan guru. Namun, kebanyakan kajian tersebut dijalankan secara
berasingan tanpa mendapatkan hubungkait kedua-dua aspek tersebut. Sementara, kajian ini
pula telah dilakukan dengan mendapatkan hubungan tahap kesediaan dan tahap kekerapan
pengaplikasian peta i-Think dalam kalangan guru menerusi kaedah korelasi. Justeru, kajian
ini dapat memberi suatu gambaran yang menyeluruh dan jelas berkenaan perkaitan antara
kedua-dua pemboleh ubah tersebut. Dengan ini, pembaca dapat memahami bahawa
kekerapan seseorang guru itu mengaplikasikan peta i-Think sebenarnya dipengaruhi oleh
kesediaan mereka dalam pengaplikasian peta i-Think semasa PdP berlangsung. Bahkan,
kajian-kajian lain seperti kajian Rohaida dan Zamri (2015), Abdul Rashid et. al. (2017) dan
Yahya dan Azmey (2012) lebih memfokuskan keberkesanan penggunaan peta i-Think dan
peta konsep dalam pengajaran dan pembelajaran. Kesemua kajian ini menggunakan sampel
yang terdiri daripada murid. Manakala dalam kajian ini, pengkaji lebih memfokuskan peta i-
Think dengan mengenal pasti tahap pengetahuan, sikap dan pengaplikasian peta i-Think
dalam kalangan guru bahsa Melayu. Maka, berdasarkan kajian-kajian lepas yang telah
dinyatakan, kajian ini jelas menunjukkan perbezaan dengan kajian-kajian lain.

Berdasarkan dapatan dalam kajian ini, dicadangkan agar Bahagian Pendidikan Guru
(BPG) harus memainkan peranan bagi meningkatkan tahap profesionalisme keguruan dari
segi konteks ilmu pengetahuan. BPG perlu menganjurkan pelbagau kursus berkaitan peta
pemikiran i-Think bagi memberikan pengetahuan kepada guru-guru tentang cara
pengaplikasian peta i-Think terutamanya dalam pengaplikasiannya secara atas talian. Selain
itu, Mazura dan Wak Chu (2018) ada menyatakan bahawa satu perubahan dan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran (PdP) diperlukan bagi menggalakkan murid mempelajari
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Maka melalui standard kandungan dan standard
pembelajaran, guru perlu menzahirkan pengaplikasian peta i-Think dalam dua perkara
tersebut bagi memenuhi objektif pembelajaran. Bahkan, JPN dilihat perlu sentiasa membuat
pemantauan berkala ke sekolah untuk meninjau keberkesanan PdP guru Bahasa Melayu. Bagi
guru yang tidak mempelbagaikan teknik pengajaran, JPN boleh memberi galakan buat guru
untuk menggunakan peta pemikiran i-Think sebagai satu daripada cara untuk meningkatkan
kemahiran berfikir murid di samping menarik minat murid untuk belajar. Akhir sekali, guru perlu
mempunyai inisiatif dalam meningkatkan kemahiran kendiri dalam mengaplikasikan peta
pemikiran i-Think supaya dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran sekaligus
melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis.

473
RUJUKAN
Abdul Rasid Jamian, Martini Misdon & Azhar Md. Sabil. 2017. Penggunaan peta pemikiran i-
think dalam pemahaman KOMSAS bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Malaysia, 42 (1):
51-59
Cohen, L., Manion, L., & Marrison, K. (2011). Research methods in education (7th ed.). New
York, USA: Routledge Taylor & Francis Group.
Fadilla Anak Lalang & Zamri Mahamod. (2019). Tahap Pengetahuan, Kesediaan dan Sikap
Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah dalam Melaksanakan Pengajaran dan
Pembelajaran Peta Pemikiran i-Think. Jurnal Pendidikan Malaysia 44(1), 37-44.
Mazura Sulaiman & Wak Chu Wok. (2018). Tinjauan tentang pengetahuan dan penerimaan
terhadap pengajaran berbeza dalam kalangan siswa pendidik Program Ijazah Sarjana
Muda Peguruan. Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti
Awam, 283-294. Kuala Terengganu: Penerbitan Universiti Sultan Zainal Abdin.
Ministry of Education Malaysia. (2006). Malaysia Education Master Plan 2006-2010. KPM.
Mohd Majid Konting. (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Sidek Said. (2013). Transformasi Minda: Program i-Think Akses Kemahiran
Berfikir Cara Baru. Jurnal Akademik IPG Kampus Sultan Mizan, 1-3.
Riduwan. (2012). Skala Pengukuran Variable-variable: Penelitian. Alfabeta.
Rohaida Yusop, and Zamri Mahamod, (2015) Keberkesanan peta pemikiran (i-think) dalam
meningkatkan pencapaian penulisan Bahasa Melayu murid tahun 6. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu; Malay Language Education (MyLEJ), 5 (2). pp. 31-37
Rohani Arbaa, Hazri Jamil & Nordin Abd Razak. 2010. Hubungan guru-pelajar dan kaitannya
dengan komitmen belajar pelajar: adakah guru berkualiti menghasilkan perbezaan
pembelajaran antara jantina pelajar? Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2): 61-69.
Salina Md. Yunas & Zamri Mahamod. 2017. Tahap Kesediaan, Sikap dan Amalan Guru Bahasa
Melayu Sekolah Rendah Terhadap Penggunaan Peta Pemikiran I-Think. Seminar
Serantau.
Yahya Othman & Azmey Othman (2012). Keberkesanan penggunaan peta minda dalam
pengajarandan pembelajaran karangan argumentatif di sebuah sekolah menengah Arab
di Negara BruneiDarussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2:32-45.
Zulzalana binti Zulkarnaian, Mohamad Saim & Roslina Abd Talib. (2011). Hubungan antara
Minat, Sikap dengan Pencapaian Pelajar dalam Kursus CC301. Quantity Management.

474
PENGUASAAN KATA SENDI NAMA DALAM AYAT MURID TAHUN 4

Hanis Wahidah binti Shuib


hanis09-853@epembelajaran.edu.my

Azman bin Rahmat PhD


azman@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Penguasaan kata sendi nama dapat mempengaruhi kemahiran berbahasa murid. Penguasaan kata
sendi nama yang lemah akan menyebabkan seseorang tidak dapat menguasai kemahiran berbahasa
dengan sempurna. Malahan kajian juga menunjukkan tahap penguasaan kata sendi nama yang lemah
juga akan menyebabkan seseorang pengguna bahasa itu melakukan kesalahan tatabahasa dalam ayat.
Kajian bagi mengkaji penguasaan kata sendi nama dalam ayat lebih banyak dikaji kepada pelajar
universiti dan pelajar sekolah menengah. Walau bagaimanapun, didapati masih kurang kajian
dilaksanakan bagi mengkaji penguasaan kata sendi nama dalam kalangan murid sekolah rendah.
Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan meninjau penguasaan kata sendi nama dalam ayat murid
Tahun 4. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan gabungan dan kaedah tinjauan. Sampel
bagi kajian ini terdiri daripada 32 orang sampel yang merupakan murid Tahun 4 di salah sebuah sekolah
di sekitar Kuala Lumpur. Dapatan penyelidikan diperoleh daripada ujian penguasaan kata sendi nama,
temu bual dan senarai semak hasil kerja murid. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap
penguasaan kata sendi nama bahasa Melayu dalam kalangan murid Tahun 4 pada tahap memuaskan.
Hasil kajian ini membuktikan bahawa murid belum menguasai kata sendi nama dengan baik. Perkara
ini akan memberi kesan negatif sekiranya tidak segera ditambah baik. Oleh itu, dapatan kajian ini
membolehkan guru membuat aktiviti intervensi bagi meningkatkan tahap penguasaan murid terhadap
kata sendi nama.
Kata kunci: Penguasaan, kata sendi nama, murid Tahun 4, ayat, kesalahan tatabahasa

ABSTRACT

Mastery of prepositions can affect students’ language skills. Poor mastery of prepositions will make
someone not be able to master language skills perfectly. In fact, studies have shown that a poor level
of mastery of prepositions tends to make grammatical errors in sentences easily. Most of the research
of mastery of prepositions was conducted towards university students and high school students.
However, it is found that there are less studies conducted among primary school students. Accordingly,
this study aims to examine the mastery of noun conjunctions in sentences of Year 4 students. This
research was conducted using mix-method and survey research. The sample for this study consists of
32 samples who are Year 4 students of one of the schools in Kuala Lumpur. Research findings were
obtained from noun conjunction mastery tests, interviews and checklists of student work. The study
showed that the level of mastery of prepositions in sentence was at a satisfactory level. The results of
this study prove that students have not mastered prepositions well. This situation will give a bad impact
if no actions taken immediately. Therefore, the findings of this study allow teachers to make intervention
activities to improve the level of students' mastery of prepositions.
Keywords: Level of mastery, prepositions, year four students, sentences, grammatical errors

475
PENGENALAN

Bahasa merupakan alat komunikasi yang amat penting dalam kehidupan manusia. Bahasa
melahirkan masyarakat yang bermasyarakat kerana dengan bahasa manusia dapat
menyampaikan idea, pendapat, berinteraksi, menyatakan perasaan dan keinginan (Herniti,
2010). Terdapat lebih kurang 5445 bahasa yang digunakan oleh masyarakat dunia. Bahasa
yang digunakan kini merupakan bahasa yang digunakan masyarakat lampau yang dikekalkan,
dipelihara, diwarisi dan dikembangkan secara turun-temurun. Bahasa berkembang selari
dengan budaya penuturnya. Setiap bahasa di dunia ini mempunyai sistem yang tersendiri.

Sistem bahasa dalam Bahasa Melayu terdiri daripada empat cabang utama yang
merangkumi fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Penggunaan tatabahasa yang tepat
amat penting dalam memahami sesuatu perkara atau ayat yang disampaikan oleh penutur.
Matlamat utama dalam pengajaran bahasa ialah murid dapat menggunakan bahasa secara
gramatis. Dalam aspek gramatis, perkara ini amat berkait rapat dengan keupayaan murid
menggunakan aspek tatabahasa. Aninda Aji Siwi (2018) yang menyatakan bahawa
penggunaan tatabahasa yang salah bukan sahaja memberi kesan kepada penulisnya namun
turut memberi kesan kepada pembacanya. Menurut Nik Safiah Karim (1996), morfologi ialah
bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Justeru,
komponen morfologi terdiri daripada beberapa bahagian iaitu terdiri daripada struktur, bentuk
dan golongan kata. Kata sendi nama (KSN) terdiri daripada kata tugas dan antaranya ialah
“di”, “daripada”, “dengan”, “umpama”, “akan”, “ke”, “kepada”, “bagi”, “sejak”, “oleh”, “dari”,
“pada”, “tentang”, “terhadap”, dan “hingga”. Setiap kata sendi nama ini mempunyai tugas
tertentu dalam menghasilkan sesebuah penulisan yang gramatis.

PERNYATAAN MASALAH

Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, aspek tatabahasa merupakan
unsur terpenting kerana aspek ini membolehkan seseorang murid dapat menguasai bahasa
dengan cekap (Abdul Rasid Jamian et al., 2015). Banyak kajian yang telah dilaksanakan oleh
pengkaji tentang kesalahan tatabahasa termasuklah kesalahan dalam penggunaan KSN.
Menurut Wan Azlinda (2003), pelajar sering melakukan kesilapan dalam penggunaan KSN
kerana mereka mempunyai masalah dalam pemilihan KSN yang sesuai. KSN yang pelbagai
bentuk ini berfungsi untuk merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa lain dan
setiap bentuk itu perlu disesuaikan penggunaannya. Kajian Hajiyah Kechik (2010) mendakwa
bahawa berlaku kekeliruan dalam kalangan pelajar tentang fungsi KSN. Menurutnya,
kesalahan penggunaan KSN yang sering dilakukan oleh pelajar ialah KSN yang asas seperti
di, ke, daripada, dari, kepada dan sebagainya. Kesilapan yang sering dilakukan oleh
responden adalah kerana ketidakfahaman dan kekeliruan tentang fungsi kata sendi nama

476
serta penggunaannya dalam ayat. Oleh itu, kajian ini akan meninjau tahap penguasaan KSN
dalam ayat murid Tahun 4 kerana hasil dapatan kajian yang lepas menyatakan bahawa
kebanyakan pengguna bahasa keliru dengan fungsi KSN. Tambahan pula, kajian yang
meninjau penguasaan KSN dalam ayat ini masih kurang meluas dilaksanakan dalam kalangan
murid sekolah rendah terutamanya murid Tahun 4.

OBJEKTIF KAJIAN

Sehubungan dengan itu, kajian ini bagi melaksanakan objektif kajian yang berikut:

i. Mengkaji penguasaan kata sendi nama dalam ayat murid Tahun 4.

SOALAN KAJIAN

Kajian ini bagi mendapat maklimat bagi persoalan kajian yang berikut:

i. Apakah tahap penguasaan kata sendi nama murid Tahun 4?


ii. Apakah penguasaan kata sendi nama murid Tahun 4?

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan gabungan selari konvergen dan kaedah
tinjauan. Kajian ini menggabungkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif kerana kaedah
penyelidikan penilaian ialah kajian yang memerlukan pengkaji melaksanakan dua pendekatan
tersebut bagi memperoleh dapatan kajian yang tepat. Kajian ini melibatkan seramai 32 orang
responden yang terdiri daripada murid Tahun 4 di sebuah sekolah di Kuala Lumpur iaitu
Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi 2. Dalam kajian ini, kaedah persampelan bertujuan
juga digunakan bagi memenuhi soalan kajian kedua iaitu bagi sampel kajian kualitatif. Menurut
Creswell (2014), kaedah persampelan bertujuan ialah sampel bukan kebarangkalian yang
dipilih berdasarkan ciri-ciri populasi dan objektif kajian. Kaedah persampelan bertujuan ini
merujuk kepada prosedur persampelan iaitu sekumpulan subjek yang memenuhi ciri-ciri
tertentu sahaja yang dipilih sebagai responden kajian. Sehubungan dengan itu, sampel yang
dipilih adalah bagi memenuhi soalan kajian yang kedua iaitu mengkaji penguasaan KSN dalam
ayat murid Tahun 4. . Pengkaji telah memilih tiga orang murid yang mendapat skor terendah
dalam ujian penguasaan KSN yang telah ditadbir dan mendapati dua orang murid adalah pada
tahap memuaskan dan seorang murid yang lemah dalam penguasaan KSN.

Kajian ini menggunakan tiga instrumen iaitu ujian penguasaan kata sendi nama bagi
mengkaji data kuantitatif manakala trangulasi kaedah digunakan bagi dapatan kualitatif iaitu
analisis dokumen ujian, temu bual dan analisis dokumen senarai semak hasil kerja murid.
Instrumen ujian dibina oleh pengkaji berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) dan berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Seterusnya, temu bual

477
digunakan oleh pengkaji kerana instrumen ini berupaya mendapatkan data yang sah dan
dapat menguatkan dapatan kajian. Instrumen senarai semak pula digunakan oleh pengkaji
kerana instrumen ini berupaya membantu pengkaji mendapatkan data yang dikehendaki
berdasarkan hasil kerja murid. Borang senarai semak ini juga dibina sendiri oleh pengkaji
berdasarkan beberapa aspek yang ingin dilihat. Setiap aspek ini adalah bagi mencapai objektif
dan menjawab soalan kajian.

Pada peringkat permulaan, pengkaji telah menghantar surat memohon kebenaran


untuk melaksanakan kajian tinjauan tentang penguasaan KSN dalam ayat murid Tahun 4
SKJSB2. Pengkaji telah mendapat kebenaran daripada pentadbir untuk melaksanakan ujian
tersebut. Setelah itu, bagi memastikan responden dapat menjawab ujian itu dengan baik dan
memastikan tiada sebarang peniruan berlaku dalam kalangan responden, pengkaji telah
melaksanakan ujian terhadap murid 32 orang murid Tahun 4 di SKJSB2 bertempat di kelas 4
Maju. Ujian penguasaan KSN telah dilaksanakan pada 25 Mac 2021. Setelah menganalisis
data ujian, pengkaji telah memilih tiga orang murid yang mendapat skor peratusan terendah
dalam ujian tersebut sebagai sampel kajian kualitatif. Sehubungan dengan itu, pengkaji telah
menghubungi guru bahasa Melayu tahun 4 Maju SKJSB2 untuk memohon kebenaran
mengadakan sesi temu bual pada 1 April 2021. Bagi menganalisis data kuantitatif ini, pengkaji
telah menggunakan perisian Statistic Package for the Social Science (SPSS). Seterusnya,
bagi analisis data yang digunakan dalam kajian kualitatif pula pengkaji telah memilih tiga orang
murid yang mendapat skor terendah untuk dijadikan sampel bagi kajian kualitatif. Seterusnya,
pengumpulan data kajian kualitatif ini pula bermula dengan kaedah analisis dokumen kepada
tiga orang murid yang dipilih sebagai sampel kajian kualitatif. Di samping itu, pengkaji telah
menganalisis fail peribadi murid yang terkandung hasil kerja murid sepanjang PdP
berlangsung. Pengkaji telah menganalisis dokumen hasil kerja murid terhadap ketiga-tiga
sampel ini menggunakan borang senarai semak. Pengkaji juga telah menemu bual guru
bahasa Melayu Tahun 4 Maju, Responden D bagi mengesahkan lagi penguasaan KSN dalam
pembinaan ayat murid Tahun 4. Data kuantitatif dianalisis menggunakan statistic deskriptif
manakala data kualitatif pengkaji menggunakan analisis kerangka.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Murid sekolah rendah sememangnya masih dalam proses menguasai kemahiran berbahasa.
Berdasarkan dapatan kajian, terdapat pelbagai tahap penguasaan murid dalam penguasaan
kata sendi nama (KSN) dalam ayat.

Tahap penguasaan kata sendi nama dalam ayat murid Tahun 4

Melalui hasil dapatan ujian penguasaan, pengkaji mendapati bahawa terdapat empat tahap
penguasaan iaitu cemerlang, baik, memuaskan dan lemah berpandukan Rajah 1. Namun

478
demikian, tahap baik dan memuaskan mendominasi dalam kelas tersebut kerana 44% yang
terdiri daripada 14 orang murid berada pada kedua-dua tahap tersebut manakala hanya
sebilangan kecil murid iaitu sebanyak tiga orang murid berada di tahap cemerlang (9%). Murid
yang berada pada tahap lemah pula hanya 3% iaitu seorang murid. Berdasarkan data ini,
pengkaji telah mengira nilai min dan didapati nilai min bagi tahap penguasaan adalah bernilai
2.44 yang menunjukkan tahap penguasaan kata sendi nama secara keseluruhannya berada
di aras yang rendah (1.51 – 2.50) berdasarkan intepretasi skor min yang telah diadaptasi
daripada Rizuwan (2012). Hal ini menunjukkan bahawa penguasaan KSN secara
keseluruhannya pada tahap rendah.

TAHAP PENGUASAAN KATA SENDI NAMA

3% 9%

44%

44%

Cemerlang Baik Memuaskan Lemah

Rajah 1: Tahap penguasaan kata sendi nama

Bahagian ini juga membincangkan penguasaan keseluruhan item bagi keenam-enam KSN
yang diuji dalam instrumen ujian penguasaan KSN. Analisis ujian dilaksanakan mengikut aras
soalan berdasarkan peringkat yang dianjurkan dalam Taksanomi Bloom. Berikut merupakan
rumusan kekerapan murid yang menjawab setiap item dalam ujian tersebut:

Jadual 1
Rumusan jawapan responden berdasarkan item

Item Soalan Jawapan murid


Betul Salah
1 Iman: Ibu, bolehkah kita pergi ke kedai bersama 28 4
kakak dan abang?
Ibu: Iman, pada musim Perintah Kawalan
Pergerakan ini, hanya dua orang sahaja dibenarkan
pergi ke kedai.

479
2 Bangunan Maybank lebih tinggi daripada 21 11
bangunan sekolah.
3 Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi 2 terletak di 24 8
sekitar Kuala Lumpur.

4 Fatin dihadiahkan seutas jam tangan oleh guru besar 27 5


kerana telah berjaya mendapat keputusan yang
cemerlang.

5 Jam itu digantung pada dinding. 17 15


6 Murid-murid sedang belajar di dalam kelas. 27 5
7 Buku di perpustakaan itu telah disusun oleh 25 7
mereka.
8 Adik membeli karipap panas daripada Mak Cik 17 15
Kiah.
9 Alif merupakan huruf pertama dalam abjab Arab. 14 18
10 Terdapat banyak pokok rambutan di rumah nenek. 24 8
11 Buku teks Bahasa Melayu itu diambil oleh saya. 11 21
12 Adik memberikan segelas jus epal ke ayah. 22 10
13 Hujan turun dengan lebat pada pagi tadi. 27 5
14 Izhar masuk ke dalam kelas dengan tergesa-gesa 24 8
kerana takut dimarahi Cikgu Nita.
15 Imran mengulang kaji mata pelajaran Matematik di 25 7
perpustakaan sekolah.
16 Tabung yang unik itu diperbuat daripada 8 24
tempurung kelapa.
17 I. Adik berada di dalam biliknya. 12 20
II. Aminah masuk ke dalam kereta dengan
segera.
III. Yusri memasukkan pakaian ke dalam
mesin basuh.
18 Bina ayat menggunakan KSN ‘ke’ 26 6
19 Bina ayat menggunakan KSN ‘pada’ 22 10
20 Bina ayat menggunakan KSN ‘daripada’ 21 11

Dapatan ini dianalisis mengikut tiga aras soalan yang berbeza iaitu soalan aras rendah
(item 1-6), soalan aras sederhana (item 7-15) dan soalan aras tinggi (item 16-20). Dapatan
bagi analisis item aras rendah menunjukkan hampir kesemua item dalam Bahagian A berada
dalam lingkungan tahap cemerlang iaitu 80 – 100%. Namun demikian, meskipun item-item
yang dibina ini merupakan soalan aras rendah, item kelima menunjukkan jumlah peratusan
yang terendah iaitu 53% yang berada pada tahap memuaskan. Pengkaji juga telah mengira
purata keseluruhan item dalam Bahagian A dan didapati bahawa nilai purata peratusannya
adalah sebanyak 74.8% yang membawa maksud tahap penguasaan KSN murid Tahun 4
dalam ayat bagi keenam-enam item ini berada pada tahap yang baik (65 – 79%). Hal ini jelas

480
menunjukkan bahawa responden dapat menjawab soalan aras rendah dengan baik dan
kurang melakukan kesalahan.

Analisis data mengikut soalan aras sederhana yang meliputi sembilan soalan pula
dapat dirumuskan bahawa hampir kesemua item dalam Bahagian B berada dalam kelima-lima
tahap penguasaan iaitu lemah (0-39%), mencapai tahap minimum (40-49%), memuaskan (50-
64%), baik (65-79%) dan cemerlang (80-100%). Namun, nilai peratusan dalam Bahagian B ini
majoritinya di tahap yang baik. Buktinya terdapat lima item yang mendapat peratusan antara
65 – 79% iaitu item 7, item 10, item 12, item 14 dan item 15. Namun demikian, meskipun item-
item yang dibina ini merupakan soalan aras sederhana, item 11 dan item 9 menunjukkan
bahawa nilai peratusan murid yang gagal menguasai KSN adalah melebihi separuh iaitu 66%
dan 56%. Pengkaji juga telah mengira purata peratusan keseluruhan item dalam Bahagian B
dan didapati bahawa nilai purata peratusannya adalah sebanyak 65.5% yang membawa
maksud tahap penguasaan KSN murid Tahun 4 dalam ayat bagi sembilan item ini berada pada
tahap yang baik (65 – 79%). Dapatan ini juga menunjukkan bahawa responden dapat
menguasai KSN dengan baik bagi soalan aras sederhana.

Hasil analisis pengkaji berkaitan penguasaan KSN pada soalan aras tinggi yang
melibatkan item 16 hingga 20 mendapati hampir semua item dalam Bahagian C berada dalam
empat tahap penguasaan iaitu lemah (0-39%), mencapai tahap minimum (40-49%),
memuaskan (50-64%), dan baik (65-79%). Pengkaji telah mengira purata peratusan
keseluruhan item dalam Bahagian C dan didapati bahawa nilai purata peratusannya adalah
sebanyak 56.8% yang membawa maksud tahap penguasaan KSN murid Tahun 4 dalam ayat
bagi soalan aras tinggi berada pada tahap yang memuaskan (50-64%). Hanya 13.6% sahaja
perbezaan antara murid yang menguasai KSN dalam Bahagian C berbanding murid yang tidak
menguasai KSN kerana sebanyak 43.2% purata peratusan murid yang masih tidak menguasai
KSN. Nilai purata peratusan murid yang tidak menguasai ini menghampiri nilai separuh.
Kesimpulannya, tahap penguasaan murid tahun empat masih berada di tahap memuaskan
bagi item dalam Bahagian C.

Jadual 2
Rumusan keseluruhan item berdasarkan ujian

Bahagian Purata peratusan murid menguasai Tahap penguasaan

Bahagian A 74.8% Baik

Bahagian B 56.5% Baik

Bahagian C 56.8% Memuaskan

481
Keseluruhan 62.7% Memuaskan

Kesimpulannya, tahap penguasaan kata sendi nama murid tahun empat dalam ayat
berdasarkan ujian penguasaan kata sendi nama yang telah ditadbir oleh pengkaji
menunjukkan bahawa tahap penguasaan KSN berada di tahap memuaskan. Berdasarkan
Jadual 2, purata peratusan murid menguasai bagi keseluruhan bahagian menunjukkan nilai
purata sebanyak 62.7%. Jika dilihat pada ketiga-tiga bahagian dalam ujian tersebut, purata
peratusan bagi setiap bahagian menunjukkan bahawa tahap penguasaan cemerlang tidak
didapati. Oleh itu, pengkaji membuat kesimpulan bahawa tahap penguasaan bagi enam
bentuk kata sendi nama “ke”, “pada”, “daripada”, “dalam”, “di”, dan “oleh” adalah berada pada
tahap yang memuaskan. Justeru, pengkaji mengambil keputusan untuk mengkaji dengan lebih
mendalam menggunakan analisis kajian kualitatif.

Penguasaan kata sendi nama dalam ayat murid Tahun 4

Dalam kajian kualitatif ini, pengkaji telah membahagikan kepada enam perkara utama iaitu
enam bentuk KSN. Dengan perbincangan yang mendalam bagi setiap bentuk KSN, pengkaji
dapat melihat penguasaan setiap responden bagi sesuatu KSN itu dalam ayat. Perbincangan
selanjutnya merupakan dapatan analisis penguasaan KSN dalam ayat murid Tahun 4
berdasarkan analisis dokumen ujian, analisis dokumen hasil kerja murid dan temu bual yang
telah dilaksanakan. Melalui dapatan kajian, pengkaji mendapati bahawa KSN yang paling
kurang dikuasai oleh ketiga-tiga responden ini ialah KSN ‘daripada’, ‘pada’ dan ‘oleh’.

Penguasaan KSN ‘daripada’ dalam ayat

Dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga responden belum menguasai bentuk KSN ‘daripada’.
Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan analisis dokumen ujian, analisis dokumen hasil kerja
murid dan dapatan temu bual. Analisis dokumen berdasarkan ujian menunjukkan Responden
A dan Responden B gagal menjawab dengan betul bagi keempat-empat item yang diuji
manakala Responden C hanya dapat menjawab satu daripada empat item yang diuji dengan
betul. Jadual 3 di bawah adalah rumusan penguasaan KSN “daripada” dalam ujian bagi ketiga-
tiga responden.

Jadual 3
Penguasaan kata sendi nama “daripada” dalam ayat

Item Aras Peringkat Jawapan murid


soalan taksanomi Responden A Responden B Responden C
bloom
2 Rendah Memahami x x x
8 Sederhana Mengaplikasi x x √

482
16 Tinggi Menilai x x x
20 Tinggi Mencipta x x x

Data analisis dokumen ketiga-tiga responden ini adalah selari dengan data analisis
dokumen hasil kerja murid. Didapati bahawa instrumen senarai semak responden, ketiga-tiga
responden kajian tidak dapat menggunakan KSN “daripada” dengan baik. Hal ini dapat
dibuktikan berdasarkan senarai semak analisis dokumen hasil kerja murid berdasarkan Jadual
4 di bawah.

Jadual 4
Analisis dokumen hasil kerja murid tentang penguasaan kata sendi nama “daripada” dalam
ayat

Bil. Jawapan Responden


Responden A √/x Responden B √/x Responden C √/x
1 Nasi Lan Kedah ini x Tatya daripada x Angela berasal x
berasal daripada Kuala Lumpur. daripada Cina.
Kedah.

Jika dilihat dalam jadual di atas, ketiga-tiga mereka menggunakan KSN “daripada” di
hadapan frasa nama atau kata nama yang menunjukkan tempat. Hal ini adalah bertentangan
dengan fungsi kata sendi nama “daripada”. Nik Safiah Karim et al. (2015) menyatakan bahawa
ciri-ciri KSN “dari” adalah berbeza daripada KSN “daripada” yang hanya digunakan di hadapan
kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca, asal kejadian dan sumber atau unsur
perbandingan dan perbezaan. Hasil temu bual dengan Responden D mengesahkan bahawa
ketiga-tiga responden ini masih keliru dan tidak memahami fungsi KSN “dari” dan “daripada”.
Sebagai contoh, Responden D menyatakan seperti berikut:

“…untuk ketiga-tiga murid ni, dia masih keliru, tak faham, kita kena bagi
contoh lah eh. Nak bagi contoh pun kena ayat yang mudah lah, ayat
yang dia faham. Apa tu… contoh bergambar, baru dia boleh faham
lah.”– PKSN5:RA:RB: RC:Keliru (B55-B58)
“”dari” ni… erm.. tu lah dia kan untuk tempat dan masa. “daripada” ni
dia macam nak cerita tentang tempat sesuatu kejadian, perbandinga,
haa dia kat situ… agak mencabar untuk membandingkan kedua-dua
bentuk kata sendi nama ni.” – PKSN5:RA:RB:RC:PM (B72-B74)

Dapatan temu bual dan analisis dokumen jelas menunjukkan ketiga-tiga responden
keliru dengan fungsi KSN “dari” dan “daripada”. Hal ini adalah bertepatan dengan hasil analisis
dokumen ujian dan hasil kerja murid yang menunjukkan bahawa murid tidak dapat
menggunakan dan mengaplikasikan KSN “daripada” dengan betul meskipun item tersebut

483
merupakan soalan aras rendah. Tuntasnya, KSN “daripada” mencatatkan tahap penguasaan
KSN yang paling tidak dikuasai antara keenam-enam KSN yang dipelajari semasa Tahun 4.

Penguasaan KSN ‘oleh’ dalam ayat

Dapatan menunjukkan Responden A, Responden B dan Responden C berada di tahap baik


bagi penguasaan KSN “oleh” bagi aras kemahiran mengingat dan mengaplikasi. Analisis
dokumen berdasarkan ujian menunjukkan ketiga-tiga responden ini dapat menjawab dua
daripada tiga item yang diuji.

Jadual 5
Penguasaan kata sendi nama “oleh” dalam ayat

Item Aras Peringkat Jawapan murid


soalan taksanomi Responden A Responden B Responden C
bloom
4 Rendah Memahami √ √ √
7 Sederhana Mengaplikasi √ √ √
11 Sederhana Menganalisis x x x

Jadual 5 menunjukkan dengan jelas bahawa Responden A, Responden B dan


Responden C hanya dapat menjawab soalan aras rendah dan aras sederhana peringkat
aplikasi namun apabila item yang diuji itu melibatkan peringkat analisis, ketiga-tiga responden
ini gagal menjawab dengan betul meskipun aras soalan adalah sederhana. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa ketiga-tiga responden ini hanya boleh menggunakan KSN “oleh” untuk
soalan aras rendah dan sederhana sahaja. Dapatan analisis dokumen ini dapat diperkukuhkan
lagi dengan data temu bual. Hasil temu bual Responden D menunjukkan bahawa murid
sebenarnya belum menguasai KSN “oleh” dalam pembinaan ayat kerana murid masih dalam
proses untuk membina ayat aktif. Apabila KSN “oleh” ini digunakan dalam ayat pasif dan murid
belum menguasai ayat pasif ini lagi. Namun demikian, responden turut menyatakan, jika
diberikan latihan yang pelbagai, maka murid boleh mengenal pasti pola ayat dan mampu
membina ayat mudah. Berikut merupakan dapatan temu bual bersama Responden D.

“”oleh” ni… yang ini murid belum menguasai lagi sebab oleh ni dia
jarang guna dan kata sendi nama oleh ni biasanya kita guna dekat ayat
pasif kan. “oleh” ni dia guna ayat pasif, jadi pelaku atau subjek ni dia
guna di belakang ayat..”– PKSN6:RA:RB: RC:BM (B77-B80)
“Haah. Ayat pasif pun dia masih lagi belum, belum apa ni… menguasai
lagi. Dia tak faham lagi kan aktif transitif dan dia belum boleh lagi
menguasai “oleh” ni. Tapi bila kita bagi banyak latihan… murid ni dia
dapat tangkap lah pola ayat pasif tu walaupun pada hakikatnya dia tak
tahu pun ayat pasif tu apa. Tapi bila dia banyak baca dan tengok, dia
boleh la buat ayat sikit-sikit… ayat yang mudah..” –
PKSN6:RA:RB:RC:PK (B83-B87)

484
Hal ini disokong dengan data analisis dokumen hasil kerja murid. Melalui instrumen
senarai semak didapati bahawa Responden A, Responden B dan Responden C dapat
membina ayat menggunakan KSN “oleh”. Hasil pengulangan “oleh” dalam ujian dan latihan
yang diberikan telah membuatkan responden semakin memahami fungsi KSN “oleh” dalam
ayat. Jadual 6 di bawah menunjukkan hasil ayat yang dibina oleh responden menggunakan
KSN “oleh”.

Jadual 6
Analisis dokumen hasil kerja murid tentang penguasaan kata sendi nama “oleh” dalam ayat

Latihan Jawapan Responden


Responden √/ Responden √/ Responden √/
A x B x C x
Isi tempat Ayam X Ayam √ Ayam √
kosong goreng yang goreng yang goreng yang
sedap ini sedap ini sedap ini
dimasak ke dimasak dimasak
Aaron. oleh Aaron. oleh Aaron.
Padankan Ayam X Ayam √ Ayam √
ayat goreng itu goreng itu goreng itu
dimasak dimasak dimasak
kepada oleh Ahnaf. oleh Ahnaf.
Ahnaf.
Bina ayat Nasi ayam √ Nasi lemak √ Mee goreng √
menggunakan itu dimasak itu dimasak itu dimasak
KSN “oleh” oleh ibu. oleh oleh kakak.
Fakhrullah.

Meskipun responden masih belum menguasai ayat pasif, jelaslah melalui pengulangan
dan latihan, responden dapat menggunakan KSN “oleh” untuk membina ayat kerana mereka
sudah mengetahui pola ayat apabila dibaca berulang kali. Hasil senarai semak analisis
dokumen ini juga didapati responden melaksanakan latihan bermula daripada mengisi tempat
kosong, padankan ayat dan seterusnya membina ayat. Ayat yang dibina oleh ketiga-tiga
responden ini menunjukkan pola ayat yang sama. Hal ini bertepatan dengan Teori
Pembentukan Kebiasaan iaitu pengulangan dan pembentukan yang dilakukan dengan kerap
mampu membentuk kebiasaan yang membuatkan seseorang itu semakin menguasai sesuatu
perkara. Dapatan ini disokong oleh Subadrah Nair dan Malar Muthiah (2005) yang
menyatakan, konsep yang dibina pada struktur kognitif seseorang akan berkembang dan
berubah apabila mendapat pengetahuan baharu. Hal ini jelas menunjukkan seseorang itu
dapat membina konsep dalam struktur kognitifnya dengan menghubungkan pengetahuan
baharu dan pengetahuan sedia ada seperti yang berlaku dalam dapatan ini.

485
Secara keseluruhannya, dapatan kajian kuantitatif menunjukkan dapatan keseluruhan
reponden adalah pada tahap memuaskan dalam penguasaan KSN. Hal ini adalah selari
dengan dapatan kajian kualitatif yang menunjukkan bahawa murid sebenarnya keliru dengan
fungsi KSN yang pelbagai dan terkadang mereka tersalah anggap tentang sesuatu bentuk
KSN. Justeru, jelaslah bahawa kedua-dua dapatan kajian ini adalah berkait rapat dan kita
dapat lihat dengan lebih mendalam tentang penguasaan kata sendi nama murid Tahun 4. Hasil
dapatan ini juga jelas menunjukkan bahawa meskipun murid tidak menguasai sesuatu pola
ayat, namun jika diberi latihan yang berterusan lama-kelamaan mereka akan memahami
fungsi sesuatu konstituen itu di dalam ayat.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Rumusannya, murid Tahun 4 mempunyai pelbagai tahap penguasaan KSN dalam ayat.
Sebahagian besar murid dapat menguasai dengan baik dan memuaskan manakala
sebilangan kecil murid yang dapat menguasai KSN dengan cemerlang dan hanya sedikit
sahaja murid yang lemah dalam penguasaan KSN dalam ayat. Dapatan kajian ini didapati
memuaskan dalam penguasaan KSN dalam ayat murid tahun empat melalui ujian penguasaan
KSN dalam ayat murid tahun empat. Kajian ini dapat memberi maklumat kepada guru tentang
penguasaan KSN dalam ayat oleh murid tahun empat secara terperinci beserta punca-
puncanya. Dapatan kajian ini menunjukkan latih tubi sangat berkesan digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa terutamanya KSN. Penggunaan latihan atau
latih tubi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah bertujuan untuk meningkatkan
penguasaan KSN dalam ayat. Kajian ini berupaya memberi pengetahuan kepada guru tentang
kepentingan latih tubi dan pembentukan kebiasaan. Hal ini selaras dengan Bloomfield (1933)
yang menyatakan penguasaan sesuatu bahasa bukanlah satu hal pengetahuan tetapi
merupakan satu hal latihan. Oleh itu, tindakan segera perlu dilaksanakan bagi meningkatkan
penguasaan tatabahasa Melayu.

Pengkaji mencadangkan guru mempelbagaikan latihan atau latih tubi kepada murid
tentang KSN yang diajar. Permainan bahasa atau didik hibur juga dapat digunakan bagi
meningkatkan pengetahuan dan kefahaman murid tentang sesuatu aspek tatabahasa yang
diajar. Hal ini secara tidak langsung akan membentuk kebiasaan dan mengurangkan
kekeliruan fungsi KSN apabila kerap kali diulang. Zaliza Mohamad Nasir (2015) menunjukkan
selain keliru terhadap penggunaan unsur-unsur bahasa, kurang pengetahuan terhadap sistem
sesebuah bahasa turut menjadi penyumbang utama yang mendorong fenomena kesalahan
bahasa. Justeru, menjadi tanggungjawab guru untuk memberi pengetahuan tersebut dan
meningkatkan kefahaman murid.

486
RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian (2015). Strategi pengajaran dan pembelajaran tatabahasa bahasa
melayu. Jabatan Pendidikan Bahasa Dan Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Pendidikan,.
Aninda Aji Siwi. (2018). Kesalahan tatabahasa yang sering dijumpai dalam kelas writing.
Thaqafiyyat, 19(1), 1. http://ejournal.uin-suka.ac.id /adab/thaqafiyyat /article/view /1318
/799
Herniti, E. (2010). Bahasa dan kelahirannya. Adabiyyāt: Jurnal Bahasa Dan Sastra.
https://doi.org/10.14421/ajbs.2010.09106
Leonard Bloomfield. (1933). Language. United State of America.
Nik Safiah Karim. (1996). Tatabahasa dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (2015).
Tatabahasa dewan edisi ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Subadrah Nair, & Malar Muthiah. (2005). Penggunaan model konstruktivisme lima fasa
Needham dalam pembelajaran Sejarah. Jurnal Pendidik Dan Pendidikan, 1(20), 21–41.
Wan Azlinda. (2003). Kata sendi nama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
di sekolah menengah. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Zaliza Mohamad Nasir. (2015). Penguasaan tatabahasa Melayu dalam kalangan
antarabangsa di IPTA [Universiti Putra Malaysia]. http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/71
046/1/FBMK 2015 109 IR.pdf

487
PEMBENTUKAN AYAT TUNGGAL DALAM KARANGAN MURID TAHUN 5

Mohamad Danial bin Mohamad Zakirudin


mohamad09-855@epembelajaran.edu.my

Wan Mardziyah binti Wan Hasbullah


mardziyah09-113@epembelajaran.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pembentukan ayat tunggal dalam karangan murid tahun 5. Reka
bentuk kajian ini menggunakan salah satu pendekatan kualitatif iaitu kajian analisis teks. Instrumen
kajian ini ialah borang senarai semak analisis dokumen untuk menjawab objektif kajian iaitu menyelidik
pembentukan ayat tunggal dalam karangan oleh murid tahun 5. Responden kajian melibatkan tiga orang
murid di salah sebuah sekolah di sekitar Kuala Lumpur. Dokumen yang dikumpulkan di analisis
menggunakan Nvivo untuk dikategorikan dengan teliti bagi menjawab tiga persoalan kajian; (i) Apakah
pola pembentukan ayat tunggal yang digunakan? (ii) Apakah jenis susunan ayat tunggal yang
digunakan? (iii)Bagaimanakah ragam ayat tunggal yang digunakan? Berdasarkan dapatan kajian, murid
menggunakan pola, susunan dan ragam ayat tunggal tertentu mengikut kesesuaian jenis karangan.
Oleh itu, kajian ini memberi impak yang positif terhadap kemahiran pembentukan ayat tunggal dalam
karangan murid tahun 5. Kajian lanjutan boleh diteruskan untuk menyelidik pembentukan ayat tunggal
di sekolah-sekolah lain sama ada daripada jenis berlainan bangsa atau meluaskan skop peserta kajian
di pelbagai tempat.
Kata Kunci: Pembentukan ayat tunggal, pola ayat, susunan biasa, susunan songsang, ragam ayat.

ABSTRACT
This study aims to examine the formation of a single verse in the composition of year 5 students. The
design of this study uses one qualitative approach which is the study of text analysis. The instrument of
this study is a document analysis checklist form to answer the objectives of the study which is to
investigate the formation of a single verse in a essay by year 5 students. Respondents to the study
involved three students at one of the schools around Kuala Lumpur. The documents collected in the
analysis use Nvivo to be carefully categorized to answer three study questions; (i) What is the pattern
of formation of a single verse used? (ii) What kind of single verse order is used? (iii) How are the various
single verses used? Based on the study, students use a pattern, arrangement and variety of certain
single verses according to the suitability of the type of essay. Thus, this study had a positive impact on
the proficiency of the formation of a single verse in the student's essay year 5. Further studies can be
continued to investigate the formation of single verses in other schools whether of different types of
nations or expanding the scope of study participants in various places.
Keywords: Formation of single sentences, sentence patterns, regular order, inverse order, variety of
sentences.

PENGENALAN
Setelah berkurun lamanya, manusia menggunakan simbol, lambang atau bahasa sebagai
medium untuk menyampaikan maklumat. Ini menunjukkan bahasa sangat penting untuk
berkomunikasi sesama manusia. Jika kita mengimbau kembali di benua Amerika, terdapat
induk bahasa Amerindian manakala di benua Asia Tenggara pula induk bahasa Austronesia.
Daripada induk bahasa Austronesia maka lahirlah bahasa Malaysia yang serumpun dengan
bahasa Nusantara yang lain seperti bahasa Indonesia, Singapura, Selatan Siam dan Brunei.

488
Bukti arkeologi, perjumpaan batu bersurat di Terengganu mengesahkan lagi bahawa Bahasa
Melayu telah wujud pada 4 Rejab 1439 yang lalu. Sebagaimana yang tercatat pada batu
bersurat tersebut, tulisan jawi yang disesuaikan dengan bahasa Melayu dengan menggunakan
huruf vokal yang mencirikan unsur Melayu telah digunakan (Niswa Noralina Abdullah, 2018).
Bahkan Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa Lingua Franca suatu ketika dahulu. Menurut
Khairul Ashraf Muhamad (2021), tulisan jawi masih digunakan walaupun Melaka telah jatuh
ke tangan Portugis seperti manuskrip surat oleh Sultan Ternate, Sultan Abu Hayat yang
menghantar surat pada 1521-1522 kepada Raja Portugal, John III.

Selepas 10 tahun merdeka, barulah Malaysia berjaya memartabatkan bahasa Melayu


dengan memperjuangkan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 iaitu bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi di Malaysia. Seterusnya, bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama
dalam sistem pendidikan (Mansor Mohd Noor, 2010). Penggunaan Bahasa Melayu sepatutnya
menjadi asas kemahiran bagi seluruh masyarakat tidak kira bangsa dan agama. Hal ini
menjadi bahasa pengantara dalam komunikasi seharian.

Berdasarkan huraian di atas, bahasa sebagai pengantara yang penting dalam menyampaikan
mesej antara penulis dengan pembaca. Hal ini boleh dilihat daripada sudut sintaksis iaitu
penggunaan kata, struktur ayat, susunan ayat dan ragam ayat mempengaruhi kefahaman
pembaca. Perkara-perkara ini yang perlu dilakukan penelitian khususnya penggunaan kalimat
yang bersesuaian selari dengan tahap kefahaman pembaca.

PERNYATAAN MASALAH
Kesalahan dan kesilapan berbahasa akan merosakkan keindahan bahasa Melayu. Bahkan
dalam rencana akhbar juga terdapat kesalahan rumus tatabahasa, kesalahan ejaan dan
pembentukan ayat yang betul yang menyebabkan bahasanya menjadi tidak gramatis. Ini
dibuktikan oleh kajian Mohd Hazreen Shah et. al. (2019), pembentukan ayat yang betul dapat
difahami oleh pembaca. Namun, kelaziman kesalahan rumus tatabahasa ini akan
menyebabkan pembaca menerimanya sebagai sesuatu yang betul (rujuk Mior Kamarul
Shahid, 2015). Dengan melihat isu bahasa ini, pengkaji mendapati kajian ini harus diberi
perhatian bermula di peringkat akar umbi iaitu di murid peringkat sekolah.

Dalam kajian Norfaizah Adbul Jobar (2017) yang mengkaji penulisan karangan
menunjukkan murid kurang menguasai pembinaan klausa dalam penulisan. Selain itu, kajian
Wan Mohd Norudin Wan Kadir (2006), mengenai kesilapan tatabahasa dalam karangan
Bahasa Melayu mendapati bahawa kegagalan murid menguasai penulisan dalam karangan
berpunca daripada kegagalan murid memahami rumus dan peraturan tatabahasa sehingga
terdapat kesalahan dalam binaan subjek dan predikat pada ayat tunggal. Arina Johari (2013)
pula mendapati kesalahan yang terdapat dalam karangan pelajar seperti kesalahan aspek

489
struktur ayat, penggunaan kata hubung tidak tepat, penggunaan kata kerja yang tidak sesuai
serta kosa kata yang salah digunakan. Kesalahan demi kesalahan menyebabkan binaan ayat
yang dihasilkan bersifat tergantung dan tidak lengkap kerana tidak dapat difahami oleh
pembaca. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji penguasaan murid
dalam kemahiran membina ayat tunggal dalam karangan dan mengkajinya secara mendalam
berdasarkan murid yang cemerlang dengan yang lemah.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini terdapat satu objektif bagi mencapai tujuan kajian. Objektif kajian adalah seperti
yang berikut:

1. Menyelidik pembentukan ayat tunggal dalam karangan oleh murid tahun 5.

SOALAN KAJIAN
Kajian ini mengandungi tiga soalan kajian bagi mencapai objektif kajian ini. Soalan kajian
adalah seperti yang berikut:

i. Apakah pola pembentukan ayat tunggal yang digunakan murid tahun 5.

ii. Apakah jenis susunan ayat tunggal yang digunakan murid tahun 5.

iii. Bagaimanakah ragam ayat tunggal yang digunakan murid tahun 5.

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini bertujuan mengkaji secara mendalam pembentukan ayat tunggal dalam karangan
murid tahun 5. Sehubungan itu, kajian ini telah menggunakan pendekatan kualitatif kerana
melalui kaedah pengumpulan data analisis dokumen pengkaji dapat meneliti dan menganalisis
dokumen murid sebagai sumber utama supaya data kajian yang diperoleh lebih tepat. Ruzlan
Md Ali et al., (2018), menyatakan kaedah analisis data dokumen bertujuan mendapatkan data
secara sistematik, menganalisis dan mengumpul secara berobjektif. Data yang telah dikaji
dilaksanakan melalui tapisan berdasarkan sumber-sumber yang diperoleh dan diasingkan
mengikut fokus kajian yang perlu dan telah dikenal pasti.

Oleh itu penggunaan pendekatan kualitatif membolehkan pengkaji menganalisis


dokumen murid yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan serta telah mengenal pasti
masalah pembentukan ayat tunggal yang berlaku dalam kalangan murid tahun 5. Maka kajian
kes ialah kaedah kajian yang amat tepat kerana Fauziah Ibrahim et al. (2020), menyatakan
kajian kes memfokuskan analisis secara menyeluruh bagi satu kes atau beberapa kes dengan
mengkaji peristiwa, program , dan aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sebilangan.

490
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Dapatan kajian ini menjawab kepada tiga soalan kajian iaitu pola ayat, jenis susunan ayat
dan ragam ayat yang digunakan dalam karangan murid tahun 5.

Jadual 1
Dapatan analisis dokumen responden x, y, z

Jenis Pola Ayat Tunggal Responden Responden Responden


x Y Z

FN+FN 2 1 2
FN+FK 3 6 1
FN+FA - 1 2
FN+FSN 3 3 5

Jumlah 8 10 10
Jumlah keseluruhan

Berdasarkan dapatan kajian sub tema pola pembentukan ayat tunggal, didapati
responden Y (RY) banyak menggunakan pola ayat FN + FK iaitu sebanyak enam ayat dalam
ketiga-tiga jenis karangan. Seterusnya, diikuti responden Z (RZ) yang banyak menggunakan
pola ayat FN+FSN iaitu sebanyak lima ayat. Namun, responden X hanya menggunakan
sebanyak tiga bagi pola ayat FN+FK dan FN+FSN. Hal ini menunjukkan kepelbagaian
penguasaan murid cemerlang dalam pembentukan ayat tunggal. Walau bagaimanapun,
pengkaji mendapati pola FN+FA sangat jarang digunakan bahkan dalam karangan cerita juga
turut ada yang tidak digunakan. Frasa adjektif sepatutnya memberi tarikan dalam membina
sebuah karangan di samping menunjukkan keanekaan jenis pola ayat yang digunakan murid.
Guru harus meneliti mengapa murid-murid kurang menggunakan ayat tunggal yang
menggunakan kata adjektif. Hal ini bagi menambah keyakinan murid dalam mempelbagaikan
jenis pola ayat sekaligus menambahbaik kualiti karangan murid.

491
Susunan Biasa Ayat Tunggal

Responden X, 6, 25%
Responden Z, 8, 33%

Responden Y, 10,
42%

Responden X Responden Y Responden Z

Rajah 1: Analisis susunan biasa

Berdasarkan Rajah 1, responden Y mendapat 42% yang tertinggi dengan jumlah iaitu
10 ayat kemudian diikuti responden Z iaitu lapan ayat dan akhir sekali, responden X dengan
enam ayat. Contoh ayat susunan biasa ini adalah seperti berikut:

Responden X;
Subjek Predikat
Kita juga perlu… …melawat mereka selalu.

Dalam susunan biasa ayat tunggal, kedudukan konstituen subjek berada di hadapan
konstituen predikat. ‘Kita’ pada ayat satu sebagai subjek utama dan ‘melawat mereka selalu’
sebagai predikat sekaligus frasa kerja. Kebiasaannya ayat susunan biasa tidak memerlukan
kata penegas namun responden X telah meletakkan kata ‘juga’ sebagai unsur penegasan.
Unsur penegasan ini boleh dihubungkaitkan dengan penggunaan ‘Kita’ di awal ayat sebagai
kata ganti diri nama pertama yang menunjukkan tanggungjawab ‘melawat’ ini digalas oleh
ramai pihak. Dari aspek golongan kata, responden X memilih untuk menggunakan kata ‘selalu’
di akhir ayat berbanding menggunakannya di pertengahan ayat iaitu “Kita juga perlu selalu
melawat mereka”. Sementara itu berikut pula contoh ayat susunan songsang;
Responden Z;
Predikat Subjek Jenis Songsang
Setakat ini sahaja… …surat saya Seluruh predikat

492
‘…Surat saya’ sebagai subjek utama manakala ‘Setakat ini sahaja…’ adalah frasa
predikat. Proses pendepanan seluruh frasa predikat membentuk ayat menjadi songsang.
Tiada unsur penegasan partikel –lah diletakkan pada ‘sahaja’ yang menjadi ‘sahajalah’. Ayat
susunan biasa bagi contoh di atas sepatutnya ‘Surat saya setakat ini sahaja’. Seterusnya,
jadual 3 bagi menjawab soalan kajian bentuk ragam ayat yang digunakan murid.

Jadual 2
Binaan ragam ayat responden X, Y, Z

ASPEK/ DAPATAN KAJIAN


TEMA KOD ANALISIS DOKUMEN
Ayat tak transitif ATTTP Responden X (RX)
tanpa pelengkap  Aku akan selalu ingat nasihat itu.

Ayat tak transitif ATTB Responden Y (RY)


berpelengkap  Kereta di situ (bergerak) sangatlah laju.

Ayat aktif transitif AATB Responden Z (RZ)


berobjek  Aku menerima panggilan daripada pihak polis.

Ayat pasif transitif APTB


berobjek

Kesalahan KE

‘Aku akan selalu ingat nasihat itu’ merupakan ayat aktif tak transitif tanpa pelengkap.
‘Ingat’ ialah kata kerja tak transitif yang perlu disusuli kata sendi nama jika diperluas. Tanpa
pelengkap ayat ini masih boleh berdiri sendiri dengan baik dalam karangan. Ayat dalam
karangan sentiasa berpaut antara satu sama lain. Ayat yang tepat sepatutnya;

Ayat yang ditambahbaik: * Aku akan selalu ingat tentang nasihat itu.
Tanpa pelengkap: * Aku akan selalu ingat.

Berbeza pula dengan ayat kedua, RY menggunakan ayat aktif tak transitif
berpelengkap iaitu ‘Kereta di situ (bergerak) sangatlah laju. Kata kerja ‘bergerak’ digugurkan
oleh RY namun seharusnya terdapat kata kerja tak transitif dalam ayat tersebut. Maka,
‘sangatlah laju’ sebagai keterangan yang tidak boleh digugurkan kerana pembaca tidak akan
faham jika digugurkan ayat pelengkap. Misalnya;

Tanpa pelengkap: * • Kereta di situ (bergerak) sangatlah laju.


Manakala ayat ketiga, RZ membina ayat aktif transitif berobjek iaitu ‘menerima
panggilan’. Kata kerja transitif harus diikuti dengan objek atau klausa komplemen yang akan
menjadi penyambut. Frasa nama objek ‘panggilan’ sebagai unsur penyambut bagi kata kerja

493
‘menerima’. Jika digugurkan frasa ‘panggilan’ akan menjadikan ayat AATB menjadi tidak
difahami dengan jelas. Contohnya;

Tanpa unsur penyambut: * Aku menerima panggilan daripada pihak polis.


Berdasarkan dapatan kajian daripada analisis dokumen, didapati ketiga-tiga
responden mahir dalam membentuk ayat tunggal dan hampir tiada melakukan kesalahan.
Penggunaan ragam ayat tak transitif berpelengkap (ATTB) dan ayat aktif transitif berobjek
(AATB) yang paling banyak digunakan oleh ketiga-tiga responden dalam ke semua jenis
karangan. Namun demikian, jika dilihat daripada perbandingan antara karangan, karangan
jenis cerita yang banyak menggunakan ayat tunggal berbanding jenis karangan surat tidak
rasmi dan karangan perbincangan. Di dalam sebuah kelas bilangan yang paling banyak
mencecah 40 orang murid di dalam kelas. Sekiranya guru tidak dapat memberi perhatian
kepada tahap murid yang lemah dan sederhana, maka murid itu akan melakukan kesalahan
tatabahasa yang banyak dalam ayat tunggal. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan
murid akan banyak membuat kesalahan pada ayat majmuk. Oleh itu, pengkaji akan
mencadangkan pada bahagian seterusnya Kesimpulan, implikasi dan cadangan yang boleh
dilaksanakan oleh guru.

KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN


Dapatan kajian mendapati murid kurang menggunakan pola ayat tunggal Frasa Nama + Frasa
Adjektif (FN+FA). Ini menunjukkan murid kurang mahir menggunakan ayat tunggal dengan
frasa adjektif dalam karangan. Ini menyebabkan ayat dalam karangan tidak pelbagai dan
kurang menarik. Sedangkan penggunaan kata adjektif dapat memberikan gambaran kepada
pembaca untuk memahami isi tersurat dan tersirat dalam ayat. Walaupun dalam karangan
jenis cerita, murid banyak menggunakan ayat tunggal namun masih kurang menggunakan
pola FN+FA. Pelbagai faktor yang mungkin timbul seperti bahan bacaan murid yang tidak luas
menyebabkan murid tidak terdedah dengan penggunaan kata adjektif dalam pembentukan
ayat tunggal. Dapatan kajian ini tidak sama dengan beberapa kajian lepas yang mengkaji
pembentukan ayat tunggal dan majmuk dalam Bahasa Melayu.

Antara kajian yang mengkaji tentang struktur dan pola ayat bagi bahasa Melayu ialah
kajian Tay Meng Guat (2006), Alimah Lob (2010), Arina Johari & Mohd. Zuber Ismail (2013),
Mariyati Mohd Nor (2015). Kajian Tay Meng Guat (2006) dijalankan di Malaysia iaitu
menganalisis sintaksis bagi pemerolehan bahasa kanak-kanak. Kajian Alimah Lob (2010),
dijalankan di Singapura dan mengkaji tentang penguasaan lisan Bahasa Melayu melalui pola
ayat dasar yang digunakan murid prasekolah. Kajian Arina Johari & Mohd. Zuber Ismail
(2013), dilaksanakan di Malaysia mengkaji kesalahan struktur dan pola ayat majmuk bagi

494
pelajar asing. Mariyati Mohd Nor (2015) melaksanakan kajiannya di Malaysia, mengkaji
perbandingan kata adjektif Bahasa Sepanyol dengan Bahasa Melayu dalam penulisan
karangan pelajar universiti awam. Hasil dapatan kajian yang disenaraikan menunjukkan
penguasaan struktur dan pola ayat tunggal dalam Bahasa Melayu meningkatkan kemahiran
menulis karangan.

Daripada aspek susunan ayat pula, penggunaan ayat songsang lebih banyak
digunakan dalam pertuturan seharian berbanding dalam penulisan. Walau bagaimanapun,
masih boleh digunakan susunan songsang dalam penulisan bagi menegaskan inti yang ingin
difokuskan. Hal ini mungkin faktor kemahiran pembentukan ayat yang kurang dikuasai oleh
murid sepenuhnya di samping bahan bacaan yang tidak luas. Bahan bacaan yang tidak luas
menyebabkan mereka kurang terdedah dengan cara pembentukan ayat tunggal yang
memudahkan mereka mempraktikkan dalam penulisan. Dapatan kajian ini hampir sama
dengan beberapa kajian turut mengkaji jenis susunan ayat dalam bahasa. Antara kajian
tentang jenis susunan ayat bagi Bahasa Melayu iaitu Noor Aina Dani et al. (2011) dan
Muhammad Bazli Mahmood dan Goh Sang Seong (2018).

Melalui kajian-kajian ini, kebanyakan kajian sedia ada yang mengkaji susunan dan
struktur ayat tidak menjurus kepada Bahasa Melayu. Manakala tidak ke arah pendidikan
sekolah rendah. Analisis kajian literatur juga mendapati masih kurang kajian berkenaan
susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang terhadap hasil penulisan karangan murid
sekolah rendah.

Pada waktu yang sama, dalam aspek penggunaan ragam ayat tak transitif
berpelengkap (ATTB) dan ayat aktif transitif berobjek (AATB) yang paling banyak digunakan
oleh ketiga-tiga responden dalam ke semua jenis karangan. Faktor pesekitaran murid dan latar
belakang mungkin mempengaruhi sejauhmana tahap penguasaan murid dalam menggunakan
ragam ayat tunggal. Bahan bacaan yang kurang luas mungkin juga menyebabkan murid hanya
membina ayat yang sering digunakan sahaja dalam penulisan karangan. Walau
bagaimanapun kajian ini tidak melihat faktor atau kesalahan yang mempengaruhi
pembentukan ayat tunggal. Maka, salah satunya kajian ini telah melihat bagaimana ragam
ayat yang digunakan oleh murid. Berdasarkan perbincangan ini dapat dirumuskan bahawa
ragam ayat Bahasa Melayu ini turut digunakan bagi pelajar asing dan penggunaannya tidak
terhad dalam penulisan bahkan dalam sosial media. Kajian ini juga telah memberi nilai tambah
kepada kajian tentang struktur sintaksis ayat tunggal khususnya dalam Bahasa Melayu kerana
kebanyakan kajian sedia ada kurang menjurus kepada murid-murid sekolah rendah. Hal ini
membuktikan dapatan kajian ini sangat penting dalam sistem pendidikan di negara ini.

495
Walaupun banyak kajian mengenai penulisan karangan Bahasa Melayu telah
dilaksanakan sebelum ini namun kebanyakan kajian tersebut tidak dilaksanakan terhadap
murid-murid sekolah secara mendalam khususnya ayat tunggal. Menurut Kleickmann et al.
(2013) menyatakan pengetahuan yang bermakna dapat menambah baik amalan profesional
pengajaran. Oleh itu hasil dapatan ini sedikit sebanyak akan meningkatkan pengetahuan guru
tentang keberkesanan PdP. Dapatan kajian ini menunjukkan murid kurang menggunakan pola
ayat tunggal frasa nama + frasa adjektif dan kepelbagaian ragam ayat. Susulan daripada itu,
hasil dapatan sudah tentu membawa kesan terhadap beberapa pihak terutamanya guru di
sekolah. Guru sebagai agen dalam meningkatkan kemahiran murid seharusnya bersedia
segala ilmu pengetahuan kerana menurut Norismayati Aida Idris et al. (2016), seorang guru
Bahasa Melayu wajib menguasai asas bidangnya iaitu ilmu linguistik. Guru yang berkemahiran
segala pengetahuan dapat mendorong murid dalam meningkatkan penguasaan murid dalam
pembelajaran Bahasa Melayu.

Tambahan pula, dapatan kajian ini jelas menunjukkan murid kurang menggunakan
pelbagai jenis ragam ayat tunggal yang gramatis dalam karangan sewaktu membina ayat.
Penguasaan kepada ayat tunggal amat penting untuk murid mempelbagaikan pola dan ragam
pembentukan ayat tunggal. Menurut Ahmed Hafizainol Ahmed Adris dan Karim Harun (2020)
susunan ayat yang paling asas ialah ayat tunggal dalam Bahasa Melayu. Sehubungan itu,
murid harus menguasai pembentukan ayat tunggal dengan baik dan mempelbagaikan pola
dan jenis ragam ayat bagi meningkatkan kualiti penulisan karangan. Murid yang menguasai
ayat tunggal dengan baik dapat membentuk ayat majmuk dengan baik. Daripada perspektif
yang berbeza, pantun Melayu pula lebih banyak menggunakan binaan ayat majmuk
berbanding ayat tunggal ( rujuk Ab. Razak Ab. Karim dan Nurul Ain Alizuddin, 2016). Hal ini
dikatakan demikian kerana hasil dapatan kajian Ab. Razak Ab. Karim dan Nurul Ain Alizuddin
(2016) mengkaji binaan ayat dalam pantun Melayu , menunjukkan ayat majmuk lebih dominan
digunakan dalam pantun namun demikian beliau menekankan bahawa ayat tunggal
memainkan peranan penting pada struktur binaan pantun.

Kesimpulannya hasil daripada pelaksanaan dan analisis dapatan kajian ini penyelidik
berpandangan bahawa guru sebenarnya yang paling berperanan dalam meningkatkan
kemahiran pembentukan ayat tunggal murid. Guru yang melaksanakan PdP yang berkesan
dapat menggalakkan murid untuk sentiasa membaiki penggunaan Bahasa Melayu ketika
pertuturan dan juga penulisan. Lebih-lebih lagi, murid bukan penutur natif tidak akan malu
membuat kesalahan dalam proses pembelajaran Bahasa Melayu. Hasil dapatan Zamri
Mahamod et al. (2009), guru yang mempunyai pertautan yang lebih mesra antara guru dan
murid menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.

496
RUJUKAN
Ab. Razak Ab. Karim, & Nurul Ain Alizuddin. (2016). Pantun Melayu: ayat majmuk gabungan
bahasa Melayu. International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman), 4(2),
23–36.
Ahmed Hafizainol Ahmed Adris, & Karim Harun. (2020). THE ACQUISITION OF MALAY AS
A SECOND LANGUAGE AMONG STUDENTS OF PONDOK BANTAN , THAILAND.
Jurnal Melayu, Isu khas disember, 457–477.
Alimah Lob. (2010). Penguasaan Lisan Bahasa Melayu dalam Kalangan Kanak-kanak
Prasekolah di Singapura. Universiti Putra Malaysia.
Arina Johari, & Mohd. Zuber Ismail. (2013). Analisis Kesalahan Umum Struktur Ayat Majmuk
oleh Pelajar Asing. PROCEEDING OF ILCC 2013 INTERNATIONAL LANGUAGE FOR
COMMUNICATION CONFERENCE 2013(ILCC 2013), 372–394.
Fauziah Ibrahim, Khadijah Alavi, & Nazirah Hassan. (2020). Metod kajian kualitatif. In
Penulisan tesis kajian kualitatif dan kuantitatif (pp. 77–83).
Kleickmann, T., Richter, D., Kunter, M., Elsner, J., Besser, M., Krauss, S., & Baumert, J.
(2013). Teachers’ Content Knowledge and Pedagogical Content Knowledge: The Role
of Structural Differences in Teacher Education. Journal of Teacher Education, 64(1),
90–106. http://doi.org/10.1177/0022487112460398
Mariyati Mohd Nor. (2015). Perbandingan Bentuk Kata Adjektif Bahasa Sepanyol Dengan
Bahasa Melayu Dalam Penulisan Pelajar Ipta (Vol. 151). Universiti Putra Malaysia.
Muhammad Bazli Mahmood, & Goh Sang Seong. (2018). TERJEMAHAN INTRALINGUAL :
ANJAKAN TERJEMAHAN DALAM (Issue October). Universiti Malaysia Perlis.
Noor Aina Dani, Saadah Jaffar, Zuraini Seruji, & Amir, R. A. (2011). Asimilasi Bermacam
Jenis Kata Melayu Pemilikan Etnik Dusun Di Sabah. Jurnal Melayu, 8, 67–90.
Norismayati Aida Idris, Anida Sarudin, & Mohd. Rashid Md. Idris. (2016). Amalan Guru dan
Penguasaan Aspek Ilmu Linguistik dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu di Perak.
Amalan Guru Dan Penguasaan Aspek Ilmu Linguistik, January 2013, 117.
Ruzlan Md Ali, Fahainis Mohd Yusof, & Fuziah Shaffie. (2018). Pengumpulan data kualitatif
dalam penyelidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tay Meng Guat. (2006). Pemerolehan Bahasa Kanak-kanak: Satu Analisis Sintaksis. Jurnal
Penyelidikan IPBL, 7, 87–108.
https://s3.amazonaws.com/academia.edu.documents/34426058/tay06.pdf?response-
content-disposition=inline%3B filename%3DPEMEROLEHAN_BAHASA_KANAK-
KANAK_SATU_ANAL.pdf&X-Amz-Algorithm=AWS4-HMAC-SHA256&X-Amz-
Credential=AKIAIWOWYYGZ2Y53UL3A%2F20200126%2Fus-east-1
Zamri Mahamod, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, & Juliawati Ibrahim. (2009). Perbandingan
Gaya Pengajaran Guru Bahasa Melayu dan Guru Bahasa Inggeris (The Comparative
Study of Malay and English Language Teachers Teaching Style). Jurnal Pendidikan
Malaysia, 34(34(1)), 67–92.
Zamri Mahamod, & Nur Aisyah Mohamad Noor. (2011). Persepsi Guru Tentang Penggunaan
Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran Komponen Sastera Bahasa Melayu Teachers ’
Perception Towards The Usage of Multimedia Application In The Malay Language
Literature Components. Journal of Language Studies (GEMA Online), 11(3), 163–177.

497
PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM PENGAJARAN KARANGAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH

Muhammad Amirul Firdaus bin Mohd Azhar


amirul09-856@epembelajaran.edu.my

Roslina binti Suratnu PhD


roslina@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap kekerapan pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam
pengajaran karangan Bahasa Melayu. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran
guru dalam melaksanakan pembelajaran koperatif dalam pengajaran karangan Bahasa Melayu. Reka
bentuk kajian ini adalah kaedah penyelidikan tinjauan dengan menggunakan satu set soal selidik yang
mengandungi 36 item. Sampel kajian ini terdiri daripada 63 orang guru Bahasa Melayu sekolah rendah
di Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan
statistik diskriptif, melibatkan analisis skor min dan sisihan piawai. Hasil dapatan menunjukkan bahawa
tahap kekerapan pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam pengajaran karangan Bahasa Melayu
berada pada tahap yang sederhana tinggi (skor min 3.98). Namun, tahap kemahiran guru dalam
melaksanakan pembelajaran koperatif dalam pengajaran karangan Bahasa Melayu berada pada tahap
yang tinggi (skor min 4.32). Dapatan menunjukkan tujuh kaedah pembelajaran koperatif tertinggi yang
menjadi pilihan guru Bahasa Melayu ialah kaedah jigsaw, kaedah group investigation, kaedah think pair
square, kaedah write around, kaedah team present to other team, kaedah round robin brainstorming
dan kaedah team accelerated instruction. Justeru, kajian ini diharap dapat membantu semua guru
Bahasa Melayu sekolah rendah, pihak berkepentingan dan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
dalam usaha memantapkan elemen pembelajaran koperatif yang merupakan salah satu pendekatan
dalam pembelajaran abad 21.
Kata Kunci: Pelaksanaan, pembelajaran koperatif, pengajaran karangan, Bahasa Melayu

ABSTRACT
This study aims to identify the frequency of implementation of cooperative learning in Malay essay
writing. This study also aims to identify the skill of teachers in implementing cooperative learning in
Malay essay writing. This survey study used a set of 36 items questionnaire. The sample comprised of
63 Malay Language teachers of primary schools teaching in Kuala Berang, Hulu Terengganu,
Terengganu. Collected data was analyzed in descriptive form of mean and standard deviation. Findings
shows that the level of frequency on implementation of cooperative learning in Malay essay writing is
highly moderate (mean 3.98). However, their skills in the implementation of cooperative learning are
high (mean 4.32). The findings showed the highest seven cooperative method of choices for Malay
Language teachers were jigsaw, group investigation, think pair square, write around, kaedah team
present to other team, kaedah round robin brainstorming dan team accelerated instruction. Thus, this
study hopes to help all teachers Malay primary schools, the stakeholder and the Ministry of Education
in an effort to strengthen the element of cooperative learning is one instructional approach in the 21st
century.

Keywords: Implementation, cooperative learning, teaching writing, Malay Language

498
PENGENALAN
Pendidikan merupakan salah satu bidang yang penting dalam menyumbang kepada
pembangunan negara (Wahidah, 2011). Institusi pengajian sama ada di peringkat tinggi atau
rendah adalah berperanan penting dalam melahirkan golongan sasaran yang menjadi tonggak
kepada pembangunan negara. Golongan ini bertanggungjawab dalam merealisasikan
wawasan negara demi menjana kemajuan negara. Oleh itu, pelbagai usaha telah dijalankan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk
memperbaiki dan meningkatkan sistem pendidikan di negara ini (Zainudin, Mohd Zaki & Nur
Azza, 2015).

Pada era globalisasi ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat


menitikberatkan keterlibatan murid dalam proses pembelajaran supaya dapat membentuk
murid yang dapat mendepani cabaran abad ke-21. Hal ini dibuktikan melalui Program
Transformasi Kerajaan yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Program Transformasi Kerajaan memperkenalkan pembelajaran berpusatkan murid
atau dikenali sebagai student-centered learning (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).
Kini, Kementerian Pendidikan Malaysia amat menekankan pengajaran dan pembelajaran
abad ke-21 dan PdP yang berteraskan kaedah pembelajaran koperatif bagi melahirkan murid
yang berketerampilan dari segi akademik serta kepimpinan untuk memenuhi aspirasi
pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 (Aimi Hafizah, 2017).

Selari dengan perkembangan dunia pendidikan kini, pembelajaran abad ke-21


merupakan kaedah dan teknik pengajaran yang perlu dilaksanakan oleh guru di dalam bilik
darjah. Abdul Aziz (2007) menjelaskan bahawa teknik pengajaran konvensional secara
syarahan yang berpandukan nota masih menjadi amalan guru. Keadaan ini menyebabkan sesi
pembelajaran menjadi tidak menarik dan menganggu tumpuan murid sekali gus menjejaskan
pencapaian murid. Perkara ini berbeza dengan amalan pembelajaran abad ke-21 yang
memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid manakala
peranan guru hanyalah sebagai fasilitator dan pemudah cara. Dalam hal ini, proses
pembelajaran berlaku melalui penglibatan aktif murid dalam setiap aktiviti yang dikendalikan
oleh guru. Antara aktiviti yang menepati kehendak pembelajaran abad ke-21 ialah
perbincangan, aktiviti berkumpulan, lakonan, simulasi dan permainan.

Secara umumnya, terdapat dua jenis strategi pengajaran yang boleh dipraktikkan di
dalam bilik darjah iaitu strategi berpusatkan guru dan strategi berpusatkan murid. Strategi
berpusatkan guru merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah lama
diaplikasikan di dalam kelas. Dalam strategi ini, guru memainkan peranan aktif dalam proses
pembelajaran dan pengajaran manakala murid pula berperanan untuk menerima pengajaran

499
secara pasif. Hal ini bererti, strategi ini lebih bersifat autokratik dan hanya melibatkan
komunikasi satu hala (Hashim, 2003). Strategi ini adalah strategi tradisional yang meletakkan
guru sebagai pakar dalam mata pelajaran dan sumber utama ilmu pengetahuan. Oleh itu,
tujuan utama murid hadir ke kelas adalah untuk menerima maklumat yang telah ditetapkan
oleh guru. Murid hanya perlu mengulangi, menghafal serta mencurahkan kembali isi pelajaran
yang telah diajar.

Strategi berpusatkan murid pula merujuk kepada kepada ciri istimewa yang ada pada
diri seseorang murid untuk melihat, berinteraksi, dan bergerak balas dalam suatu suasana
pembelajaran. Strategi ini melibatkan komunikasi dua hala antara guru dengan murid. Strategi
ini menggalakkan murid untuk bertanggungjawab dan melibatkan diri secara aktif dalam
proses pembelajaran, manakala guru hanya bertindak sebagai fasilitator atau pemantau
sahaja. Kajian menunjukkan bahawa strategi pemusatan murid mempunyai kelebihan untuk
mengembangkan kebolehan murid dalam mengaplikasikan konsep sikap yang positif,
mewujudkan motivasi dan memperkembangkan peribadi dalam menggalakkan kemahiran
sosial kumpulan. Strategi ini juga dilaksanakan bagi mewujudkan iklim bilik darjah yang dapat
mengembangkan kreativiti murid (Noriati, Boon & Sharifah, 2017).

Sesungguhnya, strategi pembelajaran yang berpusatkan murid merupakan strategi


yang paling sesuai untuk dilaksanakan di dalam kelas bagi mendorong penglibatan mereka
secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh hal yang demikian itu, kaedah
pembelajaran koperatif merupakan sebuah strategi yang berpotensi mampu menggalakkan
penglibatan murid secara aktif semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Hal ini demikian kerana pembelajaran koperatif merupakan salah satu strategi yang
memerlukan murid-murid berinteraksi sesama mereka dalam menyelesaikan sesuatu masalah
manakala guru pula hanya memainkan peranan sebagai fasilitator. Justeru, dengan
melaksanakan pembelajaran koperatif semasa pengajaran penulisan karangan Bahasa
Melayu, murid dapat menjana minda yang kreatif dan kritis.

PERNYATAAN MASALAH
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Rozita Radhiah (2017), pembelajaran koperatif
memberi peluang kepada murid-murid untuk bekerjasama dan berinteraksi sesama rakan
sebaya adalah lebih tinggi berbanding dengan pembelajaran tradisional. Hasil dapatan ini
diperkukuhkan dengan pendapat Alizah dan Zamri (2019) yang menyatakan bahawa
seseorang pelajar yang membantu proses pembelajaran pelajar lain dengan berkongsi
maklumat, berbincang, mengajar apa yang diketahui akan menggalakkan mereka untuk
pencapaian yang lebih baik.

500
Seterusnya, pembelajaran koperatif ini juga dapat menjana minat murid dalam
pengajaran dan pembelajaran (Dwi Astuti, 2017). Namun, masih terdapat guru yang
melaksanakan pengajaran tradisional dalam pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam
bilik darjah. Hal ini demikian kerana, guru masih kurang berkeyakinan terhadap kebolehan
murid untuk menghasilkan isi karangan mereka dengan cara meneroka pengetahuan secara
sendiri. Sikap guru yang sedemikian menyebabkan kebanyakan isi karangan disediakan oleh
guru sendiri. Justeru, masalah ini semakin meruncing apabila dilihat murid-murid kurang
berusaha untuk mencari isi untuk menghasilkan penulisan yang berkualiti kerana karangan
yang terbina melalui kaitan kohesi yang tidak mencukupi bagi mengemukakan pendapat
mereka (Norfaizah, 2017).

Selain itu, pengajaran yang bercorak konvensional dan berpusatkan guru sering
menyebabkan murid-murid bersifat pasif dan suasana pembelajaran secara tidak langsung
menjadi kurang menyeronokkan (Mohd Khairuddin et al., 2014). Walau bagaimanapun,
melalui kajian yang dijalankan oleh Aimi Hafizah (2017), didapati bahawa budaya “chalk and
talk” masih menjadi budaya yang popular dalam kalangan guru. Sehubungan dengan itu,
pembelajaran secara aktif atau koperatif dianggap bersesuaian bagi menggantikan
pengajaran bercorakkan konvensional ini. Pembelajaran koperatif ini juga adalah sesuai untuk
diaplikasikan di semua peringkat pengajian sama ada di peringkat rendah, menengah, sekolah
tinggi, kolej mahupun pusat pendidikan tinggi. Kaedah pembelajaran yang berkonsepkan
perbincangan serta interaksi antara murid dengan guru dan murid dengan murid dilihat mampu
meningkatkan tahap penglibatan murid secara lebih aktif. Sesungguhnya, murid lebih
berpeluang memperoleh pengalaman baru dalam meneroka sesuatu penyelesaian dengan
sendiri.

Di samping itu, pengajaran yang bercorak konvensional dan berpusatkan guru juga
meninggalkan impak negatif sekiranya murid kerap bergantung kepada guru dalam
penghasilan sesuatu penulisan (Aziz & Zaiton, 2010). Hal ini menyebabkan murid tidak lagi
didedahkan dengan aktiviti berfikir yang seharusnya berlaku semasa aktiviti penulisan
dilaksanakan. Siti Iwana Sharizah, Rohaty dan Zamri (2014), berpandangan bahawa guru
seharusnya menerapkan inovasi, iaitu dengan mengaplikasikan kaedah PAK21 ke dalam
pengajaran dan pembelajaran mereka dengan menerima dan mengamalkan kepelbagaian
kaedah, teknik dan aktiviti dalam amalan pengajaran dan pembelajaran penulisan.

Akhir sekali, meskipun kaedah pembelajaran koperatif menunjukkan hasil pencapaian


yang cemerlang, namun pembelajaran koperatif ini masih kurang diaplikasikan. Sehubungan
dengan itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji tahap kekerapan pelaksanaan kaedah
pembelajaran koperatif dalam pengajaran karangan Bahasa Melayu dan tahap kemahiran

501
guru dalam melaksanakan pembelajaran koperatif dalam pengajaran karangan Bahasa
Melayu.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kekerapan pelaksanaan kaedah pembelajaran
koperatif dalam pengajaran karangan Bahasa Melayu sekolah rendah. Selain itu, kajian ini
turut meninjau tahap kemahiran guru dalam melaksanakan pembelajaran koperatif dalam
pengajaran karangan Bahasa Melayu sekolah rendah. Berdasarkan tujuan tersebut, kajian ini
dilaksanakan bagi mencapai objektif yang berikut:
i. Mengenal pasti tahap kekerapan pelaksanaan kaedah pembelajaran koperatif dalam
pengajaran karangan Bahasa Melayu.
ii. Mengenal pasti tahap kemahiran guru dalam melaksanakan pembelajaran koperatif
dalam pengajaran karangan Bahasa Melayu.

SOALAN KAJIAN
Kajian ini mengandungi dua bahagian soalan bagi mencapai objektif kajian. Soalan kajian itu
adalah seperti yang berikut:
i. Apakah tahap kekerapan pelaksanaan kaedah pembelajaran koperatif dalam
pengajaran karangan Bahasa Melayu?
ii. Apakah tahap kemahiran guru dalam melaksanakan pembelajaran koperatif dalam
pengajaran karangan Bahasa Melayu?

METODOLOGI KAJIAN
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan reka bentuk kajian yang berbentuk kuantitatif, iaitu
kajian tinjauan deskriptif. Tinjauan deskriptif merupakan kajian yang bermatlamat untuk
menjelaskan sesuatu fenomena yang sedang berlaku (Intan Sapinas, 2008). Azizi et. al (2007)
pula berpandangan bahawa tinjauan deskriptif bertujuan untuk mendapatkan ukuran atau
gambaran mengenai keadaan atau ciri populasi. Sehubungan dengan itu, pengkaji
menggunakan reka bentuk ini bagi mengenal pasti tahap pelaksanaan pembelajaran koperatif
dalam pengajaran karangan Bahasa Melayu sekolah rendah. Bagi mengenal pasti tahap ini,
pengkaji mendapatkan data melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada responden
yang terpilih mewakili populasi, iaitu guru Bahasa Melayu tahap dua sekolah rendah. Setiap
data dan maklumat ditafsir dalam bentuk kuantitatif.
Seterusnya, pengkaji telah menggunakan instrumen soal selidik sebagai instrumen
kajian. Soal selidik dalam kajian ini telah diubah suai daripada kajian Pembelajaran Koperatif
dalam Pengajaran Karangan Bahasa Melayu dan disahkan oleh pakar bidang dan metodologi.
Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini mengandungi 36 item yang dibahagikan kepada

502
tiga bahagian, iaitu Bahagian A, B dan C. Bahagian A ialah profil responden yang bagi
mendapatkan maklumat seperti jantina, bangsa, pengalaman mengajar dan pengkhususan
atau opsyen. Bahagian B pula mengandungi 12 item soalan tentang tahap kekerapan
pelaksanaan kaedah pembelajaran koperatif dalam pengajaran karangan Bahasa Melayu.
Akhir sekali, Bahagian C mengandungi 20 item yang meninjau tahap kemahiran guru dalam
melaksanakan pembelajaran koperatif dalam pengajaran karangan Bahasa Melayu.
Instrumen soal selidik dalam kajian ini telah diuji melalui kajian rintis kepada 30 orang
responden. Hasil analisis data kajian rintis mendapati bahawa nilai kebolehpercayaan Alpha
Cronbach bagi soal selidik ini ialah 0.78. Dalam kajian ini, soal selidik dijawab oleh 63 orang
guru Bahasa Melayu di dua puluh buah sekolah rendah di Kuala Berang, Hulu Terengganu,
Terengganu. Akhirnya, data soal selidik dianalisis secara deskriptif iaitu melihat kepada skor
min dan sisihan piawai.
Dalam kajian ini, nilai min yang diperoleh digunakan untuk merumuskan respon
responden terhadap semua kenyataan yang diberi dalam borang soal selidik. Manakala
interpretasi skor min bagi kajian ini menggunakan sumber dari Jamil Ahmad (2014). Selang
skala skor min dikekalkan tetapi tafsiran bagi setiap konstruk diubah suai menggunakan
istilah yang lebih sesuai agar dapat menyampaikan tafsiran yang tepat dan difahami.
Pemeringkatan skala skor min adalah seperti dalam Jadual 1 di bawah. Pengkaji
menggunakan sisihan piawai untuk mengenal pasti data tersebut bertumpu atau terserak
kepada ukuran pusat.

Jadual 1
Interpresi skor min

Selang Skala Skor Min Interpretasi


1.00-2.00 Rendah
2.01-3.00 Sederhana Rendah
3.01-4.00 Sederhana Tinggi
4.01-5.00 Tinggi

Tuntasnya, tahap kekerapan dan kemahiran guru dalam melaksanakan pembelajaran


koperatif dalam pengajaran karangan Bahasa Melayu dapat dikategorikan kepada empat
tahap iaitu skor min 1.00 hingga 2.00 menunjukkan tahap yang rendah, manakala skor min
2.01 hingga 3.00 menunjukkan tahap sederhana rendah. Bagi skor min 3.01 hingga 4.00 pula
menunjukkan tahap kekerapan dan kemahiran yang sederhana tinggi. Akhir sekali, skor min
4.01 hingga 5.00 pula menunjukkan tahap kekerapan dan kemahiran yang tinggi.

503
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Dapatan kajian ini menjawab kepada dua soalan iaitu mengenai tahap kekerapan pelaksanaan
kaedah pembelajaran koperatif dalam pengajaran karangan Bahasa Melayu dan tahap
kemahiran guru dalam melaksanakan pembelajaran koperatif dalam pengajaran karangan
Bahasa Melayu.
Jadual 2
Analisis item tahap kekerapan pelaksanaan kaedah pembelajaran koperatif dalam pengajaran
karangan Bahasa Melayu

Bil Item Skor min Sisihan Interpretasi


(µ) Piawai (SP)
1 Saya menggunakan kaedah 4.02 0.87 Tinggi
Jigsaw (Cantuman) dalam
pengajaran karangan Bahasa
Melayu.
2 Saya menggunakan kaedah 3.87 1.09 Sederhana
Three minutes review (Imbasan tinggi
tiga minit) dalam pengajaran
karangan Bahasa Melayu.
3 Saya menggunakan kaedah 3.94 0.64 Sederhana
Round table (Meja bulat) dalam tinggi
pengajaran karangan Bahasa
Melayu.
4 Saya menggunakan kaedah 4.02 0.77 Tinggi
Group investigation (Penyiasatan
berkelompok) dalam pengajaran
karangan Bahasa Melayu.
5 Saya menggunakan kaedah 3.79 0.85 Sederhana
Think pair share (Fikir tinggi
berpasangan-berkongsi) dalam
pengajaran karangan Bahasa
Melayu.
6 Saya menggunakan kaedah 4.13 0.61 Tinggi
Think pair square (Fikir
berpasangan-kumpulan) dalam
pengajaran karangan Bahasa
Melayu.
7 Saya menggunakan kaedah Pair 3.92 0.89 Sederhana
check (Semakan berpasangan) tinggi
dalam pengajaran karangan
Bahasa Melayu.
8 Saya menggunakan kaedah 4.21 0.60 Tinggi
Write around (Menulis
berkelompok) dalam pengajaran
karangan Bahasa Melayu.
9 Saya menggunakan kaedah 4.05 0.68 Tinggi
Team present to other team
(Kumpulan bentang kepada

504
kumpulan lain) dalam pengajaran
karangan Bahasa Melayu.
10 Saya menggunakan kaedah 3.46 1.11 Sederhana
Three stray one stay (Tiga sesat tinggi
satu tinggal) dalam pengajaran
karangan Bahasa Melayu.
11 Saya menggunakan kaedah 4.13 0.49 Tinggi
Round robin brainstorming
(Putaran giliran) dalam
pengajaran karangan Bahasa
Melayu.
12 Saya menggunakan kaedah 4.27 0.48 Tinggi
Team accelerated instruction
(Bantuan individu) dalam
pengajaran karangan Bahasa
Melayu.
Keseluruhan 3.98 0.51 Sederhana
tinggi

Hasil dapatan bagi kajian ini dapat dirumuskan berdasarkan jadual 2. Jadual 2
menunjukkan bahawa skor min bagi tahap kekerapan pelaksanaan kaedah pembelajaran
koperatif dalam pengajaran karangan Bahasa Melayu secara kesuluruhannya ialah 3.98. Hal
ini bermaksud tahap kekerapan pelaksanaan kaedah pembelajaran koperatif dalam
pengajaran karangan Bahasa Melayu bagi keseluruhan responden adalah berada tahap
sederhana tinggi. Nilai sisihan piawai bagi konstruk ini ialah 0.51 dan hal ini menunjukkan
bahawa set data dalam kajian ini menghampiri ukuran pusat.
Skor min paling tinggi ialah iaitu 4.27 bagi item 12 yang menunjukkan bahawa guru
sangat kerap menggunakan kaedah Team accelerated instruction (Bantuan individu) dalam
pengajaran karangan Bahasa Melayu. Skor min paling rendah pula ialah 3.46 bagi item 10
iaitu item “Saya menggunakan kaedah Three stray one stay (Tiga sesat satu tinggal) dalam
pengajaran karangan Bahasa Melayu’’.
Jadual 3
Analisis item tahap kemahiran guru dalam melaksanakan pembelajaran koperatif dalam
pengajaran karangan Bahasa Melayu

Bil Item Skor min Sisihan Interpretasi


µ Piawai (SP)
1 Saya memilih struktur yang 4.51 0.54 Tinggi
bersesuaian dengan tajuk
karangan.
2 Saya membentuk pasukan 4.21 0.41 Tinggi
murid.
3 Saya menyediakan bahan. 4.46 0.50 Tinggi
4 Saya merancang penggunaan 4.29 0.49 Tinggi
masa yang optimum.

505
5 Saya merancang penggunaan 4.11 0.44 Tinggi
ruang yang optimum.
6 Saya menjelaskan kehendak 4.59 0.50 Tinggi
soalan karangan.
7 Saya menentukan pengendalian 4.27 0.48 Tinggi
penilaian bahan perbincangan.
8 Saya memberikan maklumat 4.22 0.61 Tinggi
asas (bahan bercetak) untuk
membantu murid.
9 Saya memastikan penglibatan 4.19 0.47 Tinggi
sama rata murid semasa aktiviti
dijalankan.
10 Saya membantu mewujudkan 4.29 0.46 Tinggi
semangat pasukan dalam
kumpulan.
11 Saya menekankan kemahiran 4.13 0.38 Tinggi
komunikasi secara positif dalam
kumpulan.
12 Saya menggalakkan 4.32 0.47 Tinggi
perkongsian maklumat antara
ahli kumpulan.
13 Saya menggalakkan 4.27 0.55 Tinggi
perkongsian maklumat antara
pasukan lain.
14 Saya membantu meningkatkan 4.29 0.46 Tinggi
motivasi murid.
15 Saya bertindak sebagai 4.46 0.59 Tinggi
fasilitator.
16 Saya memberi pujian kepada 4.38 0.61 Tinggi
pasukan yang memberi
kerjasama yang baik.
17 Saya menggalakkan murid untuk 4.40 0.49 Tinggi
berbincang dalam menyiapkan
tugasan yang saya berikan.
18 Saya memberi peneguhan 4.41 0.53 Tinggi
positif kepada kumpulan murid.
19 Saya menilai hasil kerja pasukan 4.30 0.50 Tinggi
murid.
20 Saya memberi latihan lanjut 4.30 0.50 Tinggi
kepada murid.
Keseluruhan 4.32 0.23 Tinggi

Berdasarkan jadual 3, skor min secara keseluruhan bagi konstruk ini ialah 4.32. Hal
ini menunjukkan bahawa guru-guru sekolah rendah di Kuala Berang memiliki kemahiran yang
tinggi dalam melaksanakan pengajaran koperatif dalam pengajaran karangan Bahasa Melayu.
Nilai sisihan piawai bagi konstruk ini pula ialah 0.23. Hal ini bermaksud, set data ini tidak
terserak daripada ukuran pusat.
Bagi konstruk ini, skor min paling tinggi ialah 4.59 yang menunjukkan bahawa guru
mahir dalam menjelaskan kehendak soalan karangan sebelum melaksanakan pembelajaran

506
koperatif bagi pengajaran karangan Bahasa Melayu. Skor min terendah pula ialah 4.11 bagi
item 5 iaitu item “Saya merancang menggunakan penggunaan ruang yang optimum’’.
Natijahnya, hasil dan dapatan kajian ini telah menemukan beberapa perkara penting
berkaitan kaedah pembelajaran koperatif yang sesuai dan kerap dilaksanakan oleh guru
dalam pengajaran karangan Bahasa Melayu. Akhir sekali, dapatan kajian ini juga
menunjukkan bahawa guru mempunyai tahap kemahiran yang tinggi dalam melaksanakan
pembelajaran koperatif dalam pengajaran karangan Bahasa Melayu.

KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN


Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru Bahasa Melayu sekolah rendah di kawasan
kajian ini mempunyai tahap yang sederhana tinggi bagi kekerapan pelaksanaan kaedah
pembelajaran koperatif pengajaran karangan Bahasa Melayu. Hal ini dibuktikan melalui nilai
skor min bagi tahap kekerapan pelaksanaan kaedah pembelajaran koperatif dalam pengajaran
karangan Bahasa Melayu secara keseluruhannya ialah 3.98. Nilai sisihan piawai bagi konstruk
ini pula ialah 0.51. Dapatan kajian ini disokong oleh beberapa kajian lain yang turut
menyatakan perkara yang sama.
Terdapat 12 item kaedah pembelajaran koperatif yang menjadi ukuran kajian ini bagi
meninjau tahap kekerapan guru dalam melaksanakan pembelajaran koperatif dalam
pengajaran karangan Bahasa Melayu. Analisis data menunjukkan bahawa responden yang
terdiri guru Bahasa Melayu tahap dua di sekolah rendah bagi kawasan Kuala Berang, Hulu
Terengganu sangat kerap melaksanakan tujuh pembelajaran koperatif iaitu kaedah Jigsaw
(Cantuman), kaedah Group investigation (Penyiasatan berkelompok), kaedah Think pair
square (Fikir berpasangan-kumpulan), kaedah Write around (Menulis berkelompok), kaedah
Team present to other team (Kumpulan bentang kepada kumpulan lain), kaedah Round robin
brainstorming (Putaran giliran) dan kaedah Team accelerated instruction (Bantuan individu)
dalam pengajaran karangan Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, daripada tujuh jenis
kaedah pembelajaran koperatif ini, kaedah Team accelerated instruction (Bantuan individu)
merupakan kaedah yang paling kerap diamalkan oleh guru dalam pengajaran karangan, iaitu
dengan skor min (µ= 4.27).
Dapatan ini adalah selari dengan kajian Yusfaiza (2012) yang menyatakan bahawa
kaedah pengajaran koperatif seperti kaedah Jigsaw mampu meningkatkan penglibatan murid
dalam satu-satu siri proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam kaedah ini, murid
dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai murid yang pakar
dalam sesuatu topik atau kemahiran. Murid akan berbincang dan memahami topik diberikan
dalam kumpulan Jigsaw masing-masing dan akan kembali ke kumpulan asal bagi
berkongsi maklumat yang diperoleh. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pencapaian

507
penulisan karangan bagi kumpulan rawatan telah meningkat setelah menggunakan kaedah
ini.
Dalam kaedah Team accelerated instruction (TAI), setiap ahli dalam kumpulan akan
bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu isu dan masalah. Pada mulanya, murid perlu
menyelesaikan sesuatu isu yang diberikan secara individu terlebih dahulu. Kemudian, murid
perlu melontarkan idea dan pandangannya dalam kumpulan kecil masing-masing untuk
dibincangkan. Pada peringkat akhir, setiap ahli kumpulan akan bekerjasama dalam
menyelesaikan isu tersebut. Oleh hal demikian itu, tiada murid yang dipinggirkan melalui
pembelajaran yang menggunakan kaedah TAI ini. Isu ataupun masalah yang difikirkan secara
individu juga dapat diselesaikan bersama melalui bantuan guru dan ahli. Dapatan ini
menunjukkan guru bahasa Melayu di kawasan Kuala Berang lebih menekankan pembelajaran
yang berpusatkan murid dalam meningkatkan kemahiran mengutarakan pendapat dan idea.
Hal ini adalah selari dengan hasil dapatan kajian Wan Samsuri (2015) yang mendapati bahawa
pelaksanaan pembelajaran koperatif seperti kaedah Team accelerated instruction (TAI) dapat
meningkatkan prestasi murid dalam penulisan Bahasa Melayu berbanding kaedah tradisional.
Di samping itu, dapatan kajian juga menunjukkan guru Bahasa Melayu di kawasan ini
juga masih memberi penekanan kepada kaedah pembelajaran koperatif yang mengutamakan
elemen pembentangan dan bantuan rakan sebaya dalam menjayakan perbincangan
kumpulan iaitu menerusi kaedah Group investigation (Penyiasatan berkelompok), kaedah
Think pair square (Fikir berpasangan-kumpulan), kaedah Write around (Menulis berkelompok)
dan kaedah Team present to other team (Kumpulan bentang kepada kumpulan lain). Hal ini
demikian kerana, peluang untuk bekerjasama dan berinteraksi sesama rakan sebaya dalam
pembelajaran koperatif adalah tinggi berbanding dengan pembelajaran tradisional. Hal ini
menyebabkan murid dapat menerima maklum balas yang boleh memudahkan kefahaman
mereka semasa pembelajaran berlaku. Hujah ini turut diperkukuh dengan pendapat Rozita
Radhiah (2017) yang menyatakan bahawa pencapaian yang lebih baik dapat dicapai oleh
murid apabila mereka berkongsi maklumat, berbincang dan mengajar apa yang diketahui
kepada murid lain.
Seterusnya, bagi pembelajaran koperatif yang memerlukan pengerakan pula berada
pada tahap sederhana tinggi. Misalnya, kaedah Three stray one stay (Tiga sesat satu tinggal)
yang memerlukan murid bergerak daripada satu kumpulan kepada kumpulan lain untuk
mendapatkan maklumat. Pemilihan kaedah ini memerlukan kawalan kelas yang tinggi. Hal ini
turut disokong oleh Aimi Hafizah (2017) yang menyatakan bahawa keadaan di dalam bilik
darjah serta disiplin murid penting untuk mencapai objektif pengajaran dengan berkesan.
Proses belajar berlaku dengan baik sekiranya murid turut mengambil bahagian mengikuti PdP
dengan aktif.

508
Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini disokong oleh kajian Jessica Dora dan
Zamri (2021) yang menyatakan bahawa min keseluruhan bagi amalan kolaboratif berada pada
tahap sederhana tinggi iaitu skor minnya ialah 3.64 dan nilai sisihan piawainya ialah 0.299.
Hal ini turut diperkukuh dengan kajian Azizi, Ahmad Johari dan Shahzalina (2007) yang
menjelaskan bahawa guru mata pelajaran teknik dan vokasional juga kerap mengamalkan
pendekatan pembelajaran koperatif di dalam kelas dan pendekatan ini dapat meningkatkan
prestasi murid khususnya dalam penulisan karangan Bahasa Melayu.
Dapatan kajian ini menggambarkan bahawa tahap kemahiran guru dalam
melaksanakan pembelajaran koperatif berada pada tahap tinggi. Hal ini dapat dilihat
berdasarkan skor min secara keseluruhan bagi konstruk ini ialah 4.32. Hal ini membuktikan
bahawa guru-guru sekolah rendah di Kuala Berang memiliki kemahiran yang tinggi dalam
melaksanakan pengajaran koperatif dalam pengajaran karangan Bahasa Melayu.
Pertamanya, tahap kemahiran ini dapat dilihat berdasarkan perancangan guru dalam
melaksanakan pembelajaran koperatif. Guru Bahasa Melayu di kawasan Kuala Berang ini
sentiasa merancang struktur, bahan, masa dan ruang yang bersesuaian dalam melaksanakan
pembelajaran koperatif. Selain itu, guru juga sentiasa menentukan kriteria dalam membentuk
pasukan murid. Hal ini bagi memastikan pencapaian yang terbaik dapat dicapai dalam
pelbagai tahap.
Seterusnya, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa tahap kemahiran guru dalam
merancang penggunaan ruang yang optimum adalah berada pada tahap yang tinggi.
Sesungguhnya, amalan pembelajaran koperatif juga menuntut suasana dan keadaan bilik
darjah yang menarik, kreatif dan aktif. Hal ini selari dengan dapatan kajian Rozita Radhiah
(2017) yang mendapati bahawa prestasi penulisan karangan murid dalam dapat ditingkatkan
jika guru mahir dalam mengoptimumkan penggunaan ruang di dalam kelas. Oleh itu, guru
perlu mahir dalam mengguna dan menguruskan ruang yang terhad untuk mewujudkan
keselesaan dan kecekapan pengurusan bilik darjah.
Selain itu, kemahiran guru dalam menguruskan pembelajaran koperatif juga perlu
menepati ciri-ciri pembelajaran koperatif iaitu guru bertindak sebagai fasilator yang
memberikan maklumat asas tentang isi pelajaran, khususnya yang berkaitan dengan tajuk
karangan dan pelaksanaan aktiviti kepada murid. Perkara ini penting bagi memastikan murid
memahami akan aktiviti dan topik pembelajaran yang akan mereka ikuti. Sesungguhnya, murid
perlu memahami peranan masing-masing dalam mewujudkan satu konsep saling
bergantungan yang berkesan. Ini adalah bersesuaian dengan teori konstruktivisme, murid
tidak lagi dianggap belajar bersumberkan guru semata-mata, malah murid dapat membina
realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama mengubah suai realiti tersebut. Hal ini adalah
bertepatan dengan kajian Salina (2014) yang mendapati bahawa guru mahir bertindak sebagai

509
fasilitator dalam pembelajaran koperatif dapat memberi kesan yang positif kepada murid,
terutamanya dalam aspek penulisan karangan.
Pada peringkat penilaian pula, dapatan kajian ini mendapati bahawa guru amat
menekankan kepada konsep ganjaran kepada pasukan yang menunjukkan pencapaian yang
baik. Pencapaian baik setiap kumpulan akan dinilai terhadap hasil tugasan yang mempunyai
kemahiran aras tinggi. Hal ini penting bagi meningkatkan motivasi murid dalam menghasilkan
pencapaian yang terbaik. Hal ini diperkukuhkan dengan kajian Mohd Najib (2003) yang
menyatakan bahawa ganjaran turut menyumbang kepada kejayaan seseorang.
Implikasinya, guru Bahasa Melayu dapat membuat refleksi terhadap kaedah
pembelajaran koperatif yang sesuai untuk dilaksanakan dalam pengajaran karangan Bahasa
Melayu melalui kajian ini. Kaedah pembelajaran koperatif ini boleh dilaksanakan di dalam bilik
darjah bagi meningkatkan prestasi murid. Selain itu, kajian ini juga memberi fokus kepada
kemahiran guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan pembelajaran koperatif dalam
pengajaran karangan Bahasa Melayu. Hal ini secara tidak langsungnya, dapat mengisi
kelompongan kajian-kajian lepas yang berkaitan faktor-faktor dan keberkesanan
pembelajaran koperatif semata-mata.
Bagi menjayakan pelaksanaan pembelajaran koperatif, beberapa aspek perlu
diberikan perhatian. Pengkaji mencadangkan kepada warga pendidik, khususnya guru
Bahasa Melayu agar lebih mengaplikasikan kaedah PAK21 dalam pengajaran mereka. Guru
juga seharusnya menjalankan aktiviti-aktiviti yang menggalakkan penglibatan murid secara
aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian bahan bantu mengajar juga
dilihat dapat membantu guru dalam menjalankan aktiviti pengajaran mereka agar murid lebih
berminat murid untuk lebih menumpukan perhatian di dalam bilik darjah.
Akhir sekali, bagi melaksanakan kaedah pengajaran koperatif ini, guru seharusnya
bijak dalam membuat rancangan pengajaran yang rapi dan sistematik supaya waktu
pengajaran mencukupi. Tuntasnya, guru Bahasa Melayu perlulah melengkapkan diri dengan
ilmu pengetahuan serta perlu meningkatkan kemahiran dalam melaksanakan pembelajaran
koperatif yang bersesuaian dengan objektif PdP dan kurikulum semasa.
Sebagai cadangan kajian lanjutan, beberapa kajian lanjutan yang serupa boleh
diperluas ke peringkat negeri dan kebangsaan untuk mengenal pasti pelaksanaan
pembelajaran koperatif dalam pengajaran karangan Bahasa Melayu yang lebih jelas dan
menyeluruh. Selain itu, responden kajian juga tidak dihadkan kepada peringkat sekolah
rendah sahaja, namun boleh melibatkan pelajar dari institusi pengajian tinggi yang lain. Kajian
juga diperluaskan kepada banyak sekolah. Kajian selanjutnya boleh dibuat dengan
menggunakan responden dari kawasan bandar dan luar bandar.

510
Di samping itu, kajian berbentuk perbandingan antara guru Bahasa Melayu di pelbagai
jenis sekolah juga boleh dijalankan. Kajian seperti ini boleh dilaksanakan bagi meninjau tahap
kekerapan pelaksanaan kaedah pembelajaran koperatif dan tahap kemahiran guru dalam
melaksanakan pembelajaran koperatif bagi pengajaran karangan Bahasa Melayu dalam
kalangan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Kajian korelasi juga boleh
dilakukan untuk melihat sama ada wujud faktor-faktor yang mempengaruhi tahap pelaksanaan
pembelajaran koperatif dalam pengajaran karangan Bahasa Melayu seperti jantina,
pengalaman mengajar, pengkhususan dan lokasi kajian.
Kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru Bahasa Melayu sekolah
rendah di kawasan kajian ini mempunyai tahap yang sederhana tinggi bagi kekerapan
pelaksanaan kaedah pembelajaran koperatif pengajaran karangan Bahasa Melayu. Tahap
guru dalam melaksanakan pembelajaran koperatif dalam pengajaran karangan Bahasa
Melayu pula mendapati bahawa tahap kemahiran responden berada pada tahap tinggi.
Natijahnya, selaku seorang guru yang berperanan sebagai pendokong profesion yang mulia,
kita seharusnya mempunyai asas dalam pedagogi pengajaran khususnya dalam pendekatan
dan kaedah pengajaran. Pelaksanaan pembelajaran koperatif merupakan satu daripada
pendekatan yang sesuai dan wajar untuk dilaksanakan dalam PdP kerana terdapat pelbagai
kebaikan dan kelebihan daripada pendekatan tersebut. Akhir sekali, diharapkan cadangan-
cadangan yang dikemukakan oleh pengkaji akan diberikan perhatian secara serius oleh pihak-
pihak yang berkaitan. Hal ini penting bagi meningkatkan tahap kemahiran penulisan karangan
Bahasa Melayu.
RUJUKAN
Abdul Rahim Abdul Rashid. (1999). Wawasan dan agenda pendidikan. Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd.

Abu Bakar. (2011). Keberkesanan konsep peta minda dalam pembelajaran berasaskan
masalah. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Aimi Hafizah. (2017). Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran koperatif berasaskan


abad ke-21: Satu tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nenas. Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia.

Alizah Lambri & Zamri Mahamood. (2019). Penggunaan alat bantu mengajar dalam
pengajaran Bahasa Melayu menggunakan pendekatan pembelajaran
berpusatkan pelajar. International Journal of Education, Psychology and
Counseling, 4(33), 78-94.

Aziz Nordin & Zaitun Osman. (2010). Penerapan konstruktisvisme dalam pengajaran dan
pembelajaran asid dan besi di lima buah sekolah di Pekan, Pahang. Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

511
Azizi Yahaya, Ahmad Johari Sihes & Shahzalina Ghazali. (2007). Amalan
pembelajaran koperatif di kalangan guru-guru mata pelajaran teknik dan vokasional:
Sejauh manakah ia dilaksanakan di tiga buah sekolah teknik di Selangor. Universiti
Teknologi Malaysia.

Azizi Yahaya. (2010). Teori-teori tingkah laku negatif. Universiti Tekonologi Malaysia.

Azizi Yahya & Intan Sapinas. (2008). Tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan
pelajar tingkatan dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak. Universiti Teknologi
Malaysia.

Azizi Yahya & Intan Sapinas. (2010). Pembelajaran koperatif. Universiti Teknologi
Malaysia.

Dwi Astuti. (2017). Model pembelajaran think pair share (TPS) untuk meningkatan
prestasi belajar mata pelajaran IPS Kelas I. Jurnal Riset dan Konseptual, 2(3).

Faridah Nazir, Faiziah Shamsudin & Amran Bakar. (2016). Pengajaran dan
pembelajaran abad 21. Sasbadi Sdn. Bhd.

Jamil Ahmad, Nurul Syahada Mohd Suhaimi, Hisyamuddin Othman, Azman Hassan,
Mohd Bekri Rahim & Mohd Faizal Askor Nur Yunus. (2014). Standard guru
Malaysia dalam program persediaan guru reka bentuk dan teknologi. Online
Journal for TVET Practioners, 2(2).

Jessica Dora Henry & Zamri Mahamod. (2021). Penerapan amalan kreativiti, pemikiran kritis,
kolaborasi dan komunikasi (4C) pembelajaran abad ke-21 dalam kalangan guru
Bahasa Melayu. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 239-248.

Johnson & Johson. (1985). Learning together and alone cooperative, competitive and
individualistic learning. Allyn and Bacon.

Mohd Khairuddin Abdullah, Khalid Johari, Ag Yusof Ag Chuchu & Halimah Laji. (2014).
Komunikasi guru di dalam bilik darjah dan tingkah laku delinkuen murid sekolah
menengah. Jurnal Pemikir Pendidikan, 5, 59-77.

Mohd Najib Ghafar. (2003). Reka bentuk soal selidik pendidikan. Universiti Teknologi
Malaysia.

Rozita Radhiah Said, Latifah Mohd Shariff dan Fadzilah Abd Rahman. (2017).
Pembelajaran koperatif dalam pengajaran karangan Bahasa Melayu menengah
atas. International Journal of Education and Training, 3(2), 1-12.

Siti Iwana Sharizah Abu Samah, RohatyMohd Majzub & Zamri Mahamod. (2014).
pelaksanaan pengajaran penulisan dalam kalangan guru-guru prasekolah.
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 3, 100-117.

512
PENGAPLIKASIAN TEKNIK DIDIK HIBUR NYANYIAN LAGU RAKYAT DALAM
PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Muhammad Shahrol bin Harun


shahrol09-857@epembelajaran.edu.my

Siti Salamah binti Mohamad Yusof


sitisalamah@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meneroka pengaplikasian teknik didik hibur nyanyian lagu rakyat dalam
pengajaran. Teknik didik hibur yang difokuskan ialah nyanyian yang menggunakan irama lagu rakyat.
Peserta kajian terdiri daripada tiga orang guru yang mengajar Tahun 3 di sebuah sekolah rendah agama
di Johor Bahru. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah kajian
fenomenologi. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang temu bual, senarai semak
pemerhatian dan analisis dokumen rancangan pengajaran harian guru. Penghuraian dan rumusan data
dilakukan dengan meneliti tema, subtema dan soalan kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa
guru perlu memahami ekosistem pembelajaran dan perlu mengimplementasikan pembelajaran secara
koperatif dalam menentukan teknik pengajaran didik hibur nyanyian irama lagu rakyat. Pemilihan irama
lagu yang tepat juga merupakan satu perkara yang sangat penting. Kesemua peserta kajian
menyatakan bahawa teknik didik hibur nyanyian lagu rakyat ini dapat membantu mereka dalam
mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran secara efektif. Dengan adanya teknik ini sebagai
strategi dalam pengajaran, didapati murid lebih bersemangat dan mudah memahami kemahiran
berfokus yang diajarkan.
Kata kunci: didik hibur, lagu rakyat, pengajaran Bahasa Melayu

ABSTRACT
This study aims to explore the application of the fun learning technique of 'Lagu Rakyat' singing in
teaching. The fun learning technique that is being focused on is the 'Lagu Rakyat' rhythm singing.
Participants for this study are consisted of three teachers who taught Year 3 students in a religious
primary school in Johor Bahru. The design of this study uses a qualitative approach and a
phenomenological research method. Study was also conducted by using observation checklists,
interview forms and analysis of teachers' daily lesson plan documents. Elaboration and summarization
of the data done thoroughly by examining the themes, subthemes and the research questions. The
results in this study shows that in determining the fun learning teaching techniques of 'Lagu Rakyat'
rhythm singing, teachers have to understand the learning ecosystem and implement cooperative
learning beforehand. Choosing the right rhythm of the song is also an important thing. All of this study
participants stated that the fun learning technique of 'Lagu Rakyat' rhythm singing can help them in
handling the teaching and learning process effectively. With this fun learning technique as a strategy in
teaching, students show more excitement and easy to understand the focus skills taught.
Keywords: Fun learning, lagu rakyat, teaching in Bahasa Melayu

513
PENGENALAN

Dunia kini menyaksikan pelbagai cabaran yang wujud dalam teknik pembelajaran. Guru-guru
di Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti akses kepada pendidikan,
meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran, merapatkan jurang pencapaian
serta mengoptimumkan kemahiran. Justeru, pembelajaran abad ke-21 kini melatih murid-
murid supaya mampu menguasai pelbagai kemahiran dalam menghadapi dunia selepas alam
persekolahan. Hal ini sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pelan ini bermatlamat untuk
melahirkan inidividu yang seimbang dan berkembang secara menyeluruh serta bersepadu
daripada aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu, satu anjakan paradigma mesti
dilakukan oleh guru-guru bagi merealisasikan teknik pelan tersebut. Para guru hendaklah
kreatif dan inovatif dalam mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Kepelbagaian aktiviti yang melibatkan penggunaan teknologi semasa proses pengajaran dan
pembelajaran sangat penting kerana murid-murid kini lebih gemar belajar secara visual
berbanding menghadap papan putih sahaja.

Oleh itu, satu teknik yang sesuai mestilah diaplikasikan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran. Teknik yang dikatakan sesuai pada masa kini ialah teknik didik hibur yang
telah diperkenalkan melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Teknik ini telah
dilaksanakan sejak tahun 2010 lagi. Istilah didik boleh didefinisikan sebagai pelihara, jaga
dengan berhati-hati dan ajar manakala hibur pula didefinisikan sebagai menggembirakan atau
meriangkan. Jika dirumuskan, teknik didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan hiburan seperti permainan, nyanyian,
bercerita, lakonan dan puisi. Menurut Tay (2015), teknik didik hibur merupakan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan murid kerana mengandungi unsur
kecindan, estetik, muzik dan lakonan. Selain itu, kaedah linear juga pernah dilaksanakan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Namun, menurut Yahya (2004), kaedah linear
atau ‘Chalk and Talk’ kurang berkesan kerana masih menggunakan kaedah tradisional iaitu
berpandukan papan putih dan lebih fokus kepada teori sahaja. Kaedah ini juga dikatakan
kurang sesuai kerana setiap murid mempunyai kebolehan, sikap, minat dan gaya
pembelajaran yang berbeza.

PERNYATAAN MASALAH

Sesi pembelajaran yang membosankan akan menyebabkan seseorang murid itu tidak dapat
memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah ini
boleh menyebabkan murid berasa tidak seronok untuk belajar. Oleh itu, guru perlulah lebih
kreatif dalam menggunakan sumber yang ada dan bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi

514
mengoptimumkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian aktiviti di dalam bilik
darjah perlu dijalankan bagi memupuk semangat belajar dalam diri murid-murid sekolah. Hal
ini dikatakan demikian kerana murid-murid dalam era modenisasi kini tidak gemar akan proses
pengajaran dan pembelajaran yang hanya berpandukan papan putih sahaja. Justeru, suatu
pendekatan perlu dilaksanakan di dalam bilik darjah bagi mengelakkan murid-murid bersikap
malas untuk belajar.

Kaedah ‘Chalk and Talk’ merupakan kaedah pengajaran konvensional yang tidak
sesuai digunakan dalam pembelajaran abad ke-21. Menurut Yahya (2004), kaedah linear atau
‘Chalk and Talk’ kurang berkesan kerana masih menggunakan kaedah tradisional iaitu
berpandukan papan putih dan lebih fokus kepada teori sahaja. Selain itu, kaedah ini juga
kurang sesuai kerana setiap murid mempunyai kebolehan, sikap, minat dan gaya
pembelajaran yang berbeza. Pelaksanaan pendekatan didik hibur dalam amalan PdP Bahasa
Melayu dapat menjadikan PdP lebih menarik bagi murid bermasalah (Mohd Razak Mohd
Nordin & Masitah Ahmad, 2015). Dalam masa yang sama, Adenan & Khairuddin (2018), iaitu
guru haruslah bijak merancang dan menyusun pengajaran mereka dengan menggunakan
teknik didik hibur kerana setiap individu mempunyai psikologi dan keupayaan intelek yang
berbeza. Justeru, kaedah baharu dan lebih kreatif perlu dilaksanakan bagi membantu para
guru dan murid melihat proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih intelektual. Maka,
kajian ini akan meneroka tentang pengaplikasian teknik didik hibur nyanyian irama lagu rakyat
dalam pengajaran.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini mempunyai objektif kajian seperti berikut:


i. Meneroka pengaplikasian teknik didik hibur nyanyian irama lagu rakyat dalam
pengajaran Bahasa Melayu.
SOALAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan bagi menjawab setiap persoalan yang dikemukakan seperti berikut:
i. Bagaimanakah guru mengaplikasikan teknik didik hibur nyanyian lagu rakyat?
ii. Mengapakah guru mengaplikasikan teknik didik hibur nyanyian lagu rakyat?

METODOLOGI

Reka bentuk kajian yang paling sesuai dalam tajuk kajian seperti ini adalah pendekatan
kualitatif kaedah fenomenologi. Bagi memastikan sesuatu objektif kajian itu terlaksana dan
seterusnya menjawab persoalan kajian, reka bentuk kajian yang utuh perlulah direka sebagai
satu panduan. Kajian ini telah mengkaji, pengaplikasian teknik didik hibur nyanyian irama lagu
rakyat dalam proses pengajaran dan pembelajaran Tahun 3. Creswell (2012) menyatakan

515
bahawa kaedah fenomenologi ialah kaedah kualitatif yang membantu pengkaji mendapatkan
kefahaman yang lebih mendalam berkaitan kajian yang dibuat. Tambahan pula, matlamat
asas bagi kajian ini adalah untuk mendapatkan gambaran tentang sifat fenomena.

Kaedah kajian pendekatan kualitatif ini mendorong pengkaji untuk mengumpulkan


maklumat terperinci mengenai sesuatu yang berlaku dan sebab sesuatu tindakan itu berlaku
(Lee et al., 2018). Pengkaji menggunakan kaedah ‘Triangulasi Kaedah’, iaitu melibatkan
kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen dalam kajian yang dijalankan. Hal ini
kerana melalui temu bual, pengkaji boleh memperoleh pelbagai maklumat baharu kerana
soalan yang diajukan lebih terbuka berbanding soal selidik. Pemerhatian yang dijalankan juga
dapat membantu pengkaji melihat secara langsung keadaan atau situasi yang berlaku semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam bilik darjah. Namun begitu, dalam
kajian ini, pengkaji telah menjalankan pemerhatian menerusi rakaman pengajaran dan
pembelajaran di pelantar digital ‘Google Meet’. Akhir sekali, pengkaji menggunakan analisis
dokumen RPH guru bagi mendapatkan kesahan triangulasi.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Perbincangan bagi dapatan kajian ini menggunakan analisis tematik. Persoalan utama kajian
melibatkan kemahiran guru dalam mengaplikasian teknik didik hibur nyanyian irama lagu
rakyat dalam pengajaran. Soalan kajian yang kedua pula adalah berkaitan dengan kompetensi
pengaplikasian teknik didik hibur nyanyian irama lagu rakyat dalam pengajaran. Namun dalam
artikel ini pengkaji hanya menerangkan soalan kajian pertama. Melalui hasil dapatan temu
bual, pemerhatian dan analisis dokumen, pengkaji telah berjaya membuktikan bahawa kajian
ini telah memenuhi dan menjawab kedua-dua soalan kajian.

516
i. MENEROKA KOMPETENSI PENGAPLIKASIAN TEKNIK DIDIK HIBUR NYANYIAN
IRAMA LAGU RAKYAT DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Jadual 1
Jadual Kumulatif Kompetensi Pengaplikasian Teknik Didik Hibur
Kriteria : Kompetensi, kemahiran PK PK PK PURATA PERATU
dalam pengendalian 1 2 3 S
1. Guru menggunakan irama lagu rakyat / / / 3/3 100
dalam PdP Bahasa Melayu.
2. Guru menggunakan irama lagu kanak- / / 2/3 66.66
kanak dalam PdP Bahasa Melayu.

3. Guru menggunakan irama lagu rakyat / 1/3 33.33


negeri dalam PdP Bahasa Melayu.

4. Guru mengubah lirik lagu rakyat / / / 3/3 100


mengikut kemahiran berfokus.

5. Guru menggunakan irama lagu / / 2/3 66.66


rakyat kanak-kanak yang ceria
dan rancak untuk menarik
perhatian murid.
6. Guru menggunakan irama lagu rakyat / 1/3 33.33
negeri yang merdu dan mendayu
untuk menarik perhatian murid.

7. Guru berjaya menarik minat murid / / / 3/3 100


dalam PdP dengan penggunaan
teknik didik hibur nyanyian irama
lagu rakyat dalam PdP Bahasa
Melayu.

Merujuk kepada jadual kumulatif di atas, peserta kajian telah menggunakan bahan lagu rakyat
sebagai bahan rangsangan, iaitu bahan bantu mengajar dalam proses PdP. Ivan pavlov
(Noriati A. Rashid et al., 2017) menyatakan bahawa pembelajaran dalam bentuk pelaziman
klasik melibatkan pengalaman positif dan pengalaman negatif. Murid yang dibiasakan dengan
bahan rangsangan yang menyeronokkan seperti penggunaan bahan bantu mengajar yang
interaktif dan aktiviti pembelajaran yang menarik akan menghubungkaitkan pengalaman
tersebut dengan keselesaan bilik darjah dan sebaliknya. Hal ini akan menyebabkan murid
ternanti-nanti akan sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya. Dalam pada itu,
pemilihan lagu yang tepat untuk menyampaikan sesi PdP merupakan sesuatu perkara yang
sangat penting dalam menjadikan bahan rangsangan itu dapat memberikan impak kepada
murid-murid. Elemen-elemen muzik amat penting untuk diperkenalkan bagi lingkungan kanak-
kanak kerana muzik dapat menyumbang kepada proses pembesaran mereka dengan
menerapkan elemen seperti pergerakan tubuh badan, kecerdasan minda dan sebagainya.
Oleh hal yang demikian, terdapat pelbagai kaedah dan pendekatan yang boleh diadaptasikan

519
oleh guru kepada murid-murid di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Dalam
konteks ini, teknik didik hibur nyanyian irama lagu rakyat digunakan disebabkan oleh ciri-
cirinya yang unik dan tersendiri. Maka, sudah menjadi tugas guru untuk sentiasa peka
terhadap persekitaran pembelajaran dan peredaran zaman supaya dapat menggunakan
teknik dan bahan rangsangan yang bersesuaian dalam sesi PdP.

Jadual 2
Penjajaran Objektif, Soalan Kajian, Dapatan dan Perbincangan

Peserta kajian telah menggunakan lagu rakyat sebagai bahan rangsangan dalam sesi PdP.
Menurut Abdul Rasid (2004), lagu rakyat juga dikenali sebagai nyanyian rakyat yang telah
dinyanyikan oleh masyarakat tradisional pada zaman dahulu dan kebanyakannya bukan
sekadar untuk berhibur tetapi untuk mendidik masyarakat. Contoh lagu rakyat ialah lagu
kanak-kanak dan lagu mengikut negeri. Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan, PK 1
dan PK 3 telah menggunakan lagu rakyat kanak-kanak sebagai bahan rangsangan PdP
manakala PK 2 telah menggunakan lagu rakyat negeri sebagai bahan rangsangan PdP. PK 1
dan PK 3 masing-masing menggunakan lagu kanak-kanak ‘Chan Mali Chan’, ‘Hey Rasa
Sayang’ dan ‘Kalau Anda Rasa Gembira’ manakala PK 2 menggunakan lagu ‘Joget Pahang’.
Pemilihan lagu kanak-kanak ini adalah berasaskan faktor rentak dan irama lagu tersebut
seperti menarik, ceria dan merdu yang boleh membuatkan murid-murid terhibur. Oleh hal yang
demikian, irama muzik dan nyanyian dilihat dapat memberikan kesan positif dan menarik
perhatian kanak-kanak di dalam bilik darjah (Hsieh et al, 2014). Irama dan rentak ini bukan
sahaja menarik perhatian kanak-kanak malah merupakan satu rangsangan terhadap
perkembangan minda mereka terutamanya dalam bilik darjah. Secara tidak langsung,
rangsangan ini akan menyebablan mereka lebih mudah memahami apa-apa kemahiran fokus
yang diajarkan. Oleh itu, ciri-ciri lagu kanak-kanak yang dipilih mestilah mampu menarik
perhatian mereka dari segi rentak, irama dan sebutan melalui muzik yang dimainkan. Maka,
hal ini menunjukkan bahawa muzik juga dapat digunakan secara kreatif dan efektif oleh guru

520
semasa proses PdP. Selari dengan itu, Lestari (2012) menjelaskan bahawa nyanyian
mempunyai objektif yang tertentu dan perlu dilakukan dengan gaya bahasa yang sederhana,
lirik yang pendek dan bersesuaian dengan perkembangan bahasa kanak-kanak. Oleh itu,
jelaslah bahawa muzik dan nyanyian dapat mengembangkan bahasa dan mampu
merangsang minda kanak-kanak dalam proses pembelajaran.

Teknik didik hibur berasaskan nyanyian sangat berkesan apabila dijadikan sebagai
teknik mudah faham kepada murid-murid. Penggunaan kaedah ‘Chalk and Talk’ merupakan
kaedah pengajaran konvensional yang tidak sesuai digunakan dalam pembelajaran abad ke-
21. Menurut Yahya (2004), kaedah linear atau ‘Chalk and Talk’ kurang berkesan kerana masih
menggunakan kaedah tradisional, iaitu berpandukan papan putih dan lebih berfokus kepada
teori sahaja. Selain itu, kaedah ini juga kurang sesuai kerana setiap murid mempunyai
kebolehan, sikap, minat dan gaya pembelajaran yang berbeza. Justeru, kaedah baharu dan
lebih kreatif perlu dilaksanakan bagi membantu para guru dan murid berada dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang lebih intelektual. Menurut peserta kajian, lagu rakyat telah
dipilih sebagai bahan pengajaran kerana lagu rakyat ini mudah diubah suai liriknya. Pemilihan
dan penciptaan lirik lagu yang dipilih haruslah bersifat berulang-ulang dan melodi yang senang
serta mudah untuk dinyanyikan. Lagu-lagu yang sentiasa bemain di minda murid-murid ialah
lagu yang mempunyai melodi yang mudah dan berulang-ulang seperti lagu lagu ‘Jong Jong
Inai’ (lagu rakyat negeri) atau kumpulan lagu kanak kanak seperti lagu ‘Chan Mali Chan’.
Disebabkan lirik asal dan melodi lagu tersebut berulang-ulang, hal ini dapat memudahkan guru
untuk mengubah suai lirik lagu tersebut mengikut kemahiran yang ingin diajar. Cadangan
menggunakan lagu yang mudah dan berulang-ulang haruslah diambil kira untuk kesesuaian
nyanyian dalam didik hibur (Jakubowski, 2013). Lagu-lagu yang mudah dinyanyikan, sifat yang
berulang-ulang dan tempo yang ‘catchy’ juga dikenali sebagai ‘earworm’. Pemilihan sesuatu
lagu yang bersifat ‘earworm’ sangat sesuai kerana dianggarkan bahawa 90% daripada
manusia mengalami ‘earworm’ sekurang-kurangnya sekali seminggu, namun terdapat juga
sesetengah daripadanya yang mengalami ‘earworm’ lebih kerap daripada yang lain
(Senthilingam, 2017). Rentetan itu, lagu-lagu yang bersifat earworm merupakan lagu yang
boleh melekat di dalam otak dan berpotensi untuk diubah suai liriknya mengikut kemahiran
yang hendak difokuskan.

Kesimpulannya, jika guru-guru mengaplikasian teknik didik hibur nyanyian irama lagu
rakyat tanpa mengetahui elemen dan ciri-ciri penting bahan lagu rakyat tersebut, maka
jaminan terhadap keberhasilan dalam sesi PdP sememangnya sukar untuk dijamin. Oleh hal
yang demikian, elemen PAK-21 dan bahan rangsangan, iaitu Bahan Bantu Mengajar (BBM)
memainkan peranan yang penting bukan sahaja untuk menarik minat pelajar malah untuk

521
memberikan kefahaman kepada pelajar berkenaan sesuatu konsep dengan mudah dalam sesi
PdP. Pengaplikasian teknik didik hibur nyanyian irama lagu rakyat dalam proses PdP
merupakan satu alternatif yang baik dalam usaha untuk menjayakan sesuatu sesi PdP.
Peranan guru adalah penting dalam mewujudkan kreativiti di dalam bilik darjah (Haji Hassan,
2004).
KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Pengkaji menjalankan kajian ini bertujuan untuk meneroka pengaplikasian teknik didik hibur
nyanyian irama lagu rakyat dalam pengajaran Bahasa Melayu. Penemuan daripada hasil
kajian ini dapat memberikan input kepada guru Bahasa Melayu sekolah rendah. Hal ini kerana,
kajian ini menerangkan mengenai teknik didik hibur yang mempunyai pelbagai aktiviti menarik
yang boleh diaplikasikan dalam proses pembelajaran Bahasa Melayu. Kesannya, guru dapat
merancang dan menggunakan teknik didik hibur di dalam bilik darjah untuk meningkatkan
kualiti pengajaran guru. Secara tidak langsung, kajian ini memberi implikasi kepada motivasi
guru untuk meningkatkan kemahiran serta mempelbagai teknik didik hibur.

Setelah diteliti, pengkaji memberi cadangan kepadap pihak Kementerian Pendidikan


Malaysia (KPM) supaya peka tentang keperluan guru Bahasa Melayu untuk melaksanakan
teknik didik hibur dalam proses pembelajaran Bahasa Melayu. Pihak KPM juga boleh
menyediakan satu kursus khas untuk semua guru berkenaan teknik didik hibur nyanyian irama
lagu rakyat. Penerangan yang jelas dan mendalam berkenaan teknik didik hibur mestilah
diuar-uarkan dalam kursus ini. Kelebihan mengenainya juga perlu disebar luaskan kepada
guru-guru yang menyertai kursus tersebut. Bagi menggalakkan semua guru menyertai kursus
itu, pihak KPM boleh menyediakan sijil tinggi kepada setiap guru yang menyertainya. Hal ini
dikatakan demikian kerana sijil tersebut dapat dijadikan bukti atau satu penghargaan kepada
mereka yang bersemangat untuk mengubah cara pengajaran daripada kaedah ‘Chalk and
Talk’ kepada teknik didik hibur. Teknik didik hibur ini jelas mendatangkan pelbagai faedah
kepada guru mahupun murid. Sebagai contoh, bakat murid dapat dikenal pasti dan boleh
digilap oleh guru-guru semasa pengaplikasian teknik didik hibur nyanyian irama lagu rakyat
ini. Maka, murid yang berkebolehan dalam sesuatu bidang dapat dilahirkan apabila mereka
telah habis belajar. Oleh itu, jelaslah bahawa teknik didik hibur ini mestilah diperkasakan lagi
kerana banyak memberikan faedah kepada murid, guru, sekolah, masyarakat dan seterusnya
negara.

Seterusnya, guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
disarankan untuk terus berusaha meningkatkan penguasaan kemahiran teknik didik hibur. Hal
ini supaya, guru sentiasa dapat memenuhi keperluan murid dalam bilik darjah agar sesi
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dapat dilaksanakan secara efektif. Tanpa

522
kreativiti dan usaha guru, murid tidak akan dapat melalui pengalaman belajar yang seronok
jika guru tidak dapat mengaplikasikan teknik didik hibur.

Kesimpulannya, dapatan yang diperoleh melalui kajian fenomenologi ini berjaya


mencapai objektif yang telah ditetapkan dan juga berjaya menjawab soalan kajian. Pemilihan
teknik didik hibur nyanyian irama lagu rakyat didapati amat relevan dan masih releven untuk
digunakan dalam pengajaran subjek Bahasa Melayu. Selain itu, pengaplikasian teknik didik
hibur dan penggunaan bahan lagu rakyat ternyata dapat membantu guru untuk menaikkan
semangat dan keterlibatan murid-murid dalam proses PdP. Kompetensi pengetahuan
pedagogi dan pengetahuan isi kandungan perlu ada dalam diri seorang pendidik agar aktiviti
yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dan dapat mencapai objektif pengajaran.

RUJUKAN

Adenan Ayob & Khairiddin Muhmmad. (2012). Kaedah pengajaran Bahasa Melayu. Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

Abdul Rasid. (2004). Keberkesanan cerpen dalam mempertingkat prestasi penulisan karangan
Bahasa Melayu dalam kalangan murid. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(2), 45-57.

Crowder. (2010). The effect of multiple intelligences on academic achievement: A metaanalytic


and thematic study. Journal Education Sciences: Theory & Practice, 17(6).

Hsieh & Shannon. (2007). Analisis data kualitatif ilmu pendidikan teologi. Sekolah Tinggi
Theologia Jaffry.

Jakubowski, K. (2016). Dissecting an earworm: Melodic features and song popularity predict
involuntary musical imagery. Psychology of Aesthetics, Creativity and the Arts, 11(2),
122-135. http://dx.doi.org/10.1037/aca0000090

Lee, K. C., Zakri Abdullah & Chua, L. N. (2018). Penyelidikan dalam pendidikan. Oxford Fajar
Sdn. Bhd.

Mohd Razak Mohd Nordin, Ed.D & Masitah Ahmad. (2015). Pendekatan didik hibur dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu: Tinjauan terhadap sikap dan minat
murid orang asli di negeri Perak. Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 9.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Murid dan
pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Tay, M.G. (2015). Pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran


Bahasa Melayu. Jurnal Penyelidikan IPG KBL, 12, 1-16.

Lestari. (2012). Nyanyian sebagai metode pendidikan karakter pada anak. Prosiding Seminar
Nasional PsikologiIslami Surakarta,131-136.

523
Senthilingam, M. (2017, November 20). Why can't you get that song out of your head? CNN
International Edition. https://edition.cnn.com/2016/11/03/health/songstuck-in-head-
earwor study/index.html

Yahya Othman. (2004). Mengajar membaca: Teori dan aplikasi panduan mengajarkan
kemahiran membaca edisi kedua. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

524
PENGAPLIKASIAN KESANTUNAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID TAHUN 3
BERDASARKAN PRINSIP KESOPANAN LEECH

Nabil Azfar bin A Wahab


nabil09-858@epembelajaran.edu.my

Wan Mardziyah binti Wan Hasbullah


mardziyah09-113@epembelajaran.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini mengkaji kesantunan bahasa dalam pertuturan bagi murid tahun 3 semasa pengajaran dan
pembelajaran (PdP) guru di kelas. Kajian ini cuba untuk mencapai objektif untuk mengenal pasti
pengaplikasian kesantunan bahasa dalam pertuturan murid 3 semasa PdP dijalankan bersandarkan
Prinsip Kesopanan Leech (PS Leech). Selain itu, kajian ini juga menggunakan reka bentuk kajian
kualitatif dan kaedah kajian fenomenologi. Kajian fenomenologi telah menggunakan kaedah
pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen untuk memperoleh data kajian. Seramai tiga orang murid
telah diambil sebagai responden kajian yang terdiri daripada tiga orang murid berbangsa Melayu yang
bersekolah di sebuah sekolah Setapak, Kuala Lumpur. Ketiga-tiga responden kajian mempunyai
pencapaian yang baik dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Berdasarkan dapatan kajian, responden
kajian mematuhi keenam-enam ciri-ciri maksim yang digariskan dalam PS Leech iaitu Maksim
Kebijaksanaan, Maksim Kedermawanan, Maksim Penghargaan, Maksim Kesederhanaan, Maksim
Permuafakatan dan Maksim Simpati. Hasil dapatan kajian ini akan membantu guru untuk menambah
baik aspek kesantunan bahasa yang diamalkan oleh murid dalam kehidupan seharian mereka
khususnya apabila berhadapan dengan guru mereka.
Kata kunci: kesantunan bahasa, pertuturan, PS Leech, maksIm kesantunan, guru

ABSTRACT
This research aims to study politeness of language in speech for standard 3 students during the teaching
and learning (PdP) in the classroom. This study attempts to achieve the objective of identifying the
application of language politeness in the speech of 3 students during PdP conducted based on the
Leech Maxim of Politeness Principle (PP Leech). In addition, this study also uses a qualitative study
design and phenomenological study methods. Phenomenological studies have used methods of
observation, interviews and document analysis to obtain study data. A total of three students were taken
as the study participants consisted of three students are Malays who attend a school in Setapak, Kuala
Lumpur. All three study participants had good performance in Classroom Assessment (PBD). Based on
the findings of the study, the study participants complied with the six maximal characteristics outlined in
PP Leech, namely Maxim of Wisdom, Maxim of Generosity, Maxim of Appreciation, Maxim of
Moderation, Maxim of Consensus and Maxim of Sympathy. The findings of this study will help teachers
to improve aspects of language politeness practiced by students in their daily lives, especially when
dealing with their teachers.

Keyword: language politeness, speech, PP Leech, maxim politeness, teacher

PENGENALAN
Bahasa merupakan asas yang melengkapi sistem kehidupan manusia. Tanpanya kehidupan
manusia menjadi terbatas untuk berkomunikasi. Asasnya, bahasa merupakan sistem lambang
bunyi suara yang digunakan dalam sesuatu kelompok manusia sebagai medium perhubungan

525
untuk mengekspresi perasaan dan gagasan fikiran (Kamus Dewan, 2010). Dalam konteks ini,
bahasa dilihat memainkan fungsinya yang besar dalam setiap skop dan segmen aktiviti yang
dijalankan oleh manusia yang menjurus kepada pembentukan lambang dan identiti asal
sekelompok bangsa atau masyarakat tersebut. Di Malaysia, bahasa Melayu diwartakan
sebagai bahasa pengantar ilmu dan pendidikan menerusi Akta Pendidikan 1961 dan Pindaan
1961. Bertitik tolak daripada pengisytiharan dasar tersebut, bahasa Melayu terus diangkat
menjadi lambang kewujudan bangsa dan berfungsi untuk pembangunan dan perpaduan
negara. Bahasa Melayu juga dijadikan sebagai pemangkin pembinaan jati diri dan perpaduan
semua kaum kerana bangsa yang bermaruah ialah bangsa mempunyai bahasa dan identiti
kebangsaan yang sendiri. Segala unsur kebudayaan dan kehidupan yang diamalkan dapat
diwariskan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain melalui bahasa dan
menghasilkan konsep, idea, dapatan dan temuan yang dapat diungkapkan dan dikembangkan
kepada masyarakat melalui sistem pendidikan, media massa dan melalui interaksi yang
bervariasi yang diterjemahkan dalam bentuk wacana yang lebih formal dan meluas (Awang
Sariyan, 2007). Tuntasnya, melalui bahasalah akan menzahirkan akal dan kebijaksanaan,
sejarah dan warisan, aspirasi dan misi, serta segala bentuk kejayaan dan pencapaian bangsa
dalam pelbagai bidang.

Sememangnya peranan bahasa yang luas dan turut melangkaui sempadan berupaya
mengangkat martabat sesuatu bangsa di mata dunia. Maka, tidak boleh dinafikan bahawa
bahasa turut mengalami proses perkembangan sejajar dengan budaya dan resam manusia
yang mengalami proses intergrasi dan asimilasi. Oleh itu, perubahan tersebut membentuk
suatu sifat-sifat bahasa yang dinamik, abritari dan bermakna agar bahasa tersebut mempunyai
fleksibiliti dan dapat berintergrasi dengan sosiobudaya dan keadaan global sekeliling. Maka,
disebabkan itu ketulenan bahasa khususnya bahasa Melayu boleh dipersoal kerana terdapat
percampuran budaya asing yang membawa masuk pemikiran dan elemen kebudayaan
mereka sama ada yang baik ataupun sebaliknya dalam sosial masyarakat Melayu. Menurut
Amat Juhari Moain (2010) berpendapat bahawa sejak akhir abad ke-19, orang Melayu sudah
sedar bahawasanya mereka mesti diperkasakan dengan perkataan baru yang mendukung
konsep baru oleh sebab kesan pengaruh barat yang bertubi-tubi membawa masuk
pengaruhnya sehingga menggangu-gugat keaslian bahasa Melayu. Maka ini sekali gus
memberi impilkasi kepada sahsiah seseorang individu dek pencampuran dan perkembangan
bahasa yang berlaku. Bahasa berupaya menggambarkan sahsiah individu kerana melalui
bahasa yang santun dan beradab menatijahkan budi perkerti yang mulia, peramah, bersopan
santun dan berbudi bahasa (Mohd Syuhaidi & Aliffluqman Mohd Mazzalan, 2018). Oleh itu,
kesantunan yang menjadi identiti asal masyarakat orang Melayu melalui bahasa menjadi titik
persoalan yang perlu dikaji untuk melihat sejauh mana kesantunan yang menjadi wajah

526
bangsa Melayu suatu ketika dahulu dapat dilihat kepada generasi muda pada hari ini
khususnya dalam konteks pertuturan seharian.

PERNYATAAN MASALAH
Bahasa dan gaya penyampaian mempunyai perkaitan rapat apabila digunakan dalam
berkomunikasi antara individu dengan individu yang lain sehingga konteks komunikasi
tersebut dapat difahami oleh pendengar. Secara khususnya sewaktu berkomunikasi, aspek-
aspek seperti pemilihan kata, gaya pertuturan, nada, jeda dan bahasa tubuh yang santun
secara langsung menggambarkan persepsi awal terhadap individu tersebut sewaktu
berbahasa sama ada bersifat santun ataupun sebaliknya. Tambahan pula, bahasa yang
dinatijahkan sebagai santun itu haruslah sesuai dengan norma budaya masyarakat setempat.
Hal ini kerana, belum tentu lagi bahasa yang digunakan sewaktu berkomunikasi itu
dilambangkan sebagai satu bentuk kesantunan apabila penggunaanya bertentangan dengan
penerimaan nilai dan norma masyarakat.

Namun begitu, budaya, norma serta identiti masyarakat moden khususnya generasi
muda pada hari ini dilihat berbeza dengan konsep akal budi yang menjadi foundasi utama
dalam pembentukan sikap serta jati diri generasi terdahulu. Perkembangan yang menjurus
kepada perbezaan ini sekali gus telah membawa kepada satu bentuk fenomena normalisasi
budaya serta identiti yang seterusnya mempengaruhi aspek kesantunan bahasa khususnya
dalam pertuturan. Menurut Azianura Hani Shaari dan Rahim Kamaluddin (2016) pelajar
menghadapi kesantunan bahasa mutakhir ini. Justeru, kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji
kesantunan bahasa dalam pertuturan murid tahun 3 semasa pengajaran dan pembelajaran
(PdP) guru di dalam kelas. Kajian ini secara amnya telah membawa satu gambaran dalam
aspek pembentukan generasi muda hari ini dengan menumpukan khusus kepada sudut identiti
dan sahsiah yang boleh dilihat menerusi bahasa lisan yang bersifat santun ataupun
sebaliknya.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini mempunyai satu objektif bagi mencapai tujuan kajian. Objektif kajian itu adalah
seperti seperti yang berikut:

i. Mengkaji pengaplikasian kesantunan bahasa dalam pertuturan murid tahun 3


semasa pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru di dalam kelas.

SOALAN KAJIAN
Kajian ini mengandungi satu soalan kajian bagi mencapai objektif kajian ini. Soalan kajian itu
adalah seperti yang berikut:

527
i. Bagaimana kesantunan bahasa dalam pertuturan diaplikasikan oleh murid
tahun 3 semasa pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru di dalam kelas?

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian fenomenologi.
Kajian ini telah menggunakan tiga kaedah pengumpulan data, iaitu temu bual separa struktur,
pemerhatian dan analisis dokumen. Pengumpulan data tersebut mengumpulkan data
berbentuk kualitatif lalu dianalisis berdasarkan tema-tema yang telah ditetapkan. Tiga orang
murid tahun 3 sekitar Setapak, Kuala Lumpur yang mempunyai pencapaian yang baik dalam
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) telah dipilih sebagai responden kajian dalam kajian ini. Data
akan dikumpul melalui temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen dengan kebenaran
sekkolah serta pengesahan pakar metodologi, bidang dan bahasa.

DAPATAN KAJIAN
Murid secara amnya mematuhi enam maksim Prinsip Kesopanan Leech (PS Leech) iaitu
maksim kebijaksanaan, maksim kedermawanan, maksim penghargaan, maksim
kesederhanaan, maksim permuafakatan dan maksim simpati

Dapatan kajian mendapati bahawa ketiga-tiga responden kajian mematuhi maksim


kebijaksanaan tersebut. Hal ini dapat dibuktikan melalui temu bual, pemerhatian dan analisis
dokumen yang dijalankan bersama kesemua responden kajian. Dalam data yang diperoleh,
responden kajian akur dengan maksim kebijaksanaan iaitu memahami ungkapan-ungkapan
yang beradab serta implikasinya. Secara amnya, kefahaman responden kajian dalam
mematuhi maksim kebijaksanaan ini menatijahkan pertuturan yang santun seperti menyuruh,
memerintah dan memberi arahan tanpa perlu menyinggung perasaan pendengar.
Implikasinya, responden kajian dapat memahami batas-batas dan tindakan yang sepatutnya
dilakukan oleh mereka untuk menjaga konteks perbualan yang berlangsung. Rumusannya,
atas dasar kebijaksanaan responden kajian X, Y dan Z dalam memelihara kesantunan,
responden kajian telah menimbang tara kearifan bahasa yang ingin dituturkan sewaktu
bertanya agar tidak menyinggung perasaan atau kesalahfahaman guru yang mengajar.

Selain itu, bersandarkan maksim kedermawanan menunjukkan bahawa ketiga-tiga


responden kajian mematuhi maksim kedermawanan. Dapatan yang diperoleh menunjukkan
bahawa responden kajian menfokuskan kepada meminimumkan manfaat bagi diri sendiri dan
memaksimumkan kos bagi diri sendiri. Berdasarkan data temu bual yang diperoleh, responden
kajian X, Y dan Z menawarkan suatu bentuk pertolongan kepada guru dan individu sekeliling.
Para responden kajian mempunyai kesedaran kendiri sebagai seorang murid dalam
meringankan bebanan yang dihadapi oleh gurunya. Hal ini sekali gus bermaksud ujaran yang

528
diungkapkan berdasarkan kepada maksim ini ditentukan oleh diri sendiri bagi menunjukkan
kesantunan kepada orang lain.

Seterusnya, analisis dapatan temu bual menunjukkan kesemua responden kajian


mematuhi maksim penghargaan semasa berkomunikasi dengan guru. Responden kajian
didapati bersifat santun dalam memberikan pujian dan penghargaan kepada pengajaran guru
serta tidak mengecam atau memperkecil tindakan guru mereka. Bersandarkan dapatan yang
diperoleh, responden kajian memberikan pujian melalui ucapan terima kasih kepada guru
mereka sebagai tanda menghormati dan tidak merendahkan guru yang telah mengajar
mereka. Kesemua responden kajian mengujarkan bahasa sapaan, gelaran yang santun serta
mengujarkan bahasa yang santun semasa memberi penghargaan kepada guru. Tambahan
pula, data-data yang diperoleh sememangnya menjadi amalan responden kajian sewaktu
berkomunikasi di sekolah. Dalam konteks ini, responden kajian berusaha untuk
menghindarkan tindakan lakuan yang boleh menimbulkan polemik seperti mengeji dan
mencaci guru mereka. Memuji dan berkata baik kepada guru merupakan tindakan yang baik
dan mampu menyenangkan guru yang mendengar ungkapan tersebut. Tuntasnya, dapatan
yang diperoleh daripada maksim ini melambangkan bahawa responden merupakan murid
yang beradab dan menghargai orang lain.

Dalam konteks maksim kesederhanaan, kesemua responden kajian menunjukkan


pematuhan terhadap indikator maksim kesederhanaan iaitu memperbesar kecaman diri
sendiri, namun memperkecil pujian diri sendiri. Melalui temu bual tersebut menunjukkan
bahawa sifat kerendahan hati yang terdapat pada responden kajian. Sifat berbudi bahasa dan
menghormati individu yang lebih tua melalui tindakan salam dan bertanya khabar
menunjukkan responden kajian mengaplikasikan maksim kesederhanaan dalam pertuturan.
Dalam konteks ini, memberi salam dan bertanya khabar merupakan amalan yang menjadi
kebiasaan dalam budaya Melayu menunjukkan sikap merendah diri dan tidak bersifat
berbangga diri (Nor Azian Ab. Aziz, 2005). Rentetan daripada ini, kesemua responden kajian
bersikap rendah hati kepada diri sendiri serta tidak mempamer atau menyombongkan diri
sendiri mengenai kelebihan yang dimiliki oleh mereka kepada guru yang mendidik mereka.
Konklusinya, berdasarkan kajian yang dijalankan menunjukkan kesemua responden kajian
mempunyai sifat merendah diri dan tidak membangga-banggakan kelebihan diri sendiri.

Dalam kontkes maksim permuafakatan pula menunjukkan bahawa responden kajian


X, Y dan Z mematuhi konteks kesantunan dalam maksim permuafakatan. Kesemua
responden kajian menunjukkan mereka memaksimumkan kesepakatan dengan guru mereka
sewaktu PdP sedang berlangsung serta meminimumkan ketidaksetujuan diri sendiri dengan
pendapat guru yang mengajar. Dapatan menunjukkan bahawa mereka bertindak dengan

529
bahasa yang santun ketika hendak menyatakan persetujuan dengan sesuatu idea atau
pengajaran yang disampaikan oleh guru meskipun dalam ungkapan yang ringkas ataupun
dalam bentuk perlakuan yang pasif. Tuntasnya, kesemua responden berusaha untuk
menunjukkan persetujuan dengan ujaran yang didengar oleh mereka daripada guru. Melalui
cara tersebut, responden kajian dapat meningkatkan kelancaran kesefahaman bersama guru
dan seterusnya mampu mengelakkan konflik dengan orang yang dilawan bercakap.

Dalam maksim simpati, responden kajian X, Y dan Z menunjukkan rasa simpati dalam
konteks pertuturan mereka dan turut mengurangkan sikap antipati terhadap diri penutur
sendiri. Berdasarkan temu bual yang dijalankan, responden kajian X, Y dan Z bersikap
terkehadapan dalam memahami perasaan orang lain. Ungkapan “mereka lebih tua daripada
kita”, “selamat tinggal, cikgu. Terima kasih cikgu sebab ajar kami sampai pandai.” dan
“sebab atuk saya dah meninggal” menujukkan rasa simpati penutur terhadap konteks yang
diceritakan mahupun subjek yang ingin diperkatakan. Lazimnya dalam maksim simpati boleh
jelas dilihat pada sesebuah majlis yang diadakan di dalam kelas mahupun sekolah. Hal ini
kerana dalam mengkategorikan pertuturan itu mematuhi maksim simpati ataupun sebaliknya
adalah lebih jelas melalui ucapan tahniah dan takziah. Di samping itu, maksim simpati boleh
juga boleh dikesan melalui pertuturan responden kajian sewaktu kelas melalui ucapan dalam
bentuk ucapan selamat kepada guru. Melalui ucapan-ucapan selamat ini hakikatnya
menunjukkan responden kajian bersikap senang terhadap guru begitu juga sebaliknya bahkan
menunjukkkan perserta kajian terampil dalam memahami perasaan orang lain (Ramli et al.,
2016).

KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN


Kesimpulannya responden kajian mematuhi aspek kesantunan bahasa dalam pertuturan
berdasarkan maksim-maksim yang disandarkan pada PS Leech. Setiap maksim yang
disandarkan itu telah dinatijahkan oleh murid-murid semasa berkomunikasi. Hal ini sekali gus
menunjukkan bahawa aspek kesantunan bahasa dalam pertuturan sememangnya
diaplikasikan oleh murid-murid di sebuah sekolah di sekitar Setapak, Kuala Lumpur.

Melalui kajian yang dilaksanakan, antara cadangan yang boleh dikemukakan ialah
sekolah sewajarnya meraikan murid-murid yang mempunyai rekod keperibadian yang baik
dengan memberikan ganjaran sebagai tanda penghargaan dan galakan kepada mereka untuk
terus berkelakuan santun sepanjang masa. Hal ini kerana, pihak sekolah juga berperanan
dalam meningkatkan motivasi dan galakkan kepada murid-murid untuk mengamalkan budaya
santun di dalam kehidupan seharian mereka. Penggunaan teknik peneguhan positif kata
pujian mengurangkan masalah tingkah laku pelajar dan meningkatkan kemahiran sosial
pelajar sasaran tersebut (Mohd Hanafi & Mohd Mokhtar, 2016). Jadi, teknik ini harus

530
dilaksanakan untuk menggalakan amalan kesantunan bahasa dalam kalangan murid-murid
secara berterusan dan efektif.

Kemudian, cadangan dikemukakan kepada pengkaji akan datang agar kajian yang
berkaitan dengan kesantunan bahasa dalam pertuturan khususnya dapat dinatijahkan dengan
konkrit dan bersifat emperikal. Cadangan yang boleh dikemukakan ialah pengkaji seterusnya
disarankan agar melaksanakan kaedah etnografi bagi mendalami secara dasar
pengaplikasian kesantunan bahasa dalam kalangan murid sekolah rendah tahap 1. Selain itu,
pemilihan responden kajian seramai tiga orang daripada sekolah sekitar Setapak, Kuala
Lumpur sebagai subjek kajian juga menghasilkan satu dapatan yang terbatas. Justeru,
pengkaji akan datang dicadangkan agar menambah bilangan sampel lebih besar, populasi
lebih menyeluruh dan kepelbagaian demografi responden kajian. Antara kajian yang boleh
dijalankan ialah menjalankan kajian faktor-faktor pengaplikasian kesantunan bahasa dalam
kalangan murid sekolah rendah di samping disarankan melakukan kajian tinjauan bagi melihat
sejauh mana pengaplikasian kesantunan bahasa dalam kalangan murid sewaktu
berkomunikasi bersama guru di media sosial.

RUJUKAN
Amat Juhari Moain. (2010). Penggubalan Istilah ilmiah dalam Bahasa Melayu. Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Awang Sariyan. (2007). Santun berbahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azianura Hani Shaari & Rahim Kamaluddin. (2016). Buli Siber : Ketidaksantunan Bahasa Dan
Etika Media Sosial Dalam Kalangan Remaja Malaysia (Cyberbullying in Malaysia :
Understanding Youngsters ’ Ethics and Impoliteness Strategies in Social Media ). Journal
of Arts and Humanities, 16(6), 1–16.
Kamus Dewan. (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Hanafi & Mohd Mokhtar. (2016). Hukuman dan Kata Pujian: Mengatasi Masalah Disiplin
Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Bagi Murid Masalah Pembelajaran. Jurnal
Pendidikan, 3(5), 1–13.
Mohd Syuhaidi & Aliffluqman Mohd Mazzalan. (2018). Aliran Pertuturan Bahasa Rojak Dalam
Kalangan Pengguna Facebook Di Malaysia. Jurnal Bahasa. 7(1), 120–133.
Nor Azian Ab. Aziz. (2005). Analisis kesantunan berbahasa: Satu kajian kes. Univerisiti
Malaya.
Ramli, Khairi, & Ishak. (2016). Perkembangan Pendidikan Orang Melayu di Malaya Sebelum
Kemunculan Western-Type-Education. Jurnal Perspektif, 8(2), 79–96.

531
PERBEZAAN GURU BAHASA MELAYU BANDAR DAN LUAR BANDAR DALAM
PENGAPLIKASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Nagulan a/l Ganesan


nagulan09-859@epembelajaran.edu.my

Azman bin Rahmat PhD


azman@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian tinjauan ini bertujuan untuk meninjau guru Bahasa Melayu bandar dan luar bandar dalam
pengaplikasian teknologi maklumat. Kajian ini dijalankan kerana masih kurang kajian dilaksanakan bagi
mengkaji tahap sikap guru-guru Bahasa Melayu dalam pengaplikasian Teknologi Maklumat dan
Komunisasi di lokasi yang berbeza. Sehubungan dengan itu, tahap sikap guru-guru Bahasa Melayu
dalam pengaplikasian TMK akan dikaji dengan lebih mendalam dalam kajian ini. Kajian ini akan melihat
sikap guru Bahasa Melayu bandar dan luar bandar terhadap pengaplikasian Teknologi Maklumat dan
Komunikasi. Reka bentul kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah tinjauan. Kajian
ini melibatkan 40 orang guru Bahasa Melayu. 20 orang guru dipilih daripada sekolah bandar Petaling
Jaya dan 20 orang guru dipilih daripada sekolah luar bandar Lipis. Dalam kajian ini, instrument soal
selidik dengan lima skala Likert digunakan bagi tujuan pengumpulan data. Kajian ini dijalankan dengan
menggunakan set soal selidik yang telah diubah suai daripada kajian Melvina & Jamaludin (2010). Data
yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan program SPSS versi 12.0. Dapatan kajian
menunjukkan sikap guru-guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran adalah
positif. Hasil kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan sikap guru terhadap
penggunaan TMK dalam pengajaran berdasarkan lokasi sekolah dan juga jantina guru. Dapatan kajian
ini memberi implikasi bahawa semua pihak harus berkolabarasi dalam meningkat kemahiran TMK
dalam kalangan guru-guru Bahasa Melayu di Bandar dan luar bandar. Hal ini kerana guru-guru bandar
dan luar bandar mempunya sikap yang sangat positif terhadap pengaplikasian Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kata Kunci: Sikap guru Bahasa Melayu, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, sekolah bandar dan luar
bandar
ABSTRACT
This study aims to review the Malay teachers from city and rural areas in the application of information
technology. This study was conducted due to lack of studies carried out to investigate the attitudes of
Malay teachers in the application of Information and Communication Technology in different locations.
Moreover, the attitude of the Malay Language teachers in the application of ICT will be examined in
more depth in this study. This study will look at the attitudes of Malay teachers from city and rural areas
of the application of Information and Communication Technology. The study involved 40 Malay teachers.
20 teachers were selected from Petaling Jaya urban schools and 20 teachers were selected from Lipis
rural schools. In this study, a questionnaire instrument with five Licert scales was used for the purpose
of data collection. This study was conducted using a set of questionnaires that were modified from the
study of Melvina & Jamaludin (2010). The data obtained were analyzed using SPSS version 12.0. The
findings show that the attitude of the Malay language teachers to use ICT in teaching was positive. The
results of this study also show that there is no significant difference in teachers' attitudes towards the
use of ICT in teaching based on school location and teacher gender. The findings of this study imply
that all parties must collaborate in increasing ICT skills among Malay teachers in the city and rural areas.
This is because city and rural teachers have a very positive attitude towards the application of
Information and Communication Technology in teaching and learning.

532
Keywords: The attitude of Malay Language teachers, Information and Communication Technology, rural
and town school

PENGENALAN
Sistem pendidikan seluruh dunia semakin menekankan pelbagai kemahiran dalam kurikulum,
demi mempersiapkan murid menghadapi cabaran kompleks abad ke-21. Pedagogi abad ke-
21 memberi fokus terhadap kelancaran maklumat, media dan teknologi. Lantas murid perlu
didedahkan penggunaan teknologi dalam cara inovatif untuk menyediakan murid dalam dunia
dinamik dan sentiasa berubah-ubah. Menurut Abdul Samad Hanif et. al (2005) dalam
kurikulum sekolah di Malaysia, dinyatakan antara hasrat Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) adalah melahirkan murid yang mempunyai kemahiran abad ke-21 dengan memberi
fokus kepada kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan kerjaya berteraskan amalan nilai
murni. Sehubungan itu, kemudahan TMK, termasuk media sosial dan alatan digital lain perlu
dimanfaatkan. Maklumat diperlukan murid dalam bilik darjah di hujung jari mereka. Guru perlu
menerangkan bagaimana memperoleh dan menganalisis maklumat yang relevan dan
berguna.

Perkembangan Revolusi Industri 4.0 memberikan kesan secara langsung kepada


pelbagai bidang termasuk bidang pendidikan kerana menjadi asas kepada penyedia tenaga
kerja pada masa hadapan. Oleh itu, penekanan terhadap sektor pendidikan merupakan satu
keperluan agar tenaga kerja yang dihasilkan melalui sistem pendidikan negara dapat
memenuhi keperluan pasaran pekerjaan berteraskan Revolusi Industri 4.0. Oleh itu, warga
pendidik terutamanya perlulah melengkapkan diri dengan pengetahuan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK) bagi membolehkan mereka mendepani cabaran Revolusi
Perindustrian 4.0. Teknologi Maklumat dan Komunikasi bersifat global dan sering dikaitkan
dengan penciptaan hasil pembelajaran. Menerusi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
2006-2010, kerajaan telah memperuntukan sejumlah besar perbelanjaan pendidikan negara
bagi menaik taraf infrastruktur dan prasarana di samping meningkatkan mutu dan kualiti
pendidikan menerusi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Di antara salah satu
matlamat pelan adalah merapatkan jurang digital dengan menyediakan kemudahan TMK
antara lokasi dan meningkatkan kemahiran TMK di kalangan guru dan pelajar (Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan 2006-2010, 2006). Guru perlu mempunyai sikap yang positif dalam
mengaplikasikan TMK di dalam PdP. Menurut Melvina dan Jamaludin pada 2010 Sikap
terhadap pengaplikasian TMK ialah satu daripada tiga faktor yang menyumbang kepada
penerimaan guru-guru terhadap penggunaan komputer. Zulkifli dan Raja Maznah (2014)
mendapati bahawa sikap guru yang positif adalah penting untuk mendorong seseorang pelajar
bagi mempelajari sesuatu subjek. Oleh itu, sikap dan kesedaran merupakan cara yang terbaik
untuk menjangka dan meramal komitmen terhadap penggunaan komputer. Sikap dan

533
keyakinan serta efikasi yang tinggi dapat membantu memudahkan proses peningkatan
kemahiran dalam pelaksanaan TMK ketika proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah.

PERNYATAAN MASALAH

Guru di sekolah bandar dan luar bandar perlu mempunyai sikap yang positif dalam
mengaplikasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Menurut Melvina & Jamaludin (2010)
sikap guru-guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran adalah baik
iaitu berada dalam tahap tinggi dan sederhana. Kajian ini dilaksanakan di Sarawak. Masih
kurang kajian dilaksanakan di tempat lain.

Selain itu, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Wan Zah et.al (2012), mendapati
empat faktor yang yang menjadi beban guru dalam menggunakan TMK iaitu beban tugas guru,
kekurangan pendedahan dan kemahiran, kekurangan kemudahan fizikal dan kekurangan
alatan. Dengan ini dapat menyimpulkan bahawa maslah penggunaan TMK dalam kalangan
guru masih berlaku. Menurut Fariza Khalid & Nur Afiqah (2016), dalam kajiannya tentang
kekangan guru mengaplikasikan TMK dalam kalangan guru Matematik mengenal pasti
beberapa faktor penghalang penggunaan TMK. Guru telah mengambil sikap mudah dan
sambal lewah dalam penggunaan alat TMK. Guru selalu menggunakan alasan tugas yang
banyak, masa yang perlu digunakan untuk menyediakan bahan pembelajaran dan
pemudahcaraan dan perlu menghabiskan sukatan pelajaran dalam masa yang ditetapkan
sebagai penyebab tidak menggunakan peralatan TMK sebagai bahan bantu dalam pengajaran
mereka.

Seterusnya, kajian yang dijalankan oleh Baharom (2011) ke atas 110 orang guru di
Johor mengenai TMK juga memaparkan tahap penerimaan guru terhadap TMK adalah tinggi.
Sementara itu, kajian mengenai penerimaan guru terhadap TMK yang dilaksanakan di Kedah
oleh Arumugam dan Abdul Halim (2013) ke atas 30 orang guru, konsep kajian yang sama
dijalankan di Melaka oleh Moganashwari dan Parilah (2013) ke atas 100 orang guru Bahasa
Inggeris juga memperoleh hasil yang sama dengan dapatan kajian Baharom (2011). Pada
tahun 2015 pula, dua kajian yang sama telah dilaksanakan di tempat yang berlainan.
Antarahnya, kajian Parilah dan Joscyln (2015) ke atas 30 orang guru sekolah menengah di
Sarawak dan kajian Simin dan Mohammed Sani (2015) ke atas 101 orang sekolah rendah dan
sekolah menengah di Kuala Lumpur. Kedua-dua kajian menunjukkan dapatan yang sama,
iaitu guru mempunyai penerimaan yang positif terhadap TMK. Kesemua kajian ini menjelaskan
tahap penerimaan guru terhadap pengintergrasian TMK dalam PdP adalah tinggi. Kajian
literatur menunjukkan kebanyakkan kajian yang ada banyak menggunakan sampel guru dari
sekolah di lokasi yang sama. Kajian Kumar, Norasmah & Haryanti (2019) menunjukkan

534
terdapat jurang perbezaan teknologi maklumat antara bandar dan luar bandar. Perkara ini
perlu dikaji dengan lebih mendalam agar jurang perbezaan itu dapat dikurangkan.

OBJEKTIF KAJIAN

Sehubungan dengan itu, kajian ini bagi melaksanakan objektif kajian yang berikut:

i. Mengenal pasti perbezaan sikap guru-guru Bahasa Melayu di bandar dan luar
bandar terhadap penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini untuk mendapat maklumat bagi menjawab persoalan yang berikut:

i. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara sikap guru-guru Bahasa


Melayu di bandar dan luar bandar terhadap penggunaan TMK?

HIPOTESIS KAJIAN
Kajian ini mempunyai satu hipotesis kajian bagi mencapai objektif kajian. Hipotesis kajian
adalah seperti yang berikut:

i. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara sikap guru-guru Bahasa Melayu di
bandar dan luar bandar terhadap penggunaan TMK.

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan. Kajian
ini melibatkan 40 orang responden. 20 orang responden dari sekolah luar bandar Lipis dan 20
orang responden dari sekolah bandar Petaling Jaya. Kajian ini menggunakan instrumen soal
selidik. Soal selidik ini mengandungi dua bahagian. Bahagian a untuk mendapatkan demografi
responden dan bahagian b mengandungi 20 item bagi mengenalpasti tahap sikap guru-guru
Bahasa Melayu bandar dan luar bandar. Kebolehpercayaan insturmen tersebut ialah dengan
nilai alpha sebanyak 0.88.
Pengumpulan data kajian dibuat setelah mendapat kebenaran daripada pihak
pentadbir di sekolah yang dipilih. Pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik melalui
internet dalam bentuk Google Form kepada guru Bahasa Melayu daerah Petaling Jaya,
Selangor dan Lipis, Pahang. Pertamanya, pengkaji akan menjelaskan tujuan kajian ini
dilaksanakan kepada responden dalam soal selidik. Pengkaji juga akan memaklumi
responden kajian aspek kerahsiaan data peribadi dan respons yang diberikan. Adalah
diharapkan melalui prosedur yang akan dilaksanakan ini, pengkaji dapat mengurangkan

535
jawapan yang dijawab secara tidak lengkap oleh responden. Kemudian jawapan soal selidik
oleh responden kajian telah dikumpul dan dianalisis oleh pengkaji melalui statistik deskriptif.

DAPATAN KAJIAN

Guru-guru sekolah bandar dan luar bandar mempunyai sikap yang positif dalam
pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi. analisis dapatan kajian ini telah
menunjukkan guru-guru Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah-sekolah rendah di bandar
Petaling Jaya dan luar bandar Lipis bersikap positif terhadap penggunaan TMK dalam
pengajaran dan pembelajaran dengan skor min 4.37 dan sisihan piawai 0.33 secara
keseluruhannya.

Jadual 1
Keputusan Ujian T-Test guru Bahasa Melayu bandar dan luar bandar dalam pengaplikasian
teknologi maklumat

T-Test Min

t df Sig.
Min B Equal variances assumed 1.636 38 .110
Equal variances not 1.636 33.830 .111
assumed

Jadual 1 menunjukkan hasil analisis Ujian T ke atas sikap guru Bahasa Melayu bandar dan
luar bandar dalam pengaplikasian TMK. Jadual ini telah menunjukkan bahawa tidak terdapat
perbezaan yang signifikan dari aspek sikap guru-guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan
TMK dalam pengajaran. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu
dari kawasan sekolah bandar dan luar bandar bersikap positif dan bersedia menggunakan
TMK dalam PdPc mereka. Dapatan kajian ini menyamai dan disokong oleh beberapa kajian
terdahulu tentang sikap guru terhadap penggunaan TMK sama ada dalam pengajaran Bahasa
Melayu ataupun mata pelajaran lain. Antara kajian penyelidikan yang telah dijalankan terhadap
guru Bahasa Melayu adalah seperti kajian Hamzah (2003), Mohd. Khairuddin (2005),
Suwarnee (2006), Nor’aini (2007) dan Fairose (2007).

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Secara keseluruhannya, hasil analisis guru-guru Bahasa Melayu mempunyai sikap yang positif
dalam mengaplikasikan TMK. Tambahan pula, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari
aspek sikap guru dalam menggunakan TMK berdasarkan lokasi sekolah. Kajian ini
menunjukkan bahawa guru yang sentiasa bersikap positif akan turut menghasilkan impak yang
positif terhadap hasil pembelajaran dan kemenjadian murid. Kenyataan ini disokong penuh

536
oleh hasil dapatan kajian Noorleha (2016) yang mendapati sikap positif guru terhadap
pendekatan mempunyai hubungan dengan tahap sikap dan kemahiran pelaksanaan guru.

Hasil dapatan kajian juga mendapati bahawa tahap sikap guru berada pada tahap
tinggi juga selaras dengan kajian Zamri dan Nor Aisyah (2011) yang menjelaskan bahawa
kejayaan dan kecemerlangan dalam sesuatu mata pelajaran tidak akan menjadi kenyataan
sekiranya pengajaran guru masih menggunakan kaedah tradisional dan tidak mengira aspek
kemahiran berfikir yang dilihat banyak mempengaruhi pencapaian murid. Walaupun tahap
perbezaan sikap adalah tidak ketara, namun tahap pengetahuan dan kemahiran TMK yang
rendah juga akan menyukarkan guru di kawasan luar bandar untuk mengintegrasikan
teknologi dengan pedagogi dan kandungan pelajaran. Justeru terdapat keperluan yang
mendesak bagi pihak KPM menyediakan bentuk perlatihan yang sesuai untuk guru-guru di
kawasan luar bandar bagi membolehkan jurang pengetahuan dan kemahiran menggunakan
TMK antara guru-guru di kawasan bandar dan luar bandar dikecilkan. Usaha ini adalah penting
bagi memastikan pelajar di kawasan luar bandar mendapat faedah penggunaan TMK yang
setara sebagaimana yang terdapat di sekolah bandar.

RUJUKAN
Abdul Samad Hanif et. al. (2005). Teknologi Komputer. UPSI.
Arumugam Raman & Abdul Halim Mohamed. (2013). Issues of ICT usage among Malaysiam
secondary school English teachers. English Language Teaching, 6(9): 74-82.
Baharom Mohamad. (2011). Teknologi komunikasi dan maklumat dalam program pendidikan
khas aliran teknik dan vokasional di Malaysia. ATIKAN, 1(1): 41-58.
Fairose Shamsudin. (2006). Sikap guru-guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran. Projek Penyelidikan Sarjana
Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Faridah Serajul. (2001). Kepentingan Penggunaan Teknologi Komputer untuk Pengajaran dan
Pembelajaran Pelajar-pelajar Bermasalah Pembelajaran. Prosiding Konvensyen
Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia, 266-277.
Hamzah Dollah. (2003). Kesediaan guru Bahasa Melayu berbanding guru subjek lain
menyediakan persekitaran pembelajaran. Prosiding Seminar Aliran Terkini Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT) 2003, 19-23.
Kumar, Norasmah & Haryanti. (2019). Jurang Penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) antara Sekolah Bandar dan Luar Bandar (Information
Communication and Technology (ICT) Usage Gaps between Urban and Rural
Schools). Jurnal Pendidikan Malaysia,, 44(01SI), 109–119.
Melvina & Jamaludin. (2010). Sikap guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan teknologi
maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran di Sekolah-sekolah Rendah di
Bintulu, Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(1), 59–65.

537
Moganashwari Kandasamy dan Parilah Shah. (2013). Knowledge, attitude and use of ICT
among esl teachers. GSE Journal of Education, 35(1): 59-65.
Mohd Khairuddin Bin Jamaluddin. (2005). Kesediaan guru Bahasa Melayu menggunakan
teknologi berasaskan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Nor’Aini Ahmad. (2007). Tahap kemahiran ICT dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah
menengah. Projek Penyelidikan Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Noorleha Mohd Yusof. (2016). Pengaruh efikasi pedagogi kemahiran berfikir aras tinggi
terhadap amalan pengajaran kemahiran berfikir dalam kalangan guru sains sekolah
menengah. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Simin Ghavifekr dan Sani Ibrahim. (2015). Effectiveness of ICT integration in Malaysian
schools: a quantitative analysis. International Research Journal of Quality in Education,
2(8): 1-12.
Suwarne Saleh. (2006). Persepsi Terhadap Kesediaan dan Tahap Penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam kalangan Guru Bahasa Melayu di Sekolah
Menengah Kebangsaan Bandar dan Luar Bandar. Projek Penyelidikan Sarjana
Pendidikan. UKM.
Wan Zah et.al. (2012). ICT dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran dalam Pembaharuan
Pedagogi. Jurnal Pendidikan UKM, 12.
Zamri Mahamod & Nor Aisyah Noor. (2011). Persepsi Guru tentang Penggunaan Aplikasi
Multimedia dalam Komponen Sastera Bahasa Melayu. Online Language Of Language
Studies.
Zulkifli & Raja Maznah. (2014). Effectiveness of Computer-base instruction: An updated
analysis. Computer in Human Behavior.

538
TAHAP PENGUASAAN SIMPULAN BAHASA DALAM KEMAHIRAN MENULIS MURID
TAHUN 5

Nur Ain binti Ahmad Tarmidi


ain09-860@epembelajaran.edu.my

Azman bin Rahmat PhD


azman@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap penguasaan simpulan bahasa dalam kemahiran menulis iaitu
penulisan ayat atau karangan. Seramai 24 orang murid Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai
Besi (2), Kuala Lumpur terlibat sebagai peserta kajian. Kajian ini merupakan kajian gabungan yang
menggunakan reka bentuk tinjauan. Kaedah kuantitatif dan kualitatif digunakan dalam menganalisis
data. Pengumpulan data kuantitatif dalam kajian ini diperolehi melalui instrumen ujian simpulan bahasa
yang merangkumi 10 soalan manakala kajian kualitatif terdiri daripada tiga orang murid yang dianalisis
dokumen pengujian dan hasil kerja murid dan temu bual guru mata pelajaran bahasa Melayu. Data yang
diperolehi dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 26.0 untuk
mendapatkan kekerapan dan peratusan. Tambahan pula, objektif kajian ini juga adalah untuk
menganalisis penguasaan simpulan bahasa dalam kalangan murid Tahun 5. Justeru, Teori Relevans
telah digunakan untuk mengkaji kefahaman makna dan penggunaan simpulan bahasa dalam ayat.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap penguasaan simpulan bahasa dalam kemahiran menulis
murid Tahun 5 adalah pada tahap yang memuaskan. Seramai 41.7 % murid dapat membina ayat
berdasarkan simpulan bahasa yang dipelajari dengan tepat. Kesimpulannya, hasil kajian ini
berkepentingan untuk meningkatkan aspek keindahan berbahasa murid menggunakan simpulan
bahasa dalam penulisan ayat.

Kata Kunci: Tahap penguasaan, simpulan bahasa, kemahiran menulis, kajian gabungan, ujian
simpulan bahasa, temu bual, analisis dokumen

ABSTRACT

This research aims to find out the level of mastery of idioms in writing skills that is writing sentences or
essays. A total of 24 Year 5 students at Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi (2), Kuala Lumpur were
involved as research participants. This research is a combined research using a survey design.
Quantitative and qualitative methods were used in analyzing the data. The collection of quantitative data
in this research were collected through testing instruments idioms which includes 10 questions while the
qualitative research consisted of three students who analyzed documents and examination of student
work and interview Malay teachers. The data obtained were analyzed using Statistical Package for
Social Science (SPSS) Version 26.0 to obtain the frequency and percentage. Furthermore, the objective
of this research was also to analyze the mastery of idioms among Year 5 students. Thus, Relevance
Theory was used to research the understanding of meaning and use of idioms in sentences. The findings
of this research show that the level of grammar proficiency in the writing skills of fifth year students is at
a satisfactory level. A total of 41.7 % of students were able to construct sentences based on the idioms
learned accurately. In conclusion, the results of this research are important to improve the linguistic
beauty aspect of students using idioms in sentence writing.

Keywords: Proficiency level, grammar, writing skills, combined research, grammar test, interview,
document analysis

539
PENGENALAN

Bahasa merupakan elemen penting dalam pembentukan tamadun bangsa kerana melalui
bahasalah bangsa itu mampu memperkenalkan identiti dirinya. Manusia dari segenap pelosok
dunia menggunakannya sebagai alat untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Di samping
itu, menjadi kelaziman bahasa digunakan oleh masyarakat sebagai saluran penyampaian
perasaan dan fikiran. Sifat dinamik bahasa sehingga berkembang bergerak seiring dengan
kemajuan-kemajuan fizikal dan mental sesebuah masyarakat. Bahasa lazimnya diajarkan
sejak di peringkat rendah hingga di peringkat pengajian institusi. Di luar negara seperti di
Amerika, bahasa mereka diajarkan di dalam bahasa Inggeris atau di Filipina, bahasa mereka
diajarkan dalam bahasa Tagalog.

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), bahasa Melayu telah


menjadi mata pelajaran wajib dan sebagai bahasa pengantar utama di peringkat sekolah.
Dalam hal ini, komponen yang penting dikuasai dalam bahasa Melayu oleh murid meliputi
kemahiran mendengar bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Walaupun
begitu, pendidikan bahasa Melayu juga meliputi unsur keindahan bahasa dalam pelbagai
situasi yang digabung jalin ke dalam sistem bahasa. Apabila menyentuh aspek keindahan
berbahasa tidak dapat lari daripada memperkatakan aspek peribahasa dalam bahasa Melayu
(Mohd Ridzuan Md Nasir & Mary Fatimah Subet, 2018). Peribahasa ini mempunyai
kepentingannya dalam pendidikan masa ini. Di samping itu, pengajaran peribahasa kepada
generasi muda dapat memastikan keutuhan warisan bangsa tidak luput ditelan zaman.
Pendedahan falsafah, pemikiran dan moral bangsa kepada mereka dapat dijadikan pedoman
hidup. Simpulan bahasa termasuk dalam golongan peribahasa seperti terkandung di dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).

Peribahasa ialah cerminan daripada nilai kebudayaan, kepercayaan dan pemikiran


yang dimiliki secara turun-temurun oleh sesebuah masyarakat di dunia. Noraini Shahida Ishak
& M Mascitah Mansor (2011), menjelaskan cara hidup, akal budi dan pemikiran bangsa
Melayu ini dipancarkan melalui peribahasa Melayu. Kebanyakan peribahasa Melayu
menggunakan simbol flora dan fauna bagi menyampaikan maksud yang ringkas namun padat
dengan penyisipan pengalaman anggota masyarakat. Nyata, segala tindak-tanduk anggota
masyarakat Melayu memegang erat kepada adat resam dan nilai moral lalu diserlahkan dalam
peribahasa (Zaitul Azma Zainon Hamzah & Ahmad Faud Mat Hassan, 2011). Peribahasa ini
merangkumi enam jenis iaitu simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, bandingan
dan kata-kata hikmat. Walau bagaimanapun, simpulan bahasa merupakan jenis peribahasa
yang paling mudah, ringkas dan unik dalam kalangan pengguna bahasa Melayu.

540
Simpulan bahasa merupakan satu daripada golongan peribahasa yang popular dan
penutur bahasa Melayu menggunakannya secara meluas. Simpulan bahasa sebagai bukti
bahawa bahasa itu hidup dan berkembang kerana perbendaharaan kata bahasa Melayu
tumbuh setiap kali wujud satu simpulan bahasa yang baharu. Za’ba (1965) mentakrifkan
simpulan bahasa sebagai rangkaian-rangkaian perkataan yang tersusun unik dan erti yang
berlainan daripada asalnya. Kebiasaannya, simpulan bahasa terdiri daripada dua perkataan
dan berupaya untuk menyampaikan makna dengan ringkas namun tepat. Hal ini disokong
Wang & Wang (2013) bahawa simpulan bahasa merupakan peribahasa paling ringkas dan
padat.

Simpulan bahasa merupakan warisan negara. Kedudukannya setaraf dengan pantun,


syair, seloka dan gurindam dan perlu dipelihara dalam masyarakat. Mohd Ridzuan Md Nasir
(2017) berpendapat aspek simpulan bahasa mempunyai kepentingannya selari dengan
aspek-aspek lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Walaupun telah
dimantapkan dalam kurikulum bahasa Melayu, penguasaan simpulan bahasa dalam kalangan
murid semakin lemah. Justeru, tahap penguasaan mereka perlu diambil kira supaya hasil
keputusan dapat mengenal pasti punca kelemahan dan tindakan sewajarnya yang perlu
diambil oleh guru untuk mengukuhkan penguasaan simpulan bahasa murid.

PERNYATAAN MASALAH

Dalam sistem pendidikan di Malaysia, sama ada di institusi pendidikan peringkat rendah
mahupun peringkat tinggi menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi semua
urusan. Maka, kemampuan berbahasa dalam masyarakat sewajarnya mampu dikuasai
dengan baik dan mahir. Walaupun begitu, semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu di sekolah, guru-guru telah mendapati berlaku banyak kelemahan terhadap
penguasaan aspek sistem bahasa iaitu simpulan bahasa, lebih-lebih lagi dalam penulisan ayat
dan karangan.

Menurut Norhamizah Abdul Hamid (2012), murid tidak dapat mengenal pasti simpulan
bahasa dan memahami maksud. Fenomena ini terjadi kerana, generasi muda sukar
memahami maksud dalam simpulan bahasa. Hal ini disokong Hasmidar Hassan (2016),
menyatakan maksud tersurat dan tersirat tidak dapat difahami oleh murid. Sehubungan itu,
kajian ini akan mengenal pasti tahap penguasaan simpulan bahasa dalam kalangan murid
Tahun 5.

Hal ini bertepatan dengan kajian Fauziah Osman, Anisah Mustaffa & Hidayah Ashari
(2012), yang mendapati bahawa murid bermasalah mengaitkan simpulan bahasa dalam
kehidupan mereka dan jarang sekali menggunakan simpulan bahasa dalam penulisan. Hasil
daripada analisis markah yang dijalankan juga menunjukkan murid tidak mencapai markah

541
yang baik untuk komponen peribahasa iaitu dalam ujian kelas ataupun peperiksaan sekolah
seperti dalam kajiannya ‘Penggunaan Peribahasa dalam Penulisan Karangan Melalui
Pembelajaran Koperatif’.

Dapatan kajian tersebut turut mendapati terdapat kesukaran murid mengenal pasti
simpulan bahasa dan memahami maksud. Penguasaan murid terhadap simpulan bahasa
adalah lemah walaupun telah diajar dari tahap satu. Murid seharusnya boleh menguasai
penggunaan dan makna simpulan bahasa kerana mendapat pendedahan sejak di Tahun 3
lagi. Oleh itu, kajian ini juga turut memfokuskan kepada mengkaji penggunaan simpulan
bahasa dalam kalangan murid Tahun 5.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan simpulan bahasa
dalam kemahiran menulis murid Tahun 5 kerana terdapat dakwaan daripada pengkaji lepas
bahawa tahap penguasaan simpulan bahasa murid dalam kemahiran menulis adalah lemah.
Kajian ini terdapat satu objektif kajian bagi mencapai tujuan kajian. Objektif kajian itu adalah
seperti berikut:

i. Mengkaji tahap penguasaan simpulan bahasa dalam kemahiran menulis murid Tahun 5?

SOALAN KAJIAN

Di samping itu, kajian ini mengandungi dua soalan kajian. Kedua-dua soalan kajian ini
adalah bagi mencapai objektif kajian. Soalan kajian itu adalah seperti yang berikut:

i. Apakah tahap penguasaan simpulan bahasa dalam kemahiran menulis murid Tahun 5?
ii. Apakah penguasaan simpulan bahasa dalam kemahiran menulis murid Tahun 5?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian tinjauan ini dilaksanakan kepada satu kelompok kelas iaitu murid Tahun 5 di Sekolah
Kebangsaan Jalan Sungai Besi 2 menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Sebanyak
24 orang murid Tahun 5 murid yang dipilih bagi menjawab Ujian Simpulan Bahasa Tahun 5.
Manakala, bagi kajian kualitatif pula, pelaksanaan kajian kepada murid Tahun 5 ini
membolehkan pengkaji memperoleh maklumat-maklumat penting tentang penguasaan
simpulan bahasa murid dalam kemahiran menulis melalui analisis dokumen ujian simpulan
bahasa yang dilakukan.

Kaedah pensampelan yang digunakan ialah kaedah pensampelan bertujuan. Menurut


DeVallis (2003), kaedah pensampelan bertujuan ialah sampel bukan kebarangkalian yang
dipilih berdasarkan ciri-ciri populasi dan objektif kajian. Maka, murid-murid yang diambil

542
sebagai sampel kajian ialah murid-murid Tahun 5. Penggunaan kaedah pensampelan ini
membolehkan pengkaji memperoleh maklumat yang lengkap, dan mengurangkan andaian.
Justeru, dalam kajian ini, pengkaji memilih tiga orang murid yang mempunyai markah ujian di
bawah 40% untuk dibuat analisis dokumen manakala seorang guru mata pelajaran Bahasa
Melayu Tahun 5 akan ditemu bual untuk mendapatkan data yang kukuh.

Sehubungan itu, pengkaji memilih sampel berdasarkan tahap pencapaian yang


memuaskan dan lemah dalam ujian simpulan bahasa. Di sekolah, tahap penguasaan murid
terhadap simpulan bahasa dalam kemahiran menulis berdasarkan skor markah seperti yang
berikut:

Jadual 1
Skor Markah, Gred dan Tahap Pencapaian

Skor markah Gred Tahap Pencapaian


80-100 A Cemerlang
65-79 B Baik
50-64 C Memuaskan
40-49 D Mencapai tahap minimum
00-39 E Lemah

Dengan itu, pengambilan sampel adalah berdasarkan kumpulan markah yang


mendapat skor markah antara 00 hingga 39 dalam ujian simpulan bahasa kerana murid-murid
Tahun 5 yang dipilih terdiri daripada satu tahap pencapaian iaitu mendapat markah paling
rendah.

Seterusnya, instrumen senarai semak turut digunakan oleh pengkaji ke atas ujian
simpulan bahasa Tahun 5 tersebut bagi mendapatkan data. Pengkaji memilih sampel dalam
kalangan murid skor lemah untuk dibuat analisis deskriptif. Pengkaji membuat analisis
deskriptif terhadap jawapan murid dan mengenal pasti tahap penguasaan simpulan bahasa
berdasarkan borang senarai semak ujian simpulan bahasa. Borang ini digunakan bagi
memastikan perkara penting tidak tercicir. Menurut Bryman & Bell, (2007) menjelaskan
instrumen ini dapat menganalisis nilai dan mengesan maklumat yang boleh diperolehi dalam
sesuatu dokumen. Oleh itu, borang senarai semak ini dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan
beberapa aspek yang ingin dilihat. Justeru, senarai semak merupakan satu alat pentaksiran
atau alat bantu kerja yang dibangunkan bagi memastikan kesempurnaan dan konsistensi
dalam menjalankan tugas (Mohd Hazri, 2020).

543
Tambahan lagi, pengkaji akan membuat temu bual kepada guru Bahasa Melayu Tahun
5 mengenai tahap penguasaan simpulan bahasa sampel kajian sepanjang sesi pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu. Hal ini kerana instrumen ini berupaya mendapatkan data
yang sah dan dapat menguatkan dapatan kajian (Yasin et al, 2010). Inventori temu bual yang
dihasilkan sendiri oleh pengkaji dibina berpandukan objektif kajian yang kedua dan berfokus
kepada topik kajian. Menurut Kamarul Azmi Jasmi (2012), pengkaji boleh memberikan
keterangan yang terperinci tentang prestasi dan tahap pengetahuan sampel dalam kelas. Oleh
itu, pengkaji akan memperoleh pemahaman yang meluas dan sempurna dengan cara
mendalami topik penguasaan simpulan bahasa dalam kemahiran menulis murid Tahun 5 ini.

Instrumen ujian dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian
(JSU) yang telah dibina manakala bagi instrumen senarai semak dan protokol temu bual turut
dibina sendiri oleh pengkaji. Maka, pengkaji telah melaksanakan dua jenis kesahan iaitu
kesahan kandungan dan kesahan konstruk. Hal ini demikian kerana, menurut Kementerian
Pendidikan Malaysia (2013), kesahan dan kebolehpercayaan merupakan dua konsep penting
dalam pentaksiran pendidikan. Justeru, kedua-duanya amat penting kerana mempunyai
hubungan yang rapat dan menjadi tonggak utama dalam perbincangan yang berkaitan dengan
kualiti sesuatu proses pentaksiran. Kesahan kandungan diperlukan bagi mengesahkan item-
item pada ujian yang mewakili setiap konstruk yang hendak diukur (Arasinah Kamis et. al,
2012). Manakala, kesahan konstruk bertujuan untuk melihat sejauh mana sesuatu instrumen
itu mengukur perkara yang sepatutnya diukur dengan tepat barulah ujian itu dianggap sah.
Pengkaji mendapatkan kesahan kandungan dan konstruk daripada tiga orang pakar bidang
bahasa bagi ketiga-tiga instrumen kajian. Oleh itu, kesahan konstruk dan kandungan dilakukan
bertujuan untuk melihat sejauh mana sesuatu instrumen itu mengukur perkara yang
sepatutnya diukur dengan tepat barulah ujian itu dianggap sah.

Kajian ini telah mendapatkan kebolehpercayaan dengan cara melaksanakan kajian


rintis kepada 34 orang murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Luar di Kajang,
Selangor sebelum pengkaji menjalankan ujian pencapaian simpulan bahasa kepada sampel
yang dipilih. Pengkaji telah memilih satu kelas untuk melaksanakan kajian rintis. Ujian ini telah
dilaksanakan pada 25 Januari 2021 melalui Google Form semasa sesi Google Meet bersama
guru mata pelajaran Bahasa Melayu. Berdasarkan peratusan yang diperoleh oleh 34 orang
murid ini, pengkaji telah memilih tiga orang murid yang mendapat skor paling rendah untuk
menjadi sampel bagi kajian kualitatif. Dengan itu, berdasarkan dapatan kajian rintis yang
ditadbir pengkaji menunjukkan instrumen ujian yang digunakan mempunyai nilai skor Alpha
Cronbach 0.728. Maka, hal ini menunjukkan bahawa kebolehpercayaan instrumen yang
digunakan adalah baik dan boleh diterima seperti dalam Jadual 3.3 Interpretasi Skor Alpha
Cronbach Bond dan Fox (2007) dalam Faizal, Bekri, Ruhizan dan Ridzwan (2014).

544
Jadual 2
Interpretasi Skor Alpha Cronbach (Bond dan Fox, 2007, dalam Faizal, Bekri, Ruhizan dan
Ridzwan, 2014)

Skor Alpha- Kebolehpercayaan


Cronbach

0.9-1.0 Sangat baik dan efektif dengan tahap konsistensi


0.7-0.8 Baik dan boleh diterima
0.6-0.7 Boleh diterima
<0.6 Item perlu dibaiki
<0.5 Item perlu digugurkan

Kajian ini juga mempunyai kebolehpercayaan kerana terdapat triangulasi kaedah iaitu
kaedah analisis dokumen ujian pencapaian, kaedah analisis dokumen hasil kerja dan kaedah
temu bual.

DAPATAN KAJIAN

Analisis peratus dan kekerapan menunjukkan terdapat pelbagai tahap penguasaan simpulan
bahasa dalam kemahiran menulis. Dapatan menunjukkan nilai kekerapan dan peratusan bagi
pencapaian memuaskan adalah paling tinggi antara yang lain. Sebahagian besar murid
mempunyai tahap penguasaan yang memuaskan manakala sebahagian kecil murid
mempunyai tahap penguasaan yang cemerlang, baik, lemah dan minimum. Di samping itu,
dapatan nilai min dan sisihan piawai yang diperolehi selari dengan nilai kekerapan dan
peratusan kajian. Dengan itu, tahap penguasaan simpulan bahasa dalam kemahiran menulis
murid Tahun 5 adalah memuaskan.

Jadual 3
Analisis keseluruhan kekerapan dan peratus tahap pencapaian ujian simpulan bahasa murid
Tahun 5
Tahap Pencapaian
Cemerlan Baik Memuaskan Mencapai Lemah Jumla
g Tahap h
Minimum
(B) (C) (D) (E)
(A)

1 2 10 8 3 24

4.2% 8.3% 41.7% 33.3% 12.5% 100%

545
Rajah 1: Analisis keseluruhan kekerapan dan peratus tahap pencapaian ujian simpulan
bahasa murid Tahun 5

Analisis deskriptif menunjukkan penguasaan simpulan bahasa murid pada aras rendah
merangkumi menguasai, kefahaman, dan aplikasi dalam ujian simpulan bahasa, dan hasil
kerja murid lemah yang disokong dengan dapatan temu bual guru mata pelajaran bahasa
Melayu Tahun 5 manakala pada aras tinggi seperti analisis, menilai dan mencipta
menunjukkan penguasaan simpulan bahasa dalam kemahiran menulis yang lemah
dikukuhkan melalui dapatan hasil kerja murid dan hasil temu bual guru. Dengan demikian,
dapatan kajian ini membuktikan sebahagian kecil murid lemah dalam menguasai simpulan
bahasa dalam kemahiran menulis pada kedua-dua aras rendah dan tinggi dalam Taksonomi
Bloom bersandarkan faktor-faktor seperti murid mudah lupa akan simpulan bahasa yang telah
dipelajari, tidak memahami perkataan-perkataan dalam simpulan bahasa, pengaplikasian
yang lemah dalam pembinaan ayat menggunakan simpulan bahasa dengan konteks yang
betul, lemah membuat perbandingan di antara simpulan bahasa yang disediakan hingga
berlaku kekeliruan maksud, sukar untuk mengaitkan simpulan bahasa dengan gambaran
suatu situasi dan keupayaan kognitif dan kreativiti mencipta ayat berbeza-beza bagi setiap
murid.

PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini menunjukkan tahap penguasaan simpulan bahasa dalam dalam kemahiran
murid Tahun 5 adalah memuaskan. Dapatan kajian ini hampir sama dengan beberapa kajian
lepas. Antaranya, kajian pemikiran aras tinggi (KBAT) pelajar dalam penguasaan simpulan
bahasa melalui multimedia dalam pengajaran bahasa Melayu ialah kajian Mazarul Hassan

546
Mohamad Hanapi & Norazimah Zakaria (2019). Seterusnya, Nurul Huda Mohd Saad, Rafidah
Abd Karim, Farahidatul Akmar & Zainab Mohd Zain (2017) ialah kajian mengenai
keberkesanan penggunaan kaedah permainan bahasa dalam penterjemahan simpulan
bahasa. Manakala, kajian oleh Siti Humairah Abdul Rahman (2020) menerangkan tahap
penguasaan kefahaman simpulan bahasa dalam kalangan pelajar. Walau bagaimanapun,
kebanyakan kajian dilaksanakan mengkaji penggunaan simpulan bahasa seperti kajian
Mazarul Hassan Mohamad Hanapi & Norazimah Zakaria (2019) dan Nurul Huda Mohd Saad,
Rafidah Abd Karim, Farahidatul Akmar & Zainab Mohd Zain (2017).

Berdasarkan perbincangan di atas, hanya ada satu sahaja kajian yang mengkaji tahap
penguasaan simpulan bahasa dalam kemahiran menulis iaitu kajian Siti Humairah Abdul
Rahman (2020). Kesemua dapatan kajian itu membolehkan guru mengetahui bahawa
simpulan bahasa berada dalam tahap penguasaan yang lemah dan guru juga mengetahui
tahap penguasaan simpulan bahasa dalam kalangan pelajar universiti melalui kajian Siti
Humairah Abdul Rahman (2020). Walau bagaimanapun, masih kurang diketahui tahap
penguasaan simpulan bahasa dalam kemahiran menulis di sekolah rendah. Kajian ini
memberikan dapatan itu. Dapatan itu menunjukkan penguasaan simpulan bahasa yang lemah
dalam tahap penggunaan simpulan bahasa tetapi masih kurang diketahui dalam aspek tahap
penguasaan. Hal ini menunjukkan walaupun dapatan kajian ini hampir sama dengan dengan
kajian-kajian yang telah dinyatakan, namun terdapat perbezaan dalam kajian ini yang
menunjukkan kajian berupaya memberi nilai tambah khususnya kepada kajian tahap
penguasaan simpulan bahasa dalam kemahiran menulis murid. Nilai tambah yang dilakukan
ialah kajian ditadbirkan di sekolah rendah dan dapatan kajian ini menunjukkan tahap
penguasaan simpulan bahasa dalam kemahiran menulis murid adalah memuaskan.

Berdasarkan perbincangan ini dapat dirumuskan bahawa penguasaan simpulan


bahasa adalah memuaskan dalam kalangan murid sekolah rendah. Kajian ini juga telah
memberi nilai tambah kepada kajian tahap penguasaan simpulan bahasa dalam kemahiran
menulis kerana kebanyakan kajian sedia ada lebih banyak mengkaji aspek penggunaan
simpulan bahasa sahaja berbanding mengkaji tahap penguasaan simpulan bahasa. Malahan,
didapati juga masih kurang kajian mengenai tahap penguasaan simpulan bahasa dalam
kemahiran menulis sekolah rendah di Malaysia atau di luar negara. Oleh hal demikian,
dapatan kajian ini terbukti sangat penting dalam sistem pendidikan Malaysia mahupun di
peringkat global.

Seterusnya, dalam perbincangan kajian kualitatif menunjukkan dapatan kajian ini


hampir sama dengan beberapa kajian lepas. Antaranya, kajian penguasaan simpulan bahasa

547
dengan teknik PISATUM ialah kajian Aslinda, Khamis, Husna Faredza & Mohamad Redzwan
(2003). Kajian Anisah Mustaffa, Fauziah Osman & Nurhidayah Ashari (2012) ialah menguji
keberkesanan strategi CLS terhadap simpulan bahasa. Manakala, kajian Juki, Hamsiah,
Salleh & Che Ibrahim (2017) ialah penguasaan simpulan bahasa dalam pemahaman dan
penulisan pelajar sekolah menengah. Seterusnya, Norsimah Mat Awal, Nadzrah Abu Bakar &
Nor Hashimah Jalaluddin (2010) ialah kajian mengkaji simpulan bahasa sebagai ungkapan
menarik dalam pertuturan pelajar. Kajian Marzni Mohamed Mokhtar (2020) tentang
penggunaan aspek bahasa merangkumi perbendaharaan kata, sistem ejaan, tatabahasa dan
peribahasa. Kajian Siti Humairah Abdul Rahman (2020) menerangkan tahap penguasaan
kefahaman simpulan bahasa dalam kalangan pelajar. Walau bagaimanapun, kebanyakan
kajian dilaksanakan dalam kemahiran berbahasa seperti kemahiran bertutur, kemahiran
membaca dan kemahiran menulis iaitu kajian Aslinda, Khamis, Husna Faredza & Mohamad
Redzwan (2003), Anisah Mustaffa, Fauziah Osman & Nurhidayah Ashari (2012), Marzni
Mohamed Mokhtar (2020) dan Siti Humairah Abdul Rahman (2020).

Berdasarkan perbincangan di atas, hanya ada satu sahaja kajian yang melaksanakan
penguasaan simpulan bahasa dalam kemahiran menulis iaitu kajian Juki, Hamsiah, Salleh &
Che Ibrahim (2017). Kesemua dapatan kajian itu membolehkan guru mengetahui bahawa
penguasaan simpulan bahasa dalam kemahiran berbahasa adalah memuaskan dan guru juga
mengetahui penguasaan simpulan bahasa dalam kalangan pelajar sekolah menengah melalui
kajian Juki, Hamsiah, Salleh & Che Ibrahim (2017). Walau bagaimanapun, masih kurang
diketahui penguasaan simpulan bahasa dalam kemahiran menulis di sekolah rendah. Kajian
ini memberikan dapatan itu. Dapatan itu menunjukkan penguasaan simpulan bahasa yang
memuaskan dalam kemahiran berbahasa tetapi masih kurang diketahui dalam kemahiran
menulis. Hal ini menunjukkan walaupun dapatan kajian ini hampir sama dengan dengan
kajian-kajian yang telah dinyatakan, namun terdapat perbezaan dalam kajian ini yang
menunjukkan kajian berupaya memberi nilai tambah khususnya kepada kajian tahap
penguasaan simpulan bahasa dalam kemahiran menulis murid. Nilai tambah yang dilakukan
ialah kajian ditadbirkan di sekolah rendah dan dapatan kajian ini menunjukkan penguasaan
simpulan bahasa dalam kemahiran menulis murid adalah lemah.

Berdasarkan perbincangan ini dapat dirumuskan bahawa penguasaan simpulan


bahasa dalam kemahiran menulis murid sekolah rendah adalah lemah. Kajian ini juga telah
memberi nilai tambah kepada kajian penguasaan simpulan bahasa khususnya dalam
kemahiran menulis kerana kebanyakan kajian sedia ada lebih banyak mengkaji simpulan
bahasa dalam aspek kemahiran berbahasa lain berbanding kemahiran menulis. Malahan,
didapati juga masih kurang kajian mengenai penguasaan simpulan bahasa dalam kemahiran

548
menulis sekolah rendah di Malaysia atau di luar negara. Oleh hal demikian, dapatan kajian ini
terbukti sangat penting dalam sistem pendidikan Malaysia mahupun di peringkat global.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Kesimpulannya, berdasarkan analisis yang dilakukan, dapat disimpulkan bahawa tahap


penguasaan simpulan bahasa dalam kalangan murid Tahun 5 adalah memuaskan. Manakala
bagi murid yang mempunyai tahap penguasaan lemah terhadap simpulan bahasa dalam
kemahiran menulis disebabkan faktor-faktor yang tertentu. Antaranya sikap cepat berasa
bosan, mempunyai pengetahuan yang cetek dalam kosa kata, dan sebagainya. Hal ini
demikian merujuk kepada keupayaan murid yang mana mereka mempunyai asas yang
sederhana dalam kemahiran linguistik dan penguasaan bahasa. Antara cadangan-cadangan
yang boleh dijalankan oleh pelbagai pihak bagi menambah baik tahap penguasaan simpulan
bahasa dalam kemahiran menulis seperti pihak KPM memberi penekanan simpulan bahasa
dalam buku teks Bahasa Melayu. Di samping itu, pihak sekolah disarankan untuk memberikan
perhatian terhadap kepentingan simpulan bahasa kepada murid dan memasukkan program
simpulan bahasa dalam takwim sekolah dan guru hendaklah meningkatkan amalan
penyampaian PdP tentang simpulan bahasa bagi membolehkan berupaya memperoleh nilai
tambah melalui simpulan bahasa terutamanya dalam menjawab kertas peperiksaan penulisan
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Kajian tahap penguasaan simpulan bahasa dalam kemahiran menulis adalah


bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid. Walaupun banyak kajian tahap
penguasaan simpulan bahasa telah dilaksanakan namun kebanyakan kajian tersebut
dilaksanakan dalam aspek semantik dan kemahiran berbahasa lain. Tambahan pula masih
kurang kajian tahap penguasaan simpulan bahasa yang berfokus kepada kemahiran menulis,
maka kajian ini telah mengisi kelompangan tersebut. Kleickmann et al, (2013) menjelaskan
bahawa pengetahuan berupaya meningkatkan amalan profesional. Kajian ini berupaya
memberikan pengetahuan kepada guru tentang tahap penguasaan simpulan bahasa dalam
kemahiran menulis murid sekolah rendah. Penguasaaan simpulan bahasa dalam kemahiran
menulis merupakan satu aspek yang perlu dititikberatkan oleh guru bagi menghasilkan
pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

Dapatan kajian ini menunjukkan penggunaan simpulan bahasa dengan betul berupaya
meningkatkan penguasaan simpulan bahasa dalam kemahiran menulis. Kajian ini boleh
dijadikan pendorong bagi guru yang berada di sekolah yang tidak mempunyai tahap
penguasaan simpulan bahasa yang baik untuk menggunakan simpulan bahasa dalam
kemahiran menulis. Seterusnya, memotivasikan guru untuk mempersiapkan diri untuk
menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran alaf baru melalui tahap penguasaan

549
simpulan bahasa dalam kemahiran menulis murid terkini. Kesimpulannya, pengetahuan
tentang tahap penguasaan simpulan bahasa dalam kemahiran menulis murid Tahun 5 alaf
baru berupaya meningkatkan motivasi guru dalam menggunakan simpulan bahasa dalam
kemahiran menulis semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, dapat dirumuskan
bahawa kajian ini berupaya mengisi kelompangan dalam aspek pengetahuan.

Selain itu, kajian ini juga turut memberikan implikasi empirikal juga. Terdapat beberapa
kajian yang telah dilaksanakan bagi mengenal pasti tahap penguasaan simpulan bahasa
dalam kemahiran berbahasa antaranya ialah kajian Aslinda, Khamis, Husna Faredza &
Mohamad Redzwan (2003) dan Anisah Mustaffa, Fauziah Osman & Nurhidayah Ashari (2012)
yang menggunakan kuasi eksperimen dan Norsimah Mat Awal, Nadzrah Abu Bakar & Nor
Hashimah Jalaluddin (2010) yang menggunakan kajian tindakan. Kajian ini telah
melaksanakan kaedah tinjauan yang menunjukkan bahawa kajian ini adalah empirikal yang
membolehkan simpulan bahasa dalam kemahiran menulis murid Tahun 5 yang dikaji berupaya
untuk diuji tahap penguasaannya.

Kebanyakan kajian yang dilaksanakan seperti kajian Juki, Hamsiah, Salleh & Che
Ibrahim (2017), Norsimah Mat Awal, Nadzrah Abu Bakar & Nor Hashimah Jalaluddin (2010)
dan Siti Humairah Abdul Rahman (2020) dilaksanakan kepada pelajar sekolah. Terdapat juga
kajian yang menggunakan sampel dalam kalangan pelajar di universiti seperti kajian Marzni
Mohamed Mokhtar (2020). Namun begitu, kajian-kajian itu menggunakan sampel dalam
kalangan pelajar di sekolah menengah. Kajian ini telah menggunakan sampel terdiri daripada
murid sekolah rendah. Hal ini amat penting dikaji kerana murid sekolah rendah terdiri daripada
kanak-kanak yang kurang pemahaman terhadap simpulan bahasa dan mudah bosan. Oleh
itu, kajian ini berupaya membuktikan tahap penguasaan simpulan bahasa dalam kemahiran
menulis mereka memberi kesan positif kepada penulisan yang lebih menarik.

Selain itu, tidak banyak kajian yang mengkaji tahap penguasaan simpulan bahasa
dalam kemahiran berbahasa, kajian Norsimah Mat Awal, Nadzrah Abu Bakar & Nor Hashimah
Jalaluddin (2010) ialah kajian penguasaan simpulan bahasa dalam kemahiran bertutur.
Manakala, kajian ini telah mengkaji tahap penguasaan simpulan bahasa dalam kemahiran
menulis murid Tahun 5. Berdasarkan perbincangan ini dapat dinyatakan bahawa kajian ini
berupaya mengisi kelompangan empirikal dalam aspek sampel kajian, kaedah kajian dan
fokus kajian iaitu kemahiran menulis sebagai kemahiran berbahasa.

550
RUMUSAN
Semua pihak perlu bersama menjayakan pembangunan simpulan bahasa khususnya dalam
kemahiran menulis yang dapat memberi manfaat sebenar kepada pembangunan diri dan
aspek kemahiran berbahasa murid di negara ini. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
khususnya Bahagian Pusat Perkembangan Kurikulum perlu mengambil perhatian serius
terhadap perkara ini dengan mengambil tindakan memastikan simpulan bahasa lebih banyak
diterapkan dalam kandungan buku teks bahasa Melayu. Hal ini bagi menggalakkan
pendedahan simpulan bahasa yang lebih luas kepada murid-murid. Di samping itu, pihak
sekolah disarankan untuk memberikan perhatian terhadap kepentingan simpulan bahasa
kepada murid dan memasukkan pelbagai jenis program melibatkan penggunaan simpulan
bahasa oleh murid-murid ke dalam takwim sekolah. Seterusnya, kesedaran guru ditingkatkan
mengenai simpulan bahasa dan kepentingannya terhadap murid agar murid berupaya
memperoleh nilai tambah terutamanya dalam menjawab kertas peperiksaan penulisan Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Nilai murni seperti semangat perpaduan, baik hati,
kerjasama dan nilai-nilai positif juga lebih mudah dipupuk melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran
simpulan bahasa berbanding aktiviti akademik yang lain. Kesimpulannya, cadangan-
cadangan yang diberikan adalah bagi menambah baik amalan dan keprihatinan terhadap
program simpulan bahasa di sekolah. Penambahbaikan yang dilakukan oleh pihak KPM
sebagai pembuat dasar dan sekolah serta guru selaku pelaksana membolehkan amalan yang
dilaksanakan di sekolah menjadi lebih berkesan. Keadaan ini berupaya menghasilkan
perkembangan murid yang holistik yang selari dengan kandungan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK).

RUJUKAN
Abdullah Hussain. (1989). Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Anida Sarudin. (2012). Aspek Kognitif dalam Pembentukan Simpulan Bahasa Kata Makan.
Pendeta: Jurnal Bahasa, Pendidikan dan Sastera Melayu 3, 97-115.
Anisah Mustaffa, Fauziah Osman & Nurhidayah Ashari . (2012). Keberkesanan Strategi CLS
terhadap Simpulan Bahasa. Jurnal Pendidikan Melayu.
Arasinah Kamis et. al. (2012). Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kompetensi
Rekaan Fesyen Pakaian (RFP). Jurnal Pendidikan Malaysia 37 (2), 11-19.
Arasinah Kamis et. al. (2012). Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kompetensi
Rekaan Fesyen Pakaian (RFP). Jurnal Pendidikan Malaysia 37 (2), 11-19.
Aslinda et al. (2003). Understanding Stakeholder Pressures in Adopting Environmental
Management Practices Based on Stakeholder Theory: A Review. International
Journal of Research, 1530-172.
Bryman & Bell. (2007). Methodology. Springer Gabler, Wiesbaden.
DeVallis. (2003). Scale Developement Theory and Applications. Sage Publications.

551
Hawiyah Baba & Nor Hashimah Jalaluddin. (2015). Nilai Melayu dalam Simpulan Bahasa:
Analisis Pragmatik. SEMINAR LINGUISTIK KEBANGSAAN (SLiK2015).
J.S Badudu. (2008). Kamus ungkapan bahasa Indonesia. Indonesia: Penerbit Buku Kompas
Juki, Hamsiah, Salleh & Che Ibrahim . (2017). Penguasaan Simpulan Bahasa dalam
Pemahaman dan Penulisan Pelajar . Jurnal Pendidikan .
Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatif.
Jurnal Penyelidikan.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2010). Surat Pekeliling Ikhtisas 4/1996. Panitia
Mata Pelajaran.
Marzni Mohamed Mokhtar. (2020). Mobile technology usage: The shift of focus to cultivate
high level thinking skills (HOTS) in the Malay language education system. Universal
Journal of Educational Research, 156-163.
Mazarul Hassan Mohamad Hanapi & Norazimah Zakaria. (2019). Penguasaan simpulan
bahasa melalui multimedia dalam pengajaran bahasa Melayu. Jurnal Melayu.
Mohd Hazri. (2020). Defence S&T Technical Bulletin. Science & Technology Research
Institute for Defence (STRIDE).
Mohd Ridzuan Md Nasir & Mary Fatimah Subet. (2018). Melestarikan Peribahasa
Sebagai Warisan Bangsa Melalui Pendekatan Alternatif Dalam Pendidikan
Bahasa Melayu. Prosiding Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan
Bahasa Melayu ke.10.
Nor Hamizah Abdul Hamid. (2017). Penggunaan Koperatif Talking Chips Dapat Meningkatkan
Pengajaran Simpulan Bahasa. Perpustakaan Dato' Lokman Musa.
Nor Hashimah Jalaluddin. (2011). Perkembangan Semantik Malaysia: Sorotan Ilmiah.
Seminar Kebangsaan Linguistik 2007, 43-65.
Noraini Shahida Ishak & M. Mascitah Mansor. (2000). Peribahasa: Gambaran Minda Melayu
Dalam Penciptaan Iklan. Divisyen Bahasa Melayu, CELPAD.
Norsimah Mat Awal, Nadzrah Abu Bakar & Nor Hashimah Jalaluddin. (2010). Idea
Menarik dalam Ungkapan Remaja. Jurnal Linguistik. Penerbit Universiti Malaya.
Nurul Huda Mohd Saad, Rafidah Abd Karim, Farahidatul Akmar & Zainab Mohd Zain. (2017).
Keberkesanaan Penggunaan Kaedah Permainan Bahasa dalam pembelajaran dan
penterjemahan simpulan bahasa. International Journal of the Malay World and
Civilisation, 5 (3). pp. 1-18.
Ridzuan Md Nasir. (2017). Penguasaan peribahasa dan makna menggunakan kajian
tindakan. Seminar Antarabangsa Pedagogi kali ke-8 (peda8).
Siti Humairah Abdul Rahman. (2020). Penguasaan dan Kefahaman Simpulan Bahasa Pelajar.
Jurnal Pendidikan .
Wang & Wang. (2013). Penggunaan Unsur Warna dalam Simpulan Bahasa Cina.
Fakulti Bahasa: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Yasin et al. (2010). Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Pemindahan Pembelajaran
berdasarkan Pendekatan Model Rasch: Kajian Rintis. Conference: International
Seminar on Technical and Vocational Education.
Za’ba. (1965). Ilmu Mengarang Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka 1965.

552
TAHAP MOTOR MEMORI DAN HUBUNGANNYA DALAM PENGUASAAN KEMAHIRAN
MENULIS MEKANIS MURID TAHUN 2

Nurul Aqilah binti Mohd Isa


pju17_c418@ipgkbm.edu.my

Yuznaili binti Saleh PhD


yuznaili@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Motor memori mempengaruhi penguasaan kemahiran menulis mekanis. Murid sering keliru untuk
menulis perkataan yang mempunyai bentuk abjad yang hampir serupa dan bentuk abjad yang rencam.
Hal ini menyebabkan murid melakukan kesalahan ejaan dan menulis huruf dengan bentuk yang salah.
Kajian yang mengkaji masalah menulis perkataan yang mempunyai bentuk abjad yang hampir serupa
dan bentuk abjad rencam banyak dikaji kepada murid disleksia dan murid Linus. Namun begitu, masih
kurang melaksanakannya kepada murid aliran perdana. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk
meninjau masalah motor memori dalam penguasaan kemahiran menulis mekanis dalam kalangan
murid Tahun 2. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah tinjauan.
Responden kajian ini seramai 129 orang murid Tahun 2 kelas aliran perdana di sebuah sekolah di Kuala
Lumpur. Kajian ini telah menggunakan ujian diagnostik motor memori yang mempunyai tiga subkonstruk
utama iaitu mengingat bunyi dan bentuk abjad, kekeliruan bentuk abjad dan kekeliruan menulis
perkataan yang mempunyai bentuk abjad yang rencam. Dapatan kajian menunjukkan sebahagian kecil
murid aliran perdana turut mengalami masalah menulis perkataan yang mempunyai bentuk abjad yang
hampir serupa dan rencam. Hasil kajian ini membuktikan bahawa terdapat murid aliran perdana
mengalami masalah kekeliruan menulis bentuk abjad yang hampir serupa dan rencam. Perkara ini akan
memberi impak negatif sekiranya tidak ditangani dengan segera. Maka, dapatan kajian ini
membolehkan guru dan ibu bapa melaksana aktiviti intervensi bagi membantu penguasaan motor
memori murid agar mereka dapat menulis dengan baik.

Kata Kunci: motor memori, kemahiran menulis mekanis, bahasa Melayu, murid aliran perdana

ABSTRACT

Memory motor influence early writing skills. Pupil often confused to write words that consist of letter with
similar shape and complex letter and cause pupil make spelling mistake and write letter with different
shape. Current study mostly was done to dyslexia pupil and Linus's pupil to identify the problem of
writing words that consist of letter with similar shape and complex letter. However, this study still less
implement to mainstream pupil. Therefore, this study is conducted to surveying motor memory problem
in early writing skills among Standard 2. This study used quantitative approach and survey method. 129
pupil from Standard 2 in mainstream class at a school in Kuala Lumpur participated in this study.
Instrument used in this study is Memory Motor Diagnostic Test consist three main subconstruct which
is i) recognise sound dan form of alphabet, ii) confusion form of alphabet and iii) confusion in writing
word with complex form of alphabet. Through this study, findings shows that there are several pupil in
mainstream class also had problem to write word that consists form alphabet which
almost similar and complex. This study prove that there are several mainstream pupil had confusion
problem in writing alphabet which almost similar and complex. This will give negative impact if there is
no any rapid action. This study helps educators and parents plan appropriate and effective activities to
ensure the pupil mastery their memory motor so that they will be able to write well.
Keywords: motor memory, early writing, Malay language, mainstream class

553
PENGENALAN

Manusia berkomunikasi untuk menyampaikan maklumat menggunakan bahasa. Khawidah


Abd Samad & Wan Muna Ruzana Wan Mohamad (2019) bersetuju bahawa melalui bahasa,
manusia dapat berkomunikasi bagi menyampaikan idea dan maklumat secara bertutur, tulisan
mahupun gerakan. Manusia memperoleh ilmu untuk berkomunikasi melalui pendidikan.
Bahkan, pendidikan di seluruh dunia dilaksanakan berdasarkan empat komponen kemahiran
berbahasa. Begitu jugalah dengan penggubalan kurikulum bahasa Melayu yang
menitikberatkan kemahiran berbahasa iaitu kemahiran menulis, kemahiran mendengar,
kemahiran bertutur dan kemahiran membaca.

Kemahiran yang sukar dikuasai oleh murid ialah kemahiran menulis kerana Che
Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd Rahman (2011) berpendapat kemahiran menulis
melibatkan proses kognitif yang kompleks kerana murid perlu menterjemahkan pemikiran
mereka dalam bentuk tulisan. Oleh itu, pengetahuan guru tentang kemahiran menulis amatlah
penting agar murid dapat menguasai dengan baik kemahiran tersebut.

Murid dapat menguasai kemahiran menulis mekanis sekiranya guru mempunyai


pengetahuan dan kefahaman tentang motor pembelajaran yang diperlukan ketika menguasai
sesuatu kemahiran. Pengkaji berpendapat sedemikian kerana Yuznaili Saleh (2016)
mendakwa kurangnya pengetahuan dan kefahaman guru mengenai motor pembelajaran
memberi kesan kepada pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis yang kurang
berkesan. Levine (2004) mengemukakan teori motor pembelajaran kemahiran menulis yang
terdiri daripada empat motor pembelajaran yang diperlukan sewaktu menulis. Antara motor
tersebut ialah motor perancangan, motor logik, motor memori dan motor tindakan. Yuznaili
Saleh (2016) menjelaskan keempat-empat motor pembelajaran diperlukan bagi membolehkan
murid menguasai kemahiran menulis mekanis dengan baik. Contohnya, lemah dalam motor
memori menyebabkan murid cenderung melakukan kesalahan ejaan kerana mereka tidak
berupaya mengingat bentuk abjad dengan baik.

Murid yang menguasai motor memori dengan baik dapat menulis dengan lancar,
mencatat nota bahkan berupaya menulis perkataan menggunakan ejaan yang betul. Menurut
Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd Rahman (2011), penguasaan kemahiran menulis
mekanis penting dalam sistem persekolahan kerana kebanyakan penilaian akademik
menggunakan peperiksaan bertulis. Jelaslah, motor pembelajaran ini penting supaya murid
dapat menguasai kemahiran menulis dengan baik.

554
PERNYATAAN MASALAH

Semasa menulis, murid memerlukan motor memori untuk membantu mereka menulis
perkataan yang mempunyai pelbagai bentuk abjad dengan betul serta membolehkan mereka
menyalin sesuatu maklumat dengan lancar tanpa sebarang kesalahan ejaan. Kajian Yuznaili
Saleh (2016) menunjukkan terdapat murid yang mempunyai kekeliruan dalam bentuk abjad
yang hampir serupa seperti perkataan ‘padi’ dan ‘badut’ sehingga menyukarkan mereka untuk
menulis dan membaca dengan lancar dan betul. Kajian Yuznaili Saleh (2016) turut mendapati
bahawa murid sukar mengenal pasti perkataan yang mempunyai bentuk abjad yang kompleks
seperti perkataan ‘hijau’ yang mempunyai lima bentuk abjad yang berbeza. Masalah
kekeliruan bentuk abjad ini berlaku kerana murid tidak berupaya mengingat bentuk abjad
dengan tepat dan ini menjejaskan kelancaran menulis dan membaca mereka. Keupayaan
mengingat bentuk abjad berkait rapat dengan keupayaan motor memori murid semasa mereka
menulis.

Walau bagaimanapun, masih kurang pengetahuan dan kesedaran guru tentang


keperluan motor memori yang merupakan salah satu motor pembelajaran dalam kemahiran
menulis. Menurut Montgomery (2007) kebanyakan guru menganggap murid yang keliru bentuk
abjad adalah murid disleksia. Perkara tersebut adalah tidak benar sama sekali kerana murid
yang menghadapi kekeliruan bentuk abjad adalah disebabkan mereka tidak mengingati bentuk
abjad tersebut dan masalah tersebut hanya bersifat sementara sahaja. Masalah tersebut
terjadi kerana murid lemah dalam menguasai motor memori. Perkara ini berbeza sama sekali
dengan penghidap disleksia yang mengalami kekeliruan abjad, nombor mahupun nota muzik
dalam kehidupan mereka. Justeru, Yuznaili Saleh (2016) mencadangkan perlunya kajian yang
mengkaji tentang masalah ini bagi memberi kefahaman kepada guru tentang perbezaan
antara dua masalah yang telah dibincangkan.

Penguasaan motor memori membolehkan seseorang mengingat kembali cara


melakukan sesuatu (Khawidah Abd Samad & Wan Muna Ruzana Wan Mohamad, 2019;
Yuznaili Saleh, 2016). Motor memori merupakan motor pembelajaran yang memfokuskan
keupayaan minda untuk mengakses pengetahuan dan pengalaman sedia ada sebagaimana
yang dijelaskan oleh (Khawidah Abd Samad & Wan Muna Ruzana Wan Mohamad, 2019;
Yuznaili Saleh, 2016). Contohnya, murid dikatakan menguasai motor memori dalam
kemahiran menulis mekanis apabila mereka berupaya mengingat kembali bentuk abjad yang
dilihat kemudian menulis bentuk abjad tersebut dengan betul ketika menulis. Murid yang
menguasai motor memori juga melakukan aktiviti menyalin dengan pantas. Bahkan, terdapat
kajian lepas yang mengkaji pengaplikasian motor memori dalam penulisan karangan. Dapatan
kajian menunjukkan hampir kesemua pelajar menggunakan ingatan jangka panjang dan

555
keaktifan memori yang terdapat dalam motor memori dengan berkesan kerana pelajar
berupaya mengakses dan menggunakan semula maklumat yang pernah dipelajari kemudian
menggunakannya dalam penulisan karangan (Khawidah Abd Samad & Wan Muna Ruzana
Wan Mohamad, 2019). Jelaslah, motor memori membolehkan seseorang itu menguasai
kemahiran menulis dengan baik kerana motor memori amat berkait rapat dengan daya ingatan
seseorang tentang sesuatu perkara. Justeru itu, kajian ini meninjau masalah motor memori
dalam kemahiran menulis mekanis dalam kalangan murid aliran perdana.

Kebanyakan kajian lepas mengkaji masalah kekeliruan bentuk abjad yang hampir
serupa dan bentuk abjad yang rencam dilaksanakan kepada murid disleksia serta murid
program Linus. Antara kajian yang mengkaji permasalahan yang sama dalam kalangan murid
Linus ialah kajian Yuznaili Saleh (2016), Shalinawati Ramli et al., (2016) manakala kajian Lim
Ai Wen & Zanaton Iksan (2019), Rashidah Elias & Senana Sulaiman (2016), Nurul Haniza
Samsudin et al., (2017) dan Halizah Ahmad & Zaidatun Tasir (2019) dilaksanakan kepada
murid pemulihan. Terdapat juga kajian yang menggunakan sampel dalam kalangan murid
yang menghadapi disleksia dan diskalkulia seperti kajian Siti Wan Aminah Wan Nordin & Suria
Baba (2018), Vijayaletchumy Subramaniam & Kavenia Kunasegran (2019) dan
Vijayaletchumy Subramaniam & Nadia Shuhada Abdan Nasir (2020). Maka, bagi mengisi
kelompangan kajian ini melaksanakannya kepada murid sekolah rendah yang berada di aliran
perdana bertujuan untuk mengetahui adakah murid aliran perdana turut mempunyai masalah
kekeliruan bentuk abjad sebagaimana yang dihadapi oleh murid program LINUS dan juga
murid disleksia. Jelaslah, analisis kajian literatur menunjukkan kebanyakan kajian lepas
menggunakan sampel murid disleksia, murid Linus dan murid pemulihan dan didapati masih
kurang kajian yang mengkaji permasalahan yang berlaku dalam kalangan murid aliran
perdana.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Sehubungan dengan itu, kajian ini mempunyai satu objektif, iaitu:

1. Mengenal pasti masalah motor memori dalam kemahiran menulis mekanis dalam
kalangan murid.

Seterusnya, kajian ini dilaksanakan bagi menjawab dua soalan kajian yang berikut:

1. Berapakah peratus murid yang menghadapi masalah menulis perkataan yang


mempunyai bentuk abjad yang hampir serupa?
2. Berapakah peratus murid yang menghadapi masalah menulis perkataan yang
mempunyai bentuk abjad yang rencam?

556
METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah tinjauan. Kajian ini
dilaksanakan kepada 129 sampel kajian yang terdiri daripada murid di sebuah sekolah rendah
di daerah Kuala Lumpur. Sampel kajian ini terdiri daripada 66 murid lelaki dan 63 murid
perempuan. Kesemua sampel kajian berbangsa Melayu. Kajian ini menggunakan ujian
diagnostik motor memori. Instrumen kajian mempunyai tiga subkonstruk utama iaitu
mengingat bunyi dan bentuk abjad, kekeliruan bentuk abjad dan kekeliruan dalam menulis
perkataan yang mempunyai bentuk abjad yang rencam. Kebolehpercayaan instrumen
tersebut berada pada nilai α = 0.944. Pengkaji memohon kebenaran pentadbir terlebih dahulu
pada 17 Februari 2021 sebelum melaksanakan kajian. Prosedur pengumpulan data kajian
bermula dari 22 Februari 2021 sehingga 19 Mac 2021. Pengkaji telah melaksanakan
pemerhatian dan menandai ujian diagnostik motor memori semasa murid melaksanakan
aktiviti menulis serta membaca perkataan-perkataan yang diuji. Kemudian ujian diagnostik
motor memori telah dikumpul dan dianalisis oleh pengkaji menggunakan statistik deskriptif.

DAPATAN KAJIAN

Sebahagian kecil murid mempunyai masalah menulis perkataan yang mempunyai bentuk
abjad yang hampir serupa. Kekeliruan bentuk abjad yang hampir serupa dinilai berdasarkan
pemerhatian hasil tulisan murid bagi tiga kad perkataan iaitu bapa, padi dan badut. Jadual 1
merupakan analisis keseluruhan dapatan kekerapan dan peratus murid yang menghadapi
masalah menulis perkataan yang mempunyai bentuk abjad yang hampir serupa.

Jadual 1
Analisis keseluruhan peratus dan kekerapan murid yang menghadapi masalah menulis
perkataan yang mempunyai bentuk abjad yang hampir serupa

Kad Pemerhatian Hasil Bil Peratus Peratus murid


Perkataan Tulisan menghadapi masalah
mengikut menulis perkataan yang
kategori mempunyai abjad yang
masalah hampir serupa (%)
(%)
bapa, padi Abjad ‘b’, ‘p’ dan ‘d’ 126 97.6 2.3
dan badut ditulis dengan
lengkap dan betul
bentuknya
Abjad ‘b’, ‘p’ dan ‘d’ 3 2.3
ditulis dengan tidak
lengkap dan tidak
betul bentuknya

558
Berdasarkan Jadual 1, didapati bahawa sebanyak 126 orang murid dapat menulis
abjad ‘b’, ‘p’ dan ‘d’ dengan lengkap dan betul bentuknya, yang membawa sebanyak 97.6%.
Kemudian, hanya 3 orang murid yang bersamaan dengan 2.3% menghadapi masalah menulis
abjad ‘b’, ‘p’ dan ‘d’ kerana mereka menulis dengan tidak lengkap dan tidak betul bentuknya.
Secara keseluruhannya, sebanyak 2.3% sahaja murid yang menghadapi masalah menulis
perkataan yang mempunyai bentuk abjad yang hampir serupa.

Berdasarkan analisis kajian, didapati perkataan ‘badut’ merupakan perkataan yang


murid sering keliru untuk menulis bentuk abjad ‘b’ dan ‘d’ dengan betul. Peratus murid yang
menulis perkataan ‘badut’ dengan bentuk yang salah adalah sebanyak 3.9% berbanding
perkataan ‘padi’ dan ‘bapa’ yang masing-masingnya hanya 3.1% sahaja murid keliru
penggunaan huruf ‘b’, ‘p’ dan ‘d’. Jelaslah, perkataan ‘badut’ merupakan perkataan yang paling
sukar kerana dalam perkataan tersebut mempunyai dua abjad yang hampir sama bentuknya
iaitu ‘b’ dan ‘d’. Hal ini terjadi kerana murid seringkali keliru menulis abjad ‘b’ dengan ‘d’
berbanding abjad ‘b’ dan ‘p’ kerana abjad-abjad tersebut hampir kelihatan sama dari segi
visual dan bunyinya juga hampir serupa (Vijayaletchumy Subramaniam & Kavenia
Kunasegran, 2019). Ringkasnya, sebahagian besar murid Tahun 2 di sekolah tersebut tidak
bermasalah dalam menulis abjad yang hampir serupa bentuknya. Hanya sebilangan kecil
sahaja murid yang mempunyai masalah dalam menulis abjad yang bentuknya hampir serupa.

Jelaslah bahawa, hasil kajian ini menunjukkan hanya segelintir sahaja murid aliran
perdana yang mempunyai masalah menulis perkataan yang mempunyai bentuk abjad yang
hampir serupa. Secara tidak langsung, kajian ini membuktikan wujudnya murid yang
menghadapi masalah tersebut dalam aliran perdana dan bilangan adalah sedikit. Keadaan ini
membolehkan guru-guru memahami bahawa tidak semua murid di kelas perdana menguasai
kemahiran menulis mekanis dan perlu dikenal pasti golongan yang kecil ini agar dapat
membantu mereka menguasai kemahiran menulis mekanis dengan lebih baik. Hal ini
bertepatan dengan pandangan Rashidah Elias & Senana Sulaiman (2016) yang bersetuju
bahawa perlunya tindakan awal bagi membantu murid menguasai kemahiran menulis kerana
murid akan semakin lemah dalam menguasai kemahiran menulis sekiranya masalah ini tidak
diatasi dengan baik. Bahkan, kekeliruan abjad ‘b’, ‘p’ dan ‘d’ yang dihadapi murid aliran
perdana sering dianggap oleh guru sebagai murid disleksia (Montgomery, 2007). Namun
begitu, anggapan tersebut tidak betul sama sekali kerana murid yang keliru bentuk abjad yang
hampir serupa adalah disebabkan oleh kelemahan motor memori mereka. Maka, guru tidak
boleh sewenang-wenangnya melabel seseorang murid itu menghidap disleksia tanpa merujuk
pakar terlebih dahulu.

559
Dapatan kajian ini membuktikan bahawa terdapat murid yang tidak menulis bentuk
abjad dengan betul dan lengkap adalah disebabkan mereka tidak menguasai motor memori
semasa menulis. Pelbagai pihak perlu cakna tentang perkara ini. Guru khususnya dapat
memahami murid yang menghadapi masalah menulis dengan lebih baik kerana guru
mengetahui bahawa murid tidak dapat menulis perkataan dengan bentuk dan ejaan yang betul
adalah disebabkan mereka tidak menguasai motor memori. Maka, dengan pengetahuan guru
tentang keperluan motor memori semasa menulis membolehkan guru menitikberatkan motor
memori semasa mengajar dan menilai penguasaan kemahiran menulis kepada murid.
Bahkan, guru turut dicadangkan untuk merancang dan melaksanakan intervensi yang
bersesuaian dengan kelemahan motor pembelajaran mereka. Dengan cara tersebut,
penguasaan motor memori murid semasa melaksanakan aktiviti menulis akan bertambah baik
dan membolehkan murid menyalin sesuatu maklumat dengan lancar tanpa sebarang
kesalahan.

Dapatan kajian bagi menjawab soalan kajian kedua juga mendapati sebahagian kecil
murid mempunyai masalah dalam menulis perkataan yang mempunyai bentuk abjad yang
rencam. Dapatan kajian ini menunjukkan sebahagian kecil murid mempunyai masalah menulis
perkataan yang mempunyai bentuk abjad yang rencam sehingga mereka melakukan
kesalahan ejaan semasa menulis perkataan tersebut. Namun begitu, masalah ini hanya
dihadapi oleh sebahagian kecil murid aliran perdana. Jelaslah, murid aliran perdana kurang
bermasalah dalam menulis perkataan tersebut jika dibandingkan dengan murid LINUS dan
disleksia. Jadual 2 menunjukkan analisis kekerapan dan peratusan murid yang menghadapi
masalah menulis perkataan yang mempunyai bentuk abjad yang rencam.

Jadual 2
Analisis keseluruhan peratus dan kekerapan murid yang menghadapi masalah menulis
perkataan yang mempunyai bentuk abjad yang rencam

Kad Kategori Masalah Bil Peratus Peratus murid


Perkataan mengikut menghadapi masalah
kategori menulis perkataan yang
masalah mempunyai abjad yang
(%) rencam (%)
badut, hijau perkataan ditulis 100 77.5
dan emas dengan lengkap dan 22.5
betul ejaannya
terdapat abjad yang 22 17.1
tidak ditulis
ada abjad yang 5 3.9
ditambah
salah ejaan 2 1.6

560
Berdasarkan Jadual 2, didapati bahawa sebanyak 100 orang murid dapat menulis
perkataan yang mempunyai bentuk abjad yang rencam dengan lengkap dan betul ejaannya.
Bilangan tersebut membawa sebanyak 77.5% murid yang menulis perkataan dengan lengkap
dan betul ejaannya. Seterusnya, seramai 22 orang murid tidak menulis beberapa abjad yang
terdapat dalam tiga perkataan yang telah diuji. Ini membawa peratusan sebanyak 17.1%.
Kemudian, terdapat 3.9% yang bersamaan dengan 5 orang murid menambah abjad semasa
menulis perkataan yang mempunyai bentuk abjad yang rencam. Akhir sekali, sebanyak 1.6%
murid yang salah ejaan apabila menulis perkataan yang mempunyai bentuk abjad yang
rencam. 1.6% memberi makna sebanyak 2 orang yang menghadapi masalah salah ejaan.
Berdasarkan Jadual 2, dapat dirumuskan bahawa sebanyak 22.5% murid menghadapi
masalah menulis perkataan yang mempunyai bentuk abjad yang rencam. Dapatan peratus
tersebut menggambarkan seramai 29 orang murid menghadapi masalah tersebut sekaligus
menjawab secara tepat soalan kajian yang kedua.

Analisis data kajian menunjukkan perkataan ‘hijau’ merupakan perkataan yang sering
dieja salah oleh murid berbanding perkataan ‘badut’ dan ‘emas’. Sebanyak 14.8% murid
menulis perkataan ‘hijau’ dengan ejaan yang salah berbanding perkataan ‘badut’ sebanyak
12.4% dan perkataan emas sebanyak 6.2%. Ringkasnya, perkataan hijau merupakan
perkataan yang sering murid menghadapi kesukaran untuk menulis perkataan tersebut
kemudian diikuti dengan perkataan badut dan perkataan emas. Perkara tersebut bertepatan
dengan pandangan Montgomery (2007) mendakwa murid semakin sukar untuk mengingati
bentuk abjad apabila semakin kompleks bentuknya.

Kesimpulannya, sebahagian besar murid Tahun 2 di sekolah yang dikaji tidak


bermasalah dalam menulis perkataan yang mempunyai bentuk abjad yang rencam. Hanya
sebilangan kecil sahaja murid yang bermasalah dalam menulis perkataan yang mempunyai
bentuk abjad yang rencam. Dapatan kajian ini memberi maklumat bahawa masih terdapat
murid aliran perdana yang keliru untuk menulis perkataan tersebut. Menurut Yuznaili Saleh
(2016) murid sering menganggap aktiviti menyalin dan menulis abjad merupakan aktiviti yang
sangat rumit. Hal ini terjadi disebabkan murid tidak berupaya mengingat bentuk abjad dengan
baik, mereka akan menghadapi kesukaran untuk menulis sesuatu perkataan yang mempunyai
bentuk abjad yang berbeza. Buktinya, perkataan ‘hijau’ paling sukar dikuasai oleh murid
kerana perkataan tersebut mempunyai lima bentuk abjad yang berbeza untuk menulisnya.
Ketidakupayaan murid mengingat bentuk abjad ‘h’, ‘i’, ‘j’, ‘a’ dan ‘u’ menyukarkan murid untuk
menyalin atau menulis perkataan tersebut dengan tepat. Kesannya, murid akan merasakan
aktiviti menyalin dan menulis ini merupakan aktiviti yang sukar kerana mereka tidak dapat
menguasainya dengan baik. Ini menyebabkan sesetengah murid akan berasa tidak

561
bersemangat dan tidak seronok untuk melakukan aktiviti menulis kerana mereka mendapati
mereka sukar untuk menulis dengan betul.

Hasil kajian membuktikan antara punca murid melakukan kesalahan ejaan semasa
menulis adalah disebabkan mereka sukar untuk mengingat perkataan yang mempunyai
bentuk abjad yang kompleks. Perkara ini perlu diberi perhatian dan tindakan yang sewajarnya.
Maka, guru disarankan untuk untuk mengenal pasti murid yang menghadapi masalah tersebut
agar guru dapat membantu mereka menguasainya melalui pelaksanaan aktiviti intervensi yang
bersesuaian semasa mengajar. Pelaksanaan intervensi amatlah diperlukan kerana Rashidah
Elias & Senana Sulaiman (2016) mendakwa kelemahan murid akan menjadi semakin serius
sekiranya tiada langkah sistematik dilaksanakan kepada murid bagi membantu mereka
mengatasi kelemahan tersebut. Sikap cakna yang ditunjukkan oleh guru bukan sahaja dapat
memastikan murid menguasai kemahiran menulis dengan baik tetapi berupaya memahami
dan mendalami punca permasalahan murid.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Ringkasnya motor memori mempengaruhi penguasaan kemahiran menulis mekanis murid.


Dapatan kajian membuktikan bahawa sebahagian kecil murid aliran perdana turut mengalami
masalah menulis perkataan yang mempunyai bentuk abjad yang hampir serupa dan juga
bentuk abjad yang rencam sebagaimana masalah yang dihadapi oleh murid disleksia dan
murid Linus. Masalah tersebut turut menjejaskan kelancaran menulis dan membaca murid.
Justeru, kajian ini dapat memberi maklumat kepada guru dan ibu bapa bahawa masalah
kekeliruan bentuk abjad semasa menulis dan membaca turut wujud dalam kalangan murid
aliran perdana. Melalui kajian ini, guru dan ibu bapa dapat mengetahui bahawa kesalahan
ejaan yang dilakukan oleh murid semasa menulis adalah disebabkan oleh kelemahan
penguasaan motor memori.

Oleh itu, semua pihak tidak boleh mengabaikan motor memori semasa mengajarkan
kemahiran menulis mekanis. Bagi memastikan guru mengetahui bahawa motor memori
diperlukan ketika menulis, institut pendidikan yang melahirkan guru perlu memberi penekanan
tentang perkara tersebut manakala guru yang sudah berada di sekolah disarankan untuk
menggunakan ujian diagnostik motor memori kerana ujian tersebut berupaya bagi mengenal
pasti punca kelemahan murid seterusnya merancang dan melaksanakan aktiviti intervensi
yang bersesuaian dengan murid secara tepat dan berkesan. Bahkan, pihak sekolah perlulah
memberikan sokongan kepada guru semasa melaksanakan aktiviti yang bersesuaian bagi
membantu meningkatkan penguasaan kemahiran menulis mekanis. Kemudian, Bahagian
Pembangunan Kurikulum (BPK) perlu merancang tindakan susulan dengan mementingkan
aspek kemahiran menulis mekanis dalam pembangunan kurikulum bermula dari awal

562
persekolahan bagi memastikan murid menguasai kemahiran menulis seterusnya
menyumbang kepada kelancaran menulis.

RUJUKAN

Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd Rahman. (2011). Pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran kemahiran menulis di sekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1),
67–87.
Halizah Ahmad & Zaidatun Tasir. (2019). Kesan penggunaan aplikasi mobil terhadap
kemahiran literasi bahasa melayu pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran.
Innovative Teaching and Learning Journal, 2(2), 1–16.
Khawidah Abd Samad & Wan Muna Ruzana Wan Mohamad. (2019). Pengaplikasian teori
rangkaian motor pembelajaran dalam kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu
dalam kalangan pelajar tingkatan empat. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Special
Issue, 118–133.
Levine. (2004). The myth of laziness. Simon & Schuster.
Lim Ai Wen & Zanaton Iksan. (2019). Mengenal dan menulis huruf b dan d melalui kaedah
legotu bagi murid pemulihan. E-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial Dan
Kemanusiaan 2019, 251–261.
Montgomery. (2007). Spelling handwriting and dyslexia. Routledge.
Nurul Haniza Samsudin, Puteri Roslina Abdul Wahid, Salinah Ja’afar & Mohammad Tawfik
Yaakob. (2017). Tahap keupayaan kognitif bacaan dalam pembelajaran bahasa melayu
kanak-kanak pemulihan khas. Sains Insani, 2(2), 81–87.
https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol2no2.40
Rashidah Elias & Senana Sulaiman. (2016). Penggunaan inst card untuk meningkatkan
kemahiran mengeja perkataan dengan suku kata tertutup bagi murid bermasalah
pembelajaran. Asian Education Action Research Journal (AEARJ, 5, 27–39.
file:///C:/Users/acer/Downloads/2566-Article Text-4898-1-10-20190715.pdf
Shalinawati Ramli, Khairani Omar, Mohamad Ahsanullah El Baki & Shahlan Surat. (2016). Do
children with dyslexia have difficulty in reading the quranic verses too? Creative
Education, 7, 1018–1023. https://doi.org/10.4236/ce.2016.77106
Siti Wan Aminah Wan Nordin & Suria Baba. (2018). Literacy difficulties of dyslexic students in
bahasa Malaysia: a case study in kelantan. INSANIAH: International Online Journal of
Language, Communication and Humanities, 1(2), 9–24.
http://insaniah.umk.edu.my/journal/index.php/insaniah/article/view/21
Vijayaletchumy Subramaniam & Kavenia Kunasegran. (2019). Simptom disleksia visual vs
tahap pembelajaran kanak-kanak disleksia. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 20, 140–
155.
Vijayaletchumy Subramaniam & Nadia Shuhada Abdan Nasir. (2020). Multisensory therapy in
letter reversal of dyslexic pupils. Universal Journal of Educational Research, 8(12), 7118–
7130. https://doi.org/10.13189/ujer.2020.081279
Yuznaili Saleh. (2016). Pembangunan ujian diagnostik kemahiran menulis mekanis Bahasa
Melayu. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

563
ANALISIS KESALAHAN TATABAHASA BAHASA MELAYU DALAM PENULISAN MURID
TAHUN 4

Ong Wei Yi
ong09-862@epembelajaran.edu.my

Latifah binti Mohd Nor


latifah09-37@epembelajaran.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Menurut Alhaadi Ismail dan Zaitul Azma Zainon Hamzah (2018), terdapat kesalahan tatabahasa Bahasa
Melayu dalam penulisan pelajar. Alhaadi Ismail dan Zaitul Azma Zainon Hamzah (2018) juga
menunjukkan bahawa pelajar banyak melakukan kesalahan tatabahasa, terutama dari aspek sintaksis,
semantik dan morfologi seperti kesalahan penggunaan aspek kata, penggunaan kata sendi dan kata
ganti nama diri. Sehubungan ini, objektif bagi kajian ini adalah untuk menyelidik kesalahan tatabahasa
dalam penulisan murid tahun 4. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan disertakan sekali
dengan instrumen senarai semak untuk tujuan menjayakan analisis kesalahan tatabahasa yang
terkandung dalam penulisan empat orang sampel kajian yang dipilih berdasarkan hasil keputusan ujian
pra mereka. Dapatan kajian dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan dokumen terhadap
hasil kerja rumah, ujian dan nota murid-murid tahun 4. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat tiga
jenis kesalahan tatabahasa dalam penulisan mereka, iaitu kesalahan kosa kata, imbuhan dan juga ayat.
Sehubungan ini, analisis kesalahan tatabahasa merangkumi kesalahan kosa kata yang terdiri daripada
kesalahan ejaan dan perbendaharaan kata, kesalahan imbuhan yang meliputi ketidaktepatan dalam
pembentukan kata terbitan dan proses pengimbuhan, serta juga kesalahan ayat yang melibatkan
binaan dan susunan ayat. Hasil kajian ini juga memperlihatkan jenis kesalahan tatabahasa daripada
pelbagai punca dan tahap penguasaan tatabahasa murid yang sebenar. Oleh itu, implikasi kajian dari
segi pengetahuan, praktikal dan teori terhadap bidang pembelajaran bahasa telah dihuraikan secara
terperinci untuk melengkapkan kajian ini.
Kata Kunci: Analisis kesalahan tatabahasa, kosa kata, imbuhan, ayat, penulisan murid tahun 4.

ABSTRACT
According Alhaadi and Zaitul Azma Zainon Ismail Hamzah (2018), there is a grammatical error in the
writing of Malay students. Alhaadi Ismail and Zaitul Azma Zainon Hamzah (2018) also showed that
students make many grammatical errors, especially from the aspects of syntax, semantics and
morphology such as errors in the use of words, the use of conjunctions and pronouns. In this regard,
the objective of this study is to investigate grammatical errors in the writing of year 4 students. This study
uses a qualitative approach and is accompanied by a checklist instrument for the purpose of successful
analysis of grammatical errors contained in the writing of four selected study samples based on test
results. before them. The findings of the study were analyzed using the method of document content
analysis on the results of homework, tests and notes of year 4 students. The results of study found that
there are three types of grammatical errors in their writing, namely vocabulary errors, adjectives and
even sentences. In this regard, the analysis of grammatical errors includes vocabulary errors consisting
of spelling and vocabulary errors, adjective errors which include inaccuracies in derivative word
formation and accretion process, as well as sentence errors involving sentence construction and
arrangement. The results of this study also show the types of grammatical errors from various causes
and the actual level of grammar proficiency of students. Therefore, the implications of the study in terms
of knowledge, practice and theory on the field of language learning have been described in detail to
complete this study.
Keywords: Analysis of grammatical errors, vocabulary, adjectives, sentences, writing of year 4
students.

564
PERNYATAAN MASALAH
Menurut Alhaadi Ismail dan Zaitul Azma Zainon Hamzah (2018), terdapat kesalahan
tatabahasa Bahasa Melayu dalam penulisan pelajar. Tatabahasa merujuk kepada peraturan-
peraturan bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung
dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasil ayat-ayat yang gramatis. Dapatan kajian
Alhaadi Ismail dan Zaitul Azma Zainon Hamzah (2018) menunjukkan bahawa pelajar banyak
melakukan kesalahan tatabahasa, terutama dari aspek sintaksis, semantik dan morfologi
seperti kesalahan penggunaan aspek kata, penggunaan kata sendi dan kata ganti nama diri.
Terdapat hasil kajian yang mendapati bahawa antara sebab-sebab berlakunya kesalahan ini
adalah disebabkan oleh faktor kekurangan pengetahuan tentang sistem bahasa Melayu dan
kekeliruan tentang makna perkataan. Cheun et. al. (2009) juga pernah menyatakan dalam
kajiannya bahawa kekurangan latihan tatabahasa, kurang pendedahan kepada alam
persekitaran bahasa, peruntukan masa, kekeliruan maksud dan sikap cuai pelajar turut
merupakan faktor penyumbang kesalahan bahasa. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan
melakukan penyelidikan terhadap hasil kerja murid-murid tahun 4 bagi menganalisis
kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam penulisan mereka.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini terdapat satu objektif seperti yang berikut:
i. Untuk menyelidik kesalahan tatabahasa dalam penulisan murid tahun 4.

SOALAN KAJIAN
Kajian ini mengandungi tiga soalan kajian bagi mencapai objektif kajian. Soalan kajian
adalah seperti yang berikut:

i. Apakah kesalahan kosa kata dalam penulisan murid tahun 4?


ii. Apakah kesalahan imbuhan dalam penulisan murid tahun 4?
iii. Apakah kesalahan ayat dalam penulisan murid tahun 4?

METODOLOGI KAJIAN
Menurut Ruhizan Mohammad Yasin et.al (2010), data yang baik diperolehi daripada
penyelidikan yang dirancang rapi berdasarkan reka bentuk yang bersesuaian, iaitu
pendekatan yang digunakan dalam proses mendapatkan data penyelidikan. Sehubungan ini,
pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah analisis kandungan dokumen untuk
menyelidik kesalahan tatabahasa yang terkandung dalam penulisan empat orang sampel
kajian yang dipilih. Dalam konteks kajian ini. populasi kajian yang dipilih adalah terdiri daripada
murid-murid yang mempunyai tahap penguasaan tatabahasa bahasa Melayu yang berlainan,
manakala lokasi kajian pula ditentukan dalam kalangan sekolah-sekolah kebangsaan yang

565
terletak di daerah Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, iaitu Sekolah Kebangsaan Desa
Pandan. Memandangkan populasi kajian ini tidak homogen dan terdiri daripada tahap
penguasaan tatabahasa yang berbeza, maka proses persampelan adalah dalam bentuk
kebarangkalian rawak dan melibatkan pemilihan sampel yang telah dikelompokkan kepada
strata terlebih dahulu sebelum melakukan pemilihan rawak.

Bagi membangunkan kajian kualitatif mengenai analisis kesalahan tatabahasa, kajian


ini juga telah menggunakan instrumen senarai semak. untuk tujuan memudahkan pengkaji
menganalisis data-data dalam pemerhatian dan juga analisis dokumen secara lebih
menyeluruh. Menurut Dunn (1991), senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk
mengenal pasti perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan.
Selaras dengan itu, pengkaji telah membina instrumen senarai semak dengan merujuk kepada
DSKP Bahasa Melayu Tahun 4 dan senarai semak tersebut merangkumi sepuluh item yang
berkaitan dengan penguasaan murid terhadap aspek kosa kata, aspek imbuhan dan aspek
ayat yang dianalisis. Tambahan pula, selaras dengan tujuan penganalisisan data, pengkaji
telah menggunakan Skala Likert 4 Peringkat untuk melakukan penandaan persetujuan
terhadap hasil analisis kandungan yang diperolehi mengikut item-item yang ditunjukkan dalam
senarai semak berdasarkan pandangan sendiri.

Sebagaimana yang dinyatakan dalam kajian ini, kajian ini menggunakan pendekatan
kualitatif dan perkara ini melibatkan pelaksanaan kesahan dan kebolehpercayaan kualitatif.
Menurut Lincoln dan Guba (1985), terdapat empat kriteria untuk menilai kesahan kajian
kualitatif. Sehubungan ini, terdapat empat kriteria yang telah dipilih untuk menilai kesahan
kajian ini, iaitu kredibiliti, kebergantungan, pengesahan dan kebolehpindaan. Dalam konteks
kajian ini, kriteria kredibiliti dirujuk sebagai empat orang sampel kajian yang mempunyai
kredibiliti untuk memperoleh data-data kajian yang sahih daripada hasil kerja mereka agar
dapat digunakan dalam penyelidikan analisis kesalahan tatabahasa dalam penulisan murid 4.
Kriteria kedua dalam kesahan kajian ini adalah kebergantungan di mana pengkaji telah
menetapkan satu objektif umum, iaitu untuk menyelidik kesalahan tatabahasa bahasa Melayu
dalam penulisan murid tahun 4 agar dapat membantu pengkaji untuk menghampiri dan
memperoleh dapatan kajian yang diinginkan. Seterusnya, kriteria pengesahan juga
menentukan kesahan kajian kualitatif ini dengan cara membuat pengiraan darjah persetujuan,
iaitu Skala Likert 4-Peringkat, terhadap data-data yang diperoleh daripada hasil analisis
kandungan dokumen serta juga mendokumenkan prosedur pengumpulan dan analisis data
melalui aplikasi nVivo sepanjang kajian ini dilaksanakan. Akhir sekali, kriteria untuk menilai
kesahan kajian kualitatif ini adalah kebolehpindaan yang membuktikan keupayaan kajian
analisis kesalahan tatabahasa ini dengan cara menjelaskan faedah yang bakal diperoleh
daripada hasil membuktikan keupayaan kajian, agar boleh memberi ruang kepada pengkaji

566
lain untuk melaksanakan kajian yang sama dalam konteks lain, misalnya aplikasi kajian dalam
konteks pengajaran dan pembelajaran tentang bidang tatabahasa.

Setelah melengkapkan pembangunan reka bentuk kajian serta penilaian kesahan dan
kebolehpercayaan, kajian ini diteruskan dengan melaksanakan prosedur pengumpulan data.
Prosedur pengumpulan data dalam kajian ini adalah terdiri daripada tiga langkah utama, iaitu
bermula daripada langkah menghasilkan bahan-bahan pembelajaran murid tahun 4, langkah
memungut data primer daripada hasil kerja murid tahun 4 dan diakhiri dengan langkah
mengadunkan dan menyusun semua maklumat mentah. Dalam konteks kajian ini, pengkaji
telah mendapatkan kebenaran daripada pihak-pihak yang mempunyai autoriti terlebih dahulu,
iaitu pihak pentadbiran SK Desa Pandan, sebelum kajian mula dilakukan untuk mengumpul
data. Pada peringkat awal, pengkaji telah menghasilkan bahan-bahan pembelajaran murid
dalam bentuk Google Form, seperti ujian pra dan pasca, latihan tatabahasa dan ulang kaji
tatabahasa, khususnya kepada murid-murid tahun 4. Pada 19 Februari 2021, pengkaji telah
mengagihkan ujian pra berbentuk Google Form kepada murid-murid tahun 4 untuk memilih
empat orang sampel kajian, dan kemudiannya memberi bahan-bahan pembelajaran lain
kepada mereka untuk menjawab soalan-soalan tatabahasa pada 22 Februari 2021. Setelah
semua sampel kajian telah berjaya menyelesaikan bahan-bahan tersebut, maka langkah
seterusnya adalah memungut data primer daripada hasil kerja murid melalui analisis
kandungan dokumen. Prosedur pengumpulan data diakhiri dengan langkah mengadunkan
dan menyusun semua maklumat mentah yang diperolehi daripada analisis kandungan
mengikut kumpulan aspek tatabahasa yang ditetapkan setelah selesainya pengumpulan data
primer dan juga analisis kandungan dokumen pada 26 Februari 2021, kemudian
menggunakan senarai semak untuk memberi respons terhadap analisis kandungan hasil kerja
murid dengan menandakan persetujuan melalui penggunaan skala Likert 4 Peringkat.

Manakala bagi prosedur penganalisisan data pula, kajian ini menggunakan prosedur
kualitatif melalui analisis kandungan dokumen. Dalam kajian ini, prosedur penganalisisan data
bermula dengan langkah analisis kandungan, mengkategorikan data, mengekodkan data,
menyusun data dalam grid analisis, mengenalpasti isu, tema atau corak dan makna dan
akhirnya langkah menentukan aktiviti kajian susulan. Pada 27 Februari 2020, analisis data
telah mula dilaksanakan oleh pengkaji dengan menganalisis kandungan dokumen apabila
pengkaji mengumpul segala hasil penulisan yang berkenaan daripada sampel kajian, iaitu
melalui cara melihat cara penulisan responden serta juga meneroka kesalahan tatabahasa
yang terdapat dalam hasil kerja tersebut dan kemudian dimasukkan dalam perisian Nvivo 10
setiap kali pengkaji memperolehi data-data daripada sampel kajian. Seterusnya, prosedur
analisis data diteruskan dengan langkah mengkategorikan data. Pada 29 Februari 2021,
pengkaji telah siap menyediakan data-data mentah yang diperolehi sebaik sahaja mengumpul

567
data-data hasil kerja murid bagi memudahkan proses menganalisis keseluruhan data
menggunakan insturmen senarai semak, iaitu disusun mengikut kategori-kategori tatabahasa
seperti kosa kata, imbuhan dan ayat. Langkah ketiga adalah mengekodkan data.
Sehubungan ini, pengkaji telah melaksanakan pengekodan terbuka terhadap data-data
kualitatif yang diperolehi dalam kajian ini pada I Mac 2021 dengan menggunakan istilah
“kategori” untuk melabelkan data hasil kerja dan data instrumen senarai semak berdasarkan
aspek-aspek tatabahasa yang dianalisis. Sebagai contoh, kesalahan kosa kata dilabel sebagai
kategori kosa kata, kesalahan imbuhan sebagai kategori imbuhan, manakala kategori ayat
pula merupakan kod kesalahan ayat. Setelah selesainya pengekodan data, prosedur
menganalisis data diikuti dengan langkah keempat, iaitu membuat grid analisis. Bagi
memastikan data-data yang diperolehi tersusun kemas dan dalam keadaan yang sistematik,
maka pengkaji telah menyusun data-data tersebut dan memaparkannya dalam grid analisis
berdasarkan kod-kod kategori yang telah dilabelkan. Langkah yang seterusnya adalah
mengenalpasti tema dan makna. Pada 10 Mac 2021, pengkaji telah menetapkan tema kajian
mengikut objektif kajian dan menginterpretasikan makna kajian berdasarkan data-data yang
telah dilabel dengan kod-kod kategori. Sebagai contoh, tema kajian ditentukan sebagai
analisis kesalahan tatabahasa, manakala bagi makna kajian pula, data-data kesalahan
tatabahasa akan terbahagi kepada tiga jenis interprestasi, iaitu data kesalahan kosa kata
diinterpretasi sebagai kelemahan dalam penguasaan kemahiran mengeja dan
perbendaharaan kata, data kesalahan imbuhan bermaksud pembentukan kata teribitan dan
proses pengimbuhan yang salah, manakala data kesalahan ayat pula dirujuk sebagai
kelemahan dalam pembentukan binaan ayat dan susunan ayat yang betul. Akhir sekali,
prosedur analisis data telah diakhiri dengan langkah yang terakhir pada 18 Mac 2021, iaitu
menentukan aktiviti kajian susulan. Memandangkan kajian ini menggunakan teori
behaviorisme, pengkaji telah merancang kajian susulan baharu dan menentukan aktiviti-
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian berlandaskan teori behaviorisme.
Misalnya, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang menekankan peneguhan beserta
dengan latihan tatabahasa yang dibanyakkan dan dipelbagaikan khusus kepada kumpulan
sampel kajian.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Bahagian ini membincangkan dapatan kajian yang diperolehi bagi menjawab soalan kajian
yang pertama, iaitu kesalahan kosa kata dalam penulisan murid-murid tahun 4 di Sekolah
Kebangsaan Desa Pandan, Kuala Lumpur. Kesalahan kosa kata merupakan kesalahan
tatabahasa pertama yang perlu difokuskan dalam penyelidikan terhadap analisis kesalahan
tatabahasa dalam penulisan murid. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), kosa kata
ialah keseluruhan kata dalam sesuatu bahasa ataupun perbendaharaan kata. Sehubungan

568
ini, pengkaji telah melakukan analisis kesalahan tatabahasa dan mendapati bahawa
kesalahan kosa kata yang terkandung dalam penulisan murid tahun 4 terbahagi kepada tiga
jenis yang berbeza, antaranya adalah kesalahan ejaan dan kesalahan perbendaharaan kata.
Dalam konteks kajian ini, kesalahan ejaan merujuk kepada kesalahan kosa kata yang
berpunca daripada ketidaktepatan dalam proses mengeja kosa kata dan ketidaktepatan
tersebut merangkumi kesalahan dari segi ejaan umum, ejaan kata pinjaman dan juga ejaan
kata majmuk, manakala bagi perbendaharaan kata pula, kesalahan perbendaharaan kata
yang dikesan dalam penulisan responden kajian adalah berkait rapat dengan penggunaan
golongan kata seperti kata nama, kata adjektif, kata kerja dan kata tugas yang tidak menepati
konteks yang betul.

Selain itu, perbincangan diteruskan dengan bahagian dapatan kajian yang diperolehi
bagi menjawab soalan kajian yang kedua, iaitu kesalahan imbuhan dalam penulisan murid-
murid tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Desa Pandan, Kuala Lumpur. Analisis kesalahan
tatabahasa yang kedua dalam kajian ini adalah kesalahan imbuhan. Dalam buku Tatabahasa
Bahasa Melayu (Perkataan), Siti Hajar Hj. Husin Abdul Aziz (1996: 17) merumuskan bahawa
morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana morfem-morfem itu bergabung untuk
membentuk ayat. Sehubungan ini, pengkaji telah melakukan analisis kesalahan tatabahasa
dan mendapati bahawa kesalahan imbuhan yang terkandung dalam penulisan murid tahun 4
terbahagi kepada dua jenis yang berbeza, antaranya adalah kesalahan kata terbitan dan
kesalahan proses pengimbuhan. Berdasarkan hasil analisis kandungan dokumen dalam
kajian ini, pengkaji telah mengenalpasti bahawa kesalahan imbuhan dari segi kata terbitan
adalah adalah disebabkan penggabungan imbuhan yang tidak tepat dalam proses penjanaan
kata-kata terbitan, iaitu kesalahan imbuhan awalan, imbuhan akhiran dan imbuhan apitan.

Akhir sekali, bahagian terakhir bagi dapatan kajian analisis kesalahan tatabahasa
adalah untuk menjawab soalan kajian yang ketiga, iaitu kesalahan ayat dalam penulisan
murid-murid tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Desa Pandan, Kuala Lumpur. Aspek tatabahasa
ketiga yang dianalisis dalam kajian analisis kesalahan tatabahasa adalah aspek ayat. Menurut
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2006), ayat merupakan unit pengucapan yang paling tinggi
yang boleh terbentuk walaupun dengan hanya beberapa patah perkataan. Selaras dengan itu,
pengkaji telah melakukan analisis kesalahan tatabahasa dan mendapati bahawa kesalahan
ayat yang terkandung dalam penulisan murid tahun 4 terbahagi kepada dua jenis yang
berbeza, iaitu kesalahan binaan ayat dan kesalahan susunan ayat. Dalam konteks kajian ini,
kesalahan binaan ayat yang didapati dalam penulisan responden kajian adalah disebabkan
kelemahan mereka dalam mengembangkan ayat-ayat yang tidak dilengkapi dengan pautan
dan kesepaduan makna serta juga menggunakan laras bahasa yang tidak sesuai dalam
konteks ayat. Bagi kesalahan dalam susunan ayat pula, terdapat susunan frasa subjek dan

569
frasa predikat yang tidak mengikut bentuk ayat dalam penulisan responden kajian sehingga
mengakibatkan berlakunya kesalahan tatabahasa dari segi susunan ayat.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


Dalam konteks kajian ini, bahagian pertama merupakan perbincangan dapatan kajian yang
menyimpulkan hasil analisis kesalahan tatabahasa dari aspek kosa kata, imbuhan dan juga
ayat berdasarkan hasil analisis senarai semak yang dijalankan. Kesalahan kosa kata
merupakan kesalahan tatabahasa pertama yang difokuskan dalam penyelidikan terhadap
analisis kesalahan tatabahasa. . Berdasarkan hasil analisis instrumen senarai semak, pengkaji
telah merumuskan bahawa kebanyakan responden kajian kurang memahami sistem ejaan
dan perbendaharaan kata bagi golongan kata secara berkesan, misalnya seperti “Murid
kurang memahami dan tidak menggunakan kata nama mengikut konteks”. “Murid tidak
memahami bentuk-bentuk imbuhan dan tidak menggunakan kata kerja mengikut konteks” dan
“Murid kurang memahami fungsi kata tugas dan menggunakan kata tugas dalam konteks yang
salah. Seterusnya, analisis kesalahan tatabahasa yang kedua adalah kesalahan imbuhan.
Pengkaji telah mengupas kesimpulan dapatan analisis kesalahan imbuhan bahawa
berlakunya kekurangan pemahaman terhadap bentuk imbuhan dan proses pengimbuhan
secara berkesan dalam kalangan responden kajian dan perkara ini telah membawa impak
negatif terhadap tahap penguasaan tatabahasa, misalnya seperti “Murid kurang memahami
proses pengimbuhan yang melibatkan bentuk imbuhan secara berkesan serta gagal
menggunakan kata berimbuhan mengikut konteks”. Akhir sekali, pengkaji menggunakan
instrumen senarai semak untuk menganalisis kesalahan ayat, dan rumusannya adalah
responden kajian kurang memahami bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat yang
betul seperti “Murid tidak menguasai cara membina pelbagai ayat tunggal dan ayat majmuk
mengikut konteks dan membina ayat-ayat yang janggal dan mempunyai usnur-unsur
kelewahan” dan “Murid tidak memahami ayat bersusunan biasa dan bersusunan songsang
secara berkesan dan terbentuknya ayat-ayat yang mencampuradukkan susunan frasa subjek
dan frasa predikat”.

Seterusnya, bahagian kedua adalah huraian mengenai implikasi kajian dari segi
pengetahuan, praktikal dan teori terhadap bidang pembelajaran bahasa. Dalam konteks kajian
ini, dapatan kajian analisis kesalahan tatabahasa yang diperolehi telah membawa implikasi
pengetahuan kepada guru dan juga murid-murid di mana analisis ini mampu dijadikan sumber
pengetahuan utama terhadap bidang pembelajaran bahasa yang membolehkan guru
mengenalpasti sejauh mana kemampuan dan kemajuan bahasa murid sebagai usaha untuk
menghasilkan suatu pembelajaran yang berkesan kepada murid-murid serta juga membantu
murid-murid berupaya untuk mengetahui kelemahan penguasaannya dan seterusnya
memperbaiki bahasa. Sehubungan ini, guru dan murid-murid boleh mempelajari dan

570
memahami konsep kosa kata, imbuhan dan ayat dengan lebih mendalam agar dapat
mengaplikasikannya sebagai asas untuk menguasai bidang tatabahasa Bahasa Melayu.
sintaksis yang minimum dengan perkataan-perkataan yang disusuli atau menyusulinya.
Tambahan pula, kajian ini juga membuka ruang kepada guru dan murid-murid untuk
mengenali dan memahami jenis kesalahan tatabahasa umum yang sering berlaku. Sebagai
contohnys, kesalahan kosa kata melibatkan penggunaan kosa kata atau peristilahan yang
kurang tepat dari segi maksud, fungsi dan sebagainya, kesalahan imbuhan pula berpunca
daripada penggabungan imbuhan yang tidak selaras dengan kata-kata akar, dan akhirnya
mengakibatkan pembentukan kata yang salah, manakala kesilapan ataupun ketidaktepatan
dalam bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat dikenali sebagai kesalahan bahasa
dari aspek ayat. Selain daripada implikasi dari segi pengetahuan, dapatan kajian ini telah
memberi implikasi praktikal terhadap profesion keguruan dengan mewujudkan model guru
yang berkualiti dari segi pengajaran dan pembelajaran di mana implikasi ini dapat jelas
diperlihatkan melalui pembentukan model guru yang berkualiti dan pemupukan gaya
pembelajaran yang berkesan dalam kalangan murid-murid. Sebagai contohnya, menerusi
kajian analisis kesalahan tatabahasa, guru bahasa Melayu boleh mengenalpasti kesalahan
tatabahasa dalam penulisan murid, menganalisis punca dan bahagian kelemahan mereka dan
diikuti dengan perancangan aktiviti-aktiviti intervensi dan peneguhan yang bersesuaian,
manakala murid-murid pula dapat mengetahui kelemahan penguasaannya terhadap aspek
kosa kata, imbuhan ataupun ayat dan seterusnya memperbaiki bahasa dengan sendirinya
jenis kesalahan tatabahasa yang kerap dilakukan melalui hasil analisis kesalahan tatabahasa
terhadap hasil kerja mereka. Akhir sekali, implikasi teori juga telah mempengaruhi guru dan
murid-murid sebagai garis panduan kepada guru dan murid-murid untuk tujuan menghasilkan
pengajaran dan pembelajaran yang efektif melalui usaha memilih dan mengaplikasikan
strategi atau kaedah yang mengambil kira keperluan dan kehendak pembelajaran murid-
murid. Misalnya, pembelajaran yang berasaskan peneguhan boleh bertindak sebagai motivasi
dan dorongan terhadap pengulangan sesuatu kesalahan tatabahasa. Tambahan pula, teori
behaviorisme boleh mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran secara berturutan
yang mana proses ini dapat dijalankan mengikut peringkat-peringkat yang ditetapkan di mana
pembelajaran dimulakan dengan pendedahan tentang latihan yang dikukuhkan melalui
peneguhan, diikuti dengan pembelajaran melalui pelaziman dan akhirnya mengaktifkan
pemerhatian dan keramalan terhadap perubahan tingkah laku.

Selaras dengan pelaksanaan kajian yang berasaskan analisis kesalahan tatabahasa,


antara cadangan kajian praktikal yang boleh dipertimbangkan adalah melalui pembangunan
kajian berbentuk kualitatif yang menyelidik penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran
(PdP) berasaskan analisis kesalahan tatabahasa, misalnya kajian penyelidikan tentang

571
pelaksanaan pendekatan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid boleh diamalkan
oleh guru-guru sekolah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah
rendah. Sehubungan ini, kajian pelaksanaan SCL yang berasaskan analisis kesalahan
tatabahasa boleh menggunakan pendekatan kualitatif, kaedah temu bual dan kaedah
pemerhatian untuk menyelidik keberkesanan pelaksaan SCL dalam konteks pengajaran
bahasa dengan merujuk kepada objektif kajian, metadologi kajian, pengumpulan data,
penganalisisan data dan dapatan kajian yang dibincangkan dalam kajian analisis kesalahan
tatabahasa sebagai garis panduan dan rujukan kajian lepas. Tambahan pula, instrumen
senarai semak juga boleh digunakan untuk mengenalpasti tahap keberkesanan analisis
kesalahan tatabahasa dalam pelaksanaan PdP yang menggunakan pendekatan SCL.
Memandangkan pelaksanaan kajian ini mempunyai batasannya tersendiri dan tidak dapat
menyumbang implikasi yang menyeluruh kepada pelbagai konteks yang berlainan, maka
terdapat beberapa cadangan kajian lanjutan yang seiring dengan analisis kesalahan
tatabahasa telah dicadangkan, iaitu membangunkan suatu kajian lanjutan yang meliputi
persampelan kajian secara meluas dalam bidang pendidikan serta melanjutkan kajian analisis
kesalahan tatabahasa kepada peringkat pendidikan yang lebih tinggi serta juga setiing yang
lebih meluas, iaitu melalui penyertaan individu selain daripada murid-murid tahun 4 di sekolah
rendah, seperti pelajar dalam peringkat sekolah menengah, Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan
juga Institut Pendidikan Guru (IPG). Tambahan pula, pelaksanaan kajian lanjutan juga boleh
mengambil kira reka bentuk kajian berbentuk kuantitatif serta juga melibatkan lebih ramai
murid-murid sekolah rendah di seluruh Malaysia. Misalnya, membangunkan kajian deskriptif
ataupun tinjauan yang boleh mengenalpasti dan mengkaji secara empirikal dan sistematik
mengenai analisis kesalahan tatabahasa dalam kalangan murid-murid

RUJUKAN
Alhaadi Ismail, & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2018). Analisis Kesalahan dalam Penulisan
Pelajar Bahasa Kedua dari Aspek Morfologi. Jurnal Linguistik, 22(1), 24–31.
http://jurnal.plm.org.my/?page_id=230

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim. (2010). Tatabahasa Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz (2009). Siri Pendidikan Guru: Bahasa Melayu II. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Zaliza Mohamad Nasir. (2018). Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu dalam Penulisan
Karangan Pelajar. LSP International Journal, 4(1), 23–35.
https://doi.org/10.11113/lspi.v4n1.44

572
PENGUASAAN ISI PENTING DALAM KEMAHIRAN MEMBACA MURID TAHUN LIMA

Pavithra Pillay a/p Ravindharan


pavithra09-863@epembelajaran.edu.my

Vijayaletchumy a/p Muniandy


vijayaletcmy@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Penulisan ini bertujuan untuk meninjau hubungan yang signifikan antara penguasaan isi penting dalam
kemahiran membaca dengan tahap penguasaan isi penting murid. Penguasaan murid dalam kemahiran
membaca memberikan kesan yang sederhana terhadap penguasaan isi penting. Maka, penguasaan isi
penting murid adalah baik dan bukannya cemerlang disebabkan murid kurang menguasai kemahiran
membaca. Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengkaji tahap penguasaan isi penting murid serta
mengenal pasti hubungan penguasaan isi penting dengan penguasaan kemahiran membaca murid.
Seramai 70 orang murid tahun lima dari sebuah sekolah kebangsaan di daerah Tampin, Negeri
Sembilan telah menjadi sampel dalam kajian ini. Kajian ini merupakan pendekatan kuantitatif yang
menggunakan kaedah tinjauan korelasi. Kajian ini menggunakan ujian penguasaan isi penting sebagai
instrumen kajian. Data statistik deskriptif dan inferensi dianalisis dengan menggunakan perisian
Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Secara keseluruhannya, kajian ini membuktikan
bahawa murid tahun lima SK Tunku Besar mempunyai tahap penguasaan isi penting yang baik dengan
min skor = 5. Dapatan kajian juga mendapati bahawa penguasaan murid dalam kemahiran membaca
mempengaruhi tahap penguasaan isi penting dalam kadar yang sederhana sahaja dengan nilai korelasi
r = .577. Walau bagaimanapun, faktor seperti minat murid dalam bilik darjah serta pengajaran guru yang
kurang berkesan menyebabkan penguasaan isi penting dalam kemahiran membaca dalam kalangan
murid tidak mencapai tahap yang ditentukan.

Kata Kunci : isi penting, kemahiran membaca, hubungan, kekerapan, penguasaan

ABSTRACT
This paper aims to examine the significant relationship between the mastery of important content in
reading skills with the level of mastery of important content of students. Pupils' mastery of reading skills
has a moderate effect on mastery of important content. Thus, students' mastery of important content is
good and not excellent because students lack mastery of reading skills. This study was conducted with
the aim of examining the level of mastery of important content of students as well as to identify the
relationship between mastery of important content with mastery of reading skills of students. A total of
70 fifth year students from a national school in Tampin district, Negeri Sembilan were sampled in this
study. This study is a quantitative approach that uses the correlation survey method. This study uses
the essential content mastery test as a research instrument. Descriptive and inferential statistical data
were analyzed using Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) software. Overall, this study
proves that fifth year students of SK Tunku Besar have a good level of mastery of important content with
a mean score = 5. The findings also found that students' mastery of reading skills affects the level of
mastery of important content in a moderate rate with a correlation value of r = .577. However, factors
such as students 'interest in the classroom as well as teachers' ineffective teaching cause the mastery
of important content in reading skills among students does not reach the specified level.

Keywords: essential content, reading skills, relationships, frequency, mastery

573
PENGENALAN
Ilmu merupakan salah satu kebajikan manusia yang penting di dunia pada masa kini. Ilmu
adalah keperluan masyarakat, asas kehidupan dan juga melambangkan kebebasan (Ajay
Bhardwaj, 2016). Maka ilmu boleh dipelajari secara formal dan tidak formal yang melibatkan
pembacaan. Oleh itu, keupayaan membaca sangat penting kerana kebolehan membaca
dalam kehidupan seseorang bagi melahirkan masyarakat yang berilmu dan bermaklumat,
bukan merupakan satu tugas yang mudah. Lord Bacon, seorang ahli falsafah Inggeris pernah
berkata ‘reading maketh a full man’ yang membawa maksud membaca menjadikan seseorang
itu berisi. Seseorang itu akan menjadi lebih berilmu apabila dia dapat memahami konteks yang
dibaca. Sebagai langkah inisiatif setiap negara di muka bumi ini bertindak untuk memastikan
warganya celik huruf. UNESCO menyatakan terdapat 781 juta orang iaitu 10 % daripada
populasi dunia merupakan buta huruf. Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat
melaksanakan program yang diusahakan oleh kementerian pendidikannya untuk memastikan
setiap warganya mempunyai kemahiran membaca seperti Summer Reading Programme yang
dijalankan pada waktu cuti persekolahan di Amerika Syarikat. Negara Afrika iaitu Kenya juga
mengoperasikan tinjauan menggunakan Kenyan Uwezo Survey terhadap murid-murid
mereka. Tujuh daripada sepuluh orang murid yang berada pada tahap 2 tidak dapat membaca
walaupun pembacaan tahap rendah. Guru-guru juga sentiasa menggunakan kaedah-kaedah
yang berlainan untuk melaksanakan aktiviti membaca supaya murid dapat memahami isi
kandungan yang dibaca. Sehubungan itu, kajian ini memberi fokus kepada penguasaan isi
pentingan dalam kemahiran membaca murid.

PERNYATAAN MASALAH
Menurut Abdul Rasid Jamian (2011) murid dari sekolah pedalaman mengalami kegagalan
memahami kandungan maklumat yang dibaca. Menurut kajian beliau murid mengalami
masalah ini kerana tidak memahami isi kandungan teks, tidak memahami maksud ayat yang
dibica, tidak boleh membaca pantas dan cepat jemu dan penat. Kebanyakan murid tidak
berminat dalam mata pelajaran bahasa Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka
menguasainya. Selain itu, murid juga lemah dan tidak berminat mencari maklumat yang
terdapat dalam gambar rajah atau bahan rangsangan yang diberikan oleh guru. Menurut
Yahya (2008), membaca merupakan proses interaksi antara teks dengan imaginasi pembaca.
Pembacaan yang efektif dapat dihasilkan melalui pengesanan isi penting dalam bahan
bacaan. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penguasaan
menyenaraikan isi penting dalam kalangan murid.

Selain itu, kajian yang dilaksanakan oleh Abdul Rashid Jamian (2011) juga
menyatakan murid yang kurang menguasai isi penting tidak dapat menguasai kemahiran

574
membaca dengan baik. Kajian tersebut dilaksanakan di sekolah-sekolah luar bandar
terutamanya di Negeri Sembilan, Sarawak dan Pahang. Kawasan pedalaman sebegini
menjadi faktor persekitaran yang menjadi punca kegagalan murid-murid dalam menguasai
kemahiran membaca kerana mereka tidak mempunyai sumber bacaan yang mencukupi untuk
melatih diri sendiri bagi kemahiran membaca. Disebabkan tidak mempunyai budaya membaca
mereka tidak dapat mengasingkan isi penting dan faham kandungan pembacaan. Oleh itu,
kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti antara tahap penguasaan isi penting dengan tahap
penguasaan kemahiran membaca murid.

OBJEKTIF
Kajian ini mempunyai 2 objektif bagi mencapai tujuan kajian. Objektif kajian ini adalah seperti
berikut:
i. Mengenal pasti tahap penguasaan isi penting dalam kalangan murid tahun lima.
ii. Mengenal pasti hubungan antara tahap penguasaan isi penting dengan tahap
penguasaan kemahiran membaca murid tahun lima.

SOALAN KAJIAN
Soalan kajian ini adalah selari dengan objektif kajian, seperti yang berikut:

i. Apakah tahap penguasaan isi penting dalam kalangan murid tahun lima?
ii. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penguasaan isi penting
dengan tahap penguasaan kemahiran membaca murid tahun lima?

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Kajian kuantitatif adalah kajian
yang menggunakan maklumat atau data yang bersifat numerik. Kaedah tinjauan digunakan
dalam kajian ini untuk menyiasat perhubungan di antara pembolehubah, melalui kaedah
korelasi. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penguasaan isi penting dalam kemahiran
membaca. Sehubungan itu, kajian ini menggunakan kaedah tinjauan korelasi kerana munurut
Yuznaili Saleh (2021), pendekatan kuantitatif sangat sesuai untuk digunakan bagi pengkaji
yang ingin menyelidik dan menjelaskan hubungan dan menguji hipotesis antara dua pemboleh
ubah serta menilai hubungan secara numerik.

Dalam kajian ini , populasi kajian terdiri daripada seramai 85 orang murid tahun lima di
sebuah sekolah di mukim Tampin, Negeri Sembilan. Sampel murid tahun lima yang dipilih
adalah seramai 70 orang murid. Jumlah ini ditentukan berdasarkan saiz sampel yang
dicadangkan oleh Krejcie Morgan (1970) iaitu populasi seramai 85 orang, disarankan bahawa

575
saiz minimu sampel adalah seramai 70 orang. Berikut merupakan jadual persampelan Krejcie
Morgan (1970). Kesahan instrumen kajian bermaksud tahap penggunaan instrumen ini dalam
mengukur data yang sepatutnya diukur. Kesahan digunakan untuk mengukur ketepatan
sesuatu ukuran yang digunakan dalam kajian. Kesahan yang dilaksanakan bagi instrumen
kajian ini adalah kesahan kandungan dan kesahan muka yang merangkumi kesahan
kandungan dan kesahan instrumen. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan nilai Kuder
Richardson yang disarankan, iaitu 0.70 sebagai nilai kebolehpercayaan yang boleh diterima.
Oleh itu, nilai Kuder Richardson bagi ujian ini ialah 0.967, iaitu nilai yang tinggi, kukuh dan
kekal untuk digunakan dalam kajian sebenar.

Kajian rintis merupakan kajian yang dijalankan sebelum melaksanakan ujian sebenar.
Kajian rintis dijalankan untuk mengukur kebolehpercayaan item soalan ujian. Kajian ini perlu
dijalankan bagi melihat respons items yang diuji, iaitu dari segi pemahaman item, aras
kesukaran agar soalan yang disediakan dapat difahami dengan mudah tanpa mengelirukan.
Seramai 40 orang responden telah dipilih untuk menjalankan kajian rintis. Kajian ini dijalankan
ke atas murid-murid tahun lima sebuah sekolah kebangsaan di Tampin, Negeri Sembilan yang
merupakan murid bukan sasaran bagi kajian ini. Sebelum kajian dapat dijalankan, beberapa
langkah awal telah diambil. Prosedur pertama yang diambil untuk mengumpul data adalah
memohon kebenaran daripada pihak sekolah SK Tunku Besar untuk menjalankan kajian di
sekolah mereka. Setelah mendapat kebenaran guru besar SK Tunku Besar, pengkaji telah
hadir ke sekolah tersebut untuk mengedarkan ujian kepada sampel kajian ini. Pengkaji juga
dikenalkan kepada Puan Hasnitha yang bertanggungjawab untuk merekod markah
pentaksiran bilik darjah (PBD) di sekolah tersebut. Beliau turut membantu pengkaji untuk
mendapatkan data kajian iaitu markah PBD sampel kajian ini. Pengkaji telah memberi
penerangan ringkas kepada semua responden sebelum mereka menjawab soalan.
Penerangan yang ringkas tentang objektif kajian juga diberitahu kepada responden. Pengkaji
menggunakan instrument ujian sebagai kaedah pengumpulan data untuk mengetahui korelasi
bagi kajian kuantitatif. Para responden telah diberi ujian PIP (Penguasaan Isi Penting) pada
05 Februari 2021 iaitu pada hari Jumaat. Ujian ini diberi kepada responden kajian ini iaitu murid
tahun lima Sekolah Kebangsaan Tunku Besar yang terletak di mukim Tampin, Negeri
Sembilan.

Pengkaji menjalan ujian normaliti untuk memastikan data pada sampel tertabur secara
normal. Terdapat dua daripada beberapa teknik korelasi yang sangat popular sehingga
sekarang iaitu Korelasi Momen Produk Pearson dan Korelasi Pangkat Spearman. Pengkaji
menggunakan Korelasi Momen Produk Pearson untuk menganalisis data kajian ini. Perkaitan
Pearson adalah korelasi sederhana hanya melibatkan satu pemboleh ubah bersandar

576
(dependent) dan satu pemboleh ubah tidak bersandar (independent). Perisian yang digunakan
untuk menguji hipotesis kajian ini adalah analisis statistik. Analisis statistik yang digunakan
dalam kajian ini adalah SPSS.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Kajian ini melibatkan 70 orang responden yang terdiri daripada murid-murid yang belajar di
sekolah rendah yang terletak di Sekolah Kebangsaan Tunku Besar, Tampin.

Jadual 1
Profil Demografi Kajian

Demografi Kekerapan Peratusan


Jantina
 Lelaki 32 45 %
 Perempuan 38 54 %
Kaum
 Melayu 65 93 %
 Cina 1 1%
 Lain-Lain 4 6%

Jadual 2
Item soalan ujian penguasaan isi penting

Bil Soalan Jawapan


S1 Berdasarkan petikan di atas apakah jawatan cikgu Penasihat Persatuan Sains
tersebut ?
S2 Apakah yang perlu dijaga oleh murid-murid keselamatan dan kesihatan
semasa lawatan ini ? diri
S3 Berdasarkan maklumat yang diberi, apakah faedah memberi manfaat dan
yang diperoleh melalui lawatan ini ? maklumat tentang tempat
yang dilawati
S4 Kenyataan yang manakah releven dengan nasihat mencari maklumat dan
yang diberikan oleh guru kepada murid-murid yang gambar tentang aktiviti-
tidak menyertai rombongan tersebut ? aktiviti yang dijalankan
S5 Pilih sebab yang menyokong arahan cikgu yang boleh menyebabkan
tidak membenarkan murid-murid untuk bermain di kecedaraan kepada murid-
tempat-tempat yang berbahaya ? murid
S6 Bolehkah anda mendefinisikan maksud peribahasa kecelakaan yang tidak dapat
“malang tidak berbau” ? diketahui sebelumnya

Jadual di atas menunjukkan item soalan Ujian penguasaan isi penting yang diberi kepada
sampel kajian.

577
Jadual 3
Tahap penguasaan isi penting murid tahun lima SK Tunku Besar

TAHAP PENGUASAAN
KEKERAPAN PERATUS
(MARKAH)
BAIK 47 67 %
(5-6)
SEDERHANA 14 20 %
(3-4)
LEMAH 9 13 %
(1-2)

Berdasarkan jadual 3 yang dibina oleh pengkaji, ia merumuskan bahawa murid-murid


tahun lima di sekolah tersebut mempunyai tahap penguasaan isi penting yang baik. Perkara
ini dapat membuktikan melalui pencapaian murid yang memperoleh markah penuh iaitu enam
per enam dan lima per enam dalam ujian yang diberi oleh pengkaji. Seramai 47 orang murid
tahun lima mempunyai tahap penguasaan isi penting yang baik dan tinggi. Walau
bagaimanapun, bilangan murid yang memperoleh markah yang sederhana, tiga hingga empat,
adalah suku daripada 100 % iaitu 20 %. Mereka kerap mempunyai kesalahan dalam
menjawab soalan pada bahagian item soalan yang kelima dan keenam. Bilanga murid yang
mempunyai tahap penguasaan isi penting pada tahap yang lemah adalah 9 orang murid iaitu
13 %. Mereka hanya dapat menjawab item soalan satu dan dua sahaja. Sebelum
melaksanakan ujian korelasi antara dua variable ini pengkaji melaksanakan ujian normaliti
bagi kedua-dua data kajian iaitu markah PBD murid dengan markah ujian penguasaan isi
penting. Rajah histogram 5.1 dan 5.2 di bawah menunjukkan bahawa data kajian ini
mempunyai taburan yang normal. Ujian taburan normal adalah amat penting kerana ia
menentukan jenis analis yang akan digunakan. Disebabkan data yang diperoleh oleh pengkaji
mempunyai taburan normal maka pengkaji akan melaksanakan analisis data menggunakan
analisis parametrik.

Rajah 1: Taburan normal bagi data markah ujian penguasaan isi penting

578
Rajah 2: Taburan normal bagi data markah PBD kemahiran membaca murid tahun lima

Berdasarkan soalan kajian yang kedua, kajian ini melaksanakan kajian untuk
mengenal pasti adakah terdapat hubungan yang signifikan antara penguasaan isi penting
dengan penguasaan kemahiran membaca murid tahun lima. Jadual 4 dibawah menjawab
soalan yang kedua dan menunjukkan hubungan antara penguasaan isi penting dengan
penguasaan kemahiran membaca murid tahun lima.

Jadual 4
Hubungan antara penguasaan isi penting dengan penguasaan kemahiran membaca

Pemboleh Ubah r p
Penguasaan Isi Penting .577** .000
Kemahiran Membaca

Berdasarkan jadual 4 pekali korelasi bagi pasangan pemboleh ubah penguasaan isi
penting dengan penguasaan kemahiran membaca adalah sederhana yang di antara .577
hingga 1.00 iaitu nilai Pearson Correlation (r) = .577**, dan paras signifikan (p) = .000.
Berdasarkan tafsiran hubungan mengikut Jadual Giulford’s Rule of Thumb, (jadual 4.10)
membuktikan bahawa penguasaan isi penting dengan pemboleh ubah kemahiran membaca
mempunyai perkaitan korelasi positif iaitu .577 dan nilai varian bagi pemboleh ubah ialah
32.8% ((.573 x .573) x 100). Dapatan kajian menunjukkan nilai r= .577, merujuk Pearson
(1966) nilai r= .25 hingga r= .75 merupakan hubungan yang positif dan sederhana antara
penguasaan isi penting dengan penguasaan kemahiran membaca murid tahun lima.

579
Jadual 5
Jadual Guilford’s Rule of Thumb

Nilai pekali korelasi (r) Tafsiran hubungan


lebih daripada 0.90 korelasi kuat sangat
0.90 hingga 0.71 koreasi kuat
0.70 hingga 0.41 korelasi sederhana
0.40 hingga 0.21 korelasi lemah
kurang daripada 0.20 korelasi sangat lemah
0.00 tiada korelasi

Jadual 6
Analisis hubungan penguasaan isi penting dengan kemahiran membaca murid tahun lima

Tahap Arah
Hubungan antara dua pemboleh ubah
Hubungan Hubungan
Hubungan antara penguasaan isi penting dengan
Sederhana Positif
penguasaan kemahiran membaca

Berdasarkan dapatan tersebut dberi kesimpulan bahawa terdapat hubungan yang


signifikan antara penguasaan isi penting dengan kemahiran membaca murid tahun lima. Hal
ini, menolak hipotesis nul yang berbunyi seperti tidak ada hubungan yang signifikan antara
penguasaan isi penting dengan kemahiran membaca murid tahun lima. Oleh itu, pihak sekolah
atau para guru perlu mengambil inisiatif untuk terus mengasah kemahiran membaca dalam
kalangan murid. Kesemua item soalan mempunyai hubungan yang positif dengan kemahiran
membaca. Sehubungan dengan itu murid-murid juga perlu berusaha untuk meningkatkan
tahap pencapaian mereka dalam kemahiran membaca.

KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN


Bahagian ini membincangkan rumusan dapatan setiap soalan kajian dalam kajian ini dan
merumuskannya bagi memberikan justifikasi bahawa setiap objektif kajian telah dicapai dan
soalan kajian telah dijawab. Kesimpulan dalam kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian
selaras dengan soalan kajian yang telah dibina semasa bab satu iaitu tahap penguasaan isi
penting dalam kalangan murid tahun lima dan hubungan yang signifikan antara tahap
penguasaan isi penting dengan tahap penguasaan kemahiran membaca murid tahun lima.

Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang sederhana positif
antara tahap penguasaan isi penting dengan tahap penguasaan kemahiran membaca murid
tahun lima. Hal ini dapat dibuktikan melalui nilai korelasi r = .557 yang menunjukkan sederhana
positif. Nilai ini diperoleh melalui markah PBD dengan markah ujian penguasaan isi penting

580
yang dijalankan oleh pengkaji. Kemahiran membaca mempunyai skop yang besar dan
pengkaji hanya mengkaji tentang penguasaan isi penting dalam kalangan murid. Markah yang
diambil untuk Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) mengalami proses yang panjang. Guru bahasa
Melayu perlu berfokus dengan kemahiran yang lain juga seperti kemahiran membaca,
kemahiran menulis, kemahiran mendengar dan bertutur dan sebagainya. Oleh itu, guru tidak
mempunyai masa yang mencukupi untuk menilai kemahiran membaca murid dengan rapi dan
teliti. Pengkaji berpendapat bahawa murid yang mempunyai penguasaan yang baik dalam
kemahiran membaca dan mempunyai markah yang tinggi dalam PBD dapat memperoleh
markah yang tinggi dalam ujian penguasaan isi penting dan secara tidak langsung mereka
dapat menguasai isi penting yang terdapat dalam teks petikan yang dibaca dan mempunyai
tahap kognitif yang baik untuk memilh jawapan yang betul.

Penguasaan isi penting dan penguasaan kemahiran membaca merupakan salah satu
elemen dalam Modul Kemahiran Membaca yang perlu dikuasai oleh semua murid sekolah
rendah. Bagi memastikan murid-murid dapat menguasai kemahiran ini dengan baik, maka
guru perlu menjalankan penilai secara formatif untuk menentukan penguasaan isi penting
murid dalam kemahiran membaca mereka. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal
pasti tahap penguasaan isi penting dan mengkaji hubungan signifikan antara tahap
penguasaan isi penting dengan penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid
tahun lima. Dengan mempunyai dapatan kajian ini, guru dapat menyediakan ujian formatif
yang sesuai dengan kemahiran membaca. Pengetahuan tentang penilaian untuk menguji
penguasaan sesuatu kemahiran adalah sangat penting supaya guru dapat mengenal pasti
kelemahan yang wujud dalam kemahiran membaca. Dapatan daripada penilaian ini akan
memberi maklum balas kepada guru dan dengan itu guru dapat membaiki dari segi
pengajarannya dan memberi tumpuan yang lebih pada kriteria yang lemah pada penguasaan
isi penting dalam kemahiran membaca.

Penguasaan isi penting dan kemahiran membaca merupakan kemahiran yang penting
bukan hanya disebabkan kemahiran ini merupakan elemen wajib yang telah dicatat dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) tetapi juga kemahiran ini akan
diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Penguasaan isi penting dan kemahiran membaca ini
perlu digunakan semasa murid menjawab peperiksaan, membaca maklumat yang penting
dalam surat khabar, membaca artikel semasa melawat ke mana-mana musium untuk
menambah ilmu pengetahuan. Penguasaan isi penting terhadap kemahiran membaca amat
perlu agar semua orang hanya membaca perkara yang penting sahaja. Oleh itu, ilmu
pengetahuan tentang penguasaan isi penting ini mustahak kerana kemahiran ini akan
digunakan di mana-mana sahaja.

581
Dapatan kajian menunjukkan murid-murid boleh menguasai isi penting pada tahap
yang berbeza. Aktiviti penguasaan isi penting boleh dilakukan dengan menggunakan pelbagai
cara seperti menghasilkan peta i-Think berdasarkan sebuah karangan, ujian Rapid, ujian
kefahaman dan lain-lain. Semua orang perlu mempunyai pengetahun yang mendalam
terhadap kemahiran membaca kerana penguasaan isi penting yang tinggi memudahkan
proses untuk mengetahui perkara yang perlu difokuskan dalam isi pelajaran. Maklumat
tentang sesuatu perkara dapat dilihat dan difahami dengan lebih jelas jika mengariskan atau
membulatkan isi penting dalam sesuatu bahan bacaan. Oleh itu, guru perlu menguasai
pengetahuan tentang penilaian yang sesuai dengan tahap murid agar mereka dapat
menguasai isi penting dalam kemahiran membaca dengan lebih mudah.

Menyedari kepentingan murid menguasai isi penting dalam kemahiran membaca


dengan mendalam dan baik terutamanya bagi meningkatkan kemahiran membaca, pelbagai
jenis aktiviti atau program bagi menggalakkan murid-murid membaca dan mendedahkan
kaedah mengenali dan menguasai isi penting dalam kemahiran membaca perlu diadakan.
Misalnya, Sambutan Hari Buku Sedunia boleh ditambah baik dengan menerapkan aktiviti
membuat peta I-Think bagi isi penting yang terdapat dalam buku yang dibaca. Ini adalah suatu
langkah yang bijak kerana kita dapat melahirkan murid-murid yang dapat memahami sesuatu
teks yang dibaca dengan menguasai isi pentingnya.

Selain itu, pihak kementerian dengan bantuan Pusat Perkembangan Kurikulum perlu
menggubal suatu kaedah yang sistematik seperti penghasilan modul yang bermutu untuk
digunakan oleh guru-guru Bahasa Melayu terutamanya dalam penghasilan ujian formatif yang
terperinci hanya bagi menguasai isi penting dalam kemahiran membaca. Modul penghasilan
ujian formatif ini sangat sesuai bagi mengajar murid-murid cara mengenali isi penting dalam
kemahiran membaca. Dengan cara ini juga, usaha untuk memupuk murid meminati kemahiran
membaca untuk membaiki kelemahan murid-murid dalam menguasai isi penting dapat diatasi.
Penghasilan buku-buku panduan bagi mengenal dan menguasai isi penting dalam kemahiran
membaca perlu diadakan dengan lebih banyak untuk kegunaan guru-guru di sekolah. Apabila
guru mengedarkan buku panduan ini, murid mampu melihat cara isi penting dikenal pasti
dalam sesuatu teks yang diberi dan mengaplikasikannya nanti ketika melaksanakan aktiviti
membaca. Nescaya, dengan cara ini, murid akan meningkatkan kemahiran menguasai isi
penting dalam kemahiran membaca dengan betul dan bermutu. Begitulah cadangan-
cadangan yang diberikan kepada pihak kementerian.

582
RUJUKAN
Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa
Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 1-12.
Ajay Bhardwaj. (2016). Importance of Education in Human Life: a Holistic Approach.
International Journal of Science and Consciousness (IJSC): a Bio-Psycho-Spiritual
approach Published by the Research Foundation for Science & Consciousness,
Uttarakhand, India, 2, 23-28. http://ijsc.net/docs/issue4/importance-of-education-in-
human-life.pdf
Krejcie, R. V., & Morgan,D. W. (1970). Determining sampel kajian for research activities.
Educational and Phychological Measurement., 607-610.
Yahya Othman. (2008). Proses dan strategi membaca berkesan.
Yuznaili Saleh (2021). Panduan Komprehensif Penyelidikan: Navigasi Penyelidikan Anda.
Penerbit IPG Kampus Bahasa Melayu

583
PENGGUNAAN AYAT MAJMUK DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5

Sarmila a/p Rajendran


sarmila09-864@epembelajaran.edu.my

Vijayaletcmy a/p Muniyandy


vijayaletcmy@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini mengkaji penggunaan ayat majmuk dalam karangan murid tahun 5 berdasarkan tahap
penguasaan kemahiran menulis. Didapati faktor murid tidak dapat menghasilkan karangan yang baik
menggunakan ayat-ayat yang gramatis adalah berpunca daripada penggunaan ayat majmuk yang
kurang dalam karangan. Pengkaji menjalankan kajian ini untuk mengkaji penggunaan ayat majmuk dan
hubungan antara tahap penguasaan ayat majmuk dan kemahiran menulis murid dalam karangan
bahasa Melayu. Kajian juga mengkaji jenis penggunaan ayat majmuk berdasarkan tahap murid. Reka
bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah kajian analisis tekstual. Kaedah
persampelan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Responden kajian terdiri daripada tiga
orang murid tahun 5 di sebuah sekolah kebangsaan Taman Gopeng Baru, Perak iaitu seorang murid
cemerlang, seorang murid sederhana dan seorang murid lemah. Kajian ini menggunakan kaedah
analisis dokumen. Kajian ini menggunakan instrumen senarai semak. Data kajian dikumpul daripada
hasil karangan autobiografi, karangan keperihalan dan karangan fakta. Penghuraian dan rumusan data
dilakukan dengan meneliti soalan dan objektif kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan responden kajian
dalam tahap cemerlang dan tahap sederhana mengamalkan penggunaan ayat majmuk gabungan, ayat
majmuk pancangan dan juga ayat majmuk campuran. Responden kajian dalam tahap lemah hanya
mengamalkan ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan keterangan tujuan sahaja.
Penguasaan ayat majmuk amat penting dalam penulisan sesebuah karangan. Dengan adanya
penggunaan ayat majmuk ini, murid dapat menghasilkan karangan yang bertaraf tinggi yang dapat
menarik minat pembaca.
Kata Kunci: Tahap Kemahiran Menulis, Jenis- Jenis Ayat Majmuk, Karangan

ABSTRACT
This study examines the use of compound sentences in the essays of year 5 students based on the
level of mastery of writing skills. It was found that the factor of students not being able to produce a good
essay using grammatical sentences is due to the use of compound sentences that are lacking in the
essay. The researchers conducted this study to investigate the use of compound sentences and the
relationship between the level of compound sentences and essay writing skills of students in languages
other than English. The study also examined the types of compound sentences used based on the level
of students. The design of this study uses a qualitative approach and textual analysis study methods.
The sampling method uses purposive sampling method. The respondents of the study consisted of three
year 5 students in a school in Taman Gopeng Baru, Perak. The three respondents are choosen as an
excellent student, an average student and a weak student. This study uses document analysis method.
This study used a checklist instrument. Study data were collected from the results of autobiographical
essays, descriptive essays and factual essays. The elaboration and summary of the data was done by
examining the questions and objectives of the study. The findings of this study showed that the
respondents of the study in the excellent and moderate levels practiced the use of compound compound
sentences, stakes compound sentences and also mixed compound sentences. The respondents of the
study in the weak level only practiced the stake compound sentence and the compound sentence of the
purpose statement only. Mastery of compound sentences plays an important role in writing an interesting

584
essay. With the use of this compound sentence, students can produce a high standard essay that can
attract the interest of readers.
Keywords: Level of Writing Skills, Types of Compound Sentences, Essays

PENGENALAN

Pada abad ke-21, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat menitikberatkan keterlibatan
murid dalam proses pembelajaran supaya dapat membentuk murid yang dapat mendepani
cabaran abad ke-21. Kemahiran berbahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur,
membaca, dan menulis. Dalam kemahiran ini, kemahiran menulis merupakan perlakuan
menggunakan pen, pensel atau sebarang alat tulis bagi menulis atau menaip sebarang idea
mahupun pernyataan. Namun begitu, definisi ini begitu umum dan bersifat mekanikal.
Kemahiran menulis ini amat penting bagi membolehkan seseorang itu menulis, dan
mengarang dengan baik. Kemahiran menulis ini juga memainkan peranan yang penting dalam
penulisan karangan. Penulisan karangan ialah satu bentuk penulisan yang memerlukan
kreativiti seseorang untuk menunjukkan fakta dan pandangan tokoh berkenaan yang
menampilkan keilmiahan penulisan. Untuk penghasilan penulisan karangan yang baik, murid
perlu juga menguasai pembinaan ayat majmuk dengan baik. Penggunaan ayat majmuk dapat
membantu murid dalam menghasilkan ayat-ayat yang gramatis. Pernyataan ini juga disokong
dengan kajian Riezman (2013), yang menyatakan faktor murid tidak dapat menghasilkan
karangan yang baik menggunakan ayat-ayat yang gramatis adalah berpunca daripada
kekerapan murid yang kurang menggunakan ayat majmuk dalam karangan. Oleh itu pengkaji
berpendapat untuk melaksanakan kajian yang mendalam dalam penggunaan ayat majmuk ini
berdasarkan tahap kemahiran menulis murid. Sehubungan itu, kajian ini akan mengkaji
penggunaan ayat majmuk dalam karangan murid tahun 5 berdasarkan tahap kemahiran
menulis murid. Kajian ini juga akan mengkaji jenis-jenis ayat majmuk yang digunakan dalam
penulisan karangan berdasarkan tahap kemahiran menulis.

PERNYATAAN MASALAH

Menurut Abdul Rasid (2011), penguasaan kemahiran menulis karangan merupakan masalah
yang kerap dihadapi oleh para murid. Secara umumnya, punca utama masalah ini ialah, para
murid lemah dalam pemilihan kata, mengalami masalah dalam menggabungkan dua atau
lebih idea dalam satu ayat dan membina ayat- ayat gramatis bagi menerapkan rasa tertarik
dalam karangan. Manakala menurut kajian Riezman (2013), pula faktor murid tidak dapat
menghasilkan karangan yang baik menggunakan ayat-ayat yang gramatis adalah berpunca
daripada kekerapan murid yang kurang menggunakan ayat majmuk dalam karangan. Murid
lebih gemar menggunakan ayat tunggal berbanding dengan ayat majmuk kerana murid berasa
mudah dan senang untuk membina ayat tunggal. Murid tidak mahu berusaha lebih untuk
membina ayat majmuk dan sentiasa berada di zon yang selesa. Kedua-dua kajian di atas

585
menunjukkan murid kurang menguasai kemahiran menulis. Sehubungan itu, kajian ini
bertujuan untuk mengkaji penggunaan ayat majmuk dalam karangan dan hubungan antara
tahap penguasaan ayat majmuk dan kemahiran menulis murid dalam karangan bahasa
Melayu berasaskan tiga tahap iaitu cemerlang, sederhana dan lemah.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini mempunyai satu objektif bagi mencapai tujuan kajian. Objektif kajian Ini adalah
mengkaji penggunaan ayat majmuk dalam karangan murid tahun 5 berdasarkan tahap
penguasaan kemahiran menulis.

SOALAN KAJIAN

Kajian ini mengandungi 4 soalan kajian bagi mencapai objektif kajian ini.

1. Apakah ayat majmuk yang digunakan oleh murid tahun 5 yang dalam tahap cemerlang
dalam kemahiran menulis ?

2. Apakah ayat majmuk yang digunakan oleh murid tahun 5 yang dalam tahap sederhana
dalam kemahiran menulis ?

3. Apakah ayat majmuk yang digunakan oleh murid tahun 5 yang dalam tahap lemah dalam
kemahiran menulis ?
4. Bagaimanakah ayat majmuk ditulis dalam karangan oleh murid tahun 5 yang dalam tahap
cemerlang, sederhana dan lemah dalam kemahiran menulis ?

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah analisis tekstual.
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji secara mendalam tentang penggunaan ayat majmuk
dalam karangan murid tahun 5 berdasarkan tahap penguasaan kemahiran menulis mereka.
Kajian ini menggunakan kaedah analisis tekstual kerana kajian ini akan mengkaji kandungan
karangan murid secara terperinci dan mendalam. Kaedah analisis tekstual ini dianggap
sebagai metodologi kesarjanaan di mana teks dikaji berdasarkan pengkaryaannya,
kesahihannya dan makna-makna teks. (Joubish, Muhammad Farooq dan Muhammad
Asyraf Khurram, 2011). Menurut Krippendorff, (1980) kaedah analisis tekstual adalah salah
satu teknik yang sistematik yang menekankan penggunaan bahasa dan perkataan-
perkataan dalam teks yang boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori yang lebih besar
berdasarkan sistem pengekodan yang mempunyai kata kunci yang tersendiri. Kaedah ini
juga didefinisikan sebagai kaedah analisis yang dilakukan ke atas sesebuah teks yang

586
bertujuan untuk memahami teks tersebut berdasarkan kejelasan teks. Kaedah analisis
tekstual ini sesuai untuk menganalisis sebarang dokumen murid seperti karangan kerana
dapat membuahkan hasil yang terperinci dan lengkap mengenai kandungan dokumen atau
karangan tersebut.

Kaedah persampelan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Responden


kajian terdiri daripada tiga orang murid tahun 5 di sebuah sekolah kebangsaan Taman Gopeng
Baru, Perak iaitu seorang murid cemerlang, seorang murid sederhana dan seorang murid
lemah. Pengambilan sampel adalah berdasarkan skor markah kerana murid-murid Tahun 5
terdiri daripada tiga tahap penguasaan kemahiran menulis iaitu cemerlang, memuaskan dan
lemah. Skor markah dengan tahap dalam penentuan sampel kajian ini ditetapkan mengikut
Julat Markah dan Gred Peperiksaan (KSSR) Sekolah Kementerian Pendidikan. Instrumen
kajian ini adalah senarai semak yang dibina oleh pengkaji sendiri. Senarai semak itu
mengandungi 2 bahagian. Bahagian A iaitu Informasi subjek dan sampel yang dipilih.
Bahagian B pula adalah bahagian penganalisisan ayat majmuk. Dalam bahagian ini, tiga jenis
ayat majmuk utama iaitu ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk
campuran akan dianalisis berdasarkan ciri-ciri yang perlu dititik beratkan dalam pembinaan
setiap jenis ayat majmuk.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini akan membincangkan empat soalan kajian. Dapatan kajian bagi soalan pertama
iaitu apakah ayat majmuk yang digunakan oleh murid tahun 5 yang dalam tahap cemerlang
dalam kemahiran menulis menunjukkan responden kajian dalam tahap cemerlang
mengamalkan penggunaan tiga jenis ayat majmuk dalam penulisan karangan. Pengesahan
bagi dapatan kajian bagi soalan pertama dapat dicapai dengan ‘Tringulasi Data’ kerana hasil
penganalisisan menunjukkan ketiga-tiga jenis karangan responden X iaitu karangan
autobiografi, karangan fakta dan karangan keperihalan mengandungi penggunaan ayat
majmuk gabungan, pancangan dan campuran.

Seterusnya, dapatan kedua kajian bagi menjawab soalan kedua kajian iaitu apakah
ayat majmuk yang digunakan oleh murid tahun 5 yang dalam tahap sederhana dalam
kemahiran menulis. Dapatan kajian menunjukkan responden Y ini turut mengamalkan
penggunaan tiga jenis ayat majmuk dalam penulisan karangan. Iaitu ayat majmuk gabungan,
ayat majmuk pancangan dan juga ayat majmuk campuran. Perkara ini juga mengesahkan
bahawa dapatan kajian kedua ini telah disahkan dengan ‘Tringulasi Data’. Pengkaji dapat
membuat kesimpulan daripada hasil kajian bahawa penggunaan ayat majmuk responden in
adalah dalam tahap yang sederhana. Dapatan ini disokong dengan kajian Roszzaimah (2009)

587
yang menyatakan bahawa pencapaian murid tahap sederhana dalam penggunaan ayat
majmuk masih pada tahap sederhana.

Selanjutnya, dapatan kajian bagi soalan ketiga pula menunjukkan responden kajian
dalam tahap lemah hanya mengamalkan penggunaan dua jenis ayat majmuk dalam penulisan
karangan. Iaitu penggunaan ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan keterangan
tujuan. Pengesahan bagi dapatan kajian bagi soalan ketiga ini turut dicapai dengan ‘Tringulasi
Data’ kerana hasil penganalisisan menunjukkan ketiga-tiga jenis karangan responden Z iaitu
karangan autobiografi, karangan fakta dan karangan keperihalan mengandungi penggunaan
2 jenis ayat majmuk sahaja.

Akhir sekali, dapatan terakhir kajian bagi menjawab soalan keempat kajian iaitu
bagaimana ayat majmuk ditulis dalam karangan oleh murid tahun 5 yang dalam tahap
cemerlang, sederhana dan lemah dalam kemahiran menulis. Dapatan kajian menunjukkan
kesemua jenis ayat majmuk yang ditulis oleh responden X ini sangat menepati kesemua ciri
yang perlu dititikberatkan dalam penulisan ayat majmuk. Cara penulisan kesemua jenis ayat
majmuk adalah betul dari segi gramatisnya iaitu dari makna ayat, Pengkaji mendapati murid
yang dalam tahap cemerlang ini berupaya menggunakan ayat majmuk dengan lebih luas dan
mendalam. Cara pembinaan ayat majmuk gabungan, dan ayat majmuk campuran responden
Y ini turut menepati kesemua ciri yang perlu dititikberatkan dalam penulisan ayat majmuk.
Tetapi hasil analisis pembinaan ayat majmuk pancangan keterangan responden Y tidak
menepati ciri-ciri yang perlu dititikberatkan dalam pembinaan ayat tersebut. Didapati
responden mengalami kekeliruan dalam pembinaan ayat majmuk pancangan keterangan. Hal
ini yang menyebabkan karangan responden Y kurang mengandungi pembinaan ayat majmuk
pancangan keterangan yang betul. Akhir sekali, cara pembinaan ayat majmuk gabungan
responden Z gagal menepati ciri yang perlu dititikberatkan dalam penulisan ayat majmuk
tersebut. Dapatan kajian ini disokong dengan kajian yang dijalankan oleh Arina Johari (2013),
menunjukkan ayat majmuk gabungan mempunyai kekerapan yang tinggi dalam kesalahan
ayat. Cara penulisan ayat majmuk pancangan keterangan tujuan sahaja yang betul dari segi
gramatisnya iaitu dari makna ayat.

KESIMPULAN
Dapatan kajian menunjukkan responden kajian dalam tahap cemerlang iaitu responden X
mengamalkan penggunaan tiga jenis ayat majmuk dalam penulisan karangan. Iaitu ayat
majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan juga ayat majmuk campuran. Ayat- ayat
majmuk yang dibina oleh responden adalah gramatis yang dapat meningkatkan kualiti
penulisan karangan. Dapatan kajian ini disokong dengan hujah Riezman (2013), yang
menyatakan penghasilan karangan yang baik adalah dengan menggunakan ayat- ayat yang

588
gramatis dengan penggunaan ayat majmuk dalam karangan. Pengkaji juga membuat
kesimpulan bahawa responden X ini mahir dan menggunakan ayat majmuk pancangan secara
meluas dalam karangan. Dapatan ini juga disokong dengan kajian Moharini Yusoff (2002)
yang menunjukkan bahawa penggunaan ayat majmuk pancangan keterangan adalah tinggi
oleh pelajar. Dapatan keseluruhan responden X ini membolehkan pengkaji merumuskan
penggunaan ayat majmuk dalam karangan murid yang berada dalam tahap cemerlang
berdasarkan dua kenyataan. Iaitu murid cemerlang menggunakan ketiga-tiga jenis utama ayat
majmuk dalam penulisan karangan. Kedua, penggunaan ayat majmuk murid cemerlang dalam
penulisan karangan adalah betul dan tepat serta gramatis.

Dapatan kajian menunjukkan responden kajian dalam tahap sederhana iaitu


responden Y mengamalkan penggunaan tiga jenis ayat majmuk dalam penulisan karangan.
Iaitu ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan juga ayat majmuk campuran.
Didapati responden hanya menguasai ayat majmuk pancangan relatif tetapi ayat majmuk
pancangan keterangan, hanya beberapa ayat sahaja yang betul dari segi ciri pembinaannya.
Pengkaji dapat membuat kesimpulan daripada hasil kajian bahawa penggunaan ayat majmuk
responden in adalah dalam tahap yang sederhana. Dapatan ini disokong dengan kajian
Roszzaimah (2009) yang menyatakan bahawa pencapaian murid tahap sederhana dalam
penggunaan ayat majmuk masih pada tahap sederhana. Pengkaji juga dapat membuat
kesimpulan bahawa responden Y ini hanya menguasai cara pembinaan ayat majmuk
gabungan secara meluas, dan penggunaan ayat majmuk pancangan relatif dan ayat majmuk
campuran adalah masih kurang. Dapatan ini disokong dengan kajian Arina Johari (2013) dan
Wan Rozzaimah (2009). Dapatan beliau menunjukkan ayat majmuk gabungan digunakan
secara kerap dalam penulisan karangan kerana proses pemajukannya mudah. Didapati
responden mengalami kekeliruan dalam pembinaan ayat majmuk pancangan keterangan.
Responden kurang mahir dalam membezakan fungsi setiap ayat majmuk pancangan
keterangan. Hal ini yang menyebabkan karangan responden Y kurang mengandungi
pembinaan ayat majmuk pancangan keterangan yang betul

Akhir sekali, dapatan kajian menunjukkan responden kajian dalam tahap lemah iaitu
responden Z hanya mengamalkan penggunaan ayat majmuk gabungan, ayat majmuk
pancangan keterangan tujuan sahaja. Dapatan kajian juga menjelaskan bahawa penggunaan
ayat majmuk murid dalam karangan adalah sangat kurang. Dapatan ini selari dengan dapatan
kajian Paramasivam (2005), bahawa murid kurang kerap menggunakan ayat majmuk dalam
penulisan mereka. Penggunaan ayat majmuk gabungan responden Z gagal menepati ciri yang
perlu dititikberatkan dalam penulisan ayat majmuk tersebut. Dapatan kajian ini disokong
dengan kajian yang dijalankan oleh Arina Johari (2013), menunjukkan ayat majmuk gabungan
mempunyai kekerapan yang tinggi dalam kesalahan ayat. Hasil analisis pembinaan ayat

589
majmuk juga merumuskan bahawa responden Z tidak langsung menguasai ayat majmuk
campuran. Hal ini demikian kerana ketidak penggunaan ayat majmuk jenis yang berbeza
dalam penulisan karangan yang menyebabkan responden Z gagal membina ayat majmuk
campuran.

IMPLIKASI
Implikasi kajian dibincangkan bagi memberi justifikasi bahawa kajian ini memenuhi jurang
penyelidikan dan berupaya memberi sumbangan kepada pengetahuan dan praktikal. Kajian
ini dalam impak yang besar akan membantu guru meningkatkan penguasaan dalam ayat
majmuk ini tanpa sebarang halangan atau kekeliruan. Pengkaji berkata sedemikian kerana,
kajian ini menjelaskan cara penggunaan ayat majmuk yang dapat meningkatkan kemahiran
guru atau pengguna dalam menggabungkan dua idea atau lebih dan menghasilkannya
sebagai satu ayat yang lengkap. Melalui kajian ini, guru juga boleh mengambil iktibar bahawa
ayat majmuk bukannya hanya terdiri daripada ayat majmuk gabungan, malah ayat majmuk
pancangan dan campuran perlu diberikan perhatian yang khusus dan langkah-langkah yang
sesuai perlu diambil. Guru juga dikehendaki menitikberatkan isu kemahiran membina ayat
majmuk murid lemah yang hanya berasaskan satu jenis. Guru juga dikehendaki mengambil
iktibar daripada kajian ini bahawa pembinaan ayat majmuk murid tahap lemah dan sederhana
bukanlah hanya terhad pada satu jenis dan berusaha untuk meningkatkan kepada
penggunaan pelbagai jenis.

CADANGAN

Pihak kementerian dengan bantuan Pusat Perkembangan Kurikulum perlu menggubal suatu
kaedah yang sistematik seperti penghasilan modul yang bermutu untuk digunakan oleh guru-
guru Bahasa Melayu terutamanya dalam topik ayat majmuk bagi mengajar murid-murid cara
mengenali fungsi penggunaan setiap jenis ayat majmuk. Guru sepatutnya menggunakan
kaedah dan strategi yang lebih sesuai dalam mengajarkan ayat majmuk. Cadangan bagi kajian
lanjutan juga turut dibincangkan. Saranan yang pertama ialah kajian dalam topik yang sama
dengan menggunakan pendekatan kualitatif buat kali kedua tetapi dengan menggunakan
kaedah kajian kes. Kaedah kajian kes akan membincangan sesuatu dapatan kajian dengan
lebih terperincil yang melibatkan tiga kaedah iaitu kaedah temu bual, kaedah pemerhatian dan
juga kaedah analisis dokumen. Hal ini demikian kerana, kajian ini hanya berasaskan satu
kaedah iaitu analisis dokumen dari tiga sumber yang berbeza. Maka jelaslah terdapat
beberapa cadangan yang boleh diutarakan bagi meningkatkan kajian dalam topik ini.

590
RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa menulis
bahasa melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 1(1), 1-12.

Arina Johari. (2013). Analisis Kesalahan Umum Struktur Ayat Majmuk oleh Pelajar Asing,
[Unpublished doctoral dissertation]. Kuala Lumpur Intemational Islamic University
Malaysia.

Joubish, Muhammad Farooq, Muhammad asyraf Khurram. (2011). Outlook on some concept
in the curriculum of social studies. World Apllied Science Journal, 14(2), 139-145.

K.Krippendorff. (1980). Content Analysis. An Introduction to its methodology (3rd ed.). SAGE
publication.

Mohd Riezman Ramli. (2013, December 12). Meningkatkan penguasaan menulis ayat majmuk
berpandukan gambar. https://www.scribd.com/doc/174846844 Meningkatkan-
Penguasaan-Menulis-Ayat-Majmuk-Berpandukan-Gambar-Prosiding-2

Marohaini Yusoff. (n.d.). Pengajaran Kemahiran menulis karangan bahasa Melayu di Sekolah
Menengah: Satu Penilaian. Jurnal Pendidikan, 5(2), 65-71.

Wan Rozzaimah. (2009). Penulisan karangan deskriptif pelajar tingkatan satu. Universiti
Malaya.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2018) Standard Kurikulum Bahasa Melayu (Semakan).


(2018, November 11). Kementerian Pendidikan Malaysia (2018) Standard Kurikulum
Bahasa Melayu (Semakan). http://www.mohe.gov.my

591
HUBUNGAN KEFAHAMAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DENGAN
PENGALAMAN MENGAJAR GURU BAHASA MELAYU

Sevanesan a/l Arumugam


sevanesan09-865@epembelajaran.edu.my

Hayati binti Mohamad Yusof


hayati.myusof@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kefahaman terhadap Rancangan Pengajaran Harian mempengaruhi kebolehan guru dalam
menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Pembinaan Rancangan Pengajaran
Harian yang tidak memenuhi kriteria-kriteria tertentu mampu merencatkan pencapaian objektif
pembelajaran yang ditetapkan oleh guru. Malahan kajian juga menunjukkan bahawa kebanyakkan guru
menghadapi masalah dalam merancang pengajaran kerana tidak memahami rasional merancang
pengajaran dan segelintir guru masih kurang berpengalaman untuk menyesuaikan diri dengan situasi
sekolah mahupun dengan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kajian bagi
menyelidik kefahaman Rancangan Pengajaran Harian lebih banyak dijalankan terhadap guru-guru
pelatih. Walau bagaimanapun, didapati kajian berkaitan kefahaman Rancangan Pengajaran Harian
dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah masih kurang dilaksanakan. Sehubungan
dengan itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kefahaman terhadap Rancangan Pengajaran
Harian dalam kalangan guru Bahasa Melayu serta mengenal pasti hubungan signifikan antara
kefahaman Rancangan Pengajaran Harian dengan pengalaman mengajar. Reka bentuk kajian ini
menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah tinjauan korelasi. Responden kajian ini terdiri
daripada 70 orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah-sekolah rendah kebangsaan sekitar
Setapak. Kajian ini telah menggunakan sebuah instrumen berbentuk soal selidik yang mewakili konstruk
Rancangan Pengajaran Harian iaitu menganalisis, penentutan matlamat, penyusunan pengalaman
pembelajaran, penilaian dan refleksi. Dapatan kajian menunjukkan kefahaman guru Bahasa Melayu
berada pada tahap yang sangat baik (min=4.71). Hasil kajian ini juga membuktikan bahawa terdapat
hubungan antara kefahaman Rancangan Pengajaran Harian dengan pengalaman mengajar guru
Bahasa Melayu. Perkara ini akan memberi kesan negatif sekiranya tidak segera ditambah baik. Oleh
itu dapatan kajian ini membolehkan Kementerian Pendidikan Malaysia, pihak sekolah dan guru
mengambil langkah yang sewajarnya bagi mengurangkan jurang perbezaan yang berlaku antara
kefahaman Rancangan Pengajaran Harian dengan pengalaman mengajar guru Bahasa Melayu.
Kata kunci: kefahaman, Rancangan Pengajaran Harian, pengalaman mengajar.

ABSTRACT
Understanding of lesson plan affect teachers’ ability to perform better in the process of teaching and
learning. By creating a lesson plan without particular criteria can lowers the chance for teachers
achieving the learning objective that been designed. Moreover, research also suggests that teachers
are having problems in the process of building lesson plan because they didn’t understand the rational
of doing it and some of the teachers who having least teaching experience are facing difficulties to adapt
with school environment nor in the teaching process. Research about understanding of lesson plan was
mostly done among teachers’ trainees. However, research that based on understanding of lesson plan
within Malay Language teachers in primary schools not been conducted yet. So, this research was
carried out to survey the understanding of lesson plan among Malay Language teachers and to find out
the relationship between the understanding of lesson plan and teaching experience. This research was
conducted using quantitative method and survey plus correlation technique. Number of respondents
that been take part in this research are totally 70 Malay Language teachers who teaching at Setapak
primary schools. Questionnaire instrument was used in this research and been divided into several

592
aspects: analyze, state objective, arrangement of learning methods, evaluate and reflection. The
findings shows that the Malay Language teachers’ understanding about lesson plan is at excellent level
(mean=4.71). The findings also proved that there is a relationship between understanding of lesson plan
and teaching experience among Malay Language teachers. This will lead to a negative effect if did not
been worked out. In conclusion, the final findings of this research help Ministry of Education, schools
and teachers to find a solution to minimize the differences between understanding of lesson plan and
teaching experience among Malay Language teachers.
Key words: understanding, lesson plan, teaching experience.

PENGENALAN

Pendidikan diiktiraf sebagai satu bidang yang sangat utama di peringkat global kerana
memainkan peranan dalam pembangunan bidang-bidang lain. Pandangan ini disokong oleh
Hasnah Ali et al. (2009) kerana sistem pendidikan berupaya memenuhi kehendak komersil
dan industri malah boleh menghasilkan tenaga kerja yang bersifat inovatif, produktif dan
berkemahiran. Bagi memudahkan penyampaian ilmu pendidikan, pelbagai jenis sekolah telah
ditubuhkan di setiap negara mengikut keperluan supaya pendidikan secara formal dapat
disebarluaskan.

Istilah guru menjadi penghubung terdekat dengan pendidikan dan sekolah. Hal ini
demikian kerana hanya seorang guru yang mampu mewujudkan pembaharuan dalam
pendidikan dan sekolah. Lanjutan itu, proses PdP tidak akan tercapai tanpa tiga elemen iaitu
guru, murid dan kaedah pengajaran (Kamarul Azmi Jasmi, 2016). Apabila mengaitkan unsur
murid dalam proses PdP, hubungan unsur guru memainkan peranan dalam memastikan para
murid mengikuti isi kandungan mata pelajaran yang disampaikan.

Dari sudut pandangan Koenig et al. (2014), perancangan pengajaran seperti draf
berbentuk dokumen membantu seseorang guru untuk menterjemahkan kurikulum yang
disediakan oleh pihak penggubal dasar dengan menggunakan kaedah yang betul dan
bersesuaian agar murid dapat menguasai isi pelajaran dengan sistematik. Penjelasan beliau
jelas menunjukkan bahawa keperluan draf perancangan bagi pelaksanaan pendekatan
strategi PdP seperti yang dimaklumkan oleh Zuraidah Ramdzan (2013) dan di Malaysia
perancangan tersebut dibuktikan melalui RPH dengan memasukkan segala elemen dalam
KSSR. Secara umumnya, pembinaan RPH Bahasa Melayu mahupun subjek lain dibahagikan
kepada tiga proses iaitu sebelum, semasa dan selepas.

PERNYATAAN MASALAH
Guru perlu memahami cara membina Rancangan Pengajaran Harian dengan baik. Malah,
kefahaman guru mengenai RPH Bahasa Melayu sentiasa boleh ditingkatan secara berterusan
menerusi pengalaman-pegalaman sewaktu PdP.

593
Menurut Nurasyikin Abd. Rahman (2017), kebanyakkan guru menghadapi masalah
dalam merancang pengajaran kerana tidak memahami rasional merancang pengajaran. Guru
yang kurang membuat bacaan dan peneltian terhadap pedagogi kurikulum terkini menerusi
KSSR akan tertinggal dalam strategi pengapliksaian pengajaran abad ke-21 seterunya berasa
keliru apabila merangka RPH kerana kekurangan idea. Akibat daripada ini, langkah
pengajaran guru tidak selari dengan standard kandungan dan standard pembelajaran dalam
KSSR walaupun dilaksanakan menggunakan strategi atau kaedah tertentu. Sehubungan itu,
kajian ini mengkaji kebolehan penulisan RPH guru Bahasa Melayu untuk mengenal pasti tahap
kefahaman terhadap RPH dalam kalangan guru Bahasa Melayu.

Seterusnya, Hattie (2003) yang menjelaskan bahawa segelintir guru masih kurang
berpengalaman untuk menyesuaikan diri dengan situasi sekolah mahupun dengan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Perwatakan guru yang menjurus kepada
sifat intrapersonal menyebabkan mereka berasa kurang yakin sewaktu menterjemahkan RPH
yang dibina secara berkesan di hadapan murid-murid. Kesan daripada situasi tersebut, guru
cenderung untuk memandang remeh terhadap pencapaian objektif pembelajaran yang
ditetapkan dalam RPH serta melaksanakan aktiviti yang tidak berkaitan dengan isi kandungan.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Kajian ini mengandungi dua objektif kajian bagi mencapai tujuan kajian. Objektif kajian itu
adalah seperti yang berikut:

i Mengenal pasti tahap kefahaman terhadap RPH dalam kalangan guru Bahasa
Melayu.
ii Mengenal pasti hubungan signifikan antara kefahaman RPH dengan pengalaman
mengajar.

Selain itu, kajian ini mengandungi dua soalan kajian. Soalan kajian yang pertama bagi
mencapai objektif kajian pertama. Manakala soalan kajian yang kedua bagi mencapai objektif
kajian yang kedua. Soalan kajian yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

i Apakah tahap kefahaman terhadap Rancangan Pengajaran Harian dalam kalangan


guru Bahasa Melayu?
ii Adakah terdapat hubungan signifikan antara kefahaman Rancangan Pengajaran
Harian dengan pengalaman mengajar?

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah tinjauan korelasi.
Kajian ini melibatkan seramai 70 orang responden yang terdiri daripada guru-guru Bahasa

594
Melayu yang mengajar di sekolah-sekolah rendah kebangsaan sekitar bandar Setapak, Kuala
Lumpur. Daripada jumlah sampel tersebut, 25 orang guru berjantina lelaki manakala 45 orang
guru berjantina perempuan serta dipilih berdasarkan pengalaman mengajar yang berbeza.

Kajian ini menggunakan instrumen borang soal selidik bagi meninjau tahap kefahaman
guru Bahasa Melayu terhada Rancangan Pengajaran Harian. Borang soal selidik ini
mengandungi 30 item yang dibahagi mengikut empat bahagian iaitu demografi, konstruk
menganalisis dan penentuan matlamat, konstruk penyusunan pengalaman pembelajaran
serta konstruk penilaian dan refleksi. Kebolehpercayaan instrumen menunjukkan nilai Alpha
Cronbach, 0.762.

Bagi proses pengumpulan data, pengkaji telah mendapatkan senarai sekolah-sekolah


rendah kebangsaan di kawasan Setapak melalui portal PPD Keramat pada 25 Februari 2021.
Pengkaji telah menyenaraikan sekolah-sekolah tersebut lalu mencatat alamat e-mel dan
nombor telefon sekolah bagi proses menghantar surat kebenaran pengumpulan data dan surat
menjalankan kajian pada 27 Februari 2021. Kesemua maklum balas bagi surat kebenaran
pengumpulan data yang dihantar secara e-mel daripada pihak sekolah telah diperoleh pada 1
Mac 2021. Proses menghubungi setiap guru Bahasa Melayu yang bertugas di sekolah
kebangsaan sekitar Setapak hasil rujukan senarai yang diberi oleh pihak sekolah melalui e-
mel dilaksanakan dari 1 Mac sehingga 3 Mac 2021. Guru-guru yang telah bersetuju untuk
menjadi responden kajian telah disenaraikan dan dikelompokkan dalam satu kumpulan
‘Whatsapp’, diberi sedikit taklimat mengenai kajian menerusi memo lalu instrumen kajian
diedar melalui pautan ‘Google Form’ yang dicipta. Secara keseluruhannya, proses
pengumpulan data ini telah dimulakan pada 5 Mac 2021 dan berjaya ditamatkan pada 18 Mac
2021.

Analisis data kajian ini dijalakankan menerusi perisian SPSS pada 19 Mac 2021
sejurus kesemua data dikumpul daripada responden kajian. Setelah data soal selidik dikumpul
menerusi ‘Google Form’, pengkaji telah menukarkan taburan data ke bentuk ‘Microsoft Excel’.
Susan data mentah setiap item telah dimasukkan ke dalam SPSS versi 22.0. Data-data
tersebut dianalisis melalui statistik deskriptif kerana mewakili populasi yang besar.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Analisis dapatan kajian bagi soalan kajian pertama telah menunjukkan bacaan purata min
yang tinggi iaitu 4.71 (sisihan piawai=0.43). Perkara ini berlaku akibat faktor bilangan guru
yang menjawab ‘tidak pasti’ bagi setiap item dalam tiap konstruk adalah sangat kurang iaitu
satu hingga empat orang responden sahaja daripada yang menjawab ‘setuju’ dan ‘sangat
setuju’ iaitu secara total kedua-duanya melebihi 90%. Justeru, pengkaji dapat merumuskan
bahawa tahap kefahaman guru Bahasa Melayu terhadap RPH adalah sangat baik kerana

595
responden mampu menganalisis, menentukan matlamat pdp, menyusun pengalaman
pembelajaran, membina penilaian serta mencatat refleksi sepanjang proses pembinaan RPH
sebelum, semasa dan selepas aktiviti pdp. Kesannya, dapatan kajian menghampiri dapatan
kajian pengkaji lepas iaitu Nurasyikian Abd. Rahman (2017) yang merumuskan bahawa tahap
kefahaman RPH pelajar UPSI adalah pada tahap baik.

Jadual 1
Tahap kefahaman guru Bahasa Melayu terhadap RPH

Tahap Kefahaman Guru BM Terhadap RPH


Konstruk Nilai Min Nilai Min Sisihan Piawai
Keseluruhan Keseluruhan
Menganalisis & 4.74 4.71 0.43
Penentuan Matlamat
Penyusunan 4.67
Pengalaman
Mengajar
Penilaian & Refleksi 4.72

Analisis dapatan kajian bagi soalan kajian kedua pula menunjukkan nilai pekali korelasi
iaitu nilai Spearman bagi kefahaman RPH dengan pengalaman mengajar sebagai r=0.758 dan
dengan nilai signifikan p=0.00. Oleh kerana nilai signifikan yang diperoleh lebih rendah
daripada aras signifikan yang telah ditetapkan, iaitu 0.05, maka hipotesis nol ditolak. Ini
menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman RPH dengan pengalaman
mengajar. kerana menurut Azizi Yahaya et al. (2020) hipotesis ditolak jikalau nilai signifikan
lebih kecil dari 0.05. Tuntasnya, dapat dirumuskan bahawa semakin meningkat pengalaman
mengajar guru Bahasa Melayu semakin luas tahap kefahaman terhadap RPH.

Jadual 2
Hubungan signifikan antara kefahaman Rancangan Pengajaran Harian dengan pengalaman
mengajar

Hipotesis Nol Nilai r Nilap p Keputusan Pengujian


hipotesis
Tidak terdapat hubungan 0.758 0.00 Ditolak
signifikan antara
kefahaman RPH dengan
pengalaman mengajar
Aras signifikan ∝=0.05 p=nilai signifikan r=pekali korelasi

596
KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Kesimpulannya, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kefahaman guru Bahasa Melayu
terhadap penulisan RPH berada pada tahap yang amat baik. Guru Bahasa Melayu dapat
memahami cara menganalisis, menentukan objektif pembelajaran, menyusun strategi PdP,
membuat pentaksiran serta refleksi terhadap sesi PdP dengan terancang. Hasil dapatan kajian
bagi objektif kedua pula iaitu pencarian hubungan antara kefahaman RPH dengan
pengalaman mengajar menunjukkan bahawa adanya hubungan signifikan antara kedua-dua
fokus kajian tersebut. Jelaslah bahawa, tahap kefahaman RPH dalam kalangan guru Bahasa
Melayu meningkat selaras dengan peningkatan pengalaman mengajar.

Antara implikasi kajian ini dari segi pengetahuan pembinaan RPH ialah berupaya
meningkatkan motivasi guru dalam menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai mengikut objektif pembelajaran. Kajian ini berupaya mengisi kelompangan dalam
aspek implikasi praktikal kerana menyediakan guru yang mengamalkan proses merangka
RPH mengikut pengetahuan sedia ada murid sebelum memulakan akriviti PdP. Tambahan
pula, pengaplikasian Model ASSURE dalam kajian ini telah menghasilkan model yang baik
dan sesuai untuk digunakan oleh guru Bahasa Melayu di Malaysia.

Kekurangan pendedahan guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan strategi


pembelajaran terkini serta jenis BBM yang sesuai dengan strategi yang dipilih menyebabkan
guru tidak berani untuk mencuba pengajaran yang bersifat kreatif dan inovatif. Kementerian
Pendidikan Malaysia khususnya Bahagian Pembangunan Kurikulum perlu mengambil
perhatian serius terhadap perkara ini dengan merangka strategi PdP yang sesuai bagi setiap
standard pembelajaran dalam semakan DSKP yang disertakan juga dengan contoh-contoh
BBM supaya guru dapat berfikir secara kritis dalam merancang pembelajaran murid.

Dapatan kajian ini juga memberi gambaran kepada umum bahawa guru lebih selesa
mengawal proses PdP dari mula hingga akhir untuk memenuhi objektif pembelajaran. Hal ini
demikian kerana guru Bahasa Melayu kurang diberi latihan berkaitan aktiviti berpusatkan
murid. Oleh itu, pihak sekolah disarankan untuk memberikan latihan berkaitan
penyelenggaraan dan pengurusan aktiviti berpusatkan murid kepada semua guru dalam
aktiviti LADAP di sekolah dan ketua panitia Bahasa Melayu perlu kerap mengadakan
bimbingan pemantauan aktiviti pdp guru-guru Bahasa Melayu supaya memenuhi ciri
pembelajaran abad ke-21.

Guru menginginkan kesemua murid diberi penjelasan yang sama mengikut teknik yang
dicipta kerana memudahkan urusan penyampaian isi pelajaran. Guru perlu sedar bahawa
sesetengah murid tidak dapat menguasai kemahiran dalam Bahasa Melayu seperti murid yang
aras kecerdasannya tinggi. Oleh itu, disarankan kepada guru Bahasa Melayu untuk

597
mempraktikkan pembinaan langkah pengajaran dalam RPH yang memenuhi keperluan murid
misalnya aktiviti pengayaan bagi murid yang telah menguasai isi pelajaran dan aktiviti
pemulihan bagi murid yang kurang berjaya mencapai objektif pembelajaran melalui
pengedaran format tugasan berbeza.

Akhir kata, kajian ini boleh ditambahbaik menerusi pendekatan kualitatif dengan
menemu bual guru-guru Bahasa Melayu untuk menentukan tahap kefahaman RPH. Cadangan
ini disarankan kerana pengkaji masih belum mendapati hujah yang mengukuhkan analisis
dapatan kajian iaitu sebab berlakunya catatan min yang sederhana tinggi. Berdasarkan kajian
literatur didapati masih kurang kajian yang dilaksanakan bagi mengkaji tahap kefahaman RPH
terhadap sampel guru-guru yang mempunyai dua latar belakang yang berbeza misalnya dari
bandar dan luar bandar. Oleh itu, disarankan kajian akan datang mencari hubungan
kefahaman RPH antara kedua-dua sampel guru tersebut agar membantu mengukuhkan lagi
hasil dapatan pengkaji di mana kefahaman RPH dalam kalangan guru Bahasa Melayu berada
pada tahap yang sangat baik.

RUJUKAN

Azizi Yahaya, Peter Voo, Ismail Maakip & Mohd Dahlan A. Malek. (2020). Kaedah penyelidikan
dalam pendidikan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Hasnah Ali, Luqman Ahmad, Sanep Ahmad & Noraziah Ali. (2009). Keperluan, kepentingan
dan sumbangan perancangan pendidikan dalam pembangunan ekonomi Malaysia.
Jurnal e-Bangi, 4(1), 13-29. http://journalarticle.ukm.my/1583/1/hasnah09.pdf.

Hattie, J. (2003). Teachers make a difference: What is the research evidence? Australian
council for educational research annual conference on building teacher for quality.
University of Auckland.

Kamarul Azmi Jasmi. (2016). Pengajaran dan pembelajaran: Ensiklopedia Pendidikan Islam
(edisi pertama). Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia & Persatuan
Cendekiawan Pendidikan Islam.
Koenig, J., Blömeke, S., Klein, P., Suhl, U., Busse, A. & Kaiser, G. (2014). Is teachers' general
pedagogical knowledge a premise for noticing and interpreting classroom situations?
A video-based assessment approach. Teaching and Teacher Education, 38, 76-88.
Nurasyikin Abd. Rahman. (2017). Penilaian tahap kefahaman tentang Rancangan Pengajaran
Harian dalam kalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris. [Tesis Ijazah Sarjana
Pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris].
http://ir.upsi.edu.my/3672/7/Penilaian%20tahap%20kefahaman%20tentang%20ranca
ngan%20pengajaran%20harian%20dalam%20kalangan%20pelajar%20Universiti%20
Pendidikan%20Sultan%20Idris.pdf
Zuraidah Ramdzan. (2013). Kesediaan, amalan dan strategi pengajaran Pendidikan Islam
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahun Satu. [Tesis Ijazah Sarjana Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia].
http://eprints.utm.my/id/eprint/41668/5/ZuraidahRamdzanMFP2013.pdf

598
PENGUASAAN GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH DALAM
MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

Siti Nur Fatimah binti Alias


nur09-866@epembelajaran.edu.my

Roslina binti Suratnu PhD


roslina@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji tahap penguasaan guru Bahasa Melayu sekolah rendah dalam
melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Selain itu, kajian ini juga melihat perbandingan
penguasaan pentaksiran bilik darjah antara guru lelaki dengan guru perempuan melalui kaedah ujian-t.
Satu set soal selidik yang mengandungi 35 item telah diedarkan kepada 159 orang guru mata pelajaran
Bahasa Melayu sekolah rendah di zon Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor. Data yang diperoleh telah
dianalisis menggunakan perisian komputer melalui program Statistical Package for the Social Sciences
SPSS versi 22.0. Statistik yang digunakan ialah statistik deskriptif yang melibatkan frekuensi, peratusan,
analisis skor min dan sisihan piawai, manakala statistik inferensi melibatkan ujian-t bagi menjawab
persoalan kajian. Kajian rintis digunakan untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan
instrumen borang kaji selidik untuk memperoleh nilai alpha (a) Cronbach berada pada tahap sangat
tinggi (a>0.90) secara keseluruhan bagi setiap item dalam borang kaji selidik. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu mempunyai penguasaan Pentaksiran Bilik Darjah
pada tahap nilai min yang tinggi. Dari segi perbandingan didapati bahawa tidak terdapat perbezaan
yang signifikan p>0.05 antara tahap penguasaan guru-guru Bahasa Melayu menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan p>0.05 antara guru Bahasa Melayu lelaki dan guru Bahasa Melayu
perempuan terhadap pelaksanaan PBD. Oleh itu, penguasaan guru Bahasa Melayu yang tinggi
terhadap pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah dapat membantu pihak kementerian untuk mengukur
keberkesanan PBD dalam pendidikan.

Kata kunci: Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), penguasaan guru, guru Bahasa Melayu

ABSTRACT

This study was conducted to examine the level mastery of Malay primary school teachers in
implementing the Classroom Assessment (CA). In addition, this study also looked the comparative level
of classroom assessment mastery between male and female teachers through t-test method. A
questionnaire containing 35 items were distributed to 159 teachers of Malay subject in the zone of Pasir
Putih, Pasir Gudang, Johor. The data obtained was analyzed using a computer program, Statistical
Package for the Social Sciences SPSS version 22.0. Statistics used were descriptive statistics involving
frequency, percentages, analysis mean scores and standard deviation, while inferential statistics
involving t-test to answer the research questions. The pilot study was used to obtain the validity and
reliability of the questionnaire instrument to obtain the Cronbach’s alpha (a). The value of Cronbach’s
alpha stay at a very high level (a> 0.90) overall for each item in the questionnare. The results showed
the mastery level of Malay language teachers in Classroom Assessment at the level of the mean value
is high. In terms of comparison found that there was no significant difference p <0.05 between the level
mastery of Malay teachers showed no significant difference p <0.05 between male and female teachers
on the implementation of PBD. Therefore, the mastery of Malay subjects teachers in the implementation
of the Classroom Assessment may help the ministry to assess the effectiveness of this assessment in
education.

Keywords: classroom assessment, teacher’s mastery, Malay language teachers

599
PENGENALAN
Pentaksiran merupakan satu proses mengukur dan menilai kebolehan murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Di sekolah, amalan pentaksiran dilakukan oleh guru untuk
menguji tahap pencapaian dan kemajuan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(Mohd Haidzir & Norasmah, 2019). Hal ini bertepatan dengan pendefinisian Miller et al. (2009),
bahawa pentaksiran merupakan prosedur pengumpulan maklumat tentang pembelajaran
murid dan membentuk penghakiman nilai mengenai kemajuan pembelajaran murid. Selari
dengan gelombang perubahan dasar pendidikan di Malaysia, pentaksiran yang diamalkan
oleh guru bagi mengenal pasti penguasaan murid bagi kemahiran-kemahiran bahasa di
sekolah ini dapat dikesan melalui pentaksiran guru yang dahulunya disebut Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS), namun kini dikenal sebagai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Pentaksiran bilik darjah (PBD) merupakan satu anjakan yang telah dilakukan selari
dengan pengenalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang mula diperkenalkan
pada tahun 2017. KSSR memberi penekanan kepada tiga aspek utama, iaitu Standard
Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi. Proses penggubalan kurikulum
yang telah mengambil kira ketiga-tiga aspek ini telah meletakkan pentaksiran sebagai satu
elemen utama dalam pembelajaran. Hal ini kerana, tugas guru bukan sahaja untuk
menyampaikan kurikulum yang telah direka bentuk malah untuk mentaksir murid-murid
sepanjang proses pengajaran dijalankan (Kalai Selvan, 2019).

PERNYATAAN MASALAH

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) baru sahaja dilaksanakan di sekolah rendah pada tahun 2018.
Sebelum itu, guru hanya mahir mentaksir murid menggunakan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) (Aniza dan Zamri, 2015). Pentaksiran berasaskan sekolah dijalankan dalam
bentuk pentaksiran formatif secara berterusan dan diintegrasikan dalam proses Pengajaran
dan Pembelajaran (PdP) bagi mengukur tahap keupayaan murid (Chappuis & Chappuis 2008).
Walau bagaimanapun, perubahan pentaksiran dalam kurikulum sekolah rendah telah berubah
kepada Pentaksiran Bilik Darjah.

Nor Azizah et al. (2020), mendapati masalah utama yang dihadapi oleh guru dalam
melaksanakan aktiviti dan kaedah PBD ialah guru masih keliru dengan kaedah PBD yang
sesuai. Sebahagian guru didapati kurang peka dalam menjalankan aktiviti pentaksiran yang
bersesuaian dengan tahap murid manakala terdapat perbezaan dalam cara pelaksanaan PBD
dalam kalangan guru-guru Bahasa Melayu (Kalai Selvan, 2019).

Selain itu, menurut kajian yang dijalankan oleh Tsaousis & Kazi (2013), membuktikan
bahawa gender merupakan peramal yang signifikan terhadap kecerdasan emosi manakala

600
secara zahirnya, perempuan adalah lebih baik daripada lelaki dalam menguruskan emosi
mereka. Di samping itu, kajian oleh Zamri dan Hasmadi (2019), menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan antara guru lelaki dan guru perempuan berdasarkan faktor gaya
pengajaran. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti perbezaan penguasaan
pentaksiran bilik darjah antara guru lelaki dengan guru perempuan di sekolah rendah.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk meninjau penguasaan guru dalam melaksanakan


Pentaksiran Bilik Darjah bagi subjek Bahasa Melayu kerana terdapat dakwaan daripada
pengkaji lepas bahawa penguasaan guru dalam melaksanakan pentaksiran berada pada
tahap yang tinggi. Selain itu, kajian ini juga dilakukan untuk meninjau sama ada pengaruh
jantina memberi kesan kepada penguasaan pentaksiran bilik darjah dalam kalangan guru
bahasa Melayu di sekolah rendah kerana terdapat kajian daripada pengkaji lepas yang
menyatakan bahawa kecerdasan emosi perempuan adalah lebih tinggi daripada lelaki.

OBJEKTIF KAJIAN

Secara khususnya kajian ini dijalankan untuk memenuhi keperluan objektif berikut:

i. Mengenal pasti tahap penguasaan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah dalam


kalangan guru bahasa Melayu sekolah rendah
ii. Mengenal pasti perbezaan penguasaan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah
antara guru lelaki dengan guru perempuan sekolah rendah

PERSOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan, persoalan kajian adalah seperti yang berikut:

i. Apakah tahap penguasaan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah dalam


kalangan guru Bahasa Melayu sekolah rendah?
ii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam penguasaan Pentaksiran
Bilik Darjah antara guru lelaki dengan guru perempuan di sekolah rendah?

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian membantu pengkaji mendapatkan maklumat berdasarkan tujuan kajian
yang dijalankan. Dalam penyelidikan, reka bentuk sesebuah kajian merupakan teknik dan
kaedah bagi memperoleh maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah,
seterusnya membincangkan bagaimana objektif kajian boleh dicapai (Syed Ismail et al., 2018).
Oleh itu, reka bentuk kajian ini adalah menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah
tinjauan.

601
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penguasaan guru Bahasa Melayu sekolah rendah
dalam melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah. Sehubungan itu, kajian ini menggunakan
pendekatan kuantitatif kerana menurut Noraini (2010), pendekatan kuantitatif sangat sesuai
digunakan oleh pengkaji bagi mendapatkan penjelasan berkaitan sesuatu perkara yang
berlaku dalam sesebuah populasi. Hal ini bertepatan dengan pendapat Harvell (2010), bahawa
kaedah kuantitatif dalam penyelidikan akan memaksimumkan objektiviti, kebolehpercayaan,
dan generalisasi penemuan sebagai suatu kaedah yang digunakan untuk menguji hubungan
antara pemboleh ubah.

Kajian ini juga menyelidik perbezaan penguasaan Pentaksiran Bilik Darjah antara guru
lelaki dengan guru perempuan. Maka, kaedah tinjauan merupakan kaedah kajian yang tepat
bagi pelaksanaan kajian ini kerana menurut Cresswell (2014), reka bentuk kajian tinjauan
merupakan prosedur dalam kajian kuantitatif di mana pengkaji menjalankan tinjauan ke atas
sampel atau seluruh populasi bagi mendapatkan gambaran mengenai amalan, sikap, atau
pendapat populasi dengan mengkaji sampel sesebuah populasi itu. Melalui pengumpulan data
oleh pengkaji yang berbentuk nombor, pengiraan dan pengukuran berdasarkan data yang
dianalisis membolehkan pengkaji membuat generalisasi daripada sampel terhadap populasi
tersebut (Fowler, 2008).

Hal ini selari dengan pendapat Babbie (2008) dan Noraini (2010), bahawa kaedah
tinjauan yang digunakan untuk meninjau sesuatu perkara bagi mendapatkan persepsi,
kepercayaan, pendapat, praktis dan orientasi bagi memberikan gambaran yang tepat
berkaitan nilai, tingkah laku dan kepercayaan komuniti untuk menerangkan keadaan semasa
atau situasi yang terjadi dalam satu populasi. Briggs et al. (2012), Cresswell (2008) dan
McMillan (2008), menjelaskan bahawa kajian tinjauan merupakan salah satu cara yang mudah
untuk mengumpul data, mengeneralisasikan dapatan dan tidak boleh dipersoalkan nilainya
kerana kajian yang dilakukan menggunakan persekitaran yang sebenar.

Seterusnya, kajian ini juga berbentuk analisis statistik deskriptif dan inferensi dengan
tujuan mencari kebenaran berdasarkan soalan kajian dan hipotesis kajian. Mohd Majid (2005),
menjelaskan bahawa penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk
menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku dan menerokai sesuatu bidang yang
belum atau kurang dikaji sementara penyelidikan inferensi bertujuan menerangkan
perhubungan antara pemboleh ubah dalam sesuatu kajian. Justeru, pemilihan reka bentuk
kajian ini adalah tepat bagi membolehkan pengkaji mendapatkan gambaran sebenar
mengenai perkara yang berlaku dalam populasi tersebut.

602
Populasi dan Sampel Kajian

Kaedah persampelan dan sampel kajian merupakan aspek yang penting dalam kajian-kajian
sosial contohnya kajian dalam bidang pendidikan. Sampel merupakan sumber untuk
mendapatkan data kajian serta merupakan sebahagian daripada populasi yang diperlukan
dalam sesuatu kajian bagi membuat generalisasi tentang sesuatu populasi tersebut (Azizi,
2007). Melalui persampelan, pengkaji boleh mendapatkan maklumat mengenai sesuatu
populasi daripada sebahagian individu yang menganggotai populasi tersebut. Mohd Majid
(2005), mendefinisikan populasi sebagai satu kumpulan individu atau objek yang mempunyai
ciri-ciri atau sifat yang sama yang menarik minat pengkaji untuk membuat kajian terhadapnya.
Populasi bagi kajian ini melibatkan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu
di sembilan buah sekolah rendah di daerah Pasir Gudang, Johor.

Kaedah persampelan bagi kajian ini ialah kaedah persampelan rawak bertujuan. Hal
ini demikian kerana hanya guru Bahasa Melayu di sekolah yang terpilih sahaja yang akan
dijadikan sebagai sampel kajian. Populasi kajian ini terdiri daripada 270 orang guru Bahasa
Melayu di kawasan Pasir Putih, Pasir Gudang. Sehubungan dengan itu, seramai 159 orang
guru Bahasa Melayu yang terdiri daripada 113 orang guru perempuan dan 46 orang guru lelaki
dari dua belas buah sekolah di daerah Pasir Gudang, Johor telah dipilih untuk menjadi sampel
kajian. Bilangan sampel ini dipilih berdasarkan jadual Krejcie & Morgan (1970), yang
menyatakan bahawa jika bilangan populasi ialah seramai 270 orang, maka saiz sampel yang
diperlukan ialah sebanyak 159 orang.

Instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data dalam kajian ini merupakan
satu set soal selidik. Mohamad Najib (2003), berpendapat bahawa data dan maklumat yang
diperoleh melalui soal selidik adalah lebih tepat. Kaedah ini juga dapat menjimatkan kos, masa
dan mudah untuk mendapatkan kerjasama daripada responden serta dapat menghasilkan
item-item yang konsisten dan boleh dipercayai. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini
diadaptasi daripada kajian yang dilaksanakan oleh Siti Hauzimah (2019) serta Aniza dan Zamri
(2015).

Item-item yang terdapat dalam soal selidik bagi kajian ini dibahagikan kepada tiga
bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C. Bahagian A adalah tentang profil
responden kajian, manakala bahagian B dan C adalah bertujuan untuk mendapatkan
maklumat tentang soalan kajian. Bahagian-bahagian dalam soal selidik ini adalah seperti
jadual berikut:

603
Jadual 1
Bilangan item

Bahagian Bilangan Item


Soalan
Bahagian A: Maklumat Demografi Responden 4
Bahagian B: Tahap Pengetahuan Guru baha sa Melayu dalam 14
Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Bahagian C: Tahap Kemahiran Guru bahasa Melayu terhadap 21
Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Jumlah Bilangan Item 39

Responden dikehendaki menyatakan peringkat persetujuan ataupun tidak terhadap


soalan-soalan yang dikemukakan. Tanggapan responden dalam bahagian ini diukur dengan
menggunakan skala Likert untuk mengukur pandangan responden bagi setiap item yang
diutarakan dalam instrumen soal selidik. Skala Likert ini mengandungi lima nilai jawapan dan
set maklum balas terhadap pandangan responden iaitu antara nilai 1 hingga 5. Bentuk Skala
Likert ini dipilih kerana adalah senang untuk ditadbir kepada jumlah yang besar serta
membantu responden menumpukan kepada subjek yang dikaji dan memudahkan proses
penjadualan dan penganalisisian data (Deobold & Dalen, 1966).

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Dapatan kajian ini adalah dilihat daripada tahap pengetahuan dan kemahiran guru dalam
melaksanakan PBD bagi subjek Bahasa Melayu di sekolah rendah. Jadual 2 menunjukkan
dapatan kajian bagi meninjau tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan
PBD. Berdasarkan analisis yang dijalankan, didapati hampir keseluruhan item berada pada
tahap min yang tinggi. Item tertinggi ialah item 3 dengan min 4.42 (s.p=0.556) iaitu guru-guru
tahu PBD menekankan perkembangan individu setiap murid. Item terendah diperoleh pada
item 14, dengan min 4.14, (s.p = 0.613) masih berada pada tahap yang tinggi iaitu guru Jumlah
guru bersetuju adalah lebih ramai, iaitu 105 orang (66.5%) dan sangat setuju seramai 39
(24.7%). Jumlah guru yang kurang setuju 11 orang (7%) dan tidak setuju seramai 4 orang
(1.9%). Min keseluruhan tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan PBD
adalah tinggi, iaitu min 4.27. Hal ini bermakna secara keseluruhan guru-guru Bahasa Melayu
mempunyai pengetahuan tinggi dalam melaksanakan PBD dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu walaupun PBD baru sahaja dilaksanakan dalam sistem
pentaksiran pendidikan di Malaysia.

604
Jadual 2
Tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan PBD

Bil. Item Skor min SP Tahap


1 Saya tahu melaksanakan PBD berdasarkan 4.27 0.525 Tinggi
garis panduan dalam Buku Panduan
Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah.
2 Saya tahu PBD ialah proses penilaian 4.41 0.554 Sangat
berterusan ke atas setiap murid. tinggi
3 Saya tahu PBD menekankan perkembangan 4.42 0.556 Sangat
individu setiap murid. tinggi
4 Saya tahu PBD bertujuan untuk mengesan 4.40 0.586 Sangat
pencapaian kemahiran murid secara tinggi
menyeluruh.
5 Saya tahu menentukan objektif pembelajaran 4.19 0.543 Tinggi
bagi pelaksanaan PBD.
6 Saya tahu kaedah pelaksanaan PBD 4.25 0.529 Tinggi
menggunakan pelbagai instrumen.
7 Saya tahu kaedah pelaksanaan PBD secara 4.25 0.561 Tinggi
lisan.
8 Saya tahu kaedah pelaksanaan PBD secara 4.28 0.554 Tinggi
bertulis.
9 Saya tahu kaedah pelaksanaan PBD secara 4.25 0.586 Tinggi
pemerhatian.
10 Saya tahu merancang pentaksiran 4.20 0.558 Tinggi
menggunakan PBD.
11 Saya tahu merekod hasil pentaksiran murid 4.28 0.528 Tinggi
menggunakan PBD.
12 Saya tahu melapor prestasi murid 4.27 0.522 Tinggi
menggunakan PBD.
13 Saya tahu mengurus dokumen PBD setiap 4.17 0.578 Tinggi
murid.
14 Saya tahu melaksanakan tindakan susulan 4.14 0.613 Tinggi
selepas melaksanakan PBD.
Skor min keseluruhan 4.27 0.46 Tinggi

Jadual 3 menunjukkan dapatan kajian bagi meninjau tahap kemahiran guru Bahasa
Melayu terhadap pelaksanaan PBD. Berdasarkan analisis yang dijalankan, hampir
keseluruhan item berada pada tahap min yang tinggi. Item tertinggi ialah item 2 iaitu ‘ Saya
menetapkan objektif pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid sebelum melaksanakan PBD’ telah

605
mencatatkan nilai min 4.32 dengan sisihan piawai 0.556. Seramai 96 orang (60.8%) setuju
dan 57 orang (36.1%) sangat bersetuju dengan pernyataan ini. Seramai 5 orang (2.5%)
menunjukkan kurang bersetuju, manakala seorang (0.6%) tidak bersetuju dengan pernyataan
item 2 ini. Item terendah diperoleh pada item 11, dengan min 3.89, berada pada tahap yang
tinggi. Jumlah guru bersetuju ialah seramai 99 orang (62.7%) dan sangat setuju seramai 31
(19.6%). Jumlah guru yang kurang setuju 28 orang (17.1%) dan tidak setuju seramai seorang
(0.6%). Min keseluruhan tahap kemahiran guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan PBD
adalah tinggi, iaitu min 4.18. Kesimpulannya, guru-guru di zon Pasir Putih Pasir Gudang,
berkemahiran tinggi dalam melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah bagi subjek Bahasa
Melayu.

Jadual 3
Tahap kemahiran guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan PBD

Bil. Item Skor SP Tahap


min
1 Saya merujuk Dokumen Standard Kurikulum 4.30 0.572 Tinggi
dan Pentaksiran (DSKP) sebelum
melaksanakan PBD.
2 Saya menetapkan objektif pembelajaran 4.32 0.556 Tinggi
yang perlu dicapai oleh murid sebelum
melaksanakan PBD.
3 Saya memastikan instrumen yang dibina 4.27 0.537 Tinggi
bersesuaian dengan kaedah pentaksiran
sebelum melaksanakan PBD.
4 Saya menyediakan skema pemarkahan 4.07 0.598 Tinggi
sebelum melaksanakan PBD.
5 Saya mempelbagaikan instrumen ketika 4.17 0.589 Tinggi
melaksanakan PBD.
6 Saya mempelbagaikan kaedah ketika 4.18 0.581 Tinggi
melaksanakan PBD.
7 Saya menggunakan kaedah lisan ketika 4.17 0.599 Tinggi
melaksanakan PBD.
8 Saya menggunakan kaedah bertulis ketika 4.23 0.563 Tinggi
melaksanakan PBD.
9 Saya menggunakan kaedah pemerhatian 4.20 0.595 Tinggi
ketika melaksanakan PBD.
10 Saya menggalakkan Pentaksiran Kendiri 4.01 0.628 Tinggi
sewaktu melaksanakan PBD.

606
11 Saya menggalakkan Pentaksiran Rakan 3.89 0.634 Tinggi
Sebaya sewaktu melaksanakan PBD.
12 Saya melaksanakan PBD secara berterusan 4.14 0.623 Tinggi
semasa PdP dijalankan.
13 Saya melaksanakan PBD mengikut aras 4.18 0.527 Tinggi
kemahiran murid.
14 Saya memberikan motivasi terhadap hasil 4.30 0.603 Tinggi
kerja murid semasa melaksanakan PBD.
15 Saya memberikan maklum balas kepada 4.15 0.616 Tinggi
murid secara individu selepas melaksanakan
PBD.
16 Saya merekodkan prestasi murid-murid 4.28 0.587 Tinggi
selepas melaksanakan PBD.
17 Saya melaporkan setiap prestasi murid 4.13 0.626 Tinggi
selepas melaksanakan PBD.
18 Saya memberikan bimbingan kepada murid 4.18 0.574 Tinggi
terhadap prestasi pencapaian mereka
selepas melaksanakan PBD.
19 Saya mengurus dokumen murid-murid 4.10 0.610 Tinggi
selepas melaksanakan PBD.
20 Saya mengenal pasti kelemahan pengajaran 4.17 0.544 Tinggi
saya melalui pelaporan prestasi murid
selepas melaksanakan PBD
21 Saya menambah baik pengajaran saya 4.28 0.585 Tinggi
melalui pelaporan prestasi murid selepas
melaksanakan PBD.
Jumlah 4.18 0.47 Tinggi

Jadual 4
Penguasaan guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan PBD dari aspek pengetahuan dan
kemahiran
Item Skor min SP Tahap
Tahap Pengetahuan guru Bahasa Melayu dalam 4.27 0.46 Tinggi
melaksanakan PBD
Tahap Kemahiran guru Bahasa Melayu dalam 4.18 0.47 Tinggi
terhadap pelaksanaan PBD
Penguasaan guru Bahasa Melayu sekolah 4.22 0.44 Tinggi
rendah dalam melaksanakan PBD

Jadual 4 menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu dalam


melaksanakan PBD ialah tinggi merujuk pada skor min 4.27 dan nilai sisihan piawai 0.46 yang
menggambarkan bahawa data sedikit terserak daripada ukuran pusat. Seterusnya, tahap
607
kemahiran guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan PBD juga berada pada tahap yang
tinggi dengan nilai skor min 4.18 dan nilai sisihan piawai iaitu 0.47 menunjukan data hanya
sedikit terserak daripada ukuran pusat. Nilai skor min bagi penguasaan guru Bahasa Melayu
sekolah rendah dalam melaksanakan PBD pula menunjukkan nilai 4.22 dengan sisihan piawai
sebanyak 0.44. Hal ini bermakna secara keseluruhan tahap penguasaan guru Bahasa Melayu
dalam melaksanakan PBD berada pada tahap yang tinggi. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa
guru-guru Bahasa Melayu mahir dalam pelaksanaan PBD walaupun sistem ini baru sahaja
diperkenalkan dalam sistem pentaksiran pendidikan Malaysia pada tahun 2018.

Jadual 5
Hasil ujian-t perbezaan penguasaan Bahasa Melayu dalam melaksanakan PBD
Kumpulan Bil. Min. s.p Dk Nilai-t Sig (p)
Lelaki 47 4.24 0.54 156 0.330 0.742
Perempuan 113 4.21 0.39

Jadual 5 menunjukkan bahawa keputusan ujian-t untuk membandingkan skor min


penguasaan guru Bahasa Melayu dalam pelaksanaan PBD berdasarkan jantina. Analisis skor
min di atas menunjukkan bahawa skor min bagi guru lelaki (m=4.24, sp=0.54) adalah lebih
tinggi berbanding skor min guru perempuan (m=4.21, sp=0.39). Berdasarkan analisis data
yang telah dibuat, nilai t bagi penguasaan guru Bahasa Melayu dalam pelaksanaan PBD
antara guru lelaki dan guru perempuan ialah 0.330 pada tahap signifikan p=0.742. Tahap
signifikan ini adalah lebih besar daripada 0.05 (p=0.05). Oleh itu, hipotesis nol diterima iaitu
tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara penguasaan guru Bahasa Melayu lelaki dan
perempuan terhadap pelaksanaan PBD menunjukkan bahawa penguasaan guru Bahasa
Melayu lelaki dan perempuan adalah sama.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penguasaan guru Bahasa Melayu sekolah rendah di
kawasan zon Pasir Putih, Pasir Gudang dalam melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah dengan
skor min 4.23 membuktikan bahawa penguasaan guru dalam pelaksanaan PBD berada pada
tahap yang tinggi. Dapatan kajian ini disokong oleh beberapa kajian lain seperti Kalai Selvan
(2019), yang mendapati guru-guru telah melaksanakan PBD seperti yang disarankan oleh
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malalaysia di samping
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) telah dijadikan sebagai panduan untuk
melihat aspek tahap penguasaan murid.

Selain itu, kajian ini turut disokong oleh dapatan kajian Idris (2016), yang menunjukkan
guru-guru memastikan pentaksiran dilakukan seiring dengan penguasaan pembelajaran
murid. Selain itu, guru-guru memastikan instrumen pentaksiran yang digunakan adalah

608
bersesuaian bagi mengelakkan proses pentaksiran diganggu gugat selain guru-guru juga
membuat perancangan berdasarkan PPPM dan DSKP. Dapatan kajian ini juga menyatakan
guru berpengetahuan tinggi memastikan instrumen pentaksiran yang digunakan kepada murid
adalah bertepatan dengan objektif pembelajaran.

Terlebih dahulu sebelum PBD diperkenalkan oleh KPM sebagai sistem pentaksiran
dan penilaian di sekolah rendah, kajian oleh Aniza dan Zamri (2015) yang meninjau kemahiran
guru-guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan PBS, menyatakan bahawa pengetahuan,
kefahaman dan kemahiran guru-guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan PBS adalah tinggi.
Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa guru berkemahiran tinggi dalam melaksanakan
pentaksiran kepada murid-murid.

Dapatan kajian ini memperlihatkan nilai t bagi penguasaan pelaksanaan PBD antara
guru lelaki dan perempuan ialah 0.330 iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara
penguasaan guru Bahasa Melayu lelaki dan perempuan dalam melaksanakan PBD. Hasil
dapatan kajian ini disokong oleh dapatan kajian oleh Aniza dan Zamri (2015), yang
menyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran guru Bahasa
Melayu lelaki dan guru perempuan terhadap pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
berdasarkan faktor jantina, pengalaman mengajar, opsyen dan tempat guru mengajar.

Selain itu, Anniliza et al., (2020), menjelaskan bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikan autonomi guru berdasarkan jantina, umur, pengalaman mengajar dan lokasi sekolah
terhadap PBD. Namun begitu terdapat perbezaan yang signifikan autonomi guru berdasarkan
tahap pendidikan. Hasil kajian ini mendapati tahap autonomi guru adalah tinggi, tetapi
sebahagian besar responden masih memilih untuk menjalankan peperiksaan pertengahan
tahun dan akhir tahun sebagai sebahagian dari pentaksiran bilik darjah untuk mentaksir
penguasaan dan kemahiran murid.

Seterusnya, berdasarkan satu kajian oleh Jeffery Tikok (2018), yang menerangkan
bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi sikap guru-guru Bahasa Melayu
terhadap penggunaan BBM yang digunakan dalam proses PdPc mata pelajaran Bahasa
Melayu. Kajian ini menunjukkan bahawa guru mempunyai sikap yang sama dalam memahami
dan mengetahui kepentingan BBM dalam pengajaran.

Pentaksiran Bilik Darjah diperkenalkan pada tahun 2018 dalam Sistem Pentaksiran
Pendidikan Kebangsaan (SPPK) untuk mengesan pencapaian kemahiran murid secara
menyeluruh. Kajian lepas tentang penguasaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) tidak banyak
dijalankan di Malaysia. Kebanyakan kajian bertumpu kepada Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) seperti kajian oleh Zamri et al. (2010), Aniza (2014) dan Noraini dan Zamri
(2016). Glaser (1962) dalam Joyce B. (1992) mengemukakan model pengajarannya dengan

609
membahagikan proses pengajaran kepada empat komponen utama iaitu objektif pengajaran,
pengetahuan sedia ada pelajar, kaedah mengajar dan penilaian. Walaupun banyak kajian
tentang PBS telahpun dijalankan, namun kajian bagi mengenal pasti penguasaan PBD dalam
kalangan guru di sekolah rendah bagi mata pelajaran Bahasa Melayu masih kurang, maka
kajian ini telah mengisi kelompangan tersebut.

Kajian ini berupaya memberi pengetahuan kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah
dan guru besar di sekolah tentang keupayaan guru dalam melaksanakan Pentaksiran Bilik
Darjah. Amalan PBD merupakan satu aspek yang perlu dititikberatkan oleh guru dalam
melaksanakan pentaksiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Dalam
hal ini, didapati penguasaan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah dalam melaksanakan
amalan PBD adalah tinggi. Oleh itu, kajian ini boleh dijadikan sebagai sumber kepada pihak
sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah untuk menilai sejauh mana penguasaan guru bagi
pelaksanaan PBD.

Seterusnya, untuk menambah baik Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan


(SPPK) di Malaysia khususnya berkaitan dengan amalan pentaksiran guru bagi menguji tahap
penguasaan murid secara menyeluruh di dalam bilik darjah bagi subjek Bahasa Melayu
peranan SISC+ yang diwujudkan dalam Program Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025 wajar diperluas bagi memastikan semua guru melaksanakan PBD dengan berkesan
kepada murid-murid berdasarkan garis panduan PBD yang telah dikeluarkan KPM.

Pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah bukanlah tertumpu kepada aspek


pembelajaran tatabahasa atau penulisan semata-mata, tetapi berdasarkan pelaksanaan PBD,
guru dapat memperkembang potensi murid secara menyeluruh secara lisan, bertulis dan
berasaskan pemerhatian berdasarkan pentaksiran kendiri dan pentaksiran rakan sebaya
secara berterusan sepanjang proses PdP. Maka, dapat difahami bahawa guru merupakan
agen perubahan kepada proses kemenjadian murid.

Sebagai cadangan, sistem pentaksiran di Malaysia harus dikaji semula dari aspek
keberkesanan pentaksiran PBD ini kepada peningkatan kemahiran dan sahsiah murid. Hal ini
kerana, walaupun guru telah berjaya melaksanakan PBD namun peningkatan kemahiran
murid berdasarkan pentaksiran ini masih belum dapat dikenal pasti. Guru-guru juga perlulah
didedahkan dengan lebih mendalam tentang pelaksanaan PBD agar proses ini dapat
dilakukan secara terancang dan sistematik. Guru-guru juga memerlukan sokongan berterusan
sama ada secara tidak langsung di bilik darjah atau melalui struktur pembelajaran profesional
untuk membolehkan mereka menguasai perspektif yang betul terhadap pentaksiran (Mertler,
2009).

610
Seharusnya semua pihak yang terlibat daripada pihak pentadbiran hingga kepada
pihak pelaksana memandang serius akan hal ini bagi melahirkan murid yang seimbang dari
aspek jasmani, emosi, rohani dan sosial selari dengan falsafah pendidikan negara di samping
mampu menjadi modal insan yang mampu berdaya saing dengan pelajar-pelajar lain di
seluruh dunia.

Kajian yang telah dijalankan ini merupakan kajian yang bersifat deskriptif yang
menggunakan instrumen soal selidik bagi menganalisis penguasaan guru Bahasa Melayu
sekolah rendah dalam pelaksanaan PBD. Walau bagaimanapun, kajian ini didapati tidak
melihat secara menyeluruh dan hanya tertumpu kepada guru-guru Bahasa Melayu di zon Pasir
Putih, Pasir Gudang, Johor sahaja. Dalam hal ini, adalah dicadangkan agar kajian lanjutan
melibatkan responden yang lebih ramai bagi mengumpul data yang lebih kukuh dan terperinci.

Kesimpulannnya, dapat dirumuskan bahawa kajian ini dapat memberi implikasi kepada
sebahagian besar guru Bahasa Melayu untuk mengetahui kriteria yang penting dalam
pelaksanaan PBD yang berkesan. Oleh tu, pihak berwajib juga boleh mengambil langkah
pragmatik bagi mengatasi kelemahan yang berlaku berdasarkan kajian ini. Hal ini adalah bagi
membolehkan pelaksanaan Pentaksiran BIlik Darjah mampu dilaksanakan secara berkesan
di samping potensi murid mampu dipertingkat secara menyeluruh untuk melahirkan murid
yang cemerlang dan seimbang secara menyeluruh selari dengan falsafah pendidikan
kebangsaan.

RUJUKAN

Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah pengajaran bahasa Melayu. Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
Abdul Majid. (2005). Perencaan pembelajaran: Mengembangkan standar kompetensi guru.
Penerbitan Remaja Rosda Karya.
Adi Badiozaman Tuah. (2007). National Education Assessment System: A
proposal towards a more holistic education assessment system in Malaysia.
Prosiding of International Forum on Educational Assessment System: Looking
Ahead, 20-23 April, Petaling Jaya
Akhbar Ibrahim & Siti Zaliha Reduan. (2002). Penilaian prestasi berasaskan sekolah:
Pelaksanaan dan kesediaan guru. Kertas kerja dibentangkan di Persidangan
Kebangsaan Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah, Universiti Sains Malaysia,
Pulau Pinang.
Anniliza Mohd Isa, Al-Amin Mydin, Abdul Ghani Kanesan Abdullah & Wan Fadhlurrahman
Md Rasidi. (2020). Isu dan cabaran dalam pendidikan: Strategi dan inovasi.
Kaizentrenovation Sdn. Bhd.
Aniza Ahmad & Zamri Mahamod. (2015). Tahap kemahiran guru Bahasa Melayu sekolah
menengah dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah berdasarkan
jantina, opsyen dan tempat mengajar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5 (1), 18–29.

611
Aniza Ahmad. (2014). Pengetahuan, kefahaman dan kemahiran guru Bahasa Melayu
terhadap pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah
menengah. (Tesis Ijazah Sarjana Tidak Diterbitkan). Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Azizi Yahaya. (2007). Menguasai penyelidikan dalam pendidikan: Teori, analisis dan
interpretasi data. PTS Professional.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2018). Pentaksiran bilik darjah. Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Boon Pong Ying, Lee Leh Hong & Lawrence Aloysius Aeria. (2017). Pentaksiran dalam
pendidikan. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Blackwell, C. K., Lauricella, A. R., & Wartella, E. (2016). The influence of TPACK
contextual factors on early childhood educators’ tablet computer use. Computers &
Education, 98, 57-69.
Bland, J. (2019). Teaching English to young learners: More teacher education and more
children’s literature! CLELE Journal, 7 (2), 79-103.
Chappuis, S. & Chappuis J. (2008). The best value in formative assessment. Educational
Leadership, 65 (4): 14-19.
Charp, S. (2003). Profesional devolepment. Journal Article Excerp, 30 (1), 122-136.
Cross, K. P. & Steadman, T. A. (1996). Classroom assessment techniques: A handbook for
college teachers. Jossey-Bass.
Deobold, B. & Dalen, V. (1966). Understanding educational research: An introduction. Mc-
Graw-Hill.
Kalai Selvan Arumugham. (2019). Pentaksiran bilik darjah dan kemenjadian murid:
Pengukuran tahap perkembangan pembelajaran murid dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu. Seminar on Malay Education, Literature and Culture. The Goethe
University, Frankfurt, Germany.
Jamil Ahmad & Suzana Abd. Mutalib. (2016). Penggunaan teknik pentaksiran formatif dalam
subjek Bahasa Melayu darjah satu: kajian kes. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,
2(1), 17-30.
Jeffery Tikok. (2018). Sikap dan jantina guru bahasa Melayu sekolah rendah daerah Serian
terhadap pemilihan bahan bantu mengajar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu –
JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ), 8 (1), 13-21.
Khairuddin Mohamad, Ghazali Ismail, Mastura Mohamed Berawi. (2015). Sejarah
perkembangan bahasa Melayu, Perkamusan & Terjemahan. Sasbadi. Sdn. Bhd.
Mertler, C. A. (2009). Teacher’s assessment knowledge and their perceptions of the impact of
classroom assessment professional development. Improving schools. 12 (2), 101-113.
Miller, M.D., Linn, R. L. & Gronlund, N. E. (2009). Measurement and assessment in
teaching. (10th ed.). Pearson Educational International.
Mohd Majid Konting. (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Krejcie, R.V. & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities.
Educational Psychological Measurement, 30 (3), 607-610.
Mohamad Najib Ghafar. (2003). Kestabilan emosi guru: Perbandingan antara pensyarah
dan pelajar. Jurnal Teknologi, 32 (4), 1-10.

612
Mohd Haidzir Yusof@Jusoh & Norasmah Othman. (2019). Isu dan permasalahan
pentaksiran alternatif dalam sistem penilaian di Malaysia. 24-25 April, Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Nor Azizah Atan, Zaharah Mohamad, Norasyikin Yaacob & Norshila shafie. (2020). Amalan
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi pentaksiran autentik dalam kalangan guru sekolah
rendah. Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd
2020, Institute of Teacher Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia.
Siti Hauzimah Wan Omar. (2019). Pengetahuan, kemahiran, sikap dan masalah guru
dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah Bahasa Melayu di sekolah rendah.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9(3), 56-67.
Tsaousis, I. & Kazi, S. (2013). Factorial invariance and latent mean differences of scores
on trait emotional intelligence across gender and age. Personality and Individual
differences, 54 (2), 169-173.
Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi & Nik Muhd Rahimi Mohd Yusoff. (2010).
Pentaksiran bilik darjah: Panduan untuk guru bahasa Melayu, Inggeris, dan Arab.
Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zamri Basumi & Hasmadi Hassan. (2019). Pengaruh faktor jantina dan opsyen guru-guru
Bahasa Inggeris terhadap gaya pengajaran. International Journal of Humanities
Tehnology and Civilization (IJHTC), 2 (7), 79-86.

613
MOTOR LOGIK DALAM KEMAHIRAN MENULIS MEKANIS MURID TAHAP SATU
SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

Ku Sofia Illani binti Abdullah


ku09-854@epembelajaran.edu.my

Yuznaili binti Saleh PhD


yuznaili09-116@epembelajaran.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Jarak antara abjad atau perkataan semasa menulis mampu mempengaruhi kekemasan tulisan. Tulisan
yang menunjukkan jarak antara abjad atau perkataan yang tidak sesuai seperti terlalu rapat, bertindih
atau terlalu jauh akan menyebabkan tulisan tidak kemas. Malahan, perkara ini merupakan aspek motor
logik dalam penguasaan kemahiran menulis mekanis. Kajian bagi menyelidik jarak antara abjad atau
perkataan semasa menulis banyak dikaji kepada murid tahap dua kerana didapati masih kurang kajian
dilaksanakan bagi mengenal pasti jarak antara abjad atau perkataan dalam kalangan murid-murid tahap
satu di sekolah rendah. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk menyelidik motor logik dalam
kalangan murid tahap satu di sekolah rendah. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan
kualitatif. Responden kajian ini terdiri daripada 3 orang murid yang terdiri daripada seorang murid tahun
satu dan dua orang murid tahun dua di sebuah sekolah di Negeri Sembilan. Kajian ini telah
menggunakan sebuah instrumen berbentuk senarai semak yang mewakili konstruk kemahiran motor
mogik iaitu, jarak antara abjad atau perkataan, keseimbangan tulisan, saiz abjad yang sekata, dan
aktiviti pemadaman. Dapatan kajian mendapati murid kurang menunjukkan jarak antara abjad atau
perkataan dengan kadar yang sesuai semasa menulis. Hasil kajian ini membuktikan bahawa terdapat
masalah motor logik berlaku dalam kalangan murid-murid tahap satu di sekolah rendah. Perkara ini
akan memberi kesan pada masa akan datang sekiranya tidak segera ditambah baik. Oleh itu, dapatan
kajian ini dapat dijadikan panduan terhadap guru dan ibu bapa dalam membetulkan amalan jarak antara
abjad atau perkataan yang salah.

Kata kunci: Jarak antara abjad atau perkataan, kemahiran menulis mekanis, motor logik, murid tahap
satu
ABSTRACT

The distance between letters or words when writing can affect the neatness of writing. Writing that shows
inappropriate spacing between letters or words such as too close, overlapping or too far apart will result
in messy writing. In fact, this is a logic motor in the mastery of mechanical writing skills. Studies to
investigate the distance between letters or words while writing are widely done on the level two students
in primary school. This is because there is still less research conducted to identify the distance between
letters or words among level one students in primary schools. Hence, this study aims to investigate the
logic motor among level one students in primary schools. The design of this study uses a qualitative
approach. The respondents of this study consist of 3 students, which are a first-year student and two
second-year students in a school in Negeri Sembilan. This study has used a checklist as an instrument
that represents the constructs of logic motor i.e., spacing between letters or words, writing balance,
uniform alphabet size, and erasure activity. The findings of the study reveal that students showed less
distance between letters or words at an appropriate rate when writing. The results of this study prove
that there are logical motor problems occurring among level one students in primary schools. This will
have an impact in the future if not immediately improved. Therefore, the findings of this study can be
used as a guide for teachers and parents in correcting the wrong practice of spacing between the
alphabet or words.
Keywords: Distance between letters or words, Mechanical writing skills, logic motor, level 1 pupil

614
PENGENALAN

Kebolehan mengatur strategi menulis dengan baik membolehkan tulisan seseorang kemas
dan mudah dibaca. Kekemasan tulisan boleh dilihat dalam aspek jarak antara abjad atau
perkataan semasa menulis. Strategi menulis diperlukan untuk menghasilkan hasil tulisan yang
kemas dan tersusun mengikut gambaran yang dilihat. Seseorang yang berupaya mengatur
strategi penulisan yang baik dapat menulis dengan mengambil kira aspek kekemasan dari segi
jarak antara abjad atau perkataan dengan tepat. Strategi menulis seseorang mempengaruhi
penguasaan kemahiran menulis dengan baik. Levine (2002), menyatakan bahawa
pengetahuan dan kefahaman guru terhadap aspek-aspek yang terdapat dalam kemahiran
asas menulis dapat mempengaruhi penguasaan murid terhadap kemahiran menulis mekanis
khususnya. Antara aspek yang paling penting dalam pengajaran kemahiran menulis mekanis
ialah seperti jarak antara abjad atau perkataan semasa menulis. Menurut Yuznaili Saleh
(2016), jarak antara abjad atau perkataan merupakan salah satu aspek yang dilihat dalam
motor logik kemahiran menulis. Tulisan dengan jarak antara abjad atau perkataan dengan
kadar yang sesuai menunjukkan kekemasan dan mudah dibaca. Menulis dengan jarak yang
tidak sesuai seperti terlalu rapat, bertindih atau terlalu jauh menyebabkan tulisan sukar dibaca
dan tidak difahami. (Yuznaili Saleh, 2016).

PERMASALAHAN KAJIAN

Murid perlu mengamalkan penulisan dengan jarak antara abjad atau perkataan dengan kadar
yang sesuai. bermula dari peringkat awal lagi iaitu di tahap satu sekolah rendah. Malahan
bermula peringkat tersebut murid perlu diberi pendedahan tentang peraturan dan
pengetahuan menulis dengan betul dan kemas. (Sariza Said, 2012).

Menurut Levine (2002) murid mempunyai masalah dalam motor logik. Murid yang
menulis dengan jarak antara abjad atau perkataan yang tidak sesuai lemah dalam motor logik.
Kajian Yuznaili Saleh (2016), Syarmina Ellias (2012), Mohammad Faizal Latip (2012), Tolga
Erdogan & Ozge Erdogan (2012), Yuznaili Saleh (2016), dan Vinicios Alaminose et al. (2013).
menunjukkan terdapat murid yang bermasalah menulis perkataan iaitu menulis secara rapat
dan tiada jarak antara abjad atau antara perkataan. Memperbaiki kekemasan tulisan murid
dapat membantu meningkatkan kemahiran menulis mereka. Guru memainkan peranan bagi
membimbing murid menulis dengan jarak yang betul dalam penulisan. Namun begitu,
ketidakbolehan seseorang murid menguasai kemahiran menulis mekanis seirng dianggap
sebagai suatu isu kelemahan sementara bagi guru. (Sariza Said, 2012).

Jarak antara abjad atau perkataan yang terlalu rapat, bertindih atau terlalu jauh akan
mempengaruhi kekemasan tulisan murid yang dapat menjejaskan markah ujian mereka dalam
soalan penulisan pada peringkat yang lebih tinggi. Dalam satu kajian yang telah dijalankan

615
oleh Syarmina Ellias (2012) menunjukkan masalah jarak antara perkataan atau abjad ini masih
lagi berlaku dalam kalangan murid tahun 3. Hal ini agak membimbangkan kerana pada
peringkat tersebut murid bersedia untuk memasuki tahap dua sekolah rendah dan menjalani
ujian penulisan karangan. Dapatan kajian beliau menunjukkan kedua-dua sampel kajian
menulis dengan jarak yang terlalu rapat dan bertindih semasa menulis. Hal ini menyebabkan
tulisan sukar dibaca dan sukar difahami oleh guru. (Syarmina Ellias, 2012). Levine (2004) turut
menyatakan bahawa murid yang menulis dengan jarak yang tidak sesuai akan menghasilkan
tulisan yang kurang kemas dan sukar dibaca. Ini menyebabkan mereka sering dianggap
sebagai murid yang malas oleh guru. Sehubungan itu kajian ini akan mengkaji hasil tulisan
murid yang mempunyai masalah dalam kemahiran menulis bagi menyelidik jarak antara abjad
atau perkataan.

Jarak antara abjad atau perkataan amat mempengaruhi kekemasan tulisan dan boleh
menjejaskan markah tugasan bahagian penulisan. Kebanyakan kajian berkenaan jarak antara
abjad atau perkataan semasa menulis dilaksanakan menggunakan pendekatan kuantitatif.
Dapatan kajian ini menunjukkan sebahagian kecil murid tidak menunjukkan jarak antara abjad
atau perkataan dengan kadar yang sesuai. Dapatan kajian ini hampir sama dengan dengan
pengkaji lain yang menyelidik jarak antara abjad atau perkataan dalam kemahiran menulis
mekanis. Antara kajian berkenaan jarak antara abjad atau perkataan dalam kemahiran
menulis mekanis ialah kajian Syarmina Ellias (2012), Mohammad Faizal Latip (2012), Tolga
Erdogan & Ozge Erdogan (2012), Yuznaili Saleh (2016), dan Vinicios Alaminose et al (2013).
Walau bagaimanapun, kebanyakan kajian lepas menggunakan pendekatan kuantitatif dalam
menyelidik jarak antara abjad atau perkataan dalam kemahiran menulis mekanis iaitu seperti
kajian, Tolga Erdogan et al (2012), kajian Yuznaili Saleh (2016) dan kajian Vinicios Alaminose
et al (2013). Manakala kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif dilaksanakan oleh
Syarmina Ellias (2012) dan Mohammad Faizal Latip (2012). Kajian ini menggunakan
pendekatan kualitatif dan kaedah kajian kes dalam menyelidik jarak antara abjad atau
perkataan dalam penguasaan kemahiran menulis mekanis. Penyelidikan kualitatif mempunyai
bentuk data yang tersendiri yang berbeza dengan penyelidikan kuantitatif. Didapati masih
kurang kajian berkenaan jarak antara abjad atau perkataan yang dilaksanakan menggunakan
pendekatan kualitatif.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bagi melaksanakan objektif kajian yang berikut;


i. Menyelidik jarak antara abjad atau perkataan semasa menulis murid tahap satu
ii. Menyelidik keseimbangan tulisan yang ditulis pada garisan buku.
iii. Menyelidik saiz abjad yang sekata

616
iv. Menyelidik aktiviti pemadaman yang dilakukan semasa menulis

SOALAN KAJIAN
Kajian ini untuk mendapat maklumat bagi menjawab persoalan yang berikut:
i. Mengapakah jarak antara perkataan dengan perkataan perlu ditulis dalam jarak yang
sesuai iaitu, tidak terlalu rapat atau terlalu jauh?
ii. Mengapakah perkataan itu perlu ditulis lurus mengikut garisan?
iii. Mengapakah abjad itu perlu ditulis dengan saiz yang sama?
iv. Adakah terdapat aktiviti pemadaman yang dilakukan semasa menulis?

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah kajian kes. Peserta
kajian yang terlibat dalam kajian kualitatif biasanya tidak ramai dan tidak ada ketetapan khas
bagaimana cara untuk menentukan saiz sampel yang bersesuaian dengan setiap kajian yang
dilaksanakan (Yin, 2009). Sehubungan dengan itu, kajian ini hanya melibatkan tiga orang
peserta kajian yang dipilih berdasarkan kaedah persampelan bertujuan seperti yang
dicadangkan oleh Mohd Awang Idris et al. (2018) dan menepati ciri-ciri yang diperlukan dalam
kajian ini iaitu peserta kajian mestilah individu yang lemah dalam kemahiran menulis mekanis,
kurang atau tidak menyukai tugasan menulis, kerap tidak melaksanakan tugasan bertulis yang
diberi oleh guru, tidak dapat menulis dengan rapi, dan memilih untuk melaksanakan tugasan
yang tidak memerlukan mereka menulis sekiranya diberi pilihan. Sampel kajian ini terdiri
daripada murid tahap satu di sebuah sekolah di daerah Seremban. Satu sampel merupakan
murid perempuan tahun satu, manakala dua orang sampel ialah murid lelaki yang kedua-
duanya tahun dua.

Kajian ini menggunakan satu instrumen senarai semak. Senarai semak tersebut
mengandungi empat perkara iaitu jarak antara abjad atau perkataan, keseimbangan tulisan,
saiz abjad yang sekata, dan aktiviti pemadaman. Terdapat empat jenis kesahan yang
dilaksanakan bagi kajian ini iaitu kredibiliti, kebergantungan, pengesahan dan
kebolehpindaan. Kajian ini mempunyai kebolehpercayaan kerana terdapat dua triangulasi iaitu
triangulasi kaedah triangulasi teori. Kaedah pengumpulan data dijalankan dengan kaedah
pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Ketiga-tiga kaedah tersebut dijalankan kepada
kesemua sampel secara berasingan atas faktor jarak dan tempat.

Pada peringkat permulaan pengkaji menggunakan senarai semak untuk membuat


pemerhatian terhadap sampel semasa menulis. Pada 28 dan 29 Januari 2021, pemerhatian
mula dijalankan terhadap sampel secara berasingan untuk melihat jarak antara abjad atau
perkataan yang dihasilkan murid semasa menulis. Pengkaji telah memerhatikan semasa murid

617
melaksanakan aktiviti menulis di dalam kelas dan menanda senarai semak itu sebagaimana
keadaan yang telah diperhatikan. Pengkaji turut menemu bual sampel pada 1 dan 6 Februari
2021 secara berasingan dan dirakam sebagai bukti pelaksanaan. Temu bual dilaksanakan
berpandukan protokol temu bual yang telah disediakan oleh pengkaji. Hasil temu bual
ditranskripsi untuk dianalisis menggunakan Nvivo 12. Pengkaji turut melaksanakan analisis
dokumen terhadap hasil tulisan murid menggunakan senarai semak. Kemudian senarai semak
telah dikumpul dan dianalisis oleh pengkaji menggunakan perisian Nvivo 12. Analisis dibuat
dengan menggunakan kaedah analisis tematik.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Sebahagian kecil murid tahap satu dalam kajian ini tidak mengamalkan jarak antara abjad atau
perkataan yang sesuai semasa menulis. Rajah 1 di bawah merupakan hasil tulisan sampel
yang menunjukkan jarak antara abjad atau perkataan yang terlalu rapat.

Rajah 1: Hasil Tulisan Sampel B

Jika diteliti daripada rajah di atas, jelas menunjukkan hasil analisis dokumen sampel kedua
kajian iaitu sampel B tidak menulis dengan jarak antara abjad atau perkataan dengan kadar
yang sesuai semasa menulis. Sampel B menulis dengan keadaan jarak antara abjad atau
perkataan yang terlalu rapat. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan dapatan temu bual dengan
sampel B. Sampel B tidak menulis abjad atau perkataan dengan jarak yang sesuai,
menyebabkan hasil tulisannya sukar dibaca dan tidak kemas. Dapatan temu bual jelas
menunjukkan sampel B tidak memahami keperluan menjarakkan abjad atau perkataan
dengan jarak yang sesuai semasa menulis. Hal ini disokong melalui data pemerhatian.
Dapatan pemerhatian melalui instrumen senarai semak sampel B mendapati sampel B
menunjukkan jarak antara abjad dan perkataan yang tidak sesuai semasa menyalin perkataan.
Sampel B menulis dua perkataan secara rapat dan bersambung dengan jarak abjad yang tidak
sekata. Hal ini menunjukkan murid lemah dalam kawalan kedalaman dan keperincian yang
menyebabkan murid tidak dapat menganggarkan jarak yang sesuai semasa menulis. Ini

618
menunjukkan sampel kajian kurang mengamalkan jarak antara abjad atau perkataan yang
betul semasa menulis.

Hasil kajian ini menunjukkan murid tahap satu tidak dapat menganggarkan jarak antara
abjad atau perkataan yang sesuai semasa menulis. Jarak antara abjad atau perkataan yang
terlalu rapat, bertindih atau terlalu jauh akan mempengaruhi kekemasan tulisan murid yang
dapat menjejaskan markah ujian mereka dalam soalan penulisan pada peringkat yang lebih
tinggi. (Olivier & Bowler, 1996). Hal ini menunjukkan murid lemah dalam kawalan kedalaman
dan keperincian. (Clay, 2002). Levine (2004a), menjelaskan bahawa murid yang lemah dalam
kawalan kedalaman dan keperincian akan menulis secara kurang kemas. Tulisan yang
menunjukkan jarak antara abjad atau perkataan yang tidak sesuai merupakan salah satu ciri
tulisan tidak kemas. Ini menyebabkan mereka sering dianggap sebagai murid yang malas oleh
guru (Levine, 2004). Sekiranya murid tidak menguasai tulisan dengan jarak antara abjad atau
perkataan yang betul murid ini akan menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran
menulis mekanis dan sukar menguasai kemahiran menulis peringkat seterusnya iaitu
kemahiran menulis mentalis (Levine, 2004 dan Yuznaili Saleh 2016). Kajian lepas seperti
kajian Syarmina Ellias (2012), Mohammad Faizal Latip (2012), Tolga Erdogan & Ozge
Erdogan (2012), Yuznaili Saleh (2016), dan Vinicios Alaminose et al (2013) turut menunjukkan
dapatan yang hampir sama.

Sehubungan itu dapat dibuktikan melalui kajian ini bahawa masalah tulisan dengan
jarak antara abjad atau perkataan dengan kadar yang sesuai telah mula berlaku pada
peringkat tahap satu lagi. Hal ini perlu diberi perhatian serius. Tanggungjawab guru bukan
sahaja mengajar menulis semata-mata namun perlu membimbing murid untuk
menganggarkan jarak yang sesuai bagi abjad dan perkataan semasa menulis. Dengan cara
ini murid mula faham dan boleh menganggarkan jarak yang betul semasa menulis bermula di
tahap satu lagi. Hasilnya, murid dapat menguasai kemahiran menulis mekanis dengan baik
bermula peringkat sekolah rendah sehingga ke tahap pendidikan yang lebih tinggi.

KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

Kesimpulannya murid tahap satu tidak mengamalkan jarak antara abjad atau perkataan yang
betul semasa menulis. Hasil kajian ini membuktikan bahawa sebahagian kecil murid tahap
satu lemah dalam motor logik iaitu tidak menunjukkan jarak antara abjad atau perkataan
dengan kadar yang sesuai. Murid menulis abjad atau perkataan secara bertindih atau terlalu
rapat sehingga menyebabkan tulisan sukar dibaca dan tidak kemas.

Kajian ini berupaya untuk memberi maklumat kepada guru bahawa murid yang menulis
perkataan dengan jarak antara abjad atau perkataan yang tidak sesuai seperti rapat atau
bertindih bukanlah disebabkan oleh kelemahan murid tetapi kerana kurangnya penguasaan

619
dalam salah satu elemen motor pembelajaran kemahiran menulis Levine (2004) iaitu motor
logik. Oleh itu tindakan segera perlu dilaksanakan bagi membetulkan amalan jarak yang tidak
sesuai itu daripada terus berlaku.

KPM dan pihak sekolah perlulah memastikan guru-guru menguasai dan mempunyai
pengetahuan tentang kemahiran menulis mekanis secara mendalam bermula di peringkat
guru pelatih lagi iaitu di Institut Pendidikan Guru. Manakala bagi guru-guru yang mengajar di
sekolah rendah bolehlah menggunakan instrumen senarai semak dalam kajian ini untuk
mengenal pasti jarak antara abjad atau perkataan yang diamalkan oleh murid dan
membetulkan sekiranya didapati terdapat murid yang menulis dengan jarak yang tidak sesuai.
gamalkan postur badan yang salah. Langkah awal untuk memastikan murid dapat menulis
dengan jarak antara abjad atau perkataan yang sesuai bagi membolehkan murid menguasai
dengan baik kemahiran menulis dan tidak menjejaskan markah penulisan murid sehingga ke
peringkat pendidikan yang lebih tinggi.

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah kajian kes dalam menyelidik
kemahiran motor logik dalam penguasaan kemahiran menulis mekanis. Berdasarkan kajian
literatur, masih kurang kajian-kajian yang dijalankan berkenaan jarak antara abjad atau
perkataan menggunakan pendekatan kualitatif. Kebanyakan kajian lepas seperti Tolga
Erdogan et al (2012), kajian Yuznaili Saleh (2016) dan kajian Marielza Regina et al (2013),
dilaksanakan secara kuantitatif. Penyelidikan kualitatif mempunyai bentuk data yang tersendiri
yang berbeza dengan penyelidikan kuantitatif. Pendekatan ini berusaha untuk memperoleh
maklumat berkualiti dengan memberikan tumpuan terhadap sampel yang kecil. (Azizah
Hamzah, 2010). Penumpuan terhadap sampel yang kecil membolehkan maklumat secara
terperinci diperoleh. Oleh itu, disarankan kepada pengkaji akan datang untuk melaksanakan
kajian motor logik dalam kemahiran menulis menggunakan pendekatan kualitatif untuk
mengenal pasti secara mendalam tentang masalah tersebut.

RUJUKAN

Azizah Hamzah. (2010) Kaedah Kualitatif Dalam Penyelidikan Sosiobudaya: Jurnal Pengajian
Media Malaysia (Volume 6, No. 1, 2004). Universiti Malaya

Clay, M. (1987). Writing begin at home. Heineman.

Clay, M. (2002). An observation survey of early literacy achievement (2nd ed.). Heineman.

Creswell, J.W. (2012). Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating


Quantitative and Qualitative Research. (4th Ed). Pearson Education.

Levine, M. (2002). A mind at a time. Simon & Schuster.

Levine, M. (2004). The myth of laziness. Simon & Schuster.

620
Mohd Awang Idris, Haslina Muhamad dan R. Zirwatul Aida R. Ibrahim. (2018). Metodologi
Penyelidikan Sains Sosial: Penerbit Universiti Malaya

Montgomery, D. (2007). Spelling handwriting and dyslexia. Routledge.

Olivier, C. & Bowler, R. F. (1996). Learning to learn. Simon and Schuster.

Sariza Said. 2012. Pengajaran Tulisan Tangan Daripada Perspektif Guru-guru Prasekolah.
Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia

Yin, R. K. (2009). Case Study Research: Design and Methods (4th Ed.). Thousand Oaks, CA:
Sage.

Yuznaili Saleh (2016). Pembangunan Ujian Diagnostik Kemahiran Menulis Mekanis Bahasa
Melayu. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Yuznaili Saleh (2021). Panduan Komprehensif Penyelidikan: Navigasi Penyelidikan Anda.


Penerbit IPG Kampus Bahasa Melayu

621
TAHAP KEBERKESANAN TEKNIK NYANYIAN DALAM MENINGKATKAN MINAT MURID
TERHADAP PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN BAHASA MELAYU

Amir Syazwan bin Mahmud


amir09-867@epembelajaran.edu.my

Mastura binti Halim PhD


masturahalim@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Penggunaan teknik pengajaran oleh guru dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) dirasakan
tidak menarik bagi murid-murid. Lebih parah, mereka hanya melibatkan diri kerana takut kepada guru
walhal mereka sendiri tidak menyelami topik pembelajaran pada hari tersebut. Oleh itu, kajian ini
dilaksanakan adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan teknik nyanyian dalam meningkatkan
minat murid terhadap sesi PdPC Bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan
Kementah (SKK), Kem Kementah, Kuala Lumpur. Pedekatan yang digunakan dalam kajian ini ialah
pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimental. Jumlah responden melibatkan 60
orang murid tahun lima yang dibahagikan ke dalam dua kumpulan iaitu rawatan dan kawalan dengan
tempoh eksperimen selama empat minggu. Data yang dikutip berlandaskan kepada instrumen kajian
iaitu ujian pra dan ujian pasca terhadap kedua-dua kumpulan. Penganalisisan data menggunakan
analisis deskriptif dan analisis inferensi untuk menilai hipotesis-hipotesis yang dibina. Rumusan kajian
menunjukkan bahawa teknik nyanyian terbukti berkesan dalam meningkatkan minat murid di dalam bilik
darjah. Apabila sesuatu aktiviti mempunyai unsur hiburan, maka tahap minat seterusnya penglibatan
murid akan lebih meningkat. Kesimpulannya, guru perlu sentiasa merancang dan mengelolakan sesi
PdPC yang menarik dan berkesan dalam menarik perhatian murid di dalam bilik darjah.
Kata kunci: teknik nyanyian, hiburan, minat, penglibatan, kanak-kanak

ABSTRACT
The use of teaching techniques by teachers in learning and facilitation (PdPC) is considered unattractive
to students. Worse, they only got involved because they were afraid of their own teachers and not to
immerse themselves in the topic of learning that day. Therefore, the study was conducted to see the
effectiveness of singing techniques in increasing students' interest in PdPC session of Bahasa Melayu.
This study was conducted at Sekolah Kebangsaan Kementah (SKK), Kementah Camp, Kuala Lumpur.
The approach used in this study is a quantitative approach with experimental-quasi design. The total
number of respondents involved 60 students year five divided into two groups namely treatment and
control with experimentation period for four weeks. The data collected is based on research instruments
which are pre-testing and post-testing against both groups. Data analysis uses descriptive analysis and
inference analysis to assess constructed hypotheses. The summary of the study showed that singing
techniques proved effective in increasing the interest of pupils in the classroom. When an activity has
an element of entertainment, then the level of interest thus involvement of students will increase. In
conclusion, teachers should always plan and organize interesting and effective PdPC sessions in
attracting the attention of students in the classroom.
Keywords: singing techniques, entertainment, interests, engagement, children

622
PENGENALAN

Teknik nyanyian merupakan salah satu daripada komponen didik hibur yang telah difokuskan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha menyerikan lagi pengajaran guru
di dalam bilik darjah. Menurut Stefan Koelsch (2014), unsur muzik dalam nyanyian boleh
mempengaruhi emosi dan perasaan murid pada tahap usia kanak-kanak. Murid yang
mengambil bahagian dalam aktiviti muzik lebih banyak berkomunikasi dengan ibu bapa dan
guru. Muzik juga dapat mencetus daya kreativiti murid melalui lagu. Sebagai contoh, murid
terdorong untuk melakukan pelbagai pergerakan kreatif apabila muzik dimainkan.
Perkembangan sosioemosi boleh dipupuk semasa guru mengajar aktiviti nyanyian serta muzik
dan gerakan (Stefan Koelsch, 2014). Sebagai contoh, murid berasa teruja apabila guru
memainkan lagu Didi & Friends semasa di dalam bilik darjah. Teknik nyanyian dilihat sebagai
salah satu cara dalam menarik perhatian murid untuk melakukan sesuatu perkara dengan
tekun. Hal ini kerana sifat murid pada tahap usia kanak-kanak yang mesra kepada nyanyian
dan permainan. Menurut Rini Lestari (2012), kaedah yang kreatif dan inovatif perlu
menggunakan unsur nyanyian kerana nyanyian adalah sebahagian daripada kehidupan
kanak-kanak. Walaubagaimanapun, syarat nyanyian iaitu gaya bahasa yang sederhana, lirik
yang pendek dan sesuai dengan perkembangan murid perlu diambil kira supaya tidak terlalu
membebankan bagi tahap kognitif mereka.

Pembelajaran boleh dipelbagaikan melalui ciptaan konsep pembelajaran


menggunakan melodi atau menggunakan latar belakang muzik dalam pembelajaran (Howard
Gardner, 2006). Murid dilihat cenderung untuk mengembangkan lagi daya berfikir mereka
melalui aktiviti berunsurkan muzik. Muzik boleh membantu murid dalam pengajaran dan
pembelajaran mereka. Beliau mengulas bahawa muzik sering digunakan di Eropah dalam
pendidikan bagi mencungkil kecerdasan individu dan terbukti berkesan dengan jayanya.
Daripada dapatan beliau, aspek muzik daripada Teori Kecerdasan Pelbagai telah
membuktikan bahawa pembelajaran melalui muzik mampu membantu individu mengenali
perbendaharaan kata dan menguasai konsep penting dalam keadaan yang selesa dan
berkesan.

Penggunaan elemen muzik adalah amat disarankan sebagai alternatif menjadikan


kaedah pembelajaran dan pengajaran tidak mendatar dan membosankan murid. Muzik
mampu memberikan kesan yang mendalam kepada murid memandangkan elemen ini
menyentuh mengenai keseronokan dan kegembiraan (Hamisan Salim, 2010). Tidak kira apa
pun bentuk rancangan yang digunakan, keberkesanan adalah terletak pada pengeksplotasian
bahan bantu mengajar dengan sebaiknya oleh guru. Pelaksanaan teknik pengajaran yang
berkesan akan membolehkan murid memahami topik pembelajaran dengan mudah. Didik

623
hibur adalah kaedah pedagogi dalam pendidikan yang terdapat di dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dikenali sebagai kaedah yang senang atau santai
serta menyeronokkan. Murid berpeluang untuk melalui suasana pembelajaran yang
menyeronokkan dan meningkatkan minat dan motivasi mereka dalam menimba ilmu (Hamisan
Salim, 2010). Galakan murid untuk berinteraksi dan mempromosikan pembelajaran secara
aktif juga akan terlaksana. Hal ini dapat membantu memperkuatkan murid dan mendorong
mereka untuk belajar menggunakan pendekatan yang kreatif dan positif dengan menekankan
persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dengan cara yang terancang.

Menurut Norismayati Aida Idris et al (2013), perkembangan emosi murid dapat dipupuk
dengan baik melalui kemahiran pengelolaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran oleh guru
dengan tinggi. Teknik pengajaran dan pembelajaran yang kreatif seperti nyanyian, bercerita
atau modelling sesuai digunakan. Murid lebih gemar mendengar dan melibatkan diri dalam
aktiviti muzik seterusnya perkembangan emosi mereka dapat dipupuk melalui pengalaman
aktiviti yang dirancang oleh guru di dalam bilik darjah. Kaedah yang efektif dalam didik hibur
juga dapat meningkatkan kemahiran membaca, menulis dan membentuk kemahiran literasi
kanak-kanak (Suzana Abdul Mutalib & Jamil Ahmad, 2012). Elemen muzik di dalam elemen
didik hibur ini didapati mampu untuk membantu murid dalam mengenali teks secara lebih
berkesan berbanding pertuturan dan memudahkan pembelajaran khasnya dalam
pembelajaran sesuatu kemahiran bahasa.

PERNYATAAN MASALAH

Teknik nyanyian sememangnya bukanlah perkara baharu dalam PdPC Bahasa Melayu
(Faridah Nazir & Faiziah Shamsudin, 2016). Teknik ini sendiri digariskan sebagai salah satu
kaedah yang boleh digunakan oleh guru bahasa. Walaubagaimanapun, kebanyakkan guru
hanya menggunakan teknik ini apabila ingin mengajarkan aspek seni bahasa (Abdul Rahman
Haron et al, 2015). Menurut Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd Rahman (2011), guru
jarang menggabungjalinkan unsur seni dalam pengajaran selain seni bahasa. Aspek seni
bahasa merupakan salah satu daripada komponen Bahasa Melayu yang perlu diajar mengikut
silibus yang telah diputuskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Walhal, dalam
empat lagi aspek iaitu kemahiran membaca, kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran
menulis dan aspek tatabahasa, guru didapati tidak banyak menerapkan teknik nyanyian
sebagai salah satu bahan pengajaran mereka (Abdul Rahman Haron et al, 2015). Daripada
situasi ini, murid tidak didedahkan dengan aktiviti berunsur didik hibur ketika mempelajari baki
kemahiran bahasa yang lain. Implikasinya, murid didapati kurang menunjukkan minat terhadap
pengajaran guru di dalam bilik darjah. Sehubungan dengan itu, hubungan di antara

624
penggunaan teknik nyanyian dalam pembelajaran murid dengan minat mereka akan diuji
dalam pelaksanaan kajian ini.

Dapatan kajian daripada Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail (2013), merumuskan
bahawa dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) Bahasa Melayu di sekolah rendah,
murid didapati merasa bosan dengan pengajaran guru. Mereka hanya melibatkan diri kerana
takut kepada guru walhal mereka sendiri tidak menyelami topik pembelajaran pada hari
tersebut. Akibat daripada masalah ini, murid mendapat penilaian yang rendah sama ada
daripada penilaian secara formatif mahupun sumatif. Antara punca daripada timbulnya
masalah ini adalah kerana kaedah pengajaran guru yang dirasakan bosan oleh murid. Guru
kurang menggunakan teknik-teknik yang menarik dalam sesi PdPC mereka. Teknik dan cara
pengajaran tradisional banyak digunakan oleh para guru disebabkan faktor-faktor yang
tertentu seperti kekurangan bahan, kekurangan perancangan dan juga sikap guru itu sendiri
(Abdul Rahman Haron et al, 2015). Sikap guru seperti ini mengakibatkan minat murid menurun
seterusnya mencacatkan lagi sesi PdPC yang diketuai oleh beliau. Murid akan kurang
menghormati pengajaran guru tersebut dan membuat hal masing-masing seperti bermain
dengan rakan yang lain.

Selain itu, dalam dunia pendidikan sekarang, didapati amalan guru dalam
melaksanakan kurikulum Bahasa Melayu pada keseluruhannya adalah masih berpusatkan
kepada guru dan terikat dengan kaedah tradisional. Aspek lain seperti pemahaman, amalan
dan penghayatan kurang diberi perhatian yang sewajarnya. Aktiviti yang melibatkan pelajar
secara aktif sangat terhad (Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail, 2013). Pendekatan hafalan
yang melibatkan pelbagai petua dan cara ringkas telah menyebabkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran menjadi tidak bermakna. Murid-murid lebih banyak menghafal fakta dan hukum-
hukum tanpa mengetahui konsep sebenar. Golongan pendidik perlu melakukan suatu anjakan
paradigma, di mana perasaan fobia dan malas untuk menyesuaikan diri dengan dunia siber
perlu dikikis kerana perasaan malu, takut dan rendah diri akan menyekat golongan pendidik
menguasai ilmu dan pengetahuan baru

OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian ini ialah:

i. Mengenal pasti keberkesanan teknik nyanyian dalam meningkatkan minat murid


terhadap pengajaran guru.
ii. Mengenal pasti kesesuaian teknik nyanyian untuk diaplikasikan dalam sesi PdPC
Bahasa Melayu.
iii. Mengenal pasti tahap minat murid untuk memasuki PdPC Bahasa Melayu pada masa
berikutnya selepas mengikuti teknik nyanyian.

625
SOALAN KAJIAN

Antara soalan kajian ini ialah:

i. Adakah teknik nyanyian berkesan dalam meningkatkan minat murid terhadap


pengajaran guru?
ii. Adakah teknik nyanyian sesuai untuk diaplikasikan dalam sesi PdPC Bahasa Melayu?
iii. Adakah tahap minat murid meningkat untuk memasuki PdPC Bahasa Melayu pada masa
berikutnya selepas mengikuti teknik nyanyian?

HIPOTESIS KAJIAN

Hipotesis-hipotesis yang dijangka ialah:

i. Ho1: Tiada perbezaan signifikan antara min skor ujian pra dan min
skor ujian pasca bagi kumpulan rawatan.
Ha1: Terdapat perbezaan signifikan antara min skor ujian pra dan min skor ujian pasca bagi
kumpulan rawatan.

ii. Ho2: Tiada perbezaan signifikan antara min skor ujian pra dan
min skor ujian pasca bagi kumpulan kawalan.
Ha2: Terdapat perbezaan signifikan antara min skor ujian pra dan
min skor ujian pasca bagi kumpulan kawalan.

iii. Ho3: Tiada perbezaan signifikan antara min skor ujian pra kumpulan
rawatan dan min skor ujian pra bagi kumpulan kawalan.
Ha3: Terdapat perbezaan signifikan antara min skor ujian pra
kumpulan rawatan dan min skor ujian pra bagi kumpulan kawalan.

iv. Ho4: Tiada perbezaan signifikan antara min skor ujian pasca
kumpulan rawatan dan min skor ujian pasca bagi kumpulan
kawalan.
Ha4: Terdapat perbezaan signifikan antara min skor ujian pasca kumpulan rawatan dan min
skor ujian pasca bagi kumpulan kawalan.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan memilih reka bentuk kuasi-eksperimen
sebagai reka bentuk kajian. Menurut Lee Keok Cheong et al (2018), reka bentuk ini digunakan
apabila melibatkan kajian tentang keberkesanan sesuatu kaedah pengajaran, modul atau

626
program dalam pelbagai situasi yang tidak dapat menggunakan reka bentuk eksperimen tulen
terutamanya dalam situasi sebenar di sekolah. Di dalam kajian reka bentuk kuasi-eksperimen
ini, terdapat dua pemboleh ubah yang dikaji iaitu pemboleh ubah tidak bersandar dan
pemboleh ubah bersandar (Chua Yan Piaw, 2014). Pemboleh ubah tidak bersandar dalam
kajian ini ialah penggunaan teknik nyanyian sementara pemboleh ubah bersandar pula ialah
peningkatan tahap minat murid terhadap pengajaran Bahasa Melayu. Kaedah persampelan
yang digunakan ialah persampelan rawak berkelompok. Kaedah ini mengambil sampel secara
berkumpulan. Hal ini kerana bagi melaksanakan kajian berbentuk kuasi eksperimental, hasil
dapatan akan dinilai berdasarkan kepada kumpulan dan bukannya individu (Chua Yan Piaw,
2014). Seramai 60 orang murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan Kementah (SKK) yang telah
dipilih dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.

Instrumen yang digunakan terdiri daripada set ujian pra dan set ujian pasca. Item yang
dibina dalam ujian pra dan ujian pasca merupakan item yang sama. Soalan pra dan pasca ini
dibina menggunakan reka bentuk soalan soal selidik. Pengkaji memilih item jenis soal selidik
sebagai instrumen kerana minat tidak dapat diukur melalui soalan kognitif dan hanya dapat
ditaksir melalui set soalan berskala (John Keller, 1987). Jadi, untuk menilai keberkesanan
teknik nyanyian dalam meningkatkan minat murid, pengkaji akan melihat daripada jawapan
murid dalam soalan berbentuk skala. Perbezaan skor markah ujian di antara dua kumpulan ini
akan menunjukkan ciri-ciri mereka yang ingin dikaji (Gary Heiman, 1999). Perbezaan di antara
kedua-dua kumpulan akan dilihat melalui analisis deskriptif dan analisis inferensi ujian ini
kelak.

Item yang terdapat dalam soal selidik dibina melalui adaptasi instrumen kajian
Muhamad Shakir Saad et al (2018). Dalam kajian mereka, perkara yang ingin dikaji ialah
permainan robot dalam meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Biologi.
Disebabkan kajian ini turut menilai minat murid, maka pengkaji mengadaptasi instrumen
mereka dengan menyesuaikan soalan kepada penggunaan teknik nyanyian dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu. Soalan terbahagi kepada empat bahagian dan bertujuan untuk
menjawab kesemua persoalan dan hipotesis yang telah dibina.

Seminggu sebelum rawatan, kesemua peserta dari setiap kumpulan diberikan ujian
pra. Kemudian, selama lima minggu, proses eksperimen dijalankan kepada kedua-dua
kumpulan di mana kumpulan rawatan menggunakan teknik nyanyian dalam pengajaran
manakala kumpulan kawalan tidak menggunakan teknik nyanyian dalam pengajaran. Pengkaji
bebas untuk menerapkan teknik nyanyian ini sama ada pada set induksi ataupun pada langkah
dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Namun kepelbagaian pemilihan waktu
penggunaannya perlu diambil kira dan tidak boleh terikat kepada satu langkah sahaja

627
(Mohamad Albaree Abdul et al, 2019). Sebagai contoh, pada minggu pertama rawatan,
pengkaji menggunakan teknik nyanyian pada set induksi. Maka, pada minggu kedua pula,
pengkaji perlu menggunakan teknik nyanyian pada langkah pertama, kedua atau set penutup.
Setiap aspek waktu iaitu set induksi, langkah dan penutup perlu mengandungi teknik nyanyian
sekurang-kurangnya sekali dalam kajian ini. Selepas tamat tempoh intervensi, kedua-dua
kumpulan akan diberikan ujian pasca bagi mengakhiri penilaian instrumen kajian.

Kajian rintis telah dilakukan di Sekolah Kebangsaan Sri Damai (SKSD). Kajian rintis ini
bertujuan untuk menilai kesesuaian reka bentuk kajian dan menguji kebolehgunaan atau
kebolehpercayaan setiap item dalam soal selidik. Kajian rintis biasanya adalah kecil jika
hendak dibandingkan dengan kajian sebenar. Hal ini bertepatan dengan pendapat Othman
Talib (2013), bahawa saiz sampel semasa menjalankan kajian rintis hanya memadai 10 hingga
15 orang sahaja. Justeru, kajian rintis telah dijalankan ke atas 15 orang murid tahun 5 di SKSD.
Sampel yang dipilih perlu mempunyai ciri-ciri yang sama dengan sampel sebenar (Lee Keok
Cheong et al 2018). Hal ini supaya kebolehpercayaan instrumen akan lebih tinggi dan tepat.

Borang soal selidik telah dianalisis bagi melihat darjah kebolehpercayaan (Cronbach
Alpha). Ujian kebolehpercayaan (reliability test) dilakukan terhadap soalan soal selidik.
Kepentingan ujian ini adalah untuk mengetahui tentang item soalan yang disediakan
mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Kesesuaian soalan telah dinilai dari segi
kefahaman pelajar terhadap struktur soalan, kandungan dan masa yang diambil untuk
menjawab semua soal selidik tersebut. Menurut Trevor Bond & Christine Fox (2015), pekali
kebolehpercayaan yang lebih daripada 0.60 sering digunakan dalam dunia kajian. Hasil
dapatan analisis kajian rintis menunjukkan bahawa nilai pekali kebolehpercayaan bagi
instrumen adalah tinggi, iaitu 0.75. Pekali kebolehpercayaan yang lebih daripada 0.60 boleh
digunakan untuk menentukan kebolehpercayaan instrumen yang dibina (Patricia Leavy,
2017). Hasil kajian ini mendapati bahawa soalan soal selidik yang hendak digunakan pada
masa hadapan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Oleh itu, dapat disimpulkan
bahawa instrumen ini sesuai untuk digunakan dalam kajian sebenar.

Data yang diperolehi ini diproses dan dianalisis dengan menggunakan statistik
deskriptif dan inferensi. Pemprosesan data dibuat dengan menggunakan perisian Statistical
Package for Social Science (SPSS) versi 26.0. Analisis statistik deskriptif digunakan untuk
menilai min, sisihan piawai, kekerapan dan peratus data sementara statistik inferensi membuat
perbandingan dan menentukan hubungan di antara pemboleh ubah. Data dikelaskan mengikut
ujian skor-t dan telah diuji pada skala aras signifikan 0.05. Melalui data yang telah dianalisis,
kesimpulan untuk menguji hipotesis yang telah dibina pada awal kajian dapat dijawab sama
ada diterima atau ditolak. Jawapan kepada hipotesis kajian boleh dibuat menggunakan

628
bacaan min dan ujian skor-t tersebut. Oleh itu, hipotesis hubungan di antara penggunaan
teknik nyanyian dan tahap minat murid dalam pengajaran Bahasa Melayu akan dapat
ditentukan dengan tepat.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Perbezaan pencapaian skor min bagi minat murid tahun 5 SKK di antara kumpulan rawatan
dan kumpulan kawalan diukur menggunakan penggunaan teknik nyanyian dan teknik
tradisional. Pengujian hipotesis dilaksanakan dengan membuat ujian skor-t ke atas jawapan
soal selidik kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan pada ujian pra dan pasca. Analisis yang
dilakukan adalah menjurus kepada soalan dan hipotesis kajian yang telah dikemukan.

Daripada hasil dapatan yang dijalankan secara eksperimen, tahap minat murid boleh
diukur dan dianalisis dengan lebih lanjut. Ujian pra dan pasca dilaksanakan kepada kedua-
dua kumpulan dengan adil dan saksama. Penilaian ditafsir menggunakan min dan sisihan
piawai setiap kumpulan baik dari segi ujian pra mahupun ujian pasca.

Jadual 1
Perbezaan min dan sisihan piawai bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan

Min Sisihan
Piawai
Kumpulan Ujian Pra 2.46 0.156
Rawatan Ujian 4.52 0.191
Pasca
Kumpulan Ujian Pra 2.32 0.084
Kawalan Ujian 3.03 0.088
Pasca

Menurut Jadual 1, min ujian pra bagi kumpulan rawatan ialah 2.46 manakala min ujian
pra bagi kumpulan kawalan ialah 2.32. Sisihan piawai bagi ujian pra kumpulan rawatan pula
ialah 0.156 dan 0.084 bagi kumpulan kawalan. Perbezaan min bagi kedua-dua ujian pra ini
ialah sebanyak 0.14. Hal ini menunjukkan bahawa kedua-dua kumpulan mempunyai tahap
minat terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu yang sama. Untuk ujian pasca, min bagi
kumpulan rawatan ialah 4.52 manakala min bagi kumpulan kawalan ialah 3.03. Sisihan piawai
bagi kedua-dua kumpulan pula ialah 0.191 dan 0.088. Perbezaan min kedua-duanya ialah
1.49. Perkara ini memberi gambaran bahawa terdapat perbezaan ketara antara ujian pasca
antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Hal ini sudah dijangkakan oleh pengkaji
pada awal kajian di mana teknik nyanyian dapat meningkatkan minat murid dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah.

629
Ho1: Tiada perbezaan signifikan antara min skor ujian pra dan min skor ujian pasca
bagi kumpulan rawatan.

Jadual 2
Ujian skor-t perbezaan min skor ujian pra dengan ujian pasca kumpulan rawatan

N Min Sisihan t Signifikan


Piawai
Kumpulan Ujian Pra 30 2.46 0.156
Rawatan Ujian 30 4.52 0.191 -45.679 .000
Pasca

Menurut Jadual 2, keputusan ujian skor-t yang diperolehi bagi kedua-dua ujian adalah
-45.679 dengan nilai signifikan sebanyak 0.000. Nilai kebarangkalian didapati lebih tinggi
daripada nilai aras signifikan alpha (α) iaitu 0.000 < 0.050. Oleh itu, keputusan kajian
mendapati bahawa terdapat perbezaan signifikan dalam bacaan min kedua-dua ujian. Maka,
hipotesis null iaitu tiada perbezaan signifikan antara min skor ujian pra dan min skor ujian
pasca bagi kumpulan rawatan adalah ditolak. Justifikasi bagi dapatan ini ialah kerana teknik
nyanyian merupakan salah satu daripada elemen didik hibur. Murid merasa tertarik dan
seronok apabila melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti berunsurkan hiburan (Reney Pantun,
2016). Perkara ini sesuai dengan tahap usia mereka yang suka kepada unsur hiburan. Oleh
itu, menjadi satu kelaziman apabila perubahan minat berlaku dalam kalangan murid kumpulan
rawatan sebelum dan selepas pengaplikasian teknik nyanyian ini dalam PdPC mereka.

Ho2: Tiada perbezaan signifikan antara min skor ujian pra dan min skor ujian pasca
bagi kumpulan kawalan.

Jadual 3
Ujian skor-t perbezaan min skor ujian pra dengan ujian pasca kumpulan kawalan

N Min Sisihan t Signifikan


Piawai
Kumpulan Ujian Pra 30 2.32 0.084
Kawalan Ujian 30 3.03 0.088 -31.926 .000
Pasca

Menurut Jadual 3, keputusan ujian skor-t yang diperolehi bagi kedua-dua ujian adalah
-31.926 dengan nilai signifikan sebanyak 0.000. Nilai kebarangkalian didapati lebih tinggi
daripada nilai aras signifikan alpha (α) iaitu 0.000 < 0.050. Oleh itu, keputusan kajian
mendapati bahawa terdapat perbezaan signifikan dalam bacaan min kedua-dua ujian. Maka,
hipotesis null iaitu tiada perbezaan signifikan antara min skor ujian pra dan min skor ujian

630
pasca bagi kumpulan kawalan adalah ditolak. Justifikasi bagi dapatan ini ialah mungkin
disebabkan oleh faktor-faktor lain. Sebagai contoh, guru mungkin mempunyai personaliti yang
disukai oleh murid. Oleh itu, apabila murid suka kepada guru, maka mereka akan lebih tertarik
untuk melibatkan diri dalam sesi PdPC pada waktu tersebut (Faridah Nazir & Faiziah
Shamsudin, 2016). Makanya, walaupun pengajaran berlaku secara tradisional, murid tetap
menunjukkan minat yang tinggi kepada guru dan pengajaran beliau di dalam bilik darjah pada
waktu tersebut.

Ho3: Tiada perbezaan signifikan antara min skor ujian pra kumpulan rawatan dan min
skor ujian pra bagi kumpulan kawalan.

Jadual 4
Ujian skor-t perbezaan min skor ujian pra kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan

N Min Sisihan t Signifikan


Piawai
Rawatan 30 2.46 0.156
Ujian Pra Kawalan 30 2.32 0.084 4.359 .000

Menurut Jadual 4, keputusan ujian skor-t yang diperolehi bagi kedua-dua ujian adalah
4.359 dengan nilai signifikan sebanyak 0.000. Nilai kebarangkalian didapati lebih tinggi
daripada nilai aras signifikan alpha (α) iaitu 0.000 < 0.050. Oleh itu, keputusan kajian
mendapati bahawa terdapat perbezaan signifikan dalam bacaan min kedua-dua ujian. Maka,
hipotesis null iaitu tiada perbezaan signifikan antara min skor ujian pra kumpulan rawatan dan
min skor ujian pra bagi kumpulan rawatan adalah ditolak. Hasil bagi dapatan ini ialah murid
pada kedua-dua kumpulan mempunyai tanggapan yang berbeza kepada PdPC Bahasa
Melayu. Justifikasi yang boleh diketengahkan ialah faktor pengajaran guru pada sebelum itu
yang mempengaruhi tahap minat murid pada waktu tersebut (Ani Omar, 2018). Murid dalam
kumpulan kawalan menyukai pengajaran guru mereka sementara murid dalam kumpulan
rawatan kurang menyukainya. Hal ini mungkin kerana guru yang mengajar kumpulan kawalan
sebelum ini menggunakan kaedah dan teknik pengajaran yang menyeronokkan bagi mereka.
Untuk kumpulan rawatan pula, kaedah dan teknik pengajaran guru sebelum ini mungkin tidak
digemari oleh murid-murid.

Ho4: Tiada perbezaan signifikan antara min skor ujian pasca kumpulan rawatan dan
min skor ujian pasca bagi kumpulan kawalan.

631
Jadual 5
Ujian skor-t perbezaan min skor ujian pasca kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan
N Min Sisihan t Signifikan
Piawai
Ujian Rawatan 30 4.52 0.191
Pasca Kawalan 30 3.03 0.088 38.810 .000

Menurut Jadual 5, keputusan ujian skor-t yang diperolehi bagi kedua-dua ujian adalah
38.810 dengan nilai signifikan sebanyak 0.000. Nilai kebarangkalian didapati lebih tinggi
daripada nilai aras signifikan alpha (α) iaitu 0.000 < 0.050. Oleh itu, keputusan kajian
mendapati bahawa terdapat perbezaan signifikan dalam bacaan min kedua-dua ujian. Maka,
hipotesis null iaitu tiada perbezaan signifikan antara min skor ujian pasca kumpulan rawatan
dan min skor ujian pasca bagi kumpulan rawatan adalah ditolak. Justifikasi bagi dapatan ini
ialah murid kumpulan rawatan merasakan bahawa aktiviti berteraskan teknik nyanyian mampu
untuk menarik minat mereka (Nur Aliah Izzaty Hisamudin, 2019). Manakala bagi murid
kumpulan kawalan pula, mereka merasakan pengajaran tradisional kurang menarik untuk
diberikan perhatian. Hal ini dapat disimpulkan bahawa teknik nyanyian terbukti mampu
meningkatkan minat murid dalam sesi PdPC Bahasa Melayu dalam bilik darjah.

KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

Berdasarkan kajian ini, soalan yang dikemukan oleh pengkaji pada awal kajiannya ialah
adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap minat murid yang menggunakan teknik
nyanyian dengan murid yang menggunakan teknik tradisional dalam sesi PdPC mereka.
Persoalan tersebut telah pun terjawab berdasarkan proses-proses data yang diambil oleh
pengkaji sepanjang menjalankan kajian. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan
bahawa minat murid apabila menggunakan teknik nyanyian sangat memberangsangkan
berbanding menggunakan teknik tradisional.

Unsur hiburan terbukti mampu untuk meningkatkan minat murid dalam bilik darjah.
Mereka akan tertarik kepada perkara yang menyeronokkan mereka. Hal ini disokong oleh Sri
Yulia Sari (2017) yang menyatakan bahawa psikologi kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor
keseronokan. Mereka tidak suka kepada perkara yang terlalu ketat dari segi disiplin dan
membosankan. Sekiranya terdapat sedikit sahaja unsur berhibur dalam sesuatu aktiviti,
mereka akan mula mengambil bahagian. Menurut Reney Pantun (2016), pembelajaran secara
berhibur merupakan salah satu kaedah yang sesuai untuk dilakukan dalam bilik darjah bagi
tahap sekolah rendah. Hal ini kerana melalui unsur hiburan, murid akan lebih tertarik untuk
melibatkan diri. Guru akan dapat menjalankan sesi PdPC yang berkesan apabila semua murid
memberi kerjasama. Halangan dan masalah dapat diminimakan dan dihalang daripada

632
menganggu perjalanan pengajaran oleh guru. Aktiviti yang disusun dapat bergerak dengan
lebih lancar dan terurus.

Melalui pembelajaran yang menyeronokkan juga, murid akan dapat mengembangkan


daya berfikir mereka dengan lebih baik. Menurut Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali (2013), apabila
murid terdedah dengan sesuatu perkara yang mereka suka, sel-sel otak akan lebih berhubung
dan menghasilkan peningkatan terhadap sistem kognitif mereka. Hasilnya, kemahiran berfikir
mereka akan dapat ditingkatkan dengan lebih berkesan. Murid akan lebih tertarik dan
pengembangan kognitif mereka akan lebih berkesan melalui pembelajaran yang mempunyai
aktiviti menyeronokkan. Oleh itu, para guru boleh mengaplikasikan penggunaan teknik
nyanyian ini dan juga elemen didik hibur yang lain dalam PdPC mereka.

Tambahan lagi, tahap minat murid dilihat berada pada kedudukan yang tinggi untuk
mejalani sesi PdPC Bahasa Melayu berikutnya. Menurut Rohimat Nurhasan & Shamsu Yusuf
(2020), murid akan meletakkan harapan yang tinggi untuk memasuki kelas akan datang
apabila mereka melalui aktiviti yang menarik pada waktu sebelumnya. Murid pada usia anak-
kanak menunjukkan minat yang tinggi untuk mengikuti pengajaran yang mereka suka. Jika
sesuatu perkara itu disukai oleh mereka, proses pengulangan akan sentiasa berlaku. Berbeza
dengan individu dewasa yang mudah bosan, kanak-kanak tidak menunjukkan trend
penurunan terhadap pengulangan sesuatu aktiviti yang disukai mereka (Rohimat Nurhasan &
Shamsu Yusuf, 2020). Selagi mereka merasakan perkara itu memuaskan, maka, mereka tidak
akan bosan untuk melakukannya berulang kali.

Pendekatan ini dapat memberi ruang kepada para guru untuk menambah baik nilai
kreativiti dalam diri masing-masing. Perkara ini disokong oleh Mazuki Mohd Yasim (2011)
menyuarakan bahawa kaedah pengajaran tradisional seperti kaedah chalk and talk yang
dianggap ketinggalan zaman dan kurang memberikan kesan yang efektif kepada sistem
pengajaran dan pembelajaran pada zaman sekarang. Apabila pengajaran yang disokong
dengan menggunakan didik hibur khususnya nyanyian, faedah untuk pengajaran guru dapat
meningkat. Kajian ini juga membantu pihak berkepentingan untuk mengetahui sikap dan
motivasi guru, pelaksana dalam pendekatan didik hibur dalam pengajaran Bahasa Melayu
murid sekolah rendah. Semua pihak harus berusaha untuk melakukan penambahbaikan bagi
memastikan sikap dan motivasi guru sentiasa berada pada tahap yang positif (Sri Yulia Sari,
2017). Oleh itu, usaha pengekalan dan penambahbaikan perlu dititkberatkan agar teknik
nyanyian ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam usaha membantu penguasaan Bahasa
Melayu murid sekolah.

Cadangan kajian lanjut pada masa akan datang ialah penyelidik boleh menjalankan
penyelidikan ini dengan mengambil sampel yang lebih besar dan tidak terhad kepada sebuah

633
sekolah sahaja. Dengan ini hasil kajian yang dicapai akan lebih meluas dan mempunyai
ketepatan yang semakin tinggi. Pengkaji boleh memilih sekolah yang sama tahap
infrastrukturnya dari segi kemudahan atau memilih sekolah luar bandar dan sekolah bandar
dalam kajian akan datang. Selain itu, kajian lanjut mengenai tahap minat juga harus dilakukan
dalam kumpulan sampel yang sama, tetapi dalam jangka waktu yang lama untuk melihat
apakah perubahan peningkatan motivasi seseorang apabila dikaitkan pendekatan didik hibur
dalam masa yang panjang. Pada persoalan ketiga kajian ini, pengkaji berjaya mendapat
jawapan yang positif di mana murid mempunyai tahap minat yang tinggi untuk memasuki kelas
seterusnya. Namun, berapa lamakah tahap minat sebegitu boleh berkekalan dalam diri murid
yang sama. Oleh itu, sebuah kajian terhadap jangka masa minat dalam diri murid ini sangat
sesuai untuk dilaksanakan.

RUJUKAN
Abdul Rahman Haron, Jamaludin Badusah, & Zamri Mahamod. (2015). Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi dalam SALAK DIDIK dengan Elemen Nyanyian dan Pantun. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 5 (1), 53-60.
Abdul Rasid Jamian, & Hasmah Ismail. (2013). Pelaksanaan Pembelajaran Menyeronokkan
dalam Pembelajaran Bahasa. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3 (2), 49-63.
Ani Omar. (2018). Biblioterapi Kaedah Didik Hibur Memotivasikan Kanak-Kanak Sekolah
dalam Hospital. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak, 7 (2) , 59-69.
Che Zanariah Che Hassan, & Fadzilah Abd Rahman. (2011). Pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran Kemahiran Menulis di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 1 (1), 67-87.
Chua Yan Piaw. (2014). Asas Statistik Penyelidikan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: McGraw Hill
Sdn. Bhd.
Faridah Nazir, & Faiziah Shamsudin. (2016). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. Petaling
Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
Gary Heiman. (2001). Understanding Research Methods and Statistics: An Integrated
Introduction for Psychology 2nd Edition. California: Wadsworth Publishing Company.
Hamisan Salim. (2010). Penggunaan Muzik dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kerja Amali
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia.
Howard Gardner. (2006). Multiple Intelligences: New Horizons in Theory and Pratice. New
York: NY Basic Books Publications.
John Keller. (1987). Strategies for Stimulating the Motivation to Learn. Performance and
Instruction, 26 (8), 1-7.
Lee Keok Cheong, Zakri Abdullah, & Chua Lay Noe. (2018). Siri Pendidikan Guru:
Penyelidikan dalam Pendidikan. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Marzuki Mohd Yasim. (2011, Januari 20). Pembelajaran Berasaskan Pengalaman
(Experiential Learning). Retrieved from Researchgate.net:
https://www.researchgate.net/publication/298135891_PEMBELAJARAN_BERASASK
AN_PENGALAMAN_EXPERIENTIAL_LEARNING

634
Mohamad Albaree Abdul, Hazhari Ismail, Iylia Mohamad, & Zaharah Osman. (2019).
Perkembangan Emosi Kanak-Kanak Menggunakan Kaedah Pengajaran Berasaskan
Aktiviti Muzik. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 8 (2), 17-23.
Muhamad Shakir Saad, Sabariah Sharif, & Muralindran Mariappan. (2018). Keberkesanan
Proses Pembelajaran Robot Permainan kepada Motivasi Pelajar bagi Topik Respirasi
Sel. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 3 (8), 1-12.
Norismayati Aida Idris, Anida Sarudin, & Mohd Rashid Md Idris. (2013). Amalan Guru dan
Penguasaan Aspek Ilmu Linguistik dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu di Perak.
PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 4 (4), 116-142.
Nur Aliah Izzaty Hisamudin. (2019). Penggunaan Kaedah Didik Hibur untuk Pembelajaran
Matematik dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Taman Sri Rampai. Kuala Lumpur:
Penerbitan Universiti Malaya.
Othman Talib. (2013). Asas Penulisan Tesis Penyelidikan & Statistik. Serdang: Penerbitan
Universiti Putra Malaysia.
Patricia Leavy. (2017). Research Design: Quantitative, Qualitative, Mixed Methods, Arts-
Based, and Community-Based Participatory Research Approaches. New York: The
Guilford Press.
Reney Pantun. (2016). Penggunaan Teknik Nyanyian dalam Meningkatkan Kefahaman Murid
Tahun Dua dalam Topik Pembundaran. International Seminar on Generating
Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA (pp. 677-686). Sintok: Universiti Utara
Malaysia.
Rini Lestari. (2012). Nyanyian Sebagai Metode Pendidikan Karakter Pada Anak. Prosiding
Seminar Nasional PsikologiIslami (pp. 131-136). Surakarta: Universitas
Muhammadiyah Surakarta.
Rohimat Nurhasan, & Shamsu Yusuf. (2020). Lingkungan Pendidikan dan Motivasi Belajar di
Era Globalisasi. Journal Civics and Social Studies, 4 (1), 60-67.
Sharifah Nor Puteh, & Aliza Ali. (2013). Belajar Melalui Bermain: Prinsip Utama Kurikulum
Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
Sri Yulia Sari. (2017). Tinjauan Perkembangan Psikologi Manusia pada Usia Kanak-Kanak
dan Remaja. Primary Education Journal, 1 (1), 46-50.
Stefan Koelsch. (2014). Brain Correlates of Music-evoked Emotions. Nature Reviews
Neuroscience, 15 (3), 170-180.
Suzana Abdul Mutalib, & Jamil Ahmad. (2012). Penggunaan Teknik Pentaksiran Formatif
dalam Subjek Bahasa Melayu Darjah Satu: Kajian Kes. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 2 (1), 17-31.
Trevor Bond, & Christine Fox. (2015). Applying the Rasch Model: Fundamental Measurement
in the Human Sciences 3rd Edition. New York: Routledge.

635
TAHAP PENGAPLIKASIAN KEPELBAGAIAN KAEDAH DAN TEKNIK (PEMBELAJARAN
ABAD KE-21) DALAM KALANGAN GURU-GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH
RENDAH

Cally Wong
cally09-868@epembelajaran.edu.my

Siti Salamah binti Mohamad Yusof


sitisalamah@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kekerapan pengaplikasian PAK21 dalam kalangan guru-guru
bahasa Melayu sekolah rendah dan kekangan pengaplikasian PAK21 dalam kalangan guru-guru
bahasa Melayu sekolah rendah. Lapan aspek PAK21 yang ditinjau dalam kajian ini ialah kemahiran
pemikiran kritikal, kemahiran komunikasi, refleksi, kemahiran kolaborasi, kemahiran pentaksiran,
penyelesaian masalah, kemahiran teknologi serta kreativiti dan kemahiran inovasi. Kajian ini melibatkan
36 orang guru bahasa Melayu dari tiga buah sekolah rendah di Zon Kuala Lumpur. Kajian berbentuk
tinjauan ini menggunakan soal selidik bagi mengumpulkan data. Statistik deskriptif seperti kekerapan,
peratusan, min dan sisihan piawai digunakan untuk menjelaskan demografi responden dan menjawab
persoalan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kekerapan pengaplikasian PAK21 dalam
kalangan guru-guru bahasa Melayu sekolah rendah adalah berada pada tahap yang sederhana
(min=3.99). Tahap kekangan pengaplikasian PAK21 dalam kalangan guru-guru bahasa Melayu sekolah
rendah juga berada pada tahap yang sederhana (min=3.31). Oleh itu, guru perlu mempersiapkan diri
untuk melakukan transformasi untuk mengaplikasikan kemahiran PAK21 dalam PdP bagi memenuhi
kehendak pembelajaran murid era teknologi digital masa kini.

Kata kunci: PAK21, PdP, Bahasa Melayu.

ABSTRACT

This study aimed to identify the frequency of application of 21st Century Learning among the Malay
language teachers in primary school and the application constraints of 21st Century Learning among
the Malay language teachers in primary school. The eight aspects of the 21st Century Learning surveyed
in this study are critical thinking skills, communication skills, reflection, collaboration skills, assessment
skills, problem solving, technology skills as well as creativity and innovation skills. This study involved
36 Malay teachers from three primary schools in Kuala Lumpur zone. This survey study uses
questionnaires to collect data. Descriptive statistics such as frequency, percentage, mean and standard
deviation were used to explain the demographics of the respondents and were used to answer the
research questions. The results showed that the frequency of application of 21st Century Learning
among the Malay language teachers for primary school is located at the medium level (mean=3.99).
The application constraints of 21st Century Learning among the Malay language teachers in primary
school were also located at medium level (mean=3.31). Therefore, teachers need to prepare themselves
to make a transformation in order to apply 21st Century Learning skills in teaching and learning process
to meet the learning needs of students in today's digital technology era.

Key words: 21st Century Learning, teaching and learning, Malay language

636
PENGENALAN
Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dengan mempertimbangkan faktor
perubahan peredaran masa, kurikulum pendidikan yang sesuai telah disediakan bagi
memastikan pelajar dapat menguasai kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) di
samping diperkaya dengan ilmu pengetahuan. Tujuan kurikulum sedemikian disediakan
adalah untuk memastikan pelajar mampu untuk menghadapi cabaran-cabaran dalam era
globalisasi kini.

Sehubungan itu, KPM telah melaksanakan sebuah pelan transformasi pendidikan iaitu
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang mula mengetengahkan
Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk
menyediakan murid dalam menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21 (KPM, 2013). PAK21
bertujuan untuk menyediakan PdP yang mempunyai ciri-ciri kreativiti, pemikiran kritis,
kolaborasi dan komunikasi. Bagi guru, beberapa aspek utama PAK21 perlu dilengkapi dalam
diri masing-masing. Antaranya ialah lapan aspek utama seperti dalam Badrul Hisham dan
Mohd Nasruddin (2016) iaitu kemahiran pemikiran kritikal, kemahiran komunikasi, refleksi,
kemahiran kolaborasi, pentaksiran, penyelesaian masalah, teknologi, kreativiti dan kemahiran
inovasi.

Bagi memastikan pelaksanaan kurikulum ini berjalan dengan lancar, guru-guru perlu
mempunyai kefahaman tentang PAK21 dan bersedia untuk melaksanakannya agar proses
pengajaran dan pemudahcaraan berkesan (Mashira Yahaya et. al., 2019). Dalam trenda kini,
terdapat keperluan dan gesaan terhadap guru untuk menguasai ilmu dan menerapkan
kepelbagaian kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) iaitu kemahiran
PAK21 ini dalam kalangan pelajar sewaktu proses PdP dijalankan.

Semua kurikulum pendidikan termasuklah kurikulum Bahasa Melayu haruslah sentiasa


mengikut peredaran zaman untuk melahirkan murid yang menguasai ilmu pengetahuan dan
kemahiran abad ke-21 bagi menghadapi cabaran era globalisasi. Perkara ini memberi peranan
yang besar kepada guru untuk melaksanakan kurikulum tersebut berlandaskan PAK21.
Menurut Jaafar & Tamuri (2013), peranan guru adalah sebagai pemangkin dalam transformasi
sistem pendidikan sesebuah negara bagi melahirkan generasi yang berintelek tinggi, berdaya
saing dan kompeten dalam semua aspek. Guru bahasa Melayu perlu melengkapkan diri
mereka dengan pengetahuan dan kemahiran PAK21 untuk diintegrasikan ke dalam amalan di
bilik darjah selain daripada menguasai ilmu bahasa sahaja. Maka, kajian ini telah dijalankan
sesuai untuk meninjau pengaplikasian kepelbagaian kaedah dan teknik (PAK21) dalam
kalangan guru-guru bahasa Melayu di sekolah rendah dengan melihat kadar kekerapan

637
pengaplikasian ini dilakukan dalam proses PdP bahasa Melayu mereka. Kemudian, melalui
dapatan kajian ini, kekangan guru-guru dalam melaksanakan PAK21 ini juga dapat
dikenalpasti lalu diberikan cadangan-cadangan untuk memperkasakan lagi pengaplikasian
PAK21 ini.
PERNYATAAN MASALAH
Melihat kepada tahap pengaplikasian, terdapat guru-guru yang masih tidak faham tentang
pelaksanaan PAK21 dan masih menggunakan cara lama malahan ada guru yang
menganggap bahawa PAK21 tidak praktikal dengan matlamat kemenjadian murid (Mashira
Yahaya et. al., 2019). Kemudian, dapatan kajian menunjukkan bahawa pengajaran penulisan
karangan masih mengekalkan pendekatan tradisional iaitu guru memberikan segala perincian
pelajaran kepada murid dan pengajaran berpusatkan guru masih mendominasi proses
pengajaran karangan di dalam bilik darjah (Rozita Radhiah Said & Abdul Rasid Jamian, 2012).
Perkara ini memperlihatkan akan kurangnya pengaplikasian PAK21 oleh guru bahasa Melayu
di sekolah.

Kemudian, keterbatasan waktu pelaksanaan PAK21 oleh guru bahasa Melayu juga
dapat dilihat sebagai salah satu cabaran dalam mengamalkannya. Para guru bahasa Melayu
menghadapi pelbagai cabaran kerana banyaknya kemahiran yang perlu didedahkan, namun
keterbatasan waktu menjadi penghalang utama (Mashira Yahaya et. al., 2019). Antara
cabaran yang telah dikenal pasti dalam PAK21 adalah cabaran yang melibatkan kesediaan
guru, kesediaan pelajar, kemudahan infrastruktur, kemudahan BBM, kemudahan sumber
rujukan tambahan, penggunaan teknologi dan capaian internet (Husni Abdullah et al., 2018).
Usaha pengaplikasian dan pelaksanaan PAK21 ini juga terlihat lebih mencabar dan rumit
apabila guru perlu menyesuaikan sesuatu kaedah pembelajaran untuk sekumpulan murid
yang rencam dari segi pengalaman sedia ada, gaya pembelajaran, minat dan sebagainya.

OBJEKTIF KAJIAN
i. Mengenalpasti tahap kekerapan pengaplikasian PAK21 dalam kalangan guru-guru
bahasa Melayu sekolah rendah.
ii. Mengenalpasti tahap kekangan pengaplikasian PAK21 dalam kalangan guru-guru
bahasa Melayu sekolah rendah.

SOALAN KAJIAN
i. Apakah tahap kekerapan pengaplikasian PAK21 dalam kalangan guru-guru bahasa
Melayu sekolah rendah?
ii. Apakah tahap kekangan pengaplikasian PAK21 dalam kalangan guru-guru bahasa
Melayu sekolah rendah?

638
METODOLOGI KAJIAN
Menurut Noraini (2010), kajian tinjauan sangat berguna apabila pengkaji hendak mengumpul
data berhubung dengan fenomena yang tidak dapat diperhatikan secara langsung. Oleh itu,
kajian ini adalah kajian tinjauan yang menggunakan reka bentuk kuantitatif dalam bentuk soal
selidik (Google Form) yang menggunakan skala Likert berskala lima untuk mengenal pasti
kekerapan dan kekangan pengaplikasian kepelbagaian kaedah dan teknik (Pembelajaran
Abad Ke-21) dalam proses PdP guru-guru bahasa Melayu sekolah rendah. Mashira Yahaya
et. al. (2019) menyatakan bahawa data kuantitatif dikumpul dengan lebih mudah dan kurang
ralat dengan menggunakan soal selidik atas talian iaitu Google Form yang perlu dijawab oleh
responden. Google Form juga digunakan sebagai sebuah inisiatif mudah untuk mengumpul
data ketika musim pandemik COVID-19 yang melanda kini,

Populasi kajian ini adalah meliputi guru-guru bahasa Melayu sekolah rendah di zon
Kuala Lumpur. Maka, beberapa buah sekolah daripada zon Kuala Lumpur telah dipilih oleh
pengkaji dan menjadikan kelompok tersebut sebagai sampel kajian. Sekolah-sekolah tersebut
ialah SK Seri Bintang Utara, SK USJ 12 dan SK Puteri Pandan (2). Saiz sampel kajian adalah
seramai 36 orang responden guru-guru bahasa Melayu. Saiz sampel kajian ini telah ditentukan
berdasar Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie dan Morgan (1970) dengan saiz populasi
sebanyak 40 orang guru bahasa Melayu di tiga buah sekolah ini.

Dua orang pakar telah dilantik untuk mendapatkan kesahan soal selidik yang telah
dibina. Kemudian, jika alat kajian yang mempunyai pekali kebolehpercayaan melebihi 0.6
maka alat kajian yang direka sesuai digunakan (Mohd Majid Konting, 2005). Oleh itu, pengkaji
boleh menggunakan instrumen kajian yang dicadangkan kerana berdasarkan hasil kajian
rintis, pekali kebolehpercayaan, α yang diperolehi ialah sebanyak 0.821 iaitu nilai
kebolehpercayaan instrumen ini berada pada tahap baik dan boleh diterima dengan merujuk
kepada interpretasi Skor Cronbach Alpha (Bond & Fox, 2015). Setelah data dikumpul dengan
menggunakan Google Form, penganalisisan data sebenar yang seterusnya dilakukan dengan
menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26.0.

639
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Tahap Kekerapan Pengaplikasian Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21)

Jadual 1
Analisis item bagi Tahap Kekerapan Pengaplikasian Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21)

Bil. Item Tahap Kekerapan Pengaplikasian Min (µ) Sisihan Tahap


Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) Piawai
(S.P)
1. Saya menggunakan kemahiran berfikir aras 3.94 .924 Sederhan
tinggi (KBAT) semasa berinteraksi dalam a
PdP bahasa Melayu.
2. Saya mengemukakan soalan aras tinggi 3.94 .791 Sederhan
kepada murid semasa proses PdP bahasa a
Melayu.
3. Saya memberikan tugasan yang 4.28 .914 Tinggi
memerlukan murid untuk menggunakan
kemahiran komunikasi mereka.
4. Saya menggalakkan murid membentangkan 4.22 .866 Tinggi
hasil dapatan projek yang telah diberikan.
5. Saya membimbing murid menyatakan 4.00 1.014 Tinggi
refleksi dengan betul dan berkesan pada
akhir proses PdP bahasa Melayu.
6. Saya membangunkan komuniti pembelajaran 3.61 1.225 Sederhan
profesional (Profesional Learning a
Community) bersama rakan guru saya.
7. Saya mengamalkan pendekatan kolaboratif 3.83 .811 Sederhan
dalam PdP bahasa Melayu. a
8. Saya melakukan pentaksiran berasaskan 4.19 .668 Tinggi
hasil PdP.
9. Saya melakukan pentaksiran yang berfokus 4.31 .856 Tinggi
kepada pemikiran aras tinggi.
10. Saya mengamalkan pendekatan 3.92 .874 Sederhan
penyelesaian masalah dalam PdP bahasa a
Melayu.
11. Saya mengaitkan masalah kehidupan 4.47 .654 Tinggi
seharian dengan topik yang diajar dalam
PdP bahasa Melayu pada hari tersebut.
12. Saya menggunakan pedagogi berbentuk 3.94 .826 Sederhan
digital untuk menyampaikan PdP bahasa a
Melayu.

640
13. Saya menggalakkan murid menggunakan 3.69 .951 Sederhan
teknologi yang sesuai untuk menyiapkan a
tugasan bahasa Melayu yang diberi.
14. Saya menyampaikan input PdP bahasa 3.64 .867 Sederhan
Melayu dengan kreatif dan inovatif semasa a
dalam kelas.
15. Saya menerapkan kemahiran kreativiti dan 3.78 .832 Sederhan
inovasi dalam gerakerja murid. a
Keseluruhan 3.99 .616 Sederhan
a

Berdasarkan jadual interpretasi min dan sisihan piawai (Jadual 1) untuk soalan
pertama, kekerapan pengaplikasian PAK21 dalam PdP guru bahasa Melayu sekolah rendah
dapat dirumuskan dengan lebih terperinci. Secara umumnya, terdapat enam item daripada 15
item menunjukkan tahap pengaplikasian yang tinggi berdasarkan nilai min iaitu antara µ=4.00
hingga µ=4.47. Manakala, item selebihnya berada pada tahap sederhana iaitu antara µ=3.61
hingga µ=3.94.
Berdasarkan jadual 1, secara keseluruhannya, skor min bagi Tahap Kekerapan
Pengaplikasian Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) ialah µ=3.99. Manakala nilai sisihan
piawai secara keseluruhan ialah SP=.616. Skor min keseluruhan item tersebut
diinterprestasikan dan telah menunjukkan bahawa Tahap Kekerapan Pengaplikasian
Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) dalam kalangan guru-guru bahasa Melayu sekolah rendah
adalah berada pada tahap yang sederhana.

Tahap Kekangan Pengaplikasian Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21)


Jadual 2
Analisis item bagi Tahap Kekangan Pengaplikasian Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21)

Bil. Item Tahap Kekangan Pengaplikasian Min (µ) Sisihan Tahap


Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) Piawai
(S.P)
1. Saya faham tentang pelaksanaan PAK21. 4.47 .609 Tinggi
2. Saya gemar menggunakan cara lama untuk 3.56 1.319 Sederhan
menyampaikan PdP bahasa Melayu. a
3. Saya beranggapan bahawa PAK21 tidak 2.58 1.402 Rendah
praktikal dengan matlamat kemenjadian
murid.
4. Saya mengekalkan pendekatan tradisional 3.36 1.417 Sederhan
dalam proses PdP bahasa Melayu. a

641
5. Saya mengalami keterbatasan waktu untuk 2.89 1.369 Rendah
mengaplikasikan PAK21 dalam PdP bahasa
Melayu.
6. Saya mendapati bahawa murid kurang 2.47 1.576 Rendah
berminat dalam pengajaran bahasa Melayu
yang berasaskan PAK21.
7. Saya bersedia untuk melaksanakan 4.44 .773 Tinggi
pembelajaran bahasa Melayu yang
berasaskan PAK21.
8. Saya mendapati bahawa kemudahan 2.94 1.548 Rendah
infrastruktur di sekolah saya tidak begitu
memuaskan untuk melaksanakan PdP
bahasa Melayu berasaskan PAK21.
9. Saya tidak mempunyai kemudahan untuk 2.97 1.362 Rendah
menyediakan bahan bantu mengajar (BBM).
10. Saya mengalami kesukaran untuk 2.86 .931 Rendah
mendapatkan sumber rujukan tambahan.
11. Saya mengalami masalah capaian internet 3.28 1.406 Sederhan
untuk tujuan melaksanakan PdP bahasa a
Melayu yang berasaskan PAK21.
12. Saya mengalami kesukaran untuk 3.42 1.180 Sederhan
menyesuaikan sesebuah kaedah PAK21 a
untuk sekumpulan murid.
13. Saya mendapati bahawa kemudahan 2.94 1.548 Rendah
teknologi yang disediakan di sekolah adalah
ketinggalan untuk tujuan melaksanakan PdP
bahasa Melayu yang berasaskan PAK21.
14. Saya tidak dapat mengamalkan PAK21 3.72 1.162 Sederhan
dalam PdP bahasa Melayu sepenuhnya atas a
faktor isi kandungan pembelajaran padat
yang perlu diselesaikan.
15. Saya tidak dapat mengamalkan PAK21 3.78 1.198 Sederhan
dalam PdP bahasa Melayu sepenuhnya a
kerana banyak kemahiran bahasa Melayu
yang perlu diutamakan.
Keseluruhan 3.31 .851 Sederhan
a

Berdasarkan jadual interpretasi min dan sisihan piawai untuk soalan kedua (Jadual 2),
kekangan pengaplikasian PAK21 dalam PdP guru bahasa Melayu sekolah rendah dapat
dirumuskan dengan lebih terperinci. Secara umumnya, terdapat dua item menunjukkan tahap
kekangan yang tinggi berdasarkan nilai min iaitu antara µ=4.44 hingga µ=4.47. Kemudian,
terdapat enam item menunjukkan tahap kekangan yang sederhana berdasarkan nilai min iaitu

642
antara µ=3.28 hingga µ=3.78. Manakala, item dengan tahap kekangan yang rendah pula ada
tujuh item iaitu dengan min antara µ=2.47 hingga µ=2.97.

Secara keseluruhannya, skor min bagi Tahap Kekangan Pengaplikasian Pembelajaran


Abad Ke-21 (PAK21) ialah µ=3.31. Manakala nilai sisihan piawai secara keseluruhan ialah
SP=.851. Skor min keseluruhan item tersebut diinterprestasikan dan telah menunjukkan
bahawa Tahap Kekangan Pengaplikasian Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) dalam
kalangan guru-guru bahasa Melayu sekolah rendah adalah berada pada tahap yang
sederhana.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kekerapan pengaplikasian PAK21 dalam kalangan
guru-guru bahasa Melayu sekolah rendah adalah berada pada tahap yang sederhana. Ini
menunjukkan bahawa guru tidak begitu kerap mengaplikasikan PAK21 dalam PdP bahasa
Melayu mereka. Justeru, dapatan kajian ini selari dengan laporan Mashira Yahaya et al (2019)
yang menyatakan bahawa guru-guru sekolah rendah ada melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran abad ke 21. Dapatan kajian ini juga selari dengan dapatan kajian Badrul Hisham
& Mohd Nasruddin (2016) yang menyatakan bahawa amalan pengajaran dan pembelajaran
yang menggunakan kemahiran komunikasi mencatatkan min tertinggi iaitu µ=3.59. Menurut
dapatan kajian mereka juga, amalan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan
kemahiran pemikiran kritikal seperti kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) mencatatkan min
terendah iaitu µ=3.32 dan ini menunjukkan bahawa amalan pengajaran dan pembelajaran
berasaskan kemahiran pemikiran kritikal perlu ditingkatkan lagi dari semasa ke semasa.
Berdasarkan penyataan ini, perbezaan min terendah dapat dilihat kerana min dapatan kajian
pengkaji mencatatkan bahawa min terendah adalah daripada aspek Kreativiti dan Kemahiran
Inovasi dan bukannya daripada aspek Kemahiran Pemikiran Kritikal seperti dalam kajian
Badrul Hisham & Mohd Nasruddin (2016).

Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa kekangan pengaplikasian PAK21 dalam
kalangan guru-guru bahasa Melayu sekolah rendah adalah berada pada tahap yang
sederhana. Ini menunjukkan bahawa guru tidak begitu menghadapi kekangan dalam
mengaplikasikan PAK21 dalam PdP bahasa Melayu mereka. Namun, dalam dapatan kajian
pengkaji, terdapat beberapa kekangan yang berada pada tahap yang tinggi. Hal ini bermakna
hampir keseluruhan responden mengalami kekangan yang sama dalam melaksanakan PdP
bahasa Melayu berasaskan PAK21. Kekangan-kekangan yang dihadapi dalam dapatan kajian
ini adalah selari dengan kajian Mashira Yahaya et al (2019), Rozita Radhiah Said & Abdul
Rasid Jamian (2012) dan Husni Abdullah et al (2018). Melalui kajian-kajian ini, dapat

643
membuktikan bahawa guru-guru bahasa Melayu sekolah rendah sememangnya menghadapi
kekangan dalam melaksanakan PdP yang berasaskan PAK21.

Kajian ini berupaya memberi pengetahuan kepada semua pihak tentang


pengaplikasian PAK21 dalam PdP bahasa Melayu. Dalam aspek pengetahuan, aspek yang
berada pada tahap yang sederhana iaitu kemahiran pemikiran kritikal, kemahiran kolaborasi,
kemahiran teknologi dan aspek kreativiti dan kemahiran inovasi haruslah dipertingkatkan.
Guru perlu sedar bahawa aspek-aspek PAK21 ini perlu dilatih dan diperkembangkan
sepanjang proses PdP. Guru juga harus berperanan sebagai pembimbing untuk menyedarkan
murid bahawa proses pembelajaran itu boleh berlaku di mana-mana sahaja tanpa memerlukan
kemudahan yang tertentu dan menggunakan cara yang kreatif, menerusi keperluan yang
ditetapkan dalam kurikulum standard dan menggalakkan perkongsian daripada murid tentang
ilmu yang diperoleh di luar bilik darjah menerusi pelbagai medium.

Terbukti juga bahawa kajian ini berupaya mengisi kelompangan dalam aspek praktikal.
Bagi memenuhi kehendak pembelajaran murid era teknologi digital masa kini, guru diperlukan
untuk mempersiapkan diri bagi melakukan transformasi dalam PdP. PAK21 juga penting agar
guru tidak ketinggalan dalam perkembangan pesat pendidikan sedunia dengan memastikan
kaedah pengajaran guru sentiasa berubah ke arah yang lebih kreatif dan inovatif. Oleh itu,
seorang pendidik juga haruslah berfikiran kritis agar dapat mengendalikan pengajaran berfikir
dengan lebih berkesan.

Malahan, hasil kajian ini dapat memberi cadangan kepada pihak yang terlibat secara
langsung dalam organisasi pendidikan. KPM dicadangkan agar menggubal dasar pendidikan
kerana profesionalisme baru dalam organisasi tersebut diperlukan untuk memahami,
menyokong dan mencipta cara dan persekitaran pembelajaran yang baru ke arah yang lebih
baik. Seterusnya cadangan kepada sekolah ialah kemudahan prasarana bilik darjah perlu
ditingkatkan agar kompeten dengan keperluan PAK21 selaras dengan perkembangan
teknologi dan media digital yang berkembang pesat. Cadangan kepada guru pula ialah guru
perlulah menguasai pelbagai bidang, mengikuti perkembangan tentang dasar dan isu
pendidikan, mahir dalam pedagogi, menggunakan teknologi terkini dan menerapkan nilai-nilai
murni bagi tujuan pembentukan akhlak dan sahsiah yang baik.

Bagi cadangan kajian lanjutan, penyelidikan ini telah menggunakan reka bentuk
kuantitatif dan kaedah tinjauan. Dapatan kajian telah berjaya menjawab dua soalan kajian
yang dikemukakan. Walau bagaimanapun, masih terdapat ruang dan peluang kepada
pengkaji lain untuk melaksanakan penyelidikan dalam topik yang sama. Tidak ada kajian yang

644
sempurna kerana sentiasa ada teknik dan inovasi baru yang boleh dilaksanakan bagi
menambah baik kajian sedia ada. Sehubungan itu, cadangan kajian lanjutan ialah cadangan
untuk melakukan kajian berdasarkan dua lagi reka bentuk kajian iaitu reka bentuk kualtitatif
dan reka bentuk gabungan untuk membolehkan pengkaji memahami dengan lebih mendalam
tentang tahap kekerapan dan tahap kekangan pengaplikasian PAK21 dalam kalangan guru-
guru bahasa Melayu sekolah rendah.

RUJUKAN
Badrul Hisham & Mohd Nasruddin (2016). Amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke-
21 dalam kalangan pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Jurnal
Penyelidikan Dedikasi, 10, 1-25.

Bond, T. G., & Fox, C. M. (2015). Applying the rasch model. in applying the rasch model:
fundamental measurement in the human sciences (3rd ed.). Routledge.

Husni Abdullah, Abd Razif Zaini, Khairatul Akmar Ab Latif, Hasanah Ihsan, Ku Fatahiyah Ku
Azizan, Wan Sakiah Wan Ngah, Naqibah Mansor. (2018). Pendidikan abad ke-21
dalam pengajaran bahasa arab di sekolah menengah di Malaysia: amalan dan
cabaran. International Research Management & Innovation Conference (5th IRMIC
2018). Palm Garden Hotel, Putrajaya.

Jaafar & Tamuri. (2013). Hubungan antara efikasi kendiri dengan kualiti guru Pendidikan
Islam sekolah menengah kebangsaaan Malaysia. Journal of Islamic and Arabic
Education, 5(1), 41-60.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-


2025. Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Krejcie, R.V & Morgan, D.W. 1970. Determining sample size for research activities.
Education abd Phychological Measurement, 30, 607-610.

Mashira Yahaya, Rusyati Hanafiah, Nor Sazila Zakaria, Rohana Osman & Khairul Anuar
Bahrin. (2019). Amalan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) dalam pengajaran dan
pemudahcaraan (pdpc) guru- guru sekolah rendah. Jurnal Institut Pendidikan Guru
Kampus Darulaman, 26, 13-24.

Mohd Majid Konting. (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Dewan Bahasa & Pustaka.

Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. McGraw-Hill Education.

Rozita Radhiah Said & Abdul Rasid Jamian. (2012). Amalan pengajaran karangan guru
cemerlang di dalam bilik darjah: Kajian satu kes pelbagai lokasi. Asia Pacific Journal
of Educators and Education, 27, 51–68.

645
PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF DALAM PENGAJARAN TATABAHASA
TAHUN LIMA OLEH GURU-GURU BAHASA MELAYU DI DAERAH REMBAU NEGERI
SEMBILAN

Fairuz Fadhil Rahimi bin Mohd Fairuz


fairuz09-869@epembelajaran.edu.my

Mastura binti Halim PhD


masturahalim@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Multimedia pada masa kini bukanlah satu landasan hanya untuk berhibur sahaja, malah multimedia
juga memainkan peranan yang sangat penting dalam bidang perniagaan, pentadbiran, dan juga
pendidikan (Abdul Talib et al., 2019). Sejak sedekad yang lalu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
membelanjakan lebih RM6 bilion untuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam inisiatif
pendidikan, seperti Sekolah Bestari. Walau bagaimanapun, penggunaan ICT di sekolah masih tidak
mencapai tahap yang memuaskan dan yang dinginkan, baik dari segi kualiti mahupun kuantiti. Oleh itu,
sebuah kajian telah dijalankan untuk melihat tahap penggunaan multimedia interaktif dalam pengajaran
tatabahasa tahun lima oleh guru-guru di sekolah-sekolah daerah Rembau, Negeri Sembilan.
Pendekatan yang dijalankan dalam kajian ini adalah kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan.
Sampel adalah seramai 32 orang daripada jumlah populasi. Populasi kajian merupakan guru Bahasa
Melayu yang mengajar tahun lima. Data yang diperoleh daripada soal selidik dianalisis menggunakan
SPSS versi 26. Hasil dapatan kajian menunjukkan penggunaan multimedia interaktif dalam mengajar
tatabahasa tahun lima adalah rendah dalam kalangan guru-guru di sekolah-sekolah di daerah Rembau,
Negeri Sembilan. Kesimpulannya, guru perlu meningkatkan lagi penggunaan multimedia interaktif
dalam pengajaran sebagai salah satu cara untuk menarik perhatian murid dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini disebabkan multimedia interaktif merupakan sebuah rangsangan pelajaran dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran.
Kata kunci: Multimedia interaktif, tatabahasa tahun lima, guru-guru, rangsangan pelajaran,

ABSTRACT

Nowadays, multimedia plays a crucial role not only in entertainment but in business, administration, and
education (Abdul Talib et al., 2019). Over the past decade, the Ministry of Education has spent more
than RM6 billion on educational information and communication technology (ICT) initiatives, including
Smart Schools. However, the use of ICT in schools still does not reach a satisfactory and desirable level,
both on quality and quantity. Therefore, a study was conducted to measure the use of interactive
multimedia in the teaching of grammar for Year 5 pupils by the teachers in Rembau, Negeri Sembilan.
Survey research was conducted using quantitative methods. Thirty-two Year 5 teachers have been
selected for the data for this study. The data obtained from the questionnaire were analyzed using SPSS
version 26. The findings revealed that the use of interactive multimedia in teaching grammar in Year 5
is low among the teachers. In conclusion, teachers need to increase the use of interactive multimedia,
as it is one of the ways to engage pupils in teaching and learning sessions. This is because interactive
multimedia is a learning stimulus during the teaching and learning process.
Keywords: Interactive Multimedia, Grammar Year 5, Teachers, Lesson Stimulus.

646
PENGENALAN
Penggunaan kemudahan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah satu kelebihan
yang dapat digunakan. Kemudahan yang dimaksudkan adalah seperti menggunakan sebuah
aplikasi dan multimedia oleh guru untuk menyampaikan pengajaran. Surat Pekeliling Ikhtisas
Bilangan 6 Tahun 2003 yang bertajuk ‘Penggunaan Media dan Teknologi di Dalam Pengajaran
dan Pembelajaran’ menyatakan, Kementerian Pendidikan telah membekalkan sekolah
dengan pelbagai jenis teknologi (perkakasan dan perisian) dengan tujuan untuk meningkatkan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Dalam Pelan Pendidikan Malaysia 2013-2025, pada anjakan ke 7 ada menyatakan, kajian
Kementerian pada 2010 mendapati bahawa lebih kurang 80% guru menggunakan ICT kurang
satu jam seminggu. Kajian tersebut turut mendapati bahawa hanya sepertiga murid
menyatakan bahawa guru mereka menggunakan ICT secara tetap. Kajian UNESCO pada
2012 mendapati bahawa penggunaan ICT tidak beranjak daripada sekadar penggunaan
aplikasi pemprosesan perkataan sebagai alat pengajaran. Oleh itu, sebuah kajian berbentuk
sebuah tinjauan telah dihasilkan untuk melihat sejauh mana penggunaan kemudahan
multimedia interaktif.

PERNYATAAN MASALAH KAJIAN


Pelan Pendidikan Malaysia Pelan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ada menjelaskan bahawa
Kementerian membelanjakan lebih RM20 bilion untuk membangunkan infrastruktur dari 2006
hingga 2010. Jumlah ini digunakan untuk membina 400 sekolah baharu, memperluas
infrastruktur ICT, dan menaik taraf serta menyelenggara kemudahan sedia ada. Dalam
tempoh ini, Kementerian telah menyediakan bekalan elektrik 24 jam kepada 473 sekolah lagi,
akses kepada air bersih untuk 47 sekolah, dan tambahan 103 makmal komputer. Hasil yang
paling signifikan ialah peratusan sekolah yang mendapat bekalan elektrik 24 jam meningkat
daripada 92% pada 2005 kepada 97% pada 2011. Usaha menaik taraf kemudahan ini
diteruskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10. Penggunaan multimedia interaktif ini akan
memudahkan lagi proses penyampaian pengajaran oleh guru dalam masa yang sama menarik
minat dan perhatian murid.

Multimedia mempunyai konsep yang luas. Pada masa kini, multimedia merupakan
sebuah medan utama yang digunakan untuk berkongsi apa-apa maklumat. Maklumat yang
sering dikongsikan adalah berbentuk daripada individu kepada individu yang sangat
memerlukan maklumat daripada sesuatu maklumat yang mewakili kawasan tersebut. (Hj Mak
Din et al., 2014). Hal ini menunjukkan dalam multimedia itu sendiri berlakunya aktiviti
komunikasi dua hala. Multimedia pada masa kini bukanlah satu landasan hanya untuk berhibur
sahaja, malah multimedia juga memainkan peranan yang sangat penting dalam bidang

647
perniagaan, pentadbiran, dan juga pendidikan (Abdul Talib et al., 2019). Multimedia dalam
sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) merupakan satu reka bentuk mesej atau komunikasi
yang menggunakan teknologi terkini dan canggih. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang
disampaikan melalui media mempunyai elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik,
animasi, simulasi, audio dan video (Putra, 2018).

Atas sebab ini, pengkaji telah bercadang untuk melihat sendiri berdasarkan soal selidik
bagaimana guru-guru di daerah Rembau ini menggunakan sepenuhnya teknologi dalam
mengajar Tatabahasa kepada murid tahun 5. Di samping itu, pengkaji juga ingin melihat
apakah masalah yang dihadapi keitka menggunakan multimedia iteraktif yang berasakan
komputer dan teknologi ini untuk mengajar Tatabahasa di sekolah.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif bagi kajian ini adalah:

1. Mengenal pasti tahap kemahiran dan pengetahuan komputer dalam kalangan guru
Bahasa Melayu.
2. Mengenal pasti jumlah waktu penggunaan multimedia interaktif dalam kalangan guru
bahasa Melayu tahun lima dalam pengajaran tatabahasa.
3. Mengenal pasti masalah yang dihadapi guru bahasa Melayu ketika menggunakan
multimedia interaktif.
SOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk menjawab kepada persoalan-persoalan berikut:

1. Apakah tahap kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki oleh guru Bahasa Melayu
terhadap perisian komputer.
2. Sejauh manakah penggunaan multimedia interaktif dalam pengajaran tatabahasa
tahun lima dalam kalangan guru-guru bahasa Melayu di sekolah-sekolah daerah
Rembau.
3. Apakah masalah yang dihadapi guru ketika menggunakan multimedia interaktif.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian bersifat kuantitatif dan menggunakan kaedah tinjaun. Babbie
(2001) dan Neuman (2011) berpendapat kaedah tinjauan yang digunakan dapat memberikan
gambaran yang tepat berkaitan nilai, tingkah laku dan kepercayaan komuniti. Kaedah ini
digunakan kerana ia dapat menerangkan keadaan semasa yang merupakan satu siatuasi
seperti mana yang ternyata berlaku di sekolah sebagai subjek kepada kajian. Mengambil data
dalam satu masa tertentu serta ia dapat memberi penjelasan yang menyeluruh dan tepat

648
tentang sesuatu persoalan yang dikaji (Leedy & Ormrod, 2011). Tuckman (1999), Briggs,
Coleman & Morrison (2012) menjelaskan bahawa kajian tinjauan merupakan salah satu cara
yang mudah untuk mengumpul data, mudah untuk mengeneralisasikan dapatan dan tidak
boleh dipersoalkan nilainya kerana kajian yang dilakukan menggunakan persekitaran sebenar.

Justeru, reka bentuk yang digunakan pengkaji dalam kajian ini adalah berbentuk
kuantitatif dengan menggunakan bentuk kaedah tinjauan atau soal selidik. Kajian ini
menggunakan Google Form sebagai instrumen kajian untuk mengumpul data. Soal selidik
yang dijalankan pengkaji bertajuk ‘Penggunaan Multimedia Interaktif dalam Pengajaran
Tatabahasa Tahun Lima oleh Guru’. Instrumen soal selidik adalah adaptasi kajian lepas oleh
Fairuz Othman (2015).

Memandangkan instrumen yang dibina untuk kajian ini ialah instrumen yang diadaptasi
daripada kajian terdahulu, maka instrumen ini telah melalui proses kesahan kandungan dan
kesahan muka yang sangat teliti. Seterusnya, instrumen ini melalui kesahan muka seperti
meneliti bahasa dan istilah yang digunakan dalam arahan. Kesahan muka amat penting di
dalam sesuatu bidang pengukuran sikap kerana perbezaan sikap akan mempengaruhi
responden dalam memberikan jawapan soal selidik (Azizi et al., 2017).

Persampelan yang digunakan ialah persampelan bertujuan dengan mengutamakan


ciri-ciri sampel yang hendak diperoleh. Sampel untuk kajian ini adalah terdiri daripada guru-
guru Bahasa Melayu yang mengajar tahun lima di sekolah-sekolah daerah Rembau, Negeri
Sembilan Darul Khusus. Sasaran adalah guru Bahasa Melayu yang mengajar tahun lima di
sekolah. Terdapat sebanyak 30 buah sekolah rendah yang berada dalam daerah Rembau,
Negeri Sembilan.

Menurut Pejabat Pendidikan Daerah Rembau (2020), daripada 30 buah sekolah yang
terdapat di daerah Rembau, Negeri Sembilan, sebanyak 23 buah sekolah akan dipilih. Sekolah
tersebut sepenuhnya terdiri daripada 23 buah Sekolah Kebangsaan (SK). Jumlah sampel bagi
setiap sekolah adalah tidak ditetapkan jumlah. Sekolah-sekolah yang dipilih merupakan
sekolah luar bandar kesemuanya. 16 daripada 23 buah sekolah tersebut merupakan sekolah
kurang murid (SKM). Walaupun sekolah yang dipilih merupakan sekolah luar bandar, namun
sekolah-sekolah tersebut telah dilengkapkan dan dibekalkan dengan kelengkapan ICT seperti
bekalan komputer, Makmal Komputer dan juga Pusat Akses Sekolah.

Menurut Pejabat Pendidikan Daerah Rembau juga, seramai 85 orang guru bahasa
Melayu yang mengajar di sekolah rendah di daerah Rembau. Daripada jumlah tersebut, hanya
35 orang guru Bahasa Melayu sahaja yang mengajar tahun lima. Populasi bagi kajian ini ialah
35 orang guru. 35 orang guru tersebut ialah guru Bahasa Melayu yang mengajar tahun lima

649
daripada 23 Sekolah Kebangsaan (SK). daripada jumlah populasi tersebut, seramai 33 sampel
telah diambil berdasarkan Jadual Penentuan Saiz Sampel oleh Krejcie dan Morgan 1970.

Kebolehpercayaan sesuatu instrumen ialah ketekalan atau kosistensi instrumen


membuat pengukuran berulang pada responden yang sama (Othman, 2013).
Kebolehpercayaan instrumen ini perlu diukur kerana soal selidik ini dibina berdasarkan
adaptasi atau penyesuaian item yang dilakukan berdasarkan kajian oleh pengkaji terdahulu.
Nilai kebolehpercayaan sesebuah instrumen diperoleh dengan menjalankan kajian rintis
sebelum instrumen ditadbir,kepada sampel yang sebenar. Nilai Cronbach Alpha yang melebihi
0.6 seringkali diguna pakai sebagai indeks kebolehpercayaan sesuatu instrumen (Siti
Rahayah, 2003). Menurut Bond & Fox (2015), pekali kebolehpercayaan yang lebih daripada
0.6 sering digunakan dalam dunia kajian.

Jadual 1
Jadual Interpretasi Skor Kebolehpercayaan

Skor Alpha Cronbach Interpretasi Kebolehpercayaan


0.90 - 1.0 Sangat baik
0.70 - 0.89 Baik dan boleh diterima
0.60 - 0.69 Boleh diterima
0.50 - 0.59 Item perlu diperbaiki
0.00 - 0.49 Item perlu digugurkan

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Perbincangan dalam bab ini adalah untuk menjawab tiga soalan kajian. Perbincangan
berkaitan penggunaan multimedia interaktif dalam pengajaran tatabahasa tahun lima dalam
kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah-sekolah daerah Rembau, Negeri Sembilan.

Jadual 2
Penggunaan Multimedia Interaktif Dalam Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Tatabahasa
Tahun Lima

Bil Item Skor min SP Tahap


1 Mengintergrasikan perisian multimedia 1.79 0.60 Rendah
interaktif dalam sesi PdP.
2 Mengintergrasikan perisian aplikasi
untuk mengoptimumkan pengajaran 1.88 0.65 Rendah
tatabahasa tahun lima.
3 Mengintergrasikan kemudahan seperti
LCD projektor, Scanner dan lain-lain 1.85 0.71 Rendah
dalam sesi PdP.
4 Mengintergrasikan bahan pengajaran dan
Pembelajaran yang dimuat turun daripada 1.85 0.80 Rendah

650
Atas talian.
Skor min Keseluruhan 1.84 0.59 Rendah

Jumlah skor min keseluruhan bagi bahagian ini ialah 1.84, skor min ini menunjukkan
tahap penggunaan multimedia interaktif yang rendah. Skor sisihan piawai bagi keseluruhan
item dalam bahagian ini pula menunjukkan bacaan 0.59. Skor sisihan piawai ini menunjukkan
data terserak kanan dan menghampiri ukuran pusat. Kesepakatan dalam bahagian ini adalah
sederhana dimana piliha jawapan adalah sama rata.

Jadual 3
Pengetahuan Dan Kemahiran Komputer Yang Dimilki Oleh Responden-Responden
Bil Item Skor min SP Tahap
1 Kemahiran menggunakan multimedia 3.45 0.87 Sederhana
interaktif. Tinggi
2 Kemahiran mengintergrasikan peralatan
komputer untuk digunakan dalam 3.24 0.79 Sederhana
sesi pengajaran dan pembelajaran. Tinggi
3 Kemahiran menggunakan internet untuk
Mendapatkan bahan bagi sesi pengajaran 3.64 0.86 Sederhana
dan pembelajaran. Tinggi
4 Kemahiran menggunakan peralatan LCD
dan mesin pengimbas (scanner) bagi 3.58 0.66 Sederhana
pengurusan pengajaran dan pembelajaran Tinggi
5 Kemahiran menggunakan aplikasi perisian 3.39 0.97 Sederhana
Microsoft Office Tinggi
Skor min Keseluruhan 3.46 0.72 Sederhana
Tinggi

Skor min keseluruhan item soalan dalam bahagian ini ialah 3.46 yang menunjukkan
tahap kemahiran dan pengetahuan yang sederhana tinggi. Skor sisihan piawai bagi
keseluruhan item soalan dalam bahagian ini ialah 0.72 yang menunjukkan data adalah
terserak ke kanan dan menjauhi ukuran pusat. Kesepakatan yang ditunjukkan dalam bahagian
ini adalah rendah dimana responden-responden memilih jawapan yang berbeza-beza.

Jadual 4
Masalah Yang Dihadapi Ketika Menggunakan Multimedia Interaktif

Bil Item Skor min SP Tahap


1 Isi pelajaran Bahasa Melayu
tidak sesuai disampaikan melalui 1.67 1.08 Rendah
multimedia interaktif.
2 Murid kurang bersedia untuk melibatkan
diri dalam aktiviti yang disediakan melalui 1.82 0.95 Rendah
multimedia interaktif.
3 Bilangan murid di dalam bilik darjah

651
menyebabkan penggunaan multimedia 3.09 1.13 Sederhana
interaktif sedikit terganggu. Tinggi
4 Pencapaian murid sukar dinilai melalui
pembelajaran menggunakan multimedia 2.21 0.93 Sederhana
interaktif. Rendah
5 Kemudahan peralatan di sekolah tidak
lengkap untuk menggunakan multimedia 3.45 1.37 Sederhana
interaktif dalam sesi PdP. Tinggi
6 Talian internet di sekolah tidak dapat
menampung keperluan untuk menggunakan 3.64 1.58 Sederhana
multimedia interaktif dalam sesi PdP. Tinggi
Skor min Keseluruhan 2.65 0.90 Sederhana
Rendah

Min keseluruhan bagi item-item soalan dalam bahagian ini ialah 2.65. Skor ini
menunjukkan tahap masalah sederhana rendah. Dalam erti kata lain, masalah yang dihadapi
oleh responden-responden ketika menggunakan multimedia interaktif tidak begitu tinggi.
Skor sisihan piawai pula ialah 0.90. Skor sisihan piawai ini menunjukkan data yang diperoleh
dalam bahagian D ini ialah terserak ke kanan dan menjauhi ukuran pusat. Kesepakatan pula
dalam memilih jawapan adalah rendah antara responden-responden.

RUMUSAN, PERBINCANGAN, DAN CADANGAN

Dapatan kajian daripada analisis data menunjukkan bahawa guru-guru bahasa Melayu yang
mengajar di daerah Rembau, Negeri Sembilan tidak kerap menggunakan kemudahan
multimedia interaktif dalam pengajaran tatabahasa tahun lima. Hal ini dibuktikan dengan nilai
skor min pada bacaan 1.84, skor min ini menunjukkan tahap penggunaan multimedia interaktif
yang rendah. Nilai skor ini menunjukkan penggunaan multimedia interaktif adalah sekitar 1-3
jam seminggu. Penentuan tahap ini adalah bersumberkan interpretasi daripada Jamil et al.
(2014).

Dapatan kajian pada bahagian C pula menunjukkan responden-responden kajian


mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang sederhana tinggi terhadap komputer iaitu
aplikasi dan perisian yang terdapat di dalamnya. Hal ini dibuktikan dengan nilai skor min iaitu
3.46. Tahap bagi min tersebut ialah sederhana tinggi. Bermakna, respon-responden
mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sederhana tinggi terhadap komputer.

Pada bahagian terakhir instrumen, dapatan kajian daripada analisis data menunjukkan
responden-responden kajian mempunyai masalah sederhana rendah ketika menggunakan
multimedia interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dibuktikan dengan nilai skor
min iaitu 2.65. Skor min ini menunjukkan responden-responden tidak mengalami masalah
yang begitu besar ketika menggunakan multimedia interaktif ini. Dalam erti kata lain,
responden-responden menghadapi masalah ketika menggunakan multimedia interaktif dalam

652
pengajaran dan pembelajaran, tetapi masalah tersebut tidaklah begitu besar dan menjejaskan
penggunaan multimedia interaktif ini.

Perkins (2005) menyifatkan bahawa penggunaan multimedia adalah seperti kenderaan


yang dapat digunakan oleh murid untuk menyusuri jalur-jalur kehidupan. Keupayaan yang
terserlah sudah tentu akan menjamin penjanaan minda di kalangan murid. Penggunaan
multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana ia adalah sumber
persekitaran yang merangsang pengajaran dan pembelajaran.

Jonassen D.H (2006) menjelaskan bahawa objektif pengajaran menggunakan


multimedia adalah seperti yang berikut:

1. Membolehkan murid belajar mengikut keupayaan mereka sendiri.


2. Menjadikan pembelajaran lebih bermakna.
3. Membantu perkembangan diri murid dalam koteks pendidikan.
4. Dapat menyediakan satu ruang pembelajaran yang lebih berkesan dalam kalangan
murid.
Berdasarksan pernyataan tersebut, dapat disimpulkan bahawa pembelajaran
menggunakan multimedia merupakan salah satu sumber untuk menjadikan sesi pengajaran
dan pembelajaran lebih berkesan. Oleh itu, setiap pendidik perlu lebih kerap untuk
menggunakannya.

Penggunaan multimedia interaktif dalam pengajaran tatabahasa tahun lima adalah


bertujuan untuk menjadikan pengajaran tersebut lebih menarik dan mampu membuatkan
setiap murid menumpukan perhatian terhadap pembelajaran dan faham pengajaran yang
disampaikan dengan lebih mudah. Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan terhadap
penggunaan multimedia interaktif ini. Tetapi, kajian tinjauan yang dijalankan oleh pengkaji
merupakan kajian pertama yang telah dijalankan di sekolah-sekolah daerah Rembau, Negeri
Sembilan. Walaupun guru-guru telah didedahkan dengan ilmu berkaitan teknologi ini, namun
penggunaan multimedia interaktif di sekolah-sekolah di daerah Rembau, Negeri Sembilan ini
masih berada pada tahap yang kurang.

Secara keseluruhannya, pengetahuan dan kemahiran guru terhadap perisian


komputer adalah sederhana tinggi. Perkara ini menjelaskan bahawa guru-guru di kawasan
kajian berpengetahuan tentang perisian komputer tetapi tidak menggunakan sepenuhnya
pengetahuan mereka untuk menghasilkan sebuah bahan pengajaran daripada perisian
komputer tersebut. Contohnya menghasilkan multimedia interaktif daripada pengetahuan
mereka terhadap perisian komputer. Melalui dapatan yang diperoleh, pengkaji merumuskan
bahawa soalan-soalan kajian yang diutarakan telah terjawab di mana dapatan analisis data

653
telah menunjukkan terhadap penggunaan, kemahiran dan pengetahuan, serta masalah yang
dihadapi ketika menggunakan multimedia interaktif ini.

Penggunaan multimedia interaktif dalam pengajaran khusunya pengajaran bahasa


Melayu oleh guru-guru masih berada pada tahap yang rendah. Multimedia interaktif ini juga
mempunyai persamaan dengan permainan bahasa dan bahan bantu mengajar yang lain yang
digunakan oleh guru sebagai sebuah perangsang untuk menarik tumpuan murid terhadap
pembelajaran keberkesanannya. Kajian yang dijalankan oleh Abdul Hakim et al. (2015)
bertajuk ‘Faktor-faktor yang Mempengaruhi Motivasi Terhadap Pembelajaran Bahasa Arab’.
Dalam kajian tersebut, permainan bahasa dinyatakan sebagai satu daripada pendorong untuk
menarik minat murid dalam mempelajari bahasa. Selain itu, kajian oleh Fairosnita dan Kamarul
Shukri (2015) juga meneliti pengaruh permainan bahasa dalam pembelajaran perbendaraan
kata bahasa Arab.

Berdasarkan dapatan daripada kajian ini, pengkaji menyarankan beberapa cadangan


agar ia boleh memberi sumbangan ke arah peningkatan tahap penggunaan multimedia
interaktif di kalangan guru untuk mengajar tatabahasa tahun lima untuk menjadikan sesi
pengajaran dan pembelajaran lebih efektif. Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan
penggunaan multimedia interaktif dalam kalangan guru-guru untuk mengajar tatabahasa
tahun lima adalah rendah. Walaupun bagaimanapun, guru-guru masih mempunyai
pengetahuan untuk menghasilkan dan menggunakan multimedia interaktif ini berdasarkan
dapatan kajian terhadap pengetahuan dan kemahiran mereka. Oleh itu, perbincangan akan
berfokus kepada beberapa cadangan yang dapat menambah baik sistem pendidikan di
Malaysia khususnya meningkatkan lagi penggunaan multimedia interaktif dalam pengajaran
dalam kalangan guru-guru.

Pertama ialah pihak sekolah, pihak sekolah hendaklah cakna terhadap masalah
kemudahan dan prasarana yang terdapat di sekoalh. Hal ini demikian kerana prasarana
seperti makmal komputer atau makmal bahasa perlu dilengkapi dengan perkakasan dan alat
bantu belajar selengkapnya dan mencukupi untuk menampung keperluan murid. Pihak
sekolah perlu mengusahakan agar keperluan tersebut dapat dipenuhi sama ada dengan
membuat laporan, memohon peruntukan daripada KPM atau memohon sumbangan daripada
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah. Hal ini kerana masalah yang paling tinggi
dihadapi untuk menggunakan multimedia interaktif adalah kurangnya prasarana di sekolah.

Seterusnya, guru hendaklah meningkatkan tahap kemahiran diri terutamanya dalam


memilih, mengubah suai dan menghasilkan sebuah bahan pengajaran yang bersumberkan
multimedia interaktif yang dapat memenuhi objektif pelajaran. Guru hendaklah mencari inisiatif
untuk melihat contoh-contoh bahan pengajaranyang berasaskan multimedia interaktif di laman

654
sesawang untuk menghasilkan sebuah bahan pengajaran yang lebih berkualiti dan difahami.
Guru juga boleh berkolaboratif dengan guru-guru lain untuk bertukar-tukar idea dan bahan
pengajaran agar lebih efisien dalam penyampaian pengajaran.

Akhir sekali, kajian lanjutan yang boleh dialaksanakan adalah berbentuk mendalami
perihal penggunaan multimedia interaktif seperti tahap penggunaan multimedia interaktif di
sekolah melalui kajian tinjauan di sekolah. Kajian juga boleh melihat kekerapan multimedia
interaktif ini digunakan dan mengukur dan menilai pencapaian serta kefahaman murid
terhadap pembelajaran berdasarkan pembelajaran menggunakan multimedia interaktif ini. Hal
ini akan menunjukkan kesesuaian menggunakan multimedia interaktif ini dalam pengajaran
khususnya pengajaran tatabahasa oleh guru.

RUJUKAN

Abdul Hakim Abdullah, Ab. Aziz Sulaiman & Wan Ismail Wan Abdullah. (2015). Faktor-faktor
yang mempengaruhi motivasi terhadap pembelajaran bahasa Arab. Jurnal Islam dan
Kontemporari, 104-121.
Abdul Aziz Talib. (2007). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik. Edisi keempat.
Kuala Lumpur. Utusan Publication & Distibutors Sdn. Bhd.
Azizi Yahaya, Voo, P., Ismail Maakip & Mohd Dahlan A. Malek. (2017). Kaedah penyelidikan
dalam pendidikan. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Babbie, E. (2001). The Practice of social research. United States, Wadsworth/Thomson
Learning.
Briggs, A.R., Morrison, M., & Coleman, M. (2012). Research methods in educational
leadership and management. Sage Publications.
Fairuz Othman. (2015). Tahap Penggunaan Komputer dalam Pengajaran Muzik Sekolah
Rendah. Jurnal Pendidikan Muzik, 43-51.
Hairol Anuar Hj Mak Din, Ahmad Nazeer B Zainal Arifin, Noor Azli Mohamed Masrop, Nur
Muizz B Mohamed Salleh dan Intan Fadzliana Ahmad. (2014). Transformasi Pendidikan
Melalui Pendekatan Permainan Digital Di Dalam Sistem Pembelajaran. Jurnal
Pendidikan. 3-5.
Kamarul Shukri (2015). Kepelbagaian Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Arab
(SPBA) dalam Kalangan Pelajar IPT Kelantan. Jurnal Penyelididkan. 30-36.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.
Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6 Tahun 2003.
Penggunaan Media dan Teknologi dalam Pengajaran dan pembelajaran.
Kejcie, R.V., & Morgan, D.W. (1970). Deteskor mining sample size for research activities.
Educational and psychological measurement, 30(3), 607-610.
Leedy, P.D., & Ormrod, J. E. (2001). Practical research: Planning and design. New Jersey:
Prentice –Hall.
Jamil Abd Baser, Nurul Syuhada Mohd Suhaimi, Hisyamuddin Othman, Azman Hassan, Mohd
Bekri Rahim & Mohd Faizal Askor Nur Yunus. (2014). Standard Guru Malaysia dalam

655
program persediaan guru reka bentuk dan teknologi. Online Journal for TVET
Practioners, 2(2).
Jonassen D.H. (1996). Towards A Constructivist View Of Instructional Design. Dalam
Educational Technology, vol 30, 32-26.
Neuman, W. L. (2011). Social science methods: Quantitative and qualitative approaches.
Othman Talib. (2013). Asas Penulisan tesis penyelidikan dan statistik. Serdang: Universiti
Putra Malaysia.
Pejabat Pendidikan Daerah Rembau. (2020). Bilangan guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah
di daerah Rembau.
Perkins. D. (1995). Smart School: Better Thinking and Learning for Every Child. New York:
Free Press.
Putra, C.A. (2018). Pemanfaatan Teknologi Multimedia untuk Media Instruksional. Journal of
ICT in Education (JICTIE), 5, 1-8.
Siti Rahayah. (2003). Kesahan Dan Kebolehpercayaan Soal Selidik Gaya E-Pembelajaran
(Else) Versi 8.1 Menggunakan Model Pengukuran Rasch. Jurnal Pengukuran Kualiti dan
Analisis. 15-27.
Trevor Bond, & Christine Fox. (2015). Applying the Rasch Model. Fundamental Measurement
in the Human Sciences 3rd Edition. New York: Routledge.
Tuckman B. W. (1999). Conducting eduacation research. United States of America: Harcourt
Brace & Company.

656
PENGGUNAAN PELANTAR DELIMa OLEH GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH
RENDAH SEWAKTU PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
(PdPR) DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Iskandar Firdaus bin Ismail


iskandar09-870@epembelajaran.edu.my

Mimma Sayuti binti Mat Khalid


mimma@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Penggunaan pelantar pembelajaran digital merupakan satu platform baharu bagi melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran jarak jauh. Kajian bagi meninjau tahap penggunaan dan persepsi guru
terhadap pelantar pembelajaran masih kurang dijalankan. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk
meninjau tahap penggunaan dan persepsi guru Bahasa Melayu terhadap pelantar DELIMa. Reka
bentuk kajian adalah menggunakan pendekatan kuantitatif kaedah penyelidikan tinjauan. Kajian ini telah
menggunakan sebuah instrumen berbentuk soal selidik yang mengandungi 36 item. Sampel kajian
terdiri daripada 52 orang guru Bahasa Melayu daripada empat buah sekolah TS25 sekitar daerah
Keramat. Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26.0 telah digunakan untuk
menganalisis data yang melibatkan analisis deskriptif untuk mengukur min dan sisihan piawai. Analisis
Cronbach Alpha bagi setiap konstruk yang diperoleh melalui kajian rintis menunjukkan tahap
kebolehpercayaan adalah 0.95. Hasil dapatan menunjukkan tahap penggunaan aplikasi dalam pelantar
DELIMa oleh guru bahasa Melayu adalah sederhana (skor min µ= 2.34). Persepsi guru Bahasa Melayu
terhadap penggunaan pelantar DELIMa pula berada pada tahap tinggi (skor min µ= 4.07). Kajian ini
secara tidak langsung menunjukkan tahap penggunaan pelantar pembelajaran digital seperti DELIMa
adalah sederhana. Oleh itu, perkara ini perlu ditingkatkan bagi memastikan kelangsungan pengajaran
dan pembelajaran walaupun semasa musim pandemik. Maka, kajian ini boleh dijadikan panduan
kepada pihak yang terlibat bagi menambah baik aspek penggunaan dalam pelantar DELIMa bagi
meningkatkan kualiti pendidikan masa kini.

Kata kunci: Pelantar pembelajaran digital, pelantar DELIMa, pembelajaran jarak jauh, penggunaan,
persepsi

ABSTRACT
The use of digital learning platforms is a new platform for the implementation of distance learning and
teaching. Studies to review the level of usage and perception of teachers on learning platforms are still
underway. In this regard, this study was conducted to review the level of usage and perception of Malay
Language teachers on DELIMa platform. This study use a quantitative approach of survey research
methods. This study used an instrument in the form of a questionnaire containing 36 items. The sample
consisted of 52 Malay Language teachers from four TS25 schools around Keramat district. Statistical
Package for Social Science (SPSS) version 26.0 software was used to analyze data involving
descriptive analysis to measure mean (µ) and standard deviation (SD). Cronbach Alpha analysis of each
construct obtained through a pilot study showed that the reliability level was 0.95. The results showed
that the level of application usage in DELIMa platform by Malay Language teachers was moderate
(mean score μ= 2.34). The teacher's perception of the use of DELIMa platform is at a high level (mean
score μ= 4.07). This study indirectly showed that the usage level of digital learning platforms such as
DELIMa is moderate. Therefore, the usage level of digital learning platforms should be improved to
ensure the continuity of teaching and learning even in the amidst of pandemic. Therefore, this study can

657
be used as a guide to the parties involved in improving the usage aspect in the DELIMa platform to
improve the quality of education today.

Keywords: Digital learning platform, DELIMa platform, distance learning, usage, perception

PENGENALAN
Kepesatan perkembangan teknologi telah banyak mempengaruhi peradaban manusia
daripada pelbagai bidang termasuklah dalam pembangunan pendidikan (Darren Turnbull,
2020). Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, kerajaan
telah menetapkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) sebagai salah satu
elemen transformasi pendidikan bagi meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia. Sebagai
kesinambungan dasar ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut memperkenalkan
program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) yang memberikan latihan yang komprehensif dan
berstruktur kepada guru bagi memantapkan lagi kepakaran pengajaran mereka melalui
amalan terbaik terutamanya berkaitan pengetahuan dan kemahiran pelaksanaan pengajaran
TMK.

Dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan


TMK, dunia telah digemparkan dengan wabak koronavirus novel (Covid-19) yang mendesak
penggunaan TMK secara menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Hal
ini demikian kerana, bagi membendung penularan wabak ini kerajaan telah melaksanakan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan semua institusi pendidikan seperti
universiti, sekolah dan tempat keagamaan diarahkan tutup dalam tempoh tersebut (Siti
Nurbaizura Che Azizan & Nurfaradilla Mohamad Nasri, 2020). Kesan daripada pelaksanaan
PKP ini, semua pihak terpaksa hidup dalam norma baharu termasuklah bagi guru-guru yang
kebiasaannya mengajar secara bersemuka di sekolah namun terpaksa menjalankan PdP
secara jarak jauh dalam tempoh tersebut (Nor Fauziana Mohd Salleh, 2020).

Bagi meneruskan kelangsungan pendidikan sewaktu penutupan sekolah, KPM telah


mengarahkan PdP dilaksanakan melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran di rumah
(PdPr) (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2021). Pada 15 Jun 2020, sebuah pelantar
pembelajaran digital iaitu DELIMa telah dilancarkan oleh KPM untuk melancarkan dan
memudahkan lagi pelaksanaan dan pengurusan PdPR sewaktu tempoh PKP (Microsoft
Malaysia, 2020). Bertepatan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap
penggunaan pelantar pembelajaran digital DELIMa dalam kalangan guru bahasa Melayu
melalui pendekatan PdPR sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.

658
PERMASALAHAN KAJIAN
Penularan wabak Covid-19 di serata dunia telah menjejaskan sistem pendidikan khususnya di
Malaysia (Rohayati Junaidi et al., 2020). Guru terpaksa menjalankan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang berkonsepkan jarak jauh atau secara atas talian yang dikenali
sebagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) telah memperkenalkan sebuah platform pembelajaran digital yang dikenali
sebagai DELIMa untuk digunakan oleh guru-guru bagi melaksanakan PdPR sepanjang
tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Walau bagaimanapun,
sebahagian besar guru-guru menghadapi masalah dalam menggunakan teknologi maklumat
dan komunikasi (TMK) untuk melaksanakan PdPR. Hal ini adalah kerana, terdapat guru yang
kurang mahir dalam menggunakan TMK. Kajian yang dijalankan oleh Suzlina Hilwani &
Jamaludin Badusah (2015) mendapati bahawa tahap penggunaan e-Pembelajaran
berasaskan Web 2.0 dalam kalangan guru bahasa Melayu sekolah menengah juga berada
pada tahap rendah. Hal ini menunjukkan tahap penggunaan guru terhadap TMK dan pelantar
digital masih rendah. Oleh itu, hal tersebut memberi kesan kepada penggunaan DELIMa yang
disarankan oleh KPM sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. Justeru adalah satu keperluan
untuk meninjau tahap penggunaan pelantar DELIMa melalui pendekatan PdPR sewaktu
tempoh PKP dalam pengajaran guru bahasa Melayu bagi memastikan keberkesanan
pelaksanaan pendidikan negara ini walau dalam keadaan apa jua yang melanda negara.

Guru merupakan pihak pelaksana yang meneraju hala tuju pendidikan khasnya dalam
tempoh getir yang dihadapi negara. Irfan Fauzi & Iman Hermawan (2020) menyatakan guru
berpendapat bahawa pembelajaran dalam talian merupakan pilihan yang terbaik semasa
tempoh pandemik ini namun begitu ia tidak sesuai dijadikan sebagai pengganti kepada
pembelajaran konvensional. Guru terpaksa menerima perubahan mendadak ini kerana
keperluan yang mendesak situasi semasa. Dapatan kajian Lapada et al. (2020) menunjukkan
tahap kesediaan guru untuk menjalankan pengajaran dalam talian secara jarak jauh semasa
tempoh covid-19 adalah rendah. Namun begitu, situasi yang mendesak guru menjadikan
mereka terpaksa membiasakan diri dengan norma baharu sepanjang tempoh PKP
dilaksanakan. Maka, kajian ini turut bertujuan untuk meninjau persepsi guru terhadap
penggunaan pelantar DELIMa melalui pendekatan PdPR sewaktu tempoh PKP dalam
pengajaran guru bahasa Melayu.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bagi melaksanakan objektif kajian yang berikut;
i. Mengkaji tahap penggunaan aplikasi yang terdapat dalam pelantar DELIMa melalui
pendekatan PdPR sewaktu tempoh PKP dalam pengajaran guru bahasa Melayu.

659
ii. Mengkaji persepsi guru terhadap penggunaan pelantar DELIMa melalui pendekatan
PdPR sewaktu tempoh PKP dalam pengajaran guru bahasa Melayu.

SOALAN KAJIAN
Kajian ini untuk mendapat maklumat bagi menjawab persoalan yang berikut:
i. Apakah tahap penggunaan aplikasi yang terdapat dalam pelantar DELIMa melalui
pendekatan PdPR sewaktu tempoh PKP dalam pengajaran guru bahasa Melayu?

ii. Apakah persepsi guru terhadap penggunaan pelantar DELIMa melalui pendekatan
PdPR sewaktu tempoh PKP dalam pengajaran guru bahasa Melayu?

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah tinjauan. Kajian
tinjauan ini digunakan untuk mengenal pasti tahap penggunaan dan persepsi guru Bahasa
Melayu terhadap penggunaan pelantar DELIMa dalam pengajaran dan pembelajaran di
rumah. Mohd Najib (2003) mendefinisikan populasi sebagai sekumpulan masyarakat yang
mempunyai ciri yang sama. Dalam kajian ini, populasi terdiri daripada guru-guru Bahasa
Melayu yang berkhidmat di empat buah sekolah di sekitar daerah Keramat yang dipilih dalam
program Transformasi Sekolah 25 (TS25). Jumlah populasi kajian ini ialah seramai 56 orang
guru Bahasa Melayu. Berdasarkan jumlah populasi tersebut, persampelan digunakan dengan
menetapkan sampel berdasarkan jadual saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970). Krejcie dan
Morgan (1970) menyatakan jumlah sampel minimum yang perlu digunakan dalam kajian
berpopulasi 56 orang ialah 52 orang sampel. Persampelan yang digunakan dalam kajian ini
ialah persampelan rawak mudah yang membolehkan semua pihak berpotensi dijadikan
sampel kajian.

Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik bagi meninjau penggunaan pelantar
DELIMa dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini melibatkan
pengukuran sesuatu tahap untuk melihat amalan atau keadaan yang berlaku dalam populasi
yang besar. Oleh itu, Walijah (2010) menyatakan bahawa penggunaan soal selidik sebagai
alat ukur adalah lebih praktikal dan berkesan sekali gus menjimatkan dalam pelbagai aspek.
Kajian ini telah mengadaptasi dan mengubah suai soal selidik yang dibangunkan oleh Rozeha
Harun & Ahmad Affiq Mohd Yusof (2020) dan Siti Nurbaizura Che Azizan & Nurfaradilla
Mohamad Nasri (2020). Soal selidik ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu Bahagian A,
Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A merupakan bahagian demografi responden yang
terdiri daripada lima item soalan. Bahagian B terdiri daripada 24 item soalan iaitu bagi melihat
tahap penggunaan aplikasi yang terdapat dalam pelantar DELIMa melalui pendekatan PdPR
sewaktu tempoh PKP dalam pengajaran guru bahasa Melayu. Manakala bahagian C pula

660
terdiri daripada 12 item bagi melihat persepsi guru terhadap penggunaan pelantar DELIMa
melalui pendekatan PdPR sewaktu tempoh PKP dalam pengajaran guru bahasa Melayu.

Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen turut dilakukan untuk menentukan sama


ada instrumen yang dihasilkan dapat mengukur apa yang sepatutnya diukur serta menguji
ketekalan dalaman instrumen. Instrumen telah diberikan kepada tiga orang pakar untuk diuji
kesahannya dan penambahbaikan telah dilakukan terhadap item berdasarkan komen-komen
yang diberikan oleh pakar. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 30 orang guru Bahasa
Melayu untuk menguji kebolehpercayaan instrumen. Melalui analisis data kajian rintis,
pengkaji memperoleh nilai Alpha Cronbach sebanyak 0.948 yang menunjukkan nilai
kebolehpercayaan yang diterima kuat. Data kuantitatif kajian sebenar dianalisis mengikut
statistik deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS)
versi 26.0 untuk mendapatkan nilai min dan sisihan piawai bagi mengukur tahap penggunaan
aplikasi dalam pelantar DELIMa dan persepsi guru terhadap penggunaannya.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Tahap Penggunaan Aplikasi Yang Terdapat Dalam Pelantar DELIMa Melalui
Pendekatan PdPR Sewaktu Tempoh PKP Dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu.

Tahap penggunaan aplikasi yang terdapat dalam pelantar DELIMa dikategorikan kepada tiga
peringkat iaitu skor min 1.00 hingga 2.33 menunjukkan tahap penggunaan rendah, skor min
2.34 hingga 3.66 menunjukkan tahap penggunaan sederhana manakala skor min 3.67 hingga
5.00 menunjukkan tahap penggunaan yang tinggi atau sangat baik. Analisis bagi nilai skor min
tahap penggunaan aplikasi dalam pelantar DELIMa ini berpandukan kepada interpretasi
daripada Azman Jais (2018).

Dapatan kajian bagi tahap penggunaan aplikasi dalam pelantar DELIMa ditunjukkan
dalam Jadual 1. Analisis dapatan soal selidik yang dimuatkan dalam Jadual 1 menunjukkan
terdapat lima item pada tahap penggunaan yang tinggi, empat item pada tahap penggunaan
sederhana dan 15 item pada tahap penggunaan yang rendah. Aplikasi dalam pelantar DELIMa
yang mempunyai skor min tertinggi adalah pelantar Google Classroom (µ= 4.65) (SP=0.76).
Aplikasi WolframAlfa pula mempunyai skor min terendah (µ= 1.33) (SP=0.76). Keadaan ini
juga menunjukkan bahawa guru sering menggunakan aplikasi-aplikasi tertentu sahaja
sewaktu PdPR kerana terdapat hanya lima aplikasi dengan skor min yang tinggi iaitu Google
Classroom (µ= 4.65) (SP=0.76), Youtube (µ= 4.44) (SP=0.67), Google Meet (µ= 4.31)
(SP=0.92), Buku Teks Digital (µ= 4.29) (SP=0.98) dan Quizizz (µ= 3.79) (SP=1.14). Secara
keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa tahap penggunaan aplikasi yang terdapat dalam
pelantar DELIMa masih berada pada tahap yang sederhana dengan nilai min (µ= 2.34).

661
Jadual 1
Analisis item tahap penggunaan aplikasi yang terdapat dalam pelantar DELIMa

No. Item Min Sisihan Tahap


(µ) Piawai
(SP)
B1 Google Classroom 4.65 0.76 Tinggi
B2 Google Meet 4.31 0.92 Tinggi
B3 Google Drive 3.21 0.87 Sederhana
B4 Google Keep 1.52 0.78 Rendah
B5 Google Photos 1.60 1.07 Rendah
B6 Youtube 4.44 0.67 Tinggi
B7 Google Earth 1.81 0.82 Rendah
B8 Autodraw 1.35 0.88 Rendah
B9 Canvas 1.94 1.21 Rendah
B10 Office 365 2.11 1.07 Rendah
B11 Microsoft Teams 1.60 1.07 Rendah
B12 One Drive 2.02 1.13 Rendah
B13 Padlet 2.38 1.09 Sederhana
B14 Blendspace 1.71 0.87 Rendah
B15 Edpuzzle 1.63 1.05 Rendah
B16 Plickers 1.46 0.90 Rendah
B17 WolframAlpha 1.33 0.76 Rendah
B18 Quiziz 3.79 1.14 Tinggi
B19 Kahoot 3.52 1.13 Sederhana
B20 Wakelet 1.50 1.11 Rendah
B21 Tinkercad 1.52 1.16 Rendah
B22 Canva 2.35 1.28 Sederhana
B23 Buku Teks Digital 4.29 0.98 Tinggi
B24 Perpustakaan Negara Digital 2.29 1.02 Rendah

Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Pelantar DELIMa Melalui Pendekatan PdPR


Sewaktu Tempoh PKP Dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu.

Interpretasi skor min bagi persepsi guru ini dapat dipecahkan kepada tiga bahagian
berpandukan interpretasi yang dikemukakan oleh Noraini Mohamad (2012) iaitu skor min 2.0
- 2.33 menunjukkan tahap yang rendah dengan persepsi negatif, skor min 2.34 - 3.66
menunjukkan tahap yang sederhana dengan persepsi kurang pasti dan skor min 3.67 - 5.00
menunjukkan tahap yang tinggi dengan persepsi positif.

Jadual 2 menunjukkan tahap persepsi guru terhadap penggunaan pelantar DELIMa


melalui pendekatan PdPR sewaktu tempoh PKP dalam pengajaran guru Bahasa Melayu.
Analisis dapatan soal selidik yang dimuatkan dalam Jadual 2 menunjukkan terdapat sebelas
item dengan nilai skor min tahap persepsi yang tinggi iaitu item C1 hingga C10 dan item C12
manakala satu item berada pada tahap yang sederhana iaitu item C11. Dapatan ini juga
menjelaskan bahawa guru mempunyai persepsi yang positif pada item C1 hingga C10 dan
item C12 manakala bagi item C12 pula menunjukkan persepsi yang kurang pasti dalam

662
kalangan guru. Item yang mendapat skor tertinggi bagi konstruk ini ialah item C5 “Pelantar
DELIMa memudahkan saya memilih aplikasi-aplikasi yang sesuai untuk dijadikan sebagai
bahan pengajaran dan pembelajaran” (µ= 4.60) (SP=0.60). Secara keseluruhannya, kajian ini
mendapati bahawa persepsi guru terhadap penggunaan pelantar DELIMa berada pada tahap
yang tinggi dengan nilai min (µ= 4.07).

Jadual 2
Analisis item persepsi guru terhadap penggunaan pelantar DELIMa.

No. Item Min Sisihan Tahap


(µ) Piawai
(SP)
C1 Pelantar DELIMa mudah untuk digunakan. 4.08 0.65 Positif

C2 Aplikasi dalam pelantar DELIMa amat membantu 4.13 0.60 Positif


sesi pengajaran saya.

C3 Aplikasi dalam pelantar DELIMa menyediakan 4.10 0.60 Positif


ruang kepada guru dan murid untuk berkongsi
maklumat dan pendapat.

C4 Aplikasi dalam pelantar DELIMa sangat baik 3.90 0.82 Positif


untuk digunakan sebagai alat perhubungan
antara guru dengan murid.

C5 Pelantar DELIMa memudahkan saya memilih 4.60 0.60 Positif


aplikasi-aplikasi yang sesuai untuk dijadikan
sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran.

C6 Aplikasi dalam pelantar DELIMa menjadikan 4.46 0.64 Positif


bahan pengajaran dan pembelajaran menarik
dan berkesan.
C7 4.17 0.55 Positif
Aplikasi dalam pelantar DELIMa memudahkan
saya mengemas kini bahan pengajaran dan
pembelajaran daripada masa ke masa.
C8 4.04 0.63 Positif
Aplikasi dalam pelantar DELIMa memudahkan
saya untuk menyimpan segala bukti-bukti sesi
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
C9 4.06 0.57 Positif
Aplikasi dalam pelantar DELIMa memudahkan
saya menghantar tugasan kepada pelajar.
C10 3.96 0.56 Positif
Aplikasi dalam pelantar DELIMa memudahkan
saya membuat penilaian terhadap pelajar.
C11 3.62 0.66 Kurang
Pengajaran Bahasa Melayu dengan bantuan Pasti
aplikasi dalam pelantar DELIMa akan
meningkatkan prestasi murid.
C12 3.77 0.58 Positif

663
Aplikasi yang ada dalam pelantar DELIMa
sesuai digunakan untuk semua kemahiran
Bahasa Melayu

KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN


Kesimpulannya, sebahagian besar guru Bahasa Melayu di empat buah sekolah TS25 sekitar
daerah Keramat mempunyai tahap penggunaan yang sederhana dalam aplikasi yang terdapat
dalam pelantar DELIMa. Hal ini bermaksud, penggunaan aplikasi dalam pelantar DELIMa
masih belum menyeluruh dan hanya beberapa aplikasi yang kerap digunakan guru. Aplikasi
yang paling kerap digunakan ialah Google Classroom, manakala aplikasi yang jarang atau
tidak pernah digunakan guru seperti Padlet, Blendspace, Wakelet, Tinkercad. Ringkasnya,
kajian ini mendapati sebahagian guru menggunakan aplikasi-aplikasi yang terdapat dalam
pelantar DELIMa.

Selain itu, dapatan bagi soalan kajian kedua menunjukkan sebahagian besar guru
Bahasa Melayu di empat buah sekolah TS25 sekitar daerah Keramat mempunyai persepsi
terhadap penggunaan aplikasi yang terdapat dalam pelantar DELIMa yang positif atau tinggi.
Hal ini bermaksud, guru-guru menyambut baik seruan KPM dalam penggunaan aplikasi dalam
pelantar DELIMa namun masih belum menyeluruh dan hanya beberapa aplikasi yang kerap
digunakan guru. Dapatan item kelima iaitu ‘Pelantar DELIMa memudahkan saya memilih
aplikasi-aplikasi yang sesuai untuk dijadikan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran’
menunjukkan dapatan tertinggi. Hal ini menunjukkan guru-guru mempunyai persepsi yang
positif untuk menggunakan pelantar DELIMa kerana fungsi dalam pelantar tersebut lebih
menyeluruh.

Kajian ini berupaya menyediakan maklumat menyeluruh tentang pelbagai aplikasi yang
terdapat dalam pelantar DELIMa melalui senarai aplikasi yang disediakan iaitu 24 aplikasi
yang boleh diakses seperti Google Classroom, Microsoft Teams, Plickers, dan banyak lagi.
Walaupun dapatan kajian menunjukkan aplikasi yang paling banyak digunakan dalam
kalangan guru ialah Google Classroom, namun secara tidak langsung kajian ini memberi
pengetahuan atau pendedahan kepada guru tentang pelbagai aplikasi lain yang boleh
diterokai mereka seperti Padlet, Blendspace, Wakelet, Tinkercad dan sebagainya. Hasil
daripada kajian ini, guru berupaya mengetahui dan memahami aplikasi-aplikasi lain yang
kurang didedahkan secara meluas.

KPM dan pihak sekolah atau khasnya pihak pentadbir perlulah memastikan guru-guru
menguasai pengetahuan tentang pelantar pembelajaran digital terutamanya pelantar DELIMa
yang dilihat berupaya melancarkan proses PdP walaupun secara jarak jauh. Hal ini adalah
kerana, pengetahuan guru-guru terhadap perkara tersebut dapat meningkatkan penggunaan

664
pelantar DELIMa yang secara tidak langsung meningkatkan kualiti pendidikan khasnya bagi
sekolah yang berpotensi tinggi seperti TS25. Oleh itu, KPM perlu bekerjasama dengan sekolah
untuk mengadakan bengkel atau kursus berkaitan pelantar DELIMa bagi tujuan pendedahan
kepada guru-guru. Hasilnya, guru-guru dapat mengatasi kekangan masa, bahan, atau kos
dengan hanya menggunakan pelantar DELIMa yang boleh diakses melalui satu pautan sahaja
pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Kajian ini dijalankan bagi meninjau tahap penggunaan dan persepsi guru terhadap
penggunaan pelantar DELIMa. Maka, pengkaji menerangkan cadangan kajian lanjutan yang
boleh dilaksanakan oleh pengkaji pada masa akan datang. Pengkaji mendapati masih kurang
kajian tentang pelantar DELIMa yang dijalankan di Malaysia. Pelantar pembelajaran digital
merupakan satu keperluan lebih-lebih lagi ketika musim pandemik yang melanda negara pada
ketika ini. Oleh itu, pengkaji mencadangkan agar kajian seterusnya dijalankan dengan
mengkaji penerimaan, tahap kemahiran dan faktor luaran dalam melaksanakan pelantar
pembelajaran digital khasnya pelantar DELIMa.

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif kaedah tinjauan. Kebanyakan kajian


lepas seperti Azman Jais (2018), Rozeha Harun & Ahmad Affiq Mohd Yusof (2020), Suhasni
Dollah & Nurlidyawati Jasmin (2020) juga banyak menggunakan kaedah yang hampir sama.
Maka, bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkenaan penggunaan pelantar
pembelajaran digital khasnya pelantar DELIMa, pengkaji menyarankan kepada pengkaji akan
datang untuk menggunakan kaedah gabungan iaitu kuantitatif dan kualitatif bagi melihat
secara terperinci tahap penggunaan pelantar DELIMa dalam PdP Bahasa Melayu.

RUJUKAN
Azman Jais. (2018). Penerimaan Dan Penggunaan Inovasi Persekitaran Pembelajaran Maya
(VLE) Dalam Kalangan Guru. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Darren Turnbull, R. C. & J. L. (2020). Learning Management Systems: An Overview.
Encyclopedia of Education and Information Technologies, August, 1–7.
https://doi.org/10.1007/978-3-319-60013-0
Irfan Fauzi & Iman Hermawan. (2020). Teachers’ Elementary School in Online Learning of
COVID-19 Pandemic Conditions. Jurnal Iqra’ : Kajian Ilmu Pendidikan, 5(1), 58–70.
https://doi.org/10.25217/ji.v5i1.914
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2021). Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
Versi 2. In Kementerian Pendidikan Malaysia. https://www.moe.gov.my/en/muat-
turun/pekeliling-dan-garis-panduan/surat-siaran/bahagian-pengurusan-sekolah-
harian/4081-manual-pengajaran-dan-pembelajaran-versi-2-2-feb-2021-1/file
Lapada, A. A., Miguel, F. F., Robledo, D. A. R., & Alam, Z. F. (2020). Teachers’ Covid-19
Awareness, Distance Learning Education Experiences and Perceptions towards
Institutional Readiness and Challenges. International Journal of Learning, Teaching and
Educational Research, 19(6), 127–144. https://doi.org/10.26803/ijlter.19.6.8
Microsoft Malaysia. (2020). Kementerian Pendidikan Lancar Pelantar Pendidikan Digital

665
Baharu dengan Kerjasama Google, Microsoft dan Apple. Microsoft Malaysia News
Center. https://news.microsoft.com/en-my/2020/06/15/kementerian-pendidikan-lancar-
pelantar-pendidikan-digital-baharu-dengan-kerjasama-google-microsoft-dan-apple/
Mohd Najib Abdul Ghaffar. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Universiti
Teknologi Malaysia.
Nor Fauziana Mohd Salleh. (2020). Pandemik Coronavirus (Covid-19): Pembelajaran dan
Pengajaran Secara Atas Talian Suatu Keperluan di Malaysia. July, 1–8.
https://www.bps.go.id/dynamictable/2018/05/18/1337/persentase-panjang-jalan-tol-
yang-beroperasi-menurut-operatornya-2014.html
Noraini Mohamad Noh. (2012). Kesediaan Penerimaan Inovasi Eduwebtv dalam Kalangan
Guru Perpustakaan Media di Sekolah-sekolah Malaysia. Tesis Doktor Falsafah. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Rohayati Junaidi, Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali, M. M. @Mustaffa. (2020). Pandemik
COVID-19 dalam Persekitaran Kanak-kanak menerusi Engkaulah Adiwiraku Pandemic
Covid-19 in Childrens ’ s Environment through Engkaulah Adiwiraku. PENDETA Journal
of Malay Language, Education and Literature, 11(edisi khas), 31–45.
Rozeha Harun & Ahmad Affiq Mohd Yusof. (2020). Penggunaan Pelantar Pembelajaran Digital
Dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Prosiding Seminar
Penyelidikan Dalam Pendidikan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Jun
2016, 14-17 April, 175–190.
Siti Nurbaizura Che Azizan & Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2020). Pandangan Guru Terhadap
Pembelajaran dalam Talian melalui pendekatan Home Based Learning ( HBL ) semasa
tempoh Pandemik COVID-19 Teacher ’ s View on online Learning through Home Based
Learning approach ( HBL ) during the COVID-19 Pendemic period. PENDETA Journal of
Malay Language, Education and Literature, 6812, 46–57.
Suhasni Dollah & Nurlidyawati Jasmin. (2020). Tahap Pengaplikasian Google Classroom
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Prosiding Seminar Penyelidikan
Dalam Pendidikan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Jun 2016, 173–181.
Suzlina Hilwani & Jamaludin Badusah. (2015). Tahap Penggunaan Web 2.0 Dalam
Pengajaran Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu
- JPBM (Malay Language Education Journal - MyLEJ), 5, 38–48.
Walijah Ahmad Jamburi. (2010). Penghayatan ibadah dalam kalangan pelajar Islam : kajian di
beberapa buah sekolah menengah kebangsaan di Petaling Jaya, Selangor. Tesis
Sarjana. Universiti Malaya.

666
KEBERKESANAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM PENGAJARAN
KATA ADJEKTIF BAHASA MELAYU

Izyan Syahiran bin Izzuddin


izyan09-871@epembelajaran.edu.my

Wan Mardziyah binti Wan Hasbullah


Mardziyah09-113@epembelajaran.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji tahap keberkesanan bahan bantu mengajar di dalam pengajaran
kata adjektif bahasa Melayu. Reka bentuk kajian ini mengaplikasikan kaedah kuasai eksperimen
dengan membahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah
tradisional dan kumpulan eksperimen yang mengaplikasikan penggunaan bahan bantu mengajar dalam
pengajaran kata adjektif bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan
seramai enam puluh enam orang murid Tahun 4 berpencapaian sederhana ke cemerlang di sebuah
sekolah kerajaan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Instrumen yang diguna untuk kajian ini ialah ujian
objektif kata adjektif bahasa Melayu. Selanjutnya, data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif
iaitu min, kekerapan, sisihan piawai dan statistik inferens iaitu ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara min pencapaian pelajar kumpulan eksperimen dan
pelajar kumpulan kawalan dalam ujian pasca. Dapatan kajian juga membuktikan bahawa penggunaan
bahan bantu mengajar di dalam pengajaran kata adjektif bahasa Melayu dapat meningkatkan
pencapaian pelajar secara keseluruhan. Kajian ini memberikan satu implikasi yang jelas terhadap
pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan mendorong penglibatan murid secara aktif di samping
menambah corak pengajaran dalam pengajaran tatabahasa Melayu yang lebih sistematik dan menarik.

Kata Kunci : Penggunaan Bahan Bantu Mengajar, Kata Adjektif Bahasa Melayu

ABSTRACT

This study was carried out to study the effectiveness of teaching aids in the teaching of Malay adjective
words. The design of this study applies the method of quasi experiments by dividing into two groups
which are control groups that use traditional methods and experimental groups that apply the use of
teaching aids in the teaching of Malay adjective words. The study used a quantitative method involving
sixty-six Year 4 students with moderate to excellent quality at a government school in Wangsa Maju,
Kuala Lumpur. The instrument used for this study is the objective test of the Malay adjective words.
Furthermore, the study data was analyzed using descriptive statistics i.e. mean, frequency, standard
deviation and inference statistics i.e. t-test. The findings showed that there were significant differences
between the mean achievements of experimental group students and control group students in post-
test tests. The findings also prove that the use of teaching aids in the teaching of Malay adjective words
can improve the overall achievement of students. Besides, This study has clear implications for more
enjoyable learning and encourages active participation of students as well as to increase the teaching
pattern in teaching Malay grammar which is more systematic and interesting.

Key Word: Teaching Aids, Malay Adjective Words

667
PENGENALAN
Dalam sesebuah institusi pendidikan, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) merupakan
sesuatu yang amat penting dan mampu memberikan impak yang besar dalam usaha untuk
mencorakkan modal insan di dalam diri murid. Menurut Jantan (2016), pengurusan P&P yang
dinamik dan sistematik mampu mengembangkan pembudayaan saintifik, pengetahuan baru,
pencetusan idea kreatif dan inovatif, pembangunan potensi manusia yang lebih mampan serta
penyebaran maklumat. Guru memainkan peranan yang penting dan besar dalam memastikan
murid dapat memperolehi kebaikan ini sepenuhnya.

Salah satu cara yang efektif yang dapat digunakan oleh guru adalah dengan
menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Pelbagai faedah dan manfaat yang diperolehi bahkan kepada guru itu sendiri. Guru bahasa
Melayu yang proaktif dan menggunakan bahan bantu mengajar dapat melahirkan satu
suasana yang kondusif dan riang untuk murid. Oleh yang demikian, guru perlulah sentiasa
bersedia sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran. Dengan ilmu yang diperolehi, guru
dapat menghasilkan pelbagai bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik serta dapat
menjana idea yang bernas untuk menentukan aktiviti yang lebih kreatif di dalam P&P (Noordin
& Zainal Abiden, 2010).

Guru pada masa kini semakin hari semakin kurang proaktif disebabkan oleh masalah-
masalah yang dihadapi di dalam kehidupan seharian. Banyak faktor yang mempengaruhi
pengajaran guru bahasa Melayu seperti yang dinyatakan oleh Lai et, al (2002) yang
menyatakan bahawa faktor-faktor seperti bahan pengajaran tidak mencukupi, beban mengajar
yang tinggi, kekurangan masa, tidak praktikal, tidak mahir membina bahan secara sendiri dan
sumber kewangan tidak mencukupi merupakan beberapa halangan atau kekangan yang
dihadapi oleh para pendidik untuk melaksanakan dan menyediakan bahan bantu mengajar
dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan kesediaan guru dari aspek amalan,
kemahiran dan sikap guru sendiri agar mereka dapat menggunakan bahan bantu mengajar
tersebut dengan lebih berkesan. Guru yang bersedia dan cekap dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sudah pasti akan dapat menjadikan pembelajaran tersebut lebih seronok dan
memuaskan. Oleh itu, pembelajaran menggunakan bahan bantu mengajar ini merupakan
suatu tuntutan pada masa sekarang dan setiap guru khususnya guru bahasa Melayu perlulah
berusaha untuk menggunakan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mereka.

668
PERNYATAAN MASALAH
Penggunaan bahan bantu mengajar di dalam kelas bahasa Melayu semakin lama kurang
diaplikasikan. Ramai guru bahasa Melayu pada masa kini hanya menggunakan buku teks
sebagai bahan utama bagi sesi pengajaran di dalam kelas. Walaupun terdapat segelintir guru
bahasa Melayu yang menggunakan bahan bantu mengajar, namun masih terdapat lebih ramai
guru yang tidak menggunakan bahan bantu mengajar dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran mereka. Namun begitu, pembelajaran bahasa Melayu akan lebih
menyeronokkan dan menarik sekiranya diajar menggunakan bahan bantu mengajar.
Keputusan guru untuk menggunakan bahan bantu mengajar yang dilaksanakan di sekolah ke
dalam instruksi guru boleh memberi kepuasan pelajar belajar dan seterusnya dapat membantu
memastikan kejayaan pelaksanaan sesuatu program (Mohamed Noh et. al., 2013).

Pembelajaran bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan SK Wangsa Jaya, Wangsa


Maju, Kuala Lumpur khususnya bagi tajuk Kata Adjektif Bahasa Melayu masih diajar
menggunakan buku teks dan buku latihan. Pernyataan ini disokong penuh oleh Laporan
Jawatankuasa yang mengkaji bahasa Melayu (2008) yang mendapati kebanyakan guru
sangat bergantung kepada buku teks semata-mata dalam pengajaran mereka. Perkara ini
membuktikan bahawa guru tidak kreatif untuk menimbulkan suasana gembira dan akhirnya
menjadikan suasana kelas menjadi bosan (Rashidi Azizan & Abdul Razak Halib, 2010),
Terdapat juga kajian daripada Che Mohd Noor & Ahmad. (2015) yang mendapati bahawa
semasa proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bahasa Melayu dilaksanakan,
masih terdapat guru-guru yang menggunakan kaedah atau teknik membaca buku teks
semata-mata dalam pengajarannya. Hal ini kerana, ramai guru berpendapat bahawa cara
yang paling efisyen untuk mempelajari tatabahasa bahasa Melayu adalah melalui latihan yang
berterusan. Namun begitu, penggunaan bahan bantu mengajar juga sebenarnya dapat
memberikan impak yang besar lebih-lebih lagi dalam pembelajaran Kata Adjektif.
Kemungkinan besar, tanggapan negatif terhadap bahasa Melayu terjadi disebabkan faktor
murid kurang berminat (Balakrishnan, 2012). Murid sering beranggapan bahawa
pembelajaran tatabahasa bahasa Melayu itu sangat suka, hal ini telah membuatkan murid
menjadi bosan dan membuat keputusan untuk tidak berminat terhadap tajuk tersebut.
Keadaan ini juga turut mengakibatkan penurunan prestasi murid dalam peperiksaan
(Mohamed Arip et. al, 2014)

Guru-guru telah terbiasa menggunakan buku teks dan buku latihan sebagai bahan
utama guru untuk mengajar bahasa Melayu. Pernyataan ini disokong oleh Abdul Aziz (2007)
yang menyatakan teknik pengajaran konvensional berpandukan buku teks, buku latihan
topikal dan nota guru masih menjadi amalan segelintir guru. Situasi ini menyebabkan

669
kemahiran yang ingin diajar tidak menarik dan murid tidak menumpukan perhatian kepada
pengajaran. Murid akan cepat bosan dan muda lupa (Bhasah Abu Bakar & Rafidah
Wahab,2008).
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian adalah seperti berikut:
1. Mengenal pasti tahap penguasaan murid terhadap kata adjektif bahasa Melayu sebelum
dan selepas ujian dengan menggunakan bahan bantu mengajar.
2. Mengenal pasti tahap keberkesanan bahan bantu mengajar terhadap pengajaran kata
adjektif bahasa Melayu Tahun 4.
SOALAN KAJIAN
Antara persoalan kajian yang dapat dibentuk adalah:
1. Apakah tahap penguasaan murid terhadap kata adjektif bahasa Melayu sebelum dan
selepas ujian kata adjektif bahasa Melayu dijalankan?
2. Adakah terdapat perbezaan antara skor murid kumpulan eksperimental dan kumpulan
kawalan di dalam ujian kata adjektif bahasa Melayu selepas menggunakan bahan bantu
mengajar dalam pembelajaran?
HIPOTESIS KAJIAN
Antara hipotesis yang diuji bagi menjawab persoalan kajian dalam kajian ini adalah seperti
berikut:

i. Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min skor ujian pra kelas kawalan
dan min skor ujian pasca kelas eksperimen dalam ujian kata adjektif bahasa Melayu
Tahun Empat.
ii. Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min skor ujian pasca kelas kawalan
dan min skor ujian pasca kelas eksperimen dalam ujian kata adjektif bahasa Melayu
Tahun Empat.
iii. Ho3: Tidak terdapat perbezaan skor yang signifikan antara skor ujian pra dan skor ujian
pos kelas kawalan dalam ujian kata adjektif bahasa Melayu Tahun Empat.
iv. Ho4: Tidak terdapat perbezaan skor yang signifikan antara skor ujian pra dan skor ujian
pos kelas eksperimen dalam ujian kata adjektif bahasa Melayu Tahun Empat.

METODOLOGI KAJIAN
Reka Bentuk
Kajian ini merupakan kajian yang menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu kuasai
eksperimental yang menjalankan ujian sebelum dan selepas serta mempunyai kumpulan
eksperimental dan kumpulan kawalan. Reka bentuk kuasai eksperimen ini dijalankan pada
dua kelas Tahun 4 sedia ada yang terdapat di Sekolah Kebangsaan Wangsa Jaya, Wangsa
Maju, Seksyen 4, Kuala Lumpur. Kumpulan pertama yang terdiri daripada 33 orang akan diajar

670
menggunakan bahan bantu mengajar manakala kumpulan kedua yang terdiri daripada 33
orang pula diajar menggunakan kaedah tradisional iaitu kaedah “chalk and talk” Reka bentuk
kajian kuasai eksperimental ini akan melakukan perbandingan antara kumpulan bagi
menentukan kesan sesuatu rawatan. Pengkaji juga menggunakan pendekatan kuasai
eksperimental ini untuk melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan bahan bantu
mengajar di dalam pengajaran kata adjektif bahasa Melayu.

Sampel Kajian
Populasi didefinisikan sebagai kumpulan sasaran pengkaji, iaitu kumpulan kepada siapa hasil
kajian akan digeneralisasikan (Ball. L, 2010). Dalam kajian ini populasi kajian ini difokuskan
kepada murid Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Wangsa Jaya, Wangsa Maju. Sampel yang
dipilih oleh pengkaji adalah seramai 66 orang daripada dua kelas iaitu kelas kawalan dan kelas
eksperimental. Pengkaji hanya memilih 66 orang murid sahaja kerana, pengkaji menggunakan
kaedah persampelan rawak berkelompok dan berdasarkan Krejcie & Morgan (1970) iaitu
memilih seramai 66 orang sampel daripada 80 orang populasi.. Dalam hal ini, pengkaji tidak
perlu risau mengenai ketepatan data yang diperoleh bagi tujuan analisis kerana data yang
hanya sebahagian daripada populasi besar tersebut masih boleh dianggap tepat walaupun
hanya diambil pada kiraan minimum (Sulaiman, 2005). Dalam erti kata lain, sampel yang telah
dikaji akan memberikan gambaran kepada keseluruhan populasi. Sampel kali ini terikat
kepada murid Tahun 4 sahaja. Pengumpulan sampel kajian dijalankan dari bulan Februari
sehingga bulan Mac 2021. Pengkaji juga hanya menggunakan platform atas talian sahaja
kerana pada waktu kajian dilakukan, berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh
Malaysia dan salah satu langkah menangani masalah wabak ini, sekolah telah ditutup dan
pengkaji telah menggunakan platform Google Meet untuk melaksanakan kelas atas talian dan
menggunakan platform Google Form untuk menjalankan ujian pra dan ujian pos.

Instrumen Kajian
Instrumen merupakan alat untuk mengutip data (Najib, 2003). Instrumen kajian yang baik akan
memastikan objektif yang dikehendaki oleh pengkaji tercapai. Terdapat dua instrumen yang
digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan data iaitu soal selidik, ujian pra dan ujian pasca.
Ujian pra dan pasca akan dijalankan untuk menguji persoalan utama kajian dan bertujuan
untuk menolak hipotesis-hipotesis yang telah dinyatakan di dalam kajian ini. Instrumen ini juga
akan membantu untuk melihat sekiranya terdapat perbezaan signifikan diantara kumpulan
kawalan dan kumpulan eksperimental sebelum dan selepas pengajaran di jalankan. Di
samping itu, ujian pra dan ujian pos ini juga menilai sejauh mana keberkesanan bahan bantu
mengajar ini dalam memastikan peningkatan pencapaian murid selepas sesi pengajaran.

671
Analisis Data
Data-data kajian ini dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan The Statistical Packagae
For The Social Science atau SPSS versi 26.0 dan perisiaan Microsoft Excel 2019. Dalam
kajian ini, SPSS akan menganalisis data secara deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif
bertujuan untuk mencari min, kekerapan dan sisihan piawai untuk melihat taburan pencapaian
dalam ujian kata adjektif bahasa Melayu bagi kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen.
Statistik inferensi pula digunakan bagi menghuraikan dapatan kajian melalui ujian-t dengan
membandingkan min-min pencapaian kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen dalam
ujian pra dan pasca. Aplikasi SPSS ini juga akan mencari nila Cronbatch’s Alpha bagi
mengetahui nilai kebolehpercayaan item-item yang terdapat di dalam ujian kata adjektif
bahasa Melayu.

Kajian Rintis
Kajian rintis telah dijalankan bagi mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan item-item
yang terdapat di dalam ujian kata adjektif bahasa Melayu. Kajian ini melibatkan 23 orang murid
tahun empat di Sekolah Kebangsaan Wangsa Jaya, Wangsa Maju untuk menguji terlebih
kebolehpercayaan terhadap kertas ujian yang akan digunakan pada kajian yang sebenar.
Sampel yang akan dipilih untuk melaksanakan kajian rintis ini mempunyai ciri yang sama
dengan sampel yang dipilih untuk kajian yang sebenar iaitu murid yang akan dipilih merupakan
murid Tahun 4. Selepas menjalankan kajian rintis, pengkaji telah membuat pembetulan dari
aspek kosa kata, ejaan, susunan ayat dan gaya bahasa. Kemudian pengkaji menggunakan
data daripada ujian rintis ini untuk memperolehi tahap kebolehpercayaan item soal selidik.
Nilai Cronbach’s Alpha yang diperolehi adalah sebanyak 0.665 dan nilai ini adalah tinggi
daripada 0.6 dan ini menunjukkan bahawa semua item boleh diterima. Secara kesimpulannya,
soalan ujian kata adjektif bahasa Melayu yang telah dibina boleh digunakan di dalam kajian
sebenar.

DAPATAN KAJIAN

Tahap Perbezaan Min Skor Ujian Pra Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Eksperimen
Bahagian ini membincangkan dapatan kajian bagi menjawab soalan kajian yang pertama,
tahap penguasaan murid kelas kawalan dan kelas eksperimen di dalam ujian pra kata adjektif
bahasa Melayu. Min dan sisihan piawai bagi skor ujian pra murid kumpulan kawalan dan
kumpulan eksperimen boleh dilihat pada Jadual 1 di bawah.

672
Jadual 1
Min dan Sisihan Piawai Skor Ujian Pra bagi Murid Kumpulan Kawalan dan Murid Kumpulan
Eksperimen

Kumpulan N Nilai Min Sisihan Piawai (SP)


Kawalan 33 20.06 3.372
Eksperimen 33 25.03 3.441

Jadual 1 menunjukkan purata bagi skor kumpulan kawalan ialah 20.06 dan nilai sisihan piawai
ialah 3.372 manakala bagi kumpulan eksperimen pula, purata skor ujian pra ialah 25.03 dan
nilai sisihan piawai ialah 3.441. Jelas ditunjukkan di sini bahawa nilai min bagi kumpulan
eksperimen lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan. Hal ini selari dengan keputusan
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) murid dalam subjek bahasa Melayu di mana ramai responden
daripada kelas eksperimen mendapat band 5 dan seramai 10 orang mendapat band 6. Min
dan sisihan piawai bagi ujian pra ini juga menunjukkan bahawa responden kelas eksperimen
lebih mahir dalam kata adjektif bahasa Melayu berbanding murid responden kelas kawalan.
Jadual 2 di bawah menunjukkan Ujian T-Sampel Bebas atau Levene’s Test for Equality of
Variances bagi skor ujian pra kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.

Jadual 2
Ujian-T Sampel Bebas (Skor Ujian Pos bagi Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan)

Levene’s Test T-test for Equality of Means


for Equality of
Variances

Sig. t df Sig. (2-


tailed)

Skor Ujian Equal .873 -5.925 64 .000


Pra variances
Kumpulan assumed
Kawalan dan
Eksperimen Equal -5.925 63.974 .000
variances not
assumed

Berdasarkan Ujian Levene yang telah dilaksanakan ke atas kedua-dua skor ujian pra kata
adjektif bahasa Melayu, varian adalah sama telah diterima kerana nilai Sig p = 0.873. Ini
menunjukkan bahawa nilai Sig p + 0.873 lebih tinggi berbanding nilai α=0.05. Ini menunjukkan
bahawa tidak terdapat perbezaan yang besar diantara markah kumpulan kawalan dan

673
kumpulan eksperimen. Namun begitu, jika kita lihat pada Ujian-T sampel bebas dua belah (2-
Tailed) bagi skor ujian pra kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen telah memaparkan
nilai (p) Sig. (2-Tailed) sebanyak 0.000. Nilai ini adalah lebih rendah daripada α=0.05 dan ini
telah membuktikan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan diantara min skor kelas
kawalan dan min skor kelas eksperimen. Maka, hipotesis nul pertama berjaya ditolak kerana
terdapat perbezaan yang signifikan antara min skor ujian pra kelas kawalan dan min skor ujian
pasca kelas eksperimen dalam ujian kata adjektif bahasa Melayu Tahun Empat.

Tahap Perbezaan Min Skor Ujian Pos Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Eksperimen
Bahagian ini pula membincangkan dapatan kajian yang menjawab persoalan kajian yang
pertama, iaitu tahap penguasaan murid kelas kawalan dan kelas eksperimen di dalam ujian
pos bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Jadual 3 di bawah menunjukkan min dan
sisihan piawai bagi markah pos kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen.

Jadual 3
Min dan Sisihan Piawai Skor Ujian Pos bagi Murid Kumpulan Kawalan dan Murid Kumpulan
Eksperimen

Kumpulan N Nilai Min Sisihan Piawai (SP)


Kawalan 33 22.18 3.196
Eksperimen 33 28.12 1.453

Berdasarkan Jadual 3 di atas, Perbezaan nilai min sebanyak 5.94 diantara kelas kawalan dan
kelas eksperimen. Nilai min bagi kelas kawalan adalah 22.18 dan nilai min bagi kelas
eksperimen pula adalah sebanyak 28.12. Data ini juga menjelaskan bahawa secara purata,
responden bagi kelas kawalan telah mendapat markah 22.13 dalam ujian pos kata adjektif
bahasa Melayu.

Bagaimanapun secara purata, responden bagi kelas eksperimen telah mendapat


markah 28.12. Di samping itu, perbezaan yang ketara juga dapat dilihat di dalam sisihan piawai
bagi kelas kawalan dan kelas eksperimen. Sisihan piawai bagi kelas kawalan adalah sebanyak
3.196 dan sisihan piawai bagi kelas eksperimen adalah sebanyak 1.453. Jadual 4 di bawah
menunjukkan Ujian-T Sampel Bebas bagi skor ujian pos kumpulan kawalan dan kumpulan
rawatan.

674
Jadual 4
Ujian-T Sampel Bebas (Skor Ujian Pos bagi Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan)

Levene’s Test T-test for Equality of Means


for Equality of
Variances
Sig. t df Sig. (2-
tailed)
Skor Ujian Equal .000 9.718 64 .000
Pos Kelas variances
Kawalan assumed
Dan Kelas Equal 9.718 44.677 .000
Ekseprimen variances not
assumed

Jadual 4 di atas, dapat kita lihat bahawa nilai Sig p adalah sebanyak 0.000 dan nilai ini lebih
kecil berbanding nilai α=0.05. Secara langsung, nilai ini menunjukkan bahawa terdapat
perbezaan yang signifikan di antara keputusan skor ujian pos kelas kawalan dan kelas
eksperimen. Pernyataan ini dikuatkan lagi dengan nilai Sig. (2-Tailed) yang menunjukkan nilai
sebanyak 0.000 iaitu lebih rendah daripada nilai α=0.05. Daripada data ini, dapat dianalisis
dan dibuktikan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan diantara skor kelas eksperimen
dan kelas rawatan. Maka, hipotesis nul kedua berjaya ditolak kerana terdapat perbezaan skor
yang signifikan antara min skor ujian pasca kelas kawalan dan min skor ujian pasca kelas
eksperimen.

Tahap Perbezaan Min Skor Ujian Pra dan Pos Kumpulan Kawalan
Bahagian ini menunjukkan sekiranya terdapat perbezaan yang besar diantara ujian pra dan
ujian pos bagi kelas kawalan. Bahagian ini juga menjawab persoalan kajian iaitu, tahap
penguasaan murid kelas kawalan sebelum dan selepas pengajaran dijalankan. Rujuk Jadual
5 di bawah,

Jadual 5
Min dan Sisihan Piawai Skor Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Murid Kumpulan Kawalan

Kumpulan Jenis Ujian Nilai Min Sisihan Piawai Markah Markah


(SP) Minimum Maksimum
Kawalan Ujian Pra 20.06 3.372 14 26
Ujian Pos 22.18 3.196 16 26

Jadual 5 di atas menunjukkan nilai min dan sisihan piawai bagi ujian pra dan ujian pos kelas
kawalan. Dapat dilihat purata skor bagi ujian pra adalah sebanyak 20.06 manakala purata skor
ujian pos bagi kumpulan kawalan adalah 22.18. Perbezaan skor ini tidak terlalu berbeza dan

675
ketara kerana terdapat perbezaan skor sebanyak 2.12 sahaja bagi ujian pra dan ujian pos.
Selepas pendekatan tradisional dijalankan, markah minimum yang diperoleh dalam ujian pos
adalah serendah 16 markah dan markah maksimum kekal 26 markah, ini menunjukkan
bahawa tiada murid yang mendapat markah lebih daripada 26. Jadual 6 di bawah
menunjukkan Ujian-T Sampel Padanan (Skor Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Murid Kumpulan
Kawalan).

Jadual 6
Ujian-T Sampel Padanan (Skor Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Murid Kumpulan Kawalan)

Levene’s Test T-test for Equality of Means


for Equality of
Variances
Sig. t df Sig. (2-
tailed)
Skor Ujian Equal .891 -2.623 64 .011
Pra dan Pos variances
Kata assumed
Adjektif Equal -2.623 63.817 .011
Kelas variances not
Kawalan assumed

Berdasarkan Jadual 6, keputusan statistik ujian -t sampel padanan (paired sample t-test) bagi
analisis perbezaan skor ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan kawalan menunjukkan nilai Sig.
p sebanyak 0,891. Nilai yang ditunjukkan adalah lebih tinggi daripada nilai α=0.05 dan ini
menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di dalam varians bagi ujian pra
dan ujian pos kata adjektif bahasa Melayu kelas kawalan. Namun begitu, bagi nilai Sig. (2
paired) pula menunjukkan nilai sebanyak 0.011 dan nilai ini adalah lebih rendah daripada nilai
α=0.05. Perkara ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan min yang signifikan diantara
markah ujian pra dan ujian pos kata adjektif bahasa Melayu kelas kawalan. Maka, hipotesis
nul ketiga berjaya ditolak kerana terdapat perbezaan yang signifikan antara skor ujian pra dan
skor ujian pos kelas kawalan dalam ujian kata adjektif bahasa Melayu Tahun 4.

Tahap Perbezaan Min Skor Ujian Pra dan Pos Kumpulan Eksperimen
Bahagian ini menjawab persoalan kajian iaitu adakah terdapat keberkesanan di dalam
pengajaran bahan bantu mengajar.

676
Jadual 7
Min dan Sisihan Piawai Skor Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Murid Kumpulan Rawatan

Kumpulan Jenis Ujian Nilai Min Sisihan Markah Markah


Piawai Minimum Maksimum
Eksperimen Ujian Pra 25.03 3.441 16 29
Ujian Pos 28.12 1.453 26 30

Berdasarkan Jadual 7, purata skor ujian pra bagi kumpulan eksperimen adalah sebanyak
25.03 sahaja dan dapat dilihat pada jadual di atas peningkatan min yang tinggi iaitu sebanyak
28.12 pada ujian pos. Perbezaan min sebanyak 3.09 bagi ujian pra dan ujian pos kata adjektif
bahasa Melayu kumpulan eksperimen. Nilai sisihan piawai juga menunjukkan perbezaan yang
ketara iaitu dalam ujian pra, nilai sisihan piawai adalah sebanyak 3.441, manakala dalam ujian
pos pula nilai sisihan piawai adalah sebanyak 1.453. Terdapat peningkatan yang mendadak
sebanyak 10 markah bagi markah minimum. Markah minimum bagi ujian pos kata adjektif
bahasa Melayu kelas eksperimen adalah 26 markah dan terdapat seramai 10 orang
responden berjaya mendapat markah penuh iaitu 30 markah di dalam ujian pos. Jadual 8 di
bawah menunjukkan Ujian-T Sampel Padanan (Skor Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Murid
Kumpulan Rawatan).

Jadual 8
Ujian-T Sampel Padanan (Skor Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Murid Kumpulan Rawatan)

Levene’s Test T-test for Equality of Means


for Equality of
Variances
Sig. t df Sig. (2-
tailed)
Skor Ujian Equal .000 4.754 64 .000
Pra dan Pos variances
Kata assumed
Adjektif Equal 4.754 43.051 .0090
Kelas variances not
Kawalan assumed

Berdasarkan Jadual 8, keputusan statistik ujian-t sampel padanan (paired sample t-test) bagi
analisis perbezaan skor ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan eksperimen menunjukkan nilai
Sig. p sebanyak 0.000. Nilai yang ditunjukkan ini adalah lebih rendah daripada nilai α=0.05
dan ini bermaksud terdapat perbezaan yang signifikan di dalam varians bagi ujian pra dan
ujian pos kata adjektif bahasa Melayu kelas eksperimen. Perkara yang sama telah ditunjukkan
dengan nilai Sig. (2 Paired) yang menunjukkan nilai yang sama iaitu 0.000. Maka, dengan ini

677
hipotesis nul keempat ditolak kerana terdapat perbezaan yang signifikan antara skor ujian pra
dan skor ujian pos kelas eksperimen selepas penggunaan bahan bantu mengajar di dalam
pengajaran.

PERBINCANGAN DAN RUMUSAN


Dapatan kajian bagi tahap penguasaan murid terhadap kata adjektif bahasa Melayu sebelum
pengajaran dijalankan menunjukkan tahap penguasaan yang agak baik bagi keputusan ujian
kata adjektif bahasa Melayu kelas kawalan dan juga kelas eksperimen. Murid berjaya
menguasai ujian pra ini kerana bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar yang murid telah
gunakan di sekolah. Pernyataan ini disokong dengan kajian Sharifah Maimunah (2004), yang
menyatakan bahawa bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar utama bagi mata-mata
pelajaran di sekolah kebangsaan, kecuali Matematik dan Sains mulai 2004.

Dapatan kajian mengenai tahap penguasaan murid terhadap kata adjektif bahasa
Melayu selepas sesi pengajaran dijalankan menunjukkan peningkatan dan tahap penguasaan
yang baik. Lebih-lebih lagi peningkatan yang ditunjukkan oleh kelas eksperimen. Pengkaji
telah menjalankan sesi pembelajaran menggunakan kaedah tradisional iaitu kaedah “chalk
and talk” dalam mengajar kata adjektif bahasa Melayu kepada murid kelas kawalan. Hasil
daripada pembelajaran tersebut, terdapat sedikit peningkatan yang berlaku dan dapat dilihat
daripada peningkatan nilai min di dalam ujian pos kata adjektif bahasa Melayu. Kaedah
tradisional “chalk and talk” ini sering digunakan oleh guru-guru sekolah seperti yang
dinyatakan di dalam kajian Ahmad (2015). Kenyataan ini juga dapat dilihat dalam dapatan
kajian Nik Yusof (2012) yang mengatakan bahawa teknik pengajaran konvensional yang
berpandukan buku teks, buku latihan topical dan nota pada papan hitam masih menjadi
amalan segelintir guru. Memandangkan amalan “chalk and talk” masih diamalkan oleh guru-
guru bahasa Melayu, secara tidak langsung membantu murid untuk memahami dan mendapat
serba sedikit maklumat. Namun begitu, peningkatan yang lebih tinggi dan lebih signifikan
dapat dilihat dalam skor ujian pos kelas eksperimen disebabkan oleh penggunaan bahan
bantu mengajar di dalam pengajaran mereka dan ini menunjukkan bahawa penggunaan
bahan bantu mengajar jauh lebih berkesan berbanding kaedah tradisional dalam pengajaran
kata adjektif bahasa Melayu.

Berdasarkan dapat kajian yang telah dijalankan, tidak diragui lagi bahawa bahan bantu
mengajar membawa kesan yang sangat positif di dalam pengajaran kata adjektif bahasa
Melayu. Pernyataan ini dapat dibuktikan dengan peningkatan nilai min kelas eksperimen yang
jauh lebih baik daripada peningkatan nilai min kelas kawalan. Peningkatan nilai min kelas
kawalan hanya sebanyak 2.12, manakala peningkatan nilai min bagi kelas eksperimen pula
adalah sebanyak 3.09. Peningkatan nilai min yang lebih tinggi daripada kelas eksperimen

678
berbanding dengan kawalan membuktikan bahawa pengajaran menggunakan bahan bantu
mengajar di dalam pengajaran kata adjektif bahasa Melayu lebih berkesan berbanding
pengajaran menggunakan kaedah tradisional Salah satu faktor yang menyumbang kepada
peningkatan markah murid di dalam ujian pos kata adjektif bahasa Melayu adalah perubahan
teknik mengajar. Secara tidak langsung, penggunaan bahan bantu mengajar ini meningkatkan
mutu sesi pembelajaran tersebut. Pendapat ini turut disokong oleh Omardin (2010) yang
menyatakan bahawa beliau mendapati penggunaan bahan bantu mengajar memberi
sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran
dalam kalangan guru dan murid.

Pengkaji juga merumuskan bahawa dengan penggunaan bahan bantu mengajar di


dalam pengajaran kata adjektif ini dapat memudahkan murid untuk melihat sesuatu sifat. Hal
ini kerana murid lebih mudah untuk mengingati sekiranya melihat bahan maujud berbanding
hanya perlu membayangkan objek tersebut. Murid lebih cenderung untuk mengingati sifat
objek-objek yang ditunjukkan oleh pengkaji di dalam sesi pengajaran berbanding dengan
hanya menulis sifat tersebut pada papan putih dan meminta murid untuk mengingat sifat
tersebut.

Implikasinya, kajian ini berupaya membuka minda guru-guru bahasa Melayu


merefleksi semula kaedah pengajaran dan pendekatan yang mereka gunakan dalam
pengajaran kata adjektif bahasa Melayu. Kajian ini secara langsung memberikan bukti dan
menunjukkan hasil bahawa terdapatnya perbezaan yang signifikan sekiranya guru
menggunakan bahan bantu mengajar di dalam pengajaran kata adjektif bahasa Melayu. Oleh
hal yang demikian, guru yang masih menggunakan kaedah tradisional boleh melihat kajian ini
dan berusaha untuk mempraktikkan penggunaan bahan bantu mengajar khususnya dalam
pengajaran kata adjektif bahasa Melayu. Guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar
yang mudah didapati dan bersifat maujud sahaja seperti yang digunakan oleh pengkaji.
Walaupun begitu, tetap memberikan kesan dan impak yang lebih baik berbanding
menggunakan kaedah tradisional.

Ringkasnya, dapatlah disimpulkan bahawa keberkesanan bahan bantu mengajar


dalam pengajaran kata adjektif terbukti serta kepentingan dapatan kajian ini kepada guru,
sekolah dan KPM. Oleh itu, kajian ini seharusnya diperluaskan dan dimanfaatkan oleh semua
pihak demi memastikan pengajaran bahasa Melayu bukanlah suatu pembelajaran yang
membosankan. Diharapkan juga terdapat pengkaji-pengkaji di luar sana yang melakukan
kajian dengan lanjut mengenai keberkesanan bahan bantu mengajar dalam pengajaran kata
adjektif.

679
RUJUKAN
Balakrishnan, M. (2012). Pedagogi 1: Kurikulum dan Pengajaran Bilik Darjah. Longman
Malaysia Sdn Bhd.

Ball L.W. (2010). Strategies For Improving Visuals Learning: a Handbook For Effective
Selection, Design and Use Of Visualized Materials Pensylvania: Learning Sevice,
State College.

Bhasah Abu Bakar & Rafidah Wahab. (2008). Penerapan Kemahiran Generik Menerusi
Kokurikulum di Politeknik Bagi Memenuhi Keperluan Industri di Malaysia. Phd
Tesis.

Che Mohd Noor & Ahmad. A.R. (2015). Kreativiti Guru dalam Meningkatkan Kefahaman
dan Penghayatan Sejarah. Fakulti Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jantan,N. (2016). Penerapan Budaya Kreatif Dan Inovatif Di Kalangan Pelajar Politeknik
Merlimau Melalui PERKAYA INOVASI. Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Politeknik
Merlimau.

Lai, K.L., Khaw, A.H & Seah, A. K., (2002). Satu Kajian Mengenai Penggunaan Bahan
bantu Mengajar Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik Di Sekolah
Rendah. Jabatan Matematik. Maktab Perguruan Batu Lintang
Mohamad Najib Abdul Ghafar. (2003). Reka bentuk Tinjauan - Soal Selidik Pendidikan. Johor.
Universiti Teknologi Malaysia

Mohamed Arip, M.A.S, Mohd Sa’ad F., Jaapar, N. Mohd Ali,,K, Athdzar, NH dan Wan
Abd. Rashid, W.N. (2014). Faktor, Kesan dan Strategi Menangani Permasalahan
Kurang Tumpuan Pelajar Sekolah Menengah di dalam Kelas: Suatu Kajian
Kualitatif. Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia. Universiti Pendidikan
Sultan Idris

Mohamed Noh,N. Ahmad Mustafa, H.M., Hamzah, M., Ismail, M.A & Abdullah,N. (2013).
Penggunaan Inovasi Teknologi Dalam Pengajaran: Cabaran Guru Dalam E-
Pembelajaran. Proceedings Of The 7th International Malaysian Educational
Technology Cinvention (IMETC 2013)

Noordin, H.S & Zainal Abiden, N.F.(2010). Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
Dalam Kalangan Bakal Guru Fizik Semasa Latihan Mengajar. Fakulti Pendidikan.
Universiti Teknologi Malaysia.

Rashidi Azizan & Abdul Razak Halib. (2010). Tahap Kesediaan Guru Sains dalam
Penggunaan Teknologi Maklumat Berasaskan Komputer dalam Proses Pengajaran
dan Pembelajaran Jurnal Teknologi. Universiti Teknologi Malaysia.

Sharifah Maimunah Syed Zain. (2004). Hala tuju pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris. Diges Pendidik, Jilid 4, Bil.112004: l-12.

Suhaimi bin Kadir. (2008). Penggunaan Komputer dan Internet dalam Pengajaran dan
Pembelajaran di Kalangan Guru Sekolah Menengah di Daerah Pasir Mas,
Kelantan, 1-9.

Sulaiman Masri (2005). Kaedah penyelidikan dan panduan penulisan: esei, proposal,
tesis:Utusan Publications.

680
PENGGUNAAN STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN
MURID CINA DI SJKC BERDASARKAN KEMAHIRAN BAHASA DAN SIKAP

Jackson Tan Jie Sheng


jackson09-872@epembelajaran.edu.my

Shamsul Aizuwani bin Nawi PhD


shamsulaizuwani@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan
murid Cina di SJKC berdasarkan kemahiran bahasa dan sikap. Reka bentuk kajian ini menggunakan
pendekatan kuantitatif dalam reka bentuk kajian tinjauan. Soal selidik telah digunakan dalam
menjalankan kajian ini. Sampel kajian ini terdiri daripada 50 orang murid yang bersekolah di SJKC
Kwang Hwa Sungai Kecil Ilir dan sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah kurang murid (SKM). Hasil
dapatan kajian membuktikan bahawa tahap penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam
kalangan murid Cina di SJKC berdasarkan kemahiran bahasa dan sikap secara keseluruhannya adalah
berada pada tahap sederhana. Strategi kemahiran mendengar (μ = 3.54) merupakan strategi yang
kerap digunakan oleh murid Cina di SJKC yang diikuti dengan strategi kemahiran membaca (μ = 3.20),
strategi kemahiran menulis (μ = 3.11), dan strategi kemahiran bertutur(μ = 3.06). Dapatan kajian juga
memaparkan tahap sikap murid Cina di SJKC terhadap pembelajaran bahasa Melau adalah berada
pada tahap sederhana (μ = 3.12). Implikasi kajian ini dapat menjadikan panduan kepada kajian lanjutan
yang berkaitan dengan strategi pembelajaran bahasa Melayu serta Model Strategi Pembelajaran
Bahasa Zamri (2004). Selain itu, kajian juga menyedarkan guru tentang kepentingan strategi
pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina berdasarkan kemahiran bahasa dan sikap
bagi usaha meingkatkan penguasaan bahasa Melayu.
Kata Kunci: strategi pembelajaran, bahasa Melayu, murid Cina, sekolah kurang murid (SKM),
kemahiran bahasa

ABSTRACT
The aims of this study is the use of the Malay language learning strategies among students in SJKC
based on language skills and attitudes. The design of this study used a quantitative approach in survey
study design. Questionnaires were used in conducting this study. The sample of this study consisted of
50 students who were schooled at SJKC Kwang Hwa Sungai Kecil Ilir and this school was categorized
as a school with fewer students (SKM). The findings show that the use of the Malay language learning
strategies among students in SJKC based on language skills and attitudes were at a moderate level.
Listening skills strategy (μ = 3.54) is the strategy that frequently used by Chinese students in SJKC
followed by reading skills strategy (μ = 3.20), writing skills strategy (μ = 3.11), and speaking skills
strategy (μ = 3.06). The findings of the study also showed that the level of attitude of Chinese students
in SJKC towards learning the Malay language was at a moderate level (μ = 3.12). The implications of
this study can be a guide to further research related to learning strategies Malay Language Learning
Strategies and Models Zamri (2004). In addition, the study also enlighten teachers about the importance
of the Malay language learning strategies among Chinese students based on language skills and
attitudes to boost the efforts of the Malay language proficiency.

Keywords: learing strategies, Malay language, Chinese students, school with fewer student (SKM),
language skill

681
PENGENALAN
Melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan merupakan hala tuju yang jelas bagi
pendidikan di Malaysia seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Menurut Rajendren (2010), beliau mengaitkan jatuh bangunnya sesebuah negara adalah
bermula daripada sistem pendidikan negara tersebut yang berpunca daripada penguasaan
ilmu dan kemahiran yang dikuasai oleh penduduk di sesebuah negara tersebut. Oleh hal
demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merancangkan transformasi dalam
meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara melalui pelan jangka masa panjang yang
dinamakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bagi tahun 2013-2025 (KPM,
2013). Salah satu anjakan transformasi dalam PPPM 2013-2025 adalah untuk memastikan
setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Dengan ini, pembelajaran
bahasa Melayu adalah sangat penting serta diwajibkan oleh semua murid yang merupakan
bakal pemimpin negara kita.

Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) merupakan tiga jenis aliran yang termaktub dalam sistem
pendidikan sekolah rendah di Malaysia. Bahasa pengantar yang digunakan di SK ialah bahasa
Melayu manakala bahasa ibunda bagi SJKC iaitu bahasa Cina dan SJKT iaitu bahasa Tamil
dijadikan bahasa pengantar di sekolah masing-masing. Namun begitu, seperti yang
dinyatakan dalam Penyata Razak 1956, bahasa Melayu merupakan bahasa wajib di semua
sekolah tidak kira SJKC atau SJKT yang menjadikan bahasa ibunda sebagai bahasa
pengantar. Terdapat perbezaannya bagi seseorang untuk menguasai bahasa pertama dan
bahasa kedua. Hal ini demikian kerana penguasaan bahasa pertama adalah melalui proses
semula jadi yang melibatkan keadaan mental berada pada situasi yang tidak sedar dan tidak
terancang manakala penguasaan bahasa kedua pula diperoleh dalam bentuk pembelajaran
bahasa baharu yang dirancang dengan proses yang sengaja sifatnya (Tay dan Wong, 2016).
Oleh itu, strategi pembelajaran bahasa ialah tindakan yang dapat digunakan oleh murid untuk
memudahkan pemerolehan, penyimpanan, pengingatan semula dan penggunaan maklumat
sehingga menjadikan pembelajaran lebih mudah, lebih cepat, lebih menyeronokkan, lebih
kendiri, lebih efektif serta lebih senang dipindahkan ke suasana yang baharu (Zamri, 2015).
Sharala, Zamri, Jamaludin, Nik Mohd Rahimi dan Mohamed Amin (2014) turut menyatakan
bahawa kebanyakan pengkaji pembelajaran bahasa kedua berpendapat bahawa strategi
menjadi elemen yang penting dalam pembelajaran bahasa ialah strategi yang melibatkan
prosedur mental dan komunikatif untuk mempelajari dan menggunakan bahasa dalam
kerangka mempertingkatkan pencapaian dan penguasaan bahasa sasaran. Strategi
pembelajaran bahasa bukan sahaja dapat membantu murid untuk meningkatkan penguasaan

682
dalam bahasa sasaran, malah dapat membentuk murid yang berdikari untuk mempelajari
bahasa tanpa bantuan daripada guru. Oleh itu, satu kajian tentang strategi pembelajaran
bahasa yang digunakan oleh murid Cina dijalankan oleh pengkaji di SJKC untuk memperoleh
maklumat supaya memberikan manfaat kepada murid bukan Melayu khususnya murid Cina
dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dengan lebih mudah dan
berkesan.

Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang digubalkan


oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dapat dilihatkan bahawa terdapat
perbezaannya antara dua versi DSKP yang dijadikan sebagai panduan di SK dan SJKC.
Berdasarkan DSKP Tahun 4 yang digubalkan terdapat dua perbezaan dalam standard
pembelajaran (SP). SP yang berbeza ini adalah terdapat dalam kemahiran mendengar dan
bertutur dan aspek tatabahasa. Walaupun terdapat perbezaanya antara dua versi DSKP yang
digubalkan, namun standard kandungan bagi kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran
membaca, kemahiran menulis, aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa adalah sama.

Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 8 Tahun 2016 yang masih
dilaksanakan, dapat dilihatkan bahawa peruntukan masa minimun setahun bagi subjek
bahasa Melayu ialah 192 jam di SK dan 160 jam di SJKC bagi murid tahap satu iaitu murid
tahun 1, 2 dan 3. Seterusnya, peruntukan masa minimum setahun bagi subjek bahasa Melayu
ialah 160 jam di SK dan 128 jam di SJKC bagi murid tahap dua iaitu murid tahun 4, 5 dan 6.
Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas juga dapat disimpulkan bahawa masa minimum setahun
bagi subjek bahasa Cina di SJKC adalah lebih panjang daripada bahasa Melayu. Misalnya,
masa minimum setahun bagi subjek bahasa Cina bagi murid tahap satu ialah 192 dan 160 jam
bagi murid tahap dua. Dengan ini dapat memaparkan bahasa Melayu merupakan bahasa
kedua bagi murid Cina di SJKC dan masa untuk kelas bahasa Cina adalah lebih panjang
berbanding dengan subjek bahasa Melayu.

PERNYATAAN MASALAH

Setelah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyeragamkan pelaksanaan pendidikan


bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar rasmi dalam sistem persekolahan Malaysia mulai
tahun 1982, pembelajaran bahasa Melayu menjadi penting kepada semua murid yang belajar
di SK, SJKC ataupun SJKT. Dengan ini, murid diwajibkan mempelajari bahasa Melayu dan
bahasa Melayu dijadikan subjek yang wajib diambil semasa murid menduduki peperiksaan.
Secara teorinya, semua murid harus menguasai bahasa Melayu dengan baik (Zamri dan
Mohamed Amin, 2008).

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, dapat


dilihatkan pencapaian murid bukan Melayu dalam subjek bahasa Melayu adalah lemah

683
berbanding dengan murid Melayu. Selain itu, Roasharimah (2017) juga mengatakan bahawa
keputusan UPSR bagi penutur bahasa kedua kurang memuaskan. Hal ini selari dengan kajian
(Hung Siew Siew dan Zamri Mahamod, 2021) yang memaparkan kemerosotan pencapaian
murid Cina dan Iban dalam subjek bahasa Melayu Penulisan bagi Ujian Penilaian Sekolah
rendah (UPSR) tahun 2018 dan 2019 aliran SKC di daerah Subis. Berdasarkan statistik yang
ditunjukkan dapat dirumuskan bahawa peratusan gagal bagi mata pelajaran bahasa Melayu
Penulisan dalam UPSR bagi SKC di daerah Subis telah meningkat dari 13 peratus hingga 19
peratus.

Berdasarkan kajian Chew (2016) juga dapat merumuskan bahawa terdapat empat
faktor yang menyebabkan berlakunya masalah pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan
murid Cina di sekolah rendah. Pertamanya, sikap dan minat murid Cina dalam pembelajaran
bahasa Melayu memainkan peranan yang penting bagi murid Cina untuk menguasai bahasa
Melayu. Hal ini kerana didapati kebanyakkan murid Cina mempelajari bahasa Melayu adalah
untuk mengisi masa lapang, menyiapkan kerja rumah dan lulus dalam peperiksaan sahaja.
Dengan ini, murid lebih mudah menghilangkan motivasi untuk mempelajari bahasa Melayu
sekiranya mereka tidak mencapai keputusan yang cemerlang serta dipengaruhi oleh rakan
sebaya.

Seterusnya, masalah sebutan dan ejaan bahasa melayu dalam kalangan murid Cina
juga dikesan sebagai salah satu faktor berlakunya masalah pembelajaran bahasa Melayu.
Oleh hal demikian kerana murid Cina terikat dengan lingkungan penutur yang sama dan
subjek bahasa Melayu diberikan peruntukkan waktu yang terhad sahaja di sekolah. Dengan
ini dapat menunjukkan faktor persekitaran amat mempengaruhi penguasan sesuatu bahasa
secara berkesan. Murid Cina juga didapati lebih selesa bertutur dalam bahasa sendiri dengan
rakan sebaya dan mereka menganggap bahasa Melayu adalah tidak penting dan hanya
digunakan dalam peperiksaan sahaja.

Selain itu, faktor perbezaan aliran sekolah juga menjadi sebab masalah pembelajaran
bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina di SJKC. Hal ini kerana pihak sekola SJKC
mempraktikkan bahasa Cina dalam semua subjek. Sebagai contohnya, subjek Matematik,
subjek Sains dan subjek sejarah akan diajarkan dengan menggunakan bahasa Cina. Murid
tidak mempunyai peluang untuk bertutur dan menggunakan bahasa Melayu selain kelas
subjek bahasa Melayu. Menurut analisis kolerasi Pearson, tidak terdapatnya hubungkait
antara pemahaman dengar penuturan bahasa Melayu. Dengan kata lain, beliau berpendapat
murid yang baik dalam pertuturan tidak semestinya baik dalam pemahaman bahasa Melayu.
Keadaan ini amat sesuai untuk memaparkan situasan yang dialami oleh murid Cina di SJKC.

684
Faktor yang keempat ialah kemahiran bahasa Melayu. Seperti yang diterangkan, SJKC
menggunakan bahasa Cina untuk semua subjek selain bahasa Melayu. Dengan ini, bahan
pengajaran yang meliputi pelbagai bidang sepeti Sains, Sejarah dan Geografi akan diasuhkan
dengan menggunakan bahasa Cina. Hal ini akan menjejaskan pengenalan laras bahasa,
perbendaharaan kata dan istilah-istilah kepada murid-murid Cina. Oleh itu, ibu bapa haruslah
memupuk minat membaca anak serta berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Melayu
sebagai alat komunikasi supaya dapat mempertingkatkan penguasan bahasa Melayu.

OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan kajian tersebut, objektif kajian ini adalah bertujuan untuk:

1. Mengenal pasti strategi kemahiran mendengar dalam pembelajaran bahasa Melayu


yang digunakan oleh murid Cina di SJKC.
2. Mengenal pasti strategi kemahiran bertutur dalam pembelajaran bahasa Melayu yang
digunakan oleh murid Cina di SJKC.
3. Mengenal pasti strategi kemahiran membaca dalam pembelajaran bahasa Melayu
yang digunakan oleh murid Cina di SJKC.
4. Mengenal pasti strategi kemahiran menulis dalam pembelajaran bahasa Melayu yang
digunakan oleh murid Cina di SJKC.
5. Mengenal pasti sikap murid terhadap pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan
murid di SJKC.

SOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian tersebut, kajian ini telah membina dua soalan kajian. Soalan kajian
adalah seperti berikut:

1. Apakah strategi kemahiran mendengar dalam pembelajaran bahasa Melayu yang


digunakan oleh murid Cina di SJKC?
2. Apakah strategi kemahiran bertutur dalam pembelajaran bahasa Melayu yang
digunakan oleh murid Cina di SJKC?
3. Apakah strategi kemahiran membaca dalam pembelajaran bahasa Melayu yang
digunakan oleh murid Cina di SJKC?
4. Apakah strategi kemahiran menulis dalam pembelajaran bahasa Melayu yang
digunakan oleh murid Cina di SJKC?
5. Apakah sikap murid terhadap pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid
Cina di SJKC?

685
METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini berbentuk penyelidikan deskriptif yang menggunakan kaedah tinjauan untuk
melihatkan penggunaan strategi pembelajaran dalam kalangan murid Cina di SJKC
berdasarkan kemahiran bahasa dan sikap. Dalam kajian ini, 50 orang murid Cina yang
bersekolah di SJKC Kwang Hua Sungai Kecil Ilir dijadikan sampel kajian. Pengkaji telah
mengubah suai dan mengadaptasikan soal selidik daripada inventori kajian yang disediakan
oleh Zamri, Kamiliah dan Wan Muna (2016) sebagai instrumen kajian ini. Pengkaji turut
memohon kesahan oleh pakar bidang dan pakar bahasa supaya dapat menggunakan
instrumen kajian tersebut. Soal selidik ini adalah dalam bentuk Google Form dan mengandungi
tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bagi mengenalpastikan
kebolehpercayaan instrumen, iaitu soal selidik, pengkaji telah menjalankan analisis
kebolehpercayaan Cronbach Alpha dalam kajian rintis. Kajian rintis ini melibatkan 20 orang
responden yang hampir sifatnya dengan responden kajian. Data mental kajian rintis telah
dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 26.0.
Nilai Cronbach Alpha soal selidik keseluruhan menunjukkan 0.98 dan berdasarkan interpretasi
Nilai Cronbach Alpha (Bond and Fox, 2007), nilai Cronbach Alpha soal selidik adalah boleh
diterima dan digunakan untuk mengumpul data sebenar.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Soal selidik telah dijawabkan oleh 50 orang murid Cina yang bersekolah di SJKC Kwang Hua
Sungai Kecil Ilir dan data yang dikumpulkan telah dianalisiskan dengan penggunaan SPSS
versi 26.0 untuk mencarikan nilai min dan sisihan piawai. Hal ini adalah untuk menentukan
tahap penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu berdasarkan kemahiran bahasa dan
sikap.

Jadual 1 menunjukkan dapatan kajian tentang setiap item strategi kemahiran


mendengar dalam pembelajaran bahasa Melayu. Tahap penggunaan stratetgi kemahiran
mendengar dalam pembelajaran bahasa Melayu dikategorikan kepada tiga tahap
berddasarkan interpretasi skor min yang dicadangkan oleh Jamil (2002). Sebagai contohnya,
skor min 1.00 hingga 2.33 menunjukkan tahap rendah, skor min 2.34 hingga 3.66
menunjukkan tahap sederhana dan skor min 3.67 hingga 5.00 menunjukkan tahap tinggi.

Jadual 1

Bil. Item Min SP


DG1. Mendengar secara teliti semasa guru sedang 3.84 0.84
mengajar di dalam kelas
DG2. Memberikan perhatian khasnya kepada aspek 3.90 0.76
bahasa tertentu seperti cara guru menyebut
bunyi tentang sesuatu perkataan

686
DG3. Mendengar rakan berbangsa Melayu bertutur 3.62 1.01
DG4. Menumpu sepenuh perhatian semasa guru 4.02 0.89
mengajar di dalam kelas
DG5. Mendengar radio dalam bahasa Melayu 2.68 1.11
DG6. Meminta rakan mengulangi perkataan bahasa 3.40 1.09
Melayu yang baru didengar sekiranya tidak
jelas sebutan perkataan tersebut
DG7. Cuba memahami apa-apa yang didengar tanpa 3.66 0.85
merujuk maksud yang terdapat dalam kamus
DG8. Mendengar secara teliti tentang pengumuman 3.12 1.12
bahasa Melayu di sekolah
DG9. Meminta penjelasan guru jika tidak memahami 3.66 1.21
pada kali pertama saya mendengarnya
DG10. Cuba memahami apa-apa yang dituturkan oleh 3.50 1.09
orang lain dalam bahasa Melayu

Berdasarkan Jadual 1, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan


kemahiran mendengar dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai strategi pembelajaran
dalam kalangan murid di SJKC secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana dengan
min 3.54. Berdasarkan data yang dikumpulkan, dapat dirumuskan bahawa item DG4
mempunyai min yang tertinggi iaitu 4.02 manakala item DG5 mempunyai min yang terendah
iaitu 2.68 dalam bahagian kemahiran mendengar. Hal ini membuktikan kebanyakkan murid
menggunakan kaedah menumpukan sepenuh perhatian semasa guru mengajar di kelas.
Sebaliknya, murid dalam bilangan yang kecil mengamalkan cara mendengar radio dalam
bahasa Melayu untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu.

Jadual 2

Bil. Item Min SP


TT1. Bertutur dengan guru dalam bahasa Melayu di 2.84 1.13
sekolah
TT2. Bertutur dengan rakan berbangsa Melayu 3.28 1.25
TT3. Bertanyakan soalan sebagai satu cara untuk 2.90 1.02
melibatkan diri dalam perbualan bahasa Melayu
TT4. Bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu 2.78 1.20
yang formal
TT5. Memulakan perbualan dalam bahasa Melayu 2.80 1.03
sekerap mungkin
TT6. Berlatih bertutur bahasa Melayu dengan 2.88 1.15
menggunakan perkataan baharu untuk
membina keyakinan diri
TT7. Meminta orang lain membetulkan kesilapan 3.36 1.03
dalam percapakan bahasa Melayu saya
TT8. Mencuba topik yang baharu dalam pertuturan 2.98 1.12
bahasa Melayu
TT9. Merancang terlebih dahulu apa-apa yang 3.14 1.11
hendak saya tuturkan dalam bahasa Melayu

687
TT10. Meminta bantuan daripada rakan sekelas jika 3.62 1.09
menghadapai masalah berkaitan penuturan
dalam bahasa Melayu

Berdasarkan Jadual 2, kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan kemahiran


bertutur dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai strategi pembelajaran dalam kalangan
murid di SJKC secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana dengan min 3.06.
Berdasarkan data yang dikumpulkan, dapat dirumuskan bahawa item TT10 mempunyai min
yang tertinggi iaitu 3.62 manakala item TT4 mempunyai min yang terendah iaitu 2.78 dalam
bahagian kemahiran mendengar. Hal ini membuktikan kebanyakkan murid akan meminta
bantuan daripada rakan sekelas sekiranya menghadapai masalah berkaitan penuturan dalam
bahasa Melayu. Sebaliknya, murid dalam bilangan yang kecil mengamalkan cara bertutur
dengan menggunakan bahasa Melayu yang formal untuk meningkatkan penguasaan bahasa
Melayu.

Jadual 3

Bil. Item Min SP


BC1. Membaca semula teks bahasa Melayu untuk 3.38 1.05
meningkatkan pemahaman
BC2. Membaca teks bahasa Melayu sekali imbas 3.20 1.14
sebelum membaca dengan teliti
BC3. Membaca dialog perbualan dalam bahasa 3.26 1.08
Melayu
BC4. Membaca sebanyak mungkin bahan bacaan 2.92 1.10
dalam bahasa Melayu
BC5. Mencari bahan bacaan bahasa Melayu yang 3.54 0.91
mudah difahami
BC6. Membuat latihan membaca bahasa Melayu 3.14 1.09
secara berulang kali
BC7. Membuat catatan semasa membaca teks 3.08 1.14
bahasa Melayu
BC8. Menyemak sejauh mana saya memahami 3.12 1.04
bahan bacaan bahasa Melayu yang dibaca.
BC9. Membuat rumusan berdasarkan bahan bacaan 2.94 1.20
bahasa Melayu yang dibaca
BC10. Meneka maksud teks bahasa Melayu tanpa 3.44 0.93
mencari maksud dalam kamus

Berdasarkan Jadual 3, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan


kemahiran membaca dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai strategi pembelajaran
dalam kalangan murid di SJKC secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana dengan
min 3.20. Berdasarkan data yang dikumpulkan, dapat dirumuskan bahawa item BC5
mempunyai min yang tertinggi iaitu 3.54 manakala item BC4 mempunyai min yang terendah
iaitu 2.92 dalam bahagian kemahiran membaca. Hal ini membuktikan kebanyakkan murid

688
menjadikan bahan bacaan bahasa Melayu yang mudah difahami sebagai pilihan mereka
dalam bahagian penggunaan strategi kemahiran membaca. Sebaliknya, murid dalam bilangan
yang kecil mengamalkan cara membaca sebanyak mungkin bahan bacaan dalam bahasa
Melayu.

Jadual 4

Bil. Item Min SP


TL1. Berlatih menulis perkataan baharu dalam 3.28 1.11
bahasa Melayu
TL2. Mencari dan menulis perkataan bahasa Melayu 3.64 1.14
dengan merujuk kamus
TL3. Menulis makna perkataan baharu yang 3.52 1.13
dipelajari dalam bahasa Melayu
TL4. Menyemak apa-apa yang telah saya tulis 3.40 0.99
sebelum sambung menulis dalam bahasa
Melayu
TL5. Menulis nota dalam bahasa Melayu 2.80 1.16
TL6. Menunjukkan hasil tulisan kepada rakan 2.62 1.14
berbangsa Melayu
TL7. Menyemak perkataan bahasa Melayu yang 2.82 1.10
ditulis untuk diperbaiki isi kandungan
TL8. Merancang cara menulis karangan bahasa 2.94 1.04
Melayu dengan menulis rangka karangan
terlebih dahulu
TL9. Menuliskan perkataan yang mudah difahami 3.38 1.03
dalam bahasa Melayu
TL10. Cuba menulis pelbagai jenis teks bahasa 2.68 1.06
Melayu seperti nota peribadi, mesej dan surat

Berdasarkan Jadual 4, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan


kemahiran menulis dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai strategi pembelajaran dalam
kalangan murid di SJKC secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana dengan min
3.11. Berdasarkan data yang dikumpulkan, dapat dirumuskan bahawa item TL2 mempunyai
min yang tertinggi iaitu 3.64 manakala item TL6 mempunyai min yang terendah iaitu 2.62
dalam bahagian kemahiran menulis.

Hal ini membuktikan kebanyakkan murid akan mencari dan menulis perkataan bahasa
Melayu dengan merujuk kamus. Sebaliknya, murid dalam bilangan yang kecil sahaja akan
menunjukkan hasil tulisan kepada rakan berbangsa Melayu. Berdasarkan kajian ini dapat
disimpulkan bahawa murid masih tidak yakin tentang tulisan mereka diri sendiri tetapi mereka
akan merujukan kamus bagi tujuan mencari dan menulis perkataan bahasa Melayu.

689
Jadual 5

Bil. Item Min SP


SM1. Saya suka belajar bahasa Melayu 3.34 0.94
SM2. Saya berasa mata pelajaran Bahasa Melayu 2.92 1.03
senang untuk dipelajari
SM3. Saya tiada masalah dalam pembelajaran 2.60 1.09
bahasa Melayu
SM4. Saya belajar bahasa Melayu kerana bahasa 3.40 1.11
Melayu merupakan mata pelajaran yang
diwajibkan
SM5. Saya belajar bahasa Melayu kerana ingin lulus 3.32 1.15
peperiksaan

Berdasarkan Jadual 5, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa sikap murid terhadap
pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina di SJKC secara keseluruhannya
adalah pada tahap sederhana dengan min 3.12. Berdasarkan data yang dikumpulkan, dapat
dirumuskan bahawa item SM4 mempunyai min yang tertinggi iaitu 3.40 manakala item SM3
mempunyai min yang terendah iaitu 2.60 dalam bahagian sikap murid. Hal ini membuktikan
kebanyakkan murid berpendapat bahawa mereka belajar bahasa Melayu disebabkan bahasa
Melayu merupakan mata pelajaran yang diwajibkan. Di samping itu, kebanyakkan murid
menghadapi masalah dalam pembelajaran bahasa Melayu.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Dapatan kajian pertama memaparkan penggunaan strategi kemahiran mendengar dalam


pembelajaran bahasa Melayu murid Cina di SJKC berada pada tahap sederhana dengan min
3.54. Berbandingkan dengan kemahiran lain, kemahiran mendengar merupakan strategi yang
paling banyak digunakan dalam kalangan murid Cina di SJKC. Selain itu, strategi kemahiran
mendengar yang banyak digunakan oleh murid dalam penguasaan bahasa Melayu
termasuklah menumpu sepenuh perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas,
memberikan perhatian khasnya kepada aspek bahasa tertentu seperti cara guru menyebut
bunyi tentang sesuatu perkataan dan mendengar secara teliti semasa guru sedang mengajar
di dalam kelas. Perbezaaan dapatan kajian telah didapati dalam Kajian Zamri et al. (2014)
yang dijalankan dalam kalangan pelajar asing dan kajian Zamri, Kamilihan dan Wan Muna
(2016) yang dilaksanakan dalam kalangan murid Cina. Kajian-kajian tersebut telah
menunjukkan bahawa strategi kemahiran bertutur merupakan kemahiran bahasa yang paling
banyak digunakan dalam pembelajaran bahasa Melayu.

Dapatan kajian kedua memaparkan penggunaan strategi kemahiran bertutur dalam


pembelajaran bahasa Melayu murid Cina di SJKC berada pada tahap sederhana dengan min
3.06. Berbandingkan dengan kemahiran lain, kemahiran mendengar merupakan strategi yang

690
paling kurang digunakan dalam kalangan murid Cina di SJKC. Strategi yang jarang digunakan
dalam kalangan murid termasuklah bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu yang
formal, memulakan perbualan dalam bahasa Melayu sekerap mungkin dan bertutur dengan
guru dalam bahasa Melayu di sekolah. Berdasarkan kajian Chew dan Lee (2009) juga
mendapati bahawa murid Cina di SJKC gagal untuk menguasai sebutan bahasa Melayu
dengan baik. Dengan ini, dapat memaparkan murid Cina menghadapi masalah penuturan
dalam bahasa Melayu disebabkan penggunaan strategi kemahiran bertutur adalah kurang
dalam kalangan murid dan murid lebih cenderung kepada pengunaan kemahiran bahasa yang
lain.

Dapatan kajian ketiga memaparkan penggunaan strategi kemahiran membaca dalam


pembelajaran bahasa Melayu murid Cina di SJKC berada pada tahap sederhana dengan min
3.20. Berdasarkan dapatan kajian ini, strategi membaca yang kerap digunakan ialah mencari
bahan bacaan bahasa Melayu yang mudah difahami, meneka maksud teks bahasa Melayu
tanpa mencari maksud dalam kamus dan membaca semula teks bahasa Melayu untuk
meningkatkan pemahaman. Dapatan kajian turut disokongkan oleh kajian Zamri, Kamiliah dan
Wan Muna (2016) yang menunjukkan bahawa murid Cina tidak memahami bahan bacaan
yang sukar lalu tidak berminat untuk meneruskan pembacaan. Oleh itu, teknik-teknik
membaca secara berkesan serta bahan bacaan yang menarik serta bersesuaian dengan
tahap murid harus diperkenalkan oleh guru bagi usaha meningkatkan penggunaan strategi
kemahiran membaca dalam kalangan murid Cina di SJKC.

Dapatan kajian keempat memaparkan penggunaan strategi kemahiran menulis dalam


pembelajaran bahasa Melayu murid Cina di SJKC berada pada tahap sederhana dengan min
3.11. Berdasarkan dapatan kajian, strategi menulis yang banyak digunakan ialah mencari dan
menulis perkataan bahasa Melayu dengan merujuk kamus, menulis makna perkataan baharu
yang dipelajari dalam bahasa Melayu dan menuliskan perkataan yang mudah difahami dalam
bahasa Melayu. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa murid jarang
menggunakan bahasa Melayu dalam menghasilkan nota dan mesej serta menunjukkan hasil
tulisan kepada rakan berbangsa Melayu. Kajian lepas yang dijalankan oleh Zamri et al. (2014)
dan Zamri, Kamiliah dan Wan Muna (2016) pula mendapati bahawa strategi kemahiran
menulis menjadi pilihan pelajar warganegara asing dan murid Cina dalam pembelajaran
bahasa Melayu. Kajian ini adalah seiring dengan kajian yang dilakukan kerana strategi
kemahiran menulis merupakan kemahiran bahasa yang kedua banyak digunakan oleh murid
Cina di SJKC. Dapatan kajian ini memaparkan sikap murid Cina di SJKC terhadap
pembelajaran bahasa Melayu berada pada tahap sederhana dengan min 3.12. Berdasarkan
dapatan kajian, kebanyakan murid belajar bahasa Melayu kerana bahasa Melayu merupakan
mata pelajaran yang diwajibkan. Mereka juga berpendapat bahawa mata pelajaran bahasa

691
Melayu adalah susah bagi mereka serta menghadapi masalah dalam pembelajaran bahasa
Melayu. Oleh itu, guru harus memahami dan mengetahui perkembangan murid secara
mendalam dalam pembelajaran bahasa Melayu supaya dapat membantu mereka dengan
merancangkan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan murid.

Dapatan kajian kelima memaparkan sikap murid Cina di SJKC terhadap pembelajaran
bahasa Melayu berada pada tahap sederhana dengan min 3.12. Berdasarkan dapatan kajian,
kebanyakan murid belajar bahasa Melayu kerana bahasa Melayu merupakan mata pelajaran
yang diwajibkan. Mereka juga berpendapat bahawa mata pelajaran bahasa Melayu adalah
susah bagi mereka serta menghadapi masalah dalam pembelajaran bahasa Melayu. Oleh itu,
guru harus memahami dan mengetahui perkembangan murid secara mendalam dalam
pembelajaran bahasa Melayu supaya dapat membantu mereka dengan merancangkan
pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan murid.Berdasarkan kajian Zamri,
Kamiliah dan Wan Berdasarkan kajian Zamri, Kamiliah dan Wan Muna (2016) lagi, murid
berhasrat untuk meluluskan mata pelajaran bahasa Melayu dalam peperiksaan sahaja. Seperti
dapatan kajian yang dipaparkan, murid belajar bahasa Melayu adalah untuk meluluskan mata
pelajaran bahasa Melayu yang merupakan mata pelajara yang diwajibkan dalam peperiksaan
awam.

Implikasinya, strategi kemahiran bahasa yang terdiri daripada kemahiran mendengar,


kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis serta sikap murid adalah
sangat penting dalam penguasaan bahasa Melayu. Berdasarkan kajian yang dijalankan, guru
juga lebih memahami strategi kemahiran bahasa yang kerap digunakan dalam kalangan
murid. Hal ini akan menjadi panduan bagi guru semasa merancangkan PdP. Dengan
pelaksanaan kemahiran bahasa yang bersesuaian dengan murid, sudah tentunya
pembelajaran murid akan lebih berkesan dan prestasi murid dapat dipertingkatkan.

Di samping itu, guru harus berusaha mempelbagaikan kemahiran bahasa dalam


pengajaran. Hal ini demikian kerana dengan mempraktikan pelbagai kemahiran bahasa dalam
pembelajaran bahasa Melayu, penguasaan murid dalam bahasa Melayu adalah lebih
sempurna dan efektif. Oleh itu, guru hendak meningkatkan penguasaan kemahiran bahasa
dari semasa ke semasa supaya dapat memperkenalkan kemahiran bahasa kepada murid
secara lancar dan membantu murid untuk menguasai bahasa Melayu.

Kesimpulannya, seperti yang dinyatakan dalam dapatan kajian didapati bahawa


penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina di SJKC
adalah berada tahap sederhana. Oleh itu, guru haruslah berusaha untuk mengalakkan
penggunaan strategi kemahiran bahasa dalam kalangan murid supaya membantu murid
dalam penguasaan bahasa Melayu. Pembelajaran bahasa Melayu bagi murid yang bukan

692
penutur jati juga harus dimotivasikan oleh guru dengan menyediakan aktiviti yang menarik dan
bersesuaian dengan tahap mereka serta memperkenalkan kemahiran bahasa yang
bermanfaatkan dalam pembelajaran bahasa Melayu. Dengan ini, penguasaan bahasa Melayu
sebagai bahasa kedua murid akan dipertingkatkan serta memupuk minat murid dalam
pembelajaran mata pelajaran bahasa Melayu.

RUJUKAN

Ang Lay Hoon dan Che Radiah Mezah. (2012). Masalah Penggunaan Bahasa Melayu dalam
Kalangan Pelajar Etnik Cina di Malaysia. Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan
Kemanusiaan, (2), 215-226.

Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yousof Boon dan Abdul Rahim Hamdan.
(2007). Teras Pendidikan Bahasa Melayu: Asas Pegangan Guru. Kuala Lumpur: PTS
Publications and Distributors.

Bond, T. G. dan Fox, C. M. (2007). Applying the Rasch Model: Fundamental measurement in
the human sciences. London: Lawrence Erlbaum Associates, Inc.

Creswell, J. W. (2008). Educational research planning, conducting and evaluating quantitative


and qualitiative research. United State of America: Pearson Educational International.

Chew Fong Peng. (2016). Masalah Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Cina
Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 10-22.

David Lim. (2010). Kaedah Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur : Open University
Malaysia.

Exzayrani Awang Sulaiman . (2015). Sikap Bahasa Generasi Muda terhadap BM: Kajian Kes
Sekolah Menengah Chung Hwa. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1-23.

Faizahani Ab. Rahman. (2002). Strategies employed by good and weak English learners and
factors affecting the choice of strategies. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Fauzi, Jamal dan Mohd Saifoul Zamzuri. (2014). Kaedah penyelidikan & analisis data SPSS.
Sintok: UUM Press.

Gahungu, O. N. (2007). The relationships among strategy use, self-efficacy and language
ability in foreign language learners. (Unpublished doctoral dissertation). Northern
Arizona University, United States.

Holt, K. (2005). English proficiency of Chinese students and strategies of language learning.
(Unpublished doctoral dissertation). University of Kansas, United States.

Hung Siew Siew dan Zamri Mahamod. (2021). Kekerapan Penggunaan Strategi Kemahiran
Menulis Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Cemerlang Cina dan Iban. Jurnal
Dunia Pendidikan, (3), 122-133.

Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru di sekolah: Satu
penilaian. (Tesis doktor falsafah yang tidak diterbitkan). Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi.

693
Jerie Peter Langan & Zamri Mahamod. (2011). Sikap dan motivasi murid Iban dalam
mempelajari Bahasa Melayu sebagai Bahasa kedua. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 1(1), 13-25.

Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Kesahan dan kebolehpercayaan dalam kajian kualitatif.
Selangor: Universiti Teknologi Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-


2025. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran


Bahasa Malaysia tahun lima kurikulum standard sekolah rendah (KSSR). Putrajaya:
Bahagian Pembagunan Kurikulum.

Mohamad Yazib Mohamad. (2017). Kekerapan penggunaan strategi pembelajaran bahasa


Melayu dalam kalangan murid cemerlang etnik Cina. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 7(1), 85-92.

Mohd Helmi bin Pangat. (2017). trategi komunikasi dalam kalangan pelajar Cina di SRJK(C):
Kajian kes di daerah Hulu Langat, Selangor. Tesis doktor falsafah yang tidak
diterbitkan). Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Mohd Helmi bin Pangat. (n.d.). Strategi komunikasi dalam kalangan pelajar Cina di SRJK(C):
Kajian kes di daerah Hulu Langat, Selangor. (Tesis doktor falsafah yang tidak
diterbitkan). Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Nakanoko, K. (2004). Oral proficiency and language learning strategies: A preliminary effort to
find learner internal factors that enhance oral profeciency of second language learners.
(Unpublished doctoral dissertation). University of Tennessee, United States.

Noraini Idris. (2013). Penyelidikan dalam Pendidikan. Selangor: McGraw-Hill Malaysia Sdn.
Bhd.

Rajendran, N.S. (2010). Teaching and acquiring higher-order thinking skills: Theory and
Practice. Tanjung Malim: Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Roasharimah Ibrahim. (2017). Faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi penguasaan
Bahasa Melayu murid-murid Cina. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sharala Subramaniam, Zamri Mahamod, Jamaludin Badusah, Nik Mohd Rahimi & Mohamed
Amin. (2014). Penggunaan dan kekerapan strategi pembelajaran bahasa Melayu
dalam kalangan pelajar warganegara asing. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4(2),
25-35.

Supian Mohd Noor. (2003). Strategi pemerolehan ayat satu dasar. (Tesis doktor falsafah yang
tidak diterbitkan). Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Tay, M. G. & Wong, S. H. (2016). Minat pelajar bukan penutur natif terhadap pembelajaran
bahasa Melayu: Satu kajian kes. Jurnal Penyelidikan IPGK BL, 13, 53-63.

Wharton, G. (2000). Language learning strategy use of bilingual foreign language learners in
Singapura. Language Learning, 50, 203-243.

694
Woo Xue Mi. (2018). Pengajaran dan Pembelajaran Muzik dalam Kontesk Silang Budaya di
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kurang Murid . Jurnal Pendidikan, 50-62.

Yuznaili Saleh. (2021). Panduan Komprehensif Penyelidikan: Navigasi Penyelidikan Anda.


Kuala Lumpur: Global Mediastreet Sdn. Bhd.

Zaliza Mohamad Nasir dan Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2014). Sikap dan Motivasi Pelajar
Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu. Procedia Social and Behavioral Sciences
134, 408-415.

Zamri Mahamod. (2005). Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa untuk Menguasai


Kemahiran Membaca. Jurnal Teknologi, 42(E), 1-18.

Zamri Mahamod. (2015). Strategi Pembelajaran Inventori Cara Belajar Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zamri Mahamod, Jamaludin Badusah, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Mohamed Amin Embi dan
Sharala Subramaniam. (2014). Penggunaan dan kekerapan strategi pembelajaran
bahasa Melayu dalam kalangan pelajar warganegara asing. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 25-35.

Zamri Mahamod, Kamiliah Ayu Ab. Ghani dan Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad . (2016).
Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Cina
Berdasarkan Sikap dan Kemahiran Bahasa. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 38-51.

Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi. (2005). Penggunaan strategi pembelajaran bahasa
untuk menguasai kemahiran membaca. Jurnal Teknologi, 42 (E), 1-18.

Zamri Mahamod, Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoff, Mohamed Amin Embi, Jamaludin Badusah
dan Sharala a/p Subramaniam. (2014). Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam
Kalangan Pelajar Warganegara Asing Berdasarkan. Jurnal Personalia Pelajar , 75 -
81.

Zikmund. (2010). Business research methods. United Kingdom: South-Western Cengage


Learning'.

695
PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) DALAM SET INDUKSI
PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Janet Lee Shu Ling


Janet09-873@epembelajaran.edu.my

Sharifah Hanim binti Syed Akbar


sharifahhanim@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam set induksi
pengajaran Bahasa Melayu dari aspek jenis BBM yang digunakan, kemahiran guru menggunakan BBM
serta kekangan guru menggunakan BBM dalam set induksi pengajaran Bahasa Melayu. Kajian ini
melibatkan 36 orang responden yang terdiri daripada guru-guru sekolah kebangsaan di sekitar zon
Bangsar Pudu. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kajian tinjauan. Kajian ini
dijalankan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dan mengandungi tiga konstruk
berasaskan objektif kajian. Data soal selidik dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical
Package for the Social Sciene (SPSS) versi 26.0 untuk mencari min, sisihan piawai dan varian.
Berdasarkan dapatan kajian, jenis BBM yang digunakan berada pada tahap sederhana, kemahiran guru
menggunakan BBM berada pada tahap tinggi dan kekangan guru menggunakan bbm berada pada
tahap sederhana. Secara keseluruhannya, penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam set induksi
pengajaran Bahasa Melayu berada pada tahap yang sederhana. Oleh itu, guru Bahasa Melayu
disarankan untuk mempelbagaikan penggunaan BBM dalam set induksi bagi merangsang minat dan
fokus murid. Guru juga perlu menguasai kemahiran teknologi maklumat (ICT) agar dapat meningkatkan
mutu pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).

ABSTRACT
The purpose of this research was to find out the uses of teaching aids (BBM) in the induction set of
Malay teaching in terms of the type of BBM used, the teacher skills in using BBM and the constraints of
teachers using BBM in the induction set of Malay teaching. The research involved 36 respondents
consisting of primary school teachers around Bangsar Pudu zone. This research uses a quantitative
approach and survey research methods. This research was conducted using a questionnaire as a
research instrument and contains four constructs based on the objectives of the study. Questionnaire
data were analyzed descriptively using Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) version 26.0
to find mean, standard deviation and variance. Based on the findings of the research, the type of BBM
used at moderate level, the teacher skills in using BBM at high level and the constraints of teachers
using BBM at moderate level. Overall, the uses of teaching aids (BBM) in the induction set of Malay
teaching at moderate level. Thus, the Malay language teachers are advised to diversify the use of BBM

696
in the induction set to stimulate students' interest and focus. Teachers also need to master the skills of
information technology (ICT) in order to improve the quality of teaching and facilitation (PdPc).

Keyword: Teaching Aids (BBM), induction set, Malay Language

PENGENALAN
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara (FPN), pendidikan boleh ditakrifkan sebagai satu
usaha yang dapat membentuk serta mengembangkan potensi individu dari aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
gelombang kedua, penekanan utama diberikan kepada penguasaan kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) untuk melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran kritis dan kreatif. Bagi
mencapai objektif tersebut, guru-guru harus memainkan peranan penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran untuk melaksanakan pengajaran abad ke-21. Proses
pengajaran dan pembelajaran yang dinamis dan sistematik mampu mengembangkan
pembudayaan saintifik, pengetahuan baru, pencetusan idea kreatif dan inovatif,
pembangunan potensi manusia yang lebih mampan serta penyebaran maklumat. Menurut
Hamdan dan Mohd Yasin (2010), guru perlu menjalankan tanggungjawab mereka sebagai
pendidik dengan mendidik murid sebaik-baiknya supaya mereka dapat menguasai kemahiran-
kemahiran yang diperlukan dalam revolusi perindustrian 4.0. Justeru, penggunaan bahan
bantu mengajar (BBM) dalam set induksi dapat melahirkan murid cemerlang dan berkualiti dari
aspek JERIS.

PERNYATAAN MASALAH
Berdasarkan pendekatan mengajar seperti yang terkandung di dalam Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK), salah satu aspek dalam persediaan pengajaran guru adalah
set induksi dan bahan pengajaran yang akan digunakan (Kementerian Pelajaran Malaysia,
2009). Ini menunjukkan bahawa bahan bantu mengajar (BBM) ditekankan dari peringkat
prasekolah lagi. Walaupun pelbagai jenis BBM telah diperkenalkan seperti video, kad
bergambar, bahan maujud dan sebagainya, guru lama masih selesa menggunakan buku teks
sebagai BBM dalam pelaksanaan set induksi pengajaran Bahasa Melayu. Lama-kelamaan,
murid akan kehilangan minat untuk belajar Bahasa Melayu malah murid akan menetapkan
dalam minda mereka bahawa Bahasa Melayu ialah mata pelajaran yang membosankan.
Pembelajaran akan menjadi menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan BBM yang
pelbagai dalam set induksi. Contohnya, tayangan video dalam set induksi sudah cukup
menarik minat murid untuk belajar Bahasa Melayu. Sebaliknya, guru yang baru mula mengajar
suka meneroka dan berminat untuk menggunakan pelbagai jenis BBM dalam bahagian set
induksi kerana ingin melihat keberkesanan BBM tersebut dalam mendorong murid untuk
bersedia belajar Bahasa Melayu.

697
Pengendalian BBM bergantung kepada kemahiran serta kepakaran dalam
menyediakan bahan tersebut. Tahap kesediaan guru dalam melaksanakan sesuatu BBM akan
terjejas sekiranya guru kekurangan kemahiran dan pengetahuan yang mencukupi. Keupayaan
dan kemampuan guru dalam melaksanakan BBM dan menangani cabaran-cabaran tugas
yang berkaitan memerlukan pengetahuan serta kemahiran guru untuk membuat justifikasi.
Justeru, guru harus memiliki kemahiran menggunakan BBM dalam set induksi pengajaran
Bahasa Melayu. Menurut kajian Zarina Abdul Rashid (2016), walaupun terdapat banyak
kursus kemahiran yang telah dijalankan oleh pihak sekolah atau Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD), guru tidak mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) terutamanya guru yang pernah menyertai kursus ICT. Ini juga
disokong oleh Erixon P. O (2010), yang menyatakan bahawa guru-guru yang berusia tidak
mahu berubah ke arah pengintegrasian komputer di sekolah berbanding guru-guru baru yang
lebih mesra dengan teknologi maklumat. Perkara ini berlaku disebabkan sesetengah guru
tidak bersedia dengan perubahan kurikulum yang baharu dengan menggunakan ICT dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran seperti yang telah disarankan oleh
Kementerian Pelajaran Pendidikan (KPM).

Seterusnya, guru menghadapi cabaran dalam menggunakan BBM dalam set induksi
Bahasa Melayu. Menurut Faizah Ja’par (2017), guru didesak untuk menghabiskan sukatan
pelajaran bagu memenuhi keperluan peperiksaan. Ini menyebabkan tumpuan pengajaran
berfokus kepada proses menyampaikan seberapa banyak maklumat yang boleh kepada murid
dalam tempoh yang ditetapkan. Akibatnya, guru mengetepikan kreativiti mengajar dan kurang
menggunakan BBM dalam set induksi pengajaran Bahasa Melayu. Selain itu, tugas guru pada
masa kini tidak lagi tertumpu kepada tanggungjawab untuk mengajar sahaja. Guru diberi
tanggungjawab yang tidak berkaitan dengan pengajaran kelas seperti memegang jawatan
sebagai penyelaras papan notis, penasihat persatuan, kelab dan sukan. Bukan itu sahaja,
para guru juga terpaksa membuat kerja-kerja perkeranian seperti mengisi borang, menaip
surat dan menyediakan minit mesyuarat. Ini menyebabkan guru menghadapi kekangan masa
untuk menyediakan BBM untuk dilaksanakan dalam set induksi pengajaran Bahasa Melayu.

Oleh demikian, pengkaji akan mengkaji penggunaan bahan bantu mengajar dalam
pelaksanaan set induksi pengajaran Bahasa Melayu dari aspek jenis BBM yang digunakan,
kemahiran guru serta kekangan guru menggunakan BBM dalam set induksi pengajaran
Bahasa Melayu.

698
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif seperti berikut:

1) Mengenal pasti jenis bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan oleh guru dalam
set induksi pengajaran Bahasa Melayu.
2) Mengenal pasti kemahiran yang diaplikasikan oleh guru semasa menggunakan bahan
bantu mengajar (BBM) dalam set induksi pengajaran Bahasa Melayu.
3) Mengenal pasti kekangan guru menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) dalam set
induksi pengajaran Bahasa Melayu.

SOALAN KAJIAN

Antara persoalan kajian yang telah dibentuk adalah seperti yang berikut:

1) Apakah jenis bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan oleh guru dalam set
induksi pengajaran Bahasa Melayu?
2) Apakah kemahiran yang diaplikasikan oleh guru semasa menggunakan bahan bantu
mengajar (BBM) dalam set induksi pengajaran Bahasa Melayu?
3) Apakah kekangan yang dihadapi oleh guru dalam penggunaan bahan bantu mengajar
(BBM) dalam set induksi pengajaran Bahasa Melayu?

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kajian tinjauan. Kajian
tinjauan dijalankan bertujuan untuk menilai sikap, kepercayaan, pandangan atau amalan
semasa (Creswell, 2008). Hasil dapatan kajian tinjauan dapat memberikan gambaran secara
keseluruhan tentang isu semasa atau dikenal pasti sebagai generalisasi. Sehubungan itu,
kajian ini mengenal pasti penggunaan BBM dalam set induksi pengajaran Bahasa Melayu
secara kuantitatif.

Dalam kajian ini, penggunaan BBM dalam set induksi pengajaran Bahasa Melayu
ditinjau melalui soal selidik. Kajian ini mengadaptasi soal selidik yang dibangunkan oleh
Noorazman Abd Samad et.al (2017). Instrumen ini disahkan oleh seorang pensyarah bidang,
seorang pakar metedologi dan seorang pakar bahasa. Kemudian, instrumen soal selidik dalan
kajian ini diuji melalui kajian rintis kepada 25 orang responden. Analisis nilai Cronbach Alpha
menunjukkan .816 iaitu instrumen boleh diterima dan digunakan untuk mengumpul data
sebenar. Soal selidik dijawab oleh 36 orang guru Bahasa Melayu di 3 buah sekolah di zon
Bangsar Pudu. Akhirnya, data soal selidik dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan min,
sisihan piawai dan varian.

699
DAPATAN KAJIAN
Jadual 1
Analisis Item B1 hingga B16

Bil Item Min SP V


B1. Video 3.44 .695 .483
B2. Audio 3.39 .871 .759
B3. Komputer 3.47 .654 .428
B4. Perisian kursus (Kahoot/Quizziz/Wordwall) 3.11 .950 .902
B5. Slaid (Power Point/Google Slides) 3.19 .822 .675
B6. Buku teks 3.92 .280 .079
B7. Gambar 3.61 .494 .244
B8. Kad (kad imbasan/kad cantuman) 2.97 .736 .542
B9. Boneka 2.25 .732 .536
B10. Papan pengajaran (papan interaktif/papan 3.44 .939 .883
putih/papan gulung)
B11. Carta (carta aliran/carta graf/carta pai) 1.94 .791 .625
B12. Surat khabar 2.17 .609 .371
B13. Lakonan 3.19 .624 .390
B14. Pentomin 2.86 .867 .752
B15. Bahan hidup 2.67 .756 .571
B16. Bahan bukan hidup 2.97 .696 .485

Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa min jenis BBM yang digunakan oleh guru
dalam set induksi pengajaran Bahasa Melayu ialah 3.03 dan berada pada tahap sederhana.
Berdasarkan analisis item, item B6 “buku teks” mendapat min tertinggi iaitu 3.92. Manakala
item B11 “carta (carta aliran/carta graf/carta pai)” mendapat min terendah iaitu 1.94. Pengkaji
mendapati responden kurang menggunakan BBM berbentuk bahan sebenar dan bercorak
pengalaman iaitu carta dan surat khabar. Lebih-lebih lagi, responden dilihat kurang
menggunakan BBM yang berbentuk bukan elektronik iaitu boneka. Oleh itu, tiga item iaitu B9,
B11 dan B12 perlu diberikan perhatian agar penggunaan BBM dalam set induksi pengajaran
Bahasa Melayu dapat dipelbagaikan lagi.

Jadual 2
Analisis Item C1 hingga C12

Bil Item Min SP V


C1. Saya mempelbagaikan strategi pengajaran 3.72 .454 .206
semasa menggunakan BBM dalam set induksi
pengajaran Bahasa Melayu.
C2. Saya mengaplikasikan teknik soal jawab semasa 3.81 .467 .218
menggunakan BBM dalam set induksi
pengajaran Bahasa Melayu.

700
C3. Saya mengamalkan kaedah berpusatkan murid 3.69 .525 .275
semasa menggunakan BBM dalam set induksi
pengajaran Bahasa Melayu.
C4. Saya merangsang kemahiran berfikir murid 3.81 .401 .161
semasa menggunakan BBM dalam set induksi
Bahasa Melayu.
C5. Saya dapat menarik perhatian murid dengan 3.75 .439 .193
menggunakan BBM dalam set induksi
pengajaran Bahasa Melayu.
C6. Saya dapat memotivasikan murid dengan 3.69 .525 .275
menggunakan BBM dalam set induksi
pengajaran Bahasa Melayu.
C7. Saya memberikan petunjuk awal kepada murid 3.75 .439 .193
tentang tajuk atau isi pelajaran dengan
menggunakan BBM dalam set induksi
pengajaran Bahasa Melayu.
C8. Saya mengaitkan pengetahuan lepas murid 3.75 .439 .193
dengan tajuk atau isi pelajaran yang bakal
dipelajari menggunakan BBM dalam set induksi
pengajaran Bahasa Melayu.
C9. Saya mahir menggunakan peralatan teknologi 3.56 .607 .368
seperti komputer dan peranti paparan (LCD)
sebagai BBM dalam set induksi pengajaran
Bahasa Melayu.
C10. Saya mahir menggunakan perisian komputer 3.53 .654 .428
seperti Microsoft Word dan Power Point sebagai
BBM dalam set induksi pengajaran Bahasa
Melayu.
C11. Saya mahir membina BBM menggunakan 3.33 .717 .514
teknologi maklumat (ICT) mengikut kesesuaian
aras murid dalam set induksi pengajaran Bahasa
Melayu.
C12. Saya mahir memuat turun dokumen dari internet. 3.75 .500 .250

Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa min kemahiran guru menggunakan BBM
dalam set induksi pengajaran Bahasa Melayu ialah 3.68 berada pada tahap tinggi.
Berdasarkan analisis item, item C2 “Saya mengaplikasikan teknik soal jawab semasa
menggunakan BBM dalam set induksi pengajaran Bahasa Melayu.” dan item C4 “Saya
merangsang kemahiran berfikir murid semasa menggunakan BBM dalam set induksi Bahasa
Melayu.” mendapat min tertinggi iaitu 3.81. Manakala item C11, “Saya mahir membina BBM
menggunakan teknologi maklumat (ICT) mengikut kesesuaian aras murid dalam set induksi
pengajaran Bahasa Melayu.” mendapat min terendah iaitu 3.33.

Pengkaji mendapati responden kurang mahir dalam Teknologi Maklumat dan


Komunikasi (TMK) terutamanya menggunakan perisian komputer seperti Microsoft Word dan
Power Point sebagai BBM. Lebih-lebih lagi, responden dilihat kurang mahir membina BBM
menggunakan teknologi maklumat (ICT) mengikut kesesuaian aras murid. Oleh itu, dua item

701
iaitu C10 dan C11 perlu diberikan perhatian agar kemahiran guru menggunakan BBM dalam
set induksi pengajaran Bahasa Melayu dapat ditingkatkan lagi.

Jadual 3
Analisis Item D1 hingga D7

Bil Item Min SP V


D1. Saya tidak mempunyai masa yang mencukupi 2.58 .692 .479
untuk membina atau menyediakan BBM dalam
set induksi pengajaran Bahasa Melayu.
D2. Tekanan daripada pihak pentadbir untuk 2.42 .732 .536
menghabiskan silibus yang banyak menjadi
punca saya tidak menggunakan BBM dalam set
induksi pengajaran Bahasa Melayu.
D3. Saya kurang kreatif membina atau menyediakan 2.36 .723 .523
BBM dalam set induksi pengajaran Bahasa
Melayu.
D4. Beban kerja guru terlalu banyak menyebabkan 2.81 .749 .561
saya tidak dapat menyediakan BBM dalam set
induksi pengajaran Bahasa Melayu.
D5. Pihak sekolah tidak menyediakan BBM yang 2.64 .593 .352
secukupnya untuk digunakan dalam set induksi
pengajaran Bahasa Melayu.
D6. Kemudahan ICT seperti peranti paparan (LCD) 2.81 .786 .618
dan komputer sekolah sangat terhad untuk
digunakan sebagai BBM dalam set induksi
pengajaran Bahasa Melayu.
D7. Kemudahan ICT seperti peranti paparan (LCD) 3.08 .649 .421
dan komputer mengalami masalah teknikal
menyebabkan saya tidak dapat menggunakan
BBM dalam set induksi pengajaran Bahasa
Melayu.

Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa min kekangan guru menggunakan BBM
dalam set induksi pengajaran Bahasa Melayu ialah 2.67 dan berada pada tahap sederhana.
Didapati nilai skor min yang paling tinggi adalah item D7 iaitu “Beban kerja guru terlalu banyak
menyebabkan saya tidak dapat menyediakan BBM dalam set induksi pengajaran Bahasa
Melayu.” dengan nilai 3.08. Manakala skor min paling rendah adalah item D3 iaitu, “Saya
kurang kreatif membina atau menyediakan BBM dalam set induksi pengajaran Bahasa
Melayu.” dengan nilai 2.36. Aras persetujuan item D1, D4, D5 dan D7 menunjukkan bahawa
guru menghadapi beberapa kekangan dalam menggunakan BBM dalam dalam set induksi
pengajaran Bahasa Melayu. Oleh itu, item D1, D4, D5 dan D7 perlu diberi perhatian agar dapat
mengatasi kekangan guru menggunakan BBM dalam set induksi pengajaran Bahasa Melayu.

702
RUMUSAN, DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Dapatan kajian pertama menunjukkan bahawa jenis BBM yang digunakan oleh guru dalam
set induksi pengajaran Bahasa Melayu, guru yang dipilih sebagai responden kajian berada
pada tahap sederhana. Pengkaji mendapati buku teks menjadi pilihan kebanyakan guru
kerana mendapat min tertinggi. Walau bagaimanapun, guru dilihat kurang menggunakan BBM
berbentuk bukan elektronik iaitu boneka, carta dan surat khabar. Ketiga-tiga jenis BBM ini
berada pada tahap penggunaan yang rendah. Ini menunjukkan bahawa responden jarang
menggunakan carta, surat khabar dan boneka dalam set induksi pengajaran Bahasa Melayu.
Berdasarkan kajian Priyanggah (2019), Fadzli Dahalan dan Ranjit Singh Malkiat Singh (2012),
Abdul Rahim Hamdan dan Hayazi Mohd Yasin (2010) dan Kamarul Azmi Jasmi et.al (2011),
dapatan kajian menunjukkan jenis-jenis BBM yang digunakan oleh guru berada pada tahap
penggunaan yang rendah. Antara BBM yang menjadi tumpuan utama guru ialah buku teks,
diikuti dengan papan tulis atau papan hitam, gambar dan BBM yang berteknologi. Manakala
BBM yang kurang digunakan adalah seperti carta, surat khabar, boneka dan radio. Dapatan
kajian ini dilihat sebagai nilai tambah bagi penggunaan BBM dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu terutamanya dalam set induksi.

Dapatan kajian kedua menunjukkan bahawa kemahiran guru menggunakan BBM


dalam set induksi pengajaran Bahasa Melayu berada pada tahap tinggi. Walau
bagaimanapun, pengkaji mendapati responden kurang mahir dalam Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) terutamanya menggunakan perisian komputer seperti Microsoft Word dan
Power Point sebagai BBM. Lebih-lebih lagi, responden dilihat kurang mahir membina BBM
menggunakan teknologi maklumat (ICT) mengikut kesesuaian aras murid. Kajian Faizah
Ja’apar (2017) menunjukkan kemahiran guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar
(BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap tinggi. Berdasarkan aspek
kemahiran-kemahiran yang dikaji, kebanyakan guru dapat membina set induksi yang kreatif
dengan menggunakan BBM. Guru juga menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan
kaedah berpusatkan murid dengan menggunakan BBM bagi menerangkan sesuatu topik.
Walau bagaimanapun, guru kurang berkemahiran dalam menggunakan teknologi maklumat
(ICT) dan pengajaran dan pembelajaran. Jelaslah, dapatan kajian ini mampu menjadi
maklumat tambahan dan rujukan dalam kemahiran penggunaan BBM bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kekangan guru menggunakan BBM dalam set
induksi pengajaran Bahasa Melayu berada pada tahap sederhana. Berdasarkan aras
persetujuan item D1, D4, D5 dan D7 menunjukkan bahawa guru menghadapi beberapa
kekangan dalam menggunakan BBM dalam dalam set induksi pengajaran Bahasa Melayu.
Kajian Mohd Faeez Ilias, Muhamad Faiz Ismail dan Kamarul Azmi Jasmi (2013) yang

703
kekangan masa merupakan halangan utama bagi guru untuk menggunakan BBM kerana
jadual guru yang padat dan keperluan untuk menghabiskan silibus pada masa yang
ditetapkan. Bahan bantu mengajar yang disediakan oleh pihak sekolah sangat terhad untuk
mengajar topik-topik tertentu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Ini menyukarkan guru
kerana perlu menyediakan atau menghasilkan sesuatu bahan bantu mengajar secara sendiri.
Oleh itu, faktor-faktor yang menjadi kekangan guru dalam penggunaan BBM dalam set induksi
pengajaran Bahasa Melayu ini telah memberi peluang kepada pengkaji-pengkaji lain untuk
menjalankan kajian-kajian yang berkaitan dengan masalah guru dalam penggunaan BBM.

Implikasinya, kajian ini berupaya memberi pengetahuan yang jelas guru berkaitan
dengan kemahiran menggunakan BBM mampu meningkatkan pelaksanaan kemahiran BBM
dalam set induksi pengajaran Bahasa Melayu. Selain itu, kajian ini menggunakan dua teori
iaitu teori Behaviorisme Ivan Pavlov dan teori Edgar Dale. Kajian tentang teori Behaviorisme
Ivan Pavlov dan gabungan teori Edgar Dale mampu memberi impak kepada penggunaan BBM
dalam set induksi pengajaran Bahasa Melayu. Kesannya, kajian ini juga dapat mengisi
kelompongan dari segi teori. Jelaslah, kajian tentang teori Behaviorisme Ivan Pavlov dan
gabungan teori Edgar Dale mampu memberi impak kepada penggunaan BBM dalam set
induksi pengajaran Bahasa Melayu. Kesannya, kajian ini juga dapat mengisi kelompongan dari
segi teori.

Sebagai cadangan, pengkaji mencadangkan agar pihak Kementerian Pendidikan


Malaysia mengadakan kursus tentang penggunaan BBM. Seterusnya, pengkaji
mencadangkan pihak sekolah agar menubuhkan jawatankuasa penyediaan dan pengurusan
BBM. Pengkaji juga mencadangkan agar guru dapat menghasilkan inovasi BBM. Hal ini
kerana penghasilan inovasi dapat membantu guru melaksanakan PdPc dengan menggunakan
BBM yang dihasilkan sendiri. Untuk cadangan lanjutan, pengkaji lain boleh menjalankan kajian
untuk meninjau penggunaan BBM dalam set induksi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains,
Matematik, Sejarah dan Bahasa Arab. Kajian seumpama ini dapat mengenal pasti tahap
penggunaan BBM dalam kalangan guru setiap mata pelajaran.

Jelaslah, penggunaan BBM dalam set induksi pengajaran Bahasa Melayu berada pada
tahap sederhana. Oleh sebab itu, guru-guru harus mempelbagaikan BBM dalam set induksi
pengajaran Bahasa Melayu dan sentiasa meneroka kemahiran dan pedagogi terkini seiring
dengan perubahan dalam sistem pendidikan. Berdasarkan cadangan kajian yang diberikan,
diharap penggunaan BBM dalam set induksi pengajaran Bahasa Melayu dapat dipertingkatkan
lagi.

704
RUJUKAN
Abdul Rahim Hamdan & Hayazi Mohad Yasin. (2010). Penggunaan alat bantu mengajar
(ABM) di kalangan guru-guru teknikal di sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru.
Universiti Teknologi Malaysia.
Creswell, J. W. (2008). Educational research planning, conducting and evaluating quantitative
and qualitative research. Pearson Education International.
Erixon P. O. (2010). School subject paradigms and teaching practice in lower secondary
swedish schools influenced by ICT and media. In Computer and Education
International Journal. 54(1), 12-17.
Fadzli Dahalan & Ranjit Singh. (2012). Tahap penggunaan bahan bantu mengajar (BM) di
kalangan guru-guru ketua panitia Kemahiran Hidup di sekolah rendah Kulim
Bandar Baharu. Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari
2012. IPG Kampus Tuanku Bainun. Diakes daripada
http://ipgktb.edu.my/lestari/ipglestari/kertas_lestari2012/Fadzli%20bin%20Dahlan%20
&%20Ranjit%20Singh%20AL%20Malkiat%20Singh.pdf
Faizah Ja’par. (2017). Bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P) di sekolah menengah kebangsaan (SMK) daerah Pontian. Tesis
Ijazah Sarjana Muda, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Diakses daripada
http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9573/1/FAIZAH_JA%E2%80%9 9APAR.pdf
Mohd Faeez Ilias, Muhamad Faiz Ismail & Kamarul Azmi Jasmi. (2013). Faktor dorongan dan
halangan penggunaan bahan bantu mengajar oleh Guru Pendidikan Islam di sekolah
bestari. 3rd International Conference on Islamic Education 2013. EPF Institute. Diakses
daripada
https://www.researchgate.net/publication/293097483_Faktor_Dorongan_dan_Halang
an_Penggunaan_Bahan_Bantu_Mengajar_oleh_Guru_Pendidikan_Islam_di_Sekolah
_Bestari
Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez Ilias, Ab. Halim Tamuri & Mohd Izham Mohd Hamzah.
(2011). Amalan penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru cemerlang
Pendidikan Islam Sekolah Menengah di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic
Education. 3 (1), 59-74. Diakses daripada http://journalarticle.ukm.my/2370/
Noorazman Abd Samad, Wan Mohd Rashid Wan Ahmad, Hairuddin Harun, Mohd Hasril
Amiruddin, Suhaizal Hashim & Faizah Ja’apar. (2018). Bahan bantu mengajar (BBM)
dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah menengah kebangsaan (SMK)
daerah Pontian. Online Journal for TVET Practitioners. Diakses daripada
https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php /oj-tp/article/view/4808
Priyanggah (2019). Bahan bantu mengajar (BBM) dalam pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) bahasa Melayu. Tesis Ijazah Sarjana Muda. IPG Kampus
Bahasa Melayu.
Zarina Abdul Rashid. (2016). Tahap kesediaan guru dalam aspek pengetahuan dan keperluan
latihan berfokus aplikasi KBAT. Tesis Ijazah Sarjana Muda. Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia. Diakses daripada
http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9086/1/Zarina_Abdul_Rashid.pdf

705
PENGGUNAAN ALAT DAN SUMBER DIGITAL OLEH GURU DALAM PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) BAHASA MELAYU DI BILIK DARJAH.

Kanokwan a/p Eyan


kanokwan09-874@epembelajaran.edu.my

Siti Salamah binti Mohamad Yusof


sitisalamah@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meneroka kekangan penggunaan alat dan sumber digital oleh guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Tujuan kajian ini
adalah untuk mengkaji tahap kekerapan penggunaan alat dan sumber digital oleh guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam bilik darjah dan mengenal pasti kekangan
penggunaan alat dan sumber digital oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
dalam bilik darjah. Kajian ini berasaskan paradigma kuantitatif kajian tinjauan. Kajian ini dijalankan
dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen dan data dianalisis secara deskriptif. Data
diproses menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26.0 dan hasil dapatan
kajian dilaporkan dalam bentuk kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Min keseluruhan bagi
konstruk tahap kekerapan guru menggunakan alat dan sumber digital dalam proses PdP bahasa Melayu
di bilik darjah ialah (µ=3.94) dan nilai sisihan piawai SP=.537. Selain itu, min keseluruhan bagi konstruk
kekangan penggunaan alat dan sumber digital ialah (µ=2.91) dan nilai sisihan piawai SP=.782.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merupakan elemen penting dalam anjakan transformasi
sistem pendidikan (PPPM 2013-2025). Hal ini demikian kerana adanya kemajuan era teknologi
maklumat akan membawa kepada perubahan dalam sistem pendidikan.

Kata kunci: Alat dan sumber digital, pengajaran dan pembelajaran, Bahasa Melayu

ABSTRACT
This study aimed to explore the limitations of the use of digital tools and resources by teachers in the
teaching and learning process (PDP) of the Malay language in the classroom. The purpose of this study
is to examine the frequency of usage of digital tools and resources by teachers in the teaching and
learning process (PDP) of Malay language in the classroom and to identify the constraints in using digital
tools and resources in teaching and learning process (PDP) of Malay language in the classroom. This
study is based on the quantitative paradigm of survey research. This study was conducted using a
questionnaire as an instrument and the data were analyzed descriptively. Data were processed using
Statistical Package for Social Science (SPSS) version 26.0 and the results of the study were reported
in the form of frequency, percentage, mean and standard deviation. The overall mean for the frequency
level constructs the teacher using digital tools and resources in the process of PDP Malay language in
the classroom is (μ = 3.94) and the standard deviation SD = 537. Moreover, the overall mean for the
constraint construct on the use of digital tools and resources was (µ = 2.91) and the standard deviation
value of SP = .782. Information and Communication Technology (ICT) is an important element in the
transformation of the education system (PPPM 2013-2025). This is because the progress of the
technology information era will lead to changes in the education system.

Keywords: Digital Tools and Resources, teaching and learning, Malay Language.

706
PENGENALAN

Bagi mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran
abad ke-21, seseorang guru juga perlu menguasai pelbagai bidang mengikuti perkembangan
tentang dasar dan isu pendidikan, mahir dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran),
menggunakan media teknologi terkini dan menerapkan nilai-nilai murni bagi tujuan
pembentukan akhlak dan sahsiah yang baik Kemahiran TMK merupakan perkembangan yang
dititikberatkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejajar dengan konsep Pembestarian
Sekolah yang memanfaatkan TMK sebagai pemboleh upaya utama atau prime enabler (Modul
Kajian Tindakan BTPN, 2010). Berdasarkan fakta yang telah tertulis pada Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, pihak kementerian akan memaksimumkan
penggunaan TMK bagi pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran kadar kendiri untuk
memperluas akses kepada pengajaran berkualiti tinggi tanpa mengira lokasi atau tahap
kemahiran murid.

Kini, perkembangan dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau dengan
nama lain Alat dan Sumber Digital telah banyak memberikan impak positif dalam pelbagai
bidang terutamanya pendidikan. Misalnya, tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
yang menjadikan TMK sebagai salah satu Alat Bantu Mengajar (ABM) sememangnya tepat
dalam usaha meningkatkan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di sekolah. Menurut
Anas (2013), ABM amat penting dalam proses PdP kerana dapat menyampaikan isi
pengajaran dengan lebih jelas dan mudah difahami. ABM terbahagi kepada dua kategori iaitu
elektronik dan bukan elektronik (Aziz, 2013). Misalnya, kategori elektronik ialah radio,
televisyen, projektor slaid, video dan alat dan perisian teknologi. Selain itu, kategori bukan
elektronik terdiri daripada kad imbasan, model, jurnal, gambar, dan majalah yang berkaitan
dengan pengajaran yang diajar.

Rafiza Abdul Razak (2013) berpendapat bahawa dalam era globalisasi sekarang
penggunaan TMK amat sesuai untuk dijadikan sebagai alat yang boleh membantu guru-guru
dalam proses PdP. Hal ini demikian kerana, penggunaan TMK dapat menarik minat murid
untuk belajar dan sekali gus akan meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Robert dan
Kristi (2014) juga berpendapat bahawa mempelbagaikan bahan pengajaran, modul-modul
pengajaran kendiri seperti CD-ROM, perisian interaktif, bahan multimedia yang mempunyai
unsur-unsur simulasi dan animasi membantu murid-murid menguasai ilmu bagi sesuatu mata
pelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Selaras dengan pandangan Robert dan Kristi (2014),
melalui penggunaan TMK dapat memperkayakan teknik pengajaran serta pelengkap kepada
penyampaian maklumat yang berkesan. Oleh itu, pendidik seharusnya mengamalkan

707
kepelbagaian dalam kaedah PdP di sekolah dengan penggunaan TMK dengan modul-modul
pengajaran berbentuk alat dan sumber digital dan perkara ini berupaya memberi nilai tambah
kepada PdP.
PERNYATAAN MASALAH
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) telah menyatakan bahawa
hampir 80% guru menggunakan kaedah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) kurang
daripada satu jam seminggu. Kajian lepas telah menunjukkan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) merupakan salah satu kaedah yang kurang digunakan dalam kalangan
guru bahasa Melayu di dalam kelas (Yahya Othman, 2015).

Kajian literatur menunjukkan penerimaan guru bagi pengintegrasian TMK dipengaruhi


oleh beberapa faktor antaranya faktor peribadi, faktor teknikal dan faktor persekitaran (Azizah
Sarkowi, 2018). Namun, oleh sebab guru masih kurang mengintegrasikan TMK di sekolah,
maka penerimaan TMK sewajarnya dikaji berasaskan kepada keinginan untuk menggunakan
TMK semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kajian Yahya Othman (2015)
juga menunjukkan terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan
TMK dalam pengajaran Bahasa Melayu (BM). Misalnya, masih terdapat guru yang tidak mahir
menggunakan TMK disebabkan kurang latihan. Hal ini demikian kerana, sebahagian guru
telah sebati dengan kaedah tradisional dan sukar untuk membuat penyesuaian dengan
teknologi. Selain itu, guru juga menghadapi masalah dalam mengurus masa kerana banyak
masa perlu diberikan dalam menyediakan bahan. Dengan kata lain, pelajar juga kurang
berminat dalam pengajaran BM yang berasaskan TMK. Kemudahan TMK yang digunakan di
sekolah sering rosak dan ketinggalan dari segi kapasiti dan teknologi. Di samping itu, terdapat
kekangan dari segi sistem selenggaraan komputer yang tidak cekap di sekolah. Namun, pihak
pentadbir sekolah bukan merupakan kekangan kepada pelaksanaan kerana mereka memberi
galakan kepada guru agar mengunakan komputer dalam pengajaran.

Menurut Abdul Wahab (2016), guru-guru bahasa Melayu berdepan dengan


kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam pengintegrasian TMK yang sesuai dalam
mata pelajaran bahasa Melayu. Dengan kata lain, guru perlu mempunyai pengetahuan dan
kemahiran bagi mengintegrasi teknologi maklumat dan komunikasi secara efektif dalam
proses PdP. Keupayaan guru dalam menguruskan alat-alat TMK tidak hanya terhad kepada
bagaimana ia dilaksanakan dalam proses PdP tetapi harus merangkumi semua aspek
kehidupan seharian (Mazalah et al, 2016).

708
OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat dua objektif kajian yang hendak dicapai iaitu;
i. Mengenal pasti tahap kekerapan guru menggunakan alat dan sumber digital dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu dalam bilik darjah.
ii. Mengenal pasti kekangan penggunaan alat dan sumber digital oleh guru dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu dalam bilik darjah.

SOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian di atas pengkaji telah membentuk beberapa persoalan kajian iaitu;
i. Bagaimanakah tahap kekerapan guru menggunakan alat dan sumber digital dalam
proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam bilik darjah?
ii. Apakah kekangan penggunaan alat dan sumber digital yang dihadapi oleh guru dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam bilik darjah?

HIPOTESIS KAJIAN
Ho: Tidak terdapat hubungan signifikan antara kekerapan penggunaan TMK dengan kekangan
penggunaan TMK oleh guru bahasa Melayu.
Ha: Terdapat hubungan signifikan antara kekerapan penggunaan TMK dengan kekangan
penggunaan TMK oleh guru bahasa Melayu.

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ialah pelan tindakan yang memperlihatkan secara terperinci bagaimana
sesuatu kajian itu dijalankan (Vespanathan Supramaniyam, 2015). Selain itu, pengkaji telah
memilih kajian berbentuk deskriptif yang bertujuan untuk untuk meninjau dan meneroka
sumber ralat dalam pengukuran kajian. Chua Yan Piaw (2012) berpendapat bahawa
penyelidikan deskriptif adalah untuk menjelaskan satu fenomena dan data dalam penyelidikan
kuantitatif mengutamakan kesahan dan kebolehpercayaan. Reka bentuk kajian ini adalah
kajian tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif yang menggunakan skala Likert
berskala lima bagi soal selidik. Menurut Bailey (1992), penggunaan soal selidik sebagai
instrumen kajian adalah bersifat logik, saintifik dan khusus.

Menurut Fraenkel et al., (2012), populasi ialah kumpulan sasaran pengkaji supaya
sesuatu dapatan kajian dapat diaplikasikan. Selain itu, menurut Salkind (2012), sampel
merupakan subkumpulan daripada populasi sasaran yang ingin dikaji oleh pengkaji dengan
tujuan membuat generalisasi ke atas populasi kajian. Dalam kajian ini, populasi sasaran
pengkaji adalah terdiri daripada guru bahasa Melayu seramai 40 orang di tiga buah sekolah
rendah SK USJ 12, SK Seri Bintang Utara dan SK Puteri Pandan. Jumlah sampel adalah

709
ditentukan berdasarkan saiz sampel yang dicadangkan oleh Krejcie dan Morgan (1970) , iaitu
bagi saiz populasi 40 orang, disarankan bahawa saiz minimum sampel adalah seramai 36
orang.

Instrumen kajian yang digunakan ialah satu set soal selidik. Soal selidik ini telah
diubahsuai daripada Aliza Adnan (2016). Keseluruhan soal selidik ini mengandungi 30 item
soalan Instrumen ini mengandungi tiga 3 bahagian iaitu Bahagian A (Maklumat Demografi
Responden), Bahagian B (Kekerapan Penggunaan Alat dan Sumber Digital dalam PdP) dan
Bahagian C (Kekangan Terhadap Penggunaan Alat dan Sumber Digital Dalam PdP).

Menurut Mohd Majid Konting (2005), kesahan sesuatu alat pengukuran atau instrumen
kajian merujuk kepada sejauh mana instrumen berkenaan dapat mengukur aspek yang
diperlukan. Dengan itu, item soal selidik digubal atas kebenaran Aliza Adnan (2016) dalam
pengubahsuaian berdasarkan kesesuaian tajuk kajian dan diakui sebagai sah. Selain itu,
instrumen tersebut telah disemak oleh dua orang pakar dari Institut Pendidikan Guru Kampus
Bahasa Melayu (IPGKBM).

Kebolehpercayaan merupakan ketekalan atau kestabilan sesuatu skor ujian apabila


diuji berulang kali (Baumgatner et al, 2007). Menurut Bons & Fox (2015), jika alat kajian yang
mempunyai pekali kebolehpercayaan melebihi 0.6, maka alat kajian yang direka sesuai
digunakan. Pengkaji telah menggunakan instrumen kajian yang dicadangkan kerana pekali
kebolehpercayaan, α yang diperolehi melebihi 0.6 iaitu 0.873. Oleh itu, jelaslah bahawa item
yang dibina adalah sangat baik dan efektif dengan tahap konsistensi yang tinggi. Sehubungan
itu, keseluruhan data kajian rintis dikumpul melalui Google Form dan dianalisis menggunakan
SPSS versi 26.0.

DAPATAN KAJIAN

Tahap Kekerapan Guru Menggunakan Alat Dan Sumber Digital Dalam PdP Bahasa
Melayu Dalam Bilik Darjah

Jadual 1
Tahap Kekerapan Guru Menggunakan Alat Dan Sumber Digital Dalam Pdp Bahasa Melayu
Dalam Bilik Darjah

No. Item Min S. P Tahap


B1 Saya menggunakan Microsoft Powerpoint dalam 4.31 .786 Tinggi
menyampaikan maklumat berkaitan pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu.
B2 Saya membimbing murid mencari maklumat melalui 3.58 .841 Sederhana
perisian Adobe Reader atau Google. Tinggi

710
B3 Saya menggunakan LCD projektor untuk 3.78 1.12 Sederhana
memaparkan isi pembelajaran. 4 Tinggi
B4 Saya menggunakan video sebagai bahan bantu 4.36 .798 Tinggi
mengajar dalam pembelajaran.
B5 Saya menggunakan komputer riba dalam 4.36 .723 Tinggi
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu.
B6 Saya menggunakan aplikasi YouTube dalam 4.22 .929 Tinggi
memberi penerangan terhadap sesuatu tajuk.
B7 Saya menggunakan audio daripada pembesar 4.31 .856 Tinggi
suara atau radio semasa melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran.
B8 Saya membimbing murid membuat latihan dalam 3.92 .841 Sederhana
bentuk Google Form. Tinggi
B9 Saya menggunakan aplikasi gaming terkini dalam 3.92 1.20 Sederhana
menguji tahap kefahaman murid terhadap sesuatu 4 Tinggi
tajuk (Kahoot/Quizizz)
B10 Saya menggunakan grafik atau animasi komputer 3.69 1.19 Sederhana
semasa menerangkan isi pembelajaran. 1 Tinggi
B11 Saya menggunakan Prezi untuk menerangkan isi 2.61 1.27 Sederhana
pembelajaran dengan lebih ringkas dan 1 Rendah
B12 Saya menggunakan Microsoft Word dalam proses 3.94 .715 Sederhana
pengajaran dan pembelajaran. Tinggi
B13 Saya menggunakan e-book untuk mencari 3.69 .856 Sederhana
maklumat pengajaran. Tinggi
B14 Saya menggunakan VLE-frog/DELIMa untuk 4.08 .770 Tinggi
berkongsi bahan pembelajaran kepada murid.
B15 Saya memuat turun latihan dan nota untuk proses 4.42 .649 Tinggi
pengajaran dan pembelajaran daripada internet
untuk tujuan PdP sesuatu tajuk.
Keseluruhan 3.94 .537 Sederhana
Tinggi

Berdasarkan jadual di atas, dapatan setiap item dalam konstruk tahap kekerapan guru
menggunakan alat dan sumber digital dalam proses PdP dalam bilik darjah dirumuskan
dengan lebih terperinci. Jadual di atas menunjukkan bahawa responden yang menjawab item-
item dalam konstruk ini memperoleh nilai min di antara 2.61 hingga 4.42 iaitu pada tahap
sederhana rendah hingga tahap tinggi. Hal ini menunjukkan majoriti responden kerap
menggunakan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Melayu.

Berdasarkan analisis, didapati bahawa sebahagian guru memberi jawapan ‘sangat


kerap’ dan ‘kerap’ dalam menggunakan Microsoft Powerpoint dalam menyampaikan maklumat

711
berkaitan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dengan menunjukkan menunjukkan
nilai min (µ=4.31), nilai sisihan piawai (SP=.786). Nilai min item ini adalah pada tahap tinggi.

Sebaliknya, item B11 iaitu “Saya menggunakan Prezi untuk menerangkan isi
pembelajaran dengan lebih ringkas” menunjukkan nilai min paling rendah dalam konstruk ini
iaitu (µ =2.61) dan sisihan piawai (SP=1.271). Hal ini bermaksud responden kurang atau tidak
kerap menggunakan Prezi untuk menerangkan isi pembelajaran dengan lebih ringkas dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu berbanding alat dan sumber digital lain.

Sebagai kesimpulannya, min keseluruhan bagi konstruk ini ialah (µ=3.94) dan nilai
sisihan piawai SP=.537. Nilai min ini membuktikan bahawa kekerapan guru menggunakan alat
dan sumber digital atau TMK dalam proses PdP bahasa Melayu dalam bilik darjah adalah
pada tahap sederhana tinggi. Nilai sisihan piawai pula menunjukkan set data sedikit terserak
tetapi masih menghampiri ukuran pusat.

Kekangan Penggunaan Alat Dan Sumber Digital Yang Dihadapi Oleh Guru Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran BM Dalam Bilik Darjah

Jadual 2
Kekangan Penggunaan Alat Dan Sumber Digital Yang Dihadapi Oleh Guru Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran BM Dalam Bilik Darjah

Item Min S. P Tahap


C1 Saya mendapati bahawa peralatan yang disediakan di 3.47 1.13 Sederhana
sekolah adalah terhad. 4 Tinggi
C2 Saya mendapati bahawa kebanyakan peralatan yang 3.06 1.09 Sederhana
disediakan tidak berfungsi/rosak. 4 Tinggi
C3 Saya mendapati bahawa pengajaran menggunakan 2.83 1.15 Sederhana
TMK boleh mengurangkan interaksi antara pelajar. 9 Rendah
C4 Kesuntukan masa menghalang saya untuk 3.17 1.20 Sederhana
menggunakan TMK dalam proses pengajaran dan 7 Tinggi
pembelajaran bahasa Melayu.
C5 Saya kurang mahir menggunakan kemudahan TMK. 2.39 .994 Sederhana
Rendah
C6 Saya mendapati bahawa pelajar kurang berminat 2.36 1.12 Sederhana
dalam pengajaran bahasa Melayu yang berasaskan 5 Rendah
TMK.
C7 Saya mendapati bahawa suasana kelas yang kurang 3.47 1.18 Sederhana
sesuai untuk pancaran visual. 3 Tinggi

712
C8 Saya mendapati bahawa pencapaian internet di 3.17 1.34 Sederhana
sekolah adalah sangat tidak memuaskan iaitu kelajuan- 2 Tinggi
speed yang tidak sesuai untuk muat naik dan muat
turun bahan daripada laman internet.
C9 Saya mendapati bahawa perisian yang dibekalkan di 3.06 1.19 Sederhana
sekolah kurang sesuai digunakan dalam PdP bahasa 4 Tinggi
Melayu.
C10 Saya mendapati bahawa penggunaan TMK 2.39 1.24 Sederhana
menjejaskan saya dalam menghabiskan silibus 8 Rendah
pelajaran.
C11 Saya lebih gemar menggunakan alat bantu mengajar 2.92 1.18 Sederhana
bukan elektronik berbanding menggunakan TMK untuk 0 Rendah
melaksanakan pembelajaran bahasa Melayu.
C12 Saya tidak dapat mengawal kelas dengan baik ketika 2.47 1.00 Sederhana
menggunakan TMK dalam proses pengajaran dan 0 Rendah
pembelajaran.
C13 Saya mendapati bahawa kemudahan TMK yang 2.47 1.10 Sederhana
disediakan di sekolah adalah ketinggalan dan tidak 8 Rendah
boleh digunakan dalam proses pengajaran.
C14 Saya mendapati bahawa murid lebih gemar menonton 3.72 1.11 Sederhana
watak, lagu atau persekitaran dalam video yang 1 Tinggi
ditayangkan berbanding memahami isi pelajaran yang
disampaikan.
C15 Saya tidak dapat berkomunikasi dua hala dengan baik 2.83 1.23 Sederhana
jika menggunakan TMK untuk menerangkan isi 1 Rendah
pelajaran
Keseluruhan 2.91 .782 Sederhana
rendah

Dapatan kekangan penggunaan alat dan sumber digital yang dihadapi oleh guru dalam
pengajaran dan pembelajaran BM dalam bilik darjah dirumuskan dalam Jadual 2. Berdasarkan
jadual tersebut, nilai min bagi 7 item adalah pada tahap sederhana tinggi dan 8 item adalah
pada tahap sederhana rendah.

Tuntasnya, min keseluruhan bagi konstruk ini ialah (µ=2.91) dan nilai sisihan piawai
SP=.782. Nilai min ini membuktikan bahawa kekangan penggunaan alat dan sumber digital
yang dihadapi oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran BM dalam bilik darjah adalah
pada tahap sederhana rendah. Hal ini menunjukkan kekangan-kekangan yang dicatat kurang
dihadapi oleh guru-guru lagi. Nilai sisihan piawai pula menunjukkan set data terserak tetapi
menghampiri pusat ukuran.

713
KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN
Bahagian ini merupakan kesimpulan daripada data yang telah dianalisis menerusi soalan
kajian yang pertama iaitu kekerapan guru menggunakan alat dan sumber digital dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu dalam bilik darjah. Dapatan kajian ini
menunjukkan nilai min keseluruhan sebanyak 3.94 iaitu pada tahap sederhana tinggi. Hasil
kajian ini menunjukkan bahawa tahap guru menggunakan alat dan sumber digital dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu adalah sederhana. Dapatan kajian ini
bercanggah dengan beberapa dapatan kajian lain yang mengkaji tentang penggunaan alat
dan sumber digital dalam kalangan guru di sekolah.

Antaranya ialah kajian Nur Qistina dan Hazman (2010) dan kajian Mohd Anuar dan
Ahmad (2011). Kedua-dua dapatan kajian ini menunjukkan tahap penggunaan TMK dalam
kalangan guru adalah tinggi. kajian Nur Qistina dan Hazman (2010) mengkaji tentang tahap
kekerapan guru menggunakan Microsoft Word, Microsoft Powerpoint dan perkakasan
komputer yang lain. Ringkasnya, jenis alat dan sumber digital yang dikaji akan mempengaruhi
tahap kekerapan guru terhadap penggunaannya dalam PdP di bilik darjah.

Hasil dapatan kajian ini menunjukkan kekangan penggunaan alat dan sumber digital
dalam kalangan guru adalah sederhana rendah dengan nilai min keseluruhan sebanyak 2.91.
Ringkasnya, kajian ini mendapati bahawa hanya sebahagian kecil sahaja guru yang
menghadapi kekangan dalam penggunaan alat dan sumber digital dalam PdP bilik darjah.

Dapatan kajian ini hampir sama dengan kajian yang dijalankan oleh Zaidatun Tasir dan
Lim Bee Yeok (2008) berkenaan masalah penggunaan komputer dalam kalangan guru di
Sekolah Menengah Daerah Alor Gajah. Hasil daripada kajian ini menunjukkan tahap
pengetahuan komputer di kalangan guru adalah agak tinggi (min =2.91). Bagi mengenal pasti
masalah dalam penggunaan komputer menunjukkan para guru yang terlibat dalam kajian tidak
mengalami masalah yang serius untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka.

Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kekangan utama


dalam menggunakan alat dan sumber digital dalam kalangan guru adalah dari segi
penyediaan alatan yang tidak mencukupi di sekolah dan suasana kelas yang kurang sesuai
untuk pancaran visual. Tahap kemahiran guru bukanlah kekangan utama kerana rata-rata
guru telah mahir menggunakan TMK.

Dari segi, implikasi pengetahuan, kajian ini dapat memberi pengetahuan kepada guru
tentang kemampuan menggunakan alat dan sumber digital dalam PdP bahasa Melayu. Hal ini

714
demikian kerana aspek yang perlu dititikberatkan oleh guru bagi mewujudkan PdP yang lebih
berkesan adalah dengan menggunakan alat dan sumber digital. Sehubungan dengan itu, guru
yang menghadapi masalah dalam menjalankan proses PdP boleh mempraktikkan
penggunaan alat dan sumber digital dalam PdP bahasa Melayu kerana telah terbukti
berkesan. Guru boleh mempraktikkan teknik mengajar dengan menggunakan pelbagai jenis
alat dan sumber digital kepada murid. Sehubungan itu, kajian ini telah menggunakan model
TAM (Technology of Acceptance Model) untuk memperoleh model penerimaan teknologi oleh
guru yang mempengaruhi tahap kekerapan dan kekangan guru menggunakan alat dan
sumber digital dalam proses PdP bahasa Melayu di dalam billik darjah.

Perbincangan dalam bahagian ini adalah untuk memberi beberapa cadangan yang
dapat menambahbaikan sistem pendidikan di Malaysia terutama yang berkaitan dengan
penggunaan alat dan sumber digital dalam PdP bahasa Melayu. Misalnya, Kementerian
Pendidikan Malaysia menawarkan kursus dalam program latihan keguruan sahaja tidak akan
mencungkil kepakaran guru dalam penggunaan alat dan sumber digital. Guru memerlukan
latihan yang lebih mantap untuk mempelajarai tentang kemahiran menggunakan alat dan
sumber digital sepanjang latihan keguruan mereka. Di samping itu, pihak sekolah juga harus
sentiasa mengambil inisiatif untuk merancang dan menghasilkan bahan-bahan yang sesuai
dengan menggunakan alat dan sumber digital. Sehubungan itu, kemahiran guru
menggunakan alat dan sumber digital juga merupakan suatu usaha yang sangat penting.
Kemahiran memilih bahan hanya akan diperoleh jikalau seseorang guru itu kerap dan sering
kali menggunakan alat dan sumber digital sewaktu melaksanakan proses PdP di dalam bilik
darjah. Kajian ini hanyalah merupakan sumbangan kecil pengkaji terhadap bidang pendidikan
yang berkaitan dengan penggunaan alat dan sumber digital oleh guru dalam proses PdP
bahasa Melayu. Masih terdapat banyak ruang dan aspek yang perlu diselidik dalam bidang ini
agar penggunaan alat dan sumber digital dapat memberi sumbangan yang lebih bermanfaat
kepada sistem pendidikan negara yang semakin mencabar era teknologi maklumat ini.
Sebagai cadangan kepada kajian lanjutan, meluaskan kawasan kajian dan melibatkan guru-
guru daripada pelbagai bidang sebagai sampel kajian supaya hasil kajian dapat
digeneralisasikan dengan lebih meluas. Selain itu, kajian secara kuantitatiff dan kualitatif juga
perlu digabungkan agar analisis data da pemerhatian dapat menghasilkan dapatan kajian
yang lebih telus.

715
RUJUKAN

Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Siarap, Hasrina Mustafa (2016). Penggunaan Komputer
Dalam Pengajaran-Pengajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu
Kajian Kes Di Pulau Pinang, Kajian Malaysia.

Aliza Adnan (2016). Pengintegrasian TMK Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Semasa
Latihan Praktikum Dalam Kalangan Siswa Pendidik. Jurnal Penyelidikan Tempawan,
32 (101-109)

Anas (2013). Pengaruh Penggunaan Media Audio Visual Terhadap Pembelajaran Sholat
Untuk Meningkatkan Motivasi Belajar Peserta Didik di MIN Beji. Sidoarjo: Universitas
Muhammadiyah

Aziz. (2013). Kesediaan Guru Sekolah Menengah Agama Terhadap Penggunaan Teknologi
Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia: Laporan Projek Sarjana.

Azizah Sarkowi. (2018). Pengaruh Pengalaman Teknologi, Peluang Dan Kesediaan


Terhadap Penggunaan Mobile Learning Di Institut Pendidikan Guru Zon Utara. Jurnal
Penyelidikan Dedikasi, 14 (143-166).

Bailey. (1992). Interlaboratory Testing of Methods for Assay of Xylanase Activity. Journal of
Biotechnology. 23 (3), 257-270.

Baumgartner. (2007). Learning in adulthood: A comprehensive guide. (3rd). San Francisco,


CA: Jossey-Bass.

Bond T.G. & Fox C.M. (2015). Applying the Rasch Model. Fundamental Measurement in
the Human Science. Ed. Ketiga. Mahwah, NJ: L. Erlabaum.

Chua Y. P. (2012). Asas Statistik Penyelidikan Analisis Data Skala Likert. Edisi Kedua.
McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-


2025. Kerajaan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Krejcie, R.V & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities.
Education abd Phychological Measurement, 30 (607-610).

Mazalah Ahmad, Jamaludin Badusah, Ahmad Zamri Mansor, Aidah Abdul Karim, Fariza
Khalid, Rosseni Din & Diana Fazleen Zulkefle. (2016). The application of 21st
century ICT literacy model among teacher trainer. The Turkish online journal of
education technology. 15 (3).

Modul Kajian Tindakan BTPN. (2010). Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan.
Modul tidak diterbitkan.

Mohd Majid Konting. (2005). Kaedah Pengkajian Pendidikan. Edisi ke-4. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

716
Mohd. Anuar & Ahmad (2011) Pengetahuan, Kemahiran Dan Sikap Guru Penyelaras ICT Di
Sekolah-Sekolah Rendah Zon Paloh. Journal of Science & Mathematics Education,
1-9.

Nur Qistina & Hazman. (2010). Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)
Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan. Penggunaan Teknologi Maklumat
Dan Komunikasi (ICT) Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan, 1-7.

Othman. (2007). Keberkesanan Kaedah Pengajaran Berbantukan Komputer di Kalangan


Pelajar Pencapaian Akademik Rendah Bagi Mata Pelajaran Geografi Tingkatan 4 di
Negeri Sembilan. Universiti Teknologi Sains Malaysia: Tesis PhD.

Rafiza Abdul Razak. (2013). Pembinaan Media Pengajaran Berasaskan Multimedia di


Kalangan Guru ICTL. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 1 (2).

Robert & Kristi. (2014). How does ICT affect teaching and learning within school education.
In development in E-System Engineering (DeSe), 250-254.

Vespanathan Supramaniyam (2015). Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi


(TMK) Dalam Kalangan Guru-Guru Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di
Sekolah Rendah Luar Bandar Negeri Johor Fakulti Pendidikan Teknikal dan
Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 1-24.

Yahya Othman. (2015). Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran Bahasa: Penguasaan Guru
Dan Kekangan Dalam Pelaksanaan. 1st International Malaysian Educational
Technology Convention. Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan Fakulti
Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia, 47-54.

Zaidatun Tasir, & Lim Bee Yeok. (2008). Tahap Pengetahuan, Sikap Dan Masalah
Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru Di Sekolah Menengah Daerah Alor
Gajah. Journal of Social Science, 3, 83-103.

717
TAHAP PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU TERHADAP
PENGINTEGRASIAN MEDIA SOSIAL DALAM PDPC BAHASA MELAYU

Low Jie Ying


low09-875@epembelajaran.edu.my

Sharifah Hanim binti Syed Akbar


sharifahhanim@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu,


Lembah Pantai,
59990 Kuala Lumpur.

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap pengetahuan guru terhadap pengintegrasian media sosial
dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) bahasa Melayu. Selain itu, kajian ini juga dijalankan
untuk menentukan tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam kalangan guru. 40 orang guru
bahasa Melayu yang mengajar di lima buah sekolah zon Bangsar Pudu telah dipilih sebagai sampel
kajian. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik dan
diedarkan melalui Google Form. Analisis deskriptif menggunakan kekerapan, peratus, min, sisihan
piawai dan varian. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru bahasa Melayu mempunyai tahap
pengetahuan yang sederhana, tahap kemahiran yang sederhana dan tahap sikap yang sederhana
terhadap pengintegrasian media sosial dalam PdPc bahasa Melayu. Implikasinya, kajian ini dapat
menambah baik Model Penerimaan Teknologi serta penyelidikan berkaitan pengintegrasian media
sosial dalam PdPc. Kesimpulannya, guru dan pihak berkepentingan yang lain disarankan untuk
meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap pengintegrasian media sosial dalam menerapkan
media sosial selaras dengan pembelajaran abad ke-21.
Kata kunci: Tahap pengetahuan, media sosial, PdPc guru, bahasa Melayu, sekolah rendah

ABSTRACT
This study aims to identify the usage against integrating social media in Malay language teaching and
learning. Besides, this study had conducted to determine the level of knowledge, skills, and attitudes of
social media among teachers. 40 Malay language teachers who teach in five primary schools of Bangsar
Pudu district had selected as samples for this study. This study used a survey method by using
questionnaires and distribute by using Google Form. The descriptive analysis used frequency,
percentage, mean, standard deviation, and variance. The results showed that the Malay Language
teachers have a moderate level of knowledge, moderate skill level, and moderate attitude of integrating
social media in Malay language teaching and learning. The implication of this study is to improve the
Technology Acceptance Model and research on the integration of social media in teaching and learning.
In conclusion, teachers and other stakeholders are encouraged to enhance the knowledge, skills, and
attitudes of integrating social media as 21st-century learning.
Keywords: Level of knowledge, social media, teacher teaching, Malay Language, primary school

PENGENALAN

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia bersama


agensi-agensi lain termasuklah guru berperanan penting dalam pembangunan pendidikan
negara. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia atau PPPM (2013-2025) dijadikan hala
tuju pendidikan Malaysia dari prasekolah sehingga lepasan menengah (Kementerian

718
Pendidikan Malaysia, 2013). Antara anjakan untuk transformasi sistem seperti dinyatakan
dalam PPPM (2013-2025) ialah Kementerian Pendidikan Malaysia ingin memanfaatkan TMK
bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di malaysia.

Perkembangan TMK juga telah menyebabkan pengaruh media sosial diintegrasikan


secara meluas dalam proses PdPc. Antara media sosial yang banyak digunakan dalam
pendidikan Malaysia ialah Youtube, Google Classroom, Blog, Twitter dan EduWebTV.
Tamsilnya, dalam PPPM, Twitter dicadangkan untuk digunakan dalam bahasa Inggeris
sebagai alat bahan bantu mengajar yang berkesan. Google Classroom pula menggantikan
Frog VLE pada 1 Julai 2020 kerana dapat menerusi pelbagai platform dan melibatkan
pelbagai pihak seperti guru, ibu bapa, murid, pakar sesuatu bidang ataupun global. Selain
itu, pendekatan seperti Flipped Classroom dan Pembelajaran Teradun juga membolehkan
guru meneroka media sosial terkini seperti Virtual World, laman sosial dan sebagainya untuk
disesuaikan dengan pendekatan pembelajaran abad ke-21

Media sosial dapat memastikan pendidikan yang terbaik diberikan kepada setiap kanak-
kanak tanpa mengira jantina, latar belakang sesioekonomi, lokasi dan etnik. Media sosial
digunakan sebagai bahan mengajar kepada murid yang diperkaya dengan animasi, audio
dan video. Berdasarkan kajian Tamer Mohammad Al-Jarrah et al. (2019), pengintegrasian
media sosial meningkatkan tahap menulis murid sekolah menengah dalam pembelajaran
bahasa Inggeris seperti menulis, kosa kata dan lebih menarik berbanding dengan bahan
teks. Fokus pelajar sewaktu proses PdP dapat ditingkatkan dan menjadikan PdPc lebih
efektif. Jika dipandang dari sudut lain, media sosial memainkan peranan penting dalam
penyebaran maklumat dan pengajaran kepada masyarakat dan pelajar khususnya.

Namun begitu, pengintegrasian media sosial sebagai alat pedagogi dalam pendidikan
bahasa Melayu masih merupakan satu cabaran kepada guru.

PERNYATAAN MASALAH

Dalam kajian yang dijalankan oleh Cyber Security Malaysia pada tahun 2017 (Cyber Security,
2017, October 22), didapati bahawa kebanyakan kanak-kanak di Malaysia mempunyai akaun
media sosial. Berdasarkan berita harian (Nadia Hamid, 2017, Oktober 22) sumber utama
kanak-kanak untuk mendapat informasi adalah melalui sumber digital seperti Youtube, Netflix
dan sebagainya sebagai salah satu platform media sosial. Oleh itu, tidak dapat dinafikan
bahawa pengguna media sosial di Malaysia bukan hanya termasuk remaja dan dewasa, tetapi
juga merangkumi kanak-kanak.

719
Selain itu, Internet users survey 2018 (Malaysian Communications and Multimedia
Commision, 2018) juga melaporkan bahawa platform perkongsian maklumat di atas talian
yang paling disukai oleh pengguna internet ialah media sosial dan 71.3% maklumat yang
dikongsikan bersifat pendidikan. Pernyataan ini bermaksud media sosial berpotensi untuk
dijadikan alat bahan bantu pembelajaran yang berkesan di dalam pendidikan bahasa Melayu.

Terdapat beberapa kekangan yang menyebabkan guru bahasa Melayu tidak menerapkan
pengajaran dan pemudahcaraan berasaskan internet (Suzlina Hilwani Baharuddin et al., 2016)
seperti berikut:

(i) Kekurangan pengetahuan guru terhadap media sosial yang digunakan dalam
pendidikan.
(ii) Kekurangan kemahiran guru dalam menggunakan media sosial.
(iii) Sikap guru yang tidak positif semasa menggunakan media sosial dalam PdPc
yang rendah.

Melalui kajian M. Kaviza (2020), didapati bahawa motivasi guru terhadap penggunaan
media sosial semakin tinggi namun tahap pengintegrasian TMK dalam PdPc masih berada
pada tahap yang sederhana. Media sosial memainkan peranan penting untuk dijadikan salah
satu kaedah pedagogi yang berkesan dalam pembelajaran abad ke-21. Walaupun begitu,
kajian mengenai pengintegrasian media sosial dalam PdPc bahasa Melayu belum dijalankan
secara meluas. Berdasarkan Laporan Horizon pada tahun 2020 (Brown, M. et al., 2020),
pendidikan kini sepatutnya berubah ke arah yang lebih maju iaitu dapat mengurangkan jurang
pendidikan, memberikan kaedah alternatif dalam pendidikan dan belajar di dalam talian.
Namun begitu, kajian mengenai tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru terhadap
pengintegrasian media sosial dalam PdPc bahasa Melayu tidak dikaji secara meluas.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti berikut :


1. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru sekolah rendah terhadap
pengintegrasian media sosial dalam PdPc bahasa Melayu.
2. Mengenal pasti tahap kemahiran guru sekolah rendah terhadap pengintegrasian
media sosial dalam PdPc bahasa Melayu.
3. Mengenal pasti tahap sikap guru sekolah rendah terhadap pengintegrasian
media sosial dalam PdPc bahasa Melayu.

720
SOALAN KAJIAN

Soalan kajian ini adalah selari dengan objektif kajian yang dikemukakan seperti yang
berikut :

1. Apakah tahap pengetahuan guru sekolah rendah terhadap pengintegrasian


media sosial dalam PdPc bahasa Melayu?
2. Apakah tahap kemahiran guru sekolah rendah terhadap pengintegrasian media
sosial dalam PdPc bahasa Melayu?
3. Apakah tahap sikap guru sekolah rendah terhadap pengintegrasian media sosial
dalam PdPc bahasa Melayu?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif tinjauan melalui soal selidik untuk mengumpulkan
data. Cara pengedaran soal selidik adalah melalui Google Form. Sampel kajian terdiri
daripada 40 orang guru bahasa Melayu yang mengajar di lima buah sekolah rendah di zon
Bangsar Pudu. Teknik pemilihan sampel dilakukan melalui penentuan saiz sampel yang
dirujuk melalui jadual Krejcie, R.V. et al. (1970).

Instrumen kajian ialah soal selidik mengandungi empat bahagian, iaitu Bahagian A
merupakan profil responden, Bahagian B merupakan item tahap pengetahuan guru, Bahagian
C merupakan item tahap kemahiran guru dan Bahagian D pula merupakan item tahap sikap
guru terhadap pengintegrasian media sosial dalam PdPc bahasa Melayu. Kesemua item telah
diuji rintis untuk menguji kesahan item. Tahap kesahan dan kebolehpercayaan item diuji
menggunakan pekali alpha Cronbach. Nilai alpha yang kurang daripada 0.6 dianggap perlu
dibaiki, nilai alpha 0.7 ke atas dianggap baik dan boleh diterima, nilai alpha 0.8 ke atas
dianggap sangat baik dan efektif dengan tahap konsistensi yang tinggi. Hasil analisis
menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan bagi keseluruhan data kajian ini adalah tinggi iaitu
0.959. Oleh itu, pernyataan item boleh diterima pakai dalam kalangan sampel kajian sebenar.
Data kuantitatif dianalisis menggunakan statistik deskriptif dengan menggunakan Statistical
Package for the Social Science (SPSS) versi 26. Statistik deskriptif bertujuan untuk
mendapatkan data kekerapan, peratus, min, sisihan piawai dan varian.

DAPATAN KAJIAN

Dalam bahagian ini, pengkaji akan membincang tentang hasil dapatan kajian bagi menjawab
soalan kajian dan seterusnya mencapai objektif kajian. Objektif tersebut ialah mengenal pasti
tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap pengintegrasian media sosial dalam PdPc
bahasa Melayu.

721
Tahap pengetahuan guru terhadap pengintegrasian media sosial dalam PdPc bahasa
Melayu

Jadual 1
Analsis item bagi alat kajian tahap pengetahuan guru terhadap pengintegrasian media sosial
dalam PdPc bahasa Melayu

Bil. Item Tahap Pengetahuan guru Min Tahap Sisihan Varian


terhadap Pengintegrasian Media Piawai
Sosial dalam PdPc bahasa Melayu
1 Saya tahu menggunakan enjin pencari 3.30 Sederhana .608 .369
dalam media sosial untuk mencari
bahan PdPc Bahasa Melayu yang
ingin saya layari.
2 Saya tahu menggunakan media sosial 3.33 Sederhana .572 .328
untuk berkongsi maklumat dengan
murid untuk PdPc Bahasa Melayu.
3 Saya tahu menggunakan pelbagai 3.10 Sederhana .496 .246
strategi untuk menggalakkan proses
pembelajaran dengan menggunakan
media sosial.
4 Saya tahu menilai bila dan bagaimana 3.08 Sederhana .572 .328
media sosial dapat mempelbagaikan
aktiviti PdPc saya dalam PdPc Bahasa
Melayu melalui refleksi.
5 Saya tahu mencari peluang 3.23 Sederhana .620 .384
pembelajaran media sosial baharu
untuk meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran dalam PdPc Bahasa
Melayu.
6 Saya tahu mereka bentuk dan 3.10 Sederhana .591 .349
membina aktiviti pembelajaran yang
dapat mengintegrasikan media sosial
dalam PdPc Bahasa Melayu
7 Saya tahu membina status dan 3.03 Sederhana .660 .435
platform media sosial sendiri untuk
kemudahan murid membuat rujukan
untuk PdPc Bahasa Melayu.
8 Saya tahu memuat turun dan memuat 3.30 Sederhana .564 .318
naik dalam media sosial untuk tujuan
PdPc Bahasa Melayu.
Min Keseluruhan 3.18 Sederhana .478 .228

Jadual 1 menunjukkan skor min bagi persepsi guru terhadap pengetahuan pengintegrasian
media sosial merujuk kepada skala pengukuran mengikut Riduwan (2012). Daripada Jadual 1
dapat dilihat bahawa min tertinggi bagi tahap pengetahuan guru terhadap media sosial adalah
pada item “Saya tahu menggunakan media sosial untuk berkongsi maklumat dengan murid
untuk PdPc Bahasa Melayu.” dengan min 3.33, sisihan piawai .572 dan varian .328 pada tahap

722
yang sederhana. Manakala bagi min yang paling rendah adalah pada item “Saya tahu
membina status dan platform media sosial sendiri untuk kemudahan murid membuat rujukan
untuk PdPc Bahasa Melayu.” merupakan min item yang paling rendah iaitu 3.03. Secara
keseluruhannya, item bagai tahap pengetahuan guru terhadap pengintegrasian media sosial
dalam PdPc bahasa Melayu adalah pada tahap yang sederhana dengan jumlah min 3.18,
sisihan piawai .478 dan varian .228.

Tahap kemahiran guru terhadap pengintegrasian media sosial dalam PdPc bahasa
Melayu

Jadual 2
Analsis item bagi alat kajian tahap kemahiran guru terhadap pengintegrasian media sosial
dalam PdPc bahasa Melayu

Bil. Item Tahap Kemahiran guru Min Tahap Sisihan Varian


terhadap Pengintegrasian Piawai
Media Sosial dalam PdPc
bahasa Melayu
1 Saya mahir menyediakan media 2.98 Sederhana .620 .384
sosial untuk kemudahan murid
membuat rujukan bahan
pembelajaran untuk PdPc Bahasa
Melayu.
2 Saya mahir mengakses bahan 3.10 Sederhana .591 .349
PdPc Bahasa Melayu seperti
video, audio, bahan grafik, teks
melalui media sosial.
3 Saya kerap menggunakan bahan 3.13 Sederhana .516 .266
pengajaran PdPc Bahasa Melayu
dari media sosial.
4 Saya sentiasa berkongsikan 3.10 Sederhana .709 .503
bahan pengajaran PdPc Bahasa
Melayu seperti fail, foto dan
dokumen dengan murid melalui
media sosial.
5 Saya kerap berkomunikasi 3.18 Sederhana .636 .404
dengan murid melalui media
sosial untuk PdPc Bahasa
Melayu.
6 Saya mempunyai tahap 2.83 Sederhana .747 .558
kemahiran dan pengetahuan yang
tinggi dalam penggunaan media
sosial untuk PdPc Bahasa
Melayu.
7 Media sosial PdPc Bahasa 2.93 Sederhana .656 .430
Melayu saya selalu dikemas kini
bagi kelancaran capaiannya.
8 Saya selalu membantu 2.53 Sederhana .847 .717
pengemaskinian laman web

723
sekolah seperti memuat naik hasil
kerja dan mengemaskini data
yang berkaitan dengan PdPc
Bahasa Melayu.
Min Keseluruhan 2.97 Sederhana .542 .294

Jadual 2 menunjukkan skor min bagi tahap kemahiran guru terhadap pengintegrasian media
sosial dalam PdPc bahasa Melayu. Berdasarkan Jadual 2, data tersebut menunjukkan bahawa
min tertinggi bagi persepsi guru terhadap tahap kemahiran pengintegrasian media sosial
adalah pada item “Saya kerap berkomunikasi dengan murid melalui media sosial untuk PdPc
Bahasa Melayu.” dengan min sebanyak 3.18, sisihan piawai .636 dan varian .404 pada tahap
yang sederhana. Manakala bagi min yang terendah adalah pada item “Saya selalu membantu
pengemaskinian laman web sekolah seperti memuat naik hasil kerja dan mengemaskini data
yang berkaitan dengan PdPc Bahasa Melayu.” dengan min 2.53, sisihan piawai .847 dan
varian .717 pada tahap yang sederhana. Daripada dapatan yang diperoleh, tahap kemahiran
guru terhadap pengintegrasian media sosial dalam PdPc bahasa Melayu adalah pada tahap
yang sederhana iaitu dengan jumlah min sebanyak 2.97, sisihan piawai .542 dan varian .294.

Tahap sikap guru terhadap pengintegrasian media sosial dalam PdPc bahasa Melayu

Jadual 3
Analsis item bagi alat kajian tahap sikap guru terhadap pengintegrasian media sosial dalam
PdPc bahasa Melayu

Bil. Item Tahap Sikap Guru Min Tahap Sisihan Varian


terhadap Pengintegrasian Piawai
Media Sosial dalam PdPc
bahasa Melayu
1 Media sosial sangat baik untuk 3.40 Sederhana .632 .400
digunakan sebagai alat
perhubungan dalam PdPc Bahasa
Melayu.
2 Saya berminat untuk mempelajari 3.38 Sederhana .586 .343
teknologi yang baharu untuk PdPc
Bahasa Melayu.
3 Kemahiran dalam media sosial 3.30 Sederhana .648 .421
yang saya dapati amat mudah
dipelajari untuk PdPc Bahasa
Melayu.
4 Bahan pengajaran PdPc Bahasa 3.00 Sederhana .679 .462
Melayu yang didapati dalam
media sosial tidak semestinya
tepat.
5 Media sosial ialah bahan PdPc 3.33 Sederhana .526 .276
Bahasa Melayu yang menarik di
dalam bilik darjah.

724
6 Kebanyakan media sosial yang 3.28 Sederhana .554 .307
diperkenalkan kepada saya dapat
memperbaiki cara pengajaran
saya serta meningkatkan
keupayaan murid untuk belajar
berfikir dalam PdPc Bahasa
Melayu.
7 Media sosial boleh menggantikan 2.95 Sederhana .783 .613
buku teks di dalam bilik darjah
dengan menggunakan bahan
multimedia.
8 Media sosial menjimatkan masa 3.00 Sederhana .679 .462
guru untuk PdPc Bahasa Melayu.
9 Media sosial menyediakan ruang 3.35 Sederhana .533 .285
bagi murid Bahasa Melayu untuk
berkongsikan maklumat dan
pendapat, tetapi mesti diguna
dengan berhemah dan dengan
cara yang betul.
Min Keseluruhan 3.22 Sederhana .444 .197

Analisis secara deskriptif dilakukan untuk melihat tahap sikap guru terhadap pengintegrasian
media sosial dalam PdPc bahasa Melayu. Jadual 3 menunjukkan skor min bagi tahap sikap
guru terhadap pengintegrasian media sosial dalam PdPc bahasa Melayu. Berdasarkan Jadual
3, data kajian ini menunjukkan bahawa min tertinggi bagi persepsi guru terhadap tahap sikap
pengintegrasian media sosial adalah pada item “Media sosial sangat baik untuk digunakan
sebagai alat perhubungan dalam PdPc Bahasa Melayu.” dengan min sebanyak 3.40, sisihan
piawai .632 dan varian .400 pada tahap yang sederhana. Manakala bagi min yang terendah
adalah pada item “Media sosial boleh menggantikan buku teks di dalam bilik darjah dengan
menggunakan bahan multimedia.” dengan min 2.95, sisihan piawai .783 dan varian .613 pada
tahap yang sederhana. Daripada dapatan yang diperoleh, tahap sikap guru terhadap
pengintegrasian media sosial dalam PdPc bahasa Melayu adalah pada tahap yang sederhana
iaitu dengan jumlah min sebanyak 3.22, sisihan piawai .444 dan varian .197.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Dalam kajian ini menunjukkan bahawa guru bahasa Melayu sekolah rendah di zon Bangsar
pudu mempunyai tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap yang sederhana terhadap
pengintegrasian media sosial dalam PdPc bahasa Melayu. Dapatan kajian ini disokong oleh
beberapa kajian lain yang turut mempunyai hasil dapatan yang sama. Antaranya, kajian
Ibraheem (2020), Ummu Salma Mohiddin et al. (2014), Siti Hajar Halili et al. (2016), Chung,
H.C. (2010) dan Norhiza Fadila et al. (2016), Waters, S. et al. (2020) dan Suzlina Hilwani
Baharuddin et al. (2015) mempunyai hasil dapatan yang selari dengan hasil dapatan pengkaji.
Kebanyakkan guru hanya mengetahui fungsi asas media sosial kerana sentiasa

725
menggunakan media sosial sebagai kegunaan peribadi. Namun begitu, guru masih kurang
berkreativiti untuk mempelbagaikan PdPc dengan menggunakan media sosial dalam PdPc
bahasa Melayu. Kebanyakan guru bersetuju bahawa media sosial merupakan alat pendidikan
yang sesuai digunakan dalam bilik darjah kerana murid-murid sudah biasa menggunakan
media sosial sebagai alat perhubungan.

Implikasi kajian ini adalah diharapkan dapat mengisi kelompongan dari segi pengetahuan,
kemahiran dan teori. Kajian ini berupaya memberi pengetahuan yang jelas kepada guru
tentang kesediaan guru mengintegrasikan media sosial di samping memperkenalkan jenis-
jenis media sosial yang boleh digunakan dalam PdPc bahasa Melayu. Pengetahuan ini sangat
penting untuk menyedarkan guru supaya sentiasa meningkatkan kemahiran pedagogi
berteraskan teknologi dan mempelbagaikan aktiviti PdPc bahasa Melayu. Guru-guru perlu
sentiasa mengintegrasikan media sosial dan mengetahui kegunaan setiap media sosial serta
meningkatkan pengetahuan pedagogi untuk menghasilkan murid yang berkualiti. Hal ini
selaras dengan anjakan ketujuh dalam PPPM 2013-2025 (Kementerian Pendidikan Melaysia,
2013) yang menekankan bahawa guru perlu memanfaatkan TMK bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia. Dari segi teori, kajian ini menggunakan Model Penerimaan
Teknologi (TAM). Kajian ini menjadi permulaan penggunaan model ini dalam mengkaji
pemboleh ubah yang mempengaruhi tahap pengintegrasiaan media sosial dalam bidang
bahasa Melayu di Malaysia. Jelaslah bahawa penggunaan model ini sebenarnya membuka
peluang pengkajian Model Penerimaan Teknologi ke dalam pengintegrasiaan media sosial
dalam bidang bahasa Melayu.

Seterusnya, pengkaji juga mencadangkan beberapa sasaran kajian lanjutan. Masih


kurang kajian yang berkaitan pengintegrasian media sosial di negara ini. Sehubungan
dengan itu, pengkaji selanjutnya boleh mengenal pasti kekangan dan tahap pengintegrasian
media sosial dalam PdPc bahasa Melayu di pelbagai jenis sekolah seperti sekolah
kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamail. Kajian
lanjutan juga boleh diluaskan tumpuan iaitu melaksanakan eksperimen untuk mengenal pasti
keberkesanan pengintegrasian media sosial dalam PdPc. Malahan, para pengkaji juga boleh
melihat sama ada murid ini mempunyai kesediaan untuk menggunakan media sosial dalam
pembelajaran bahasa Melayu atau sebaliknya. Hal ini kerana belum ada kajian yang mengkaji
murid sebagai sampel kajian untuk pengintegrasian media sosial sedangkan tujuan sebenar
media sosial dalam pendidikan adalah untuk memudahkan pembelajaran murid secara
berterusan.

726
RUJUKAN

Brown, M., McCormack, M., Reeves, J., Brook, D.C., Grajek, S., Alexander, B., Bali, M.,
Bulger, S., Dark, S., Engelbert, N., Gannon, K., Gauthier, A., Gibson, D., Gibson, R.,
Lundin, B., Veletsianos, G. & Weber, N. (2020). 2020 Educause Horizon Report
Teaching and Learning Edition. Louisville, CO:
EDUCAUSE. https://library.educause.edu//media/files/library/2020/3/2020horizonrep
ort.pdf?la=en&hash=DE6D8A3EA38054FDEB33C8E28A5588EBB913270C
Chung, H.C., Melvina & Jamaludin Badusah. (2010). Sikap guru bahasa Melayu terhadap
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran di sekolah-
sekolah rendah di Bintulu, Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(1), 59-65.
Cyber Security. (2017, October 22). A community effort to keep our women dan
children.cIolicCommunicationscSdncBhd.chttps://www.cybersecurity.my/data/content_fi
les/44/1741.pdf
Ibraheem & Mohammed Alsawalem. (2020). Perceptions of using social media networks
among special education teachers in the kingdom of Saudi Arabia. Globus Journal of
Progressive Education, 10(1), 31-39. https://www.globusedujournal.in/wp-
content/uploads/2020/05/GE-JJ206-Ibrahim.pdf
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysiac2013-
2025.cKementeriancPendidikancMalaysia.chttps://www.moe.gov.my/muat-
turun/penerbitan-dan-jurnal/1818-pelan-pembangunan-pendidikan-2013-2025/file
Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities.
Educational Psychological Measurement, 30(3), 607-610.
Malaysian Communications and Multimedia Commission. (2018). Internet users survey 2018.
Malaysian Communications and Multimedia Commission.
https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/Internet-Users-Survey-
2018.pdf
Nadia Hamid. (2017). Remaja, kanak-kanak ketagihan internet serius. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/10/340635/remaja-kanak-kanak-
ketagihan-internet-serius
Norhiza Fadila, Zamri Mahamod & Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad. (2016). Kompetensi,
sikap dan penggunaan aplikasi Web 2.0 sebagai bahan bantu mengajar dalam kalangan
guru bahasa Melayu sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 52-58.
Riduwan. (2012). Skala pengukuran variabel-variabel: penelitian. Penerbit Alfabeta.
Siti Hajar Halili & Suguneswary. (2016). Penerimaan guru terhadap penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi berasaskan model TAM dalam pengajaran mata pelajaran
bahasa Tamil. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 4(2), 31-41.
Suzlina Hilwani Baharuddin & Jamaludin Badusah. (2016). Tahap pengetahaun kemahiran
dan sikap guru sekolah menengah terhadap penggunaan Web 2.0 dalam pengajaran
bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 33-43.
Tamer Mohammad Al-Jarrah, Jarrah Mohammad Al-Jarrah, Rania Hassan Talafhah & Noraien
Mansor. (2019). The role of social media in development of English language writing skill
at school level. International Journal of Academic Research in Progressive Education
and Development, 8(1), 87-99. https://hrmars.com/papers_submitted/5537/
The_Role_of_Social_Media_in_Development_of_English_Language_Writing_Skill_at_
School_Level.pdf

727
Ummu Salma Mohiddin & Fariza Khalid. (2014). Tahap pengetahuan guru sekolah rendah
dalam penggunaan VLE-Frog untuk pengajaran & pembelajaran. The 4th International
Conference on Learner Diversity (ICELD 2014): Education for DiversecLearners,c780-
788.chttps://www.academia.edu/9845771/Tahap_Pengetahuan_Guru_Sekolah_Renda
h_dalam_Penggunaan_VLE-Frog_untuk_Pengajaran_and_Pembelajaran
Waters, S. & Hensley, M. (2020). Measuring rural P-12 teacher’s attitudes, perceptions, and
utillizations of social media. Research in Social Sciences and Technology, 5(3), 25-54.
https://doi.org/10.46303/ressat.05.03.2

728
BAHASA ANTARA DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU SEBAGAI
BAHASA KEDUA: SATU KAJIAN KES

Mohamad Hazieq bin Mohamad Sagir


g-IPG003243@moe-dl.edu.my

Maria binti Tahir PhD


maria09-43@epembelajaran.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis Bahasa Antara (BA) dalam penulisan karangan
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua melalui penggunaan empat proses Bahasa Antara. Pengkaji
menggunakan teori Bahasa Antara yang diperkenalkan oleh Selinker (1992) sebagai asas dalam
mendasari kajian yang pengkaji jalankan. Akibat kekeliruan dua bahasa, murid Tamil cenderung untuk
melakukan kesilapan bahasa. Maka, teori Bahasa Antara digunakan untuk menganalisis karangan yang
murid Tamil hasilkan berdasarkan empat proses-proses BA bagi mengesan kewujudan B1 dalam
karangan BM. Sebanyak lima orang murid berbangsa India tahun enam dan tiga orang guru Bahasa
Melayu di salah sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Kangar, Perlis dijadikan subjek
kajian. Mereka terdiri daripada pelajar yang mempelajari bahasa Melayu sebagai B2 dan guru yang
mengajar Bahasa Melayu. Kajian ini melibatkan kaedah kajian lapangan. Hasil dapatan kajian dihurai
secara kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa wujudnya empat proses Bahasa Antara (BA)
selepas subjek kajian menulis karangan Bahasa Melayu. Oleh itu, bertitik tolak dengan kewujudkan
Bahasa Antara dalam karangan yang subjek kajian hasilkan, maka pengkaji perlu memastikan perkara
ini dapat diminimunkan. Maka objektif kajian kedua pengkaji adalah meneroka pendekatan, teknik dan
strategi guru Bahasa Melayu di sekolah kajian telah aplikasi bagi meningkatkan kemahiran menulis
murid Tamil. Oleh itu, melalui sesi temu bual yang dijalankan, pengkaji dapat menyatakan terdapat
kepelbagaian pendekatan, teknik dan strategi telah dilakukan oleh guru di sekolah kajian supaya murid
Tamil mahir menulis karangan Bahasa Melayu sebagai B2. Dapatan objektif satu dan objektif dua telah
dijadikan panduan oleh pengkaji untuk mencadangkan kepada pelbagai pihak agar pembelajaran
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua disebarluas terutamanya meliputi aspek penulisan murid. Kajian
ini penting dan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak sama ada pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia, sekolah kajian, guru Bahasa Melayu dan ibu bapa dalam memastikan pembelajaran Bahasa
Melayu yang berkualiti disampaikan kepada murid.
Kata kunci: Bahasa Antara, Pembelajaran Bahasa Kedua, murid Tamil, proses BA

ABSTRACT

This study aims to identify and analyze the process of interlanguage in writing Bahasa Melayu essays
as a second language through four processes. The researcher used the interlanguage theory develop
by Selinker (1992) as the basis for underlying research. Due to the two-language confusion, Tamil pupils
tend to make language mistakes. Thus, the interlanguage theory is used to analyze the essay that Tamil
students have written based on the four processes of interlanguage to identify the interference of the
Tamil language in Bahasa Melayu essay. Five students of Year 6 and three Malay Language teachers
were selected to be the participants of this study. They were Tamil pupils and teachers from Tamil school
in Kangar, Perlis. They have learned and teach Malay as a Second language. This study involves field
research methods. The findings of the study are described qualitatively. The findings showed that there
are four processes in the interlanguage after the participants have written the Malay essay. Thus, the
researcher needs to minimize these circumstances. Therefore, the second research objective of this
present study is to study the approaches, techniques, and strategies employed by Malay Language
teachers in this school to improve Tamil students' writing skills. Thus, through the interviews conducted,
the researcher can state there is a variety of approaches, techniques, and strategies have been carried
out by teachers in Tamil schools so that their pupils can write better Bahasa Melayu essays as their

729
second language. The findings of the first objectives and second objectives of this study can be used
as a guide by the researchers to propose various parties so that learning Bahasa Melayu as a Second
Language circulated mainly covering aspects of student writing. This study is important and beneficial
to all parties like the Ministry of Education; Curriculum Development Center (CPC), Division of Research
and Planning Education Policy (EPRD), the Institute of Teacher Education (IPG), schools, Malay
Language teachers, and parents in ensuring the quality of learning Bahasa Melayu passed on to
students.

Keywords: Interlanguage, Second Language Learning, Tamil pupils, Interlanguage process

PENGENALAN

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, telah mengariskan setiap


orang murid mesti mempunyai enam aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir,
kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional.
Oleh itu, setiap murid wajib mempunyai pengetahuan dan kemahiran dwibahasa (KPM, 2013).
Bagi murid-murid yang bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil), kemahiran
dwibahasa yang dimaksudkan adalah murid akan mempunyai pengetahuan asas dalam
literasi dan komunikasi dalam Bahasa Melayu selain Bahasa Tamil sebagai bahasa ibunda
mereka.

Bahasa mempunyai banyak fungsi lain. Semua fungsi-fungsi ini bukan sahaja didukung
oleh bahasa ibunda atau bahasa pertama (B1), malah didukung juga oleh bahasa lain iaitu,
bahasa kedua (B2). Pemerolehan B1 dan B2 saling berkait rapat. Batik (2011), Fatin dan
Zaitun (2017) menyatakan bahawa semasa proses mempelajari B2, murid akan kerap
melakukan kesilapan disebabkan pengaruh bahasa ibundanya yang kuat. Manusia
memperoleh B1 secara semula jadi sejak dilahirkan dan dianggap bahasa ibunda mereka.
Apabila meningkatkan dewasa, disebabkan kehendak sistem pelajaran yang mereka ikuti,
mereka dikehendaki mempelajari B2 secara formal. Semasa mempelajari B2, berlaku
kekeliruan antara B1 dan B2 dan lahirnya Bahasa Antara (BA).

Bahasa yang wujud antara B1 dan B2 merupakan Bahasa Antara (BA). BA merupakan
peralihan B1 kepada B2. BA bersifat sementara dan berubah-ubah mengikut tahap
penguasaan seseorang dan dibentuk oleh murid B2 semasa menuju penguasaan B2 atau
bahasa sasaran. Interlanguage digunakan oleh Selinker pada tahun 1992 merujuk kepada
sistem lingustik tersendiri murid B2 yang berusaha untuk bertutur atau menghasilkan bahasa
sasaran contohnya melalui menulis karangan dalam B2. Oleh itu, sistem BA wujud di antara
sistem bahasa penutur jati (native language) dan sistem bahasa sasaran (target language).

730
Rajah 1: Tanggapan tentang Bahasa Antara

Bahasa Antara dapat didefinisikan dalam dua aspek iaitu yang pertama, BA sebagai
sistem tatabahasa pelajar pada satu tahap dalam satu-satu masa dan kedua, BA sebagai
sistem tatabahasa yang kunci mengunci antara satu sama lain (Noor Aina Dani, 1996 dan
Puteri Roslina, 2004). BA juga adalah sistem tatabahasa pada satu tahap dalam satu masa
telah dikategorikan kepada tiga tahap iaitu basilek, mesolek dan akrolek. Fenomena fosiliasasi
juga merupakan bukti kemunculan BA.

Jadi, jelaslah teori BA merujuk kepada suatu fenomena yang berlaku sepanjang proses
peralihan yang melibatkan penutur bahasa pertama yang belum menguasai sepenuhnya
bahasa keduanya. Prestasi bahasa murid berubah-ubah dari semasa ke semasa dengan
memadam, menambah dan membina semula peraturan BA. Murid mengubah BA secara
berterusan sehingga sistem bahasa sasaran terbentuk sepenuhnya. Proses ini dipanggil
‘Kontinum Bahasa Antara’ seperti pada rajah 2.

Rajah 2: Kontinum Bahasa Antara

Dalam proses tersebut, penutur akan membuat percubaan ke arah bahasa keduanya
dan potensi mencipta Bahasa Antara iaitu sistem bahasanya yang tersendiri juga akan terhasil
sama ada secara kerap mahupun tidak kerap dalam penulisannya. Murid Tamil yang dikaji
belum mahir menggunakan bahasa Melayu baku (Suthanthiradeevi, 2004). Terdapat
penggunaan bahasa ibunda (Bahasa Tamil) dan bahasa lain untuk menyampaikan mesej
dalam bahasa sasaran (Bahasa Melayu). Skop kajian ini merangkumi kewujudan Bahasa
Antara dalam penulisan karangan Bahasa Melayu (BM) sebagai B2 di kalangan murid Tamil

731
di sekolah kajian. Strategi Komunikasi pengkaji abaikan kerana skop kajian yang ditadbir
pengkaji adalah melihat kepada aspek penulisan murid bukan aspek lisan murid. Oleh itu,
objektif kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis penulisan karangan murid
berdasarkan proses-proses Bahasa Antara (BA) dan mengenal pasti pendekatan, teknik dan
strategi PdP guru lakukan untuk meningkatkan kemahiran menulis murid.

Rajah 3: Proses-proses Bahasa Antara

PERNYATAAN MASALAH

Menurut Suthanthiradevi (2004) juga, terdapat gangguan dalam bahasa ibunda dalam
pertuturan dan penulisan Bahasa Melayu murid-murid Tamil. Kajian awal yang dibuat oleh
Suthanthiradevi (2004) juga menegaskan berbagai-bagai masalah bagi murid Tamil dalam
mempelajari Bahasa Melayu. Kesanya, murid-murid Tamil akan melakukan kesalahan
penggunaan Bahasa Melayu melalui penulisan mereka. Perbezaan ciri-ciri fonologi, morfologi
dan binaan ayat antara Bahasa Melayu dan Bahasa Tamil menyebabkan fenomena gangguan
bahasa ibunda (B1) ke atas pemerolehan bahasa kedua (B2). Contohnya, terdapat perbezaan
susunan konstitiuen ayat tunggal antara bahasa Melayu dengan bahasa Tamil. Ayat tunggal
kedua-dua dibina berdasarkan konstituen subjek dan predikat. Ayat tunggal umunya
mempunyai bentuk susunan, iaitu susunan biasa dan songsang. Bagi Bahasa Melayu, subjek
akan berada di hadapan dan diikuti predikat di belakang.

Subjek Predikat

Seorang guru telah memenangi hadiah itu.

732
Dalam Bahasa Tamil pula, bentuk susunan ayat ialah seperti berikut;

Antha parisai oru asiriyar venthar.

Itu hadiah seorang guru telah menang.

Bahasa Tamil mementingkan bahagian ayat subjek (predikat) daripada ayat yang
diterangkan (subjek). Kedudukan konstituen predikatnya adalah di hadapan konstituen subjek.
Bentuk ayat seperti ini disebut ayat susunan songsang dalam Bahasa Melayu. Selain itu,
semasa menjalankan praktikum Fasa 1 dan Fasa 2, ada di kalangan murid Tamil di dalam
kelas yang diajar pengkaji mempunyai masalah menulis karangan Bahasa Melayu. Oleh itu,
pengkaji berhasrat untuk mencari bahasa yang wujud apabila murid Tamil menulis karangan.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Menganalisis penulisan karangan murid yang mempelajari B2 berdasarkan proses-proses


dalam Bahasa Antara (BA).
2. Mengenal pasti pendekatan, teknik dan strategi PdP yang guru lakukan untuk
meningkatkan kemahiran menulis murid.

SOALAN KAJIAN

1. Apakah proses-proses Bahasa Antara (BA) yang wujud dalam penulisan karangan murid
yang mempelajari B2?
2. Apakah pendekatan, teknik dan strategi PdP yang dilakukan guru bagi meningkatkan
kemahiran menulis murid?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian kualitatif berbentuk kes. Kajian ini akan menggunakan dapatan
data daripada penulisan bahasa Melayu oleh murid Tamil yang diambil dari sekolah kajian.
Konsep bahasa antara (BA) yang dikaji adalah berdasarkan karangan murid Tamil tanpa
kehadiran penulisan murid-murid asli bahasa Melayu. Persampelan bertujuan pengkaji
terapkan. Persampelan bertujuan merujuk kepada prosedur persampelan untuk sekumpulan
subjek yang mempunyai ciri tertentu dipilih sebagai subjek kajian (Othman, 2009). Jadi,
pengkaji telah memilih lima orang murid dan tiga orang guru Bahasa Melayu di Sekolah Jenis
Kebangsaan (Tamil) Kangar, Perlis. Pengkaji memilih murid-murid Tamil berdasarkan kriteria
yang telah ditetapkan oleh pengkaji iaitu;

(a) mempunyai kebolehan menulis (Bahasa Melayu) yang minimun


(b) tidak tergolong dalam kategori murid bermasalah pembelajaran/ inklusif (bukan
Pendidikan Khas)
(c) berumur 12 tahun pada tahun semasa (Tahun 6)

733
Kaedah lapangan telah pengkaji jalankan bagi mendapatkan data mentah.
Pengumpulan data melibatkan ujian karangan, buku karangan, kertas peperiksaan lepas serta
rakaman temu bual dengan tiga orang guru Bahasa Melayu di sekolah kajian. Triangulasi data
pengkaji terapkan. Triangulasi merupakan antara cara terbaik untuk mendapatkan
kebolehpercayaan bagi kaedah penyelidikan kualitatif, maka penyelidik memilih untuk
melaksanakan kajian berpandukan triangulasi dalam data seperti yang dijelaskan oleh
Othman (2009).

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Proses-proses Bahasa Antara (BA) yang terdapat dalam kajian ini ialah pemindahan bahasa
(transfer of language), pemindahan latihan (transfer of training), strategi pembelajaran
(learning strategies) dan generalisasi terlampau (overgeneralization).

Pemindahan Bahasa

Pemindahan bahasa adalah penggunaan bahasa Tamil (B1) oleh subjek kajian sama ada dari
aspek kata, leksikal, frasa atau ayat dalam penulisan karangan BM subjek kajian. Dalam kajian
lapangan yang telah dijalankan, hasil daripada analisis ke atas karangan murid membuktikan
bahawa murid banyak melakukan pemindahan bahasa. Pengkaji telah menemui beberapa
ayat yang mempunyai proses pemindahan bahasa dalam sampel karangan murid.
Kebanyakan aspek ini merupakan terjemahan literal, langsung daripada bahasa Tamil (BT).
Pemindahan bahasa ialah pengaruh yang terhasil akibat perbezaan antara bahasa sasaran
dengan bahasa yang terlebih dahulu diperoleh murid. Puteri Roslina (2004) menyatakan
pemindahan bahasa merupakan pemindahan ujaran yang bukan sahaja tidak tepat tetapi juga
tidak betul dari segi bahasa standard.

Jadual 1
Proses pemindahan bahasa yang ditemukan dalam penulisan karangan subjek kajian
Bil. Ayat yang ditulis dalam karangan Maksud ayat dalam
Ayat B2
1 Antha Punayai batiramagauum antha punayai Saya menjaga kucing
pata kondan. itu dengan berhati-
hati.

Karangan yang ditulis oleh subjek kajian melihatkan berlaku proses pemindahan
bahasa. Contohnya, SK1 dalam karangan telah menulis ayat yang merupakan terjemahan
langsung dari BM ke BT. Kesilapan pertama, dalam ayat melibatkan binaan konstituen (FN) +
(FK) iaitu “Saya menjaga kucing itu dengan berhati-hati” yang ditulis dalam B1 berbunyi “Antha

734
Punayai batiramagauum antha punayai pata kondan”. SK1 telah melakukan terjemahan
langsung dari B1 ke B2. Kesannya, berlaku percampuran dua bahasa dan menunjukkan BA
iaitu pemindahan bahasa oleh subjek kajian. Murid Tamil sewenang-wenangnya menulis
Bahasa Tamil digabungkan bersama ayat Bahasa Melayu dalam karangan mereka bagi
memudahkan penulisan yang ingin disampaikan tetapi salah dari aspek penulisan Bahasa
Melayu standard. Dalam penulisan karangan BM yang tepat, tidak boleh mencampur aduk dua
bahasa kerana ianya bercanggah dalam peraturan bahasa.

Pemindahan Latihan

Pemindahan latihan didapati mempengaruji penulisan karangan BM pelajar Tamil kerana ayat
yang ditulis tidak bermula dengan frasa nama seperti dalam ayat tunggal BM. Ayat dasar
bahasa Tamil lazimnya bermula dengan frasa kerja, malah ada ayat yang bermula dengan
frasa adjektif atau frasa sendi nama. Ayat dasar dalam BM berbeza dengan ayat dasar bahasa
Tamil. Contohnya yang ditulis oleh SK3 menunjukkan proses pemindahan latihan wujud:

1(a) Seorang besar tangap lelaki itu dan dia ambik kembali basikal saya.

(FA) + (FK) – Bahasa Tamil

Berdasarkan contoh diatas, SK3 dalam K3 pada A18 menulis ayat dalam BM bermula
dengan Frasa Adjektif (FA) iaitu ‘Seorang besar’ dan diikuti oleh Frasa Nama (FK) ‘tangap
lelaki itu’. Menurut, Nik Safiah Karim et.al (2011), terdapat empat pola ayat dasar dalam BM
berdasarkan predikat ayat, iaitu Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN), Frasa Nama + Frasa
Kerja (FN+FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA), Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
(FN+FSN). Oleh itu, ayat yang ditulis di atas adalah tidak tepat sama sekali dari aspek susunan
bahasa. Ayat yang tepat wajib mempunyai susunan ayat yang tepat berdasarkan nahu Bahasa
Melayu. Pemindahan latihan ialah teknik dan kaedah yang diaplikasikan oleh pelajar atau
pengajar B2 yang mampu mempengaruhi pemerolehan B2 seseorang penutur B2.

Strategi Pembelajaran

Strategi pembelajaran (SP) merupakan satu proses bagi kanak-kanak membentuk peraturan
bahasa, iaitu hipotesis atau percubaan tentang bahasa kedua yang selalu diuji. Hipotesis ini
kadangkala tidak tepat dan menghasilkan bentuk bahasa yang bukan bahasa pertama atau
bahasa kedua tetapi merupakan Bahasa Antara (BA). Strategi pembelajaran ialah pendekatan
tertentu yang diaplikasi oleh pelajar B2 untuk mempelajari B2. Strategi pembelajaran juga
merupakan satu kaedah yang digunakan untuk menyimpan sesuatu input agar dapat diingat
kembali. Terdapat dua bentuk Strategi Pembelajaran (SP) iaitu strategi penghilangan dan
strategi pemudahan.

735
Dalam kajian yang dilakukan oleh pengkaji, pengkaji telah mengguna pakai Taksonomi
Strategi Pembelajaran. Taksonomi ini digunakan pengkaji untuk melihat adakah wujudnya
proses Strategi Pembelajaran penghilangan dan pemudahan dalam karangan yang murid
Tamil hasilkan. Berikut merupakan gambaran taksonomi ini:

Rajah 4: Taksonomi Strategi Pembelajaran

1. Strategi Penghilangan (deletion)

Strategi penghilangan kata berlaku apabila subjek kajian menghadapi masalah menggunakan
perkataan yang sesuai dalam ayat yang mereka hasilkan. Subjek kajian akan meninggalkan
perkataan tersebut tanpa menggantikan dengan perkataan dalam B1 atau B2. Hal ini
menunjukkan bahawa struktur BA telah pun wujud dalam penulisan subjek kajian.

(a) Penghilangan Kata

Berdasarkan analisis data karangan yang telah pengkaji jalankan, terdapat ayat yang
mengandungi strategi penghilangan kata, iaitu penghilangan; kata sendi, kata nama.

1(a) Dia suka makan nasi kari.

(b) Dia suka makan nasi lauk kari.

Ayat yang ditulis oleh SK2 telah berlaku penghilangan kata nama ‘lauk’. Ayat
diatas merupakan ayat dengan pola FN+FK. Kata nama ‘lauk’ sepatutnya ditulis
selepas kata nama ‘nasi’ supaya ayat yang dihasilkan gramatis.

(b) Penghilangan Imbuhan

Seterusnya, berlaku juga penghilangan imbuhan. Imbuhan adalah morfem yang tidak
boleh berdiri sendiri dan memerlukan kata lain untuk mendokong makna yang lengkap.
Oleh itu, pengimbuhan akan melahirkan perkataan yang dikenali sebagai kata terbitan.
Imbuhan terdiri daripada awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Dalam kajian yang

736
dilakukan oleh pengkaji, pengkaji hanya akan melihat kepada penghilangan imbuhan
awalan.

1(a) Dia lari laju.

1(b) Dia berlari dengan laju.

Ayat yang telah ditulis oleh SK3 menunjukkan penghilangan imbuhan. SK3 tidak
meletakkan imbuhan ‘ber’ dihadapan kata kerja ‘lari’. Imbuhan ‘ber’ sepatutnya
diletakkan dihadapan kata kerja ‘ber’ dan ayat menjadi lebih lengkap. Penghilangan
imbuhan akan menyebabkan berlakunya kesilapan morfologi.

2. Strategi Pemudahan (simplication)

(a) Strategi Penambahan

Strategi penambahan bermaksud digunakan oleh subjek kajian dengan memasukkan


unsur yang tidak perlu dalam ayat BM yang dibina. Penambahan ini akan
menyebabkan lewah bahasa. Lewah bahasa adalah sesuatu unsur yang digunakan
secara berlebih-lebihan.

1(a) Aku terpandang tengok cikgu Fatrah dia sangat cantik.

1(b) Aku terpandang Cikgu Fatrah, dia sangat cantik.

Dalam ayat yang dihasilkan SK2 ini, SK2 telah menulis perkataan terpandang dan
tengok. Kamus Dewan mendefinisikan terpandang atau kata dasarnya ‘pandang’
membawa maksud lihat manakala tengok bermaksud ‘melihat’. Ini menunjukkan
berlakunya unsur lewah dalam karangan yang dihasilkan oleh SK2 ini. Penulis perlu
menggugurkan salah satu perkataan tersebut kerana ianya membawa maksud yang
sama erti.

(b) Strategi Pembentukan

Strategi pembentukan kekeliruan banyak ditemukan dalam kajian ini kerana subjek
kajian keliru membeza golongan kata bagi sesuatu unsur tersebut.

1(a) Selepas mala pergi ke kedai mala membeli satu buku beli.

1(b) Selepas Mala pergi kedai, Mala membeli satu buku.

Melalui karangan yang dihasilkan, SK1 telah menggunakan huruf kecil untuk
menyatakan kata nama khas iaitu nama orang. Kata nama khas, nama orang wajib
dimulai dan dieja dengan huruf besar pada permulaan perkataan. Hal ini membuktikan,
subjek kajian keliru untuk membezakan kata nama am dan kata nama khas.

737
Generalisasi Terlampau

Generalisasi Terlampau (GT) bermaksud pelajar telah menguasai peraturan bahasa sasaran
secara umum di samping menunjukkan apa yang belum dipelajari. Menurut Puteri Roslina
(2004), pada peringkat awal pelajar B2 cenderung membuat generalisasi berasaskan darjah
penggunaan dalam bahasa sasaran, akhirnya diubahsuai dan dihadkan kepada bentuk-
bentuk tertentu sahaja.

1(a) Saya tidak nampak kereta itu.

1(b) Saya tidak melihat kereta itu.

Dalam penulisan di atas, telah berlaku GT. SK3 telah menggunakan perkataan
‘nampak’ selepas kata nafi dalam penulisan karanganya. Penggunaan kata kerja ‘nampak’
dalam ayat di atas menunjukkan unsur TG. Kosa kata yang tepat ialah ‘lihat’ dan imbuhan me-
diletakkan di hadapan. Kosa kata yang digunakan menunjukkan bahasa lisan atau bahasa
percakapan harian dan tidak sesuai digunakan dalam penulisan formal iaitu ketika
mempelajari B2 di dalam kelas.

Pendekatan, Teknik dan Strategi yang dilakukan guru bagi meningkatkan kemahiran
menulis murid

Pendidikan bahasa memerlukan penekanan kepada aspek pengajaran bahasa itu sendiri.
Pengajaran bahasa memerlukan perancangan yang teliti untuk membolehkan guru mengajar
dengan berkesan dan murid mendapat manfaat yang maksimun daripada proses
pembelajaran yang telah dilalui. Oleh itu, pengkaji dapat simpulkan disini bahawa pelbagai
pendekatan, teknik dan strategi yang sering diterapkan oleh guru Bahasa Melayu ketika sesi
PdP. Antaranya ialah mengenal pasti kesilapan bahasa dalam penulisan murid kemudian
membuat pembetulan serta latih tubi. Fokus dan pelaksanaan teknik latih tubi ini lebih kepada
pengulangan fakta dan kecekapan. Teknik ini juga sesuai digunakan untuk semua kemahiran.
Teknik ini juga menjurus kepada sebuah platform pengukuhan penguasaan sesuatu
kemahiran, di samping menjamin ketekalan ingatan murid.

Selain itu, guru juga menggunakan teknik hafalan. Teknik hafalan yang dimaksudkan
adalah murid-murid akan menghafal karangan Bahasa Melayu dan akan menulis kembali
karangan yang mereka ingati apabila menulis karangan di dalam peperiksaan misalanya.
Teknik hafalan sememangnya menjadi kegemaran guru-guru di sekolah kajian kerana
kesukaran murid Tamil menulis ayat dalam Bahasa Melayu.

Selepas itu, guru juga mengaplikasikan konsep-konsep yang terkandung dalam jenis-
jenis bacaan iaitu bacaan extensif dan intensif. Bacaan extensif digunakan oleh guru kerana

738
boleh dilakukan di luar kelas secara bersendirian tanpa bimbingan guru (Adenan, 2012).
Apabila murid melakukan bacaan extensif seperti yang dicadangkan guru dapat meningkatkan
pemahaman murid terhadap bahan bacaan, mendedahkan mereka dengan aspek-aspek
bahasa serta menambah kosa kata mereka. Tambahan lagi, apabila murid melakukan bacaan
extensif ianya dapat membantu penulisan murid dan dapat mengukuhkan pengetahuan
bahasa yang telah dipelajari (Adenan, 2012). Bacaan intensif juga dilakukan guru dengan
membimbing murid di dalam kelas menyebut kosa kata yang tepat dan ujaran yang betul.
Langkah ini dapat meningkatkan kemahiran menulis murid apabila melalui bacaan mereka
akan dapat mengetahui ejaan, binaan ayat yang betul serta tanda baca. Kesanya, kesilapan
bahasa dapat dikurangkan dan kewujudan Bahasa Antara berada pada tahap paling minimun.
Berikutnya, guru juga telah mengaplikasikan teknik-teknik seperti teknik bercerita dan teknik
drama. Melalui penggunaan dua teknik ini ianya dapat membantu murid dari aspek penulisan
kelak. Misalnya, murid akan terlebih dahulu menulis karangan yang berbentuk cerita untuk
disampaikan atau dilakonkan di dalam. Kesannya, guru boleh membaiki kesilapan bahasa
murid sebelum dan selepas mereka bercerita. Maka, jelaslah teknik drama dan bercerita
mampu meningkatkan kemahiran menulis murid malah kemahiran lisan mereka juga dapat
ditingkatkan. Kesimpulanya, terdapat pelbagai kaedah, pendekatan dan teknik yang guru
gunakan untuk meningkatkan kemahiran menulis murid Tamil.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Kajian ini telah memaparkan mengenai proses-proses BA yang terdapat dalam penulisan
karangan yang ditulis oleh subjek kajian. Empat proses BA yang terdapat penulisan karangan
murid ialah pemindahan bahasa, pemindahan latihan, strategi pembelajaran dan generalisasi
terlampau. Di sini dapat pengkaji simpulkan bahawa terdapat gangguan bahasa berlaku
apabila murid Tamil menulis karangan. Maka, berlakunya kesilapan bahasa dan menjurus ke
arah fenomena yang dikenali sebagai BA. Kesukaran BM menjadi salah satu faktor mengapa
murid Tamil melakukan kesilapan bahasa (Noor Zila, 2015).

Kajian ini menunjukkan pengaplikasian teori Bahasa Antara dalam mengesan tahap
penguasaan murid untuk mencapai bahasa sasaran. Teori ini sangat lazim digunakan untuk
melihat gangguan bahasa pertama dalam mempelajari bahasa kedua. Maka dari dapatan
kajian yang dijalankan pengkaji, kajian pengkaji ini dapat dijadikan rujukan kepada pengkaji-
pengkaji lain, pendidik Bahasa, guru-guru bahasa Bahasa Melayu terutamanya di Sekolah
Jenis Kebangsaan (SJK) dalam usaha mengajar BM sebagai B2. Oleh itu, guru Bahasa
Melayu perlu cakna tentang dengan kesilapan bahasa yang murid lakukan kerana kesilapan
bahasa ini akan menyebabnya wujudnya BA dalam penulisan murid. Pengkaji juga rumuskan
bahawa murid Tamil sememangnya boleh menulis dalam Bahasa Melayu standard sama

739
seperti penutur natif tapi perlu usaha yang lebih serta pendedahan kepada B2 yang maksimun
berbanding penutur natif (Puteri Roslina, 2004). Guru bahasa memainkan peranan penting
dalam mengajar B2. Guru yang ditempatkan di SJK terutamanya perlu dan wajib bertutur
dalam Bahasa Melayu di dalam kelas yang dan menggunakan pelbagai teknik, strategi dan
pendekatan agar murid seronok belajar B2 di dalam kelas.

Maka dalam cadangan, pengkaji telah mencadangkan agar menyediakan kurikulum


khusus untuk pembelajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua termasuk peringkat
menengah dan rendah (Aina Dani, 1996). Kurikulum dan Dokumen Standard Kurikulum
Pentaksiran (DSKP) digubal dengan mengambil kira tahap penguasaan pelajar yang
mempelajari Bahasa Melayu sebagai B2. Selain itu, pengkaji juga mencadangkan untuk
BPPDP melakukan penyelidikan berterusan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua. Dengan ini, murid-murid yang mempelajari BM
sebagai B2 tidak akan merasa ketinggalan berbanding penutur natif Bahasa Melayu. Ketiga,
cadangan pengkaji juga kepada IPGM. IPGM juga perlu menyediakan atau menambah
kursus-kursus ke dalam program PISMP Bahasa Melayu Pendidikan Rendah. Antaranya
kursus yang dicadangkan adalah Pengajaran Kemahiran Mengarang, Sosiolinguistik,
Pengantar Psikolinguistik dan Pemulihan dan Pengayaan dalam Pengajaran Bahasa Melayu
dan Linguistik Bahasa Melayu. Keempat-empat kursus yang dicadangkan pengkaji ini amat
penting bagi melahirkan guru Bahasa Melayu yang berkualiti. Cadangan pengkaji juga kepada
pihak sekolah adalah dengan mengadakan 5 minit bacaan B2 setiap pagi, pertandingan dalam
B2 dan pelbagai lagi. Kesemua usaha ini akan membolehkan kontinum BA akan bergerak
menuju ke bahasa sasaran. Pengkaji juga mengemukakan cadangan kepada guru Bahasa
Melayu. Guru Bahasa Melayu yang telah mendapat latihan akademik dan ikhtisas yang
mencukupi seharusnya boleh membezakan murid sama ada murid yang berada di dalam kelas
menggunakan Bahasa Melayu sebagai B1 atau B2. Ada sesetengah murid juga tidak boleh
bertutur dan menulis Bahasa Melayu disebabkan atas beberapa faktor yang menghadkan
penguasaan bahasa mereka. Guru seharusnya bijak dan pandai mengolah pembelajaran
bahasa dan pemerolehan bahasa iaitu Bahasa Melayu sebagai B2 seperti dalam dalam kajian
ini (Alice, 2010).

RUJUKAN

Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu.
Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Alice Alim. (2010). Bahasa Antara dalam pembelajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa K
kedua. Disertasi Ijazah Sarjana. Akademi Pengajian Melayu . Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.

740
Alice Alim. (2011). Prosiding Persidangan Linguistik ASEAN V, Warna-warni Lingustik
ASEAN: Penyelidikan dan Pemantapan Korpus IIlmu, Bahasa A Antara
dalam Pemelajaran Bahasa Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Batik Anak Bidin. (2011). Stail Pembelajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa
Kedua dalam Kalangan Pelajar Peribumi Sarawak. Tesis Ijazah Dr.
Falsafah. Selangor: UPM.

Fatin Rabiha Abdul Kadir & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2017). Bahasa Antara dalam
Komunikasi lisan penutur melayu dan penutur bukan Melayu. International
Journal of Language Education and Applied Linguistics.

Koey, Chee Leong. (2004). Analisis kesilapan morfologi Bahasa Melayu di


Sekolah Menengah Kebangsaan.Tesis Ijazah Sarjana. Kuala Lumpur:
Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti Malaya.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Nik Safiah Karim. (2011). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan P
Pustaka.
Noor Aina Dani. (1996). Pemindahan Bahasa dalam Proses Pembelajaran Bahasa
Melayu Pelajar-pelajar Dusun. Tesis Dr. Falsafah. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Noor Aina Dani & Patarai Cholen. (2010). Cabaran fosilisasi dalam pemerolehan bahasa
Melayu bagi pelajar B2. Dalam Melayu dalam Cabaran. Selangor: Penerbit
Universiti Putra Malaysia.

Noor Zila Md Yusuf. (2015). Bahasa Antara dalam pembelajaran Bahasa Melayu s sebagai
Bahasa Kedua. Tesis Doktor Falsafah. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Othman Lebar. (2009). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan Kepada Teori dan Metod.
Tanjung Malim :Universiti Sultan Idris.

Puteri Roslina Abdul Wahid. (2004). Bahasa Antara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Selinker, Larry. (1992). Rediscovering Interlanguage. London and New York: Longman
Group.

Suthanthiradeevi. (2004). Kesalahan Bahasa dalam Karangan Murid Tamil yang


Mempelajari Bahasa Melayu di Sekolah Menengah. Tesis Doktor Falsafah.
Serdang: Universiti Putra.

741
TAHAP KESEDIAAN GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH DALAM
PENGGUNAAN TEKNIK DIDIK HIBUR SECARA DALAM TALIAN

Muhamad Syahmi bin Jusoh


muhamad09-877@epembelajaran.edu.my

Mimma Sayuti binti Mat Khalid


mimma@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan tahap sikap guru Bahasa Melayu
sekolah rendah terhadap teknik didik hibur secara dalam talian. Reka bentuk kajian ini menggunakan
salah satu pendekatan kuantitatif iaitu kajian tinjauan. Instrumen kajian ini ialah soal selidik berkaitan
tahap pengetahuan dan tahap sikap guru Bahasa Melayu sekolah rendah terhadap teknik didik hibur
secara dalam talian. Responden kajian melibatkan 80 orang guru Bahasa Melayu di sekolah rendah
Zon Keramat, Kuala Lumpur. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Package for
Social Science (SPSS) Versi 26 untuk mendapatkan peratus, min dan sisihan piawai. Berdasarkan
dapatan kajian, tahap pengetahuan dan tahap sikap guru Bahasa Melayu sekolah rendah terhadap
teknik didik hibur secara dalam talian berada pada tahap yang tinggi. Oleh itu, kajian ini memberi impak
yang positif terhadap pengetahuan dan sikap guru Bahasa Melayu dalam menggunakan teknik didik
hibur secara dalam talian semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Kata Kunci: Tahap, sikap, pengetahuan, teknik didik hibur, sisihan piawai

ABSTRACT
This study aims to identify the level of knowledge and attitude of the primary school teachers teaching
Bahasa Melayu on the use of fun online learning techniques. To achieve the targeted aim, a quantitative
research design was chosen which was a survey. Specifically, the instrument used in this study was a
questionnaire that seeks findings on the level of knowledge and attitude of the primary school teachers
teaching Bahasa Melayu towards the use of fun online learning techniques. The respondents involved
in this survey were 80 primary school teachers teaching Bahasa Melayu from one of the primary schools
located in Keramat, Kuala Lumpur. The data obtained then were analysed using Statistical Package for
Social Science (SPSS) Version 26 to obtain the percentages, means, and standard deviations. Based
on the overall result of the survey conducted, the respondents; primary school teachers teaching Bahasa
Melayu were occupied with a high level of knowledge and attitude on fun online learning techniques.
Hence, this survey had given a positive impact on the knowledge and attitude of the teachers in using
fun online learning techniques in conducting the teaching and learning process in Bahasa Melayu.

Keywords: Level, attitude, knowledge, fun online learning techniques, standard deviations

PENGENALAN
Pendidikan merujuk kepada satu bentuk sosialisasi yang melibatkan individu yang mahir
mengajar individu yang lain supaya pemerolehan ilmu dan kemahiran dapat dikembangkan
(James Ness, 2020). Oleh hal demikian, pada tahun 2011, pelaksanaan Kurikulum Standard

742
Sekolah Rendah (KSSR) telah mula dilaksanakan menggantikan Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR). KSSR diperkenalkan sebagai salah satu usaha untuk menyusun semula
kurikulum yang sedia ada supaya murid dapat memenuhi keperluan semasa di samping dapat
menghadapi cabaran abad ke-21. KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi,
Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi secara eksplisit dengan
mengfokuskan kepada membaca, menulis, mengira dan menaakul. Hal ini selari dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmoni. Oleh hal yang demikian, guru memainkan peranan yang penting dalam mencapai
hasrat ini. Guru perlu bijak merancangan pengajaran dan pembelajaran (PdP) melalui pelbagai
cara antaranya menggunakan pendekatan bermain selari dengan anjakan untuk transformasi
sistem dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Antara anjakan yang
telah dinyatakan ialah memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

Oleh kerana ramai yang berpendapat melalui teknik didik hibur ini dapat memberikan
banyak kesan positif kepada murid-murid, guru seharusnya mengambil inisiatif dalam
melaksanakan pendekatan bermain ini di dalam proses PdP selari dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang telah memasuki gelombang ketiga.
Christie dan Roskos (2009) mengatakan teknik didik hibur sesuai dengan tahap
perkembangan dan dapat menarik minat murid untuk terus belajar. Pendekatan bermain akan
memberikan impak kepada pembelajaran murid-murid namun guru haruslah menggunakan
sebaiknya kerana guru merupakan tunggak utama dalam mengimplimentasikan dasar yang
digalakkan oleh kerajaan (Nurul Huda dan Ong Abdullah, 2010).

PERNYATAAN MASALAH
Guru merupakan ejen pelaksana dalam mendidik masyarakat. Kurang pengetahuan dalam
bidang teknologi terutamanya sewaktu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) amat
memberi kesan kepada guru mahupun murid. Menurut Siti Nafsiah Ismail, Zuraidah Abdullah,
Abdul Jalil Othman & Salwati Shafie (2016) keberkesanan proses PdP amat berkait rapat
dengan kebijaksanaan seorang guru dalam memilih kaedah yang sesuai dengan tahap dan
kebolehan pelajar. Kegagalan dalam merancang dan menentukan teknik pengajaran Bahasa
Melayu menyebabkan isi pelajaran gagal disampaikan secara berkesan. Kegagalan guru
menguasai kemahiran ilmu pedagogi ini akan menjadikan murid lebih bermasalah dalam
menguasai topik pengajaran guru (Abd. Halim 2009).

Pengkaji berpendapat bahawa guru-guru perlu memantapkan diri dalam pendagogi


yang sesuai dengan suasana PdPR. Guru yang kurang dari segi pegetahuan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) akan menjadikan PdPR menjadi semakin sukar kepada
murid dan guru itu sendiri. Mumcu dan Usluel (2010) menyatakan bahawa penggunaan TMK

743
dalam pelajaran adalah rendah berbanding penggunaan untuk tujuan pengurusan kerja dan
peribadi dalam kalangan guru. Hal ini kerana, guru-guru lebih cenderung menggunakan teknik
pengajaran tradisional berasaskan buku teks dan percakapan semata. Oleh hal demikian,
tahap kemahiran guru dalam penggunaan TMK adalah masih di tahap yang rendah (Razali,
Bahador dan Saidon, 2016). Pelaksanaan sesi PdPR yang berkualiti dan objektif akan sukar
untuk dicapai sekiranya guru-guru tidak mempunyai kemahiran yang baik untuk menggunakan
TMK (Vinathan, 2016).

Di samping itu, Siti Hajar Halili dan Suguneswary (2016) menyatakan bahawa guru
perlu mempunyai sikap dan efikasi yang tinggi untuk memudahkan proses penerimaan
penggunaan TMK dalam pelaksanaan proses PdPR. Pesekitaran yang realistik, maya,
interaktif dan yang paling baik adalah dapat menimbulkan keseronokan semasa belajar
terutamanya dalam PdPR (Anjuman dan Wan Hussin, 2013). Walau bagaimanapun, masih
terdapat lagi guru-guru yang bersikap enggan mengunakan TMK dalam PdP walaupun telah
mendapat pendedahan awal tentang kebaikan penggunaan TMK dalam PdP sama ada di
peringkat universiti atau melalui pengalaman sepanjang tempoh berkhidmat (Abdullah, Nur
Qistina, Ali dan Hazman, 2010).

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah seperti berikut, iaitu:

i. Mengenal pasti tahap pengetahuan tentang teknik didik hibur secara dalam talian
dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah rendah.
ii. Mengenal pasti tahap sikap terhadap penggunaan teknik didik hibur secara dalam
talian dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah rendah.

SOALAN KAJIAN
Persoalan-persoalan yang diutarakan dalam kajian ini adalah seperti berikut, iaitu:

i. Apakah tahap pengetahuan guru tentang teknik didik hibur secara dalam talian dalam
kalangan guru Bahasa Melayu.

ii. Apakah tahap sikap terhadap penggunaan teknik didik hibur secara dalam talian dalam
kalangan guru Bahasa Melayu.

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian adalah penting bagi sesuatu kajian sebagai panduan untuk memastikan
objektif kajian tercapai seterusnya menjawab persoalan kajian. Reka bentuk kajian yang paling
sesuai digunakan untuk kajian ini ialah kajian kuantitatif berbentuk deskriptif bagi mengenal

744
pasti tahap kesediaan guru Bahasa Melayu menggunakan teknik didik hibur secara dalam
talian dalam PdP bahasa Melayu. Kajian ini akan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan.
Kajian tinjauan termasuk dalam salah satu jenis kajian penyelidikan deskriptif. Menurut
Creswell (2008) reka bentuk kajian tinjauan adalah prosedur dalam penyelidikan kuantitatif
dan kualitatif yang mana pengkaji menjalankan satu tinjauan terhadap sampel atau
keseluruhan populasi. Pengkaji mengambil guru Bahasa Melayu yang mengajar di zon
Keramat sebagai sampel kajian. Seramai 80 orang guru Bahasa Melayu dipilih secara rawak
mudah untuk dijadikan sebagai sampel kajian.
Dalam kajian ini, borang soal selidik digunakan oleh pengkaji sebagai instrumen kajian
yang merangkumi tiga bahagian. Bahagian A merangkumi demografi responden. Bahagian B
merangkumi soalan yang berkaitan dengan pengetahuan teknik didik hibur secara dalam talian
dalam talian yang digunakan. Bahagian C pula memuatkan item-item yang mengkaji tentang
tahap sikap guru dalam penggunaan teknik didik hibur secara dalam talian. Soal selidik ini
berbentuk skala Likert 5 mata.
Sebelum kajian sebenar dijalankan, pengkaji terlebih dahulu melaksanakan kajian
rintis untuk melihat tahap kebolehlaksanaan dan kemunasabahan instrumen kajian. Secara
tidak langsung, kajian rintis ini dapat meningkatkan kesahan dan ketepatan instrumen kajian.
Menurut Noraini Idris (2013), kajian rintis dijalankan bertujuan untuk menguji
kebolehpercayaan dan kesahan item berkaitan dengan instrumen yang dibina. Oleh hal
demikian, pengkaji telah melakukan ujian rintis di Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai. Kajian
rintis ini melibatkan 10 orang responden yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan
responden kajian. Menurut Connelly (2008) dan Treece & Treece (2005) yang menyarankan
bilangan sampel untuk kajian rintis adalah 10% daripada sampel sebenar. Pengkaji
mengedarkan borang soal selidik kepada responden sebagai kajian rintis. Pengkaji
menggunakan Google Form bagi memudahkan pengkaji. Menurut Jas Laile dan Suzana
Jaafar (2008), penggunaan soal selidik adalah mudah, murah, cepat. Berdasarkan maklum
balas, soal selidik akan ditambah baik untuk diisi oleh responden kajian yang sebenar.
Berdasarkan kajian rintis yang telah dijalankan dan hasil daripada kajian rintis telah dianalisis
dengan menggunakan SPSS versi 26.0 untuk mendapatkan nilai Alpha Cronbach. Nilai Alpha
Crobach keseluruhan soal selidik menunjukkan 0.885. Nilai Cronbach Alpha item kontruk
dalam soal selidik juga dianalisis.

Menurut Sulaiman Masri (2005), proses penganalisisan data berlaku setelah


maklumat, data dikumpul dan dipilih mengikut kesesuaian penyelidikan. Dalam kajian ini,
pengkaji menggunakan data kuantitatif sahaja. Pengkaji menggunakan perisian Statistical
Package for Social Science (SPSS) versi 26 untuk menganalisis data. Pada fasa pertama,
pengkaji mengedarkan istrumen soal selidik dengan menggunakan pelantar Google Form

745
kepada sampel kajian. Seterusnya, data yang telah diperolehi akan dianalisis secara diskriptif.
Kekerapan dan min digunakan untuk menentukan tahap kesedian guru dari aspek sikap dan
pengetahuan. Hasil penganalisisan itu akan dihuraikan oleh pengkaji dalam dalam dapatan
kajian.

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kekerapan dan peratusan untuk menentukan
ciri-ciri responden untuk menganalisis soal selidik di bahagian A iaitu demografi responden.
Bahagian B dan C pula, pengkaji menganalisis data dengan mendapatkan min dan sisihan
piawai dengan menggunakan SPSS versi 26. Min digunakan untuk melihat skala purata dan
merumuskan maklum balas responden terhadap item yang telah dihasilkan oleh pengkaji.
Oleh hal yang demikian, pengkaji menggunakan intepretasi skor min yang telah di adaptasi
daripada Ahmad Munawwar (2009) dan Azhar Ahmad (2006) seperti dalam jadual 3.1.

Jadual 1
Intepretasi Skor Min

Skor Min Intepretasi Min


1.00 hingga 2.00 Rendah
2.01 hingga 3.00 Sederhana Rendah
3.01 hingga 4.00 Sederhana Tinggi
4.01 hingga 5.00 Tinggi

Sisihan piawai pula digunakan untuk melihat serakan data yang dikumpul daripada
pengkaji. Serakan ini dapat dilihat melalui nilai sisihan piawai yang telah dianalisis dengan
menggunakan SPSS versi 26. Semakin tinggi nilai sisihan piawai tersebut, semakin tinggi
serakan sesuatu data. Pengkaji mengintepretasi nilai sisihan piawai data dengan berpandukan
jadual Ramlee (1999) dalam Mohamad Sattar, Rose Amnah, Busu Sulong dan Azlin Norhaini
(2012). Jadual intepratasi nilai sisihan piawai seperti dalam jadual 2.

Jadual 2
Interpretasi Nilai Sisihan Piawai

Nilai Sisihan Piawai Konsensus Responden


0.00 hingga 0.25 Sangat Rendah
0.26 hingga 0.50 Rendah
0.52 hingga 0.75 Sederhana
0.76 hinggan 1.00 Tinggi
1.01 ke atas Sangat Tinggi

746
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Dapatan kajian ini menjawab kepada dua soalan kajian iaitu berkaitan tahap pengetahuan dan
tahap sikap guru Bahasa Melayu terhadap teknik didik hibur secara dalam talian.

Jadual 3
Analisis Item Tahap Pengetahuan Guru Tentang Teknik Didik Hibur

Sisihan
Min
Bil. Item Piawai Tahap
(µ)
(SP)
B1 Definisi teknik didik hibur 4.37 .682 Tinggi
B2 Sesi pembelajaran yang menyeronokkan 4.33 .652 Tinggi
B3 Menggurangkan tahap bimbang dan takut pelajar 4.35 .658 Tinggi
Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara 4.30 .644 Tinggi
B4
untuk menyelesaikan masalah
B5 Murid bebas bersuara tetapi terkawal 4.36 .680 Tinggi
B6 Nyanyian 4.35 .658 Tinggi
B7 Bercerita 4.35 .658 Tinggi
B8 Drama/Lakonan 4.33 .652 Tinggi
B9 Pantun 4.36 .680 Tinggi
Kelebihan penggunaan teknik didik hibur secara 4.41 .650 Tinggi
B10
dalam talian semasa proses PdPR
Kaedah penggunaan teknik didik hibur secara 4.36 .661 Tinggi
B11
dalam talian semasa proses PdPR
Kesesuaian penggunaan teknik didik hibur secara 4.40 .668 Tinggi
B12 dalam talian berdasarkan topik tertentu dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu.
Peranan guru dalam penggunaan teknik didik 4.35 .677 Tinggi
B13
hibur secara dalam talian
Nilai Keseluruhan 4.46 .674 Tinggi

Berdasarkan kajian ini, min keseluruhan tahap pengetahuan guru tentang teknik didik hibur
secara dalam talian adalah tinggi iaitu µ = 4.46 dan sisihan piawai ialah .674. Hal ini
menunjukkan tahap pengetahuan guru tentang teknik didik hibur secara dalam talian berada
di tahap yang tinggi. Hal ini bertepatan dengan Hoffman (2017) iaitu data yang lebih besar
membolehkan penjelasan dari sudut pandangan yang neutral dan objektif. Oleh hal yang
demikian, jadual 3 merupakan rumusan dapatan kajian yang diperolehi untuk setiap item bagi
tahap pengetahuan guru tentang teknik didik hibur secara dalam talian.

747
Jadual 4
Analisis Item Bagi Kemahiran Melaksanakan Teknik Didik Hibur

Min Sisihan
Bil. Item Piawai Tahap
(µ) (SP)

Salah satu kaedah yang sesuai bagi mata 4.46 .674 Tinggi
C1
pelajaran Bahasa Melayu

C2 Boleh meningkatkan pencapaian akademik murid 4.26 .651 Tinggi

C3 Boleh membentuk interaksi sosial yang positif 4.33 .671 Tinggi

Mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang 4.40 .668 Tinggi


C4
menyeronokkan

Berkesan apabila dilaksanakan dengan 4.39 .646 Tinggi


C5
terancang

C6 Mampu mengurangkan beban tugas guru 4.35 .677 Tinggi

Boleh membawa perubahan sikap yang positif 4.34 .674 Tinggi


C7
kepada murid

C8 Sangat praktikal dari segi penggunaan 4.33 .652 Tinggi

C9 Memudahkan guru untuk menghabiskan sukatan 4.41 .650 Tinggi

Sesuatu yang baru dalam meningatkan 4.35 .677 Tinggi


C10
kemahiran kaedah pengajaran saya

Nilai Keseluruhan 4.36 .530 Tinggi

Berdasarkan jadual 4, min keseluruhan tahap pengetahuan guru tentang teknik didik hibur
secara dalam talian adalah tinggi iaitu µ = 4.36 dan sisihan piawai ialah .530. Hal ini
menunjukkan tahap sikap guru terhadap teknik didik hibur secara dalam talian berada di tahap
yang tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa sikap guru terhadap teknik didik hibur yang dilakukan
secara dalam talian ini adalah positif.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


Dapatan kajian ini menunjukkan tahap kesediaan guru Bahasa Melayu terhadap teknik didik
hibur secara dalam talian dari aspek pengetahuan adalah tinggi. Sebahagian besar guru
sudah menguasai pendekatan didik hibur sama ada secara bersemuka atau secara dalam
talian. Dapatan kajian ini hampir sama dengan beberapa kajian telah mengkaji tahap
kesediaan guru antaranya ialah M. Kaviza, Fauziah Abdul Rahim dan Nurliyana Bukhari
(2018), yang mengkaji tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan Sejarah,
Rohaida Mazlan (2017) pula mengkaji tentang kajian pengajaran, Nuruhuda Mohd Sukri

748
(2013) pula mengkaji tentang pembelajaran berasaskan kompetensi manakala Nur Hawa
Hanis Abdullah (2018) dan Zarina Abdul Rashid (2016) pula mengkaji tentang Kemahiran
Berfikir Atas Tinggi (KBAT). Kesemua kajian ini seakan-akan hampir sama dengan kajian ini
kerana menggunakan responden guru dan dapatan kajian juga berada di tahap yang tinggi.
Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kesahan dapatan kajian ini dan dapat
dibuktikan bahawa guru-guru sudah mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadap teknik
didik hibur untuk dilaksanakan di dalam kelas mahupun secara dalam talian.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa sikap guru Bahasa Melayu terhadap
pelaksanaan teknik didik hibur secara dalam talian adalah berada pada tahap yang tinggi.
Perkara ini menunjukkan bahawa responden mempunyai sikap dan persepsi yang positif untuk
melaksanakan pendekatan didk hibur kerana mempunyai banyak kepentingan dan faedah
untuk guru dan murid. Sikap guru sangat positif dalam pengajaran yang dijalankan
menyebabkan mereka lebih bertanggungjawab untuk mengajar murid dan melakukan
perubahan dalam pelaksanaan inovasi yang diperkenalkan oleh KPM (Idayati Abd Wahab,
2013). Menurut Owing, Azhar dan Shamsudin (2018), sikap guru yang positif sangat penting
keranan guru merupakan perancangan, pengurus, penilai dan fasilitator bagi memudahkan
proses pembelajaran murid di dalam bilik darjah. Oleh hal yang demikian, tahap sikap guru
terhadap teknik didik hibur secara dalam talian ini akan dapat memberi kesan yang positif
kepada banyak pihak khususnya kepada pihak murid dan sekolah.

Implikasi kepada kajian ini berupaya memberikan kesedaran kepada guru-guru tentang
kepentingan teknik didik hibur secara dalam talian. Menurut Nik Murshidah (2014), guru
seharusnya jelas bahawa pelaksanaan teknik main peranan dalam PdP penting untuk
meningkatkan kemampuan murid dalam pertuturan. Walaupun PdP dan PdPR sedikit berbeza
dari segi pelaksanaannya namun kesannya adalah sama. Pengkaji dapat membuktikan
bahawa guru yang berpengalaman dalam mengajar mempunyai tahap kesediaan yang tinggi
dalam melaksanakan teknik didik hibur dalam PdPR. Nur Hawa Hanis (2018) menyatakan
bahawa kesediaan dalam konteks guru bermaksud kesanggupan seorang guru memikul
tanggungjawab yang meliputi aspek-aspek seperti pengetahuan, minat, sikap dan kemahiran.
Oleh hal yang demikian, guru seharusnya sedar akan kepentingan menggunakan teknik didik
hibur secara dalam talian dan kajian ini juga dapat mengisi kelompongan dari segi tahap
kesediaan guru melaksanakan teknik didik hibur yang berintegrasikan TMK.

Selain itu, antara cadangan yang boleh dilaksanakan ialah pihak sekolah juga boleh
menganjurkan beberapa program dalaman seperti sesi perkongsian ilmu dan bengkel tentang
pengaplikasian teknik didik hibur untuk semua guru. Program-program ini boleh dilakukan
secara dalam talian kepada guru-guru. Selain itu, guru guru-guru juga boleh menyertai

749
Webinar seperti GEG APAC yang berlansgung secara dalam talian. Hal ini akan dapat
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran seta tanggapan kearah yang lebih positif. Di
samping itu, guru-guru juga boleh berkolaboratif dengan guru-guru lain seperti menerima
pelakasanan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC). Dengan menyertai program-program
seperti ini, guru dapat berkongsi pendapat, pengetahuan dan kemahiran guru untuk
memastikan proses pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.

Kesimpulannya, pengaplikasian teknik didik hibur dalam PdPR Bahasa Melayu akan
dapat dilaksanakan dengan berkesan dengan adanya kesediaan guru-guru dari segi tahap
pengetahuan dan sikap guru yang positif. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru Bahasa
Melayu sekolah rendah di zon Keramat, Kuala Lumpur memiliki tahap yang tinggi dalam aspek
yang dikaji. Pengkaji berharap dengan memiliki pengetahuan dan sikap yang positif, guru akan
menghasilkan idea-idea yang baharu serta menekankan teknik didik hibur secara dalam talian
dengan lebih kerap kerana melalui pendaktan ini, bukan sahaja kepada murid malah guru juga
dapat meningkatkan dan menyesuaikan tahap kualiti profesion keguruan yang semakin hari
semakin mencabar mengikut perubahan zaman.

RUJUKAN
Abdul Halim Mohamad, (2009). Tahap komunikasi dalam Bahasa Arab dalam kalangan pelajar
Sarjana Muda Bahasa Arab di IPTA Malaysia. JIAE: Journal of Islamic and Arabic
Education. 1 (1). pp. 1-14.
Abdullah, Christina Andin @ Nur Qistina and Ali & Hazman. (2010). Penggunaan Teknologi
Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan.
Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Kalangan Guru-Guru
Sekolah Kebangsaan. 1-7. (Unpublished)
Anjuman, J. & Wan Hussin, W. R. (2013). TMK Dan Kelestarian Penggunaannya Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi Di Sekolah. Universiti Sains Malaysia Pulau
Pinang.
Christie, J. F. & Roskos, K. A. (2009). Play’s potential in early literacy development.
Encyclopedia on early childhood development [online]. Centre of excellence for early
childhood development. Diakses pada 14 Mac 2020 daripada
http://www.childencyclopedia.com/documents/ChristieRoskosANGxp.pdf.
Creswell, J.W. (2005). Educational Research: Planning, Conducting, And Evaluating
Quantitative and Qualitative Research. N.J: Pearson Merrill Prentice Hall.
Idayati Abd Wahab. (2013). Pengetahuan, Sikap Dan Amalan Dari Persepsi Guru Dalam
Pengajaran Kontekstual Bagi Matapelajaran Prinsip Elektrik Dan Elektronik Di
Sekolah Menengah Teknik Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Jas Laile & Suzana Jaafar. (2008). Introduction to The Psychology of Children and
Adolescents. Shah Alam: Education Directions.
M. Kaviza, Fauziah Abdul Rahim & Nurliyana Bukhari. (2018). Tahap Kesediaan Guru-guru
Sejarah Dalam Melaksanakan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan
Sumber Sejarah: Satu Tinjauan di Negeri Perlis. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia
Pasifik. Bil 6, 23-31

750
Mumcu, F. K. & Usluel, Y. K. (2010). TMK in Vocational and Technical Schools:Teachers'
Instructional, Managerial and Personal Use Matters. Turkish Online Journal of
Educational Technology. Hacettepe University, Turkey
Nik Murshidah et.al. (2014). Keberkesanan Kaedah Main Peranan Dalam Pembelajaran
Kemahiran Lisan Arab. Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014, 1—
9.
Noraini Idris (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill Education.
Nur Hawa Hanis Abdullah & Ghazali Darusalam. (2018). Kesediaan Guru melaksanakan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pengajaran. Jurnal Kurikulum & Pengajaran
Asia Pasifik. 6(3), 22-31.
Nurul Huda dan Ong Abdullah. (2010). "Motivation of Learning Malay as a Second Language
among Non-Malay Students". Proceedings of the International Seminar on Malay
Language Educators. 12-18.
Nurulhuda Mohd Sukri. (2013). Tahap Kesediaan Guru Terhadap Pelaksanaan Pembelajaran
berasaskan Kompentensi di Koleh Vokasional. Jurnal pendidikan Malaysia. 1, 1-23.
Owing Ji Seng, Azhar Md. Sabil & Shamsudin Othman. (2018). Tahap Pengetahuan dan Sikap
Guru Terhadap Pendekatan Didik Hibur dalam Pengajaran Bahasa Melayu.
International Journal of Education and Training (InjET). 4(2) November. 1-9.
Razali, N. Z., Bahador, Z. & Saidon, K. (2016). Faktor-faktor yang mempengaruhi Penggunaan
VLE Frog Dalam Kalangan Guru Di Sekolah Menengah. International Seminar on
Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA. Universiti Utara Malaysia.
Siti Hajar Halili, & Suguneswary. (2016). Penerimaan guru terhadap penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi berasaskan Model TAM dalam pengajaran mata pelajaran
Bahasa Tamil. Jurnal kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. 4(2), 31-41.
Siti Nafsiah Ismail, Zuraidah Abdullah, Abdul Jalil Othman & Salwati Shafie. (2016). Amalan
Komuniti Pembelajaran Profesional Dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu Di
Selangor. Jurnal Kepimpinan Pendidikan. Bil. 5, Isu 4.
Treece, E. W., & Treece, J. W. (1982). Elements of research in nursing (3rd ed.), St. Louis,
MO: Mosby.

751
ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN KATA PEMERI DALAM PENULISAN
KARANGAN MURID TAHUN 5: SATU KAJIAN KES

Muhammad Amirul Naim bin Md Sepian


amirul09-878@epembelajaran.edu.my

Thusha Rani a/p K Rajendra PhD


thusha@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini mengkaji kesalahan penggunaan kata pemeri dalam penulisan karangan murid tahun 5. Reka
bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah kajian kes. Kajian kes ini
menggunakan tiga instrumen kajian iaitu analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian. Kajian ini
melibatkan tiga orang murid Tahun 5 dan tiga orang guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah rendah
sekitar Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Berdasarkan dapatan kajian menunjukkan kesalahan penggunaan
kata pemeri dalam penulisan karangan dapat dilihat melalui kesalahan meletakkan perkataan ialah dan
adalah dengan frasa yang salah. Implikasi kajian ini membantu dalam penyelidikan berkaitan
penguasaan kata pemeri dalam penulisan karangan. Justeru, guru-guru dan pihak berkepentingan yang
lain perlu memastikan murid menguasai kata pemeri agar tidak terdapat kesalahan kata pemeri dalam
penulisan karangan amnya.

Kata kunci: kesalahan, penggunaan, kata pemeri, tahun 5, sekolah rendah

ABSTRACT
This study examines the misuse of the kata pemeri in the writing of an essay by a year 5 student. The
research design of this study uses qualitative research and case study research. This case study uses
three research instruments include document analysis, interviews and observations. This study involved
three samples from Year 5 students at a primary school in Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Based of the
findings of the study showing the error of the use of the kata pemeri in the writing of the essay can be
seen through the error of placing the word is and is with the wrong phrase. The implications of this study
help in research related to the mastery of pronouns in essay writing. Therefore, teachers and other
stakeholders need to ensure that students master the kata pemeri so that there are no errors in the
pronouns in writing essays in general.

Keywords: error, use, kata pemeri, year 5, primary school.

PENGENALAN
Perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar menjadikannya sebagai mata
pelajaran teras pada semua peringkat persekolahan. Selain menjadi bahasa kebangsaan dan
bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu juga dimartabatkan sebagai bahasa utama dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pada September 1955, sebuah Jawatankuasa
Pelajaran dibentuk dalam menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa di samping bahasa dan
budaya kaum lain dikekalkan melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan, Laporan 1956
(Suthanthiradevi J.N.J Money, 2004). Pembelajaran bahasa Melayu mencakupi peringkat
sekolah rendah dan sekolah Menengah Tahap kefahaman murid dalam penggunaan kata

752
pemeri dalam karangan tahun 5. Semasa menjalani praktikum fasa 2 yang lepas, pengkaji
mendapati bahawa terdapat beberapa murid yang masih tidak memahami penggunaan cara
penggunaan kata pemeri ialah dan adalah dengan betul. Hal ini terbukti melalui penulisan
kerana masih ada lagi murid yang meletakkan kata pemeri ialah di hadapan frasa ajektif dan
frasa sendi nama. Selain itu, pengkaji juga mendapati ada sebilangan murid yang meletakkan
kata pemeri bersama frasa atau kata kerja dalam penulisan karangan yang jelas melanggar
hukum tatabahasa bahasa Melayu dalam penggunaan kata pemeri. Sehubungan dengan itu,
pengkaji mengambil inisiatif untuk membuat satu kajian tinjauan mengenai tahap kefahaman
murid terhadap penggunaan kata pemeri ialah dan adalah dalam penulisan karangan tahun 5.
Pada dasarnya, ahli-ahli bahasa sependapat bahawa kata pemeri ialah kata tugas yang
memerikan subjek dan predikat dalam binaan ayat (Mohd. Azemi Mohd. Yusoff 1998). Kata
pemeri merupakan unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-
frasa utama dalam predikat. Pemerihalan ini dapat dilakukan melalui dua cara iaitu melalui
persamaan atau ekuatif dengan penggunaan kata pemeri ialah manakala secara huraian atau
kualitatif dengan penggunaan kata pemeri adalah. Mengikut peraturan tatabahasa bahasa
Melayu, kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama manakala kata pemeri adalah pula
hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

PERNYATAAN MASALAH
Masalah penguasaan murid dalam penggunaan tatabahasa masih memerlukan
penambahbaikan. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian yang dilakukan oleh Siti Rahayu
Muhammad dan Sharil Nizam Shari (2020) mendapati terdapat sebilangan murid yang
melakukan kesalahan tatabahasa dalam penulisan karangan seperti kesalahan imbuhan
awalan meN- dan di-. Perkara juga dapat dilihat melalui pengalaman pengkaji menjalani
Praktikum fasa 2 yang lalu. Melalui latihan serta aktiviti penulisan karangan yang dibuat,
pengkaji mendapati masih terdapat murid melakukan kesalahan tatabahasa dalam penulisan
karangan khususnya murid tahap 2. Perkara ini juga dapat dilihat melalui penguasaan
penggunaan kata pemeri ialah dan adalah dalam penulisan karangan khususnya murid tahun
5. Buktinya masih terdapat murid yang meletakkan kata pemeri ialah atau adalah di hadapan
frasa yang tidak sepatutnya seperti meletakkan kata pemeri ialah di hadapan frasa kerja atau
kata nafi. Kesalahan demi kesalahan yang dilakukan oleh murid dalam menggunakan kata
pemeri dalam penulisan ayat atau penulisan karangan sedikit sebanyak memberi kesan
kepada hukum tatabahasa Melayu itu sendiri. Sebagai contoh, seperti kesalahan meletakkan
kata pemeri adalah bersama kata nama jika diberi pembetulan akan menyebabkan kesalahan
ini menjadi kebiasaan kepada murid. Kesannya pada masa akan datang, murid akan
menganggap meletakkan kata pemeri ‘adalah’ bersama kata nama merupakan perkara yang
tidak menjadi kesalahan dalam hukum tatabahasa Melayu itu sendiri. Di samping itu,

753
kesalahan tatabahasa melalui penulisan karangan yang dilakukan murid menyebabkan
berlakunya ketidakgramatisan terhadap sesuatu ayat dalam setiap perenggan yang ditulis oleh
murid yang menyebabkan hilangnya seri keindahan bahasa Melayu itu sendiri. Oleh yang
demikian, pengkaji telah terpanggil untuk meninjau sejauh mana tahap kefahaman serta
penguasaan murid tahun 5 dalam penggunaan kata pemeri melalui penulisan karangan. Hasil
dapatan kajian yang diperolehi sedikit sebanyak membantu pengkaji lain untuk meneruskan
konteks kajian ini serta memberi input kepada mereka mengenai sejauh mana tahap
kefahaman tatabahasa Melayu murid. Kajian ini dijalankan bagi mengetahui kesalahan
penggunaan kata pemeri pada penulisan karangan dalam karangan murid tahun lima. Kajian
ini juga ingin mengenal pasti strategi dan pendekatan yang digunakan dalam mengatasi
kesalahan penggunaan kata pemeri murid tahun 5.

OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan tujuan tersebut, kajian ini cuba untuk mencapai dua objektif berikut:
1. Kesalahan penggunaan kata pemeri pada penulisan karangan dalam kalangan murid
tahun 5.
2. Strategi dan pendekatan yang digunakan oleh guru dalam mengatasi kesalahan
penggunaan kata pemeri.
SOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian tersebut, kajian ini telah membina dua soalan kajian. Kedua-dua
soalan kajian adalah seperti berikut:
1. Apakah kesalahan penggunaan kata pemeri pada penulisan karangan dalam
kalangan murid tahun 5?
2. Apakah strategi dan pendekatan yang digunakan oleh guru dalam mengatasi
kesalahan penggunaan kata pemeri dalam penulisan karangan murid?

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian merupakan aspek yang paling penting dalam menjalankan sesebuah
kajian untuk data menjawab persoalan kajian. Kajian ini merupakan kajian yang menggunakan
pendekatan kualitatif yang melibatkan data yang bersifat subjektif seperti transkrip temu bual,
foto, grafik, audio dan video bagi mengetahui punca terhadap sesuatu kes, insiden atau
fenomena. Penyelidik berperanan sebagai instrumen kajian yang berperanan sebagai
pengumpul dan pentafsir data yang diperolehi. Dalam melaksanakan kajian berbentuk
kualitatif ini, unsur fleksibel merupakan perkara yang akan diperolehi dalam meningkatkan
keberkesanan dalam mencapi objektif yang telah ditetapkan. Pendekatan kualitatif merupakan
kaedah penyelidikan yang menjelaskan sesuatu fenomena atau situasi sebenar berdasarkan

754
kajian lapangan yang menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual sebagai sumber data
(Khairuddin et.al, 2016; Pernecky, 2016). Kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji
berbentuk kajian kes bagi mengenal pasti kesalahan penggunaan kata pemeri dalam
penulisan karangan.

Instrumen kajian merupakan satu alat yang digunakan oleh penyelidik ketika
menjalankan sesuatu penyelidikan. Instrumen kajian digunakan sebagai asas bagi
memperoleh data seperti mana yang dikhendaki oleh penyelidik untuk mencapai objektif
kajian. Instrumen kajian yang penkaji gunakan dalam kajian ini ialah melalui analisis dokumen,
temu bual dan pemerhatian terhadap sampel kajian. pengkaji menggunakan instrumen
analisis dokumen yang disokong oleh temu bual dan pemerhatian terhadap sampel kajian bagi
menjawab persoalan kajian. Instrumen kajian analisis dokumen telah digunakan oleh pengkaji
melalui semakan lembaran kerja penulisan karangan peserta kajian. Pengkaji telah membina
satu rubrik pemarkahan menilai tahap penulisan karangan murid. engkaji telah menggunakan
temu bual berbentuk separa struktur semasa menjalankan temu bual. Penggunaan temu bual
separa berstruktur bertepatan dengan pendapat Noraini (2013) yang menyatakan urutan
soalan, bentuk soalan, cara menyoal boleh berubah-ubah mengikut kesesuaian kerana
bergantung dengan reaksi peserta ketika temu bual dilaksanakan. Pengkaji menjalankan
pemerhatian berbentuk turut serta dan berstruktur bila mana pengkaji turut serta dan
berperanan sebagai pemerhati luar dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa
Melayu. Dalam pada itu, pengkaji akan menggunakan senarai semak untuk merekod tingkah
laku sepanjang proses pengajaran. Senarai semak yang diisi akan dianalisis berdasarkan
frekuensi dan peratus.
DAPATAN KAJIAN
KESALAHAN PENGGUNAAN KATA PEMERI PADA PENULISAN KARANGAN DALAM
KALANGAN MURID TAHUN 5

Hasil dapatan kajian mendapati penguasaan PK1 dalam penggunaan kata pemeri dalam
penulisan karangan pada tahap sederhana. Hal ini kerana terdapat kesalahan penggunaan
kata pemeri yang dilakukan oleh PK1. Hal ini terbukti apabila PK1 meletakkan kata pemeri
ialah bersama frasa yang salah semasa membuat penulisan karangan. Sebagai contoh, PK1
meletakkan kata pemeri ialah bersama frasa selain frasa nama yang amat bertentangan
hukum dan peraturang penggunaan kata pemeri dalam penulisan. Selain itu, PK1 juga
melakukan kesalahan ejaan dan tanda baca penulisan dan dikenal pasti oleh pengkaji iaitu
melalui penambahan huruf bagi perkataan makanan menjadi makannan. PK1 juga tidak
meletakkan tanda baca koma selepas menulis penanda wacana. Kesalahan yang dilakukan
oleh PK1 ini disebut sebagai kekeliruan bagi Corder (1981) dan berdasarkan Teori Analisis

755
Kesalahan Corder (1981), kesalahan yang dilakukan oleh PK1 disebabkan kekeliruan
(mistakes) dalam menentukan penggunaan kata pemeri yang betul. Corder menjelaskan
kesalahan bahasa berlaku disebabkan faktor kekeliruan (mistakes).

Seterusnya, berdasarkan dapatan kajian melalui kaedah analisis dokumen


menunjukkan PK2 menggunakan banyak kata pemeri semasa menulis ayat dalam karangan
ini. Namun begitu, PK2 melakukan kesalahan dalam penggunaan kata pemeri iaitu melalui
tiga ayat yang dikenal pasti oleh pengkaji. Hal ini dapat dilihat apabila PK2 meletakkan
perkataan ialah dengan frasa kerja dan kata hubung dengan. Dalam hukum tatabahasa,
perkataan ialah hanya perlu diletakkan bersama frasa nama. Apabila kesalahan terjadi maka
berlakunya penyimpangan dalam penullisan PK2. Kes PK2 ini sama dengan PK1 apabila
mereka mengalami kekeliruan (mistakes). Hal ini kerana PK1 dan PK2 merupakan penutur
natif bagi Bahasa Melayu. Jadinya mereka sudah pun mengetahui struktur sebenar Bahasa
Melayu. Di samping itu, daripada kesalahan ejaan dan tanda baca pula PK2 melakukan
kesalahan ejaan dan tatabahasa melalui tiga ayat yang mengandungi kesalahan ejaan dan
tatabahasa. Hal ini dapat dilihat melalui ayat pertama apabila terdapat kesalahan ejaan bagi
perkataan memhilangkan yang dianggap salah. Perkataan yang betul bagi perkataan ini ialah
menghilangkan. Apabila kesalahan ejaan dibuat maka perkara ini akan mengubah cara
sebutan sesebuah perkataan itu. Bagi ayat kedua juga sama dengan kes ayat yang pertama
melalui kesalahan meletakkan imbuhan yang salah. Imbuhan yang betul
bagi perkataan ini ialah imbuhan men -.

Seterusnya, kesalahan daripada tanda baca juga dilakukan oleh PK2. Hal ini dapat
dilhat apabila PK merapatkan imbuhan di- bersama perkataan samping. Mengikut hukum
tatabahasa, kata sendi nama “di” sememangnya ditulis terpisah dengan kata yang berikutnya.
Kata-kata tersebut terdiri daripada kata nama, kata arah, dan kata ganti nama tunjuk.
Manakala imbuhan awalan “di-” pula perlu ditulis rapat dengan kata kerja sahaja. Bagi
menjawab persoalan pertama bagi kajian, analisis dokumen terhadap penulisan karangan juga
dibuat PK3 dan pengkaji mengenal pasti terdapat dua ayat yang salah penggunaan kata
pemeri dalam penulisan karangan atau ayat. Hal ini dapat dilihat melalui ayat tersebut apabila
PK3 menggunakan kata hubung yang mengikuti kata pemeri ialah. Ini menunjukkan PK3
terkeliru untuk meletakkan kata pemeri ialah dengan sebetulnya. Dalam tatabahasa Melayu,
perkataan kata pemeri yang sesuai untuk diletakkan bersama kata hubung ialah perkataan
adalah. Apabila kata pemeri ialah diletakkan bersama kata hubung maka itu menunjukkan
wujudnya pelanggaran hukum tatabahasa. Bagi bahagian kesalahan ejaan dan tanda baca
pula, PK3 membuat kesalahan daripada segi ejaan melalui penambahan huruf ‘a’ terhadap
perkataan masalah menjadi masaalah. Hal ini dikatakan berlaku kekeliruan yang dihadapi oleh

756
PK3 kerana mendengar cara sebutan perkataan ini yang terdengar dua huruf a. Jadi, PK3
menulis perkataan masalah mengikut cara sebutan.

STRATEGI DAN PENDEKATAN YANG DIGUNAKAN DALAM MENGATASI KESALAHAN


PENGGUNAAN KATA PEMERI DALAM PENULISAN KARANGAN

Hasil dapatan kajian melalui kaedah temu bual ini ke atas PK4, pengkaji mendapati PK4
menggunakan pendekatan elektif dalam menerangkan dan memberi kefahaman kepada
murid. Bagi PK4 dengan cara ini, apabila murid sudah mempunyai kefahaman untuk
membezakan perkataan ialah dan adalah dalam penulisan ayat maka kesalahan penggunaan
kata pemeri dapat diatasi. Bagi membantu murid membezakan penggunaan perkataan ialah
dan adalah dalam penulisan karangan, PK4 telah menerangkan dahulu fungsi dan contoh
penggunaan kata pemeri dalam penulisan ayat atau karangan. Sebagai contoh, PK4 telah
menerangkan cara membezakan kata pemeri kepada murid bahawa perkataan ialah perlu
diikuti dengan frasa nama dan selain daripada frasa nama maka perkataan adalah akan
digunakan. Melalui pendekatan elektif ini, secara tidak langsung dapat murid membezakan
fungsi perkataan ialah dan adalah dalam penulisan ayat atau karangan. Bagi strategi pula,
PK4 menggunakan strategi pengayaan dan pemulihan dalam memberi kefahaman kepada
murid mengenai kata pemeri.

Menurut PK4, dengan cara ini mudah untuk beliau memberikan lembaran kerja mengikut
tahap kefahaman fungsi penggunaan kata pemeri tersebut. Bagi PK4, murid di peringkat
pemulihan akan diberikan fokus untuk mengenali dan memahami fungsi kata pemeri dalam
penulisan karangan atau ayat. Hal ini dibuat dengan memberi latihan serta lembaran kerja
berbentuk memadankan kata pemeri dengan frasa yang betul. Bagi murid di peringkat
penggayaan pula akan diberikan latihan dan lembaran kerja yang sesuai dengan tahap
mereka. Sebagai contoh, mereka akan diberikan latihan membina ayat atau karangan serta
diberikan petikan cerita pendek untuk mengelaskan perkataan ialah dan adalah dalam petikan
tersebut. Bagi PK5 pula pendekatan yang digunakan dalam mengatasi masalah kesalahan
penggunaan kata pemeri dalam penulisan karangan adalah melalui pendekatan menerangkan
semula kesalahan kata pemeri yang dibuat oleh murid. Dalam penerangan itu, contoh ayat
telah ditunjukkan kepada murid bagi mengukuhkan kefahaman murid mengenai kata pemeri.
Seterusnya, murid diminta untuk membina ayat secara lisan diikuti secara penulisan. PK5 juga
berpendapat bahawa pendekatan juga sesuai digunakan untuk membantu murid lebih
memahami konsep kata pemeri ini.

757
Bagi strategi pula, PK5 menggunakan strategi menunjukkan contoh ayat yang salah
penggunaan kata pemeri. menunjukkan perenggan tentang kesalahan kata pemeri dalam
binaan ayat atau karangan. Sebagai contoh, PK5 telah menunjukkan beberapa contoh ayat
yang mengandungi kesalahan kata pemeri. Dengan cara ini, murid dapat membezakan antara
penggunaan kata pemeri yang betul dan salah. Setelah itu, aktiviti pembetulan telah dilakukan
dan ini dijalankan melalui aktviti pemulihan dan penggayaan. Akhir sekali, PK6 menggunakan
pendekatan memberikan contoh penggunaan kata pemeri dalam penulisan ayat atau
karangan. Hal ini dilakukan melalui pemberian contoh fungsi setiap perkataan kata pemeri itu
sendiri iaitu perkataan ialah dan adalah. Sebagai contoh, perkataan digunakan untuk frasa
nama dan perkataan adalah digunakan untuk frasa adjektif, kerja dan frasa sendi nama.

Seterusnya, PK6 akan membuat rumusan serta membuat pertanyaan semula kepada
murid mengenai fungsi penggunaan kata pemeri dalam penulisan karangan dan ayat. Bagi
strategi pula PK6 menggunakan pengkelasan murid mengikut tahap digunakan iaitu untuk
penggayaan dan pemulihan. Bagi PK6, sesetengah murid kadang-kadang meletakkan kata
pemeri yang tidak betul. Sebagai contoh, ada yang meletakkan perkataan ialah dengan frasa
sendi nama dan frasa adjektif. Perkara ini amat menyalahi undang-undang tatabahasa
Melayu. Bagi PK6 lagi, perkataan adalah amat jarang digunakan murid dalam penulisan
mereka jadi kesalahan kata pemeri banyak digunakan dengan perkataan ialah. Melalui strategi
pengkelasan murid mengikut tahap pemulihan dan penggayaan ini, murid di peringkat
penggayaan telah diberi latihan yang berbeza dengan murid peringkat pemulihan.

RUMUSAN DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Dapatan kajian mendapati penguasaan murid dalam menggunakan kata pemeri yang betul
dalam penulisan karangan berada pada tahap sederhan. Hal ini kerana terdapat kesalahan
kata pemeri yang dilakukan murid semasa menulis karangan. Sebagai contoh, daripada 5 ayat
yang menggunakan kata pemeri dalam penulisan karangan hanya dua sahaja ayat yang betul
penggunaan kata pemeri. Antara kesalahan yang dilakukan dapat dilihat apabila murid
meletakkan kata pemeri ialah dan adalah bersama frasa yang salah. Sebagai contoh, dapat
dilihat apabila murid meletakkan kata pemeri ialah bersama frasa yang selain frasa nama.

Hasil dapatan kajian yang diperolehi oleh pengkaji melalui temu bual bersama guru
bagi melihat dan mengenal pasti pendekatan dan strategi yang digunakan dalam mengatasi
masalah kesalahan kata pemeri dalam penulisan karangan. Dapatan kajian ini diperolehi
melalui temu bual separa struktur bersama tiga peserta kajian yang merupakan guru Bahasa
Melayu dan diwakili dengan panggilan PK4, PK5, PK6. Hasil dapatan kajian menunjukkan guru
menggunakan pendekatan elektif dan pendekatan penerangan semula kesalahan kata pemeri

758
yang dilakukan oleh murid. Untuk strategi pula kesemua peserta kajian menggunakan strategi
pengayaan dan pemulihan.

Bagi murid yang sudah menguasai kata pemeri dikategorikan sebagai penggayaan
manakala murid yang lemah dalam penguasaan kata pemeri dikategorikan sebagai
pemulihan. Sebagai contoh, PK4 telah memberi latihan membina ayat serta karangan sebagai
salah satu latihan untuk murid penggayaan. Bagi murid pemulihan pula, PK4 memberi latihan
pada tahap yang rendah iaitu latihan memadankan kata pemeri dengan frasa yang betul. Bagi
beliau, murid di tahap pemulihan perlu difokuskan agar kefahaman murid terhadap kata pemeri
dapat dioptimumkan. Bagi PK5 dan PK6 pula, penerangan semula serta contoh kesalahan
kata pemeri telah digunakan sebagai cara mengenal pasti murid pengayaan dan pemulihan
bagi penguasaan kata pemeri dalam penulisan karangan.

Kajian ini dijalankan secara tidak langsung dapat membantu pembaca mengetahui
mengenai isu kesalahan kata pemeri dalam penulisan karangan. Menurut Kleickmann et.al.
(2013) menyatakan pengetahuan yang bermakna dapat menambah baik amalan profesional
pengajaran, oleh itu pengetahuan guru mengenai kandungan pengajaran dan pedagogi
mempunyai perkaitan yang signifikan dan dapat mempengaruh keberkesanan PdP. Dapatan
kajian ini menunjukkan terdapat kesalahan penggunaan kata pemeri yang dilakukan oleh
murid iaitu melalui kesalahan meletakkan kata pemeri dengan frasa yang salah. Sebagai
contoh, meletakkan perkataan ialah dengan frasa sendi nama dan meletakkan perkataan
adalah dengan frasa nama. Selain itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan pendekatan dan
strategi yang digunakan oleh guru iaitu melalui pendekatan elektif dan penerangan semula
kesalahan.

Melalui dapatan kajian yang diperolehi guru perlulah merangka strategi serta teknik
yang dapat mengatasi masalah penggunaan kata pemeri dalam penulisan karangan. Hal ini
kerana hanya melalui teknik pengajaran guru sahaja mampu mengatasi masalah khususnya
guru Bahasa Melayu. Sebagai contoh, guru boleh meningkatkan pengetahuan mengenai kata
pemeri dan tatabahasa Melayu. Hal ini disebabkan pada masa sekarang kemahiran guru
khususnya guru Bahasa Melayu dalam kata pemeri masih dalam keadaan perlu ditambah
baik. Seterusnya, pembelajaran abad ke-21 perlu dijadikan paksi dalam proses pengajaran
dan pembelajaran harian. Guru perlu mewujudkan pembelajaran yang berpusatkan murid
dengan melakukan tugasan berkumpulan agar murid dapat bekerjasama dan saling
membimbing untuk menyelesaikan. Sejajar dengan perkembangan revolusi perindustrian 4.0,
guru juga perlu mengintegrasi penggunaan teknologi dalam pembelajaran kata pemeri seperti
komputer, tablet, telefon pintar untuk mewujudkan interaksi pembelajaran secara maya.

759
RUJUKAN
Abdul Rashid. (2011). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Arlene Fink. (2005). Conducting Research Literature Reviews: From the Internet to Paper.
SAGE Publications.

Azlinda Wan Mukhtar. 2003. Kata Sendi Nama dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu di Sekolah Menengah: Satu Tinjauan. Tesis Ijazah Sarjana Muda yang
tidak diterbitkan. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tanjung Malim.

Black, J.A., D.J. Campion. (1976). Method and Issues in Social Research. John Wiley & Son.

Bogdan, R. C., & Biklen, S. K. (2003). Qualitative Research of Education: An Introductive to


Theories and Methods (4th ed.). Allyn and Bacon.

Bornman, L. (2013). What Is Societal Impact of Research and How Can It Be Assessed? A
Literature Survey. Journal of the America Society for Information Sciece and Techology,
3(2), 218–232. Diakses pada 10 April 2020 dari http://doi.org/10.1002/asi.

Chow Fook Meng dan Jaizah Mahmud. (2011). Kajian Tindakan Konsep dan Amalan dalam
Pengajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Corder. S.Pit. (1967). The Significance of Learner’s Errors.Reprinted in J.C.

Richards(ed.).1974, 1984. Error Analysis: Perspectives on Second Language Acquisition.


London: Longman.19-27. (Originally in International Review of Applied Linguistics, 5
(4)).

Corder. S. Pit. (1981). Error Analysis and Interlanguange. University Press.

Corder. S.Pit. (1973). Introducing Applied Linguistics.Penguin.

Cornell, W.F. (ed.). (1981). Asas Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Daing Melebek, Abdul Rashid (2011) Penguasaan tatabahasa guru mata pelajaran bahasa
Melayu tingkatan enam. Jurnal Linguistik, 11. pp. 1-17. ISSN 1823-9242. 5960

David Silverman. (2006). Interpreting Qualitative Data: Methods for Analyzing Talk, Text,
Interaction. SAGE Publications Ltd.

Dissanayake, D.M.N.S.W., (2013). The Impact of Perceived Desirability and Perceived


Feasibility on Entrepreneurial Intention among Undergraduate Students in Sri Lanka:
An Extended Model. The Kelaniya Journal of Management, 2(1), pp.39-57.

Erdogan. V. (2005). Contribution of error analysis to foreign language teaching Mersin


University Journal of the Faculty of Education, 1(2), 261-270.

Fraenkel, J. R., & Wallen, N. E. (1996). How to design and evaluate research in education.
McGraw-Hill.

Ingvaldsen J.S and Gulla J.A. (2015). Taming News Streams With Linked Data. Diakses pada
10 April 2020 dari
https://www.researchgate.net/publication/282377314_Taming_news_s

760
treams_with_linked_data. Internet to Paper. Sage Publications.

Ismail, Alhaadi and Zainon Hamzah, Zaitul Azma. (2018). Analisis kesalahan dalam penulisan
pelajar bahasa kedua dari aspek morfologi. Jurnal Linguistik, 22 (1). pp. 24-31. ISSN
1823-9242.

Jean Mcniff, Jack Whitehead. (2005). Action Research for Teachers: A practical guide. David
Fultan Publishers.

Joseph. A. Maxwell. (1996). Qualitative Research Design an Interactive Approach. SAGE


Publications.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Kamus Pelajar Bahasa Malaysia. Edisi kedua (1987). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khairuddin Mohamad, Ibrahim Yusof dan Zaridah Ramli. (2016). Penyelidikan dalam
Pendidikan Bahasa Melayu. Sasbadi Sdn. Bhd.

Khairul Taufiq Abu Bakar, Nor Hashimah Jalaluddin. (2019). Kata pemeri ialah dan adalah:
analisis pragmatik. Jurnal Linguistik, 21(1), 14-28. Kleickmann, T., Richter, D.,

Kunter, M., Elsner, J., Besser, M., Krauss, S., & Baumert, J. (2013). Teachers’ Content
Knowledge and Pedagogical Content Knowledge: The Role of Structural Differences in
Teacher Education. Journal of Teacher Education, 64(1), 90–106. Diakses pada 10 April
2020 dari http://doi.org/10.1177/0022487112460398.

S. Marican. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosia. Prenctice Hall Pearson Malaysia.

Merriam, S.B. (2009). Qualitative research: A guide to design and implementation. Jossey-
Bass.

Messick, S. (1988). Meaning and Value in Test Validation: The Science and Ethnics of
Assesment. Educational Testing Service.

Messick, S. (1989. Validity. In R.L. Linn (Ed.). Educational Measurement. American Council
on Education and Oryx Press.

Mohamad Muhaimin. (2011). Pembinaan Ayat Tunggal Jenis Ayat Penyata Menggunakan
Teknik Kata Kunci Dan Latih Tubi. Tesis Ijazah Sarjana Muda yang tidak diterbitkan.
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.

Mohammed Zin Nordina et.al. (2013). Analisis Kesalahan Pengunaan Bahasa Papan Tanda
Perniagaan. Social and Behavioral Sciences 134, 330 – 349.

Mohd Rusli, N. F, Nor Azman, N. A. (2020). Analisis Penggunaan Kata Sendi Nama Dalam
Penulisan Berdasarkan Teori Kesalahan Bahasa/ analysis of preposition in writing
based on the theory of language error. LSP International Journal, 7(1).
doi:10.11113/lspi.v7n1.95.
Mohd. Azemi Mohd Yusoff. (1998). Pemusatan Makna Ayat pada kelompok Kata Inti. Jurnal
Dewan Bahasa 42:1.

Muhammad, S. R., & Shari, S. N. (2020). Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu Dari Aspek
Morfologi Dalam Penulisan Karangan Murid Sekolah Rendah. AL-QIYAM International

761
Social Science and Humanities Journal, 3(2), 77-89. Retrieved from http://journal.al-
qiyam.net/index.php/my1/article/view/67.

J. N. J. Money, Suthanthiradevi (2004) Kesalahan Bahasa dalam Karangan Murid Tamil


Mempelajari Bahasa Melayu di Sekolah Menengah. Tesis Phd. Tidak diterbitkan
Universiti Putra Malaysia. Serdang.

Nik Safiah Karim et.al. (2004) Tatabahasa Dewan: Edisi Baharu. Dewama Sdn. Bhd.

Noor Hidayu Mohd Rahim, Yahya Othman, (2016) Keberkesanan peta bulatan dan peta alir
dalam meningkatkan penguasaan menulis karangan naratif murid-murid Cina. Jurnal
Pendidikan Bahasa melayu; Malay Language Education (MyLEJ), 6 (2). pp. 68-77. ISSN
2180-4842.

Noraini Idris (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Mc Graw Hill (Malaysia).

Noraini Idris. (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan Edisi Kedua. Mc Graw-Hill (Malaysia).

Notoatmodjo, Soekidjo. (2012). Pendidikan dan perilaku kesehatan. Rineka Cipta.

Palermo, David S. (1978). Psychology of Language. Freemind Horizons Sdn Bhd.

Pernecky. (2016). Epistemology and Metaphysics for Qualitative Research. SAGE


Publications.

Pintrich, P. R. (2000). The Role of Goal Orientation in Self-Regulated Learning. In M.

Boekaerts, P. R. Pintrich, & M. Zeidner (Eds.), Handbook of self-regulation (p. 451–502).


Acad.Publications.Pustaka.

Ramlah Jantan. (2002). Psikologi pendidikan: pendekatan kontemporari. McGraw Hill.


Saifuddin Mahmud & Muhammad Idham. (2019). Teori Belajar Bahasa Aceh. Kuala
University Press.

Salinah Jaafar, Rohaidah Haron. (2016). Kesilapan Bahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar-
pelajar Universiti Kebangsaan Yunnan Di Akademi Pengajian Melayu. Jurnal Melayu.
15(2), 1-14.

Sidek Mohd Noah. (2002). Reka Bentuk Penyelidikan Falsafah, Teori dan Praktis. Penerbit
Universiti Putra Malaysia.

Syed Ismail Syed Mustapa, Ismail Raduan dan Bushro Ali. (2018). Asas Penyelidikan dalam
Pendidikan. Sasbadi Sdn Bhd.

Tee Hui Fen. (2020). Analisis Kesilapan Bahasa Dalam Penulisan Ayat Majmuk Murid Melayu
Dan Bukan Melayu Tahap Dua. Tesis Ijazah Sarjana Muda tidak diterbitkan. Institut
Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.

Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir. (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.
Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Wong Vui Shin. (2020). Penggunaan Kosa Kata Dalam Bina Ayat Murid Tahun 3: Satu Kajian
Kes. Tesis Ijazah Sarjana Muda tidak diterbitkan. IPG Kampus Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur.

762
TAHAP PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM
KALANGAN GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Muhammad Nazmi bin Mohd Jamil


nazmi09-879@epembelajaran.edu.my

Siti Halimah binti Md. Yassin PhD


sitihalimah@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini mengkaji tentang tahap pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi KBAT dalam kalangan
guru bahasa Melayu dari aspek perancangan, pedagogi dan pentaksiran. Kajian ini melibatkan 36 orang
guru bahasa Melayu dari sebuah sekolah rendah yang terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 26
untuk mendapatkan min dan sisihan piawai. Berdasarkan dapatan kajian, tahap pelaksanaan KBAT
dalam kalangan guru dari aspek perancangan berada pada tahap sederhana dengan skor min
sebanyak 3.49. Tahap pelaksanaan KBAT dalam kalangan guru dari aspek pedagogi pula berada pada
tahap sederhana dengan skor min sebanyak 3.43. Manakala bagi tahap pelaksanaan KBAT dalam
kalangan guru dari aspek pentaksiran pula berada pada tahap tinggi dengan skor min sebanyak 3.55.
Secara keseluruhannya, tahap pelaksanaan KBAT dalam kalangan guru dari aspek perancangan dan
pedagogi berada pada tahap sederhana manakala aspek pentaksiran berada pada tahap tinggi.
Implikasi kajian ini ialah guru perlu meningkatkan kemahiran pelaksanaan KBAT dari aspek
perancangan, pedagogi dan pentaksiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

Kata kunci: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, tahap, pelaksanaan, perancangan, pedagogi,
pentaksiran.
ABSTRACT
This study examines the level of implementation of High Order Thinking Skill (KBAT) among Malay
language teachers in terms of planning, pedagogy and assessment. This study involved 36 Malay
language teachers of a primary school located in Kuala Lumpur. The data obtained was analyzed using
Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 26 to obtain mean and standard deviation. Based
on the findings of the study, the level of implementation of KBAT among teachers in terms of planning
is at a moderate level with a mean score of 3.49. The level of implementation of KBAT among teachers
in pedagogy aspect is at a moderate level with a mean score of 3.43. The level of implementation of
KBAT among teachers in terms of assessment is at a high level with a mean score of 3.55. Overall,
the level of implementation of KBAT among teachers in terms of planning and pedagogy are at a
moderate level while assessment is at a high level. The implication of this study is that teachers need
to improve the skills of KBAT implementation in terms of planning, pedagogy and assessment in the
malay teaching and learning process.

Keywords: High Order Thinking Skills, the level, implementation, planning, pedagogy and assessment.

PENGENALAN
Sistem pendidikan abad ke-21 merupakan satu transformasi yang dilakukan dalam
memperbaharui taraf pendidikan sedia ada. Satu kurikulum yang memenuhi piawaian

763
antarabangsa telah dibina oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menekankan aspek
kemahiran kreatif, inovasi dan penyelesaian masalah bagi melahirkan generasi yang
seimbang serta menguasai kemahiran abad ke-21. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh
Programme for International Student Assesment (PISA), ujian PISA menunjukkan bahawa
murid-murid lebih banyak menghafal jawapan soalan peperiksaan. Akibatnya, mereka tidak
menggunakan kemahiran berfikir untuk memahami sesuatu soalan. Oleh yang demikian,
kemahiran berfikir dijadikan sebagai salah satu daripada enam aspirasi dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 untuk melahirkan murid yang mampu mampu
bersaing di peringkat global (Ismail, Sidek & Mahbib, 2015).

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan salah satu komponen utama dalam
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
Penekanan KBAT dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan satu usaha
kerajaan untuk memperkukuhkan dan memperkasakan kemahiran berfikir murid supaya murid
tidak hanya menghafal tetapi memahami apa yang dipelajari dan boleh berfikir dengan lebih
mendalam, membuat kesimpulan dan refleksi seterusnya mengaplikasikan pengetahuan
tersebut dalam situasi sebenar (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2014). Justeru, kajian ini
akan memberikan fokus terhadap pelaksanaan KBAT dalam kalangan guru bahasa Melayu
sekolah rendah.

Taksonomi Bloom merupakan model yang digunakan sebagai panduan yang


digunakan untuk pelaksanaan KBAT. Model ini terdiri daripada dua edisi iaitu edisi asal dan
edisi semakan. KBAT biasanya merujuk kepada empat tahap tertinggi dalam Taksonomi
Bloom edisi semakan Anderson dan Krathwhol (2001) iaitu mengaplikasi, menganalisis,
menilai dan mencipta. aplikasi, penilaian dan mencipta untuk membuat penyelesaian masalah.
KBAT dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan secara menyeluruh dan sistematik
yang mengandungi tiga elemen utama iaitu kurikulum, pedagogi dan pentaksiran dan empat
elemen sokongan iaitu kokurikulum, sokongan komuniti dan swasta, sumber dan bina upaya
(Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2014).

PERNYATAAN MASALAH
Penguasaan KBAT dalam kalangan murid penting kerana kajian-kajian lalu mendapati
kemahiran ini dapat meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan murid khususnya dalam
pengajaran Bahasa Melayu (Anida et al., 2017). KBAT juga wajar dilaksanakan kerana
dapatan kajian mendapati tahap motivasi murid dapat ditingkatkan malah dapat menimbulkan
rasa seronok ketika belajar Bahasa Melayu (Anida et al., 2015). Hal ini jelas menunjukkan

764
bahawa KBAT dapat mengubah pedagogi Bahasa Melayu yang pada awalnya dianggap
membosankan kerana tertumpu kepada bidang itu sendiri sahaja, sedangkan aplikasi KBAT
menggalakkan murid berfikir secara menyeluruh dalam pelbagai bidang.

Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Zamri dan Nor Razah (2011) menunjukkan
bahawa guru banyak mengemukakan soalan yang tertumpu kepada aras rendah sahaja iaitu
pengetahuan dan kefahaman sahaja. Hal ini disokong oleh Seman (2005) yang menunjukkan
guru tidak menggunakan soalan aras tinggi. Guru Bahasa Melayu didapati kurang
mengemukakan soalan aras tinggi dalam menguji kemahiran berfikir murid. Hal ini secara tidak
langsung menunjukkan bahawa guru tidak menekankan KBAT dan kurang menyediakan
peluang bagi murid untuk menguasai kemahiran berfikir sekiranya guru kurang yakin dari segi
pengetahuan dan kemahiran mengajar kemahiran berfikir.

OBJEKTIF KAJIAN
Secara khususnya, objektif kajian adalah seperti berikut:

1. Mengenal pasti tahap pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan
guru bahasa Melayu dari aspek perancangan.

2. Mengenal pasti tahap pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan
guru bahasa Melayu dari aspek pedagogi.

3. Mengenal pasti tahap pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan
guru bahasa Melayu dari aspek pentaksiran.

SOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian tersebut, tiga soalan kajian yang selari dengan objektif kajian telah
dibentuk. Soalan kajian tersebut adalah seperti yang berikut:

1. Apakah tahap pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan guru
bahasa Melayu dari aspek perancangan?
2. Apakah tahap pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan guru
bahasa Melayu dari aspek pedagogi?
3. Apakah tahap pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan guru
bahasa Melayu dari aspek pentaksiran?

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kaedah tinjauan. Tinjauan
dilakukan dengan menggunakan satu set borang soal selidik untuk tujuan pengumpulan data.
kaedah tinajuan ini digunakan untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan KBAT dalam kalangan
guru bahasa Melayu dari aspek perancangan, pedagogi dan pentaksiran.

765
Bilangan sampel bagi kajian ini ditentukan berdasarkan jumlah populasi di sekolah
rendah yang menjadi lokasi kajian. Pemilihan sampel pula dibuat dengan menggunakan
kaedah pensampelan bertujuan yang merujuk kepada prosedur pensampelan iaitu
sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu sahaja dipilih sebagai responden kajian
berdasarkan pengetahuan dan tujuan khusus penyelidik (Puvenesvary Muthiah et al., 2020).
Dalam konteks ini, pengkaji telah memilih guru bahasa Melayu dari sebuah sekolah rendah
dengan ciri-ciri seperti pernah menghadiri kursus berkaitan KBAT dan mengajar mata
pelajaran bahasa Melayu. Pemilihan sampel bagi menjalankan kajian ini adalah seramai 36
orang berdasarkan jadual saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970). Pemilihan sampel ini
mengambil kira populasi yang terdapat di sekolah tersebut iaitu seramai 40 orang guru bahasa
Melayu. Semua guru yang terlibat sebagai sampel kajian merupakan guru bahasa Melayu di
sebuah sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada satu set borang soal selidik
yang terbahagi kepada empat bahagian. Bahagian pertama, iaitu Bahagian A adalah berkaitan
dengan demografi responden yang terdiri daripada tujuh soalan. Bahagian kedua, iaitu
Bahagian B pula dibina untuk menjawab soalan kajian tentang tahap pelaksanaan KBAT
dalam kalangan guru bahasa Melayu dari aspek perancangan. Bahagian C pula mengandungi
soalan untuk menjawab soalan kajian yang kedua, iaitu tahap pelaksanaan KBAT dalam
kalangan guru bahasa Melayu dari aspek pedagogi. Akhir sekali ialah Bahagian D yang
bertujuan untuk menjawab soalan kajian yang ketiga, iaitu tahap pelaksanaan KBAT dalam
kalangan guru bahasa Melayu dari aspek pentaksiran. Semua item yang digunakan dalam
borang soal selidik ini telah melalui ujian rintis bagi tujuan kebolehpercayaan.

Tahap kesahan dan kebolehpercayaan bagi setiap item dalam kajian ini ditentukan
dengan menggunakan pekali Alpha Cronbach. Nilai alpha yang kurang daripada 0.20
dianggap tidak baik, nilai 0.21 hingga 0.40 pula dianggap kurang baik, nilai 0.41 hingga 0.60
dianggap sederhana baik manakala nilai 0.61 hingga 0.80 pula dianggap baik. Akhir sekali
ialah nilai 0.81 hingga 1.00 yang dianggap sangat baik. Berdasarkan pengkelasan nilai alpha
tersebut, analisis Alpha Croncbach mendapati bahawa nilai kebolehpercayaan bagi
keseluruhan item ialah pada tahap sangat baik, iaitu 0.88. Oleh yang demikian, setelah melalui
beberapa proses penting seperti kesahan dan kebolehpercayaan, maka item-item yang dibina
telah diterima dan boleh digunakan dalam kajian sebenar.

Data kuantitatif bagi kajian ini telah dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan
perisian SPSS versi 26 bagi memperoleh kekerapan, peratusan, min dan juga sisihan piawai
yang digunakan untuk mengukur tahap pelaksanaan KBAT dalam kalangan guru bahasa

766
Melayu dari aspek perancangan, pedagogi dan pentaksiran. Interpretasi skor min yang
digunakan dalam kajian ini merupakan hasil adaptasi daripada Riduwan (2012). Mohd Majid
(2005) menyatakan bahawa min adalah petanda arah tuju hasil kajian. Oleh itu, penentuan
julat min sama ada tinggi, sederhana atau rendah akan ditentukan berdasarkan kepada data
yang akan dianalisis.

Jadual 1
Interpretasi skor min bagi tahap pelaksanaan KBAT

Skor Min Interpretasi


1.00 – 1.50 Kurang Memuaskan
1.51 – 2.50 Rendah
2.51 – 3.50 Sederhana
3.51 – 4.00 Tinggi
Sumber: Riduwan (2012)

DAPATAN KAJIAN
Dalam bahagian ini, penyelidik membincangkan tentang hasil dapatan kajian bagi menjawab
soalan kajian dan seterusnya mencapai objektif kajian. Kajian ini mempunyai tiga obkjetif
kajian iaitu mengenal pasti tahap pelaksanaan KBAT dari aspek perancangan, mengenal pasti
tahap pelaksanaan KBAT dari aspek pedagogi dan mengenal pasti tahap pelaksanaan KBAT
dari aspek pentaksiran.

Jadual 2
Analisis item tahap pelaksanaan KBAT dari aspek perancangan

Bil. Item Min Sisihan Tahap


Piawai
1. Saya merancang pengajaran 3.69 0.467 Tinggi
untuk mengajar KBAT.
2. Saya menggunakan kata kerja 3.39 0.494 Sederhana
KBAT (aplikasi) dalam
perancangan.
3. Saya menggunakan kata kerja 3.31 0.525 Sederhana
KBAT (analisis) dalam
perancangan.
4. Saya menggunakan kata kerja 3.33 0.478 Sederhana
KBAT (menilai) dalam
perancangan.

767
5. Saya menggunakan kata kerja 3.25 0.500 Sederhana
KBAT (mencipta) dalam
perancangan.
6. Saya menentukan isi 3.58 0.500 Tinggi
kandungan pengajaran
berdasarkan kepada kebolehan
murid.
7. Saya menggunakan kemahiran 3.58 0.500 Tinggi
untuk merancangan
pelaksanaan KBAT dalam PdP.
8. Saya menggunakan kemahiran 3.61 0.494 Tinggi
untuk menyediakan rancangan
pengajaran dalam pembelajaran
KBAT.
9. Saya merancang 3.64 0.487 Tinggi
mengembangkan potensi
individu murid dalam
pembelajaran KBAT.
10. Saya merancang menggunakan 3.56 0.504 Tinggi
sumber PdP bagi tujuan
pembelajaran KBAT
Keseluruhan 3.49 0.495 Sederhana

Berdasarkan analisis data min, terdapat empat item yang berada pada tahap sederhana
manakala enam item berada pada tahap yang tinggi. Min keseluruhan bagi konstruk ini ialah
3.49 yang menunjukkan guru-guru sekolah rendah di Kuala Lumpur berada pada tahap
sederhana dalam pelaksanaan KBAT dari aspek perancangan. Nilai sisihan piawai 0.495. Item
5 menunjukkan nilai min yang rendah dalam konstruk ini iaitu 3.25, hal ini bermakna majoriti
responden tidak menggunakan kata kerja KBAT (mencipta) dalam perancangan.

Jadual 3
Analisis item tahap pelaksanaan KBAT dari aspek pedagogi.

Bil. Item Min Sisihan Tahap


Piawai
1. Saya menggunakan strategi 3.47 0.506 Sederhana
konstruktivisme dalam PdP.
2. Saya menggunakan strategi 3.17 0.561 Sederhana
pembelajaran berasaskan
projek.
3. Saya menggunakan strategi 3.17 0.655 Sederhana
pembelajaran berasaskan inkuiri.

768
4. Saya menggunakan strategi 3.39 0.494 Sederhana
pembelajaran kajian masa
depan.
5. Saya menggunakan bahan bantu 3.53 0.506 Tinggi
mengajar berasaskan KBAT
6. Saya menggunakan peta i-Think 3.42 0.604 Sederhana
dalam PdP.
7. Saya menggunakan peta minda 3.33 0.586 Sederhana
dalam PdP.
8. Saya menggunakan bentuk 3.67 0.504 Tinggi
grafik dalam PdP.
9. Saya menggunakan teknik 3.64 0.504 Tinggi
penyoalan KBAT dalam PdP.
10. Saya melibatkan murid secara 3.56 0.478 Tinggi
aktif dalam PdP bagi KBAT.
3.43 0.539 Sederhana

Berdasarkan Jadual 3, secara keseluruhannya min bagi konstruk tahap pelaksanaan KBAT
dalam kalangan guru bahasa Melayu dari aspek pedagogi ialah 3.43 iaitu pada tahap
sederhana. Nilai sisihan piawai 0.539. nilai min paling tinggi ialah 3.67 bagi item 8 yang
menunjukkan bahawa guru-guru bahasa Melayu menggunakan bentuk grafik dalam
pengajaran dan pembelajaran. Min rendah pula ialah 3.17 iaitu bagi item nombor 2 dan 3 iaitu
guru tidak menggunakan strategi berasaskan projek dan strategi berasaskan inkuiri. Hasil
kajian ini menujukkan bahawa guru-guru bahasa Melayu di sekolah Y di Kuala Lumpur
mempunyai tahap yang sederhana dari aspek pedagogi.

Jadual 4
Analisis item tahap pelaksanaan KBAT dari aspek pentaksiran

Bil. Item Min Sisihan Tahap


Piawai
1. Saya membina item KBAT dalam 3.50 0.561 Sederhana
pentaksiran.
2. Saya menilai perkembangan 3.69 0.525 Tinggi
murid dalam KBAT.
3. Saya memberi maklum balas 3.53 0.506 Tinggi
yang berkesan kepada murid
bagi tujuan mereka mempelajari
KBAT.

769
4. Saya menyediakan peluang 3.47 0.506 Sederhana
kepada murid untuk
merumuskan apa yang telah
dipelajari di setiap sesi
pembelajaran.
5. Saya membuat refleksi 3.58 0.500 Tinggi
pengajaran KBAT bagi tujuan
penambahbaikan.
Keseluruhan 3.55 0.519 Tinggi

Berdasarkan jadual 4, secara keseluruhannya, min bagi konstruk tahap pelaksanaan KBAT
dari aspek pentaksiran ialah 3.55 iaitu pada tahap tinggi. Nilai sisihan piawai .519. Nilai min
paling tinggi ialah 3.69 iaitu item 2 yang menunjukkan guru menilai perkembangan murid
dalam KBAT. Min paling rendah pula ialah 3.47 iaitu berada pada tahap sederhana yang
menujukkan guru-guru menyediakan peluang kepada murid untuk membuat rumusan tentang
isi pelajaran. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru sekolah Y di Kuala Lumpur
mempunyai tahap pentaksiran yang tinggi.

KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN


Secara dasarnya, kajian ini telah berjaya menjawab semua soalan kajian. Berdasarkan
dapatan kajian, tahap pelaksanaan KBAT dalam kalangan guru bahasa Melayu dari aspek
perancangan dan pedagogi pada tahap sederhana. Dalam kajian ini, item berkaitan tahap
pelaksanaan dari aspek perancangan dan pedagogi mendapat skor min 3.49 dan 3.43 iaitu
berada pada tahap sederhana. Hal ini menunjukkan bahawa, guru-guru masih perlu untuk
memperbaiki dan menambah baik tahap pelaksanaan KBAT dari aspek perancangan dan
pedagogi. Menurut Nor Hasmaliza (2016), guru tidak mendapat pendedahan tentang pedagogi
KBAT dan kurang mengamalkan pedagogi berasaskan KBAT. Oleh kerana ini, dapatan kajian
ini menunjukkan bahawa tahap pelaksanaan KBAT dari aspek pedagogi berada pada tahap
sederhana.

Namun, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa guru-guru cuba untuk
merancang melaksanakan dan mengaplikasikan pengajaran KBAT dalam bilik darjah. Hal ini
dapat dibuktikan bahawa dapatan terhadap item ini mempunyai nilai skor min yang tinggi. Oleh
itu, guru sentiasa mengambil berat tentang KBAT dalam merancang pengajaran di bilik darjah.
Di samping itu, hasil dapatan kajian mendapati guru kerap menggunakan alat-alat berfikir
seperti bentuk grafik dalam PdP mereka. Hal ini kerana, penggunaan bentuk grafik dalam
pengajaran bahasa Melayu mampu meningkatkan penguasaan bahasa murid.

770
Walaupun guru mempunyai tahap pelaksanaan dari aspek perancangan dan pedagogi
yang sederhana, namun hasil dapatan kajian mendapati guru berada pada tahap tinggi dari
aspek pentaksiran. Guru sentiasa menilai perkembangan KBAT murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks ini, penilaian perkembangan murid amatlah
penting bagi guru melihat potensi dan kebolehan murid. Pernyataan ini juga disokong oleh
Mohd Haidzir & Norasmah (2019) yang menyatakan perkara penting yang perlu dilakukan oleh
sesorang guru dalam melaksanakan Pdp ialah dengan melakukan penilaian terhadap murid.

Pelaksanaan kajian ini juga mempunyai implikasi dari segi pengetahuan. Dari segi
pengetahuan, pelaksanaan kajian ini berupaya meningkatkan pengetahuan kepada guru
bahasa Melayu tentang aspek perancangan, pedagogi dan pentaksiran dalam melaksanakan
KBAT di blik darjah. Hal ini juga dijelaskan oleh Yahya (2014), bahawa guru perlu menguasai
dan mendalami ilmu berkaitan KBAT sebelum mengamalkan atau mengaplikasikan ilmu
tersebut dalam sesi pengajaran. Oleh itu, kajian ini mendorong para guru untuk meningkatkan
pengetahuan dan pelaksanaan bagi memastikan pelaksanaan KBAT dari aspek perancangan,
pedagogi dan pentaksiran dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh, pengkaji turut memberikan beberapa


cadangan kepada pihak tertentu untuk dilaksanakan pada masa akan datang. Pertama, pihak
KPM bolehlah menyediakan pelbagai kursus, bengkel atau latihan dalam perkhidmatan bagi
memberi pendedahan tentang kepada guru berkaitan perancangan, pedagogi, kandungan
kurikulum dan teknologi. Hal ini bagi memastikan guru-guru mendapat pengetahuan tentang
cara pelaksanaan KBAT dalam pengajaran bahasa Melayu. Melalui kursus ini, guru akan
mendapat pengetahuan dan kemahiran tentang kandungan mata pelajaran yang terdapat
dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan boleh mentafsir setiap
standard kandungan dan standard pembelajaran yang terdapat dalam DSKP.

Di samping itu, pihak pentadbir memainkan peranan penting dalam membudayakan


KBAT di sekolah. Sehubungan dengan itu, pentadbir sekolah perlu mempunyai ilmu dan
kemahiran berkaitan KBAT sebelum mereka melaksanakan usaha untuk mengangkat
kemahiran tersebut sebagai amalan dan budaya di sekolah. Ilmu dan kemahiran yang
diperolehi dapat membantu pentadbir sekolah membuat pemantauan secara klinikal,
bimbingan, pementoran dan penilaian bagi memastikan KBAT dilaksanakan dengan
berkesan. Pentadbir boleh memimpin pembudayaan KBAT melalui pembangunan organisasi
secara menyeluruh menggunakan pengupayaan dalaman sekolah yang melibatkan seluruh
warga sekolah.

771
RUJUKAN
Anida Sarudin, Zulkifli Osman, Husna Faredza, Mohd Amir & Marlini. (2020). Analisis
pelaksanaan elemen kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru bahasa Melayu
di sekolah menengah orang asli. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol 10. 48-63.
Anida Sarudin, Husna Faredza Mohamed Redzwan, Adenan Ayob, & Zuraini Ramli. (2017).
Strategi efektif peranti berfikir CoRT (Cognitive Research Trust) dalam pendidikan
Bahasa Melayu. Prosiding Seminar The 3rd Asia Pasific Conference on Educational
Management and Leadership (APCEMAL 2017), 464-479.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2014). Elemen KBAT dalam Kurikulum. Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Ismail, Sidek & Mahbib, U.K. (2015). Faktor Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Abad Ke-21 bagi Pelajar Sains. Seminar Kebangsaan
Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam 2015, 14-15 September 2015, p.228-
238. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Mohd Haidzir Yusof@Jusoh & Norasmah Othman. (2019). Isu dan permasalahan pentaksiran
alternatif dalam sistem penilaian di Malaysia. Kertas Kerja Dibentangkan di Persidangan
Antarabngsa Sains Sosial dan Kemanusiaan. Kolej Universiti Islam Antarabangsa,
Selangor.
Puvenesvary Muthiah, Sivabala Naidu, Mastura Badzis, Noor Fadhilah Mat Nayan, Radziah
Abdul Rahim & Noor Hashima Abdul Aziz. (2020). Qualitative Research Data Collection
and Data Analysis Techniques 2nd Edition. Penerbit Universiti Utara Malaysia.
Seman Salleh. (2005). Interaksi lisan dalam pengajaran dan pembelajaran komponen
Kesusasteraan Melayu (Komsas) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.Tesis Doktor
Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Yahya Othman. 2014. Kemahiran berfikir aras tinggi dalam Bahasa Melayu: Peranan guru.
Dlm. Zamri Mahamod et.al (Pnyt.). Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa
Melayu dan Kesusasteraan Melayu Kali Ketiga, 7-14. Bangi: Penerbit Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Zamri dan Nor Razah. (2011). Kepelbagaian kaedah penyoalan lisan dalam pengajaran
Bahasa Melayu: Kaedah pemerhatian. Jurnal Pendidikan Bahasa, 1(5):51-65.

772
PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL OLEH GURU
BAHASA MELAYU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Muhammad Syukri bin Samsuri


pju17_210 @ipgkbm.edu.my

Shamsul Aizuwani bin Nawi PhD


shamsulaizuwani@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji tahap pengetahuan, tahap kemahiran dan sikap guru Bahasa
Melayu tentang pengintegrasian Kemahiran Pemikiran Komputasional dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Mealyu. Reka bentuk kajian adalah kaedah penyelidikan tinjauan menggunakan
satu set soal selidik yang mengandungi 45 item. Sampel kajian terdiri daripada 44 orang guru Bahasa
Melayu sekolah rendah di Zon Bangsar, Kuala Lumpur. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan
statistik deskriptif, melibatkan analisis skor min dan sisihan piawai. Hasil dapatan menemukan tahap
pengetahuan guru adalah sederhana (skor min 3.82), manakala tahap kemahiran guru Bahasa Melayu
adalah sederhana tinggi (skor min 4.05) dan sikap guru Bahasa Melayu tentang pengintegrasian
Kemahiran Pemikiran Komputasional dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu adalah
positif (skor min 4.37) Justeru, guru-guru disarankan untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran pedagogi
serta memupuk minat terhadap Kemahiran Pemikiran Komputasional supaya prestasi murid dapat
dipertingkan dengan berkesan Pihak berkepentingan juga perlu berkerjasama dalam pengintegrasian
kemahiran ini.

Kata kunci: pengintegrasian, kemahiran, tahap, sikap, Pemikiran Komputasional, pengajaran


dan pembelajaran.

ABSTRACT

This study was conducted to determine the knowledge, skills and attitudes of Malay Language Teacher
ono Computational Thinking about integration skills in teaching and learning of the Malay Language.
This survey study used a set of 34 items questionnaire. The sample consisted of 44 Malay Language
Teachers of primary schools in Bangsar Zone, Kuala Lumpur Collected data was analyzed in descriptive
form of mean and standard deviation. The results found the level of knowledge the teachers are
moderate (mean score 3.82), their skills on integrating Thinking Skills Computational in teaching and
learning of Malay Language are moderately high (mean 4.05) and the attitudes of Malay Language
teachers on integrating Thinking Skills Computational in teaching and learning of Malay Language is
positive (mean 4.37 ) Therefore, teachers are advised to improve their knowledge and pedagogical skills

773
as well as cultivate interest in Computational Thinking Skills so that student performance can be
considered effectively. Stakeholders also need to cooperate in the integration of these skills

PENGENALAN

Sistem pendidikan di Malaysia bersifat dinamisme yang mana sentiasa mengalami perubahan
mengikut kesesuaian global. Selain itu, melalui transformasi yang berlaku dalam pendidikan
negara adalah untuk melahirkan pelajar berilmu dengan kualiti kepimpinan dan kecekapan
dwibahasa yang lebih baik. Justeru itu dalam Rangka Tindakan Pendidikan Awal yang telah
dinyatakan oleh Perdana Menteri, pelajar perlu dilengkapkan dengan kemahiran berfikir aras
tinggi supaya mampu bersaing dengan yang terbaik di peringkat antarabangsa. (Bernama,
2012).

Oleh yang demikian, sistem pendidikan abad ke-21 merupakan satu transformasi yang
dilakukan dalam memperbaharui taraf pendidikan sedia ada. Kementerian Pendidikan
Malaysia telah membina satu kurikulum yang memenuhi piawai antarabangsa dengan
menekankan aspek kemahiran kreatif, inovasi dan penyelesaian masalah bagi melahirkan
generasi yang seimbang serta menguasai kemahiran abad ke-21. Pelajar yang menguasai
kemahiran abad ke-21 dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan
inovatif mampu untuk bersaing di peringkat global (Ismail, Sidek & Mahbib, 2015).

Transformasi dalam meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara telah dirancang


melalui pelan jangka masa panjang yang dibawa oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM). Pelan ini dinamakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bagi tahun
2013-2025 (KPM 2013). Salah satu anjakan transformasi dalam PPPM 2013-2025 adalah
untuk menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa,
peperiksaan dan pentaksiran sebelum ini akan dirombak dan ditumpukan kepada bentuk
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Hal ini kerana telah dinyatakan bahawa satu daripada
enam ciri utama yang menjadi keperluan seseorang murid yang berkemampuan dalam
persaingan pada peringkat antarabangsa ialah kemahiran berfikir (PPPM 2013-2025, KPM
2013).

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan salah satu komponen utama dalam
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu
(Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2013). Penekanan KBAT dalam Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan
satu usaha kerajaan untuk memperkukuhkan dan memperkasakan kemahiran berfikir pelajar

774
supaya pelajar tidak hanya menghafal tetapi memahami apa yang dipelajari dan boleh berfikir
dengan lebih mendalam, membuat kesimpulan dan refleksi seterusnya mengaplikasikan
pengetahuan tersebut dalam situasi sebenar (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2014).

Selain daripada KBAT, bagi menambahbaik lagi sistem pendidikan Malaysia supaya
mampu melahirkan generasi yang mampu berdaya saing di peringkat global, sekali lagi sistem
pendidikan Malaysia telah diubah melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
(Semakan) 2017 mulai Januari tahun 2017 iaitu telah menerapkan komponen baharu iaitu
Pemikiran Komputasional sejajar dengan perkembangan 'trend' kehidupan berlandaskan
digital. Komponen baharu ini merupakan satu kemahiran berfikir yang menggunakan daya
intelek yang tinggi kerana ianya melatih otak untuk berfikir dan menyelesaikan masalah secara
pemprosesan komputer. Secara dasarnya, Pemikiran Komputasional ini adalah kemahiran
menyelesaikan masalah dengan mudah. Pemikiran Komputasional ini juga merupakan satu
proses menyelesaikan masalah dengan cara berfikir secara logik tentang masalah dari segi
proses yang terlibat, data yang ada, dan langkah-langkah yang perlu diikuti untuk mencapai
matlamat yang diingini yang melibatkan empat teknik bagi memahami masalah,
menyelesaikan masalah yang rumit serta menyenaraikan penyelesaian yang sesuai bagi
permasalahan tersebut.

Pemikiran Komputasional ini bertindak seperti sebuah komputer untuk menyelesaikan


sesuatu masalah yang kompleks dengan sangat teliti dan teratur mengikut sesuatu teknik yang
bersesuaian dengan masalah tersebut. Selain itu, teknik-teknik yang terkandung dalam
Pemikiran Komputasional mampu merangsang minda untuk berfikiran secara kreatif dan kriitis
dan ianya sangat penting kerana menurut Thornton (1982) menyatakan bahawa para pendidik
kurang berminat untuk menjalankan aktiviti kreatif di dalam bilik darjah disebabkan oleh
kawalan kelas dan penggunaan masa. (Ahmad Sarji Abdul Hamid. Malaysia’s Vision 2020,
1993). Namun begitu pemikiran komputasioanal ini memerlukan kemahiran dan sikap yang
positif dan komited yang tinggi untuk melaksanakan pemikiran komputasional ini.

Selain itu, pemikiran komputasional ini menjadi tuntutan bagi setiap murid untuk
mendepani segala cabaran demi meneruskan kehidupan yang sangat bergantung kepada nilai
kendiri setiap murid khususnya daripada segi intelek dan kemahiran selari dengan 17
Matlamat Pembangunan Lestari yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) dalam Perhimpunan Agung PBB pada September 2015, di New York, Amerika
Syarikat untuk dicapai pada 2030 sebagai agenda demi pembangunan dan kemaslahatan
manusia dan Bumi. Antara matlamatnya ialah “tiada kemiskinan”. Dengan adanya kemahiran
pemikiran komputasional ini, murid-murid dapat mengaplikasikan kemahiran-kemahiran

775
mereka dengan kreatif dan mereka mampu mencipta peluang pekerjaan yang mampu
meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.

Tambahan pula, pemikiran komputasional ini juga dapat dipraktikkan bukan sahaja
dalam akademik semata-mata malah ianya sangat penting dalam kehidupan seharian
khususnya dalam menyelesaikan masalah. Hal ini dapat dibuktikan dengan peningkatan
jumlah kes bunuh diri dalam kalangan pelajar yang berlaku kerana pelbagai sebab dan punca.
Kecenderungan pelajar perkara tersebut adalah kerana tidak mampu untuk menyelesaikan
sesuatu masalah yang terjadi dengan waras. Melalui teknik-teknik dalam pemikiran
komputasional, contohnya teknik peniskalan, serumit mana pun masalah yang berlaku pasti
akan diselesaikan dengan baik kerana teknik ini mendorong kita untuk menumpukan kepada
masalah utama dan meninggalkan masalah yang tidak penting dengan menilai semula akibat
dan kesan sesuatu keputusan dilakukan.

Dalam mengintegrasikan Kemahiran Pemikiran Komputasional dalam sistem


pendidikan Malaysia, ianya dapat membantu guru membimbing pelajar mereka dengan lebih
baik untuk mencari kaedah penyelesaian baharu bagi masalah yang kelihatan mustahil untuk
diselesaikan. Membantu guru untuk menambahbaik sesuatu amalan atau aktiviti PdP.
Memperkayakan Pengajaran Guru dan eksplorasi pelajar dalam sesuatu subjek walaupun
tanpa penggunaan atau akses kepada teknologi. Menambahkan keyakinan pelajar
terutamanya untuk berhadapan dengan masalah kurang jelas, kompleks atau terbuka dan
tertutup.

Sehubungan dengan itu, dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, guru
sebagai fasilitator berperanan penting dalam menerapkan dan mengalikasikan Pemikiran
Komputasional sama ada dalam pengajaran mahupun melalui aktiviti yang dilaksanakan
dalam bilik darjah kerana tugas utama guru ialah menyempurnakan hak seorang murid iaitu
pembelajaran yang menyeronokkan dan berkualiti. Pemikiran Komputasional ini sangat
penting untuk dijadikan sebagai panduan dan teknik menyelesaikan masalah. Pemikiran
Komputasional ini mampu menjadikan satu fenomena yang baharu iaitu dapat mengurangkan
bebanan guru dan juga memudahkan guru untuk melahirkan murid yang kompetitif pada
peringkat dunia.

PERNYATAAN MASALAH

Penekanan terhadap kemahiran berfikir dalam semua mata pelajaran di sekolah


membolehkan percambahan pemikiran berlaku dan pelajar boleh berfikir dan membuat
sesuatu keputusan dengan lebih rasional, bertimbang rasa dan objektif (Abdul Rahim, 1999;
Maimunah, 2004). Hal ini kerana murid-murid cenderung untuk memberikan respons
sepertimana yang telah diajarkan dalam bilik darjah dan tidak mampu mengolah dengan cara

776
dan jawapan mereka sendiri. Hal ini menunjukkan bahawa murid-murid masih lagi tidak
mampu menguasai kemahiran berfikiran aras tinggi. Justeru, rasional mengajar kemahiran
berfikir khususnya kritis dan kreatif bukan sahaja memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan
Negara (FPN) dan Tujuan Pendidikan Negara (TPN) untuk melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (Pusat Perkembangan Kurikulum,
1999), malah lebih daripada itu, pengajaran KBKK merupakan satu tanggungjawab
kemanusiaan.

Menurut Rosnani (2012), prestasi negara kita berada pada tahap satu pertiga terendah
di dunia, malah lebih ketinggalan berbanding Thailand. Jelas bahawa KBAT sangat
memainkan peranan bagi memacu kecemerlangan dan kemenjadian murid terutamanya
dalam bidang akademik. Sebagai tali ukur terhadap prestasi murid-murid yang diiktiraf di
seluruh dunia, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025 (2013) melaporkan data
pada 2010 bahawa prestasi Malaysia jauh ketinggalan di belakang negara-negara lain yang
mempunyai tahap yang sama atau lebih rendah daripada peruntukan perbelanjaan pendidikan
bagi setiap pelajar seperti Thailand, Chile, dan Armenia menerusi Programme for International
Student Assessment (PISA).

Mendepani era pemodenan yang bertunjangkan sains dan teknologi kini, KBAT
menampakkan keberkesannya yang semakin ditelan oleh arus zaman dan perlu ditambahbaik
supaya mampu mempersiapkan murid dengan daya intelek yang lebih tinggi seperti pemikiran
kreatif dan kreatis. Maka, Kemahiran Pemikiran Komputasional menjadi satu resepi terbaharu
bagi meningkatkan prestasi murid-murid di sekolah rendah.

Guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka.
Kepakaran guru amat diperlukan dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran.
Strategi dan teknik yang sesuai berpotensi merangsang pelajar belajar secara aktif, ia juga
harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar
serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna (Pusat Perkembangan Kurikulum,
2012). Perkembangan positif sistem pendidikan negara adalah apabila menjadikan kemahiran
berfikir sebagai elemen yang diberi penekanan utama dalam kurikulum sekolah.

Murid-murid tampak seperti ketandusan idea dan sering tidak menyokong idea- idea
mereka akan menyebabkan pencapaian mereka tidak begitu baik kerana kebanyakkan murid
hanya mampu mengolah sesuatu yang konkrit sahaja, ianya membuktikan bahawa tahap
pemikiran murid-murid tidak begitu kreatif dan serta kritis. Namun begitu kemahiran berfikir
secara kreatif dan kritis mampu dilatih dan dipraktikkan dengan baik melalui kaedah, teknik,
dan strategi pembelajaran dan pengjaran yang dilaksanakan oleh guru.

777
Amalan pengajaran yang sesuai dengan tahap umur serta pencapaian murid bukan
sahaja dapat meningkatkan mutu penyampaian seseorang guru malah perkara itu akan
menjadi sesuatu pembelajaran yang lebih bermakna dan menyeronokkan (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2010). Guru perlu kreatif dalam merancang pengajaran dan
pembelajaran. Masalah yang mengaitkan guru yang tidak melaksanakan pengajaran KBAT
turut dinyatakan oleh Musliha Salma Mohd Radzi (2010), iaitu pengajaran guru yang tidak
sistematik dan tidak berkesinambungan dengan pelajaran sebelumnya menyebabkan murid
tidak mampu menggunakan KBAT seperti analisis, sintesis, dan penilaian dengan sempurna.
Hal ini menunjukkan bahawa guru sendiri masih kurang mahir terhadap KBAT malah semakin
jauh terhadap Kemahiran Pemikiran Komputasional.

Menurut Zamri (2014), pengajaran dan pembelajaran yang masih tertumpu kepada
peperiksaan menyebabkan usaha untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya. Menurut Bahagian Pembangunan Kurikulum
(KPM 2012), pelbagai kaedah digunakan ketika pengajaran dan pembelajaran dijalankan di
dalam bilik darjah bagi membudayakan dan merealisasikan kemahiran berfikir dalam kalangan
murid melalui aspek kesediaan dan kebolehan murid, teknik penyoalan dan aktiviti di dalam
bilik darjah.

Pengintegrasian Pemikiran Komputasional dalam bilik darjah adalah menjadi satu


kepentingan untuk mencapai hasil pengajaran dan pembelajaran yang optimum. Menurut
Owing, Azhar & Shamsudin, (2018), tahap pengetahuan guru yang tinggi tentang
pengintegrasian Pemikiran Komputasional turut mempengaruhi kemahiran dan sikap guru
yang positif untuk menerapkan kemahiran tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran.
Justeru, Kemahiran Pemikiran Komputasional ini menjadi pelopor dan sebagai pemangkin
kepada guru-guru untuk bergiat aktif dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang
berkualiti.

Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengkaji tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap
guru Bahasa Melayu tentang pengintegrasian Pemikiran Komputasional dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kesimpulannya, semua guru Bahasa Melayu perlulah
kreatif dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti
dengan mengintegrasikan Kemahiran Pemikiran Komputasional untuk meningkatkan potensi
dan pencapaian murid pada tahap yang maksimum bagi melahirkan generasi yang cemerlang
dalam semua bidang.

778
OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah merujuk kepada:

1. Mengenalpasti tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu tentang pengintegrasian


Pemikiran Komputasional oleh guru Bahasa Melayu dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu.

2. Mengenalpasti kemahiran guru Bahasa Melayu tentang pengintegrasian Pemikiran


Komputasional oleh guru Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu.

3. Mengenalpasti sikap guru Bahasa Melayu tentang pengintegrasian Pemikiran


Komputasional oleh guru Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu.

SOALAN KAJIAN

Oleh itu, kajian ini mengkaji beberapa persoalan iaitu:

1. Apakah tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu tentang pengintegrasian Pemikiran


Komputasional oleh guru Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu?

2. Apakah tahap kemahiran guru Bahasa Melayu tentang pengintegrasian Pemikiran


Komputasional oleh guru Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu?

3. Apakah sikap guru Bahasa Melayu tentang pengintegrasian Pemikiran


Komputasional oleh guru Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan berbentuk deskriptif. Menurut Mohd Majid
(2009), kajian deskriptif adalah kajian yang menerangkan sesuatu fenomena yang sedang
berlaku. Mokhtar (2011) menyatakan bahawa dalam konteks membuat kajian deskriptif amat
sesuai dijalankan untuk mengetahui respons orang ramai terhadap baik buruknya sesuatu
cadangan. Reka bentuk kajian tersebut dipilih berdasarkan kelebihan yang dinyatakan oleh
Chua (2014) yang menerangkan bahawa kaedah tinjauan merupakan satu kaedah kajian yang
terbaik untuk mengumpul maklumat secara langsung daripada responden berkaitan dengan
perasaan, motivasi, sikap, kepercayaan, tingkah laku dan lain-lain maklumat yang berkaitan
dengan sekumpulan individu. Sehubungan dengan itu, kajian ini mengenal pasti tahap

779
pengetahuan, kemahiran dan sikap guru Bahasa Melayu tentang pengintegrasian Kemahiran
Pemikiran Komputasional dalam pengajaran Bahasas Melayu secara kuantitatif menggunakan
instrumen soal selidik.

Dalam kajian ini, ketiga-tiga objektif kajian dinilai melalui instrumen soal selidik. Mohd.
Majid (2004) menyatakan bahawa soal selidik merupakan alat ukur yang sesuai, secara tepat
dan benar untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan kajian penyelidik. Instrumen soal
selidik ini diedarkan menggunakan AplikasI Google Form. Menurut Mashira Yahaya et.al
(2019), data kuantifatif dikumpul dengan lebih mudah dan kurang ralat dengan menggunakan
soal selidik atas talian iaitu Google Form.

Pengkaji menggunakan instrumen soal selidik dalam kajian ini. set soalan yang
digunakan adalah hasil daripada adaptasi oleh pengkaji menggunakan bahasa melayu
berdasarkan soal selidik Nurliyana (2019) berkaitan kajian Pengaplikasian Teknik Didik Hibur
Oleh Guru Bahasa Melayu Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Soal selidik
yang digunakan dalam kajian ini mengandungi 45 item yang dibahagikan kepada empat
bahagian. Bahagian A ialah profil responden yang bagi mendapatkan maklumat seperti lokasi
jantina, bangsa, umur, kelayakan, pengalaman mengajar dan pengkhususan, kelas
mengajar dan kekerapan mengintergrasikan Kemahiran Pemikiran Komputasional. Bahagian
B mengandungi 10 item soalan tahap pengetahuan guru manakala Bahagian C mengandungi
10 item yang meninjau tahap kemahiran guru Bahasa Melayu serta Bahagian D pula
mengandungi 10 item untuk meninjau sikap guru Bahasa Melayu tentang pengintegrasian
Kemahiran Pemikiran Komputasional dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Instrumen soal selidik dalam kajian ini diuji melalui kajian rintis kepada 30 orang
responden. Hasil analisis data kajian rintis mendapati bahawa nilai kebolehpercayaan Alpha
Cronbach bagi soal selidik ialah 0.95 yang bermaksud kebolehpercayaan yang sangat tinggi.
Dalam kajian ini, soal selidik dijawab oleh 30 orang guru di 5 buah sekolah dalam Zon
Bangsaar. Akhirnya, data soal selidik dianalisis secara deskriptif iaitu melihat kepada skor min
dan sisihan piawai.

Tafsiran skor min telah diadaptasi daripada Sumber: Azman Jais (2018) dan Noraini
Mohamad (2012) ditunjukkan dalam Jadual 1. dan Jadual 2. Selang skala skor min dikekalkan
tetapi tafsiran bagi setiap konstruk diubah suai menggunakan istilah yang lebih sesuai agar
dapat menyampaikan tafsiran yang tepat dan difahami.

780
Jadual 1
Interpretasi skor min tahap kemahiran dan pengetahuan guru

Skor Min interpretasi Skor Min

1.00 - 2.33 Rendah


2.34 - 3.66 Sederhana
3.67 - 5.00 Tinggi
Sumber: Azman Jais (2018)

Jadual 2
Interpretasi skor min tahap sikap guru

Skor Min interpretasi Skor Min

1.00 - 2.33 Negatif


2.34 - 3.66 Kurang Pasti
3.67 - 5.00 Positif
Sumber: Noraini Mohamad (2012)

Dalam kajian ini, tahap kemahiran dan pengetahuan guru dikategorikan kepada tiga tahap
iaitu skor min 1.00 hingga 2.33 menunjukkan tahap yang rendah, skor min 2.34 hingga 3.66
menunjukkan tahap rendah manakala skor min 3.67 hingga 5.00 menunjukkan tahap tinggi.
Skor min 4.01 – 5.00. Manakala bagi tahap sikap guru pula didikategorikan kepada tiga tahap
juga iaitu skor min 1.00 hingga 2.33 menunjukkan tahap yang negatif, skor min 2.34 hingga
3.66 menunjukkan tahap kurang pasti manakala skor min 3.67 hingga 5.00 menunjukkan
tahap positif.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini menjawab kepada tiga soalan kajian iaitu berkaitan persepsi guru, tahap
kemahiran guru dan masalah yang dihadapi dalam permainan bahasa.

Jadual 3
Analisis Item Bagi Tahap Pengetahuan Guru Bahasa Melayu Tentang Pengintegrasian
Pemikiran Komputasional Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Item Min (μ) Sisihan Piawai (SP)

B1. Konsep Kemahiran 3.39 .722


Pemikiran Komputasional

781
B2. Sesi pembelajaran yang 3.98 .698
menyeronokkan

B3. Mengurangkan tekanan 4.23 .711


murid semasa belajar

B4. Murid terlibat secara aktif


dalam aktiviti pengajaran dan
4.16 .645
pembelajaran Bahasa Melayu

B5. Kelebihan
mengintegrasikan Kemahiran
3.89 .868
Pemikiran Komputasional
dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu

B6. Kaedah mengintegrasikan


Kemahiran Pemikiran
3.43 .846
Komputasional dalam
pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu

B7. Peranan guru dalam


pengintegrasian Kemahiran
3.66 .645
Pemikiran Komputasional
dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu

Berdasarkan Jadual 3, skor min bagi konstruk ini ialah 3.82. yang menunjukkan
bahawa tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu tentang pengintegrasian Kemahiran
Pemikiran Komputasional dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu adalah
sederhaNa. Nilai sisihan piawai 0.85 menunjukkan set data bagi konstruk ini terserak menjauhi
ukuran pusat. Berdasarkan data tersebut, terdapat berberapa item yang menunjukkkan skor
min yang rendah iaitu item satu, enam dan tujuh. Hal ini menunjukkan bahawa tahap
pengetahuan guru Bahasa Melayu terhadap konsep Kemahiran Komputasional (min 3.39),
kaedah mengintegrasikan Kemahiran Pemikiran Komputasional dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu (min 3.43), dan Peranan guru dalam pengintegrasian
Kemahiran Pemikiran Komputasional dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
(min 3.66).

782
Jadual 4
Analisis Item Bagi Tahap Kemahiran Guru Bahasa Melayu Tentang Pengintegrasian
Pemikiran Komputasional Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

Item Tahap Kemahiran Guru Min (μ) Sisihan Piawai (SP)

C1. Merujuk standard


kandungan dan standard
pembelajaran dalam 4.34 .680
Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) Bahasa Melayu
C2. Menetapkan objektif 4.20 .734
pembelajaran secara eksplisit
C3. Menyediakan rancangan 4.41 .622
pengajaran harian yang
sesuai dengan tahap
pencapaian murid
C4. Merancang langkah- 4.41 .622
langkah pengajaran sesuai
dengan objektif yang
ditetapkan
C5. Melaksanakan proses 3.23 .774
pengajaran yang
mengintegrasikan Kemahiran
Pemikiran Komputasional
sekiranya sesuai dengan
kemahiran yang diajarkan
C6. Mempelbagaikan aktiviti 3.32 .857
untuk mengintegrasikan
Kemahiran Pemikiran
Komputasional dalam aktiviti
pengajaran
C7. Memberikan penekanan 3.66 .861
kepada komponen dalam
Kemahiran Pemikiran
Komputasional dalam
pengajaran
C8. Memastikan proses 4.23 .642
pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan
rancangan pelajaran yang
telah disediakan

783
C9. Membuat penilaian 4.30 .594
terhadap keberkesanan
pengajaran dan
pembelajaran yang
dilaksanakan
C10. Menjadi pemudah cara
kepada murid untuk
melaksanakan aktiviti bagi 4.34 .568
mencapai objektif
pembelajaran

Berdasarkan Jadual 4, dapatan hasil analisis ini menunjukkan tahap Kemahiran guru
Bahasa Melayu tentang Pengintegrasian Pemikiran Komputasional Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Bahasa Melayu adalah sederhana tinggi iaitu mempunyai skor min (4.05) dan
sisihan piawai (.85). Sisihan piawai tersebut menunjukkan set data terserak dan menjauhi
ukuran pusat. Namun begitu terdapat beberapa item yang menunjukka skor min yang
sederhana menerusi item lima (3.23), enam (3.32) dan tujuh (3.66) Item lima menunjukkan
bahawa tahap kemahiran guru terhadap melaksanakan proses pengajaran yang
mengintegrasikan Kemahiran Pemikiran Komputasional sekiranya sesuai dengan kemahiran
yang diajarkan adalah sederhana. Selain itu, tahap kemahiran guru mengenai
mempelbagaikan aktiviti untuk mengintegrasikan Kemahiran Pemikiran Komputasional dalam
aktiviti pengajaran Bahasa Melayu juga sederhana. Akhir sekali, tahap kemahiran guru
terhadap memberikan penekanan kepada komponen dalam Kemahiran Pemikiran
Komputasional dalam pengajaran dan pembelajaran juga pada tahap sederhana.

Jadual 5
Analisis Item Bagi Sikap Guru Bahasa Melayu Tentang Pengintegrasian Pemikiran
Komputasional Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

Item Min (μ) Sisihan Piawai (SP)


D1. Kemahiran Pemikiran
Komputasional ialah satu
teknik yang sesuai 4.36 .574
diintegrasikan dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu
D2. Pengintegrasian
Kemahiran Pemikiran
Komputasional dapat 4.32 .771
meningkatkan pencapaian
akademik murid

784
D3. Pengintegrasian 4.32 .639
Kemahiran Pemikiran
Komputasional dapat
membentuk interaksi sosial
yang positif
D4. Pengintegrasian 4.41 .583
Kemahiran Pemikiran
Komputasional mampu
mewujudkan suasana
pembelajaran yang
menyeronokkan
D5. Pengintegrasian 4.45 .548
Kemahiran Pemikiran
Komputasional berkesan
apabila dilaksanakan dengan
terancang
D6. Pengintegrasian 4.27 .694
Kemahiran Pemikiran
Komputasional mampu
mengurangkan beban tugas
guru
D7. Pengintegrasian 4.39 .722
Kemahiran Pemikiran
Komputasional membawa
perubahan sikap yang positif
kepada murid
D8. Kemahiran Pemikiran 4.34 .645
Komputasional sangat
praktikal dari segi
pelaksanaannya
D9. Pengintegrasian 4.41 .658
Kemahiran Pemikiran
Komputasional meningkatkan
kreativiti guru
D10. Kemahiran Pemikiran 4.41 .726
Komputasional merupakan
teknik yang baharu dalam
meningkatkan kemahiran
kaedah pengajaran saya

Berdasarkan Jadual 5 kesemua item iaitu sepuluh item berada pada tahap yang tinggi
dan positif yang mempunyai nilai min (4.37). Sisihan piawai bagi konsruk ini adalah (.656) yang
menunjukkan set data yang sedikit terserak tetapi mendekati ukuran pusat. Hal ini
menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu sangat bersetuju dengan kajian ini yang

785
mana pengintergrasian Kemahiran Pemikiran Komputasional dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu mampu meningkatkan prestasi murid secara berkesan.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Secara dasarnya, kajian ini telah berjaya menjawab semua soalan kajian. Berdasarkan
dapatan kajian, tahap pengetahuan dan kemahiran guru Bahasa Melayu tentang
pengintegrasian Kemahiran Pemikiran Komputasional dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu adalah pada tahap yang sederhana namun sikap guru menunjukkan sikap
yang positif dan menerima kajian ini dengan baik.

Berdasarkan dapatan kajian lepas yang telah dilakukan oleh Lu Cheng Soon & Jamilah
Mustafa (2017) yang bertajuk Tahap Pemikiran Komputasional dan Hubungannya dengan
Prestasi Akademik Pelajar PISMP di Sarawak, ianya menunjukkan bahawa tahap Pemikiran
Komputasional guru-guru pelatih adalah pada tahap sederhana. Hal ini menunjukkan selari
dengan hasil dapatan kajian ini yang menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru Bahasa
Melayu tentang pengintegrasian Kemahiran Pemikiran Komputasional dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu adalah pada tahap sederhana.

Kenyataan tersebut dapat dibuktikan melalui beberapa item dalam konstruk tahap
pengetahuan guru. Antaranya ialah mengenai konsep kemahiran Pemikiran Komputasional
iaitu menunjukkan nilai min (μ=3.30). Nilai tersebut membuktikan bahawa tahap pengetahuan
guru tentang Kemahiran Pemikiran Komputasional adalah sederhana. Hal ini kerana
kemahiran ini masih baru dan tidak diperkenalkan secara menyeluruh seperti KBAT yang
mana telah ditekankan di dalam kurikulum Malaysia sejak tahun 1994 dengan
memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK). Kemahiran berfikir ini
menekankan bentuk pemikiran bermula dari aras rendah sehingga aras tinggi. Selain itu, ianya
juga bermula pada tahun 2011, iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah
diperkenalkan serta memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013) manakala Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) (Semakan) 2017 mulai Januari tahun 2017 telah menerapkan Pemikiran
Komputasional sebagai alat membantu proses kemahiran berfikir yang seterusnya
menggalakkan interaksi aktif antara guru dan murid.

Selain itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru Bahasa
Melayu terhadap kaedah pengintegrasian Kemahiran Pemikiran Komputasional dalam
pengajaran Bahasa Melayu juga pada tahap yang sederhana mewakili nilai min (μ=3.43). Hal
ini kerana guru-guru masih tidak menguasai konsep dan ciri-ciri Kemahiran Pemikiran
Komputasional dengan baik. Oleh itu guru-guru tidak mampu mengintegrasikan kemahiran

786
tersebut pada kadar yang optimum dan bersesuaian dengan rancangan pengajaran yang
pembelajaran yang disediakan. Jansen, C. & van der Merwe, P. (2015) menyatakan
kekurangan dari sudut kefahaman tentang sesuatu kemahiran akan memberi kesan
secara implisit kepada pengetahuan guru.

Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa tahap pengetahuan guru Bahasa


Melayu tentang pengintegrasian Kemahiran Pemikiran Komputasional dalam pengajaran
Bahasa Melayu adalah sederhana kerana kurangnya pendedahan dan panduan secara jelas
terhadap kemahiran ini. Jelas bahawa guru adalah sumber utama dalam penyampaian
pengajaran kepada maka, guru perlu mempunyai persediaan rapi sebelum melaksanakan
sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Guru memainkan peranan penting dalam usaha
memupuk pemikiran aras tinggi dalam kalangan murid. Hal ini disokong oleh Yahya Othman
(2014), guru pertama sekali perlu menguasai dan mendalami ilmu berkaitan kemahiran berfikir
sebelum mengamalkan atau mengaplikasikan ilmu tersebut ke dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran guru dalam melaksanakan


proses pengajaran yang mengintegrasikan Kemahiran Pemikiran Komputasional dengan
kemahiran yang diajarkan adalah pada tahap yang sederhana. Nilai min untuk item tersebut
adalah (μ=3.23). Hal ini terjadi kerana sebahagiaan besar guru-guru masih berada pada takuk
yang sama kerana masih mengamalkan pengajaran konvensional seperti "chalk and talk".
Menurut Nik Ahmad (2015), guru-guru di sekolah masih mengamalkan kaedah konvensional
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kesannya, guru akan membiasakan pengajaran
lama dan tidak mengaplikasikan pengajaran abad ke-21 sepertimana yang disarankan oleh
KPM. Oleh yang demikian, sesuatu kemahiran baharu perlulah dipelajari dan dipraktikkan dari
masa ke semasa supaya lama kelamaan menjadi mahir seterusnya dapat meningkatkan kualiti
guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Selain itu, berdasarkan data kajian, tahap kemahiran guru dalam mempelbagaikan
aktiviti untuk mengintegrasikan Kemahiran Pemikiran Komputasional dalam aktiviti pengajaran
juga pada tahap yang sederhana iaitu mempunyai nilai min (μ=3.32). Hal ini kerana,
kebanyakkan guru tidak menguasai konsep dan komponen-komponen yang terkandung
dalam Kemahiran Pemikiran Komputasional tersebut. Secara umumnya, aktiviti yang
melibatkan Kemahiran Pemikiran Komputasional merupakan aktiviti berpusatkan murid iaitu
proses pengajaran inkuiri dan penerokaan ilmu kendiri oleh murid. Kemahiran
mempelbagaikan aktiviti ini sangat penting untuk menarik minat murid serta menjadikan sesi
pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Jelas, kemahiran mempelbagaikan aktviti untuk

787
mengintegrasikan Kemahiran Pemikiran Komputasional supaya dapat meningkatkan
kemenjadian murid bagi mendapani masa mendatang.

Tahap kemahiran guru dalam memberikan penekanan kepada komponen dalam


kemahiran Pemikiran Komputasional dalam pengajaran juga pada tahap sederhana iaitu
menunjukkan nilai min (μ=3.66). Hal ini juga berlaku kerana guru masih belum menguasai dan
memahami konsep kemahiran tersebut dengan baik. Guru juga lebih menitikberatkan
kandungan pengajaran sahaja berbanding kaedah pelaksanaannya kerana guru berpendapat
bahawa keberkesanan pengajaran dan pembelajaran tidaklah bergantung kepada kaedah
atau cara yang berbagai-bagai.

Kesimpulannya, tahap kemahiran guru ini bergantung kepada tahap pengetahuan guru
Bahasa Melayu tentang pengintegrasian Kemahiran Pemikiran Komputasional dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kerana tanpa pengetahuan yang unggul, guru-
guru tidak mampu untuk mengaplikasi kemahiran tersebut dengan berkesan.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru sangat berminat terhadap kemahiran


ini kerana kemahairan ini tampak lebih berkesan dalam meningkatkan prestasi murid serta
dapat meningkatkan kualiti guru itu sendiri dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran yang menarik. Dapatan ini juga merupakan satu petunjuk bahawa
Pengintegrasian Kemahiran Pemikiran Komputasional oleh Guru Bahasa Melayu dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Fullan (2001) menegaskan pentingnya sikap
guru yang positif dalam menentukan penerimaan sesuatu inovasi pengajaran. Sikap guru yang
positif secara tidak langsung mendorong pelajar lebih bermotivasi dalam pembelajaran
mereka dan memberi peluang kepada mereka meneroka pembelajaran dengan lebih
bermakna. Hal ini kerana, setiap apa yang dilakukan perlulah disertai dengan minat kerana
tanpa minat maka penyerapan ilmu ke dalam diri seseorang menjadi terbatas.

Berdasarkan dapatan kajian ini, kesimpulan yang boleh diambil ialah guru Bahasa
Melayu mempunyai sikap positif untuk menerima pengintegrasian Kemahiran Pemikiran
Komputasional oleh guru Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu. Ini menunjukkan keinginan guru untuk mengapikasikannya. Malahan, guru-guru ini
juga mempunyai keyakinan terhadap kelebihan kemahiran pemikiran tersebut dapat
meningkatkan prestasi murid serta dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang
menarik.

IMPLIKASI KAJIAN

Berdasarkan kesimpulan dapatan kajian, pengintegrasian Kemahiran Pemikiran


Komputasional dapat meningkatkan prestasi murid khususnya aspek kemahiran berfikir dalam

788
menyelesaikan masalah. Meskipun terdapat beberapa kajian lepas tentang kemahiran ini
seperti dalam mata pelajaran Matematik dan Sains dan bukan dalam Bahasa Melayu. Oleh
itu, kajian adalah untuk memperkenalkan kemahiran baharu dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Tambahan pula, kemahiran ini adalah kemahiran yang baru
selepas pelaksanaan Kbat maka guru sebagai tulang belakang kepada pendidikan di Malaysia
perlu bersikap proaktif dan komited untuk mempelajari ilmu, pedagogi, serta kemahiran dalam
mengintegrasikan kemahiran ini secara meluas dan berkesan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran.

Kajian ini mampu memberikan pendedahan dan pengetahuan yang jelas kepada guru-
guru tentang pengintegrasian kemahiran ini dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu khususnya. Guru perlu sedara bahawa kaedah pengajaran abad ke-21 manjadi
keutamaan pada masa kini dan perlu meninggal kaedah konvensional yang tampak tidak lagi
relevan buat masa kini dan masa yang mendatang. Menerusi pengintegrasian kemahiran ini,
kaedah pengajaran menjadikan berpusatkan murid yang mana dapat meningkatkan
penglibatan aktif murid dalam kelas seterusnya dapat meningkatkan prestasi murid dengan
lebih berkesan. Oleh itu, guru perlulah sedar bahawa kemahiran ini bukanlah sebagai nilai
tambah kepada guru namun ianya menjadi keperluan dalam melahirkan generasi yang
berfikiran kritis dan serta mampu berdaya saing pada tahap antarabangsa. Hal ini dapaat
dibuktikan dengan hasil dapatan kajian oleh Lee Siong Theam et al. (2017) yang melakukan
penggabungjalinan pedagogi yang melibatkan Pemikiran Komputasional, Inkuiri dan Struktur
Pengajaran Berasaskan Otak dalam pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan
prestasi murid-murid. Dapatan kajian tersebut menunjukkan peningkatan prestasi murid serta
memperbaiki tingkah laku mereka.

Kesimpulannya, guru perlulah meningkatkan minat untuk mempelajari ilmu dan


kemahiran pengintegrasian kemahiran ini supaya prestasi murid-murid dapat dipertingkatkan
dengan efektif selari dengan usaha KPM dalam penerapan Kemahiran Pemikiran
Komputasional di sekolah mulai tahun 2017 bagi memperbahrui dan menambahbaik
penggunaan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu, proses
pelaksanaan ini perlulah bermula di sekolah dan kesannya mudah untuk dikenalpasti. Jelaslah
bahawa pengetahuan guru tentang Kemahiran Pemikiran Komputasional mampu
meningkatkan prestasi murid-murid.

Terdapat beberapa kajian yang telah dilaksanakan untuk mengenal pasti tahap
keberkesanan pengintegrasian Kemahiran Pemikiran Komputasional namun begitu ianya
tidak menilai secara keseluruhan komponen-komponen yang terdapat dalam kemahiran ini.
Sebagai contoh, berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Lim (2019) menunjukkan

789
bahawa pengaplikasian komponen Pemikiran Komputasional iaitu kemahiran algoritma oleh
murid tahun 5 pada tahap yang sederhana di mana murid kurang memahami tajuk yang
diberikan dalam tugasan menulis karangan seterusnya sukar untuk menyatakan idea untuk
isi-isi karangan tersebut. Kajian tersebut hanya menumpukan kepada satu komponen sahaja
iaitu kemahiran Algoritma yang menunjukkan bahawa kesan pengaplikasian kemahiran
tersebut adalah positif. Oleh yang demikian, kajian ini secara tidak langsung telah
memperkenalkan secara menyeluruh tentang konsep Kemahiran Pemikiran Komputasional
dalam dunia pendidikan yang semakin hari semakin mencabar. Malah, tumpuan kajian ini telah
memberi kelebihan pengkaji kerana pengkaji dapat mendalami dan menerangkan kepada
umum mengenai keberkesanan pengintegrasian kemahiran ini dalam pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, kajian-kajian lepas hanya dilaksanakan secara meluas dan hanya
menumpukan kepada sesuatu institusi sahaja seperti kajian yang telah dilaksanakan oleh Lu
Cheng Soon & Jamilah Mustafa (2017) yang bertajuk Tahap Pemikiran Komputasional dan
Hubungannya dengan Prestasi Akademik Pelajar PISMP di Sarawak. Dapatan kajian tersebut
dapat menilai tahap Kemahiran Pemikiran Komputasional sampel di institusi tersebut sahaja.
Sebaliknya, dalam kajian ini telah melibatkan seramai 44 orang guru Bahasa Melayu sebagai
sampel kaijan. Hal ini menunjukkan bahawa tiada lagi pengkaji lepas yang melaksanakan
kajian Pengintegrasian Kemahiran Pemikiran Komputasional oleh guru Bahasa Melayu dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Oleh itu, kajian ini sangat penting dalam
memperkenalkan kemahiran ini kepada guru-guru khususnya Bahasa Melayu supaya dapat
meningkatkan prestasi murid-murid.

Berdasarkan perbincangan di atas dapat dinyatakan bahawa kajian ini dapat mengisi
kelompangan empirikal dalam aspek fokus kajian dan sampel kajian mengikut keperluan
semasa. Hal ini kerana kajian ini menyambut baik saranan KPM (2017) dalam Pelan Hala Tuju
Pendidikan Bahasa Melayu 2016- 2025 untuk memastikan guru Bahasa Melayu melaksana
dan menerapkan Kemahiran Pemikiran Komputasional dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu. Maka, hasil kajian ini merupakan salah satu usaha pengkaji untuk memenuhi
keperluan tersebut.

Kajian ini menggunakan model yang telah diadaptasi daripada Model Kualiti Guru
Sidek Baba (2004) untuk mengenal pasti prestasi dan perwatakan murid yang baik
berdasarkan tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru terhadap pengintegrasian
Kemahiran Pemikiran Komputasional dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Hasil kajian ini telah berjaya memperincikan ketiga-tiga objektif kajian mengenai tahap
pengetahuan, kemahiran dan sikap guru tentang pengintegrasian Kemahiran Pemikiran
Komputasional dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

790
Namun begitu, tiada lagi kajian lepas yang menggunakan model ni terutamanya bagi
Kemahiran Pemikiran Komputasional. Maka kajian ini menunjukkan bahawa Model Kualiti
Guru ini sangat sesuai digunakan untuk menilai prestasi murid. Model ini juga boleh digunakan
secara meluas kerana ketiga-tiga aspek yang terdapat dalam model ini saling bergantung.
Kajian ini menjadi permulaan penggunaan model ini dalam bidang bahasa Melayu di Malaysia
Tegasnya, penggunaan model ini sebenamya membuka peluang kepada penyelidikan
Kemahiran Pemikiran Komputasional dalam bidang bahasa Malayu.

Kesimpulannya, kajian dengan menggunakan Model Kualiti Guru Sidek Baba (2004)
marmpu memberi impak pada pengintegrasian Kemahiran Pemikiran Komputasional oleh
guru Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kesannya, kajian
ini juga dapat mengisi kelompongan dari segi teori.

Kajian ini menggunakan model yang telah diadaptasi daripada Model Kualiti Guru Sidek Baba
(2004) untuk mengenal pasti prestasi dan perwatakan murid yang baik berdasarkan tahap
pengetahuan, kemahiran dan sikap guru terhadap pengintegrasian Kemahiran Pemikiran
Komputasional dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Hasil kajian ini telah
berjaya memperincikan ketiga-tiga objektif kajian mengenai tahap pengetahuan, kemahiran
dan sikap guru tentang pengintegrasian Kemahiran Pemikiran Komputasional dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Namun begitu, tiada lagi kajian lepas yang menggunakan model ni terutamanya bagi
Kemahiran Pemikiran Komputasional. Maka kajian ini menunjukkan bahawa Model Kualiti
Guru ini sangat sesuai digunakan untuk menilai prestasi murid. Model ini juga boleh digunakan
secara meluas kerana ketiga-tiga aspek yang terdapat dalam model ini saling bergantung.
Kajian ini menjadi permulaan penggunaan model ini dalam bidang bahasa Melayu di Malaysia
Tegasnya, penggunaan model ini sebenamya membuka peluang kepada penyelidikan
Kemahiran Pemikiran Komputasional dalam bidang bahasa Malayu.

Kesimpulannya, kajian dengan menggunakan Model Kualiti Guru Sidek Baba (2004)
marmpu memberi impak pada pengintegrasian Kemahiran Pemikiran Komputasional oleh
guru Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kesannya, kajian
ini juga dapat mengisi kelompongan dari segi teori.

CADANGAN KAJIAN

Pihak KPM seharusnya memberi penekanan kepada kepentingan kemahiran Pemikiran


Komputasional yang diperkenalkan melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
(Semakan) 2017 mulai Januari tahun 2017. KPM seharusnya giat berusaha untuk
memperkenalkan pelbagai model dan strategi berkaitan kemahiran Pemikiran Komputasional

791
yang lain supaya boleh diterapkan dalam kurikulum kebangsaan. Jelaslah, para pendidik boleh
melaksanakan kemahiran Pemikiran Komputasional dengan mudah dan lancar.

Seterusnya, antara cadangan yang boleh dikemukakan kepada KPM alah phak KPM
seharusnya mengadakan kursus-kursus atau bengkel kepada guru pelatih di semua institut
Pendidikon Guru (IPG) untuk mendedahkan kaedah pelaksanaan dan pemahaman supaya
guru pelatih mampu mengaplikasikannya ketika menjalani praktikum di sekolah. Ianya dapat
memberikan nilai tambah kepada guru pelatih. Secara tidak langsung guru pelatih juga boleh
memperkenalkan kemahiran ini kepada rakan guru lain di sekolah kerana kebanyakan guru
masih kurang memahami dan kurang mahir untuk melaksanakan kemahiran ini dalam
pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, kursus khas mengenai kemahiran ini
perlulah disertai oleh semua lapisan guru sama ada guru baru mahupun guru lama supaya
pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan PAK-21 dapat dipertingkatkan.
Kesannya, guru dapat mengaplikasikan Kemahiran Pemikiran Komputasional dengan lebih
baik dan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Dalam pembangunan kurikulum berelemenkan kemahiran Pemikiran Komputasional,


pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum boleh berkolaboratif dengan pihak Microsoft
Microsoft merupakan salah satu badan dalam talian yang banyak menganjurkan pelbagai
aktiviti berkaitan Pemikiran Komputasional di Malaysia. Satu platform pembelajaran maya
menggunakan kemahiran Pemikiran Komputasional dalam semua mata pelajaran boleh dibina
dengan kerjasama antara dua pihak tersebut. Kesannya, seluruh lapisan masyarakat di
Malaysia dapat menggunakan platform tersebut dengan mudah bagi mendapatkan maklumat
serta menyelesaikan masalah dengan mudah. Seterusnya dapat diperkenalkan secara
meluas ke tahap antarabangsa. Hal ini secara tidak langsung dapat menaikkan nama
Malaysia. Jelas. cadangan ini amat penting untuk membangunkan platform pembelajaran
secara maya terhadap Kemahiran Pemikiran Komputasional secara efektif dan efisien.

Phak sekolah terutamanya pihak pentadbir seperti guru besar, guru penolong kanan
dan sebagainya seharusnya memantau perkembangan sesi pengajaran dan pengajaran guru-
guru Bahasa Melayu di dalam bilik darjah berkaitan pengaplikasian PAK-21. Manakala ketua
panitia dan guru Bahasa Melayu di semua sekolah juga boleh mengadakan sesi perkongsian
maklumat berkaitan pelaksanaan Kemahiran Pemikiran Komputasional yang lain dan semasa
ke semasa terutamanya guru-guru yang mengajar murid tahap dua, iaitu tahun empat tahun
lima den tahun enam kerana murid tahap satu hanya melaksanakan pentaksiean berasaskan
sekolah yang menggantikan pentaksiran berorientasikan peperiksaan. Selain itu, perlu
menyediakan sudut khas untuk Kemahiran Pemikiran Komputasional yang mana dapat
mengumpulkan maklumat dan dijadikan sebagai panduan serta rujukan kepada guru-guru lain.

792
Selain itu, sudut tersebut perlulah dilengkapi konsep dan kaedah pelaksanaan Kemahiran
Pemikiran Komputasional. Jelas, cadangan-cadangan ini dapat menyampaikan maklumat
tentang kemahiran tersebut dengan jelas.

Penglibatan ibu bapa juga penting dalam pengintegrasian Kemahiran Pemikiran


Komputasional ini. Hal ini kerana, pihak sekolah memerlukan sokongan daripada pihak ibu
bapa kerana ibu bapa perlu membimbing anak-anak di rumah. Oleh itu, pihak sekolah perlu
mengadakan sesi penerangan kepada ibu bapa melalui program di sekolah. Aktiviti ini mampu
melibatkan peranan ibu bapa dalam menerapkan Kemahiran Pemikiran Komputasional dalam
kehidupan seharian bersama anak-anak di rumah. Hal ini penting kerana, kemahiran ini bukan
sahaja dapat diaplikasikan dalam pembelajaran malah untuk penyelesaian masalah dalam
kehidupan seharian. Tegasnya, cadangan ini perlu diketengah dan diberikan perhatian supaya
pengintegrasian kemahiran ini mampu dikuasai dengan baik oleh murid-murid.

Guru seharusnya perlu memiliki inisiatif yang tinggi untuk melaksanakan Kemahiran
Pemikiran Komputasional dalam pengajaran dan pembelajarn. Hal ini demikian kerana
terdapat satu kajian lepas yang bertajuk Computational Thinking - A Tool to Motivate
Understanding in Elementary School Teacher menunjukkan bahawa guru-guru tidak mampu
melaksanakan kemahiran-kemahiran Pemikiran Komputasional kerana terlalu baharu dan
tiada pendedahan kepada 'mereka (Emi, et al., 2016). Namun, apabila guru cuba menjalankan
kemahiran Pemikiran Komputasional dengan bimbingan, murid menunjukkan minat dan
inisiatif yang sangat tinggi dalam aktiviti merancang dan menghasilkan projek. Tuntasnya guru
yang bersikap keterbukaan untuk mempelajari kemahiran Pemikiran Komputasional mampu
meningkatkan prestasi dan minat murid dalam melaksanakan tugasan mereka dengan
berkesan.

Sehubungan itu, guru hendaklah menghadiri latihan dalam perkhidmatan berkaitan


pelaksanaan Kemahiran Pemikiran Komputasional Guru juga dicadangkan untuk
menggunakan kemahiran Pemikiran Komputasional secara berperingkat mengikut garis
panduan atau modul yang disediakan. Guru juga perlu rajin untuk mencari maklumat dengan
pembacaan artikel atau kajian tentang Kemahiran Komputasional ini sama ada dalam negara
mahupun luar negara. Hal ini kerana dengan pembacaan guru mampu mempertingkatkan ilmu
pengetahuan dengan tepat. Jelas, guru perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu
supaya dapat meningkatkan kualiti diri seterusnya membantu murid-murid mempertingkatkan
prestasi mereka.

Berdasarkan kajian literatur, didapati masih kurang kajian yang dilaksanakan bagi
mengkaji tahap pengintegrasian Kemahiran Pemikiran Komputasional khususnya oleh guru
Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Oleh itu, kajian akan

793
datang boleh mengkaji guru-guru Bahasa Melayu secara berkelompok. Dengan itu,
perbandingan pengintegrasian Kemahiran Pemikiran Komputasional di sekolah ini dapat
dilihat dengan lebih jelas. Hal ini kerana setiap sekolah tersebut pastinya mempunyai
perbezaan persekitaran dan budaya. Kajian ini pula hanya tertumpu di kawasan bandar di Zon
Bangsar. Justeru, dicadangkan juga untuk kajian akan datang melibatkan guru di kawasan
luar bandar di seluruh Malaysia supaya hasil kajian boleh digeneralisasikan kepada populasi
yang lebih luas. Dengan itu, para pengkaji dapat mengenal pasti jurang digital antara kawasan
bandar dan luar bandar.

Kesimpulannya, cadangan kajian lanjutan yang diutarakan ini berupaya membolehkan


pengkaji akan datang melaksanakan kajian yang lebih empirikal. Malahan, dapatan kajian
yang bakal diperoleh juga mampu menambah baik kualiti pelaksanaan dan penggunaan
pelantar pembelajaran digital dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di
peringkat sekolah.

RUJUKAN

Chua, Y.P. (2014). Kaedah Penyelidikan: Kaedah dan Statistik Penyelidikan (3rd ed.).
McGraw-Hill
Fullan, M. & Suzanne, S. (2001). The Meaning of Education Change. (3rd. Ed.) Teacher
College Press.
Ismail, N.H., Sidek, S., & Mahbib, U.K. (2015). Faktor Keberkesanan Pengajaran dan
Pembelajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Abad Ke-21 bagi Pelajar Sains.
Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam
2015, 14-15 September 2015, p.228-238. Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia.
Jansen, C & van der Merwe, P. (2015). Teaching Practice in 21st Century: Emerging
Trends, Challenges and Opportunities. College of Education & College of
Human Scienes. Unisa.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012) Program i-think Membudayakan Kemahiran
Berfikir. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013- 2025. Putrajaya: KPM.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Laporan Tahunan 2016 PPPM 2013-2025.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015, 1, 100–108.
Lim Ming Wei (2019). Pengaplikasian Kemahiran Algoritma dalam Kemahiran Menulis
Karangan Tahun 5. Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.
Lu Cheng Soon & Jamilah Mustafa (2017). Tahap Pemikiran Komputasional dan
Hubungannya dengan Prestasi Akademik Pelajar PISMP di Sarawak. Fakulti
Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Selangor, Selangor.
Mohd Majid Konting. (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

794
Mokhtar. (2011). Kaedah penyelidikan kuantitatif dalam pendidikan. Bandar Seri Bagawan;
Brunei.
Nurliyana (2019). Pengaplikasian Teknik Didik Hibur Oleh Guru Bahasa Melayu Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Institut Pendidikan Guru Kampus
Bahasa Melayu.
Owing, Azhar & Shamsudin, (2018). Tahap Pengetahuan dan Sikap Guru Terhadap
Pendekatan Didik Hibur dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Universiti Putra
Malaysia: Serdang. Selangor
Yahya Othman .2014. Peranan Guru Bahasa Melayu Dalam Merangsang Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Dewan Bahasa.14(25). 20-24
Zamri Mahamod. 2014. Inovasi P&P dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Cetakan
Ketiga. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

795
PENGETAHUAN DAN AMALAN GURU TERHADAP TEKNIK LATIH TUBI DALAM
MEMPERKASAKAN KEMAHIRAN MEMBACA MURID TAHAP 1

Nasiruddin bin Mis Man


nasiruddin09-881@epembelajaran.edu.my

Ku Muhamad Asmadi bin Ku Mohd Saad PhD


kuasmadi@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk menganalisis dan mengenalpasti tahap pengetahuan dan amalan guru
terhadap teknik tubi dalam memperkasakan kemahiran membaca murid tahap 1. Kajian ini melibatkan
59 orang guru di 5 buah sekolah sekitar kawasan Pudu, Bangsar dan Petaling. Kajian tinjauan dengan
pendekatan kuantitatif ini dijalankan menggunakan instrumen soal selidik yang telah dibina dan
diberikan kepada guru-guru Bahasa Melayu menggunakan pautan Google Form. Dapatan kajian yang
diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi
26 secara analisis deskriptif dengan menggunakan taburan nilai min dan juga sisihan piawai
berpandukan data yang telah diperoleh. Kesimpulannya, guru-guru perlu sedar dan meyakini bahawa
teknik latih tubi masih lagi relevan untuk diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran serta
boleh divariasikan dan ditambah baik selaras dengan kemajuan teknologi dan Pendidikan Abad 21.
Kata kunci: Teknik latih tubi, Kemahiran membaca, Pengetahuan guru, Amalan guru.

ABSTRACT
This study was conducted to analyze and identify the level of knowledge and practice of teachers on
drill techniques in strengthening the reading skills of level 1 students. This study involved a total of 59
teachers in 5 schools around Pudu, Bangsar and Petaling. Survey with quantitative approach was
conducted using a questionnaire instrument was built and distributed to teachers of English using
Google Form link. The findings of the study were analyzed using Statistical Package for the Social
Science (SPSS) version 26 by descriptive analysis using the distribution of mean values and standard
deviations based on the data obtained.. In conclusion, teachers need to be aware and believe that these
drill techniques are still relevant to be applied in teaching and learning sessions and can be varied and
improved in line with technological advances and 21st Century Education.

Keywords: Drill techniques, Reading skills, Teacher knowledge, Teacher practice.

PENGENALAN

Membaca adalah aktiviti yang penting dalam kehidupan manusia dan kemahiran ini
merupakan asas pembentukan diri ke arah mendapatkan ilmu pengetahuan (Zamri Mahamod
dan Mohamed Amin Embi, 2001.) Masalah paling utama yang dihadapi oleh seseorang yang
sedang mula membaca ialah masalah dalam komponen membaca perkataan secara tunggal.
Proses membaca yang kompleks ini bergantung kepada komponen membaca perkataan
tunggal dan komponen pemahaman (Catts, Adlof & Weismer, 2006). Mengikut Pressley
(2002), teknik latih tubi sangat berkait rapat dengan kemahiran membaca. Hasil kajian yang

796
lepas telah menunjukkan bahawa proses kognitif yang mendasari teknik latih tubi dan
kemahiran membaca adalah berkait. (Fitzgerald, 2000)
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah menyenaraikan sebanyak
124 kemahiran membaca untuk dikuasai oleh murid dalam tempoh enam tahun persekolahan
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014). Selain itu, kemahiran membaca yang tinggi akan
membantu murid menguasai pelbagai aspek bahasa dan penyusunan idea yang bernas dan
teratur. Sebaliknya, murid-murid yang kurang membaca akan menjadikan pengetahuan
mereka sempit malah akan menjadikan mereka kekurangan kosa kata. Kemahiran membaca
yang dikuasai oleh murid akan memberi impak terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah.
Banyak kajian-kajian sering membandingkan kaedah alternatif seperti inkuiri,
pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran koperatif,
pembelajaran berasaskan teknologi maklumat dengan kaedah konvensional yang sering
dipraktikkan oleh guru-guru. Adakah ini bermaksud kaedah konvensional tidak lagi sesuai
dengan peredaran masa kini. Dalam proses pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu,
teknik latih tubi merupakan strategi dalam kaedah konvensional yang terbukti berkesan dalam
membantu murid dalam sesi pembelajaran.
Pakar motivasi dan juga bekas Pensyarah Cemerlang Gred Khas, Kamarudin Haji
Husin (1996) menyatakan bahawa bentuk pembelajaran seperti teknik latih tubi masih relevan
dan terbukti berkesan dalam meningkatkan penguasaan pelajar terhadap sesuatu mata
pelajaran berdasarkan kajian pendidikan yang dijalankan sebelum ini. Konsep teknik latih tubi
ini juga membantu pelajar menguasai bahan-bahan melalui self paced dan self directed atau
pembelajaran terarah kendiri yang merupakan salah satu ciri-ciri pembelajaran bestari. Bagi
mengukuhkan lagi pendapat ini, pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Anuar Ahmad (2015) telah menyatakan bahawa ada beberapa perkara yang menjadikan
sekolah Cina begitu cemerlang dalam Matematik dan Sains. Antara faktor utama adalah
bentuk pengajaran latih tubi lebih banyak ditekankan berbanding murid di sekolah
kebangsaan. Seseorang murid darjah 3 misalnya akan diarahkan oleh guru membuat latih tubi
matematik antara 50 hingga seratus soalan setiap hari. Di peringkat darjah enam pula, sebuah
buku tulis latihan matematik yang mengandungi 100 muka surat akan habis digunakan dalam
tempoh satu minggu sahaja.
Namun begitu, Sheila Jamat (2009) pula melalui kajian dan pemerhatian amalan
pengajaran guru mendapati teknik latih tubi juga boleh menjadi faktor penghalang kepada
pembelajaran berkesan. Menurut beliau, teknik latih tubi boleh dimurnikan dengan cara
berikut, yang pertama guru mestilah mempelbagaikan cara dalam mengaplikasikan teknik latih
tubi dan latihan yang diberi mestilah tidak melebihi 5 minit bagi satu sesi. Guru juga

797
dikehendaki merangka strategi bagaimana murid boleh mendapat sesuatu jawapan di
samping memberitahu pelajar tentang tujuan menggunakan teknik latih tubi. Namun apa yang
menjadi keutamaan ialah guru tidak boleh membandingkan markah pelajar dengan pelajar
yang lain.
Sistem pendidikan juga merupakan wadah utama untuk membentuk identiti anak
bangsa dan menjadi alat paling penting dalam menjayakan pembangunan negara, juga
berfungsi sebagai wahana yang kukuh untuk mencapai perpaduan serta kesejahteraan
bangsa dan negara (Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir, 2011). Pendidikan adalah proses
dan aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan perubahan yang dikehendaki di dalam diri
seseorang (Atan, 1984). Ia juga adalah satu proses menukarkan pola tingkah laku manusia.
Tingkah laku ini bermaksud tingkah laku dalam pengertian yang luas termasuk pemikiran,
perasaan dan perbuatan nyata. Menurut Nani Menon dan Abdullah (2006), objektif utama
pendidikan ialah perubahan tingkah laku yang dicari atau yang dikehendaki berlaku oleh
sesebuah institusi pendidikan ke atas pelajar-pelajarnya.
Justeru itu, bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh kementerian dalam
merangka sistem pembelajaran, guru memainkan peranan yang sangat penting dalam
mendidik pelajar bagi melahirkan seorang insan atau generasi yang berketerampilan, mahir,
berkebolehan, inovasi, kreatif, bertanggungjawab serta berpandangan jauh. Guru merupakan
orang yang memainkan peranan untuk menentukan perkara-perkara yang akan dipelajari oleh
murid. Di samping itu, mereka juga mestilah orang yang berpengetahuan dalam perkara-
perkara yang hendak diajar dengan teknik-teknik khusus. Oleh itu, guru mestilah dididik
terlebih dahulu dan perkara-perkara yang diajar oleh guru mungkin tidak dapat memenuhi
kehendak dan minat pelajar. Ini dapat dilakukan oleh guru dengan menggunakan kaedah
pengajaran yang berkesan (Abdul Rasid Jamian, (2013).

PERNYATAAN MASALAH
Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari wujudnya masalah murid yang tidak tahu
membaca, menulis dan mengira seperti yang dibangkitkan dalam Dewan Rakyat. Berpegang
kepada prinsip memulihkan masalah seawal mungkin, kepentingan penguasaan kemahiran
membaca dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ini perlu dikuasai oleh murid-murid.
Penguasaan mata pelajaran ini harus diperkukuh bermula dari peringkat sekolah rendah lagi.
Menurut Datuk Seri Hisyamuddin Tun Hussein, usaha bagi mengatasi masalah itu telah
dilakukan termasuk persetujuan kabinet supaya guru pemulihan khas segera ditambah segera
ke sekolah terbabit. Pada masa itu, terdapat lebih kurang 100,000 murid sekolah rendah dari
tahun 2 hingga tahun 6 yang masih tidak tahu membaca, mengira dan menulis.

798
Harris Durkin (1979) dan Sofiah Osman (1989) dalam hasil kajian mereka menunjukkan
bahawa kebanyakan guru bahasa tidak dapat mengajar pemahaman teks dengan berkesan.
Berpegang kepada prinsip pemulihan masalah seawal mungkin, aplikasi teknik latih tubi ini
diharap dapat meningkatkan Kemahiran Membaca murid-murid tahap 1. Situasi ini telah
menimbulkan kebimbangan semua pihak terutamanya pihak pentadbir, penjaga, PIBG, dan
guru-guru. Sehubungan dengan itu, satu tinjauan sistematik dan terancang melalui kajian
tinjauan telah diambil bagi mendalami masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengenalpasti
tahap pengetahuan dan amalan guru-guru terhadap teknik latih tubi bagi memperkasakan
kemahiran membaca murid tahap 1.

OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengkaji tahap pengetahuan guru-guru terhadap teknik latih tubi dalam meningkatkan
penguasaan kemahiran membaca murid tahap 1.
2. Mengkaji amalan guru-guru terhadap teknik latih tubi dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran kemahiran membaca Bahasa Melayu.

SOALAN KAJIAN
1. Sejauh mana tahap pengetahuan guru-guru terhadap teknik latih tubi dalam
memperkasakan kemahiran membaca murid-murid Tahap 1?
2. Apakah amalan yang guru telah praktikkan dalam mengaplikasikan teknik latih tubi?

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini ialah berdasarkan kepada ciri-ciri penyelidikan tinjauan. Kajian tinjauan
merupakan kajian yang menghuraikan isu-isu serta masalah dalam pelbagai perspektif
terutamanya yang melibatkan sikap, pandangan, kepercayaan, perasaan, tingkah laku dan
persepsi yang mengkaji suatu fenomena. Bentuk kajian ini dipilih kerana pengkaji mudah
mengumpulkan maklumat serta dapat menumpukan lebih perhatian terhadap kajian yang
dilakukan. Tambahan pula seiringan dengan Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, lebih
sesuai bagi pengkaji untuk menjalankan tinjauan menerusi platform atas talian yang rasmi dan
berkesan bagi mengumpulkan data. Data akan dikumpul menggunakan soal selidik dalam
kalangan guru-guru selama beberapa hari bagi mengkaji tahap pengetahuan dan amalan guru
terhadap teknik latih tubi. Pengkaji yakin bahawa reka bentuk kajian yang dipilih berupaya
menjawab permasalahan kajian sepenuhnya dengan tepat dan jelas. Data daripada soal
selidik ini akan digunakan sebagai data utama yang akan dianalisis dalam bab 4.
Penyelidik memfokuskan kajian ini terhadap populasi yang terdiri daripada guru-guru di
5 buah sekolah sekitar kawasan Pudu, Bangsar dan Petaling. Kajian yang dilakukan adalah

799
secara kuantitatif kerana penyelidik ingin mengkaji tahap dan amalan guru terhadap teknik
latih tubi serta pengkaji mempunyai masa yang mencukupi untuk melaksanakan soal selidik
bagi meninjau dan meneliti kajian dalam persekitaran yang telah dipilih. Sampel kajian diambil
secara rawak mudah menggunakan undian berdasarkan jadual sampel dan populasi.
Responden diberikan satu set soal selidik dalam bentuk google form bagi setiap orang. Item
instrumen bertumpu kepada pengetahuan dan amalan guru-guru terhadap penggunaan teknik
latih tubi dalam meningkatkan kemahiran membaca murid tahap 1. Keputusan ini akan
digunakan untuk analisis data dalam bab empat. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini
terdiri daripada tiga bahagian, iaitu (A) demografi responden, seterusnya bahagian (B) bagi
menilai tahap pengetahuan guru-guru terhadap teknik latih tubi. Bagi menilai aspek
pengetahuan ini, skala yang digunakan ialah Skala Likert yang diwakili oleh Sangat Setuju (5),
Setuju (4), Tidak Pasti (3), Tidak Setuju (2) dan Sangat Tidak Setuju (1). Bahagian (C) pula
berkaitan amalan guru-guru sepanjang mengaplikasikan teknik latih tubi yang mengandungi
12 item. Bahagian ini juga menggunakan skala likert berdasarkan pilihan di bawah iaitu 5 =
Sangat Setuju 4 = Setuju 3 = Tidak Pasti 2 = Tidak Setuju 1 = Sangat Tidak Setuju. Instrumen
kajian ini telah dicipta sendiri oleh pengkaji dengan mendapatkan kesahan muka daripada tiga
orang pensyarah pakar iaitu pensyarah pakar dalam bidang bahasa, perisian dan teknik latih
tubi.
Kajian rintis telah dijalankan di sebuah sekolah di daerah Sabak Bernam dengan
memilih seramai 20 orang guru sebagai responden untuk melengkapkan kajian rintis. Bilangan
responden dalam kajian rintis ini memadai kerana menurut Mohd Najib (2003), responden
seramai 15-20 adalah mencukupi bagi kajian rintis. Berdasarkan pernyataan ini, pengkaji
memutuskan sampel bagi kajian rintis ini adalah seramai 20 orang. Oleh kerana kajian ini
bertujuan untuk menilai tahap pengetahuan dan amalan pelaksanaan teknik latih tubi terhadap
kemahiran membaca maka analisis dapatan menggunakan kaedah analisis deskriptif untuk
mencari nilai min dan sisihan piawai bagi menunjukkan tahap pengetahuan dan amalan guru-
guru daripada tinjauan yang telah dilakukan. Bagi menentukan interpretasi skor min dan
sisihan piawai, pengkaji telah merujuk tahap skor seperti jadual di bawah:
Jadual 1
Interpretasi Skala Skor Min, Jamil Ahmad (2002)
Interpretasi Skor

Skor Min Inter pr etasi Skor Min


1.00 – 2.00 Rendah
2.01 – 3.00 Sederhana rendah
3.01 – 4.00 Sederhana tinggi
4.01 – 5.00 Tinggi
Sumber: Nunnaly & Bernstein, (1994).

800
Jadual 2
Interpretasi Nilai Sisihan Piawai, Ramlee (2002)

Nilai Sisihan Piawai Interpretasi


0.00 - 0.25 Sangat Rendah (Menghampiri ukuran pusat)
0.26 - 0.50 Rendah (Menghampiri ukuran pusat)
0.51 - 0.75 Sederhana (Sedikit terserak menghampiri ukuran
0.76 - 1.00 pusat)
1.01 - ke atas Tinggi (Terserak menghampiri ukuran pusat)
Sangat Tinggi (Terserak menjauhi ukuran pusat)

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini menjawab kepada dua soalan kajian iaitu berkaitan pengetahuan dan
amalan guru terhadap teknik latih tubi dalam memperkasakan kemahiran membaca murid
tahap 1.

Jadual 3
Analisis Item Bagi Tahap Pengetahuan Guru Terhadap Teknik Latih Tubi

Bil Item Tahap Pengetahuan Min (µ) SP


1. Saya faham dan jelas tentang konsep teknik latih tubi. 4.02 .861

2. Saya tahu isu-isu berkaitan dengan teknik latih tubi. 4.05 .705

3. Saya tahu aspek pembahagian teknik latih tubi dalam kebolehan 3.93 .740
bahasa.

4. Saya tahu cara mengaplikasikan teknik latih tubi dengan baik. 4.05 .797

5. Saya tahu kepentingan dan kelebihan teknik latih tubi dalam 3.92 .794
memperkasakan kemahiran membaca murid.

6. Saya tahu teknik latih tubi dapat dilaksanakan dengan 4.03 .742
menggunakan alat bantu mengajar.

7. Saya tahu teknik latih tubi membantu murid mengingat fakta dan 4.00 .743
pengetahuan dalam jangka masa lama.

8. Saya tahu teknik latih tubi dapat menarik minat murid untuk 3.93 .807
menguasai kemahiran membaca.
9. Saya pernah didedahkan tentang teknik latih tubi melalui bengkel, 3.86 .706
kursus dan seminar.

10. Saya tahu teknik latih tubi sangat berkesan membantu murid 3.92 .794
meningkatkan kosa kata dalam kemahiran membaca.

11. Saya tahu terdapat beberapa kelemahan yang masih wujud 3.92 .677
dalam mengaplikasikan teknik latih tubi ini.

801
12. Saya tahu cara mengatasi kelemahan yang ada dalam teknik 3.98 .754
latih tubi.
13. Saya tahu menggabungjalin teknik latih tubi dengan teknik lain 4.03 .787
bagi memastikan murid dapat menguasai kemahiran membaca
dengan baik.
Jumlah Keseluruhan 3.97 .68

Dapatan berdasarkan Jadual 2 menunjukkan skor min dan sisihan piawai bagi tahap
pengetahuan guru terhadap teknik latih tubi secara keseluruhan ialah 3.97 (SP=.68). Dapatan
melalui instrumen soal selidik Bahagian B ini telah dijalankan ke atas 59 orang responden
dengan populasi sekitar 70 orang melibatkan guru-guru Bahasa Melayu sekolah rendah di
sekitar kawasan Bangsar, Pudu dan Petaling. Berdasarkan daripada analisis yang telah
dilakukan, jelas menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru-guru Bahasa Melayu
terhadap teknik latih tubi berada pada tahap yang memuaskan dan boleh dirumuskan bahawa
tiada skor item yang berada di tahap rendah. Skor min terendah hanyalah 3.92 sahaja iaitu
pada item soalan bernombor 5, 10 dan 11, manakala skor sisihan piawai terendah ialah pada
item bernombor 11 iaitu (SP=.677). Hal ini menunjukkan bahawa pengetahuan guru terhadap
kelebihan, keberkesanan dan kelemahan teknik latih tubi berada pada tahap yang terendah
berbanding dengan pengetahuan dalam aspek yang lain. Walaubagaimanapun, skor min dan
sisihan piawai tersebut masih lagi berada pada tahap yang baik jika diukur berdasarkan jadual
interpretasi skor, cuma ianya agak rendah jika dibandingkan dengan item soalan yang lain.

Manakala skor min tertinggi ialah pada soalan item bernombor 2 dan 4 dengan
merekodkan jumlah min sebanyak 4.05. Soalan tersebut ialah ‘Saya tahu isu-isu berkaitan
dengan teknik latih tubi’ serta ‘Saya tahu cara mengaplikasikan teknik latih tubi dengan baik’.
Hal ini membuktikan bahawa kebanyakan responden sangat mahir tentang isu-isu semasa
berkaitan teknik latih tubi serta mereka tahu bagaimana cara dan tips mengaplikasikan teknik
latih tubi dengan baik. Nilai sisihan piawai tertinggi dalam instrumen ini pula ialah pada item
pertama dengan nilai (SP=.861) pada soalan ‘Saya faham dan jelas tentang konsep teknik
latih tubi’. Ini menunjukkan bahawa set data dalam item ini terserak dan menghampiri ukuran
pusat. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa kebanyakan guru-guru menjawab “sangat
setuju” dan “setuju” serta jelas membuktikan bahawa tahap pengetahuan guru terhadap
konsep teknik latih tubi ini berada pada tahap yang baik.

802
Jadual 4
Analisis Item Bagi Amalan Guru Terhadap Teknik Latih Tubi

Bil Item Amalan Guru Min SP


(µ)
1. Saya kerap meletakkan teknik latih tubi di dalam Rancangan 4.00 .788
Pengajaran Harian semasa mengajar subjek Bahasa Melayu dalam
kemahiran membaca.

2. Saya melaksanakan sepenuhnya teknik latih tubi seperti yang telah 3.90 .824
disarankan oleh tokoh-tokoh yang pakar dalam teknik latih tubi.

3. Saya memastikan murid mampu mengikuti teknik latih tubi yang saya 3.83 .769
jalankan semasa pengajaran kemahiran membaca.

4. Saya sentiasa memikirkan cara agar murid minat serta kekal fokus 4.00 .809
dalam pengajaran menggunakan teknik latih tubi.

5. Saya melakukan perancangan yang sangat rapi dalam 4.02 .731


melaksanakan teknik latih tubi sebelum mengaplikasikannya kepada
murid.

6. Saya menggunakan masa dengan bijak agar teknik latih tubi dapat 3.97 .742
dijalankan secara efektif walaupun dalam masa yang singkat.

7. Saya memberikan tugasan kepada murid supaya mengulang latihan 3.92 .772
dan kemahiran membaca di rumah dengan teknik latih tubi.

8. Saya sentiasa menyesuaikan teknik latih tubi dengan aras yang 3.92 .794
sesuai bagi tahap kecerdasan murid yang berlainan.

9. Saya memberikan peluang kepada murid-murid mengaplikasikan 4.05 .753


teknik latih tubi sesama rakan sekelas.

10. Saya akan mengubahsuai teknik latih tubi mengikut kreativiti 4.05 .775
sekiranya terdapat kelemahan ketara pada teknik latih tubi yang sedia
ada.

11. Saya sentiasa mengkaji dan menambah pengetahuan serta 3.93 .785
kemahiran saya terhadap teknik latih tubi.

Jumlah Keseluruhan 3.96 .58

Dapatan berdasarkan Jadual 3 menunjukkan skor min dan sisihan piawai bagi amalan guru
terhadap teknik latih tubi secara keseluruhan ialah 3.96 (SP=.58). Dapatan bagi bahagian C
ini diperoleh melalui instrumen soal selidik yang telah disebarkan dalam bentuk pautan
Google Form dan telah menunjukkan bahawa guru telah pun mengamalkan teknik latih tubi
dengan sangat baik dan berkesan bagi memperkasakan kemahiran membaca murid-murid

803
tahap 1. Skor min terendah adalah pada item bernombor 3 iaitu ‘Saya memastikan murid
mampu mengikuti teknik latih tubi yang saya jalankan semasa pengajaran kemahiran
membaca’. Hal ini menunjukkan bahawa responden kurang cakna dengan tahap kognitif dan
kemampuan murid untuk mengaplikasikan teknik latih tubi sehingga murid agak terkapai-
kapai untuk mengikuti teknik yang diajarkan oleh guru. Skor min bagi item ini ialah 3.83, skor
tersebut bukanlah yang rendah jika dirujuk pada jadual interpretasi skor min yang telah
dilampirkan dalam bab 3, namun skor tersebut merupakan yang terendah antara skor min
bagi item yang lain. Manakala skor sisihan piawai terendah pula ialah pada item bernombor
6 iaitu (SP=.742). Soalan bagi item tersebut ialah ‘Saya menggunakan masa dengan bijak
agar teknik latih tubi dapat dijalankan secara efektif walaupun dalam masa yang singkat .’ Ini
menunjukkan bahawa set data dalam item ini terserak dan menghampiri dengan ukuran
pusat.

Skor min yang tertinggi pula ialah soalan bernombor 9 dan 10 iaitu ‘Saya memberikan
peluang kepada murid-murid mengaplikasikan teknik latih tubi sesama rakan sekelas’ dan
juga ‘Saya akan mengubahsuai teknik latih tubi mengikut kreativiti sekiranya terdapat
kelemahan ketara pada teknik latih tubi yang sedia ada’. Skor min bagi kedua-dua item ini
adalah 4.05 sekaligus membuktikan bahawa kebanyakan daripada guru-guru Bahasa Melayu
dalam kawasan tersebut sangat kreatif dalam memberikan peluang kepada murid untuk
mengaplikasikan teknik latih tubi bersama murid yang lain serta saling bertukar pendapat dan
idea. Ia juga menunjukkan bahawa kebanyakan responden sangat kreatif dalam menambah
baik teknik latih tubi supaya lebih sesuai untuk dipraktikkan dan mengatasi kelemahan-
kelemahan yang wujud dalam teknik latih tubi bagi mencapai objektif pembelajaran yang
ditetapkan iaitu memperkasakan kemahiran membaca murid-murid tahap 1. Manakala nilai
sisihan piawai yang tertinggi pula ialah pada item bernombor 2 iaitu (SP=.824) pada soalan
‘Saya mematuhi sepenuhnya ciri-ciri teknik latih tubi yang telah disarankan oleh tokoh-tokoh
yang pakar dalam teknik latih tubi’. Ini membuktikan bahawa set data dalam item ini terserak
dan menghampiri ukuran pusat. Keadaan ini jelas menggambarkan bahawa kebanyakan
guru-guru menjawab “sangat setuju” dan “setuju” dan hanya segelintir yang memberikan
jawapan “kurang setuju”, “tidak setuju” dan “sangat tidak setuju”, sekaligus membuktikan
bahawa ramai guru mengamalkan ciri-ciri teknik latih tubi sepertimana yang telah
dikemukakan oleh tokoh-tokoh terdahulu.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI.

Sebagai kesimpulan daripada dapatan kajian yang telah diperoleh hasil daripada soal selidik
yang telah diedarkan kepada responden, pengkaji dapat merumuskan bahawa skor min
keseluruhan dalam soal selidik ini adalah tinggi manakala sisihan piawai bagi kedua-dua

804
bahagian B dan C dalam soal selidik ini adalah sederhana, secara keseluruhannya dapatan
kajian ini telah menunjukkan keputusan yang positif. Pihak Kementerian dan sekolah boleh
menggunakan kajian ini untuk menilai seterusnya memperbaiki mutu pengajaran dan
pembelajaran para guru khususnya dengan menggunakan teknik latih tubi. Hal ini secara tidak
langsung akan meningkatkan lagi pengetahuan guru-guru terhadap teknik latih tubi dan
memberikan kesedaran kepada pihak sekolah supaya lebih cakna terhadap tahap
pengetahuan guru-guru.

Kajian ini juga menggalakkan guru-guru supaya lebih kreatif terhadap teknik
pengajaran dengan penekanan bahawa setiap teknik itu boleh digabungjalin dengan teknik-
teknik yang lain bagi memantapkan lagi gaya pengajaran. Melalui hasil dapatan juga jelas
menunjukkan bahawa guru perlu mengambil berat terhadap kemampuan murid untuk
mengikuti teknik pengajaran guru di dalam kelas. Pengkaji juga sangat yakin bahawa murid
akan dapat menguasai kemahiran membaca dengan mudah sekiranya guru menerapkan
pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan tahap kemampuan murid serta berjaya menarik
perhatian murid-murid di dalam kelas.

Pengkaji mengakui bahawa kajian ini mempunyai batasannya yang tersendiri dan tidak
dapat dilaksanakan secara menyeluruh. Justeru itu, pengkaji mencadangkan beberapa kajian
lanjutan harus dijalankan bagi memantapkan lagi skop kajian berkaitan tajuk ini. Kajian
lanjutan berkaitan tahap pengetahuan dan amalan guru terhadap teknik latih tubi sangat
diperlukan bagi mengenalpasti kelebihan dan kekurangan kajian ini dengan lebih mendalam.
Selain itu, kajian ini hanya memfokuskan terhadap populasi di sekitar kawasan Bangsar, Pudu
dan Petaling yang melibatkan 59 orang responden sahaja. Walaupun kajian ini dapat
menyediakan maklumat yang jelas dan terperinci, namun responden kajian adalah sangat
terhad dan tidak dapat dikembangkan kepada populasi yang lebih besar. Justeru, pengkaji lain
boleh melanjutkan lagi kajian ini dengan populasi yang lebih besar menggunakan kaedah
kuantitatif dengan mendapatkan responden bagi sesebuah negeri mahupun seluruh negara.
Banyak lagi aspek yang boleh ditambahbaik dalam item soal selidik ini bagi mengkaji dengan
lebih mendalam terhadap aspek pengetahuan dan amalan guru dalam teknik latih tubi.

Secara keseluruhannya, kajian yang telah dijalankan ini telah diselesaikan dengan baik.
Hasil pada akhir kajian ini telah menunjukkan keputusan yang positif sekaligus menunjukkan
bahawa tahap pengetahuan dan amalan pengaplikasian teknik latih tubi dalam kalangan guru-
guru adalah memuaskan. Guru-guru sangat cakna terhadap pengetahuan dan amalan
pelaksanaan teknik ini bagi memperkasakan kemahiran membaca. Melalui perbincangan yang
telah dibuat, kesimpulan kajian telah diulas dan seterusnya beberapa implikasi juga telah
dibincangkan. Cadangan-cadangan juga telah diutarakan untuk penambahbaikan pada masa

805
akan datang. Diharapkan kajian ini akan terus dikembangkan tidak terhad kepada tajuk dan
mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja malah dapat dijalankan terhadap mata pelajaran lain
juga sebagai kajian lanjutan berdasarkan dapatan kajian yang sedia ada.

RUJUKAN
Abdul Rasid Jamian. (2013). Pelaksanaan Pembelajaran Menyeronokkan Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan BahasaMelayu-JPBM, 3(2), 49-
63.

Anuar Ahmad. (2015). Pengaruh Kompetensi Kemahiran Guru Dalam Pengajaran Terhadap
Pencapaian Akademik Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah. JuKu: Jurnal Kurikulum
& Pengajaran Asia Pasifik -April 2015, Bil. 3 Isu 2.

Atan (1984). Metodologi Pendidikan. Surabaya: Bina Ilmu.

Catts Adlof. (2006). Analysis of Attachment Theory among Malaysian Students Studying at
American Universities. Thesis Ph.D. Western Michigan University, Kalamazoo, USA.

Fitzgerald. (2000). Structural Equating Modeling. LISTSERV. E-Mail Discussion Group on


August 19, 1999.

Harris Durkin. (1979). Assessing Korean Middle School Students Language Learning
Strategies in Input-Poor Environments. EDRS. ED 413778.

Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan Budaya Penyelidikan di Kalangan Guru di Sekolah : Satu
Penilaian. Tesis Ijazah Kedoktoran, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Kamarudin Haji Husin. (1996). Penguasaan Kemahiran Membaca, Kaedah dan Teknik. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


Bahasa Melayu Tahun 1. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Nani Menon & Abdullah. (2006). Panduan Kognitif Kanak-kanak. Wangsa Melati: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.

Pressley. (2002). English Language Proficiency for Quality in Education: Are Our Students
Ready. Proceedings of the International Conference on Education for All 2002.1: 225-
233.

Sheila Jamat. (2009). Kesan Kaedah Latih Tubi Garis Tiga Dalam Mengurangkan Kesilapan
Menulis Huruf 'k' dan 'p' Dalam Bahasa Melayu Murid Tahun Empat. Koleksi Artikel
Penyelidikan Tindakan PISMP Bahasa Melayu amb. Januari 2009, 222-233.

Sofiah Osman. (1989). Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Tingkatan
4: Satu Tinjauan. Penulisan Latihan Ilmiah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi, Selangor.

Ramlee. (2002). The role of vocational and technical education in the industrialization of
Malaysia as perceived by educators and employers. Doctoral Dissertation. Purdue
University.

806
Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir. (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.
Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Zamri Mahamod dan Mohamed Amin Embi. (2001). Gaya dan Strategi Pembelajaran Bahasa:
Metodologi, Dapatan dan Agenda Masa Depan. Language Reporter 2001: Issue. 189-
207

807
PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEDUA MURID TAHUN
EMPAT DI SJK (C): KAJIAN SIKAP DAN MOTIVASI

Ng Jia Wei
ng09-882@epembelajaran.edu.my

Shamsul Aizuwani bin Nawi PhD


shamsulaizuwani@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59000 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini mengkaji tahap sikap dan tahap motivasi murid Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
terhadap pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Tahap sikap ditinjau dalam tiga aspek
iaitu sikap afektif, sikap kognitif dan sikap konatif. Tahap motivasi dianalisis kepada dua aspek iaitu
motivasi instrumental dan motivasi integratif. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan
kuantitatif kaedah kajian tinjauan. Instrumen soal selidik digunakan untuk mengumpulkan data.
Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 50 orang murid Cina di SJK(C) Yuk Chai, Kuala
Krai, Kelantan. Berdasarkan dapatan kajian, tahap sikap afektif (µ = 3.41) dan sikap konatif ( µ = 2.98)
murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu berada pada tahap sederhana. Tahap sikap kognitif (µ =
3.68) pula mencapai tahap tinggi. Dapatan kajian juga mendapati bahawa tahap motivasi instrumental
(µ = 2.99) dan motivasi integratif (µ = 3.11) murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu berada pada
tahap sederhana. Namun begitu, responden kajian lebih bermotivasi integratif dalam pembelajaran
Bahasa Melayu. Implikasinya, kajian ini dapat meninjau tahap sikap dan motivasi murid SJK (C) dalam
pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua secara holistik dan membolehkan pihak
berkenaan dalam bidang pendidikan merancang dan melaksanakan tindakan susulan dengan lebih
efektif.
Kata kunci: Murid SJK (C), pembelajaran bahasa melayu, pembelajaran bahasa kedua, tahap sikap,
tahap motivasi

ABSTRACT
This study examines the levels of attitude and motivation of Chinese pupils in Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina towards learning Bahasa Malaysia as a second language. The level of attitude was
reviewed in three aspects, namely affective attitude, cognitive attitude and conative attitude. The level
of motivation was analyzed in two aspects, namely instrumental motivation and integrative motivation.
The design of this study uses survey research which is a quantitative approach. The instrument namely
questionnaire was used to collect data. The respondents involved in this study were 50 Chinese pupils
at SJK (C) Yuk Chai, Kuala Krai, Kelantan. Based on the findings, the affective attitude (µ = 3.41) and
conative attitude of pupils ( µ = 2.98) in learning Bahasa Malaysia were at a moderate level. Meanwhile,
the level of cognitive attitude (µ = 3.68) was high. The results also showed that the level of instrumental
motivation (µ = 2.99) and integrative motivation (µ = 3.11) in learning Bahasa Malaysia at a moderate
level. However, respondents were more integratively motivated in learning Bahasa Malaysia. The
implication of this study is to review the attitude and the motivation of SJK (C) pupils in learning Bahasa
Malaysia as a second language in a holistic manner and to enable the parties concerned in education
field for more effective planning and follow-up action.

Keywords: SJK (C) pupils, Malay language learning, second language learning, level of attitude, level
of motivation

808
PENGENALAN
Sejak tahun 1950-an, corak sistem pendidikan di Malaysia sering dibincangkan dan menjadi
isu hangat dalam masyarakat (Morni et al, 2019). Buktinya, kewujudkan Penyata Barnes 1950
yang lebih menyokong pertubuhan Sekolah Kebangsaan (SK) manakala Penyataan Fenn-Wu
1951 yang memihak kepada pertubuhan Sekolah Vernakular di Malaysia (Nor Shela et al,
2019). Melalui Penyata Razak 1956, semua sekolah rendah di Malaysia perlu berpandukan
sukatan pengajaran dan pembelajaran yang sama dengan menggunakan bahasa Melayu
(BM) sebagai bahasa penghantar dalam kalangan murid berbilang kaum (Suresh, 2017).
Secara tidak langsung, BM telah menjadi Bahasa kedua (B2) kepada murid di SJK seperti
murid Cina dan murid India. Menurut Ooi & Vijayalectchumy (2017), proses PdPc BM sebagai
B2 dalam kalangan murid SJK adalah lebih mencabar daripada murid SK kerana keperluan
tahap keprihatian dan kesabaran guru yang lebih tinggi. Faktor sikap dan motivasi memberi
kesan secara langsung kepada tahap penguasaan kemahiran bahasa BM murid. Oleh itu,
kajian tinjauan untuk meninjau tahap sikap dan tahap motivasi murid SJK (C) telah dijalankan.

PERNYATAAN MASALAH

Menurut Chew (2016), murid-murid SJK (C) kurang minat dalam membaca buku BM
sebaliknya gemar membaca bahan bacaan dalam bahasa ibunda mereka supaya lebih mudah
memahami maklumat dalam teks. Kajian Hong & Ganapathy (2017), menjelaskan bahawa
kebanyakan ibu bapa Cina zaman sekarang lebih mengutamakan BI kerana beranggap
kedudukan BI sebagai bahasa universal di dunia global yang lebih penting daripada BM.
Kesannya, murid SJK (C) lebih berminat dengan mempelajari BI sebagai B2 jika dibanding
dengan BM.

Hasil kajian ini mirip dengan kajian Lim & Lim (2018) bahawa kaum Cina pada zaman
ini lebih cenderung menggunakan bahasa Mandarin dan BI di rumah. Dengan ini, tahap
penguasaan BM dalam kalangan murid Cina mulai luntur oleh pengaruh bahasa ibunda dan
BI (Nora & Fadzilah, 2018). Bukan itu sahaja, kekurangan peluang berinteraksi dengan rakan-
rakan kaum Melayu di SJK (C) menyebabkan penggunaan BM dalam kehidupan mereka
menjadi amat terhad.

Sehubungan dengan itu, isu kelemahan penguasaan BM dalam kalangan murid SJK
disebabkan faktor sikap atau motivasi sering dikaji. Buktinya, kajian Tay & Wong (2016) dan
Yong & Samsu (2019), menjelaskan faktor-faktor yang menjejaskan minat murid bukan
penutur jati dalam pembelajaran BM adalah seperti persepsi negatif murid terhadap BM, faktor
pengajaran guru dan tekanan daripada ibu bapa. Tambahan pula, kajian Siti & Sharil (2020)
juga menyatakan bahawa tahap pemahaman murid SJK(C) dalam aspek imbuhan adalah

809
lemah disebabkan kekeliruan terhadap fungsi dan alomorf dalam imbuhan BM. Justeru, kajian
ini bertujuan meninjau tahap sikap dan tahap sikap motivasi murid SJK (C) dalam
pembelajaran BM sebagai B2.
OBJEKTIF KAJIAN
Secara spesifiknya, kajian ini dapat mencapai lima objektif seperti yang berikut:

1. Mengenal pasti tahap sikap afektif murid tahun empat SJK (C) terhadap pembelajaran
bahasa Melayu.
2. Mengenal pasti tahap sikap kognitif murid tahun empat SJK (C) terhadap pembelajaran
bahasa Melayu.
3. Mengenal pasti tahap sikap konatif murid tahun empat SJK(C) terhadap pembelajaran
bahasa Melayu.
4. Mengenal pasti tahap motivasi instrumental murid tahun empat SJK(C) terhadap
pembelajaran bahasa Melayu.
5. Mengenal pasti tahap motivasi integratif murid tahun empat SJK(C) terhadap
pembelajaran bahasa Melayu.

SOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian, kajian ini membina lima soalan kajian seperti yang berikut:

1. Apakah tahap sikap afektif murid tahun empat SJK(C) terhadap pembelajaran bahasa
Melayu ?
2. Apakah tahap sikap kognitif murid tahun empat SJK(C) terhadap pembelajaran
bahasa Melayu ?
3. Apakah tahap sikap konatif murid tahun empat SJK(C) terhadap pembelajaran bahasa
Melayu?
4. Apakah tahap motivasi instrumental murid tahun empat SJK(C) terhadap
pembelajaran bahasa Melayu ?
5. Apakah tahap motivasi integratif murid tahun empat SJK(C) terhadap pembelajaran
bahasa Melayu ?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dalam reka bentuk kajian tinjauan. Kajian
tinjauan mampu memberikan deskripsi tentang sesuatu sampel dari segi peratusan dan nisbah
sampel yang menjawab soalan-soalan tinjauan. (Syed et al., 2018). Dalam kajian ini,
persampelan rawak mudah digunakan untuk memilih 50 orang murid Cina tahun empat di
SJK(C) Yuk Chai, Kuala Krai, Kelantan sebagai sampel kajian. Instrumen kajian ini
menggunakan borang soal selidik yang diadaptasi dalam kalian Shahirah & Nurazan (2020)

810
dan telah disahkan oleh pakar bidang, pakar bahasa dan pakar metadologi. Kajian rintis telah
dijalankan melibatkan 20 orang murid Cina di SJK (C) Hwa Aik, Arau, Perlis dan analisis nlai
Cronbach Alpha menunjukkan 0.983.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Instrumen soal selidik dalam kajian ini dijawab oleh 50 orang murid Cina tahun empat di
SJK(C) Yuk Chai, Kuala Krai, Kelantan dengan format Google Form. Data-data tersebut
dianalisis secara deskriptif dengan huraian min dan sisihan piawai untuk menentukan tahap
sikap afektif, kognitif dan konatif serta tahap motivasi instrumental dan integratif dalam
pembelajaran BM sebagai B2 oleh murid Cina.

Jadual 1 menunjukkan dapatan tahap sikap afektif murid tahun empat SJK (C) dalam
pembelajaran BM. Tahap sikap afektif dikategorikan kepada empat tahap melalui interpretasi
skor min oleh Riduwan (2012).

Jadual 1
Analisis Item Tahap Sikap Afektif Murid dalam Pembelajaran Bahasa Melayu

Bil Item (Sikap Afektif ) µ sp Tahap


1 Saya suka mempelajari bahasa Melayu. 3.18 0.850 Sederhana
2 Saya suka membuat latihan bahasa 3.60 0.606 Tinggi
Melayu
3 Saya berasa gembira mengikuti kelas 3.06 0.913 Sederhana
bahasa Melayu.
4 Saya suka membaca buku teks bahasa 3.62 0.567 Tinggi
Melayu.
5 Saya suka membaca buku cerita bahasa 3.58 0.673 Tinggi
Melayu.
Keseluruhan 3.41 0.412 Sederhana

Berdasarkan Jadual 1, secara keseluruhannya tahap afektif murid dalam pembelajaran


BM berada dalam tahap sederhana (µ= 3.41 dan sp =0.412). Item bernombor 2,4 dan 5 berada
pada tahap tinggi. Perkara ini menunjukkan bahawa murid SJK (C) suka membuat latihan BM,
membaca buku teks dan buku cerita BM. Sebaliknya, item bernombor 1 dan 3 perlu mencapai
nilai min yang lebih rendah antara lima item tersebut, iaitu 3.18 dan 3.06. Perkara ini
menunjukkan bahawa murid-murid kurang suka mempelajari BM dan kurang berasa gembira
mengikuti kelas BM.

811
Jadual 2 menunjukkan dapatan tahap sikap kognitif murid tahun empat SJK (C) dalam
pembelajaran BM. Tahap sikap kognitif dikategorikan kepada empat tahap melalui interpretasi
skor min oleh Riduwan (2012).

Jadual 2
Analisis Item Tahap Sikap Kognitif Murid dalam Pembelajaran Bahasa Melayu

Bil Item (Sikap Kognitif ) µ sp Tahap


6 Saya sedar bahasa Melayu ialah bahasa 3.64 0.598 Tinggi
perpaduan yang penting.
7 Saya sedar kelas bahasa Melayu 3.66 0.479 Tinggi
memberi banyak manfaat.
8 Saya sedar kemahiran bahasa Melayu 3.62 0.602 Tinggi
adalah penting.
9 Saya sedar bahasa Melayu sangat 3.76 0.476 Tinggi
berguna.
10 Saya sedar bahasa Melayu membantu 3.70 0.463 Tinggi
saya mengembangkan kemampuan diri
saya.
Keseluruhan 3.68 0.185 Tinggi

Berdasarkan Jadual 2, secara keseluruhannya tahap kognitif murid dalam pembelajaran


BM berada dalam tahap tinggi (µ= 3.68 dan sp =0.185). Semua item dalam aspek sikap kognitif
ini mencapai tahap tinggi dengan min melebihi 3.51. Murid-murid sedar bahawa BM adalah
bahasa yang mudah, sangat berguna. Mereka sedar penguasaan kemahiran BM adalah
penting. Tambahan pula, mereka juga sedar bahawa kelas BM akan memberi banyak manfaat
kepada mereka dan mengembangkan kemampuan diri mereka.

Jadual 3 menunjukkan dapatan tahap sikap konatif murid tahun empat SJK (C) dalam
pembelajaran BM. Tahap sikap konatif dikategorikan kepada empat tahap melalui interpretasi
skor min oleh Riduwan (2012).

812
Jadual 3
Analisis Item Tahap Sikap Konatif Murid dalam Pembelajaran Bahasa Melayu

Bil Item (Sikap Konatif ) µ sp Tahap


11 Saya mengulangkaji bahasa Melayu di 2.52 1.035 Sederhana
rumah.
12 Saya tidak pernah ponteng kelas bahasa 3.44 0.787 Sederhana
Melayu.
13 Saya mendengar dengan baik ketika guru 3.14 0.756 Sederhana
bercakap dalam bahasa Melayu dengan
saya.
14 Saya selalu menyiapkan kerja rumah mata 3.36 0.722 Sederhana
pelajaran bahasa Melayu.
15 Saya bertanya guru sekiranya terdapat 2.98 0.892 Sederhana
perkataan bahasa Melayu yang tidak
faham.
16 Saya memberi tumpuan sepenuhnya 3.16 0.866 Sederhana
semasa kelas bahasa Melayu.
17 Saya menghafal beberapa perkataan 2.70 0.953 Sederhana
bahasa Melayu setiap hari.
18 Saya selalu bersedia menghadapi ujian 3.00 1.010 Sederhana
bahasa Melayu.
19 Saya berbincang dengan kawan-kawan 3.34 0.848 Sederhana
apabila tidak faham bahasa Melayu.
20 Saya berbual-bual dengan kawan-kawan 2.32 1.019 Rendah
dan guru dalam bahasa Melayu di sekolah.
21 Saya bercakap bahasa Melayu untuk 2.72 1.070 Sederhana
berkomunikasi dengan kaum lain di luar
bilik darjah.
22 Saya mempunyai kamus bahasa Melayu. 3.08 1.066 Sederhana

23 Saya mengakses internet untuk 2.98 0.915 Sederhana


mendapatkan maklumat tambahan untuk
mengukuhkan penguasaan bahasa
Melayu saya.
Keseluruhan 2.98 0.584 Sederhana

Berdasarkan Jadual 3, secara keseluruhannya tahap konatif murid dalam


pembelajaran BM berada dalam tahap sederhana (µ= 2.98 dan sp =0.584). Item bernombor
12,13,14,16,18,19 dan 22 mencapai nilai min lebih daripada 3.0. Sebaliknya, item bernombor
11,15,17, 21, 23 mencapai nilai min yang kurang daripada 3.0 tetapi masih berada pada tahap
sederhana. Antara 5 item tersebut, item 11 dan item 17 akan difokuskan kerana mencatat nilai
min yang terendah pada tahap sederhana, iaitu 2.52 dan 2.70. Perkara ini menunjukkan
bahawa murid-murid SJK (C) kurang membuat ulangkaji penbelajaran BM di rumah atau
menghafal beberapa perkataan BM setiap hari. Tambahan pula, item 20 mencapai min

813
terendah, 2.32 iaitu pada tahap sikap konatif yang rendah dalam pembelajaran BM. Keadaan
ini menunjukkan bahawa murid-murid SJK (C) kurang mengunakan BM sebagai bahasa
pengantar dengan kawan-kawan dan guru di sekolah.

Jadual 4 menunjukkan dapatan tahap motivasi instrumental murid tahun empat SJK
(C) dalam pembelajaran BM. Tahap motivasi instrumental dikategorikan kepada empat tahap
melalui interpretasi skor min oleh Riduwan (2012).

Jadual 4
Analisis Item Tahap Motivasi Instrumental Murid dalam Pembelajaran Bahasa Melayu

Bil Item (Motivasi Instrumental ) µ sp Tahap


1 Masa depan saya akan menjadi lebih baik 3.20 0.833 Sederhana
dan terjamin dengan menguasai bahasa
Melayu.
2 Belajar BM membantu saya mendapatkan 3.54 0.613 Tinggi
pekerjaan pada masa akan datang.
3 Mempelajari BM sebagai bahasa baharu 3.16 0.817 Sederhana
selain bahasa ibunda.
4 Saya mampu membaca ayat dalam bahasa 2.46 1.054 Rendah
Melayu dengan lancar.
5 Subjek bahasa Melayu senang dipelajari 2.38 0.878 Rendah
untuk mendapat keputusan peperiksaan
yang baik.
6 Saya ingin dipandang tinggi oleh rakan- 2.80 1.030 Sederhana
rakan dengan menguasai bahasa Melayu.
7 Bahasa Melayu merupakan subjek yang 3.42 0.731 Sederhana
wajib lulus.
Keseluruhan 2.99 0.509 Sederhana

Berdasarkan Jadual 4, secara keseluruhannya tahap motivasi instrumental murid


dalam pembelajaran BM berada dalam tahap sederhana (µ= 2.99 dan sp =0.509). Antara semua
item dalam aspek motivasi instrumental, item 1, 2, 3 dan 7 mencapai nilai min 3.0 ke atas.
Perkara ini menunjukkan bahawa motivasi mereka belajar BM adalah disebabkan menjamin
masa denpan dan mendapatkan peluang pekerjaan.Tambahan pula, mereka belajar BM
disebabkan BM merupakan subjek yang wajib lulus. Sebaliknya, item 4,5 dan 6 mencapai min
bawah 3.0. Keadaan ini menunjukkan bahawa tujuan murid SJK (C) belajar BM kurang
mengutamakan kemahiran membaca sehingga menyebabkan mereka kurang lancar dalam
membaca ayat BM. Bukan itu sahaja, mereka juga tidak setuju bahawa subjek BM senang
dipelajari untuk mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan.

814
Jadual 5 menunjukkan dapatan tahap motivasi integratif murid tahun empat SJK (C)
dalam pembelajaran BM. Tahap motivasi instrumental dikategorikan kepada empat tahap
melalui interpretasi skor min oleh Riduwan (2012).

Jadual 5
Analisis Item Tahap Motivasi Integratif Murid dalam Pembelajaran Bahasa Melayu

Bil Item (Motivasi Integratif) µ sp Tahap


8 Saya ingin tahu tentang budaya masyarakat 3.28 0.757 Sederhana
Melayu.
9 Saya berminat dengan orang atau budaya 3.22 0.679 Sederhana
Melayu.
10 Saya boleh bercakap bahasa Melayu 3.04 1.068 Sederhana
dengan kawan berbangsa Melayu.
11 Saya suka mendengar orang bercakap 2.92 0.900 Sederhana
dalam bahasa Melayu.
12 Saya suka mempelajari bahasa asing. 2.82 0.919 Sederhana

13 Bahasa Melayu merupakan bahasa yang 3.06 0.793 Sederhana


menyeronokkan.
14 Saya selesa dapat bergaul dengan orang 3.26 0.751 Sederhana
Melayu.
15 Saya akan merasa lebih berpengetahuan 3.28 0.757 Sederhana
dengan menguasai bahasa Melayu.
Keseluruhan 3.11 0.574 Sederhana

Berdasarkan Jadual 5, secara keseluruhannya tahap motivasi integratif murid dalam


pembelajaran BM berada dalam tahap sederhana (µ= 3.11 dan sp =0.574). Antara semua item
dalam aspek motivasi integratif, item 8,9,10,13,14 dan 15 mencapai nilai min 3.0 ke atas dan
berada pada tahap sederhana. Terdapat 2 item yang mencapai min yang bawah 3.0 iaitu item
11 dan item 12 dan item 12 mencapai min terendah. Perkara ini menunjukkan bahawa murid
SJK (C) kurang setuju bahawa mereka tujuan mereka belajar BM adalah sebab mereka suka
mempelajari bahasa asing.

KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

Berdasarkan dapatan kajian, tahap sikap afektif murid tahun empat SJK (C) dalam
pembelajaran BM berada pada tahap yang sederhana. Kebanyakkan murid SJK (C) dalam
kajian ini menunjukkan tahap sikap afektif yang tinggi dalam membaca bahan bacaan BM
seperti buku teks dan buku cerita. Namun begitu, aspek kesukaan mempelajari BM dan aspek
kegembiraan mengikuti kelas BM mencapai min yang sederhana. Fenomena ini dapat
dijelaskan dengan sokogan kajian oleh Tay & Wong (2016) bahawa faktor pengajaran guru

815
seperti merupakan faktor utama dalam menjejaskan minat murid bukan penutur jati dalam
pembelajaran BM. Tambahan pula, Yong & Samsu (2019) menjelaskan murid tidak suka akan
kelas BM disebabkan tidak faham akan isi pelajaran, sukar dipelajari dan berasa bosan
terhadap BM.

Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap sikap kognitif murid tahun
empat SJK (C) dalam pembelajaran BM berada pada tahap yang tinggi. Fenomena ini
menunjukkan bahawa mereka mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang tinggi terhadap
fungsi, kepentingan dan peranan pembelajaran BM kerana mereka dididik terhadap
kepentingan BM sejak kecil lagi (Ooi & Vijayaletchumy, 2017). Buktiya, mereka sedar
pembelajaran BM sangat berguna, memberi banyak manfaat dan kemahiran BM adalah
sangat penting. Bukan itu sahaja, mereka juga percaya bahawa BM dapat membantu mereka
mengembangkan kemampuan diri mereka. Seterusnya, mereka juga yakin bahawa BM ialah
bahasa perpaduan yang penting.

Selain itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap sikap konatif murid tahun empat
SJK (C) dalam pembelajaran BM berada pada tahap yang sederhana. Tahap sikap konatif
murid mencapai min terendah dalam tiga aspek tahap sikap. Terdapat 52% responden yang
tidak mengulangkaji BM di rumah dan 40% responden tidak menghafal beberapa perkataan
BM pada setiap hari. Bukan itu sahaja, murid-murid Cina tahun empat juga menunjukkan tahap
yang rendah dalam aspek pengunaan BM untuk berkomunikasi dengan kawan-kawan dan
guru di sekolah. Kenyataan ini disokong dengan kajian Chew (2016) yang menunjukkan
bahawa punca utama murid Cina di SJK (C) kurang menguasai kemahiran bertutur dalam BM
kerana mereka menggunakan BC sebagai bahasa penghantar untuk semua mata pelajaran.

Malahan, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap motivasi instrumental murid
SJK (C) dalam pembelajaran BM berada pada tahap yang sederhana. Tujuan utama yang
mendorong mereka mempelajari BM sebagai B2 adalah menjamin peluang pekerjaan pada
masa akan datang. Mereka juga percaya bahawa dengan mengusai BM masa depan mereka
akan lebih terjamin. Dapatan kajian ini mirip dengan kajian kes Tay & Wong (2016), bahawa
minat pelajar bukan penutur jati belajar BM adalah kerana BM mempunyai nilai ekonomi yang
tinggi.

Tambahan pula, murid SJK (C) kurang bersetuju bahawa subjek BM senang dipelajari.
Penyataan ini mirip dengan dapatan kajian Nora (2020) bahawa murid-murid SJK (C) berasa
sukar mempelajari disebabkan faktor pengaruh oleh bahasa ibunda. Kajian Mohamad Yazid
(2016) dan Ooi & Vijayalectchumy (2017), menjelaskan bahawa murid Cina kurang
bermotivasi instrumental dalam pembelajaran BM kerana mereka berasa BM mengelirukan
mereka dengan pembentukan kata seperti pewujudan kata selapis, penggandaan dan kata

816
polisemi. Bukan itu saja, murid-murid Cina dalam kajian ini kurang mementingkan kemahiran
membaca dalam proses pembelajaran BM. Buktinya seramai 56% responden kurang setuju
bahawa mereka mampu membaca ayat dalam BM dengan lancar. Kenyataan ini disokong
oleh kajian Chee & Vijaya (2016) bahawa murid-murid Cina tidak mengutamakan kemahiran
membaca kerana faktor persekitaran yang mengehadkan komunikasi mereka dalam
penggunaan BM.

Sementara itu, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap motivasi integratif murid
SJK (C) dalam pembelajaran BM berada pada tahap yang sederhana. Walaubagaimanapun,
murid-murid SJK (C) dalam kajian ini menunjukkan tahap motivasi integratif yang paling tinggi
dalam item yang berkaitan dengan masyarakat dan budaya Melayu jika berbandingkan semua
min item dalam aspek motivasi integratif. Buktinya, item 8,9,10 dan 14 berkaitan dengan
budaya atau orang Melayu telah mencapai min lebih daripada 3.0 ke atas. Fenomena ini
menunjukkan bahawa murid-murid Cina di SJK (C) bermotivasi integratif dalam pembelajaran
BM sebagai B2 sebab minat dengan budaya dan orang masyarakat Melayu dan ingin bertutur
serta bergaul dengan kawan berbangsa Melayu. Mereka juga berasa lebih berpengetahuan
jika mereka menguasai BM. Dapatan kajian ini mirip dengan kajian Nancy & Zamri (2017)
bahawa murid Melanan minat BM disebabkan faktor persekitaran.

Implikasinya, dapatan kajian ini mampu meningkatkan pemahaman dan ilmu


pengetahuan tentang sikap dan motivasi pembelajaran BM sebagai B2 murid Cina di SJK (C)
secara holistik. Hal ini demikian kerana peninjauan sikap pembelajaran BM adalah secara
spesifik dan holistik kepada tiga aspek iaitu afektif, kognitif dan konatif dengan
mengintegrasikan Model Sosoi-Pendidikan, Kajian tinjauan berkaitan tiga aspek sikap
pembelajaran terhadap pembelajaran B2 jarang dijumpai dalam skop SJK (C). Bukan itu
sahaja, dapatan kajian ini memberi kesedaran kepada guru bahawa tahap motivasi murid
masih mempunyai ruang yang besar untuk ditingkatkan lagi kerana kedua-dua tahap motivasi
hanya berada pada tahap sederhana.

Sebagai cadangan, KPM dicadangkan mengkaji semula kelayakan tahap


profesionalisme guru SJK (C) dalam subjek BM. Hal ini demikian kerana masih terdapat guru
bukan opsyen BM yang mengajar BM di SJK (C). Perkara ini akan menjejaskan PdPc BM di
samping mempengaruhi tahap sikap dan tahap motivasi murid dalam proses pembelajaran
BM sebagai B2. Tambahan pula, pihak pentadbir sekolah seharusnya sentiasa memantau
PdPc guru BM dan memastikan guru-guru BM menggunakan BM sebagai bahasa pengantar
utama dalam proses PdPc BM. Dengan ini, murid di SJK (C) mempunyai peluang untuk
berinteraksi dan berkomunikasi dalam BM dengan kawan-kawan dan guru di kelas. Selain itu,
guru-guru BM SJK (C) seharusnya mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dalam

817
bidang profesion keguruan untuk sentiasa meningkatkan kemahiran dan kebolehan sendiri
dengan ilmu-ilmu atau idea-idea yang baharu, kreatif , inovatif dan efektif dalam peningkatan
tahap sikap dan motivasi murid terhadap pembelajaran BM (Chong et al., 2018).

Kesimpulannya, murid tahun empat SJK (C) mencapai tahap sikap kognitif yang tinggi
dan tahap sikap afektif serta konatif yang sederhana dalam proses pembelajaran BM sebagai
B2. Tambahan pula, mereka juga mencapai tahap motivasi instrumental dan integratif yang
sederhana dalam proses pembelajaran BM sebagai B2. Namun begitu, murid lebih
bermotivasi integratif. Akhir sekali, tinjauan tahap sikap dan tahap motivasi murid bukan
penutur jati adalah penting ajar kita dapat memahami minat, kecenderungan murid dengan
lebih spesifik dan holistik di samping mengambil tindakan susulan dengan lebih efektif.

RUJUKAN

Chee H.O & Vijaya L.S (2016). Tahap motivasi murid dalam pembelajaran bahasa
melayu sebagai bahasa kedua. http://ddms.usim.edu.my/ handle/123456789
/14843
Chew. F.P (2016). Masalah pembelajaran bahasa melayu dalam kalangan murid
cina sekolah rendah (learning problem of malay language among the chinese
pupils pr im ar y school). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu , 6( 2), 10 - 22.

Hong, Y. C., & Ganapathy, M. (2017). To investigate esl students' instrumental and
integrative motivation towards english language learning in a chinese school in
penang: Case Study. English Language Teaching, 10(9), 17-35.

Lim H.W & Lim S.H. (2018). Sebutan bahasa melayu oleh penutur cina (chinmalay)
berdasarkan latar belakang persekolahan. Jurnal Universiti Kebangsaan
Malaysia 17(2). 333-358
Mohamad Yazid Mohamad. (2016). Kekerapan penggunaan strategi pembelajaran
bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah jenis kebangsaan cina. Kertas
Projek Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan. Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Morni et al. (2019). Penglibatan organisasi badan bukan kerajaan dalam pendidikan di
tanah melayu, 1920-1950-an (the involvement of non governmental
organizationsover education issues in malaya, 1920-1950-s). Jebat: Malaysian
Journal of History, Politics & Strategic Studies , 46(2).

Nancy Ngumbang & Zambri Mohamod. (2017). Sikap, minat dan motivasi murid
m e l a n a u d a l am p em b e l a j a r a n b a h a s a m e l a yu s e b a g a i b a h as a k e d u a
pendeta: Journal of Malay Language, Education and Literature, 8, 47-58.

Nora Azian & Fadzilah Abd. (2018). Tahap penguasaan kemahiran bertutur bahasa
melayu dalam kalangan murid bukan penutur natif (the level of proficiency of
malay speaking skills among non-native students). Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 8(2), 74-83.
Nor Shela Saleh et.al. (2019). Integrasi etnik dalam ideologi pendidikan. Journal
Techno Social, 11(2), 47-54.

818
Ooi C.H. & Vijayaletchumy Subramaniam. (2017). Faktor timbulnya pengaruh bahasa
pertama dalam mempelajari bahasa melayu sebagai bahasa kedua. Ulum
Islamiyyah, 20, 35 - 45. http://uijournal.usim.edu.my/indexphp/uij.artiecle/view/
39
Riduwan. (2012). Skala pengukuran variable-variable: penelitian. Alfabeta, Bandung.

Shahirah Zakri & Nurazan Rouyan . (2020). Pembelajaran bahasa arab penutur jepun dan
bukan jepun di sekolah islam antarabangsa yuai, tokyo: Sikap dan motivasi
[learning arabic speakers of japanese and non-japanese in the international
islamic school yuai, tokyo: attitude and motivation]. Al-qiyam International Social
Sc ienc e and Hum anit ies Jour nal , 3 ( 1), 35 - 49.

Siti Rahayu & Sharil Nizam. (2020). Kesalahan tatabahasa bahasa melayu dari aspek
morfologi dalam penulisan karangan murid sekolah rendah [Grammatical error in
bahasa melayu essay writing among elementary school students]. Al-Qiyam
International Social Science and Humanities Journal, 3(2), 77-89.

Suresh Kumar N Vellymalay. (2017). Iklim bilik darjah dan hubungan etnik dalam k a l a n g a n
murid. Jupidi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 2(4), 16-31.

Syed Ismail Syed Mustapa et.al. (2018). Asas penyelidikan dalam pendidikan. Petaling
Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Tay, M. G., & Wong, S. H. (2016). Minat pelajar bukan penutur natif terhadap
pembelajaran bahasa Melayu: satu kajian kes. Jurnal Penyelidikan
IPGKBL, 13, 53-63.

Yong, H.H & Samsu, K. H. K. (2019). Sikap 819egative guru sebagai penghalang kepada
pembentukan perpaduan etnik di sekolah (Teacher’s negative attitude as a
barrier to forming the ethnic unity in schools). Akademika, 89(1).

819
PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN GURU DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH DI DAERAH TUMPAT

Nik Nur Aida Dalili binti Roslan


nur09-883@epembelajaran.edu.my

Siti Salamah binti Mohamad Yusof


sitisalamah@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaplikasian kemahiran menulis karangan guru dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Melayu sekolah rendah di daerah Tumpat. Kajian ini
mengkaji tiga aspek penting, iaitu sikap guru bahasa Melayu terhadap pelaksanaan kemahiran menulis
karangan, strategi dan teknik guru terhadap PdP kemahiran menulis karangan dan masalah PdP dalam
kemahiran menulis karangan bahasa Melayu. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan
kuantitatif melalui kaedah tinjauan. Instrumen soal selidik digunakan untuk mengumpul data melalui
aplikasi Google Form. Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 52 orang guru Bahasa
Melayu sekolah rendah di daerah Tumpat, Kelantan. Data dianalisis secara deskriptif dengan
menggunakan Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 25.0. Hasil daripada kajian ini
menunjukkan bahawa sikap guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan kemahiran menulis karangan
pada tahap tinggi dengan skor min (µ)=4.294. Selain itu, strategi dan teknik guru terhadap PdP
kemahiran menulis karangan juga pada tahap tinggi dengan µ=4.123. Manakala masalah PdP dalam
kemahiran menulis karangan pada tahap sederhana dengan µ=2.69. Hal ini menunjukkan bahawa sikap
dan strategi guru sangat penting di sekolah yang dilihat sebagai fasilitator murid dalam pembelajaran
kemahiran penulisan Bahasa Melayu.
Kata kunci: pengaplikasian, kemahiran menulis, karangan, Bahasa Melayu, pengajaran dan
pembelajaran.

ABSTRACT
This study aims to assess the application essay writing skills of teachers in the teaching and learning
process (PDP) Malay primary schools in Tumpat. The study examines three important aspects, namely
the Malay language teachers' attitudes towards the implementation of article writing skills, strategies
and techniques of the PDP teacher essay writing skills and problem PDP in essay writing skills Malay.
The design of this study uses a quantitative approach through survey method. Questionnaire
instruments were used to collect data through the Google Form application. Respondents involved in
this study consisted of 52 teachers Malay primary schools in Tumpat, Kelantan. Data were analyzed
descriptively using Statistical Packages for Social Science (SPSS) version 25.0. Results from this study
show that the attitude of Malay Language teachers on the implementation of article writing skills on a
high level with the mean (μ) = 4.294. In addition, teachers' strategies and techniques on PdP essay
writing skills were also at a high level with µ = 4.123. While PdP problem in essay writing skills at a
moderate level with µ = 2.69. This shows that the attitudes and strategies of teachers is very important
in schools is seen as a facilitator of the writing skills of students in learning Malay.
Keywords: application, writing skills, essay, Malay Language, teaching and learning.

820
PENGENALAN

Dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, kita memerlukan paradigma dalam pengajaran dan
pembelajaran. Potensi diri murid perlulah dieksploitasi secara maksimum dan optimum agar
pembelajaran dan pengajaran bukan sahaja menjadi lebih menarik dan berkesan malah akan
menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan dalam pencapaian diri murid-murid. Oleh itu,
peranan guru perlulah ditransformasikan daripada penyampaian ilmu pengetahuan kepada
pemudah cara atau fasilitator yang membimbing murid-murid dengan meneguhkan strategi
pembelajaran dan pembelajaran supaya mereka mampu serta berupaya menentukan hala tuju
pemikiran mereka (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003).

Dalam mata pelajaran bahasa Melayu, kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan
murid menulis perkataan dan ayat yang mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan
yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang telah dilalui dengan
menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan. Justeru, menurut Suppiah
Nachiappan (2006), proses menulis memerlukan aktiviti pemikiran sebelum menulis karangan,
semasa menulis karangan dan proses pemikiran yang dialami selepas karangan dihasilkan.
Oleh itu, setiap guru perlu memiliki kualiti peribadi yang baik dan mampu menggariskan
perancangan, strategi, kaedah dan aktiviti untuk menjayakan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran dalam kemahiran menulis karangan.

Penguasaan penulisan bahasa Melayu merupakan kemahiran kognitif yang kompleks


dan tugas yang mencabar untuk murid yang mengalami masalah penulisan. Penulisan atau
karangan ialah gubahan fikiran yang terhasilkan secara lisan atau tulisan. Penulisan bahasa
Melayu merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pelajaran ke arah
mempertingkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di kalangan murid (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2003). Oleh itu, murid perlu dipupuk dengan kemahiran kritis dan kreatif
untuk melahirkan individu yang dapat memainkan peranan yang berkesan dalam keluarga dan
masyarakat (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2004)

Manakala A. Chellamal Bagavathy (2005) pula menyatakan, guru-guru bahasa kerap


menghadapi masalah dalam pengajaran Bahasa Melayu kerana murid-murid agak sukar untuk
memahami penulisan Bahasa Melayu. Masalah ini menyebabkan, pencapaian murid-murid
dalam penulisan karangan masih kurang memuaskan disebabkan oleh beberapa faktor iaitu
dari segi kelemahan murid sendiri, kelemahan strategi pengajaran guru, kesilapan memilih
tajuk, kekurangan isi, kesalahan tatabahasa, penggunaan bahasa dialek dan sebagainya.

Oleh itu, kajian ini menggunakan kaedah tinjauan mengenai pengaplikasian kemahiran
menulis karangan guru dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Melayu sekolah

821
rendah daerah Tumpat. Kajian ini dapat menghuraikan sejauhmanakah pengakplikasian
kemahiran menulis karangan guru dalam PdP. Menurut Suhaimi Yunus (2009) ternyata
kemahiran menulis dilihat begitu penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
kerana mesti dikuasai oleh murid-murid untuk menduduki peperiksaan bertulis. Kemahiran
menulis yang efektif amatlah penting untuk kejayaan akademik dalam sistem persekolahan di
seluruh dunia.

PERNYATAAN MASALAH

Mata pelajaran penulisan bahasa Melayu sering dianggap oleh murid sebagai mata pelajaran
yang mudah untuk dipelajari jika dibandingkan dengan mata pelajaran lain seperti Sains,
Matematik dan Bahasa Inggeris. Tetapi hakikatnya pembelajaran penulisan bahasa Melayu
tidak semestinya dapat difahami sepenuhnya oleh murid dengan mudah. Masalah ini
menyebabkan pencapaian murid-murid dalam penulisan karangan masih kurang memuaskan
disebabkan oleh beberapa faktor iaitu dari segi kelemahan murid sendiri, sikap negatif murid
yang kurang berminat terhadap penulisan, kelemahan strategi pengajaran guru, sikap guru
yang tidak mengambil cakna kemahiran menulis karangan dan sebagainya. Menurut (Zaleha,
2014) dalam kajiannya, masalah yang dihadapi oleh guru adalah kurang pendedahan yang
diberikan kepada pelajar tentang teknik penulisan, kurang keyakinan guru untuk mengajar
teknik penulisan kerana kurang pengalaman, sumber pengajaran dan rujukan khusus dalam
teknik penulisan agak terhad di pasaran. Ini dapat dibuktikan dalam kajian Haris Fadzilah
Kasim (2002) menunjukkan bahawa masalah penulisan karangan di kalangan murid timbul
disebabkan oleh cara dan gaya pengajaran guru di dalam kelas.

Justeru, murid perlu banyak memahami dan memberi tumpuan yang lebih untuk
mencambah idea, mentafsir, menghurai dan menghayati tema serta tajuk penulisan. Aspek
penguasan ejaan dan kosa kata amat penting dan jika murid mengabaikan aspek ini, penulisan
yang dibina akan kurang menarik. Menurut Noorazman Mahat (2009), murid perlu mahir
menulis kerana hampir semua kertas peperiksaan di negara ini memerlukan murid menjawab
dalam bentuk tulisan dan ada juga yang memerlukan jawapan yang panjang lebar dalam
bentuk ayat.

Terdapat sesetengah guru yang mengajar penulisan secara berperingkat iaitu menulis
perkataan, frasa, satu ayat, beberapa ayat dan seterusnya beberapa perenggan. Maka
wujudlah beberapa teknik seperti karangan berpandu, karangan terkawal dan mengarang
secara bebas. Jika murid tidak menguasai kemahiran menulis dengan baik, mereka akan
menghadapi masalah untuk menjawab soalan terutama dalam penulisan. Oleh sebab itu,

822
murid perlu menguasai kemahiran menulis supaya murid dapat menghuraikan dan menyusun
jawapan dalam bentuk yang mudah, teratur dan meyakinkan dalam setiap penulisan.

Selain itu, faktor kelemahan dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis juga
menyebabkan murid berasa rendah diri. Melalui aktiviti projek penulisan, murid dapat
meningkatkan penguasaan terhadap kemahiran menulis melalui pembinaan bahan penulisan,
disamping meningkatkan keupayaan murid mengemukan idea dengan kreatif, mereka bentuk
dan menggunakan bahasa yang bersesuaian (Yahya & Suzanawaty, 2014). Akan tetapi masih
terdapat murid yang tidak dapat menguasai sepenuhnya kemahiran menulis terutama dalam
penulisan bahasa Melayu. Oleh itu, kajian ini meninjau sejauhmanakah pengaplikasian
kemahiran menulis karangan guru dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Melayu
sekolah rendah daerah Tumpat.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini adalah bertujuan untuk mencapai objektif berikut:


i. Mengenal pasti sikap guru bahasa Melayu terhadap pelaksanaan kemahiran menulis
karangan dalam pengajaran dan pembelajaran.
ii. Mengenal pasti strategi dan teknik guru terhadap pengajaran dan pembelajaran
kemahiran menulis karangan bahasa Melayu.
iii. Mengenal pasti masalah pengajaran dan pembelajaran dalam kemahiran menulis
karangan bahasa Melayu.
SOALAN KAJIAN
Untuk mencapai tujuan dan objektif kajian ini, persoalan adalah seperti berikut:

i. Apakah sikap guru bahasa Melayu terhadap pelaksanaan kemahiran menulis


karangan dalam pengajaran dan pembelajaran?
ii. Apakah strategi dan teknik guru terhadap pengajaran dan pembelajaran kemahiran
menulis karangan bahasa Melayu?
iii. Adakah terdapat masalah pengajaran dan pembelajaran dalam kemahiran menulis
karangan bahasa Melayu?

METODOLOGI
Kajian yang dijalankan ini menggunakan reka bentuk kuantitatif yang menggunakan kaedah
tinjauan berbentuk deskriptif. Kajian ini dijalankan di sekolah rendah daerah Tumpat yang
terdiri daripada guru-guru Bahasa Melayu sahaja. Berdasarkan kepada faktor situasi dan
kekangan masa dalam suasana pandemik Covid-19 ini, pengkaji hanya memilih dan
melibatkan seramai 52 orang sahaja guru Bahasa Melayu. Instrumen kajian yang digunakan
untuk menjalankan kajian ini berbentuk borang soal selidik yang dijalankan secara atas talian

823
dengan menggunakan aplikasi google form. Hal ini disokong oleh Andrews et. al. (2003) dan
Louise, (2012) yang menyatakan bahawa penggunaan soal selidik dalam talian seperti google
form ini mampu mempercepatkan dan memudahkan kerana tidak akan mengambil masa yang
lama untuk responden memberi maklum balas secara dalam talian.

Dalam kajian ini, pakar yang berkaitan dipilih untuk memberikan nilai kesahan
kandungan dan kesahan muka. Kesahan kandungan ialah berkaitan tentang sejauh mana
dapatan kajian menepati semua aspek yang diuji manakala kesahan muka merujuk kepada
sejauh mana dapatan dapat diaplikasikan dan digeneralisasikan (Chua, 2011). Data-data soal
selidik yang diperoleh daripada instrumen kajian akan dianalisis oleh pengkaji dengan
menggunakan perisian SPSS versi 25.0. Analisis data dilakukan dalam bentuk deskriptif yang
menggunakan nilai statistik, iaitu kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Nilai statistik
yang diperoleh ini akan disusun dalam bentuk jadual bagi memudahkan proses menganalisis
data.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN


Hasil dapatan kajian ini adalah untuk menjawab soalan kajian dan seterusnya mencapai
objektif kajian, iaitu sikap guru, strategi dan teknik guru dan masalah pengajaran dan
pembelajaran dalam kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu.

Sikap Guru Bahasa Melayu Terhadap Pelaksanaan Kemahiran Menulis Karangan

Jadual 1
Sikap Guru Bahasa Melayu Terhadap Pelaksanaan Kemahiran Menulis Karangan
Bil Item Min SP Interpretasi
Saya merancang dahulu sebelum mengajarkan
B1 4.56 0.502 Tinggi
kemahiran menulis karangan.

B2 Saya mengajarkan kemahiran menulis karangan 3.15 0.937 Sederhana


yang berorientasikan peperiksaan sahaja.
B3 Saya melaksanakan kemahiran menulis karangan 4.31 0.544 Tinggi
dengan baik dalam pengajaran dan pembelajaran.
B4 Saya mengajar kemahiran menulis karangan 4.29 0.605 Tinggi
mengikut kemampuan murid
B5 Saya suka membuat rujukan sebelum mengajar 4.54 0.503 Tinggi
kemahiran menulis karangan
Saya memberi penekanan terhadap tulisan murid
B6 4.63 0.525 Tinggi
saya
Saya berusaha untuk meningkatkan pengetahuan 4.60 0.495 Tinggi
B7
saya dalam kemahiran menulis karangan
Saya berusaha untuk menarik minat murid supaya
B8 rajin menulis karangan dengan menggunakan 4.27 0.598 Tinggi
kaedah dan teknik yang sesuai (cth SALAK,
SALAM, WATAK, SKOP dan sebagainya)
Jumlah Purata Min (N=52) 4.29 0.324 Tinggi

824
Berdasarkan jadual 1, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa min tertinggi bagi sikap guru
Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan kemahiran menulis karangan adalah pada item B6
dengan min 4.63 dan sisihan piawai 0.525. Manakala min yang terendah pula ialah pada item
B2 dengan memperoleh min 3.15 dan sisihan piawai 0.937. Secara keseluruhannya, dapatan
analisis bagi jumlah purata min bagi konstruk ini ialah 4.294. Berdasarkan jadual interpretasi
skor min, sikap guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan kemahiran menulis karangan
berada pada tahap tinggi.

Aplikasi Strategi Dan Teknik Guru Bahasa Melayu Terhadap Pengajaran Dan
Pembelajaran Kemahiran Menulis Karangan

Jadual 2
Strategi Dan Teknik Guru Bahasa Melayu Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran
Kemahiran Menulis Karangan

Bil Item Min SP Interpretasi


Saya menggunakan strategi pengajaran
C1 kemahiran menulis karangan berpusatkan 4.19 0.561 Tinggi
murid.
Saya mengajarkan kemahiran menulis
C2 karangan daripada yang mudah kepada 4.50 0.542 Tinggi
yang sukar.
C3 Saya terus menyemak hasil penulisan murid 4.13 0.595 Tinggi
secara terperinci.
C4 Saya memberi pendedahan topik berkaitan 4.27 0.770 Tinggi
kepada murid sebelum menulis karangan.
Saya menggunakan pelbagai bahan dan
C5 sumber semasa mengajar kemahiran 4.23 0.581 Tinggi
menulis karangan.
Bahan bantu mengajar yang saya gunakan
C6 4.25 0.480 Tinggi
sangat sesuai dengan kemahiran menulis.
Saya menggunakan teknik dan kaedah 3.65 0.711 Tinggi
C7
karangan ciptaan sendiri.
C8 Saya menggunakan teknik dan kaedah 3.75 0.711 Tinggi
karangan yang sedia ada.
Jumlah Purata Min (N=52) 4.123 0.361 Tinggi

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa min tertinggi bagi strategi dan teknik guru Bahasa
Melayu terhadap PdP kemahiran menulis karangan adalah pada item C2, iaitu “Saya
mengajarkan kemahiran menulis karangan daripada yang mudah kepada yang sukar” dengan
memperoleh min 4.50 dan sisihan piawai 0.542. Manakala min yang terendah pula ialah pada
item C7 “Saya menggunakan teknik dan kaedah karangan ciptaan sendiri” dengan
memperoleh min 3.65 dan sisihan piawai 0.711. Secara keseluruhannya, dapatan analisis bagi

825
jumlah purata min bagi konstruk dua ini ialah 4.123. Oleh itu, berdasarkan jadual interpretasi
skor min, strategi dan teknik guru Bahasa Melayu terhadap PdP kemahiran menulis karangan
berada pada tahap tinggi dan baik.

Masalah pengajaran dan pembelajaran dalam kemahiran menulis karangan Bahasa


Melayu

Jadual 3
Masalah pengajaran dan pembelajaran dalam kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu

Bil Item Min SP Interpretasi


Saya tidak memahami kandungan
D1 1.75 0.837 Rendah
sukatan pelajaran.
Saya tidak mahir mengajarkan
D2 kemahiran menulis karangan 1.87 0.864 Rendah
penulisan.
D3 Saya tidak mahir sistem bahasa 1.88 1.022 Rendah
(tatabahasa) yang betul.
Saya kekurangan masa
D4 mengajarkan kemahiran menulis 2.25 0.988 Rendah
karangan penulisan.
D5 Saya tidak mahir teknik penilaian 2.37 1.010 Rendah
hasil karangan murid.
Saya sukar mengajarkan
D6 kemahiran menulis karangan yang 2.08 0.947 Rendah
terdapat dalam buku teks.
D7 Murid terpengaruh bahasa dialek. 3.77 0.921 Tinggi
D8 Murid tidak mahir membina ayat. 3.54 0.699 Tinggi

D9 Murid tidak memahami bahan 3.29 0.848 Sederhana


rangsangan.
D10 Murid tidak memahami kehendak 3.52 0.852 Tinggi
soalan dalam penulisan karangan.
D11 Tulisan murid sukar dibaca. 3.15 0.697 Sederhana
Murid hanya menyalin soalan
D12 2.77 0.942 Sederhana
sahaja.
Jumlah Purata Min (N=52) 2.69 0.591 Sederhana

Berdasarkan jadual 3, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa min tertinggi bagi
masalah pengajaran dan pembelajaran dalam kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu
adalah pada item D7, iaitu “Murid terpengaruh bahasa dialek” dengan min 4.63 dan sisihan
piawai 0.525. Manakala min yang terendah pula ialah pada item D1, iaitu “Saya tidak
memahami kandungan sukatan pelajaran” dengan memperoleh min 1.75 dan sisihan piawai
0.837. Secara keseluruhannya, dapatan analisis bagi jumlah purata min bagi konstruk ketiga

826
ini ialah 2.69. Oleh itu, masalah PdP dalam kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu
berada pada tahap sederhana.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Hasil dapatan kajian bagi analisis sikap guru bahasa Melayu terhadap pelaksanaan kemahiran
menulis karangan dapat disimpulkan bahawa guru mempunyai sikap yang positif dalam usaha
meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis karangan. Sikap
guru yang positif sangat penting kerana guru merupakan perancang, pengurus, penilai dan
fasilitator dalam proses pembelajaran murid di dalam bilik darjah (Owing, Azhar &
Shamsuddin, 2018). Menurut Suziana (2012) juga menyatakan bahawa guru yang bersikap
positif dalam melaksanakan pengajaran dapat menentukan keberkesanan amalan pengajaran
yang membawa kepada pencapaian prestasi murid yang lebih baik dan berkesan.

Justeru, hal ini membuktikan bahawa ramai guru yang sangat bersetuju dan sedar
akan tanggungjawab guru dalam melaksanakan pengajaran kemahiran menulis karangan.
Sikap guru yang positif dalam pengajaran yang dijalankan menyebabkan mereka lebih
bertanggungjawab untuk mengajar murid serta melakukan perubahan dalam pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran (Idayati, 2013). Dapatan kajian ini juga menunjukkan guru
bahasa Melayu berusaha mengajar kemahiran menulis dengan baik supaya murid dapat
menguasai kemahiran tersebut dengan berkesan. Selain itu, jika dilihat kekerapan yang tinggi
dalam dapatan kajian ini, iaitu guru memberi penekanan terhadap tulisan murid. Hal ini jelas
bahawa guru mengambil cakna dan mengetahui kepentingan dari segi kekemasan tulisan
murid kerana tulisan ini amat penting untuk dikuasai oleh murid-murid. Menurut kajian Chia
Men Yin et. al. (2013), tulisan murid yang tidak kemas menyukarkan guru untuk menyemak
hasil kerja murid dan murid juga pasti tidak boleh membaca dengan lancar.

Pernyataan guru mengajarkan kemahiran menulis karangan daripada yang mudah


kepada yang sukar dibuktikkan berada pada tahap yang baik dan mendapat skor min yang
tertinggi. Dapatan kajian ini selari dengan dapatan Che Zanariah dan Fadzilah (2011), yang
juga mendapat skor min tertinggi pada pernyataan ini. Menurutnya juga, strategi ini akan
memudahkan murid untuk memahami dan menguasai kemahiran menulis yang diajar dengan
baik. Pendapat ini besesuaian dengan Ahmad Khair Mohd. Nor (2005), dalam pengajaran
kemahiran menulis, penguasaan peringkat asas adalah dimulakan dengan menulis huruf,
perkataan, ayat dan akhirnya sebuah wacana yang dapat difahami apabila dibaca.

Sehubungan itu, strategi guru terhadap pengajaran dan pembelajaran kemahiran


menulis yang digunakan oleh guru-guru bahasa Melayu ini akan memberi impak dan kesan
kepada penerimaan murid, seterusnya boleh membawa kejayaan kepada pelajar. Hal ini
kerana pemilihan dan pelaksanaan sesuatu strategi dan teknik pengajaran adalah amat

827
penting bagi memastikan setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terutama dalam
kemahiran menulis karangan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan begi
membantu penguasaan kemahiran menulis karangan murid yang lemah. Pernyataan ini
bertepatan dengan kajian Abdul Rasid Jamian (2001) yang menyatakan bahawa faktor teknik
dan kaedah guru menyumbang kepada kelemahan penguasaan kemahiran menulis.

Selain itu, pernyataan murid terpengaruh bahasa dialek mendapat skor min paling
tinggi berbanding yang lain. Hal ini kerana pengkaji mengumpul dapatan kajian di daerah
Tumpat, Kelantan menyebabkan ramai guru yang bersetuju bahawa murid terpengaruh
dengan bahasa dialek dalam menghasilkan karangan. Dapatan ini disokong oleh kajian
Shahidi A.H. dan Rahim Aman (2010) yang menyatakan bahawa ciri-ciri dialek begitu kuat
mempengaruhi masyarakat Kelantan meskipun ketika mereka berbahasa Melayu standard.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa murid-murid di daerah Tumpat ini terpengaruh bahasa
dialek tahap tinggi dalam penulisan karangan.

Dapatan kajian ini memberi implikasi pengetahuan kepada amalan dan sikap
pengajaran dan pembelajaran terutama kepada guru bahasa Melayu. Selain itu, kajian ini juga
berupaya memberi kesedaran kepada guru tentang kepentingan strategi dan teknik dalam
pengajaran dan pembelajaran terutama dalam kemahiran menulis karangan. Pelbagai
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan seperti pendekatan
berpusatkan guru, pendekatan berpusatkan murid dan pendekatan berpusatkan bahan (Noor
Azizah, 2006).

Malahan, hasil kajian ini dapat memberi cadangan kepada guru yang perlu sentiasa
memantau pemahaman dan pencapaian murid dari semasa ke semasa. Contohnya, tahap
pencapaian murid dinilai dengan tepat dan direkodkan secara berterusan bagi membolehkan
guru melihat perkembangan seterusnya. Selain itu, untuk membantu murid-murid yang lemah
dalam penguasaan kemahira menulis karangan, guru haruslah memantapkan penngajaran
dan pembelajaran dengan lebih berkesan, malah penggunaan bahan bantu mengajar juga
perlu kerap digunakan seperti berbentuk audio visual supaya murid dapat memahami sesuatu
konsep dengan jelas. Manakala bagi meningkatkan penguasaan murid yang pandai pula dapat
diperkukuhkan dan diperkayakan lagi melalui perisian yang menarik dan interaktif seperti
penggunaan internet dan komputer amat digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran
kemahiran menulis karangan.

Bagi cadangan kajian lanjutan, pengkaji-pengkaji lain berpeluang untuk melaksanakan


kajian atau penyelidikan dalam topik yang sama. Hal ini disokong oleh (David Lim, 2010) yang
menyatakan bahawa tiada kajian yang sempurna kerana pasti akan ada perubahan baharu
yang boleh dilaksanakan untuk menambah baik kajian yang sedia ada. Oleh itu, cadangan

828
untuk melaksanakan kajian adalah melalui pendekatan gabungan kuantitatif dan kualitatif juga
boleh dijalankan. Pendekatan gabungan ini dapat menghasilkan kajian yang lengkap tentang
proses kemhairan menulis karangan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah gabungan
dapat menyediakan keanjalan (flexible) dalam mengatur dan menyusun perjalanan kajian
seperti menyediakan instrumen dan merancang temubual semi struktur (Mohamad Zahir et
al., 2014). Natijahnya, kaedah gabungan ini dapat memberi peluang dan ruang kepada
pengkaji untuk mendapatkan pemerhatian yang lebih jelas dan lebih banyak maklumat
berbanding melalui satu kaedah sahaja.

Di samping itu, kajian yang dijalankan ini hanya melibatkan guru-guru sekolah rendah
yang berada di kawasan luar bandar. Kajian lanjutan dicadangkan supaya melibatkan guru
dan murid sekolah rendah yang berada di kawasan bandar dan pinggir bandar dan juga
sekolah rendah yang lain. Hal ini dilakukan supaya mendapat kesahan luaran. Oleh itu, dapat
disimpulkan bahawa pengkaji lain disarankan menjalankan kajian terhadap topik yang sama
mengikut kesesuaian objektif yang ingin disampaikan. Cadangan kajian lanjutan ini bertujuan
meluaskan lagi penyelidikan berkaitan kemahiran menulis karangan bahasa Melayu sekolah
rendah di pelbagai kawasan.

RUJUKAN
A. Chellamal Bagavathy. (2005). Mengatasi kelemahan murid menguasai aspek tatabahasa
dalam Bahasa Melayu melalui cara permainan bahasa. Retrieved from Prosiding
Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005:
http://www.web.apps.emoe.go.my/ipba/rdibpa/cd1/article52.pdf
Abdul Rasid Jamian. (2001). Pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu: Masalah dalam
kalangan pelajar bukan Melayu. Jurnal Bahasa .
Ahmad Khair Mohd Noor. (2005). Menulis membina keterampilan berfikir. Pelita Bahasa , 12-
14.
Andrews, D., Nonnecke, B., & Preece, J. (2003). Conducting Research on the Internet : Online
Survey Design, Development and Implementation Guidelines. International Journal of
Human-Computer Interaction , 185–210.
Chia M.Y., Ismail Saliyan, Tan S.T., Mohamad Khairul Amin, Nor Aishah Abd Aziz. (2013).
Meningkatkan Kekemasan Tulisan Murid-Murid Pemulihan Khas Dalam Penulisan
Rumi Menggunakan Kit ‘Doratin'. International Seminar on Quality and Affordable
Education , 1-2.
Chua, P. Y. (2011). Kaedah Penyelidikan. McGraw-Hill Education.
Haris Fadzilah Kassim. (2002). Masalah menulis karangan di kalangan pelajar tingkatan
empat: Satu kajian kes. Sarjana Pendidikan.
Idayati Abd Wahab. (2013). Pengetahuan Sikap dan Amalan Dari Persepsi Guru dalam
Pengajaran Konstektual Bagi Matapelajaran Prinsip Elektrik dan Elektronik di Sekolah
Menengah Teknik Malaysia. Master Sains Universiti Putra Malaysia .
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Kurikulum bersepadu Bahasa Melayu sekolah
rendah. Pusat Perkembangan Kurikulum.
Louise, H. (2012). Challenging the reported disadvantages of e-questionnaires and addressing

829
methodological issues of online data collection. Nurse Researcher , 11-20.
Mohamad Zahir Zainuddin, Roziah Omar & Mohd Fauzi Kamaruddin. (2014). Kaedah
Gabungan (Mixed Method) dalam Kajian Pembasmian Kemiskinan di Malaysia dan
Indonesia: Pengalaman Penyelidikan.

Noor Azizah Ahmad. (2006). Pengaplikasian teori konstruktivisme dalam proses pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta. Projek Sarjana Muda .

Noorazman Mahat. (2009). Panduan menulis karangan.


Owing J.S., Azhar Md. Sabil, Shamsudin Othman. (2018). Tahap Pengetahuan dan Sikap
Guru Terhadap Pendekatan Didik Hibur. International Journal of Education and
Training , 1-9.

Shahidi A.H., Rahim Aman. (2010). Pengaruh Dialek Dalam Pertuturan Bahasa Melayu
Standard: Pencerakinan Bunyi Berasaskan Spektogram.
Suhaimi Yunus. (2009). Permasalahan pembelajaran penulisan Bahasa Melayu dalam
kalangan murid Orang Asli. Projek Master Sains. Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia .

Suppiah Nachiappan. (2006). Penggunaan gaya bahasa dan pemprosesan informasi dalam
penulisan karangan melalui analisis hermeneutik. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Suziana Sulaiman. (2012). Tahap Penguasaan Proses Sains dan Sikap Guru serta Halangan
dalam Pengajaran Kemahiran Saintifik bagi Mata Pelajaran Sains Pertanian. Tesis
MasterSains, Universiti Putra Malaysia .
Yahya Othman & Suzanawaty. (2014). Keupayaan menguasai kemahiran menulis melalui
pembelajaran berasaskan projek dalam penulisan berbentuk risalah di sekolah rendah.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu .
Zaleha Ahmad. (2014). Kemahiran Menulis: Peningkatan kemahiran dalam kalangan pelajar
melalui program 'tinta emas'. Seminar Bahasa Melayu , 146-155.

830
PELAKSANAAN TEKNIK MESTAMU DALAM PENGAJARAN PANTUN: SATU KAJIAN
TINJAUAN

Nur Farhanis Fathiah binti Anuaruddin


farhanis884-09@epembelajaran.edu.my

Siti Salamah binti Yusof


sitisalamah@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu,


Lembah Pantai,
59990 Kuala Lumpur.

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau pelaksanaan teknik mestamu dalam pengajaran pantun di sekolah
rendah. Tinjauan ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi, tahap pengetahuan dan tahap
kemahiran guru untuk melaksanakan teknik mestamu dalam pengajaran pantun. Kajian ini dijalankan
terhadap 30 orang guru Bahasa Melayu di tiga buah sekolah rendah di sekitar daerah Kuantan, Pahang.
Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Dapatan kajian
dianalisis secara statistik deskriptif yang merangkumi peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa guru-guru mempunyai persepsi yang sederhana, tahap pengetahuan yang
sederhana dan tahap kemahiran yang sederhana terhadap pelaksanaan teknik mestamu dalam
pengajaran pantun. Implikasinya, kajian ini dapat menambah baik penyelidikan yang berkaitan dengan
pelaksanaan teknik mestamu dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dan Teori Kecerdasan
Pelbagai. Oleh itu, guru disarankan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tentang teknik
mestamu agar dapat meningkatkan minat, fokus, semangat, keyakinan, pemahaman murid dalam PdPc
pantun serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Kata kunci: Pelaksanaan, teknik mestamu, pantun, pengajaran guru, Bahasa Melayu

ABSTRACT
This study aims to identify the implementation of the mestamu technique in teaching pantun in primary
school. This study was conducted to identify perceptions, knowledge and skills towards of the mestamu
technique among the teachers. A total of 30 Malay Language teachers who teach in three primary school
in Kuantan district have been selected as the samples for this study. This study used a survey method
by using questionnaires. The findings of the study were analyzed by descriptive statistics that included
percentages, means and standard deviations. The findings of the study indicate that the teachers have
a moderate perceptions, moderate knowledge and moderate skills towards the mestamu techniques in
teaching pantun. The implications of this study are to improve research on the implementation of
mestamu techniques in teaching and learning and Theory of Multiple Intelligences. Therefore, teachers
are advised to increase their knowledge and skills about mestamu techniques in order to increase
students' interest, focus, enthusiasm, confidence, understanding towards teaching and learning pantun
as well as create a fun learning environment.

Keywords: Implementation, mestamu technique, pantun, Malay Language’s teachers, Malay Language

PENGENALAN

Sistem pendidikan rendah Malaysia melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
mendukung cita-cita murni dan unggul selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara
(FPK) untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari pelbagai aspek iaitu jasmani,
emosi, rohani, intelek dan juga rohani (JERIS). Sehubungan itu, dalam usaha untuk mencapai

831
tujuan dan hasrat tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah berinisiatif untuk
menggubal dan menyediakan sebuah sukatan pelajaran yang lengkap untuk dilaksanakan
kepada murid di sekolah. Sukatan tersebut juga termasuklah untuk subjek pengajaran Bahasa
Melayu.

Selain daripada berfungsi sebagai bahasa pengantar utama, Bahasa Melayu juga
merupakan mata pelajaran yang wajib pada semua peringkat pendidikan di Malaysia.
Pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang menggunakan unsur sastera dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu, KSSR dianggap sebagai pelengkap kepada program pendidikan
bahasa ini. Walau bagaimanapun, dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah,
pengajaran kesusasteraan Melayu tidak diajarkan secara khusus. Hal ini kerana, bahan
sastera yang digunakan dalam mata pelajaran tersebut hanya berfungsi sebagai komponen
kepada bahan utama untuk mengukuhkan penguasaan bahasa Melayu murid. Tamsilnya,
bahan sastera yang digunakan dalam pendidikan Bahasa Melayu KSSR adalah seperti sajak,
syair dan pantun (Shamsudin Othman dan Abdul Rasid Jamian, 2013).

Seiring dengan era globalisasi, sastera seperti tidak mendapat sambutan di kalangan
masyarakat kini berbanding dengan mata pelajaran yang lain khususnya mata pelajaran teras.
Pembelajaran sastera hanya di pandang sebelah mata kerana masih dianggap sebagai mata
pelajaran yang tidak mempunyai nilai komersial dan tidak praktikal (Chew F.P., 2015). Hal ini
mungkin berpunca daripada pelbagai jenis faktor sama ada faktor dalaman mahupun faktor
luaran.

Justeru itu, dalam kajian ini, pengkaji akan memfokuskan isu mengenai pengajaran
sastera iaitu pantun di sekolah rendah. Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan untuk
meninjau pelaksanaan teknik mestamu oleh guru Bahasa Melayu sekolah rendah dalam
pengajaran pantun.

PERNYATAAN MASALAH

Setelah dianalisis, pengkaji mendapati bahawa wujud beberapa permasalahan yang berkait
rapat dengan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) pantun di sekolah rendah. Pertama,
terdapat sebilangan guru yang masih mempunyai kesulitan untuk mengajar pantun. Hal ini
demikian kerana, penciptaan sesebuah pantun itu memerlukan penguasaan yang utuh dari
segi kosa kata, nilai estetika dan penggunaan bahasa yang indah supaya karya yang
dihasilkan bernilai tinggi. Pengajaran pantun bukanlah sesuatu yang mudah jika seseorang
guru itu tidak dapat menguasai elemen pantun dengan sebaiknya. Hal ini telah dinyatakan
Razali Yu dalam Fitri Nura Murti et al. (2016) iaitu pendidik sukar untuk mengajar pantun
kepada pelajar kerana mereka juga tidak begitu memahami dan fasih untuk berpantun
terutamanya dalam kalangan guru yang bukan berbangsa Melayu. Selain itu, beliau juga

832
menyatakan bahawa penggunaan teknik pengajaran pantun yang kurang sesuai telah
menyebabkan murid tidak mempunyai minat untuk mempelajarinya.

Dalam pada itu, isu yang lain yang timbul berkaitan dengan pengajaran pantun adalah
seperti murid tidak diberikan penekanan tentang aspek dalaman dan luaran pantun. Hal ini
menyebabkan kebanyakan mereka tidak terdedah tentang bahawa pantun itu merupakan seni
sastera tulen milik masyarakat Melayu yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Jika dilihat
dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu sekolah
rendah, pengajaran pantun hanya melibatkan murid Tahap Satu sahaja dan hanya
menekankan tentang melafazkan dan mencipta pantun secara berpandu. Penciptaan pantun
secara berpandu bermaksud murid hanya dikehendaki untuk mengisi tempat kosong bagi
pembelajaran pembayang dan maksud yang mempunyai rima ab-ab. Justeru itu, timbullah isu
pengabaian aspek pantun seperti yang telah dinyatakan di atas. Hal ini selaras dengan
Nordiana Hamzah et al. (2019), iaitu terdapat pengabaian bagi aspek struktural dan estetika
dalam pengajaran pantun Tahun Satu hinggalah Tahun Tiga sekolah rendah. Beliau juga
menyatakan bahawa aspek fizikal pantun ataupun struktur luaran tidak terdapat dalam
buku panduan dan memerlukan kebijaksanaan guru sama ada mereka mahu mengajar
ataupun tidak.

Di samping itu, pengkaji juga telah mengenal pasti masalah lain iaitu murid tidak
mempunyai minat yang tinggi untuk mempelajari pantun. Menurut Chairil Amar (2016), pantun
ialah sejenis puisi rakyat yang mempunyai hubungan antara adat dan tradisi, budaya sesuatu
daerah dan dikenali juga sebagai sastera lisan. Namun begitu, dalam kajiannya, beliau
mendapati bahawa minat generasi muda terhadap pantun sudah berkurangan kerana pada
masa kini pantun dilihat agak jarang dituturkan dalam kalangan mereka. Hal ini juga
berkemungkinan berlaku kerana ada pemikiran yang kurang baik tentang pembelajaran
sastera sehingga pantun tidak lagi dianggap penting untuk dipelajari dan dipraktikkan dalam
kehidupan generasi muda.

Intihanya, isu-isu yang timbul seperti kewujudan guru yang masih mempunyai kesulitan
untuk mengajar pantun, murid tidak diberikan penekanan yang baik tentang aspek dalaman
dan luaran pantun serta minat murid yang rendah untuk mempelajari pantun telah
menggerakkan pengkaji untuk membuat kajian ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

1. Mengetahui persepsi guru Bahasa Melayu sekolah rendah tentang pelaksanaan


teknik mestamu dalam pengajaran pantun.

833
2. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu sekolah rendah untuk
melaksanakan teknik mestamu dalam pengajaran pantun.
3. Mengenal pasti tahap kemahiran guru Bahasa Melayu sekolah rendah untuk
melaksanakan teknik mestamu dalam pengajaran pantun.

SOALAN KAJIAN

Soalan kajian ini adalah seperti berikut;

1. Apakah persepsi guru Bahasa Melayu sekolah rendah tentang pelaksanaan


teknik mestamu dalam pengajaran pantun?
2. Apakah tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu sekolah rendah untuk
melaksanakan teknik mestamu dalam pengajaran pantun?
3. Apakah tahap kemahiran guru Bahasa Melayu sekolah rendah untuk
melaksanakan teknik mestamu dalam pengajaran pantun?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan pendekatan kuantitatif melalui soal selidik untuk
mengumpulkan data. Instrumen kajian soal selidik ini berbentuk dalam talian iaitu
menggunakan aplikasi Google Form. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang guru Bahasa
Melayu yang mengajar di tiga buah sekolah rendah di daerah Kuantan, Pahang. Permilihan
sampel kajian ditentukan dengan merujuk kepada jadual Krejcie, R. V. dan Morgan, D. W.
(1970).
Instrumen kajian ini terdiri daripada empat bahagian iaitu Bahagian A merujuk kepada
maklumat demografi responden, Bahagian B ialah persepsi guru, Bahagian C merupakan
tahap pengetahuan guru dan Bahagian D berkaitan dengan tahap kemahiran guru Bahasa
Melayu sekolah rendah untuk melaksanakan teknik mestamu dalam pengajaran pantun.
Kesemua item telah melalui proses rintis untuk menguji kesahannya melalui pekali Cronbach
Alpha. Berdasarkan interprestasi nilai Cronbach Alpha Bond, T. G. dan Fox, C. M. (2007),
nilai Cronbach yang melebihi 0.6 bermaksud instrumen kajian itu boleh diterima. Dapatan
analisis menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan bagi keseluruhan data kajian ini adalah
tinggi iaitu .905. Oleh itu, instrumen kajian ini boleh diterima dan digunakan untuk mengumpul
data kajian sebenar. Seterusnya, data kajian dianalisis dengan menggunakan Statistical
Package for the Social Science (SPSS) versi 26.0. Data kajian dianalisis dalam bentuk statistik
deskriptif untuk mendapatkan data kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai.

834
DAPATAN KAJIAN

Dalam bahagian, pengkaji akan membincangkan tentang hasil dapatan kajian bagi menjawab
soalan kajian dan seterusnya mencapai objektif kajian. Terdapat tiga objektif dalam kajian ini
iaitu mengetahui persepsi guru, tahap pengetahuan guru dan tahap kemahiran guru Bahasa
Melayu sekolah rendah untuk melaksanakan teknik mestamu dalam pengajaran pantun.

Persepsi Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tentang Pelaksanaan Teknik Mestamu
dalam Pengajaran Pantun

Jadual 1
Analisis Item Bagi Persepsi Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tentang Pelaksanaan
Teknik Mestamu dalam Pengajaran Pantun

Bil. Item Min Tahap Sisihan


Piawai
1. Mestamu meningkatkan 3.37 Sederhana .556
pemahaman murid mengenai
jenis-jenis pantun.
2. Mestamu meningkatkan 3.33 Sederhana .606
pemahaman murid mengenai
ciri-ciri pantun.
3. Mestamu meningkatkan 3.27 Sederhana .521
pemahaman murid untuk
membina pantun.
4. Mestamu meningkatkan fokus 3.27 Sederhana .583
murid ketika pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) pantun
dijalanan.
5. Mestamu meningkatkan daya 3.30 Sederhana .596
ingatan murid terhadap
pembelajaran pantun.
6. Mestamu meningkatkan 3.30 Sederhana .596
semangat murid sewaktu PdPc
pantun dijalankan.
7. Mestamu meningkatkan 3.20 Sederhana .551
keyakinan murid sewaktu PdPc
pantun dijalankan.
8. Mestamu meningkatkan 3.20 Sederhana .551
penyertaan murid semasa
PdPc pantun dijalankan.
9. Mestamu dapat mencipta 3.23 Sederhana .626
suasana PdPc pantun yang
menyeronokkan.
10. Mestamu memudahkan proses 3.30 Sederhana .535
guru mengajar pantun.
Skor Keseluruhan 3.28 Sederhana .495

835
Jadual 1 menunjukkan skor keseluruhan min dan sisihan piawai bagi item persepsi
guru Bahasa Melayu sekolah rendah tentang pelaksanaan teknik mestamu dalam pengajaran
pantun. Skala pengukuran bagi item ini merujuk kepada skala interprestasi min Riduwan
(2012) dan interprestasi nilai sisihan piawai Lim, C. H. (2007). Berdasarkan Jadual 1, min
tertinggi bagi persepsi guru terhadap pelaksanaan teknik mestamu dalam pengajaran pantun
adalah pada item “Mestamu meningkatkan pemahaman murid mengenai jenis-jenis pantun.”,
iaitu min 3.37 dan sisihan piawai .556. Manakala, min yang terendah adalah pada item
“Mestamu meningkatkan keyakinan murid sewaktu PdPc pantun dijalankan.” dan “Mestamu
meningkatkan penyertaan murid semasa PdPc pantun dijalankan.”. Kedua-dua item ini
mempunyai nilai min dan sisihan piawai yang sama iaitu min 3.20 dan sisihan piawai .551.
Kesimpulannya, persepsi guru Bahasa Melayu sekolah rendah tentang pelaksanaan teknik
mestamu dalam pengajaran pantun adalah pada tahap yang sederhana dengan jumlah min
3.28 dan jumlah sisihan piawai .495.

Tahap Pengetahuan Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah untuk Melaksanakan Teknik
Mestamu dalam Pengajaran Pantun
Jadual 2
Analisis Item Bagi Tahap Pengetahuan Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah untuk
Melaksanakan Teknik Mestamu dalam Pengajaran Pantun

Bil. Item Min Tahap Sisihan


Piawai
1. Mestamu ialah melagukan puisi 3.30 Sederhana .596
tanpa bantuan alat muzik.
2. Mestamu merupakan singkatan 3.33 Sederhana .661
kepada ‘melagukan sajak tanpa
muzik’.
3. Mestamu digunakan untuk 3.30 Sederhana .596
melagukan pantun.
4. Mestamu dilaksanakan secara 3.00 Sederhana .871
individu.
5. Mestamu dilaksanakan secara 3.20 Sederhana .551
berpasangan.
6. Mestamu dilaksanakan secara 3.23 Sederhana .679
berkumpulan.
7. Mestamu dilaksanakan dengan 3.17 Sederhana .648
mengadaptasikan lagu-lagu
popular atau yang diminati.
8. Mestamu dilaksanakan dengan 3.30 Sederhana .702
mengadaptasikan melodi yang
sesuai.
9. Mestamu dilaksanakan dengan 3.27 Sederhana .691
mencipta melodi yang sesuai.

836
10. Mestamu dilaksanakan dengan 3.33 Sederhana .606
mengadaptasikan irama puisi
yang sedia ada.
Skor Keseluruhan 3.24 Sederhana .474

Jadual 2 menunjukkan skor keseluruhan min dan sisihan piawai bagi tahap
pengetahuan guru Bahasa Melayu sekolah rendah untuk melaksanakan teknik mestamu
dalam pengajaran pantun. Berdasarkan Jadual 2, min tertinggi bagi tahap pengetahuan guru
Bahasa Melayu sekolah rendah untuk melaksanakan teknik mestamu dalam pengajaran
pantun adalah pada item “Mestamu merupakan singkatan kepada melagukan sajak tanpa
muzik.” dan “Mestamu dilaksanakan dengan mengadaptasikan irama puisi yang sedia ada.”,
iaitu min 3.33 dengan sisihan piawai .661 dan .606. Manakala, min yang terendah adalah pada
item “Mestamu dilaksanakan secara individu.” iaitu min 3.00 dan sisihan piawai .871. Justeru
itu, tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu sekolah rendah untuk melaksanakan teknik
mestamu dalam pengajaran pantun adalah pada tahap yang sederhana dengan jumlah min
3.24 dan jumlah sisihan piawai .474.

Tahap Kemahiran Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah untuk Melaksanakan Teknik
Mestamu dalam Pengajaran Pantun

Jadual 3
Analisis Item Bagi Tahap Kemahiran Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah untuk
Melaksanakan Teknik Mestamu dalam Pengajaran Pantun

Bil. Item Min Tahap Sisihan


Piawai
1. Saya boleh menyanyi. 2.87 Sederhana .819
2. Saya boleh mengadaptasi 2.97 Sederhana .718
melodi mudah untuk
melaksanakan mestamu.
3. Saya boleh mencipta melodi 2.67 Sederhana .844
mudah untuk melaksanakan
mestamu.
4. Saya boleh mengadaptasi lagu- 2.97 Sederhana .765
lagu yang sesuai untuk
melaksanakan mestamu.
5. Saya boleh melaksanakan 2.93 Sederhana .828
mestamu secara bersendirian.
6. Saya boleh melaksanakan 3.10 Sederhana .662
mestamu secara berpasangan.
7. Saya boleh melaksanakan 3.07 Sederhana .583
mestamu secara berkumpulan.
8. Saya boleh membimbing murid 3.23 Sederhana .626
melaksanakan mestamu.
Skor Keseluruhan 2.98 Sederhana .576

837
Jadual 3 menunjukkan skor keseluruhan min dan sisihan piawai bagi tahap kemahiran
guru Bahasa Melayu sekolah rendah untuk melaksanakan teknik mestamu dalam pengajaran
pantun. Berdasarkan Jadual 3, min tertinggi bagi tahap kemahiran guru Bahasa Melayu
sekolah rendah untuk melaksanakan teknik mestamu dalam pengajaran pantun adalah pada
item “Saya boleh membimbing murid melaksanakan mestamu.” iaitu min 3.23 dan sisihan
piawai .626. Manakala, min yang terendah adalah pada item “Saya boleh mencipta melodi
mudah untuk melaksanakan mestamu.” iaitu min 2.67 dan sisihan piawai .844. Intihanya,
tahap kemahiran guru Bahasa Melayu sekolah rendah untuk melaksanakan teknik mestamu
dalam pengajaran pantun adalah pada tahap yang sederhana dengan jumlah min 2.98 dan
jumlah sisihan piawai .576.

KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

Kesimpulannya, dapatan kajian pelaksanaan teknik mestamu dalam pengajaran pantun dari
sudut persepsi, tahap pengetahuan dan tahap kemahiran guru adalah pada tahap yang
sederhana. Dapatan kajian ini selaras dengan beberapa kajian lain seperti kajian Mohamad
Sahlan Badar (2015), Fauziah Muhamad Fadzillah (2016), Mohd Razak Mohd Nordin dan
Masitah Ahmad (2015), Peng, C. F. (2011), Sabastian, M. F. (2020), Seng, O. J. et al. (2018),
Zanariah Wahab dan Zamri Mahamod (2017) serta Abdul Rasid Jamian dan Hasmah Ismail
(2013). Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa guru-guru mempunyai persepsi yang sederhana
positif, tahap pengetahuan dan tahap kemahiran yang sederhana untuk melaksanakan teknik
mestamu dalam pengajaran pantun.

Dalam pada itu, implikasi kajian ini terbahagi kepada tiga iaitu implikasi pengetahuan,
praktikal dan teori. Implikasi dari sudut pengetahuan ialah guru memperolehi pendedahan dan
kesedaran tentang kepentingan melaksanakan teknik mestamu dan guru dapat meningkatkan
tahap pengetahuan terutama sekali daripada segi konsep, fungsi dan peranan teknik mestamu
dalam PdPc pantun Bahasa Melayu. Manakala, dari sudut praktikal, guru dapat mewujudkan
suasana pembelajaran pantun yang lebih menyeronokkan serta mampu meningkatkan minat
serta fokus murid dalam bilik darjah serta guru dapat mengenal pasti tahap kesediaannya dan
membaiki kekurangan yang ada berkaitan dengan pelaksanaan teknik mestamu dalam
pengajaran pantun. Selain itu, implikasi dari sudut teori pula ialah dapat menambah nilai
kepada kajian yang berkaitan dengan Teori Kecerdasan Pelbagai terutamanya dalam bidang
penyelidikan bahasa Melayu, memberi peluang kepada guru untuk menjalankan PdPc yang
lebih fleksibel serta mewujudkan kaedah penilaian bilik darjah yang lebih adil dan efektif
kepada murid yang mempunyai kecerdasan yang berbeza antara satu sama lain.

838
Di samping itu, berdasarkan dapatan kajian, terdapat beberapa cadangan yang
dikemukakan untuk menambah baik kajian ini. Cadangan ini berfokus kepada empat aspek
iaitu cadangan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sekolah, guru dan terhadap
kajian lanjutan. Pertama, Badan Pembangunan Kurikulum (BPK) boleh menerapkan teknik
mestamu secara spesifik dalam kurikulum kebangsaan dan mengadakan beberapa kursus
dan bengkel jangka pendek yang berkaitan dengan teknik ini secara berkala kepada guru agar
dapat meningkatkan persepsi, pengetahuan dan kemahiran guru untuk melaksanakan teknik
mestamu. Kedua, pihak sekolah harus menggalakkan guru untuk mengaplikasikan teknik
mestamu secara berkala dalam pengajaran pantun dan mengadakan bengkel khas teknik
mestamu sebagai panduan dan pendedahan kepada para guru agar mereka dapat
melaksanakan teknik ini dengan baik serta secara langsung mencapai objektif PdPc pantun
secara menyeluruh. Ketiga, para guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan
kemahiran berkaitan teknik mestamu melalui pelbagai sumber dan boleh juga melakukan
perkongsian maklumat bersama guru-guru yang mahir tentang teknik tersebut. Akhir sekali,
pengkaji selanjutnya boleh menjalankan penyelidikan tentang pelaksanaan teknik mestamu
dalam pengajaran pantun dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Hal ini demikian, kajian
kualitatif mempunyai kelebihan yang tersendiri iaitu dapat menerangkan secara terperinci
tentang sesuatu fenomena, keadaan atau peristiwa (Rasid Mail & Raman Noordin, 2014).
Selain itu, disebabkan masih kurang kajian yang berkaitan dengan teknik mestamu, pengkaji
lanjutan disarankan untuk melaksana penyelidikan yang lebih spesifik seperti kajian teknik
mestamu dalam Bahasa Melayu. Kajian tersebut boleh juga dijalankan terhadap puisi Melayu
yang lain seperti sajak, gurindam atau seloka. Justeru itu, pelaksanaan kajian yang
memfokuskan kepada teknik mestamu akan menyumbang kepada hasil kajian yang baharu
dan lebih menyeluruh.

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail. (2013). Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 3(2), 49-63.
Bond, T. G. & Fox, C. M. (2007). Applying the Rasch Model: Fundamental measurement in the
human sciences. Lawrence Erlbaum Associates, Inc.
Chairil Amar. (2016). Pantun dan kemampuan menentukan jenis pantun dengan kemampuan
menulis pantun siswa Kelas VIII SMP Negeri I Pagaralam. Jurnal Pembelajaran
Bahasa dan Sastera Indonesia, 6(1), 55-60.
Chew F.P. (2015). Cerpen dan perpaduan nasional. Universiti Malaya.
Fauziah Muhamad Fadzillah. (2016). Penerapan pantun dalam pengajaran dan pembelajaran.
Seminar Bahasa Melayu, (pp. 316-323).
Fitri Nura Murti, Wahyudi Siswanto dan Heri Suwignyo. (2016). Model threshold untuk
pembelajaran memprokduksi pantun kelas XI. Jurnal Pendidikan Humaniora, 4(3), 132-
154.

839
Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities.
Educational and Psychological Measurement, 33, 607-610.
Lim, C. H. (2007). Penyelidikan pendidikan: pendekatan kualitatif dan kuantitatif. McGraw-Hill
Sdn. Bhd.
Mohamad Sahlan Badar. (2015). Meningkatkan minat murid membaca dan memahami pantun
menggunakan strategi didik hibur. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3(2), 39-42.
Mohd Razak Mohd Nordin dan Masitah Ahmad. (2015). Pendekatan didik hibur dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu: Tinjauan terhadap sikap dan minat
murid Orang Asli di negeri Perak. Jurnal Pendidikan Dedikasi, 77-82.
Nordiana Hamzah, Farra Humaira Mohammad, Hasrina Baharum, Ros Silawati Ahmad dan
Ibrahim Bakar. (2019). Instrumen pantun berestetika. International Journal of
Humanities, Philosophy and Language, 2(8), 188-201.
Peng C. F. (2011). Pendekatan kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran
KOMSAS dalam Bahasa Melayu. Jurnal Pengajian Melayu, 22(1), 111-133.
Rasid Mail & Raman Noordin. (2014). Pendekatan kualitatif sebagai alternatif. Penerbit
Universiti Malaysia Sabah.
Riduwan. (2012). Skala pengukuran variable-variable: penelitian. Alfabeta.
Sabastian, M. F. (2020). Using songs as springboard to teaching poetry and narratives towards
improved comprehension. International Journal of Academic and Applied Research,
4(6), 72-78.
Seng O.J , Azhar Md. Sabil dan Shamsudin Othman. (2018). Tahap pengetahuan dan sikap
guru terhadap pendekatan didik hibur dalam pengajaran Bahasa Melayu. International
Journal of Education and Training, 4(2), 1-9.
Shamsudin Othman dan Abdul Rasid Jamian. (2013). Pelaksanaan elemen sastera dalam
pengajaran dan pembelajaran seni bahasa kurikulum standard sekolah rendah. Jurnal
Bahasa, 13(2), 292-312.
Zanariah Wahab & Zamri Mahamod. (2017). Pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap
guru Bahasa Melayu sekola rendah terhadap pendekatan didik hibur. (Manuskrip tidak
diterbitkan). https://seminarserantau2017.files.wordpress.com/2017/09/3-zanariah-
binti-

840
AMALAN PENYOALAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM
PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PDPC) BAHASA MELAYU DARIPADA
PERSPEKTIF MURID

Nur Izzati binti Abd Halim


izzati09-885@epembelajaran.edu.my

Siti Salamah binti Mohamad Yusof


sitisalamah@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu,


Lembah Pantai,
59990, Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini mengkaji tentang kekerapan amalan penyoalan KBAT oleh guru dalam PdPc bahasa Melayu
daripada perspektif murid serta tahap penguasaan dan kefahaman murid terhadap amalan penyoalan
KBAT oleh guru dalam PdPc bahasa Melayu. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan
kuantitatif dan kaedah kajian tinjauan. Kajian tinjauan ini menggunakan satu instrumen iaitu soal selidik
berbentuk Google Form. Responden kajian ini melibatkan 44 orang murid Tahun 5 dari dua buah
sekolah rendah sekitar Zon Bangsar, Kuala Lumpur. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan
Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 26.0 untuk mendapatkan peratus dan min.
Berdasarkan dapatan kajian, kekerapan amalan penyoalan KBAT oleh guru dalam PdPc bahasa
Melayu daripada perspektif murid berada pada tahap yang tinggi dengan skor min sebanyak 3.52.
Tahap penguasaan dan kefahaman murid terhadap amalan penyoalan KBAT oleh guru dalam PdPc
bahasa Melayu berada pada tahap sederhana dengan nilai min sebanyak 3.44. Secara keseluruhannya,
kekerapan amalan penyoalan KBAT oleh guru daripada perspektif murid serta tahap penguasaan dan
kefahaman murid terhadap amalan penyoalan KBAT semasa PdPc bahasa Melayu berada pada tahap
yang memuaskan. Implikasi kajian ini ialah guru perlu meningkatkan pengetahuan dan kekerapan
dalam menggunakan teknik penyoalan berbentuk KBAT sewaktu PdPc bagi melahirkan murid yang
berfikiran kreatif dan kritis.
Kata kunci: KBAT, amalan, penyoalan, PdPc, murid Tahun 5, guru Bahasa Melayu

ABSTRACT
This study examined the frequency of the practice of questioning by teachers in PdPc KBAT Malay
language from the perspective of students and the level of mastery and understanding of students to
practice KBAT questioning by teachers in PdPc Malay Language. The design of this study uses a
quantitative approach and survey research methods. This survey study uses one instrument which is a
questionnaire in the form of Google Form. The respondents of this study involved 44 Year 5 students
from two primary schools around the Bangsar Zone, Kuala Lumpur. The data obtained were analyzed
using Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 26.0 to obtain the percentage and mean.
Based on the findings, the frequency of the practice of questioning by teachers in PdPc KBAT Malay
language from the perspective of the students are at a high level with the mean score of 3:52. The level
of mastery and understanding of students to practice KBAT questioning by teachers in the Malay
language PdPc are moderate with a mean value of 3:44. Overall, the frequency of the practice of
questioning KBAT by teachers from the perspective of students and the level of mastery and
understanding of students to practice during questioning KBAT Malay PdPc is at a satisfactory level.
The implication of this study is that teachers need to increase their knowledge and frequency in using
questioning techniques in the form of KBAT during PdPc to produce creative and critical thinking
students.

Keywords: KBAT, practice of questioning, PdPc, Year 5 students, Malay language teacher

841
PENGENALAN

Pada era globalisasi ini, bidang pendidikan merupakan bidang yang paling penting untuk
menyumbang kepada pembangunan negara yang lebih maju. Tetapi apa yang dapat dilihat,
sistem pendidikan di negara kita masih berada pada tahap yang rendah apabila Malaysia
mendapat tempat ke-55 dalam penilaian kemahiran bacaan bagi ujian PISA (KPM 2014). Hal
ini menunjukkan bahawa tahap Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang sedia ada
masih belum mencapai kualiti pendidikan bertaraf dunia. Daya intelek serta pemikiran rasional,
kreatif dan kritis dalam kalangan murid perlu dikembangkan kerana pendidikan bukanlah untuk
menyekolahkan ingatan tetapi menyekolahkan minda (Ramlah 2006).

Menurut laporan yang telah dikemukakan oleh Kestrel Education (UK) dan 21st Century
School (USA) pada November 2011 menyatakan bahawa pemikiran aras tinggi dalam
kalangan guru dan murid di Malaysia masih berada pada tahap yang amat rendah (Bahagian
Pembangunan Kurikulum, KPM 2012) serta terikat dengan pengajaran guru yang
berorientasikan peperiksaan semata-mata yang dikeluarkan oleh Laporan UNESCO 2011.
Perkara ini akan membantutkan usaha KPM untuk membentuk generasi yang dihasratkan
mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Chew Fong Peng dan Shashipriya Nadaraja (2014) menyatakan bahawa kelemahan
utama dalam sistem pendidikan negara kita adalah masalah kemahiran berfikir kerana sistem
yang sedia ada hanya melahirkan murid yang kurang berkemampuan dalam mengaplikasikan
ilmu pengetahuan dan pemikiran kritikal dalam konteks luar akademik. Oleh itu, bentuk
penyoalan kemahiran berfikir aras tinggi sewajarnya diaplikasikan dalam proses PdPc bahasa
Melayu sebagai suatu platform dalam mencorakkan pembangunan pendidikan yang kreatif
dalam kalangan murid.

Penekanan KBAT dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan


satu usaha kerajaan untuk memperkukuhkan dan memperkasakan kemahiran berfikir murid
supaya murid tidak hanya menghafal tetapi memahami apa yang dipelajari dan boleh berfikir
dengan lebih mendalam, membuat kesimpulan dan refleksi seterusnya mengaplikasikan
pengetahuan tersebut dalam situasi sebenar (KPM, 2014). Penekanan KBAT ini adalah
lanjutan pelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Proses pelaksanaan
KBAT adalah bersumberkan Taksonomi Bloom dan diubah suai oleh Lorin Anderson menerusi
empat hierarki teratas iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.

PERNYATAAN MASALAH

Bagi membentuk dan membina kualiti murid yang mampu bersaing di pentas global yang kian
mencabar, murid tentunya perlu menguasai kemahiran berfikir. Penyoalan merupakan elemen

842
yang tidak dapat lari daripada amalan pengajaran seseorang guru kerana teknik penyoalan
sebenarnya telah lama tergolong dalam proses PdPc sehinggakan teknik ini menjadi nadi dan
paling diminati dalam sesuatu pengajaran (Nathesan, 2010). Namun hakikatnya, guru-guru
tidak menggunakan bentuk penyoalan yang bersesuaian semasa mengajar. Supramani
(2006) menyatakan di dalam kajiannya bahawa guru hanya bergantung kepada buku teks
semata-mata dan mengguna pakai soalan-soalan yang disediakan sahaja. Permasalahan
kebergantungan guru kepada buku teks juga menyebabkan ruang lingkup pemikiran murid
tidak dikembangkan kepada aras yang lebih tinggi.

Selain itu, masalah yang sama turut berlaku dalam penulisan karangan. Murid gagal
menyusun cerita dengan menggunakan idea atau jalan cerita dengan baik, terutamanya bagi
penulisan karangan berbentuk imaginatif ataupun penceritaan, murid sukar untuk
mengeluarkan idea bagi menghasilkan pertautan idea dalam penulisan mereka. Berdasarkan
masalah yang dinyatakan, adalah jelas menunjukkan KBAT perlu dijadikan budaya dalam
teknik penyoalan guru semasa PdPc bahasa Melayu bagi menghasilkan kualiti murid yang
benar-benar berkualiti dan bertaraf dunia, sebagaimana yang dinyatakan Noor Rohana (2009),
iaitu soalan dan penyoalan yang sangat berperanan dalam kurikulum pendidikan negara ke
arah membina penguasaan kemahiran berfikir dengan lebih berkesan kepada pelajar.

Masalah seterusnya yang dihadapi ialah murid tidak dapat menyelesaikan soalan atau
masalah yang memerlukan murid untuk berfikir. Perkara ini berlaku disebabkan proses
pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah masih lagi berpusatkan guru
dan murid hanya menjadi pendengar yang setia. Hal ini kerana, kebanyakan soalan atau
masalah akan diselesaikan oleh guru dan murid hanya menyalin jawapan yang berada di
papan tulis sahaja. Situasi murid yang pasif ini sememangnya tidak mampu untuk
mengembangkan pemikiran kritis dan kreatif murid. Murid sebenarnya bukan lemah dalam
penyelesaian masalah yang diberikan, tetapi kurang mahir dalam mengatur stategi untuk
menyelesaikan masalah yang diberikan. Oleh itu, guru perlu memainkan peranan penting
dalam mendidik murid menjadi seorang yang berkemahiran dan berkeupayaan dalam bidang
penyelesaian masalah.

OBJEKTIF KAJIAN

Secara khususnya, kajian ini dijalankan adalah untuk mencapai objektif seperti yang berikut:

i. Mengenal pasti kekerapan amalan penyoalan KBAT oleh guru semasa PdPc bahasa
Melayu daripada perspektif murid.
ii. Mengenal pasti tahap penguasaan KBAT dalam kalangan responden murid Tahun 5
iii. Meninjau tahap kefahaman murid Tahun 5 terhadap amalan penyoalan KBAT semasa
PdPc bahasa Melayu.

843
SOALAN KAJIAN

Dalam kajian ini, beberapa soalan kajian telah dikemukakan adalah seperti yang berikut:

i. Berapakah kekerapan amalan penyoalan KBAT oleh guru semasa PdPc bahasa
Melayu daripada perspektif murid?
ii. Adakah murid tahun 5 dapat menguasai KBAT dengan baik?
iii. Apakah tahap kefahaman murid tahun 5 terhadap amalan penyoalan KBAT semasa
PdPc bahasa Melayu?

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian yang dipilih ialah kajian tinjauan juga dikenali sebagai survey. Pemilihan
reka bentuk kajian ini kerana maklumat daripada kajian tinjauan diperoleh terus daripada
subjek kajian dan sesuai digunakan untuk menghuraikan fenomena yang diminati oleh
pengkaji. Kajian tinjauan ini berbentuk deskriptif. Tinjauan deskriptif biasanya memberikan
deskripsi tentang sesuatu sampel dari segi peraturan dan nisbah sampel yang menjawab
soalan-soalan tinjauan (Syed Ismail Syed Mustapa, Ismail Raduan dan Bushro Ali, 2018).
Pengkaji memilih kaedah tinjauan ini kerana kaedah ini yang paling sesuai untuk mendapatkan
maklumat daripada responden yang besar jumlahnya. Melalui kaedah ini, satu set soal selidik
digunakan untuk dijawab oleh responden.

Punch (2001) pula mengatakan bahawa kaedah tinjauan adalah kajian untuk
mendapatkan maklumat secara langsung daripada sekumpulan individu yang menjadikannya
lebih berkesan untuk memenuhi tujuan sesuatu kajian dijalankan. Kaedah ini digunakan untuk
menerangkan keadaan semasa sesuatu situasi yang berlaku di sekolah sebagai subjek kajian,
mengambil data dalam satu masa tertentu serta dapat memberi penjelasan menyeluruh dan
tepat tentang sesuatu persoalan yang dikaji. Secara ringkasnya, kajian ini menggunakan
pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan dan juga menggunakan
instrumen soal selidik untuk mendapatkan data.

Kajian ini menggunakan Google Form sebagai instrumen kajian untuk mengumpul
data. Instrumen kajian ini diadaptasi daripada Chew Fong Peng dan Zul Hazmi Hamad (2017)
yang menjalankan kajian mengenai “Kemahiran berfikir Aras Tinggi Dalam Pembelajaran dan
Pemudahcaraan Bahasa Melayu Melalui Teknik Penyoalan” dan telah disahkan oleh pakar-
pakar seperti pakar bahasa, pakar kandungan dan pakar konstruk. Google Form ini
mengandungi tiga bahagian utama. Bahagian A ialah maklumat demografi responden seperti
jantina, bangsa dan adakah murid pernah mendengar mengenai KBAT. Bahagian B
mengandungi 10 item soalan yang mengumpulkan maklumat mengenai kekerapan guru
bahasa Melayu dalam mengaplikasikan amalan penyoalan KBAT daripada perspektif murid

844
manakala Bahagian C mengandungi 10 item yang mengumpulkan maklumat tentang tahap
penguasaan dan kefahaman murid terhadap amalan penyoalan KBAT.

Instrumen soal selidik dalam kajian ini diuji dengan menjalankan kajian rintis ke atas
10 orang responden. Kebolehpercayaan sesuatu instrumen kajian selalunya diukur
menggunakan Alpha Cronbach. Hasil analisis data menunjukkan bahawa instrumen ini
mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi kerana memperoleh nilai 0.909. Dalam kajian
ini, bilangan responden terdiri daripada 44 orang sampel murid Tahun 5 dari dua buah sekolah
rendah Zon Bangsar.

Nilai min yang diperoleh digunakan untuk menyimpulkan atau meringkaskan maklumat
atau jawapan responden terhadap semua kenyataan yang diberi dalam soal selidik.
Interpretasi skor min yang digunakan dalam kajian ini diadaptasi daripada Riduwan (2012).
Pemeringkatan skala skor min adalah seperti dalam Jadual 1. Pengkaji menggunakan sisihan
piawai untuk mengenal pasti data tersebut bertumpu atau terserak kepada pusat ukuran.

Jadual 1
Jadual Interpretasi Skor Min

Skor Min Interpretasi


1.00-1.50 Kurang Memuaskan
1.51-2.50 Rendah
2.51-3.50 Sederhana
3.51-4.00 Tinggi

Dalam kajian ini, kekerapan amalan penyoalan KBAT, tahap penguasaan serta
kefahaman murid terhadap amalan penyoalan KBAT dikategorikan kepada empat tahap iaitu
skor min 1.00 hingga 1.50 menunjukkan tahap yang kurang memuaskan, skor min 1.51 hingga
2.50 menunjukkan tahap yang rendah manakala skor min 2.51 hingga 3.50 menunjukkan
tahap sederhana. Skor min 3.51- 4.00 pula menunjukkan kekerapan, tahap penguasaan dan
kefahaman berada pada tahap yang tinggi.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini menjawab kepada tiga soalan kajian iaitu berkaitan kekerapan amalan
penyoalan KBAT, tahap penguasaan serta kefahaman murid Tahun 5 terhadap amalan
penyoalan KBAT.

845
Jadual 2
Kekerapan Amalan Penyoalan KBAT oleh Guru Semasa PdPc Bahasa Melayu daripada
Perspektif Murid.

Bil Item Min SP Kekerapan


1. Guru menggalakkan saya untuk bertanya 3.66 .608 Tinggi
banyak soalan
2. Guru menggalakkan saya untuk memberi idea 3.55 .627 Tinggi
dan pendapat
3. Guru menggalakkan saya untuk menyatakan 3.57 .661 Tinggi
sebab kepada respons yang diberikan
4. Guru melibatkan saya dalam perbincangan 3.34 .745 Sederhana
sewaktu pembelajaran
5. Guru melibatkan saya dalam perbahasan 3.39 .722 Sederhana
sewaktu pembelajaran
6. Guru menggalakkan saya untuk membina peta 3.68 .601 Tinggi
pemikiran i-Think
7. Guru menggalakkan saya untuk menghubung 3.50 .699 Tinggi
kait isu-isu semasa sewaktu pembelajaran
8. Guru menggalakkan saya untuk membuat 3.36 .718 Sederhana
keputusan
9. Guru menggalakkan saya untuk mencari jalan 3.48 .731 Sederhana
penyelesaian kepada masalah yang dihadapi
10. Guru selalu mengaitkan topik pembelajaran 3.66 .608 Tinggi
dengan pengalaman murid
Min keseluruhan 3.52 0.40 Tinggi

Berdasarkan Jadual 2, min dan sisihan piawai bagi keseluruhan konstruk pertama ialah
3.52 dan 0.400. Selaras dengan kenyataan ini, didapati bahawa kekerapan amalan penyoalan
KBAT oleh guru semasa PdPc bahasa Melayu daripada perspektif murid berada pada tahap
yang tinggi serta sisihan piawai menunjukkan bahawa data sedikit terserak namun masih
menghampiri pusat ukuran. Skor min paling tinggi ialah 3.68 iaitu item 6 yang menunjukkan
bahawa guru menggalakkan murid untuk membina peta pemikiran i-Think. Manakala, skor min
paling rendah ialah 3.34 iaitu bagi item 4 yang menunjukkan bahawa guru tidak menggalakkan
murid untuk melibatkan diri dalam perbahasan. Kesimpulannya, kekerapan amalan penyoalan
KBAT oleh guru sewaktu PdPc bahasa Melayu berada pada tahap yang tinggi dan baik.
Buktinya, terdapat 6 item yang berada pada tahap tinggi dan 4 item berada pada tahap yang
rendah dalam konstruk ini.

846
Jadual 3
Tahap Penguasaan dan Kefahaman Murid Tahun 5 Terhadap Amalan Penyoalan KBAT
Semasa Pdpc Bahasa Melayu

Bil Item Min SP Kekerapan


1. Saya sering bertanya banyak soalan kepada 3.50 .665 Tinggi
guru
2. Saya dapat memberikan idea dan pendapat 3.32 .857 Sederhana
sendiri
3. Saya dapat menyatakan sebab kepada respons 3.40 .754 Sederhana
yang diberikan
4. Saya dapat melibatkan diri dalam perbincangan 3.30 .851 Sederhana
sewaktu pembelajaran
5. Saya dapat melibatkan diri dalam perbahasan 3.52 .664 Tinggi
sewaktu pembelajaran
6. Saya dapat membina peta pemikiran i-Think 3.61 .579 Tinggi
7. Saya dapat menghubung kait isu-isu semasa 3.50 .699 Tinggi
sewaktu pembelajaran
8. Saya dapat membuat keputusan sendiri 3.36 .780 Sederhana
9. Saya dapat mencari jalan penyelesaian kepada 3.30 .701 Sederhana
masalah yang dihadapi
10. Saya dapat mengaitkan topik pembelajaran 3.57 .695 Tinggi
dengan pengalaman saya sendiri
Min keseluruhan 3.44 0.47 Sederhana

Keseluruhannya, min dan sisihan piawai bagi keseluruhan konstruk kedua adalah 3.44
dan 0.470. Selaras dengan kenyataan ini, didapati bahawa tahap penguasaan dan kefahaman
murid terhadap amalan penyoalan KBAT oleh guru semasa PdPc bahasa Melayu berada pada
tahap yang sederhana serta sisihan piawai menunjukkan bahawa data sedikit terserak namun
masih menghampiri pusat ukuran. Buktinya, terdapat 5 item yang berada pada tahap tinggi
dan 5 item berada pada tahap yang rendah dalam konstruk ini.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Dapatan kajian menunjukkan bahawa kekerapan amalan penyoalan KBAT oleh guru dalam
PdPc bahasa Melayu daripada perspektif murid berada pada tahap yang tinggi. Berdasarkan
analisis item, min item 4 iaitu “Guru melibatkan saya dalam perbincangan sewaktu
pembelajaran” memperoleh min paling rendah iaitu 3.34. Seterusnya, analisis data juga
menunjukkan item 6 iaitu” Guru menggalakkan saya untuk membina peta pemikiran i-Think”
mendapat min yang paling tinggi iaitu 3.68. Min ini menunjukkan bahawa kekerapan guru
dalam mengaplikasikan amalan penyoalan KBAT semasa PdPc mengikut perspektif murid
berada pada tahap yang tinggi. Bagi menjayakan teknik penyoalan KBAT dalam kalangan
murid, guru berperanan penting untuk melaksakannya. Pengetahuan guru tentang KBAT
sangat penting supaya amalan penyoalan KBAT ini dapat diaplikasikan dengan baik. Kajian

847
oleh Nor Hazmaliza (2016) yang menyatakan bahawa pengetahuan guru tentang pelaksanaan
KBAT berada pada tahap yang tinggi. Seterusnya, dapatan kajian Chew dan Zul Hazmi (2018)
serta Syazana dan Zamri (2018) juga menyatakan bahawa tahap pengetahuan guru dalam
pelaksanaan KBAT berada pada tahap yang tinggi. Menurut Zamri Mahamod dan Jamaludin
Badusah (2002) serta Hazmaliza (2016), guru perlu mempunyai pengetahuan yang tinggi
tentang kaedah untuk mengembangkan isi pelajaran ketika memulakan pengajaran,
menentukan isi kandungan pelajaran mengikut tahap kemampuan murid dan pengetahuan
tentang cara meningkatkan kemahiran berfikir serta potensi murid.

Walaupun dapatan kajian lalu mengenai amalan penyoalan KBAT oleh guru semasa
PdPc masih kurang namun dapat disimpulkan bahawa amalan ini berada pada tahap yang
sangat memuaskan. Majoriti murid-murid sekolah rendah di Zon Bangsar bersetuju bahawa
guru-guru mengaplikasikan teknik penyoalan KBAT sewaktu PdPc dengan baik.

Dapatan kajian yang diperoleh bagi tahap penguasaan dan kefahaman murid Tahun 5
terhadap amalan penyoalan KBAT semasa PdPc bahasa Melayu berada pada tahap yang
sederhana dengan nilai min sebanyak 3.44. Nilai ini menunjukkan bahawa murid-murid tidak
dapat menguasai dan memahami penyoalan KBAT dengan baik sewaktu PdPc. Dapatan ini
selaras dengan kajian oleh Md. Yunus, Tee dan Yee (2010) yang mendapati tahap
penguasaan KBAT dalam kalangan murid sekolah berada pada tahap yang sangat rendah.
Laporan daripada Perundingan Kestrel Education dari England dan 21st Century School dari
Amerika Syarikat pada 2011 juga menyatakan bahawa pemikiran aras tinggi dalam kalangan
guru dan murid di Malaysia masih rendah.

Berdasarkan analisis data kajian, item 6 iaitu “Saya dapat membina peta pemikiran i-
Think mempunyai nilai min yang paling tinggi iaitu sebanyak 3.61. Keadaan ini menunjukkan
tahap penguasaan dan kefahaman murid terhadap peta pemikiran i-Think berada pada tahap
yang tinggi. Sementara itu, item 4 dan item 9 iaitu “Saya dapat melibatkan diri dalam
perbincangan sewaktu pembelajaran” dan “Saya dapat mencari jalan penyelesaian kepada
masalah yang dihadapi” mencatatkan nilai min yang sama dan yang paling rendah iaitu 3.30.
Hal ini menunjukkan tahap penguasaan dan kefahaman murid terhadap penglibatan sewaktu
perbincangan serta mencari jalan penyelesaian kepada masalah berada pada tahap yang
sederhana. Perkara ini berlaku disebabkan murid terlalu selesa dengan kaedah pembelajaran
sedia ada yang berpusatkan guru. Akibatnya, murid sukar untuk melibatkan diri dalam
perbincangan dan berfikir untuk mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.

Guru yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelaksanaan KBAT amat penting
bagi membentuk dan melahirkan murid yang mempunyai tahap kemahiran berfikir yang tinggi.
Teori Taksonomi Bloom yang menjadi kerangka utama dalam kajian ini menyatakan bahawa

848
guru perlu mengaplikasikan teknik penyoalan yang mempunyai pelbagai aras kognitif bagi
menjana pemikiran murid ke arah yang lebih kreatif dan kritis. Thilo Kleickmann, Dirk Richter,
Mareike Kunter, Jurgen Elsner et. al (2013) menjelaskan bahawa pengetahuan guru mengenai
teknik penyoalan yang betul amat mempengaruhi keberkesanan pengajaran dalam kelas.
Guru perlu menguasai dan mendalami ilmu berkaitan kemahiran berfikir sebelum
mengamalkan atau mengaplikasikan ilmu tersebut ke dalam sesi pengajaran. Guru perlu
melengkapkan diri dengan pengetahuan KBAT dan mengamalkan KBAT dalam proses PdPc.
Hal ini kerana, pengaplikasian KBAT dalam kalangan murid tidak akan berjaya sekiranya guru
tidak memainkan peranan sebagai pelaksana. Oleh itu, kajian ini mendorong para guru untuk
meningkatkan pengetahuan tentang teknik penyoalan KBAT kepada murid bagi mewujudkan
pengajaran yang berkualiti.

Dalam usaha melahirkan guru yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam


melaksanakan KBAT kepada murid, Nor Hazmaliza (2016) menjelaskan bahawa masih
terdapat guru yang kurang pendedahan berkaitan KBAT. Akibatnya, guru tersebut tidak dapat
melaksanakan pengajaran KBAT dengan efektif dan secara tidak langsung perkara ini
memberi kesan negatif kepada murid. Oleh itu, kajian ini memberi kesedaran kepada para
guru tentang pentingnya pendedahan atau kursus bagi meningkatkan pengetahuan dan
kefahaman mereka tentang teknik penyoalan KBAT mengikut aras kognitif di dalam
Taksonomi Bloom.

Dapatan kajian ini menunjukkan kekerapan amalan penyoalan KBAT oleh guru berada
pada tahap yang tinggi manakala tahap penguasaan dan kefahaman murid terhadap amalan
penyoalan KBAT berada pada tahap sederhana. Bagi mewujudkan teknik penyoalan KBAT
yang berkesan, guru perlu berlandaskan Teori Taksonomi Bloom yang menjadikan empat
hierarki teratas iaitu aplikasi, analisis, nilai dan cipta sebagai panduan dalam penyoalan KBAT.

Dapatan kajian yang diperoleh selaras dengan kajian yang dilakukan oleh Chew dan
Zul Hazmi (2018) yang menyatakan bahawa kekerapan guru dalam mengaplikasikan teknik
penyoalan KBAT semasa PdPc bahasa Melayu berada pada tahap yang tinggi. Dalam teknik
penyoalan KBAT, guru perlu mengemukakan soalan yang bersesuaian mengikut empat aras
tertinggi dalam hierarki Taksonomi Bloom kepada murid-murid supaya minda murid lebih giat
untuk berfikir dan tidak mengharapkan jawapan dari guru sahaja. Penggunaan soalan
berbentuk soalan terbuka sangat digalakkan untuk diaplikasikan ke atas murid kerana teknik
penyoalan sebegini akan menggalakkan murid untuk berfikir bagi membuat penaakulan dan
penilaian. Selain penyoalan, guru juga boleh mengadakan aktiviti sumbang saran yang
menggalakkan murid untuk memberikan pendapat atau idea berkaitan sesuatu isu atau
perkara. Aktiviti sumbang saran dapat menambahkan keberanian murid untuk memberikan

849
pendapat atau pandangan mereka tentang sesuatu perkara. Perkara ini dapat mengelakkan
daripada murid terlalu pasif di dalam kelas disebabkan mereka sudah terbiasa dengan
pengajaran berpusatkan guru. Jelasnya, teknik penyoalan KBAT sangat penting untuk
diaplikasikan oleh guru kepada murid-murid semasa PdPc supaya mereka dapat berfikir di
luar kotak dengan menjadi lebih kreatif dan kritis.

Terdapat pelbagai usaha yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran


guru dalam pengaplikasian KBAT antaranya mengadakan kursus-kursus dan latihan
berterusan kepada guru-guru berkaitan dengan pedagogi, kandungan kurikulum dan teknologi
supaya PdPc yang dijalankan selaras dengan pendidikan abad ke-21. Dengan adanya kursus-
kursus sebegini, guru-guru dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang cara pelaksanaan
KBAT dalam pengajaran bahasa Melayu dengan mentafsir setiap standard kandungan dan
standard pembelajaran yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP). Peningkatan pengetahuan dan kemahiran guru dalam pelaksanaan KBAT dapat
mengelakkan sesi PdP itu hanya berpusatkan guru semata-mata. Dalam konsep pendidikan
kini, guru hanya berperanan sebagai fasilitator sahaja dan murid yang seharusnya
mengemukakan pendapat dan idea serta menyelesaikan masalah itu sendiri. Pengetahuan
tentang kandungan mata pelajaran sangat penting supaya guru dapat membina soalan atau
latihan yang berasaskan KBAT merujuk Taksonomi Bloom. Jelasnya, penglibatan guru dalam
kursus-kursus sebegini dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan guru tentang KBAT.

Selain itu, pihak sekolah boleh mewujudkan satu jawatankuasa yang mengendalikan
segala aktiviti atau amalan berkaitan KBAT. Misalnya, sekolah boleh menghantar wakil untuk
menghadiri kursus KBAT dan mengadakan program-program berkaitan KBAT dan sebagainya
di sekolah kepada guru-guru yang kurang berpengalaman. Selain itu, jawatankuasa ini juga
berperanan untuk memberi maklumat dan membantu guru untuk meningkatkan pengetahuan
tentang KBAT terutamanya dari segi membina item soalan KBAT dengan betul. Dengan
adanya jawatankuasa pembudayaan KBAT di sekolah, secara tidak langsung amalan KBAT
di sekolah akan berkembang dengan jayanya.

Secara keseluruhannya, kajian ini dijalankan untuk mengetahui kekerapan amalan


penyoalan KBAT oleh guru semasa PdPc bahasa Melayu daripada perspektif murid serta
tahap penguasaan dan kefahaman murid Tahun 5 terhadap amalan penyoalan KBAT yang
dijalankan di sekolah rendah Zon Bangsar. Kajian ini dilaksanakan untuk menjawab tiga
soalan kajian dan menggunakan Teori Taksonomi Bloom sebagai asas kajian. Kajian ini
penting kerana unsur KBAT ditekankan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) sebagai salah satu kemahiran yang wajib dikuasai oleh murid untuk melahirkan murid
yang berdaya saing di peringkat global. KBAT perlu diterapkan dalam setiap mata pelajaran

850
termasuklah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu melalui teknik penggabungjalinan.
Diharapkan penyelidikan ini dapat memberikan maklumat dan membantu guru serta murid
untuk meningkatkan kualiti proses PdPc yang dijalankan. Akhirnya, diharapkan agar dapatan
kajian ini dapat membantu pihak-pihak yang terlibat secara langsung dalam bidang pendidikan
untuk menambah baik amalan mereka.

RUJUKAN

Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2012. Program i-Think Membudayakan Kemahiran


Berfikir. Putrajaya. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Chew Fong Peng & Shashipriya Nadaraja. 2014. Pelaksanaan Kemahiran Berfikir
Kreatif dan Kritis Dalam Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS di Sekolah
Menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4 (2): 10-24.

Chew Fong Peng dan Zul Hazmi Hamad. 2018. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam
Pembelajaran dan Pemudahcaraan Bahasa Melayu Melalui Teknik Penyoalan.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 8, Bil 1 (1-12).

Chew Fong Peng dan Zul Hazmi Hamad. 2018. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam
Pembelajaran dan Pemudahcaraan Bahasa Melayu Melalui Teknik Penyoalan. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 8, Bil 1 (1-12).

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2014. Dokumen Standard Kurikulum dan


Pentaksiran Bahasa Malaysia Tahun Lima Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR). Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2014. Program Kemahiran Berfikir Aras Tinggi


(KBAT): Konsep KBAT. Muat turun daripada www. emoe.gov.my/ip

Nathesan S. 2010. Pendekatan dan Teknik Pendidikan Bahasa Melayu: Edisi Kedua.
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noor Rohana Mansor. 2009. Soalan dan Penyoalan dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Nor Hasmaliza binti Hasan. 2016. Persepsi Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah
Kebangsaan Terhadap Penerapan KBAT dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Punch, S. 2001. Multiple Methods and Research Relations with Young People in Rural
Bolivia, in Limb, M. and Dwyer, C. (eds) Qualitative Methodologies for Geographers:
Arnold, pp. 165-180.

Ramlah Jantan. 2006. Hubungan Antara Kemahiran Berfikir Kritis dan Pencapaian
Akademik Pelajar-Pelajar UPSI dalam Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan,
1-12. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Riduwan. 2012. Metode & Teknik Menyusun Proposal Penelitian. Alfabeta.

Supramani, S. 2006. Penyoalan Guru: Pemangkin Pemikiran Aras Tinggi Murid. Jurnal
Pendidikan. 26: 225-246.

851
Syazana Sahari dan Zamri Mahamod. 2018. Persepsi Guru Bahasa Melayu Sekolah
Rendah Daerah Sri Aman Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran
dan Pembelajaran. International Journal of the Malay World and Civilisation. 6 (1), 63-
78.

Syed Ismail Syed Mustapa, Ismail Raduan dan Bushro Ali. 2018. Asas Penyelidikan
dalam Pendidikan. Sasbadi Sdn. Bhd.

Thilo Kleickmann, Dirk Richter, Mareike Kunter, Jurgen Elsner et. al. 2013. Teacher’s
Content Knowledge and Pedagogical Content Knowledge: The Role of
Structural Differences in Teacher Education. Journal of Teacher Education.
Yee. M.H, Jailani Md. Yunos dan Tee, T. K. (2010). The Level of Higher Order Thinking
Skills for Technical Subject in Malaysia. Proceesings of the 1st UPI International
Conference on Technical and Vocational and Training, 2010, 10- 11 November.

Zamri Mahamod & Jamaludin Badusah. 2002. Penyebatian Kemahiran Berfikir dalam
Pengajaran Guru Bahasa Melayu. Proceeding of The International Conference on
Teaching and Learning. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

852
ANALISIS PENGGUNAAN IMBUHAN AWALAN DALAM PENULISAN KARANGAN
BAHASA MELAYU MURID TAHUN LIMA

Siti Nurfatimah binti Zainuddin


nurfatimah09-886@epembelajaran.edu.my

Zurihan bin Yusoff


zurihan@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini mengkaji mengenai analisis penggunaan imbuhan awalan dalam penulisan karangan bahasa
Melayu murid tahun lima. Reka bentuk kajian ini adalah menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah
kajian kes. Kajian ini menggunakan dua instrumen kajian iaitu analisis dokumen dan temu bual. Kajian
ini juga melibatkan empat orang murid tahun lima di sebuah Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 2,
Johor. Dalam kajian ini juga, penyelidik telah menggunakan Teori Analisis Kesilapan Bahasa Corder
(1981). Berdasarkan dapatan kajian dengan menggunakan ciri-ciri teori analisis kesilapan Corder,
terdapat 17 kesilapan penggunaan kata yang tidak sesuai iaitu penggunaan imbuhan awalan dan enam
kesilapan ortografi. Jadi, dapatan ini menyimpulkan bahawa murid tahun lima masih melakukan
kesilapan penggunaan imbuhan awalan terutama bagi imbuhan awalan kata nama dan imbuhan awalan
kata kerja. Sebanyak dua kesilapan imbunan awalan kata nama dan sebanyak 21 kesilapan imbuhan
awalan kata kerja. Bagi mengatasi masalah kesilapan penggunaan imbuhan awalan dalam penulisan
karangan bahasa Melayu murid tahun lima ini, guru Bahasa Melayu boleh mempelbagaikan
pendekatan, strategi dan teknik yang sesuai untuk membantu murid meningkatkan penguasaan mereka
terhadap konsep imbuhan awalan dan tidak melakukan kecuaian dalam penggunaan imbuhan awalan
semasa menghasilkan karangan. Implikasi kajian dapat membantu para guru untuk mengetahui
kelemahan penggunaan imbuhan awalan dalam kalangan murid. Murid juga dapat mengetahui
kelemahan diri dan memperbaiki sekali gus meningkatkan pencapaian kendiri.
Kata kunci: analisis, penggunaan, imbuhan awalan, penulisan karangan bahasa Melayu, murid Tahun
lima.

ABSTRACT
The study examines the use of analysis of the prefix in the Malay language essay writing students five
years. The design of this study is to use a qualitative approach and case study methods. This study
uses two research instruments namely document analysis and interviews. This study also involved four
fifth year students in a Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 2, Johor. In this study as well, researchers
have used Corder’s (1981) Language Error Analysis Theory. Based on the findings of the study using
the theoretical features of Corder error analysis, there are 17 inappropriate word usage errors namely
the use of prefix affixes and six orthographic errors. So, these findings conclude that fifth -year pupils
still make mistakes in the use of prefix adjectives especially for noun prefix adjectives and verb prefix
adjectives. A total of two noun prefix affix errors and a total of 21 verb prefix affix errors. To overcome
the wrong use of the prefix in essay writing Malay students in five of these, Malay Language teachers
can diversify approaches, strategies and techniques to help students improve their mastery of the
concept of the prefix and no negligence in the use of the prefix when generating article. The implications
of the study can help teachers to find out the weaknesses of the use of initial remuneration among
students.
Keywords: analysis, use the prefix, the Malay language essay writing, students five years.

853
PENGENALAN

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 ada terkandung
prinsip pendidikan untuk semua yang merupakan sebahagian daripada matlamat
pembangunan milenium yang menggalakan penglibatan aktif murid dalam PdP terutama bagi
mata pelajaran Bahasa Melayu dari peringkat prasekolah mahupun peringkat sekolah rendah
dan menengah. Jadi, PPPM telah menggariskan bahawa setiap murid perlu mempunyai enam
aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran
diwbahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2013). Maka, perkara ini juga sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
yang menjadi tunggak dalam melahirkan murid yang seimbang daripada pelbagai apsek iaitu
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (Noriati A. Rashid et. al., 2016). Oleh yang demikian,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyarankan agar semua murid seharusnya
mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu.

Dalam sistem pendidikan di Malaysia, KPM telah menggubal Dokumen Standard


Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah yang lebih tertumpu kepada lima modul kemahiran bahasa seperti
Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Modul Kemahiran Membaca, Modul Kemahiran
Menulis, Modul Aspek Seni Bahasa dan Modul Aspek Tatabahasa (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2016).

Dalam kajian ini, perkara yang difokuskan adalah Modul Aspek Tatabahasa. Namun,
elemen kurikulum dalam Modul Aspek Tatabahasa hanya menekankan kepada aspek
morfologi dan sintaksis bahasa Melayu dalam penulisan karangan (Nurul Adzwa Ahmad et.
al., 2020). Menurut Tuan Jah (2011), kemahiran menulis adalah kemahiran yang paling
penting dalam proses pembelajaran semua murid. Hal ini kerana, menulis adalah antara
proses penyampaian idea dan pendapat dalam bentuk lambang untuk memudahkan pembaca
memahami isi yang ingin disampaikan. Oleh itu, kajian ini juga akan menganalisis tentang
kesalahan penggunaan imbuhan awalan dalam penulisan karangan bahasa Melayu murid. Hal
ini kerana, kemahiran tatabahasa merupakan unsur wajib yang perlu dipatuhi oleh setiap
individu dalam PdP Bahasa Melayu. Maka, aspek ini mesti dipelajari dan dikuasai oleh murid
untuk membolehkan mereka menguasai sistem bahasa dengan cekap.

PERNYATAAN MASALAH

Penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan murid berada pada tahap kurang memuaskan
walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa utama di Malaysia. Tahap pencapaian murid
dalam penulisan bahasa Melayu adalah kurang memuaskan (Norsimah Mat Awal, Nadzrah
Abu Bakar Nor dan Hashimah Jalaluddin, 2012). Kenyatan ini boleh dibuktikan melalui

854
pencapaian calon peperiksaan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) dalam kertas
peperiksaan Bahasa Melayu – Penulisan (SK) pada tahun 2017. Dapatan peratusan gred
UPSR berkaitan peperiksaan Bahasa Melayu daripada Kementerian Pendidikan Malaysia
(2017) telah menunjukkan bahawa hanya 29.2% daripada 330,380 calon yang memperoleh
Gred A, 28.8% memperoleh Gred B, 24.1% memperoleh Gred C dan 13.2% mencapai Gred
D. Sementara itu, 4.7% calon peperiksaan didapati gagal dalam kertas peperiksaan Bahasa
Melayu tersebut. Oleh yang demikian, walau bahasa Melayu merupakan mata pelajaran yang
sangat signifikan dengan murid Melayu, namun tahap kemahiran menulis murid masih rendah
dan kurang memberangsangkan.
Dalam Kajian Alhaadi dan Zaitul Azma Zainon (2018), mereka menganalisis kesalahan
dalam penulisan pelajar bahasa kedua, iaitu pelajar Cina dari segi morfologi. Hasil kajian
membuktikan bahawa kesalahan imbuhan yang kerap dilakukan oleh pelajar adalah dari segi
penggunaan imbuhan awalan ‘di’, imbuhan awalan ‘meN-’ dan alomorfnya. Hal ini kerana,
penggunaan imbuhan tidak dipraktikkan dengan sebaik mungkin dalam ayat yang dihasilkan.
Penyataan ini boleh disokong oleh kajian Nur Adzwa Ahamad, Nur Farahkhanna Mohd Rusli
dan Norfaizah Abdul Jobar (2020) yang mendapati bahawa terdapat beberapa bentuk
kesalahan bagi imbuhan awalan kata kerja iaitu awalan di-, ber- dan imbuahan meN- yang
dilakukan oleh pelajar bukan penutur natif bahasa Melayu kerana faktor kesukaran kepada
murid untuk mempelajari bahasa kedua.
Penggunaan imbuhan kata kerja sangat mempengaruhi penulisan karangan bahasa
Melayu murid. Menurut Nor Izawaty Mohamed Noor (2009), ramai murid lemah menggunakan
imbuhan dalam penulisan karangan bahasa Melayu. Oleh kerana murid kurang mengetahui
tentang penggunaan imbuhan yang tepat, secara tidak langsung murid akan menghadapi
masalah dalam menghasilkan karangan yang berkualiti. Perkara ini juga disokong oleh Amirra
Shazreena Aminul Razin dan Vijayaletchumy Subramaniam (2019) dan Nor Hidayah Md
Khanapiah (2016) yang menjelaskan bahawa tahap penguasaan imbuhan bahasa Melayu
dalam kalangan murid adalah kurang memuaskan. Jadi, dapatan kajian lepas mendapati
bahawa penulisan karangan bahasa Melayu kurang berkualiti disebabkan murid kurang
menguasai aspek tatabahasa terutamanya imbuhan kata kerja.
Sehubungan dengan itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti kesilapan
penggunaan imbuhan awalan dalam penulisan karangan bahasa Melayu murid tahun lima di
sekolah rendah dengan mengaplikasikan Teori Analisis Kesilapan Bahasa Corder (1981) dan
mengenal mengenal pasti pendekatan, teknik dan strategi PdP yang boleh digunakan oleh
guru mata pelajaran Bahasa Melayu untuk menyelesaikan masalah kesilapan penggunaan
imbuhan awalan dalam penulisan karangan murid. Hal ini kerana, kajian kesilapan
penggunaan imbuhan awalan dalam kalangan murid Melayu kurang dilaksanakan berbanding
kajian terhadap murid bukan Melayu.

855
OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut:

I. Mengenal pasti kesilapan penggunaan imbuhan awalan dalam penulisan karangan


bahasa Melayu murid tahun lima.
II. Mengenal pasti pendekatan, teknik dan strategi PdP yang boleh digunakan oleh guru
mata pelajaran Bahasa Melayu untuk menyelesaikan masalah kesilapan penggunaan
imbuhan awalan dalam penulisan karangan murid.

SOALAN KAJIAN

Bagi melaksanakan kajian ini, terdapat beberapa persoalan yang menjadi isu dalam
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bahasa Melayu. Persoalan kajian ini akan dijadikan
panduan utama dalam menjalani kajian yang dirancang. Justeru, antara persoalan tersebut
adalah:

I. Adakah terdapat kesilapan penggunaan imbuhan awalan dalam penulisan karangan


bahasa Melayu murid tahun lima?
II. Apakah pendekatan, teknik dan strategi PdP yang boleh digunakan oleh guru mata
pelajaran Bahasa Melayu untuk menyelesaikan masalah kesilapan penggunaan
imbuhan awalan dalam penulisan karangan murid?

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kajian kes dan dianalisis
secara deskriptif dan menyeluruh. Kajian ini akan dijalankan secara terperinci untuk mengkaji
kesalahan penggunaan imbuhan awalan dalam penulisan karangan bahasa Melayu murid
tahun lima. Kaedah pengutipan data yang digunakan adalah dengan menggunakan kaedah
analisis dokumen dan disokong dengan kaedah temu bual. Oleh itu, kaedah-kaedah ini
digunakan bagi menjawab persoalan kajian.

Oleh itu, untuk mencapai objektif kajian, kaedah persampelan dilakukan dengan
memilih populasi dalam kalangan murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 2,
Johor. Dalam konteks ini, penyelidik menggunakan jumlah sampel yang sedikit dan hanya
empat orang murid sahaja. Pemilihan subjek kajian dibataskan pada murid tahun lima sahaja
sejajar dengan ciri-ciri dan fokus penyelidikan kajian ini. Selain itu, sampel yang dikaji juga
tidak mengira kaum mahupun bangsa. Kajian ini tidak mengambil kira faktor jantina. Jadual 1
memaparkan maklumat subjek kajian murid tahun lima yang dipilih;

856
Jadual 1
Maklumat Subjek Kajian Murid

Subjek kajian Jantina Bangsa Gred Peperiksaan


SKM 1 Lelaki Melayu A
SKM 2 Perempuan Melayu B
SKM 3 Lelaki Melayu B
SKM 4 Perempuan Melayu C

Sampel kajian seterusnya ialah seorang guru Bahasa Melayu yang dipilih untuk
mengenal pasti pendekatan, strategi dan teknik yang digunakan untuk mengatasi masalah
kesilapan penggunaan imbuhan awalan dalam karangan bahasa Melayu murid tahun lima.
Jadual 2 menunjukkan maklumat subjek kajian guru Bahasa Melayu tahun lima;

Jadual 2
Maklumat Subjek Kajian Guru

Subjek Kajian Umur Kelayakan Akademik Pengkhususan Pengalaman


Guru
SKG 1 39 Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu 9 Tahun

Seterusnya, oleh kerana kajian ini dijalankan berdasarkan kaedah kualitatif. Jadi,
dalam kajian ini akan dijalankan dengan menggunakan kaedah analisis dokumen dan temu
bual bagi tujuan pengumpulan data. Senarai semak analisis dokumen dan temu bual
merupakan adaptasi daripada kajian lepas dan turut mendapatkan pengesahan pakar bahasa
melalui lantikan yang dilaksanakan terhadap pakar bahasa Melayu.

Bagi penganalisisan data, data-data yang dikumpul melalui analisis dokumen dan
tembu bual akan ditranskripsikan dan diinterprestasikan ke dalam bentuk yang lebih mudah
dan jelas mengikut tema. Kemudian, bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan kajian,
data-data yang dianalisis perlu disemak semula. Jadi, dalam kajian ini, penyelidik telah
menggunakan traingulasi data dalam analisis dokumen untuk memperoleh kesahan dan
kebolehpercayaan data yang tinggi. Oleh itu, dalam kajian ini, data-data akan dianalisis bagi
menjawab objektif kajian.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Analisis dokumen yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada karangan ulasan, karangan
cerita dan karangan perbincangan yang dihasilkan oleh empat orang subjek kajian. Hasil
dapatan mendapati bahawa murid banyak melakukan kesilapan imbuhan kata kerja dan

857
imbuhan kata nama. Jadual 3 di bawah dinyatakan senarai kesilapan imbuhan awalan yang
dilakukan oleh empat murid berdasarkan tiga jenis karangan yang berbeza;

Jadual 3
Senarai Kesilapan Imbuhan Awalan Berdasarkan Empat Subjek Kajian Murid

Sampel Bangsa Kesilapan Jenis Analisis


Karangan (B) Imbuhan Imbuhan kesilapan
(SK) (KI) (JI) (AK)
Karangan Ulasan
…diantara di- O1
…tertakung ter- K1
Karangan Cerita
…tertulis ter- K1
SK 1 Melayu …menakung me- K1
…ditempatnya di- O1
Karangan Perbincangan
…berkerja ber- K1
Karangan Ulasan
…mennurun men- K1
Karangan Cerita
…di beri di- O1
SK 2 Melayu …dirumah di- O1
Karangan Perbincangan
…perjalan per- K1
…dijalan raya di- O1
Karangan Ulasan
…betakung be- K1
…megisap meng- O1
Karangan Cerita
…betolak be- K1
SK 3 Melayu …betanya be- K1
…mebawa me- K1
Karangan Perbincangan
…penguna pen- K1
Karangan Ulasan
…menbuang men- K1
Karangan Cerita
…menberi men- K1
SK 4 Melayu …menlihat men- K1
…mebawa me- K1
Karangan Perbincangan
…menmakai men- K1
…menbawa men- K1

Jadual 3 menunjukkan daripada empat sampel karangan yang dihasilkan oleh empat
orang murid. setelah dianalisis, keempat-empat subjek kajian menunjukkan penggunaan
imbuhan awalan yang tidak gramatis. Daripada analisis ini, ternyata masih ada murid Melayu

858
yang belum dapat menguasai penggunaan imbuhan awalan yang tepat dalam penulisan
karangan bahasa Melayu.

Jadual 4
Kesilapan Imbuhan Awalan

Jenis Golongan Kata Kesilapan Imbuhan Awalan


(Jumlah)
Kata Nama (KN) 2
Kata Kerja (KK) 21

Berdasarkan jadual 4, imbuhan awalan kata kerja (KK) mencatat kesilapan tertinggi,
iaitu sebanyak 21 kesilapan. Awalan kata nama (KN) hanya mencatat dua kesilapan sahaja.
Oleh itu, hasil dapatan terhadap analisis kesilapan imbuhan awalan bagi dua golongan kata
ini akan dilakukan secara terperinci. Kesilapan ejaan sebanyak enam dan kesilapan
penggunaan imbuhan awalan sebanyak 17.

Secara Keseluruhan analisis dokumen ini, hasil dapatan mendapati bahawa SKM 1
melakukan kesilapan penggunaan imbuhan kata kerja sebanyak enam kesilapan daripada
imbuhan awalan di-, teR-, meN- dan beR-. SKM 2 pula melakukan kesilapan imbuhan awalan
kata kerja sebanyak empat dan kesilapan imbuhan awalan kata nama hanya satu. Contohnya,
kesilapan penggunaan imbuhan awalan di-, meN- dan peN-. Selain itu, hasil dapatan
mendapati bahawa SKM 3 melakukan kesilapan imbuhan awalan kata kerja sebanyak lima
dan kesilapan imbuhan kata nama hanya satu kesilapan sahaja. Contoh kesilapan
penggunaan imbuhan awalan beR-, meN- dan peN-. Akhir sekali, dapatan kajian mendapati
bahawa SKM 4 banyak melakukan kesilapan imbuhan awalan kata kerja meN-. Hal ini
berkemungkinan bahawa SKM 1, SKM 2, SKM 3 dan SKM 4 banyak melakukan kesilapan
imbuhan awalan kata kerja kerana kurang menguasai konsep imbuhan awalan dan melakukan
kecuaian dalam penulisan karangan. Namun, kesilapan seperti ini masih boleh dibimbing
untuk memastikan kesilapan imbuhan awalan ini tidak berulang lagi.

Bagi dapatan temu bual pula, hasil dapatan kajian mendapati bahawa SKG 1
menggunakan teknik main peranan, teknik permainan bahasa, latih tubi, teknik bercerita dan
teknik simulasi dan teknik lakonan untuk mengajar murid membina karangan dengan aktiviti
yang menyeronokkan. Contoh, SKG 1 ada menggunakan teknik menyalin semula untuk
memperbetul semula kesilapan imbuhan awalan murid. Menurut SKG 1, teknik latih tubi ini
perlu dilakukan secara berulang untuk membantu murid mengatasi kesilapan mereka terhadap
penggunaan imbuhan awalan dalam penulisan karangan. Jadi, SKG 1 menyimpulkan bahawa
teknik ni serba sedikit dapat membantu murid mengurangi kesilapan penggunaan imbuhan
awalan dalam penulisan karangan.

859
Hasil dapatan juga mendapati bahawa SKG 1 menggunakan pendekatan eklektik,
yang mana SKG 1 akan menggabungkan pendekatan induktif dan pendekatan deduktif dalam
pengajaran konsep imbuhan awalan. SKG 1 akan menggunakan pendekatan elektik untuk
aktiviti pengayaan dan pemulihan. SKG 1 juga menggunakan strategi dan teknik pengajaran
untuk membentuk suasana PdP yang aktif. Jadi, pengaplikasian pendekatan eklektik ini boleh
menggunakan strategi berpusatkan guru sebagai fasilitator, strategi berpusatkan murid, yang
mana murid akan belajar secara kendiri dengan latihan-latihan pengukuhan yang diberi dan
strategi berpusatkan bahan, contohnya SKG 1 akan menggunakan puzzle sebagai bahan
bantu mengajar. Selain itu, SKG 1 juga menggunakan teknik soal jawab berkaitan imbuhan
awalan sebelum memulakan aktiviti menulis karangan. Oleh itu jelas bahawa tujuan teknik ini
digunakan adalah untuk menguji minda murid sebelum memulakan aktiviti yang lebih komplek.

Di samping itu, SKG 1 merumuskan bahawa ada murid yang melakukan kesilapan
sama ada mereka cuai atau mereka kurang faham konsep imbuhan awalan. Walaupun
sebelum ini SKG 1 sudah mengajar konsep imbuhan awalan, murid masih melakukan
kesilapan yang sama. Contohnya bagi imbuhan awalan ‘di-’ dan ‘meN-‘. Kesimpulannya,
kesilapan ini bukanlah kesalahan yang besar kerana SKG 1 menganggap bahawa kesilapan
ini merupakan proses pembelajaran bahasa bagi murid-murid meningkatkan penguasaan
imbuhan awalan.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Dapatan kajian mendapati murid melakukan kesilapan penggunaan imbuhan awalan kata
nama dan kata kerja dalam penulisan karangan. Dapatan kajian ini mempunyai hasil dapatan
yang sama dengan kajian Sharina Halim (2010) yang menunjukkan bahawa murid melakukan
kesalahan dan kesilapan bahasa terutama bagi aspek imbuhan. Berdasarkan analisis,
penyelidik telah membahagi ciri kesilapan ini kepada dua iaitu kesilapan penggunaan imbuhan
dan kesilapan ejaan imbuhan awalan. Sebanyak enam kesilapan bagi kesilapan ejaan dan
sebanyak 17 kesilapan bagi kesilapan penggunaan imbuhan awalan. Penyelidik juga
mengkategorikan kesilapan imbuhan awalan ini mengikut tema iaitu tema penggunaan
imbuhan awalan kata nama (KN) dan tema penggunaan imbuhan awalan kata kerja (KK). Jadi,
jumlah kesilapan imbuhan awalan kata nama yang dikenal pasti hanya dua sahaja kesilapan
iaitu per dan pe-. Bagi imbuhan jumlah kata kerja pula adalah sebanyak 21 kesilapan seperti
penggunaan imbuhan awalan me-, men-, mem-, meng-, be-, ber-, ter- dan di- di samping
kesalahan-kesalahan imbuhan yang lain yang tidak begitu ketara.

Dapatan ini menujukkan hasil kajian yang sama dengan kajian Hasmidar Hassan,
Mardian Shah Omar dan Puteri Roslina Abdul Wahid (2018) yang menyatakan bahawa
seramai tujuh murid kerap melakukan kesilapan penggunaan imbuhan beR-, meN- dan di-.

860
Namun, ada juga murid yang mengalami kesilapan ejaan imbuhan awalan yang mudah.
Dapatan ini selaras dengan kajian Zaharani Ahmad dan Teressa Jabar (2010), kajian Alhaadi
Ismail dan Zaitul Azma Zainon Hamzah (2018) yang mendapati bahawa murid kerap
melakukan kesalahan imbuhan awalan ‘di-’ pada penulisan perkataan tertentu. Hal ini kerana,
sesetengah murid masih menganggap bahawa ejaan tersebut betul. Kesilapan ini
menunjukkan murid masih lemah untuk membezakan fungsi pengunaan kata ‘di-’ dengan
betul. Selain itu, kajian Shahidi A. H. et. al. (2016) juga mendapati bahawa murid mengalami
kekeliruan penggunaan kata ‘di’ sebagai kata sendi nama atau imbuhan. Data yang diperoleh
menunjukkan murid banyak melakukan kesilapan ejaan.

Seterusnya, kajian ini mendapati bahawa terdapat kata yang tidak mempunyai makna
apabila mengalami proses pengimbuhan awalan serta tidak menggunakan imbuhan pada kata
dasar yang betul bagi menghasilkan karangan yang gramatis. Oleh kerana itu, proses
penyampaian makna ayat akan jadi kurang tepat dan ia akan memberi impak dari segi
penerimaan makna ayat itu sendiri. Dapatan kajian ini mempunyai persamaan dengan
dapatan kajian Salinah Jaafar dan Rohaidah Haron (2016) dan kajian Hasmidar Hassan,
Mardian Shah Omar dan Puteri Roslina Abdul Wahid (2018) yang merumuskan bahawa murid
sering melakukan kesilapan pengimbuhan yang kurang tepat boleh mengubah makna ayat
yang ingin disampaikan oleh penulis.

Berdasarkan dapatan kajian ini, guru Bahasa Melayu perlu mengunakan strategi
pengajaran tatabahasa bahasa Melayu yang sesuai seperti strategi berpusatkan guru, strategi
berpusatkan murid dan strategi berpusatkan bahan dalam menghasilkan pemahaman yang
jelas tentang konsep imbuhan awalan dalam kalangan murid. Hal ini dapat dibuktikan daripada
kajian lalu yang telah dibuat oleh Che Zanariah Che Hassan dan Fadzilah Abd Rahman (2011)
yang menerangkan tentang keberkesanan pengaplikasian strategi pengajaran guru yang betul
dan menggunakan teknik yang sesuai semasa mengajar kemahiran menulis dapat memberi
kesan terhadap pembelajaran penulisan karangan murid.

Seterusnya, dapatan kajian ini juga mendapati bahawa guru Bahasa Melayu perlu
memvariasikan teknik pengajaran yang menarik dan dapat membantu murid meningkatan
kemahiran bahasa mereka terutama bagi kemahiran menulis. Contoh, teknik lakonan, teknik
latihan, teknik soal jawab untuk merangsang idea murid untuk membina karangan yang baik
di samping mendedahkan pengajaran aspek imbuhan awalan dalam penulisan karangan. Jadi,
hasil dapatan kajian ini selaras dengan dapatan kajian Azani Ismail, Azman Che Mat dan Mat
Taib Pa (2012) yang menerangkan bahawa aktiviti lakonan dapat membantu guru
mengendalikan pengajaran bahasa dengan berkesan selain memastikan murid dapat
menguasai bahasa dengan baik dari segi pertuturan mahupun penulisan. Hasmidar Hassan,

861
Mardian Shah Omar dan Puteri Roslina Abdul Wahid (2018) juga menjelaskan bahawa
kesalahan imbuhan awalan kata kerja dapat diatasi sekiranya guru menyediakan kaedah
modul dan melaksanakan latihan berkala yang sesuai kepada murid.

Hasil dapatan kajian ini juga mendapati bahawa guru Bahasa Melayu ada
menggunakan pelbagai pendekatan pengajaran untuk mengatasi masalah kesilapan imbuhan
awalan yang sering dilakukan oleh murid dalam penulisan karangan. Antaranya ialah
pendekatan induktif, pendekatan dedaktif dan pendekatan elektik. Dapatan kajian ini selaras
dengan dapatan kajian Layang Ugek dan Jamaludin Badusah (2018) yang mengkaji berkaitan
keberkesanan penggunaan pendekatan elektik dan induktif dalam pengajaran literasi Bahasa
Melayu tahap 2. Beliau berpendapat bahawa pemilihan sesuatu pendekatan yang berkesan
berdasarkan tahap pencapaian murid memerlukan kecekapan seseorang guru untuk
merancang PdP berkesan. Dapatan kajian ini juga mempunyai persamaan hasil dapatan
kajian Maimun Aqsha Lubis Abdin Lubis, Sabariah Sulaiman dan Asma Abdul Rahman (2016)
yang mendapati bahawa pendekatan elektik amat berkesan untuk membantu pelajar
memahami dan mempelajari bahasa dengan baik.

Setiap masalah ini dapat diatasi dengan menggunakan pelbagai cara seperti
pengajaran guru Bahasa Melayu yang mengaplikasikan pendekatan, strategi dan teknik PdP
yang berkesan mengikut kesesuaian. Oleh itu, terdapat beberapa cadangan yang
dicadangkan kepada KPM selaku organisasi penting dalam membangunkan kualiti pendidikan
di Malaysia. Antaranya guru boleh menyediakan pelbagai jenis buku, majalah, jurnal dan lain-
lain yang memfokuskan tentang pendidikan tatabahasa. Hal ini kerana, bahan bacaan
merupakan salah satu sumber rujukan yang penting untuk meningkatkan lagi pengetahuan
dan penguasaan dalam bidang bahasa seperti morfologi dan sintaksis. Contoh, pihak KPM
bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk mengedarkan buku-buku
tatabahasa yang berkualiti dan bersesuaian dengan tahap penerimaan murid sekolah rendah
ke sekolah untuk dijadikan bahan rujukan kepada murid-murid di sekolah. Dengan cara ini,
murid akan lebih aktif untuk menguasai kemahiran bahasa dengan berkesan.

Pihak sekolah juga boleh mengadakan kelas tambahan bahasa Melayu kepada murid
sekolah untuk meningkatkan kemahiran bahasa mereka terutama bagi penguasaan
penggunaan imbuhan awalan dalam penulisan karangan murid. Hal ini kerana, berdasarkan
kajian lepas, kebanyakan murid melakukan kesilapan tatabahasa dalam penulisan karangan.
Maka, dengan adanya kelas tambahan ini, pihak sekolah dapat meningkatkan prestasi dan
pencapaian murid dalam bidang akademik khususnya bagi mata pelajaran bahasa Melayu.
Perkara ini juga disokong oleh Azizi Yahaya dan Hii Ching Ling (2011) yang menyatakan

862
bahawa tahap keberkesanan kelas tambahan bagi murid tingkatan empat di sekolah adalah
pada tahap yang tinggi.

Untuk membina PdP yang berkesan, guru boleh menggunakan teknik pengajaran
dengan mempelbagaikan pendekatan, kaedah, strategi dan lain-lain yang sesuai untuk
mengajar tatabahasa bahasa Melayu agar menjadikan PdP menarik dan memberi kesan
positif kepada murid. Contoh, guru boleh mengadakan aktiviti permainan bahasa semasa sesi
PdP tatabahasa bahasa Melayu. Dengan cara ini, murid akan lebih mudah faham konsep
imbuhan awalan, maka mereka dapat menggunakan imbuhan awalan dengan tepat dalam
menghasilkan penulisan karangan yang baik.

Penyelidik mencadangkan supaya kajian lanjutan mengenai analisis penggunaan


imbuhan awalan dalam penulisan karangan Bahasa Melayu murid tahun lima ini dilaksanakan
dalam bentuk kajian tindakan. Khairuddin et al. (2016) menyatakan bahawa kajian tindakan
dapat membantu guru memperbaik amalan pengajaran dengan sentiasa mencari jalan
penyelesaian bagi isu yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran. Sekiranya kajian
lanjutan ini diteruskan dalam bentuk kajian tindakan, kajian ini dapat membantu guru
mengeluarkan idea untuk merangka strategi bagi menangani isu kesilapan penggunaan
imbuhan awalan dalam penulisan karangan Bahasa Melayu murid. Dengan kajian tindakan ini
juga, kelemahan murid dalam pembelajaran aspek imbuhan awalan dalam penulisan
karangan dapat diatasi dengan mudah melalui tindakan praktis serta refleksi terhadap kesan
atau akibat tindakan yang dilaksanakan oleh penyelidik. Oleh yang demikian, kajian tindakan
amat sesuai dilaksanakan untuk meningkatkan penguasaan dan penggunaan imbuhan
awalan dalam penulisan karangan Bahasa Melayu murid.

Implikasinya, kajian ini boleh memberi pengetahuan yang jelas kepada para guru
berkaitan kesilapan penggunaan imbuhan awalan yang sering dilakukan oleh murid
khususnya bagi murid penutur natif bahasa Melayu. Menurut Hazlina, Normaliza dan Roslina
(2013), pengetahuan berkaitan penganalisisan kesilapan bahasa merupakan teknik yang
penting untuk mengukur kemajuan bahasa murid dalam bahasa Melayu dengan melakukan
catatan dan melakukan pengelasan terhadap kesilapan yang dilakukan oleh individu atau
sekumpulan murid. Maka, kesilapan imbuhan awalan ini dapat menjadi panduan kepada para
guru untuk membantu murid menghasilkan penulisan karangan yang baik dan menjadi
panduan bagi keperluan murid terutama murid Melayu itu sendiri dapat melibatkan diri dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

Sehubungan dengan itu, dapat kajian ini jelas menunjukkan bahawa masih ada murid
Melayu yang lemah dalam penggunaan imbuhan awalan yang sesuai dan tepat untuk
membina ayat yang mantap. Hal ini kerana, penggunaan imbuhan awalan amat penting untuk

863
seseorang murid itu menguasai aspek tatabahasa dalam kemahiran menulis. Murid perlu
sentiasa fokus dan berusaha memperbaiki kesilapan imbuhan awalan dalam karangan supaya
kesilapan tersebut tidak akan berulang lagi. Oleh itu, murid haruslah sentiasa menguasai
aspek tatabahasa bahasa Melayu terutamanyan imbuhan awalan dalam penulisan karangan
supaya tidak tercicir untuk memperoleh keputusan atau markah yang baik dalam peperiksaan
awan seperti Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR).

Seterusnya, hasil dapatan kajian ini membolehkan guru-guru bahasa Melayu bersedia
dan mempraktikkan analisis kesilapan penggunaan imbuhan awalan dalam penulisan
karangan bahasa Melayu berlandaskan Teori Analisis Kesilapan Corder (1981). Dengan
adanya kajian ini, guru-guru bahasa Melayu perlu peka terhadap pengajaran kemahiran aspek
tatabahasa bahasa Melayu. Jadi, guru bahasa Melayu perlu fokus terhadap pembelajaran
tatabahasa kerana penghasilan karangan yang baik adalah berdasarkan penguasaan
imbuhan awalan yang tinggi. Penggunaan imbuhan awalan turut mempengaruhi makna ayat
yang ingin disampikan agar penyampaian tersebut mudah difahami oleh pembaca.

Secara keseluruhannya, kajian ini dijalankan bertujjuan untuk menganalisis kesalahan


penggunaan imbuhan awalan dalam penghasilan penulisan karangan bahasa Melayu murid
tahun lima Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 2, Johor. Kesalahan imbuhan awalan ini akan
dianalisis berdasarkan persoalan kajian yang jelas untuk mencapai objektif yang telah
ditetapkan. Kajian ini juga dijalankan untuk mengetahui pendekatan, teknik dan strategi PdP
untuk menyelesaikan masalah kesilapan penggunaan imbuhan awalan dalam penulisan
karangan murid. Kajian ini amat penting untuk dijadikan sebagai panduan asas kepada guru
Bahasa Melayu untuk mengenal pasti kesilapan penggunaan aspek tatabahasa khususnya
imbuhan awalan dan kemahiran menulis penulisan karangan bahasa Melayu yang sering
dilakukan oleh murid-murid tahun lima. Selain itu, kajian ini boleh menjadi rujukan kepada
guru-guru untuk bersedia dan merancang pendekatan, teknik dan strategi pengajaran
tatabahasa yang terancang supaya dapat menyelesaikan kelemahan yang dilakukan oleh
murid.

RUJUKAN

Alhaadi Ismail & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2018). Analisis Kesalahan dalam Penulisan
Pelajar Bahasa Kedua dari Aspek Morfologi. Jurnal Linguistik. 22: 24-31.

Amirra Shazreena Aminul Razin & Vijayaletchumy Subramaniam. (2019). Kesalahan


Penggunaan Imbuhan Awalan dan Akhiran Dalam Kalangan Murid Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil Berdasarkan Teori Analisis Kesalahan Corder (1973).
International Journal of the Malay World and Civilisation. 7(1), 2019: 3 – 13.

864
Azani Ismail, Azman Che Mat & Mat Taib Pa. (2012). Membina Kemahiran Pertuturan
Menerusi Aktiviti Lakonan Dalam Pengajaran Bahasa Arab. GEMA Online™ Journal
of Language Studies. Volume 12(1), January 2012.

Azizi Yahya & Hii Ching Ling. (2011). Persepsi Pelajar Tingkatan 4 Terhadap Keberkesanan
Kelas Tambahan di Sekolah.
http://eprints.utm.my/id/eprint/2402/1/Aziziyahaya_Persepsi_Pelajar__Terhadap_Keberke
sanan.pdf
Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd Rahman. (2011). Pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran Kemahiran Menulis di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu. 1 (1). 67-87.

Corder S.P. (1981). Error Analysis and Interlanguage. Oxford University Press: Oxford.

Haliza Abdul Halim, Normaliza Abdul Rahim & Roslina Mamat. (2013). Kesilapan
Pnegurangan Pemerolehan Gender Gramatikal Bahasa Perancis. Malaysian Journal
of Learning and Instruction. 10, 157-178.

Hasmidar Hassan, Mardian Shah Omar & Puteri Roslina Abdul Wahid. (2018). Kecelaruan
Morfologi Dalam Penulisan Bahasa Melayu Oleh Penutur Asing. Jurnal Linguistik.
Vol. 22 (2) Disember 2018 (020-036). ISSN 1823-9242.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-


2025). Bahagian Perancangan dan Penyelidikan.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Buku Penerangan Kurikulum Standard Sekolah


Menengah (KSSM). Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kementerian


Pendidikan Malaysia.

Khairuddin Mohamad, Ibrahim Yusof & Zaridah Ramli. (2016). Penyelidikan dalam Pendidikan
Bahasa Melayu. Sasbadi Sdn. Bhd.

Layang Ugek & Jamaludin Badusah. (2018). Amalan Dan Masalah Pengajaran Literasi
Bahasa Guru Bahasa Melayu Ketika Mengajar Murid Penan. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ). ISSN: 2180-
4842. Vol. 8, Bil. 2 (Nov. 2018): 25-38.

Maimun Aqsha Lubis Abdin Lubis, Sabariah Sulaiman & Asma Abdul Rahman. (2016).
Keunggulan Kaedah Eklektik dalam Pengajaran Bahasa Arab kepada Pelajar Melayu.
LSP International Journal. Vol. 3. Issue 2, 2016, 39-49. E-ISSN 2289-3199.

Nor Izawaty Mohamad Noor. (2009). Tahap Penguasaan Imbuhan dalam Kalangan Pelajar di
Sekolah Rendah Fengshan. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.

Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin & Zakiah Noordin. (2016). Falsafah
Pendidikan Malaysia Edisi Ketiga. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Norsimah Mat Awal, Nadrah Abu Bakar & Nor Hashimah Jalaluddin. (2012). Pembelajaran
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua: Pengungkapan Idea dalam Penulisan
Pelajar Sekolah Menengah di Malaysia. Jurnal Melayu. (9). Pp. 227-240. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Nurul Adzwa Ahmad, Nur Farahkhanna Mohd Rusli & Norfaizah Abdul Jobar. (2020). Analisis
Kesalahan Imbuhan Dalam Penulisan Karangan Pelajar Dan Hubung Kait Dari Segi

865
Makna Gramatikal. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language
Education Journal – MyLEJ). ISSN: 2180-4842. Vol. 10, Bil. 1 (Mei 2020): 77-90.

Salinah Jaafar & Rohaidah Haron. (2016). Kesilapan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar
Universiti Kebangsaan Yunnan di Akademi Pengajian Melayu. Jurnal Melayu, 15 (2):
196-209.

Shahidi A.H., Norshahila Mohamad Razak, M Mascitah Mansor, Rahim Aman & Ab. Samad
Kechot. (2016). Profil Kecelaruan Penutur Natif Melayu Dalam Penulisan Esei.
Journal of Social Science and Humanities. Vol. 11, No. 1 (2016) 268-281, Issn: 1823-
884.

Sharina Halim. (2010). Penguasaan tatabahasa BM dalam kalangan murid tahun empat.
Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zaharani Ahmad & Teressa Jabar. (2010). Tahap Penguasaan Bahasa Melayu Remaja:
Analisis Aspek Tatabahasa. Jurnal Linguistik. Vol. 10: 48-62.

866
PENGGUNAAN PETA ALIR BERSAMA TEKNIK LAKARAN DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN (PDP) MENJANA IDEA PENULISAN KARANGAN

Syueenie Yapp Xue-Nie


syueenie09-887@epembelajaran.edu.my

Nor Rul Azlifah binti Zulkafali


norrulazlifah2@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu,


Lembah Pantai,
59990 Kuala Lumpur.

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan melihat penggunaan peta alir bersama teknik lakaran dalam Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) menjana idea penulisan karangan. Reka bentuk kajian ini menggunakan
pendekatan kualitatif melalui kaedah fenomenologi. Instrumen temu bual, pemerhatian dan analisis
dokumen digunakan bagi mendapatkan triangulasi data dalam kajian ini. Responden kajian ini terdiri
daripada tiga orang guru Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat. Kajian ini
adalah berdasarkan teori Artistik Chapman yang menegaskan tahap perkembangan dalam
menggalakkan pemikiran kreatif kanak-kanak. Dapatan kajian mendapati terdapat kesan penggunaan
peta alir bersama teknik lakaran terhadap penerimaan guru, keupayaan murid menjana idea dan
menghasilkan karangan serta perubahan tingkah laku dalam PdP. Selain itu, aspek masa, minat murid
dan tahap kesediaan murid turut dikenal pasti sebagai cabaran penggunaan peta alir bersama teknik
lakaran dalam kajian ini. Kesimpulannya, kajian ini dilaksanakan sebagai panduan kepada guru untuk
melaksanakan PdP terutama penulisan karangan Bahasa Melayu yang menggunakan peta alir bersama
teknik lakaran. Kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran kepada ibu bapa tentang penggunaan
peta alir bersama teknik alir yang digunakan oleh guru dalam pengajaran penulisan karangan Bahasa
Melayu di sekolah.

Kata kunci: Peta Alir, Teknik Lakaran, Menjana Idea, Penulisan Karangan

ABSTRACT
The study aims is to find out the use of flow map along with sketching techniques in teaching and learning
to generate essay writing ideas. The design of this study uses a qualitative approach through
phenomenological methods. Interview, observation and document analysis instruments were used to
obtain data triangulation in this study. The respondents consisted of three Bahasa Melayu teachers
located at Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat. This study is based on Chapman's Artistic
theory which emphasizes the level of development in promoting children's creative thinking. In addition,
the time aspect, student interest and student readiness level were also identified as challenges in the
use of flow map along with sketching techniques in this study. In conclusion, this study was conducted
as a guide for teachers to implement the teaching and learning process especially the Malay language
essay writing using a flow map with a sketch technique. This study is expected to give to parents about
the use of map flow along a flow techniques used by teachers in teaching Malay essay writing in school.
Keywords: Flow Map, Sketching Techniques, Generate Ideas, Essay Writing

PENGENALAN
Peta pemikiran merupakan alat berfikir yang digunakan untuk menjana idea secara kreatif dan
kritis. Peta alir merupakan salah satu daripada lapan jenis peta pemikiran yang dicadangkan
dalam program i-Think. Penggabungan peta alir bersama teknik lakaran lebih menarik
berbanding peta alir yang menggunakan tulisan semata-mata. Hal ini demikian kerana murid

867
boleh melakar perasaan dan pendapat melalui peta alir. Menurut Ida Puteri Mahsan (2021),
aktiviti menggambar, melakar, mewarna dapat mewujudkan luahan emosi dan ekspresi
diri. Sehubungan itu, peta alir bersama teknik lakaran membolehkan murid melakar idea dan
menghasilkan karangan berpandukan lakaran tersebut. Penggunaan peta alir bersama teknik
lakaran membolehkan proses PdP yang dijalankan seronok, bermakna dan tidak
membosankan. Penggunaan peta alir bersama teknik lakaran juga sesuai digunakan sebagai
satu pendekatan yang dapat meningkatkan kemahiran menjana idea dalam kalangan murid
yang lemah dalam kemahiran menulis.

PERNYATAAN MASALAH
Penguasaan karangan Bahasa Melayu di sekolah rendah masih belum mencapai tahap yang
memuaskan. Hal ini dapat dibuktikan melalui UPSR Bahasa Melayu Kertas Penulisan yang
mencatatkan 8.47 peratus murid yang tidak mencapai gred minimum (KPM,
2019). Sehubungan itu, penjanaan idea yang lemah menyumbang kepada faktor kegagalan
murid dalam menulis karangan yang baik. Menurut Nurul et al., (2016), pelajar menghadapi
masalah untuk memulakan proses menulis karangan apabila kekurangan idea dan menjadikan
karangan yang ditulis tidak bermutu. Menyedari permasalahan ini, strategi, pendekatan dan
kaedah PdPc yang sesuai perlu dijalankan bagi membantu murid menjana idea secara kritis
dalam penulisan karangan.

Sehubungan itu, Program Pembangunan Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan


Program i-Think dalam memberikan wadah baharu kepada guru untuk menarik minat pelajar
dalam proses pengajaran dan pemudah cara (PdPc) Bahasa Melayu terutamanya dalam
penulisan esei (Anthony & Yahya, 2017). Peta pemikiran yang diperkenalkan dalam program
i-Think mampu menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Menurut Noor Hidayu dan
Yahya (2016), peta pemikiran i-Think bertujuan mempertingkat dan membudayakan
kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif.

Peta pemikiran menyerupai alat-alat berfikir yang lain seperti peta minda dan peta
konsep namun, peta pemikiran lebih terarah, tersusun dan terancang penggunaannya (Nik
Nur Farihah, 2018). Peta alir merupakan salah satu daripada lapan peta pemikiran yang
dicadangkan dalam program i-Think. Berdasarkan kepentingan peta pemikiran sebagai alat
berfikir secara kritis, kajian tentang kesan penggunaan peta alir bersama teknik lakaran dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP) menjana idea penulisan karangan telah
dilaksanakan. Walaupun terdapat pelbagai kajian tentang peta pemikiran, namun kajian peta
alir yang menggunakan lakaran atau lukisan dalam menjana idea penulisan karangan Bahasa
Melayu masih kurang dijalankan.

868
TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan peta alir bersama teknik lakaran dalam
PdP menjana idea penulisan karangan.

OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan tujuan tersebut, kajian ini cuba mencapai dua objektif seperti yang berikut:
i) mengkaji kesan penggunaan peta alir bersama teknik lakaran terhadap PdP penulisan
karangan dalam kalangan guru Bahasa Melayu.
ii) meneroka cabaran dalam menggunakan peta alir bersama teknik lakaran dalam PdP
menjana idea penulisan karangan.

SOALAN KAJIAN
Soalan kajian ini adalah selari dengan objektif kajian yang dikemukakan seperti berikut:
1. Apakah kesan penggunaan peta alir bersama teknik lakaran terhadap PdP penulisan
karangan dalam kalangan guru Bahasa Melayu?
2. Apakah cabaran dalam menggunakan peta alir bersama teknik lakaran dalam
PdP menjana idea penulisan karangan?

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk fenomelogi. Kajian ini
telah memilih kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen untuk mengumpulkan
data. Data temu bual dianalisis melalui transkripsi bagi mengetahui kesan dan cabaran dalam
penggunaan peta alir bersama teknik lakaran dalam PdP menjana idea penulisan
karangan. Pemerhatian dilakukan ketika menjalankan PdP yang menggunakan peta alir
bersama teknik lakaran dalam PdP menjana idea penulisan karangan melalui borang
pemerhatian. Bagi analisis dokumen pula, pengkaji menganalisis hasil karangan autobiografi
murid dan rancangan pengajaran harian (RPH) guru. Kesemua data tersebut dianalisis secara
tematik. Selain itu, responden kajian terdiri daripada tiga orang guru Bahasa Melayu tahap
dua yang mempunyai pengalaman mengajar lebih daripada 5 tahun.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Hasil dapatan kajian ini telah menjawab kepada dua soalan kajian iaitu kesan dan cabaran
penggunaan peta alir bersama teknik lakaran dalam PdP menjana idea penulisan
karangan. Dapatan kajian mendapati terdapat kesan penggunaan peta alir bersama teknik
lakaran dalam PdP menjana idea penulisan karangan dari aspek penerimaan guru, keupayaan
murid menjana idea dan menghasilkan karangan serta perubahan tingkah laku. Bagi aspek
penerimaan guru, pengkaji mendapati guru jarang menggunakan peta alir bersama teknik

869
lakaran dalam PdP menjana idea karangan disebabkan kekangan masa dan tahap
kecerdasan murid yang pelbagai. Dapatan kajian juga menunjukkan responden amat
mencadangkan penggunaan peta alir bersama teknik lakaran dalam PdP menjana idea
penulisan karangan. Dari aspek keupayaan murid menjana idea, hasil temu bual kajian
mendapati murid lebih mudah menghasilkan idea bergantung kepada tahap murid. Hal ini
disokong dengan dapatan pemerhatian yang menunjukkan ketiga-tiga responden mencapai
skala amat baik dan baik bagi item hasil kerja murid iaitu peta alir bersama teknik lakaran
menggalakkan kreativiti murid untuk melakar idea pada peta alir. Data tersebut juga disokong
dengan data analisis dokumen yang menunjukkan majoriti murid dapat menghasilkan idea
karangan menggunakan peta alir bersama teknik lakaran.

Dapatan kajian juga menunjukkan murid dapat menghasilkan karangan berpandukan


peta alir bersama teknik lakaran yang dijalankan. Berdasarkan dapatan temu bual, pengkaji
mendapati murid boleh menghuraikan idea karangan dengan lebih lanjut apabila berpandukan
peta alir bersama teknik lakaran yang dihasilkan. Data tersebut disokong dengan data
pemerhatian dan analisis dokumen yang menunjukkan murid dapat menghasilkan karangan
yang mempunyai pendahuluan, isi penting dan penutup. Dari aspek perubahan tingkah laku
pula, kajian menunjukkan terdapat perubahan dari aspek fokus dan minat murid dalam
mengikuti PdP yang dilaksanakan. Berdasarkan data temu bual, responden menyatakan
murid lebih menumpukan perhatian dan minat untuk mengikuti pengajaran guru. Berdasarkan
dapatan pemerhatian, murid melibatkan diri secara aktif dalam PdP guru dengan bertanya
soalan tentang lakaran yang dihasilkan oleh guru. Data tersebut disokong dengan data
analisis dokumen yang menunjukkan inisiatif murid menghasilkan peta alir bersama teknik
lakaran yang menarik dan kreatif.

Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan terdapat cabaran dari segi masa, minat
dan tahap kesediaan murid dalam mengggunakan peta alir bersama teknik lakaran dalam PdP
menjana idea penulisan karangan. Berdasarkan temu bual, pengkaji mendapati faktor masa
menjadi kekangan untuk guru melaksanakan PdP yang menggunakan peta alir bersama teknik
lakaran. Hal ini disebabkan peruntukan masa selama satu jam kurang mencukupi untuk
menjalankan PdP yang menggunakan peta alir bersama teknik lakaran. Aspek minat turut
dikatakan sebagai cabaran dalam pelaksanaan peta alir bersama teknik lakaran dalam PdP
menjana idea penulisan karangan kerana teknik lakaran akan menjadi beban kepada murid
sekiranya mereka tidak gemar melakar lukisan. Oleh itu, minat murid dalam aspek seni visual
mempengaruhi keberkesanan peta alir bersama teknik lakaran dalam menjana idea penulisan
karangan. Kajian juga mendapati tahap kesediaan murid merupakan cabaran dalam
pelaksanaan peta alir bersama teknik lakaran dalam menjana idea penulisan karangan. Hal

870
ini dikaitkan dengan mod pembelajaran di rumah yang menyebabkan prestasi murid
menurun. Oleh itu, fenomena tersebut menyukarkan guru melaksanakan PdP yang
mengintegrasikan peta alir bersama teknik lakaran.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


Kajian ini mendapati terdapat kesan penggunaan peta alir bersama teknik lakaran dalam PdP
penulisan karangan dari aspek penerimaan guru, keupayaan murid menjana idea dan
menghasilkan penulisan karangan dan perubahan tingkah laku. Dari aspek penerimaan guru,
dapatan kajian menunjukkan guru amat mencadangkan penggunaan peta alir bersama teknik
lakaran sebagai salah satu pendekatan dalam PdP penulisan karangan. Kajian ini selaras
dengan kajian Fadilla dan Zamri (2019) dan Roselizam et al (2020) yang mendapati sikap
terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think mempunyai tahap yang tinggi bagi seseorang
guru dalam menentukan penggunaan peta pemikiran i-Think. Dari aspek kesan terhadap
keupayaan murid menjana idea, dapat dijelaskan bahawa penggunaan peta alir bersama
teknik lakaran membolehkan murid mengeluarkan pendapat secara kritis dan kreatif. Dapatan
kajian ini selari dengan kajian-kajian yang dilaksanakan oleh Rohaida & Zamri (2015);
Fadziana dan Hamidah (2020) dan Ahmad dan Zamri (2019) yang menyatakan peta pemikiran
membolehkan murid menjana idea dalam penulisan karangan.

Kajian juga mendapati terdapat kesan terhadap keupayaan murid menghasilkan


karangan iaitu murid berupaya menghasilkan karangan yang mempunyai pendahuluan, isi
penting dan penutup berpandukan peta alir bersama teknik lakaran. Dapatan kajian tersebut
selari dengan kajian Jumaliah dan Zamri (2016); Yahya dan Azemy (2012); Noor Hidayu dan
Yahya (2016) dan Norfarahin (2014) menyatakan terdapat kesan pengajaran menggunakan
peta pemikiran terhadap pencapaian murid dan kajian Syazana dan Zamri (2018); Tengku
Fairus dan Zamri (2014); Nor Hasmaliza dan Zamri (2016); Nor Syazwani dan Zamri (2015)
yang mendapati peta pemikiran sebagai alat kemahiran berfikir banyak membantu murid
mempelajari Bahasa Melayu dengan baik. Kajian juga mendapati terdapat perubahan tingkah
laku yang positif termasuklah peningkatan fokus, minat dan inisiatif murid untuk mengikuti PdP
penulisan karangan. Dapatan kajian ini selari dengan kajian-kajian oleh Rohaida dan Zamri
(2015), Nik Nur Farihah (2019), Rosnidar et al (2015) dan Mohd Hafiz dan Zamri (2017) yang
mendapati minat murid meningkat apabila guru menggunakan peta pemikiran i-Think.

Kajian juga mendapati terdapat cabaran-cabaran dalam penggunaan peta alir bersama
teknik lakaran. Berdasarkan hasil kajian, cabaran dari aspek masa dihadapi guru dalam
melaksanakan peta alir bersama teknik lakaran dalam PdP menjana idea penulisan
karangan. Kekangan masa berlaku kerana peruntukan waktu pengajaran yang terhad dan

871
guru perlu mengejar silibus selaras dengan kajian Norazlin dan Siti (2019); Hasliza et al (2016);
Siva Sankar dan Mohd Isa (2016); Aliza dan Zamri (2015) dan Renuka & Siti (2012). Cabaran
dari aspek minat murid juga dinyatakan dalam kajian ini. Hal ini demikian kerana murid yang
berminat terhadap kegiatan belajar akan lebih berusaha berbanding murid yang kurang
berminat sesuai dengan pernyataan Mira (2015). Kajian turut mendapati terdapat cabaran
dari aspek tahap kesediaan murid yang dikaitkan dengan penurunan prestasi PdP semasa
penutupan sekolah. Perkara tersebut disentuh dalam kajian Nor Fauziana (2020) yang
menyatakan penutupan sekolah disebabkan pandemik COVID-19 telah memberi kesan
terhadap struktur PdP.

Terdapat beberapa implikasi dalam kajian ini iaitu implikasi pengetahuan, teori dan
empirikal. Dapatan kajian ini memberikan implikasi pengetahuan terhadap pengetahuan
sedia ada tentang penggunaan peta alir bersama teknik lakaran yang mampu
mengembangkan pelbagai kecerdasan seperti visual ruang murid.dan pengetahuan baharu
iaitu memberi gambaran kepada masyarakat umum terutamanya ibu bapa tentang sikap dan
tahap kesediaan murid dalam mengikuti PdP. Berdasarkan kajian, teori Artistik Chapman
digunakan untuk mengkaji peta alir bersama teknik lakaran dengan menggunakan guru
sebagai sampel. Kajian ini mendapati teori artistik Chapman memberi implikasi dari aspek
menghasilkan idea dan lakaran. Namun begitu, teori-teori seperti teori kepintaran berganda
dan teori dua belahan otak boleh digunakan sebagai teori kajian lanjutan. Penggunaan kedua-
dua teori ini sesuai untuk mengkaji hubungan pemikiran kreatif dengan keberkesanan
penggunaan peta alir bersama teknik dalam menjana idea penulisan karangan.

Analisis literatur turut mendapati kajian peta alir bersama teknik lakaran kurang
diaplikasikan dalam PdP sekolah rendah terutamanya Bahasa Melayu. Oleh itu, kajian ini
mengfokuskan penggunaan peta alir bersama teknik lakaran PdP sekolah rendah kebangsaan
dalam subjek Bahasa Melayu yang menggunakan kaedah kualitatif dan guru sebagai
sampel. Pelaksanaan kajian ini memberi kesan secara empirikalnya dan berjaya mengisi
kekurangan dalam penggunaan peta pemikiran iaitu peta alir bersama teknik lakaran. Di
samping itu, kajian ini juga mencadangkan agak pihak sekolah menjalankan bengkel yang
memberi pengenalan kepada guru tentang penggunaan peta alir bersama teknik lakaran
dalam PdP menjana idea penulisan karangan. Cadangan turut diberikan kepada pihak guru
agar menjalankan kursus pemantapan kemahiran untuk mendapatkan pendedahan tentang
penggunaan peta alir bersama teknik lakaran daripada pakar. Pengkaji juga mencadangkan
agar ibu bapa mengambil peranan sebagai pembimbing di rumah bagi memastikan murid
mempunyai tahap kesediaan yang tinggi.

872
Sebagai cadangan lanjut, kajian ini mencadangkan penggunaan teori kecerdasan
pelbagai visual ruang atau teori kepintaran berganda dalam merungkai persoalan tentang
fenomena penggunaan peta alir bersama teknik lakaran dalam PdP menjana idea penulisan
karangan. Pengkaji juga mencadangkan kajian lanjutan menggunakan sampel kajian untuk
pengajaran tahap yang berbeza. Instrumen temu bual dan borang pemerhatian boleh
diadaptasi dalam kajian lanjutan yang menggunakan reka bentuk kualitatif. Bagi kajian
lanjutan berbentuk kuantitatif, pengkaji mencadangkan pembinaan instrumen soalan selidik
yang mampu mengkaji penggunaan peta alir bersama teknik lakaran selaras dengan soalan-
soalan kajian ini. Hal ini bertujuan membuktikan sama ada dapatan kajian tersebut selari
dengan kajian ini. Kajian lanjutan tersebut juga mampu memberi motivasi dan panduan
kepada pihak berkenaan tentang penggunaan peta alir bersama teknik lakaran sebagai satu
pendekatan yang dapat meningkatkan penguasaan karangan murid. Kesimpulannya,
cadangan kajian lanjutan tersebut bertujuan memberi saranan dan garis panduan kepada
pengkaji seterusnya.

RUMUSAN
Rumusannya, pelaksanaan kajian ini telah berjaya menggunakan reka bentuk kualitatif dan
kaedah fenomenologi untuk mengkaji kesan dan cabaran penggunaan peta alir bersama
teknik lakaran dalam PdP menjana idea penulisan karangan. Berdasarkan kajian,
penggunaan peta alir bersama teknik lakaran memudahkan murid untuk menghasilkan
karangan berpandu peta alir bersama teknik lakaran tersebut. Kajian ini diharapkan dapat
memberikan impak positif kepada pihak pentadbir, guru dan ibu bapa dalam memanfaatkan
kajian ini dalam PdP yang dijalankan.
RUJUKAN

Ahmad Fikri & Zamri Mohamod. (2019). Teknik lakaran bersama peta alir i-Think
meningkatkan kemahiran menjana idea murid etnik lun bawang dalam karangan
autobiografi. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9(1), 12–22.

Aliza Ali & Zamri Mahamod. (2015). Analisis keperluan terhadap pengguna sasaran modul
pendekatan berasaskan bermain bagi pengajaran dan pembelajaran kemahiran
bahasa kanak-kanak prasekolah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 3(1),
1–8.

Anthony Aloysius Akup & Yahya Othman. (2017). Keberkesanan peta alir dalam
meningkatkan kemahiran menulis esei Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar
tingkatan 6. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(1), 44–55.

Fadilla Anak Layang & Zamri Mahamod. (2019). Tahap pengetahuan, kesediaan dan sikap
guru Bahasa Melayu sekolah rendah dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran peta pemikiran i-Think. Jurnal Pendidikan Malaysia 44(1), 37-44.

873
Fadziana Fadhil dan Hamidah Yamat. (2020). I-Think Map in Organization of Ideas in
Argumentative Writing. International Journal of Academic Research in Business and
Social Sciences, 10(1), 82–92.

Hasliza Hashim, Siti Munira Mohd Nasri & Zarina Mustafa. (2016). Cabaran yang dihadapi
oleh guru dalam pelaksanaan persekitaran pembelajaran maya frog di bilik
darjah. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 31(1), 115–129.

Ida Puteri Mahsan. (2021). Ekspresi seni dan komunikasi visual murid berkeperluan khas
dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah.

Jumaliah Mingan & Zamri Mahamod. (2016). Pengetahuan pelajar sekolah menengah tentang
penggunaan peta pemikiran dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, 6 (2): 23-32.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Pelaporan pentaksiran sekolah


rendah. https://www.moe.gov.my/muat-turun/laporan-dan-statistik/lp/3056-pelaporan-
pentaksiran-sekolah-rendah-2019/file

Mira Gusniwati. (2015). Pengaruh kecerdasan emosional dan minat belajar terhadap
penguasaan konsep matematika siswa SMAN di Kecamatan Kebon Jeruk. Jurnal
Formatif 5(1), 26–41.

Mohd Hafiz Mohd Noor & Zamri Mahamod. (2017). Pengetahuan, sikap dan kesediaan guru
Bahasa Melayu di daerah Limbang terhadap Kemahiran berfikir aras tinggi dalam
pengajaran membuat ulasan. Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa
Melayu Sabah dan Sarawak (Eksekutif) Kali Ke-6, 385-398. Penerbitan Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nik Nur Farihah Nik Harmi. (2019). Keberkesanan kaedah peta pemikiran i-Think terhadap
pencapaian dan sikap murid dalam pembelajaran komsas Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 9(1), 23–32.

Noor Hidayu Mohd Rahim & Yahya Othman. (2016). Keberkesanan peta bulatan dan peta
alir dalam meningkatkan penguasaan menulis karangan naratif murid-murid
Cina. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 68–77.
Nor Fauziana binti Mohd Salleh. (2020). Pandemik Coronavirus (covid-19): pembelajaran dan
pengajaran secara atas talian suatu keperluan di Malaysia.
https://tinyurl.com/yyafn9sv

Nor Hasmaliza Hasan & Zamri Mahamod. (2016). Persepsi guru Bahasa Melayu sekolah
menengah terhadap kemahiran berfikir aras tinggi. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,
6(2), 78-90.

Nor Syazwani Roni & Zamri Mahamod. (2015). Kemahiran berfikir aras tinggi dalam
kesusasteraan Melayu: Peranan guru. Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan
Bahasa Melayu & Kesusasteraan Melayu Kali Keempat, 299-310. Bangi: Penerbitan
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Norfarahin Izzati Yusof. (2014). Penggunaan peta alir i-Think dan ki “Pat-Pat Kup” dalam
membantu murid menguasai kemahiran mengukur perimeter gabungan bentuk dua
dimensi. IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.

874
Nurul Aisyah Abdullah, Zamri Mahamod & Nor Azwa Hanum Nor Shaid. (2016). Faktor-faktor
yang mempengaruhi penulisan karangan Bahasa melayu pelajar sekolah
menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 1–9.

Renuka Ramakrishnan dan Siti Hawa Abdullah. (2012). Penggunaan sumber digital sejarah
dalam kalangan guru
sejarah. http://www.fp.utm.my/epusatsumber/listseminar/medc2012/pdf/8.pdf

Rohaida Yusop & Zamri Mahamod (2015). Keberkesanan peta pemikiran dalam meningkatkan
pencapaian penulisan Bahasa Melayu murid tahun 6. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 5 (2): 31-37.

Roselizam Daud, Roslan Ab Rahman & Noradilah Abdul Wahab. (2020). Sikap dan tingkah
laku guru terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think dalam proses pengajaran
pendidikan Islam di sekolah. Asian People Journal, 3(2), 24-35.

Rosnidar Mansor, Haeidatul Nashrah binti Hassan, Norazilawati Abdullah & Nik Azmah Nik
Yussuf. (2015). Keberkesanan penggunaan i-Think terhadap pencapaian dan minat
murid dalam tajuk sifat bahan, sains tahun 4. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik
Malaysia, 5(2), 98–116.

Siti Rahayah Ariffin, Roseni Ariffin, Arbaiyah Md Zin & Nik Noralhuda Nik
Mohamed. (2011). Faktor kecerdasan pelbagai dalam pembentukan profil
remaja. Malaysian journal of learning and instruction, 8(1), 183-204.

Siva Sankar A/L R Mahalingan & Mohd Isa Bin Hamzah. (Oktober, 2016). Penggunaan
kaedah inkuiri penemuan dalam kalangan guru-guru sejarah Sekolah.
Menengah. Proceeding of ICECRS, 1 (pp. 1-12). Universiti Utara Malaysia, Malaysia.

Syazana Sahari & Zamri Mahamod. (2018). Persepsi guru Bahasa Melayu sekolah rendah
daerah Sri Aman terhadap kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan
pembelajaran. International Journal of the Malay World and Civilization, 6(1), 63-78.

Tengku Fairus Raja Hassan & Zamri Mahamod. (2014). Kemahiran berfikir aras tinggi:
Persepsi dan amalan guru Bahasa Melayu semasa pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah. Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu &
Kesusasteraan Melayu Kali Ketiga, 391-398. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Yahya Othman & Azemy Othman. (2012). Keberkesanan penggunaan peta minda dalam
pengajaran dan pembelajaran karangan agumentatif di sekolah menengah Arab di
Negara Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3(9): 32-45.

875
KEBERKESANAN TEKNIK WAKLOM DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS
MURID TAHUN EMPAT

Ahmad Fadzlan bin Ahmad Fadzil


pju17_c301@ipgkbm.edu.my

Badrul Hisham bin Ghazali


badrulhisham@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan Teknik WaKLOM dalam
membina ayat tunggal peluasan predikat bagi murid tahun empat. Ayat tunggal merupakan ayat yang
mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja. Dalam sebuah karangan, sebuah ayat tunggal
dengan satu predikat sahaja tidak mencukupi untuk menghasilkan satu ayat yang gramatis. Oleh itu,
kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji sejauh mana Teknik WaKLOM iaitu akronim bagi
Watak, Kerja, Lokasi, Objek, dan Masa dalam membantu murid tahun empat meningkatkan kemahiran
membina ayat tunggal peluasan predikat. Kajian ini juga bertujuan untuk meningkatkan penguasaan
kemahiran membina ayat sebagaimana yang telah digariskan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) bagi subjek Bahasa Malayu Sekolah Kebangsaan Tahun 4. Kajian ini merupakan
kajian penyelidikan kuasi eksperimen untuk menguji intervensi Teknik WaKLOM yang berbantukan
jadual rumus bagi meningkatkan kemahiran menulis khususnya dalam membina ayat. Kajian ini juga
bertujuan untuk membantu murid dalam menggunakan bahasa yang indah dengan adanya idea yang
bernas dan dapat digunakan dalam konteks yang tepat.

Kata Kunci: Ayat Tunggal; Predikat; Pembelajaran Bahasa Melayu

ABSTRACT

This research was carried out to study the effectiveness of WaKLOM technique in constructing simple
sentences with widened predicate for year 4 pupils. A simple sentence is a sentence which consists of
one subject and one predicate only. In an essay, a simple sentence with one predicate is not enough to
produce a grammatical sentence. Therefore, this research was carried out aimed to study how does
WaKLOM technique which is the acronym for (Watak, Kerja, Lokasi, Objek & Masa), in assisting year 4
pupils to increase their skills in constructing simple sentences with widened predicate. This research
also aimed to increase the empowerment of sentence construction skills as indicated in DSKP for BM
Sekolah Kebangsaan Year 4. It is a quasi-experimental research which examines the intervention of
WaKLOM technique which is assisted by formulated tables to increase writing skills especially in
sentence construction. This research also aimed to help pupils to use aesthetic languages with
incredible ideas that can be used in a precise context.

Keyword: simple sentence, predicate, Bahasa Melayu learning

PENGENALAN
Kemahiran yang menjadi fokus dalam kajian ini ialah kemahiran menulis. Menurut Abdul
Rashid Jaiman (2012), menyatakan bahawa kemahiran menulis merupakan kemahiran asas
bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah rendah. Kemahiran ini amat penting untuk mereka
mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Oleh itu, penulisan perlulah
dilaksanakan mengikut tahap-tahapnya secara sistematis. Suhaimi Yunus (2009) pula

876
menyatakan bahawa kemahiran menulis dilihat begitu penting dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu kerana kemahiran menulis ini mesti dikuasai oleh murid-murid
untuk menduduki peperiksaan bertulis. Ejaan adalah proses memilih serta mengadun
lambang-lambang untuk melahirkan bunyi-bunyi perkataan secara lisan atau bertulis.
Disebabkan itu, dalam menulis ayat yang gramatis, seorang murid memerlukan rumus dan
teknik yang sesuai untuk memandu mereka menulis ayat dengan konteks yang betul.

PERNYATAAN MASALAH
Penguasaan kemahiran menulis ayat tunggal peluasan predikat ini sangat penting terutama
untuk murid-murid tahap dua kerana malalui penguasaan membina ayat, perkara ini akan
dapat memudahkan murid-murid untuk membina karangan bagi membuat persediaan
sebelum menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada darjah 6 kelak. Menurut
Marohani (1996), penguasaan kemahiran menulis atau mengarang merupakan kemahiran
asas yang paling penting berbanding kemahiran berbahasa yang lain.

Pada pandangan pengkaji, murid tidak dapat menguasai kemahiran membina ayat
tunggal peluasan dengan betul disebabkan oleh beberapa faktor. Salah satu faktor yang dapat
dilihat ialah murid masih keliru untuk membezakan ayat tunggal dan ayat tunggal peluasan
predikat. Selain itu, pengetahuan kosa kata seperti kata kerja juga menjadi satu kekangan
kepada diri murid dalam membina ayat yang betul. Dalam pada itu, murid juga masih tidak
tahu mengenai struktur pembinaan ayat tunggal peluasan predikat. Oleh yang demikian,
pengkaji telah mencipta kaedah rumus dan teknik yang boleh dilaksanakan untuk
meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran membina ayat tunggal peluasan predikat
dengan betul.

OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan tajuk kajian yang dinyatakan iaitu “Keberkesanan teknik Wa.K.L.O.M dalam
meningkatkan kemahiran menulis ayat tunggal peluasan predikat dalam kalangan murid tahun
4 sekolah rendah”, kajian ini dijalankan berpandukan kepada beberapa objektif kajian:

1. Mengenalpasti tahap penguasaan murid dalam menulis ayat tunggal peluasan predikat.
2. Mengkaji keberkesanan teknik Wa.K.L.O.M dalam meningkatkan kemahiran membina ayat
tunggal peluasan predikat.

PERSOALAN KAJIAN
Secara khususnya, kajian ini dibina berdasarkan persoalan kajian seperti yang berikut:

1. Adakah teknik Wa.K.L.O.M dapat membantu murid membina ayat tunggal peluasan
predikat dengan betul?

877
2. Bagaimanakah teknik Wa.K.L.O.M dapat membantu meningkatkan kemahiran murid untuk
membina ayat tunggal peluasan predikat?

METODOLOGI KAJIAN
Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian ialah kuasi-eksperimental yang memperlihatkan secara terperinci
bagaimana sesuatu kaedah berkesan. Reka bentuk kajian yang dijalankan ini adalah
berasaskan reka bentuk kuasi eksperimen yang akan melibatkan dua kumpulan murid di
sekolah rendah. Kumpulan pertama yang terdiri daripada 30 orang murid ialah kumpulan
kawalan yang diajar dengan kaedah konvensional. Mereka diberi ujian pra sebelum kajian
dilaksanakan. Manakala kumpulan kedua merupakan kmpulan eksperimen terdiri daripada 30
orang murid ialah kumpulan yang diajar dengan Teknik WaKLOM dan akan diberikan ujian pra
sebelum intervensi dijalankan serta ujian pasca selepas kajian dijalankan.

Lokasi Kajian
Kajian ini melibatkan sebuah sekolah rendah di daerah Kota Setar. Pemilihan sekolah
berdasarkan tempat yang dicadangkan oleh PPD Kota Setar. Oleh yang demikian, pengkaji
telah mendapat kebenaran dari sekolah setelah berurusan dengan JPN negeri Kedah.
Pengkaji berpendapat berdasarkan sekolah yang ditempatkan oleh PPD, kerjasama dan
sokongan dapat diberikan oleh pihak sekolah.

Responden Kajian
Kajian ini menggunakan persampelan bukan kebarangkalian iaitu teknik persampelan
bertujuan untuk menjawab objektif yang diutarakan pengkaji. Seramai 60 orang murid yang
dipilih menggunakan Teknik WaKLOM dipilih untuk menjawab borang soal selidik, iaitu terdiri
daripada murid tahun empat di sekolah daerah Kota Setar. Pemilihan murid adalah rawak
untuk menjawab borang soal selidik. Ciri murid yang diambil kira semasa proses pemilihan
subjek kajian adalah murid tahun empat tidak dikira melalui jantina, kaum, taraf pendidikan
mahupun pendapatan keluarga mereka. Jadi dalam kajian ini sampel yang digunakan adalah
seramai 60 orang berdasarkan formula saiz sampel oleh Krejcie dan Morgan (1970).

Populasi (N) Sampel (S)


60 52
65 56
70 59

878
Penganalisan Data
Pengkaji menggunakan prosedur pengumpulan data melalui ujian pra dan ujian pasca. Iaitu
instrumen yang terdiri daripada satu set kertas soalan yang telah disahkan oleh pakar. Data
dikumpulkan dan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 26 untuk mendapatkan
taburan min dan sisihan piawai. Skor min yang diperoleh untuk semua soalan dalam kajian ini
ditafsirkan menggunakan cara analisis deskriptif.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Demografi Responden
Demografi responden dalam kajian ini terbahagi kepada dua iaitu jantina dan bangsa.
Berdasarkan jadual di bawah, seramai 26 responden yang terdiri dari murid lelaki manakalah
seramai 34 responden yang terdiri daripada murid perempuan. Kemudian untuk bangsa pula,
kesemua responden berbangsa Melayu.

Kategori Jumlah (N=60) Peratus (%)


Jantina Lelaki 26 43.3
Perempuan 34 56.7
Bangsa Melayu 60 100
Bukan Melayu 0 0

Analisis Data Ujian


Analisis Min dan Sisihan Piawai Ujian Pra dan Pasca

Pada bahagian ini merupakan analisis yang diperoleh melalui ujian pra dan ujian pasca yang
telah dilaksanakan. Perbincangan dalam bab ini bertujuan untuk menjawab soalan-soalan
kajian, iaitu tahap penguasaan murid dalam kemahiran membina ayat peluasan predikat
sebelum dan selepas ujian dan tahap perbezaan antara skor penggunaan teknik WaKLOM
dengan tidak menggunakan teknik WaKLOM dalam membina ayat peluasan predikat

Jadual Min dan Sisihan Piawai


Sisihan Piawai
Kumpulan N Jenis Ujian Min (µ)
(σ)
Pra 10.67 3.231
Kawalan 30
Pasca 11.00 3.384
Pra 5.70 4.535
Rawatan 30
Pasca 8.00 4.705

Dapatan kajian menunjukkan nilai min skor ujian bagi kumpulan kawalan untuk pra
(µ=10.67) adalah lebih rendah daripada min skor pasca, (µ=11.00). Nilai sisihan piawai bagi
kumpulan kawalan untuk ujian pra ialah (σ=3.231) lebih rendah daripada ujian pasca
(σ=3.384). Hal ini bermaksud serakan data bagi min skor ujian pasca terkelompok

879
menghampiri nilai min, tetapi serakan data bagi min skor ujian pra pula terkelompok menjauhi
nilai min untuk kumpulan kawalan. Seterusnya, hasil analisis bagi kumpulan rawatan pula
menunjukkan nilai min skor bagi ujian pra ialah (µ=5.70) dan ujian pasca pula ialah (µ=8.00),
yang memperlihatkan nilai min bagi ujian pasca adalah lebih tinggi daripada ujian pra. Nilai
bagi sisihan piawai bagi ujian pra ialah (σ=4.535), iaitu lebih tinggi nilainya berbanding ujian
pasca (σ=4.705) bagi kumpulan rawatan. Dapat disimpulkan secara keseluruhannya, bahawa
jika dibandingkan antara kedua-dua kumpulan, didapati bahawa kumpulan kawalan adalah
lebih baik. Hal ini kerana, nilai min bagi ujian pasca kumpulan kawalan adalah lebih tinggi iaitu
(µ=11.00) selepas mempelajari kaedah konvensional yang telah dipelajari oleh responden,
berbanding kumpulan rawatan yang mempunyai nilai min yang rendah iaitu (µ=5.70) walaupun
telah menggunakan teknik WaKLOM. Perbezaan nilai min bagi ujian pasca antara kumpulan
kawalan dan kumpulan rawatan ialah 6.70 yang menunjukkan peningkatan pencapaian murid
yang baik bagi kedua-dua kumpulan.

Analisis Ujian Kenormalan

Kumpulan Jenis Ujian Nilai Skewness Nilai Kurtosis


Pra -1.302 2.914
Kawalan
Pasca -1.408 2.767
Pra .171 -1.420
Rawatan
Pasca -.017 -1.501

Nilai skewness dan kurtosis bagi ujian pra kumpulan kawalan ialah -1.302 dan 2.914,
manakala ujian pasca ialah -1.408 dan 2.767. Nilai skewness dan kurtosis bagi ujian pra
tersebut adalah bertaburan normal namun bagi ujian pasca pula, nilai skewness adalah
menunjukkan data yang normal tetapi nilai kurtosis adalah juga normal berdasarkan kajian
yang dibuat oleh Chua, Y.P (2011). Menurut Chua, Y.P. (2011), nilai Skewness & Kurtosis
bagi data normal yang menunjukkan data berterabur secara normal adalah dalam julat +2.0
hingga -2.0. Seterusnya, bagi kumpulan rawatan pula, nilai skewness dan kurtosis bagi ujian
pra ialah .171 dan -1.420. Hal ini bermaksud bahawa nilai skewness dan kurtotis bagi ujian
pasca kumpulan rawatan adalah menunjukkan data bertaburan normal.

Oleh itu, melihat kepada keseluruhan nilai skewness dan kurtosis daripada ujian pra
dan ujian pasca bagi kumpulan kawalan dan rawatan tersebut, dapat dilihat bahawa semua
data adalah bertaburan normal, iaitu menunjukkan nilai yang tidak melebihi nilai antara +2.0
sehingga -2.0, kecuali bagi nilai data ujian pasca kumpulan kawalan yang melebihi nilai
tersebut. Oleh hal yang demikian, hasil ujian kenormalan bagi data kajian ini adalah bertaburan
normal. Kesimpulannya, apabila data yang diperoleh memenuhi syarat taburan normal,

880
pengkaji akan menggunakan analisis parametrik iaitu ujian-T, seperti Paired Sampel T-test
dan Independent Sample T-test untuk menganalisis hipotesis dalam kajian ini.

Analisis Ujian-T

Sisihan Nilai
Min
Ujian N Piawai Signifikan t
(µ)
(σ) (2-tailed)
Kawalan 30 11.00 3.384
.012 2.680
Rawatan 30 8.00 4.705

Berdasarkan nilai t yang tertera dalam jadual di atas menunjukkan nilai 2.680 bagi
kedua-dua kumpulan tersebut. Nilai signifikan (2-tailed) bagi keseluruhan ujian pasca dalam
kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan ialah 0.012. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat
perbezaan yang signifikan antara skor ujian pasca bagi kumpulan kawalan dan kumpulan
rawatan dalam membina ayat peluasan predikat tersebut. Hal ini kerana nilai signifikan (2-
tailed) bagi keseluruhan ujian ini adalah kurang daripada 0.05, yang bermaksud (0.000 < 0.05).
Oleh itu, terdapat perbezaan skor ujian dalam dua kelas tersebut. Oleh itu, hipotesis dalam
kajian ini ditolak kerana terdapat perbezaan yang signifikan antara skor ujian pasca bagi
kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan dalam kemahiran membina ayat peluasan predikat.
Kesimpulan dapatan Ujian-T adalah seperti yang tertera dalam jadual di bawah.

KESIMPULAN
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran membina ayat peluasan predikat murid
tahun empat dengan menggunakan teknik ‘WaKLOM’ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
di sebuah sekolah dalam daerah Kota Setar, Kedah. Manakala secara khususnya pula, objektif
kajian ini ialah untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara
pencapaian murid tahun empat yang menggunakan teknik ‘WaKLOM’ dengan murid yang
tidak menggunakan teknik ‘WaKLOM’ dalam membina ayat peluasan predikat.

IMPLIKASI
Penggunaan teknik WaKLOM dalam membina ayat tunggal peluasan predikat adalah
bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menulis terutama dalam
penulisan mereka. Walaupun terdapat banyak kajian berkaitan penggunaan teknik yang
hampir sama dalam kemahiran menulis, namun teknik yang diperkenalkan ini sedikit sebanyak
memperbaiki kelompongan yang pada kajian-kajian sebelumnya. Justeru itu, subjek Bahasa
Melayu masih memerlukan kajian dan teknik yang paling sesuai untuk mengajar murid menulis
ayat tunggal peluasan predikat. Pengetahuan guru mengenai kandungan pedagogi dan bahan
pengajaran amat mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pemudahcaraan di dalam bilik
darjah.

881
Teknik WaKLOM ini boleh diaplikasikan oleh guru dalam membina ayat tunggal dalam
penulisan Bahasa Melayu sama ada di bandar mahupun di luar bandar tanpa memerlukan
peralatan berbentuk teknologi. Hal ini kerana guru boleh membina perkataan bagi setiap frasa
dalam teknik WaKLOM dengan menggunakan jadual ataupun tidak. Guru boleh memberi
contoh pada papan putih untuk ditunjukkan dan diajar kepada murid-murid agar mereka
fahami cara menggunakan teknik WaKLOM tersebut dengan betul. Oleh itu, murid dapat
membina ayat tunggal dengan lebih gramatis dengan peluasan predikat yang betul.
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sudah tentu dapat membantu
murid yang tidak menguasai ayat tunggal peluasan predikat dalam penulisan karangan
Bahasa Melayu dapat meningkatkan penguasaan mereka. Tuntasnya, perbincangan ini dapat
membuktikan bahawa kajian ini berupaya mengisi kelompongan dalam aspek praktikal.
Pengkaji telah memilih Teori Huraian Bahasa yang terdiri dari Teori Transformasi Generatif
yang dipelopori oleh Noam Chomsky kerana teori ini sangat hampir dengan kemahiran yang
difokuskan. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa mudah bagi guru untuk melihat
penggunaan teknik dalam membina ayat tunggal peluasan predikat berdasarkan teori
Transformasi Generatif tersebut. Penyelidikan empirikal adalah sejenis penyelidikan yang
dilakukan melalui pengalaman, pemerhatian pemerhatian langsung atau eksperimen (Cheah
dan Hasny, 1998). Tanpa prinsip asas ini, penyelidikan mungkin tidak dikelaskan sebagai
kajian empirikal. Bukti penyelidikan empirikal mungkin bersifat kuantitatif atau kualitatif yang
bermakna bahawa data yang dihasilkan melalui pemerhatian atau eksperimen. Terdapat
beberapa kajian yang mengenal pasti keberkesanan sesuatu teknik dalam penulisan sama
ada dalam Bahasa Melayu mahupun dalam bahasa Inggeris. Antaranya ialah seperti Saiful
Anwar (2010) yang telah menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dan menggunakan tiga
jenis instrumen pengumpulan data, iaitu ujian, pemerhatian dan temu bual. Kajian beliau
adalah berkaitan kaedah Rajah Tukar Ganti (RTG) dalam meningkatkan kemahiran membina
ayat tunggal dalam Bahasa Melayu. Oleh itu, kajian “Keberkesanan teknik WaKLOM dalam
meningkatkan kemahiran menulis” yang telah dijalankan ini dapat mengisi kelompongan
dalam aspek tersebut. Selain itu, tidak terdapat banyak kajian yang melihat penggunaan teknik
dalam membina ayat tunggal. Berdasarkan perbincangan ini dapat dinyatakan bahawa kajian
ini boleh dijadikan sebagai panduan dalam aspek analisis kajian tersebut.

CADANGAN
Cadangan-cadangan ini juga boleh diguna pakai oleh pengkaji-pengkaji lain yang berhasrat
menjalankan kajian dalam bidang yang sama pada masa hadapan agar lebih efisien dan dapat
diguna pakai untuk semua golongan pendidik. Penyelidik seterusnya boleh menghasilkan
teknik WaKLOM dalam bentuk nyanyian. Realitinya pada masa kini, golongan murid yang
dikategorikan sebagai kanak-kanak suka akan nyanyian lagu-lagu yang menyeronokkan. Oleh

882
yang demikian, bagi memudahkan pembelajaran dilaksanakan dengan lebih menarik, pengkaji
seterusnya boleh mengaplikasikan teknik nyanyian dalam mempelajari teknik WaKLOM agar
lebih mudah untuk diingati. Kemudian, penyediaan tapak pembelajaran yang bersifat interaktif
(TMK). Pelaksanaan PdPc di dalam bilik darjah perlulah seiring dengan kecanggihan bahan
bantu mengajar yang digunakan serta sikap guru yang kreatif dan inovatif. Mengikut peredaran
masa kini, murid akan lebih tertarik apabila guru menggunakan bahan bantu mengajar
berlandaskan komputer (Adenan Ayob, Khairuddin Mohamad, 2012). Oleh itu sebagai
pengkaji, saya mencadangkan agar pengkaji lain untuk mencipta satu tapak pembelajaran
dengan menggunakan teknik WaKLOM. Banyak kelebihan dengan adanya penggunaan
bahan bantu mengajar berteraskan TMK, antaranya guru dan murid dapat memahami dan
menggunakan teknik WaKLOM dengan lebih baik dan berkesan disamping dapat
memudahkan murid. Dengan adanya tapak pembelajaran untuk teknik WaKLOM lebih mudah
untuk diaplikasikan serta secara tidak langsung juga dapat dimuat naik ke dalam laman
sesawang sehinggakan sesiapa sahaja yang hendak menggunakan teknik WaKLOM ini dalam
pdpc menjadi lebih mudah.

RUJUKAN
Abdul Rashid Jaiman. (2012). Guru dan Bahasa Melayu. Media Printext (M) Sdn. Bhd.
Adenan Ayob, Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Selangor:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Cheah dan Hasny. (1998). Penyelidikan Pendidikan Pendekatan Kualitatif dan Kuantitatif.
Chua. (2010). Kaedah Penyelidikan. Universiti Malaya.
Chua. (2011). Asas Statistik Penyelidikan. Universiti Malaya.
Fuad Mat Hassan & Zaitul Azma. (2011). Bahasa dan Pemikiran dalam Bahasa Melayu.
Krejcie, R. V. et. al. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and
Psychological Measurement, 30(1): 607-610.
Lee Keck Cheong, Zakri Abdullah, Chua Lay Nee. (2018). Penyelidikan dalam Pendidikan.
Oxford Fajar.
Marohani. (1996). Perkembangan Kanak-kanak. Utusan Publication & Distributors.
Saiful Anwar Mustaffa. (2010). Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Tunggal dengan
Menggunakan Rajah Tukar Ganti dalam Kalangan Murid Bermasalah Pembelajaran
Tahun 4 Kenanga. Buku Koleksi Artikel Tindakan Seminar Penyelidikan Tindakan
Tahun 2010.
Suhaimi Yunus. (2009). Projek Master Sains. Permasalahan Pembelajaran Penulisan Bahasa
Melayu dalam kalangan Murid Orang Asli.

883
PENGAPLIKASIAN BAHAN MULTIMEDIA INTERAKTIF OLEH GURU BAHASA MELAYU
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Farah Nurliyana binti Rosli


pju17_c804@ipgkbm.edu.my

Wan Norlidza binti Wan Mohd Zain PhD


wannorlidza@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji persepsi dan tahap kemahiran guru bahasa Melayu dalam
mengaplikasikan bahan multimedia interaktif. Kajian ini juga mengenal pasti masalah yang dihadapi
oleh guru dalam mengaplikasikan bahan multimedia interaktif dalam PdP bahasa Melayu. Reka bentuk
kajian adalah kaedah penyelidikan tinjauan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 30
item. Sampel kajian terdiri daripada 76 orang guru bahasa Melayu sekolah rendah di Cheras, Kuala
Lumpur. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif, melibatkan analisis skor min
dan sisihan piawai. Hasil dapatan menemukan persepsi guru terhadap pengaplikasian bahan
multimedia interaktif berada pada tahap yang tinggi (µ = 4.15). Namun, tahap kemahiran guru bahasa
Melayu dalam mengaplikasikan bahan multimedia interaktif berada pada tahap sederhana (µ = 3.27).
Masalah guru dalam mengaplikasikan bahan multimedia interaktif juga berada pada tahap sederhana
(µ = 3.26). Justeru, guru-guru disarankan untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran berkaitan teknologi
supaya dapat mengaplikasikannya dalam bilik darjah. Pihak berkepentingan juga perlu membantu guru
untuk mengatasi masalah yang berlaku.

Kata kunci: bahan multimedia interaktif, persepsi, tahap kemahiran, masalah, guru bahasa Melayu

ABSTRACT
This study aims to identify the Malay Language teachers’ perspective and skills in applying interactive
multimedia. The study also identify the problems faced by these teachers in conducting interactive
multimedia. This survey study used a set of 30 items questionnaire. The sample comprised of 76 Malay
Language teachers of primary schools teaching in Cheras, Kuala Lumpur. Collected data was analyzed
in descriptive form of mean and standard deviation. Findings shows that the teachers’ perception level
on interactive multimedia are high (µ = 4.15). However, their skills in applying language games were
moderate (µ = 3.27). The problems that had been faced by the teachers were moderate too (µ = 3.26).
Therefore, teachers are advised to increase their knowledge and pedagogy skills especially in applying
interactive multimedia. The stakeholders should also take part in assisting the teachers to overcome the
stated problems.
Keywords: perspective, teacher’s skill, problems, Malay Language teachers, interactive multimedia

PENGENALAN
Pendidikan merupakan salah satu agenda utama dalam perancangan pembangunan negara.
Buktinya, saban tahun bidang pendidikan mendapat peruntukan terbesar dalam
pembentangan Bajet Tahunan Malaysia (Akhmal Annas Hasmori et al., 2011). Dunia
pendidikan hari ini pesat membangun seiring dengan perkembangan arus permodenan global
yang memerlukan guru dan murid bekerjasama dalam memajukan bidang pendidikan negara

884
kita. Oleh itu, pengurusan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang sistematik
menjadi kunci utama dalam proses kemenjadian murid di sekolah.

Sejajar dengan itu, dalam era teknologi pada masa kini, guru sewajarnya menjalankan
tanggungjawab mereka sebagai pendidik dengan mendidik murid sebaiknya supaya murid
dapat menguasai pembelajaran yang diajar oleh guru. Tambahan pula, pendidikan abad ke-
21 (PAK21) amat mementingkan elemen Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) sebagai
suatu BBM dalam PdP. Oleh hal yang demikian, setiap guru bahasa Melayu sewajarnya
memahami dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar atau pedagogi terkini yang
melibatkan kaedah, pendekatan, teknik dan strategi pengajaran bahasa Melayu (Zamri
Mahamod, 2011) kerana setiap keberhasilan dan kejayaan proses PdP bergantung kepada
cara guru mengajar.
Dalam kajian ini, perbincangan akan lebih menjurus kepada pengaplikasian bahan
multimedia interaktif dalam PdP bahasa Melayu. Penggunaan BBM berteknologi yang menarik
akan mewujudkan suasana pembelajaran yang menggembirakan (Abdul Rasid dan Hasmah
Ismail, 2013). Hal ini demikian kerana pembelajaran murid-murid akan lebih berkesan dengan
adanya bahan yang menarik. Kajian Arsat & Hasnisham (2011) juga menyatakan bahawa
penggunaan multimedia juga dapat memberikan keyakinan dan keseronokan semasa
menjalankan proses PdP. Oleh itu, guru perlu menghasilkan pelbagai bahan yang sesuai dan
menarik serta dapat menjana idea bernas untuk menentukan aktiviti yang lebih kreatif di dalam
proses PdP (Shaharom Noordin dan Nur Faizah, 2010).

Sehubungan itu, penggunaan BBM khususnya berasaskan teknologi memerlukan


kesediaan guru dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap mereka supaya penggunaan
bahan dan pengendalian alat teknologi dalam PdP dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkualiti. Pengendalian bahan bergantung kepada kepakaran atau kemahiran guru dalam
menggunakan bahan tersebut. Guru juga perlu mempunyai sikap yang positif serta
mempersiapkan diri terhadap penyediaan serta penggunaan BBM dalam PdP di sekolah
supaya proses PdP dapat berjalan lancar dan tidak terganggu. Ironinya, penggunaan BBM
yang sesuai dan tepat mampu merangsang murid untuk mengetahui konsep bahasa dengan
lebih mendalam seterusnya menjadikan PdP bahasa Melayu menjadi lebih menarik dan
berkesan.

PERNYATAAN MASALAH
Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah yang sering
dianggap sebagai mata pelajaran yang membosankan dan tidak mencabar. Hal ini kerana sesi
PdP bagi mata pelajaran Bahasa Melayu biasanya diajar menggunakan kaedah tradisional
seperti “chalk and talk” dan “test and drill” menyebabkan murid menjadi bosan dan lesu

885
semasa belajar (Mohammad Rusdi, 2017). Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian Che Mohd
Noor dan Ahmad (2015) yang mendapati bahawa masih terdapat guru-guru yang
menggunakan kaedah dan teknik membaca buku teks semata-mata dalam pengajarannya
menyebabkan murid kurang minat untuk aktif di dalam bilik darjah. Oleh itu, penggunaan BBM
sangat penting kerana mampu merangsang murid untuk menumpukan fokus dan perhatian
kepada pengajaran guru (Siti Fatimah dan Ab Halim, 2010).
Walau bagaimanapun, kajian Abdul Rasid dan Hasmah (2013) menyatakan bahawa
penggunaan BBM berteknologi dalam kalangan guru bahasa Melayu berada pada tahap
sederhana walaupun mempunyai persepsi yang tinggi terhadap penggunaan BBM
berteknologi. Pernyataan ini disokong oleh Mohd Yasin et al. (2013) yang menyatakan bahawa
BBM guru masih lagi tidak mencukupi terutama yang melibatkan teknologi yang terkini. Hal ini
kerana guru kurang mahir dalam mengintegrasikan bahan daripada portal dalam pengajaran
walaupun guru ini pernah menyertai kursus TMK dalam pendidikan sekolah dan tidak kreatif
dalam memilih, menyunting serta membina semula bahan pengajaran daripada bahan-bahan
yang sedia ada (Mohamed Noh et al., 2013). Bukan itu sahaja, kajian mendapati bahawa
terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan guru dalam memilih BBM iaitu
sikap, kemahiran, latihan, pentadbiran dan kemudahan peralatan itu sendiri (Abd Rahman,
2006).
Justeru, berdasarkan kepada permasalahan yang telah dinyatakan, satu kajian akan
dijalankan bagi mengkaji tahap pengaplikasian bahan multimedia interaktif oleh guru bahasa
Melayu dalam PdP bahasa Melayu. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji secara lebih
mendalam dan terperinci tentang persepsi guru terhadap pengaplikasian bahan multimedia
interaktif, tahap kemahiran guru mengaplikasikan bahan multimedia interaktif dan masalah
pengaplikasian bahan multimedia interaktif dalam PdP bahasa Melayu yang dihadapi oleh
guru bahasa Melayu di sekolah rendah.

OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan tujuan tersebut, kajian ini cuba untuk mencapai tiga objektif berikut:
1. Mengenal pasti persepsi guru bahasa Melayu terhadap pengaplikasian bahan
multimedia interaktif dalam PdP bahasa Melayu
2. Mengenal pasti tahap kemahiran guru bahasa Melayu mengaplikasikan bahan
multimedia interaktif dalam PdP bahasa Melayu.
3. Mengenal pasti masalah pengaplikasian bahan multimedia interaktif dalam PdP
bahasa Melayu yang dihadapi oleh guru bahasa Melayu.

886
SOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian tersebut, kajian ini telah membina tiga soalan kajian. Ketiga-tiga
soalan kajian adalah seperti yang berikut:
1. Apakah persepsi guru bahasa Melayu terhadap pengaplikasian bahan multimedia
interaktif dalam PdP bahasa Melayu?
2. Apakah tahap kemahiran guru bahasa Melayu mengaplikasikan bahan multimedia
interaktif dalam PdP bahasa Melayu?
3. Apakah masalah pengaplikasian bahan multimedia interaktif dalam PdP bahasa
Melayu yang dihadapi oleh guru bahasa Melayu?

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kajian tinjauan. Chua
Yan Piaw (2012) menyatakan bahawa kajian tinjauan adalah satu kaedah untuk mendapatkan
maklumat dan menggunakan soalan yang sama untuk setiap individu dan bilangan yang besar
iaitu populasi. Hal ini disokong oleh Khairuddin, Ibrahim dan Zaridah (2018) yang menyatakan
bahawa penyelidikan kuantitatif berkaitan dengan nombor dan statistik amat sesuai digunakan
untuk mengkaji sampel yang bersaiz besar. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bagi
mengenal pasti tahap pengaplikasian bahan multimedia interaktif dalam kalangan guru bahasa
Melayu sekolah rendah secara kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik.
Dalam kajian ini, persepsi guru bahasa Melayu terhadap pengaplikasian bahan
multimedia interaktif, tahap kemahiran guru bahasa Melayu dalam mengaplikasikan bahan
multimedia interaktif dan masalah yang dihadapi oleg guru bahasa Melayu dalam
mengaplikasikan bahan multimedia interaktif ditinjau melalui soal selidik. Soal selidik
digunakan sebagai instrumen untuk mengumpulkan data dalam kajian ini. Mohd Najib (1999)
menyatakan bahawa penggunaan soal selidik adalah kaedah yang paling popular dalam
kalangan penyelidik. Soal selidik juga lebih praktikal dan berkesan untuk digunakan dalam
populasi yang besar, bahkan ia sesuai digunakan bagi mengukur faktor-faktor yang terbatas
skopnya (Fraenkel dan Wallen, 1996).
Soal selidik yang digunakan telah diadaptasi dan disahkan oleh pakar bidang, bahasa
dan metodologi. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini mengandungi 40 item yang
dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian A ialah profil responden bagi mendapatkan
maklumat seperti jantina, bangsa, umur, gred jawatan, kelulusan akademik, pengalaman
mengajar, opsyen, kelas yang diajar, kursus dan waktu mengajar. Bahagian B mengandungi
10 item soalan tentang persepsi guru bahasa Melayu terhadap kelebihan pengaplikasian
bahan multimedia interaktif dalam PdP manakala Bahagian C mengandungi 10 item yang
meninjau tahap kemahiran guru bahasa Melayu dalam mengaplikasikan bahan multimedia
interaktif. Bahagian D pula mengandungi 10 item untuk meninjau masalah yang dihadapi oleh

887
guru bahasa Melayu untuk mengaplikasikan bahan multimedia interaktif dalam PdP.
Instrumen soal selidik dalam kajian ini diuji melalui kajian rintis kepada 30 orang
responden. Hasil analisis data kajian rintis mendapati bahawa nilai kebolehpercayaan Alpha
Cronbach bagi soal selidik ialah 0.84 yang bermaksud kebolehpercayaan yang sangat tinggi.
Dalam kajian ini, soal selidik telah dijawab oleh 76 orang guru di 12 buah sekolah rendah
sekitar Cheras, Kuala Lumpur. Akhirnya, data soal selidik dianalisis secara deskriptif iaitu
melihat kepada skor min dan sisihan piawai.

Jadual 1
Interpretasi Skor Min

Skor Min Interprestasi Skor Min


1.00 hingga 2.33 Rendah (Kurang setuju/ kurang membantu/ kurang mahir/
kurang memenuhi/ tidak pasti/ kadang-kadang/
tiada/ sebahagian kecil)
2.34 hingga 3.66 Sederhana (Setuju/ membantu/ mahir/ memenuhi/ separuh)
3.67 hingga 5.00 Tinggi (Sangat setuju/ sangat membantu/ sangat mahir/
sangat memenuhi/ sangat selalu/ semua/
sebahagian besar)
Sumber: Jamil et al., 2014

Dalam kajian ini, persepsi, tahap kemahiran guru dan masalah dikategorikan kepada
tiga tahap iaitu skor min 1.00 hingga 2.33 menunjukkan tahap yang rendah, skor min 2.34
hingga 3.66 menunjukkan tahap sederhana manakala skor min 3.67 hingga 5.00 menunjukkan
tahap tinggi.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini menjawab kepada tiga soalan kajian iaitu berkaitan persepsi guru, tahap
kemahiran guru dan masalah yang dihadapi dalam pengaplikasian bahan multimedia interaktif.

Jadual 2
Analisis Item Persepsi Guru Bahasa Melayu terhadap Pengaplikasian Bahan Multimedia
Interaktif dalam PdP bahasa Melayu.

Bil Item Min (µ) Sisihan Tahap


Piawai
B1 Saya berpendapat bahawa kefahaman murid 4.25 0.569 Tinggi
tentang sesuatu topik dapat ditingkatkan
B2 Saya berpendapat bahawa minat murid 4.32 0.571 Tinggi
terhadap aktiviti PdP dapat ditingkatkan
B3 Saya berpendapat bahawa penglibatan murid 4.33 0.575 Tinggi
dalam aktiviti PdP dapat ditingkatkan

888
B4 Saya berpendapat bahawa perasaan ingin 4.45 0.526 Tinggi
tahu murid dapat dipupuk
B5 Saya berpendapat bahawa suasana PdP 4.53 0.577 Tinggi
yang menyeronokkan dapat diwujudkan
B6 Saya berpendapat bahawa pengaplikasian 4.38 0.565 Tinggi
bahan multimedia interaktif dapat membantu
murid mengaitkan tajuk pelajaran dengan
situasi sebenar
B7 Saya berpendapat bahawa pengaplikasian 4.07 0.736 Tinggi
bahan multimedia interaktif dapat mengawal
tingkah laku murid semasa PdP
B8 Saya berpendapat bahawa pengaplikasian 4.16 0.674 Tinggi
bahan multimedia interaktif dapat menjadikan
proses PdP berjalan lancar
B9 Saya berpendapat bahawa pengaplikasian 3.21 1.099 Sederhana
bahan multimedia interaktif akan memakan
masa PdP dan tidak efektif
B10 Saya berpendapat bahawa pengaplikasian 3.75 0.968 Tinggi
bahan multimedia interaktif dapat
menjimatkan masa guru untuk menyediakan
bahan
Skor Min Keseluruhan 4.15 0.686 Tinggi

Dapatan kajain berdasarkan Jadual 2 menunjukkan skor min persepsi guru bahasa
Melayu terhadap pengaplikasian bahan multimedia interaktif dalam PdP bahasa Melayu
secara keseluruhan iaitu 4.15 yang menunjukkan responden mempunyai persepsi yang
sangat baik terhadap kelebihan pengaplikasian bahan multimedia interaktif. Nilai sisihan
piawai (SP) ialah 0.686 menunjukkan bahawa set data dalam kajian ini sedikit terserak
daripada pusat ukuran. Skor min paling tinggi iaitu 4.53 bagi item 5 menunjukkan responden
sangat bersetuju bahawa suasana PdP yang menyeronokkan dapat diwujudkan sekiranya
guru mengaplikasikan bahan multimedia interaktif dalam PdP. Skor min paling rendah pula
ialah 3.21 iaitu guru berpendapat bahawa pengaplikasian bahan multimedia interaktif akan
memakan masa PdP dan tidak efektif.

Jadual 3
Analisis Item Tahap Kemahiran Guru Bahasa Melayu dalam Pengaplikasian Bahan Multimedia
Interaktif dalam PdP bahasa Melayu

Bil Item Min (µ) Sisihan Tahap


Piawai
C1 Saya mahir menyediakan bahan bantu 3.47 0.663 Sederhana
mengajar berasaskan bahan multimedia
interaktif
C2 Saya mahir menggunakan bahan multimedia 3.42 0.698 Sederhana
interaktif dalam bilik darjah

889
C3 Saya mahir mencari pelbagai bahan 3.82 0.687 Tinggi
pengajaran daripada sumber internet
C4 Saya mahir menggunakan pelbagai aplikasi 3.38 0.653 Sederhana
permainan bahasa dalam PdP
C5 Saya boleh membina laman web 2.83 0.900 Sederhana
pembelajaran sebagai bahan bantu mengajar
C6 Saya kerap menggunakan powerpoint dalam 3.16 0.981 Sederhana
bilik darjah
C7 Saya sering memainkan video berkaitan tajuk 3.46 0.958 Sederhana
sebagai set induksi
C8 Saya menggunakan CD pembelajaran 2.70 0.952 Sederhana
interaktif dalam PdP
C9 Saya boleh mengintegrasikan pelbagai 3.42 0.942 Sederhana
penggunaan bahan multimedia dalam PdP
(komputer, LCD projektor, pembesar suara)
C10 Saya boleh menyelesaikan sendiri masalah 3.04 1.038 Sederhana
teknikal sekiranya berlaku
Skor Min Keseluruhan 3.27 0.847 Sederhana

Berdasarkan Jadual 3, skor min bagi konstruk ini ialah 3.27 yang menunjukkan guru-
guru bahasa Melayu sekolah rendah di Cheras, Kuala Lumpur memiliki kemahiran yang
sederhana dalam mengaplikasikan bahan multimedia interaktif dalam PdP bahasa Melayu.
Nilai sisihan piawai (SP) 0.847 menunjukkan set data bagi konstruk ini sedikit terserak
daripada pusat ukuran. Skor min paling tinggi ialah 3.82 iaitu item 2 yang menunjukkan guru
mahir menggunakan bahan multimedia interaktif dalam bilik darjah. Skor min paling rendah
pula ialah 2.70 bagi item 8 yang menunjukkan guru kurang mahir menggunakan CD
pembelajaran interaktif dalam PdP.

Jadual 4
Analisis Item Masalah yang Dihadapi oleh Guru Bahasa Melayu dalam Mengaplikasikan
Bahan Multimedia Interaktif dalam PdP bahasa Melayu.

Bil Item Min (µ) Sisihan Tahap


Piawai
D1 Saya tidak mempunyai masa yang cukup 3.50 0.872 Sederhana
untuk menyediakan bahan multimedia
interaktif
D2 Saya tidak diberikan pendedahan tentang 3.25 0.995 Sederhana
cara menggunakan bahan multimedia
interaktif
D3 Saya kurang pengalaman dan kepakaran 3.41 1.048 Sederhana
untuk mengendalikan bahan multimedia
interaktif
D4 Saya kurang motivasi dan pengetahuan yang 3.09 1.048 Sederhana
mendalam tentang pengaplikasian bahan
multimedia interaktif

890
D5 Saya tidak berminat dan berasa susah untuk 2.61 1.021 Sederhana
menggunakan bahan multimedia interaktif
D6 Saya tidak mendapat akses rangkaian 2.87 1.300 Sederhana
internet yang mencukupi di sekolah
D7 Saya tidak mempunyai kemudahan peralatan 3.20 1.211 Sederhana
di sekolah seperti pemancar LCD dan
pembesar suara
D8 Saya mengalami kekangan prosedur 3.28 1.053 Sederhana
penggunaan bilik-bilik khas di sekolah yang
rumit
D9 Saya mempunyai banyak beban tugas yang 3.55 0.999 Sederhana
perlu diselesaikan
D10 Saya perlu menghabiskan silibus pengajaran 3.88 0.799 Tinggi
yang banyak mengikut Rancangan
Pengajaran Tahunan (RPT)
Skor Min Keseluruhan 3.26 1.035 Sederhana

Berdasarkan Jadual 4, secara keseluruhannya, skor min bagi konstruk masalah yang
dihadapi oleh guru bahasa Melayu dalam mengaplikasikan bahan multimedia interaktif ialah
3.26 iaitu berada pada tahap sederhana. Nilai sisihan piawai 1.035 menunjukkan set data agak
terserak daripada pusat ukuran. Nilai skor min paling tinggi ialah 3.88 iaitu item 10
menunjukkan bahawa guru perlu menghabiskan silibus pengajaran yang banyak mengikut
Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) sehingga tidak dapat menyediakan dan
menggunakan bahan multimedia interaktif sebagai BBM dalam bilik darjah. Masalah lain yang
dihadapi termasuklah item 9 iaitu guru mempunyai banyak beban tugas yang perlu
diselesaikan (µ = 3.55) dan item 1 iaitu guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk
menyediakan bahan multimedia interaktif (µ = 3.50). Guru juga menghadapi masalah berkaitan
akses internet, kekurangan kemudahan peralatan dan tidak mempunyai kemahiran untuk
menggunakannya. Skor min paling rendah pula ialah 2.61 bagi item 6 menunjukkan guru
kurang bersetuju bahawa mereka tidak berminat dan berasa susah untuk menggunakan
bahan multimedia interaktif.
Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru bahasa Melayu di 12 buah
sekolah di Cheras, Kuala Lumpur mempunyai persepsi yang sangat baik terhadap
pengaplikasian bahan multimedia interaktif dalam PdP bahasa Melayu. Kajian ini juga
mendapati bahawa guru-guru tersebut mempunyai tahap kemahiran mengaplikasikan bahan
multimedia interaktif yang sederhana dan menghadapi beberapa masalah dalam
mengaplikasikannya. Dalam kajian ini, masalah turut dibincangkan dan menjadi cadangan
pengkaji dalam usaha meningkatkan tahap kemahiran guru dalam mengaplikasikan bahan
multimedia interaktif.

891
KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Dapatan kajian ini menunjukkan guru bahasa Melayu sekolah rendah di kawasan kajian
mempunyai persepsi yang sangat baik terhadap pengaplikasian bahan multimedia interaktif
dalam PdP bahasa Melayu. Dapatan kajian ini disokong oleh beberapa dapatan kajian lain
yang turut menyatakan hal yang sama.
Antaranya, kajian Siti Aminah dan Fazlinda (2019) menunjukkan bahawa guru-guru di
lima buah sekolah menengah zon Benut mempunyai persepsi yang sangat tinggi terhadap
penggunaan BBM berasaskan multimedia dalam PdP teknik dan vokasional. Selain itu, kajian
ini turut disokong oleh dapatan kajian Siti Fatimah dan Ab Halim (2010) juga menunjukkan
bahawa persepsi terhadap penggunaan BBM berasaskan multimedia dalam pengajaran guru
j-QAF di bandar dan luar bandar di negeri Sarawak berada pada tahap tinggi.
Seterusnya, , dapatan kajian oleh Nor Fadila dan Chiew Kai Wan (2013) menunjukkan
bahawa kesemua konstruk dalam kajian untuk mengenal pasti persepsi guru terhadap
penggunaan perisian multimedia dalam proses PdP mata pelajaran Kemahiran Hidup di
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) adalah tinggi. Dapatan kajian Khodijah, Siti Zaharah
dan Roslinda (2018) juga menunjukkan bahawa tahap persepsi guru terhadap penggunaan
teknologi maklumat dalam PdP adalah berada pada tahap tinggi dengan nilai min keseluruhan
4.19 dan sisihan piawai 0.34.
Bukan itu sahaja, dapatan kajian ini memperlihatkan tahap kemahiran guru bahasa
Melayu dalam mengaplikasikan bahan multimedia interaktif berada pada tahap sederhana.
Dapatan yang sama turut dilihat dalam beberapa kajian lepas seperti dapatan kajian yang
telah dijalankan oleh Suzlina dan Jamaludin (2016) mendapati bahawa tahap kemahiran guru
bahasa Melayu terhadap penggunaan internet adalah pada tahap yang sederhana iaitu
dengan jumlah min sebanyak 3.49 dan sisihan piawai adalah 0.874. Hasil kajian Abdul Rasid
dan Hasmah (2013) juga menyatakan bahawa penggunaan BBM berteknologi dalam kalangan
guru bahasa Melayu berada pada tahap sederhana walaupun mempunyai persepsi yang tinggi
terhadap penggunaan BBM berteknologi.

Dapatan kajian ini menunjukkan guru bahasa Melayu di sekolah rendah dalam
kawasan kajian menghadapi beberapa masalah dalam mengaplikasikan bahan multimedia
interaktif. Masalah-masalah tersebut ialah guru mempunyai masa yang terhad, beban tugas
guru banyak, kurang akses internet, tidak mempunyai kepakaran dan sebagainya. Dapatan
kajian ini disokong oleh Sumilah (2012) menunjukkan bahawa terdapat empat faktor
penghalang kepada penggunaan media pendidikan dalam kalangan guru iaitu beban tugas,
kekurangan pendedahan dan kemahiran menggunakan media, kekurangan kemudahan fizikal
dan infrastruktur serta kekurangan peralatan media pendidikan. Kajian Muhammad Shariff
(2012) juga mendapati bahawa 100% responden menyatakan kekangan dalam penggunaan

892
media pembelajaran di sekolah adalah kerana fasiliti media tidak mencukupi, kekurangan
masa dan sumber kewangan tidak mencukupi untuk membeli bahan media.

Implikasinya, kajian ini berupaya membolehkan guru-guru bahasa Melayu membuat


refleksi terhadap strategi dan kaedah pengajaran menggunakan BBM berasaskan multimedia.
Tambahan pula, kajian ini memberi fokus kepada kemahiran guru bahasa Melayu dan
masalah dalam mengaplikasikan bahan multimedia interaktif yang dapat mengisi
kelompongan kajian-kajian lepas yang berkaitan keberkesanan penggunaan BBM semata-
mata. Di samping itu, kajian yang menganalisis kemahiran guru dalam mengaplikasikan bahan
multimedia interaktif juga tidak banyak dijalankan. Kebanyakan kajian tinjauan yang dijalankan
menggunakan sampel murid untuk melihat keberkesanan penggunaan BBM dalam PdP.
Sehubungan itu, kajian ini telah mengisi kelompongan tersebut dengan mengkaji secara lebih
lanjut tentang kemahiran yang dimiliki oleh guru dalam mengaplikasikan bahan multimedia
interaktif dalam PdP bahasa Melayu.

Sebagai cadangan kajian lanjutan, pengkaji akan datang boleh mengkaji kajian yang
sama menggunakan kaedah kualitatif supaya hasil dapatan kajian lebih jelas, lengkap dan
tepat (Creswell, 2014). Bukan itu sahaja, kajian lanjutan juga boleh dijalankan di sekolah-
sekolah jenis kebangsaan (SJK) untuk mengenal pasti prinsip dan amalan terbaik dalam
pengaplikasian bahan multimedia interaktif sebagai BBM . Kajian ini juga boleh diteruskan
dengan meninjau tahap pengaplikasian bahan multimedia interaktif sebagai BBM dalam PdP
dalam kalangan guru-guru mata pelajaran lain seperti bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan
sebagainya untuk menilai sejauh mana tahap pengaplikasian bahan digital dalam PdP mata
pelajaran lain.

Kesimpulannya, persepsi guru terhadap pengaplikasian bahan multimedia interaktif


berada pada tahap yang tinggi manakala tahap kemahiran guru mengaplikasikan bahan
multimedia interaktif berada pada tahap sederhana. Guru juga menghadapi beberapa masalah
untuk mengaplikasikan bahan multimedia interaktif dalam PdP bahasa Melayu. Dapatan kajian
ini dilihat sebagai nilai tambah dalam bidang pedagogi strategi pengajaran bahasa Melayu.
Hal ini demikian kerana kajian-kajian lepas lebih melihat kepada keberkesanan penggunaan
BBM semata-mata dan lebih berfokuskan kepada murid. Tambahan pula, masih kurang kajian
tentang kemahiran guru mengaplikasikan bahan multimedia interaktif khususnya dalam mata
pelajaran bahasa Melayu. Tuntasnya, guru-guru seharusnya bersedia dalam melaksanakan
dan mengaplikasikan bahan multimedia interaktif dalam PdP merentasi kurikulum.
Berdasarkan dapatan kajian ini, guru-guru dan pihak berkepentingan yang lain disarankan
untuk meningkatkan kemahiran guru dalam mengaplikasikan bahan multimedia interaktif
sebagai BBM dalam PdP bahasa Melayu.

893
RUJUKAN
Abdul Rahman Daud. (2006). Penyelidikan pendidikan. Penerbit Universiti Teknologi
Malaysia.
Abdul Rasid Jamian, & Hasmah Ismail. (2013). Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 3(2), 49-63.
Akhmal Annas Hasmori, Hussin Sarju, Ismail Sabri Norihan, Rohana Hamzah, & Muhammad
Sukri Saud. (2011). Pendidikan, Kurikulum dan masyarakat : Satu integrasi. Journal
of Edupres, 1, 350-356.
Che Mohd Noor, C.M.S.Z & Ahmad, A.R. (2015). Kreativiti guru dalam meningkatkan
kefahaman dan penghayatan sejarah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Chua Yan Piaw. (2012). Asas statistik penyelidikan analisis data skala likert. Edisi Kedua.
McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn Bhd.
Creswell, J. W. (2014). Research design: Qualitative, quantitative and mixed methods
approaches. Sage.
Fraenkel, J. R., & Wallen, N.E. 1996. How to Design and Evaluate Research. Mc.Graw-Hill
Inc.
Jamil Abd Baser, Nurul Syahada Mohd Suhaimi, Hisyamuddin Othman, Azman Hassan,
Mohd Bekri Rahim, & Mohd Faizal Nur Yunus. (2014). Standard guru Malaysia dalam
program persediaan guru reka bentuk dan teknologi. Online Journal for TVET
Practioners, 2(2).
Khairuddin Mohamad, Ibrahim Yusof, & Zaridah Ramli. (2018). Penyelidikan dalam
pendidikan bahasa Melayu: Siri pendidikan guru. Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Khodijah Abdul Rahman., Siti Zaharah Mohid. Roslinda Ramli. (2018). Kesediaan guru
menggunakan teknologi multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah
rendah agama di Selangor. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Proceeding of IC-ITS 2018 e-ISBN:978-967-2122-64-74th International Conference
on Information Technology & Society.
Mahyuddin Arsat, & Hasnisham Khalip. (2011). Penggunaan perisian multimedia dalam
pengajaran guru-guru teknikal. Tesis Ijazah Sarjana Muda. Universiti Teknologi
Malaysia.
Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan pendidikan. Penerbitan Universiti
Teknologi Malaysia.
Mohamed Noh, N., Ahmad Mustafa, H.M., Hamzah, M., Ismail, M.A& Abdullah, N. (2013).
Penggunaan inovasi teknologi dalam pengajaran: Cabaran guru dalam e-
pembelajaran. Proceedings of the 8th International Malaysian Educational
Technology Convention (IMETC 2013).
Mohammad Rusdi Ab Majid. (2017). Pengetahuan teknologi pedagogi kandungan dan
kreativiti pengajaran dalam kalangan guru bahasa Arab di Malaysia. Tesis PhD.
Universiti Malaya.
Mohd Hanafi Mohd Yasin, Hasnah Toran, Mohd Mokhtar Tahar, Safani Bari, Siti Nur Nadirah
Ibrahim, & Rozniza Zaharudin. (2013). Bilik darjah pendidikan khas pada masa kini
dan kekangannya terhadap proses pengajaran. Asia Pacific Journal of Educators
and Education, 28, 1-9.

894
Muhammad Shariff Arifin. (2012). Kajian penggunaan media dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik di sekolah rendah. Tesis Ijazah Sarjana Muda. Institut
Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik.
Nor Fadila Mohd Amin, & Chiew Kai Wan. (2013). Persepsi guru terhadap penggunaan
perisian multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
kemahiran hidup sekolah jenis kebangsaan cina. Tesis Ijazah Sarjana Muda.
Universiti Teknologi Malaysia.
Shaharom Noordin, & Nur Faizah Zainal Abiden. (2010). Tahap penggunaan bahan bantu
mengajar dalam kalangan bakal guru Fizik semasa latihan mengajar. Tesis Ijazah
Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia. .
Siti Aminah Sallehin, & Fazlinda Ab Halim. (2019). Penggunaan alat bantu mengajar
berasaskan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah
zon Benut. Tesis Ijazah Sarjana. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Siti Fatimah Ahmad, & Ab Halim Tamuri. (2010). Persepsi guru terhadap penggunaan bahan
bantu mengajar berasaskan teknologi multimedia dalam pengajaran j-QAF. Journal
of Islamic and Arabic Education, 2(2), 53-64.
Sumilah Marto. (2012). Pendekatan konstruktif dalam inovasi pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu di kolej vokasional. Tesis Ijazah Sarjana. Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia.
Suzlina Hilwani Baharuddin, & Jamaludin Badusah. (2016). Tahap pengetahuan, kemahiran
dan sikap guru sekolah menengah terhadap penggunaan web 2.0 dalam pengajaran
Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 33-43.

Zamri Mahamod. (2014). Inovasi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan Bahasa
Melayu. Cetakan Ketiga. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

895
TAHAP PENGAPLIKASIAN ELEMEN PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM
KEMAHIRAN MENULIS MURID TAHUN EMPAT: SATU TINJAUAN

Ivy Vivianna Yung Anak Michael


ivy09-890@epembelajaran.edu.my

Amir Hamzah bin Aman


amirhamzah@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu,


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini mengkaji tahap pengaplikasian elemen pembelajaran koperatif dalam kemahiran menulis
murid tahun empat. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan yang
melibatkan seramai 81 orang murid tahun 4 dari salah sebuah Sekolah Kebangasaan di Kuala Lumpur.
Instrumen yang digunakan ialah soal selidik atas talian (Google Form). Data yang diperoleh dianalisis
secara statistik deskriptif menggunakan SPSS Version 26.0 bagi mendapatkan min, kekerapan,
peratusan dan sisihan piawai. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi keseluruhan soal selidik
ini ialah 0.942. Dapatan kajian menunjukkan min keseluruhan bagi elemen pergantungan yang positif
adalah 3.18 dengan sisihan piawai 0.670, min keseluruhan elemen kebertanggungjawaban individu
ialah adalah 3.37 dengan sisihan piawai 0.557, min keseluruhan elemen interaksi secara bersemuka
ialah 3.30 dengan sisihan piawai 0.666, min keseluruhan elemen penggunaan kemahiran sosial ialah
3.33 dengan sisihan piawai 0.641 dan min keseluruhan elemen pemprosesan kumpulan adalah 3.21
dengan sisihan piawai 0.667. Dapatan ini membuktikan bahawa murid tahun 4 mengaplikasikan
elemen pembelajaran koperatif dalam PdP kemahiran menulis adalah pada tahap yang tinggi. Oleh itu,
kajian ini turut memberi implikasi dan cadangan kepada murid, guru, sekolah dan Kementerian
Pendidikan Malaysia bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengaplikasian kaedah
pembelajaran koperatif dalam meningkatkan kemahiran menulis murid-murid serta berusaha
menyebarluas pengaplikasian kaedah pembelajaran koperatif.

Kata Kunci : Tahap pengaplikasian, elemen pembelajaran koperatif, kemahiran menulis, kuantitatif,
tinjauan.

ABSTRACT

This study examines the level of application of cooperative learning elements in the writing skills of year
4 students. This study is a quantitative study using a survey method involving a total of 81 Primary Year
4 students from one of the National Schools in Kuala Lumpur. The instrument used was an online
questionnaire (Google Form). The data obtained were analyzed by descriptive statistics using SPSS
Version 26.0 to obtain the mean, frequency, percentage and standard deviation. The Cronbach’s Alpha
reliability value for the entire questionnaire was 0.942. The findings showed that the overall mean of the
positive element was 3.18 with a standard deviation of 0.670, the overall mean of the individual
accountability element was 3.37 with a standard deviation of 0.557, the overall mean of the face -to -
face interaction element was 3.30 with a standard deviation of 0.666, the overall mean of the social skills
application element was 3.33 with a standard deviation of 0.641 and the overall mean of the group
processing element was 3.21 with a standard deviation of 0.667. Overall, it was found that each element
of learning was at a high level among year 4 students. Several implications and suggestions are also
suggested to students, teachers, schools and the Ministry of Education Malaysia in order improving the
knowledge and the application of cooperative learning methods in helping students' writing skills. Also,
it helps to spread the application of cooperative learning methods.

Keywords : Level of application, elements of cooperative learning, writing skills, quantitative, survey
method.

896
PENGENALAN

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2012), Kurikulum Standard Sekolah Rendah


(KSSR) merupakan hasil transformasi pendidikan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam
usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi melahirkan generasi
muda dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang bersesuaian dengan keperluan
semasa dan mendatang, khususnya bagi menghadapi saingan abad ke-21.
Kemahiran Menulis merupakan kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh semua
murid. Ini membuktikan melalui penyataan yang terdapat dalam Buku Panduan Am Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013), iaitu ‘setiap murid
adalah berbeza antara satu sama lain sama ada dari segi pengalaman, tingah laku, amanah,
bakat dan kebolehan’. Oleh yang demikian, guru perlu memilih jenis-jenis pembelajaran yang
sesuai dengan bijak untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran
menulis Bahasa Melayu.
Salah satu pembelajaran alternatif yang sesuai dan mudah dalam proses pengajaran
dan pembelajaran kemahiran menulis adalah pembelajaran secara berkumpulan atau
pembelajaran koperatif. Pembelajaran koperatif ini lebih memberikan kelebihan kepada pelajar
kerana mereka berpeluang untuk memberikan idea, berbincang dan berinteraksi satu sama
lain dan belajar melalui pengalaman mereka sendiri (Ahmad, 2013). Melalui kaedah ini, nilai
pembelajaran kendiri dapat diterapkan kerana mereka mampu belajar dan bertanggungjawab
ke atas pembelajaran mereka sendiri.

PERNYATAAN MASALAH

Kemahiran menulis dikatakan sebagai kemahiran tertinggi dalam peringkat kemahiran bahasa
dan paling sinonim dengan mata pelajaran Bahasa Melayu. Proses menulis karangan
merupakan kemahiran yang paling sukar dikuasai berbanding dengan kemahiran-kemahiran
bahasa yang lain (Raedah, 2013). Kelemahan dalam kemahiran menulis adalah salah satu
punca pelajar gagal mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan. Namun, kegagalan
dalam menguasai kemahiran menulis mengakibatkan murid sukar menyatakan mesej dalam
bentuk tulisan. Berdasarkan kajian Nurul Aisyah et al., (2016) telah menjelaskan kelemahan
murid dalam menghasilkan sesuatu penulisan disebabkan tiga faktor, iaitu isi, bahasa dan
tulisan. Kelemahan yang dilihat dari aspek isi ialah kekurangan isi dan pengulangan isi yang
hampir sama dalam karangan. Kenyataan tersebut menepati dengan hasil kajian yang
dijalankan oleh Nadzrah et al., (2011), mereka mendapati bahawa masalah utama murid
dalam kemahiran menulis ialah murid tidak dapat menghasilkan idea yang matang selaras
dengan usia. Oleh itu, murid perlu mendapat pendedahan dan mengetahui teknik menulis
yang betul semasa di bangku sekolah.

897
Pernyataan dalam kajian Che Ghani et al., (2016) pula, gaya pengajaran guru adalah
perlu berbeza dengan gaya pembelajaran muridnya. Jika guru tidak menyesuaikan pengajaran
dengan gaya pembelajaran murid, maka ia akan menimbulkan ketidakselesaan dan
kurangnya perhatian oleh murid semasa mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dan
boleh menyebabkan pelajar tertinggal dalam pelajaran. Justeru, pelbagai strategi pengajaran
dan pembelajaran telah dicadang untuk digunakan semasa menyampaikan sesuatu
pengajaran sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Salah satu daripadanya adalah dengan
menggunakan kaedah pembelajaran koperatif.

Kesimpulannya, pembelajaran koperatif adalah salah satu cara berkesan yang


digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis. Hal ini dinyatakan
dalam kajian Zamri (2017) bahawa pembelajaran koperatif merupakan satu prosedur kerja
yang efektif dalam apa jua bidang pembelajaran. Oleh itu, dipercayai murid-murid dapat
mengikuti pembelajaran dengan lebih baik melalui pembelajaran koperatif berbanding kaedah
“chalk and talk”. Maka, kajian ini telah membuat satu penyelidikan tentang tahap
pengaplikasian elemen pembelajaran koperatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
kemahiran menulis di sekolah rendah.

OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan tujuan kajian tersebut, kajian ini cuba mencapai objektif. Objektif tersebut adalah
seperti berikut:

a. Untuk mengenal pasti tahap pengaplikasian elemen pembelajaran koperatif semasa


proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis.
b. Untuk mengenal pasti tahap pengaplikasian elemen pergantungan yang positif
pembelajaran koperatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran
menulis.
c. Untuk mengenal pasti tahap pengaplikasian elemen kebertanggungjawaban individu
pembelajaran koperatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran
menulis.
d. Untuk mengenal pasti tahap pengaplikasian elemen interaksi secara bersemuka
pembelajaran koperatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran
menulis.
e. Untuk mengenal pasti tahap pengaplikasian elemen penggunaan kemahiran sosial
pembelajaran koperatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran
menulis.
f. Untuk mengenal pasti tahap pengaplikasian elemen pemprosesan kumpulan
pembelajaran koperatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran

898
menulis.

SOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan kajian terhadap
pembelajaran koperatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu seperti
yang disenaraikan di bawah:-
1. Apakah tahap pengaplikasian elemen pembelajaran koperatif dalam kemahiran menulis
murid-murid tahun empat ?
a. Apakah tahap pengaplikasian elemen pergantungan yang positif dalam kemahiran
menulis murid-murid tahun empat ?

b. Apakah tahap pengaplikasian elemen kebertanggungjawaban individu dalam kemahiran


menulis murid-murid tahun empat ?

c. Apakah tahap pengaplikasian elemen interaksi secara bersemuka dalam kemahiran


menulis murid-murid tahun empat ?

d. Apakah tahap pengaplikasian elemen penggunaan kemahiran sosial dalam kemahiran


menulis murid-murid tahun empat ?

e. Apakah tahap pengaplikasian elemen pemprosesan kumpulan dalam kemahiran


menulis murid-murid tahun empat ?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian yang berbentuk kuantitatif dan kaedah tinjauan deskriptif. 81 orang
sampel kajian murid dipilih mengikut Krejcie dan Morgan (1970) melalui kaedah persampelan
rawak mudah. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengaplikasian elemen
pembelajaran koperatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis
murid tahun empat. Dalam kajian ini, instrumen utama yang digunakan ialah soal selidik atas
talian (Google Form) akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Perintah
Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Semua data yang diperoleh daripada soal selidik
dianalisis berbentuk kuantitatif dan dianalisis menggunakan perisian Microsoft Office Excel
2013 dan SPSS (Statistical Package For Social Science) versi 26.0. Data yang diperoleh
dianalisis secara statistik deskriptif menggunakan SPSS Version 26.0 bagi mendapatkan min,
kekerapan, peratusan dan sisihan piawai. Kaedah analisis ini digunakan untuk mendapatkan
maklumat mengenai demografi responden dan tahap pengaplikasi elemen pembelajaran
koperatif. Ia juga digunakan untuk menjawab persoalan kajian.

899
DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian bagi setiap soalan akan dihuraikan dan dibincangkan seperti yang berikut :

Soalan Kajian 1: Apakah tahap elemen pergantungan yang positif dalam kemahiran
menulis murid-murid tahun empat?

Jadual 1
Nilai min, sisihan piawai dan interpretasi min tahap elemen pergantungan yang positif dalam
kemahiran menulis murid-murid tahun empat

Interpretasi
Item STS T S SS MIN SP
S
f % f % f % f %
A1 Saya 3 3 8 9.9 42 51.9 28 34.6 3.17 0.755 Tinggi
membantu rakan .
kumpulan saya 7
semasa membuat
tugasan menulis.
A2 Rakan 2 2 12 14.8 40 49.4 27 33.3 3.14 0.754 Tinggi
kumpulan saya .
membantu saya 5
dalam tugasan
menulis.
A3 Saya dan 3 3 9 11.1 35 43.2 34 42.0 3.23 0.795 Tinggi
rakan kumpulan .
saya saling 7
membantu
semasa membuat
tugasan menulis.

Min Keseluruhan: 3.18


Sisihan Piawai Keseluruhan: 0.670

Hasil Kajian Bagi Tahap Elemen Pergantungan Yang Positif Dalam Kemahiran Menulis Murid-
Murid Tahun Empat menunjukkan min keseluruhan ialah 3.18 dan sisihan piawai keseluruhan
ialah 0.670. Hasil kajian telah menunjukkan nilai min untuk setiap item bagi persoalan kajian
mempunyai nilai min yang tinggi. Hasil ini telah menjawab soalan kajian, iaitu tahap elemen
pergantungan yang positif dalam kemahiran menulis murid-murid tahun empat adalah berada
di tahap tinggi. Perkara ini selari dengan Teori Johnson dan Johnson (2014), pergantungan
yang positif ialah persepsi bahawa nasib ahli-ahli sekumpulan adalah serupa dan mereka
adalah saling bergantung di antara satu sama lain untuk mencapai sesuatu matlamat yang
sama. Ahli kumpulan mestilah bergantung kepada satu sama lain dalam kumpulan tersebut
untuk mencapai suatu matlamat yang ditetapkan.

900
Soalan kajian 2: Apakah tahap elemen Kebertanggungjawaban Individu dalam
kemahiran menulis murid-murid tahun empat?

Jadual 2
Nilai min, sisihan piawai dan Interpretasi tahap elemen kebertanggungjawaban individu
dalam kemahiran menulis murid-murid tahun empat

Interpretasi
Item STS TS S SS MIN SP
f % f % f % f %
B1 Saya 1 1. 10 12.3 32 39.5 38 46.9 3.32 0.739 Tinggi
memastikan 2
kumpulan saya
berjaya
menyelesaikan
tugasan
menulis.
B2 Saya 1 1. 5 6.2 31 38.3 44 54.3 3.46 0.672 Tinggi
menyelesaikan 2
tugasan menulis
yang diagihkan
oleh ketua
kumpulan.
B3 Saya 0 0 8 9.9 39 48.1 34 42.0 3.32 0.649 Tinggi
menyelesaikan
tugasan menulis
dalam masa
yang ditetapkan

Min Keseluruhan: 3.37


Sisihan Piawai Keseluruhan: 0.557

Hasil Kajian Bagi Tahap Elemen Kebertanggungjawaban Individu Dalam Kemahiran Menulis
Murid-Murid Tahun Empat menunjukkan min keseluruhan ialah 3.37 dan sisihan piawai ialah
0.557. Hasil kajian telah menunjukkan nilai min untuk setiap item bagi persoalan kajian
mempunyai nilai min yang tinggi. Hasil ini telah menjawab soalan kajian, iaitu tahap elemen
ketanggungjawaban individu dalam kemahiran menulis murid-murid tahun empat adalah
berada di tahap tinggi. Perkara ini selari dengan Teori Johnson dan Johnson (2014), sikap
bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap sesuatu tindakan perlu ada dalam diri
murid untuk menyebarkan maklumat kepada rakan dan menguasai semua perkara yang perlu
dipelajari bagi menjamin kejayaan sesuatu kumpulan. Dengan ini, nilai tanggungjawab
terhadap sendiri dapat dipupuk dan tidak hanya menerima sumbangan daripada ahli kumpulan
lain sahaja.

901
Soalan kajian 3: Apakah tahap elemen interaksi secara bersemuka dalam kemahiran
menulis murid-murid tahun empat?

Jadual 3
Nilai min, sisihan piawai dan interpretasitahap elemen interaksi secara bersemuka dalam
kemahiran menulis murid-murid tahun empat

Interpretasi
Item STS TS S SS MIN SP
f % f % f % f %
C1 Saya 3 3 6 7.4 37 45.7 35 43.2 3.28 0.762 Tinggi
berbincang .
dengan rakan 7
kumpulan untuk
menyelesaikan
tugasan
menulis.
C2 Rakan 1 1 9 11.1 39 48.1 32 39.5 3.26 0.703 Tinggi
kumpulan .
berbincang saya 2
untuk
menyelesaikan
tugasan
menulis.
C3 Saya dan 3 3 6 7.4 31 38.3 41 50.6 3.36 0.780 Tinggi
ahli kumpulan .
saling 7
berbincang
untuk
menyelesaikan
tugasan
menulis.

Min Keseluruhan: 3.30


Sisihan Piawai Keseluruhan: 0.666

Hasil kajian bagi tahap elemen pergantungan yang positif dalam kemahiran menulis murid-
murid tahun empat menunjukkan min keseluruhan ialah 3.30 dan sisihan piawai keseluruhan
ialah 0.666. Hasil kajian telah menunjukkan nilai min untuk setiap item bagi persoalan kajian
mempunyai nilai min yang tinggi. Hasil ini telah menjawab soalan kajian, iaitu tahap elemen
berinteraksi bersemuka dalam kemahiran menulis murid-murid tahun empat adalah berada di
tahap tinggi. Perkara ini selari dengan Teori Johnson dan Johnson (2014), interaksi secara
bersemuka diaplikasikan apabila ahli-ahli di dalam kumpulan koperatif berjumpa antara satu
sama lain untuk menggalakkan dan memudahkan usaha ahli-ahli lain menyelesaikan tugasan
yang diberikan. Dalam interaksi secara bersemuka, setiap ahli kumpulan perlu berjumpa dan
berinteraksi untuk melakukan tugasan yang diberikan bersama-sama dan berusaha
mempertingkatkan kajayaan.

902
Soalan Kajian 4: Apakah tahap elemen penggunaan kemahiran sosial dalam kemahiran
menulis murid-murid tahun empat?

Jadual 4
Nilai min, sisihan piawai dan interpretasi tahap elemen penggunaan kemahiran sosial dalam
kemahiran menulis murid-murid tahun empat

Interpretasi
Item STS TS S SS MIN SP
f % f % f % f %
D1 Saya 3 3 3 3.7 39 48.1 36 44.4 3.33 0.725 Tinggi
menggunakan .
kemahiran 7
berkomunikasi
dalam
melaksanakan
tugasan
menulis.

D2 Rakan 2 2 5 6.2 41 50.6 33 40.7 3.30 0.697 Tinggi


kumpulan saya .
menggunakan 5
kemahiran
berkomunikasi
semasa
melaksanakan
tugasan
menulis.
D3 Saya dan 2 2 4 4.9 39 48.1 36 44.4 3.35 0.692 Tinggi
ahli kumpulan .
saling 5
menggunakan
kemahiran
berkomunikasi
semasa
melaksanakan
tugasan
menulis.

Min Keseluruhan: 3.33


Sisihan Piawai Keseluruhan: 0.641

Hasil kajian bagi tahap elemen penggunaan kemahiran sosial dalam kemahiran menulis
murid-murid tahun empat menunjukkan min keseluruhan ialah 3.33 dan sisihan piawai
keseluruhan ialah 0.641. Hasil kajian telah menunjukkan nilai min untuk setiap item bagi
persoalan kajian mempunyai nilai min yang tinggi. Hasil ini telah menjawab soalan kajian, iaitu
tahap elemen penggunaan kemahiran komunikasi dalam kemahiran menulis murid-murid
tahun empat adalah berada di tahap tinggi. Perkara ini selari dengan Teori Johnson dan
Johnson (2009), menyatakan pembelajaran koperatif memerlukan kemahiran sosial seperti
interpersonal dan kemahiran kumpulan kecil. Murid-murid perlu menggunakan kemahiran
sosial bagi menghasilkan kerjasama yang berkualiti dan bermotivasi untuk melaksanakan
pembelajaran secara koperatif.

903
Soalan Kajian 5: Apakah tahap elemen pemprosesan kumpulan dalam kemahiran
menulis murid-murid tahun empat?
Jadual 5
Nilai min, sisihan piawai dan interpretasi tahap elemen pemprosesan kumpulan dalam
kemahiran menulis murid-murid tahun empat

Interpretasi
Item STS TS S SS MIN SP
f % f % f % f %
E1 Saya 2 2 8 9.9 48 59.3 23 28.4 3.14 0.685 Tinggi
sentiasa .
berbincang 5
dengan rakan
kumpulan untuk
menyelesaikan
tugasan
menulis.
E2 Rakan 2 2 9 11.1 38 46.9 32 39.5 3.23 0.746 Tinggi
kumpulan .
sentiasa 5
berbincang
dengan saya
untuk
menyelesaikan
tugasan
menulis.
E3 Saya dan 2 2 7 8.6 39 48.1 33 40.7 3.27 0.725 Tinggi
ahli kumpulan .
sentiasa saling 5
berbincang
untuk
menyelesaikan
tugasan
menulis.

Min Keseluruhan: 3.21


Sisihan Piawai Keseluruhan: 0.667

Hasil kajian bagi tahap elemen pemprosesan kumpulan dalam kemahiran menulis murid-murid
tahun empat telah menunjukkan min keseluruhan ialah 3.21 dengan sisihan piawai ialah 0.667.
Hasil kajian telah menunjukkan nilai min untuk setiap item bagi persoalan kajian mempunyai
nilai min yang tinggi. Hasil ini telah menjawab soalan kajian, iaitu tahap elemen pemprosesan
kumpulan dalam kemahiran menulis murid-murid tahun empat adalah berada di tahap tinggi.
Perkara ini selari dengan Teori Johnson dan Johnson (2014), iaitu proses berkumpulan ini
berlaku apabila ahli kumpulan berbincang sejauh mana cara mereka mencapai matlamat dan
mengekalkan kerja berkumpulan. Murid perlu berbincang mengenai tindakan yang ahli
kumpulan telah lakukan sama ada membantu atau tidak dan mengenal pasti perubahan yang
perlu dilakukan supaya ia lebih efektif pada masa akan datang.

904
IMPLIKASI DAN CADANGAN

Implikasi kajian ialah hujah yang menunjukkan sesuatu kajian telah menambah nilai kajian
sedia ada yang berkemungkinan dapat memberi kepentingan nasional. Dapatan kajian ini
menunjukkan tahap pengaplikasian pembelajaran koperatif murid pada tahap yang tinggi
semasa proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis. Susulan daripada itu, hasil
dapatan sudah tentu membawa implikasi terhadap beberapa pihak terutamanya murid di
sekolah. Pembelajaran koperatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat
membolehkan murid belajar secara berkumpulan dan menguasai ilmu pengetahuan secara
berterusan. Hal ini kerana didapati bahawa pembelajaran koperatif dapat membolehkan
murid- murid mengaplikasikan elemen-elemen yang dikemukakan dalam Teori Johnson dan
Johnson (2014), iaitu pengantungan yang positif, tanggungjawab individu, interaksi bersemuka,
penggunaan elemen komunikasi dan pemprosesan kumpulan. Dengan ini, murid-murid boleh
meningkatkan pembelajaran kendiri dan sekali gus mempelajari ilmu pengetahuan selain
daripada bidang ilmiah seperti nilai tanggungjawab, kemahiran sosial, cara berinteraksi dan
sebagainya.

Sehubung dengan itu, hasil daripada kajian ini diharapkan dapat membantu guru untuk
mendalam pemahaman terhadap pembelajaran koperatif. Kajian ini telah menganalisis
elemen-elemen yang sepatutnya diaplikasikan dalam pembelajaran koperatif. Dengan ini,
diharapkan dapat menjadikan satu garis panduan kepada para guru untuk meningkatkan
pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam kalangan murid. Guru juga boleh
mengimplimentasikan kaedah tersebut dalam kalangan murid sekolah rendah atau sekolah
menengah yang tidak dapat menguasai kemahiran menulis. Hal ini demikian kerana kaedah
ini sesuai untuk semua peringkat umur persekolahan (Nor Hasliza, 2012). Selain itu, guru juga
boleh mengaplikasikan kaedah pembelajaran koperatif dalam kemahiran menulis di mana-
mana sahaja sama ada di bandar ataupun di luar bandar tanpa mengambil kira kemudahan
teknologi di sekolah tersebut kerana kemudahan teknologi hanya sebagai pelengkap kepada
PdP koperatif.

Berdasarkan kepada dapatan kajian, beberapa cadangan dikemukakan bagi


menjayakan pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam PdP kemahiran menulis bahasa
Melayu dengan lebih berkesan. Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian
Pembangunan Kurikulum seharusnya menggubal semula modul pelaksanaan pembelajaran
koperatif dengan menerapkan cara melaksanakan pendekatan pembelajaran koperatif
menggunakan elemen pembelajaran abad ke-21 (PAK-21). Ini dapat dijadikan panduan dan
membimbing guru untuk mewujudkan PdP yang berkesan.

905
Pihak kementerian juga sewajarnya mengadakan kursus pendedahan kemahiran
merancang pengajaran, menyediakan bahan-bahan, mempelbagaikan strategi pengajaran
dan mampu menguruskan bilik darjah dengan efektif. Hal ini demikian dapat melatih guru
melalui kursus-kursus khas dalam membantu dan mendorong murid untuk mengungkapkan
dan menjelaskan keinginan dan pembicaraannya baik secara individual dan kelompok. Dalam
usaha ini, guru juga perlu membuat perancangan pengajaran yang rapi supaya waktu
pengajaran mencukupi. Hal ini demikian kerana pembelajaran ini memerlukan peruntukan
masa yang mencukupi untuk murid menguasai sesuatu hasil pembelajaran yang ditentukan.

Sehubung dengan itu, pembelajaran koperatif adalah satu bidang yang menarik untuk
dikaji secara lanjut di masa akan datang. Masih terdapat banyak kajian harus dilakukan
berkaitan dengan pembelajaran koperatif di negara kita. Dalam hal ini, penyelidik
mencadangkan kajian selanjutnya bolehlah memperdalam lagi skop dan batasan kajian.
Kajian ini tidak hanya terbatas dalam peringkat sekolah rendah sahaja, tetapi diperluas kepada
peringkat sekolah menengah, Institut Pendidikan Guru, universiti dan sebagainya. Responden
kajian selanjutnya juga boleh menggunakan responden dari kawasan luar bandar untuk
mengetahui tahap pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam PdP mata pelajaran lain.

KESIMPULAN

Secara keseluruhan, kajian ini dapat disimpulkan bahawa pembelajaran koperatif wajar
dijadikan sebagai salah satu strategi pengajaran dan pembelajaran dan diamalkan oleh murid-
murid pada abad ke 21. Hal ini demikian kerana pembelajaran koperatif dapatlah memberi
peluang untuk murid-murid belajar berpusatkan sendiri dan membolehkan murid-murid
mengaplikasikan elemen-elemen yang dikemukakan dalam Teori Johnson dan Johnson
(2014), iaitu pengantungan yang positif, tanggungjawab individu, interaksi bersemuka,
penggunaan elemen komunikasi dan pemprosesan kumpulan. Perkara ini adalah sejajar
dengan matlamat asas reformasi dalam pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025), iaitu mengeluarkan warganegara yang seimbang dan cemerlang dari
segi akademik, intelektual, modal insan dan sahsiah diri.

906
RUJUKAN

Ahmad, A. M. (2013). Faktor Yang Mempengaruhi Perbezaan Pencapaian Akademik Pelajar


Lepasan Diploma Politeknik Dan Matrikulasi Terhadap Subjek Kejuruteraan. (Doctoral
dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).

Che Ghani Che Kob et al., (2016). Amalan Gaya Pembelajaran Pelajar Cemerlang Di
Politeknik Seberang Perai: Kajian Pelajar Malaysia Berdasarkan Model Felder
Silvermen. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 12(3), 181-191.

Johnson, D. W., Johnson, R. T (2014) Cooperative Learning in 21st Century. Anales De


Psicologia. 30, 841-851.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Modul Literasi 2013. Pusat Perkembangan


Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
http://www.moe.gov.my/my/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah


Rendah (KSSR) Bahasa MalaysiaSekolah Kebangsaan Tahap Satu.
http://www.sistemguruonline.my/p/dskp-semua-subjek-kssr.html.

Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities.
Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.

Nor Hasliza binti Mohamed. (2012). Penglibatan Pelajar Dalam Pembelajaran Koperatif
di Sekolah Menengah Vokasional. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Fakulti
Pendidikan Teknikal Dan Vokasional.

Nurul Aisyah Abdullah, Zamri Mahamod & Nor Azwa Hanum Nor Shaid. (2016). Faktor
faktor yang mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu pelajar sekolah
menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6 (2): 1-9.

Raedah binti Md Amin. (2013). Pengurusan pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah
kebangsaan di zon bandar daedah Kota Tinggi. Universiti Teknologi Malaysia.

Zamri Mahamod. (2017). Keberkesanan Pembelajaran Koperatif Terhadap Pencapaian Dan


Motivasi Murid Sekolah Menengah Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 7(1): 11-23.

907
TAHAP MINAT TERHADAP PANTUN DAN TAHAP PENGETAHUAN TERHADAP CIRI-
CIRI PANTUN DALAM KALANGAN MURID TAHUN 6

Mohamad Arifuddin bin Ab Hadi


mohamad09-891@epembelajaran.edu.my

Azim Normiza binti Ahmad


azim.normiza@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap minat terhadap pantun dan tahap pengetahuan terhadap ciri-
ciri pantun dalam kalangan murid Tahun 6. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif
dan kaedah tinjauan. Kajian ini dijalankan kerana masih kurang kajian yang meninjau tahap
pengetahuan masyarakat terhadap pantun. Instrumen kajian ini ialah soal selidik yang mengandungi 22
item. Responden kajian ini terdiri daripada 55 orang murid Tahun 6 di sekolah kebangsaan yang terletak
di kawasan Setiawangsa. Data yang dikumpul dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan
statistik inferensi menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26.0.
Statistik deskriptif melibatkan pengukuran min dan sisihan piawai untuk menganalisis dapatan kajian
tahap minat murid Tahun 6 terhadap pantun dan tahap pengetahuan murid Tahun 6 terhadap ciri-ciri
pantun. Manakala, statistik inferensi iaitu pekali korelasi digunakan untuk mengukur dapatan kajian
tahap minat murid Tahun 6 terhadap pantun dengan tahap pengetahuan murid Tahun 6 terhadap ciri-
ciri pantun. Kesimpulannya, analisis statistik deskriptif menunjukkan bahawa tahap minat murid Tahun
6 terhadap pantun adalah pada paras rendah dan tahap pengetahuan murid Tahun 6 terhadap ciri-ciri
pantun adalah sederhana. Statistik inferensi, iaitu pekali korelasi menunjukkan hubungan yang positif
dan kuat iaitu r=0.657, antara tahap minat murid Tahun 6 terhadap pantun dengan tahap pengetahuan
murid Tahun 6 terhadap ciri-ciri pantun.

Kata Kunci: hubungan, tahap minat, tahap pengetahuan, pantun, Tahun 6

ABSTRACT
This study attempts to investigate the Year 6 students’ interest of poem and their knowledge on the
characteristics of poem. The research design involves is survey and the approach used is quantitative
method. This research was conducted due to the lack of studies on the communities’ knowledge on
poem. The instrument of this study is questionnaire which consists of 22 items. The respondents of this
study were 55 students of Year 6 in national school located in the Setiawangsa area. The data were
collected and analyzed using descriptive statistics and inferential statistics that involved the use of
Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) version 26.0. The descriptive statistics involve the
measurement of mean and standard deviation to analyze the findings of the study on the Year 6
students’ interest towards the poem and their knowledge on the characteristics of the poem. For the
inferential statistics, the correlation coefficients are used to measure the findings of the study of the Year
6 students’ interest towards the poem and their knowledge on the characteristics of the poem. In
conclusion, the descriptive statistical analysis showed that the Year 6 students’ interest towards the
poem was at a low level and the students’ knowledge on the characteristics of the poem was moderate.
Inferential statistics which is the correlation coefficient showed a strong relationship, r = 0.657 between
the Year 6 students’ interest towards the poem with the students’ knowledge on the characteristics of
the poem.

Keywords: interest, knowledge, poem

908
PENGENALAN
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggubal Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMSR) yang terbahagi kepada tiga
modul kemahiran iaitu mendengar dan bertutur, membaca dan menulis serta dua modul aspek
iaitu seni bahasa dan tatabahasa. Menurut Shamsuddin Othman dan Abdul Rasid Jamian
(2015), seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid untuk menghargai bahasa yang indah
melalui pembelajaran yang menyeronokkan. Oleh itu, aspek seni bahasa perlu ditekankan di
sekolah untuk diwariskan kepada generasi akan datang.
Noresah Baharom, Md. Nor Ab. Ghani, Ibrahim Hj. Ahmad, Azizah Supardi, Saidah
Kamin, Aziah Tajudin, Salmah Jabbar, Hairani Mohd Khalid dan Rodziah Abdullah (2015)
berpendapat bahawa pantun sebagai puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris
dalam tiap-tiap rangkap pantun. Dua baris pertamanya ialah pembayang dan dua baris terakhir
sebagai maksud. Tambahan lagi, pantun ialah pengucapan lisan oleh masyarakat Melayu
sejak zaman berzaman (Zahir Ahmad, 2005). Kualiti pantun perlu dijaga sama ada dari segi
ujaran atau penghasilannya dengan mengetahui ciri-ciri pantun yang betul. DSKP BMSR
Tahun 6 mencatatkan silibus untuk mencipta puisi seperti pantun. Namun, sejauh manakah
tahap pengetahuan murid terhadap ciri-ciri pantun untuk mencipta serangkap pantun yang
baik? Bagaimanakah tanggapan murid terhadap pantun yang dipelajari mereka? Maka, kajian
ini dilakukan untuk meninjau minat dan tahap pengetahuan murid Tahun 6 terhadap ciri-ciri
pantun.
PERNYATAAN MASALAH
Selaras dengan DSKP BMSR Tahun 6, murid dikehendaki untuk mencipta puisi seperti pantun
mengikut kreativiti mereka sendiri. Menurut Wahyu Putra Suharmi (2018), murid-murid sekolah
rendah sukar untuk menepati syarat-syarat tertentu dalam membina pantun. Hal ini mungkin
disebabkan kurang penekanan tentang ciri-ciri pantun daripada pihak terlibat dan pengaruh
media yang tidak menitikberatkan pantun yang baik lalu tersebar di seluruh negara.
Contohnya, pantun yang digunakan dalam siri animasi Upin & Ipin Musim ke-3 bertajuk Basikal
Baru arahan Burhanuddin Md Radzi (2009) jelas tidak mengikut ciri-ciri pantun yang betul dari
segi rima akhirnya iaitu:

Dua, tiga loceng bunyi,


Saya mahu beli dua loceng.

Meskipun siri animasi tersebut bersifat humor, namun boleh mendatangkan kesan
kepada anak muda yang mudah terpengaruh lantas mengajuk pertuturan dan perlakuan
tersebut sehingga menjadi kelaziman. Hal ini juga membuktikan bahawa minat seseorang
dapat mempengaruhi cara hidupnya dan dijadikan sebahagian daripada kehidupan. Jika
individu tidak meminati untuk mempelajari pantun, maka mereka tidak mengkaji dengan lebih

909
mendalam berkenaan ciri-ciri pantun yang sebenar. Perkara ini dapat dibuktikan dengan
kenyataan Razali Haji Yu (2007) bahawa faktor kurang minat terhadap pantun menyebabkan
tidak dapat mengarang pantun. Tambahan lagi, Nordiana Hamzah, Farra Humaira
Mohammad, Hasrina Baharum, Ros Silawati Ahmad @ Abdullah dan Ibrahim Bakar (2019)
mengatakan aspek fizikal pantun atau luaran tidak terdapat dalam buku teks seterusnya
mereka mengambil jalan untuk belajar di luar bilik darjah dengan perkara yang diminati mereka
seperti animasi. Maka, kajian ini bertumpu kepada tahap minat murid Tahun 6 terhadap pantun
dan tahap pengetahuan mereka terhadap ciri-ciri pantun Melayu.

TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap minat murid Tahun 6 terhadap pantun dan tahap
pengetahuan murid Tahun 6 terhadap ciri-ciri pantun. Kajian ini juga dilakukan untuk mengkaji
hubungan antara minat individu terhadap pantun dengan tahap pengetahuan terhadap ciri-ciri
pantun.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini mempunyai tiga objektif kajian. Objektif kajian tersebut seperti yang berikut:
i. Mengenal pasti tahap minat murid Tahun 6 terhadap pantun.
ii. Mengenal pasti tahap pengetahuan murid Tahun 6 terhadap ciri-ciri pantun.
iii. Menyatakan hubungan antara minat terhadap pantun dengan tahap pengetahuan
terhadap ciri-ciri pantun.
SOALAN KAJIAN
Kajian ini mempunyai tiga soalan kajian. Soalan (i) untuk mencapai objektif (i). Manakala,
soalan (ii) bagi mencapai objektif (ii) dan soalan (iii) menjawab objektif (iii). Soalan-soalan
kajian tersebut adalah seperti yang berikut:
i. Apakah tahap minat murid Tahun 6 terhadap pantun?
ii. Apakah tahap pengetahuan murid Tahun 6 terhadap ciri-ciri pantun?
iii. Apakah hubungan antara minat terhadap pantun dengan tahap pengetahuan
terhadap ciri-ciri pantun?

METODOLOGI
Reka bentuk kajian ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif.
Pendekatan dan kaedah ini digunakan bertujuan memperoleh maklumat daripada instrumen
kajian yang melibatkan sampel kajian yang besar (Mohd Najib Abdul Ghaffar, 2003). Pengkaji
telah memilih seramai 55 sampel daripada 60 populasi berdasarkan perisian Sample Size
Calculator oleh Raosoft Inc. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik yang
menggunakan skala Likert empat mata untuk mengumpul data responden.

910
Kesahan merujuk kepada kebolehan sesuatu pengukuran dalam mengukur nilai
sebenar konsep hipotesis kajian (Chua Yan Piaw, 2010). Bagi memastikan kesahan
kandungan, instrumen kajian telah diberikan kepada pensyarah pakar dalam aspek bidang,
bahasa dan konstruk. Beberapa item telah diperbaiki setelah menerima pandangan daripada
pakar berkaitan kesesuaian item. Kemudian, satu kajian rintis telah dilaksanakan untuk menilai
kebolehpercayaan instrumen yang digunakan. Kebolehpercayaan soal selidik ini diukur
dengan menggunakan nilai Ujian Statistik Alpha Cronbach dalam perisian Statistical Package
for the Social Science (SPSS) versi 26.0. Nilai Alpha Cronbach bagi instrument ini
menunjukkan angka 0.950. Berdasarkan interpretasi nilai Cronbach’s Alpha oleh Bond, T. dan
Fox, C. (2015), nilai ini membuktikan instrumen tersebut berada dalam tahap sangat baik.
Sementara itu, statistik deskriptif digunakan untuk memperoleh min dan sisihan piawai.
Interpretasi skor min bagi kajian ini menggunakan sumber daripada Mohd Asri Harun, Zulkifley
Hamid dan Kartini Abd Wahab (2016) iaitu tahap Sangat Rendah (1.00 - 1.50), tahap Rendah
(1.51 - 2.50), tahap Sederhana (2.51 - 3.50) dan tahap Tinggi (3.51 - 4.00). Bagi interpretasi
pekali korelasi pula menggunakan sumber daripada Riduwan dalam Cindy Viane Bertan, A.
K. T Dundu dan R. J. M. Mandagi (2016) yang membuat kategori Sangat Rendah (0.000 –
0.200), Rendah (0.200 – 0.400), Cukup (0.400 – 0.600), Kuat (0.600 – 0.800) dan Sangat
Tinggi (0.800 – 1.000).

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Dalam bahagian ini, pengkaji menganalisis tentang dapatan kajian bagi menjawab soalan
kajian. Pengkaji menggunakan jadual untuk menjelaskan dapatan kajian.

Jadual 1.
Analisis Item Tahap Minat Murid Tahun 6 Terhadap Pantun

Bil Item Tahap Minat Murid Tahun 6 Min (µ) Sisihan Tahap
Terhadap Pantun Piawai (SP)

1 Saya berusaha gigih dalam mempelajari 2.62 0.828 Sederhana


pantun.
2 Saya aktif melibatkan diri dalam hal 2.11 0.956 Rendah
berkaitan pantun.
3 Saya ingin belajar tentang pantun dengan 2.78 1.100 Sederhana
lebih mendalam.
4 Saya amat berminat dengan pantun. 2.44 0.977 Rendah

5 Saya suka bertanya kepada guru berkaitan 2.18 1.038 Rendah


pantun.

911
6 Saya gemar membaca buku tentang pantun. 2.27 1.146 Rendah

7 Saya sering mencari maklumat berkaitan 2.05 1.044 Rendah


pantun di internet.
8 Saya selalu berbual dengan rakan-rakan 1.84 0.938 Rendah
berkaitan pantun.
9 Saya sering membeli buku berkaitan pantun. 1.89 0.975 Rendah

10 Saya menghabiskan masa lapang dengan 1.96 1.018 Rendah


membaca buku berkaitan pantun.

Keseluruhan 2.2145 0.81432 Rendah

Secara keseluruhannya, semua item dalam konstruk Bahagian B ini adalah pada tahap
rendah. Min keseluruhan bagi konstruk ini ialah (μ=2.2145) dengan sisihan piawai
SP=0.81432. Min ini membuktikan bahawa murid Tahun 6 mempunyai tahap minat yang
rendah terhadap pantun.

Jadual 2
Analisis Item Tahap Pengetahuan Murid Tahun 6 Terhadap Ciri-Ciri Pantun

Bil Item Tahap Minat Murid Tahun 6 Min (µ) Sisihan Tahap
Terhadap Pantun Piawai (SP)

1 Saya mengetahui pantun berbentuk 2.84 1.214 Sederhana


berangkap yang terjadi daripada baris-
baris yang genap, kebiasaannya dua
baris dan empat baris.
2 Saya mengetahui setiap baris pantun 2.76 1.122 Sederhana
kebiasaannya mengandungi empat
perkataan.
3 Saya mengetahui setiap baris pantun 2.53 1.034 Sederhana
mengandungi jumlah suku kata 8 hingga
12.
4 Saya mengetahui setiap rangkap pantun 2.87 1.218 Sederhana
terbahagi kepada dua bahagian iaitu
pembayang dan maksud.
5 Saya mengetahui pembayang pantun 2.31 1.016 Rendah
berunsurkan alam dan maksud pantun
berunsurkan manusia.
6 Saya mengetahui serangkap pantun 2.69 0.120 Sederhana
adanya rima tengah a-b-a-b.

912
7 Saya mengetahui serangkap pantun 2.45 0.959 Rendah
adanya rima akhir a-b-a-b.

8 Saya mengetahui setiap rangkap pantun 2.96 1.053 Sederhana


mengandungi nilai murni dan pengajaran
yang hendak disampaikan.
9 Saya mengetahui adanya pantun yang 2.95 1.161 Sederhana
berbagai jenis seperti pantun budi, pantun
nasihat dan pantun teka-teki.

Keseluruhan 2.7071 0.85730 Sederhana

Secara keseluruhannya, semua item dalam konstruk Bahagian C ini adalah pada tahap
sederhana. Min keseluruhan bagi konstruk ini ialah (μ=2.7071) dan sisihan piawai
SP=0.85730. Min ini membuktikan bahawa murid Tahun 6 mempunyai tahap pengetahuan
yang sederhana terhadap ciri-ciri pantun.

Jadual 3
Nilai Korelasi Antara Tahap Minat Murid Tahun 6 Terhadap Pantun Dengan Tahap
Pengetahuan Murid Terhadap Ciri-Ciri Pantun

Tahap Minat Murid Terhadap Pantun Signifikan (P) Korelasi Pearson (r)

Tahap Pengetahuan Murid


0.000 0.657
Terhadap Ciri-Ciri Pantun

**Aras Signifikan = 0.01

Pekali korelasi bagi pasangan pemboleh ubah tahap minat terhadap pantun dengan
tahap pengetahuan terhadap ciri-ciri pantun adalah kuat, iaitu nilai Pearson Correlation (r) =
0.657 dan paras signifikan (p) = 0. 000. Hal ini membuktikan bahawa kedua-dua pemboleh
ubah ini mempunyai perkaitan signifikan yang kuat berdasarkan jadual skala interpretasi nilai
korelasi oleh Riduwan dalam Cindy Viane Bertan, et. al (2016). Pendek kata, hipotesis nul Ho1
adalah ditolak.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


Kesimpulan dibuat berdasarkan hasil dapatan kajian mengenai semua soalan kajian. Kajian-
kajian lampau lebih cenderung ke arah penganalisisan maksud sesebuah pantun atau
mengkaji makna tersirat yang terkandung dalam pantun. Dapatan kajian ini menunjukkan

913
tahap minat murid Tahun 6 terhadap pantun berada pada tahap yang rendah. Dapatan hasil
kajian ini hampir menyerupai kajian yang dilaksanakan oleh Sri Qamariah Mohd Samsir (2013)
yang menjalankan kajian berkenaan minat masyarakat terhadap puisi Melayu dan Ibrahim Haji
Salleh (1985) yang mengkaji tahap minat dan persepsi terhadap sastera Melayu. Hasil
dapatan ini membuktikan ungkapan Siti Hajar Che Man (2013) yang mengatakan anak-anak
Melayu kurang minat terhadap sastera termasuk pantun.
Dapatan kajian ini juga menunjukkan tahap pengetahuan murid Tahun 6 terhadap ciri-
ciri pantun berada pada tahap yang sederhana. Sederhana bermaksud pengetahuan mereka
terhadap ciri-ciri pantun adalah kurang mantap. Dapatan hasil kajian ini bersesuaian dengan
tanggapan Wahyu Putra Suharmi (2018) yang mengatakan bahawa murid sekolah rendah
sukar menepati syarat-syarat yang ditetapkan dalam membina pantun.
Hasil kajian juga menunjukkan hubungan antara tahap minat murid Tahun 6 terhadap
pantun dengan tahap pengetahuan murid Tahun 6 terhadap ciri-ciri pantun berada pada tahap
yang kuat untuk mewujudkan perkaitan yang signifikan. Dapatan ini selari dengan kajian Wan
Hanim Nadrah dan Muhd Azuanafzah Azmi (2017) yang mengatakan bahawa faktor minat
terhadap sesuatu mampu mempengaruhi tahap penguasaan dalam bidang tersebut. Selain
itu, Razali Haji Yu (2007) juga menyambut kenyataan ini dengan mengatakan bahawa faktor
kurang minat terhadap pantun menyebabkan kesukaran dalam pembinaan pantun. Maka,
antara faktor sesebuah pantun sukar dikarang adalah kerana tidak menguasai ciri-ciri pantun.
Dari sudut implikasi, kajian ini mampu memberi kesedaran kepada semua pihak
termasuk murid, guru, ibu bapa, pihak sekolah dan masyarakat bahawa secara perlahan-lahan
masyarakat Malaysia sudah pudar rasa minat terhadap puisi tradisional. Pihak terlibat
khususnya guru dan ibu bapa perlu tahu bahawa minat seseorang mampu mempengaruhi
kecenderungannya (Zanudin Abu Bakar, Meor Ibrahim Kamaruddin & Tan May Yang, 2009).
Apabila pihak guru dan ibu bapa telah mengenal pasti tahap pengetahuan anak-anak mereka
kurang memberangsangkan berkenaan pantun, pihak berkenaan perlu berusaha menanam
minat dalam diri anak-anak mereka.
Implikasi dari aspek praktikal pula, ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan yang
penting bagi menanam minat terhadap pantun dalam kehidupan masyarakat sejak dari bangku
sekolah. Sejajar dengan saranan Nor Azizah Mokhtar (2015) bahawa sesuatu perkara perlu
dipupuk dan disemat dalam diri seseorang sejak kecil lagi. Ibu bapa perlu sering berbual topik
pantun untuk memberi pendedahan kepada anak-anak mereka. Manakala, guru dapat
mengenal pasti ciri-ciri pantun yang paling sukar dikuasai murid. Oleh itu, guru mampu
merancang pengajaran dengan memberi fokus kepada ciri-ciri yang perlu ditekankan
berdasarkan hasil dapatan kajian.

914
Kajian ini menggunakan Teori Perkembangan Kognitif di bawah Teori Konstruktivisme
yang dipelopori oleh Jean Piaget (1970). Teori ini juga menerapkan bahawa kanak-kanak
membina pengetahuan berdasarkan usaha mereka sendiri (Firliani, Nur Ibad, Nauval DH & Iik
Nurhikmayati, 2019). Konsep-konsep dalam teori ini ialah Skema, Asimilasi, Akomodasi dan
Ekuilibrasi. Kajian ini juga berpegang kepada tiga Prinsip Pembelajaran Kognitif Piaget iaitu
pembelajaran aktif, pembelajaran secara interaksi sosial dan pembelajaran melalui
pengalaman sendiri. Para pengkaji lepas juga menggunakan teori ini seperti Sunanik (2014)
dalam meninjau perkembangan kognitif kanak-kanak dalam pelajaran bersama teknik
Scaffolding, Dian Maulidiah (2016) yang melihat pembinaan skema kanak-kanak berdasarkan
dunia sekitar berasaskan tugasan projek, Puspo Nugroho (2015) yang menggunakan teori ini
dalam pembelajaran Pendidikan Agama Islam serta M. Fairuz Rosyid dan R. Umi Baroroh
(2019) yang menggunakan teori ini dalam pembelajaran Bahasa Arab.
Terdapat juga beberapa cadangan kepada KPM, pihak sekolah, guru dan kajian
lanjutan. Antara cadangan kepada KPM ialah menganjurkan bengkel pantun yang
menekankan ciri-ciri sebuah pantun dari segi luaran dan dalaman kepada guru-guru Bahasa
Melayu kerana pengetahuan murid berpunca daripada guru. Selain itu, Nordiana Hamzah et.
al. (2019) mendapati tiada rujukan berkenaan pembinaan pantun dalam buku teks Bahasa
Melayu Sekolah Rendah. Maka, KPM juga berhak menggubal semula kandungan buku teks
berkenaan pantun supaya menyentuh pantun dengan lebih mendalam terutama tentang ciri-
ciri pantun kerana pengetahuan terhadap ciri-ciri merupakan asas kepada pembinaannya.
Cadangan pengkaji kepada pihak sekolah pula ialah memperbanyak pertandingan
berbalas pantun. Pertandingan ini amat menarik dan memberi motivasi kepada pendebat
untuk mempelajari pantun dengan lebih mendalam. Selain itu, pihak sekolah juga boleh
membuat pertandingan membina pantun paling kreatif yang mendorong murid untuk mencari
informasi berkenaan estetika pantun dari segi luaran dan dalaman dengan daya usaha sendiri.
Seterusnya, cadangan daripada pengkaji kepada para guru ialah membuat persediaan
awal sebelum mengajar murid-murid. Persediaan awal ini boleh dirancang dengan mengambil
tahu kelemahan murid yang ketara berkaitan pantun. Selain perancangan berkaitan isi
pengajaran, guru juga perlu merancang pengajaran yang dapat menarik minat murid supaya
murid memberi fokus sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlangsung.
Perkara ini juga disokong oleh Zamri Mahamod, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Mohamed Amin
Embi, Jamaludin Badusah & Sharala Subramaniam (2014) yang mengenengahkan guru perlu
mengetahui pelbagai model, kaedah dan strategi pengajaran mengikut kesesuaian.
Dapatan kajian ini juga mampu memberi sumbangan sebagai sumber rujukan
tambahan kepada pengkaji-pengkaji di hari muka yang ingin menjalankan kajian berkaitan
pantun. Selain itu, pengkaji-pengkaji yang akan datang juga boleh menjalankan kajian lanjutan
untuk menganalisis aspek-aspek yang berkaitan dengan pantun seperti faktor yang

915
mempengaruhi tahap penguasaan pantun atau strategi yang dapat menarik minat murid
kepada pantun atau teknik yang dapat membina pantun secara berestetika atau perkara-
perkara lain yang mempunyai kaitan dengan kajian ini.

RUJUKAN
Bond, T., & Fox, C. (2015). Applying the Rasch Model. Taylor and Francis.

Burhanuddin, M. R. (Director). (2009). Upin & Ipin musim ke-3: Basikal baru [Motion Picture].

Chua Yan Piaw. (2010). Kaedah dan statistik penyelidikan: Kaedah penyelidikan buku 1.
McGraw- Hill (Malaysia).

Cindy Viane Bertan, A. K. T Dundu & R. J. M. Mandagi. (2016). Pengaruh pendayagunaan


sumber daya manusia (tenaga kerja) terhadap hasil pekerjaan (studi kasus perumahan
Taman Mapanget Raya (TAMARA). Jurnal Sipil Statik, 13-20.

Dian Maulidiah. (2016). Peningkatan perkembangan kognitif melalui pembelajaran Sains


Pemula dengan metode proyek di taman kanak-kanak. Universitas Tanjungpura
Pontianak.

Firliani, Nur Ibad, Nauval DH & Iik Nurhikmayati. (2019). Teori Thorndike dan implikasinya
dalam pembelajaran Matematika. Seminar Nasional Pendidikan, FKIP UNMA 2019
(pp. 823-838). Universiti Majalengka.

Ibrahim Haji Salleh. (1985). Pengajaran kesusasteraan Melayu: Satu kajian mengenai
permasalahannya di peringkat Tingkatan 4 dan 5 sekolah menengah kebangsaan.
Universiti Putra Malaysia.

M. Fairuz Rosyid & R. Umi Baroroh. (2019). Teori belajar kognitif dan implikasinya dalam
pembelajaran Bahasa Arab. AL-Lisan: Jurnal Bahasa (e-Journal), 180-198.

Mohd Asri Harun, Zulkifley Hamid & Kartini Abd Wahab. (2016). Melahirkan warga yang
berketerampilan bahasa: Kajian hubungan antara pengetahuan dengan amalan
komunikatif dalam kalangan guru Bahasa Melayu. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian
Journal of Society and Space, 32-45.

Mohd Najib Abdul Ghaffar. (2003). Reka bentuk tinjauan soal selidik pendidikan. Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia.

Nor Azizah Mokhtar. (1 Ogos, 2015). Pendidikan awal pupuk semangat patriotisme generasi
muda. Retrieved from
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/08/71497/pendidikan-awal-
pupuk-semangat-patriotisme-generasi-muda

Nordiana Hamzah, Farra Humaira Mohammad, Hasrina Baharum, Ros Silawati Ahmad @
Abdullah & Ibrahim Bakar. (2019). Instrumen Pantun Berestetika. International Journal
of Humanities, Philosophy, and Language, 188-201.

Noresah Baharom, Md. Nor Ab. Ghani, Ibrahim Hj. Ahmad, Azizah Supardi, Saidah Kamin,
Aziah Tajudin, Salmah Jabbar, Hairani Mohd Khalid & Rodziah Abdullah. (2015).
Kamus Dewan edisi keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka.

916
Puspo Nugroho. (2015). Pandangan kognitifisme dan aplikasinya dalam pembelajaran
Pendidikan Agama Islam anak usia dini. Jurnal Thufula, 281-304.

Razali Haji Yu. (2007). Bengkel inovasi pedagogi: Teknik mudah mengajar pantun. Institut
Perguruan Batu Lintang.

Shamsuddin Othman & Abdul Rasid Jamian. (2015). Pelaksanaan elemen sastera dalam
pengajaran dan pembelajaran Seni Bahasa Kurikulum Standard Sekolah Rendah.
Jurnal Bahasa, 292-312.

Siti Hajar Che Man. (2013). Kelestarian pantun: Rencah dan leluhur bangsa dulu, kini dan
selamanya. International Journal of Malay World and Civilisation, 75-81.

Sri Qamariah Mohd Samsir. (2013). Sikap masyarakat terhadap teromba. University Teknologi
Mara.

Sunanik. (2014). Perkembangan anak ditinjau dari teori konstruktivisme. Syamil, 43-56.

Wahyu Putra Suharmi. (2018). Kesan pengaplikasian Teknik Koke dalam pembinaan pantun.
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.

Wan Hanim Nadrah & Muhd Azuanafzah Azmi. (2017). Faktor-faktor yang mempengaruhi
pencapaian dalam Matematik di FPTV UTHM. Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.

Zahir Ahmad. (2005). Pantun Melayu sebagai manifestasi sosiobudaya dan pensejarahan
Melayu. Jurnal Pengajian Melayu, 241-254.

Zamri Mahamod, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Mohamed Amin Embi, Jamaludin Badusah &
Sharala Subramaniam. (2014). Strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan
pelajar warganegara asing berdasarkan kemahiran bahasa dan gred. Jurnal
Personalia Pelajar, 75-81.

Zanudin Abu Bakar, Meor Ibrahim Kamaruddin & Tan May Yang. (2009). Pengaruh sikap,
minat, pengajaran guru, dan rakan sebaya terhadap pencapaian Matematik pelajar.
Universiti Teknologi Malaysia.

917
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENULISAN KARANGAN BAHASA
MELAYU MURID TAHUN 6

Muhamad Syarafuddin bin Mohd Zian


Muhamad09-892@epembelajaran.edu.my

Ku Muhamad Asmadi bin Ku Mohd Saad PhD


kuasmadi@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu
murid Tahun 6 bagi sebuah sekolah luar bandar di mukim Rasau, daerah Dungun, Terengganu. Kajian
ini berbentuk tinjauan dan menggunakan satu set soal selidik sebagai alat instrumen kajian. Kajian ini
menggunakan analisis deskriptif untuk melihat tahap min kajian dan sisihan piawai. Seramai 55 orang
murid Tahun 6 di sekolah berkenaan mengambil bahagian sebagai responden. Data dianalisis
menggunakan SPSS (Statistical Package for Social Science) versi terkini iaitu versi 26. Dapatan kajian
menunjukkan faktor-faktor utama yang mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu murid
Tahun 6 secara keseluruhan adalah berada di tahap sederhana (faktor pengajaran dan pembelajaran
= min 2.67, faktor persekitaran = min 2.96 dan faktor individu = min 2.65). Bagi mengikut pecahan faktor,
item yang terdapat bagi setiap faktor mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu berada di
tahap sederhana (item faktor pengajaran dan pembelajaran, ‘sukar mengolah idea karangan’ = min
3.15, item faktor persekitaran, ‘pembelajaran tidak selesa ketika kelas terlalu bising atau secara dalam
talian’ = min 3.42 dan item faktor individu, ‘tidak minat mengarang’ = min 2.96. Implikasi kajian ini adalah
beberapa faktor yang dikemukakan bagi setiap faktor pengajaran dan pembelajaran, faktor persekitaran
dan faktor individu mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu murid Tahun 6 sekolah
berkenaan tetapi tidak meliputi kesemua faktor yang dikemukakan.
Kata Kunci: faktor-faktor, penulisan karangan, Bahasa Melayu, murid Tahun 6

ABSTRACT
This study aims to identify the factors that affect the Year 6 students Malay Language essay writing in
a rural school in Rasau, Dungun district, Terengganu. This is a survey study that uses a set of
questionnaires as a research instrument. This study uses descriptive analysis to analyze the mean and
standard deviation. A total of 55 Year 6 students in the school participated as respondents. Research
data is analyzed using Statistical Package for the Social Science (SPSS) software version 26.0. The
findings show that the main factors affecting the Year 6 students Malay Language essay writing
conclusively is at a moderate level (teaching and learning factor = mean 2.67, environment factor =
mean 2.96 and individual factor = mean 2.65). According to the factors division, the items for each
factors affecting Malay Language essay writing is at a moderate level (item for teaching and learning
factor, ‘difficulty in generating essay ideas’ = mean 3.15, item for environmental factor, ‘unconducive
learning in a noisy class or online class’ = mean 3.42 and individual factor item, ‘no interest in writing’ =
mean 2.96). The implications of this study are some of the factors in teaching and learning factor,
environmental factor and individual factor affect the Year 6 students Malay Language essay writing but
does not cover all of the factors presented.

Keywords: Factors, essay wrtitting, Malay Language, year 6 students

918
PENGENALAN
Merujuk Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, telah
dimaktubkan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Kedudukan bahasa
Melayu di Malaysia berfungsi sebagai alat perpaduan kaum di negara kita yang terdiri daripada
pelbagai latar bangsa dan agama dalam masyarakat. Bahasa Melayu juga merupakan unsur
tradisi yang berperanan sebagai identiti negara Malaysia. Oleh itu, bahasa Melayu amat
penting kepada rakyat Malaysia dan mestilah dapat menguasainya kerana fungsinya tersendiri
yang memainkan peranan sebagai bahasa utama di negara ini. Sebagai bahasa utama,
bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa ilmu terutama apabila berfungsi sebagai
bahasa pengantar di universiti dan sekolah-sekolah. Pengunaan bahasa Melayu dalam
kehidupan seharian berfungsi untuk berinteraksi dengan orang lain, mengakses maklumat dan
untuk memahami bahan bacaan.

Kementerian Pendidikan Malaysia menjadikan bahasa Melayu sebagai salah satu


mata pelajaran teras kepada murid untuk menguasainya. Kandungan Standard Kurikulum
Sekolah Rendah (KSSR) telah digubal bersesuaian dengan penggunaan bahasa harian.
Antara perkara yang terkandung di dalam (KSSR) ialah Kemahiran Mendengar dan Bertutur,
Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis. Kemahiran-kemahiran ini penting supaya murid
boleh menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai
bahasa ilmu.

Kemahiran-kemahiran tersebut tergolong sebagai kemahiran berbahasa yang


merupakan suatu komponen yang amat penting kepada murid untuk menguasainya. Menurut
Siti Hajar (2009), isu yang pernah timbul ialah masih terdapat sebilangan murid sekolah
rendah yang masih tidak menguasai kemahiran berbahasa terutama kemahiran membaca dan
menulis walaupun mereka telah menjalani sesi persekolahan bagi tempoh 6 tahun. Apabila di
sekolah menengah, mereka akan kerap melakukan kesalahan bahasa dalam aktiviti lisan dan
penulisan.

Kelemahan ini juga berpunca kerana asas berbahasa ketika di sekolah rendah tidak
kukuh dan di sekolah menengah, mereka lebih memberi perhatian kerana ingin lulus dalam
peperiksaan penting sahaja. Murid mempelajari kemahiran berbahasa hanya sekadar untuk
lulus peperiksaan dan bukannya menguasai kemahiran tersebut untuk kegunaan dalam
kehidupan. Oleh itu, setelah digubal dan berlaku penambaikan dalam (KSSR) melalui
semakan, diharap dapat membantu murid untuk menguasai kemahiran berbahasa terutama
kemahiran menulis.

Antara kemahiran yang penting dalam kemahiran berbahasa adalah kemahiran menulis
yang merupakan kemahiran tertinggi dalam kemahiran berbahasa. Melalui penulisan. Individu

919
dapat menyampaikan informasi dan berkomunikasi dengan individu yang lain. Kemahiran
menulis juga membantu murid untuk mempertimbangkan gagasan yang ingin diutarakan
secara lebih rasional. Oleh kerana itu, menulis merupakan satu aktiviti yang lambat dan
perlahan dari bertutur (Mohd Jonit 1993). Hal ini juga dinyatakan oleh Yusfaiza dan Mohd
Ishah, (2012) bahawa proses menulis memerlukan seseorang murid yang berfikir semasa
merancang, semasa menulis dan setelah penulisan dihasilkan. Hal ini kerana menulis
merupakan suatu budaya intelek yang saling berkaitan antara kemahiran membaca dan
kemahiran menulis.

Menulis sebuah karangan merupakan salah satu contoh yang memerlukan murid untuk
mengingati bahan bacaan dan menganalisis serta merumuskan bahan bacaan dalam suatu
penulisan yang dihasilkan. Oleh itu, murid akan sukar untuk menulis sebuah karangan jika
kemahiran berbahasanya tidak kukuh. Maka, guru berperanan dalam mencapai matlamat
Kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah yang bertujuan untuk melengkapkan murid dengan
keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam urusan
harian, perhubungan sosial dan memperoleh ilmu.

PERNYATAAN MASALAH
Kemahiran Menulis merupakan suatu kamahiran yang melibatkan tahap kognitif yang tinggi.
Hal ini kerana berdasarkan kemahiran tersebut, antara aspek yang perlu dikuasai sebelum
menulis seperti membaca, memahami, menyusun perkataan kepada ayat dan perenggan dan
pelbagai lagi. Menurut Haji Daud & Muhaiyuddin (2011), kegiatan menulis ialah proses
melahirkan lambang-lambang bunyi bahasa yang dilahirkan dalam bentuk grafik bagi
melahirkan idea dan perasaan. Hal ini juga merupakan proses memindahkan lambang-
lambang bunyi untuk dijadikan sebagai alat komunikasi. Melalui penulisan, buah fikiran, idea
dan pendapat dapat disampaikan dengan tepat dan berkesan serta secara rasional kepada
khalayak atau pembaca (Tuan Jah & Faridah, 2011). Oleh itu menulis ialah sesuatu yang amat
penting kepada semua individu. Oleh sebab itu, kemahiran ini perlu dikuasai oleh semua murid
ketika di sekolah rendah lagi.

Selaras dengan matlamat (KSSR), guru juga berperanan penting dalam memastikan
kemahiran tersebut dapat dikuasai oleh murid. Kemahiran ini juga amat penting untuk murid
aplikasikan ketika menulis perkataan, menulis ayat dan karangan. Berdasarkan Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Tahun 6 (DSKP),
antara objektif yang perlu dicapai oleh murid bersandarkan Standard Kandungan dan
Standard Pembelajaran yang ditetapkan ialah;

920
I. Menulis untuk menyampaikan maklumat yang betul menggunakan idea utama dan
idea sampingan secara kohesi dan koheran dalam bentuk karangan berformat dengan
bahasa yang santun.
II. Menghasilkan penulisan kreatif jenis imaginatif dan deskriptif menggunakan bahasa
yang menarik dengan betul.

Sebelum wabak pandemik Covid-19 menular dan sesi persekolahan berjalan seperti
biasa. Kemahiran ini juga diuji sepenuhnya kepada murid dalam peperiksaan penting iaitu
Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) kertas mata pelajaran Bahasa Melayu di
bahagian penulisan karangan. Murid akan menghadapi masalah jika sekiranya kemahiran
menulisnya belum dapat dikuasai dengan baik. Permasalahan bermula apabila murid
menghadapi masalah untuk memulakan proses menulis karangan apabila kekurangan idea
dan menjadikan karangan yang ditulis tidak bermutu (Che Zanariah, 2011).

Terdapat tiga faktor yang menyebabkan murid lemah dalam menghasilkan penulisan
tergambar. Hal ini telah dijelaskan oleh Kamaruddin et al. (1997) iaitu, isi, bahasa dan tulisan.
Selain itu, Abd. Aziz (2000) berpendapat antara faktor lain yang terlibat dalam mempengaruhi
proses pembelajaran ialah faktor luaran dan faktor dalaman. Faktor luaran seperti persekitaran
tempat tinggal, guru dan murid lain. Pergaulan sosial dan persekitaran tempat tinggal akan
mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak sebelum mereka bersekolah. Faktor
dalaman pula seperti keluarga kerana proses pengajaran dan pembelajaran itu bermula dari
rumah. Keluarga merupakan model bahasa yang utama ketika proses pembelajaran bahasa
berlaku ketika mereka masih kanak-kanak.

Rubiaton Ibrahim dan Jamaludin Badusah (2018) dalam kajian “Kemahiran Menjana
Karangan Menggunakan Teknik BOGRAF di Sekolah Rendah” juga berpendapat murid masih
tidak tahu bagaimana untuk menyusun idea dan huraian. Kesannya murid tidak dapat
menyiapkan penulisan karangan dalam masa yang ditetapkan kerana masanya dihabiskan
untuk berfikir mengeluarkan idea. Kajian yang telah dilakukan oleh Aisyah, Zamri dan Azwa
(2016) mendapati sikap tidak minat mengarang merupakan faktor paling besar yang
mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu dalam kalangan responden kajian mereka

Menurut data kajian Rubiaton Ibrahim dan Jamaludin Badusah (2018), responden di
sekolah tersebut terdapat 25 orang murid mendapat gred D dan 4 orang mendapat gred E
untuk UPSR pada Tahun 2017. Pada Tahun 2016, keputusan UPSR bagi kertas Bahasa
Melayu Penulisan seramai 42 orang mendapat gred D dan 14 orang mendapat gred E. Data
ini jelas menunjukkan bahawa mereka masih belum dapat menguasai penulisan karangan
untuk melayakkan mereka mendapat markah yang lebih baik.

921
Berdasarkan beberapa faktor yang telah dikemukan oleh pengkaji-pengkaji dan tokoh-
tokoh tersebut, kemahiran ini masih berada di peringkat yang lemah dan perlu diberikan
perhatian. Kemahiran ini merupakan suatu kemahiran yang amat penting kepada murid dalam
kehidupannya. Perkara yang menjadi permasalahannya adalah mengapa murid masih tidak
dapat menguasai kemahiran tersebut walaupun setelah belajar selama dua tahun tentang
penulisan karangan ketika berada di darjah empat dan lima. Oleh itu, kajian ini juga ingin
melihat apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu murid
Tahun 6.

OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan tujuan tersebut, kajian ini cuba untuk mengkaji tiga objektif berikut:

2. Menentukan sama ada faktor Pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang


mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu murid Tahun 6.
3. Mengenal pasti sama ada faktor persekitaran mempengaruhi penulisan karangan
Bahasa Melayu murid Tahun 6.
4. Mengetahui sama ada faktor individu mempengaruhi penulisan karangan Bahasa
Melayu murid Tahun 6.

SOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian tersebut, kajian ini telah membina tiga soalan kajian. soalan kajian
adalah seperti yang berikut:
2. Apakah faktor pengajaran dan pembelajaran yang mempengaruhi penulisan karangan
Bahasa Melayu murid Tahun 6?
3. Apakah faktor persekitaran yang mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu
murid Tahun 6?
4. Apakah faktor individu yang mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu murid
Tahun 6?
METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah tinjauan. Kajian
tinjauan dijalankan bertujuan untuk menilai sikap, pandangan atau amalan semasa (Creswell,
2008). Hal ini bertujuan untuk mendapatkan jawapan bagi soalan yang berikut. Hasil dapatan
kajian tinjauan dapat memberikan gambaran secara keseluruhan tentang sesuatu isu semasa
atau dikenali sebagai generalisasi. Kaedah ini juga dipilih kerana sesuai untuk ditadbir ke atas
sampel dalam masa yang singkat.
Bersesuaian dengan objektif kajian iaitu ingin melihat sama ada tiga faktor tersebut yang
mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu murid Tahun 6. Pengkaji menggunakan

922
kaedah tinjauan melalui soal selidik untuk menjalankan kajian. Bentuk tinjauan deskriptif
digunakan bertujuan untuk mendapatkan penjelasan terhadap sesuatu keadaan atau ciri
sesuatu populasi (Azizi Yahaya et. al, 2017). Hal ini juga merupakan kaedah yang efisien untuk
mengutip jumlah data yang banyak dengan kos yang rendah serta tempoh yang singkat. Data
soal selidik ini dianalisis menggunakan statistik deskriptif melalui SPSS Statistical Package for
Social Science versi 26.

Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian bersesuaian dengan objektif kajian
yang telah ditetapkan dan ingin dicapai. Soal selidik didefinisikan sebagai satu set soalan
bercetak yang digunakan untuk mengumpul data kajian secara kendiri daripada responden
yang disasarkan (David Lim, 2010). Hal ini juga disokong oleh Zikmund et al. (2013),
menjelaskan bahawa, soal selidik berfungsi sebagai pengganti diri pengkaji serta penghubung
antara pengkaji dengan responden.

Borang soal selidik dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut faktor-faktor yang
difokuskan dalam kajian oleh pengkaji. Satu set soal selidik dalam kajian ini dibahagikan
kepada empat bahagian iaitu Bahagian A, B, C dan D. Pada bahagian A dikelaskan sebagai
demografi responden kajian seperti nama, kelas, sekolah, jantina, bangsa dan gred
peperiksaan. Bahagian B pula terdiri daripada item-item soalan berkenaan faktor pengajaran
dan pembelajaran, Bahagian C untuk faktor persekitaran, dan Bahagian D merujuk kepada
faktor individu yang mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu Tahun 6

Pembentukan soalan pada Bahagian B hingga ke Bahagian D adalah berbentuk Skala


Likert yang memberi pilihan kepada responden memberi jawapan pada skala yang lebih luas.
Hal ini bertujuan untuk pelaporan deskriptif dilakukan dengan analisis untuk menjawab objektif
kajian. Pengkaji menyediakan arahan pada borang soal selidik itu untuk meminta reponden
memilih antara skala satu (1) hingga ke skala lima (5) dengan menanda pada ruang yang telah
disediakan. Skala 1 merujuk kepada jawapan berbentuk “Sangat Tidak Setuju” dan paling
tinggi ialah di skala 5 iaitu sebagai persepsi “Sangat Setuju”.

Instrumen ini melalui kesahan pakar dan kajian rintis untuk memperoleh nilai
kebolehpercayaan alpha cronbach. Kajian ini telah mendapatkan kebolehpercayaan dengan
cara melakukan kajian rintis ke atas 20 orang murid di sebuah sekolah di kawasan mukim
Rasau daerah Dungun, Terengganu. Sekolah tersebut dipilih kerana populasinya mempunyai
ciri-ciri yang setara dengan populasi di sekolah kajian yang sebenar. Setelah data dianalisis
menggunakan SPSS, nilai alpha cronbach yang diperoleh adalah 0.64 yang mana bermaksud
boleh diterima.

923
Jadual 1
Intrpretasi nilai alpha cronbach (Zaidatun et al. 2003)

Nilai Alfa Kebolehpercayaan


Cronbach
0.9 - 1.0 Sangat baik dan efektif dengan tahap konsistensi yang tinggi
0.7 – 0.9 Baik dan boleh diterima
0.6 – 0.7 Boleh diterima
<0.6 Item perlu dibaiki
<0.5 Item perlu digugurkan

Analisis statistik deskriptif untuk dapatan kajian yang meliputi min dan sisihan piawai
dapat dilihat dan dijelmakan melalui analisis data soal selidik. Skor min dapat menerangkan
objektif kajian, iaitu faktor (PdP), faktor persekitaran dan faktor individu yang mempengaruhi
penulisan karangan Bahasa Melayu murid Tahun 6. Bagi menentukan tahap itu, pengkaji
menggunakan interpretasi skor min yang diadaptasi daripada Jamil (2002) pada jadual 2.

Jadual 2
Intepretasi skor min

Skor Min Interpretasi Skor Min


1.00 hingga 2.33 Rendah
2.34 hingga 3.66 Serdahana
3.67 hingga 5.00 Tinggi

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Dapatan kajian ini menjawab kepada tiga soalan kajian iaitu faktor pengajaran dan
pembelajaran, faktor persekitaran dan faktor individu yang mempengaruhi penulisan karangan
Bahasa Melayu murid Tahun 6.

Jadual 3
Analisis maklumat demografi

Kod Kriteria Kumpulan Frekuensi Peratus (%)


A2 Kelas Al Razi 22 45.8
Al Biruni 26 54.2
A3 Jantina Lelaki 19 39.6
Perempuan 29 60.4
A5 Bangsa Melayu 47 97.9
Cina 0 0
India 0 0
Lain-lain 1 2.1
A6 Gred A 4 8.3
Peperiksaan B 18 37.5

924
C 21 43.8
D 3 6.3
E 2 4.2

Berdasarkan jadual 3, dapatan kajian menunjukkan murid di kedua-dua kelas tersebut


melibatkan diri sebagai responden dan sampel kajian iaitu seramai 22 orang dari kelas Al Razi
yang meliputi 45.8%. Selebihnya adalah dari kelas Al Biruni iaitu sebanyak 26 orang murid
bersamaan 54.2%. Selain itu bagi kriteria jantina, bilangan sampel bagi murid lelaki ialah
seramai 19 orang dengan peratusannya 39.6% manakala murid perempuan seramai 29 orang
dengan peratusannya 60.4%. Hal ini bermakna murid perempuan yang terlibat melebihi
separuh daripada jumlah keseluruhan sampel iaitu seramai 48 orang.
Kriteria bangsa berdasarkan jadual menunjukkan hampir keseluruhan sampel adalah
berbangsa Melayu dengan membawa peratusan 97.9% iaitu seramai orang. Terdapat 1 orang
yang mewakili 2.1% yang berbangsa lain-lain. Analisis kriteria gred peperiksaan bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu seramai empat orang murid memperoleh gred A yang membawa
kepada peratusan 8.3%. Bagi gred B seramai 18 orang dengan peratusannya 37.5%. Gred C
merupakan paling ramai iaitu seramai 21 orang dengan peratusannya 43.8%. Terdapat 3
orang yang memperolehi gred D yang membawa 6.3% dan seramai 2 orang mendapat gred
E dengan peratusan 4.2%. Kawasan kajian yang dijalankan adalah di sebuah sekolah mukim
Rasau daerah Dungun Terengganu yang merupakan kawasan luar bandar. Sampel terdiri
daripada murid Tahun 6 di sekolah berkenaan.

Jadual 4
Analisis min dan sisihan piawai faktor-faktor.

Bil. Faktor Min Sishan Tahap


(µ) Piawai
(SP)
1. Faktor Pengajaran dan pembelajaran 2.67 0.656 Sederhana
2. Faktor Persekitaran 2.96 0.534 Sederhana
3. Faktor Individu 2.65 0.600 Sederhana

Jadual 4 menunjukkan min dan sisihan piawai untuk faktor-faktor yang mempengaruhi
penulisan karangan Bahasa Melayu murid Tahun 6. Faktor-faktor tersebut terdiri daripada tiga
faktor iaitu faktor pengajaran dan pembelajaran (PdP), faktor persekitaran dan faktor individu.
Bagi faktor pengajaran dan pembelajaran menunjukkan min keseluruhan ialah (µ=2.67) iaitu
pada tahap sederhana dengan sisihan piawai 0.656. Min bagi faktor persekitaran pula adalah
(µ=2.96) dengan sisihan piawai 0.534. Nilai skor min faktor persekitaran yang diperoleh juga
di tahap sederhana tersebut merupakan min yang tertinggi antara tiga faktor tersebut. Faktor

925
individu memperoleh min yang paling rendah antara tiga faktor tersebut iaitu (µ=2.65) dengan
sisihan piawai 0.600, iaitu tahap skor min yang sederhana.
Jadual 5
Analisis min dan sisihan piawai faktor pengajaran dan pembelajaran

Bil. Faktor Min Sisihan Tahap


(µ) Piawai
(SP)
1. Proses pengajaran dan pembelajaran 2.48 0.772 Sederhana
yang kurang menarik.
2. Teknik membina karangan yang diajarkan 2.67 0.996 Sederhana
susah difahami.
3. Penerangan guru tidak jelas. 2.40 0.984 Sederhana
4. Sukar membina kerangka karangan. 3.02 1.082 Sederhana
5. Sukar mengolah idea karangan. 3.15 1.072 Sederhana
6. Guru tidak menekankan penggunaan 2.29 1.091 Rendah
ejaan serta penggunaan huruf besar dan
huruf kecil yang betul dalam penulisan
karangan
Min Keseluruhan 2.67 Sederhana

Nilai min keseluruhan konstruk ini adalah (µ=2.67) iaitu di tahap sederhana. Nilai min
bagi setiap item adalah sederhana kecuali item terakhir di tahap yang rendah. Hasil analisis
untuk item yang mendapat nilai min yang paling tinggi pada konstruk faktor pengajaran dan
pembelajaran adalah item kelima iaitu nilai min (µ=3.15) dengan sisihan piawai 1.072. Diikuti
dengan item keempat dengan nilai min (µ=3.02) dan sisihan piawai 1.082. Item di kedudukan
ketiga yang nilai min tinggi adalah item kedua iaitu nilai min (µ=2.67) dan sisihan piawai 0.996
diikuti dengan item pertama dengan min (µ=2.48), sisihan piawai 0.772. Item ketiga di
kedudukan kelima dengan min (µ=2.40), sisihan piawai 1.082. Nilai min item yang paling
rendah pada konstruk ini adalah item keenam. Nilai min adalah (µ=2.29) di tahap rendah dan
sisihan piawai 1.091.

Jadual 6
Analisis min dan sisihan piawai faktor persekitaran.

Bil. Faktor Min Sisihan Tahap


(µ) Piawai
(SP)
1. Pembelajaran tidak selesa ketika kelas 3.42 1.302 Sederhana
terlalu bising atau secara dalam talian.
2. Terpengaruh dengan rakan yang malas 2.60 1.106 Sederhana
belajar.
3. Waktu pengajaran Bahasa Melayu yang 2.67 0.996 Sederhana
kurang sesuai atau tengah hari.

926
4. Ibu bapa kurang menyemak latihan 2.88 1.160 Sederhana
penulisan karangan Bahasa Melayu
saya.
5. Keluarga dan kawan bertutur 3.25 0.838 Sederhana
menggunakan dialek.
Min Keseluruhan 2.96 Sederhana

Secara keseluruhan dapatan analisis bagi faktor persekitaran berada di tahap


sederhana dengan nilai min (µ=2.96). Item yang memperoleh nilai min yang paling tinggi dalam
konstruk ini adalah ‘pembelajaran tidak selesa ketika kelas terlalu bising atau secara dalam
talian’ dengan min (µ=3.42) dan sisihan piawai 1.302. Kedua adalah item ‘keluarga dan kawan
bertutur menggunakan dialek’ dengan min (µ=3.25) dan sisihan piawai 0.838. Kedudukan
ketiga yang nilai min tinggi adalah item ‘ibu bapa kurang menyemak latihan penulisan
karangan Bahasa Melayu saya’ iaitu min (µ=2.88) dan sisihan piawai 1.160. Item ‘waktu
pengajaran Bahasa Melayu yang kurang sesuai atau tengah hari’ di kedudukan keempat nilai
min antara item lain bagi konstruk persekitaran dengan min (µ=2.67) dan sisihan piawai 0.996.
Min di kedudukan terakhir pada konstruk ini adalah item ‘terpengaruh dengan rakan yang
malas belajar’ yang nilai min adalah (µ=2.60) dan sisihan piawai 1.106. Kesemua item pada
konstruk ini memperoleh nilai min di tahap sederhana.

Jadual 7
Analisis min dan sisihan piawai faktor individu

Bil. Faktor Min Sisihan Tahap


(µ) Piawai
(SP)
1. Tidak minat mengarang. 2.96 1.071 Sederhana
2. Kurang yakin kerana kemahiran bahasa 2.83 1.038 Sederhana
lemah.
3. Kurang disiplin diri atau sengaja tidak 2.42 1.028 Sederhana
menyiapkan latihan.
4. Tiada motivasi atau bosan belajar Bahasa 2.38 0.937 Sederhana
Melayu.
5. Sukar bertutur dalam bahasa Melayu. 2.79 0.988 Sederhana
6. Sukar menulis dalam bahasa Melayu. 2.50 1.149 Sederhana
Min Keseluruhan 2.65 Sederhana

Min keseluruhan bagi faktor individu berada di tahap sederhana iaitu (µ=2.65). Min
paling tinggi adalah pada item ‘tidak minat mengarang’ iaitu nilai min (µ=2.96) dan sisihan
piawai 1.071. Diikuti dengan item ‘kurang yakin kerana kemahiran bahasa lemah’ yang nilai
min adalah (µ=2.83) serta sisihan piawai 1.038. Kedudukan ketiga nilai min tinggi pada
konstruk faktor individu ini adalah pada item ‘sukar bertutur dalam bahasa Melayu’. Nilai min
adalah (µ=2.79) dan sisihan piawai 0.988. Item kedudukan keempat adalah item berkenaan
‘sukar menulis dalam bahasa Melayu’ yang nilai min (µ=2.50) serta sisihan piawai 1.149.

927
Diikuti dengan item ‘kurang disiplin diri atau sengaja tidak menyiapkan latihan’ yang
memperoleh min (µ=2.42) dan sisihan piawai 1.028. ‘tiada motivasi atau bosan belajar Bahasa
Melayu’ merupakan item yang mendapat nilai min paling rendah untuk konstruk faktor individu
ini dengan nilai min (µ=2.38) serta sisihan piawai 0.937. Semua item tersebut memperoleh
nilai min di tahap sederhana.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


Terdapat beberapa item yang mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu murid
Tahun 6. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia perlu berusaha menyediakan
infrastruktur yang banyak dan sesuai serta menaik taraf kemudahan sedia ada. Kemudahan
seperti bangunan-bangunan untuk dijadikan kelas serta kemudahan lain dapat membantu
untuk mengurangkan kepadatan murid dalam sesuatu kelas. Secara tidak langsung keperluan
guru untuk sekolah juga akan meningkat. Sekolah di Malaysia mempunyai kepadatan di
sesebuah kelas. Terdapat kelas di sesebuah sekolah yang mempunyai 30 hingga 40 orang
murid dalam satu kelas. Hal ini menyebabkan keadaan yang sangat sesak dan tidak kondusif.
Keadaan ini juga akan mengundang kepada ketidakselesaan murid kerana boleh
mengundang kepada suasana yang tidak terkawal dengan kepelbagaian karenah murid.

Cadangan untuk memanjangkan tempoh (PdP) untuk mata pelajaran Bahasa Melayu
sekurang-kurangnya satu hari dalam seminggu juga boleh dilaksanakan. Hal in kerana apaila
guru memfokuskan bahagian penulisan karangan pada hari tersebut menyebabkan masa
yang diperlukan adalah tidak mencukupi. Pembinaan sebuah karangan meliputi proses
berfikir, menjana dan mengola idea, membina kerangka karangan dan membina karangan.
Proses-proses ini amat memakan masa terutama kepada murid yang tidak begitu mahir dan
pemulihan. Waktu yang panjang dapat membantu guru untuk mengajarkan proses pembinaan
karangan secara satu waktu dan murid dibimbing dari awal hingga ke akhir proses pembinaan
karangan.

Selain itu, guru juga perlu mengaplikasikan kepelbagaian teknik semasa proses (PdP)
berlangsung. Kepelbagaian teknik tersebut juga perlu mengambil kira keadaan dan situasi
semasa proses tersebut berlangsung. Hal ini bertujuan untuk mengenal pasti minat murid
terhadap proses (PdP) yang dijalankan supaya guru dapat menarik minat dan perhatian murid
utnuk mempelajari kemahiran berbahasa terutama kemahiran penulisan karangan. Tambahan
melalui kaedah ini juga, guru dapat memahami cara murid belajar dan menerima proses (PdP)
tersebut. Hal ini juga secara tidak langsung membantu guru untuk mencari cara untuk
merangsang keupayaan dan pemikiran murid.

928
Antara contohnya seperti mengaplikasikan pembelajaran secara kolaboratif. Melalui
kajian oleh Yahya Othman (2014), beliau menekankan agar pembelajaran secara kolaboratif
dalam aktiviti berkumpulan dijalankan. Hal ini kerana dapatan kajian menunjukkan
pendedahan aktiviti secara berkumpulan telah memupuk sikap dan kemahiran interpersonal
yang dapat membantu murid dalam mendapatkan proses PdP yang bermakna dan berkesan.

Implikasinya untuk kajian ini adalah perkara ini boleh menjadi titik tolak kepada guru
untuk memfokuskan pada item-item yang menjadi faktor-faktor yang mempengaruhi penulisan
Bahasa Melayu murid Tahun 6. Tindakan lanjutan yang perlu diberikan penekanan oleh guru
untuk meningkatkan kemahiran penulisan murid.

Guru perlu menggunakan beberapa pendekatan dan kaedah bagi menarik perhatian
pelajar dalam menguasai pelajaran yang diajar. Menurut Sulaiman (1997) terdapat pelbagai
cara guru menarik minat pelajar ketika proses pengajaran serta pembelajaran dalam kelas,
salah satu daripadanya ialah menggunakan alat bantu mengajar yang menarik.

Guru yang berfikiran positif sebenarnya boleh menyediakan peluang pembelajaran


dengan mengambil kira gaya pembelajaran yang disarankan oleh Dunn, R. dan Dunn, K. dan
Kolb dan McCarthy. Daripada kajiannya yang bertajuk “Survey of Research on Learning
Styles” yang dimuat dalam jurnal Educational Leadership (1989), Rita Dunn telah
membuktikan bahawa murid yang berjaya belajar dengan lebih berkesan serta berupaya
mengekalkan apa yang dipelajari dengan lebih lama lagi apabila murid tersebut diajar
berdasarkan kekuatan pengamatan dan suasana pengajaran yang mengambil kira cara-cara
dan gaya murid-murid belajar.

Selain itu, strategi menangani yang banyak diutarakan dalam kajian ini ialah bentuk
sikap tegas dalam kalangan pelajar. Guru perlu mengamalkan sikap yang lebih tegas dalam
mengurus pelajar dalam kelas. Sikap ini memberi gambaran kepada pelajar tentang
kepentingan mematuhi dan mengikuti arahan guru. Strategi yang dicadangkan juga
melibatkan sebahagian besar guru yang perlu memainkan peranan.

Kesimpulannya, dapatan keseluruhan menunjukkan terdapatnya faktor-faktor yang


mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu walaupun min keseluruhan di tahap
sederhana. Hal ini kerana pecahan terdapat beberapa faktor yang dikemukakan itu
dipersetujui oleh majoriti responden yang membuktikan faktor tersebut terpakai kepada
mereka. Oleh itu, melalui dapatan hasil kajian ini diharapkan guru dapat meneliti aspek-aspek
yang menjadi faktor kepada yang mempengaruhi penulisan agar murid dapat membina
sebuah karangan yang bermutu serta berkualiti. Penyelesaian kepada faktor-faktor tersebut
perlu diteroka dan diselesaikan agar tidak berterusan kepada murid yang akan datang serta
dibaiki dengan lebih awal.

929
RUJUKAN
A. Chellamal Bagavathy. (2005). Mengatasi kelemahan murid menguasai aspek tatabahasa
dalam Bahasa Melayu melalui cara permainan bahasa. Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Antarabangsa.
Abd. Aziz. Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Azura Ishak, Zakaria Kasa, Mohd Hasan Selamat, & Vahaman Abu Samah. (2009).
Perbandingan pengajaran berasaskan multimedia dan tradisional ke atas pencapaian
matematik dan sikap matematik di kalangan pelajar berisiko. Teknologi Maklumat Dan
Multimedia, 5, 79–89.
Che Zanariah Che Hassan, & Fazilah Abd Rahman. (2011). Pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran kemahiran menulis di sekolah rendah. Pendidikan Bahasa Melayu, 9(1).
Creswell, J. . (2014). Educational research: Planning, conducting and evaluating quantitative
and qualitative. Prentice Hall.
Farah Adlina Mokter. (2019). Keberkesanan pembelajaran berasaskan masalah terhadap
pencapaian dan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar dalam penulisan karangan
Bahasa Melayu. Pendidikan Bahasa Melayu, 9(1), 33–46.
Hj. Daud Md. Seman, & Muhaiyuddin Mohamed Azizi. (2011). Literasi Bahasa: Khusus untuk
Institusi Pendidikan, Prasekolah dan Kelas Pemulihan. Pekan Ilmu.
Hussin Sarif. (1999). Persepsi pelajar terhadap penggunaan perkataan komunikatif dalam
pengajaran Bahasa Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Izny Atikah. (2016). Masalah pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah. Slide Share.
Kamaruddin Husin, & Siti Hajar Abdul Aziz. (1997). Pengajian Melayu 1: Ilmu Bahasa dan
Kecekapan Berbahasa. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kamus Dewan (Edisi Keempat). (2013). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Kurikulum standard sekolah menengah: Bahasa
Melayu sekolah kebangsaan tahun enam.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities.
Educational Dan Psychological Measurement, 30(12), 607–610.
Mercer, C. ., & Mercer, A. . (1997). Teaching Students With Learning Problem (Upper Saddle
River (Ed.); 5th ed.). Prentice Hall Inc.
Mohammad Aziz Shah Bin Mohamed Arip, Fauziah Binti Mohd Sa’ad, Norhidayah Binti
Jaapar, Khairiyah Binti Mohd Ali, Najwa Hananie Binti Athdzar, & Wan Norhasniah Binti
Wan Abd Rashid. (2014). Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang
tumpuan pelajar sekolah menengah di dalam kelas: Suatu kajian kualitatif. Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Mohd Jonit Mohd Johari. (1993). Pengajaran kemahiran menulis dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu pada peringkat menengah atas. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nurul Aisyah Abdullah, Zamri Mahamod, & Nor Azwa Hanum Nor Shaid. (2016). Faktor-
faktor yang mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu pelajar sekolah
menengah. Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 1–9.

930
Padmanabhan Nair. (1993). An analysis of errors in the english compositions of Malay
students Malaysian secondary school. Universiti Malaysia.
Rosinah Edinin. (2015). Penyelidikan Tindakan: Kaedah & Penulisan. Pelangi Publishing
Sdn. Bhd.
Rubiaton Ibrahim, & Jamaludin Badusah. (2018). Kemahiran Menjana Idea Karangan
Menggunakan Teknik BOGRAF di Sekolah Rendah. 21–22.
Siti Zabidah Binti Mohamed. (2006). Kesan Pendekatan Penyebatian Kemahiran Berfikir
Kreatif Dalam Pengajaran Karangan Deskriptif Dan Karangan Imaginatif Dalam
karangan Pelajar Tingkatan IV. Universiti Sains Malaysia.
Siti Zamrah Binti Isa. (2015). Penguasaan lisan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar pra
universiti. Universiti Putra Malaysia.
Tuan Jah Tuan Yusof, & Faridah Nazir. (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.
Penerbit Multimedia Sdn. Bhd.
Yahya Othman. (2014). Keupayaan menguasai kemahiran menulis melalui pembelajaran
berasaskan projek dalam penulisan berbentuk risalah di sekolah rendah. Pendidikan
Bahasa Melayu, 4, 19–29.
Yusfaiza Yusuff, & Mohd Isha Awang. (2012). Aplikasi pembelajaran jigsaw ii dalam
pengajaran penulisan bahasa Melayu. Pendidikan Bahasa Melayu, 2(2), 62–70.

931
TINJAUAN TERHADAP TAHAP PENGETAHUAN, KEMAHIRAN PELAKSANAAN DAN
SIKAP MURID SEKOLAH RENDAH TERHADAP PETA i-THINK

Muhammad Arfan bin Mohd Amin


pju16k509@ipgkbm.edu.my

Faridah binti Darus PhD


faridahdarus@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini mengkaji tahap pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap murid sekolah rendah
terhadap peta pemikiran i-Think. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dalam reka bentuk
kajian tinjauan. Kajian tinjauan ini menggunakan satu instrumen kajian iaitu soal selidik. Dalam kajian
ini, persampelan rawak mudah digunakan memilih 110 orang murid Tahun 6 yang bersekolah di tiga
buah sekolah rendah di bawah kawalan Pejabat Pendidikan Wilayah (PPW) Zon Keramat kawasan
Wangsa Maju sebagai sampel kajian. Berdasarkan dapatan kajian, tahap pengetahuan murid tentang
peta i-Think adalah tinggi (µ = 3.75), tahap kemahiran melaksanakan peta i-Think dalam kalangan murid
adalah sederhana (µ = 3.57) dan tahap sikap murid terhadap program peta i-Think adalah tinggi (µ =
3.82). Implikasi kajian ini dapat mengisi kelompongan kajian penggunaan peta pemikiran i-Think dalam
kalangan murid khususnya berdasarkan tahap pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap murid
terhadap peta pemikiran i-Think serta Model Proses Pendidikan Bryant (1974). Oleh itu, guru-guru
Bahasa Melayu disarankan untuk menggalakkan penggunaan peta pemikiran i-Think dalam
pembelajaran Bahasa Melayu supaya murid lebih kreatif dan kritis semasa aktiviti pembelajaran mereka
di dalam bilik darjah.
Kata Kunci: peta pemikiran i-Think, pengetahuan, kemahiran pelaksanaan, sikap

ABSTRACT
This study examines the level of knowledge, implementation skills and attitudes of primary school
students towards the i-Think mind map. This study uses a quantitative approach in the design of a survey
study. This survey study uses one research instrument which is a questionnaire. In this study, a simple
random sampling was used to select 110 Year 6 students who attended three primary schools under
the control of the Regional Education Office (PPW) of the Keramat Zone of Wangsa Maju area as the
study sample. Based on the findings of the study, the level of students 'knowledge of i-Think map is high
(µ = 3.75), the level of skills in implementing i-Think map among students is moderate (µ = 3.57) and
the level of students' attitude towards i-Think map program is high (µ = 3.82). The implications of this
study can fill the gap of research on the use of i-Think mind map among students, especially based on
the level of knowledge, implementation skills and attitudes of students towards i-Think mind map and
the Educational Process Model Bryant (1974). Therefore, Malay Language teachers are encouraged to
promote the use of thinking maps i-Think in learning Malay Language so that students are more creative
and critical during their learning activities in the classroom.
Keywords: i-Think mind map, knowledge, implementation skills, attitudes

PENGENALAN
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, kerajaan menegaskan
bahawa pengabaian terhadap asas pendidikan tidak akan membantu Malaysia untuk
membentuk sebuah negara maju. Hal ini demikian kerana Kementerian Pendidikan Malaysia

932
(KPM) menyatakan hasrat untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara kita supaya
setanding dengan negara maju lain (Shamsudin dan Abdul Rasyid, 2013). Dengan itu, Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025) telah digubal untuk
mentransformasikan sistem pendidikan negara kita. Terdapat enam aspirasi utama yang perlu
ada pada setiap murid untuk mencapai potensi sepenuhnya. Salah satu aspirasi yang penting
ialah pengetahuan. Maka, setiap murid-murid perlu menguasai sepenuhnya kemahiran literasi
dan numerasi yang terdapat dalam mata pelajaran teras seperti Bahasa Melayu yang perlu
dikuasi oleh setiap murid di Malaysia. Namun, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
dikatakan statik dan tidak menyeronokkan (Zamri, 2012). Oleh itu, dalam memastikan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, murid perlu didedahkan dengan KBAT
sebagai asas dalam pengajaran kognitif yang lebih progresif dengan dibantu alat pemikiran
komprehensif seperti peta pemikiran i-Think atau innovative thinking sekaligus memberi kesan
kepada pembelajaran murid.

Menurut Hyerle dan Yeager (2007), memperkenalkan lapan bentuk peta pemikiran i-
Think iaitu peta buih, peta bulatan, peta buih berganda, peta pokok, peta dakap. peta alir, peta
pelbagai alir dan peta titi. Pendekatan menggunakan peta pemikiran ini berasaskan kepada
lapan kemahiran kognitif yang asas dalam proses PdP dalam bilik darjah (Bahagian
Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012). Jadi, peta pemikiran i-
Think yang dikemukakan ini dapat meningkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir
dalam pembelajaran murid dan meningkatkan keupayaan berkomunikasi murid ke arah
menghasilkan murid berinovatif. Ini disokong Hyerle dan Yeager (2007), peta pemikiran
memberi kemudahan kepada murid dalam memahami sesuatu konsep dalam pembelajaran
disamping membantu murid menganalisis dan menyelesaikan masalah sesuatu tugasan. Oleh
sebab itu, pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan, pemikiran kritis, kreatif serta
inovatif perlu dikuasai setiap murid dalam PdP. Menurut Khalidah Othman, Saodah Ismail,
Haslinah Jaafar dan Aminah Samsudin (2015). peta pemikiran i-Think yang kerap
dilaksanakan turut membantu murid dalam membudayakan kemahiran berfikir. Oleh itu, satu
kajian tentang tahap pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap terhadap peta pemikiran
i-Think yang digunakan oleh murid tahun enam telah dijalankan oleh pengkaji di sekolah
rendah untuk memperoleh maklumat supaya memberikan manfaat kepada murid dalam
pembelajaran Bahasa Melayu supaya murid mempunyai kemahiran berfikir yang kreatif, kritis
dan inovatif.

PERNYATAAN MASALAH

Kejayaan sesuatu program atau sistem secara amnya mempunyai faktor-faktor penentu yang
terlibat dalam pelaksanaan program tersebut. Pelaksanaan peta pemikiran i-Think secara

933
khasnya di sekolah menyaksikan peranan murid disamping guru memberi pengaruh yang
besar terhadap keberkesanan penggunaan peta pemikiran i-Think dalam melahirkan murid
kreatif dan kritis. Terdapat beberapa masalah yang dikenal pasti dalam pelaksanaan peta
pemikiran i-Think ini dalam kalangan murid.

Laporan kajian oleh Perunding Kestrel Education (UK) dan 21 Century Schools (USA)
yang dibentangkan pada 2 November 2011 mendapati bahawa pemikiran aras tinggi dalam
kalangan pelajar di Malaysia masih rendah. Hasil mesyuarat antara Agensi Inovasi Malaysia
pada 27 Julai 2011, Kementerian Pendidikan Malaysia telah bersetuju melaksanakan Program
i-Think dengan merintis 10 buah sekolah di Malaysia dan diperluas kepada 1000 sekolah pada
tahun 2013. Kajian Perunding Kestrel Education (UK) dan 21 Century Schools (USA (2011),
dalam Kementerian Pendidikan Malaysia (2012), menyokong bahawa KBAT dalam kalangan
murid di Malaysia amat rendah. Ini disokong oleh Sarimah dan Shaharom (2008), Siti Rahayah
et al. (2008), Zanariah (2010), Siti Nurliyana (2015), Nor Hasnida et al. (2011), Suhana dan
Zanaton (2015) dan lain-lain berkaitan tentang kemahiran berfikir dalam kalangan murid
menunjukkan bahawa tahap penguasaan murid terhadap kemahiran berfikir kritikal, kritis dan
kreatif serta KBAT masih berada pada tahap yang sederhana dan rendah. Cabaran dan isunya
ialah melibatkan kesediaan murid, kefahaman guru serta instrumen pendidikan (Lembaga
Peperiksaan, 2013).

Di samping itu, kajian yang dijalankan oleh pengkaji Bahasa Melayu seperti Fairus dan
Zamri (2014), Nor Hasmaliza dan Zamri (2014), Nor Syazwani dan Zamri (2015), Mohd Hafiz
dan Zamri (2017) dan lain-lain berpendapat guru Bahasa Melayu terutamanya masih belum
dapat menguasai kemahiran berfikir seterusnya memberikan kesan kepada pembelajaran
murid di dalam bilik darjah. Kemahiran berfikir guru Bahasa Melayu masih berada pada tahap
mekanikal dan masih belum diserapkan secara terancang (Sharifah Nor Puteh, 2012). Oleh
sebab itu, guru perlu terus dilatih untuk mengaplikasikan KBAT serta menggunakan peta
pemikiran i-Think dalam PdP. Dengan itu, murid akan dilatih untuk berfikir secara kritis dan
mengaplikasikan pengetahuan dalam situasi berbeza. Ini disokong oleh Looi Kuang Siang
(2012), dalam kajiannya bahawa pengaplikasian kaedah peta konsep membantu murid
menerangkan sesuatu konsep dengan baik. Oleh itu, murid perlu didedahkan pengetahuan
tentang penggunaan peta pemikiran i-Think dalam merangsang kemahiran berfikir mereka
secara KBAT sekaligus murid akan menjadi kreatif dan kritis dalam pembelajaran.

Pengetahuan dan penguasaan dalam menggunakan kemahiran dan pendekatan


seperti KBAT dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu adalah sangat penting
dalam memastikan ilmu dapat diaplikasikan dengan berkesan. Namun demikian, menurut
Fairus (2015), proses PdP masih di aras rendah atau tidak menyokong penguasaan

934
kemahiran berfikir oleh murid dalam bilik darjah. Ini disokong oleh Wenning (2002), pengajaran
dan pembelajaran yang berlaku di sekolah adalah bersifat reproduksi iaitu mengeluarkan
semula apa yang telah dipelajari tanpa menggalakkan pelajar berfikir. Hal ini wujud akibat
daripada guru masih menggunakan kaedah tradisional dan tidak mengambil kira aspek
kemahiran berfikir kerana ia adalah merupakan aspek penting dalam menguasai sesuatu
kemahiran yang dilihat banyak mempengaruhi murid. Oleh yang demikian, proses PdP yang
kreatif seperti menggunakan alat pemikiran peta i-Think memberi kesan kepada kejayaan dan
kecemerlangan murid dalam sesuatu mata pelajaran khususnya Bahasa Melayu. Jelaslah
bahawa, kemahiran penggunaan peta i-Think mampu memberi penekanan KBAT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran adalah sesuatu yang tidak boleh diabaikan kerana turut
memberikan impak ke atas pembelajaran murid dan seterusnya kualiti produk sekolah tersebut
(Siti Nurliyana, 2015).

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (2012),


pengajaran guru kurang memberi penekanan kepada strategi berpusatkan murid dan lebih
menjuruskan kepada persediaan peperiksaan. Ini disokong oleh A. Rahman, Jamaludin dan
Zamri (2015), segelintir guru tidak memberi penekanan kepada kemahiran berfikir kepada
murid dalam pengajarannya. Hal ini demikian kerana guru lebih fokus untuk mencapai objektif
pengajaran dan menghabiskan sukatan pelajaran serta lebih berfokuskan kepada peperiksaan
semata-mata tambahan pula sesetengah guru menganggap bahawa murid terlebih dahulu
menguasai semua fakta dan konsep sesuatu mata pelajaran sebelum murid boleh digalakkan
berfikir (Rohaida Yusop & Zamri Mahamod 2015). Akibatnya kaedah masih terus dikekalkan
menyebabkan objektif Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang sedang dijalankan
sekarang bukan sahaja tidak tercapai malah menyebabkan isu murid yang pasif akan terus
berlaku. Kajian yang dijalankan oleh Alizah (2015) serta Alizah dan Zamri (2019), mendapati
pembelajaran yang lebih berpusat guru telah menyebabkan murid menjadi pasif. Oleh sebab
itu, penggunaan peta pemikiran i-Think perlu ditekankan dalam pembelajaran murid selain
memberikan tumpuan kepada kepentingan memperoleh ilmu pengetahuan dalam kalangan
murid sekolah rendah. Jelaslah bahawa pendekatan proses PdP dalam bilik darjah perlu
diubah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012).

Selain itu, sikap negatif yang terdapat pada seseorang murid itu juga menjadikan murid
malas berfikir dan pasif. Ini disokong Tan Shin Yen dan Siti Hajar (2015), hal ini timbul apabila
sikap para murid lebih menyukai cara mudah dan cepat untuk diberi jawapan berbanding
diminta untuk memikirkan dengan lebih mendalam kerana mereka tidak mahu berfikir dan tiada
motivasi untuk berfikir tambahan pula sikap guru yang biasanya menggunakan catatan nota
baris demi baris atau secara tradisional. Pada akhir pengajaran guru, murid akan lebih
cenderung berasa bosan dan melupakan isi kandungan pembelajaran. Menurut Wong (2012)

935
telah mengenalpasti dalam kajiannya bahawa murid berasa bosan menggunakan nota yang
panjang dan murid hanya mempelajari sebahagian kecil daripada fakta yang mereka belajar
sekaligus menyebabkan murid juga tidak berminat untuk mengulangkaji semula catatan nota
yang panjang tersebut. Sehubungan dengan itu, perlakuan murid yang pasif boleh diatasi
dengan mengaktifkan interaksi guru dengan murid, murid dengan murid dan penggunaan alat
bantu mengajar seperti penggunaan peta i-Think disamping memberi sedikit kebebasan untuk
berfikir secara kreatif melalui penglibatan aktif dan memudahkan murid dalam meluahkan idea
mereka. Hal ini kerana melalui kajian Sidek (2012) turut mendapati murid menjadi lebih positif
dan rajin dalam pembelajaran dengan amalan pengajaran yang diamalkan guru melalui peta
pemikiran i-Think dalam amalan KBAT mereka.

Justeru, pengkaji ingin mengkaji tahap pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan


sikap murid tahun enam terhadap peta pemikiran i-Think di sekolah rendah. Pengkaji memilih
murid tahun enam kerana secara umumnya murid tahun enam sudah berada di sekolah
rendah selama enam tahun. Jadi, pengkaji ingin mengetahui tahap pengetahuan, kemahiran
pelaksanaan dan sikap terhadap peta i-Think mereka. Oleh itu, kajian yang dijalankan oleh
pengkaji dapat dijadikan panduan untuk membantu guru serta murid khususnya di peringkat
sekolah rendah dalam meningkatkan penguasaan mereka terhadap peta pemikiran i-Think.

OBJEKTIF KAJIAN
Secara spesifiknya, kajian ini dapat mencapai tiga objektif kajian seperti yang berikut:
1. Mengenal pasti tahap pengetahuan terhadap penggunaan peta i-Think dalam kalangan
murid sekolah rendah.
2. Mengenal pasti tahap kemahiran melaksanakan peta i-Think dalam kalangan murid
sekolah rendah.
3. Mengenal pasti tahap sikap terhadap penggunaan peta i-Think dalam kalangan murid
sekolah rendah.

SOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian, kajian ini membina tiga soalan kajian seperti yang berikut:

1. Apakah tahap pengetahuan tentang peta i-Think dalam kalangan murid sekolah
rendah?
2. Apakah tahap kemahiran melaksanakan peta i-Think dalam kalangan murid sekolah
rendah?
3. Apakah tahap sikap terhadap penggunaan peta i-Think dalam kalangan murid sekolah
rendah?

936
METODOLOGI
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dalam reka bentuk kajian tinjauan. Hal ini
demikian kerana kajian tinjauan dapat mengumpul data berhubung dengan fenomena yang
tidak dapat diperhatikan oleh pengkaji secara langsung (Chua, 2011). Dalam kajian ini,
persampelan rawak mudah digunakan untuk memilih 110 orang murid Tahun 6 yang
bersekolah di tiga buah sekolah rendah di bawah kawalan PPW Zon Keramat kawasan
Wangsa Maju sebagai sampel kajian. Kajian tinjauan ini menggunakan satu instrumen kajian
iaitu soal selidik yang diadaptasikan daripada inventori kajian yang disediakan oleh Ali
Abdulrahim Abdul Mahaimin (2019). Instrumen kajian ini disahkan oleh pakar metodologi,
pakar bidang dan pakar bahasa serta diuji melalui kajian rintis yang ditadbir kepada 25 orang
responden. Analisis nilai Cronbach Alpha menunjukkan 0.975 iaitu instrumen kajian ini boleh
terus digunakan untuk mengumpul data dalam kajian sebenar.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Instrumen soal selidik dalam kajian ini dijawab oleh 110 orang murid Tahun 6 yang bersekolah
di tiga buah sekolah rendah di bawah kawalan PPW Zon Keramat kawasan Wangsa Maju
sahaja. Data yang dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif yang
terdiri daripada min dan sisihan piawai untuk menentukan tahap pengetahuan, kemahiran
pelaksanaan dan sikap murid terhadap peta pemikiran i-Think.

Jadual 1 menunjukkan dapatan setiap item pengetahuan tentang peta i-Think dalam
kalangan murid sekolah rendah. Tahap pengetahuan tentang peta i-Think dalam kalangan
murid sekolah rendah kepada dikategorikan tiga tahap berdasarkan interpretasi skor min yang
dicadangkan oleh Jamil (2002).

Jadual 1
Analisis Item Pengetahuan Tentang Peta i-Think Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah

Bil. Item µ sp Tahap


B1 Saya tahu tentang jenis-jenis 3.87 0.889 Tinggi
peta i-Think.
B2 Saya tahu cara menggunakan 4.01 0.801 Tinggi
peta bulatan dengan baik.
B3 Saya boleh menggunakan peta 4.00 0.918 Tinggi
buih dengan berkesan.
B4 Saya boleh menggunakan peta 3.69 0.935 Tinggi
buih berganda dengan baik.
B5 Saya boleh menggunakan peta 3.50 0.993 Sederhana
dakap dengan baik.

937
B6 Saya boleh menggunakan peta 3.92 0.949 Tinggi
alir dengan berkesan.
B7 Saya tahu menggunakan peta 3.60 0.920 Sederhana
pelbagai alir dengan baik.
B8 Saya boleh menggunakan peta 3.69 0.906 Tinggi
pokok dengan efektif.
B9 Saya tahu menggunakan peta titi 3.30 1.056 Sederhana
dengan berkesan.
B10 Saya tahu memilih peta i-Think 3.89 0.682 Tinggi
yang sesuai dengan aktiviti
pembelajaran Bahasa Melayu.
Keseluruhan 3.75 0.677 Tinggi

Berdasarkan jadual 1 semua item pengetahuan tentang peta i-Think dalam kalangan murid
sekolah rendah berada pada tahap tinggi dan sederhana. Item yang mempunyai nilai min
paling tinggi ialah item B2 “Saya tahu cara menggunakan peta bulatan dengan baik” (µ = 4.01
dan sp = 0.801). Dapatan ini menunjukkan bahawa murid tahun enam sekolah rendah paling
ramai berpengetahuan menggunakan peta bulatan dengan baik di dalam kelas. Item yang
mempunyai nilai min paling rendah ialah item B9 “Saya tahu menggunakan peta titi dengan
berkesan” (µ = 3.30 dan sp = 1.056). Hal ini menunjukkan bahawa murid tahun enam kurang
berpengetahuan menggunakan peta titi di dalam kelas.

Jadual 2 menunjukkan dapatan setiap item kemahiran melaksanakan peta i-Think


dalam kalangan murid. Tahap kemahiran melaksanakan peta i-Think dalam kalangan murid
dikategorikan kepada tiga tahap berdasarkan interpretasi skor min yang dicadangkan oleh
Jamil (2002).

Jadual 2
Analisis Item Kemahiran Melaksanakan Peta i-Think Dalam Kalangan Murid

Bil. Item µ sp Tahap


C1 Saya mahir menggunakan peta 3.75 1.015 Tinggi
bulatan bagi membuat gambaran
awal untuk sesuatu tajuk
karangan.
C2 Saya mahir menyenaraikan kata 3.66 0.891 Sederhana
adjektif yang terdapat dalam
sesuatu petikan dengan
menggunakan peta buih.
C3 Saya mahir membanding beza 3.63 0.821 Sederhana
dua perkara atau idea dengan
menggunakan peta buih

938
berganda semasa aktiviti
membaca.
C4 Saya mahir mengelaskan bahan 3.54 0.945 Sederhana
atau idea dengan cara
menentukan idea-idea utama
serta contoh dengan
menggunakan peta pokok
semasa aktiviti menulis.
C5 Saya mahir mengkategorikan idea 3.38 0.977 Sederhana
utama dan idea sampingan
sebelum memulakan menulis
karangan menggunakan peta
dakap.
C6 Saya mahir menerangkan 3.67 0.900 Tinggi
sesuatu urutan cerita dengan
menggunakan peta alir.
C7 Saya mahir mengenal pasti sebab 3.48 0.993 Sederhana
dan akibat dalam penulisan
karangan dengan menggunakan
peta pelbagai alir.
C8 Saya mahir memberikan 3.45 0.954 Sederhana
perkataan yang sama dan
berlawanan bagi sesuatu
perkataan menggunakan peta titi.
Keseluruhan 3.57 0.773 Sederhana

Berdasarkan jadual 2 semua item kemahiran melaksanakan peta i-Think dalam


kalangan murid berada pada tahap tinggi dan sederhana. Item yang mempunyai nilai min
paling tinggi ialah item C1 “Saya mahir menggunakan peta bulatan bagi membuat gambaran
awal untuk sesuatu tajuk karangan” (µ = 3.75 dan sp =1.015). Dapatan ini menunjukkan
bahawa murid tahun enam sekolah rendah paling ramai sangat berkemahiran dalam
melaksanakan peta bulatan bagi membuat gambaran awal untuk sesuatu tajuk karangan. Item
yang mempunyai nilai min paling rendah ialah item C5 “Saya mahir mengkategorikan idea
utama dan idea sampingan sebelum memulakan menulis karangan menggunakan peta dakap”
(µ =3.38 dan sp = 0.977). Hal ini menunjukkan bahawa murid tahun enam kurang
berkemahiran dalam mengkategorikan idea utama dan idea sampingan sebelum memulakan
menulis karangan menggunakan peta dakap.

Jadual 3 menunjukkan dapatan setiap item sikap murid terhadap program i-Think.
Tahap sikap murid terhadap program i-Think dikategorikan kepada tiga tahap berdasarkan
interpretasi skor min yang dicadangkan oleh Jamil (2002).

939
Jadual 3
Analisis Item Sikap Murid Terhadap Program I-Think

Bil. Item µ sp Tahap


D1 Saya suka mengaplikasikan peta 3.73 0.957 Tinggi
i-Think dalam bilik darjah.
D2 Saya yakin peta i-Think mudah 4.01 0.873 Tinggi
untuk digunakan.
D3 Saya mudah mempelajari 3.73 0.856 Tinggi
kemahiran menggunakan peta i-
Think.
D4 Saya mampu belajar 3.31 0.955 Sederhana
menggunakan peta i-Think tanpa
arahan daripada guru.
D5 Saya seronok belajar 3.95 1.003 Tinggi
menggunakan peta i-Think.
D6 Saya yakin menggunakan peta i- 3.86 0.872 Tinggi
Think mengikut kesesuaian
soalan.
D7 Saya yakin menggunakan peta i- 3.95 0.871 Tinggi
Think yang sesuai mengikut apa
yang diajar oleh guru.
D8 Saya suka bertanyakan soalan 3.67 0.920 Tinggi
kepada rakan semasa aktiviti
pembelajaran menggunakan peta
i-Think.
D9 Saya suka belajar dalam 4.08 0.930 Tinggi
kumpulan dengan menggunakan
peta i-Think.
D10 Saya suka berkongsi idea dengan 3.91 0.819 Tinggi
rakan apabila menggunakan peta
i-Think.
Keseluruhan 3.82 0.696 Tinggi

Berdasarkan jadual 3, semua Item sikap murid terhadap program i-Think berada pada
tahap tinggi dan sederhana. Item yang mempunyai nilai min paling tinggi ialah item D9 “Saya
suka belajar dalam kumpulan dengan menggunakan peta i-Think.” (µ = 4.08 dan sp = 0.930).
Dapatan ini menunjukkan bahawa murid tahun enam sekolah rendah paling ramai menyukai
cara belajar dalam kumpulan dengan menggunakan peta i-Think. Item yang mempunyai nilai
min paling rendah ialah item D4 “Saya mampu belajar menggunakan peta i-Think tanpa arahan
daripada guru” (µ = 3.31 dan sp = 0.955). Hal ini menunjukkan bahawa kebanyakan murid

940
tahun enam kurang berkemampuan belajar menggunakan peta i-Think tanpa arahan daripada
guru.

Dapatan kajian ini membuktikan bahawa tahap pengetahuan tentang peta i-Think dalam
kalangan murid sekolah rendah pada tahap tinggi. Manakala tahap kemahiran melaksanakan
peta i-Think dalam kalangan murid sekolah rendah pula berada di tahap sederhana. Selain itu,
tahap sikap terhadap penggunaan peta i-Think dalam kalangan murid sekolah rendah berada
pada tahap yang tinggi.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Dapatan kajian yang pertama bagi analisis item tahap pengetahuan tentang peta i-Think dalam
kalangan murid sekolah rendah berada pada tahap yang tinggi. Mereka mempunyai
pengetahuan yang baik dalam penggunaan alat berfikir peta i-Think. Murid tersebut
mempunyai pengetahuan untuk menggunakan peta i-Think semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Dapatan kajian ini, berbeza dengan kajian Christine Anak Linsah & Zamri
Mahamod (2018), mendapati tahap pengetahuan pelajar etnik Bidayuh Bukar Sadung (BBS)
tentang lapan jenis peta pemikiran i-Think yang digariskan oleh Bahagian Pembangunan
Kurikulum (BPK) adalah pada tahap rendah.

Dapatan kajian yang kedua bagi analisis item tahap kemahiran pelaksanaan peta i-
Think berada pada tahap sederhana semasa proses pembelajaran. Hal ini bermaksud murid-
murid mempunyai kurang kesedaran akan kepentingannya dan jarang sekali mengaplikasikan
peta i-Think semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah.
Dalam hal ini, dapatan kajian ini selari dengan kajian Edmund Austrus dan Jamaludin Badusah
(2018) menunjukkan bahawa tahap penguasaan Bahasa Melayu murid kaum Melanau melalui
penggunaan peta i-Think dalam pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua berada
di tahap sederhana.

Dapatan kajian yang ketiga ini bagi analisis item tahap sikap yang tinggi terhadap
penggunaan peta i-Think berada pada tahap tinggi. Hal ini bermaksud mereka sedar akan
kepentingan penggunaan peta i-Think semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu di bilik darjah. Tambahan lagi, majoriti daripada mereka suka mengaplikasikan peta i-
Think dalam bilik darjah. Dapatan kajian ini seiring dapatan kajian lain seperti kajian daripada
(Edmund Austrus dan Jamaludin Badusah, 2018; Mohd Hafiz dan Zamri, 2017; Rohaida dan
Zamri, 2015). Dapatan kajian Christine Anak Linsah & Zamri Mahamod (2018), menunjukkan
bahawa tahap penerimaan pelajar etnik BBS terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think
dalam pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua adalah tinggi.

941
Implikasinya, kajian ini dapat meningkatkan pengetahuan guru tentang tahap
pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap murid sekolah rendah terhadap peta i-Think.
Guru seharusnya mempraktikkan peta pemikiran i-Think dalam pembelajaran Bahasa Melayu
murid di sekolah rendah. Hal ini demikian kerana pengaplikasian peta pemikiran i-Think adalah
bertujuan untuk meningkatkan tahap berfikir murid ke arah yang lebih tinggi. Tambahan pula,
kajian ini menjadi permulaan dalam kajian yang meninjau terhadap tahap pengetahuan,
kemahiran pelaksanaan dan sikap murid sekolah rendah terhadap peta i-Think dengan
menggunakan Model Proses Pendidikan Bryant (1974). Sebagai cadangan kajian lanjutan,
pengkaji disarankan untuk menjalankan kajian tinjauan mahupun kajian kes untuk mendalami
keadaan penggunaan peta i-Think sebenar dalam kalangan murid di sekolah rendah.

Kesimpulannya, tahap pengetahuan, kemahiran pelaksanaan, sikap murid terhadap


peta pemikiran i-Think pada tahap tinggi. Dapatan kajian ini dianggap sebagai nilai tambah
dalam bidang peta pemikiran i-Think semasa proses PdP Bahasa Melayu murid dengan faktor-
faktor tertentu. Malah, kajian yang mengkaji penggunaan peta pemikiran i-Think berdasarkan
pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap murid terhadap peta pemikiran i-Think masih
kurang dijalankan di sekolah rendah. Tinjauan penggunaan peta pemikiran i-Think
berdasarkan pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap murid terhadap peta pemikiran
i-Think dapat memberikan impak kepada guru dan murid terutamanya untuk meneroka serta
mengenal pasti peta pemikiran i-Think yang sesuai dalam PdP Bahasa Melayu. Peta pemikiran
i-Think yang menjadi pilihan murid dapat digunakan untuk meningkatkan kemahiran berfikir
murid secara kreatif, kritis dan inovatif di peringkat sekolah rendah.

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian, Martini Misdon & Azhar Md. Sabil. (2017). Penggunaan Peta Pemikiran
i-Think dalam Pemahaman Komsas Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Malaysia.
Diperoleh daripada http://journalarticle ukm.my/11050/1/19597-55792-1-SM pdf
Ali Abdulrahim Abdul Mahaimin. (2019). Tinjauan Terhadap Tahap Pengetahuan, Sikap dan
Pengaplikasian Peta i-Think Dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Tesis ljazah Sarjana Muda Pendidikan. Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa
Melayu.
Alizah Lambri & Zamri Mahamod. (2019). Pembelajaran Berpusatkan Pelajar: Teori Dan
Amali. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Draf Program
i-THINK: Membudayakan Kemahiran Berfikir.
Chua, Y. P. (2011). Kaedah penyelidikan edisi kedua. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Christine Linsah & Zamri Mahamod. (2018). Tahap Pengetahuan, Penerimaan dan
Penguasaan Pelajar Etnik Bidayuh Bukar Sadung dalam Pembelajaran Bahasa
Melayu Melalui Peta Pemikiran i-Think. International Journal of the Malay World and
Civilisation. 6(3), 3-15. https://doi.org/10.17576/jatma-2018-0603-01

942
Edmund Austrus & Jamaludin Badusah. (2018). Aplikasi Peta i-Think Terhadap Penguasaan
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua Dalam Kalangan Murid Melanau Tahun 4 Di
Daerah Mukah. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.150-170.
Hyerle, D. & Yeager, C. (2007). A Language for Leaming Thinking Maps Incorporated. North
Carolina, Thinking Maps. Inc.
Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan Budaya Penyelidikan di Kalangan Guru Sekolah: Satu
Penilaian. Tesis ljazah Kedoktoran. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Kajian Perunding Kestrel Education (UK) dan 21 Century Schools. (2011).
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Laporan Awal-Ringkasan Eksekutif: Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Khalidah Othman, Saodah Ismail, Haslinah Jaafar & Aminah Samsudin. (2015). Kajian
Tinjauan: Aplikasi Pemikiran i-Think dalam Pengajaran dan Pemmbelajaran Literasi
dan Nombor. Prosiding “6th Pedagogy International Seminar 2015” Jilid II. 425-829.
Looi, K. S. (2012). Penggunaan Peta Minda Dalam Meningkatkan Kefahaman dan Ingatan
Murid Tahun 4 dalam Subjek Sains. Seminar Penyelidikan Tindakan. IPG Kampus
Batu Lintang.
Lembaga Peperiksaan. (2013). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Nor Hasmaliza Hasan & Zamri Mahamod. (2014). Kemahiran berfikir aras tinggi dalam
kalangan guru Bahasa Melayu: Satu tinjauan di daerah Kuala Terengganu. Prosiding
Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Kesusasteraan Melayu Kali
Ketiga. Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. 473-482.
Nor Syazwani Roni & Zamri Mahamod. (2015). Kemahiran berfikir aras tinggi dalam
kesusasteraan Melayu: Peranan guru. Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan
Bahasa Melayu & Kesusasteraan Melayu Kali Keempat. Penerbitan Fakulti
Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. 299-310.
Mohd Hafiz Mohd Noor & Zamri Mahamod. (2017). Pengetahuan, sikap dan kesediaan guru
Bahasa Melayu di daerah Limbang terhadap Kemahiran berfikir aras tinggi dalam
pengajaran membuat ulasan. Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa
Melayu Sabah dan Sarawak (Eksekutif) Kali Ke-6, 385-398. Penerbitan Fakulti
Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rohaida Yusop & Zamri Mahamod. (2015). Keberkesanan Peta Pemikiran (I-THINK) dalam
Meningkatkan Pencapaian Penulisan Bahasa Melayu Murid Tahun 6. Jumal
Pendidikan Bahasa Melayu. Diperoleh Daripada
http://joumalarticle.ukm.my/9859/1/95-188-1- SM.Pdf
Sarimah Kamrin & Shaharom Noordin. (2008). Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis
Pelajar Sains Tingkatan Empat. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. 13,
58-72.
Siti Rahayah Ariffin, Rosseni Ariffin & Hafsa Mohamed Makki. (2008). Contribution Factors in
Multiple Intelligence among Adolescence Students. Journal of Education, 33: 35-46.
Sharifah Nor Puteh. (2012). Keprihatinan guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 2 (9),
19- 31.

943
Siti Nurliyana Ab Halim. (2015). Pengetahuan, Sikap dan Kesediaan Pelajar Terhadap
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Pembelajaran Pemahaman Bacaan.
Tesis Sarjana. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tan Shin Yen & Siti Hajar Halili. (2015). Effective teaching of higher-order thinking in education.
The Online Journal of Distance Education and e-Learning. 3(2), 41-47.
Zanariah Ab. Wahab. (2010). Tahap pengaplikasian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
(KBKK) dalam kalangan pelajar tingkatan empat dalam mata pelajaran Pendidikan
Islam. Projek Penyelidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.
Zamri Mahmod. (2012). Inovatif PdP dalam pendidikan Bahasa Melayu. Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Idris

944
TAHAP PENGETAHUAN GURU MELAKSANAKAN TEKNIK DIDIK HIBUR DALAM
PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Muhammad Asyraf bin Md Yunus


asyraf09-894@epembelajaran.edu.my

Raymond Mohanraj Paul a/l Paul David


raymond09-83@epembelajaran.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan kemahiran guru terhadap teknik didik
hibur dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Reka bentuk kajian ini menggunakan salah
satu pendekatan kuantitatif iaitu kajian tinjauan. Instrumen kajian ini ialah soal selidik berkaitan tahap
pengetahuan guru terhadap teknik didik hibur dan tahap kemahiran guru melaksanakan teknik didik
hibur dalam pengajaran Bahasa Melayu. Responden kajian melibatkan 73 orang guru Bahasa Melayu
di 10 buah sekolah rendah Zon Keramat, Kuala Lumpur. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan
Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 26 untuk mendapatkan peratus, min dan sisihan
piawai. Berdasarkan dapatan kajian, tahap pengetahuan dan juga tahap kemahiran guru melaksanakan
teknik didik hibur berada pada tahap yang tinggi. Oleh itu, kajian ini memberi impak yang positif terhadap
pengetahuan dan kemahiran guru Bahasa Melayu terhadap teknik didik hibur dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu

Kata Kunci: Tahap, kemahiran, pengetahuan, teknik didik hibur

ABSTRACT
This study aimed to identify the level of knowledge and skills of teachers to edutainment techniques in
teaching and learning Malay Language. The design of this study uses one of the quantitative approaches
which is a survey study. The instrument is a questionnaire related to the level of knowledge about
techniques and skills edutainment teachers implement edutainment techniques in teaching Malay
Language. The respondents involved 73 Malay Language teachers in 10 primary schools Zon Keramat,
Kuala Lumpur. The data obtained were analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS)
Version 26 to obtain percentages, means and standard deviations. Based on the findings, the level of
knowledge and skill level of teachers implement edutainment techniques are at a high level. Therefore,
this study has a positive impact on the knowledge and skills of Malay Language teacher edutainment
techniques in teaching and learning.
Keywords: Level, skills, knowledge, edutainment techniques

PENGENALAN
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2011 telah mencadangkan penyerapan
teknik didik hibur dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Teknik didik hibur
diperkenalkan oleh pihak kerajaan supaya dapat merealisasikan hasrat transformasi
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025), salah satu daripada sembilan perkara yang disentuh adalah untuk
memartabatkan profesion perguruan. Dalam aspek ini, antara perkara yang diberi penekanan
adalah dengan meningkatkan kualiti guru. Usaha untuk meningkatkan kualiti guru perlu

945
memberikan fokus kepada kepada kemampuan guru dalam menguasai pelbagai strategi,
kaedah dan teknik pengajaran yang berkesan.

Teknik didik hibur merupakan proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat
interaktif serta berpusatkan murid. Hal ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
yang bercita-cita ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Dengan menggunakan pengajaran guru yang berpusatkan murid, penglibatan yang
aktif dan menyeronokkan melalui pelaksanaan teknik didik hibur dapat dicapai. Walaupun
murid seronok tetapi objektif pengajaran dan pembelajaran masih dapat dicapai seperti yang
ditetapkan. Dalam hal ini, guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran agar isi
kandungan mata pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan. Guru yang memiliki tahap
pengetahuan yang tinggi terhadap teknik didik hibur dapat mempelbagaikan aktiviti pengajaran
di dalam bilik darjah supaya dapat memberikan kesan yang positif ke atas penguasaan dan
pencapaian murid dalam Bahasa Melayu. Di samping itu, kemahiran melaksanakan teknik
didik hibur juga penting dalam membantu guru merancang aktiviti menggunakan teknik didik
hibur yang bersesuaian dengan tahap atau jenis murid mereka. Oleh itu, jelaslah bahawa
pengetahuan serta kemahiran melaksanakan teknik didik hibur dalam kalangan guru Bahasa
Melayu adalah sangat penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu dapat dilaksanakan dengan berkesan dan menarik. Menurut Mohd Razak dan Masitah
(2015), proses pembelajaran murid yang efektif bermula dengan pengajaran guru yang
berpaksikan ilmu kemahiran yang tinggi, perancangan yang rapi dan pelaksanaan yang
sistematik.

PERNYATAAN MASALAH
Pedagogi pengajaran guru merupakan satu aspek yang penting dalam proses pembelajaran
murid. Amalan pengajaran yang sesuai dengan tahap umur serta pencapaian murid bukan
sahaja dapat meningkatkan mutu penyampaian seseorang guru, malah perkara itu akan
menjadikan sesuatu pembelajaran yang lebih bermakna dan menyeronokkan (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2010). Amalan pengajaran guru tersebut merujuk kepada strategi, teknik,
kaedah dan teknik pengajaran (Adenan & Khairuddin, 2012). Menurut Mohd Razak dan
Masitah (2015), pedagogi pengajaran guru yang lebih menarik, bermakna dan membawa
kesan maksimum adalah melalui pelaksanaan teknik didik hibur dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu. Oleh itu, guru perlulah membuat perancangan yang rapi dan sistematik mengikut
kesesuaian tahap murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk mengembangkan
pencapaian murid dalam bahasa Melayu dengan menggunakan pedagogi pengajaran yang
menarik.

946
Kurang pengetahuan tentang kaedah dan teknik yang bersesuaian dengan
pembelajaran Bahasa Melayu telah mendorong kajian ini untuk dijalankan. Zanariah dan Zamri
(2017) menyatakan bahawa kegagalan guru menguasai kemahiran ilmu pedagogi akan
menjadikan murid lebih bermasalah dalam menguasai topik pengajaran guru. Hal ini kerana
murid akan menjadi semakin tidak bermotivasi dan menjejaskan proses pembelajaran mereka.
Shaffe et al. (2011) manyatakan bahawa salah satu daripada keceriaan aspek emosi dapat
diwujudkan melalui amalan pembelajaran menyeronokkan terhadap murid sama ada ketika
sesi pembelajaran atau ketika berinteraksi dengan murid secara tidak formal. Amalan ini akan
dapat mengurangkan batasan hubungan atau formaliti antara guru dengan murid. Menurut
kajian Rozita Radhiah, Abdul Rasid Jamian dan Azhar Md. Sabil (2016), mendapati guru
Bahasa Melayu lebih selesa menggunakan teknik pengajaran yang lama iaitu menggunakan
buku teks bahasa dan papan tulis di dalam bilik darjah. Hal ini menunjukkan bahawa tahap
pengetahuan guru berkenaan pedagogi sangat penting supaya guru dapat menyampaikan
pengajaran dengan baik dan berkesan kepada murid. Kelemahan guru memilih teknik
pengajaran yang kurang sesuai akan mewujudkan suasana pengajaran yang membosankan.

Permasalahan kajian kedua pula ialah guru kurang mahir dalam melaksanakan kaedah
atau teknik pengajaran yang disarankan oleh pihak KPM. Penggunaan teknik dan strategi
pengajaran guru yang kurang menarik akan mewujudkan suasana yang membosankan apatah
lagi apabila tidak dirancang dengan baik (Abdul Jamir et al.2012). Menurut Anuar Ahmad dan
Nelson Jinggan (2015), penggunaan strategi dan kaedah mengajar yang sesuai dengan tahap
kecerdasan dan pengetahuan pelajar merupakan ciri kompetensi kemahiran mengajar yang
perlu ada pada seseorang guru. Teknik pengajaran guru perlu mengambil kira keperluan
murid, perkembangan kognitif dan gaya pembelajaran murid yang berbeza (Haliza & Joy
Nesamalar, 2014). Keupayaan guru dalam mempraktikkan kaedah dan teknik pengajaran
yang baik boleh menyumbang kepada kualiti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Dengan cara ini proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan mampu mencapai
objektif pengajaran yang telah ditetapkan.

OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan tujuan tersebut, kajian ini cuba untuk mencapai dua objektif berikut:
1. Mengenal pasti tahap pengetahuan tentang teknik didik hibur dalam kalangan guru
Bahasa Melayu sekolah rendah.
2. Mengenal pasti tahap kemahiran melaksanakan teknik didik hibur dalam kalangan guru
Bahasa Melayu sekolah rendah.

947
SOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian tersebut, kajian ini telah membina dua soalan kajian. Kedua-dua
soalan kajian adalah seperti yang berikut:

1. Apakah tahap pengetahuan tentang teknik didik hibur dalam kalangan guru Bahasa
Melayu sekolah rendah?
2. Apakah tahap kemahiran melaksanakan teknik didik hibur dalam kalangan guru
Bahasa Melayu sekolah rendah?

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kajian tinjauan.
Stephanie (2010) berpendapat kaedah tinjauan yang digunakan dapat memberikan gambaran
yang tepat berkaitan nilai, tingkah laku dan kepercayaan komuniti. Kaedah ini digunakan
kerana dapat menerangkan keadaan semasa yang merupakan satu situasi seperti mana yang
ternyata berlaku di sekolah sebagai subjek kajian, mengambil data dalam satu masa tertentu
serta dapat memberi penjelasan yang menyeluruh dan tepat tentang sesuatu persoalan yang
dikaji. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan
kemahiran guru melaksanakan teknik didik dalam pengajaran dan pembelajaran secara
kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik.
Dalam kajian ini, soal selidik digunakan sebagai instrumen untuk mengumpulkan
maklumat dalam kajian ini. Hal ini demikian kerana soal selidik lebih praktikal dan berkesan
untuk digunakan dalam populasi yang besar, bahkan ia sesuai digunakan bagi mengukur
faktor-faktor yang terbatas skopnya (Stephanie, 2010).
Soal selidik ini mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Bahagian A ialah
profil berkaitan responden untuk mendapatkan maklumat demografi. Bahagian ini mengumpul
data responden seperti jantina, kaum, umur, kelayakan akademik dan pengalaman mengajar.
Bahagian B mengandungi 13 item soalan berkaitan tahap pengetahuan guru terhadap teknik
didik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bahagian C mengandungi 10 item yang
meninjau tahap kemahiran guru melaksanakan teknik didik dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu.

Instrumen soal selidik dalam kajian ini diuji melalui kajian rintis kepada 30 orang
responden. Hasil analisis data kajian rintis mendapati bahawa nilai kebolehpercayaan Alpha
Cronbach bagi soal selidik ialah 0.885 yang bermaksud kebolehpercayaan yang baik
berdasarkan Lim (2007). Dalam kajian ini, soal selidik dijawab oleh 30 guru Bahasa Melayu di
tiga buah sekolah Zon Bangsar. Akhirnya, data soal selidik dianalisis secara deskriptif iaitu
melihat kepada skor min dan sisihan piawai.

948
Tafsiran skor min telah diadaptasi daripada Azhar Ahmad (2006) dan ditunjukkan
dalam Jadual 1.1 Selang skala skor min dikekalkan tetapi tafsiran bagi setiap konstruk diubah
suai menggunakan istilah yang lebih sesuai agar dapat menyampaikan tafsiran yang tepat dan
difahami.

Jadual 1
Interpretasi Skor Min

Skor Min Intepretasi Min


1.00 hingga 2.00 Rendah
2.01 hingga 3.00 Sederhana Rendah
3.01 hingga 4.00 Sederhana Tinggi
4.01 hingga 5.00 Tinggi

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Dapatan kajian ini menjawab kepada dua soalan kajian iaitu berkaitan tahap pengetahuan dan
tahap kemahiran guru Bahasa Melayu terhadap teknik didik hibur.

Jadual 2
Analisis Item Tahap Pengetahuan Guru Tentang Teknik Didik Hibur

Sisihan
Bil Item Min Tahap
Piawai
B1 Definisi teknik Didik Hibur 4.34 0.63 Tinggi
Ciri-ciri utama teknik didik hibur
B2 Sesi pembelajaran yang menyeronokkan 4.39 0.70 Tinggi
B3 Menggurangkan tahap bimbang dan takut murid 4.12 0.79 Tinggi
Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara
B4 4.25 0.62 Tinggi
untuk menyelesaikan masalah
B5 Murid bebas bersuara tetapi terkawal 4.19 0.72 Tinggi
Model-model kaedah pembelajaran dalam didik hibur
B6 Nyanyian 4.32 0.64 Tinggi
B7 Bercerita 4.33 0.65 Tinggi
B8 Drama/Lakonan 4.25 0.60 Tinggi
B9 Pantun 4.32 0.62 Tinggi
Kelebihan penggunaan teknik Didik Hibur dalam
B10 4.29 0.69 Tinggi
pengajaran
Kaedah penggunaan teknik Didik Hibur dalam
B11 4.19 0.72 Tinggi
pengajaran
Kesesuaian penggunaan teknik Didik Hibur
B12 berdasarkan topik tertentu dalam mata pelajaran 4.18 0.69 Tinggi
Bahasa Melayu.
B13 Peranan guru dalam penggunaan teknik Didik Hibur 4.26 0.60 Tinggi
Skor Keseluruhan 4.26 0.41 Tinggi

949
Dapatan berdasarkan Jadual 2 menunjukkan skor min tahap pengetahuan guru
tentang didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu secara keseluruhan
ialah 4.26 yang menunjukkan responden mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi. Nilai
sisihan piawai (SP) ialah 0.41 menunjukkan bahawa set data dalam kajian ini menghampiri
ukuran pusat. Skor min paling tinggi iaitu 4.39 bagi item B2. Ini bermakna responden
berpengetahuan bahawa antara ciri utama teknik didik hibur ialah sesi pembelajaran yang
meyeronokkan. Skor min paling rendah pula ialah 4.12 bagi item B3 ‘Menggurangkan tahap
bimbang dan takut murid’. Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa beberapa orang guru
kurang berpengetahuan bahawa teknik didik hibur mampu meningkatkan keyakinan diri murid.

Jadual 3
Analisis Item Bagi Kemahiran Melaksanakan Teknik Didik Hibur

Sisihan
Bil Item Min Tahap
Piawai
Merujuk Dokumen Standard Kurikulum untuk
C1 4.26 0.78 Tinggi
mencapai objektif pengajaran.
Menetapkan objektif pengajaran secara bersungguh-
C2 4.16 0.78 Tinggi
sungguh.
Memilih topik yang sukar supaya dapat
Sederhana
C3 meningkatkan kefahaman murid terhadap topik 3.82 0.79
Tinggi
tersebut.
Membuat rancangan pengajaran mengikut tahap
C4 4.27 0.82 Tinggi
kesesuaian murid.
Merancang langkah-langkah pengajaran teknik didik
C5 hibur sehingga menghasilkan rancangan pengajaran 4.19 0.76 Tinggi
yang efektif.
Melaksanakan proses pengajaran menggunakan
C6 4.14 0.75 Tinggi
teknik Didik Hibur mengikut kesesuaian.
Menyelesaikan masalah pembelajaran murid yang
C7 4.10 0.65 Tinggi
dapat dikesan melalui ujian.
Sentiasa memberi penekanan kepada nilai-nilai
C8 4.21 0.71 Tinggi
murni dalam pengajaran teknik didik hibur.
Memastikan proses pengajaran dilaksanakan
C9 berdasarkan kepada rancangan pengajaran yang 4.08 0.76 Tinggi
telah dirancang.
Membuat penilaian terhadap keberkesaan
C10 4.25 0.72 Tinggi
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
Skor Keseluruhan 4.15 0.56 Tinggi

Berdasarkan jadual 3, skor min bagi keseluruhan konstruk ini ialah 4.15 yang
menunjukkan bahawa guru Bahasa Melayu di 10 buah sekolah rendah sekitar Zon Keramat
mempunyai tahap kemahiran yang tinggi dalam melaksanakan teknik didik hibur dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Nilai sisihan piawai (SP) 0.56 menunjukkan set
data bagi konstruk ini sedikit terserak daripada ukuran pusat. Skor min paling tinggi ialah item

950
C4 yang mempunyai nilai min 4.27. Skor min ini berada pada tahap tinggi. Hal ini menunjukkan
bahawa majoriti guru Bahasa Melayu di 10 buah sekolah Zon Keramat mahir dalam
merancang pengajaran mengikut kesesuaian murid. Skor min paling rendah ialah 3.82 iaitu
memilih topik yang sukar supaya dapat meningkatkan kefahaman murid terhadap topik
tersebut berada pada tahap sederhana tinggi.
Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu di 10 buah
sekolah di Zon Keramat, Kuala Lumpur mempunyai tahap kemahiran melaksanakan teknik
didik hibur yang tinggi. Selain itu, tahap pengetahuan juga berada pada tahap tinggi.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


Dapatan kajian ini menunjukkan tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu tentang teknik didik
hibur dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu adalah tinggi. Hal ini dibuktikan
apabila skor min keseluruhan dan juga skor min bagi setiap item yang diperoleh adalah tinggi.
Hasil kajian ini membuktikan bahawa pengetahuan tentang teknik didik hibur merupakan salah
satu aspek yang diberi perhatian dalam kalangan guru untuk memastikan sesi pengajaran
yang dilaksanakan mampu memberi impak yang positif kepada murid. Kajian ini dilaksanakan
di 10 buah sekolah rendah di Zon Keramat, Kuala Lumpur, manakala Owing, Azhar &
Shamsudin (2018) di Hulu Langat, Selangor dan Zanariah & Zamri (2017) di Daerah Sepang,
Selangor. Oleh itu, dapat dibuktikan bahawa tahap pengetahuan guru tentang teknik didik
hibur tidak dipengaruhi oleh kedudukan dan lokasi sekolah. Hal ini kerana pengetahuan guru
tentang teknik didik hibur boleh diperoleh melalui pengalaman, kursus dan bengkel yang
dianjurkan oleh pihak KPM dan LADAP oleh pihak sekolah.

Dapatan kajian tentang kemahiran guru bahasa Melayu melaksanakan teknik didik
hibur dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu telah menjawab soalan kedua
kajian ini. Berdasarkan hasil dapatan kajian, dapat dirumuskan bahawa kemahiran guru
Bahasa Melayu melaksanakan teknik didik hibur adalah tinggi. Kajian ini juga memberi nilai
tambah kepada kajian berkaitan kemahiran melaksanakan teknik didik hibur oleh guru bahasa
Melayu kerana kajian ini jelas menunjukkan bahawa kemahiran didik hibur adalah sangat
penting untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lancar dan berkesan. Hal
ini kerana guru mahir dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
bersesuaian dengan tahap kemampuan murid. Oleh itu, guru perlulah diterapkan kemahiran
melaksanakan teknik didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran melalui bengkel, kursus
dan latihan dalam perkhidmatan yang dianjurkan oleh pihak kementerian dan sekolah. Dengan
mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan ini, guru dapat terus mengekalkan tahap kemahiran
yang tinggi dalam melaksanakan didik hibur selaras dengan perkembangan semasa.

951
Di samping itu, guru perlu diberi pendedahan, pengalaman, kefahaman dan
pengetahuan yang lebih luas tentang amalan pembelajaran menyeronokkan. Oleh itu,
Bahagian Pembangunan Kurikulum memainkan tanggungjawab yang penting dalam aspek ini.
Hal ini kerana Bahagian Pembangunan Kurikulum merupakan satu badan di bawah KPM yang
berperanan membangunkan kurikulum sekolah dan menyediakan bahan sokongan kurikulum.
Pelaksanaan teknik didik hibur seharusnya diterapkan dalam kurikulum kebangsaan.
Penerapan kemahiran boleh dilaksanakan dalam bentuk penerangan konsep serta asas
pelaksanaan teknik didik hibur berdasarkan Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran.

Selain itu, pihak sekolah juga boleh menganjurkan beberapa program dalaman seperti
sesi perkongsian ilmu dan bengkel tentang pengaplikasian teknik didik hibur untuk semua
guru. Program-program ini boleh dilakukan bagi memenuhi aktiviti-aktiviti Latihan Dalam
Perkhidmatan (LADAP). Pakar-pakar dalam bidang ini boleh dijemput untuk mengendalikan
program ini di sekolah. Dengan adanya program sebegini, guru bahasa Melayu khasnya akan
mendapat pendedahan yang terkini tentang pelaksanaan teknik didik hibur yang bersesuaian
mengikut perkembangan semasa.

Implikasi dari kajian ini, guru perlu sedar tentang kepentingan melaksanakan teknik
didik hibur dalam PdP Bahasa Melayu. Guru seharusnya jelas bahawa pelaksanaan teknik
didik hibur dalam PdP penting dalam menarik minat murid untuk terus belajar (Abdul Jamir et
al.,2012). Dapatan kajian ini membuktikan bahawa guru yang berpengalaman dalam mengajar
mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam melaksanakan teknik didik
hibur dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Nur Hawa Hanis (2018),
kesediaan dalam konteks guru bermaksud kesanggupan seorang guru memikul
tanggungjawab yang meliputi aspek-aspek seperti pengetahuan, minat, sikap dan kemahiran.
Maka, jelaslah bahawa majoriti responden kajian telah bersedia untuk mengaplikasikan teknik
didik hibur dalam proses pengajaran dan pembelajaran dari aspek pengetahuan dan
kemahiran berdasarkan hasil dapatan kajian ini.

Kesimpulannya, berdasarkan hasil dapatan kajian, tahap pengetahuan guru tentang


teknik didik hibur berada pada tahap tinggi. Manakala tahap kemahiran guru melaksanakan
teknik didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu juga berada pada tahap
tinggi. Kajian ini mampu memberi pengetahuan yang jelas kepada guru Bahasa Melayu
mengenai teknik didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pada era
pendidikan masa kini guru perlu mengetahui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran
berbanding pengajaran dan pembelajaran secara konvensional yang hanya berpaksikan buku
teks dan papan putih.

952
RUJUKAN
Abdul Jamir, Md Saad, Ab Halim, Tamuri, dan A'dawiyah, Ismail. (2012). Pembelajaran Aktif
dalam Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan Pendidikan Islam. Jurnal IPG Kampus
Pendidikan Islam, 1-22.
Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
Anuar Ahmad & Nelson Jinggan. (2017). Pengaruh Kompetensi Kemahiran Guru Dalam
Pengajaran Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Dalam Mata Pelajaran
Sejarah. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 3(2), 1-11.
Azhar Ahmad. (2006). Strategi pembelajaran pengaturan kendiri Pendidikan Islam dan
penghayatan akhlak pelajar sekolah menengah di Sarawak. Tesis Ph.D. Univerisiti
Kebangsaan Malaysia.
Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2009). Siri Pendidikan Guru. Pengurusan Bilik
Darjah Dan Tingkah Laku. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Modul KPKI Kursus Didik Hibur dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Bahagian Pendidikan Guru.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Kurikulum standard sekolah rendah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka.
Lim Chong Hin. (2007). Penyelidikan Pendidikan: Pendekatan Kuantitatif Dan Kualitatif.
McGraw- Hill (Malaysia).
Mohd Razak Mohd Nordin & Masitah Ahmad (2015). Pendekatan Didik Hibur dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu: Tinjauan Terhadap Sikap dan Minat Murid
Orang Asli di Negeri Perak. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 9, 77-90.
Nur Hawa Hanis Abdullah & Ghazali Darusalam. (2018). Kesediaan Guru Melaksanakan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pengajaran. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia
Pasifik. 6(3), 22-31.
Owing Ji Seng, Azhar Md. Sabil & Shamsudin Othman (2018). Tahap Pengetahuan dan Sikap
Guru Terhadap Pendekatan Didik Hibur dalam Pengajaran Bahasa Melayu. International
Journal of Education and Training (InjET). 4(2) November: 1-9.
Rozita Radhiah Said, Abdul Rasid Jamian, & Azhar Md. Sabil. (2016). Pengetahuan dan
Kefahaman Skop Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan
Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (SISC+). International Journal of Education and
Training (InjET), 2(2), 1–9.
Shaffe Mohd Daud, Ramli Basri, Roselan Baki, Sahandri Ghani Hamzah & Mokhtar Nawawi.
(2011). Pengaruh amalan jenaka terhadap pengajaran dan pembelajaran murid. Jurnal
Pendidik dan Pendidikan Asia Pasifik, 26 (1): 125-144.
Stephanie Bell. (2010). Project-based learning for the 21st century: Skills for the future, the
clearing house. Journal of Education Strategies, Issues and Ideas 83(2): 39-43.
Zanariah Wahab & Zamri Mahamod. (2017). Pengetahuan, kemahiran Pelaksanaan dan Sikap
Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah Terhadap Pendekatan Didik Hibur. Prosiding
Seminar Pendidikan Serantau ke- VIII 2017. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan
Malaysia. 7 September 2017. 19-26.

953
TAHAP KESEDIAAN GURU BAHASA MELAYU TERHADAP KAEDAH PEMBELAJARAN
BERASASKAN PROJEK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Muhammad Azrul Effendy bin Ahmad Tajuddin


azrul09-895@epembelajaran.edu.my

Maniyamin bin Ibrahim


nassuryibrahim@gmail.com

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan guru Bahasa Melayu terhadap kaedah
pembelajaran berasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran. Reka bentuk kajian ini
menggunakan salah satu pendekatan kuantitatif iaitu kajian tinjauan. Instrumen kajian ini ialah soal
selidik berkaitan tahap minat guru Bahasa Melayu terhadap kaedah pembelajaran berasaskan projek
dan tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu terhadap kaedah pembelajaran berasakan projek.
Responden kajian melibatkan 52 orang guru Bahasa Melayu di tujuh buah sekolah rendah sekitar
kawasan Parit Buntar, Perak. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Package for
Social Science (SPSS) Versi 26 untuk mendapatkan peratus, min dan sisihan piawai. Berdasarkan
dapatan kajian, tahap minat dan juga tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu terhadap kaedah
pembelajaran berasaskan projek berada pada tahap yang tinggi. Oleh itu, kajian ini memberi impak
yang positif terhadap kesediaan guru Bahasa Melayu terhadap kaedah pembelajaran berasaskan
projek dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kata Kunci: Tahap kesediaan, minat, pengetahuan, pembelajaran berasaskan projek, guru Bahasa
Melayu

ABSTRACT
This study aimed to identify the level of preparedness of Malay Language teachers on project-based
learning methods in teaching and learning. The design of this study uses one of the quantitative
approaches which is a survey study. The instrument is a questionnaire related to the interests of Malay
Language teachers on project-based learning methods and knowledge of Malay Language teachers on
project-based learning methods. The respondents involved 52 Malay’s teachers in seven primary
schools in the vicinity of Parit Buntar, Perak. The data obtained were analyzed using Statistical Package
for Social Science (SPSS) Version 26 to obtain percentages, means and standard deviations. Based on
the findings, the level of interest and knowledge of Malay Language teachers on methods of project-
based learning is at a high level. Thus, this study provides a positive impact on the willingness of Malay
Language teachers on project-based learning methods in teaching and learning.
Keywords: The level of readiness, interests, knowledge, project-based learning, teachers Malay

PENGENALAN
Dalam sistem pendidikan Malaysia kini telah terdapat pelbagai kaedah, strategi, pendekatan
dan teknik dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Pengenalan
pendidikan abad ke-21 merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi
mewujudkan pendidikan yang berkembang seiring dengan zaman. Selain itu, menjadikan
pendidikan di Malaysia yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Hal ini kerana pada
zaman kini, murid telah terdedah dengan pelbagai perkembangan dunia baik dari segi

954
teknologi mahupun pemikiran. Boleh dikatakan murid-murid zaman sekarang sudah celik
kepada teknologi maklumat dan komunikasi yang membolehkan murid menerokai pelbagai
ilmu pengetahuan. Oleh itu, para guru juga perlu berkembang dan berusaha meningkatkan
kemahiran dalam pemilihan dan penentuan kaedah yang berkesan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.

Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada perancangan


guru itu sendiri. Pendekatan atau kaedah yang tepat membolehkan guru mencapai pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan. Hal ini kerana penguasaaan ilmu yang berkaitan kaedah
pengajaran membantu guru untuk menyampaikan pengajaran dengan menarik serta mampu
memberikan kefahaman kepada murid apabila murid menjalani sesi pembelajaran (Habib,
2005). Kegagalan menarik minat murid akan membawa kepada kegagalan proses pengajaran
dan pembelajaran. Malah, pemilihan kaedah yang tidak sesuai atau tepat membawa
kegagalan untuk memindahkan ilmu pengetahuan kepada murid (Ab. Halim & Siti, 2015).
Justeru, pembelajaran berasaskan projek diperkenalkan dalam sistem pendidikan sebagai
salah satu pendekatan yang berkesan. Guru-guru dapat menggunakan kaedah pembelajaran
berasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat murid serta
mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Pendekatan pembelajaran
berasaskan projek semakin popular digunakan sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran
dalam bidang pendidikan (Kolmos & Graaff 2007).

Kaedah pembelajaran berasaskan projek diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran


Malaysia (KPM) pada tahun 2006. Pembelajaran berasaskan projek ini bertujuan
menggalakkan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran selain merupakan model
pendidikan yang mengutamakan projek dalam pengajaran dan pembelajaran (Veerasamy,
2010). Pembelajaran berasaskan projek merupakan satu keadah instruksional yang
membolehkan murid mencari maklumat melalui projek secara menjalani amali (Kaldi et al,
2011). Murid terlibat secara langsung dalam melaksanakan projek secara kolaboratif dan
kesannya kepada pengajaran dan pembelajaran, murid dapat membina kemahiran dari aspek
kognitif, komunikasi, afektif dan kemahiran sosial.

Aspek kognitif murid dapat dipertingkatkan melalui pembelajaran berasaskan projek


kerana murid perlu melaksanakan projek berdasarkan masalah yang diberikan. Justeru,
secara tidak langsung tahap pengetahuan murid dipengaruhi. Jenis soalan yang dikemukan
oleh guru berpotensi mempengaruhi proses kognitif murid semasa mereka membina
pengetahuan saintifik. Satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat
dicapai. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat menarik minat
murid untuk belajar. Persediaan dan perancangan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru

955
sangat penting dalam usaha untuk mencapai sesi pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Hal ini kerana Tamam et al. (2010) menyatakan bahawa penggunaan sesuatu
kaedah pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting dalam
menentukan tahap keberkesanan pengajaran yang dilaksanakan. Penentuan tahap
keberkesanan pengajaran bergantung kepada pemilihan kaedah yang dilaksanakan oleh guru.
Hal ini kerana pemilihan kaedah pengajaran akan memberi impak atau kesan kepada
penerimaan murid.

Guru perlulah memilih keadah dan strategi pengajaran yang bersesuaian dengan
kecerdasan pelbagai murid kerana setiap murid mempunyai minat yang berbeza. Penerimaan
murid yang kurang memberangsangkan akan menjejaskan fokus mereka dalam pembelajaran
dan seterusnya mempengaruhi tahap kecemerlangan mereka dalam subjek Bahasa Melayu.
Justeru, penentuan kepada kejayaan murid berada pada minat mereka kerana dengan minat
yang tinggi murid mampu berusaha dan bersemangat mengejar kejayaan malah mendorong
mereka meneroka dengan lebih jauh. Selaras dengan pendapat Omardin (1996) menjelaskan
bahawa pendorong murid untuk bergiat cergas dalam aktiviti pembelajaran berada pada minat.

Kecenderungan atau minat murid ketika belajar menjadikan suasana bilik darjah ceria
kerana hasil daripada pembelajaran yang menyeronokkan. Konflik antara guru dan murid akan
timbul apabila guru lebih kepada sikap autokratik. Malah penggunaan kaedah pengajaran
yang banyak tertumpu kepada guru menjadikan suasana bilik darjah tidak menyeronokkan
dan murid cepat merasa bosan. Guru memainkan peranan yang penting dalam menentukan
corak pengajaran. Tidak dapat dinafikan bahawa peranan guru amat penting sebagai individu
yang menjadi pemangkin terhadap proses murid mencari ilmu. Tanpa kehadiran guru, proses
pembelajaran yang berlaku mungkin tidak efektif. Hubungan rapo yang dibina antara guru dan
murid dapat mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid dengan penerapan
elemen didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran.

Oleh itu, dalam menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya
mendalami dan menguasai ilmu serta kemahiran berkaitan kaedah dan strategi pengajaran.
Telah wujud pelbagai kaedah dan strategi mengikut perkembangan pendidikan di Malaysia
iaitu pendidikan abad ke-21. Guru boleh memilih dan melaksanakn kaedah Pengajaran
berasaskan projek sebagai satu kaedah yang memberikan kesan yang mendalam terhadap
murid. Menurut Stephanie (2010), pembelajaran berasaskan projek merupakan suatu
pendekatan yang boleh meningkatkan kemahiran abad ke-21 murid. Kemahiran seperti
menyelesaikan masalah, memimpin dan sebagainya yang dibina melalui pembelajaran
berasaskan projek dapat melahirkan modal insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani.

956
PERNYATAAN MASALAH
Dunia pendidikan telah berkembang dengan pesat dari masa ke semasa. Dalam konteks
pendidikan zaman kini pembelajaran secara konvensional tidak lagi relevan untuk digunakan
pada abad ke-21. Hal ini kerana penggunaan kaedah dan strategi pengajaran yang berkesan
amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya murid yang berketrampilan,
berdaya saing dan berkemahiran dapat dilahirkan. Justeru, selaras dengan hasrat Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang mengariskan pembelajaran
perlulah berpusatkan murid pada abad ke-21 dengan melaksanakan aktiviti pembelajaran
kolaboratif, pemikiran aras tinggi, kemahiran dan belajar untuk kehidupan. Gesaan ini
bertujuan melahirkan murid yang seimbang dari pelbagai aspek dan seterusnya memenuhi
keperluan pada masa akan datang.

Namu begitu, masih ramai guru menggunakan pengajaran dan pembelajaran secara
konvensional atau tradisional. Menurut Mohamad Siri Muslimin et al. (2017) dalam Alizah &
Zamri (2015) menyatakan bahawa kaedah pengajaran secara berpusatkan tenaga pengajar
masih luas diamalkan oleh tenaga pengajar dengan cara menggunakan buku teks yang tebal,
papan putih dan nota-nota edaran sebagai bahan pengajaran. Justeru, guru perlulah
merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan
pemilihan kaedah serta strategi yang tepat sebagai satu cara memenuhi keperluan
pendididkan abad ke-21 (Mazlan Ismail, 2016).

Penggunaan pembelajaran konvensional tidak melibatkan murid secara menyeluruh


dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran malah bersifat pasif. Zaini et.al 2012) menjelaskan
bahawa guru kebanyakkannya mengamalkan pembelajaran konvensional dan menyebabkan
murid menjadi pasif kerana mereka tidak terlibat dengan komunikasi dua hala iaitu guru dan
murid. Justeru, berasa bosan yang dialami oleh murid dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran dapat diatasi dengan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik. Sebagai guru
perlulah bersedia dan melaksanakan kaedah dan teknik yang telah disarankan dalam
pendidikan abad ke-21. Menurut Mary Yap Kain Ching (2015) guru harus berani meneroka
pelbagai cabang ilmu untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran berkesan.
Menurut Nur Aisyah Mohd Noor (2012), guru perlu lebih bijak untuk mengambil peluang dalam
mempelbagaikan kaedah untuk mewujudkan pembelajaran yang lebih bermakna.

Oleh itu, dalam dunia pendidikan yang mencabar ini pembelajaran berdasarkan projek
dilihat amat sesuai diimplimentasikan dalam pengajaran dan pembelajaran (Balakrishnan et
al. 2009). Pembelajaran berasaskan projek merupakan kaedah pembelajaran yang sistematik
dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran. Pelbagai dimensi yang kritikal diketengahkan
dalam pembelajaran berasaskan projek untuk mencipta kejayaan khususnya dalam bilik

957
darjah abad ke-21 ini. Kaedah ini melibatkan murid dalam penguasaan ilmu pengetahuan dan
diberi pendedahan mengenai kemahiran seharian melalui kaedah yang diperluas contohnya
proses inkuiri berpusatkan murid. Murid diberikan soalan dan perlu meneliti soalan supaya
dapat melaksanakan projek dengan baik. Justeru kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap
kesediaan guru Bahasa Melayu terhadap pembelajaran berasaskan projek.

OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan tujuan tersebut, kajian ini cuba untuk mencapai dua objektif berikut:

1. Mengenal pasti tahap minat guru-guru bahasa Melayu terhadap kaedah pembelajaran
berasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran.
2. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru bahasa Melayu terhadap Pembelajaran
Berasaskan Projek dalam pengajaran dan pembelajaran.

SOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian tersebut, kajian ini telah membina dua soalan kajian. Kedua-dua
soalan kajian adalah seperti yang berikut:

1. Apakah tahap tahap minat guru-guru bahasa Melayu terhadap kaedah pembelajaran
berasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran?
2. Apakah tahap pengetahuan guru bahasa Melayu terhadap pembelajaran berasaskan
projek dalam pengajaran dan pembelajaran?

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kajian tinjauan.
Stephanie (2010) berpendapat kaedah tinjauan yang digunakan dapat memberikan gambaran
yang tepat berkaitan nilai, tingkah laku dan kepercayaan komuniti. Kaedah ini digunakan
kerana dapat menerangkan keadaan semasa yang merupakan satu situasi seperti mana yang
ternyata berlaku di sekolah sebagai subjek kajian, mengambil data dalam satu masa tertentu
serta dapat memberi penjelasan yang menyeluruh dan tepat tentang sesuatu persoalan yang
dikaji. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti tahap kesediaan guru Bahasa
Melayu terhadap kaedah pembelajaran berasaskan projek dalam pengajaran dan
pembelajaran secara kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik.
Dalam kajian ini, soal selidik digunakan sebagai instrumen untuk mengumpulkan
maklumat dalam kajian ini. Hal ini demikian kerana soal selidik lebih praktikal dan berkesan
untuk digunakan dalam populasi yang besar, bahkan ia sesuai digunakan bagi mengukur
faktor-faktor yang terbatas skopnya (Stephanie, 2010).
Soal selidik ini mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Bahagian A ialah
profil berkaitan responden untuk mendapatkan maklumat demografi. Bahagian ini mengumpul

958
data responden seperti jantina, kaum, umur, kelayakan akademik dan pengalaman mengajar.
Bahagian B mengandungi sembilan item soalan berkaitan tahap minat guru Bahasa Melayu
terhadap kaedah pembelajaran berasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran.
Bahagian C mengandungi sembilan item yang meninjau tahap pengetahuan guru Bahasa
Melayu terhadap kaedah pembelajaran berasaskan projek dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Instrumen soal selidik dalam kajian ini diuji melalui kajian rintis kepada 30 orang
responden. Hasil analisis data kajian rintis mendapati bahawa nilai kebolehpercayaan Alpha
Cronbach bagi soal selidik ialah 0.94 yang bermaksud kebolehpercayaan yang sangat tinggi.
Dalam kajian ini, soal selidik dijawab oleh 30 guru Bahasa Melayu di tiga buah sekolah zon
Keramat. Akhirnya, data soal selidik dianalisis secara deskriptif iaitu melihat kepada skor min
dan sisihan piawai.

Tafsiran skor min telah diadaptasi daripada Jamil et al. (2014) dan ditunjukkan dalam
Jadual 1. Selang skala skor min dikekalkan tetapi tafsiran bagi setiap konstruk diubah suai
menggunakan istilah yang lebih sesuai agar dapat menyampaikan tafsiran yang tepat dan
difahami.

Jadual 1
Interpretasi Skor Min

Skor Min Interpretasi Skor Min


1.00 hingga 2.33 Rendah Kurang setuju/ kurang membantu/ kurang
mahir/ kurang memenuhi/ tidak pasti/ kadang-
kadang/ tiada/ sebahagian kecil.
2.34 hingga 3.66 Sederhana Setuju/ membantu/ mahir/ memenuhi/
separuh.
3.67 hingga 3.66 Tinggi Sangat setuju/ sangant membantu/ sangat
mahir/ sangat memenuhi/ sangat selalu/
semua/ sebahagian besar.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Dapatan kajian ini menjawab kepada dua soalan kajian iaitu berkaitan tahap minat dan tahap
pengetahuan guru Bahasa Melayu terhadap kaedah pembelajaran berasaskan projek.

959
Jadual 2
Analisis Item Tahap Minat Guru Bahasa Melayu Terhadap Kaedah Pembelajaran Berasaskan
Projek Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran.

Item Tahap Minat Guru


Sisihan
Terhadap Pembelajaran Min (µ) Tahap
Piawai (SP)
Berasaskan Projek

B1 4.10 0.53 Tinggi


B2 4.15 0.53 Tinggi
B3 4.19 0.52 Tinggi
B4 4.37 0.59 Tinggi
B5 4.29 0.57 Tinggi
B6 4.19 0.56 Tinggi
B7 4.15 0.57 Tinggi
B8 4.27 0.56 Tinggi
B9 4.23 0.54 Tinggi
Skor Min Keseluruhan 4.21 0.46 Tinggi

Dapatan berdasarkan Jadual 2 menunjukkan skor min tahap minat guru bahasa
melayu terhadap kaedah pembelajaran berasaskan projek dalam pengajaran dan
pembelajaran secara keseluruhan ialah 4.21 yang menunjukkan responden mempunyai tahap
minat terhadap kaedah pembelajaran berasaskan projek pada tahap yang tinggi. Nilai sisihan
piawai (SP) ialah 0.46 menunjukkan bahawa set data dalam kajian ini menghampiri ukuran
pusat. Skor min paling tinggi iaitu 4.37 bagi item B4. Ini bermakna responden bersetuju dengan
pelaksanaan kaedah pembelajaran berasaskan projek dalam PdP Bahasa Melayu di sekolah.
Skor min paling rendah pula ialah 4.10 bagi item B1 ‘Saya berminat mengikuti kursus kaedah
pembelajaran berasaskan projek jika diberi peluang’.

Jadual 3
Analisis Item Tahap Pengetahuan Guru Bahasa Melayu Terhadap Kaedah Pembelajaran
Berasaskan Projek Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran.

Item Tahap Pengetahuan


Guru Terhadap Sisihan
Min (µ) Tahap
Pembelajaran Berasaskan Piawai (SP)
Projek
C1 3.92 0.62 Sederhana Tinggi

960
C2 3.71 0.66 Sederhana Tinggi
C3 3.92 0.55 Sederhana Tinggi
C4 3.90 0.60 Sederhana Tinggi
C5 3.87 0.65 Sederhana Tinggi
C6 3.90 0.63 Sederhana Tinggi
C7 4.19 0.62 Tinggi
C8 4.13 0.59 Tinggi
C9 4.10 0.60 Tinggi
Skor Min Keseluruhan 3.96 0.53 Tinggi

Berdasarkan jadual 3, skor min bagi konstruk ini ialah 3.96 yang menunjukkan bahawa
guru Bahasa Melayu di tujuh buah sekolah rendah sekitar Parit Buntar, Perak mempunyai
tahap pengetahuan yang sederhana tinggi dan tinggi terhadap kaedah pembelajaran
berasaskan projek. Nilai sisihan piawai (SP) 0.53 menunjukkan set data bagi konstruk ini
sedikit terserak daripada ukuran pusat. Skor min paling tinggi terdiri daripada tiga item iaitu C7
(µ 4.19), C8 (µ 4.13) dan C9 (µ 4.10) yang berada pada tahap tinggi. Hal ini menjelaskan
bahawa guru Bahasa Melayu di tujuh buah sekolah tersebut mengetahui bahawa
pembelajaran berasaskan projek mampu menarik minat murid selain tahu mengenal pasti
kemampuan murid dahulu sebelum melaksanakan pembelajaran berasaskan projek. Malah,
tahu untuk memilih bahan yang bersesuaian dengan tema pengajaran ketika melaksanakan
pembelajaran berasaskan projek. Skor min paling rendah ialah 3.71 iaitu pendedahan
terhadap kaedah pembelajaran berasaskan projek berada pada tahap sederhana tinggi.
Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu di tujuh buah
sekolah di Parit Buntar, Perak mempunyai tahap minat terhadap kaedah pembelajaran
berasaskan projek di tahap yang tinggi. Selain itu, tahap pengetahuan juga berada pada tahap
sederhana tinggi dan tinggi.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


Tahap minat guru Bahasa Melayu berada pada tahap tinggi melalui analisis dapatan kajian
yang telah dilakukan. Hal ini kerana kebanyakan guru Bahasa Melayu setuju untuk mengikuti
kursus kaedah pembelajaran berasaskan projek selain bersetuju dengan pelaksanaan kaedah
pembelajaran berasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini jelas menunjukan
bahawa guru Bahasa Melayu mempunyai tahap minat yang tinggi terhadap kaedah
pembelajaran berasaskan projek. Dapat kajian ini mempunyai persamaan dengan beberapa
kajian yang meninjau tentang kaedah pembelajaran berasaskan projek seperti kajian

961
Norhafiza & Lilia (2018) yang menjalankan kajian kaedah pembelajaran berasaskan projek
dalam mata pelajaran Sains. Kajian ini dapat mengisi kelompongan berkaitan tahap minat guru
Bahasa Melayu terhadap kaedah pembelajaran berasaskan projek dalam pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan kesediaan guru. Hal ini demikian kerana, sampel kajian ini
melibatkan guru Bahasa Melayu sekolah kebangsaan yang mengajar mata pelajaran Bahasa
Melayu. Oleh itu, dapatan kajian ini mampu menunjukkan tahap minat guru Bahasa Melayu
terhadap kaedah pembelajaran berasaskan projek di sekolah rendah.

Selain itu, dapatan kajian tentang tahap kesediaan guru Bahasa Melayu terhadap
kaedah pembelajaran berasaskan projek dapat dilihat melalui pengetahuan guru mengenai
kaedah pembelajaran berasaskan projek. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap
pengetahuan guru Bahasa Melayu terhadap kaedah pembelajaran berasaskan projek dalam
pengajaran dan pembelajaran. Analisis mendapati tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu
terhadap kaedah pembelajaran berasaskan projek berada pada tahap sederhana tinggi.
Pengetahuan juga merupakan satu aspek yang penting dalam mengukur kesediaan
seseorang guru Bahasa Melayu itu. Hasil kajian ini selari dengan dapatan kajian seperti Fadilla
& Zamri (2019) yang mana dapatan menunjukkan pengetahuan guru berada pada tahap yang
tinggi. Ini menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu sekolah rendah mempunyai tahap
pengetahuan yang tinggi terhadap kaedah pembelajaran berasaskan projek dalam pengajaran
dan pembelajaran.

Di samping itu, Kementerian Pendidikan Malaysia seharusnya menyediakan satu


modul khas berkaitan dengan pengaplikasian kaedah pembelajaran berasaskan projek
dengan lebih sempurna dan jelas. Ringkasnya, KPM memainkan peranan memperkukuh
latihan dan bimbingan yang menekankan kepentingan kaedah pembelajaran berasaskan
projek. Hal ini dikatakan demikian kerana, taklimat yang bersifat teoritikal dan syarahan
semata-semata adalah cepat membosankan. Dengan ini dapat membantu guru Bahasa
Melayu mempertingkatkan tahap kesediaan guru Bahasa Melayu terhadap kaedah
pembelajaran berasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya, pentadbir sekolah memainkan peranan untuk memberikan galakan


kepada guru menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan projek dalam pengajaran dan
pembelajaran. Justeru, pentadbir perlu menjadi contoh kepada guru-guru lain dengan
mengaplikasikan kaedah pembelajaran berasaskan projek dengan berkesan. Malahan,
pentadbir boleh mewujudkan budaya kolaboratif yang melibatkan sesi perkongsian guru di
sekolah. Tujuannya adalah untuk membolehkan guru-guru yang mahir menggunakan kaedah
pembelajaran berasaskan projek berkongsi pengetahuan mereka kepada guru-guru lain

962
Implikasinya, dapatan kajian ini mampu menjadi satu titik tolak kepada guru supaya
meningkatkan lagi pengetahuan guru Bahasa Melayu berkaitan dengan kaedah pembelajaran
berasaskan projek. Guru perlu mengetahui apakah langkah atau teknik baru dalam
mengaplikasi kaedah pembelajaran berasaskan projek supaya lebih menarik dan relevan
dengan situasi dan perkembangan murid. Sebagai contoh, guru dapat melaksana kaedah
pembelajaran berasaskan projek seperti pembuatan sandwich untuk mengajar murid kata
kerja aktif, pembinaan kit kereta dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
perkembangan murid sudah pasti dapat meningkatkan minat dan keseronokan murid ketika
belajar. Oleh itu, guru hendaklah meneroka dan mengaplikasi kaedah pembelajaran
berasaskan projek yang pelbagai supaya suasana pembelajaran lebih interaktif.

Kesimpulannya, hasil dapatan kajian ini, tahap minat guru Bahasa Melayu terhadap
kaedah pembelajaran berasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran berada pada
tahap tinggi. Manakala tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu terhadap kaedah
pembelajaran berasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap
sederhana tinggi. Kajian ini mampu memberi pengetahuan yang jelas kepada guru Bahasa
Melayu mengenai kaedah pembelajaran berasaskan projek dalam pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini kerana, pada era pendidikan masa kini guru perlu mengetahui pelbagai
kaedah pengajaran dan pembelajaran berbanding pengajaran dan pembelajaran secara
konvensional iaitu lebih kepada buku teks dan papan putih.

RUJUKAN
Ab Halim Tamuri & Siti Muhibah Nor. (2015). Prinsip Pembelajaran Aktif Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3
(2):28-42.

Alizah Lambri & Zamri Mahamod. (2015). Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu Berpusatkan Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi: Pelaksanaan dan
Penerimaan Pelajar. Jurnal Personalia Pelajar, 18(1), 1-9.

Balakrishnan Muniandy, Rossafri Mohamad, Fong Soon Fook & Rozhan Mohammed
Idrus. 2009. Technology Application in Project-based Learning.Journal of
Communication and Computer, 6(12), 74-84.

Fadilla Anak Layang & Zamri Mahamod. (2019). Tahap Pengetahuan, Kesediaan dan
Sikap Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah dalam Melaksanakan Pengajaran
dan Pembelajaran Peta Pemikiran i-Think. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44(1), 37-44.

Habib Mat Som. (2005). Profil Kesediaan Guru Sekolah Menengah terhadap
Pelaksanaan Perubahan Kurikulum. Tesis PhD. Universiti Malaya. Tidak diterbitkan

Jamil Abd Baser, Nurul Syahada Mohd Suhaimi, Hisyamuddin Othman, Azman Hassan,
Mohd Bekri Rahim dan Mohd Faizal Askor min Nur Yunus. (2014). Standard

963
guru Malaysia dalam program persediaan guru reka bentuk dan teknologi.
Online Journal for TVET Practioners, 2(2).

Kolmos, A. & Graaff, E.De. 2007. Process of changing to PBL. Dlm. Graaff, E.De &
Kolmos, A. Management of change: Implementation of Problem Based Learning
and Project Based Learning in Engineering, hlm. 31-44. Rotterdam: SENSE
Publisher

Mary Yap Kain Ching. (2015, Ogos 13). Guru Berperanan Lahir Pelajar Capai Global.
Berita Online. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2015/08/74472/guru-
berperanan-lahir-pelajar-capai standard-global.

Nur Aisyah Mohamad Noor, Zamri Mohamod, Afendi Hamat & Mohamed Amin Embi.
(2012). Persepsi pelajar terhadap aplikasi perisian multimedia dalam
pembelajaran Komsas Bahasa Melayu tingkatan 1. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 2 (1): 1-16.

Norhafiza Haron & Lilia Halim. (2018). Persepsi Guru Terhadap Pelaksanaan
Pembelajaran Berasaskan Projek Dalam Mata Pelajaran Sains. Jurnal Pendidikan,
146-162.

Omardin Ashaari (1996). Kaedah Pengajaran Sejarah. Utusan Publications & Distributors
Stephanie Bell.2010. Project-based learning for the 21st century: Skills for the future,
the clearing house. Journal of Education Strategies, Issues and Ideas 83(2): 39-
43.

Tamam Timbang, Zamri Mahamod, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & Jamaludin Badushah.
2010. Masalah membaca murid-murid sekolah rendah kerajaan di Brunei
Darussalam: Satu kajian kes. Jurnal Pendidikan Malaysia 35 (2): 77- 85.

Veerasamy Naidoo. 2010. Project Based Learning (PBL): An Innovative Vehicle for the
Assessmentof Student Learning in the Science Classroom. (Tesis PhD. Tidak
Diterbitkan). Curtin University of Technology, Australia.

Zaini, Syaza Hazwani and Mohd Daud, Shaffe (2012) Peranan pusat akses sekolah
dalam pembudayaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). In: Aplikasi
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pendidikan. Penerbit Universiti
Putra Malaysia, Serdang, Selangor, pp. 21-32.

964
TAHAP PENGUASAAN KATA GANDA SEPARA MURID TAHUN 5

Muhammad Hakiim Fikri bin Mohamad Yusri


hakiim09-896@epembelajaran.edu.my

Azim Normiza binti Ahmad


azim.normiza@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini mengkaji penggunaan kata ganda separa dalam bina ayat murid Tahun 5. Reka bentuk kajian
ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah kajian kes. Kajian kes ini menggunakan tiga
instrumen kajian iaitu analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian. Kajian ini melibatkan tiga orang
murid Tahun 5 di sebuah sekolah rendah sekitar Keramat, Kuala Lumpur. Berdasarkan dapatan kajian,
tahap penggunaan kata ganda separa dalam membina ayat berada pada tahap yang terhad. Guru dan
rakan menjadi sumber rujukan utama murid untuk memperoleh kata ganda separa ketika menghadapi
masalah semasa membina ayat. Implikasinya kajian ini dapat mengisi kelompongan Model Needham
Lima Fasa serta penyelidikan berkaitan penguasaan kata ganda separa dalam membina ayat. Justeru,
guru-guru dan pihak berkepentingan yang lain perlu memastikan murid menguasai kata ganda separa
agar mereka mahir menggunakan kata ganda separa yang sesuai mengikut konteks semasa membina
ayat.
Kata kunci: penggunaan, kata ganda separa, bina ayat, tahun 5, sekolah rendah

ABSTRACT

This study examines the use of Kata Ganda Separa in sentence construction of Year 5 students. The
design of this study uses a qualitative approach and case study methods. This case study uses three
research instruments namely document analysis, interviews and observations. This study involved three
Year 5 students in a primary school around Keramat, Kuala Lumpur. Based on the findings of the study,
the level of use of Kata Ganda Separa in constructing sentences is at a limited level. Teachers and
friends became the main source of reference for students to acquire Kata Ganda Separa when faced
with problems while constructing sentences. The implication is that this study can fill the void of the Five
Phase Needham Model as well as research related to Kata Ganda Separa mastery in sentence
construction. Thus, teachers and other stakeholders need to ensure that students master Kata Ganda
Separa so that they are proficient in using appropriate Kata Ganda Separa according to the context
when constructing sentences.

Keywords: usage, Kata Ganda Separa, sentence construction, year 5, elementary school

PENGENALAN
Perkataan ‘Nahu’ atau ‘Tatabahasa’ begitu sinonim dengan pembelajaran Bahasa Melayu yang
menjadi subjek penting dalam sistem pendidikan di Malaysia. Dalam kajian ini, pengkaji akan menulis
menggunakan istilah ‘tatabahasa’ kerana istilah ini telah mendominasi arena istilah bahasa Melayu
berbanding dengan istilah ‘Nahu’ seperti yang dinyatakan di atas. Pengetahuan tentang tatabahasa
merupakan unsur penting yang perlu diketahui oleh setiap murid atau pelajar dalam mempelajari

965
bahasa Melayu. Oleh yang demikiuan, ilmu tatabahasa haruslah dikuasai oleh mereka
kerana ilmu itu dapat memahirkan mereka dari segi membina ayat untuk tujuan penulisan
dan juga sebagai penutur bahasa Melayu yang baik. Kelemahan menguasai tatabahasa
dalam penulisan dan pertuturan menandakan kurangnya keindahan gaya bahasa atau
kegramatisan bahasa yang dituturkan khususnya bahasa Melayu. Berdasarkan
permasalahan ini, pengkaji telah meneroka bertujuan mengubah amalan murid supaya
memahami dan menguasai sistem tatabahasa bahasa Melayu. Selain itu amalan ini dapat
membantu mereka menghasilkan bahasa tulisan dan bahasa pertuturan yang gramatis.

Sepanjang tempoh berpraktikum, pengkaji telah menjalkankan kajian terhadap 3


orang murid tahun 5 di sebuah sekolah daerah Keramat. Sepanjang kajian ini dilakukan
analisis telah di buat menggunakan kaedah pemerhatian dan penyelidikan berdasarkan
keputusan peperiksaan akhir tahun dalam kalangan murid tahun 4 pada 2019 yang lalu.
Temu bual juga dilakukan dalam kalangan murid yang menjadi responden kajian kes ini.

Kajian ini memfokuskan kepada penggunaan sistem tatabahasa yang diamalkan


oleh murid- murid tahun 5. Pemerhatian telah dilakukan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran bahasa Malaysia di dalam bilik darjah. Dapatan menunjukkan
pada peringkat awal murid- murid tahun 5 di sekolah ini tidak mengamalkan secara
menyeluruh sistem tatabahasa yang mereka pelajari iaitu, aspek kata ganda separa. Setelah
diberitahu dan diterangkan secara mendalam maka amalan penggunaan kata ganda separa
dalam binaan ayat mereka berubah dan mereka dapat menulis struktur ayat dengan baik.
Berdasarkan dapatan kajian tersebut beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan.

PERNYATAAN MASALAH
Menurut S. Ilangko (2012), kejayaan murid dalam mata pelajaran bahasa Melayu berkait
rapat dengan penguasaan bahasa dan strategi menjawab. Murid tidak mungkin dapat
menghasilkan jawapan yang tepat dan mantap tanpa penguasaan kedua-dua aspek itu.
Selain itu, aspek penguasaan kata ganda separa dalam penulisan adalah amat penting,
kegagalan murid menguasai kata ganda separa yang luas dan menggunakannya
berdasarkan konteks akan menyebabkan murid tidak dapat menyampaikan maklumat
dengan berkesan.

Sehubungan itu, Irma Martiny et.al (2017) telah melakukan kajian yang bertajuk
“Penguasaan Golongan Kata Dalam Kalangan Murid SJKT”. Kajian ini memfokuskan
penguasaan golongan kata dalam kalangan murid SJK (T). Objektif kajian adalah untuk
mengenal pasti dan menganalisis penguasaan kemahiran tatabahasa khususnya golongan
kata bahasa Melayu murid SJK (T). Dapatan kajian menunjukkan murid bergantung
sepenuhnya kepada bantuan guru dan rakan untuk menguasai kata ganda separa dalam

966
pembelajaran. Kajian juga menunjukkan murid kurang berusaha untuk tidak bergantung
dengan pihak lain dalam pembelajaran aspek tatabahasa. Data menunjukkan bahawa
kemahiran sistem tatabahasa tahap satu kurang dikuasai oleh murid tahap dua.

Walaupun terdapat beberapa kajian mengenai pengajara kata ganda separa, tetapi
masih kurang kajian tentang penguasaan dan penggunaan dalam kata ganda separa.
Justeru itu, kajian ini perlu dilaksanakan untuk melihat sejauh mana penggunaan kata ganda
separa dan strategi yang digunakan oleh mereka untuk memperoleh kata ganda separa
baharu.

OBJEKTIF KAJIAN
Secara ringkasnya, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengupas isu yang menjadi

fokus kajian iaitu;

1. Mengenal pasti penggunaan Kata Ganda Separa dalam membina ayat murid tahun
5.
2. Mengenal pasti cara yang digunakan oleh murid untuk meningkatkan penguasaan kata
ganda separa.

SOALAN KAJIAN

1. Sejauh manakah tahap penggunaan kata ganda separa semasa murid membina
ayat?
2. Apakah cara yang digunakan oleh murid untuk meningkatkan penguasaan kata
ganda separa?

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data secara kualitatif dengan reka bentuk
kajian kes. Syafiah (2014) menjelaskan penggunaan kajian kes membantu pengkaji
memahami sesuatu isu secara terperinci dengan hanya menggunakan sampel yang kecil.

Persampelan Kajian

Menurut Syed Ismail et.al (2018) persampelan merupakan satu proses pemilihan yang perlu
ditentukan oleh penyelidik untuk memilih suatu kumpulan yang ingin diselidiki untuk
memperoleh maklumat tentang sesuatu populasi. Dalam konteks ini, penyelidik menggunakan
jumlah sampel yang sedikit iaitu hanya melibatkan tiga orang peserta kajian sahaja. Tujuan
pemilihan tiga orang peserta kajian sahaja adalah untuk memudahkan penyelidik merumuskan
sama ada murid menguasai kata ganda separa atau yang sebaliknya dengan berdasarkan
nisbah 2:3 dua daripada tiga orang murid. Pemilihan peserta kajian turut dibataskan pada

967
murid tahun lima sahaja sejajar dengan tajuk kajian “Pengusaan Kata Ganda Separa Murid
Tahun 5”. Kaedah persampelan bertujuan digunakan dengan memilih murid yang sederhana.
Dari aspek jantina pula, dua orang lelaki dan seorang perempuan dipilih sebagai peserta
kajian. Lokasi kajian juga dipilih berdasarkan kemudahaksesan agar dapat memudahkan
urusan mengutip data di sekolah berkenaan.

Instrumen Kajian

Instrumen kajian merupakan sebarang alat, cara atau kaedah untuk memperoleh dan
mengumpul data kajian (Khairuddin et.al, 2018). Kajian ini dijalankan berdasarkan kaedah
kualitatif. Dalam konteks ini, instrumen atau alat kajian yang digunakan untuk mendapatkan
data ialah melalui analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian. Senarai semak analisis
dokumen, temu bual dan pemerhatian merupakan adaptasi daripada kajian lepas dan turut
mendapat pengesahan pakar bahasa melalui lantikan yang dilaksanakan terhadap pakar
bahasa Melayu.

Kesahan dan Kebolehpercayaan

Dalam memastikan pelaksanaan kajian ini berjalan dengan lancar dan setiap data yang dikutip
memenuhi syarat dan memiliki kesahan yang tinggi, pengkaji mengambil langkah untuk
memastikan setiap instrumen disemak oleh pakar terlebih dahulu dan pengkaji menggunakan
perakam video agar tidak ada berlakunya penyelewengan data yang diambil melalui
pemerhatian dan temu bual. Dalam aspek kebolehpercayaan pula, pengkaji menggunakan
triangulasi kaedah. Berdasarkan Nadwah (2014), kebolehpercayaan menggambarkan
keadaan yang menunjukkan sesuatu dapatan itu akan memiliki unsur kesamaan sekiranya
kajian dilakukan dalam satu situasi yang sama. Disebabkan triangulasi merupakan antara cara
yang terbaik untuk mendapatkan kebolehpercayaan bagi kaedah kajian kualitatif, maka
pengkaji memilih untuk melaksanakan kajian berpandukan triangulasi dalam kaedah seperti
yang dijelaskan oleh Ruzanna (2016), proses ini melibatkan pelaksanaan temu bual,
pemerhatian dan analisis dokumen.

Kaedah Pengumpulan Data

Penyelidik telah mengemukakan surat permohonan kebenaran menjalankan penyelidikan


kepada pihak sekolah. Permohonan kebenaran ini penting untuk menjelaskan tujuan
pelaksanaan kajian dan melancarkan pelaksanaan penyelidikan khususnya semasa
melaksanakan pemerhatian, menemu bual dan menganalisis dokumen.

Selain itu, data juga boleh diperoleh melalui rakaman (pemerhatian) terus
ditranskripsi bagi memudahkan penganalisisan data pada masa akan datang. Selain itu,
rakaman audio (temu bual) didengar secara berulang-ulang sambil mencatatkan ringkasan

968
memo sebelum proses penganalisisan data secara formal dilakukan. Kaedah analisis secara
verbatim dan kaedah transkripsi dilaksanakan pada peringkat mesej untuk mentranskripsikan
kedua-dua rakaman tersebut.

Kaedah verbatim ialah semua perkataan yang diucapkan oleh peserta kajian
dicatatkan semasa sesi pemerhatian dan temu bual tanpa meninggalkan sebarang bentuk
pertuturan. Disebabkan sebarang maklumat tersirat boleh memberi makna kepada kajian
maka setiap perkataan termasuk bunyi yang keluar dari peserta kajian, air muka dan tingkah
laku peserta kajian direkodkan dengan terperinci.

Kaedah kedua ialah transkripsi pada peringkat mesej. Setiap ayat yang dituturkan
oleh peserta kajian akan dikenal pasti jenis ayatnya seperti ayat penyata, ayat seruan, ayat
perintah dan ayat tanya agar dapat mengenal pasti fungsi dan tujuannya. Perkataan atau
struktur ayat yang dituturkan oleh peserta kajian turut tidak akan diubah bagi memastikan
transkripsi yang dihasilkan adalah asli dan tulen. Setelah ditranskripsi, data tersebut akan
diserahkan kepada peserta kajian untuk disemak semula bagi mengukuhkan kesahan.

Seterusnya, orang yang ditemu bual juga perlu diberi nama samaran atau digantikan
dengan nombor kod yang ditetapkan agar mudah dikenal pasti jenis data, sumber data,
nombor data serta nombor muka surat sesuatu data itu diperoleh. Akhir sekali, ialah proses
mencari maklumat tambahan berkaitan kajian ini. Maklumat tambahan boleh didapati melalui
buku, artikel, jurnal, koleksi tesis, keratan akhbar, laporan penyelidikan, dokumen serta laman
sesawang. Bahan-bahan seperti ini boleh dijadikan maklumat tambahan untuk
memperkayakan sumber rujukan kajian ini.

Penganalisisan Data

Data-data mentah yang dikumpul melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen
daripada latih tubi yang diberikan dalam bentuk latihan dan buku aktiviti diteruskan dengan
proses analisis. Penyelidik menggunakan kaedah analisis secara deskriptif iaitu
menghuraikan dapatan kajian secara manual dalam bentuk ayat.

Dalam proses penganalisisan data, data-data akan disusun terlebih dahulu untuk
memberikan jawapan kepada tujuan kajian. Proses pentafsiran akan menjadi lebih lancar
apabila data disusun mengikut tema. Oleh itu, dalam kajian ini data-data akan dianalisis bagi
menjawab tujuan kajian.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN


Kajian yang dijalankan ini telah memberikan gambaran yang jelas tentang tahap penguasaan
kata ganda separa responden. Berdasarkan temu bual mendalam yang telah menjadi tunjang

969
kepada kajian ini, telah dikenal pasti terdapat 2 tema yang muncul untuk dihuraikan. Kedua-
dua tema ini ialah:

i. Tahap penggunaan kata ganda separa semasa murid membina ayat.


ii. Cara yang digunakan oleh murid untuk memperkayakan penguasaan kata ganda
separa.

i. Tahap penggunaan kata ganda separa semasa murid membina ayat.

Kaedah analisis dokumen telah dijalankan, latihan membina ayat sebelum ini telah dianalisis
untuk mengenal pasti tahap penggunaan kata ganda separa semasa murid membina ayat.
Hasil dapatan kajian mendapati PK1 hanya menguasai kata ganda separa yang terhad sahaja.
PK1 hanya menggunakan kata ganda separa yang diberi oleh gurunya semasa membina ayat.
Selain itu, PK1 juga tidak berkemampuan untuk mengeja kata ganda separa dengan ejaan
yang betul, menunjukkan PK1 mengetahui kewujudan kata ganda separa itu tetapi hanya
mampu mengujarkan dan tidak dapat mengejanya. Hal ini berkait rapat dengan latar belakang
PK1 yang berasal dari keluarga bukan penutur asli bahasa Melayu. Bahasa Tamil dijadikan
bahasa pertuturan utama dalam komunikasi seharian.

Selain itu, berdasarkan dapatan kajian melalui kaedah analisis dokumen menunjukkan
PK2 juga mempunyai penggunaan kata ganda separa yang terhad sahaja. Terdapat
gandingan imbuhan yang tidak betul pada perkataan. Walau bagaimanapun, PK2
menunjukkan kesungguhan untuk cuba menerangkan situasi yang ingin disampaikan apabila
PK2 tidak mempunyai kata ganda separa yang sesuai boleh digunakan untuk menyampaikan
ideanya. Latar belakang PK2 sedikit sebanyak mempengaruhi penguasaan kosa kata PK2,
walaupun PK2 berbangsa Melayu, namun, ahli keluarganya akan menggunakan bahasa
Inggeris dan bahasa Melayu dalam pertuturan seharian. Situasi ini sedikit sebanyak
mempengaruhi PK2 tidak dapat menguasai kata ganda separa dengan baik atas faktor
persekitaran.

Di samping itu, dapatan kajian melalui kaedah analisis dokumen turut menunjukkan
tahap penggunaan kata ganda separa yang terhad pada PK3. Bahasa pertuturan harian
memberi impak yang signifikan dalam membina ayat PK3. PK3 akan mempraktikkan susunan
ayat semasa pertuturan harian untuk membina ayat. Selain itu, dapatan kajian juga
menunjukkan PK3 menghadapi masalah untuk memahami dan mentafsir tingkah laku watak
yang terdapat dalam gambar rajah, situasi ini menyebabkan PK3 membina ayat yang tidak
betul dari aspek logik. Justeru, keadaan ini akan menyebabkan pembaca tidak dapat
memahami ayat yang dibina oleh PK3 kerana PK3 tidak dapat menyampaikan ideanya secara
berkesan melalui ayatnya.

970
ii. Cara yang digunakan oleh murid untuk memperkayakan penguasaan kata ganda
separa

Hasil dapatan kajian melalui kaedah temu bual mendapati cara PK1 kurang didedahkan
dengan bahan bacaan bahasa Melayu di rumah, PK1 lebih cenderung membaca buku
berbahasa Inggeris daripada buku bahasa Melayu. Melalui temu bual, PK1 juga akan
menggariskan perkataan yang tidak difahami, guru merupakan rujukan utamanya apabila
berada kelas, kamus Bahasa Melayu Kamus Dewan dijadikan tempat mencari maksud
perkataan apabila berada di rumah. Selain itu, platform Google juga digunakan sebagai
langkah alternatif untuk memperoleh definisi dan cara penggunaan kata ganda separa dalam
masa yang singkat dan cepat. PK1 juga mengambil langkah untuk menghafal kata ganda
separa yang baru dipelajari supaya dia boleh mevariasikan penggunaan kata ganda separa
dalam tugasan membina ayat akan datang. Namun, sekiranya PK1 menghadapi masalah
untuk memperoleh kata ganda separa yang sesuai semasa membina ayat, PK1 akan
mendapatkan bantuan dari guru dan rakannya yang ada di dalam kelas.

Seterusnya, hasil dapatan kajian melalui kaedah temu bual mendapati PK2 memperoleh
kata ganda separa baharu melalui carian di laman sesawang. Sekiranya terjumpa kata ganda
separa yang tidak difahami, PK2 akan menggunakan kamus yang terdapat di perpustakaan
kerana PK2 tidak mempunyai kamus bahasa Melayu di rumah. Ketika PK2 menghadapi
masalah memperoleh kata ganda separa semasa membina ayat, PK2 memilih untuk
mendapatkan bantuan dari rakannya. Setelah mendapat bantuan kata ganda separa dari
rakannya maka PK2 dapat membina ayat sendiri. Selain itu, PK2 tidak akan menghafal kata
ganda separa yang baharu dipelajari kerana PK2 tidak mengetahui cara yang lebih efektif
untuk mengingat kata ganda separa baharu. Hal ini kerana dia akan memperoleh kata ganda
separa melalui perkara-perkara yang ada di sekelilingnya. Oleh itu, PK2 tidak akan memaksa
dirinya untuk menghafal kata ganda separa baharu yang baru dipelajari.

Di samping itu, hasil dapatan kajian melalui kaedah temu bual mendapati PK3
memperoleh kata ganda separa baharu melalui tontonan rancang televisyen, kartun dan buku
cerita bergenre cerita hantu. Apabila terjumpa dengan kata ganda separa PK3 juga akan
mencari tafsiran perkataan melalui kamus kerana PK3 telah menguasai cara menggunakan
kamus. PK3 juga akan meminta bantuan rakan sekiranya menghadapi masalah untuk
memperoleh kata ganda separa semasa membina ayat. PK3 juga akan mengingat kata ganda
separa yang pernah dipelajari supaya boleh menggunakan kata ganda separa baharu dalam
tugasan penulisan pada masa depan.

971
IMPLIKASI DAN CADANGAN
Kajian penggunaan kata ganda separa dalam membina ayat murid Tahun 5 adalah untuk
mengenal pasti tahap penggunaan kata ganda separa murid dalam membina ayat serta
mengenal pasti cara yang digunakan oleh murid untuk memperoleh kata ganda separa.
Walaupun banyak kajian tentang penggunaan kata ganda telah dilaksanakan sebelum ini
namun kebanyakan kajian tersebut dilaksanakan dan tidak mengkhususkan kepada kata
ganda separa. Menurut Nasruddin Bin Mat Hassan (2011), menyatakan pengetahuan yang
bermakna dapat menambah baik amalan profesional pengajaran, oleh itu pengetahuan guru
mengenai kandungan pengajaran dan pedagogi mempunyai perkaitan yang signifikan dan
dapat mempengaruh keberkesanan PdP. Dapatan kajian ini menunjukkan murid
menggunakan kata ganda separa yang terhad semasa membina ayat. Susulan daripada itu,
hasil dapatan sudah tentu membawa implikasi terhadap beberapa pihak terutamanya guru di
sekolah. Menurut Ismail et.al. (2013), guru merupakan agen pembentukan murid agar mereka
menjadi lebih kreatif dan kritis dalam pemikiran dan guru juga merupakan insan yang dapat
mempengaruhi pencapaian murid (Mohd Abdillah et.al, 2014). Murid perlu dipupuk sentiasa
berusaha sendiri memperoleh kata ganda yang baharu kerana faktor kendiri banyak
menyumbang kepada penguasaan pembelajaran murid (Ismail et.al., 2013).

Dalam pada itu, kajian ini memberi cadangan kepada pihak yang terlibat secara
langsung dalam organisasi pendidikan. Kajian ini turut memberi cadangan kajian lanjutan bagi
mempertingkatkan kualiti penyelidikan di Malaysia. Oleh itu, pihak kementerian melalui pihak
Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) atau SISC+ wajar melaksanakan pemantauan berkala ke
sekolah untuk membantu guru meningkatkan penguasaan kata ganda separa dalam kalangan
murid. Tindakan ini adalah wajar kerana menulis bukan sahaja digunakan untuk
mengekspresikan perasaan atau menyampaikan fikiran murid malah dapat menunjukkan
keterampilan murid menggunakan bahasa Melayu. Pemantauan dan bimbingan ini dapat
memastikan wujudnya kolaboratif yang efektif dengan pihak sekolah dalam merangka kursus
atau bengkel yang bersesuaian untuk memantapkan penguasaan kata ganda separa dalam
kalangan murid.

Di samping itu, pihak sekolah juga wajar menganjurkan program, bengkel atau kursus
pemantapan penggunaan kata ganda separa dalam membina ayat terhadap murid-murid di
sekolah. Pihak sekolah mengadakan program ‘anak angkat’, yang membolehkan guru
membimbing beberapa orang murid yang lemah dalam penguasaan kata ganda separa di
bawahnya. Cara menguasai kata ganda separa juga harus diterapkan bagi memastikan murid
dapat mengetahui kepentingan menguasai kata ganda separa dalam penulisan.

972
Pada waktu yang sama, pembelajaran abad ke-21 perlu dijadikan paksi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran harian. Guru perlu mewujudkan pembelajaran yang
berpusatkan murid dengan melakukan tugasan secara berkumpulan agar murid dapat
bekerjasama dan saling membimbing untuk menyelesaikan sesuatu tugas yang diberikan.
Sejajar dengan 62 perkembangan revolusi perindustrian 4.0, guru juga perlu mengintegrasi
penggunaan teknologi dalam pembelajaran kata ganda separa seperti komputer, tablet,
telefon pintar untuk mewujudkan interaksi pembelajaran secara maya. Pelbagai hasil inovasi
turut dihasilkan oleh pelajar IPT dan pensyarah IPT, boleh digunakan oleh para guru di sekolah
dalam usaha meningkatkan penguasaan kata ganda separa dalam kalangan murid.
Pembelajaran masa kini juga tidak terikat di bilik darjah sahaja, murid berupaya mengakses
pelbagai bahan atas talian melalui penggunaan pelbagai gajet.

Seterusnya, fokus kajian ini memfokuskan kemahiran menulis iaitu, membina ayat.
Oleh itu cadangan kajian lanjutan berkenaan penggunaan kata ganda separa boleh
divariasikan dan dilaksanakan ke atas kemahiran dan aspek lain seperti kemahiran
mendengar bertutur, kemahiran membaca serta aspek seni bahasa dan tatabahasa. Hal ini
kerana, masalah penguasaan kata ganda separa tidak hanya terhad pada sesuatu bidang
sahaja, masalah penguasaan kosa kata juga berlaku dalam kemahiran berbahasa lain.

KESIMPULAN
Berdasarkan perbincangan di atas dijelaskan bahawa perbincangan ini dihuraikan dalam dua
bahagian iaitu bahagian pertama tahap penggunaan kata ganda separa semasa murid
membina ayat dan bahagian dua cara yang digunakan oleh murid untuk memperkayakan
penguasaan kata ganda separa. Sehubungan itu cadangan kajian termasuk cadangan kepada
Kementerian Pendidikan Malaysia, cadangan kepada sekolah cadangan kepada guru serta
cadangan kajian lanjutan turut dihuraikan dalam kajian ini. Kajian ini diharapkan dapat
menambahbaik tahap penguasaan kata ganda separa murid dan cara murid memperolehi kata
ganda separa baharu bukan sahaja dalam bidang penulisan, tetapi dimanfaatkan dalam
kemahiran mendengar dan bertutur serta kemahiran membaca.

RUJUKAN
Abdul Rahman Haron Teknik ‘SALAK’ dalam Menjana Idea Membina Ayat Dengan Cepat Dan
Efektif. (2012). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education
Journal – MyLEJ), 83-92.
Ahmad Marzuki Ismail. (2007). Komunikasi Asas Kemahiran Membaca dan Menulis. Karisma
Publications Sdn Bhd.
Ambikapathi Shanmugam, Tay Meng Guat dan Shanthi Nadarajan. (2015). Analisis
Penggunaan Kosa Kata Bahasa Melayu Tahun 3 dengan Perisian Range. Jurnal
Penyelidikan IPG KBL, Jilid 12, 12-13.

973
Arlene Fink. (2005). Conducting Research Literature Reviews: From The Internet to Paper.
Sage Publications.
Azizi Ahmad dan Mohd Isha Awang. (2008). Pengukuhan dan Penilaian Pendidikan. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Bei Zhang. (10 April, 2020). A Study Of The Vocabulary Learning Strategies Used By Chinese
Students. Retrieved from English IV, D-essay in English Didactics Kristianstad
University. Diakses pada 10 April 2020 daripada
http://www.diva- portal.org/smash/get/diva2:438944/fulltext01
Bornman, L. (10 April, 2020). What Is Societal Impact of Research and How Can It Be
Assessed? A Literature Survey. Retrieved from Journal of the America Society for
Information Sciece and Techology. Diakses pada 10 April 2020 daripada:
http://doi.org/10.1002/asi
Brookes.G & Gage. (1986). Why Write? The Teaching of Writing. Eight-Fifth Textbook of The
National Society for the Study of Education. llinois.
Chow Fook Meng dan Jaizah Mahmud. (2011). Kajian Tindakan Konsep dan Amalan dalam
Pengajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
David Silverman. (2006). Interpreting Qualitative Data: Methods for Analyzing Talk, Text,
Interaction. SAGE Publications Ltd.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2019). Berdrama Menzahirkan Pelajar Berisiko Harapan Lulus
dalam Penulisan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Di Zou. (10 April, 2020). Vocabulary Acquisition Through Cloze Exercises, SentenceWriting
And Composition-Writing. Retrieved from Extending The Evaluation Component Of
The Involvement Load Hypothesis. Diakses pada 10 April 2020 daripada
https://doi.org/10.1177%2F1362168816652418
Dissanayake, D.M.N.S.W. (2013). The Impact of Perceived Desirability and Perceived
Feasibility on Entrepreneurial Intention among Undergraduate Students in Sri Lanka.
The Kelaniya Journal of Management, 39-57.
Ellis, Rod. (1994). The Study of Second Language Acquisition, Oxford: Oxford University
Press. Utusan Publicatio & Distributors.
Gordon e. Greenwood and Forest W. Parkay. (1989)). Case Studies For Teacher DecisioN
Making. Random House Inc.
Hamidah Yusof, Jamal Yunus dan Khalip Musa. (2014). Kaedah Penyelidikan Pengurusan
Pendidikan. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Ibrahim Saad. (1992). Dari Pedagogi ke Politik. Utusan Publicatio & Distributors.
Ingvaldsen J.S and Gulla J.A. (2015). Taming News Streams With Linked Data. Diakses pada
10 April 2020 daripada
https://www.researchgate.net/publication/282377314_Taming_news_streams
_with_link data
Intan Nasiha. (2019). Penggunaan Teknik SALAM dalam Kemahiran Menulis Ayat
Berdasarkan Bahan Grafik bagi Murid Tahun Lima. Tesis Ijazah Sarjana Muda:
IPGKBM.

974
Irfan Tosuncuoglu. (2015). Teaching Vocabulary Through Sentences. Retrieved from Journal
of History Cultur and Art Research. Vo1. 4, No, 4, December 2015. Diakses pada 10
April 2020 daripada
https://www.researchgate.net/profile/Irfan_Tosuncuoglu/publication/29759365
1Teachiqe
Irma Martiny et. al. (2017). Penggunaan Teknik Pembelajaran Aspek Kosa Kata. Oxford Fazar.
Jackson Lee Chieh Han. (2012). Kesan Kaedah Memanjangkan Ayat dalam Meningkatkan
Kebolehan Membina Ayat Murid. Tesis Sarjana Muda, 15-29.

975
TINJAUAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP AMALAN MEMBACA DALAM
KALANGAN MURID TAHAP 2

Muhammad Ikram bin Mohamad


ikram09-897@epembelajaran.edu.my

Mohd Rose Dzidan bin Mohamad Dardan


dzidan65@yahoo.com

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi tahap amalan membaca dalam kalangan
murid tahap dua sekolah rendah di zon Keramat. Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk kajian
tinjauan. Data kuantitatif yang diperoleh sepenuhnya melalui borang soal selidik. Subjek kajian terdiri
daripada daripada 63 orang murid sekolah rendah tahap dua. Data dikumpul dengan menggunakan
instrument soal selidik Google Form dan dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan program
Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 26.0. Penganalisisan dibuat secara kaedah
statistik deskriptif iaitu dalam bentuk kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa faktor utama amalan membaca dalam kalangan murid ialah faktor ibu bapa.
Kajian ini mendapati bahawa amalan membaca dalam kalangan murid berada pada tahap rendah
dengan nilai min 2.42. Faktor ibu bapa menjadi faktor utama murid menerapkan amalan membaca
berbanding dengan faktor guru dan diri sendiri. Manakala bahan bacaan yang digemari oleh murid tahap
dua ialah komik (63.5%). Maka, ibu bapa merupakan faktor pengganda bagi amalan membaca dalam
kalangan murid sekolah rendah.
Kata kunci: Faktor, amalan membaca, kajian kuantitatif, murid sekolah rendah, kemahiran membaca

ABSTRACT
This research study the factors of reading habit among the primary school in Keramat. This researh
using quantitative method obtained entirely through questionnaires. The study subject consisted of 63
primary school students. Data was collected using Google Form and analyse by Statistical Package for
Social Sciences (SPSS) version 26.0. The analysis was made using descriptive statistics that contains
frequency, precentage, mean and standard deviaton. The findings show that parental factor was the
main factor of reading habit among the primary school. The study found that reading habit is on weak
level with 2.43 mean value. Parental factors were the main factors for students to adopt reading habit
compared to teachers and themselves. While the favorite reading material of level two students is
comics (63.5%). Thus, parents are a multiplier factor for reading practice among primary school students

Keywords : Factor, reading habit, quantitative research, primary school student, reading skill.

PENGENALAN
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara kita selaras yang termaktub dalam
perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Bahagian IV dalam Akta Pendidikan 1996, bahasa
kebangsaan menjadi bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan. Selaras dengan Akta
Pendidikan bahasa Melayu wajib dipelajari oleh setiap murid. Melalui pembacaan seseorang
individu dapat memperoleh maklumat, bersantai, berinteraksi dengan perasaan dan
menambah ilmu pengetahuan. Hal ini telah ditekankan dalam agama Islam seperti firman Allah

976
SWT, Bacalah dengan nama tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk, Dia menciptakan
manusia dari sebuku darah beku……” ( Surah Al-’Alaq).
Pada 14 Mac 2013 Dasar Galakan Membaca Perpustakaan Negara Malaysia telah
diluluskan. Dasar ini dicipta untuk mewujudkan pelbagai program terancang bagi memupuk
minat membaca dalam kalangan masyarakat dapat disemai dan menyokong pembelajaran
sepanjang hayat ke arah masyarakat yang berilmu dan menjadikan membaca sebagai satu
budaya. Dasar ini turut menyahut cabaran Wawasan 2020, iaitu mewujudkan sebuah negara
yang mempunyai masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan berasaskan sains dan
teknologi (Perpustakaan Negara Malaysia, 2013). Yahya Othman (2005), menyatakan
membaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan asas pembentukan diri ke arah
memperoleh ilmu pengetahuan. Selain itu, guru memainkan peranan yang besar dalam
mempertingkatkan kemahiran berbahasa murid-murid. Ini disokong oleh Roselan (2003), iaitu
kemahiran berbahasa merupakan kemahiran asas yang amat penting dan perlu ditekankan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru sebagai pelaksana
kurikulum perlu mengambil berat tentang objektif kurikulum yang digubal bagi membolehkan
hasrat kerajaan tercapai.
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut mengingatkan rakyat agar
tidak berhenti daripada belajar kerana pendidikan ini adalah sepanjang hayat (Kosmo, Oktober
2018). Namun, anak muda masih tidak mempunyai kesedaran untuk menerapkan amalan
membaca dalam kehidupan seharian bagi meluaskan pemikiran dan ilmu pengetahuan
(Ramlah Zainal Abidin, Ahmad Esa & Wan Mohd Rashid, 2008). Menurut (Tiew Wai Sin, 2010),
pembudayaan amalan membaca dalam kehidupan individu untuk melahirkan masyarakat
berilmu adalah sukar. Tuntasnya, amalan membaca dalam kalangan murid sekolah amat
penting dan perlu diberi perhatian secara serius. Banyak kelebihan yang boleh diperoleh hasil
daripada budaya membaca. Maka, pelbagai usaha dan inisiatif telah dijalankan untuk
memupuk budaya membaca dalam kalangan murid. Antaranya program Nadi Amalan
Membaca (NILAM) yang dianjurkan oleh KPM melalui Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP).
Tujuan utama program NILAM ini adalah untuk menerapkan budaya membaca sepanjang
hayat dalam kalangan murid selaras dengan hasrat PPPM (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2016).
PERNYATAAN MASALAH
Kemahiran asas membaca akan menjadi tunjang kepada kecekapan berbahasa. Membaca
akan membawa kepada pembentukan amalan membaca dengan lebih mudah dan penting
dalam kehidupan seharian. Proses membaca bukan sahaja berkaitan pengecaman huruf dan
menyebut secara lisan, tetapi turut mengambil kira keupayaan individu memahami isi
kandungan yang dibaca (Mohammad Fazli Salleh, Wan Mohd Hafiz, Mohd Faizal Mohd Ramsi
& Razlin Abdul Kadir, 2015). Maka, murid wajib menguasai kemahiran membaca sebelum

977
meneroka ilmu atau kemahiran yang lain.
Berdasarkan Laporan Kualiti Hidup Malaysia 2002 terbitan Unit Perancang Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri yang menunjukkan kadar literasi pada tahun 2002 adalah 93.8%
rakyat Malaysia membaca secara purata hanya dua buah buku setahun. Laporan ini turut
menunjukkan bahawa murid sekolah rendah di antara 7 hingga 9 tahun yang boleh membaca
adalah sebanyak 96% tetapi hanya 73% yang menjadikan membaca sebagai amalan mereka.
Pada tahun 2010 pula satu kajian tentang Kajian Olahan Semula Profil Membaca Rakyat
Malaysia mendapati bahawa secara purata, golongan usia antara 10 hingga 40 tahun
membaca sejumlah 8 buah buku setahun (Perpustakaan Negara Malaysia, 2011).
Menurut Inderjit (2014), tahap minat membaca para pelajar di Malaysia
masih berada pada tahap yang kurang memuaskan walaupun setelah sebelas tahun
menerima pendidikan formal di sekolah. Perkara ini ini perlu diambil berat dan inisiatif bagi
mengatasi masalah ini perlu dilakukan terutama dalam kalangan guru kerana mereka adalah
insan yang paling banyak masa dihabiskan masa di sekolah dan rapat dengan murid-murid.
Hal ini kerana menurut Hasnah dan Habibah (2010) masyarakat kita sentiasa mengharapkan
sistem persekolahan yang memberikan kecekapan membaca, menulis dan mengira kepada
anak-anak.
Kajian The World Most Literate Nation oleh Central Connecticut State University
menunjukkan bahawa Malaysia berada pada kedudukan ke-53 yang jauh beza daripada
negara jiran, Singapura di tangga ke – 40 (New Straits Times, 2017). Justeru, kajian ini
dilaksanakan agar dapat memberi pendedahan serta realiti tentang tahap amalan membaca
dalam kalangan murid sekolah rendah. Maka, pelbagai usaha serta penambahbaikan yang
boleh dilakukan bagi meningkatkan amalan membaca dalam kalangan murid sekolah rendah.
Selain itu, kajian ini menerangkan tentang faktor yang mempengaruhi amalan membaca
murid-murid serta meneliti jenis bahan bacaan yang diminati oleh murid- murid.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Berdasarkan tujuan tersebut, kajian ini ingin mencapai tiga objektif iaitu :

1. Mengenal pasti tahap amalan membaca murid tahap 2.

2. Mengenalpasti faktor yang mempengaruhi tahap amalan membacan dalam kalangan


murid tahap 2.

3. Mengenalpasti jenis bahan bacaan yang menjadi kegemaran murid tahap 2.

978
Berdasarkan objektif kajian tersebut, kajian ini telah membina tiga soalan kajian. Soalan
kajian adalah seperti berikut :

1. Apakah tahap amalan membaca dalam kalangan murid tahap 2 ?

2. Apakah faktor utama yang mempengaruhi tahap amalan membaca dalam kalangan
murid tahap 2?

3. Apakah jenis bahan bacaan yang menjadi kegemaran murid tahap 2 ?

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian bersifat kuantitatif, iaitu menggunakan kaedah tinjauan. Chua
(2011) dalam Ang Kean Hua (2016) menghuraikan kaedah tinjauan melibatkan pengumpulan
data secara terus daripada kumpulan subjek dengan menggunakan soalan kajian, iaitu soal
selidik melalui Google Form. Sulaiman (2005) berpendapat strategi tinjauan menekankan data
yang lengkap, tuntas dan meliputi tajuk pengkajian yang diputuskan. Sehubungan dengan itu,
pengkaji menggunakan reka bentuk ini kerana reka bentuk ini lebih sesuai digunakan
berbanding dengan reka bentuk kajian yang lain seperti temu bual, pemerhatian dan
sebagainya.

Dalam kajian ini, instrumen utama yang digunakan adalah soal selidik dengan
menggunakan kaedah tinjauan dan pendekatan kuantitatif. Soal selidik yang digunakan dalam
kajian ini mengandungi 16 item yang dibahagikan kepada empat bahagian yang terdiri
daripada bahagian A, B, C dan D. Bahagian C mengandungi 3 item dan terdiri daripada
sembilan item yang berkaitan dengan faktor membaca dalam kalangan murid. Soal selidik
yang dibina telah diadaptasi berdasarkan kajian Ilham Hanifah (2003). Namun, pengkaji tetap
menjalankan kesahan dariapda tiga orang pakar untuk kesahan bahasa, kandungan dan
metadologi yang bertugas di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.

Kebolehpercayaan item soal selidik menggunakan nilai Alpha Cronbach. Dalam hal ini,
analisis data berdasarkan ujian rintis telah dilakukan untuk mendapatkan nilai alpha Cronbach.
Dalam proses ujian rintis, sebanyak 30 soal selidik telah diisi dan dikembalikan, diproses dan
dianalisis datanya menggunakan ‘Statistical Pakage for Social Science (SPSS) Version 26.0.
Hasil kajian rintis menunjukkan kebolehpercayaan boring soal selidik adalah baik, boleh
diterima serta boleh digunakan bagi mengumpul data sebenar. Nilai kebolehpercayaan ialah
0.659. Populasi kajian terdiri daripada 30 orang murid tahap dua di sebuah sekolah rendah
kebangsaan di daerah Petaling Jaya.

Akhir sekali, analisis statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis profil responden
dan faktor yang mempengaruhi tahap amalan membaca sekolah rendah. Penganalisisan

979
faktor yang mempengaruhi tahap amalan membaca menggunakan analisis deskriptif
melibatkan nilai skor min, sisihan piawai.

DAPATAN KAJIAN
Jadual 1
Tahap amalan membaca

Aspek Min Sisihan piawai Tahap


Amalan membaca 2.42 .771 Rendah

Hasil dapatan berdasarkan jadual menunjukkan min tahap amalan membaca ialah 2.42
dan sisihan piawai pula .771. Ini jelas menunjukkan bahawa murid tahap 2 mempunyai tahap
amalan membaca yang rendah. Hasil dapatan bagi setiap item turut dinyatakan kerana
Hoffman (2017), menjelaskan data yang lebih besar dan terperini membolehkan penjelasan
dari sudut pandangan yang neutral dan objektif. Hasil laporan bagi setiap item dapat
menterjemahkan kepada pembaca dengan lebih terperinci dan mendalam berkaitan aspek
yang dikaji. Jadual menunjukkan rumusan dapatan kajian bagi setiap item tahap amalan
membaca murid tahap 2 bagi kajian ini.

Kekerapan membaca dalam sehari


30 27
25
21
20
Kekerapan

14
15

10

5
1
0
Kekerapan membaca dalam sehari

Tidak pernah Kurang daripada 15 minit


15 hingga 30 minit Melebihi 30 minit

Rajah 1: Kekerapan membaca dalam sehari

Dapatan setiap item dalam konstruk amalan membaca dirumuskan dalam rajah 1
menunjukkan item kekerapan membaca dalam sehari. Analisis item nombor 1 iaitu kekerapan
membaca dalam sehari menunjukkan min 2.76 dan sisihan piawai pula berjumlah .817.

980
Seramai 27 orang (42.9%) menjawab kurang daripada 15 minit, 21 orang (33.3%) menjawab
15 hingga 30 minit, 14 orang (22.2%) menjawab melebihi 30 minit dan hanya seorang (1.6%)
sahaja yang menjawab tidak pernah membaca dalam sehari. Keadaan ini menunjukkan
bahawa sebahagian besar murid memberikan jawapan kurang daripada 15 minit, sebahagian
lagi menjawab 15 hingga 30 minit dan segelintir yang menjawab melebihi 30 minit dan tidak
pernah. Ini mungkin disebabkan murid telah membaca buku di sekolah semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Kekerapan tempoh masa membaca dalam


seminggu
30 28

25

20 19
Kekerapan

15
10
10
6
5

0
0 - 1 kali seminggu 2 - 3 kali seminggu 4 - 5 kali seminggu 6 - 7 kali seminggu
Tempoh masa membaca dalam seminggu

Rajah 2: Tempoh masa membaca dalam seminggu

Berdasarkan rajah 2 menjelaskan item nombor 2 iaitu Tempoh membaca dalam


seminggu. Item 2 tempoh membaca dalam seminggu menunjukkan min 2.33 dan sisihan
piawai .861. Hasil dapatan menunjukkan bahawa 10 orang (15.9%) menjawab 0 – 1 kali
seminggu, 28 orang (44.4%) menjawab 2 – 3 kali seminggu, 19 (30.2%) orang 4 – 5 kali
seminggu dan 6 orang (9.5%) yang menjawab 6 – 7 kali seminggu. Keadaan ini menunjukkan
bahawa sebahagian besar murid menjawab 2 – 3 kali seminggu, sebahagian kecil memberi
jawapan 4 – 5 kali seminggu dan 0 – 1 kali seminggu serta sebahagain kecil menjawab 6 – 7
kali seminggu. Ini memaparkan tempoh masa membaca murid dalam seminggu agak tinggi
dan memberansangkan.

981
Kekerapan aktiviti membaca dalam sebulan
25
23

20

15
Kekerapan

15

10 9

6
5

0
Dua muka surat dan 1 naskah Dua naskah Tiga naskah dan lebih
lebih
Aktiviti membaca dalam sebulan

Rajah 3: Aktiviti membaca dalam tempoh satu bulan

Berdasarkan rajah 3, analisis item bagi aktiviti membaca dalam sebulan, menunjukkan
skor min 2.17 dan sisihan piawai 1.086. Berdasarkan data kajian tersebut menerangkan 9
orang (14.3%) menjawab tiga naskah dan lebih, 15 orang (23.8%) menjawab satu naskah, 16
orang (25.4) pula menjawab dua naskah dan 23 orang (36.5%) menjawab dua muka surat dan
lebih. Ini menunjukkan murid kurang membaca dua naskah buku dalam sebulan. Hal ini kerana
murid lebih tertarik untuk bermain gajet atau meluangkan masa menonton television di rumah
atau tidak mempunyai bahan bacaan yang sesuai di rumah mereka.

Jadual 2
Analisis item bagi alat kajian faktor yang mempengaruhi tahap amalan membaca

Item Min Sisihan Tahap


piawai
C1. Ibu bapa saya sering membaca di rumah 2.97 .897 Sederhana
C2. Ibu bapa saya sering membeli buku untuk 3.22 .941 Sederhana
saya
C3. Ibu bapa saya sering menggalakkan saya 3.44 .757 Sederhana
supaya membaca

982
C4. Guru saya sering menggalakkan saya 3.46 .895 Sederhana
untuk membaca
C5. Guru saya menyediakan pelbagai bahan 3.03 .897 Sederhana
baaan di sudut bacaan di dalam kelas
C6. Guru saya sering memperkenalkan buku- 3.08 .867 Sederhana
buku yang menarik
C7. Saya suka membaca 3.21 .744 Sederhana
C8. Saya suka membeli buku 2.87 .907
C9. Saya suka membaca ketika waktu lapang 2.95 .958 Sederhana

Kesimpulannya, kesemua sembilan item mempunyai tahap yang sederhana. Namun,


min faktor ibu bapa merupakan faktor yang tinggi dengan nilai 3.21. Manakala, faktor guru
pada tempat kedua dengan nilai min 3.19 dan akhir sekali faktor diri sendiri dengan nilai 3.01.
Hasil min tersebut menunjukkan bahawa faktor ibu bapa memainkan peranan utama dalam
membentuk amalan membaca dalam kalangan murid sekolah rendah tahap dua. Hal ini
kerana ibu bapa banyak meluangkan masa dengan anak dan menyediakan segala
kemudahan di rumah seperti bahan bacaan. Ibu bapa juga sering menggalakkan anak-anak
untuk membaca kerana membaca dapat memberikan banyak manfaat kepada diri.

RUMUSAN DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Secara dasarnya, kajian ini telah berjaya menjawab semua soalan kajian. Hasil dapatan kajian
menunjukkan peranan ibu bapa sebagai faktor dominan yang paling tinggi di antara faktor guru
dan faktor diri sendiri. Hal ini kerana, faktor ibu bapa mendapat nilai min yang tertinggi. Selain
itu, kajian ini turut disokong oleh dapatan kajian seperti kajian yang dilakukan oleh
Zainorashikun (2019) Lee dan Yeo (2014), turut menyatakan faktor dominan yang
mempengaruhi tahap amalan membaca ialah ibu bapa. Kajian ini juga berupaya memberi
pengetahuan kepada ibu bapa, guru dan KPM bagi meningkatkan amalan membaca dalam
kalangan murid sekolah rendah. Berdasarkan dapatan kajian, setiap faktor berada pada tahap
sederhana. Maka, peranan pihak lain seperti sekolah, guru dan KPM amat ditagih bagi
meningkatkan amalan membaca. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa kajian ini berupaya
mengisi kelompangan dalam aspek pengetahuan dan praktikal.
Ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam memupuk tabiat dan minat membaca
di kalangan anak-anak mereka. Cadangan kepada ibu bapa adalah menerapkan amalan
membaca dalam diri kerana ibu bapa sebagai suri teladan. Apabila murid-murid melihat
perlakuan positif, maka mereka muda untuk terikut. Ibu bapa boleh membawa anak-anak ke
pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur yang Selain itu, murid-murid dapat mempelajari cara
memilih bahan bacaan yang sesuai. Secara

983
KPM selaku pihak yang membangunkan sistem pendidikan berkualiti bagi
mengembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.
Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dengan penuh tekad dan iltizam akan memastikan
purata murid membaca 40 buku bacaan tambahan termasuk tiga buah buku bahasa Melayu
dan tiga buah buku bahasa Inggeris dalam tempoh setahun. BTP perlu melakukan
penambahbaikan terhadap program NILAM yang telah diperkenalkan di seluruh sekolah.
Seterusnya, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan kerjasama Bahagian Teknologi
Pendidikan Negeri (BTPN) pula perlu kerap merancang dan mengadakan program atau aktiviti
yang berkaitan dengan budaya membaca untuk memberi galakan kepada para murid. Selain
itu, pihak KPM boleh memberikan dana khas pembelian buku kepada sekolah yang
mempunyai kekurangan dari kepelbagaian buku dan kemudahan di perpusatakaan. KPM juga
boleh memberikan insentif kepada sekolah yang mempunyai rekod bacaan NILAM yang
banyak dan cemerlang sebagai pemangkin semangat untuk guru dan murid untuk membaca.
Hal ini kerana, banyak sekolah di Malaysia masih menghadapi masalah koleksi bahan yang
tidak bersifat semasa (Mohd Zairol Masron et al., 2010) serta prasarana bacaan yang tidak
lengkap (Mohd Nazri Latiff Azmi, 2013).

Pihak sekolah juga perlu memainkan peranan mereka. Menurut Fairman dan
Mackenzie (2014), setiap individu dalam persekitaran sekolah mempunyai tangungjawab
untuk memberi sumbangan bagi mencapai matlamat sekolah. Pihak sekolah seperti guru dan
pihak pentadbir merupakan model terbaik untuk menggerakkan murid-murid lain membaca.
Dalam masa yang sama, persekitaran yang kondusif, menarik dan mempunyai pelbagai
pilihan dapat menarik hati murid untuk ke perpustakaan untuk membaca merehatkan minda.
Secara tidak langsung hati murid akan lebih terpaut kepada perpustakaan.

Pihak sekolah juga boleh mengadakan pelbagai aktiviti antaranya ialah Bacathon.
Pihak sekolah boleh mengedarkan kad bacathon secara percuma kepada setiap murid. Murid
boleh membaca buku yang sedia ada di rumah atau di Pusat Sumber Sekolah dan mencatat
judul buku serta nama pengarang pada kad tersebut. Guru perlu memainkan peranan bagi
menyemai sikap amalan membaca dalam murid. Guru selaku contoh teladan amalan
membaca turut dinyatakan oleh Pinello (2015). Guru juga perlu menyediakan sudut bacaan di
bilik darjah dan meletakkan bahan bacaan yang berkualiti seperti buku cerita, buku novel,
kanak-kanak, suratkhabar serta majalah akademik. Guru juga boleh meminta murid untuk
berkongsi tentang bahan bacaan yang telah mereka baca di rumah. Aktiviti yang mudah dan
singkat ini nampak kecil, tetapi memberikan impak yang amat besar dalam pembudayaan
amalan membaca. Hal ini kerana, keseronokan membaca yang diperhatikan menerusi
pelaksanaan aktiviti akan merangsang penglibatan dalam aktiviti membaca (Sullivan, 2010).

984
Kajian lanjutan yang dicadangankan ialah kajian dalam skop bidang yang sama
dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Pernecky, T. (2015) menyatakan bahawa
pendekatan kualitatif ini memberikan kefahaman yang lebih mendalam tentang peristiwa,
keadaan mahupun fenomena. Berdasarkan pendekatan kualitatif, boleh dilaksanakan pada
semua peringkat seperti keadah kajian kes yang bersifat penerokaan. Kaedah kajian kes juga
boleh memberikan pengkaji mendalami fenomena, sebab, dan kesan pemupukan amalan
membaca dalam kalangan murid sekolah rendah. Cadangan seterusnya, melaksanakan
penyelidikan dengan menggunakan pendekatan gabungan yang melibatkan pendekatan
kuantitatif dan kualitatif. Menurut Cresswell (2014), kaedah gabungan atau campuran ini dapat
memberikan pandangan yang lebih lengkap tentang sesuatu kajian yang dijalankan.
Diharapkan kajian yang akan dilakukan selepas ini meliputi pembinaan konstruk yang lebih
luas dan menyeluruh. Secara tidak langsung pengalaman murid terhadap amalan membaca
dapat ditinjau dan dikaji dengan lebih mendalam.

RUJUKAN

Chua, Y.P. (2014). Kaedah Penyelidikan: Kaedah dan Statistik Penyelidikan


Cresswell, J. W. (2014). Research design: Qualitative, quantitative and mixed methods
approaches. (4th Ed.). Thousand Oaks: Sage Publications.
Fairman, J. C., & Mackenzie, S. V. (2014). How teacher leaders influence others and
understand their leadership. International Journal of Leadership in Education,
3124(December), 1–27. http://doi.org/10.1080/13603124.2014.904002
Ilham Haniah. (2003). Minat Membaca di Kalangan Murid-Murid Sekolah Rendah.
Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.
Inderjit, S. (2014). Reading trends and improving skills among students in Malaysia.
International Journal of Research in Social Sciences. Jan. 2014. Vol.3, No.5.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran. Bahagian Pembangunan Kurikulum, Putrajaya.
Perpustakaan Negara Malaysia (2013). Dasar Galakan Membaca Perpustakaan Negara
Malaysia. Diakses daripada www.pnm.gov.my/

Mohd Nazri Latiff Azmi. (2013). National language policy and its impacts on second
language reading culture. Journal of International Education and Leadership,
3(1), 1–11.
Mohd Zairol Masron, Haslinda Hussaini, & Sobariah Awang Mukhtar. (2010).
Pemantapan budaya membaca dan pelaksanaan NILAM: Isu dan cabaran. In
Seminar Majlis Dekan IPTA 2010 (pp. 1–18).
Pinello, C. S. (2015). A Regression study: Middle School literacy leadership practices
in Virginia. (Tesis Kedoktoran). Muat turun daripada Proquest Dissertation and
Theses (UMI 3669715)
Sullivan, M. P. (2010). Achievement Effects of Sustained Silent Reading. (Tesis
Kedoktoran). Muat turun daripada Proquest Dissertation and Theses

985
Yahya Othman & Wan Mat Sulaiman. (2011). Budaya dan Strategi Membaca dalam
Pembentukan Karakter Guru di Brunai Darussalam. Jurnal Pendidikan Sains
Sosial dan Kemanusiaan.
Zainorashikin. (2019). Amalan Untuk Meningkatkan Budaya Membaca Dalam Kalangan
Murid Sekolah Menengah Teknik Terengganu. International Conference on
Global Education VII, Humanising Technology for IR 4.0

986
TINJAUAN PENGGUNAAN BBM MULTIMEDIA OLEH GURU DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Muhammad Sollehin bin Mohd Nor


pju17_c612@ipgkbm.edu.my

Celinea Lasan PhD


celinea@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Bahasa Melayu menjadi salah satu mata pelajaran yang kurang diminati murid-murid kerana dikatakan
membosankan apabila berlaku penyampaian pengajaran secara sehala. Jadi guru Bahasa Melayu perlu
berusaha untuk menarik minat murid-murid untuk meminati mata pelajaran ini dengan teknik pengajaran
terbaik. Menurut Kamarul Azmi Jasmi et. al (2011) Pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan
dapat dilihat menerusi sejauh mana kebolehan guru-guru dalam menghasilkan PdP yang interaktif. Jadi,
Kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap penggunaan BBM berasaskan multimedia dalam kalangan
guru serta persepsi guru terhadap kepentingan penggunaan BBM berasaskan multimedia dalam bilik
darjah. Kajian ini dijalankan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan di 10 buah sekolah di kawasan
Mukim Kota Setar dan Mukim Derga. Kajian ini menggunakan persampelan rawak mudah dan
melibatkan 103 guru berdasarkan populasi sebanyak 140 orang guru. Pengkaji menggunakan
instrumen soal selidik bagi melaksanakan kajian ini. Perisisan Statistic Package for the Social Science
(SPSS) versi 26 digunakan oleh pengkaji untuk menganalisis data yang diperolehi serta menghuraikan
dalam bentuk kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Kesimpulannya, penggunaan BBM
berasaskan multimedia dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah rendah dapat memberikan
persepsi yang positif kepada guru, murid serta pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Kata kunci: Bahan Bantu Mengajar (BBM), Guru Bahasa Melayu, Multimedia, Mata Pelajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah

ABSTRACT
Malay Language is one of the subjects that students are less interested in because it is said to be boring
when one-way teaching occurs. Therefore, Malay language teachers have to work on how to attract the
students to gain interest on this subject by using the best teaching method. According to Kamarul Azmi
Jasmi et. al (2011), an effective teaching and learning can be seen by the capability of teachers creating
an interactive learning. This study was conducted to review the level of multimedia teaching aids usage
among teachers as well as teachers' perception of the importance of using multimedia teaching aids in
classroom. This study was conducted using a survey study design at schools in Kota Setar Zone and
Derga Zone. This study used simple random sampling and involved 103 teachers based on a population
of 140 teachers. Researcher used questionarre as the instrument to carry out this research. Statistic
Package for the Social Science (SPSS) Version 26 is used by the researcher to analyze the data
obtained and elaborate them in term of frequencies, percentages, means and standard deviations. In
conclusion, the use of multimedia as teaching aids among primary school Malay Language teachers
can give a positive perseption to teachers, students as well as teaching and learning in schools.
Keyword: Teaching Aids, Malay Language Teacher, Multimedia, Primary School Malay Language
Subject

987
PENGENALAN

Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras yang diajar di sekolah rendah. Penekanan
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu oleh kerajaan adalah disebabkan kepentingan bahasa
ibunda dan bahasa pertuturan seharian sebagai seorang warganegara Malaysia yang cintakan
tanah air. Sebagai seorang agen pendidik, penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan
pelajar menjadi tanggungjawab guru untuk diterapkan dan dimantapkan penggunaannya.
Namun, pengajaran Bahasa Melayu kurang mendapat tempat di hati pelajar kerana dikatakan
membosankan apabila kaedah pengajaran yang dikenakan oleh guru bersifat sehala sahaja.
Jadi sebagai seorang guru, penguasaan pelbagai kaedah, pendekatan dan teknik pengajaran
adalah perlu untuk memotivasikan pelajar ketika menjalankan proses PdP. Antaranya adalah
menggunakan BBM berunsurkan multimedia.

Pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan dapat dilihat menerusi sejauh
mana kebolehan guru-guru dalam menghasilkan PdP yang interaktif. Oleh itu, guru yang
kreatif dan inovatif perlu mempunyai persediaan yang rapi untuk menyampaikan hasil PdP di
dalam kelas (Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faez Ilias, Abdul Halim Tamuri & Mohd Izham Mohd
Hamzah, 2011). Jadi dari sini kita dapat lihat bahawa pentingnya penggunaan bahan bantu
mengajar (BBM) mutlimedia bagi seseorang guru dalam melaksanakan proses PdP di dalam
kelas. Melalui penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) multimedia ini, guru dapat membatu
murid dalam memberikan kesan yang sangat positif kepada setiap murid seterusnya mampu
meningkatkan kemahiran para guru menggunakan TMK dalam sesi pengajaran dan
pembelajran. Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) multimedia ini juga turut dapat
membantu murid-murid dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
semasa di dalam kelas. Suasana yang menyeronokkan ini secara tidak langsung dapat
menimbulkan minat dalam kalangan murid semasa di dalam kelas terutamanya terhadap
subjek yang diajarkan dengan menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) yang pelbagai
media tersebut.

PERNYATAAN MASALAH

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai bahan bantu pengajaran dalam
kalangan guru sekarang masih dalam peringkat permulaan di negara kita terutamanya dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Walaupun penerimaan teknologi dalam
pendidikan sekarang seiring dengan perkembangan di peringkat dunia, namun pengaplikasian
bahan ini dalam sesi pengajaran kurang ditunjukkan. Penerimaan guru Bahasa Melayu
terhadap teknik pengajaran ini tidak dapat ditentukan malahan keberkesanannya juga
disangsikan oleh sesetengah pihak. Robiah (2000) menyatakan bahawa terdapat murid yang
mempersoalkan kualiti pengajar kerana pengajaran mereka membosankan dan tidak menarik.

988
Ini kerana guru masih lagi mengamalkan pengajaran secara tradisional. Zarina Abd Malek,
(2004) pengajaran secara tradisional iaitu dengan hanya memberi nota-nota seharusnya
dlelakkan tetapi diubah dengan membekal pengetahuan dan kemahiran kearah mendapat
maklumat.

Kesangsian terhadap guru bertambah apabila aspek keyakinan diri dalam kalangan
guru Bahasa Melayu terhadap teknik pengajaran yang menggunakan BBM berasaskan
teknologi cangih masih kurang akibat daripada perasaan “technophobia” juga yang menjadi
satu penghalang. Jadi kaedah pengajaran lama masih dikekalkan. Faizah Binti Ja’apar (2017),
menyatakan kajian-kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa para guru gagal
meningkatkan kreativiti pelajar dalam bilik darjah kerana guru-guru ini masih berminat dan
selesa menggunakan kaedah yang lama “chalk and talk” atau kaedah konvensional semasa
proses P&P dijalankan.

Akhir sekali, kekangan kerja sampingan di sekolah selain mengajar yang dihadapi oleh
guru pada masa sekarang mungkin menyebabkan guru sukar untuk menghasilkan bahan
bantu mengajar untuk digunakan semasa melaksanakan proses PdP di dalam kelas lebih-
lebih lagi bahan bantu mengajar berasaskan multimedia. Jadi masalah ini sangat berkait rapat
dengan kemahiran guru itu sendiri bagaimana mereka menjalankan proses PdP di dalam kelas
samada mereka menggunakan bahan bantu mengajar ataupun sebaliknya (Kamarul Azmi
Jasmi, Mohd Faez Ilias, Abdul Halim Tamuri & Mohd Izham Mohd Hamzah, 2011).

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk meninjau penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) berasaskan
multimedia dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah sekitar Mukim Kota Setar
dan Mukim Derga. Seterusnya kajian ini akan mengukur tahap persepsi para guru terhadap
kepentingan penggunaan BBM multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah:

i. Mengenal pasti tahap penggunaan BBM berasaskan multimedia oleh guru-guru Bahasa
Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)

ii. Mengenal pasti tahap persepsi guru Bahasa Melayu terhadap kepentingan BBM
berasaskan multimedia dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P).

SOALAN KAJIAN

i. Apakah tahap penggunaan BBM berasaskan multimedia oleh guru-guru Bahasa Melayu
dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)

989
ii. Apakah persepsi guru-guru Bahasa Melayu terhadap kepentingan menggunakan BBM
berasaskan multimedia dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P).

METODOLOGI

Reka bentuk kajian ini ialah kajian yang menggunakan kaedah tinjauan berasaskan
pendekatan kuatitatif. Data kajian dikumpul melalui satu instrumen kajian iaitu borang soal
selidik yang diambil dalam kalangan guru-guru Bahasa Melayu sekolah rendah di kawasan
Mukim Derga dan Mukim Kota Setar Kedah. Seramai 103 orang sampel telah daripada 140
orang populasi dipilih bagi mendapatkan data tahap penggunaan BBM berasaskan multimedia
dan tahap persepsi guru terhadap kepentingan penggunaan bahan bantu mengajar
multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebolehpercayaan kertas peperiksaan ini
telah diukur menggunakan Ujian Statistik Cronbach’s Alpha dan nilai kebolehpercayaan 0.877.
Bagi menjawab soalan kajian yang pertama, pengkaji telah soal selidik para guru berkaitan
tahap penggunaan BBM berasskan multimedia manakala bagi menjawab soalan kajian kedua,
pengkaji juga menggunakan borang soal selidik yang sama untuk mendapatkan persepsi guru
terhadap kepentingan penggunaan BBM multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini membincangkan dapatan kajian bagi menjawab persoalan kajian yang pertama
iaitu tahap penggunaan BBM berasaskan multimedia dan persoalan kajian kedua iaitu tahap
persepsi guru terhadap kepentingan penggunaan BBM multimedia dalam pengajaran dan
pembelajaran. Tahap penggunaan BBM multimedia menunjukkan nilai min yang sederhana
daripada soalan B1 hingga soalan B12.

Jadual 1
Tahap penggunaan BBM multimedia oleh guru Bahasa Melayu Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran.

Sisihan
No Min
Item piawai Tahap
Item (µ)
(SP)
B1 Saya menggunakan alat dan sumber digital
dalam menghasilkan BBM berasaskan 3.31 0.767 Sederhana
multimedia.
B2 Saya menggunakan teks seperti petikan ringkas
atau cerpen dalam bentuk digital sebagai bahan
3.12 0.832 Sederhana
bantu mengajar dalam Pengajaran dan
Pembelajaran.
B3 Saya menggunakan bahan visual seperti gambar,
poster atau iklan sebagai bahan bantu mengajar 3.60 0.732 Sederhana
dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

990
B4 Saya menggunakan audio seperti lagu sebagai
bahan bantu mengajar dalam Pengajaran dan 3.26 0.779 Sederhana
Pembelajaran.
B5 Saya menggunakan video pembelajaran interaktif
3.19 0.864 Sederhana
dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
B6 Saya menggunakan pautan interaktif seperti
Powtoon, Wordwal atau Quizizz untuk 2.93 1.060 Sederhana
menghantar tugasan kepada murid.
B7 Saya menggunakan animasi dalam slaid
Sederhana
Powerpoint sebagai bahan Pengajaran dan 2.70 0.927
Pembelajaran.
B8 Saya menggunakan E-book untuk mencari
2.70 1.008 Sederhana
maklumat Pengajaran dan Pembelajaran.
B9 Saya mengintegrasikan pelbagai perkakasan dan
aplikasi digital berasaskan multimedia sebagai 3.00 0.863 Sederhana
bahan bantu pengajaran Bahasa Melayu.
B10 Saya menggunakan Google Classroom untuk
berkongsi bahan pembelajaran kepada murid. 2.80 1.183 Sederhana

B11 Saya memuat turun fail digital berkaitan mata


pelajaran Bahasa Melayu daripada internet untuk 3.37 0.939 Sederhana
dijadikan bahan Pengajaran dan Pembelajaran.
B12 Saya memuat naik (upload) nota berkaitan
pengajaran ke laman sosial saya sebagai rujukan 2.97 1.142 Sederhana
Pengajaran dan Pembelajaran.

Berdasarkan Jadual 1, tahap penggunaan BBM multimedia dalam kalangan kalangan


guru Bahasa Melayu sekolah rendah di kawasan Mukim Derga dan Mukim Kota Setar Kedah,
soalan kajian yang pertama menunjukkan tahap min yang paling tinggi iaitu 3.60 pada item
B3. Hal ini berlaku kerana kebanyakan guru yang menjawab soalan kajian yang pertama ini
memilih skala 4 dan 3 iaitu kerap dan kadang-kadang. Nilai min tertinggi menunjukkan bahawa
guru lebih memilih BBM berunsurkkan bahan visual seperti gambar, poster dan iklan ketika
mengajar matapelajaran Bahasa Melayu. Manakala soalan kajian yang menunjukkan min
yang terendah dalam dapatan bagi bahagian ini ialah menerusi soalan kajian B7 dan B8
dengan nilai min 2.70 yang menunjukkan min berada pada tahap sederhana. Hal ini kerana
ramai responden yang memilih skala 3 iaitu kadang-kadang bagi menjawab soalan kajian bagi
B7 dan B8 ini. Nilai min terendah menunjukkan guru kurang menggunakan animasi dalam
slaid Powerpoint dan penggunaan E-book sebagai BBM matapelajaran Bahasa Melayu.

991
Jadual 2
Keseluruhan Tahap Penggunaan BBM Multimedia oleh Guru

Aspek Min Sisihan Tahap


(µ) Piawai (SP)

Tahap penggunaan BBM berasaskan multimedia 3.07 0.638 Sederhana


oleh guru dalam Pengajaran & pembelajaran
(PdP) Bahasa Melayu

Berdasarkan Jadual 2, dapat dirumuskan bahawa tahap penggunaan BBM mutlimedia bagi
sampel kajian berada pada tahap skor min yang sederhana.

Jadual 3
Tahap Persepsi Guru Terhadap Kepentingan Penggunaan BBM Multimedia Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

No Min Sisihan
Item Tahap
Item (µ) piawai (SP)
C1 Saya mendapati penggunaan BBM berunsur
multimedia menjadikan pelaksanaan sesi 3.94 0.623 Tinggi
Pengajaran & Pembelajaran (PdP) lebih lancar.
C2 Saya mendapati penggunaan BBM berunsur
multimedia memudahkan guru mencari 4.06 0.574 Tinggi
maklumat berkaitan pengajaran.
C3 Saya mendapati penjelasan sesuatu topik lebih
mudah kerana boleh menggunakan video dan
4.00 0.657 Tinggi
animasi yang lebih realistik berbanding hanya
penerangan semata-mata.
C4 Saya mendapati penggunaan multimedia dalam
Pengajaran dan Pembelajaran dapat 3.79 0.750 Tinggi
menjimatkan masa.
C5 Saya mendapati kecekapan saya dalam
menggunakan sumber digital dan teknologi 3.70 0.684 Tinggi
berasaskan multimedia semakin meningkat.
C6 Saya mendapati penggunaan BBM berasaskan
multimedia dapat meningkatkan kemahiran dan
3.83 0.658 Tinggi
keyakinan saya dalam menyampaikan isi
pelajaran.
C7 Saya mendapati penggunaan BBM berunsur
multimedia menjadikan PdP menjadi lebih 4.11 0.609 Tinggi
seronok dan menarik.
C8 Saya mendapati nota, latihan atau kuiz yang
diberikan secara dalam talian melalui aplikasi Sederh
3.64 0.850
Powtoon, Quizzes atau Wordwall mudah diakses ana
oleh murid.

992
C9 Saya mendapati motivasi guru akan meningkat
kerana PdP menggunakan multimedia dapat 3.82 0.638 Tinggi
menggalakkan pembelajaran aktif murid.
C10 Saya mendapati penggunaan BBM berunsur
multimedia lebih mengikut trend terkini dalam
4.01 0.634 Tinggi
menjadikan Pengajaran dan Pembelajaran lebih
berkesan dan menarik.

Berdasarkan Jadual 3, tahap persepsi guru Bahasa Melayu terhadap kepentingan


penggunaan BBM multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran menunjukkan nilai min
tertinggi sebanyak 4.11 iaitu item C7. Hal ini berlaku kerana kebanyakan guru menjawab
soalan C7 ini memilih skala setuju dan sangat setuju menyatakan bahawa BBM multimedia
penting untuk menjadikan suasana PdP yang menyeronokkan dan menarik. Manakala soalan
kajian yang menunjukkan min terendah bagi objektif kajian kedua pula adalah item C8 dengan
nilai min sebanyak 3.64. Nilai min yang ditunjuk berada di tahap sederhana. Rata-rata guru
menjawab item soalan C8 ini memilih skala tidak pasti terhadap penggunaan aplikasi
permainan digital seperti Powtoon, Quizzes atau Wordwall sebagai satu latihan atau kuiz yang
memudahkan murid mengakses secara kendiri.

Jadual 4
Keseluruhan Tahap Persepsi guru Bahasa Melayu terhadap kepentingan penggunaan BBM
Multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran.

Aspek Min Sisihan Tahap


(µ) Piawai
(SP)
Tahap persepsi guru terhadap kepentingan
penggunaan BBM berasaskan multimedia 3.88 0.495 Tinggi
dalam Pengajaran & pembelajaran (PdP)
Bahasa Melayu

Berdasarkan Jadual 4, dapat dirumuskan bahawa persepsi guru terhadap kepentingan


penggunaan BBM multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran bagi sampel kajian berada
pada tahap skor min yang tinggi.

KESIMPULAN

Dapatan kajian yang diperoleh menunjukkan bahawa wujudnya penggunaan BBM dalam
kalangan guru Bahasa Melayu sekolah rendah dalam pelaksanaan PdP bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu. Tahap penggunaan BBM multimedia ini diukur menerusi min skor yang
diperolehi menerusi bantuan perisian SPSS v26 dan menunjukkan min skor berada tahap
yang sederhana iaitu 3.07. Sisihan piawai yang diperolehi menerusi tahap pelaksanaan

993
penggunaan BBM ini ialah 0.638. Dapatan kajian ini menunjukkan majoriti responden banyak
memilih skala 3 iaitu kadang-kadang dalam menjawab soalan yang terdapat dalam soal selidik
bagi bahagian B ini. Hasil kajian ini membuktikan bahawa guru-guru Bahasa Melayu sekolah
rendah di kawasan Mukim Derga dan Mukim Kota Setar Kedah kurang menggunakan BBM
multimedia semasa proses PdP Bahasa Melayu dijalankan. Dapatan kajian yang yang
diperoleh ini seakan-akan hampir sama dengan kajian lain yang mengkaji tentang penggunaan
BBM mulimedia bagi mata pelajaran lain.

Antara kajian yang berkaitan dengan pelaksanaan penggunaan BBM dalam kalangan
guru ialah kajian yang dilakukan Janet Lau dan Roslinda Rosli (2020) iaitu Pengetahuan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi Guru Matematik Sekolah Rendah. Seterusnya, pengkaji
merujuk kajian Yahya Othman & Roselan Baki (2015) iaitu Aplikasi Komputer dalam
Pengajaran Bahasa: Penguasaan Guru dan Kekangan dalam Pelaksanaan. Seterusnya kajian
seakan tajuk pengkaji juga dirujuk seperti kajian Abdul Rahim Hamdan & Hayazi Mohd Yasin
(2010) Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah
Menengah Teknik Daerah Johor Bahru, Johor. Kemudian pengkaji turut merujuk kajian Siti
Aminah Sallehin & Fazlinda Ab Halim. (2018) iaitu Penggunaan Alat Bahan Bantu Mengajar
Berasaskan Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah Menengah Zon
Benut.

Responden yang digunakan dalam kajian ini hanyalah melibatkan guru-guru Bahasa
Melayu sekolah rendah sahaja dalam mengkaji penggunaan BBM multimedia dalam kalangan
guru Bahasa Melayu. Responden yang digunakan ini adalah terdiri daripada pelbagai lapisan
umur dan pengalaman mengajar. Namun begitu menerusi kajian lain, pengkaji-pengkaji lain
banyak mengkaji mata pelajaran yang lain dalam mendapatkan hasil kajian berkaitan dengan
pelaksanaan penggunaan BBM dalam proses PdP sepertimana yang ditunjukkan dalam kajian
Siti Fatimah Ahmad & Ab. Halim Tamuri (2010) yang mengkaji tentang penggunaan BBM
dalam mata pelajaran j-Qaf. Mohd. Amin, Nor Fadila and Chiew, Kai Wan (2017) yang
mengkaji tentang Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina. Kemudian, menerusi kajian Ting Suh Ping (2012) dan Christopher Lu Wei Wong (2012)
pula, pengkaji telah mengkaji penggunaan BBM bagi mata pelajaran sains sekolah rendah.

Seterusnya terdapat juga kajian-kajian lain yang melaksanakan kajian tentang BBM ini
di institusi sekolah menengah antaranya seperti kajian Johari & Siti Norazlina (2010) iaitu
Halangan terhadap penggunaan komputer dan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran
(P&P) di kalangan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan luar bandar di daerah Kulai Jaya
Johor dan kajian Kamarul Azmi Jasmi (2011) dalam kajian berkaitan penggunaan BBM dalam

994
kalangan guru Pendidikan Islam di sekolah menengah. Manakala bagi kajian Faizah Binti
Ja`apar (2017) pula kajian berkaitan dengan penggunaan BBM yang melibatkan pelbagai
subjek dalam kalangan guru sekolah menengah. Kajian ini dilaksanakan di 4 buah sekolah
daripada 13 buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Pontian, Johor.

Berdasarkan perbincangan ini, pengkaji dapat merumuskan bahawa terdapat


penggunaan yang sederhana menerusi penggunaan BBM multimedia dalam kalangan guru-
guru tidak kira samada guru Bahasa Melayu mahupun guru-guru bagi mata pelajaran lain.
Berdasarkan nilai min persepsi para guru terhadap kepentingan penggunaan BBM multimedia
menunjukkan bahawa hampir keseluruhan guru mengetahui BBM multimedia sangat berguna
untuk diaplikasikan sebagai BBM dalam pengajaran dan pembelajaran.

IMPLIKASI KAJIAN

Tinjauan penggunaan penggunaan BBM dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah rendah
adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap penggunaan BBM multimedia dalam kalangan
guru-guru Bahasa Melayu sekolah rendah semasa berlangsungnya proses PdP di sekolah
serta untuk mengetahui tahap persepsi guru terhadap kepentingan penggunaan BBM
multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, kekurangan kajian
berkaitan dengan pelaksanaan penggunaan BBM multimedia yang pelbagai elemen boleh
dirujuk oleh kalangan guru semasa proses PdP ini seterusnya mampu mengisi kekurangan
kajian tersebut. Menurut Ting Suh Ping (2012) pelaksanaan BBM berasaskan TMK seperti
PowerPoint, gambar dan klip video merupakan bahan bantu mengajar yang amat berkesan
dalam menarik perhatian murid berbanding dengan guru yang mengajar tanpa menggunakan
BBM. Jadi kajian ini berupaya memberikan pengetahuan kepada guru dan masyarakat
mengenai kepentingan serta keupayaan penggunaan BBM multimedia semasa proses PdP
dalam meningkatkan mutu murid semasa di sekolah. Oleh itu, pelaksanaan penggunaan BBM
multimedia dalam kalangan guru merupakan satu aspek yang perlu dititikberatkan oleh guru
bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan BBM mampu meningkatkan


pemahaman, minat, daya fokus, daya ingatan, kreativiti, sikap ingin tahu, prestasi,
mewujudkan pembelajaran berpusatkan murid, mewujudkan pembelajaran berasaskan
pengalaman dan dapat mewujudkan komunikasi dua hala dalam kalangan murid. Segala hasil
yang diperolehi ini ialah berdasarkan daripada persepsi para guru terhadap BBM multimedia.
Kajian ini boleh mendorong guru-guru Bahasa Melayu untuk menggunakan BBM semasa
proses PdP di sekolah.

995
CADANGAN KAJIAN

Menerusi perbincangan yang terdapat dalam bahagian ini, pengkaji memberi beberapa
cadangan yang dapat membantu sistem pendidikan di Malaysia melaksanakan
penambahbaikkan terutamanya yang berkaitan dengan pelaksanaan penggunaan BBM dalam
kalangan guru-guru Bahasa Melayu sekolah rendah. kajian ini juga turut dapat membantu
dalam memberikan cadangan kepada kajian lanjutan bagi meningkatkan lagi kualiti
penyelidikan di Malaysia.

Cadangan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah pihak KPM perlulah
perlu menyediakan kursus-kursus dan bengkel yang berkaitan TMK dan multimedia kepada
para guru terutamanya guru-guru yang ketinggalan dalam mengikuti arus kemajuan teknologi
dalam pendidikan. Guru-guru yang mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah
rendah perlu menghadiri kursus yang berkaitan dengan pelaksanaan penggunaan BBM
multimediasekiranya dipanggil oleh pihak kementerian.

Seterusnya pula ialah cadangan kepada pihak sekolah dan guru. Pihak sekolah boleh
perlulah menyediakan sumber kewangan yang mencukupi kepada guru-guru yang
menyediakan BBM multimedia ini untuk digunakan di dalam kelas. Seterusnya pentadbiran
sekolah perlu menyokong program yang dianjurkan oleh KPM dengan mewajibkan guru-guru
untuk mengikuti kursus-kursus yang berkaitan dengan penghasilan dan pengurusan BBM ini
semasa di sekolah. Guru-guru di sekolah juga perlu memainkan peranan yang penting dengan
sentiasa mengamalkan kaedah pembelajaran abad ke-21 (PAK21) dalam setiap pengajaran
yang dilaksanakan. Guru-guru boleh mencari maklumat-maklumat yang berkaitan dengan
pedagogi terkini samada menerusi internet ataupun menerusi pembacaan dalam kalangan
guru.

Selain itu, kajian ini juga boleh dijadikan panduan oleh pengkaji lanjutan. Beberapa
cadangan kepada pengkaji lanjutan sekiranya ingin melakukan kajian berkaitan penggunaan
BBM multimedia dan beberapa kajian lain lagi yang berkaitan dengan mata pelajaran Bahasa
Melayu. Pengkaji lanjutan boleh melakukan penyelidikan menggunakan pendekatan
multimetodologi atau pendekatan gabungan. Melalui pendekatan ini, pengkaji akan mendapat
gambaran yang lebih jelas berkaitan kajian yang dilakukan. Selain itu, pengkaji lanjutan juga
boleh melakukan kajian yang lebih mengkhususkan kepada elemen-elemen BBM multimedia
sahaja dengan tidak menyatakan dengan lebih umum seperti elemen berunsurkan audio,
visual, grafik, teks dan animasi. Pengkaji lain juga boleh meneruskan kajian ini di peringkat
yang lebih tinggi seperti di sekolah menengah dan di IPTA yang berkaitan dengan pengajian
bahasa ini.

996
RUMUSAN

Kesimpulannya, kajian ini memberikan kesan yang positif kepada dunia pendidikan negara
kita. Pihak KPM, sekolah, guru dan pengkaji lanjutan boleh menjadikan kajian ini sebagai
panduan dan cadangan kepada mereka. Penggunaan BBM perlu dijadikan aspek yang
penting bagi meningkatkan mutu mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah pada masa
kini.

RUJUKAN
Abdul Rahim Hamdan dan Mohd Yasin, Hayazi. (2010). Penggunaan Alat Bantu Mengajar
(ABM) Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah
Johor Bahru, Johor. pp. 1-8.

Christopher Lu Wei Wang. (2012). Kesan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Visual
Dalam Pengajaran Subjek Sains Tahun Tiga. Koleksi Artikel Penyelidikan
Tindakan PISMP ambilan. Januari 2009. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL
Tahun 2012, ms.87-101.

Faizah Ja’apar. (2017). Bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah Pontian.
Disertasi Master: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Janet Lau dan Roslinda Rosli (2020), Pengetahuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Guru Matematik Sekolah Rendah. Malaysian Journal of Social Sciences and
Humanities. V5 (11), 71 – 84.

Johari Hassan & Siti Norazlina Kamisan. (2010). Halangan terhadap penggunaan
komputer dan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di kalangan
guru di Sekolah Menengah Kebangsaan luar bandar di daerah Kulai Jaya
Johor. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Kamarul Azmi Jasmi, and Mohd Faeez Ilias, and Ab. Halim Tamuri, and Mohd Izham
Mohd Hamzah, (2011) Amalan penggunaan bahan bantu mengajar dalam
kalangan guru cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di Malaysia.
JIAE: Journal of Islamic and Arabic Education, 3 (1). pp. 59-74. ISSN 1985-
6236

Mohd. Amin, Nor Fadila and Chiew, Kai Wan (2017). Persepsi Guru Terhadap
Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
Jurnal Pendidikan UTM. (1-8).

Siti Aminah Sallehin & Fazlinda Ab Halim. (2018). Penggunaan Alat Bahan Bantu
Mengajar Berasaskan Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di
Sekolah Menengah Zon Benut. Online Journal for TVET Practitioners.

Siti Fatimah Ahmad dan Ab. Halim Tamuri. (2010). Persepsi Guru Terhadap
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia Dalam
Pengajaran J- QAF. JIAE: Journal of Islamic and Arabic Education. 2 (2). pp. 53-
64. ISSN 1985-6236

997
Ting Suh Ping. (2012). Meningkatkan Minat Dan Pembelajaran Sains Murid Tahun Tiga
Melalui Penggunaan bahan Bantu Mengajar Berasaskan Ict. Koleksi Artikel
Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009. Seminar Penyelidikan
Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms. 116-131

Yahya Othman & Roselan Baki (2015). Aplikasi Komputer dalam Pengajaran Bahasa:
Penguasaan Guru dan Kekangan dalam Pelaksanaan. 1st International Malaysian
Educational Technology Convention.

998
PENGAPLIKASIAN TEKNIK DIDIK HIBUR DALAM KALANGAN GURU BAHASA
MELAYU DI SEKOLAH RENDAH

Nur Afiqah Hadirah binti Suhalil


Afiqah09-899@epembelajaran.edu.my

Faridah binti Darus PhD


faridahdarus@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji persepsi dan tahap kemahiran guru bahasa Melayu dalam
mengaplikasikan teknik didik hibur. Kajian ini juga mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru
dalam mengaplikasikan teknik didik hibur dalam PdP bahasa Melayu. Reka bentuk kajian adalah
kaedah penyelidikan tinjauan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 38 item. Sampel
kajian terdiri daripada 50 orang guru bahasa Melayu sekolah rendah di mukim Bagan Datuk, Perak.
Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif, melibatkan analisis skor min dan
sisihan piawai. Hasil dapatan menemukan persepsi guru terhadap pengaplikasian teknik didik hibur
berada pada tahap yang tinggi (µ = 4.37). Namun, tahap kemahiran guru bahasa Melayu dalam
mengaplikasikan teknik didik hibur berada pada tahap sederhana tinggi (µ = 3.94). Antara cabaran yang
dihadapi oleh guru dalam mengaplikasikan teknik didik hibur ialah mempunyai waktu yang terhad,
silibus pengajaran yang banyak, ruang kelas yang terhad, kesediaan murid untuk belajar yang rendah,
kelengkapan dan akses internet yang lemah di sekolah. Justeru, guru-guru disarankan untuk
meningkatkan ilmu dan kemahiran berkaitan didik hibur supaya dapat mengaplikasikannya dalam bilik
darjah. Pihak berkepentingan juga perlu membantu guru untuk mengatasi masalah yang berlaku.

Kata kunci: Persepsi, kemahiran, cabaran, teknik didik hibur, guru bahasa Melayu

ABSTRACT
This study aims to identify the Malay Language teachers’ perspective and skills in applying fun learning.
The study also identify the challenges faced by these teachers in conducting fun learning. This survey
study used a set of 38 items questionnaire. The sample comprised of 50 Malay Language teachers of
primary schools teaching in Bagan Datuk, Perak. Collected data was analyzed in descriptive form of
mean and standard deviation. Findings shows that the teachers’ perception level on fun learning are
high (µ = 4.37). However, their skills in applying fun learning were moderate (µ = 3.94). Among the
problems that had been faced by the teachers are lack of time, extensive teaching syllybus, limited
classroom space, low student readiness to learn and low Internet connection and school’s equipments.
Therefore, teachers are advised to increase their knowledge and pedagogy skills especially in applying
fun learning. The stakeholders should also take part in assisting the teachers to overcome the stated
problems.
Keywords: Perspective, teacher’s skill, problems, fun learning, Malay Language teachers

PENGENALAN
Sistem Pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan masyarakat dan negara ke
arah yang lebih baik. Pemantapan sistem pendidikan di Malaysia bermula dengan pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan melalui perancangan yang baik dan penyampaian isi
pelajaran yang berkualiti serta suasana pembelajaran yang menyeronokkan (Abdull Sukor

999
Shaari, 2008). Perancangan itu perlulah dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai aspek
seperti pendekatan, kaedah, teknik, strategi pengajaran serta penggunaan bahan yang
menarik dan mencabar sesuai dengan tahap perkembangan kognitif semua murid.

Oleh itu, bagi menyahut seruan kerajaan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
telah mencadangkan penyerapan teknik didik hibur dalam Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) pada tahun 2010. Didik hibur atau fun learning bermaksud mendidik sambil
menghibur. Menurut Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail (2013) pengajaran bahasa Melayu
tidak boleh hanya menekankan kepada penguasaan isi kandungan semata-mata, sebaliknya
perlu diajar dalam suasana yang selesa dan menyeronokkan. Hal ini kerana setiap murid
berhak diberi peluang untuk belajar melalui kurikulum yang berasaskan bermain di sekolah.

Dalam kajian ini, perbincangan akan lebih menjurus kepada pengaplikasian teknik didik
hibur dalam PdP bahasa Melayu. Perlaksanaan teknik didik hibur bukan sahaja dapat
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi seronok, malah ia juga dapat
mewujudkan hubungan yang baik dan interaksi yang mesra antara guru dan murid. Di
samping, berjaya mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid terhadap guru
kerana konsep penyampaiannya yang bersifat santai dan berhibur telah berjaya menjadikan
murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif (Shamsudin Othman, 2004).
Oleh itu, pengaplikasian teknik didik hibur, telah menuntut guru untuk menjadi seorang individu
yang kreatif dan inovatif.

Sehubungan itu, pelaksanaan teknik didik hibur memerlukan kesediaan guru dari
aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap mereka supaya ia dapat dilaksanakan dengan
lancar dan berkualiti. Hal ini kerana proses pembelajaran murid yang efektif bermula dengan
pengajaran guru yang berpaksikan ilmu kemahiran yang tinggi, perancangan yang rapi dan
perlaksanaan yang sistematik (Mohd Razak & Masitah, 2015). Dengan adanya pengaplikasian
teknik didik hibur dalam proses pengajaran, matlamat yang digariskan oleh kerajaan yang
terkandung dalam KSSR akan dapat direalisasikan, di samping meningkatkan keseronokan
serta minat murid ketika belajar khasnya dalam mata pelajaran bahasa Melayu.

PERNYATAAN MASALAH
Pengajaran dan pembelajaran bagi subjek bahasa Melayu biasanya diajar secara
konvensional, iaitu melalui teknik pengajaran latih tubi, “chalk and talk” dan “test and drill”
dalam kalangan guru. Seiring dengan pendidikan abad ke-21, kaedah konvensional di dalam
kelas didapati tidak lagi sesuai untuk diaplikasikan. Hal ini kerana menurut Azura & Zakaria
(2009) strategi pengajaran tradisional dikenal pasti menjadi punca para murid lemah dalam
akademik atau berisiko menjadi kurang bermotivasi dalam pengajaran. Tambahan lagi,
amalan pengajaran tradisional juga telah menyebabkan pengajaran bahasa Melayu dilihat

1000
kurang menarik. Kesannya, murid menjadi kurang berminat dan cepat berasa bosan semasa
belajar (Khor, Huan Chin & Noraini, 2016).

Sungguhpun KPM telah melaksanakan pelbagai usaha bagi memantapkan


pelaksanaan teknik pengajaran kreatif dalam pengajaran dengan memperkenalkan elemen
teknik didik hibur, namun impak dan hasilnya masih jauh daripada tahap yang memuaskan
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Realitinya masih ramai guru bahasa Melayu
menghadapi kesukaran untuk menterjemahkan teknik pengajaran kreatif kepada bentuk
amalan yang seharusnya dilaksanakan dalam PdP. Ini menyebabkan guru sering berpatah
balik kepada teknik pengajaran tradisional. Di samping itu, kegagalan guru dalam menguasai
kemahiran ilmu pedagogi ini juga akan menjadikan murid lebih bermasalah dalam menguasai
topik pengajaran guru (Abdul Aziz, 2000).

Tambahan pula, sikap guru yang tidak berani melakukan eksperimen atau
mengadaptasi pengajaran di luar kaedah atau prosedur semasa yang telah lama diguna pakai
(Chan, 2007). Hal ini menyebabkan kreativiti murid terbatas disebabkan pengajaran guru yang
terlalu berstruktur, mengabaikan idea-idea murid dan terlalu mengawal murid (Lee, 2013).
Kesannya, suasana pengajaran sentiasa berada dalam keadaan tegang dan serius, malah
murid menjadi pasif dan tidak bersedia untuk mengambil bahagian dalam PdP. Situasi ini
memberi cabaran besar terhadap kemampuan guru untuk melaksanakan pengajaran kerana
murid telah menunjukkan reaksi negatif serta tidak berminat untuk mengikuti pembelajaran
dan telah memberi tanggapan bahawa bahasa Melayu adalah subjek yang membosankan.

Justeru, berdasarkan kepada permasalahan yang telah dinyatakan, satu kajian akan
dijalankan bagi mengkaji tahap pengaplikasian teknik didik hibur dalam kalangan guru bahasa
Melayu di sekolah rendah. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji secara lebih mendalam
tentang persepsi guru terhadap pengaplikasian teknik didik hibur, tahap kemahiran guru
mengaplikasikan teknik didik hibur dan cabaran pengaplikasian teknik didik hibur dalam PdP
bahasa Melayu yang dihadapi oleh guru bahasa Melayu di sekolah rendah.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini merujuk kepada:

1. Mengenal pasti persepsi guru terhadap pengaplikasian teknik didik hibur dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
2. Mengenal pasti tahap kemahiran guru dalam pengaplikasian teknik didik hibur dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
3. Mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru dalam pengaplikasian teknik didik
hibur dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

1001
SOALAN KAJIAN
Oleh itu, kajian ini mengkaji beberapa persoalan iaitu :

1. Apakah persepsi guru terhadap pengaplikasian teknik didik hibur dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
2. Apakah tahap kemahiran guru dalam pengaplikasian teknik didik hibur dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
3. Apakah cabaran yang dihadapi oleh guru dalam pengaplikasian teknik didik hibur
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini adalah berbentuk tinjauan yang menggunakan analisis kuantitatif. Menurut, Chua
Yan Piaw (2012) kajian tinjauan adalah satu kaedah untuk mendapatkan maklumat dan
menggunakan soalan yang sama untuk setiap individu dan bilangan yang besar iaitu populasi.
Kelebihan kajian penyelidikan menggunakan kaedah tinjauan adalah untuk membolehkan
data dikumpulkan pada satu titik masa yang sama (Fuad Mohamed Berawi, 2017). Malah,
kaedah ini juga sesuai ditadbir ke atas sampel yang bersaiz besar namun dalam masa yang
singkat manakala dari segi proses pengumpulan data, maklumat dapat dipungut secara terus
daripada responden (Creswell, 2014).

Kajian tinjauan ini menggunakan instrumen soal selidik yang akan diedarkan kepada
responden dalam bentuk Google Forms. Pengumpulan instrumen yang sama untuk semua
responden dapat menyeragamkan data yang dikumpul, berupaya membentuk generalisasi
dengan menganalisis dan menginterpretasikan pola respons daripada responden. Dalam
kajian ini, pengkaji menggunakan statistik deskriptif untuk menganalisis data. Menurut Mohd
Majid (2009) kajian deskriptif merupakan kajian yang bertujuan menerangkan suatu keadaan
yang berlaku. Ini bertepatan dengan kajian ini, iaitu untuk melihat tahap pengaplikasian teknik
didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran oleh guru bahasa Melayu di sekolah rendah.

Instrumen soal selidik yang digunakan ini terdiri daripada 38 item dan dibahagikan
kepada empat bahagian. Bahagian A merupakan bahagian demografi. Sementara itu,
Bahagian B pula mengandungi item berkaitan persepsi guru bahasa Melayu terhadap
pengaplikasian teknik didik hibur manakala Bahagian C pula mengandungi item berkaitan
tahap kemahiran pengaplikasian teknik didik hibur oleh guru dan Bahagian D tentang cabaran
yang dihadapi guru dalam mengaplikasikan teknik didik hibur. Instrumen ini telah disahkan
oleh pakar dalam bidang ini dan kebolehpercayaan pula ditentukan dengan menggunakan
indeks kebolehpercayaan Alpha Cronbach. Kebolehpercayaan instrumen kajian dilaksanakan
dengan mengenal pasti tahap ketekalan dalam item yang digunakan (Azizi Ahmad, 2010).

1002
Instrumen ini telah diuji melalui kajian rintis kepada 30 orang responden. Hasil analisis
data kajian rintis mendapati bahawa nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi soal selidik
ialah 0.88 yang bermaksud kebolehpercayaan yang sangat tinggi. Responden dikehendaki
mengisi borang soal selidik ini dengan menggunakan skala Likert sebagai pilihan jawapan.
Untuk skala Likert, para responden hanya perlu menyatakan darjat persetujuan mereka
dengan menandakan nombor pilihan. Menurut Wiersma (2000) skala likert mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi. Dalam kajian ini, soal selidik telah dijawab oleh 50 orang guru
di 16 buah sekolah rendah sekitar Mukim Bagan Datuk, Perak. Akhirnya, data soal selidik
dianalisis secara deskriptif iaitu melihat kepada skor min dan sisihan piawai.

Jadual 1
Skala Skor Min

Skor Min Tahap Interprestasi Skor Min

1.00 hingga 2.00 Rendah Tidak setuju / tidak membantu / tidak mahir
/ tidak pasti / tiada

2.01 hingga 3.00 Sederhana kurang setuju / kurang membantu / kurang


Rendah mahir / kurang pasti / kadang-kadang /

3.01 hingga 4.00 Sederhana Setuju / membantu / mahir / pasti / selalu /


Tinggi tiada

4.01 hingga 5.00 Tinggi Sangat setuju / sangat membantu / sangat


mahir / sangat pasti / sangat selalu /

Sumber: Jamil et al., 2014

Dalam kajian ini, aspek persepsi, tahap kemahiran guru dan cabaran dikategorikan
kepada empat tahap iaitu skor min 1.00 hingga 2.00 menunjukkan tahap yang rendah, skor
min 2.01 hingga 3.00 menunjukkan tahap sederhana rendah manakala skor min3.01 hingga
4.00 menunjukkan tahap sederhana tinggi dan akhir sekali skor min 4.01 hingga 5.00
menunjukkan tahap yang tinggi.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini menjawab ketiga-tiga soalan kajian iaitu tentang persepsi guru, tahap
kemahiran guru dan cabaran yang dihadapi oleh guru dalam pengaplikasian teknik didik hibur
sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah.

1003
Jadual 2
Analisis item persepsi guru terhadap pengaplikasian teknik didik hibur dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu

Bil Item Skor SP Tahap


Min

1. Teknik didik hibur sesuai diaplikasikan dalam PdP 4.52 0.589 Tinggi
bahasa Melayu.

2. Teknik didik hibur dapat meningkatkan penglibatan 4.54 0.542 Tinggi


murid dalam aktiviti PdP bahasa Melayu.

3. Teknik didik hibur dapat memupuk nilai kerjasama dalam 4.50 0.544 Tinggi
diri murid.

4. Teknik didik hibur dapat mewujudkan perasaan ingin 4.36 0.663 Tinggi
tahu murid.

5. Teknik didik hibur dapat meningkatkan kemahiran literasi 4.30 0.646 Tinggi
murid.

6. Teknik didik hibur dapat menarik minat dan tumpuan 4.40 0.606 Tinggi
murid terhadap PdP bahasa Melayu.

7. Teknik didik hibur dapat membantu murid mengaitkan 4.22 0.615 Tinggi
tajuk pelajaran dengan situasi sebenar.

8. Teknik didik hibur dapat mewujudkan suasana 4.48 0.543 Tinggi


pembelajaran yang positif dan menyeronokkan.

9. Teknik didik hibur dapat meningkatkan kefahaman murid 4.14 0.670 Tinggi
tentang sesuatu konsep atau topik pembelajaran.

10. Teknik didik hibur memudahkan guru dalam 4.20 0.670 Tinggi
menyampaikan isi pelajaran.
Skor Min Keseluruhan 4.37 0.509 Tinggi

Dapatan kajian berdasarkan Jadual 2 menunjukkan skor min persepsi guru bahasa
Melayu terhadap pengaplikasian teknik didik hibur dalam PdP bahasa Melayu secara
keseluruhan iaitu 4.37, menunjukkan bahawa responden mempunyai persepsi yang sangat
baik terhadap kelebihan pengaplikasian teknik didik hibur. Nilai sisihan piawai (SP) ialah 0.509
menunjukkan bahawa set data dalam konstruk ini menghampiri ukuran pusat. Skor min paling
tinggi iaitu 4.54 bagi item nombor 2 menunjukkan responden sangat bersetuju bahawa teknik
didik hibur dapat meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti PdP. Skor min paling rendah
pula ialah 4.14 iaitu guru berpendapat bahawa pengaplikasian teknik didik hibur dapat
meningkatkan kefahaman murid tentang sesuatu konsep atau topik pembelajaran.

1004
Jadual 3
Analisis item tahap kemahiran guru dalam pengaplikasian teknik didik hibur dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu

Bil Item Skor SP Tahap


Min
1. Saya mahir merancang PdP bahasa Melayu 3.88 0.594 Sederhana
menggunakan teknik didik hibur. Tinggi
2. Saya mahir menyesuaikan teknik didik hibur dengan 3.96 0.493 Sederhana
isi pelajaran bahasa Melayu. Tinggi
3. Saya mahir menggunakan pelbagai teknik didik hibur 3.94 0.585 Sederhana
seperti teknik nyanyian, lakonan, drama dan bercerita Tinggi
dalam PdP bahasa Melayu.
4. Saya mahir menyediakan aktiviti pembelajaran 3.98 0.553 Sederhana
berasaskan teknik didik hibur bersesuaian dengan Tinggi
perkembangan dan kebolehan murid.
5. Saya mahir mencari pelbagai bahan pengajaran 3.82 0.595 Sederhana
tentang teknik didik hibur. Tinggi
6. Saya mahir menambahbaik PdP menggunakan teknik 3.88 0.594 Sederhana
didik hibur pada sesi berikutnya. Tinggi
7. Saya mahir memberi arahan kepada murid semasa 3.96 0.493 Sederhana
menggunakan teknik didik hibur dalam PdP Bahasa Tinggi
Melayu.
8. Saya mahir menggunakan masa yang diperuntukkan 3.98 0.553 Sederhana
untuk menjalankan teknik didik hibur sewaktu PdP Tinggi
bahasa Melayu.
9. Saya mahir menilai pencapaian murid semasa 3.96 0.493 Sederhana
melaksanakan teknik didik hibur. Tinggi
10. Saya mahir mengawal tingkah laku murid semasa 3.98 0.493 Sederhana
melaksanakan teknik didik hibur. Tinggi
Skor Min Keseluruhan 3.94 0.451 Sederhana
Tinggi

Berdasarkan Jadual 3, skor min bagi konstruk ini ialah 3.94. Ini menunjukkan bahawa
guru-guru bahasa Melayu sekolah rendah di mukim Bagan Datuk, Perak, memiliki kemahiran
yang sederhana dalam mengaplikasikan teknik didik hibur dalam PdP bahasa Melayu. Nilai
sisihan piawai (SP) 0.451 menunjukkan set data bagi konstruk ini menghampiri ukuran pusat.
Skor min paling tinggi ialah 3.98 iaitu item nombor 8 dan 10 manakala skor min paling rendah
pula ialah 3.82 iaitu bagi item 5 yang menunjukkan guru mahir mencari pelbagai bahan
pengajaran tentang teknik didik hibur.

1005
Jadual 4
Analisis item cabaran yang dihadapi guru dalam pengaplikasian teknik didik hibur dalam PdP
bahasa Melayu

Bil Item Skor SP Tahap


Min
1. Guru tidak diberi pendedahan tentang cara 2.82 1.00 Sederhana
menerapkan teknik didik hibur dalam PdP. Rendah
2. Guru kurang pengalaman dan kepakaran untuk 3.18 0.96 Sederhana
mengendalikan PdP menggunakan teknik didik hibur. Tinggi
3. Guru kurang motivasi dan pengetahuan yang 2.96 0.95 Sederhana
mendalam tentang pengaplikasian teknik didik hibur Rendah
dalam PdP.
4. Guru kurang berminat dan sering menganggap teknik 2.70 0.97 Sederhana
didik hibur sukar diaplikasikan dalam PdP. Rendah
5. Pencapaian murid sukar dinilai melalui teknik 2.70 0.95 Sederhana
pengajaran didik hibur. Rendah
6. Bahan rujukan tentang teknik didik hibur sukar 2.82 1.02 Sederhana
didapati. Rendah
7. Silibus pengajaran yang banyak dan tekanan 3.46 1.05 Sederhana
daripada pihak pentadbiran untuk menghabiskan Tinggi
silibus.
8. Murid kurang bersedia untuk melibatkan diri dalam 3.48 1.00 Sederhana
aktiviti teknik didik hibur. Tinggi
9. Bilangan murid di dalam kelas terlalu ramai untuk 3.61 1.07 Sederhana
melibatkan diri dalam aktiviti teknik didik hibur. Tinggi
10. Akses internet di sekolah dan di rumah menghalang 3.49 0.52 Sederhana
penggunaan teknik didik hibur secara dalam talian. Tinggi
Skor Min Keseluruhan 3.16 0.83 Sederhana
Tinggi

Berdasarkan Jadual 4, secara keseluruhannya, skor min bagi konstruk cabaran yang
dihadapi oleh guru bahasa Melayu dalam mengaplikasikan teknik didik hibur ialah 3.16 iaitu
berada pada tahap sederhana tinggi. Nilai sisihan piawai 0.83 menunjukkan set data agak
terserak daripada pusat ukuran. Nilai skor min paling tinggi ialah 3.61 iaitu item ke 9 yang
menunjukkan bahawa bilangan murid di dalam kelas terlalu ramai untuk melibatkan diri dalam
aktiviti teknik didik hibur. Cabaran lain yang dihadapi termasuklah item 10 dengan nilai min
3.49 yang menunjukkan bahawa akses internet di sekolah dan di rumah yang lemah
menghalang penggunaan teknik didik hibur secara dalam talian dan item 8 iaitu murid kurang
bersedia untuk melibatkan diri dalam aktiviti teknik didik hibur (µ = 3.48). Guru juga
berhadapan dengan cabaran silibus pengajaran yang banyak dan tekanan daripada pihak
pentadbiran untuk menghabiskan silibus. Skor min paling rendah pula ialah 2.70 bagi item 4
dan 5 yang menunjukkan guru kurang bersetuju bahawa mereka tidak berminat dan sering
menganggap teknik didik hibur sukar diaplikasikan dalam PdP serta pencapaian murid sukar
dinilai melalui teknik pengajaran didik hibur.

1006
Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru bahasa
Melayu di 16 buah sekolah di Bagan Datuk, Perak mempunyai persepsi yang sangat baik
terhadap pengaplikasian teknik didik hibur dalam PdP bahasa Melayu. Kajian ini juga
mendapati bahawa guru-guru tersebut mempunyai tahap kemahiran mengaplikasikan teknik
didik hibur yang sederhana kerana mereka berhadapan dengan beberapa cabaran dalam
mengaplikasikannya. Dalam kajian ini, masalah turut dibincangkan dan menjadi cadangan
pengkaji dalam usaha meningkatkan tahap kemahiran guru dalam mengaplikasikan teknik
didik hibur.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


Dapatan kajian ini menunjukkan guru bahasa Melayu sekolah rendah di kawasan Bagan
Datuk, Perak mempunyai persepsi yang sangat baik terhadap pengaplikasian bahan
multimedia interaktif dalam PdP bahasa Melayu. Dapatan kajian ini disokong dengan
beberapa dapatan kajian lain yang mengkaji tentang penggunaan teknik didik hibur dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

Antaranya, kajian Roziah Hamid (2015) menunjukkan bahawa guru-guru di Sekolah


Rendah Pokok Sena mempunyai persepsi yang baik terhadap penerapan didik hibur dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, yang mana mereka berpendapat bahawa
pengaplikasian teknik didik hibur telah membantu untuk meningkatkan motivasi belajar dalam
kalangan murid. Oleh yang demikian, guru-guru perlu lebih kreatif dan inovatif dalam menarik
minat murid serta menimbulkan tahap motivasi belajar yang tinggi kepada muridnya.

Seterusnya, dapatan kajian tentang persepsi positif guru terhadap pengaplikasian


teknik didik hibur dalam PdP turut disokong oleh kajian Rubiah (2009) yang telah menjalankan
satu kajian terhadap keberkesanan penggunaan nyanyian lagu dalam pengajaran bahasa
Melayu di kelas pemulihan khas di Sekolah Kebangsaan Bandar Mersing, Johor. Hasil
dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti murid-murid pemulihan yang belajar di kelas
tersebut menunjukkan reaksi positif dengan menunjukkan pembelajaran aktif terhadap teknik
nyanyian yang telah diperkenalkan.

Di samping itu, terdapat juga kajian yang mengkaji tahap kemahiran guru dalam
mengaplikasikan teknik didik hibur. Antaranya, kajian Zanariah dan Zamri (2017) menunjukkan
bahawa guru mempunyai tahap yang sederhana dalam aspek kemahiran melaksanakan
teknik didik hibur dalam PdP bahasa Melayu. Hal ini kerana, terdapat sebahagian besar guru
yang masih selesa menggunakan teknik pengajaran secara konvensional seperti kaedah
pengajaran kapur dan tulis (chalk and talk), latih tubi dan kaedah pengajaran ceramah yang
diiringi dengan penjelasan serta pembahagian tugas dan latihan.

1007
Selain itu, Owning, Azhar dan Shamsudin (2018) juga menyatakan bahawa konstruk
sikap guru yang meliputi aspek afektif, tingkah laku dan kognitif tentang perlaksanaan teknik
didik hibur berada pada tahap yang sederhana dan kurang baik. Hal ini bermaksud masih
terdapat segelintir guru yang tidak memahami kepentingan dan kesesuaian teknik didik hibur
dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta kepentingannya dalam meningkatkan kualiti
pengajaran guru. Perkara ini menyebabkan, guru sering kembali kepada kaedah pengajaran
tradisional, yang mana pada pendapat mereka kaedah pengajaran ini lebih mudah untuk
dilaksana dan dikendalikan di dalam kelas.

Dapatan kajian ini menunjukkan guru bahasa Melayu di sekolah rendah mukim Bagan
Datuk berhadapan dengan beberapa cabaran dalam mengaplikasikan teknik didik hibur.
Antaranya ialah guru mempunyai waktu yang terhad dan silibus pengajaran yang banyak. Di
samping, ruang kelas yang terhad, kesediaan murid untuk belajar yang rendah serta
kelengkapan dan akses internet yang lemah di sekolah. Dapatan kajian ini disokong oleh
Zulkifley Hamid (2005) bahawa guru-guru perlu menghabiskan silibus atau sukatan
pengajaran yang banyak dalam masa yang singkat kerana bahasa Melayu merupakan mata
pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan. Malah, Juraidah (2005) juga telah menyatakan
bahawa kemudahan, kesesuaian peralatan yang disediakan di sekolah berada pada tahap
yang kurang memberangsangkan telah mengganggu keberkesanan PdP.

Implikasinya, kajian ini berupaya membolehkan guru-guru bahasa Melayu membuat


refleksi terhadap strategi dan kaedah pengajaran menggunakan teknik didik hibur. Tambahan
pula, kajian ini dapat mengisi kelompongan kajian-kajian lepas yang banyak memfokuskan
kepada keberkesanan teknik didik hibur semata-mata. Ini berbeza dengan kajian ini kerana
dalam kajian ini, pengkaji telah memberi fokus kepada persepsi dan kemahiran guru bahasa
Melayu dalam mengaplikasikan teknik didik. Di samping itu, kajian yang mengkaji tahap
kemahiran guru dalam mengaplikasikan teknik didik hibur juga tidak banyak dijalankan.
Sehubungan itu, kajian ini telah mengisi kelompongan tersebut dengan mengkaji secara lebih
lanjut tentang tahap kemahiran guru dalam mengaplikasikan teknik didik hibur dalam PdP.

Sebagai cadangan kajian lanjutan, pengkaji mengesyorkan agar beberapa kajian


lanjutan yang serupa diperluas dan dijalankan ke peringkat negeri atau kebangsaan bagi
mengenal pasti tahap pengaplikasian teknik didik hibur dalam kalangan guru semua mata
pelajaran secara menyeluruh. Hal ini kerana, kebanyakan kajian sebelum ini hanya
memfokuskan kepada satu matapelajaran sahaja iaitu bahasa Melayu. Oleh itu, kajian
mengenai didik hibur ini boleh dilanjutkan dengan mengkaji sampel kajian yang berlainan iaitu
guru subjek lain. Pengakaji akan datang juga disaran menggunakan pendekatan kualitatif
supaya hasil dapatan kajian lebih jelas, lengkap dan tepat (Creswell, 2014).

1008
Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru bahasa
Melayu mempunyai persepsi yang tinggi terhadap pengaplikasian teknik didik hibur dalam PdP
bahasa Melayu, namun tahap kemahiran mereka dalam mengaplikasikan teknik didik hibur
sewaktu mengajar berada pada tahap sederhana. Hal ini demikian kerana guru-guru
berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam mengaplikasikan teknik didik hibur. Oleh itu,
beberapa cadangan kajian telah dilontarkan kepada pihak-pihak berkenaan. Diharapkan
cadangan kajian yang telah diberikan dapat membantu guru-guru dalam meningkatkan tahap
pengaplikasian teknik didik hibur dalam kalangan guru bahasa Melayu di sekolah rendah.

RUJUKAN
Abdul Aziz Abdul Talib. (2000). Pedagogi bahasa melayu, prinsip, kaedah dan teknik. Utusan
Publications & Distribution Sdn. Bhd.

Abdull Sukor Shaari. (2008). Guru berkesan petua dan panduan. Universiti Utara Malaysia.

Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail. (2013). Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu. Jurnal pendidikan bahasa
melayu, 3(2), 49-63.

Azizi Ahmad. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. PTS Profesional.

Azura Ishak & Zakaria Kasa. (2009). Perbandingan pengajaran berasaskan multimedia dan
tradisional ke atas pencapaian matematik dan sikap matematik di kalangan pelajar
berisiko. Jurnal teknologi maklumat & multimedia, 5(2009), 79-89.

Chan, D. W. (2007). Creative teaching in hong kong schools : Constraints and challenges.
Educational research journal, 22(1), 1-12.

Chua, Y. P. (2011). Kaedah dan statistik Penyelidikan Buku 1 : Kaedah Penyelidikan. McGraw-
Hill Education.

Creswell, J. W. (2014). Research design Qualitative quantitative and mixed methods


approaches (4th ed). Sage Publications Ltd.

Fuad Mohamed Berawi. (2017). Metodologi Penyelidikan Panduan Menulis Thesis (1st ed.).
Kedah: UUM Pess.

Jamil Baser, Nurul Syuhada Mohd Suhaimi, Hisyamuddin Othman, Azman Hassan, Mohd
Bekri Rahim & Mohd Faizal Askor. (2014). Standard guru Malaysia dalam program
persediaan guru reka bentuk dan teknologi. Online Journal for TVET Practioners, 2(2).

Juraidah Mat Jelani. (2005). Penilaian rancangan latihan mengajar (rlm) program pendidikan
guru universiti utara malaysia. Tesis sarjana pendidikan, 1-20.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013-


2025. Bahagian Pembangunan Kurikulum.

1009
Khor, Huan Chin & Noraini Mohamed Noh. (2016). Keberkesanan penggunaan papan putih
interaktif dalam pembelajaran bahasa malaysia dalam kalangan murid tahun 3. JPBU
Edisi khas (2016), 11-17.

Lee Shok Mee. (2013). Asas Pendidikan 2: Psikologi dalam bilik darjah. Kumpulan Budiman.

Mohd. Majid Konting. (2009). Kaedah penyelidikan pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Razak & Masitah. (2015). Pedagogi pengajaran guru. Kumpulan Budiman.

Owing Ji Seng, Azhar Md. Sabil & Shamsudin Othman. (2018). Tahap pengetahuan dan sikap
guru terhadap pendekatan didik hibur dalam pengajaran bahasa melayu. International
journal of education and training, 4(2), 1-9.

Rubiah. (2009). Keberkesanan penggunaan nyanyian lagu kanak-kanak dalam pengajaran


bahasa melayu di kelas pemulihan khas di sekolah kebangsaan bandar mersing, johor.
Projek khas Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.

Shamsudin Othman. (2004). Seni bahasa: Belajar sambil berhibur atau didik hibur. Kalam
Bahasa Sdn. Bhd.

Wiersma, W. (2000). Research methods in education: an introduction. Boston, MA: Allyn and
Bacon.

Zanariah Wahab & Zamri Mahamod. (2017). Pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap
guru bahasa melayu sekolah rendah terhadap pendekatan didik hibur. Jurnal
penyelidikan pendidikan. Unpublished manuscript.

Zulkifley Hamid. (2005). Penilaian pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

1010
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENULISAN KARANGAN BAHASA
MELAYU MURID TAHUN LIMA

Nur Atikah binti Abdul Rahman


atikah09-900@epembelajaran.edu.my

Azim Normiza binti Ahmad


azim.normiza@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pengaruh faktor murid, guru dan ibu bapa terhadap
penulisan karangan Bahasa Melayu murid Tahun Lima di sebuah sekolah rendah di Zon Keramat.
Kajian ini adalah berbentuk tinjauan. Seramai 118 orang murid di sebuah sekolah di Zon Keramat telah
dipilih untuk dijadikan sampel kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set borang
soal selidik yang mempunyai 23 item secara keseluruhannya yang merangkumi tiga faktor, iaitu faktor
murid, guru dan ibu bapa. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Sosial Science (SPSS)
versi 26.0. Kaedah statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis data kajian bagi melihat tahap nilai
min kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor utama yang mempengaruhi penulisan
karangan murid secara keseluruhan adalah berada pada tahap sederhana (faktor murid=min 2.84,
faktor guru=min 3.18 dan faktor ibu bapa=min 3.19). Kesimpulannya, dirumuskan bahawa kajian
tinjauan yang telah dilaksanakan dapat memberikan maklumat dan gambaran yang jelas mengenai
faktor-faktor yang mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu murid tahun lima.
Kata kunci: penulisan karangan, Bahasa Melayu, murid tahun lima

ABSTRACT

This study was conducted to identify the contributing factors of students,teachers and parents towards
the improvement of Malay essay writing among year five students from a primary school in Zon Keramat.
This study was a survey. A total of 118 students from a primary school in Zon Keramat were selected
as samples. The instrument used in this study is a questionnaires with 23 items which includes three
factors of students, teachers and parents. Data were analyzed using Statistical Package for Sosial
Science (SPSS) version 26.0. Descriptive statistic method were used to evaluate the mean value of the
study. The results showed that the main factors affecting the essay writing as a whole is at a moderate
level (students factors=2.84, teachers factors=3.18 and parents factors=3.19. In conclusion, it was
formulated that the survey study that has been carried out can provide information and a clear picture
of the factors that influence the writing of Malay essays pupil year five.
Keywords: writing essay, Malay Language, year five students

PENGENALAN

Pada era globalisasi yang penuh dengan cabaran kini, negara memerlukan modal insan yang
mempunyai daya pemikiran yang kritis dan analitis serta berupaya membangunkan negara ke
arah yang lebih gemilang. Sehubungan itu, di Malaysia, penulisan merupakan aspek
pengajaran yang amat ditekankan dalam kurikulum sekolah dan kemahiran menulis dijadikan
sebahagian kemahiran yang perlu dicapai oleh setiap individu di negara ini. Selaras dengan
hal ini, Aloysius dan Yahya Othman (2017), Malaysia perlu melahirkan pelajar yang berfikiran

1011
matang, berpengetahuan luas, dan berupaya untuk menyampaikan idea secara berkesan
dengan menggunakan pelbagai bentuk komunikasi (Majlis Peperiksaan Malaysia, 2011).

Kemahiran menulis merupakan peringkat tertinggi dalam kemahiran. Menurut Noor


Habsah Ali dan Yahya Othman (2018), kemahiran menulis merupakan kemahiran kompleks
yang perlu dikuasai oleh pelajar selepas kemahiran bertutur dan membaca. Kenyataan
tersebut bertepatan dengan pandangan Che Zanariah dan Fadzilah (2011) yang menyatakan
bahawa menghasilkan penulisan merupakan proses yang kompleks dan perlu dilaksanakan
mengikut tahap secara sistematik.

Tambahan lagi, komponen utama dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sama ada
pada peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah adalah penulisan karangan
(Yusfaiza Yusuff dan Mohd Isha Awang, 2012). Kemahiran penulisan karangan merupakan
suatu keupayaan menurunkan atau menyampaikan perasaan dalam bentuk penulisan seperti
berita, laporan, ucapan, cerita dan penghujahan sesuatu persoalan (Marzni, Roselan dan
Fadzilah, 2013).

Jadi, untuk menghasilkan karangan yang bermutu, kemahiran menulis ini perlu
dikuasai dan dipelajari oleh murid. Hal ini kerana, penguasaan kemahiran yang kurang
memberangsangkan boleh menyebabkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu secara khususnya akan turut terjejas. Bukan itu sahaja, penguasaan kemahiran
menulis bukan hanya bergantung kepada bakat semata-mata malah dipengaruhi oleh
pengajaran menulis yang bersistem dan berkesan (Abdul Ghani, 2016).

Kesimpulannya, dengan mengambil kira aspek kepentingan kemahiran menulis dalam


melahirkan murid yang berketerampilan dalam berbahasa dan menyampaikan idea, maka
kajian ini akan dijalankan bagi meninjau faktor-faktor yang boleh mempengaruhi penulisan
karangan murid tahun lima.

PERNYATAAN MASALAH

Kemahiran menulis merupakan peringkat tertinggi dalam kemahiran Bahasa Melayu


(Norfaizah et al., 2014). Namun, masih ramai murid yang tidak dapat menguasai kemahiran
ini. Menurut Masayu dan Nor Fardilah (2019), guru selalu melihat kesilapan bahasa murid
semasa memarkahkan karangan yang termasuk daripada segi pemerengganan, binaan ayat,
jalan cerita yang kurang kreatif, ejaan dan penggunaan tanda baca. Hal ini juga selaras
dengan kajian Wafaa (2018), telah mengutarakan masalah dalam penulisan yang dihadapi
oleh murid-murid selain ejaan dan tatabahasa ialah penggunaan tanda baca. Justeru itu,
dapat disimpulkan bahawa penguasaan kemahiran bahasa murid itu sendiri memainkan
peranan dalam menghasilkan karangan.

1012
Di samping itu juga, menurut Noor Habsah dan Yahya Othman (2018), kelemahan
pelajar dalam kemahiran menulis juga sangat berkait rapat dengan strategi pengajaran guru
yang masih mengekalkan kaedah pengajaran konvensional. Perkara ini selaras dengan
pendapat Juriah (2010) mendapati bahawa pengajaran bahasa Melayu di bilik darjah kerap
kali berpusatkan guru dan tidak mengaplikasikan strategi pengajaran yang disarankan.
Pengajaran yang berpusatkan guru menyebabkan murid hanya menerima sahaja
pengetahuan dan kurang diberi peluang untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Oleh
itu,penggunaan kaedah ini akan mengakibatkan murid menjadi bosan dan lesu semasa
belajar.

Bukan itu sahaja, antara faktor yang mempengaruhi penulisan karangan murid ialah
faktor ibu bapa (Zamri Mahamod dan Tengku Nor Adila, 2019). Hal ini kerana, ibu bapa sendiri
tidak menyediakan persekitaran pembelajaran di rumah serta tidak menunjukkan contoh
amalan membaca yang boleh membantu menambahkan kosa kata murid. Perkara ini selaras
dengan pendapat Dayang Sufilkawany dan Wan Rozana (2017), faktor sosial seperti ibu bapa
banyak mempengaruhi pembelajaran bahasa Melayu anak-anak. Justeru itu, ibu bapa
seharusnya menjadi pemangkin kepada anak-anak supaya lebih semangat untuk belajar.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk melihat sama ada faktor murid, faktor guru dan faktor ibu bapa
mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu bagi murid tahun lima di sebuah sekolah
di Zon Keramat.

Berdasarkan tujuan tersebut, kajian ini cuba mencapai objektif-objektif seperti yang berikut:

1. Mengenal pasti sama ada faktor murid merupakan faktor yang mempengaruhi
penulisan karangan Bahasa Melayu murid tahun lima.
2. Mengenal pasti sama ada faktor guru merupakan faktor yang mempengaruhi penulisan
karangan Bahasa Melayu murid tahun lima.
3. Mengenal pasti sama ada faktor ibu bapa merupakan faktor yang mempengaruhi
penulisan karangan Bahasa Melayu murid tahun lima.

SOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian tersebut, kajian ini telah membina tiga soalan. Ketiga-tiga soalan
kajian adalah seperti berikut:

1. Apakah faktor murid merupakan faktor yang mempengaruhi penulisan karangan


Bahasa Melayu murid tahun lima?

1013
2. Apakah faktor guru merupakan faktor yang mempengaruhi penulisan karangan
Bahasa Melayu murid tahun lima?
3. Apakah faktor ibu bapa merupakan faktor yang mempengaruhi penulisan karangan
Bahasa Melayu murid tahun lima?

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah tinjauan. Reka bentuk
kajian ini bertujuan bagi memastikan kajian ini sentiasa berpandu dan mencapai objektif serta
menjawab persoalan kajian. Menurut Noor Habsah Ali dan Yahya Othman (2018), kaedah ini
sangat bermakna dalam kajian ini kerana maklumat dapat diperoleh terus daripada responden.
Pada masa yang sama, menurut Mohd Majid Konting (2005), kajian tinjauan merupakan kajian
yang bertujuan menerangkan suatu keadaan yang berlaku. Dengan menggunakan kaedah ini,
pengkaji dapat mengenal pasti sama ada faktor murid, faktor guru dan faktor ibu
mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu murid tahun lima.

Kaedah persampelan rawak mudah telah digunakan oleh pengkaji untuk menetapkan
sampel kajian. Kaedah ini dipilih kerana cara ini memberi peluang yang sama kepada setiap
populasi untuk dipilih sebagai sampel kajian (Noraini, 2010). Pada masa yang sama, cara ini
adalah yang terbaik untuk mendapatkan sampel daripada populasi besar. Oleh itu, pengkaji
telah mengikut Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie dan Morgan (1970) bagi menentuk saiz
sampel untuk kajian ini.

Seterusnya, dalam kajian ini, penyelidik menggunakan soal selidik sebagai instrumen
utama untuk mengumpulkan maklumat. Soal selidik telah diadaptasi dan diubahsuai mengikut
kesesuaian kajian oleh pengkaji berdasarkan kajian lepas iaitu Peng Chew dan Haris (2020)
berkaitan dengan kajian “Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap pencapaian literasi Bahasa
Melayu murid tahun 4 dalam kemahiran menulis”. Set soal selidik ini mengandungi 4 bahagian
yang yang perlu diisi oleh responden, iaitu Bahagian A (maklumat demografi), Bahagian B
(faktor murid), Bahagian C (faktor guru) dan Bahagian D (faktor ibu bapa).

1014
DAPATAN KAJIAN

Jadual 1
Analisis Demografi
Demografi Kategori Frekuensi Peratusan
(%)
(n-118)
Jantina Lelaki 65 55.1
Perempuan 53 44.9
Bangsa Melayu 118 100
Kelas 5 Dinamik 23 19.5
5 Inovatif 26 22.0
5 Kreatif 25 21.2
5 Proaktif 23 19.5
5 Sinergi 21 17.8
Jumlah 118 100

Kajian ini melibatkan 118 orang murid tahun lima di sebuah sekolah di Zon Keramat.
Jadual 1 menunjukkan dapatan demografi bagi responden kajian. Daripada jumlah responden
iaitu 118 orang murid, bilangan murid lelaki mendominasi (65, 55.1%) berbanding bilangan
murid perempuan (53, 44.9%) dan dari aspek bangsa menunjukkan bahawa keseluruhan
responden ialah berbangsa Melayu.

Seterusnya dari jenis kelas responden yang terlibat dalam kajian ini. Seramai 23 orang
(19.5%) responden terdiri daripada murid dari kelas 5 Dinamik dan 5 Proaktif, 26 orang
(22.0%) responden terdiri daripada murid dari kelas 5 Inovatif, 25 orang (21.2%) responden
terdiri daripada murid dari kelas 5 Kreatif dan selebihnya iaitu seramai 21 orang (17.8%)
responden ialah murid dari kelas 5 Sinergi.

Dapatan kajian ini menjawab kepada tiga soalan kajian iaitu faktor murid, faktor guru
dan faktor ibu bapa mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu murid tahun lima.

Jadual 2
Analisis Item Faktor Murid
Bil Item Skor SP Tahap
Min

1 Belajar menulis karangan 2.86 .787 Sederhana


menyeronokkan.
2 Saya suka membuat latihan menulis 2.64 .779 Sederhana
karangan.

1015
3 Saya tahu menulis ayat dengan betul. 2.92 .829 Sederhana
4 Saya boleh menulis perkataan dengan 3.16 .784 Sederhana
ejaan yang betul.
5 Saya sentiasa bertanya kepada guru 2.77 .871 Sederhana
cara membuat karangan yang betul.
6 Saya yakin menggunakan tanda baca 2.92 .853 Sederhana
yang betul dalam penulisan karangan.
7 Saya membuat kerangka karangan 2.47 .913 Sederhana
sebelum menulis karangan
8 Saya sentiasa menyiapkan latihan 2.97 .852 Sederhana
karangan yang diberikan oleh guru
Min keseluruhan 2.84 .833 Sederhana

Jadual 2 menunjukkan hasil dapatan untuk faktor- faktor yang mempengaruhi


penulisan karangan Bahasa Melayu. Bagi faktor murid menunjukkan Min keseluruhan ialah
2.82 iaitu pada tahap sederhana dengan sisihan piawai 0.833. Skor min paling tinggi iaitu 3.16
(sp=0.784) bagi item 4 (Saya boleh menulis perkataan dengan ejaan yang betul) menunjukkan
kebanyakan murid bersetuju mereka telah menguasai kemahiran menulis dari aspek mekanis
iaitu ejaan. Skor min paling rendah pula ialah 2.47 (sp=.913) iaitu item 7 (Saya membuat
kerangka karangan sebelum menulis karangan) menunjukkan murid tidak mempraktikkan
membuat kerangka karangan terlebih dahulu sebelum menghasilkan karangan.

Jadual 3
Analisis Item Faktor Guru
Bil Item Skor SP Tahap
Min

1 Semasa mengajar penulisan 3.16 .877 Sederhana


karangan, banyak aktiviti menarik
yang dilakukan oleh guru.
2 Guru membuat aktiviti perbincangan 3.26 6.97 Sederhana
sebelum mula menulis karangan.
3 Guru selalu memberi bimbingan 3.25 .753 Sederhana
semasa saya menulis karangan
Bahasa Melayu.
4 Arahan yang diberikan oleh guru 3.19 .799 Sederhana
semasa mengajar penulisan karangan
jelas dan mudah difahami.
5 Guru mengajar cara menggunakan 3.31 .676 Sederhana
penanda wacana dengan betul
6 Guru selalu menunjukkan kesalahan 3.25 .795 Sederhana
yang saya lakukan dalam penulisan
karangan.
7 Guru selalu memberi latihan 2.89 .804 Sederhana
karangan.
8 Guru selalu menyemak latihan 3.29 .807 Sederhana
karangan saya.

1016
Min keseluruhan 3.18 .776 Sederhana

Jadual 3 menunjukkan faktor guru. Min keseluruhan bagi faktor guru ialah 3.18 iaitu
berada pada tahap sederhana dengan sisihan piawai 0.776. Dapatan ini menunjukkan bahawa
guru-guru boleh meningkatkan lagi usaha untuk menambahbaik gaya pengajaran bagi
membantu murid-murid menguasai kemahiran menulis karangan. Skor min paling tinggi iaitu
3.31 (0.676) bagi item 5 (Guru mengajar cara menggunakan penanda wacana dengan betul).
Skor min paling rendah pula ialah 2.89 (sp=0.804) iaitu item 7 yang berkaitan dengan latihan
karangan yang guru berikan kepada murid-murid.

Jadual 4
Analisis Item Faktor Ibu bapa
Bil Item Skor SP Tahap
Min

1 Ibu bapa membeli buku latihan 3.44 .711 Sederhana


karangan kepada saya.
2 Ibu bapa menyemak latihan karangan 3.25 .784 Sederhana
saya
3 Ibu bapa menyuruh saya merujuk 3.27 .823 Sederhana
kepada guru sekiranya saya
mempunyai masalah dalam penulisan
karangan.
4 Ibu bapa selalu membimbing saya 2.86 .960 Sederhana
menyiapkan latihan karangan di
rumah
5 Ibu bapa selalu mengambil berat dan 3.31 .811 Sederhana
memuji keputusan peperiksaan yang
saya peroleh dalam Bahasa Melayu
penulisan
6 Ibu bapa saya selalu bercakap 3.06 1.024 Sederhana
menggunakan bahasa Melayu yang
betul.
7 Ibu bapa saya banyak membeli bahan 3.13 .768 Sederhana
bacaan untuk membantu
menambahkan kosa kata saya
Min keseluruhan 3.19 .780 Sederhana

Jadual 4 menunjukkan faktor ibu bapa yang mempengaruhi penulisan karangan murid.
Min keseluruhan bagi faktor ibu bapa ialah 3.19 iaitu berada pada tahap sederhana dengan
nilai sisihan piawai 0.780. Dapatan menunjukkan bahawa ibu bapa perlu meningkatkan lagi
usaha mereka bagi membantu pembelajaran murid-murid di rumah. Skor min paling tinggi
iaitu 3.44 (sp=0.711) bagi item 1 (Ibu bapa membeli buku latihan karangan kepada saya). Skor
min paling rendah pula ialah 2.86 (sp=0.960) iaitu item 4 (Ibu bapa selalu membimbing saya

1017
menyiapkan latihan karangan di rumah) menunjukkan ibu bapa masih kurang memberi
bimbingan dan bantuan kepada murid untuk membuat latihan karangan di rumah.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Secara dasarnya, kajian ini telah berjaya menjawab semua soalan kajian. Berdasarkan
dapatan kajian, faktor-faktor yang menpengaruhi penulisan karangan bahasa Melayu murid
tahun lima iaitu faktor murid, faktor guru dan faktor ibu bapa kesemuanya berada pada tahap
sederhana.

Secara keseluruhannya, dapatan kajian bagi faktor murid menunjukkan bahawa


pengetahuan sedia ada, minat serta sikap murid dalam proses pembelajaran penulisan
karangan merupakan satu perkara yang penting untuk memastikan murid-murid dapat
menguasai kemahiran menulis karangan serta dapat menghasilkan karangan yang baik dan
bermutu. Contohnya, bagi aspek sikap murid dalam pembelajaran penulisan karangan,
membina kerangka karangan merupakan perkara yang penting. Namun dapatan kajian
menunjukkan kebanyakan murid masih kurang menyediakan kerangka karangan sebelum
mengarang. Dapatan ini disokong oleh dapatan kajian Abdul Ghani (2016) yang menunjukkan
bahawa informan kajian tidak menyediakan rangka karangan terlebih dahulu.

Bagi faktor guru pula membuktikan bahawa peranan guru dari segi gaya pengajaran,
kaedah, pendekatan serta teknik yang digunakan mempengaruhi pembelajaran penulisan
karangan murid-murid. Oleh itu, kepelbagaian aktiviti yang dijalankan oleh guru semasa
mengajar penulisan karangan adalah penting supaya dapat menarik minat murid terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Hal ini kerana, menurut Abdul
Rashid Jamian (2011) murid-murid lebih seronok jika guru kreatif membina pelbagai aktiviti
menulis yang menarik di dalam kelas dan juga penggunaan bahan bantu mengajar yang
bersesuaian dengan aras kebolehan murid dapat merangsang dan menanam minat murid
agar terus belajar.

Seterusnya, bagi faktor ibu bapa menunjukkan masih kurang bimbingan yang diberikan
kepada anak-anak untuk menyiapkan latihan karangan di rumah. Perkara ini dapat disokong
oleh kajian Abdul Shukor et al. ( 2011) yang menyatakan bahawa ibu bapa tidak memainkan
peranan untuk membantu pembelajaran anak-anak mereka.

Implikasinya, kajian ini menunjukkan bahawa dalam pengajaran penulisan


memerlukan guru yang mempunyai ilmu yang tinggi. Hal ini kerana proses penulisan
memerlukan kemahiran guru untuk melatih murid berfikir secara kreatif dan kritis bagi
mengetengahkan idea mereka. Perkara ini selaras dengan pendapat Abdul Rashid,
Shamsudin dan Humaizah (2012) yang menyatakan proses penulisan atau proses

1018
menghasilkan suatu karangan bukan suatu proses yang mudah dan memerlukan keupayaan
untuk berfikir secara mendalam. Manakala, bagi murid pula kajian ini menunjukkan bahawa
pentingnya pengetahuan sedia ada murid dalam meningkatkan penguasaan kemahiran
menulis karangan. Hal ini kerana, menulis merupakan kemahiran bahasa yang tertinggi dan
untuk memastikan pelajar menguasai kemahiran menulis karangan dengan baik, murid-murid
seharusnya mampu menguasai kemahiran mendengar, membaca dan menulis terlebih dahulu
(Abdul Ghani, 2016).

Sebagai cadangan kajian lanjutan, masih terdapat ruang dan peluang kepada pengkaji
lain untuk melaksanakan penyelidikan dalam topik yang sama. Sehubungan dengan itu,
pengkaji mensyorkan agar penyelidik yang ingin melaksanakan kajian berkaitan faktor-faktor
yang mempengaruhi penulisan karangan harus menggunakan sampel yang terdiri daripada
pelbagai latar belakang, iaitu murid di luar bandar. Tambahan lagi, penyelidik boleh mengkaji
faktor-faktor yang mempengaruhi penulisan karangan fakta dalam kalangan murid bahasa
kedua.

RUJUKAN

Abdul Shukor, Nuraini Yusoff, Mohd Izam & Mohd Hasani. (2011). Kanak-kanak minoriti Orang
Asli di Malaysia: Menggapai literasi Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu
59 Malay Language Journal Education (MyLEJ), 1(2),59-
70.http://journalarticle.ukm.my/3183/1/5970_Artikel_5_Sukor_et_al.pdf
Abdul Ghani Abdul Jalil. (2016). Tingkah laku dan proses semasa menulis karangan respons
terbuka murid berprestasi rendah. Proceedings of the ICECRS, 1, 951–958. Diakses
di http://ojs.umsida.ac.id/index.php/icecrs
Abdul Rashid Jamian. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Melayu murid-murid di sekolah luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1),
1–12. http://journalarticle.ukm.my/2528/
Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman & Humaizah Hashim. (2012) Persepsi guru terhadap
penggunaan kartun dalam tranformasi pengajaran penulisan karangan Bahasa
Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(1), 129-140.
Anthony Aloysius Akup & Yahya Othman. (2017). Keberkesanan peta pemikiran dalam
meningkatkan kemahiran menulis essei Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar
tingkatan 6. Malay Language Education Journal – MyLEJ, 7(1), 2180–4842. Diakses di
http://journalarticle.ukm.my/10412/1/131-252-1-SM.pdf
Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd Rahman. (2011). Pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran kemahiran menulis di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 1(1), 67–87. Diakses di http://www.myjurnal.my/public/article-
view.php?id=64262
Dayang Sufilkawany Ujai & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. (2017). Pengaruh faktor
sosial dalam pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan murid Iban. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 7 (1): 74-84.

1019
Juriah Long. (2010). Senario dan cabaran pengajaran, pembelajaran Bahasa Melayu masa
kini. Dlm. Juriah Long (Pnyt.). Kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu,
17-32. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size For Research Activities.
Educational And Psychological Measurement. 30, 607-610.
Majlis Peperiksaan Malaysia. (2011). Bahasa Melayu: Sukatan Pelajaran dan kertas soalan
contoh. Penerbit Tihani Cetak Sdn. Bhd.
Marzni Mohamed Mokhtar, Roselan Baki & Fadzilah Abd Rahman. (2013). Amalan
pentaksiran guru dalam pengajaran kemahiran menulis karangan argumentatif: satu
kajian kes terhadap guru sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3(2),
1-17. Diakses di http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/view/62
Masayu Mohamed & Nor Fardilah Mohamed Nasir. (2019). Penggunaan senarai semak bagi
ejaan dan tanda baca dalam karangan murid. Kertas kerja yang dibentangkan dalam
Seminar Bahasa Melayu 2019 Singapura. Diakses di
https://academyofsingaporeteachers.moe.edu.sg/docs/librariesprovider6/ml-poetry-
sg50/seminar-bahasa-melayu-2019/kertas-kerja-sesi-hidang-selari/47-penggunaan-
senarai-semak-bagi-ejaan-dan-tanda-baca-dalam-karangan-murid.pdf
Mohd Majid Konting. (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Edisi Ke-7. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Mc Graw-Hill (M) Sdn. Bhd.
Norfaizah, Abdul Jobar, Anida Sarudin & Idris Mohd Radzi. (2014). Pola tematik dan
implikasinya dalam pengajaran penulisan karangan. PENDETA: Journal of Malay
Language, Education and Literature, 5, 71-88. Diakses di
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1196
Noor Habsah Ali & Yahya Othman. (2018). Strategi pembelajaran kemahiran menulis bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar Melanau daerah Daro. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 8(1), 33–41. Diakses di
http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/view/164
Nurul Aisyah Abdullah, Zamri Mahamod & Nor Azwa Hanum Nor Shaid. (2016). Faktor-Faktor
yang mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu pelajar sekolah menengah.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (, 6(2), 2180–4842.
https://doi.org/10.1007/978-1-4614-8812-5
Peng, C. F., & Haris, D. (2020). Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap pencapaian literasi
Bahasa Melayu murid tahun 4 dalam kemahiran menulis. Journal of Educational
Research and Indigeneous Studies Journal, 2(1). https://cdn-cms.f-
static.net/uploads/1759562/normal_5e8898e54b693.pdf
Yusfaiza Yusuff & Mohd Isha Awang. (2012). Aplikasi pembelajaran jigsaw ii dalam pengajaran
penulisan bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(2), 62–70. Diakses di
http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/view/49/49
Zamri Mahamod & Tengku Nor Adila. (2019). Sumbangan ibu bapa , guru dan rakan sebaya
dalam mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu murid sekolah rendah di
Malaysia. GJAT Journal, Special Issue, 133–146. Diakses di
http://www.gjat.my/gjat2019si/SI2019-11.pd

1020
TAHAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN GURU BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN
ALAT DAN SUMBER DIGITAL DALAM PENGAJARAN

Nur Shafikah binti Shadidi


shafikah09-901@epembelajaran.edu.my

Ahmad Rozi bin Abu


ahmadrozi@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur.

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau tahap pengetahuan dan kemahiran guru menggunakan
alat dan sumber digital dalam proses pengajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Tiga aspek telah
dikaji bagi menjawab persoalan kajian iaitu tahap pengetahuan guru menggunakan alat dan sumber
digital, tahap kemahiran guru menggunakan alat dan sumber digital dan cabaran penggunaan alat dan
sumber digital dalam pengajaran. Oleh itu, reka bentuk kajian yang sesuai digunakan untuk kajian ini
ialah kajian menggunakan pendekatan kuantitatid dan kaedah berbentuk tinjauan. Satu set borang soal
selidik diedarkan kepada 70 responden yang terdiri daripada guru-guru Bahasa Melayu di Taiping,
Perak. Analisis data dilakukan dengan menggunakan analisis deskriptif, peratusan, min dan sisihan
piawai menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 26. Hasil kajian mendapati
tahap pengetahuan guru menggunakan alat dan sumber digital dalam pengajaran adalah sederhana
dengan nilai min ialah 2.70. Malah tahap kemahiran menggunakan alat dan sumber digital dalam
kalangan guru juga berada dalam tahap sederhana iaitu min=2.59. Kajian ini juga telah mengenal pasti
beberapa cabaran yang dilalui oleh guru dalam menggunakan alat dan sumber digital dalam
pengajaran. Beberapa usul telah dibincangkan dan dikemukakan bagi memantapkan lagi penggunaan
alat dan sumber digital dalam pengajaran Bahasa Melayu.
Kata kunci: Alat dan sumber digital, pengetahuan, kemahiran, pengajaran Bahasa Melayu.

ABSTRACT
This study aims to review the level of knowledge and proficiency of teachers using digital tools and
resources in the teaching process for Malay subjects. Three aspects were studied to answer the
question of study, namely, the level of knowledge of teachers using digital resources and challenges the
use of digital tools and resources in teaching. Therefore, the design of the appropriate study is used for
this study the study used a quantitative approach and a survey method. A set of questionnaires are
distributed to 70 respondents comprising Malay Language teachers in Taiping, Perak. Data analysis is
performed using descriptive analysis, percentages, mean and standard deviation using Statistical
Package for Social Science (SPSS) Version 26. The results found that the level of knowledge and skills
of teachers use of digital tools and resources among teachers is also in the medium stage. This study
has also identified some of the challenges that teachers in using digital tools and resources in teaching.
Several proposals were discussed and presented to strengthen the use of digital tools and resources in
the teaching of Malay Language.
Keywords: Digital tools and resources, knowledge, proficiency, language teaching.

PENGENALAN

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 merupakan langkah Malaysia


dalam membuat transformasi pendidikan yang melibatkan perubahan secara besar-besaran

1021
yang memerlukan guru-guru untuk menjadi agen yang membantu peningkatan kualiti
pendidikan di Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
terutamanya dalam anjakan tujuh memfokuskan kepada tindakan memanfaatkan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran. PPPM
menggariskan bahawa TMK berpotensi besar, memacu dan memperkukuh proses pengajaran
dan pembelajaran (PdP) untuk mengoptimumkan potensi murid menguasai kemahiran abad
ke-21. Sejak lebih sedekad yang lalu, Kementerian telah membelanjakan modal yang tinggi
untuk TMK dalam inisiatif pendidikan, seperti Sekolah Bestari. Usaha yang dilakukan ini
adalah bertujuan bagi mencapai matlamat Pembestarian Sekolah pada tahun 2020 dalam
memastikan 100 peratus sekolah mencapai tahap bestari, berdasarkan ciri-ciri yang
ditetapkan, sekali gus persediaan untuk mengorak langkah memacu pembangunan modal
insan melalui Transformasi Nasional 2050 (TN50). Walau bagaimanapun, penggunaan TMK
di sekolah masih tidak mencapai tahap yang memuaskan, baik dari segi kualiti mahupun
kuantiti.

Justeru, perkembangan TMK telah mengubah evolusi proses pengajaran dan


pembelajaran daripada kaedah tradisi kepada kaedah yang lebih canggih. Pengetahuan dan
kemahiran guru untuk membangunkan bahan berasaskan teknologi merupakan perkara asas
untuk mengaplikasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut
Rozinah Jamaludin (2005), untuk membangunkan sesebuah bahan berasakan teknologi
dalam pendidikan, pengetahuan dan kemahiran merupakan perkara asas yang perlu dimiliki
supaya bahan yang dibina memenuhi kriteria yang diperlukan dalam pembelajaran. Namun
begitu, kebanyakan guru terutama guru yang berpengalaman kurang mahir dalam
menggunakan teknologi maklumat sekali gus menyukarkan mereka untuk membangunkan
sesebuah bahan, perisian atau aplikasidalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
dibuktikan dengan kajian yang dilakukan oleh Suwarnee Mohd Solah (2006) yang mendapati
sesetengah guru Bahasa Melayu tidak berkemahiran menggunakan teknologi maklumat
sebagai alat bantu mengajar. Justeru, kajian ini telah menfokuskan kepada mata pelajaran
Bahasa Melayu yang menggunakan alat dan sumber digital dalam pengajaran. Kelemahan ini
merupakan isu yang mengekang pengaplikasian teknologi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Menurut Melvina dan Jamaludin (2010), negara yang sedang membangun memerlukan lebih
ramai guru yang mempunyai pengkhususan dalam bidang TMK. Latihan pendidikan guru juga
memerlukan perubahan paradigma bagi melahirkan guru-guru yang berkelayakan dan
berkebolehan untuk mendidik dan membangunkan masyarakat dan negara. Latihan ini
membolehkan guru terus meningkatkan tahap kemahiran mereka selaras dengan kecekapan
yang dijangkakan daripada seseorang guru. Oleh itu, guru perlu bersedia menggunakan

1022
bahan TMK bagi merealisasikan impian untuk melahirkan generasi cerdik pandai yang bakal
menerajui negara pada masa hadapan.

PERNYATAAN MASALAH

Peredaran masa membawa kepada perubahan perubahan dan cabaran profesion keguruan.
Strategi pengajaran pada masa kini sudah jauh berubah jika dibandingkan dengan beberapa
dekad yang lalu. Ini amat berkait rapat dengan amalan pedagogi di sekolah yang perlu perlulah
bersifat dinamik selari dengan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) yang menekankan
kepentingan penggunaan teknologi pada masa kini. Hal ini menyebabkan berlakunya
pengubahsuaian peranan guru daripada merupakan sebagai sumber pengetahuan murid
kepada guru sebagai pemudahcara dalam PdP. Adenan dan Khairuddin (2012) telah
menjelaskan bahawa isi pelajaran bahasa Melayu dapat disampaikan dengan berkesan
apabila guru merancang dan menentukan teknik pengajaran dengan baik. Dalam hal ini, guru
haruslah mempunyai pelbagai pilihan strategi, pendekatan, teknik dan kaedah yang dapat
membantu murid mencapai objektif pembelajaran. Permasalahan utama yang mendorong
kepada kajian ini dijalankan amalan penggunaan elemen pembelajaran menggunakan bahan
digital kurang memberangsangkan dalam kalangan guru-guru sama ada guru Bahasa Melayu
atau guru-guru bagi mata pelajaran yang lain.

Guru seharusnya mempunyai kemahiran yang tinggi dalam TMK bagi memenuhi
keperluan pelajar yang bukan sahaja pembelajaran di sekolah malah membantu dan
membimbing pelajar menjadi pengguna teknologi yang bijak. Namun, kajian berkaitan
penggunaan Teknologi maklumat dan Komunikasi dalam kalangan guru menunjukkan tahap
rendah (Rosnaini et al 2011 ; Md Nor & Rashita 2011) dan sederhana ( Christina Andin ;
Hazman (2010), Tengku Norhayati 2015). Permasalahan ini telah berlaku sejak awal abad ke-
21 dimana dibuktikan dalam kajian yang dilakukan oleh Suwarnee Mohd Solah (2006) yang
mendapati sesetengah guru Bahasa Melayu tidak berkemahiran menggunakan teknologi
maklumat sebagai alat bantu mengajar. Walaupun terdapat banyak kajian yang dijalankan
menunjukkan kelebihan penggunaan teknologi sebagai bahan bantu mengajar dalam sesi
pengajaran namun tahap penggunaan teknologi dalam kalangan guru masih di paras
sederhana. Melalui kajian ini, pengkaji dapat melihat sejauh mana tahap pengetahuan dan
kemahiran guru pada masa ini menggunakan alat dan sumber digital pada ketika guru
menyahut cabaran mengamalkan PAK-21 dalam PdP. Sekiranya masalah ini tidak dibendung
dan di atasi, masalah ini akan berterusan berlaku tanpa ada sebarang penyelesaian untuk
menambahbaik sistem pendidikan ke arah yang berkualiti.

1023
OBJEKTIF KAJIAN

Dalam kajian ini, objektif kajian adalah seperti berikut:

1. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu menggunakan alat dan
sumber digital dalam pengajaran dan pembelajaran.

2. Mengenal pasti tahap kemahiran guru Bahasa Melayu menggunakan alat dan sumber
digital dalam pengajaran dan pembelajaran.

3. Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu dalam
mengaplikasikan alat dan sumber digital dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

SOALAN KAJIAN

1. Apakah tahap pengetahuan guru bahasa Melayu dalam menggunakan alat dan
sumber digital?

2. Apakah tahap kemahiran guru bahasa Melayu dalam menggunakan alat dan sumber
digital?

3. Apakah cabaran yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu dalam menggunakan alat
dan sumber digital?

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian yang paling sesuai digunakan untuk kajian ini ialah kajian berbentuk
tinjauan. Sehubungan itu, pengumpulan data dibuat dengan menggunakan pendekatan
kuantitatif. Reka bentuk ini dipilih kerana mengambil kira pandangan McMillan et.al (2010)
yang mengatakan kajian penyelidikan tinjauan lebih sesuai apabila kajian bertujuan sebanyak
maklumat yang diperolehi mengenai satu populasi iaitu guru Bahasa Melayu. Populasi kajian
ini adalah terdiri daripada 89 orang guru di sekolah-sekolah kebangsaan di Taiping, Perak.
Instrumen kajian adalah terdiri daripada sebuah set soalan yang berfungsi sebagai
penganalisisan data secara statistik deskriptif dan inferensi bagi tujuan pengukuran data. Soal
selidik dalam kajian ini telah dirujuk kepada tiga pihak yang mempunyai kepakaran dan
pengalaman luas dalam bidang masing-masing. Sesuatu instrumen tersebut dikatakan
mempunyai kesahan yang tinggi jika darjah kebolehannya mengukur apa yang sepatutnya
diukur adalah tinggi (Mohd Majid 1990). Justeru, soal selidik bagi kajian ini telah diadaptasi
daripada kajian lalu Siti Aminah dan Fazlinda (2018) yang berkaitan dengan “Penggunaan Alat
Bantu Mengajar Berasaskan Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah
Menengah Zon Benut” dan kajian Renuka Ramakrishnan dan Siti Hawa Abdullah. (2012) iaitu
“Penggunaan Sumber Digital Sejarah Dalam Kalangan Guru Sejarah”. Kebolehpercayaan

1024
merujuk kepada ketekalan atau kestabilan keputusan pentaksiran (Azizi Ahmad, 2010). Oleh
itu, bagi menganggarkan kebolehpercayaan item-item dalam soal selidik, pekali Cronbach
Alpha telah digunakan melalui perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS).

DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan Jadual 1 dibawah, semua item berada pada tahap rendah. Responden yang
menjawab item-item dalam konstruk ini memperolehi nilai min antara 1.99 hingga 3.41.
Berdasarkan analisis, kebanyakan responden mempunyai tahap pengetahuan dalam
menggunakan alat dan sumber digital pada tahap sederhana. Item yang bernombor 1 iaitu
“Saya tahu menggunakan elemen teks dokumen dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.”
mempunyai nilai min tertinggi iaitu 3.41 manakala item yang bernombor 15 iaitu “Saya tahu
menggunakan aplikasi Powtoon dalam sesi pengajaran.” merupakan item yang mempunyai
nilai min yang terendah iaitu 1.99. Berdasarkan dapatan yang diperolehi, tahap pengetahuan
guru Bahasa Melayu menggunakan alat dan sumber digital dalam pengajaran berapa pada
tahap sederhana. Hal ini menunjukkan bahawa pengetahuan guru Bahasa Melayu terhadap
alat dan sumber digital adalah memuaskan. Pengetahuan guru menggunakan alat dan sumber
digital dalam pengajaran adalah penting supaya guru boleh mempelbagaikan teknik
pengajaran serta menarik minat murid untuk belajar dan menjadikan PdP lebih berkesan.

Bil Item Min Sisihan Tahap


(μ) Piawai (σ)
1. Saya tahu menggunakan elemen teks dokumen 3.41 .625 Sederhana
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
2. Saya tahu menggunakan elemen digital dalam sesi 3.04 .600 Sederhana
pengajaran dan pembelajaran.
3. Saya tahu menggunakan digital pembentangan 2.97 .659 Sederhana
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
4. Saya tahu menggunakan aplikasi Scratch dalam 2.23 .765 Rendah
sesi pengajaran dan pembelajaran.
5. Saya tahu menggunakan elemen animasi dalam 2.40 .769 Rendah
sesi pengajaran dan pembelajaran.
6. Saya tahu menggunakan perisian tertentu. 2.80 .604 Sederhana
7. Saya tahu menggunakan elemen filem/video dalam 2.84 .715 Sederhana
sesi pengajaran dan pembelajaran.
8. Saya tahu menggunakan bahan audio dalam sesi 2.84 .715 Sederhana
pengajaran dan pembelajaran.
9. Saya tahu menggunakan laman web dalam sesi 2.93 .786 Sederhana
pengajaran dan pembelajaran.
10. Saya tahu menggunakan portal (DELIMA) dalam 2.93 .729 Sederhana
sesi pengajaran dan pembelajaran.
11. Saya tahu menggunakan pembelajaran maya 2.94 .866 Sederhana
(Zoom, Google Meet) dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran.
12. Saya tahu menggunakan aplikasi Kahoot dalam sesi 2.51 .812 Sederhana
pengajaran.

1025
13. Saya tahu menggunakan aplikasi Quizziz dalam 2.69 .910 Sederhana
sesi pengajaran.
14. Saya tahu menggunakan aplikasi liveworksheet 2.26 .879 Rendah
dalam sesi pengajaran.
15. Saya tahu menggunakan aplikasi Powtoon dalam 1.99 .771 Rendah
sesi pengajaran.
16. Saya tahu menggunakan aplikasi Canva dalam sesi 2.21 .866 Rendah
pengajaran.
17. Saya tahu menggunakan aplikasi Wordwall dalam 2.19 .906 Rendah
sesi pengajaran.
18. Saya tahu menggunakan aplikasi Google For 2.46 .879 Sederhana
Education (Google Docs, Slides, Jamboard,
Youtube) dalam sesi pengajaran.
19. Saya tahu menggunakan aplikasi Microsoft Office 3.23 .705 Sederhana
(Word, Powerpoint, Excel) dalam sesi pengajaran.
20. Saya tahu menggunakan enjin carian (Mozilla 3.14 .889 Sederhana
Firefox, Microsoft Edge) dalam sesi pengajaran.
Keseluruhan 2.70 .589 Sederhana

Berdasarkan Jadual 2 dibawah, semua item berada pada tahap rendah. Responden
yang menjawab item-item dalam konstruk ini memperolehi nilai min antara 2.39 hingga 2.81.
Berdasarkan analisis, kebanyakan responden mempunyai tahap kemahiran dalam
menggunakan alat dan sumber digital pada tahap sederhana. Item yang bernombor 4 iaitu
“Saya mahir memilih alat dan sumber digital yang sesuai dengan objektif pembelajaran.”
mempunyai nilai min tertinggi iaitu 2.81 manakala item yang bernombor 9 iaitu “Saya mahir
mencipta bahan pengajaran yang baharu dengan menggunakan alat dan sumber digital untuk
mencapai objektif pengajaran.” merupakan item yang mempunyai nilai min yang terendah iaitu
2.39. Dapatan ini telah menunjukkan bahawa kemahiran guru menggunakan alat dan sumber
digital adalah sederhana hal ini disebabkan guru kurang didedahkan dengan alat dan sumber
digital terkini yang membolehkan guru meneroka dan mengaplikasikan ke dalam bilik darjah.

Jadual 2
Tahap kemahiran Bahasa Melayu dalam menggunakan alat dan sumber digital.
Bil Item Min Sisihan Tahap
(μ) Piawai (σ)
1. Saya mahir memuat turun alat dan sumber digital 2.80 .809 Sederhana
pada peranti.
2. Saya mahir memuat pasang alat dan sumber digital 2.53 .847 Sederhana
pada peranti.
3. Saya mahir menggunakan semula bahan 2.74 .736 Sederhana
pengajaran digital yang telah sedia ada dalam PdP
Bahasa Melayu.
4. Saya mahir memilih alat dan sumber digital yang 2.81 .708 Sederhana
sesuai dengan objektif pembelajaran.
5. Saya mahir menyunting bahan pengajaran 2.43 .861 Rendah
menggunakan alat dan sumber digital untuk
pengajaran.

1026
6. Saya mahir mengaplikasi beberapa alat dan sumber 2.51 .775 Sederhana
digital untuk menghasilkan sebuah bahan bantu
mengajar.
7. Saya mahir merancang aktiviti menggunakan alat 2.63 .745 Sederhana
dan sumber digital dalam pengajaran.
8. Saya mahir membezakan alat dan sumber digital 2.57 .791 Sederhana
yang sahih dan tidak sahih sebelum memuat turun.
9. Saya mahir mencipta bahan pengajaran yang 2.39 .839 Rendah
baharu dengan menggunakan alat dan sumber
digital untuk mencapai objektif pengajaran.
10. Saya mahir mengubah suai bahan pengajaran yang 2.54 .811 Sederhana
sedia dalam sumber digital ada agar menepati
objektif pengajaran.
Keseluruhan 2.59 .693 Sederhana

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Kesimpulan kajian ini dibuat hasil daripada dapatan kajian ini telah menjawab soalan kajian
yang pertama iaitu ‘Apakah Tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu dalam menggunakan
alat dan sumber digital?’. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa Tahap pengetahuan guru
Bahasa Melayu dalam menggunakan alat dan sumber digital adalah pada tahap yang
sederhana dengan nilai min 2.70. ini telah membuktikan bahawa pengetahuan guru dalam
menggunakan alat dan sumber digital masih berada tahap sederhana dalam pengajaran

Hasil dapatan kajian ini juga telah menjawab soalan kajian yang kedua iaitu ‘Apakah
Tahap kemahiran guru Bahasa Melayu dalam menggunakan alat dan sumber digital?’. Hasil
dapatan kajian menunjukkan bahawa Tahap kemahiran guru Bahasa Melayu dalam
menggunakan alat dan sumber digital adalah pada tahap yang sederhana dengan nilai min
2.59. ini telah membuktikan bahawa kemahiran guru dalam menggunakan alat dan sumber
digital masih berada tahap sederhana dalam pengajaran.

Hasil dapatan kajian ini telah menjawab soalan kajian yang ketiga iaitu ‘Apakah
cabaran yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu dalam menggunakan alat dan sumber
digital?’. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa cabaran yang dihadapi oleh guru Bahasa
Melayu dalam menggunakan alat dan sumber digital adalah pada tahap yang sederhana
dengan nilai min 2.91. ini telah membuktikan bahawa guru berdepan dengan pelbagai cabaran
dalam menggunakan alat dan sumber digital dan berada pada tahap sederhana dalam
pengajaran. Dapatan ini juga menyerupai dengan beberapa kajian yang lepas berkaitan
dengan penggunaan teknologi dalam kalangan guru.

Kajian ini adalah dapat membantu para guru untuk lebih peka dalam pengetahuan alat
dan sumber digital dalam pengajaran di sekolah. Dengan wujudnya kesedaran sebegini, guru
akan sentiasa cuba berusaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan serta melatih diri untuk

1027
meneroka dan meningkatkan kemahiran kendiri supaya dapat diaplikasikan kemahiran
mereka dalam bilik darjah. Pengetahuan ini juga dapat memberikan idea kepada pentadbir
sekolah bagi menangani masalah penggunaan alat dan sumber digital dalam kalangan guru
di sekolah masing-masing. Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru ini sedikit sebanyak
mempengaruhi guru dalam menggunakan alat dan sumber digital dalam pengajaran.

Guru-guru diluar sana juga boleh melaksanakan kajian tindakan bagi mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan penggunaan alat dan sumber digital semasa proses PdP
berlangsung. Malah dengan kajian tindakan ini juga dapat membantu guru untuk
menghasilkan satu inovasi bagi mengatasi masalah yang timbul. Hal ini secara tidak langsung
menggalakkan guru-guru untuk mencuba dan meneroka perkara baharu dan mengaplikasikan
alat dan sumber digital dalam pengajaran. Selain itu juga, pengkaji juga mencadangkan agak
pengkaji akan datang akan membuat kajian dengan meluaskan skop dan batasan kajian yang
melibatkan saiz persampelan yang lebih besar sehingga ke kawasan-kawasan luar bandar
dan juga pedalaman bagi kajian tinjauan. Pengkaji mencadangkan kajian lanjutan dilakukan
bagi memperbanyakkan literatur amalan penggunaan alat dan sumber digital dalam kalangan
guru-guru dalam dimensi berbeza.

RUJUKAN

Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah pengajaran Bahasa Melayu. Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
Andin, Christina, Nur Qistina Abdullah, & Hazman Ali. (2010). Penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kalangan guru-guru sekolah kebangsaan.
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Kementerian Pendidikan Malaysia.
McMillan, J. H. & Schumacher, S. (2014). Research in education: evidence-based inquiry.
Pearson Higher Ed.
Melvina, C. H. C. & Jamaludin Badusah. (2010). Sikap guru Bahasa Melayu terhadap
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran di sekolah
sekolah rendah di Bintulu, Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia. 35(1), 59-65.
Renuka Ramakrishnan & Siti Hawa Abdullah. (2012). Penggunaan sumber digital sejarah
dalam kalangan guru Sejarah. Seminar Kebangsaan Majlis Dekan.
Rosnaini Mahmud, Mohd Arif Hj Ismail & Jalalludin Ibrahim. (2011). Tahap kemahiran dan
pengintegrasian ICT di kalangan guru sekolah bestari. Jurnal Teknologi Pendidikan
Malaysia.
Rozinah Jamaludin. (2005). Multimedia dalam pendidikan. Utusan Publications & Distributors
Sdn Bhd.
Suwarnee Mohd Solah. (2006). Persepsi terhadap kesediaan dan tahap penggunaan TMK
dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah menengah bandar dan luar bandar.
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

1028
PENGAPLIKASIAN PENDEKATAN KONSTRUKTIF DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN KEMAHIRAN LISAN BAHASA MELAYU

Nurlyana binti Ezani


nurlyana09-602@epembelajaran.edu.my

Maria binti Tahir PhD


maria09-43@epembelajaran.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan guru mengaplikasikan pendekatan konstruktif
dan kesan pengaplikasian pendekatan konstruktif dalam amalan PdP kemahiran lisan bahasa Melayu.
Reka bentuk kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kes. Pemilihan
peserta kajian adalah secara persampelan bertujuan yang melibatkan tiga orang guru bahasa Melayu
yang mengajar murid tahap satu di sebuah sekolah jenis kebangsaan cina di daerah Bangsar Pudu,
Kuala Lumpur. Kajian ini mengutip data melalui transkripsi temu bual, senarai semak pemerhatian dan
analisis dokumen seperti rancangan pengajaran harian guru, refleksi pengajaran guru, rekod
pentaksiran murid dan hasil kerja murid. Penganalisisan data dilakukan secara analisis tematik iaitu
meneliti tema dan subtema bagi menjawab setiap soalan kajian. Data juga dianalisis menggunakan
perisian Nvivo12. Dapatan kajian menunujukkan bahawa guru-guru menekankan pengajaran konstruktif
mengikut proses pengajaran dalam Model Lima Fasa Needham. Kajian juga menjelaskan bahawa guru-
guru telah mengaplikasikan ciri-ciri konstruktivisme dalam pendekatan konstruktif semasa PdP
kemahiran lisan bahasa Melayu. Guru-guru telah menggunakan bahan bantu mengajar, mengaitkan isi
pelajaran dengan pengetahuan sedia ada murid, menggabungjalinkan beberapa kaedah dan teknik
PdP, membina pengetahuan murid, membimbing dan memotivasi murid serta memberi penghargaan
dan menilai proses pembelajaran murid secara berterusan. Seterusnya, pengaplikasian pendekatan
konstruktif telah memberikan kesan positif kepada produktiviti pengajaran guru dan pembelajaran aktif
murid untuk kekal yakin dan berani memberi respons secara lisan. Di akhirnya, murid termotivasi
meneruskan pembelajaran kemahiran lisan selepas tamat waktu PdP. Oleh itu, guru-guru bahasa
Melayu disarankan untuk mengaplikasikan pendekatan konstruktif dalam pengajaran bahasa Melayu
supaya dapat meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran lisan.

Kata Kunci: Pengaplikasian pendekatan konstruktif, kesan pendekatan konstruktif, kemahiran lisan,
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, Model Lima Fasa Needham.

ABSTRACT

The study aims to identify the knowledge of teachers for applying the Constructivism techniques and
the impact of Constructivism techniques in teaching and learning of Malay language oral proficiency.
The design of this study is qualitative research using the method of case study. The selection of the
research participants was based on purposive sampling involving three Malay language teachers, who
are currently teaching in a district in Bangsar Pudu District, Kuala Lumpur. This study was collected data
through the transcripts of the interviews, observations checklist, and document analysis such as
teachers’ daily teaching and learning plans, teacher teaching reflections, student assessment records
and student work outcomes. The data was analysed by thematic analysis that is examining the themes
and sub themes to answer each research question. Data were also analyzed using Nvivo12. The
findings of the study indicate that teachers emphasize constructive teaching according to the teaching
process in Needham’s Five Phase Model. Studies also show that teachers have to apply the features
of constructivism in a constructive approach during teaching and learning of Malay language oral
proficiency. Teachers have used teaching aids, related the content of the lesson with students' existing
knowledge, incorporated several teaching and learning methods and techniques, built students'
knowledge, guided and motivated students as well as continuously appreciating and evaluating

1029
students' learning process. Furthermore, the application of a constructive approach has had a positive
impact on teachers ’teaching productivity and students’ active learning to remain confident and bold to
respond verbally. In the end, motivated students continue learning oral skills after the end of the teaching
and learning period. Thus, the Malay language teachers are advised to apply the constructive approach
in teaching Malay language in order to improve student proficiency in verbal skills.

Keywords: Application of a constructive approach, the effects of a constructive approach, verbal skills,
teaching and learning of Malay language, Needham's Five Phase Constructivist Model

PENGENALAN

Pada anjakan kedua PPPM 2013-2025, kemahiran berbahasa dalam bahasa Melayu menjadi
perkara penting yang perlu dikuasai oleh murid. Lantaran itu, sistem pendidikan negara
memerlukan golongan pendidik untuk membuat anjakan paradigma bagi meningkatkan kualiti
pengajaran guru. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
mencirikan kualiti guru yang diperlukan pada abad ke-21 iaitu menguasai kandungan
kurikulum, berpengetahuan dalam pedagogi dan teknologi terkini, memahami perkembangan
murid, menyayangi murid dan memahami psikologi murid serta memiliki kemahiran kaunseling
(Ismail, Sidek & Mahbib, 2015). Jelaslah, penghasilan guru yang berpengetahuan dan
berkemahiran akan menghasilkan PdP yang berkesan kepada murid.
Intipati hala tuju pendidikan bahasa Melayu adalah untuk memperkasakan kemahiran
lisan dalam PdP bahasa Melayu di semua jenis sekolah menerusi Ujian Lisan Bahasa Melayu
(ULBS) Sekolah Rendah. Perkara ini akan mewajibkan semua murid dan guru untuk lebih
peka kepada penguasaan murid dalam kemahiran bertutur. Matlamat kurikulum bahasa
Melayu adalah untuk melengkapkan setiap murid dengan keterampilan berbahasa dan mampu
berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran,
maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian. Melalui penguasaan
kemahiran mendengar dan bertutur, murid dapat berkomunikasi dalam pelbagai situasi
dengan lebih berkesan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014).
Kemahiran lisan juga memerlukan kemahiran berfikir yang memerlukan murid belajar
cara memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan mereka. Menurut Celinea dan
Zamri (2018), murid membina makna pembelajaran secara semula jadi apabila berjaya
memahami perkara yang berlaku di sekeliling mereka dan membentuk konstruk maklumat
baharu sebagaimana yang dijelaskan oleh para pelopor teori konstruktivisme. Pendekatan
konstruktif merupakan pembelajaran berpusatkan murid yang dibangunkan KPM dengan
menggalakkan pembelajaran yang menggabungjalinkan pengetahuan sedia ada murid
dengan pengetahuan yang baharu diterima. Hal ini bertujuan untuk merangsang minda dan
membantu murid memperoleh pengetahuan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya
semasa proses penyampaian lisan. Oleh itu, pengetahuan guru tentang pelaksanaan PdP
yang menggunakan prinsip dan ciri-ciri konstruktif akan diaplikasikan dalam PdP bahasa

1030
Melayu khususnya bagi mencungkil kemahiran lisan dalam kalangan murid. Dengan itu, guru
akan mencorakkan PdP yang konstruktif ke arah mewujudkan hasil pembelajaran ke atas
usaha murid itu sendiri dengan menggunakan pengetahuan sedia ada mereka.

PERNYATAAN MASALAH
Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan ternyata menyukarkan penguasaan
berbahasa secara lisan dalam kalangan murid. Hal ini disebabkan guru lebih menekankan
aspek pembacaan dan penulisan di dalam bilik darjah bagi mengejar sukatan pembelajaran.
Dalam kajian Chew dan Abdul Jalil (2008), yang mendapati bahawa kemahiran mendengar
dan bertutur jarang-jarang ditekankan dalam PdP di dalam bilik darjah kerana guru lebih
mementingkan kemahiran menulis dan membaca. Selain itu, guru sering menggunakan
pendekatan yang berpusatkan guru semasa PdP bagi memudahkan proses pengajaran guru
tanpa sebarang halangan. Namun begitu, murid tidak berpeluang melibatkan diri di dalam bilik
darjah. Hal ini turut dinyatakan Norashid dan Hamzah (2014) bahawa pengajaran guru di
sekolah masih berpusatkan guru. Kesannya, murid kurang berusaha sendiri untuk
menggunakan pemikiran kritis dan kreatif bagi penjanaan idea baharu. Perkara ini menjadi
punca utama yang menyebabkan kemahiran lisan tidak dikuasai oleh murid.
Tambahan lagi, amalan pengajaran yang berpusatkan guru menyebabkan PdP
berlangsung secara sehala. Kajian Rozita Radhiah dan Abdul Rasid (2012) menjelaskan
bahawa kaedah pengajaran tradisional yang menjadikan guru sebagai sumber utama PdP
tidak sesuai diaplikasikan dalam dunia pendidikan kini. Pendekatan ini menyebabkan murid
kurang berkeyakinan terhadap pembelajaran lisan bahasa Melayu kerana tiada penglibatan
murid secara aktif di dalam bilik darjah. Kajian Chew dan Abdul Jalil (2008) menjelaskan
bahawa murid tidak suka melibatkan diri semasa aktiviti lisan kerana ketidakyakinan mereka
untuk mengemukakan pendapat atau idea semasa PdP kemahiran bertutur. Kebanyakan
murid hanya membaca semula isi-isi penting dalam teks dan tidak dapat membina
pengetahuan baharu secara kritis untuk dikongsikan. Jelaslah, PdP berpusatkan guru
menyebabkan murid kurang berkeyakinan bertutur secara lisan semasa PdP berlangsung di
dalam bilik darjah. Dapatan kajian oleh Nora’azian dan Fadzilah (2018), menunjukkan bahawa
majoriti murid di sekolah jenis kebangsaan tidak fasih dalam kemahiran bertutur dan berada
pada tahap sederhana.
Berdasarkan permasalahan yang timbul dari aspek pengajaran guru yang kurang
berkesan dan menyebabkan penguasaan kemahiran lisan bahasa Melayu murid berkurangan,
satu pendekatan berpusatkan murid wajar dilaksanakan dalam amalan PdP guru. Hasil kajian
lepas membuktikan bahawa PdP yang menggunakan pendekatan konstruktif telah berjaya
menunjukkan keberkesanan dalam penglibatan aktif murid di dalam kelas bahasa Melayu
seperti dalam kajian Norafidah (2017); Kavita Ratnam (2017); Syahida Nadia (2015); Zurainu

1031
dan Abdull Sukor (2012); Hasnita (2011). Hal ini membuktikan bahawa pendekatan konstruktif
berpotensi memberikan impak positif kepada pengajaran guru dan pembelajaran murid.
Ringkasnya, permasalahan yang timbul dalam kaedah pengajaran guru dan kelemahan murid
menguasai kemahiran lisan bahasa Melayu memerlukan sebuah pendekatan yang relevan
dan berkesan bagi mencapai matlamat penguasaan murid dalam merangka idea menerusi
kemahiran lisan.
OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini berasaskan kepada beberapa objektif tertentu, antaranya:
1. Mengenal pasti pengetahuan guru mengaplikasikan pendekatan konstruktif dalam amalan
pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan bahasa Melayu.
2. Mengkaji kesan pengaplikasian pendekatan konstruktif dalam pengajaran dan
pembelajaran kemahiran lisan bahasa Melayu.

SOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan, soalan kajian yang boleh dibentuk:
1. Bagaimanakah guru mengaplikasikan pengetahuan tentang pendekatan konstruktif dalam
amalan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan bahasa Melayu?
2. Apakah kesan pengaplikasian pendekatan konstruktif dalam pengajaran dan
pembelajaran kemahiran lisan bahasa Melayu?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Data kualitatif
dapat menerangkan sesuatu keadaan dengan lebih jelas (Othman Lebar, 2017). Dengan itu,
pengkaji dapat mengenal pasti amalan pendekatan konstruktif dalam pengajaran kemahiran
lisan bahasa Melayu di dalam bilik darjah dengan lebih terperinci. Kajian ini melibatkan
seramai tiga orang responden kajian yang dipilih secara persampelan bertujuan. Pemilihan
responden kajian dalam persampelan bertujuan adalah bercirikan responden yang ada
pengetahuan dan pengalaman dalam bidang kajian yang dikaji (Cresswell & Clark, 2011).
Responden kajian yang dipilih terdiri daripada guru-guru bahasa Melayu yang mengajar murid
tahap satu di SJKC Kuen Cheng 2, Kuala Lumpur. Pemilihan responden kajian juga
mengambil kira ciri-ciri guru konstruktif semasa kajian awal dijialankan.

Kajian ini menggunakan tiga instrumen iaitu instrumen temu bual, senarai semak
pemerhatian berfokus dan senarai semak analisis dokumen. Pengkaji menggunakan
instrumen temu bual separa berstruktur sebagai alat pengukuran utama bagi menjawab

1032
persoalan kajian. Sebanyak 21 item temu bual telah disediakan dengan mengadaptasi dan
mengubah suai beberapa item daripada kajian Norazilawati Abdullah et al. (2012) yang
berkaitan pelaksanaan pendekatan konstruktif dalam mata pelajaran Sains. Selain itu, senarai
semak pemerhatian yang dibina oleh pengkaji adalah sebagai rujukan kepada dapatan temu
bual (Othman Lebar, 2017). Sebanyak 14 item senarai semak pemerhatian telah disediakan
untuk mengenal pasti amalan dan pengetahuan guru tentang pendekatan konstruktif semasa
pengajaran kemahiran lisan bahasa Melayu. Senarai semak analisis dokumen pula
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu rancangan pengajaran harian dan reflex pengajaran
guru.
Pengkaji telah menggunakan perisian Nvivo12 bagi memudahkan proses
penganalisisan data kajian yang diperoleh daripada transkrip temu bual, pemerhatian dan
analisis dokumen. Hal ini membantu pengkaji untuk mendapatkan pengesahan data yang
ditriangulasikan serta menjamin data yang lebih sahih (Gay & Airasian, 2003). Seterusnya,
kajian ini menggunakan triangulasi kaedah dan data bagi meningkatkan kebolehpercayaan
dapatan kajian. Triangulasi kaedah digunakan dengan cara melakukan pelbagai teknik
pengumpulan data iaitu temu bual yang disertakan dengan bukti pemerhatian melalui senarai
semak pemerhatian dan analisis dokumen bagi membincangkan perkara yang sama.
Triangulasi data pula diperoleh dengan cara mengenal pasti data yang sama diperoleh
daripada ketiga-tiga guru bagi mendapatkan ketekalan data kajian. Hasil data mentah yang
telah dikumpul telah dianalisis secara tematik berbantukan perisian Nvivo12. Prosedur analisis
data ini akan membahagikan tema secara deduktif iaitu mengambil tema sedia ada menerusi
fasa-fasa dalam pengajaran konstruktif yang ditunjukkan oleh responden kajian semasa sesi
pemerhatian di dalam kelas.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Pengetahuan Guru Mengaplikasikan Pendekatan Konstruktif dalam Amalan Pengajaran


dan Pembelajaran Kemahiran Lisan Bahasa Melayu.
Hasil kajian adalah bagi menjawab soalan pertama yang diperincikan mengikut huraian Model
Lima Fasa Needham yang mengemukakan lima fasa pengajaran iaitu fasa orientasi,
pencetusan idea, penstrukturan semula, aplikasi idea dan refleksi. Penelitian kajian yang
mengikut lima fasa pengajaran ini adalah bersesuaian dengan langkah-langkah pengajaran
dalam PdP bahasa Melayu.
Pada fasa orientasi, dapatan kajian mendapati GBM1, GBM2 dan GBM3 telah
menyediakan suasana menarik dengan penggunaan bahan bantu mengajar di dalam bilik
darjah. GBM1 menyediakan bahan rangsangan yang menepati tema pembelajaran untuk
menggalakkan murid bertutur secara lisan. Antara bahan bantu mengajar yang digunakan oleh
GBM1, GBM2 dan GBM3 adalah berasaskan TMK seperti bahan audio dan video. Hal ini

1033
disebabkan kelengkapan kemudahan LCD dan internet yang disediakan oleh pihak sekolah di
setiap kelas. Tambahan lagi, responden kajian telah mengambil kira aspek pengetahuan sedia
ada (PSA) murid. Menurut GBM1 dan GBM3, kefahaman beliau tentang konstruktif adalah
dengan memandang kepada aspek PSA murid. Seterusnya, GBM2 menjelaskan bahawa PSA
murid amatlah penting untuk memberi pemahaman kepada muridnya yang merupakan murid
pemulihan. Hasil pemerhatian dan analisis dokumen RPH guru mendapati bahawa GBM1 dan
GBM3 telah memilih tema dan tajuk pelajaran yang sesuai dengan pengetahuan sedia ada
murid.
Fasa pencetusan idea pula telah memfokuskan kepada kaedah dan teknik pengajaran
yang digunakan guru bagi mendokong pembelajaran konstruktif di dalam bilik darjah. Strategi
pengajaran GBM1 adalah bebas dan menekankan penggabungjalinan kemahiran berbahasa
agar melahirkan murid yang aktif. GBM1, GBM2 dan GBM3 juga menggunakan kaedah
perbincangan dan teknik soal jawab. GBM 1 dan GBM2 juga ada menggunakan teknik
bercerita sebagai galakan pertuturan lisan daripada murid. Selebihnya, GBM1
mengemukakan pelbagai kaedah pengajaran tambahan seperti kaedah simulasi dan lakon,
kaedah pengucapan awam yang pernah digunakan semasa mempraktikkan pendekatan
konstruktif dalam PdP lisan. Hasil analisis dokumen RPH responden kajian adalah seperti
dalam jadual 1.

Jadual 1
Senarai Semak Item Dokumen RPH Kaedah dan Teknik PdP (GBMAD1/2/3: I3)

Bil Item Dokumen RPH GBM1 GBM2 GBM3


3 Penggunaan kaedah PdP
konstruktif:
/ / /
a. Kaedah perbincangan.
b. Kaedah Penyoalan / / /
c. Kaedah simulasi. - - -
d. Kaedah sumbang saran. / / /
e. Kaedah penyelesaian / / /
masalah.
f. Kaedah kumpulan. - / -
g. Kaedah permainan. - / -

Seterusnya, pengetahuan responden kajian pada fasa penstrukturan semula


dibuktikan dalam jadual 2 yang menunjukkan bahawa GBM 1, GBM2 dan GBM3 telah
menyampaikan isi kandungan secara induktif. Selain itu, ketiga-tiga responden telah

1034
menjalankan PdP bermula perkara asas yang mudah dengan pemberian contoh-contoh
konkrit sebelum penjelasan generalisasi secara abstrak. GBM1 menggunakan pembelajaran
berasaskan projek melalui penghasilan buku skrap untuk mengajar secara konkrit. Selain itu,
GBM1, GBM2 dan GBM3 berperanan sebagai pemudah cara atau fasilitator. Hasil
pemerhatian juga menunjukkan GBM1, GBM2 dan GBM3 menggalakkan murid berfikir dan
berkongsi jawapan dengan guru. Hasil perkongsian jawapan daripada murid telah membantu
guru membina pengetahuan murid secara sendiri. Kemudian, GBM1, GBM2 dan GBM3
menstrukturkan jawapan murid ke arah penambahbaikan yang lebih sesuai dan tepat.

Jadual 2
Senarai Semak Pemerhatian Fasa Penstrukturan Semula (GBMP1/2/3: A/I4, I5, I7)

Bil Item Pemerhatian GBM1 GBM2 GBM3


4 Guru menyampaikan isi / / /
kandungan secara induktif.
5 Guru mengajar perkara mudah / / /
kepada abstrak.
7 Guru memberikan pandangan / / /
daripada jawapan murid untuk
penambahbaikan.

Pada fasa aplikasi idea memerlukan usaha guru untuk menyediakan rangkaian aktiviti
baharu bagi memastikan murid mengembangkan idea yang baru diterima dalam PdP. Dapatan
kajian mendapati GBM1, GBM2 dan GBM3 telah menguji idea murid menerusi aktiviti latih
tubi. Bagi pandangan mereka, latih tubi diperlukan dalam pembelajaran konstruktif kerana
dapat mengukuhkan idea yang baru diterima semasa pembelajaran. Maka, dengan latih tubi
secara lisan dan bertulis dapat membantu murid dalam mengukuhkan pengetahuan terhadap
sesuatu pembelajaran. Pemerhatian menunjukkan bahawa GBM1, GBM2 dan GBM3 memberi
bimbingan dan motivasi kepada murid-muridnya bagi memastikan murid kekal konsisten
dalam mengembangkan idea semasa fasa aplikasi ini.

Seterusnya, fasa refleksi yang berada pada fasa penutup memerlukan tindakan guru
untuk menilai pencapaian murid sepanjang proses pembelajaran dan mengekalkan
momentum murid untuk meneruskan pembelajaran di luar bilik darjah. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa GBM1, GBM2 dan GBM3 menilai murid pada fasa refleksi untuk tujuan
rekod perkembangan murid. Penilaian yang dijalankan ialah pentaksiran bilik darjah. Setiap
responden kajian telah menjalankan pentaksiran pada akhir PdP selepas pelaksanaan aktiviti.
Di samping itu, GBM1, GBM2 dan GBM3 telah memberikan token penghargaan dan pujian
sebagai sokongan moral kepada murid-murid pada fasa penutup PdP.

1035
Kesan Pengaplikasian Teknik Permainan Bahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu.

Hasil temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen bersama responden kajian, pengkaji
meneliti kesan pengaplikasian pendekatan konstruktif kepada pengajaran guru semasa PdP
kemahiran lisan bahasa Melayu. GBM1 menjelaskan bahawa pendekatan konstruktif
melancarkan urusan guru dalam membuat penilaian berterusan kepada murid. GBM3 juga
mempunyai pandangan yang sama bahawa pendekatan konstruktif membolehkan guru
membuat penilaian mahu pun refleksi bagi menambah baik PdP secara berkala. GBM2 pula
berpendapat bahawa guru dapat merancang aktiviti dengan berstruktur apabila memilih aktiviti
yang bersesuaian dengan PSA murid. Pandangan GBM3 tentang kesan pendekatan
konstruktif kepada produktiviti guru ialah dapat memudahkan guru untuk mengajar murid bagi
mencapai objektif pembelajaran murid. Namun begitu, GBM3 menjelaskan bahawa beliau
perlu menggunakan kaedah terjemahan bahasa semasa memberi arahan kepada murid-
muridnya. Hal ini disebabkan sasaran murid di kelasnya merupakan murid bukan penutur jati
bahasa Melayu. Hasil pemerhatian yang dijalankan semasa PdP GBM1, GBM2 dan GBM3
menunjukkan bahawa objektif PdP yang dijelaskan oleh guru dalam dokumen RPH telah
berjaya dicapai pada akhir pembelajaran murid.

Seterusnya, kesan kepada pembelajaran murid dapat dilihat apabila GBM1, GBM2 dan
GBM3 menjelaskan bahawa pembelajaran konstruktif memberi kesan kepada peningkatan
pemikiran kognitif murid. Hal ini amatlah diperlukan sebelum proses respons secara lisan
berlangsung dalam PdP. Ternyata, pendekatan konstruktif membantu murid GBM1,GBM2 dan
GBM3 memahami isi pelajaran dengan lebih jelas dan menjana lebih banyak idea serta
bersedia menjalani PdP bahasa Melayu. Selain itu, GBM1 dan GBM3 turut menjelaskan
bahawa murid-muridnya menjadi berani dan yakin semasa memberi respons secara lisan.
Namun begitu, GBM2 menjelaskan lebih lanjut bahawa pembelajaran konstruktif menyukarkan
kefahaman konseptual kepada murid yang lemah. Hasil pemerhatian dipersembahkan dalam
jadual 3. Ternyata, kesan pendekatan konstruktif kepada pembelajaran murid adalah aktif.
Murid dari kelas GBM1, GBM2 dan GBM3 melibatkan diri sepanjang proses PdP dengan aktif.
Sesi soal jawab yang dijalankan juga telah menggalakkan repsons lisan daripada murid.
Semasa aktiviti berasaskan projek, murid GBM1 membuat penerokaan untuk melengkapkan
buku skrap. Murid GBM2 pula meneroka pembelajaran berdasarkan kit bahan rangsangan
dan murid GBM3 juga meneroka pembelajaran semasa aktiviti padanan penjodoh bilangan.

Sepanjang PdP berlangsung, murid GBM2 tidak menunjukkan keyakinan berbahasa


secara lisan seperti mana murid-murid di kelas GBM1 dan GBM3. Hal ini disebabkan murid-
murid GBM2 terdiri dari kumpulan murid pemulihan. Murid dari kelas GBM1 menunjukkan

1036
keyakinan berbahasa secara lisan semasa pemerhatian dijalankan. Murid dapat
mempersembahkan pengucapan awam dengan lancar. Murid cemerlang dapat memberi
respons lisan secara sukarela setelah bersedia. Hal ini disebabkan murid-murid GBM1 telah
membuat latih tubi sebelum menyampaikannya secara lisan. Manakala, bagi murid lemah dan
kurang bersedia, GBM1 memberi bimbingan dan motivasi sehingga murid tersebut berjaya
memberi respons lisan dengan berani di dalam bilik darjah. Murid GBM3 pula menunjukkan
potensi keberanian dengan menyertai pertandingan bercerita pada peringkat sekolah. Hal ini
membuktikan bahawa pendekatan konstruktif memberikan kesan positif kepada pembelajaran
murid selepas tamat PdP di dalam bilik darjah. Namun begitu, pemerhatian yang dijalankan
menunjukkan bahawa sokongan ibu bapa dan galakan GBM3 secara berterusan yang
membantu murid menyertai pertandingan bercerita dan menguasai kemahiran berbahasa
lisan. Pada akhir PdP pula, hanya murid GBM1 berjaya merumuskan isi pelajaran hasil
daripada suntikan motivasi dan bimbingan daripada guru. Rumusan pelajaran di kelas GBM2
dan GBM3 pula dirumuskan sendiri oleh guru tanpa melibatkan murid-murid.

Realitinya, PdP konstruktif menghasilkan pembelajaran aktif murid sekali gus memberi
keberanian kepada murid untuk memberi respons secara lisan. Proses pembelajaran yang
dilalui menghasilkan kesan kepada pemikiran kognitif murid yang lebih berstruktur dan
menjana banyak idea terhadap pembelajaran. Namun begitu, pemikiran kognitif ini tidak dapat
dikuasai sepenuhnya oleh murid di kelas GBM2 atas faktor murid pemulihan di kelasnya tidak
menguasai makna perkataan dalam bahasa Melayu.

Jadual 3
Senarai Semak Item Pemerhatian Kesan Pendekatan Konstruktif Kepada Pembelajaran Murid
(GBMP1/2/3: B/ I2-11)

Bil Item Pemerhatian Bahagian B GBM1 GBM2 GBM3


2. Murid melibatkan diri sepanjang / / /
proses PdP.
3. Murid memberi respon secara lisan / / /
semasa sesi soal jawab.
4. Murid mengemukakan soalan / / /
kepada guru secara lisan.
5. Murid membuat penerokaan / / /
terhadap isi pelajaran.
6. Murid berbincang secara lisan / / -
dengan guru dan rakan kumpulan.
7. Murid membetulkan kesalahan / / /
yang ditegur oleh guru.

1037
8. Murid belajar secara aktif / / /
menggunakan bahan bantu belajar.
9. Murid menunjukkan potensi dan / - /
keyakinan berbahasa secara lisan.
10. Murid merumuskan isi pelajaran / - -
secara lisan.
11. Murid mengemukakan pendapat / - /
secara peribadi.

KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN


Analisis dapatan kajian ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga responden kajian telah
mengaplikasikan pengetahuan tentang pendekatan konstruktif dalam amalan PdP kemahiran
lisan bahasa Melayu. Menurut Norafidah (2017), teori konstruktivisme menjadi kebiasaan
kepada guru untuk diamalkan dengan menerapkan ciri-ciri konsruktivisme dalam PdP.
Pengetahuan guru mengaplikasikan pendekatan konstruktif dalam PdP kemahiran lisan
bahasa Melayu adalah bertepatan dengan fasa-fasa dalam pengajaran Model Lima Fasa
Needham. Guru-guru didapati menggunakan bahan bantu mengajar berbentuk TMK untuk
menyediakan suasana pembelajaran menarik di peringkat set induksi PdP. Hal ini bertepatan
dengan kajian Idris (2005) bahawa pada fasa orientasi, guru perlu menyediakan prasarana
dan alat bantu yang dapat menarik minat pelajar.

Selain itu, pengajaran yang mementingkan pengetahuan sedia ada murid juga diberi
penekanan oleh guru-guru pada fasa orientasi dalam dapatan kajian ini. Hal ini dapat
diperkukuh dengan dapatan kajian Celinea Lasan dan Shamsul Aizuwani (2019), yang
menjelaskan bahawa guru yang menggunakan pengolahan cerita melibatkan pengetahuan
sedia ada murid SJKC tahap satu dapat meningkatkan penguasaan bahasa Melayu murid
dalam semua aspek kemahiran berbahasa. Di samping itu, dapatan kajian dapat dilihat
menerusi usaha guru-guru dalam menggabungjalinkan teknik soal jawab, kaedah
perbincangan dengan rakan dan guru, kaedah sumbang saran, kaedah penyelesaian
masalah, aktiviti bercerita dan kaedah pengucapan awam yang bersesuaian dengan
pembelajaran konstruktif. Hal ini bertepatan dengan kajian Hasnita (2011) yang menjelaskan
bahawa pada fasa pencetusan idea, guru mengadakan sesi sumbang saran dan perbincangan
dalam kumpulan kecil serta membuat pembentangan di kelas.

Pada fasa penstrukturan semula menunjukkan bahawa ketiga-tiga guru membina


pengetahuan murid dengan menggalakkan penerokaan menerusi pembelajaran berasaskan
projek. Hal ini bersesuaian dengan kajian Monica Laina dan Zamri Mahamod (2020), yang

1038
menyatakan bahawa kaedah pembelajaran berasaskan projek seperti penghasilan buku skrap
dapat meningkatkan minat murid dan memberikan kebebasan kepada murid untuk meneroka
kreativiti, fokus dan rasa ingin tahu yang mendalam serta mengambil bahagian secara aktif
terhadap pembelajaran. Selain itu, guru-guru juga telah menyampaikan pengajaran secara
induktif dan mengajar daripada perkara mudah kepada sukar atau abstrak. Hal yang sama
turut dijelaskan Tajul (2008), yang menyusun tahap pembelajaran murid dengan teratur iaitu
bermula dengan tahap yang mudah dan diakhiri dengan tahap yang susah.

Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan peranan guru-guru sebagai fasilitator dalam


kawalan pembelajaran murid. Peranan guru sebagai fasilitator semasa pembelajaran
konstruktif ini adalah selari dengan kajian Celinea Lasan dan Shamsul Aizuwani (2019),
bahawa fungsi guru di dalam bilik darjah adalah sebagai fasilitator dengan membimbing
kumpulan murid memahami tugasan. Selain itu, responden turut memilih kaedah latih tubi
secara lisan dan bertulis pada fasa pengaplikasian idea. Hal ini selari dengan kenyataan
Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012) bahawa teknik latih tubi bertujuan mencapai
taraf penguasaan kemahiran di samping menjamin ketekalan ingatan. Tambahan lagi,
peranan guru semasa fasa pengaplikasian idea adalah sebagai motivator dan pembimbing
kepada murid.

Dapatan kajian ini telah terbukti bahawa guru-guru menggunakan fasa refleksi sebagai
fasa untuk merekod penilaian murid dan menyokong murid dengan memberikan penghargaan
dalam bentuk token dan pujian sebagai galakan kepada murid untuk meneruskan
pembelajaran di rumah selepas tamat PdP di dalam kelas. Hal ini disokong dengan kajian
Zamri Mahamod dan Nor Razah (2011), yang menunjukkan guru melayani jawapan pelajar
dengan baik iaitu dengan memberikan pujian atau motivasi kepada pelajar yang menjawab.
Oleh itu, kajian ini membuktikan bahawa pengetahuan guru tentang pendekatan konstruktif
telah dikuasai dan berjaya diaplikasikan dalam amalan PdP kemahiran lisan bahasa Melayu.

Dapatan kajian yang kedua adalah berkaitan kesan pendekatan konstruktif dalam PdP
kemahiran lisan bahasa Melayu. Kesan dari aspek pengajaran guru dapatlah dilihat menerusi
analisis dapatan kajian ketiga-tiga responden. Guru-guru berjaya mencapai objektif PdP yang
ditetapkan pada awal pengajaran dan memudahkan guru membuat penilaian secara
berterusan serta membuat penambahbaikan pada kelas yang berikutnya. Dapatan ini
disokong dengan kajian Nor Hasniza et al. (2007) yang menyatakan bahawa fasa refleksi
membantu guru memperkukuhkan sikap saintifik pelajar dengan mengimbas kembali segala
permasalahan yang dihadapi oleh guru.

Seterusnya, kesan dari aspek pembelajaran murid dapat dibuktikan menerusi


penglibatan murid dalam aktiviti kelas secara aktif. Murid-murid GBM1, GBM2 dan GBM3

1039
melibatkan diri dalam setiap aktiviti secara menyeluruh. Hal ini selari dengan kajian Yahya dan
Amirudin (2010) yang menunjukkan keberkesanan pelajarnya terhadap pembelajaran secara
konstruktivisme yang memberikan kesan penglibatan lebih aktif sewaktu proses PdP.
Tambahan lagi, murid-murid menjadi lebih berkeyakinan dan berani memberi respons secara
lisan semasa sesi soal jawab dan aktiviti pengucapan awam. Keberanian dan keyakinan murid
memberikan respons secara lisan dapat dibuktikan lagi apabila murid-murid GBM3 berjaya
melibatkan diri dalam pertandingan bercerita yang dianjurkan pada peringkat sekolah.
Dapatan ini diperkukuhkan dengan kenyataan Zamri Mahamod (2014) yang menjelaskan
bahawa kelas-kelas yang berbentuk konstruktivis dapat membantu pelajar menguasai bahasa
secara praktikal dan bertutur bahasa dengan fasih, lancar dan berkesan. Namun begitu,
dapatan kajian daripada GBM2 mendapati bahawa murid-murid pemulihan tidak ada
keyakinan untuk merespons secara sukarela. Hal ini disebabkan halangan kepada
pemahaman konseptual isi pelajaran. Ternyata, murid lemah sukar menstruktur pemikiran
tanpa bimbingan dan latih tubi yang berterusan di sekolah mahu pun di rumah.

Di samping itu, kesan pendekatan konstruktif telah membantu meningkatkan prestasi


murid dalam ujian lisan dan pemikiran murid dalam memahami isi pelajaran. Dapatan ini selari
dengan kajian Syahida Nadia, (2015); Zurainu dan Abdul Sukor (2012) bahawa hasil
pembelajaran konstruktif menggunakan Model Lima Fasa Needham telah meningkatkan
prestasi pelajar dalam pembelajaran Komsas Bahasa Melayu. Akhir sekali, kesan pendekatan
konstruktif membuka peluang kepada galakan pembelajaran berterusan selepas tamat waktu
pembelajaran di kelas. Dapatan kajian menunjukkan bahawa suntikan semangat daripada
guru membantu ibu bapa untuk bergerak dan memberi bimbingan kepada anak-anak mereka
bagi meneruskan pembelajaran bahasa secara lisan di rumah. Dapatan kajian ini disokong
dengan kajian oleh Nora’azian dan Fadzilah (2018) bahawa murid bukan penutur natif perlu
dibiasakan dengan bertutur menggunakan bahasa Melayu secara informal di sekolah
mahupun di rumah kerana bahasa kedua dikuasai melalui peniruan dan ajukan terhadap
penutur natifnya seperti guru, kawan, ibu bapa dan jiran.

Sehubungan dengan itu, kajian ini menunjukkan bahawa guru perlu mempraktikkan
pendekatan konstruktif di dalam PdP kemahiran lisan bahasa Melayu. Pemilihan kaedah dan
teknik pengajaran yang bersesuaian dengan sasaran murid di SJKC menjadikan pengajaran
guru lebih berkesan dan lancar. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa setiap fasa dalam
Model Lima Fasa Needham memerlukan perancangan aktiviti berstruktur daripada guru
supaya dapat diaplikasikan dalam pembelajaran murid. Tambahan lagi, pendekatan
konstruktif ini menunjukkan bahawa murid-murid di SJKC mempunyai peluang untuk berusaha
terhadap pembelajaran lisan bahasa Melayu dengan melakukan projek dan tugasan yang

1040
diberikan oleh guru. Jelaslah, kajian ini dapat mengisi kelompongan praktikal pengaplikasian
pendekatan konstruktif dalam amalan PdP bahasa Melayu.

Penekanan kepada proses pembelajaran dan bukan hasil menyebabkan teori


konstruktivisme yang menggunakan Model Lima Fasa Needham ini amatlah relevan untuk
digunakan dalam pembelajaran bahasa. Hal ini demikian kerana, PdP kemahiran lisan
memerlukan proses pemikiran yang distruktur sebaiknya sebelum keyakinan terhasil untuk
memberi respons secara lisan. Jelaslah bahawa Model Lima Fasa Needham dapat digunakan
dalam amalan PdP kemahiran lisan bahasa Melayu sekali gus memberi impak kepada teori
konstruktivisme bagi Model Lima Fasa Needham. Kajian yang dilaksanakan ini diharapkan
memberi impak terhadap bidang pendidikan khususnya dalam PdP kemahiran lisan. Maka,
dicadangkan kajian seumpama ini diteruskan dalam kemahiran bahasa yang lain seperti
kemahiran menulis, kemahiran membaca dan aspek tatabahasa dan seni bahasa. Tambahan
lagi, pengkaji juga boleh meneruskan kajian ini untuk mata pelajaran lain yang sesuai dengan
pembelajaran yang menekankan proses berbanding hasil.

RUJUKAN

Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah pengajaran bahasa Melayu. Oxford
Fajar Sdn.Bhd.
Celinea Lasan & Zamri Mahamod. (2018). Pembelajaran timbal balik bahasa Melayu dalam
kalangan murid Peribumi Bidayuh di Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia, 43(2), 1-
15. http://journalarticle.ukm.my/13638/1/20285-89726-1-PB.pdf
Celinea Lasan & Shamsul Aizuwani Nawi. (2019). Pengajaran dan pembelajaran kemahiran
menulis bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan Cina. Seminar Antarabangsa
Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara. IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala
Lumpur. 420-429.
Chew F. P. & Abdul Jalil Othman. (2008). Pengabaian kemahiran mendengar dan bertutur
dalam bilik darjah di sekolah menengah: Punca, masalah dan kesannya di
Malaysia. Sosiohumanika, 1(1), 167-192.
Hasnita Binti Mahmud. (2011). Pengaplikasian pendekatan konstruktivisme dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu. Disertasi Ijazah Sarjana Pendidikan Bahasa
Melayu. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Idris Mohd Radzi. (2005, Januari). Aplikasi konstruksi pengalaman dalam pengajaran
karangan. Dibentangkan dalam Seminar Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu.
https://www.researchgate.net/publication/281278363_Aplikasi_Konstruksi_Pengalam
an_dalam_Pengajaran_Karangan
Ismail, Sidek & Mahbib. (2015). Faktor keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
kemahiran berfikir aras tinggi abad ke-21 bagi pelajar Sains. Seminar Kebangsaan
Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam 2015. Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia. 228-238.
Kavitha Ratnam. (2017). Kesan teknik eksplorasi internet berasaskan pendekatan
konstruktivisme terhadap penulisan karangan fakta. [Tesis Sarjana Pendidikan Bahasa
Melayu]. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

1041
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran
KSSR Bahasa Melayu sekolah kebangsaan tahun 5. Bahagian Pembangunan
Kurikulum.
Merriem, S, B. (2002). Qualitative Research and Case Study Applications in Education.
Jossey-Bass Publishers.
Monica Laina Tonge & Zamri Mahamod. (2020). Kesan pembelajaran berasaskan projek
terhadap kemahiran menulis karangan murid sekolah rendah. Jurnal Pendidikan
Malaysia, 45(1), 12-20.
Nor Hasniza Ibrahim, Mohammad Yusof Arshad and Johari Surif. (2006). Reflection: The
effective self-evaluation among teacher. Kertas kerja dibentangkan di Kuala Lumpur
International Conference on Assessment. 16-19 May 2006 at Sunway Lagoon Resort
Hotel, Petaling Jaya, Selangor. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Nora’azian Nahar, & Fadzilah Abd. Rahman. (2018). Tahap penguasaan kemahiran bertutur
bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan penutur natif. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 8(1), 74-83. http://Journalarticle.Ukm.My/11838/1/169-327-1-Sm.Pdf
Norashid Othman & Hamzah Md. Omar. (2014). Beban tugas dan motivasi pengajaran guru
di sekolah menengah daerah Ranau. Jurnal Pemikir Pendidikan. 5, 35-37.
Norafidah Binti Noralididn. (2017). Pembinaan model pengajaran kemahiran menulis karangan
berdasarkan teori konstruktivisme. [Tesis Ijazah Doktor Falsafah]. Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Othman Lebar. (2017). Penyelidikan kualitatif: Pengenalan kepada teori dan metode. Penerbit
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Rozita Radhiah dan Abdul Rasid. (2012). Amalan pengajaran karangan guru cemerlang di
dalam bilik darjah: Kajian satu kes pelbagai lokasi. Asia Pacific Journal of Educators
and Education, 27, 51–68.
Ruzlan Md Ali, Fahainis Mohd Yusof & Fuziah Shaffie. (2018). Pengumpulan data kualitatif
dalam penyelidikan. Dewan Bahasa & Pustaka.
Syahida Nadia Zakaria. (2015). Kesan pendekatan kostruktivisme dan pendekatan tradisional
dalam pengajaran dan pembelajaran komponen sastera bahasa Melayu. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 5(2),12-21.
Tajul Aripin Kassin. (2008). Masalah penguasaan kemahiran membaca di peringkat awal
kanak-kanak. Dalam Khaidir Hj. Ismail, Lukman Z. M., & Hanina H. Hamsan (Ed.),
Pembangunan kanak-kanak: Teori, isu dan cabaran, (pp. 233-250). Arah Pendidikan.
Yahya Bin Buntat & Amirudin Bin Yusof. (2010). Pendekatan pembelajaran secara
konstruktivisme dalam kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran teknikal. (Tidak
diterbitkan). Universiti Teknologi Malaysia.
Zamri Mahamod & Nor Razah Lim. (2011). Kepelbagaian kaedah penyoalan lisan dalam
pengajaran guru bahasa Melayu: Kaedah pemerhatian. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu. 51.
Zamri Mahamod. (2014). Inovasi PdP dalam pendidikan bahasa Melayu. Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Zurainu Mat Jasin, & Abdull Sukor Shaari. (2012). Keberkesanan model konstruktivisme lima
fasa Needham dalam pengajaran Komsas bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 2(1), 79-92.

1042
PENERIMAAN GURU BAHASA MELAYU TERHADAP APLIKASI DIGITAL GOOGLE
MEET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN SEKOLAH
RENDAH

Nurul Fatini binti Aziz


fatini09-903@epembelajaran.edu.my

Masywawi bin Mohd Nor


masywawi@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
05990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penerimaan guru Bahasa Melayu terhadap aplikasi digital
Google Meet untuk pengajaran dan pembelajaran dalam talian sekolah rendah. Reka bentuk kajian ini
menggunakan salah satu pendekatan kuantitatif iaitu kajian tinjauan. Instrumen kajian ini ialah soal
selidik berkaitan tahap persepsi kegunaan (perceived usefulness), tahap kemudahgunaan (perceived
ease of use) dan tahap niat dan tingkah laku penggunaan aplikasi Google Meet untuk pengajaran dan
pembelajaran dalam talian sekolah rendah. Responden kajian melibatkan 103 orang guru Bahasa
Melayu di 12 buah sekolah rendah sekitar daerah Kota Setar, Kedah. Data yang diperoleh dianalisis
menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 26 untuk mendapatkan peratus, min
dan sisihan piawai. Berdasarkan dapatan kajian, tahap persepsi kegunaan pada tahap sederhana
(min=3.59, SP=0.65) manakala tahap persepsi kemudahgunaan berada pada tahap yang tinggi
(min=3.67, SP=0.699). Namun, tahap niat dan tingkah laku penggunaan berada pada tahap yang
sederhana (min=3.65, SP=0.748). Hal ini menunjukkan meskipun guru-guru Bahasa Melayu
mengetahui akan kegunaan dan kemudahgunaan aplikasi Google Meet untuk pembelajaran dalam
talian, namun penerimaan guru terhadap aplikasi ini masih berada di tahap yang sederhana di mana
niat dan tingkah laku mendorong kepada penerimaan sebenar aplikasi tersebut. Oleh itu, kajian ini
memperlihatkan tahap penerimaan guru terhadap aplikasi digital Google Meet dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam talian di Malaysia terutama penggunaannya sewaktu tempoh pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PdPR) apabila sekolah ditutup akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
berkuatkuasa.
Kata Kunci: Tahap penerimaan, persepsi kegunaan, persepsi kemudahgunaan, Google Meet,
pembelajaran dalam talian, PdPR

ABSTRACT

This study aimed to identify the level of acceptance of Malay Language teachers to digital applications
Google Meet for online teaching and learning in primary schools. The design of this study uses one of
the quantitative approaches which is a survey study. The instrument of this study is a questionnaire
related to the level of perceived usefulness, perceived ease of use and the level of intention and behavior
of using the Google Meet application for primary school online teaching and learning. The study involved
103 respondents Malay teachers in 12 primary schools around Kota Setar, Kedah. The data obtained
were analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 26 to obtain percentages,
means and standard deviations. Based on the findings of the study, the level of perception of usability
is at a moderate level (mean = 3.59, SP = 0.65) while the level of perception of usability is at a high level
(mean = 3.67, SP = 0.699). However, the level of intention and consumption behavior was at a moderate
level (mean = 3.65, SP = 0.748). This shows even though the Malay language teachers will know the
usefulness and ease of Google Meet digital applications for online learning, but teachers' acceptance of
these applications are still at a modest level where intention and behavior led to the actual receipt of the
application. Therefore, this study shows the level of teachers’ acceptance of the Google Meet as digital
application in teaching and learning in Malaysia especially during home-based teaching and learning
(PdPR) period when schools are closed due to Movement Control Order (MCO) restrictions.

1043
Keywords: Teachers’ acceptance, perceived usefulness, perceived ease of use, Google Meet, online
learning, PdPR

PENGENALAN

Pendidikan di Malaysia mendukung hasrat yang tinggi dalam menyediakan sistem pendidikan
yang berkualiti serta mampu menyediakan murid untuk berdepan dengan cabaran abad ke-
21. Dalam mendepani perubahan drastik yang berlaku seiring perubahan zaman, kemenjadian
murid dan individu yang berkualiti perlu dilengkapi dengan keupayaan menggunakan
maklumat dan teknologi dengan cekap, berkomunikasi dengan berkesan, berkolaborasi
secara aktif, mempamerkan kreativiti dan idea yang kritis serta mempunyai jati diri yang utuh
dilihat dapat mendepani era perubahan globalisasi. Bukan itu sahaja, perubahan ini berkait
rapat dengan keperluan ilmu dan kemahiran dalam bidang teknologi khususnya supaya
mempunyai nilai dan mampu bersaing di peringkat global (Adam Badhrulhisham, Muhammad
Hilmi Mat Johar & Taufiq A. Rashid, 2019). Maka, untuk menghasilkan individu yang bersedia
menghadapi cabaran ini, kemahiran abad-21 diterapkan dalam sistem pendidikan yang
mengalami transformasi demi transformasi bagi menghasilkan pendidikan yang berkualiti.

Menurut Norazlin Mohd Rusdin dan Siti Rahaimah Ali (2019) usaha memupuk
kemahiran menggunakan Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) agak sukar memandangkan
murid-murid mempunyai perbezaan dari segi pengetahuan, minat, pengalaman sedia ada,
motivasi dan gaya pembelajaran. Menurut Hafiza Haron, Supyan Hussin, Ahmad Rizal Mohd
Yusof dan Hafidzan Yusof (2019), Alagesan Ambikapathy, Siti Hajar Halili dan Mohana Dass
Ramasamy (2020) dan Fernando Ferri, Patrizia Grifoni dan Tizianan Guzzo (2020)
berpendapat bahawa bukan sahaja dari segi prasarana, peranti yang menyokong
pembelajaran murid dalam talian, akses kepada internet, komitmen murid malah kurang
kemahiran dan pedagogi guru juga merupakan isu-isu yang dihadapi oleh warga pendidik
dalam menggunakan teknologi dalam pembelajaran. Walau bagaimanapun, cabaran-cabaran
tersebut juga menjadi faktor guru memantapkan kemahiran diri dan berusaha untuk meneroka
ilmu baharu terutama dari segi kemahiran penggunaan TMK bagi menyesuaikan diri dengan
situasi pembelajaran semasa.

Kini, apabila negara Malaysia berdepan dengan musibah penularan wabak Covid-19
yang menghalang pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka, maka ia telah memberi
tamparan yang hebat sekaligus menyebabkan perubahan yang drastik dalam sistem
pendidikan. Pembelajaran berteraskan teknologi seperti pembelajaran dalam talian menjadi
pilihan utama yang perlu dijalankan oleh warga pendidik bagi memastikan akses pendidikan
yang berteruskan meskipun murid berada di rumah. Sehubungan dengan itu, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah mengeluarkan manual pengajaran dan pembelajaran
di rumah (PdPR) beserta surat pekeliling ikhtisas, surat siaran, suarat pemakluman dan garis

1044
panduan KPM sebagai alternatif pembelajaran norma baharu dan panduan kepada guru
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2020). Pendekatan yang dicadangkan menyarankan
murid menggunakan pelantar pembelajaran serta aplikasi digital yang sesuai dan optimum
bagi menjalankan pembelajaran di rumah. Oleh itu, aplikasi digital yang difokuskan dalam
kajian ini ialah Google Meet berbentuk siaran langsung yang merupakan salah satu
pendekatan PdPR secara dalam talian.

PERNYATAAN MASALAH

Warga pendidik berasakan perubahan paradigma ini agak sukar diaplikasi pada peringkat
awal perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana mewajibkan pembelajaran
atas talian. Hal ini disokong oleh Bibi Noraini Mohd Yusuf dan Jihan Ahmad (2020) yang
menyatakan bahawa kaedah pengajaran secara dalam talian mencabar keupayaan
pensyarah untuk melaksanakannya. Situasi ini dihadapi oleh semua guru termasuklah guru
Bahasa Melayu. Tambahan pula, kekangan yang wujud dalam mengintegrasikan TMK dalam
pembelajaran murid. Hal ini dapat dilihat apabila guru mengaplikasikan teknologi dalam
pembelajaran atas talian menggunakan aplikasi, perisian dan platform yang pelbagai misalnya
Google Meet yang difokuskan dalam kajian. Namun, penggunaan aplikasi digital dalam
kalangan guru sendiri dilihat sangat penting kerana dapat meneruskan kesinambungan
pembelajaran di sekolah meskipun tidak dapat bersemuka dalam bilik darjah.

Maka, dalam menggunakan teknologi seperti aplikasi digital untuk pembelajaran, guru
hendaklah mengetahui kegunaan aplikasi digital yang digunakan serta kemudahan yang
ditawarkan bagi menyokong pembelajaran murid. Hal ini berkait rapat dengan persepsi guru
terhadap aplikasi digital yang digunakan di mana ia boleh mendorong kepada penerimaan
sebenar teknologi. Situasi sekolah yang tidak dibuka memerlukan guru menggunakan aplikasi
yang sesuai bagi mewujudkan interaksi dua hala meskipun pembelajaran berlaku secara jarak
jauh. Hal ini demikian kerana penggunaan aplikasi pembelajaran yang tidak menyokong
interaksi berkesan boleh membawa implikasi misalnya murid kurang memberi kerjasama
dalam pembelajaran dalam talian kerana tidak wujud interaksi secara langsung sebaliknya
pembelajaran berlaku tanpa ada maklum balas yang langsung dari murid. Hal ini disokong
oleh Nordin Halias, Zawawi Ismail dan Harun Bahrudin (2017) yang menyatakan bahawa
untuk mewujudkan pembelajaran yang berkesan komunikasi dan interaksi merupakan elemen
yang penting. Oleh itu, penggunaan aplikasi digital yang sesuai memerlukan persepsi guru
yang positif dan mendorong penerimaan sebenar teknologi.

1045
OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan tujuan tersebut, kajian ini cuba untuk mencapai tiga objektif berikut:

1. Mengenal pasti tahap persepsi kegunaan (perceived usefulness) guru Bahasa Melayu
terhadap aplikasi digital Google Meet untuk pengajaran dan pembelajaran dalam talian
sekolah rendah.
2. Mengenal pasti tahap persepsi kemudahgunaan (perceived ease of use) guru Bahasa
Melayu terhadap aplikasi digital Google Meet untuk pengajaran dan pembelajaran
dalam talian bagi subjek Bahasa Melayu sekolah rendah.
3. Meninjau sejauh mana niat dan tingkah laku (attitude and intention to use) guru
menggunakan aplikasi digital Google Meet dalam menjalankan pembelajaran dalam
talian bagi subjek Bahasa Melayu sekolah rendah.

PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian, terdapat tiga persoalan kajian yang dibina:

1. Apakah tahap persepsi kegunaan (perceived usefulness) guru terhadap penggunaan


Google Meet sebagai aplikasi digital untuk pengajaran dan pembelajaran dalam talian
bagi subjek Bahasa Melayu sekolah rendah?
2. Apakah tahap persepsi kemudahgunaan (perceived ease of use) guru terhadap
penggunaan Google Meet sebagai aplikasi digital untuk pengajaran dan pembelajaran
dalam talian bagi subjek Bahasa Melayu sekolah rendah?
3. Apakah tahap niat guru menyumbang kepada tingkah laku penggunaan aplikasi digital
Google Meet dalam pengajaran dan pembelajaran dalam talian bagi subjek Bahasa
Melayu sekolah rendah?

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian adalah kajian tinjauan deskriptif dengan menggunakan soal selidik. Dalam
kajian ini, tinjauan dilihat kepada tahap penerimaan guru Bahasa Melayu terhadap
penggunaan aplikasi Google Meet dalam PdP dalam talian bagi subjek Bahasa. Kajian ini
melibatkan seramai 103 orang guru Bahasa Melayu sekolah rendah. Pengkaji menggunakan
borang soal selidik sebagai instrumen utama bagi mengumpul data kajian. Borang soal selidik
telah diberikan secara maujud kepada guru-guru Bahasa Melayu daripada 12 buah sekolah
rendah kategori bandar yang terletak dalam daerah Kota Setar.

Seterusnya, data dianalisis berdasarkan statistik deskriptif menggunakan perisian


SPSS (Statistical Package for School Science) versi 26.0. Penggunaan program SPSS adalah

1046
bersesuaian dan kerap kali digunakan kerana menu deskriptif dan kotak dialog yang
disediakan memudahkan pengkaji memproses atau menganalisis data mengikut apa yang
diperlukan (Ramlee Ismail, Jamal@Nordin Yunus dan Marinah Awang, 2020). Hal ini
bertepatan dengan kajian yang dijalankan iaitu melihat tahap penerimaan guru Bahasa Melayu
terhadap penggunaan aplikasi digital Google Meet untuk pengajaran dan pembelajaran dalam
talian bagi subjek Bahasa Melayu.

Instrumen soal selidik ini mengandungi empat bahagian iaitu Bahagian A: Demografi
Responden, Bahagian B: Persepsi Kegunaan (perceived usefulness) guru mengggunakan
aplikasi digital Google Meet, Bahagian C: Persepsi Kemudahgunaan (perceived ease of use)
guru dan Bahagian D: Niat dan Tingkah Laku Penggunaan aplikasi digital Google Meet dalam
pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Bahagian B dan Bahagian C mempunyai 10 item
soalan. Bahagian D pula mengandungi lima item soalan yang diukur dalam kajian yang
dijalankan. Item soal selidik ini berbentuk tertutup dan dijawab dengan menanda takat atau
unit pada skala Likert 5 yang ditetapkan iaitu 1 untuk sangat tidak setuju, 2 untuk tidak setuju,
3 untuk kurang setuju, 4 untuk setuju dan 5 untuk sangat setuju.

Instrumen soal selidik dalam kajian ini diuji melalui kajian rintis kepada 30 orang
responden. Hasil analisis data kajian mendapati bahawa nilai kebolehpercayaan yang sangat
tinggi iaitu 0.93 iaitu kebolehpercayaan yang sangat tinggi. Seterusnya, analisis pertama yang
akan dilaksanakan ialah analisis statistik deskriptif yang menggunakan min dan sisihan piawai.
Hal ini bagi membolehkan pengkaji memperoleh dapatan bagi objektif kajian yang pertama
iaitu tahap persepsi kegunaan guru menggunakan aplikasi digital Google Meet. Bagi
menentukan tahap tersebut, pengkaji akan menggunakan interpretasi skor min yang telah
diadaptasi daripada Jamil (2002) seperti dalam jadual 1. Seterusnya, perkara yang sama akan
dilakukan bagi memperoleh dapat bagi objektif seterusnya iaitu untuk mengukur tahap
persepsi kemudahgunaan dan niat dan tingkah laku penerimaan guru terhadap penggunaan
aplikasi digital Google Meet.

Jadual 1
Interpretasi Skor Min

Skor Min Tahap Interpretasi Skor Min


1.00 hingga 2.23 Rendah Kurang setuju/ kurang membantu/ kurang mahir/
kurang memenuhi/ tidak pasti/ kadang-kadang/
tiada/ sebahagian kecil/ separuh
2.34 hingga 3.66 Sederhana Setuju/ membantu/ mahir/ memenuhi/ separuh

3.67 hingga 5.00 Tinggi Sangat setuju/ sangat membantu/ sangat mahir/
sangat memenuhi/ sangat selalu/ semua/
sebahagian besar

1047
DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan dan perbincangan ini menjawab kepada tiga soalan kajian iaitu tahap persepsi
kegunaan, persepsi kemudahgunaan dan tahap niat dan tingkah laku penggunaan aplikasi
digital Google Meet dalam kalangan guru Bahasa Melayu. Analisis dijalankan secara
keseluruhan, konstruk dan setiap item.

Jadual 2
Persepsi Kegunaan (Perceived Usefulness) Guru Bahasa Melayu Menggunakan Google Meet
sebagai Aplikasi Digital untuk Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian

Aspek Min (µ) Sisihan Piawai (SP) Tahap


Persepsi 3.59 .655 Sederhana
Kegunaan

Analisis deskriptif menunjukkan bahawa secara keseluruhannya tahap persepsi


kegunaan guru Bahasa Melayu menggunakan Google Meet sebagai aplikasi digital untuk
pengajaran dan pembelajaran dalam talian berada pada tahap sederhana iaitu dengan nilai
skor min = 3.59 dan sisihan piawai = 0.655. Interpretasi min ini berdasarkan Jamil (2002) yang
mengatakan bahawa nilai skor min berada di antara nilai 2.34 hingga 3.66 adalah sederhana.
Hal ini menunjukkan bahawa tahap persepsi kegunaan aplikasi digital Google Meet untuk
pembelajaran dalam talian dalam kalangan guru berada pada tahap memuaskan kerana
aplikasi digital Google Meet mula digunakan semasa proses PdPR berlangsung dan tidak
kesemua guru menjalankan PdPR secara dalam talian. Tahap persepsi kegunaan ini
menunjukkan tahap yang sederhana berdasarkan jawapan yang diberikan oleh responden.

Jadual 3
Analisis Item bagi Persepsi Kegunaan Guru Bahasa Melayu Menggunakan Google Meet
sebagai aplikasi digital untuk PdP dalam talian

Bil Item Skor sp Tahap


(Persepsi Kegunaan) Min

B1 Menggunakan aplikasi digital Google 3.54 0.73 Sederhana


Meet membantu saya menjalankan
PdPR dalam talian dengan baik
B2 Menggunakan aplikasi digital Google 3.60 0.74 Sederhana
Meet membantu saya
menyampaikan isi pembelajaran
dengan baik
B3 Menggunakan aplikasi digital Google 3.43 0.70 Sederhana
Meet membantu saya bekerja
dengan lebih pantas

1048
B4 Menggunakan aplikasi digital Google 3.46 0.77 Sederhana
Meet meningkatkan prestasi kerja
saya
B5 Menggunakan aplikasi digital Google 3.63 0.72 Sederhana
Meet menjadikan pengajaran Bahasa
Melayu lebih mudah
B6 Saya mendapati aplikasi Google 3.78 0.83 Tinggi
Meet berguna untuk berinteraksi dua
hala dengan murid-murid
B7 Saya mendapati aplikasi digital 3.68 0.77 Tinggi
Google Meet membantu saya
berkomunikasi dengan baik melalui
audio dan video semasa PdPR dalam
talian
B8 Saya dapat memberi arahan dengan 3.61 0.77 Sederhana
berkesan kepada murid apabila
menggunakan aplikasi digital Google
Meet
B9 Saya mendapati aplikasi digital 3.51 0.73 Sederhana
Google Meet membantu saya
mendapatkan maklum balas terus
dari murid
B10 Saya mendapati aplikasi digital 3.66 0.78 Sederhana
Google Meet membantu saya
mendapatkan maklum balas terus
dari murid
Skor min keseluruhan 3.59 0.65 Sederhana

Antara item-item yang dikenal pasti mendapat skor min yang tinggi iaitu melebihi min
keseluruhan (min=35.9). Item B2 “Menggunakan aplikasi digital Google Meet membantu saya
menyampaikan isi pembelajaran dengan baik” (min=3.60), item B8 “Saya dapat memberi
arahan dengan berkesan kepada murid apabila menggunakan aplikasi digital Google Meet”
(min=3.61), item B5 “Menggunakan aplikasi digital Google Meet menjadikan pengajaran
Bahasa Melayu lebih mudah” (min=3.63), item B9 “Saya mendapati aplikasi digital Google
Meet membantu saya mendapatkan maklum balas terus dari murid” (min=3.66), item B7 “Saya
mendapati aplikasi digital Google Meet membantu saya berkomunikasi dengan baik melalui
audio dan video semasa PdPR dalam talian” (min=3.68) dan item B6 “Saya mendapati aplikasi
Google Meet berguna untuk berinteraksi dua hala dengan murid-murid (min=3.78). Item-item
ini dianggap tinggi kerana skor nilai min item-item ini lebih tinggi daripada skor nilai min
keseluruhan. Maka, dapatan ini menunjukkan bahawa guru Bahasa Melayu cakna akan
kegunaan aplikasi Google Meet yang dilihat mempu menjadi salah satu alat pengajaran digital
yang sesuai dalam tempoh PdPR baru-baru ini. Walau bagaimanapun, dapatan min
sederhana menunjukkan bahawa penggunaan aplikasi digital Google Meet kurang mencapai
keberkesanan yang diharapkan.

1049
Jadual 4
Persepsi Kemudahgunaan (Perceived Ease of Use) Guru Bahasa Melayu Menggunakan
Google Meet sebagai Aplikasi Digital untuk Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian

Aspek Min Sisihan Piawai Tahap


Persepsi 3.67 .699 Tinggi
Kemudahgunaan

Analisis deskriptif yang dijalankan menunjukkan bahawa tahap persepsi


kemudahgunaan guru menggunakan Google Meet sebagai aplikasi digital untuk PdP dalam
talian berada pada tahap yang tinggi iaitu dengan nilai skor min= 3.67 dan sisihan piawai=
0.699. Tahap persepsi kemudahgunaan ini adalah berdasarkan kepada interpretasi skor min
yang mempunyai nilai di antara 3.67 hingga 5.00 (Jamil, 2002). Hal ini menunjukkan bahawa
tahap persepsi kemudahgunaan aplikasi digital Google Meet untuk pembelajaran dalam talian
dalam kalangan guru Bahasa Melayu berada pada tahap yang sangat baik kerana aplikasi
digital ini mempunyai fungsi yang mudah digunakan oleh guru Bahasa Melayu untuk
menjalankan kelas dalam talian lebih-lebih lagi semasa tempoh PKP.

Jadual 5
Analisis Item bagi Persepsi Kegunaan Guru Bahasa Melayu Menggunakan Google Meet
sebagai aplikasi digital untuk PdP dalam talian

Bil Item Skor Sisiha Tahap


(Persepsi Kemudahgunaan) Min n
Piawai

C1 Saya mendapati aplikasi digital 3.66 .799 Sederhana


Google Meet mudah dipelajari
dan digunakan untuk
menjalankan PdPR dalam talian
C2 Saya mendapati aplikasi digital 3.53 .838 Sederhana
Google Meet mudah
dikendalikan untuk menjalankan
PdPR dalam talian
C3 Saya mendapati aplikasi digital 3.71 .772 Tinggi
Google Meet mudah digunakan
untuk memberi penerangan dan
maklum balas secara terus
kepada murid
C4 Saya mendapati opsyen dan 3.63 .767 Sederhana
fitur-fitur yang berkaitan di menu
mudah digunakan dan berfungsi
dengan baik

1050
C5 Saya mendapati aplikasi digital 3.75 .846 Tinggi
Google Meet membantu
mempersembah bahan
pengajaran seperti slaid atau
video dengan mudah
C6 Aplikasi digital Google Meet 3.78 .816 Tinggi
mempunyai fungsi rakaman
yang mudah digunakan
C7 Saya suka menggunakan pautan 3.55 .871 Tinggi
Google Meet yang disediakan
kerana mudah diakses untuk
PdPR dalam talian
C8 Saya mendapati elemen-elemen 3.65 .750 Sederhana
dan ikon dalam Google Meet
sangat interaktif dan menarik
minat murid
C9 Saya mendapati aplikasi digital 3.72 .795 Tinggi
Google Meet mudah diakses
kerana boleh diintegrasi dengan
aplikasi Google yang lain
C10 Saya mendapati aplikasi digital 3.73 .779 Tinggi
Google Meet bersifat mesra
pengguna

Skor min keseluruhan 3.67 0.69 Tinggi

Dapatan ini menunjukkan skor min yang sangat baik dalam kalangan responden. Hal
ini menunjukkan bahawa perlunya wujud ciri-ciri kemudahan dalam aplikasi digital yang
digunakan oleh guru Bahasa Melayu, di mana kemudahan-kemudahan tersebut
menggalakkan pengguna menganggap bahawa sistem tersebut tidak membebankan dan
rumit sekaligus menggalakkan penerimaan aplikasi digital tersebut. Hal ini dibuktikan melalui
item C5, C6, C7, C9 dan C10 yang menunjukkan skor min yang tinggi.

Jadual 6
Niat dan Tingkah Laku Penggunaan Guru Bahasa Melayu Menggunakan Google Meet
sebagai Aplikasi Digital untuk Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian

Aspek Min Sisihan Piawai Tahap


Niat dan Tingkah Laku 3.65 .748 Sederhana
Penggunaan

Berdasarkan Jadual 6, min bagi niat dan tingkah laku guru Bahasa Melayu
menggunakan Google Meet sebagai aplikasi digital untuk pengajaran dan pembelajaran dalam
talian ialah 3.65. Oleh itu, berdasarkan jadual interpretasi skor min oleh Jamil (2002), niat dan
tingkah laku penggunaan guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan aplikasi digital Google
Meet untuk PdP dalam talian berada pada tahap sederhana. Hal ini menunjukkan penerimaan

1051
guru Bahasa Melayu terhadap aplikasi digital Google Meet ini tidak begitu tinggi di mana
kebanyakan guru tahu akan kegunaan aplikasi ini serta kemudahan sokongan yang
disediakan dapat menjalankan PdP dalam talian, namun tidak menerima sepenuhnya atas
faktor-faktor luaran.

Jadual 7
Analisis Item Niat dan Tingkah Laku Penggunaan Guru Bahasa Melayu Menggunakan Google
Meet sebagai Aplikasi Digital untuk Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian

Bil Item Skor Sisihan Tahap


(Persepsi Kemudahgunaan)
Min Piawai

D1 Saya menggunakan aplikasi 3.55 .871 Sederhana


digital Google Meet untuk
menyediakan pelbagai
pendekatan dalam
pembelajaran
D2 Saya mendapati penggunaan 3.59 .797 Sederhana
aplikasi digital Google Meet
mendatangkan pengaruh
positif kepada murid
D3 Kekurangan latihan dalam 3.78 .870 Tinggi
mengaplikasikan Google Meet
akan menimbulkan masalah
semasa PdPR berlangsung
D4 Saya berhasrat untuk terus 3.58 .902 Sederhana
menggunakan aplikasi digital
Google Meet pada masa akan
datang
D5 Saya akan mengesyorkan 3.73 .885 Tinggi
kepada rakan-rakan untuk
menggunakan aplikasi digital
Google Meet dalam pengajaran
terutama secara dalam talian
Min keseluruhan 3.65 0.74 Sederhana

Analisis item bagi konstruk niat dan tingkah laku penggunaan mendapati bahawa
beberapa item seperti item D1 iaitu “Saya menggunakan aplikasi digital Google Meet untuk
menyediakan pelbagai pendekatan dalam pembelajaran” (min=3.55) menunjukkan
kebanyakan guru kurang setuju untuk menyediakan pelbagai pendekatan semasa PdPR
kerana menganggap murid-murid tidak mempunyai peranti atau lebih selesa memberikan
tugasan melalui aplikasi sosial seperti Whatsapp dan Telegram yang dilihat lebih mudah dan
tidak merumitkan. Hal ini dikukuhkan melalui jawapan responden terhadap item D4 iaitu “Saya

1052
berhasrat untuk terus menggunakan aplikasi digital Google Meet pada masa akan datang”
(min=3.58) menunjukkan kebanyakan guru kurang setuju untuk meneruskan aplikasi digital ini
atas faktor sikap dan faktor luaran seperti penggunaan internet yang agak banyak.

Berdasarkan analisis deskriptif melalui data yang diperoleh, dapat dirumuskan bahawa
penerimaan guru Bahasa Melayu terhadap aplikasi digital Google Meet untuk pengajaran dan
pembelajaran dalam talian dianalisis melalui pemboleh ubah tahap persepsi kegunaan,
persepsi kemudahgunaan dan niat dan tingkah laku penggunaan. Malah, terdapat konstruk-
konstruk yang dikenal pasti menyumbang kepada dapatan kajian. Hasil dapatan kajian dapat
disimpulkan iaitu tahap penerimaan guru Bahasa Melayu terhadap aplikasi digital Google Meet
untuk pengajaran dan pembelajaran dalam talian berada pada tahap sederhana. Hal ini
dibuktikan melalui analisis yang dijalankan secara keseluruhan min, konstruk pemboleh ubah
dan analisis setiap item menunjukkan bahawa persepsi kegunaan (perceived usefulness) guru
Bahasa Melayu menggunakan aplikasi Google Meet untuk PdP dalam talian berada pada
tahap yang sederhana namun persepsi kemudahgunaan (perceived ease of use) guru Bahasa
Melayu menggunakan aplikasi Google Meet berada pada tahap yang tinggi. Hal ini demikian
kerana, secara umumnya guru-guru mengetahui fungsi yang ditawarkan oleh aplikasi ini
sangat membantu guru-guru meneruskan kesinambungan pembelajaran meskipun sekolah
ditutup, namun niat dan tingkah laku penggunaan guru Bahasa Melayu terhadap aplikasi ini
masih berada pada tahap sederhana. Dapatan ini juga dipengaruhi oleh faktor geografi
responden iaitu lokasi sekolah di Kota Setar, Kedah di mana penggunaan teknologi terkini
yang kurang pesat jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah di Wilayah Persekituan Kuala
Lumpur.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Dapatan kajian ini secara keseluruhannya menunjukkan penerimaan guru terhadap aplikasi
digital Google Meet untuk pengajaran dan pembelajaran dalam talian berada pada tahap yang
sederhana. Hal ini menunjukkan bahawa sebahagian besar guru mengetahui tentang
kegunaan aplikasi digital Google Meet dan bagaimana relevannya aplikasi digital berbentuk
‘streaming video’ ini terhadap murid-murid sepanjang menjalankan PdPR dalam talian
sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Hal ini demikian kerana pandemik
Covid-19 telah mengubah landskap pembelajaran di mana guru dikehendaki menggunakan
salah satu medium yang dicadangkan untuk menjalankan pembelajaran dalam talian (online)
dengan menggunakan peranti-peranti yang sesuai dan salah satunya ialah aplikasi digital
Google Meet. Malah, modul PdPR menjadi manual bagi kegunaan guru di mana salah satu
cara pengajaran yang dicadangkan secara ‘real time’ ialah dengan menggunakan aplikasi
seperti Google Meet atau Microsoft Teams. Penerimaan dalam kalangan ibu bapa kurang

1053
memuaskan disebabkan capaian internet yang tidak stabil, peranti tidak memberi sokongan,
data internet yang tidak mencukupi dan lain-lain dilihat sebagai satu bebanan sepanjang
PdPR.

Namun, tahap persepsi kemudahgunaan guru Bahasa Melayu menggunakan Google


Meet sebagai aplikasi digital untuk PdP dalam talian menunjukkan tahap persepsi yang tinggi
kerana guru-guru mendapati aplikasi digital ini mampu memberikan kemudahan pengajaran
kepada guru di mana guru boleh berkomunikasi secara terus menggunakan mikrofon dan
kamera. Maka, penggunaan aplikasi digital bukan sahaja melihat kepada kemudahgunaannya
namun turut berkait rapat dengan motivasi diri dan efikasi diri di mana guru mampu menerima
adaptasi teknologi dalam pembelajaran dan mempelbagaikan kaedah pengajaran yang sesuai
misalnya menggunakan aplikasi digital Google Meet dan lain-lain. Hal ini selari dengan kajian
Norsimah Dasan dan Mohd Mahadzir Rahimi Mohamed Nawi (2020) yang menunjukkan tahap
efikasi diri guru memberi kesan yang signifikan terhadap prestasi guru.

Di samping itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh mengadakan atau


menyemak kursus berkaitan pembelajaran dalam talian serta memperkenalkan guru-guru
dengan pelbagai jenis aplikasi digital yang sesuai digunakan untuk pembelajaran dalam talian
misalnya mengadakan kursus tentang cara-cara mengaplikasikan Google Meet dengan lebih
efektif. Pihak KPM juga berupaya untuk menggubal dasar bagi menjalankan pembelajaran
menggunakan aplikasi Google Meet secara langsung dalam talian sekali dalam sebulan atau
menggunakan pembelajaran dalam talian secara langsung melalui aplikasi Google Meet ini
bagi menggantikan cuti peristiwa yang biasanya diganti pada hujung minggu.

Implikasinya, pengetahuan guru berkaitan kemahiran TMK khususnya Google Meet


mampu menyediakan dan menggalakkan guru meneroka aplikasi baru dan menggunakan
pelbagai pendekatan dalam pembelajaran. Oleh itu, dicadangkan kepada pengkaji akan
datang untuk membuat kajian perbandingan tahap kegunaan aplikasi digital di kawasan
bandar dan kawasan luar bandar, kajian kolerasi terhadap persepsi kegunaan dan
kemudahgunaan dan mengkaji faktor-faktor kekangan menggunakan aplikasi digital serta
tahap motivasi dan sikap guru terhadap penggunaan teknologi.

1054
RUJUKAN
Adam Badhrulhisham, Muhammad Hilmi Mat Johar & Taufiq A. Rashid. (2019). Mendepani
Cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) Dalam Konteks Mahasiswa: Analisis Menurut
Perspektif Islam. Jurnal Ilmi, 9, 90-101.
Alagesan Ambikapathy, Siti Hajar Halili & Mohana Dass Ramasamy. (2020). Kemahiran TMK
Dalam Kalangan Guru-Guru Bahasa Tamil Sekolah Menengah. Muallim Journal of Sosial
Science and Humanities, 4(3 (Julai, 2020)), 99-114.
doi:https://doi.org/10.33306/mjssh/85
Bibi Noraini Mohd Yusuf & Jihan Ahmad. (2020). Are We Prepared Enough? A Case Study of
Challenges in Online Learning in a Private Higher Learning Institution During the Covid-
19 Outbreaks. Advances in Social Sciences Research Journal, 7(5), 205-212.
Fernando Ferri, Patrizia Grifoni & Tizianan Guzzo. (2020). Online Learning and Emergency
Remove Teaching: Opportunities and Challenges in Emergency Situations. Societies,
10(86), 1-18. doi:https://doi:10.3390/soc10040086
Hafiza Haron, Supyan Hussin, Ahmad Rizal Mohd Yusof & Hafidzan Yusof. (2019). MOOC
Initiative: A Technology Enhanced in Learning 21 Century At Higher Learning Institutions.
Journal of Information System and Technology Management, 4(14), 26-33.
doi:https://10.35631/jistm.414003
Hazwani Mohd Najib, Noor Raudhiah Abu Bakar & Noraziah Othman. (2016). E-pembelajaran
dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi. Proceedings of 3rd International
Conference on Management & Muamalah 2016 (3rd ICoMM).
Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan Budaya Penyelidikan di Kalangan Guru Sekolah: Satu
Penilaian. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah .
Norazlin Mohd Rusdin & Siti Rahaimah Ali. (2019). Amalan dan Cabaran Pelaksanaan
Pembelajaran Abad Ke-21. Proceedings of the International Conference of Islamic
Civilization and Technology Management (pp. 87-105). Research Institute for Islamic
Product and Malay Civilization (INSPIRE) Universiti Sultan Zainal Abidin.
Nordin Halias, Zawawi Ismail & Harun Bahrudin. (2017). Komunikasi Bukan Lisan dalam
Pengajaran Bahasa Arab. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Norsimah Dasan & Mohd Mahadzir Rahimi Mohamed Nawi. (2020). Hubungan Efikasi Kendiri
Guru dengan Prestasi Kerja. Journal of Sosial Sciences and Humanities, 17(4), 173-187.
Ramlee Ismail, Jamal@Nordin Yunus dan Marinah Awang. (2020). Analisis Data dan Pelaporan
dalam Penyelidikan Pendidikan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

1055
PENERIMAAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEDUA DALAM KALANGAN
MURID BUKAN PENUTUR NATIF

Ting Houng Ying


ting09-904@epembelajaran.edu.my

Wan Mardziyah binti Wan Hasbullah


mardziyah09-113@epembelajaran.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam
kalangan murid bukan penutur natif. Kajian ini mengkaji tiga aspek penting, iaitu sikap, minat, dan motivasi
murid bukan penutur natif terhadap penerimaan pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.
Reka bentuk kajian ini ialah kuantitatif deskriptif yang menggunakan kajian tinjauan. Borang soal selidik
telah digunakan sebagai instrumen kajian. Kebolehpercayaan instrumen kajian ialah α=0.991. Dalam
kajian ini, 52 orang murid bukan penutur natif bahasa Melayu di sebuah sekolah rendah telah dipilih
sebagai responden kajian melalui kaedah persampelan. Data dianalisis secara deskriptif dengan
menggunakan Statistical Packages for the Social Science (SPSS) versi 26.0. Data dipersembahkan dalam
bentuk min, sisihan piawai, varian, dan kekerapan bagi tiga persoalan kajian yang dikaji. Kesimpulannya,
dapatan kajian menunjukkan murid bukan penutur natif di sekolah rendah di luar bandar Subis, Miri,
Sarawak mempunyai sikap, minat dan motivasi yang sangat tinggi terhadap penerimaan pembelajaran
bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Oleh itu, tahap penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua
dalam kalangan murid bukan penutur natif adalah sangat penting kerana bahasa Melayu ialah bahasa
kebangsaan, bahasa pendidikan dan bahasa perpaduan di negara Malaysia.
Kata kunci: sikap, minat, motivasi, murid bukan penutur natif, bahasa Malayu, bahasa kedua

ABSTRACT
This study was conducted to determine the acceptance of Malay language as a second language among
students non-native speakers. The study examines three important aspects, namely the attitude, interest
and motivation of students toward the acceptance of non-native speakers learning the Malay language as
a second language. The design of this study was quantitative descriptive using survey research.
Questionnaires were used as research instruments. The reliability of the study instrument was α=0.991.
In this study, 52 students that are non-native speakers of languages Malay Language in a primary school
were selected as respondents through sampling. Data were analyzed descriptively using Statistical
Packages for the Social Science (SPSS) version 26.0. Data are presented in the form of mean, standard
deviation, variance, and frequency for the three study questions studied. In conclusion, the findings of the
study showed that non-native speaking students in primary schools in Subis, Miri, Sarawak has the
attitude, interest and motivation is very high on the acceptance of Malay language as a second language.
Therefore, the level of acceptance of Malay as a second language among students non-native speakers
is very important because the Malay language is the national language, language education and language
of unity in Malaysia.
Keywords: attitude, interest, motivation, non-native students, Malay language, second language

1056
PENGENALAN
Bahasa merupakan elemen yang terpenting dalam kehidupan seharian. Bahasa berperanan
sebagai medium komunikasi yang penting untuk menerima dan menyampaikan maklumat.
Bahasa membolehkan manusia berkomunikasi dengan mudah dan berkesan. Melalui bahasa
juga, seseorang individu mampu untuk menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat,
pengalaman, buah fikiran dan pengetahuan, di samping mendapatkan maklumat, menambah
ilmu pengetahuan dan memahami orang lain (Kamiliah Ayu dan Zamri Mahamod, 2015). Dengan
penguasaan bahasa yang baik, seseorang individu boleh menyumbang pelbagai kemahiran lain
melalui bidang yang berbeza seperti bidang pendidikan, perniagaan, komunikasi, perundangan
dan sebagainya. Dalam bidang pendidikan khususnya, proses penyampaian dan penerimaan
ilmu bermula daripada aspek komunikasi yang baik. Seseorang pendidik tidak akan berjaya
mencapai matlamat pendidikan sekiranya keupayaan berkomunikasi adalah lemah. Begitu juga
halnya dengan pelajar yang mendalami dan mempelajari ilmu. Aspek berkomunikasi adalah
melibatkan keupayaan menggunakan bahasa yang meliputi kesemua kemahiran berbahasa,
iaitu kemahiran membaca, kemahiran menulis, kemahiran mendengar, dan kemahiran bertutur.
Sehubungan dengan itu, bahasa seharusnya berperanan sebagai medium komunikasi yang
berkesan dan efektif supaya semua maklumat yang ingin disampaikan boleh diterima dan
difahami dengan baik oleh golongan sasaran.

Dasar pendidikan bertujuan untuk membolehkan masyarakat menguasai ilmu dan


kemahiran serta nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi pada masa
kini (Abdullah Hassan, 1996). Hal ini adalah penting untuk memastikan matlamat tahap
perkembangan manusia berada pada tahap yang tinggi dari sudut ilmu dan pengetahuan. Bagi
memastikan matlamat ini tercapai, maka penguasaan pelbagai bahasa adalah sangat penting.
Penguasaan lebih daripada satu bahasa akan membolehkan individu bertutur dan
berkomunikasi dalam pelbagai situasi. Selain itu, penguasaan bahasa yang pelbagai juga dapat
meningkatkan penggunaan kosa kata, struktur bahasa, dan hukum bahasa yang lebih meluas.
Penguasaan bahasa asing ibarat kunci yang perlu digunakan untuk membuka khazanah intelek
bangsa asing bagi memperkukuh dan membina kekuatan bangsa (Abdul Rahim Abdul Rashid,
2003). Hal ini bermaksud penguasaan lebih daripada suatu bahasa adalah sangat penting untuk
membantu pembangunan sesuatu bangsa. Proses penguasaan bahasa asing bermula dengan
proses mempelajari sesuatu bahasa baharu. Hal ini dinamakan sebagai pembelajaran kedua.
Menurut Zulkifley Hamid, Karim Haron dan Saadiah Ma’alip (2000), penguasaan bahasa kedua
diperoleh melalui proses pengajaran dan pembelajaran secara formal. Bagi menguasai bahasa
kedua, seseorang pengguna bahasa seharusnya telah menguasai bahasa pertama dengan
kukuh terlebih dahulu. Apabila bahasa pertama sudah kukuh, barulah proses penerimaan
bahasa kedua dapat dipelajari dengan baik. Menurut Nur Hayati Abdullah (2002) menyatakan
bahawa pembelajaran bahasa kedua berlaku lebih kemudian dengan andaian bahawa bahasa
1057
pertama telah kukuh dikuasai oleh kanak-kanak. Justeru, penguasaan bahasa kedua hanya
boleh berlaku sekiranya bahasa pertama yang diperoleh sudah mencapai tahap penguasaan
yang baik atau hampir sempurna.

Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kebanyakkan murid telah terdedah kepada lebih
daripada satu bahasa. Hal ini merujuk kepada penggunaan bahasa ibunda yang berlainan
mengikut kaum yang berbeza. Setiap kaum atau etnik biasanya mempunyai bahasa pertuturan
tersendiri. Perkara ini bertepatan dengan konsep pembentukan etnik atau kaum yang memiliki
budaya, bahasa, adat resam dan kepercayaan yang berbeza-beza. Sebagai contoh, di
semenajung Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain
lagi. Manakala di Sabah dan Sarawak pula memiliki pelbagai suku kaum seperti Kadazan,
Dusun, Bajau, Murut, Bugis, Iban, Bidayuh, Kenyah, Melanau dan sebagainya. Setiap satu etnik
dan kaum memiliki bahasa yang berbeza dari segi dialek, struktur bahasa, sebutan dan
sebagainya. Terdapat kira-kira 50 jenis bahasa di Sabah dan 32 bahasa di Sarawak (Zamri
Mahamod, 2016). Kewujudan pelbagai bahasa ini dapat membuktikan bahawa penggunaan
bahasa Melayu bukanlah satu-satunya bahasa ibunda bagi seluruh rakyat di Malaysia. Bahkan,
bahasa Melayu berkemungkinan menjadi bahasa kedua atau bahasa ketiga bagi golongan
masyarakat yang bukan berbangsa Melayu. Keunikan pelbagai kaum dan bahasa ini
menunjukkan bahawa proses penerimaan dan penguasaan bahasa Melayu bukanlah hadir
secara semula jadi. Disebabkan itu, maka proses penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa
kedua ini pastinya memberikan cabaran untuk para pendidik dalam usaha untuk memartabatkan
bahasa kebangsaan dan pada masa yang sama perlu memastikan penggunaan bahasa ibunda
masing-masing tidak terus tersisih dalam kalangan masyarakat pada masa kini.

Bahasa Melayu di Malaysia memiliki status bahasa kebangsaan dan kedudukan penting
di Malaysia. Dalam Perlembangaan Persekutuan Perkara 152 juga telah menjelaskan bahawa
bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di Malaysia. Bahasa Melayu
merupakan bahasa yang mempunyai pelbagai peranan dalam masyarakat sama ada dalam
bidang pendidikan ataupun dalam bidang yang lain antara sebagai bahasa antarabangsa,
bahasa pengantar dan bahasa rasmi. Jika diulaskan dalam bidang pendidikan, bahasa Melayu
merupakan bahasa pengantar di sekolah sama ada di peringkat sekolah rendah, peringkat
sekolah menengah mahupun di peringkat pengajian tinggi. Sejak pelaksaaan Dasar Bahasa
Kebangsaan pada dekad 1970-an, taraf Bahasa Melayu telah meningkat menjadi bahasa yang
penting dan perlu dikuasai oeh semua golongan, terutamanya murid-murid di sekolah.
Pengajaran bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kemudian melalui zaman Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
pada 1980-an. Selanjutnya, pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada
2011 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) mulai tahun 2017 telah membawa

1058
perubahan yang penting kepada penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu. Tidak dapat dinafikan bahawa bahasa Melayu merupakan salah satu mata pelajaran
teras yang wajid lulus dan dipelajari oleh murid-murid pada setiap peringkat persekolahan
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1994). Bahasa Melayu mempunyai kesukaran untuk
dikuasai oleh murid-murid yang bukan penutur jati bahasa tersebut, terutamanya bagi murid-
murid yang kurang didedahkan dengan persekitaran yang mendorong mereka untuk menguasai
bahasa Melayu.

Di dalam bilik darjah, interaksi lisan antara guru dan murid merupakan satu medium yang
berkesan dalam meningkatkan penguasaan kemahiran lisan murid-murid. Penguasaan dalam
kemahiran bertutur sangat penting sama ada dalam situasi formal ataupun tidak formal kerana
kemahiran ini mempengaruhi pencapaian dalam kemahiran menulis dan membaca murid-murid
(Zulkifley Hamid, 1994). Dalam situasi tidak formal, penguasaan kemahiran lisan dapat
membantu membentuk hubungan dengan orang lain dan memudahkan komunikasi antara satu
sama lain. Hal ini telah menimbulkan masalah bagi murid-murid yang bukan penutur jati. Menurut
Jerie Peter Langan dan Zamri Mahamod (2011) mengatakan bahawa murid-murid bukan
penutur natif mempunyai sikap yang positif dan bermotivasi tinggi dalam mempelajari bahasa
Melayu. Hal ini kerana bahasa Melayu mudah dipelajari di samping untuk tujuan pekerjaan dan
perhubungan. Oleh itu, peranan seorang guru amat penting bagi mewujudkan proses
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang sesuai dengan penguasaan bahasa murid-murid
kerana guru berhadapan dengan murid yang pelbagai keperluan, antaranya keperluan untuk
mempelajari bahasa pertama mahupun bahasa kedua. Pelbagai faktor perlu diambil kira seperti
tahap penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid yang bukan
penutur natif. Bagi meningkatkan penguasaan bahasa kedua, penting untuk kita mengenal pasti
faktor yang mengganggu proses pembelajaran tersebut.

PERNYATAAN MASALAH
Penerimaan bahasa kanak-kanak bermula seawal usia enam bulan untuk memperoleh bahasa
pertama, iaitu bahasa pertuturan atau bahasa ibunda. Hal ini bermakna, proses pemerolehan
bahasa pertama akan diterima oleh seorang kanak-kanak atau individu berdasarkan faktor
persekitaran dan pengaruh masyarakat sekeliling. Persekitaran bahasa seseorang kanak-kanak
masih didominasi oleh bahasa ibunda mereka (Zamri Mahamod, 2016). Bahasa pertama
bertujuan untuk berkomunikasi atau digunakan sebagai bahasa harian dalam sesebuah
kelompok masyarakat ataupun suku yang sama. Penggunaan bahasa pertama bukan sahaja
berperanan sebagai bahasa berkomunikasi bahkan turut digunakan sebagai item pemerolehan
ilmu pengetahuan. Oleh sebab itu, bahasa pertama sering dijadikan bahasa ilmu ataupun
menjadi bahasa utama dalam proses pembelajaran di sekolah. Melalui penggunaan bahasa

1059
pertama, murid akan lebih memahami sesuatu perkara atau ilmu yang disampaikan oleh
pengajar dengan mudah dan berkesan.

Dalam sistem pendidikan di Malaysia, bahasa utama yang diangkat sebagai medium
penyampaian ilmu ialah bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu. Bahasa Melayu dijadikan
bahasa rasmi dalam pelbagai perkara meliputi aspek pendidikan. Peranan bahasa Melayu
sebagai bahasa pendidikan membolehkan murid yang menutur dan menggunakan bahasa
Melayu dengan baik untuk menguasai pelbagai bidang ilmu. Kebolehan untuk menguasai
bahasa Melayu dapat membantu meningkatkan budaya ilmu di samping berkebolehan untuk
bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, kebanyakkan penutur bahasa Melayu juga
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pertama mereka. Hal ini kerana kelebihan kepada
penutur bahasa Melayu untuk menguasai bidang ilmu dengan lebih baik. Namun begitu, terdapat
segelintir murid Melayu dan murid yang berbangsa lain mempelajari bahasa Melayu sama ada
sebagai bahasa pertama atau bahasa kedua masih dipengaruhi oleh bahasa ibunda mereka
(Mohd Helmi Ahmad, 2011). Pengaruh bahasa pertama dalam mempelajari bahasa Melayu akan
mengakibatkan pelbagai masalah dalam sistem bahasa. Menurut Abdul Hamid Mahmood
(1990), murid-murid yang menggunakan bahasa Melayu akan melakukan kesalahan bahasa,
terutamanya aspek morfologi, sintaksis, mekanis dan lain-lain dalam bahasa tersebut.

Tidak dapat dinafikan bahawa penerimaan bahasa dan penguasaan bahasa pertama
wujud terlebih dahulu sebelum bahasa kedua, maka pengaruh dalam bahasa pertama akan
menjadi masalah kepada pemerolehan bahasa kedua. Hal ini menjadi lebih sukar sekiranya
murid yang mempelajari bahasa Melayu bukanlah daripada golongan penutur bahasa Melayu.
Sekiranya, murid yang bukan golongan penutur natif bahasa Melayu mempelajari bahasa
Melayu, maka bahasa Melayu ini akan menjadi bahasa kedua mereka. Dengan ini, pelbagai
masalah yang berkaitan dengan sistem bahasa akan terjadi semasa proses pembelajaran
bahasa Melayu. Masalah-masalah ini akan memberi kesan kepada proses penguasaan dan
pemerolehan bahasa. Menurut Abdullah Hassan (1987), murid-murid dipengaruhi oleh dialek
atau bahasa ibunda mereka semasa mempelajari bahasa Melayu. Hal ini dapat dikaitkan dengan
masalah dalam bidang fonologi, morfologi dan sintaksis bahasa yang boleh mengalami
percampuran dengan bahasa pertama ataupun dialek murid. Kesannya, akan berlaku
percampuran dari segi kod, nahu, sebutan dan sebagainya. Kebanyakkan murid juga tidak
menyedari masalah kesilapan tersebut disebabkan percampuran ini. Justeru itu, kesilapan-
kesilapan sebegini sering kali berulang dan akhirnya dianggap sebagai perkara yang betul.

Proses mempelajari bahasa kedua biasanya akan diselang dengan bahasa pertama.
Murid yang mempelajari bahasa kedua akan menggunakan sistem dalam bahasa pertama
sebagai rujukan untuk mempelajari bahasa kedua. Oleh itu, masalah pemindahan bahasa sering
berlaku dalam proses pembelajaran bahasa kedua. Menurut Farid Muhammad Onn dan Ajid
1060
Che Kob (1981) mengatakan bahawa bahasa pertama dianggap sebagai faktor utama atau
faktor tunggal yang menyebabkan gangguan dalam pembelajaran bahasa kedua. Proses
pemindahan bahasa selalunya memberikan kesan terhadap proses pembelajaran bahasa
kedua. Antara kesan dan masalah yang sering berlaku semasa proses pemindahan bahasa
ialah masalah gangguan bahasa, gangguan peralihan kod, gangguan bahasa pasar, gangguan
persekitaran, dan gangguan dialek. Kesemua masalah gangguan dalam pemindahan bahasa ini
akan mempengaruhi pertuturan, pembacaan dan penulisan murid. Tidak dapat dinafikan
bahawa masalah pemindahan bahasa semasa proses mempelajari bahasa kedua perlu
dipandang serius bagi mengelakkan kesalahan bahasa kerap terjadi. Kesalahan dan kesilapan
bahasa juga kerap terjadi akibat masalah intralingua murid. Menurut Siti Saniah Abu Bakar
(2013), kebiasaannya murid akan melakukan kesilapan akibat kesukaran yang dihadapi dalam
pembelajaran bahasa kedua, bukanlah disebabkan gangguan bahasa pertama. Justeru itu,
terdapat pelbagai faktor yang mendorong kesukaran dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua dalam kalangan murid yang bukan penutur jati bahasa Melayu.

Dalam bentuk kemahiran dan penghayatan terhadap penggunaan bahasa Melayu,


proses pembelajaran di dalam bilik darjah amat penting. Hal ini kerana, kemahiran dalam
memahami dan menggunakan bahasa Melayu bermula dari peringkat sekolah lagi.
Pengetahuan yang telah diperoleh semasa proses pengajaran dan pembelajaran perlu
diaplikasikan di bilik darjah dan juga di luar sesi persekolahan. Melalui amalan pembudayaan
yang berterusan, barulah proses penerimaan sesuatu bahasa dapat diterjemahkan dalam
kehidupan seharian. Namun, proses pembelajaran bahasa Melayu menjadi agak rumit dan
membimbangkan kerana terdapat golongan penutur yang berbeza. Hal ini kerana terdapat
pelbagai masalah yang dihadapi oleh murid yang bukan penutur jati bahasa Melayu semasa
mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kebanyakkan murid yang bukan penutur
jati bahasa Melayu lebih gemar menggunakan bahasa ibunda mereka berbanding bahasa
Melayu. Kecenderungan mereka bukan sahaja tertumpu dalam komunikasi sesama mereka
sahaja, sebaliknya keadaan tersebut juga berlaku dalam kelas bahasa Melayu walaupun
pelbagai cara telah dilaksanakan untuk menggalakkan murid menggunakan bahasa Melayu
(Zamri Mahamod dan Zarina Othaman, 2001).

Proses penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dipengaruhi oleh beberapa
elemen yang penting dalam diri murid. Antaranya adalah berkaitan dengan sikap dan motivasi
murid itu sendiri terhadap bahasa Melayu. Menurut kajian Abdullah Musa (2004), terdapat
hubungan yang signifikan terhadap pencapaian dengan sikap dan motivasi murid dalam sesuatu
mata pelajaran. Sehubungan dengan itu, faktor sikap dan motivasi memainkan peranan yang
sangat penting dalam menentukan tahap penerimaan murid terhadap perkara yang dipelajari.
Sekiranya, seseorang murid itu tidak berminat untuk mempelajari bahasa Melayu, maka

1061
motivasinya terhadap proses pembelajaran akan menjadi rendah. Dengan ini, murid tersebut
akan mengalami masalah untuk menghayati dan menguasai bahasa keduanya dengan baik.
Selain itu, faktor sikap dan motivasi juga mampu memberikan impak kepada tahap pencapaian
murid, sama ada di peringkat sekolah mahupun di peringkat pengajian tinggi (Nancy Anak
Ngumbang dan Zamri Mahamod, 2017). Penerimaan terhadap sesuatu perkara baharu perlulah
didahului dengan keinginan yang mendalam untuk seseorang murid itu mengetahuinya.
Keinginan dan keghairahan untuk mempelajari dan memahami sesuatu perkara ini dinamakan
sebagai minat. Bagi memastikan minat dapat disemai dalam kalangan murid, maka faktor
motivasi terlebih dahulu perlu disemaikan dalam diri murid. Oleh itu, faktor minat dan motivasi
ternyata memainkan peranan yang sangat penting dalam proses mempelajari bahasa Melayu.

Tambahan pula, peranan sikap murid terhadap proses pembelajaran bahasa Melayu
juga turut memainkan peranan. Sikap bermaksud sejauh mana keupayaan murid untuk
menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kedua sebagai pilihan untuk berkomunikasi
berbanding bahasa ibunda. Sekiranya seseorang murid mempunyai sikap yang positif terhadap
bahasa Melayu, maka murid terbabit akan berusaha untuk mengukuh dan memperbaiki
kelemahan dalam penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan. Namun, sekiranya
murid menunjukkan sikap yang negatif seperti tidak mahu menggunakan bahasa Melayu untuk
bertutur, maka proses penerimaannya terhadap bahasa kedua akan menjadi perlahan. Hal ini
kerana, kebanyakkan murid bukan penutur jati bahasa Melayu sering memilih bahasa ibunda
apabila bertutur sesama mereka. Perkara ini sering terjadi kerana sikap murid yang
mementingkan penyampaian maklumat berbanding penekanan terhadap struktur bahasa
Melayu itu sendiri. Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan di peringkat yang berlainan seperti
kempen bulan bahasa, namun sikap murid terhadap bahasa Melayu masih lagi kurang berkesan.
Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat sikap, minat, motivasi murid bukan penutur natif
bahasa Melayu dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di peringkat sekolah
rendah yang jenis sekolah kebangsaan.

OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat tiga objektif pelaksanaan kajian ini, iaitu:
1. Mengenal pasti sikap murid bukan penutur natif terhadap penerimaan pembelajaran
bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.
2. Mengenal pasti minat murid bukan penutur natif terhadap penerimaan pembelajaran
bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.
3. Mengenal pasti motivasi murid bukan penutur natif terhadap penerimaan pembelajaran
bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

1062
SOALAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mencari jawapan kepada beberapa soalan di bawah:
1. Apakah sikap yang ditunjukkan oleh murid bukan penutur natif terhadap
penerimaan pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua?
2. Sejauh mana minat murid bukan penutur natif terhadap penerimaan
pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua?
3. Apakah profil motivasi murid bukan penutur natif terhadap penerimaan
pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua?

METODOLOGI
Kajian ini ialah kajian berbentuk kuantitatif. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah
berbentuk kajian tinjauan deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik. Menurut Mohd
Majid Konting (2009), kaedah penyelidikan deskriptif tidak memerlukan usaha untuk mengawal
sesuatu soalan. Hal ini disebabkan pengkaji tidak menentukan terlebih dahulu faktor yang
mendatangkan kesan terhadap sesuatu peristiwa. Borang soal selidik yang digunakan untuk
mendapatkan maklumat yang berkenaan fakta, kepercayaan, perasaan dan kehendak. Istilah
“tinjauan” dari segi makna membawa maksud melakukan kutipan data secara sepintas lalu.
Keputusan yang diperoleh mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang agak tinggi kerana
pola perlakuan masyarakat sukar berubah dengan mendadak (Noraini Idris, 2013). Kajian
tinjauan ini sesuai digunakan dalam penyelidikan yang dijalankan kerana kajian ini bermatlamat
untuk mengumpulkan maklumat mengenai pembolehubah. Sehubungan dengan itu, kajian ini
mengenal pasti sikap, minat, motivasi murid bukan penutur natif dalam penerimaan
pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua secara kuantitatif menggunakan instrumen
soal selidik.

Dalam kajian ini, penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan
murid bukan penutur natif ditinjau melalui soal selidik. Soal selidik digunakan sebagai instrumen
untuk mengumpulkan maklumat dalam kajian ini. Hal ini demikian kerana soal selidik lebih
praktikal dan berkesan untuk digunakan dalam populasi yang besar, bahkan ia sesuai digunakan
bagi mengukur faktor-faktor yang terbatas skopnya (Mohd Majid Konting, 2009). Soal selidik
yang digunakan telah dibina sendiri dan disahkan oleh pakar bidang, pakar konstruk, pakar
kandungan dan pakar bahasa. Soal seldik yang digunakan dalam kajian ini mengandungi 18
item yang dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian A mengandungi tiga soalan berkaitan
dengan profil responden kajian. Bahagian B mengandungi 6 item berkaitan sikap murid bukan
penutur natif terhadap penerimaan pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.
Bahagian C mengandungi 6 item berkaitan minat murid bukan penutur natif terhadap
penerimaan pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Bahagian D mengandungi 6

1063
item berkaitan dengan motivasi murid bukan penutur natif terhadap penerimaan pembelajaran
bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

Instrumen soal selidik dalam kajian ini diuji melalui kajian rintis kepada 30 orang
responden. Hasil analisis data kajian rintis mendapati bahawa nilai kebolehkeprcayaan
Cronbach’s Alpha bagi soal selidik ialah 0.991 yang bermaskud kebolehpercayaan yang sangat
tinggi. Dalam kajian ini, soal selidik dijawab oleh 52 orang murid di kawasan luar bandar Sekolah
Kebangsaan Sungai Manong, Subis, Miri, Sarawak. Akhirnya, data soal selidik dianalisis secara
deskriptif iaitu melihat kepada skor min, sisihan piawai, varian dan kekerapan. Taksiran Skala
dan interpretasi skor min daripada Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
(2006) dan ditunjukkan dalam Jadual 1. Selang skala skor min dikekalkan tetapi taksiran bagi
setiap konstruk dubah suai menggunakan istilah yang lebih sesuai agar dapat menyamapaikan
tafsiran yang tepat dan difahami.

Jadual 1
Skala dan interpretasi skor min berdasarkan Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan (2006)

Skor Min Interpretasi Skor Min


1.00 hingga 1.89 Sangat Rendah
1.90 hingga 2.69 Rendah
2.70 hingga 3.49 Sederhana
3.50 hingga 4.29 Tinggi
4.30 hingga 5.00 Sangat Tinggi

DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN


Dapatan kajian ini menjawab kepada tiga soalan kajian, iaitu sikap, minat, motivasi murid bukan
penutur natif dalam penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

Jadual 2
Analisis Item Bagi B01 hingga B06, iaitu Sikap Murid Bukan Penutur Natif Terhadap
Penerimaan Pembelajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua.

Bil Item Min Sisihan Varian Tahap


(µ) Piawai (V)
(SP)

B01. Saya ingin belajar 4.42 0.750 0.563 Tinggi


bahasa Melayu.

B02. Saya boleh bertutur 4.40 0.748 0.559 Tinggi


bahasa Melayu.
1064
B03. Saya boleh menulis 4.54 0.727 0.528 Tinggi
bahasa Melayu.

B04. Saya memilih bahan 4.50 0.780 0.608 Tinggi


bacaan dalam bahasa
Melayu.

B05. Saya bergaul dengan 4.40 0.799 0.638 Tinggi


rakan dalam bahasa
Melayu.

B06. Saya guna bahasa 4.50 0.780 0.608 Tinggi


Melayu dalam kelas.

Skor Min Keseluruhan 4.4615 0.63625 0.405 Tinggi

Dapatan berdasarkan jadual 2 menunjukkan skor min keseluruhan bagi sikap murid
bukan penutur natif terhadap penerimaan pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua
adalah pada tahap yang tinggi, iaitu µ=4.4615. Nilai varian ialah (V=0.405) serta sisihan piawai
SP=0.63625. Varian dan sisihan piawai tersebut menunjukkan bahawa set data dalam kajian ini
sedikit terserak dan namun masih menghampiri ukuran pusat. Keadaan ini menunjukkan
bahawa responden memberikan jawapan yang pelbagai. Oleh itu, penemuan kajian ini
menunjukkan bahawa murid bukan penutur natif di Sekolah Kebangsaan Sungai Manong Subis,
Miri Sarawak mempunyai sikap yang tinggi dalam penerimaan pembelajaran bahasa Melayu
sebagai bahasa kedua.

Jadual 3
Analisis Item Bagi C01 hingga C06, iaitu Minat Murid Bukan Penutur Natif Terhadap Penerimaan
Pembelajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua.

Bil Item Min Sisihan Varian Tahap


(µ) Piawai (V)
(SP)

C01. Saya bersungguh- 4.40 0.748 0.559 Tinggi


sungguh belajar bahasa
Melayu.

C02. Saya berminat belajar 4.42 0.723 0.523 Tinggi


bahasa Melayu.

1065
C03. Saya memberi tumpuan 4.54 0.753 0.567 Tinggi
semasa dalam kelas
bahasa Melayu.

C04. Saya sentiasa 4.48 0.727 0.529 Tinggi


menyiapkan kerja rumah
bahasa Melayu.

C05. Saya suka mata pelajaran 4.46 0.727 0.528 Tinggi


bahasa Melayu.

C06. Saya tertarik dengan mata 4.48 0.727 0.529 Tinggi


pelajaran bahasa Melayu.

Skor Min Keseluruhan 4.4647 0.61952 0.384 Tinggi

Dapatan berdasarkan jadual 3 menunjukkan skor min keseluruhan bagi minat murid
bukan penutur natif terhadap penerimaan pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua
adalah pada tahap yang tinggi, iaitu µ=4.4647. Nilai varian ialah (V=0.384) serta sisihan piawai
SP=0.61952. Varian dan sisihan piawai tersebut menunjukkan bahawa set data dalam kajian ini
sedikit terserak dan namun masih menghampiri ukuran pusat. Keadaan ini menunjukkan
bahawa responden memberikan jawapan yang pelbagai. Oleh itu, penemuan kajian ini
menunjukkan bahawa murid bukan penutur natif di Sekolah Kebangsaan Sungai Manong Subis,
Miri Sarawak mempunyai minat yang tinggi dalam penerimaan pembelajaran bahasa Melayu
sebagai bahasa kedua.

Jadual 4
Analisis Item Bagi D01 hingga D06, iaitu Motivasi Murid Bukan Penutur Natif Terhadap
Penerimaan Pembelajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua.

Bil Item Min Sisihan Varian Tahap


(µ) Piawai (V)
(SP)

D01. Saya bercita-cita melanjutkan 4.31 0.829 0.688 Tinggi


pelajaran dalam bidang
bahasa Melayu.

D02. Menguasai bahasa Melayu 4.44 0.752 0.565 Tinggi


meluaskan pandangan saya.

1066
D03. Menguasai bahasa Melayu 4.50 0.780 0.608 Tinggi
memperkembangkan
pengetahuan saya.

D04. Menguasai bahasa Melayu 4.44 0.752 0.565 Tinggi


menjadikan saya orang yang
berpengetahuan tinggi.

D05. Menguasai bahasa Melayu 4.38 0.718 0.516 Tinggi


memudahkan saya bergaul
dengan orang lain.
D06. Menguasai bahasa Melayu 4.40 0.748 0.559 Tinggi
dapat meningkatkan
keyakinan saya.

Skor Min Keseluruhan 4.4135 0.65637 0.431 Tinggi

Dapatan berdasarkan jadual 4 menunjukkan skor min keseluruhan bagi motivasi murid
bukan penutur natif terhadap penerimaan pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua
adalah pada tahap yang tinggi, iaitu µ=4.4135. Nilai varian ialah (V=0.431) serta sisihan piawai
SP=0.65637. Varian dan sisihan piawai tersebut menunjukkan bahawa set data dalam kajian ini
sedikit terserak dan namun masih menghampiri ukuran pusat. Keadaan ini menunjukkan
bahawa responden memberikan jawapan yang pelbagai. Oleh itu, penemuan kajian ini
menunjukkan bahawa murid bukan penutur natif di Sekolah Kebangsaan Sungai Manong Subis,
Miri Sarawak mempunyai motivasi yang tinggi dalam penerimaan pembelajaran bahasa Melayu
sebagai bahasa kedua.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Dapatan kajian ini menunjukkan murid bukan penutur natif mempunyai sikap, minat dan motivasi
yang tinggi dalam penerimaan pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Dapatan
kajian ini disokong oleh beberapan kajian lain yang turut menyatakan pekara yang sama.
Dapatan kajian ini menyokong kajian Abdullah Musa (2004) mendapati murid Dusun mempunyai
sikap yang postif, minat dan motivasi yang tinggi terhadap penerimaan pembelajaran Bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua. Tambahan pula, pengkaji Chithra a/p Raju (2003) telah
menunjukkan keputusan yang sama, iaitu murid India mempunyai sikap yang positif, minat dan
motivasi yang tinggi terhadap pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Murid Cina
juga mempunyai sikap yang postitif, minat dan motivasi yang tinggi terhadap penerimaan
pembelajaran Bahasa Melayu dalam kajian Zamri Mohamod dan Zarina Othman (2001) serta
kajian Abdul Rashid Jamian (2011). Hal ini juga turut digambarkan oleh kajian Jumiya binti
Ahmad (2014), di mana murid berbangsa Kensiu turut menunjukkan sikap yang positif, minat
dan motivasi yang tinggi terhadap penerimaan pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa
kedua. Dalam kajian Kharul Nizam Mohamed Zuki (2017) juga mengatakan bahawa murid
1067
berbangsa Bajau mempunyai sikap yang sangat positif, minat dan motivasi yang tinggi dalam
penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.
Terdapat juga murid Melanau dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa
kedua mempunyai sikap yang positif, minat dan motivasi yang tinggi dalam kajian Nancy anak
Ngumbang dan Zamri Mohamod (2017). Tidak dapat dinafikan bahawa, dalam kajian Abdul
Rahim Abu dan Mohd Sharifudin Yusop (2014) telah menunjukkan majority Orang Asli dalam
kajian mereka mempunyai sikap positif, minat dan motivasi yang tinggi terhadap bahasa Melayu.
Dapatan kajian mereka memberikan gambaran bahawa murid-murid mempunyai sikap yang
positif, minat dan motivasi yang tinggi dalam diri masing-masing ketika mempelajari bahasa
Melayu. Kajian ini juga menyamai kajian yang dijalankan oleh Kharul Nizam Mohamed Zuki
(2017) dan Felecia anak Kiai (2017) yang menyatakan murid-murid peribumi di Sabah dan
Sarawak mempunyai sikap yang postif, minat dan motivasi yang tinggi ketika belajar bahasa
Melayu. Kajian oleh Jerie anak Peter Langan dan Zamri Mahamod (2011) terhadap murid Iban
di daerah Kanowit, Sarawak berkaitan sikap, minat dan motivasi mempelajari bahasa Melayu
sebagai bahasa kedua juga menyokong kajian ini. Dapatan kajian beliau menunjukkan murid
Iban di daerah Kanowit, Sarawak mempunyai sikap, minat dan motivasi yang tinggi.

Implikasinya, dapatan kajian ini dapat membantu guru-guru mengenal pasti tahap
penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid bukan penutur natif.
Dengan kepastian tersebut, guru boleh pengaplikasian teknik yang bersesuaian dalam
pengajaran bahasa Melayu supaya dapat meningkatkan tahap penerimaan bahasa Melayu
dalam kalangan murid bukan penutur natif. Perkara ini amat diperlukan agar murid dapat
menguasai pelajaran bahasa Melayu dengan baik dan memartabakan bahasa Melayu mereka.
Kajian ini turut memberi cadangan kajian lanjutan bagi meningkatkan kualiti penyelidikan di
Malaysia. Sebagai cadangan kajian lanjutan ialah pengkaji boleh menjalankan kajian ini di
sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan (SJKT) Tamil, sekolah-sekolah menengah, sekolah-
sekolah teknikal, sekolah-sekolah swasta, univeristi dan lain-lain. Kajian lanjutan juga boleh
dilaksanakan di kawasan yang lebih, misalnya meliputi seluruh kawasan di Miri atau daerah-
daerah dan negeri-negeri yang lain. Saranan seterusnya ialah penyelidik lain boleh
melaksanakan kajian dalam topik yang sama dengan mengggunakan pendekatan kualitatif atau
pendekatan gabungan untuk mendalami dan mengesahkan lagi dapatan kajian ini sama ada
boleh dikekalkan atau sebaliknya.

Kesimpulannya, murid bukan penutur natif di sekolah rendah mempunyai sikap, minat
dan motivasi yang tinggi dan baik dalam penerimaan pembelajaran bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua. Dapatan kajian ini dilihat sebagai nilai tambah dalam bidang pedagogi
penerimaan pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid bukan
penutur natif. Hal ini kerana kajian-kajian lepas lebih melihat keberkesanan teknik yang

1068
diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran berbanding tahap penerimaan pembelajaran murid
terhadap bahasa Melayu. Tambahan pula, masih kurang kajian tentang penerimaan bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid bukan penutur natif. Tuntasnya, pengkaji
akan datang disarankan untuk menjalankan kajian yang hampir sama seperti cadangan yang
diberikan. Jelaslah bahawa cadangan kajian lanjutan ini dapat memperluas penyelidikan dalam
aspek sikap, minat, dan motivasi murid bukan penutur natif terhadap bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua. Oleh itu, tahap penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam
kalangan murid bukan penutur natif adalah sangat penting kerana bahasa Melayu ialah bahasa
kebangsaan, bahasa pendidikan dan bahasa perpaduan di negara Malaysia.

RUJUKAN
Abdul Hamid Mahmood. (1990). Penguasaan Bahasa Melayu baku dalam kalangan
pelajar. Jurnal Dewan Bahasa, 4: 242-252.
Abdullah Hassan. (1996). Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran bahasa Malaysia.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Musa. (2004). Sikap dan Motivasi Pelajar Dusun terhadap Pembelajaran
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Abdul Rahim Abdul Rashid. (2003). Keanekabahasaan dalam era globalisasi.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Rahim Abu dan Mohd Sharifudin Yusop. (2014). Sikap kanak-kanak orang
asli di bandar raya Kuala Lumpur terhadap penguasaan bahasa Melayu
sebagai bahasa kedua. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4(2), 57-66.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2006). Skala Kajian.
Retrived from https://www.moe.gov.my/index.php/my/koporat/jabatan-dan-
bahagian/bahagian-perancangan-dan-penyelidikan-dasar-pendidikan.
Chithra a/p Raju. (2003). Sikap dan motivasi pelajar India dalam pembelajaran
bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kertas Projek Sarjana Pendidikan.
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Felecia anak Kiai. (2017). Pengaruh sikap, minat dan motivasi dalam pembelajaran
bahasa Melayu murid Iban daerah Kapit. Falkulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Farid Muhammad Onn dan Ajid Che Kob. (1981). Pengaruh bahasa ibunda dalam
proses pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Melayu.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jerie anak Peter Langan dan Zamri Mahamod. (2011). Sikap dan motivasi murid
Iban dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1): 13-25.

1069
Jumiya Binti Ahmad. (2014). Masalah Pembelajaran Dan Penguasaan Bahasa
Melayu Sebagai Bahasa Kedua Dalam Kalangan Murid-Murid Kensiu: Satu
Kajian Kes. Universiti Utara Malaysia.
Kamiliah Ayu dan Zamri Mahamod. (2015). Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu
Dalam Kalangan Pelajar Bukan Melayu. Prosiding Seminar Pascasiswazah
Pendidikan Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Khairul Nizam Mohamed Zuki. (2017). Penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa
kedua dalam kalangan murid berbangsa Bajau. Inernational Journal of
Humanities and Social Science Invention, 6(10): 1-11
Mohd Helmi Ahmad. (2011). Gangguan bahasa ibunda. Dewan Bahasa, 10, 32-34.
Mohd Majid Konting. (2009). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Nancy Anak Ngumbang dan Zamri Mahamod. (2017). Sikap, Minat Dan Motivasi
Murid Melanau Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa
Kedua. Journal of Malay Language, Education And Literature, Jilid 8 (2017):
47-58.
Noraini Idris. (2013). Penyelidikan dalam pendidikan. McGraw-Hill Education (M).
Nur Hayati Abdullah. (2002). Sikap dan motivasi dalam pembelajaran bahasa kedua.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Saniah Abu Bakar. (2013). Kekangan pelajar asing dalam menggunakan
kemahiran bertutur Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3(1):
52-62.
Zamri Mahamod. (2016). Psikolinguistik dan pengajaran bahasa. Fakulti Pendidikan:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zamri Mohamod dan Zarina Othman. (2001). Sikap Pelajar Cina terhadap
Pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Jurnal Dewan
Bahasa, Februari: 40-43.
Zulkifley Hamid. (1994). Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa. Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Zulkifley Hamid, Karim Haron dan Saadiah Ma’alip. (2000). Tahap penguasaan
bahasa Melayu sebagai bahasa pertama dan bahasa kedua. Jurnal Dewan
Bahasa, 44(1).

1070
PENGETAHUAN DAN PENGAPLIKASIAN PETA I-THINK TAHUN 5 SEMASA
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) DI DALAM KELAS

Wan Muhammad Hazman bin Md Nasir


muhammad09-905@epembelajaran.edu.my

Faridah binti Darus PhD


faridahdarus@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji pengetahuan dan pengaplikasian peta i-Think murid tahun 5
semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kajian ini juga mengenal pasti kemahiran ini juga
menuntut pemahaman dan penguasaan murid terhadap peta i-Think untuk melaksanakannya dalam
pengajaran dan pembelajaran setiap hari PdP Bahasa Melayu. Reka bentuk kajian adalah kaedah
penyelidikan tinjauan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 29 item. Sampel kajian terdiri
daripada 92 murid tahun 5 SK Kementah. Data dianalisis menggunakan program SPSS (Statistical
Package for Social Sciences Version 26.0) Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik
deskriptif, melibatkan analisis skor min dan sisihan piawai. Hasil dapatan menemukan pengetahuan murid
tahun 5 terhadap peta i-Think semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas (µ = 3.72). Namun,
pengaplikasian peta i-Think dalam kalangan murid tahun 5 semasa pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas tinggi (µ = 3.85). Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetahuan dan pengaplikasian
responden tentang peta pemikiran i-Think berada pada peratusan yang tinggi. Hasil kajian yang diperolehi
menunjukkan murid telah mengalami perubahan ke arah positif dengan pengaplikasian peta pemikiran i-
Think dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kaedah pengajaran dan pembelajaran
dengan menggunakan Peta I-Think perlu diterapkan kepada pelajar untuk menarik minat pelajar untuk
belajar mata pelajaran Bahasa Melayu serta melahirkan murid yang kreatif dan kritis.

Kata kunci: peta pemikiran i-Think, Bahasa Melayu, kemahiran berfikir

ABSTRACT
This research was conducted to find out the knowledge and the application of i-Think map among Year 5
pupils during teaching and learning process in the class. It also to identify the pupils’ understanding and
mastery of the i-Think map to implement it in their daily learning of Bahasa. This research was conducted
by using survey design that involved a set of questionnaires with 29 items. The sample for this research
were 92 pupils of Year 5 from SK Kementah. The collected data has been analysed by using Statistical
Package for Social Sciences (SPSS) 26.0 version. The collected data has been analysed descriptively
that involved the mean score and the standard deviation. The findings in this survey indicated that the
awareness of Year 5 pupils towards the i-Think map in teaching and learning with the mean score (µ =
3.72) Therefore, the application of the i-Think map among Year 5 pupils during the teaching and learning
was high (µ = 3.85). The findings showed that the knowledge and the application of the respondents
toward i-think map was at the highest percentage. It also depicted that the pupils show positive
improvements towards i-Think map in teaching and learning for Bahasa Melayu subject. The used of the
i-Think map during the teaching and learning session should be implemented during the Bahasa Melayu
lesson to attract the pupils’ interest so that they can think critically and creatively.

Keywords: Thinking Maps, i-Think, Malay Language, learning and facilitating

1071
PENGENALAN
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, Kerajaan menegaskan
bahawa pengabaian terhadap asas pendidikan tidak akan langsungnya Malaysia untuk
membentuk sebuah negara maju. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2025, memberikan penekanan kepada enam ciri utama yang perlu ada pada setiap murid untuk
bersaing pada peringkat global. Hal ini merupakan satu perkara yang menarik sekali dan perlu
dititikberatkan untuk memantapkan sistem pendidikan sedia ada. Satu daripada unsur yang
disebutkan adalah meningkatkan kemahiran berfikir. Kini, penguasaan kemahiran berfikir yang
betul dan komprehensif adalah sangat penting jika kita maju menjadi sebuah negara yang maju
dan berkualiti tinggi terutama dalam bidang Pendidikan seperti Negara Finland, Korea, Jepun,
China dan negara-negara berbaring.

Alat berfikir seperti penggunaan pengurusan grafik secara visual telah dibuktikan
keberkesanannya di sekolah-sekolah berprestasi rendah seperti di United Kingdom, Kanada dan
Amerika Syarikat. Menurut Abdul Fatah Hassan dalam kajian Mohd Sidek et Al. (2013),
penggunaan pengurusan grafik dalam amalan pengajaran guru di Malaysia seperti peta minda
masih pada tahap yang rendah serta tidak menggalakkan mengangkatnya menjadi lebih kreatif
dan kritis dalam pembelajaran mereka. Kajian Azizi et Al. (2005) mengatakan bahawa sumber
maklumat dan sebuah sistem pendidikan yang dapat membantu murid berperwatakan kreatif
dan serba boleh dapat meningkatkan pengetahuan serta kemahiran mereka dalam
pembelajaran.

Sungguhpun begitu, sistem pendidikan kita yang kemudahan menekankan kemahiran


berfikir aras tinggi serta pembinaan skema yang produktif menjadikan perkara tersebut sebagai
fenomena baharu di Malaysia. Jadi pembelajaran berbantukan bantuan pengajaran berkesan
setiap hari adalah perlu untuk murid meneroka alam mereka (Mohd Sidek et al, 2013). Untuk
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti, unsur-unsur dalam
kemahiran berfikir aras tinggi harus diaplikasi bersesuaian dengan tahap kognitif murid. Aspek
pedagogi seperti ini dapat membantu guru untuk mewujudkan tahap pembelajaran yang
bermakna kepada murid kerana lebih mudah untuk menerima sesuatu perkara yang baharu dan
berinovasi. Guru seharusnya memandang serius kerana peta i-Think merupakan alat yang
mampu menjadi punca keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Teknik mengajar menggunakan peta pemikiran i-Think merupakan satu daripada usaha dalam
pengukuhan pedagogi guru bagi langsungnya guru untuk mengubah mentaliti dan amalan lama.
Teknik ini dapat mewujudkan suasana pengajaran menyeronokkan murid, mudah, yang
berinformasi selain menjimatkan penggunaan masa dan bahan.

Peta pemikiran i-Think yang mengemukakan lapan bentuk Peta pemikiran dapat
meningkatkan kemahiran berfikir dan keupayaan berkomunikasi dengan berkesan. Lapan
1072
bentuk peta pemikiran tersebut ialah peta buih, peta bulatan, peta buih berganda, peta pokok,
peta dakap, peta alir, peta pelbagai alir dan peta titi telah diperkenalkan oleh Hyerle dan Yeager
(2007). Berdasarkan kajian Perunding Kestrel Education UK dan 21 Century School USA, (2011)
dalam Kementerian Pendidikan Malaysia (2012) menyatakan Bahasa kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah. Oleh yang demikian,
Agensi Inovasi Malaysia perlu membentuk suatu inovasi negara dan bekerjasama dengan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melahirkan individu yang mempunyai elemen
KBAT mampu berkomunikasi dengan lebih efektif.

Menurut Hyerle & Yeager (2007), peta pemikiran memberikan kemudahan kepada murid
untuk memahami sesuatu konsep dalam pembelajaran, menganalisis dan menyelesaikan
masalah. Melalui penggunaan peta pemikiran, aktiviti berpusatkan murid dapat dilaksanakan
dan menggalakkan kolaboratif dalam kalangan murid selain daripada guru yang cenderung
menjadi fasilitator di dalam bilik darjah mampu menimbulkan keakraban hubungan antara guru
dan murid. Kesimpulannya, peta pemikiran dan KBAT saling melengkapi untuk melahirkan murid
yang lebih berketerampilan dalam berbahasa dan mempunyai KBAT dalam pendidikan pada
abad ini. Komitmen dan tanggungjawab para pendidik amat perlu agar para pendidik dapat
memenuhi segala hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

PERNYATAAN MASALAH
Kemahiran berfikir merupakan asas bagi mencorakkan pembangunan pendidikan yang kreatif
dalam kalangan murid. Penekanan terhadap kemahiran berfikir dalam semua mata pelajaran di
sekolah membolehkan murid untuk berfikir dengan lebih kreatif, membuat sesuatu keputusan
dengan lebih rasional serta bertimbang rasa. Sehubungan dengan itu, pada tahun 2015 semua
sekolah dikehendaki melaksanakan dan membudayakan pembelajaran abad ke-21 yang
bertujuan untuk meningkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir ke arah menghasilkan
murid inovatif seperti yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
(KPM, 2013).

Masalah dalam pengajaran wujud apabila guru tidak memberikan penekanan kepada
unsur pemetaan minda dalam sesuatu kaedah (Fawler, 2009). Kesannya, murid tidak bersedia
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dan seterusnya tidak memberikan
penambahan ilmu secara berkesan kepada murid. Sehubungan dengan itu, murid tidak mampu
untuk berfikir aras tinggi dan menyeluruh kerana hasil pembelajaran diajarkan secara kaedah
tradisional. Sebagai contoh, dalam peta i-Think, terdapat lapan jenis peta yang mengsyorkan-
mengsyorkan mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri. Jika guru meminta murid untuk
menggunakan peta pelbagai alir bagi mengenal pasti sebab dan akibat berlakunya pencemaran
alam sekitar di Malaysia, maka secara tidak langsung, murid dapat menggambarkan sebab
1073
berlaku pencemaran alam sekitar dalam mindanya, dan apakah kemungkinan akibatnya. Secara
Ringkasnya, peta pemikiran ini membantu murid untuk menggambarkan sesuatu dan
membenarkan murid untuk berfikir secara lebih mendalam.

Walau bagaimanapun, kebanyakan guru lebih selesa dengan kaedah pengajaran yang
sedia ada dan sukar untuk menerima anjakan PPPM dan mempelajari kemahiran penyampaian
pengetahuan dalam bentuk baharu. Hal ini turut dipersetujui oleh Sharifah Nor (2012) bahawa
cabaran paling besar untuk menangani permasalahan berkenaan keberkesanan kaedah
pengajaran adalah memastikan semua guru menggunakan amalan-amalan yang mampu
merangsang kemahiran berfikir secara berkesan dalam pengajaran harian.

Selain itu, Abd. Aziz (2007) turut menyatakan bahawa pengajaran konvensional adalah
masih menjadi amalan di dalam kelas. Guru-guru masih menggunakan kaedah pedagogi yang
tradisional melalui pengajaran secara lisan dengan merujuk buku teks, nota dan buku latihan
topikal dengan kata lain, "Chalk and Talk". Keadaan ini menjadikan proses PdP tidak menarik
dan murid susah untuk menumpukan perhatian tidak faham semasa proses PdP berlangsung.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012), menyatakan bahawa penggunaan peta pemikiran
melibatkan lapan proses pemikiran yang dapat menggalakkan murid untuk membuat definisi
mengikut konteks, membuat penerangan menggunakan kata, membanding beza, membuat
pengelasan, membuat hubungan seluruh bahagian, membuat turutan, menyatakan sebab dan
akibat serta membuat analogi.

Seterusnya, kesukaran murid untuk mengingat rumus-rumus bahasa dan fakta-fakta


dalam penulisan merupakan isu dalam aspek amalan yang dapat menggalakkan guru untuk
menggunakan peta pemikiran i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran. Zamri (2014)
menyatakan bahawa terdapat pelbagai inovasi yang boleh digunakan oleh guru bahasa melayu
di dalam bilikdarjah bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran tidak lagi terikat
dengan kaedah tradisional. Menurut Abdul Rahim (2000), penggunaan peta minda juga dapat
memudahkan pemikiran murid, mengukuhkan daya ingatan, dan murid dapat mengingat fakta-
fakta penting yang kemudiannya boleh dihuraikan dengan baik. Kajian ini turut disokong oleh
Lee & Gan (2012) dalam penulisannya mencatatkan bahawa peta pemikiran dapat membantu
murid untuk mengorganisasikan pemikiran mereka, memudahkan pemahaman serta membantu
murid untuk idea membentangkan idea-idea bernas dan baharu.

Guru-guru telah didedahkan dengan program i-Think melalui kursus-kursus yang telah
dianjurkan oleh pihak KPM mahupun pihak sekolah. Para guru telah diberikan penerangan dan
kefahaman berkaitan dengan penggunaan peta i-Think secara menyeluruh. Oleh demikian,
setelah selesai kursus tersebut guru-guru melakukan susulan dengan mengaplikasi peta i-Think
kepada murid di dalam PDP. Hal ini telah menyebabkan pengajaran guru dalam bilik darjah

1074
menimbulkan kelainan dan menyeronokkan. Guru-guru mengajar di dalam kelas dengan
panduan secara khusus yang telah ditetapkan oleh KPM. Maka kajian ini bertujuan untuk
mengenal pasti keberkesanan penggunaan peta i-Think dalam menyenaraikan isi penting dari
teks bahasa Melayu bagi murid tahun 4 di dalam bilik darjah semasa pengajaran mata pelajaran
bahasa Melayu oleh guru bahasa Melayu untuk menggalakkan KBAT dalam kalangan
mengangkatnya.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini merujuk kepada :
i. Mengenal pasti tahap pengetahuan murid terhadap penggunaan peta pemikrian i-Think
semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa melayu
ii. Mengenal pasti tahap pengaplikasian peta i-Think dalam kalangan murid tahun 5 semasa
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu

SOALAN KAJIAN
Oleh itu, kajian ini mengkaji beberapa persoalan iaitu :
i. Apakah tahap pengetahuan murid tahun 5 terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think?
ii. Apakah tahap kekerapan pengaplikasian peta i-Think dalam kalangan murid tahun 5
semasa pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu?

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini adalah berbentuk tinjauan yang menggunakan analisis kuantitatif. Menurut, Chua Yan
Piaw (2012) kajian tinjauan adalah satu kaedah untuk mendapatkan maklumat dan
menggunakan soalan yang sama untuk setiap individu dan bilangan yang besar iaitu populasi.
Kelebihan kajian penyelidikan menggunakan kaedah tinjauan adalah untuk membolehkan data
dikumpulkan pada satu titik masa yang sama (Fuad Mohamed Berawi, 2017). Malah, kaedah ini
juga sesuai ditadbir ke atas sampel yang bersaiz besar namun dalam masa yang singkat
manakala dari segi proses pengumpulan data, maklumat dapat dipungut secara terus daripada
responden (Creswell, 2014).

Kajian tinjauan ini menggunakan instrumen soal selidik yang akan diedarkan kepada
responden dalam bentuk Google Forms. Pengumpulan instrumen yang sama untuk semua
responden dapat menyeragamkan data yang dikumpul, berupaya membentuk generalisasi
dengan menganalisis dan menginterpretasikan pola respons daripada responden. Dalam kajian
ini, pengkaji menggunakan statistik deskriptif untuk menganalisis data. Menurut Mohd Majid
(2009) kajian deskriptif merupakan kajian yang bertujuan menerangkan suatu keadaan yang
berlaku. Ini bertepatan dengan kajian ini, iaitu untuk melihat pengetahuan dan pengaplikasian
murid tahun 5 terhadap peta i-Think bahasa Melayu di sekolah rendah.

1075
Instrumen soal selidik yang digunakan ini terdiri daripada 28 item dan dibahagikan
kepada empat bahagian. Bahagian A merupakan bahagian demografi. Sementara itu, Bahagian
B pula mengandungi item berkaitan pengetahuan peta i-Think dalam kalangan murid tahun 5
semasa proses PdP Bahasa Melayu Bahagian C pemahaman Peta I-Think dalam kalangan
murid tahun 5 semasa proses PdP Bahasa Melayu, Bahagian D Penguasaan Peta I-Think Dalam
Kalangan Murid Tahun 5 Semasa Proses PdP Bahasa Melayu dan Bahagian E pengaplikasian
peta i-Think dalam kalangan murid tahun 5 semasa proses PdP Bahasa Melayu. Instrumen ini
telah disahkan oleh pakar dalam bidang ini kesahan tidak menjamin sama ada ujian tersebut
betul-betul mengukur fenomena dalam domain tersebut (Noraini 2010). Terdapat empat jenis
kesahan yang akan dibuktikan melalui kajian ini iaitu kesahan kandungan, kesahan kriteria,
kesahan ramalan dan kesahan muka. Kebolehpercayaan pula ditentukan dengan menggunakan
indeks kebolehpercayaan Alpha Cronbach. Kebolehpercayaan instrumen kajian dilaksanakan
dengan mengenal pasti tahap ketekalan dalam item yang digunakan (Azizi Ahmad, 2010).

Instrumen ini telah diuji melalui kajian rintis kepada 30 orang responden. Hasil analisis
kebolehbpercayaan kajian ini sangat tinggi kerana dapat dibuktikan melalui Nilai Cronbach
Alpha. 796 dana terdapat kestabilan, kesetaraan dan ketekalan dalam Perjanjian slip yang
digunakan sebagai alat ukur dalam kajian yang dijalankan ini. Responden dikehendaki mengisi
borang soal selidik ini dengan menggunakan skala Likert sebagai pilihan jawapan. Untuk skala
Likert, para responden hanya perlu menyatakan darjat persetujuan mereka dengan menandakan
nombor pilihan. Menurut Wiersma (2000) skala likert mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.
Sebelum kajian sebenar dijalankan, pengkaji terlebih dahulu melaksanakan kajian rintis. Slip
rintis ini dilaksanakan untuk membantu pengkaji mengenal pasti tahap kebolehlaksanaan kajian
sebenar. Menurut Othman (2013), kajian rintis ini merupakan kajian secara kecil-kecilan yang
dilaksanakan sebelum kajian sebenar dilakukan. Maka kajian rintis dijalankan di beberapa orang
murid tahun 5 di SK Seksyen 19 Shah Alam. Kajian rintis ini bertujuan untuk mendapatkan
respon terhadap kesesuaian item dalam perjanjian dengan persoalan kajian serta mengetahui
anggaran masa untuk menjawab soal selidik tersebut. Akhirnya, data soal selidik dianalisis
secara deskriptif iaitu melihat kepada skor min dan sisihan piawai.

Jadual 1
Skala Interpretasi Skor Min Dan

Skor min Interpretasi skor min


1.00 hingga 2.33 Rendah Kurang setuju/ kurang membantu/ kurang mahir/
kurang memenuhi/ tidak pasti/ kadang-kadang/
tiada/ sebahagian kecil.
2.34 hingga 3.66 Serdahana Setuju/ membantu/ mahir/ memenuhi/ separuh.

1076
3.67 hingga 5.00 Tinggi Sangat setuju/ sangat mahir/ sangat memenuhi/
sangat selalu/ semua/ sebahagian besar.
Sumber: Jamil et al., 2014

Dalam kajian ini, aspek persepsi, tahap kemahiran guru dan cabaran dikategorikan kepada tiga
tahap iaitu skor min 1.00 hingga 2.33 menunjukkan tahap yang rendah, skor min 2.34 hingga
3.66 menunjukkan tahap sederhana manakala akhir sekali skor min 3.67 hingga 5.00
menunjukkan tahap yang tinggi.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini menjawab keempat-empat bahagian instrumen kajian iaitu pengetahuan,
pemahaman, penguasaan dan pengaplikasian peta i-Think murid tahun 5 semasa proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah.

Jadual 2
Analisis item Bagi Alat Kajian Tahap Pengetahuan Peta I-Think dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu
Bil. Item Min Sisihan Interpertasi
Piawai
1. Saya tahu mengenai peta i-Think. 3.90 .771 Tinggi
2. Saya tahu tentang konsep peta i-Think. 3.70 .752 Tinggi
3. Saya tahu terdapat lapan jenis peta i-Think. 3.65 .870 Serdahana
4. Saya tahu fungsi-fungsi peta i-Think. 3.67 .909 Tinggi
5. Saya tahu memilih peta i-Think yang sesuai dengan 3.71 .896 Tinggi
pembelajaran.
6. Saya tahu menggunakan setiap jenis peta i-Think. 3.64 .884 Serdahana
7. Saya tahu tentang kegunaan setiap peta i-Think. 3.58 .905 Serdahana
8. Saya tahu melukis setiap jenis peta i-Think. 3.93 .862 Tinggi
Keseluruhan 3.72 .506 Tinggi

Dapatan kajian berdasarkan Jadual 2 menunjukkan skor min pengetahuan peta i-Think
dalam kalangan murid tahun 5 semasa PdP bahasa Melayu secara keseluruhan iaitu 3.72,
menunjukkan bahawa responden mempunyai persepsi yang sangat baik terhadap pengetahuan
peta i-Think. Nilai sisihan piawai (SP) ialah 0.506 menunjukkan bahawa set data dalam konstruk
ini menghampiri ukuran pusat. Skor min paling tinggi iaitu 3.93 bagi item nombor 8. Skor min
paling rendah pula ialah 3.58 iaitu murid kurang pengetahuan terhadap kegunaan setiap 8 jenis
peta i-Think.

1077
Jadual 3
Analisis item Bagi Alat Kajian tahap pemahaman Peta I-Think dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu
Bil. Item Min Sisihan Interpertasi
Piawai
1. Peta i-Think membantu saya memahami 3.87 .892 Tinggi
tatabahasa.
2. Peta i-Think meningkatkan kefahaman saya dalam 3.96 .851 Tinggi
mata pelajaran Bahasa Melayu.
3. Peta i-Think membantu saya memahami tajuk 3.88 .900 Tinggi
pembelajaran dengan mudah.
4. Peta i-Think membantu saya memahami isi 3.88 .890 Tinggi
pelajaran yang disampaikan oleh guru.
5. Infografik peta i-Think membantu saya memahami 3.90 .913 Tinggi
sesuatu maklumat.
6. Peta i-Think membantu saya memahami fakta. 3.82 .962 Tinggi
7. Peta i-Think meningkatkan kefahaman saya 3.67 .956 Tinggi
terhadap teks yang dibaca.
3.85 .683 Tinggi
Keseluruhan

Berdasarkan Jadual 3, menunjukkan skor min tahap pemahaman peta i-Think dalam
kalangan murid tahun 5 ialah (µ = 3.85). Nilai varian ialah (V=.256) manakala sisihan piawai SP=
.683. Varian dan sisihan piawai tersebut menunjukkan situasi bahawa set data dalam kajian ini
menghampiri ukuran titik tengah pusat. Situasi ini bahawa sebahagian besar responden
memberi jawapan ‘baik’ dan hanya sebahagian kecil memberi jawapan ‘serdahana’.

Jadual 4
Analisis item Bagi Alat Kajian tahap penguasaan Peta I-Think dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu
Bil. Item Min Sisihan Interpertasi
Piawai
1. Peta i-Think membantu saya menguasai topik yang 3.82 .811 Tinggi
diajar oleh guru
2. Saya dapat mengunakan peta i-Think dengan baik 3.99 .734 Tinggi
semasa proses pembelajaran
3. Saya dapat membina ayat yang betul dan sistematik 3.89 .637 Tinggi
melalui penggunaan peta i-Think
4. Saya dapat menghasilkan idea untuk menulis 3.90 .696 Tinggi
karangan dengan menggunakan peta i-Think
5. Saya dapat menguasai tatabahasa dengan 3.83 .640 Tinggi
menggunakan peta i-Think
6. Saya dapat membentangkan peta i-Think yang 3.78 .768 Tinggi
dihasilkan ketika kelas Bahasa Melayu
7. Saya dapat menguasai Bahasa Melayu dengan 3.83 .872 Tinggi
lebih baik melalui penggunaan peta i-Think
Keseluruhan 3.85 .683 Tinggi
1078
Berdasarkan Jadual 4, dapatan kajian berdasarkan jadual 4 menunjukkan min tahap
penguasaan peta i-Think dalam kalangan murid tahun 5 ialah (µ = 3.85). Nilai varian ialah
(V=.256) manakala sisihan piawai SP= .683. Varian dan sisihan piawai tersebut menunjukkan
situasi bahawa set data dalam kajian ini menghampiri ukuran titik tengah pusat. Situasi ini
bahawa sebahagian besar responden memberi jawapan ‘baik’ dan hanya sebahagian kecil
memberi jawapan ‘serdahana’. Nilai skor min paling tinggi ialah 3.88 iaitu item pertama.

Jadual 5
Analisis item Bagi Alat Kajian tahap pengaplikasian Peta I-Think dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu
Bil. Item Min Sisihan Interpertasi
Piawai
1. Saya menggunakan peta i-Think sewaktu belajar. 3.86 .735 Tinggi
2. Saya menggunakan peta i-Think sewaktu membuat 3.77 .757 Tinggi
latihan.
3. Saya menggunakan peta i-Think sewaktu membuat 3.78 .768 Tinggi
nota.
4. Saya menggunakan peta i-Think sewaktu membuat 3.71 .792 Tinggi
kerangka karangan.
5. Saya menggunakan peta i-Think sewaktu menjawab 3.61 .695 Serdahana
soalan peperiksaan.
6. Saya menggunakan peta I-Think dalam aktiviti 3.75 .897 Tinggi
berkumpulan.
7. Saya menggunakan peta i-Think untuk 3.80 .745 Tinggi
menyenaraikan isi penting dalam teks bacaan.
Keseluruhan 3.86 .447 Tinggi

Dapatan kajian berdasarkan jadual 4.7 menunjukkan min tahap pengaplikasian peta i-
Think dalam kalangan murid tahun 5 ialah (µ = 3.85). Nilai varian ialah (V=.256) manakala
sisihan piawai SP= .683. Varian dan sisihan piawai tersebut menunjukkan situasi bahawa set
data dalam kajian ini menghampiri ukuran titik tengah pusat. Situasi ini bahawa sebahagian
besar responden memberi jawapan ‘baik’ dan hanya sebahagian kecil memberi jawapan
‘serdahana’.
Kesimpulannya, murid tahun 5 mempunyai tahap pengaplikasian yang tinggi dalam
pemikiran peta i-Think. Dalam kajian ini, dapatan bagi setiap item turut dibincangkan kerana
Hoffman, (2017) menjelaskan bahawa data yang lebih besar membolehkan penjelasan dari
sudut pandangan yang neutral dan objektif. Laporan bagi setiap item membolehkan pembaca
memahami aspek yag dikaji dengan lebih mendalam. Jadual 5 merupakan rumusan dapatan
setiap item bagi tahap pengetahuan responden terhadap peta pemikiran i-Think.Hasil dapatan
kajian ini menunjukka bahawa murid-murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan Kementah mempunyai
tahap pengaplikasian yang tinggi terhadap peta pemikiran i-Think. Murid mempunyai
pengaplikaisian untuk menggunakan peta pemikiran i-Think semasa proses pangajaan dan
1079
pembelajaran. Malahan, murid tersebut juga dapat memilih peta pemikiran i-Think yang sesuai
semasa menjalankan sesi PDP.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


Pelaksanaan peta i-Think telah bermula pada tahun 2012 lagi sehingga kini. Dalam tempoh ini
pelbagai usaha yang telah dilakukan bagi memastikan program ini berjaya di peringkat sekolah
seperti yang diharapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengetahuan dan
pengaplikaisian tentang penggunaan Peta I-Think ini serdahana tinggi dalam kalangan murid
terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Dapatan kajian ini jelas menunjukkan
bahawa tahap pengetahuan dan pengaplikaisan murid-murid tahun 5 tentang jenis-jenis Peta I-
Think adalah pada tahap yang memuaskan. Pengaplikasian Peta I-Think dalam PdPc Bahasa
Melayu berada pada tahap tinggi memandangkan purata skor min yang diperoleh pada tahap
tinggi. Dapatan kajian ini turut disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Christine Lina & Zamri
(2017) bahawa tahap pengetahuan murid tentang jenis-jenis Peta I-Think adalah pada tahap
tinggi.

Pengaplikasian peta pemikiran i-Think ini membolehkan murid merasa dan berpeluang
untuk melaksanakan pembelajaran secara kolaboratif dalam bilik darjah. Kaedah ini digunakan
untuk membolehkan guru dan murid berinteraksi antara dua hala semasa proses pengajaran
dan pembelajaran. Hal ini, dapat mewujudkan hubungan repo yang baik serta kerja berpasukan
di kalangan murid dan dapat memperkukuhkan kemahiran berkomunikasi di kalangan murid.
Tugas seorang guru adalah untuk memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat
dicapai pada hari itu. Sehubungan itu, guru akan memastikan murid mahir dalam menggunakan
peta i-Think ini untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan
keperluan dan masa. Oleh kerana itu, penggunaan peta pemikiran i-Think ini merupakan
sebahagian daripada teknik untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi di kalangan
murid. Walau bagaimanapun, kajian ini tidak selari dengan kajian Nor Hasmaliza Hassan &
Zamri Mahamod, (2016) yang menyatakan tahap penggunaan peta pemikiran i-think berada
pada tahap sederhana, namun begitu murid didapati tetap mengaplikasikan penggunaan peta
pemikiran i-think dalam proses PdP bagi menambahkan pengetahuan pembelajaran murid.

Perubahan pembelajaran juga mengikut peredaran zaman. Hal ini melalui penggunaan
peta pemikiran i-Think ini harus dilalui dan dilaksana dengan sebaik mungkin bagi mewujudkan
pembelajaran abad ke-21 yang berpusatkan murid dan guru sebagai pemudahcara.
Pengapliksian peta pemikiran i-Think perlu ditekankan supaya dapat menghasilkan murid yang
kreatif, kritis dalam pemikiran mereka. Hal ini kerana, mereka perlu menghadapi perkembangan
teknologi dan arus globalisasi dalam kehidupan mereka. Guru juga perlu berhadapan dengan
cabaran ini bagi mendidik dan membentuk peribadi insan dalam kalangan generasi Z dan Alpha.

1080
Menurut Khalidah Othman, Saodah Ismail, Haslina Jaafar, & Aminah Samsudin, (2014) dapatan
kajian menunjukkan pelajar bersetuju peta pemikiran i-Think diaplikasi dalam dan pembelajaran.
Pengaplikasian peta pemikiran i-Think membolehkan pelajar lebih kreatif, berani dan bersedia
menggunakan pengurusan grafik dalam pengajaran dan pembelajaran.

Hasil kajian dan analisis data yang telah diperoleh melalui kajian ini, pengkaji dapat
membuktikan bahawa penggunaan peta pemikiran i-Think berjaya meningkatkan kefahaman
murid dalam pembelajaran. Catatan nota juga dapat dilakukan dengan mudah serta
meningkatkan tahap pemahaman dan daya ingatan murid terhadap pelajaran. Murid juga lebih
bersikap positif terhadap pembelajaran. Pembelajaran yang menggunakan peta i-Think atau
lakaran gambar atau susunan perkataan akan memudahkan murid untuk mempelajarinya
dengan cepat apabila dilaksanakan dalam bentuk kumpulan.

Dalam hal ini, penguasaan kaedah peta pemikiran peta i-Think ini mampu merangsang
penghasilan idea terhadap pembelajaran murid tahun 5. Murid mampu menyusun idea
seterusnya menyusun idea menjadi sesuatu hasil yang bernas. Dapatan ini selari dengan kajian
Yahya dan Azemy (2012) yang mendapat bahawa peta minda dapat meningkatkan penguasaan
olahan murid. Tambahan lagi, murid juga dapat membuat perkaitan pengetahuan sedia ada
dengan pembelajaran ke dalam kehidupan seharian mereka untuk dijadikan panduan untuk
mereka dalam penghasilan satu peta i-Think yang ingin diutarakan oleh murid. Hasil kajian
Normah Zakaria, Azita Ali, Nur Izeanty Hamidon, (2018) juga turut menyokong dapatan kajian
ini. Penguasaan terhadap peta i-Think sangat sesuai digunakan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dalam meningkatkan keberkesanan PdP. Peta pemikiran i-Think ini juga dapat
meningkatkan tahap penguasaan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Implikaisnya, pengaplikasian peta i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran adalah


bertujuan untuk meningkatkan tahap berfikir murid kea rah yang lebih tinggi iaitu KBAT. Untuk
melakasanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti, unsur-unsur dalam
kemahairan berfikir aras tinggi harus diaplikasikan bersesuaian dengan tahap kognitif murid.
Murid perlu didedahkan oleh guru yang mewujudkan peluang atau ruang pembelajaran dan
pengajaran yang bermakna kepada murid kerana mereka lebih mudah menerima sesuatu
perkara yang baharu dan berinovasi. Oleh itu, peta i-Think memberikan input yang penting
tentang elemen kbat semasa proses pengajaran dan pembelajaran khususnya bagi mata
pelajaran Bahasa melayu.

Terdapat pelbagai kajian yang telah dilaksanakan di Malaysia yang berkaitan dengan
penggunaan peta i-Think. Walapun masih banyak Teknik yang boleh digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa melayu, ia akan menjadi mudah menggunakan peta
minda. Guru haruslah memberikan penekanan kepada pengunaan peta i-Think dala, penerapan

1081
kemahiran aras tinggi (KBAT) semasa proses pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar
dapat dibiasakan dengan penekanan ini. guru juga disarankan menekankan kaedah pengajaran
yang sesuai atau mengikut saranan dalam Dokumen Standart Kurikulum Pentaksiran (DSKP)
agar dapat mencapai objektif pembelajaran. Guru juga harusnya menilai murid berdasarkan peta
i-Think yang telah digariskan agar murid bersungguh-sungguh dalam membuat tugasan dan
secara tidak langsung dapat menigkatkan kemahiran berfikir murid.

Seterusnya, murid dapat mengaplikasian dan meningkatkan kemahiran mengunakan


peta i-Think yang diperoleh melalui penerapan oleh guru melalui proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Proses pemikiran aras tinggi atau pengunaan peta i-Think murid-
murid mengambil masa yang panjang untuk diukur namun kemahiran ini seharusnya diterapkan
lebih mendalam semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, melalui
pembelajaran menggunakan peta i-Think boleh merangsangkan daya kefahaman dan
kemahiran berfikir serta menyusun isi menggunakan peta i-Think. Penerapan peta i-Think yang
baik dan mantap akan dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid-murid untuk memahami isi
pelajaran Bahasa melayu khususnya yang disampaikan dan seterusnya membantu mereka
dalam kecemerlangan akedemik.

Untuk pihak sekolah pula, dapat mengunakkan hasil dapatan kajian untuk menilai dan
seterunya membantu memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran para guru dan murid.
Hal ini demikian bagi meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam
penerapan peta pemikiran i-Think melalui proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
Bimbingan boleh diberikan untuk membantu guru menegnal pasti strategi atau kaedah berkesan
dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat memaksimakan
penerapan dan pengaplikasian peta i-Think ke atas murid-murid. Dengan ini kelemahan yang
ada boleh diperbaiki dan keberkesanan pengaplikasian dan penerapan peta i-Think oleh murid
dan guru dapat dipertingkatkan dalam membantu meningkatkan kecemerlangan semua pihak
sama ada prestasi murid, guru mahupun sekolah.

Kajian lanjutan pengaplikasian peta i-Think dalam proses pengajaran dan pembelajaran
boleh dilakukan kepada guru yang mengenal pasti strategi atau kaedah guru mengaplikasi
dalam proses PdP Mereka. Hal ini kerana, kajian peta i-Think terhadap murid telah banyak
dijalankan, jadi kali ini saya memlih untuk fokus kepada guru. Kajian lanjutan adalah
dicadangkan dengan betumpu kepada guru dan memfokuskan strategi dan kaedah yang
diaplikasikan bagi menerapkan penggunaan peta i-Think di dalam kelas.

Kajian lanjutan ini juga boleh dijalankan dengan mendalam. Seperti contoh kajian ini,
hanya melibatkan sekolah yang sama sahaja telah menyediakan data dan maklumat yang jelas,
namum responden masih lagi terhad dan tidak dapat digeneralisaikan kepada populasi yang

1082
besar. Reka bentuk kajian menggunakkan kaeadah kuantitatif boleh terus digunakan dalam
kajian lanjutan dengan melibatkan lebih ramai responden seperti seluruh negeri atau negara.
Selain itu, kajian lanjutan boleh dilakukan ke atas guru Bahasa Melayu mengikut elemen KBAT.
Hal ini kerana kajian ini kurang memfokuskan kepada penerapan KBAT. Peta i-Think merupakan
salah satu elemen dalam KBAT. Dengan mengambil kira penerapan KBAT mengikut elemen-
elemennya, dapatan kajian akan menjadi lenih mantap dan prehensivesif. Kajian ini mengasilkan
dapatan mengenai pengaplikasian dan penerapan KBAT oleh guru. Penyelidik telah
mengunakan kaedah kuantitatif yang telah mendapat kebolehpercayaan. Namun dicadangkan
kajian lanjutan dijalankan dengan mengunakakn kaedah kualitatif atau campuran dengan
kuantitiatif untuk menguji ketepatannya. Sebagai contohnya, kajian tersebut boleh dilakukan
dengan melaksanakan analisis dokumen serta soal selidik bagi mememantapkan lagi dapatan
kajian.

RUJUKAN
Abdul Aziz Abdul Talib. (2000). Pedagogi bahasa melayu, prinsip, kaedah dan teknik. Utusan
Publications & Distribution Sdn. Bhd.

Abd. Aziz Abd. Talib. (2007). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip Kaedah Dan Kaedah (4th ed.).
Utusan Dan Distribution Snd. Bhd.

Abdull Sukor Shaari. (2008). Guru berkesan petua dan panduan. Universiti Utara Malaysia.

Abdul Rahim Abdul Rashid. (2000). Model Dan Pendekatan Pengajaran Sejarah KBSM. Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail. (2013). Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu. Jurnal pendidikan bahasa melayu,
3(2), 49-63.

Azizi Ahmad. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. PTS Profesional.

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon & Abdul Rahim Hamdan. (2009).
Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan: Teori, Analisis, & Interpretasi Data. PTS
Professional.

Azura Ishak & Zakaria Kasa. (2009). Perbandingan pengajaran berasaskan multimedia dan
tradisional ke atas pencapaian matematik dan sikap matematik di kalangan pelajar
berisiko. Jurnal teknologi maklumat & multimedia, 5(2009), 79-89.

Chan, D. W. (2007). Creative teaching in hong kong schools : Constraints and challenges.
Educational research journal, 22(1), 1-12.

Chua, Y. P. (2012). Kaedah dan statistik Penyelidikan Buku 1 : Kaedah Penyelidikan. McGraw-
Hill Education.

Creswell, J. W. (2014). Research design Qualitative quantitative and mixed methods approaches
(4th ed). Sage Publications Ltd.

1083
Fawler & Floyd.J. (2009). Survey Research Methods. Sage Publication Ltd.

Fuad Mohamed Berawi. (2017). Metodologi Penyelidikan Panduan Menulis Thesis (1st ed.).
Kedah: UUM Pess.

Hyerle, D. & Yeager, C. (2007). Thinking Maps: A Language for Learning. Thinking Maps Inc.

Hyerle, D., & Alper, L. (2011). Student Success with Thinking Map (2nd ed.). Corwin A SAGE
Company.

Jamil Baser, Nurul Syuhada Mohd Suhaimi, Hisyamuddin Othman, Azman Hassan, Mohd Bekri
Rahim & Mohd Faizal Askor. (2014). Standard guru Malaysia dalam program persediaan
guru reka bentuk dan teknologi. Online Journal for TVET Practioners, 2(2).

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pendidikan Malaysia. KPM.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013-


2025. Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Lee Hou Yew & Gan Kami Ling. (2012, October). Penggunaan Peta Pemikiran I-Think Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran [Conference session]. Konvensyen Kebangsaan
Pendidikan Guru, Bukit Gambang Resort.

Lee Shok Mee. (2013). Asas Pendidikan 2: Psikologi dalam bilik darjah. Kumpulan Budiman.

Linawati & Zamri. (2017). Pelaksanaan Peta Pemikiran i-Think Dalam Kalangan Guru. Kertas
Kerja dibentangkan dalam Seminar Pendidikan Serantau Ke-8. 7 September 2017.Mohd.
Majid Konting. (2009). Kaedah penyelidikan pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Razak & Masitah. (2015). Pedagogi pengajaran guru. Kumpulan Budiman.

Muhammad Sidek Said. (2013). Transformasi Minda: Program I-Think Akses Kemahiran Berfikir
Cara Baru. Jurnal Akademik IPG Kampus Sultan Mizan, 2(1), 1-3.

Normah bt Zakaria, Azita bt Ali, Nur Izeanty bt Hamidon & Suhaili bt Abd Rasap. (2018). Aplikasi
Peta Pemikiran I-Think Dalam Meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
UTHM.

Nor Hasmaliza Hassan, & Zamri Mahamod. (2016). Persepsi Guru Bahasa Melayu Sekolah
Menengah Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Malay Language Education
Journal. https://doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004

Othman Talib. (2013). Asas Penulisan Tesis. Universiti Putra Malaysia.

Wiersma, W. (2000). Research methods in education: an introduction. Boston, MA: Allyn and
Bacon.

Yahya Othman & Azmey Othman. (n.d.). Keberkesanan Penggunaan Peta Minda Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Karangan Argumentatif Di Sebuah Sekolah Menengah
Arab Di Brunei. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3(9), 32-45.

Zamri Mahamod. 2014. Inovasi P&P dalam pendidikan Bahasa Melayu. Cetakan Ketiga.
Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris

1084
TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP MINAT MURID TERHADAP PENGGUNAAN
PERMAINAN DIGITAL WORDWALL DALAM PDP BAHASA MELAYU

Zakaria bin Mat Isa


zakaria09-906@epembelajaran.edu.my

Azim Normiza binti Ahmad


azim.normiza@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan tahap minat murid terhadap
penggunaan permainan digital Wordwall dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini menggunakan
pendekatan kuantitatif berbentuk kajian tinjauan yang menggunakan set soal selidik yang dibina
berlandaskan Model Penerimaan Teknologi (TAM). Sampel kajian adalah terdiri daripada 70 orang murid
tahun 4 dari sebuah sekolah kebangsaan di Zon Keramat yang dipilih berdasarkan teknik persampelan
rawak mudah. Kajian ini menggunakan analisis deskriptif untuk mendapatkan peratusan, kekerapan, min
dan sisihan piawai bagi mendapatkan dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan
dan minat murid terhadap penggunaan permainan digital Wordwall berada pada tahap yang tinggi iaitu
dengan nilai min (μ=3.70) dan (μ=4.05). Ini bermakna, dapatan kajian ini dapat memberikan maklumat
kepada guru untuk mempraktikkan penggunaannya dalam mewujudkan PdP bahasa Melayu yang disukai
murid. Maka dengan itu, guru perlu mempersiapkan diri untuk menguasai strategi pengajaran dan
pembelajaran alaf baru melalui penggunaan media teknologi terkini.
Kata kunci: Permainan digital, Wordwall, pengetahuan, minat.

ABSTRACT
This study is aimed to identifying the level of knowledge and level of interest in the use of Wordwall digital
games in teaching and learning. This study uses a quantitative approach in the form of survey studies
using a set of questionnaires built based on the Technology Acceptance Model (TAM). The sample
consisted of 70 year 4 students from a national school in Keramat Zone which was chosen based on
simple random sampling techniques. This study used descriptive analysis to obtain percentage, frequency,
mean and standard deviation to obtain the study findings. The findings showed that students' level of
knowledge and interest in the use of Wordwall digital games are at a high level with mean values (μ=3.70)
and (μ=4.05). This means that this study can provide information to teachers to practice their use in
creating Malay language lesson which is preferred by students. Therefore, teachers need to prepare to
master the new millennium teaching and learning strategies through the use of the latest technology
media.
Keywords: Digital games, Wordwall, knowledge, interests.

PENGENALAN
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) sudah tidak asing lagi dalam masyarakat kerana
sudah menjadi satu keperluan. Begitu juga dengan sistem pendidikan di Malaysia yang tidak
ketinggalan menerapkan bidang TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Pelbagai strategi dan kaedah pembelajaran mula muncul dengan inovasi-inovasi digital yang
memudahkan proses pembelajaran murid untuk mencapai objektif pengajaran. Abdul Rasid et.al
(2016) menyatakan penggunaan TMK adalah antara kaedah pengajaran yang dapat menarik

1085
minat murid untuk belajar, sekali gus meningkatkan pencapaian murid. Justeru, pengintegrasian
TMK dalam pengajaran dilihat mampu memberikan impak yang besar dalam meningkatkan
tahap kefahaman murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 setelah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilaksanakan
sebagai perubahan strategi dan hala tuju pendidikan. Setiap anjakan tersebut perlu memberi
impak kepada sekurang-kurangnya satu daripada lima keberhasilan sistem, iaitu akses, kualiti,
ekuiti, perpaduan, dan kecekapan. TMK atau `Information and Communication Technology’
(ICT) merupakan salah satu elemen transformasi pendidikan yang ditekankan dalam anjakan
ketujuh PPPM (2013-2025), iaitu memanfaatkan TMK bagi meningkatkan kualiti pembelajaran
di Malaysia.
Sehubungan itu, pembelajaran menggunakan permainan digital merupakan salah satu
kaedah pengajaran yang sesuai dalam mengintegrasikan TMK dalam PdP. Sesuai dengan
pembelajaran abad ke-21, kaedah pembelajaran secara interaktif adalah penting dalam
mencungkil pengetahuan dan meningkatkan kemahiran berfikir murid. Menurut Harlina, et.al.
(2017) bagi memastikan proses pembelajaran berlangsung dengan lebih kondusif dan sesuai
dengan keperluan pembelajaran abad ke-21, sedikit perubahan pedagogi pengajaran perlu
dilakukan. Justeru, Salah satu platform yang dapat boleh digunakan dalam pembelajaran abad
ke-21 ialah menggunakan permainan digital Wordwall sebagai media pembelajaran.
Justeru itu, dalam pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, sangat wajar
seseorang guru bahasa Melayu mengubah pedagogi pengajaran yang sesuai dengan peredaran
zaman dan mengaplikasikan penggunaan TMK di dalam kelas. Tambahan lagi murid sekolah
pada hari ini sangat cenderung kepada gadget, permainan video dan internet. Perubahan di
dalam landskap pendidikan kini menuntut para pendidik untuk menyuntik elemen kreativiti dalam
pengajaran. Para guru juga digalakkan menjalankan sesi pengajaran di dalam bilik darjah
dengan melakarkan aktiviti pembelajaran yang bersifat interaktif dan melibatkan murid agar
mereka dapat melihat secara langsung kerelevanan pelajaran yang diikuti (Nailul Azmi Ismail,
2016).
PERNYATAAN MASALAH
Kaedah konvensional boleh menyebabkan murid-murid tidak diberikan peluang untuk meneroka
ilmu pengetahuan melalui medium pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan.
Kesannya, telah wujudnya tanggapan negatif murid terhadap PdP bahasa Melayu. Ini
disebabkan oleh mereka sering menganggap bahawa bahasa Melayu merupakan sebuah mata
pelajaran yang kurang menarik dan membosankan (Abdul Rasid Jamian, 2016). Justeru itu,
Rahil, Habibah & Kamariah (2009) menyatakan bahawa untuk melaksanakan PdP dengan
berjaya, guru seharusnya memulakan dengan usaha memotivasikan murid yang mana guru
perlu peka terhadap pemilihan kaedah pengajaran atau aktiviti yang dijalankan di dalam bilik

1086
darjah bagi meningkatkan motivasi murid. Hal ini demikian kerana, bagi menjayakan sebuah
PdP, guru perlu menguasai perhatian dan minda murid-murid.
Sehubungan dengan itu, kajian ini ingin meninjau tahap pengetahuan murid terhadap
penggunaan permainan digital iaitu WordWall dalam PdP bahasa Melayu memandangkan
Burnett (2010) berpendapat bahawa kanak-kanak pada masa kini membesar dalam textual
landscape di mana mereka mempunyai pelbagai cara untuk berinteraksi dan bermain dengan
aktif di dalam persekitaran yang dicipta melalui teknologi digital seperti permainan komputer,
telefon bimbit dan dunia visual. Situasi inilah yang dapat meningkatkan minat dan motivasi murid
kerana mereka akan lebih seronok untuk belajar menggunakan permainan digital sama ada di
dalam mahupun di luar bilik darjah disebabkan oleh mereka sudah terbiasa dan telah pun
berkemahiran dalam menggunakan teknologi digital.
Selain itu, kajian ini turut ingin meninjau tahap minat murid terhadap penggunaan
permainan digital Wordwall. Hal ini tercetus apabila Hairol Anuar et. al., (2014) berpendapat
bahawa teknik permainan (termasuk permainan digital dalam pendidikan) adalah satu kaedah
pengajaran yang dapat mengembangkan daya kreativiti dan memupuk minat belajar. Malahan
kaedah permainan digital ini telah diadaptasikan ke dalam sistem pendidikan pada masa kini
bertujuan menarik minat para murid untuk belajar menggunakan pendekatan baharu di setiap
peringkat pendidikan

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini adalah berpandukan objektif berikut;
1. Mengenal pasti tahap pengetahuan murid terhadap penggunaan permainan digital
Wordwall dalam PdP bahasa Melayu.
2. Mengenal pasti tahap minat murid terhadap penggunaan permainan digital Wordwall
dalam PdP bahasa Melayu
SOALAN KAJIAN
Kajian ini mempunyai persoalan kajian seperti berikut;
1. Apakah tahap pengetahuan murid terhadap penggunaan permainan digital Wordwall
dalam PdP bahasa Melayu?
2. Apakah tahap minat murid terhadap penggunaan permainan digita Wordwall dalam PdP
bahasa Melayu?
METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah tinjauan. Kajian ini
bertujuan meninjau tahap pengetahuan dan tahap minat murid terhadap penggunaan permainan
digital Wordwall dalam PdP bahasa Melayu. Sampel kajian adalah terdiri daripada 70 orang
murid tahun 4 dari sebuah sekolah kebangsaan di Zon Keramat yang dipilih berdasarkan teknik
persampelan rawak mudah.

1087
Kajian ini menggunakan set soal selidik sebagai instrumen kajian. Instrumen soal selidik
yang digunakan diadaptasi dan diubahsuai daripada kajian Sumarni Lapammu dan Zamri
Mahamood (2018). Soal selidik dalam kajian ini akan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu
Bahagian A meliputi dua soalan tentang demografi responden kajian iaitu jantina dan bangsa.
Bahagian B akan meliputi 8 item berkaitan tahap pengetahuan murid menggunakan permainan
digital Wordwall. Manakala, Bahagian C akan meliputi 8 item berkaitan tahap minat murid
menggunakan permainan digital Wordwall dalam PdP bahasa Melayu.
Instrumen ini telah disahkan oleh pakar dalam bidang berkaitan dari segi konstruk,
kandungan dan bahasa. Kebolehpercayaan instrumen ini ditentukan dengan menggunakan
indeks kebolehpercayaan Alpha Cronbach. Semakin hampir nilai pekali alfa dengan 1, semakin
tinggi kebolehpercayaan sesuatu instrumen kajian itu. Kajian rintis telah dilaksanakan terhadap
70 orang murid di sebuah sekolah di Zon Petaling Utama, Selangor. Dapatan kajian rintis
menunjukkan nilai Alpha Cronbach bagi keseluruhan item soal selidik ini ialah 0.946.
Data bagi kajian yang diperoleh daripada soal selidik dianalisis menggunakan perisian
Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 26.0. Statistik deskriptif digunakan untuk
menghuraikan atau membuat ringkasan bagi maklumat yang diperoleh daripada sampel. Skor
min yang diperoleh untuk semua soalan dalam kajian ditafsirkan berdasarkan julat atau skala
tertentu oleh Sumarni Lapammu & Zamri Mahamood (2018) seperti dalam Jadual 1.

Jadual 1
Interpretasi Skor min

Skor min Interpretasi min


1.00 - 2.33 Rendah
2.34 - 3.67 Sederhana
3.68 - 5.00 Tinggi

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Tahap Pengetahuan Murid Terhadap Penggunaan Permainan Digital Wordwall Dalam
PdP Bahasa Melayu
Jadual 2
Analisis item Tahap Pengetahuan Murid Terhadap Penggunaan Permainan Digital Wordwall
Dalam PdP Bahasa Melayu

No Item Min Sisihan Tahap


item (µ) piawai (SP)
B1 Saya tahu menggunakan Internet. 4.07 0.709 Tinggi

B2 Saya pernah menggunakan Wordwall 3.99 1.042 Tinggi


semasa belajar di sekolah.
1088
B3 Saya tahu mengakses Wordwall. 3.85 1.053 Tinggi

B4 Saya mahir membuka (sign in) dan 3.46 1.188 Sederhana


menutup (sign out) Wordwall.

B5 Saya tahu peraturan permainan yang 3.57 1.137 Sederhana


terdapat dalam Wordwall.

B6 Saya tahu menghantar tugasan 3.70 1.196 Tinggi


kepada guru menggunakan Wordwall.

B7 Saya lebih mahir menggunakan 3.74 1.099 Tinggi


komputer melalui penggunaan
Wordwall.
B8 3.77 1.079 Tinggi
Saya lebih mahir menggunakan
internet melalui penggunaan Wordwall
Keseluruhan 3.70 0.808 Tinggi

Berdasarkan jadual di atas, Dapatan berdasarkan jadual 2 menunjukkan min


keseluruhan bagi konstruk tahap pengetahuan murid terhadap penggunaan permainan digital
Wordwall ialah (µ=3.70) serta nilai sisihan piawai pula ialah SP=0.808. Nilai min menunjukkan
keseluruhan item adalah pada tahap tinggi. Sisihan piawai keseluruhan item pula menunjukkan
bahawa set data dalam kajian ini lebih terserak namun masih menghampiri ukuran pusat. Ini
menunjukkan bahawa sebahagian besar murid memberikan jawapan setuju, sebahagian lagi
memberikan jawapan sangat setuju dan tidak pasti serta hanya segelintir sahaja menjawab tidak
setuju dan sangat tidak setuju.
Bagi setiap item pula sebanyak enam daripada lapan item menunjukkan tahap yang
tinggi berdasarkan nilai min iaitu di antara µ=3.70 hingga µ=4.07. Hanya dua item sahaja yang
menunjukkan interpretasi nilai min pada tahap sederhana iaitu item B4 dan item B5 dengan nilai
masing-masing (µ= 3.46, SP = 1.188) dan (µ=3.57, SP= 1.137). Secara keseluruhannya,
dapatan kajian menunjukkan bahawa responden berpengetahuan tinggi terhadap penggunaan
permainan digital Wordwall. Hal ini kerana, murid mendapat pendedahan daripada pihak sekolah
tentang penggunaan permainan digital Wordwall dalam PdP terutamanya semasa pengajaran
dan pembelajaran di rumah (PdPR) sewaktu pandemik yang menghalang proses pengajaran
dan pembelajaran di sekolah.

Tahap Minat Murid Terhadap Penggunaan Permainan Digital Wordwall Dalam PdP
Bahasa Melayu

Jadual 3
Analisis item Tahap Minat Murid Terhadap Penggunaan Permainan Digital Wordwall Dalam PdP
Bahasa Melayu

1089
No Item Min Sisihan Tahap
item (µ) Piawai
(SP)
C1 Saya suka belajar menggunakan permainan 4.17 0.900 Tinggi
dalam Wordwall.

C2 Saya berasa seronok apabila mengakses 4.14 0.982 Tinggi


permainan dalam Wordwall.

C3 Saya suka menggunakan permainan Wordwall 4.03 0.851 Tinggi


kerana dapat meningkatkan pengetahuan
bahasa Melayu.
1.012 Tinggi
C4 Saya suka menggunakan Wordwall kerana 3.93
mudah di akses.
0.952 Tinggi
C5 Permainan dalam Wordwall sangat 4.14
menyeronokkan saya untuk belajar bahasa
Melayu.
C6 3.77 1.092 Tinggi
Saya suka menggunakan Wordwall untuk
mengulang kaji.
C7 4.10 0.965 Tinggi
Saya suka dengan paparan Wordwall yang
menarik.
C8 4.09 0.989 Tinggi
Saya suka bermain permainan dalam
Wordwall bersama rakan-rakan.
Keseluruhan 4.05 0.752 Tinggi

Jadual 3 menunjukkan min keseluruhan bagi konstruk tahap minat murid terhadap
penggunaan permainan digital Wordwall ialah (µ=4.05) serta nilai sisihan piawai pula ialah
SP=0.752. Nilai min menunjukkan keseluruhan item adalah pada tahap tinggi. Ini menunjukkan
bahawa responden mempunyai minat yang tinggi terhadap penggunaan permainan digital
Wordwall. Manakala sisihan piawai tersebut menunjukkan bahawa set data dalam kajian ini lebih
terserak ke kanan namun masih menghampiri ukuran pusat. Ini menunjukkan bahawa
sebahagian besar murid memberikan jawapan sangat setuju dan setuju, sebahagian lagi
memberikan tidak pasti serta hanya segelintir sahaja menjawab tidak setuju dan sangat tidak
setuju.
Bagi setiap item pula kelapan-lapan item menunjukkan maklum balas responden berada
pada tahap yang tinggi berdasarkan nilai min di antara (µ=3.77) hingga (µ=4.14). Item tertinggi
dengan min µ=4.14 iaitu ‘permainan dalam Wordwall sangat menyeronokkan saya untuk belajar
bahasa Melayu’ menunjukkan bahawa murid suka dengan PdP yang mengintegrasikan
permainan digital Wordwall. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa
penggunaan permainan digital Wordwall berupaya meningkatkan minat murid terhadap
pembelajaran bahasa Melayu. Ini kerana, bermain merupakan keseronokan dalam kehidupan

1090
kanak-kanak di mana dengan bermain, mereka dapat merasakan pengalaman tersendiri dalam
pembelajaran.

KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN


Kesimpulannya, murid mempunyai kemahiran dan pengetahuan terhadap penggunaan
permainan digital Wordwall. Murid yang tahu cara penggunaan permainan digital Wordwall akan
lebih mudah menjalankan aktiviti yang diberikan kepada guru. Secara tidak langsung, ia dapat
melancarkan proses PdP dan dapat mewujudkan suasana kelas yang menyeronokkan dan
bermakna.
Selain itu, murid juga berminat menggunakan permainan digital Wordwall. Murid yang
menunjukkan minat terhadap pembelajaran yang menggunakan permainan Wordwall akan
mempengaruhi mereka untuk fokus dalam pembelajaran. Secara tidak langsung, ia juga
berupaya meningkatkan prestasi dan pencapaian apabila mereka sudah mempunyai keinginan
untuk belajar.
Dapatan kajian menunjukkan hasil dapatan kajian hampir selari kajian yang dilaksanakan
dalam subjek matematik oleh Forkides (2017) dan Tangkui & Keong (2020), Bahasa Inggeris
(Salbiri & Coklar, 2020) dan Khan et.al. (2017), Geografi (Khairuddin, 2015) dan Bahasa Arab
(Aflisia, et.al., 2020). Kajian-kajian ini menunjukkan permainan digital dapat mempengaruhi
minat murid terhadap pembelajaran.
Kajian ini juga telah memberi nilai tambah kepada kajian penggunaan permainan digital
Wordwall dalam PdP khususnya bahasa Melayu kerana kajian sedia ada banyak yang mengkaji
subjek-subjek lain berbanding bahasa Melayu. Malahan didapati juga masih kurang kajian
terhadap pengetahuan dan minat murid terhadap penggunaan permainan digital Wordwall
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di Malaysia. Hal ini membuktikan dapatan
kajian ini sangat penting dalam meningkatkan kecemerlangan pendidikan di Malaysia.
Kleickmann et al., (2013) menjelaskan bahawa pengetahuan berupaya meningkatkan
amalan profesional. Makan, kajian ini berupaya memberi pengetahuan kepada guru tentang
keupayaan penggunaan permainan digital Wordwall dapat meningkatkan minat murid dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Penggunaan permainan digital merupakan satu
aspek yang perlu dititikberatkan oleh guru bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran
yang diminati murid supaya suasana pembelajaran lebih bermakna dan seronok.
Selain itu, dapatan kajian ini dapat memberikan maklumat kepada guru untuk
mempraktikkan penggunaannya dalam mewujudkan PdP bahasa Melayu yang disukai murid.
Maka dengan itu, guru perlulah mempraktikkan penggunaan permainan digital Wordwall yang
murid tahu guna dan berminat supaya murid lebih aktif dalam PdP. Oleh itu, guru boleh
meningkatkan usaha memperbaiki diri untuk menguasai kemahiran menggunakan permainan
digital Wordwall sebagai medium pengajaran yang dapat menarik minat murid. Hal ini seiring

1091
dengan kajian Nailul dan Zaleha (2017) yang mencadangkan agar guru-guru perlu
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penggunaan TMK agar lebih cekap untuk memilih
bahan dan wadah pengajaran yang terbaik bagi membantu murid yang lemah dalam komponen-
komponen tertentu.
Akhir sekali, pengkaji akan datang disarankan melaksanakan penyelidikan tentang
penggunaan permainan digital Wordwall menggunakan pendekatan multimetodologi. Cresswell
(2014) berpendapat bahawa kaedah campuran atau gabungan dapat memberikan pandangan
yang lebih jelas, lengkap dan tepat. Kajian akan datang disarankan untuk mengkaji murid-murid
yang terdapat di SJKC dan SJKT sebagai sampel kajian supaya perbandingan antara SK, SJKC
dan SJKT dapat dilihat dengan lebih jelas kerana pasti terdapat perbezaan persekitaran dan
budaya yang akan mempengaruhi tahap pengetahuan dan minat murid terhadap penggunaan
permainan digital Wordwall.

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian, Nurul Nadiah Razali & Shamsudin Othman. (2016). Pengaplikasian
teknik didik hibur meningkatkan pencapaian penulisan karangan bahasa Melayu.
Jurnal Pendidikan Malaysia, 41 (1), 39-45.
Aflisia, N., Karolina, A. & Yanuarti, E. (2020). Pemanfaatan Aplikasi Kahoot Untuk
Meningkatkan Penguasaan Unsur Bahasa Arab. Al-Muktamar As-Sanawi li Al-
Lughah Al-Arabiyyah (MUSLA), 1(1), 1-17.
Burnett, C. (2010). Technology And Literacy In Early Childhood Educational Settings: A
Review Of Research. Journal of early childhood literacy, 10 (3), 247-270. DOI:
10.1177/1468798410372154.
Creswell, John W. (2014). Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed
Methods Approaches. SAGE Publications.
Fokides, E. (2017). Digital educational games and mathematics. Results of a case study
in primary school settings. Education and Information Technologies, 23(2), 851–867.
doi:10.1007/s10639-017-9639-5
Hairol Anuar Mak Din, Ahmad Nazeer Zainal Arifin, Noor Azli Mohamed Masrop, Muizz
Mohamed Salleh & Intan Fadzliana Ahmad. (2014). Permainan Pendidikan
Digital: Satu Kajian Awal. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Sulaiman Shah, 1(1).
ISSN 2289-8042
Harlina binti Ishak, Zubaidah Mat Nor & Ainee Ahmad (2017). Buku Panduan Pelaksanaan
Pendidikan Abad ke21 Pembelajaran Interaktif Berasaskan Aplikasi Kahoot dalam
Pengajaran Abad Ke-21. Institut Pendidikan Aminuddin Baki.
Khan, A., Ahmad, F. H., & Malik, M. M. (2017). Use of digital game based learning and
gamification in secondary school science: The effect on student engagement,
learning and gender difference. Education and Information Technologies, 22(6), 2767–
2804. doi:10.1007/s10639-017-9622-1
Kleickmann, T., Richter, D., Kunter, M., Elsner, J., Besser, M., Krauss, S., & Baumert, J.
(2013). Teacher’s content knowledge and pedagogical content knowledge: The role

1092
of structural differences in teacher education. Journal of Teacher Education, 64(1),
90-106. DOI: 10.1177/0022487112460398
Nailul Azmi Ismail & Zaleha Ahmad. (2017). Keberkesanan penggunaan Quizlet dan
Kahoot IT dalam memperkasakan pengajaran guru dan memperkaya pembelajaran
murid. GSE E-Journal of Education, 5, 33-43. e-ISSN : 2289- 6880.
Rahil Mahyuddin, Habibah Elias, Kamariah Abu Bakar, (2009). Siri Pendidikan Guru:
Amalan Pengajaran Berkesan. Karisma Publications Sdn. Bhd.
Sabirli, Z. E. & Coklar, A. N., (2020) The effect of educational digital games on education,
motivation and attitudes of elementary school students against course access. World
Journal on Educational Technology: Current Issues. 12(3), 1651-178. DOI:
10.18844/wjet.v%vi%i.4993
Tangkui, R. and Keong, T. (2020). Kesan Pembelajaran Berasaskan Permainan Digital
Minecraft Terhadap Pencapaian Murid Tahun Lima dalam Pecahan. Malaysian Journal
of Social Sciences and Humanities, 5(9), 98 - 113.doi:
https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i9.476.

1093
HUBUNGAN PENGETAHUAN DENGAN PENGAPLIKASIAN PERISIAN POWERPOINT
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Ahmad Faris bin Hamdan Fadel


faris09-907@epembelajaran.edu.my

Hisamuddin bin Abdul Ghani PhD


hisamuddin@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan pengetahuan dengan pengaplikasian PowerPoint sebagai
alat bantu mengajar dalam pengajaran Bahasa Melayu. Reka bentuk kajian ini menggunakan
pendekatan kuantitatif dan kaedah tinjauan. Instrumen kajian ini ialah soal selidik yang mengandungi 23
item. Responden kajian ini terdiri daripada 56 orang guru bahasa Melayu di sekolah-sekolah rendah
sekitar Zon Keramat. Data yang dikumpul dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik
inferensi menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26.0. Statistik
deskriptif melibatkan pengukuran min dan sisihan piawai untuk menganalisis dapatan kajian tahap
pengetahuan dengan tahap pengaplikasian perisian PowerPoint dalam pengajaran bahasa Melayu.
Sehubungan dengan itu, statistik inferensi, iaitu pekali korelasi digunakan untuk mengukur dapatan
kajian hubungan pengetahuan dengan kemahiran penggunaan alat dan sumber digital dalam PdP
bahasa Melayu. Kesimpulannya, analisis statistik deskriptif menunjukkan bahawa tahap pengetahuan
dan tahap aplikasi guru dalam menggunakan PowerPoint adalah tinggi. Statistik inferensi, iaitu pekali
korelasi menunjukkan hubungan yang positif dan kuat, r=.756 antara tahap pengetahuan dengan tahap
kemahiran penggunaan alat dan sumber digital dalam PdP bahasa Melayu. Oleh itu, guru disarankan
untuk menggunakan perisian PowerPoint sebagai alat pengajaran untuk menjadikan pengajaran lebih
menarik dan berkesan.
Kata Kunci: tahap pengetahuan, tahap aplikasi, perisian PowerPoint

ABSTRACT
This study aimed to identify the relationship between the knowledge of PowerPoint and the applied
PowerPoint as teaching tools in Malay Language. This research was designed using the quantitative and
survey method. The research instrument used was a set of questionnaire that consists of 23 items. This
research was participated by 52 of primary Malay Language teachers in Keramat, Kuala Lumpur. The
data collected were analyzed using descriptive statistics and inference statistics by using the Statistical
Package for the Social Sciences (SPSS) version 26.0. Descriptive statistics involves the measurement
of mean and standard deviation to analyze the level of knowledge and the uses of PowerPoint as teaching
tools in Malay Language subject. Meanwhile, the inference statistics that involved the correlation
coefficient is used to find the relationship between the knowledge with the uses of PowerPoint as teaching
tools in Malay Language subject. As overall, the descriptive statistical analysis showed that the level of
knowledge about the PowerPoint is high while the uses of PowerPoint as teaching tools in Malay
Language is at the moderate level. Based on inference statistical analysis, correlation coefficient showed
the positive and strong relationship (r=.756) between the knowledge and the uses of PowerPoint as
teaching tools in Malay Language subject. Therefore, teachers are recommendly to use PowerPoint as
teaching tool in Malay Language.
Key Word: level of knowledge, level of apply, PowerPoint

1094
PENGENALAN

Perkembangan peralatan teknologi yang semakin canggih dan mudah alih telah membantu dan
menyokong proses pembelajaran yang efektif di sekolah. Perkembangan terkini menjadikan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) menjadi alat pemangkin utama untuk menyebar dan
menyimpan maklumat dan seterusnya membantu murid-murid membina pengetahuan baharu
dalam semua bidang (Lechner & Boli 2009). Penggunaan pelbagai perisian komputer
membantu guru untuk mengajar sesuatu topik di dalam kelas. Robert dan Schiwer (2003) pula
berpendapat bahawa teknologi dapat meningkatkan produktiviti, menambahkan motivasi,
menyokong pengajaran secara langsung, kebolehan pengajaran yang bersifat unik serta
meningkatkan literasi maklumat. Menurut Neuman dan Foskinen (1992), penggunaan teknologi
di dalam kelas merupakan antara salah satu faktor yang memberi kesan positif kepada tingkah
laku pelajar semasa sesi pengajaran. Tuntasnya, penggunaan teknologi di dalam kelas
memberikan kesan positif dan efektif kepada murid dan proses pengajaran.

Dalam pembelajaran abad ke-21, guru memainkan peranan besar dalam menggunakan
teknologi semasa sesi pengajaran. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah
menetapkan satu pelan tindakan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025 (PPPM2013-2025) iaitu memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) untuk
pembelajaran. Berdasarkan pelan tersebut, guru perlu menunjukkan pengetahuan, kemahiran
dan gaya seorang profesional dalam mengaplikasikan TMK di dalam kelas membantu
menyokong kejayaan dan inovasi murid.

“Guru mempamerkan pengetahuan, kemahiran dan gaya kerja seorang profesional inovatif
dalam masyarakat global dan digital,termasuk kemahiran dalam sistem ICT dan peralatan
digital bagi menyokong kejayaan dan inovasi murid.”

(PPPM 2013-2025 : Bab 6 Memanfaatkan ICT untuk pembelajaran)

Pelbagai aplikasi dan perisian yang dapat digunakan untuk dijadikan sebagai medium
pengajaran. Antara perisian komputer yang boleh dijadikan sebagai alat pengajaran multimedia
ialah PowerPoint. PowerPoint ialah perisian pembentangan yang membolehkan pengguna
untuk menggunakan bahan bergambar dan tulisan berwarna untuk tujuan tertentu (Microsoft,
2006). Penggunaan perisian PowerPoint sebagai bahan pengajaran amat sesuai kerana ciri-
ciri dan fungsi yang dapat menarik minat dan perhatian individu terutama kanak- kanak.

Berdasarkan kajian Nira Elpira dan Anik Ghufron (2015), PowerPoint terbukti dapat
menarik minat dan murid di kelas. Penggunaan perisian ini amat digalakkan kerana dapat
membantu guru untuk menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan dan seronok

1095
kepada anak murid. Tambahan pula, perisian ini amat mudah digunakan dalam apa-apa
pengajaran bahasa seperti bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.

PERNYATAAN MASALAH

Pembelajaran abad ke-21 memerlukan guru melakukan perubahan daripada aspek


penyampaian pengajaran dalam bilik darjah. Guru mestilah menguasai pelbagai bidang
termasuklah mahir dalam menggunakan teknologi terkini. Dapatan kajian lepas mendapati
terdapat sebahagian guru telah sebati dengan kaedah tradisional (Ting dan Woo, 2005). Hal
ini menunjukkan bahawa terdapat sebahagian guru yang tidak menguasai pengajaran abad ke-
21 yang memerlukan penggunaan kaedah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan
kaedah pengajaran yang kreatif serta berkesan. Kajian lepas menunjukkan hanya sebanyak
10.3 peratus guru Bahasa Melayu di sekitar daerah Hulu Langat mempunyai tahap penguasaan
PowerPoint yang lemah, manakala 36.8 dan 52.9 peratus guru yang lain mempunyai tahap
penguasaan yang baik dan sederhana (Yahya Othman dan Roselan Baki, 2008). Hal ini
menunjukkan bahawa kebanyakan guru telah mempunyai kemahiran asas untuk
menggunakan perisian PowerPoint. Tambahan pula, guru-guru pelatih yang berada di Institut
Pendidikan Guru (IPG) kini telah banyak menggunakan perisian PowerPoint ini. Hal ini disokong
dengan kajian Norabeerah et. al (2012) yang menunjukkan bahawa kebanyakan perisian
PowerPoint menjadi pilihan alat penggunaan multimedia dalam mengendalikan pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Namun begitu, pengujian hubungan antara tahap pengetahuan guru
dengan pengaplikasian pengajaran berasaskan PowerPoint masih belum diketahui secara
umum.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Berikut merupakan objektif kajian yang dijalankan:

I. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru terhadap perisian PowerPoint dalam


pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
II. Mengenal pasti tahap pengaplikasian perisian PowerPoint oleh guru dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu.
III. Mengenal pasti hubungan antara tahap pengetahuan guru mengenai perisian
PowerPoint dengan tahap pengaplikasian perisian PowerPoint oleh guru Bahasa
Melayu.

1096
SOALAN KAJIAN

I. Apakah tahap pengetahuan guru terhadap PowerPoint dalam pengajaran dan


pembelajaran Bahasa Melayu.
II. Apakah tahap pengaplikasian PowerPoint oleh guru dalam pengajaran pembelajaran
Bahasa Melayu.
III. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan dengan tahap
pengaplikasian guru dalam menggunakan perisian PowerPoint.

HIPOTESIS KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian tersebut, kajian ini telah membina hipotesis kajian seperti yang
berikut:

Ho1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan guru dengan tahap
pengaplikasian guru dalam menggunakan perisian PowerPoint sebagai alat bantu mengajar.

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan. Kajian
tinjauan merupakan kaedah mendapatkan maklumat dan menggunakan soalan yang sama
untuk setiap orang dalam bilangan yang besar iaitu populasi (Chua, 2012). Kajian tinjauan ini
dilakukan untuk mendapatkan maklumat daripada 52 orang guru bahasa Melayu di sekitar zon
Keramat, Kuala Lumpur. Pengkaji juga menggunakan teknik pensampelan bertujuan untuk
memilih guru di sekolah. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Pengkaji
telah menggunakan skala likert lima mata untuk mengumpul data daripada responden.

Kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu instrumen adalah penting bagi memastikan


dapatan yang diperoleh boleh dipercayai dan tidak dipersoalkan (Kerlinger & Lee, 2001).
Pengkaji telah mendapatkan kesahan muka dan kesahan kandungan instrumen kajian
daripada 3 orang pakar yang merupakan pensyarah IPGK Bahasa Melayu. Selain itu, kajian
rintis juga dilaksanakan bagi memastikan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan.
Kebolehpercayaan soal selidik diukur dengan menggunakan nilai Alpha Cronbach melalui
perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 26. Nilai Alpha Cronbach bagi
soal selidik ialah 0.850. Berdasarkan interpretasi nilai Alpha Cronbach Bond dan Fox (2015),
nilai 0.850 merupakan nilai yang sangat baik dengan tahap konsistensi yang tinggi. Hal ini
menunjukkan bahawa soal selidik tersebut boleh digunakan untuk mendapatkan data sebenar.

1097
Pada masa yang sama, pengkaji menganalisis data menggunakan statistik deskriptif
untuk memperoleh nilai min dan sisihan piawai. Interpretasi min bagi soal selidik mempunyai
empat tahap iaitu tahap rendah (1.00≤µ≤2.00), tahap sederhana (2.01≤µ≤3.00), tahap
sederhana tinggi (3.01≤µ≤4.00) dan tahap tinggi (4.01≤µ≤5.00). Selain itu pengkaji juga
menggunakan nilai pekali indeks korelasi daripada kajian Azhar Hamid (2004) untuk
menginterpretasi hubungan antara tahap pengetahuan dengan tahap pengaplikasian guru
dalam menggunakan PowerPoint. Hubungan antara dua pemboleh ubah tersebut
dikategorikan kepada lima tahap iaitu tahap sangat lemah (0.00≤r≤0.20), tahap lemah
(0.21≤r≤0.40), tahap sederhana (0.41≤r≤0.70), tahap kuat (0.71≤r≤0.90) dan tahap sangat kuat
(0.91≤r≤1.00)

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, pengkaji telah menganalisis data bagi menjawab
soalan kajian. Jadual 1, jadual 2 dan jadual 3 digunakan bagi menjelaskan secara keseluruhan
dapatan kajian.

Jadual 1:

Tahap pengetahuan guru mengenai perisian PowerPoint.

Bil. Bahagian B: Pengetahuan Guru Min Sisihan Tahap


mengenai PowerPoint (µ) Piawai (SP)
1. Perisian PowerPoint berupaya menjadi 4.25 0.98 Tinggi
alat bantu mengajar dalam proses PdP.

2. Saya menyedari bahawa perisian 4.29 0.80 Tinggi


PowerPoint telah banyak digunakan di
seluruh dunia untuk tujuan pengajaran.
3. Saya tahu bahawa PowerPoint mampu 4.23 0.93 Tinggi
menarik perhatian dan memberikan
kefahaman kepada murid.
4. Perisian PowerPoint boleh 4.34 0.77 Tinggi
menayangkan gambar dan video.
5. Perisian PowerPoint boleh merakam 4.20 0.90 Tinggi
dan memainkan audio.
6. Perisian PowerPoint boleh mencipta 4.05 0.92 Tinggi
animasi (contoh: gambar dan tulisan
1098
bergerak)
7. Perisian PowerPoint boleh melakukan 3.89 0.95 Sederhana
rakaman skrin (screen recording). tinggi
8. Perisian PowerPoint berupaya 3.88 0.98 Sederhana
mencipta permainan sebagai aktiviti Tinggi
pengajaran.
Jumlah 4.12 0.90 Tinggi

Secara keseluruhannya, semua item berada pada tahap tinggi dengan nilai keseluruhan min
(µ) sebanyak 4.12. Berdasarkan jadual 4.3.1, nilai min (µ) bagi item pertama sehingga keenam
melebihi 4.01 (µ>4.01). Berdasarkan jadual interpretasi min (Jadual 3.7.1), tahap bagi item
pertama hingga item keenam berada pada tahap yang tinggi. Hal ini bermakna majoriti guru
Bahasa Melayu bersetuju dengan penyataan yang dikemukakan dalam soalan satu hingga
enam. Bagi item ketujuh dan kelapan, nilai min (µ) berada antara 3.01 hingga 4.00
(3.01≤µ≤4.00). Hal ini menunjukkan bahawa item ketujuh dan kelapan berada pada tahap yang
sederhana tinggi.

Jadual 2:

Tahap aplikasi guru dalam menggunakan PowerPoint sebagai alat bantu mengajar.

Bil. Bahagian C: Tahap Pengaplikasian perisian Min Sisihan Tahap


PowerPoint dalam pengajaran Bahasa (µ) Piawai
Melayu (SP)
1. Saya menggunakan perisian PowerPoint 4.11 0.98 Tinggi
untuk menayang teks dalam aktiviti kemahiran
membaca murid.
2. Saya menayangkan gambar dan video 4.11 0.85 Tinggi
menggunakan PowerPoint sebagai bahan
pengajaran.
3. Saya merakam dan memainkan audio 3.91 0.88 Sederhana
menggunakan PowerPoint dalam aktiviti tinggi
kemahiran mendengar bertutur murid.
4. Saya menggunakan PowerPoint untuk 3.73 0.92 Sederhana
mencipta beberapa animasi dalam pengajaran tinggi
Bahasa Melayu.
5. Saya mencipta kuiz menguji kefahaman murid. 3.43 1.06 Sederhana
tinggi

1099
6. Saya menyunting atau mencipta templat 3.18 1.06 Sederhana
permainan PowerPoint sebagai aktiviti tinggi
pembelajaran menyeronokkan.
7. Saya menggunakan PowerPoint untuk 2.96 1.03 Sederhana
melakukan rakaman skrin sebagai bahan rendah
pengajaran di dalam kelas.
8. Saya mencipta multimedia interaktif 2.59 0.95 Sederhana
menggunakan PowerPoint dalam pengajaran rendah
Bahasa Melayu.
Jumlah 3.50 0.84 Sederhana
tinggi

Secara keseluruhannya, tahap pengaplikasian perisian PowerPoint berada di tahap


sederhana tinggi. Dapatan setiap item dalam bahagian C iaitu tahap pengaplikasian perisian
PowerPoint dalam pengajaran Bahasa Melayu dirumuskan dalam jadual dan carta palang
4.3.2. Analisis menunjukkan item pertama dan kedua berada pada tahap tinggi iaitu dengan
nilai min (µ) sebanyak 4.11. Bagi item ketiga hingga keenam, nilai min (µ) berada di antara nilai
3.01 hingga 4.00. Hal ini menunjukkan tahap pengaplikasian perisian PowerPoint oleh guru
Bahasa Melayu berdasarkan item ketiga, keempat, kelima dan keenam berada pada tahap
sederhana tinggi.

Seterusnya, bagi item ketujuh dan kelapan, nilai min (µ) berada antara nilai 2.01 hingga
3.00. Tahap pengaplikasian perisian PowerPoint oleh guru berdasarkan kedua item ini berada di
tahap sederhana rendah. Hal ini menunjukkan kebanyakan guru tidak menggunakan perisian
PowerPoint untuk melakukan rakaman skrin (screen recording) dan mencipta multimedia
interaktif.

Jadual 3:

Korelasi antara pengetahuan guru dengan tahap pengaplikasian perisian PowerPoint.

Pengetahuan Aplikasi

Pengetahuan Pekali korelasi Pearson 1 .756**

Nilai signifikan .000

N 56 56

Aplikasi Pekali korelasi Pearson .756** 1

Nilai signifikan .000


1100
56
N 56

**Korelasi adalah signifikan pada aras 0.01 (2-tailed).

Jadual 3 menunjukkan hasil kajian hubungan antara tahap pengetahuan guru mengenai
PowerPoint dengan tahap aplikasi guru dalam menggunakan PowerPoint dengan
menggunakan kaedah korelasi Pearson. Hasil analisis menunjukkan nilai indeks korelasi antara
tahap pengetahuan dengan tahap aplikasi ialah 0.745. Hal ini menunjukkan bahawa wujudnya
hubungan yang kuat antara tahap pengetahuan dengan tahap aplikasi guru dalam
menggunakan PowerPoint. Hubungan kuat ini bermaksud tahap aplikasi guru dalam
menggunakan PowerPoint akan meningkat apabila pengetahuan guru mengenai perisian
PowerPoint meningkat.

RUMUSAN DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu terhadap
PowerPoint berada pada tahap tinggi dengan bacaan min (µ) sebanyak 4.12. Secara
keseluruhannya, guru-guru telah bersetuju bahawa perisian PowerPoint dapat dijadikan
sebagai ABM dalam pengajaran Bahasa Melayu. Model (PTPK) menunjukkan bahawa
pengetahuan mengenai teknologi adalah komponen yang penting bagi seseorang guru
mengaplikasikan sesuatu teknologi di kelas. Hal ini kerana tanpa pengetahuan teknologi
seseorang guru tidak boleh mengaplikasikan teknologi seiring dengan pengetahuan pedagogi
dan pengetahuan kandungan. Kajian ini mempunyai perkaitan dengan kajian yang dilakukan
oleh Norabeerah, Halimah dan Azlina (2012) yang mendapati bahawa guru memilih perisian
PowerPoint sebagai penyediaan PdP kerana mereka telah tahu dan mahir menggunakan
perisian ini. Hal ini menunjukkan aspek pengetahuan dalam teknologi mempengaruhi guru
dalam penggunaan sesuatu teknologi di kelas.

Di samping itu, dapatan kajian ini juga mempunyai perkaitan dengan kajian yang
dilakukan oleh Qistina Andin dan Hazman (2010) yang mendapati bahawa hampir separuh guru
(42.5%) boleh mencipta dan membuat persembahan elektronik menggunakan Microsoft
PowerPoint. Hal ini menunjukkan bahawa guru-guru telah pun tahu mengguna dan
mengaplikasikan perisian PowerPoint sebagai alat bantu mengajar. Dapatan kajian oleh Abdul
Aziz (2009) menunjukkan bahawa penggunaan TMK di dalam kelas mampu meningkatkan
daya ingatan murid dalam pengajaran. Oleh itu, penggunaan perisian PowerPoint adalah
penting bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di kelas.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang kuat antara tahap
pengetahuan dengan tahap pengaplikasian perisian PowerPoint sebagai ABM dalam kalangan
guru Bahasa Melayu. Hubungan ini membuktikan bahawa pengetahuan mempengaruhi guru
1101
dalam mengaplikasi PowerPoint dalam pengajaran. Dapatan kajian oleh Hasnuddin,
Norfaizuryana dan Azzarahton (2015) menunjukkan bahawa guru mempunyai asas
pengetahuan di dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran berasaskan TMK
berdasarkan kursus komputer yang pernah mereka hadiri. Kajian tersebut juga mendapati rata-
rata guru kerap menggunakan TMK dalam pengajaran mereka. Hal ini menunjukkan guru yang
berpengetahuan dalam sesuatu bidang TMK banyak menggunakan teknologi berbanding guru
yang tidak tahu.

Seterusnya, implikasi kajian dalam kajian ini bertujuan untuk memberi justifikasi bahawa
kajian ini memenuhi jurang penyelidikan dan berupaya memberi sumbangan dari aspek
pengetahuan dan praktikal. Kajian ini dapat memberi pengetahuan kepada guru mengenai
penggunaan perisian PowerPoint di dalam bilik darjah. Seterusnya, pengetahuan mengenai
penggunaan perisian PowerPoint ini dapat meningkatkan pengetahuan guru dan kemahiran
guru dalam mengaplikasikan PowerPoint sebagai alat bantu mengajar (ABM) yang berkesan.
Dalam kajian ini, pengkaji mencadangkan supaya pihak KPM iaitu barisan SICPartner+ dan
SIC+ untuk membekalkan modul pengajaran berasaskan komputer kepada guru supaya guru
dapat melaksanakan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
iaitu menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran. Guru juga
perlu menyediakan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran dalam menggunakan TMK
sebagai bahan pengajaran. Seterusnya, beberapa kajian lanjutan juga dikemukakan bagi
pengkaji yang ingin meneruskan kajian mengenai penggunaan perisian PowerPoint sebagai
ABM. Pengkaji lain boleh meneruskan kajian keberkesanan penggunaan perisian PowerPoint
dalam kemahiran bahasa Melayu yang terkandung dalam DSKP iaitu Kemahiran Mendengar
dan Bertutur, Membaca, Menulis, Aspek Tatabahasa dan Aspek Senibahasa.

RUJUKAN

Ab Rahman, H., Zainal, N., & Ab Karim, N. A. (2015, June). Keberkesanan penggunaan ict di
dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam bagi Sekolah Kebangsaan Desa
Pandan Kuala Lumpur [The effectiveness of ICT usage in teaching and learning of
Islamic education subject for Desa Pandan Primary school, Kuala Lumpur]. In
International Conference on Information Technology & Society (pp. 8-9).

Abdul Aziz bin Abdul Ghani.2009. Keberkesanan Penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam.OUM

Aluyah binti Suhai.2011.Keberkesanan penggunaan ICT dalam pengajaran dan


pembelajaranAl Quran di SK.Abang Haji Matahir Sarikei.OUM

1102
Andin, C., Bin, N. Q. B. A. H., & Pendidikan, A. F. (2010). Penggunaan Teknologi Maklumat
Dan Komunikasi (ICT) Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan. Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Retreived from http://eprints. utm.
my/10521/1/Penggunaan_Tekno logi_Maklumat_Dan_Komunikasi. pdf.

Apple, Matthew & Keita Kikuchi. (2007). “Practical PowerPoint Group Projects for the EFL
Classroom.” The JALT CALL Journal, 2007, Vol. 3, No. 3, pp. 110-122. Waseda
University. Japan.

Austin, Dennis; Rudkin, Tom & Gaskins, Robert. (1986). “Presenter Specification.”
Forethought, Inc. 250 Sobrante Way, Sunnyvale, California, USA.

Aziz Yahaya, Peter Voo, Ismail Maakip dan Mohd Dahlan a. Malek (2020). Kaedah
penyelidikan dalam pendidikan. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Azizi Yahaya. (2006). Menguasai penyelidikan dalam pendidikan. PTS Professional


Publication Sdn. Bhd.

Babbie, E. (2001). The practice of social research. Thomsen Learning.

Bond, T., & Fox, C. (2015). Applying the Rasch Model. Taylor and Francis.

Bovee, Courland. (1997). Business Communication Today, Prentice Hall: New York.

Chua, Y. (2006). Kaedah dan statistik penyelidikan. McGraw-Hill.

Craig, R., & Amernic, J. (2006). PowerPoint presentation technology and the dynamics of
teaching. Innovative Higher Education, 31(3), 147-160. doi: 10.1007/s10755-006-9017-
5

De León Pérez, M. A., & García de Angulo, D. C. (2013). The effectiveness of using powerpoint
for teaching vocabulary to increase the vocabulary knowledge for the reading skill,
among the students of the Intermediate Intensive English I of semester II, 2011 at the
Foreign Language Department in the University of El Salvador (Doctoral dissertation,
Universidad de El Salvador).
1103
Elpira, N., & Ghufron, A. (2015). Pengaruh penggunaan media powerpoint terhadap Minat dan
hasil belajar ipa siswa kelas IV SD. Jurnal Inovasi Teknologi Pendidikan, 2(1), 94-104.

Kline, T. (2005). Psychological Testing: A Practical Approach to Design & Evaluation. Sage
Publication.

Koehler, M. J., & Mishra, P. (2009). What is technological pedagogical content knowledge?
Contemporary Issues in Technology and Teacher Education, 9(1), 60-70.

Krishnan, K., & Daud, M. Y. (2020). Pengintegrasian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
(Tmk) Dalam Proses Pengajaran Dan Pemudahcaraan (Pdpc) Matematik Dalam
Kalangan Pensyarah Di Kolej-Kolej Vokasional Negeri Sembilan. Jurnal Dunia
Pendidikan, 1(3), 89-99.

Lechner, F. J. (2009). Globalization: The making of world society. John Wiley & Sons.

Makmum, R., Mahmod, Z., Taib, N. I. M., & Haron, A. R. (2011). Pengetahuan teknologi
pedagogikal kandungan kesusasteraan Melayu: Peranan guru dalam SPN 21. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 1. 85-98.

Mishra, P., Koehler, M. J., & Henriksen, D. (2011). The seven trans-disciplinary habits of mind:
Extending the TPACK framework towards 21st century learning. Educational
Technology, 22-28.

Mohd Azhar b. Abd Hamid, Adanan b Mat Junoh, Ishak b. Mad Shah, Mohd Koharudin b Mohd
Balwi (2004). Self-Directed Learning and Relationship with Awreness Towards E-
Learning: A Research among Academic Staffs in Universty Teknologi Mara, Skudai.

Mok Soon Sang (1988). Pendidikan Di Malaysia. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd: Kuala Lumpur.

Neuman, Susan B. & Foskinen, Patricia. (1992) “Captioned Television as Comprehensible


Input: Effects of Incidental Word Learning from Context for Language Minority Students.”
Reading Research Quarterly, Vol. 27, No. 1, 94-106.
Retrieved from http:77llinks.jstor.org/sici

1104
Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill Education.

Nurseto, T. (2011). Membuat media pembelajaran yang menarik. Jurnal Ekonomi dan
pendidikan, 8(1).

Othman, Y., & Baki, R. (2008). Aplikasi komputer dalam pengajaran bahasa: Penguasaan
guru dan kekangan dalam pelaksanaan. Muat turun pada, 27.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Retrieved from


http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPPM/Preliminary-Blueprint-BM.pdf

Riduwan. (2012). Skala Pengukuran Variable-variable: Penelitian. Bandung: Alfabeta.

Sabitha, M. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Selangor: Pearson Prentice Hall

Saforrudin, N., Zaman, H. B., & Ahmad, A. (2012). Penggunaan Alat Pengarangan Multimedia
Dalam Kalangan Pendidik Guru: Faktor Pemilihan. Jurnal Teknologi Pendidikan
Malaysia. Bilangan, 2.

Sallehin, S. A., & Ab Halim, F. (1). Penggunaan Alat Bahan Bantu Mengajar Berasaskan
Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah Menengah Zon Benut.
Online Journal for TVET Practitioners. Retrieved from
https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4814

Sulaiman Mari. (2005). Kaedah penyelidikan dan panduan penulisan: esei, proposal, tesis.
Utusan Publications: Cheras.

Ting, K. S., & Woo, Y. L. (2005). Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik Dan Vokasional: Sikap
Guru, Peranan ICT dan Kekangan / Cabaran Penggunaan ICT. Universiti Teknologi
Malaysia.

Waluyo, E. B., & Ghufron, S. (2020, December). Penggunaan Media Power Point Untuk
Meningkatkan Hasil Belajar Pada Siswa Sekolah Dasar. In NATIONAL CONFERENCE
FOR UMMAH (NCU) 2020 (Vol. 1, No. 1, pp. 655-662).

1105
What is PowerPoint: https://products.office.com/en-us/what-is-powerpoint

Widodo, A. (2005). Taksonomi Tujuan Pembelajaran. Didaktis, 4(2), 61-69

1106
KEBERKESANAN KIT BACALAH ANAKKU DALAM MENGUASAI KEMAHIRAN ASAS
MEMBACA BAGI MURID TAHUN DUA

Ainaa Farhana binti Muhamad Ishak


ainaa09-908@epembelajaran.edu.my

Ahmad Rozi bin Abu


ahmadrozi@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Penguasaan kemahiran asas membaca bagi murid sekolah rendah masih berada pada tahap yang
sederhana dan masih belum dikuasai sepenuhnya oleh mereka. Pelbagai faktor masalah ini timbul
termasuklah dari aspek bahan bacaan serta latar belakang sosial murid. Oleh itu, kajian ini menyelidik
keberkesanan Kit Bacalah Anakku dalam menguasai kemahiran asas membaca bagi murid tahun
dua. Sehubungan dengan itu, reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan
kaedah kuasi eksperimental. Peserta kajian ini terdiri daripada 30 orang murid tahun dua di salah
sebuah sekolah di mukim Teh, Jerantut, Pahang. Kajian ini juga menggunakan instrumen berbentuk
ujian yang mendasari 12 konstruk kemahiran membaca yang terdiri daripada aspek huruf, suku kata,
perkataan dan juga ayat. Dapatan kajian mendapati bahawa kumpulan rawatan yang menggunakan
Kit Bacalah Anakku menunjukkan peningkatan tahap pencapaian lebih baik daripada murid kumpulan
kawalan yang menggunakan buku teks. Selain itu, dapatan kajian juga telah membuktikan bahawa
sebahagian besar daripada faktor latar belakang sosial murid memberi kesan kepada tahap
pencapaian murid dalam penguasaan kemahiran asas membaca. Oleh itu, dapatan kajian ini dapat
dijadikan panduan kepada guru bagi membantu murid tahun dua untuk menguasai kemahiran asas
membaca dengan menggunakan Kit Bacalah Anakku.
Kata kunci : Keberkesanan kit Bacalah Anakku, kemahiran asas membaca, faktor latar belakang social

ABSTRACT

The mastery of basic reading skills for primary school students is still at a moderate level and has not
yet been fully mastered by the pupils. This issue is caused by many factors including from the aspect
of reading material as well as the social background of students. Therefore, this study investigates the
effectiveness of the “Kit Bacalah Anakku” of Year 2 pupils in mastering basic reading skills. In
accordance of the abovementioned statement, the design of this study uses a quantitative approach
with quasi-experimental method. The participants of this study consisted of 30 Year 2 pupils in one of
the schools in Teh sub -district, Jerantut, Pahang. This study also uses a test -type instrumen that
underlies 12 constructs of reading skills consisting of aspects of letters, syllables, words and
sentences. One of the findings of this study is the treatment group who used the “Kit Bacalah Anakku”
showed an improvement in the level of achievement better than the students of the control group who
used the textbook. Another proven outcome throughout this study is that the pupils social background
played an important role in affecting the level of student achievement in mastering basic reading skills.
In conclusion, the findings of this study can be used as a guide for teachers to help second Year 2 to
master basic reading skills by using the “Kit Bacalah Anakku”.
Keywords: Effectiveness of Kit Bacalah Anakku, basic reading skills, social background factor

1107
PENGENALAN
Dasawarsa ini, perkembangan dunia kini mengukur tahap pendidikan sesebuah negara dan
telah meletakkan pendidikan sebagai kayu ukur bagi menentukan taraf sesebuah negara.
Selepas faktor ekonomi yang menjadi tonggak kepada kemajuan negara, taraf pendidikan
yang menitik beratkan warganya celik huruf juga menentukan taraf sesebuah negara tersebut.
Tambahan pula, pada zaman teknologi ini, bahan bacaan hanya boleh diperoleh melalui
hujung jari sahaja. Sebagai contoh, negara Finland dianggap sebagai sebuah negara maju
disebabkan sistem pendidikan di sana adalah yang terbaik di dunia. Namun, bagi mencapai
pada peringkat itu, pencapaian tersebut bermula dengan penguasaan kemahiran membaca.
Kemahiran membaca terdiri daripada beberapa peringkat iaitu peringkat pra bacaan, peringkat
permulaan, peringkat mahir dan peringkat fasih (Hasnalee Tubah & Zulkifley Hamid, 2011).
Penguasaan kemahiran membaca ini seharusnya dikuasai daripada peringkat permulaan lagi.
Peringkat literasi awal ini bermula sejak daripada peringkat awal umur kanak-kanak lagi.
Penguasaan kemahiran asas membaca ini amat penting kerana penguasaan kemahiran asas
membaca ini akan menjadi tonggak kejayaan murid pada peringkat yang lebih tinggi. Perkara
ini disokong oleh Schmitt & Gregory, (2005) yang menyatakan bahawa murid yang menguasai
kemahiran asas membaca akan menonjolkan prestasi yang cemerlang dalam bidang
akademik semasa mereka berada pada peringkat persekolahan formal.

PERMASALAHAN KAJIAN
Murid perlu menguasai kemahiran asas membaca sejak dari peringkat awal kanak-kanak lagi.
Tambahan pula, kanak-kanak perlu diberikan pendedahan awal tentang kemahiran membaca.
Namun begitu, tahap penguasaan murid dalam kemahiran membaca juga dipengaruhi oleh
faktor latar belakang sosial (Norlela Ahmad et.al., 2013). Menurut Nurul Haniza et al., (2018)
murid lemah menguasai kemahiran asas membaca. Hasil dapatan kajian yang dilakukan oleh
Tamam Timbang et.al (2011), faktor utama yang menjadi penyumbang kepada masalah
penguasaan kemahiran membaca adalah faktor individu, faktor psikologi, faktor kaedah
pengajaran guru, faktor persekitaran dan faktor masa pengajaran. Kajian tersebut juga
menyatakan bahawa salah satu faktor yang menjadikan murid kurang menguasai kemahiran
membaca adalah faktor teks bacaan yang digunakan dalam pengajaran. Perkara ini menjadi
faktor penghalang murid untuk menguasai kemahiran membaca adalah disebabkan terdapat
teks bacaan yang digunakan adalah bersifat kompleks dan tinggi bahasanya terutamanya bagi
murid tahap satu. Keterbatasan penguasaan kemahiran asas membaca pastinya akan
memberi kesan kepada tahap pencapaian akademik murid. Natijahnya, murid-murid ini akan
dianggap sebagai lemah kerana tidak mampu untuk menguasai peringkat asas bacaan untuk
menjadi seorang pembaca yang fasih (Roshotte & Torgeson, 1985). Perkara ini sangat serius
dan perlu diatasi dengan segera.

1124
Tahap penguasaan kemahiran membaca murid juga dipengaruhi oleh faktor latar
belakang sosial. Murid-murid yang tergolong dalam masalah ini merupakan murid yang
mempunyai isu status ekonomi sosial berdasarkan gender, bahasa ibunda, kaum serta tahap
kemiskinan (Chew Fong Peng, et al., 2012). Banyak kajian yang menyatakan bahawa faktor
latar belakang sosial ini sedikit sebanyak memberikan kesan kepada tahap akademik murid
khususnya penguasaan kemahiran membaca. Perkara ini disokong oleh Norlela Ahmad et.al
(2013) yang menyatakan bahawa latar belakang sosial turut menyumbangkan kepada
masalah penguasaan kemahiran membaca murid. Faktor sosio ekonomi itu termasuklah dari
aspek sosio ekonomi, taraf pendidikan ibu bapa yang rendah serta persekitaran dan suasana
pembelajaran di rumah. Oleh itu, kajian ini akan membincangkan mengenai impak latar
belakang sosial terhadap tahap pencapaian murid dalam penguasaan kemahiran asas
membaca.
Antara kajian berkenaan dengan tahap pencapaian murid dalam kemahiran membaca
ialah kajian yang dijalankan oleh Suraya Tarasat & Aisah Daud (2013), Tuzana Mohamad
(2014) serta Suzamreh Salleh (2012). Namun begitu, kajian yang dijalankan oleh pengkaji
berkenaan memberi fokus kepada murid LINUS atau pemulihan. Hal ini demikian kerana
murid yang masih belum menguasai kemahiran asas membaca ini terdiri daripada murid
LINUS ataupun pemulihan. Perkara ini membawa makna bahawa masih kurang kajian yang
mengkaji mengenai keberkesanan bahan bantu bacaan kepada murid tahun dua. Kajian ini
menyelidik tahap pencapaian murid tahun dua kerana masih terdapat golongan ini yang belum
menguasai kemahiran asas membaca. Hal ini demikian bermakna murid yang belum
menguasai kemahiran asas membaca bukan hanya tertumpu kepada murid LINUS atau
pemulihan, malah berlaku dalam kalangan murid biasa. Oleh itu, walaupun dapatan kajian ini
hampir sama dengan kajian-kajian yang telah dinyatakan, namun kajian ini berupaya
menunjukkan dapatan kajian yang lebih terperinci dan tertumpu kepada murid tahun dua.
Justeru, kajian ini berupaya mengisi kelompongan dalam aspek pemilihan sampel yang
digunakan untuk menjalankan kajian yang akan dibincangkan dengan lebih lanjut pada
bahagian implikasi kajian.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bagi melaksanakan objektif kajian yang berikut :
i. Mengenal pasti perbezaan tahap pencapaian murid dalam ujian pra dan pasca bagi
kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.
ii. Mengenal pasti perbezaan tahap pencapaian murid berdasarkan latar belakang
sosial.
iii. Menentukan nilai keberkesanan Kit Bacalah Anakku dalam menguasai kemahiran
asas membaca bagi murid tahun dua

1125
SOALAN KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan bagi menjawab persoalan kajian yang berikut :
i. Adakah terdapat perbezaan tahap pencapaian murid dalam ujian pra dan pasca
bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan?
ii. Adakah terdapat perbezaan tahap pencapaian murid berdasarkan latar belakang
sosial?
ii. Sejauh manakah Kit Bacalah Anakku dapat membantu penguasaan kemahiran asas
membaca murid tahun dua?

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kuasi eksperimental.
Peserta kajian melibatkan 32 orang murid tahun dua yang terdiri daripada salah sebuah
sekolah rendah di mukim Teh, Jerantut, Pahang. Pemilihan sampel bagi kajian ini adalah
secara rawak berkelompok. Responden kajian ini telah dikategorikan kepada dua kumpulan
iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kedua-dua kumpulan ini dipilih mengikut
kesetaraan yang sama supaya tida timbulkan bias atau berat sebelah. Secara
keseluruhannya, bilangan peserta kajian ini terdiri daripada 17 orang murid perempuan dan
15 orang murid lelaki. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan satu instrumen berbentuk
ujian. Instrumen tersebut didasari dengan 12 konstruk kemahiran membaca dan mempunyai
empat komponen utama yang melibatkan huruf, suku kata, perkataan dan ayat.
Kebolehpercayaan instrumen ini telah diuji dengan nilai Alpha Cronbach dan memperoleh nilai
melebihi 0.98 dan nilai ini berada pada tahap yang baik dan boleh digunakan pada kajian
sebenar. Selain itu, instrumen ini juga telah mendapat kesahan daripada tiga orang pakar
yang terdiri daripada pakar bahasa, pakar kandungan serta pakar instrumen. Kajian ini juga
menggunakan kaedah pengumpulan data secara ujian. Terdapat dua ujian yang akan
dijalankan iaitu ujian pra dan pasca. Ujian yang dijalankan ada secara ujian lisan dan
dijalankan secara seorang semi seorang.
Pada peringkat permulaan, pengkaji telah hadir ke sekolah pada 15 Februari bagi
memohon keizinan untuk menjalankan kajian di sekolah SK Pulau Mansok. Setelah
permohonan tersebut diluluskan, pengkaji telah berurusan dengan ketua panitia Bahasa
Melayu untuk penetapan jadual pertemuan bersama peserta kajian secara Google Meet. Ujian
pra telah dilaksanakan pada 17 Februari 2021 sehingga 20 Februari 2021 secara Google Meet.
Setelah ujian pra dilaksanakan, murid kumpulan rawatan akan menjalani tiga peringkat proses
rawatan dengan menggunakan Kit Bacalah Anakku. Ujian pasca telah dilaksanakan pada 15
Mac dan pengkaji telah mula mengumpulkan data bagi tujuan penganalisisan. Bagi
menganalisis data, pengkaji telah menggunakan perisian Statistical Package for the Social
Sciences (SPSS) versi 26. Melalui perisian ini, pengkaji akan menganalisis data dengan

1126
menggunakan ujian parametrik yang melibat Ujian-T kerana data yang diperoleh bertaburan
secara normal.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Dapatan kajian mendapati bahawa penggunaan kit Bacalah Anakku memberi kesan yang baik
dalam pengajaran kemahiran asas membaca. Maklumat berikut merupakan hasil analisis data
yang diperoleh oleh pengkaji.
Jadual 1
Analisis Ujian-T ujian pra dan ujian pasca murid kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan
Kumpulan Ujian N Min Sisihan piawai
Pra 31.63 14.047
Rawatan
Pasca 37.06 14.503
16
Pra 30.94 16.172
Kawalan
Pasca 33.50 16.000

Jadual di atas merupakan ringkasan maklumat hasil analisis dapatan kajian yang telah
diperoleh. Dapatan kajian dilihat pada nilai min dan nilai sisihan piawai berdasarkan ujian pra
dan ujian pasca bagi menentukan nilai keberkesanan kita Bacalah Anakku. Bagi kumpulan
rawatan, nilai min bagi ujian pra ialah 31.63 dan 37.06 ialah nilai min ujian pasca. Nilai min
tersebut telah mewakili nilai sisihan piawai 14.047 bagi ujian pra dan 14.503 bagi ujian pasca.
Manakala, bagi kumpulan kawalan, nilai min bagi ujian pra ialah 30.94 dan 33.50 bagi ujian
pasca. Nilai sisihan piawai bagi kumpulan kawalan ialah 16.172 bagi ujian pra dan 16.0 pagi
ujian pasca. Berdasarkan nilai-nilai yang dinyatakan tersebut, hasil ujian kajian ini mendapati
bahawa murid kumpulan rawatan yang menggunakan kit Bacalah Anakku menunjukkan tahap
pencapaian yang lebih tinggi daripada kumpulan murid yang menggunakan buku teks.
Perkara ini dilihat melalui perbezaan nilai min ujian pra dan ujian pasca bagi kedua-dua
kumpulan. Perbezaan ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan rawatan adalah sebanyak
5.43 manakala perbezaan nilai min bagi ujian pra dan ujian pasca bagi murid kumpulan
kawalan adalah sebanyak 2.56.
Secara keseluruhannnya, dapatan kajian mendapati kedua-dua bahan telah
menunjukkan peningkatan tahap pencapaian selepas ujian pasca dilakukan. Namun,
penggunaan kit bacalah Anakku menunjukkan peningkatan yang lebih baik berbanding
penggunaan buku teks sebagai bahan pengajaran. Berdasarkan dapatan kajian tersebut,
terbukti bahawa Kit Bacalah Anakku mampu memberikan kesan yang positif kepada tahap
penguasaan murid dalam kemahiran membaca. Penggunaan bahan yang sesuai dapat
membantu tahap pengusaan murid ke arah yang lebih baik. Perkara ini disokong oleh Charlie

1127
Anak Ungang (2008) yang menyatakan kepentingan bahan bantu dalam pengajaran bahasa
Melayu khasnya bagi kemahiran membaca.

KESIMPULAN,CADANGAN,IMPLIKASI
Sebagai penggulungan, penggunaan kit Bacalah Anakku membawa kesan yang positif
terhadap penguasaan murid dalam kemahiran membaca. Hasil dapatan kajian ini telah
membuktikan bahawa murid kumpulan rawatan yang menggunakan kit Bacalah Anakku
menunjukkan peningkatan yang lebih baik dalam penguasaan kemahiran membaca
berbanding kumpulan kawalan yang menggunakan buku teks. Perbezaan tahap peningkatan
tersebut dalam dilihat melalui nilai min bagi ujian pasca. Dapatan kajian ini menunjukkan
bahawa penggunaan bahan bantu bacaan seperti buku teks dan Kit Bacalah Anakku memberi
kesan yang baik kepada tahap penguasaan murid dalam kemahiran membaca. Dapatan
kajian juga menunjukkan bahawa kedua-dua bahan bacaan ini mampu meningkatkan prestasi
murid dalam kemahrian membaca. Namun begitu, penggunaan Kit Bacalah Anakku lebih
menunjukkan peningkatan yang lebih ketara jika dibandingkan dengan murid yang
menggunakan buku teks. Oleh itu, dapatan ini menunjukkan penggunaan Kit Bacalah Anakku
adalah lebih baik berbanding penggunaan buku teks dalam membantu murid tahun dua
menguasai kemahiran asas membaca. Kesimpulannya, pengajaran yang menggunakan Kit
Bacalah Anakku adalah lebih berkesan daripada pengajaran yang menggunakan buku teks
dan berupaya untuk meningkatkan tahap pencapaian murid dalam menguasai kemahiran asas
membaca
Pengkaji turut mengutarakan kepada pihak KPM untuk menggalakkan penggunaan Kit
Bacalah Anakku sebagai salah satu bahan bantu dalam mengajarkan kemahiran membaca.
Penggunaan Kit Bacalah Anakku ini amat sesuai untuk digunakan bukan sahaja kepada murid
yang menghadapi masalah kemahiran membaca malah boleh diaplikasikan kepada murid
yang berada dalam proses literasi awal. Oleh itu, penggunaan kit ini boleh digunakan secara
meluas baik daripada peringkat permulaan literasi sehinggalah pada golongan murid yang
mempunyai masalah kemahiran membaca. Pihak sekolah atau khususnya pihak pentadbir
sekolah perlulah memastikan guru-guru menguasai pengetahuan mengenai kemahiran
membaca serta strategi pelaksanaan pdp bagi kemahiran ini. Hal ini demikian kerana,
penguasaan kemahiran membaca murid pada peringkat awal akan dapat membantu mereka
untuk lebih cemerlang dalam bidang yang lain (Abdull Sukor Shaari, & Kalaidevi a/p Aplanaidu,
2012). Oleh itu, melalui program dan bengkel yang dilaksanakan tersebut akan dapat
membantu para guru untuk melaksanakan PdP dengan lebih efektif dan berupaya
meningkatkan pencapaian murid dalam kemahiran membaca.
Sehubungan dengan itu, guru yang mempunyai murid yang bermasalah dalam
kemahiran membaca boleh menggunakan kit Bacalah Anakku kerana penggunaannya telah

1128
terbukti berkesan. Hal ini membuktikan penggunaan kit tersebut berupaya meningkatkan
pencapaian murid dalam kemahiran membaca. Hasilnya, guru akan mampu untuk
memastikan bahawa murid tersebut mampu untuk menguasai setiap konstruk dan mengenal
pasti kelemahan murid dalam kemahiran membaca. Perkara ini dikukuhkan lagi dengan
senarai semak instrumen yang berupaya membantu guru mengenal pasti kelemahan murid
mengikut susunan konstruk kemahiran asas membaca (Mohamed Ali Mohamed Iqbal, 2014).

RUJUKAN

Abdull Sukor Shaari, & Kalaidevi a/p Aplanaidu. (2012). Kesan Pendekatan Pembelajaran
Misteri Terhadap Pencapaian Kemahiran Membaca Bahasa Melayu Murid Pemulihan
Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(2), 92-103.

Charlie Anak Ungang. (2008). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kemahiran Asas
Membaca di Kelas Pemulihan: Kajian Kes di Lima Buah Sekolah Daerah Serian. Jurnal
Penyelidikan IPBL, 8, 84-97.

Chew Fong Peng. (2015). Pelaksanaan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) di Sekolah
Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5(2), 1-11.

Hasnalee Tubah, & Zulkifley Hamid. (2011). Pengaruh Demografi Terhadap Kemahiran
Membaca dan Memahami Dalam Kalangan Murid-Murid LINUS. Jurnal Melayu, 6, 29-
47.

Mohamed Ali Mohamed Iqbal. (2014). Penggunaan Buku-E: penguasaan kemahiran


membaca dalam kalangan murid darjah 4. Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian
Melayu, Universiti Malaya.

Norlela Ahmad, Shamsudin Othman, Azhar Md Sabil, Marzni Mohamed Mokhtar, Mohd Azuan
Mohd Nawawi, & Zullaili Hason. (2013). Pengaruh Didik Hibur Dalam Meningkatkan
Kesediaan Belajar kemahiran Membaca Bahasa Melayu Murid Belum Menguasai
Tahap Pecapaian Minimum. Asian Journal of Civilizational Studies, 3(1), 45-57.

Nurul Haniza, Puteri Roslina, & Salinah Ja’afar. (2018). Pengaplikasian Model Awal Kit Asas
Membaca Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Kanak-Kanak Pemulihan Khas,.3, 1–
9.

Rashotte, C.A. & Torgeson, J.K 1985. Repeated reading and reading fluency in learning
disabled children. Reading Research Quarterly, 1(20):180-188.

Schmitt, M. C., & Gregory, A. E. (2005). The impact of an early literacy intervention: Where are
the children now?.Literacy, Teaching and Learning, 10(1), 1-20.

Suraya Tarasat, & Aisah Daud. (2013). Kesan penggunaan perisian asas membaca terhadap
pencapaian membaca murid peringkat prasekolah.

Suzamreh Salleh. (2012). Meningkatkan Kemahiran Membaca Ayat-Ayat Yang Mengandungi


Perkataan Gabungan Suku Kata V+KV Dan KV+KV Melalui Teknik Latih Tubi
Membaca Kad Bacaan. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Sarawak,
Sarawak.

1129
Tamam Timbang, Zamri Mahamod, & Afendi Hamat. (2011). Faktor dan kesan masalah
membaca dalam kalangan murid sekolah rendah kerajaan di Brunei
Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1), 89-107.

Tuzana Mohamad. (2014). Keberkesanan Modul Bacaan Bergred Bagi Membantu Murid
LINUS Tegar Dalam Kemahiran Membaca KVK

1130
AMALAN GENGGAMAN PENSEL DALAM PENGUASAAN KEMAHIRAN MENULIS
MEKANIS

Mohamad Faris Asyraf bin Mohd Redzuan


mohamad09-909@epembelajaran.edu.my

Yuznaili binti Saleh PhD


yuznaili@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Amalan genggaman pensel mampu mempengaruhi kecekapan menulis. Amalan genggaman pensel
yang salah semasa menulis akan menyebabkan keletihan dan rasa sakit di jari. Malahan, kajian juga
mendapati amalan genggaman pensel yang salah semasa menulis menghalang murid menulis dengan
selesa terutamanya menulis dalam tempoh masa yang panjang. Kajian bagi menyelidik genggaman
pensel semasa menulis banyak dikaji kepada murid prasekolah. Namun demikian, didapati masih
kurang kajian dilaksanakan bagi mengenal pasti amalan genggaman pensel dalam kalangan murid-
murid tahap satu di sekolah rendah. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk menyelidik
amalan genggaman pensel semasa menulis dalam kalangan murid tahap satu di sekolah rendah. Reka
bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Responden kajian ini terdiri daripada tiga orang
murid masing-masing terdiri daripada seorang murid tahun satu, seorang murid tahun dua dan seorang
murid tahun tiga di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Kajian ini telah menggunakan sebuah instrumen
berbentuk senarai semak yang mewakili konstruk kemahiran motor halus iaitu genggaman pensel,
kecondongan kertas, ukuran kedudukan hujung jari daripada hujung pensel, anggota yang digerakkan
untuk menulis dan anggota untuk menstabilkan kertas. Dapatan kajian menunjukkan murid kurang
mengamalkan genggaman pensel yang betul. Hasil kajian ini membuktikan bahawa amalan genggaman
pensel yang salah berlaku dalam kalangan murid-murid tahap satu di sekolah rendah. Hal ini akan
memberi impak yang negatif sekiranya tidak segera ditambah baik. Oleh itu, dapatan kajian ini dapat
dijadikan panduan terhadap guru dan ibu bapa dalam membetulkan kebiasaan amalan genggaman
pensel yang salah.
Kata Kunci: genggaman pensel, kemahiran menulis mekanis, murid tahap satu

ABSTRACT

The pencil grasp practice is capable of influencing writing efficiency. The wrong pencil grip practice while
writing will cause fatigue and pain in the fingers. In fact, the study also found the practice of wrong pencil
grasp while writing prevented students writing comfortably especially writing over a long period of time.
The study for researching pencils when writing was widely studied to preschool students. Nevertheless,
it is found that there is still a lack of research conducted to identify the practice of pencil grip among level
one students in primary school. In this regard, this study aims to investigate the practice of pencil grip
while writing among level one students in primary school. The design of this research uses a qualitative
approach. The respondents of this study consisted of three students each consisting of a year one
student, a year two student and a year three student at a school in Kuala Lumpur. This research has
used a checklist instrument that represents a fine motor skills construct i.e., pencil grasp, paper tilt,
fingertip position from the tip of the pencil, part of hand mobilized to write and part of hand to stabilize
the paper. The findings show that students are less likely to practice the right pencil grasp. The result of
this research proved that the wrong pencil grasping practice among the level one students in primary
schools. This will have a negative impact if it is not immediately improved. Therefore, the findings of this
research can be used as a guide for teachers and parents in correcting the habit of the incorrect pencil
grip practice.
Keywords: pencil grasp, mechanical writing skill, level one students

1131
PENGENALAN

Dalam meniti arus kemodenan ini, kemajuan teknologi menyebabkan kemahiran menulis
kurang ditekankan dalam kehidupan kini. Perkembangan teknologi khasnya gajet kian
meningkat dalam penggunaan masyarakat tidak mengira jantina, umur, mahupun bangsa. Hal
ini bertepatan dengan kenyataan Beauty, Yudi dan Franly (2015) yang menyatakan
penggunaan gajet mampu menyediakan medium yang mudah dicapai oleh pengguna.
Penggunaan gajet seperti telefon pintar, tablet dan komputer sering kali digunakan sebagai
alatan tulis. Menurut Mercer dan Mercer (1989) menyatakan perkara ini secara tidak langsung
akan menyebabkan kanak-kanak tidak cekap menulis terutamanya menulis menggunakan
pensel. Tindakan fizikal menulis menggunakan tangan membantu kanak-kanak untuk menulis
dengan baik dan sempurna. Hal ini demikian kerana, menulis merupakan satu proses yang
kompleks yang mampu meluahkan perkataan melalui genggaman pensel, pembentukan huruf
dan juga postur badan dengan betul. Kecekapan menulis memerlukan penguasaan pelbagai
kemahiran termasuk penglihatan, koordinasi tangan dan mata, lengan, tangan, postur dan juga
kawalan badan (Cheautum & Hammond, 2000).
Kecekapan menulis bagi seseorang murid amat penting kerana kecekapan menulis
mampu mempengaruhi tahap keyakinan diri murid serta mampu mempengaruhi pencapaian
akademik murid. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Schneck (1991) serta Schneck dan
Henderson (1990) mendakwa bahawa murid-murid yang mempunyai masalah menulis akan
menunjukkan skor genggaman pensel yang lebih rendah berbanding dengan murid-murid
yang tidak mempunyai masalah menulis. Dalam konteks yang sama, kajian yang telah
dijalankan oleh Rosenbloom, Goldstand dan Parush (2006) menunjukkan terdapat perbezaan
yang signifikan antara murid yang tidak mahir menulis dan murid mahir menulis dalam semua
faktor termasuk amalan genggaman pensel semasa menulis. Kajian yang dilakukan di
Malaysia oleh Abdul Rasid Jamian (2011) mendapati bahawa masalah ketidakcekapan
koordinasi mata dan tangan semasa menulis memberi kesan kepada keupayaan murid untuk
menulis dengan cekap. Hal ini dapat dibuktikan dengan ketidakupayaan murid untuk
memegang pensel dengan cara yang betul dan sempurna. Rajah 1.0 menjelaskan mengenai
amalan genggaman pensel yang betul.

Rajah 1.0: Genggaman pensel yang betul.

1132
Rajah 1.0 menunjukkan amalan genggaman pensel yang betul. Cara genggaman
pensel ini dikenali sebagai Genggaman Tripod Dinamik. Rajah 1.0 (a) menunjukkan
genggaman tripod dinamik bagi tangan kanan manakala Rajah 1.0 (b) genggaman tripod
dinamik bagi tangan kiri. Dalam melakukan genggaman tripod, tiga jari diperlukan bagi
membentuk genggaman ini. Bahagian hujung jari pula bersentuhan untuk menyokong
bahagian bawah pensel manakala jari telunjuk diletakkan di bahagian atas pensel untuk
mengawal pergerakan pensel yang dilakukan semasa menulis. Montgomery (2007)
menyatakan amalan genggaman ini membolehkan murid menulis secara santai kerana
bahagian tapak tangan boleh direhatkan dengan meletakkannya di lantai meja semasa
menulis. Pada dasar yang sama, Tseng dan Cermak (1993) turut menyatakan bahawa cara
genggaman pensel yang digalakkan ialah cara genggaman tripod dinamik. Hal ini adalah selari
dengan kenyataan Taylor (2001) menyatakan amalan genggaman semasa menulis, postur
badan semasa menulis dan kedudukan kertas semasa menulis adalah penting dalam
kemahiran menulis.

PERNYATAAN MASALAH
Murid perlu mengamalkan amalan genggaman pensel yang betul semasa menulis bermula
dari prasekolah lagi. Malahan pengajaran kemahiran menulis yang tidak diberi penekanan
secara formal di sekolah sehingga menyebabkan tulisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak
semakin tidak cantik dan sukar dibaca (Yusof dan Walter Alvin, 2010). Menurut Becky Sinclair
dan Susan Szabo (2015), Mei Hui Tseng (2015) dan Rashidah Elias (2015) menyatakan murid
tidak mampu menguasai kemahiran menulis kerana mengamalkan cara genggaman pensel
yang salah. Murid ini juga menghadapi masalah yang berpunca daripada ketidakupayaan
pembelajaran yang telah mempengaruhi pencapaian mereka dalam bidang akademik secara
tidak langsung (Mohd Hanafi et al., 2010). Menurut Norshidah, Aliza dan Zalizan (2012)
menyatakan pengetahuan dan kemahiran yang tinggi daripada guru amat diperlukan untuk
membantu murid menguasai asas kemahiran menulis.
Amalan genggaman pensel yang betul membantu seseorang murid menguasai
kemahiran menulis mekanis dengan sempurna. Amalan genggaman pensel yang salah
menyebabkan murid cepat letih semasa menulis terutamanya menulis bagi tempoh masa yang
panjang. Dalam satu kajian yang dilaksanakan kepada kumpulan pelajar sekolah menengah
dan kumpulan pekerja mahir mendapati kedua-dua kumpulan ini mengamalkan cara
genggaman pensel yang sempurna iaitu genggaman tripod dinamik (Jaiyeoba Ojigho &
Odokuma Emmanuel, 2018). Hal ini demikian kerana, kedua-dua kumpulan tersebut telah
memiliki asas kemahiran menulis yang sempurna dan mampu mengawal alat tulis dengan
baik. Malahan menurut Long et al (1970) menyatakan bahawa amalan genggaman pensel
yang betul diperlukan murid bagi meningkatkan kecekapan dan minat dalam aktiviti menulis.

1133
Guru seharusnya membetulkan amalan genggaman pensel dengan segera yang mungkin
kerana semakin lambat diperbetulkan semakin sukar untuk murid mengubah cara genggaman
penselnya (Montgomery, 2007). Justeru itu, kajian ini menyelidik amalan genggaman pensel
semasa menulis dalam kalangan murid tahap satu di sekolah rendah.
Genggaman pensel mampu mempengaruhi kecekapan menulis dan mengekalkan
minat murid dalam aktiviti pembelajaran. Kebanyakkan kajian berkenaan amalan genggaman
pensel semasa menulis dilaksanakan kepada murid prasekolah seperti kajian Becky Sinclair
dan Susan Szabo (2015), kajian Mei Hui Tseng (2015) dan kajian Rashidah Elias (2015)
manakala kajian Yuznaili Saleh (2016) dilaksanakan terhadap murid Program Literasi dan
Numerasi (LINUS) tahun tiga. Kajian Becky Sinclair dan Susan Szabo (2015) dilaksanakan di
Texas, Amerika Syarikat, kajian Mei Hui Tseng (2015) di Taiwan, kajian Yuznaili Saleh (2016)
di Sabah dan kajian Rashidah Elias (2015) di Terengganu, Malaysia. Berdasarkan kajian
literatur menunjukkan kebanyakkan kajian menggunakan responden murid prasekolah dalam
menyelidik amalan genggaman pensel semasa menulis. Didapati masih kurang maklumat
diperoleh berkenaan amalan genggaman pensel semasa menulis terutamanya melibatkan
murid tahap satu di sekolah rendah.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN


Berdasarkan tujuan tersebut, kajian ini dilaksanakan bagi melaksanakan objektif kajian yang
berikut:
i. Menyelidik cara genggaman pensel murid semasa menulis.
Berdasarkan objektif kajian tersebut, soalan kajian yang selari dengan objektif kajian seperti
yang berikut:
i. Apakah cara genggaman pensel murid semasa menulis?

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah kajian kes. Kajian ini
melibatkan seramai tiga orang responden yang terdiri daripada murid tahap satu iaitu seorang
murid tahun satu, seorang murid tahun dua dan seorang murid tahun tiga. Tiga orang
responden terdiri daripada seorang murid perempuan dan dua orang murid lelaki. Kajian ini
menggunakan satu instrumen senarai semak. Senarai semak tersebut mengandungi lima item
iaitu genggaman pensel, kecondongan kertas, ukuran kedudukan hujung jari daripada hujung
pensel, anggota yang digerakkan semasa menulis dan anggota untuk menstabilkan kertas.
Proses mengumpul data dalam kajian ini dilakukan berdasarkan tiga kaedah
pengumpulan data iaitu melalui temu bual, pemerhatian dan juga analisis dokumen. Sebelum
melaksanakan temu bual, pengkaji terlebih dahulu telah menghasilkan protokol temu bual.
Temu bual secara bersemuka dengan responden X telah diadakan pada 1 Februari 2021,

1134
responden Y pada 3 Februari 2021 dan responden Z pada 2 Februari 2021. Seterusnya,
proses pengumpulan data kajian ini juga melibatkan pemerhatian. Pemerhatian tidak turut
serta telah dijalankan dengan responden X pada 1 Februari 2021, responden Y pada 3
Februari 2021 dan responden Z pada 2 Februari 2021. Untuk tujuan itu, pengkaji telah
melaksanakan pemerhatian berdasarkan instrumen senarai semak komponen motor tindakan.
Prosedur pengumpulan data yang terakhir ialah melalui analisis dokumen. Analisis
dokumen ini telah dijalankan terhadap responden X pada 1 Februari 2021, responden Y pada
3 Februari 2021 dan responden Z pada 2 Februari 2021. Sehubungan dengan itu, pengkaji
telah menggunakan kaedah analisis dokumen berdasarkan deskripsi gambar yang telah
diambil terhadap ketiga-tiga responden kajian. Akhir sekali, ketiga-tiga data temu bual,
pemerhatian melalui senarai semak dan analisis dokumen telah dimasukkan ke dalam perisian
NVivo 12 untuk dianalisis. Pengkaji telah menggunakan kaedah analisis tematik sebagai
prosedur analisis dalam kajian ini.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Dapatan kajian ini menunjukkan sebahagian besar murid mengamalkan cara genggaman
pensel yang belum sempurna. Berdasarkan dapatan kajian, didapati hanya seorang daripada
tiga responden kajian mengamalkan amalan genggaman pensel yang betul. Hanya responden
X mengamalkan amalan genggaman pensel tripod manakala responden Y dan Z masing-
masing mengamalkan genggaman pensel tripod diubah suai. Analisis dokumen berdasarkan
deskripsi gambar menunjukkan hanya responden X mengamalkan cara genggaman pensel
yang betul seperti Rajah 2.0 pada halaman selanjutnya.
Responden Kajian X

Rajah 2.0: Cara genggaman pensel responden X.


Daripada Rajah 2 di atas, jelas menunjukkan responden X mengamalkan cara
genggaman pensel yang betul. Hal ini diperkukuhkan dengan dapatan temu bual dengan
responden X. Hasil temu bual dengan responden X mengesahkan bahawa responden kajian
telah mengamalkan cara genggaman pensel yang betul. Dapatan temu bual di bawah
menyokong analisis dokumen berkaitan deskripsi gambar responden kajian yang
mengamalkan cara genggaman pensel yang betul.

1135
“… Saya memang pegang (tripod grasp) macam itu. Dari kecil lagi ibu saya
ajar saya pegang pensel macam itu. Barulah senang saya nak menulis.” -
TBRX:P24B1-3.

Dapatan pemerhatian responden X melalui instrumen senarai semak adalah disokong


dengan data temu bual dan analisis dokumen yang menunjukkan terdapatnya triangulasi
kaedah bagi menyokong dapatan ini. Hal ini demikian kerana, didapati daripada instrumen
senarai semak mendapati responden X telah mengamalkan genggaman pensel yang betul.
Namun, hasil kajian menunjukkan responden Y dan responden Z mengamalkan cara
genggaman pensel yang kurang tepat. Hal ini demikian kerana, responden Y dan Z
mengamalkan genggaman pensel yang belum sempurna. Perkara ini dapat digambarkan
berdasarkan analisis dokumen daripada gambar sampel Y dan Z berpandukan Rajah 3.0.

Responden Kajian

Responden Y Responden Z
Rajah 3.0: Cara genggaman pensel responden Y dan responden Z.

Melalui penelitian daripada Rajah 3.0 di atas, jelas menunjukkan responden Y dan
responden Z mengamalkan cara genggaman pensel yang belum sempurna. Kedua-dua
responden kajian mengamalkan cara genggaman pensel modified tripod grasp. Cara
genggaman tersebut menyukarkan responden Y dan responden Z untuk menulis dengan baik
serta akan mempengaruhi tulisannya. Hal ini dapat diperjelaskan lagi dengan dapatan temu
bual daripada responden Y dan responden Z. Dapatan daripada temu bual adalah selari
dengan analisis dokumen daripada gambar sampel Y dan sampel Z. Berdasarkan temu bual,
responden Y dan responden Z menyatakan seperti berikut:
“Saya memang pegang macam ini (modified tripod grasp). Saya pegang
macam itu sejak daripada tadika lagi. Saya sudah biasa pegang pensel
macam itu.” – TBRY:P16B1-3.
“Ya, saya memang pegang (modified tripod grasp) macam itu. Barulah
senang saya nak menulis kalau pegang macam itu.”- TBRZ:P18B1-3.
Jelas, melalui analisis temu bual, responden Y dan responden Z mengamalkan
genggaman pensel yang belum sempurna. Dapatan pemerhatian melalui instrumen senarai
semak sampel Y dan sampel Z adalah selari dengan dapatan analisis dokumen dan analisis
temu bual. Dapatan pemerhatian melalui instrumen senarai semak menunjukkan kedua-dua
responden kajian mengamalkan cara genggaman pensel yang belum matang.

1136
Hasil kajian ini menunjukkan murid tahap satu tidak mengetahui amalan genggaman
pensel yang betul semasa menulis. Menurut Otto dan Smith (1980) amalan genggaman pensel
yang salah menyebabkan hasil tulisan murid sukar untuk dibaca. Hal ini demikian kerana
amalan genggaman pensel tersebut menyebabkan bahagian bawah tapak tangan atau
pergelangan tangan tidak dapat diletakkan di lantai meja sewaktu menulis. Perkara ini secara
tidak langsung akan menyebabkan keletihan semasa menulis khususnya apabila menulis
dalam jangka masa yang lama (Wynn-Parry, 1966). Dalam pada itu, Pape dan Ryba (2004)
menyatakan walaupun 30-60% aktiviti di dalam kelas melibatkan aktiviti tulisan namun murid
sukar untuk menghasilkan tulisan yang mudah dibaca disebabkan faktor genggaman pensel
yang belum sempurna.
Sehubungan dengan itu, dapat dibuktikan melalui kajian ini bahawa masalah
genggaman pensel telah berlaku semasa murid tahap satu di sekolah rendah lagi. Perkara ini
perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh guru. Guru tahap satu di sekolah rendah perlu
membetulkan amalan kebiasaan menulis iaitu melibatkan amalan genggaman pensel semasa
menulis. Guru seharusnya membetulkan dengan segera yang mungkin sekiranya mendapati
muridnya mengamalkan amalan genggaman pensel yang salah. Hal ini demikian kerana,
semakin lambat diperbetulkan, semakin sukar untuk menukar amalan genggaman pensel
tersebut. Perkara ini secara tidak langsung mampu membantu murid menguasai peringkat
menulis yang selanjutnya iaitu kemahiran menulis peringkat pelahiran dengan sempurna.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


Kesimpulannya murid tahap satu mengamalkan cara genggaman pensel yang salah semasa
menulis. Hasil kajian ini membuktikan bahawa sebahagian besar murid tahap satu di sekolah
rendah mengamalkan cara genggaman pensel yang salah iaitu mengamalkan genggaman
pensel tripod diubah suai. Namun, hanya sebahagian kecil murid tahap satu mengamalkan
cara genggaman pensel yang betul iaitu dengan mengamalkan genggaman pensel tripod.
Kajian ini dapat dijadikan panduan kepada guru dan juga ibu bapa bahawa masalah
genggaman pensel telah wujud pada peringkat tahap satu di sekolah rendah. Oleh hal yang
demikian, tindakan yang segera perlu dilaksanakan supaya masalah genggaman pensel yang
salah mampu diatasi dengan jayanya.
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu menyediakan latihan dan kursus
kepada guru-guru Bahasa Melayu agar maklumat berkenaan kemahiran menulis mekanis
seperti genggaman pensel yang betul dapat dikuasai oleh guru terlebih dahulu sebelum
mengajarkannya kepada murid-murid. Hal ini demikian kerana, menurut Mohd Musnizam,
Abdul Halim dan Rohizan (2012) penguasaan sesuatu kemahiran oleh guru secara tidak
langsung mampu meningkatkan kualiti pendidikan sekali gus mampu memastikan hasil
pembelajaran yang maksimum diperoleh murid. Dalam pada itu, aspek kesilapan cara

1137
genggaman pensel yang betul semasa menulis mekanis boleh disediakan dalam bentuk modul
yang lengkap dan disusun rapi berserta contoh yang tepat berkenaan amalan genggaman
pensel yang betul mengikut peringkat umur murid-murid. Hal ini demikian kerana, menurut Ke
(2003) menjelaskan penggunaan modul ini mampu dijadikan panduan untuk memimpin
tingkah laku seseorang pelajar dalam mempelajari mengenai sesuatu pembelajaran dan juga
kemahiran. Jelaslah bahawa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia berperanan dalam
memberi pendedahan dan kefahaman yang lebih luas bagi menjadi panduan guru mengenai
amalan genggaman pensel yang betul semasa menulis.
Selain itu, pihak sekolah terutamanya pihak pentadbir perlu menjemput penceramah
untuk diberikan kepada guru Bahasa Melayu bertujuan memberikan pendedahan kepada
mereka berkenaan amalan genggaman pensel yang betul semasa menulis. Menurut Wan
Mohd Zahid Mohd Nordin (1994) mendakwa bahawa pendedahan sesuatu kemahiran yang
diterima oleh guru mampu menjayakan cita-cita membangunkan sebuah negara yang maju,
berwibawa dan cemerlang. Hal ini bertujuan membantu para guru Bahasa Melayu
mengukuhkan ilmu pengetahuan mengenai amalan genggaman pensel yang betul agar para
guru benar-benar menguasai aspek kemahiran menulis mekanis dengan sempurna. Di
samping itu, pihak sekolah boleh menyediakan sudut dan papan maklumat berkaitan amalan
genggaman pensel yang betul. Menurut Kostelnik, Soderman dan Whiren (2004) menjelaskan
mengenai kepentingan sudut dan papan maklumat yang mampu menarik minat murid dan
pada masa yang sama mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan efektif. Maklumat
berkenaan amalan genggaman pensel tersebut mampu memberi pendedahan kepada guru
dan juga murid dalam membantu mereka menguasai asas kemahiran menulis mekanis
dengan sempurna. Sudut dan papan maklumat berfungsi sebagai pusat maklumat, iaitu
pelbagai maklumat berkaitan amalan genggaman pensel yang betul dipaparkan pada sudut
dan papan tersebut. Jelaslah bahawa saranan kepada pihak sekolah ini sekali gus mampu
memberikan kefahaman mengenai amalan genggaman pensel yang tepat dan sempurna.
Akhir sekali, guru-guru yang mengajar tahap satu harus berusaha mempertingkatkan
ilmu dan mutu pengajaran mereka, iaitu dengan banyak membaca, mengkaji serta menghadiri
seminar dan begitu juga dengan kursus-kursus yang berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran khususnya berkenaan aspek amalan genggaman pensel yang betul.
Penguasaan amalan genggaman pensel yang betul bagi seseorang murid bergantung kepada
tahap kebolehan dan penguasaan kemahiran menulis mekanis yang dimiliki seseorang guru.
Menurut Mohd Azrien Mohamed Adnan dan Zamri Ghazali (2008) menyatakan para guru
seharusnya memberikan keutamaan kepada kemahiran menulis dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi memenuhi keperluan murid-murid. Hal ini selaras dengan pernyataan
Norismayati, Anida dan Mohd Rashid (2013) yang menyatakan bahawa guru Bahasa Melayu
perlu sentiasa melengkapkan diri dengan aspek-aspek ilmu pengetahuan sebagai persediaan

1138
awal bagi meningkatkan mutu pengajaran seperti memperkayakan diri dengan kemahiran
serta memperkasakan ilmu berkenaan amalan genggaman pensel yang betul. Guru juga boleh
merujuk rajah berkenaan amalan genggaman pensel yang betul dan juga instrumen senarai
semak komponen motor tindakan yang telah digunakan dalam kajian ini bagi membetulkan
amalan genggaman pensel yang sempurna bagi murid-murid tahap satu di sekolah rendah.
Jelaslah bahawa, amalan genggaman pensel yang betul perlulah dipraktikkan agar
membolehkan murid menguasai asas kemahiran menulis mekanis dengan sempurna dan
berkesan.
RUJUKAN
Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu
Murid-murid Sekolah Rendah di Luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1),
1-12.

Beauty Manumpil, Yudi Ismanto & Franly Onibala. (2015). Hubungan Penggunaan Gadjet
Dengan Tingkat Prestasi Siswa di SMA Negeri 9 Manado. Jurnal Keperawatan, 3(2),
1-6.

Cheautum, B. A., & Hammond, A. A. (2000). Physical Activities For Improving Children’s
Learning And Behaviour, A Guide to Sensory Motor Development. USA: Human
Kinetics.

Jaiyeoba Ojigho, & Igho Emmanuel Odokuma. (2019). Pencil Grip Patterns of Students and
Skilled Workers. Journal of College of Medical Sciences- Nepal, 15(1), 53-58.

Long, C, Conrad, M. S., Hall, E. A., & Furler, M. S. (1970). Intrinsic-extrinsic muscle control of
the hand in power and precision handling. Journal of Bone and joint Surgery, 52A,
853867.

Ke, C. H. (2003). Penghasilan Modul E-Pembelajaran Berasaskan Web: Reka Bentuk Turapan
Jalan Raya. UTHM: Tesis Sarjana.

Kostelnik, M. J., Soderman, A. K., & Whiren, A. P. (2004). Developmentally Appropriate


Curriculum (3rd Edition). Ohio: Merril Prentice Hall.

Norismayati Aida Idris, Anida Sarudin, Mohd Rashid Md. Idris. (2013). Amalan Guru dan
Penguasaan Aspek Ilmu Linguistik dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu di Kuala
Lumpur. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 4(2), 116-
142.

Norshidah Mohd Salleh, Aliza Alias & Zalizan Mohd Jelas. (2012.) Sejarah pendidikan khas di
Malaysia. Dlm. Zalizan Mohd Jelas. (pnyt). Pendidikan kanak-kanak berkeperluan
khas: konsep dan amalan. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Azrien Mohamed Adnan & Zamri Ghazali. (2008). Persepsi Pelajar Terhadap
Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa dan Efikasi Kendiri: Kajian Ke Atas Pelajar
Universiti Di Semenanjung Malaysia. Jurnal Sarjana, 26, 81-99.

Mohd Musnizam Jaafar, Abdul Halim Tamuri, Rohizan Ya. (2012). Konsep Berilmu Di
Kalangan Guru Pendidikan Islam Satu Keperluan Dalam Membangunkan Modal Insan.

1139
In: International Seminar on Teacher and Islamic Education, 8-9 March 2012, Le
Grandeur Palam Resort, Senai, Johor.

Mei Hui Tseng. (2015). Development of Pencil Grip Position in Preschool Children. The
Occupational Therapy Journal of Research, 18(4), 207-224.

Mercer, C. D., & Mercer, A. R. (1989). Teaching Students With Learning Problem, 3rd Edition.
USA: Macmillan Publishing.

Mohd Hanafi Mohd. Yassin, Mohd Mokhtar Tahar, Lokman T., Md. Amin, K., Fauzi, R., Zawawi,
Z., & Kamarudin, A. H. (2010). Kaedah e-suara dalam peperiksaan murid- murid
pendidikan khas. Jurnal Teknologi, 52(13), 83-94.

Montgomery, D. (2007). Spelling Handwriting and Dyslexia. New York: Routledge.

Otto, W. and Smith, R. J. (1980). Corrective and remedial teaching. Boston: Houghton Mifflin.

Pape, L. & Ryba, K. (2004). Practical Considerations for School-Based Occupational


Therapists. Bethesda, MD: American Occupational Therapy Association.

Rashidah Ellias. (2015). Aplikasi Teknik Genggaman Pensel Tripod Untuk Meningkatkan
Kekemasan Tulisan Murid Prasekolah. Asian Education Action Research Journal, 2(4),
97- 118.

Rosenbloom, S., Goldstand, S. & Parush, S. (2006). Relationships Among Biomechanical


Ergonomic actors, Handwriting Product Quality, Handwriting Efficiency and
Computerized Handwriting. American Journal of Occupational Therapy, 60(1), 28-39.

Schneck, C. M. (1991). Comparison of Pencil-Grip Patterns In First Graders With Good And
Poor Writing Skills. The American Journal of Occupational Therapy: Official
Publications of The American Occupational Therapy Association, 44 (10), 893-900.

Schneck, C. M., & Henderson, A. (1990). Descriptive analysis of the developmental


progression of grip position for pencil and crayon control in nondysfunctional children.
The American Journal of Occupational Therapy, 44(10), 893-900.

Sinclair, B., & Szabo, S. (September 06, 2015). Pencil Size and Their Impact on Penmanship
Legibility. Texas Journal of Literacy Education, 3(1), 5-13.

Taylor, J. (2001). Handwriting: A Teacher’s Guide. London: David Fulton Publisher.

Tseng, M & Cermak, S. A. (1993). The Influence of Ergonomic Factors and Perceptual-Motor
Abilities On Handwriting Performance. American Journal of Occupational Therapy,
14(8), 919-926.

Wan Mohd Zahid Mohd Nordin. (1994). Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian. Kuala
Lumpur: Cahaya Pantai Publishing Sdn. Bhd.

Wynn-Parry, W. -P. (1966). Rehabilitation of the hand. London: Butterworth.

Yusof, B. H. M., & Walter Alvin, J. (2010). Disgrafia dan Cara Membantu: Kajian Kes ke atas
Murid Program Integrasi Pendidikan Khas. Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL (4):
1-22.

1140
Yuznaili Saleh. (2016). Pembangunan Ujian Diagnostik Kemahiran Menulis Mekanis Bahasa
Melayu. Tesis Dr. Falsafah. Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan
Sultan Idris.

1141
HUBUNGAN POSTUR BADAN DALAM PENGUASAAN KEMAHIRAN MENULIS
MEKANIS MURID TAHUN 4

Muadz bin Mohd Zaidi


muadz09-910@epembelajaran.edu.my

Shamsul Aizuwani bin Nawi PhD


shamsulaizuwani@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu,


Lembah Pantai,
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian penyelidikan ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap postur badan murid semasa menulis
dalam kalangan murid tahun empat sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur. Seramai 60 murid tahun
empat telah dipilih sebagai peserta kajian dalam penyelidikan yang dilakukan ini. Kajian ini juga
bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara tahap postur badan
dengan kemahiran menulis mekanis murid tahun empat. Instrumen kajian ini menggunakan ujian
kemahiran menulis dan borang senarai semak untuk mengumpul data. Kajian ini merupakan kajian
kuantitatif dengan menggunakan analisis Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 25
bagi mendapatkan maklumat mengenai min, sisihan piawai dan korelasi antara pemboleh ubah.
Berdasarkan dapatan kajian, didapati bahawa tahap postur badan bagi postur kepala berada pada tahap
sederhana (min=3.00 dan sisihan piawai=.863), postur belakang badan berada pada tahap rendah
(min=2.47 dan sisihan piawai=.993), postur punggung di lantai kerusi adalah sederhana (min=3.02 dan
sisihan piawai=.947) dan postur kaki di lantai adalah rendah (min=2.85 dan sisihan piawai=1.516). Bagi
nilai korelasi antara tahap postur badan dan kemahiran menulis mekanis murid tahun empat pula adalah
sederhana bagi postur kepala dan postur tulang belakang iaitu .290 dan .330. Masing-masing
menunjukkan hubungan yang signifikan kerana menunjukkan nilai p<0.05 dan p<0.01.
Kata Kunci: postur, kemahiran, mekanis.

ABSTRACT

This research study was conducted to identify the level of body posture of students while writing among
fourth year students of a primary school in Kuala Lumpur. A total of 60 fourth year students were selected
as study participants in this research. This study also aimed to determine whether there is a significant
relationship between the level of body posture with the mechanical writing skills of fourth year students.
The instrument of this study used a writing skills test and a checklist form to collect data. This study is a
quantitative study using Statistical Package for the Social Science (SPSS) version 25 analysis to obtain
information on the mean, standard deviation and correlation between variables. Based on the findings
of the study, it was found that the level of body posture for head posture was at a moderate level (mean
= 3.00 and standard deviation = .863), back posture was at a low level (mean = 2.47 and standard
deviation = .993), back posture at chair floor was moderate (mean = 3.02 and standard deviation = .947)
and foot posture on the floor was low (mean = 2.85 and standard deviation = 1.516). As for the correlation
value between the level of body posture and mechanical writing skills of fourth year students, it is
moderate for head posture and spinal posture, namely .290 and .330. Each showed a significant
relationship as it showed values of p<0.05 and p<0.01.
Keywords: posture, skill, mechanical

1142
PENGENALAN

Dalam bidang pendidikan, kemahiran menulis dianggap kemahiran yang paling sukar untuk
diajar dan difahami oleh pelajar. Hal ini kerana, daripada keempat-empat kemahiran bahasa,
kemahiran menulis merupakan kemahiran yang paling tinggi dalam hierarki kemahiran bahasa
kerana menggabungkan aspek kognitif dan psikologi dalam menulis perkataan, ayat dan
perenggan serta melahirkan idea secara kritis dan kreatif melalui pelbagai jenis penulisan
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Dalam proses menulis, terdapat empat motor
pembelajaran kemahiran menulis yang perlu diberikan perhatian iaitu motor perancangan,
motor logik, motor memori dan motor tindakan (Levine, 2002). Rangkaian motor pembelajaran
kemahiran menulis ini terdiri daripada empat motor pembelajaran iaitu motor perancangan
yang berperanan dalam penetapan matlamat; motor logik yang menggunakan dan
memanipulasi kecerdasan minda untuk penentuan teknik dan strategi menulis; motor memori
yang berfokus kepada keupayaan minda untuk mengakses pengetahuan dan pengalaman
sedia ada; dan motor tindakan iaitu penggunaan anggota tubuh badan yang terbahagi kepada
motor halus dan kasar bagi memastikan output yang dihasilkan mencapai matlamat penulisan.
Kebanyakan guru hanya memfokuskan terhadap motor perancangan, motor logik dan memori
namun mengabaikan terhadap motor tindakan.

PERNYATAAN MASALAH

Postur badan merupakan salah satu komponen motor kasar yang penting dalam proses
menguasai kemahiran menulis mekanis. Dalam pemerhatian awal yang dilakukan, ramai
dalam kalangan murid sekolah rendah yang tidak mengetahui postur badan yang betul
sewaktu melaksanakan aktiviti terutamanya aktiviti menulis. Menurut Yuznaili Saleh (2016)
kebanyakan murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran asas menulis mempunyai
masalah postur badan Hal ini disokong oleh Levine (2002) yang menyatakan penggunaan
postur badan mempengaruhi kekemasan tulisan murid. Terdapat kajian yang membuktikan
perkara ini misalnya kajian tindakan yang dijalankan oleh oleh Zuhaili Hassan (2011) terhadap
murid sekolah rendah di sekitar negeri Johor, seramai 66% murid mempunyai postur badan
yang salah sewaktu menulis. Pengamalan postur badan yang salah semasa menulis juga
dapat menjejaskan penguasaan pengajaran dan pembelajaran seseorang murid. Menurut
Montgomery (2007) amalan postur yang salah semasa menulis akan mengakibatkan murid
mudah berasa letih dan sakit terutama semasa menulis dalam tempoh masa panjang. Perkara
ini akan menyebabkan murid tidak berasa selesa menulis serta mengelak daripada melakukan
aktiviti menulis semasa di sekolah mahupun dalam bentuk kerja rumah yang diberi oleh guru.
Ini menyebabkan mereka sering dianggap sebagai murid yang malas oleh guru. Justeru itu
kajian ini meninjau amalan postur badan semasa menulis dalam kalangan murid.

1143
Sehubungan dengan itu, kajian ini ditulis bagi melaksanakan objektif kajian yang berikut:
i. Mengenal pasti tahap postur badan sewaktu menulis dalam kalangan murid
tahun empat.
ii. Mengenal pasti hubungan antara postur badan dengan penguasaan kemahiran
menulis.

Kajian ini untuk mendapatkan maklumat bagi menjawab persoalan berikut:


i. Apakah tahap postur badan sewaktu menulis dalam kalangan murid tahun empat?
ii. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara postur badan dengan penguasaan
kemahiran menulis?

Kajian ini mempunyai satu hipotesis kajian seperti yang berikut:


i. Ho1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara postur badan dengan
penguasaan kemahiran menulis.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah tinjauan. Kajian ini melibatkan
seramai 60 orang murid tahun empat sekolah rendah di Kuala Lumpur. Kajian ini
menggunakan satu instrumen senarai semak. Senarai semak tersebut mengandungi empat
item iaitu posisi tapak kaki, posisi belakang badan, posisi punggung, dan posisi kepala.
Kebolehpercayaan instrumen tersebut nilai α = .701. Para peringkat permulaan, pengkaji telah
mendapatkan kebenaran daripada pihak sekolah untuk melaksanakan kajian pada tarikh 16
Mac 2021. Seterusnya pada hari yang sama, guru subjek Bahasa Melayu bagi dua kelas tahun
empat diberikan taklimat ringkas mengenai pelaksanaan dapatan data. Kemudian, senarai
semak dan ujian kemahiran menulis telah dikumpul dan dianalisis oleh pengkaji menggunakan
statistik deskriptif dan statistik infrensi.
DAPATAN KAJIAN

Sebahagian besar murid tahun empat dalam kajian ini tidak mengamalkan postur badan yang
betul ketika menulis. Hanya 5 orang murid iaitu 8.33% yang mendapat skor tinggi dalam 3 item
senarai semak tahap postur badan namun tetap melakukan kesalahan postur dalam 1 item
yang lainnya. Sebanyak 25 orang murid iaitu 41.67% yang memperoleh skor tinggi dalam 2
item manakala 30 murid iaitu 50% hanya memperoleh skor tinggi dalam 1 item postur badan.
Hasil kajian ini menunjukkan murid tidak mengetahui postur yang betul sewaktu
menulis. Amalan postur yang salah menyebabkan murid mudah letih dan sakit sekiranya
menulis dalam tempoh masa lama. Malahan masalah ini juga akan menyebabkan penghasilan
tulisan yang kurang kemas dan sukar dibaca. Ini menyebabkan mereka sering dianggap

1144
sebagai murid yang malas oleh guru (Levine, 2004). Sekiranya murid tidak mengamalkan
postur badan yang betul murid ini akan menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran
menulis mekanis dan menguasai kemahiran menulis peringkat seterusnya iaitu kemahiran
menulis mentalis (Levine, 2004 dan Yuznaili Saleh 2016). Murid ini juga akan menghadapi
masalah kesihatan di bahagian tulang belakang, pelvek dan tengkuk sekiranya postur itu
tidak dibetulkan dan diamalkan sehingga dewasa (Drza-Grabiec et al., 2014).
Sehubungan itu, dapat dibuktikan melalui kajian ini bahawa masalah postur badan
telah mula berlaku pada peringkat rendah lagi. Hal ini perlu diberi perhatian serius. Guru
sekolah rendah bukan sahaja bertanggung jawab untuk mengajar murid menulis tetapi juga
perlu memberi bimbingan postur badan yang betul semasa menulis kepada murid-murid.
Dengan cara ini murid melaksanakan postur badan yang betul daripada aktiviti menulis di
peringkat prasekolah dan mengamalkannya sehingga dewasa.
Hasil kajian ini juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara postur badan
dan penguasaan kemahiran menulis mekanis. Dapatan menunjukkan item postur kepala
menunjukkan hubungan yang signifikan dengan kemahiran menulis mekanis kerana
menunjukkan nilai korelasi 0.29 dan nilai p<0.05. Item postur tulang belakang juga
menunjukkan hubungan yang signifikan dengan kemahiran menulis mekanis kerana
menunjukkan nilai korelasi 0.33 dan nilai p<0.01. Dua item postur badan yang selebihnya iaitu
posisi punggung di lantai kerusi dan posisi kaki di lantai tidak menunjukkan hubungan yang
signifikan dengan kemahiran menulis mekanis kerana masing-masing menunjukkan nilai
korelasi 0.137 dan p>0.05 serta nilai korelasi 0.91 dan p>0.05.
Dapatan data ini menunjukkan postur kepala dan postur tulang belakang ialah postur
utama yang mempengaruhi kemahiran menulis mekanis. Hal ini kerana, kedua-dua postur ini
memainkan peranan penting dalam memberikan koordinasi yang tepat kepada postur lain
yang turut memainkan peranan semasa murid menulis. Pengamalan postur kepala yang salah
akan menyebabkan koordinasi mata tidak ditempatkan dengan betul dan mengakibatkan sakit
tengkuk lantas menyebabkan kesukaran untuk melakukan aktivit (Kyeong Hee et. al,. 2020).
Malah, Zuhaili (2011) juga menyatakan bahawa postur tulang belakang menjadi faktor yang
utama menyumbang kepada kelemahan postur badan secara keseluruhannya. Ini bermaksud
sekiranya postur tulang belakang berada pada posisi yang salah secara konsisten akan
menyebabkan anggota lain yang terlibat semasa menulis juga akan semakin lama berada
pada posisi yang salah. Menurut Levine (2004) posisi ini akan mengakibatkan tulisan murid
menjadi kurang kemas.
Hasil kajian ini membuktikan bahawa terdapat hubungan antara postur badan dan
penguasaan kemahiran menulis mekanis. Postur kepala dan postur belakang badan
merupakan komponen yang paling banyak memberikan kesan kepada penguasaan kemahiran
menulis mekanis. Kesan daripada ini, akan menjejaskan kesihatan fizikal dan mental murid

1145
dalam jangka masa panjang. Justeru, diharapkan pihak KPM untuk memandang serius
berkenaan hal ini.
KESIMPULAN

Jelaslah bahawa murid tahap rendah tidak mengamalkan postur badan yang betul semasa
menulis. Hasil kajian membuktikan ini bahawa sebahagian besar murid sekolah tahun empat
salah dalam posisi tapak kaki iaitu tidak terletak rata di lantai dan posisi punggung yang tidak
memenuhi keseluruhan lantai kerusi akibat saiz kerusi yang tidak sesuai. Sebahagian murid
turut salah dalam posisi kepala iaitu posisi kepala mereka terlalu rapat menghampiri meja.
Hanya sebahagian kecil murid yang salah dalam posisi belakang badan. Kajian ini juga
membuktikan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pengamalan postur badan
dengan penguasaan kemahiran menulis mekanis. Kelemahan murid dalam penguasaan
kemahiran ini akan menyebabkan kesukaran kepada murid pada masa hadapan. Oleh itu
tindakan segera perlu dilaksanakan bagi membetulkan postur yang salah itu daripada terus
berlaku. KPM dan pihak sekolah perlulah menyediakan silibus yang terperinci serta alatan
kerusi dan meja yang sesuai untuk murid-murid. Bagi memastikan guru mempunyai
pengetahuan berkenaan postur badan yang betul, institusi pendidikan yang melatih bakal guru
perlulah memberi pengetahuan kepada guru pelatih berkenaan perkara itu. Manakala bagi
guru-guru yang sedang mengajar di sekolah bolehlah menggunakan instrumen senarai semak
dalam kajian untuk mengenal pasti postur badan yang diamalkan oleh murid dan membetulkan
sekiranya didapati terdapat murid yang mengamalkan postur badan yang salah. Ibu bapa
dirumah juga boleh menggunakan senarai semak ini bagi memastikan postur badan anak
mereka dalam keadaan yang betul semasa menulis. Langkah awal untuk memastikan murid
mengamalkan postur badan yang betul membolehkan murid menguasai dengan baik
kemahiran menulis dan mengelak diri mereka daripada menghadapi masalah kesihatan yang
disebabkan oleh amalan postur badan yang salah semasa menulis.

RUJUKAN

Drzał-Grabiec, Justyna & Snela, Slawomir & Wyszyńska, Justyna & Podgórska-Bednarz,
Justyna & Rachwał, Maciej. (2014). Effects of the sitting position on the body posture
of children aged 11 to 13 years. Work. 51. 10.3233/WOR-141901.

Kyeong-Hee C., Min-Uk C, Chae P, Seoung-Yeon Kim , Min-Jung K. , Boram H. and Yong-
K. (2020). A comparison study of posture and fatigue of neck according to monitor types
moving and fixed monitor) by using flexion relaxation phenomenon (frp) and
craniovertebral angle (cva). International Journal of Enviromental Research and Public
Health.

Levine, M. (2002). A mind at a time. New York: Simon & Schuster.

Levine, M. (2004). The myth of laziness. New York: Simon & Schuster.

1146
Montgomery, D. (2007). Spelling handwriting and dyslexia. New York: Routledge.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-


2025. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru.

Yuznailli Salleh. (2016). Pembangunan ujian diagnostik kemahiran menulis mekanis


Bahasa Melayu. (Tesis Doktor Falsafah). Tanjung Malim: Fakulti Bahasa dan
Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Zuhaili M. (2011). Analisis terhadap postur tubuh murid-murid sekolah rendah sekitar negeri
johor. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

1147
TAHAP KESEDIAAN DAN PELAKSANAAN TEKNIK DIDIK HIBUR DALAM KALANGAN
GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Muhammad Amir Aqil bin Azeman


amir09-911@epembelajaran.edu.my

Hisamuddin bin Abd Ghani PhD


hisamuddin@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan dan pelaksanaan teknik didik hibur dalam
kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah. Kajian ini dijalankan terhadap 70 orang guru Bahasa
Melayu di 10 buah sekolah di zon Keramat, Kuala Lumpur. Reka bentuk kajian menggunakan
pendekatan kuantitatif dan kaedah tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal
selidik. Perisisan Statistic Package for the Social Science (SPSS) versi 26 digunakan oleh pengkaji
untuk menganalisis data yang diperolehi serta menghuraikan dalam bentuk kekerapan, peratus, min
dan sisihan piawai. Analisis statistik deskriptif digunakan untuk menjelaskan dapatan kajian mengenai
tahap kesediaan guru Bahasa Melayu dalam mengaplikasikan teknik didik hibur dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu dan tahap pelaksanaan teknik didik hibur dalam kalangan guru Bahasa
Melayu. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan dan pelaksanaan teknik didik hibur dalam
kalangan guru Bahasa Melayu di kawasan kajian berada pada tahap tinggi. Kesimpulannya, guru-guru
Bahasa Melayu mempunyai tahap kesediaan yang tinggi dan memberikan respon positif terhadap
pelaksanaan teknik didik hibur ketika sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu.

Kata kunci: kesediaan, pelaksanaan, didik hibur, guru Bahasa Melayu, pengajaran dan pembelajaran

ABSTRACT

This research was conducted purposely to determine the preparedness and implementation level of fun
learning technique among primary school Malay Language educators. A study was conducted on 70
Malay Language educators from ten schools located at Keramat zone, Kuala Lumpur. The research
designs used in this study were quantitative approach and survey method while the research instrument
applied was questionnaire. Statistical Package for the Social Science (SPSS) version 26 software was
used to analyze the data obtained and report the findings in the form of frequency, percentage, mean
and standard deviation. Descriptive statistical analysis was used to describe the findings on the level of
preparedness among Malay Language educators in applying the fun learning technique during teaching
and learning of Malay Language. In addition, the descriptive statistical analysis was also used to
describe the fun learning implementation level among Malay Language educators. From the study, the
result showed that the preparedness and implementation level of fun learning technique among the
Malay Language educators at the research area is high. In conclusion, Malay Language educators have
a high level of preparedness and give positive feedback on the implementation of fun learning
techniques during teaching and learning of Malay Language.

Keywords: preparedness, implementation, fun learning, Malay Language, teaching and learning

1148
PENGENALAN

Penerapan unsur didik hibur adalah salah satu kaedah pengajaran yang terdapat di
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang merupakan satu kaedah
pembelajaran yang santai dan menyeronokkan. Hal ini kerana murid berpeuang untuk melalui
suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan meningkatkan minat dan motivasi mereka
dalam menimba ilmu. Selain itu, melalui teknik didik hibur juga dapat menggalakkan murid
berinteraksi dan mempromosilan pembelajaran secara aktif.
Keputusan ini dibuat berasaskan pertimbangan objektif berdasarkan kajian empirikal
dan saintifik, iaitu penemuan-penemuan atas dasar kajian yang khusus yang telah
dilaksanakan. Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (2011), telah
mencadangkan penyerapan teknik didik hibur dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR). Kerajaan berhasrat memperkenalkan teknik didik hibur di sekolah rendah untuk
merealisasikan hasrat transformasi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Unsur didik hibur ini juga diterapkan dalam Memartabatkan Bahasa Melayu
Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang merupakan suatu langkah bijak Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM). Unsur ini diperkenalkan kepada murid-murid sebagai kaedah
alternatif semasa proses pengajaran Bahasa Melayu. Tujuannya supaya sesi pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu menjadi seronok untuk diikuti oleh murid-murid. Fokus
pelaksanaan adalah kepada penguasaan kemahiran asas Bahasa Melayu dalam kalangan
murid melalui teknik didik hibur dan apresiasi bahasa.
Antara contoh didik hibur ialah sesi pembelajaran yang menyeronokkan dengan unsur
jenaka, estetik, permainan, muzik dan lakonan (Zailah 2012). Oleh itu, cara ini dapat
mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan kepada guru dengan mewujudkan unsur
humor semasa sesi pembelajaran yang berkonsepkan santai dan berhibur.Dalam hubungan
yang sama, unsur humor juga dapat memainkan peranannya sebagai pelengkap kepada
keakraban dalam hubungan guru dengan murid dan juga antara murid dengan murid sendiri.
Potensi penggunaan humor sebagai salah satu elemen yang dapat membantu guru
membentuk tingkah laku murid yang selama ini cair dalam proses pengajaran dan
pembelajaran perlu diserlahkan kembali.

PERNYATAAN MASALAH
Burton (1987) menyatakan bahawa murid-murid dapat mengikuti pembelajaran dengan lebih
baik melalui pembelajaran menyeronokkan berbanding kaedah chalk and talk. Hal ini kerana,
menurut Zailah (2012), pembelajaran menyeronokkan dapat mengurangkan tahap
kebimbangan dan ketakutan kepada guru yang berkonsepkan santai dan berhibur. Antara cara
untuk melaksanakan pembelajaran menyeronokkan adalah dengan mengamalkan

1149
pembelajaran berasaskan didik hibur. Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004), menyatakan
bahawa kebergantungan sepenuhnya kepada teknik pengajaran tradisional “chalk and talk”
dianggap kurang sesuai dalam era moden kini. Hal ini kerana kaedah ini hanya berfokuskan
kepada satu kaedah yang menghalang murid untuk mempertingkankan prestasi mereka.
Menurut Aminudin Basir Ahmad et al. (2017), setiap guru perlu memahami, menghayati dan
mengamalkan konsep guru yang lebih berinteraksi dengan meningkatkan penglibatan murid.
Jemaah Nazir Sekolah (2004), menyatakan bahawa antara faktor yang mempengaruhi
pencapaian akademik murid ialah kaedah pengajaran yang dipraktikkan oleh guru dalam bilik
darjah kurang berkesan.
Menurut Shaffe et al. (2011), salah satu daripada keceriaan aspek emosi dapat
diwujudkan melalui amalan pembelajaran menyeronokkan terhadap murid sama ada ketika
sesi pembelajaran atau ketika berinteraksi dengan murid secara tidak formal. Amalan ini akan
dapat mengurangkan batasan hubungan atau formaliti antara guru dengan murid. Natijahnya,
murid akan lebih selesa, yakin diri dan berani berjumpa guru untuk berbincang dan
berinteraksi. Amalan ini membolehkan isi pembelajaran mudah diingati kerana penerimaan
ilmu adalah secara semula jadi dan bukannya secara paksaan. Jelaslah bahawa amalan
pembelajaran berasaskan didik hibur berupaya membantu kelancaran interaksi guru-murid.
Hal ini disokong oleh Roselan (2003) yang menyatakan bahawa pengajaran bukan sekadar
melihat pelaksanaan yang sistematik dan berkesan namun aspek keselesaan dan
keseronokan pelajar, soal psikologis dan juga emosional sepatutnya diambil kira. Beliau juga
menyatakan bahawa perspektif pengajaran yang konservatif perlu digantikan dengan
perspektif pengajaran yang lebih progresif, santai dan meneronokkan serta relevan dengan
dunia pendidikan semasa. Suraya Hamid et al. (2015) menyatakan bahawa pemahaman murid
sukar dicapai apabila berdepan dengan penyampaian guru yang lemah di samping
mengamalkan pengajaran dan pembelajaran yang membosankan. Oleh itu, pengkaji
berpendapat bahawa kajian yang dilaksanakan dapat mengetahui tahap pelaksanaan teknik
didik hibur di sekolah-sekolah zon kajian.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini mempunyai dua objektif kajian seperti yang berikut:
i. Mengenalpasti tahap kesediaan guru Bahasa Melayu dalam mengaplikasikan teknik
didik hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu di Sekolah
Rendah di Kuala Lumpur.
ii. Mengenalpasti tahap pelaksaaan teknik didik hibur dalam PdP Bahasa Melayu dalam
kalangan guru Bahasa Melayu sekolah rendah di Kuala Lumpur

1150
SOALAN KAJIAN
Soalan kajian yang dikemukakan adalah selari dengan dua objektif kajian ini seperti yang
berikut:
i. Apakah tahap kesediaan guru Bahasa Melayu dalam mengaplikasikan teknik didik hibur
dalam Pengajaran dan Pembelajaran?
ii. Apakah tahap pelaksaaan teknik didik hibur dalam PdP Bahasa Melayu dalam kalangan
guru Bahasa Melayu?

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang menggunakan tinjauan yang
sering dijalankan dalam penyelidikan (Mohd Majid Konting, 2009). Oleh itu, pengkaji
menggunakan instrumen soal selidik untuk mengumpul data bagi menjawab persoalan kajian.
Mohd Majid Konting juga menjelaskan soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan
kebenaran gerak balas subjek terhadap rangsangan soalan yang diberi kerana tidak
dipengaruhi oleh personaliti dan tingkah laku penyelidik. Penggunaan instrumen dan soal
selidik yang sama untuk semua peserta dapat menyeragamkan data yang dikumpul, boleh
digunakan untuk menolak atau menyokong hipotesis dan berupaya membentuk generalisasi
dengan menganalisis dan menginterprestasi pola respons daripada responden. Hasil dapatan
kajian yang diperoleh, data dianalisis dengan statistik deskriptif iaitu peratusan, min, dan
sisihan piawai bagi melihat pengaplikasian teknik didik hibur ketika sesi PdP Bahasa Melayu.
Kajian ini melibatkan sebanyak 70 orang guru dii 10 buah sekolah di Zon Keramat.
Pemilihan sampel kajian adalah dipilih secara rawak mudah yang melibatkan hanya guru-guru
yang mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja di sekolah rendah sekitar Wilayah
Kuala Lumpur Zon Keramat. Menurut Ghazali Darusalam dan Sufean Hussin (2016) jenis
persampelan rawak mudah ialah memilih sampel secara rawak berdasarkan populasi yang
diketahui. Jadi pemilihan sampel ini juga dibuat tidak mengira umur, jantina dan kelayakan
guru-guru asalkan guru tersebut mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah
rendah bagi kawasan Zon Keramat tetapi sampel ini hanya ditetapkan kepada 70 orang guru
sahaja.
Kajian ini akan melaksanakan kaedah soal selidik untuk mengumpul data bagi
menjawab persoalan kajian. Soal selidik dalam kajian ini akan dibahagikan kepada tiga
bahagian iaitu Bahagian A, B dan C. Bahagian A meliputi tiga soalan tentang demografi
responden kajian seperti jantina, umur dan pengalaman mengajar Bahasa Melayu. Bahagian
B akan meliputi sepuluh item berkaitan tahap kesediaan teknik didik hibur. Kesemua item
adalah berkaitan dengan kesediaan guru Bahasa Melayu dalam mengaplikasikan teknik didik
hibur dalam sesi PdP Bahasa Melayu. Instrumen ini menggunakan skala Likert 5 mata iaitu 1
–sangat tidak setuju, 2 – tidak setuju, 3 – tidak pasti, 4 – sangat setuju dan 5 – Sangat setuju.

1151
Selain itu, bahagian C mengandungi sepuluh item. Kesemua item berkaitan dengan
pelaksanaan teknik didik hibur di dalam kelas. Bahagian ini juga menggunakan skala Likert 5
mata iaitu skala 1 – tidak pernah, 2 –amat jarang, 3 – kadang-kadang, 4 – kerap dan 5 – amat
kerap.
Instrumen soal selidik dalam kajian ini diuji melalui kajian rintis kepada 30 orang
responden. Hasil analisis data kajian rintis mendapati bahawa nilai kebolehpercayaan Alpha
Cronbach bagi soal selidik ialah 0.885 yang bermaksud kebolehpercayaan yang baik
berdasarkan Creswell J. W. (2012). Dalam kajian ini, soal selidik dijawab oleh 30 guru Bahasa
Melayu di tiga buah sekolah Zon Bangsar. Akhirnya, data soal selidik dianalisis secara
deskriptif iaitu melihat kepada skor min dan sisihan piawai.
Min, sisihan piawai akan digunakan untuk mengukur tahap kesediaan dan pelaksanaan
teknik didik hibur dalam kalangan guru Bahasa Melayu. Tahap kesediaan dan pelaksanaan
teknik didik hibur didasarkan pendapat Zamri Mahamod dan Mohamed Amin (2008), iaitu
tahap iaitu kurang memuaskan, rendah, sederhana dan tinggi berdasarkan skor min item.
Dalam memudahkan proses penganalisisan data skor min, pengkaji telah merujuk kepada
jadual Skala Inteprestasi Skor Min oleh Jamil Ahmad (2002) yang menjadi rujukan kepada
para pengkaji. Jadual 1.1 menunjukkan skala inprestasi skor min yang digunakan.

Jadual 1.1
Jadual Skala Inteprestasi Skor Min
Skor Min Ukuran tahap
1.00 hingga 2.33 Rendah
2.34 hingga 3.67 Sederhana
3.67 hingga 5.00 Tinggi

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Dapatan kajian ini menjawab kepada dua soalan kajian iaitu berkaitan tahap kesediaan dan
pelaksanaan teknik didik hibur dalam kalangan guru Bahasa Melayu.

Jadual 1.2
Analisis item bagi tahap kesediaan guru Bahasa Melayu dalam mengaplikasikan teknik didik
hibur dalam PdP Bahasa Melayu
Bil. Item Min (µ) Sisihan Tahap
Piawai (SP)
B1. Saya mahu meningkatkan kemahiran 4.89 0.363 Tinggi
pedagogi dengan mengikuti kursus-
kursus peningkatan profesionalisme
berkaitan teknik didik hibur.

1152
B2. Saya mengetahui kaedah penggunaan 4.61 0.597 Tinggi
teknik didik hibur dalam pengajaran
B3. Saya mengetahui teknik didik hibur 4.84 0.367 Tinggi
membolehkan murid lebih fokus dan tidak
mudah berasa bosan semasa
pembelajaran berlangsung
B4. Saya mengetahui kelebihan penggunaan 4.74 0.440 Tinggi
teknik didik hibur dalam pengajaran.
B5. Saya boleh menyanyi, berlakon dan 4.17 1.035 Tinggi
melakukan gerakan yang kreatif ketika
sesi pembelajaran berasaskan teknik
didik hibur.
B6. Saya amat berminat mempelajari teknik- 4.74 0.502 Tinggi
teknik menghasilkan bahan bantu
mengajar yang menarik untuk teknik didik
hibur
B7. Saya perlu memberi peluang kepada 4.76 0.523 Tinggi
murid untuk meneroka ilmu secara
mendalam melalui teknik didik hibur.
B8. Saya suka menggunakan media 4.53 0.737 Tinggi
elektronik seperti komputer untuk
menyediakan bahan PdP untuk
pembelajaran berasaskan teknik didik
hibur. Contohnya, bahan audio, bahan
audio dan sebagainya.
B9. Saya mampu (secara purata) 4.61 0.748 Tinggi
menggunakan jenaka semasa mengajar
di dalam bilik darjah. Contoh, gurauan,
ekspresi muka yang lucu, cerita lucu dan
sebagainya.
B10. Saya tidak akan mendominasi proses 4.67 0.607 Tinggi
pembelajaran di dalam bilik darjah
sebaliknya mementingkan interaksi
antara murid, guru dengan rakan sekelas
yang membantu percambahan idea serta
minda yang kreatif dan inovatif.
Skor keseluruhan 4.66 0.592 Tinggi

Berdasarkan jadual 1.2, min keseluruhan bagi tahap kesediaan guru Bahasa Melayu dalam
mengaplikasikan teknik didik hibur dalam PdP Bahasa Melayu adalah tinggi iaitu µ= 4.66.
Sisihan piawai pula menunjukkan nilai SP=0.592. Sisihan piawai tersebut menunjukkan
bahawa set data berada dalam kesepakatan yang sederhana dalam kalangan responden bagi
keseluruhan soalan Bahagian B. Dalam bahagian ini juga, taburan nilai min dan sisihan piawai
bagi setiap item juga turut dibentangkan. Skor min paling tinggi iaitu 4.89 bagi item B1. Hal ini
bermakna kebanyakan responden bersetuju bahawa mereka mahu meningkatkan kemahiran
pedagogi mereka dengan mengikuti kursus-kursus peningkatan profesionalisme berkaitan
teknik didik hibur. Skor min yang paling rendah pula ialah 4.17 iaitu item B5. Kesimpulannya,
tahap kesediaan guru Bahasa Melayu di 10 buah sekolah di Zon Keramat dalam
mengaplikasikan teknik didik hibur dalam PdP Bahasa Melayu berada pada tahap tinggi.

1153
Jadual 1.3
Analisis item bagi tahap pelaksaan teknik didik hibur dalam kalangan guru ketika sesi PdP
Bahasa Melayu
Bil. Item Min (µ) Sisihan Tahap
Piawai (SP)
C1. Merujuk Dokumen Standard Kurikulum 4.81 0.460 Tinggi
untuk mencapai matlamat pengajaran.
C2. Menetapkan matlamat pengajaran secara 4.64 0.483 Tinggi
bersungguh-sungguh.
C3. Memilih topik yang sukar difahami oleh 4.03 1.179 Tinggi
murid.
C4. Membuat rancangan pengajaran 4.69 0.578 Tinggi
mengikut tahap kesesuaian murid.
C5. Merancang langkah-langkah pengajaran 4.71 0.542 Tinggi
sehingga menghasilkan rancangan
pengajaran yang efektif.
C6. Melaksanakan proses pengajaran 4.70 0.548 Tinggi
menggunakan teknik didik hibur sekiranya
sesuai dan perlu.
C7. Menyelesaikan masalah pembelajaran 4.70 0.622 Tinggi
murid yang dapat dikesan melalui ujian.
C8. Sentiasa memberi penekanan kepada 4.73 0.563 Tinggi
nilai-nilai murni dalam pengajaran.
C9. Memastikan proses pengajaran 4.76 0.523 Tinggi
dilaksanakan berdasarkan kepada
rancangan pengajaran yang telah
dirancang.
C10. Membuat penilaian terhadap 4.74 0.530 Tinggi
keberkesaan pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan.

Berdasarkan jadual 1.3, min keseluruhan bagi tahap pelaksanaan teknik didik hibur dalam
kalangan guru ketika sesi PdP Bahasa Melayu adalah tinggi iaitu µ= 4.65. Sisihan piawai pula
menunjukkan nilai SP=0.381. Sisihan piawai tersebut menunjukkan bahawa set data berada
dalam kesepakatan yang rendah dan kurang terserak dalam kalangan responden bagi
keseluruhan soalan Bahagian C. Skor min paling tinggi ialah item C1 yang mempunyai nilai
min 4.81. Skor min ini berada pada tahap tinggi. Hal ini menunjukkan bahasa majoriti guru
Bahasa Melayu di kawasan kajian amat kerap merujuk Dokumen Standard Kurikulum untuk
mencapai matlamat pengajaran. Item yang mempunyai nilai min terendah pula ialah C3 iaitu
‘Memilih topik yang sukar difahami oleh murid’ yang mempunyai nilai skor min 4.03.
Kesimpulannya, tahap pelaksanaan teknik didik hibur dalam kalangan guru ketika PdP Bahasa
Melayu di 10 buah sekolah di Zon Keramat berada pada tahap tinggi.

1154
KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Dapatan kajian ini menunjukkan tahap kesediaan guru Bahasa Melayu dalam mengaplikasikan
teknik didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu adalah tinggi. Hal ini
dibuktikan apabila skor min keseluruhan dan juga skor min bagi setiap item yang diperoleh
adalah tinggi. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa majoriti responden memilih skala 5 iaitu
‘sangat setuju’ dalam menjawab soalan yang terdapat dalam soal selidik bagi bahagian B ini.
Dapatan kajian yang menunjukkan tahap kesediaan guru Bahasa Melayu dalam mengaplikasi
teknik didik hibur dalam PdP berada pada tahap tinggi ini seakan-akan hampir sama dengan
kajian lain yang berkaitan. Kajian yang dilaksanakan oleh Abdul Rasid Jamian dan Hasmah
Ismail (2015) yang memberi hasil dapatan bahawa guru mempunyai kesediaan serta
kebolehan pelaksanaan yang tinggi untuk mengaplikasikan pembelajaran menyeronokkan
dalam PdP Bahasa Melayu. Pembelajaran menyeronokkan ini merangkumi penggunaan
bahasa yang kreatif dan lucu dan disposisi guru yang suka menggunakan unsur jenaka
semasa mengajar di bilik darjah. Menerusi kajian yang dijalankan mendapati min bagi soal
selidik berkaitan kesediaan guru mengaplikasi pembelajaran menyeronokkan dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berada pada tahap tinggi, iaitu min 3.17.
Sisihan piawai bagi soal selidik ini juga menunjukkan taburan data yang kecil, membuktikan
sebahagian besar daripada responden yakin dan bersetuju dengan kesesuaian pembelajaran
menyeronokkan.
Dapatan kajian yang diperoleh menunjukkan bahawa tahap pelaksaaan teknik didik
hibur dalam PdP Bahasa Melayu dalam kalangan guru berada pada tahap tinggi. Hal ini
dibuktikan apabila skor min keseluruhan dan juga skor min bagi setiap item yang diperoleh
adalah tinggi. Namun begitu, dapatan kajian yang dilaksanakan oleh Zanariah Wahab dan
Zamri Mahmood (2017) tidak menunjukkan dapatan yang sama. Kajian tersebut yang
mengkaji pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap guru Bahasa Melayu sekolah
rendah terhadap teknik didik hibur menunjukkan tahap kemahiran guru Bahasa Melayu
sekolah rendah di daerah Sepang, Selangor dalam melaksanakan teknik didik hibur berada
pada tahap sederhana. Nilai min skor bagi pelaksanaan didik hibur ialah 3.40 dan sisihan
piawai 0.420. Hal ini berkemungkinan bahawa tahap pelaksanaan teknik didik hibur ini
dipengaruhi oleh kedudukan dan lokasi sekolah.
Kajian yang dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti tahap kesediaan dan tahap
pelaksanaan teknik didik hibur dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah rendah.
Walaupun telah banyak kajian berkaitan dengan tinjauan yang berkaitan dengan pelaksanaan
teknik didik hibur dalam kalangan guru di sekolah ini dilakukan, namun kajian mengenai tahap
kesediaan guru dalam mengaplikasikan didik hibur dalam kalangan guru Bahasa Melayu
masih kurang dilaksanakan. Menurut Mazlan Ismail (2016), pengajaran dan pembelajaran
menggunakan kaedah didik hibur merupakan sebuah kaedah yang baru dan sesuai untuk

1155
zaman moden ini. Matlamat utama pelaksanaannya adalah untuk memahirkan penguasaan
sesuatu mata pelajaran dalam kalangan murid melalui pendekatan yang lebih santai. Oleh itu,
kajian ini berupaya memberikan pengetahuan kepada KPM mengenai tahap kesediaan dan
pelaksanaan teknik didik hibur dalam kalangan guru di sekolah zon kajian dan seterusnya
merancang strategi untuk meningkatkan tahap kesediaan dan pelaksanaan guru.
Pelaksanaan proses PdP yang menggunakan teknik didik hibur dapat memberi banyak
kesan positif kepada prestasi guru dan murid. Oleh itu, terdapat beberapa cadangan yang
boleh dilaksanakan oleh pihak-pihak yang seperti Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK)
KPM. Pihak ini diharap dapat memastikan semua guru diberikan pendedahan yang lebih
meluas tentang teknik didik hibur harus ditekankan secara lebih mendalam dan meluas agar
guru-guru Bahasa Melayu dapat melaksanakannya dengan efektif. Pihak BPK boleh
mengadakan lebih banyak kursus, seminar dan bengkel bagi memberi pendedahan kepada
guru-guru untuk menggunakan pendekatan ini secara berterusan dan berkesan dan sesuai
dengan arus perkembangan pendidikan semasa. Dengan adanya bengkel dan kursus yang
diadakan, maka tahap pengetahuan guru dapat ditingkatkan sekaligus dapat meningkatkan
tahap kesediaan guru untuk melaksanakan teknik didik hibur ketika PdP Bahasa Melayu.
Hasilnya, teknik didik hibur ini dapat dilaksanakan dengan efektif di dalam kelas. Melalui kursus
seperti itu, penekanan terhadap kepentingan pelaksanaan teknik, kaedah pelaksanaan teknik
didik hibur dan kesan dalam sesi PdP Bahasa Melayu perlu dititikberatkan.
Penglibatan guru dalam setiap kursus yang dianjurkan oleh pihak KPM perlu dititik
beratkan oleh pihak sekolah dalam usaha untuk menyokong pihak KPM dalam meningkatkan
lagi kesediaan dan pelaksanaan teknik didik hibur dalam kalangan guru Bahasa Melayu di
Malaysia. Dalam usaha untuk menyokong segala usaha yang dilakukan oleh pihak KPM ini,
guru besar perlu memainkan peranan mereka dengan mewajibkan setiap kursus yang
berkaitan dengan teknik didik hibur yang dianjurkan oleh pihak KPM disertai oleh guru-guru
Bahasa Melayu yang terdapat di sekolah. Pelepasan yang diberikan oleh guru besar kepada
guru-guru Bahasa Melayu sekolah rendah untuk menghadiri kursus-kursus berkaitan dengan
teknik didik hibur yang dianjurkan oleh pihak KPM merupakan salah satu sokongan yang
ditunjukkan oleh pihak sekolah dalam usaha meningkatkan lagi tahap kesediaan dan
pelaksanaan teknik didik hibur dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah. Selain
itu, penyediaan kewangan dan perbelanjaan kepada guru-guru yang menghadiri kursus yang
dianjurkan oleh pihak KPM merupkan salah satu usaha yang ditunjukkan oleh pihak sekolah
untuk menyokong program yang dianjurkan oleh pihak KPM ini.
Guru-guru perlu sentiasa meneroka pedagogi yang terkini berdasarkan keadaan
semasa. Penerokaan ini boleh dibuat dalam kalangan guru menerusi pemerhatian terhadap
kelas-kelas yang mengamalkan kaedah PdP berasaskan kepada teknik didik hibur.
Pemerhatian ini bukan sahaja boleh dilakukan terhadap kelas Bahasa Melayu, tetapi juga

1156
kelas-kelas subjek lain. Dengan itu, guru dapat membina idea dan memahami kaedah
pelaksanaan teknik didik hibur melalui pemerhatian tersebut. Guru-guru juga boleh mencari
maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pedagogi terkini sama ada menerusi internet
ataupun menerusi pembacaan.

RUJUKAN

Abdul Rashid Jamian & Hasmah Ismail. (2013). Pelaksanaan Pembelajaran Menyeronokkan
Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal pendidikan Bahasa
Melayu, 3(2), 49-63.

Aminudin Basir Ahmad & Jamsari Alias & Akila Bin Mamat & Azizi Umar & Hazman
Hassan, 2017. Preservation of Divine Revelation: An Islamic
Perspective. International Journal of Academic Research in Business and Social
Sciences: Human Resource Management Academic Research Society.
International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences. 7(8).
263-276.

Cresswell J.W. (2012). Planning, Conducting and Evaluating Quantitative and Qualitative
Research. Ed. Ke-4 Ohio: Pearson Education.

Ghazali Darusalam & Sufean Hussin. (2016). Metodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan
:Amalan dan Analisis Kajian. Kuala Lumpur: Universiti Of Malaya Press.

Jamil Ahmad. (2002). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatif dan
Kuantitatif in Kursus Penyelidikan Kualitatif dan Kuantitatif Siri 1 2012 at Puteri
Resort Melaka on 28-29 Mac 2012. Organized by Institut Pendidikan Guru Kampus
Temenggong Ibrahim.

Jemaah Nazir Sekolah. (2004). Standard kualiti pendidikan Malaysia. Pernyataan


standard SKPM 1 - edisi Disember 2004. Putrajaya: Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Kurikulum standard sekolah rendah. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Mazlan Ismail. (2016). Pengajaran Bahasa Melayu: Didik hibur dan seni bahasa. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Majid Konting. (2009). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Roselan Baki. (2003). Kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam:
Karisma Publications Sdn. Bhd.

Shaffe Mohd Daud, Ramli Basri, Roselan Baki, Sahandri Ghani Hamzah & Mokhtar
Nawawi. (2011). Pengaruh amalan jenaka terhadap pengajaran dan pembelajaran
murid. Jurnal Pendidik dan Pendidikan Asia Pasifik, 26 (1): 125-144.

Suraya Hamid, Jenny Waycott, Sherah Kurnia Shanton Chang. (2015). Understanding
Students’ Perceptions on the Benefits of Online Social Networking Use for
Teaching and Learning. The internet and higher education. 26.
10.1016/j.iheduc.2015.02.004.
1157
Zailah Zainudin. (2012). Didik hibur. IPG Kampus Raja Melewar Dilayari pada 17 Januari
2021 dari laman web: http://kssr.bpk.my/berita/didik_hibur.

Zanariah Wahab & Zamri Mahmood. (2017). Pengetahuan, Kemahiran Pelaksanaan dan
Sikap Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah Terhadap Pendekatan Didik Hibur.
Prosiding seminar pendidikan serantau ke- VII 2017. Fakulti Pendidikan Universiti
Kebangsaan Malaysia. 7 September 2017. 19-26.

1158
TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN ASAS MEMBACA SUKU KATA TERBUKA DAN
SUKU KATA TERTUTUP MURID TAHUN 2

Muhammad Asyraf bin Azmy


asyraf09-912@epembelajaran.edu.my

Hisamuddin bin Abdul Ghani PhD


hisamuddin@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kemahiran asas membaca merupakan kemahiran yang perlu dikuasai pada peringkat awal
persekolahan lagi. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran asas
membaca suku kata terbuka dan suku kata tertutup dalam kalangan murid Tahun 2. Reka bentuk kajian
ini menggunakan salah satu pendekatan kuantitatif iaitu tinjauan. Instrumen kajian ini ialah soalan ujian
yang memerlukan murid-murid untuk membaca 10 item suku kata terbuka dan 10 item suku kata
tertutup. Responden kajian melibatkan sejumlah 36 orang murid Tahun 2 dari Sekolah Hisamuddin Alam
Shah, Kuala Lumpur. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Package for Social
Science (SPSS) Versi 26 untuk mendapatkan peratus, min dan sisihan piawai. Berdasarkan dapatan
kajian, dapat dirumuskan bahawa tahap penguasaan kemahiran asas membaca suku kata terbuka dan
suku kata tertutup murid Tahun 2 di sekolah bandar berada pada tahap yang tinggi dengan min (µ=2.73)
untuk suku kata terbuka dan min (µ=2.62) untuk suku kata tertutup. Hasil dapatan kajian membantu
golongan guru menyediakan rancangan pengajaran yang sesuai untuk membantu murid meningkatkan
tahap penguasaaan membaca secara berperingkat.
Kata Kunci: Tahap penguasaan, suku kata terbuka, suku kata tertutup

ABSTRACT
Basic reading skills are skills that need to be mastered in the early stages of schooling. This study aims
to identify the level of mastery of basic skills of reading open syllables and closed syllables among Year
2 students. The design of this study uses one of the quantitative approaches that is survey. The
instrument of this study was a test question that required students to read 10 open syllable items and
10 closed syllable items. The respondents of the study involved a total of 36 Year 2 students from
Sekolah Hisamuddin Alam Shah, Kuala Lumpur. The data obtained were analyzed using Statistical
Package for Social Science (SPSS) Version 26 to obtain percentages, means and standard deviations.
Based on the findings of the study, it can be concluded that the level of mastery of basic skills of reading
open syllables and closed syllables Year 2 students in urban schools is at a high level with mean (µ =
2.73) for open syllables and mean (µ = 2.62) for syllables closed word. The results of the study help
teachers prepare appropriate lesson plans to help students improve their level of reading proficiency in
stages.
Keywords: The level of mastery, open syllables, closed syllables,

PENGENALAN
Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan ekonomi dan
pembangunan sesebuah negara. Pada era serba canggih ini, kejayaan sesebuah negara
bergantung harap pada ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh
rakyatnya. Sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk memastikan setiap murid mencapai
potensi sepenuhnya dalam kehidupan yang bermasyarakat (Atan Long, 1984). Sehubungan

1159
itu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) telah menekankan kepentingan
pengetahuan dan kemahiran berfikir dalam diri setiap murid. Perkara ini sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaaan yang berhasrat untuk membentuk masyarakat yang
berilmu dan berketerampilan.
Setiap murid perlu memiliki keupayaan literasi dan numerasi sepenuhnya untuk
melengkapkan diri dengan kemahiran hidup asas serta berfungsi secara berkesan dalam
masyarakat. Murid digalakkan untuk mendapatkan pelbagai maklumat dan
mengaplikasikannya dalam situasi harian. Tambahan, setiap murid perlu mempunyai
keupayaan dalam penguasaan bahasa yang menjadi aspek penting dalam penguasaan ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang lain. Dahlia Janan (2016) menyatakan pengajaran dan
pembelajaran bahasa merupakan asas yang paling penting dalam mengajar manusia
berkomunikasi sama ada dalam bentuk lisan mahupun penulisan. Terdapat empat komponen
kemahiran bahasa yang mendasari pengajaran dan pembelajaran bahasa kepada seseorang
iaitu, kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis.
Penguasaan kepada empat-empat kemahiran kepada murid perlu seimbang supaya
murid dapat menguasai kemahiran bahasa dengan cepat. Kebolehan membaca merupakan
salah satu daripada perkara asas yang perlu ada pada setiap individu yang ingin menguasai
sesuatu bahasa. Walaupun kadar celik huruf meningkat dan masyarakat Malaysia telah
menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira), namun masih terdapat segelintir kanak-
kanak yang masih buta huruf dan tidak menguasai kemahiran membaca di usia dini (Ramlan
Zainal Abidin, Ahmad Esa & Wan Mohd Rashid, 2008). Hal ini bererti bahawa kemahiran
membaca merupakan kemahiran yang perlu dikuasai pada peringkat awal pertumbuhan
kanak-kanak.
Dalam konteks ini, membaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan asas
pembentukan diri ke arah memperoleh ilmu pengetahuan. Aspek membaca perlu diberi
penekanan kerana kemahiran ini menjadi pemangkin kepada kejayaan penguasaan bahasa
serta mata pelajaran yang lain (Yahya Othman, 2005). Berdasarkan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) semakan 2017, kemahiran ini telah distrukturkan dalam
bentuk modul agar murid dapat menguasai kecekapan berbahasa dengan baik.

PERNYATAAN MASALAH
Kemahiran asas membaca merupakan kemahiran yang perlu dikuasai pada peringkat awal
persekolahan lagi. Kemahiran asas membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca
dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2015). Selain menjadi asas kepada kecekapan berbahasa, kemahiran ini merupakan satu
keperluan yang perlu dipenuhi oleh setiap individu untuk menjadi urusan dalam kehidupan.

1160
Menurut Meimon Sanai (2009) menyatakan murid bermasalah dalam menguasai kemahiran
asas bacaan suku kata terbuka dan tertutup.
Masalah ini perlu dikaji kerana kemahiran membaca asas sangat penting dikuasai oleh
murid di sekolah kerana tidak menguasai kemahiran ini menyebabkan murid ketinggalan
dalam menguasai kemahiran lain. Hal ini demikian kerana proses membaca bukan sahaja
melibatkan pengecaman huruf dan menyebutnya dengan jelas tetapi juga mengambil kira
keupayaaan seseorang memahami isi kandungannya dengan jelas (Mohammad Fazli et.al,
2015). Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran ini sebelum menguasai kemahiran lain yang
lebih tinggi. Permasalahan utama yang mendorong kajian ini dijalankan ialah fenomena pelajar
tidak boleh menguasai kemahiran asas membaca yang masih menjadi isu dan perbualan
masyarakat.
Penguasaan membaca yang lemah akan menjejaskan prestasi pencapaian murid
dalam semua mata pelajaran. Saiful Haq (2017) salah satu sebab murid-murid gagal membaca
dengan cekap ialah mereka belum menguasai kemahiran asas bacaan permulaan, iaitu
mengenal huruf abjad. Kemahiran membaca bermula daripada mengenal, mengecam dan
menyebut huruf dan suku kata, membatangkan dan membaca perkataan, ayat dan seterusnya
petikan ataupun karangan. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengkaji penguasaan murid
tahun 2 dalam kemahiran ini di sekolah rendah dan mengkajinya dengan mengenal pasti
penguasaan murid berasaskan tiga tahap iaitu lemah, sederhana dan cemerlang.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini mempunyai satu objektif seperti yang berikut:
i. Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran asas membaca suku kata terbuka dan suku
kata tertutup dalam kalangan murid tahun 2.

SOALAN KAJIAN
Soalan kajian yang dikemukan adalah selari dengan objektif kajian adalah seperti yang
berikut:
i. Apakah tahap asas membaca suku kata terbuka?
ii. Apakah tahap asas membaca suku kata tertutup?

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ialah tatacara pengolahan data yang dikumpul berdasarkan perancangan
khusus dan sistematik terhadap konsep pembentukan rangkaian perhubungan antara
pemboleh ubah yang terlibat dalam sesuatu kajian (Kerlinger, 1986 dalam Syed Ismail Raduan
& Bushro Ali, 2018). Reka bentuk kajian bertujuan menjawab soalan kajian iaitu ‘Apakah tahap
penguasaan kemahiran asas membaca suku kata terbuka dan tertutup?’ Pemilihan reka

1161
bentuk kajian yang sesuai adalah sangat penting kerana dapat memastikan dapatan yang
diperoleh boleh dipercayai.
Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data secara kuantitatif dengan reka
bentuk tinjauan kerana kaedah kajian penyelidikan tinjauan ialah kajian yang memerlukan
pengkaji melaksanakan pendekatan tersebut bagi memperoleh dapatan kajian yang tepat.
Kajian kuantitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat atau data yang bersifat
kuantitatif. Data kuantitatif boleh diukur, melalui proses pengukuran dan memerlukan alat-alat
pengukuran seperti soal selidik dan ujian. (Taylor et.al, 1984). Saiz sampel bagi kajian ini lebih
besar berbanding kajian kualitatif iaitu sekitar 36 orang sampel terlibat dalam kajian ini.
Namun, untuk mengumpulkan data kekerapan kajian ini, Ujian Bacakan Suku Kata
Terbuka dan Tertutup telah dibangunkan untuk mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran
asas membaca murid tahun dua. Data dikumpul dan diukur melalui tinjauan ujian yang
diberikan serta akan huraikan tahap penguasaan berdasarkan skor markah. Data dipungut
lebih daripada sekali secara berturutan menjangkau tempoh masa bagi mengkaji perubahan
tahap penguasaan membaca suku kata terbuka dan tertutup murid Tahun 2. Kaedah tinjauan
dipilih untuk membolehkan data dikumpul secara kolektif untuk melihat perubahan pada masa
akan datang (Creswell, 2008).
Populasi ialah sekumpulan masyarakat yang mempunyai ciri yang sama (Mohamad
Najib Abdul Ghafar, 2003. Populasi kajian ini terdiri daripada murid Tahun 2 di Sekolah
Kebangsaaan Hisamuddin Alam Shah, sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Taburan populasi
murid Tahun 2 di sekolah tersebut ialah seramai 39 orang murid yang terdiri dari murid lelaki
dan perempuan. Dengan menggunakan Perisian Sampel Size Calculator oleh Roasoft Inc, 36
orang sampel dari murid Tahun 2 telah dipilih sebagai sampel kajian ini. Kaedah pensampelan
yang akan digunakan ialah kaedah pensampelan rawak. Kaedah ini dapat mengoptimumkan
kos dan anggaran (Ding, Wu, Hsieh, &amp; Pedram, 1998) Malahan menurut Freeman,
Moisen dan Frescino, (2012) melalui kaedah ini ciri penting dalam populasi yang luas dapat
diwakili dengan baik.
Kajian ini menggunakan instrumen Ujian Bacakan Suku Kata Terbuka dan Tertutup
bagi membolehkan pengkaji mengenalpasti tahap penguasaan membaca suku kata terbuka
dan tertutup murid tahun 2 dengan lebih baik. Mohd Zanal Dirin (2011) menjelaskan Ujian
LINUS adalah untuk mengenal pasti masalah dan memulihkan kelemahan murid pada
peringkat lebih awal agar murid yang tidak berupaya membaca ini tidak ketinggalan dalam
menguasai pembelajaran secara keseluruhan. Oleh itu, pengkaji telah mengadapatasi ujian ini
untuk melihat tahap penguasaan murid dalam kemahiran membaca suku kata terbuka dan
suku kata tertutup murid Tahun 2 dengan mengadaptasi empat konstruk berkaitan dengan
suku kata terbuka dan suku kata tertutup ke dalam instrumen kajian menjadi dua bahagian

1162
iaitu Bahagian A untuk menguji kemahiran suku kata terbuka dan Bahagian B untuk menguji
suku kata tertutup.
Dalam bahagian A akan melibatkan satu konstruk penting dalam LINUS iaitu Konstruk
3 yang mengukur keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka. Terdapat
10 item yang telah dibina yang mengandungi 10 perkataan suku kata terbuka. Bahagian B
pula akan menekankan tiga konstruk utama iaitu Konstruk 4 yang mengenalpasti keupayaan
membaca dan menulis suku kata tertutup. Instrumen diberikan dan diuji kepada responden
secara bersemuka.
Seterusnya, respoden akan diminta membaca suku kata tersebut dengan betul.
Responden diberikan masa selama 15 minit untuk membacakan suku kata yang terdapat
dalam bahagian A dan 15 minit untuk Bahagian B. Pengkaji akan mengkategorikan murid
yang menjalani ujian kepada tiga tahap iaitu tahap cemerlang, sederhana dan lemah melalui
jumlah markah yang dikumpul oleh responden membaca suku kata tersebut dengan sebutan
yang betul dan jelas. Jadual 1 menunjukkan skala tahap penguasaan bagi setiap yang akan
digunakan dalam instrumen ujian ini

Jadual 1
Skala Tahap Penguasaan Bagi Setiap Item
Skala Kriteria Tahap
Penguasaan
1 Bacaan yang tidak lancar dan tersekat-sekat serta tidak Lemah
mampu menamatkan bacaan secara lengkap pada
percubaan kedua.

2 Bacaan yang sederhana lancar dengan sebutan yang Sederhana


betul pada dua kali percubaan.

3 Bacaan yang lancar dengan sebutan yang betul pada Cemerlang


sekali percubaan

Berdasarkan dapatan ujian ini, pengkaji dapat merumuskan dan mengukur tahap
penguasaan murid-murid dalam kemahiran membaca suku kata terbuka dan tertutup melalui
tiga tahap iaitu lemah, sederhana dan cemerlang. Semua data dan maklumat dimasukkan dan
dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 26.0 bagi mendapatkan statistik deskriptif seperti
frekuensi, min dan peratus. Skor min yang diperoleh diinterpretasikan dengan menggunakan
skala tahap penguasan membaca yang diadaptasi dari Nur Shakirah dan Saiful Haq (2017)
seperti Jadual 2 di bawah.

1163
Jadual 2
Skor Min Skala Tahap Penguasaan Membaca
Skor Min Interpretasi Min
1.00 – 1.66 Lemah
1.67 – 2.33 Sederhana
2.34 – 3.00 Tinggi

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini menjawab dua soalan kajian iaitu berkaitan tahap penguasaan asas
membaca suku kata terbuka dan tahap penguasaan suku kata terbuka.

Jadual 3
Tahap Penguasaan Suku Kata Terbuka
No. Item Min (µ) Sisihan Piawai (SP) Interpretasi
1. Rayu 2.81 0.53 Tinggi
2. Jeti 2.75 0.60 Tinggi
3. Almari 2.72 0.62 Tinggi
4. Sepupu 2.72 0.62 Tinggi
5. Kebaya 2.78 0.54 Tinggi
6. Beku 2.78 0.59 Tinggi
7. Jerami 2.78 0.54 Tinggi
8. Selera 2.53 0.74 Tinggi
9. Petani 2.78 0.54 Tinggi
10. Angkasa 2.64 0.72 Tinggi

Jumlah 2.73 0.80 Tinggi

Setiap item dalam konstruk Bahagian A berkaitan suku kata terbuka, Analisis yang
dilakukan menunjukkan kesemua item yang terdapat dalam Bahagian A berada pada tahap
tinggi. Item 1 suku kata terbuka iaitu “Rayu” dianalisis dan didapati nilai min ialah (µ=2.81) iaitu
berada pada paras yang tinggi. Hal ini membuktikan hampir kesemua murid mampu
menguasai dan mampu membaca item 1 dengan sebutan yang betul. Berdasarkan dapatan
kajian item 2 iaitu “Jeti” dapat dikenal pasti bahawa murid Tahun 2 berada pada tahap
cemerlang kerana mampu membaca suku kata terbuka kerana nilai min bagi item ini berada
pada tahap yang tinggi iaitu (µ=2.75).

1164
Analisis item 3 iaitu “Almari” mendapati bahawa nilai min ialah (µ=2.72) berada pada
tahap yang tinggi. Hal ini membuktikan majoriti murid mampu membaca item ini dengan baik.
Berdasarkan dapatan kajian item 4 iaitu “Sepupu” dapat dikenal pasti bahawa murid Tahun 2
berada pada tahap cemerlang kerana mampu membaca suku kata terbuka kerana nilai min
bagi item ini berada pada tahap yang tinggi iaitu (µ=2.72). Analisis item 5 iaitu “Kebaya”
mendapati bahawa nilai min ialah (µ=2.78) berada pada tahap yang tinggi. Hal ini membuktikan
majoriti murid mampu membaca item ini dengan baik. Setelah item 6 dianalisis iaitu “Beku”,
didapati bahawa nilai min bagi item ini ialah (µ=2.78) di paras yang tinggi. Ini membuktikan
murid berupaya membaca item ini dengan mudah sekali.
Pada item 7 suku kata terbuka iaitu “Jerami” dianalisis dan didapati nilai min ialah
(µ=2.78) iaitu berada pada paras yang tinggi. Hal ini membuktikan hampir kesemua murid
mampu menguasai dan mampu membaca item tersebut dengan sebutan yang betul.
Berdasarkan dapatan kajian item 8 iaitu “Selera” dapat dikenal pasti bahawa murid Tahun 2
berada pada tahap cemerlang kerana mampu membaca suku kata terbuka kerana nilai min
bagi item ini berada pada tahap yang tinggi iaitu (µ=2.75). Berpadukan analisis item 9 iaitu
“Petani” mendapati bahawa nilai min ialah (µ=2.78) berada pada tahap yang tinggi. Hal ini
membuktikan majoriti murid mampu membaca item ini dengan baik. Dapatan kajian item 10
iaitu “Angkasa” dapat dikenal pasti bahawa murid Tahun 2 berada pada tahap cemerlang
kerana mampu membaca suku kata terbuka kerana nilai min bagi item ini berada pada tahap
yang tinggi iaitu (µ=2.64).
Dapatan kajian dipamerkan untuk menjawab soalan kajian yang kedua iaitu tahap penguasaan
kemahiran suku kata tertutup dalam kalangan murid tahun 2.

Jadual 4
Tahap Penguasaan Suku Kata Tertutup
No. Item Min (µ) Sisihan Piawai Interpretasi
(SP)
1. Ukir 2.61 0.77 Tinggi
2. Golek 2.75 0.60 Tinggi
3. Hembus 2.72 0.62 Tinggi
4. Lonjak 2.61 0.69 Tinggi
5. Kosong 2.61 0.77 Tinggi
6. Landai 2.69 0.69 Tinggi
7. Sepoi 2.69 0.69 Tinggi
8. Cendawan 2.72 0.66 Tinggi
9. Saudari 2.61 0.68 Tinggi

1165
10. Belakang 2.61 0.77 Tinggi
Jumlah 2.62 0.80 Tinggi

Analisis yang dilakukan menunjukkan kesemua item yang tedapat dalam Bahagian B
berada pada tahap tinggi. Huraian secara lebih terperinci adalah seperti berikut. Berdasarkan
Item 1 suku kata tertutup iaitu “Ukir”, didapati nilai min ialah (µ=2.61) iaitu berada pada paras
yang tinggi. Hal ini membuktikan hampir kesemua murid mampu menguasai dan mampu
membaca item 1 dengan sebutan yang betul. Berdasarkan dapatan kajian item 2 iaitu “Golek”
dapat dikenal pasti bahawa murid Tahun 2 berada pada tahap cemerlang kerana mampu
membaca suku kata tertutup kerana nilai min bagi item ini berada pada tahap yang tinggi iaitu
(µ=2.75).
Seterusnya, analisis item 3 iaitu “Hembus” mendapati bahawa nilai min ialah (µ=2.72)
berada pada tahap yang tinggi. Hal ini membuktikan majoriti murid mampu membaca item ini
dengan baik. Berdasarkan dapatan kajian item 4 iaitu “Lonjak” dapat dikenal pasti bahawa
murid Tahun 2 berada pada tahap cemerlang kerana mampu membaca suku kata tertutup
kerana nilai min bagi item ini berada pada tahap yang tinggi iaitu (µ=2.61). Berikutnya, analisis
item 5 iaitu “Kosong” mendapati bahawa nilai min ialah (µ=2.61) berada pada tahap yang
tinggi. Hal ini membuktikan majoriti murid mampu membaca item ini dengan baik. Setelah item
6 dianalisis iaitu “Beku”, didapati bahawa nilai min bagi item ini ialah (µ=2.69) di paras yang
tinggi. Ini membuktikan murid berupaya membaca item ini dengan mudah sekali.
Pada item 7 suku kata tertutup iaitu “Sepoi” dianalisis dan didapati nilai min ialah
(µ=2.69) iaitu berada pada paras yang tinggi. Hal ini membuktikan hampir kesemua murid
mampu menguasai dan mampu membaca item ini dengan sebutan yang betul. Berdasarkan
dapatan kajian item 8 iaitu “Cendawan” dapat dikenal pasti bahawa murid Tahun 2 berada
pada tahap cemerlang kerana mampu membaca suku kata tertutup kerana nilai min bagi item
ini berada pada tahap yang tinggi iaitu (µ=2.72). Berpadukan analisis item 9 iaitu “Petani”
mendapati bahawa nilai min ialah (µ=2.78) berada pada tahap yang tinggi. Hal ini membuktikan
majoriti murid mampu membaca item ini dengan baik. Dapatan kajian item 10 iaitu “Belakang”
dapat dikenal pasti bahawa murid Tahun 2 berada pada tahap cemerlang kerana mampu
membaca suku kata tertutup kerana nilai min bagi item ini berada pada tahap yang tinggi iaitu
(µ=2.61).

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


Dapatan kajian yang telah diperoleh berkaitan tahap penguasaan membaca suku kata terbuka
telah membuktikan tahap penguasaan murid Tahun 2 berada pada tinggi yang dapat
dirumuskan melalui keseluruhan data yang dikumpul. Hal ini menunjukkan hampir keseluruhan
murid Tahun 2 di sekolah kebangsaan mampu menguasai kemahiran asas membaca pada

1166
peringkat awal persekolahan sebelum mereka masuk ke peringkat yang lebih tinggi. Hasil
dapatan bagi 10 item yang telah dibangunkan untuk menguji suku kata terbuka mendapati
hampir kesemua item yang diuji kepada murid mendapat nilai markah yang penuh iaitu 3
markah. Tuntasnya, tahap penguasaan suku kata terbuka berada pada tahap tinggi kerana
dapat dikuasai dengan baik oleh murid Tahun 2.
Kajian hampir sama pernah dilakukan untuk mengkaji tahap penguasaan membaca
iaitu kajian Meimon Sanai (2009). Kajian yang dilaksanakan lebih memberi fokus yang
menyeluruh kepada kemahiran membaca secara umum manakala kajian ini lebih bertumpu
kepada suku kata terbuka dan tertutup. Selain itu, kajian lepas oleh Rohaida Mazlan et.al
(2020) mengkaji mengenai tahap penguasaan membaca suku kata murid B40 dari perspektif
guru Bahasa Melayu. Hasil dapatan kajian yang dilaksanakan mendapati tahap penguasaan
murid tahap penguasaan kemahiran membaca murid-murid di sekolah menengah dalam
penguasaan membaca berada pada tahap yang tinggi.
Hasil daripada dapatan kajian ini menunjukkan tahap penguasaan kemahiran
membaca asas suku kata tertutup dalam kalangan murid Tahun 2 berada pada tahap yang
tinggi. Secara ringkasnya, hasil daripada analisis dapatan kajian mendapati min bagi tahap
penguasaan suku kata terbuka berada pada 2.62 yang menunjukkan bahawa responden
mempunyai tahap penguasaan suku kata terbuka yang tinggi. Kesemua item yang telah diuji
kepada sampel untuk mengenal pasti tahap penguasaan suku kata tertutup menunjukkan
hampir keseluruhan item yang diuji kepada murid mendapat nilai markah yang penuh iaitu 3
markah.
Dapatan hasil kajian ini hampir menyerupai kajian yang dilaksanakan oleh Nur
Shakirah Azizan dan Muhammad Saiful Haq (2017) yang menjalankan kajian berkenaan
penguasaan asas membaca Bahasa Melayu di utara semenanjung Malaysia. Kajian yang
dijalankan oleh mereka bertujuan untuk meninjau penguasaan asas membaca Bahasa Melayu
dalam kalangan Murid Tahun 1 di utara semenanjung Malaysia. Abdul Rashid Jamian (2017)
juga melaksanakan kajian berfokus kepada masalah murid dalam penguasaan membaca
manakala kajian ini lebih bertumpu kepada tahap penguasaan suku kata terbuka dan tertutup.
Implikasi kajian ini kepada pengetahuan ialah bapa perlu memberi pendedahan awal
kepada anak mereka dlam kemahiran membaca dana menjadikan amalan membaca sebagai
satu amalan dalam kehidupan anaka mereka. Frank Small (1998) menyatakan ibu bapa yang
kerap memerhatikan perkembangan anak mereka dapat mengenali semua karekteristik anak
mereka. Ibu bapa dan guru perlu berganding bahu dalam menyediakan bahan bacaan yang
mudah dan menarik untuk menggalakan anak mereka dapat menjadikan membaca sebagai
rutin seharian. Buku dan bahan bacaan yang dipilih mestilah mengandungi unsur-unsur nilai
dan teladan serta memberi ilmu kepada anak-anak.

1167
Menurut Bornman (2013), implikasi praktikal merupakan keupayaan sesuatu kajian
dalam menambah baik amalan sedia ada kepada amalan yang lebih berkesan. Bacaan
ekstensif merupakan salah satu aktiviti yang boleh dijalankan untuk memupuk amalan
membaca dalam kalangan kanak-kanak. Bacaan ekstensif merupakan kegiatan membaca
secara meluas yang meliputi sebanyak mungkin teks dalam jangka waktu yang singkat Brown,
M.H (2009). Bacaan ini biasanya dilakukan oleh murid sendiri di luar waktu kelas dan tanpa
bimbingan guru melalui pengambilan bacaan yang sesuai dengan tahap penguasaan murid
tersebut. Oleh itu, murid haruslah diberikan galakan untuk membaca sebanyak mungkin
bacaan yang diminati.
Terdapat beberapa kajian yang pernah dijalankan untuk mengenal pasti tahap
penguasaan membaca dalam kalangan murid di sekolah. Antaranya ialah kajian yang
dilakukan oleh Khairul Anwar (2014) yang menggunakan kajian tinjauan dengan
menggunakan kaedah ujian, Kajian ini adalah empirikal dan membolehkan pembaca
mendapat gambaran secara keseluruhan.Kajian ini juga memberi cadangan kajian lanjutan
bagi meningkatkan kualiti penyelidikan di Malaysia.
Penambahbaikan juga perlu dilakukan dalam program Nadi Ilmu Amalan Membaca
(NILAM) yang telah lama diperkenalkan di negara kita. Pelaksanaan program NILAM ini
mestilah memberikan perhatian terhadap kuantiti dan kualiti bacaan yang telah dibaca oleh
mereka. Pendedahan bahan bacaan yang berkualiti seperti artikel, poster, majalah dan bahan
pembelajaran digital dari pelbagai sumber seperti online flip book. Pihak Jabatan Pendidikan
Negeri (JPN) dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Teknologi Negeri (BPTN) perlu kerap
merancang dan mengadakan program atau aktiviti yang berkaitan dengan budaya membaca
untuk memberi galakan kepada murid menelaah bahan bacaan yang bermanfaat.
Bukan itu sahaja, pihak sekolah juga boleh mengadakan pelbagai aktiviti menarik
dalam usaha menggalakkan murid membaca. Antaranya ialah Bacathon Penganjuran program
Bacathon yang disasarkan kepada murid sekolah rendah khususnya bertujuan untuk
menjadikan membaca sebagai satu amalan dalam kehidupan murid (Diana Mansor, 2016).
Pihak sekolah boleh mengedarkan kad bacathon secara percuma kepada setiap murid. Murid
boleh membaca buku yang sedia ada di rumah atau di Pusat Sumber Sekolah dan mencatat
judul buku serta nama pengarang pada kad tersebut.
Cadangan bagi kajian lanjutan ini dibincangkan berdasarkan tiga pendekatan kajian
iaitu pendekatan kuantitatif, pendekatan kualitatif dan pendekatan gabungan. Saranan yang
pertama ialah kajian dalam topik yang sama dengan menggunakan pendekatan kualitatif.
Pernecky, T. (2016) telah menjelaskan kelebihan pendekatan kualitatif sebagai pendekatan
yang membolehkan kefahaman mendalam tentang sesuatu fenomena, keadaan atau peristiwa
Berdasarkan pendekatan ini, kajian boleh dilaksanakan dengan menggunakan kaedah kajian
kes yang lebih bersifat penerokaan. Pendekatan kualitatif ini membolehkan pengkaji

1168
memahami dengan mendalam berkaitan tentang penguasaan membaca dalam kalangan
murid.
Saranan juga diberikan untuk melaksanakan penyelidikan tentang tahap penguasaan
asas membaca dalam kalangan murid dengan menggunakan pendekatan gabungan.
Pendekatan gabungan adalah penyelidikan yang menggabungkan pendekatan kuantitatif dan
kualitatif. Menurut Creswell (2014), kaedah campuran atau gabungan dapat memberikan
pandangan yang lebih lengkap tentang sesuatu kajian yang dijalankan. Fasa awal
penyelidikan tersebut boleh dilaksanakan menggunakan pendekatan kuantitatif bagi
memperoleh gambaran sepenuhnya tentang tahap penguasaan kemahiran asas membaca
dalam kalangan murid. Fasa seterusnya pula menggunakan pendekatan kualitatif bagi
membuktikan sebab dan faktor pengaruh kemahiran asas membaca dalam kalangan murid
sekolah rendah.
Berdasarkan kajian literatur mendapati kebanyakan kajian tinjauan dilaksanakan untuk
mengkaji tahap penguasaan kemahiran asas membaca di sekolah rendah. Antaranya ialah
kajian yang dilaksanakan oleh Tiew dan Lee Yeo (2017). Walau bagaimanapun, dapatan
kajian tersebut masih sama iaitu tahap penguasaan kemahiran membaca yang kurang
memuaskan Oleh itu, adalah disarankan untuk membangunkan kajian dengan pembinaan
konstruk yang lebih menyeluruh. Maka, tahap penguasaan kemahiran membaca murid ditinjau
dengan lebih mendalam dan menyeluruh.
Kesimpulannya, hasil penemuan kajian yang dilaporkan dan kesesuaiannya dalam
menjawab objektif kajian yang dikemukakan. Kajian yang dilaksanakan juga membincangkan
implikasi kajian bagi memberi justifikasi bahawa kajian ini memenuhi jurang penyelidikan dan
berupaya memberi sumbangan kepada teori, pengetahuan, praktikal dan emprikal. Akhir
sekali, melalui perbincangan yang dibuat dan kesimpulan kajian yang diulas, beberapa
cadangan untuk kajian lanjutan telah diketengahkan untuk menambahbaik kajian yang
dilaksanakan supaya lebih menyentuh aspek yang menyeluruh.

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu
Murid-murid Sekolah Rendah di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu
(Malay Language Education Journal (MyLEJ).

Atan Long. (1984). A survey on reading habits and interests of Malaysian. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Bornman, L, (2003). What is sociental impact of research and how can it be assessed? A
literature survey, Journal of America Society for information science and technology.
3(2), 218-232.

Brown, M.H (2009). Development of pre reading. Harlock Inc.

1169
Creswell. (2008). Qualitative Inquiry and research design: choosing among five approaches.
Sage Publication.

Dahlia Janan. (2016). Guru dan keterampilan membaca dalam kalangan murid Singapura.
Dian Bahasa.

Diana Mansor. (2018). Faktor-faktor yang mempengaruhi budaya amalan membaca dalam
kalangan murid. Universiti Malaysia Sabah

Ding, Wu, Hsieh, & amp; Pedram, (1998). Research for dummies. Willy Publishing Inc.

Frank Small. (1998). Reading profile of Malaysians. Perpustakaan Negara Malaysia.

Freeman, Moisen & Frescino. (2012). Research metadology. Sage publication.

Khairul Anwar. (2014). Kajian tahap penguasaan kemahiran literasi membaca dalam bahasa
malaysia bagi kanak-kanak prasekolah di Klang. University Malaya

Meimon Sanai. (2009). Celik huruf:lancar membaca. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar
Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009

Mohammad Fazli Salleh, Wan Mohd Hafiz, Mohd Faizal, Mohd Ramsi & Razilan Kadir. (2015).
Understanding reading habits. Universiti Teknologi Mara.

Mohamad Najib Abdul Ghafar. (2003). Reka bentuk tinjauan soal selidik. Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia.

Mohd Zanal Dirin. (2011). Metadologi pendidikan. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nur Shakirah & Saiful Haq. (2017). Penguasaan asas membaca bahasa melayu melalui
program linus di utara semenanjung Malaysia. Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 28, 2017

Othman Mohamed. (2001). Penyelidikan dalam amalan kaunseling. Penerbit Universiti Putra
Malaysia.

Pernecky, T. (2016). Epistemology and metaphysics for qualitative research. University of


Technology.

Ramlan Zainal Abidin, Ahmad Esa & Wan Mohd Rashid. (2008). Pendidikan sepanjang hayat:
Isu,cabaran dan peranan sekolah membangun modal insan dalam komuniti setempat.
Seminar kebangsaan pengurusan pendidikan PKPGB 2008.

Rohaida Mazlan, Norziah Amin, Mohd Zaki Abd. Rahman & Zamri Mahamod. (2020). Tahap
penguasaan membaca dan menulis murid B40 dari perspektif guru bahasa Melayu.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal –
MyLEJ).

Syed Ismail Syed Mustapa, Ismail Radhuan & Bushro Ali. (2018). Asas penyelidikan dalam
pendidikan. Sasbadi Sdn. Bhd.

Taylor & Bogdan. (1984). Introduction to qualitative research methods: a guidebook and
resource. John Winly & Son Inc.

Tiew & Lee Yeo (2017). Penguasaan kemahiran asas membaca di sekolah rendah Bahasa
Melayu. Jurnal Pendidikan, 12(2), 97–108.

1170
Yahya Othman. (2005). Trend dalam pengajaran Bahasa Melayu. PTS Professional Publishing
Sdn. Bhd.

1171
TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN LISAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN
MURID BUKAN PENUTUR NATIF

Muhammad Farouk Aznan bin Zolkarnain


g-IPG003882@moe-dl.edu.my

Zurihan bin Yusoff


zurihan@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK:
Kajian ini mengkaji masalah-masalah penguasaan kemahiran lisan bahasa Melayu dan tahap
penguasaan kemahiran lisan bahasa Melayu murid bukan penutur natif di sekolah kebangsaan. Kajian
ini cuba mencapai objektif untuk mengenal pasti masalah-masalah penguasaan kemahiran lisan bahasa
Melayu dan tahap penguasaan kemahiran lisan bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan penutur
natif bahasa Melayu di sekolah kebangsaan. Selain itu, kajian ini menggunakan reka bentuk kajian
kualitatif dan kaedah kajian kes. Kajian kes melibatkan pengkaji sendiri untuk turun ke lapangan dan
menggunakan pemerhatian, temu bual dan analisis maklumat lain yang diperoleh seperti ujian
pentaksiran pertengahan tahun murid serta nota lapangan sebagai instrumen kajian. Seramai dua orang
murid telah diambil sebagai subjek kajian, iaitu kedua-kedua orang berbangsa India. Kedua-dua subjek
kajian merupakan murid tahap dua di sekolah kebangsaan. Berdasarkan dapatan kajian, subjek kajian
menghadapi masalah-masalah untuk menyebut perkataan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua yang
menjejaskan tahap penguasaan kemahiran lisan mereka. Masalah-masalah tersebut dapat dikelaskan
kepada lima tema utama iaitu dalam aspek Strategi Komunikasi (SK), Pemindahan Bahasa (PB),
Strategi Pembelajaran (SP), Pemindahan Latihan (PL) dan Generalisasi Terlampau (GT) manakala
tahap penguasaan kemahiran lisan juga akan dikelaskan kepada tiga tema iaitu Murid Kurang Bertutur
Menggunakan Bahasa Melayu (KBM), Murid Menghafal Perkataan (MMP) dan Pengaruh Dialek (PD).
Hasil dapatan kajian ini akan membantu guru untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid
dalam penguasaan lisan bahasa Melayu khususnya bagi murid bukan penutur natif dan membantu
mereka untuk mencapai tahap yang optimum dalam kemahiran lisan bahasa Melayu.
Kata kunci: lisan, tahap penguasaan, bukan penutur natif, strategi komunikasi, pemindahan bahan

ABSTRACT:
The studies examined the terms of issue of mastery of Malay verbal skills and level of mastery of verbal
skills by the non-native speaker students in Sekolah Kebangsaan. This study attempts to achieve the
objective of identifying problems in Malay language verbal skills and level of mastery of verbal skills
among non-native speakers of Malay language in Sekolah Kebangsaan. This study uses qualitative
research design and case study method. The case study involved the researcher himself going down
the field and using observations, interviews and analysis of other information obtained such as mid-year
assessment test and field notes as a research instrument. Two students were taken as the subject of
the study, both are Indian students. All two subjects in the study were second grade students in the
Sekolah Kebangsaan. Based on the findings, the study subjects deal with the problems to pronounce
the words of Malay as a second language which affects their level ofmastery of verbal skills. These
issues can be classified into five main themes, namely, the communication strategies (SK), language
transfer (PB), learning strategies (SP), training transfer (PL), and over generalization (GT) while the level
of verbal skills will also be classified into three themes Fewer Students Using Speak English (KBM),
Pupils Memorize Words (MMP) and Dialect Influence (PD). The results of these study will help teachers
to identified problems faced by students in mastery of Malay language verbal skills especially non-
native speakers and help them to achieve an optimal level in Malay verbal skills.
Keywords: verbal, level of mastery, non-native speaker, communication strategies, language transfer

1172
PENGENALAN

Bahasa Melayu mempunyai kedudukan yang tinggi di Malaysia lantaran bahasa ini merupakan
bahasa Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152
(1) yang menyatakan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
kerajaan. Perkara ini adalah kerana perlunya satu bahasa diangkat sebagai bahasa yang
difahami oleh semua agar wujudnya komunikasi antara masyarakat yang berbilang kaum dan
etnik (Abdul Aziz, 2002). Disebabkan itu juga, bahasa ini menjadi bahasa pengantar dalam
sistem pendidikan. Hal ini bererti segala urusan rasmi di sekolah hendaklah menggunakan
bahasa Kebangsaan iaitu bahasa Melayu dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran PdP juga
menggunakan bahasa tersebut.

Dalam sistem pendidikan di Malaysia, bahasa Melayu menjadi satu subjek teras yang
wajib lulus dalam setiap peringkat persekolahan. Keadaan ini memaksa murid-murid bukan
penutur natif bahasa Melayu untuk menguasai bahasa Melayu, namun begitu pembelajaran
bahasa kedua bukanlah satu proses yang mudah (Siti Saniah, 2013). Berdasarkan Bailey
(2005), ramai yang mempelajari sesuatu bahasa mendapati bahawa kemahiran lisan dalam
pembelajaran bahasa adalah lebih sukar berbanding kemahiran-kemahiran lain. Meskipun
begitu, penguasaan kemahiran lisan juga mempengaruhi pembelajaran kemahiran lain. Hal ini
dapat dilihat apabila wujudnya kesalahan ejaan dalam penulisan murid disebabkan ejaan
dibuat mengikut cara sebutan yang dipengaruhi dialek (Nik Safiah Karim, 2003).

Rusmadi Baharuddin (1995) berpendapat bahawa pendidikan yang diterima di sekolah


pada hari ini kurang berupaya menjadikan pelajar sebagai warganegara yang menghargai dan
membanggakan bahasa Melayu. Fenomena yang berlaku tentunya bertentangan dengan
matlamat pengajaran bahasa Melayu itu sendiri, yang menekankan aspek penguasaan dan
penggunaan bahasa Melayu yang lebih bermutu dalam kalangan pelajar. Tujuannya supaya
pelajar dapat menggunakan bahasa tersebut untuk mendapatkan ilmu pengetahuan,
meningkatkan daya intelek, menguasai kemahiran belajar, dan nilai hidup yang murni.

Dokumen Kurikulum Standard dan Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah


(KSSR) juga turut memberi penekanan terhadap kemahiran lisan (Norziana, 2017). Meskipun
begitu, masih terdapat rakyat Malaysia yang tidak dapat bertutur menggunakan bahasa
Melayu dengan baik khususnya masyarakat yang mempelajari bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua. Disebabkan itu, pentingnya guru-guru memberi dorongan dan bimbingan
kepada murid untuk cuba meningkatkan tahap penguasaan kemahiran lisan bahasa Melayu
mereka. Tuntasnya, menguasai kemahiran lisan akan dapat mendidik dan membentuk

1173
perpaduan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia iaitu melalui komunikasi berkesan
antara masyarakat berbilang kaum demi membentuk rakyat Malaysia yang berketerampilan
dalam berbahasa (Abdul Rasid, 2011). Oleh hal yang demikian, penyelidik menjalankan kajian
ini untuk membantu guru melahirkan murid yang dapat menguasai kemahiran lisan dengan
baik di samping seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek.

PERNYATAAN MASALAH

Dua orang murid bukan penutur natif bahasa Melayu dari Sekolah Kebangsaan telah dipilih
sebagai responden kajian. Mereka terdiri daripada murid tahun lima. Hal ini disebabkan kanak-
kanak berumur 13 tahun ke bawah akan mempelajari bahasa kedua secara semulajadi
(Krashen,1981). Kajian ini membataskan kemahiran berbahasa dalam aspek lisan sahaja
kerana aspek ini yang sering menimbulkan pelbagai polemik kepada golongan penutur bukan
natif bahasa Melayu. Kajian perlu dilakukan kerana tahap penguasaan kemahiran bertutur
murid bukan penutur natif menggunakan bahasa Melayu di Malaysia adalah lemah dan kurang
memuaskan. Kajian Nor Hashimah (2010) menunjukkan kepetahan bertutur yang dicatatkan
oleh murid Cina hanya 40.6%. Beliau mendapati murid bukan Melayu dari SJKC menghadapi
masalah dalam sebutan kerana sangat kurang mendengar dan tidak berpeluang
menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mereka (Chew Fong Peng, 2016).
Begitu juga dengan dapatan Jeyagobi (2011), murid India yang mendapat pendidikan awal di
SJKT jarang mempunyai rakan berbangsa Melayu atau Cina kerana pengetahuan bahasa
Melayu mereka tidak dapat memenuhi keperluan untuk berkomunikasi. Abdul Rahman (2009)
mendapati 84.5% murid di sekolah menengah kekurangan leksikal dan merupakan halangan
utama yang menyukarkan mereka berkomunikasi dalam bahasa kedua dan 79.7%
mengatakan mereka sering tidak mengingati perbendaharaan kata semasa berkomunikasi.

Selain itu, tahap penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan murid bukan penutur
natif juga perlu diuji kerana setiap etnik dan kaum di Malaysia memiliki bahasa yang berbeza
dari segi dialek, struktur bahasa dan sebutan menyebabkan bahasa Melayu sukar dikuasai
(Zamri, 2016). Lagipun, murid bukan Melayu di Malaysia telah terdedah dengan bahasa ibunda
sejak dilahirkan (Khairul Nizam, 2017). Penguasaan kosa kata yang terbatas dalam bahasa
Melayu menyebabkan kemahiran bertutur dalam kalangan murid bukan penutur bahasa
Melayu terhad yang menyukarkan pemertabatan bahasa Melayu di Malaysia. Kenyataan ini
disokong oleh (Fadzilah dan Norazlina, 2015) yang berpendapat bahawa usaha
memartabatkan bahasa Melayu hanya boleh dicapai jika setiap individu menguasai kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis dengan baik.

1174
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran lisan bahasa Melayu
dalam kalangan murid bukan penutur natif di sebuah sekolah di Damansara. Objektif kajian ini
adalah:
1. Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran lisan bahasa Melayu dalam kalangan
murid bukan natif.

Soalan dalam kajian ini bagi tujuan memenuhi objektif tersebut adalah seperti di bawah:
1. Apakah tahap penguasaan kemahiran lisan bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan
natif bahasa melayu di sekolah.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data secara kualitatif dengan reka bentuk kajian
kes. Syafiah (2014) menjelaskan penggunaan kajian kes membantu pengkaji memahami
sesuatu isu secara terperinci dengan hanya menggunakan sampel yang kecil.

PERSAMPELAN KAJIAN

Responden dalam kajian pula adalah daripada populasi murid bukan penutur natif tahap dua
di Sekolah Kebangsaan di daerah Damansara. Jumlah sampel kajian adalah seramai dua
orang murid berumur 11 tahun berbangsa India. Pemilihan responden berdasarkan
pandangan Krashen (1994), mengatakan kanak-kanak yang berumur 13 tahun ke bawah akan
mempelajari bahasa kedua secara semula jadi bersama-sama bahasa ibunda mereka.
Pemilihan responden ini berdasarkan data ujian lepas iaitu pentaksiran bilik darjah 2020,
dipetik daripada data panitia Bahasa Melayu. Dalam kajian ini, responden kajian adalah dalam
kalangan murid yang telah menguasai kemahiran lisan bahasa Melayu iaitu yang memperolehi
tahap 3 berdasarkan Standard Prestasi Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Hal ini
disebabkan kajian ini bertujuan mengetahui tahap penguasaan kemahiran lisan mereka.
Kaedah pensampelan yang digunakan pula ialah kaedah pensampelan bertujuan. Menurut
Creswell (2008), kaedah pensampelan bertujuan ialah sampel bukan kebarangkalian yang
dipilih berdasarkan ciri-ciri populasi dan objektif kajian. Oleh itu murid-murid yang telah diambil
sebagai responden kajian ialah murid-murid bukan penutur natif bahasa Melayu tahap dua.

INSTRUMEN KAJIAN

Dalam usaha memperoleh data, pengkaji menggunakan instrumen temu bual, senarai semak
dan pemerhatian bagi memudahkan pengumpulan data. Bagi menyokong pengumpulan data

1175
untuk temu bual, soalan-soalan serta senarai semak telah di semak oleh panel pakar terlebih
dahulu bagi memudahkan dapatan kajian yang relevan dan sah. Syed, Ismail dan Bushro
(2018) menyatakan melalui kaedah temu bual, pengkaji akan memperoleh data yang
diperlukan secara terus daripada responden. Pemerhatian juga merupakan cara pengumpulan
data yang menggalakkan pengkaji untuk memperoleh data yang tidak dijangka. Dalam kajian
ini, pemerhatian adalah secara tidak turut serta iaitu dalam keadaan pengkaji tidak berhubung
secara terus dengan responden bagi memastikan data yang dikumpulkan adalah telus,
menggambarkan situasi sebenar pertuturan responden (Nadwah, 2014). Analisis dokumen
juga dilakukan sepanjang proses kajian atau ketika pertemuan antara pengkaji dengan
responden. Dokumen yang dianalisis dalam kajian ini merupakan pentaksiran ujian lisan akhir
tahun tahun yang dilaksanakan oleh guru bahasa Melayu mereka di sekolah serta nota
lapangan pengkaji. Analisis dokumen ini dilaksanakan bagi menyokong data yang diperoleh
melalui temu bual dan pemerhatian.

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN

Dalam memastikan pelaksanaan kajian ini berjalan dengan lancar dan setiap data yang dikutip
memenuhi syarat dan memiliki kesahan yang tinggi, pengkaji mengambil langkah untuk
memastikan setiap instrumen disemak oleh pakar terlebih dahulu dan pengkaji menggunakan
perakam video agar tidak ada berlakunya penyelewengan data yang diambil melalui
pemerhatian dan temu bual. Dalam aspek kebolehpercayaan pula, pengkaji menggunakan
triangulasi kaedah. Berdasarkan Nadwah (2014), kebolehpercayaan menggambarkan
keadaan yang menunjukkan sesuatu dapatan itu akan memiliki unsur kesamaan sekiranya
kajian dilakukan dalam satu situasi yang sama. Disebabkan triangulasi merupakan antara cara
yang terbaik untuk mendapatkan kebolehpercayaan bagi kaedah kajian kualitatif, maka
pengkaji memilih untuk melaksanakan kajian berpandukan triangulasi dalam kaedah seperti
yang dijelaskan oleh Ruzanna (2016), proses ini melibatkan pelaksanaan temu bual,
pemerhatian dan analisis dokumen.

KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Terdapat beberapa kaedah untuk mendapatkan data iaitu dengan menggunakan kaedah temu
bual, pemerhatian dan kaedah analisis dokumen. Bagi mendapatkan data kajian, pengkaji
telah membuat jadual untuk menemu bual responden agar responden bersedia dan bagi
memastikan makluman awal dapat diberikan dalam masa yang sama mendapat persetujuan
responden. Pengkaji juga telah menyediakan dua gambar untuk melaksanakan Ujian Lisan
iaitu responden perlu bercerita tentang kad gambar tersebut. Tujuan Ujian Lisan ini ialah untuk
mengetahui masalah dan tahap penguasaan kemahiran lisan responden. Antara proses temu
1176
bual yang akan dijalankan adalah seperti berikut:
1) Temu bual dijalankan berdasarkan soalan temu bual yang telah disemak pakar.
2) Ujian Lisan dilaksanakan oleh pengkaji berdasarkan kad gambar .
3) Temu bual dan Ujian lisan dijalankan secara berseorangan pada hari yang berbeza.
4) Guru menunjukkan kad gambar kepada setiap responden.
5) Setiap responden perlu memperlihatkan kemampuan mendengar dan bertutur.
Senarai semak semasa pemerhatian juga telah digunakan bertujuan untuk mengenal
pasti tahap penguasaan lisan murid bukan penutur natif. Disebabkan pemerhatian yang
dilaksanakan adalah secara tidak turut serta, maka pengkaji lebih bebas untuk melaksanakan
pemerhatian kerana tidak mengganggu responden. Analisis dokumen juga dilaksanakan iaitu
pengkaji menganalisis ujian pentaksiran akhir tahun responden yang telah dijalankan oleh guru
bahasa Melayu mereka serta menganalisis nota lapangan pengkaji.

PENGANALISISAN DATA

Dapatan kajian ini dianalisis melalui analisis tematik. Analisis berdasarkan tema merupakan
cara analisis yang paling popular dalam kajian kualitatif (Dawson,C). Analisis secara bertema
ini adalah sejajar dengan teori analisis kesilapan seperti yang telah adaptasikan dalam
kerangka konseptual iaitu menganalisis kesilapan berdasarkan punca-punca utama dalam
aspek Bahasa Antara iaitu pemindahan bahasa, pemindahan latihan, strategi pembelajaran,
strategi komunikasi dan generalisasi. Proses penganalisisan data yang digunakan juga adalah
berdasarkan langkah-langkah analisis kesilapan menurut Ellis (1997) dalam kajian
Mohammad Hamad Al-Khresheh (2016). Proses analisis kesilapan yang dinyatakan
menggariskan empat langkah utama iaitu:
1) Mengumpul sampel sebutan atau penggunaan bahasa oleh penutur.
2) Mengenal pasti kesilapan.
3) Menerangkan tentang kesilapan.
4) Menjelaskan dan menghurai kesilapan yang telah dilakukan oleh penutur atau responden
berdasarkan data yang telah dikutip.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Tahap Penguasaan Kemahiran Lisan Murid Bukan Natif

Kajian yang dijalankan ini telah memberikan gambaran yang jelas tentang tahap
penguasaan kemahiran lisan responden. Berdasarkan temu bual mendalam yang telah
menjadi tunjang kepada kajian ini, telah dikenal pasti terdapat tiga tema yang muncul untuk
dihuraikan. Ketiga-tiga tema ini ialah (i) Murid kurang bertutur menggunakan bahasa Melayu

1177
(ii) Murid menghafal perkataan (iii) Pengaruh dialek.

iii. Murid Kurang Bertutur Menggunakan bahasa Melayu

Berdasarkan dapatan kajian, responden sangat kurang bertutur menggunakan bahasa Melayu
dalam kehidupan. Setiap hari mereka terdedah dengan bahasa ibunda mereka .Semasa di
rumah, responden menggunakan dialek atau bahasa Inggeris untuk berkomunikasi. Apabila
kurang bertutur menggunakan bahasa Melayu, mereka kekurangan kosa kata dan
menghadapi banyak masalah ketika berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Dapatan temu bual
di bawah menunjukkan penguasaan kemahiran lisan bahasa Melayu responden lemah kerana
sering menggunakan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris.

“Ermm, tak cikgu saya guna banyak Bahasa Tamil, ibu bapa saya pun guna
bahasa ibunda, sometime, dia cakap dalam bahasa English, kita selalu cakap guna
bahasa ibunda ketika di rumah.“
Kod:KBM/R2TB2/B21B23

Hasil kajian ini menunjukkan murid bukan penutur natif menghadapi masalah dan tidak
dapat mencapai tahap 5 dan 6 dalam kemahiran lisan kerana kurang bertutur dalam bahasa
Melayu. Berdasarkan data temu bual, pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di
sekolah tidak dapat membantu murid-murid fasih berbahasa Melayu kerana mereka terikat
dengan lingkungan penutur yang sama selepas waktu sekolah. Faktor persekitaran turut
disentuh oleh Siti Saniah (2013). Kajian beliau terhadap 10 orang pensyarah di IPTA dan IPTS
Malaysia, mendapati bahawa mereka tinggal di tempat yang tidak menggunakan bahasa
Melayu, menyukarkan mereka menguasai bahasa itu. Selain itu, mereka hanya bergaul
sesama kaum sendiri. Keadaan ini menyebabkan pembelajaran bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua dipengaruhi penggunaan bahasa yang tidak formal, seterusnya tidak dapat
menguasai kemahiran lisan dengan baik (Puteri Roslina, 2004).
Hasil kajian menunjukkan responden mengatakan bahawa mereka kurang bertutur
dalam Bahasa Melayu (KBM/R2TB2/B21-B23). Ini menunjukkan bahawa responden
menghadapi masalah yang sama iaitu kurang bertutur dalam bahasa Melayu akibat daripada
pengaruh bahasa ibunda atau bahasa harian mereka yang menyebabkan tahap kemahiran
lisan mereka berada pada tahap yang memuaskan. Hasil kajian ini mirip dengan pemerhatian
Awang Sariyan (2011) bahawa pelajar universiti China menghadapi masalah sebutan Melayu
akibat pengaruh bahasa ibunda yang kuat. Sehubungan itu, sebutan dan tatabahasa Cina dan
Melayu adalah langsung berbeza antara satu sama lain. Ini menyukarkan penguasaan bahasa
Melayu yang baik dalam kalangan pelajar China itu.

1178
iv. Murid Menghafal Perkataan
Responden dalam kajian ini jelas mengambil langkah dengan menghafal dahulu ayat atau
perkataan sebelum mengujarkan sesuatu maklumat kepada guru. Berdasarkan hasil temu
bual yang telah dijalankan menunjukkan responden menghafal perkataan yang tidak diketahui
sebelum mengujarkan ayat kepada guru. Hal ini berlaku kerana tahap penguasaan kemahiran
lisan murid terhad yang menjadikan murid tidak dapat mengujarkan sesuatu perkataan dalam
bahasa Melayu. Dapatan temu bual responden adalah seperti di bawah.

“...kadang-kadang tu bila saya nak cakap dengan cikgu BM saya tanya kawan dulu
dan saya hafal je perkataan tu.”
Kod:MMP/R2TB2/B31B33

Hasil dapatan kajian mendapati responden menghafal perkataan yang diberitahu


rakannya sebelum mengujarkannya. Hal ini kerana, responden tidak mengetahui perkataan
dalam bahasa Melayu. Krashen (1995) juga mendapati selepas kanak-kanak sudah terbiasa
dengan bahasa ibunda, mereka tidak lagi menguasai bahasa kedua secara pemerolehan
tetapi melalui proses pembelajaran yang sukar. Apabila murid menghadapi kesukaran untuk
menguasai bahasa kedua, mereka hanya menghafal perkataan bahasa kedua yang dipelajari
tanpa memahami makna. Perkara ini akan memberi kesan terhadap tahap penguasaan
kemahiran lisan murid bukan penutur natif iaitu mereka sukar untuk mencapai tahap 5 atau 6
sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) dan hanya berada pada tahap yang memuaskan.

v. Pengaruh dialek.

“Dia macam saya ampir-ampir i mean sekarang saya faham...”


Kod: PD/R1TB1/B34-B36
Dapatan kajian di atas menunjukkan responden telah melakukan kesalahan dalam
sebutan. Hal ini kerana bahasa Melayu dipelajari setelah mereka menguasai bahasa ibunda.
Responden menghadapi kesukaran untuk menyebut bunyi /h/ yang kemudian menggugurkan
konsonan /h/ dalam perkataan tersebut responden mengujarkan perkataan ‘ampir-ampir’
dengan menggugurkan konsonan ‘h’ di depan perkataan. Ujaran yang betul yang patut disebut
oleh responden ialah ‘hampir-hampir’. Gangguan bahasa (language disturbances) yang
dialami oleh responden menyebabkan tahap kemahiran bertutur murid bukan penutur natif
pada tahap yang kurang profesien. Menurut Chew Fong Peng (2016), kesalahan dalam
penggunaan kata mencakupi kesalahan ejaan dan penggunaan huruf tertentu menyebabkan
sebutan menjadi kurang baku.

1179
Selain itu, kekeliruan dalam ejaan turut mempengaruhi pertuturan dalam kalangan
murid bukan penutur natif yang menyebabkan tahap penguasaan kemahiran lisan murid
berada pada peringkat sederhana lancar. Keadaan ini menunjukkan lidah murid sudah
terbiasa dengan sebutan-sebutan bahasa ibunda mereka. Seperti yang dijelaskan oleh Amin
Embi (2008) bahawa individu yang lidahnya sudah terbiasa dengan slanga ibunda akan
menyebabkan masalah pertuturan iaitu sukar untuk menyebut perkataan-perkataan dengan
betul. Hal ini menunjukkan secara keseluruhannya dialek amat mempengaruhi kemahiran
lisan murid dan menyebabkan tahap penguasaan kemahiran lisan mereka berada pada tahap
yang memuaskan. Hal ini adalah penting untuk diketahui memandangkan guru perlu berusaha
bagi membantu murid bukan natif memperbetulkan slanga mereka supaya dapat menguasai
kemahiran lisan bahasa Melayu dengan lebih baik.

IMPLIKASI DAN CADANGAN

Analisis yang telah dilaksanakan terhadap data yang diperoleh menunjukkan bahawa murid
bukan natif masih memerlukan bimbingan bukan sekadar pendedahan persekitaran semata-
mata dalam mempelajari bahasa kedua. Dapatan temu bual yang mendapati bahawa mereka
selalu menggunakan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris semasa Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) menunjukkan mereka masih kurang menguasai kosa kata bahasa
Melayu. Oleh itu, guru perlu menegur dan membantu murid mengetahui kosa kata dan
perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu. Justeru, dapatan kajian ini juga boleh menjadi
rujukan kepada guru-guru bahasa Melayu untuk memberi perhatian terhadap aspek kemahiran
lisan bahasa Melayu murid bukan penutur natif bahasa Melayu. Dengan cara ini secara tidak
langsung murid dapat meningkatkan tahap penguasaan kemahiran lisan mereka.

Dapatan kajian ini juga diharapkan dapat memberi kesedaran kepada guru-guru-guru
bahasa Melayu yang mengajar kelas yang menempatkan murid-murid bukan penutur natif di
sekolah kebangsaan mahupun guru bahasa yang mengajar di sekolah jenis kebangsaan
dalam usaha meningkatkan keberkesanan dan kualiti pengajarannya. Hal ini yang demikian,
melalui kajian seperti ini dengan mengaplikasikan teori analisis kesilapan guru akan dapat
mengenal pasti pelbagai strategi yang boleh digunakan bagi membantu murid sedemikian
untuk menguasai kemahiran lisan bahasa melalui pengamatan terhadap masalah-masalah
yang berlaku dan memberi fokus terhadap punca permasalahan tersebut (Aqsa Jabeen,
Bahram kazemian dan Muhammad Shahbaz, 2015).

Lanjutan itu, dicadangkan agar guru bahasa Melayu lebih peka dan prihatin dengan

1180
peranan masing-masing. Guru sepatutnya bertindak sebagai fasilitator yang membimbing,
mengasah dan menajamkan kemahiran lisan para murid bukan natif bahasa Melayu.
Rasionalnya, ia dapat membentuk serta membina keterampilan para murid dalam
berkomunikasi, malahan memupuk pemikiran kritis mereka dalam membuat penilaian atau
kesimpulan tentang sesuatu perkara yang didengar. Kemahiran ini amat penting bagi
menyediakan murid dalam hubungan sosial dengan individu dan interaksinya dalam
masyarakat. Pendek kata, melalui kemahiran lisan ini guru bukan sahaja memenuhi keperluan
pendidikan di peringkat persekolahan tetapi sebagai persediaan kepada pelajar apabila
mereka menceburi bidang pekerjaan kelak.

KESIMPULAN
Berdasarkan perbincangan di atas, dapat dilihat kepentingan penguasaan kemahiran lisan
dalam kalangan murid bukan penutur natif. Walaupun populasi tidak menyeluruh, namun hasil
kajian yang dijalankan secara empirikal ini dapat mengukuhkan fenomena yang berlaku di
Malaysia. Dapatan kajian ini juga dapat membantu pengkaji memahami situasi sebenar yang
dialami oleh murid bukan natif. Tahap penguasaan kemahiran bertutur murid bukan penutur
natif masih kurang lancar. Bagi melahirkan murid bukan penutur natif yang profesien dalam
berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu, usaha secara bersepadu dari semua pihak
amat diperlukan. Murid bukan sahaja perlu mempraktikkan bahasa Melayu dalam perbualan
harian tetapi semua pihak perlu memberikan rangsangan yang kuat untuk mereka menguasai
bahasa kebangsaan. Ibu bapa, pendidik, pihak sekolah dan KPM perlu melipat gandakan
usaha bagi memastikan setiap murid profesien dalam bertutur menggunakan bahasa Melayu.
Penguasaan kemahiran lisan bahasa Melayu perlu dipupuk sejak murid di sekolah rendah
untuk membentuk jati diri dan keperibadian warganegara Malaysia yang berdaulat. Jelasnya,
kajian terhadap penguasaan lisan perlu diperluas kepada populasi yang lebih menyeluruh bagi
mendapatkan data yang lebih rinci. Usaha membuat kajian dan mencari penyelesaian masalah
murid bukan natif sewajarnya diberikan perhatian dan sokongan agar kebolehan dan
penguasaan kemahiran lisan bahasa Melayu rakyat Malaysia dapat ditingkatkan.

RUJUKAN
Abdul Aziz Sutan. (2002). Kesalahan-Kesalahan Bahasa Pelajar Sekolah Menengah
Cina Persendirian di Selangor. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.

Abdul Rasid lamian. (2011). Permasalahan pengajaran dan pembelajaran bahasa


Melayu dalam kalangan mund Cina. Universiti Putra Malaysia.

Awang Sariyan. (2011). Pengajian Melayu di China (Bahagian 1): Hubungan


Ketamadunan Melayu-China. http:// klikweb.dbp.my/?p=1799. (29/10/2011).

Aqsa Jabeen, Bahram Kazemian & Muhammad Shahbaz Mustafai. (2015). The Role of

1181
Error Analysis in Teaching and Learning of Second and Foreign Language. Education
and Linguistics Research: Vol 1, No 2

Bailey, K. M. (2005). Practical English Language Teaching: Speaking. New York: McGraw
Hill.

Chew Fong Peng. (2016). Masalah Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Kalangan
Murid.

Creswell, J.W. (2008). Research design: Quantitative, and mixed methods


approaches.London: Sage Publications.

Ellis, R. (1997). SLA research and language teaching. Oxford: Oxford University Press.

Fadzilah Abd Rahman, Zuraini Jusoh & Norazlina Mohd Kiram. (2016). Kesesuaian item
kemahiran mendengar Ujian Kecekapan Bahasa Melayu (UKBM©).
International Conference on Education and Regional Development 2016 (ICERD
2016). Cross Cultural Education for Sustainable Regional Development Bandung,
Indonesia. 31Oktober dan 1 November 2016.

Jeyagobi Dhamodarem. (2011). Gaya pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan


pelajar India. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti
Putra Malaysia.

Khairul Nizam Mohamed Zuki. (2017). Penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa
kedua dalam kalangan murid berbangsa Bajau. Inernational Journal of Humanities
and Social Science Invention, 6 (10): 1-11.

Krashen, S.D. (1994). The input hypothesis and its rivals. In N. Ellis (Eds.). Implicit and
explicit learning of languages, 10-22. London: Academic Press.

Krashen, S.D. (1981). Principles and practice in second language acquisition. London:
Printice-Hall International.

Mohammad Hamad Al-khresheh. (2016). A review Study of Error Analysis Theory.


International Journal of Humanities and Social Science Research, 2016, 2, 49 – 59

Nadwah Daud & Nadhilah Abdul Pisal. (2014). Permasalahan pertuturan dalam Bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua. GEMA Online® Journal of Language Studies, 14 (1)Februari.

Nik Safiah Karim, (2003). Bimbingan Pelajar Bahasa Kita Jilid 2. Shah Alam: ‘K’ Publishing
Sdn. Bhd.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2010). Sosiokognitif dan penguasaan pragmatik bahasa


Melayu remaja Malaysia: Analisis linguistik. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia

Nor Syafiah binti Mohd Isa. (2014). Penguasaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa
Kedua dalam Kalangan Pelajar Etnik Cina di Sekolah Menengah Persendirian
Cina: Satu Kajian Kes. Perpustakaan universiti Malaysia Sabah.

Norziana Mat Rabi. (2017). Pengukuran elemen KBAT dalam Buku Teks Bahasa Melayu
Tahun Enam. Tesis Master yang tidak diterbitkan. Fakulti Bahasa dan
Komunikasi:Universiti Pendidikan Sultan Idris.

1182
Puteri Roslina Abdul Wahid. (2004). Bahasa Antara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Rusmadi Baharuddin (1995). Temu bual dengan Awang Had Salleh. Pelita Bahasa, 5, 10-
13.

Siti Saniah Abu Bakar. (2013). Kekangan Pelajar Asing Dalam Menggunakan Kemahiran
Bertutur Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu: Vol.3, Bil. 1.

Syed Ismail Syed Musapa, Ismail Raduan & Bushro Ali. (2018). Asas penyelidikan
dalam pendidikan. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. (2008). Sikap pelajar Cina terhadap
pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Psikologi dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd

Zamri Mahamod, Kamiliah Ayu Ab. Ghani & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad.
(2016). Penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan
murid Cina berdasarkan sikap dan kemahiran bahasa. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 6 (1): 38-51

1183
PENGAPLIKASIAN MODUL BACAAN BERGRED BAGI MENINGKATKAN
PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA MURID PEMULIHAN KHAS

Muhammad Hafizuddin bin Abu Kassim


g-IPG003913@moe-dl.edu.my

Celinea Lasan PhD


celinea@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan pengaplikasian Modul Bacaan Bergred dalam pengajaran dan
pembelajaran murid pemulihan khas. Sehubungan itu, kajian ini akan mengenal pasti keberkesanan
pengaplikasian Modul Bacaan Bergred bagi meningkatkan penguasaan kemahiran membaca bahasa
Melayu dan mengenal pasti kesesuaian Modul Bacaan Bergred sebagai bahan bantu mengajar
kemahiran membaca bahasa Melayu. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan
menggunakan kaedah kajian kes. Pemilihan persampelan berdasarkan kaedah persampelan bertujuan
yang melibatkan tiga orang guru pemulihan khas daripada sekolah yang berbeza iaitu dari Titiwangsa,
Kuala Lumpur, Kuala Kangsar, Perak dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Tiga instrumen digunakan di
dalam kajian ini iaitu protokol temu bual, senarai semak pemerhatian, dan analisis dokumen. Data
dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Modul Bacaan Bergred dapat
meningkatkan penguasaan kemahiran membaca bahasa Melayu murid dan modul ini sesuai untuk
dijadikan bahan bantu mengajar kemahiran membaca bahasa Melayu. Implikasinya, kajian ini dapat
memperluaskan teori konstruktivisme, teori behaviorisme dan teori psikolinguistik dalam aspek
kemahiran membaca bahasa Melayu. Kesimpulannya, diharapkan kajian ini dapat membantu guru
bahasa Melayu mendapat pendedahan tentang Modul Bacaan Bergred yang sesuai ini untuk
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa
Melayu.

Kata Kunci: Pengaplikasian, Keberkesanan, Modul Bacaan Bergred, Membaca, Peningkatan,

ABSTRACT
This study is done to see the effect of Graded Reading Module (Modul Bacaan Bergred) applied in the
teaching and learning of the special rehabilitation students. With that, this study will identify the efficiency
in application Graded Reading Module to increase the proficiency of Malay language reading skill and
to identify the suitability of the Graded Reading Module as a teaching aids for Malay language reading
skill. The research design for this study is qualitative with the use of case sampling method. Selection
of the sampling is based on sampling method that aimed to include 3 special rehabilitation teachers from
different schools which are Titiwangsa, Kuala Lumpur; Kuala Kangsar, Perak; and Kuala Pilah, Negeri
Sembilan. Three instruments are used in this study which are interview protocol, observation checklist,
and documents analysis. Data is analysed descriptively. Result shows that Graded Reading Module is
able to increase the proficiency of students’ Malay language reading skill and this module is suitable to
be used as teaching aids for Malay language reading skill. Therefore, this study is able to widen the
theory of constructivism, behaviourism and psycholinguistics in the aspect of Malay language reading
skill. To conclude, this study is hoped to be able to aid the Malay language teacher in acquiring the
exposure of this suited Graded Reading Module in order to increase the efficiency of the teaching and
learning process of Malay language reading skill.

Keyword: Application, effectiveness, Graded Reading Module, Reading, Increases

1184
PENGENALAN
Bahasa Melayu ialah salah satu bahasa yang wajib dipelajari oleh semua murid di Malaysia.
Keupayaan membaca merupakan salah satu daripada kemahiran berbahasa dan menjadi
asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan kepada semua disiplin
ilmu di sekolah (Abdul Rasid, 2011). Membaca sepatutnya telah menjadi amalan dalam
kehidupan manusia. Kejayaan dan kecemerlangan sesebuah bangsa dan negara banyak
dikaitkan dengan budaya membaca rakyatnya.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyasarkan semua murid wajarlah
berkeupayaan untuk menguasai kemahiran membaca dan mengira semasa di Tahap satu lagi.
Hal ini menunjukan pelbagai usaha dilaksanakan oleh pihak KPM untuk memastikan
pencapaian membaca berjaya dicapai. Antaranya, KPM telah mengadakan Program
Pendidikan Pemulihan Khas untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah
pembelajaran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik (KPM, 2019). Oleh hal
demikian, murid yang menghadapi masalah membaca memerlukan bantuan khusus dalam
proses pengajaran dan pembelajaran agar mereka dapat menguasai kemahiran tersebut.
Kemahiran membaca juga merupakan proses kompleks yang melibatkan minda, persepsi,
linguistik dan psikologi (Naimah et al., 2014). Terdapat pelbagai pendekatan dan teknik yang
boleh digunakan oleh guru bagi membantu perkembangan dan penguasaan kemahiran
membaca murid.
Memandangkan isu kemahiran membaca dalam kalangan murid sekolah ini berlaku,
satu kaedah yang ingin diperkenalkan ialah Modul Bacaan Bergred (MBB). Pelbagai aktiviti
dan bahan bacaan yang bersesuaian dengan persekitaran murid telah diterapkan bagi
menjadikan MBB ini lebih dekat di hati murid dan memudahkan proses PdP. MBB ini juga
bertujuan untuk memudahkan murid yang lemah untuk menguasai kemahiran membaca,
menanam minat mereka untuk membaca dan rajin ke sekolah, mendedahkan proses
pembacaan daripada mudah kepada yang lebih mencabar, membantu murid dalam membina
ayat, mengembangkan tahap pemikiran mereka dan membimbing murid mengembangkan
bakat dalam diri untuk bercerita melalui bahan bacaan yang telah dibaca. Bahan yang
disediakan seiring dengan tujuan membaca bagi memahami teks yang dibaca dan kandungan
teks memberikan makna kepada pembaca (Yahya Othman, 2005)
Menurut tuzana (2014), mengatakan bahawa ibu bapa dirumah boleh aplikasikan MBB
bagi menajamkan kemahiran membaca anak mereka. Bentuk bacaan yang mudah dan
menarik ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja oleh ibu bapa. Dengan kata lain, ibu bapa
sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam membantu pihak guru dalam
merealisasikan hasrat anak-anak ini untuk menguasai kemahiran membaca. Dengan adanya
kesungguhan dan sentuhan ibu bapa dan guru dapatlah mempercepatkan proses yang
dirancangkan ini.

1185
PERNYATAAN MASALAH
Pelbagai isu telah timbul dalam aspek kemahiran membaca. Antaranya adalah cara kaedah
yang digunakan oleh guru dan terdapat murid yang menghadapi kesukaran membaca,
kesukaran mengekalkan ingatan, mengingati maklumat itu semula, dan mudah lupa (Tuzana,
2014). Selain daripada faktor murid dan guru, faktor bahan bacaan juga menjadi masalah
dalam bidang bacaan. Contohnya, daripada sudut penyediaan bahan bacaan itu sendiri,
misalnya aspek perbendaharaan kata, isi, struktur cerita, penggunaan dan organisasi bahan
grafik. Untuk mengatasi masalah dalam bidang bacaan, terdapat pelbagai cara digunakan,
antaranya memilih bahan bacaan dengan mengambil kira tahap kebolehbacaan bahan dan
tahap bacaan (Abdillah, 2009).
Faktor bahasa ibunda juga menyumbang terhadap kegagalan penguasaan kemahiran
membaca dalam kalangan murid Linus tegar ini. Kemahiran membaca akan menjadi lebih
mudah jika keluarga tersebut juga berkomunikasi dalam bahasa yang berkenaan. Oleh itu,
keluarga memainkan peranan yang amat penting dalam mendorong anak-anak untuk
berusaha menguasai kemahiran membaca. Mereka harus dikeluarkan daripada kepompong
Linus tegar ini dan Ibu bapa tidak seharusnya mengharap kepada guru semata-mata,
sebaliknya membantu meleraikan masalah ini (Othman Md. Johan & Nora Mislan, 2007). KPM
(2005) juga melaporkan terdapat 120,000 orang murid sekolah rendah atau 2.2% daripada
jumlah keseluruhan pelajar sekolah tahun 2005 yang tidak dapat menguasai kemahiran 2M
iaitu membaca dan menulis. Lantaran itu, jika masalah menguasai kemahiran membaca ini
dibiarkan tanpa sebarang tindakan akan merugikan individu, keluarga, masyarakat dan
seterusnya negara. Justeru, dakwaan di atas telah menarik minat pengkaji untuk menyelidik
secara mendalam dan menjadikannya sebagai tujuan utama kajian ini.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN


Kajian ini bertujuan untuk meneroka pengaplikasian Modul Bacaan Bergred (MBB) oleh guru
pemulihan khas bagi meningkatkan penguasaan kemahiran membaca bahasa Melayu murid
tahap satu. Objektif kajian ini adalah:
1. Mengenal pasti pengaplikasian Modul Bacaan Bergred bagi meningkatkan penguasaan
kemahiran membaca Bahasa Melayu murid tahap satu.
Berdasarkan pernyataan masalah dan objektif kajian yang telah dinyatakan, kajian ini
akan merungkai jawapan bagi persoalan kajian berikut:
1. Adakah pengaplikasian Modul Bacaan Bergred dapat meningkatkan penguasaan
kemahiran membaca Bahasa Melayu murid tahap satu.

1186
METODOLOGI KAJIAN
Kajian yang dilaksanakan ini termasuk dalam kategori meneroka, membuat penemuan dan
interpretasi dan bukan untuk menguji hipotesis (Merriam, 2001). Oleh itu, reka bentuk kajian
yang digunakan adalah berbentuk kajian kes kualitatif (Yin, 2009). Pemilihan reka bentuk ini
memudahkan pengkaji untuk mengetahui fenomena dan situasi sebenar secara mendalam
(Pernecky, 2016). Dalam Pemilihan responden kajian, kajian ini menggunakan kaedah
persampelan bertujuan selaras dengan saranan Patton (2002) iaitu kaedah persampelan
bertujuan ini mampu membolehkan pengkayaan data yang dilakukan untuk mencapai
matlamat kajian. Oleh itu, Kajian ini melibatkan 3 orang responden yang terdiri daripada guru
pemulihan khas yang menggunakan MBB dalam PdP di 3 buah negeri berbeza iaitu Perak,
Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.
Kajian ini menggunakan protokol temu bual, senarai semak pemerhatian dan analisis
dokumen untuk mendapatkan data sebagai instrumen dan diadaptasi daripada kajian lepas
oleh Celinea Lasan (2018). Temu bual yang dijalankan mengikut kelapangan masa responden
dan dijalankan secara atas talian kerana mengambil kira isu Pandemik COVID-19. Seterusnya,
pemerhatian yang dibuat turut direkod dan beberapa dokumen diambil untuk dianalisis secara
mendalam seperti Rancangan Pengajaran Harian guru, hasil kerja murid, data peningkatan
murid, nota lapangan dan MBB yang digunakan sebagai sokongan dalam menganalisis data.
Bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan kajian, pengkaji menggunakan kaedah
semakan rakan, semakan responden, semakan pakar bahasa dan penyelia. Pengkaji
menggunakan triangulasi kaedah antara data temu bual dengan data analisis dokumen serta
pemerhatian. Pengkaji turut membuat triangulasi ketiga-tiga teori yang dinyatakan dan
triangulasi data antara tempat kajian. Triangulasi antara pelbagai lapangan (multisite studies)
merupakan salah satu bentuk triangulasi data yang tinggi kebolehpercayaannya (Merriam,
1998). Tujuan melakukan trangulasi data pelbagai tempat kajian agar mendapatkan ketepuan
data antara tempat (Trojan et al., 2009; Sharp et al., 2012).
Data dianalisis secara manual dan sistematik dengan mengambil kira pandangan
Krippendorff (2004) yang menjelaskan bahawa perisian daripada komputer tidak mampu
menggantikan kebolehan manusia untuk membaca, mentranskripsi dan menterjemah bahan
bertulis. Data ini diproses dan dianalisis berasaskan model interaktif Miles & Huberman (1994)
melalui tiga peringkat iaitu peringkat penapisan, persembahan, dan pengesahan data. Pada
peringkat penapisan data dipilih, diabstrak dan disintesiskan dan pada peringkat persembahan
data melibatkan proses menyusun pola, mengkodkan maklumat temu bual, menyusun tema
mengikut kesesuaiannya dengan persoalan kajian. Seterusnya, peringkat membuat
kesimpulan dan pengesahan data melibatkan penelitian data berdasarkan kategori tema untuk
melihat pola dan membuat rumusan dapatan kajian. Hal ini selaras dengan Celinea Lasan
(2016) dalam cara penganalisian data kajian membacanya (Celinea Lasan & Zamri, 2016).

1187
DAPATAN KAJIAN
Keberkesanan Pengaplikasian Modul Bacaan Bergred (MBB) Meningkatkan
Penguasaan Kemahiran Membaca Bahasa Melayu Murid Tahap satu

Berdasarkan temu bual mendalam yang menjadi tunjang kepada kajian ini, tiga tema atau
aspek akan dibincangkan iaitu (i)Kebolehcapaian Objektif Pengajaran, (ii)Penerimaan Murid
Terhadap Modul, dan (iii)Peningkatan Kemahiran Membaca.

Kebolehcapaian Objektif Pengajaran.


Hasil dapatan mendapati bahawa kandungan MBB dapat mencapai objektif pengajaran.
Kesemua responden menyatakan pola yang sama. Keratan temu bual di bawah dapat
memperlihatkan hal ini:
“Aa... ye dia membantu mencapai objektif pengajaran.”
Kod: DA/KOP1/R1TB1/B80
“Iya, betul memang dapat mencapai objektif pengajaran tercapai.”
Kod: DA/KOP1/R2TB2/B108
“Ya, dapat pastikan objektif pdp.”
Kod: DA/KOP1/R3TB3/B63
Keratan temu bual di atas dapat dirumuskan bahawa MBB ini membantu guru pemulihan khas
dalam mencapai objektif pengajaran kemahiran membaca bahasa Melayu. Semakan
triangulasi analisis dokumen (AD/RPH/R1) dan pemerhatian R1 juga menyatakan perkara
yang sama seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 dan Rajah 2.

5/5 murid mencapai objektif

Rajah 1: Dokumen Rancangan Pengajaran Harian R1 (AD/RPH/R1)

Rajah 2: Data Pemerhatian R1

1188
Dapatan juga menunjukkan bahawa MBB memberi kesan yang efektif dalam membantu
penguasaan kemahiran membaca bahasa Melayu bagi murid pemulihan khas. Hal ini jelas
diperlihatkan seperti kertan temu bual di bawah:
“Ya sangat membantu. Sangat membantu murid2 pemulihan untuk minat
membaca dan seterusnya memperkembangkan kemahiran membaca mereka.”
Kod: DA/KOP2/R1TB1/B86-B87
“Ye. Kandungan modul ni sangat bantu murid pemulihan kuasai kemahiran
membaca”
Kod: DA/KOP2/R2TB2/B120-121
“Iya. membantu murid pemulihan kuasai kemahiran membaca”
Kod: DA/KOP2/R3TB3/B70

Penerimaan Murid Terhadap Modul


“... Murid suka dan murid nampak lebih bermotivasi sebab modul bacaan bergred
ini tidak terlalu mebebankan murid2. Modul ini kebiasaanya ada gambar bewarna
boleh menarik perhatian murid untuk membaca. Ada bahan rangsangan lain. apa
yang dia baca tu berkaitan dengan gambar apa yang dia lihat.”
Kod: DA/PTM01/R1TB1/B71-B74
“.. modul bacaan bergred ini budak suka sebenarnya.”
Kod: DA/PTM01/R2TB2/B102
“…Memberangsangkan sangat bagus. Sangat membantu diorang
membatangkan suku kata.”
Kod: DA/PTM01/1R3TB3/B56-B57
Berdasarkan temu bual di atas, MBB ini diterima oleh murid secara postitif ke atas
pengaplikasianya. Murid suka terhadap penerapan MBB dalam PdP mereka dan dilihat
menimbulkan motivasi terhadap mereka. Selain itu, perhatian murid dapat ditarik melalui MBB
kerana rangsangan gambar dan teks bacaan berkaitan dengan gambar tersebut. MBB juga
didapati memberangsangkan dalam membantu murid membatangkan suku kata. Rujuk silang
dengan data pemerhatian R1 juga terdapat fenomena yang sama iaitu murid kelihatan
berminat dan dapat melibatkan diri secara aktif sepanjang PdP. Triangulasi dengan nota
lapangan (AD/NL/R1) pada Rajah 3 mendapati ada murid menyebut “yes!” kerana dapat
membaca modul ini dengan lancar dan murid ceria semasa PdP.

1189
Ada murid sebut “Yes!” bila murid
itu dapat baca modul ini dengan
lancar

Rajah 3: Nota Lapangan (AD/NL/R1)


Seterusnya, dapatan juga menunjukkan respons murid pemulihan semasa
pengaplikasian MBB. Hal ini dapat ditunjukkan seperti kerata temu bual di bawah:
“..... murid-murid menunjukan minat dan kesungguhan untuk membaca. Lebih2
lagi bila murid-murid dah mahir dan nak masuk peringkat membaca seterusnya
murid menunjukkan minat la dan kesetian untuk membaca. Sebab pada mereka
modul ini ringkas dan mudah. tidak berikan tekanan sangatlah.”
Kod: DA/PTM02/R1TB1/B90-B94
“…. kalau budak tu memang baru kita nak push dia. Maksudnya dia baru dapat
kemahiran tu. Then kita nak push dia baca, memang dia tak nak. Tapi kalau saya
kata general lah. Generalnya budak memang suka bacaan bergred. Ok.
Sebabnya, bacaan bergred ni satu dia simple and then dia perkataan berulang
kan. So sebenarnya budak tu kita dah latih, kita dah tengok dia punya kemahiran.
Then dia dah tau benda tu sekadar berulang dia suka.”
Kod: DA/PTM02/R2TB2/B124-B129
“Berminatlah. Diorang menunjukkan minat untuk membaca.”
Kod: DA/PTM02/R3TB3/B73
Temu bual di atas mendapati bahawa murid menunjukkan sifat minat, sifat kesungguhan dan
kesetian dalam aktiviti membaca dengan MBB. Sifat ini timbul kerana MBB ini ringkas, mudah
dan tidak memberikan tekanan kepada murid pemulihan. Hasil dapatan turut menjelaskan
bahawa murid suka dengan MBB kerana mudah dan mempunyai ciri-ciri perkataan yang
berulang-ulang di dalam nya. Semakan triangulasi dengan analisis dokumen (AD/MBB/R1)
(AD/MBB/R2) (AD/MBB/R3) pada Rajah 4 dan pemerhatian R1 turut menunjukkan fenomena
yang sama iaitu teks bacaan yang terkandung di dalam MBB adalah bersifat berulang-ulang.

1190
Rajah 4: Teks Bacaan MBB (AD/MBB/R3)

Peningkatan Kemahiran Membaca


Dapatan kajian juga menunjukkan pengaplikasian MBB memberi kesan kepada peningkatan
dalam penguasaan kemahiran membaca bahasa Melayu murid. Hal ini dapat dilihat seperti
keratan temu bual di bawah:

“Ye ada peningkatan. Peningkatan dari segi kelancaran dalam membaca. Aaa…
dari segi kemahiran murid-murid membaca.”
Kod: DA/PKM/R1TB1/B97-B98
“Iya. Ada peningkatan bagi penguasaan kemahiran membaca kalau guna modul
ni la.”
Kod: DA/PKM/R2TB2/B132-B133
“Iya, meningkat. Peningkatan penguasaan membaca tu memang nampaklah
lepas saya guna modul ni.”
Kod: DA/PKM/R3TB3/B76-B77
Dapatan temu bual di atas jelas menunjukkan bahawa Modul Bacaan Bergred ini berupaya
memberi kesan yang baik kepada peningkatan kemahiran membaca bahasa Melayu bagi
murid pemulihan. Data analisis dokumen (AD/PKM/R2) (AD/PKM/R3) juga menggambarkan
pola yang sama iaitu terdapat peningkatan kemahiran membaca selepas pengaplikasian MBB.
Hal ini dapat dilihat seperti di bawah:

Rajah 5: Data Peningkatan Kemahiran Membaca Murid (AD/PKM/R2)

1191
Rajah 6: Data Peningkatan Kemahiran Membaca Murid (AD/PKM/R3)

PERBINCANGAN
Pengaplikasian MBB dalam PdP dilihat mempunyai kekuatan dalam mempengaruhi
kemahiran membaca murid. Kajian mendapati bahawa MBB ini dapat mencapai objektif
pengajaran kemahiran membaca bahasa Melayu. Dapatan ini signifikan dengan kajian oleh
Tuzana (2014) yang menjelaskan bahawa langkah-langkah kecil dalam MBB dapat
memastikan objektif pengajaran yang ditetapkan tercapai. Selain itu, MBB ini juga berkesan
dalam membantu murid bagi penguasaan kemahiran membaca dan memperkembangkan
kemahiran membaca mereka. Berdasarkan dapatan kajian oleh Osman (2013) dengan
bilangan responden 112 orang (89.6%), juga mendapati bahawa pengajaran bahasa Melayu
yang menggunakan modul sebagai bahan bantu mengajar (bbm) dapat mencapai objektif
pengajaran. Dapatan kajian lepas oleh Rohaty dan Kamisah (2010) dan Juppri (2013) juga
menunjukkan penggunaan modul untuk pengajaran membaca awal di prasekolah dapat

1192
meningkatkan kemahiran membaca kanak-kanak. Hal ini jelas bahawa sesuatu PdP
kemahiran membaca yang menggunakan modul bacaan mampu memberi kesan efektif dalam
konteks membaca murid.
Seterusnya, Penerimaan murid terhadap pengaplikasian MBB adalah positif. Sifat
minat, sifat kesungguhan dan kesetian murid dalam aktiviti membaca dengan MBB tercetus.
Murid suka terhadap penerapan MBB di dalam PdP dan dilihat menimbulkan motivasi mereka
terhadap membaca. Hal ini signifikan dengan dapatan kajian Naimah (2000) terhadap murid
lembam iaitu penggunaan modul bacaan dalam PdP dapat meningkatkan minat dan motivasi
murid untuk membaca dari semasa ke semasa. Selain itu, MBB juga dapat menarik perhatian
murid kerana adanya rangsangan gambar serta teks bacaan berkaitan dengan gambar
tersebut. MBB juga didapati memberangsangkan dalam membantu murid membatangkan
suku kata. Dapatan ini bertepatan dengan dapatan kajian oleh Tuzana (2014) yang
menjelaskan gambar yang digunakan dalam modul ini adalah mengikut tajuk bacaan bagi
memudahkan dan menarik minat murid untuk membaca.
Berikutan penerimaan positif oleh murid ini, dapat dilihat bagaimana kesan terhadap
ciri yang dimiliki MBB yang ringkas, mudah, dan tidak memberikan tekanan kepada murid serta
sifat teks bacaan yang berulang-ulang. Hal ini selaras dengan pernyataan Tuzana (2014) yang
menyatakan bahawa pengulangan kosa kata dalam bacaan juga akan menguatkan dan
memudahkan hafalan murid. Setiap kosa kata yang diulang dalam bahan bacaan akan
menghasilkan ayat yang mudah, dan membentuk sebuah cerita hasil daripada perkaitan
antara kosa kata yang digunakan. Menurut Kamisah dan Rohatiah (2012), mendakwa bahawa
pembelajaran menggunakan modul intervensi membaca dapat menggalakkan interaksi murid
dalam aktiviti bacaan lisan lantas didapati terdapat perubahan dalam amalan dan budaya
minat membaca murid. Penerimaan positif oleh murid terhadap MBB ini juga dilihat
bersangkutan dengan kajian oleh Aspalaila Ramli dan Maslinda Mahmud (2006) iaitu
mendapati punca murid tidak dapat menguasai kemahiran ini disebabkan aras pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas biasa yang terlalu tinggi. Selain itu, objektif pengajaran dan
pembelajaran juga sukar dicapai berbanding dengan kebolehan dan keupayaan murid itu
sebenarnya. Justeru, modul bacaan bergred ini dapat dilihat keberkesananya kerana sifatnya
yang mudah dan tidak memberikan tekanan pada murid.
Pada waktu yang sama, MBB juga memberi kesan kepada meningkatkan penguasaan
kemahiran membaca bahasa Melayu murid. Triangulasi dengan data analisis dokumen
(AD/PKM/R2) (AD/PKM/R3) juga turut sama iaitu ada peningkatan penguasaan kemahiran
membaca bahasa Melayu murid. Peningkatan yang dinyatakan dalam dokumen ini sejajar
dengan buku panduan pemulihan khas iaitu mengukur peningkatan membaca murid mengikut
tahap kemahiran (KPM, 2019). Hal ini bertepatan dengan dapatan oleh Tuzana (2014) iaitu
beliau mengkaji keberkesanan MBB bagi murid linus tegar dan mendapati skor ujian pos

1193
meningkat daripada ujian pra selepas sesi rawatan menggunakan MBB. Di samping itu, Aliza
dan zamri (2016) juga mendapati proses pelaksanaan dan penilaian terhadap sebuah modul
berasaskan bermain bagi pembelajaran kemahiran bahasa Melayu kanak-kanak dapat juga
meningkatkan penguasaan kemahiran membaca. Jelaslah bahawa, penerapan sesebuah
modul dalam pengajaran kemahiran membaca mampu meningkatkan penguasaan kemahiran
membaca murid lantas MBB ini dilihat mempunyai keberkesanannya dalam membantu
peningkatan penguasaan kemahiran membaca bahasa Melayu murid.

IMPLIKASI DAN CADANGAN


Kajian ini diharapkan dapat membina pengetahuan guru iaitu kepentingan untuk meningkatkan
kemahiran membaca murid yang lemah dalam bacaannya dan pengetahuan pentingnya
menyediakan bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam pengajaran kemahiran
membaca seperti MBB ini. Pengetahuan dalam mengendalikan bahan itu juga penting agar
guru dapat menggunakan secara maksimum di dalam bilik darjah. Namun demikian,
pengetahuan tentang wujudnya MBB ini diharapkan pihak guru mengaplikasikannya dalam
pengajaran kemahiran membaca murid. Justeru, kajian ini diharapkan dapat menambahkan
pengetahuan guru berkaitan satu bentuk pengajaran yang berkesan.
Selain itu, sumbangan dapatan kajian ini terhadap teori kajian juga telah berjaya
memperincikan lagi teori yang diperkenalkan oleh ahli psikologi terdahulu lantas memberi
impak dengan memperluaskan skop kajian terhadap modul bacaan dan sentiasa akan
diperkembangkan dari semasa ke semasa. Oleh itu, dapatan yang berlandaskan teori dalam
kajian ini diharapkan dapat membantu pengkaji lain untuk meneroka lebih luas terhadap
fenomena ini.
Sehubungan dengan itu, dicadangkan agar guru melengkapkan diri dalam pengajaran
kemahiran membaca serta teknik penyampaian yang sesuai serta mengaplikasikan MBB ini
sebagai bahan bantu mengajar kemahiran membaca bahasa Melayu. Kajian ini juga dapat
mencadangan kepada KPM khususnya unit pemulihan khas agar satu Modul Bacaan Bergred
yang standard dan selaras dapat dibina untuk membantu proses pdp guru pemulihan menjadi
lebih efisien. Disamping itu, kajian berkaitan MBB ini masih kurang dikaji dan pengkaji
mencadangkan kajian eksperimental dalam bentuk kuantitatif untuk kajian lanjutan mengenai
keberkesanannya. Hal ini kerana, kajian eksperimental dapat melihat kesan pengaplikasian
MBB secara beza dengan kajian kualitatif. Malahan, penyelidikan secara eksperimental juga
dapat mengkaji kumpulan sebenar iaitu murid itu sendiri dengan adanya rawatan intervensi
bersama MBB. Justeru, kajian lanjutan mengenai MBB ini diharapkan dapat diteruskan agar
menjadi rujukan pada masa akan datang.

1194
KESIMPULAN
Pembelajaran kemahiran berbahasa perlulah dipandang serius lebih-lebih lagi kemahiran
membaca bahasa Melayu. Penguasaan kemahiran membaca ini merupakan titik tolak untuk
murid pemulihan khas melonjakkan pencapaian akademik dan menyediakan mereka untuk
mendepani cabaran pada masa akan datang. Oleh itu, kajian ini dapat dilihat bahawa MBB
dapat membantu murid untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca mereka.
Sementara itu, MBB juga sesuai untuk dijadikan bahan bantu mengajar kemahiran membaca
yang bermanfaat kepada pengajaran guru. Dapatan kajian juga menekankan bahawa aspek
penerimaan murid terhadap sesebuah bahan pengajaran perlu dicakna oleh guru agar
keberkesanan bahan tersebut berkesan. Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa keberkesanan
MBB terbukti dapat meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid. Ringkasnya, guru
bahasa Melayu disarankan dapat mengaplikasikan MBB kepada murid yang ingin disasarkan
lantas mengoptimumkan penggunaan bbm dalam pengajaran kemahiran membaca dalam bilik
darjah.
RUJUKAN

Abdillah Nurdin Asis. (2009). Meningkatkan Kemahiran Membaca Ayat-Ayat Yang


Mengandungi Perkataan Gabungan Tiga Suku Kata Terbuka KV + KV + KV. Koleksi
Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009. Institut Pendidikan Guru
Kampus Batu Lintang.

Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa melayu
murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu; Malay
Language Education (MyLEJ), 1 (1). pp. 1-12. ISSN ISSN: 2180-4842.

Aliza Ali. (2016). Pembangunan Dan Kebolehgunaan Modul Berasaskan Bermain Bagi
Pembelajaran Kemahiran Bahasa Melayu Kanak-Kanak Prasekolah. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ) ISSN: 2180-
4842. Vol. 6, Bil. 1 (Mei 2016): 16-29. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Aspalaila Ramli & Maslinda Mahmud. (2006). Meningkatkan Kemahiran Murid Membaca Ayat-
ayat Yang Mengandungi Perkataan Gabungan Dua Suku Kata Terbuka dan Tertutup
KV+KV. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor: Sekolah Rendah, 1-8.

Celinea Lasan & Zamri Mahamod. (2016). Amalan Pembelajaran Reciprocal Dalam Kalangan
Murid Peribumi. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship 2(2): 44-51.

Celinea Anak Lasan. (2018). Amalan Pembelajaran Kemahiran Membaca Bahasa Melayu
Dalam Kalangan Murid Bidayuh. Tesis Dr. Fal. Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Juppri Bacotang. 2013. Kesan pelaksanaan Modul Literasi Awal (MULA) terhadap kemahiran
literasi awal kanak-kanak TASKA. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2: 1-21.

Kamisah Buang & Rohatiah Mohd Majzub. (2012). Pembangunan Dan Pengujian Modul
Intervensi Membaca Bahasa Melayu Prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Kebangsaan, 1, 65 - 86. Retrieved from
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/754.

1195
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2005). Kurikulum bersepadu sekolah rendah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Buku Panduan Pemulihan Khas. Bahagian


Pendikan Khas: Unit Pemulihan Khas. Kuala Lumpur.

Krippendorff, K. (2004). Content Analysis: An Introduction to It Methodology. California: Sage


Publications.

Md. Johan, Othman and Mislan, Nora. (2007). Pengaruh Kedudukan Sekolah, Bahasa Ibunda
Dan Jantina Terhadap Tahap Kesediaan Membaca Murid Darjah Satu. Jurnal
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 12. pp. 41-49. ISSN 1394-1801.

Merriam, S. B. (2001). Qualitative Research and Case Study Applications in Education.


Revised and expanded from case study research in education. San Francisco, CA:
Jossey-Bass.

Merriam, S. B. (1998). Case Study Research in Education: A Qualitative Approach. San


Francisco, CA: Jossey-Bass.

Miles, M. B., & Huberman, M. A. (1994). An Expanded Sourcebook: Qualitative Data Analysis
(2nd ed). Thousand Oaks, CA: Sage.

Naimah Yusoff. (2000). Integrasi konsep dan makna dalam kemahiran membaca Bahasa
Melayu di kalangan pelajar lembam: Strategi teaching and learning in the 21st century.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Naimah Yusoff, Nor Hashimah Hashim & Hashim Othman. (2014). Kemahiran Bacaan Awal
Bahasa Melayu Prasekolah. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Patton, M.Q. (2002). Qualitative Research & Evaluation Methods. Ed. ke-3. London: Sage
Publications.

Pernecky, T., (2016). Epistemology and Metaphysics for Qualitative Research. London: Sage
Pulications Ltd.

Rohaty Majzub & Kamisah Buang. (2010). The Development And Testing Of Preschool
Bahasa Malaysia Reading Intervention Module Using Multimedia. Procedia Social and
Behavioral Sciences 9: 95-598.

Sharp, Julia L, Mobley, Catherine, Hammond, Cathy, et al. (2012). “A Mixed Methods Sampling
Methodology for A Multisite Case Study”. Journal of Mixed Methods Research, 6 (1), 34
54.

Trojan, Lana, Suter, Esther, Arthur, Nancy, et al. (2009). “Evaluation Framework for A Multi-
Site Practice-Based Interprofessional Education Intervention”. Journal of
Interprofessional Car e, 23 (4), 380-389.

Tuzana Mohamad. (2014). Keberkesanan Modul Bacaan Bergred Bagi Membantu Murid Linus
Tegar Dalam Kemahiran Membaca Kvkv. Sarjana Tesis. Universiti Sains Malaysia.

Yahya Othman. (2003). Aplikasi Dan Penyelidikan Dalam Pengajaran Membaca Dan Menulis
Modul Untuk EDU 5203 Program Master Sains (PBMP). Serdang: Pusat Pendidikan
Lanjutan Universiti Putra Malaysia.

1196
Yin, R. K. (2009). Case Study Research Design and Methods. Ed. Ke-4. Thousand Oaks, CA:
Sage.

Zukifli Osman. (2013). Kebolehlaksanaan dan Kebolehgunaan Modul Pengajaran Bahasa


Berlandaskan Pendekatan Holistik. PENDETA: Journal of Malay Language, Education
and Literature, 4, 202 - 230. Retrieved from
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1172.

1197
KEBERKESANAN TEKS LIRIK LAGU DALAM KEFAHAMAN TEKS
MURID TAHUN 5

Muhammad Izzat bin Mazlan


pju17_c209@ipgkbm.edu.my

Abang Saifuddin bin Abang Bohari


abangsaifuddin@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan teks lirik lagu dalam kefahaman teks murid tahun 5.
Reka bentuk kajian ini mengaplikasikan pendekatan kuantitatif dan kaedah kuasi eksperimen. Sampel
kajian ini melibatkan 60 orang murid tahun 5 di sebuah sekolah rendah di Daerah Keramat, Kuala
Lumpur. 30 orang sampel murid dipilih sebagai kumpulan rawatan yang menggunakan petikan teks lirik
lagu. Manakala 30 orang sampel murid yang lain dipilih sebagai kumpulan kawalan yang menggunakan
petikan teks biasa. Instrumen yang digunakan sebagai alat kaji selidik ialah ujian kefahaman petikan
dan bahan petikan. Sehubungan dengan itu, data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu
min, kekerapan, sisihan piawai dan statistik inferens iaitu ujian-T yang membandingkan dua kumpulan
pada pemboleh ubah bersandar (teks lirik lagu dan teks biasa). Dapatan menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan antara min pencapaian murid kedua-dua kumpulan dalam ujian pasca.
Dapatan juga membuktikan bahawa teks lirik lagu dapat meningkatkan pencapaian murid dalam
kefahaman teks. Kajian ini seterusnya memberi implikasi yang jelas terhadap pembelajaran yang lebih
menyeronokkan di samping memberi kefahaman kepada murid berkaitan apa yang dibaca.
Kata kunci: Keberkesanan, teks, lirik lagu, kefahaman, bahan bantu mengajar.

ABSTRACT
This study was conducted to study the effectiveness of song lyric text in the understanding of pupil text
year 5. The design of this study applied quantitative approaches and quasi-experimental methods. The
sample involved 60 year 5 students at a primary school in Keramat District, Kuala Lumpur. 30 sample
students were selected as a treatment group using text excerpts of song lyrics. While the other 30
sample students were selected as a control group using ordinary text citations. The instrument used as
a survey tool is a comprehension test of quotations and quotation materials. In this regard, the study
data was analyzed using descriptive statistics i.e. mean, frequency, standard deviation and inference
statistics i.e. T-test comparing two groups on dependent variables (song lyric text and plain text). The
findings showed that there were significant differences between the pupils' mean achievement in the
two groups in the post-test. The findings also prove that the lyric text of the song can improve the pupil's
achievement in the understanding of the text. This study in turn has clear implications for more enjoyable
learning as well as to give understanding to students on what to read.
Keywords: Efectiveness, text, song lyrics, understanding, teaching aids.

PENGENALAN
Manusia secara keseluruhannya menginginkan keseronokan dalam kehidupan seharian
mereka. Oleh yang demikian, maka terciptalah pelbagai bentuk keseronokan yang ada pada
hari ini antaranya ialah nyanyian, lakonan, permainan dan sebagainya. Sejarah dunia telah
menunjukkan bahawa sejak dahulu lagi manusia telah mula menggunakan muzik dalam
kehidupan mereka. Misalnya, muzik digunapakai untuk tujuan keagamaan seperti contoh bagi
upacara-upacara kepercayaan di gereja dan nyanyian syair nasihat. Namun tidak dapat

1198
dinafikan bahawa apabila perkembangan muzik ini berlaku, maka fungsi muzik itu sendiri turut
berubah menjadi suatu hiburan dan keseronokan kepada setiap masyarakat.
Dalam masa yang sama, dunia pendidikan turut tidak terkecuali untuk menggunakan
muzik sebagai bahan dalam pendidikan. Pada tahun 2011, Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) telah mencadangkan penerapan teknik didik hibur (fun learning) dalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR). Menurut Zailah (2012), antara contoh didik hibur ialah sesi
pembelajaran yang menyeronokkan dengan unsur jenaka, estetik, permainan, muzik dan
lakonan. Kepelbagaian aktiviti seperti itu mampu memupuk rasa semangat kepada murid
untuk terus belajar disamping memberi nilai tambah kepada guru untuk meneroka teknik-teknik
baharu yang sesuai diguna pakai di dalam PdPc. Perkara ini selari dengan aspirasi Standard
Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang ditetapkan oleh KPM kepada guru-guru iaitu guru
perlu mempelbagaikan gaya dan corak dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
sesuai dunia pendidikan semasa.
Gardner (1997) yang menggariskan tujuh kecerdasan pelbagai dan salah satunya ialah
aspek muzik. Kepelbagaian ini menuntut guru untuk lebih kreatif bagi membantu murid belajar
dengan cara dan gaya yang sesuai serta memenuhi minat dan kemampuan murid itu sendiri
(Salhah 2009; Roselan 2003). Namun dalam masa yang sama, guru seharusnya mengkaji
terlebih dahulu berkaitan pengetahuan sedia ada murid, sikap dan tingkahlaku mereka agar
mereka tidak berasa tersisih daripada PdPc yang dijalankan. Hal ini sejajar dengan kenyataan
Roselan (2006) iaitu pengajaran bukan sekadar melihat pelaksanaan yang sistematik dan
berkesan sahaja, akan tetapi aspek keselesaan, keseronokan, psikologi dan emosi pelajar
juga seharusnya diambil kira. Beliau mencadangkan perspektif pengajaran yang konservatif
perlu digantikan dengan perspektif yang lebih progresif, santai dan menyeronokkan serta
releven dengan dunia pendidikan semasa.
Menurut Shamsudin dan Abdul Rasid (2013), aspek seni bahasa merujuk kepada
keupayaan murid memahami, mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui
pembelajaran yang menyeronokkan melalui teknik didik hibur. Didik hibur ini sekaligus
membuka ruang kepada pendidikan bahasa untuk diterapkan secara mudah dan santai
melalui aktiviti seperti nyanyian. Shamsudin dan Abdul Rasid (2013) berpendapat lagi, bahawa
walaupun pelajar seronok, namun objektif pengajaran dan pembelajaran masih dapat dicapai
seperti yang ditetapkan oleh sukatan pelajaran. Guru perlu memainkan peranan dengan
mengawal pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) secara didik hibur ini agar isi kandungan
mata pelajaran dapat disampaikan dengan baik dan berkesan.
Golongan kanak-kanak merupakan golongan yang suka menyanyi dan bergerak.
Justeru, kanak-kanak mudah memahami sesuatu terutamanya pelajaran melalui aktiviti
nyanyian. Menurut Lestari (2012), kaedah yang kreatif dan inovatif adalah menggunakan
nyanyian kerana nyanyian adalah sebahagian daripada kehidupan kanak-kanak selain aktiviti

1199
bermain. Dalam masa yang sama beliau turut menyatakan bahawa nyanyian yang diberikan
perlu dibuat dengan gaya bahasa yang sederhana, lirik yang pendek dan sesuai dengan
perkembangan kanak-kanak kerana nyanyian mempunyai objektif yang tertentu. Setiap
pengajaran pasti mempunyai objektif yang ingin dicapai, maka guru perlu memainkan peranan
bagi memastikan murid-murid dapat mencapai objektif pengajaran disamping berseronok
dengan bahan dan teknik penyampaian yang digunakan.
Apabila dilihat dengan lebih terperinci, nyanyian yang didendangkan sudah tentu
terbina daripada seni kata lagu yang disusun indah. Manakala penyusunan sesebuah lirik lagu
itu sudah pasti menerapkan nilai dan unsur estetika. Davis (1985) menyatakan seni kata lagu
bermaksud kata-kata yang disusun dan diguna pakai dalam nyanyian mempunyai seninya
yang tersendiri sehingga diterima ramai. Menurut Lydon (2004:43) lirik lagu sangat penting
dalam sesebuah lagu bukan sekadar unsur bunyinya, namun aspek penceritaan dan makna
juga perlu diambil kira. Seni kata lagu memainkan peranan yang penting bagi penghasilan
sesebuah lagu. Dari aspek pendidikan pula, lirik lagu yang diajarkan haruslah mempunyai
perkataan yang baik dan bahasa yang indah. Menurut Yasraf Amir Piliang (2004), bahasa
puitis menghasilkan nilai estetik yang baharu. Bahasa puitis ini mampu memberikan kesan
kepada makna dalam bentuk radikal khasnya dari segi tatabahasa. Dalam pada itu, lagu
didapati membantu kanak-kanak dalam mengenali teks secara lebih berkesan berbanding
dengan pertuturan (Colwell, 1994, Register, 2001 dan Standley & Hughes, 1997). Oleh itu,
pengkaji telah terpanggil untuk mengambil inisiatif bagi mengkaji keberkesanan teks lirik lagu
terhadap kefahaman teks murid tahun 5.

PERNYATAAN MASALAH
Masalah pelajar lemah dalam bacaan dan tidak memahami kandungan yang dibaca
merupakan isu yang boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran bahasa (Yahya
Othman & Roselan Baki, 2008). Menurut Yahya (2005) tujuan membaca adalah bagi
memahami teks yang dibaca, di samping kandungan teks itu memberi makna kepada
pembaca. Manakala dalam kenyataan lain, beliau menjelaskan pula bahawa membaca
merupakan proses interaksi antara teks dengan imaginasi pembaca. Maka apabila dilihat dari
sudut pandang yang sama, dapat disimpulkan bahawa masalah memahami sesuatu teks
bacaan itu mungkin berlaku disebabkan teks bacaan itu terlalu tinggi arasnya atau teks yang
dibaca membosankan untuk dijadikan bahan bacaan.
Selain itu, antara kenyataan lain yang membawa kepada masalah yang hampir sama turut
ditemui menerusi kenyataan berkaitan rungutan para guru sekolah rendah dan menengah
yang mempersoalkan pelajar tidak boleh membaca dan memahami teks dengan berkesan
(Tamam, Zamri & Afendi, 2011). Hal ini mungkin disebabkan beberapa faktor yang menjadi
penghalang kepada peningkatan peratusan murid yang memahami sesebuah petikan.

1200
Marohaini Yusoff (1999), faktor yang mempengaruhi bacaan terbahagi kepada dua kategori
besar iaitu faktor yang ada pada diri murid atau pembaca dan faktor yang ada pada bahan
bacaan. Maka sudah terang lagi bersuluh, pada faktor kedua yang telah dinyatakan oleh beliau
jelas menunjukkan bahawa bahan bacaan sekali lagi mampu mempengaruhi kefahaman teks
seseorang pembaca. Hal ini sekali gus membuatkan pengkaji terfikir untuk menjadikan teks
lirik lagu sebagai bahan baharu yang dirasai mampu memudahkan murid memahami sesuatu
maklumat yang ingin disampaikan.
Seterusnya, terdapat satu lagi punca yang dikatakan mempengaruhi pemahaman membaca
murid iaitu keberkesanan pengajaran guru. Dalam sebuah kajian yang telah dilaksanakan oleh
Taman et. al, (2011), strategi pengajaran guru Bahasa Melayu yang tidak berkesan merupakan
salah satu faktor yang menyumbang kepada permasalahan murid tidak boleh membaca dan
memahami teks dengan berkesan. Kenyataan ini turut ditambah oleh Zamri Mahamod (2008)
yang mengatakan bahawa kebanyakan guru Bahasa Melayu mengendalikan pengajaran
bacaan dan pemahaman dengan memberi tumpuan kepada latihan menjawab soalan semata-
mata. Perlaksanaan pengajaran yang hanya sekadar meminta murid membaca petikan dan
bersoal jawab berkaitan teks bacaan sudah tentu membuatkan murid merasa cepat bosan dan
tidak menyeronokkan. Sehubungan dengan itu, kajian ini ingin mengkaji sejauh mana
keberkesanan teknik didik hibur menggunakan teks lirik lagu dapat difahami dengan berkesan
oleh murid tahun 5 dalam aspek kefahaman teks.
Dalam satu kenyataan lain, Tiong Leh Ling & Zaidatun Tasir (2010) mendakwa bahawa
pendekatan pembelajaran menerusi lagu dan muzik dalam pengajaran dan pembelajaran
kemahiran membaca didapati amat berkesan. Oleh itu, guru perlu mengetahui apakah teknik
yang sesuai diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, kenyataan
ini juga turut disokong melalui kajian yang dilakukan oleh Khuan Wai Bing dan Omar Abdul
Kareem (2005) yang mendapati bahawa nyanyian dapat dijadikan sebagai satu alat untuk
pengkayaan otak yang boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu untuk menarik minat
murid, pembawa perkataan dan membantu pemikir otak. Maka kajian ini secara tidak langsung
ingin menilai keupayaan teknik nyanyian sebagai aktiviti yang mampu memberi keberkesanan
kepada murid untuk memahami sesuatu kefahaman teks menggunakan teks lirik lagu.

OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti kesan teks lirik lagu dan petikan biasa dalam kefahaman teks murid tahun
5.
SOALAN KAJIAN
1. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap pencapaian murid yang
menggunakan teks lirik lagu dengan murid yang menggunakan petikan biasa dalam
kefahaman teks murid tahun 5.

1201
HIPOTESIS KAJIAN
Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara teks lirik lagu dengan petikan biasa
dalam kefahaman teks murid tahun 5.

METADOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif bagi mengkaji keberkesanan teks lirik lagu
dalam kefahaman teks murid tahun 5. Menurut Ghazali Darusalam & Sufean Husin (2018),
penyelidikan kuantitatif adalah suatu proses kajian untuk menghasilkan sesuatu laporan ilmiah
bagi menyelesaikan masalah mengikut disiplin-disiplin tertentu. Menurut beliau lagi,
penyelidikan kuantitatif adalah satu bentuk kajian yang menggunakan statistik serta bersifat
numerikal dengan parameter yang boleh diukur. Seterusnya bagi reka bentuk kajian, pengkaji
menggunakan kaedah kuasi eksperimen yang melibatkan dua buah kumpulan iaitu kumpulan
rawatan dan kawalan bagi ujian pra dan ujian pasca. Kaedah ini diterjemahkan ke dalam kajian
setelah pengkaji menemui suatu kenyataan daripada Lee Keok Cheong, Zakri Abdullah, &
Chua Lay Nee (2018) yang menyatakan bahawa reka bentuk kajian kuasi eksperimental ini
adalah reka bentuk membandingkan antara dua buah kumpulan yang terbaik iaitu kumpulan
kawalan dan rawatan.
Dalam kajian ini, populasi kajian terdiri daripada murid tahun lima di sebuah sekolah
rendah di zon Keramat, Kuala Lumpur. Populasi ini dipilih bagi memudahkan pengkaji untuk
menjalankan kajian. Hal ini demikian kerana, pengkaji merupakan guru praktikum di sekolah
tersebut dan ini akan menjimatkan masa di samping memudahkan pengkaji berhubung
dengan pihak-pihak yang terlibat seperti peserta kajian, guru dan pihak pentadbiran sekolah.
Perkara ini dikukuhkan dengan kenyataan daripada Daniel (2011) iaitu tempoh masa, lokasi
yang hampir dan faktor lain seperti kewangan, kekangan masa, kakitangan, autoriti,
kemudahan, sumber informasi serta kelengkapan perlu diambil kira dalam menentukan
populasi. Seterusnya, berdasarkan jumlah populasi tersebut, pengkaji akan membuat
pengiraan saiz sampel dengan menggunakan perisian Sample Size Calculator oleh Raosoft
Inc. Hal ini kerana pengkaji telah mengambil kira saranan daripada Bartlett, Kotrlik dan Higgins
(2001) yang mendakwa bahawa pengiraan saiz sampel yang mengambil kira ralat
persampelan dan paras keertian akan memperoleh saiz sampel yang lebih tepat.
Kaedah persampelan yang akan digunakan adalah kaedah persampelan secara
berkelompok. Menurut Parmit Singh et.al (2010), persampelan berkelompok merujuk kepada
pemilihan kumpulan secara rawak dan bukannya individu. Maka, berdasarkan kaedah
pengiraan saiz sampel dan kaedah persampelan yang digunakan, dua daripada tiga buah
kelompok kelas tahun 5 telah dipilih sebagai sampel kajian. Sampel ini juga telah ditapis
berdasarkan markah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bahasa Melayu Tahun 5. Jumlah
keseluruhan bagi tiga kelompok kelas tersebut ialah seramai 70 orang. Oleh itu, apabila

1202
menggunakan perisian Sample Size Calculator oleh Raosoft Inc, hanya 60 orang sampel
kajian sahaja yang diambil sebagai saiz sampel. Kemudian, 60 orang sampel kajian ini akan
dipecahkan kepada dua kelompok kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.
Kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan teks lirik lagu dalam kefahaman teks murid
tahun 5. Justeru itu, bagi menilai keberkesanan tersebut, pengkaji telah menyediakan
beberapa instrumen kajian yang memudahkan proses pelaksanaan kajian iaitu dengan
menggunakan bahan petikan teks lirik lagu dan petikan teks biasa. Seterusnya melalui petikan
tersebut, pengkaji menilai kefahaman sampel kajian menggunakan soalan ujian kefahaman.
Instrumen-instrumen tersebut kemudiannya akan melalui proses kesahan dan
kebolehpercayaan agar pembinaannya selari dan sesuai digunakan kepada sampel kajian.
Menurut Azizi & Mohd Isha (2016) instrumen kajian merujuk kepada alat yang digunakan untuk
mengumpul data bagi sesuatu kajian. Oleh itu, instrumen kajian ini sememangnya penting bagi
mendapatkan maklumat yang diperlukan oleh pengkaji bagi menjawab persoalan kajian.
Setelah itu, kajian rintis telah dijalankan bagi memastikan kebolehpercayaan instrumen yang
digunakan. Kajian rintis bertujuan mendapatkan pengesahan kepada tahap kebolehpercayaan
instrumen kajian (T-Test) yang dijalankan supaya hasil dapatan adalah sah dan boleh
dipercayai (Merriam, 2001). Maka, pengkaji telah melaksanakan ujian rintis selama 2 minggu
di sebuah sekolah di zon Keramat. Pengkaji telah menguji instrumen ujian yang dibina kepada
30 orang sampel kajian rintis. Hal ini kerana menurut Johanson dan Brooks (2010), beliau
mencadangkan minimum bilangan sampel bagi kajian rintis yang dipilih adalah seramai 30
orang sahaja.
Di samping itu, bagi penganalisian data kajian, pengkaji telah menggunakan perisian
Statistical Package for Social Science’ (SPSS) 25.0. Ananda (2007) berpendapat bahawa
SPSS merupakan satu perisian penganalisisan data yang canggih dan mudah digunakan
khususnya bidang sains sosial dan pendidikan. Analisis yang dilaksanakan oleh pengkaji
adalah secara deskriptif dan inferensi. Dalam konteks kajian ini, pengkaji mula menganalisis
data setelah mengumpulkan markah sampel kajian pada ujian pra. Kemudian, data dikumpul
bagi melihat markah sampel kajian bagi ujian pasca. Ujian pra dan pasca bagi kedua-dua
kumpulan kemudiannya dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif telah
digunakan untuk memperoleh kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Manakala,
statistik inferensi seperti ujian-T juga digunakan menguji hipotesis kajian tentang perbezaan
pencapaian murid berdasarkan kaedah pembelajaran yang telah digunakan (Nik Zarini dan
Salmiza, 2012).

1203
DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Pengkaji menganalisis hasil dapatan yang berbentuk analisis statistik deskriptif untuk
menjawab soalan kajian ini. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan teks lirik
lagu dalam meningkatkan kefahaman teks murid tahun 5 sekolah rendah. Sehubungan itu,
analisis deskriptif yang menggunakan skor min dan sisihan piawai adalah lebih relevan dalam
analisis dapatan kajian ini. Hal ini kerana analisis deskriptif lebih sesuai digunakan agar
pengkaji mendapat maklumat secara holitik, terperinci dan tepat selaras dengan objektif kajian
ini. Di samping itu, untuk menganalisis keberkesanan sesuatu bahan, skor min diukur
berdasarkan Jadual 4.3 pengukuran skor min dan interpretasi oleh Pallant (2007). Beliau
berpendapat lagi, skor min tiga tahap ini adalah lebih sesuai dan lebih mudah untuk melihat
perbezaan tahap.

Skor min Interpretasi


1.00 - 2.33 Rendah
2.34 - 3.66 Sederhana
3.67 - 5.00 Tinggi
Sumber: Pallant (2007)
Perbezaan pencapaian skor min bagi kefahaman teks murid tahun 5 di antara
kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan diukur menggunakan petikan teks lirik lagu dan
petikan teks biasa. Pengujian hipotesis dilaksanakan dengan membuat ujian-T ke atas markah
pencapaian kumpulan rawatan dan markah pencapaian kumpulan kawalan pada ujian pra dan
pasca. Analisis yang dilakukan adalah menjurus kepada soalan dan hipotesis kajian yang telah
dikemukan. Soalan dan hipotesis kajian ini ialah seperti berikut:
Soalan Kajian: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap penguasaan murid
yang menggunakan petikan teks lirik lagu dengan murid yang menggunakan petikan biasa
dalam kefahaman teks murid tahun 5.
Hipotesis Kajian: Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara teks lirik lagu dengan
petikan biasa dalam kefahaman teks murid tahun 5.
Maka, berdasarkan hipotesis kajian ini, pengkaji menggunakan tiga cara analisis deskriptif dan
inferensi untuk menentukan keputusan dapatan kajian seperti berikut:

Jadual 1
Ujian-T Perbezaan Min Skor Ujian Pra dengan Ujian Pasca bagi Kumpulan Rawatan
Ujian N Min Sisihan t Signifikan
Piawai
Pra-Rawatan 30 5.33 2.023 -14.292 0.00
Pasca-Rawatan 30 8.93 1.081

1204
Berdasarkan Jadual 1 keputusan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang berlaku di
antara min skor ujian pra dan min skor ujian pasca bagi kumpulan rawatan. Hal ini dapat dilihat
daripada nilai signifikan yang diperolehi iaitu 0.00. Secara teknikalnya, 0.00 merupakan nilai
yang berada di bawah .050 iaitu signifikan yang sebenar. Hal ini menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan antara min skor ujian pra dengan min skor ujian pasca selepas
murid daripada kumpulan rawatan menjalani intervensi menggunakan teks lirik lagu dalam
meningkatkan kefahaman teks murid tahun lima. Oleh itu, teks lirik lagu sememangnya mampu
meningkatkan kefahaman teks murid tahun lima berdasarkan keputusan analisis dapatan
kajian.

Jadual 2
Ujian-T Perbezaan Min Skor Ujian Pra dengan Ujian Pasca bagi Kumpulan Kawalan
Ujian N Min Sisihan t Signifikan
Piawai
Pra-Kawalan 30 6.23 2.967 -6.732 0.00
Pasca-Kawalan 30 9.20 .925

Jadual 2 menunjukkan hasil ujian-T untuk mengenalpasti perbezaan min skor ujian pra dengan
min skor ujian pasca bagi kumpulan kawalan. Berdasarkan jadual tersebut, pengkaji
mendapati bahawa nilai t adalah sebanyak -6.732 dengan nilai signifikan (2-tailed) yang
diperolehi adalah sebanyak 0.00. Nilai signifikan di bawah nilai .050 berdasarkan hasil dapatan
analisis kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi min skor
pencapaian ujian pra dengan min skor ujian pasca bagi kumpulan kawalan selepas menjalani
intervensi menggunakan petikan biasa.
Oleh itu, pengkaji mendapati bahawa berdasarkan keputusan daripada hasil kajian
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan berlaku antara min skor ujian pra dengan
min skor ujian pasca bagi kumpulan kawalan yang menggunakan petikan biasa dalam
meningkatkan kefahaman teks murid tahun lima. Hal ini menunjukkan petikan biasa juga
berkesan dalam membantu meningkatkan kefahaman teks murid tahun lima sebagaimana
teks lirik lagu yang digunakan dalam kumpulan rawatan. Oleh itu, berdasarkan hasil keputusan
kedua-dua cara analisis dapatan di atas, satu analisis kemudiannya dilakukan bagi
menentukan keberkesanan yang lebih efektif di antara petikan teks lirik lagu atau petikan biasa
dalam meningkatkan kefahaman teks murid tahun lima.

1205
Jadual 3
Ujian-T Perbezaan Min Skor Ujian Pasca Kumpulan Rawatan dengan Min Skor Ujian Pasca
Kumpulan Kawalan
Ujian N Min Sisihan Piawai Signifikan
Pasca-Rawatan 30 13.36 1.081 .261
Pasca-Kawalan 30 8.40 .925

Jadual 3 menunjukkan ujian-T yang menguji perbezaan pemboleh ubah min skor ujian pasca
bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Berdasarkan jadual tersebut, pengkaji
mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan nilai t pada kedua-dua bahan. Oleh hal yang
demikian, kedua-dua bahan tersebut didapati berkesan dalam meningkatkan kefahaman teks
murid. Namun, kajian ini bertujuan mengenal pasti keberkesanan bahan yang lebih berkesan
di antara petikan teks lirik lagu dan petikan teks biasa. Pada masa yang sama, pengkaji
mendapati nilai min bagi ujian pasca kumpulan rawatan ialah 13.36, menunjukkan nilai yang
lebih tinggi berbanding nilai min ujian pasca bagi kumpulan kawalan iaitu 8.40. Perbezaan nilai
min yang tinggi antara kedua-dua kumpulan menunjukkan terdapatnya perbezaan yang
berlaku bagi murid yang menggunakan petikan teks lirik lagu dengan murid yang
menggunakan petikan teks biasa. Maka hasil dapatan sekaligus menunjukkan bahawa petikan
teks lirik lagu adalah lebih berkesan berbanding petikan teks biasa iaitu dalam meningkatkan
kefahaman teks murid tahun 5. Oleh itu, berdasarkan hasil analisis dapatan kajian
menunjukkan bahawa hipotesis nul bagi kajian ini adalah ditolak.
Analisis data mendapati hasil dapatan menunjukkan pencapaian skor min yang lebih
tinggi bagi pasca ujian kumpulan rawatan. Ujian statistik yang menggunakan ujian-T untuk
sampel-sampel bebas (Independent Samples T-Test) bagi ujian kefahaman teks bagi murid-
murid tahun lima bagi kumpulan rawatan adalah signifikan. Kesimpulannya, pengkaji
mendapati bahawa hasil daripada analisis deskriptif dan inferensi yang dijalankan oleh
kumpulan rawatan dengan menggunakan petikan teks lirik lagu sebagai bahan bantu mengajar
dalam pengajaran dan pembelajaran bagi kefahaman teks menunjukkan skor min yang tinggi
berbanding kumpulan kawalan. Hal ini jelas membuktikan bahawa penggunaan petikan lirik
lagu sememangnya lebih berkesan berbanding petikan teks biasa dalam meningkatkan
kefahaman teks murid khusunya murid tahun 5.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Berdasarkan kajian ini, soalan yang dikemukan oleh pengkaji pada awal kajiannya ialah
adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap pencapaian murid yang menggunakan
petikan teks lirik lagu dengan murid yang menggunakan petikan biasa dalam kefahaman teks

1206
murid tahun 5. Persoalan tersebut telah pun terjawab berdasarkan proses-proses data yang
diambil oleh pengkaji sepanjang menjalankan kajian. Secara keseluruhan, dapatan kajian
menunjukkan bahawa pencapaian murid apabila menggunakan petikan teks lirik lagu sangat
memberangsangkan berbanding menggunakan petikan teks biasa. Hal ini disebabkan
beberapa faktor yang mempengaruhi kefahaman teks murid antaranya ialah bahan bacaan itu
sendiri dan teknik dan kaedah pengajaran guru.
Pertama faktor bahan bacaan yang digunakan bagi menilai tahap pencapaian
kefahaman teks murid. Keberkesanan kefahaman teks dipengaruhi oleh bahan bacaan. Hal
ini demikian kerana, sekirannya murid membaca sesuatu petikan, mereka sudah pasti
menginginkan sesuatu yang dapat menarik minat mereka untuk terus membaca. Menurut Hj.
Ab. Fatah (1990) kebiasaannya maklumat yang boleh menimbulkan emosi seronok dan
menarik, lebih mudah menarik perhatian daripada meklumat yang tidak menyeronokkan.
Perkara ini turut dibuktikan melalui kajian lepas yang menunjukkan bahawa lagu dapat
membantu pelajar mengenali teks secara lebih berkesan berbanding pertuturan.
Faktor kedua tersebut ialah teknik dan kaedah pengajaran guru ketika menggunakan
bahan bantu mengajar seperti petikan teks lirik lagu. Dalam kajian yang dijalankan oleh Taman
Timbang et al. (2011), kaedah pengajaran guru Bahasa Melayu yang tidak berkesan
merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada permasalahan pelajar tidak boleh
membaca dan memahami dengan berkesan. Di samping itu, pemahaman membaca juga
sering dipengaruhi oleh faktor keberkesanan pengajaran guru (Yahya Othman, 2005).
Kebanyakan guru bahasa Melayu mengendalikan pengajaran bacaan dan pemahaman
dengan memberi tumpuan kepada latihan menjawab soalan semata-mata (Zamri Mahamod,
2008). Guru sekadar meminta pelajar membaca petikan dan bersoal jawab berkaitan teks
bacaan. Dalam hal ini, proses pengajaran pemahaman teks bacaan tidak dijalankan dengan
berkesan. Justeru itu, pengkaji mengambil inisiatif menggunakan kaedah nyanyian
berpandukan teknik lirik lagu (Teklila) di dalam kajian ini. Ternyata teknik ini sememangnya
berkesan seterusnya meningkatkan kefahaman teks murid.
Maka, hasil daripada penyelidikan yang dilaksanakan ini menunjukkan bahawa
petikan teks lirik lagu dapat meningkatkan tahap pencapaian murid khususnya dalam
kefahaman teks. Selain itu, penggunaan petikan teks lirik lagu ini juga berupaya memberi
kesan-kesan yang baik kepada murid dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya
mewujudkan persekitaran kelas yang seronok dan ceria di samping memudahkan murid untuk
mengingat apa yang dipelajari. Maka, kajian kali ini yang berobjektifkan keberkesanan teks
lirik lagu dan petikan biasa dalam kefahaman teks murid tahun 5 sangat memberi kesan dalam
bidang penyelidikan pendidikan seterusnya memberi motivasi kepada guru untuk
mengaplikasikan bahan tersebut ke dalam PdP.

1207
Implikasinya, kajian ini berupaya memberi pengetahuan berkaitan keberkesanan teks
lirik lagu dalam kefahaman teks kepada beberapa pihak seperti guru. Penggunaan bahan
bantu mengajar yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting
bagi meningkatkan penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran bahasa. Maka,
kebijaksanaan guru dalam mengendalikan sesuatu bahan bantu mengajar amatlah penting
bagi memberi impak yang positif kepada kefahaman murid khususnya dalam kemahiran
membaca. Menurut Hj. Mohd Ali (1994), perubahan paradigma dalam sistem pendidikan
menuntut dan menggesa kaum guru membuat perubahan dimana salah satu elemen penting
dalam perubahan tersebut ialah kreativiti. Oleh itu, kajian ini diharapkan agar memberi ilmu
dan pengetahuan kepada guru untuk terus membuat pembaharuan dalam pengajaran
seterusnya menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai bagi mencapai objektif
pengajaran. Maka, dapat dirumuskan bahawa kajian ini sememangnya dapat mengisi
kelompongan dalam aspek pengetahuan.
Sehubungan dengan itu, kajian turut memberi cadangan kepada guru agar dapat
bertindak dan merancang pengajaran mereka untuk mempertingkatkan pencapaian dan
keupayaan murid dalam kemahiran memahami bahan bacaan. Sikap guru yang positif ini
sangat penting kerana guru merupakan perancang, pengurus, penilai dan fasilitator bagi
memudahkan proses pembelajaran murid di dalam bilik darjah (Owing, Azhar & Shamsudin,
2018). Hal ini kerana dalam masa yang sama guru juga boleh memperbaiki mutu pengajaran
di samping memperkemaskan ilmu pedagogi mereka dalam pengajaran sekaligus menjadikan
profesionalisme keguruan mereka bertambah baik dari semasa ke semasa. Selain itu,
cadangan pengkaji kepada guru juga adalah supaya guru-guru bahasa Melayu ini
mempelbagaikan teknik dan bahan kepada murid. Misalnya kajian ini tertumpu kepada teknik
didik hibur serta bahan yang difokuskan adalah bahan petikan teks lirik lagu.

RUJUKAN

Azizi & Mohd Isha. (2016). Kajian jatidiri dan tekanan isu sosio-emosi dalam kalangan pelajar
pintar dan berbakat. Jurnal Psikologi Malaysia, 42-60.

Ananda. (2007). SPSS untuk penyelidikan pendidikan. Puchong, Selangor: Scholarpress.

Bartlett, Kotrlik & Higgins, C.C. (2001). Organizational Research: Determining Appropriate
Sample Size in Survey Research. Information Technology, Learning, and Performance
Journal, 43-50.

Colwell, R., Hewitt, M., & Fonder, M. (1994). The Teaching of Instrumental Music.

Daniel. (2011). Thinking, fast and slow. New York : New York Times.

Davis, F. (1985). In the moment: Jazz in the 1980s. New York: Oxford University Press.

1208
Gardner, H. (1997). Extraordinary minds: Portraits of exceptional individuals and an
examination of our extraordinariness. New York: Basic Books.

Ghazali Darusalam & Sufean Husin. (2018). Methodologi Penyelidikan Dalam pendidikan:
Amalan dan Analisis Kajian. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Johanson, G.A. & Brooks, G.P. 2010. Initial scale development: sample size for pilot studies.
Educational And Psychological Measurement 70(3): 394-400

Khuan Wai Bing & Omar Abdul Kareem. (2005). Teacher capacity building in teaching and
learning: The changing role of school leadership. In International Management
Education Conference 2010 (iMEC 2010) (pp. 64-70). Melaka: Universiti Pendidikan
Sultan Idris.

Lestari. (2012). Nyanyian Sebagai Metode Pendidikan Karakter Pada Anak. Prosiding Seminar
Nasional PsikologiIslami, (pp. 131-136). Surakarta.

Lee Keok Cheong, Zakri Abdullah, & Chua Lay Nee. (2018). Penyelidikan dalam pendidikan.
Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Lydon, M. (2004). Songwriting success: How to write songs for fun and (maybe) profit. New
York: Routledge.

Marohaini Yusoff. (1999). Strategi pengajaran bacaan dan kefahaman: ke arah kemantapan
pembelajaran di sekolah menengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Merriam, S.B. (2001). Qualitative research and case study applications in education. San
Francisco: Jossey-Bass Publishers.

Nik Kar, Nik Zarini and Saleh, Salmiza (2012) Kesan Pendekatan Inkuiri Penemuan Terhadap
Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kimia. The Asia Pacific Journal of
Educators and Education.

Pallant. (2007). SPSS survival manual: A step-by-step guide to data analysis using SPSS for
Windows. Buckingham: Open University Press.

Parmjit Singh, Arba Abdul Rahman & Teoh Sian Hoon. (2010). The newman procedure for
analyzing primary four pupils errors on written mathematical tasks: A Malaysian
perspective. Procedia-Social and Behavioral Sciences (pp. 264-271). Elsevier.

Roselan Baki. (2003). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam:
Karisma Publications.

Roselan Baki. (2006). Kualiti Pengajaran: Menggantikan Pendekatan Serius dengan


Pendekatan Santai. Seminar dan Bengkel Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan. 16
September. Hotel Marriortt Putrajaya.

Salhah, A. (2009). Kecerdasan pelbagai: Aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala
Lumpur: PTS Professional Publishing.

Shamsudin Othman & Abdul Rasid Jamian. (2013). Pelaksanaan Elemen Sastera Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Seni Bahasa Kurikulum Standard Sekolah Rendah.
Jurnal Bahasa

Standley & Hughes. (1997). Does Music Instruction Help Children Learn to Read? Evidence of
a Meta-Analysis. Update: Applications of Research in Music Education, 27, 1, 17

1209
Tamam, Zamri & Afendi. (2011). Faktor dan Kesan Masalah Membaca dalam Kalangan Murid
Sekolah Rendah Kerajaan di Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,
12-15.

Tiong Leh Ling & Zaidatun Tasir . (2010). Pendekatan pembelajaran kemahiran membaca
menerusi lagu dan muzik berasaskan komputer bagi murid tahun satu. Jurnal
Pendidikan Bahasa, 60-87.

Yasraf Amir Piliang. (2004). Semiotika Teks: Sebuah Pendekatan Analisis Teks. Fikom
Unisba

Yahya. (2005). Trend dalam pengajaran Bahasa Melayu. Bentong: PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

Yahya Othman, Ghazali Mustapha, Roselan Baki & Shamsuddin Ahmad. (2008). Proses
pemahaman daripada perspektif metakognitif dalam kalangan pelajar universiti.
Pertanika Journal of Social Science and Humanities. Vol. 16(2), 213-223.

Zailah Zainudin. (2012). Didik Hibur. IPG Kampus Raja Melewar dilayari pada 15 Disember
2020 dari laman web: http://kssr.bpk.my/berita/didik_hibur

Zamri Mahamod. (2008). Perkembangan bahasa dan perubahan tingkah laku sosial kanak-
kanak prasekolah. Jurnal Bahasa, 8 (1): 160-203.

Owing, Ji Seng and Md. Sabil, Azhar and Othman, Shamsudin . (2018). Tahap pengetahuan
dan sikap guru terhadap pendekatan didik hibur dalam pengajaran Bahasa Melayu.
Journal of Education and Training, 1-9.

1210
TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA MURID TAHUN 3 DI SEKOLAH LUAR
BANDAR

Muhammad Nur Arif Shafiq bin Mohd Nor Hisham


nur09-916@epembelajaran.edu.my

Masywawi bin Mohd Noor


masywawi@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kemahiran membaca merupakan kemahiran asas bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah rendah.
Hal ini amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Oleh
hal yang demikian, kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap penguasaan kemahiran membaca murid
Tahun 3 di sekolah luar bandar. Responden kajian terdiri daripada 30 orang murid di sebuah sekolah
kebangsaan Tahun 3 di luar bandar di Manjung, Perak. Kajian ini adalah berbentuk tinjuan dengan
menggunakan borang soal selidik yang mengandungi maklumat demografi responden dan Ujian Linus
yang mempunyai 13 item. Sehubungan itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat masalah
dalam diri murid untuk menguasai kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu. Dapatan kajian dalam
masalah kemahiran membaca menunjukkan bahawa tahap penguasaan kemahiran membaca murid
Tahun 3 di sekolah luar bandar (min=4.42); (sp= .997). Kesimpulannya, bagi mengatasi masalah ini
pihak yang berkenaan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia perlu meningkatkan program NILAM
dan guru disarankan untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran pedagogi terutama dalam penguasaan
kemahiran membaca.
Kata kunci: Kemahiran membaca, LINUS, murid-murid sekolah, sekolah kebangsaan luar bandar

ABSTRACT
Reading skills are basic Malay language skills for primary school students. This is very important for
them to achieve greater success in the future. Therefore, this study aims to review the level of reading
skills of Year 3 pupils in rural schools. Respondents of the study consisted of 30 students at a Year 3
national school in rural Manjung, Perak. This study is in the form of boxing using questionnaire which
contains demographic information of respondents and Linus Test which has 13 items. Accordingly, the
findings showed that there is a problem in the students to master their reading skills in Bahasa Melayu.
The study findings on reading skills problems showed that the level of reading proficiency of Year 3
pupils in rural schools (min=4.42); (sp= .997). In conclusion, in order to overcome this problem, the
Ministry of Education malaysia needs to improve nilam programmes and teachers are advised to
improve pedagogical knowledge and skills especially in the mastery of reading skills.
Keywords: Reading skills, LINUS, schoolchildren, rural national schools

PENGENALAN
Membaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan asas pembentukan diri ke arah
memperoleh ilmu pengetahuan. Tujuan membaca bagi memahami teks yang dibaca dan
kandungan teks memberi makna kepada pembaca (Yahya, 2005). Keupayaan membaca
merupakan suatu kemahiran yang amat bernilai dan merupakan proses yang dinamik, iaitu
memerlukan komunikasi yang aktif dan bermakna antara pembaca dengan penulis.

1211
Murid yang mahir dalam kemahiran mendengar dan bertutur tidak semestinya mahir
dalam kemahiran membaca. Tetapi kemahiran membaca adalah perkara yang boleh murid-
murid memahami isi-isi pembacaan dalam teks ataupun artikel. Berbeza pula murid-murid
yang berada di sekolah bandar dan di sekolah luar bandar. Sekolah mereka berbeza dengan
kelengkapan yang memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Mahupun sekolah di
pedalaman murid-murid yang kurang terdedah dengan dunia luar mungkin akan memberi
kesan kepada kemahiran ini.

Berdasarkan Buku Panduan Am Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (Kementerian


Pendidikan Malaysia 2003), bahawa setiap murid adalah berbeza antara satu sama lain sama
ada dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, bakat dan kebolehan. Oleh yang demikian,
guru seharusnya memahami keperluan konsep pemulihan di dalam bilik darjah bagi mengatasi
permasalahan menguasai kemahiran membaca dalam kalangan murid sekolah kebangsaan
di luar bandar. Pelbagai usaha telah dan akan dijalankan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia bersama Jabatan Pelajaran Negeri dengan Pejabat Pelajaran Daerah bagi merangka
program kecemerlangan murid contohnya Kelas Intervensi Awalan Membaca dan Menulis
(KIA2M), Program Literasi dan Numerasi (LINUS), dan Program Bimbingan Membaca dan
Menulis (PROBIM). Melalui program-program yang dirancang diharapkan dapat membantu
serta memenuhi keperluan murid-murid ini. Program pemulihan merupakan satu pendekatan
bagi mengatasi murid-murid yang mengalami kelemahan kemahiran yang tertentu. Perhatian
guru yang serius dalam memenuhi tuntutan murid ini dapat membantu mengembangkan
potensi dan meningkatkan keyakinan murid tersebut untuk bersaing dengan rakan mereka
yang cerdas.

Dalam usaha mempertingkat kemahiran membaca murid-murid ini, guru mempunyai


peranan yang besar. Menurut Roselan (2003), kemahiran membaca merupakan kemahiran
asas yang amat penting dan perlu ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Guru sebagai pelaksana kurikulum perlu mengambil berat tentang objektif
kurikulum yang digubal bagi membolehkan hasrat kerajaan tercapai. Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) telah melancarkan projek untuk meninjau keperluan pengajaran pemulihan,
iaitu melalui Program KIA2M (Kelas Intervensi Awalan Membaca dan Menulis) mengesahkan
bahawa keperluan pengajaran pemulihan amat diperlukan. Justeru, Bahagian Sekolah-
Sekolah KPM telah merangka program pengajaran pemulihan di sekolah rendah bagi
memenuhi keperluan murid-murid lembam ini (Abdul Rasid dan Zulkafli 2008). Namun
sekarang program ini diberi perubahan tetapi matlamat yang sama, iaitu Program Literasi dan
Numerasi (LINUS) yang telah dicadangkan oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri merangkap
Menteri Pelajaran pada 15 Januari 2010. Program ini memberi penekanan kepada literasi

1212
Bahasa Melayu, iaitu lisan, bacaan dan tulisan serta ditambah dengan kemahiran asas kiraan
serta memahami idea matematik yang mudah.

PERNYATAAN MASALAH
Murid-murid sekolah kebangsaan merupakan aset negara pada masa hadapan bagi
meneruskan kesinambungan bangsa dalam memajukan negara menjelang Wawasan
Kemakmuran Bersama 2030. Walau bagaimanapun, wujudnya jurang pemisah dalam
membangunkan generasi kecerdasan serta perbezaan individu murid menjadikan pendidikan
pemulihan sebagai pilihan dalam membantu mereka agar berjaya mencapai matlamat
kehidupan dan kejayaan sistem pendidikan di negara ini.

Permasalahan utama yang melihat kajian ini dijalankan seperti fenomena pelajar tidak
boleh menguasai kemahiran membaca yang masih menjadi isu dan perbualan masyarakat.
Fenomena ini dapat dilihat berdasarkan keputusan murid dalam peperiksaan awam yang
memperlihatkan masih ramai murid yang gagal dalam subjek Bahasa Melayu. Penguasaan
membaca yang lemah akan mencari perhatian prestasi murid dalam semua mata pelajaran.
Hasil Ujian Pencapaian KIA2M pada bulan Januari 2008, peratusan dan bilangan murid-murid
Tahun 1 sekolah kebangsaan yang tidak dapat menguasai membaca, menulis dan mengira di
Sabah sebanyak 65.5% atau 28 700 orang daripada jumlah keseluruhan seramai 43 817 orang
(Chua Soon Bui , 2008).

Seterusnya, masih ramai calon yang mendapat keputusan yang rendah atau gagal
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat UPSR sama ada di SK ataupun SJK.
Keputusan UPSR pada tahun 2011 yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia, Dato 'Sri Abd Ghafar Mahmud pada 17 November 2011 menunjukkan seramai 497
691 orang murid telah mendaftar sebagai calon UPSR. Jumlah ini merangkumi 489 101 orang
murid atau 98.3% calon Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia dan 8 590 orang murid atau
1.7% calon sekolah swasta. Analisis prestasi dan pencapaian UPSR bagi subjek Bahasa
Melayu di SK bagi tahun 2010 dan 2011 menunjukkan jumlah peratusan calon yang mendapat
keputusan Gred D sebanyak 3.7% atau 13 757 orang dan Gred E sebanyak 2.2 peratus atau
8 180 orang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu-Pemahaman. Bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu-Penulisan, peratusan calon yang mendapat Gred D sebanyak 6.9% atau 25 652 orang,
manakala Gred E sebanyak 6.2% atau 23 050 orang (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2011).

Permasalahan kedua ialah penguasaan bahasa kanak-kanak kadang kala berbeza


walaupun pada usia yang sama. Kemungkinan hal ini berlaku disebabkan oleh faktor-faktor
tertentu. Prestasi yang baik secara langsung tidak akan membantu penguasaan murid-murid.

1213
Bantuan yang diberikan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran serta bahan
bantu mengajar yang bersesuaian dapat membantu murid-murid menguasai asas membaca
pada peringkat awal pendidikan di sekolah rendah. Menurut Muhammad Saiful Haq (2010)
salah satu sebab murid-murid gagal membaca dengan cekap ialah mereka belum menguasai
kemahiran asas bacaan permulaan, dengan mengenal pasti huruf abjad. Selain itu, menurut
Abdul Rasid Jamian (2008), permasalahan membaca yang ada dalam diri murid adalah seperti
keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil semasa membaca, tidak membunyikan
perkataan dengan betul dan tepat, tidak dapat menyebut perkataan yang dieja serta sering
meninggalkan perkataan yang tidak ketahui makna atau gagal membunyikannya Kemahiran
membaca bermula daripada mengenal, mengecam dan menyebut huruf dan suku kata,
membatangkan dan membaca perkataan, ayat dan seterusnya petikan ataupun karangan.
Oleh itu, murid mesti menguasai kemahiran membaca tersebut.

Berdasarkan permasalahan yang dikemukakan, terdapat murid sama ada pada


peringkat sekolah rendah atau peringkat menengah masih lagi tidak boleh membaca dengan
lancar. Kemahiran membaca adalah satu perkara yang sukar untuk dikuasai pada peringkat
awal pembacaan kerana kemahiran membaca merupakan kemahiran peringkat tinggi.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak KPM untuk meningkatkan penguasaan membaca
dalam kalangan pelajar. Namun demikian, masalah ini tetap wujud tanpa ada pengakhirannya.
Oleh itu, kemahiran ini perlu dipupuk dengan cara yang tersusun dan berkesan secara
langsung. Menyedari hakikat tersebut, KPM telah menjalankan program LINUS untuk masalah
ini sekali gus memperkasakan pendidikan pada semua peringkat termasuk pendidikan sekolah
rendah. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan mengenal pasti tahap
penguasaan kemahiran membaca murid tahun 3 di sekolah luar bandar.

OBJEKTIF KAJIAN
Dalam kajian ini, objektif umum adalah untuk mengenal pasti masalah dalam kemahiran
membaca murid-murid sekolah kebangsaan di luar bandar. Sehubungan itu, kajian ini cuba
untuk mencapai satu objektif iaitu:
1. Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran membaca murid Tahun 3 di sekolah
luar bandar.

SOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian tersebut, kajian ini telah membina satu soalan kajian. Soalan
kajian adalah seperti berikut:
1. Apakah tahap penguasaan kemahiran membaca murid Tahun 3 di sekolah luar
bandar?

1214
METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini mengguakan pendekatan kuantitatif dan kaedah tinjauan. Menurut
Ghazali Darusalam & Sufian Hussin (2018) pendekatan kuantitatif adalah satu proses kajian
untuk menghasilkan sesuatu laporan ilmiah bagi menyelesaikan masalah mengikut disiplin
tertentu dan untuk penambahbaikan hubungan antara teori-teori pendidikan dengan
pengembangan profesionalisme keguruan.

Selain itu, kajian ini juga menggunakan reka bentuk kajian tinjauan untuk menjawab
soalan yang ditimbulkan dan dikenal pasti oleh permasalahan kajian. Pemilihan reka bentuk
kajian yang sesuai adalah sangat penting kerana dapat memastikan dapatan yang diperoleh
adalah sah dan boleh dipercayai. mengkaji tahap penguasaan kemahiran membaca murid
Tahun 3 di sekolah luar bandar. Maka kajian ini juga tepat kerana menurut Mohd Majid Konting
(2005), kajian tinjauan merupakan kajian yang menerangkan suatu keadaan yang berlaku.
Selain itu, menurut Babbie (2001), berpendapat bahawa kaedah tinjauan yang digunakan
dapat memberi gambaran yang tepat berkaitan nilai, tingkah laku dan kepercayaan komuniti.
Kaedah ini digunakan kerana dapat menerangkan keadaan semasa yang merupakan satu
situasi seperti mana yang ternyata berlaku di sekolah sebagai subjek kajian, mengambil data
dalam satu masa tertentu serta dapat memberi penjelasan yang menyeluruh dan tepat tentang
sesuatu persoalan yang dikaji (Leedy dan Ormrod, 2001). Ini bertepatan dengan kajian ini
iaitu untuk mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid
Tahun 3 di sekolah luar bandar. Rentetan itu, pemilihan sampel dalam kajian ini adalah dalam
saiz yang besar. Responden dipilih secara rawak mudah untuk memperoleh maklumat. Kajian
yang bersifat kuantitatif ini digunakan untuk mengutip data melalui borang soal selidik dan ujian
LINUS yang diedarkan. Borang dan ujian ini diedarkan secara rawak 30 orang murid Tahun 3
sekolah rendah yang terdiri daripada lelaki dan perempuan.

Dalam kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang mempunyai dua bahagian
iaitu maklumat demografi responden bagi mendapat maklumat seperti jantina, kedudukan
kediaman, pekerjaan ibu bapa dan kaum serta Ujian LINUS untuk mengukur tahap
penguasaan kemahiran membaca murid Tahun 3. Instrumen ini diuji melalui kajian rintis
kepada 30 orang responden di sekolah luar bandar mukim Teluk Intan, Perak. Hasil analisis
data kajian rintis mendapati bahawa nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach ialah 0.963 yang
bermaksud kebolehpercayaan yang sangat tinggi.

Tafsiaran skor min telah diadaptasi daripada Jamil et al. (2014) dan ditunjukkan dalam
Jadual 1. Selang skor min dikekalkan tetapi tafsira bagi setiap item diubah suai menggunakan
istilah yang lebih sesuai agar dapat menyampaikan tafsiran yang tepat dan difahami.

1215
Jadual 1
Interpretasi Skor Min
Skor Min Interpretasi Min
1.00 – 2.00 Rendah
2.01 – 3.00 Sederhana Rendah
3.01 – 4.00 Sederhana Tinggi
4.01 – 5.00 Tinggi

Dalam kajian ini, tahap persepsi tahap penguasaan kemahiran membaca murid dikategorikan
kepada empat tahap iaitu skor min 1.00 hingga 2.00 menunjukkan tahap yang rendah, skor
min 2.01 hingga 3.00 menunjukkan tahap sederhana rendah manakala skor min 3.01 hingga
4.00 menunjukkan tahap sederhana tinggi. Skor min 4.01 hingga 5.00 pula menunjukkan
tahap persepsi, kemahiran yang tinggi.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Dapatan kajian ini menjawab satu persoalan kajian iaitu tahap penguasaan kemahiran
membaca murid Tahun 3 di sekolah luar bandar. Item yang digunakan ialah Ujian LINUS.

Jadual 2
Nilai Min Keseluruhan Item
Aspek Min (µ) Sisihan Piawai (SP) Varian (V)
Tahap penguasaan kemahiran 4.42 .997 .994
membaca di sekolah luar bandar

Jadual 3
Tahap Penguasaan Kemahiran Membaca
Bil Item Min (µ) Sisihan piawai (SP) Interpretasi
1 Huruf Vokal 4.93 .36 Tinggi
2 Huruf Konsonan 4.93 .36 Tinggi
3 Suku Kata Terbuka 4.70 .83 Tinggi
4 Perkataan Suku Kata Terbuka 4.53 1.10 Tinggi
5 Suku Kata Tertutup 4.56 1.00 Tinggi
6 Perkataan Suku Kata Tertutup 4.50 1.00 Tinggi
7 Suku Kata Tertutup ‘ng’ 4.36 1.27 Tinggi
8 Perkataan Diftong 4.33 1.21 Tinggi
9 Perkataan Vokal Berganding 4.26 1.36 Tinggi

1216
10 Perkataan Digraf Konsonan 4.16 1.41 Tinggi
11 Perkataan Berimbuhan Awalan Akhiran 4.20 1.42 Tinggi
12 Ayat Mudah 4.00 1.48 Sederhana
Tinggi
13 Petikan 3.90 1.58 Sederhana
Tinggi

Dapatan berdasarkan jadual 2 menunjukkan skor min keseluruhan tahap penguasaan


kemahiran membaca murid Tahun 3 di sekolah luar bandar ialah min=4.42 manakala sisihan
piawai (SP) pula ialah sp=.997 yang menunjukkan responden mempunyai skor interpretasi
yang tinggi terhadap kemahiran membaca. Skor min paling tinggi iaitu min=4.93 dalam item
ialah item 1 dan item 2 menunjukkan responden sangat menguasai dengan kemahiran
membaca. Skor min paling rendah pula ialah min=3.90 iaitu item 13 dan nilai sisihan piawai
(SP) sp=1.58 dengan skor interpretasi sederhana tinggi.

Penemuan dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kemahiran membaca murid Tahun
3 di sebuah sekolah luar bandar daerah Manjung, Perak mempunyai persepsi yang sangat
baik. Dalam kajian ini juga turut membincangkan dan memberi cadangan pengkaji dalam
usaha dalam usaha meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid di sekolah luar
bandar.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


Dapatan kajian ini menunjukkan tahap penguasaan kemahiran membaca murid Tahun
3 di sekolah luar bandar masih berada pada tahap menguasai ataupun pada tahap tinggi.
Dapatan ini mempunyai perbezaan yang ketara dengan beberapa kajian lain yang mengkaji
topik yang sama. Perkara ini dapat dibuktikan melalui item-item Ujian LINUS yang
menunjukkan tahap sederhana tinggi dan tinggi. Sebaliknya, kebanyakan dapatan kajian lalu
membuktikan tahap penguasaan kemahiran membaca murid adalah berada pada tahap yang
rendah.

Antaranya, kajian Yahya dan Wan Mat (2011), Haslinda et al. (2012), Lee dan Yeo
(2014) serta Najiah (2017) menunjukkan terdapat perbezaan ketara antara dapatan kajian lalu
dengan kajian ini. Namun demikian, kajian Khairul Anwar dan Hanimarlia (2014) telah
membuktikan kemahiran membaca dalam kalangan murid sekolah rendah masih berada pada
tahap yang rendah. Perkara ini berlaku disebabkan faktor-faktor tertentu yang mempengaruhi
kemahiran membaca dalam kalangan mereka. Faktor kekurangan kewangan merupakan
faktor utama yang menghalang mereka membaca. Tambahan, terdapat juga faktor-faktor lain

1217
yang mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran membaca seperti masa, akses ke
perpusatakaan dan sebagainya. Faktor-faktor yang dinyatakan telah menjadi penghalang
kepada menguasai kemahiran membaca dalam kalangan murid. Hal ini dapat dikaitkan
dengan penguasaan kemahiran membaca sepanjang mereka berada di sekolah.

Implikasinya, kajian ini berupaya mendedahkan faktor murid yang berada di luar
bandar yang kurang mendapat perkembangan dari dunia luar. Tiew (2010) menjelaskan
bahawa budaya membaca dapat memajukan sesuatu masyarakat atau negara kerana melalui
pembacaan, pemikiran atau minda masyarakat akan berubah dan seterusnya mempengaruhi
pembangunan sesebuah negara dan bangsa. Kajian ini berupaya memberi pengetahuan
kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),guru, ibu bapa dan pihak lain tentang
penguasaan membaca terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah. Kemahiran
membaca ini sememangnya wajar diberi perhatian oleh semua pihak untuk membentuk
masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Di samping itu, guru perlu diberi
pendedahan awal tentang tahap penguasaan murid bukan sahaja di dalam kelas malah
seluruh sekolah tersebut. Perkara ini dapat membantu guru-guru untuk merancang aktiviti
yang lebih menjurus ke arah meningkatkan penguasaan kemahiran membaca.

Sebagai cadangan kajian lanjutan, pengkaji boleh melaksanakan kajian kes dalam
kajian pendekatan kualitatif yang lebih bersifat penerokaan. Pengkaji boleh memahami
dengan mendalam berkaitan tahap penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid
malah pengkaji juga boleh mengkaji fenomena, faktor dan kesan tahap penguasaan
kemahiran membaca murid. Selain itu, pengkaji yang hendak menjalanjan kajian pendekatan
gabungan. Fasa awal penyelidikan tersebut boleh dilaksanakan menggunakan pendekatan
kuantitatif bagi memperoleh gambaran sepenuhnya tentang fenomena tahap penguasaan
kemahiran membaca. Fasa seterusnya pula menggunakan pendekatan kualitatif bagi
membuktikan sebab dan kesan amalan membaca tersebut. Menggunakan pendekatan ini
akan lebih lengkap dan tepat.

Kesimpulannya, tahap penguasaan kemahiran membaca murid berada pada tahap


yang memuaskan tetapi tidak boleh dibanggakan pada waktu ini. Tahap itu akan kemungkinan
boleh berubah mengikut peredaran zaman yang semakin moden dan mungkin sukar bagi guru
untuk menjalankan pengajaran. Dapatan kajian ini dilihat sebagai nilai tambah dalam bidang
pedagogi kemahiran bahasa. Tuntasnya, guru-guru haruslah bersedia dalam melaksankan
pengajaran yang melibatkan subjek bahasa dalam PdP merentasi kurikulum.

1218
RUJUKAN

Babbie. (2001). The practice of social research. United States, Wadsworth/Thomson


Learning.

Chua S.B. (2008). Perbahasan Rang Undang-Undang bersama Suatu Akta untuk meminda
Akta Pendidikan 1996. Dimuat turun pada 10 Oktober 2013 dari www. sapp.
org.my/archieve/miscnews/081216_bm_pendidikan.htm

Jamil et al. (2014). Standard guru Malaysia dalam program persediaan guru reka bentuk da
teknologi. Online Journal for TVET Practioners, 2(2).

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2011, November 17). Keputusan UPSR terbaik sejak
2008. berita harian, p. 39.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Kurikulum bersepadu sekolah rendah. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Khairul Anwar & Hanimarlia. (2014). Kajian Terhadap Minat Membaca di Kalangan Pelajar
Kolej Komuniti Ledang. Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kolej Komuniti Ledang.

Lee Moi Ching & Yeo Kee Jiar. (2014). Influence of Home Literacy Environment on Children
Reading Attitude. Journal of Education and Practice, 5(8), 119-138.

Leedy, P.D. & Omrod, J.E. (2001). Practical research: Planning and design. New Jersey:
Prentice-Hall.

Najiah Mohd Kolid. (2017). Amalan Membaca dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam.
Proceedings of National Innovation and Invention Competition Through Exhibition
2017 (iCompEx'17). Jabatan Pengajian Am Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam
Shah.

Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu. Shah Alam:
Karisma Publications Sdn. Bhd.

Tiew Wai Sin. (2010). Tabiat dan Minat Membaca di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat di
SMK Hulu Kelang, Selangor pada tahun 2010. Journal PPM, 4, 57-75.

Yahya Othman. (2005). Trend dalam pengajaran Bahasa Melayu. Bentong: PTS Publications
& Distributors Sdn. Bhd.

1219
TAHAP KESEDIAAN PENGGUNAAN BUKU AKTIVITI MURID (BAM) PKJR DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MURID TAHUN LIMA

Muhammad Syukran bin Rosli


syukran09-917@epembelajaran.edu.my

Shamsul Aizuwani bin Nawi PhD


shamsulaizuwani@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) merupakan satu elemen yang perlu diserapkan dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. PKJR ini merupakan satu perkara
baharu yang perlu dilaksanakan oleh guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sama ada sebagai
aktiviti atau sebagai bahan bantu mengajar khsusnya menggunakan Buku Aktiviti Murid (BAM) yang
telah disediakan. Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kesediaan dan tahap penggunaan Buku
Aktiviti Murid (BAM) PKJR dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu murid Tahun 5. Model
yang digunakan dalam kajian ini ialah Model SIM. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan
menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan seramai 97 orang murid Tahun 5 di sebuah sekolah
Zon Keramat. Instrumen kajian yang telah digunakan ialah soal selidik. Data yang dipeoleh dianalisis
sacara statistik deskriptif menggunakan SPSS bagi mendapatkan kekerapan, peratusan, min dan
sisihan piawai. Berdasarkan dapatan kajian, tahap kesediaan murid terhadap penggunaan Buku Aktiviti
Murid (BAM) PKJR dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berada pada tahap tinggi
manakala tahap penggunaan murid terhadap Buku Aktiviti Murid (BAM) PKJR turut berada pada tahap
tinggi. Keadaan ini menjadikan bahawa penyediaan bahan PKJR seperti Buku Aktiviti Murid (BAM)
PKJR meningkatkan kefahaman murid terhadap ilmu PKJR. Pengkaji berharap dapatan kajian ini dapat
menyedarkan pihak yang berkaitan dengan PKJR supaya dapat menambah baik pelaksanaan PKJR
agar objektif KPM dan JKJR dapat dicapai untuk melahirkan generasi yang cakna akan keselamatan
diri sendiri dan orang lain.
Kata Kunci: Buku Aktiviti Murid (BAM), Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR), Bahasa Melayu,
pengajaran dan pembelajaran, Tahun 5.

ABSTRACT
Road Safety Education (RSE) is an element that should be integrated into teaching and learning of
Malay Language in primary schools. RSE is a new thing that needs to be implemented by teachers in
teaching and learning sessions either as an activity or as a teaching aid, especially using the Student
Activity Book (BAM) that has been prepared. This study aims to review the level of preparedness and
the use of Student Activity Book (BAM) RSE in the teaching and learning of Malay Language in pupils
Year 5. The model used in this study is a Model SIM. This study is a quantitative study using a survey
method involving a total of 97 pupils Year 5 in a school at Zone Keramat. The research instrument that
has been used is a questionnaire. The data obtained were analyzed by descriptive statistics using SPSS
to obtain the frequency, percentage, mean and standard deviation. Based on the findings, the level of
preparedness of students to use Student Activity Book (BAM) RSE in teaching and learning Malay
Language is at a high level while the students use the Student Activity Book (BAM) RSE also are at high
level. This situation makes that the preparation of RSE materials such as RSE Student Activity Book
(BAM) increases students' understanding of RSE knowledge. The researcher hopes that the findings of
this study can make the parties related to RSE aware so that they can improve the implementation of
RSE so that the objectives of KPM and JKJR can be achieved to produce a generation that is aware of
the safety to themselves and others.
Keywords: Student Activity Book, Road Safety Education (RSE), Malay Language, teaching and
lerning, Year 5.

1220
PENGENALAN

Pendidikan merupakan wadah utama bagi menjayakan pembangunan negara dan menjadi
alat penting dalam melahirkan sumber tenaga melalui agenda melahirkan modal insan minda
kelas pertama. Lantaran itu, Kementerian Pendidikan Melaysia (KPM) telah mengorak langkah
proaktif ke arah memartabatkan kualiti pendidikan di Malaysia hingga bertaraf dunia. Justeru
itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang telah dilancarkan pada Oktober 2011 bagi
mengkaji sistem pendidikan negara secara menyeluruh demi untuk meningkatkan aspirasi
negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke 21.
PPPM melalui tiga Fasa iaitu Gelombang 1 (2013-2015), Gelombang 2 (2016-2020) dan
Gelombang 3 (2020-2025) menyediakan pendidikan terbaik untuk semua murid di Malaysia.
Oleh itu, pelaksanaan pengajaran berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
telah menjadi penanda aras keberkesanan pendidikan di Malaysia.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah satu transformasi yang akan
menggantikan kurikulum yang sedia ada iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran
masa semasa. Transformasi kurikulum sekolah rendah ini merupakan penyusunan semula
dan penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi adalah
untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan
dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21 (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2011). Fokus transformasi kurikulum persekolahan rendah bukan sekadar
melibatkan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M), sebaliknya mengambil kira
kemahiran penaakulan, kreativiti dan inovasi, teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) serta
elemen keusahawanan. Di samping itu, perubahan-perubahan juga berlaku dari segi isi
kandungan, peruntukan masa pengajaran, pentaksiran, pedagogi, organisasi, bahan dan
pengurusan kurikulum. Oleh itu, KPM dengan Kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya
(JKJR) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) telah
malaksanakan Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) memberi pendidikan
berkaitan keselamatan jalan raya dalam usaha membudayakan keselamatan sejak usia
kanak-kanak. PKJR sekolah rendah ini selari dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) dan diajar di semua sekolah rendah secara penyerapan dalam pengajaran dan
pembelajaran (PdP) subjek Bahasa Melayu.

Oleh itu, PKJR merupakan satu inisiatif jangka panjang kerajaan untuk menangani isu
keselamatan jalan raya dalam kalangan pengguna jalan raya bermula dari peringkat seawal
usia secara formal di sekolah rendah dan menengah (Radin Umar, 2005). Justeru, pengenalan
PKJR dalam kurikulum sekolah kendalian KPM bertujuan membantu kanak-kanak sekolah

1221
menjadi pengguna jalan raya yang selamat. PKJR diajar melalui penyerapan ilmu keselamatan
jalan raya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Menurut Elliot (2002), pendedahan awal ilmu
keselamatan jalan raya dalam kalangan kanak-kanak lingkungan enam tahun atau lebih muda
amat berkesan. Modul PKJR ini terdiri daripada tiga teras yang merangkumi Modul DeGuru,
Buku Aktiviti Murid (BAM) dan Bahan Bantu Mengajar (BBM).

PERNYATAAN MASALAH

Berdasarkan data kajian MIROS pada tahun 2011, faktor-faktor yang menyebabkan
berlakunya kemalangan jalan raya di Malaysia ialah 80.6% adalah disebabkan kelalaian
manusia, 13.2% berpunca dari kondisi atau keadaan jalan raya manakala 6.2% kemalangan
yang berlaku disebabkan oleh kenderaan. Justeru itu, menurut statistik kemalangan jalan raya
pada Jun 2019 menunjukkan 281527 kes kemalangan berlaku dan hasil daripada jumlah
tersebut 1000 kes melibatkan kemalangan murid sekolah. Oleh itu, jelaslah bahawa hasil data
tertinggi yang menunjukkan kelalaian manusia sejajar dengan kemalangan yang melibatkan
golongan kanak-kanak berlaku disebabkan kecuaian mereka sendiri. Parker dan Rufo (2011)
menyatakan bahawa selain faktor kecuaian kanak-kanak itu sendiri, faktor sikap pengguna
jalan raya yang lain juga memberikan impak kepada keselamatan kanak-kanak sewaktu
menggunakan jalan raya.

Oleh itu, isu kemalangan sering dikaitkan dengan pengetahuan dan pendidikan. Oleh
hal demikian, kaedah pendidikan atau pembelajaran dilihat sebagai kaedah yang terbaik untuk
mendidik kanak-kanak supaya berhati-hati dan mematuhi undang-undang jalan raya yang
menjadi asas keselamatan pengguna jalan raya. Salah satu strategi untuk mengurangkan
kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalan raya, PKJR diperkenalkan di sekolah.
Lantaran itulah, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling
Ikhtisas berkaitan Pelaksanaan Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya di sekolah
rendah yang bertujuan mengingatkan pentadbir sekolah dan guru tentang perlunya pengajaran
ilmu PKJR ini dilaksanakan di sekolah (KPM, 2009). Langkah ini dipercayai dapat
mengurangkan kemalangan jalan raya (Talib et al. 2003), malah mengurangkan risiko
kematian dalam kalangan kanak-kanak sekolah (Pitcarin & Edlmann, 2002).

PKJR adalah antara kaedah pengajaran yang dapat menarik minat murid untuk belajar
bagi memahami panduan berkaitan keselamtan di jalan raya. PKJR ialah antara ilmu berkaitan
keselamatan jalan raya yang terdiri daripada Modul DeGuru, Buku Aktiviti Murid (BAM) dan
Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang boleh digunakan dalam pengajaran untuk meningkatkan
pemahaman murid terhadap kewaspadaan dan keselamatan jalan raya. Walau
bagaimanapun, sehingga hari ini masih kurang guru yang menerapkan PKJR dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Rendah. Kajian lepas mengenai

1222
pelaksanaan PKJR dalam pengajaran dan pembelajaran hanya dijumpai dalam kajian Mazlan
Ismail (2016), Roslinda Ghafar dan Zamri Mahamod (2020) dan lain-lain lebih bersifat umum.
Selain itu, kajian lepas banyak berfokuskan kepada kesan perubahan sikap murid yang
mempelajari PKJR dan amalan pengajaran guru terhadap Modul PKJR tetapi masih kurang
yang menjalankan kajian yang lebih mengkhusus kepada kandungan Modul PKJR itu sendiri
seperti Buku Aktiviti Murid (BAM), Kit Pengajaran dan sebagainya terhadap murid di sekolah
rendah. Justeru, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti tahap kesediaan dan penggunaan
Buku Aktiviti Murid (BAM) PKJR dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu murid
Tahun 5.

OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan tujuan tersebut, kajian ini cuba untuk mencapai dua objektif berikut:

5. Mengenal pasti tahap kesediaan penggunaan Buku Aktiviti Murid (BAM) PKJR dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu murid Tahun 5.
6. Mengenal pasti tahap penerimaan penggunaan Buku Aktiviti Murid (BAM) PKJR dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu murid Tahun 5.

SOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian tersebut, kajian ini telah membina dua soalan kajian. Kedua-dua
soalan kajian adalah seperti yang berikut:
5. Apakah tahap kesediaan terhadap penggunaan Buku Aktiviti Murid (BAM) PKJR dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu murid Tahun 5?
6. Apakah tahap penggunaan Buku Aktiviti Murid (BAM) PKJR dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu murid Tahun 5?

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah tinjauan. Babbie
(2001) dan Neuman (2011), berpendapat kaedah tinjauan yang digunakan dapat memberikan
gambaran yang tepat berkaitan nilai, tingkah laku dan kepercayaan komuniti. Kaedah ini
digunakan kerana ia dapat menerangkan keadaan semasa yang merupakan satu situasi
seperti mana yang ternyata berlaku di sekolah sebagai subjek kajian, mengambil data dalam
satu masa tertentu serta ia dapat memberi penjelasan yang menyeluruh dan tepat tentang
sesuatu persoalan yang dikaji (Leedy & Ormrod, 2001). Tuckman (1999), Briggs, Coleman &
Morrison (2012) menjelaskan bahawa kajian tinjauan merupakan salah satu cara yang mudah
untuk mengumpul data, mudah untuk mengeneralisasikan dapatan dan tidak boleh
dipersoalkan nilainya kerana kajian yang dilakukan menggunakan persekitaran yang sebenar.

1223
Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti tahap kesediaan dan tahap penggunaan
Buku Aktiviti Murid (BAM) PKJR dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu murid
Tahun 5 secara kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik.
Dalam kajian ini, soal selidik digunakan sebagai instrumen untuk mengumpulkan
maklumat dalam kajian ini. Hal ini demikian kerana soal selidik lebih praktikal dan berkesan
untuk digunakan dalam populasi yang besar, malah sesuai digunakan bagi mengukur faktor-
faktor yang terbatas skopnya (Fraenkel, Wallen & Hyun, 2015). Penggunaan soal selidik
membolehkan pemungutan maklumat daripada responden dalam tempoh masa yang singkat,
penggunaan kos yang lebih murah dan bagi memastikan kerahsiaan responden (Neuman,
2011; Nsubuga, 2008).
Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini mengandungi item yang dibahagikan
kepada tiga. Bahagian A ialah profil responden yang dibentuk sendiri oleh penyelidik yang
mengandungi dua item meliputi aspek jantina dan bangsa. Bahagian B mengandungi 10
soalan yang terdiri daripada item-item berkaitan dengan kesediaan murid terhadap
penggunaan Buku Aktiviti Murid (BAM) PKJR dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu. Bahagian C pula mengandungi 10 item yang berkaitan dengan tahap penggunaan
murid terhadap Buku Aktiviti Murid (BAM) PKJR dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu.

Instrumen soal selidik dalam kajian ini diuji melalui kajian rintis kepada 30 orang
responden. Hasil analisis data kajian rintis mendapati bahawa nilai kebolehpercayaan Alpha
Cronbach bagi soal selidik ialah 0.958 yang bermaksud kebolehpercayaan yang baik
berdasarkan Sekaran (2003). Dalam kajian ini, soal selidik dijawab oleh 30 murid Tahun 5
sekitar Titiwangsa. Akhirnya, data soal selidik dianalisis secara deskriptif iaitu melihat kepada
peratusan, kekerapan, min dan sisihan piawai.

Analisis tahap interpretasi min diambil kira daripada nilai lima mata iaitu nilai tertinggi
5.00 di bahagikan kepada tiga tahap, iaitu rendah (min=1.00-2.33), sederhana (min=2.34-3.67)
dan tinggi (min=3.68- 5.00). Bagi menentukan tahap itu, pengkaji telah menggunakan
interpretasi skor min yang telah diadaptasi daripada Jamil (2002).
Jadual 1.1

Interpretasi Skor min

Julat Min Intepretasi Min


1.00 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.67 Sederhana
3.68 – 5.00 Tinggi
Sumber: Jamil (2002)

1224
DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini menjawab kepada dua soalan kajian iaitu berkaitan tahap kesediaan dan
tahap penggunaan Buku Aktiviti Murid (BAM) PKJR dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu murid Tahun 5.

Jadual 1.2

Analisis Item Tahap Kesediaan Penggunaan Buku Aktiviti Murid (BAM) PKJR

Bil Item Min Sisihan Tahap


Piawai
1. Saya tahu kewujudan ilmu PKJR. 4.84 0.373 Tinggi
2. Saya tahu ilmu PKJR diajarkan dalam 4.76 0.451 Tinggi
mata pelajaran Bahasa Melayu.
3. Saya tahu setiap murid dibekalkan 4.78 0.413 Tinggi
dengan BAM.
4. Saya cepat faham berkaitan 4.77 0.445 Tinggi
keselamatan jalan raya melalui
Pendidikan Keselamatan Jalan Raya
(PKJR).
5. Pihak sekolah telah membekalkan BAM 4.79 0.407 Tinggi
kepada setiap murid.
6. Saya pernah belajar ilmu PKJR semasa 4.75 0.434 Tinggi
pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu
7. Saya boleh belajar ilmu PKJR semasa 4.71 0.520 Tinggi
pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu.
8. Saya seronok belajar ilmu PKJR. 4.73 0.445 Tinggi
9. Saya mudah memahami ilmu PKJR 4.74 0.440 Tinggi
10. Aktiviti yang disediakan dalam BAM 4.58 0.556 Tinggi
sangat mudah.
Skor Keseluruhan 4.75 0.234 Tinggi

Dapatan berdasarkan Jadual 1.2 menunjukkan skor min tahap kesediaan murid
terhadap penggunaan Buku Aktiviti Murid (BAM) PKJR dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu secara keseluruhan ialah 4.75 secara tidak langsung menunjukkan bahawa
responden mempunyai tahap kesediaan yang tinggi. Nilai sisihan piawai pula ialah 0.234
menunjukkan bahawa set data dalam kajian ini menghampiri ukuran pusat. Oleh itu, skor min
paling tinggi iaitu 4.84 bagi item nombor 1. Keadaan ini menunjukkan bahawa responden
berpengetahuan dan mengetahui tentang kewujudan ilmu PKJR. Skor min yang paling rendah
pula ialah 4.58 bagi item nombor 10 berkenaan dengan aktiviti yang disediakan dalam BAM
untuk dilaksanakan oleh murid.

1225
Jadual 1.3

Analisis Item Tahap Penggunaan Buku Aktiviti Murid (BAM) PKJR

Bil Item Min Sisihan Tahap


Piawai
11. Saya pernah melihat BAM. 4.85 0.417 Tinggi
12. Saya memiliki BAM. 4.91 0.292 Tinggi
13. Saya pernah membuat latihan yang 4.72 0.495 Tinggi
terdapat dalam BAM.
14. BAM membantu saya memahami ilmu 4.77 0.445 Tinggi
PKJR.
15. Saya suka grafik berwarna yang 4.80 0.399 Tinggi
terdapat dalam BAM.
16. Arahan pelaksanaan aktiviti dalam 4.75 0.434 Tinggi
BAM sangat mudah difahami.
17. Grafik yang terdapat dalam BAM 4.76 0.428 Tinggi
memudahkan saya memahami ilmu
PKJR.
18. Aktiviti yang disokong dengan video, 4.60 0.533 Tinggi
audio dan animasi (VAA) memudahkan
lagi saya menjawab latihan dalam BAM.

19. Langkah-langkah keselamatan jalan 4.65 0.501 Tinggi


raya dalam BAM disusun menarik dan
mudah saya fahami.
20. Saya menggunakan BAM setiap kali 4.48 0.579 Tinggi
belajar ilmu PKJR dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu.
Skor Keseluruhan 4.73 0.238 Tinggi

Berdasarkan jadual 1.3, skor min bagi keseluruhan item dalam konstruk ini ialah 4.73
yang menunjukkan bahawa tahap penggunaan Buku Aktiviti Murid (BAM) PKJR dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu murid Tahun 5 di sebuah sekolah Zon Keramat
berada pada tahap tinggi. Nilai sisihan piawai 0.238 menunjukkan set data bagi konstruk ini
tidak terserak dan hampir pada ukuran pusat. Skor min paling tinggi ialah item nombor 12 yang
mempunyai nilai min 4.91. Berdasarkan interpretasi skor min, item ini berada pada tahap tinggi
dan menunjukkan bahawa keseluruhan murid memiliki BAM yang telah disediakan oleh KPM.
Skor min paling rendah ialah 4.48 iaitu berkenaan penggunaan BAM setiap kali mempelajari
ilmu PKJR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Nilai sisihan bagi item ini ialah 0.579 dan
keadaan ini menunjukkan bahawa set data sedikit terserak namun menghampiri pada ukuran
pusat.
Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa murid Tahun 5 di sebuah sekolah dalam
Zon Keramat, Kuala Lumpur mempunyai tahap kesediaan penggunaan Buku Aktiviti Murid
(BAM) PKJR dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang tinggi. Selain itu,

1226
tahap penggunaan Buku Aktiviti Murid (BAM) PKJR dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu juga berada pada tahap tinggi.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kesediaan penggunaan Buku Aktiviti Murid
(BAM) PKJR dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu murid Tahun 5 yang telah
dipilih sebagai responden kajian berada pada tahap yang tinggi. Murid telah disediakan BAM
oleh KPM sebagai bahan yang sesuai dalam penerapan PKJR melalui mata pelajaran Bahasa
Melayu. Tambahan pula, murid-murid mengetahui dan mampu menyelesai aktiviti dalam BAM
tersebut. Di samping itu, murid juga tahu dan pernah didedahkan berkaitan ilmu PKJR dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam bilik darjah, Kajian ini berkaitan tahap
kesediaan penggunaan Buku Aktiviti Murid (BAM) PKJR dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu.

Oleh itu, kajian berkaitan kesediaan penggunaan Buku Aktiviti Murid (BAM) PKJR
belum pernah dilakukan oleh mana-mana pengkaji. Namun begitu, terdapat kajian yang
dilakukan oleh Mazlan Ismail (2016) berkaitan dengan perubahan sikap dan tingkah laku murid
yang mempelajari modul PKJR secara tidak langsung mempunyai hubung kait terhadap
kesediaan murid dalam penggunaan BAM PKJR dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu. Kajian tersebut telah mengkaji kesan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)
terhadap niat membentuk sikap positif dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu,
pembelajaran merupakan satu unsur budaya yang akan mempengaruhi tingkah laku
seseorang. Justeru itu, kajian ini telah berfokuskan kepada tahap kesediaan penggunaan Buku
Aktiviti Murid (BAM) PKJR dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu murid Tahun
5. Dapatan kajian ini akan menyebarluaskan lagi konteks kesediaan penggunaan Buku Aktiviti
Murid (BAM) PKJR dalam pendidikan di sekolah rendah agar mampu membentuk sikap positif
murid terhadap keselamatan jalan raya.

Di samping itu, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa murid-murid dalam kajian ini
menggunakan Buku Aktiviti Murid (BAM) PKJR dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu berada pada tahap tinggi. Murid suka belajar menggunakan BAM kerana mempunyai
grafik dan soalan-soalan yang mudah untuk mereka fahami. Hal ini dipengaruhi oleh
kesesuaian BAM tersebut mengikut tahap murid berdasarkan semakan terhadap BAM yang
telah dilakukan oleh golongan pakar-pakar. Oleh itu, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa
tahap penggunaan murid terhadap BAM PKJR dalam pengajaran dan pembelajaran sangat
tinggi. Namun begitu, masih belum terdapat kajian yang spesifik ke arah penggunaan bahan
yang terkandung dalam modul PKJR seperti Buku Ativiti Murid (BAM).

1227
Justeru, kajian berkaitan penggunaan modul PKJR dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu pernah dilakukan oleh Roslinda Ghafar dan Zamri Mahamod
(2020) yang mengkaji tentang amalan pengajaran guru Bahasa Melayu menggunakan modul
PKJR. Berdasarkan kajian tersebut, penyerapan pengajaran PKJR yang dilakukan adalah
dengan penyerapan dalam langkah aktiviti pengajaran dan penggunaan BAM. Namun, masih
belum ada yang meninjau penggunaan BAM PKJR dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu dalam kalangan murid. Maka dengan itu, kajian ini dapat mengisi kelopongan
dalam kajian berkaitan tahap penggunaan BAM PKJR dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu.

Implikasi daripada kajian ini berupaya memberi pengtahuan yang jelas kepada guru
tentang penggunaan Buku Aktiviti Murid (BAM) PKJR dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu. Guru semestinya jelas bahawa penggunaan Buku Aktiviti Murid (BAM) PKJR
dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan penguasaan dan pengetahuan guru
terhadap cara menerapkannya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dapatan ini menyokong
kajian yang dijalankan oleh Roslinda Ghafar dan Zamri Mahamod (2020) terhadap amalan
pengajaran guru Bahasa Melayu menggunakan modul PKJR. Hal ini kerana penggunaan
modul PKJR sebagai panduan guru merancang pengajaran, Buku Aktiviti Murid (BAM) dan
BBM digunakan untuk mengukuhkan kefahaman murid tentang PKJR. Kefahaman guru
tentang penggunaan modul PKJR ini juga dapat dilihat menerusi penulisan RPH guru Bahasa
Melayu yang membuat penyerapan PKJR dalam langkah pengajaran dan Buku Aktiviti Murid
(BAM) digunakan sebagai BBM untuk mengukuhkan kefahaman murid. Oleh itu, guru perlu
menguasai kemahiran penerapan modul PKJR dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu bagi memantapkan pelaksanaan PKJR di sekolah.

Cadangan kajian lanjutan bagi pengkaji seterusnya adalah menjalankan kajian


penyelidikan menggunakan pendekatan kualitatif. Rasid dan Raman (2014) menjelaskan
bahawa pendekatan kualitatif mempunyai kelebihan untuk menerangkan kefahaman
mendalam tentang sesuatu fenomena, keadaan atau peristiwa. Bagi meninjau situasi sebenar
penggunaan Buku Aktiviti Murid (BAM) PKJR dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu, pendekatan kualitatif boleh digunakan. Instrumen seperti pemerhatian, temu bual dan
analisis dokumen dicadangkan bagi melihat proses penggunaan Buku Aktiviti Murid (BAM)
PKJR dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu murid dalam bilik darjah. Selain
itu, Selain itu, pengkaji seterusnya disarankan untuk menjalankan kajian menggunakan
pendekatan gabungan kualitatif dan kuantitatif. Melalui pendekatan ini, dapatan kajian akan
memberi gambaran yang lebih lengkap berkaitan tahap kesediaan dan tahap penggunaan
Buku Aktiviti Murid (BAM) PKJR dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

1228
Kesimpulannya, berdasarkan hasil dapatan kajian, tahap kesediaan murid terhadap
penggunaan Buku Aktiviti Murid (BAM) PKJR berada pada tahap tinggi. Manakala tahap
penggunaan Buku Aktiviti Murid (BAM) PKJR dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu juga berada pada tahap tinggi. Kajian ini mampu memberi pengetahuan yang jelas
kepada guru Bahasa Melayu berkaitan pengajaran PKJR dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu. Hal ini kerana, penggunaan Buku Aktiviti Murid (BAM) dalam penerapan PKJR melalui
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dapat meningkatkan penguasaan murid dari
sudut keselamatan jalan raya serta kemahiran berbahasa.

RUJUKAN

Ann R. J. Briggs, Marianne Coleman & Marlene Morrison. (2012). Research methods in
educational leadership and management. SAGE Publication Ltd.

Babbie, Earl R. (2001). Survey Research Methods. Wadsworth.


Elliot, B. (2002). Review of Good Practice: Children and Road Safety Education. Report
Prepared For The Western Australia Departmen of Transport.
Jack R. Fraenkel, Norman E. Wallen & Helen H. Hyun. (2015). How to Design and Evaluate
Research in Education. McGraw-Hill Education.
Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru di sekolah: satu
penilaian. Tesis Ijazah Kedoktoran, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2009). Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2009: Pelaksanaan
Program Pendidikan Keselamatan jalan Raya dalam Bahasa Malaysia di Sekolah
Rendah. Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2011). Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya.
Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Leedy, P & Ormrod, J. (2001). Practical Research: Planning and Design. 7th Edition, Merrill
Prentice Hall and SAGE Publications, Upper Saddle River, NJ and Thousand Oaks, CA.
Mazlan Ismail. (2016). Kesan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya terhadap niat membentuk
sikap positif dalam kalangan murid sekolah rendah. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Ekologi
Manusia, Universiti Putra Malaysia.
Neuman, W. Lawrence. (2011). Social Research Methods: Qualitative and Quantitative
Approachs. Allyn & Bacon.
Nsubuga, Y. K. (2008). Analysis of leadership styles and school performance of secondary
schools in Uganda. Nelson Mandela Metropolitan University.
Parker, K. & Rufo, M (2011). Stepping To School: An assessement of neighborhood walkability
and solution for a safer and healthier. New Orleans: Prevention Research Center a Tulane
University.
Pitcairn, T.K. & Edlmann T. (2002). Individual differences in road crossing ability in young
children and adults, Brit.J.Psychol. 91 (part 3),pp.391-410.
Radin Umar Radin Sohadi (2005). Updates of Road Safety Status in Malaysia. IATSS
Research Vol. 29 No.1.

1229
Rasid Ismail & Raman Nordin. (2014). Penyelidikan peringkat serjana: Pendekatan kualitatif
sebagai alternatif. Universiti Malaysia Sabah.
Roslinda Ghafar & Zamri Mahamod. (2020). Amalan Pengajaran Guru Bahasa Melayu
Menggunakan Modul PKJR. Jurnal Dunia Pendidikan. Vol. 2, No. 2, 170-177, 2020
Sakeran, U. (2003). Research methods for business: a skill- building approach. John Wiley &
Sons, Inc.
Talib Jaafar, Mohd Faizar Mustafa, Sutiman Kemin & Ramlan Kasiran. (2003). Kemalangan
jalan raya: analisis data membabitkan pengguna motosikal. Jurnal Teknologi, 38(13), 1-
14.
Tuckman W, Bruce. (1999). Conducting educational research. Harcourt Brace Collage
Publishers.

1230
PENGGUNAAN KAEDAH FONIK DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN
KEMAHIRAN MEMBACA MURID TAHUN 1

Nur Adila Fadzlyn binti Ramly


adila09-918@epembelajaran.edu.my

Ruslan bin Abdullah PhD


ruslan@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kemahiran membaca bermula daripada mengenal, mengecam dan menyebut huruf, membunyikan
suku kata dan perkataan. Masalah keliru dalam mengecam dan membunyikan huruf boleh
menyebabkan murid tidak dapat membaca dengan lancar. Ini kerana apabila seseorang tidak
mengenal huruf maka peringkat pembelajaran seperti mengenal suku kata, perkataan dan ayat juga
tidak dapat dikuasai dengan baik yang menyebabkan pola bacaan merangkak-rangkak. Kajian ini
adalah untuk menyelidik penggunaan Kaedah Fonik dalam meningkatkan penguasaan kemahiran
membaca murid Tahun 1. Kaedah Fonik merupakan satu kaedah yang sudah lama dipraktikkan di
negara-negara maju, terutamanya dalam pengajaran bahasa. Namun, didapati masih kurang kajian
yang dilaksanakan dalam pengajaran bahasa Melayu murid Tahun 1. Sehubungan itu, kajian ini
bertujuan untuk melihat kesan penggunaan Kaedah Fonik dalam meningkatkan penguasaan
kemahiran membaca murid Tahun 1. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah tindakan. Peserta
kajian terdiri daripada lima orang murid Tahun 1 di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Kajian ini telah
menggunakan tiga instrumen, iaitu ujian, pemerhatian berstruktur dan temu bual separa berstruktur.
Hasil kajian ini membuktikan Kaedah Fonik dapat membantu meningkatkan penguasaan kemahiran
membaca murid Tahun 1 yang mengalami masalah keliru semasa membunyikan huruf dan seterusnya
meningkatkan kelancaran bacaan peserta kajian. Oleh itu, dapatan kajian ini membolehkan guru dan
ibu bapa membuat aktiviti intervensi bagi membantu murid-murid yang mempunyai masalah dalam
kemahiran membaca.
Kata Kunci: Kaedah Fonik, kemahiran membaca, kelancaran dan bahasa Melayu

ABSTRACT
Reading skills start from aware, recognizing and pronouncing letters, reading aloud syllables and
words. Confusing in recognizing and reciting letters can cause students to not be able to read fluently.
As things go, when a person does not know the letters then the level of learning such as recognizing
syllables, words and sentences also cannot be mastered well and makes the reading pattern sluggish.
This study is to investigate the use of the Phonics Method in improving the mastery of reading skills of
Year 1 students. Phonics method is a method that has long been practiced in developed countries,
especially in language teaching. Nonetheless, there were fewer studies carried out in the teaching of
Bahasa Melayu for Year 1 students in primary school. Accordingly, this study aims to see the effect of
the use of the Phonics Method in improving the mastery of reading skills of Year 1 students. This study
used a qualitative approach and action research method. The participants of this study consisted of five
Year 1 students in a school in Kuala Lumpur. This study has used three instruments, namely reading
test, structured observation and semi-structured interview. The results of this study prove that the
Phonics Method can help to improve the mastery of reading skills of Year 1 students who have
problems with confusion when reciting letters and in turn can improve the reading fluency of study
participants. Thus, the findings of this study allow teachers and parents to make intervention activities
to help students who have difficulties in reading skills.
Keywords: Method Phonics, reading skills, fluency and bahasa Melayu

1231
PENGENALAN

Kemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran asas yang amat penting dan perlu
dikuasai oleh semua murid dalam mempelajari bahasa Melayu. Penguasaan terhadap
kemahiran membaca membolehkan seseorang untuk menyebut perkataan dengan betul dan
tepat, memahami makna perkataan dan teks yang dibaca. Walaupun kemahiran membaca
merupakan kemahiran yang paling asas dipelajari sejak prasekolah, namun masih terdapat
murid-murid sekolah rendah, khususnya murid Tahun 1 yang tidak dapat menguasai
kemahiran membaca dengan baik dan tidak dapat membaca sesuatu ayat dengan lancar.
Untuk mengatasi masalah tersebut, pengkaji bercadang menjalankan tindakan untuk
membantu murid dalam menguasai kemahiran membaca. Kemahiran membaca terdiri
daripada beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid, iaitu kemahiran awal
bacaan, kemahiran bacaan mekanis dan kemahiran bacaan dan pemahaman. Kajian tindakan
ini akan memfokuskan kemahiran membaca awal bacaan atau kemahiran asas membaca. Hal
ini kerana kajian ini akan dijalankan pada murid Tahun 1. Kajian ini adalah untuk mengkaji
penggunaan Kaedah Fonik dalam kemahiran asas membaca. Kaedah Fonik merupakan salah
satu kaedah yang sesuai diaplikasikan dalam kemahiran asas membaca kerana kaedah ini
menekankan kepada hubung kait antara huruf dan bunyi huruf yang mewakili sesuatu objek
dan kata. Menurut Yahya Othman (2009), apabila murid sudah boleh menguasai bunyi huruf,
mereka akan boleh membaca. Maka, kajian tindakan ini adalah untuk mengkaji penggunaan
Kaedah Fonik dalam meningkatkan kemahiran membaca murid Tahun 1.

PERNYATAAN MASALAH

Pengkaji mendapati terdapat murid yang menghadapi masalah membaca suku kata dan
perkataan mudah KV+KV. Berdasarkan pemerhatian, pengkaji mendapati murid-murid itu
tidak dapat mengecam dan membunyikan huruf dan menggabungkan bunyi huruf untuk
membentuk suku kata dengan betul menyebabkan mereka tidak dapat membaca suku kata
dan perkataan mudah yang diberikan dengan lancar. Masalah yang terjadi ini berlaku kerana
murid keliru untuk menghubungkan bentuk atau simbol huruf itu kepada suku kata dan
seterusnya menyebabkan murid tidak dapat membaca perkataan mudah. Dalam kajian ini,
murid dilihat menghadapi kekeliruan dalam menyebut huruf h dan n, n dan m, b dan d kerana
bentuknya yang hampir sama. Permasalahan membaca yang ada dalam diri murid adalah
seperti keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil semasa membaca, tidak membunyikan
perkataan dengan betul dan tepat, tidak dapat menyebut perkataan yang dieja serta sering
meninggalkan perkataan yang tidak ketahui makna atau gagal membunyikannya. Masalah
tersebut menjadikan pola bacaan yang merangkak-rangkak dan menjadikan murid-murid tidak
memahami maklumat dan makna bahan bacaan tersebut.

1232
Untuk mengatasi masalah tersebut, pengkaji menjalankan tindakan untuk
membantu murid dalam menguasai kemahiran membaca, iaitu menggunakan Kaedah Fonik
dalam kemahiran membaca. Kaedah Fonik merupakan salah satu kaedah mengajar
kemahiran membaca yang sesuai diaplikasikan terutamanya dalam penguasaan kemahiran
asas membaca. Kaedah ini sudah lama dipraktikkan di negara-negara maju, terutamanya
dalam pengajaran bahasa. Kaedah Fonik memfokuskan kepada bunyi simbol huruf berbeza
dengan kaedah tradisional yang menekankan penghafalan nama huruf. Hal ini bersesuaian
dengan fokus pengkaji, iaitu memfokuskan kepada kemahiran asas membaca. Ehri (2005)
merumuskan proses pembelajaran perkataan yang dilihat oleh kanak-kanak melibatkan
pembentukan hubungan antara huruf dan fonem untuk menyatukan ejaan perkataan,
seterusnya memperoleh satu sebutan yang memberi makna perkataan dalam minda kanak-
kanak. Oleh itu, pengaplikasian Kaedah Fonik adalah untuk mengukuhkan asas membaca
murid untuk meningkatkan penguasaan mereka dalam kemahiran membaca. Hal ini dikatakan
sedemikian kerana, menurut Yahya Othman (2009), apabila murid sudah boleh menguasai
bunyi huruf, mereka akan boleh membaca.

OBJEKTIF

1. Murid dapat menguasai kemahiran asas membaca dengan menggunakan Kaedah Fonik.
2. Murid dapat membaca suku kata KV dan perkataan KV+KV dengan lancar.
3. Meningkatkan minat murid terhadap kemahiran membaca menggunakan Kaedah Fonik.

SOALAN KAJIAN
1. Adakah penguasaan kemahiran asas membaca murid dapat ditingkatkan dengan
menggunakan Kaedah Fonik?
2. Bagaimanakah Kaedah Fonik dapat meningkatkan tahap kelancaran membaca murid?
3. Adakah Kaedah Fonik dapat menarik minat murid terhadap kemahiran membaca?

METODOLOGI

Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan. Penyelidikan tindakan ini bertujuan
untuk melihat keberkesanan penggunaan Kaedah Fonik yang diaplikasikan oleh pengkaji
terhadap penguasaan kemahiran membaca murid Tahun 1. Proses kajian ini menggunakan
model kajian tindakan iaitu Model Kemmis dan McTaggart (1998), iaitu Gelung Kajian
Tindakan. Berdasarkan model kajian ini, terdapat empat langkah utama dalam melaksanakan
penyelidikan, iaitu mereflek, merancang, bertindak dan memerhati dan seterusnya kembali
kepada refleksi. Dalam kajian tindakan ini, pengkaji tidak meneruskan kepada kitaran kedua
kerana masalah dapat diselesaikan pada kitaran pertama.

1233
Bagi peserta kajian pula, peserta kajian yang dijalankan ini kepada lima orang murid
Tahun 1 di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Pemilihan peserta kajian ini dilakukan
berdasarkan temu bual bersama guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Melayu murid
ini serta pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji. Peserta kajian terdiri daripada tiga murid
perempuan dan dua murid lelaki. Instrumen kajian adalah penting bagi mencapai objektif
sesuatu kajian. Dalam kajian ini, kaedah pengumpulan data dalam kajian ini adalah ujian,
pemerhatian dan temu bual. Data yang diperoleh dihuraikan dalam bentuk jadual dan rajah
pada bahagian dapatan kajian.

DAPATAN KAJIAN

Kajian tindakan ini telah dijalankan selama empat minggu yang bertujuan untuk
meningkatkan penguasaan kemahiran membaca dengan menggunakan Kaedah Fonik. Hasil
dapatan kajian telah dapat menjawab semua soalan kajian yang diutarakan pengkaji dan
mencapai objektif kajian. Keseluruhannya, peningkatan pencapaian peserta kajian dapat
dilihat dengan jelas dalam ujian kemahiran membaca yang dilaksanakan setelah
mengaplikasikan Kaedah Fonik. Hasil daripada analisis Ujian Kemahiran Membaca sebelum
dan selepas, secara keseluruhannya semua peserta kajian menunjukkan peningkatan
semasa menjalani ujian akhir berbanding dengan ujian awal.

Jadual 1

Analisis Perbandingan Keputusan Ujian Awal dan Ujian Akhir Kemahiran Membaca

Peserta Ujian Awal Ujian Akhir Peningkatan %


Kajian

Markah Peratus Markah Peratus Markah Perat


(50) (%) (50) (%) (50) us
(%)

PK1 35 70 48 96 13 26

PK2 39 78 50 100 11 22

PK3 39 78 50 100 11 22

PK4 38 76 50 100 12 24

PK5 36 72 49 98 13 26

1234
PERBANDINGAN MARKAH UJIAN AWAL
DAN UJIAN AKHIR
Ujian Awal Ujian Akhir

50 50 50 49
48

39 39 38
35 36

PK 1 PK 2 PK 3 PK 4 PK 5

Rajah 1: Graf Pembandingan Markah Ujian Awal dan Ujian Akhir

Jadual 1 menunjukkan analisis perbandingan markah serta peningkatan markah bagi


setiap peserta kajian. Rajah 1 pula menunjukkan perbandingan markah antara ujian awal dan
ujian akhir dalam bentuk graf. Berdasarkan jadual dan rajah tersebut, dapat dilihat bahawa
terdapat peningkatan yang positif bagi setiap peserta kajian. Peserta kajian 1 mendapat
markah sebanyak 35 markah dan meningkat kepada 48 markah semasa ujian akhir. Bagi
peserta kajian 2 dan peserta kajian 3, kedua-duanya mendapat 39 markah dalam ujian awal
dan telah mendapat markah penuh dalam ujian akhir. Peserta kajian 4 pula, telah meningkat
sebanyak 12 markah dalam ujian akhir dan peserta kajian 5 juga menunjukkan peningkatan,
iaitu dari 36 markah kepada 49 markah dalam ujian akhir. Keberkesanan penggunaan Kaedah
Fonik ini adalah kerana kaedah memfokuskan kepada membunyikan bunyi huruf yang menjadi
unsur utama dan gabungan dua bunyi untuk membentuk suku kata terbuka dan seterusnya
membentuk perkataan secara berperingkat. Peningkatan yang ditunjukkan kesemua peserta
kajian ini membuktikan bahawa Kaedah Fonik sememangnya dapat membantu peserta kajian
untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca mereka. Peningkatan penguasaan
yang ditunjukkan oleh peserta-peserta kajian ini tidak memerlukan kepada kajian yang
seterusnya pada kitaran yang kedua.
Pengkaji telah melakukan pemerhatian berstruktur untuk melihat peningkatan dari
aspek kelancaran bacaan peserta kajian. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, pengkaji
dapat melihat perubahan tingkah laku yang amat positif iaitu peserta kajian dapat membaca
perkataan dengan lebih lancar tanpa perlu mengeja. Hal ini berbeza dengan sebelum tindakan
dilaksanakan iaitu pola bacaan peserta kajian tersekat-sekat kerana peserta kajian tidak dapat
membunyikan huruf dan tertukar bunyi huruf seperti huruf /m/ tertukar dengan /n/ dan /b/

1235
tertukar dengan /d/. Berdasarkan Kaedah Fonik, peserta kajian diajar membaca
menggunakan konsep bunyi dan gabung-bunyi. Peserta kajian diajar membaca dengan
menggabungkan bunyi-bunyi yang ada di dalam perkataan. Contohnya, /b/ (beh) kawan
dengan /a/ (aa) bunyinya /ba/ dan begitulah seterusnya dengan huruf konsonan yang lain.
Dapatan pemerhatian berstruktur ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan Kaedah Fonik
dapat membantu memudahkan peserta kajian membunyikan suku kata dan seterusnya dapat
meningkatkan kelancaran membaca murid Tahun 1.
Pengkaji juga menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur yang dijalankan
kepada peserta kajian untuk mendapatkan pandangan dan pendapat mereka berkaitan
penggunaan Kaedah Fonik dalam kemahiran membaca. Hasil temu bual yang dilaksanakan,
kesemua peserta kajian menyatakan bahawa mereka seronok sepanjang pengajaran dan
pembelajaran kemahiran membaca menggunakan Kaedah Fonik. Hasil temu bual
menunjukkan bahawa peserta kajian bersetuju bahawa mereka lebih mudah untuk mengingati
bunyi huruf menggunakan asosiasi gaya dan permainan yang dilaksanakan dalam Kaedah
Fonik apabila mereka lupa. Kajian daripada Adibah (2002) mendapati bahawa penggunaan
kaedah permainan dan gaya asosiasi dalam proses kemahiran membaca dapat menarik minat
murid untuk belajar dengan perasaan gembira dan bersemangat serta seterusnya dapat
meningkatkan tahap penguasaan kemahiran membaca murid.

REFLEKSI

Setelah melaksanakan kajian tindakan ini, pengkaji mendapati bahawa Kaedah Fonik ini
sememangnya berkesan bagi membantu murid untuk meningkatkan penguasaan kemahiran
membaca mereka. Hal ini boleh dilihat melalui hasil dapatan yang telah diperoleh berdasarkan
instrumen yang telah digunakan seperti ujian, pemerhatian berstruktur dan juga temu bual
separa berstruktur. melalui dapatan kajian ini, hasil kajian telah menunjukkan bahawa
penggunaan Kaedah Fonik sememangnya dapat membantu murid yang lemah dalam
mengecam dan membunyikan huruf dan seterusnya dapat meningkatkan kemahiran
membaca suku kata KV dengan betul. Kaedah Fonik juga telah dapat dibuktikan dapat
membantu murid untuk meningkatkan penguasaan kemahiran terhadap kemahiran membaca
KV dan perkataan KVKV dengan lebih lancar tanpa perlu mengeja dan seterusnya dapat
menarik minat murid untuk membaca. Hal ini dapat dibuktikan berpandukan hasil analisis
dapatan kajian yang diperoleh daripada tiga instrumen yang dipilih. Terdapat peningkatan
dalam pencapaian peserta kajian berdasarkan analisis yang telah dibuat. Tuntasnya, dengan
adanya penggunaan Kaedah Fonik ini, diharapkan dapat mengurangkan masalah kemahiran
membaca dan mengurangkan murid pemulihan di sekolah.

1236
CADANGAN DAN TINDAKAN SUSULAN

Pelbagai penambahbaikan yang dapat dilakukan bagi meningkatkan kualiti teknik kajian yang
dilaksanakan. Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah seperti memasukkan
elemen interaktif dan IT dalam penggunaan Kaedah Fonik. Pengkaji bercadang untuk
menyediakan bahan yang boleh digunakan melalui Kaedah Fonik ini dalam bentuk interaktif
yang boleh digunakan oleh murid dengan lebih berkesan, mudah dan ringkas bersesuaian
dengan kemajuan dunia sekarang yang mementingkan penggunaan IT dalam pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Penggunaan media interaktif ini dibina dengan menggunakan
tambahan muzik dan permainan yang dapat meningkatkan daya ingatan murid dalam
menguasai kemahiran membaca. Bahan berbentuk interaktif ini mudah digunakan oleh guru-
guru, murid-murid malah ibu bapa yang hendak menggunakan Kaedah Fonik untuk mengajar
dan belajar kemahiran membaca.

Kajian ini dijalankan secara spesifik terhadap murid Tahun 1 yang didapati tidak dapat
menguasai kemahiran membaca dengan baik. Maka, pengkaji juga bercadang untuk
mengembangkan penggunaan Kaedah Fonik ini kepada murid-murid yang baharu belajar
kemahiran membaca seperti murid prasekolah, murid-murid berkeperluan khas dan murid-
murid pemulihan yang mempunyai masalah lemah dalam kemahiran membaca. Hal ini kerana,
pengkaji yakin penggunaan Kaedah Fonik dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran
membaca murid. Kajian ini juga dicadangkan untuk dijalankan dalam tempoh yang panjang,
memandangkan terdapat faktor gangguan seperti masa yang terhad untuk menjalankan kajian
ini. Kajian boleh dijalankan secara jangka panjang untuk melihat kesan penggunaan kaedah
ini terhadap bacaan awal seterusnya membantu murid untuk mahir membaca. Hal ini dikatakan
sedemikian kerana kaedah ini memerlukan latih tubi dan pengulangan untuk murid dapat
menguasai kemahiran membaca tanpa bimbingan sepenuhnya daripada guru.

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian, & Zulkifli Abu Zarin. (2008, June). Keupayaan kemahiran membaca dan
menulis bahasa Melayu murid sekolah rendah kebangsaan luar bandar [Paper
presentation]. Konvensyen Pendidikan Nasional 2008, Universiti Pendidikan Sultan
Idris.

Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,
1(1), 1-12.

Aisah Md. Daud, Azmey Othman, DK. Siti Ardiah Pg. Mohiddin, Maszuraimah Muizz Sulaiman,
& Yahya Othman. (2012). Pelaksanaan pengajaran membaca menggunakan kaedah
fonik peringkat prasekolah di Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,
2(1), 93-109.

1237
Ehri, L. C. (2005). “Learning to read words: Theory, findings, and issues”. Scientific Studies Of
Reading, 9(2), 167-188.

Eva Essa. (2013). Introduction to early childhood education. Thomson Delmar Learning.

Fadial Jamaludin, & Norlieza Ahmad. (2019). Penerapan kaedah fonetik dalam meningkatkan
kemahiran membaca murid [Conference session]. Seminar Bahasa Melayu 2019.

Ishak Ramly. (2005). Pengajaran kemahiran berbahasa menulis dan literasi. Universiti Sains
Malaysia.

Jamaludin Badushah, Nik Mohd Rahimi, Tamam Timbang, & Zamri Mahamod. (2010).
Masalah membaca murid-murid sekolah rendah kerajaan di Brunei Darussalaam: Satu
kajian kes. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(2), 77-85.

Joseph, L. M., Kunesh, C. E., & Noltemeyer, A. L. (2013). Effects of supplemental small group
phonics instruction on kindergartens word recognition performance. Reading
improvement, 50(3), 121-131.

Khairuddin Mohamad. (2011). Literasi bahasa Melayu. Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Nor Laila Kuslan. (2014). Aktiviti pemulihan bacaan di sebuah sekolah rendah: Satu kajian kes.
Tesis Ijazah Doktor Falsafah Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Sharipah Amalhayaty Syed Ahmad. (2015). Penggunaan kaedah fonik dalam pengajaran
kemahiran bacaan awal kanak-kanak prasekolah. Ijazah Sarjana Pendidikan. Fakulti
Pendidikan dan Pembangunan Manusia.

Suh, R., & Gerson, V. (2013). Using technology for phonics instruction in kindergarten. Spring
2013, 46(3).

Sutinah Hj. Muhd Ali, Yahya Othman, & Zamri Mahamod. (2012). Kaedah fonik dalam
mengajarkan kemahiran membaca kanak-kanak prasekolah: Tinjauan pelaksanaan di
negara Brunei Darussalam. https://www.academia.edu/

Yuznaili Saleh. (2021). Panduan komprehensif penyelidikan: Navigasi penyelidikan anda.


Global Mediastreet Sdn.Bhd.

1238
PENGGUNAAN KARTUN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH DI ZON WAKAF BHARU

Nur Anis Azlin binti Hamzih


anis09-919@epembelajaran.edu.my

Zanariah binti Hamid PhD


zanariah.hamid@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk meninjau sikap guru dan tahap penggunaan kartun dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah
tinjauan yang menggunakan satu set instrumen soal selidik yang mengandungi 28 item. Dalam kajian
ini, sampel yang terlibat terdiri daripada 59 orang guru bahasa Melayu di tujuh buah sekolah rendah
sekitar Zon Wakaf Bharu iaitu dalam daerah Tumpat, Kelantan. Statistical Package for Social Science
(SPSS) versi 26.0 telah digunakan untuk menganalisis data yang melibatkan analisis deskriptif yang
mengukur min, sisihan piawai dan peratus. Analisis Alpha Cronbach bagi setiap konstruk yang diperoleh
melalui kajian rintis menunjukkan tahap kebolehpercayaan adalah 0.89. Hasil dapatan kajian
menunjukkan sikap guru terhadap penggunaan kartun dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
berada pada tahap tinggi (skor min=4.08). Namun begitu, bagi aspek tahap penggunaan kartun dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu berada pada tahap sederhana rendah (skor min=3.00).
Oleh itu, kajian ini secara tidak langsung menunjukkan keperluan untuk guru-guru dan pihak
berkepentingan yang lain meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang penggunaan kartun
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Kata kunci: kartun, pengajaran dan pembelajaran, guru bahasa Melayu

ABSTRACT

This study was conducted to determine the attitudes of teachers and the use of cartoons in the teaching
and learning of the Malay language. The design of this study is a quantitative approach. It utilise a survey
method that used a set of questionnaire instruments containing 28 items. Besides, this study involved a
sample consisting of 59 Malay language teachers in seven primary schools around district Wakaf Bharu
in Tumpat, Kelantan. Statistical Package for Social Science (SPSS) version 26.0 was used to analyse
the data involving descriptive analysis measuring mean, standard deviation and percentage. Cronbach’s
alpha analysis for each construct obtained through the pilot study showed a level of reliability of 0.89.
The results of the study showed that teachers' attitudes towards the use of cartoons in teaching and
learning of Malay language were at a high level (mean score = 4.08). However, the aspect of the use of
cartoons in teaching and learning of Malay language are at a moderately low level (mean score = 3.00).
Therefore, this study implies the need for teachers and other stakeholders to increase knowledge and
awareness about the use of cartoons in teaching and learning of Malay language.
Keywords: cartoon, teaching and learning, Malay language teachers

1240
PENGENALAN

Dalam meniti arus kemodenan yang serba canggih kini, bidang pendidikan juga turut
mengalami pelbagai evolusi yang tersendiri seiring dengan perubahan zaman. Perkara ini
dapat dilihat melalui pernyataan daripada Harlina, Zubaidah dan Ainee Ahmad (2017) iaitu
bagi memastikan proses pembelajaran berlangsung dengan lebih kondusif dan sesuai dengan
keperluan pembelajaran abad ke-21, perubahan dalam pengajaran perlu dilaksanakan oleh
guru. Hal ini kerana corak pengajaran guru dahulu lebih mengutamakan penggunaan lisan dan
tulisan iaitu kaedah ‘chalk and talk’ bagi menyampaikan pengajaran. Namun kini, pengajaran
guru di dalam bilik darjah telah beralih kepada penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar
(BBM) yang menarik dan mampu meningkatkan penguasaan murid terhadap sesuatu topik
pengajaran. Menurut Alizah dan Zamri (2019), murid lebih tertarik kepada pendekatan
pengajaran guru yang lebih interaktif melalui penggunaan bahan bantu mengajar yang
pelbagai dan berbeza dengan kaedah tradisional yang hanya berpusatkan kepada guru
semata-mata. Perkara ini sekali gus mampu menggalakkan penglibatan aktif murid semasa
proses pengaran dan pembelajaran berlangsung.

Bagi sesebuah institusi pendidikan sama ada di sekolah mahu pun di institusi pengajian
tinggi khususnya di Malaysia, proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat dilihat
sebagai satu elemen yang penting bagi melahirkan modal insan yang berkesan. Pengurusan
PdP yang baik meliputi pencetusan idea kreatif dan inovatif, pembangunan potensi manusia
yang lebih mampan serta penyebaran maklumat. Oleh itu, penggunaan bahan bantu mengajar
(BBM) menurut Jantan (2016) mampu mengembangkan pembudayaan saintifik, pengetahuan
baharu, penting dalam proses PdP bagi menarik minat murid untuk belajar serta mampu
meningkatkan prestasi pelajar. BBM merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh
guru atau murid untuk membantu dalam menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah.
Menurut Mohamad dan Musa (2013), BBM terbahagi kepada dua jenis iaitu media elektronik
dan media bukan elektronik. Bahan bantu mengajar bentuk elektronik antaranya ialah video,
projektor slaid, telefon pintar dan sebagainya manakala bahan bantu mengajar bentuk bukan
elektronik pula contohnya ialah buku teks, kad imbasan dan bahan maujud seperti model.

Kartun merupakan salah satu BBM yang tergolong dalam media elektronik contohnya
video animasi. Kartun juga terdapat dalam media bukan elektronik seperti komik bergambar
yang terdapat dalam bentuk bahan bercetak seperti buku atau majalah. Oleh itu, menurut
Norhayati Che Hat, Shaferul Hafes Sha'ari dan Mohd Fauzi Abdul Hamid (2014), kartun adalah
suatu penghasilan unik yang diminati oleh pelbagai peringkat manusia mampu mewujudkan
suasana yang seronok dan boleh mempengaruhi emosi murid untuk belajar dengan lebih
tekun. Kartun juga merupakan sejenis lukisan berbentuk universal yang menggambarkan

1241
peristiwa harian. Bahan berunsur kartun juga kebanyakannnya disampaikan secara lucu dan
mempunyai elemen jenaka yang menjadi daya penarik yang unik serta boleh mempengaruhi
sikap dan pelakuan pembaca. Penggunaan bahan kartun yang dapat dipelbagaikan
kegunaannya itu juga ialah medan untuk murid mengasah minda dan minat bagi menghujah
dan berinteraksi sesuai dengan tajuk yang dipelajari. Dalam era kemodenan yang pesat
membangun kini, kartun telah menjadi suatu elemen hiburan yang amat digemari dalam
kalangan kanak-kanak khususnya. Menurut Awang Sariyan (2011), kartun boleh dijelmakan
dalam bentuk bergambar atau dalam bentuk video contohnya komik ‘Ujang’ dan video kartun
animasi ‘Upin dan Ipin’ yang amat popular bukan sahaja di Malaysia malah di negara jiran
seperti Indonesia dan Brunei.

Penggunaan bahan kartun dalam dunia pendidikan pula sangat terkenal dengan
penghasilan komik-komik ilmiah bagi memudahkan murid memahami sesuatu isi kandungan
dalam mata pelajaran seperti komik Sejarah, Sains dan juga Matematik. Jadi, guru bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu khususnya perlulah memainkan peranan penting dalam
keberhasilan proses PdP dengan melaksanakan pengajaran abad ke-21 seperti yang telah
disarankan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM). Hal ini menurut Hamdan dan Mohd Yasin (2010),
guru sewajarnya menggembeleng tenaga dalam menjalankan tanggungjawab mereka
sebagai pendidik dengan sebaiknya supaya pelajar dapat menguasai pembelajaran yang
diajar oleh guru. Oleh itu, bahan bantu mengajar berunsur kartun adalah sesuai dan wajar
digunakan oleh guru dalam proses PdP terutamanya dalam PdP bahasa Melayu bagi menarik
minat pelajar serta meningkatkan prestasi pelajaran murid.

PERMASALAHAN KAJIAN

Pernyataan masalah menurut Mahyuddin (2017) merupakan perihal tentang kepentingan


kajian dibuktikan sebagai benar atau salah Jadi, pernyataan masalah dalam kajian ini ialah
tahap penggunaan kartun dalam pengajaran bahasa Melayu kurang digunakan. Pernyataan
ini disokong oleh kajian Abdul Rasid Jamian et al. (2012) iaitu pengkaji telah mendapati
penggunaan bahan kartun sebagai bahan bantu mengajar penulisan karangan bukan bahan
yang popular dalam kalangan guru bahasa Melayu sekolah rendah. Menurut kajian mereka
juga, jenis kartun yang paling kerap digunakan dalam pengajaran bahasa Melayu ialah kartun
animasi berbanding jenis kartun yang lain.

Selain itu, menurut kajian oleh Zamri Mahamod et al. (2011), kandungan yang
terkandung dalam buku teks adalah kurang sesuai terutama untuk latih tubi peperiksaan
menyebabkan guru terpaksa mencari bahan lain untuk pengukuhan dan latih tubi bagi

1242
mengaitkan isi kandungan pelajaran. Seterusnya, kajian yang dilaksanakan oleh Siti Hajar dan
Suguneswary (2016) juga mendapati sikap positif guru terhadap penggunaan bahan
pengajaran adalah penting untuk mendorong murid mempelajari sesuatu mata pelajaran di
sekolah. Hal ini kerana sikap dan keyakinan yang tinggi yang ditonjolkan oleh guru dapat
membantu memudahkan proses keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah. Oleh itu, objektif kajian ini adalah mengkaji tentang sikap guru terhadap penggunaan
kartun dan tahap penggunaan kartun dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai objektif
kajian. Pelaksanaan objektif tersebut melalui kajian ini diharap dapat membantu pengkaji
mengenal pasti sikap dan tahap penggunaan kartun oleh guru dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini berfokus pada dua objektif yang telah ditetapkan. Kedua-dua objektif adalah seperti
yang berikut:
i. Mengenal pasti sikap guru bahasa Melayu sekolah rendah di Zon Wakaf Bharu
terhadap penggunaan kartun dalam pengajaran dan pembelajaran.
ii. Mengenal pasti tahap penggunaan kartun dalam pengajaran dan pembelajaran guru
bahasa Melayu sekolah rendah di Zon Wakaf Bharu.

SOALAN KAJIAN
Kajian ini untuk mendapat maklumat bagi menjawab persoalan yang berikut:
i. Apakah sikap guru bahasa Melayu sekolah rendah di Zon Wakaf Bharu terhadap
penggunaan kartun dalam pengajaran dan pembelajaran?
ii. Apakah tahap penggunaan kartun dalam pengajaran dan pembelajaran guru bahasa
Melayu sekolah rendah di Zon Wakaf Bharu?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk meninjau sikap guru dan tahap penggunaan kartun dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Reka bentuk kajian ini menggunakan
pendekatan kuantitatif dan kaedah tinjauan. Sampel yang terlibat dalam kajian kuantitatif
lazimnya dalam bilangan yang ramai untuk memperoleh data yang bersesuaian dengan setiap
kajian yang dilaksanakan (Yin, 2009). Sehubungan dengan itu, kajian ini melibatkan 59 orang
responden kajian yang terdiri daripada guru bahasa Melayu di tujuh buah sekolah rendah
sekitar Zon Wakaf Bharu iaitu dalam daerah Tumpat, Kelantan. Responden ini dipilih
berdasarkan kaedah persampelan rawak mudah seperti yang dicadangkan oleh Mohamad

1243
Najib (2003) dan menepati ciri-ciri yang diperlukan dalam kajian ini iaitu guru yang mengajar
mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid Tahap 1 atau Tahap 2.

Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang diadaptasi daripada kajian Melvina
dan Jamaludin Badusah (2010). Set soal selidik ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian
A, Bahagian B dan Bahagian C. Bagi mendapatkan kesahan kandungan dan
kebolehpercayaan instrumen soal selidik ini, satu kajian rintis yang melibatkan 30 orang
responden telah dijalankan. Kebolehpercayaan ini diukur dengan menggunakan Statistical
Package for Social Science (SPSS) versi 26.0 dan nilai Alpha Cronbach yang diperoleh adalah
0.89. Menurut Bond dan Fox (2015), nilai julat yang menghampiri nilai 1.0 iaitu melebihi 0.70,
menunjukkan tahap kebolehpercayaan sesuatu kajian berada pada tahap kebolehpercayaan
yang tinggi dan berkesan serta sesuai digunakan dalam kajian sebenar. Skala pengukuran
item yang digunakan ialah skala Likert lima mata oleh Boone (2012). Jadual 1 dan 2
merupakan skala Likert lima mata yang digunakan bagi item yang terdapat dalam konstruk
soal selidik Bahagian B dan C.

Jadual 1

Skala Item Bahagian B

Skala Tafsiran
1 Sangat Tidak Setuju (STS)

2 Tidak Setuju (TS)

3 Kurang pasti (KP)

4 Setuju (S)

5 Sangat setuju (SS)

Jadual 2

Skala Item Bahagian C

Skala Tafsiran
1 Tidak Pernah (TP)
2 Jarang (J)
3 Kadang-kadang (KK)
4 Kerap (K)
5 Sangat Kerap (SK)

1244
Dalam kajian ini, soal selidik dijawab oleh 59 orang guru di tujuh buah sekolah dalam
Zon Wakaf Bharu, Kelantan. Akhirnya, data soal selidik dianalisis secara deskriptif iaitu melihat
kepada skor min, sisihan piawai dan peratus. Tafsiran skor min telah diadaptasi daripada Jamil
et al. (2014) dan ditunjukkan dalam Jadual 3.

Jadual 3

Interpretasi skor min

Selang Skala Skor Min Interpretasi


1.00 – 2.00 Rendah
2.01 – 3.00 Sederhana rendah
3.01 – 4.00 Sederhana tinggi
4.01 – 5.00 Tinggi

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini menjawab kepada dua soalan kajian berkaitan sikap guru dan tahap
penggunaan kartun dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

Jadual 4

Analisis item Sikap Guru Terhadap Penggunaan Kartun dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu

Bil Item Skor SP Tahap


Min µ
1. Saya menyokong idea penggunaan kartun dalam 4.34 0.60 Tinggi
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
2. Saya yakin penggunaan kartun dalam pengajaran dan 4.27 0.61 Tinggi
pembelajaran bahasa Melayu dapat meningkatkan
tahap pemahaman murid terhadap isi pelajaran.
3. Saya positif penggunaan kartun dalam pengajaran dan 4.29 0.64 Tinggi
pengajaran bahasa Melayu dapat melahirkan murid
yang kreatif.
4. Saya percaya penggunaan kartun dalam pengajaran 4.19 0.65 Tinggi
dan pembelajaran bahasa Melayu mampu
meningkatkan penglibatan murid secara aktif.
5. Saya selesa menggunakan kartun dalam pengajaran 4.02 0.84 Tinggi
dan pembelajaran bahasa Melayu.
6. Saya bermotivasi melaksanakan pengajaran dan 3.98 0.79 Sederhan
pembelajaran bahasa Melayu sekiranya menggunakan a Tinggi
kartun.
7. Saya seronok melaksanakan pengajaran dan 4.05 0.77 Tinggi
pembelajaran bahasa Melayu sekiranya menggunakan
kartun.

1245
8. Saya berkeyakinan menyampaikan isi pelajaran dalam 3.97 0.83 Sederhan
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu a Tinggi
sekiranya menggunakan kartun.
9. Saya memilih menggunakan bahan kartun dalam 3.73 0.86 Sederhan
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu a Tinggi
berbanding bahan bantu mengajar yang lain.
10. Saya memerlukan kursus dan pendedahan tentang 4.03 0.90 Tinggi
penggunaan kartun dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu.
11. Sekiranya mempunyai peluang, saya ingin 4.05 0.77 Tinggi
meningkatkan penggunaan kartun dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu.
Skor Min Keseluruhan 4.08 0.59 Tinggi

Dapatan kajian berdasarkan Jadual 4 menunjukkan skor min sikap guru terhadap
penggunaan kartun dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu secara keseluruhan
ialah 4.08 yang menunjukkan responden mempunyai sikap yang sangat baik dan positif
terhadap penggunaan kartun dalam PdP. Nilai sisihan piawai (SP) bagi konstruk ini ialah 0.59
yang menunjukkan set data ini menghampiri ukuran pusat. Skor min paling tinggi iaitu 4.34
bagi item 1 menunjukkan responden sangat menyokong idea penggunaan kartun dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Skor min paling rendah pula ialah 3.73 bagi
item 9 yang berkenaan dengan pemilihan bahan kartun dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu berbanding bahan bantu mengajar yang lain.

Jadual 5

Analisis Item Tahap Penggunaan Kartun dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Bil Item Skor SP Tahap


Min µ
1. Saya menggunakan kartun dalam pengajaran 3.02 1.04 Sederhana
dan pembelajaran bahasa Melayu pada set Tinggi
induksi.
2. Saya menggunakan kartun dalam pengajaran 2.93 1.12 Sederhana
dan pembelajaran bahasa Melayu bagi Rendah
kemahiran mendengar dan bertutur.
3. Saya menggunakan kartun dalam pengajaran 2.97 1.05 Sederhana
dan pembelajaran bahasa Melayu bagi Rendah
kemahiran membaca.
4. Saya menggunakan kartun dalam pengajaran 2.95 1.18 Sederhana
dan pembelajaran bahasa Melayu bagi Rendah
kemahiran menulis.
5. Saya menggunakan kartun dalam pengajaran 3.07 1.03 Sederhana
dan pembelajaran bahasa Melayu bagi aspek Tinggi
tatabahasa.

1246
6. Saya menggunakan kartun dalam pengajaran 3.22 0.96 Sederhana
dan pembelajaran bahasa Melayu bagi aspek Tinggi
seni bahasa.
7. Saya menggunakan kartun dalam pengajaran 2.97 1.11 Sederhana
dan pembelajaran bahasa Melayu untuk Rendah
menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT).
8. Saya menggunakan kartun dalam pengajaran 3.32 1.00 Sederhana
dan pembelajaran bahasa Melayu untuk Tinggi
menerapkan nilai murni dalam diri murid.
9. Saya menggunakan kartun dalam pengajaran 2.83 1.03 Sederhana
dan pembelajaran bahasa Melayu untuk Rendah
mengenal pasti tahap pengetahuan murid.
10. Saya menggunakan kartun dalam pengajaran 2.81 1.13 Sederhana
dan pembelajaran bahasa Melayu melalui Rendah
tugasan yang diberikan kepada murid.
11. Saya menggunakan kartun dalam pengajaran 3.15 1.11 Sederhana
dan pembelajaran bahasa Melayu yang Tinggi
bersesuaian dengan minat dan kesediaan
murid.
12. Saya menggunakan kartun dalam pengajaran 2.80 1.11 Sederhana
dan pembelajaran bahasa Melayu untuk Rendah
membuat rumusan pada akhir pengajaran.
Skor Min Keseluruhan 3.00 0.90 Sederhana
Rendah

Berdasarkan Jadual 5, skor min keseluruhan bagi konstruk ini ialah 3.00 yang
menunjukkan penggunaan kartun dalam pengajaran dan pembelajaran guru-guru sekolah
rendah di sekitar Zon Wakaf Bharu pada tahap yang sederhana rendah. Nilai sisihan piawai
(SP) bagi konstruk ini ialah 0.90 yang menunjukkan set data ini agak terserak dari ukuran
pusat. Skor min paling tinggi iaitu 3.22 bagi item 6 menunjukkan responden kerap
menggunakan kartun dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu bagi aspek seni
bahasa. Skor min paling rendah pula ialah 2.80 bagi item 12 yang berkenaan dengan
penggunaan kartun dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu untuk membuat
rumusan pada akhir pengajaran.

Oleh itu, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru di tujuh buah sekolah di
Zon Wakaf Bharu, Kelantan menunjukkan sikap yang sangat baik dan positif terhadap
penggunaan kartun dalam PdP bahasa Melayu. Walaupun demikian, kajian ini juga mendapati
guru-guru di kawasan kajian ini kurang menggunakan kartun dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu.

KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

Dapatan kajian ini menunjukkan guru bahasa Melayu sekolah rendah di kawasan kajian
menunjukkan sikap yang sangat positif terhadap penggunaan kartun dalam PdP bahasa

1247
Melayu namun tahap penggunaan kartun oleh guru-guru ini dalam PdP bahasa Melayu agak
lemah. Sehubungan dengan itu, dapatan kajian ini hampir sama dengan kajian yang telah
dilaksanakan oleh beberapa pengkaji yang turut menyelidik penggunaan kartun dalam PdP.
Antaranya ialah kajian daripada Abdul Rasid Jamian dan Hasmah Ismail (2013), Abdul Rasid
Jamian, Shamsudin Othman dan Humaizah Hashim (2012), Ong Eng Tek, Rosmawati
Muhammad, Sabri Salleh dan Nurulhuda (2012). Selain itu, kajian oleh Mohd Suhaimi, Noor
Shah dan Mohd Uzi (2017) juga menunjukkan tahap penggunaan dan sikap guru terhadap
penggunaan bahan bantu mengajar yang interaktif contohnya kartun adalah selari dengan
dapatan kajian ini. Penggunaan kartun menurut kajian Cevat Eker (2014) dilihat penting dalam
pengajaran dan pembelajaran kerana mampu memberi kesan yang baik terhadap tahap
pencapaian akademik murid. Walaupun begitu, sikap yang positif seharusnya seiring dengan
penggunaan kartun dalam PdP. Oleh itu, pihak KPM atau pihak sekolah perlu melaksanakan
langkah yang proaktif untuk memberi galakan kepada guru bahasa Melayu khususnya di
sekolah rendah untuk menggunakan bahan bantu mengajar berunsur kartun dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Implikasinya, kajian ini dapat memberikan pengetahuan kepada guru bahawa terdapat
pelbagai bahan bantu mengajar lain yang boleh digunakan oleh guru selain buku teks
contohnya bahan berunsur kartun bagi memastikan proses PdP berlangsung dalam suasana
yang seronok dan berkesan kepada murid. Hal ini kerana guru-guru di sekolah lazimnya
menggunakan buku teks sebagai bahan bantu mengajar utama (Zamri Mahamod et al., 2011)
kerana mengganggap pemahaman murid tentang sesuatu topik pengajaran mudah dicapai
apabila menggunakan buku teks sewaktu PdP. Selain itu, kajian ini juga dapat menambah
pengetahuan para guru berkaitan dengan bahan bantu mengajar yang relevan dengan dunia
pendidikan era kini yang lebih bercirikan pembelajaran interaktif contohnya penggunaan
kartun animasi semasa langkah set induksi bagi memperkenalkan topik pelajaran.

Sebagai cadangan kajian lanjutan, pengkaji boleh mengkaji penggunaan kartun yang
memfokuskan kepada kemahiran tertentu bagi mata pelajaran bahasa Melayu. Selain itu,
pendekatan kualtitatif juga boleh dilaksanakan dalam kajian lanjutan kerana pendekatan
kualitatif merupakan prosedur penyelidikan yang menghasilkan data gambaran yang boleh
diamati (Lexy, 2007). Jadi, cadangan ini mampu membantu pengkaji bagi kajian lanjutan
tersebut untuk melihat sikap guru atau tahap penggunaan kartun bagi kemahiran tertentu
contohnya tahap penggunaan kartun dalam kemahiran membaca bagi pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu menggunakan pendekatan kualitatif. Selain itu, pengkaji akan
datang juga disyorkan supaya menggunakan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa
Melayu bagi salah satu tahap sahaja contohnya Tahap Satu sebagai sampel kajian. Hal ini
kerana pengkaji pada masa akan datang mampu menjalankan kajian dengan lebih

1248
memfokuskan sampel tertentu sahaja bagi melihat penggunaan kartun dalam PdP bahasa
Melayu.

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian, & Hasmah Ismail. (2013). Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 3(2), 49-63.

Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman, & Humaizah Hashim. (2012). Persepsi guru
terhadap penggunaan kartun dalam transformasi pengajaran penulisan karangan
bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(1), 129-140.

Alizah Lambri, & Zamri Mahamood. (2019). Pembelajaran Berpusatkan Pelajar. Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Awang Sariyan. (2011). Pelajar asing belajar Bahasa Melayu melalui Upin dan Ipin. Akhbar
Kosmo.

Bond, T. G, & Fox, C. M. (2015). Applying the Rasch Model Fundamental Measurement in
the Human Sciences (3rd ed.). Routledge & T. & F. Group Eds.

Boone Jr. (2012). Analyzing Likert data. Journal of Extension, 50(2).

Chung, Hui Ching, Melvina, & Jamaludin Badusah. (2010). Sikap guru Bahasa Melayu
terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran di
Sekolah-sekolah Rendah di Bintulu, Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(1), 59-
65.

Hamdan, A.R Mohd Yasin,H, & Mohd Yasin,H. (2010). Penggunaan alat bantu mengajar
(ABM) di kalangan guru-guru teknikal di sekolah menengah teknik daerah Johor
Bahru, Johor. Fakuti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Harlina Ishak, Zubaidah Mat Nor, & Ainee Ahmad. (2017). Pembelajaran interaktif berasaskan
aplikasi Kahoot dalam pengajaran abad ke-21. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jantan. (2016). Penerapan budaya kreatif dan inovatif di kalangan pelajar Politeknik Merlimau
melalui perkaya inovasi [Paper presentation]. Jabatan Kejuruteraan Elektrik,
Politeknik Merlimau.

Lexy. (2007). Metodologi penelitian kualitatif. Penerbit PT Remaja Rosdakarya Offset.

Mahyuddin, N. S. (2017). Merancang pernyataan masalah. Fakultas Ilmu Komputer dan


Teknologi Informasi.

Mohamad Najib. (2003). Reka bentuk tinjauan soal selidik pendidikan. Penerbit UTM.

Mohd Suhaimi Omar, Noor Shah Saad, & Mohd Uzi Dollah. (2017). Penggunaan bahan bantu
mengajar guru Matematik sekolah rendah. Jurnal pendidikan Sains & Matematik
Malaysia, 7(1).

Musa, N.E, & Mohamad, M.H. (2014). Keberkesanan penggunaan alat bahan bantu mengajar
dalam pelaksanaan kursus sains kejuruteraan di kalangan pelajar Diploma

1249
Kejuruteraan di Politeknik Tuanku Sulatanah Bahiyah. Politeknik Tuanku Sultanah
Bahiyah.

Norhayati Che Hat, Shaferul Hafes Sha'ari, & Mohd Fauzi Abdul Hamid. (2014). Implementasi
animasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Universiti Sultan Zainal
Abidin.

Ong Eng Tek, Rosmawati Muhammad Kharuddin, Sabri Salleh, & Nurulhuda Abd Rahman.
(2012). Keberkesanan penggunaan modul kartun dalam meningkatkan pencapaian
Biologi pelajar. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 3(1), 95-111.

Siti Hajar, & Suguneswary. (2016). Penerimaan guru terhadap penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi berasaskan model TAM dalam pengajaran mata pelajaran
Bahasa Tamil. Jurnal kurikulum dan pengajaran Asia Pasifik, 4(2).

Yin, R. K. (2009). Case study research: Design and methods (4th ed.). Thousand Oaks.

Zamri Mahamod. (2012). Inovasi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan Bahasa
Melayu. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

1250
HUBUNGAN TAHAP PENGETAHUAN DENGAN TAHAP PENGAPLIKASIAN TEKNIK
DIDIK HIBUR DALAM KALANGAN GURU BAHASA MELAYU

Nur Kiasatina binti Mohamad Fisal


pju17_c113@ipgkbm.edu.my

Zanariah binti Hamid PhD


zanariah.hamid@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan tahap pengaplikasian teknik didik
hibur dalam kalangan guru Bahasa Melayu serta mendapatkan hubungan kedua-dua aspek tersebut.
Reka bentuk kajian ini menggunakan kuantitatif dengan kaedah tinjauan dan korelasi. Set soal selidik
telah digunakan sebagai instrumen kajian ini. Responden kajian ini terdiri daripada 86 orang guru
Bahasa Melayu dari 11 buah sekolah kebangsaan di Zon Kota Kuala Muda, Kedah. Data kajian
dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi melalui perisian Statistical Package for
the Social Sciences (SPSS) versi 26.0. Analisis deskriptif melibatkan pengukuran kekerapan,
peratusan, min dan sisihan piawai manakala analisis inferensi melibatkan Ujian Korelasi Pearson.
Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan dan tahap pengaplikasian teknik didik hibur dalam
kalangan guru bahasa Melayu adalah sederhana. Kajian ini juga menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan berbentuk positif dan sederhana antara tahap pengetahuan dan tahap pengaplikasian teknik
didik hibur dalam kalangan guru bahasa Melayu. Pengaplikasian teknik didik hibur dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu dapat dilaksanakan dengan berkesan dengan adanya tahap
pengetahuan yang mantap oleh guru-guru.
Kata kunci: didik hibur, guru bahasa Melayu, tahap pengetahuan, tahap pengaplikasian, pengajaran
dan pembelajaran, sekolah rendah

ABSTRACT

Thi study aims to identify the level of knowledge in fun learning technique and the level of application in
fun learning technique among primary school Malay Language teachers in Kota Kuala Muda Zone,
Kedah and also to find out the relationship between these two aspects. The design of this study uses a
quantitative approach with survey and correlation methods. A set of questionnaires is used as the
instrument of this study. The respondents consists of 86 Malay Language teachers from eleven primary
schools in Kota Kuala Muda, Kedah. Research data is analyzed using descriptive analysis and
inferential analysis via Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) software 26.0 version.
Descriptive analysis invlolves the measurement of frequency, percentage, mean and standard deviation
while inferential analysis involves Pearson Correlation Test. The findings show that the knowledge in
fun learning technique and the level of application in fun learning technique among Malay Language
teachers is at a moderate level. This study also shows a positive and moderate significant correlation
between level of knowledge in fun learning technique and the level of application of fun learning
technique among Malay Language teachers. The application of fun learning technique in teaching and
learning of Malay Language will be carried out effectively if the teachers have a great knowledge in
applying this technique.
Keywords: fun learning, Malay Language teachers, level of knowledge, level of application, teaching
and learning, primary school

1251
PENGENALAN

Menyusuri arus abad ke-21, sistem pendidikan negara mengalami perkembangan dan
perubahan ke arah kemajuan mengikut arus globalisasi. Dalam menghadapi cabaran tersebut,
guru mempunyai peranan yang signifikan untuk menjayakan segala hasrat dan wawasan
negara bagi melahirkan modal insan yang berprestasi tinggi. Malahan, untuk mencapai
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, bentuk pendidikan untuk generasi baru perlu
bersifat global bagi membentuk sikap yang lebih terbuka dengan visi yang lebih meluas melalui
keupayaan berfikir kritikal, inovatif, reflektif dan mempunyai keterampilan yang diperlukan bagi
membolehkan mereka menyertai arus globalisasi dengan berkesan (Wan Mohd Zahid Nordin,
1995). Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang berkesan bermula dengan
perancangan yang baik dan berkualiti. Perancangan itu perlulah dilaksanakan dengan
mengambil kira pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan penggunaan bahan yang menarik
dan mencabar agar sesuai dengan semua murid. Pengubahsuaian strategi dan pedagogi
pengajaran mengikut daya kreativiti guru untuk memenuhi keperluan pembelajaran murid akan
dapat menjadikan proses pembelajaran itu bermakna dan menarik. Kenyataan ini disokong
oleh pendapat Mohammad Rusdi (2017) iaitu seorang guru yang baik perlu memiliki kemahiran
menyampaikan isi pengajaran atau ilmu pedagogi. Kemahiran ini adalah sangat penting
kerana melibatkan proses pemindahan ilmu daripada guru kepada murid. Oleh itu, guru
bahasa Melayu perlulah menguasai dan menggunakan pelbagai pedagogi pengajaran yang
menarik agar dapat meningkatkan minat murid mempelajari bahasa Melayu.
Kurikulum bahasa Melayu terkini iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
mempunyai beberapa pembaharuan dalam aspek kurikulum iaitu dari segi struktur kandungan,
pedagogi dan kaedah pentaksiran (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2015). Selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
memperkenalkan pelaksanaan teknik didik hibur dalam KSSR pada tahun 2011.
Penambahbaikan itu telah dilakukan untuk memastikan kurikulum Bahasa Melayu sekolah
rendah sentiasa relevan dan selaras dengan perkembangan pendidikan yang terkini. Malahan,
cadangan tersebut juga adalah salah satu cara untuk merealisasikan transformasi pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah supaya proses pembelajaran menjadi lebih menarik, lebih
interaktif dan berpusatkan murid.
Teknik didik hibur merupakan satu pedagogi pengajaran guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran untuk mendidik sambil menghibur murid dalam suasana yang
santai dan seronok tetapi masih memenuhi objektif pengajaran yang ditetapkan. Pelaksanaan
didik hibur boleh dilakukan dengan menggunakan empat teknik iaitu teknik nyanyian, bercerita,
lakonan dan puisi (Owing Ji Seng, Azhar Md. Sabil & Shamsudin Othman, 2018). Norhidani
Buyong dan Norasmah Othman (2018) juga menyatakan bahawa pengajaran dan

1252
pembelajaran yang menggunakan teknik didik hibur mempunyai ciri-ciri sesi pembelajaran
yang menyeronokkan kerana mengandungi unsur kelakar, kecindan, estetik, permainan,
muzik dan lakonan. Pengaplikasian didik hibur dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu telah mentransformasikan sistem pendidikan negara kita daripada proses
pengajaran berpusatkan guru kepada berpusatkan murid. Dalam hal ini, pelbagai aktiviti yang
diadakan secara didik hibur melibatkan murid secara langsung dalam proses pembelajaran
Bahasa Melayu. Kesannya, proses pembelajaran yang lebih interaktif dan berpusatkan murid
dapat diwujudkan (Abdul Rasid dan Hasmah, 2013). Hal ini secara tidak langsung menyokong
aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025).
Secara ringkasnya, guru Bahasa Melayu seharusnya mengaplikasikan didik hibur
dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Hal ini penting untuk melahirkan
murid yang mantap dalam kemahiran bahasa Melayu seterusnya, merealisasikan aspirasi
negara berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Amalan pembelajaran menyeronokkan
juga akan dapat dicapai melalui pelaksanaan teknik didik hibur.

PERNYATAAN MASALAH
Abdul Rasid dan Hasmah (2013) dalam kajian mereka menyatakan, guru mempunyai
kesediaan yang baik dalam melaksanakan didik hibur dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Pengaplikasian didik hibur mengandungi pelbagai aktiviti
berpusatkan murid seperti nyanyian, bercerita dan berlakon dapat mendorong penglibatan
murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Elemen muzik yang diterapkan dalam
nyanyian akan menjadikan murid aktif dan memberikan komitmen tinggi dalam bilik darjah
(Ramlah, Nor Afni dan Siti Fathimah, 2016). Oleh itu semua murid berpeluang melibatkan diri
secara menyeluruh untuk berinteraksi antara satu sama lain untuk meningkatkan penguasaan
kemahiran berbahasa. Selain itu, guru menggunakan pelbagai kaedah didik hibur dalam
pengajaran bahasa Melayu untuk kemahiran menulis karangan (Abdul Rasid, Nurul Nadiah,
dan Shamsudin, 2016). Dalam hal ini pengaplikasian konsep didik hibur mempunyai kaedah
nyanyian, permainan dan penggunaan bahan yang menarik dapat menarik minat murid dalam
pembelajaran literasi bahasa Melayu. Sebaliknya, kaedah pengajaran guru yang kurang
berkesan akan menyebabkan mereka pencapaian akademik murid merosot (Noriati, 2011).

Selain itu, kecemerlangan akademik murid juga sering kali dikaitkan dengan kaedah
pengajaran guru dan juga gaya pembelajaran murid. Abdullah Hassan (1987) menyatakan
bahawa kegagalan dalam merancang dan menentukan teknik pengajaran Bahasa Melayu
akan mengakibatkan isi pelajaran gagal disampaikan dengan berkesan. Hal ini kerana kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru boleh memberi impak kepada
prestasi akademik murid (Ishak Baba, 2009). Malahan, kebanyakan guru lebih menumpukan

1253
kaedah pengajaran tradisional seperti latihan latih tubi berterusan tanpa melihat tahap
kesediaan murid menerima sebarang pengajaran topik (Mohd Zahar Kusnun & Affero Ismail,
2016). Sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu biasanya diajar
dengan menggunakan kaedah tradisional seperti “chalk and talk” dan “test and drill”.
Penggunaan kaedah ini yang terlalu kerap telah mengakibatkan murid menjadi bosan dan lesu
semasa belajar (Mohammad Rusdi, 2017). Selaras dengan matlamat pendidikan pada abad
ke-21, kaedah pengajaran ini sudah tidak sesuai untuk dilaksanakan kerana kurang menepati
keperluan murid. Hal ini kerana murid kurang diberi peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti
yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Di samping itu, masalah pembelajaran yang membosankan boleh diatasi melalui
perubahan dalam sistem pendidikan iaitu memperkenalkan kaedah pembelajaran dan
pengajaran yang berpusatkan murid (Ariff Fadillah bin Khalil, 2011). Guru haruslah
menggunakan teknik didik hibur dan murid digalakkan untuk mengambil bahagian dalam
setiap aktiviti yang dijalankan. Hasnalee dan Zulkifley (2011) mendapati aktiviti didik hibur
berjaya menambahkan minat kanak-kanak dalam pembelajaran. Salah satu daripada
keceriaan aspek emosi dapat diwujudkan melalui amalan pembelajaran menyeronokkan
terhadap murid sama ada ketika sesi pembelajaran atau ketika berinteraksi dengan murid
secara tidak formal seperti pelaksanaan didik hibur. Natijahnya, murid akan lebih selesa, yakin
diri dan berani berjumpa guru untuk berbincang dan berinteraksi. Amalan ini membolehkan isi
pembelajaran mudah diingati kerana penerimaan ilmu adalah secara semula jadi dan
bukannya secara paksaan. Proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah menarik dan
tidak membosankan agar dapat ditanam di dalam minda murid bahawa ianya mudah dipelajari
dan sekali gus memperkukuhkan minat dan sikap positif murid. Abd Ghafar (2003),
mencadangkan seorang guru itu perlu menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran
untuk mengelakkan murid berasa jemu dan menjadikan pengajaran guru lebih berkesan.
Tuntasnya, kesan sesuatu pembelajaran itu boleh dinilai apabila pelajar menunjukkan
perubahan pada cara pengajaran. Proses pembelajaran perlu penglibatan kedua-dua pihak
secara aktif iaitu murid perlu mempunyai kesanggupan untuk menerima semua maklumat
yang disampaikan oleh guru. Kebolehan guru dalam mengaplikasikan didik hibur dapat
menarik minat murid dan meningkatkan semangat murid untuk melibatkan diri dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh
Tay (2015) juga menunjukkan bakal guru mempunyai kebolehan tinggi dalam melaksanakan
pembelajaran menyeronokkan. Tegasnya, kebolehan guru dalam mengaplikasikan didik hibur
dapat menarik minat murid dan meningkatkan semangat murid untuk melibatkan diri dalam
proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

1254
OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini mempunyai tiga objektif kajian seperti yang berikut:


i. Mengenalpasti tahap pengetahuan teknik didik hibur dalam kalangan guru bahasa
Melayu sekolah rendah di Zon Kota Kuala Muda.
ii. Mengenalpasti tahap pengaplikasian teknik didik hibur dalam kalangan guru Bahasa
Melayu sekolah rendah di Zon Kota Kuala Muda.
iii. Mengenalpasti hubungan antara tahap pengetahuan dengan tahap pengaplikasian
teknik didik hibur dalam kalangan guru bahasa Melayu sekolah rendah di Zon Kota
Kuala Muda.

SOALAN KAJIAN

Soalan kajian yang dikemukakan adalah selari dengan tiga objektif kajian seperti yang
berikut:
i. Apakah tahap pengetahuan teknik didik hibur dalam kalangan guru bahasa Melayu
sekolah rendah di Zon Kota Kuala Muda?
ii. Apakah tahap pengaplikasian teknik didik hibur dalam kalangan guru bahasa Melayu
sekolah rendah di Zon Kota Kuala Muda?
iii. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan dengan tahap
pengaplikasian teknik didik hibur dalam kalangan guru bahasa Melayu sekolah rendah
di Zon Kota Kuala Muda?

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan dan
korelasi. Kaedah tinjauan digunakan untuk mencapai objektif pertama dan kedua iaitu bagi
mengenalpasti tahap pengetahuan dan tahap pengaplikasian teknik didik hibur dalam
kalangan guru Bahasa Melayu. Kaedah korelasi pula digunakan untuk mencapai objektif
ketiga iaitu bagi mengenal pasti hubungan tahap pengetahuan dan tahap pengaplikasian
teknik didik hibur dalam kalangan guru Bahasa Melayu.
Populasi dalam kajian ini terdiri daripada 110 orang guru Bahasa Melayu sekolah
rendah di sekitar Zon Kota Kuala Muda, Kedah. Dalam kajian yang dijalankan ini, pengkaji
telah mendapatkan populasi guru Bahasa Melayu di zon tersebut melalui data daripada
Jabatan Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan, Kedah. Saiz sampel pula ditentukan
berpandukan jadual penentu saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970) dengan ralat lima peratus
atau aras keyakinan kajian sebanyak 95%. Berdasarkan jadual penentu saiz sampel tersebut,
jumlah saiz sampel minimum yang diperlukan bagi populasi 110 orang adalah seramai 86

1255
orang guru. Oleh itu, responden sebenar yang digunakan dalam kajian ini adalah seramai 86
orang guru Bahasa Melayu dari 11 buah sekolah rendah yang telah dipilih oleh pengkaji.
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada satu set soal selidik yang
diadaptasi dan diubah suai daripada kajian Zanariah binti Wahab (2017) dan Abdul Rasid
Jamian (2013). Set soal selidik tersebut merangkumi tiga bahagian. Bahagian A mengandungi
lima item tentang maklumat demografi responden, Bahagian B mengandungi 12 item
berkenaan tahap pengetahuan tentang teknik didik hibur dalam kalangan guru Bahasa
Melayu, manakala Bahagian C pula mengandungi 12 item berkenaan tahap pengaplikasian
teknik didik hibur dalam kalangan guru Bahasa Melayu. Skala Likert lima mata telah digunakan
sebagai ukuran pada Bahagian A dan Bahagian B.
Instrumen soal selidik ini terlebih dahulu diuji melalui kajian rintis terhadap 30 orang
guru Bahasa Melayu di Zon Sungai Layar, Kedah bagi memperoleh kebolehpercayaan.
Indikator yang menunjukkan tahap kebolehpercayaan item ialah nilai Alpha Cronbach, iaitu
nilai alpha yang kurang daripada 0.6 dianggap lemah manakala nilai alpha 0.7 ke atas
dianggap baik. Hasil analisis kebolehpercayaan melalui kajian rintis mendapati nilai Alpha
Cronbah bagi soal selidik ini ialah 0.926 yang menunjukkan kebolehpercayaan sangat tinggi.
Justeru, item-item dalam soal selidik ini telah diterima pakai dalam kajian sebenar.
Data yang diperoleh dalam kajian sebenar dianalisis menggunakan analisis deskriptif
dan analisis inferensi melalui perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi
26.0. Analisis deskriptif melibatkan pengiraan kekerapan dan peratus bagi maklumat
demografi responden, serta min dan sisihan piawai bagi tahap pengetahuan dengan tahap
pengaplikasian teknik didik hibur dalam kalangan guru Bahasa Melayu. Sehubungan itu,
berikut adalah interpretasi skor min bagi konstruk tahap pengetahuan dan tahap
pengaplikasian teknik didik hibur berpandukan interpretasi daripada kajian Azman Jais (2018).

Jadual 1
Interpretasi Skor Min Tahap Pengetahuan dan Tahap Pengaplikasian Teknik Didik Hibur
Skor Min Interpretasi Skor Min
1.00 - 2.33 Rendah
2.34 - 3.66
3.67 - 5.00 Sederhana
Tinggi
Sumber: Azman Jais (2018)

Analisis inferensi turut digunakan dalam kajian ini iaitu melibatkan Ujian Korelasi
Pearson. Hal ini bagi mengenal pasti hubungan tahap penguasaan dengan tahap penggunaan
komputer dalam kalangan guru Bahasa Melayu. Analisis korelasi Pearson memberi tafsiran
tentang tiga perkara, iaitu kewujudan hubungan yang signifikan, arah hubungan dan juga

1256
darjah kekuatan hubungan tersebut. Sehubungan itu, berikut adalah jadual interpretasi nilai
korelasi menurut Cohen, Manion dan Marrison (2011).

Jadual 2
Interpretasi Nilai Korelasi
Tahap Positif Negatif
Tiada hubungan sama sekali 0 0
Hubungan yang sempurna +1 -1
Tahap hubungan yang tinggi + 0.75 hingga + 1 - 0.75 hingga - 1
Tahap hubungan yang sederhana + 0.25 hingga + 0.75 - 0.25 hingga - 0.75
Tahap hubungan yang rendah 0 hingga 0.25 0 hingga - 0.25
Cohen, Manion dan Marrison (2011)

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Tahap Pengetahuan Teknik Didik Hibur Dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu

Pada bahagian ini, dibincangkan mengenai dapatan kajian bagi menjawab soalan kajian dan
seterusnya mencapai objektif kajian. Sehubungan itu, Jadual 3 menunjukkan dapatan skor min
dan sisihan piawai bagi item-item dalam konstruk tahap pengetahuan tentang teknik didik hibur
dalam kalangan guru Bahasa Melayu.

Jadual 3
Min dan sisihan piawai tahap pengetahuan teknik didik hibur dalam kalangan guru Bahasa
Melayu.
Bil Item Min SP Interpretasi
1. Saya tahu tentang konsep didik hibur 4.59 0.521 Tinggi
2. Saya tahu bahawa didik hibur adalah sesi 4.56 0.523 Tinggi
pembelajaran yang menyeronokkan
3. Saya tahu bahawa didik hibur dapat mengurangkan 4.57 0.494 Tinggi
tekanan murid semasa belajar
4. Saya tahu bahawa didik hibur dapat melibatkan 4.47 0.568 Tinggi
murid secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran
5. Saya tahu pendekatan didik hibur dalam PdP dapat 4.50 0.548 Tinggi
mengawal bilik darjah dengan lebih baik
6. Saya tahu pendekatan didik hibur dapat mengawal 4.38 0.535 Tinggi
tingkah laku murid secara berkesan

1257
7. Saya tahu bahawa elemen lakonan dapat 4.38 0.577 Tinggi
menyampaikan isi pelajaran dengan lebih berkesan

8. Saya tahu bahawa elemen nyanyian dapat 4.36 0.529 Tinggi


menyampaikan isi pelajaran dengan lebih berkesan
9. Saya tahu bahawa elemen berpuisi dapat 4.35 0.572 Tinggi
menyampaikan isi pelajaran dengan lebih berkesan

10. Saya tahu bahawa elemen bercerita dapat 4.36 0.507 Tinggi
menyampaikan isi pelajaran dengan lebih berkesan

11. Saya tahu kaedah pelaksanaan teknik didik hibur 4.42 0.519 Tinggi
dalam pengajaran dan pembelajaran
12. Saya tahu peranan guru dalam pelaksanaan teknik 4.40 0.492 Tinggi
didik hibur
Keseluruhan 4.45 0.407 Tinggi

Berdasarkan Jadual 3, dapatan kajian menunjukkan item yang mempunyai min paling
tinggi ialah item bernombor 1 iaitu ‘Saya tahu tentang konsep didik hibur’ dengan min (µ=4.59),
sisihan piawai (SP=0.521) dan berada pada tahap tinggi. Seterusnya, min terendah
direkodkan bagi item bernombor 9 iaitu ‘Saya tahu tentang konsep didik hibur’ dengan min
(µ=4.35), sisihan piawai (SP=0.572) dan masih berada pada tahap tinggi.
Secara keseluruhannya, skor min dan sisihan piawai bagi pengetahuan tentang teknik
didik hibur dalam kalangan guru Bahasa Melayu ialah (µ=4.45) dan (SP=0.407) dengan skor
interpretasi keseluruhan berada pada tahap yang tinggi. Data ini menunjukkan guru-guru
Bahasa Melayu di Zon Kota Kuala Muda mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadap teknik
didik hibur. Hal ini memberi gambaran bahawa, guru-guru berkenaan mempunyai input dan
kesediaan yang mantap untuk menggunakan teknik ini di dalam kelas kerana pengetahuan
menjadi teras utama dalam memastikan seseorang guru dapat menyampaikan pengajaran
dengan berkesan.

Tahap Pengaplikasian Teknik Didik Hibur Dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu

Jadual 4 menunjukkan skor min dan sisihan piawai bagi item-item dalam konstruk tahap
pengaplikasian teknik didik hibur dalam kalangan guru Bahasa Melayu.

1258
Jadual 4
Min dan sisihan piawai tahap pengaplikasian teknik didik hibur dalam kalangan guru Bahasa
Melayu.
Bil Item Min SP Interpretasi
1. Saya menggunakan bahasa kreatif dan lucu untuk 4.00 0.703 Tinggi
menerangkan isi kandungan
2. Saya menggunakan teknik pembelajaran 3.97 0.622 Tinggi
berpusatkan murid seperti lakonan,main peranan dan
nyanyian
3. Saya menggunakan unsur jenaka semasa mengajar 3.72 0.746 Tinggi
di dalam bilik darjah bagi menimbulkan suasana
gembira untuk mengurangkan tekanan (Contoh:
menggunakan kesalahan yang dilakukan oleh murid
sebagai bahan jenaka di dalam bilik darjah).
4. Saya menggunakan teknik pembelajaran 3.92 0.690 Tinggi
berpusatkan murid seperti belajar sambil bermain

5. Saya menggunakan perisian multimedia atau CD 3.86 0.799 Tinggi


interaktif yang mengandungi tutorial, latih tubi atau
permainan bahasa
6. Saya menggunakan bahan media yang lucu semasa 3.74 0.739 Tinggi
mengajar. (Contoh: penggunaan kartun atau komik)
7. Saya menggunakan alat pandang dengar seperti 3.92 0.755 Tinggi
filem komedi yang sesuai dengan isi pelajaran

8. Saya mempelbagaikan bahan pengajaran dan 3.91 0.713 Tinggi


pembelajaran yang bersesuaian dengan teknik didik
hibur
9. Saya mengaplikasikan teknik didik hibur dalam 3.92 0.723 Tinggi
menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif

10. Saya mengaplikasikan teknik didik hibur untuk 3.98 0.668 Tinggi
menyampaikan nilai-nilai murni dalam pengajaran

11. Saya mengaplikasikan teknik didik hibur untuk aktiviti 3.93 0.764 Tinggi
pemulihan
12. Saya mengaplikasikan teknik didik hibur untuk aktiviti 3.92 0.723 Tinggi
pengayaan
Keseluruhan 3.89 0.567 Tinggi

1259
Berdasarkan Jadual 4, dapatan kajian menunjukkan item yang mempunyai min paling
tinggi ialah item bernombor 1 iaitu ‘Saya menggunakan bahasa kreatif dan lucu untuk
menerangkan isi kandungan’ dengan min (µ=4.00), sisihan piawai (SP=0.703) dan berada
pada tahap tinggi. Seterusnya, min terendah direkodkan bagi item bernombor 3 iaitu ‘Saya
menggunakan unsur jenaka semasa mengajar di dalam bilik darjah bagi menimbulkan
suasana gembira untuk mengurangkan tekanan’ dengan min (µ=3,72), sisihan piawai
(SP=0.746) dan berada pada tahap tinggi.
Secara keseluruhannya, tahap pengaplikasian teknik didik hibur dalam kalangan guru
Bahasa Melayu di Zon Kota Kuala Muda adalah tinggi. Jumlah skor min bagi tahap
pengaplikasian ini ialah (µ=3.89) dan nilai sisihan piawai ialah (SP=0.567). Ini menunjukkan
bahawa guru-guru tersebut berupaya mengaplikasikan teknik didik hibur dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu. Guru juga menunjukkan bahawa mereka sering
menggunakan teknik ini ketika mengajar di dalam kelas untuk menarik perhatian murid dan
menjadikan sesi pembelajaran menjadi lebih menarik. Hal ini kerana penggunaan teknik ini
dapat mengelakkan sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi bosan dan pasif.

Hubungan Tahap Penguasaan dengan Tahap Penggunaan Komputer dalam Kalangan


Guru Bahasa Melayu
Jadual 5 di bawah menunjukkan nilai korelasi Pearson bagi hubungan tahap pengetahuan
dengan tahap pengaplikasian teknik didik hibur dalam kalangan guru Bahasa Melayu.

Jadual 5
Hubungan Tahap Pengetahuan dengan Tahap Pengaplikasian Teknik Didik Hibur
Tahap
Tahap Penggunaan
Pengetahuan Didik
Didik Hibur
Hibur
Tahap Pearson Correlation 1.000 .369**
Pengetahuan Didik Sig. (1-tailed) . .000
Hibur N 86 86
Tahap Pearson Correlation .369** 1.000
Pengaplikasian Sig. (1-tailed) .000 .
Didik Hibur N 86 86

Berpandukan Jadual 5, nilai koefisien korelasi Pearson ialah r = .369. Merujuk Pearson, nilai r
= .25 hingga r = .75 merupakan hubungan yang sederhana. Justeru, dapat dijelaskan bahawa
tahap pengetahuan dengan tahap pengaplikasian teknik didik hibur dalam kalangan guru
Bahasa Melayu mempunyai hubungan korelasi yang sederhana. Nilai varian bagi pemboleh
ubah ialah 13.61% ((.369 x .369) x 100).

1260
Nilai korelasi r = .369 juga menunjukkan arah hubungan tersebut. Dalam dapatan ini,
nilai r yang positif menunjukkan bahawa hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah yang
diuji adalah positif. Ini bermakna, sekiranya guru menguasai pengetahuan tentang teknik didik
hibur, maka mereka dapat mengaplikasikan teknik didik hibur dalam pengajaran dan
pembelajaran dengan baik. Berikutnya, nilai signifikan yang diperoleh dalam kajian ini ialah p
= .000. Merujuk Pearson, nilai signifikan iaitu nilai p<0.05 menunjukkan hubungan yang
signifikan. Maka, dapat ditafsirkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap
pengetahuan tentang teknik didik hibur dengan tahap pengaplikasian teknik didik hibur dalam
kalangan guru Bahasa Melayu sekolah rendah di Zon Kota Kuala Muda. Oleh itu, hipotesis nul
Ho1 iaitu ‘Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan tentang teknik
didik hibur dengan tahap pengaplikasian teknik didik hibur dalam kalangan guru Bahasa
Melayu sekolah rendah di Zon Kota Kuala Muda’ adalah ditolak.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan tahap pengetahuan tentang teknik didik hibur dalam
kalangan guru bahasa Melayu adalah tinggi. Hal ini dibuktikan dengan nilai min keseluruhan
yang diperoleh bagi dimensi tahap pengetahuan iaitu (µ=4.45). Perkara ini selari dengan
dapatan kajian Owing, Azhar dan Shamsudin (2018), Zanariah & Zamri (2017), Reney Pantun
(2016), dan Nurul Hidayah & Nazirah (2009) yang turut mendapati bahawa tahap
pengetahuan guru tentang teknik didik hibur adalah berada pada tahap tinggi. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa, pengetahuan didik hibur adalah sangat penting bagi guru untuk
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lancar dan berkesan. Hal ini kerana guru
dapat menarik perhatian murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran supaya kelas
dilihat sebagai medan yang menyeronokkan dan seterusnya meningkatkan prestasi murid
dalam mata pelajaran bahasa Melayu.
Selain itu, kajian ini juga menunjukkan tahap pengaplikasian teknik didik hibur dalam
kalangan guru bahasa Melayu adalah tinggi. Hal ini dibuktikan dengan nilai min keseluruhan
yang diperoleh bagi dimensi tahap pengaplikasian iaitu (µ=3.89). Dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa guru bahasa Melayu sekolah rendah mengaplikasikan teknik didik hibur
dengan baik. Antara kajian pengaplikasian didik hibur dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu yang menyokong dapatan kajian ini ialah kajian Abdul Rasid,
Hasmah (2013), Tay (2015) dan Ramlah et al, (2016) yang menunjukkan bahawa
pengaplikasian didik hibur dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dapat
menghasilkan pembelajaran bahasa Melayu yang lebih efektif Hasil kajian ini dan juga hasil
kajian-kajian yang telah disenaraikan membuktikan pengaplikasian didik hibur dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu penting dalam sistem pendidikan kini.

1261
Berdasarkan dapatan kajian ini, dapat dirumuskan bahawa tahap pengaplikasian teknik didik
hibur dalam kalangan guru bahasa Melayu berada pada tahap yang tinggi.
Di samping itu, kajian ini juga merumuskan bahawa terdapat hubungan yang signifikan
antara tahap pengetahuan dengan tahap pengaplikasian teknik didik hibur dalam kalangan
guru Bahasa Melayu. Bentuk hubungan tersebut adalah positif dan mempunyai kekuatan
hubungan yang sederhana dengan nilai korelasi, r = .369. Hal ini bermakna, hipotesis nul
(Ho1) iaitu ‘Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan dengan tahap
pengaplikasian teknik didik hibur dalam kalangan guru Bahasa Melayu’ adalah ditolak.
Ringkasnya, guru bahasa Melayu yang mempunyai pengetahuan yang mantap dalam teknik
didik hibur dapat mengaplikasikannya dengan baik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Implikasi kajian ini telah memberi nilai tambah dalam beberapa aspek iaitu antaranya
ialah implikasi pengetahuan. Kleickmann et al., (2013), menjelaskan bahawa pengetahuan
guru mengenai kandungan, pedagogi dan bahan pengajaran amat mempengaruhi
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kajian ini berupaya memberi
pengetahuan kepada guru tentang kepentingan teknik didik hibur dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Seandainya teknik didik hibur dapat dilaksanakan dalam bilik darjah sudah
pasti akan memberi impak yang positif dalam sesi pembelajaran. Dapatan kajian ini juga
diharapkan dapat digunakan sebagai kayu ukur buat KPM untuk membina modul-modul bagi
PdP terutamanya berkaitan teknik pengajaran didik hibur untuk guru bahasa Melayu dan juga
mengadakan kursus-kursus kepada guru bahasa Melayu tentang pendekatan teknik didik
hibur dalam PdP.
Sebagai cadangan kepada kajian lanjutan, pengkaji akan datang disarankan untuk
melakukan pembaharuan dalam kajian ini dengan cara menggunakan pendekatan
multimetodologi iaitu gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Menurut Cresswell,
(2014) kaedah campuran atau gabungan dapat, memberikan pandangan yang lebih lengkap.
Antara kajian yang baik yang menggunakan kaedah ini ialah seperti dalam pelaksanaan
penyelidikan berfasa atau membina reka bentuk berstatus interaktif yang bersifat seimbang.
Penyelidikan tentang pembangunan pengaplikasian didik hibur dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu akan lebih lengkap dan tepat sekiranya dilaksanakan
menggunakan pendekatan multimetodolgi. Fasa awal penyelidikan tersebut boleh
dilaksanakan menggunakan kaedah kualitatif bagi memperoleh aspek dan model yang tepat.
Fasa seterusnya menggunakan pendekatan kuantitatif bagi melaksanakan analisis
kebolehpercayaan, kesahan dan keberkesanan model tersebut.
Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa guru perlulah sentiasa
membuat refleksi terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Sebagai
seorang pendidik, guru mestilah sentiasa kreatif dan inovatif untuk menyediakan pelbagai
aktiviti untuk mendidik sambil menghiburkan murid.

1262
RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail. (2013). Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 3(2), 49-63.

Abdullah Hassan (1987). Isu-isu dalam Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Azman Jais. (2018). Penerimaan dan Penggunaan Inovasi Persekitaran Pembelajaran Maya
(VLE) dalam Kalangan Guru. (Tesis Doktor Falsafah tidak diterbitkan). Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (2015). Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR


(Semakan 2017). Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Creswell, J.W. (2014). Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating


Quantitative and Qualitative Research. Prentice Hall.

Idayati Abd Wahab (2013). Pengetahuan, Sikap dan Amalan dari Persepsi Guru dalam
Pengajaran Kontekstual bagi Mata Pelajaran Prinsip Elektrik dan Elektronik di Sekolah
Menengah Teknik Malaysia. Tesis Master Sains. Universiti Putra Malaysia.

Ishak Baba (2009). Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran dan Kaitannya Terhadap
Prestasi Akademik Pelajar UTHM. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016-
2025. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities.
Educational and Psychological Measurement. 30: 607-610.

Mohammad Rusdi Ab Majid (2017). Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan dan


Kreativiti Pengajaran dalam Kalangan Guru Bahasa Arab di Malaysia. Disertasi Tesis
PhD. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Mohd Zahar Kusnun & Affero Ismail (2016). Penerapan Kaedah Didik Hibur Terhadap Motivasi
Belajar di Kalangan Murid di Sebuah Sekolah Rendah Daerah Kluang. Fakulti
Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Norhidani Buyong & Norasmah Othman (2018). Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
Dalam Program Sekolah Dalam Hospital. Jurnal Pendidikan Malaysia 43(1), 11-16.

Noriati A. Rashid. (2018). Murid dan Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Owing Ji Seng, Azhar Md. Sabil & Shamsudin Othman (2018). Tahap Pengetahuan dan Sikap
Guru Terhadap Pendekatan Didik Hibur dalam Pengajaran Bahasa Melayu.
International Journal of Education and Training (InjET). 4(2) November: 1 – 9.

Tay Meng Guat (2015). Pembelajaran Menyeronokkan dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu. Jurnal Penyelidikan IPG KBL, (12).1-16.

Wan Mohd Zahid Nordin (1995). Kurikulum Abad ke-21 Ke Arah Kualiti Menyeluruh
Pendidikan. Prosiding Seminar Kebangsaan Kurikulum : Kurikulum Untuk Tahun 2000
dan Selepasnya. Port Dickson. 11-13 Disember.

1263
Zanariah Wahab & Zamri Mahamod (2017). Pengetahuan, Kemahiran Pelaksanaan dan
Sikap Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah Terhadap Pendekatan Didik Hibur.
Prosiding Seminar Pendidikan Serantau Ke- VIII 2017. Fakulti Pendidikan Universiti
Kebangsaan Malaysia. 7 September 2017. 19-26.

Zulkifley Hamid. (2005). Penilaian pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Cohen, L., Manion, L. & Marrison, K. (2011). Research methods in education. Routledge
Taylor & Francis Group

Ramlah Bt. Jantan, Nor Afni Bt.Resad & Siti Fathimah Az-Zahra Bt. Mohd. Fauzi. (2016).
Aktiviti Didik Hibur Dalam Kalangan Guru Prasekolah Di Daerah Gombak. Jurnal
Pendidikan Awal Kanak-Kanak Jilid 5. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Abdul Rasid Jamian, and Nurul Nadiah Razali, dan Shamsudin Othman, (2016)
Pengaplikasian teknik didik hibur meningkatkan pencapaian penulisan karangan
bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Malaysia, 41 (1). pp. 39-45. ISSN 0126-6020 /
2180-0782

Hasnalee Tubah & Zulkifley Hamid. (2011). Pengaruh demografi terhadap kemahiran
membaca dan memahami dalam kalangan murid-murid LINUS. Jurnal Bahasa Melayu
(6), 29-47.

Ariff Fadillah Khalil. (2011). Aktiviti nyanyian lagu-lagu tarian sewing dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu di sekolah orang Asli. Prosiding Seminar Penyelidikan
2011 Zon Timur di IPG Kampus Sultan Mizan, Besut. Terengganu (10-12 Mei 2011).

Abd. Ghafar Md. Din. (2003). Prinsip dan amalan pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan.
Publications & Distributors.

Pantun, Reney. (2017). Penggunaan Teknik Nyanyian Dalam Meningkatkan Kefahaman


Murid Tahun Dua Dalam Topik Pembundaran. Proceedings of The Icecrs. 1. 10.21070
/Picecrs.V1i1.541.

Kleickmann, Thilo & Richter, Dirk & Kunter, Mareike & Elsner, Juergen & Besser, Michael &
Krauss, Stefan & Baumert, Jürgen. (2012). Teachers' Content Knowledge and
Pedagogical Content Knowledge: The Role of Structural Differences in Teacher
Education. Journal of Teacher Education. 64. 90-106. 10.1177/0022487112460398.

1264
KEBERKESANAN KIT PANTAS MEMBACA DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN
ASAS MEMBACA MURID TAHUN DUA DI SEKOLAH RENDAH ZON KERAMAT

Nurhudaina binti Muhamad Pilus


pju17_c815@ipgkbm.edu.my

Zanariah binti Hamid PhD


zanariah.hamid@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini mengkaji keberkesanan Kit Pantas Membaca dalam meningkatkan kemahiran asas membaca
suku kata terbuka Konsonan-Vokal-Konsonan-Vokal (KVKV) murid Tahun Dua di sekolah rendah.
Pengkaji telah menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif dan kaedah kuasi ekperimen. Sampel kajian
yang dipilih dalam kajian ini melibatkan seramai 64 orang murid serta ditentukan secara persampelan
berkelompok. 64 orang murid ini kemudiannya dipecahkan kepada dua kumpulan, iaitu 32 orang pada
kumpulan kawalan dan 32 orang lagi pada kumpulan rawatan. Dalam kajian ini, Ujian Kemahiran
Bacaan Awal telah digunakan sebagai instrumen ujian pra dan ujian pasca. Dapatan analisis
menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap pencapaian kemahiran asas
membaca suku kata terbuka bagi murid kumpulan kawalan dan murid kumpulan rawatan dalam ujian
pasca (z=-5.755, p=0.00). Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa nilai min ujian pasca kumpulan
rawatan (47.19) adalah lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan (38.91). Dapatan ini
membuktikan bahawa penggunaan Kit Pantas Membaca adalah lebih berkesan berbanding Kad Imbas
Suku Kata dalam meningkatkan kemahiran asas membaca suku kata terbuka murid Tahun Dua. Maka,
kajian ini memberi implikasi terutama kepada pihak guru bahawa penggunaan Kit Pantas Membaca
sebagai bahan bantu mengajar yang berkesan sememangnya membantu murid menguasai kemahiran
asas membaca suku kata terbuka dengan baik berbanding dengan pendekatan menggunakan kaedah
konvensional.
Kata kunci: Keberkesanan, Kit Pantas Membaca, bahan bantu mengajar, kuasi eksperimen

ABSTRACT

This study examined the effectiveness of the Quick Reading Kit in improving the basic reading skills of
Consonant-Vowel-Consonant-Vowel (KVKV) open syllables of Year Two pupils in primary schools.
Researchers have used quantitative study design and quasi-experimental methods. The study sample
selected in this study involved a total of 64 pupils and was determined by group sampling. These 64
students were then split into two groups, namely 32 pupils in the control group and another 32 pupils in
the treatment group. In this study, the Early Reading Skills Test was used as the pre -test and post -test
instruments. The findings of the analysis showed that there was a significant difference in the level of
achievement of basic open syllable reading skills for students of the control group and students of the
treatment group in the post-test (z = 5.755, p = 0.00). These findings indicate that the mean value of the
post -treatment group (47.19) test is higher than that of the control group (38.91). These findings prove
that the use of the Quick Reading Kit is more effective than the Syllable Scan Card in improving the
basic open syllable reading skills of Year Two students. Thus, this study gives implications especially to
teachers that the use of Quick Reading Kit as an effective teaching aid does help students master the
basic skills of reading open syllables well compared to the approach using conventional methods.
Keywords: Effectiveness, Quick Reading Kit, teaching aids, quasi -experimental

1265
PENGENALAN
Kemahiran membaca sangat signifikan dan perlu dikuasai oleh setiap individu. dalam
menguasai kemahiran membaca ini, beberapa proses yang kompleks yang melibatkan
integrasi beberapa elemen kemahiran sekaligus. proses tersebut termasuklah kemahiran
mengamati, penglihatan, mengingat, mendengar, serta membezakan bunyi-bunyi pertuturan
(Smith, 1985). Maka, dalam aspek pendidikan formal di sekolah, proses-proses tersebut perlu
ditekankan oleh guru kepada muridnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu,
guru bahasa Melayu perlu menerapkan pelbagai elemen yang efektif dalam pengajaran
mereka bagi membantu murid menguasai kemahiran membaca dengan baik. Hal ini
termasuklah dengan menerapkan penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan dalam
membantu meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid.
Oleh itu, Kit Pantas Membaca yang digunakan dalam kajian ini juga berperanan
sebagai bahan bantu mengajar bagi membantu murid menguasai kemahiran membaca. Kit
Pantas Membaca adalah sebahagian daripada elemen bahan bantu mengajar yang kini dapat
mendapat perhatian yang begitu serius di kalangan para pendidik, pentadbiran sekolah,
Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Maka,
objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai sekiranya guru menguasai penggunaan
bahan bantu mengajar secara holistik semasa pengajaran. Guru juga perlu berusaha untuk
merancang persediaan dan pengetahuan dalam pengendalian bahan secara sistematik
(Yahya & Noor, 2015). Bahan bantu mengajar yang berkesan sememangnya berperanan
besar dalam menentukan keberkesanan peng Dr ajaran seseorang guru. Hal ini berlandaskan
dengan pendapat Kamarul (2013) yang menyatakan bahawa proses penyediaan sesuatu
bahan bantu mengajar memerlukan guru untuk menjalankan pelbagai kajian yang benar-benar
bermanfaat kepada guru dan murid.

PERNYATAAN MASALAH
Murid perlu menguasai kemahiran asas membaca pada peringkat awal persekolaha. Hal ini
selaras dengan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum Baru Sekolah Sekolah
Menengah (KBSM), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM) yang telah digubal menekankan aspek kemahiran membaca
dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Namun, isu berkaitan masalah membaca masih lagi
berlaku terutama dalam kalangan murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah masih
lagi berlaku dan belum dapat dibendung sepenuhnya. Sehubungan itu, berdasarkan kajian
Ratna (2018) menyatakan masalah berkaitan penguasaan kemahiran membaca telah
dilaporkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2001, terdapat 10% hingga
15% murid yang masih tidak menguasai kemahiran 3M (Membaca, Menulis, Mengira). Maka,
implikasi daripada isu yang timbul telah memberi implikasi negatif yang besar kepada

1266
keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah pada tahun 2005. Daripada hasil keputusan
telah melaporkan sebanyak 116,483 orang murid yang merupakan angka yang besar di
Malaysia mendapat keputusan yang tidak memberansangkan, iaitu gred D dan E terutama
dalam mata pelajaran yang diambil. hal ini berlaku rentetan daripada masalah murid yang tidak
menguasai kemahiran 3M (Membaca, Menulis, Mengira) dengan baik pada peringkat awal
persekolahan.
Di samping itu, berdasarkan Laporan Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa
(PISA) menjadikan literasi bacaan sebagai domain ukur yang utama pada tahun 2009 dan
tahun 2018. Menerusi laporan PISA 2018 menunjukkan bahawa skor purata dalam literasi
bacaan bagi Negara Malaysia ialah sebanyak 415 mata. Berdasarkan hasil laporan ini telah
mencatatkan bahawa 80% murid perempuan dan 75% murid lelaki dalam kalangan murid di
Malaysia menghadapi kekangan dalam kemahiran membaca. Menurut Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, 2019 menyatakan bahawa kekangan
tersebut termasuklah membaca sesuatu teks berulang kali sebelum dapat memahami dengan
sepenuhnya. Oleh itu, hal ini menunjukkan bahawa masih ramai bilangan kanak-kanak yang
boleh dikategorikan sebagai buta huruf dan tidak dapat menguasai kemahiran asas membaca.
Isu ini akan berlanjutan dan akan memberi impak negatif kepada murid-murid tersebut
apabila mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah. Hal ini disokong oleh
Puteri Roslina et.al (2017) yang berpendapat bahawa Malaysia mengamalkan pendidikan
yang berlandaskan kepada sistem naik darjah secara automatik berdasarkan umur kronologi
dan bukannya umur mental. Masalah ini sekaligus menjejaskan prestasi murid yang masih
tidak menguasai kemahiran asas membaca dengan baik dan terpaksa meneruskan pelajaran
ke tahap seterusnya tanpa sebarang sekatan. Kemahiran asas membaca tersebut seharusnya
dikuasai dengan baik terlebih dahulu kerana proses membaca melibatkan beberapa
kemahiran kompleks. Sharipah (2015), proses tersebut merangkumi kemahiran mengenal dan
membezakan bentuk-bentuk huruf, kemahiran mengingat, menyebut bunyi-bunyi lambang
huruf dan menggabungkan penyebutan bunyi-bunyi huruf untuk membentuk perkataan.
Rentetan itu, bagi membendung masalah yang timbul Noor Chahaya (2018) dalam
kajiannya menyatakan bahawa guru-guru mestilah peka dan bijak memilih atau penekanan
perlu diberikan kepada kepelbagaian persekitaran, seperti bilik darjah, hal-hal yang berkaitan
dengan kehidupan seharian, makmal, kantin, perpustakaan, bengkel, tandas, dan tempat
kerja. Pendekatan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran termasuklah
penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan perlu diambil kira. Hal ini selaras dengan
pendapat Abdul Rahim (1998) dalam Syahida Nadia (2015) yang menyatakan bahawa
kegagalan guru dalam menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
menyebabkan murid hilang minat dan mendorong mereka berasa bosan, mengantuk dan
berasa jemu berbanding pendekatan pengajaran berpusatkan murid dan bahan bantu

1267
mengajar yang lebih merangsang kognitif murid untuk melibatkan diri dalam proses
pengajaran dan pembelajaran sekaligus dapat meningkatkan pencapaian murid.
Oleh itu, pendekatan bahan bantu mengajar yang berkesan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran sememangnya membantu meningkatkan penguasaan kemahiran asas
membaca murid. Hal ini termasuklah penggunaan Kit Pantas Membaca yang merupakan salah
satu elemen bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Menurut Norzainariah (2014), kit ini merupakan kit pengajaran yang dianggap
sebagai salah satu contoh bahan bantu mengajar yang pelbagai dan disimpan di dalam suatu
bekas (plastik, kotak, kayu, dan sebagainya). Kit yang digunakan dalam pembelajaran juga
lazimnya mempunyai alat dan bahan visual yang bukan elektronik seperti kad (kad abjad, suku
kata, perkataan. dan sebagainya), papan cerita, gambar (gambar tunggal, gambar bersiri,
gambar cantuman, dan sebagainya), bongkah plastik, kaset cerita, dan sebagainya (Khatijah,
1990). Maka, hal ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan kit sebagai bahan bantu
mengajar sangat signifikan dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk
meningkatkan penguasaan kemahiran asas membaca murid.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN


Sehubungan dengan itu, kajian ini bagi melaksanakan objektif kajian yang berikut:
i. Mengenalpasti perbezaan tahap pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pasca
bagi kumpulan rawatan.
ii. Mengenalpasti perbezaan tahap pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pasca
bagi kumpulan kawalan.
iii. Mengenalpasti perbezaan tahap pencapaian murid dalam ujian pra bagi kumpulan
rawatan dan kumpulan kawalan.
iv. Mengenalpasti perbezaan tahap pencapaian murid dalam ujian pasca bagi kumpulan
rawatan dan kumpulan kawalan.

SOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian tersebut. Kajian ini telah membina empat soalan kajian. Keempat-
empat soalan kajian adalah seperti berikut:
i. Adakah terdapat perbezaan signifikan antara min tahap pencapaian murid dalam ujian
pra dan ujian pasca bagi kumpulan rawatan?
ii. Adakah terdapat perbezaan signifikan antara min tahap pencapaian murid dalam ujian
pra dan ujian pasca bagi kumpulan kawalan?
iii. Adakah terdapat perbezaan signifikan antara min tahap pencapaian murid dalam ujian
pra bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan?

1268
iv. Adakah terdapat perbezaan signifikan antara min tahap pencapaian murid dalam ujian
pasca bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan?

HIPOTESIS
Berdasarkan soalan kajian tersebut, kajian ini telah membina empat hipotesis kajian.
Keempat-empat hipotesis kajian ini adalah seperti berikut:
i. Ho1: Tiada perbezaan yang signifikan di antara min skor ujian pra dengan min
skor ujian pasca bagi kumpulan rawatan.
ii. Ho2: Tiada perbezaan yang signifikan di antara min skor ujian pra dengan min
skor ujian pasca bagi kumpulan kawalan.
iii. Ho3: Tiada perbezaan yang signifikan di antara min skor ujian pra kumpulan
rawatan dengan min skor ujian pra kumpulan kawalan.
iv. Ho4: Tiada perbezaan yang signifikan di antara min skor ujian pasca kumpulan
rawatan dengan min skor ujian pasca kumpulan kawalan.

METODOLOGI
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kuasi-eksperimen.
Pendekatan kuantitatif yang diimplimentasikan dalam kajian ini dipilih kerana instrumen yang
digunakan dalam kajian ini melibatkan pengumpulan data dalam bentuk nombor dan sekaligus
dapat menampilkan maklumat secara holistik. Selain itu, kaedah kuasi-eksperimen dipilih
kerana kaedah ini sangat bersesuaian diaplikasikan dalam kajian ini. Hal ini disokong oleh
Juppri (2014), yang berpendapat bahawa kaedah kuasi-eksperimen lazimnya digunakan
dalam kajian bagi menguji keberkesanan dan tahap sesuatu kaedah pengajaran. Maka, dalam
kajian ini, instrumen yang digunakan dalam jenis reka bentuk ini melibatkan ujian melalui reka
bentuk ujian pra dan ujian pasca. Natijahnya, Juppri (2014) berpendapat lagi bahawa kaedah
penyelidikan kuantitatif diaplikasikan dalam kajian ini kerana kaedah ini sememangnya dapat
menerangkan sesuatu fenomena dalam bentuk angka serta ukuran yang relevan bagi
ditadbirkan dalam sesuatu kajian yang melibatkan data dalam bentuk nombor.
Rentetan itu, instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah Jadual Spesifikasi Ujian
(JSU), Rancangan Pengajaran Harian (RPH), soalan ujian pra dan ujian pasca. Instrumen ini
telah mendapat pengesahan daripada pakar dalam bidang kajian. Menurut Boon et. al (2017),
kesahan bermaksud relevansi menterjemah serta kegunaan keputusan pentaksiran bagi
sesuatu prosedur pentaksiran dalam sekumpulan individu. Lazimnya, terdapat tiga bentuk
kesahan, iaitu kesahan kandungan, kesahan konstruk, dan kesahan bahasa. Maka,
instrumen-instrumen kajian ini telah disemak dan disahkan oleh tiga orang pakar untuk
memastikan konstruk, bahasa dan kandungan yang digunakan dalam kajian adalah tepat. Di
samping itu, pelaksanaan kajian ini juga melibatkan kajian rintis atau pilot study untuk

1269
menentukan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian. Pengkaji telah
melaksanakan kajian rintis terhadap 30 orang murid Tahun Dua di sekolah daerah Dato’
Keramat, Kuala Lumpur.
Daripada hasil kajian rintis, pengkaji telah melakukan analisis untuk mendapatkan nilai
Indeks Kesukaran (IK) dan Indeks Diskriminasi (ID). Menerusi nilai IK dan ID yang diperolehi
bertujuan menentukan kesesuaian item yang dibina sama ada relevan atau pun tidak relevan
digunakan dalam kajian. Maka, berdasarkan hasil analisis dapatan kajian rintis, pengkaji
mendapati bahawa, Indeks Kesukaran item ujian yang digunakan ialah 0.61 hingga 0.80
manakala Indeks Diskriminasi item pula ialah 0.81 hingga 1.00. Hal ini menunjukkan bahawa,
item ujian yang digunakan dalam kajian ini adalah relevan untuk diimplimentasikan dalam
kajian sebenar. Maka, berdasarkan nilai Indeks Diskriminasi dan Indeks Kesukaran yang
diperoleh menunjukkan bahawa item ujian yang digunakan dalam ujian adalah item yang baik
kerana dapat menunjukkan perbezaan pencapaian antara murid yang rendah dan pencapaian
murid yang tinggi. Sehubungan itu, kebolehpercayaan soalan ujian juga telah diuji dengan
menggunakan Statistics Cronbach's Alpha dalam perisian Statistical Package for Social
Science (SPSS) versi 26.0. Analisis nilai Alpha Cronbach menunjukkan .802 yang
menunjukkan item-item yang dibina relevan dan boleh digunakan dalam kajian ini.
Sehubungan itu, ujian pra juga telah dijawab oleh 64 orang murid Tahun Dua. Semua
peserta kajian termasuk kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan mendapat penjelasan
berkaitan langkah bagi menjalankan ujian pra seminggu sebelum intervensi dilaksanakan.
Ujian pra ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan murid tahun dua ini terhadap
kemahiran asas membaca. Seterusnya, kedua-dua kumpulan akan menjalani sesi intervensi
selama tiga minggu. Kumpulan rawatan menggunakan Kit Pantas Membaca manakala
kumpulan kawalan pula menggunakan Kad Imbas Suku Kata yang merupakan kaedah
pembelajaran konvensional sepanjang intervensi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Selepas proses intervensi selesai, kedua-dua kumpulan menjalani ujian pasca yang
mempunyai kesetaraan kandungannya dengan ujian pra bagi mengekalkan tahap
kebolehpercayaan. Selesai kedua-dua ujian pra dan pasca, data tersebut dianalisis
menggunakan perisian SPSS 26.0. Data dianalisis menggunakan Statistik Deskriptif dan
Statistik Inferensi. Statistik deskriptif menggunakan kekerapan, min, sisihan piawai dan
peratus bagi menjelaskan sampel kajian manakala statistik inferensi menggunakan Ujian-t
bagi menguji hipotesis kajian tentang perbezaan pencapaian murid.

1270
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Dapatan kajian bagi setiap soalan akan dihuraikan dan dibincangkan seperti yang berikut:

Soalan 1: Adakah terdapat perbezaan signifikan antara min tahap pencapaian murid
dalam ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan rawatan?

Kumpulan rawatan dalam kajian ini menggunakan Kit Pantas Membaca dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran kemahiran asas membaca suku kata terbuka Konsonan-Vokal
(KV).

Jadual 1
Ujian-t Perbezaan Min Skor Ujian Pra dengan Ujian Pasca bagi Kumpulan Rawatan
Kumpulan Ujian n Min Sisihan Piawai z Signifikan, p
(SP)

Rawatan Pra 32 30.94 5.79 -7.192 0.000

Pasca 32 47.19 8.38

Berdasarkan kepada Jadual 1, keputusan ujian Mann-Whitney U-test bagi analisis


perbandingan skor ujian pra dan skor ujian pasca bagi kumpulan rawatan menunjukkan
bahawa terdapat perbezaan yang signifikan penguasaan kemahiran asas membaca murid
tahun dua. Perbezaan yang ditentukan tersebut adalah berdasarkan nilai p adalah signifikan
yang berada pada aras di bawah 0.05, iaitu 0.00<0.05. Maka, hal ini membuktikan bahawa
terdapat peningkatan yang signifikan berlaku antara kedua-dua keputusan ujian pra dan ujian
pasca bagi kumpulan rawatan selepas menjalani sesi intervensi menggunakan Kit Pantas
Membaca (z=-7.192, p=0.00).

Sehubungan itu, berdasarkan skor tahap pencapaian kemahiran asas membaca, nilai
min semasa ujian pra ialah 30.94 yang lebih rendah daripada nilai min semasa ujian pasca,
iaitu sebanyak 47.19. Hal ini jelas menunjukkan bahawa berlaku peningkatan yang signifikan
dalam pencapaian kemahiran asas membaca suku kata terbuka bagi murid bagi kumpulan
rawatan berdasarkan ujian pra dan ujian pasca. Oleh itu, hipotesis nul Ho1 adalah ditolak
kerana terdapat perbezaan yang signifikan antara min ujian pra dan min ujian pasca bagi
kumpulan rawatan yang menggunakan Kit Pantas Membaca. Kesimpulannya, dapat
disimpulkan bahawa penggunaan Kit Pantas Membaca sebagai bahan bantu mengajar

1271
berkesan dalam meningkatkan kemahiran asas membaca suku kata terbuka dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Soalan 2 : Adakah terdapat perbezaan signifikan antara min tahap pencapaian murid
dalam ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan kawalan?

Jadual 2
Ujian-t Perbezaan Min Skor Ujian Pra dengan Ujian Pasca bagi Kumpulan Kawalan
Kumpulan Ujian n Min Sisihan z Signifikan,
Piawai (SP) p

Kawalan Pra 32 30.63 5.83 -115 0.909

Pasca 32 38.91 9.66

Berdasarkan Jadual 2, hasil analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat
perbezaan yang signifikan dalam perbandingan antara tahap pencapaian kemahiran asas
membaca suku kata terbuka murid kumpulan kawalan dalam ujian pra dan ujian pasca. Hal ini
menunjukkan bahawa tidak berlaku peningkatan yang signifikan antara kedua-dua ujian
selepas proses intervensi menggunakan Kad Imbas Suku Kata sebagai pendekatan
konvensional dengan nilai (z=-115, p=0.909). Hal ini kerana nilai p dalam dapatan kajian
adalah lebih tinggi daripada aras signifikan 0.05, iaitu 0.05.
Hal ini juga dapat dilihat menerusi perbezaan min bagi ujian pra dan pasca dalam
kedua-dua kumpulan kawalan dan rawatan adalah tinggi. Peratus peningkatan pencapaian
bagi kumpulan kawalan adalah lebih kecil, iaitu 8.28 jika dibandingkan dengan peratus
peningkatan pencapaian kumpulan rawatan, iaitu sebanyak 16.25. Maka, perbandingan ini
menunjukkan bahawa tidak terdapat peningkatan yang signifikan dalam penguasaan
kemahiran asas membaca murid kumpulan kawalan dalam ujian pra dan ujian pasca. Oleh itu,
hipotesis nul Ho3 adalah diterima kerana tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min
ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan kawalan yang menggunakan Kad Imbas Suku Kata.
Maka, dapat disimpulkan bahawa pendekatan konvensional yang diimplimentasikan dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran semasa intervensi, tidak memberi kesan dan kurang
membantu murid dalam meningkatkan penguasaan kemahiran asas membaca suku kata
terbuka.

1272
Soalan 3: Adakah terdapat perbezaan signifikan antara min tahap pencapaian murid
dalam ujian pra bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan?

Sebelum menjalani sesi intervensi terhadap kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan, kedua-
dua kumpulan telah diberikan ujian pra kemahiran asas membaca.

Jadual 3
Ujian-t Perbezaan Min Skor Ujian Pra Kumpulan Rawatan dengan Min Skor Ujian Pra
Kumpulan Kawalan
Kumpulan Ujian n Min Sisihan z Signifikan,
Piawai (SP) p

Rawatan Pra 32 30.94 5.79 0.973 0.334

Kawalan Pra 32 30.63 5.83

Merujuk kepada Jadual 3, min pencapaian keseluruhan pencapaian kemahiran asas


membaca suku kata terbuka murid kumpulan rawatan ialah 30.94 dan SP bernilai 5.79,
sementara min pencapaian keseluruhan penguasaan kemahiran asas membaca suku kata
terbuka bagi murid kumpulan kawalan ialah 30.63 dan SP 5.83. Berdasarkan dapatan skor
tersebut menunjukkan perbezaan nilai min pencapaian keseluruhan bagi penguasaan
kemahiran asas membaca terhadap kedua-dua kumpulan kawalan dan rawatan tidak jauh
perbezaan.
Dapatan analisis ujian MannWhitney U-Test menunjukkan bahawa tidak terdapat
perbezaan yang signifikan bagi keseluruhan pencapaian bagi kemahiran asas membaca
terhadap murid kumpulan kawalan dan murid kumpulan rawatan (z=0.973, p=0.334). Phakiti
(2014) berpendapat bahawa nilai signifikan (p) yang kurang daripada 0.05 menunjukkan
bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam statistik yang diperoleh. Maka, berdasarkan
hasil dapatan kajian ini menunjukkan nilai p yang diperoleh daripada ujian pra kumpulan
rawatan dan kumpulan kawalan tidak signifikan pada aras 0.05, iaitu 0.334>0.05. Oleh itu,
hipotesis nul Ho3 adalah diterima kerana tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min
ujian pra bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kesimpulannya, dapat dirumuskan
bahawa tahap pencapaian dan penguasaan kemahiran asas membaca bagi murid kumpulan
kawalan dan kumpulan rawatan adalah setara sebelum intervensi dijalankan.

1273
Soalan 4: Adakah terdapat perbezaan signifikan antara min tahap pencapaian murid
dalam ujian pasca bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan?

Jadual 4
Ujian-t Perbezaan Min Skor Ujian Pasca Kumpulan Rawatan dengan Min Skor Ujian Pasca
Kumpulan Kawalan
Kumpulan Ujian n Min Sisihan z Signifikan, p
Piawai (SP)

Rawatan Pasca 32 47.19 8.38 -2.738 0.000


Kawalan Pasca 32 38.91 9.66

Berdasarkan Jadual 4, min pencapaian keseluruhan penguasaan kemahiran membaca yang


diperoleh murid kumpulan rawatan ialah 47.19 dan SP bernilai 8.38. Bagi kumpulan kawalan
pula, min pencapaian keseluruhan penguasaan kemahiran asas membaca yang diperoleh
dalam ujian pasca ialah 38.91 dan SP 9.66. Nilai min 38.91 dalam skor tahap penguasaan
kemahiran asas membaca berada pada tahap memadai manakala nilai min 47.19 berada pada
tahap cekap.
Dapatan analisis mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi
pencapaian keseluruhan penguasaan kemahiran asas membaca murid kumpulan rawatan dan
kumpulan kawalan dalam ujian pasca (z=-2.738, p=0.00). Hal ini demikian kerana nilai p yang
diperoleh antara ujian pasca kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan adalah signifikan pada
aras 0.05, iaitu 0.00<0.05. Hal ini menunjukkan bahawa min penguasaan kemahiran asas
membaca murid kumpulan rawatan adalah lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan.
Oleh itu, hipotesis nul Ho4 adalah ditolak kerana terdapat perbezaan yang signifikan
antara min ujian pasca antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan. Maka, dapat
disimpulkan bahawa peningkatan perbezaan ini membuktikan bahawa penggunaan Kit Pantas
Membaca sebagai bahan bantu mengajar lebih berkesan daripada penggunaan Kad Imbas
Suku Kata sebagai pendekatan konvensional dalam meningkatkan kemahiran asas membaca
suku kata terbuka murid tahun dua.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


Dalam bahagian ini, pengkaji merumuskan dapatan bagi soalan-soalan kajian dengan
mengaitkan dengan kajian-kajian lepas. Berdasarkan hasil dapatan kajian menunjukkan
terdapat perbezaan dari segi peningkatan pencapaian murid tahun dua pada markah ujian
pasca berbanding markah ujian pra. Perbezaan peningkatan terhadap pencapaian murid
tahun dua dalam kemahiran asas membaca suku kata terbuka KVKV ini jelas menunjukkan

1274
bahawa penggunaan Kit Pantas Membaca berkesan dalam mempengaruhi peningkatan
penguasaan murid terutama dalam kemahiran asas membaca.
Dapatan kajian ini juga selari dengan dapatan kajian yang dilaksanakan oleh Nurul
Haniza et al. (2017) di mana berdasarkan kajian beliau menunjukkan bahawa terdapatnya
keberkesanan pengaplikasian model awal Kit Asas Membaca sebelum dan selepas
pengajaran dan pembelajaran kepada kanak-kanak pemulihan khas. Berdasarkan kajiannya,
selepas pengajaran dan pembelajaran menggunakan model awal Kit Asas Membaca, terdapat
perubahan markah dalam kalangan kesemua subjek kajiannya. Hasil dapatan ujian kajian
menunjukkan kesemua subjek kajiannya mendapat markah penuh bagi keseluruhan
keupayaan memadankan huruf besar dan huruf kecil secara tidak berurutan sebelum dan
selepas pembelajaran menggunakan model awal Kit Asas Membaca.
Berpaksikan kajiannya lagi, beliau menyatakan bahawa berdasarkan hasil analisis data
membuktikan bahawa penggunaan model awal Kit Asas Membaca yang merupakan salah
satu elemen bahan bantu mengajar mampu meningkatkan keupayaan mengenal huruf dala
kalangan kanak-kanak pemulihan khas. Selain itu, dapatan kajiannya juga turut menunjukkan
bahawa perlunya pembinaan dan penggunaan bahan bantu mengajar kemahiran membaca
yang meliputi komponen seperti huruf, suku kata, perkataan, dan sebagainya dalam
pembelajaran kanak-kanak pemulihan khas. Berdasarkan kajian awal yang dijalankan
mendapati bahawa kanak-kanak pemulihan mempunyai pencapaian yang pelbagai dan guru
perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran membaca yang memenuhi keperluan mereka.
Hasil dapatan bagi soalan keempat juga menunjukkan jelas menunjukkan bahawa
perbezaan yang berlaku terhadap pencapaian murid dalam kumpulan rawatan lebih tinggi
berbanding pencapaian kumpulan kawalan. Hal ini membuktikan bahawa penggunaan Kit
Pantas Membaca ternyata lebih berkesan dalam meningkatkan pencapaian dan penguasaan
murid tahun dua dalam kemahiran asas membaca suku kata terbuka berbanding dengan
penggunaan Kad Imbas Suku Kata bagi murid tahun dua yang terdiri daripada kumpulan
kawalan. Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian Noor Cahaya dan Zamri (2017).
Kajian tersebut bertujuan mengkaji tentang keberkesanan pendekatan kontekstual dalam
meningkatkan kemahiran bahasa murid dan menggunakan kaedah kuasi-eksperimen. Analisis
dapatan kajian menggunakan ujian-t, iaitu ujian pra dan ujian pasca. Perbandingan antara
pendekatan pengajaran tradisional dan pendekatan pengajaran kontekstual dengan melihat
pencapaian murid melalui keputusan praujian dan pasca ujian. Dapatan kajian ini
membuktikan bahawa pendekatan kontekstual amat berkesan dalam meningkatkan
kemahiran bahasa murid.
Maka, dalam kajian ini, medium penggunaan bahan dan murid sahaja yang berbeza di
mana pengkaji menggunakan Kit Pantas Membaca sebagai bahan bantu mengajar dan juga
murid tahun dua sekolah rendah. Walaupun berbeza dari aspek tersebut, namun kaedah dan

1275
reka bentuk kajian adalah selari dengan kajian-kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji
sebelum ini, iaitu kaedah kajian berbentuk kuasi-eksperimen. Seterusnya, kajian ini juga
mempunyai tiga implikasi kajian, iaitu implikasi pengetahuan, implikasi praktikal dan implikasi
teori. Dari aspek implikasi pengetahuan, penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan
dalam pengajaran dan pemblajaran adalah sangat penting bagi meningkatkan penguasaan
murid dalam sesuatu kemahiran bahasa. Maka, beberapa kajian yang telah dilakukan sebelum
ini kebanyakannya dilaksanakan terhadap murid-murid pemulihan menggunakan kaedah
pengajaran yang telah sedia ada. Maka, implikasi pengetahuan ini juga sangat penting diambil
perhatian terutamanya kepada guru supaya dapat meningkatkan penguasaan guru dalam
mengendalikan penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Sekiranya guru menguasai dan mempraktikkan penggunaan bahan bantu
mengajar yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran sudah pasti memberi impak
positif kepada minat murid. Murid akan mempercayai guru apabila seseorang guru dapat
mengendalikan penggunaan bahan bantu mengajar secara berkesan dan tidak menimbulkan
sebarang keraguan kepada murid.
Seterusnya, kajian ini juga melibatkan implikasi praktikal. Implikasi terhadap praktikal
ialah kajian ini melibatkan pengaplikasian bahan bantu mengajar yang berbentuk konkrit dan
visual. Pengaplikasian bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran digunakan
bagi memenuhi keperluan praktikal dalam kajian ini. Kit Pantas Membaca ini dikhususkan bagi
pembelajaran membaca yang melibatkan tiga peringkat, iaitu pengecaman huruf dan
pengetahuan grafik, bunyi dan sebutan, serta konteks ayat mudah. Peningkatan aspek bacaan
kanak-kanak dalam kemahiran bacaan awal telah menunjukkan kaedah bacaan awal secara
pelaziman, pengulangan, latih tubi, hafalan bunyi huruf memberikan impak positif pada
peringkat awal pengajaran kemahiran membaca. Guru mesti mempunyai pengetahuan dan
kemahiran yang mantap sebelum melaksanakan pengajaran kemahiran bacaan awal
menggunakan Kaedah Fonik. Pengetahuan, pengalaman dan kemahiran guru yang mantap
dalam melaksanakan pengajaran Kaedah Fonik menggunakan bahan bantu mengajar akan
membantu meningkatkan kemahiran bacaan awal kanak-kanak dengan lebih berkesan.
Dari perspektif lain pula, kajian ini turut memberi implikasi teori. Kajian ini
mengaplikasikan Teori Behaviorisme. Pelopor teori ini Skinner (1974), berpendapat bahawa
pembelajaran sebagai perubahan potensi tingkah laku yang agak tetap akibat daripada latihan
pengukuhan. Menerusi teori ini juga, pembelajaran akan berlaku sekiranya murid
memperlihatkan perubahan tingkah laku secara konsisten seperti yang diingini. Teori ini
menunjukkan bahawa pembelajaran berlaku akibat ransangan-tindak balas, perubahan
tingkah laku, dan pengalaman sedia ada. Hal ini merujuk kepada maklumbalas yang diberikan
oleh murid terhadap situasi-situasi yang dirancang dan dirangkakan. Teori ini juga

1276
menekankan pembelajaran menerusi galakan dan ransangan dalam pelbagai bentuk seperti
pujian dan penghargaan seterusnya menjadi sandaran pengkaji dalam kajiannya.
Bertitik tolak daripada teori ini, kajian ini mengaplikasikan elemen yang terkandung
dalam lapan syarat pembelajaran. Melalui lapan syarat pembelajaran, jenis-jenis pembelajara
yang bersesuaian dengan pengaplikasian bahan bantu mengajar yang terdapat dalam Kit
Pantas Membaca disepadukan dengan syarat pembelajaran ini. Lapan syarat pembelajaran
yang terdapat dalam teori ini, iaitu pembelajaran isyarat, pembelajaran gerak balas,
pembelajaran rangkaian, pertalian bahasa, pembelajaran diskriminasi, pembelajaran konsep,
pembelajaran prinsip, dan penyelesaian masalah diaplikasikan dalam kajian ini. Situasi ini
menunjukkan bahawa pembelajaran yang terkandung dalam Kit Pantas Membaca
berperingkat daripada mudah kepada sukar dan konkrit kepada abstrak. Situasi ini
menunjukkan setiap langkah pembelajaran untuk menggunakan Kit Pantas Membaca dalam
pengajaran dan pembelajaran perlulah dirancang dengan baik. Oleh itu, rancangan
pembelajaran perlulah disediakan dengan menerapkan unsur penggunaan bahan bantu
mengajar yang berkesan sebagai bahan ransangan yang ingin diaplikasikan dalam
pembelajaran. Hal ini membuktikan penerapan teori pembelajaran memberi impak yang lebih
besar dan sekaligus berupaya mengisi kelompongan dalam aspek teori.
Pengkaji juga menyenaraikan beberapa cadangan kepada beberapa pihak bagi
meningkatkan penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan dalam membantu murid
menguasai kemahiran membaca. Antara cadangannya kepada pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) seharusnya memberi pendedahan yang lebih luas kepada guru-guru sekolah
terutamanya dalam pembinaan bahan bantu mengajar di dalam kelas. Program Latihan Dalam
Perkhidmatan (LDP) yang lebih kerap harus diadakan lebih kerap agar guru-guru dapat
melibatkan diri supaya proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan berinovatif.
Seterusnya, cadangan kepada pihak sekolah. Pihak sekolah melalui guru besar atau pengetua
sekolah haruslah menggalakkan guru-guru untuk melakukan inovasi dalam penyampaian
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas terutamanya dalam penggunaan bahan
bantu mengajar. Pihak pentadbiran juga haruslah menggalakkan guru-guru berusaha
meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada ke arah yang lebih
efektif, fleksibel dan mudah sesuai dengan perkembangan arus perubahan pendidikan negara.
Akhirnya, pengkaji memberi cadangan kajian lanjutan kepada pengkaji lain. Kajian ini
diharapkan dapat menjadi panduan dan galakan kepada pihak-pihak tertentu untuk
menjalankan kajian seumpama ini pada masa hadapan. Justeru, pengkaji mencadangkan
supaya kajian lanjutan dapat melibatkan demografi responden yang lebih pelbagai dan saiz
sampel yang lebih besar supaya dapat digeneralisasikan kepada populasi yang lebih besar
terutamanya bagi kanak-kanak taska di Malaysia. Kajian lanjutan juga boleh menggunakan
pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis

1277
dokumen untuk menjelaskan kemahiran literasi awal kanak-kanak dengan lebih terperinci,
mendalam dan menyeluruh (Coker & Ritchey, 2010; Creech, 2008). Selain itu, pengkaji
mencadangkan supaya menjalankan kajian jangka panjang sekurang-kurangnya satu tahun
tempoh persekolahan untuk memperoleh dapatan yang lebih signifikan. Tahap kemahiran
literasi awal kanak-kanak boleh dinilai pada awal, pertengahan dan akhir tempoh
persekolahan.
Kajian jangka panjang juga boleh dilakukan untuk menentukan sama ada tahap
kemahiran literasi awal kanak-kanak semasa di taska mempunyai hubungan dengan
perkembangan membaca mereka semasa di prasekolah dan di sekolah rendah. Dalam pada
itu, kajian lanjutan perlu menumpukan dan menekankan salah satu jenis komponen kemahiran
literasi awal dengan lebih mendalam dan terperinci, sama ada pengetahuan cetakan, tulisan
awal, mahupun kesedaran fonologikal. Kajian lanjutan perlu menitikberatkan beberapa faktor
selain daripada kemahiran literasi awal yang mempengaruhi penguasaan kemahiran
membaca dan menulis kanak-kanak seperti kesihatan, sosial, emosi, fizikal, dan tingkah laku
(Carlton & Winsler, 1999; Denham, 2006; Mashburn & Pianta, 2006; Rimm-Kaufman & Pianta,
2000).

RUJUKAN

Abdul Rahim (1998) dalam Syahida Nadia. (2015). Hubungan di Antara Penggunaan Bahan
Bantu Mengajar. Tesis Ijazah Sarjana Muda dengan Minat Pelajar Tahun Lima di
Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa, Kelantan. . University Teknologi Malaysia.
Kelantan: University Teknologi Malaysia.

Benson, L. S. (2017). Universal programming for social emotional learning and effects on
student competence and achievement.

Boon. Campbell, D.T., & Stanley, J.G. (2017). Interdisciplinary connections to special
education : important aspects to consider. UK: Emerald: Bingley.

Carlton, M. P., & Winsler, A. (1998). Fostering Intrinsic Motivation in Early Childhood
Classrooms. Early Childhood Education Journal, 159-166.

Creech, N. L. (2008). Every letter, every sound, every day in every way: A qualitatitve [sic]
study of encoding and decoding in an emergent literacy intervention program.

Fontil, L. (2019). Transition to school for children with autism spectrum disorders: Review of
the literature, policy implications, and intervention efficacy.

Kamarul. (2013). Filosofi Pendidikan. Singapura: Thomson Learning.

Kementerian, M. P. (2001). Pembangunan pendidikan 2001-2010 : perancangan bersepadu


penjana kecemerlangan pendidikan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia. Kuala Lumpur.

1278
Khatijah. (1990). Pendidikan Bahasa Melayu pada tahun 2000: Harapan. Jurnal Pendidikan,
210-215.

Mashburn & Pianta. (2006). Measurement of school readiness. N.J: Lawrence Erlbaum
Associates.

Mohd, R. (2018). Laporan tahunan bahagian pengurusan sekolah harian. Pejabat Pendidikan
Daerah. Kuala Lumpur.

Naimah, Y. Nor,H.H, & Hashim. (2011). Kemahiran bacaan awal bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Universiti Sains Malaysia.

Narul, A. R., Yahya, B., & Fakulti Pendidikan. (2014). Implikasi ketagihan penggunaan telefon
pintar dari aspek psikologi, pengurusan masa dan kesihatan pelajar kolej vokasional.
Kuala Lumpur.

Noor Cahaya & Zamri. (2017). Keberkesanan pendekatan kontekstual dalam meningkatkan
kemahiran bahasa murid. Jurnal Pendidikan, 297-394.

Norhajah, A., Yahya, B., & Fakulti Pendidikan. (2015). Pengurusan stres dalam kalangan guru-
guru aliran teknikal di kolej vokasional di Negeri Perak. Jurnal Pendidikan, 15-19.

Norzainariah. (2014). Kebolehgunaan kit pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan


prestasi pelajar: satu tinjauan di KUITTHO. Jurnal Pendidikan, 74-89.

Nur,A. B., Yahya, B., & Fakulti Pendidikan. (2015). Potensi pembelajaran berasaskan
permainan digital di sekolah. Jurnal Pendidikan, 56-60.

Nurul Haniza Samsudin, Puteri Roslina Abdul Wahid & Salinah Ja'afar. (2018). Pembelajaran
bahasa Melayu kanak-kanak pemulihan khas. pembinaan bahan bantu mengajar.
Jurnal Pendidikan, 16-18.

Nurul, S. H. (2017). Penggunaan kit asas membaca bahasa Melayu untuk kanak-kanak
pemulihan khas. Jurnal Akademi Pengajian Melayu, 80-83.

Peccia, S., Petrakos, H., Concordia University (Montréal, Québec)., & Concordia University
(Montréal, Québec). (2016). Children's perspectives of kindergarten and grade one:
Analysis of narratives and drawings. 52-62.

Puteri Roslina Abdul Wahid, Nurul Haniza Samsudin & Nur Azimah Mohd Bukhari. (2017).
Pembangunan kit asas membaca bagi kanak-kanak lembam. Jurnal Akademi
Pengajian Melayu, 131-146.

Rimm-Kaufman & Pianta. (2000). Specific learning behaviors as mediators of the association
between teacher-child attachment and school readiness.

Ritchey, K. D., Coker, D. L., & McCraw, S. B. (2010). A Comparison of Metrics for Scoring
Beginning Spelling. Assessment for Effective Intervention. 78-88.

Sharipah. (2015). Penggunaan kaedah fonik dalam pengajaran kemahiran bacaan awal
kanak-kanak prasekolah. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Skinner. (1974). Educational psychology. New York: Prentice-Hall, Inc.

Smith, F., & Smith, F. (1985). Reading without nonsense. New York: Teachers College Press.

1279
Yahya & Noor. (2015). Keberkesanan penggunaan alat bahan bantu mengajar berbantukan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran subjek kemahiran hidup (KH) di
sekolah menengah kebangsaan agama, kedah. Jurnal Pendidikan, 50-61.

1280
PENGAPLIKASIAN TEKNIK JADUAL ‘SBAHS’ DALAM PENULISAN ULASAN
BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN TAHUN 5

Nursyaza Auni binti Muhamad Sukri


nursyaza09-922@epembelajaran.edu.my

Ruslan bin Abdullah PhD


ruslan@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan menulis ulasan dalam kalangan murid Tahun
Lima yang berada pada tahap sederhana dan lemah. Kajian ini dilaksanakan terhadap lima orang
Tahun Lima di salah sebuah sekolah di kawasan Kuala Lumpur. Reka bentuk kajian yang digunakan
adalah berdasarkan Model Penyelidikan Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). Instrumen yang
digunakan dalam kajian ini ialah ujian pra dan ujian pos, temu bual dan analisis dokumen. Hasil tinjauan
awal mendapati bahawa murid tidak dapat menulis ulasan dengan baik kerana tidak dapat
membezakan isi tersurat dan isi tersirat dengan baik. Murid juga dilihat hanya menyalin semula isi
tersurat yang diberikan dan meninggalkan isi tersirat kerana tidak terdapat pada soalan. Kajian
tindakan yang dijalankan merupakan kaedah jadual ‘SBAHS’ iaitu singkatan kepada Siapa, Kata
Bantu, Apa, Kata Hubung dan Sebab yang mana merupakan elemen penting dalam sebuah penulisan
ulasan. Bagi menunjukkan perubahan hasil daripada penggunaan tersebut, pengkaji telah
melaksanakan tindakan sebanyak lima kali terhadap peserta kajian. Analisis dapatan ujian
menunjukkan seorang daripada lima peserta kajian berjaya memperoleh cemerlang manakala empat
lagi peserta kajian memperoleh baik. Dapatan kajian menunjukkan tiada lagi peserta kajian
memperoleh skor lemah. Selepas tindakan dijalankan, purata peningkatan sebanyak 34% dalam
kalangan peserta kajian. Dapatan kajian menujukkan bahawa teknik jadual ‘SBAHS’ yang
dilaksanakan dapat membantu meningkatkan penguasaan penulisan ulasan berdasarkan bahan
rangsangan dengan baik.
Kata Kunci: Teknik Jadual ‘SBAHS’, ulasan, isi tersurat, isi tersirat

ABSTRACT

This study aims to improve the mastery of review writing among Year Five students who are at
moderate and weak levels. The study was conducted on five Year Five students in one of the schools
in the Kuala Lumpur area. The study design used was based on the Research Model of Kurt Lewin
(1946) and Laidlaw (1992). The instruments used in this study were pre -test and post -test, interviews
and document analysis. The results of the initial survey found that students could not write reviews well
because they could not distinguish between literal and implicit content well. Pupils were also seen to
only re -copy the literal content given and leave the implicit content as it was not present in the question.
The action research conducted is the ‘SBAHS’ table method which is an abbreviation for Who, Auxiliary
Words, What, Conjunctions and Reasons which are important elements in a review writing. To show
the changes as a result of the use, the researcher performed three actions on the study participants.
Analysis of test findings showed that one of the five study participants successfully obtained excellent
while the other four study participants obtained good. The findings of the study showed that no more
study participants obtained poor scores. After the action was performed, the average increase was
34% among the study participants. The findings of the study show that the ‘SBAHS’ table technique
implemented can help improve the mastery of review writing based on stimulus material well.
Keywords: ‘SBAHS’ Table Method, review writing, literal and implicit content.

1281
PENGENALAN
Kajian ini adalah berkaitan dengan kemahiran menulis murid dalam penulisan ulasan.
Menulis ulasan merupakan salah satu aspek yang diuji dalam kertas penulisan Bahasa
Melayu. Menulis ulasan mengfokuskan murid untuk memberikan pendapat atau idea kreatif
dalam penulisan. Bahagian ini juga menguji kemahiran menulis dan membaca seperti yang
digariskan dalam DSKP. Dalam penulisan ulasan haruslah mengandungi isi tersurat dan isi
tersirat. Murid dikehendaki untuk menulis ulasan berdasarkan pemahaman, pandangan atau
pemerhatian dan bukannya dalam bentuk cerita. Menulis ulasan bukan hanya melibatkan
kemahiran memindahkan maklumat daripada bahan rangsangan tetapi juga melibatkan
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) (Mohd Nasrudin Basar & Siti Halimah Md. Yassin,
2012). Hal ini demikian kerana dalam penulisan ulasan mengkehendaki murid untuk
menyatakan isi tersirat yang tidak terdapat pada soalan dan menjadi salah satu poin penting
dalam pemarkahan. Menurut Yahya Othman (2014), kemahiran berfikir aras tinggi
memerlukan seseorang itu berfikir sebelum membuat penjelasan dengan menganalisis,
menilai, menjana idea, pilihan membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan membuat
perancangan. Berdasarkan pernyataan di atas, kajian ini adalah untuk melihat penguasaan
murid dalam penulisan ulasan. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk melihat kesan
penggunaan teknik jadual ‘SBAHS’ dalam penulisan ulasan berdasarkan bahan rangsangan
murid tahun 5.

PERNYATAAN MASALAH
Pengkaji dapati bahawa murid lemah dalam penulisan ulasan terutamanya kelas yang diajar.
Hasil semakan pada kertas jawapan peperiksaan, saya dapati murid masih lemah dalam
menyatakan isi tersirat. Murid mengetahui bahawa isi tersirat merupakan isi penting yang
tidak terdapat dalam soalan dan memerlukan murid untuk menggunakan kemahiran berfikir
aras tinggi (KBAT). Selain itu, murid-murid juga menulis isi tersirat yang tidak bersesuaian
dengan soalan. Di samping itu, terdapat juga murid-murid yang tidak dapat membuat ulasan
dengan menggunakan ayat yang lengkap. Banyak ayat yang tergantung malahan terdapat
juga murid-murid yang menyalin semula teks yang diberikan kerana tidak mengetahui cara
yang betul untuk menjawab soalan ini. Hal ini menyebabkan murid kerugian markah dan akan
memberi kesan kepada markah keseluruhan bagi kertas Penulisan Bahasa Melayu.
Penggunaan penanda wacana dalam ulasan juga agak kurang yang menyebabkan tiada
pertalian antara isi.

OBJEKTIF KAJIAN
1. Dapat mengenal pasti tahap kemahiran menulis murid dalam penulisan ulasan.
2. Meningkatkan kemahiran menulis ulasan menggunakan kaedah jadual ‘SBAHS’.

1282
3. Meninjau kesan penggunaan kaedah ‘SBAHS’ terhadap kemahiran menulis ulasan
murid.

SOALAN KAJIAN
1. Apakah tahap kemahiran menulis murid dalam penulisan ulasan?
2. Bagaimanakah kemahiran menulis ulasan dapat ditingkatkan dengan menggunakan
kaedah jadual ‘SBAHS’?
3. Apakah kesan penggunaan kaedah jadual ‘SBAHS’ dalam kemahiran menulis ulasan?

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan. Kajian ini dilaksanakan berdasarkan
Model Penyelidikan Tindakan adaptasi Model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992) (Rosinah
Edinin, 2012). Kajian tindakan yang dicadangkan model ini bergerak dalam satu kitaran yang
berterusan dan kitaran tersebut perlu merangkumi peringkat-peringkat yang telah ditetapkan.
Berdasarkan model tersebut mencadangkan lima peringkat proses iaitu mengenal pasti
aspek amalan yang ingin ditambah baik, merancang pelan tindakan, tindakan implementasi,
melihat kesan tindakan dan refleksi. Oleh itu, penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk
melihat keberkesanan penggunaan kaedah jadual ‘SBAHS’ dalam penguasaan penulisan
ulasan berdasarkan bahan rangsangan murid Tahun 5.
Kajian ini melibatkan murid-murid di sebuah sekolah di sekitar Kuala Lumpur. Murid-
murid yang terlibat sebagai peserta kajian ialah murid yang mempunyai masalah dalam
membina ulasan berdasarkan bahan rangsangan. Peserta kajian dipilih berdasarkan
pencapaian ujian akhir tahun dalam kertas Penulisan Bahasa Melayu. Peserta kajian terdiri
daripada murid yang mendapat markah di antara 5 hingga 9 pada Bahagian B Penulisan
Ulasan yang terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Kaedah
pengumpulan data dilaksanakan melalui penggunaan instrumen kajian. Instrumen yang
digunakan dalam kajian ini merangkumi ujian pra dan pos, analisis dokumen dan juga temu
bual. Penggunaan instrumen penting untuk mendapatkan data bagi membuktikan bahawa
tindakan yang dilaksanakan dan digunakan berjaya membantu menyelesaikan masalah yang
dihadapi semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Dapatan kajian membuktikan bahawa objektif kajian dapat dicapai dengan jayanya. Secara
keseluruhannya, kesemua peserta kajian menunjukkan peningkatan pencapaian hasil
tindakan yang dilaksanakan iaitu teknik jadual ‘SBAHS’ dalam penguasan ulasan. Hasil
dapatan ujian pra dan ujian pos menunjukkan bahawa berlaku peningkatan terhadap
penguasaan kemahiran menulis ulasan dalam kalangan peserta kajian. Peningkatan prestasi

1283
tersebut diukur melalui peningkatan markah dan skor yang diperoleh oleh peserta kajian
dalam ujian pra dan ujian pos. Berikut merupakan perbandingan dapatan ujian pra dan pos
peserta kajian.

Perbandingan Peratus Ujian Pra dan Ujian Pos


100
86
90 80
80 73 73
66
70
PERATUS (%)

60 53
50 43 43
40 33 33 Ujian Pra
30 Ujian Pos
20
10
0
PK1 PK2 PK3 PK4 PK5
PESERTA KAJIAN

Rajah 1: Perbandingan Peratus Markah Ujian Pra dan Pos

Peratus Peningkatan Ujian

200%
MARKAH UJIAN

33% 37%
150% 30% 40% 33%
100% 86% 80%
73% 73% 66%
50% 53%
43% 33% 43% 33%
0%
PK1 PK2 PK3 PK4 PK5
PESERTA KAJIAN

Ujian Pra Ujian Pos Peratus Peningkatan (%)

Rajah 2: Peratus Peningkatan Markah Ujian Pra dan Pos

Berdasarkan Rajah 1 di atas, pengkaji dapat merumuskan prestasi peserta kajian


dalam kedua-dua ujian ini. Kelima-lima peserta kajian menunjukkan prestasi yang
memberangsangkan. Kesemua peserta kajian telah mendapat markah yang tinggi dalam ujian
pos dan menunjukkan peningkatan dalam kemahiran membina ulasan berdasarkan bahan
rangsangan. Rajah 2 pula merupakan peratusan peningkatan markah peserta kajian dalam
ujian pra dan pos. Kesemua peserta kajian menunjukkan peningkatan yang ketara. Peserta
kajian PK1 menunjukkan peningkatan sebanyak 30%, PK2 pula sebanyak 40%, PK3
sebanyak 33%, PK4 sebanyak 37% dan PK5 pula sebanyak 33%. Purata peningatan
peratusan markah ujian pra dan ujian pos secara keseluruhan adalah sebanyak 34%. Secara

1284
keseluruhannya, hasil pelaksanaan tindakan iaitu mengajarkan teknik jadual ‘SBAHS’ dalam
penulisan ulasan berdasarkan bahan rangsangan telah mencapai objektif yang dikehendaki
oleh pengkaji.
Sebanyak tiga latihan telah diberikan kepada peserta kajian. Soalan latihan yang
diberikan berbentuk gambar dan isi tersurat telah diberikan dalam soalan tersebut. Dalam
latihan yang pertama, peserta kajian telah diminta untuk menulis ulasan berdasarkan gambar
yang diberikan iaitu cara untuk menjadi murid cemerlang. Seterusnya, dalam latihan yang
kedua pula, peserta kajian diberikan gambar berkaitan cara-cara membalas jasa ibu bapa.
Latihan yang terakhir ialah berkaitan cara menjaga kebersihan dan keselamatan diri di taman
permainan. Hasil semakan ke atas lampiran yang diberikan, peserta kajian mula dapat melihat
teknik penulisan ulasan yang sebenar. Peserta kajian juga dapat melihat aliran idea dalam
penulisan ulasan dengan lebih jelas hasil penggunaan teknik jadual ‘SBAHS’ dalam penulisan
ulasan.
Hasil temu bual mendapati bahawa peserta kajian mempunyai masalah dalam
menyatakan penanda wacana, sukar membezakan isi tersurat dan isi tersirat serta sukar untuk
memikirkan isi tersirat. Hal ini telah menyebabkan kesukaran kepada peserta kajian untuk
menyiapkan tugasan yang diberikan. Setelah tindakan dilaksanakan, peserta kajian mula
memberikan respons yang positif apabila mereka sendiri melihat perkembangan diri mereka
dari aspek penulisan ayat, isi tersurat dan tersirat serta penggunaan penanda wacana. Peserta
kajian berasa gembira dapat mempelajari teknik baru dalam penulisan ulasan dan kesannya
ayatnya menjadi lebih teratur dan lebih tersusun. Hal ini demikian kerana elemen penting
tersebut sudahpun disusun mengikut subjek dan penerangan yang mana apabila diubah
kepada bentuk penulisan akan menjadi sebuah ayat yang lengkap.

KESIMPULAN
Setalah melaksanakan kajian tindakan ini, pengkaji menyedari bahawa teknik jadual ‘SBAHS’
dapat membantu murid meningkatkan penguasaan dalam penulisan ulasan berdasarkan
bahan rangsangan. Hal in dapat dilihat dengan jelas melalui hasil dapatan yang telah
diperoleh berdasarkan instrumen yang telah digunakan seperti ujian pra dan pos, temu bual
dan analisis dokumen. Amalan kajian tindakan ini memberi kebaikan dan manfaat kepada
pengkaji itu sendiri untuk menambah baik amalan pengajaran serta memberi manfaat secara
tidak langsung kepada murid apabila tindakan yang dilaksanakan dapat membantu mereka
meningkatkan pemahaman terhadap sesuatu perkara. Oleh itu, pengkaji berharap agar hasil
dapatan kajian dapat dimanfaatkan secara optimum oleh pengkaji sendiri, guru-guru bahasa
Melayu khususnya dan guru-guru lain yang berdepan dengan masalah yang sama.

1285
CADANGAN DAN IMPLIKASI
Teknik yang digunakan dalam kajian ini boleh ditambahbaik pada masa akan datang.
Penambahbaikan sesuatu bahan dapa menigkatkan kualiti teknik kajian yang dilaksanakan.
Oleh itu, penambahbaikan yang boleh dirancang untuk kitaran yang seterusnya ialah
meningkatkan aras soalan ke arah soalan beraras tinggi. Pengkaji juga boleh
mempelbagaikan bentuk soalan untuk memastikan murid benar-benar menguasai kemahiran
menulis ulasan sekurang-kurangnya pada aras yang sederhana. Dengan mempelbagaikan
aras soalan dapat menjadikan perkara tersebut sebagai latih tubi kepada murid untuk
meningkatkan lagi kemahiran menulis ulasan. Latihan berterusan ini akan dapat mengkuhkan
tahap kefahaman murid berkaitan penulisan ulasan berdasarkan bahan rangsangan dengan
baik.
Selain itu, aspek penambah baikan juga boleh ditambah baik pada penggunaan
bahan tersebut. Penggunaan jadual “SBAHS” dalam penulisan ulasan merangkumi “Siapa”,
“Kata Bantu”, “Apa”, “Kata Hubung” dan “Siapa”. Penggunaan bahan boleh dikembangkan
dengan menambah aspek “Penanda Wacana” untuk memurnikan lagi penggunaan jadual.
Dalam kajian ini, dengan hanya menggunakan jadual “SBAHS” murid sudah boleh menulis
ayat yang lengkap dalam ulasan kerana aspek-aspek tersebut sudah disusun mengikut
subjek dan keterangan. Jadi, sebagai cadangan pengkaji boleh menambah aspek Penanda
Wacana pada jadual tersebut supaya dapat memurnikan lagi penggunaan jadual. Hal ini
demikian kerana masih terdapat lagi segelintir peserta kajian yang terlupa dengan
penggunaan penanda wacana dalam ayat. Justeru itu, dengan penambahan aspek penanda
wacana dalam jadual tersebut memudahkan murid untuk mengingati penggunaan penanda
wacana yang juga menjadi salah satu elemen penting dalam penulisan ulasan.

RUJUKAN

Mohd Islah Mohd Yusof. (2011). Penggunaan penanda wacana bahasa arab dalam teks
karangan pelajar Stam (thesis). Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Mohd. Nasrudin Basar & Siti Halimah Md. Yassin. (2012). Kemahiran Berfikir. Kuala Lumpur:
Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Nasyimah Ismail, & Zamri Mahamod. (2016). Sikap Dan Kesediaan Pelajar Sekolah
Menengah Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pembelajaran Komsas
Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(1), 59-67.

Noraini Idris. (2013). Penyelidikan dalam pendidikan. McGraw-Hill Education.

Nurul Aisyah Abdullah. (2016). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penulisan Karangan


Bahasa Melayu Pelajar Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 1–
9.

Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan tindakan: kaedah dan penulisan. Freemind Horizons.

1286
Yahya Othman. (2014). Peranan Guru Bahasa Melayu Dalam Merangsang Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT). Dewan Bahasa.14(25). 20-24.

Ying Soon Goh, & Wan Mohd Nazif Wan Mohd Nori. (2008). Kemahiran menulis. PTS
Professional.

1287
HUBUNGAN TAHAP PENGUASAAN DENGAN TAHAP PENGGUNAAN KOMPUTER
DALAM KALANGAN GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH ZON CHANGLUN

Nurul Shuhada binti Mohd Haron


shuhada09-923@epembelajaran.edu.my

Zanariah binti Hamid PhD


zanariah.hamid@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


59990 Lembah Pantai
Kuala Lumpur

ABSTRAK
Penggunaan komputer telah memberi suatu pembaharuan dalam landskap pedagogi guru dan amat
ditekankan dalam pendidikan abad ke-21 kini. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal
pasti tahap penguasaan dan tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah
rendah di Zon Changlun, Kedah serta mendapatkan hubungan kedua-dua aspek tersebut. Reka bentuk
kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan dan korelasi. Set soal selidik
telah digunakan sebagai instrumen kajian ini. Responden kajian terdiri daripada 52 orang guru Bahasa
Melayu dari tujuh buah sekolah kebangsaan di Zon Changlun, Kedah. Data kajian dianalisis
menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi melalui perisian Statistical Package for the Social
Sciences (SPSS) versi 26.0. Analisis deskriptif melibatkan pengukuran kekerapan, peratusan, min dan
sisihan piawai manakala analisis inferensi melibatkan Ujian Korelasi Pearson. Dapatan kajian
menunjukkan tahap penguasaan komputer dalam kalangan guru Bahasa Melayu adalah sederhana
(min=3.44, SP=0.626), begitu juga dengan tahap penggunaan komputer (min=3.58, SP=0.654). Kajian
ini juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan berbentuk positif dan sederhana antara tahap
penguasaan dengan tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru Bahasa Melayu (p=0.000,
r=0.685). Impikasi kajian ini adalah dapat memberi maklumat kepada pemegang-pemegang taruh
dalam bidang pendidikan tentang senario penggunaan komputer dalam kalangan guru Bahasa Melayu.
Hal ini membantu ke arah perangkaan strategi yang lebih jitu bagi memantapkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran menggunakan teknologi komputer.
Kata kunci: Komputer, guru Bahasa Melayu, tahap penguasaan, tahap penggunaan, pengajaran dan
pembelajaran, sekolah rendah

ABSTRACT
The use of computers has given a reformation in the teacher pedagogy landscape and is highly
emphasized in the 21st century education today. Therefore, this study aims to identify the level of
computer proficiency and the level of computer usage among primary school Malay Language teachers
in Changlun Zone, Kedah and also to find the relationship between these two aspects. The design of
this study uses a quantitative approach with survey and correlation methods. A set of questionnaires is
used as the instrument of this study. The respondents consists of 52 Malay Language teachers from
seven primary schools in Changlun Zone, Kedah. Research data is analyzed using descriptive analysis
and inferential analysis via Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) software 26.0 version.
Descriptive analysis invlolves the measurement of frequency, percentage, mean and standard deviation
while inferential analysis involves Pearson Correlation Test. The findings show that the level of computer
proficiency among Malay Language teachers is at a moderate level (mean=3.44, SD=0.626), so does
the level of computer usage (mean=3.58, SD=0.654). This study also shows a positive and moderate
significant correlation between the level of computer proficiency and the level of computer usage among
Malay Language teachers (p=0.000, r=0.685). Consequently, the result of this study provides a vital
information for the stakeholders in education regarding computer implementation scenarios among
Malay Language teachers. This helps towards the planning of a more accurate strategy in order to
elevate the quality of teaching and learning using computer technology.
Keywords: Computer, Malay Language teachers, level of proficiency, level of usage, teaching and
learning, primary school

1288
PENGENALAN

Berikutan perkembangan revolusi perindustrian, bidang pendidikan juga tidak terkecuali


daripada mengalami proses transformasi. Bermula daripada penggunaan helaian kertas, buku
dan papan hitam, dunia pendidikan telah mengalami transformasi dengan menggunakan
komputer sebagai medium pengajaran dan pembelajaran (PdP). Berdasarkan artikel bertajuk
Computers in Education: A Brief History yang ditulis oleh Molnar (1997), penggunaan
komputer dalam pendidikan yang terawal bermula pada tahun 1944 iaitu penggunaan
komputer MARK 1 di Harvard University, diikuti dengan penggunaan komputer ENIAC di
University of Pennsylvania pada tahun 1946. Pada tahun 1959, di University of Illinois, Donald
Bitier memulakan PLATO, sebuah projek berskala besar pertama bagi peggunaan komputer
dalam pendidikan. Bermula dengan penggunaannya di Amerika Syarikat, penggunaan
komputer dalam pendidikan telah meluas ke seluruh dunia, termasuklah ke Malaysia.
Di Malaysia, penggunaan komputer di sekolah mula diperkenalkan pada awal tahun
1980-an apabila kelab komputer ditubuhkan di sekolah menengah (Yusup Hashim, 1998).
Bermula dengan pendidikan secara tidak formal melalui penubuhan kelab seumpama ini,
penggunaan komputer dilihat semakin berkembang dalam kalangan guru ketika pengajaran
formal di dalam kelas. Hal ini bertepatan dengan pengenalan Revolusi Industri 4.0 yang amat
menggalakkan guru menggunakan komputer dalam menyampaikan kandungan pembelajaran
kepada murid. Perkara ini disokong oleh kajian Son (2006) yang mendapati bahawa,
penggunaan komputer dalam pengajaran terutama yang melibatkan kursus atas talian mampu
menarik perhatian murid.
Sehubungan dengan itu, para guru tanpa mengira disiplin ilmu telah menggunakan
komputer dalam pengajaran, termasuklah dalam kalangan guru Bahasa Melayu. Tidak
terkecuali, guru Bahasa Melayu juga digalakkan untuk menggunakan komputer sebagai alat
bantu mengajar yang amat efektif dan efisien berbanding penggunaan alat bantu mengajar
yang bersifat konvensional. Sejajar dengan itu, kajian ini bakal meninjau sejauh manakah
tahap penguasaan komputer dan tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru Bahasa
Melayu serta mendapatkan hubungan kedua-dua pemboleh ubah tersebut.

PERNYATAAN MASALAH
Dalam menelusuri era Revolusi Industri 4.0, sistem pendidikan juga harus pantas berevolusi
dan bergerak seiring dengan kemajuan teknologi terkini. Pada masa ini, amalan pedagogi di
dalam bilik darjah tidak seharusnya lagi bersifat konvensional, akan tetapi perlu bersifat
dinamik dengan mengintegrasikan penggunaan teknologi semasa seperti teknologi komputer
yang menjadi medium utama pengaksesan pelbagai jenis perisian, Internet, aplikasi atas
talian, pelantar pembelajaran digital dan sebagainya. Namun begitu, didapati masih ramai guru

1289
yang masih mengamalkan kaedah pengajaran bersifat konvensional pada ketika ini. Perkara
ini dibuktikan dalam dapatan kajian Subramaniam dan Mohd Izham Mohd Hamzah (2020)
yang menunjukkan bahawa, sebilangan besar guru terutamanya dari kelompok guru senior
masih melaksanakan pengajaran dengan cara tradisional kerana tidak mahir menggunakan
komputer.
Data kajian yang dikeluarkan oleh KPM pada tahun 2010 mencatatkan hampir 80%
guru hanya menggunakan teknologi kurang daripada satu jam seminggu ketika sesi PdP
(KPM, 2013). Statistik ini memberi tafsiran bahawa, kekerapan majoriti guru di Malaysia
menggunakan teknologi semasa PdP adalah masih rendah. Penggunaan teknologi dalam PdP
berkemungkinan menjadi suatu cabaran buat para guru terutamanya buat guru senior, namun
perlulah disahut dengan baik bagi melonjakkan taraf kualiti pendidikan serta meningkatkan
martabat profesion keguruan. Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
menggariskan strategi bagi menggalakkan penggunaan teknologi dalam PdP iaitu menerusi
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Perkara ini merujuk kepada
Anjakan Transformasi Ketujuh dalam PPPM yang menegaskan manfaat teknologi maklumat
dan komunikasi (TMK) dalam meningkatkan kualiti pembelajaran di sekolah (KPM, 2013).
Dapatan yang sama turut diperoleh oleh analisis Irfan Naufal dan Amat Sazali (2015)
yang menunjukkan integrasi teknologi dalam PdP oleh guru masih berada pada tahap yang
minima. Bukan itu sahaja, Yahya Othman dan Roselan Baki (2015) mendapati, masih terdapat
guru yang tidak mahir mengendalikan pembelajaran berbantukan komputer atas faktor
kurangnya latihan. Kursus yang berkaitan bahan pengajaran multimedia, penggunaan internet
dan pembinaan laman web agak kurang diberikan perhatian. Keseluruhannya, kajian tersebut
mendapati tahap penggunaan komputer dalam pengajaran BM adalah rendah dengan bacaan
min 2.67. Ringkasnya, kajian tersebut memberi bayangan kepada pengkaji bahawa aspek
penguasaan dan penggunaan komputer dalam kalangan guru BM masih kurang memuaskan.
Hal ini menurut pandangan pengkaji harus diberi perhatian yang serius kerana
kemajuan sistem pendidikan sesebuah negara itu amat bergantung kepada amalan
pengajaran guru yang diterapkan di dalam bilik darjah. Justeru, berdasarkan data-data yang
ditunjukkan, pengkaji berasa terpanggil untuk meninjau tahap penguasaan dan penggunaan
komputer dalam kalangan guru Bahasa Melayu. Sehubungan itu, kajian ini juga cuba
merungkai hubungan kedua-dua pemboleh ubah tersebut iaitu hubungan tahap penguasaan
dengan tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru Bahasa Melayu.

OBJEKTIF KAJIAN
Secara khusus, kajian ini mempunyai beberapa objektif iaitu:
1. Mengenal pasti tahap penguasaan komputer dalam kalangan guru Bahasa Melayu
sekolah rendah di Zon Changlun.

1290
2. Mengenal pasti tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru Bahasa Melayu
sekolah rendah di Zon Changlun.
3. Mengenal pasti hubungan antara tahap penguasaan dengan tahap penggunaan
komputer dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah rendah di Zon Changlun.

SOALAN KAJIAN
Soalan kajian yang dikemukakan adalah selari dengan tiga objektif kajian ini iaitu:
1. Apakah tahap penguasaan komputer dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah
rendah di Zon Changlun ?
2. Apakah tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah
rendah di Zon Changlun ?
3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penguasaan dengan tahap
penggunaan komputer dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah rendah di Zon
Changlun ?

HIPOTESIS KAJIAN
Berdasarkan soalan kajian ketiga, sebuah hipotesis telah dibina iaitu:
Ho1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penguasaan dengan tahap
penggunaan komputer dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah rendah di Zon
Changlun.
METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan dan
korelasi. Kaedah tinjauan digunakan untuk mencapai objektif pertama dan kedua iaitu bagi
mengenalpasti tahap penguasaan dan tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru
Bahasa Melayu. Kaedah korelasi pula digunakan untuk mencapai objektif ketiga iaitu bagi
mengenal pasti hubungan tahap penguasaan dengan tahap penggunaan komputer dalam
kalangan guru Bahasa Melayu.
Populasi kajian ini melibatkan 60 orang guru Bahasa Melayu sekolah rendah di Zon
Changlun, Kedah. Berdasarkan jumlah populasi, saiz sampel ditentukan menggunakan
perisian Sample Size Calculator oleh Roasoft Inc. Berpandukan perisian tersebut, jumlah
sampel yang diperlukan bagi 60 orang populasi adalah seramai 52 orang. Oleh itu, responden
sebenar yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 52 orang guru Bahasa Melayu dari tujuh
buah sekolah yang terdapat di Zon Changlun, Kedah yang dipilih berdasarkan teknik
pensampelan rawak mudah.
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada satu set soal selidik yang
diadaptasi dan diubah suai daripada kajian Supramaniyam (2015). Set soal selidik tersebut
merangkumi tiga bahagian. Bahagian A mengandungi tujuh item tentang maklumat demografi

1291
responden, Bahagian B mengandungi 14 item berkenaan tahap penguasaan komputer dalam
kalangan guru Bahasa Melayu, manakala Bahagian C pula mengandungi 14 item berkenaan
tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru Bahasa Melayu. Skala Likert lima mata
telah digunakan sebagai ukuran pada Bahagian A dan Bahagian B.
Instrumen soal selidik ini terlebih dahulu diuji melalui kajian rintis terhadap 30 orang
guru Bahasa Melayu di Zon Kodiang, Kedah bagi memperoleh kebolehpercayaan. Indikator
yang menunjukkan tahap kebolehpercayaan item ialah nilai Alpha Cronbach, iaitu nilai alpha
yang kurang daripada 0.6 dianggap lemah manakala nilai alpha 0.7 ke atas dianggap baik.
Hasil analisis kebolehpercayaan melalui kajian rintis mendapati nilai Alpha Cronbah bagi soal
selidik ini ialah 0.950 yang menunjukkan kebolehpercayaan sangat tinggi. Justeru, item-item
dalam soal selidik ini telah diterima pakai dalam kajian sebenar.
Data yang diperoleh dalam kajian sebenar dianalisis menggunakan analisis deskriptif
dan analisis inferensi melalui perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi
26.0. Analisis deskriptif melibatkan pengiraan kekerapan dan peratus bagi maklumat
demografi responden, serta min dan sisihan piawai bagi tahap penguasaan dan tahap
penggunaan komputer dalam kalangan guru Bahasa Melayu. Sehubungan itu, berikut adalah
interpretasi skor min bagi konstruk tahap penguasaan dan tahap penggunaan komputer
berpandukan interpretasi daripada kajian Azman Jais (2018).

Jadual 1
Interpretasi Skor Min Tahap Penguasaan dan Tahap Penggunaan Komputer
Skor Min Interpretasi Skor Min
1.00 - 2.33 Rendah
2.34 - 3.66 Sederhana
3.67 - 5.00 Tinggi
Sumber: Azman Jais (2018)

Analisis inferensi turut digunakan dalam kajian ini iaitu melibatkan Ujian Korelasi
Pearson. Hal ini bagi mengenal pasti hubungan tahap penguasaan dengan tahap penggunaan
komputer dalam kalangan guru Bahasa Melayu. Analisis korelasi Pearson memberi tafsiran
tentang tiga perkara, iaitu kewujudan hubungan yang signifikan, arah hubungan dan juga
darjah kekuatan hubungan tersebut. Sehubungan itu, berikut adalah jadual interpretasi nilai
korelasi menurut Cohen, Manion dan Marrison (2011).

1292
Jadual 2
Interpretasi Nilai Korelasi
Tahap Positif Negatif
Tiada hubungan sama sekali 0 0
Hubungan yang sempurna +1 -1
Tahap hubungan yang tinggi + 0.75 hingga + 1 - 0.75 hingga - 1
Tahap hubungan yang sederhana + 0.25 hingga + 0.75 - 0.25 hingga - 0.75
Tahap hubungan yang rendah 0 hingga 0.25 0 hingga - 0.25
Cohen, Manion dan Marrison (2011)

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Tahap Penguasaan Komputer dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu
Pada bahagian ini, dibincangkan mengenai dapatan kajian bagi menjawab soalan kajian dan
seterusnya mencapai objektif kajian. Sehubungan itu, Jadual 3 menunjukkan dapatan skor min
dan sisihan piawai bagi item-item dalam konstruk tahap penguasaan komputer dalam
kalangan guru Bahasa Melayu.

Jadual 3
Min dan sisihan piawai tahap penguasaan komputer dalam kalangan guru Bahasa Melayu
Bil. Item Min SP Interpretasi
1 Penguasaan menggunakan perisian 4.29 0.605 Tinggi
pemprosesan perkataan Microsoft
Word.
2 Penguasaan menggunakan perisian 3.88 0.704 Tinggi
persembahan grafik Microsoft Power
Point.
3 Penguasaan menggunakan perisian 2.58 1.016 Sederhana
persembahan interaktif Microsoft Sway.
4 Penguasaan menggunakan perisian 3.50 0.804 Sederhana
hamparan elektronik Microsoft Excel.
5 Penguasaan menggunakan perisian 2.73 1.031 Sederhana
catatan maklumat Microsoft OneNote.
6 Penguasaan menggunakan pelantar 3.04 0.839 Sederhana
kolaborasi Microsoft Teams.
7 Penguasaan menggunakan enjin carian 4.23 0.831 Tinggi
Google Chrome.
8 Penguasaan menggunakan aplikasi mel 4.15 0.724 Tinggi
elektronik Gmail.
9 Penguasaan menggunakan aplikasi 3.40 0.891 Sederhana
pemprosesan perkataan Google Docs.

1293
10 Penguasaan menggunakan aplikasi 3.02 1.019 Sederhana
persembahan grafik Google Slides.
11 Penguasaan menggunakan aplikasi 3.04 1.009 Sederhana
hamparan elektronik Google Sheets.
12 Penguasaan menggunakan sistem 3.42 0.871 Sederhana
penyimpanan fail Google Drive.
13 Penguasaan menggunakan pelantar 3.42 0.915 Sederhana
pembelajaran digital Google Classroom.
14 Penguasaan menggunakan aplikasi 3.42 0.977 Sederhana
sidang video Google Meet.

Keseluruhan 3.44 0.626 Sederhana

Berdasarkan Jadual 3, dapatan kajian menunjukkan item yang mempunyai min paling
tinggi ialah item bernombor 1 iaitu ‘Penguasaan menggunakan perisian pemprosesan
perkataan Microsoft Word’ dengan min (µ=4.29), sisihan piawai (SP=0.605) dan berada pada
tahap tinggi. Seterusnya, min terendah direkodkan bagi item bernombor 3 iaitu ‘Penguasaan
menggunakan perisian persembahan interaktif Microsoft Sway’ dengan min (µ=2.58), sisihan
piawai (SP=1.016) dan berada pada tahap sederhana.

Secara keseluruhannya, skor min dan sisihan piawai bagi tahap penguasaan komputer
dalam kalangan guru Bahasa Melayu ialah (µ=3.44) dan (SP=0.626) dengan interpretasi skor
keseluruhan berada pada tahap yang sederhana. Data ini menunjukkan guru-guru Bahasa
Melayu sekolah rendah di Zon Changlun mempunyai penguasaan komputer yang agak baik
namun belum benar-benar mahir sepenuhnya dalam beberapa perisian seperti Microsoft
Sway, Microsoft One Note, Google Slides, Google Sheets, Microsoft Teams, Google Drive dan
Google Classroom. Kesemua perisian ini seharusnya dikuasai oleh guru untuk membawa
suatu bentuk persekitaran pembelajaran baharu yang berkesan dan mengujakan buat murid-
murid iaitu pembelajaran berbentuk digital. Oleh itu, guru-guru berkenaan perlu mempunyai
inisiatif untuk mempelajari tentang perisian-perisian dan aplikasi-aplikasi terkini dalam
pendidikan bagi mengikuti arus kemajuan pendidikan semasa.

Tahap Penggunaan Komputer dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu

Jadual 4 menunjukkan skor min dan sisihan piawai bagi item-item dalam konstruk tahap
penggunaan komputer dalam kalangan guru Bahasa Melayu.

1294
Jadual 4
Min dan sisihan piawai tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru Bahasa Melayu
Bil. Item Min SP Interpretasi
1 Saya menggunakan komputer sepenuhnya 3.50 0.897 Sederhana
dalam PdP.

2 Saya menggunakan komputer menerusi 4.33 0.706 Tinggi


Microsoft Word bagi menyediakan rancangan
pengajaran.
3 Saya menggunakan komputer menerusi 3.94 0.895 Tinggi
Google Chrome bagi mendapatkan idea
untuk pengajaran.
4 Saya menggunakan komputer bagi 4.02 0.828 Tinggi
menyediakan bahan pengajaran.

5 Saya menggunakan komputer menerusi 3.50 0.960 Sederhana


Google Drive bagi menyimpan bahan
pengajaran.
6 Saya menggunakan komputer bagi 3.40 0.891 Sederhana
memperkenalkan sesuatu topik pada awal
PdP.
7 Saya menggunakan komputer menerusi 3.46 0.917 Sederhana
Microsoft Power Point bagi menyampaikan
pengajaran.
8 Saya menggunakan komputer bagi mengajar 3.15 0.916 Sederhana
topik yang sukar difahami.

9 Saya menggunakan komputer menerusi 2.96 0.862 Sederhana


Google Clasroom bagi membincangkan
sesuatu topik pembelajaran.
10 Saya menggunakan komputer bagi membuat 3.21 0.957 Sederhana
kesimpulan tentang sesuatu topik pada akhir
PdP.
11 Saya menggunakan komputer bagi 3.60 0.934 Sederhana
menyediakan latihan kefahaman kepada
murid.
12 Saya menggunakan komputer bagi 3.65 0.837 Sederhana
memberikan tugasan kerja rumah kepada
murid.
13 Saya menggunakan komputer bagi 3.73 0.910 Tinggi
menyediakan pentaksiran terhadap murid.

14 Saya menggunakan komputer menerusi 3.71 0.871 Tinggi


Microsoft Excel bagi menganalisis markah
pentaksiran murid.
Keseluruhan 3.58 0.654 Sederhana

Berdasarkan Jadual 4, dapatan kajian menunjukkan item yang mempunyai min paling
tinggi ialah item bernombor 2 iaitu ‘Saya menggunakan komputer menerusi Microsoft Word
bagi menyediakan rancangan pengajaran’ dengan min (µ=4.33), sisihan piawai (SP=0.706)

1295
dan berada pada tahap tinggi. Seterusnya, min terendah direkodkan bagi item bernombor 9
iaitu ‘Saya menggunakan komputer menerusi Google Classroom bagi membincangkan
sesuatu topik pembelajaran’ dengan min (µ=2.96), sisihan piawai (SP=0.862) dan berada pada
tahap sederhana.
Secara keseluruhannya, tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru Bahasa
Melayu di Zon Changlun adalah sederhana. Jumlah skor min bagi tahap penggunaan ini ialah
(µ=3.58) dan nilai sisihan piawai ialah (SP=0.654). Ini menunjukkan bahawa guru-guru
tersebut berupaya mengintegrasikan penggunaan teknologi komputer dalam PdP meliputi
penggunaan perisian-perisian dan aplikasi-aplikasi yang bersesuaian untuk pendidikan.
Dapatan ini turut membuktikan bahawa guru-guru berkenaan secara sederhana dapat
menggunakan teknologi komputer dalam pelbagai aspek berkaitan PdP iaitu dari sudut
perancangan PdP, penyediaan dan penyimpanan bahan PdP, pelaksanaan PdP dan juga
pentaksiran.

Hubungan Tahap Penguasaan dengan Tahap Penggunaan Komputer dalam Kalangan


Guru Bahasa Melayu
Jadual 5 di bawah menunjukkan nilai korelasi Pearson bagi hubungan tahap penguasaan
dengan tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru Bahasa Melayu.

Jadual 5
Hubungan Tahap Penguasaan dengan Tahap Penggunaan Komputer
Tahap
Tahap Penggunaan
Penguasaan
Komputer
Komputer
Pearson Correlation 1 .685**
Tahap Penguasaan
Sig. (1-tailed) .000
Komputer
N 52 52
Pearson Correlation .685** 1
Tahap Penggunaan
Sig. (1-tailed) .000
Komputer
N 52 52

Berpandukan Jadual 5, nilai koefisien korelasi Pearson ialah r = .685. Merujuk Pearson,
nilai r = .25 hingga r = .75 merupakan hubungan yang sederhana. Justeru, dapat dijelaskan
bahawa pemboleh ubah tahap penguasaan komputer dengan tahap penggunaan komputer
dalam kalangan guru Bahasa Melayu mempunyai hubungan korelasi yang sederhana. Nilai
varian bagi pemboleh ubah ialah 46.92% ((.685 x .685) x 100).
Nilai korelasi r = .685 juga menunjukkan arah hubungan tersebut. Dalam dapatan ini,
nilai r yang positif menunjukkan bahawa hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah yang
diuji adalah positif. Ini bermakna, sekiranya guru menguasai penggunaan komputer, maka
mereka lebih kerap menggunakan komputer dalam PdP. Berikutnya, nilai signifikan yang

1296
diperoleh dalam kajian ini ialah p = .000. Merujuk Pearson, nilai signifikan iaitu nilai p<0.05
menunjukkan hubungan yang signifikan. Maka, dapat ditafsirkan bahawa terdapat hubungan
yang signifikan antara tahap penguasaan dengan tahap penguasaan komputer dalam
kalangan guru Bahasa Melayu sekolah rendah di Zon Changlun. Oleh itu, hipotesis nul Ho1
iaitu ‘Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penguasaan dengan tahap
penggunaan komputer dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah rendah di Zon Changlun’
adalah ditolak.

KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN


Keseluruhannya, kajian ini menunjukkan tahap penguasaan komputer dalam kalangan guru
Bahasa Melayu adalah sederhana. Hal ini dibuktikan dengan nilai min keseluruhan yang
diperoleh bagi dimensi tahap peguasaan iaitu (µ=3.44). Perkara ini selari dengan dapatan
kajian Johari Hassan dan Siti Norazlina Kamisan (2011), Yusof Boon dan Sani Ngatimin (2011)
serta Yahya Othman dan Roselan Baki (2015) yang turut mendapati bahawa tahap kemahiran
guru menggunakan komputer dalam PdP juga berada pada tahap sederhana. Ringkasnya,
penguasaan komputer dalam PdP oleh guru-guru Bahasa Melayu sekolah rendah ini masih
kurang memuaskan dan belum berjaya mencapai tahap yang dihasratkan oleh KPM bagi
mengintegrasikan penggunaan TMK secara optimum dalam meningkatkan kualiti
pembelajaran di sekolah.
Selain itu, kajian ini juga menunjukkan tahap penggunaan komputer dalam kalangan
guru Bahasa Melayu adalah sederhana. Hal ini dibuktikan dengan nilai min keseluruhan yang
diperoleh bagi dimensi tahap penggunaan iaitu (µ=3.58). Dapatan kajian ini adalah lebih baik
berbanding dapatan kajian Yahya Othman dan Roselan Baki (2015) yang mendapati tahap
penggunaan komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu adalah rendah. Namun begitu,
dapatan kajian ini adalah bertentangan dengan dapatan kajian Zainuddin Hassan dan
Muhamad Azam Jaafar (2010) yang menunjukkan bahawa penggunaan komputer dalam
kalangan guru adalah tinggi. Hal ini menunjukkan terdapat perbezaan dengan kajian-kajian
lepas. Walau bagaimanapun, berdasarkan dapatan kajian ini, dapat dirumuskan bahawa tahap
penggunaan komputer dalam kalangan guru Bahasa Melayu masih berada pada tahap
sederhana dan dilihat perlu ditingkatkan lagi penggunaan melalui inisiatif-inisiatif tertentu yang
dibincangkan dengan lebih lanjut pada bahagian cadangan.
Di samping itu, kajian ini juga merumuskan bahawa terdapat hubungan yang signifikan
antara tahap penguasaan dengan tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru Bahasa
Melayu. Bentuk hubungan tersebut adalah positif dan mempunyai kekuatan hubungan yang
sederhana dengan nilai korelasi, r = .685. Hal ini bermakna, hipotesis nul (Ho1) iaitu ‘Tidak
terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penguasaan dengan tahap penggunaan
komputer dalam kalangan guru Bahasa Melayu’ adalah ditolak. Ringkasnya, guru Bahasa

1297
Melayu yang lebih menguasai penggunaan komputer lebih kerap menggunakan komputer
dalam PdP yang mereka jalankan berbanding guru yang tidak menguasai komputer.
Implikasinya, kajian ini telah memberi nilai tambah dalam beberapa aspek iaitu
antaranya ialah implikasi pengetahuan. Kajian ini dapat memberi pengetahuan kepada pihak
Bahagian Teknologi Pendidikan di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tentang keupayaan guru
menggunakan komputer bagi tujuan PdP. Keupayaan guru menggunakan komputer
merupakan salah satu aspek yang perlu diberi perhatian oleh pihak berkenaan bagi menjamin
PdP yang lebih berkesan. Selain itu, kajian ini boleh dijadikan sebagai sumber maklumat
kepada KPM tentang penggunaan komputer dalam kalangan guru Bahasa Melayu. Hal ini
dapat membantu KPM bagi merangka strategi yang sewajarnya untuk memantapkan
pelaksanaan PdP melalui penggunaan komputer.
Kajian ini juga telah memberi implikasi empirikal. Terdapat pelbagai kajian telah
dilaksanakan bagi mengenalpasti tahap penguasaan dan tahap penggunaan komputer dalam
kalangan guru. Namun, kebanyakan kajian tersebut dijalankan secara berasingan tanpa
mendapatkan hubung kait kedua-dua aspek tersebut. Sementara, kajian ini pula telah
dilakukan secara holistik dengan mendapatkan hubungan tahap penguasaan dengan tahap
penggunaan komputer dalam kalangan guru menerusi kaedah korelasi. Justeru, kajian ini
dapat memberi suatu gambaran yang menyeluruh dan jelas berkenaan perkaitan antara
kedua-dua pemboleh ubah tersebut. Dengan ini, pembaca dapat memahami bahawa
kekerapan seseorang guru itu menggunakan komputer sebenarnya dipengaruhi oleh sejauh
mana keupayaannya menggunakan komputer.
Berdasarkan dapatan dalam kajian ini, dicadangkan agar KPM dapat mendalami
faktor-faktor kekangan yang menghalang penggunaan komputer secara optimum dalam
kalangan guru-guru, di samping meningkatkan latihan, bengkel dan kursus kepada para guru.
Selain itu, disarankan agar pihak KPM bekerjasama dengan JPN bagi mengenalpasti sekolah-
sekolah yang mempunyai masalah kemudahan TMK terutamanya dari segi kebolehgunaan
komputer di sekolah dan capaian Internet. Dalam hal ini, KPM disarankan agar menjalinkan
kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk
merancang Strategi Pelaksanaan Jalur Lebar Negara.
Akhir sekali, pengkaji mencadangkan supaya para guru meneroka fungsi, perisian dan
aplikasi komputer yang boleh dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai
usaha untuk memahirkan diri, guru dicadangkan agar menyertai pelbagai bengkel atau
seminar terbuka aplikasi pembelajaran seperti Google Classroom, Microsoft Teams,
Schoology, Padlet, Kahoot, Quizizz dan sebagainya. Bengkel atau seminar seumpama ini
lazimnya dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan di Jabatan Pendidikan Negeri atau
pasukan e-DIDIK yang berfokuskan terhadap pembelajaran atas talian. Justeru, dengan

1298
pelaksanaan saranan ini, para guru menjadi lebih berkemahiran untuk menggunakan teknologi
komputer semasa pengajaran.
RUJUKAN

Azman Jais. (2018). Penerimaan dan Penggunaan Inovasi Persekitaran Pembelajaran


Maya (VLE) dalam Kalangan Guru. Tesis Doktor Falsafah tidak diterbitkan.
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Cohen, L., Manion, L. & Marrison, K. (2011). Research methods in education. Routledge
Taylor & Francis Group.

Irfan Naufal Umar, & Amat Sazali Hassan. (2015). Malaysian teachers’ levels of ICT
integration and its perceived impact on teaching and learning. Procedia - Social and
Behavioral Sciences, 197, 2015-2021. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2015.07.586

Johari Hassan, & Siti Norazlina Kamisan. (2010). Halangan terhadap penggunaan
komputer dan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di kalangan
guru di sekolah menengah kebangsaan luar bandar di daerah Kulai Jaya, Johor. UTM
Education. http://eprints.utm.my/id/eprint/11032/

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


2013-2025. https://www.moe.gov.my/muat-turun/penerbitan-dan-jurnal/1818
pelan-pembangunan-pendidikan-2013-2025/file

Mohd Izham Mohd Hamzah & Noraini Attan. (2007). Tahap kesediaan guru Sains
dalam penggunaan teknologi maklumat berasaskan komputer dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Teknologi. 10.11113/jt.v46.307

Molnar A. (1997, June 1). Computers in education: A brief history. THE


Journal. https://thejournal.com/articles/1997/06/01/computers-in-education-a
brief-history.aspx?m=1

Son Jeong-Bae (2006). Using online discussion groups in a teacher training course.
Regional Language Centre Journal. 37(1), 123-135.

Supramaniyam, V. (2014). Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)


dalam Kalangan Guru-Guru Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Rendah
Luar Bandar Negeri Johor. Tesis Sarjana Pendidikan tidak diterbitkan. Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia.

Yahya Othman & Roselan Baki. (2015). Aplikasi komputer dalam pengajaran bahasa:
Penguasaan dan kekangan dalam pelaksanaan. 1st International Malaysian
Educational Technology Convention (47-54).

Yusof Boon, & Sani Ngatimin. (2011). Penggunaan Makmal Komputer Dalam Kalangan Guru
Guru Sekolah Kebangsaan Zon Jementah, Daerah Segamat Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran : Satu Tinjauan. Journal of Technical, Vocational & Engineering
Educational, 3, 132-147. http://eprints.utm.my/id/eprint/19981/

Yusup Hashim. (1998). Teknologi pengajaran. Fajar Bakti.

Zainuddin Hassan, & Muhamad Azam Jaafar. (2010). Penggunaan komputer dan Internet
dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru sekolah menengah di daerah
Pasir Mas, Kelantan. Jurnal Teknologi, 46, 45-60. https://doi.org/10.11113/jt.v46.307

1299
KEBERKESANAN TEKNIK BERCERITA DALAM PENULISAN KARANGAN NARATIF
BAHASA MELAYU TAHUN LIMA

Ooi Jia Feng


pu17_c103@ipgkbm.edu.my

Tan Yan Im
cheryl@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
5990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji keberkesanan teknik bercerita dalam penulisan karangan
naratif bahasa Melayu bagi murid tahun 5. Kajian ini dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Wangsa
Melawati, Kuala Lumpur. Reka bentuk yang digunakan kajian ini ialah kuasi-eksperimen yang
melibatkan 60 orang yang terdiri daripada 30 kumpulan rawatan dan 30 kumpulan kawalan. Tempoh
masa yang diambil untuk kajian ini ialah empat minggu. Data yang dikumpulkan dalam kajian ini
menggunakan ujian pra dan ujian pasca. Kemudiannya, data dianalisis menggunakan statistik deskriptif
(SPSS) bagi mencari nilai min, kekerapan dan sisihan piawai serta statistik inferens dengan
menggunakan ujian-t bagi mencari nilai signifikan bagi perbezaan min skor kumpulan kawalan dan
rawatan. Hasil keputusannya menunjukkan prestasi kumpulan rawatan, iaitu menggunakan teknik
bercerita lebih baik dan signifikan berbanding dengan kumpulan kawalan yang menggunakan teknik
latih tubi dalam meningkatkan penguasaan penulisan karangan naratif bahasa Melayu murid tahun 5.
Berdasarkan nilai min yang diperoleh, iaitu 13.61 sebelum rawatan, prestasi kumpulan eksperimen
meningkat kepada nilai min 17.82. Nilai min menunjukkan peningkatan sebelum dan selepas rawatan
teknik bercerita diajarkan kepada murid-murid, iaitu peningkatan sebanyak 4.21. Oleh itu, implikasi
kajian ini mencadangkan agar teknik bercerita dalam penulisan karangan naratif bahasa Melayu
diluaskan penggunaannya dalam mempertingkatkan pencapaian prestasi murid dalam mata pelajaran
bahasa Melayu.
Kata Kunci :Teknik Bercerita, Penulisan Karangan Naratif, Bahasa Melayu.

ABSTRACT
This study was designed to investigate the effectiveness of story telling technique towards narrative
writing achievement in malay language in year 5. The study was conducted at Sekolah Kebangsaan
Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. The design used in this study was a quasi-experimental involving 60
people from 30 treatment groups and 30 control groups. The time taken for this study was four weeks.
The data collected in this study were used pre and post-test. Then, data were analysed using descriptive
statistics (SPSS) to find mean values, frequency and standard deviation while inference statistics that
using t-test are to find significant values for mean difference in control and treatment group scores. The
results show that the performance of the treatment groups using story telling technique and significantly
better than the control group using the drill techniques in increasing the level of narrative writing
achievement in malay language. Based on the mean value obtained, which was 13.61 before treatment,
the performance of the experimental group increased to a mean value of 17.82. The mean value showed
an increase before and after the story telling technique treatment was applied to the pupils and increase
of 4.21. Thus, the implications of this study suggest that story telling technique should be used as an
instructional strategy in Malay language education in order to increase student's performance.
Key Word: Story Telling, Narrative Writing Achievement, Malay Language.

1300
PENGENALAN
Pendidikan di sekolah bukan sahaja melibatkan proses mengambil input yang dipelajari
semata-mata sebaliknya, mampu mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan
seharian (Mahzan 2003). Hal ini bersesuaian dengan matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang berhasrat menghasilkan insan berkualiti, iaitu mampu menggunakan
kemahiran dan ilmu yang dipelajari di dalam bilik darjah sesuai dengan situasi yang
dialami. Menurut Suppiah (2006), penghasilan sesebuah karangan memerlukan
pengarangnya menyampaikan idea secara jelas, tepat, dan berkesan. Penghasilan sebuah
karangan yang utuh, isi karangan perlu tepat, jelas dan asli. Proses menulis karangan
melibatkan aktiviti pemikiran, iaitu pemikiran sebelum menulis karangan, proses pemikiran
semasa menulis karangan, dan proses pemikiran yang dialami selepas karangan dihasilkan.
Sewaktu proses menulis juga, pengarang perlu jelas tentang khalayak atau kepada siapa
karangan tersebut dihasilkan (Suppiah 2006).
Tujuan karangan dihasilkan, pemilihan kata, dan penyusunan perenggan, tajuk, dan
kesatuan ayat juga antara komponen penting sesebuah karangan. Pemilihan kata perlu
disesuaikan dengan tujuan karangan sama ada untuk tujuan perbahasan, memujuk, memberi
pendapat, atau untuk bercerita. Perkembangan isi dan huraian juga dibuat dalam bentuk
perenggan yang mencirikan kesatuan sesebuah karangan. Namun, kemahiran ini mampu
dikuasai oleh sesiapa sahaja sekiranya terdapat pengubahsuaian kurikulum dan juga
penyediaan bahan pengajaran yang sesuai (Faridah, Nooreiny & Raja Mohd Fauzi, 2001).
Dalam konteks pengajaran karangan berbentuk naratif, terdapat dua bahagian utama,
iaitu tema dan plot (Mahzan, 2003). Tema berperanan sebagai pemangkin idea asas atau
persoalan pokok yang menyatakan tujuan karangan dihasilkan. Manakala, plot atau alur cerita
ialah cara sesebuah karangan naratif disusun. Plot biasanya mengandungi beberapa episod
dan terbina daripada pengenalan, permasalahan, kemuncak dan penyelesaian. Penulisan
karangan naratif menjadi fokus kajian kerana bahagian ini menyumbangkan markah tertinggi
(Suppiah 2006).
Menurut Noriati (2009) cerita merupakan satu susunan kejadian atau peristiwa yang
berlaku sama ada benar-benar berlaku atau diciptakan. Bercerita dianggap sebagai satu
cabang seni dan memainkan peranan penting sebagai sumber hiburan rakyat, di samping alat
pendidikan moral dan nilai dalam kalangan masyarakat. Keindahan dan kekuatan teknik
bercerita lebih terletak pada pengunaan bahasa. Apabila bercerita, murid-murid dilatih untuk
lebih mengenali masyarakat sekitar mereka dan kehidupan berdasarkan cerita-cerita yang
didengar. Secara langsungnya, murid dapat memperluaskan pengalaman dan pengetahuan
dalam pelbagai bidang jika cerita berkait dengan kehidupan seseorang.
Di samping itu, murid digalakkan untuk mendengar cerita secara kritis supaya
berfikiran matang dan berketerampilan. Abd. Aziz Abd. Talib (2000) menyatakan teknik

1301
bercerita bermaksud menggunakan cerita untuk mengajar sesuatu kepada murid. Manakala
Zuraini Jusoh (2014) menyatakan bercerita dikenal pasti sebagai suatu cara paling berkesan
untuk menyampaikan idea dan mengakibatkan perubahan dalam pembelajaran. Choo (2003)
menyatakan bercerita bukan merupakan penemuan baharu dalam dunia pendidikan dan
keberkesanannya dalam menghasilkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak dinafikan.
Kepentingan penceritaan dalam pendidikan disokong oleh Wilkinson (2003) yang berpendapat
bahan naratif ketinggalan zaman ini perlu dibawa kembali ke dalam sistem pendidikan.
Menurut Loi K.S. (2012), teknik bercerita pernah menjadi kaedah yang dominan suatu
ketika dahulu sebagai teknik untuk menarik perhatian pelajar kerana teknik bercerita
mengambil kira imaginasi dan kreativiti serta mempunyai plot yang baik dan mengandungi
mesej yang menarik. Hal ini diperkukuh oleh Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi (2016) yang
menyatakan bahawa cerita-cerita rakyat dalam majalah Dewan Pelajar kerap menjadi
tumpuan dan digemari olehpembacanya kerana para pembacanya (kanak-kanak)
memberikan komen positif dan menjadikan ruangan “Cerita Rakyat” tersebut sebagai
ruangan kegemaran mereka.Kesan dan keupayaan teknik bercerita dapat dilihat melalui kajian
Zuraini Jusoh & Abdul Rasid Jamian (2014) yang membuktikan bahawa teknik bercerita
memberikan kesan yang positif kepada prestasi penulisan karangan murid. Malah Powell dan
Murray (2012) dalam kajian mereka tentang penggunaan strategi bercerita dalam pengajaran
aspek pemahaman secara dalam talian juga membuktikan bahawa bahan pengajaran dalam
format cerita meskipun disampaikan secara dalam talian juga mampu meningkatkan
pemahaman dan pencapaian pelajar terhadap teori dan konsep yang sukar.
Justeru, teknik bercerita mungkin dapat membantu meningkatkan prestasi kemahiran
mengarang murid. Bercerita melibatkan perhubungan dua hala antara guru dengan murid, dan
antara murid dengan murid. Teknik ini juga boleh dimanipulasikan mengikut kesesuaian dan
kemampuan guru. Murid boleh mengalami sendiri situasi cerita melalui penggunaan bahan-
bahan bantu mengajar yang disesuaikan guru semasa teknik bercerita digunakan di dalam
bilik darjah.

PERNYATAAN MASALAH
Kajian ini membangunkan teknik bercerita kerana teknik ini amat berkesan dalam
meningkatkan pencapaian penulisan karangan naratif Bahasa Melayu (Zuraini Jusoh,2014).
Penulisan adalah satu aktiviti yang paling rumit yang diperlukan dalam perkembangan literasi
manusia. Oleh itu, ia melibatkan satu siri tindakan yang berkaitan dengan kurikulum. Literasi
ini wujud dalam kajian dan penggunaan bahasa melalui tatabahasa dan arahan semantik.
Penulisan adalah salah satu aktiviti yang paling sukar bagi perkembangan literasi manusia. Ia
melibatkan satu siri tindakan yang berkaitan dengan kurikulum dan juga sekolah. (Singh,
2014).

1302
Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir (2011) menerangkan bahawa mengarang
merupakan satu kemahiran yang perlu dipelajari dan dilatih serta dikuasai oleh setiap murid
kerana sebahagian besar dalam pendidikan formal memerlukan aktiviti menulis dan
mengarang sebagai kaedah untuk menyampaikan maklumat, idea dan pendapat. Oleh hal
yang demikian, aktiviti membina sebuah karangan bukan sahaja bertujuan untuk melihat hasil
karangan, malah lebih kepada bagaimana proses mengarang itu dilakukan supaya dapat
diaplikasikan bukan sahaja dalam pembelajaran Bahasa Melayu, tetapi juga dalam mata
pelajaran yang lain. Permasalahan timbul apabila idea yang ditulis tidak bermakna atau paling
merisaukan para guru ialah murid tidak menulis sebarang idea. Hal ini disebabkan
ketidakupayaan murid menjana plot karangan atau tidak mampu untuk menghuraikan idea
yang telah ditulis sehingga memburukkan lagi keadaan. Sehubungan dengan itu, murid-murid
didapati bahawa mereka menyatakan isi yang sama atau hampir sama berulang-ulang, dan
bahagian pendahuluan yang meleret-leret (Nawi 2006). Oleh itu, untuk mengenal pasti
pendekatan yang berupaya untuk mengubah pencapaian murid adalah penting di samping
melihat kemampuan dan kebolehan guru untuk melaksanakan yang terbaik demi menaikkan
prestasi murid dalam penulisan karangan.
Kajian ini bertujuan untuk mengukur keberkesanan teknik bercerita bagi mengenal
pasti keberkesanan teknik bercerita dalam penulisan karangan naratif bahasa Melayu murid
Tahun 5 dalam kalangan murid kajian ini. Menurut Zuraini Jusoh (2014), bercerita merupakan
kaedah mengajar yang membolehkan guru menyampaikan isi pelajarannya melalui
pengunaan teknik bercerita. Teknik bercerita dapat meningkatkan tahap pencapaian penulisan
karangan naratif murid dengan baik. Bercerita merupakan satu aktiviti yang menarik perhatian
murid-murid kerana melalui bercerita mereka dapat memahami sesuatu itu dengan lebih
mendalam dan secara tidak langsung mengaktifkan daya imaginasi kanak-kanak untuk berfikir
dengan lebih kreatif. Melalui teknik bercerita, murid-murid dapat belajar dalam suasana yang
gembira dan ceria. Melalui kaedah bercerita, guru dapat menjalankan sesuatu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Keberkesanan teknik bercerita
membolehkan guru mengenal pasti tahap pencapaian dalam penulisan karangan naratif
murid.
OBJEKTIF KAJIAN
Sehubungan dengan itu, kajian ini bagi melaksanakan objektif kajian yang berikut:
i. Mengenal pasti keberkesanan teknik bercerita dalam penulisan karangan naratif
bahasa Melayu tahun 5
PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini untuk mendapat maklumat bagi menjawab persoalan yang berikut:
i. Sejauh manakah keberkesanan teknik bercerita dapat membantu penguasaan
murid dalam penulisan karangan naratif bahasa Melayu tahun 5?

1303
METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kuasi-eksperimen
Kajian ini melibatkan seramai 60 orang responden yang terdiri daripada murid tahun 5 di
Sekolah Kebangsaan Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. 29 orang responden ialah murid
perempuan manakala 31 orang responden terdiri daripada murid lelaki. Kajian ini dijalankan
berdasarkan kaedah kuantitatif. Instrumen atau alat kajian yang digunakan untuk
mendapatkan data ialah ujian Pra dan Ujian Pasca. Ujian pra dan pasca akan dijalankan untuk
melihat keberkesanan teknik bercerita meningkatkan penguasaan murid dalam penulisan
karangan naratif bahasa Melayu tahun 5. Ujian pra dan pasca akan dijalankan untuk melihat
keberkesanan teknik bercerita meningkatkan penguasaan murid dalam penulisan karangan
naratif bahasa Melayu tahun 5. Ujian pra akan diberikan sebelum pendekatan pembelajaran
kaedah grid diperkenalkan manakala ujian pasca diberikan selepas pendekatan kaedah ini
diaplikasikan kepada kumpulan sasaran yang telah dipilih. Nilai kebolehpercayan 0.952 K-
R20.
Pengumpulan data dilakukan menerusi keputusan ujian pra dan ujian pasca. Menerusi
ujian pra dan ujian pasca yang telah dilaksanakan, maka pengkaji akan memperoleh
keputusan menerusi rubrik pemarkahan ujian sekolah rendah bagi subjek Bahasa Melayu,
Pengkaji akan menilai markah bagi kedua-dua ujian, iaitu ujian pra dan pasca berdasarkan
rubrik permarkahan yang telah disediakan berdasarkan rubrik permarkahan bagi peringkat
sekolah rendah.
Selain itu, pengkaji juga mengira nilai skor kekerapan, peratusan, min dan sisihan
piawai, iaitu dari soalan (1) dan menggunakan T-test untuk mendapatkan perbezaan min yang
signifikan antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan dalam keberkesanan teknik
bercerita dalam penulisan karangan naratif Bahasa Melayu. Data-data dalam kajian ini
dianalisis dengan bantuan perisian SPSS versi 26.0.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Hasil kajian ini juga mendapati bahawa teknik bercerita berkesan dalam penulisan karangan
naratif dan membantu murid untuk memperoleh markah yang lebih baik.

Jadual 1
Keputusan Kekerapan Ujian Pra dan Pasca Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan
Julat Markah Tahap penguasaan Kumpulan Kawalan Kumpulan
Rawatan
Pra Pasca Pra Pasca
81-100 Cemerlang 5 5 2 8

1304
61-80 Baik 8 9 10 13
41-60 Memuaskan 7 6 8 8
21-40 Kurang Memuaskan 6 5 7 1
1-20 Pencapaian Tahap 4 5 3 0
Minimum

Jadual 1 menunjukkan keputusan kekerapan ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan kawalan
dan kumpulan rawatan. Jadual ini juga menjawab soalan kajian yang pertama, iaitu tahap
penguasaan murid dalam kemahiran menulis karangan naratif sebelum dan selepas ujian.
Dapatan berdasarkan jadual 4.5 menunjukkan bahawa hanya terdapat 2 orang murid,
kumpulan rawatan yang mencapai tahap cemerlang. Selain itu, bilangan murid yang mencapai
tahap baik dalam kemahiran menulis karangan naratif adalah sebanyak 10 orang. Seterusnya,
bagi murid yang mencapai tahap memuaskan dalam ujian pra bagi kumpulan rawatan adalah
sebanyak 8 orang. Di samping itu, bilangan murid yang mencapai tahap kurang memuaskan
dalam ujian pra adalah sebanyak 7 orang. Akhir sekali. terdapat 3 orang murid yang belum
mencapai tahap penguasaan minimum. iaitu memperoleh markah yang paling rendah. Murid
kumpulan kawalan ialah murid yang tidak menerima pengajaran teknik dalam ujian pra dan
ujian pasca. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 5 orang murid yang mencapai tahap
cemerlang dalam ujian pra dan 5 orang juga mencapai tahap cemerlang dalam ujian pasca.
Ini menunjukkan tiada peningkatan atau penurunan berlaku dalam kumpulan kawalan. Namun
begitu, peningkatan bilangan murid bagi tahap baik berlaku daripada 8 orang murid kepada 9
orang mund.
Tambahan pula, bagi tahap memuaskan berlaku penurunan, iaitu daripada 7 orang
murid kepada 6 orang murid sahaja. Pada tahap kurang memuaskan pula, penurunan bilangan
murid daripada 6 orang murid menjadi kepada 5 orang murid. Bagi murid yang belum
mencapai tahap penguasaan minimum telah ditambah daripada 4 orang murid menjadi 5
orang murid. Perkara ini bermakna masih terdapat mund daripada kumpulan kawalan yang
belum mencapal tahap penguasaan minimum bagi ujian pasca. Oleh itu, dapatan kajian yang
dianalisis di atas menunjukkan bahawa tahap penguasaan bagi kumpulan rawatan adalah
lebih baik daripada kumpulan kawalan.
Jadual 2
Analisis Data Min Dan Sisihan Piawai Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan
Kumpulan Jenis Ujian Min (µ) Sisihan piawai (σ)
Kawalan Pra 13.57 5.891
Pasca 14.43 6.309
Rawatan Pra 13.61 5.245
Pasca 17.82 3.611

1305
Berdasarkan jadual di atas, ujian pra bagi kumpulan kawalan mempunyai min yang lebih
rendah berbanding dengan ujian pasca. Min bagi ujian pra kumpulan kawalan bernilai 13.57
manakala min bagi ujian pasca pula bernilai 14.43. Hal ini menunjukkan bahawa perbezaan
min antara ujian pra dan ujian pasca dalam kumpulan kawalan. Bagi kumpuan rawatan pula,
min bagi ujian pra juga rendah berbanding dengan min bagi ujian pasca. Min bagi ujian pra
kumpulan rawatan bernilai 13.61 manakala min bagi ujian pasca bernilai 17.82.
Seterusnya, sisihan piawai bagi ujian pra dalam kumpulan kawalan lebih rendah
berbanding dengan ujian pasca. Sisihan piawai bagi ujian pra dalam kumpulan kawalan
bernilai 5.891 manakala sisihan piawai bagi ujian pasca bernilai 6.309. Bagi kumpulan rawatan
pula, sislhan piawai untuk ujian pra adalah lebih tinggi sekiranya berbanding dengan sisihan
piawai untuk ujian pasca. Sisihan piawai bagi ujian pra dalam kumpulan bernilai 5.245
manakala sisihan piawai bagi ujian pasca bemilai 3.611.
Berdasarkan nilai min yang diperoleh iaitu, 13.61 sebelum rawatan, prestasi kumpulan
eksperimen meningkat kepada nilai min 17.82. Nilai min menunjukkan peningkatan sebelum
dan selepas rawatan teknik bercerita dikenakan kepada murid-murid, iaitu peningkatan
sebanyak 4.21. Namun, bagi kumpulan kawalan pula walaupun terdapat peningkatan prestasi,
peningkatan yang berlaku adalah sedikit sahaja. Min pra ujian kumpulan kawalan ialah 13.57
dan min pasca ujian ialah 14.43 iaitu meningkat sebanyak 0.86 sahaja. Hal ini dapat dibuktikan
bahawa terdapat peningkatan markah dan tahap penguasaan bagi kumpulan rawatan setelah
mengaplikasikan teknik bercerita dalam penulisan karangan naratif bahasa Melayu Tahun 5.
Antaranya kajian mengkaji keberkesanan teknik bercerita dalam penulisan karangan
naratif bahasa Melayu ialah kajian Zuraini Jusoh (2014) yang bertajuk Kesan Bercerita
Terhadap Pencapaian Penulisan Karangan Naratif Bahasa Melayu. Hasil kajian Zuraini Jusoh
(2014) telah membuktikan bahawa teknik bercerita dalam kajian tersebut dapat meningkatkan
prestasi penulisan karangan naratif murid-murid bahasa Melayu. Kementerian Pelajaran
Malaysia (2020) juga telah mengenal pasti teknik bercerita sebagai salah satu teknik yang
berkesan untuk mengajarkan penulisan karangan.
Kaedah penceritaan merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang diguna pakai
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini dapat membantu menarik perhatian
dan minat pelajar dalam pembelajaran. Ketika mendengar cerita, pendengar, khasnya pelajar
akan berimaginasi dan ada kalanya mereka akan meletakkan diri mereka sebagai watak di
dalam cerita tersebut (Rabiatul, 2010). Teknik bercerita dapat meningkatkan penguasaan
kemahiran mendengar, bertutur. membaca dan menulis dalam kalangan pelajar. Murid dapat
meningkatkan penguasaan dan pencapaian penulisan karangan naratif setelah didedahkan
dengan cerita yang mempunyai penggunaan tatabahasa dan kosa kata yang pelbagai tetapi
mudah dan senang difahami (Zuraini Jusoh & Abdul Rasid Jamian, 2014).

1306
Dapatan dalam kajian ini membuktikan bahawa teknik bercerita berkesan dalam
penulisan karangan naratif dan membantu murid untuk memperoleh markah yang lebih baik
serta hasil karangan menjadi lebih menarik. Oleh itu dalam bahagian ini terdapat beberapa
cadangan kepada Kementerian Pendidikan Pelajaran (KPM) selaku pihak yang menyediakan
latihan dalam perkhidmatan kepada guru. KPM perlu mengadakan kursus kepada guru-guru
supaya mereka mahir menggunakan teknik ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran
penulisan karangan naratif. Ramai guru masih lebih selesa menggunakan kaedah chalk dan
talk terutamanya, guru-guru yang telah lama berkhidmat. KPM perlu mengambil inisiatif
dengan mencerap guru-guru di sekolah supaya teknik ini digunakan secara optimum di bilik
darjah untuk mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkualiti.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, teknik bercerita memberi kesan yang positif kepada prestasi penulisan
karangan murid tahun 5. Hasil kajian ini membuktikan bahawa teknik bercerita berkesan
dalam penulisan karangan naratif dan membantu murid untuk memperoleh markah yang lebih
baik serta hasil karangan menjadi lebih menarik. Sehubungan dengan itu, murid dapat
meningkatkan tahap pencapaian dalam Kertas Penulisan Bahasa Melayu sekiranya teknik
bercerita diaplikasikan dalam penulisan karangan jenis naratif bahasa Melayu. Penggunaan
teknik bercerita juga berupaya meningkatkan minat dan motivasi dalam mengikuti pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selaku
pihak yang menyediakan latihan dalam perkhidmatan kepada guru. KPM perlu mengadakan
kursus kepada guru-guru supaya mereka mahir menggunakan teknik ini dalam proses
pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan naratif.
Pihak sekolah juga perlu menggalakkan guru melalui program serta inisiatif yang
berupaya mendorong guru menggunakan teknik bercerita semasa mengajar murid menulis
karangan naratif bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, guru perlu memastikan kaedah
yang bertepatan dengan minat dan kecenderungan murid-murid semasa penyampaian isi
pelajaran di dalam kelas dapat diterima dengan baik oleh mereka. Penggunaan kaedah yang
salah kepada murid-murid akan menyebabkan sesi pengajaran menjadi tidak bermakna dan
tidak meninggalkan impak yang besar kepada pemahaman murid-murid. Oleh itu, adalah
sangat penting bagi guru untuk membuat pertimbangan dan keputusan yang tepat apabila
memilih kaedah yang sesuai dan tepat untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran dalam
sesuatu kelas kepada murid-murid.
Pemilihan kaedah yang tepat dan sesuai dengan minat dan kecenderungan murid-
murid akan menimbulkan suasana yang seronok dan gembira untuk mengikuti pengajaran
guru. Murid-murid juga akan mudah untuk menerima isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.
Pengkaji mendapati murid-murid lebih menunjukkan minat dan bersedia untuk mengikuti

1307
sesuatu sesi pengajaran sekiranya kaedah pengajaran guru lebih dekat dengan dunia mereka.
Penglibatan murid-murid secara langsung dan aktif semasa pengajaran guru telah memberi
ruang kepada mereka untuk berinteraksi secara bebas. Oleh itu, bercerita boleh menjadi teknik
alternatif bagi menarik perhatian murid dan mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran
bahasa. Berdasarkan cadangan-cadangan yang diberikan, diharapkan tahap penguasaan
teknik bercerita murid dalam mata pelajaran bahasa Melayu dapat dipertingkatkan lagi dan
murid-murid lebih berkeyakinan untuk belajar dengan konsisten daripada peringkat yang
mudah ke sukar dalam penguasaan penulisan karangan naratif yang sangat cekap.

RUJUKAN

Abd. Aziz Abd. Talib (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik. Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa Melayu
pelajar-pelajar sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 1(1): 1-
12.

Choo, B.S. (2003). Advanced Concrete Technology. Constituent Materials. Elsevier.

Faridah, Nooreiny & Raja Mohd Fauzi. (2001). Masalah Penulisan Naratif di Kalangan Pelajar
Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan 27 (2001) 3-26.

Loi, K. S (2012). Kesan penggunaan kaedah bercerita dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sains tahun lima. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN Amb.
Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPGKBL Tahun 2012, ms.102-115.

Mahzan Arshad (2003). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu: Satu Pendekatan bersepadu.
Utusan Publications& Distributor Sdn. Bhd.

Nawi Ismail (2002). Permasalahan dalam penyampaian isi karangan. Pelita Bahasa, 14 (8):
44-45.

Nawi Ismail (2006). Masalah ketidakberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahasa


Melayu. Pelita Bahasa, 20 (2): 22-24.

Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi. (2016) Pengurusan Konflik dalam Cerita Rakyat Abad ke-
19. Jurnal Imam. UKM Press. Volume 6(1) page 52-63.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, (2009) Murid Dan Alam
Belajar, Siri Pendidikan Guru, Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Powell, R. M. & Murray, O. (2012). Using storytelling strategies to improve student


comprehension in online classes. The Journal of Effective Teaching, Vol. 12, No. 1, 2012,
46-52. Dimuat turun daripada https://files.eric.ed.gov/fulltext/EJ1092135.pdf.

Rabiatul-Adawiah bt Ahmad Rashid. (2010). The Teaching Profile of Matriculation College


Science Teachers inMalaysia. EDUCARE: International Journal for Educational Studies,
Vol. 3No. 1, Ogos 2010, ms. 103-114.

1308
Singh, T. K. R., & Chan, S. (2014). Teacher Readiness on ICT Integration in Teaching-
Learning: a Malaysian Case Study. International Journal of Asian Social Science, 4(7),
874-885.

Suppiah Nachiappan (2006). Penggunaan gaya bahasa dan pemprosesan informasi


dalam penulisan karangan melalui analisis hermeneutik. Penerbit Universiti Pendidikan
Sultan Idris.

Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir (2011). Pengajaran kemahiran bahasa Melayu.
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Wilkinson K. T. (2003). “Language Difference in the Telenovela Trade”, Global Media Journal,
Volume 2, No. 2.

Zuraini Jusoh. (2014). Kesan Bercerita Terhadap Pencapaian Penulisan Karangan Naratif
Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 11-18.

1309
PENGAPLIKASIAN BAHAN VISUAL DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS
KARANGAN BAHASA MELAYU

Siti Khadijah binti Juhari


Khadijah09-925@epembelajaran.edu.my

Izani bin Ibrahim PhD


izaniibrahim@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menyelidik pengaplikasian bahan visual dalam pengajaran
kemahiran menulis karangan bahasa Melayu. Kajian ini juga mengenal pasti kesan pengaplikasian
bahan visual dalam pengajaran kemahiran menulis karangan bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan
reka bentuk kajian fenomenologi menggunakan pendekatan kualitatif. Tiga orang peserta kajian dipilih
dalam kalangan guru bahasa Melayu tahun 4 di sebuah sekolah di Zon PKG Bukit Besi. Pengkaji
menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan penganalisisan bukti dokumen sebagai cara
pegumpulan data. Kajian ini didasari oleh Teori Kon Pengalaman Dale (1946). Dapatan kajian
menunjukkan bahawa guru-guru mempunyai cara tersendiri untuk mengaplikasikan bahan visual dalam
pengajaran kemahiran menulis karangan bahasa Melayu. Pengaplikasian bahan visual dalam
pengaajaran kemahiran menulis karangan bahasa Melayu juga memberi impak yang positif terhadap
kemahiran menulis karangan bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun 4. Oleh itu, kajian ini secara
tidak langsung menunjukkan keperluan untuk guru-guru dan pihak berkepentingan yang lain
meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang pengaplikasian bahan visual dalam pengajaran
kemahiran menulis karangan bahasa Melayu.
Kata Kunci: bahan visual, kemahiran menulis, karangan, bahasa Melayu

ABSTRACT

This study was conducted to investigate the application of visual materials in teaching Malay essay
writing skills. The study also identified the impact of the application of visual materials in teaching Malay
language essay writing skills. This study uses a phenomenological study design using a qualitative
approach. Three participants were chosen among Malay language teacher in a school year 4 in Zone
PKG Bukit Besi. Researchers used the methods of interviews, observation and analysis of document
evidence as a means of data collection. This study is based on Dale’s Experience Cone Theory (1946).
The findings show that teachers have their own ways to apply visual materials in teaching Malay
language essay writing skills. The application of visual material in pengaajaran Malay essay writing skills
also have a positive impact on the Malay language essay writing skills among pupils in year 4. Therefore,
this study implies the need for teachers and other stakeholders to improve the knowledge and
awareness on the application of visual materials in teaching Malay language essay writing skills.
Keywords: visual material, writing skills, essay, Malay language

PENGENALAN
Bahasa dikenali sebagai alat perhubungan yang amat mustahak dalam kehidupan
manusia. Manusia menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain bagi
menyampaikan perasaan, kehendak, buah fikiran dan sebagainya. (Khairuddin, Ghazali, Wan
Zalina & Ratna, 2014 & Khairuddin, Ghazali, Wan Zalina & Amanah, 2015). Bukan itu sahaja,
1310
bahasa turut dimanfaatkan untuk menambahkan ilmu pengetahuan, mendapatkan maklumat
dan memahami perasaan orang lain. Dengan ini, suatu kenyataan yang tidak dapat dinafikan,
iaitu semakin tinggi penguasaan seseorang terhadap kemahiran-kemahiran berbahasa,
semakin baik kemampuan mereka untuk berkomunikasi secara lisan, bacaan dan penulisan.
Salah satu kemahiran yang perlu dikuasai dalam Bahasa Melayu adalah kemahiran
menulis. Apatah lagi kemahiran ini diuji sepenuhnya dalam peperiksaan Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR) bagi kertas Bahasa Melayu Penulisan. Kemahiran menulis merujuk
kepada keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis
penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah
dilalui. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu telah
menggariskan beberapa objektif kemahiran menulis yang perlu dicapai oleh murid. Antaranya
ialah; menulis secara mekanis dengan betul dan kemas; membina dan menulis perkataan,
frasa dan ayat dengan betul; mencatat dan menulis untuk menyampaikan maklumat tentang
sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun dan menghasilkan penulisan
kreatif dalam pelbagai genre dengan betul (KPM, 2014).
Abd Aziz (2000) menyatakan Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Majlis Peperiksaan
Malaysia melaporkan kelemahan murid dalam karangan biasanya tertumpu kepada masalah
aspek isi, teknik mengarang dan bahasa. Permasalahan timbul apabila idea yang ditulis tidak
bermakna atau paling merisaukan para guru ialah murid tidak menulis sebarang idea. Hal ini
disebabkan ketidakupayaan murid menjana plot karangan atau tidak mampu untuk
menghuraikan idea yang telah ditulis sehingga memburukkan lagi keadaan. Kekangan pada
latihan yang berterusan atau daya imaginasi yang masih lemah menyebabkan perkara ini
berlaku. Secara umumnya, murid menghadapi masalah menulis karangan bertajuk jika
dibandingkan dengan karangan bergambar. Nawi (2006) menyatakan bahawa murid-murid
didapati menyatakan isi yang sama atau hampir sama berulang-ulang, dan bahagian
pendahuluan yang meleret-leret. Murid perlu menjana idea dan jalan cerita karangan
berdasarkan soalan-soalan umum sahaja. Oleh itu, plot cerita dan isi kandungan menjadi tidak
menarik atau tidak mencapai kriteria yang ditetapkan. Rata-rata boleh dikatakan murid
menghadapi kesukaran dalam menjana idea untuk menulis karangan.Sikap guru yang
mengajar menggunakan kaedah konvensional telah merumitkan isu ini.
Zamri et al. (2016) menegaskan, guru bahasa Melayu memainkan peranan yang
sangat penting dalam menangani masalah pengajaran kemahiran menulis ini. Guru bahasa
Melayu harus mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid dan segera membantu murid
supaya mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran. Kebanyakan guru yang mengajar mata
pelajaran Bahasa Melayu masih mengamalkan pendekatan tradisional dalam pengajaran dan
pembelajaran (Siti Hawa, 2008). Hal ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu menjadi kaku. Misalnya, guru terlalu bergantung kepada penggunaan buku

1311
teks sebagai sumber dan bahan utama pengajaran (Anuar & Nelson, 2015). Penggunaan buku
teks yang berlebihan menjadikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bersifat
stereotaip, kurang daya kreatif dan imaginatif (Sharipah & Arba’iyah, 2016). Keadaan ini
menunjukkan guru bahasa Melayu kurang menguasai aspek kaedah pengajaran. Kaedah
Chalk and Talk yang menekankan teknik menyalin semata-mata telah menyebabkan
kemahiran menulis karangan bahasa Melayu sebagai kemahiran yang amat membosankan.
Rentetan itu, penagajaran dan pembelajaran bahasa Melayu menjadi pasif dan murid tidak
menguasai apa yang diajar serta pembelajaran yang berpusatkan guru adalah dalam bentuk
sehala di mana guru menyampaikan isi pengajaran dan murid hanya menyalin sahaja
menyebabkan murid menjadi pasif. Hal ini menyebabkan murid berrasa bosan dan sedikit
sebanyak akan melunturkan minat murid serta keupayaan murid untuk berfikir secara kreatif
dan kritis.
Selain itu, guru hendaklah memberi penekanan terhadap penggunaan bahan bantu
mengajar dalam pengajaran kemahiran menulis karangan bahasa Melayu. Lebih-lebih lagi,
kebanyakan murid menghadapi masalah dalam mengembangkan ayat dan menjana idea
kerana murid kurang pembacaan dan pengalaman kendiri. Antara faktor murid tidak minat
mengarang karangan bahasa Melayu adalah murid sukar menjana idea yang bernas, kaedah
pengajaran yang diajar kurang diminati, bahan rangsangan yang digunakan kurang menarik
dan murid mempunyai stigma bahawa penulisan karangan bahasa Melayu memerlukan
kemahiran yang khusus. Hal ini menyebabkan murid tidak minat untuk mengarang dan
merasakan aktiviti mengarang atau membina karangan merupakan sesuatu yang sukar dan
membosankan. Justeru untuk mengatasi masalah ini, pengkaji mengambil pendekatan untuk
mengkaji pengaplikasian bahan visual dalam pengajaran kemahiran menulis karangan bahasa
Melayu.
PERNYATAAN MASALAH
Pernyataan masalah kajian ini ialah murid kurang berkemampuan dalam melahirkan atau
menjana idea bagi mendapatkan isi penulisan yang baik. Penyataan tersebut menepati
dengan hasil kajian yang dijalankan oleh Nadzrah, Norsimah dan Nor Hashimah (2011),
mereka mendapati bahawa masalah utama murid dalam penulisan karangan ialah murid tidak
dapat menghasilkan idea yang matang selaras dengan usia.
Penggunaan bahan visual dalam menulis karangan mampu membantu murid untuk
menjana idea. Hal ini demikian kerana bahan visual tersebut dapat memberikan gambaran
jelas mengenai latar cerita, watak dan kejadian yang berlaku bagi membantu murid menjana
pemikiran yang kreatif bagi menghasilkan penulisan karangan yang baik (Zimmerman &
Risemberg, 1997). Malah hasil kajian Barbot, Randi, Tan, Levenson, Friedlaender &
Grigorenko (2012) mendapati bahawa bahan visual adalah bahan stimulus murid untuk berfikir
dan menjana idea dalam penulisan karangan. Para penyelidik menyatakan dengan

1312
penggunaan bahan visual, murid telah membuat satu proses pergerakan daripada satu simbol
(visual) kepada satu simbol yang lain (penulisan). Hubungan ini telah melibatkan pemahaman
baharu dan idea baharu ketika proses melihat bahan visual dan menulis karangan
dilaksanakan oleh pelajar (Dyson, 1986; Suhor, 1984; Siegel, 2006; Barbot dll, 2012).
Kajian penggunaan gambar dalam penulisan karangan di peringkat sekolah rendah
pernah dijalankan oleh Asnah (1995) dan Aisah (2006). Dalam kajian Asnah (1995),
menunjukkan bahawa pengajaran karangan menggunakan gambar belum dilaksanakan
dengan berkesan di bilik darjah yang diuji. Sementara kajian deskriptif yang telah dijalankan
oleh Aisah (2006) juga menunjukkan penggunaan gambar tidak selalu digunakan dalam
pengajaran karangan tahun 4 yang diuji. Hal ini menyebabkan murid-murid tidak begitu mahir
dalam mereka cipta karangan melalui gambar yang disediakan tetapi hasil dapatan
menunjukkan sedikit peningkatan yang positif dalam meluahkan dan melahirkan perasaan,
pendapat dan idea. Walau bagaimanapun, sesetengah murid tidak menyukai karangan yang
menggunakan gambar dan menganggap karangan jenis bergambar susah untuk dipelajari.
Berdasarkan kepada permasalahan yang wujud dalam kalangan murid, penyelidik terpanggil
untuk membuat kajian dan menjurus kepada kajian berlandaskan pendekatan visual yang
mana menggunakan bahan visual sebagai indikator kajian. Kajian ini juga menganalisis dan
mengkaji sejauh mana pengaplikasian bahan visual dalam pengajaran kemahiran menulis
karangan Bahasa Melayu.

OBJEKTIF KAJIAN
Bagi mencapai tujuan kajian ini, satu objektif khusus telah dihasilkan. Objektif kajian ini adalah
seperti berikut:
i. Menyelidik pengaplikasian bahan visual dalam pengajaran kemahiran menulis
karangan bahasa Melayu.

SOALAN KAJIAN
Dalam menyelesaikan masalah kajian ini, pengkaji akan menganalisis persoalan-persoalan
yang disenaraikan di bawah ini:
i. Bagaimanakah bahan visual diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran kemahiran
menulis karangan bahasa Melayu?
ii. Mengapakah bahan visual diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran kemahiran
menulis karangan bahasa Melayu?
iii. Bagaimanakah respons murid terhadap bahan visual yang diaplikasikan dalam
pengajaran kemahiran menulis karangan bahasa Melayu?

1313
METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini adalah kajian fenomenologi yang menggunakan pendekatan kualitatif.
Menurut Gay, Mills dan Airsian (2006) matlamat utama pendekatan kualitatif ialah
menyediakan pemahaman berkaitan sosial dan aktiviti daripada perspektif subjek. Dalam
kajian ini, pengkaji menyelidik pengaplikasian bahan visual bergambar dalam kemahiran
menulis karangan bahasa Melayu melalui pengalaman sebenar guru-guru yang menjadi
informan. Sampel kajian ini terdiri daripada 3 orang murid Tahun 4 di sebuah Sekolah
Kebangsaan yang terletak di Zon PKG Bukit Besi. Kaedah persampelan yang digunakan
dalam kajian ini ialah persampelan bertujuan. Persampelan bertujuan digunakan kerana kajian
saya berfokus kepada pengajaran guru dalam pengajaran kemahiran menulis karangan murid
Tahun 4. Kajian ini hanya berfokus kepada pengajaran karangan murid Tahun 4 kerana murid
ini sepatutnya telah berupaya menguasai kemahiran menulis mentalis, iaitu menulis karangan.
Dalam kajian ini, kesahan yang digunakan dalam kajian kualitatif ini melibatkan
beberapa langkah yang dicadangkan oleh Bodgen & Biklen (2007), iaitu pengesahan inventori
soalan separa struktur serta senarai semak yang digunakan oleh penyelia dan pakar bidang
ke atas persetujuan pakar terhadap tema. Justeru, pengkaji telah memohon kesahan daripada
dua orang pakar, iaitu bagi kandungan dan kesahan muka instrumen yang telah dibina.
Setelah semua inventori dan senarai semak disahkan serta disusun semula, pengkaji
melakukan kajian rintis bagi soalan temu bual ke atas responden yang tidak terlibat secara
langsung dalam kajian ini bagi memastikan soalan yang dibina mampu menjawab soalan
kajian dengan baik.
Bagi mengenal pasti kebolehpercayaan data penyelidikan ini adalah benar, pasti dan
mempunyai status data tekal tanpa ragu, beberapa kaedah dan teknik telah dijalankan dalam
penyelidikan ini seperti menggunakan kaedah triangulasi. Penggunaan kaedah triangulasi
telah memperkukuh kesahan dan kebolehpercayaan serta memperkayakan data. Menurut
Flick (1992) triangulasi adalah membawa kepada multi-perspektif dan meta interpretasi.
Menurut Denzin (1979), terdapat empat jenis triangulasi iaitu triangulasi sumber data,
triangulasi kaedah, triangulasi penyelidik dan triangulasi teori. Namun begitu, dalam
penyelidikan ini hanya menggunakan dua jenis triangulasi sahaja iaitu triangulasi sumber data
dan triangulasi kaedah.
Dalam penyelidikan ini, pengkaji menggunakan pelbagai kaedah seperti temu bual,
pemerhatian dan analisis dokumen untuk mengumpulkan sebanyak mungkin data primer.
Melalui kaedah ini penyelidik telah memungut data primer melalui pemerhatian disusuli
dengan sesi temu bual dengan peserta kajian terhadap pengaplikasian bahan visual
bergamabar dalam menulis karangan Bahasa Melayu dan seterusnya membuat pungutan
bahan visual yang diaplikasikan dan latihan murid sebagai dokumen untuk dianalisis.

1314
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Dalam bahagian ini, pengkaji akan membincangkan tentang dapatan kajian bagi menjawab
soalan-soalan kajian.

Secara umumnya, murid tahun 4 mengalami masalah dalam mengolah idea dan
mengembangkan ayat untuk dijadikan satu karangan yang mempunyai antara ayat. Justeru,
melalui pengaplikasian bahan visual dalam mengajar kemahiran menulis karangan dilihat
mampu mencungkil idea murid dalam penulisan karangan. Selain itu, kepakaran guru dalam
penggunaan dan kepentingan bahan visual dijelaskan dalam analisis dapatan temu bual
seperti yang berikut;
.....berdasarkan pengalaman saya aspek membina ayat tentang pengalaman bercuti di luar
negara contohnya kalau pancarkan gamabr lebih mudah murid nak dapat gambaran.
R1TB1B27-28

Biasanya guru hanya menerangkan, murid tak dapat bayangkan tapi kalau guru tunjuk gambar
lebih mudah untuk dia faham. Contohnya murid bandar yang tak tahu tentang susasna
kampung dengan bantuan gamabr dia boleh nampak lah
R2TB2B39-45
Penggunaan gambar memang gambar banyak membantu. sebenarnya. Sebab gambarlah
boleh cungkil macam-macam. Di situ seribu cerita ada.
R3TB3B56-57

Berdasarkan dapatan temu bual, analisis yang dapat dihubungkaitkan dengan


pengaplikasian bahan bantu visual ialah peserta kajian mengenal pasti kesesuaian bahan
bantu visual dalam membantu meningkatkan kemahiran menulis karangan murid.
Dengan adanya bahan bantu visual guru lebih mudah menyampaikan sesuatu perkara
yang belum pernah dialami oleh murid melalui gambar. Secara langsung mewujudkan
pembelajaran kontekstual yang lebih jelas, Ketiga-tiga peserta kajian menunjukkan kemahiran
dalam menggunakan bahan bantu viusal seperti gambar dan grafik untuk merangsang idea
murid supaya lebih kritis dan kreatif. Di samping mewujudkan pembelajaran yang lebih
interaktif.
Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa murid seronok untuk belajar
melalui gambar di samping wujud suasana yang interaktif antara guru dengan murid. Konteks
kajian ini melihat kesan penggunaan bahan visual melalui beberapa aspek. Berikut merupakan
dapatan pemerhatian peserta kajian 1:

1315
Jadual 4.9
Jadual Kumulatif Pemerhatian: Kesan Bantu Visual Peserta Kajian 1

Kriteria: Tingkah laku dan respons


Ya Tidak Catatan
murid
Murid berasa seronok dengan / 21/23 murid
penggunaan bahan bantu dalam PdP menunjukkan respons
berminat terhadap
pengajaran guru
Murid melibatkan diri dalam PdP BM / 23/23 murid melibatkan
diri dalam PdP guru
Murid menunjukkan minat terhadap / 30/34 memberi jawapan
pengaplikasian bahan bantu oleh guru kepada setiap persoalan
yang diajukan guru
Murid dapat memahami bahan visual / 34/34 murid mampu
yang digunakan oleh guru mencungkil idea
daripada bahan yang
digunakan
Suasana pengajaran dan pembelajaran / Suasana pembelajaran
lebih interaktif dengan wujudnya bahan dua hala berlaku
bantu visual

Bahan bantu visual yang digunakan / Murid dapat mengolah


mencungkil pengetahuan dan idea idea melalui bahan
murid digunakan

Merujuk Jadual 4.9, guru berjaya menarik minat murid dan mewujudkan pembelajaran
yang efektif dalam menjana idea murid untuk membina rangka karangan melalui gambar
suasana hidup berjiran. Gambar bercetak yang diedarkan kepada murid secara individu
mendorong murid untuk berlumba-lumba memberi respons kepada setiap penyoalan yang
diajukan guru. Penggunaan bahan bergambar tersebut berjaya membantu guru memberi
penguasaan kepada murid tentang konsep hidup berjiran. Setiap soalan yang diajukan kepada
murid dapat dijawab dengan betul mengikut kehendak guru. Ini juga menunjukkan wujudnya
kolaboratif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru. Dapatan analisis
pemerhatian disokong dengan analisis dokumen berikut:

Rajah 4.1: Rajah Kesan Penggunaan Bahan Bantu Visual Peserta Kajian 1

Merujuk gambar Rajah 4.1 merupakan hasil kerja murid secara individu. Hasil daripada
penggunaan bahan yang digunakan guru iaitu gambar bercetak daripada buku teks yang jelas

1316
berjaya merangsang idea murid untuk membuat peluasan ayat dalam karangan. Analisis ini
berdasarkan karangan yang dibina oleh murid. Murid juga dapat menghasilkan satu
perenggan pendahuluan yang baik hasil daripada penyoalan melalui bahan bergambar
sebagai rangsangan yang digunakan oleh guru. Yang mana melalui gambar guru telah
melakukan penyoalan berkaitan kejayaan murid yang sering ditempa dalam ketiga-tiga bidang
yang terdapat pada grafik yang digunakan tersebut, iaitu bidang kurikulum, bidang kokurikulum
dan bidang koakademik
Murid telah mendapat gambaran apa yang terkandung dalam ketiga-tiga bidang
tersebut. Melalui data pemerhatian yang dicatat oleh pengkaji, bahan yang guru gunakan ini
digunakan sebagai satu set induksi yang mana sebagai pengenalan kepada murid berkenaan
tajuk karangan yang akan ditulis. Melalui gambar yang digunakan, murid telah dapat
merangsang idea dengan baik. Hal ini dianalisiskan melalui analisis dokumen yang tertera iaitu
murid membina ayat berdasarkan bahan bergambar yang dilihat. Peluasan ayat yang gramatis
merupakan bukti bahawa penulisan karangan berkenaan ‘Ibu Bapa Pendodorng Kejayaan
Murid’ berjaya dicapai.

Jadual 4.10
Jadual Pemerhatian Kesan Bahan Bantu Visual Peserta Kajian 2

Kriteria: Tingkah laku dan respons murid Ya Tidak Catatan

Murid berasa seronok dengan / 20/22 murid


penggunaan bahan bantu dalam PdP menunjukkan respons
berminat terhadap
pengajaran guru
Murid melibatkan diri dalam PdP BM / 22/22 murid
melibatkan diri dalam
PdP guru
Murid menunjukkan minat terhadap / 20/22 memberi
pengaplikasian bahan bantu oleh guru jawapan kepada setiap
persoalan yang
diajukan guru
Murid dapat memahami bahan visual / 22/22 murid mampu
yang digunakan oleh guru mencungkil idea
daripada bahan yang
digunakan
Suasana pengajaran dan pembelajaran / Suasana pembelajaran
lebih interaktif dengan wujudnya bahan dua hala berlaku
bantu visual
Bahan bantu visual yang digunakan / Murid dapat mengolah
mencungkil pengetahuan dan idea murid idea melalui gambar
dalam penulisan
karangan dengan baik

1317
Merujuk jadual 4.10 kesan penggunaan bahan bantu visual yang digunakan, guru berjaya
menarik minat murid dan mewujudkan suasana yang menyeronokkan dengan menggunakan
bahan bantu visual yang digunakan iaitu jigsaw puzzle gmbar suasana di pantai. Penggunaan
bahan bantu ini telah berjaya membantu murid untuk mengimbau aktiviti-aktiviti yang biasa
dilakukan apabila berkelah di pantai dan memberikan gambaran yang jelas kepada murid yang
belum pernah merasai pengalaman ke pantai. Aktiviti ini juga telah mewujudkan pembelajaran
yang interaktif di samping mewujudkan suasana kelas yang ceria. Murid terlibat aktif dengan
menjawab setiap persoalan yang ditimbulkan oleh guru. Murid juga teruja untuk meceritakan
pengalaman masing-masing berkaitan pengalaman di pantai. Berikut adalah analisis dokumen
bagi menyokong dapatan pemerhatian peserta kajian 2:

Rajah 4.2: Kesan Penggunaan Bahan Bantu Visual Peserta Kajian 2

Merujuk kepada gambar rajah 4.2, gambar memaparkan bahan visual yang digunakan serta
hasil karangan murid bagi peserta kajian2. Murid yang terlibat merupakan murid tahun 4 yang
mana murid tersebut belum pernah didedahkan lagi dengan penulisan karangan berbentuk
cerita. Bagi analisis dokumen di atas tajuk karangan yang ditulis ditentukan oleh murid
berdasarkan kepada gambar yang diberi iaitu suasana di pantai. Analisis dokumen mendapati
murid dapat menyenaraikan aktiviti-aktiviti yang dilakukan di pantai berdasarkan kepada
gambar dan perkaitan dengan pengalaman sedia ada murid.
Analisis dokumen menunjukkan murid mendapat gambaran yang jelas apabila guru
menggunakan bahan bergambar di atas sebagai satu rangsangan untuk murid hasilkan
sebuah karangan cerita yang menarik. Analisis dokumen juga menunjukkan murid berjaya
menulis satu karangan yang menarik berkenaan ‘Pengalaman Berkelah di Pantai’ yang mana
tajuk karangan tersebut juga ditentukan sendiri oleh murid berdasarkan kepada gambar jigsaw
puzzle yang telah dicantumkan. Analisis karangan murid berkenaan menunjukkan bahawa
gambar banyak membantu murid melakukan peluasan ayat dengan baik sebagaimana ayat
murid berkenaan, iaitu setiap ayat mempunyai peluasan yang baik tidak terhad kepada kata
kerja semata-mata. Secara keseluruhan, murid dapat mengolah idea melalui gambar ke dalam
bentuk penulisan karangan dengan baik.

1318
Jadual 4.11
Jadual Pemerhatian Kesan Bahan Bantu Visual Peserta Kajian 3

Kriteria: Tingkah laku dan respons murid Ya Tidak


Catatan

Murid berasa seronok dengan penggunaan / 26/26 murid


bahan bantu dalam PdP menunjukkan respons
berminat terhadap
pengajaran guru

Murid melibatkan diri dalam PdP BM / 26/26 murid


melibatkan diri dalam
PdP guru
Murid menunjukkan minat terhadap / 26/26 memberi
pengaplikasian bahan bantu oleh guru jawapan kepada setiap
persoalan yang
diajukan guru
Murid dapat memahami bahan visual yang / 26/26 murid mampu
digunakan oleh guru mencungkil idea
daripada bahan yang
digunakan
Suasana pengajaran dan pembelajaran lebih / Suasana pembelajaran
interaktif dengan wujudnya bahan bantu dua hala berlaku
visual
Bahan bantu visual yang digunakan / Murid dapat menulis
mencungkil pengetahuan dan idea murid rangka karangan
melalui bahan
digunakan

Merujuk jadual 4.11, jadual kesan penggunaan bahan bantu visiual yang dilaksanakan oleh
peserta kajian 3 mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan apabila kesemua murid
menunjukkan respons berminat terhadap pengajaran guru. Penggunaan bahan bantu visual
yang digunakan ialah bahan bercetak yang digunakan sebagai asas untuk membina rangka
karangan dengan baik. Aktiviti yang dilakukan secara sukarela untuk murid wakil ke depan
dan menulis idea yang diperoleh ini membantu murid untuk mengerah pemikiran dan berfikir
secara kritis untuk menghasilkan idea penulisan yang baik melalui rangsangan gambar yang
digunakan. Dapatan juga menunjukkan murid memahami bahan visual yang digunakan oleh
guru serta pelibatan aktif murid terhadap sesi PdP yang dijalankan oleh guru ditunjukkan
melalui hasil kerja murid. Dapatan ini juga menunjukkan murid dapat mengolah idea dengan
baik dalam membentuk rangka karangan sebelum meneruskan proses seterusnya iaitu
penulisan karangan. Berikut ialah analisis dokumen bagi menyokong dapatan pemerhatian
peserta kajian 3:

1319
Rajah 4.3: Analisis Bahan Visual yang Digunakan

Rajah 4.3 menunjukkan bahan bantu visual khususnya bahan grafik seperti yang dipaparkan
dapat membantu murid megolah idea dalam menghasilkan kerangka karangan sebagai asas
dalam kemahiran menulis karangan. Peserta kajian 3 menggunakan bahan grafik untuk
melatih kemahiran mengolah idea murid melalui aktiviti sukarela murid wakil ke hadapan untuk
mencatat idea mereka. Analisis dokumen menunjukkan murid dapat mengolah idea dengan
baik dan menunjukkan minat serta melibtakan diri dalam sesi PdP dengan melakukan aktiviti
yang diarahkan oleh guru. Di samping melatih murid untuk mengembangkan idea menjadi satu
struktur ayat yang mempunyai peluasan yang baik.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Dalam bahagian ini, pengkaji akan menerangkan rumusan dapatan bagi soalan-soalan kajian
dengan mengaitkan dapatan kajian lepas yang dijalankan oleh beberapa penyelidik. Dapatan
menunjukkan kesemua peserta kajian mengaplikasikan bahan visual khususnya bahan grafik
dan gambar dalam mengajar kemahiran menulis karangan bahasa Melayu. Dalam skop
mengkaji pengaplikasian bahan visual pengkaji melihat beberapa aspek antaranya kemahiran,
pengetahuan dan pengendalian bahan visual. Dapatan ini telah dinilai melalui triangulasi data
yang telah dinyatakan dalam bab-bab sebelum ini. Berdasarkan dapatan tersebut, berikut
merupakan kesimpulan bagi dapatan menilai pengaplikasian bahan visual dalam kemahiran
menulis karangan bahasa Melayu. Melalui dapatan kajian, pengkaji mendapati bahawa bahan
visual diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis karangan
bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana hasil dapatan temu bual dengan peserta kajian
mendapati peserta kajian mempunyai pengetahuan mengenai pengaplikasian bahan visual
dan guru tersebut juga dapat memberikan contoh-contoh bahan visual yang pernag digunakan
dalam kelas untuk mengajar. Malah dalam dapatan kajian PK1 dan PK2 bersetuju bahawa
dengan menggunakan bahan ini dalam proses pengajaran dapat menarik minat murid untuk
belajar dengan lebih seronok di samping membantu murid menjana idea untuk menulis
karangan dengan baik namun bergantung juga kepada pengetahuan guru, kemahiran dan

1320
pengendalian.
Barbot, Randi, Tan, Levenson, Friedlaender & Grigorenko (2012) mendapati bahawa
bahan visual adalah bahan stimulus pelajar untuk berfikir dan menjana idea dalam penulisan
karangan. Para penyelidik menyatakan melalui penggunaan bahan visual, pelajar telah
membuat satu proses pergerakan daripada satu simbol (visual) kepada satu simbol yang lain
(penulisan). Hubungan ini telah melibatkan pemahaman baharu dan idea baharu ketika proses
melihat bahan visual dan menulis karangan dilaksanakan oleh pelajar (Dyson, 1986). Justeru,
segala penyataan yang dinyatakan tersebut adalah benar melalui pembuktian yang disaksikan
dan dianalisis oleh pengkaji melalui dapatan pemerhatian, analisis dokumen dan diturut
disokong melalui dapatan temu bual yang dijalankan ke atas peserta kajian. Tuntasnya, bahan
visual sangat membantu pelajar dalam mencetuskan idea yang bernas dan menarik dalam
menghasilkan karangan bahasa Melayu.
Implikasi kajian ialah hujah yang menunjukkan sesuatu kajian telah menambah nilai
kajian sedia ada yang berkemungkinan dapat memberi kepentingan nasional (Dissanayake,
2013). Terdapat tiga jenis implikasi kajian yang dibincangkan dalam bahagian ini iaitu implikasi
pengetahuan, implikasi praktikal dan implikasi teori bagi memberi justifikasi jurang
penyelidikan dan berupaya memberi sumbangan kepada pengetahuan, praktikal dan juga
teori. Kleickmann et. al (2013), menjelaskan bahawa pengetahuan guru mengenai kandungan,
pedagogi dan bahan pengajaran amat mempengaruhi keberkesanan PdP dalam bilik darjah.
Jadi, kajian ini berupaya untuk memberikan pengetahuan kepada guru tentang pengaplikasian
bahan visual sebagai satu medium memudahkan pengajaran guru dan membantu
merangsang idea murid dengan baik dalam proses PdP kemahiran menulis karangan.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pengaplikasian bahan visual dalam kemahiran
menulis karangan berupaya meningkatkan penguasaan, minat serta motivasi murid dalam
PdP. Sehubungan itu, kajian ini boleh dijadikan pendorong untuk guru mengaplikasikan bahan
visual dalam pengajaran kemahiran menulis karangan.
Kajian ini telah memberi implikasi dari aspek praktikal. Menurut Bornmann (2013),
implikasi praktikal merupakan keupayaan sesuatu kajian menambahbaikan amalan sedia ada
kepada amalan yang lebih berkesan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru
mempunyai pengetahuan yang baik dalam memilih bahan visual yang bersesuaian serta
mempunyai persepsi yang tinggi terhadap kesesuaian pengaplikasian bahan visual dalam
pengajaran kemahiran menulis karangan bahasa Melayu. Sehubungan itu, guru boleh
mempraktikkan pengajaran yang lebih berkesan dengan mengaplikasikan bahan visual
supaya dapat membantu guru memudahkan penyampaian pengajaran serta menjadikan
proses PdP yang lebih berkualiti dan menarik. Kajian ini juga membuka mata bahawa
pengaplikasian bahan visual dalam pengajaran kemahiran menulis karangan bahasa Melayu
amat sesuai untuk diaplikasikan lebih-lebih lagi bahan visual dapat mengasah minda dan

1321
pemikiran pelajar untuk berfikir dengan lebih kreatif dan kritis ke arah melahirkan idea-idea
yang bernas dan berkualiti. Hal ini membolehkan guru membantu meningkatkan pencapaian
akademik dalam subjek bahasa Melayu terutamanya bagi ujian penulisan seterusnya
membuktikan bahawa kajian ini berupaya mengisi kelompangan dari aspek praktikal.
Kajian ini menggunakan Teori Kon Pengalam Dale untuk memperjelas kesan
pengaplikasian bahan visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang mana dapat
mengubah kefahaman pelajar daripada sukar kepada yang lebih mudah. Teori ini juga menjadi
dasar dalam kajian ini dan merupakan konsep dan tema yang ditekankan dalam kajian ini.
Penerangan setiap peringkat teori menunjukkan kesinambungan teori dengan kajian yang
dijalankan dan sesuai mengikut kehendak pengkaji. Teori ini sinonim dalam mengkaji
pengaplikasian bahan visual sebagai BBM dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun
demikian, masih kurang kajian yang menggunakan teori ini untuk mengkaji pengaplikasian
bahan visual dalam PdP terutamanya dalam pengajaran penulisan mata pelajaran Bahasa
Melayu. Dalam konteks kajian ini, teori ini menjadi signifikan sebagai hujah dan bukti bahawa
guru memainkan peranan penting dalam memastikan pengaplikasian bahan visual digunakan
semsa sesi pengajaran kemahiran menulis karangan bahasa Melayu. Oleh itu, jelaslah
bahawa kajian ini mampu memberi impak dalam memberikan cadangan terhadap
penambahbaikan teori-teori pembelajaran sedia ada. Implikasinya, kajian ini juga berupaya
memberikan sumbangan dalam mengisi kelompangan dari aspek teori.
Justeru, pengkaji juga menyenaraikan beberapa cadangan kepada beberapa pihak lain
untuk meningkatkan pengaplikasian bahan visual dalam pengajaran kemahiran menulis
karangan bahasa Melayu. Antara cadangannya kepada pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) ialah mengadakan Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dengan lebih
kerap agar guru-guru dapat melibatkan diri supaya proses PdP yang dijalankan lebih berkesan
dan berinovatif. Cadangan seterusnya kepada pihak sekolah. Antara cadangannya ialah pihak
pentadbir haruslah haruslah menggalakkan guru-guru berusaha meningkatkan amalan PdP
yang sedia ada ke arah yang lebih efektif, fleksibel dan mudah serta sesaui dengan
perkembangan arus pendidikan kini. Hal ini bertepatan dengan pendapat Bornmann (2014)
yang menyatakan bahawa pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan kemudahan
prasarana seperti bilik tayangan dan peralatan terkini untuk kegunaan warga sekolah.
Akhirnya, pengkaji juga mencadangkan beberapa sasaran kajian lanjut. Kajian tentang
pengaplikasian bahan visual dalam pengajaran kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu
ini dijalankan ke atas tiga orang guru berlainan di sebuah sekolah di sebuah sekolah di bawah
PKG Bukit Besi Kajian ini tidak mampu digeneralisasikan kepada keseluruhan pendidik di
negara ini. Oleh hal yang demikian, pengkaji mengesyorkan agar beberapa kajian lanjutan
yang serupa bole diperluas dan dijalankan ke peringkat negeri atau kebangsaan untuk
menyelidik pengaplikasian bahan bantu visual dalam pengajaran kemahiran menulis karangan

1322
bahasa Melayu secara menyeluruh. Penyelidik kajian lanjutan juga , pengkaji menyarankan
agar kajian ini diteruskan dengan menyelidik pengaplikasian bahan visual sebagai BBM dalam
PdP dalam kalangan guru-guru mata pelajaran bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris,
bahasa Arab, bahasa Cina serta bahasa Tamil. Kajian seumpama ini mampu mengenal pasti
sejauh mana tahap pengaplikasian bahan visual dan kesannya terhadap prestasi penulisan
karangan dalam mata pelajaran bahasa yang lain.

RUJUKAN

Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi bahasa Melayu: prinsip, kaedah dan teknik.
Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Anuar Ahmad & Nelson Jinggan. (2015). Pengaruh kompetensi kemahiran guru dalam
pengajaran terhadap pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Sejarah.
JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - April 2015, Bil. 3 Isu 2

Aisah Hj. Murah. (2006). Penggunaan gambar dalam penulisan karangan di kalangan murid-
murid darjah V: Satu tinjauan di dua buah sekolah rendah di mukim pengkalan batu.
Latihan Ilmiah, Universiti Brunei Darussalam.

Asnah Hj. Baha. (1995). Pengajaran karangan bergambar di kalangan murid-murid


Darjah IV di Sekolah Rendah Sengkurong Brunei III. Latihan Ilmiah. Universiti Brunei
Darussalam.

Bogdan, RC, & Biklen, SK. (2003). Data analysis and interpretation. Qualitative research
for education: An introduction to theory and methods, 4.

Barbot, B., Randi, J., Tan, M., Levenson, C., Friedlaender, L. & Grigorenko, E. L. (2012).
From perception to creative writing: A multi-method pilot study of viusal literacy
instructional approach. Learning and Individual Differences. Diperoleh pada 5 Mac
2021 daripadahttp://dx.doi.org/10.1016/j.lindif.2012.09.003

Bormann, J. (2014). Affordances of flipped learning and its effects on student engagement
and achievement, 1–38.

Denzin, NK. (1978). The Research Act: A Theoretical Introduction in Sociological Methods.
McGraw-Hills: New York Dissanayake, 2013

Dyson, A. H. (1986). Transitions and tensions: Interrelationships between the drawing, talking,
and dictating of young children. Research in the Teaching of English, 20(4), 379–409.

Flick (1992). Triangulation revisited: Strategy of validation or alternative?. Journal for the
Theory of Social Behaviour 22 (2):175–197.

Gay, L.R.,Mills, G.E & Airisan. (2006). Educational Research : Competencies for analysis and
applications ( 8th Ed.).New Jersey: Person Prentice Hall.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Kurikulum standard sekolah rendah: dokumen


standard kurikulum dan pentaksiran bahasa Malaysia.sekolah kebangsaan tahun
empat.

1323
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Modul pembelajaran pentaksiran dalam
pelacongan. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Khairuddin Mohamad, Ghazali Ismail, Wan Zalina Wan Othman & Ratna Laila Shahidin.
(2014). Kebudayaan Melayu. Penerbitana Multimedia Sdn. Bhd.

Khairuddin Mohamad, Ghazali Ismail & Wan Zalina Wan Othman. (2015). Genre
kesusasteraan Melayu dalam bahasa Melayu. Sasbadi Sdn. Bhd.

Kleickmann, T., Richter, D., Kunter, M., Elsner, J., Besser, M. et al. (2013). Teachers’ content
knowledge and pedagogical content knowledge: The role of structural differences in
teacher education. Journal of Teacher Education, 64(1), 90-106. Krippendorff 2004).

Nadzrah Abu Bakar, Norsimah Mat Awal & Nor Hashimah Jalaludin. (2011). Writing
proficiency of upper secondary school students. Diperoleh pada 2 April 2021daripada
http:// pkukmweb.ukm. hmy/solls 09/Proceeding/PDF/Nadzrah.pdf.

Natasha. (2020). Penggunaan bahan bantu visual dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan IPG.

Nawi Ismail. 2006. Masalah ketidakberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahasa


Melayu. Pelita bahasa, 20 (2): 22-24.

Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. (2016).Teknologi maklumat dan komunikasi dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu: Teori dan praktis. Karisma Publications
Sdn. Bhd.

Sharipah & Arba’iyah, 2016). Kesan pembelajaran berasaskan dokumen dengan pendekatan
kepelbagaian sumber terhadap pengetahuan Sejarah.

Siegel, M. (2006). Rereading the signs: Multimodal transformations in the field of literacy
education. Language Arts, 84(1), 65–77.

Siti Hajar Abdul Azizi. (2004). Pedagogi asas penddikan. Kayazano Enterprise.

Suhor, C. (1984). Towards a semiotic-based curriculum. Journal of Curriculum Studies, 16,


247–257.

Zimmerman, B. J., & Risemberg, R. (1997). Becoming a self-regulated writer: A social


cognitive perspective. Contemporary Educational Psychology, 22, 73–101.

1324
TAHAP PENGUASAAN TANDA BACA DALAM PENULISAN DALAM KALANGAN MURID
TAHUN EMPAT

Wong Xun En
wong09-926@epembelajaran.edu.my

Tan Yan Im
cheryl@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk pengguasaan kemahiran tanda baca dalam penulisan dalam kalangan murid
Tahun empat. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah kajian kes. Kajian
kes ini mengunakan tiga instrumen kajian, iaitu analisis dokumen, temu bual dengan guru mata
pelajaran dan temu bual dengan Ketua Panitia Bahasa Melayu. Kajian ini melibatkan tiga orang murid
Tahun empat di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur. Berdasarkan dapatan kajian, tahap
pengguasaan tanda baca dalam penulisan berada pada tahap yang cemerlang. Murid membina
konstruk dengan usaha sendiri dan bukan menguasai dariapda orang lain, selaras dengan Teori
Konstruktisvisme. Pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajarannya adalah ciri pembelajaran
konstruktivisme yang penting. Guru mesti sedar tentang corak mental pelajar yang membantu mereka
mengerti dunia dan membuat andaian-andaian untuk menyokong pemikiran mereka.
Kata Kunci: Penguasaan, tanda baca, penulisan, tahun empat, sekolah rendah

ABSTRACT
This study aims for the mastery of punctuation skills in writing among Year four students. The design of
this study used a qualitative approach and case study methods. This case study using three research
instruments, such as analysis of documents, interviews with teachers and interviews with the Chairman
of the Committee Malay. The study involved three Year Four students in a primary school in Kuala
Lumpur. Based on the findings of the study, the level of mastery of punctuation in writing is at an
excellent level. Students build constructs by their own efforts and not mastering others, in line with the
Theory of Constructivism. Students are responsible for their learning is an important feature of
constructivist learning. Teachers must be aware of students ’mental patterns that help them understand
the world and make assumptions to support their thinking.
Keywords: Mastery, punctuation, writing, year four, primary school

PENGENALAN
Keupayaan menulis merupakan proses penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan
disalurkan secara bersistem iaitu mengambil kira matlamat, penggunaan bahasa, audiens,
dan gaya penulisan. Sehubungan itu, keupayaan membaca dan menulis merupakan
kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Menulis merupakan kemahiran yang penting
dalam mempelajari bahasa asing. Melalui menulis pelajar akan dapat menambah
kemahirannya yang lain dan dapat meningkatkan penguasaan bahasa
Tanda baca merupakan suatu perkara yang tidak asing lagi dan sangat penting
terutamanya dalam aspek penulisan ataupun bacaan. Sesuatu penulisan itu tidak mempunyai
makna yang jelas tanpa penggunaan tanda baca terutama kepada pihak yang membaca

1325
penulisan tersebut. Secara definisinya, tanda baca merujuk kepada lambang-lambang yang
digunakan dalam tulisan Bahasa Melayu dan fungsinya adalah untuk menjelaskan maksud
yang hendak disampaikan. Dalam erti kata lain, penggunaan tanda baca dalam penulisan
membolehkan maksud sesuatu idea yang ditulis lebih mudah difahami dan berupaya
menterjemahkan maksud asal penulisan kepada individu yang membacanya.
Sehubungan itu, murid-murid yang berada di bangku sekolah rendah wajarlah
diperkasakan penguasaan aspek tanda baca mereka bagi membolehkan mereka membaca
dan menghayati suatu penulisan. Terdapat banyak tanda baca dalam Bahasa Melayu
termasuklah tanda noktah. Tanda baca dalam Bahasa Melayu koma, soal, seru, kurung, petik
dan selebihnya. Tanda noktah, koma, seru dan soal merupakan tanda baca yang kerap
muncul dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh hal
demikian, kajian ini hanya akan memfokuskan aspek penguasaan tanda baca iaitu tanda
noktah, koma, soal dan seru bagi murid tahun 4.

PERNYATAAN MASALAH
Penguasaan murid tahun empat dalam penggunaan tanda baca ketika menulis karangan
masih berada pada tahap yang kurang memuaskan. Berdasarkan pemerhatian, setiap kali
adanya ujian ataupun ketika melakukan latihan pasti ada segelintir murid yang masih
mengulangi kesilapan yang sama, walaupun penerangan sering diberikan. Kekeliruan adalah
menjadi punca murid sering melakukan kesilapan (Mohd Bahri Suwardi, 2015). Lain daripada
itu, tahap penguasaan murid terhadap penggunaan tanda baca yang betul juga menjadi
punca. Peranan guru juga penting dalam memberi teguran dan membetulkan kesilapan yang
dilakukan oleh murid. Hal ini demikian kerana tiada teguran dan pembetulan menyebabkan
murid telah membiasakan diri dengan kesilapan serta menjadikannya sebagai satu sikap yang
buruk.
Munurut Abdul Rashid Jamian (2011), murid-murid tahun empat di luar bandar
menghadapi masalah menulis menggunakan tanda baca yang betul. Hal ini demikian, murid-
murid itu tidak dapat menggunakan tanda baca, huruf besar atau kecil, tanda baca noktah dan
tanda baca soal yang bersesuaian semasa penulisan bahasa Melayu.
Walau bagaimanapun, masalah penguasaan tanda baca dalam penulisan bahasa
Melayu dalam kalangan murid tahun empat di sekolah kawasan Kuala Lumpur merupakan
faktor-faktor utama untuk melaksanakan kajian ini.

OBJEKTIF KAJIAN
Dalam kajian ini, objektif umum adalah untuk mengenal pasti masalah dalam kemahiran
membaca dan menulis murid-murid sekolah rendah. Objektif khusus kajian ini adalah seperti
berikut:

1326
i.) Mengkaji tahap penguasaan tanda baca dalam penulisan bahasa Melayu.
ii.) Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan tanda baca murid dalam
penulisan bahasa Melayu.

SOALAN KAJIAN
Soalan kajian ini ialah tahap penguasaan tanda baca dalam dalam kalangan murid tahun
empat. Antaranya masalah ialah tahap penguasaan tanda baca noktah, tanda baca huruf
besar atau huruf kecil, tanda soal dan lain-lain.
Kajian ini cuba menjawab soalan bagi memenuhi objektif kajian terhadap penguasaan
tanda baca dalam penulisan bahasa Melayu seperti berikut:
i.) Apakah tahap penguasaan tanda baca dalam kalangan murid dalam penulisan bahasa
Melayu?
ii.) Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan tanda baca murid dalam
penulisan bahasa Melayu?

METODOLOGI KAJIAN
Sesebuah kajian yang dilaksanakan sememangnya memerlukan kaedah atau metod tertentu
dalam proses mengumpul data. Demi tujuan kumpulan data sudah tentu memerlukan
perancangan yang rapi dan teratur mengikut prosedurnya agar data-data yang diperoleh
bermutu . berdasarkan itu, seseorang penyelidik itu haruslah mengenal pasti kaedah-kaedah
yang sesuai mengikut jenis kajian yang akan dijalankan oleh penyelidik itu sendiri.
Sehubungan dengan itu, penyelidik mengemukakan jenis pendekatan yang akan digunakan
sepanjang proses pelaksanaan kajian ini. Selain itu, penyelidik juga menghuraikan instrumen
kajian khususnya senarai semak pemerhatian, protokol temu bual dan senarai semak analisis
dokumen dalam bab ini. Kaedah yang digunakan untuk mengutip data melalui temu bual dan
analisis dokumen turut dijelaskan dalam bab ini. Penggunaan kedua-dua kaedah ini sekali gus
mewujudkan kesahan bagi intrumen kajian. Akhirnya, penyelidik juga menjelaskan tentang
prosedur-prosedur pengumpulan dan penganalisisan data dalam bab ini.

REKA BENTUK
Kajian ini merupakan kajian yang berteraskan pendekatan kualitatif. Syed Ismail Syed
Mustapa et al. (2018) menyatakan pendekatan kualitatif menjelaskan sesuatu fenomena atau
isu yang dikaji menggunakan kaedah deskripsi berdasarkan kajian lapangan oleh penyelidik.
Selain itu, kajian ini merupakan sebuah kajian kes jenis penerokaan iaitu untuk meneroka
penguasaan tanda baca dalam kemahiran menulis Bahasa Melayu murid tahun 4. Kaedah
pengumpulan data yang digunakan adalah pemerhatian (kaedah utama) dan disokong kaedah

1327
temu bual dan analisis dokumen. Kaedah-kaedah ini digunakan untuk menjawab persoalan
kajian yang dikemukakan.

PERSAMPELAN
Pensampelan mengikut Pusat Rujukan Persuratan Melayu bermaksud proses memilih sampel
secara rawak. Dalam hal ini, penyelidik menggunakan jumlah sampel yang kecil, iaitu tiga
orang murid. Pengkhususan juga perlu ditekankan pada murid tahun empat kerana ia selari
dengan tajuk kajian ini iaitu "Penguasaan Tanda Baca Dalam Kemahiran Menulis Bahasa
Melayu Murid Tahun 4". Kaedah persampelan yang digunakan pula adalah kaedah
persampelan bertujuan iaitu dengan memilih murid yang berada dalam kelas sederhana
pandai dengan tujuan untuk melihat penguasaan tanda baca dalam kalangan murid
berkenaan. Lokasi sampel pula ditentukan berdasarkan faktor jarak dari tempat penyelidik. Hal
ini penting supaya penyelidik mepunyai akses yang mudah untuk mengutip data membabitkan
sekolah yang berdekatan dengan tempat tinggal penyelidik.

INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen kajian merupakan alat atau kaedah yang menjadi tunjang utama dalam proses
memperoleh dan pengumpulan data untuk mencapai objektif kajian dan menjawab persoalan
kajian. Dalam kajian ini, penyelidik akan menggunakan instrumen senarai semak analisis
dokumen dalam pengutipan data dan dapatan kajian. Penyelidik juga menggunakan protokol
temu bual sebagai intrumen kajian bagi kaedah temu bual dengan guru mata pelajaran di
sekolah. Akhirnya, protokol temu bual juga akan dijalankan bersama Ketua Panitia Bahasa
Melayu di SK Wangsa Melawati sebagai sokongan kepada kutipan data melalui analisis
dokumen.
TEMU BUAL
Temu bual secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu temu bual berstruktur,
separa berstruktur dan tidak berstruktur (Marirem, 1998). Temu bual berstruktur bersifat formal
dan sesi temu bual akan bergantung penuh kepada soalan yang dibina oleh penyelidik. Patton
(2002) menyatakan temu bual separa berstruktur dilaksanakan berdasarkan soalan terbuka
berpandukan topik secara terkawal. Temu bual tidak berstruktur yang turut dikenali sebagai
temu bual mendalam pula tidak mementingkan soalan sebagai panduan penuh. Temu bual
jenis ini bertujuan untuk meneroka secara lebih mendalam setiap persepsi peserta kajian.
Melalui kaedah ini, seseorang penyelidik boleh mencapai kefahaman yang luas dan sempuma
iaitu dengan meneroka sesuatu topik (Kamarul Azmi Jasmi, 2012).

1328
ANALISIS DOKUMEN
Menurut Syed Ismail Syed Mustapa et al. (2018), dokumen merupakan suatu rekod bertulis
tentang aktiviti, peristiwa, persembahan, pemikiran, pendapat, perasaaan atau sejarah
institusi. Bagi tujuan analisis dokumen, penyelidik telah melakukan analisis terhadap hasil
kerja murid iaitu kertas peperiksaan penulisan. Pemilihan kertas peperiksaan sebagai sampel
juga adalah kerana murid tidak dapat melakukan penyalinan atau peniruan sebaliknya setiap
yang ditulis adalah idea yang muncul ketika menjawab soalan peperiksaan tanpa sebarang
rujukan khususnya amalan penggunaan tanda baca bagi mengelakan unsur bias. Dalam
konteks ini, penyelidik dapat mengenal pasti sejauh mana murid dapat menggunakan tanda
baca dengan berkesan untuk menghuraikan idea masing-masing.

KESAHAN
Kesahan dapat ditakrifkan sebagai mengukur suatu yang hendak diukur untuk menegaskan
keutuhan instrumen yang dihasilkan. Perkara ini penting untuk memastikan instrumen yang
disediakan memiliki ketepatan, kebenaran, bermakna dan kebolehgunaan. Dalam konteks
kajian ini, penyelidik telah mengemukakan item temu bual dan senarai semak analisis
dokumen kepada pakar Bahasa Melayu yang telah dilantik melalui surat untuk memohon
kesahan terhadap item yang digunakan untuk mengutip data sepanjang pelaksanaan kajian
ini.
Pada masa yang sama, item temu bual dan senarai semak analisis dokumen yang
digunakan dalam kajian ini merupakan adaptasi daripada penyelidikan lepas. Hal ini
menjadikan instrumen analisis dokumen dan temu bual dalam kajian ini telah memiliki kesahan
dan kebolehpercayaan yang tinggi untuk mengukur perkara yang hendak diukur bagi
mencapai objektif dan perosalan kajian. Kesahan juga wujud melalui triangulasi kaedah yang
melibatkan temu bual antara guru mata pelajaran dan juga Ketua Panitia Bahasa Melayu serta
analisis dokumen.

PROSEDUR PENGUMPULAN DATA


Prosedur pengumpulan data ini bukan sahaja ditekankan ketika proses mengumpul data itu
sedang berlaku semata-mata sebaliknya sebelum data dikumpul juga memerlukan kepatuhan
prosedur oleh penyelidik. Dalam hal ini, penyelidik telah mengemukakan surat permohonan
menjalankan penyelidikan khususnya kepada pihak sekolah yang dijadikan sebagai sampel
penyelidikan. Pemohonan ini penting bagi menjelaskan tujuan pelaksanaan kajian dan
membolehkan pelaksanaan penyelidikan ini dijalankan dengan berkesan khususnya untuk
membuat menemu bual guru dan menganalisis dokumen murid.

1329
PENGANALISISAN DATA
Data-data yang dikumpul temu bual dan analisis dokumen ini seterusnya perlu dianalisis.
Penyelidik menggunakan kaedah analisis deskriptif iaitu huraian secara manual untuk
menganalisis data yang dikumpul. Dalam erti kata lain, penyelidik akan menghuraikan hasil
atau dapatan kajian dalam bentuk ayat.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Selepas data dikumpul dan dianalisis, hasil kajian akan dilaporkan berdasarkan bukti-bukti
yang diperoleh daripada peserta kajian. Dapatan kajian dihuraikan secara naratif iaitu
dihuraikan dalam bentuk penulisan. Huraian secara naratif bertepatan dengan konsep
penyelidikan kualitatif yang memerlukan huraian secara penulisan berbanding kajian
kuantitatif yang banyak melibatkan pengolahan dapatan kajian dalam bentuk statistik.
Bahagian ini menerangkan analisis data berdasarkan instrumen yang digunakan dalam
kajian ini. Bahagian ini turut akan mengemukakan data yang telah diperoleh, dianalisis, dan
diinterpretasi.
Dapatan kajian ini adalah untuk menjawab dua soalan kajian:
1. Apakah tahap penguasaan tanda baca dalam kalangan murid dalam penulisan bahasa
Melayu?
2. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan tanda baca murid dalam
penulisan bahasa Melayu?

Berdasarkan hasil dapatan yang telah dianalisis, kedua-dua soalan kajian telah dijawab
melalui senarai semak analisis dokumen dan juga kaedah temu bual. Senarai semak analisis
dokumen telah berjaya mengesan tentang tahap penguasaan tanda baca dalam kalangan
murid. Merujuk kepada analisis dokumen daripada tiga peserta kajian, peserta kajian pertama
berjaya mencapai tahap penguasaan yang amat cemerlang, pserta kajian kedua pula berada
dalam tahap penguasaan kepujian sahaja, dan peserta kajian ketiga mencapai tahap
penguasaan yang amat cemerlang. Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa tahap penguasaan
tanda baca dalam kalangan murid adalah tinggi.
Kaedah temu bual pula berjaya menjawab soalan kajian kedua, iaitu faktor-faktor yang
mempengaruhi tahap penguasaan tanda baca dalam kalangan murid. Merujuk pendapat
daripada guru mata pelajaran bahasa Melayu, kita boleh mengenal pasti bahawa murid tidak
memberi tumpuan semasa guru mengajar, tidak menguasai ilmu kata nama khas dan kata
nama am, dan tidak mengamalkan amalam membaca turut menyebabkan murid jarang
menggunakan tanda baca dalam penulisan.

1330
KESIMPUALN
Secara keseluruhannya, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti penguasaan
tanda baca iaitu tanda noktah, tanda koma dan huruf besar dalam kemahiran menulis Bahasa
Melayu murid tahun 4.
Dapatan kajian menunjukkan wujudnya kelemahan penguasaan huruf besar
terutamanya dari aspek kata nama am dan kata nama khas ketika menulis. Walau
bagaimanapun, kajian ini menunjukkan penguasaan tanda noktah yang baik dalam kalangan
peserta kajian apabila kesemua sampel berupaya menulis ayat penyata yang betul. Begitu
juga dengan penguasaan tanda koma yang baik kerana peserta kajian dapat menulis dengan
mewujudkan struktur ayat seketika pada tanda koma.
Sehubungan dengan itu, kajian ini diharapkan dapat membantu pelbagai pihak yang
berkaitan pendidikan agar penambahbaikan terhadap kecekapan murid menguasai tanda
baca dapat ditingkatkan pada masa akan datang. Hal ini penting bagi memantapkan
keupayaan murid untuk menulis dengan berkesan seperti yang digariskan dalam modul
kemahiran menulis Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).

CADANGAN
Memandangkan kajian ini melibatkan sampel yang terhad atau kecil iaitu melibatkan sebuah
sekolah sahaja, maka penyelidik mencadangkan agar kajian lanjutan berkaitan tanda baca
boleh dilaksanakan melibatkan kawasan yang lebih luas. Dalam erti kata lain, kajian lanjutan
boleh dilaksanakan dengan melibatkan beberapa buah sekolah. Hal ini penting bagi
mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang tahap penguasaan murid dalam aspek tanda
baca.
Seterusnya, kajian lanjutan juga boleh dilaksanakan dalam bentuk kajian tindakan.
Kajian tindakan ini membolehkan penyelidik merangka strategi untuk mengatasi masalah
penguasaan tanda baca dalam kalangan murid. Penguasaan yang lemah dari penulisan
terutamanya bagi ayat. Hal ini wajar dilaksanakan untuk meningkatkan kecekapan
penguasaan tanda yang melibatkan huruf besar dan juga tanda koma oleh murid.
Kajian ini merupakan kajian yang berasaskan pendekatan kualitatif. Oleh sebab itu,
peserta kajian adalah tidak ramai. Sehubungan dengan itu, penyelidik juga mencadangkan
agar kajian lanjutan dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Pendekatan
kuantitatif ini membenarkan pengkaji untuk mengkaji lebih ramai murid. Melalui pendekatan
ini, pengkaji dapat mengutip data tentang jumlah murid yang tidak menguasai atau menguasai
tanda baca (noktah, koma dan huruf besar).

1331
IMPLIKASI
Kajian ini dilaksanakan dengan fokus terhadap penguasaan tanda baca bagi murid sekolah
rendah. Tanda baca yang difokuskan pula adalah tanda noktah, koma, soal dan tanda seru.
Tanda-tanda baca tersebut merupakan sebahagian daripada tanda baca yang kerap muncul
dalam penulisan Bahasa Melayu. Susulan daripada itu, dapatan kajian ini sudah tentunya
membawa implikasi terhadap beberapa pihak terutamanya yang berada di sekolah. Oleh hal
demikian, pihak berkaitan perlu bertindak supaya objektif kemahiran menulis yang dirancang
dalam Dokumen Standard dan Pentaksiran (DSKP) dapat dicapai.
Dapatan kajian ini jelas menunjukkan murid tidak menguasai huruf besar apabila tidak
dapat membezakan penggunaan huruf besar dan huruf kecil yang betul. Sehubungan dengan
itu, murid perlulah menimba ilmu dengan bertanya dengan rakan yang menguasai huruf besar
dan huruf kecil.
Dapatan kajian ini menunjukkan murid menguasai sebahagian tanda baca terutama
tanda noktah dan soal. Walau bagaimanapun, dapatan kajian jelas menujukkan penguasaan
yang lemah terhadap huruf besar terutama dari segi membezakan penggunaan kata nama am
dan kata nama khas dalam kalangan murid. Murid menulis kata nama khas dengan huruf kecil
dan tidak mengetahui fungsi huruf besar dalam ayat. Oleh itu, guru seharusnya peka dan
memberi penekanan dalam tajuk kata nama am dan kata nama khas agar murid-murid betul-
betul faham dan menerapkan ilmu pengetahuan tersebut, secara tidak langsung kesalahan
tanda baca dari segi huruf besar dapat dikurangkan.
Pihak sekolah wajar melaksanakan kelas tambahan untuk meningkatkan kecekapan
murid dalam menguasai tanda baca. Berdasarkan dapatan kajian ini, penyelidikan mendapati
wujudnya kelemahan yang ketara dalam penguasaan huruf besar dalam kalangan peserta
kajian. Dalam hal ini, pelaksanaan kelas tambahan di sekolah membolehkan guru untuk
merancang pengajaran secara lebih terarah (fokus) untuk mengatasi kelemahan penguasaan
tanda baca. Hal ini dapat memantapkan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan
dalam jadual waktu rasmi.

RUJUKAN
Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Metodologi Pengumpulan Data Dalam Penyelidikan Kualitatitif.
Dipetik pada 3 Mac 2021, daripada
https://www.researchgate.net/publication/293097563 Metodologi Pengumpulan Data
dalam Penyelidikan Kualitatitif/

Mohd Bahri Suwardi. (2015). Meningkatkan kemahiran Penggunaan Huruf Besar pada
Pangkal Ayat dan Tanda Titik pada Akhir Ayat Melalui Kaedah Betik Petak dalam
kalangan Murid Tahun 5. Dipetik pada 8 Mac 2021, daripada
https://www.slideshare.net/705335/meningkatkankemahiran-menuliskan-huruf-besar-
pada-pangkal-ayat-dan-tanda-titik-pada-akhir-ayat

1332
Patton dan Cochran. (2002). A Guide to Using Qualitative Research Methodology. Dipetik
pada 10 Mac 2021, daripada https://evaluation.msf.org/sites/evaluation/files/a guide to
using qualitative research methodology.pdf

Syed Ismail Syed Mustapa, Ismail Raduan & Bushro Ali. (2018). Asas Penyelidikan dalam
Pendidikan. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

1333
PENERAPAN NILAI MURNI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA
MELAYU

Aima Shahira binti Yusup


aima09-927@epembelajaran.edu.my

Zurihan bin Yusoff


zurihan@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cara dan masalah penerapan nilai murni dalam pengajaran
dan pembelajaran guru bahasa Melayu sekolah rendah. Reka bentuk kajian ini menggunakan
pendekatan kualitatif dan kaedah kajian kes. Kajian kes ini menggunakan tiga instrumen iaitu temu bual,
pemerhatian dan analisis dokumen. Dalam kajian ini, sampel yang terlibat merupakan tiga orang guru
bahasa Melayu yang mengajar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Berdasarkan dapatan kajian,
terdapat pelbagai cara guru bahasa Melayu menerapkan nilai murni antaranya melalui suri teladan,
menggunakan bahan bantu mengajar dan melalui unsur peneguhan positif dan negatif. Manakala,
dalam proses pengajaran dan pembelajaran masalah yang timbul turut dikenalpasti antaranya dari segi
tajuk, aktiviti, teknik, penilaian, kekangan masa serta kursus yang berkaitan penerapan nilai murni sukar
didapati. Justeru, implikasi kajian ini dijadikan sebagai rujukan kepada guru-guru bahasa Melayu yang
lain dalam mereflek amalan pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam penerapan nilai murni
serta memenuhi kelompangan dalam pengkajian yang lepas dan berupaya memberi sumbangan
pengetahuan dan praktikal. Kajian ini selaras dengan dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara
yang mementingkan kemenjadian murid dari segi akademik dan sahsiah.
Kata kunci : Nilai murni, Pengajaran dan Pembelajaran. Guru Bahasa Melayu

ABSTRACT

This research was conducted to identify ways and problem of implementing of moral value in the
teaching and learning of Malay language teachers. This research was designed using qualitative
approach and case studies. The research instrument used was observation, interview and document
analysis. This research was participated by three of primary Malay Language teacher in Wilayah
Persekutuan Kuala, Lumpur. Results show that, there are various ways of implementing of moral value
among the role models, using teaching aids and through positive reinforcement and negative elements.
In the aspect of teaching and learning process, problems faced by teacher can be identified in terms of
topics, activities, techniques, assessment, time constraints and courses related to the implement of
moral value are difficult to find. This research only focused on the findings obtained during the teaching
and learning sessions only. The implication of this study to reflect pedagogy of teaching and learning,
especially in the application of moral values and fulfilling the gaps in independent assessment and trying
to contribute knowledge and practical. This study in line with the goals of the National Education
Philosophy that emphasizes student identify in terms of academic and personality.
Keywords : Moral Values, teaching and learning, Malay Language Teachers

PENGENALAN

Pendidikan berperanan penting dalam membina nilai-nilai yang positif kepada masyarakat ke
arah menuju sebuah negara intelek dan moden. Aspek penerapan nilai murni dalam
pengajaran dan pembelajaran adalah mustahak, terutamanya untuk menyediakan murid yang

1334
mempunyai ketahanan diri yang kukuh (Mohamad Khairi, 2014). Oleh itu, salah satu aspek
penting yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ialah pembentukan
insan yang berakhlak mulia khususnya dalam kalangan murid sebagai usaha membentuk
kemenjadian murid yang berkualiti. Pendidikan tidak akan sempurna dan bermakna
seandainya tanpa penerapan nilai murni bersama-sama semasa proses pengajaran dan
pembelajaran (Maisarah & Latifah, 2012). Nilai-nilai yang dipupuk sewaktu PdP berupaya
membentuk cara seseorang murid bertingkahlaku, bertindak dan berfikir sehingga berupaya
mencorak kebudayaan atau norma sesebuah masyarakat Melihat kepada peri pentingnya
penerapan nilai murni dalam pendidikan maka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
terus didokong dengan memberi pendidikan yang seimbang melalui elemen nilai, etika dan
kerohanian yang harus dipupuk dalam pengajaran dan pembelajaran (Pelan Pembangunan
Pendidikan, 2013-2025). Tugas ini nyata memerlukan guru bertindak secara aktif dan dedikasi
dalam menerapkan nilai murni dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kepada murid.
Pendapat ini disokong Abdul Rahim dan Azarul Nizam (2010), yang menyatakan guru dapat
membina hubungan positif dalam kalangan murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung dengan menanam sikap nilai, ilmu pengetahuan kepada generasi
baharu ke arah pembinaan masyarakat yang maju serta mempunyai nilai sosial yang tinggi.

PERNYATAAN MASALAH

Nilai murni dijadikan tunjang dalam membentuk manusia yang mempunyai sahsiah yang
unggul, emosi seimbang dan jiwa yang luhur. Laporan statistik Jabatan Kebajikan masyarakat
(JKM) yang terkini pada tahun 2018, menunjukkan jumlah terkini kadar jenayah kanak-kanak
termasuk dalam situasi membimbangkan. Jumlah kes jenayah kanak-kanak Sebanyak 4886
kes (2015), 4607 kes (2016), 5443 kes (2017) dan sebanyak 5004 (2018). Data yang
dipaparkan menunjukkan bilangan kes jenayah dalam kalangan kanak-kanak amat
merisaukan sekaligus membuktikan bahawa bidang pendidikan memainkan peranan penting
sebagai medium untuk menerapkan nilai murni dalam melahirkan murid yang berakhlak.
Dalam skop dunia pendidikan, penerapan nilai-nilai murni menghadapi beberapa
masalah apabila sistem pendidikan di negara kita sering dipersalahkan. Dapatan kajian yang
telah dijalankan mendapati, isu gejala sosial dan akhlak yang membelenggu negara pada hari
ini disebabkan kelemahan sistem pendidikan (Rusini Kamaluddin, 2017). Selain itu, sistem
pendidikan yang mengabaikan elemen nilai murni dalam pengajaran dianggap tidak lengkap
dan sempurna sekiranya ditumpukan hanya pembangunan akademik kanak-kanak semata-
mata (Noriati Rashid et.al, 2016). Pendidikan hari ini terlalu berfokuskan kepada kejayaan
akademik sehingga menyebabkan pendidikan efektif diabaikan. Hal ini kerana,
perkembangan sahsiah murid tidak terbentuk secara seimbang apabila mereka hanya bijak
kepada pelajaran tetapi nilai murni dalam diri semakin berkurang.

1335
Selain itu, kesediaan dan amalan penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran bagi
guru-guru amat merunsingkan di mana penekanan nilai-nilai murni yang diterapkan adalah
kurang (Sapie Sabilan et.al, 2018), Dalam kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa
pendidik gagal memahami, menghayati atau memainkan peranan dalam menyebar dan
menerapkan nilai seperti yang terkandung dalam dasar-dasar pendidikan walaupun telah lama
menceburi profesion perguruan. Di samping itu, sikap pendidik pada hari ini yang terlalu
memfokuskan kepada kejayaan akademik murid semata-mata sehinggakan menyebabkan
pendidikan afektif dipinggirkan serta diabaikan begitu sahaja. Dalam pada masa yang sama,
kebanyakan guru kurang menerapkan nilai murni dalam mata pengajaran mereka semasa dan
selepas proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung (Mohd Zailani et.al; Mohamad
Khairi, 2014). Guru kurang menerapkan nilai murni disebabkan tidak menguasai prinsip,
kaedah dan teknik penerapan nilai dalam pengajaran serta kurang mendapat pendedahan
yang cukup berhubung dengan penerapan nilai. Kebanyakkan guru lebih menumpukan
kepada teknik berbentuk kuliah dan syarahan dalam menerapkan nilai semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran (Mohd Khairi, 2016). Cara penyampaian guru menyebabkan
murid kurang faham dengan nilai yang ingin disampaikan. Selain tugas guru mengajar, guru
juga berperanan dalam melaksanakan penerapan nilai murni baik secara langsung ataupun
tidak langsung. Penerapan nilai murni dalam kalangan warga pendidik amat diperlukan dan
wajar dipratikkan terutama ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan tujuan tersebut, kajian ini cuba untuk mencapai dua objektif berikut:
1. Mengenal pasti cara guru Bahasa Melayu menerapkan nilai murni dalam pengajaran dan
pembelajaran.
2. Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan penerapan nilai
murni dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

SOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian tersebut, kajian ini telah membina dua soalan kajian. Kedua-dua
soalan kajian adalah seperti yang berikut:
1. Bagaimanakah guru Bahasa Melayu menerapkan nilai murni dalam pengajaran dan
pembelajaran?
2. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan penerapan nilai murni
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu?

1336
METODOLOGI KAJIAN

Pengkaji menggunakan beberapan instrumen yang dirasakan sesuai dan menepati kehendak,
objektif dan soalan kajian iaitu kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Reka
bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah kes. Kajian kes diajalankan
untuk mempelajari seseorang individu yang mengalami suatu kes tertentu secara intensif
(Khairuddin et,al, 2016). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cara dan masalah yang
dihadapi guru dalam menerapkan nilai murni semasa pengaran dan pembelajaran bahasa
Melayu. Penyelidik menggunakan kaedah persampelan bertujuan iaitu hanya memilih tiga
orang guru bahasa Melayu sahaja lelaki dan perempuan yang berkhidmat melebihi lima tahun.
Kaedah kutipan data yang digunakan adalah kaedah pemerhatian disokong dengan
kaedah temu bual dan analisis dokumen. Dalam kajian ini, kaedah temu bual digunakan
sebagai sumber utama dalam proses pengumpulan data. Aspek yang hendak dikaji
disenaraikan dalam senarai semak pemerhatian yang digunakan untuk mencatat hasil
pemerhatian. Kaedah temu bual berstruktur digunakan bagi memperoleh jawapan persoalan
secara lebih mendalam. Soalan temu bual yang dibina dijadikan panduan utama ketika temu
bual berlangsung. Rancangan Pengajaran Harian guru dan lembaran kerja murid diambil
untuk analisis dokumen setiap peserta kajian. Untuk mencapai kesahan, penyelidik akan
menyerahkan instrumen yang telah dihasilkan untuk disemak dan diperiksa instrumen kajian
dari aspek konstruk dan kandungan bagi item temu bual, borang senarai semak pemerhatian
dan senarai semak analisis dokumen oleh tiga orang pakar iaitu pakar method, bidang dan
pedagogi. Untuk mencapai kebolehpercayaan, penyelidik akan melakukan triagulasi kaedah
yang diambil daripada pengutipan data yang menggunakan tiga kaedah pengumpulan data
yang berbeza kepada peserta kajian yang sama. Tiga kaedah berkenaan bagi membolehkan
penyelidik memastikan ketekalan data yang diperoleh. Justeru, analisis transkripsi kutipan
data melalui pemerhatian dan temu bual disediakan untuk meningkatkan kebolehpercayaam
kajian ini. Akhir sekali,data-data yang diperoleh melalui ketiga-tiga kaedah tersebut dianalisis
secara deskriptif.

DAPATAN KAJIAN

Tema 1: Cara guru Bahasa Melayu menerapkan nilai murni dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Jadual 4.1 :
Data Pemerhatian bagi tema 1
Berdasarkan pemerhatian yang dilaksanakan kepada ketiga-tiga responden yang dijalankan
dapatan menunjukkan terdapat tiga sub tema yang telah dikenalpasti iaitu sub tema suri
teladan, penggunaan bahan bantu mengajar dan unsur peneguhan. Dapatan pemerhatian

1337
ditunjukkan dalam bentuk jadual yang telah dianalisis daripada borang senarai semak yang
digubal.
Tema Item Pemerhatian Kekerapan Peratus
R1 R2 R3
T1: SH1 : Guru tunjuk dan / / / 3 100%
Suri sebut nilai hormat-
Teladan menghormati
SS1: Guru tunjuk dan / / / 3 100%
sebut nilai kasih
sayang
SK1 : Guru / / / 3 100%
menjalankan aktiviti
berkumpulan
SB1 : Guru menyebut / / / 3 100%
dan memastikan
persekitaran bersih

Jadual di atas menunjukkan suri teladan dalam item SH1, SS1, SK1 dan SB1 sebanyak
100%. Guru sebagai suri teladan yang memaparkan nilai murni yang mulia mempengaruhi
pembentukan sahsiah murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Maziahtusima et.al,
2018). Sehubungan itu murid akan terdorong untuk bertingkahlaku positif dan hal ini berupaya
menjadikan sesi PdP berjalan dengan lancar. Dalam temu bual juga meyokong perkara yang
sama, iaitu responden menerapkan nilai hormat-menghormati supaya tidak ada unsur
membuli, menyindir dalam kalangan murid maka murid lebih selesa untuk belajar dan guru
berupay menerapkan nilai hormat-menghormati.
R1, R2 dan R3 kesemuanya turut menunjukkan dan menyebut nilai kasih sayang
semasa sesi pengajaran. Dapatan pemerhatian menunjukkan R1 dan R2 menunjukkan nilai
kasih sayang misalnya ‘bertanya khabar’ kepada murid-murid sebelum memulakan
pengajaran. Dalam temu bual juga meyokong perkara yang sama guru, iaitu responden
menggunakan laras bahasa yang lembut dalam berkomunikasi antara murid dengan
memanggil mereka dengan gelaran sayang, awak, saya dan serta panggilan yang sesuai.
R1, R2 dan R3 menjalankan aktiviti berkumpulan yang melibatkan aktiviti think pair
share dan round table. Aktiviti kumpulan yang dijalankan melibatkan murid aktif dan pasif
dalam satu kumpulan. Dalam temu bual juga meyokong perkara yang sama untuk
menerapkan nilai bekerjasama guru perlu memainkan peranan menarik perhatian murid
dengan menggabungkan penglibatan murid aktif dan pasif bersama-sama tanpa
mengelompokkan emreka mengikut kumpulan pilihan masing-masing. Perbincangan yang
dijalankan menunjukkan nilai kerjasama diterapkan semasa PdP.
Penerapan nilai murni guru sebagai suri teladan dalam nilai kebersihan fizikal dan
mental dapat dilihat dalam item SB1 sebanyak 100%. R2 dan R3 memberi arahan kepada
murid ‘mengutip sampah’ dan ‘menyusun meja secara rapi’ sebelum memulakan sesi PdP.

1338
Kesemua guru berpakaian kemas dan bersih dengan etika profesionalisme seorang guru
bahasa Melayu. Berdasarkan dapatan di atas, jelas menunjukkan bahawa guru telah
menunjukkan suri teladan yang baik bagi menerapkan nilai hormat-menghormati, kasih
sayang, bekerjasama dan kebersihan fizikal dan mental.

Jadual 4.2 :
Data Pemerhatian bagi tema 1
Bil Item Pemerhatian Kekerapan Peratus
R1 R2 R3
T2 : SH2:Guru / 1 33.3%
Penggun menggunakan
aan BBM BBM dalam
menerapkan nilai
hormat-
menghormati
SS2 : Guru / 1 33.3%
menggunakan
BBM dalam
menerapkan nilai
kasih sayang
SK2: Guru / / / 3 100%
menggunakan
BBM dalam
menerapkan nilai
kerjasama
SB2 : Guru / / 2 66.7%
menggunakan
BBM dalam
menerapkan nilai
kebersihan fizikal
dan mental

Penerapan nilai murni yang melibatkan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM)
dalam nilai hormat-menghormati dapat dilihat dalam item SH2 dan SS2 sebanyak 33.3%.
Dapatan menunjukkan bahawa hanya satu daripada tiga responden sahaja yang menerapkan
BBM dalam nilai hormat-menghormati kasih sayang. Bagi item SK2 seramai 100%
menggunakan BBM dalam menerapkan nilai kerjasama. Strategi pengajaran yang melibatkan
nilai kerjasama sesuai diterapkan dalam kalangan murid aktif dan pasif. Namun, guru perlu
memberi arahan yang jelas serta BBM yang sesuai supaya murid aktif dan pasif dapat
bersama-sama melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Murid juga didedahkan akan
kepentingan kebersihan agar membudayakan dalam kehidupan seharian. Apabila murid
mempunyai pengetahuan mereka akan mengamalkannnya dalam kehidupan seharian dengan
memanfaatkan alatan kebersihan seperti bakul sampah, penyapu dan penyodok dalam
memastikan kebersihan dalam bilik darjah. Hal ini kerana guru sudah menanamkan nilai
1339
kebersihan sewaktu Pdp dan membolehkan murid mengamalkannyadalam kehidupan yang
sebenar. Dalam analisis dokumen juga meyokong perkara yang sama guru menerapkan unsur
peneguhan melalui peneguhan positif yang terdapat pada lembaran kerja murid adalah
catatan seperti ‘bagus’, ‘tahniah’ dan lambang-lambang bintang.

Jadual 4.3 :
Data Pemerhatian bagi tema 1

Tema Item Pemerhatian Kekerapan Peratus


R1 R2 R3
T3 : Unsur SH3 : Guru memberi / 1 66.7%
Peneguhan peneguhan positif
atau negatif
SS3 : Guru memberi / 1 33.3%
peneguhan positif
atau negatif
SK3 : Guru / / 2 66.7%
memberi
peneguhan positif
atau negatif
SB3: Guru memberi / / 2 66.7%
peneguhan positif
atau negatif

Penerapan nilai murni yang melibatkan unsur peneguhan dalam SH3 dan SS3
sebanyak 33.3%. R3 menerapkan nilai kasih sayang melalui peneguhan positif berbentuk
pujian “bagus” memberi peneguhan negatif berbentuk “dendaan” dalam petak asingan diri di
hujung kelas kepada salah seorang murid. Selain itu, penerapan nilai murni yang melibatkan
unsur peneguhan dalam SK3 sebanyak 66.7%. Penerapan nilai murni yang melibatkan unsur
peneguhan dalam SB3 seramai 66.7%. Dua daripada tiga responden menerapkan peneguhan
dalam nilai kebersihan fizikal dan mental. R1 dan R2 menggunakan unsur peneguhan bentuk
pujian kerana kelas 4 Arif dan 5 Arif mengamalkan nilai kebersihan yang baik dalam bilik
darjah. Ahli psikologi seperti Thorndike dan Skinner telah mengetengahkan teori pembelajaran
berkaitan penggunaan ganjaran dan peneguhan sebagai rujukan utama yang diguna pakai
dalam pendidikan di Malaysia kini (Mohamad Khairudin Bajuri et.al, 2012).

Tema 2 : Masalah dalam menerapkan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran.

1340
Jadual 4.2 :
Data Pemerhatian bagi tema 2
No Item Pemerhatian Kekerapan Peratus
R1 R2 R3
T2: K1 : Tajuk yang sukar / 1 33.3%
Proses untuk disesuaikan
pengajar dengan penerapan nilai
an dan murni
pembelaj K2 : Nilai murni sukar / 1 33.3%
aran untuk diterapkan dalam
aktiviti
K3: Saya sukar untuk / 1 33.3%
menentukan teknik
pengajaran yang sesuai
bagi menerapkan nilai
murni
K4 : Saya tidak tahu / / 2 66.7%
penilaian yang sesuai
untuk menentukan
sama ada penerapan
nilai murni berjaya atau
gagal
K5 :Kekangan masa / 1 33.3%
menyebabkan saya
tidak dapat
menerapkan nilai-nilai
K6: Kursus berkaitan / / / 3 100%
penerapan nilai murni
dalam subjek bahasa
Melayu di sekolah
sukar didapati

Masalah yang dihadapi dalam penerapan nilai murni dapat dilihat dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Dalam dapatan pemerhatian, bagi item K1 sebanyak 33.3%
menunjukkan satu daripada tiga responden mengalami masalah berkaitan tajuk yang sukar
untuk disesuaikan dengan penerapan nilai murni. Selain itu, masalah yang dihadapi dalam
penerapan nilai murni dapat dilihat dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi item K2
sebanyak 33.1%. Nilai murni didapati sukar untuk diterapkan dalam aktiviti. Dalam temu bual
juga meyokong perkara yang sama mendapati R3 mendapati aktiviti sumbangsaran yang
dijalankan tidak terkawal dan murid-murid berada dalam keadaan bising apabila melakukan
kerja berkumpulan. Seterusnya, masalah yang dihadapi dalam penerapan nilai murni dapat
dilihat dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi item K3 sebanyak 33.7%. Dapatan
pemerhatian bagi R2 menunjukkan aktiviti berkumpulan untuk menerapkan nilai kerjasama
sukar untuk dilaksanakan. Nilai bekerjasama didapati sukar untuk digunakan sebagai teknik
pengajaran guru dalam menerapkan nilai murni. Dapatan menunjukkan sebanyak dua
daripada tiga responden tidak mengetahui penilaian yang sesuai untuk menentukan

1341
penerapan nilai murni berjaya ataupun tidak. Penilaian yang digunakan oleh guru hanya
melalui pemerhatian berdasarkan tingkahlaku yang ditunjukkan murid. Bagi item K5 sebanyak
33.3% iaitu sebanyak satu daripada tiga responden menghadapi masalah dalam kekangan
masa yang menyebabkan responden tidak dapat menerapkan nilai murni sepenuhnya. Guru
tidak berjaya menerapkan nilai bekerjasama dengan baik apabila kelas menjadi bising dan
tidak terkawal dan murid tidak melakukan kerjasama dengan ahli kumpulan mereka. Kesemua
responden turut bersetuju menyatakan bahawa masalah penerapan nilai yang berkaitan PdP
menunjukkan kursus mengenai penerapan nilai murni di sekolah sukar didapati

CADANGAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN


CADANGAN
Kajian yang telah dijalankan ini merupakan kajian kes berbentuk kualitatif yang menggunakan
pemerhatian, soal selidik dan analisis data bagi menganalisis penerapan nilai murni dalam
kalangan guru Bahasa Melayu sekolah rendah. Walaubagaimanapun, kajian ini didapati tidak
melihat secara keseluruhan seperti mana enam belas nilai murni yang disenaraikan dalam
Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan. Kajian ini hanya memfokuskan kepada empat nilai
murni yang dominan iaitu nilai hormat-menghormati, kasih sayang, bekerjasama dan nilai
kebersihan fizikal dan mental sahaja. Dalam hal ini dicadangkan untuk kajian lanjutan pengkaji
disarankan memperbanyakkan lagi nilai murni yang hendak dikaji supaya memperoleh data
yang pelbagai, lebih mendalam dan terperinci berkaitan nilai murni yang digunakan guru
semasa sesi PdP. Kajian yang dijalankan ini merupakan kajian berasaskan pendekatan
kualitatif yang melibatkan peserta kajian tidak ramai. Sehubungan itu, pengkaji mencadangkan
agar kajian lanjutan dilakukan dengan pendekatan kuantitatif agar dapar mengkaji lebih ramai
guru bahasa Melayu dalam mengenalpasti cara dan masalah dalam menerapkan nilai murni.
Kesimpulannya, cadangan kajian lanjutan yang diberikan berupaya membolehkan pengkaji
akan datang melaksanakan kajian yang lebih empirikal. Malahan dapatan kajian yang bakal
diperoleh juga dapat membantu guru menambah baik kualiti penerapan nilai murni dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dengan lebih baik dan terancang.

IMPLIKASI
Bahagian ini akan membincangkan implikasi kajian bagi memberi justifikasi bahawa kajian ini
memenuhi kelompangan dalam pengkajian yang lepas dan berupaya memberi sumbangan
pengetahuan dan praktikal. Dari segi implikasi pengetahuan, kajian ini berupaya untuk
dijadikan sebagai rujukan kepada guru-guru bahasa Melayu yang lain dalam mereflek amalan
pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam penerapan nilai murni. Meskipun telah
banyak kajian dijalankan di bawah tajuk nilai murni, namun kebanyakannya adalah tidak
dikhususkan kepada mana-mana nilai murni. Sebagai contoh, kajian yang dijalankan Rusini

1342
Kamaludin (2017) menunjukkan guru tidak bersedia menerapkan nilai murni secara spesifik
dan berfokus semasa pengajaran dan pembelajaran di mana nilai hanya tertumpu kepada rutin
harian murid. Maka dapat dilihat kajian ini adalah berbeza dengan kajian sebelumnya kerana
dapatan yang diperoleh memberi maklumat penerapan nilai murni yang dihurai secara
mendalam berkaitan empat nilai murni yang difokuskan iaitu nilai hormat-menghormati, kasih
sayang, bekerjasama dan kebersihan fizikal dan mental yang diterapkan guru sepanjang satu
sesi pengajaran.
Implikasi kajian ini dari sudut praktikal adalah penting bagi memastikan kemenjadian
murid tercapai. Sesunguhnya, penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran
adalah penting dalam kehidupan sebagai satu prakarsa untuk membentuk sahsiah dan tingkah
laku murid seiring dengan saranan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi membentuk
diri yang berkualiti dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Melalui kajian
ini, guru-guru berpendapat masalah tingkah laku murid dapat dikurangkan dan diatasi melalui
persepaduan antara bahasa Melayu bersama penerapan nilai murni dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran. Penggabungjalinan antara ilmu ini membolehkan murid membentuk
kemenjadian murid yang diingini. Menurut Sapie Sabilan et.al (2018), pendidikan dan
penerapan tidak boleh dipisahkan. Boleh dikatakan pendidikan tidak akan bermakna tanpa
penerapan nilai murni bersama-sama di dalamnya.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti cara
penerapan nilai murni serta masalah yang dihadapi oleh guru dalam menerapkan nilai murni
semasa PdP. Dapat dirumuskan bahawa terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan guru
dalam menerapkan nilai murni semasa sesi PdP antaranya guru menunjukkan nilai murni, guru
menyebut nilai murni, guru menggunakan bahan bantu mengajar serta guru menggunakan
unsur peneguhan dalam menerapkan nilai murni. Sehubungan itu, kesemua responden
menunjukkan penerapan nilai murni semasa sesi PdP dengan baik. Menurut Ahmad Muzaffar
(2014), penerapan nilai ini boleh disepadukan melalui pelbagai cara iaitu secara pertuturan,
pelakuan, teladan, isyarat, kefahaman, interprestasi dan kontekstual. Hal ini menjelaskan
bahawa setiap penerapan nilai boleh dilakukan tanpa kaedah khusus demi mencapai
penerapan nilai murni tersebut.
Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru bahasa Melayu kurang mengalami
masalah dalam menerapkan nilai murni. Berdasarkan empat nilai yang difokuskan dalam
kajian ini pengkaji mendapati nilai kerjasama dan hormat-menghormati mengalami masalah
yang dominan untuk diterapkan yang berpunca daripada guru dan kerjasama daripada murid
itu sendiri. Teknik dan aktiviti yang melibatkan nilai kerjasama dalam kalangan murid bagi kerja
berkumpulan mengalami masalah untuk diterapkan ekoran daripada situasi Pandemik yang
melanda dunia pada ketika ini. Guru masih boleh menerapkan nilai murni sekiranya mendapat

1343
kerjasama yang baik daripada murid serta keadaan sekitar yang menggalakkan. Kajian yang
dilakukan ini berbeza dengan kajian yang terdahulu kerana kajian ini memfokuskan masalah
yang dihadapi guru yang mengajar di sekolah rendah. Masalah yang ditonjolkan lebih kepada
dapatan guru itu sendiri.
RUJUKAN

Abdul Rahim Hamdan & Azarul Nizam. (2010). Konsep pendidikan bersepadu serta
penerapan nilai murni dalam pengajaran Matematik menengah rendah. Artikel
yang tidak diterbitkan. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Ahamd Muzaffar Abdul Aziz. (2014). Reformasi Pendidikan: Rasional, Falsafah dan
Strategi. Nurin Enterprise.

Jabatan Kebajikan Malaysia. (2018). Laporan Statistik tahunan. Diakses di laman


http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/full2&id=U0dpTUVpRXlyYUlFVFFLU
mVnUVJ Udz09&menu_id=R3FNa05sRjVTWUc5dy80VEUxU2VNQT09

Khairuddin Mohamad, Ibrahim Yusof & Zaridah Ramli. (2016). Penyelidikan dalam
Pendidikan Bahasa Melayu. Sasbadi Sdn.Bhd.

Maisarah Saidin & Latifah Abdul Majid. (2012). Pembentukan jati diri kanak-kanak
melalui bahan bacaan bahasa melaysia. Jurnal Islam Hadhari. 4 (1), 77-102.

Maziahtusima Ishak, Norhasni Zainal & Fathiyah Fakhruddin. ( 2018). Eksplorasi peranan
guru Pendidikan Islam sebagai agen perubahan masyarakat dari perspektif
pendidikan pergembangan. International Journal of Education, Psychology and
Counseling. 2(6): 214-230.

Mohamad Khairudin Bajuri, Rohaida Mohd Saat, Mohamad Zulkifli Yusof, Noor Naemah
Abdul rahman & Duriyyah Sharifah hassan. (2012). Konsep g anjaran dalam
aktiviti pembelajaran. Proceedings The 2nd Annual International Qur’anic Conference.

Mohd Khairi Othman. (2014). Hubungan penerapan nilai murni dalam pengajaran
bahasa Melayu dengan penghayatan nilai murni pelajar. Jurnal of Human
Development and Communication, (3)81-92.

Mohd Zailani, Mohammad Khairi & Asmawati Suhid. (2018). Teknik penerapan nilai
murni dalam kalangan guru sekolah rendah. Prosiding seminar kebangsaan
majlis dekan pendidikan universiti awam. Universiti Putra Malaysia, 7-8
November 2018.

Noriati Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin & Zakiah Noordin. (2016). Falsafah
Pendidikan di Malaysia. Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Rusini Kamaludin. (2017). Amalan penerapan nilai murni dalam pengajaran dan
pembelajaran guru prasekolah. Tesis ijazah doctor falsafah. Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Sapie Sabilan, Suhana Mohammed Lip, Mohammad Fuad, Shazarina Zainal, Suziana
Sulaiman & Mujaini Tarimin.(2018).Konsep penerapan dan penghayatan nilai-
nilai murni berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Conference
paper. Fakulti Pendidikan Kolej Universiti Islam Antarabangsa.

1344
PENGUASAAN DAN SIKAP MURID TERHADAP TEKNIK SKOP DALAM PEMBINAAN
AYAT BAHASA MELAYU

Ang Shi Min


pju17_c723@ipgkbm.edu.my

Sharifah Hanim binti Syed Akbar


sharifahhanim@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penguasaan dan sikap murid terhadap teknik SKOP dalam
pembinaan ayat bahasa Melayu di sekolah rendah. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan
kuantitatif dan kaedah tinjauan. Kajian tinjauan ini menggunakan satu instrumen kajian iaitu soal selidik
yang mengandungi 22 item. Dalam kajian ini, responden terdiri daripada 30 orang murid tahun 4 di
sekolah kebangsaan daerah Sungai Besi, Kuala Lumpur. Data dikumpul dan dianalisis dengan cara
statistik deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 26.
Statistik deskriptif melibatkan penggunaan min dan sisihan piawai untuk menganalisis dapatan kajian
tahap kemahiran membina ayat murid dalam bahasa Melayu melalui teknik SKOP dan sikap
pembelajaran murid dalam pembinaan ayat bahasa Melayu melalui teknik SKOP. Kesimpulannya,
analisis statistik deskriptif menunjukkan bahawa murid mencapai tahap kemahiran membina ayat yang
tinggi dalam bahasa Melayu melalui teknik SKOP (µ=4.32, SP=0.467), diikuti dengan sikap
pembelajaran murid yang positif dalam pembinaan ayat bahasa Melayu melalui teknik SKOP (µ=4.43,
SP=0.502). Oleh itu, guru disarankan untuk mengaplikasikan teknik SKOP dalam PdP penulisan bahasa
Melayu agar dapat meningkatkan kualiti PdP dan prestasi murid.
Kata Kunci: tahap kemahiran, sikap pembelajaran, pembinaan ayat, teknik SKOP

ABSTRACT
This study aimed to identify achievement and attitude of student to SKOP technique in sentences
building in Malay language. This research was designed using the quantitative and survey method. The
research instrument used was a set of questionnaire that consists of 22 items. This research was
participated by 30 year 4 students in Sungai Besi, Kuala Lumpur. The data collected were analysed with
descriptive statistics by using Statistical Package for the Social Science (SPSS) version 26. Descriptive
statistics involves the measurement of mean and standard deviation to analyse the level of students’
sentences building skills through SKOP technique in Malay language and learning attitude of students
in sentences building through SKOP technique in Malay language. As overall, the descriptive statistical
analysis showed that students achieve high level of sentences building skills through SKOP technique
in Malay language (µ=4.32, SP=0.467), followed by positive learning attitude of students in sentences
building through SKOP technique in Malay language (µ=4.43, SP=0.502). Therefore, teachers are
advised to apply SKOP technique in the process of teaching and learning in Malay Language to improve
the quality of teaching and learning together with students’ achievement.
Keyword: level of skill, learning attitude, sentences building, SKOP technique

1345
PENGENALAN

Pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah berpandukan Kurikulum Standard Sekolah


Rendah (KSSR) adalah tertumpu kepada kemahiran literasi yang merangkumi kemahiran lisan
(kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur), kemahiran membaca dan kemahiran menulis
(Khairuddin Mohamad, 2011). Berdasarkan tujuan pendidikan di Malaysia yang ternyata dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), kemahiran literasi dalam bahasa Melayu
terutamanya kemahiran menulis semakin dititikberatkan dengan hasrat untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan.

Secara umumnya, kemahiran menulis merujuk kepada penyaluran ilmu, idea atau
maklumat secara bersistem dan mengambil kira aspek tujuan penulis, penggunaan bahasa
dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan alam dan kehidupan secara lebih
menyeluruh. Menurut Husin Fateh Din dan Nazariyah Sani (2012), kemahiran menulis
merupakan salah satu kemahiran asas yang penting kepada murid untuk menyampaikan buah
fikiran, idea atau pendapat. Abdul Rashid Jamian (2011) turut menjelaskan bahawa
keupayaan menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses
PdP yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Selaras dengan ini, dalam Modul
Kemahiran Menulis Bahasa Melayu (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018), pembinaan
ayat yang gramatis telah dinyatakan sebagai aspek yang paling asas dalam penghasilan
sebuah wacana yang utuh. Oleh itu, penguasaan kemahiran membina ayat dengan struktur
ayat yang betul dan gramatis adalah penting kepada murid sebagai asas dalam penulisan.

Hakikatnya, penguasaan murid dalam aspek pembinaan ayat bukan sahaja dapat
meningkatkan mutu penulisan tetapi juga mampu membantu murid-murid untuk meluahkan
pendapat dan pengalaman sendiri dengan menggunakan perkataan mengikut konteks dalam
kehidupan seharian. Sebagai seorang warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
setiap individu semestinya mahir dalam kemahiran menulis supaya dapat menghasilkan
pendapat masing-masing dalam bentuk penulisan. Sehubungan dengan itu, setiap murid perlu
menguasai kemahiran membina ayat yang gramatis sejak di sekolah rendah supaya dapat
menjadi individu yang berilmu dan berkemahiran tinggi lalu mencapai tujuan pendidikan
seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

PERNYATAAN MASALAH

Berdasarkan penelitian awal ke atas murid-murid di sekolah rendah, telah dikesan tahap
kemahiran murid dalam penulisan bahasa Melayu agak rendah (Lembaga Peperiksaan
Malaysia, 2017). Murid tidak dapat memperkembangkan idea ketika membina ayat bahasa
Melayu dan melakukan pelbagai kesilapan seperti kesilapan ejaan, kesilapan penggunaan
perkataan dan kesilapan struktur ayat (Lilies Suryanti Azemi, 2012 dan Kamarul Amir Razaizat

1346
Kamaludin, 2013). Selain itu, juga dapat dilihat kebanyakan hasil penulisan murid yang
menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak mengikuti penggunaan
tatabahasa yang betul serta tidak gramatis. Pengolahan ayat adalah tidak menarik besertakan
pemilihan kosa kata yang tidak sesuai dengan konteks isu yang difokuskan (Lembaga
Peperiksaan Malaysia, 2008). Tambahan lagi dengan masalah idea yang tidak tersusun, maka
murid gagal menghasilkan ayat topik dan ayat huraian yang tepat dan akhirnya hasil penulisan
murid amat sukar untuk difahami oleh pembaca (Freddy Xaviers Jamil, 2010, A. Rahman
Haron et.al., 2012 dan Griffen Anak Encharang, 2012).

Di samping itu, gangguan bahasa ibunda turut menjadi penyebab utama timbulnya
kesalahan dan kesulitan pembinaan ayat bahasa Melayu oleh seseorang murid yang bukan
penutur jati. Sebahagian besar murid salah menggunakan penjodoh bilangan, kata pemeri,
kata bantu, kata sendi dan sebagainya. Pada masa yang sama, timbulnya kesukaran bagi
murid untuk memahami dan menguasai konsep pembentukan dan penstrukturan asas ayat-
ayat bahasa Melayu serta memilih perkataan yang hampir makna mengikut kesesuaian
konteks ayat (Norizan Che Su, 2018 dan Ali Derakhshan dan Elham Karimi, 2015).

Tambahan pula, juga dapat diperhatikan bahawa murid mempunyai sikap yang negatif
terhadap penulisan bahasa Melayu. Seseorang murid itu bukan sahaja gagal dan hilang minat
terhadap penulisan bahasa Melayu tetapi juga rendah motivasi diri, tidak serius terhadap sesi
PdP bahasa Melayu, suka membuang masa, tidak membaca buku dan tidak membuat ulang
kaji pelajaran sehinggalah menyebabkan pencapaian mereka dalam subjek bahasa Melayu
adalah rendah. Lama-kelamaan, murid mula berasa tidak yakin dan takut untuk menceburi
bahasa Melayu khususnya dalam bidang penulisan (Lalitha Hariram, 2011 dan Kamarul Amir
Razaizat Kamaludin, 2013).

Sehubungan dengan itu, kajian ini dilaksanakan untuk menyarankan teknik pembinaan
ayat SKOP dan kemudian meninjau penguasaan serta sikap murid terhadap teknik ini dalam
pembinaan ayat bahasa Melayu. Dapatan kajian ini akan memperlihatkan penguasaan murid
dari segi tahap kemahiran membina ayat dalam bahasa Melayu melalui teknik SKOP dan juga
sikap pembelajaran murid dalam pembinaan ayat bahasa Melayu melalui teknik SKOP.

OBJEKTIF KAJIAN

Bagi mencapai tujuan kajian ini, dua objektif khusus telah dihasilkan. Antara objektifnya adalah
seperti berikut:

i) Mengenal pasti tahap kemahiran membina ayat murid dalam bahasa Melayu
melalui teknik SKOP.

1347
ii) Mengenal pasti sikap pembelajaran murid dalam pembinaan ayat bahasa Melayu
melalui teknik SKOP.
SOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian tersebut, soalan kajian yang dibina adalah seperti yang berikut:

i) Apakah tahap kemahiran membina ayat murid dalam bahasa Melayu melalui teknik
SKOP?
ii) Bagaimanakah sikap pembelajaran murid dalam pembinaan ayat bahasa Melayu
melalui teknik SKOP?
METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif.
Menurut Babbie (2001), kaedah tinjauan yang digunakan dapat memberikan gambaran yang
tepat berkaitan nilai, tingkah laku, sikap dan kepercayaan komuniti. Populasi bagi kajian ini
terdiri daripada murid-murid tahun 4 di sebuah sekolah kebangsaan di Sungai Besi, Kuala
Lumpur. Pengkaji kemudian memilih 30 orang responden sebagai sampel kajian berdasarkan
penentuan saiz sampel yang dicadangkan oleh Chua Yan Piaw (2006). Instrumen yang
digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik yang mengandungi 22 item. Pengkaji telah
menggunakan skala Likert lima mata untuk mengumpul data daripada responden.

Bagi mendapatkan kesahan instrumen kajian ini, pengkaji telah menghantar borang
soal selidik besertakan senarai semak pakar kepada tiga orang pensyarah meliputi pakar
metodologi, pakar bidang dan pakar bahasa. Berdasarkan catatan dan maklum balas yang
diberikan oleh pakar, pengkaji telah melakukan semakan sebanyak tiga kali sehingga setiap
pakar bersetuju sepenuhnya dengan semua aspek dan item yang dibina dalam soal selidik.
Kemudian, satu kajian rintis telah dilaksanakan bagi memastikan kebolehpercayaan instrumen
yang digunakan. Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diukur dengan menggunakan Ujian
Statistik Cronbach’s Alpha dalam perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS)
versi 26. Nilai Cronbach’s Alpha bagi instrumen soal selidik ini ialah 0.944, di mana telah
melebihi nilai 0.8 yang ditetapkan oleh Pallant (2010) sebagai tahap ketekalan yang baik.

Seterusnya dalam proses penganalisisan data, statistik deskriptif digunakan untuk


memperoleh min dan sisihan piawai. Interpretasi skor min bagi kajian ini menggunakan sumber
daripada Nunnaly dan Bernstein (1994) dalam Abdul Hamid Abdul Rahim et al. (2013), di mana
pemeringkatan skor min adalah seperti rendah (1.00-2.00), sederhana rendah (2.01-3.00),
sederhana tinggi (3.01-4.00) dan tinggi (4.01-5.00). Bagi interpretasi nilai sisihan piawai pula,
sumber daripada Ramlee (1999) dalam Mohamad Sattar Rasul et al. (2012) telah dijadikan
sebagai panduan. Pemeringkatan nilai sisihan piawai adalah seperti sangat rendah (0.00-
0.25), rendah (0.26-0.50), sederhana (0.51-0.75), tinggi (0.76-1.00) dan sangat tinggi (>1.01).

1348
Jadual 1:

Interpretasi Skor Min

Skor Min Interpretasi


1.00-2.00 Rendah
2.01-3.00 Sederhana Rendah
3.01-4.00 Sederhana Tinggi
4.01-5.00 Tinggi

Jadual 2:

Interpretasi Nilai Sisihan Piawai

Nilai Sisihan Piawai Konsensus Responden


0.00-0.25 Sangat Rendah
0.26-0.50 Rendah
0.51-0.75 Sederhana
0.76-1.00 Tinggi
>1.01 Sangat Tinggi

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini menjawab kedua-dua soalan kajian, iaitu berkaitan tahap kemahiran
membina ayat murid dalam bahasa Melayu melalui teknik SKOP dan sikap pembelajaran
murid dalam pembinaan ayat bahasa Melayu melalui teknik SKOP.

Jadual 3:

Tahap Kemahiran Membina Ayat Murid dalam Bahasa Melayu Melalui Teknik SKOP

Bil Item Min Sisihan Tahap


Piawai
1 Saya mengetahui struktur ayat majmuk yang 4.53 0.507 Tinggi
betul melalui teknik SKOP.
2 Saya mahir untuk menyusun idea dalam bentuk 4.30 0.466 Tinggi
rangka ayat sebelum membina ayat majmuk
yang lengkap melalui teknik SKOP.
3 Saya mudah untuk menamakan lima aktiviti 4.43 0.504 Tinggi
utama berdasarkan gambar tunggal dengan
menggunakan teknik SKOP.
4 Saya mampu membina ayat majmuk 4.37 0.490 Tinggi
berdasarkan gambar tunggal dengan
menggunakan teknik SKOP.

1349
5 Saya boleh membina ayat majmuk berdasarkan 4.17 0.461 Tinggi
gambar tunggal dengan menggunakan teknik
SKOP tanpa bimbingan guru dan bantuan
rakan.
6 Saya mudah untuk mengembangkan ayat 4.27 0.450 Tinggi
tunggal menjadi ayat majmuk dengan
menggunakan teknik SKOP.
7 Saya boleh menggunakan perkataan dengan 4.37 0.490 Tinggi
menepati konteks ayat melalui teknik SKOP.
8 Saya mampu untuk memastikan ketepatan 4.17 0.379 Tinggi
ejaan setiap perkataan dalam ayat melalui
teknik SKOP.
9 Saya mudah untuk memastikan penggunaan 4.27 0.450 Tinggi
imbuhan yang betul dalam ayat melalui teknik
SKOP.
10 Saya mahir untuk membuat pengolahan ayat 4.30 0.466 Tinggi
yang bersesuaian dengan konteks ayat melalui
teknik SKOP.
11 Saya boleh menyampaikan makna ayat yang 4.33 0.479 Tinggi
tepat dengan menggunakan teknik SKOP.
Keseluruhan 4.32 0.467 Tinggi

Berdasarkan jadual 3 yang merumuskan dapatan tahap kemahiran membina ayat


murid dalam bahasa Melayu melalui teknik SKOP, dapat dilihat bahawa semua item adalah
berada pada tahap tinggi. Nilai min tertinggi iaitu (µ=4.53) dapat dilihat pada item bernombor
1 yang mewakili sebahagian besar responden mengetahui struktur ayat yang betul melalui
teknik SKOP. Bagi konstruk pertama ini, min keseluruhan (µ=4.32) membuktikan bahawa
tahap kemahiran membina ayat murid dalam bahasa Melayu melalui teknik SKOP di sekolah
kebangsaan daerah Sungai Besi adalah tinggi. Nilai sisihan piawai keseluruhan SP=0.467 pula
menunjukkan set data menghampiri pusat ukuran.

Jadual 4:

Sikap Pembelajaran Murid dalam Pembinaan Ayat Bahasa Melayu Melalui Teknik SKOP

Bil Item Min Sisihan Tahap


Piawai
1 Saya suka dengan teknik SKOP yang diajar 4.70 0.466 Tinggi
oleh guru.
2 Saya suka membuat latihan membina ayat 4.43 0.504 Tinggi
dengan menggunakan teknik SKOP.
3 Saya yakin untuk membina ayat dengan 4.47 0.507 Tinggi
menggunakan teknik SKOP.
4 Saya berpuas hati dengan teknik SKOP yang 4.43 0.504 Tinggi
dijadikan panduan dalam membina ayat.
5 Saya berani untuk mencuba latihan membina 4.53 0.507 Tinggi
ayat dengan menggunakan teknik SKOP.

1350
6 Saya bersemangat untuk menyiapkan latihan 4.50 0.509 Tinggi
membina ayat dengan menggunakan teknik
SKOP.
7 Saya selesa untuk mengikuti kelas Bahasa 4.50 0.509 Tinggi
Melayu yang menggunakan teknik SKOP dalam
membina ayat.
8 Saya seronok belajar bahasa Melayu yang 4.40 0.498 Tinggi
menggunakan teknik SKOP dalam membina
ayat.
9 Saya bermotivasi diri untuk belajar pembinaan 4.47 0.507 Tinggi
ayat bahasa Melayu dengan menggunakan
teknik SKOP.
10 Mata pelajaran Bahasa Melayu yang 4.47 0.507 Tinggi
menggunakan teknik SKOP menarik perhatian
saya.
11 Saya ternanti-nanti pembelajaran bahasa 4.43 0.504 Tinggi
Melayu yang menggunakan teknik SKOP.
Keseluruhan 4.48 0.502 Tinggi

Jadual 4 telah merumuskan sikap pembelajaran murid dalam pembinaan ayat bahasa
Melayu melalui teknik SKOP dan menunjukkan bahawa semua item berada pada tahap yang
tinggi. Item bernombor 1 mencapai nilai min yang paling tinggi iaitu (µ=4.70), mewakili majoriti
responden suka dengan teknik SKOP yang diajar oleh guru. Secara keseluruhannya, nilai min
dan sisihan piawai bagi konstruk kedua ini ialah (µ=4.48) dan SP=0.502. Hasil dapatan ini
mempamerkan sikap pembelajaran murid dalam pembinaan ayat bahasa Melayu melalui
teknik SKOP di sekolah kebangsaan daerah Sungai Besi mencapai tahap yang tinggi.
Walaupun nilai sisihan piawai keseluruhan yang diperoleh menujukkan set data sedikit
terserak tetapi masih menghampiri pusat ukuran.

KESIMPULAN, DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini menunjukkan murid tahun 4 yang dipilih sebagai responden kajian
mencapai tahap kemahiran membina ayat yang tinggi dalam bahasa Melayu melalui teknik
SKOP. Dapatan bagi soalan kajian pertama ini hampir sama dengan beberapa kajian yang
meninjau pengaplikasian teknik pembinaan ayat dalam meningkatkan kemahiran menulis
murid. Misalnya, dapatan kajian tindakan Adrian Stewart Ngau (2010) berkaitan “Pelaku +
Perbuatan + Huraian dan kajian Zahratulnadirah Ibrahim (2009) mengenai teknik WAT
menunjukkan dua orang responden yang mengalami masalah dalam pembinaan ayat sama-
sama menonjolkan peningkatan prestasi dan akhirnya berjaya membina kelima-lima ayat yang
gramatis mengikut konteks melalui pengaplikasian teknik pembinaan ayat. Selain itu, kajian ini
turut disokong oleh dapatan kajian Loh Pei Wen dan Zanaton Hj. Iksan (2019) tentang Pakej
Peranti SBK serta kajian Ali Farhadi et. al. (2010) tentang teknik OAS. Kedua-dua kajian ini

1351
menunjukkan bilangan ayat yang gramatis yang dibina oleh semua responden telah
bertambah setelah didedahkan dengan teknik pembinaan ayat.

Di samping itu, dapatan kajian turut menunjukkan para responden mempunyai sikap
pembelajaran yang positif dalam pembinaan ayat bahasa Melayu melalui teknik SKOP.
Dapatan bagi soalan kajian kedua ini adalah selari dengan kajian teknik SABK oleh Salinawati
Kamis (2015) yang mendapati bahawa telah berlakunya peningkatan minat peserta kajian
dalam membina ayat berdasarkan gambar selepas didedahkan dengan teknik pembinaan
ayat. Bukan itu sahaja, kajian teknik SALAK oleh A. Rahman Haron et. al. (2012) turut
menonjolkan kejayaan pendedahan teknik pembinaan ayat dalam merangsang dan menarik
minat responden kajian untuk berinteraksi, melahirkan idea, belajar dalam suasana yang
kondusif dan menyeronokkan serta mewujudkan sikap yang positif ketika membuat latihan
membina ayat.

Sebagai implikasinya, kajian ini berupaya memberi pengetahuan jelas kepada guru
tentang tahap kemahiran dan sikap pembelajaran murid dari pelbagai latar belakang dalam
pembinaan ayat bahasa Melayu melalui pengaplikasian teknik SKOP. Seterusnya, dapatan
kajian ini boleh dijadikan sebagai pendorong untuk guru berusaha meningkatkan tahap
kemahiran mengaplikasikan teknik pembinaan ayat dalam PdP penulisan bahasa Melayu agar
dapat meningkatkan lagi tahap kemahiran membina ayat murid sama ada penutur jati ataupun
bukan penutur jati bahasa Melayu. Pada masa yang sama, hasil kajian ini juga dapat memberi
kesedaran kepada guru bahawa pengaplikasian teknik SKOP dapat membantu mewujudkan
suasana pembelajaran yang ceria dan menyeronokkan serta dapat meningkatkan sikap
pembelajaran murid yang positif dalam bahasa Melayu.

Berdasarkan dapatan kajian, pengkaji turut mengemukakan beberapa cadangan


kepada pelbagai pihak dalam organisasi pendidikan untuk menambah baik sistem pendidikan
di Malaysia khususnya yang berkaitan dengan pembinaan ayat bahasa Melayu. Antaranya
ialah Kementerian Pendidikan Malaysia dicadangkan agar menganjurkan kursus dari semasa
ke semasa untuk memanggil guru sekolah bagi memberi pendedahan kepada mereka tentang
pedagogi terkini iaitu yang berkaitan dengan pemilihan dan pengaplikasian teknik pengajaran
yang sesuai untuk sesi PdP tertentu. Misalnya, penggunaan teknik pembinaan ayat untuk PdP
penulisan bahasa Melayu. Selain itu, pihak sekolah seperti guru besar pula perlu sentiasa
peka dengan perkembangan terkini dengan menyediakan dan menganjurkan beberapa aktiviti
yang berkaitan dengan informasi-informasi semua mata pelajaran di sekolah itu. Hal ini
penting bagi membolehkan guru-guru sekolah sentiasa mendapatkan maklumat terkini dan
lebih menguasai kaedah-kaedah pengajaran mengikut perkembangan semasa seperti cara
mengaplikasikan teknik pembinaan ayat secara efektif bagi mengajar kemahiran menulis.

1352
Sejajar dengan ini, guru disarankan untuk menghadiri latihan dalam perkhidmatan
(LDP) berkaitan dengan pelaksanaan kepelbagaian teknik pengajaran dalam PdP seperti
teknik pembinaan ayat yang berkesan bagi pengajaran penulisan. Pada masa yang sama,
guru juga diingatkan supaya menggunakan teknik pengajaran yang pelbagai secara
bersesuaian dan berperingkat mengikut tahap pembelajaran murid di dalam kelas. Guru boleh
menyediakan pelbagai bahan rangsangan seperti jadual, gambar rajah, peta konsep dan
sebagainya untuk dijadikan sebagai rujukan kepada murid di samping meningkatkan tahap
kefahaman mereka tentang sesuatu isi pelajaran yang disampaikan. Dengan pengajaran guru
yang berkesan dan beransur maju, maka murid mampu belajar secara mendalam, secara
kendiri dan menyelesaikan masalah pembelajaran seperti masalah pembinaan ayat yang
kompleks melalui teknik pembinaan ayat yang diaplikasikan oleh guru secara efektif.

Untuk kepentingan kajian lanjutan, kajian ini mencadangkan pelaksanaan kajian


tentang keberkesanan teknik pembinaan ayat dalam penulisan bahasa Melayu seharusnya
melibatkan murid dari pelbagai latar belakang dan tahap penguasaan yang berbeza bagi
meninjau hubungan antara dua pemboleh ubah dalam sesuatu kumpulan rawatan dan
kawalan. Selain itu, cadangan kedua ialah penggunaan instrumen analisis dokumen agar
dapat melihat dengan menyeluruh tentang proses penggunaan teknik pembinaan ayat dalam
meningkatkan tahap pengetahuan, tahap kemahiran serta sikap pembelajaran murid dalam
PdP pembinaan ayat bahasa Melayu.

RUMUSAN

Berdasarkan perbincangan di atas, dapat dirumuskan bahawa kajian ini dapat memberikan
manfaat kepada guru bahasa Melayu. Dengan menguasai tahap kemahiran membina ayat
dan sikap pembelajaran murid dalam pembinaan ayat bahasa Melayu melalui pengaplikasian
teknik SKOP, guru dapat merancang pengajaran dengan lebih berkesan berdasarkan
kemampuan murid yang berbeza-beza dalam kemahiran membina ayat. Oxford (1990) telah
menyatakan bahawa guru yang dapat mengajar bahasa Melayu dengan baik akan
mempengaruhi murid belajar bahasa dengan baik. Dengan ini, kajian ini juga dapat memberi
faedah kepada semua murid agar memanfaatkan teknik pembinaan ayat yang diajar oleh guru
semasa mempelajari kemahiran membina ayat untuk meningkatkan penguasaan masing-
masing dalam penulisan bahasa Melayu. Akhir kata, diharapkan segala cadangan kajian yang
diberikan mampu meningkatkan tahap kemahiran membina ayat dan sikap pembelajaran
murid dalam pembinaan ayat bahasa Melayu.

1353
RUJUKAN
A. Rahman Haron, Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff,
Sharfah Nor Puteh & Jamaludin Badusah. (2012). Teknik “SALAK” Dalam Menjana
Idea Membina Ayat Dengan Cepat Dan Kreatif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,
2(2), 83-92.
Abdul Hamid Abdul Rahim, Norzaini Azman & Rohaty @ Norhatiah Mohd. Majzub. (2013).
Pelajar Generasi Pertama Sebagai Sumber Manusia: Motivasi dan Aspirasi
Melanjutkan Pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Malaysian Journal of
Learning Instruction, 10, 203-232.
Abdul Rashid Jamian. (2011). Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu: Masalah dalam
Kalangan Pelajar Bukan Melayu. Jurnal Bahasa 1(1), 1-18.
Adrian Stewart Ngau. (2010). Kesan Rumus “Pelaku+Perbuatan+Huraian” Dalam
Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Karangan Bahagian A UPSR Bahasa Melayu
Murid Tahun Empat. Penyelidikan Tindakan Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun
2010 Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, 13-26. Portal IBPL.
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/Buku%20Koleksi%20PT%20BM%2
02010.pdf
Ali Derakhshan & Elham Karimi. (2015). The Inteference Of First Language And Second
Language Acquisition. Theory And Practice In Language Studies, 5(10), 2112-2117.
Ali Farhadi, Mohsen Hejrati, Mohammad Amin Sadeghi, Peter Young, Cyrus Rashtchian, Julia
Hockenmaier & David Forsyth. (2010). Every Picture Tells A Story: Generating
Sentences From Images. Computer Vision – EECV 2010, 5(11), 15-29. Eduweb.
https://www.cs.cmu.edu/~afarhadi/papers/sentence.pdf

Babbie, E. (2001). The Practice of Social Research 9th Edition. Wadsworth Thomson.
Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah Dan Stilistik Penyelidikan. McGraw-Hill Education.
Freddy Xaviers Jamil. (2010). Kesan Penggunaan Peta Minda Berunsurkan “Kata Tanya”
Dalam Meningkatkan Kemahiran Mengolah Isi Karangan Jenis Keperihalan Bahasa
Melayu Tahun Lima. Penyelidikan Tindakan Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun
2010 Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, 140-156. Portal IPBL.
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/Buku%20Koleksi%20PT%20BM%2
02010.pdf

Griffen Anak Encharang. (2012). Kajian Tindakan: Ayat Topik Dan Ayat Huraian. Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Husin Fateh Din & Nazariyah Sani. (2012). Bahasa Melayu II Akademik. Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Kamarul Amir Razaizat Kamaludin. (2013). Meningkatkan Penguasaan Murid Dalam Teknik
Membina Lima Ayat Berdasarkan Gambar Dalam Bahagian A (Kertas 2) Bahasa
Malaysia. Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia. Slideshare.
https://www.slideshare.net/amiraimanakashah6251/kertas-kajian-khas-2009
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
Bahasa Melayu Tahun 4. Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Khairuddin Mohamad. (2011). Literasi Bahasa Melayu. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Lalitha Hariram. (2011). Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Tunggal Dalam Kalangan
Murid Bermasalah Pembelajaran Melalui Kaedah Rajah Tukar Ganti (RTG).
Academia.
https://www.academia.edu/32638430/MENINGKATKAN_KEMAHIRAN_MEMBINA_AYAT_TU
NGGAL_DALAM_KALANGAN_MURID_BERMASALAH_PEMBELAJARAN_MELALUI_KAEDAH_RA 1354
JAH_TUKAR_GANTI_RTG_
Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2008). Laporan Pencapaian Ujian Peperiksaan Sekolah
Rendah dalam Penulisan Bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2017). Laporan Kupasan Mutu Jawapan Bahasa Melayu
Penulisan SJK. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lilies Suryanti Azemi. (2012). Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk Dalam
Kalangan Murid Tahun 3 Cemerlang. Kajian Tindakan Sarjana Muda. Institut
Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang.
Loh Pei Wen & Zanaton Hj. Iksan. (2019). Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menulis
Ayat Mudah Dengan Pakej Peranti SBK. E-Prosiding Persidangan Antarabangsa
Sains Sosial dan Kemanusiaan 2019, 235-250. Eduweb.
http://conference.kuis.edu.my/pasak4/images/kk/169-KK_LOHPPEI_WEN_ETAL.pdf
Mohamad Sattar Rasul, Rose Amnah Abd Rauf, Busu Sulong & Azlin Norhaini Mansor.
(2012). Kepentingan Kemahiran Kebolehdapatan Kerja kepada Bidang Teknikal.
Jurnal Teknologi, 59, 93-101.
Norizan Che Su. (2018). Pengaruh Bahasa Ibunda Terhadap Pembinaan Struktur Ayat
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Asing. Jurnal Linguistik, 22(2), 10-19.
Oxford, R.L. (1990). Language Learning Strategies: What Every Teacher Should Know. New
York: Cambridge University Press.
Salinawati bt Kamis. (2015). Meningkatkan Kemahiran Dan Minat Membina Ayat Gramatis
Berdasarkan Gambar Melalui Teknik SABK Dalam Kalangan Murid Tahun 3 Mawar.
Kajian Kes Sarjana Muda. Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang.
Zahratulnadirah Ibrahim. (2009). Kesan Rumus “WAT” Dalam Membantu Murid Tahun Lima
Membina Ayat Gambar Tunggal Bahasa Melayu. Penyelidikan Tindakan Seminar
Penyelidikan Tindakan Tahun 2010 Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang,
56-68. Portal IPBL.
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/BM/5%20ARTIKEL%20ZAHR
ATUL.pdf

1355
TAHAP KEMAHIRAN ORTOGRAFI MURID DALAM KEMAHIRAN MENULIS BAHASA
MELAYU.

Aqilah binti Abdul Jalil


aqilah09-929@epembelajaran.edu.my

Mohd Rose Dzidan bin Mohamad Dardan


dzidan65@yahoo.com

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai,
59990, Kuala Lumpur.

ABSTRAK
Kajian ini mengkaji kesalahan ortografi dalam kemahiran menulis ayat bagi murid sekolah rendah.
Kajian ini cuba mencapai objektif untuk mengenal pasti jenis kesalahan yang dilakukan oleh murid
sekolah rendah dalam membina ayat Bahasa Melayu. Selain itu, kajian ini menggunakan reka bentuk
kajian kualitatif dan kaedah kajian kes. Kajian kes melibatkan penyelidik sendiri untuk turun ke lapangan
dan menggunakan temu bual sebagai dapatan utama dan analisis dokumen bagi menyokong hujah
yang diberikan. Seramai 3 orang guru telah diambil sebagai peserta kajian, iaitu seorang guru Sekolah
Kebangsaan, seorang guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan seorang guru Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil. Berdasarkan dapatan kajian, peserta kajian menyatakan beberapa jenis kesalahan
ortografi yang sering dilakukan oleh murid di sekolah mereka dan cara mereka membantu murid mereka
menangani kesalahan ortografi yang dilakukan dalam pembinaan ayat yang dilakukan. Hasil dapatan
kajian ini akan membantu guru yang lain untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid dalam
mempelajari Bahasa Melayu khususnya bagi murid bukan penutur natif dan membantu mereka untuk
berhadapan dengan masalah tersebut.
Kata kunci: masalah ortografi; ; sekolah rendah; kemahiran menulis; murid penutur natif; murid bukan
penutur natif

ABSTRACT
This study examined orthographic errors in sentence writing skills for primary school students. This study
is to achieve the objective of identifying the types of mistakes that students often committed by primary
school students in writing sentences. In addition, this study uses a qualitative study design and case
study methods. The case study involved the researcher to go down to the field and use interviews as
main data for this research and document analysis to support a given argument. A total of 3 teachers
were recruited as study participants, which is a teacher from Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina and Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Based on the findings of the study, study
participants stated some types of orthographic errors that are often committed by students in their school
and the way they helped their students deal with orthographic errors committed in writing of the
sentences. The findings of this study will help other teachers to identify the problems faced by students
in learning Bahasa Melayu, especially for non-native speakers of students and help them to deal with
the problem.
Keywords: orthography problems; ; primary school; writing skills; native speaker students; students are
not native speakers

PENGENALAN
Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah sama ada di peringkat sekolah rendah
mahupun di peringkat pengajian tinggi dalam sistem pendidikan Malaysia seperti yang
termaktub dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan (1981). Bertitik tolak dari sinilah maka
pembelajaran bahasa Melayu menjadi perkara penting dan telah berkembang selaras dengan
Dasar Pendidikan Negara yang mahu menjadikan Bahasa Melayu sebagai alat untuk

1356
menyatupadukan penduduk yang berbilang kaum di negara ini (Aminudin Mansor, 2014).
Pembelajaran Bahasa Melayu menjadi penting kepada murid-murid setelah Kementerian
Pendidikan Malaysia menyeragamkan pelaksanaan dasar pendidikan bahasa. Melaui dasar
ini, Bahasa Melayu dititikberatkan dan digunakan secara meluas di sekolah. Oleh itu, murid-
murid perlu menguasai Bahasa Melayu dengan baik.
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu mempunyai
kemahiran bahasa sebagai teras dan organisasi kandungan yang dipersembahkan dalam
bentuk modular mengikut kepada lima kemahiran. Kemahiran yang dimaksudkan ialah
kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis, aspek
tatabahasa dan aspek seni bahasa (KPM, 2010). Kajian ini memfokuskan kepada modul
kemahiran menulis yang merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan
idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan
pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan perlu diberikan pada penggunaan ayat
yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas (DSKP).
Dalam usaha mempertingkat kemahiran bahasa murid-murid ini, guru mempunyai
peranan yang besar. Menurut Roselan (2003), kemahiran berbahasa merupakan kemahiran
asas yang amat penting dan perlu ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Guru sebagai pelaksana kurikulum perlu mengambil berat tentang objektif
kurikulum yang digubal bagi membolehkan hasrat kerajaan tercapai. Salah satu ciri utama
modal insan yang ditekankan dalam PPPM 2013-2025, ialah pengetahuan. Modal insan yang
cemerlang sememangnya memerlukan pengetahuan yang tinggi demi membangunkan
negara pada masa akan datang. Sehubungan dengan itu, dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) kemahiran bahasa dan aspek bahasa, penerapan ilmu-ilmu lain sangatlah
penting. Menurut Nor Azleenda (2014), guru berperanan memastikan pelajarnya
berpengetahuan. Guru yang mengajar mestilah berpandukan standard pembelajaran yang
telah termaktub dalam dokumen standard sekolah rendah.

PERNYATAAN MASALAH
Kebanyakan murid sering melakukan kesalahan dalam penulisan dari segi kemahiran mekanis
atau motor halus yang akan menyebabkan mereka tidak dapat mencapai markah yang baik
dalam penulisan. Hal ini dikatakan demikian kerana aspek ortografi juga memainkan peranan
dalam membina penulisan yang gramatis. Kesalahan ortografi iaitu kesalahan penggunaan
ejaan dan huruf besar atau kecil paling banyak dilakukan pelajar. Maka jelaslah bahawa
kesalahan ortografi juga memberikan kesan kepada penulisan seseorang itu untuk membina
ayat yang gramatis. Kesalahan ortografi yang dilakukan terlalu banyak akan menghalang
kefahaman pembaca untuk membaca dan memahami isi penulisan kerana ejaan dan tanda

1357
baca yang digunakan mungkin kurang atau tidak sesuai (Zaridah Zuber, 2006; Siti Baidura
binti Kasiran & Nurul Jamilah binti Basri, 2011).
Selain itu, murid juga dilihat kurang menguasai kemahiran ortografi ini yang
menyebabkan mereka melakukan pelbagai kesalahan yang telah disebutkan di atas. Apabila
mereka sudah tidak dapat menguasai kemahiran ini, minat untuk mempelajari dan mendalami
serta memperbaiki kemahiran ini akan kurang yang akan menyebabkan tiada perubahan yang
dapat dilakukan. Hal ini juga akan memberi kesan kepada guru kerana tidak dapat membaca
dan memahami ayat yang ditulis oleh murid yang akan menjejaskan markah pembinaan ayat
murid itu sendiri. Walaupun penguasaan ortografi ini dilihat sebagai perkara yang kecil, namun
besar kesan yang diberikan jika tidak menguasai kemahiran ini dengan baik (Abdul Rasid dan
Zulkafli, 2008; Tiong Hung Ching, 2005).
Masalah ini bukan sahaja melibatkan penutur asli tetapi juga kepada yang menjadikan
bahasa Melayu ini sebagai bahasa kedua. Antara kesalahan tatabahasa yang paling banyak
dilakukan dalam mempelajari bahasa kedua ialah kesalahan ortografi. Murid kebiasaannya
menghadapi masalah kesilapan ortografi semasa menguasai pembentukan perkataan kerana
dipengaruhi oleh bahasa pertama mereka misalnya dalam konteks di Malaysia, murid Cina
mengalami kesukaran mempelajari bahasa Melayu apabila ejaan huruf “r” ditukar dengan
huruf “l”, contohnya lari menjadi lali. Selain bahasa Mandarin, bahasa Inggeris, bahasa Tamil
dan lain-lain lagi juga mempengaruhi kesalahan ortografi yang dilakukan oleh murid yang
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. (Kholood dan Norbert, 2012; Norehan
Muhamad, 2009; Suthanthiradevi J. N. Money, 2004; Medan Sandra Kasih, 2003).
Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran
ortografi murid dalam kemahiran menulis Bahasa Melayu bagi murid yang bersekolah di
sejolah kebangsaan (SK), sekolah jenis kebangsaan cina (SJKC) dan juga sekolah jenis
kebangsaan tamil (SJKT) bagi mencari jalan penyelesaian untuk masalah yang dihadapi oleh
murid-murid dalam memperkukuhkan kemahiran mereka serta cara pengajaran dan
penyampaian guru itu sendiri dalam mengajar dan mempertingkatkan kemahiran ortografi
murid yang penutur natif dan bukan penutur natif.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini cuba untuk mencapai tiga objektif berikut:
1. Untuk mengkaji kesalahan penggunaan aspek ortografi dalam penulisan ayat bahasa
Melayu murid penutur natif dan bukan penutur natif.
2. Untuk mengkajii cara yang sesuai bagi membantu murid natif dan bukan penutur natif
menguasai kemahiran ortografi.
3. Untuk mengkaji pasti faktor luaran yang mempengaruhi kemahiran ortografi murid dalam
penguasaan leksikal asas bahasa Melayu.

1358
SOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian tersebut, kajian ini telah membina tiga soalan kajian. Ketiga-tiga
soalan kajian adalah seperti yang berikut:
1. Apakah kesalahan ortografi yang dilakukan oleh murid dalam mempelajari bahasa
Melayu?
2. Bagaimanakah cara yang dilakukan oleh guru dalam membantu murid mengurangkan
masalah ortografi yang dihadapi mereka?
3. Sejauh manakah faktor luaran mempengaruhi kemahiran ortografi murid dalam
menguasai leksikal asas bahasa Melayu?

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini akan menggunakan kajian jenis kualitatif bagi tujuan melihat tahap penguasaan
kemahiran ortografi murid dalam kemahiran menulis bahasa Melayu. Dalam kajian kualitatif
data-data yang dikumpul digunakan untuk memperhalusi model kajian lalu membentuk
kategori-kategori khusus yang mantap (Rasid Mail & Raman Noordin, 2015). Oleh yang
demikian dalam kajian ini, data kajian akan dikumpulkan melalui triangulasi temu bual dan juga
melalui analisis dokumen bagi menokong data yang diperolehi.
Reka bentuk yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan penyelidikan
kualititatif berasaskan kajian kes berbentuk penerokaan jenis-jenis kesalahan ortografi yang
dibuat oleh murid-murid. Menurut Merriam (2002), kajian kes boleh digunakan untuk
mengumpul data kualitatif bagi memantap dan memahami sesuatu situasi atau fenomena,
program, proses, atau kumpulan sosial secara mendalam terhadap permasalahan yang dikaji.
Dengan menggunakan kaedah ini, jenis kesalahan ortografi yang dilakukan oleh murid dalam
penulisan ayat dapat dikenal pasti. Selain itu juga, kajian ini juga melihat kepada cara guru
membantu murid-murid yang mengalami masalah ortografi di sekolah mereka.
Dalam kualitatif, saiz sampel sebanyak 5 subjek boleh diterima untuk data demografi
yang sama (Chua, 2011). Oleh itu, pengkaji memilih sampel dari demografi yang sama supaya
data yang diperolehi lebih tepat dan kajian ini akan dilakukan sekitar sekolah yang berada di
Kuala Lumpur. Persampelan merupakan strategi penyelidikan bilamana penyelidik boleh
mendapatkan maklumat mengenai sesuatu populasi daripada sebahagian individu yang
menganggotai populasi tersebut (Cohen e. al, 2007). Melalui persampelan bertujuan, data
yang didapati hendaklah dipilih bagi menjawab persoalan kajian (Othman Lebar, 2006;
Rohana Yusof, 2003). Dari sudut pemilihan sampel, pengkaji merasakan lebih sesuai
menggunakan kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling), iaitu kelompok
responden yang mewakili populasi yang hendak dikaji dikenal pasti dan semua individu dalam
kelompok tersebut diambil kira sebagai sampel (Sabitha, 2005).

1359
Pengkaji mengenal pasti tiga buah sekolah berlainan aliran iaitu sekolah kebangsaan,
sekolah jenis kebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil sekitar Kuala Lumpur.
Ketiga-tiga buah sekolah berkenaan dilengkapi dengan guru bahasa Melayu yang mempunyai
pengalaman dalam bidang bahasa Melayu. Kelebihan dan keistimewaan yang terkandung
pada sekolah-sekolah tersebut menjadi sumber tarikan dan kemudahan untuk pengkaji
menjalankan kajian di lokasi tersebut.
Pengkaji akan memilih untuk menjalankan temu bual mendalam kerana kaedah ini
menjadikan penemuramah menjalankan temu bual yang terperinci berdasarkan garis panduan
yang ditetapkan. Isi penting yang disebutkan oleh responden merupakan data penting kajian.
Hal ini kerana temu bual mendalam ini mampu menghasilkan data yang tidak terjangkau oleh
responden kerana batasan masa yang sangat luas khususnya tentang masa lalu. Oleh itu,
pengkaji memilih untuk menemu ramah seorang guru Bahasa Melayu dari setiap satu sekolah
kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan cina dan sekolah kebangsaan tamil
Selain itu, pengkaji juga akan menggunakan kaedah analisis dokumen untuk
mengumpul data. Pengumpulan data melalui analisis dokumen dapat memberikan maklumat
yang relevan kepada isu dan masalah yang dikaji (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008).
Pada amnya, analisis dokumen ialah pecahan kaedah pengumpulan data penyelidikan
daripada analisis kandungan yang merupakan huraian objektif terhadap mesej komunkasi
yang dicetak, disiarkan atau digambarkan. Pengumpulan data melalui analisis dokumen dapat
memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan masalah yang dikaji. Dokumen adalah
sumber yang paling mudah kepada pengkaji kerana maklumat yang diperlukan sedia ada dan
sukar untuk menipu.
Menurut Bodgon & Biklen (2003) kesahan muka dan kebolehpercayaan yang
digunakan oleh pengkaji dalam kajian kualitatif ini melibatkan beberapa langkah iaitu
pengesahan inventori soalan separuh berstruktur oleh penyelia dan pakar bidang, triangulasi
data, dan pengesahan pakar terhadap tema yang dibina. Dalam menentukan kesahan
instrumen kajian, dua jenis kesahan instrumen akan digunakan iaitu kesahan muka dan
kesahan kandungan. Beberapa orang pakar yang mempunyai kemahiran dan pengalaman
yang luas dalam membina instrumen akan dipilih bagi menentukan kesahan berkenaan
ketepatan penggunaan bahasa, ejaan dan sebagainya mengikut laras bahasa yang difahami
responden kajian.
Seterusnya, kesahan item-item yang terdapat di dalam instrumen juga akan diambil
kira. Item-item dinilai dan dipastikan agar dapat mewakili semua konstruk yang akan
ditetapkan dalam kajian ini. Triangulasi data dalam kajian ini melibatkan triangulasi antara
temu bual guru Bahasa Melayu dari tiga buah jenis sekolah yang berlainan yang disokong oleh
triangulasi data analisisi dokumen iaitu buku latihan murid, rancangan pengajaran harian guru,
dan laporan prestasi murid. Kedua-dua alat kajian ini mempunyai hubungan yang berkaitan

1360
dalam menjalankan kajian ini. Dalam sesebuah kajian kualitatif, lagi banyak data
ditriangulasikan maka lagi tinggi ketepatan fakta dan lagi kuat kesahannya. Justeru itu,
triangulasi data amat diberi perhatian dalam meningkatkan mutu data.

DAPATAN KAJIAN
Pengkaji telah menemu bual ketiga-tiga peserta kajian. Temu bual yang dijalankan telah
dirakam dan transkripsi temu bual tersebut telah disahkan oleh peserta kajian sendiri. Pengkaji
menemu bual peserta kajian untuk menjawab tiga persoalan kajian ini. Respon daripada
ketiga-tiga peserta kajian telah dikodkan di bawah satu tema bersama sub-sub tema bagi
melihat triangulasi data yang berlaku dan data temu bual tersebut disokong dengan data
daripada analisis dokumen.
Berdasarkan temu bual yang telah dijalankan bersama peserta kajian, pengkaji
mendapati bahawa terdapat beberapa kesalahan ortografi yang sama dilakukan oleh murid
penutur natif dan murid yang bukan penutur natif. Kesalahan ejaan murid lebih kepada
perkataan pinjaman daripada Bahasa Inggeris. Data yang didapati melalui analisis buku
latihan murid menunjukkan murid mengalami kecelaruan dalam mengeja sesuatu perkataan
yang diadaptasi daripada Bahasa Inggeris. Contohnya adalah seperti yang berikut:

Ejaan yang betul bagi perkataan pinjaman tersebut ialah telefon. Namun, murid
mengalami kecelaruan dengan mengeja telefon dalam Bahasa Inggeris iaitu ‘telphone’. Ada
juga murid yang membuat kesalahan dalam mengeja perkataan televisyen. Mereka mengeja
perkataan tersebut dengan singkatannya iaitu tv seperti yang dapat dilihat dalam gambar di
bawah:

Penyelidik: Ok, soalan seterusnya, mengenai teknikal ayat, apakah komponen


ortografi yang paling ketara dalam kesalahan yang pernah dilakukan
oleh murid cikgu?
Guru 1: Dari segi ejaan lah biasanya, kadang-kadang diorang tertinggal huruf,
kadang-kadang-kadang perkataan yang macam berimbuhan

1361
contohnya menguatkan mereka eja menuatkan macam tu lah diorang
tak dapat nak tahu hukum tu yang tu susah sikit lah dekat diorang.
TB - G1 (B56-B59)
Penyelidik: Ok, saya ingin bertanya mengenai teknikal dalam kemahiran menulis,
jadi apa kelemahan dalam kemahiran ortografi yang cikgu boleh lihat
dengan jelas dalam murid cikgu?
Guru 2: Seterusnya dalam bidang penggunaan imbuhan bagi murid sekolah
tamil ni lebih kepada tidak mempraktikkan diri mereka menggunakan
imbuhan yang betul kadang kala dalam pengguguran P, pengguguran
S, bahagian tu murid masih lemah.
TB - G2 (B106-B110)
Penyelidik: Antara yang berikut, komponen manakah yang dilihat lemah dalam
kalangan murid tuan/puan serta bagaimana tuan/puan memantau
kesilapan yang dilakukan oleh murid?
Guru 2: Seterusnya, murid ada juga yang ada masalah ejaan waktu imbuhan
berlaku dalam perkataan, contohnya macam tertinggal huruf waktu
imbuhan atau waktu pengguguran yang menyebabkan mereka ini salah
dari segi ejaan.
TB - G3 (B40-B43)
Dapatan daripada ketiga-tiga temu bual ini telah menunjukkan bahawa murid sememangnya
mempunyai masalah dalam ejaan apabila berlaku beberapa proses imbuhan pada perkatan
tersebut. Apabila mereka tidak memahami proses imbuhan yang berlaku, mereka secara tidak
langsung akan menghadapi masalah apabila ingin mengeja sesuatu perkataan yang
mengalami proses imbuhan. Murid keliru dan menyebabkan mereka mengalami kesalahan
ejaan yang melibatkan imbuhan. Kenyataan di atas disokong dengan buku latihan murid, yang
jelas menunjukkan bahawa murid keliru mengenai proses imbuhan yang berlaku.

Dokumen di atas menunjukkan bahawa murid tidak dapat membina ayat yang gramatis kerana
maksud yang ingin disampaikan tidak dapat disampaikan dengan baik kerana kesalahan ejaan
yang melibatkan imbuhan berlaku dalam ayat tersebut. Ejaan bagi perkataan tersebut
sepatutnya membawa namun murid tidak dapat mengeja dengan baik kerana tidak memahami
proses imbuhan yang berlaku dengan baik. Selain itu, murid juga mengalami kesalahan ejaan
dalam imbuhan apabila murid keliru mengenai huruf yang betul dalam mengeja sesuatu
perkataan imbuhan tersebut. Contohnya adalah seperti yang berikut:
1362
Kelemahan seterusnya yang dilihat dalam kemahiran ortografi ini ialah murid mengalami
masalah dalam membezakan penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Ketiga-tiga peserta
kajian menyatakan bahawa, masalah huruf besar juga sering berlaku dalam kalangan murid
mereka seperti yang dinyatakan oleh G1 dalam temu bualnya:
Penyelidik: Masalah lain bagaimana pula ya cikgu?
Guru 1: Tanda baca ni, kalau sekolah rendah koma dengan titik je.Tapi
selalunya kadang-kadang saya marking paper pun bukan tanda baca
je tapi huruf besar juga murid tidak peka dengan menulis dalam huruf
kecil.
TB - G1 (B75-B77)
Penyelidik: Ok, saya ingin bertanya mengenai teknikal dalam kemahiran menulis,
jadi apa kelemahan dalam kemahiran ortografi yang cikgu boleh lihat
dengan jelas dalam murid cikgu?
Guru 2: Kebiasaannya masalah yang saya hadapi ialah selepas noktah, mereka
terus dengan huruf kecil, tidak menggunakan huruf besar. Ini selalu
berlaku bila murid telah menulis ayat pertama, bila nak sambung ayat
kedua tu mereka lupa huruf besar awal ayat. So, itu merupakan suatu
masalah.
TB - G2 (B96-B102)

Penyelidik: Antara yang berikut, komponen manakah yang dilihat lemah dalam
kalangan murid tuan/puan serta bagaimana tuan/puan memantau
kesilapan yang dilakukan oleh murid?
Guru 2: Ok aaa kelemahan murid dalam kemahiran menulis aaa berdasarkan
pemerhatian saya, murid masih lemah dalam membezakan
penggunaan huruf besar dan huruf kecil macam huruf P,M dengan C.
TB - G3 (B36-B38)
Kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil ini dapat dibuktikan lagi
dengan hasil latihan murid yang didapati dalam buku latihan mereka seperti yang di bawah:

Kesalahan huruf besar di atas melibatkan kata nama khas yang mana nama seseorang itu
perlulah bermula dengan huruf besar. Murid menggunakan huruf kecil bagi kata nama khas

1363
yang tentunya merupakan satu kesalahn ortografi yang jelas dalam penggunaan huruf besar.
Seterusnya ialah murid membuat kesalahan dengan memulakan ayat dengan huruf kecil dan
tidak menggunakan huruf besar. Contohnya seperti yang berikut:

Pelbagai cara yang dilakukan oleh guru dalam membantu murid-murid mereka dalam
memperbaiki kemahiran ortografi ini. Ketiga-tiga peserta kajian ini dilihat menggunakan cara
yang hampir sama iaitu pembetulan berulang kali dengan mengaplikasikan Hukum Latihan
Thorndike. G1 telah menyatakan bahawa pembetulan berulang kali ini dapat memberi kesan
kepada murid. Dapatan temu bual di atas menunjukkan bahawa murid akan berhenti membuat
kesalahan yang sama kerana tidak mahu membuat pembetulan berulang kali. Teori Hukum
Latihan Thorndike juga ada menyatakan bahawa hubungan ransangan dan gerak balas akan
menjadi kukuh dengan adanya pengulangan dan latihan yang banyak serta pelbagai. Selain
daripada membuat latih tubi, guru juga mengaplikasikan teknik menyalin semula. Menurut
hasil temu bual bersama G2, mengatakan bahawa murid akan kurang melakukan kesalahan
apabila mereka hanya menyalin petikan yang ada dalam buku teks. G3 juga menyatakan
bahawa penggunaan latih tubi menyalin atau lebih dikenali sebagai imlak ini sering digunakan
dalam bilik darjah bagi membantu murid mengatasi masalah dalam kemahiran ortografi ini.
Faktor utama yang dilihat mempengaruhi kemahiran ortografi murid ialah faktor kesedaran dan
kesediaan murid itu sendiri. Walapun guru telah melakukan pelbagai cara untuk emmbantu
murid untuk menguasai kemahiran ortografi ini, namun murid itu sendiri memainkan peranan
yang besar dalam membantu dirinya sendiri untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan
yang dihadapi.Dapatan temu bual bersama G2 juga ada menyatakan bahwa murid tidak
memandang serius terhadap pembelajaran mereka. Apabila murid hanya memandang enteng
mengenai pembelajaran mereka, ini akan sedikit sebanyak mempengaruhi kemungkinan
mereka untuk melakukan kesalahan ortografi.
Selain daripada kesediaan murid, faktor seperti keluarga dan persekitaran juga
mempengaruhi kemahiran ortografi murid-murid seperti yang didapati dalam temu bual saya
bersama ketiga-tiga peserta kajian. Faktor keluarga dan persekitaran ini kebiasaanya dapat
dikesan dalam kalangan murid penutur bukan natif. Masalah yang dialami adalah apabila
murid membuat terjemahan secara terus daripada bahasa ibunda mereka ke Bahasa Melayu.
Pernyataan ini disokong oleh dapatan temu bual saya bersama G1, G2 dan G3. Dapatan temu
bual adalah seperti yang berikut:

1364
G1 Mmm saya rasa latar belakang murid tu dengan persekitaran memang
memainkan peranan dalam kemahiran ortografi tersebut sebab pergaulan
mereka kan (B80, B81, B82).

G2 Kadang-kadang interaksi dengan jiran yang berlainan bangsa, murid yang


mempunyai persekitaran dengan kaum lain berkomunikasi dalam bahasa lain,
keadaan komunikasi berubah disebabkan ada jiran-jiran yang berlainan kaum
(B136, B137, B138, B139).

G3 Tidak dinafikan juga, latar belakang murid dan persekitaran juga


mempengaruhi kemahiran ortografi murid. Mungkin hal ini seperti penggunaan
dialek, pergaulan dan penggunaan bahasa pasar di rumah (B63, B64, B65).

Selain itu, kemahiran menulis mereka juga dipengaruhi oleh pertuturan mereka. Oleh
itu, cara menulis dan ejaan mereka dipengaruhi oleh cara pertuturan mereka tersebut.
Akibatnya, bahasa yang ditulis merupakan bahasa terjemahan yang janggal bunyinya
daripada struktur ayat dan tidak menepati pola ayat Bahasa Melayu.

KESIMPULAN, CADANGAN, DAN IMPLIKASI


Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga peserta kajian menyatakan bahawa murid
mengalami masalah dalam kemahiran ortografi ini berkaitan dengan ejaan, ejaan yang
melibatkan imbuhan, penggunaan huruf besar dan huruf kecil serta struktur ayat murid. Hal ini
dikatakan demikian kerana dapatan daripada analisis dokumen telah menunjukkan bahawa
murid mempunyai masalah dalam perkara yang disebutkan di atas. Murid tidak peka dengan
ejaan Bahasa Melayu yang betul dan banyak ejaan yang terpengaruh dengan ejaan Bahasa
Inggeris. Selain itu, murid juga mempunyai masalah dalam mengeja perkataan yang
mengalami proses imbuhan dengan betul. Selepas pengkaji mengenal pasti jenis kesalahan
ortografi yang kebiasaannya dilakukan oleh murid dalam pembinaan ayat, pengkaji melihat
pula kepada cara guru membantu murid dalam mengatasi masalah ortografi yang dihadapi
murid mereka. Hasil dapatan temu bual kajian ini, pengkaji mendapati bahawa ketiga-tiga
peserta kajian mengaplikasikan Teori Hukum Latihan Thorndike. Kelemahan dan masalah
yang dihadapi sedikit sebanyak dipengaruhi oleh kesediaan dan keupayaan murid itu sendiri.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh guru untuk mengatasi dan membantu murid dalam
memantapkan lagi kemahiran ortografi mereka. Namun, kesedaran untuk memperbaiki
kelemahan mereka ialah diri murid itu sendiri. Menurut dapatan temu bual, ketiga-tiga peserta
kajian menyatakan bahawa keupayaan murid merupakan faktor terbesar dalam
mempengaruhi kemahiran ortografi mereka.

1365
Namun dalam kajian ini teori diadaptasi dan digunakan dalam menganalisis kesalahan
secara terperinci aspek sebutan bahasa Melayu ke atas murid bukan penutur natif yang
mendapat banyak peluang untuk menggunakannya dalam aktiviti seharian di sekolah. Analisis
bahasa adalah bertujuan untuk mengenal pasti kesilapan dan kesalahan ortografi yang
dilakukan oleh murid. Walaupun terdapat banyak kajian analisis bahasa yang telah
dilaksanakan namun kebanyakan kajian tersebut dilaksanakan kepada murid-murid yang
berada pada satu aliran sahaja mahupun sekolah menengah. Tambahan pula, masih kurang
kajian yang berfokus kepada murid-murid di sekolah rendah yang melihat kepada ketiga-tiga
jenis sekolah rendah yang ada di Malaysia, maka kajian ini telah dapat mengisi kelompangan
tersebut. Yong Chyn Chye (2012), menyatakan bahasa penganalisian kesilapan yang
dilakukan oleh murid dapat mencerminkan kesulitan yang dihadapi oleh mereka. Kesulitan
yang ditemui ini akan menjadi fokus pengajaran kepada guru di sekolah supaya dapat
membantu guru dalam merancang sesi pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan
itu, kajian ini dapat membantu guru-guru di luar sana untuk mempraktikkan analisis bahasa ini
dalam usaha untuk mengetahui kelemahan murid. Hal ini dikatakan demikian kerana guru
boleh menyediakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian kepada murid
setelah guru mengetahui kelemahan murid dalam kemahiran ortografi. Misalnya, guru
merancang sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pendekatan induktif
supaya murid dapat faham dengan lebih jelas apabila diterangkan secara beransur maju.
Guru harus berusaha mempertingkatkan ilmu dan mutu pengajaran mereka iaitu
dengan banyak membaca, mengkaji serta menghadiri seminar, dan begitu juga dengan
kursus-kursus yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam bidang
pengajaran bahasa supaya mereka dapat berinovatif terhadap sesi PdP mereka. Mereka
harus bijak mempelbagaikan kaedah, pendekatan dan teknik dalam pengajaran bahasa
khususnya penekanan terhadap beberapa aspek tatabahasa, selaras dengan tujuan
pengajaran, suasana pembelajaran dan tahap kebolehan murid agar dapat menimbulkan
kesan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Namun, tiada salahnya jika waktu-waktu
tertentu yang sesuai pengajaran bahasa dibuat secara formal.
Pada pendapat pengkaji, terdapat beberapa langkah yang boleh dilaksanakan bagi
mempertingkatkan keupayaan murid dalam membina ayat yang gramatis dalam bahasa
Melayu. Antara langkah tersebut ialah penggunaan teknik pengajaran yang sesuai. Teknik
pengajaran yang sesuai dan berkesan dapat membimbing dan membantu murid belajar
dengan berkesan serta memupuk minat murid dalam mempelajari bahasa. Hal ini dikatakan
demikian kerana, murid dapat mengukuhkan kecekapan bahasa mereka jika amalan-amalan
psikolinguistik dalam pengajaran guru menarik dan berkesan.
Akhirnya, walaupun kajian ini merupakan kajian kes yang dilakukan hanya di tiga buah
sekolah, namun diharapkan dapat menjelaskan jenis-jenis kesilapan yang sering dilakukan

1366
oleh murid dalam penulisan ayat bahasa Melayu. Kajian yang dilaksanakan ini diharapkan
dapat membantu semua pihak yang terbabit sama ada secara langsung atau sebaliknya.
Beberapa cadangan untuk dilaksanakan oleh pihak kementerian dan guru bahasa Melayu
khususnya sebagai langkah untuk mengatasi masalah kesilapan ortografi murid. Kajian ini
diharapkan dapat memberi impak yang baik pada pendidikan yang akan datang supaya
bertambah maju.
RUJUKAN

Abdullah Hassan. (2006). Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Publications.

Babbie E. (2010). The Practice of Social Research. USA: Wadsworth Cengage Learning.

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia).

Cohen L., Manion L., and Morrison K. (2007). Research Methods in Education. (6th Ed.) USA:
Routledge.

Creswell, J. W. (2005). Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating


Quantitative & Qualitative Researchs. New Jersey: Prentice Hall.

Jeyagobi a/l Dhamodarem. (2008). Persepsi dan sikap guru Bahasa Melayu terhadap
kemahiran menulis di sekolah rendah kawasan Pensiangan-Salinatan daerah Nabawan,
Sabah: Satu analisis. Jurnal Penyelidikan Institut Perguruan Islam.

Kamaruddin Hj. Hussin. (1997). Psikologi Bilik Darjah: Asas Pedagogi. Petaling Jaya: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Kurikulum Standard Sekolah Kebangsaan. Kuala


Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Khairunnadiah Mohd Samuddin & Pramela Krish (2018). English Orthographic Depth Among
Malay Learners At A Primary School. The Southeast Asian Journal of English Language
Studies – Vol 24(1): 56 – 68

Koh Boh Soon. (1990). Pengajaran Tatabahasa Bahasa Malaysia: Prinsip dan Teknik. Petaling
Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Lee Keok Cheong, Zakri Abdullah & Chua Lay Nee. (2018). Penyelidikan dalam Pendidikan.
Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Mahzan Arshad. (2008). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu: Strategi Perancangan dan
Pelaksanaan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim. (2004). Bahasa Melayu sedekad yang lalu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
& Pustaka.

Othman Mohamed. (2001). Penulisan Tesis dalam bidang sains sosial terapan. Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Rasid Mail & Raman Noordin. (2015). Penyelidikan Peringkat Sarjana, Pendekatan Kualitatif
sebagai Altenatif. Kota Kinabalu, Malaysia: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.

1367
Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan Bahasa Melayu: Senario, teori
dan panduan untuk guru dan murid. Kuala Lumpur: Karisma Publications Sdn.Bhd.

Sabitha Marican. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Petaling Jaya, Selangor: Pearson
Prentice Hall.

Siti Baidura binti Kasiran & Nurul Jamilah binti Basri. (2011). Analisis Kesalahan Tatabahasa
Bahasa Melayu Dalam Karangan Pelajar Asing. Kuala Lumpur: Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu 2. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Tiong Houng Ching. (2005). Membaiki tulisan pelajar tingkatan peralihan dengan
menggunakan kaedah ansur maju. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan Terbitan
bersama MP Batu Lintang dan Pejabat Pelajaran Gabungan Bahagian Sri Aman, 84-96.

Yahya Othman. (2005). Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Petaling Jaya: PTS
Professional Sdn. Bhd.

Yong Chyn Chye & Vijayaletchumy a/p Subramaniam. (2012). Analisis Kesilapan Dalam
Pembelajaran Bahasa Melayu Oleh Pelajar Asing. GEMA Online™ Journal of Language
Studies Volume 12(2), May 2012.

Zaidon, S., & Ayob, A. (2013). Kemahiran Bahasa, Penjanaan Idea Dan Penulisan Kanak-
Kanak Prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 2, 58 - 82.

Zaridah Zuber. (2006). Meningkatkan kemahiran penggunaan huruf besar bagi murid tahun 2
pandai menggunakan teknik warna. Jurnal Pendidikan: UKM.

1368
PENGGUNAAN KOSA KATA BAHASA MELAYU UNTUK MENINGKATKAN PENULISAN
KARANGAN DALAM KALANGAN MURID TAHAP 2

Azemah Azani binti Ahmad Yani


azemah09-930@epembelajaran.edu.my

Raymond Mohanraj Paul a/l Paul David


raymond@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengenal pasti penggunaan kosa kata Bahasa Melayu untuk meningkatkan
penulisan karangan dalam kalangan murid Tahap 2. Fokus utama kajian adalah mengenai kekangan
dan cara meningkatkan penggunaan kosa kata Bahasa Melayu dalam penulisan karangan murid Tahap
2. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kuantitatif iaitu kaedah tinjauan. Responden
kajian melibatkan 45 orang guru Bahasa Melayu sekolah rendah di sekitar Zon Sentul, Kuala Lumpur.
Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang mempunyai 23 item. Soal selidik tersebut
mengandungi demografi responden, kekangan dan cara meningkatkan penggunaan kosa kata Bahasa
Melayu dalam penulisan karangan murid Tahap 2. Data kajian telah dianalisis menggunakan analisis
deskriptif. Perisian Statistical for Social Science (SPSS) Versi 26 telah digunakan untuk mendapatkan
peratus, frekuensi, min dan juga sisihan piawai. Dapatan kajian mendapati bahawa kekangan
penggunaan kosa kata Bahasa Melayu dalam penulisan karangan murid Tahap 2 berada pada tahap
tinggi dengan nilai min 3.79. Selain itu, cara meningkatkan penggunaan kosa kata Bahasa Melayu
dalam penulisan karangan murid Tahap 2 berada pada tahap yang sangat tinggi dengan nilai min 4.44.
Kajian ini memberikan satu implikasi yang jelas terhadap penggunaan kosa kata yang boleh mendorong
untuk meningkatkan penulisan karangan murid Tahap 2. Oleh itu, guru perlu meningkatkan penggunaan
kosa kata Bahasa Melayu murid melalui pelbagai cara agar penulisan karangan murid dapat
ditingkatkan ke tahap yang lebih baik.
Kata kunci: penggunaan, kosa kata Bahasa Melayu, penulisan karangan, guru.

ABSTRACT
This study is aimed at identifying the use of Malay vocabulary to improve writing of essays among Level
2 students. The main focus of the study was on constraints and ways to increase the use of Malay
vocabulary in writing level 2 pupils. This study was conducted using quantitative design, the survey
method. Respondents of the study involved 45 primary school Malay Teachers around Sentul Zone,
Kuala Lumpur. This study used questionnaire instruments with 23 items. The questionnaire contains
demographics of respondents, constraints and ways of increasing the usage of Malay vocabulary in
writing essays by Level 2 students. The study data was analyzed using descriptive analysis. Statistical
for Social Science (SPSS) Version 26 software was used to obtain percentage, frequency, mean and
even standard deviation. The findings found that the constraints on the use of Malay vocabulary in writing
by Level 2 pupils were at a high level with a mean value of 3.79. In addition, the way to increase the
usage of Malay vocabulary in writing essays for Level 2 students is at a very high level with a mean
value of 4.44. This study provides a clear implication on the use of vocabulary which can encourage to
increase writing of level 2 students. Therefore, teachers need to improve the usage of the vocabulary of
Bahasa Melayu pupils through various ways so that the writing of students' essays can be improved to
a better level.
Keywords: usage, Malay vocabulary, essay writing, teacher.

1369
PENGENALAN
Merujuk kepada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Bahasa Melayu telah diiktiraf dan
diisytiharkan sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Oleh hal yang demikian,
Bahasa Melayu memikul dua tugas besar iaitu menjadi bahasa pentadbiran dan bahasa
pengantar pendidikan (Rohana et al., 2018). Selain itu, Bahasa Melayu ini juga telah dianggap
sebagai bahasa yang mudah dan mampu difahami oleh setiap kaum (Indumathy, 2013). Oleh
yang demikian, adalah wajar untuk setiap murid di Malaysia ini mempunyai penguasaan kosa
kata Bahasa Melayu yang baik memandangkan Bahasa Melayu ini telah diterapkan kepada
mereka sejak mereka berada di bangku sekolah rendah lagi. Malah, individu yang mempunyai
bilangan atau saiz kosa kata Bahasa Melayu yang banyak merupakan penutur yang baik serta
turut mempengaruhi penguasaan kemahiran penulisan karangan yang dimiliki mereka
(Muhammad Zahri & Muhammad Haron, 2016).
Che Radiah Mezah (2009) menjelaskan bahawa kosa kata adalah sangat berperanan
untuk menghasilkan sebuah wacana yang baik. Meskipun saiz kosa kata yang dimiliki murid
ini merujuk kepada strategi dan teknik yang digunakan oleh guru semasa melakukan
pengajaran dan pembelajaran (PdP), namun murid juga tidak seharusnya hanya bergantung
harap kepada usaha yang dilakukan oleh guru semata-mata. Melihat kepada pembelajaran
Bahasa Melayu ini, aspek seperti kosa kata, sebutan dan tatabahasa juga merupakan aspek
yang sangat penting. Malah, adalah wajar untuk murid yang mempelajari bahasa untuk
menguasai sekurang-kurangnya 3000 kelompok perkataan untuk berkomunikasi dan juga
menulis (Amirul Mukminin & Zamri Mahamad, 2019). Walau bagaimanapun, Zamri et.al (2010)
di dalam kajiannya menyatakan bahawa penguasaan Bahasa Melayu masih berada pada
tahap yang tidak memuaskan meskipun Bahasa Melayu telahpun mendapat tempat dan
pasaran yang penting di dalam dunia pendidikan. Jelasnya, murid-murid mempunyai
kekangan dalam menguasai dan menggunakan kosa kata Bahasa Melayu dengan baik
meskipun sudah diberikan pendedahan sejak awal persekolahan lagi.

PERNYATAAN MASALAH
Sudah menjadi kemestian untuk setiap guru memainkan peranan mereka dengan sangat baik
dalam memastikan proses pembelajaran dan pengajaran berkesan dan berjaya. Setiap guru
perlu peka akan kelemahan atau masalah yang dihadapi murid di dalam pembelajaran dan
cuba mengatasinya dengan inisiatif yang terbaik. Dilihat bahawa ramai murid menghadapi
masalah untuk menggunakan kosa kata semasa menulis karangan sama ada semasa di
dalam kelas mahupun ketika menghadapi ujian peperiksaan. Menurut Singh (2016), beliau
menyatakan pihak guru tetap bertanggungjawab untuk memberikan sumber kosa kata kepada
murid untuk menulis agar penulisan yang dihasilkan adalah baik di samping usaha mereka
sendiri.

1370
Jelasnya, hanya murid yang terdiri dalam kalangan murid yang cemerlang sahaja yang
menggunakan kosa kata dengan baik dan meluas di dalam penulisan karangan mereka. Hal
ini telah mempengaruhi keputusan peperiksaan murid dan menurut Mohd Solihin et al. (2017),
kegagalan murid untuk menggunakan kosa kata dengan baik semasa menulis karangan akan
menyebabkan murid berasa rendah diri dan masalah disiplin merosot. Selain itu, murid
menggunakan perkataan yang sama dan berulang untuk menyampaikan sesuatu mesej sama
ada secara lisan mahupun tulisan. Murid seolah-olah tidak mempunyai variasi perkataan
sedangkan mereka sebenarnya didedahkan dengan pelbagai perkataan semasa PdP
dilaksanakan. Malah, murid tidak memahami akan maksud kosa kata yang digunakan semasa
menulis karangan. Guru seharusnya memastikan murid bukan sakadar mengetahui perkataan
tetapi memahami pelbagai aspek dan konstruk kosa kata untuk menulis karangan dengan baik
(Zunita, 2016). Jelaslah seperti yang dikatakan oleh Zhang & Li (2011) bahawa tanpa kosa
kata, seseorang murid itu tidak akan dapat menguasai kemahiran menulis terutamanya
menulis karangan.
Pengkaji juga mendapati murid mengalami masalah untuk menghasilkan sebuah
karangan yang mantap dan berkualiti berdasarkan arahan yang diberikan di dalam soalan.
Murid seperti kekurangan idea dan tidak mampu mengolah idea ke dalam bentuk penulisan
yang baik. Berdasarkan Milton (2013), pengetahuan kosa kata yang dikuasai boleh
mempengaruhi kualiti penulisan. Penggunaan kosa kata yang lemah ini juga memberi impak
kepada murid semasa menulis menyebabkan penulisan menjadi tidak lancar. Selain itu,
pengkaji mendapati murid mengambil masa yang lama untuk mendapatkan dan menggunakan
kosa kata yang sesuai untuk ditulis di dalam ayat semasa menulis karangan (Nurain Syafina
& Norhayuza, 2019).

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini mengandungi dua objektif seperti yang berikut:
1. Mengenal pasti kekangan penggunaan kosa kata Bahasa Melayu dalam penulisan
karangan murid Tahap 2.
2. Mengenal pasti cara meningkatkan penggunaan kosa kata Bahasa Melayu dalam
penulisan karangan murid Tahap 2.

SOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian tersebut, kajian ini telah membina dua soalan kajian. Kedua-dua
soalan kajian adalah seperti yang berikut:
1. Apakah kekangan penggunaan kosa kata Bahasa Melayu dalam penulisan karangan
murid Tahap 2?
2. Apakah cara meningkatkan penggunaan kosa kata Bahasa Melayu dalam penulisan
karangan murid Tahap 2?

1371
METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah tinjauan. Menurut
Abdul Jawi Abroh Sawi & Mohd Yusof Abdullah (2010), kajian tinjauan adalah bertujuan untuk
memberi perhatian kepada penghuraian, penjelasan dan penerokaan kepada perkara yang
dikaji. Kajian ini menggunakan instrumen berbentuk soal selidik sebagai alat kajian bagi
memperoleh data dalam bentuk ukuran kuantitatif. Pendekatan kuantitatif adalah untuk
mendapatkan fakta dengan menggunakan pengukuran objektif dan analisis statistik data
numerik bagi memahami dan menjelaskan sesuatu perkara atau fenomena yang boleh
dijadikan panduan kepada amalan dan polisi (Gay & Airasian, 2000). Sehubungan dengan itu,
kajian ini mengenal pasti penggunaan kosa kata Bahasa Melayu untuk meningkatkan
penulisan karangan dalam kalangan murid Tahap 2.
Dalam kajian ini, penggunaan kosa kata Bahasa Melayu dalam penulisan karangan ini
ditinjau melalui soal selidik. Soal selidik tersebut ditadbirkan melalui platform Google Form
bagi mengumpulkan maklumat dalam kajian ini. Hal ini demikian kerana soal selidik lebih
praktikal dan berkesan untuk digunakan dalam populasi yang besar, bahkan ia sesuai
digunakan bagi mengukur faktor-faktor yang terbatas skopnya (Fraenkel et al., 2015). Soal
selidik yang digunakan telah diadaptasi berdasarkan Inventori Strategi Pembelajaran Bahasa
(SPB) Zamri et al. (2010) dan disahkan oleh pakar bidang, pakar bahasa dan juga pakar
metodologi.
Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini mengandungi 23 item yang terbahagi
kepada tiga bahagian. Bahagian A ialah demografi responden yang mendapatkan maklumat
seperti jantina, bangsa dan juga pengalaman mengajar. Bahagian B mengandungi 10 item
yang meninjau kekangan penggunaan kosa kata Bahasa Melayu dalam penulisan karangan
Tahap 2 manakala Bahagian C mengandungi 10 item yang meninjau cara meningkatkan
penggunaan kosa kata Bahasa Melayu dalam penulisan karangan murid Tahap 2.
Instrumen soal selidik dalam kajian ini diuji melalui kajian rintis kepada 30 orang
responden. Hasil analisis data kajian rintis mendapati bahawa nilai kebolehpercayaan Alpha
Cronbach bagi soal selidik ialah 0.9 yang bermaksud kebolehpercayaan yang sangat tinggi.
Dalam kajian ini, soal selidik dijawab oleh 45 orang responden di sepuluh buah sekolah dalam
kawasan Zon Sentul, Kuala Lumpur. Akhirnya, data soal selidik dianalisis secara deskriptif
iaitu melihat kepada peratus, frekuensi, skor min dan juga sisihan piawai. Tafsiran skor min
telah diadaptasi daripada Izani dan Yahya (2014) dan ditunjukkan dalam Jadual 1.

1372
Jadual 1
Interpretasi skor min
Skala Tahap
1.00-1.89 Sangat Rendah
1.90-2.69 Rendah
2.70-3.49 Sederhana
3.50-4.29 Tinggi
4.30-5.00 Sangat Tinggi

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Kekangan Penggunaan Kosa Kata Bahasa Melayu Dalam Penulisan Karangan Murid
Tahap 2
Dapatan kajian ini menjawab dua soalan kajian iaitu berkaitan kekangan penggunaan kosa
kata Bahasa Melayu dalam penulisan karangan Tahap 2 dan cara meningkatkan penggunaan
kosa kata Bahasa Melayu dalam penulisan karangan murid Tahap 2. Berdasarkan Jadual 2,
semua item kekangan penggunaan kosa kata Bahasa Melayu dalam penulisan karangan
murid Tahap 2 berada pada tahap tinggi kecuali item 2 sahaja berada pada tahap sederhana.

Jadual 2
Analisis kekangan penggunaan kosa kata Bahasa Melayu dalam penulisan karangan murid
Tahap 2

Bil Item Sisihan Min


piawai
1 Murid saya menggunakan kosa kata yang sama semasa menulis .706 4.04
karangan.
2 Murid saya menggunakan kosa kata tanpa mengetahui makna 1.036 3.29
semasa menulis karangan
3 Murid saya menggunakan kosa kata umum sahaja semasa menulis .853 4.00
karangan.
4 Murid saya bertanya kepada rakan untuk menggunakan kosa kata .968 3.71
semasa menulis karangan.
5 Murid saya mengambil masa yang lama untuk menggunakan kosa .976 3.84
kata yang sesuai semasa menulis karangan.
6 Murid saya menggunakan kosa kata dengan kesalahan ejaan .905 3.67
semasa menulis karangan.
7 Murid saya menggunakan kamus untuk mendapatkan kosa kata 1.099 3.56
semasa menulis karangan.
8 Murid saya sering bertanya guru untuk menggunakan kosa kata .737 3.96
semasa menulis karangan.

1373
9. Murid saya menggunakan kosa kata yang tidak tepat sehingga .793 3.91
menjadikan ayat mereka tidak gramatis semasa menulis karangan.
10 Murid saya kurang yakin untuk menggunakan kosa kata yang .892 3.98
panjang semasa menulis karangan.
Min keseluruhan 3.79

Berdasarkan Jadual 2, skor min bagi konstruk ini ialah 3.79 yang menunjukkan bahawa
kekangan penggunaan kosa kata Bahasa Melayu dalam penulisan karangan murid Tahap 2
berada pada tahap yang tinggi. Skor min paling tinggi ialah 4.04 iaitu bagi item 1 yang
menyatakan bahawa murid menggunakan kosa kata yang sama semasa menulis karangan.
Skor min yang paling rendah pula ialah 3.29 bagi item 2 yang berkaitan dengan murid
mengalami kekangan penggunaan kosa kata di mana murid tidak mengetahui makna kosa
kata yang digunakan semasa menulis karangan.

Cara Meningkatkan Penggunaan Kosa Kata Bahasa Melayu Dalam Penulisan Karangan
Murid Tahap 2

Jadual 3
Analisis cara meningkatkan penggunaan kosa kata Bahasa Melayu dalam penulisan karangan
murid Tahap 2

Bil Item Sisihan Min


piawai
1 Penggunaan kamus dapat menambahkan kosa kata murid saya .580 4.60
untuk penulisan karangan.
2 Penggunaan komik memudahkan murid saya memahami kosa 1.093 3.62
kata untuk penulisan karangan.
3 Aktiviti membaca menggalakkan murid saya menggunakan kosa .447 4.73
kata istilah semasa menulis karangan.
4 Permainan bahasa menambahkan pengetahuan kosa kata murid .499 4.58
saya untuk penulisan karangan.
5 Penggunaan kad bergambar menguatkan ingatan murid saya .589 4.49
terhadap kosa kata yang sesuai untuk penulisan karangan.
6 Latihan pembetulan mendorong murid saya mengeja perkataan .588 4.53
dengan betul semasa menulis karangan.
7 Penggunaan video dapat merangsang minda murid saya .626 4.51
terhadap pelbagai kosa kata untuk penulisan karangan.

1374
8 Penggunaan lagu memudahkan murid saya mempelajari kosa .654 4.40
kata untuk penulisan karangan.
9. Penggunaan contoh karangan menjadikan murid saya lebih mahir .589 4.51
menggunakan kosa kata semasa menulis karangan.
10 Latihan imlak meningkatkan keyakinan murid saya untuk .583 4.42
menggunakan kosa kata yang panjang semasa menulis
karangan.
Min keseluruhan 4.44

Berdasarkan Jadual 3, secara keseluruhannya, skor min bagi konstruk cara


meningkatkan penggunaan kosa kata Bahasa Melayu dalam penulisan karangan murid Tahap
2 ialah 4.44 iaitu pada tahap sangat tinggi. Nilai skor min paling tinggi ialah 4.73 bagi item 3
yang menyatakan bahawa aktiviti membaca menggalakkan murid menggunakan kosa kata
istilah semasa menulis karangan. Kenyataan ini disokong oleh National Reading Panel (2016)
yang menyatakan bahawa aktiviti membaca merupakan suatu kemahiran yang perlu dikuasai
oleh murid kerana melalui bacaan murid dapat mempelajari struktur bahasa dan kosa kata
yang tinggi.
Skor min paling rendah pula ialah 3.62 bagi item 2 yang menyatakan bahawa
penggunaan komik memudahkan murid memahami kosa kata untuk penulisan karangan.
Jelasnya, komik merupakan kegemaran semua lapisan masyarakat terutamanya golongan
kanak-kanak (Amir Hamzah Sharaai & Leong Fern Nee, 2012). Komik menimbulkan
keseronokkan dalam diri murid yang menyebabkan murid lebih cepat memahami kosa kata
yang dibaca untuk digunakan dalam penulisan karangan.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Dapatan kajian ini menunjukkan kekangan dan cara meningkatkan penggunaan kosa kata
Bahasa Melayu dalam penulisan karangan murid Tahap 2 adalah tinggi dan sangat tinggi.
Dapatan kajian ini disokong oleh beberapa kajian lain yang turut menyatakan hal yang sama.
Antaranya, Irma Martiny et al. (2017) menyatakan bahawa murid lebih selesa untuk
berkomunikasi dan bertanya rakan untuk mengetahui makna kosa kata. Hal ini demikian
kerana, murid berasa lebih yakin dan cepat untuk bertanya rakan mengenai kosa kata yang
ingin mereka gunakan semasa menulis karangan. Kenyataan ini disokong oleh Baharin
Othman et al. (2007) yang menyatakan bahawa murid lebih banyak bertanya rakan berbanding
mencari makna dalam kamus apabila mereka sukar untuk menggunakan kosa kata semasa
menulis karangan
Selain itu, menurut kajian Zaliza (2017), beliau menyatakan bahawa antara sebab-
sebab berlakunya kesalahan dalam penulisan karangan adalah disebabkan oleh faktor
kekurangan pengetahuan tentang sistem Bahasa Melayu dan kekeliruan tentang makna

1375
perkataan. Kenyataan ini disokong oleh Norehan Muhamad (2009) yang menyatakan bahawa
kesilapan ejaan dalam penulisan karangan murid berlaku kerana kosa kata tersebut dieja
mengikut sebutan murid yang kadangkala kurang betul dan tepat. Dapatan kajian tentang
kekangan penggunaan kosa kata Bahasa Melayu ini juga mendapati murid mengambil masa
yang lama untuk menggunakan kosa kata yang sesuai semasa menulis karangan. Kenyataan
ini disokong oleh Nadwah & Nadhilah (2014) yang menyatakan bahawa penguasaan kosa
kata yang lemah menjadikan pertuturan menjadi tidak lancar dan masa yang lama diambil
untuk mendapatkan kosa kata yang sesuai.
Dapatan kajian berkaitan cara meningkatkan penggunaan kosa kata Bahasa Melayu
dalam penulisan karangan murid Tahap 2 menunjukkan bahawa permainan bahasa
menambahkan pengetahuan kosa kata murid menulis karangan. Permainan bahasa dapat
menimbulkan perasaan seronok dalam diri murid semasa belajar menyebabkan mereka lebih
cepat faham dan berminat dengan pembelajaran tersebut. Kenyataan ini disokong
berdasarkan kajian Ainol Madziah dan Isarji (2009) yang menyatakan bahawa motivasi murid
dalam pembelajaran banyak dipengaruhi oleh faktor instrinsik dan ekstrinsik. Malah, Ersoz
(2000) juga menyatakan bahawa permainan bahasa dapat mengalakkan penggunaan bahasa
yang bermakna dan berguna dalam konteks sebenar.
Kajian Jamaluddin dan Zaidatun (2001) juga menyatakan bahawa penggunaan grafik
sebagai media pengajaran dapat menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan kerana
segala mesej yang diterima melalui penglihatan mempunyai daya ketahanan dan daya ingatan
yang lebih tinggi jika direka bentuk dengan tepat. Nantais dan Schellenberg (1999) pula
menyatakan bahawa murid mendapat markah yang lebih memuaskan apabila mereka
mendengar lagu di dalam kelas. Hal ini demikian kerana kosa kata yang terkandung di dalam
lirik lagu merupakan suatu bahan rujukan yang mampu membantu murid untuk menulis idea-
idea mereka dengan baik (Abdul Mattiin Kassim, 2016).
Implikasinya, kajian ini berupaya membolehkan guru-guru Bahasa Melayu membuat
refleksi terhadap strategi pembelajaran dan pengajaran aspek kosa kata. Tambahan pula,
kajian ini memberi fokus kepada kekangan dan cara meningkatkan penggunaan kosa kata
Bahasa Melayu dalam penulisan karangan murid Tahap 2 yang dapat mengisi kelompongan
kajian-kajian lepas yang lebih menfokuskan kosa kata bahasa-bahasa lain. Di samping itu,
kajian ini mampu memberi kesedaran kepada guru untuk meningkatkan lagi penggunaan
pelbagai cara bagi meningkatkan penggunaan kosa kata Bahasa Melayu murid dalam
penulisan karangan. Dalam hal ini, guru seharusnya menitikberatkan hasil penulisan karangan
murid melalui penggunaan pelbagai kosa kata Bahasa Melayu agar karangan yang dihasilkan
lebih bermutu. Cara-cara yang tepat perlu diaplikasikan untuk meningkatkan penggunaan
kosa kata Bahasa Melayu dalam penulisan karangan murid bagi melahirkan murid yang
cemerlang seiring dengan perkembangan dan keperluan pendidikan pada masa kini.

1376
Sebagai cadangan kajian lanjutan adalah untuk melaksanakan penyelidikan tentang
penggunaan kosa kata dalam penulisan karangan dengan menggunakan pendekatan
gabungan. Menurut Creswell (2014), pendekatan gabungan yang menggabungkan
pendekatan kuantitatif dan kualitatif dapat memberikan pandangan yang lebih lengkap tentang
kajian yang dijalankan. Penyelidikan penggunaan kosa kata akan menjadi lebih lengkap dan
tepat sekiranya dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan gabungan iaitu pendekatan
kuantatif bagi mendapat gambaran sepenuhnya mengenai fenomena penggunaan kosa kata
dan menggunakan pendekatan kualitatif bagi membuktikan tahap penggunan kosa kata dalam
penulisan karangan.
Kesimpulannya, kekangan penggunaan kosa kata Bahasa Melayu dalam penulisan
karangan murid Tahap 2 berada di tahap tinggi manakala cara meningkatkan penggunaan
kosa kata Bahasa Melayu dalam penulisan karangan murid Tahap 2 berada pada tahap yang
sangat tinggi. Murid menghadapi pelbagai kekangan untuk menggunakan kosa kata Bahasa
Melayu semasa menulis karangan. Justeru itu, guru perlu memainkan peranan mereka
dengan sangat baik bagi meningkatkan penggunaan kosa kata Bahasa Melayu dalam
penulisan karangan murid dengan mengaplikasikan pelbagai cara yang berkesan. Dapatan
kajian ini dilihat sebagai dapat menyumbang kepada pencapaian murid yang lebih baik. Hal
ini demikian kerana kajian-kajian lepas nyatanya lebih menfokuskan penggunaan kosa kata
bahasa lain berbanding Bahasa Melayu. Tuntasnya, guru-guru perlu bersedia dalam
menghadapai kekangan penggunaan kosa kata Bahasa Melayu dalam kalangan murid dan
cuba mengatasinya dengan cara yang bersesuaian. Berdasarkan dapatan kajian ini, guru-
guru, pihak berkepentingan disarankan untuk lebih peka terhadap permasalahan ini agar
murid-murid dapat menulis karangan dengan lebih baik dan cemerlang.

RUJUKAN

Abdul Jawi Abroh Sawi & Mohd Yusof Abdullah. (2010). Persepsi Guru Tentang Pengaruh
Kepimpinan Peserta dan Budaya Sekolah Selamat. Jurnal Akademik IPG KPM, jilid
14.

Abdul Matiin Kassim. (2016). Kesan 'Mozart' dan Teknik PCRPP dalam Pembelajaran
Penulisan Karangan Naratif. Seminar Bahasa Melayu.

Ainol Mardiah Zubairi & Isarji Hj. Sarudin. (2009). Motivation to learn a foreign language in
Malaysia. GEMA Online Journal of Language Studies, 9(2). 72-87.

Amirul Mukminin Mohamad & Zamri Mahamod. (2019). Penguasaan Kosa Kata dan
Pembinaan Keyakinan Pelajar Antarabangsa dalam komunikasi Bahasa Melayu
melalui Kaedah Tanya-Jawab Dua Hala. Jurnal Personalia Pelajar.

Baharin Abu, Othman Md Johan, Syed Mohd Shafeq Syed Mansor dan Haliza Jaafar. 2007.
Kepelbagaian Gaya Pembelajaran dan Kemahiran Belajar Pelajar Universiti di Fakulti
Pendidikan, UTM Johor. Research Vote No: 71881. Universiti Teknologi Malaysia.

1377
Che Radiah Mezah. (2009). Kesilapan Leksikal Dalam Pembelajaran Bahasa Arab . Penerbit
Universiti Putra Malaysia.

Creswell, J. W. . (2014). Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods


Approaches (4th ed.). Thousand Oaks.

Ersoz, A. (2000). Six games for the EFL/ESL classroom. The Internet TESL Journal.

Fraenkel, J. R., & Wallen, N.E. 1996. How to Design and Evaluate Research. USA:
Mc.Graw-Hill Inc.

Indumathy a/p Munusamy. (2013). PENGUASAAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN


PELAJAR PERALIHAN DI TIGA BUAH SEKOLAH DI DAERAH SKUDAI . Jurnal
Dewan Bahasa .

Irma Martiny Md Yasim, Maimun Aqsha Lubis,Zaid Arafat Mod Noor & Aiyah Sjahrony. (2017).
Penggunaan Teknik Pembelajaran Aspek Kosa Kata Bahasa Arab dalam Kalangan
Murid. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization
(ACER-J) .

Jamalludin H. & Zaidatun Tasir. (2001). Pengenalan Kepada Multimedia. Venton Publishing

Milton, J. (2013). Measuring the contribution of vocabulary knowledge to proficiency in the


four skills. In C. Bardel, C. Lindqvist, & B, Laufer, eds. L2 Vocabulary acquisition,
knowledge and use: New perspectives on assesment and corpus analysis, European
Second Language Association, pp. 57–78.

Mohd Solihin Hafizi Mohd Fauzi, Mohd Pisol & Muhammad Syakir Sulaiman. (2017).
Keberkesanan Strategi Pelajar Dalam Mempraktikkan Kemahiran Menulis Tugasan
Akademik. 8th PEDAGOGY INTERNATIONAL SEMINAR 2017.

Muhammad Zahri & Muhammad Haron. (2016). Keberkesanan Modul Penulisan Karangan
Bahasa Arab Melalui Kaedah Eksperimen . Asia Pacific Online Journal of Arabic
Studies.

Muhammad Zahri Abdul Karim & Dr. Muhammad Haron Husaini . (2016). Keberkesanan Modul
Penulisan Karangan Bahasa Arab Melalui Kaedah Eksperimen . Asia Pacific Online
Journal of Arabic Studies .

Muhammad Zahri Abdul Karim & Muhammad Haron Husaini . (2017). Tahap Penguasaan
Penulisan Karangan Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Sekolah Agama Menengah
. Asia Pacific Online Journal of Arabic Studies.

Nadwah Daud & Nadhilah Abdul Pisa . (2014). Permasalahan Pertuturan Dalam Bahasa Arab.
GEMA Online® Journal Of Language Studies .

Nantais, K. Schellenberg, E .G. . (1999). The Mozart Effect: An Artefact of Preference.


Psychological Science, 10 (4): 370-373.

National Reading Panel. (2000). Fluency. Department of Health and Human Service.

Norehan Muhamad. (2009). Analisis Kesilapan: Satu kajian terhadap karangan murid-murid
Orang Asli. Jurnal Penyelidikan DEDIKASI, 119-136.

Rohana Tan, Fariza Md. Sham, Mohd Najib Adun, Azmah Ishak, Hamidah Erman, Rohazaini
Hasan, Siti Noraida Sood & Harun Bintang . (2018). Penggunaan Bahasa Melayu

1378
dalam Pengurusan dan Pentadbiran di Universiti Kebangsaan Malaysia . GEMA
Online® Journal of Language Studies Volume 18(1).

Singh, M. K. M. (2016). An emic perspective on academic writing difficulties among


international graduate students in Malaysia. GEMA online Journal of Languange
Studies.

Zaliza Mohamad Nasir & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2014). Sikap dan motivasi pelajar
terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Procedia-Social and Behavioral Sciences.

Zaliza Mohamad Nasir. (2018). Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu dalam Penulisan
Karangan Pelajar. LSP International Journal .

Zhang, B., & Li, C. . (2011). Classification of L2 vocabulary learning strategies: Evidence from
exploratory and confirmatory factor analyses. RELC Journal.

Zunita Mohamad Maskor, Harun Bharudin & Maimun Aqsha Lubis. (2016). Pengetahuan Kosa
Kata Produktif dalam Kemahiran Menulis. Wacana Pendidikan Islam Siri Ke 11
(WPI11). Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

1379
PENGGUNAAN PETA PEMIKIRAN (i-THINK) TERHADAP DAYA INGATAN MURID
DALAM PEMBELAJARAN KATA ADJEKTIF BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Fadhlin Najihah binti Mat Nizam


fadhlin09-931@epembelajaran.edu.my

Raymond Mohanraj Paul a/l Paul David


raymond@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini meninjau penggunaan peta pemikiran (i-Think) terhadap daya ingatan murid dalam
pembelajaran kata adjektif Bahasa Melayu. Reka bentuk kajian ini adalah kaedah tinjauan
menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 18 item. Sampel kajian terdiri daripada 80 orang
murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan
perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22 secara statistik deskriptif, melibatkan
analisis frekuensi, nilai peratusan dan min. Hasil dapatan kajian menemukan kekuatan daya ingatan
murid dalam menggunakan peta pemikiran (i-Think) berada pada tahap yang tinggi (skor purata min
3.68) dan jangka masa ingatan murid dalam menggunakan peta pemikiran (i-Think) berapa pada tahap
tinggi (skor purata min 3.69). Manakala, tahap kefahaman murid dalam menggunakan peta pemikiran
(i-Think) berada pada tahap yang tinggi (skor purata min 3.70). Antara masalah murid sebelum
menggunakan peta pemikiran (i-Think) dalam pembelajaran kata adjektif Bahasa Melayu ialah kekuatan
daya ingatan yang lemah, jangka masa ingatan yang pendek dan tahap kefahaman yang lemah.
Namun, kajian ini memberikan satu implikasi yang jelas terhadap penggunaan peta pemikiran (i-Think)
yang boleh mendorong untuk mengembangkan daya ingatan murid dalam pembelajaran kata adjektif
Bahasa Melayu. Justeru, murid-murid disarankan untuk menggunakan peta pemikiran (i-Think) dalam
meningkatkan daya ingatan murid khususnya dalam pembelajaran kata adjektif Bahasa Melayu.

Kata Kunci: Peta pemikiran (i-Think), daya ingatan, murid, kata adjektif.

ABSTRACT

This study aims to review the use of thinking maps (I-Think) of memory in learning Malay Language
adjectives. The study also identify the problems faced by students in the use of thinking maps (i-Think)
towards learning Malay Language adjectives. This survey study used a set of 18 items questionnaires.
The sample comprised of 80 year 5 students at Sekolah Kebangsaan Bukit Besar. Collected data were
analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 22 in descriptive form of
frequency analysis, percentage values and mean. Findings shows that the strength of students' memory
in using mind maps (i-Think) are high (mean score 3.68). Meanwhile, the duration of students' memory
in using the mind map (i-Think) are high (mean score 3.69). However, the level of students'
understanding in using mind maps (i-Think) are high (mean score of 3.70). Among the problems of
students in using mind maps (i-Think) are poor memory strength, short memory duration and poor level
of comprehension. However, this study provides a clear implication of the use of thinking maps (i-Think)
that can be pushed to expand the memory of students in learning Malay Language adjectives. Thus,
students are encouraged to increase memory power of students, using thinking maps (i-Think)
particularly in learning Malay Language adjectives.

Keywords: Think map (i-Think), memory, students, adjectives

1380
PENGENALAN
Peta pemikiran (i-Think) ini juga merupakan salah satu strategi berpusatkan murid yang
mampu memberi peluang kepada mereka untuk menguasai pembelajaran dan meningkatkan
daya kognitif mereka dari aspek daya ingatan dalam suatu perkara yang dipelajari. Namun,
penggunaan peta pemikiran (i-Think) ini juga mampu membolehkan murid untuk memahami
konsep, mengingat kembali maklumat dan menganalisis maklumat bagi setiap masalah yang
timbul (Ismail Zin, 2006). Dengan adanya penggunaan peta pemikiran (i-Think) ini, dapat
melahirkan generasi yang mempunyai daya ingatan yang produktif di samping mencapai
hasrat era pendidikan negara. Muhammad Sidek dan Ahamad (2012) menyatakan bahawa
penggunaan peta pemikiran (i-Think) dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) amat
memberi kesan yang positif terhadap perkembangan ingatan murid.
Di samping itu, peta pemikiran (i-Think) ini telah mengemukakan lapan bentuk peta
pemikiran yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir dengan berkesan (Kang Mu Huai dan
Lim Hooi Lian, 2015). Lapan bentuk peta pemikiran (i-Think) tersebut ialah peta buih, peta
bulatan, peta buih berganda, peta pokok, peta dakap, peta alir, peta pelbagai alir dan peta titi.
Lapan bentuk peta pemikiran ini telah diperkenalkan oleh Hyerle dan Yeager (2007).
Menurutnya, penghasilan peta pemikiran (i-Think) ini mampu membantu murid untuk
memahami dan mengingati sesuatu konsep dalam pembelajaran. Sehubungan dengan itu,
dapat dilihat juga dalam kajian yang dilaksanakan ini terhadap pemilihan peta pemikiran (i-
Think) yang sesuai berdasarkan topik yang dipelajari dengan bentuk peta pemikiran (i-Think)
yang telah diperkenalkan. Sebagai contoh, kata adjektif Bahasa Melayu. Hal ini demikian
kerana setiap bentuk peta pemikiran (i-Think) ini mempunyai fungsi yang tertentu. Secara tidak
langsung, daya ingatan murid dapat dikembangkan dengan pemilihan peta pemikiran (i-Think)
dalam kalangan murid. Oleh itu, penggunaan peta pemikiran (i-Think) dalam pembelajaran
kata adjektif Bahasa Melayu merupakan tulang belakang dan bertindak sebagai satu medium
yang boleh digunakan oleh murid agar proses pembelajaran lebih bermakna dan juga
mencapai objektif yang telah ditentukan di samping dapat mengembangkan daya ingatan
murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu terutamanya kata adjektif.

PERNYATAAN MASALAH
Murid biasanya menghadapi masalah untuk mengingat jenis kata adjektif kerana jumlah jenis
kata adjektif yang banyak menyebabkan kekeliruan dalam mengklasifikasikan kata adjektif.
Rafidah Ruhani et. al., (2016) menyatakan bahawa teknik tradisional ini mencetuskan suasana
bosan sekali gus menjadikan murid tidak mempunyai tahap daya ingatan pada aras tinggi
semasa proses PdP Bahasa Melayu khususnya dalam aspek kekuatan daya ingatan. Hal ini
demikian kerana sistem pendidikan di Malaysia adalah berorientasikan peperiksaan awam dan
tidak menumpukan ke arah tahap daya kognitif pada aras tinggi. Di samping itu, murid juga

1381
menghadapi masalah untuk mengingat jenis kata adjektif dalam tempoh yang lama. Hal ini
telah menyebabkan minat belajar murid semakin merosot terutamanya murid yang berprestasi
rendah dalam bidang akademik. Sehubungan dengan itu, guru akan berhadapan dengan
murid yang mempunyai kepelbagaian kebolehan dan juga keupayaan yang berbeza-beza
begitu juga dengan tahap ingatan mereka (Nor Hernamawarni Abdul Majid et. al., 2014).
Selain itu, tahap kefahaman murid yang lemah juga menjadi permasalahan khususnya dalam
pembelajaran kata adjektif Bahasa Melayu. Sudah diketahui bahawa setiap murid mempunyai
tahap kefahaman yang berbeza-beza. Maka, kajian yang telah dilaksanakan ini adalah
bertujuan untuk meninjau penggunaan peta pemikiran (i-Think) terhadap daya ingatan murid
dalam pembelajaran kata adjektif Bahasa Melayu.

OBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif-objektif yang ingin dicapai adalah seperti berikut:
i. Meninjau penggunaan peta pemikiran (i-Think) terhadap daya ingatan murid dalam
pembelajaran kata adjektif Bahasa Melayu.
ii. Meninjau penggunaan peta pemikiran (i-Think) terhadap jangka masa ingatan murid
dalam pembelajaran kata adjektif Bahasa Melayu.
iii. Meninjau penggunaan peta pemikiran (i-Think) terhadap kefahaman murid dalam
pembelajaran kata adjektif Bahasa Melayu.

SOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian tersebut, kajian ini telah membina tiga soalan kajian. Ketiga-tiga
soalan kajian adalah seperti berikut:
i. Apakah tahap daya ingatan murid selepas menggunakan peta pemikiran (i-Think)
dalam pembelajaran kata adjektif Bahasa Melayu?
ii. Apakah tahap jangka masa ingatan murid selepas menggunakan peta pemikiran (i-
Think) dalam pembelajaran kata adjektif Bahasa Melayu?
iii. Apakah tahap kefahaman murid selepas menggunakan peta pemikiran (i-Think) dalam
pembelajaran kata adjektif Bahasa Melayu?

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kajian tinjauan.
Kaedah ini digunakan kerana dapat menerangkan keadaan semasa yang merupakan satu
situasi seperti mana yang ternyata berlaku di sekolah sebagai subjek kajian, mengambil data
dalam satu masa tertentu. Reka bentuk yang dilakukan secara tinjauan ini sangat sesuai
digunakan untuk mengkaji kajian yang berkaitan dengan bidang sosial mahupun berkaitan
dengan bidang pendidikan (Othman, 2013). Namun, pendekatan kuantitatif ini memerlukan

1382
bilangan responden yang ramai bagi memudahkan rekod pencapaian data yang akan
diperoleh (Mokhtar Ismail, 2011). Pendekatan kuantitatif ini berkaitan dengan numeratif ke
atas data yang diperoleh oleh pengkaji. Sehubungan dengan itu, kajian yang dilaksanakan
lebih berfokuskan kepada kajian yang hanya meninjau berkaitan penggunaan peta pemikiran
(i-Think) terhadap daya ingatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran kata
adjektif Bahasa Melayu.
Dalam kajian ini, tahap daya ingatan murid menggunakan peta pemikiran (i-Think)
dalam pembelajaran kata adjektif Bahasa Melayu ditinjau melalui soal selidik. Soal selidik
digunakan sebagai instrumen untuk mengumpul maklumat dalam kajian ini. Hal ini demikian
kerana alat kajian soal selidik dapat mengukur sesuatu pemboleh ubah dan dapat menjawab
persoalan yang dikemukakan dengan tepat (Lim Huey Fern dan Lim Hooi Lian, 2016).
Kenyataan ini juga disokong oleh Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip et. al., (2014) yang
menyatakan bahawa selain digunakan untuk keterangan latar belakang responden kajian, soal
selidik juga digunakan untuk mengukur aspek yang berkaitan dengan daya ingatan murid dan
peta pemikiran (i-Think) dalam kalangan murid khususnya dalam pembelajaran kata adjektif
Bahasa Melayu.
Soal selidik yang digunakan telah diadaptasi daripada kajian (Nurul Hidayah
Muhammed, 2008) dan disahkan oleh pakar bahasa, pakar bidang dan pakar metodologi. Soal
selidik digunakan dalam kajian ini mengandungi 18 item yang dibahagikan kepada empat
bahagian. Bahagian A ialah maklumat demografi responden bagi mendapatkan maklumat
seperti jantina, kaum dan kelas. Bahagian B mengandungi 5 item soalan tentang kekuatan
daya ingatan murid manakala bahagian C mengandungi 5 item soalan yang meninjau jangka
masa ingatan murid dalam menggunakan peta pemikiran (i-Think) terhadap pembelajaran kata
adjektif Bahasa Melayu. Bahagian D pula mengandungi 5 item soalan untuk meninjau tahap
kefahaman murid dalam menggunakan peta pemikiran (i-Think) terhadap pembelajaran kata
adjektif Bahasa Melayu.
Instrumen soal selidik dalam kajian ini diuji melalui kajian rintis kepada 30 orang
responden. Hasil analisis data kajian rintis mendapati bahawa nilai kebolehpercayaan Alpha
Cronbach bagi soal selidik yang telah ditadbirkan ialah 0.9 bermaksud kebolehpercayaan yang
sangat tinggi. Dalam kajian ini, soal selidik dijawab oleh 80 orang murid di Sekolah
Kebangsaan Bukit Besar, Kedah. Akhirnya, data soal selidik dianalisis secara deskriptif iaitu
melihat kepada frekuensi, nilai peratusan dan skor min.
Tafsiran skor min diadaptasi daripada (Nurul Hidayah Muhammed, 2008) dan
ditunjukkan dalam Jadual 1. Selang skor min dikekalkan tetapi tafsiran bagi setiap konstruk
diubah suai menggunakan istilah yang lebih sesuai agar dapat menyampaikan tafsiran yang
tepat dan difahami.

1383
Jadual 1.
Tafsiran skor min.
Skor Min Tahap Interpretasi Skor Min
1.00 hingga 2.33 Rendah Kurang setuju/ kurang membantu/ kurang mahir/
kurang memenuhi/ kadang-kadang/ tiada
2.34 hingga 3.66 Sederhana Setuju/ membantu/ mahir/ memenuhi/ separuh
3.67 hingga 5.00 Tinggi Sangat setuju/ sangat mahir/ sangat membantu/
sangat memenuhi/ sangat selalu

Dalam kajian ini, kekuatan daya ingatan, jangka masa ingatan dan tahap kefahaman
murid dikategorikan kepada tiga tahap iaitu skor min 1.00 hingga 2.33 menunjukkan tahap
yang rendah, skor min 2.34 hingga 3.66 menunjukkan tahap sederhana manakala 3.67
hingga 5.00 menunjukkan tahap yang tinggi.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Dapatan kajian ini menjawab kepada tiga soalan kajian iaitu kekuatan daya ingatan, jangka
masa ingatan dan tahap kefahaman murid menggunakan peta pemikiran (i-Think) dalam
pembelajaran kata adjektif Bahasa Melayu.

Jadual 2.
Analisis Item bagi Kekuatan Daya Ingatan Murid Menggunakan Peta Pemikiran (i-Think).
BIL. PERKARA FREKUENSI, N / PERATUS MIN
(%)
STS TS KS S SS
1. Saya mudah untuk mengingat 2 10 17 28 23 3.75
jenis kata adjektif. 2.5% 12.5 21.3% 35.0% 28.8
% %
2. Saya mudah untuk mendapat 4 9 18 31 18 3.63
idea semasa belajar kata 5.0% 11.3 22.5% 38.8% 22.5
adjektif. % %
3. Saya mudah untuk menghafal 4 8 20 30 18 3.63
kata adjektif. 5.0% 10.0 25.0% 37.5% 22.5
% %
4. Saya dapat mengulang kaji 4 7 19 37 13 3.60
kata adjektif dengan senang. 5.0% 8.8% 23.8% 46.3% 16.3
%

1384
5. Saya seronok untuk 2 6 20 31 21 3.79
mengingat kata adjektif. 2.5% 7.5% 25.0% 38.8% 26.3
%
Jumlah purata min 3.68

Berdasarkan hasil dapatan tersebut dapat dilihat bahawa kekuatan daya ingatan murid
terhadap penggunaan peta pemikiran (i-Think) dalam pembelajaran kata adjektif Bahasa
Melayu berada pada tahap tinggi berdasarkan skor purata min iaitu 3.68. Skor purata min ini
jelas menunjukkan bahawa penggunaan peta pemikiran (i-Think) membantu murid untuk
mengingat input-input berkenaan pembelajaran kata adjektif Bahasa Melayu. Skor min paling
tinggi iaitu 3.79 bagi item 5 menunjukkan responden sangat bersetuju menggunakan peta
pemikiran (i-Think) dalam pembelajaran kata adjektif Bahasa Melayu yang boleh mewujudkan
keseronokkan untuk mengingat kata adjektif. Manakala, skor min paling rendah pula ialah 3.60
iaitu berkenaan mengulang kaji kata adjektif dengan senang dalam penggunaan peta
pemikiran (i-Think).
Jadual 3.
Analisis Item Jangka Masa Ingatan Murid Menggunakan Peta Pemikiran (I-Think).
BIL. PERKARA FREKUENSI, N / PERATUS (%) MIN

STS TS KS S SS
1. Saya dapat mengingat 4 8 22 31 15 3.56
kata adjektif dengan 5.0% 10.0 21.3% 38.8% 18.8
lebih lama. % %
2. Saya mempunyai masa 5 5 18 37 15 3.65
yang mencukupi untuk 6.3% 6.3% 22.5% 46.3% 18.8
mengingat kata adjektif. %
3. Saya dapat mengingat 4 8 19 32 17 3.59
semula kata adjektif 5.0% 10.0 23.8% 40.0% 21.3
dengan mudah. % %
4. Saya yakin untuk 4 9 21 28 18 3.85
mengingat kata adjektif 5.0% 11.3 26.3% 35.0% 22.5
dengan senang. % %
5. Saya seronok dapat 2 8 13 34 23 3.83
mengingat kata adjektif 2.5% 10.0 16.3% 42.5% 28.8
dengan lebih lama. % %
Jumlah purata min 3.69

1385
Berdasarkan hasil dapatan tersebut dapat dilihat bahawa jangka masa ingatan murid
terhadap penggunaan peta pemikiran (i-Think) dalam pembelajaran kata adjektif Bahasa
Melayu berada pada tahap tinggi berdasarkan skor purata min iaitu 3.69. Skor purata min ini
jelas menunjukkan bahawa penggunaan peta pemikiran (i-Think) membantu murid untuk
mengingat input-input berkenaan pembelajaran kata adjektif Bahasa Melayu dalam jangka
masa yang lebih panjang. Skor min paling tinggi iaitu 3.83 bagi item 5 menunjukkan responden
sangat bersetuju menggunakan peta pemikiran (i-Think) dalam pembelajaran kata adjektif
Bahasa Melayu mewujudkan keseronokkan untuk mengingat dengan lebih lama. Manakala.
skor min paling rendah pula ialah 3.56 iaitu berkenaan mengingat kata adjektif dengan lebih
lama dalam penggunaan peta pemikiran (i-Think).

Jadual 4.
Analisis Item Tahap Kefahaman Murid Menggunakan Peta Pemikiran (i-Think).
BIL. PERKARA FREKUENSI, N / PERATUS (%) MIN

STS TS KS S SS
1. Saya faham untuk 2 8 13 36 21 3.83
mengenal jenis-jenis kata 2.5% 10.0 16.3% 45.0% 26.3%
adjektif. %
2. Saya faham untuk 5 6 16 33 20 3.71
membina ayat 6.3% 7.5% 20.0% 41.3% 25.0%
menggunakan kata
adjektif.
3. Saya faham untuk 4 14 17 29 16 3.49
memilih peta pemikiran (i- 5.0% 17.5 21.3% 36.3% 20.0%
Think) yang sesuai untuk %
digunakan.
4. Saya faham untuk 3 6 18 37 16 3.71
memberikan contoh 3.8% 7.5% 22.5% 46.3% 20.0%
mengenai kata adjektif.
5. Saya faham untuk 3 8 15 32 22 3.78
membuat nota mengenai 3.8% 10.0 18.8% 40.0% 27.5%
jenis-jenis kata adjektif. %
Jumlah purata min 3.70

Berdasarkan hasil dapatan tersebut dapat dilihat bahawa tahap kefahaman murid
terhadap penggunaan peta pemikiran (i-Think) dalam pembelajaran kata adjektif Bahasa

1386
Melayu berada pada tahap tinggi berdasarkan skor purata min iaitu 3.70. Skor purata min ini
jelas menunjukkan bahawa penggunaan peta pemikiran (i-Think) sangat membantu murid
untuk memahami input-input berkenaan pembelajaran kata adjektif Bahasa Melayu. Skor min
paling tinggi iaitu 3.83 bagi item 1 menunjukkan responden sangat bersetuju menggunakan
peta pemikiran (i-Think) dalam pembelajaran kata adjektif Bahasa Melayu untuk mengenal
jenis-jenis kata adjektif. Manakala. skor min paling rendah pula ialah 3.49 iaitu pemilihan peta
pemikiran (i-Think) yang sesuai mengikut topik yang dipelajari.
Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa murid-murid tahun 5 di Sekolah
Kebangsaan Bukit Besar di Kedah mempunyai daya ingatan yang tinggi dan berada pada
tahap yang amat baik dalam penggunaan peta pemikiran (i-Think). Kajian ini juga mendapati
bahawa murid-murid mempunyai kebolehan untuk menggunakan peta pemikiran (i-Think)
dalam pembelajaran kata adjektif Bahasa Melayu khususnya dalam mengembangkan daya
ingatan murid.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Dapatan kajian ini menunjukkan murid-murid tahun 5 di sekolah tersebut mempunyai daya
ingatan yang amat baik terhadap penggunaan peta pemikiran (i-Think) dalam pembelajaran
kata adjektif Bahasa Melayu. Dapatan kajian ini disokong oleh beberapa kajian lain yang turut
menyatakan hal yang sama.
Dapatan daripada kajian ini juga disokong oleh kajian Edmund Anak Austrus dan
Jamaludin Badusah (2018) bahawa hasil kajiannya menunjukkan perkembangan daya ingatan
murid lebih positif selepas menggunakan peta pemikiran (i-Think) dalam proses PdP Bahasa
Melayu. Oleh itu, penggunaan peta pemikiran (i-Think) yang bertindak sebagai teknik dalam
proses PdP adalah sangat penting kerana akan mempengaruhi perkembangan daya ingatan
murid terutamanya dalam pembelajaran kata adjektif Bahasa Melayu.
Namun, kajian yang dilaksanakan oleh Shamsazila Sa’aban et. al (2017) juga
mempamerkan penggunaan peta pemikiran (i-Think) sangat membantu murid untuk
mengingat dalam tempoh yang lama kerana nota yang dibina berkonsepkan visualisasi.
Kenyataan ini selari dengan dapatan kajian yang telah dilaksanakan yakni membuktikan
penggunaan peta pemikiran (i-Think) yang berkonsepkan grafik serta berwarna-warni mampu
mengekalkan ingatan terhadap topik yang dipelajari oleh murid dalam tempoh yang lama
khususnya dalam pembelajaran kata adjektif Bahasa Melayu. Oleh itu, penggunaan peta
pemikiran (i-Think) yang bertindak sebagai teknik dalam proses PdP adalah sangat penting
kerana mempengaruhi jangka masa ingatan murid terutamanya dalam pembelajaran kata
adjektif Bahasa Melayu.

1387
Dapatan daripada kajian ini juga disokong oleh kajian Rohaida Yusop dan Zamri (2015)
bahawa hasil kajiannya menunjukkan bahawa tahap kefahaman murid semakin meningkat
dalam penggunaan peta pemikiran (i-Think) dalam penulisan Bahasa Melayu. Kenyataan ini
selari dengan dapatan kajian yang telah dilaksanakan yakni menunjukkan bahawa kefahaman
murid dapat ditingkatkan dan berada pada tahap yang baik selepas menggunakan peta
pemikiran (i-Think) khususnya dalam pembelajaran kata adjektif Bahasa Melayu. Oleh itu,
penggunaan peta pemikiran (i-Think) yang bertindak sebagai teknik dalam proses PdP adalah
sangat penting kerana mempengaruhi tahap kefahaman murid terutamanya dalam
pembelajaran kata adjektif Bahasa Melayu.
Implikasinya, penggunaan peta pemikiran (i-Think) ini berkonsepkan grafik dan
visualisasi yang mampu merangsang minda dan ingatan murid khususnya dalam
pembelajaran kata adjektif Bahasa Melayu. Di samping itu, penggunaan peta pemikiran (i-
Think) ini juga boleh meningkatkan minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP) terutamanya Bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana mereka beranggapan bahawa
Bahasa Melayu merupakan proses pembelajaran yang membosankan. Penggunaan peta
pemikiran (i-Think) yang berkonsepkan bahan grafik dan juga berwarna-warni ini boleh
menarik minat murid untuk mempelajari kata adjektif Bahasa Melayu. Dengan adanya grafik
yang berwarna-warni bukan sahaja menarik minat murid bahkan mampu mengembangkan
daya ingatan murid khususnya dalam ketiga-tiga aspek yang difokuskan dalam kajian ini.
Sebagai cadangan kajian lanjutan, pengkaji boleh mengkaji tahap pengetahuan dan
penguasaan guru terhadap peta pemikiran (i-Think) manakala pemilihan peta pemikiran (i-
Think) dalam kalangan murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu juga boleh dilaksanakan.
Secara keseluruhannya, tahap daya ingatan murid menggunakan peta pemikiran (i-
Think) dalam pembelajaran kata adjektif Bahasa Melayu berada pada tahap yang amat baik
dilihat dari ketiga-tiga aspek iaitu kekuatan daya ingatan, jangka masa ingatan dan tahap
kefahaman murid. Dapatan kajian ini dilihat sebagai nilai tambah terhadap perkembangan
daya kognitif murid terutamanya dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Tuntasnya,
berdasarkan kajian ini murid-murid disarankan menggunakan peta pemikiran (i-Think) sebagai
alat berfikir khususnya dalam PdP Bahasa Melayu yang merentas kurikulum.

RUJUKAN
Edmund Anak Austrus & Jamaludin Badusah. (2018). Aplikasi peta i-Think terhadap
penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid Melanau
tahun 4 di Daerah Mukah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 10-22.

Hyerle, D. & Yeayer, C. (2007). Thinking maps: a language for learning. Thinking Maps, Inc.

Ismail Zin. (2006). Aplikasi multimedia dalam pendidikan. Utusan Publications and
Distributiors.

1388
Kang Mu Huai & Lim Hooi Lian. (2015). Pengetahuan dan keprihatinan guru-guru terhadap
pelaksanaan kurikulum standard sekolah rendah (KSSR). . Jurnal Pendidikan Bitara
UPSI, 1(2), 1-17.

Lim Huey Fern & Lim Hooi Lian. (2016). Pengesahan instrumen sikap terhadap matematik
dalam kalangan murid tingkatan empat di Kedah. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran
Asia Pasifik, 4(1), 2-13.

Mohamad Sidek Said & Ahamad Rahim. (2012). Transformasi pengajaran dan pembelajaran
inovatif melalui thinking maps. Kertas Seminar Penyelidikan Pendidikan Antarabangsa
Malaysia-Indonesia (Malindo). Anjuran IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur, 4-6 Okt
2012.

Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, Fauziah Mohd Saad, Abdul Malek Abdul Rahman,
Syed Sofian Syed Salim, Mohammad Nasir Bistaman dan Muhammad Bazlan Mustafa.
(2014). Analisis statistik kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik skala konsep
kendiri multi dimensi (SKMM). Jurnal Psikologi Malaysia, 28(1), 12-35.

Mokhtar Ismail. (2011). Kaedah penyelidikan kuantitatif dalam penyelidikan. Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Nor Hernamawarni Abdul Majid, Nor Shafirin Ahmad & Rahimi Che Aman. (2014). Kesan
kelompok gabungan brief fokus penyelesaian dan teori kognitif tingkah laku terhadap
kebimbangan komunikasi. Jurnal Psikologi Malaysia, 1(2), 1-15.

Nurul Hidayah Muhammed. (2008). Persepsi terhadap penggunaan animasi dalam pengajaran
dan pembelajaran biologi dan masalah-masalah yang dihadapi dalam memahami
konsep biologi. Jurnal Soal Selidik, 2(1), 2-70.

Othman. (2013). Asas penulisan tesis penyelidikan dan statistik. Universiti Putra Malaysia.

Rafidah Ruhani. (2016). Pendidikan awal kanak-kanak. Oxford Fajar Sdn Bhd.

Rohaida Yusop & Zamri Mahamod. (2015). Keberkesanan peta pemikiran (i-Think) dalam
meningkatkan pencapaian murid penulisan Bahasa Melayu murid Tahun 6. Jurnal
Pendidikan Melayu, 5(2), 33-52.

Shamsazila Sa'aban, Muhammad Faizal Abdul Ghani & Ghazali Darusalam. (2017).
Pelaksanaan program i-Think di sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Satu
kajian awal. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 4(1), 72-104.

1389
TAHAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN GURU TERHADAP PEMBELAJARAN
BERASASKAN PROJEK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA
MELAYU

Fatin Aina Nabihah binti Marzuki


fatin09-932@epembelajaran.edu.my

Izani bin Ibrahim PhD


izaniibrahim@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji tahap pengetahuan dan kemahiran guru terhadap Pembelajaran
Berasaskan Projek (PBP) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu. Reka bentuk
kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kajian tinjauan. Kajian tinjauan ini
menggunakan satu instrumen iaitu soal selidik. Responden kajian ini melibatkan 70 orang guru bahasa
Melayu sekolah rendah di Mukim Paka, Dungun, Kuala Terengganu. Data yang diperoleh dianalisis
menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26 untuk mendapatkan min dan
sisihan piawai. Berdasarkan dapatan kajian, tahap pengetahuan guru terhadap PBP dalam PdP Bahasa
Melayu berada pada tahap sederhana tinggi dengan skor min sebanyak 3.78. Tahap kemahiran guru
terhadap PBP dalam PdP Bahasa Melayu berada pada tahap sederhana tinggi dengan skor min
sebanyak 3.94. Secara keseluruhannya, tahap pengetahuan dan tahap kemahiran guru terhadap PBP
dalam PdP Bahasa Melayu berada pada tahap sederhana tinggi. Justeru, guru-guru disarankan untuk
meningkatkan ilmu dan kemahiran pedagogi terutama dalam teknik PBP.
Kata kunci: pembelajaran berasaskan projek, pengetahuan guru, kemahiran guru

ABSTRACT
This study aims to identify the level of knowledge and skills of teacher towards Project Based Learning
(PBL) in the teaching and learning of Malay Language. The instrument used was a set of questionnaire,
which was distributed to 70 Malay Language teacher of primary schools around Mukim Paka, Dungun,
Kuala Terengganu. Collected data were analyzed used Statistical Package for Social Science (SPSS)
version 26 to obtain the mean and standard deviation. Finding shows that the level of teacher’s
knowledge towards PBL in the teaching and learning Malay Language are highly moderate with a mean
score of 3.78. The teacher’s skill level is also at the highly moderate with a mean score of 3.94.
Furthermore, the findings of this study also indicate that the level of knowledge and skills of teacher
towards Project Based Learning (PBL) in the teaching and learning of Malay Language is also highly
moderate. Therefore, the research advised to increase their knowledge and pedagogy skills especially
in PBL.
Keywords: project based learning, teacher’s knowledge, teacher’s skills

PENGENALAN
Pendidikan masa kini menuntut guru untuk memiliki pelbagai pengetahuan, kemahiran dan
sikap yang professional. Hal ini kerana setiap individu yang bergelar guru perlu melengkapkan
diri mereka dengan ilmu pengetahuan, kaedah pengajaran yang berkesan dan kemahiran
pedagogi bagi menarik minat murid untuk belajar. Zamri Mahamod (2014) menyatakan
seorang guru yang berjaya dan berkesan merupakan seorang guru yang mempunyai
kecekapan yang mendalam dalam bidang atau subjek yang diajar.

1390
Guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Melayu di sekolah memerlukan pelbagai
teknik untuk menarik minat murid mempelajari bahasa Melayu. Dalam Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR), terdapat pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran yang
diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai satu alternatif untuk
mempelbagaikan proses pedagogi guru. Melalui pelaksanaan pelbagai teknik ini diharapkan
dapat meningkatkan penguasaan murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan dapat
meningkatkan pencapaian bahasa Melayu menjadi lebih baik.
Salah satu pembelajaran alternatif yang sesuai adalah Pembelajaran Berasaskan
Projek (PBP) yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada
tahun 2006. Pembelajaran ini diperkenalkan adalah untuk menggalakkan inovasi dalam PdP
dengan mengintegrasikan teknologi. PBP memberikan kelebihan kepada murid kerana
berpeluang untuk menghasilkan projek sama ada dalam kumpulan atau secara bersendirian
yang mempunyai kaitan dengan kehidupan harian murid (Nitce Isa & Mai Shihah, 2013). Selain
itu, guru juga dapat bertindak sebagai fasilitator, pengurus, penilai atau pemudah cara dalam
membantu murid menguasai objektif pengajaran yang disampaikan. Secara tidak langsung,
murid yang berketerampilan dan berdaya maju dapat dilahirkan pada masa hadapan. Ini
selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk melahirkan insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Kini, peranan guru lebih signifikan sebagai pemudah cara dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (PdP). Guru perlulah lebih sedia dan peka untuk mewujudkan dan
menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Oleh itu, guru
hendaklah sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran agar sentiasa menarik minat
murid terhadap mata pelajaran bahasa Melayu.

PERNYATAAN MASALAH
Pada abad ke-21, pembelajaran konvensional tidak lagi relevan digunakan dalam PdP di bilik
darjah. Namun, masih ada segelintir guru yang masih menggunakannya. Hal ini menyumbang
kepada kekangan dalam merealisasikan teknik pembelajaran ini di bilik darjah. Kenyataan ini
disokong oleh Mohd Aderi et. al, (2018) masih terdapat sebilangan guru pendidikan Islam yang
menggunakan kaedah tradisional iaitu secara chalk and talk dalam bilik darjah. Kaedah
pengajaran seperti ini pastinya menyebabkan murid bersikap pasif dan kurangnya hubungan
dua hala antara guru dan murid.
Seterusnya, guru juga kurang pengetahuan tentang pembelajaran abad ke-21 iaitu
pembelajaran berasaskan projek (Tengku Sarina et. al, 2017). Oleh itu, guru memilih untuk
menjalankan pengajaran melalui penggunaan buku teks tanpa mengambil kira kecederungan
dan minat murid yang pelbagai. Tindakan tersebut menyebabkan murid tidak dapat
mengaitkan pelajaran dengan amalan hidup seharian mereka. Kesannya, murid menjadi pasif

1391
untuk mencari sumber pembelajaran sendiri dan lebih bergantung kepada buku teks. Ada juga
sebahagian murid yang hanya bertindak sebagai pemerhati disebabkan oleh tidak semua
murid berpeluang untuk terlibat dalam aktiviti yang dijalankan.
Zanaton Ikhsan (2017) berpendapat PdP di dalam kelas bersifat reproduction iaitu guru
lebih suka menerapkan semua ilmu yang terdapat dalam sukatan mata pelajaran dahulu.
Dengan inisiatif sendiri, murid perlu mengembangkan ilmu itu sendiri. Contohnya, teknik
hafalan sering ditekankan oleh guru dalam menghabiskan sukatan mata pelajaran. Amalan
pengajaran oleh pengajar kurang menitikberatkan teknik dan kaedah pembelajaran abad ke-
21 seperti perbincangan, kemahiran berfikir dan inkuiri penemuan (Zamri Mahamod, 2014).
Kelemahan guru memilih strategi pengajaran yang kurang sesuai akan mewujudkan suasana
pengajaran yang membosankan.
Isu yang seterusnya dalam pernyataan masalah penyelidik ialah PdP yang menjurus
kepada peperiksaan. PdP yang sebegini telah melemahkan usaha untuk melahirkan murid
yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti yang terkandung dalam
FPK. Situasi inilah yang menyebabkan para guru kurang mempelbagaikan kaedah pengajaran
mereka dan lebih menumpukan untuk menghabiskan sukatan mata pelajaran dan teknik untuk
menjawab soalan peperiksaan. Isu ini juga turut menyumbang kepada kekerapan teknik PBP
kurang dijalankan di bilik darjah.
Pelbagai teknik dan kaedah pengajaran yang boleh diaplikasikan dalam PdP bagi
mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan dan murid mendapat kefahaman yang
baik tentang isi pelajaran. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap pengetahuan
dan kemahiran guru terhadap pembelajaran berasaskan projek dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Kajian ini penting untuk mengetahui tahap
pengetahuan dan kemahiran guru terhadap teknik pembelajaran berasaskan projek untuk
melahirkan modal insan yang berilmu pengetahuan.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian yang dijalankan adalah berpandukan objektif yang berikut:
i. Untuk mengenal pasti tahap pengetahuan guru bahasa Melayu terhadap pembelajaran
berasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
ii. Untuk mengenal pasti tahap kemahiran guru terhadap pembelajaran berasaskan projek
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

SOALAN KAJIAN
Persoalan kajian yang dijalankan adalah seperti berikut:
i. Apakah tahap pengetahuan guru terhadap pembelajaran berasaskan projek dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu?

1392
ii. Apakah tahap kemahiran guru terhadap pembelajaraan berasaskan projek dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu?

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah tinjauan. Mispuah
(2015) menjelaskan kajian tinjauan melibatkan pengumpulan maklumat yang diperoleh
daripada sampel atau individu melalui respon daripada soal selidik yang diberikan.
Sehubungan dengan itu, kajian ini mengenal pasti tahap pengetahuan dan kemahiran guru
terhadap PBP dalam PdP Bahasa Melayu secara kuantitatif mengunakan instrumen soal
selidik.
Dalam kajian ini, tahap pengetahuan dan kemahiran guru terhadap PBP dalam PdP
Bahasa Melayu ditinjau melalui soal selidik. Soal selidik digunakan sebagai instrumen untuk
mengumpulkan maklumat dalam kajian ini. Fraenkel, Wallen dan Hyun (2015) menyatakan
soal selidik lebih praktikal dan berkesan untuk digunakan dalam populasi yang besar, bahkan
ia sesuai digunakan bagi mengukur faktor-faktor yang terbatas skopnya.
Soal selidik yang digunakan telah diadaptasi daripada instrumen soal selidik Zamri
Mahamod & Jamilah Hassan (2018). Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini
mengandungi 28 item yang dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian A merupakan
maklumat demografi responden bagi mendapatkan maklumat seperti jantina, umur,
pengalaman mengajar dan pendedahan tentang PBP. Bahagian B mengandungi 12 item
soalan tentang tahap pengetahuan guru terhadap PBP dalam PdP Bahasa Melayu manakala
Bahagian C mengandungi 12 item yang meninjau tahap kemahiran guru terhadap PBP dalam
PdP Bahasa Melayu.
Instrumen soal selidik dalam kajian ini diuji melalui kajian rintis kepada 30 orang
responden. Hasil analisis data kajian rintis mendapati bahawa nilai kebolehpercayaan Alpha
Cronbach bagi soal selidik ialah 0.9 yang bermaksud kebolehpercayaan yang sangat tinggi.
Dalam kajian ini, soal selidik dijawab oleh 70 orang guru di lapan buah sekolah di Mukim Paka,
Dungun, Kuala Terengganu. Data soal selidik dianalisis secara deskriptif iaitu melihat kepada
skor min dan sisihan piawai.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Dapatan kajian ini menjawab kepada dua soalan kajian iaitu berkaitan tahap pengetahuan guru
dan tahap kemahiran guru terhadap PBP dalam PdP Bahasa Melayu.

1393
Jadual 1
Analisis item tahap pengetahuan guru terhadap PBP dalam PdP Bahasa Melayu
Item Skor Sisihan Tahap
min Piawai
µ (SP)
B1 Saya mempunyai pengetahuan mengenai 3.81 0.42 Sederhana
konsep PBP tinggi
B2 Saya mempunyai pengetahuan dalam 3.74 0.50 Sederhana
melaksanakan PBP untuk menarik perhatian tinggi
murid.
B3 Saya mengetahui ciri-ciri utama kaedah PBP 3.79 0.47 Sederhana
tinggi
B4 Saya mengetahui perbezaan kaedah PBP 3.94 0.65 Sederhana
dan kaedah pembelajaran secara tradisional tinggi
B5 Saya mengetahui persamaan kaedah PBP 3.94 0.63 Sederhana
dan kaedah pembelajaran secara tradisional tinggi
B6 Saya mengetahui kelebihan melaksanakan 4.07 0.52 Tinggi
PBP
B7 Saya tahu melaksanakan pembelajaran 3.66 0.53 Sederhana
menggunakan kaedah PBP tinggi
B8 Saya mengetahui kesesuaian 3.63 0.48 Sederhana
melaksanakan kaedah PBP berdasarkan tinggi
topik-topik tertentu dalam bahasa Melayu
B9 Saya tahu cara mewujudkan situasi masalah 3.77 0.49 Sederhana
untuk murid selesaikan dalam PBP tinggi
B10 Saya tahu untuk mengalakkan murid berfikir 3.77 0.42 Sederhana
secara kritis dan kreatif bagi menyelesaikan tinggi
masalah dalam PBP.
B11 Saya tahu peranan guru dalam 3.79 0.47 Sederhana
melaksanakan kaedah PBP tinggi
B12 Saya tahu menggunakan teknologi 3.73 0.47 Sederhana
pendidikan dalam PBP tinggi
Skor Min Keseluruhan 3.78 0.36 Sederhana
tinggi

Dapatan berdasarkan Jadual 1 menunjukkan skor min tahap pengetahuan guru


terhadap PBP dalam PdP Bahasa Melayu secara keseluruhan ialah 3.78 yang menunjukkan
responden mempunyai tahap pengetahuan yang sederhana tinggi terhadap PBP. Nilai sisihan
piawai 0.36 menunjukkan bahawa set data dalam kajian ini sedikit menghampiri ukuran pusat.
Skor min paling tinggi iaitu 4.07 bagi item B6 menunjukkan responden mempunyai
pengetahuan berkaitan kelebihan melaksanakan PBP. Skor min paling rendah pula ialah 3.63
bagi item B8 yang berkaitan dengan kesesuaian topik-topik dalam bahasa Melayu untuk
melaksanakan PBP.

1394
Jadual 2
Analisis item tahap kemahiran guru terhadap PBP dalam PdP Bahasa Melayu
Item Skor Sisihan Tahap
min Piawai
µ (SP)
C1 Saya mengagihkan murid mengikut pelbagai 4.04 0.57 Tinggi
latar belakang di dalam kumpulan
C2 Saya menyediakan rancangan mengajar 3.80 0.43 Sederhana
dan bahan yang menyumbang kepada tinggi
penyelesaian projek bersama
C3 Saya menyediakan aktiviti yang 3.83 0.45 Sederhana
menggalakkan PBP dalam kalangan murid tinggi
semasa sesi PdP
C4 Saya memberi ruang dan peluang kepada 3.87 0.56 Sederhana
murid untuk menstruktur kepimpinan tinggi
kumpulan masing-masing
C5 Saya menggalakkan murid melibatkan diri 3.91 0.44 Sederhana
dalam pembelajaran berasaskan projek tinggi
C6 Saya menggalakkan murid supaya berfikir 3.90 0.42 Sederhana
secara kreatif dan kritis untuk tinggi
menyelesaikan masalah dalam PBP
C7 Saya menyusun kedudukan murid yang 3.94 0.70 Sederhana
boleh memudahkan pemerhatian dan tinggi
pengawalan oleh guru serta memudahkan
proses perbincangan murid
C8 Saya memberi ruang yang luas untuk murid 3.94 0.58 Sederhana
mengemukakan idea, pandangan dan tinggi
dapatan dalam sesi perbincangan / sesi
pembentangan
C9 Saya berperanan sebagai pemudah cara 4.01 0.67 Tinggi
dan bukannya pemberi maklumat secara
terus
C10 Saya memberikan penggredan dan 4.04 0.64 Tinggi
peneguhan kepada murid selepas selesai
penghasilan projek
C11 Saya memberikan bantuan kepada 4.04 0.66 Tinggi
kumpulan yang memerlukan bantuan
interpersonal
C12 Saya membuat penilaian dan refleksi 3.96 0.64 Sederhana
terhadap keberkesanan kaedah PBP yang tinggi
dilaksanakan.
Skor Min Keseluruhan 3.94 0.42 Sederhana
tinggi

Berdasarkan Jadual 2, skor min bagi konstruk ini ialah 3.94 yang menunjukkan guru-
guru sekolah rendah di Mukim Paka mempunyai tahap kemahiran yang sederhana tinggi
terhadap PBP dalam PdP Bahasa Melayu. Nilai sisihan piawai 0.42 menunjukkan set data bagi
konstruk ini menghampiri ukuran pusat. Skor min paling tinggi ialah 4.04 bagi item C1, C10 dan
C11 menunjukkan responden mengagihkan murid mengikut pelbagai latar belakang dalam
kumpulan, memberikan penggredan atau peneguhan dan memberikan bantuan kepada

1395
kumpulan yang memerlukan. Skor min paling rendah pula ialah 3.80 bagi item C2 yang
berkaitan dengan penyediaan rancangan mengajar dan bahan dalam PBP.
Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru bahasa Melayu di lapan buah
sekolah di Mukim Paka, Dungun, Kuala Terengganu mempunyai tahap pengetahuan dan
kemahiran yang sederhana tinggi terhadap PBP dalam PdP Bahasa Melayu.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


Dapatan kajian ini menunjukkan guru bahasa Melayu sekolah rendah di kawasan kajian
mempunyai tahap pengetahuan yang sederhana tinggi terhadap PBP dalam PdP Bahasa
Melayu. Dapatan kajian ini disokong oleh beberapa kajian lain yang turut menyatakan hal yang
sama.
Antaranya, kajian Habók & Nagy (2016) menunjukkan guru mempunyai pengetahuan
yang sederhana terhadap PBP dalam pembelajaran. Selain itu, kajian ini turut disokong oleh
dapatan Norhafiza Harom dan Lilia Halim (2018) yang mendapati guru mempunyai
pengetahuan yang sederhana tinggi dalam PBP khususnya dalam penggunaan teknologi
pendidikan seperti penghasilan video interaktif dalam PBP.
Kajian Ida Puteri & Md. Nasir (2017) juga telah membuktikan perkara yang sama iaitu
pengetahuan guru berada pada tahap sederhana tinggi. Dalam kajian tersebut juga
menyatakan pengetahuan guru terhadap strategi PBP dapat menggalakkan murid untuk
berfikir secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah melalui penghasilan
produk atau artifak. Kajian Abdull Shukor Shaari et. al, (2016) turut menyatakan pengetahuan
guru dalam pendekatan pembelajaran abad ke-21 terutamanya PBP dapat menarik minat,
perhatian dan mewujudkan tingkah laku positif dalam diri murid. Dapatan tersebut selari
dengan dapatan kajian ini yang juga melihat kepada tahap pengetahuan guru terhadap PBP
dalam PdP Bahasa Melayu
Dapatan kajian ini memperlihatkan tahap kemahiran guru bahasa Melayu terhadap
PBP dalam PdP Bahasa Melayu berada pada tahap sederhana tinggi. Dapatan yang sama
dapat dilihat dalam beberapa kajian lepas seperti kajian Yahya dan Suzanawaty (2014) yang
menjalankan kajian terhadap guru bahasa Melayu. Hasil kajian tersebut mendapati guru
bahasa Melayu yang menggunakan teknik PBP dapat membantu meningkatkan keupayaan
kemahiran menulis khususnya melalui aktiviti yang dapat menggalakkan murid melibatkan diri
dalam PBP misalnya melalui penulisan yang berbentuk risalah. Selain itu, kajian Mohd Aderi
et. al, (2018) telah membuktikan perkara yang sama iaitu guru mempunyai tahap kemahiran
yang sederhana tinggi terhadap PBP. Dalam kajian tersebut, guru bersetuju bahawa
perlaksanaan teknik PBP dapat meningkatkan kefahaman dan merupakan aktiviti yang
menyeronokkan.

1396
Kajian Chong & Mohammad Tahir (2021) juga menyatakan pendekatan yang
berpusatkan murid dan menggalakkan pembelajaran aktif perlu dikuasai oleh guru. Kajian ini
juga menyatakan PBP merupakan satu proses pelaksanaan PdP yang lebih tersusun dan
dapat mencapai standard yang ditetapkan secara sistematik iaitu sekurang-kurangnya 95
peratus mencapai objektif pembelajaran. Dapatan tersebut selari dengan dapatan kajian ini
yang juga melihat kepada kemahiran guru terhadap PBP dalam PdP Bahasa Melayu.
Implikasinya, kajian ini berupaya membolehkan guru-guru bahasa Melayu
melaksanakan perubahan dalam gaya pembelajaran yang berpusatkan guru kepada
pembelajaran yang berpusatkan murid. Hal ini selari dengan kajian Abdull Shukor et. al, (2016)
yang mendapati bahawa gaya pembelajaran yang berpusatkan murid seperti perbincangan
dan sumbang saran dalam PBP dapat memberikan impak yang positif kepada murid.
Seterusnya, guru juga dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam PBP untuk
mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Pelaksanaan PdP boleh
menumpukan kepada aktiviti pembelajaran secara berkumpulan di mana murid akan
melakukan perbincangan dan menjana idea menggunakan pemikiran kritis untuk
menghasilkan projek yang kreatif (Norliza Brahim et. al, 2011). Melalui pelaksanaan ini, murid
dapat mengalami situasi pembelajaran melalui projek yang dihasilkan dan secara tidak
langsung dapat mengukuh serta memantapkan pengetahuan. Sehubungan dengan itu, kajian
ini telah mengisi kelompongan dengan mengkaji lebih lanjut tentang pengetahuan dan
kemahiran yang dimiliki oleh guru dalam PBP.
Sebagai cadangan lanjutan, pengkaji boleh mengkaji sama ada wujud faktor-faktor
yang mempengaruhi tahap pengetahuan dan kemahiran guru terhadap PBP seperti
pengalaman mengajar, pengkhususan, jantina, pendedahan tentang PBP dan lokasi sekolah
melalui kajian korelasi antara guru-guru bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
dan Tamil. Selain itu, kajian lanjutan juga boleh dijalankan untuk meninjau pengaplikasian PBP
dalam kalangan guru bagi setiap mata pelajaran. Contohnya, kajian ini boleh dilaksanakan
dalam bentuk perbandingan misalnya, meninjau kekerapan PBP dijalankan dalam bilik darjah
antara guru bahasa Melayu dan guru sains. Selain itu, kajian lanjutan juga boleh mendalami
tentang pengaplikasian PBP seperti tahap pengaplikasian PBP di sekolah melalui kajian
tinjauan. Kajian ini boleh melihat kepada kekerapan PBP dijalankan, jenis projek atau artifak
yang dihasilkan dan tahap murid yang sesuai untuk menjalankan PBP.
Kesimpulannya, tahap pengetahuan dan kemahiran guru terhadap PBP dalam PdP
Bahasa Melayu berada pada tahap sederhana tinggi. Dapatan kajian ini dilihat sebagai nilai
tambah dalam bidang pedagogi teknik pengajaran bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana
kajian-kajian lepas lebih melihat keberkesanan PBP dalam pengajaran Bahasa Melayu
berbanding tahap pengetahuan dan kemahiran guru. Justeru, guru-guru seharusnya bersedia
untuk melaksanakan PBP dalam PdP. Berdasarkan dapatan kajian ini, guru dan pihak

1397
berkepentingan disarankan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam
PBP.

RUJUKAN
Abdull Sukor Shaari, Mohd Izam Ghazali, Nurahimah Mohd Yusof, & Mohd Isha Awang. (2016,
Oktober). Amalan pedagogi berpusatkan pelajar dan masalah yang dihadapi guru-guru
pelatih program pensiswazahan guru untuk mengamalkan pedagogi berpusatkan pelajar
semasa praktikum. In International Seminar on Generating Knowledge Through
Research. Dicapai daripada http://ojs.umsida.ac.id/index.php/icecrs.

Chong Oi Min & Mohammad Tahir Mapa. (2021). Pembelajaran berasaskan projek dalam mata
pelajaran Geografi. GEOGRAFIA Online Malaysian Journal of Society and Space 17(1),
268-282

Fraenkel, J. R., Wallen, N. E., & Hyun, H. H. (2015). The nature of research. How to design
and evaluate research in education, 1-26.

Habók, A. & Nagy, J. (2016) In-service teachers’ perceptions of project-based learning.

Ida Puteri Mahsan & Md. Nasir Ibrahim. (2017). Metakognisi pembelajaran berasaskan projek
kursus seni digital dalam kalangan pensyarah: satu kajian kes di institut pengajian tinggi
Malaysia. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 10, 25-36.

Mispuah. (2015). Keberkesanan pembelajaran berasaskan projek terhadap pencapaian


pelajar dan kemahiran abad ke-21 dalam pembelajaran biologi. Tesis Sarjana, Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Aderi Che Noh, Normurni Mohamad, Adibah Hasanah & Absha Atiah Abu Bakar. (2018).
Perlaksanaan kaedah pembelajaran berasaskan projek dalam pengajaran dan
pembelajaran kaedah fiqh. JQSS-Journal of Quran Sunnah Education and Special
Needs, 2(2), 14-23.

Nitce Isa Medina Isa & Mai Shihah Abdullah. (2013). Pembelajaran berasaskan projek:
takrifan, teori dan perbandingannya dengan pembelajaran berasaskan masalah.
CREAM- Current Research in Malaysia, 2(1), 181-194.

Norhafiza Haron & Lilia Halim. (2018). Persepsi Guru Terhadap Pelaksanaan Pembelajaran
Berasaskan Projek Dalam Mata Pelajaran Sains. Proceeding International Conference
On Global Education Vi (Icge Vi).

Norliza Brahim, Shaffe Mohd Daud & Rosnaini Mahmud. (2011). PBL sebagai kaedah
pengajaran dan pembelajaran kontemporari abad ke-21 di Malaysia. Himpunan kertas
kerja 2nd International Malaysia Educational Technology Convention, 461-471.

Tengku Sarina Aini Tengku Kasim, Fatimah Sahida Abdul Razak, Yusmini Md Yusoff & Madiha
Baharuddin. (2017). Pendekatan konstruktivisme di Malaysia dan Brunai Dasrussalam:
satu tinjauan awal terhadap pengalaman guru pendidikan Islam. Journal of Islamic
Education Research, 2(1), 23-35.

Yahya Othman & DK. Suzanawaty PG. Osman. (2014). Keupayaan menguasai kemahiran
menulis melalui pembelajaran berasaskan projek dalam penulisan berbentuk risalah di
sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4(1), 19-29.

1398
Zamri Mahamod & Jamilah Hassan. (2018). Persepsi guru bahasa Melayu tentang
penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan masalah dalam pembelajaran dan
pemudahcaraan KOMSAS. Pendeta Journal of Malay Language, Education and
Literature, 9, 41-50.

Zamri Mahamod. (2014). Inovasi P&P dalam pendidikan bahasa Melayu: cetakan ketiga.
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Zanaton Iksan. (2017). Pembelajaran kolaboratif guru. Penerbit Universiti Kebangsaan


Malaysia.

1399
KOMPETENSI GURU BAHASA MELAYU TERHADAP PENERAPAN PERMAINAN
BAHASA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Intan Zarith Sofea binti Abdul Rashid


intan09-933@ipgkbm.edu.my

Izani bin Ibrahim PhD


izaniibrahim@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kompetensi guru iaitu tahap kemahiran, tahap pengetahuan
dan juga sikap guru Bahasa Melayu terhadap penerapan permainan bahasa dalam pengajaran dan
pembelajaran. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan pendekatan kuantitatif.
Instrumen kajian ini ialah soal selidik yang mengandungi 35 item. Soal selidik tersebut mengandungi
demografi responden, tahap pengetahuan, tahap kemahiran dan tahap sikap guru terhadap penerapan
permainan bahasa. Sampel kajian terdiri daripada 76 orang guru Bahasa Melayu sekolah rendah di zon
Sentul, Kuala Lumpur. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Statistical Package for Social
Science (SPSS) versi 26. Analisis deskriptif melibatkan kekerapan dan peratusan, skor min dan sisihan
piawai. Hasil dapatan menunjukkan tahap pengetahuan guru terhadap penerapan permainan bahasa
berada pada tahap tinggi (skor min 4.15), sikap guru Bahasa Melayu terhadap penerapan permainan
bahasa juga menunjukkan sikap yang positif iaitu pada tahap tinggi (skor min 4.04). Namun, tahap
kemahiran guru Bahasa Melayu terhadap penerapan permainan bahasa berada pada tahap sederhana
tinggi (skor min 3.80). Justeru, guru-guru disarankan untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran pedagogi
terutama dalam pengajaran teknik permainan bahasa.
Kata kunci: kompetensi, permainan bahasa, pengetahuan, kemahiran, sikap.

ABSTRACT
This study aims to identify the competency of teachers, namely skill level, knowledge level and attitude
of Malay teachers towards the application of language games in teaching and learning. The design of
this study uses survey methods and quantitative approaches. The instrument of this study is a
questionnaire containing 35 items. The questionnaire contains demographics of respondents,
knowledge level, skill level and teacher attitude towards the application of language games. The sample
consisted of 76 primary school Malay teachers in Sentul zone, Kuala Lumpur. The data was analyzed
using Statistical Package for Social Science (SPSS) version 26. Descriptive analysis involves frequency
and percentage, mean score and standard deviation. The results showed that the level of knowledge of
teachers towards the application of language games was at a high level (min score of 4.15), malay
teacher's attitude towards the application of language games also showed a positive attitude which is at
a high level (min score 4.04). However, the level of proficiency of Malay teachers towards the application
of language games is at a moderately high level (min score of 3.80). Therefore, teachers are encouraged
to improve their pedagogical knowledge and skills especially in the teaching of language game
techniques.
Keywords: competence, language games, knowledge, proficiency, attitude.

PENGENALAN
Kemahiran bahasa merupakan elemen yang penting dalam Standard Kurikulum Bahasa
Melayu. Dalam konteks ini, terdapat lima modul kemahiran bahasa yang perlu dikuasai oleh
murid. Antara kemahiran tersebut ialah Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Modul
Kemahiran Membaca, Modul Kemahiran Menulis, Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017). Justeru, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab

1400
guru untuk memastikan setiap murid menguasai kemahiran berbahasa seperti yang
dinyatakan. Hal ini dibuktikan lagi dengan hasrat kerajaan yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 yang menyatakan bahawa peranan
guru adalah sangat diperlukan dalam merealisasikan mutu pendidikan masa kini agar dunia
pendidikan terus membangun dan berkualiti. Guru sebagai agen pembelajaran dituntut supaya
mampu menyelenggarakan proses pembelajaran dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, untuk
melaksanakan fungsi guru dengan baik, guru wajib memiliki syarat tertentu antaranya adalah
kompetensi. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkemaskan perancangan
dan pembangunan sumber manusia dengan memberikan fokus ke arah melahirkan guna
tenaga iaitu guru yang kompeten dan kompetitif. Kompetensi merupakan elemen yang
merangkumi pengetahuan, kemahiran dan kualiti peribadi atau sikap (Roslan Abu Bakar,
2014). Hasnah Insnon dan Jamaludin Badusah (2016) pula mentakrifkan kompetensi sebagai
gabungan aspek pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang perlu dimiliki serta
diamalkan bagi melaksanakan sesuatu pekerjaan atau jawatan. Kompetensi yang dimiliki
membolehkan seseorang melaksanakan tugasnya dengan kualiti yang tinggi (Buley-Meissner,
2000). Menurut Sutton (2004), kompetensi menggabungkan ciri-ciri sifat, kemahiran dan
pengetahuan dalam perlaksanaan kerja yang cekap atau unggul. Dalam kajian ini, definisi
operasi kompetensi merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap guru yang perlu
dimiliki untuk menguruskan aktiviti kokurikulum di sekolah.
Pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran guru mestilah bermakna agar murid
berasa seronok dan mempunyai minat untuk belajar. Namun, pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu selalunya tidak menyeronokkan dan kebiasaanya membosankan murid.
Keadaan ini berlaku kerana teknik pengajaran guru yang gagal menarik perhatian murid
untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran (Rohizana Yaakub & Mohd Zohir
Ahmad, 2007). Guru tidak menggunakan bahan bantu belajar untuk menarik minat murid dan
guru biasanya mengggunakan teknik yang konvensional dan tidak berpusatkan murid. Guru
haruslah mempelbagaikan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik seperti
improvisasi, main peranan, teater bercerita, permainan bahasa dan bercerita. Ianya
berpusatkan murid dan menggalakkan mereka menggunakan bakat, kreativiti dan
pengetahuan sedia ada murid dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas (Abdul Rasid Jamian
& Hasmah Ismail, 2016). Maka, pemilihan cara pengajaran haruslah berasaskan kepada
kriteria tertentu seperti gaya pembelajaran murid, tajuk pengajaran, jenis pengetahuan atau
kemahiran yang hendak disampaikan, tahap pencapaian murid, persekitaran pembelajaran,
nilai dan sikap yang ingin dipupuk. Salah satu daripadanya ialah melalui permainan bahasa.
Permainan bahasa adalah cara yang berkesan dalam mempelajari bahasa melalui teknik
permainan. Penglibatan dalam permainan ini akan memberi peluang kepada murid
memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik

1401
(Subramaniam, 2016). Kebanyakan aktiviti yang dijalankan menggunakan pelbagai
kemahiran berbahasa murid antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis.
Permainan bahasa ini sesuai digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa,
iaitu daripada peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah. Permainan
bahasa juga adalah satu strategi pengajaran yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap
pencapaian murid. Permainan bahasa bukanlah merupakan aktiviti tambahan untuk
bergembira semata-mata, tetapi ia boleh digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaran
yang berhasrat memberi peluang kepada murid mengaplikasikan kemahiran bahasa yang
telah dipelajari di dalam bilik darjah (Muhammad Hafiz Bakar, 2009). Permainan bahasa
merupakan aktiviti yang dirancang oleh guru dalam pengajaran dan ada hubung kaitnya
dengan kandungan isi pelajaran secara langsung atau tidak langsung. Tuntasnya, guru perlu
meningkatkan kompetensinya terhadap permainan bahasa supaya pengajaran dan
pembelajaran murid dapat berlangsung dengan baik. Dalam konteks ini, kemahiran bahasa
murid juga dapat dipertingkatkan. Namun, menjadi persoalan kepada guru sama adakah guru
mempunyai tahap pengetahuan, sikap dan kemahiran yang tinggi terhadap penerapan
permainan bahasa. Justeru, kajian ini merungkai sejauh mana kompetensi guru Bahasa
Melayu sekolah rendah terhadap penerapan permainan bahasa dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran.

PERNYATAAN MASALAH
Berlakunya kegagalan dalam sesuatu pelaksanaan kurikulum adalah disebabkan kurang
penekanan aspek kesediaan agen pelaksana iaitu para guru. Keberkesanan proses PdP
amat berkait rapat dengan kebijaksanaan seorang guru dalam memilih kaedah yang sesuai
dengan tahap dan kebolehan pelajar. Menurut Zaleha (2011), penggunaan teknik dan
strategi pengajaran guru yang kurang menarik akan mewujudkan suasana yang
membosankan, apatah lagi apabila tidak dirancang dengan baik. Menurut Nor Hashimah,
Junaini dan Zaharani (2010), kegagalan dalam merancang dan menentukan kaedah
pengajaran bahasa Melayu menyebabkan isi pelajaran gagal disampaikan secara berkesan.
Berdasarkan kajian lampau, kualiti pengajaran merupakan aspek penting dalam menarik
minat dan meningkatkan kemahiran berbahasa murid. Proses pendidikan dalam bilik darjah
memainkan peranan yang penting bagi memastikan pembelajaran berlaku. Namun, timbul
masalah apabila guru tidak mahir dalam menerapkan pelbagai pendekatan, strategi, teknik
dan kaedah yang boleh membantunya mencapai objektif pengajaran. Kurangnya
penerapan permainan bahasa seperti sahiba, teka silang kata dan bangku panas yang
boleh dilaksanakan di dalam bilik darjah. Walaupun pada hakikatnya guru mengakui
tentang kelebihan teknik permainan bahasa, namun masih terdapat guru yang tidak mahir

1402
dalam melaksanakan aktiviti permainan bahasa. Guru bahasa khususnya tidak banyak
menggunakan permainan bahasa secara intensif.
Menurut Robiah (2000), terdapat murid yang mempersoalkan kualiti pengajaran kerana
kualiti pengajaran guru membosankan dan tidak menarik. Hal ini kerana terdapat guru yang
menggunakan kaedah chalk and talk sahaja dalam PdP serta tidak berusaha
mempelbagaikan pengajaran yang lebih bersifat bermain. Tambahan pula, ada juga pendidik
yang masih kurang sedar bahawa bermain sambil belajar berupaya membantu
mempertingkatkan pembelajaran murid kerana bermain sambil belajar adalah berlandaskan
kepada konsep pendidikan berpusatkan murid dan menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran menyeronokkan (Mahdi Shuid, Mohd Hanafi, Aziz Ismail dan Kamaruddin Ilias,
2010).
Menurut Ramlah Jantan (2002) dalam kajiannya mendapati sistem pendidikan yang
bergantung sepenuhnya kepada guru, papan hitam dan buku teks dirasakan kurang sesuai
digunakan dalam sistem pendidikan moden kini. Kaedah penyampaian berbentuk satu hala
dan tidak berpusatkan pelajar ini telah menghalang pelajar untuk mengembangkan prestasi
pembelajaran masing-masing dengan cara, teknik serta gaya pembelajaran mereka
tersendiri. Mohd Sahandri, Ramli Basri dan Shaffe (2010) pernah menyatakan bahawa antara
faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar ialah teknik pengajaran yang
dipraktikkan oleh guru dalam bilik darjah kurang berkesan. Guru tidak mempelbagaikan
teknik pengajarannya dalam menyampaikan sesuatu ilmu, pengaplikasian teknik bermain
sambil belajar seperti permainan bahasa juga kurang diterapkan semasa PdP berlangsung.
Guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang bersifat satu hala iaitu secara
keadah tradisional sahaja.
Birova (2013), mendapati bahawa ramai antara tenaga pendidik bahasa Melayu
menganggap permainan sebagai aktiviti yang tidak serius. Ada pihak yang menganggap
bahawa permainan merupakan aktiviti tambahan untuk mengukuhkan kemahiran asas
pembelajaran bahasa pada peringkat sekolah rendah. Guru sering menjadikan pengajaran
dan pembelajaran yang lebih berpusatkan guru sendiri seperti kaedah pengajaran
konvensional, murid bertindak sebagai penerima maklumat atau ajaran guru secara pasif.
Tambahan pula, guru tidak menerapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam kelas
yang berteraskan abad ke-21 dan hanya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan guru. Kesannya, murid tidak bertindak aktif serta tidak bertanggungjawab
terhadap pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat dan meneroka alam ilmu secara
kendiri. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dikatakan amat
membosankan dan tidak menyeronokkan (Alizah dan Zamri, 2015). Murid kurang didedahkan
dengan aktiviti bermain seperti permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu. (Khor dan Noraini, 2016).

1403
OBJEKTIF KAJIAN
Secara terperincinya, objektif kajian ini adalah untuk:

i. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru bahasa Melayu terhadap penerapan


permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran.
ii. Mengenal pasti tahap kemahiran guru bahasa Melayu menerapkan permainan
bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran.
iii. Mengenal pasti tahap sikap guru bahasa melayu terhadap penerapan permainan
bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran.

SOALAN KAJIAN
Soalan kajian merupakan:

i. Apakah tahap pengetahuan guru bahasa Melayu terhadap penerapan permainan


bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran?
ii. Apakah tahap kemahiran guru bahasa Melayu terhadap penerapan permainan
bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran?
iii. Apakah tahap sikap guru bahasa Melayu terhadap penerapan permainan bahasa
dalam pengajaran dan pembelajaran?

METADOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah tinjauan. Menurut
Saiha Mohamed (2014) tinjauan merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk
menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Manakala, menurut Azizi dan Intan
(2010), kaedah tinjauan melibatkan pengumpulan maklumat yang diperoleh daripada sampel
atau individu melalui respon daripada soal selidik yang diberikan. Sehubungan itu, kajian ini
mengenal pasti tahan pengetahuan, kemahiran dan juga sikap guru Bahasa Melayu terhadap
penerapan permainan bahasa secara kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik.
Dalam kajian ini, tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru terhapa permainan
bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran ditinjau melalui soal selidik. Soal selidik
digunakan sebagai instrumen untuk mengumpulkan maklumat dalam kajian ini. Fraenkel,
Wallen dan Hyun (2015) menyatakan soal selidik lebih praktikal dan berkesan untuk digunakan
dalam populasi yang besar, bahkan sesuai digunakan bagi mengukur faktor-faktor yang
terbatas skopnya.
Soal selidik yang digunakan telah diadaptasi. Soal selidik yang digunakan dalam kajian
ini mengandungi 35 item yang dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian A merupakan
maklumat demografi responden bagi mendapatkan maklumat seperti jantina, kaum,
pengalaman mengajar, opsyen dan juga jumlah jam mengajar. Bahagian B mengandungi 10

1404
item soalan tentang tahap pengetahuan guru terhadap penerapan permainan bahasa dalam
pengajaran dan pembelajaran. Bahagian C mempunyai 10 item soalan yang meninjau tahap
kemahiran guru terhadap penerapan permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran.
Bahagian D pula mengandungi 10 item soalan yang meninjau tentang tahap sikap guru
terhadap penerapan permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran.
Instrumen soal selidik dalam kajian ini diuji melalui kajian rintis kepada 30 orang
responden. Hasil analisis data kajian rintis mendapati bahawa nilai kebolehpercayaan Alpha
Cronbach bagi soal selidik ialah 0.9 yang bermaksud kebolehpercayaan yang sangat tinggi.
Dalam kajian ini, soal selidik dijawab oleh 76 orang guru Bahasa Melayu di sepuluh buah
sekolah di zon Sentul, Kuala Lumpur. Data soal selidik dianalisis secara deskriptif iaitu melihat
kepada skor min dan sisihan piawai.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Dapatan dan perbincangan kajian ini akan menjawab kepada tiga soalan kajian iaitu
pengetahuan guru, kemahiran guru dan juga sikap guru Bahasa Melayu terhadap penerapan
permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran.
Jadual 1
Analisis item pengetahuan guru Bahasa Melayu terhadap permainan bahasa
Bil Item Skor Sisiha Tahap
Min n
(µ) Piawai
(SP)
1. Saya tahu tentang konsep permainan bahasa 4.34 0.64 Tinggi
2. Saya tahu bahawa permainan bahasa merupakan sesi 4.26 0.73 Tinggi
pembelajaran yang menyeronokkan
3. Saya tahu bahawa permainan bahasa merupakan sesi 4.21 0.75 Tinggi
pembelajaran yang menarik
4. Saya tahu bahawa permainan bahasa dapat 4.21 0.82 Tinggi
meningkatkan kemahiran sosial murid
5. Saya tahu bahawa permainan bahasa dapat 4.09 0.92 Tinggi
meningkatkan kemahiran kognitif murid
6. Saya tahu bahawa murid terlibat secara aktif dalam 4.09 0.83 Tinggi
aktiviti PdP permainan bahasa
7. Saya tahu bahawa permainan bahasa dapat 4.11 0.81 Tinggi
mengurangkan tekanan murid semasa belajar
8. Saya tahu kaedah perlaksanaan teknik permainan 4.04 0.87 Tinggi

1405
bahasa dalam PdP
9. Saya tahu bahawa permainan bahasa dapat 4.17 0.82 Tinggi
divariasikan mengikut topik pelajaran
10. Saya tahu mempelbagaikan aktiviti permainan bahasa 4.04 0.79 Tinggi
dalam PdP

Skor Keseluruhan = 4.15 0.64 Tinggi

Dapatan berdasarkan jadual 1 menjukkan skor min pengetahuan guru Bahasa Melayu
terhadap permainan bahasa secara keseluruhan ialah 4.15 yang menunjukkan responden
mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap permainan bahasa. Nilai sisihan piawai
ialah 0.64 menunjukkan bahawa set data dalam kajian ini menghampiri ukuran pusat. Skor
min paling tinggi iaitu 4.34 pada item 1 yang menunjukkan responden tahu tentang konsep
permainan bahasa. Skor min paling rendah pula ialah pada item 8 dan 10 iaitu berkenaan
kaedah perlaksanaan teknik permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran serta
kepelbagaian aktiviti permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran

Jadual 2
Analisis item tahap kemahiran perlaksanaan guru Bahasa Melayu terhadap permainan bahasa
Bil Item Skor Sisiha Tahap
Min n
(µ) Piawai
(SP)
1. Saya mahir memilih permainan bahasa yang 3.76 1.03 Sederhan
sesuai untuk mencapai objektif pelajaran a tinggi
2. Saya mahir menyesuaikan permainan bahasa 3.82 1.00 Sederhan
dengan isi pelajaran Bahasa Melayu a tinggi
3. Saya mahir mencipta permainan bahasa yang 3.68 1.07 Sederhan
baharu untuk mencapai objektif pengajaran a tinggi
4. Saya mahir menggunakan semula permainan 3.91 1.00 Sederhan
bahasa yang telah sedia ada dalam PdP Bahasa a tinggi
Melayu
5. Saya mahir mengubah suai permainan bahasa 3.67 1.02 Sederhan
sedia ada agar menepati objektif pengajaran a tinggi
6. Saya mahir mengawal tingkah laku murid semasa 3.83 1.02 Sederhan

1406
melaksanakan permainan bahasa a tinggi
7. Saya mahir menilai pencapaian murid secara 3.88 1.09 Sederhan
individu melalui permainan bahasa a tinggi
8. Saya mahir memberi arahan kepada murid 3.79 1.06 Sederhan
semasa menerapkan teknik permainan bahasa a tinggi
9. Saya mahir menggunakan masa yang 3.84 1.05 Sederhan
diperuntukkan untuk menjalankan permainan a tinggi
bahasa dalam PdP Bahasa Melayu
10 Saya mahir mempelbagaikan aktiviti permainan 3.82 1.06 Sederhan
. bahasa bagi menarik minat murid a tinggi

Skor keseluruhan= 3.80 0.93 Sederhan


a tinggi

Dapatan berdasarkan jadual 2 menunjukkan skor min kemahiran perlaksanaan guru Bahasa
Melayu terhadap permainan bahasa secara keseluruhan ialah 3.80 yang menunjukkan
reponden mempunyai tahap kemahiran yang sederhana tinggi terhadap permainan bahasa.
Nilai sisihan piawai ialah 0.93 menunjukkan bahawa set data dalam kajian ini menghampiri
ukuran pusat. Skor min paling tinggi ialah item 4 yang menunjukkan kemahiran guru
menggunakan semula permainan bahasa yang telah sedia ada dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Skor min paling rendah pula ialah pada item 3 iaitu berkaitan
kemahiran guru dalam mengubah suai permainan bahasa sedia ada agar menepati objektif
pengajaran Bahasa Melayu.

Jadual 3
Analisis tahap sikap guru Bahasa Melayu terhadap penerapan permainan bahasa dalam PdP
Bil Item Skor Sisiha Tahap
Min n
(µ) Piawai
(SP)
1. Teknik permainan bahasa sesuai diaplikasikan dalam 4.18 0.90 Tinggi
PdP Bahasa Melayu
2. Teknik permainan bahasa dapat meningkatkan 4.13 1.01 Tinggi
penglibatan murid dalam PdP Bahasa Melayu
3. Teknik permainan bahasa dapat meningkatkan 4.09 0.94 Tinggi
kemahiran lisan murid

1407
4. Teknik permainan bahasa dapat meningkatkan 4.01 0.97 Tinggi
kemahiran membaca murid
5. Teknik permainan bahasa dapat meningkatkan 3.87 0.90 Sederhan
kemahiran menulis murid a Tinggi
6. Teknik permainan bahasa membolehkan murid 4.05 0.95 Tinggi
menguasai tatabahasa dengan berkesan
7. Teknik permainan bahasa memudahkan guru untuk 3.89 0.98 Sederhan
menyampaikan isi pelajaran a Tinggi
8. Teknik permainan bahasa membolehkan guru 4.11 0.96 Tinggi
mendapat maklum balas untuk penambahbaikan PdP
akan datang
9. Teknik permainan bahasa membolehkan guru menilai 4.04 0.93 Tinggi
pencapaian murid dengan berkesan
10. Teknik permainan bahasa dapat meningkatkan 4.08 1.04 Tinggi
kreativiti guru dalam pengajaran

Skor Keseluruhan = 4.04 0.85 Tinggi

Berdasarkan jadual 3, secara keseluruhannya, skor min bagi konstruk sikap guru
Bahasa Melayu terhadap penerapan permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran
ialah 4.04 iaitu pada tahap tinggi. Nilai sisihan piawai 0.85 menunjukkan set data agak terserak
daripada ukuran pusat. Nilai skor paling tinggi ialah pada item 1 iaitu guru bersetuju bahawa
permainan bahasa sesuai diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Skor paling rendah pula ialah berkaitan permainan bahasa dapat meningkatkan kemahiran
menulis murid.
Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu di sepuluh buah
sekolah di zon Sentul, Kuala Lumpur mempunyai pengetahuan dan sikap yang tinggi terhadap
permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini juga mendapati bahawa
guru-guru mempunyai tahap kemahiran yang sederhana tinggi terhadap permainan bahasa
dalam pengajaran dan pembelajaran.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


Antaranya, melalui kajian Mohd Razak dan Mashitah Ahmad (2016) berkaitan penggunaan
teknik permainan bahasa dan main peranan dalam kalangan murid Orang Asli. Kajian ini
berpendapat bahawa teknik permainan bahasa berupaya menarik minat dan membantu
mempertingkatkan pembelajaran murid Orang Asli terhadap PdP bahasa Melayu kerana ia
1408
berlandaskan kepada konsep berpusatkan murid selain memberikan pengalaman
pembelajaran yang positif. Kajian ini mendapati bahawa guru berpengetahuan dalam
merancang aktiviti dan menerapkan permainan bahasa sehingga dapat menarik minat dan
membantu dalam memberi kefahaman kepada murid Orang Asli.
Kajian ini juga selari dengan kajian yang dijalankan oleh Muhammad Hafiz bin Bakar
(2009), kajian ini berkaitan keberkesanan kaedah permainan bahasa dalam
mempertingkatkan penguasaan kata kerja dalam kalangan pelajar. Menurut kajian ini kaedah
permainan bahasa ini berkesan dan dapat dilaksanakan dengan baik kerana guru
berpengetahuan dalam menerapkan permainan bahasa. Hal ini adalah selari dengan dapatan
kajian ini yang menunjukkan pengetahuan guru berada pada tahap tinggi terhadap permainan
bahasa.
Dapatan kajian ini memperlihatkan tahap kemahiran guru Bahasa Melayu dalam
perlaksanaan permainan bahasa berada pada tahap sederhana tinggi. Hal ini dapat dilihat
pada skor min 3.80 (sp = 0.93) yang membuktikan guru-guru di sekolah rendah sekitar zon
Sentul, Kuala Lumpur mempunyai tahap kemahiran yang sederhana tinggi dalam
mengaplikasikan permainan bahasa.
Dapatan yang sama dapat dilihat dalam beberapa kajian lepas seperti kajian Hau &
Chou (2019) yang menjalankan kajian terhadap guru. Hasil kajian tersebut mendapati guru
ingin melaksanakan permainan dalam PdP tetapi kurang kemahiran untuk menggunakannya.
Hasil kajian tersebut juga mendapati terdapat guru yang tidak tahu menggunakan permainan
dalam PdP.
Kajian Mohd Hilmi Hamzah & Juliama Emilia Dourado (2010) juga menyatakan
permainan bukan hanya sekadar bahan bantu mengajar atau elemen keseronokan bahkan
berfungsi untuk mencapai objektif pelajaran. Dapatan tersebut selari dengan dapatan kajian
ini yang juga melihat kepada kemahiran guru dalam menerapkan permainan bahasa dalam
PdP Bahasa Melayu.
Dapatan kajian ini menunjukkan guru Bahasa Melayu sekolah rendah di kawasan
kajian mempunyai sikap yang sangat baik terhadap kelebihan permainan bahasa. Skor min
4.04 (sp: 0.85) membuktikan bahawa guru-guru mempunyai sikap yang positif dan sangat baik
terhadap penerapan permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian
ini disokong oleh beberapa kajian lain yang turut menyatakan hal yang sama.
Antaranya, kajian Kadarag (2015) menunjukkan guru mempunyai sikap yang sangat
positif terhadap penerapan permainan bahasa di dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain
itu, kajian ini turut disokong oleh dapatan Hsu & Chiou (2019) yang mendapati guru
mempunyai sikap yang sangat baik terhadap penggunaan permainan dalam bilik darjah.
Dalam kajian tersebut juga menyatakan guru mempunyai sikap bahawa permainan boleh

1409
integrasikan kepada semua mata pelajaran selari dengan dapatan kajian ini yang
memfokuskan kepada mata pelajaran Bahasa Melayu.
Sebelum itu, kajian Mohd Razak dan Mashitah Ahmad (2016) juga telah membuktikan
perkara yang sama iaitu guru mempunyai sikap yang baik terhadap permainan bahasa. Hal ini
demikian kerana permainan interaktif yang digunakan dalam kajian ini bersesuaian dengan
objektif pembelajaran. Dalam kajian tersebut juga guru bersetuju bahawa permainan dapat
meningkatkan motivasi dan prestasi murid dalam pelajaran. Murid juga mempunyai sikap yang
positif terhadap pembelajaran yang menerapkan permainan. Kesemua aspek ini selari dengan
dapatan kajian ini yang turut mendapati sikap guru terhapad penerapan permainan bahasa
dalam pengajaran dan pembelajaran ini berada pada tahap tinggi.
Implikasinya, kajian ini berupaya membolehkan guru-guru bahasa Melayu
melaksanakan perubahan dalam gaya pembelajaran yang berpusatkan guru kepada
pembelajaran yang berpusatkan murid. Sehubungan itu, guru harus mempunyai kemahiran,
sikap dan juga pengetahuan yang tinggi berkaitan permainan bahasa kerana permainan
bahasa merupakan teknik yang menerapkan pembelajaran berpusatkan murid. Kajian ini
dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan guru Bahasa Melayu terhadap
permainan bahasa, kemahiran guru Bahasa Melayu terhadap permainan bahasa dan sikap
guru Bahasa Melayu terhadap permainan bahasa. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa
guru Bahasa Melayu mempunyai pengetahuan dan sikap berada pada tahap tinggi dan sangat
baik terhadap permainan bahasa. Manakala, guru Bahasa Melayu mempunyai kemahiran
yang sederhana tinggi dalam perlaksanaan permainan bahasa dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu.
Sehubungan itu, sekiranya guru ingin menarik minat murid untuk belajar Bahasa
Melayu dalam keadaan menyeronokkan maka guru boleh menggunakan teknik permainan
bahasa bagi meningkatkan tumpuan murid terhadap isi pelajaran. Pencapaian murid juga
dapat dipertingkatkan melalui permainan bahasa. Dalam konteks ini guru harus mempunyai
kemahiran yang tinggi dalam perlaksanaanya. Guru juga boleh menambah baik kemahiran
sedia ada daripada tahap sederhana tinggi kepada tahap yang tinggi terutamanya dalam
menghasilkan permainan yang menepati objektif pembelajaran kerana dapatan menunjukkan
bahawa guru mempunyai pengetahuan dan sikap yang tinggi terhadap penerapan permainan
bahasa maka guru boleh memanfaatkan pengetahuan dan sikap mereka dalam meningkatkan
kemahiran.
Sebagai cadangan lanjutan, kajian tentang tahap kompetensi guru Bahasa Melayu
terhadap penerapan permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran ini telah
dijalankan di kawasan Sentul, Kuala Lumpur dan hanya melibatkan guru-guru mata pelajaran
Bahasa Melayu di sepuluh buah sekolah rendah di kawasan tersebut. Sehubungan itu, kajian
ini tidak wajar digeneralisasikan kepada keseluruhan pendidik di negara ini. Oleh sebab itu,

1410
beberapa kajian lanjutan yang serupa boleh diperluas ke peringkat negeri dan kebangsaan
untuk mengenal pasti tahap kompetensi guru iaitu tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap
guru yang lebih jelas dan menyeluruh dalam menerapkan permainan bahasa.
Tambahan pula, kajian berbentuk perbandingan antara guru Bahasa Melayu di
pelbagai jenis dan ciri sekolah juga boleh dijalankan. Kajian seperti ini boleh meninjau sama
ada guru-guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil mempunyai tahap kompetensi
iaitu pengetahuan, kemahiran dan juga sikap sama seperti guru sekolah kebangsaan. Kajian
kolerasi juga boleh dilakukan bagi melihat sama ada wujud faktor-faktor yang mempengaruhi
tahap kompetensi guru dalam menerapkan permainan bahasa seperti pengalaman mengajar,
pengkhususan, jantina, pengalaman mengikuti kursus, lokasi dan budaya sekolah.
Selanjutnya, kajian lanjutan juga boleh mendalami perihal penerapan permainan bahasa
seperti tahap penerapan permainan bahasa di sekolah melalui kajian lain. Kajian juga boleh
melihat kepada kekerapan permainan bahasa dijalankan, jenis permainan bahasa yang
digunakan dan tahap murid yang sesuai untuk menjalankan aktiviti permainan bahasa.
Kesimpulannya, kajian ini dilihat sebagai nilai tambah dalam bidang pedagogi teknik
pengajaran Bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana, kajian-kajian lepas lebih melihat kepada
keberkesanan permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran berbanding melihat
terus kepada kompetensi guru iaitu ketiga-tiga aspek seperti pengetahuan, kemahiran dan
juga sikap. Melalui kajian ini juga, guru-guru digalakkan untuk meningkatkan kompetensi
mereka terhadap permainan bahasa kerana permainan bahasa merupakan satu teknik
pengajaran yang berkesan.

RUJUKAN
Abdul Rasid Jamian., & Hasmah Ismail. (2016). Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,
3(2), 49-63.

Alizah Lambri & Zamri Mahamod. (2015). Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
berpusatkan pelajar di institusi pengajian tinggi: pelaksanaan dan penerimaan pelajar.
Jurnal Personalia Pelajar. 18(1), 1-2.

Azizi Yahya & Intan Shapinas Bahuri. (2010). Pembelajaran koperatif. Fakulti Pendidikan:
Universiti Teknologi Malaysia.

Birova (2013). Game as a main strategy in language education. American Journal of


Educational Research. 1(1): 6-10.

Fraenkel, J. R., Wallen, N. E., & Hyun, H. H. (2015). The nature of research. How to design
and evaluate research in education, 1-26.

Hasnah Inson & Jamaludin Badusah. (2016). Kompetensi guru Bahasa Melayu dalam
menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu. 7(1), 56-65.

1411
Hau, T. & Chiou, G. (2019). Pre-service Teachers’ Perceptions of Digital Game Supported
Learning. Journal of Educational Multimedia and Hypermedia. 287-305.

Ilangko Subramaniam. (2014). Aktiviti permainan bahasa, wahana penguasaan kosa kata.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. JPBM, 4(2).

Karadag, R. (2015). Pre-service teachers’ perceptions on game based learning scenarios in


primary reading and writing instruction courses. Educational Sciences: Theory & Practise,
15(1).

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2017). Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Sekolah


Rendah. Kuala Lumpur: Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Khor, Huan Chin & Noraini Mohamed Noh. (2016). Keberkesanan Penggunaan Papan Putih
Interaktif dalam Pembelajaran Bahasa Malaysia dalam Kalangan Murid Tahun 3. JPBU
Edisi Khas (2016): 11-17.

Mahdi Shuid, Mohd Hanafi Zainal, Aziz Ismail & Kamaruddin Ilias. (2010). Pendidikan Negara
Bangsa Malaysia. Multimedia Sdn. Bhd.

Mohd Hilmi Hamzah & Juliama Emilia Dourado. (2010). Using grammar games in teaching
grammar: A case study in SMK Damai Jaya. Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Razak & Mashitah Ahmad. (2016). Penggunaan teknik permainan bahasa dan main
peranan dalam kalangan murid orang asli: satu tinjauan. Jurnal Penyelidikan Dedikasi.
11(2), 4-5.

Mohd Sahandri Gani Hamzah, Ramli Basri & Shaffe Mohd Daud (2010). Karakter Guru Ilmu
Diagung Guru Disanjung. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Muhammad Hafiz bin Bakar (2009). Keberkesanan Kaedah Permainan Bahasa Dalam
Mempertingkatkan Penguasaan Kata Kerja dalam Kalangan Pelajar. Tesis sarjana, UPM.

Nor Hashimah Jalaluddin, Junaini Kasdan & Zaharani Ahmad (2010). Sosiokognitif pelajar
remaja terhadap Bahasa Melayu. GEMA Online™ Journal of Language Studies, 10 (3).

Ramlah Jantan & Mahani Razali (2002). Psikologi pendidikan. Pendekatan kontemporori.
McGraw-Hill Education (M) Sdn. Bhd.

Robiah Kulop Hamzah. (2000). Kemahiran menulis: Pengalaman penulis. Bengkel Pedagogi
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: 6-8 Jun.

Rohizani Yaakub., & Mohd Zohir Ahmad. (2007). Pedagogi: strategi dan teknik mengajar
dengan berkesan. PTS Professional.

Roslan Abu Bakar. (2014). Kompetensi guru bukan opsyen yang mengajar kemahiran teknikal
di kolej vokasional Negeri Pahang. Laporan Projek Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal.
Uiversiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Saiha Mohamed Hussain. (2014). Keberkesanan pembelajaran untuk meningkatkan motivasi


pelajar dalam pembelajaran bahasa Melayu. Proceeding of the Global Summit on
Education. GSE 2014.

Subramaniam, I. (2016). Aktiviti Permainan Bahasa, Wahana Penguasaan Kosa Kata. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 4(2), 1-9.

1412
Sutton, F. (2004). Employer Assessment of Work-Related Competencies and Workplace
Adaption of Recent Cooperative Education Engineering Graduates. University of
Louisville.

Zaleha Abu Bakar. (2011). Kreativiti guru. Meningkatkan minat pelajar dan keberkesanan
Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Islam Dalam Azizul Rahman Mohammad Saleh
Rahamad. Hlm 477-497 MDK Intelek Enterprise.

1413
PERSEPSI GURU TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN PEMBELAJARAN LITERASI
MEMBACA MURID

Ling Yuh Shan


ling09-934@epembelajaran.edu.my

Nurulrabihah binti Mat Noh PhD


nuralrabihah@ipgkm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru terhadap penggunaan bahan pembelajaran
literasi membaca murid. Kajian ini juga meninjau bahan pembelajaran yang paling berkesan dalam
meningkatkan literasi membaca murid. Kajian ini dijalankan terhadap 50 orang guru bahasa Melayu
sekolah kebangsaan di kawasan Selangor. Kajian ini menggunakan pendekatan tinjauan yang
dijalankan secara statistik deskriptif dan menggunakan soal selidik. Dapatan kajian yang dianalisis
merangkumi taburan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa guru-guru membuat persediaan bahan pembelajaran dan menggunakan pelbagai bahan
pembelajaran seperti bahan teks, bahan grafik dan bahan mutlimedia sepanjang pengajaran membaca
dijalankan. Mereka juga mengakui bahawa penggunaan bahan multimedia merupakan bahan
pembelajaran yang paling berkesan terhadap literasi membaca murid. Namun begitu, guru-guru bahasa
Melayu masih kurang menggunakan bahan pembelajaran. Hal ini demikian kerana mereka masih
cendurung menggunakan kaedah konvesional, iaitu bertumpu kepada buku teks dalam pengajaran.
Kata kunci: penggunaan bahan pembelajaran, literasi membaca.

ABSTRACT
The study is carried out to identify the teacher’s perception to use of students’s reading literacy learning
materials,the most effective learning materials in order to improve students’s reading literacy. This study
is conducted on 50 teachers teaching Malay Language in national school area Selangor. This research
used survey approach conducted statistically descriptive and questionnaires instrument. The findings
show teachers prepare learning materials and use various learning materials such as text materials,
graphic materials and mutlimedia materials throughout the reading instruction is carried out. They also
acknowledged that the use of multimedia materials is the most effective learning material for students'
reading literacy. However, Malay Language’s teachers are still lacking of the use of learning materials.
As a result, they tend to use conventional methods, which are to focus on textbooks in teaching.
Key words: use of learning materials, reading literacy

PENGENALAN
Kemahiran membaca adalah kemahiran yang paling penting daripada empat kemahiran
kerana kemahiran membaca akan mempengaruhi kemahiran lain serta pencapaian akademik
murid. Kecekapan dalam kemahiran membaca bukan sahaja kaedah penting untuk
memperoleh pengetahuan tetapi juga merupakan kemahiran pendidikan penting yang boleh
memperkaya kehidupan murid. Oleh itu, murid perlu mempunyai asas membaca yang baik
semasa berada di sekolah rendah.
Proses pengajaran dan pembelajaran pada zaman kini tidak tertumpu kepada
penggunanan buku teks, kaedah tradisional “chalk and talk”, pelbagai teknik pembelajaran

1414
yang menarik seperti teknik permainan bahasa dan teknik simulasi telah diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran bagi menarik tumpuan murid terhadap isi pelajaran. Namun
demikian, penggunaan kaedah dan teknik pembelajaran masih belum dapat menjamin proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan efektif tanpa melalui bahan
pembelajaran. Bahan pembelajaran memainkan peranan penting ke arah memahami konsep
dan isi kandungan pelajaran dalam mata pelajaran bahasa Melayu.
Demi mencapai pembelajaran abad ke-21, bahan pembelajaran yang digunakan bukan
sahaja bahan teks, bahan grafik dan bahan multimedia interaktif juga perlu digunakan untuk
melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan Shabiralyani et al. (2015),
bahan pembelajaran bahasa yang baik perlu mengandungi imej visual yang tepat dan mampu
menjelaskan perkaitan konsep yang dipelajari kepada kanak-kanak. Penggunaan gambaran
visual sebelum, semasa dan selepas membaca sesuatu bahan akan dapat meningkatkan
kefahaman. Dengan itu, murid dapat mengecam huruf dengan betul dan memahami
kandungan secara mendalam. Penggunaan bahan pembelajaran yang efektif akan memberi
kesan terhadap literasi membaca murid. Oleh sebab kemahiran membaca perlu dikuasai oleh
murid, maka wujud keperluan membina bahan pembelajaran bagi murid-murid yang
bermasalah membaca.
Oleh itu, kajian yang dijalankan ini adalah untuk menguji bahan pembelajaran yang
digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) supaya literasi membaca dapat
ditingkatkan serta pengajaran membaca menjadi lebih menarik dan mudah difahami. Dalam
kajian ini, bahan pembelajaran yang akan ditinjau ialah bahan teks, bahan grafik dan bahan
multimedia yang biasa digunakan dalam pengajaran.

PERNYATAAN MASALAH
Masalah kemahiran membaca merupakan isu yang sering dihadapi oleh guru di sekolah. Lebih
membimbangkan lagi masalah itu masih membelenggu sehingga kini. Bertitik tolak daripada
itu, banyak kajian yang dijalankan untuk mencari punca dan penyelesaian mengenai isu ini.
Antara masalah yang dikenal pasti di sekolah ialah tidak semua murid menguasai kemahiran
membaca dengan baik dan fasih. Pendapat ini disokong oleh Azizah (2010) yang menyatakan
bahawa terdapat murid-murid yang perlu mengeja untuk membaca perkataan dan ayat mudah.
Murid-murid sukar memenuhi permintaaan guru apabila diminta membaca ayat atau teks yang
ditunjukkan dengan fasih walaupun ayat tersebut ringkas serta telah berulang beberapa kali
oleh guru.
Masalah membaca murid berlaku kerana guru hanya menggunakan kaedah atau bahan
pembelajaran konvensional, iaitu bertumpu kepada buku teks dalam pengajaran.
Kebergantungan terhadap buku-buku teks ini kadangkala menyebabkan sesi pembelajaran
dan pengajaran berjalan dalam suasana yang hambar dan tidak menarik (Tuzana, 2014).

1415
Kegagalan penggunaan bahan pembelajaran yang menarik akan mempengaruhi kemahiran
membaca murid kerana murid tidak berminat membaca. Oleh itu, guru perlu mempelbagaikan
bahan pembelajaran yang digunakan dalam pengajaran kemahiran membaca.
Masalah murid tidak menguasai kemahiran membaca juga disebabkan minat dan motivasi
murid yang rendah terhadap bahan bacaan. Faktor tidak minat terhadap bahan bacaan
merupakan salah satu faktor yang dominan menyumbang kepada masalah membaca dalam
kalangan murid. Tamam Timbang, et.al (2011) menjelaskan minat yang mendalam terhadap
bahan bacaan memudahkan seseorang murid mengalami proses pembacaannya. Murid akan
menumpu perhatian tentang apa yang dibaca dan cuba memahaminya jika bahan bacaan
yang dipilih berunsur ringan, padat dan berbentuk hiburan. Abdul Rasid Jamiana dan
Rashidah Baharom (2012) juga berpendapat kepelbagaian bahan pembelajaran sangat
penting kerana aktiviti membaca kadangkala membosankan sebilangan murid. Kegagalan
penggunaan bahan bacaan yang menarik mempengaruhi kemahiran membaca murid kerana
minat dan motivasi membaca murid menjadi rendah. Minat dan motivasi murid menjadi rendah
akan membantut dan memadamkan minat serta keinginan murid-murid untuk terus belajar dan
mencari ilmu pengetahuan (Khotijah Kamsul, 2017).
Pada realitinya, masalah literasi membaca murid perlu diatasi dengan segera sebelum
murid-murid melangkah ke peringkat yang lebih tinggi. Jika murid masih tidak dapat membaca
akan memberi impak yang sangat besar dalam pembelajaran mereka. Justeru, melihat kepada
keperluan yang dinyatakan di atas, pengkaji merasakan adalah wajar untuk menjalankan
kajian tinjauan impak penggunaan bahan pembelajaran terhadap literasi membaca murid.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut:
1. Mengenal pasti persediaan bahan pembelajaran yang digunakan oleh guru sekolah
kebangsaan dalam pengajaran membaca
2. Mengenal pasti jenis bahan pembelajaran yang digunakan oleh guru sekolah kebangsaan
dalam pengajaran membaca
3. Mengenal pasti persepsi guru terhadap impak penggunaan bahan pembelajaran untuk
menarik minat membaca murid

PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini dilakukan bagi menjawab persoalan berikut:
1. Apakah persediaan bahan pembelajaran yang digunakan oleh guru sekolah kebangsaan
dalam pengajaran membaca?
2. Apakah jenis bahan pembelajaran yang digunakan oleh guru sekolah kebangsaan dalam
pengajaran membaca?

1416
3. Apakah persepsi guru terhadap impak penggunaan bahan pembelajaran untuk menarik
minat membaca murid?

METADOLOGI KAJIAN
Dalam kajian ini, reka bentuk kajian tinjauan dan pendekatan kuantitatif telah digunakan bagi
melihat persepsi guru terhadap impak penggunaan bahan pembelajaran literasi membaca
murid. Kajian tinjauan yang menggunakan reka bentuk keratan rentas sesuai diaplikasaikan
dalam kajian ini kerana penggunaannya menyeluruh dan boleh digunakan untuk menyatakan
pelbagai jenis soalan, seperti persediaan penggunaan bahan pembelajaran dalam kalangan
guru, jenis bahan pembelajaran digunakan, dan persepsi guru terhadap impak penggunaan
bahan pembelajaran literasi membaca.
Seramai 50 orang guru bahasa Melayu dipilih secara rawak mudah untuk dijadikan
sampel kajian. Sampel kajian ini terdiri daripada guru bahasa Melayu sekolah rendah yang
mengajar di kawasan Selangor. Pemilihan guru bahasa Melayu di Selangor adalah Selangor
mempunyai masalah murid membaca paling tinggi (Chahaya Abdul Manan, 2020).
Soal selidik merupakan instrumen yang digunakan dalam kajian ini untuk mengumpul
data. Mengikut Muhammad Jeffery (2018), soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan
bagi mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan
sebagainya. Bahagian A ialah profil responden yang meliputi aspek jantina, kelulusan
akademik dan pengalaman mengajar. Bahagain B mengandungi 5 soalan yang terdiri daripada
item-item berkaitan dengan penggunaan bahan pembelajaran dalam kalangan guru. Bahagian
C dan Bahagian D mengandungi 9 soalan yang berkaitan dengan jenis bahan pembelajaran
yang digunakan dan impak bahan pembelajaran tersebut terhadap literasi membaca murid.
Dalam kajian ini, pendekatan yang digunakan dalam menganalisis data adalah
pendekatan statistik deskriptif. Secara deskriptif, data yang diperoleh akan dibentangkan
dalam jadual dan rajah yang menunjukkan bentuk taburan kekerapan, min dan sisihan piawai.
Skor min yang diperoleh dapat menunjukkan arah tuju responden terhadap setiap pernyataan
yang dikemukakan. Skor min juga dapat menerangkan objektif kajian. Pengkaji menggunakan
interpretasi skor min yang telah diadaptasi daripada Sapie et. al. (2017) untuk mentafsirkan
skor min kepada empat tahap, iaitu tahap tinggi, tahap sederhana tinggi, tahap sederhana
rendah dan tahap rendah.

DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian ini menjawab kepada tiga soalan kajian, iaitu berkaitan persediaan bahan
pembelajaran, jenis bahan pembelajaran dan impak bahan pembelajaran terhadap literasi
membaca murid.

1417
Persediaan Bahan Pembelajaran Yang Digunakan Oleh Guru Sekolah Kebangsaan
Dalam Pengajaran Membaca

Jadual 1

Analisis Item bagi Konstruk Persediaan Bahan Pembelajaran Yang Digunakan Oleh Guru
Sekolah Kebangsaan Dalam Pengajaran Membaca

BIL Item Persediaan Bahan Pembelajaran Min


Sisihan Tahap
Piawai
(𝛍)
(SP)
1. Saya menyediakan bahan pembelajaran sebelum 4.68 .551 Tinggi
pengajaran membaca dimulakan.
2. Saya banyak menggunakan bahan grafik dalam 4.32 .621 Tinggi
pengajaran membaca.
3. Saya menggunakan bahan multimedia untuk 4.56 .501 Tinggi
menarik minat murid membaca.
4. Saya menggunakan bahan pembelajaran membaca 4.56 .577 Tinggi
berdasarkan kemampuan murid.
5. Bahan pembelajaran dapat membantu pengajaran 4.76 .431 Tinggi
membaca.
Skor Min Keseluruhan 4.57 .413 Tinggi

Berdasarkan jadual 1, skor min persediaan bahan pembelajaran yang digunakan oleh guru
sekolah kebangsaan dalam pengajaran membaca secara keseluruhan ialah (μ=4.57) yang
menunjukkan responden menyediakan dan mengaplikasikan bahan pembelajaran dalam
pengajaran mereka. Nilai sisihan piawai ialah SP=.413 menunjukkan set data menghampiri
ukuran pusat. Keadaan ini menjelaskan sebahagian besar guru Bahasa Melayu memberikan
jawapan “sangat setuju” dan hanya sebilangan kecil yang memberi jawapan “setuju”. Skor
min paling tinggi iaitu (μ=4.76) bagi item 5 menunjukkan responden sangat bersetuju bahawa
bahan pembelajaran dapat meningkatkan literasi membaca murid. Skor min paling rendah
pula ialah (μ=4.32) berkenaan dengan penggunaan bahan grafik dalam pengajaran membaca.
Rumusannya, penemuan kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru sekolah di kawasan
Selangor yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu membuat persediaan bahan
pembelajaran dalam pengajaran membaca. Mereka menyediakan pelbagai bahan
pembelajaran membaca berdasarkan kemampuan murid. Melalui bahan pembelajaran yang
digunakan, literasi membaca murid ditingkatkan.

Jenis Bahan Pembelajaran Yang Digunakan Oleh Guru Sekolah Kebangsaan Dalam
Pengajaran Membaca

1418
Jadual 2

Analisis Item Bagi Konstruk Jenis Bahan Pembelajaran Yang Digunakan Oleh Guru Sekolah
Kebangsaan Dalam Pengajaran Membaca

BIL Item Jenis Bahan Pembelajaran Min (𝛍) Sisihan Tahap


Yang Digunakan Piawai (SP)
6. Buku teks 4.36 .693 Tinggi
7. Buku kerja 4.32 .844 Tinggi
8. Lembaran kerja 4.36 .631 Tinggi
9. Peta i-Think 4.20 .808 Tinggi
10. Kad carta 4.12 .773 Tinggi
11. Gambar 4.40 .639 Tinggi
12. Jadual 4.00 .700 Sederhana
Tinggi
13. Buku cerita digital 4.08 .804 Tinggi
14. Video 4.68 .551 Tinggi
15. Slaid 4.64 .485 Tinggi
Skor Min Keseluruhan 4.32 .426 Tinggi

Jadual 2 menunjukkan min keseluruhan jenis bahan pembelajaran yang digunakan oleh
guru sekolah kebangsaan dalam pengajaran membaca berada pada tahap tinggi, iaitu
(μ=4.32). Nilai sisihan piawai SP=.426 telah menunjukkan set data dalam kajian ini
menghampiri ukuran pusat. Keadaan ini menjelaskan sebahagian besar guru bahasa Melayu
memberikan jawapan ‘setuju’ dan selebihnya memberikan jawapan ‘sangat setuju’. Skor min
paling tinggi ialah (μ=4.68) bagi item 14 yang menjelaskan guru bahasa Melayu memilih video
dalam pengajaran membaca. Item nombor 12 perlu diberikan perhatian kerana skor min item
ini mempunyai skor min yang paling rendah (μ=4.00), berada pada tahap sederhana tinggi jika
berbanding dengan item-item lain. Perbezaan tahap ini disebabkan oleh pemilihan dan
penggunaan bahan pembelajaran dalam kalangan guru bahasa Melayu. Konklusinya, guru-
guru bahasa Melayu di sekolah kebangsaan kawasan Selangor menggunakan pelbagai jenis
bahan pembelajaran dalam pengajaran membaca.

Persepsi Guru Terhadap Impak Penggunaan Bahan Pembelajaran Untuk Menarik Minat
Membaca Murid

1419
Jadual 3

Analisis Item bagi Konstruk Persepsi Guru Terhadap Impak Penggunaan Bahan Pembelajaran
Untuk Menarik Minat Membaca Murid

BIL Item Persepsi Guru Terhadap Impak Min Sisihan Tahap


Penggunaan Bahan Pembelajaran (𝛍) Piawai
(SP)
16. Murid berminat untuk membaca apabila guru 3.80 .808 Sederhana
menggunakan buku teks. Tinggi
17. Murid berminat untuk membaca apabila guru 3.84 .738 Sederhana
menggunakan buku kerja. Tinggi
18. Murid berminat untuk membaca apabila guru 4.04 .727 Tinggi
menggunakan lembaran kerja.
19. .Murid berminat untuk membaca apabila guru 4.16 .681 Tinggi
menggunakan peta i-Think.
20. Murid berminat untuk membaca apabila guru 4.24 .716 Tinggi
menggunakan kad carta.
21. Murid berminat untuk membaca apabila guru 4.52 .580 Tinggi
menggunakan gambar.
22. Murid berminat untuk membaca apabila guru 4.12 .773 Tinggi
menggunakan jadual.
23. Murid berminat untuk membaca apabila guru 4.44 .577 Tinggi
menggunakan buku cerita digital.
24. Murid berminat untuk membaca apabila guru 4.72 .454 Tinggi
menggunakan video.
25. Murid berminat untuk membaca apabila guru 4.64 .485 Tinggi
menggunakan slaid.
Skor Min Keseluruhan 4.25 .392 Tinggi

Dapatan berdasarkan jadual 3 menunjukkan skor min persepsi guru terhadap impak
penggunaan bahan pembelajaran untuk menarik minat membaca murid secara keseluruhan
ialah (μ=4.25). Nilai sisihan piawai SP=.392 telah menunjukkan set data dalam kajian ini
menghampiri ukuran pusat. Keadaan ini menjelaskan sebahagian besar guru bahasa Melayu
memberikan jawapan ‘setuju’ dan hanya sebilangan kecil yang memberikan jawapan ‘sangat
setuju’.
Sepuluh item yang disenaraikan di atas merupakan item mempunyai min melebihi 3.00
yang menunjukkan item telah memberikan impak yang tinggi terhadap literasi membaca murid.
Namun terdapat dua item yang perlu dberikan perhatian dalam kajian ini, iaitu item 16 dan
item 17. Kedua-dua item ini mempunyai skor min yang lebih rendah jika berbanding dengan
item lain. Item 16 mempunyai skor min paling rendah ialah (μ=3.80) yang menunjukkan murid
tidak minat untuk membaca semasa buku teks digunakan dalam pengajaran membaca. Item
17 juga menunjukkan skor min yang berada pada tahap sederhana tinggi. Oleh itu, guru perlu
mengurangkan penggunaan bahan pembelajaran tersebut kerana kedua-dua bahan tidak

1420
dapat menarik minat membaca murid. Skor min yang paling tinggi ialah (μ=4.72) bagi item 24.
Item 24, iaitu video mampu meningkatkan keberkesanan proses pengajaran membaca.
Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru bahasa Melayu di sekolah
kebangsaan kawasan Selangor mempunyai persediaan bahan pembelajaran yang sangat
baik. Kajian ini juga mendapati bahawa menggunakan pelbagai jenis bahan pembelajaran
dalam pengajaran membaca. Berdasarkan dapatan kajian, guru mengemukakan bahawa buku
teks dan buku kerja merupakan bahan pembelajaran yang kurang menarik minat membaca
murid sementara video dan slaid merupakan bahan pembelajaran yang paling berkesan.

KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN


Pandangan guru yang dipaparkan melalui respon mereka dalam soal selidik jelas
menunjukkan bahawa secara keseluruhannya guru-guru menyediakan dan mengaplikasikan
bahan pembelajaran bahan pembelajaran dalam pengajaran mereka. Dapatan kajian ini
mempunyai persamaan dengan kajian Uzi Dollah (2017) yang meninjau tentang persediaan
penggunaan bahan pembelajaran dalam pengajaran. Kajian Uzi Dollah (2017) menjelaskan
guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran memilih dan mengaplikasikan bahan
pembelajaran dalam pengajaran membaca supaya masalah literasi membaca dapat diatasi.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa jenis bahan pembelajaran yang digunakan
oleh guru sekolah kebangsaan berada pada tahap yang tinggi. Sebahagian besar guru telah
menggunakan pelbagai jenis bahan pembelajaran dalam pengajaran membaca. Jenis bahan
pembelajaran yang digunakan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu bahan teks, bahan grafik dan
bahan multimedia. Penggunaan bahan pembelajaran yang variasi dapat membantu untuk
meningkatkan minat murid, meningkatkan penggunaan pelbagai deria murid, memudahkan
murid memahami perkara yang abstrak atau susah dilakukan, menyokong gaya pembelajaran
berbeza pelajaran. Guru perlu mengetahui dan berpegang kepada prinsip pemilihan bahan
pembelajaran. Antara ciri-cirinya adalah menimbulkan rangsangan dan keinginan pelajar
untuk menimba pengalaman pembelajaran, memenuhi aspirasi pembelajaran yang cekap
dalam persekitaran aktif dan dinamik, mempunyai unsur afektif, sikap, minat dan tingkah laku
dan mempunyai sifat yang selari dengan aspirasi falsafah pendidikan negara.
Berdasarkan dapatan kajian, bahan pembelajaran yang paling berkesan untuk menarik
minat membaca murid ialah slaid dan video. Kajian Ting Huang (2019) mendapati penggunaan
slaid sangat berkesan dari segi pedagogi. Hal ini demikian kerana, slaid dapat memberi
kepelbagaian dalam persekitaran pembelajaran di samping dapat merangsang minat murid.
Selain itu, kajian Zulianingsih, et.al. (2020) turut membuktikan bahawa maklumat verbal akan
lebih mudah diingati jika disertai dengan imej visual. Manakala, kajian Anestin (2015) dan
Syindi Novelia dan Nur Hazizah (2020) membuktikan penggunaan video pula sangat digemari
oleh murid. Hal ini kerana video juga video merupakan bahan pembelajaran yang paling

1421
berkesan untuk menarik minat membaca murid. Video mampu meningkatkan keberkesanan
proses pengajaran membaca. Melalui persembahan video yang lebih hidup dan realistik
mampu menarik minat membaca murid. Dengan adanya muzik, drama, dialog yang terdapat
dalam video tersebut dapat meninggalkan kesan yang lebih mendalam terhadap literasi
membaca murid (Hanifah Khalidiyah, 2015). Oleh itu, guru bahasa Melayu di kawasan
Selangor menggunakan video bagi membantu murid yang lemah membaca dalam proses
menguasai kemahiran membaca dengan lebih pantas dan berkesan.
Implikasinya, kajian ini berupaya memberi pengetahuan yang jelas kepada guru bahasa
Melayu tentang penggunaan bahan pembelajaran dalam pengajaran membaca. Guru
seharusnya jelas bahawa cara memilih bahan pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap
kemampuan membaca murid. Hal ini kerana peralatan yang digunakan menjadi pengalak
dalam penyampaian pelajaran. Bahan pembelajaran dapat mewujudkan suasana persekitaran
yang sesuai kepada murid. Jika bahan pembelajaran digunakan dengan teratur semasa
memberi penerangan, pengajaran yang disampaikan akan mencetuskan minat murid.
Sekiranya guru tidak bersedia dari segi amalan pengajaran dan penggunaan bahan
pembelajaran akan menyebabkan kelemahan dalam pengajaran membaca. Hal ini disokong
oleh Charles Muling Libau dan Ling (2020) bahawa penggunaan pelbagai bahan pembelajaran
mengikut cara yang bersesuaian dapat meningkatkan mutu literasi membaca murid-murid.
Guru boleh mempraktikkan penggunaan bahan pembelajaran dalam pengajaran
membaca berdasarkan Model SAVI. Model SAVI menerapkan empat unsur iaitu, somatik,
auditori, visual dan intektual. Oleh itu, guru digalakkan menggunakan bahan pembelajaran
yang melibatkan empat unsur ini seperti video dan slaid. Video dan slaid merupakan bahan-
bahan menggunakan warna dan bentuk yang menarik dan juga bahan-bahan yang dapat
didengar dan dilihat. Melalui penggunaan bahan pembelajaran berasaskan model SAVI, murid
diberi peluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti membaca yang dijalankan.
Sepanjang pengajaran membaca, guru akan membuat penilaian dan mengumpul maklum
balas murid terhadap aktiviti membaca yang dijalankan berdasarkan Model Robert Glazer.
Dalam model Robert Glazer, maklum balas murid terhadap aktiviti PdPc yang dijalankan amat
penting. Maklum balas murid akan dijadikan panduan asas bagi guru dalam tugas
mengajarnya.
Kajian ini juga memberi cadangan kepada pihak yang terlibat secara langsung dalam
organisasi pendidikan. Kajian ini telah membuktikan kebanyakan guru di sekolah tidak
didedahkan dengan pengetahuan atau kemahiran yang secukupnya dalam penggunaan
bahan pembelajaran membaca. Oleh itu, KPM seharusnya bekerjasama dengan Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk mendapatkan data
setiap guru di sekolah terhadap keperluan menyediakan latihan dalam perkhidmatan, seminar,

1422
kursus mahupun bengkel penggunaan dan pengaplikasian bahan pembelajaran membaca
dalam prose PdP.
Di samping itu, guru juga boleh menjalankan Komuniti Pembelajaran Profesional
melalui aktiviti peer coaching. Kementerian Pendidikan Malaysia (2011) menjelaskan peer
coaching ialah satu situasi yang membolehkan guru berkongsi pengalaman pengajaran dan
pengetahuan pedagogi di dalam bilik darjah tanpa sebarang paksaan. Proses dalam peer
coaching merangkumi perjumpaan dan perbincangan sekumpulan guru mampu memupuk
percambahan ilmu, perkembangan idea serta kreativiti guru. Dengan cara ini, guru-guru yang
mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia ada dalam perancangan dan penggunaan
bahan pembelajaran boleh menjadi fasilitator untuk membimbing guru-guru lain. Oleh yang
demikian, aktiviti peer coaching akan menjadikan guru-guru lebih yakin untuk menggunakan
bahan pembelajaran semasa pengajaran membaca dijalankan.
Hasil yang diperoleh daripada kajian ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada
kajian-kajian baharu yang bakal dijalankan pada masa hadapan. Terdapat pelbagai bidang
kajian lanjutan yang boleh dikaji untuk meninjau penggunaan bahan pembelajaran terhadap
literasi membaca. Kajian yang dijalankan ini hanya menumpukan kepada persepsi guru
bahasa Melayu terhadap penggunaan bahan pembelajaran literasi membaca. Antara kajian
yang boleh dipertimbangkan untuk dikaji pada masa akan datang adalah penggunaan bahan
pembelajaran terhadap literasi menulis atau bertutur, masalah yang dihadapi dalam
penggunaan bahan pembelajaran, serta cadangan penyelesaian masalah penggunaan bahan
pembelajaran. Oleh hal yang demikian, pengkaji beranggapan faktor ini boleh
dipertimbangkan sebagai kajian lanjutan.
Kesimpulannya, persepsi guru terhadap penggunaan bahan pembelajaran literasi
membaca berada pada tahap yang sangat baik. Dapatan kajian ini dilihat sebagai nilai tambah
dalam bidang bahasa Melayu. Hal ini kerana kajian-kajian lepas lebih mengkaji penggunaan
bahan pembelajaran terhadap literasi membaca dalam bidang lain seperti bahasa Arab atau
Matematik. Tambahan pula, masih kurang kajian tentang penggunaan bahan pembelajaran
terhadap literasi membaca. Kebanyakan kajian menfokuskan penggunaan bahan
pembelajaran dalam proses PdPc sahaja.Tuntasnya, guru bahasa Melayu perlu
memperbanyakkan bahan multimedia dalam pengajaran untuk menarik minat murid membaca
sekaligus meningkatkan literasi membaca murid.

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian, Norhashimah Hashim & Shamsudin Othman. (2012). Multimedia
interaktif mempertingkatkan pembelajaran kemahiran membaca murid-murid probim
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2 (2),46-53.

1423
Anestin, M. (2015). Reading in the Digital Era: Using Video Self-Modeling to Improve Reading
Fluency in At-Risk Students. Graduate Theses and Dissertations.
http://scholarcommons.usf.edu/etd/5633

Azizah. (2010). Penggunaan Bacaan Berulang Dapat Mempertingkatkan Kelancaran Dan


Kefahaman Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah. Proceedings of The 4th
International Conference on Teacher Education; Join Conference UPI & UPSI, 312-320.

Baroody. A. E., Diamond. K. E. (2012). Links among home literacy environment, literacy
interest, and emergent literacy skills in preschoolers at risk for reading difficulties. Topics
in Early Childhood Special Education. Journal Articles, 32(2).

Chahaya Abdul Manan. (2020, 7 Ogos). Membaca awal usia pelapis ketamadunan
bangsa.https://.www.doi.org.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1858122

Charles Muling Libau dan Ling, Y. T. (2020). Peranan Bahan Bantu Mengajar Dan
Persekitaran Maklum Balas Dalam Meningkatkan Kualiti Pembelajaran Pelajar
https://www.researchgate.net/publication/344781071_Peranan_bahan_bantu_mengajar_
dan_persekitaran_maklum_balas_dalam_meningkatkan_kualiti_pembelajaran_pelajar

Hanifah Khalidiyah. (2015). The Use Of Animated Video In Improving Students' Reading Skill.
Journal of English and Education, 3(1), 59-79

Kamarul Azmi Jasmi, et. al. (2011). Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam
Kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di Malaysia. Journal of
Islamic and Arabic Education, 3(1), 2011. 59-74.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Buku panduan guru bahasa malaysia (SK) KSSR.
Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Khotijah Kamsul. (2017). Strategi Pengembangan Minat dan Gemar Membaca.

https://doi.org//s3.amazonaws.com/918409/STRAEGI_PENGEMBANGAN_MINAT_BA
CA.pdf?AWSg%3D&responsecontentdisposition=inline%3B%20filename%3DSTRATEG
I_PENGEMBANGAN_MINAT_DAN_GEMAR_ME.pdf

Muhammad Jeffery. (2018). Kertas Cadangan Penyelidikan (Sarjana Muda) Tahap

Sikap Kerja Dan Hubungannya Dengan Prestasi Kerja Pekerja: Kajian Di Syarikat Triple
A.

https://www.researchgate.net/publication/324056198_KERTAS_CADANGAN_PENYELI
DIKAN_SARJANA_MUDA_TAHAP_SIKAP_KERJA_DAN_HUBUNGANNYA_DENGAN
_PRESTASI_KERJA_PEKERJA_KAJIAN_DI_SYARIKAT_TRIPL

Noraini Idris. (2013). Penyelidikan dalam pendidikan. Mc Graw Hill Education.

Sapie et. al. (2017).Penilaian Aspek Konteks dan Input berkaitan Tahap Pencapaian
Kemahiran Bacaan Tilawah Al-Quran berasaskan Penggunaan Warna terhadap
Kelancaran Sebutan Bertajwid dalam kalangan pelajar Tahun Lima Sekolah
Kebangsaan Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Attarbawiy: Malaysian Online Journal
Of Education, 1(2), 20-31.

Shabiralyani, G., Hasan, K.S., Hamad, N., & Iqbal, N. (2015). Impact of visual aids in

1424
enhancing the learning process case research: District Dera Ghazi Khan. Journal of
Education and Practice, 6 (19), 226-233.

Syindi Novelia dan Nur Hazizah. (2020).Penggunaan Video Animasi dalam Mengenal dan
Membaca Huruf Hijaiyah. Jurnal Pendidikan Tambusai, 4(2), 1037–1048.

Tamam Timbang, Zamri Mahamod & Afendi Hamat. (2011). Faktor Dan Kesan Masalah
Membaca Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Kerajaan Di Brunei Darussalam.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 1, Bil. 1, 89-107.

Ting Huang. (2019). Effects of visual aids on intermediate Chinese reading comprehension.
Reading in a Foreign Language, 31(2), 173-200.

Tuzana. (2014). Keberkesanan Modul Bacaan Bergred Bagi Membantu Murid Linus Tegar
Dalam Kemahiran Membaca KVKV. Tesis Universiti Sains Malaysia.

Http://eprints.usm.my/29024/1/KEBERKESANAN_MODUL_BACAAN_BERGRED_BAGI
_MEMBANTU_MURID_LINUS_TEGAR_DALAM_KEMAHIRAN_MEMBACA_KVKV.pdf

White Paul & Cranitch Maya. (2010). The impact on final year pre-service secondary teachers
of a unit in teaching literacy and numeracy across the curriculum. Australian Journal of
Teacher Education.

Zulianingsih, et.al. (2020). Media Putaran Kata untuk Meningkatkan Kemampuan Membaca
Permulaan Anak Usia Dini. Jurnal Program Studi PGRA, 6(2), 115-122.

1425
PENGAPLIKASIAN PETA PEMIKIRAN (PETA MINDA) DALAM PENULISAN KARANGAN
BAHASA MELAYU MURID SEKOLAH RENDAH

Mimi Najihah binti Yusof


mimi09-935@epembelajaran.edu.my

Hisamuddin bin Abd Ghani PhD


hisamuddin@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


59990 Lembah Pantai
Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana pengaplikasian peta pemikiran (Peta Minda)
dalam penulisan karangan bahasa Melayu murid sekolah rendah. Kajian tinjauan ini menggunakan soal
selidik sebagai instrumen kajian. Responden kajian terdiri daripada 118 orang murid Tahun 5 dari
sebuah sekolah rendah di Zon Keramat, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Data kajian ini dianalisis
dengan menggunakan program The Statistical Packages for the Social Sciences versi (SPSS) 22.0.
Kaedah analisis deskriptif digunakan untuk menunjukkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai
untuk menganalisis tahap pengetahuan, tahap penerimaan, dan tahap penguasaan terhadap peta
pemikiran (Peta Minda) dalam penulisan karangan bahasa Melayu. Hasil dapatan kajian mendapati
tahap pengetahuan murid terhadap peta pemikiran (Peta Minda) dalam penulisan karangan bahasa
Melayu sekolah rendah berada pada tahap yang tinggi dengan min (4.16). Manakala, tahap penerimaan
murid terhadap peta pemikiran (Peta Minda) dalam penulisan karangan bahasa Melayu.sekolah rendah
juga pada tahap yang tinggi dengan min (4.05). Seterusnya, tahap penguasaan murid terhadap peta
pemikiran (Peta Minda) dalam penulisan karangan bahasa Melayu sekolah rendah pada tahap yang
tinggi dengan min (3.99). Dapatan menunjukkan bahawa pengaplikasian peta pemikiran (Peta Minda)
dalam penulisan karangan bahasa Melayu amat membantu murid dalam menghasilkan sebuah
penulisan karangan yang berkualiti. Implikasi kajian ialah murid sekolah rendah ini mengetahui
kepentingan pengaplikasian peta pemikiran (Peta Minda) dalam penulisan karangan bahasa Melayu.
Kata kunci: analisis, pengaplikasian, Peta Minda, penulisan karangan bahasa Melayu, murid tahun
lima

ABSTRACT

This study aims to identify the extent of application of Mind Maps in Malay languages essay writing of
primary school students. This survey study uses a questionnaire as a research instrument. The
respondents of the study consisted of 118 Year 5 students from a primary school in Zon Keramat,
Federal Territory of Kuala Lumpur. The data of this study were analyzed using The Statistical Packages
for the Social Sciences version (SPSS) 22.0. Descriptive analysis was used to indicate the frequency,
percentage, mean and standard deviation to analyze the level of knowledge, level of acceptance, and
the level of mastery of the Mind Map in the Malay languages essay writing. The results of the study
found that the level of student’s knowledge of Mind Maps in Malay languages essay writing of primary
school are at a high level with the mean (4.16). Meanwhile, the level of student’s acceptance of the Mind
Maps in Malay languages essay writing is also at a high level with the mean (4.05). Next, the level of
student’s mastery of the Mind Maps in Malay languages essay writing of primary school students at a
high level with the mean (3.99). The results showed that application of Mind Maps in the Malay language
essay writing helps students in producing a quality essay writing. The implication of this study is that the
students in primary school know the importance of using this Mind Map in Malay languages essay
writing.
Keywords: analysis, extent of application, the Malay language essay writing, Mind Maps, students
year five.

1426
PENGENALAN
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Kementerian Pelajaran
Malaysia ,2013) telah menetapkan mulai tahun 2015, semua sekolah mesti melaksanakan
pembelajaran abad ke-21 (PAK-21). PAK-21 merupakan satu usaha transformasi yang
dilakukan ke arah meningkatkan taraf pendidikan negara supaya dapat bersaing di peringkat
global. Selaras dengan usaha ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
memperkenalkan satu kurikulum yang memenuhi piaiwai antarabangsa dengan menekankan
aspek kemahiran kreatif, inovasi dan penyelesaian masalah bagi melahirkan generasi muda
yang seimbang dan menguasai kemahiran abad ke-21 (Chew Bee Gek, 2017). PAK-21
merupakan proses pembelajaran berpusatkan murid yang mengutamakan elemen
komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, dan pemikiran kreatif, kenegaraan dan karakter serta
aplikasi nilai murni dan etika. Oleh itu, guru memainkan peranan yang penting supaya dapat
menerapkan elemen PAK-21 dalam proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) agar
dapat memastikan kemenjadian murid di samping untuk melahirkan murid yang cemerlang
dari segi semua aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang dinyatakan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Jadi, guru seharusnya lebih kreatif dalam merancang
proses PdPc dengan menyediakan pelbagai bahan bantu mengajar (BBM) yang menarik dan
melaksanakan teknik yang sesuai dalam proses PdPc. Sebagai contoh, guru boleh
menggunakan teknik pengurusan grafik seperti peta pemikiran (Peta Minda) semasa aktivti
PdPc. Teknik ini juga merupakan salah satu elemen dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) yang juga merupakan elemen yang ditekankan dalam PAK-21.

Menurut Tony Buzan (2018) peta pemikiran (Peta Minda) merupakan salah satu alat
yang cukup dinamik dan menarik, membantu segala proses berfikir dan merancang menjadi
lebih bijak dan pantas. Peta pemikiran (Peta Minda) juga dikenali sebagai alat berifkir iaitu
instrumen yang membolehkan seseorang berfikir dengan lebih sistematik dan berkesan. Hal
ini disokong oleh pernyataan Zamri Mahamad (2014) yamg mengatakan peta pemikiran (Peta
Minda) menjadikan pemikiran seseorang lebih tersusun, luas, jelas dan tidak terburu-buru
melakukan sesuatu. Hal ini juga akan merangsang seseorang berfikir secara keatif dan kritis.
Bagi memenuhi cabaran abad ke-21, kemahiran berfikir merupakan salah satu aspirasi murid
dalam melahirkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif. Menurut Ismail, Sidek &
Mahbib (2015) pelajar yang menguasai kemahiran abad ke-21 dengan kebolehan dan
kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif ini mampu untuk bersaing di persada dunia.
Peta pemikiran (Peta Minda) merupakan alat berfikir yang mengelakkan murid daripada
menghafal sesuatu konsep atau isi pelajaran malah dapat memperkukuhkan kemahiran
berfikir dengan memahami apa yang dipelajari. Hal ini membolehkan murid berfikir dengan

1427
lebih kritis, membuat kesimpulan dan refleksi serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut
dalam situasi sebenar dalam kehidupan.

Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras
dan wajib di semua sekolah rendah dan menengah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003).
Kemahiran menulis amat penting kerana murid akan diuji sepenuhnya dalam peperiksaan
seperti dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) iaitu kertas Bahasa Melayu Penulisan.
Menurut Dokumen Standard Sekolah Rendah (DSKP) Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan
Tahun 5 (2014) kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan
melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan
dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penulisan karangan pula merupakan merupakan
tahap tertinggi kemahiran bahasa iaitu kemahiran bahasa tulisan.

PERNYATAAN MASALAH
Kertas Penulisan Karangan Bahasa Melayu merupakan kertas yang diwajibkan lulus
kepada semua murid sekolah rendah tanpa mengira agama, bangsa mahupun kaum. Masalah
akan timbul apabila terdapat murid yang merasakan terpaksa dalam mempelajari mata
pelajaran bahasa Melayu menyebabkan mereka belajar bahasa Melayu hanya untuk
memasuki dan lulus peperiksaan sahaja. Tambahan pula, sistem pendidikan adalah
berpendapat bahawa proses PdP yang berteraskan peperiksaan Mahdi Shuid et al., (2016).
Menurut Haris Fadzilah Kassim (2002), kebanyakan guru hanya mengajar untuk memenuhi
keperluan peperiksaan dan hanya memberi pendedahan secara umum tentang sesuatu tajuk
penulisan. Guru mengabaikan proses dalam menulis penulisan ini dan hanya mementingkan
hasil penulisan yang bakal dihasilkan oleh murid.
Selain itu, menurut kajian yang dijalankan Rubiaton Ibrahim dan Jamaludin Badusah
(t.t) keputusan peperiksaan yang diperoleh menunjukkan masih ramai murid di sekolah rendah
yang belum menguasai penulisan karangan. Hal ini lebih merumitkan apabila terdapat juga
murid tahun 6 yang masih belum menguasai kemahiran menulis karangan walaupun sudah
dua tahun belajar menulis semasa di tahun 4 dan tahun 5. Hal ini disokong oleh pernyataan
Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd Rahman (2011) bahawa ramai calon yang
mendapat keputusan yang rendah atau gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan
UPSR. Antara faktor yang menyebabkan pencapaian murid kurang memuaskan dalam
penulisan karangan termasuklah kelemahan murid sendiri, iaitu sikap negatif murid yang
kurang berminat terhadap pelajaran.
Seterusnya, berdasarkan kajian Baiziela binti Sapingi @ Shapiee, (2012) terdapat
murid yang masih lemah dalam mengemukakan isi utama dan menghuraikan isi-isi utama
dalam penulisan karangan. Mereka menggunakan ayat yang mudah sahaja tanpa

1428
memberikan contoh bagi huraian isi tersebut. Hal ini juga disokong oleh Nawi (2006) yang
menyatakan murid mengulang isi yang sama dalam karangan. Tambahan pula, idea yang
dikeluarkan murid juga kebanyakan berulang dan tidak mencukupi untuk membolehkan murid
mendapat markah yang baik. Di samping itu, banyak karangan yang dihasilkan oleh murid
tidak berkembang dengan baik walaupun telah menulis beberapa idea daripada tajuk
penulisan. Hal ini dapat dibuktikan oleh penyataan Yusfaizah dan Ishah (2012), yang
mengatakan terdapat murid yang hanya menulis satu atau dua ayat pernyataan tentang tajuk
dan tidak dapat menghuraikan isi penulisan secara lengkap.

OBJEKTIF KAJIAN
Secara khusus, kajian ini mempunyai beberapa objektif, iaitu:
1. Mengenal pasti tahap pengetahuan awal murid terhadap peta pemikiran (Peta Minda)
dalam penulisan karangan bahasa Melayu.
2. Mengenal pasti tahap penerimaan murid terhadap peta pemikiran (Peta Minda) dalam
penulisan bahasa Melayu.
3. Mengenal pasti tahap penguasaan murid terhadap peta pemikiran (Peta Minda) dalam
penulisan karangan bahasa Melayu.

PERSOALAN KAJIAN
Persoalan kajian adalah berkaitan dengan objektif kajian yang dikaitkan dengan
pengaplikasian peta pemikiran (Peta Minda) dalam penulisan karangan bahasa Melayu
murid sekolah rendah.
1. Apakah tahap pengetahuan awal murid terhadap peta pemikiran (Peta Minda) dalam
penulisan karangan bahasa Melayu?
2. Apakah tahap penerimaan murid terhadap peta pemikiran (Peta Minda) dalam penulisan
karangan bahasa Melayu?
3. Apakah tahap penguasaan murid terhadap peta pemikiran (Peta Minda) dalam penulisan
karangan bahasa Melayu.

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kajian tinjauan. Oleh
itu, reka bentuk yang digunakan ialah berbentuk analisis deskriptif bagi mengenal pasti dan
mengkaji secara emprikal dan sistematik berkaitan pengaplikasian peta pemikiran (Peta
Minda) dalam penulisan karangan bahasa Melayu murid sekolah rendah. Menurut Creswell
(2005) reka bentuk kajian tinjauan deskriptif mampu menghurai isu-isu dan masalah dalam
pelbagai perspektif yang melibatkan pandangan, sikap, tingkah laku dan persepsi.

1429
Populasi yang telah diambil adalah terdiri daripada murid Tahun 5 di sebuah sekolah
Zon Keramat Wilayah Kuala Lumpur. Rasional pemilihan populasi murid Tahun 5 adalah
kerana, murid di Tahun 5 telah menerima pengajaran dan telah didedahkan mengenai
penulisan karangan selama setahun semasa berada di Tahun 4. Oleh itu, pengkaji ingin
meninjau sejauh mana tahap pengetahuan, tahap penerimaan dan tahap penguasaan murid
Tahun 5 terhadap pengaplikasian peta pemikiran (Peta Minda) dalam penulisan karangan
bahasa Melayu. Justeru, pengkaji telah mendapati bahawa populasi kajian adalah seramai
170 orang murid Tahun 5.

Pengkaji menggunakan instrumen soal selidik dalam kajian ini. Set soalan
diadaptasikan oleh pengkaji menggunakan bahasa Melayu berdasarkan soal selidik Edmund
Anak Austrus & Jamaludin Bin Haji Badusah (2018) yang berkaitan kajian peta i-Think ini.
Instrumen soal selidik ini merangkumi tiga bahagian utama. Bahagian A mengandungi lima
item tentang maklumat demografi responden. Bahagian B mengandungi 12 item yang
berkaitan dengan tahap pengetahuan murid terhadap pengaplikasian peta pemikiran (Peta
Minda) dalam penulisan karangan bahasa Melayu. Bahagian C juga melibatkan 12 item
tentang tahap penerimaan murid terhadap pengaplikasian peta pemikiran (Peta Minda) dalam
penulisan karangan bahasa Melayu. Manakala, bahagian D pula melibatkan12 item tentang
tahap penguasaan murid terhadap pengaplikasian peta pemikiran (Peta Minda) dlaam
penulsan karangan bahasa Melayu. Skala likert lima mata digunakan bagi tujuan ini.

Kajian rintis telah dijalankan kepada 30 orang responden. Hasil analisis kajian rintis
mendapati bahawa Nilai Alpha Cronbach bagi soal selidik ialah 0.949 yang bermaksud
kebolehpercayaan sangat tinggi. Dalam kajian ini, soal selidik dijawab oleh 30 orang murid
Tahun 5 Zon Bangsar, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Akhirnya, data soal selidik
dianalisis secara deskriptif iaitu melihat kepada kekrapan, peratusan, skor min dan sisihan
piawai. Taksifar skor min telah diadaptasi daripada Zulkifli Awang (2012) dan ditunjukkan
dalam jadual 1.

Jadual 1
Interpretasi nilai min berdasarkan Zulkifli Awang (2012)
Bil Julat Skor Min Tahap
1 1.00 – 2.49 Rendah
2 2.50 – 3.79 Sederhana
3 3.80 – 5.00 Tinggi
Sumber: Zulkifli Awang (2012)

1430
Dalam kajian ini, tahap pengaplikasian peta pemikiran (Peta Minda) dalam penulisan
karangan bahasa Melayu murid sekolah rendah dikategorikan kepada tiga tahap iaitu 1.00
hingga 2.49 menujukkan tahap rendah, skor min 2.50 hingga 3.79 menunjukkan tahap
sederhana dan skor min 3.80 hingga 4.00 menunjukkan tahap tinggi.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Dalam bahagian ini, penyelidik akan membincangkan dapatan kajian bagi menjawab soalan
kajian dan seterusnya mencapai objektif kajian. Dapatan kajian ini menjawab kepada
demografi responden dan dua soalan kajian iaitu tahap pengetahuan, tahap penerimaan dan
tahap penguasaan terhadap pengaplikasian peta pemikiran (Peta Minda) dalam penulisan
karangan Bahasa Melayu sekolah rendah.

Jadual 2
Kekerapan Demografi Responden
Butiran Item Kekerapan Peratus Kekerapan (%)
Kelas Marikh 23 19.5
Musytari 25 21.2
Neptune 23 19.5
Uranus 23 19.5
Utarid 24 20.3
Jantina Lelaki 47 39.8
Perempuan 71 60.2

Kaum Melayu 105 89.0


Cina 7 5.9
India 3 2.5
Lain-lain 3 2.5
Bahasa pertuturan Bahasa Melayu 106 89.8
Bukan Bahasa Melayu 12 10.2

Kelulusan akademik E (0-39) 0 1


D (40-49) 1 6
C (65-79) 4 16
B (65-79) 46 65
A (80-100) 1 30

Jadual 2 menerangkan dengan lebih terperinci mengenai demografi responden kajian


yang diperoleh hasil daripada soal selidik. Rumusan yang dapat dibuat adalah terdapat wakil
murid dari setiap kelas yang telah menjawab borang soal selidik. Selain itu, terdapat lebih
separuh murid perempuan (60.2%) berbanding murid lelaki (39.8%) yang telah menjawab soal

1431
selidik. Hampur kesemua murid yang telah menjawab soal selidik merupakan kaum melayu
(89.0&) dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan (89.8%). Seterusnya,
sebilangan besar daripada responden adaan terdiri daripada yang telah mendapat keputusan
B (65-79) iaitu, seramai 65%. Tuntasnya, semua muris yang dikaji merupakan murid yang
telah diberi pendedahan mengenai penulisan karangan bahasa Melayu.

Jadual 3
Tahap Pengetahuan Murid Terhadap Peta Pemikiran (Peta Minda) Dalam Penulisan
Karangan Bahasa Melayu.
Bil Item Min (μ) Sisihan Intepretasi
piawai (SP)
B1 Saya tahu apa itu Peta Minda. 4.35 .709 Tinggi
B2 Saya tahu contoh Peta Minda. 4.26 .709 Tinggi
B3 Saya tahu fungsi Peta Minda. 3.97 .836 Tinggi
B4 Saya tahu cara menggunakan Peta Minda. 4.18 .747 Tinggi
B5 Saya tahu tentang Peta Minda melalui 4.03 .933 Tinggi
pendedahan pihak sekolah.
B6 Saya tahu kelebihan menggunakan Peta 4.00 .806 Tinggi
Minda.
B7 Saya tahu Peta Minda mudah difahami. 4.28 .794 Tinggi
B8 Saya tahu menghasilkan sebuah Peta 4.23 .871 Tinggi
Minda.
B9 Saya tahu Peta Minda senang diaplikasikan. 4.11 .793 Tinggi
B10 Saya tahu menggunakan Peta Minda 4.12 .839 Tinggi
semasa belajar.
B11 Saya tahu kaedah Peta Minda 4.08 .801 Tinggi
menggalakkan proses belajar.
B12 Saya tahu Peta Minda sesuai digunakan 4.33 .817 Tinggi
dalam penulisan karangan bahasa Melayu.
Min keseluruhan 4.16 .523 Tinggi

Dapatan berdasarkan Jadual 3 menunjukkan skor min bagi bagi tahap pengetahuan
responden terhadap pengaplikasian peta pemikiran (Peta Minda) dalam penulisan karangan
Bahasa Melayu secara keseluruhan adalah (μ=4.24) yang menunjukkan tahap pengetahuan
responden berada pada tahap yang tinggi. Nilai sisihan piawai ialah (SP=0.523). Nilai sisihan
piawai pula berada pada tahap sederhana yang menunjukkan bahawa set data agak terserak,
namun masih menghampiri ukuran pusat. Berdasarkan jadual 3, min tertinggi bagi bagi tahap
pengetahuan responden terhadap pengaplikasian peta pemikiran (Peta Minda) adalah pada
item “saya tahu apa itu Peta Minda” dengan nilai min (μ=4.35) dan sisihan piaiwai SP=.709
.Manakala,bagi min terendah adalah pada item “saya tahu fungsi peta minda” dengan min
(μ=4.54) dan sisihan piawai SP=.836. Berdasarkan dapatan yang diperoleh mendapati murid

1432
sekolah rendah mempunyai pengetahuan yang sangat baik mengenai peta pemikiran (Peta
Minda).

Jadual 4
Tahap Penerimaan Murid Terhadap Terhadap Pengaplikasian Peta Pemikiran (Peta Minda)
dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu
Bil Item Min (μ) Sisihan Intepretasi
piawai (SP)
C1 Saya beminat untuk belajar penulisan 4.36 .781 Tinggi
karangan bahasa Melayu.
C2 Saya suka menghasilkan rangka karangan 3.79 .856 Tinggi
dalam bentuk Peta Minda sebelum
menghasilkan sebuah karangan.
C3 Saya mudah faham sesuatu jalan cerita 4.13 .801 Tinggi
daripada sebuah karangan.
C4 Saya mudah mengeluarkan tajuk sesuatu 3.71 .935 Tinggi
penulisan karangan.
C5 Saya mudah mengeluarkan isi penulisan 3.95 .923 Tinggi
karangan.
C6 Saya mudah menyusun isi penulisan 4.09 .906 Tinggi
karangan.
C7 Saya mudah mengembangkan isi 3.97 .882 Tinggi
penulisan karangan.
C8 Saya mudah mengaitkan isi penulisan 3.88 .980 Tinggi
dalam setiap perenggan karangan.
C9 Saya mudah mengeluarkan contoh untuk 4.01 .892 Tinggi
isi penulisan karangan.
C10 Saya mudah membina ayat yang betul dan 4.01 .852 Tinggi
tersusun dalam setiap perenggan.
C11 Saya mudah menyusun perenggan dalam 4.25 .849 Tinggi
karangan.
C12 Saya seronok menghasilkan sebuah 4.40 .741 Tinggi
penulisan karangan.
Min keseluruhan 4.05 .623 Tinggi

Dapatan berdasarkan Jadual 4, menunjukkan skor min bagi bagi tahap penerimaan
responden terhadap pengaplikasian peta pemikiran (Peta Minda) dalam penulisan karangan
Bahasa Melayu secara keseluruhan adalah (μ=4.05) yang menunjukkan tahap penerimaan
responden berada pada tahap yang tinggi. Nilai sisihan piawai pula berada pada tahap
sederhana, iaitu (SP=.623). Nilai sisihan piawai menunjukkan tahap bahawa set data dalam
kajian ini adalah agak terserak. Berdasarkan jadual 4, min tertinggi bagi tahap penerimaan
responden terhadap pengaplikasian peta pemikiran (Peta Minda) adalah pada item “saya
mudah faham sesuatu jalan cerita daripada sebuah karangan” dengan nilai min (μ=4.13) dan
sisihan piaiwai SP=.801. Manakala, bagi min terendah adalah pada item saya mudah
mengeluarkan tajuk sesuatu penulisan karangan.” dengan min (μ=3.71) dan sisihan piawai

1433
SP=.935. Berdasarkan dapatan yang diperoleh mendapati murid sekolah rendah dapat
menerima pengaplikasian peta pemikiran (Peta Minda) dalam penulisan karangan bahasa
Melayu dengan sangat baik.

Jadual 5
Tahap Penguasaan Murid Terhadap Terhadap Peta Pemikiran (Peta Minda) Dalam Penulisan
Karangan Bahasa Melayu

Bil Item Min (μ) Sisihan Intepretasi


piawai
(SP)
D1 Saya dapat menghasilkan Peta Minda 3.92 .975 Tinggi
sebelum menulis karangan bahasa Melayu.
D2 Saya dapat membantu rakan saya dalam 3.87 .768 Tinggi
menghasilkan Peta Minda dengan baik.
D3 Saya dapat memikirkan idea penulisan 3.99 .901 Tinggi
dengan lebih baik.
D4 Saya dapat menulis tajuk yang sesuai 3.93 .814 Tinggi
dalam penulisan karangan bahasa Melayu.
D5 Saya dapat mengeluarkan isi penulisan 3.96 .861 Tinggi
berdasarkan tajuk penulisan karangan
bahasa Melayu dengan baik.
D6 Saya dapat menyusun isi penulisan 4.06 809 Tinggi
karangan bahasa Melayu dengan baik dan
teratur.
D7 Saya dapat mengembangkan isi penulisan 4.02 .837 Tinggi
dengan baik dan jelas.
D8 Saya dapat menulis ayat dengan betul 3.99 .842 Tinggi
dalam setiap perenggan.
D9 Saya dapat menghasilkan perenggan- 4.12 .764 Tinggi
perenggan yang tersusun.
D10 Saya dapat memberikan contoh-contoh 3.93 .845 Tinggi
yang berlainan dengan betul dan jelas.
D11 Saya dapat menyiapkan tugasan penulisan 4.13 .853 Tinggi
karangan dalam masa yang ditetapkan.
D12 Saya dapat menguasai pembelajaran 4.06 .890 Tinggi
penulisan karangan bahasa Melayu dengan
baik.
Min keseluruhan 3.99 .634 Tinggi

Dapatan berdasarkan Jadual 5 menunjukkan skor min bagi bagi tahap penguasaan
responden terhadap pengaplikasian peta pemikiran (Peta Minda) dalam penulisan karangan
Bahasa Melayu secara keseluruhan adalah (μ=3.99) yang menunjukkan tahap penguasaan
responden terhadap pengaplikasian peta pemikiran (Peta Minda) responden berada pada
tahap yang tinggi. Nilai sisihan piawai pula berada pada tahap sederhana, iaitu (SP=.634).
Nilai sisihan piawai menunjukkan tahap bahawa set data dalam kajian ini adalah agak terserak.
Berdasarkan jadual 5, min tertinggi bagi tahap penguasaan responden terhadap
pengaplikasian peta pemikiran (Peta Minda) adalah pada item “saya dapat menyiapkan

1434
tugasan penulisan karangan dalam masa yang ditetapkan.” dengan nilai min (μ=4.13) dan
sisihan piaiwai SP=.853. Manakala, bagi min terendah adalah pada item “saya dapat
membantu rakan saya dalam menghasilkan Peta Minda dengan baik” dengan min (μ=3.87)
dan sisihan piawai SP=.768. Berdasarkan dapatan yang diperoleh mendapati murid sekolah
rendah dapat menguasai pengaplikasian peta pemikiran (Peta Minda) dalam penulisan
karangan bahasa Melayu dengan sangat baik.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa murid Tahun 5 sekolah rendah Zon Keramat Wilayah
Kuala Lumpur mempunyai tahap pengetahuan yang baik terhadap pengaplikasian peta
pemikiran (Peta Minda) dalam penulisan karangan bahasa Melayu. Hal ini dibuktikan dengan
nilai min keseluruhan berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian mendapati nilai min (μ=4.16)
dan sisihan piaiwai SP=.523. Hal ini membuktikan tahap pengetahuan murid juga pada tahap
yang tinggi. Antara kajian yang lepas yang membuktikan bahawa murid mempunyai
pengetahuan yang tinggi dan jelas mengenai pengaplikasian peta pemikiran (Peta Minda)
termasuklah murid aktif mengaplikasikan peta pemikiran (Peta Minda) dalam proses
pembelajaran dan pengajaran sama ada mata pelajaran bahasa Meayu mahupun mata
pelajaran lain. Hal ini disokong oleh (Abdul Halim et. a., 2010) yang menyatakan penggunaan
Peta Minda dapat meningkatkan proses belajar murid dalam menyelesaikan masalah dalam
mata pelajaran Sains. Pengaplikasian peta pemikiran (Peta Minda) terutama dalam penulisan
karangan Bahasa Melayu ini dapat memberi kesan yang positif terutama kepada prestasi
murid dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. Kajian ini selaras dengan kajian yang
dilakukan oleh Yahya dan Azmey (2012) yang mendapati bahawa penggunaan Peta Minda
telah meningkatkan pencapaian murid dalam menulis karangan bahasa Melayu.
Seterusnya, dapatan kajian juga menunjukan responden mempunyai tahap
penerimaan yang baik terhadap pengaplikasian peta pemikiran (Peta Minda) dalam penulisan
karangan bahasa Melayu. Hal ini dibuktikan dengan nilai min keseluruhan berada pada tahap
tinggi. Dapatan kajian mendapati nilai min (μ=4.04) dan sisihan piaiwai SP=.623. Hal ini
membuktikan tahap penerimaan murid juga pada tahap yang tinggi. Antara kajian yang lepas
yang membuktikan bahawa murid mempunyai tahap penerimaan yang baik mengenai
pengaplikasian peta pemikiran (Peta Minda) termasuklah murid mudah dan gemar
mengaplikasikan peta pemikiran (Peta Minda) terutama dalam penulisan karangan bahasa
Melayu. Menurut Mun Suk Fung & Dr Zanaton Hj Iksan (2019) menyatakan jika murid tidak
minat menggunakan peta pemikiran atau tahap penerimaan konsep peta pemikiran ini rendah
maka, murid akan sukar untuk menguasai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menulis
penulisan karangan Bahasa Melayu. Pengaplikasian peta pemikiran (Peta Minda) menjadi

1435
panduan kepada meningkatkan kemahiran menghasilkan sebuah penulisan karangan yang
berkualiti. Hal ini selari dengan konsep peta pemikiran (Peta Minda) itu sendiri iaitu, peta
pemikiran (Peta Minda) dapat menggalakkan murid berfikir dahulu sebelum menyusun
maklumat dengan tepat dalam peta pemikiran (Peta Minda) (Zamri Mahamod, 2014). Menurut
kajian Chan Wai Ling (2004) pula menyatakan peta pemikiran (Peta Minda) membantu murid
membuat perancangan terhadap penulisan karangan, termasuklah juga dapat membantu
murid membuat perenggan dengan baik.
Selain itu, dapatan kajian ini membuktikan responden mempunyai tahap penguasaan
yang baik terhadap pengaplikasian peta pemikiran (Peta Minda) dalam penulisan karangan
bahasa melayu. Hal ini dibuktikan dengan nilai min keseluruhan berada pada tahap tinggi.
Dapatan kajian mendapati nilai min (μ=3.99) dan sisihan piaiwai SP=.634. Hal ini membuktikan
tahap penguasaan murid juga pada tahap yang tinggi. Antara kajian lepas yang membuktikan
bahawa murid mempunyai tahap penguasaan yang baik mengenai pengaplikasian peta
pemikiran (Peta Minda) termasuklah kajian oleh Wong Pui Chze (2009) dan Freddy Xavier
(2010) murid dapat meningkatkan kualiti isi penulisan karangan murid dengan pengaplikasian
peta pemikiran (Peta Minda). Hal ini disokong oleh Chan Wai Ling (2004) pula menyatakan
peta pemikiran (Peta Minda) membantu murid membuat perancangan terhadap penulisan
karangan. Isi penulisan karangan akan lebih jelas apabila dilakarkan dalam bentuk peta
pemikiran (Peta Minda). Jadi, murid akan dapat menguasai penulisan karangan dengan baik
dengan menyenaraikan isi penulisan yang ringkas tetapi berkualiti berdasarkan tajuk
penulisan karangan.
Implikasinya, kajian ini memberikan nilai tambah dalam beberapa aspek. Antaranya,
ialah implikasi pengetahuan termasuklah pengaplikasian peta pemikiran (Peta Minda)
merupakan alat berifikir yang membolehkan murid meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi
serta merupakan salah satu elemen dalam pembelajaran abad ke-21. Oleh itu, pengapliksian
peta pemikiran (Peta Minda) dalam penulisan karangan Bahasa Melayu adalah penting bagi
meningkatkan mutu kemahiran menulis dalam kalangan murid. Dapatan kajian ini
menunjukkan murid Tahun 5 mempunyai tahap pengetahuan, tahap penerimaan dan tahap
penguasaan yang tinggi terhadap pengaplikasian peta pemikiran (Peta Minda) dalam
penulisan karangan Bahasa Melayu. Kajian ini boleh dijadikan pendorong kepada murid untuk
mengaplikasikan peta pemikiran (Peta Minda) dalam penulisan karangan Bahasa Melayu.
Seterusnya, dari aspek praktikal kajian ini sangat penting untuk menjadi rujukan dan
panduan kepada guru-guru sekolah rendah supaya mengubah kaedah pengajaran penulisan
karanagn daripada kaedah tradisional kepada kaedah yang lebih moden dan berkesan. Hal ini
disokong oleh (Mohamed Nor Azhari Azman e, 2014) yang menyatakan bahawa pendidik pada
era sains dan teknologi seharusnya meninggalkan pengajaran cara tradisional mereka iaitu,
yang hanya bersandarkan buku teks atau ‟chalk and talk‟ semata-mata. Jadi, pengaplikasian

1436
peta pemikiran (Peta Minda) yang baik dan berkesan dalam penulisan karangan Bahasa
Melayu memerlukan murid mempunyai tahap kesediaan yang tinggi dari segi pengetahuan,
penerimaan dan penguasaan. Oleh itu, kebolehan murid dalam mengaplikasikan peta
pemikiran (Peta Minda) dalam penulisan karangan Bahasa Melayu dapat ditingkatkan.
Perbincangan ini berupaya mengisi kelompongan dalam aspek praktikal.
Di samping itu, antara cadangan dalam kajian ini termasuklah KPM boleh bekerjasama
dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk
mendapatkan data mengenai pencapaian murid dalam kertas penulisan karangan Bahasa
Melayu. Dari data tersebut pihak KPM boleh merancang dan menyediakan latihan dalam
perkhidmatan, seminar, kursus mahupun bengkel mengenai kepentingan pengaplikasian peta
pemikiran dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. Selain itu, pihak KPM boleh
berkolaborasi dengan pihak pengurusan teknologi meklumat dalam memberi pendedahan
kepada dunia luar mengenai kemudahan teknologi maklumat yang boleh digunakan dalam
bidang pendidikan. Sebagai contoh, pihak KPM boleh berkolaborasi bersama dengan Youtube
atau Facebook untuk mewujudkan satu platform perkongsian kepada guru, mahupun murid.
platform yang dibina boleh dijadikan sebagai bahan PdPc.
Selain itu, pentadbir sekolah memainkan peranan untuk memberikan galakan dan
dorongan secara konsisten kepada guru tentang pengaplikasian peta pemikiran (Peta Minda)
dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. Pihak pentadbir boleh melakukan pemantauan
terhadap penggunaan bahan pembelajaran dalam kalangan guru. Guru-guru di sekolah juga
seharusnya memandang serius terhadap masalah menulis penulisan karangan murid
terutama murid Tahun 5. Antara cadangan yang boleh dilaksanakan termasuklah guru boleh
menghadiri kursus atau bengkel untuk menambah ilmu pengetahuan berkaitan kemahiran-
kemahiran dalam mengjar penulisan karangan Bahasa Melayu. Hal ini disokong oleh kajian
Rusliza Yahya et.al (2017) bahawa guru mendapati latihan atau kursus keguruan bermanfaat
dari segi meningkatkan kompetensi, mutu dan kemahiran pengajaran mereka.
Antara kajian yang boleh dipertimbangkan untuk dikaji pada masa akan datang
termasuklah pengaplikasian peta pemikiran (Peta Minda) berbentuk digital dalam penulisan
karangan Bahasa Melayu, masalah yang dihadapi dalam pengaplikasian peta pemikiran (Peta
Minda) dan cadangan penyelesaian kepada masalah pengaplikasian peta pemikiran (Peta
Minda) dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. Di samping itu, kajian baharu juga boleh
dijalankan dengan menggunakan tajuk yang sama namun tetapi kaedah yang berbeza.
Misalnya, menjalankan kajian menggunakan kaedah kualitatif atau gabungan kaedah
kuantitatif dan kualitatif supaya lebih mendalami dan mengukuhkan lagi dapatan kajian ini
sama ada boleh dikekalkan atau sebaliknya
Kesimpulannya, pengaplikasian peta pemikiran (Peta Minda) dalam penulisan
karangan bahasa Melayu adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu

1437
pada masa kini dan masa hadapan. Situasi kini meletakkan para pendidik supaya bersikap
proaktif dan responsif terhadap sebarang perkembangan penddikan dari semasa ke semasa.
Guru juga perlu lebih reatif dan inovatif dalam mempelbagaikan kaedah, strategi dan
pendekatan yang sesuai kepada murid. Oleh yang demikian, pengaplikasian peta pemikiran
(Peta Minda) dalam penulisan karangan Bahasa Melayu supaya digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Semoga hasil dapatan kajian ini dapat menjadi
garis panduan bagi pihak-pihak tertentu untuk meningkatkan pencapaian akademik murid-
murid.
RUJUKAN

Abdul Halim, Lilia Halim, Thamby Subahan Mohd Meerah & Kamisah Osman. 2010.
Pembangunan instrumen penyelesaian masalah sains. Jurnal Pendidikan Malaysia
35(1).

Baiziela binti Sapingi @ Shapiee. (2012). Penggunaan peta minda dan kata tanya dalam
meningkatkan kemahiran menulis karangan jenis fakta bahasa melayu murid tahun
empat. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Bahasa Melayu ambilan Januari
2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL.

Che Zanariah Che Hassan dan Fadzilah Abd Rahman. (2011). Pelaksanaanpengajaran dan
pembelajaran kemahiran menulis di sekolah rendah (The implementation teaching
andlearning in writing skills at the primary school). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.

Chew Bee Gek. (2017). Pengetahuan Dan Pengaplikasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Dalam Kalangan Guru Teknik Dan Vokasional. Laporan projek ini dikemukakan sebagai
memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan
Teknikal (Rekabentuk Istruksional dan Teknologi).

Edmund Anak Austrus & Jamaludin Bin Haji Badusah. (2018). Aplikasi Peta I-Think Terhadap
Penguasaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua Dalam Kalangan Murid Melanau
Tahun 4 Di Daerah Mukah. Prosiding Seminar Pendidikan Transdisiplin (Sted 2018).

Freddy Xavier Jamil (2010). Kesan penggunaan peta minda berunsurkan “kata tanya” dalam
meningkatkan kemahiran mengolah isi karangan jenis keperihalan Bahasa Melayu
Tahun lima. Prosiding seminar penyelidikan tindakan tahun 2010. IPG KBL, (BM
Pendidikan Rendah), 140-156.

Ismail, N.H., Sidek, S., & Mahbib, U.K. (2015). Faktor Keberkesanan Pengajaran dan
Pembelajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Abad Ke-21 bagi Pelajar Sains. Seminar
Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam 2015, 14 15 September
2015, p.228-238.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pendidikan Malaysia. KPM.

Mun Suk Fung & Dr Zanaton Hj Iksan (2019). Pengaplikasian Peta Pemikiran Dalam Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran. e-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan
Kemanusiaan.

Tony Buzan. (2018). Tony Buzan: Mind Mapping Edisi Bahasa Melayu. Publishing House Sdh.
Bhd.

1438
Wong Pui Chze (2009). Penggunaan peta minda dalam meningkatkan prestasi penulisan
karangan naratif bahasa Cina dalam kalangan murid tahun 5 sekolah jenis kebangsaan.
Prosiding Seminar Penyelidikan IPGM KBL.

Yahya Othman Dan Azmey Haji Othman. (2012). Keberkesanan penggunaan peta
minda dalam pengajaran dan pembelajaran karangan argumentatif di sebuah sekolah
menengah arab di negara brunei darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.

Zamri Mahamad. (2014). Inovasi P&P dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Nur Niaga Sdh. Bhd.

Zulkifli Awang. (2012). Strategi Pengajaran Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Yang
Berkesan. Tesis Sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

1439
TAHAP PENGETAHUAN, KESEDIAAN DAN SIKAP GURU TERHADAP APLIKASI PETA
PEMIKIRAN i-THINK DALAM KARANGAN BAHASA MELAYU

Nabilah binti Abd Ghani


nabilah09-936@epembelajaran.edu.my

Ahmad Rozi bin Abu


ahmadrozi@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan mengenal pasti sejauh manakah tahap pengetahuan, kesediaan
dan sikap guru terhadap aplikasi peta pemikiran i-Think dalam penulisan karangan bahasa Melayu.
Kajian ini juga mengkaji jika terdapat hubungan di antara pengetahuan dan kesediaan guru terhadap
aplikasi peta pemikiran i-Think. Responden kajian ini terdiri daripada 111 guru bahasa Melayu di Perak
Tengah, Perak. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah tinjauan.
Dalam kajian ini, soal selidik digunakan sebagai alat kajian atau instrumen untuk mengutip data. Data
dikumpul menerusi soal selidik terbuka yang terdiri daripada bahagian A, iaitu demografi, bahagian B
tentang tahap pengetahuan guru terhadap peta pemikiran i-Think dalam penulisan karangan bahasa
Melayu, bahagian C tentang tahap kesediaan guru terhadap peta pemikiran i-Think dalam penulisan
karangan bahasa Melayu dan bahagian D tentang tahap sikap guru terhadap aplikasi peta pemikiran i-
Think dalam penulisan karangan bahasa Melayu. Keseluruhan data dianalisis menggunakan Statistical
Package For Social Science (SPSS). Hasil kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan, kesediaan
dan sikap guru terhadap aplikasi peta pemikiran i-Think dalam penulisan karangan bahasa Melayu
berada pada tahap yang tinggi. Selain itu, hasil kajian juga mendapati bahawa hubungan antara
pengetahuan dan kesediaan guru terhadap aplikasi peta pemikiran i-Think mempunyai perkaitan
hubungan yang positif dan sederhana.

Kata kunci: peta pemikiran i-Think, pengetahuan, kesediaan, sikap.

ABSTRACT

The research was aims to study and identify the level of the knowledge, readiness and attitute among
teachers towards the usage of the thinking map (i-Think) in the writing of Malay essay. This research is
also conducted to study the relationship between the knowledge and readiness of the teaachers for the
thinking map (i-Think). The respondents involved 111 Malay language teachers in District of Perak
Tengah, Perak. The study uses a quantitative and questionnaire method for research design. In this
study, a survey is used as an instrument to collect data. The data is collected through an open survey
consist of part A, namely demographics, part B of the knowledge level of teachers on the application
thinking map (i-Think) in writing Malay essay, part C is about the readiness of the teachers on the
application thinking map in writing Malay essay and part D is about the atttitude teachers towards the
application thinking map (i-Think) in writing Malay essay. The results of the study found that the level of
the knowledge, readiness and attitude teachers towards the application of thinking map (i-Think) in
writing Malay essay is in high level. In addition, the findings also points out that there is a positive and
moderate realtionship between the level of content knowledge towards thinking map (i-Think) among
teachers and their readiness towards it.

Keywords: thinking map (i-Think), knowledge, readiness, attitude.

1440
PENGENALAN
Bagi mencapai matlamat pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) terutamanya dalam bidang
bahasa Melayu, pembelajaran berasaskan bahan dan berpusatkan murid perlu dilakukan agar
murid lebih aktif melibatkan diri dan meningkatkan sifat inkuiri dalam diri murid untuk
melahirkan minda yang kreatif dan kritis.
Dalam Dokumen Kurikulum Bahasa Melayu terdapat tiga kemahiran asas yang perlu
dikuasai iaitu, kemahiran mendengar bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.
Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan murid yang mampu
berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri, ilmu, perhubungan sosial, dan alam pekerjaan
kelak. Selaras dengan ini, kemahiran berbahasa dalam DSKP telah diwujudkan serta
menjadikan DSKP sebagai modular kecil untuk memperkasakan kemahiran berbahasa murid
sekolah di seluruh Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012).
Kemahiran menulis secara amnya merangkumi penulisan dan tatabahasa. Murid-murid
didedahkan dengan beberapa undang-undang yang merangkumi sintaksis dan morfologi
bahasa Melayu untuk digunakan secara tepat mengikut konteks penulisan. Kemahiran menulis
ini dapat menguji keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea yang
bernas melalui penulisan yang berkaitan pengalaman dan pengetahuan sedia ada
menggunakan tanda baca dan ejaan yang betul
Program i-Think telah memperkenalkan pendekatan pembelajaran menggunakan alat
berfikir yang dikenali sebagai peta pemikiran i-Think. Rosnidar Mansor et.al (2015)
menyatakan penggunaan peta pemikiran i-Think dalam proses membina karangan adalah
digalakkan untuk melatih murid lebih fokus terhadap topik yang dinyatakan. Oleh hal yang
demikian, guru sebagai agen pelaksana dalam pendidikan perlu memanfaatkan teknik ini. Hal
ini turut dinyatakan oleh Christine & Zamri, (2018) hasil dapatannya mendapati bahawa
penggunaan peta pemikiran i-Think dalam proses pengajaran dan pembelajaran kurang
mendapat sambutan. Teknik ini merupakan salah satu komponen dalam pembelajaran abad
ke-21 yang juga penting untuk melahirkan murid yang berfikiran kritis. Oleh itu, sebagai
peneraju utama sistem pendidikan guru wajar memanfaatkan teknik tersebut sebagai satu
usaha untuk mewujudkan PAK-21 di dalam bilik darjah dan membantu murid menjana idea
dengan lebih kritis dengan kreatif.

PERNYATAAN MASALAH
Isu yang menjadi fokus untuk kajian ini, kebanyakan murid di sekolah menguasai
penulisan karangan hanya untuk peperiksaan dan tidak menguasainya dengan baik.
Kebanyakan murid gagal dalam menguasai kemahiran asas menulis dan menyebabkan hasil
karangan tidak memuaskan. Hal ini turut disokong oleh Mohd Zikri Ihsan et.al (2019) dalam
kajiannya bahawa murid masih belum mengusai kemahiran mengolah isi karangan dan

1441
mempunyai penguasaan bahasa yang sangat lemah. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh
Noor Hidayu & Yahya (2016) menyatakan bahawa murid mempunyai masalah dalam membina
karangan disebabkan murid kurang mempunyai kemahiran kognitif yang boleh disalurkan ke
dalam penulisan karangan disebabkan penekanan guru kepada peperiksaan seterusnya
menyebabkan kurangnya pengaplikasian teknik yang baik untuk penghasilan karangan yang
bermutu.
Masalah ini menjadi lebih teruk apabila guru juga mempunyai masalah dalam
menguasai bahasa Malayu yang juga menjadi penyumbang kepada masalah penulisan
karangan murid sekolah (Fadilla & Zamri, 2019). Kemahiran membaca dan menulis
merupakan asas bahasa Melayu untuk murid sekolah rendah. Jika guru tidak menguasai
bidang dan kurikulum pengajarannya, murid akan menghadapi masalah untuk mencapai
kecermelangan. Hal ini turut disokong oleh Abdul Rasid (2016) yang menyatakan bahawa
kemahiran asas ini secara tidak langsung akan meningkatkan penguasaan pembelajaran
murid bukan sahaja dalam bahasa Melayu malah untuk mata pelajaran yang lain. Umumnya,
bahasa pengantar sekolah kebangsaan merupakan bahasa Melayu, maka wajarlah murid
untuk menguasai bahasa Melayu dengan mantap.
Bahkan dalam kajian Yahya & Suzanawaty (2014) menyatakan masalah penulisan
karangan murid disebabkan guru menggunakan kaedah konvensional tanpa menekankan
penggunaan teknik pembelajaran abad ke-21. Secara amnya, kemahiran menulis ini
merupakan kemahiran yang kompleks kerana memerlukan kemahiran berfikir yang optimum
sebelum, semasa dan selepas proses pengarangan berlaku. Disebabkan kekurangan
pendekatan, teknik dan strategi yang digunakan serta hanya bertumpu kepada pemusatan
guru secara konvensional, minat murid terhadap bidang penulisan tidak dapat dipupuk. Hal ini
turut disokong oleh Chew & Shashipriya Nadaraja (2014) yang menyatakan bahawa strategi
dan teknik yang betul mampu merangsang murid belajar secara aktif dan membantu
menganalisis idea, menarik minat mereka serta menghasilkan pengalaman pembelajaran
yang bermakna secara tidak langsung membantu murid menyalurkan idea ke dalam penulisan
yang lebih bermutu. Menyedari kepentingan ini, pengkaji ingin membuat satu kajian untuk
melihat sejauh manakah pengetahuan, kesediaan dan sikap guru terhadap peta pemikiran i-
Think untuk diaplikasikan di dalam penulisan karangan bahasa Melayu murid.

OBJEKTIF
Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:
1. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru terhadap aplikasi peta pemikiran i-Think dalam
penghasilan karangan bahasa Melayu murid sekolah rendah.
2. Mengenal pasti tahap kesediaan guru terhadap aplikasi peta pemikiran i-Think dalam
penghasilan karangan bahasa Melayu murid sekolah rendah.

1442
3. Mengenal pasti sikap guru terhadap aplikasi peta pemikiran i-Think dalam penghasilan
karangan bahasa Melayu murid sekolah rendah.
4. Mengenal pasti hubungan tahap pengetahuan dengan kesediaan guru terhadap peta
pemikiran i-Think.

SOALAN KAJIAN
1. Apakah tahap pengetahuan guru terhadap aplikasi peta pemikiran i-Think dalam
penghasilan karangan bahasa Melayu.
2. Apakah tahap kesediaan guru terhadap aplikasi peta pemikiran i-Think dalam penulisan
karangan bahasa Melayu.
3. Apakah sikap guru terhadap aplikasi peta pemikiran i-Think dalam penulisan karangan
bahasa Melayu.
4. Adakah terdapat hubungan tahap pengetahuan dengan sikap guru terhadap peta
pemikiran i-Think dengan kesediaan guru terhadap peta pemikiran i-Think.

HIPOTESIS KAJIAN
Berikut merupakan hipotesis kajian:
Ho1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan guru terhadap peta
pemikiran i-Think dengan sikap guru terhadap peta pemikiran i-Think.

METODOLOGI KAJIAN
Kajian yang dijalankan berbentuk kajian tinjauan yang menggunakan analisis kuantitatif.
Kajian tinjauan menurut Syed Ismail et.al., (2018) bertujuan bukan hanya untuk mengetahui
status fenomena, namun boleh juga untuk menentukan kesamaan status dengan cara
membandingkannya dengan standard, norma, kriteria yang sudah ditentukan. Kajian tinjauan
ini menggunakan kaedah soal selidik kepada responden. Soal selidik diadaptasi daripada
Fadilla & Zamri Mahamod, (2019) berkenaan kajian tahap pengetahuan, kesediaan dan sikap
guru terhadap pengajaran dan pembelajaran peta pemikiran i-Think. Populasi yang dipilih
merupakan guru bahasa Melayu di daerah Perak Tengah seramai 111 orang guru. Pemilihan
sampel adalah berdasarkan perisian Sample Size Calculator oleh Raosoft Inc iaitu seramai
111 orang daripada jumlah 154 populasi.

DAPATAN KAJIAN
TAHAP PENGETAHUAN GURU TERHADAP APLIKASI PETA PEMIKIRAN I-THINK
DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU.

Jadual 1 menunjukkan skor min bagi tahap pengetahuan guru bahasa Melayu terhadap peta
pemikiran i-Think dalam penulisan karangan bahasa Melayu. Berdasarkan Jadual 1, min

1443
tertinggi bagi tahap pengetahuan guru terhadap aplikasi peta pemikiran i-Think adalah pada
item 8 iaitu ‘Saya tahu penggunaan peta pemikiran i-Think menjimatkan masa murid
mengarang karangan’ dengan min 4.46 dan sisihan piawai .772. Bagi min terendah adalah
pada item 7 iaitu ‘Saya tahu aras kognitif dalam peta pemikiran i-Think’ dengan min 4.13 dan
sisihan piawai .799. Daripada dapatan yang diperoleh, tahap pengetahuan guru bahasa
Melayu terhadap aplikasi peta pemikiran i-Think adalah berada pada tahap tinggi, iaitu dengan
jumlah min sebanyak 4.33 dengan sisihan piawai .753. Hal ini bermakna guru bahasa Melayu
mempunyai pengatahuan yang tinggi berkaitan peta pemikiran i-Think. Pengetahuan tentang
peta pemikiran i-Think ini membantu guru mengajar karangan bahasa Melayu dengan lebih
menarik, berkesan dan menggalakkan penjanaan idea dalam kalangan murid.

Jadual 1
Analisis item bagi konstruk Tahap Pengetahuan terhadap Peta Pemikiran i-Think
Bil Item Min Sisihan Tahap
Piawai
(SP)

1. Saya tahu tentang konsep peta pemikiran 4.43 .709 Tinggi


i-Think.
2. Saya tahu isu-isu berkaitan peta 4.15 .833 Tinggi
pemikiran i-Think.
3. Saya mengetahui fungsi kegunaan peta 4.37 .700 Tinggi
pemikiran i-Think
4. Saya tahu kepentingan menerapkan 4.40 .664 Tinggi
penggunaan peta pemikiran i-Think
dalam pembinaan karangan.
5. Saya tahu menyusun isi menggunakan 4.30 .746 Tinggi
peta pemikiran i-Think
6. Saya dapat mengenal pasti item pada 4.31 .784 Tinggi
peta pemikiran i-Think.
7. Saya tahu aras kognitif dalam peta 4.13 .799 Tinggi
pemikiran i-Think
8. Saya tahu penggunaan peta pemikiran i- 4.46 .772 Tinggi
Think menjimatkan masa murid
mengarang karangan
9. Saya tahu amalan pedagogi berkesan 4.33 .802 Tinggi
berkaitan peta pemikiran i-Think dalam
penulisan karangan
10. Saya tahu jenis peta pemikiran i-Think 4.39 .716 Tinggi
yang sesuai dengan digunakan dalam
membina karangan
Keseluruhan 4.33 .753 Tinggi

1444
TAHAP KESEDIAAN GURU TERHADAP APLIKASI PETA PEMIKIRAN I-THINK DALAM
PENULISAN KARANGAN BAHASA MEAYU.
Jadual 2 menunjukkan skor min bagi tahap kesediaan guru terhadap aplikasi peta pemikiran
i-Think dalam penulisan karangan. Berdasarkan Jadual 2, min tertinggi bagi tahap kesediaan
guru terhadap aplikasi peta pemikiran i-Think adalah pada item 3 iaitu ‘Saya menggalakkan
murid meneroka pelbagai maklumat menggunakan peta pemikiran i-Think untuk membina
karangan’ dengan min 4.31 dan sisihan piawai .784. Bagi min terendah adalah pada item 7
iaitu ‘Saya membuat refleksi untuk penambahbaikan teknik betdasarkan peta pemikiran i-
Think’ dengan min 4.03 dan sisihan piawai .768. Daripada dapatan kajian yang diperoleh,
tahap kesediaan guru terhadap aplikasi peta pemikiran i-Think adalah berada pada tahap yang
tinggi iaitu dengan jumlah min sebanyak 4.16 dengan sisihan .796. Hal ini bermakna guru-
guru bahasa Melayu telah menjalani kursus berkaitan peta pemikiran i-Think dan mengambil
berat saranan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang menekankan
pembelajaran abad ke-21 dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Jadual 2
Analisis Item bagi Konstruk Tahap Kesediaan Terhadap Aplikasi Peta Pemikiran (i-Think).
Bil Item Min Sisihan Tahap
Piawai
Saya mengenal pasti tahap pengetahuan murid 4.17 .785 Tinggi
1
dalam pelaksanaan peta pemikiran i-Think
Saya merancang kaedah yang menggalakkan 4.23 .735 Tinggi
2 kemahiran berfikir menggunakan peta i-Think
dalam karangan
Saya menggalakkan murid meneroka pelbagai 4.31 .784 Tinggi
3 maklumat menggunakan peta pemikiran i-Think
untuk membina karangan
Saya menyediakan soalan berdasarkan peta 4.06 .789 Tinggi
4
pemikiran i-Think
Saya menggalakkan murid menaakul untuk 4.14 .769 Tinggi
5 perkembangan minda menggunakan peta
pemikiran i-Think
Saya menggunakan peta pemikiran i-Think 4.24 .765 Tinggi
6
yang berbeza mengikut topik karangan
Saya membuat refleksi untuk penambahbaikan 4.03 .768 Tinggi
7
teknik betdasarkan peta pemikiran i-Think
Saya menyediakan soalan karangan yang 4.12 .865 Tinggi
8 murid perlu membuat refleksi menggunakan
peta pemikiran i-Think
Saya mengikuti kursus yang dijalankan pihak 4.08 .916 Tinggi
9 Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan peta
pemikiran i-Think
Saya merujuk modul peta pemikiran i-Think 4.21 .788 Tinggi
10 sebelum merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran melibatkan penulisan
Keseluruhan 4.16 .796 Tinggi

1445
TAHAP SIKAP GURU TERHADAP APLIKASI PETA PEMIKIRAN I-THINK DALAM
PENULSAN KARANGAN BAHASA MELAYU.

Jadual 3 menunjukkan skor min bagi tahap sikap guru terhadap aplikasi peta pemikiran i-Think
dalam penulisan karangan bahasa Melayu. Berdasarkan Jadual 3, min tertinggi bagi tahap
sikap guru terhadap aplikasi peta pemikiran i-Think adalah pada item 10 iaitu ‘Saya
menggalakkan aktiviti berkumpulan dalam mengaplikasikan peta pemikiran i-Think’ dengan
min 4.45 dengan sisihan piawai .710. Bagi min terendah adalah pada item 2 iaitu ‘Saya
sentiasa menyediakan rancangan pelajaran harian yang mengandungi peta pemikiran i-Think’
dengan min 3.95 dan sisihan piawai .908. Daripada dapatan kajian yang diperoleh, tahap sikap
guru berada pada tahap yang tinggi iaitu dengan jumlah min 4.22 dengan sisihan piawai .803.
Hal ini bermakna guru bahasa Melayu mempunyai sikap yang positif dalam mengaplikasikan
peta pemikiran i-Think di dalam bilik darjah disebabkan mereka tahu akan kelebihan peta
pemikiran i-Think yang memudahkan murid menyusun idea utama sebelum menulis karangan
yang lengkap.

Jadual 3
Analisis Item bagi Aspek Tahap Sikap Guru terhadap aplikasi Peta Pemikiran i-Think.
Bil. Item Min Sisihan Tahap
(µ) Piawai
(SP)
1 Saya sentiasa memberikan murid peluang
memberi pandangan menggunakan peta 4.40 .742 Tinggi
pemikiran i-Think
2 Saya sentiasa menyediakan rancangan pelajaran
3.95 .908 Tinggi
harian yang mengandungi peta pemikiran i-Think
3 Saya sentiasa mengaitkan isi utama di dalam
4.2 .784 Tinggi
peta pemikiran i-Think dengan isu semasa
4 Saya sentiasa menggunakan peta pemikiran i-
4.17 .796 Tinggi
Think yang sesuai dengan jenis karangan
5 Saya menggunakan bahan bantu mengajar peta
4.03 .858 Tinggi
pemikiran i-Think secara kreatif
6 Saya peka terhadap kecerdasan pelbagai murid
dalam melaksanakan teknik peta pemikiran i- 4.19 .784 Tinggi
Think
7 Saya mengenal pasti kecenderungan murid
sebelum melaksanakan aktiviti peta pemikiran i- 4.14 .830 Tinggi
Think dalam penulisan karangan
8 Saya menerapkan nilai murni secara konsisten
dalam peta pemikiran i-Think untuk membina 4.35 .770 Tinggi
karangan
9 Saya menggalakkan murid memilih sendiri peta
pemikiran i-Think yang bersesuaian dengan jenis 4.33 .846 Tinggi
karangan
10 Saya menggalakkan aktiviti berkumpulan dalam
4.45 .710 Tinggi
mengaplikasikan peta pemikiran i-Think

1446
Keseluruhan 4.22 .803 Tinggi

HUBUNGAN ANTARA PENGETAHUAN DAN KESEDIAAN GURU BAHASA MELAYU.


Jadual 4 menunjukkan hubungan antara tahap pengetahuan dengan kesediaan guru terhadap
aplikasi peta pemikiran i-Think. Berdasarkan jadual 3 nilai pekali korelasi bagi pasangan
pemboleh ubah pengetahuan dan kesediaan guru adalah .666 paras signifikan (p)=.001. Hal
ini membuktikan bahawa pemboleh ubah pengetahuan dan kesediaan mempunyai perkaitan
korelasi positif dan sederhana. Dapatan kajian menunjukkan nilai r=.666, merujuk Schober P.,
Boer C., Schwarte L. A. (2018) nilai 0.41 hingga 0.70 mempunyai korelasi yang sederhana.
Hal ini menunjukkan kedua-dua pemboleh ubah mempunyai perkaitan antara satu sama lain
dengan membawa hubungan yang positif. Oleh itu, Ho1, iaitu tidak terdapat hubungan
signifikan antara pengetahuan guru terhadap aplikasi peta pemikiran i-Think dengan
kesediaan guru terhadap aplikasi peta pemikiran i-Think ditolak.

Jadual 4
Jadual Hubungan antara pengetahuan dengan kesediaan guru
Pemboleh ubah r p
Pengetahuan
.666** .001
Kesediaan

KESIMPULAN

Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru bahasa Melayu di daerah Perak Tengah
mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap aplikasi peta pemikiran i-Think.
Kesimpulannya dapat dirumuskan bahawa guru faham dan berpengetahuan akan peta
pemikiran i-Think.
Hal ini terjadi disebabkan guru-guru telah diberikan pendedahan berkaitan peta
pemikiran i-Think melalui kursus dan modul yang dihasilkan untuk kegunaan guru. Peta
pemikiran i-Think disarankan oleh KPM untuk memastikan guru menerapkan elemen
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) supaya murid lebih kreatif dalam menjana idea.
Menurut Mohd Sabri, Mat Zin & Zaidah (2016) penggunaan peta pemikiran i-Think dapat
memacu transformasi pemikiran dan kecemerlangan murid melalui penggunaan alat berfikir
lapan peta pemikiran i-Think oleh guru dan murid di dalam bilik darjah. Tambahan pula,
perkembangan teknologi yang semakin maju membolehkan guru menambah pengetahuan
baharu berkaitan peta pemikiran i-Think dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang
berbeza dan lebih kreatif. Kesimpulannya, keputusan min bagi konstruk pengetahuan adalah
tinggi menunjukkan bahawa kesemua guru dalam kajian ini mempunyai pengetahuan yang
tinggi berkaitan peta pemikiran i-Think.

1447
Hasil dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa guru bahasa Melayu mempunyai
tahap kesediaan yang tinggi terhadap aplikasi peta pemikiran i-Think. Hal ini juga
membuktikan bahawa guru bahasa Melayu bersedia menggunakan peta pemikiran i-Think dan
secara tidak langsung menggalakkan KBAT sebagai elemen penting di dalam PdP.
Kewujudkan peta pemikiran i-Think dikaitkan dengan KBAT kerana peta pemikiran i-Think
pada dasarnya diperkenalkan untuk meningkatkan daya berfikir dan kognitif murid melalui
penjanaan idea dalam kalangan murid. Sehubungan dengan itu, guru-guru mempunyai
kesedaran yang tinggi dengan melakukan pembacaan melalui kajian-kajian lepas atau artikel
hasil daripada perkembangan teknologi kini dan kursus yang dilaksanakan KPM khusus untuk
guru-guru sekolah.
Hasil dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa guru-guru bahasa Melayu
mempunyai sikap positif yang tinggi dalam mengaplikasikan peta pemikiran i-Think di dalam
bilik darjah khususnya untuk penulisan karangan. Hal ini membuktikan bahawa guru bahasa
Melayu mempunyai sikap yang positif selaras dengan pengetahuan yang dimiliki sekaligus
menggalakkan kemahiran berfikir dalam kalangan murid semasa menulis karangan. Hal ini
turut dinyatakan oleh Norazlin & Siti Rahaimah (2019) bahawa konsep PdP yang berteraskan
PAK-21 ini memerlukan guru melakukan perubahan sedia ada kepada pembelajaran
berpusatkan murid yang mementingkan penglibatan aktif dalam proses PdP. Melalui
pendedahan berkaitan peta pemikiran i-Think yang banyak dilakukan melalui kajian-kajian
lepas, guru dapat melaksanakan refleksi terhadap kaedah pengajaran yang diamalkan dan
melakukan penambahbaikan supaya murid mendapat hasil pembelajaran yang terbaik.
Berdasarkan perbincangan dapat dirumuskan bahawa hasil dapatan kajian ini
menunjukkan sebahagian besar guru bahasa Melayu di daerah Perak Tengah mempunyai
tahap pengatahuan, kesediaan dan sikap yang tinggi dalam mengaplikasikan peta pemikiran
i-Think. Dapatan kajian ini juga menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara
pengetahuan guru terhadap aplikasi peta pemikiran i-Think dengan kesediaan guru terhadap
aplikasi peta pemikiran i-Think. Maka dapat diberi kesimpulan bahawa tahap pengetahuan
yang tinggi mampu meningkatkan tahap kesediaan seseorang. Dalam kajian Fadilla & Zamri
Mahamod (2019) berpendapat bahawa sebelum melaksanakan kaedah pengajaran guru perlu
mempunyai pengetahuan yang tinggi supaya mendorong tahap kesediaan yang baik terhadap
pelaksanaan peta pemikiran i-Think sebagai bahan bantu mengajar. Malahan teori yang
mendasari kajian ini iaitu Wallace 1991 menyatakan perkara yang sama iaitu kesediaan
dipengaruhi oleh pengetahuannya.

CADANGAN
Bahagian Pembangunan Kurikulum di bawah KPM boleh menggubal kurikulum ke arah
pemusatan aktiviti yang menggalakkan pemikiran kritis. Untuk mencapai matlamat tersebut,

1448
guru dikehendaki menggunakan peta pemikiran i-Think sebagai satu alat berfikir yang wajib
diaplikasikan di dalam setiap aktiviti pembelajaran tidak mengira subjek di sekolah untuk
mempertingkatkan kemahiran kognitif murid. Sehubungan dengan itu, guru perlu sentiasa
mempersiapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan dan isu berkaitan peta pemikiran i-Think
supaya tiada masalah dalam pengaplikasiannya.
IPGM juga bertanggungjawab melahirkan para guru baharu yang bakal meneraju
pendidikan di Malaysia pada masa akan datang. Oleh yang demikian, pengkaji mencadangkan
agar IPGM dapat mewujudkan satu kursus wajib yang menekankan unsur KBAT dalam
pengajaran dan pembelajaran. Dalam kursus tersebut, harus ditekankan berkaitan fungsi peta
pemikiran i-Think serta inovasi yang boleh dilaksanakan berasaskan peta pemikiran tersebut.
Hal ini supaya guru pelatih dapat diberikan pendedahan awal berkaitan strategi dan teknik
pengajaran PAK-21 yang menekankan elemen pemikiran kritis dan kreatif untuk meningkatkan
daya kognitif murid.
Pengkaji mencadangkan agar pihak Jabatan Pendidikan Negeri mengadakan
pemantauan berkala di sekolah-sekolah bagi meninjau teknik pengajaran guru di dalam bilik
darjah. Kesan daripada tindakan tersebut, guru akan sentiasa bersedia dan sentiasa
mempunyai sikap yang positif untuk menerapkan penggunaan teknik tersebut di dalam bilik
darjah. Bagi guru yang kurang atau tidak mengaplikasikan teknik dan elemen KBAT di dalam
PdP, pihak JPN perlu memaklumkan kepada Bahagian Pendidikan Guru (BPG) berkaitan
sikap tersebut untuk diambil tindakan selanjutnya dengan menyertai kursus khas.

IMPLIKASI
Kajian ini berupaya memberi pengetahuan kepada guru tentang kelebihan penggunaan peta
pemikiran i-Think khususnya dalam penulisan karangan. Penggunaan peta pemikiran i-Think
merupakan satu aspek yang perlu dititikberatkan oleh guru bagi menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan terutamanya dalam bidang penulisan karangan. Tambahan
pula, kajian ini memberi nilai tambah kepada kajian yang melibatkan aspek pengetahuan.
Berdasarkan analisis kajian yang dijalankan, kebanyakan kajian sedia ada lebih
banyak mengkaji pencapaian murid menggunakan peta pemikiran i-Think dalam pelbagai
subjek khususnya bukan subjek bahasa Melayu. Oleh itu, kajian ini telah mengisi
kelompangan tersebut dari aspek sampel, tempat kajian dijalankan serta fokus iaitu
pengetahuan, kesediaan dan sikap guru.
Di samping itu, pengaplikasian teori Reflektif Wallace 1991 dalam kajian ini dapat
menambahkan ilmu pembaca. Pembaca akan mengetahui teori ini dengan lebih terperinci
disebabkan kajian lepas kurang menekankan aspek teori Wallace. Dengan adanya teori ini,
guru dan bakal guru dapat menjadikannya sebagai panduan berkaitan kesediaan yang
dipengaruhi pengetahuan dan kesannya terhadap sikap seseorang. Hal ini selaras dengan

1449
kajian Zarina (2016) yang menyatakan bahawa pengetahuan menjadi faktor kepada kesediaan
dan mempengaruhi sikap seseorang untuk mengajar.

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian. (2016). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu
murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 1(1), 1-
12.

Chew Fong Peng & Shashipriya Nadaraja. (2014). Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Kreatif dan
Kritis dalam Pengajaran dan Pembelajaran Komsas di Sekolah Menengah. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu. 4(2), 10-24.

Christine Anak Linsah & Zamri Mahamod. (2018). Tahap Pengetahuan, Penerimaan dan
Penguasaan Pelajar Etnik Bidayuh Bukar Sadung dalam Pembelajaran Bahasa
Melayu Melalui Peta Permikiran i-Think. International Journal of the Malay World and
Civilisation. 6(3), 3-15.

Fadilla Anak Layang & Zamri Mahamod. (2019). Tahap Pengetahuan, Kesediaan,dan Sikap
Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah dalam Melaksanakan Pengajaran dan
Pembelajaran Peta Pemikiran i-Think. Jurnal Pendidikan Malaysia. 44(1) 37-44.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Bahagian Pendidikan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Program i-Think Membudayakan Kemahiran


Berfikir. Penerbit Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Mohd Sabri, Mat Zin & Zaidah. (2016). Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Mudah
Bahasa Inggeris Menggunakan Peta Pemikiran i-Think. Prosiding Seminar
Penyelidikan Tindakan Pendidik Guru. 73-82.

Mohd Zikri Ihsan Mohamad Zabhi, Shamsudin Othman, Abdul Rasid Jamian & Azhar Md.
Sabil. (2019). Penggunaan Peta Pemikiran dalam Pembelajaran Penulisan Bahasa
Melayu Tingkatan Tiga di Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 9(2),
14-26.

Noor Hidayu Mohd Rahim & Yahya Othman. (2016). Keberkesanan Peta Bulatan dan Peta
Alir dalam Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menulis Karangan Naratif Murid-
Murid Cina. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 6(2), 68-77.

Norazlin Mohd Rusdin & Siti Rahaimah Ali. (2019). Amalan dan cabaran pelaksanaan
pembelajaran abad ke-21. Proceeding of Internaational Conference on Islamic
Civilization aand Technology Management. Universiti Sultan Zainal Abidin.

Rosnidar Mansor, Haeidatul Nasrah, Norazilawati & Nik Azmah. (2015). Keberkesanan
Penggunaan i-Think terhadap Pencapaian dan Minat Murid dalam Tajuk Sifat Bahan,
Sains Tahun 4. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia. 5(2), 98-116.

Syed Ismail Syed Mustapa, Ismail Raduan & Bushro Ali. (2018). Asas Penyelidikan dalam
Pendidikan. Sasbadi Sdn. Bhd.

1450
Yahya Othman & Suzanawaty Osman. (2014). Keupayaan Menguasai Kemahiran Menulis
melalui Pembelajaran Berasaskan Projek dalam Penulisan Berbentuk Risalah di
Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 4(1), 19-29.

Zarina Abdul Rashid. (2016). Tahap Kesediaan Guru dalam Aspek Pengetahuan dan
Keperluan Latihan Berfokuskan Aplikasi Kbat. Tesis Sarjana: Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia.

1451
TAHAP PENGGUNAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK-21) DALAM
PENGAJARAN GURU BAHASA MELAYU

Nailil Huda binti Mohd Zaid


Nailil09-937@epembelajaran.edu.my

Patarai bin Cholen


patarai@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap penggunaan pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) dalam
pengajaran guru Bahasa Melayu serta kekangan pelaksanaan PAK-21 yang dihadapi oleh guru Bahasa
Melayu. Kajian ini merupakan kajian tinjauan dan data dikumpul menggunakan borang instrumen soal
selidik yang mengandungi tiga bahagian. Bahagian A mengandungi 3 item iaitu berkaitan demografi.
Bahagian B pula mengandungi 30 item manakala bahagian C mempunyai 6 item. Bahagian B terdiri
daripada enam elemen iaitu kreativiti, pemikiran kritis, kolaborarif, komunikasi, perwatakkan dan
kenegaraan. Manakala bahagian C menerangkan kekangan yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu.
Kajian ini melibatkan seramai 45 orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di sepuluh buah sekolah
zon Sentul. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan statistik deskriptif melalui perisian Statistical
Package for the Sosial Science (SPSS) versi 26.0. Statistik deskriptif melibatkan pengukuran
kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai bagi menganalisis dapatan kajian tahap penggunaan Pak-
21 dalam kalangan guru Bahasa Melayu dan kekangan pelaksanaan PAK-21 yang dihadapi oleh guru
Bahasa Melayu sekolah rendah. Secara keseluruhannya, analisis deskriptif menunjukkan nilai purata
bagi tahap penggunaan PAK-21 dalam kalangan guru Bahasa Melayu (min=4.33) dan kekangan
pelaksanaan PAK-21 (min=4.29) berada pada tahap yang tinggi.
Kata kunci: PAK-21, elemen 6C, tahap penggunaan, kekangan, Pengajaran dan pembelajaran

ABSTRACT

This study aims to identify the utilization level of 21st-century learning (PAK-21) in teaching among
Malay language teachers and the constraints of implementing PAK-21 that the Malay language teachers
have encountered. This study is a survey study where the data was collected using a questionnaire
instrument consist of three sections. Secation A consists of three items which is demography. Section
B comprises 30 items while Section C comprises six items. Section B consists of six elements which are
creativity, critical thinking, collaborative, communication, character, and nationhood. Meanwhile, Section
C describes the constraints faced by the Malay language teachers. This study involved 45 Malay
language teachers who teach in 10 primary schools in the Sentul zone. The data collected were
analysed using descriptive statistics through Statistical Package for the Social Science (SPSS) Windows
version 26.0 software. Descriptive statistics involves the measurement of frequency, percentage, mean,
and standard deviation for analysing the findings related to the utilization level of the PAK-21 among
Malay language teachers and its implementation constraints faced by the Malay language teachers in
primary schools. Overall, the descriptive analysis showed that the mean value of the utilization level of
PAK-21 among Malay language teachers (mean=4.33) and the constraints of implementing PAK-21
(mean=4.29) are at a high level.
Keywords: PAK-21, 6C elements, utilization level, constraints, teaching and learning

1452
PENGENALAN
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berusaha mempertingkatkan pendidikan bertaraf
dunia sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara serta meletakkan proses pendidikan
sebagai satu bidang yang amat penting dalam kehidupan seharian khususnya di setiap
sekolah. Selari dengan penyataan tersebut, KPM telah memperkenalkan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang menjelaskan berkenaan pembelajaran abad
ke-21 (PAK-21) serta idea berkaitan peranan guru sebagai pemudahcara (Malaysia, 2013).
Hal ini diberi perhatian bagi memastikan kurikulum pendidikan di Malaysia mengikut peredaran
terkini supaya semua murid yang dididik bukan sahaja mempunyai ilmu pengetahuan tetapi
turut menguasai kemahiran PAK-21 bagi menghadapi era globalisasi yang kian membangun.
Di samping itu, PAK-21 juga bertujuan untuk membantu guru menyediakan pengajaran yang
berkonsepkan 6C iaitu critical thinking (pemikiran kritis), creative thinking (pemikiran kreatif),
collaboration (kolaboratif), communication (komunikasi), country (kenegaraan) serta character
(perwatakan). Konsep 6C ini juga dapat membantu guru terutamanya guru bahasa Melayu
untuk membentuk minat murid agar lebih menumpukan perhatian semasa proses PdP sedang
berlangsung malah mereka juga perlu memastikan setiap pengajaran yang berkonsepkan 6C
dapat dilaksanakan secara berkesan dengan cara memilih dan merancang strategi pengajaran
iaitu pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti supaya objektif pengajaran dapat dicapai dengan
jayanya (Ismail Suardi Wekke, 2014).

PERNYATAAN MASALAH
Usaha untuk memupuk kemahiran PAK-21 dalam kalangan murid agak sukar kerana murid-
murid mempunyai perbezaan dari segi kecedergasan pelbagai seperti pengetahuan sedia ada,
minat, motivasi dan gaya pembelajaran. Hal ini menjadi permasalahan kepada guru untuk
menerapkan PAK-21 dalam kalangan murid kerana terdapat banyak elemen yang perlu diguna
pakai dalam pengajaran dan pembelajaran dalam tempoh yang pendek (Mohd Yunos, 2015).
Seterusnya, permasalahan yang sedang berlaku adalah guru kurang pengetahuan dan
pemahaman serta kesediaan yang diperlukan dalam pengajaran abad ke-21 (Mohd
Nasruddin, 2016). Kurangnya pengetahuan guru menyebabkan kurangnya pendedahan
mengenai PAK-21. Tambahan pula, hanya beberapa orang guru sahaja bagi setiap sekolah
berpeluang untuk menyertai kursus kajian mengenai pengajaran berdasarkan elemen 6C. Di
samping itu, kekangan masa juga merupakan masalah yang dihadapi oleh guru dalam
pelaksanaan pengajaran. Pendapat ini telah dinyatakan oleh beberapa kajian yang telah
dijalankan oleh pengkaji. Tambahan pula, masa yang diperuntukkan untuk mengajar bahasa
Melayu hanya satu jam sahaja menyebabkan guru terpaksa menghadkan aktiviti yang
melibatkan PAK-21 dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu kelas (Ainun
Rahman, Zamri & Wan Muna, 2017). Hal ini menyebabkan guru terpaksa menfokuskan

1453
kepada isi pelajaran yang ingin disampaikan sahaja tanpa menerapkan kemahiraan 6C dalam
pengajaran mereka. Seterusnya, bebanan tugasan yang diberikan kepada guru juga adalah
satu faktor utama yang dihadapi oleh guru untuk melaksanakan PAK-21 dalam pengajaran
mereka. Tugasan yang banyak menyebabkan guru berasa terbeban untuk mempelajari
sesuatu ilmu yang baru yang perlu diaplikasikan di dalam kelas semasa mengajar (Norashid
& Hamzah, 2014).

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN


Objektif Kajian:
Terdapat dua objektif kajian yang hendak dicapai iaitu;
1. Mengenal pasti tahap penggunaan Pembelajaran Abad Ke-21 dalam pengajaran guru
Bahasa Melayu.
2. Mengenal pasti kekangan pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 yang dihadapi oleh
guru Bahasa Melayu.

Soalan Kajian:
Berdasarkan objektif kajian di atas, pengkaji telah membentuk beberapa persoalan kajian iaitu;
1. Apakah tahap penggunaan Pembelajaran Abad ke-21 dalam pengajaran guru Bahasa
Melayu?
2. Apakah kekangan pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 yang dihadapi oleh guru
Bahasa Melayu?

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk deskriptif yang menggunakan reka bentuk
kajian tinjauan dan soal selidik. Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti tahap
penggunaan PAK-21 dalam kalangan guru Bahasa Melayu serta kekangan pelaksanaan
Penggunaan PAK-21 dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah rendah. Oleh hal
demikian, sampel kajian terdiri daripada 45 orang guru Bahasa Melayu sekolah rendah yang
terdiri daripada sepuluh buah sekolah di zon Sentul. Pemilihan sampel adalah secara rawak
mudah. Untuk melaksanakan kaedah rawak mudah ini pengkaji memasukkan semua nama
populasi sekolah ke dalam sebuah kotak. Kemudian, pengkaji telah mencabut nama-nama
tersebut mengikut jumlah yang diperlukan berdasarkan jadual Krejcie dan Morgen (1970). Di
samping itu, kesahan konstruk dan kandungan akan melalui proses penentuan kesahan yang
akan dilaksanakan dan akan diuji melalui instrumen soal selidik setelah merujuk kepada tiga
orang pakar iaitu pakar bidang, pakar metadologi dan pakar bahasa. Kemudian, pengkaji akan
mula mengedarkan instrumen soal selidik itu kepada kegunaan kajian rintis dan seterusnya
kepada kajian sebenar. Dalam hal ini, borang soal selidik yang diisi akan dianalisis datanya

1454
menggunakan SPSS versi 26 bagi mendapatkan pekali kebolehpercayaan setiap konstruk dan
item dalam soal selidik. Jadual 1 menunjukkan interprestasi skor Alpha Conbach’s daripada
Bons & Fox (2015) yang dijadikan panduan dalam menilai kebolehpercayaan setiap konstruk
dan item yang terdapat dalam instrumen kajian ini.

Jadual 1
Jadual Interprestasi Skor Alpha Conbach (Bon & Fox, 2015)
Skor Alpha Conbach Tahap kebolehpercayaan
0.8 hingga 1.0 Sangat baik dan efektif dengan tahap konsistensi yang tinggi
0.7 hingga 0.8 Baik dan boleh diterima
0.6 hingga 0.7 Boleh diterima
<0.6 Item perlu dibaiki
>0.5 Item perlu digugurkan

Pengkaji perlu menjalankan satu kajian rintis supaya dapat mengesan dan mengenal pasti
kelemahan yang terdapat dalam instrumen kajian. Oleh itu, seramai 30 orang responden telah
dipilih untuk menjalankan kajian rintis. Kajian rintis ini djalankan ke atas guru- guru Bahasa
Melayu sekolah rendah yang dipilih secara rawak.

Jadual 2
Nilai Alpha Cronbach Keseluruhan
Bilangan item Nilai Alpha Cronbach
36 0.89

Pengkaji menginterprestasikan skor min yang diperoleh daripada soal selidik dibahagikan
kepada empat tahap berdasarkan skor min skala likert lima mata yang diadaptasi daripada
Mayusniza (2013) seperti Jadual 3.

Jadual 3
Skor Min Skala Likert Lima Mata dan Interpretasi Min
Skor min Tahap
4.0 hingga 5.0 Tinggi
3.0 hingga 3.99 Sederhana
2.0 hingga 2.99 Rendah
1.0 hingga 1.99 Lemah
Sumber: (Masyuniza Yunos & Zamri Mahamod, 2013)

DAPATAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penggunaan dan kekangan guru Bahasa
Melayu terhadap PAK-21. Dalam kajian ini juga, pengkaji telah mengedarkan borang soal
selidik kepada 45 orang responden yang terdiri daripada guru Bahasa Melayu di sepuluh buah

1455
sekolah di zon Sentul. Dapatan kajian ini diperoleh dalam bentuk kuantitatif. Pengkaji telah
menganalisis data menggunakan SPSS versi 26.0.

Jadual 4
Tahap Penggunaan Pembelajaran (PAK-21) dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu
Min Sisihan piawai Tahap
4.33 .334 Tinggi

Berdasarkan jadual 1.0 min bagi tahap penggunaan PAK-21 dalam kalangan guru
Bahasa Melayu adalah 4.33. Berdasarkan jadual interprestasi skor min, tahap penggunaan
PAK-21 dalam kalangan guru Bahasa Melayu berada pada tahap yang tinggi. Nilai sisihan
piawai ialah SP= .334.

Jadual 5
Analisis Elemen Kreativiti
Item Skor min Sisihan Piawai Tahap
B1. Saya mengaplikasikan unsur
4.40 .580 Tinggi
kreatif dalam PdP
B2. Saya menghasilkan bahan
4.27 .618 Tinggi
PdP yang kreatif
B3. Saya menjana idea murid
4.44 .546 Tinggi
dalam penyoalan
B4. Saya menggunakan
penyoalan yang kreatif semasa 4.27 .539 Tinggi
PdP
B5. Saya menggalakan
4.31 .557 Tinggi
penyoalan yang kreatif.

Jadual 6
Jadual Kekerapan dan Peratusan bagi Elemen Kreativiti
Kekerapan dan Peratusan
Item
STS TS KS S SS
B1 0 0 2 (4.4%) 23 (51.1%) 20 (44.4%)

B2 0 0 4 (8.9%) 25 (55.6%) 16 (35.6%)

B3 0 0 1 (2.2%) 23 (51.1%) 21 (46.7%)

B4 0 0 2 (4.4%) 29 (64.4%) 14 (31.1%)

B5 0 0 2 (4.4%) 29 (64.4%) 14 (31.1%)

1456
Analsis item bernombor B3 berada pada tahap yang tertinggi bagi elemen kreativiti iaitu 4.44
dengan sisihan piawai sebanyak .546. Hal ini menunjuk sebahagian besar guru- guru Bahasa
Melayu bersetuju bahawa mereka telah mengaplikasikan unsur kreatif dalam PdP iaitu
sebanyak 23 orang (51.1%). Diikuti dengan item B1 memperoleh skor min kedua tertinggi iaitu
4.40 (SP= .580). Kekerapan tertinggi bagi item ini adalah seramai 23 guru iaitu 51.1%
bersetuju. Bagi item B5 memperoleh skor min sebanyak 4.31 dengan sisihan piawai .557.
Jumlah kekerapan yang tertinggi adalah seramai 29 orang guru (64.4%). Item B2 pula
mempunyai min yang terendah iaitu sebanyak 4.47 dengan sisihan piawai .618 dengan kadar
kekerapan paling tinggi iaitu sebanyak 25 (55,6%) adalah guru telah bersetuju. Begitu juga
dengan item B4 mempunyai skor min terendah iaitu sebanyak 4.27 dengan kadar sisihan
piawai iaitu sebanyak .618. Kekerapan tertinggi bagi item ini adalah sebanyak 29 orang guru
sekolah Bahasa Melayu bersamaan sisihan piawai(64.4%).

Jadual 7
Analisis Elemen Pemikiran Kritis
Item Skor min Sisihan Piawai Tahap
B6. Saya menghasilkan soalan
4.22 .795 Tinggi
untuk diajukan kepada murid.
B7. Saya mengajukan soalan
yang menentukan sebab dan 4.33 .674 Tinggi
penjelasan.
B8. Saya menyoal murid
mengenai soalan yang
4.22 .599 Tinggi
menentukan sebab dan
penjelasan.
B9. Saya mengajukan soalan
yang meneroka pandangan 4.24 .570 Tinggi
murid.
B10. Saya mengajukan soalan
yang menguji implikasi dan 4.29 .626 Tinggi
akibat.

Jadual 8
Jadual Kekerapan dan Peratusan bagi Elemen Pemikiran Kritis
Kekerapan dan Peratusan
Item
STS TS KS S SS
B6 1 (2.2%) 1 (2.2%) 1 (2.2%) 26 (57.8%) 16 (35.6%)
B7 0 0 5 (11.1%) 20 (44.4%) 20 (44.4%)
B8 0 0 4 (8.9%) 27 (60.0%) 14 (31.1%)
B9 0 0 2 (4.4%) 29 (64.4%) 14 (31.1%)
B10 0 0 4 (8.9%) 24 (53.3%) 17 (37.8%)

Seterusnya, jadual 4.5 merupakan rumusan min bagi elemen pemikiran kritis iaitu item
6 hingga item 10. Bagi item 6 hingga item 10 berada pada tahap yang tinggi. Item B7

1457
mempunyai nilai min tertinggi iaitu sebanyak 4.33 (SP=.674). Jadual 4.6 menunjukkan
kekerapan guru- guru bersetuju dan sangat bersetuju berada pada tahap yang sama iaitu 20
orang (44.4%) bahawa mereka sering mengajukan soalan yang boleh menentukan sebab dan
penjelasan kepada murid- murid. Diikuti dengan B10 kedua tertinggi iaitu dengan min 4.29
(SP= .626). Kekerapan yang tertinggi bagi item B10 ini adalah seramai 24 (53.3%) orang guru
telah bersetuju dengan item tersebut. Nilai min bagi item B9 pula adalah sebanyak 4.24
dengan sisihan piawai sebanyak .570. Hal ini menunjukkan bahawa majoriti guru bersetuju
dengan kekerapan 29 orang dengan peratusan 64.4%. Bagi item B6 dan item B8 mempunyai
nilai min yang sama iaitu 4.22. Sisihan piawai bagi item B6 adalah sebanyak .795 manakala
item B8 adalah sebanyak .599. Seramai 26 orang guru (57.8%) bersetuju dengan kenyataan
tersebut manakala item B8 iaitu seramai 27 orang guru telah menyoal murid mengenai soalan
yang menentukan sebab dan penjelasan.

Jadual 8
Analisis Elemen Kolaboratif
Item Skor min Sisihan Piawai Tahap
B11. Saya menggalakkan PdP
4.33 .640 Tinggi
secara berkumpulan.
B12. Saya menggalakkan PdP
4.22 .636 Tinggi
berbentuk penyelesaian masalah.
B13. Saya melaksanakan aktiviti
4.20 .694 Tinggi
PdP inkuiri penemuan
B14. Saya menggalakkan aktiviti
yang berunsurkan lakonan dan 4.16 .520 Tinggi
simulasi.
B15. Saya menggunakan peta
pemikiran untuk menjana idea 4.38 .535 Tinggi
murid.

Jadual 9
Jadual Kekerapan dan Peratusan bagi Elemen Kolaboratif
Kekerapan dan Peratusan
Item
STS TS KS S SS
B11 0 0 4 (8.9%) 22 (48.9%) 19 (42.4%)

B12 0 0 5 (11.1%) 25 (55.6%) 15 (33.3%)

B13 0 0 7 (15.6%) 22 (48.9%) 16 (35.6%)

B14 0 0 3 (6.7%) 32 (71.1%) 10 (22.2%)

B15 0 0 1 (2.2%) 26 (57.8%) 18 (40%)

1458
Seterusnya, item B15 mempunyai skor min tertinggi iaitu sebanyak 4.38 (SP= .535)
dengan kadar kekerapan tinggi iaitu seramai 26 orang guru (57.8%) telah bersetuju manakala
bagi item B11 mempunyai skor min kedua tertinggi iaitu sebanyak 4.33 (SP= .640) iaitu
seramai 22 orang bersetuju. Item B12 pula merupakan ketiga tertinggi iaitu seramai 25 orang
(55.6%) telah bersetuju dengan skor min 4.22 (SP= .636). Item B13 pula skor min adalah
sebanyak 4.20 dengan sisihan paiwai sebanyak .694. Seramai 22 orang guru telah bersetuju.
B14 mempunyai skor min terendah bagi elemen kolaboratif iaitu sebanyak 4.16 (SP= .535)
iaitu seramai 32 orang guru (71.1%) telah bersetuju.

Jadual 10
Analisis Elemen Komunikasi
Item Skor min Sisihan Piawai Tahap
B16. Saya memastikan murid
menggunakan kaedah 4.42 .583 Tinggi
perbincangan dalam kumpulan.
B17. Saya menggalakkan
perkongsian pengetahuan dalam 4.40 .495 Tinggi
pembentangan.
B18. Saya menggalakkan murid
pengaplikasikan pelbagai bahan 4.20 .548 Tinggi
semasa pembentangan.
B19. Saya sentiasa memastikan
murid memberikan idea dalam 4.33 .522 Tinggi
aktiviti berkumpulan.
B20. Saya menggalakkan
perkongsian pengetahuan dalam 4.27 .654 Tinggi
pembentangan.

Jadual 11
Jadual Kekerapan dan Peratusan bagi Elemen Komunikasi
Kekerapan dan Peratusan
Item
STS TS KS S SS
B16 0 0 2 (4.4%) 22 (48.9%) 21 (46.7%)

B17 0 0 0 27 (60%) 18 (40%)

B18 0 0 30 (66.7%) 30 (66.7%) 12 (26.7%)

B19 0 0 1 (2.2%) 28 (62.2%) 16 (35.6%)

B20 0 0 5 (11.1%) 23 (51.1%) 17 (37.8)

1459
Berdasarkan jadual 4.10, item B16 merupakan item yang mempunyai skor min tertinggi
iaitu 4.42 dengan sisihan piawai sebanyak .583. Seramai 22 orang (48.9%) telah bersetuju.
Seterusnya, item B17 berada pada kedua tertinggi bagi elemen komunikasi dengan skor min
sebanyak 4.40 (SP= .495). Hal ini disokong oleh 27 orang guru (60%). Item B19 mempunyai
skor min sebanyak 4.33 (SP= .522) dengan kekerapan 28 orang guru (62.2%) telah bersetuju
dengan item tersebut. Di samping itu, item B20 kedua terendah dengan skor min sebanyak
4.27 (SP= .654) telah dipersetujui oleh guru seramai 23 orang (51.1). Seterusnya, skor min
paling rendah bagi elemen komunikasi adalah item B18 iaitu sebanyak 4.20 dengan sisihan
piawai sebanyak .548.

Jadual 12
Analisis Elemen Perwatakan
Item Skor min Sisihan Piawai Tahap
B21. Saya sentiasa
menggalakkan murid berfikiran 4.42 .583 Tinggi
positif.
B22. Saya sering memberi
motivasi kepada murid untuk 4.49 .506 Tinggi
kemajuan diri.
B23. Saya sentiasa menerapkan
nilai-nilai integriti terhadap diri 4.47 .548 Tinggi
murid.
B24. Saya sentiasa menyarankan
agar murid mengamalkan nilai 4.38 .535 Tinggi
moral dalam kehidupan.
B25. Saya sentiasa
menggalakkan murid berfikiran 4.49 .506 Tinggi
terbuka dan optimis.

Jadual 13
Jadual Kekerapan dan Peratusan bagi Elemen Perwatakan
Kekerapan dan Peratusan
Item
STS TS KS S SS
B21 0 0 2 (4.4%) 22 (48.9%) 21 (46.7%)
B22 0 0 0 23 (51.1%) 22 (48.9%)
B23 0 0 1 (2.2%) 22 (48.9%) 22 (48.9%)
B24 0 0 1 (2.2%) 26 (57.8%) 18 (40%)
B25 0 0 0 23 (51.1%) 22 (48.9%)

Seterusnya, item B22 merupakan item yang mempunyai skor min yang tertinggi iaitu
sebanyak 4.49 dengan sisihan piawai sebanyak .583. Kekerapan bagi item ini adalah seramai
23 orang (51.1%) telah bersetuju manakala 22 orang (48.9%) sangat bersetuju dengan item
tersebut. Begitu juga dengan item B25 mempunyai skor min tertinggi iaitu 4.49 ( SP= .506).

1460
Seramai 23 orang telah bersetuju. Item bagi B23 mempunyai skor min sebanyak 4.47
bersamaan sisihan piawai sebanyak .548. Item ini telah dipilih oleh guru iaitu setuju dan sangat
bersetuju mempunyai kekerapan yang sama iaitu 22 orang guru (48.9%). Item B21 mempunyai
min sebanyak 4.42 dengan sisihan piawai sebanyak .583. Kekerapan skala setuju adalah
tertinggi iaitu sebanyak 22 orang guru (48.9%). Bagi item B24 pula skor min yang dianalisis
adalah 4.38 iaitu skor min terendah bagi elemen perwatakan dengan sisihan piawai sebanyak
.506. Kekerapan bagi item ini adalah sebanyak 26 orang guru telah bersetuju dengan
peratusan sebanyak 57.8%.

Jadual 14
Analisis Elemen Kenegaraan
Item Skor min Sisihan Piawai Tahap
B26. Saya seringkali menerapkan
4.33 .564 Tinggi
nilai jati diri melalui PdP.
B27. Saya sering
mengimplementasikan aktiviti
4.40 .539 Tinggi
bercorak patriotisme dalam
membina negera bangsa.
B28. Saya sentiasa
mengaplikasikan semangat 4.49 .506 Tinggi
patriotisme kepada murid.
B29. Saya sering menasihati murid
agar mempunyai daya juang yang 4.38 .576 Tinggi
kental.
B30. Saya sering menggalakkan
murid untuk bersaing dalam PdP 4.40 .495 Tinggi
secara sihat.

Jadual 15
Jadual Kekerapan dan Peratusan bagi Elemen Kenegaraan
Kekerapan dan Peratusan
Item
STS TS KS S SS
B26 0 0 2 (4.4%) 26 (57.8%) 17 (37.8%)
B27 0 0 1 (2.2%) 25 (55.6%) 19 (42.2%)
B28 0 0 0 23 (51.1%) 22 (48.9%)
B29 0 0 1 (2.2%) 24 (53.3%) 19 (42.2%)
B30 0 0 0 27 (60%) 18 (40%)

Selain itu, item B28 mempunyai skor min tertinggi iaitu sebanyak 4.49 dengan sisihan
piawai sebanyak .506. Kekerapan tertinggi bagi item B28 adalah seramai 23 orang guru iaitu
51.1%. Bagi item B27 pula, skor min adalah sebanyak 4.40 (SP= .539) iaitu kedua tertinggi
bagi elemen kenegaraan ini. Kekerapan tertinggi bagi item B28 adalah seramai 25 orang guru
(55.6%) telah bersetuju untuk mengimplementasikan aktiviti bercorak patriotisme dalam
membina negara bangsa dalam kalangan murid. Begitu juga dengan item B30 mempunyai

1461
skor min yang sama dengan item B28 iaitu sebanyak 4.40 dengan nilai sisihan piawai
sebanyak .495. Kekerapan tertinggi bagi B30 adalah sebanyak 27 orang guru iaitu sebanyak
60% telah bersetuju untuk menggalakkan murid untuk bersaing dalam PdP secara sihat. Skor
min bagi item B29 pula adalah sebanyak 4.38 iaitu kedua terendah dengan sisihan piawai
sebanyak .576. Majoriti daripada mereka bersetuju dan sangat bersetuju dengan item B29.
Akhir sekali, item bagi B26 mempunyai skor min terendah iaitu sebanyak 4.33 (SP= .564).
Kekerapan tertinggi iaitu 26 orang guru bersamaan 57.8% telah bersetuju bahawa mereka
seringkali menerapkan nilai jati diri melalui PdP.

Jadual 16
Kekangan Pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) yang Dihadapi oleh Guru Bahasa
Melayu
Min Sisihan piawai Tahap

4.29 .604 Tinggi

Jadual 4.15 menunjukkan min keseluruhan kekangan pelaksanaan pembelajaran abad ke-21
(PAK-21) yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu iaitu 4.29. Nilai sisihan piawai adalah
sebanyak .604 malah sisihan piawai tersebut menunjukkan bahawa set data dalam kajian ini
menghampiri ukuran pusat. Keadaan ini menjelaskan sebahagian besar guru Bahasa Melayu
memberikan jawapan ‘setuju’ dan hanya sebilangan kecil yang memberi jawapan sangat
setuju. Kesimpulannya, guru- guru Bahasa Melayu di 10 buah sekolah di zon sentul
mempunyai kekangan dalam pelaksanaan PAK-21 yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu.

Jadual 17
Analisis Kekangan Pelaksanaan PAK-21 yang Dihadapi oleh Guru BM
Item Skor min Sisihan Piawai Tahap
C1. Saya mengambil masa yang lama
untuk melaksanakan aktiviti PAK-21 4.18 .960 Tinggi
di dalam PdP.
C2. Saya perlu menyediakan pelbagai
alat dan bahan yang berkonsepkan 4.18 .747 Tinggi
PAK-21 semasa PdP.
C3. Ruangan kelas yang sempit
menyukarkan saya untuk 4.24 .743 Tinggi
melaksanakan aktiviti PAK-21.
C4. Pengetahuan saya terhadap
pelaksanaan PAK-21 di dalam PdP 3.69 1.041 Sederhana Tinggi
tidak meluas.
C5. Saya perlu memastikan aktiviti
PAK-21 yang dijalankan bersesuaian
4.42 .690 Tinggi
dengan tahap pengetahuan semua
murid.

1462
C6. Saya perlu melaksanakan tugas
lain selain kurikulum dalam satu 4.47 .588 Tinggi
masa.

Jadual 18
Jadual Kekerapan Kekangan Pelaksanaan PAK-21 yang Dihadapi oleh Guru BM
Kekerapan dan Peratusan
Item
STS TS KS S SS
C1 0 2 (2.2%) 11 (24.4%) 9 (20%) 23 (51.1%)
C2 0 1 (2.2%) 6 (13.3%) 22 (48.9%) 16 (35.6%)
C3 0 0 8 (17.8%) 18 (40%) 19 (42.2%)
C4 2 (4.4%) 5 (11.1%) 6 (13.3%) 24 (53.3) 8 (17.8%)
C5 0 1 (2.2%) 2 (4.4%) 19 (42.2%) 23 (51.1%)
C6 0 0 2 (4.4%) 20 (44.4%) 23 (51.1%)

Analisis item C1 berada pada skor min keempat tertinggi iaitu sebanyak 4.18 dengan sisihan
piawai .960. Kekerapan yang tinggi bagi item ini adalah seramai 23 orang (51.1%) telah
memilih sangat setuju manakala sebahagian kecil telah memilih tidak setuju (2 orang), kurang
setuju (11 orang) dan setuju (9 orang). Begitu juga bagi item C2 mempunyai skor min
sebanyak 4.18 dengan sisihan piawai sebanyak .747. Seramai 22 orang guru (48.9%) telah
bersetuju dengan penyataan tersebut. Di samping itu, item C3 pula memperoleh skor min
sebanyak 4.24 dengan sisihan piawai sebanyak .743. Sebahagian besar guru sangat
bersetuju dengan kenyataan item tersebut. Seterusnya, item C4 pula memperoleh skor min
sebanyak 3.69 dan berada pada tahap sederhana tinggi dengan sisihan paiwai sebanyak
1.041. Seramai 24 orang guru telah bersetuju item C4. Bagi item C5 pula, skor min yang
diperoleh adalah sebanyak 4.42 dengan nilai sisihan piawai sebanyak .690. Sebahagian besar
responden sangat bersetuju dengan item C5. Akhir sekali, item C6 memperoleh skor min
sebanyak 4.47 (SP=.588). Seramai 23 orang responden (51.1%) sangat bersetuju terhadap
penyataan C6 manakala 20 responden lagi (44.4%) hanya bersetuju dengan penyataan
tersebut namun 2 orang responden tidak bersetuju.

PERBINCANGAN
Secara keseluruhannya, dapatan ini konsisten dengan kajian yang dijalankan oleh Norfadhilah
Nasrudin dan Hayati Md Yatim (2019) terhadap Penerapan Elemen 6C dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) di daerah Temerloh
Pahang. Dalam hal ini, kajian tersebut juga mendapati bahawa semua elemen yang dikaji
berada pada tahap yang tinggi. Selain itu, dapatan kajian ini juga membuktikan bahawa guru-
guru sangat bersetuju untuk menggunakan elemen komunikasi dalam pengajaran bagi
membentuk murid- murid yang mempunyai kemahiran dalam komunikasi. Hal ini disokong
dengan kajian yang dijalankan oleh Badrul Hisham dan Mohd Nasruddin (2016) yang

1463
mendapati amalan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kemahiran komunikasi
mencatatkan min tertinggi manakala amalan PdP yang menggunakan pemikiran kritis
mencatatkan min terendah. Seterusnya, dapatan kajian ini juga mendapati bahawa tahap
penggunaan elemen kolaboratif dalam PdP guru Bahasa Melayu berada pada tahap yang
tinggi iaitu sebanyak 4.25. Hal ini selari dengan dapatan kajian Raja Abdullah dan Daud (2018)
yang mengkaji tentang pengaplikasian konsep 4C dalam pengajaran guru pelatih. Analisis
berdasarkan empat aspek yang dikaji menunjukkan aspek kreativiti dan pemikiran juga berada
pada tahap yang sederhana. Manakala aspek kolaboratif dan komunikasi menunjukkan tahap
pengaplikasian pada tahap tinggi. Di samping itu, dapatan menunjukkan bahawa elemen
kreativiti dalam PAK-21 guru Bahasa Melayu juga berada pada tahap tinggi namun skor min
bagi elemen ini berada pada tahap ketiga terendah. Dalam hal ini, guru didapati kurang
menerapkan unsur kreativiti dalam proses pengajaran dan pembinaan bahan. Dapatan kajian
ini menyokong kajian Raja Abdullah dan Daud (2018) yang mendapati bahawa elemen
kreativiti kurang diamalkan dalam PdP.

KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN


Sehubungan dengan itu, strategi PAK-21 memberi implikasi yang besar kepada sistem
pendidikan Malaysia. Dalam hal ini, elemen 6C merupakan salah satu strategi pengajaran
yang terdapat dalam PAK-21. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengisi kelompongan
tersebut dan berupaya memberi pengetahuan kelas kepada guru berkaitan penggunaan
elemen 6C dalam pengajaran. Pedagogi abad ke-21 sering kali dibincangkan dalam kalangan
penyelidik dengan pelbagai model mahupun teori yang sesuai dengan budaya dan
persekitaran kajian. Dalam hal ini, pengkaji menggunakan model Partnership 21st Century
Skills bagi mengenal pasti tahap penggunaan PAK-21 dalam pengajaran guru Bahasa Melayu
sekolah rendah. Dalam hal ini, guru- guru dapat menyedari dan mempertingkatkan
penggunaan PAK-21 iaitu elemen 6C yang diperlukan oleh murid untuk bersaing pada abad
ini. Oleh hal demikian, guru boleh merancang dan membuat persiapan bagi mengintegrasikan
kemahiran- kemahiran PAK-21 yang sesuai dalam pengajaran.
Di samping itu, kajian ini juga dapat membantu pihak pentadbir sekolah mengenal pasti
kesediaan, kefahaman dan keperluan guru dalam pelaksanaan PAK-21. Dalam hal ini, pihak
sekolah dapat mengenal pasti guru- guru yang kurang kompeten dalam PAK-21. Sehubungan
dengan itu, pihak KPM boleh menyediakan latihan atau kursus yang bersesuaian bagi
meningkatkan kemahiran pedagogi guru agar sesuai dengan keperluan murid pada masa kini.
Saranan yang diberikan ialah melaksanakan penyelidikan tentang PAK-21 yang berkaitan
dengan elemen 6C dalam pengajaran guru Bahasa Melayu dengan menggunakan pendekatan
gabungan. Menurut Creswell (2014), pendekatan gabungan yang menggabungkan
pendekatan kualitatif dan kuantitatif dapat memberikan pandangan yang lebih lengkap tentang

1464
kajian yang dijalankan. Selain itu, antara kajian lanjut yang boleh dipertimbangkan pada masa
akan datang juga adalah mengenal pasti kesan penggunaan PAK-21 guru terhadap
pencapaian murid. Dalam hal ini, keberkesanan pedagogi PAK-21 berbanding pedagogi
konvensional yang sering dikaitkan dengan “chalk and talk”. Di samping itu, kajian lanjuran
juga boleh dijalankan dengan melibatkan guru- guru Bahasa Melayu di sekolah jenis
kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil bagi mengenal pasti tahap penggunaan PAK-21 iaitu
elemen 6C dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

RUJUKAN

Ainun Rahman, Zamri & Wan Muna. (2017). Pembelajaran Abad Ke-21 dan Pengaruhnya
Terhadap Sikap, Motivasi dan Pencapaian Bahasa Melayu Pelajar Sekolah Menengah.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 77-88.

Badrul Hisham & Mohd Nasruddin. (2016). Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-
21 Dalam Kalangan Pensyarah Institu Pendidikan Guru kampus Ipoh. Jurnal Penyelidikan
Dedikasi, Jilid 10.

Creswell, W. (2014). Research Design: Qualitattive, Quantitative and Mixed Methods


Approaches (4th ed). Sage Publications Ltd.

Ismail Suardi Wekke. (2014). Model Pembelajaran Bahasa Arab Faktor Dorongan dan
Halangan Penggunaan. Penerbitan Deepbulish.

Kementerian Pendidikan Malaysia. ((2014)). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


Bahasa Melayu Tahun 4 . Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian pendidikan Malaysia. (2015). Buletin Transformasi Pendidikan Malaysia. Pelan


Pembangunan Pendidikan Malaydia 2013-2025, p. Anjakan Bilngan 4/2015.

Masyuniza Yunos & Zamri Mahamod. (2013). Penyepaduan Kemahiran Abad Ke-21 dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Prosiding Seminar Pascasiswazah
Pendidikan Bahasa Melayu & Kesusasteraan Melayu Kali Pertama. 5(2), 22-30.

Masyuniza Yunos. (2015). Hubungan Sikap dan Persepsi Murid Terhadap Pembelajaran
Bahasa Melayu dengan Kemahiran Abad ke-21. Jurnal Pendidikan Bahasa , 5 (2) Nov.:
22-30.

Mohd Nasruddin. (2016). Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21 dalam Kalangan
Pensyarah Insitut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 10,
Hlmn. 1- 25.

Mohd Yunos. (2015). Hubungan Sikap dan Persepsi Murid terhadap Pembelajaran Bahasa
Melayu dengan Kemahiran Abad Ke-21. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Vol.5, Bil. 2,
Hlmn. 22-33.

Norashid & Hamzah. (2014). Beban Tugas dan Motivasi Pengajaran Guru di Sekolah
Menengah Daerah Ranau. Jurnal Pemikir Pendidikan, Vol.5, Hlmn 35-37.

1465
Norfadhilah Nasrudin & Norhayati. (2019). Penerapan Elemen 6C Pembelajaran Abad Ke-21
Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Seminar Pedagogi dan Inovasi
Kebangsaan, 1-16.

Raja Abdullah Raja Ismail & Daud Ismail. (2018). Pengaplikasian Konsep '4C' Pembelajaran
Abad Ke-21 Dalam Kalnagan Guru Pelatih Pengajian Agama Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato Razali Ismail. Asian People Journal, 1 (1): 45-65.

1466
APLIKASI GOOGLE DALAM PEDAGOGI GURU BAHASA MELAYU

Nor Ayunie binti Mohd Noh


ayunie1643@gmail.com

Mastura binti Mohamed Berawi


mastura@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesediaan dan kemahiran guru menggunakan aplikasi Google
dalam pedagogi guru Bahasa Melayu. Kajian ini mengkaji tiga aspek penting iaitu tahap pengetahuan,
tahap kesediaan dan tahap kemahiran guru menggunakan aplikasi Google dalam pedagogi Bahasa
Melayu. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu melalui kaedah tinjauan.
Instrumen soal selidik digunakan untuk mengumpul data. Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah
seramai 52 orang guru Bahasa Melayu sekolah rendah di Kuala Lumpur. Data dianalisis secara
deskriptif dengan menggunakan Statistical Packages for the Social Science (SPSS) versi 25.0. Hasil
dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru menggunakan aplikasi Google dalam
pedagogi guru Bahasa Melayu adalah tinggi dengan skor min µ = 4.2043 dan SP = 0.47423. Tahap
kesediaan guru menggunakan aplikasi Google dalam pedagogi Bahasa Melayu juga tinggi iaitu
menunjukkan skor min µ = 4.2308 dan SP = 0.44613. Aspek yang terakhir iaitu tahap kemahiran guru
menggunakan aplikasi Google dalam pedagogi Bahasa Melayu turut tinggi dengan skor min µ = 4.1192
dan SP = 0.51298. Hal ini menunjukkan guru bersetuju menggunakan aplikasi Google dalam pedagogi
guru Bahasa Melayu.
Kata kunci: Aplikasi Google, Pedagogi, Guru, Bahasa Melayu

ABSTRACT
The purpose of this study is to review the readiness and skills of teachers in the pedagogical use Google
applications Malay Language teachers. The study examines three important aspects, namely the level
of knowledge of teachers in the pedagogical use Google applications Malay, the readiness of teachers
to use Google applications in the Malay language and pedagogical skills of teachers in the pedagogical
use Google applications Malay. The method of this study uses a quantitative research which is using
survey methods. The questionnaire was use as the instruments to collect the data. The sample of the
study consisted of 52 Malay’s teachers at primary school in Kuala Lumpur. Data were analyzed
descriptively using Statistical Packages For Social Science (SPSS) 25.0 version. The results study
shown that the knowledge level of teachers in the pedagogical use Google applications Malay Language
teachers is high with mean μ = 4.2043, SD = 0.47423. The level of readiness of teachers to use Google
applications in the Malay language pedagogy is also high mean score μ = 4.2308, SD = 0.44613. The
last aspect of the skill level of teachers in the pedagogical use Google applications Malay is also high
with the mean score μ = 4.1192, SD = 0.51298. It shows the teachers agree to use Google applications
in pedagogical Malay.
Keywords: Google, Pedagogy, Teacher, Malay

PENGENALAN
Sistem pendidikan di Malaysia yang berteraskan Falsafah Pendidikan Negara adalah
bertujuan bagi memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
bagi mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani. Di samping itu, sistem pendidikan negara juga telah mengalami evolusi sejajar
dengan pembangunan negara. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia

1467
(KPM) telah menggalakkan penggunaan teknologi maklumat dalam sistem pendidikan negara,
serta ke arah memperkasa dan memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016).
Melalui dunia pendidikan yang mementingkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK), penglibatan aktif dalam kalangan guru-guru memainkan peranan penting untuk
mengaplikasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian. Justeru,
perkembangan TMK ini telah mengubah proses pengajaran dan pembelajaran daripada
kaedah tradisi kepada kaedah yang lebih canggih. Sehubungan itu, pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu juga tidak ketinggalan untuk menerapkan penggunaan elemen
TMK untuk mewujudkan suasana pembelajaran digital bagi menyahut cabaran IR 4.0 kini.
Oleh yang demikian, pengaplikasian aplikasi Google dalam pedagogi kalangan guru ini
diharapkan dapat memenuhi kehendak IR 4.0 dalam bidang pendidikan terutamanya
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah.
Pelbagai aplikasi yang disediakan oleh Google yang sangat berguna dalam bidang
pendidikan. Apikasi Google memberi kemudahan kepada guru bagi memudahkan
penyimpanan dan penyediaan bahan bantu mengajar dengan lebih mudah dan berkesan.
Selain itu, penggunaan aplikasi ini memberikan cara yang berkesan kepada guru dan murid
untuk saling menerapkan ilmu berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
pembelajaran harian. Antara aplikasi Google yang dibincangkan dalam kajian ini ialah Google
Classroom, Google drive, Google form, Google Slides dan Youtube. Oleh itu, jelaslah bahawa,
sebagai seorang pendidik perlulah melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran
menggunakan aplikasi Google melalui TMK dengan secukupnya dalam dunia yang dilingkari
kemajuan teknologi. Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran akan
melambangkan seseorang guru itu mempunyai kelebihan dalam pengajaran di sekolah.

PERNYATAAN MASALAH
Halangan pelaksanaan penggunaan TMK dalam pedagogi gagal diaplikasikan bukan
disebabkan faktor teknikal, mahupun peralatan, tetapi lebih kepada faktor sumber manusia.
Salah satu, yang menyebabkan halangan untuk menggunakan TMK adalah disebabkan
kekurangan guru yang mahir dalam bidang TMK seperti kajian yang dilakukan oleh (Norhiza
Fadila, Zamri Mahamod & Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad, 2016). Di samping itu,
kekurangan guru yang mahir menggunakan TMK juga merupakan faktor kepada kurangnya
penggunaan aplikasi Google dalam PdP Bahasa Melayu. Menurut Melvina Chung Hui Ching
dan Jamaludin (2010), berpendapat bahawa kebanyakan guru kurang yakin terhadap
keberkesanan penggunaan TMK dalam PdP. Hal ini disokong dengan kajian yang dilakukan
oleh Yahya Othman dan Roselan Baki (2007), mengenai tahap penguasaan guru

1468
menggunakan komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu serta kekangan yang wujud
semasa pelaksanaan dalam bilik darjah.
Selain itu, kekurangan penggunaan bahan bantu mengajar yang berasaskan TMK
merupakan faktor guru tidak mengaplikasikan aplikasi Google dalam PdP Bahasa Melayu. Hal
ini bersesuaian dengan kenyataan yang menyatakan bahawa guru masih mengamalkan
kaedah pengajaran secara tradisional (Zamri, 2014). Dapatan Kamarul Azmi, Mohd Faeez, Ab
Halim & Mohd Izham (2019), menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar
berasaskan TMK berada pada paras min yang rendah. Penggunaan bahan bantu mengajar
yang efektif tidak mencapai tahap yang maksimum berdasarkan kepada keperluan guru untuk
membahagikan masa, tenaga dan wang bagi menyediakannya (Zamri, 2014).
Seterusnya, kekurangan minat murid untuk turut aktif semasa proses PdP merupakan
masalah yang berlaku dalam kalangan murid. Setiap murid mempunyai kecerdasan yang
pelbagai dan kecerdasan yang dimiliki itu perlu digunakan bagi memastikan pengetahuan
murid ditingkatkan secara menyeluruh. Oleh itu, kesediaan guru adalah salah satu elemen
penting bagi membantu murid untuk menyesuaikan diri dalam suasana kaedah pembelajaran
yang baharu serta didedahkan dengan penggunaan teknologi yang terkini dalam pengajaran
(Mohd Izham & Noraini, 2007). Melalui penggunaan aplikasi Google dalam pengajaran Bahasa
Melayu ini, guru dapat menggunakan pelbagai teknik dan kaedah agar dapat menarik minat
murid untuk belajar secara aktif semasa proses PdP berlangsung. Maka, pernyataan masalah
yang dinyatakan seperti di atas mendorong penyelidik untuk menjalankan kajian.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini mempunyai beberapa objektif bagi mencapai matlamat kajian yang dijalankan.
Antaranya adalah untuk:
I. Mengenal pasti tahap pengetahuan aplikasi Google dalam kalangan guru Bahasa
Melayu.
II. Mengenal pasti tahap kesediaan guru menggunakan aplikasi Google.
III. Mengenal pasti tahap kemahiran guru Bahasa Melayu dalam mengaplikasikan
aplikasi Google.

PERSOALAN KAJIAN
Bagi melaksanakan kajian ini, terdapat beberapa persoalan kajian yang menjadi isu perlu
diberi perhatian. Persoalan kajian ini menjadi panduan penting untuk menjalankan kajian ini.
Justeru, persoalan kajian yang akan menjadi perkara untama adalah:
I. Apakah tahap pengetahuan penggunaan aplikasi Google dalam kalangan guru Bahasa
Melayu?
II. Apakah tahap kesediaan guru menggunakan aplikasi Google dalam PdP?

1469
III. Apakah tahap kemahiran guru Bahasa Melayu dalam mengaplikasikan aplikasi Google
dalam PdP?
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini adalah berbentuk tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif. Kaedah
penyelidikan kuantitatif dipilih kerana menerangkan sesuatu fenomena dalam bentuk angka
dan ukuran (Mohd Majid, 2009). Responden kajian ini terdiri daripada 52 orang guru Bahasa
Melayu di lapan buah sekolah di kawasan Keramat, Kuala Lumpur. Kaedah persampelan yang
digunakan adalah kaedah rawak mudah. Seterusnya, instrumen yang digunakan dalam kajian
ini adalah soal selidik. Instrumen soal selidik yang digunakan ialah hasil daripada adaptasi dan
pengubahsuaian daripada kajian Noor Hamizan (2020). Terdapat tiga bahagian dalam
instrumen ini iaitu demografi responden, aspek pengetahuan, aspek kesediaan dan aspek
kemahiran. Instrumen ini telah disahkan oleh pakar dalam bidang berkaitan dari segi konstruk,
kandungan dan bahasa. Kebolehpercayaan instrumen ini ditentukan dengan menggunakan
indeks kebolehpercayaan Alpha Cronbach dengan nilai 0.994.
Kajian rintis telah dilaksanakan terhadap 30 orang guru Bahasa Melayu di empat buah
sekolah di Zon Petaling Utama Selangor. Data dari kajian diperoleh daripada soal selidik dan
kemudiannya dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science
(SPSS) versi 25.0. Akhirnya, data soal selidik dianalisis secara deskriptif iaitu melihat skor min
dan sisihan piawai.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Aspek Pengetahuan Guru Menggunakan Aplikasi Google dalam Pedagogi Bahasa Melayu.

Jadual 1
Analisis Item bagi Aspek Pengetahuan Guru Menggunakan Aplikasi Google dalam Pedagogi
Bahasa Melayu.
Item Aspek Pengetahuan Guru
Menggunakan Aplikasi Google dalam Min
Bil S.P Tahap
Pedagogi Bahasa Melayu µ

1. Saya tahu menggunakan aplikasi Google. 4.56 0.574 Tinggi


2. Saya tahu untuk mempelbagaikan aktiviti PdP
4.10 0.799 Tinggi
menerusi aplikasi Google.
3. Saya tahu untuk meningkatkan pengetahuan
4.23 0.581 Tinggi
saya mengenai aplikasi Google yang terkini.

1470
4. Saya tahu untuk mengenal pasti perkaitan
antara kemahiran menggunakan aplikasi 4.15 0.607 Tinggi
Google dengan objektif kurikulum.
5. Saya tahu untuk memahami aspek-aspek
etika yang berkaitan dengan teknologi dalam 4.04 0.625 Tinggi
aplikasi Google.
6. Saya tahu untuk membentuk pelbagai aktiviti
pembelajaran dengan mengintegrasikan 4.15 0.777 Tinggi
aplikasi Google.
7. Saya tahu untuk mementingkan penggunaan
pelbagai strategi seperti yang terdapat dalam 4.12 0.676 Tinggi
aplikasi Google dalam PdP.
8. Saya tahu untuk menggalakkan semua murid
menggunakan aplikasi Google sebagai 4.29 0.572 Tinggi
rangkaian sosial untuk berinteraksi.
Keseluruhan 4.2043 0.47423

Berdasarkan jadual di atas, keseluruhan item menunjukkan tahap yang tinggi berdasarkan
nilai min iaitu diantara 4.01 hinggan 4.56. Item yang mendapat skor min paling tinggi ialah item
1. Hal ini menunjukkan bahawa guru bersetuju mengetahui penggunaan aplikasi Google.
Berdasarkan jadual tersebut, secara keseluruhannya, skor min bagi pengetahuan
menggunakan aplikasi Google dalam pedagogi Bahasa Melayu ialah 4.2043. Manakala, nilai
sisihan piawai bagi keseluruhan konstruk ini adalah 0.47423. Skor min keseluruhan tesebut
diinterpretasikan dan menunjukkan bahawa pengetahuan guru tentang pengaplikasian Google
dalam pedagogi guru Bahasa Melayu adalah berada pada tahap tinggi.

Jadual 2
Analisis Item bagi Aspek Kesediaan Guru Menggunakan Aplikasi Google dalam Pedagogi
Bahasa Melayu.
Item Aspek Kesediaan Guru
Menggunakan Aplikasi Google dalam Min
Bil S.P Tahap
Pedagogi Bahasa Melayu. µ

1. Aplikasi Google mudah dipelajari. 4.56 0.574 Tinggi


2. Aplikasi Google dapat memperbaik cara
4.60 0.569 Tinggi
pengajaran saya.

1471
3. Saya kerap menggunakan aplikasi Google Sederhana
3.96 0.907
dalam bilik darjah. Tinggi
4. Saya memperkenalkan aplikasi Google ini
4.29 0.723 Tinggi
kepada rakan.
5. Saya menggunakan aplikasi Google sebagai
medium pengajaran dan pembelajaran 4.23 0.645 Tinggi
Bahasa Melayu.
6. Saya berasa lebih seronok menggunakan
4.33 0.617 Tinggi
aplikasi Google dalam pengajaran.
7. Saya bangga dapat menggunakan aplikasi
Google dalam pengajaran walaupun banyak 4.52 0.577 Tinggi
yang perlu dipelajari.
8. Saya seronok bekerja bersama-sama rakan
dalam menyediakan bahan-bahan pengajaran 4.35 0.556 Tinggi
dalam aplikasi Google.
9. Saya dapati banyak maklumat berkaitan
pembelajaran yang boleh disediakan dengan 4.40 0.569 Tinggi
mudah menerusi aplikasi Google.
10. Saya bersedia untuk menghadapi cabaran
Sederhana
baru berkaitan aplikasi Google dalam 3.08 0.682
Tinggi
pedagogi.
Keseluruhan 4.2308 0.44613

Berdasarkan jadual 2, sebanyak lapan daripada sepuluh item menunjukkan tahap yang tinggi
berdasarkan nilai min iaitu di antara 4.23 hingga 4.60. Hanya dua item sahaja yang
menunjukkan interpretasi nilai min pada tahap sederhana tinggi iaitu item 3 dan item 10
dengan nilai masing-masing (M=3.96, SP=0.907) dan (M=3.08 SP=0.682). Item yang
mendapat skor min paling tinggi ialah item 2. Hal ini kerana, aplikasi Google ini telah menjadi
satu keperluan untuk guru mengajar murid pada zaman ledakan teknologi kini.
Secara keseluruhannya, skor min bagi kesediaan guru menggunakan aplikasi Google
dalam pedagogi Bahasa Melayu ialah (4.2308). Manakala, nilai sisihan piawai bagi
keseluruhan konstruk ini adalah 0.44613. Skor min keseluruhan tesebut diinterpretasikan dan
menunjukkan bahawa pengetahuan guru tentang pengaplikasian Google dalam pedagogi guru
Bahasa Melayu adalah berada pada tahap tinggi.

1472
Jadual 3
Analisis Item bagi Aspek Kemahiran Guru Menggunakan Aplikasi Google dalam Pedagogi
Bahasa Melayu
Item Aspek Kemahiran Guru
Menggunakan Aplikasi Google dalam Min
Bil S.P Tahap
Pedagogi Bahasa Melayu. µ

1. Saya mahir dalam mempelbagaikan aktiviti Sederhana


3.31 0.612
PdP menggunakan aplikasi Google. Tinggi
2. Saya mahir menggunakan pautan carian
4.46 0.670 Tinggi
(search) dalam aplikasi Google.
Saya mahir menggunakan Google
3. 4.46 0.641 Tinggi
Classroom.
4. Saya mahir menggunakan Google Drive 4.23 0.783 Tinggi
5. Saya mahir menggunakan Google Form. 4.27 0.795 Tinggi
6. Saya mahir menggunakan Google Slides. 4.06 0.777 Tinggi
7. Saya mahir menggunakan Youtube. 4.62 0.661 Tinggi
8. Saya mahir memuatkan bahan yang terdapat
4.31 0.755 Tinggi
dalam komputer ke dalam Google Drive.
9. Saya berkemahiran dalam mempelbagaikan
Sederhana
strategi pengajaran menggunakan aplikasi 3.25 0.622
Tinggi
Google.
10. Saya mahir menyediakan tugasan mengikut Sederhana
4.23 0.757
kesesuaian menggunakan aplikasi Google. Tinggi
Keseluruhan 4.1192 0.51298

Berdasarkan jadual 3, menunjukkan min dan sisihan piawai bagi aspek kemahiran guru
Bahasa Melayu bagi setiap item. Terdapat 10 item bagi aspek kemahiran guru menggunakan
aplikasi Google dalam pedagogi guru bahasa Melayu. Dapatan menunjukkan nilai min bagi
setiap item adalah tinggi dan sederhana tinggi. Sebanyak tujuh daripada sepuluh item
menunjukkan tahap yang tinggi berdasarkan nilai min iaitu di antara 4.06 hingga 4.46. Hanya
tiga item sahaja yang menunjukkan interpretasi nilai min pada tahap sederhana tinggi iaitu
item 1, 9 dan item 10. Item yang mendapat skor min paling tinggi ialah item 2 dan item 3. Hal
ini kerana, guru-guru telah menyesuaikan diri dengan menggunakan aplikasi Google ini dalam
melaksanakan pembelajaran yang berorientasikan secara maya.

1473
Secara keseluruhannya, skor min (4.1192) dan nilai sisihan piawai (0.51298) bagi
aspek kemahiran penggunaan aplikasi Google. Skor min keseluruhan tersebut
diinterpretasikan dan menunjukkan bahawa tahap kemahiran guru menggunakan aplikasi
Google dalam pedagogi guru Bahasa Melayu berada pada tahap yang tinggi.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


Kesimpulannya, kajian ini diharapkan dapat membuka minda semua pihak untuk menjayakan
hasrat KPM melahirkan komuniti bertaraf global. Dengan ini, Kementerian Pendidikan di
Malaysia boleh mengadakan kursus-kursus dan latihan yang berkaitan pengintegrasian
aplikasi Google dalam pedagogi Bahasa Melayu. Kursus dan latihan yang diadakan ini boleh
memberikan pendedahan kepada guru-guru khususnya guru yang kurang mahir dalam bidang
teknologi. Justeru, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) perlu berperanan untuk meningkatkan
kesedaran dalam kalangan guru mengenai keberkesanan dan kemudahan menggunakan
aplikasi Google ini dalam pedagogi guru. Hal ini demikian kerana, aplikasi Google ini boleh
dihubungkan dengan aplikasi-aplikasi yang lain seperti yang telah difokuskan iaitu Google
Classroom, Google drive, Google form, Google Slides dan Youtube.
Dari segi implikasi, kajian ini membuktikan bahawa aplikasi Google berperanan dalam
melatih guru dan murid untuk mahir dalam bidang TMK, meningkatkan produktiviti guru serta
berupaya meningkatkan pengetahuan murid dan membentuk modal insan dalam diri murid.
Hal ini tidak dapat dinafikan lagi bahawa aplikasi Google sememangnya memberikan kesan
yang positif dalam proses PdP tidak kira kepada guru mahupun murid. Dalam masa yang
sama, pengaplikasian aplikasi Google ini sangat sesuai dengan perkembangan semasa iaitu
penggunaan internet yang kian pesat dalam masyarakat global.
Sehubungan dengan itu, kajian ini mampu memberi pengetahuan kepada guru tentang
kesediaan dan kemahiran menggunakan aplikasi Google dalam pendidikan. Aplikasi ini
merupakan salah satu inovasi dalam teknologi yang perlu diambil berat oleh guru untuk
memastikan PdP dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan memenuhi ciri-ciri pembelajaran
abad ke-21. Sejajar itu, kajian ini juga boleh menjadi batu loncatan kepada guru-guru lain untuk
mengaplikasi aplikasi Google dalam pedagogi yang dilaksanakan. Seterusnya, kajian ini turut
meningkatkan motivasi guru untuk mempersiapkan diri dengan menguasai pelbagai strategi
pengajaran dan pembelajaran alaf baru melalui penggunaan media teknologi terkini.
Tegasnya, kajian ini dapat mengisi kelompangan dalam pengetahuan.
Pembangunan teknologi yang semakin pelbagai khususnya aplikasi Google
memudahkan para guru mencari inisiatif lain untuk mendapatkan latihan tambahan berkaitan
penggunaan teknologi. Selain itu, kemahiran guru mengenai aplikasi Google serta pedagogi
pengajaran juga boleh diketengahkan bagi membantu pihak guru mempercayai bahawa
pengaplikasian aplikasi Google ini mampu menjadi pemudah cara dalam pengajaran serta

1474
penyuntik semangat kepada murid. Minat dan motivasi murid terhadap pembelajaran akan
bertambah sekiranya kaedah pengajaran guru tidak membosankan serta memberi input
menarik setiap kali proses pembelajaran berlaku.
Akhir sekali, penyelidik seterusnya boleh membuat kajian dengan lebih lanjut
berhubung dengan keberkesanan pengajaran guru juga perlu dikaji bagi mengenal pasti
pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai bagi mengaplikasi aplikasi Google dalam
pedagogi Bahasa Melayu. Kajian lanjutan juga boleh dilaksanakan terhadap aspek-aspek
seperti minat, pencapaian dan persepsi murid. Selain itu, kajian tentang aplikasi Google ini
juga boleh dilakukan menggunakan kaedah lain seperti kaedah kualitatif melalui pemerhatian
terhadap penggunaan aplikasi Google dalam pedagogi guru Bahasa Melayu dengan lebih
mendalam.

RUJUKAN

Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez Ilias, Ab Halim Tamuri & Mohd Izham Mohd Hamzah.
(2011). Amalan penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru cemerlang
Pendidikan Islam sekolah menengah di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education,
3 (1) 2011:59-74.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2016). Pelan startegik pembestarian sekolah 2016-2020.


Bahagian Teknologi Pendidikan.

Melvina Chung Hui Ching & Jamaludin Badusah. (2010). Sikap guru Bahasa Melayu terhadap
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran di sekolah-
sekolah rendah di Bintulu, Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(1), 59-65.

Mohd Izham Mohd Hamzah & Noraini Attan. (2007). Tahap kesediaan guru Sains dalam
penggunaan teknologi maklumat berasaskan komputer dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Universiti Teknologi Malaysia. Jurnal Teknologi, 46 (E): 45-60.

Mohd Izham Mohd Hamzah & Noraini Attan. (2007). Tahap kesediaan guru Sains dalam
penggunaan teknologi maklumat berasaskan komputer dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Universiti Teknologi Malaysia. Jurnal Teknologi, 46 (E): 45-60.

Mohd Khairuddin Jamaluddin. (2005). Kesediaan guru Bahasa Melayu menggunakan


teknologi berasaskan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Projek
Penyelidikan. Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Majid Konting. (2009). Penyelidikan pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noor Hamizan Abd Aziz. (2019). Kesan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (tmk)
dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah di sekolah rendah. Tesis Ijazah Sarjana
Muda. Institut Pendidikan Guru.

Norhiza Fadila, Zamri Mahamod & Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad. (2016). Kompetensi,
sikap dan penggunaan aplikasi Web 2.0 sebagai bahan bantu mengajar dalam kalangan
guru bahasa Melayu sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu; Malay Language
Education (MyLEJ), 6 (2), 52-58.

1475
Suzana Shaharuddin & Fariza Khalid. (2014). Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan
Perisian Google – Satu Analisis Kajian Lepas. Dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi
Maklumat: Impaknya ke atas Penyelidikan dalam Pendidikan, 1. 25–32.

Yahya Othman & Roselan Baki. (2007). Aplikasi komputer dalam pengajaran
Bahasa Melayu: Penguasaan guru dan kekangan dalam pelaksanaan, paper presented
at 1st International Malaysian Educational Technology Convention 2007; Johor Bahru.

Zamri Mahamod. (2014). Inovasi P&P dalam pendidikan Bahasa Melayu. Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

1476
PENGAPLIKASIAN DIDIK HIBUR TERHADAP MURID DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN TATABAHASA BAHASA MELAYU DI SEKOLAH RENDAH

Nor Isma Ezzaty binti Ismail


pju16k514@ipgkbm.edu.my

Zurihan bin Yusof


zurihan@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini adalah untuk menyelidik kesan daripada pengaplikasian didik hibur terhadap murid dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) tatabahasa Melayu. Dalam penyelidikan ini, terdapat dua
aspek yang dikaji, iaitu dari aspek penglibatan murid serta pencapaian mereka terhadap pemerolehan
isi pelajaran tatabahasa Bahasa Melayu. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian kes dengan
pendekatan kualitatif. Data telah dikutip melalui instrumen pemerhatian, temu bual dan analisis
dokumen terhadap tiga orang responden yang dipilih dalam kalangan populasi murid tahun 6 di sebuah
sekolah yang terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dapatan daripada ketiga-tiga instrumen
ini digarap dalam bentuk deskriptif untuk menjawab dua persoalan kajian. Berdasarkan analisis
dapatan, pengaplikasian didik hibur dalam proses PdP tatabahasa Bahasa Melayu membawa kesan
yang positif terhadap penglibatan murid dalam bilik darjah. Bukan itu sahaja, dapatan kajian
menunjukkan bahawa pengaplikasian didik hibur memberi kesan yang positif kepada pencapaian murid
dalam pemerolehan isi pelajaran tatabahasa Bahasa Melayu. Implikasinya, kajian ini dapat mengisi
kelompangan penyelidikan berkaitan pengaplikasian didik hibur dalam PdP tatabahasa Bahasa Melayu.
Oleh yang demikian, beberapa cadangan telah dikemukakan kepada pihak berkaitan untuk
meningkatkan pengetahuan serta menyebarluaskan kepentingan pengaplikasian didik hibur dalam
proses PdP, khususnya dalam penyampaian tatabahasa Bahasa Melayu.
Kata Kunci: pengaplikasian, didik hibur, proses pengajaran dan pembelajaran, tatabahasa Bahasa
Melayu, kesan positif
ABSTRACT
This research investigates the effect from the application of fun learning towards students in the teaching
and learning process of Malay Language grammar. In this research, there are two aspects that has been
studied, namely from the aspect of students’ involvement and their achievement in Malay Language
grammar. The design of this research is a form of case study using qualitative approach. Data was
collected through observations, interviews and document analysis from three respondent who are
selected among the standard 6 student population at the school located in the Federal Territory of Kuala
Lumpur. The finding of these three instruments worked on in descriptive form to answer both of this
research question. Based on the analysis, the application of fun learning bring a positive impact on the
students’ participation in the classroom. Furthermore, the finding shows that the application of fun
learning also can bring a positive impact on the students’ achievement in Malay Language grammar.
Therefore, this study can fill the gaps of research on the application of fun learning in teaching and
learning process for Malay Language Grammar. Hence, there are a few recommendations for the related
party to enhance their knowledge and also to spread the importance of fun learning in teaching and
learning process, especially for Malay Language grammar.
Key Words: application, fun learning, teaching and learning process, Malay Language grammar,
positive impacts

PENGENALAN
Sebagai seorang tenaga pengajar, guru Bahasa Melayu memainkan peranan yang penting
dalam meningkatkan kemahiran berbahasa murid dengan menggunakan cara yang paling
berkesan dan tidak membebankan mereka. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

1477
telah mengesyorkan kepada guru-guru untuk menggunakan pendekatan yang mengandungi
elemen didik hibur dalam bilik darjah bagi pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu
sebagai suatu alternatif yang terbaik untuk meningkatkan pencapaian kemahiran berbahasa
murid (Zailah, 2012). Sehubungan dengan itu, Dokumen Standard Sekolah Rendah (DSKP)
Bahasa Melayu (2017) telah memuatkan penerapan elemen didik hibur menerusi
pembelajaran secara modular sebagai satu usaha untuk membantu guru-guru menyediakan
suasana PdP yang menarik dan tidak membosankan kepada murid-murid di dalam bilik darjah,
khususnya bagi pembelajaran modul tatabahasa Bahasa Melayu.

PERNYATAAN MASALAH
Guru-guru di sekolah rendah masih cenderung mengaplikasikan kaedah tradisional, iaitu
kaedah ‘chalk and talk’ dengan menggunakan papan putih, pen penanda dan buku teks
semasa melaksanakan PdP di dalam bilik darjah (Khor Huan Chin & Noraini, 2016). Hal yang
berikut adalah bertepatan dengan pernyataan oleh Abdul Rasid dan Hasmah (2013), yakni
guru masih menggunakan bakat semula jadi mereka untuk mengajar tanpa mengambil kira
elemen-elemen tambahan yang menarik bagi mewujudkan amalan pembelajaran yang
menyeronokkan.

Zamri dan Aisyah (2011) pula berpendapat bahawa guru masih mengamalkan
pendekatan, kaedah dan teknik yang bosan sehingga mengakibatkan minat dan keputusan
peperiksaan murid merosot meskipun bidang pendidikan menegaskan mereka untuk berusaha
melaksanakan PdP yang tidak membebankan murid. Malah, Zaharani dan Teressa (2010)
juga bersetuju menyatakan faktor tersebut menyebabkan tahap penguasaan murid terhadap
penggunaan tatabahasa yang betul sama ada di dalam atau di luar bilik darjah berada pada
tahap yang kurang memberangsangkan.

Bukan itu sahaja, sikap guru yang serius dan tegas serta tiada sebarang penerapan
elemen hiburan boleh mengakibatkan murid-murid berasa stres dan takut untuk melibatkan
diri secara aktif dalam proses PdP. Hal yang berikut boleh memberi kesan yang buruk kepada
tahap pencapaian mereka dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Owing Ji Seng et al, 2018;
Shaffe et al, 2011). Pernyataan ini disokong dengan kajian Alis (2016), iaitu murid akan
menunjukkan rasa tidak minat sekiranya guru mempamerkan sikap yang tidak positif di dalam
bilik darjah. Berikutan itu, kajian ini dijalankan bagi memperlihatkan dengan lebih jelas kesan
pengaplikasian elemen didik hibur dalam PdP tatabahasa Bahasa Melayu terhadap murid
sekolah rendah dari segi penglibatan mereka sepanjang proses tersebut berlangsung serta
tahap pencapaian mereka dalam pemerolehan tatabahasa Bahasa Melayu.

1478
OBJEKTIF
Kajian ini mengemukakan dua objektif utama, iaitu:
i. Mengenal pasti kesan pengaplikasian didik hibur dalam aktiviti PdP tatabahasa Bahasa
Melayu dari aspek penglibatan murid
ii. Mengenal pasti kesan pengaplikasian didik hibur dalam aktiviti PdP tatabahasa Bahasa
Melayu dari aspek pencapaian murid

PERSOALAN KAJIAN
Oleh itu, kajian ini dijalankan berdasarkan persoalan kajian yang berikut:
i. Sejauh manakah pengaplikasian didik hibur dalam aktiviti PdP tatabahasa Bahasa Melayu
memberi kesan dari aspek penglibatan murid?
ii. Sejauh manakah pengaplikasian didik hibur dalam aktiviti PdP tatabahasa Bahasa Melayu
memberi kesan dari aspek pencapaian murid?

METODOLOGI
Bagi memastikan objektif tercapai, penyelidik mestilah bijak memilih reka bentuk dan
pendekatan yang sesuai supaya setiap persoalan kajian yang telah dibina terjawab dengan
strategik. Oleh yang demikian, reka bentuk kajian yang paling sesuai untuk dilaksanakan ialah
kajian kes dengan pendekatan kualitatif. Yin (2018) menjelaskan bahawa kajian kes mampu
menjelaskan sesuatu perkara atau proses tertentu secara mendalam. Melalui reka bentuk dan
pendekatan kajian ini, penyelidik dapat mencungkil kesan pengaplikasian didik hibur terhadap
penglibatan murid sepanjang proses PdP serta pencapaian mereka terhadap isi pelajaran
yang disampaikan, iaitu tatabahasa Bahasa Melayu.

Dari sudut pemilihan sampel, Yuznaili (2021) menyatakan bahawa pendekatan kajian
kualitatif tidak memerlukan sampel yang banyak kerana kajian ini menekankan kualiti
berbanding kuantiti. Oleh itu, penyelidik memilih tiga orang responden sahaja dalam kalangan
populasi murid tahun 6 di sebuah sekolah yang terletak di Wilayah Persekutuan, Kuala
Lumpur. Sampel kajian dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan berdasarkan
kepada ciri kecemerlangan akademik mereka dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, yakni
setiap responden berada pada tahap sederhana, iaitu band 4 mengikut Pentaksiran
Berasaskan Sekolah. Kaedah persampelan bertujuan digunakan bagi memilih responden
yang mempunyai ciri-ciri yang tertentu dan sesuai dengan aspek yang difokuskan dalam kajian
ini (Mohd Majid, 2009).

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbeza mengikut persoalan kajian.
Bagi menjawab persoalan kajian pertama, iaitu kesan pengaplikasian didik hibur terhadap

1479
penglibatan murid dalam proses PdP, instrumen yang digunakan ialah senarai semak
pemerhatian bahagian A dan temu bual. Menerusi instrumen pemerhatian, pengkaji yang turut
berfungsi sebagai peserta kajian bertindak sebagai tenaga pengajar sambil memerhatikan
tingkah laku responden sepanjang sesi PdP dijalankan. Senarai semak ini juga dilengkapi
dengan ruangan catatan untuk diselitkan dengan fakta-fakta penting seperti pernyataan murid
berdasarkan aktiviti didik hibur dan lain-lain. Matlamat sebenar instrumen ini dibina adalah
untuk membolehkan pengkaji meneliti situasi PdP untuk memperolehi data yang menjawab
persoalan kajian (Fauziah et al., 2019). Bagi instrumen temu bual pula, sesi temu bual
dilaksanakan secara formal dan separa berstruktur selama lebih kurang 30 minit terhadap
semua sampel kajian, yakni terdapat item yang dibina terlebih dahulu beserta item susulan
secara spontan. Kamarul Azmi Jasmi (2012) menjelaskan bahawa item tambahan dibolehkan
bagi mendapatkan data yang lebih meluas daripada responden.

Bagi menjawab persoalan kajian kedua pula, instrumen yang digunakan adalah
senarai semak pemerhatian bahagian B serta senarai semak analisis dokumen. Sama seperti
instrumen pemerhatian yang digunakan bagi menjawab soalan kajian pertama, senarai semak
ini adalah untuk mengkaji kesan pendekatan didik hibur terhadap murid tetapi khusus kepada
aspek pencapaian murid dalam pemerolehan isi pelajaran tatabahasa Bahasa Melayu
berdasarkan tingkah laku responden. Selain itu, analisis dokumen juga merupakan salah satu
pecahan instrumen yang digunakan dalam kajian ini. Instrumen analisis dokumen ini
menyediakan dapatan sokongan bagi menyelidik kesan pengpalikasian didik hibur terhadap
murid-murid dari aspek pencapaian murid setelah PdP dilaksanakan. Data daripada analisis
dokumen daripada hasil kerja murid menerusi platform Google Form yang dikumpul dan
dianalisiskan selepas sesi PdP berkahir. Hasil dapatan ini digunakan bagi menyokong salah
satu item yang dimuatkan dalam instrumen pemerhatian bahagian B. Azizah (2010)
menjelaskan instrumen ini berkepentingan bagi mendapatkan data sokongan kepada aspek
yang sedang dikaji melalui kajian yang sedang dijalankan.

Kesahan dan kebolehpercayaan dari segi instrumen serta dapatan dalam sesebuah
kajian adalah penting untuk memastikan kajian yang dijalankan adalah jitu dan relevan. Maka,
bagi memastikan kesahan instrumen, setiap instrumen kajian yang dibina mendapatkan
kesahan muka dan kesahan pakar. Sehubungan dengan itu, setiap instrumen melalui proses
penyemakan dan pemeriksaan sekurang-kurangnya daripada tiga orang pakar, iaitu pakar
bahasa Melayu, pakar pedagogi dan pakar metodologi kajian. Bagi meningkatkan kesahan
dari segi hasil dapatan pula, data yang telah ditranskripsi akan dihantar semula kepada
responden untuk mendapatkan pengesahan. Kamarul Azmi (2012) menjelaskan bahawa

1480
pengesahan daripada responden terhadap data yang telah ditranskripsi membuktikan bahawa
data yang diperoleh adalah sahih dan sepadan dengan respons sebenar mereka.

Bagi memantapkan kebolehpercayaan kajian ini pula, pelaksanaan triangulasi data


merupakan suatu keperluan bagi kajian dengan pendekatan kualitatif (Yuznaili, 2021). Bagi
kajian ini, triangulasi data dipilih kerana integrasi data yang diperoleh adalah melalui proses
pengutipan data terhadap tiga orang sampel kajian. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan
kaedah triangulasi data, iaitu setiap instrumen yang digunakan akan mengumpul data
daripada tiga orang responden. Dalam hal ini, data dikutip dalam kalangan sampel kajian untuk
menjawab persoalan kajian, iaitu tiga dapatan data bagi instrumen pemerhatian dan temu bual
untuk menjawab persoalan kajian pertama serta tiga lagi dapatan data bagi instrumen
pemerhatian dan analisis dokumen untuk menjawab persoalan kajian kedua.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Data yang diperoleh daripada setiap instrumen digarap dalam bentuk deskriptif menggunakan
kaedah analisis tematik bagi menjawab kedua-kedua persoalan kajian. Berdasarkan dapatan
kajian, dua tema telah dikeluarkan, iaitu seperti yang berikut:

Tema 1: Penglibatan Murid Sepanjang Proses PdP


Pengaplikasian didik hibur terhadap proses PdP tatabahasa Bahasa Melayu telah
memperlihatkan kesan terhadap aspek penglibatan responden. Bagi tema ini, terdapat lima
sub tema telah dikemukakan oleh pengkaji berdasarkan data yang diperoleh daripada senarai
semak pemerhatian bahagian A dan temu bual terhadap ketiga-tiga sampel kajian.

Pembelajaran aktif berpusatkan murid


Berdasarkan analisis terhadap senarai semak pemerhatian, hasil dapatan menunjukkan
bahawa responden menunjukkan tingkah laku yang menggambarkan pelaksanaan aktiviti-
aktiviti didik hibur secara aktif sepanjang proses PdP dilaksanakan. Dapatan kajian
menunjukkan peratusan tinggi bagi kebanyakan item yang menunjukkan perbuatan murid
secara khusus semasa menjalankan aktiviti didik hibur sepanjang menyertai PdP tersebut
meskipun berbeza bagi setiap responden. Dapatan temu bual juga menunjukkan setiap
responden bersetuju bahawa pengaplikasian aktiviti didik hibur dalam sesi PdP menjadikan
mereka lebih aktif kerana tidak perlu mendengar sahaja pengajaran guru secara pasif.

Keyakinan melakukan aktiviti berkumpulan


Berdasarkan dapatan temu bual, responden mennyatakan keyakinan mereka melibatkan diri
dalam aktiviti didik hibur secara berkumpulan berbanding aktiviti individu. Hal yang demikian

1481
kerana murid dapat mengatasi perasaan malu di hadapan khalayak ramai serta menjadikan
dirinya lebih tenang untuk melibatkan diri dalam proses PdP. Salah seorang responden juga
berpendapat bahawa dirinya lebih yakin melibatkan diri dalam kumpulan melalui didik hibur
kerana dapat melaksanakan aktiviti bersama rakan-rakan. Berdasarkan senarai semak
pemerhatian pula, jelas membuktikan bahawa responden lebih berkeyakinan melibatkan diri
dalam aktiviti secara berkumpulan semasa menjalankan aktiviti didik hibur kerana item yang
melibatkan interaksi secara berkumpulan mendapat peratusan yang lebih tinggi, yakni semasa
aktiviti nyanyian, bercerita dan lakonan berbanding aktiviti secara individu sahaja, iaitu semasa
aktiviti berpuisi.

Menawarkan diri secara sukarela


Salah satu kesan positif yang dilihat dari aspek penglibatan murid dalam proses PdP
tatabahasa Bahasa Melayu yang dimuatkan dengan aktiviti didik hibur ialah murid
menawarkan diri secara sukarela untuk melaksanakan aktiviti dan mengutarakan soalan untuk
menambah kefahaman. Senarai semak pemerhatian memperlihatkan setiap responden ada
menawarkan diri untuk menjalankan sebahagian atau keseluruhan aktiviti didik hibur secara
sukarela berdasarkan peratusan yang diperoleh bagi item-item yang dianalisis. Mereka juga
sukarela menanyakan soalan semasa aktiviti tertentu dijalankan tanpa paksaan daripada guru
bagi menambah kefahaman berkaitan isi pelajaran. Berdasarkan dapatan temu bual pula,
responden menyatakan kesukarelaannya untuk mencuba aktiviti didik hibur yang
dilaksanakan. Ada juga responden berpendapat bahawa aktiviti didik hibur membuatkan
keinginannya untuk belajar lebih tinggi menyebabkan dirinya sukarela mengutarakan soalan
bagi mendapatkan kepastian. Responden juga menggariskan bahawa dirinya sukarela
melakukan aktiviti didik hibur dan menanyakan soalan tanpa paksaan atau desakan daripada
guru.

Perasaan seronok ketika belajar


Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa ketiga-tiga responden berasa seronok sepanjang
melibatkan diri dalam sesi PdP yang dimuatkan dengan aktiviti didik hibur. Dapatan daripada
temu bual mendapati pelaksanaan aktiviti didik hibur membuatkan responden teruja untuk
belajar. Responden menyatakan bahawa aktiviti didik hibur membolehkan mereka melakukan
pelbagai aktiviti seperti bercerita, berlakon, menyanyi dan berpuisi menjadikan suasana kelas
tidak membosankan. Menerusi senarai semak pemerhatian pula, item yang dianalisis di bawah
sub tema ini memperoleh peratusan penuh, iaitu sebanyak (100%) yang membuktikan bahawa
setiap responden berasa seronok semasa melibatkan diri dalam semua aktiviti didik hibur
semasa PdP tatabahasa Bahasa Melayu berlangsung.

1482
Fokus sepanjang pelaksanaan aktiviti
Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa responden menumpukan perhatian
sepanjang penglibatan mereka sebagai murid dalam proses PdP tatabahasa Bahasa Melayu.
Setelah analisis dibuat terhadap senarai semak instrumen pemerhatian, didapati bahawa
ketiga-tiga murid menonjolkan tingkah laku yang menunjukkan kefokusan mereka sepanjang
PdP dilaksanakan memandangkan item yang dianalisis di bawah sub tema ini memperoleh
peratusan penuh, iaitu sebanyak (100%). Dapatan temu bual juga menunjukkan bahawa
setiap responden bersetuju bahawa aktiviti didik hibur menjadikan mereka lebih fokus dalam
bilik darjah serta dapat menumpukan perhatian sepanjang proses PdP dilaksanakan.

Tema 2: Pencapaian Murid terhadap Pemerolehan Isi Pelajaran Tatabahasa Bahasa


Melayu
Pengaplikasian didik hibur terhadap proses PdP tatabahasa Bahasa Melayu juga
memperlihatkan kesan positif terhadap aspek pencapaian murid. Bagi tema ini, terdapat tiga
sub tema telah dikemukakan oleh pengkaji berdasarkan data yang diperoleh daripada senarai
semak pemerhatian bahagian B dan analisis dokumen terhadap ketiga-tiga sampel kajian.

Pemahaman tentang isi pelajaran


Hasil analisis senarai semak pemerhatian mendapati setiap responden menunjukkan
pemahaman yang cemerlang terhadap topik tatabahasa Bahasa Melayu yang diajarkan
melalui pelaksanaan aktiviti didik hibur. Hal yang demikian adalah kerana setiap item yang
dianalisis di bawah tema ini melalui senarai semak pemerhatian menunjukkan peratusan
sebanyak (100%). Tambahan lagi, markah daripada hasil kerja murid juga mendapati setiap
responden berjaya memperoleh markah melebihi 80%, yakni membuktikan bahawa mereka
faham akan topik tatabahasa yang diajarkan dalam sesi PdP yang dimuatkan dengan aktiviti
didik hibur.

Kemampuan murid menganalisis jawapan


Aspek pencapaian murid juga dilihat melalui kemampuan murid menganalisis jawapan
sepanjang sesi PdP dijalankan. Dalam hal ini, responden dikira berkebolehan memahami isi
pelajaran yang disampaikan apabila mereka mampu menyatakan sama ada jawapan tersebut
salah atau betul. Berdasarkan hasil dapatan senarai semak pemerhatian, setiap responden
mampu mengenal pasti jawapan yang salah dan betul daripada rakan sekelas yang lain serta
membuat pembetulan bagi jawapan yang salah. Maka, terbuktilah bahawa aktiviti didik hibur
memberi kesan positif terhadap pencapaian murid, yakni dari segi kemampuan mereka
menganalisis jawapan bagi soalan yang dikemukakan sepanjang PdP berlangsung.

1483
Murid mencapai objektif pembelajaran
Di bawah tema ini juga, pencapaian murid terhadap pemerolehan isi pelajaran, iaitu
tatabahasa Bahasa Melayu juga dinilai melalui pencapaian objektif pembelajaran PdP.
Penyelidik yang turut berperanan sebagai peserta kajian telah menjadi tenaga pengajar
semasa sesi penyelidikan dilaksanakan. Maka, penyelidik dapat memerhatikan secara
langsung terhadap pencapaian murid. Dalam senarai semak instrumen pemerhatian,
penyelidik telah memasukkan maklumat-maklumat berkaitan PdP yang turut memuatkan
objektif yang perlu dicapai oleh murid di akhir pembelajaran, iaitu seperti yang tertera dalam
jadual yang berikut:

Jadual 1
Maklumat PdP dalam Senarai Semak Instrumen Pemerhatian

DSKP : Bahasa Melayu (SK) Tahun 6

STANDARD : 5.1 memahami dan menggunakan golongan kata dengan


KANDUNGAN betul mengikut konteks.

STANDARD : 5.1.1 memahami dan menggunakan pelbagai kata nama


PEMBELAJARAN am dan penjodoh bilangan mengikut konteks dengan
betul.
TEMA Kebudayaan, Kesenian dan Estetika
TAJUK : Cerita Rakyat, Cerita Hikayat
OBJEKTIF : i. Murid dapat menjawab soalan menggunakan kata
nama am yang betul dan tepat dalam aktiviti lakonan.
ii. Murid dapat menjawab soalan menggunakan
penjodoh bilangan yang betul dan tepat dalam aktiviti
bercerita.

Semasa penyelidikan dijalankan, didapati bahawa setiap murid berjaya mencapai objektif
pembelajaran seperti di dalam Jadual 1. Hal yang demikian adalah hasil dapatan daripada
senarai semak menunjukkan peratusan penuh, iaitu sebanyak (100%) bagi item yang dikaji di
bawah sub tema ini. Setiap responden berjaya menjawab soalan secara lisan yang sekaligus
membuktikan bahawa mereka telah pun memenuhi objektif PdP.

1484
KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Kesimpulannya, dapatan kajian mendapati bahawa pengaplikasian didik hibur dalam proses
PdP tatabahasa Bahasa Melayu membawa kesan kepada murid. Bagi persoalan kajian
pertama, setiap tema dan sub tema yang dikeluarkan daripada hasil penyelidikan terhadap
senarai semak pemerhatian dan temu bual mendapati bahawa peratusan penglibatan murid
dari segenap aspek adalah memberangsangkan. Hal yang demikian membuktikan bahawa
aktiviti didik hibur memberi kesan positif terhadap penglibatan murid sepanjang proses PdP.
Merujuk kepada persoalan kajian kedua pula, analisis terhadap senarai semak pemerhatian
bagi setiap item berkaitan pencapaian murid menunjukkan peratusan penuh, iaitu sebanyak
(100%). Selain memperoleh markah melebihi 80% dalam tugasan yang diberi, responden juga
terbukti mencapai setiap objektif yang telah dibina berdasarkan isi pelajaran yang
disampaikan. Hal yang demikian membuktikan bahawa pengaplikasian didik hibur di dalam
proses PdP membawa impak positif kepada pemerolehan isi pelajaran tatabahasa Bahasa
Melayu dalam kalangan kalangan murid.

Implikasi kajian ini pula dibahagikan kepada dua aspek, iaitu implikasi pengetahuan
dan implikasi praktikal, Dari sepi implikasi pengetahuan, kajian ini berupaya untuk dijadikan
sebagai rujukan kepada guru-guru bahasa Melayu yang lain bagi mereflek amalan pengajaran,
khususnya pengpalikasian pendekatan pengajaran yang menarik seperti pendekatan didik
hibur. Meskipun telah banyak kajian dijalankan di bawah tajuk pengaplikasian didik hibur,
namun kebanyakannya adalah untuk memberi maklumat tentang kemahiran berbahasa yang
lain. Sebagai contoh, kajian yang dijalankan oleh Abdul Rasid et al. (2016) adalah berkaitan
dengan kemahiran penulisan karangan Bahasa Melayu. Selain itu, kajian yang dijalankan ini
juga adalah berbeza dengan kajian lain kerana dapatan yang ditunjukkan merangkumi
keempat-empat aktiviti yang terkandung dalam pendekatan didik hibur. Sebagai contoh, kajian
yang dilaksanakan oleh Aliza dan Zamri (2015) memfokuskan keberkesanan aktiviti lakonan
dalam mengukuhkan pemahaman murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Berbanding
dengan kajian-kajian lepas, kebiasaannya kajian yang dijalankan dikhususkan kepada mana-
mana aktiviti didik hibur menjadikan data yang ditunjukkan hanya berkisarkan kepada aktiviti
tersebut sahaja.

Dari segi implikasi praktikal pula, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk melihat
kesan yang dibawa oleh pengpalikasian didik hibur dalam proses PdP tatabahasa Bahasa
Melayu dari aspek penglibatan dan pencapaian responden. Jika dirujuk pada kajian-kajian
lepas, terdapat kajian berkenaan didik hibur dilaksanakan bagi mata pelajaran lain. Sebagai
contoh, Mohd Rosmadi dan Hafizhah (2020) melaksanakan kajian pengaplikasian
pendekatan didik hibur dalam PdP bagi Pendidikan Islam. Seterusnya, kajian-kajian lepas

1485
berkaitan pendekatan didik hibur juga kebanyakannya dilaksanakan dalam reka bentuk kajian
tinjauan yang menyediakan data berbentuk kuantitatif. Tamsilnya, kajian oleh Mohd Zahar dan
Affero (2016) yang dilaksanakan ke atas 169 orang responden melalui instrumen soal selidik
adalah bagi mendapatkan data kuantitatif tentang penerapan kaedah didik hibur terhadap
motivasi belajar murid. Oleh demikian itu, kajian ini telah mengisi kelompangan dalam kajian-
kajian lain berkaitan pendekatan didik hibur dari aspek praktikal.

Berikutan itu juga, beberapa cadangan praktikal telah dikemukakan kepada beberapa
pihak berkaitan. Bagi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dicadangkan agar pihak
kementerian menyediakan modul yang lengkap berkenaan konsep beserta contoh aktiviti
pengaplikasiaan didik hibur di sekolah sebagai rujukan kepada guru Bahasa Melayu.
Cadangan lain yang diusulkan ialah KPM melancarkan program baharu dengan memberi
arahan kepada pihak pentadbiran sekolah untuk melaksanakan pencerapan secara berkala
terhadap pelaksanaan pendekatan didik hibur dalam kalangan guru. Menurut Kementerian
Pelajaran Malaysia (2009), pihak kerajaan sentiasa berusaha menyediakan pelbagai garis
panduan untuk melahirkan warga pengajar yang kompeten dan profesional dalam dunia
pendidikan. Cadangan ini dilihat sebagai suatu inisiatif yang baik untuk memberi pencerahan
kepada guru bagi merancang amalan pengajaran terbaik kepada murid-murid yang turut
menggalakkan peningkatan nilai profesionalisme keguruan.

Bagi pihak sekolah pula, penyelidik mencadangkan agar satu ruang khas berkaitan
amalan pengajaran berkonsepkan didik hibur diwujudkan di mana-mana bahagian yang sesuai
di sekolah. Pewujudan ruang khas ini merupakan satu usaha untuk memantapkan
pengetahuan tentang konsep didik hibur bukan sahaja dalam kalangan guru tetapi turut
kepada murid-murid. Ruang khas ini boleh dimuatkan dengan informasi-informasi menarik
berkaitan pelaksanaan aktiviti didik hibur serta bahan-bahan yang sesuai untuk digunakan
sebagai bahan bantu mengajar dan bahan bantu belajar di dalam bilik darjah. Cadangan lain
yang diusulkan ialah pihak sekolah membangunkan satu jawatankuasa yang berfungsi untuk
membantu guru-guru melaksanakan pendekatan didik hibur secara efektif di dalam bilik
darjah. Matlamatnya adalah supaya jawatankuasa ini dapat membimbing guru-guru lain
mengamalkan amalan pengajaran yang bermakna kepada murid dan sekaligus menggalakkan
pencapaian murid secara berkesan.

Bagi pihak guru pula, dicadangkan agar guru membina jadual senarai semak kendiri
bagi melihat tahap pengaplikasian pendekatan didik hibur terhadap murid-murid dari semasa
ke semasa. Data yang diperoleh daripada jadual ini dapat meninjau kesesuaian pelaksanaan
aktiviti terhadap isi pelajaran serta penerimaan murid sepanjang sesi PdP dijalankan di

1486
samping guru juga dapat mengenal pasti masalah dan membuat refleksi diri terhadap amalan
pengajaran secara peribadi. Tambahan lagi, guru juga dicadangkan untuk melaksanakan
amalan komuniti pembelajaran profesional (PLC), iaitu menyertai sesi perkongsian
pengetahuan bersama guru-guru lain sama ada dari sekolah yang sama atau sekolah lain. Siti
Nafisah Ismail et al. (2018) menjelaskan bahawa kegiatan kolaboratif oleh guru-guru melalui
PLC mewujudkan nilai-nilai pembelajaran yang mampu meningkatkan kualiti PdP. Maka, guru
dapat menambah pengetahuan melalui pengalaman orang lain yang turut memberi
pendedahan kepada diri sendiri untuk merancang proses PdP dengan lebih baik melalui
pelaksanaan aktiviti didik hibur.

Sebagai cadangan kajian lanjutan, penyelidik mencadangkan agar penyelidik akan


datang melaksanakan kajian yang sama terhadap sampel yang berbeza. Sebagai contoh, pilih
sampel kajian dalam populasi murid bukan penutur jati bahasa Melayu dari sekolah jenis
kebangsaan. Menerusi kajian lanjutan ini, persamaan atau perbezaan dapat dilihat dengan
lebih jelas melalui dapatan yang dikutip dalam populasi sampel yang berbeza di samping
memberi maklumat yang lebih meluas tentang kesesuaian pendekatan di samping
keberkesanan pelaksanaan aktiviti didik hibur yang dijalankan ke atas murid-murid berlainan
etnik dalam sesi PdP tatabahasa Bahasa Melayu. Selain itu, dicadangkan juga agar kajian ini
dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen sebagai kajian lanjutan di
masa akan datang. Berdasarkan penulisan Ghazali dan Sufean (2018), kajian kuasi-
eksperimen menyediakan data kuantitatif yang dapat menilai keberkesanan pendekatan didik
hibur dalam proses PdP dengan lebih menyeluruh. Oleh itu, kajian ini dilihat dapat meneliti
perkaitan elemen sebab dan kesan secara sistematik berdasarkan prosedur kajian yang
terancang.
RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail. (2013). Perlaksanaan pembelajaran menyeronokkan
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 3(2), 49-63.

Abdul Rasid Jamian, Nurul Nadiah Razali & Shamsudin Othman. (2016). Pengaplikasian
teknik didik hibur meningkatkan pencapaian penulisan karangan Bahasa Melayu. Jurnal
Pendidikan Malaysia, 4(1), 39-45.

Alis Puteh. (2016). Profesion keguruan: Peranan etika kerja dalam mendisiplinkan pelajar.
Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Aliza Ali & Zamri Mahamod. (2015). Development of pay-based instruction module for teaching
preschoolers languages sklills. Australian Journal of Basic and Applied Sciences, 9(34),
110-118.

1487
Azizah Hamzah. (2010). Kaedah kualitatif dalam penyelidikan sosiobudaya. Jurnal Pengajian
Media Malaysia, 6(1), 55-69.

Fauziah Ibrahim, Khadijah Alavi & Nazirah Hassan. (2019). Penulisan tesis: Kajian kualitatif
dan kuantitatif. UKM Press.

Ghazali Darusalam & Sufean Hussin. (2018). Metodologi penyelidikan dalam pendidikan.
Amalan dan analisis kajian. UM Press.

Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Metadologi pengumpulan data dalam penyelidikan kualitatif.
Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1.Puteri Resort Melaka, 28-29 Mac.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2009). Standard guru Malaysia. Bahagian Pendidikan Guru.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


Bahasa Melayu Tahun 4. Bahagian Pembangunan Kurikulum: Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Khor Huan Chin & Noraini Mohamed Noh. (2016). Keberkesanan penggunaan papan putih
interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dalam kalangan murid
tahun 3. JPBU Edisi Khas, 3(1), 53-57.

Mohd Majid Konting. (2009). Penyelidikan pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Rosmadi Mohd Salleh & Hafizhah Zulkifli. (2020). Penggunaan didik hibur dalam
Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan. Attarbawiy: Malaysian Online Journal of
Education. 4(2), 1-16.

Mohd Zahar Kusnun & Affero Ismail. (2016). Penerapan kaedah didik hibur terhadap motivasi
belajar di kalangan murid di sebuah sekolah rendah daerah Kluang. Seminar
Pendidikan Johor. KSL Hotel & Resort Johor, 19-20 September.

Owing Ji Seng, Azhar Md. Sabil & Shamsudin Othman. (2018). Tahap pengetahuan dan sikap
guru terhadap pendekatan didik hibur dalam pengajaran Bahasa Melayu. International
Journal of Education and Training, 4(2), 1-9.

Shafee Mohd Daud, Ramli Basri, Roselan Baki, Sahandri Ghani Hamzah, & Mokhtar Nawawi.
(2011). Pengaruh amalan jenaka terhadap pengajaran dan pembelajaran murid. Asia
Pacific Journal of Educators and Education, 26(1), 125–144.

Siti Nafisah Ismail, Zuraidah Abdullah, Abdul Jalil Othman & Salwati Shafie. (2018). Amalan
komuniti pembelajaran profesionalisme dalam kalangan guru Bahasa Melayu di
Selangor. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 5(4), 1-19.

Yin, K.K. (2018). Case study research and applications. Sage Publication.

Yuznaili Saleh. (2021). Panduan komprehensif penyelidikan: Navigasi penyelidikan anda.


Penerbit IPG Kampus Bahasa Melayu.

Zaharani Ahmad & Teressa Jabar. (2010). Tahap penguasaan bahasa Melayu remaja
Malaysia: analisis aspek tatabahasa. Jurnal Linguistik, 10(1), 48-62.

Zailah Zainudin. (2012). Didik Hibur. IPG Kampus Raja Melewar.


http://kssr.bpk.my/berita/didik_hibur.

1488
Zamri Mahamod & Nur Aisyah Mohamad Nor. (2011). Persepsi guru tentang penggunaan
aplikasi multimedia dalam pengajaran komponen Sastera Bahasa Melayu. GEMA
Online Journal of Language Studies, 11(3), 163-177.

1489
KOMPETENSI PENGAJARAN GURU BAHASA MELAYU DALAM MENERAPKAN
PENDEKATAN DIDIK HIBUR

Nur Annishaa binti Md Nawawi


annishaa09-940@epembelajaran.edu.my

Patarai bin Cholen


patarai@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap kompetensi pengajaran guru bahasa Melayu dalam
menerapkan pendekatan didik hibur melalui aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap guru. Reka
bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan berbentuk kaedah kajian tinjauan. Kaedah
tinjauan ini menggunakan instrumen soal selidik. Sampel kajian ini terdiri daripada 95 orang guru
bahasa Melayu dari lapan buah sekolah kebangsaan sekitar Zon Bangsar/ Pudu, Kuala Lumpur. Data
yang diperoleh dianalisis menggunakan bantuan perisian Statistical Package for the Social Sciences
(SPSS) Windows Version 23.0 untuk pemerihalan data deskriptif. Data dipersembahkan dalam bentuk
kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai bagi menjawab tiga persoalan kajian yang dikaji. Dapatan
kajian ini menunjukkan bahawa nilai purata min bagi ketiga-tiga aspek yang dikaji, iaitu tahap
pengetahuan min (µ = 4.32), tahap kemahiran min (µ = 4.39) dan sikap min (µ = 4.47) guru bahasa
Melayu tentang penerapan pendekatan didik hibur dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah
berada pada tahap yang tinggi. Sehubungan dengan itu, dapatan kajian ini penting bagi memberikan
maklumat awal kepada pihak-pihak yang terlibat seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi
membantu guru-guru bahasa Melayu meningkatkan kompetensi mereka dalam penerapan didik hibur
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Kata kunci: Pendekatan didik hibur, tahap kompetensi, pengetahuan, kemahiran, sikap

ABSTRACT
This study aims to determine the level of teaching competence among Malay language teachers in
applying the edutainment approach through the aspects of knowledge, skills, and attitudes of teachers.
The design of this study uses a quantitative approach and survey research methods. This survey method
uses a questionnaire instrument. The sample consists of 95 Malay language teachers from eight primary
schools in Bangsar/Pudu Zone, Kuala Lumpur. The data obtained were analysed using Statistical
Package for the Social Sciences (SPSS) Windows Version 23.0 software for the description of
descriptive data. Data was presented in the form of frequency, percentage, mean, and standard
deviation to answer the three research questions studied. The findings of this study showed that the
mean value of the three aspects studied which are the level of knowledge mean (µ=4.32), skill level
mean (µ=4:39), and the attitude mean (µ=4.47) among Malay language teachers concerning the
application of edutainment approach in teaching and learning processes are at a high level. Thus, the
findings of this study are important to provide preliminary information to the parties involved, such as
the Ministry of Education (MoE) to help the Malay language teachers to improve their competence in
the application of edutainment in the Malay language teaching and learning processes.
Keyword: edutainment approach, competence, knowledge, skills, attitudes

PENGENALAN

Kompetensi guru memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran.


Kompetensi merujuk kepada pengetahuan, kemahiran, dan sikap atau ciri-ciri peribadi perlu
ada bagi melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawab. Musfah (2011) menyatakan
bahawa kecekapan guru daripada aspek pengetahuan, kemahiran dan tingkah laku
mempunyai hubungkait antara satu sama lain. Guru bahasa Melayu yang kompeten

1490
seharusnya memiliki ketiga-tiga bahagian tersebut bagi memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu dapat dilaksanakan dengan berkesan dan menarik. Shamsudin
dan Abdul Rasid (2013). dalam kajiannya mendapati bahawa guru-guru yang sentiasa
bersemangat tinggi untuk mengajar terdiri daripada mereka yang selalu menggunakan
pelbagai pendekatan yang relevan apabila mengajar di dalam bilik darjah. Malah,
penyampaian pengajaran yang berkesan dan menarik turut mampu meningkatkan motivasi
dan pencapaian akademik murid.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu mengekalkan minat, motivasi
serta pencapaian murid dengan mengambil kira keadaan yang wujud supaya proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik. Proses pengajaran dan pembelajaran bahasa
yang tidak diajar secara terus mengikut keperluan murid akan menyebabkan motivasi diri
murid semakin menurun. Perkara inilah yang menjadi faktor kepada kebosanan murid. Oleh
itu, guru perlu membuatkan murid mempunyai keinginan untuk belajar walau dengan pelbagai
cara sekalipun. Proses pengajaran dan pembelajaran ialah satu proses yang aktif, jadi, teknik
yang sesuai perlu diterapkan bagi memastikan perkara tersebut dapat dicapai. Salah satu
pendekatan pengajaran yang boleh meningkatkan motivasi sekali gus pencapaian murid ialah
pendekatan didik hibur.
Pendekatan didik hibur merupakan cara atau teknik dalam mempelajari bahasa.
Pendekatan didik hibur ini amat sesuai diaplikasikan pada semua peringkat pembelajaran
bahasa. Selain itu, pendekatan didik hibur ini juga merupakan satu strategi yang berkesan dan
sesuai digunakan pada pelbagai tahap pencapaian murid. Didik hibur merupakan satu
penerapan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur
seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan, dan puisi secara sistematik dan terancang.
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2010), didik hibur menjadikan sesi pembelajaran
lebih menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada unsur estetik,
permainan muzik, lakonan dan lain-lain. Didik hibur dapat mengurangkan tahap kebimbangan
dan ketakutan murid kepada guru kerana konsepnya yang santai dan berhibur menjadikan
murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif. Mazlan Ismail (2016)
menyatakan didik hibur dilaksanakan mengikut silibus dan isi kandungan setiap mata
pelajaran dengan menggunakan pelbagai elemen yang telah dirancang secara sistematik.
Menurutnya lagi kaedah ini dapat menimbulkan rasa ingin tahu murid terhadap sesi
pembelajaran serta dapat mempraktikkan kemahiran berfikir aras tinggi KBAT.
Justeru, guru bahasa Melayu yang kompeten seharusnya memiliki beberapa ciri-ciri
atau komponen utama yang harus dikuasai dalam menerapkan pendekatan didik hibur di bilik
darjah iaitu pengetahuan (cognitive domain), kemahiran (psychomotor domain) dan sikap atau
kualiti peribadi (affective domain). Ketiga-tiga komponen utama ini akan mempengaruhi

1491
seseorang guru dalam menjalankan tugas penting bagi memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu dapat dilaksanakan dengan berkesan dan menarik.

PERNYATAAN MASALAH
Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) telah menjalankan kajian kualitatif secara
pemerhatian terhadap 125 sesi pengajaran di 41 sekolah di seluruh Malaysia dan telah
mendapati sebanyak 50% sesi pengajaran masih menggunakan pendekatan pengajaran
tradisional yang berbentuk syarahan untuk memberikan input kepada murid tanpa melibatkan
penyertaan mereka dalam proses pengajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012).
Selain itu, Rozita Radhiah, Abdul Rasid, dan Azhar (2016) juga mendapati guru Bahasa
Melayu lebih selesa menggunakan pendekatan pengajaran yang lama iaitu menggunakan
buku teks bahasa dan papan tulis di dalam bilik darjah. Alasan yang diberikan adalah untuk
menghabiskan sukatan pelajaran dan kekurangan masa. Kemungkinan perkara ini berlaku
kepada guru-guru yang mengajar untuk kelas peperiksaan seperti Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR). Mereka lebih menumpukan kepada untuk menghabiskan sukatan pelajaran
semata-mata sebelum peperiksaan menjelang tiba.
Malahan, kebanyakan guru lebih menumpukan kaedah pengajaran konvensional
seperti latihan latih tubi berterusan tanpa melihat tahap kesediaan murid menerima sebarang
pengajaran topik (Mohd Zahar & Affero, 2016). Hal ini telah mendapati penggunaan kaedah
ini secara kerap telah mengakibatkan murid menjadi bosan dan lesu semasa belajar di dalam
bilik darjah. Menurut beliau lagi, cara pengajaran dan pembelajaran yang digunakan akan
mempengaruhi motivasi seseorang murid seterusnya mempengaruhi akademik murid itu
sendiri. Penggunaan teknik dan strategi pengajaran guru yang kurang menarik akan
mewujudkan suasana yang membosankan, apatah lagi apabila tidak dirancang dengan baik
(Zaleha, 2011; Abdul Jamir, Ab. Halim & A’dawiyah, 2012).
Seterusnya, pedagogi pengajaran guru yang sama setiap kali pembelajaran akan
menyebabkan murid berasa bosan dan tidak berminat untuk mengikuti pelajaran dengan
berfokus. Kajian Owing, Azhar dan Shamsuddin (2018), pengajaran guru yang membosankan
dan tidak menarik akan menjurus kepada masalah disiplin murid seperti membuat bising di
dalam bilik darjah dan tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. Menurut Abdullah
Hassan (2009) pula, kegagalan dalam merancang dan menentukan teknik pengajaran bahasa
Melayu menyebabkan isi pelajaran gagal disampaikan secara berkesan. Sebagai contoh
pengajaran aspek seni bahasa, hanya segelintir guru sahaja yang melaksanakan pendekatan
didik hibur di dalam bilik darjah. Hal ini secara tidak langsung mengakibatkan ramai murid tidak
berminat untuk mempelajari mahupun menyertai sebarang pertandingan yang berkaitan
dengan sajak dan pantun.

1492
Begitu juga sikap guru yang serius dan tegas semasa mengajar Bahasa Melayu
menyebabkan murid tertekan dan bimbang untuk terlibat dalam proses pengajaran guru.
Sekiranya suasana pembelajaran dalam bilik darjah dapat diseimbangkan dengan jenaka,
gelak ketawa serta penyampaian pengajaran yang menarik, maka sudah pasti tekanan yang
dihadapi oleh murid akan berkurangan. Oleh itu, jelaslah bahawa penerapan pendekatan didik
hibur dapat mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan kepada guru yang
berkonsepkan santai dan berhibur. Sehubungan itu, menjadikan keadaan pembelajaran yang
positif akan memotivasikan murid untuk sentiasa tertunggu-tunggu untuk melalui sesi
seterusnya. Tegasnya, semua guru bahasa Melayu perlulah merancang dan melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dengan menerapkan pendekatan didik
hibur untuk memastikan potensi dan pencapaian murid pada tahap yang maksimum.

OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan tujuan tersebut, kajian ini mempunyai tiga objektif, iaitu:
1. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru bahasa Melayu tentang penerapan
pendekatan didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
2. Mengenal pasti tahap kemahiran guru bahasa Melayu melaksanakan pendekatan didik
hibur dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
3. Mengenal pasti tahap sikap guru bahasa Melayu tentang pelaksanaan pendekatan
didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

SOALAN KAJIAN
1. Apakah tahap pengetahuan guru bahasa Melayu tentang penerapan pendekatan didik
hibur dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu?
2. Apakah tahap kemahiran guru bahasa Melayu melaksanakan pendekatan didik hibur
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu?
3. Apakah tahap sikap guru bahasa Melayu tentang pelaksanaan pendekatan didik hibur
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu?

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Reka bentuk kajian ini berbentuk tinjauan
menggunakan set soal selidik untuk mengumpul data. Kajian tinjaun ini digunakan untuk
mengenal pasti tahap kompetensi pengajaran guru bahasa Melayu dalam menerapkan
pendekatan didik hibur melalui aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap guru. Menurut Chua
(2006), kajian tinjauan merupakan salah satu kaedah penyelidikan bukan eksperimental yang
popular digunakan dalam pelbagai bidang terutama dalam bidang sains sosial.
Dalam kajian yang dijalankan ini, populasi dan sampel ditentukan berpandukan
pengiraan saiz sampel menggunakan Perisian Sample Size Calculator oleh Roasoft Inc.

1493
dengan ralat lima peratus atau aras keyakinan kajian sebanyak 95 peratus. Berdasarkan
jadual penentu saiz sampel tersebut, jumlah saiz sampel yang diperlukan bagi populasi 125
orang adalah seramai 95 orang. Kaedah persampelan yang akan digunakan ialah kaedah
persampelan rawak mudah yang hanya melibatkan guru-guru yang mengajarkan mata
pelajaran Bahasa Melayu sahaja di lapan buah sekolah rendah di sekitar Zon Bangsar/ Pudu.
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah terdiri daripada satu set soal selidik
yang dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian pertama ialah Bahagian A iaitu soalan-
soalan yang berkaitan dengan demografi responden. bahagian B pula mengandungi 11 item
berkaitan tahap pengetahuan guru bahasa Melayu tentang penerapan pendekatan didik hibur.
Bahagian C terdiri daripada 10 item tentang tahap kemahiran guru bahasa Melayu
melaksanakan pendekatan didik hibur manakala bahagian D mengemukakan 11 item
berkaitan sikap guru bahasa Melayu tentang penerapan pendekatan didik hibur. Kesemua
item telah diuji rintis untuk memperolehi kebolehpercayaan.
Tahap kesahan dan kebolehpercayaan item telah diuji menggunakan pekali Alpha
Cronbach. Hasil analisis menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan bagi keseluruhan data
kajian ini adalah tinggi iaitu 0.867. Oleh itu, pernyataan item boleh diterima pakai dalam
kalangan sampel kajian sebenar. Data kuantitatif dianalisis menggunakan statistik deskriptif
dengan bantuan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 23.0. Analisis
deskriptif bertujuan mendapatkan data kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai bagi
mengukur tahap pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap guru bahasa Melayu
terhadap pelaksanaan pendekatan didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu. Interpretasi skor min dan sisihan piawai bagi ketiga-tiga konstruk kajian kompetensi
pengajaran guru bahasa Melayu dalam menerapkan pendekatan didik hibur iaitu aspek
pengetahuan, kemahiran dan sikap guru adalah seperti yang disenaraikan dalam Jadual 1 dan
Jadual 2.

Jadual 1
Skala skor min berdasarkan Azman Jais (2018)
Skor min Interprestasi Skor Min
1.00 hingga 2.33 Rendah Kurang setuju / kurang membantu / kurang mahir /
kurang memenuhi / tidak pasti / kadang-kadang / tiada
/ sebahagian kecil
2.34 hingga 3.66 Sederhana Setuju / membantu / mahir / memenuhi / separuh
3.67 hingga 5.00 Tinggi Sangat setuju / sangat membantu / sangat mahir /
sangat memenuhi / sangat selalu / semua / sebahagian
besar
Sumber: Azman Jais (2018)

1494
Jadual 2
Interpretasi nilai sisihan piawai berdasarkan Irwan et al. (2016)
Nilai Sisihan Piawai Interpretasi Nilai Sisihan Konsensus Responden
Piawai
0.00 hingga 0.25 Sangat rendah Sangat tinggi
0.26 hingga 0.50 Rendah Tinggi
0.51 hingga 0.75 Sederhana Sederhana
0.76 hingga 1.00 Tinggi Kurang
> 1.01 Sangat Tinggi Sangat kurang
Sumber: Irwan et al. (2016)

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Bahagian ini membincangkan dapatan kajian bagi menjawab tiga soalan kajian iaitu tahap
pengetahuan guru bahasa Melayu tentang penerapan pendekatan didik hibur, tahap
kemahiran guru bahasa Melayu melaksanakan pendekatan didik hibur dan tahap sikap guru
bahasa Melayu tentang pelaksanaan pendekatan didik hibur.

Tahap Pengetahuan Guru Bahasa Melayu Tentang Penerapan Pendekatan Didik Hibur
Jadual 3 menunjukkan skor min bagi tahap pengetahuan guru bahasa Melayu tentang
penerapan pendekatan didik hibur. Berdasarkan Jadual 3, min tertinggi tahap pengetahuan
guru bahasa Melayu tentang penerapan pendekatan didik hibur adalah pada item kedua, iaitu
‘Pengetahuan guru tentang ciri utama pendekatan didik hibur iaitu sesi pembelajaran yang
menyeronokkan’ dengan min sebanyak µ = 4.47 dan SP = 0.616. Bagi min terendah pula pada
item ketujuh iaitu ‘Pengetahuan guru tentang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam
pendekatan didik hibur jenis aktiviti lakonan’ menunjukkan nilai min sebanyak µ = 4.11 dan SP
= 0.741. Dapatan min keseluruhan tahap pengetahuan guru bahasa Melayu tentang
penerapan pendekatan didik hibur adalah tinggi iaitu µ = 4.32. Nilai sisihan piawai pula
menunjukkan taburan data berada pada tahap yang sederhana iaitu SP = 0.54. Hal ini
bermakna guru bahasa Melayu Zon Bangsar/ Pudu mempunyai pengetahuan yang tinggi
tentang pendekatan didik hibur. Pengetahuan didik hibur ini membantu guru mengajar bahasa
Melayu dengan lancar, berkesan dan menyeronokkan.

Jadual 3
Analisis item nombor 1 hingga 11 kontruk tahap pengetahuan guru bahasa Melayu tentang
penerapan pendekatan didik hibur

Bil Item Min Sisihan Tahap


(µ) Piawai (SP)
B1 Konsep pendekatan didik hibur. 4.30 0.653 Tinggi
Ciri-ciri utama pendekatan didik hibur:

1495
B2 Sesi pembelajaran yang menyeronokkan. 4.47 0.616 Tinggi
B3 Mengurangkan tekanan murid semasa belajar. 4.46 0.615 Tinggi
B4 Murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pengajaran 4.36 0.669 Tinggi
dan pembelajaran.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam
pendekatan didik hibur:
B5 Aktiviti nyanyian. 4.34 0.680 Tinggi
B6 Aktiviti bercerita. 4.33 0.612 Tinggi
B7 Aktiviti lakonan. 4.11 0.741 Tinggi
B8 Aktiviti berpuisi. 4.14 0.757 Tinggi
B9 Kelebihan pelaksanaan pendekatan didik hibur 4.35 0.634 Tinggi
dalam pengajaran dan pembelajaran.
B10 Kaedah pelaksanaan pendekatan didik hibur 4.36 0.619 Tinggi
dalam pengajaran dan pembelajaran.
B11 Peranan guru dalam pelaksanaan pendekatan 4.33 0.629 Tinggi
didik hibur.
Min Keseluruhan 4.32 0.544 Tinggi

Tahap Kemahiran Guru Bahasa Melayu Melaksanakan Pendekatan Didik Hibur

Jadual 4 menunjukkan skor min bagi tahap kemahiran guru bahasa Melayu melaksanakan
pendekatan didik hibur. Berdasarkan Jadual 4, min tertinggi tahap kemahiran guru bahasa
Melayu melaksanakan pendekatan didik hibur adalah pada item ketujuh, iaitu ‘Memberikan
penekanan terhadap penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran’ dengan
min sebanyak µ = 4.54 dan SP = 0.631. Bagi min terendah pula pada item pertama dan item
kedua iaitu ‘Merujuk standard kandungan dan standard pembelajaran dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu’ menunjukkan nilai min
sebanyak µ = 4.30 dan SP = 0.685 manakala item kedua pula ‘Menetapkan objektif
pembelajaran secara eksplisit’ menunjukkan nilai min sebanyak µ = 4.30 dan SP = 0.637.
Dapatan min keseluruhan tahap kemahiran guru bahasa Melayu tentang melaksanakan
pendekatan didik hibur adalah tinggi iaitu µ = 4.39. Nilai sisihan piawai pula menunjukkan
taburan data berada pada tahap yang sederhana iaitu SP = 0.531. Hal ini bermakna guru
bahasa Melayu Zon Bangsar/ Pudu mempunyai tahap kemahiran yang tinggi terhadap
pelaksanaan pendekatan didik hibur. Kemahiran guru melaksanakan didik hibur adalah
sangat penting untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah berjalan
dengan lancar dan berkesan.

1496
Jadual 4
Analisis item nombor 1 hingga 10 konstruk tahap kemahiran guru bahasa Melayu
melaksanakan pendekatan didik hibur

Sisihan
Bil Item Min (µ) Tahap
Piawai (SP)
Merujuk standard kandungan dan standard
pembelajaran dalam Dokumen Standard
C1 4.30 0.685 Tinggi
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa
Melayu.
Menetapkan objektif pembelajaran secara
C2 4.30 0.637 Tinggi
eksplisit.
Menyediakan rancangan pelajaran harian yang
C3 4.36 0.602
sesuai dengan tahap pencapaian murid. Tinggi
Merancang langkah pengajaran yang sesuai
C4 4.34 0.631 Tinggi
dengan objektif yang ditetapkan.
Melaksanakan proses pengajaran
menggunakan pendekatan didik hibur
C5 4.40 0.608 Tinggi
sekiranya sesuai dengan kemahiran yang
diajarkan.
Mempelbagaikan aktiviti bagi menghiburkan
C6 4.42 0.628 Tinggi
murid.
Memberikan penekanan terhadap penerapan
C7 nilai-nilai murni dalam pengajaran dan 4.54 0.631 Tinggi
pembelajaran.
Memastikan proses pelaksanaan pengajaran
C8 dan pembelajaran berdasarkan rancangan 4.45 0.614 Tinggi
pelajaran yang telah disediakan.
Membuat penilaian terhadap keberkesanan
C9 pengajaran dan pembelajaran yang 4.36 0.619 Tinggi
dilaksanakan.
Menjadi pemudah cara kepada murid untuk
C10 melaksanakan aktiviti bagi mencapai objektif 4.45 0.597 Tinggi
pembelajaran.
Min Keseluruhan 4.39 0.531 Tinggi

Tahap Sikap Guru Bahasa Melayu Tentang Pelaksanaan Pendekatan Didik Hibur

Jadual 5 menunjukkan skor min bagi konstruk tahap sikap guru bahasa Melayu tentang
pelaksanaan pendekatan didik hibur. Berdasarkan Jadual 5, min tertinggi tahap sikap guru
bahasa Melayu tentang pelaksanaan pendekatan didik hibur adalah pada item keempat, iaitu
‘Pelaksanaan pendekatan didik hibur mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan’ dengan min sebanyak µ = 4.65 dan SP = 0.500. Bagi min terendah pula pada
item kesebelas iaitu ‘Pendekatan didik hibur merupakan pendekatan pengajaran yang baharu
dalam meningkatkan kemahiran kaedah pengajaran saya’ menunjukkan nilai min sebanyak µ

1497
= 4.29 dan SP = 0.697. Dapatan min keseluruhan sikap guru bahasa Melayu tentang
pelaksanaan pendekatan didik hibur adalah tinggi iaitu µ = 4.47. Nilai sisihan piawai pula
menunjukkan taburan data berada pada tahap yang sederhana iaitu SP = 0.476. Oleh itu,
seorang guru yang mempunyai sikap positif dalam diri dan positif terhadap profesionnya akan
mampu melaksanakan tugas mereka secara berfokus dan sentiasa meningkatkan kefahaman
dan kemahiran mereka.

Jadual 5
Analisis item nombor 1 hingga 11 tahap sikap guru bahasa Melayu tentang pelaksanaan
pendekatan didik hibur

Sisihan
Bil Item Min (µ) Tahap
Piawai (SP)
Pendekatan didik hibur ialah satu pendekatan
D1 pengajaran yang sesuai bagi mata pelajaran 4.54 0.560 Tinggi
Bahasa Melayu.
Pelaksanaan pendekatan didik hibur dapat
D2 4.46 0.615 Tinggi
meningkatkan pencapaian akademik murid.
Pelaksanaan pendekatan didik hibur dapat
D3 4.51 0.543 Tinggi
membentuk interaksi sosial yang positif.
Pelaksanaan pendekatan didik hibur mampu
D4 mewujudkan suasana pembelajaran yang 4.65 0.500 Tinggi
menyeronokkan.
Pelaksanaan pendekatan didik hibur berkesan
D5 4.56 0.577 Tinggi
apabila dilaksanakan dengan terancang.
Pelaksanaan teknik didik hibur mampu
D6 4.30 0.700 Tinggi
mengurangkan beban tugas guru.
Pelaksanaan pendekatan didik hibur membawa
D7 4.46 0.579 Tinggi
perubahan sikap yang positif kepada murid.
Pendekatan didik hibur sangat praktikal dari
D8 4.40 0.572 Tinggi
segi pelaksanaan.
Pelaksanaan pendekatan didik hibur
D9 4.44 0.578 Tinggi
meningkatkan motivasi guru semasa mengajar.
Pelaksanaan pendekatan didik hibur
D10 4.54 0.541 Tinggi
meningkatkan kreativiti guru.
Pendekatan didik hibur merupakan pendekatan
D11 pengajaran yang baharu dalam meningkatkan 4.29 0.697 Tinggi
kemahiran kaedah pengajaran saya.
Min Keseluruhan: 4.47 0.476 Tinggi

KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN


Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa kajian kompetensi pengajaran guru bahasa
Melayu dalam menerapkan pendekatan didik hibur melalui aspek pengetahuan, kemahiran
dan sikap guru di sekolah kebangsaan sekitar Zon Bangsar/ Pudu berada pada tahap tinggi.

1498
Hasil dapatan kajian ini dilihat selari dengan beberapa kajian yang turut mengkaji berkaitan
tahap pengetahuan guru. Pertama, kajian Pengaplikasian Teknik Didik Hibur oleh Guru
Bahasa Melayu dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu oleh Nurliyana Rusli
(2019). Berdasarkan analisis dapatan kajian ini, mendapati konstruk tahap pengetahuan guru
bahasa Melayu tentang didik hibur adalah tinggi. Menurutnya guru yang mempunyai
pengetahuan yang baik tentang konsep pendekatan didik hibur membolehkan pengajaran
dilaksanakan dengan baik kerana guru mengetahui peranan mereka dan kaedah pelaksanaan
pendekatan didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran.
Walau bagaimanapun, kajian Zanariah dan Zamri (2017) menunjukkan hasil dapatan
bertentangan dengan dapatan pengkaji yang menunjukkan hasil dapatan yang sederhana
dalam aspek kemahiran guru melaksanakan pendekatan didik hibur dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu. Perkara ini menunjukkan bahawa kemahiran guru dalam
mempraktikkan pendekatan didik hibur perlu ditingkatkan lagi untuk pelaksanaan yang
berkesan. Begitu juga dengan dapatan kajian yang dilaksanakan oleh Owing, Azhar &
Shamsudin (2018), konstruk sikap guru yang meliputi aspek efektif, tingkah laku dan kognitif
tentang pelaksanaan pendekatan didik hibur berada pada tahap yang sedehana. Hal ini
bermaksud masih terdapat segelintir guru yang tidak memahami kepentingan dan kesesuaian
pendekatan didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan kualiti
pengajaran guru.
Implikasi kajian ini bertujuan memberi justifikasi bahawa kajian ini memenuhi jurang
penyelidikan dan berupaya memberi sumbangan kepada pengetahuan dan praktikal. Kajian
ini berupaya memberi pengetahuan kepada para guru mengenai kepentingan pendekatan
didik hibur dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pendekatan didik hibur
yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan dan meningkatkan pencapaian akademik murid apabila
dilaksanakan secara terancang. Guru-guru boleh mempraktikkan dan merancang langkah
pengajaran dengan mempelbagaikan aktiviti seperti nyanyian, lakonan, bercerita dan berpuisi.
Dengan berbuat demikian pengaplikasian didik hibur dapat dijalankan dengan lancar. Jadi,
pengaplikasian didik hibur yang baik dan berkesan memerlukan guru mempunyai
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang tinggi terhadap penerapan didik hibur. Oleh itu, tahap
kompetensi pengajaran guru bahasa Melayu dalam menerapkan pendekatan didik hibur dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dapat ditingkatkan.
Beberapa cadangan telah diberi kepada beberapa pihak seperti Kementerian
Pendidikan Malaysia, pihak sekolah, guru-guru dan lain-lain. Bahagian Perkembangan
Kurikulum (BPK) perlulah memastikan semua guru mendapat pendedahan yang lebih meluas
dan terkini tentang pendekatan didik hibur contohnya melalui bengkel dan kursus yang
bersesuaian agar guru dapat mengaplikasikan pendekatan didik hibur dalam pengajaran dan

1499
pembelajaran dengan lebih berkesan dan sesuai mengikut perkembangan dalam pendidikan.
Dalam masa yang sama, usaha KPM melalui Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) juga
hendaklah menerapkan pendekatan didik hibur secara menyeluruh dalam semua kursus yang
ditawarkan kepada bakal guru khususnya kepada pelajar yang mengambil pengkhususan
Teras Bahasa Melayu dan Elektif Bahasa Melayu. Pendedahan awal tentang penerapan
pendekatan didik hibur akan dapat membantu bakal guru menggunakan kaedah dan aktiviti
yang sesuai untuk mengajar di sekolah kelak.
Seterusnya, pengurus sekolah khususnya pentadbir seperti Guru Besar dan Pengetua
perlulah memantau perkembangan setiap pengajaran dan pembelajaran setiap guru khasnya
guru Bahasa Melayu di dalam kelas. Pemantauan ini perlulah dikhususkan kepada kaedah
pelaksanaan pendekatan didik hibur guru untuk menggalakkan pelaksanaan pendekatan
tersebut yang berkesan. Cadangan juga diberikan kepada guru untuk sentiasa menerapkan
pendekatan didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan
mengamalkan budaya Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) dalam kalangan guru.
Dengan ini guru boleh saling berkongsi pengetahuan dan kemahiran untuk memastikan
pembelajaran murid yang berkesan.
Akhir sekali, sebagai cadangan lanjutan, pengkaji akan datang disarankan untuk
melakukan pembaharuan dalam kajian ini dengan menggunakan pendekatan kualitatif dan
pendekatan gabungan. Sebagai contoh, penyelidik lain boleh melaksanakan kajian dalam
topik yang sama dengan menggunakan pendekatan kualitatif untuk mendalami dan
mengesahkan lagi dapatan kajian ini sama ada boleh dikekalkan atau sebaliknya. Kajian
lanjutan juga boleh dijalankan dengan melibatkan guru-guru di sekolah jenis kebangsaan
(SJK) Cina dan Tamil, sekolah-sekolah swasta, sekolah agama dan lain-lain. Kajian lanjutan
juga boleh dilaksanakan di kawasan yang lebih luas misalnya meliputi seluruh kawasan di
Kuala Lumpur mahupun di seluruh negara. Selain itu, penyelidikan tentang halangan atau
masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan pendekatan didik hibur juga boleh dilaksanakan.

RUMUSAN
Berdasarkan perbincangan dapat dirumuskan bahawa pendekatan didik hibur dalam
pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu dapat dijalankan dengan sempurna oleh guru yang
mengajar Bahasa Melayu sebagai penggerak kepada pembaharuan yang direncanakan oleh
KPM. Sehubungan itu, dalam usaha untuk meningkatkan tahap profesionalisme guru sebagai
pelaksana kurikulum ini, kompetensi pengajaran guru dari aspek pengetahuan, kemahiran dan
sikap merupakan elemen-elemen penting yang berperanan untuk mempengaruhi usaha yang
diberi sesuatu amalan pendidikan. Diharapkan dengan penguasaan guru dalam penggunaan
pendekatan didik hibur ini akan membantu mereka memudahkan murid untuk memahami,
menghayati dan menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu. Hasilnya ialah telah membuktikan

1500
dalam banyak kajian bahawa penggunaan modul didik hibur membawa kesan yang cukup
positif kepada murid-murid.

RUJUKAN

Abdul Jamir Md Saad, Ab. Halim Tamuri & A’dawiyah Ismail. (2012). Pembelajaran aktif dalam
pengajaran dan pembelajaran berkesan pendidikan Islam. Jurnal IPG Kampus
Pendidikan Islam, 1-22.

Abdullah Hassan. (2009). Tatabahasa pedagogi untuk sekolah menengah. PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.

Azman Jais. (2018). Penerimaan dan Penggunaan Inovasi Persekitaran Pembelajaran Maya
(VLE) dalam Kalangan Guru. (Tesis Doktor Falsafah tidak diterbitkan). Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Chua Yan Piaw. (2006). Asas statistik penyelidikan. McGraw-Hill Education.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2010). Pelan induk pembangunan pendidikan (2006 -


2010). edisi pelancaran PIPP 2006. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Irwan, Wan Mohd Fazrul, Walid, Nisar, Amir Shaharuddin, Mohd Aizuddin, Bilal Jaliani. (2016).
Kefahaman Fiqh di pusat pemindahan mangsa banjir: Kajian perintis di daerah
Temerloh dan Maran, Pahang. Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa, 82, 44-53.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Laporan awal pelan pembangunan pendidikan


Malaysia 2013-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mazlan Ismail. (2016). Pengajaran bahasa Melayu: Didik hibur dan seni bahasa. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Mohd Zahar Kusnun & Affero bin Ismail. (2016). Penerapan kaedah didik hibur terhadap
motivasi belajar di kalangan murid di sebuah sekolah rendah Daerah Kluang. Fakulti
Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Musfah, J. (2011). Peningkatan kompetensi guru melalui pelatihan dan sumber belajar teori
dan praktek (1 ed.). Jakarta: Kencana.

Nurliyana Rusli. (2019). Pengaplikasian teknik didik hibur oleh guru bahasa Melayu dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Prosiding Seminar Penyelidikan Dalam
Pendidikan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Jun 2015. Institut
Pendidikan Guru Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.

Owing Ji Seng, Azhar Md Sabil & Shamsudin Othman. (2018). Tahap pengetahuan dan sikap
guru terhadap pendekatan didik hibur dalam pengajaran bahasa Melayu. International
Journal of Education and Training, 4(2), 1-9.

Rozita Radhiah Said. (2012). Penyampaian lisan dalam pengajaran karangan guru cemerlang
bahasa Melayu untuk murid-murid tingkatan empat. Tesis PhD, Universiti Putra
Malaysia.

Shamsudin Othman & Abdul Rasid Jamian. (2013). Pelaksanaan Elemen Sastera Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Seni Bahasa Kurikulum Standard Sekolah Rendah.
Jurnal Bahasa, 13(2), 292–312.

1501
Zaleha Abu Bakar. (2011). Kreativiti guru meningkatkan minat pelajar dan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. MDK Intelek Enterprise.

Zanariah & Zamri. (2017). Pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap guru bahasa
Melayu sekolah rendah terhadap pendekatan didik hibur, Prosiding Seminar
Pendidikan Serantau Ke- VIII 2017. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan
Malaysia, 19-26.

1502
PENGGUNAAN BAHAN BANTU VISUAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
GURU BAHASA MELAYU

Nur Hanisah binti Redhuan


hanisah09-941@epembelajaran.edu.my

Hisamuddin bin Abd Ghani PhD


hisamuddin@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauh mana penggunaan bahan bantu visual dalam pengajaran
dan pembelajaran guru Bahasa Melayu. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan menggunakan
pendekatan kuantitatif. Instrumen kajian ini ialah soal selidik yang mengandungi 36 item. Responden
kajian terdiri daripada 95 orang guru bahasa Melayu yang mengajar di lapan buah sekolah rendah di
sekitar Zon Bangsar/ Pudu. Data dikumpul dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif
menggunakan perisian Statistical packafe for the Social Sciences (SPSS) versi 22. Statistik deskriptif
melibatkan pengukuran min dan sisihan piawai untuk menganalisis dapatan kajian persepsi, tahap
kemahiran dan kekangan dihadapi dalam penggunaan bahan bantu visual dalam pengajaran dan
pembelajaran guru bahasa Melayu. Kesimpulannya, analisis statistik deskriptif menunjukkan bahawa
persepsi, tahap kemahiran dan kekangan dihadapi dalam penggunaan bahan bantu visual dalam
pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu adalah tinggi. Justeru, hasil kajian ini telah
memberikan cadangan tindakan yang perlu dilaksanakan guru bahasa Melayu dan institusi yang terlibat
seperti pihak sekolah serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menambahbaik
penggunaan bahan bantu visual dan mengatasi kekangan yang dihadapi supaya dapat meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Kata Kunci: penggunaan bahan bantu visual, persepsi, tahap kemahiran, kekangan, guru bahasa
Melayu

ABSTRACT
This study was conducted to assess the extent to which the use of visual aids in the teaching and
learning of Malay Language teachers. The design of this study was a survey study using a quantitative
approach. The instrument of this study is a questionnaire containing 36 items. The respondents
comprised of 95 Malay teachers who teach in eight primary schools around Bangsar Zone / Pudu. Data
were collected and 1503nalyse1503 using descriptive statistics using Statistical packafe for the Social
Sciences (SPSS) version 22. Descriptive statistics involved the measurement of means and standard
deviations to analyse the findings of perceptions, skill levels and constraints encountered in the use of
visual aids in teaching and learning. Malay. In conclusion, descriptive statistical analysis showed that
perception, skills and constraints encountered in the use of visual aids in the teaching and learning of
Malay language teachers is high. Thus, this study has provided recommendations to be implemented
teacher and institutions such as schools and the Ministry of Education (MOE) in improving the use of
visual aids and overcome the constraints faced in order to improve the quality of teaching and learning
languages other than English.
Keywords: the use of visual aids, perception, skills, constraints, teachers Malay

PENGENALAN

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996,
mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan antara mata pelajaran teras dalam sistem
pendidikan di semua sekolah rendah dan menengah di Malaysia (Kementerian Pendidikan

1503
Malaysia, 2003). Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
perpaduan rakyat di Malaysia. Dalam Bahasa Melayu, terdapat empat kemahiran bahasa
dalam Sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu (2003), iaitu kemahiran
mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Matlamat Kurikulum
Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah bagi membolehkan murid berketerampilan dalam
berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh
pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam
kehidupan harian. Oleh itu, perancangan pengajaran dan pembelajaran perlu disusun
mengikut tahap dan kesesuaian murid serta disokong dengan bahan bantu mengajar untuk
merangsang perkembangan potensi murid.
Dalam kajian ini, perbincangan akan lebih menjurus kepada penggunaan bahan bantu
visual dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru Bahasa Melayu. Penggunaan bahan
bantu visual dalam pengajaran dan pembelajaran seperti gambar dapat memberikan pengaruh
yang positif khususnya dalam kecekapan bahasa murid (Tomlinson & Masuhara, 2004).
Perkara ini disokong oleh pendapat Hedge (2003) yang menyatakan bahawa guru yang
menggunakan bahan visual dapat menggalakkan murid untuk berfikir, memberi pandangan
dan menafsir maksud illustrasi secara aktif. Keupayaan guru dalam melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada pemilihan kaedah pengajaran guru itu
sendiri. Guru sebagai seorang pendidik perlulah bijak dalam memilih bahan yang sesuai untuk
dijadikan sebagai bahan pengajaran untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Kesan pengajaran bergantung pada pengolahan bahan yang diaplikasikan oleh
guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dapat merangsang dan menggalakkan
murid berfikir secara kritis dan kreatif, seterusnya dapat berkomunikasi dan berinteraksi
dengan berkesan. Oleh itu, guru perlulah sentiasa menitikberatkan amalan pengajaran di
dalam bilik darjah, iaitu dengan menyediakan bahan bantu mengajar seperti bahan visual dan
mendalami isi kandungan yang hendak diajar supaya bahan tersebut dapat diaplikasikan.
Shukri (2007) menyatakan bahawa guru mesti mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka
agar potensi murid dapat diperkembangkan semaksimum yang mungkin. Kaedah pengajaran
dapat dipelbagaikan dengan mewujudkan bahan bantu mengajar seperti bahan visual yang
berkesan yang dapat menaikkan semangat murid untuk belajar di dalam bilik darjah.
Penggunaan bahan visual yang sesuai dan menarik bukan sahaja dapat meningkatkan mutu
penyampaian seseorang guru, malah akan menjadikan sesuatu pembelajaran yang lebih
bermakna dan menyeronokkan. Oleh itu, penggunaan bahan bantu visual dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dapat memudahkan pemahaman murid sekaligus membantu
guru mencapai matlamat negara dalam menghasilkan pengajaran yang bermutu dan
berkesan.

1504
PERNYATAAN MASALAH

Terdapat juga segelintir guru yang masih juga mengamalkan kaedah pengajaran secara
tradisional yang disifatkan sebagai pengajaran berpusatkan guru semata-mata seperti
syarahan dan hafalan (Md Yusoff et al. 2006). Walaupun pendidikan di Malaysia telah dilanda
reformasi dari segi kualiti pengajaran, kesesuaian aras pengajaran dan insentif, sikap guru
terhadap kaedah pengajaran yang lama masih lagi dikekalkan. Majoriti guru masih
menggunakan kaedah pengajaran tradisional dalam proses pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu di dalam bilik darjah (Azura Ishak et al. 2009). Pembelajaran yang sebegini
akan menyebabkan murid mudah berasa bosan dan hilang minat untuk belajar. Kaedah
pengajaran guru yang tidak berkesan dikatakan sebagai punca utama kepada sikap negatif
murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu. Pendekatan tradisional dalam pengajaran dan
pembelajaran menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu menjadi
pasif dan murid tidak menguasai apa yang diajarkan serta pembelajaran menjadi kurang
berkesan.
Seterusnya, terdapat juga segelintir guru yang masih kurang mengamalkan kualiti
pengajaran yang betul dan berkesan. Perkara ini dapat dibuktikan dengan pendapat Che
Mohd Noor dan Ahmad (2015) yang menyatakan bahawa semasa proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu dilaksanakan, terdapat segelintir guru yang
masih menggunakan kaedah dan teknik membaca buku teks semata-mata dalam
pengajarannya. Perkara ini menyebabkan murid menjadi bosan sekaligus menyebabkan murid
kurang bermotivasi terhadap pelajaran yang dikendalikan oleh guru tersebut. Rasa bosan
yang timbul dalam diri murid terhadap pengajaran guru boleh menyebabkan murid tersebut
terus hilang minat dan membuat tanggapan negatif terhadap dalam Bahasa Melayu. Keadaan
ini membuktikan bahawa guru tersebut tidak kreatif dalam mewujudkan suasana yang
menyeronokkan sehingga menjadikan kelas berasa bosan dan tidak seronok.
Selain itu, kebanyakkan murid menganggap bahasa Melayu sebagai satu mata
pelajaran yang kurang menarik dan membosankan. Kaedah pengajaran yang kurang menarik
menyebabkan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut menjadi
kurang berkesan. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada keupayaan
guru melaksanakannya dengan berkesan. Pengajaran yang berkesan merupakan kebolehan
guru itu sendiri untuk mengajar dengan baik serta dapat memotivasikan murid mereka untuk
terus belajar bagi mencapai meningkatkan mutu pembelajaran (Abdul Rasid Jamian, 2016).
Malah, proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah lazimnya
didapati lebih cenderung menggunakan kaedah kuliah atau syarahan sebagai teknik
pengajaran yang utama. Pengajaran menggunakan kaedah tradisional ini kadangkala didapati
membosankan hingga menimbulkan rasa mengantuk dalam kalangan murid (Alizah Lambri &

1505
Zamri Mahamod, 2015). Kaedah ini juga boleh menyebabkan murid menjadi pasif. Oleh itu,
bahan visual dilihat sebagai bahan bantu mengajar yang boleh digunakan bagi mengatasi
masalah ini.
OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini terdapat empat objektif kajian bagi mencapai tujuan kajian. Objektif kajian itu adalah
seperti yang berikut;
i. Mengenal pasti persepsi guru tentang penggunaan bahan visual dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu
ii. Mengenal pasti tahap kemahiran guru terhadap penggunaan bahan visual dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
iii. Mengenal pasti kekangan yang dihadapi oleh guru dalam penggunaan bahan visual
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

SOALAN KAJIAN

v. Apakah persepsi guru terhadap penggunaan bahan visual dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu?
vi. Apakah tahap kemahiran guru terhadap penggunaan bahan visual dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu?
vii. Apakah kekangan yang dihadapi oleh guru dalam penggunaan bahan visual dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dengan tujuan untuk mendapatkan
maklumat dan data bagi menjawab persoalan kajian tentang penggunaan bahan bantu visual
dalam kalangan guru bahasa Melayu sekolah rendah. Chua Yan Piaw (2012) menyataan
bahawa kajian tinjauan adalah satu kaedah untuk mendapatkan maklumat dan menggunakan
soalan yang sama untuk setiap individu dan bilangan yang besar, iaitu populasi. Kajian
tinjauan termasuk dalam kajian yang diklasifikasikan oleh Mohd Majid Konting (1998) sebagai
salah satu jenis kajian dalam penyelidikan deskriptif. Kajian berbentuk deskriptif merupakan
bentuk yang mendasari kajian ini bagi mengenalpasti dan mengkaji secara empirikal dan
sistematik berkaitan penggunaan bahan bantu visual dalam kalangan guru Bahasa Melayu.
Kajian yang dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif untuk mengenalpasti
persepsi guru terhadap penggunaan bahan visual, tahap kemahiran guru terhadap
penggunaan bahan visual dan kekangan yang dihadapi guru dalam penggunaan bahan visual
sebagai bahan bantu mengajar. Dalam kajian ini, data telah dikumpul dengan menggunakan

1506
borang soal selidik. Dalam usaha mengumpul data ini, kaedah soal selidik dianggap sebagai
kaedah yang paling sesuai untuk mendapat maklumat bagi melaksanakan kajian ini. Dalam
kajian ini, pengkaji memilih guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di lapan
buah sekolah rendah sekitar zon Bangsar/ Pudu sebagai populasi untuk mendapatkan
maklumat mengenai penggunaan bahan bantu visual dalam kalangan guru Bahasa Melayu
sekolah rendah.
Soal selidik yang digunakan telah diadaptasi daripada soal selidik kajian Mohd Suhaimi
Omar, Noor Shah Saad dan Mohd. Uzi Dollah (2017) yang bertajuk Penggunaan Bahan Bantu
Mengajar Guru Matematik Sekolah Rendah dan disahkan oleh pakar bidang, pakar metodologi
dan pakar bahasa. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini mengandungi 35 item yang
dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian A ialah demografi responden bagi
mendapatkan maklumat seperti jantina, kaum, pengalaman mengajar, opsyen dan jumlah
waktu mengajar Bahasa Melayu. Bahagian B mengandungi 10 item soalan tentang persepsi
responden terhadap penggunaan bahan visual, manakala Bahagian C mengandungi 10 item
yang meninjau tahap kemahiran guru terhadap penggunaan bahan visual. Bahagian D pula
mengandungi 10 item untuk meninjau kekangan yang dihadapi oleh responden dalam
penggunaan bahan visual.
Instrumen soal selidik dalam kajian ini diuji melalui kajian rintis kepada 30 orang guru
Bahasa Melayu sekolah rendah di sekitar Alor Setar, Kedah. Hasil analisis data kajian rintis
mendapati bahawa nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi soal selidik ialah 0.863 yang
bermaksud kebolehpercayaan yang sangat tinggi. Berdasarkan Pallant (2010), nilai pekali
Alpha Cronbach yang lebih tinggi daripada 0.7 menunjukkan instrumen memiliki
kebolehpercayaan yang boleh diterima. Dalam kajian ini, soal selidik dijawab oleh 95 orang
guru bahasa Melayu daripada 125 populasi guru bahasa Melayu di lapan buah sekolah rendah
di sekitar zon Bangsar/Pudu. Akhirnya, data soal selidik dianalisis secara deskriptif iaitu
melihat kepada skor min dan sisihan piawai.
Pengkaji telah menggunakan interpretasi skor min yang telah diadaptasi daripada
Azman Jais (2018) sebagaimana yang dikemukakan dalam Jadual 1.
Jadual 1
Pemeringkatan Skala Skor Min diadaptasi daripada Azman Jais (2018)
Skor Min Interpretasi Skor Min
1.00 -2.33 Rendah (kurang setuju/ kurang membantu/ kurang mahir/
kurang memenuhi/ tidak pasti/ kadang-kadang/ tiada/
sebahagian kecil)
2.34-3.66 Sederhana (setuju/ membantu/ mahir/ memenuhi/ separuh)
3.66-5.00 Tinggi (sangat setuju/ sangat membantu/ sangat mahir/
sangat memenuhi/ sangat selalu/ semua/ sebahagian
besar)
Sumber Azman Jais (2018)

1507
Dalam kajian ini, persepsi, tahap kemahiran guru dan kekangan dikategorikan kepada
tiga tahap iaitu skor min 1.00 hingga 2.33 menunjukkan tahap yang rendah, skor min 2.34
hingga 3.66 menunjukkan tahap sederhana. Skor min 3.66–5.00 pula menunjukkan tahap
persepsi, kemahiran dan kekangan yang tinggi.
Di samping itu, data yang dikumpul turut disimpulkan melalui bacaan sisihan piawai
untuk mengukur keserakan pemboleh ubah kajian. Untuk analisis sisihan piawai bagi data
yang diperoleh, pengkaji akan menggunakan interpretasi nilai sisihan piawai berdasarkan
sumber Irwan et al. (2016) sebagai panduan.

Jadual 2
Interpretasi nilai sisihan piawai berdasarkan Irwan et al. (2016)
Nilai sisihan piawai Interpretasi nilai sisihan piawai Konsensus responden
0.00 hingga 0.25 Sangat rendah Sangat tinggi
0.26 hingga 0.50 Rendah Tinggi
0.51 hingga 0.75 Sederhana Sederhana
0.76 hingga 1.00 Tinggi Kurang
>1.01 Sangat tinggi Sangat kurang
Sumber Irwan et al. (2016)
Menurut Lim Chong Hin (2007), data berdekatan antara satu sama lain jika nilai sisihan
piawai adalah rendah, manakala data berjauhan antara satu sama lain jika nilai sisihan piawai
adalah tinggi. Hal ini bermaksud semakin rendah nilai sisihan piawai, semakin dekat taburan
data dengan skor min dan lebih homogen set data itu. Sebaliknya, semakin tinggi nilai sisihan
piawai, semakin jauh taburan data daripada skor min dan lebih heterogen set data itu.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini menjawab kepada tiga soalan kajian iaitu berkaitan persepsi guru, tahap
kemahiran guru dan kekangan yang dihadapi dalam penggubaan bahan bantu visual.

Jadual 3
Analisis item B1 hingga B10 persepsi guru terhadap penggunaan bahan visual
Bil Sisihan Tahap
Item Min (µ) Piawai (SP)
B1 Penggunaan bahan bantu visual dapat Tinggi
4.68 .467
meningkatkan kefahaman murid.
B2 Penggunaan bahan bantu visual dapat menarik Tinggi
4.64 .563
minat murid
B3 Penggunaan bahan bantu visual dapat Tinggi
4.63 .546
meningkatkan penglibatan murid
B4 Penggunaan bahan bantu visual dapat memupuk Tinggi
4.64 .524
perasaan ingin tahu murid

1508
B5 Penggunaan bahan bantu visual dapat merangsang Tinggi
4.71 .453
minda murid
B6 Penggunaan bahan bantu visual sesuai untuk aktiviti Tinggi
4.66 .475
pemulihan.
B7 Penggunaan bahan bantu visual memudahkan guru Tinggi
4.61 .588
untuk menyampaikan isi pelajaran.
B8 Penggunaan bahan bantu visual mampu Tinggi
mewujudkan suasana pembelajaran yang 4.68 .489
menyeronokkan.
B9 Pengajaran yang disampaikan melalui bahan bantu Tinggi
4.69 .485
visual lebih jelas dan lancar
B10 Penggunaan bahan bantu visual lebih menjimatkan Tinggi
4.52 .633
masa
Skor min keseluruhan Tinggi
4.22 .655

Dapatan berdasarkan Jadual 3 menunjukkan min keseluruhan bagi persepsi guru


terhadap penggunaan bahan visual berada pada tahap tinggi, iaitu (µ= 4.22) yang
menunjukkan responden mempunyai persepsi yang sangat baik terhadap penggunaan bahan
visual. Nilai sisihan piawai pula berada pada tahap sederhana, iaitu (SP=.655). Nilai sisihan
piawai menunjukkan tahap bahawa set data dalam kajian ini adalah agak terserak.
Berdasarkan Jadual 3 tersebut, min semua item berada pada tahap tinggi. Item B5 mempunyai
nilai min tertinggi, iaitu (µ= 4.71) yang menunjukkan responden sangat bersetuju bahawa
penggunaan bahan bantu visual dapat merangsang minda murid, manakala item B10
mempunyai nilai min terendah, iaitu (µ= 4.52).

Jadual 4
Analisis item C1 hingga C10 tahap kemahiran guru terhadap penggunaan bahan visual
Bil Sisihan Tahap
Item Min (µ) piawai (sp)
C1 Saya mahir memilih bahan bantu visual yang Tinggi
4.45 .614
sesuai dengan objektif pelajaran.
C2 Saya mahir menyesuaikan bahan bantu visual Tinggi
4.46 .665
dengan isi pelajaran bahasa Melayu.
C3 Saya mahir mencipta bahan bantu visual yang Tinggi
4.20 .708
baharu untuk mencapai objektif pengajaran.
C4 Saya mahir menggunakan bahan bantu visual Tinggi
4.41 .555
sebagai bahan bantu mengajar
C5 Saya mahir mempelbagaikan jenis bahan bantu Tinggi
4.17 .729
visual setiap kali sesi pengajaran.
C6 Saya mahir mengendalikan bahan bantu visual Tinggi
4.44 .631
dengan cekap.
C7 Saya mahir mengawal tingkah laku murid semasa Tinggi
4.50 .599
menggunakan bahan bantu visual.
C8 Saya mahir memberi arahan kepada murid semasa Tinggi
4.56 .577
menggunakan bahan bantu visual.
C9 Saya mahir mengendalikan kelas menggunakan Tinggi
4.56 .577
bahan bantu visual sewaktu PdP
1509
C10 Saya mahir menggunakan masa yang Tinggi
diperuntukkan untuk menggunakan bahan bantu 4.56 .577
visual dalam PdP bahasa Melayu.
Skor min keseluruhan Tinggi
4.43 .478

Dapatan berdasarkan Jadual 4 menunjukkan min keseluruhan bagi tahap kemahiran


guru terhadap penggunaan bahan visual berada pada tahap tinggi, iaitu (µ= 4.43) yang
menunjukkan responden mempunyai kemahiran tinggi terhadap penggunaan bahan visual.
Nilai sisihan piawai pula berada pada tahap rendah, iaitu (SP=0.478) yang menunjukkan
bahawa set data sedikit terserak, namun masih menghampiri ukuran pusat. Berdasarkan
Jadual 4 tersebut, semua item berada pada tahap tinggi. Item C8, C9 dan C10 mempunyai
nilai min tertinggi, iaitu (µ= 4.56), yang menunjukkan bahawa kemahiran responden terhadap
penggunaan bahan bantu visual berada pada tahap yang tinggi dan baik, manakala item C5
mempunyai nilai min terendah, iaitu (µ= 4.17) yang berkaitan dengan kemahiran
mempelbagaikan jenis bahan bantu visual setiap kali sesi pengajaran

Jadual 5
Analisis item D1 hingga D10 kekangan yang dihadapi oleh guru dalam penggunaan bahan
visual
Bil Sisihan Tahap
Item Min (µ) piawai (sp)
D1 Penggunaan bahan bantu visual berpotensi Tinggi
mengelirukan murid jika digunakan secara melulu 4.24 .883
dan tidak teratur
D2 Bahan bantu visual yang sesuai dengan isi Tinggi
3.88 .955
pelajaran bahasa Melayu sangat terhad.
D3 Kekurangan masa untuk membina atau Tinggi
4.50 .616
menghasilkan bahan bantu visual
D4 Silibus pengajaran banyak dan tekanan pihak Tinggi
4.49 .712
pentadbir untuk menghabiskan silibus.
D5 Kurang kreativiti untuk menghasilkan bahan Tinggi
4.14 .811
bantu visual menarik
D6 Pilihan dan variasi penggunaan bahan bantu Tinggi
4.05 .829
visual adalah terhad
D7 Kos penyediaan bahan bantu visual adalah tinggi 4.23 .804 Tinggi
D8 Kurang pengalaman dan kepakaran untuk Tinggi
3.95 .898
menggunakan bahan bantu visual
D9 Beban kerja berlebihan menyebabkan guru tidak Tinggi
4.48 .783
dapat menyediakan bahan bantu visual
D10 Saiz kelas yang terlalu besar untuk Tinggi
4.28 .694
menggunakan bahan bantu visual
Skor min keseluruhan 4.22 .569 Tinggi

1510
Dapatan berdasarkan Jadual 5 menunjukkan min keseluruhan bagi kekangan yang
dihadapi oleh guru dalam penggunaan bahan visual berada pada tahap tinggi, iaitu (µ= 4.22)
yang menunjukkan terdapat kekangan yang dihadapi responden dalam penggunaan bahan
visual. Manakala, nilai sisihan piawai ialah (SP=0.569). Nilai sisihan piawai pula berada pada
tahap sederhana yang menunjukkan bahawa set data agak terserak, namun masih
menghampiri ukuran pusat. Semua item berada pada tahap tinggi. Item D3 mempunyai nilai
min tertinggi, iaitu (µ= 4.50) yang menunjukkan responden menghadapi kekangan masa untuk
membina atau menghasilkan bahan bantu visual, manakala item D8 mempunyai nilai min
terendah, iaitu (µ= 3.88).
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru bahasa Melayu di lapan buah
sekolah rendah di Zon Bangsar/ Pudu mempunyai persepsi yang sangat baik terhadap
penggunaan bahan bantu visual. Kajian ini juga mendapati guru-guru tersebut mempunyai
kemahiran mengaplikasikan permainan bahasa pada tahap tinggi dan menghadapi beberapa
kekangan dalam menggunakan bahan visual dalam PdP. Dalam kajian ini, masalah ini turut
dibincangkan dan menjadi cadangan pengkaji dalam usaha meningkatkan tahap kemahiran
guru dalam penggunaan bahan bantu visual.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru bahasa Melayu sekolah rendah zon Bangsar/
Pudu mempunyai persepsi yang baik terhadap penggunaan bahan bantu visual dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Dapatan kajian ini disokong oleh beberapa
kajian lain yang turut menyatakan hal yang sama.
Antaranya, kajian Ghulam et al. (2015) yang menunjukkan bahawa majoriti guru
mempunyai persepsi positif terhadap penggunaan alat bantuan visual seperti gambar dan
projektor sebagai alat motivasi dalam meningkatkan perhatian murid dalam membaca teks
sastera. Malah, kajian ini juga turut disokong oleh dapatan Mohd Suhaimi Omar, Noor Shah
Saad & Mohd. Uzi Dollah (2017) dimana dapatan kajian menunjukkan persepsi guru terhadap
penggunaan bahan bantu mengajar juga adalah positif.
Dapatan kajian ini juga disokong oleh kajian Jayalatchumy (2006) berkenaan
penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi maklumat dalam kalangan guru
sejarah di daerah Segamat, Johor. Teknologi maklumat merupakan salah satu daripada bahan
visual. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru-guru mempunyai persepsi yang positif terhadap
kepentingan bahan bantu mengajar. Malah, dapatan kajian Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong &
Seah Ai Kuan (2001) juga menyokong dapatan kajian ini, dimana hasil dapatan kajian

1511
menunjukkan persepsi responden amat positif tentang peranan bahan bantu mengajar dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Seterusnya, dapatan kajian ini menunjukkan guru-guru bahasa Melayu sekolah rendah
di zon Bangsar/ Pudu mempunyai tahap kemahiran yang tinggi terhadap penggunaan bahan
bantu visual. Dapatan kajian ini disokong oleh beberapa kajian lain yang turut menyatakan hal
yang sama. Dapatan kajian ini hampir sama dengan kajian yang dijalankan oleh Noor Azlan
Ahmad Zanzali & Nurdalina Daud (2010) dimana data kajian menunjukkan bahawa
penggunaan bahan bantu mengajar di kalangan guru berada pada tahap tinggi dimana
responden mahir menggunakan bahan bantu mengajar. Seterusnya, hasil kajian ini
bertentangan dengan dapatan kajian Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman & Humaizah
Hashim (2012) tentang kemahiran penggunaan kartun dalam pengajaran penulisan karangan.
Hasil dapatan data daripada kajian ini menunjukkan kemahiran penggunaan kartun sebagai
bahan bantu visual dalam pengajaran penulisan karangan berada pada tahap sederhana.
Dapatan kajian ini menunjukkan guru-guru bahasa Melayu sekolah rendah di zon
Bangsar/ Pudu menghadapi kekangan pada tahap yang tinggi dalam penggunaan bahan
bantu visual. Dapatan kajian ini disokong oleh beberapa kajian lain yang turut menyatakan hal
yang sama. Mohd Suhaimi Omar, Noor Shah Saad & Mohd. Uzi Dollah (2017), dalam
kajiannya membuktikan bahawa terdapat beberapa kekangan dan cabaran dalam
penggunaan bahan bantu mengajar dikalangan guru Matematik sekolah rendah di daerah
Batang Padang. Hasil kajian membuktikan bahawa akan sentiasa terdapat kekangan dalam
apa jua yang dipraktikkan oleh guru dan keadaan ini juga terjadi dalam penggunaan bahan
bantu mengajar seperti bahan visual. Kekangan yang selalu dihadapi oleh responden adalah
kekangan masa, disamping kekangan lain seperti silibus pengajaran yang terlalu banyak dan
tekanan dari pihak pentadbir untuk menghabiskan silibus.
Berdasarkan dapatan kajian ini bagi responden menghadapi kekangan masa untuk
membina atau menghasilkan bahan bantu visual. Dapatan kajian ini disokong oleh kajian
Mohd Faeez Ilias, Muhamad Faiz Ismail, Kamarul Azmi Jasmi (2016), dimana hasil dapatan
kajian daripada temu bual dengan responden menunjukkan bahawa kekangan masa
merupakan halangan utama bagi guru untuk menggunakan bahan bantu mengajar. Perkara
ini juga disokong oleh kajian-kajian lepas yang menyatakan bahawa kekangan masa
merupakan halangan dalam penggunaan bahan bantu mengajar (Mohd Izham dan Noraini
Attan, 2007). Kebanyakkan responden memberi respon bahawa kekangan masa merupakan
perkara utama yang mereka sering hadapi, disamping cabaran-cabaran lain seperti silibus
pengajaran yang terlalu banyak dan tekanan dari pihak pentadbir untuk menghabiskan silibus.
Implikasinya, kajian ini berupaya membolehkan guru-guru bahasa Melayu membuat
refleksi terhadap tahap kemahiran dan pengetahuan menggunakan bahan bantu visual dalam
pengajaran dan pembelajaran. Walaupun banyak kajian penggunaan bahan bantu visual

1512
dilaksanakan, namun masih kurang kajian mengenai penggunaan bahan bantu visual
dijalankan yang berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu, maka
kajian ini telah mengisi kelompang tersebut. Kajian ini telah memberi implikasi dari aspek
praktikal. Pengkaji memilih guru bahasa Melayu sebagai sampel bagi melihat sendiri
penggunaan bahan bantu visual ini dilaksanakan dengan lebih mendalam. Oleh itu, dapatan
kajian ini sangat penting untuk menjadi rujukan kepada guru-guru bahasa Melayu sekolah
rendah. Menurut Kleickmann et al. (2013), pengetahuan guru mengenai isi kandungan,
pedagogi dan bahan pengajaran sangat mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Kajian ini bukan sahaja dapat mendedahkan guru Bahasa
Melayu sekolah rendah tentang kemahiran dan pengetahuan tentang penggunaan bahan
bantu visual dalam pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu, malah dapat
mendedahkan tentang kekangan yang dihadapi dalam penggunaan bahan visual supaya guru
lebih bersedia dan menambahbaik masalah yang dihadapi bagi menghasilkan proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kajian ini juga boleh memberi implikasi dari
aspek teori. Kajian tinjauan berkaitan penggunaan bahan bantu visual dalam pengajaran dan
pembelajaran guru bahasa Melayu yang menggabungkan teori dan model masih kurang
dilaksanakan di negara ini. Oleh itu, kajian ini dapat mengisi kelompangan tersebut kerana
kajian ini telah menggabungkan Teori Edgar Dale (1942) dan Model Pembelajaran VAK
(visual, auditori, kinestetik) untuk mengenal pasti penggunaan bahan bantu visual dalam
pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu.
Kajian ini turut memberi cadangan kepada beberapa pihak yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung dalam organisasi pendidikan. Pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) boleh merancang serta bertindak dengan mengadakan program
yang sesuai dan efesien bagi memastikan kemahiran dan pengetahuan terhadap penggunaan
bahan visual terus ditingkatkan seterusnya diaplikasikan secara berterusan di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran terutamanya matapelajaran Bahasa Melayu. Antara aktiviti atau
tindakan yang boleh dilaksanakan adalah kursus, seminar, latihan dalam perkhimatan dan
menyediakan modul khas tentang penggunaan bahan visual supaya memudahkan serta
menjadi panduan guru. Malah, pihak sekolah perlulah menyediakan inisiatif bahan bantu visual
yang sesuai kepada guru-guru. Kos yang diambil untuk menghasilkan bahan yang sesuai
untuk aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu disediakan oleh pihak sekolah melalui
peruntukan yang disediakan untuk setiap panitia. Perkara ini dapat mengurangkan beban
guru, malah dapat menjadi pendorong untuk meningkatkan sikap positif guru terhadap
penggunaan bahan bantu mengajar terutamanya bahan visual dalam pengajaran dan
pembelajaran. Bahan bantu mengajar seperti bahan visual dianggap sebagai sebahagian
daripada proses pengajaran dan pembelajaran kerana mampu mempercepatkan proses
pemahaman pelajar, terutamanya terhadap konsep pembelajaran yang sukar (Shaharom

1513
Noordin & Nur Faizah & Zainal Abiden, 2010). Melalui penggunaan bahan bantu mengajar
terutamanya bahan bantu visual yang terancang dan bersesuaian secara tidak langsung dapat
meningkatkan kecekapan, kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah.
Sebagai cadangan kajian lanjutan, kajian ini boleh dikembangkan kepada lokasi yang
lebih luas dan bukan hanya tertumpu kepada satu zon sahaja. Pengkaji yang seterusnya juga
boleh meninjau penggunaan bahan bantu visual dalam kalangan guru yang berada di sekolah
luar bandar atau pedalaman. Hal ini demikian kerana kajian yang telah dilakukan ini hanyalah
dijalankan di lapan buah sekolah rendah di zon Bangsar/ Pudu sahaja di kawasan bandar.
Kajian lanjutan juga dicadangkan untuk melaksanakan penyelidikan tentang penggunaan
bahan bantu visual dalam pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu yang
menggunakan pendekatan multimetodologi untuk menambahkan maklumat yang lebih kukuh
mengenai keputusan kajian. Perkara ini disokong oleh pendapat Creswell (2014) yang
menyatakan bahawa kaedah campuran atau gabungan dapat memberikan pandangan yang
lebih lengkap. Cadangan yang seterusnya, kajian lanjutan juga dilaksanakan menggunakan
topik yang sama tetapi menggunakan pendekatan yang berbeza seperti pendekatan kualitatif
untuk mendalami dan mengesahkan lagi dapatan kajian sama ada berubah atau kekal.
Kelebihan pendekatan kualitatif sebagai pendekatan yang membolehkan kefahaman
mendalam tentang sesuatu femomena, keadaan atau peristiwa (Tomas Pernecky, 2016). Ini
membolehkan penyelidik memahami secara mendalam berkaitan dengan penggunaan bahan
bantu visual dalam pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu.

RUMUSAN
Kesimpulannya, guru-guru mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan bahan
bantu visual dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Selain itu, hasil kajian juga
membuktikan bahawa tahap kemahiran guru terhadap penggunaan bahan visual berada pada
tahap yang baik. Seterusnya, hasil kajian juga membuktikan bahawa akan terdapat kekangan
dalam penggunaan bahan bantu visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu. Secara keseluruhan, bahan bantu visual penting dalam pengajaran dan pembelajaran
pada masa kini dan masa hadapan. Situasi kini meletakkan para pendidik supaya bersikap
proaktif dan responsif terhadap sebarang perkembangan penddikan dari semasa ke semasa.
Semoga hasil dapatan kajian ini dapat menjadi garis panduan bagi pihak-pihak tertentu untuk
meningkatkan pencapaian akademik murid-murid.

RUJUKAN

A. H. Dawi. (2002). Penteorian sosiologi dan pendidikan. Quantum Books.

1514
Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman & Humaizah Hashim. (2012). Persepsi guru
terhadap penggunaan kartun dalam transformasi pengajaran penulisan karangan
bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu (MyLEJ), 2(1), 48-56.

Alizah Lambri & Zamri Mahamod. (2015). Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
berpusatkan pelajar di institusi pengajian tinggi: pelaksanaan dan penerimaan pelajar.
Jurnal Personalia Pelajar. 18(1). 1 – 9.

Azman Jais. (2018). Penerimaan dan penggunaan inovasi persekitaran pembelajaran maya
(VLE) dalam kalangan guru. (Tesis Doktor Falsafah tidak diterbitkan). Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Che Mohd Noor, C. M. S. Z & Ahmad, A. R. (2015). Kreativiti guru dalam meningkatkan
kefahaman dan penghayatan sejarah. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Chua Yan Piaw. (2012). Kaedah dan statistik penyelidikan buku 2 asas statistik penyelidikan.
Mc Graw Hill.

Creswell, J. W. (2014). Research design: qualitative, quantitative, and mixed methods


approaches. Research design qualitative quantitative and mixed methods approaches
(fourth). SAGE Publications, Inc.

Ghulam Shabiralyani, Khuram Shahzad Hasan, Naqvi Hamad & Nadeem Iqbal. (2015). Impact
of visual aids in enhancing the learning process case research: district dera ghazi khan.
Journal of Education and Practice. 6 (19). 2222-1735.

Hedge, T. (2003). Teaching and learning in the language classroom. Oxford University.

Irwan, Wan Mohd Fazrul, Walid, Nisar, Amir Shaharuddin, Mohd Aizuddin & Bilal Jaliani.
(2016). Kefahaman Fiqh di pusat pemindahan mangsa banjir: Kajian perintis di daerah
Temerloh dan Maran, Pahang. Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa, 82, 44-53.

J. Pallant. (2010). SPSS survival manual a step by step guide to data analysis using SPSS for
windows ,4rd edition. New South Wales.

Jayalatchumy Subramaniam. (2006). Penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan


teknologi maklumat di kalangan guru Sejarah. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez, Ab. Halim Tamuri & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2011).
Amalan penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru cemerlang
pendidikan islam sekolah menengah di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic
Education. 3(1): 59-74.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Falsafah pendidikan kebangsaan, matlamat dan


misi, pusat pembangunan kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan pelajaran kurikulum bersepadu sekolah


rendah bahasa Melayu 2003. Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan negara 2013-2020.


Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kleickmann, T., Richter, D., Kunter, M., Elsner, J. & Besser, M. (2013). Teachers’ content
knowledge and pedagogical content knowledge: The role of structural differences in
teacher education. Journal of Teacher Education, 64 (1), 90-106.

1515
Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong & Seah Ai Kuan. (2001). Satu kajian mengenai penggunaan
bahan bantu mengajar dalam pengajaran pembelajaran Matematik di sekolah rendah.
Jabatan Matematik, Maktab Perguruan Batu Lintang.

Lim Chong Hin. (2007). Penyelidikan Pendidikan: Pendekatan kuantitatif dan kualitatif.
McGraw-Hill.

Marzuki, S.C. (2005). Amalan guru yang berkesan: kajian di beberapa sekolah menengah di
Malaysia. Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya.

Md Yusoff Daud, Mazalah Ahmad & Maimun Aqsha Lubis. (2006). Penggunaan internet dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Mohd Izham & Noraini Attan. (2007). Tahap kesediaan guru sains dalam penggunaan
teknologi maklumat berasaskan komputer dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Jurnal Teknologi, 45-60.

Mohd Majid, K. (1998). Kaedah penyelidikan pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nadzrah Abu Bakar, Norsimah Mat Awal & Nor Hashimah Jalaludin. (2011). Writing proficiency
of upper secondary school students. GEMA Online™ Journal of Language Studies,
11(2).

Noor Azlan Ahmad Zanzali & Nurdalina Daud. (2010). Penggunaan bahan bantu mengajar di
kalangan guru pelatih utm yang mengajar matapelajaran Matematik. pp. 1-6.
(Unpublished).

Nor Azura Mohd Zaki. (2008). Menerangkah konsep istilah penging dalam mata pelajaran
pengajian perniagaan tingkatan 6 dengan motivasi “my aura map.” Jurnal Penyelidikan
Pejabat Pelajaran Kota Kinabalu Sabah Tahun 2008, 89-98.

Shaharom Noordin & Nur Faizah & Zainal Abiden. (2010). Tahap penggunaan bahan bantu
mengajar dalam kalangan bakal guru fizik semasa latihan mengajar. Tahap
penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan bakal guru fizik semasa latihan
mengajar. pp. 1-8. (Unpublished).

Shukri Zain. (2007). Pengantar pemikiran. Quantum Books.

Suhaimi Omar, Noor Shah Saad & Mohd. Uzi Dollah. (2017). Penggunaan bahan bantu
mengajar guru Matematik sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik
Malaysia, (7), 1.

Tomas Pernecky. (2016). Epistemology and metaphysics for qualitative research. SAGE
Publications Ltd.

Tomlinson, B. & Masuhara, H. (2004). Developing language course materials. SEAMEO


Regional Language Centre.

1516
PENGAPLIKASIAN ELEMEN PENDEKATAN KOPERATIF DALAM PEMBELAJARAN
KEMAHIRAN MENULIS BAHASA MELAYU

Nur Marzawani binti Jafri


marzawani09-942@epembelajaran.edu.my

Rose Dzidan bin Mohd Dardan


dzidan65@yahoo.com

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap pengaplikasian elemen pendekatan koperatif dalam
pembelajaran kemahiran menulis karangan murid tahun lima di sebuah sekolah kebangsaan. Antara
masalah pembelajaran kemahiran menulis ialah guru sering menggunakan kaedah konvensional, iaitu
guru memberikan isi dan idea-idea semasa menulis karangan (Nurul Aisyah et al., 2016). Langkah yang
boleh diambil oleh guru ialah dengan mengaplikasikan Pembelajaran Abad ke-21 seperti kaedah
pembelajaran koperatif. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian tinjauan. Sampel bagi kajian
terdiri daripada 78 orang murid tahun lima di sebuah sekolah kebangsaan. Instrumen yang digunakan
ialah satu set soalan soal selidik. Data dianalisis menggunakan perisian IBM Statistical Package for the
Social Sciences (SPSS) versi 22 untuk mendapatkan min, sisihan piawai dan varian. Nilai
kebolehpercayaan Alpha Cronbach (kajian rintis) bagi keseluruhan soal selidik ialah 0.937. Dapatan
menunjukkan min keseluruhan bagi elemen pergantungan positif ialah 4.256, elemen
kebertanggungjawaban individu ialah 4.269, elemen interaksi bersemuka ialah 4.282, elemen kumpulan
sosial ialah 4.133 dan elemen pemprosesan kumpulan ialah 4.297. Justeru, setiap elemen ini
menunjukkan tahap pengaplikasian yang tinggi dalam kajian ini. Beberapa implikasi yang meliputi
pengetahuan, praktikal, dan empirikal juga dinyatakan. Dapatan juga memberikan panduan kepada
guru, murid, sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menambah baik pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan pembelajaran koperatif semasa mengajarkan
kemahiran menulis bahasa Melayu. Kajian ini turut mencadangkan kajian lanjutan kepada pengkaji pada
masa akan datang.
Kata kunci: elemen pendekatan koperatif, pembelajaran koperatif, kemahiran menulis, pengajaran dan
pembelajaran, murid.

ABSTRACT
This study was conducted to identify the level of application elements in cooperative learning during the
learning of essay writing skills among five year student in a national school. Among the problems of
learning writing skills is that teachers often use conventional methods, that is, teachers provide content
and ideas while writing essays (Nurul Aisyah et al., 2016). The steps teacher can take is to apply 21st
Century Learning method such as cooperative learning method. The research design used is a survey
study. The sample for the study consists of 78 students of year five at a national school. The instrument
used is a set of questionnaire questions. The data were analyzed using the Statistical Package for the
Social Sciences (SPSS) 22 version software to obtain mean, standard deviation and variance. Alpha
Cronbach’s reliability value (pilot study) for the entire questionnaire was 0.937. The result show the
overall mean of positive dependence element is 4.256, individual accountability element is 4.269, face-
to-face interaction element is 4.282, interpersonal and small – group skills element is 4.133, and group
processing element is 4.297. Hence, each of these elements shows a high level of application in this
study. Some implications that include knowledge, practical and empirical also are stated. The findings
also provide guidance to teachers, students, schools, and the Ministry of Education to improve teaching
and learning using cooperative learning while teaching Malay language for writing skills. This study also
suggested that further research proposals for future researchers.
Key words: elements of cooperative learning, cooperative learning, writing skills, teaching and learning,
students

1517
PENGENALAN
Dalam mendepani abad ke-21 pada masa kini, dunia sedang menghadapi era modeninasi
yang kian memuncak terutamanya negara Malaysia. Pendidikan di Malaysia mengalami
perubahan yang sangat pesat. Antara langkah yang dilaksanakan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM, 2013) untuk membangunkan dunia pendidikan di negara ini
adalah dengan memperkenalkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2025. Terdapat sebelas anjakan untuk transformasi sistem keseluruhannya dalam pelan
pembangunan ini yang akan dilaksanakan secara berperingat bermula dari tahun 2013 hingga
tahun 2025. Perubahan yang dilakukan oleh KPM adalah bertujuan untuk memantapkan
sistem pendidikan di Malaysia. Antara anjakan kedua yang terdapat dalam PPPM 2013-2025
ialah memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam Bahasa Malaysia (Yusmarwati et
al., 2017).
Proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid pada zaman sekarang
adalah lebih praktikal berbanding pengajaran berpusatkan guru semata-mata (Faridah et al.,
2013). Hal ini dikatakan demikian kerana murid digalakkan untuk bergiat secara aktif dan
mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Guru
seharusnya mengelakkan penggunaan kaedah ‘chalk and talk’ dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mereka (Juriah, 2010). Guru boleh menjalankan proses pengajaran dengan
melaksanakan beberapa kaedah pembelajaran yang sesuai dan menyeronokkan kepada
murid. Antara kaedah pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru ialah kaedah
pembelajaran koperatif. Kaedah ini mempunyai banyak kelebihan kepada murid kerana
mereka berpeluang untuk memberikan idea, berbincang dan berinteraksi antara satu sama
lain.
Bhavani dan Zamri (2017) menyatakan kaedah pendekatan koperatif merupakan
kaedah yang menggalakkan murid berkongsi segala masalah, menyelesaikan bersama dan
mengucapkan kejayaan secara bersama. Melalui kaedah ini, murid dapat diterapkan dengan
nilai pembelajaran kendiri kerana mereka mampu bertanggungjawab ke atas pembelajaran
mereka sendiri di samping dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan lebih menyeronokkan. Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, antara
kemahiran yang diajarkan kepada murid ialah kemahiran menulis. Kemahiran ini merupakan
kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap murid untuk membolehkan mereka membina ayat
dan membuat karangan dengan betul. Dengan menggunakan kaedah pembelajaran ini, murid
akan saling bekerjasama antara satu sama lain kerana pendekatan koperatif merupakan
kaedah yang memerlukan murid belajar dalam kumpulan.

1518
PERNYATAAN MASALAH
Pada peringkat sekolah rendah, kemahiran menulis merupakan kemahiran berbahasa yang
sukar dikuasai oleh murid. Hal ini akan memberikan kesan yang negatif apabila mereka berada
pada peringkat yang lebih tinggi terutamanya ketika membuat ayat yang gramatis.
Pemerhatian yang dijalankan oleh Nurul Aisyah et al. (2016) mendapati murid sukar menulis
perenggan isi dan perenggan pendahuluan dalam menulis karangan. Hal ini akan
menyebabkan penulisan karangan mereka hanya berkisar kepada satu perenggan dan satu
idea sahaja. Hal ini berlaku disebabkan guru masih lagi mengajar menggunakan kaedah
konvensional seperti memberikan jawapan kepada murid. Contohnya, guru lebih banyak
memberikan isi karangan yang perlu ditulis dan memberikan idea-idea dengan menyediakan
rangka karangan kepada murid seterusnya murid menyalin semula karangan tersebut.
Selain itu, guru hanya bertindak sebagai pemberi maklumat. Kajian Che Zanariah dan
Fadzilah (2011) menyatakan bahawa guru kurang yakin terhadap kebolehan murid untuk
mencari dan memperoleh isi karangan menggunakan pengetahuan sendiri. Sikap guru yang
sedemikian menyebabkan kebanyakan isi karangan disediakan oleh guru. Oleh itu, murid
kurang inisiatif untuk mencari jawapan dan maklumat kerana semuanya telah diberikan oleh
guru. Apabila murid sudah terbiasa dengan pengajaran guru yang berfungsi sebagai pemberi
maklumat, murid tersebut akan sentiasa bergantung dengan guru dalam kebanyakan proses
pembelajaran di dalam bilik darjah. Akibatnya, murid tidak didedahkan dengan aktiviti berfikir
yang sepatutnya dilalui semasa proses penulisan karangan (Aziz & Zaitun, 2010).
Bukan itu sahaja, suasana di dalam kelas adalah lebih berorintasikan peperiksaan,
iaitu memberi penekanan kepada pencapaian akademik semata-mata (Azizi & Intan Sapinas,
2010). Kaedah pengajaran yang digunakan di dalam kelas telah menjadi satu faktor yang
membuatkan murid menjadi pasif dan kurang berinteraksi sesama rakan dalam melakukan
tugasan. Di kebanyakan sekolah, pendekatan koperatif telah lama diperkenalkan, namun
murid yang terlibat dalam pendekatan koperatif tidak menyerlah berbanding kaedah
pembelajaran yang lain. Hal ini adalah kerana mereka masih lagi mengamalkan pembelajaran
berpusatkan guru. Kaedah lain perlu dilakukan dalam pembelajaran bagi meningkatkan tahap
penglibatan murid dan perlu mengubah persepsi murid terhadap pendekatan koperatif.
Penggunaan kaedah pemusatan guru dalam pembelajaran murid perlu dikurangkan supaya
murid menjadi fokus utama (Zamri, 2014).

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif bagi kajian ini ialah:
Untuk mengenal pasti tahap pengaplikasian elemen pendekatan koperatif dalam
pembelajaran kemahiran menulis karangan murid.

1519
i. Untuk mengenal pasti tahap pengaplikasian elemen pergantungan yang positif dalam
pembelajaran kemahiran menulis karangan murid.
ii. Untuk mengenal pasti tahap pengaplikasian elemen kebertanggungjawaban individu
dalam pembelajaran kemahiran menulis karangan murid.
iii. Untuk mengenal pasti tahap pengaplikasian eleman interaksi secara bersemuka dalam
pembelajaran kemahiran menulis karangan murid.
iv. Untuk mengenal pasti tahap pengaplikasian elemen kemahiran sosial dalam
pembelajaran kemahiran menulis karangan murid.
v. Untuk mengenal pasti tahap pengaplikasian elemen pemprosesan kumpulan dalam
pembelajaran kemahiran menulis karangan murid.

SOALAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan kajian berkaitan elemen
pendekatan koperatif dalam pembelajaran kemahiran menulis karangan murid dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu seperti yang disenaraikan di bawah:
Apakah tahap pengaplikasian elemen pendekatan koperatif dalam pembelajaran kemahiran
menulis karangan murid?
i. Apakah tahap pengaplikasian elemen pergantungan yang positif dalam pembelajaran
kemahiran menulis karangan murid?
ii. Apakah tahap pengaplikasian elemen kebertanggungjawaban individu dalam
pembelajaran kemahiran menulis karangan murid?
iii. Apakah tahap pengaplikasian eleman interaksi secara bersemuka dalam pembelajaran
kemahiran menulis karangan murid?
iv. Apakah tahap pengaplikasian elemen kemahiran sosial dalam pembelajaran
kemahiran menulis karangan murid?
v. Apakah tahap pengaplikasian elemen pemprosesan kumpulan dalam pembelajaran
kemahiran menulis karangan murid?

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kajian tinjuan. Syed
Ismail et al. (2018) menyatakan reka bentuk sesuatu kajian atau penyelidikan adalah teknik
atau kaedah yang digunakan untuk memperoleh maklumat yang diperlukan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Kaedah ini digunakan kerana dapat menerangkan keadaan
semasa seperti situasi yang berlaku di sekolah sebagai subjek kajian, mengumpul dan
mengambil data dalam suatu tempoh masa tertentu serta dapat memberikan penjelasan yang
tepat dan menyeluruh tentang sesuatu persoalan kajian yang dikaji (Intan Sapinas, 2008).
Oleh itu, kajian yang bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengaplikasian elemen

1520
pendekatan koperatif dalam pembelajaran kemahiran menulis karangan murid telah
menggunakan instrumen soal selidik.
Dalam kajian ini, tahap pengaplikasian elemen pendekatan koperatif dalam
pembelajaran kemahiran menulis karangan murid telah ditinjau menggunakan borang soal
selidik. Soal selidik digunakan sebagai instrumen untuk mengumpulkan maklumat dalam
kajian ini. Saifulnizam dan Faridah (2017) menyatakan instrumen soal selidik lebih praktikal
dan berkesan untuk digunakan dalam populasi yang besar serta lebih sesuai digunakan bagi
mengukur faktor-faktor yang terbatas skopnya.
Soal selidik yang digunakan telah dibina sendiri dengan merujuk soal selidik pengkaji
lepas. Surat permohonan telah dihantar kepada pengkaji lepas bagi memohon kebenaran
penggunaan instrumen borang soal selidik yang dibina. Soal selidik yang digunakan dalam
kajian ini mengandungi 25 item. Bahagian A ialah demografi responden bagi mendapaatkan
maklumat responden seperti jantina, kaum dan agama. Manakala, Bahagian B mengandungi
25 item soalan tentang elemen pendekatan koperatif seperti elemen pergantungan yang
positif, elemen kebertanggungjawaban individu, elemen interaksi secara bersemuka, elemen
kemahiran sosial dan elemen pemprosesan kumpulan. Borang ini merupakan borang berskala
likert 1 – 5 yang meminta murid memberikan respons sama ada Sangat Tidak Setuju (STS),
Tidak Setuju (TS), Kurang Setuju (KS), Setuju (S), dan Sangat Setuju (SS) bagi item-item yang
disenaraikan.
Instrumen soal selidik ini diuji melalui kajian rintis kepada 30 orang responden. Hasil
analisis data kajian rintis mendapati bahawa nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi soal
selidik ialah 0.937 yang bermaksud nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Dalam kajian ini, soal
selidik dijawab oleh 78 orang murid di sebuah sekolah dalam kawasan Langgar, Alor Setar.
Akhirnya, data soal selidik dianalisis secara deskriptif, iaitu melihat kepada skor min, sisihan
piawai dan varian.
Tafsiran skor min telah diadaptasi daripada (Jamil et al., 2014). Selang skala skor min
dikekalkan tetapi tafsiran bagi setiap konstruk diubah suai menggunakan istilah yang lebih
sesuai agar dapat menyampaikan tafsiran tepat dan difahami.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Dapatan kajian ini menjawab soalan kajian, iaitu tahap pengaplikasian elemen pendekatan
koperatif dalam pembelajaran kemahiran menulis karangan murid. Antara elemen yang
dianalisis ialah elemen pergantungan yang positif, elemen kebertanggungjawaban individu,
elemen interaksi secara bersemuka, elemen kemahiran sosial dan elemen pemprosesan
kumpulan.

1521
Jadual 2
Analisis Item Elemen Pergantungan yang Positif dalam Kemahiran Menulis Karangan Murid
Bil. Item Jumlah Min Sisihan Varian Tahap
(µ) Piawai (σ2)
(σ)
B1 Saya bekerjasama dengan ahli 78 4.27 .817 .667 Tinggi
kumpulan semasa aktiviti menulis
karangan.
B2 Rakan dalam kumpulan bekerjasama 78 4.17 .973 .946 Tinggi
dengan baik semasa aktiviti menulis
karangan.
B3 Saya saling membantu rakan dalam 78 4.31 .857 .735 Tinggi
menyiapkan tugasan menulis
karangan.
B4 Ahli kumpulan saya dapat membantu 78 4.28 .881 .777 Tinggi
saya membina karangan.
B5 Saya lebih memahami apabila rakan 78 4.26 .813 .661 Tinggi
saya memberi penerangan dalam
kumpulan.
Skor Min Keseluruhan 4.26 .723 .522 Tinggi

Dapatan berdasarkan jadual 2 menunjukkan skor min tahap pengaplikasian elemen


pergantungan yang positif dalam pembelajaran kemahiran menulis karangan murid secara
keseluruhannya adalah 4.26 yang menunjukkan responden mempunyai tahap pengaplikasian
yang tinggi terhadap elemen pergantungan yang positif semasa pembelajaran kemahiran
menulis karangan. Nilai sisihan piawai (SP) .723 dan nilai varian (V) .522 yang diperolehi telah
menunjukkan bahawa set data dalam kajian ini tertumpu dan mendekati ukuran pusat. Skor
min paling tinggi, iaitu 4.31 bagi item B3 menunjukkan responden bersetuju bahawa
responden saling membantu rakan dalam menyiapkan tugasan menulis karangan. Skor min
paling rendah pula ialah 4.17 bagi item B2, iaitu berkenaan rakan dalam kumpulan responden
bekerjasama dengan baik semasa aktiviti menulis karangan.

1522
Jadual 3
Analisis Item Elemen Kebertanggungjawaban Individu dalam Kemahiran Menulis Karangan
Murid
Bil. Item Jumlah Min Sisihan Varian Tahap
(µ) Piawai (σ2)
(σ)
B6 Saya sentiasa bertanya kepada guru 78 4.41 .844 .713 Tinggi
jika tidak memahami sesuatu isi
karangan.
B7 Saya dapat menyelesaikan tugasan 78 4.13 .888 .789 Tinggi
menulis karangan yang dibahagikan
oleh ketua kumpulan.
B8 Saya dapat menulis perenggan 78 4.37 .839 .704 Tinggi
pendahuluan karangan melalui
aktiviti perbincangan kumpulan.
B9 Saya dapat menulis perenggan isi 78 4.22 .800 .640 Tinggi
karangan melalui aktiviti
perbincangan kumpulan.
B10 Saya dapat menulis perenggan 78 4.22 .921 .848 Tinggi
penutup karangan melalui aktiviti
perbincangan kumpulan.
Skor Min Keseluruhan 4.27 .702 .492 Tinggi

Dapatan berdasarkan jadual 3 menunjukkan skor min tahap pengaplikasian elemen


kebertanggungjawaban individu dalam pembelajaran kemahiran menulis karangan murid
secara keseluruhannya adalah 4.27 yang menunjukkan responden mempunyai tahap
pengaplikasian yang tinggi terhadap elemen kebertanggungjawaban individu semasa
pembelajaran kemahiran menulis karangan. Nilai (SP) .703 dan nilai (V) .522 yang diperolehi
telah menunjukkan bahawa set data dalam kajian ini tertumpu dan mendekati ukuran pusat.
Skor min paling tinggi, iaitu 4.41 bagi item B6 menunjukkan responden bersetuju bahawa
responden sentiasa bertanya kepada guru jika tidak memahami sesuatu isi karangan. Skor
min paling rendah pula ialah 4.13 bagi item B7, iaitu berkenaan responden dapat
menyelesaikan tugasan menulis karangan yang dibahagikan oleh ketua kumpulan.

1523
Jadual 4
Analisis Item Elemen Interaksi Secara Bersemuka dalam Kemahiran Menulis Karangan Murid
Bil. Item Jumlah Min Sisihan Varian Tahap
(µ) Piawai (σ2)
(σ)
B11 Saya selalu berkongsi idea dengan ahli 78 4.22 .832 .692 Tinggi
kumpulan semasa menulis karangan.
B12 Saya meminta rakan supaya 78 4.35 .835 .697 Tinggi
menerangkan isi karangan yang
kurang difahami di dalam kelas.
B13 Saya berjumpa dengan rakan 78 4.26 .844 .713 Tinggi
kumpulan untuk menyelesaikan
tugasan menulis karangan.
B14 Saya sentiasa meminta pendapat 78 4.22 .907 .822 Tinggi
daripada rakan untuk menyelesaikan
tugasan menulis karangan.
B15 Saya dapat mempelajari banyak 78 4.37 .775 .600 Tinggi
perkara melalui sesi perbincangan.
Skor Min Keseluruhan 4.28 .664 .441 Tinggi

Dapatan berdasarkan jadual 4 menunjukkan skor min tahap pengaplikasian elemen


interaksi secara bersemuka dalam pembelajaran kemahiran menulis karangan murid secara
keseluruhannya adalah 4.28 yang menunjukkan responden mempunyai tahap pengaplikasian
yang tinggi terhadap elemen interaksi secara bersemuka semasa pembelajaran kemahiran
menulis karangan. Nilai (SP) .664 dan nilai (V) .441 yang diperolehi telah menunjukkan
bahawa set data dalam kajian ini tertumpu dan mendekati ukuran pusat. Skor min paling tinggi,
iaitu 4.37 bagi item B15 menunjukkan responden bersetuju bahawa responden dapat
mempelajari banyak perkara melalui sesi perbincangan. Skor min paling rendah pula ialah
4.22 bagi item B11 dan B14, iaitu berkenaan responden selalu berkongsi idea dan responden
sentiasa meminta pendapat daripada rakan untuk menulis karangan.

Jadual 5
Analisis Item Elemen Kemahiran Sosial dalam Kemahiran Menulis Karangan Murid
Bil. Item Jumlah Min Sisihan Varian Tahap
(µ) Piawai (σ2)
(σ)

1524
B16 Saya bebas mengeluarkan pendapat 78 4.03 1.128 1.272 Tinggi
semasa perbincangan menulis
karangan.
B17 Saya sentiasa berpeluang untuk 78 4.19 .927 .859 Tinggi
menyuarakan pendapat saya
semasa perbincangan menulis
karangan.
B18 Saya sentiasa berinteraksi dengan 78 4.13 .917 .840 Tinggi
ahli kumpulan untuk menyelesaikan
tugasan menulis karangan.
B19 Saya menggunakan kemahiran 78 4.18 .879 .773 Tinggi
komunikasi dalam kumpulan semasa
melaksanakan tugasan menulis
karangan.
B20 Ahli kumpulan sentiasa memberikan 78 4.14 .879 .772 Tinggi
pertolongan semasa tugasan menulis
karangan dijalankan.
Skor Min Keseluruhan 4.13 .741 .549 Tinggi

Dapatan berdasarkan jadual 5 menunjukkan skor min tahap pengaplikasian elemen


kemahiran sosial dalam pembelajaran kemahiran menulis karangan murid secara
keseluruhannya adalah 4.13 yang menunjukkan responden mempunyai tahap pengaplikasian
yang tinggi terhadap elemen kemahiran sosial semasa pembelajaran kemahiran menulis
karangan. Nilai (SP) .741 dan nilai (V) .549 yang diperolehi telah menunjukkan bahawa set
data dalam kajian ini tertumpu dan mendekati ukuran pusat. Skor min paling tinggi, iaitu 4.19
bagi item B17 menunjukkan responden bersetuju bahawa responden sentiasa berpeluang
untuk menyuarakan pendapat semasa perbincangan menulis karangan. Skor min paling
rendah pula ialah 4.03 bagi item B16, iaitu berkenaan responden bebas mengeluarkan
pendapat semasa perbincangan menulis karangan.

Jadual 6
Analisis Item Elemen Pemprosesan Kumpulan dalam Kemahiran Menulis Karangan Murid
Bil. Item Jumlah Min Sisihan Varian Tahap
(µ) Piawai (σ )
2

(σ)

1525
B21 Saya sentiasa mengadakan 78 4.22 1.128 1.272 Tinggi
perbincangan dengan ahli kumpulan
ketika aktiviti menulis karangan
dijalankan.
B22 Saya berbincang dengan ahli 78 4.17 .927 .859 Tinggi
kumpulan untuk membina karangan
dengan baik.
B23 Aktiviti menulis karangan di dalam 78 4.38 .917 .840 Tinggi
kelas adalah menarik.
B24 Aktiviti perbincangan di dalam kelas 78 4.41 .879 .773 Tinggi
sangat berguna untuk membina
karangan dengan baik.
B25 Saya boleh mencari jalan untuk 78 4.31 .879 .772 Tinggi
meningkatkan penguasaan saya
semasa membina karangan.
Skor Min Keseluruhan 4.30 .671 .450 Tinggi

Dapatan berdasarkan jadual 6 menunjukkan skor min tahap pengaplikasian elemen


pemprosesan kumpulan dalam pembelajaran kemahiran menulis karangan murid secara
keseluruhannya adalah 4.30 yang menunjukkan responden mempunyai tahap pengaplikasian
yang tinggi terhadap elemen pemprosesan kumpulan semasa pembelajaran kemahiran
menulis karangan. Nilai (SP) .671 dan nilai (V) .450 yang diperolehi telah menunjukkan
bahawa set data dalam kajian ini tertumpu dan mendekati ukuran pusat. Skor min paling tinggi,
iaitu 4.41 bagi item B24 menunjukkan responden bersetuju bahawa aktiviti perbincangan di
dalam kelas sangat berguna untuk membina karangan dengan baik. Skor min paling rendah
pula ialah 4.17 bagi item B22, iaitu berkenaan responden berbincang dengan ahli kumpulan
untuk membina karangan dengan baik.
Hasil kajian mendapati bahawa kelima-lima elemen pendekatan koperatif tersebut
mempunyai tahap pengaplikasian yang tinggi. Hal ini juga telah menjawab persoalan-
persoalan yang telah ditetapkan dalam kajian

KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN


Dalam bahagian ini, pengkaji telah menerangkan rumusan dapatan bagi soalan-soalan kajian
dengan mengaitkan dapatan kajian lepas yang dijalankan oleh penyelidik. Dapatan dalam
kajian ini telah membuktikan nilai min bagi tahap pengaplikasian elemen pendekatan koperatif
seperti pergantungan yang positif, kebertanggungjawaban individu, interaksi secara

1526
bersemuka, kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan dalam pembelajaran kemahiran
menulis karangan murid berada pada tahap yang tinggi.
Elemen pergantungan yang positif dalam pendekatan koperatif diaplikasikan apabila
murid-murid memegang kepada prinsip “bersatu kita berjaya, bercerai kita tenggelam” yang
membawa maksud nasib ahli-ahli dalam kumpulan adalah sama dan mereka perlu
memberikan bantuan dan pertolongan kepada ahli kumpulan mereka supaya mereka dapat
mencapai matlamat yang ditetapkan. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kajian Azizi dan Intan
Sapinas (2010) yang menyatakan pembelajaran koperatif berlaku apabila murid-murid
berkerjasama dalam sesuatu kumpulan, berkongsi idea, saling membantu menyelesaikan
masalah, dan memastikan semua ahli kumpulan dapat menguasai sesuatu isi pelajaran.
Elemen kebertanggungjawaban individu dalam pendekatan koperatif diaplikasikan
apabila setiap ahli kumpulan melaksanakan tanggungjawab sendiri dalam kumpulan seperti
memberi sumbangan dalam pelbagai aspek, memberi arahan atau mematuhi arahan ketua
kumpulan. Hal ini seiring dengan kajian yang telah dijalankan oleh Ahmad dan Umi Kalthom
(2014), mereka menyatakan selain daripada idea bekerjasama, kaedah pembelajaran
pasukan pelajar memberikan penekanan kepada pengunaan matlamat pasukan dan kejayaan
pasukan, matlamat ini boleh dicapai sekiranya semua ahli dalam kumpulan memberikan
komitmen dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing dalam kumpulan.
Elemen interaksi secara bersemuka dalam pendekatan koperatif diaplikasikan apabila
murid-murid berjumpa dengan ahli kumpulan untuk saling berbincang, berkongsi, membantu
dan sebagainya. Perkara ini selaras dengan pendapat Ismail (2010) yang menyatakan
pendekatan koperatif adalah pembelajaran kaedah proses pengajaran dan pembelajaran yang
memerlukan murid bekerjasama dalam kumpulan yang kecil, berjumpa antara satu sama lain
bagi menyelesaikan masalah dan tugasan untuk mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran. Kaedah ini melibatkan perkongsian atau dapatan pembelajaran di antara ahli
dalam kumpulan yang mendorong murid untuk saling berinteraksi antara satu sama lain bagi
menyelesaikan sesuatu tugasan yang diterima.
Elemen kemahiran sosial dalam pendekatan koperatif diaplikasikan apabila murid-
murid menggunakan komunikasi untuk berbincang, mengeluarkan pendapat, berkongsi idea
dan sebagainya. Perkara ini telah diperkukuhkan dengan kajian yang dijalankan oleh Nor
Hasliza (2012), yang menyatakan melalui pembelajaran koperatif, murid bukan sahaja
diterapkan dengan amalan bekerjasama dalam kumpulan, tetapi juga dapat meningkatkan
kemahiran komunikasi dan membuat keputusan bersama ahli seperti yang terdapat dalam
elemen kemahiran sosial pembelajaran koperatif.
Elemen pemprosesan kumpulan dalam pembelajaran kemahiran menulis karangan
diaplikasikan apabila murid-murid mengadakan perbincangan seperti memberi maklum balas,
membuat refleksi, dan bertukar idea dalam kumpulan. Hal ini selari dengan kajian yang

1527
dijalankan oleh Nor Hasliza (2012) yang menyatakan pemprosesan kumpulan dalam kalangan
murid menggalakkan pencapaian matlamat pembelajaran dengan jayanya daripada belajar
secara sendiri. Pembelajaran koperatif ialah satu corak pembelajaran yang memerlukan murid
berbincang antara satu sama lain bagi mencapai kejayaan melalui sesuatu matlamat yang
dikongsi bersama. Walaupun begitu, pendapat daripada ahli kumpulan yang lain perlu diterima
oleh setiap ahli dalam kumpulan bagi memastikan tugasan yang diberikan berjalan dengan
lancar dan memenuhi objektif dan matlamat kumpulan tersebut.
Implikasi kajian ialah hujah yang menunjukkan sesuatu kajian telah menambah nilai
kajian sedia ada yang berkemungkinan dapat memberi kepentingan nasional (Dissanayake,
2013). Terdapat tiga jenis implikasi kajian yang dibincangkan dalam bahagian ini iaitu implikasi
pengetahuan, implikasi praktikal dan implikasi empirikal bagi memberi justifikasi jurang
penyelidikan dan berupaya memberi sumbangan kepada pengetahuan, praktikal dan juga
empirikal. Kleickmann et al. (2013) menyatakan bahawa pengetahuan guru mengenai
kandungan, pedagogi, dan bahan pengajaran amat mempengaruhi keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kajian ini berupaya memberi pengetahuan kepada
guru tentang elemen-elemen yang terdapat dalam pembelajaran koperatif dan kaitannya
dengan pembelajaran kemahiran menulis karangan murid.
Manakala, implikasi praktikal merupakan keupayaan sesuatu kajian menambah baik
amalan sedia ada kepada amalan yang lebih berkesan (Bornman, 2013). Guru yang
mempunyai murid yang bermasalah dalam pembelajaran kemahiran menulis karangan murid
boleh mempraktikkan pelaksanaan aktiviti berkumpulan yang memberi fokus kepada kelima-
lima elemen pendekatan koperatif ini. Implikasi terakhir ialah implikasi empirikal. Creswall
(2014) menyatakan penyelidikan empirikal adalah jenis penyelidikan yang dilakukan melalui
pengalaman, pemerhatian langsung dan eksperimen. Bukti penyelidikan empirikal boleh
bersifat kualitatif atau kuantitatif yang bermaksud bahawa data yang dihasilkan melalui
pemerhatian atau eksperimen. Kajian ini telah menggunakan pendekatan kuantitatif untuk
melihat tahap pengaplikasian elemen pendekatan koperatif.
Justeru, pengkaji juga menyenaraikan beberapa cadangan kepada beberapa pihak
untuk meningkatkan pengaplikasian elemen pendekatan koperatif dalam pembelajaran
kemahiran menulis. Antara cadangannya kepada guru Bahasa Melayu ialah membuat
perancangan pengajaran supaya perjalanan kelas berjalan dengan lancar. Cadangan
seterusnya ialah kepada murid. Murid mestilah memupuk semangat bekerjasama antara ahli
dalam kumpulan semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan
kaedah koperatif. Di samping itu, pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam
menjayakan pembelajaran koperatif ini, iaitu pihak pentadbir haruslah memantau
perkembangan PdP guru Bahasa Melayu di dalam kelas berkaitan pengaplikasian kaedah
pembelajaran koperatif ketika mengajar penulisan karangan kepada murid serta

1528
menganjurkan kursus atau bengkel di sekolah. Cadangan yang terakhir ialah kepada
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), iaitu pemberian kursus intensif mengenai kaedah
pembelajaran koperatif kepada guru-guru Bahasa Melayu di sekolah rendah
Akhir sekali, pengkaji juga mencadangkan beberapa sasaran kajian lanjutan. Kajian
tentang pengaplikasian elemen pendekatan koperatif dalam pembelajaran kemahiran menulis
bahasa Melayu dilaksanakan dengan jayanya di sebuah sekolah yang terletak di Alor Setar
dan melibatkan 78 orang murid Tahun 3. Oleh itu, masih terdapat ruang dan peluang kepada
pengkaji lain untuk melaksanakan penyelidikan dalam topik yang sama. Sehubungan dengan
itu, pengkaji mensyorkan agar penyelidik yang ingin melaksanakan kajian ini harus
menggunakan pendekatan kualitatif dan pendekatan multimetodologi kerana pendekatan
seperti ini mampu mengkaji dengan lebih mendalam berkaitan elemen pendekatan koperatif.

RUJUKAN

Ahmad Esa & Umi Kalthom Mahbib. (2014, April 9-10). Pembelajaran koperatif di Malaysia:
pembangunan profesional dalam meningkatkan pendidikan sekolah rendah. Prosiding
Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014) Batu Pahat, Johor.

Aziz Nordin & Zaitun Osman. (2010). Penerapan konstruktisvisme dalam pengajaran dan
pembelajaran asid dan besi di lima buah sekolah di Pekan, Pahang. Universiti Teknologi
Malaysia.

Azizi Yahya & Intan Sapinas Bahuri. (2010). Pembelajaran koperatif. Universiti Teknologi
Malaysia.

Bhavani Somasundram & Zamri Mahamod (2017). Keberkesanan pembelajaran koperatif


terhadap pencapaian dan motivasi murid sekolah menengah dalam pembelajaran
Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(1), 11-23.

Bornman, L. (2013). What is societal impact of research and how can it be assessed? A
literature survey. Journal of the America Society for Information Science and Technology,
3(2), 218-232. https://bit.ly/2XehMFa

Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd Rahman. (2011). Pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran kemahiran menulis di sekolah rendah. Junal Pendidikan Bahasa Melayu –
JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ), 1(1), 67-87.

Creswell, J. W. (2014). Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods


Approaches.
https://www.researchgate.net/publication/31763471_Research_Design_Qualitative_Qu
antitative_and_Mixed_Methods_Approaches_JW_Creswell

Dissanayake, D. (2013). Research, Research Gap and the Research Problem. MPRA-Munich
Personal RePEc Archive. https://mpra.ub.uni-muenchen.de/47519/

Faridah Darus, Rohaida Mohd Saat & Abd. Razak Zakaria. (2013). Transformasi guru dalam
pengajaran dan pembelajaran mengenai kemahiran membuat hipotesis dalam kalangan
murid sekolah rendah. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 1(3), 47-57.

1529
Ismail Said. (2010). Kaedah pembelajaran koperatif sekolah rendah. Karisma Pubications Sdn.
Bhd.

Jamil Abd Baser, Nurul Syuhada Mohd Suhaimi, Hisyamuddin Othman, Azman Hassan, Mohd
Bekri Rahim, & Mohd Faizal Askor min Nur Yunus. (2014). Standard guru Malaysia dalam
program persediaan guru reka bentuk dan teknologi. Online Journal for TVET
Practioners, 2(2).

Juriah Long. (2010). Kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-


2025. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kleickmann, T., Richter, D., Kunter, M., Elsner, J., Besser, M., Krauss, S. dan Baumert. (2013).
Teachers’ content knowledge and pedagogical content knowledge: The role of structural
differences in teacher education. Journal of Teacher Education, 64 (1), 90-106.

Nor Hasliza Mohamed. (2012). Penglibatan pelajar dalam pembelajaran koperatif di Sekolah
Menengah Vokasional. Universiti Tun Hussein Onn.

Nurul Aisyah Abdullah, Zamri Mahamod & Nor Azwa Hanum Nor Shaid. (2016). Faktor-faktor
yang mempengaruhi penulisan karangan bahasa Melayu pelajar sekolah menengah.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal –
MyLEJ), 6(2), 1-9.

Saifulnizam Zakaria & Faridah Che In. (2017, Mac 2017). Keberkesanan kaedah pengajaran
melalui pembelajaran koperatif: satu kajian tindakan terhadap kursus Cost Management
Accounting. E-Proceeding National Innovation and Invention Competition Through
Exhibition (Icompex’17).

Syed Ismail, Ismail Raduan & Bushro Ali. (2018). Asas penyelidikan dalam pendidikan.
Sasbadi Sdn. Bhd.

Yusmarwati Yusof, Rohayu Roddin, Sarebah Warman & Nor Azyyati Deraman. (2017).
Aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 terhadap hala
tuju kecermerlangan bidang pendidikan teknik dan vokasional (PTV). Jurnal Pemikir
Pendidikan, 8, 69-90.

Zamri Mahamod. (2014). Inovasi P&P dalam pendidikan Bahasa Melayu Cetakan Ketiga.
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

1530
KESAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU BERPUSATKAN
MURID TERHADAP TINGKAH LAKU MURID

Nur Syafiqah binti Abdul Wahid


syafiqah09-943@epembelajaran.edu.my

Mastura binti Mohamed Berawi


mastura@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) berpusatkan murid berupaya mendatangkan
pelbagai kesan positif terhadap murid termasuklah dalam pengajaran bahasa Melayu. Kajian ini adalah
bertujuan untuk mengenal pasti kaedah, pendekatan dan teknik berpusatkan murid yang sering
digunakan oleh guru bahasa Melayu semasa PdP bahasa Melayu. Kajian ini juga bertujuan untuk
mengenal pasti tingkah laku murid terhadap proses PdP bahasa Melayu berpusatkan murid yang diikuti.
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes yang menggunakan temu
bual, pemerhatian dan analisis dokumen sebagai instrumen kajian. Sampel kajian adalah terdiri
daripada tiga orang guru bahasa Melayu dan enam orang murid tahun dua di sebuah sekolah rendah
yang terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pemilihan sampel adalah dengan menggunakan
teknik persampelan bertujuan. Analisis secara naratif dan deskriptif telah digunakan untuk
menghuraikan dapatan kajian. Hasil kajian mendapati bahawa guru bahasa Melayu yang terlibat
sebagai responden kajian sering menggunakan kaedah, pendekatan dan teknik berpusatkan murid
seperti perbincangan, nyanyian, simulasi dan pembentangan hasil kerja murid. Hasil kajian juga
mendapati bahawa murid menunjukkan tingkah laku yang positif dari aspek penglibatan, kerjasama dan
komunikasi sepanjang mengikuti proses PdP bahasa Melayu berpusatkan murid. Implikasi dapatan ini
mencadangkan supaya usaha untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan pelaksanaan kaedah,
pendekatan dan teknik berpusatkan murid dalam kalangan guru bahasa Melayu diteruskan dari masa
ke masa bagi membolehkan guru bahasa Melayu untuk menerapkan pelbagai kaedah, pendekatan dan
teknik berpusatkan murid secara lebih kerap, berkesan dan menarik.
Kata kunci: kaedah, pendekatan dan teknik berpusatkan murid, tingkah laku murid, PdP bahasa
Melayu.

ABSTRACT
The implementation of the student-centred teaching and learning process can have a variety of positive
effects on the students including in the teaching of Malay language. This study is aimed at identifying
methods, approaches and student-centred techniques that are often used by Malay language teachers
during the teaching and learning process. This study was also aimed at identifying the students' behavior
towards the teaching and learning process of Malay language that applied student-centred learning.
This study uses a qualitative approach with the design of case studies using interviews, observations
and analysis of documents as research instruments. The sample consisted of three Malay language
teachers and six standard two students at a primary school located in the Federal Territory of Kuala
Lumpur. The samples were selected by using purpossive sampling technique. Narrative and descriptive
analysis was used to describe the findings of the study. The results found that the Malay language
teachers involved as respondents often used methods, approaches and techniques of student-centred
learning such as discussion, singing, simulation and presentation of students' work. The results also
found that the students showed positive behaviour in terms of involvement, cooperation and
communication throughout the student-centred teaching and learning process. The implications of this
findings suggest that efforts to improve the knowledge, skills and implementation of student-centred
methods, approaches and techniques among Malay teachers continue from time to time to enable Malay
teachers to apply various methods, approaches and techniques of student-cetred learning more often,
effectively and interestingly.
Keywords: methods, approaches and techniques of student-centred learning, students’ behavior,
teaching and learning process of Malay language.

1531
PENGENALAN
Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Pelan Transformasi Pendidikan Nasional 2013-
2015 telah berhasrat untuk meningkatkan kualiti guru sebagai tulang belakang sistem
pendidikan negara (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Malah, Kementerian
Pendidikan di Bahagian Pendidikan Tinggi melalui Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara
juga telah meletakkan peningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
oleh guru sebagai satu daripada teras utama kerajaan (Alizah, 2016). Sekiranya hasrat
tersebut tercapai, usaha negara untuk melahirkan modal insan yang bertaraf global melalui
sistem pendidikan negara yang bertaraf dunia juga semestinya akan dapat direalisasikan. Ke
arah itu, setiap sekolah yang berfungsi sebagai institusi perkembangan ilmu perlulah berupaya
untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang bermakna untuk murid.
Seiring dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan pendidikan negara yang bertaraf
dunia ini, para pendidik, iaitu guru perlulah melakukan anjakan paradigm dari pelbagai aspek.
Dalam konteks ini, setiap guru seharusnya mempunyai daya pemikiran dan tanggapan yang
proaktif dan berkualiti dalam aspek pemilihan atau penyusunan strategi pengajaran yang akan
digunakan di dalam bilik darjah. Hal ini kerana, keupayaan guru untuk merancang dan
menggunakan sesuatu strategi atau kaedah yang sesuai semasa proses PdP berlangsung
adalah merupakan antara faktor yang akan mempengaruhi tahap kualiti dan keberkesanan
proses PdP tersebut (Tuan Jah, 2011). Malah, penggunaan strategi atau kaedah pengajaran
yang terbaik juga akan memberikan kesan positif yang mendalam terhadap tahap penerimaan
atau penyerapan ilmu dalam kalangan murid yang diajar. Dalam konteks ini, kegagalan guru
untuk mengimplimentasikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai boleh
menyebabkan murid berasa bosan, mengantuk dan jemu semasa proses PdP berlangsung.
Oleh yang demikian, guru perlulah sentiasa berusaha untuk merancang dan melaksanakan
proses PdP yang menerapkan strategi atau kaedah yang sesuai dan berkesan untuk
menyampaikan ilmu serta menarik minat murid termasuklah guru bahasa Melayu. Antaranya
ialah guru bahasa Melayu boleh menggunakan kaedah, pendekatan dan teknik berpusatkan
murid semasa menjalankan PdP bahasa Melayu. Justeru itu, kajian ini adalah berfokus kepada
pelaksanaan kaedah, pendekatan dan teknik berpusatkan murid oleh guru bahasa Melayu
serta kesannya terhadap tingkah laku murid.

PERNYATAAN MASALAH
Pernyataan masalah yang pertama bagi kajian ini adalah sehingga kini, masih ramai guru yang
mengamalkan pembelajaran berpusatkan guru termasuklah dalam kalangan guru pelatih
(Abdull Sukor et al., 2016). Dalam konteks ini, kebanyakan guru atau pensyarah dikatakan
memberikan alasan bahawa pelaksanaan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid atau
pelajar tidak dapat dilakukan atas faktor kekangan masa dan seumpamanya. Atas alasan

1532
tersebut, mereka lebih memilih untuk melaksanakan proses PdP dengan menggunakan
kaedah lama, iaitu “chalk and talk”. Kesannya, murid tidak dapat melibatkan diri secara aktif
dan optimum sepanjang proses PdP berlangsung. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana
pelaksanaan pembelajaran berpusatkan murid adalah penting untuk menarik minat dan
meningkatkan penglibatan aktif murid dalam proses PdP (Divya Sinhal, 2017). Tambahan
pula, penglibatan murid secara langsung dan aktif dalam proses PdP juga sangat penting bagi
memastikan agar murid dapat menyerap ilmu yang ingin disampaikan oleh guru secara
berkesan dan optimum.
Seterusnya, kajian yang dijalankan oleh Alizah (2016) mendapati bahawa amalan
pengajaran berpusatkan guru seperti penggunaan teknik syarahan masih lagi mendominasi
strategi pembelajaran di kebanyakan institusi pengajian tinggi. Dalam konteks ini, pengajar
lebih cenderung untuk melaksanakan proses PdP yang menggunakan kaedah kuliah atau
syarahan sebagai teknik utama berbanding pengajaran berpusatkan pelajar. Hal ini secara
tidak langsung telah menyebabkan murid berasa bosan dan mengantuk lebih-lebih lagi apabila
kelas berlangsung pada waktu petang. Malah, pelaksanaan proses PdP yang berpusatkan
guru juga boleh menyebabkan murid tidak dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti PdP
serta menyebabkan kurangnya komunikasi dua hala. Natijahnya, murid sukar untuk mencapai
tahap pemahaman yang optimum dan tidak berpeluang untuk menambah baik keyakinan diri
serta kemahiran komunikasi mereka (Alizah, 2016).
Pernyataan masalah yang seterusnya adalah kebanyakan guru pelatih yang dikaji
didapati mempunyai kemahiran pedagogi yang rendah sehingga menyebabkan prestasi yang
dipamerkan oleh mereka semasa melaksanakan proses PdP berada pada tahap yang rendah
(Abdull Sukor et al., 2016). Kemahiran pedagogi yang rendah dalam kalangan guru pelatih ini
termasuklah dari aspek amalan pengajaran berpusatkan murid yang kurang
memberangsangkan. Perkara yang lebih membimbangkan adalah apabila usaha mereka
untuk memperbaiki tahap kualiti pengajaran serta pengetahuan tentang pedagogi didapati
kurang memuaskan sehingga menyebabkan mereka tidak dapat merancang dan
melaksanakan proses PdP yang menarik, berkesan dan bermakna kepada murid.
Akhir sekali, Nur Salimah (2013) menyatakan bahawa sistem pendidikan negara yang
berorientasikan peperiksaan serta sikap guru yang hanya fokus untuk menghabiskan silibus
juga menyebabkan tumpuan untuk merancang proses P&P yang melibatkan murid secara
optimum terhalang. Dalam konteks ini, sikap guru yang terlampau memikirkan untuk
menghabiskan sukatan pelajaran secara tidak langsung telah menghalang penglibatan aktif
murid dalam proses PdP. Selain itu, faktor kekangan masa dan jumlah murid yang terlalu ramai
juga dilihat menjadi penghalang kepada guru untuk melaksanakan pengajaran berpusatkan
murid. Atas faktor ini, guru lebih cenderung untuk mendominasi proses P&P dengan
menyampaikan isi pelajaran secara lisan semata-mata sehingga menyekat peluang murid

1533
untuk mengambil bahagian secara aktif di dalam bilik darjah (Zamri & Noor Aisyah, 2011). Hal
ini tidak sewajarnya berlaku kerana proses P&P seharusnya menerapkan kaedah pengajaran
berpusatkan murid bagi menggalakkan penglibatan murid secara aktif dalam proses PdP yang
dijalankan.
Kesimpulannya, proses PdP di institusi pendidikan terutamanya di sekolah didapati
masih lagi menggunakan pengajaran berpusatkan guru. Hal ini secara tidak langsung
menunjukkan bahawa kebanyakan guru kurang menjalankan pengajaran berpusatkan murid
atas alasan yang tertentu sehingga menghalang penglibatan murid untuk melibatkan diri
secara aktif di dalam bilik darjah. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana dunia pendidikan kini
telahpun mengalami perubahan ke arah merealisasikan pendidikan abad ke-21. Justeru itu,
kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kaedah, pendekatan dan teknik pengajaran
berpusatkan murid yang sering digunakan oleh guru bahasa Melayu serta kesannya terhadap
tingkah laku murid.

OBJEKTIF KAJIAN
Secara khususnya, objektif kajian adalah seperti berikut:
1. Mengenal pasti kaedah, pendekatan dan teknik pengajaran berpusatkan murid yang
sering digunakan oleh guru bahasa Melayu semasa proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu.
2. Mengenal pasti tingkah laku murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu berpusatkan murid.

SOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian tersebut, dua soalan kajian yang selari dengan objektif kajian telah
dibentuk. Soalan kajian tersebut adalah seperti yang berikut:
1. Apakah kaedah, pendekatan dan teknik pengajaran berpusatkan murid yang sering
digunakan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu?
2. Apakah tingkah laku murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu berpusatkan murid?

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan pemilihan reka bentuk kajian kes.
Rasional pemilihan pendekatan kualitatif ini adalah bersesuaian dengan persoalan kajian yang
memerlukan jawapan kepada apa yang akan berlaku, iaitu kaedah, pendekatan dan teknik
berpusatkan murid yang sering digunakan oleh guru semasa proses PdP bahasa Melayu serta
kesannya terhadap tingkah laku murid (Ghazali & Sufean, 2016). Pemilihan reka bentuk kajian
kes ini juga akan membawa kepada kerja penelitian yang mendalam terhadap sesuatu

1534
keadaan, suatu peristiwa tertentu atau sesuatu dokumen yang tersimpan (Syed Ismail et al.,
2018). Kaedah pengumpulan data bagi kajian ini pula adalah melalui temu bual, pemerhatian
dan analisis dokumen. Temu bual separa berstruktur telah dijalankan untuk mendapatkan data
deskriptif. Kajian ini juga menggunakan kaedah temu bual sebagai sumber utama manakala
kaedah pemerhatian dan analisis dokumen pula berfungsi untuk menyokong dapatan temu
bual tersebut.
Dalam kajian ini, persoalan kajian pertama tentang kaedah, pendekatan dan teknik
berpusatkan murid yang sering digunakan oleh guru bahasa Melayu telah dikaji dengan
menggunakan instrumen temu bual, senarai semak pemerhatian dan senarai semak analisis
dokumen RPH guru. Begitu juga dengan persoalan kajian kedua, iaitu tingkah laku murid
terhadap proses PdP bahasa Melayu berpusatkan murid yang turut dikaji dengan
menggunakan kaedah temu bual, senarai semak pemerhatian dan senarai semak analisis
dokumen hasil kerja murid. Penggunaan ketiga-tiga kaedah ini adalah bertujuan untuk
mewujudkan triangulasi data bagi meningkatkan kesahan kajian ini (Punevesvary Muthiah et
al., 2020). Kutipan data telah dilakukan terhadap tiga orang guru bahasa Melayu dan enam
orang murid tahun dua di sebuah sekolah rendah yang terletak di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur. Pemilihan responden dalam bilangan kecil ini adalah selari dengan Creswell (2012)
yang menyatakan bahawa bilangan peserta kajian bagi kajian kes biasanya tidak ramai serta
tiada ketetapan khas tentang cara untuk menentukan saiz sampel yang perlu bagi sesuatu
kajian kes tersebut. Pemilihan sampel kajian dilakukan dengan menggunakan teknik
persampelan bertujuan (purposive sampling). Hal ini kerana, Ghazali dan Sufean (2016)
menyatakan bahawa bagi kajian yang menggunakan pendekatan secara kualitatif, pemilihan
sampel hendaklah sebaiknya dilakukan dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan
bagi membolehkan pengkaji mendapatkan maklumat yang banyak tentang sesuatu perkara
yang dikaji. Kesahan instrumen bagi sesuatu kajian merujuk kepada sejauh mana instrumen
berkenaan dapat mengukur perkara yang ingin dikaji atau diperlukan (Ghazali & Sufean,
2016). Bagi kajian ini, kesahan kandungan dan kesahan muka bagi setiap instrumen yang
dibina telah disahkan oleh tiga orang pakar, iaitu pakar bidang pedagogi bahasa Melayu, pakar
metodologi dan pakar bahasa.

DAPATAN KAJIAN
Kaedah, Pendekatan dan Teknik Berpusatkan Murid yang Sering Digunakan oleh Guru
Semasa Proses PdP Bahasa Melayu
Dapatan kajian bagi persoalan kajian yang pertama, iaitu kaedah, pendekatan dan teknik
berpusatkan murid yang sering digunakan oleh guru bahasa Melayu ialah perbincangan,
nyanyian, simulasi dan pembentangan hasil kerja murid. Bagi perbincangan, temu bual yang
dijalankan mendapati bahawa GBM1 dan GBM2 sering menggunakan kaedah perbincangan

1535
semasa proses PdP bahasa Melayu. Menurut GBM1 dan GBM2, pelaksanaan perbincangan
semasa proses PdP bahasa Melayu secara tidak langsung telah memberikan peluang dan
galakan kepada murid untuk menyampaikan pendapat mereka tentang sesuatu perkara.
Dapatan ini tuut disokong dengan analisis senarai semak pemerhatian terhadap proses PdP
bahasa Melayu yang dijalankan oleh GBM1 dan GBM2. Hasil pemerhatian menunjukkan
bahawa GBM1 dan GBM3 ada meminta murid untuk melakukan perbincangan bersama ahli
kumpulan berkaitan tajuk yang dipelajari sebelum pembentangan kumpulan dijalankan.
Dapatan ini turut disokong dengan dapatan analisis dokumen, iaitu rancangan pengajaran
harian (RPH) guru. Berdasarkan RPH GBM1 dan GBM2, jelas terbukti bahawa mereka sering
menerapkan perbincangan dalam kalangan murid semasa proses PdP bahasa Melayu.
Pelaksanaan aktiviti perbincangan kumpulan ini secara tidak langsung boleh mewujudkan
suasana pembelajaran aktif dengan adanya komunikasi dan interaksi dalam kalangan murid
semasa perbincangan berlangsung.
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa GBM2 sering menggunakan kaedah,
pendekatan dan teknik berpusatkan murid yang berbentuk nyanyian. Temu bual bersama
GBM2 mendapati bahawa beliau sering menggunakan teknik nyanyian semasa proses PdP
bahasa Melayu sama ada murid bernyanyi secara individu mahupun berkumpulan. Hal ini
disokong melalui hasil analisis senarai semak pemerhatian yang menunjukkan bahawa GBM2
telah meminta murid untuk menyanyikan sebuah lagu yang berkaitan dengan isi pelajaran
secara beramai-ramai. Malah, hasil analisis dokumen RPH GBM2 turut menunjukkan bahawa
terdapat penerapan teknik nyanyian dalam proses PdP yang dirancang.
Seterusnya, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa GBM1 dan GBM3 sering
menggunakan kaedah, pendekatan dan teknik berpusatkan murid seperti simulasi. Dalam hal
ini, simulasi merupakan aktiviti yang memperlihatkan murid melakonkan watak bagi sesuatu
situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar. Melalui temu bual, GBM1 dan
GBM3 menyatakan bahawa pelaksanaan simulasi semasa proses PdP umpama membuka
satu peluang kepada murid untuk melibatkan diri secara terus dan aktif kerana murid sendiri
yang melaksanakan simulasi tersebut. Malah, pelaksanaan simulasi ini juga berupaya
mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria dan bermakna untuk mereka lantas
membolehkan mereka untuk menyerap isi pelajaran pada hari itu dengan lebih baik (Nurhayati,
2017). Dapatan ini disokong dengan hasil analisis dokumen GBM1 yang menunjukkan adanya
aktiviti simulasi dalam RPH yang dirancang, iaitu guru meminta murid untuk membuat simulasi
menyampaikan ucapan.
Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa pelaksanaan kaedah, pendekatan dan
teknik berpusatkan murid yang sering digunakan oleh guru bahasa Melayu yang terlibat
sebagai peserta kajian ialah pembentangan hasil kerja murid. Dalam konteks ini, temu bual
terhadap GBM3 mendapati bahawa beliau sering menjalankan aktiviti pembentangan hasil

1536
kerja murid. Murid lazimnya diminta untuk berbincang dan menyiapkan tugasan berkumpulan
terlebih dahulu sebelum membentang hasil kerja mereka. Hasil analisis dokumen terhadap
RPH GBM3 juga menyokong dapatan ini apabila adanya penerapan aktiviti pembentangan
hasil kerja murid berkaitan senarai kata adjektif.

Tingkah Laku Murid Terhadap Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Berpusatkan Murid
Dapatan bagi persoalan kajian yang kedua, iaitu tingkah laku murid terhadap proses PdP
bahasa Melayu berpusatkan murid pula mendapati bahawa murid telah menunjukkan tingkah
laku yang positif dari aspek penglibatan, kerjasama dan komunikasi. Dari aspek penglibatan,
GBM1, GBM2 dan GBM3 menyatakan bahawa murid terlibat secara aktif dalam aktiviti PdP
berpusatkan murid yang dijalankan. Murid juga telah menunjukkan minat untuk melibatkan diri
dalam setiap aktiviti berpusatkan murid yang dijalankan oleh guru. Sebagai contoh, murid
mengangkat tangan dan berebut-rebut untuk menjawab soalan guru serta melakukan aktiviti
yang disediakan semasa pemerhatian dilakukan. Hal ini turut disokong melalui analisis
dokumen hasil kerja murid apabila murid menghantar semua tugasan yang diberikan oleh
guru.
Bagi aspek kerjasama pula, temu bual bersama GBM1, GBM2 dan GBM3 mendapati
bahawa murid juga lazimnya memberikan kerjasama yang baik semasa menjalankan aktiviti
berpusatkan murid tidak kira sama ada secara berkumpulan mahupun individu. GBM2 turut
menyatakan bahawa melalui aktiviti berpusatkan murid secara berkumpulan, kerjasama dalam
kalangan murid dapat dilihat apabila mereka saling membantu untuk menyiapkan tugasan
yang diberikan. Pemerhatian yang dilakukan terhadap murid yang terlibat sebagai peserta
kajian juga menunjukkan berlakunya kerjasama semasa mereka menjalankan aktiviti
berpusatkan murid bersama-sama rakan sekumpulan. Misalnya semasa menyiapkan carta alir
tentang cara-cara membuat buah Melaka, murid berbincang dengan rakan sekumpulan
tentang jawapan yang tepat sebelum bergilir-gilir menulis jawapan tersebut di atas lembaran
kerja yang disediakan oleh guru. Kerjasama murid dengan guru juga dapat dilihat apabila
mereka mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan oleh guru.
Bagi aspek komunikasi pula, pengkaji mendapati bahawa murid telah menunjukkan
komunikasi dua hala yang baik dengan guru dan rakan. Komunikasi yang baik ini dapat dilihat
apabila murid berkomunikasi dengan guru dan rakan menggunakan bahasa yang baik
sepanjang proses PdP berlangsung. Pemerhatian yang dijalankan juga menunjukkan bahawa
murid sering bertanya soalan kepada guru bagi sesuatu perkara yang kurang jelas.
Komunikasi dua hala ini juga dapat dilihat apabila murid berbincang dengan ahli kumpulan
semasa melaksanakan tugasan berkumpulan.

1537
KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN
Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan ini telah berjaya menjawab kedua-dua
persoalan kajian. Berdasarkan dapatan kajian, pengkaji mendapati bahawa kaedah,
pendekatan dan teknik berpusatkan murid yang sering digunakan oleh guru bahasa Melayu
semasa proses PdP bahasa Melayu ialah perbincangan, nyanyian, simulasi dan
pembentangan hasil kerja murid. Dapatan kajian juga mendapati bahawa murid telah
menunjukkan tingkah laku yang positif dari aspek penglibatan, kerjasama dan komunikasi
semasa mengikuti proses PdP bahasa Melayu yang berpusatkan murid. Dapatan ini secara
tidak langsung menunjukkan bahawa pelaksanaan kaedah, pendekatan dan teknik
berpusatkan murid oleh guru bahasa Melayu berupaya mendorong murid untuk bertingkah
laku secara positif seperti terlibat secara aktif dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang
proses PdP berlangsung.
Dapatan bagi soalan kajian yang pertama adalah hampir selari dengan beberapa
kajian lepas yang mengkaji tentang kaedah, pendekatan dan teknik berpusatkan murid yang
sering digunakan oleh guru. Antaranya ialah kajian oleh Abdull Sukor et al. (2016) yang
mendapati bahawa kaedah, pendekatan dan teknik berpusatkan murid yang sering digunakan
oleh guru praktikum ialah perbincangan, simulasi, main peranan dan sumbangsaran. Dapatan
bagi soalan kajian yang pertama ini juga hampir selari dengan kajian oleh Kamarul Azmi dan
Norhafizah (2013) berkaitan dengan pengajaran berpusatkan murid di sekolah menengah
yang menunjukkan bahawa guru yang terlibat sebagai responden kajian, iaitu Guru Cemerlang
Pendidikan Islam (GCPI) sering menggunakan kaedah dan pendekatan berpusatkan murid
seperti perbincangan kumpulan dan pembentangan.
Dapatan bagi soalan kajian yang kedua pula adalah selari dengan kajian lepas yang
dijalankan oleh Abdull Sukor et al. (2016) berkaitan respons murid terhadap PdP berpusatkan
murid yang mendapati bahawa murid menunjukkan respons dan kerjasama yang baik semasa
proses PdP berpusatkan murid berlangsung. Selain itu, kajian lepas tersebut turut mendapati
bahawa murid telah menunjukkan penglibatan yang aktif serta minat yang tinggi untuk
melibatkan diri dalam setiap aktiviti berpusatkan murid yang dijalankan oleh murid. Walau
bagaimanapun, kajian lepas tersebut adalah berfokus kepada Guru Cemerlang Pendidikan
Islam sebagai responden kajian. Hal ini adalah bertentangan dengan kajian ini yang
melibatkan guru bahasa Melayu sebagai responden kajian. Oleh yang demikian, dapat
disimpulkan pelaksanaan kajian ini secara tidak langsung dapat mengisi kelompangan
tersebut dalam konteks pengajaran bahasa Melayu di sekolah rendah.
Pelaksanaan kajian ini juga mempunyai implikasi dari aspek pengetahuan dan
empirikal. Dari aspek pengetahuan, pelaksanaan kajian ini berupaya meningkatkan
pengetahuan dalam kalangan guru bahasa Melayu tentang kaedah, pendekatan dan teknik
berpusatkan murid yang boleh diaplikasikan semasa proses PdP bahasa Melayu. Hal ini

1538
secara tidak langsung boleh membantu guru untuk merancang dan melaksanakan proses PdP
yang lebih berkesan dan berkualiti. Dalam hal ini, pelaksanaan proses PdP bahasa Melayu
yang menerapkan kaedah, pendekatan dan teknik berpusatkan murid adalah penting untuk
meningkatkan penglibatan aktif dan minat murid untuk mengikuti proses PdP dengan baik.
Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat memberikan pengetahuan kepada pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan penggunaan kaedah, pendekatan dan
teknik berpusatkan murid dalam kalangan guru bahasa Melayu. Dalam konteks ini, dapatan
kajian yang menunjukkan bahawa murid mempamerkan tingkah laku positif terhadap proses
PdP berpusatkan murid yang diikuti juga secara tidak langsung boleh memberikan
pengetahuan kepada pihak KPM tentang kepentingan pelaksanaan proses PdP yang
berpusatkan murid. Hal ini secara tidak langsung dapat memudahkan pihak KPM untuk
mengatur pelbagai strategi dalam merancang pelaksanaan kursus, bengkel atau latihan dalam
perkhidmatan untuk guru bahasa Melayu khususnya berkaitan pengajaran berpusatkan murid.
Sesungguhnya, penggunaan kaedah, pendekatan dan teknik pengajaran yang bersesuaian
dan berkesan adalah penting dalam usaha memastikan murid dapat menguasai kemahiran
berbahasa Melayu yang diajar oleh guru (Tuan Jah, 2011).
Dari segi implikasi secara empirikal pula, kajian ini telah berupaya untuk mengisi
kelompangan kajian berkaitan penggunaan kaedah, pendekatan dan teknik berpusatkan murid
dalam kalangan guru bahasa Melayu. Hal ini kerana, kebanyakan kajian lepas hanya berfokus
kepada guru yang bukan merupakan guru bahasa Melayu misalnya kajian oleh Abdull Sukor
et al. (2016) yang berfokus kepada guru praktikum secara umum. Malah, kajian yang
dijalankan oleh Hanim dan Nurul Aleyzan (2017) juga mengkaji tentang pelaksanaan
pengajaran berpusatkan murid oleh pensyarah di institut pengajian tinggi, bukannya guru
bahasa Melayu. Oleh yang demikian, pelaksanaan kajian ini yang mengkaji tentang
penggunaan kaedah, pendekatan dan teknik berpusatkan murid dalam kalangan guru bahasa
Melayu di sekolah rendah semasa proses PdP secara tidak langsung telah mengisi
kelompangan tersebut dari segi sampel. Tambahan pula, pelaksanaan kaedah, pendekatan
dan teknik berpusatkan murid oleh guru bahasa Melayu juga adalah penting bagi menjamin
keberkesanan proses PdP yang dijalankan.
Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh, pengkaji turut memberikan beberapa
cadangan kepada pihak tertentu untuk dilaksanakan pada masa akan datang. Pertama, pihak
KPM bolehlah menyediakan pelbagai kursus, bengkel atau latihan dalam perkhidmatan
berkaitan pedagogi bahasa Melayu khususnya yang berkaitan dengan kaedah, pendekatan
dan teknik berpusatkan murid yang boleh dijalankan oleh guru bahasa Melayu semasa proses
PdP berlangsung. Dalam hal ini, KPM menerusi Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPG)
seharusnya mengambil tindakan yang proaktif untuk memberikan pendedahan dan
pengetahuan yang lebih luas dan mendalam kepada guru bahasa Melayu tentang

1539
pelaksanaan proses PdP bahasa Melayu berpusatkan murid secara berterusan melalui
pelbagai kursus dan bengkel. Pelaksanaan kursus dan bengkel sedemikian adalah penting
bagi melahirkan barisan guru bahasa Melayu yang berupaya untuk merancang dan
melaksanakan proses PdP yang menarik, berkesan dan berkualiti untuk murid.
Selain itu, KPM melalui Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) juga perlulah
menekankan pengaplikasian kaedah, pendekatan dan teknik berpusatkan murid secara
menyeluruh bagi semua mata pelajaran terutamanya kepada bakal guru di Institut Pendidikan
Guru (IPG) yang sedang mengikuti program pengajian dalam bidang bahasa Melayu. Hal ini
adalah penting untuk memberikan pendedahan awal tentang pengaplikasian kaedah,
pendekatan dan teknik berpusatkan murid ini kepada mereka yang bakal menjadi guru bahasa
Melayu. Hal ini kerana, pendedahan awal tersebut secara tidak langsung dapat membantu
semua bakal guru untuk mempraktikkannya secara berkesan bermula dari zaman belajar atau
praktikum sehinggalah apabila bertugas di sekolah kelak. Antara alternatif yang boleh diambil
oleh pihak IPG adalah dengan melaksanakan pelbagai kursus atau bengkel pada luar waktu
kuliah dengan menekankan ilmu pedagogi bahasa Melayu seperti kaedah, pendekatan dan
teknik berpusatkan murid yang berkesan dan menarik. Tuntasnya, terdapat pelbagai alternatif
yang boleh diambil oleh KPM bagi memastikan bahawa semua guru bahasa Melayu benar-
benar menguasai pengetahuan dan kemahiran berkaitan kaedah, pendekatan dan teknik
berpusatkan murid lantas dapat melaksanakannya secara optimum dan berkesan di dalam
bilik darjah.
Pengkaji juga mencadangkan agar pihak sekolah terutamanya pentadbir, iaitu guru
besar sentiasa melakukan pencerapan ke atas pengajaran guru bahasa Melayu. Hal ini
bertujuan untuk memastikan agar pelaksanaan proses PdP berpusatkan murid oleh guru
bahasa Melayu adalah bersesuaian dan berkesan untuk penyerapan ilmu dalam kalangan
murid. Dalam konteks ini, pencerapan perlulah dilakukan secara konsisten dari masa ke masa
bagi membolehkan pentadbir melakukan penilaian dan memberikan maklum balas kepada
guru sekiranya terdapat perkara yang perlu ditambah baik khususnya dari aspek penerapan
kaedah, pendekatan dan teknik berpusatkan murid. Melalui maklum balas tersebut, guru
bahasa melayu sudah tentu dapat melakukan penambahbaikan dalam pelaksanaan kaedah,
pendekatan dan teknik berpusatkan murid ke arah yang lebih berkesan dan berkualiti.
Seterusnya, guru bahasa Melayu juga perlulah memainkan peranan masing-masing
untuk melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran berkaitan pelaksanaan
kaedah, pendekatan dan teknik berpusatkan murid bagi pengajaran bahasa Melayu. Dalam
konteks ini, guru bahasa Melayu sewajarnya membuat penerokaan atau pembacaan kendiri
melalui bahan Internet mahupun bahan bercetak yang berkaitan. Selain itu, guru juga boleh
mewujudkan komuniti pembelajaran professional (PLC) di sekolah yang sentiasa
membincangkan amalan terbaik di dalam bilik darjah bahasa Melayu termasuklah

1540
pelaksanaan kaedah, pendekatan dan teknik berpusatkan murid. Dengan ini, sudah tentu guru
dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan pengajaran bahasa Melayu yang
berpusatkan murid lantas membolehkan guru tersebut untuk menjalankan proses PdP bahasa
Melayu yang berpusatkan murid dengan efektif.
Akhir sekali ialah cadangan kajian lanjutan, iaitu pengkaji akan datang disarankan
supaya melakukan pembaharuan dalam kajian ini dengan menggunakan pendekatan
kuantitatif dengan kaedah tinjauan yang melibatkan responden daripada sekolah yang
berbeza seperti Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Hal ini kerana, kebanyakan kajian lepas berkaitan
penggunaan kaedah, pendekatan dan teknik berpusatkan murid dalam kalangan guru hanya
menggunaan reka bentuk kajian kes dengan pendekatan kualitatif tanpa melibatkan
responden daripada sekolah yang berbeza. Melalui pemilhan responden serta lokasi kajian
yang berbeza, pengkaji akan dapat membuat perbandingan tentang pelaksanaan dan kesan
kaedah, pendekatan dan teknik berpusatkan murid terhadap tingkah laku murid berdasarkan
jenis sekolah. Tambahan pula, penggunaan kaedah tinjauan juga akan membolehkan pengkaji
untuk membuat generalisasi terhadap dapatan kajian yang dijalankan memandangkan
pelaksanaan kajian tinjauan dengan pendekatan kuantitatif ini akan melibatkan bilangan
responden dalam jumlah yang besar (Saiha, 2014). Dengan ini, pelaksanaan kajian yang
menggunakan reka bentuk tinjauan dan pendekatan kuantitatif ini akan membolehkan pengkaji
untuk melihat perbezaan amalan pengajaran berpusatkan murid dalam kalangan guru bahasa
Melayu serta tingkah laku murid terhadap proses PdP berpusatkan murid yang diikuti
mengikuti jenis sekolah.

RUJUKAN

Abdull Sukor Shaari, Mohd Izam Ghazali, Nurahimah Mohd Yusof & Mohd Isha Awang. (2016).
Amalan pedagogi berpusatkan pelajar dan masalah yang dihadapi guru-guru pelatih
program pensiswazahan guru untuk mengamalkan pedagogi berpusatkan pelajar semasa
praktikum. International Seminar on Generating Knowledge Through Research, 1, 599-
608. http://ojs.umsida.ac.id/index.php/icecrs

Alizah Lambri. (2016). Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berpusatkan pelajar di
universiti awam: pelaksanaan dan penerimaan pelajar. Journal of Global Business and
Entrepreneurship, 2(2), 31-43.

Creswell, J.W. (2012). Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating


Quantitative and Qualitative Research. (4th Ed). Boston: Pearson Education.

Divya Sighal. (2017). Understanding Student- Centered Learning and Philosophies of


Teaching Practices. International Journal of Scientific Research and Management
Studies, 5(2), 2321-3418. https://www.researchgate.net/publication/313698624

Ghazali Darusalam & Sufean Hussin. (2016). Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan:
Amalan dan Analisis Kajian. Penerbit Universiti Malaya.

1541
Hanim Paimin & Nur Aleyzan Ghazali. (2017). Pelaksanaan pembelajaran berpusatkan pelajar
di jabatan perdagangan.
http://www.pmm.edu.my/zxc/pustaka/writing/pmmfasa8/P.ILMIAH%202017-4.pdf

Kamarul Azmi Jasmi & Norhafizah Salleh. (2013). Pendekatan pengajaran dan pembelajaran
berpusatkan pelajar dalam kecemerlangan guru cemerlang pendidikan Islam dan guru di
sekolah menengah: satu kajian kes. Third International Conference in Islamic Education.
Universiti Teknologi Malaysia.

Malaysia, Kementerian Pendidikan. (2013). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia


2013-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Nurhayati Ishak. (2017). Buku Koleksi Penyelidikan Tindakan. IPG Kampus Batu Lintang.

Nur Salimah Alias. (2013). Persepsi guru terhadap pembelajaran koperatif. Conference:
International Conference on Public Policy and Social Science (ICoPS) 2013. Universiti
Teknologi Mara.
https://www.researchgate.net/publication/261000541_PERSEPSI_GURU_TERHADAP_
PEMBELAJARAN_KOPERATIF

Puvenesvary Muthiah, Sivabala Naidu, Mastura Badzis, Noor Fadhilah Mat Nayan, Radziah
Abdul Rahim & Noor Hashima Abdul Aziz. (2020). Qualitative Research Data Collection
and Data Analysis Techniques 2nd Edition. Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Saiha Mohamad Hussain. (2014). Keberkesanan pembelajaran koperatif untuk meningkatkan


motivasi pelajar dalam pembelajaran bahasa Melayu. Laporan Projek Ijazah Sarjana
Pendidikan Teknikal. University Tun Hussain Onn Malaysia.

Syed Ismail Syed Mustapa, Ismail Raduan & Bushro Ali. (2018). Asas Penyelidikan dalam
Pendidikan. Sasbadi Sdn. Bhd.

Tuan Jah Tuan Yusoff. (2011). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Penerbitan Multimedia.

Zamri Mahamod & Noor Aisyah Mohamad Noor. (2011). Persepsi guru tentang penggunaan
aplikasi multimedia dalam pengajaran komponen sastera bahasa Melayu. Journal of
Languages Studies, 11(3), 163-177. http://ejournal.ukm.my/gema/article/view/48/42

1542
PENGAPLIKASIAN TEKNIK SCAFFOLDING TERHADAP KEMAHIRAN LISAN DALAM
BAHASA MELAYU

Nurul Asma Husna binti Haidzir


asma09-944@epembelajaran.edu.my

Mahdi bin Shuid PhD


mahdi@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji tahap pengaplikasian teknik Scaffolding dalam kemahiran lisan
bahasa Melayu semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) kemahiran lisan dan meninjau
persepsi murid berkenaan keberkesanan penggunaan teknik Scaffolding terhadap kemahiran lisan
murid semasa PdP di kelas dan secara atas talian. Reka bentuk yang digunakan dalam kajian ini ialah
reka bentuk tinjauan dengan menggunakan pendekatan campuran iaitu pendekatan kuantitatif dan
kualitatif. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik dan senarai semak pemerhatian.
Instrumen soal selidik tersebut mengandungi 26 item manakala senarai semak pemerhatian mempunyai
22 aspek yang diperhatikan. Sampel kajian terdiri daripada 83 orang murid tahun lima daripada 105
orang populasi murid tahun lima secara keseluruhannya di sebuah sekolah rendah yang terletak di zon
Sentul, Kuala Lumpur. Data mentah yang diperolehi telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif
dan analisis tematik secara manual. Data statistik deskriptif tersebut melibatkan analisis kekerapan,
peratusan, skor min dan sisihan piawai. Dapatan kajian pula dipersembahkan dalam bentuk jadual dan
graf seperti carta pie dan histogram. Hasil dapatan mendapati bahawa tahap pengaplikasian teknik
Scaffolding dalam PdP kemahiran lisan bahasa Melayu adalah tinggi semasa pelaksanaannya secara
bersemuka di kelas dan secara atas talian. Purata skor min yang diperolehi ialah 3.39. Walaupun
demikian, dapatan pemerhatian mendapati bahawa terdapat beberapa aspek yang tidak dapat
diterapkan oleh guru secara atas talian disebabkan kekangan-kekangan tertentu terutama teknik
Scaffolding dengan bantuan murid mahir kepada murid kurang mahir. Selain itu, persepsi murid
berkenaan keberkesanan penggunaan teknik Scaffolding terhadap kemahiran lisan murid semasa PdP
pula menunjukkan persetujuan yang tinggi dalam kalangan responden dengan purata skor min bagi
keseluruhan item ialah 3.11. Hal ini membuktikan bahawa teknik Scaffolding yang diterapkan dalam
PdP bahasa Melayu sememangnya mampu meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran lisan
tersebut. Justeru, guru-guru disarankan untuk mengaplikasikan teknik Scaffolding ini dalam pengajaran
kemahiran lisan sama ada semasa PdP di dalam kelas mahupun secara atas talian yang dapat memberi
impak yang signifikan dalam meningkatkan penguasaan kemahiran lisan murid yang selanjutnya dapat
memberi kesan secara tidak langsung terhadap peningkatan akademik murid.
Kata Kunci : Teknik Scaffolding, tahap pengaplikasian, kemahiran lisan, Bahasa
Melayu.

ABSTRACT

This study was carried out to study the level of application of Scaffolding techniques in Malay
Language’s oral skills during teaching and learning sessions oral skills. This study also reviewed the
students' perception on the effective use of Scaffolding techniques in the oral skills of pupils during the
classroom and online. The design used in this study is the design of survey research methods using a
mixed approach of quantitative and qualitative approaches. The instruments used in this study are
questionnaires and observation checklists. The questionnaire consisted of 26 items while the
observation checklist had 22 aspects observed. The sample consisted of 83 out of 105 students in
standard five in total at a primary school in Sentul district, Kuala Lumpur. The raw data obtained was
analyzed by descriptive statistics and thematic analysis manually. The descriptive statistical data
involves the analysis of frequency, percentage, mean score and standard deviation. The findings were
presented in the form of tables and graphs such as pie charts and histograms. The results found that
the level of application of Scaffolding techniques in The Malay Language Library was high during its

1543
face-to-face implementation in class and online learning. The mean score average obtained was 3.39.
Nevertheless, observations found that there were some aspects that teachers could not apply during
online teaching due to certain constraints especially on Scaffolding techniques that skilled students help
the less proficient students. In addition, the perceptions’ pupils on the effectiveness of scaffolding
techniques in the oral skills of pupils during teaching and learning showed high approval by the
respondents with average mean score for the whole item was 3.10. This proved that Scaffolding
techniques applied in teaching and learning Malay Language can indeed improve the students' mastery
in the oral skills. Therefore, teachers are encouraged to apply Scaffolding techniques in teaching oral
skills either during the classroom or online learning which can have a significant impact to improve the
pupil's oral skills which can further indirectly affect the pupil's academic improvement.
Keywords : Scaffolding technique, application level, oral skills, Malay language.

PENGENALAN
Sesebuah unit masyarakat pasti mempunyai bahasanya yang tersendiri untuk saling
berhubung antara satu sama lain bagi menyatakan pandangan, hujahan, perkongsian
maklumat dan pendapat. Hal ini menunjukkan status kepentingan bahasa itu berada pada
tingkat yang tinggi dalam proses berkomunikasi untuk menciptakan hubungan dan pertalian
antara seseorang individu dalam sesebuah unit masyarakat (Hairun Najuwah & Hanis Najwa,
2019). Maka, tidak hairanlah sekiranya kurikulum pendidikan di Malaysia juga turut
mewajibkan Bahasa Melayu sebagai suatu mata pelajaran wajib lulus bagi melayakkan
seseorang calon memperolehi pengiktirafan sijil di peringkat pengajian rendah. Oleh itu, bagi
mempelajari dan menguasai bahasa Melayu, murid perlu terlebih dahulu mahir dalam
kemahiran berbahasa yang terkandung dalam bahasa Melayu.
Merujuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (2017), antara kemahiran bahasa
Melayu yang wajib dipelajari oleh murid bagi memperolehi kecekapan berbahasa berdasarkan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merangkumi kemahiran lisan selain daripada
kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran lisan ini telah diterapkan secara
formal dalam pengajaran bahasa Melayu bermula sejak sekolah rendah sehingga pada
peringkat sekolah menengah. Kepentingan kemahiran lisan terbukti apabila KPM telah
memperuntukkan selama 11 tahun untuk seseorang murid itu menguasai kemahiran lisan (Siti
Zamrah, 2015). Selanjutnya, menurut KPM (2017), kemahiran lisan ini telah diajarkan kepada
murid melalui pendekatan modular yang dilihat lebih sistematik dan teratur bagi memastikan
penguasaan kecekapan berbahasa yang baik dalam kalangan murid.
Kemahiran lisan terdiri daripada dua Modul Kemahiran iaitu Modul Kemahiran
Mendengar dan Modul Kemahiran Bertutur. Melalui Modul Kemahiran Mendengar, murid
diharapkan dapat mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara
yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan serta dapat memberikan respons dengan
baik. Manakala, melalui Modul Kemahiran Bertutur pula murid diharapkan dapat
berkomunikasi untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan
serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan
bertatasusila (KPM, 2017). Di samping itu, kemahiran bertutur pula memberikan penekanan

1544
kepada penggunaan tatabahasa yang betul. Kemahiran-kemahiran ini amat penting kerana
merujuk Peng dan Abdul Jalil (2008), kemahiran mendengar dan bertutur merupakan unsur
komunikasi yang tertua, terpenting dan paling kerap digunakan dalam pembelajaran bahasa.
Oleh yang demikian, pendidikan bahasa amat menitikberatkan kemahiran mendengar dan
bertutur. Hal ini juga dilakukan bagi mencapai matlamat yang dihasratkan oleh KPM (2020),
bagi melahirkan seorang individu yang seimbang daripada pelbagai aspek dan
berketerampilan dalam bahasa seperti mana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
PERNYATAAN MASALAH
Terdapat pelbagai kelemahan dan permasalahan yang boleh dikenal pasti semasa
pelaksanaan PdP kemahiran mendengar dan bertutur di dalam kelas. Berdasarkan analisis
yang dilakukan daripada beberapa kajian penyelidik terdahulu, didapati bahawa
permasalahan utama adalah murid kurang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur
disebabkan sikap guru yang terlalu mementingkan kemahiran membaca dan menulis sahaja
di dalam kelas. Kenyataan ini disokong oleh dapatan kajian Peng dan Abdul Jalil (2008),
terhadap 10 orang pelajar yang bersepakat menyatakan bahawa guru lebih gemar memberi
tumpuan yang lebih dalam aspek penulisan dan bacaan dibandingkan dengan aspek-aspek
lain.
Selanjutnya, merujuk Nora’azian dan Fadzilah (2018), murid tidak biasa dan berasa
kekok untuk bertutur secara formal dengan menggunakan linguistik dan fonetik yang betul
malahan, murid lebih cenderung menggunakan loghat, dialek masing-masing atau berbahasa
Inggeris untuk berkomunikasi. Hal ini disebabkan murid mengalami permasalahan kurang
permahaman terhadap ujaran atau bunyi yang dituturkan terutamanya murid bukan natif. Oleh
itu, murid lebih gemar menggunakan loghat, dialek mahupun bahasa ibunda masing-masing
dalam pertuturan harian mereka terutama semasa komunikasi di dalam kelas. Permasalahan
ini turut dijelaskan oleh Nora’azian dan Fadzilah (2018), bahawa kecenderungan murid
menggunakan loghat, dialek atau bahasa ibunda masing-masing disebabkan oleh alat
artikulasi murid tersebut sudah terbiasa dan terlatih menyebut bunyi dalam fonemik dan fonetik
loghat dan dialek masing-masing. Keadaan ini menyebabkan mereka mengalami gangguan
bawaan daripada dialek dan loghat sehingga berlakunya pertentangan bunyi bahasa ketika
mereka bertutur dalam bahasa Melayu. Di samping itu, tahap penguasaan kosa kata yang
terbatas dalam bahasa Melayu juga menyebabkan mereka tidak fasih bertutur dan lemah
dalam kemahiran lisan.
Seterusnya, Menurut Nora’azian dan Fadzilah (2018), dan Celinea dan Zamri (2018),
faktor permasalahan yang dapat diperhatikan dalam kemahiran lisan atau kemahiran
mendengar dan bertutur di kelas adalah faktor sikap murid yang lebih gemar bersikap pasif.
Murid hanya menerima dan mendengar sahaja isi pembelajaran daripada guru tanpa ada

1545
usaha untuk bertanya atau bersoal jawab dengan guru. Hal ini juga sependapat dengan kajian
yang dilakukan oleh Nur ‘Ashikin (2017), yang memperlihatkan bahawa masalah utama dalam
kemahiran mendengar dan bertutur ialah murid kurang memberi respon yang positif dan lebih
gemar menjadi pendengar yang pasif sewaktu PdP kemahiran lisan dijalankan di kelas.
Manakala, Peng dan Abdul Jalil (2008), pula berpandangan bahawa permasalahan
dalam kemahiran lisan juga disebabkan oleh sikap murid yang permalu, kurang yakin dan
sering melakukan kesalahan dari aspek pertuturan semasa berkomunikasi. Murid tidak
mengujarkan dan menggunakan kemahiran lisan dengan betul malah, sering melakukan
kesalahan dalam pertuturan seperti tidak lancar, gagap, suara yang tidak jelas dan pelahan
serta tidak menjawab soalan. Maka, dapat disimpulkan bahawa kekurangan keyakinan dalam
diri murid dan sikap murid tersebut yang tidak ingin melibatkan diri dalam PdP menjadi antara
punca berlakunya kegagalan murid untuk bertutur dengan mahir dan fasih ketika di dalam
kelas.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini secara khususnya menyasarkan dua objektif utama kajian iaitu:
1. Mengenal pasti tahap pengaplikasian teknik Scaffolding dalam kemahiran lisan bahasa
Melayu semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP)
2. Mengenal pasti persepsi murid berkenaan keberkesanan penggunaan teknik Scaffolding
terhadap kemahiran lisan bahasa Melayu murid.

SOALAN KAJIAN
Kajian yang akan dilakukan ini memberi fokus untuk menjawab persoalan-persoalan yang
berikut;
1. Apakah tahap pengaplikasian teknik Scaffolding dalam kemahiran lisan bahasa Melayu
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP)?
2. Apakah persepsi murid berkenaan keberkesanan penggunaan teknik Scaffolding
terhadap kemahiran lisan murid?

METODOLOGI
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan deskriptif. Kajian tinjauan deskriptif dipilih
sebagai reka bentuk kajian kerana reka bentuk ini amat bersesuaian digunakan untuk
membuat generalisasi terhadap sesuatu populasi dalam kuantiti responden yang ramai
dengan durasi masa yang singkat (Thalahuddin, 2016; Afandi, Nik Mohd Rahimi dan Harun,
2019). Kajian ini juga menggunakan pendekatan kaedah campuran (mixed method) yang
melibatkan kedua-dua pendekatan iaitu pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Melalui
pendekatan tersebut, instrumen soal selidik dan senarai semak disediakan sebagai alat
pengukuran data.

1546
Manakala, populasi kajian ini melibatkan 105 orang murid tahun lima (5) yang terdiri
daripada tiga buah kelas di sebuah sekolah rendah yang terletak di zon Sentul, Kuala Lumpur.
Sampel dipilih daripada populasi tersebut dengan menggunakan kaedah pensampelan
kebarangkalian iaitu persampelan rawak berlapis (strata). Manakala, untuk responden kajian
bagi kaedah pemerhatian pula, 20 orang responden daripada 83 orang responden soal selidik
akan dipilih untuk diperhatikan semasa sesi PdP secara atas talian melalui aplikasi Google
Meet. Pemilihan sampel dilaksanakan melalui persampelan mudah iaitu pengkaji akan memilih
mana-mana 20 orang responden yang terlibat secara langsung dalam dalam PdP atas talian
tersebut untuk diperhatikan.
Instrumen bagi kajian ini ialah soal selidik dan borang senarai semak pemerhatian.
Kedua-dua instrumen yang digubal ini juga telah mendapatkan kesahan dan
kebolehpercayaan untuk menjalankan kajian. Kesahan merujuk Ary, Jacobs dan Sorensen
(2010), bermaksud takat sesuatu alat ukuran penyelidikan itu benar-benar menyukat
pemboleh ubah yang diukur manakala, kebolehpercayaan pula merujuk Mohd Najib (2003),
ialah konsistensi responden dalam memberi jawapan.
Bagi memperolehi kesahan terhadap kajian, pengkaji telah membuat kesahan
kandungan dan kesahan muka dengan mendapatkan pengesahan daripada panel-panel
pakar yang merupakan pensyarah di Institut Pengajian Guru Kampus Bahasa Melayu. Barisan
panel pakar tersebut terdiri daripada pakar bidang kajian, pakar bahasa Melayu dan pakar
metodologi. Daripada pengesahan tersebut, pengkaji telah memperolehi dapatan hasil analisis
persetujuan pakar berkenaan instrumen kajian bagi aspek kesahan muka dan kesahan
kandungan. Kedua-dua kriteria tersebut memperolehi purata CVI 1. Nilai purata CVI bagi
kedua-dua aspek kesahan tersebut lebih besar daripada 0.8 (CVI ≥ 0.80) dan ini menunjukkan
bahawa setiap item di bawah kesahan muka dan kandungan ini mempunyai kesahan yang
baik dan diterima untuk digunakan (Davis 1992). Oleh yang demikian, instrumen ini sesuai
digunakan untuk menjawab persoalan kajian yang akan dikaji.
Bagi kesahan kualitatif iaitu kaedah pemerhatian, pengkaji telah melaksanakan proses
pengesahan dapatan kajian. Melalui proses ini, pengkaji telah menyerahkan kembali hasil
dapatan dan data pemerhatian kepada wakil responden kajian. Wakil responden kajian telah
melaksanakan sesi semakan bagi setiap data yang diberikan oleh pengkaji serta menilai sama
ada data tersebut selari dengan yang dilakukan semasa pemerhatian. Hal ini dilaksanakan
kerana menurut Kamarul Azmi (2012), pengesahan dengan tandatangan terhadap data yang
dikutip dapat meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan terhadap data kualitatif.
Manakala, bagi kebolehpercayaan pula pengkaji telah mengira nilai Cronbach’s Alpha
bagi memastikan setiap item di dalam soal selidik benar-benar mengukur konstruk kajian
selepas hasil kajian rintis diperolehi (Creswell 2012). Oleh yang demikian, setelah

1547
menjalankan kajian rintis di sekolah, pengkaji memperolehi dapatan bagi nilai Alpha’s
Cronbach soal selidik adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah
Jadual 1
Nilai kebolehpercayaan (Cronbach’s Alpha) bagi kajian rintis
Konstruk Nilai Bilangan
Cronbach’s Item
Alpha
Bahagian B : Tahap Pengaplikasian 0.834 7
Teknik
Scaffolding
Bahagian C : Persepsi murid terhadap 0.933 14
keberkesanan
teknik Scaffolding dalam
Kemahiran Lisan
Keseluruhan item 0.940 21

Nilai Alpha Cronbach’s yang diperolehi bagi konstruk Bahagian B ialah 0.834 manakala
bagi konstruk Bahagian C pula ialah 0.933. Berdasarkan jadual Interpretasi Skor Alpha-
Cronbach oleh Hashimah, Mohd Isa dan Shahlan (2018), menyatakan bahawa nilai
Cronbach’s Alpha bagi kedua-dua kontruk tersebut berada pada tahap sangat baik, efektif,
tahap konsistensi yang tinggi. Selanjutnya, pengkaji juga mendapatkan nilai Cronbach’s Alpha
bagi keseluruhan item dalam instrumen soal selidik. Dapatan yang diperolehi menunjukkan
bacaan nilai Cronbach’s Alpha yang tinggi iaitu 0.940. Hal ini membuktikan bahawa semua
item dalam instrumen ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik dan berada dalam julat
nilai yang diterima (accepted range). Oleh yang demikian, tiada item yang digugurkan.
Manakala, kebolehpercayaan bagi pendekatan kualitatif iaitu pemerhatian dilakukan
dengan menggunakan konsep triangulasi data dengan menggunakan ukuran kesetaraan dan
kestabilan (equivalent and stability form) untuk memperkukuhkan kebolehpercayaan kajian
(Syed Ismail, Ismail & Bushro 2018). Pengkaji telah melaksanakan tiga kali sesi pemerhatian
untuk membandingkan data bagi setiap pemerhatian tersebut. Sekiranya, ketiga-tiga siri
pemerhatian tersebut melihat satu kriteria yang sama maka, hal ini bermaksud bahawa kaedah
pemerhatian tersebut mempunyai kebolehpercayaaan yang tinggi.
Selanjutnya, prosedur pengumpulan data juga dilakukan oleh responden bagi
melancarkan proses pengumpulan data (Syed Ismail et. al, 2018). Setelah memohon surat
kebenaran dan berjaya mendapat kebenaran dari guru besar, borang soal selidik diedarkan
kepada responden kajian dengan menggunakan aplikasi Google Form melalui pautan yang
diberikan oleh pengkaji. Sementara itu, pengkaji akan bekerjasama dengan para guru bahasa
Melayu tahun lima untuk menjalankan pemerhatian semasa sesi PdP kemahiran lisan secara
atas talian dengan menggunakan aplikasi Google Meet. Setelah segalanya berjalan lancar,

1548
data mentah iaitu soal selidik murid dan rekod video pengajaran guru tersebut akan diproses
terlebih dahulu untuk mendapatkan kesahan kajian.
Selanjutnya, pengkaji juga telah menjalankan prosedur penganalisisan data bagi kajian
ini. Syed Ismail, et.al (2018), penganalisisan data merupakan suatu proses memeriksa,
membersih, mentransformasikan dan membina model data yang diperolehi. Data kajian
tersebut akan diproses mengikut dua kaedah memandangkan kajian ini menggunakan
pendekatan kaedah campuran (mixed method). Kaedah pertama yang digunakan untuk
pendekatan kuantitatif ialah penganalisisan data secara analisis deskriptif. Melalui analisis
deskriptif ini, data telah dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 22.0. Pengkaji
menggunakan statistik deskriptif jenis ukuran kecenderungan memusat dan ukuran
kebolehpercayaan yang terdiri daripada mod, min, sisihan piawai, julat, frekuensi dan
peratusan.
Selanjutnya, pengkaji juga menggunakan kaedah pemerhatian dalam pengumpulan
data. Oleh itu, data yang diperolehi daripada rakaman pemerhatian iaitu rakaman video
Google Meet dan catatan yang dilakukan akan dianalisis secara berfokus untuk menjawab
persoalan kajian. Senarai semak yang digunakan dalam pemerhatian juga akan dianalisis
bersama-sama rakaman untuk membuat perbandingan dan memastikan bahawa terdapat
kriteria atau tingkah laku yang sama. Setelah data diperolehi, pengkaji akan
menginterpretasikan data-data tersebut secara analisis tematik yang dilakukan secara
manual. Kesemua data yang diperolehi ini akan dipersembahkan dalam bentuk jadual.

DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian ini akan menjawab dua objektif dan persoalan kajian yang telah dibina pada
permulaan kajian, iaitu mengenal pasti tahap pengaplikasian teknik Scaffolding dalam
kemahiran lisan bahasa Melayu semasa sesi PdP dan mengenal pasti persepsi murid
berkenaan keberkesanan penggunaan teknik Scaffolding terhadap kemahiran lisan bahasa
Melayu bagi murid tahun lima.
Dapatan kajian berkenaan tahap pengaplikasian teknik Scaffolding dapat dinilai
berdasarkan interpretasi skor min. Lihat Jadual 2 di bawah.
Jadual 2
Interpretasi Skor Min
Skor Min Interpretasi / Tahap

1.00 - 2.00 Rendah


2.01 - 3.00 Sederhana
3.01 - 4.00 Tinggi

1549
Hasil dapatan skor min yang diperolehi oleh setiap item akan dirujuk kepada Jadual 2 di atas
bagi melabelkan tahap bagi setiap min. Dapatan kajian ditunjukkan pada Jadual 3 dibawah

Jadual 3
Deskriptif Statistik Konstruk B (Tahap Pengaplikasian Teknik Scaffolding)

Bil Variable (item) Min Sisihan Tahap


Piawai

1. B1. Saya pernah ditunjuk ajar cara 3.33 0.665 Tinggi


melaksanakan persembahan atau
perbentangan oleh rakan atau guru di dalam
kelas.

2. B2. Saya pernah dibimbing oleh guru atau 3.60 0.604 Tinggi
rakan-rakan ketika tidak memahami sesuatu
perkara yang dibincangkan.

3. B3. Saya pernah berlatih dengan rakan- 3.43 0.588 Tinggi


rakan semasa melakukan aktiviti seperti
persembahan atau pembentangan di dalam
kumpulan.

4. B4. Saya pernah diajar oleh guru atau rakan 3.28 0.704 Tinggi
saya untuk menjawab soalan secara lisan.

5. B5. Saya pernah berbincang dengan rakan 3.36 0.708 Tinggi


yang lebih pandai atau guru saya untuk
menjalankan aktiviti lisan seperti
persembahan atau pembentangan.

6. B6. Saya pernah diberikan latihan lisan 3.30 0.639 Tinggi


yang mudah sebelum menerima latihan
lisan yang lebih susah.

7. B7. Saya pernah belajar dengan kawan atau 3.46 0.631 Tinggi
guru saya untuk mahir bercakap atau
menjawab soalan.

Jumlah 3.39 0.437 Tinggi

Jadual 3 di atas menunjukkan nilai min, sisihan piawai dan tahap bagi setiap item yang
terkandung dalam kontruk B tahap pengaplikasian teknik Scaffolding. Secara keseluruhannya
dapat dilihat bahawa setiap item pada konstruk B berada pada tahap yang tinggi. Antara
ketujuh-tujuh item tersebut, Item B2 menunjukkan nilai min tertinggi iaitu 3.60 dan sisihan
piawai 0.604 berbanding nilai min item-item lain. Hal ini menunjukkan bahawa pengaplikasian
teknik Scaffolding yang diterapkan melalui bimbingan oleh guru atau rakan ketika tidak
memahami sesuatu perkara semasa perbincangan merupakan aktiviti dan teknik yang kerap
dilaksanakan oleh murid semasa PdP di kelas.

1550
Secara keseluruhannya, dapatan kajian membuktikan bahawa tahap pengaplikasian
teknik Scaffolding ini berada pada tahap tinggi. Hal yang demikian kerana purata skor min
yang diperoleh ialah 3.39 dengan sisihan piawai 0.437. Berpandukan Jadual 2, nilai min
tersebut berada dalam julat 3.01 hingga 4.00 yang bermaksud tahap tinggi. Oleh itu dapat
disimpulkan bahawa tahap pengaplikasian teknik Scaffolding dalam Kemahiran lisan bahasa
Melayu berada pada tahap yang tinggi. Hal ini bermaksud bahawa sememangnya teknik ini
kerap diaplikasikan kepada murid dalam PdP kemahiran lisan di kelas.
Selanjutnya, bagi menyokong dapatan daripada soal selidik tersebut, pengkaji juga
telah menjalankan kaedah pemerhatian kepada responden kajian yang melibatkan beberapa
siri pemerhatian. Pemerhatian dilakukan dengan memerhatikan sejauh mana responden
diberikan bimbingan secara Scaffolding dalam kelima-lima langkah pengajaran guru bahasa
Melayu yang bermula dengan set induksi, langkah satu, langkah dua, langkah tiga dan
penutup. Kekerapan tersebut dikira peratusannya dan kemudian dirujuk kepada jadual
interpretasi tahap berdasarkan peratusan pada Jadual 4 di bawah.
Jadual 4
Interpretasi tahap berdasarkan peratusan

Peratusan (%) Tahap Pengaplikasian


1.0 - 33.3 Rendah
33.4 – 66.7 Sederhana
66.8 – 100 Tinggi

Oleh itu, Dapatan daripada pemerhatian bagi menjawab soalan satu tersebut ditunjukkan pada
Jadual 5 di sebelah.
Jadual 5
Dapatan Pemerhatian Tahap Pengaplikasian Teknik Scaffolding

Item Tema Sesi Kekerapan Peratusan Tahap


(%)
PA1. Guru mendemonstrasikan 1 ///// 5/5 15 Tinggi
15
x 100
sesuatu tugasan lisan 2 ///// 5/5
kepada murid (modelling).
= 100%
3 ///// 5/5
PA2. Guru memberi penerangan 1 ///// 5/5 15 Tinggi
x 100
15
ringkas cara-cara atau
langkah-langkah untuk 2 ///// 5/5
= 100%
menyelesaikan tugasan lisan. 3 ///// 5/5
PA3. Guru bertanya soalan 1 ///// 5/5 15 Tinggi
x100
15
selepas sesi PdP untuk
2 ///// 5/5 = 100%

1551
memastikan kefahaman 3 ///// 5/5
murid.
PA4. Guru mengajar 1 /// 3/5 9 Sederhana
15
x 100
menggunakan bahan
pengajaran dan latihan oleh 2 /// 3/5
= 60 %
guru kepada murid mengikut 3 /// 3/5
tahap dan secara fading
PA7. Guru dan murid berbincang 1 //// 4/5 11 Tinggi
x 100
15
sebelum pelaksanaan aktiviti 2 //// 4/5
lisan (intersubjektiviti)
= 73%
3 /// 3/5

Jadual 5 di atas menunjukkan bahawa teknik Scaffolding sememangnya diaplikasikan dan


diterapkan dalam PdP kemahiran lisan bahasa Melayu. Berdasarkan pemerhatian dijalankan
secara atas talian, pengkaji mendapati bahawa teknik Scaffolding yang kerap diterapkan
kepada murid ialah pemberian bantuan daripada guru sebagai Scaffolder berbanding bantuan
daripada murid mahir kepada responden. Hal ini bermakna, responden yang kesulitan untuk
mencapai objektif PdP akan menerima bimbingan dan bantuan pengajaran daripada guru
berbanding daripada murid mahir yang telah menguasai objektif. Hal ini dapat dibuktikan
dengan merujuk kepada aspek yang diperhatikan. Kelima-lima aspek iaitu aspek PA1, PA2,
PA3, PA4 dan PA7 tersebut mengarah kepada guru yang bertindak sebagai Scaffolder.
Manakala, dua aspek yang berkaitan bantuan daripada murid mahir iaitu aspek PA5 dan PA6
tidak diterapkan kepada responden semasa sesi pemerhatian dijalankan.
Secara keseluruhan, setiap aspek pengaplikasian teknik Scaffolding ini
sememangnya diterapkan dalam kemahiran lisan bahasa Melayu namun, tahap kekerapan
pengaplikasiannya berbeza mengikut aspek yang diperhatikan. Berdasarkan Jadual 5,
pengkaji mendapati bahawa daripada kelima-lima aspek tersebut, tiga daripadanya iaitu PA1
(100%), PA2 (100%) dan PA3 (100%) berada pada tahap pengaplikasian yang tinggi
manakala dua aspek lagi iaitu PA4 (60%) dan PA7 (73%) pula berada pada tahap
pengaplikasian yang sederhana. Hal ini membuktikan bahawa tahap pengaplikasian teknik
Scaffolding ini berada pada tahap tinggi dan sederhana dalam pengajaran kemahiran lisan
secara atas talian.
Dapatan kajian bagi konstruk C adalah untuk menjawab persoalan kajian kedua
tentang persepsi murid berkenaan keberkesanan penggunaan teknik Scaffolding terhadap
kemahiran lisan. Berdasarkan soal selidik yang dijalankan, pengkaji telah memilih empat skala
likert iaitu sangat tidak bersetuju (STS), tidak setuju (TS), setuju (S), sangat setuju (SS).
Berdasarkan keempat-empat skala likert tersebut pengkaji akan mengelompokkan skala likert
STS dan TS dalam kelompok “tidak setuju” manakala S dan SS pula dikelompokkan sebagai
“setuju” Oleh itu, Jadual 6 di bawah menunjukkan dapatan kajian bagi konstruk C soal selidik.

1552
Jadual 6
Statistik Deskriptif Bahagian C

Bil Item/ Kenyataan STS TS S SS Min Sisihan


. Bil. Bil. (%) Bil. (%) Bil. (%) Piawai
(%)
1. C1. Saya dapat 3 1 29 50 3.52 0.705
mendengar pertanyaan (3.6) (1.2) (34.9) (60.2)
atau perkataan yang
diperkatakan oleh guru
dan rakan-rakan
dengan baik.
2. C2. Saya dapat 1 8 49 25 3.18 0.647
memahami setiap (1.2) (9.6) (59.0) (30.1)
soalan yang dengari
dan mampu memberi
jawapan terhadap
soalan tersebut
(respon).

3. C3. Saya dapat 4 20 38 21 2.92 0.829


menceritakan semula (4.8) (24.1) (45.8) (25.3)
apa yang saya dengar
kepada guru dan rakan-
rakan.

4. C4. Saya dapat 2 14 49 18 3.00 0.698


menyatakan isi atau (2.4) (16.9) (59.0) (21.7)
ayat tersurat
berdasarkan apa yang
saya dengari.

5. C5. Saya dapat 3 15 45 20 2.99 0.757


memahami isi atau ayat (3.6) (18.1) (54.2) (24.1)
tersirat berdasarkan
apa yang saya dengari.

6. C6. Saya dapat 0 5 39 39 3.41 0.606


melaksanakan setiap (0.0) (6.0) (47.0) (47.0)
arahan yang didengari
daripada guru.

1553
7. C7. Saya dapat 3 9 45 26 3.13 0.745
mengingati apa yang (3.6) (10.8) (54.2) (31.3)
telah saya dengari
daripada guru atau
rakan-rakan.
8. C8. Saya boleh bertutur 0 11 44 28 3.20 0.658
dan bercakap dengan (0.0) (13.3) (53.0) (33.7)
ayat yang betul.

9. C9. Saya boleh bertutur 4 16 30 33 3.11 0.884


dan bercakap dengan (4.8) (19.3) (36.1) (39.8)
intonasi yang betul.

10. C10. Saya boleh 4 17 35 27 3.02 0.855


bertutur atau bercakap (4.8) (20.5) (42.2) (32.5)
dengan lancar tanpa
gagap atau teragak-
agak.

11. C11. Saya boleh 5 9 33 36 3.20 0.866


bertutur atau bercakap (6.0) (10.8) (39.8) (43.4)
tanpa bunyi loghat dan
dialek.

12. C12. Saya boleh 6 16 38 23 2.94 0.874


bercakap atau (7.2) (19.3) (45.8) (27.7)
berbicara tanpa rasa
takut dan gugup ketika
di dalam kelas.

13. C13. Saya boleh 3 18 41 21 2.96 0.788


memberi idea atau (3.6) (21.7) (49.4) (25.3)
pendapat sekiranya
ditanya oleh guru.

14. C14. Saya mampu 5 21 36 21 2.88 0.861


bercakap secara (6.0) (25.3) (43.4) (25.3)
spontan sekiranya
ditanya oleh guru.

Jumlah 3.11 0.523

Berdasarkan Jadual 6 di atas jelaslah bahawa 14 item bagi konstruk C menunjukkan bahawa
kebanyakan responden bersetuju dengan persepsi bahawa pengaplikasian teknik Scaffolding
ini dapat meningkatkan kemahiran lisan mereka. Hal ini kerana peratusan responden yang

1554
memilih skala likert S dan SS untuk 14 item tersebut lebih tinggi daripada peratusan responden
yang memilih skala likert TS dan STS. Hal ini jelas membuktikan bahawa kebanyakan
responden sememangnya bersetuju dengan kenyataan bahawa teknik Scaffolding amat
membantu murid dalam meningkatkan penguasaannya dalam kemahiran lisan.

Selanjutnya, secara keseluruhan, dapatan kajian ini menerima persetujuan yang tinggi
responden berkenaan keberkesanannya dalam kemahiran lisan bahasa Melayu. Hal ini dilihat
berdasarkan kepada purata nilai min yang diperolehi bagi konstruk C iaitu persepsi murid
terhadap keberkesanan teknik Scaffolding. Didapati bahawa purata skor min bagi keseluruhan
item ialah 3.11 dengan sisihan piawai 0.523. Merujuk kepada jadual Deskriptif min, min yang
diperolehi berada pada tahap tinggi.

Bagi menyokong hasil dapatan soal selidik tersebut, pengkaji telah menjalankan
kaedah pemerhatian kepada responden kajian untuk memerhati tingkah laku responden
secara atas talian. Tingkah laku responden akan menunjukkan sejauh mana persepsi
responden terhadap keberkesanan teknik Scaffolding ini dalam kemahiran lisan bahasa
Melayu. Jadual 7 di bawah menunjukkan hasil dapatan daripada pemerhatian yang dilakukan.

Jadual 7
Dapatan Pemerhatian Persepsi Keberkesanan Teknik Terhadap Kemahiran Lisan

Bil Aspek Pemerhatian Bil. Peratusan


Menguasai (%)

1. PB1. Murid dapat mendengar dengan baik 20/20 100%


2. PB2. Murid dapat memahami dan memberi respons 20/20 100%
terhadap
sesuatu yang didengari
3. PB4. Murid dapat memahami ayat tersurat 20/20 100%
berdasarkan
pernyataan yang didengari
4. PB6. Murid dapat melaksanakan arahan yang 18/20 90%
didengari
5. PB7. Murid dapat mengingati pernyataan yang 20/20 100%
didengari
6. PB8. Murid dapat bercakap dengan ayat yang betul 20/20 100%
7. PB9. Murid dapat bercakap dengan intonasi yang 14/20 70%
betul.
8. PB10. Murid dapat bercakap dengan lancar tanpa 18/20 90%
gagap dan
teragak-agak
9. PB11. Murid dapat bercakap tanpa bunyi loghat dan 20/20 100%
dialek

1555
10. PB12. Murid dapat berbicara tanpa rasa takut dan 20/20 100%
gugup
11. PB13. Murid mampu menyatakan idea atau pendapat 7/10 35%
dengan betul
12. PB14. Murid mampu bertutur dengan spontan 20/20 100%

Berdasarkan Jadual 7 di atas, dapat dilihat bahawa daripada empat belas aspek yang
diperhatikan oleh responden, hanya 12 aspek sahaja yang dilihat memberikan peningkatan
kepada responden dalam kemahiran lisan bahasa Melayu. aspek tersebut ialah PB1, PB2,
PB3, PB7, PB8, PB11, PB12 dan PB14. Kelapan-lapan aspek ini mempunyai peratusan yang
tertinggi iaitu 100% yang bermaksud bahawa 20 daripada 20 orang responden telah
menunjukkan peningkatan dalam tingkah laku lisan pada aspek-aspek tersebut berbanding
aspek lain seperti item PB6 dan PB10 yang masing-masing memperolehi peratusan sebanyak
90% iaitu seramai 18 daripada 20 orang responden menunjukkan peningkatan tingkah laku
lisan tersebut. Selanjutnya, aspek PB9 pula mempunyai peratusan 70% yang bermaksud 14
daripada 20 orang responden sahaja yang berjaya menunjukkan tingkah laku lisan tersebut.
Selanjutnya, PB12 pula mempunyai peratusan terendah iaitu 35%. Hal ini bermakna aspek
dalam PB12 tersebut hanya berjaya ditunjukkan oleh tujuh orang daripada 20 orang
responden kajian sahaja.
Oleh itu, berdasarkan pemerhatian yang dijalankan jelaslah bahawa teknik Scaffolding
sememangnya membantu dalam meningkatkan kemahiran lisan murid walaupun tidak secara
total namun, secara pelahan-lahan prestasi murid dalam kemahiran lisan dapat
dipertingkatkan dengan lebih baik.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


Berdasarkan analisis dapatan yang telah dilakukan menunjukkan bahawa tahap
pengaplikasian teknik Scaffolding dalam Kemahiran lisan bahasa Melayu adalah tinggi bagi
ketujuh-tujuh item yang telah diuji dalam soal selidik. Hal ini dibuktikan apabila ketujuh-tujuh
item yang diuji menunjukkan nilai min yang berada pada tahap tinggi di sekitar julat 3.01- 4.00.
Dapatan kajian ini sejajar dengan kajian Maznah (2017). Kajian beliau menunjukkan
pengaplikasian teknik Scaffolding yang tinggi oleh kelima-lima responden beliau yang terdiri
dalam kalangan guru terutama dalam aspek penetapan strategi interaksi berkesan dalam
penggunaan bahasa. Dalam kajian beliau juga turut menegaskan kepentingan sokongan dan
bantuan secara Scaffolding untuk diterapkan oleh guru terhadap murid dalam usaha
meningkatkan pencapaian dan kemahiran murid dalam kemahiran lisan.
Berdasarkan kajian ini juga, pengkaji mendapati bahawa pelaksanaan pembelajaran
atas talian menyebabkan pengaplikasian teknik Scaffolding yang melibatkan interaksi dan
kolaborasi antara murid dengan murid kurang mahir secara koperatif adalah kurang

1556
diaplikasikan berbanding semasa PdP bersemuka di kelas. PdP yang dijalankan secara atas
talian kebanyakannya menerapkan teknik Scaffolding yang berupakan bantuan guru kepada
murid sahaja. Hal ini disebabkan oleh kekangan dan faktor lain yang menyukarkan
pengaplikasian teknik tersebut dijalankan kepada murid. Dapatan ini diperoleh untuk mengisi
kelompangan kajian lepas di samping mencari kelainan dalam kajian dengan melaksanakan
kajian secara atas talian. Hal ini kerana kebanyakan kajian lepas hanya memfokuskan kepada
keberkesanan teknik Scaffolding yang dijalankan secara bersemuka di kelas sahaja.
Dapatan kajian soalan kedua iaitu persepsi murid berkenaan keberkesanan
penggunaan teknik Scaffolding terhadap kemahiran lisan menunjukkan bahawa kebanyakan
responden bersetuju bahawa teknik Scaffolding ini amat berkesan dalam meningkatkan
penguasaan dalam kemahiran lisan. Dapatan soal selidik menunjukkan bahawa kesemua item
iaitu 14 item yang diuji memperlihatkan bahawa responden yang bersetuju dengan kenyataan
14 item tersebut adalah lebih tinggi berbanding dengan reponden yang tidak bersetuju. Selain
itu, merujuk kepada purata nilai min bagi 14 item tersebut didapati bahawa purata skor min
bagi keseluruhan item ialah 3.11 dengan sisihan piawai 0.523 yang berada pada tahap tinggi.
Dapatan kajian pemerhatian juga adalah selari dengan dapatan soal selidik.
Berdasarkan dapatan pemerhatian yang dijalankan kepada 20 responden tersebut mendapati
bahawa 14 aspek yang dilihat pada tingkah laku responden menunjukkan bahawa teknik
Scaffolding ini amat membantu dalam meningkatkan penguasaan dan kemahiran lisan murid.
Peratusan murid yang dapat menguasai keempat belas aspek tersebut adalah tinggi
berbanding murid yang tidak menguasai 14 aspek tersebut. Dapatan ini juga selaras dengan
dapatan kajian yang dijalankan oleh Abdelshaheed (2019), yang menggunakan strategi
Scaffolding melalui pemberian sokongan sementara dalam membantu meningkatkan
kemahiran lisan (oral) pelajar. Hasil kajian beliau menunjukkan bahawa strategi Scaffolding
adalah sangat berkesan berdasarkan nisbah keberkesanannya adalah 1.06. Dapatan beliau
juga menunjukkan bahawa penggunaan strategi Scaffolding dalam pengajaran kemahiran
lisan sangat berguna untuk diterapkan dalam PdP.
Selain itu, dapatan kajian yang diperolehi juga adalah selaras dengan kajian yang
dijalankan oleh Citra dan Fati (2016). Kajian beliau memberi fokus terhadap penggunaan
kaedah Scaffolding dalam proses meningkatkan kemampuan berbahasa lisan murid melalui
penggunaan media gambar. Hasil dapatan beliau mendapati bahawa ujian formatif yang
dijalankan menunjukkan peningkatan yang amat ketara berbanding ujian lepas. Hal ini
membuktikan bahawa tenik Scaffolding dalam pengajaran bahasa lisan pelajar menggunakan
gambar amat membantu dalam meningkatkan penguasaan kemahiran lisan serta memberikan
kesan yang positif terhadap murid.
Selanjutnya, dapatan kajian yang diperolehi ini memberikan pelbagai implikasi,
terutama implikasi terhadap pengetahuan, praktikal dan teori. Hasil kajian ini memberikan

1557
implikasi pengetahuan kepada guru terutama dalam mempelbagaikan kaedah, teknik dan
strategi pengajaran yang boleh diterapkan dalam PdP bagi meningkatkan penguasaan murid
dalam kemahiran lisan bahasa Melayu. Pengetahuan berkenaan teknik Scaffolding ini juga
boleh digunakan oleh guru untuk mempelbagaikan teknik pengajaran di dalam kelas. Hal ini
kerana berdasarkan dapatan kajian, kebanyakan guru masih lagi terikat dengan pendekatan
tradisional yang hanya melibatkan komunikasi sehala semata-mata. Penggunaan pendekatan
tradisional dianggap kurang berkesan untuk meningkatkan kemahiran lisan murid. Hal ini
disebabkan guru kurang pengetahuan untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran
yang berkesan. Oleh itu, kajian ini dapat meningkatkan pengetahuan guru tentang teknik
Scaffolding yang boleh dilaksanakan semasa PdP dalam usaha merangsang dan
menggalakkan murid untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan berkesan yang sekaligus
meningkatkan kemahiran lisan mereka dalam PdP.
Selanjutnya, kajian ini juga memberi implikasi terhadap praktikal. Kajian yang telah
dijalankan ini sememangnya mampu menambah baik amalan pengajaran guru semasa di
dalam kelas mahupun semasa PdP secara atas talian terutama dalam usaha meningkatkan
penguasaan murid dalam kemahiran lisan. Hal ini kerana dapatan kajian menunjukkan
bahawa kebanyakan guru hanya menekankan kaedah koperatif melalui pembincangan antara
murid dalam penerapan teknik ini semasa proses PdP secara secara langsung di kelas.
Namun, apabila kajian dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Google Meet, pengkaji
mendapati bahawa guru lebih banyak menggunakan kaedah tunjuk cara (modelling),
penerangan ringkas arahan dan bertanya soalan. Ketiga-tiga kaedah ini adalah melibatkan
pemberian bantuan oleh guru kepada murid semata-mata dan langsung tidak menerapkan
pemberian bantuan murid mahir kepada murid kurang mahir. Oleh itu, jelaslah bahawa
pengajaran guru hanya menerapkan sebahagian sahaja teknik Scaffolding mengikut situasi
PdP. Hal yang demikian disebabkan oleh kurangnya kemahiran guru berkenaan kaedah yang
boleh digunakan bagi menerapkan teknik Scaffolding tersebut. Kajian ini sedikit sebanyak
dapat membantu guru untuk menambah baik amalan pengajaran di dalam kelas terutama
dalam usaha mempelbagaikan kaedah dan teknik dengan penerapan teori Scaffolding ini.
Di samping itu, dapatan kajian ini juga memberi implikasi terhadap teori. Hal ini
demikian kerana Berdasarkan rujukan daripada kajian lepas, tidak banyak pengkaji yang
menggunakan kedua-dua teori iaitu teori Scaffolding dan teori Zon Perkembangan Proksimal
(ZPD) yang diperlopori oleh Vygotsky ini dalam kajian mereka. Walaupun kedua-dua teori ini
saling berkait namun, kebanyakan pengkaji hanya menggunakan salah satu daripada dua
teknik itu sama ada teori Scaffolding atau teori ZPD. kajian yang dilakukan ini diyakini dapat
mengisi kelompangan dan kekurangan kajian-kajian lalu yang turut mengaplikasikan teknik
Scaffolding ini. Walaupun ramai pengkaji yang mengkaji berkenaan teknik ini namun, masih
kurang yang menggunakan teori ini untuk menilai keberkesanan dalam kemahiran lisan

1558
bahasa Melayu begitu juga, dengan pengabungjalinan kedua-dua teori yang dipelopori oleh
Vygotsky tersebut. Oleh itu, amat diyakini bahawa kajian ini mampu mengisi kelompangan
kajian lalu sekaligus, memberi implikasi yang signifikan terhadap teori tersebut.
Dapatan kajian ini membuktikan keberkesanan teknik Scaffolding setelah
diaplikasikan oleh guru semasa PdP di dalam kelas. Dapatan kajian ini dibuktikan apabila
kebanyakan responden bersetuju bahawa teknik Scaffolding ini berupaya meningkatkan
kemahiran lisan mereka. Hal ini bermakna bahawa teknik ini sangat signifikan untuk diterapkan
kepada para guru di Malaysia. Oleh itu, pengkaji mencadangkan agar pihak KPM dapat
memainkan peranannya untuk mengadakan khusus-khusus kepada guru-guru bahasa Melayu
dalam usaha memberi pendedahan terhadap cara pengaplikasian teknik Scaffolding ini untuk
meningkatkan kemahiran lisan murid. Di samping itu, KPM juga perlu menggalakkan guru-
guru untuk melaksanakan kajian berkenaan kemahiran lisan bahasa Melayu pula berbanding
kemahiran-kemahiran lain melalui peluang membentangkan dan membukukan kajian mereka
dalam seminar dan kolokium yang boleh dianjurkan oleh pihak KPM.
Selain itu, pihak sekolah dicadangakan untuk meningkatkan penglibatan guru dalam
penggunaan teknik Scaffolding ini semasa PdP kemahiran lisan di sekolah dengan
mengundang pakar yang boleh memberi bimbingan dan panduan pengaplikasian teknik
Scaffolding ini kepada guru dan menggalakkan guru terlibat dalam program Komuniti
Pembelajaran Profesional yang dapat meningkatkan pengetahuan guru dan memberi ilham
kepada guru untuk menambah baik PdP dengan menerapkan teknik Scaffolding ini melalui
pemerhatian terhadap pengajaran guru lain dan melalui sumbang saran daripada guru-guru
yang lain. Hal yang demikian kerana melalui kajian yang dijalankan teknik ini amat berkesan
untuk meningkatkan penguasaan murid terutama dalam kemahiran lisan bahasa Melayu.
Di samping itu, dapatan kajian juga menunjukkan guru kurang mengaplikasikan teknik
Scaffolding yang menerapkan koperatif semasa PdP secara atas talian. Oleh itu, guru juga
dicadangkan untuk menambah baik kualiti pengajaran dengan meningkatkan pengetahuan
berkenaan pedagogi terkini yang boleh dilaksanakan dan mengikuti pelbagai aktiviti dan
program yang dapat memberi pengetahuan baharu terutama berkenaan aplikasi yang berguna
untuk menyerapkan teknik ini dalam PdP kemahiran lisan terutama dalam Bahasa Melayu.
Selain itu, guru juga digalakkan untuk lebih memberi fokus terhadap kemahiran lisan
berbanding kemahiran-kemahiran lain dan dapat menjalankan kajian dalam pendidikan
berkenaan kemahiran lisan bagi meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran tersebut.
Selanjutnya, berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, pengkaji telah
menyenaraikan tiga cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan oleh pengkaji yang
berminat untuk melanjutkan kajian ini Antara cadangannya ialah pengkaji akan datang perlu
menggubah fokus kajian kepada cabaran semasa, Hal ini disebabkan kajian yang telah
dilakukan oleh pengkaji ini berdepan dengan pelbagai kekangan semasa proses pengumpulan

1559
data. Selanjutnya, kajian akan datang juga boleh menggunakan reka bentuk kajian yang lebih
sesuai untuk menjawab soalan kajian dan menggunakan sampel kajian yang berbeza serta
pelbagai untuk mendapatkan hasil dapatan yang lebih baik dan memberi dampak yang lebih
menyeluruh dalam bidang pendidikan.
Kesimpulannya, berdasarkan dapatan kajian yang telah dijalankan, teknik Scaffolding
ini terbukti amat berkesan untuk meningkatkan kemahiran lisan dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu. Kenyataan ini juga turut disokong oleh dapatan kajian-kajian lepas yang menunjukkan
bahawa pengaplikasian teknik Scaffolding ini sememangnya membantu dalam meningkatkan
aspek kemahiran terutama dalam bahasa Melayu. Oleh hal yang demikian, teknik Scaffolding
ini haruslah digunakan dan diaplikasikan oleh para guru dalam pelaksanaan PdP mata
pelajaran Bahasa Melayu terutama semasa pengajaran kemahiran lisan agar murid
berpeluang untuk meningkatkan penguasaan dan pencapaian akademik dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu.
RUJUKAN

Abdelshaheed, B. S. M. (2019). Using Instructional Scaffolding Strategies to Support Oral


Productive Language Skills among English Majors at Majmaah University. Arab World
English Journal (AWEJ), 10(2), 88-101. https://awej.org/images/
Volume10/Volume10Number2June2019/8.pdf

Afandi Yusoff, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & Harun Baharuddin. (2019). Kebimbangan bahasa
dan hubungannya dengan pencapaian dalam bahasa arab. Jurnal Pendidikan Malaysia,
4(2), 1-9. https://ejournal.ukm.my/jpend/article/download/44.02-01/10034

Ary, D., Jacobs, L. C. & Sorensen, C. (2010). Introduction to research in education.


Wadsworth, Cengage Learning. https://www.academia.edu/38674323/Introduction
_to_Research_in_Education

Celinea Lasan & Zamri Mahamod. (2018). Pembelajaran timbal balik bahasa melayu dalam
kalangan murid peribumi bidayuh di sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia, 42(2), 1-
15.doi:http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2018-43.02-01

Citra Yudistira & Feti Wijayanti. (2016). Meningkatkan kemampuan bahasa indonesia
menggunakan metode scaffolding melalui media gambar pada kelompok a. Jurnal Pg –
Paud Trunojoyo, 3(2), 79-162. https://journal.trunojoyo.ac.id /pgpaudtrunojoyo/article/
download/3502/2578

Creswell, J. W. (2012). Educational research planning, conducting, and evaluating quantitative


and qualitative research. 4th Ed. Pearson Education Inc.

Davis, L. L. (1992). Instrument review: Getting the most from a panel of experts. Applied
Nursing Research, 194–197. http://www.sciencedirect.com/science/ article/pii/S089718
9705800084

Hairun Najuwah Jamali & Hanis Najwa Shaharuddin. (2019). Analisis persepsi pelajar melayu
terhadap amalan komunikasi bukan lisan dalam kelas pembelajaran bahasa kedua.
Jurnal Melayu, 2(18), 244-255. https://ejournal.ukm.my/jmelayu/article/download
/35394/9886

1560
Hashimah Mad Yusoff, Mohd Isa Hamzah & Shahlan Surat. (2018). Kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen indeks pemupukan kreativiti dalam pengajaran guru dengan
elemen islam (i-cfti) berdasarkan pendekatan model rasch. Jurnal Pendidikan Malaysia,
1(1), 77-88. https://ejournal.ukm.my/jpend/article/ download/43.03-09/8954

Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Kesahan dan kebolehpercayaan dalam kajian kualitatif. Kursus
Penyelidikan Kualitatif siri 1 (pp. 1-6). Johor: Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus
Temenggong Ibrahim. http://eprints.utm.my/id/eprint/41093/1/KamarulAzmiJasmi2012_
Kesahan%26KebolehpercayaanKajianKualitatif.pdf

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Dokumen awal deskripsi tugas pegawai


perkhidmatan pendidikan (laluan pengajaran & pembelajaran dan kepimpinan). Bahagian
Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020, Mac 16). Laman utama kementerian pendidikan
malaysia. Februari 28, 2020, daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan:
https://www.moe.gov.my/index.php/dasarmenu/falsafah-pendidikan-kebangsaan

Maznah Ahmad. (2017). Strategi interaksi berkesan di dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa kanak-kanak prasekolah. Thesis Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Falkulti
Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris. 1-130.

Mohd Najib Abdul Ghafar. (2003). Reka bentuk tinjauan soal selidik penyelidikan. Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai.

Nora’azian Nahar & Fadzilah Abd. Rahman. (2018). Tahap penguasaan kemahiran bertutur
bahasa melayu dalam kalangan murid bukan penutur natif. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu JPBM, 8(1), 74-83. http://journalarticle.ukm.my/11838/1/169-327-1-SM.pdf

Nur 'Ashikin Kamaruddin. (2016). Respon murid terhadap aktiviti kemahiran mendengar
bahasa arab di sebuah sekolah rendah agama, kuala lumpur, malaysia. Thesis Ijazah
Master, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. 1-85.
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67398/1/FBMK%202017%2053%20IR.pdf

Peng, C. F., & Abdul Jalil Othman. (2008). pengabaian kemahiran mendengar dan bertutur
dalam bilik darjah di sekolah menengah: punca, masalah dan kesannya di malaysia.
SOSIOHUMANIKA, 1(1), 167-192. https://www.journals.mindamas.com/index.php/
sosiohumanika/article/view/332

Siti Zamrah Isa. (2015). Penguasaan lisan bahasa melayu dalam kalangan pelajar
prauniversiti. Thesis Ijazah Sarjana Sastera,Falkulti Bahasa Moden dan Komunikasi,
Universiti Putra Malaysia. 1-92. http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57469/

Syed Ismail Syed Mustapa, Ismail Raduan & Bushro Ali. (2018). Asas penyelidikan dalam
pendidikan. Sasbadi Sdn. Bhd.

Thalahuddin Abdullah. (2016). Amalan Kepimpinan transformasi pengetua dan kepuasan kerja
guru di SABK Negeri Perak. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia

1561
PENGAPLIKASIAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL OLEH GURU BAHASA MELAYU
TERHADAP KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF MURID TAHAP DUA

Nurul Syakila binti Azhar


syakila09-945@epembelajaran.edu.my

Juariah binti Marjonet PhD


juairiah@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji tahap kemahiran dan kekerapan pengaplikasian pembelajaran
kontekstual oleh guru Bahasa Melayu terhadap KBKK murid tahap dua. Kajian ini juga adalah untuk
mengenal pasti kekangan pengaplikasian pembelajaran kontekstual yang dihadapi oleh guru Bahasa
Melayu tahap dua. Reka bentuk kajian ini adalah kaedah penyelidikan tinjauan serta menggunakan
satu set soal selidik yang merangkumi 35 item. Sampel kajian terdiri daripada 56 orang guru Bahasa
Melayu tahap dua di 15 buah sekolah rendah sekitar zon Sentul, Kuala Lumpur. Data yang diperoleh
telah dianalisis secara statistik deskriptif, iaitu melibatkan analisis skor dan sisihan piawai. Hasil
dapatan kajian ini telah menunjukkan tahap kemahiran pengaplikasian pembelajaran kontekstual guru
Bahasa Melayu terhadap KBKK murid tahap dua berada pada tahap yang tinggi (µ=4.02). Manakala,
kekerapan dan kekangan pengaplikasian pembelajaran kontekstual oleh guru Bahasa Melayu terhadap
KBKK murid tahap dua pula berada pada tahap sederhana tinggi, iaitu (µ=3.92) dan (µ=3.23). Antara
kekangan yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu tahap dua dalam mengaplikasikan pembelajaran
kontekstual terhadap KBKK murid tahap dua adalah minat dan kerjasama yang diberikan oleh murid
semasa sesi PdPc dijalankan, infrastruktur, suasana bilik darjah dan juga jadual waktu yang tidak
fleksibel. Justeru, para guru disarankan untuk meningkatkan lagi kekerapan pengaplikasian
pembelajaran kontekstual semasa menjalankan sesi PdPc bersama murid. Pihak berkepentingan juga
perlulah memainkan peranan mereka dalam membantu guru-guru di sekolah mengatasi segala
kekangan dan masalah yang dihadapi supaya sesi PdPc yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.
Kata kunci: pembelajaran kontekstual, kemahiran berfikir, kreatif dan kritis

ABSTRACT

This study aims to identify the Malay Language teachers' skill level and frequency in applying contextual
learning to 2nd grade students’ creative and critical thinking skills. This study also analyzes the problems
of applying contextual learning faced by 2nd grade Malay Language teachers. This study uses survey
research method consisting a set of 35 questionnaire items. The samples consisted of 56 Malay
Language teachers from 15 primary schools around Sentul’s zone, Kuala Lumpur. The data from this
study was analyzed using descriptive statistics, which involved analysis of scores and standard
deviations. The finding of this study also shows that the application skill level of contextual learning
among Malay Language teachers in creative and critical thinking skills for 2nd grade student is at high
level (µ=4.02). Meanwhile, the frequency and constraints application of contextual learning in creative
and critical thinking skills for 2nd grade students are moderately high (µ = 3.92) and (µ = 3.23). The
constraints faced by the Malay Language teachers in applying contextual learning are the interest and
cooperation by the students during classes, infrastructure, classroom environment and inflexible
timetable. Thus, the teachers are advised to increase their frequency of applying contextual learning in
conducting students in classes. Other authorities also need to play their roles in helping the teachers in
school to overcome the constraints and problem so that all classes that had been planned can run
smoothly without any problems.
Keywords: contextual learning, thinking skills, creative and critical

1562
PENGENALAN
Bagi menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, guru dan murid
perlulah memainkan peranan masing-masing dengan betul. Malaysia (2003) menjelaskan
bahawa pembelajaran yang berkesan ini dapat dicapai apabila guru menyampaikan maklumat
dengan menggunakan konteks yang bermakna dan pelbagai kepada murid. Oleh itu, bagi
memastikan pembelajaran berkesan dapat dilaksanakan, guru perlulah mengambil kira semua
aspek yang boleh mempengaruhi pembelajaran yang berkesan kepada murid. (Jumadi, 2004)
mengatakan bahawa guru perlulah menggunakan pendekatan dan kaedah mengajar yang
betul supaya murid tertarik untuk belajar dan dapat menguasai maklumat yang disampaikan
kepada mereka.
Dalam kajian ini, pengkaji meninjau mengenai tahap pengaplikasian pembelajaran
kontekstual oleh guru Bahasa Melayu terhadap KBKK murid tahap dua. Jaswardi Anwar Md.
Yaacob (2017) menjelaskan pembelajaran kontekstual merupakan suatu pembelajaran yang
berlaku melalui penggabungan maklumat baharu yang dipelajari dengan kehidupan sebenar
murid melalui pembelajaran secara minds-on dan hands-on. Sebagai contoh, pembelajaran
ini boleh dikaitkan dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan kehidupan murid seperti
pengalaman harian, kehidupan ahli masyarakat dan alam pekerjaan (Malaysia, 2014).
Pembelajaran kontekstual ini perlu diterapkan oleh para guru semasa mengajar supaya dapat
melatih kemahiran berfikir murid. Hal ini disebabkan pembelajaran yang berkesan dan
bermakna dapat dicapai melalui pengalaman yang dirasai oleh mereka sendiri.
Pendekatan kajian yang hendak difokuskan dalam kajian ini melibatkan beberapa
aspek seperti tahap kemahiran pengaplikasian, kekerapan pengaplikasian dan juga kekangan
yang dihadapi dalam pengaplikasian pembelajaran kontekstual oleh guru Bahasa Melayu
terhadap KBKK murid tahap dua. Melalui tinjauan yang dilakukan, pengkaji dapat mengetahui
tahap sebenar pengaplikasian pembelajaran kontekstual oleh guru Bahasa Melayu di sekolah,
iaitu sama ada berada di tahap yang rendah, sederhana rendah, sederhana tinggi atau tinggi.
Seterusnya, pembelajaran yang berkesan kepada murid sememangnya dapat
merangsang pemikiran murid supaya menjadi lebih baik. Hal ini disebabkan kemahiran berfikir
merupakan proses yang memerlukan seseorang individu untuk menggunakan minda mereka
bagi menyelesaikan masalah atau membuat sesuatu keputusan. Mohd Nasrudin Basar & Siti
Halimah Md. Yassin (2012) menjelaskan bahawa kemahiran berfikir juga merupakan proses
menyelesaikan sesuatu masalah berdasarkan situasi yang dihadapi. Individu yang hendak
menyelesaikan masalah juga memerlukan kemahiran berfikir yang baik bagi membuat sesuatu
keputusan yang tepat.
Mariam Mohamed Nor & Yasser Rahmad (2014) menjelaskan bahawa bagi melahirkan
murid yang berfikiran kreatif dan kritis, guru perlulah membantu murid untuk menggunakan
kedua-dua bahagian otaknya supaya berkembang. Hal ini sejajar dengan matlamat KBKK

1563
diperkenalkan oleh pihak KPM. Rosnanaini Sulaiman, Maimun Aziz & Mok Soon Sang (2011)
menjelaskan bahawa kemahiran berfikir kritis merupakan kebolehan seseorang individu dalam
menyelesaikan masalah, membuat, mentafsir dan menilai idea serta maklumat untuk mencari
makna sesuatu perkara manakala, kemahiran berfikir kreatif pula merupakan kemampuan
seseorang individu untuk mengembangkan dan memperluas idea, daya imaginasi, kreativiti
serta inovasi bagi mendapatkan inovasi atau ciptaan yang baharu. Berfikir sememangnya
melibatkan banyak proses seperti mengenal pasti, menganalisis, mengkategorikan,
mengumpul, menilai dan menghubungkan maklumat-maklumat yang berkaitan antara
pelbagai perkara (Mariam M. Nor, M. Iskandar & Yasser Rahmad, 2013). Maka, jelaslah
bahawa KBKK ini merangkumi semua jenis kemahiran berfikir bermula dari fasa mudah
sehingga fasa yang sukar.
Kesimpulannya, guru mempunyai peranan yang sangat penting dalam mengajar dan
mendidik murid di sekolah. Hal ini disebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang
menarik dan berkesan bermula daripada guru. Sekiranya teknik dan strategi pengajaran yang
digunakan oleh guru berkesan dan bermakna, maka tahap KBKK dalam setiap murid di
sekolah dapat ditingkatkan supaya berada di tahap yang lebih baik. Oleh itu, kajian ini
dijalankan bagi meninjau tahap pengaplikasian pembelajaran kontekstual oleh guru Bahasa
Melayu terhadap KBKK murid tahap dua. Hal ini disebabkan pendekatan pembelajaran
kontekstual ini dilihat dapat memberikan kesan kepada pemikiran kritikal murid di sekolah (Siti
Norfarhana Shaikh Ismail & Siti Mistima Maat, 2017).

PERNYATAAN MASALAH
Pada masa kini, KBKK merupakan kemahiran yang penting dan perlu dititikberatkan di sekolah.
Sekiranya KBKK ini diambil mudah, guru dan murid akan mendapat akibatnya. Hal ini
menyebabkan murid-murid di sekolah berasa bosan dan mengantuk apabila diminta
melakukan aktiviti yang memerlukan mereka untuk berfikir (Noor Chahaya Ngosman & Zamri
Mahamod, 2017). Perkara ini berpunca bukan sahaja daripada murid, bahkan juga berpunca
daripada guru-guru sendiri. Terdapat beberapa masalah yang boleh menyebabkan perkara ini
berlaku.
Antaranya, Ruhaida Ab. Rahim (2006) menjelaskan bahawa guru pada masa kini
banyak menggunakan strategi pembelajaran secara latih tubi, arahan, perbincangan dan
pemerhatian. Beliau juga berkata bahawa strategi pembelajaran seperti kebanyakannya
kurang memerlukan murid berfikir dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Hal ini
disebabkan strategi tersebut hanya menggunakan komunikasi secara satu hala dan juga
berpusatkan guru sehingga menyebabkan murid menjadi pasif.
Seterusnya, masalah yang sering berlaku juga adalah disebabkan guru tidak
melaksanakan KBKK dalam pengajaran dan pembelajaran walaupun telah menghadiri kursus

1564
(Yahya Buntat & Norhusna Mohamed, 2010). Hal ini kerana kebanyakan guru merasakan
bahawa pengajaran yang melibatkan KBKK amat susah untuk dijalankan. Mereka berpendapat
bahawa jika aspek KBKK hendak diterapkan dalam sesuatu sesi pengajaran, isi pengajaran dan
objektif pembelajaran akan menjadi lebih sukar untuk dicapai. Guru-guru di sekolah juga lebih
suka mengajar secara tradisional, iaitu secara kaedah chalk and talk yang memerlukan guru
mengajar manakala murid-murid pula hanya mendengar. Walaupun guru telah menghadiri
pelbagai kursus, tetapi kebanyakan daripada mereka tidak mengaplikasikan maklumat yang
telah diperoleh semasa sesi PdPc di dalam bilik darjah. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
salah satu daripada faktor KBKK tidak dititikberatkan di sekolah adalah disebabkan oleh guru
sendiri.
Selain itu, Muhammad Nazri Jaafar (2013) pula mengatakan bahawa ramai murid
cemerlang tidak dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan ke dalam pembelajaran. Hal ini
disebabkan sikap guru yang kurang menekankan pengajaran berfikir semasa sesi PdP di
dalam bilik darjah. Murid cemerlang sudah pasti mempunyai fikiran yang cerdas dan aktif untuk
berfikir. Tetapi, jika guru tidak menekankan pengajaran yang menerapkan KBKK, maka murid
tidak akan dapat dilatih untuk mengapikasikan kemahiran berfikir dalam sesi pembelajaran
mereka. Hal ini berkemungkinan disebabkan guru mengalami banyak tekanan kerana perlu
menghabiskan sukatan pelajaran terlebih dahulu sehingga mengabaikan kemahiran-
kemahiran asas yang perlu diberikan kepada setiap murid di sekolah (Govinthasamy,
Vengadasany & Damotharan, 2012). Maka, murid tidak mempunyai pengetahuan mengenai
cara untuk mengaplikasikan pengetahuan mereka.
Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi melihat tahap pengaplikasian pembelajaran
kontekstual ini terhadap KBKK murid tahap dua. Hal ini disebabkan melalui pembelajaran
kontekstual, murid dapat dilatih untuk berfikir dalam mengaitkan isi pelajaran dengan
pengalaman atau pengetahuan sedia ada mereka. Jika tahap pengaplikasian pembelajaran
kontekstual berada pada tahap yang tinggi, maka kemahiran berfikir murid dapat menjadi lebih
baik.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini ialah:
1. Mengenal pasti tahap kemahiran pengaplikasian pembelajaran kontekstual oleh
guru Bahasa Melayu terhadap KBKK murid tahap dua.
2. Mengenal pasti kekerapan pengaplikasian pembelajaran kontekstual oleh guru
Bahasa Melayu terhadap KBKK murid tahap dua.
3. Mengenal pasti kekangan yang dihadapi dalam pengaplikasian pembelajaran
kontekstual oleh guru Bahasa Melayu terhadap KBKK murid tahap dua.

1565
SOALAN KAJIAN

1 Apakah tahap kemahiran pengaplikasian pembelajaran kontekstual oleh guru


Bahasa Melayu terhadap KBKK murid tahap dua?
2 Apakah kekerapan pengaplikasian pembelajaran kontekstual oleh guru Bahasa
Melayu terhadap KBKK murid tahap dua?
3 Apakah kekangan yang dihadapi dalam pengaplikasian pembelajaran kontekstual
oleh guru Bahasa Melayu terhadap KBKK murid tahap dua?

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kajian tinjauan. Data kajian tinjauan amat mudah
untuk diperolehi daripada orang ramai (Lee, Zakri Abdullah & Chua, 2018). Pendekatan yang
digunakan dalam kajian ini adalah pendekatan kuantitatif dan berbentuk deskriptif.
Pendekatan kuantitatif ini dapat dilihat melalui soal selidik yang diberikan kepada guru Bahasa
Melayu tahap dua. Hal ini bagi meninjau pengaplikasian pembelajaran kontekstual melalui
aspek tahap kemahiran, kekerapan dan kekangan yang dihadapi oleh para guru Bahasa
Melayu tahap dua di 15 buah sekolah dalam zon Sentul, Kuala Lumpur yang telah terpilih.
Kaedah yang digunakan dalam kajian ini juga berbentuk cross-sectional, iaitu kajian yang
memerlukan tempoh masa dan tempat tertentu untuk dilaksanakan (Azizi Yahaya, Sri Kartika
Abd Rahman, Abu Bakar Madin, Hanapi Mohamad, Suraya Tarasat & Baharudin Mohd Arus,
2017). Hal ini disebabkan pengkaji telah melaksanakan kajian ini dalam tempoh masa tiga
bulan dan menjalankan pengumpulan data di sekolah-sekolah tertentu sahaja.
Soal selidik yang digunakan adalah berbentuk tertutup, iaitu responden diberikan
pilihan jawapan bagi menjawab soal selidik yang telah disediakan (Syofian Siregar, 2017).
Soal selidik bagi kajian ini telah diadaptasi dan diubahsuai daripada kajian Chew & Shashipriya
(2014) serta daripada kajian (Nor Hasniza Ibrahim, Johari Surif & Mohd Sharir Mustapa, 2007).
Soal selidik ini juga telah mendapat kebenaran daripada saudari Chew supaya dapat
digunakan dan diubah suai dalam kajian ini.
Soal selidik ini mengandungi 35 item yang terdiri daripada empat bahagian, iaitu
Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D (Lampiran A). Bahagian A terdiri
daripada maklumat demografi responden, iaitu jantina, kaum, umur, pengalaman mengajar
dan pengkhususan. Bahagian B terdiri daripada 10 item yang meninjau mengenai tahap
kemahiran pengaplikasian pembelajaran kontekstual terhadap KBKK murid dan Bahagian C
terdiri daripada 10 item yang meninjau mengenai kekerapan pengaplikasian pembelajaran
kontekstual terhadap KBKK murid. Manakala, Bahagian D pula terdiri daripada 10 item
mengenai kekangan yang dihadapi dalam pengaplikasian pembelajaran kontesktual terhadap
KBKK murid.

1566
Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini juga telah mendapat pengesahan
daripada empat orang pensyarah pakar yang terdiri daripada dua orang pakar metodologi,
seorang pakar bidang dan seorang pakar bahasa. Hal ini bagi memastikan kesahan instrumen
kajian yang digunakan dalam kajian ini mempunyai kejituan yang tinggi. Setelah mendapat
pengesahan daripada pensyarah pakar, instrumen soal selidik ini kemudiannya diuji melalui
pelaksanaan kajian rintis yang dijalankan kepada 30 orang responden. Hasil analisis bagi
data kajian rintis ini menunjukkan bahawa nilai kebolehpercayaan Alpha Croncbach adalah
sebanyak 0.72. Hal ini bermaksud kebolehpercayaan instrumen soal selidik kajian ini berada
pada tahap yang baik dan boleh diterima. Dalam kajian sebenar pula, seramai 56 orang guru
Bahasa Melayu di 15 buah sekolah sekitar zon Sentul, Kuala Lumpur telah menjawab soal
selidik yang telah diedarkan. Data soal selidik yang diperoleh telah dianalisis secara deskriptif,
iaitu dengan melihat kepada skor min dan sisihan piawai.
Tafsiran bagi skor min telah diadaptasi daripada Nunnaly & Bernstein (1994) dalam
Abdul Hamid Abdul Rahim, Norzaini Azman & Norhatiah Mohd. Majzub (2013) dan telah
ditunjukkan dalam Jadual 1. Selang skor min dan tafsiran bagi setiap konstruk telah
dikekalkan kerana istilah yang digunakan lebih mudah difahami dan dapat menyampaikan
tafsiran yang tepat.

Jadual 1

Interpretasi Skor Min


Selang Skala Skor Min Interpretasi
1.00 – 2.00 Rendah
2.01 – 3.00 Sederhana rendah
3.01 – 4.00 Sederhana tinggi
4.01 – 5.00 Tinggi

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini membincangkan tentang dapatan dan perbincangan kajian bagi menjawab
kepada ketiga-tiga soalan kajian yang telah ditetapkan, iaitu tahap kemahiran guru dalam
pengaplikasian pembelajaran kontekstual, kekerapan dan juga kekangan yang dihadapi oleh
guru Bahasa Melayu tahap dua dalam pengaplikasian pembelajaran kontekstual.

1567
Jadual 2

Analisis item tahap kemahiran guru Bahasa Melayu dalam pengaplikasian pembelajaran
kontekstual
Bil Item Skor Min SP Tahap
(μ)

B1. Saya mahir menjelaskan konsep 4.00 0.51 Sederhana


pembelajaran kontekstual dan KBKK tinggi
dengan baik.
B2. Saya mahir mengaitkan tajuk yang hendak 4.14 0.52 Tinggi
diajarkan dengan pengetahuan sedia ada
murid.
B3. Saya mahir memberikan contoh dalam 4.27 0.52 Tinggi
kehidupan sebenar murid dengan tajuk
pembelajaran.
B4. Saya mahir merancang pembelajaran 4.04 0.63 Tinggi
kontekstual dalam aktiviti PdP yang
hendak dijalankan.
B5. Saya mahir memberikan tugasan yang 3.87 0.72 Sederhana
melibatkan aplikasi dalam kehidupan tinggi
sebenar murid.
B6. Saya mahir melaksanakan aktiviti secara 3.98 0.73 Sederhana
minds-on dalam PdP seperti meminta tinggi
murid menjalankan perbincangan
kumpulan.
B7. Saya mahir melaksanakan aktiviti secara 3.96 0.71 Sederhana
hands-on dalam PdP seperti meminta tinggi
murid menghasilkan buku skrap.
B8. Saya mahir mencipta Bahan Bantu 3.87 0.69 Sederhana
Mengajar (BBM) yang bersesuaian dengan tinggi
tajuk pembelajaran.
B9. Saya mahir mencari bahan pengajaran 4.02 0.73 Tinggi
yang bersesuaian dengan tajuk yang
hendak diajarkan.
B10. Saya mahir menggunakan isu semasa 4.07 0.71 Tinggi
sebagai contoh dalam PdP yang dijalankan
bersama murid.
Skor Min Keseluruhan 4.02 0.53 Tinggi

Berdasarkan Jadual 2, dapatan kajian menunjukan skor min mengenai tahap


kemahiran pengaplikasian pembelajaran kontekstual oleh guru Bahasa Melayu terhadap
KBKK murid tahap dua secara keseluruhan adalah 4.02 membuktikan bahawa responden
mempunyai kemahiran yang tinggi dalam mengaplikasikan pembelajaran kontekstual. Nilai
sisihan piawai (SP) ialah sebanyak 0.53 menunjukkan bahawa set data kajian ini menghampiri
ukuran pusat. Skor min paling tinggi adalah bagi item B3 yang mempunyai nilai sebanyak
4.27 menunjukkan bahawa semua responden sangat mahir dalam memberikan contoh dalam

1568
kehidupan sebenar murid dengan tajuk pembelajaran. Namun, item B5 dan B8 pula
mempunyai nilai skor min yang terendah, iaitu 3.87 yang membuktikan bahawa kedua-dua
item tersebut berada pada tahap sederhana tinggi.
Jadual 3

Analisis item kekerapan pengaplikasian pembelajaran kontekstual oleh guru Bahasa Melayu
Bil Item Skor Min SP Tahap
C1. Saya meminta murid mencirikan sesuatu 3.87 0.69 Sederhana
perkara berkaitan dengan tajuk yang tinggi
diajarkan.
C2. Saya meminta murid menyusun idea 3.91 0.64 Sederhana
mengikut kronologi maklumat yang diketahui tinggi
mereka.
C3. Saya meminta murid menganalisis bahan 3.71 0.73 Sederhana
pembelajaran sebelum memulakan sesi tinggi
pengajaran.
C4. Saya meminta murid menjana pelbagai idea 3.93 0.68 Sederhana
dalam menyelesaikan masalah berdasarkan tinggi
persoalan yang diberikan.
C5. Saya meminta murid menghubungkaitkan 4.09 0.70 Tinggi
pembelajaran dengan pengetahuan sedia
ada mereka.
C6. Saya meminta murid membuat ramalan 4.09 0.64 Tingi
pengakhiran bagi karangan berbentuk cerita.
C7. Saya memberi peluang kepada murid untuk 4.18 0.77 Tinggi
menyatakan pendapat mereka mengenai
perkara yang dibincangkan pada setiap hari.
C8. Saya mengaplikasikan pembelajaran 4.00 0.69 Sederhana
kontekstual pada setiap hari dalam penulisan tinggi
karangan, tatabahasa dan pemahaman bagi
meningkatkan KBKK murid.
C9. Saya membina Bahan Bantu Mengajar 3.68 0.77 Sederhana
(BBM) yang bersesuaian dengan tajuk pada tinggi
setiap hari.
C10. Saya melaksanakan aktiviti perbincangan 3.77 0.71 Sederhana
pada setiap hari untuk menilai tahap KBKK tinggi
murid.
Skor Min Keseluruhan 3.92 0.54 Sederhana
tinggi

Jadual 3 menunjukkan analisis kekerapan pengaplikasian pembelajaran kontekstual


oleh guru Bahasa Melayu terhadap KBKK murid tahap dua. Nilai skor keseluruhan min adalah
sebanyak 3.92 yang menunjukkan bahawa kekerapan pengaplikasian pembelajaran
kontekstual dalam kalangan responden kajian ini berada pada tahap sederhana tinggi. Nilai
sisihan piawai yang diperoleh adalah sebanyak 0.54 yang membuktikan bahawa set data
kajian ini terserak sedikit daripada ukuran pusat.

1569
Nilai skor min tertinggi bagi kajian ini adalah pada item C7, iaitu 4.18 yang
menunjukkan kekerapan responden dalam memberi peluang kepada murid untuk menyatakan
pendapat mereka mengenai sesuatu perkara pada setiap hari berada pada tahap yang tinggi.
Hal ini bermaksud responden bagi kajian ini sangat kerap mengaplikasikan pembelajaran
kontekstual bersama murid dengan cara memberi peluang kepada mereka untuk memberikan
pendapat atau idea. Manakala, skor min terendah pula adalah sebanyak 3.68, iaitu pada item
C9. Nilai ini menunjukkan bahawa responden sederhana kerap dalam membina Bahan Bantu
Mengajar (BBM) pada setiap hari.

Jadual 4

Analisis item kekangan yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu dalam pengaplikasian
pembelajaran kontekstual
Bil. Item Skor SP Tahap
Min
D1. Murid kurang berminat dengan aktiviti 3.20 0.94 Sederhana
pembelajaran yang memerlukan mereka untuk tinggi
berfikir.
D2. Murid tidak memberikan kerjasama dalam 3.09 0.84 Sederhana
aktiviti yang melibatkan perbincangan. tinggi
D3. Murid mengambil masa yang lama untuk 3.32 0.79 Sederhana
mengaitkan maklumat baharu dengan tinggi
kehidupan seharian mereka.
D4. Murid pasif apabila diminta untuk memberikan 3.30 0.78 Sederhana
pendapat mengenai sesuatu perkara. tinggi
D5. Murid sukar mengaplikasikan pengetahuan 3.30 0.71 Sederhana
sedia ada mereka dalam menyelesaikan tinggi
masalah yang dihadapi.
D6. Pendedahan yang diberikan mengenai 3.25 0.72 Sederhana
pembelajaran kontekstual dan KBKK agak tinggi
terhad.
D7. Peruntukan yang dikeluarkan untuk 3.32 0.70 Sederhana
mengadakan kursus berkaitan pembelajaran tinggi
kontekstual dan KBKK tidak mencukupi.
D8. Infrastruktur yang terhad menyebabkan 3.50 0.79 Sederhana
pembelajaran kontekstual kurang diaplikasikan tinggi
dalam PdP.
D9. Suasana bilik darjah yang tidak kondusif 3.16 0.83 Sederhana
menyebabkan pembelajaran kontekstual dalam tinggi
PdP tidak berkesan.
D10. Jadual waktu yang tidak fleksibel menyebabkan 3.05 0.75 Sederhana
pembelajaran kontekstual dalam mata pelajaran tinggi
Bahasa Melayu kurang dilaksanakan.
Skor Min Keseluruhan 3.23 0.57 Sederhana
tinggi

1570
Berdasarkan Jadual 4 pula, kekangan yang dihadapi responden dalam kajian ini
berada pada tahap sederhana tinggi. Hal ini disebabkan skor min keseluruhan bagi kekangan
yang dihadapi oleh responden dalam pengaplikasian pembelajaran kontekstual adalah 3.23,
iaitu berada pada tahap sederhana tinggi. Sisihan piawai bagi keseluruhan konstruk ini pula
adalah 0.57 membuktikan bahawa set data yang diperoleh terserak sedikit daripada ukuran
pusat.
Skor min terendah bagi kajian ini adalah pada item D10, iaitu 3.05 yang menunjukkan
kekangan yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu tahap dua berada pada tahap sederhana
tinggi. Hal ini disebabkan kebanyakan responden berpendapat bahawa jadual waktu yang
tidak fleksibel menjadi kekangan kepada mereka untuk mengaplikasikan pembelajaran
kontekstual semasa sesi PdPc bersama murid. Manakala, skor min tertinggi pula 3.50, iaitu
item D8. Walaupun begitu, item ini masih berada pada tahap sederhana tinggi. Hal ini
disebabkan responden bagi kajian ini juga berpendapat bahawa insfrastruktur yang terhad
juga merupakan salah satu daripada kekangan yang sering dihadapi dalam pengaplikasian
pembelajaran kontekstual terhadap KBKK murid tahap dua.
Melalui data yang telah dianalisis, dapat dilihat bahawa semua soalan kajian yang
diutarakan telah dijawab. Dapatan kajian ini merupakan hasil daripada responden yang terdiri
daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu tahap dua bagi 15 buah
sekolah yang telah terpilih di kawasan zon Sentul, Kuala Lumpur. Rumusan bagi dapatan
kajian ini juga telah dibentangkan dengan terperinci dalam bentuk jadual supaya dapat
difahami dengan lebih mudah. Berdasarkan data yang telah dianalisis, dapat dilihat bahawa
tahap kemahiran pengaplikasian pembelajaran kontekstual dalam kalangan guru Bahasa
Melayu terhadap KBKK murid tahap dua berada pada tahap yang tinggi. Bagi kekerapan dan
kekangan dalam pengaplikasian pembelajaran kontekstual oleh guru Bahasa Melayu terhadap
KBKK murid pula berada pada tahap yang sama, iaitu sederhana tinggi.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden bagi kajian ini mempunyai tahap kemahiran
pengaplikasian pembelajaran kontekstual yang tinggi. Dapatan kajian ini turut disokong oleh
kajian-kajian lain yang turut menyatakan perkara yang sama dalam kajian mereka.
Antaranya, Hamid Mahmood (2018) mengatakan bahawa dengan tahap kemahiran
pengaplikasian pembelajaran kontekstual yang tinggi, guru dapat menyampaikan pelbagai
maklumat yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka dan menghasilkan
pembelajaran yang lebih bermakna. Seterusnya, kajian Norsyaidah Seliaman & Mohd Uzi
Dollah (2018) pula mendapati bahawa terdapat beberapa orang responden kajian telah
berupaya menjalankan sesi pengajaran secara kontekstual dengan baik dan berkesan. Hasil
dapatan ini sememangnya bertepatan dengan hasil dapatan bagi kajian yang dijalankan oleh

1571
pengkaji, iaitu menunjukkan bahawa tahap kemahiran para guru dalam pengaplikasian
pembelajaran kontekstual berada pada tahap yang tinggi.
Kajian yang dijalankan oleh Subeqi Nur Hikmah, Anis Rahmawati & Abdul Haris
Setiawan (2016) juga mempunyai hasil dapatan yang sama dengan kajian ini, iaitu tahap
kemahiran pengaplikasian pembelajaran kontekstual dalam kalangan guru berada pada tahap
yang tinggi. Beliau mengatakan bahawa melalui pengaplikasian pembelajaran kontekstual
oleh guru, pelajar menjadi lebih mahir dalam mengaitkan pelajaran dengan kehidupan nyata
mereka.
Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kekerapan pengaplikasian
pembelajaran kontekstual oleh guru Bahasa Melayu tahap dua di 15 buah sekolah dalam
daerah Sentul, Kuala Lumpur berada pada tahap sederhana tinggi. Dapatan yang sama dapat
dilihat dalam kajian-kajian lepas yang telah dilaksanakan oleh para pengkaji lain.
Antaranya, kajian Maulida & Habib Mat Som (2010) menyatakan bahawa kekerapan
majoriti guru melaksanakan pembelajaran kontekstual dalam sesi PdPc di sekolah dan
ditunjukkan pada tahap sederhana. Beliau berpendapat bahawa pelaksanaan pembelajaran
kontekstual ini perlu ditingkatkan lagi pengaplikasiannya dalam kalangan guru supaya kualiti
PdPc yang dirancang dapat berjalan dengan lebih berkesan.
Dapatan kajian ini juga disokong oleh kajian yang telah dilaksanakan oleh Noor
Chahaya Ngosman & Zamri Mahamod (2017) yang mengatakan bahawa dengan menjalankan
proses pembelajaran kontekstual selama tiga kali seminggu, markah pencapaian murid dalam
ujian pasca lebih meningkat berbanding markah dalam ujian pra. Walaupun begitu,
pencapaian yang diperoleh hanya menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan, iaitu
berada di tahap sederhana tinggi bukannya tinggi (cemerlang). Maka, hal ini dapat dibuktikan
bahawa dengan kekerapan pengaplikasian pembelajaran kontekstual, pencapaian murid
dalam ujian yang dijalankan dapat ditingkatkan.
Seterusnya, dapatan kajian ini juga membuktikan bahawa responden bagi kajian ini
mempunyai kekangan dalam pengaplikasian pembelajaran kontekstual, iaitu mempunyai
masalah yang sederhana serius. Hal ini dapat dilihat melalui skor min keseluruhan bagi
konstruk ini, iaitu sebanyak 3.23, iaitu berada pada tahap sederhana tinggi. Dapatan ini juga
turut dapat dilihat dalam beberapa kajian lepas yang telah dilaksanakan oleh pengkaji-pengkaji
lain.
Antaranya, kajian ini telah disokong Norsyaidah Seliaman & Mohd Uzi Dollah (2018)
bahawa murid tidak memberikan kerjasama dalam aktiviti yang melibatkan perbincangan.
Sebagai contoh, peserta kajian beliau telah mengalami masalah kebisingan murid yang
keterlaluan dalam bilik darjah terutamanya apabila murid menjadi terlalu teruja ingin
menjalankan aktiviti berkumpulan atau aktiviti tertentu. Walaupun begitu, masalah yang

1572
dihadapi ini masih boleh dikawal dan menunjukkan bahawa keadaan yang dialami tidaklah
terlampau serius, tetapi berada di tahap sederhana serius.
Kajian daripada Slamet Riyadi (2019) menjelaskan bahawa hasil pembelajaran yang
diperolehi murid setelah menggunakan pembelajaran kontekstual masih tidak mencapai
objektif utama yang telah ditetapkan. Beliau juga mengatakan bahawa hal ini disebabkan oleh
beberapa faktor seperti murid tidak bersedia untuk menerima pembelajaran yang dijalankan
oleh guru. Hal ini juga turut disokong oleh (Widjaja, 2013) dalam kajiannya yang mengatakan
bahawa pelajar sering mengabaikan konteks Matematik yang telah dipelajari sehingga
menyebabkan berlakunya salah faham. Maka, dapat disimpulkan bahawa murid yang tidak
bersedia akan menjadi tidak berminat untuk belajar sehingga menyebabkan timbulnya salah
faham.
Dapatan kajian ini juga disokong oleh kajian Siti Norfarhana Shaikh Ismail & Siti
Mistima Maat (2017) yang mengatakan bahawa ‘kadang-kala’, terdapat halangan yang akan
menyebabkan perancangan pengaplikasian pembelajaran kontekstual dalam PdPc seperti
tiada kemudahann yang mencukupi dan memerlukan pengambilan masa yang banyak boleh
berlaku. Walaupun begitu, ‘kadang-kala’ di sini bermaksud kekangan yang dihadapi tidaklah
terlalu kerap tetapi sekali-sekala sahaja yang sama dengan tahap kekangan yang dihadapi
bagi pengaplikasian pembelajaran kontekstual dalam kajian ini, iaitu sederhana tinggi.
Implikasi bagi kajian ini ialah para guru boleh menjadikan platform yang dibina ini
sebagai panduan dan rujukan mereka dalam merancang sesi PdPc menggunakan
pembelajaran kontekstual supaya semua perkara yang diajarkan kepada semua murid
menjadi lebih bermakna dan berkesan. Selain itu, dengan pelaksanaan kursus dan bengkel-
bengkel khas juga, para guru dapat memperoleh banyak pendedahan mengenai cara dan
teknik pengaplikasian pembelajaran kontekstual yang sesuai dengan guru-guru di sekolah.
Maka, KPM perlulah membantu dalam memenuhi keperluan kurikulum di Malaysia yang
secara tidak langsung dapat memberi manfaat kepada semua guru di Malaysia.
Daripada kajian-kajian lepas yang telah dinyatakan, dapat dibuktikan bahawa kajian
mengenai pengaplikasian pembelajaran kontekstual oleh guru Bahasa Melayu terhadap KBKK
murid tahap dua yang meninjau mengenai tahap kemahiran, kekerapan dan kekangan yang
dihadapi masih belum dilaksanakan. Maka, kajian ini akan mengisi kelompangan tersebut dan
secara tidak langsung akan menjadi pendorong kepada para guru di sekolah yang tidak
mempunyai kemahiran untuk mengaplikasikan pembelajaran kontekstual dalam sesi PdPc
yang sepatutnya dijalankan dengan lebih kerap lagi.
Kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pengaplikasian
pembelajaran kontekstual oleh guru Bahasa Melayu terhadap KBKK berada pada tahap yang
tinggi. Hal ini jelas membuktikan bahawa para guru di sekolah masih mengaplikasikan
pembelajaran kontekstual semasa menjalankan sesi PdPc bersama murid. Berdasarkan

1573
kajian-kajian lepas juga, terbuktilah bahawa apabila guru mahir dalam mengaplikasikan
pembelajaran kontekstual, KBKK murid dapat ditingkatkan kepada tahap yang lebih baik. Oleh
itu, jelaslah bahawa dengan kajian ini, para guru terutamanya dapat melihat kepentingan
pengaplikasian pembelajaran kontekstual dalam sesi PdPc di sekolah.

RUJUKAN
Abdul Hamid Abdul Rahim, Norzaini Azman & Norhatiah Mohd. Majzub. (2013). Pelajar
generasi pertama sebagai sumber manusia: motivasi dan aspirasi melanjutkan pelajaran
ke institusi pengajian tinggi (ipt). Malaysian Journal of Learning and Instruction, 10, 203–
232. https://doi.org/10.32890/mjli.10.2013.7657

Azizi Yahaya, Sri Kartika Abd Rahman, Abu Bakar Madin, Hanapi Mohamad, Suraya Tarasat
& Baharudin Mohd Arus. (2017). Membuat penyelidikan dengan mudah. UNISSA Press.
http://e-ilami.unissa.edu.bn:8080/jspui/bitstream/123456789/1176/1/MEMBUAT
PENYELIDIKAN DENGAN MUDAH.pdf

Chew, F., & Shashipriya, N. (2014). Pelaksanaan kemahiran berfikir kreatif dan kritis dalam
pengajaran dan pembelajaran komsas di sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu-JPBM (Malay Language Educational Journal-MyLEJ), 4(2), 10–24.

Govinthasamy, B., Vengadasany, C., & Damotharan, V. (2012). Penilaian proses pelaksanaan
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mata pelajaran bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris di daerah Tuaran, Sabah: satu kajian kes. Jurnal Penyelidikan Kent, 7,
1–25.

Hamid Mahmood. (2018). Memperkasakan bahasa Melayu melalui kemahiran bernilai tambah.
Jurnal Antarabangsa Persuratan Melayu (RUMPUN), 1(1957), 1–30.

Jaswardi Anwar Md. Yaacob. (2017). Kesan pembelajaran 5e secara kontekstual terhadap
pemahaman konsep pembahagian sel, penaakulan saintifik dan motivasi. Universiti Sains
Malaysia.

Jumadi. (2004). Pembelajaran kontekstual dan implementasinya. http://staff.uny.


ac.id/sites/default/files/pengabdian/jumadi-mpd-%09dr/pembelajaran- kontekstual.pdf

Lee, C. K., Zakri Abdullah, & Chua, L. N. (2018). Siri pendidikan guru: penyelidikan dalam
pendidikan. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Kemahiran berfikir dalam pengajaran dan


pembelajaran. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Elemen kbat dalam pedagogi.

Mariam M. Nor, M. Iskandar & Yasser Rahmad. (2013). Berfikir menjana kecemerlangan.
Workplace-English Enterprise.

Mariam Mohamed Nor, & Yasser Rahmad. (2014). Siri gaya berfikir: kognitif. Workplace-
English Enterprise.

Maulida & Habib Mat Som. (2010). Tahap kesediaan guru untuk melaksanakan pembelajaran
kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di Sekolah Tinggi
Agama Islam Gajah Putih Takengon di Aceh Tengah. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

1574
Mohd Nasrudin Basar & Siti Halimah Md. Yassin. (2012). Kemahiran berfikir. Freemind
Horizons.

Muhammad Nazri Jaafar. (2013). Kemahiran berfikir kritis dalam kalangan pelajar kejuruteraan
di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. In Journal of Chemical Information and Modeling
(Vol. 53, Issue 9). Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Noor Chahaya Ngosman & Zamri Mahamod. (2017). Keberkesanan pendekatan kontekstual
dalam meningkatkan kemahiran bahasa. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nor Hasniza Ibrahim, Johari Surif & Mohd Sharir Mustapa. (2007). Kefahaman dan tahap
amalan pembelajaran secara kontekstual di kalangan guru sains luar bandar [Universiti
Teknologi Malaysia]. http://eprints.utm.my/id/eprint/2230/1/4_5.pdf

Norsyaidah Seliaman & Mohd Uzi Dollah. (2018). Pengajaran matematik sekolah rendah
menggunakan pendekatan kontekstual: satu kajian kes. Jurnal Pendidikan Sains &
Matematik Malaysia, 8(1), 74–81.

Rosnanaini Sulaiman, Maimun Aziz & Mok Soon Sang. (2011). Siri kemahiran generik
kemahiran berfikir. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Ruhaida Ab. Rahim. (2006). Pelaksanaan pendekatan pembelajaran secara kontekstual


dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru sains dan matematik
di sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru [Universiti Teknologi Malaysia]. In
Jurnal Pendidikan (Vol. 4, Issue 3). http://marefateadyan.nashriyat.ir/node/150

Siti Norfarhana Shaikh Ismail & Siti Mistima Maat. (2017). Pembelajaran abad ke 21:
pendekatan kontekstual untuk pembelajaran bermakna dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik. Seminar Pendidikan Serantau Ke-VIII, 75–89.

Slamet Riyadi. (2019). Meningkatkan hasil belajar ppkn dengan menerapkan pendekatan
pembelajaran kontekstual (ctl). Educatio, 14(1), 16.
https://doi.org/10.29408/edc.v14i1.1279

Subeqi Nur Hikmah, Anis Rahmawati & Abdul Haris Setiawan. (2016). Penerapan model
pembelajaran kontekstual (contextual teaching and learning) tipe examples non-
examples untuk meningkatkan hasil belajar gambar konstruksi bangunan siswa kelas xi
tgb di SMK Negeri 5 Surakarta tahun ajaran 2015/2016. JURNAL, 제13집 1호, 31–48.

Syofian Siregar. (2017). Metode penelitian kuantitatif: dilengkapi dengan perbandingan


perhitungan manual & spss. Kenchana Prenadamedia Group.
Widjaja, W. (2013). The use of contextual problems to support mathematical learning. Journal
on Mathematics Education, 4(2), 151–159. https://doi.org/10.22342/jme.4.2.413.151-159

Yahya Buntat & Norhusna Mohamed. (2010). Aplikasi pemikiran kreatif dan kritis dalam
pengajaran guru-guru teknikal bagi mata pelajaran teknikal di sekolah menengah teknik
di negeri Johor. https://core.ac.uk/download/pdf/11785952.pdf

1575
TAHAP PENGUASAAN KEFAHAMAN MEMBACA DAN PENGUASAAN KOSA KATA
MURID TAHUN LIMA MELALUI PROGRAM NILAM

Venice Wong Yieng Yieng


venice09-946@epembelajaran.edu.my

Latifah binti Mohd Nor


latifah09-37@epembelajaran.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini menyelidik tahap penguasaan kefahaman membaca dan penguasaan kosa kata murid Tahun
5 melalui Program NILAM. Kajian ini dijalankan untuk menyelidik tahap kefahaman membaca murid dan
tahap penguasaan kosa kata murid yang berteraskan masalah penguasaan tahap kefahaman murid
yang disebabkan oleh kekurangan kosa kata dalam kalangan murid. Reka bentuk kajian ini
menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah kajian kes. Kajian kes ini menggunakan tiga instrumen
iaitu analisis dokumen, ujian pemahaman dan borang temu bual. Kajian ini melibatkan tiga orang murid
Tahun 5 di sebuah sekolah rendah di daerah Sungai Besi, Kuala Lumpur, Berdasarkan dapatan kajian,
tahap kefahaman membaca dan tahap penguasaan kosa kata murid berada pada tahap yang rendah.
Pilihan bahan bacaan yang sama, peranan guru dalam Program NILAM dan sikap belajar sewenang-
wenangnya menjadi faktor utama kes ini. Implikasinya kajian ini dapat membantu pihak sekolah
menemui punca masalah kemahiran membaca murid dan juga mengisi kelompongan penyelidikan
berkaitan keberkesanan Program NILAM dalam sistem pendidikan. Justeru, guru-guru dan pihak
berkepentingan yang lain perlu memainkan peranan masing-masing untuk memastikan murid
menguasai kemahiran membaca agar mereka mahir berfikir secara kritiis dan juga menguasai kosa
kata yang kaya sepanjang masa pelaksanaan Program NILAM.
Kata kunci: penguasaan, kefahaman membaca, kosa kata, Program NILAM, tahun 5

ABSTRACT
This study investigates the level of reading comprehension and vocabulary mastery of Year 5 students
through the NILAM Program.This study was conducted to investigate the level of reading
comprehension of students and the level of students' vocabulary mastery based on the problem of
mastery of students' level of comprehension caused by the lack of vocabulary among students. The
design of this study used a qualitative approach and case study methods. This case study uses three
instruments namely document analysis, comprehension test and interview form. This study involved
three Year 5 students in a primary school in the district of Sungai Besi, Kuala Lumpur. Based on the
findings of the study, the level of reading comprehension and vocabulary mastery of students are at a
low level. The same choice of reading material, the role of teachers in the NILAM Program and the
attitude of arbitrary learning are the main factors in this case. The implication of this study is that it can
help schools to find the root cause of students' reading skills problems and also fill the research gap
related to the effectiveness of the NILAM Program in the education system. Therefore, teachers and
other stakeholders need to play their respective roles to ensure that students master reading skills so
that they are able to think critically and also master the rich vocabulary throughout the implementation
of the NILAM Program.
Keyword: proficiency, reading comprehension, vocabulary, NILAM Program, year5

PERNYATAAN MASALAH
Sebahagian besar murid dapat membaca dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang
betul tetapi mereka tidak memahami maksud yang dibawa oleh perkataan- perkataan
tertentu dan mewujudkan halangan komunikasi (Creswell, 2010). Biasanya, murid tidak
mengingat dan tidak memahami apa yang telah dibaca. Keadaan ini sebenarnya

1576
menunjukkan mereka belum menguasai kemahiran membaca secara intensif. Hal ini
menyebabkan murid tidak dapat meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca
dengan tepat sama ada isi tersurat ataupun isi tersirat dalam petikan.

Sebagai maklumat tambahan, terdapat sebilangan murid tercicir daripada proses


pembelajaran di sekolah disebabkan oleh kemahiran membaca secara intensif yang berkait
rapat dengan kemahiran berfikir murid kurang mantap. Sebagai sokongan pendapat di atas,
Baharom Mohamad, Muhamad Suhaimi Taat, Mohd Yusof Abdullah, Roslee talip, Abdul Said
Ambotang & Shukri Zain (2012) mengemukakan bahawa masalah menguasai kemahiran
membaca intensif menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu kerana mereka tidak dapat memahami apa sahaja yang diajar oleh guru.

Persekitaran dianggap sebagai salah satu pendokong masalah membaca kerana


persekitaran adalah suatu fenomena luaran yang berlaku di sekeliling murid dan
mempengaruhi kognitif murid terhadap pergertian perkataan seperti amalan sistem
persekolahan dan pembentukan bahasa murid. Pandangan tersebut disokong oleh laporan
yang dikemukakan oleh Falkulti Bahasa dan Komunikasi (2017) iaitu sistem persekolahan
yang hanya mengamalkan kurikulum yang rumit dan tidak peka terhadap keperluan murid
seperti keperluan penguasaan kemahiran-kemahiran tertentu telah menyebabkan murid
tidak menguasai kemahiran asas. Pada zaman ini, guru lebih terikat dengan motif
menghabiskan sukatan pelajaran daripada memenuhi keperluan ilmu dan kemahiran murid
dalam kehidupan mereka. Secara langsung, murid akan rasa terbeban semasa membaca
buku dan tidak bersemangat untuk mengamalkan amalan membaca dalam kehidupan harian
mereka.

Vijayalethchumy Simanchalam, Mohd Sahandri Gani, Noor Aina, Nik Rafidah & Abdul
Rashid (2014) pernah mengemukakan bahawa tiada banyak kajian tentang penguasaan
kosa kata, tetapi banyak masalah penguasaan kosa kata akan dikaitkan dengan kajian
disleksia atau dijalankan di rantau Asia Tenggara. Terdapat banyak faktor yang mendokong
ketidakupayaan murid menguasai kosa kata bahasa Melayu dengan baik. Faktor perdana
adalah kekurangan amalan membaca dalam kalangan

murid, kekurangan bahan bacaan di dalam kelas, kekurangan kepekaan daripada pihak
sekolah dan guru dan juga kelemahan dalam sumber bahan rujukan utama pembelajaran
iaitu buku teks dan buku aktiviti.

Menurut Baba (2012), tahap pembelajaran murid di dalam bilik darjah adalah pada
tahap sederhana tinggi manakala tahap pembelajaran kosa kata di luar bilik darjah adalah

1577
pada tahap sederhana. Berdasarkan dapatan kajian Iama, murid menerima bantuan dan
bimbingan sepenuhnya daripada guru dan rakan sekelas untuk menguasai kosa kata dalam
pembelajaran. Kajian tersebut juga menunjukkan murid kurang bermotivasi untuk mencari
maksud kosa kata semasa berada di rumah kerana kekurangan bimbingan sosial daripada
ahli keluarga.

Justeru, sebagai seorang bakal guru sekolah rendah, penyelidik ingin mengambil
kesempatan ini untuk melaksanakan kajian kes tentang Program NILAM dalam
meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid Tahun 5 di sekolah rendah. Dari
aspek kemahiran membaca, penyelidik menilai tahap kefahaman murid- murid terhadap teks
dan juga tahap penguasaan kosa kata dalam Program NILAM.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN


Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
1. Untuk menyelidik tahap kefahaman membaca murid Tahun 5 melalui Program NILAM.
2. Untuk menyelidik tahap penguasaan kosa kata murid Tahun 5 melalui Program NILAM.

Berdasarkan objektif kajian, terdapat dua persoalan kajian, iaitu:


1. Apakah tahap kefahaman membaca murid Tahun 5 melalui Program NILAM?
2. Apakah tahap penguasaan kosa kata murid Tahun 5 melalui Program NILAM?

METODOLOGI KAJIAN
Menurut Sulaiman Masri (2005), reka bentuk penyelidikan merujuk kepada perancangan yang
memilih cara penyelidikan yang sesuai untuk mencari jalan penyelesaian kepada
permasalahan penyelidikan yang telah ditetapkan. Kajian ini melibatkan reka bentuk kajian
kualitatif dan menjurus kepada reka bentuk kajian kes untuk menyelidik tahap penguasaan
kemahiran membaca murid Tahun 5 melalui Program NILAM dengan lebih mendalam. Kaedah
pengutipan data yang digunakan adalah analisis dokumen iaitu rekod bacaan Program NILAM,
kertas soalan ujian pemahaman, lembaran kerja bina ayat berdasarkan nota kosa kata.
Kaedah temu bual juga digunakan untuk meneliti cara penguasaan kosa kata, mentaliti murid
semasa mempelajari sesuatu yang baharu dan masalah kemahiran membaca untuk
menentukan cadangan penyelesaian yang lebih spesifik kepada penyelidik lain untuk
menyelesaikan masalah mereka. Kaedah-kaedah ini digunakan untuk menjawab persoalan
kajian.
Dalam kajian ini, terdapat dua aspek dinilai iaitu tahap kefahaman membaca murid dan
penguasaan kosa kata murid dalam Program NILAM. Pengkaji menggunakan reka bentuk
persampelan bukan rawak bertujuan iaitu keadaan pengkaji memilih sampel secara sengaja

1578
dengan sesuatu tujuan (Sulaiman Masri, 2005). Dalam kajian kes ini, cara menentukan sampel
kajian daripada populasi iaitu murid Tahun 5 yang seramai 248 orang murid ialah kaedah
persampelan bertujuan. Penyelidik memilih tiga orang murid daripada kelas Tahun 5 yang
memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki oleh penyelidik berdasarkan markah ujian
pemahaman. Faktor pemilihan tiga orang peserta kajian daripada kelas Tahun 5 sahaja adalah
untuk memudahkan penyelidik menganalisis data dengan lebih mendalam dan lebih teliti. Di
samping itu, penyelidik boleh lebih memfokuskan tahap kefahaman membaca dan tahap
penguasaan kosa kata murid melalui Program NILAM.
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini merangkumi borang temu bual dan kertas
soalan ujian pemahaman bertulis serta lembaran kerja bina ayat responden. Demi
menganalisis tahap kefahaman membaca murid, ujian pemahaman bertulis diberikan kepada
murid untuk menyelidik kemampuan murid memahami kandungan tiga jenis teks iaitu cerita
bernilai moral, artikel kesihatan dan sajak. Pemilihan peserta kajian dilaksanakan berdasarkan
menyemak jawapan-jawapan yang diberikan oleh murid. Jawapan dalam kertas soalan ujian
pemahaman disemak, dianalisis dan dinilai untuk menentukan murid-murid yang menepati
syarat kajian iaitu murid yang mempunyai masalah memahami teks.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Responden dalam kajian ini terdiri daripada tiga orang murid daripada sebuah sekolah rendah
di Kuala Lumpur. Peserta kajian terdiri daripada tiga orang iaitu dua orang lelaki dan seorang
perempuan dari tiga kelas berbeza iaitu 5 Dahlia, 5 Seroja dan 5 Anggerik. Selain itu, dari
aspek kaum, semua murid terdiri daripada bangsa Melayu. Tiga orang murid ini dipilih sebagai
peserta kajian kerana mereka dikenali sebagai murid yang kurang menguasai kemahiran
membaca jika dibandingkan daripada murid-murid lain dalam kelas Tahun 5.

SOALAN KAJIAN 1: APAKAH TAHAP KEFAHAMAN MEMBACA MURID TAHUN 5


MELALUI PROGRAM NILAM?
Soalan kajian pertama ini adalah untuk menyelidik tahap kefahaman membaca murid Tahun
5 melalui Program NILAM. Kaedah analisis dokumen seperti rumusan bacaan NILAM murid
yang sedia ada dan ujian pemahaman bertulis pasca telah dijalankan untuk menilai Program
NILAM dalam meningkatkan tahap kefahaman murid semasa membaca sesuatu bahan
bacaan.
Tahap kefahaman membaca PK1 sangat rendah. Berdasarkan rumusan bahan bacaan
sedia ada PK1, didapati bahawa PK1 kurang mahir dalam merumuskan bahan bacaan yang
dibaca. PK1 hanya menyalin setiap perkataan sebagai rumusan. PK1 kurang memahami
maksud rumusan dan juga tidak merumuskan nilai murni yang tersirat dalam cerita tersebut.
Demi mendapatkan data yang lebih menepati kehendak kajian ini, penyelidik juga

1579
menyediakan satu set soalan pemahaman yang terdiri daripada tiga jenis bahan bacaan untuk
menguji aspek yang ingin dikaji. Hasil dapatan analisis jawapan pemahaman yang dijawab
oleh murid menunjukkan bahawa tahap kefahaman PK1 sangat rendah. Bagi bahagian cerita
bermoral yang sebagai jenis bahan bacaan yang paling diminati oleh PK1, PK1 hanya
mendapat 6 markah. Bagi bahagian artikel kesihatan, dia juga kurang mahir dalam mencari isi
tersirat sehingga banyak jawapan tidak ditulis. Manakala, bagi jenis bahan yang kurang
disentuhi oleh PK1 iaitu bahan sastera sajak, markahnya hanya sebanyak 1 markah. PK1
kurang mahir dalam mengemukakan pendapat sendiri dan juga tidak mampu menganalisis
mesej yang ingin disampaikan oleh penulis. Dalam kertas ujian pemahaman PK1, banyak
tempat kosong tidak ditulis jawapan. Akhirnya, gred yang dipegang oleh PK1 ialah D.
Bagi PK2 pula, tahap kefahaman membacanya adalah pada gred C iaitu 50%.
Berdasarkan rumusan bahan bacaan sedia ada PK2, didapati bahawa PK2 kurang mahir
dalam merumuskan bahan bacaan yang dibaca. PK2 juga kurang memahami maksud
rumusan dan juga tidak merumuskan nilai murni yang tersirat dalam cerita tersebut. Dalam
ujian pemahaman pasca, PK2 didapati kurang mahir menyampaikan pendapat diri sendiri.
Tetapi, PK2 boleh menghubungkaitkan kehendak soalan dengan kehidupan sebenar semasa
menjawab soalan terutamanya pada bahagian sajak yang berkaitan jasa guru. PK2 juga
mampu membuat ramalan terhadap kesan sesuatu berlaku. Tetapi PK2 kurang pandai
menguasai menghubungkaitkan kehendak soalan dengan isi artikel seperti soalan keempat
pada bahagian artikel kesihatan. Oleh sebab jawapan bagi soalan keempat itu hanya berada
pada satu bahagian yang kecil dalam artikel, maka PK2 sukar berjumpa dan mendapat
jawapan daripada artikel tersebut. Hal ini juga menunjukkan PK2 kurang menguasai teknik
membaca secara imbasan.
Berdasarkan hasil kerja PK3, tahap kefahamannya adalah pada gred C iaitu 53%.
Berdasarkan rumusan bahan bacaan sedia ada PK2, didapati bahawa PK2 kurang mahir
dalam merumuskan bahan bacaan yang dibaca. PK2 juga kurang memahami maksud
rumusan dan juga tidak merumuskan nilai murni yang tersirat dalam cerita tersebut. Situasi ini
juga bersesuaian dengan kenyataan PK2 dalam temu bual yang mengemukakan bahawa dia
sukar menentukan bahagian yang sebagai intipati dalam seluruh cerita. Jika dibandingkan
dengan PK1 dan PK2, PK3 lebih mampu menganalisis nilai murni yang lebih tepat
berdasarkan petikan yang dibaca. Walaubagaimanapun, PK3 masih menghadapi masalah
yang lebih kurang sama dengan PK2 iaitu kemahiran membaca secara imbasan masih belum
dikuasai sepenuhnya. Sebagai contoh, PK3 tidak dapat mencari jawapan yang boleh didapat
daripada petikan seperti soalan kedua, ketiga dan keempat pada bahagian artikel kesihatan.

SOALAN KAJIAN 2: APAKAH TAHAP PENGUASAAN KOSA KATA MURID TAHUN 5


MELALUI PROGRAM NILAM?

1580
Manakala soalan kajian kedua ini adalah untuk menyelidik tahap penguasaan kosa kata murid
Tahun 5 melalui Program NILAM. Lembaran kerja bina ayat juga disediakan berdasarkan
catatan kosa kata murid untuk menilai tahap penguasaan kosa kata murid. Dengan kata lain,
soalan ini akan dijawab berdasarkan kemampuan menggunakan input baharu iaitu kosa kata
baharu dalam membina ayat dalam kalangan peserta kajian.
Hasil dapatan kajian mendapati bahawa hasil kerja murid kurang menepati dengan
pernyataan murid dalam temu bual. Kebanyakan mereka mengemukakan bahawa mereka
mampu membina ayat baharu dengan menggunakan kosa kata yang dicatat dalam buku
NILAM, tetapi tahap penguasaan kosa kata dalam kalangan mereka berada antara tahap
sederhana dengan rendah. PK1 hanya menguasai kosa kata yang terhad sahaja. Antara lima
kosa kata, PK1 hanya dapat menggunakan satu kosa kata dengan tepat dan betul semasa
membina ayat. Bagi empat kosa kata lain, PK1 tidak berkemampuan menunjukkan kefahaman
yang mendalam terhadap maksud keempat-empat kosa kata. Hal ini berkait rapat dengan
sikap belajar kosa kata dan jenis bahan bacaan yang dipilih semasa membaca buku oleh PK1.
Sikap PK1 yang hanya mencari maksud melalui laman web yang mempunyai tahap
kebolehpercayaan yang rendah dan bersikap tidak mencatat maksud kosa kata yang tidak
difahami telah menjadi satu halangan dalam proses perluasan kosa kata. Selain itu, PK1
hanya didedahkan kepada jenis buku cerita yang kurang mencabar tahap kognitifnya. Ini
menyebabkan jenis kosa kata yang ditimba hanya terbatas dalam jenis bahasa yang
digunakan dalam buku cerita.
Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan bahawa PK2 mempunyai tahap penguasaan
kosa kata yang sederhana. Antara lima kosa kata, PK2 dapat menggunakan tiga kosa kata
dengan betul dan membina situasi dengan tepat. Walaubagaimanapun, PK2 masih kurang
menguasai maksud dua kosa kata lagi. Oleh sebab terlupa maksud kosa kata, PK2 tidak dapat
membina idea yang sesuai dengan kedua-dua kosa kata tersebut. Perbezaan PK2 dengan
PK1 dan PK3 ialah amalan membuat ulang kaji tentang apa yang dicatat oleh PK2 dapat
membantu dia lebih menguasai kefahaman tentang maksud kosa kata dan
mengaplikasikannya dalam bina ayat. Melalui dapatan temu bual dengan PK2, boleh didapati
bahawa PK2 selalu mendapatkan maksud kosa kata daripada kamus dewan. Jika
dibandingkan dengan sumber dalam talian, sumber daripada kamus mendukung tahap
kebolehpercayaan yang lebih tinggi dan tepat.
Bagi PK3 pula, dapatan kajian melalui kaedah analisis lembaran kerja bina ayat juga
menunjukkan bahawa tahap penguasaan kosa kata PK3 adalah pada tahap sangat terhad.
Antara lima kosa kata yang diberikan, PK3 hanya boleh menggunkan satu kosa kata dengan
betul. Selain itu, PK3 juga kurang memahami maksud memerap kerana dia tidak dapat
memberi penjelasan yang lebih lanjut untuk menunjukkan maksud perkataan memerap.
Ideanya kurang lengkap. Yang lagi tiga kosa kata lain, PK3 tidak membina ayat dan hanya

1581
meninggalkan tempat kosong. Ini telah menunjukkan tahap penguasaan kosa kata PK3 adalah
paling rendah antara tiga orang peserta kajian. Sehubungan dengan dapatan temu bual PK3,
dia mengemukakan bahawa dia jarang atau tidak akan membuat ulang kaji apa yang telah
dicatat. Sikap seperti ini juga tidak akan membawa impak positif terhadap tahap penguasaan
kosa katanya.
KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
KESIMPULAN
Kesimpulan akan membincangkan dapatan bagi setiap soalan kajian dalam kajian ini dan
merumuskannya bagi memberi justifikasi bahawa setiap objektif kajian telah dipenuhi dan
dijawab. Hasil dapatan daripada kedua-dua instrumen berjaya menjawab kedua-dua soalan
kajian.

TAHAP KEFAHAMAN MEMBACA MURID


Dapatan kajian mendapati murid hanya menguasai tahap kefahaman yang rendah.
Berdasarkan hasil temu bual, dapat dirumuskan bahawa tahap kefahaman murid berkait rapat
dengan faktor persekitaran seperti bahan bacaan yang disediakan dan bimbingan sosial yang
diterima dan juga aktiviti pengayaan yang disediakan untuk memperkembangan kognitif murid.
Seperti dapatan kajian oleh Baharom Mohamad, Mohamad Johdi Salleh & Che Noraini
Hashim (2009), pengalaman pembacaan yang kaya dapat membantu meningkatkan
kemahiran berfikir seseorang kerana mereka mampu menghubungkaitkan situasi-situasi yang
pernah dibaca dengan sesuatu situasi yang baharu. Selain itu, kajian Marohaini Yusoff (1989)
juga mengemukakan bahawa penubuhan makna adalah peringkat paling asas dalam
pembentukan minda yang cergas. Dalam proses ini, jenis bahan bacaan dan bimbingan sosial
daripada pihak yang lebih pakar amat diperlukan oleh murid untuk menguasai kemahiran
menaakul tentang kesesuaian isi dengan kehendak soalan. Bimbingan sosial juga dapat
menunjukkan arah pemikiran yang logik kepada murid supaya mereka dapat membuat
ramalan, deduksi dan membuat analisis terhadap sesuatu info.
Berdasarkan perbincangan di atas, kebanyakan kajian sedia ada lebih banyak
mengkaji keberkesanan teori pembelajaran sosial terhadap tahap kefahaman murid dan juga
strategi pengajaran bacaan dan kefahaman. Selain bimbingan sosial diberikan kepada murid,
peluang percubaan diri sendiri juga perlu disediakan supaya murid dapat membiasakan diri
dengan pengaplikasian teknik-teknik tanpa bergantung kepada orang lain.
Berdasarkan perbincangan ini dapat dirumuskan bahawa masalah kefahaman
membaca bukan sesuatu masalah yang mudah diselesaikan dalam tempoh masa yang
singkat. Pembinaan kemampuan berfikir secara konstruktif dan kritis memerlukan persekitaran
yang kondufisf dan juga memerlukan percubaan secara berterusan untuk mendapatkan
sesuatu kesedaran baharu.

1582
TAHAP PENGUASAAN KOSA KATA MURID
Dapatan kajian mendapati murid hanya menguasai kosa kata yang terhad. Penguasaan kosa
kata yang terhad menjadi satu halangan dalam kalangan murid untuk membina satu idea yang
baharu. Sikap belajar secara sewenang-wenangnya menyebabkan murid hanya mampu
mencatat kosa kata yang kurang difahami, tetapi tidak berusaha membuat ulang kaji terhadap
catatan yang telah dibuat. Hal ini menyebabkan input baharu tidak akan kekal dalam minda
murid dalam jangka masa yang panjang. Dapatan kajian ini lebih kurang sama dengan
beberapa kajian lain yang mengkaji aspek kosa kata. Anata kajian penggunaan kosa kata bagi
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris merangkumi kajian Ambikapathi, Tay Mei Gun dan
Shanthi Nadarajan (2015), Nurul Huda (2012) dan Bei Zhang (2011). Manakala hasil dapatan
kajian Wong Vui Shin (2020) juga menunjukkan bahawa pengalaman pembacaan yang kurang
mantap juga menghadkan perkembangan tahap penguasaan kosa kata. Sehubungan dengan
kajian tersebut, dapatan kajian ini juga membuktikan bahawa bahan bacaan murid yang tidak
luas menyebabkan mereka kurang didedahkan dengan kosa kata baharu yang memudahkan
mereka mengaplikasikan input ilmu dalam penulisan.

IMPLIKASI
Implikasi kajian adalah hujah yang menunjukkan sesuatu kajian telah menambah nilai kajian
sedia ada yang berkemungkinan dapat memberi kepentingan nasional (Dissanayake, 2013).
Oleh itu, berdasarkan konteks kajian ini, bahagian ini akan membincangkan implikasi kajian
bagi memberi justifikasi jurang penyelidikan dan berupaya memberi sumbangan kepada
pengetahuan, praktikal dan teori.

IMPLIKASI PENGETAHUAN
Sehubungan dengan itu, dapatan kajian ini jelas menunujukkan murid kurang mahir
dalam menggunakan kosa kata yang sesuai dan tepat semasa mereka membina ayat. Murid
juga tidak mengingati maksud kosa kata yang telah dicatat. Ini maksudnya murid-murid tidak
membuat ulang kajiPenguasaan kosa kata sangat penting untuk seseorang individu
menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran berbahasa. Seseorang individu perlu
menguasai kosa kata bahasa terlebih dahulu sebelum seorang murid dapat menguasai
kemahiran berfikir. Seperti apa yang dikemukakan oleh Merriem (1998), penguasaan kosa
kata merupakan tunjang dan tonggak utama dalam sesuatu bahasa. Demi meningkatkan
kefahaman membaca murid, mereka mestilah menimba ilmu kosa kata secara aktif dan
selalu mengulang kaji supaya input boleh kekal berada dalam minda murid selama- lamanya.

Selepas itu, dapatan kajian ini jelas menunjukkan kemahiran menganalisis murid
kurang mahir dalam menganalisis isi tersirat kerana tidak pernah diberitahu oleh guru tentang

1583
cara atau teknik menulis rumusan bahan bacaan. Tambahan pula, aktiviti pengayaan ilmu
murid hanya dijalankan dengan cara pasif iaitu membuat laporan berdasarkan pengetahuan
sedia ada diri sendiri. Hal ini menyebabkan tahap penguasaan kemahira membaca murid
tidak berapa nyata kerana aktiviti Program NILAM tidak dapat merangsang minat murid untuk
mengamalkan sikap membaca dalam kehidupan harian. Pada hal ini, murid perlu melatih diri
untuk menerokai bahan atau aktiviti baharu untuk mempelbagaikan kegemaran diri sendiri
supaya lebih bermotivasi untuk menghayati dan berfikir secara kritis.

IMPLIKASI PRAKTIKAL
Implikasi praktikal merupakan keupayaan sesuatu kajian menambah baik amalan sedia ada
kepada amalan yang lebih berkesan (Bornman, 2013). Kajian kes ini bertujuan untuk
menyelidik tahap penguasaan kefahaman membaca dan tahap penguasaan kosa kata murid
Tahun 5 melalui Program NILAM.
Hasil dapatan kajian mendapati bahawa murid kurang memahami maksud kosa kata
sehingga menghadapi masalah memahami kandungan bahan bacaan selain jenis buku cerita.
Sikap belajar kosa kata murid secara sewenang-wenangnya menyebabkan murid tidak dapat
menguasai maksud kosa kata selama jangakaan masa yang panjang. Berdasarkan analisis
temu bual, didapati bahawa murid hanya akan mencatat kosa kata dengan maksudnya di
dalam buku, tetapi mereka jarang membuat ulang kaji apa yang telah dicatat. Amalan ini tidak
akan membawa sebarang kesan positif terhadap peningkatan kosa kata dalam kalangan
murid.
Sehubungan dengan itu, amalan murid dalam pemilihan bahan bacaan juga memberi
kesan terhadap penguasaan kosa kata dalam kalangan mereka. Dalam Program NILAM,
terdapat dua jenis buku boleh dipilih oleh murid iaitu buku fiksyen dan buku bukan fiksyen.
Berdasarkan kenyataan responden, ketiga-tiga orang responden mengemukakan bahawa
mereka lebih cenderung memilih buku fiksyen. Jenis bahan bacaan yang dipilih terbatas dalam
jenis buku yang sama. Bahan bacaan murid yang tidak luas menyebabkan mereka kurang
didedahkan dengan kosa kata baharu yang memudahkan mereka mempraktikkan dalam
penulisan.
Selain itu, kajian ini juga dapat dijadikan satu kesedaran kepada warga sekolah
terhadap kepentingan mempelbagaikan aktiviti pengayaan Program NILAM terutamanya
pihak sekolah dan pihak guru yang melibatkan diri dalam Program NILAM secara langsung
bersama dengan murid. Kesedaran tentang kepentingan aktiviti pengayaan Program NILAM
dalam menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam membaca buku dengan aktif. Aktiviti
merupakan satu saluran yang dominan untuk membimbing murid menyedari bahawa sesuatu
perkara yang belum diterokai sebelum ini. Sebagai contoh, aktiviti bercerita atau aktiviti

1584
berlakon yang melibatkan komunikasi dua hala dapat menarik minat murid untuk menumpukan
perhatian pada apa yang dibaca oleh murid. Selain itu, murid juga boleh mempelajari satu
kemahiran yang baharu seperti melafazkan sajak, teknik bercerita dengan intonasi yang
menarik dan sebagainya. Sepanjanga masa aktiviti dijalankan, murid akan dilatih untuk berfikir
dari pelbagai aspek, bukan hanya terbatas dalam satu ruang yang sempit sehingga
perkembangan kognitif tersekat.

IMPLIKASI TEORI
Implikasi teori menghasilkan percambahan konstruk, subkonstruk dan aspek-aspek
lain yang dapat meningkatkan lagi keupayaan sesuatu teori (Pintrich, 2000). Dengan kata lain,
teori dan model selalu dihayati dan dijadikan rangka rujukan untuk memahami tingkah laku
manusia, seterusnya merancang tindakan yang sesuai. Teori yang digunakan dalam kajian ini
ialah Teori Pembelajaran Sosial Vygotsky dan Model Klasifikasi Strategi Pembelajaran Kosa
Kata Schmitt (1997).
Implikasi Teori Pembelajaran Sosial Vygotsky boleh dilihat melalui kajian ini yang
memerlukan peserta kajian mengaplikasikan kemahiran membaca secara kritis untuk
memahami dan menghayati isi kandungan bahan bacaan, bukan sahaja memahami jalan
cerita sahaja. Dalam konteks kajian yang berasaskan Teori pembelajaran sosial Vygotsky,
murid akan melalui dua tahap iaitu tahap perkembangan potensi dan tahap perkembangan
sebenar. Dalam kajian ini, murid bukan sahaja hanya mengetahui tentang jalan cerita bahan
bacaan sahaja, tetapi juga mampu menghubungkaitkan pengetahuan asas dengan input
baharu. Sepanjang masa Program NILAM, guru juga perlu menunjukkan sikap membaca surat
khabar ataupun buku ilmiah supaya merangsang minat murid untuk memperluaskan jenis
bahan bacaan dalam Program NILAM. Sementara itu, murid yang mengalami masalah dalam
memahami sesuatu perlu diberikan bimbingan untuk membina corak pemikiran yang kritis.
Tahap perkembangan potensi akan diikuti dengan tahap perkembangan sebenar iaitu
kebolehan individu menukar maklumat dan mengaplikasikan kemahiran berfikir yang
diperolehi daripada interaksi sosial kepada kefahaman individu.
Selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Mohd Zaki Ismail, Kaseh Abu Bakar, Nik
Farhana Nik Mustapha & Nurazan Rouyan (2016) yang meninjau penggunaan strategi-strategi
pembelajaran kosa kata bahasa Arab dalam kalangan pelajar cemerlang. Dalam kajian
tersebut, dikemukakan bahawa tahap penggunaan strategi pembelajaran kosa kata yang
rendah dan cara pengaplikasian secara mendatar menunjukkan tahap penguasaan kosa kata
dan kefahaman pelajar cemerlang terhadap strategi pembelajaran kosa kata masih rendah.
Penggunaan strategi yang terhad menuntut guru bahasa Arab untuk mengajarkan kepada
para pelajar strategi pembelajaran kosa kata yang lebih efektif. Berdasarkan dapatan kajian
tersebut, dirumuskan bahawa kajian yang dijalankan berupaya mengisi kelompangan dalam

1585
aspek teori iaitu setiap orang mempunyai strategi pembelajaran kosa kata sendiri, tidak
semestinya mengikut setiap peringkat yang ada dalam Model Klasifikasi Strategi
Pembelajaran Kosa Kata Schmitt (1997). Selain itu, prinsip asa bagi teori dan model tersebut
iaitu murid dapat memikul obligasi sendiri terhadap proses pembelajaran dan menghargai
peluang yang disediakan oleh guru masing-masing. Sikap bertanggungjawab untuk diri sendiri
merupakan satu titik permulaan yang penting dalam setiap perkara.

CADANGAN
Berdasarkan dapatan kajian ini, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan diberikan
untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan setiap peranan dalam Program NILAM khususnya
yang berkaitan sikap belajar murid, peranan guru, situasi persekitaran yang mempengaruhi
tahap kefahaman murid dan tahap penguasaan kosa kata murid Tahun 5. Sehubungan
dengan itu, kajian ini memberi cadangan kepada pihak yang terlibat secara langsung dalam
organisasi pendidikan. Kajian ini turut memberi cadangan kajian lanjutan bagi
mempertingkatkan keberkesanan Program NILAM dalam meningkatkan kemahiran membaca
murid. Sementara itu, kajian ini juga boleh dianggap sebagai satu kajian lanjutan bagi
mempertingkatkan kualiti penyelidikan di Malaysia.
Sehubungan dengan masalah yang dijelaskan, pihak Pegawai Pendidikan Daerah
(PPD) yang berasal daripada pihak kementerian perlu sentiasa memantau statistik tentang
data rekod bacaan murid dan menjalankan interaksi dengan pihak sekolah yang tidak
mencapai sesuatu tahap dalam Program NILAM. Keberkesanan sesuatu program adalah
ditentukan oleh kerjasama setiap pihak yang terlibat. Dengan adanya bantuan pihak
kementerian, pelaksanaan Program NILAM dalam kalangan warga sekolah akan menjadi lebih
lancar. Pemantauan Kementerian Pendidikan Malaysia dan bimbingan daripada pihak atasan
dapat dijadikan satu motivasi dalam kalangan guru dan murid untuk menambahbaikan sikap
yang sewenang-wenangnya semasa melibatkan diri dalam Program NILAM. Interaksi pelbagai
hala ini dapat memastikan wujudnya kolaboratif yang efektif dengan pihak sekolah dalam
menggerakkan murid untuk memantapkan kemahiran membaca dan penguasaan kosa kata
mereka.
Pihak sekolah perlu sentiasa menyediakan dan mengemaskinikan bahan bacaan yang
disediakan di sudut bacaan. Berdasarkan kenyataan responden, mereka mengemukakan
bahawa mereka kurang berminat dengan membaca buku banyak disebabkan oleh kekurangan
pilihan jenis bahan bacaan di sekolah dan di rumah. Seorang responden juga mengemukakan
bahawa sebab dia hanya membaca buku cerita dan buku komik kerana tiada jenis bahan
bacaan disediakan di rumah dan di sekolah. Variasi bahan bacaan yang berbagai jenis dapat
memperkayakan input yang diterima oleh murid semasa membaca bahan-bahan tersebut.
Sementara itu, jenis bahan bacaan yang berbagai variasi tidak akan membosankan murid

1586
semasa membaca buku. Menurut Khairuddin Mohamad, Ibrahim Yusof & Zaridah Ramli.
(2016), kemudahan infostruktur dan infrastruktur umpama batu loncatan dalam melahirkan
anak murid yang berbakti dalam pelbagai bidang, terutamanya pada era ledakan teknologi
zaman ini.
Guru dicadangkan meningkatkan profesionalisme kendiri dengan membina jiwa mental
yang peka terhadap keperluan murid dan juga perlu sentiasa mempelbagaikan aktiviti yang
sesuai berdasarkan keperluan murid dalam Program NILAM. Sehubungan dengan ini, guru
perlu melengkapi diri dengan pelbagai kemahiran seperti kemahiran bercerita, berlakon,
berpantun, melukis dan sebagainya supaya memastikan guru mampu menjalankan aktiviti
pengayaan yang menarik seperti jenis aktiviti yang dinyatakan untuk merangsang minat
belajar murid. Dapatan kajian menunjukkan tahap profesionalisme guru masih berada pada
tahap yang rendah. Kenyataan murid dibuktikan bahawa guru kurang peka terhadap keperluan
murid dan guru akan menunjukkan kemarahan mereka jika murid itu tidak menguasai apa
yang diajar. Ini akan menjadi trauma dalam kalangan murid sehingga mereka mendiamkan diri
dan tidak berani bertanya soalan semasa menghadapi masalah. Seperti apa yang dijelaskan
oleh Mahyuddin Arsat & Maizura Yunus (2017), hubungan yang rapat juga adalah kunci utama
dalam proses penghasilan murid yang aktif untuk belajar sesautu yang baharu daripada guru.
Hubungan yang kondusif antara guru dan murid juga membolehkan guru lebih memahami latar
belakang dan masalah yang dihadapi oleh murid.
Cadangan kepada kajian lanjutan berkaitan Program NILAM dalam meningkatkan
tahap kefahaman dan penguasaan kosa kata boleh dilaksanakan menggunakan reka bentuk
kajian tindakan. Selain itu, kajian ini dijalankan dengan mengambil pendekatan kualitatif,
jumlah peserta kajian yang terlibat tidak seramai seperti kajian tinjauan. Maka, kajian lanjutan
boleh dilakukan menggunakan kajian korelasi. Menurut Arlene (2005), kajian korelasi ialah
satu kajian yang mengkaji sejauh mana perkaitan antara pemboleh-pemboleh ubah yang
wujud dalam sesuatu masalah. Penyelidik boleh mengkaji sejauh mana persekitaran
pembelajaran mempengaruhi perkembangan kemahiran membaca murid dalam Program
NILAM seperti jenis bahan bacaan yang disediakan, sikap guru, sikap ibu bapa, sikap murid
dan sebagainya. Pendekatan kualitatif membenarkan pengkaji untuk mengutip data peserta
kajian dalam jumlah dan merumuskan satu generalisasi daripada hasil kajian. Sebagai
langkah lanjutan, cadangan kajian berkenaan Program NILAM boleh dipelbagaikan ke atas
kemahiran atau aspek lain seperti kemahiran menulis, kemahiran mendengar, dan bertutur
dan aspek seni bahasa. Tambahan pula. persampelan kajian untuk kajian lanjutan boleh
diperluaskan ke daerah lain dan juga diperluaskan ke sekolah jenis kebangsaan lain. Latar
belakang murid yang berbeza akan memperolehi tahap kognitif yang berbeza dan juga
personaliti yang berbeza. Selain itu, dicadangkan kajian lanjutan boleh memfokuskan murid
tahun lain dan murid dari jenis sekolah lain supaya membuat perbandingan antara gaya

1587
pembelajaran kosa kata dan sikap membaca murid dalam Program NILAM yang terdiri
daripada kaum lain ataupun berasal daripada kawasan lain.

RUJUKAN

Abdul Said Ambotang, Shukri Zain. (2012). Iklim sekolah berkesan pemangkin
kecemerlangan. Utusan Borneo, muka surat 4. http://doi.org/10.1002/asi

Ambikapathi Shanmugam, Tay Mei Gun & Shanthi V. Nadarajan. (2015). Analisis
penggunaan kosa kata bahasa Melayu Tahun 3 dengan perisian Range. Jurnal
penyelidikan. 1(12), 1-17.

Arlene, F. (2005). Conducting Research Literature Reviews: From The Internet to


Paper. Sage Publications.

Baharom Mohamad, Mohamad Johdi Salleh & Che Noraini Hashim. (2009).
KEPIMPINAN PENDIDIKAN BERKESAN. Prosiding Seminar Kepengetuaan
Kebangsaan Ke-VI – Halatuju Kepempinan Sekolah Untuk Penambahbaikan
Yang Mapan, VI (2009), 1–19.

Bei Zhang. (2011). A Study Of the Vocabulary Learning Strategies Used By Chinese
students. English IV, D-essay in English Didactics Kristianstad University.
http://www.diva-portal.org/smash/get/diva2:438944/fulltext01

Bornman, L. (2013). What is Societal Impact of Research and How Can It Be


Assessed?A Literature Survey. Journal of the America Society for information
Science and Technology, 3(2), 218-232.

Creswell, J. W. (2010). Educational research-planning, conducting, and evaluating


quantitative and qualitative research (4th Edition). Pearson Merril Prentice Hall.

Dissanayake, D. M. N., (2013). The Impact of Perceived Desirability and Perceived


Feasibility on Entrepreneurial Intention among Undergraduate Students in Sri
Lanka: An Extended Model. The Kelaniya Journal of Management, 2(1), muka surat
39-57.

Falkulti Bahasa dan Komunikasi. (2017). The quality of teaching and learning practices for
Bahasa Melayu in MRSM. Falkulti Bahasa dan Komunikasi.
http://ir.upsi.edu.my/3035/1/Kualiti%20amalan%20guru%20dalam%20pengajaran%2
0dan%20pembelajaran%20Bahasa%20Melayu%20di%20MRSM.pdf

Khairuddin Mohamad, Ibrahim Yusof & Zaridah Ramli. (2016). Penyelidikan dalam Pendidikan
Bahasa Melayu. Sasbadi Sdn. Bhd.

Mahyuddin Arsat & Maizura Yunus (2017). Cabaran yang dihadapi oleh guru di sekolah
pedalaman daerah Muar Johor. Jurnal Penyelidikan, 2(1), 1-7.
http://eprints.utm.my/id/eprint/11803/

Marohaini Yusoff. (1989). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Bistari.

Merriem, S. B.(1998). Qualitative Research and Case Study Applications in Education 2nd
ed. Jossey-Bass.

1588
Mohd Zaki Ismail, Kaseh Abu Bakar, Nik Farhan Nik Mustapha & Nurazan Rouyan. (2016).
Penggunaan Strategi Pembelajaran Kosa Kata Bahasa Arab Dalam Kalangan Pelajar
Cemerlang. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 31, 47-68.
Nurul Huda. (2012). Penguasaan Kosa Kata Asas Bahasa Melayu di dalam kalangan murid
Tahun 1 di Sekolah Siam Ban Khorlogaway, Narathiwat. Tesis Sarjana Muda.
Universiti Malaya.

Pintrich, P. R. (2000). The Role of Goal Orientation in Self-Regulated Learning. In M.


Boekaerts, P. R. Pintrich & Zeidner, M. (Edition), Handbook of self-regulation
(451- 502). Academic Press. https://doi.org/10.1016/B978-012109890- 2/50043

Schmitt, N. (1997). Vocabulari learning strategies. Dalam Schmitt, N. & McCarthy, M.


Vocabulary: Description, Acquisition and Pedagogy (ms 199-227). Cambridge
University Press.

Sulaiman Masri. (2005). Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan: Kaedah Penyelidikan dan
Panduan penulisan esei, proposal dan tesis. Utusan Publications & Distributors
Sdn.Bhd

Vijayalethchumy Simanchalam, Mohd Sahandri Gani, Noor Aina, Nik Rafidah & Abdul
Rashid. (2014). Diversity in Organizations, Communities and Nations.
International Journal. 9(2), 35-42.

Vygotsky, L. S. (1978). Mind in society. The Development of Higher Psychological


Processes. (New edition, edited by M.Cole, V. John Steiner, S. Scribner and E.
Souberman). Harvard University Press.Nurul Huda (2012),

Wong Vui Shin. (2020). Penggunaan Kosa Kata Dalam Bina Ayat Murid Tahun 3.
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.

1589
PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM KALANGAN GURU TERHADAP
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Aisyah Aaminin binti Idris


aisyah09-947@epembelajaran.edu.my

Hisamuddin bin Abd Ghani PhD


hisamuddin@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang bertujuan untuk meninjau penggunaan Bahan Bantu
Mengajar (BBM) dalam kalangan guru terhadap Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu
di sekolah. Kajian ini dijalankan dengan tertumpu pada guru yang mengajar bahasa Melayu sekolah
rendah di daerah Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan. Secara ringkas, kajian ini dibahagikan kepada
tiga aspek berdasarkan soalan kajian iaitu meninjau pengendalian bahan bantu mengajar yang
diamalkan oleh guru dalam PdP Bahasa Melayu, kesan penggunaan bahan bantu mengajar serta
cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh guru ketika mengendalikan BBM dalam bilik darjah. Kajian
ini menggunakan kaedah kualitatif untuk mengumpul data dengan melibatkan peserta kajian seramai 3
orang guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, dapatan kajian ini
diperoleh melalui kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen yang dijalankan terhadap
peserta bagi menjawab soalan kajian yang dinyatakan. Seterusnya dalam kajian ini juga, disarankan
beberapa langkah yang boleh diambil oleh pihak berkaitan bagi menggalakkan penggunaan bahan
bantu mengajar dalam kalangan guru sekolah rendah.
Kata Kunci: Bahan bantu mengajar, tinjauan, kualitatif, guru sekolah, PdP Bahasa Melayu.

ABSTRACT
This research is a survey which aims to identify the use of teaching tools among teachers of Teaching
and Learning Bahasa Melayu at school. This research was conducted with a focus on teachers who
teach Malay primary school in the district of Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan. In summary, this
research is divided into three section based on the research questions to review the operation of
teaching aids practiced by teachers in the class, the impact of teaching aids and the challenges and
constraints faced by teachers when handling teaching tools in the classroom. This study used qualitative
methods to collect data involving study of three teachers who teach Bahasa Melayu at their school.
Accordingly, the findings of this research were obtained through interviews, observations and document
analysis conducted on participants to answer the research questions stated. Furthermore, in this
research, it suggest some action that can be taken by the relevant parties to encourage the use of
teaching tools among primary school teachers.
Keywords: Teaching tools, survey, qualitative, school’s teacher, study of Bahasa Melayu.

PENGENALAN
Dalam sesebuah institusi pendidikan, proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat dilihat
sebagai suatu pendorong yang penting dalam mencorakkan modal insan. Menurut Hamdan &
Mohd Yasin (2010), guru sewajarnya menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pendidik
dengan mendidik murid supaya murid dapat menguasai pembelajaran yang diajar oleh guru.
Menurut Mohd Yasin et. al., (2013) berpendapat bahawa penggunaan bahan bantu mengajar

1590
(BBM) adalah satu cara untuk meningkatkan pencapaian dan kejayaan bagi murid-murid
kerana tanpa BBM, proses PdP akan kurang efektif serta pencapaian akademik murid akan
menurun. Oleh itu, semua guru perlu melaksanakan penggunaan BBM dalam PdP mereka bagi
melahirkan murid yang cemerlang daripada pelbagai aspek.
Penggunaan BBM dalam PdP bilik darjah memerlukan kesediaan guru daripada aspek
amalan, kemahiran dan sikap mereka supaya penggunaan BBM, dalam PdP dapat berjalan
dengan berkesan dan berkualiti. Pengendalian BBM bergantung kepada kepakaran dan
kemahiran guru dalam menggunakan bahan tersebut. Tahap kesedian guru dalam
melaksanakan sesuatu BBM akan terjejas jika guru kekurangan kemahiran dan pengetahuan
yang tidak mencukupi. Menurut Mat Som (2005), keupayaan dan kemampuan guru dalam
melaksanakan BBM dan mengangani cabaran-cabaran tugas yang berkaitan dengannya
memerlukan pengetahuan dan kemahiran guru untuk membuat justifikasi. Oleh demikian,
memiliki kemahiran yang tingggi merupakan antara aspek yang terpenting dalam menjayakan
aktiviti PdP yang berkesan.
PERNYATAAN MASALAH
Bahasa Melayu akan terus menghadapi cabaran dalam memenuhi peranannya sebagai
wacana kebudayaan masyarakat negara Malaysia. Bahasa Melayu sebagai tonggak tamadun
bangsa atau jati diri bangsa ini perlulah diperkukuh dan diperluas peranannya terutama bagi
murid sekolah. Oleh itu, PdP bahasa Melayu tidak seharusnya menjadi suatu pengajaran yang
sukar dan abstrak serta membosankan serta mengelirukan murid. Kemungkinan besar,
tanggapan negatif terhadap bahasa Melayu terjadi disebabkan faktor murid yang kurang
berminat (Balakrishnan, 2012). Perkara ini disokong oleh Laporan Jawatankuasa yang
mengkaji penggunaan bahasa Melayu 2008 mendapati kebanyakkan guru sangat bergantung
kepada buku teks semata-mata dalam pengajaran mereka. Keadaan jni membuktikan bahasa
guru tersebut tidak kreatif untuk mewujudkan suasana yang gembira dan akhirnya menjadikan
kelas tersebut pasif dan bosan (Rashidi Azizan & Abdul Razak Halib, 2010).
Kesannnya murid menjadi bosan dan ketandusan idea serta tidak proaktif. Walau
bagaimanapun, masih terdapat segelintir guru yang menggunakan BBM dalam PdP namun
BBM yang digunakan adalah lebih konvensional dan bukan berbentuk teknologi maklumat
(Norasiah Abdullah & Nor Risah Jamilah, 2009). Walau bagaimanapun dapatan kajian
Hapidah Mohamad (2010) mendapati guru yang berwawasan serta mempunyai tanggapan
yang tinggi terhadap hasil pembelajaran menunjukkan kesungguhan mereka menggunakan
segala bentuk kemudahan BBM. Mereka juga menaruh kepercayaan bahawa penerimaan
murid dapat dipertingkatkan melalui penggunaan BBM yang bersesuaian. Oleh itu, kajian perlu
dijalankan bagi mengenalpasti pengaplikasian BBM yang sering digunakan dalam kalangan
guru bahasa Melayu, kesan serta masalah penggunaan BBM dalam PdP bilik darjah.

1591
TUJUAN KAJIAN
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji penggunaan bahan bantu mengajar dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu oleh guru sekolah rendah di daerah Kuala
Lumpur.

OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan tujuan tersebut, kajian ini cuba mencapai objektif-objektif seperti berikut:
1. Mengenalpasti pengaplikasian BBM oleh guru dalam PdP bahasa Melayu.
2. Mengkaji kesan penggunaan BBM dalam PdP bahasa Melayu.
3. Meninjau masalah penggunaan BBM oleh guru bahasa Melayu di sekolah rendah

SOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian tersebut, soalan kajian adalah seperti berikut:
1. Sejauh manakah pengaplikasian bahan bantu mengajar dalam dalam PdP bahasa
Melayu?
2. Sejauh manakah kesan penggunaan BBM dalam PdP bahasa Melayu?
3. Apakah masalah penggunaan BBM yang dihadapi oleh guru bahasa Melayu dalam PdP?

BATASAN KAJIAN
Kajian ini adalah mengenai penggunaan BBM oleh guru dalam PdP di sekolah rendah yang
merangkumi tiga aspek iaitu pengaplikasian BBM yang pernah digunakan dalam PdP bahasa
Melayu, kesan penggunaan BBM dalam PdP bahasa Melayu serta masalah yang dihadapi oleh
guru melalui penggunaan BBM dalam PdP. Kajian ini adalah terhad kepada penggunaan BBM
dalam PdP subjek bahasa Melayu di sekolah rendah. Oleh itu, kajian ini terbatas kepada mata
pelajaran bahasa Melayu sahaja dan kebarangkalian hasil ini tidak dapat digunakan secara
khusus bagi subjek lain di sekolah rendah. Di samping itu juga, kajian ini hanya dijalankan di
sekolah rendah kerajaan di daerah Kuala Lumpur. Peserta kajian ini pula terdiri daripada guru-
guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah yang berada dalam
daerah Kuala Lumpur. Berikutan itu, dapatan kajian ini tidak berupaya untuk menggambarkan
keadaan yang berlaku di semua sekolah di Malaysia secara keseluruhannya.

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Kajian
inii telah memilih penilitian lapangan yang menggunakan tiga kaedah pengumpulan data, iaitu
temu bual separa struktur, pemerhatian berstruktur dan analisis dokumen. Pengumpulan data
tersebut akan mengumpulkan data berbentuk kualitatif lalu dianalisis berdasarkan tema-tema
yang telah ditetapkan. Tiga orang guru Bahasa Melayu telah dipilih sebagai peserta kajian

1592
dalam kajian ini. Data akan dikumpul melalui temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen
dengan kebenaran guru dan pengesahan pakar metodologi, bidang dan bahasa.

DAPATAN KAJIAN
Analisis dapatan kajian dan perbincangan dalam kajian ini adalah dilaksanakan secara analisis
deskriptif tematik iaitu penghuraian yang jelas dan terperinci mengikut tema-tema yang
ditentukan pengkaji berdasarkan komponen-komponen di bawah. Berikut adalah antara tema
yang dibincangkan dalam perbincangan dapatan ini.

Tema 1: Pengendalian Bahan Bantu Mengajar


Berdasarkan analisis deskriptif temu bual yang dijalankan, pengkaji dapati bahawa guru di
sekolah sememangnya menggunakan BBM dalam pengajaran bahasa Melayu. Malah turut
didapati terdapat pelbagai contoh jenis BBM yang pernah digunakan oleh guru merangkumi
BBM elektronik dan bukan elektronik. Perkara ini adalah dijelaskan dalam dapatan berikut:

Ataupun, apa lagi yang lama-lama, itu lah kertas mahjong lah.
G1TB1B53

Oke, di sekolah A, untuk tahun 5 dan tahun 6, kami menggunakan akhbar


Didik
G1TB1B59-60

Sebab kita nak guna bahan grafik yang dekat belakang tu, yang warna
cantik-cantik yang lukisan cantik-cantik tu untuk latihan bina ayat atau
untuk membina ulasan.
G1TB1B127-128
Dengan meneliti dapatan temu bual di atas, pengkaji telah mengenalpasti beberapa
contoh penggunaan BBM yang sering digunakan oleh guru. Seperti yang dinyatakan di atas,
peserta kajian 1 pada suatu ketika dahulu menggunakan kertas mahjong sebagai BBM
sewaktu mengajar bahasa Melayu, malah sepadan dengan perkembangan dunia pendidikan
ini, beliau menganggap bahan tersebut adalah sebagai bahan yang telah lapok untuk
digunakan kerana pernah menjadi trend dalam kalangan guru pada suatu ketika dahulu.
Menurut beliau lagi, sekolahnya kini menggunaan akhbar Didik sebagai BBM utama dalam
PdP terutama bagi mata pelajaran bahasa Melayu. Peserta kajian juga menerangkan bahawa
melalui akhbar tersebut, beliau memanfaatkan bahan grafik atau gambar-gambar situasi
menarik yang dipaparkan dalam akhbar terbut sebagai BBM sewaktu mengajar. Bagi dapatan
peserta kajian kedua dan ketiga pula, pengkaji membuat analisis melalui temu bual di bawah:

1593
Yang saya biasa pakai, yang banyak pakai lah, yang senang nak cari.
Gambar, video kadang-kadang, pastu yang paling banyak nye, saya
banyak pakai audio.
G2TB2B53-54

Macam tadi lah saya cakap saya pakai audio, video, gambar pastu saya
akan masukkan dalam Google Form. Google Form ni, kita jawab dalam
bentuk kuiz,
G2TB2B96-98

Jadi kalau untuk murid yang belum menguasai kemahiran membaca,


cikgu banyak guna flash card lepastu cikgu banyak guna buku yang suku
kata tu.
G3TB3B40-41

Gambar ke, muzik ke, perkataan-perkataan berwarna ke, itu lebih menarik
minat murid.
G3TB3B56-57

Berdasarkan dapatan peserta kajian 2 atau G2, pengkaji mendapati beliau turut
mengaplikasikan BBM dalam pengajaran bahasa Melayu yang diajarnya iaitu beliau memilih
bahan elektronik sebagai BBM untuk mengajar bahasa Melayu. Antara bahan yang digunakan
adalah gambar melalui paparan LCD, video, audio serta pautan kuiz secara atas talian. Ini
juga bersesuaian dengan dapatan peserta kajian ke 3 iaitu beliau banyak menggunakan flash
card dan bahan bacaan luar untuk dijadikan BBM selain bergantung kepada buku teks semata.
Beliau juga sering menggunakan muzik atau lagu untuk menarik minat murid dalam kelas
sepanjang proses PdP bahasa Melayu.
Dalam pada itu, pengkaji turut mengesan pengendalian BBM yang dijalankan oleh
peserta kajian melalui analisis pemerhatian yang dibuat. Dapatan pemerhatian kesemua
responden menunjukkan bahawa ke semua peserta kajian berjaya menggunakan BBM dalam
pengajaran bahasa Melayu. Hal ini secara tidak langsung memberi gambaran kepada pengkaji
bahawa BBM sememangnya diaplikasikan oleh guru seterusnya mengukuhkan lagi dapatan
yang diperoleh melalui analisis temu bual di atas. Dapatan pemerhatian ketiga-tiga peserta
kajian dapat dilihat pada jadual berikut:

1594
Jadual 4.1

Senarai semak pemerhatian peserta kajian – Tema 1

Kriteria Item Soalan G1 G2 G3 Catatan


1. Guru menggunakan BBM yang sesuai / / / 3/3 guru menggunakan
dengan tajuk pengajaran yang di ajar BBM yang sesuai
dalam bahasa Melayu
2. Guru menggunakan BBM jenis Tiada guru yang
elektronik semasa mengajar menggunakan BBM
elektronik
3. Guru menggunakan BBM jenis bukan / / / 3/3 guru menggunakan
elektronik semasa mengajar BBM bukan elektronik
semasa mengajar

Berdasarkan jadual 4.1, pemerhatian yang dibuat telah menyokong data yang
diperoleh melalui temu bual iaitu kesemua peserta kajian menggunakan BBM yang sesuai
dalam PdP bahasa Melayu di sekolah. Hasil pemerhatian juga menunjukkan, ketiga-tiga
peserta kajian menggunakan jenis BBM bukan elektronik untuk mengajar seperti penggunaan
gambar rajah oleh G2 dan penggunaan Roda Ilmu oleh G3 dalam pengajaran bahasa Melayu.
Bahan bantu mengajar yang digunakan juga dilihat sesuai dengan menepati objektif
pembelajaran serta tajuk yang disampaikan dalam PdP. Perkara ini juga turut disokong melalui
analisis dokumen yang dijalankan terhadap peserta kajian seperti yang ditunjukkan di bawah:

Rajah 4.1: Rancangan Pengajaran Harian Peserta Kajian 2 (G2)

1595
Berdasarkan Rajah 4.1 di atas, menunjukkan bahawa G2 sememangnya
menggunakan bahan bantu mengajar untuk diterapkan semasa pengajaran bahasa Melayu
seperti yang terdapat dalam rancangan mengajar beliau. Dengan merujuk kepada Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) beliau, G2 menggunakan gambar sebagai BBM sewaktu mengajar
dengan turut mengaplikasikan teknik round table bagi mewujudkan suasana belajar yang
efektif dengan bantuan BBM tersebut. Perkara yang sama juga turut dapat dilihat pada analisis
dokumen yang dibuat pada peserta kajian (G2) seperti yang ditunjukkan di bawah:

Rajah 4.2 Rancangan Pengajaran Harian Peserta Kajian 3 (G3)

Berdasarkan Rajah 4.2 di atas, menunjukkan bahawa G3 juga menggunakan bahan


bantu mengajar untuk diaplikasikan semasa pengajaran bahasa Melayu seperti yang terdapat
dalam rancangan mengajar beliau. Dengan merujuk kepada Rancangan Pengajaran Harian
(RPH) di atas, G2 menggunakan Roda Ilmu sebagai BBM untuk mengajar berkaitan tajuk kata
kerja serta menggunakan formula SKOP bagi membimbing murid membina ayat dengan tepat
menggunakan kata kerja yang terdapat pada Roda Ilmu tersebut. Tuntasnya, kesemua

1596
peserta kajian ini mengendalikan BBM dengan baik serta menepati kesesuaian tajuk yang
diajar dalam bahasa Melayu.

KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN


Dalam skop mengkaji pengunaan bahan bantu mengajar, pengkaji telah menyenaraikan
beberapa aspek antaranya pengendalian BBM, kemahiran, serta pengetahuan guru
menggunakan BBM. Dapatan ini telah dinilai melalui triangulasi data yang telah dinyatakan
dalam bab sebelum ini. Berdasarkan dapatan tersebut, berikut ialah kesimpulan yang boleh
dibuat bagi dapatan untuk menilai sejauh manakah penggunaan BBM oleh guru dalam PdP
bahasa Melayu. Melalui dapatan kajian, pengkaji mendapati bahawa penggunaan bahan
bantu mengajar sememangnya digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu. Hal ini kerana hasil dapatan temu bual dengan peserta kajian mendapati
peserta kajian mempunyai pengetahuan mengenai penggunaan bahan bantu mengajar malah
guru tersebut juga memberikan cotoh-contoh bahan yang pernah digunakan dalam bilik darjah
untuk mengajar mata pelajaran bahasa Melayu.
Malah dalam dapatan kajian G1 dan G2 masing-masing bersetuju bahawa dengan
menggunakan bahan ini dalam proses pengajarannya dapat menarik minat murid untuk belajar
dengan lebih seronok namun bergantung kepada pengetahuan dan kemahiran guru dalam
mengendalikan BBM tersebut. Berdasarkan dapatan kajian juga, menunjukkan persediaan
guru merujuk kepada pengendalian, pengetahuan dan kemahiran menggunakan BBM dalam
bahasa Melayu. Justeru, menurut Alizah Lambri (2015), sesuatu proses PdP dianggap
berkesan jika sebelum proses PdP guru telah menyediakan bahan bantu mengajar,
mendalami isi kandungan yang hendak diajar dan mempelbagaikan kaedah pengajaran.
Maka, guru yang berusaha mendatangkan perubahan kepada murid melalui usaha-usaha
yang cekap dianggap sebagai seorang guru yang bagus dan berkualiti. Selain itu juga, beliau
turut mengatakan guru perlu mengetahui kebolehan pelajar menerima pelajaran, dapat
mengawal kelakuan pelajar, memberi motivasi kepada pelajar supayabelajar bersungguh-
sungguh dan memberi ujian yang kerap kepada pelajar.
Sehubungan dengan itu, kejayaan sesuatu PdP yang berkesan adalah dilihat daripada
kebolehan seseorang guru mengajar dalam keadaan baik dan berkesan serta dapat
memotivasikan murid untuk terus belajar untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik.
Pengendalian BBM bergantung kepada kepakaran atau kemahiran guru dalam menggunakan
bahan tersebut. Tahap kesediaan guru dalam melaksanakan sesuatu BBM akan terjejas
sekiranya guru kurang kemahiran dan pengetahuan yang mencukupi.
Dalam pada itu, perbincangan berkaitan dengan implikasi kajian ini merupakan hujah
yang akan menunjukkan kajian yang dilaksanakan telah berjaya menambah nilai kajian yang
sedia ada. Bagi implikasi pengetahuan yang berfokuskan kepada profesionalisme guru, kajian

1597
ini membuktikan bahawa kesan pelaksanaan pengunaan BBM jelas mampu meningkatkan
pemahaman, minat, daya fokus, daya ingatan, kreativiti, meningkatkan pencapaian murid
seterusnya mewujudkan suasana pembelajaran yang berpusatkan murid. Dalam dunia
penyelidikan, terdapat banyak kajian yang telah dilaksanakan bagi mengkaji penggunaan
bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran terutama dalam mata pelajaran
bahasa Melayu. Sebagai contoh, kajian lepas oleh Alizah Lambri & Zamri Mahamood (2019)
yang menggunakan kaedah kajian tinjauan kualitatif terhadap seorang pensyarah institut
pendidikan tinggi berhubung penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran bahasa
Melayu menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar turut sama
menceritakan dapatan beliau berkaitan BBM dalam bahasa Melayu mewakili para guru di
sekolah.
Selain itu, kajian ini juga memberikan implikasi praktikal yang berfokuskan kepada
amalan pedagogi guru. Implikasi praktikal difaham sebagai keupayaan sesuatu kajian yang
menambah baik amalan sedia ada kepada amalan yang lebih berkesan (Kamarul Azmi Jasmi,
2012). Kajian yang dilaksanakan ini bertujuan mengenal pasti jenis BBM yang digunakan,
kesan penggunaan BBM dalam kalangan murid dan guru serta mengenal pasti halangan dan
cabaran yang dihadapi oleh guru semasa menggunakan BBM. Dapatan kajian yang diperoleh
menunjukkan bahawa pelaksanaan penggunaan BBM dalam kalangan guru bahasa Melayu
sangat berkait rapat dengan kesan penggunaannya dalam kalangan murid yang sangat ketara
tindak balas murid sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu,
guru yang mempunyai masalah dalam melaksanakan proses PdP yang berkesan dalam
bahasa Melayu boleh mengambil ilham daripada contoh-contoh jenis BBM yang terkandung
dalam dapatan kajian ini untuk dipraktikkan dalam bilik darjah.
Menurut White & Marsh (2010), penyelidikan empirikal adalah penyelidikan yang
berkaitan dengan pendidikan melibatkan penyelidikan yang dilakukan menerusi pengalaman,
pemerhatian langsung atau eksperimen. Kebanyakan pengkaji lepas menggunakan kajian
yang berfokus kepada murid atau pelajar sebagai fokus kajian. Sebagai contoh kajian oleh
Kamarul Azmi Jasmi et.al, (2011) yang melihat amalan penggunaan bahan bantu mengajar
dalam kalangan guru cemerlang pendidikan Islam sekolah menengah mendasarkan teori
Behaviorisme dalam kajiannya. Ini bertepatan dengan konsep belajar dalam teori
Behaviorisme iaitu pemerolehan ilmu yang berkesan perlu melalui proses pengajaran dan
pembelajaran yang memberi pengalaman kepada murid seterusnya digilap dengan pemberian
latihan oleh guru untuk mengukuhkan pengetahuan murid. Kajian ini juga menunjukkan
penggunaan BBM juga mampu menjadi stimulus dalam proses belajar bagi menggalakkan
respon murid semasa berkomunikasi, bersosial serta kebebasan murid untuk menyampaikan
hasil pemikirannya bertepatan dengan teori Behaviorisme dalam aspek berbahasa.

1598
Melalui kajian yang dijalankan ini, pengkaji berharap semua pihak dapat mengambil
perhatian yang sewajarnya ke atas penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid
sekolah rendah. Penglibatan pelbagai pihak yang memainkan peranan masing-masing adalah
suatu usaha yang sangat baik dan relevan dalam menjamin kelangsungan dan peningkatan
kemahiran berbahasa Melayu disamping meningkatkan penggunaan bahan bantu mengajar
dalam kalangan guru bahasa Melayu. Antara tindakan yang boleh diambil adalah pihak
kementerian boleh menyediakan platfom perkongsian sumber bagi menggalakkan
perkongsian anatra guru sekolah serta mendapatkan maklum balas daripada guru bahasa
Melayu berkenaan bahan bantu mengajar yang sedia dibekalkan ke sekolah sesuai atau tidak
sesuai dengan tahap murid yang diajar.
Pihak Kementerian sewajarnya mengadakan kursus pendedahan kemahiran
berbahasa secara lebih kerap kerana tidak semua guru mahir dalam kemahiran berbahasa
terutama dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Dalam cadangan lain yang diusulkan oleh
pengkaji, pihak KPM juga boleh menyediakan modul yang berkaitan dengan BBM khusus
kepada mata pelajaran bahasa Melayu sekolah rendah sahaja. Modul yang dihasilkan ini
perlulah diedarkan kepada setiap sekolah rendah di seluruh negara seterusnya setiap guru
bahasa Melayu perlu menggunakan modul ini sebagai panduan mereka untuk melaksanakan
proses PdP. Modul yang dihasilkan tersebut perlulah merangkumi contoh-contoh BBM yang
boleh digunapakai, cara penghasilan BBM yang sesuai serta cara pelaksanaannya dalam PdP
bahasa Melayu.
Selain itu juga, dalam usaha menyokong guru di sekolah, pihak sekolah perlulah
menyediakan sumber kewangan yang mencukupi kepada guru untuk menyediakan BBM yang
akan digunakan dalam bilik darjah. Sumber kewangan yang terhad dalam kalangan guru
seringkali berlaku memandangkan peningkatan kos sara hidup yang meningkat. Jadi, dengan
adanya banuan sumber kewangan daripada pihak sekolah dalampenghasilan BBM ini dapat
memberi kemudahan kepada mereka untuk menghasikan BBM yang menarik dan relevan.
Penghasilan BBM yang menarik ini dapat membantu meningkatkan lagi prestasi guru dan
murid dalam pelaksanaan proses PdP terutama dalam kalangan guru bahasa Melayu. Dalam
pada itu, penyediaan bilik khas utuk dijadikan sebagai bilik pengumpulan BBM atau bilik
sumber bahasa Melayu juga merupakan suatu usaha yang baik untuk dilakukan pihak sekolah
dalam menggalakkan pengunaan BBM dalam kalangan guru sekolah. Melalui kewujudan bilik
yang dijadikan sebagai tempat penyimpanan BBM yang dihasilkan sendiri atau didapati dari
sumber luar, mampu memelihara bahan tersebut dengan baik seterusnya menjaga kualiti BBM
tersebut supaya dapat digunapakai semula berulangkali oleh guru-guru bahasa Melayu yang
memerlukan.
Seterusnya, para guru perlulah sentiasa meneroka pedagogi yang terkini berdasarkan
keperluan semasa dalam bidang pendidikan. Penerokaan ini boleh dibuat dalam kalangan

1599
guru sendiri menerusi pemerhatian terhadap guru yang mahir mengendali kelas yang
mengamalkan kaedah pembelajaran bahasa Melayu disamping terdapat penggunaan BBM
dalam PdP yang dijalankan. Guru juga boleh mendapatkan maklumat tambahan berkaitan
pedagogi terkini menerusi internet, pembacaan ilmiah atau berpandukan pengajaran guru-
guru di luar negara untuk mendapatkan ilham bagi mengubah corak pengajaran biasa pada
sesi akan datang. Selain itu juga, para guru perlu merebut peluang dengan menghadiri kursus-
kursus yang dianjurkan oleh pihak KPM atau pihak luar bagi menambah kesediaan guru untuk
meningkatkan mutu pengajaran mereka dalam PdP bahasa Melayu.
Di akhir kajian ini, pengkaji telah berupaya untuk mengenalpasti tahap penggunaan
BBM serta berjaya merungkai persoalan kajian yang dinyatakan. Namun begitu, pengkaji lain
masih mempunyai ruang dan peluang untuk melaksanakan penyelidikan yang berkait dengan
topik ini pasa masa akan datang. Oleh demikan, pengkaji lain boleh melaksanakan kajian yang
sama dengan kajian asal dengan menumpukan pengumpulan data di Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (SJKC) atau Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Kajian yang
dilaksanakan di jenis sekolah yang berbeza ini menyebabkan hasil dapatan yang diperoleh
pengkaji juga akan turut menunjukkan perbezaan yang ketara. Hal ini adalah disebabkan
budaya yang diamalkan di sekolah jenis kebangsaan ini akan mendorong kepada gaya dan
teknik yang berbeza dalam proses PdP tersebut. Guru yang mengendalikan bilik darjah harus
melihat pengajaran sebagai sebuah medan perkongsian ilmu supaya guru ini berfikiran kreatif
dan dapat menyesuaikan diri dengan murid walaupun daripada pelbagai budaya.

RUJUKAN

Alizah Lambri & Zamri Mahamood. (2019). Pembelajaran Berpusatkan Pelajar. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Alizah Lambri. (2015). Pelaksanaan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar di


sebuah universiti awam. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Balakrishnan. (2012). Pedagogi 1: Kurikulum dan Pengajaran Bilik Darjah Selangor.


Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Hamdan & Mohd Yasin. (2010). Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Di Kalangan Guru-
Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru. Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia.

Hapidah Mohamad. (2010). Teknik Mengajar Dewasa Panduan untuk Jurulatih. Utusan
Publication and Distribution Sdn. Bhd.

Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez Ilias, Ab. Halim Tamuri & Mohd Izham Mohd Hamzah.
(2011). Amalan penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru
cemerlang pendidikan islam sekolah menengah di Malaysia. Journal of Islamic and
Arabic Education, 3(1):59-74.

1600
Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Metodologi pengumpulan data dalam penyelidikan kualitatif.
Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1. Dikendalikan oleh, Institut Pendidikan Guru
Temenggong Ibrahim, Malaysia.

Mat Som. (2005). Guru dan Pelaksanaan Inovasi Kurikulum: Sorotan dan Perbincangan.
Masalah Pendidikan, Jilid 27. Universiti Malaya.

Mohd Yasin, M.H, Toran, Ibrahim, S.N.D & Zaharudin,R. (2013). Bilik Darjah Pendidikan
Khas Pada Masa Kini dan Kekangannya Terhadap Proses Pengajaran. Asia
Pasific Journal of Educatiors and Education, Vol.28, 1-9.

Norasiah Abdullah & Nor Risah Jamilah. (2009). Tahap Kesedian Guru Sains dalam
Penggunaan Teknologi Maklumat Berasaskan Komputer dalam Proses Pengajaran
dan Pembelajaran. Jurnal Teknologi. Universiti Teknologi Malaysia.

Rashidi Azizan & Abdul Razak Halib. (2010). Tahap Kesediaan Guru Sains dalam
Penggunaan Teknologi Maklumat Berasaskan Komputer dalam Proses Pengajaran
dan Pembelajaran. Jurnal Teknologi. Universiti Teknologi Malaysia.
White & Marsh. (2010). Content Analysis: A flexible methodology. Research Methods, Vol
55(4): 22-45

1601
KEBERKESANAN PENGURUSAN GRAFIK BAGI MENINGKATKAN PENJANAAN IDEA
MURID TAHUN EMPAT DALAM PENULISAN KARANGAN EKSPOSITORI

Albert Hii Ting Han


albert09-948@epembelajaran.edu.my

Juariah binti Marjonet PhD


juairiah@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan pengurusan grafik bagi meningkatkan penjanaan idea
murid Tahun 4 dalam penulisan karangan ekspositori. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan
kuantitatif dan kaedah kuasi eksperimental. Ujian pra dan ujian pasca telah digunakan terhadap
kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Sampel bagi kajian ini adalah terdiri daripada dua kelas bagi
murid Tahun 4. Pengkaji memilih 2 kelas sebagai sampel kajian. Sebuah kelas telah menjadi kumpulan
rawatan, manakala sebuah kelas lagi dijadikan sebagai kumpulan kawalan. Hasil dapatan kajian
membuktikan bahawa tahap pencapaian murid bagi murid kumpulan rawatan meningkat setelah
mengaplikasikan pengurusan grafik selepas ujian walaupun tidak terdapat perbezaan skor yang
signifikan antara kumpulan kawalan dengan kumpulan rawatan. Selain itu, kajian ini berupaya
memberikan implikasi dalam pendidikan murid sekolah rendah terutamanya murid Tahun 4 bagi
menambah baik pencapaian mereka dalam kemahiran menulis, iaitu penulisan karangan ekspositori.
Oleh itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah dan guru-guru disarankan menggunakan
pengurusan grafik bagi meningkatkan penjanaan idea murid dalam penulisan karangan ekspositori.
Kata Kunci: Pengurusan Grafik, Penjanaan Idea, Karangan Ekspositori

ABSTRACT
The aim of this study is to study the effectiveness of graphics organizer in improving the generation of
Year 4 students’ ideas in writing expository essay. This study used a quantitative approach and quasi-
experimental method. Pre test and post test had been applied to both treatment and control group. The
sample for this study consists of two classes of Year 4 students. The researcher choose 2 classes as
the sample of the study. One of the class was created as a treatment group while another class was
created as a control group. The result of the study showed that the achievement level for the treatment
group had improved after applying the graphic organizers although there was no signifficant difference
in scores between the control and treatment groups. In addition, this study was able to provide an
implications to the education of primary school strudents especially for Year 4 students to improve their
achievement in writing skills for expository essay. Therefore, the Ministry of Education Malaysia, schools
and teachers are advised to use the graphic organizer to improve the generation of students’ ideas in
writing expository essay.
Key Words: Graphic Organizer, Generation Ideas, Expository Essay

PENGENALAN
Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah , terdapat tiga kemahiran dan dua aspek yang
menjadi fokus utama. Tiga kemahiran itu ialah kemahiran mendengar dan bertutur, membaca
dan menulis. Manakala dua aspek pula ialah aspek tatabahasa dan seni bahasa. Selain itu,
kurikulum baharu ini turut menekankan kepada aspek kemahiran berfikir aras tinggi, iaitu
menaakul. Hal ini selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui PPPM

1602
(2013-2025) yang berkehendakkan agar murid pada masa kini boleh berfikiran kreatif, kritis
serta berdaya saing di peringkat global.
Matlamat pendidikan Bahasa Melayu bertujuan untuk membimbing murid menguasai
tiga kemahiran dan dua aspek sekaligus melahirkan murid yang cekap dalam berbahasa dan
berkomunikasi. Kecekapan berbahasa dan berkomunikasi bukan sahaja membolehkan murid
melahirkan fikiran dan perasaan tentang ilmu pengetahuan melalui lisan, malah ia juga boleh
dilahirkan dalam bentuk penulisan. Menurut Siew (2005) dalam buku Pedagogi Merentas
Kurikulum, penulisan merupakan pelahiran perasaan, fikiran dan idea dalam bentuk grafik
nyata. Bentuk-bentuk grafik ini disusun sehingga melambangkan bunyi bahasa.
Di dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (BM), kemahiran menulis merujuk kepada
keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis
penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah
dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan digalakkan untuk
menggunakan kreativiti mereka bagi menghasilkan penulisan bahan berunsurkan
pengetahuan dan penulisan imaginatif.
Penguasaan kemahiran menulis bukan hanya bergantung kepada bakat semata-mata,
malah dipengaruhi oleh pengajaran menulis yang bersistem dan berkesan (Yahya,2005 &
Ahmad Khair, 2005). Oleh itu, dalam pengajaran kemahiran menulis, penguasaan peringkat
asas adalah dimulakan dengan huruf, perkataan, ayat dan akhirnya sebuah wacana yang
dapat difahami apabila dibaca.
Menulis karangan merupakan kemahiran menulis yang paling sukar dikuasai (Nik
Safiah, 2004 & Abdul Shukor, 2001) berbanding dengan kemahiran-kemahiran bahasa yang
lain dan kebanyakan orang tidak mahir menulis (Ahmad Khair, 2005). Proses menulis
memerlukan aktiviti pemikiran sebelum menulis karangan, semasa menulis karangan dan
proses pemikiran yang dialami selepas karangan dihasilkan (Suppiah Nachiappan, 2006).
Antara usaha yang boleh dilakukan oleh guru ialah menggunakan bahan bantu
mengajar yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya murid dapat
memahami dan menguasai dengan baik apa yang disampaikan oleh guru. Bahan bantu
mengajar dapat membantu guru menerangkan sesuatu konsep dengan lebih jelas berbanding
dengan penerangan secara lisan. Lantaran itu, guru perlu merancang pengajaran yang sesuai
dan disokong dengan bahan bantu mengajar bagi merangsang perkembangan potensi
individu ke tahap yang maksimum.
Guru hendaklah sentiasa peka dan proaktif terhadap perkembangan kaedah
pengajaran yang terkini serta kesannya ke atas proses pembelajaran murid. Penggunaan
bahan grafik sebagai bahan bantu mengajar mampu meningkatkan penjanaan idea dan
ingatan terhadap pelajaran yang disampaikan. Hal ini dijelaskan oleh Murihah (2015) bahawa
kaedah ingatan melalui imej dan visual adalah kaedah yang terbaik kepada murid. Justeri itu,

1603
bahan grafik dapat membantu murid meningkatkan ingatan dan penjanaan idea mereka serta
membuatkan murid fokus terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

PERNYATAAN MASALAH
Mazlina Yahya (2012) pula mendapati murid kurang berminat dan tidak dapat
mengembangkan penulisan dengan memberikan hujah yang berkualiti berkenaan projek kerja
kayu dalam pendokumentasian serta menyatakan langkah-langkah dalam mengenal pasti
masalah. Mereka cenderung untuk menunggu guru memberikan masalah dan memberikan
lakaran yang sedia ada. Hal ini turut akan menjadikan murid kurang berfikir secara kritis dalam
penjanaan idea. Tuntasnya, berfikir secara kritis dalam proses penjanaan idea merupakan
kemahiran yang sangat penting.
Kajian daripada Zamri Mohamod, Aisyah Abdullah & Azwa Hanum (2016), mendapati
sikap tidak minat mengarang merupakan faktor paling besar yang mempengaruhi penulisan
karangan Bahasa Melayu dalam kalangan responden kajian mereka. Natijahnya, respoden
kajian sukar menulis perenggan isi dan perenggan pendahuluan dalam menulis karangan.
Hasilnya, penulisan karangan mereka hanya berkisar kepada satu perenggan sahaja, idea
serta huraian bertindan dan berlaku pengulangan isi utama. Sikap guru yang mengajar
menggunakan kaedah konvensional telah merumitkan lagi isu ini.
Kajian Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Rahman (2011) juga menyatakan
bahawa murid menghadapi masalah untuk memulakan proses menulis karangan apabila
kekurangan idea dan menjadikan karangan yang ditulis tidak bermutu. Hal ini demikian kerana
murid terlalu bergantung kepada guru ketika menulis karangan. Perkara ini turut menyebabkan
murid tidak mampu untuk menjana idea yang kreatif dan kritis ketika menulis karangan.
Kajian Toba, Noor & Sanu (2019) menunjukkan murid lemah dalam menghasilkan
karangan kerana murid tidak dapat menjana idea yang sesuai dalam menghasilkan penulisan.
Dalam kajian tersebut, seramai 24.30% daripada responden kajian telah mengalami masalah
dalam penjanaan idea untuk menghasilkan sebuah penulisan kerana mereka berasa keliru
dengan tajuk atau topik penulisan yang perlu dihasilkan. Hal ini demikuan telah menyebabkan
mereka tidak dapat menjana dan menyusun idea dengan tersusun dan teratur ketika
menghasilkan penulisan.

OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan kajian tersebut, objektif kajian ini adalah bertujuan untuk:
iv. Mengenal pasti tahap pencapaian murid bagi menjana idea dalam penulisan karangan
ekspositori dalam ujian pra dan pasca dengan menggunakan pengurusan grafik .
v. Mengenal pasti keberkesanan pengurusan grafik bagi meningkatkan penjanaan idea murid
tahun empat dalam penulisan karangan ekspositori.

1604
SOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian tersebut, kajian ini telah membina dua soalan kajian. Soalan kajian
adalah seperti berikut:
iv. Adakah terdapat peningkatan dalam tahap pencapaian murid bagi menjana idea dalam
penulisan karangan ekspositori dalam ujian pra dan ujian pasca dengan menggunakan
pengurusan grafik?
v. Adakah terdapat perbezaan antara skor penggunaan pengurusan grafik dengan tidak
menggunakan pengurusan grafik bagi menjana idea dalam penulisan karangan
ekspositori?

METODOLOGI KAJIAN
Reka Bentuk
Kajian ini merupakan kajian yang berbentuk kuantitatif dan menggunakan kaedah kuasi
eksperimen. Kajian kuasi eksperimen dilakukan dengan tujuan untuk mengumpul maklumat
mengenai pembolehubah-pembolehubah dan digunakan untuk mengukur pembolehubah
yang berkaitan dengan sesuatu fenomena (Azeem, C.M., 2012). Kajian ini dijalankan adalah
untuk melihat keberkesanan sesuatu kaedah tersebut. Sehubungan dengan itu, kajian yang
menggunakan kaedah eksperimental ini dapat menerangkan dengan lebih jelas sesuatu
fenomena yang bersabit dengan punca dan akibat dan dapat mengawal kesan pemboleh ubah
bersandar (Mohamad Najib, 2010). Menurut Neuman (2009), kajian kuasi eksperimental
biasanya digunakan oleh penyelidik dalam bidang psikologi, sosiologi dan pendidikan.
Berdasarkan kenyataan tersebut, pengkaji telah memilih untuk menggunakan kaedah kuasi
eksperimen dalam bidang pendidikan berdasarkan reka bentuk ujian pra dan ujian pasca.
Dalam kajian ini, pengurusan grafik telah digunakan terhadap dua kumpulan murid tahun 4
untuk melihat kesannya terhadap penjanaan idea murid dalam penulisan karangan
ekspositori.

Sampel Kajian
Dalam kajian ini, kaedah persampelan rawak mudah telah digunakan oleh pengkaji untuk
mentapkan sampel kajian. Kaedah ini dipilih kerana cara ini memberi peluang kepada setiap
murid di sekolah mempunyai peluang yang sama untuk dijadikan sebagai sampel kajian
seperti dinyatakan oleh Noraini Idris (2010). Menurut Chua (2012), persampelan rawak mudah
dapat membantu penyelidik memilih sampel kajian yang mewakili populasinya dan hasil kajian
ke atas sampel kajian mempunyai kuasa generalisasi yang tinggi kepada populasinya. Sampel
kajian ini dipilih daripada 60 orang murid Tahun 4. Hal ini membantu pengkaji untuk melihat
tahap penjanaan idea murid dalam penulisan karangan ekspositori. Saiz persampelannya
telah ditentukan berdasarkan perisian jadual Krejcie dan Morgan seperti yang ditunjukkan

1605
dalam Rajah 3.0. Menurut Krejcie dan Morgan (1970), hanya 52 sampel sahaja daripada 60
responden diterima sebagai sampel kajian.

Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan dua instrumen kajian, iaitu RPH (Rancangan Pengajaran Harian)
pengajaran konvensional dan pengajaran penggunaan pengurusan grafik serta kertas soalan
bagi menjalankan ujian pra dan ujian pasca. Huraian bagi kesemua instrumen adalah seperti
yang berikut:
a. RPH (Rancangan Pengajaran Harian)
RPH yang dibina telah diberikan kepada pakar pedagogi untuk disemak dari aspek langkah
pengajaran yang dirancang. RPH yang disediakan terdapat 6 set, iaitu 3 set bagi kumpulan
kawalan yang menggunakan kaedah konvensional, iaitu penggunaan gambar statik manakala
3 set bagi kumpulan rawatan yang telah dirawat dengan penggunaan pengurusan grafik dalam
penjanaan idea bagi menulis karangan ekspositori.
b. Kertas Soalan Ujian Pra dan Ujian Pasca
Bagi mendapatkan data terhadap keberkesanan pengurusan grafik bagi penjanaan idea murid
dalam penulisan karangan ekspositori, terdapat dua set instrumen yang telah diguna pakai
bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan, iaitu dengan menggunakan kertas soalan
untuk menjalankan ujian pra dan ujian pasca. Kertas soalan dibina adalah berdasarkan
pemerhatian pengkaji terhadap Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Sekolah Jenis Kebangsaan Tahun 4 dan buku teks Bahasa Melayu Tahun 4. Pemarkahan
telah diberikan berdasarkan rubrik pemarkahan jawapan Bahasa Melayu Kertas 2 Bahagian
C UPSR yang digubal daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Analisis Data
Data-data kajian ini dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan The Statistical Package
For The Social Science atau SPSS versi 26.0. Dalam kajian ini, SPSS akan menganalisis data
secara deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif adalah untuk mencari min, kekerapan dan
sisihan piawai untuk melihat taburan pencapaian dalam ujian pra dan pasca bagi kumpulan
kawalan dan kumpulan rawatan. Statistik inferensi pula digunakan bagi menghuraikan dapatan
kajian melalui Ujian-T dengan membandingkan min-min pencapaian kumpulan rawatan dan
kawalan dalam ujian pra dan pasca. Selain itu, SPSS juga digunakan untuk mencari nilai
kenormalan bagi taburan data ujian pra-pasca dan nilai skewness dan kurtosis bagi
mengetahui data yang diperoleh adalah bertaburan normal atau tidak normal.

1606
Kajian Rintis
Seramai 30 orang murid daripada sebuah sekolah jenis kebangsaan di daerah Muar, Johor,
iaitu murid Tahun 4 terlibat dalam kajian rintis ini. Tujuan kajian rintis ini dilaksanakan adalah
untuk menguji instrumen kajian yang telah mendapat kesahan tiga orang pakar. Berdasarkan
hasil kajian rintis, indeks kesukaran bagi soalan item menunjukkan tahap sederhana, iaitu
dalam julat 0.31 hingga 0.69. Indeks diskriminasi pula bagi soalan item menunjukkan tahap
diskriminasi positif yang tinggi, iaitu melebihi jumlah 0.5. Manakala, nilai pekali
kebolehpercayaan alfa atau dikenali sebagai nilai Alpha Cronbach yang diperoleh ialah 0.936.
Oleh itu, nilai pekali kebolehpercayaan yang diperoleh dalam data rintis memperlihatkan
bahawa item bagi kertas soalan ujian pra dan pasca yang dibina oleh pengkaji mempunyai
kestabilan dan ketekalan dalaman yang baik untuk diuji oleh murid.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Analisis Data Ujian Kenormalan
Pengkaji telah memilih untuk menggunakan ujian Skewness & Kurtosis dalam ujian
kenormalan bagi data kajian ini berdasarkan penggunaan analisis SPSS. Ujian ini dijalankan
bagi mendapatkan normaliti data sama ada serakan data normal atau tidak normal. Jadual 1
menunjukkan hasil keputusan ujian kenormalan bagi skor markah ujian yang diperoleh.
Jadual 1

Analisis Ujian Kenormalan Data

Kumpulan Jenis Ujian Nilai Nilai


Skewness Kurtosis
Pra 0.687 -0.200
Kawalan
Pasca -0.320 -0.526

Pra 0.219 -0.899


Rawatan
Pasca -0.431 -0.245

Merujuk kepada jadual tersebut, nilai skewness dan kurtosis bagi ujian pra kumpulan
kawalan ialah 0.687 dan -0.200, manakala bagi ujian pasca ialah -0.320 dan -0.526. Hal ini
bermakna, nilai skewness dan kurtosis bagi ujian pra dan ujian pasca telah menunjukkan data
yang normal kerana nilainya berada di antara +1.0 hingga -1.0 mengikut George dan Mallery
(2003). Seterusnya, bagi kumpulan rawatan pula, nilai skewness dan kurtosis bagi ujian pra
ialah 0.219 dan -0.899, menunjukkan taburan data bagi ujian ini adalah normal. Nilai skewness
dan kurtosis bagi ujian pasca pula ialah -0.431 dan -0.245. Hal ini bermaksud bahawa nilai
skewness dan kurtosis bagi ujian pasca kumpulan rawatan adalah menunjukkan data

1607
bertaburan normal. Oleh itu, melihat kepada keseluruhan nilai skewness dan kurtosis daripada
ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan kawalan dan rawatan tersebut, dapat dilihat bahawa
semua data adalah bertaburan normal, iaitu menunjukkan nilai yang tidak melebihi nilai antara
+1.0 sehingga -1.0.

Analisis Deskriptif Ujian Pra dan Pasca


Bahagian ini akan menghuraikan analisis deskriptif dengan min, sisihan piawai dan kekerapan
terhadap ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan bagi
menguji keberkesanan pengurusan grafik bagi meningkatkan penjanaan idea murid tahun 4
dalam penulisan karangan ekspositori. Jadual 2, di bawah menunjukkan keputusan analisis
nilai min dan sisihan piawai bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.
Jadual 2

Analisis Min dan Sisihan Piawai Bagi Skor Kumpulan Kawalan dan Rawatan

Sisihan Piawai
Kumpulan N Jenis Ujian Min (µ)
(σ)

Pra 9.23 5.631


Kawalan 26
Pasca 13.62 5.382

Pra 10.92 5.011


Rawatan 26
Pasca 14.58 4.949

Berdasarkan jadual di atas, dapatan kajian menunjukkan nilai min skor bagi kumpulan
kawalan untuk pra (µ=9.23) adalah lebih rendah daripada min skor pasca, (µ=9.50). Nilai
sisihan piawai bagi kumpulan kawalan untuk ujian pra ialah (σ=5.631) lebih tinggi daripada
ujian pasca (σ=5.382). Hal ini bermaksud serakan data bagi min skor ujian pasca terkelompok
menghampiri nilai min, tetapi serakan data bagi min skor ujian pra pula terkelompok menjauhi
nilai min untuk kumpulan kawalan. Perkara ini menggambarkan bahawa pencapaian ujian
pasca ialah homogen kerana tidak terdapat perbezaan yang ketara antara skor responden.
Namun, pencapaian bagi ujian pra pula ialah heterogen kerana terdapat perbezaan ketara
antara skor responden.
Seterusnya, hasil analisis bagi kumpulan rawatan pula menunjukkan nilai min skor bagi
ujian pra ialah (µ=10.92) dan ujian pasca pula ialah (µ=14.58), yang memperlihatkan nilai min
bagi ujian pasca adalah lebih tinggi daripada ujian pra. Nilai sisihan piawai bagi ujian pra ialah
(σ=5.011), iaitu lebih tinggi nilainya berbanding ujian pasca (σ=4.949) bagi kumpulan rawatan.
Hal ini bermakna, serakan ujian pasca terkelompok adalah menghampiri nilai min, tetapi

1608
berbeza dengan ujian pra terkelompok yang mempunyai serakan data yang menjauhi nilai min
dalam kumpulan rawatan tersebut. Oleh itu, dapat dilihat bahawa pencapaian ujian pasca ialah
homogen kerana tidak mempunyai perbezaan ketara antara markah responden, berbanding
dengan pencapaian ujian pra yang heterogen kerana terdapat perbezaan yang ketara antara
markah responden.
Dapat disimpulkan secara keseluruhannya bahawa jika dibandingkan antara kedua-
dua kumpulan, didapati bahawa kumpulan rawatan adalah lebih baik. Hal ini kerana, nilai min
bagi ujian pasca kumpulan rawatan adalah lebih tinggi, iaitu (µ=14.58) selepas
mengaplikasikan pengurusan grafik yang telah dipelajari oleh responden, berbanding
kumpulan kawalan yang mempunyai nilai min yang rendah, iaitu (µ=13.62) walaupun telah
mengaplikasikan kaedah konvensional. Perbezaan nilai min bagi ujian pasca antara kumpulan
kawalan dan kumpulan rawatan ialah 0.96 yang menunjukkan peningkatan pencapaian murid
yang baik bagi kumpulan rawatan.

Analisis Tahap Penguasaan Murid Bagi Penjanaan Idea Dalam Penulisan Karangan
Ekspositori Bagi Ujian Pra Dan Pasca
Berdasarkan jadual di bawah, dapat dilihat tahap penguasaan bagi setiap kumpulan dalam
ujian pra dan ujian pasca yang telah dilaksanakan. Tahap penguasaan murid dalam penulisan
karangan adalah meliputi lima tahap, iaitu cemerlang, baik, memuaskan, kurang memuaskan
serta pencapaian tahap minimum, berdasarkan rubrik pemarkahan. Dalam kajian ini,
kumpulan kawalan adalah kumpulan yang tidak menggunakan pengurusan grafik semasa
melaksanakan ujian pra, tetapi menggunakan kaedah konvensional dalam ujian pasca.
Namun, bagi kumpulan rawatan pula kumpulan yang tidak menggunakan pengurusan grafik
semasa ujian pra, tetapi menggunakan teknik tersebut semasa melaksanakan ujian pasca.
Jadual 3
Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan

Kumpulan Kawalan Kumpulan Rawatan


Julat Tahap
Ujian Ujian Ujian
Markah Penguasaan Ujian Pra
Pasca Pra Pasca

21-25 Cemerlang 1 5 0 5

16-20 Baik 3 4 5 7

11-15 Memuaskan 7 9 8 10

6-10 Kurang 8 6 9 3
Memuaskan

1609
Pencapaian
1-5 Tahap 7 2 4 1
Minimum

Dapatan berdasarkan Jadual 3 tersebut, tahap penguasaan cemerlang murid bagi


penjanaan idea dalam penulisan karangan ekspositori bagi ujian pra untuk kumpulan kawalan
hanya menunjukkan seorang yang mencapai tahap cemerlang. Tetapi selepas menjalani ujian
pasca, terdapat 5 orang murid yang mencapai tahap penguasaan cemerlang dalam penulisan
karangan ekspositori dengan bacaan julat markah antara 21 hingga 25. Seterusnya, bagi
kumpulan rawatan pula, dapatan bagi ujian pra adalah menunjukkan kosong atau tidak
terdapat seorang pun murid yang mencapai tahap penguasaan cemerlang. Namun begitu,
selepas melaksanakan ujian pasca, terdapat juga 5 orang yang memperoleh tahap
penguasaan cemerlang dalam ujian tersebut selepas menerima rawatan daripada guru.
Seterusnya, dapatan menunjukkan bagi kelas kawalan seramai 3 orang yang
mencapai tahap penguasaan baik semasa ujian pra dan setelah melaksanakan ujian pasca
jumlah tersebut naik kepada 4 orang yang menguasai tahap penguasaan baik. Hal ini
membawa maksud seramai 4 orang murid yang memiliki julat markah antara 16 hingga 20.
Bagi kelas rawatan pula, jumlah yang mencapai tahap penguasaan baik semasa ujian pra
adalah seramai 5 orang, namun setelah menjalani rawatan, jumlah murid meningkat kepada
7 orang yang mencapai tahap tersebut semasa melaksanakan ujian pasca. Hal ini bermakna,
hanya 7 orang sahaja yang memiliki tahap penguasaan baik, iaitu yang memiliki julat antara
16 hingga 20 kerana jumlah murid yang mencapai tahap penguasaan baik telah meningkat
selepas ujian pasca.
Kemudian, tahap penguasaan bagi memuaskan pula dalam kumpulan kawalan adalah
seramai 7 orang yang memperoleh tahap tersebut semasa ujian pra, namun jumlah tersebut
meningkat kepada 9 orang selepas ujian pasca dijalankan. Peningkatan jumlah murid yang
memiliki julat markah antara 11 hingga 15 tersebut, adalah membawa maksud bahawa tahap
penguasaan murid-murid lebih meningkat selepas menjalani PdP bersama guru sebelum
melaksanakan ujian pasca tersebut. Di samping itu, bagi kumpulan rawatan pula, jumlah bagi
murid yang menguasai tahap penguasaan memuaskan tersebut adalah seramai 8 orang
semasa ujian pra namun jumlah tersebut meningkat kepada 10 orang selepas menjalankan
ujian pasca. Hal ini bermakna, selepas menerima rawatan-rawatan daripada guru yang
mengajar, murid yang pada tahap penguasaan kurang memuaskan dapat menjana idea
secara maksimum dalam penulisan karangan ekspositori sehingga 10 orang murid yang
memiliki julat markah antara 11 hingga 15 selepas ujian pasca tersebut. Selain itu, merujuk
jadual tersebut, bagi kumpulan kawalan terdapat 8 orang murid atau responden yang
mempunyai tahap penguasaan kurang memuaskan bagi ujian pra tetapi jumlah tersebut

1610
menurun kepada 6 orang selepas menjalani ujian pasca. Berbeza bagi kumpulan rawatan,
terdapat 9 orang yang mempunyai tahap penguasaan kurang memuaskan semasa ujian pra
namun jumlah tersebut menurun kepada tiga orang sahaja selepas menjalankan ujian pasca.
Akhir sekali, jumlah yang memiliki pencapaian tahap minimum bagi kelas kawalan
terdapat 7 orang, tetapi selepas menjalani ujian pasca jumlah tersebut menurun kepada 2
orang sahaja. Hal ini bermaksud, hanya terdapat 2 orang responden yang memiliki julat
markah antara 1 hingga 5. Bagi kumpulan rawatan pula, terdapat 4 orang yang mempunyai
tahap penguasaan pencapaian tahap minimum, namun jumlah tersebut menurun kepada
seorang sahaja setelah menerima rawatan. Hal ini bermakna, masih terdapat seorang
respoden yang memiliki julat markah antara 1 hingga 5 selepas ujian pasca. Dapat disimpulkan
bahawa tahap penguasaan murid-murid bagi menjana idea dalam penulisan karangan
ekspositori semakin meningkat antara ujian pra dan ujian pasca, terutamanya bagi kelas
rawatan yang mempunyai tahap penguasaan yang lebih baik selepas menerima rawatan
berbanding kelas kawalan.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


Berdasarkan keseluruhan dapatan dalam kajian ini telah menunjukkan bahawa penggunaan
pengurusan grafik dapat meningkatkan penjanaan idea murid dalam penulisan karangan
ekspositori. Namun, dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara skor penggunaan pengurusan grafik dengan tidak menggunakan pengurusan
grafik bagi menjana idea dalam penulisan karanagn ekspositori antara kumpulan kawalan dan
kumpulan rawatan. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikan dalam skor penggunaan pengurusan grafik dengan tidak menggunakan pengurusan
grafik bagi menjana idea dalam penulisan karangan ekspositori antara kumpulan kawalan dan
kumpulan rawatan dalam ujian pasca. Tetapi, analisis data yang telah dilaksanakan
membuktikan bahawa pengurusan grafik sangat berkesan dalam membantu meningkatkan
penjanaan idea murid dalam penulisan karangan ekspositori. Pembuktian ini jelas melalui
pengujian hipotesis nul yang kedua, iaitu terdapat yang perbezaan yang signifikan antara
tahap pencapaian ujian pra dan ujian pasca dengan penggunaan pengurusan grafik bagi
menjana idea dalam penulisan karangan ekspositori bagi kumpulan rawatan.
Dapatan kajian ini juga mempunyai persamaan dengan beberapa kajian lain yang
mengkaji penggunaan pengurusan grafik dalam penulisan karangan. Misalnya, kajian yang
dijalankan oleh Rubriaton Ibrahim & Jamaludin Badusah (2018) yang mengkaji olahan idea
penulisan karangan murid setelah murid-murid didedahkan teknik BoGraf. Borang Grafik
(BoGraf) merupakan alat berfikir berbentuk pengurusan grafik yang dibina khusus untuk
membantu murid menjana idea bagi menulis karangan. Dapatan kajian menunjukkan
peningkatan dalam bilangan idea dalam penulisan karangan dan olahan ayat huraian

1611
responden menjadi lebih berstruktur berdasarkan isi utama karangan. Hal ini demikian kerana,
murid dapat mencetuskan idea yang banyak dalam penulisan karangan selepas teknik BoGraf
telah diaplikasikan dalam penulisan mereka. Seterusnya, kajian yang dijalankan oleh Noor
Hidayu & Yahya Othman (2016) juga mempunyai hasil dapatan yang sama dengan kajian ini,
iaitu penggunaan penggunaan alat berfikir berunsur grafik menyebabkan pemikiran murid
lebih terarah dan terancang mengikut fungsi yang digambarkan. Hasil dapatan kajian
menunjukkan bahawa penggunaan strategi peta bulatan dan peta alir yang berunsur grafik
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berjaya meningkatkan pencapaian
menulis karangan naratif dalam kalangan murid Cina dari sekolah jenis kebangsaan Cina. Hal
in demikian kerana dapatan menunjukkan murid-murid senang untuk merangka isi-isi dan
membuat pertautan ayat-ayat dengan penggunaan alat berfikr yang berunsur grafik.
Implikasinya, kajian ini berupaya memberi pengetahuan kepada guru Bahasa Melayu
tentang keberkesanan pengurusan grafik bagi meningkatkan penjanaan idea murid dalam
penulisan karangan ekspositori. Penggunaan pengurusan grafik tersebut merupakan satu
aspek yang perlu dititikberatkan oleh guru bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran
yang lebih berkesan. Di samping itu, kajian ini juga boleh dijadikan sebagai pendorong kepada
para guru untuk menguasai pelbagai strategik demi memastikan murid dapat menjana idea
dalam penulisan karangan mereka untuk meningkatkan pencapaian murid dan prestasi
sekolah. Menurut Mohd Safuan (2011), dalam kajiannya menerangkan bahawa mengajar
murid bermasalah memerlukan strategi penilaian yang berbeza untuk menentukan
pengajaran.
Kajian ini turut memberikan cadangan kajian lanjutan bagi meningkatkan mutu
pendidikan di Malaysia. Antaranya, pihak KPM boleh mengadakan bengkel kepada guru-guru
pelatih di semua Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi mendedahkan pengurusan grafik dalam
penjanaan idea untuk menulis karangan. Pendedahan KPM mengenai pengurusan grafik amat
memberi manfaat kepada guru pelatih terutamanya guru pelatih yang mengambil kursus
Bahasa Melayu sebagai teras dan efektif. Justeru, pihak sekolah terutamanya pihak pentadbir
boleh menjadikan pengurusan grafik sebagai satu panduan kepada guru yang mengajar
Bahasa Melayu di sekolah supaya mengaplikasikan pengurusan grafik dalam pengajaran
penulisan karangan. Hal ini demikian agar guru yang mengajar tersebut terus menggunakan
pengurusan grafik dalam membantu murid-murid menjana idea untuk menghasilkan penulisan
yang berinformasi dengan pelbagai idea. Oleh itu, pihak sekolah memainkan peranan penting
dalam menjayakan pencapaian murid dan juga prestasi sekolah. Akhir sekali, guru haruslah
menggunakan pengurusan grafik dalam membantu dan mengajar murid untuk menjana idea
dalam penulisan karangan Bahasa Melayu khususnya karangan ekspositori.
Kesimpulannya, dapatlah disimpulkan bahawa keberkesanan pengurusan grafik jelas
terbukti serta banyak kepentingan dapatan kajian ini kepada pihak KPM, sekolah dan guru.

1612
Oleh itu, seharusnya sumber dapatan kajian ini dimanfaatkan oleh pelbagai pihak dalam
pendidikan untuk memajukan bahasa kebangsaan kita, iaitu Bahasa Melayu khususnya di
dunia pendidikan. Diharapkan juga guru-guru dapat merujuk kajian ini bagi merancang strategi
pengajaran yang berkesan untuk mengajar di kelas. Malah diharapkan kajian ini juga dapat
menyumbang dalam bidang penyelidikan bagi menambah mutu serta nilai kajian dalam bidang
pendidikan di Malaysia.
RUJUKAN

Abdul Shukor Shaari. (2001). Penulisan karangan: beberapa proses yang harus. Dewan
Bahasa

Ahmad Khair Mohd Noor. (2005). Menulis membina ketrampilan berfikir. Pelita Bahasa, ms
12-14.

Azeem, C.M. (2012). Educational problems of Muslim adolescents: A study with special
reference to Malabar Region. Academic Research International, 2(1), 545-556.

Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abdul Rahman. (2011). Pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran kemahiran menulis di sekolah rendah. Malay Language Education
Journal, 1(1), 67-87.

Chua, Y.P. (2012). Kaedah dah statistik penyelidikan: kaedah penyelidikan. Mc Graw Hill
Education.

George, D. & Mallery, M. (2010). SPSS for windows step by step: a simple guide and reference,
17.0 update (10a ed.). Pearson.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-


2025. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities.
Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.

Mazlina Yahya. (2012). Pengembangan pemikiran kritis melalui pembelajaran berasaskan


projek berbantukan teknologi. Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

Mohamad Najib. (2010). Metodologi Kajian. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Safuan Abu Bakar Samad. (2011). Aplikasi kaedah S.K.A.B. dalam meningkatkan
kemahiran murid membina ayat berdasarkan gambar. Dimuat turun daripada:
http://pelajaranbahasamelayu.blogspot.com/2011/12/

Murihah Abdullah, Abdul Hafiz Abdullah, Arieff Salleh Rosman & Mohd Faeez Ilias.
(2015). Garis panduan hafiz al-quran menurut pandang al-Nawawi. International
Conference of Islamic Education and Social Entrepreneurship 2015. Resort World,
Langkawi, 12-14 Oktober.

Neuman, W.L. (2009). Social research methods: qualitative and quantitative approaches.
Pearson Education.

Nik Safiah Karim. (2004). Bahasa Melayu sedekad yang lalu. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

1613
Noor Hidayu Mohd Rahim & Yahya Othman. (2016). Keberkesanan peta bulatan dan peta
alir dalam meningkatkan penguasaan menulis karangan naratif murid-murid cina.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Vol 6(2), 68-77.

Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Mc Graw Hill.

Rubiaton Ibrahim & Jamaludin Badusah. (2018). Kemahiran menjana idea karangan
menggunakan teknik bograf di sekolah rendah. Prosiding Seminar Pendidikan
Transdisiplin 2018, 20-36.

Suppiah Nachiappan. (2006). Penggunaan gaya bahasa dan pemprosesan informasi


dalam penulisan karangan melalui analisis hermeneutik. Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Toba, R., Noor, W. N., & Sanu, L. O. (2019). The Current Issues of Indonesian EFL Students'
Writing Skills: Ability, Problem, and Reason in Writing Comparison and Contrast Essay.
Dinamika Ilmu, 19(1), 57-73.

Zamri Mohamod, Nurul Aisyah Abdullah & Nor Azwa Hanum Nor Shaid. (2016). Faktor-faktor
yang mempengaruhi penulisan karangan bahasa Melayu pelajar sekolah menengah.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Vol 6(2), 1-9.

Yahya Othman. (2005). Trend dalam pengajaran bahasa Melayu. PTS Profesional
Publish.

1614
KELEWAHAN BAHASA DALAM PENULISAN KARANGAN ANTARA MURID SEKOLAH
KEBANGSAAN DENGAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN

Caroline Liew Xiao Hung


caroline09-949@epembelajaran.edu.my

Nor Rul Azlifah binti Zulkafali


norrulazlifah2@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu,


Lembah Pantai,
59990 Kuala Lumpur.

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat kekerapan dan perbezaan kekerapan kelewahan bahasa dalam
penulisan antara murid Sekolah Kebangsaan (SK) dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJK(C).
Reka bentuk kajian ini berbentuk kualitatif dengan pendekatan analisis dokumen. Instrumen kajian
menggunakan kertas soalan ujian penulisan dan senarai semak yang bertujuan menjawab soalan
kajian. Sampel kajian ini terdiri daripada 40 orang murid, misalnya 20 orang murid dari SK Dalili (bukan
nama sebenar) dan 20 orang murid dari SJK(C) Gua Liu (bukan nama sebenar). Sejumlah 40 buah
karangan dianalisis berdasarkan senarai semak yang disediakan. Kajian ini bersandarkan tiga teori,
iaitu Teori Behaviorisme, Teori Mentalis dan Teori Analisis Kesilapan Bahasa. Hasil dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa kelewahan yang dilakukan meliputi kelewahan kata tugas, kelewahan frasa
nama, kelewahan frasa kerja dan kelewahan frasa adjektif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
terdapat perbezaan kekerapan kelewahan bahasa dalam penulisan antara murid SK dan SJK(C). Unsur
lewah dalam bahasa menjejaskan kegramatisan ayat sehingga menjatuhkan prestasi sesebuah
penulisan. Maka, guru memainkan peranan utama untuk mengadaptasi kaedah dan strategi pengajaran
yang berkesan bagi menangani permasalahan kelewahan bahasa dalam kalangan murid.
Kata kunci: kelewahan, karangan

PENGENALAN
Bahasa Melayu berperanan membina negara bangsa. Keghairahan untuk mencapai satu
negara bangsa yang hanya disatukan dengan bahasa Melayu sukar direalisasikan kerana
terdapat pelbagai rumpun bahasa dalam masyarakat Malaysia (Khairul Zuki, 2017). Masalah
ini mendesak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melaksanakan alternatif
menyusun semula Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) kepada murid bukan penutur
jati. Kurikulum baharu ini bukan sahaja dari aspek kepentingan konteks ilmu dan pemahaman
bahasa Melayu, malah yang lebih luas lagi iaitu kemahiran berbahasa yang terdiri daripada
kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis serta menaakul. Dasar
Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) juga
dilaksanakan, iaitu bahasa Melayu dikekalkan sebagai bahasa penghantar dalam semua mata
pelajaran termasuk Sains dan Matematik.

1615
PERMASALAHAN KAJIAN
Kementerian Pendidikan Malaysia (2019) memaparkan data mengenai prestasi kertas
penulisan bahasa Melayu dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2019
menunjukkan terdapat 4.67% (SK) dan 12.26% (SJK) daripada jumlah 332,694 calon telahpun
gagal dalam kertas penulisan. Misalnya, 4.67% mewakili 15,537 calon manakala 12.26%
mewakili 40,788 calon. Berdasarkan data analisis oleh KPM didapati bahawa unsur lewah
bahasa bukan sahaja ditemui dalam penulisan murid Melayu tetapi juga murid bukan Melayu.
Merujuk kepada Yong, C.C. dan Vijayaletchumy Subramaniam (2012), penguasaan morfologi
dan sintaksis dipengaruhi oleh bahasa ibunda murid. Selaras dengan kajian Rohaida Yusop
dan Zamri Mahamod (2016), pemahaman tatabahasa murid sering kali dipengaruhi oleh
bahasa asing. Oleh itu, keterbatasan demikian menimbulkan unsur kelewahan bahasa dalam
penulisan murid. Kelemahan ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana akan membawa
kesan buruk dari segi jangka yang panjang. Walaupun banyak kajian mengenai analisis
kesilapan bahasa telah dijalankan, namun kajian yang memfokuskan kelewahan bahasa
masih terhad. Maka, kajian ini sangat diperlukan bagi mengenal pasti kelewahan bahasa
dalam karangan bahasa Melayu.

TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kelewahan bahasa dalam penulisan karangan murid
di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK(C)).

OBJEKTIF KAJIAN
Khususnya, kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif yang berikut:
i. Mengenal pasti kekerapan kelewahan bahasa dalam penulisan karangan murid di SK
dan SJK(C).
ii. Mengenal pasti perbezaan kekerapan kelewahan bahasa antara murid SK dan SJK(C).

SOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan, kajian ini menjawab soalan-soalan berikut:
i. Apakah kekerapan kelewahan bahasa yang terdapat dalam penulisan karangan murid
di SK dan SJK(C)?
ii. Apakah perbezaan kekerapan kelewahan bahasa dalam penulisan karangan antara
murid SK dan SJK(C)?

METODOLOGI KAJIAN
Kajian kualitatif yang bakal dilaksanakan menggunakan pendekatan analisis dokumen untuk
mengenal pasti kekerapan kelewahan bahasa dalam penulisan murid. Reka bentuk ini pernah
digunakan dalam kajian Siti Misnan dan Siti Ghazali (2019) yang menganalisis kesalahan
tatabahasa bahasa Arab dalam kalangan pelajar dalam pembelajaran asas bahasa Arab di

1616
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur. Pengkaji menggunakan reka bentuk kajian kualitatif
yang menggunakan metode analisis dokumen yang menuju kepada 15 sampel kajian. Kajian
kualitatif Graeszila Bajang dan Ruhizan Yasin (2020) pula menggunakan kaedah analisis
kandungan terhadap 26 skrip jawapan murid Tahun 6 bagi menganalisis kesalahan
tatabahada dalam penulisan bahasa Inggeris.
Dalam kajian ini, kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling) digunakan agar
data yang diperoleh dapat menjawab soalan kajian. Merujuk kepada prinsip persampelan
bertujuan, peserta dipilih berdasarkan kriteria-kriteria tertentu yang ditetapkan oleh pengkaji
menurut pertimbangan pengetahuan dan tujuan kajian. Berdasarkan penelitian kajian Siti
Misnan dan Siti Ghazali (2019), didapati bahawa sampel kajian hanya melibatkan 15 orang.
Namun, kajian yang bakal dijalankan melibatkan dua buah sekolah, iaitu Sekolah Kebangsaan
Dilala (bukan nama sebenar) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Gua Liu (bukan nama
sebenar). Maka, sampel kajian ini mengandungi 40 orang murid Tahun 5 yang lulus dalam
peperiksaan akhir Tahun 2020 untuk subjek Bahasa Melayu. Seramai 20 orang Tahun Lima
dari SK dan 20 orang murid dari SJK(C) akan dipilih.
Dalam kajian ini, hanya murid Tahun 5 dipilih sebagai populasi kajian kerana mereka
lebih cekap dalam penulisan karangan berbanding murid Tahun 4 yang baru sahaja belajar
tentang teknik mengarang. Tahun 6 pula dikecualikan memandangkan mereka perlu berfokus
dalam peperiksaan akhir tahun bagi melanjut pelajaran ke tahap menengah. Sebagai
peringatan, hasil kajian ini tidak digeneralisasikan untuk mewakili prestasi sekolah di seluruh
negara.
Instrumen kajian ini ialah ujian penulisan karangan diiringi dengan senarai semak skrip
jawapan. Murid-murid dikehendaki menulis sebuah karangan yang lengkap dalam
peruntukkan masa 35 minit. Panjang karangan yang dihasilkan tidak boleh kurang daripada
80 patah perkataan. Setelah tamat ujian, guru subjek akan mengumpul jawapan murid lalu
menyerahkan kepada pengkaji melalui platform G-Mail. Selain itu, setiap item yang terhasil
dalam soalan ujian penulisan telahpun disemak, ditaksir dan disahkan oleh tiga orang pakar
bidang Bahasa Melayu. Sehubungan itu, jumlah tema yang diterima akan dikira melalui
kaedah Cohen Kappa. Nilai kesahan merujuk kepada jumlah tema dalam kiraan Cohen Kappa.

DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan ujian penulisan yang telah dijalankan, didapati murid SK dan SJK(C) kerap
melakukan kelewahan bahasa dalam karangan tanpa sedar.
Kelewahan Bahasa dalam Penulisan Murid SJK(C)
Kelewahan Kata Tugas
Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 30 peratus, iaitu seramai enam orang murid Tahun 5
telah melakukan sekurang-kurangnya sekali kelewahan kata tugas dalam ujian penulisan

1617
bahasa Melayu. Tiada murid yang melakukan kelewahan kata tugas sebanyak dua kali dan
terdapat 70 peratus, iaitu seramai 14 orang murid tidak melakukan sebarang kelewahan frasa
nama ketika menulis karangan dalam kajian ini.
Jadual 3.1
Kelewahan Kata Tugas dalam Penulisan
Sampel Ayat yang Mengandungi Kelewahan Cadangan Penambahbaikan
Sampel 11 …memakai sanitizer terlebih dahulu …memakai sanitizer sebelum
sebelum memandu. memandu.
Sampel 13 Contohnya jika tidak membasuh Contohnya, tidak membasuh
tangan… tangan…
Sampel 15 Mandi ialah merupakan… Mandi merupakan…
Sampel 16 Sentiasalah membasuh tangan… Sentiasa membasuh tangan…
Sampel 18 …sekurang-kurang 3 tiga kali sehari. …sekurang-kurang tiga kali sehari.

Berdasarkan Jadual 3.1, kelewahan bahasa berlaku ketika Sampel 11 menggunakan


kata sendi ‘terlebih dahulu’ dan ‘sebelum’ secara berturut-turut. Dalam konteks ini, ‘terlebih
dahulu’ dan ‘sebelum’ menyatakan makna yang sinonim. Cadangan penambahbaikan ialah
hanya menggunakan salah satu kata sendi bagi mengelakkan berlakunya kelewahan bahasa.
Berdasarkan karangan Sampel 13 pula, kata sendi ‘contoh’ diikuti dengan kata hubung ‘jika’.
Kelewahan juga berlaku dalam penulisan Sampel 15 yang menggunakan kata pemeri ‘ialah’
dan ‘merupakan’ secara berturut-turut. Seterusnya, partikel ‘lah’ yang ditambah oleh Sampel
16 di hujung kata sendi ‘sentiasa’ sepatutnya digugurkan. Umumnya, partikel memainkan
peranan pada akhir kata yang menguatkan pengertian kata tersebut. Partikel ini merupakan
unsur lewah kerana tidak mempunyai sebarang fungsi pengerasan maksud terhadap kata
sendi ‘sentiasa’. Kelewahan bahasa yang dilakukan oleh Sampel 18 ialah menulis kata bilang
dalam bentuk angka dan perkataan pada masa serentak. Namun, situasi ini berlaku mungkin
disebabkan kecuaian murid sahaja.

Kelewahan Frasa Nama


Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 10 peratus, iaitu seramai dua orang murid Tahun 5
telah melakukan sebanyak dua kali kelewahan frasa nama dalam ujian penulisan bahasa
Melayu. Selain itu, lima peratus yang mewakili seorang murid telah melakukan kelewahan
frasa nama sekurang-kurangnya sekali dalam ujian penulisan. Terdapat 85 peratus, iaitu
seramai 17 orang murid tidak melakukan sebarang kelewahan frasa nama ketika menulis
karangan dalam kajian ini.

1618
Jadual 3.2
Kelewahan Frasa Nama dalam Penulisan
Sampel Ayat yang Mengandungi Kelewahan Cadangan Penambahbaikan
Sampel 9 …ada kuman pada diri kita sendiri. …ada kuman pada diri kita.
Sampel …musim-musim covid ini. …musim Covid ini.
11 …musim-musim pandemik… …musim pandemik…
Sampel …mengguna shampoo atau sabun rambut. …mengguna syampu.
16 Mengosok gigi setiap pagi untuk pergi ke Menggosok gigi sekurang-
sekolah sekurang kurangnya perlu kurangnya tiga kali sehari.
mengosok tiga kali setiap hari.

Berdasarkan Jadual 3.2, Sampel 9 menambah kata nama ‘sendiri’ ke frasa ‘kebersihan
diri kita’. Menurut Kamus Dewan (2012), ‘sendiri’ bermaksud tubuh diri yang sebenar dan ‘diri’
pula bererti tubuh sendiri yang tidak berkaitan dengan orang lain. Maka, salah satu daripada
kata nama tersebut patut digugurkan. Bagi Sampel 11 pula, kelewahan berlaku melalui
penggandaan kata nama ‘musim-musim’ pada perenggan pertama dan ketiga. Kelewahan
frasa nama juga berlaku ketika Sampel 16 mengabungkan kata nama ‘syampu’ dan ‘sabun
rambut’ dengan menggunakan kata hubung ‘atau’. Kesilapan tatabahasa yang dikenal pasti
bukan sahaja dari segi kelewahan tetapi juga kesalahan ejaan. Misalnya, ‘syampu’ dieja
dengan ejaan bahasa Inggeris ‘shampoo’. Seterusnya, Sampel 16 mengulangkan kata
bilangan ‘setiap’ pada permulaan ayat dan hujung ayat, iaitu ‘setiap pagi’ dan ‘setiap hari’.

Kelewahan Frasa Kerja


Dapatan kajian menunjukkan sebanyak lima peratus, iaitu hanya seorang murid Tahun 5 telah
melakukan sekurang-kurangnya sekali kelewahan frasa kerja dalam ujian penulisan bahasa
Melayu. Tiada murid yang melakukan kelewahan frasa kerja sebanyak dua kali dan terdapat
95 peratus, iaitu seramai 19 orang murid tidak melakukan sebarang kelewahan frasa kerja
ketika menulis karangan dalam kajian ini.

Jadual 3.3
Kelewahan Frasa Kerja dalam Penulisan
Sampel Ayat yang Mengandungi Cadangan Penambahbaikan
Kelewahan
Sampel 3 Sebelum saya memulakan kerja Sebelum saya membuat kerja…
seperti membuat kerja…

1619
Berdasarkan Jadual 3.3, Sampel 3 mengulangkan frasa kerja yang memiliki makna yang
seerti dalam satu ayat, iaitu ‘memulakan kerja’ dan ‘membuat kerja’. Pengulangan unsur yang
sama telah menimbulkan kelewahan frasa kerja. Oleh itu, ayat perlu dibaiki menjadi ‘Sebelum
saya membuat kerja…’.

Kelewahan Frasa Adjektif


Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 20 peratus, iaitu seramai empat orang murid Tahun 5
telah melakukan sekurang-kurangnya sekali kelewahan frasa adjektif dalam ujian penulisan
bahasa Melayu. Terdapat juga seorang murid yang mewakili lima peratus telah melakukan
kelewahan frasa adjektif sebanyak dua kali. Dapatan yang seterusnya pula menunjuk bahawa
terdapat 75 peratus, iaitu seramai 15 orang murid tidak melakukan sebarang kelewahan frasa
adjektif ketika menulis karangan dalam kajian ini.
Jadual 3.4
Kelewahan Frasa Adjektif dalam Penulisan Murid SK
Sampel Ayat yang Mengandungi Kelewahan Cadangan Penambahbaikan

Sampel 1 …sangat mudah dan senang. …sangat mudah.


Sampel 4 …terhindar dari penyakit yang bahaya. …terhindar daripada penyakit.
Sampel 6 …daripada penyakit-penyakit yang …daripada penyakit.
berbahaya. …bersenam di luar.
…bersenam di luar rumah.
Sampel …yang busuk-busuk itu hilang… …yang busuk itu hilang.
19
Sampel …pasuh tangan bersih-bersih. …basuh tangan dengan
20 bersih.

Berdasarkan Jadual 3.4, penulisan Sampel 1 mengandungi kelewahan kerana ‘mudah’


dan ‘senang’. Kedua-dua kata tersebut merupakan kata adjektif yang merujuk kepada sesuatu
yang tidak ada kesulitan (Kamus Dewan, 2012). Dalam penulisan Sampel 4 dan Sampel 6,
kata adjektif ‘bahaya’ merupakan unsur lewah kerana penyakit sudah bererti sesuatu yang
‘bahaya’ terhadap kesihatan. Hal ini seperti kata nama ‘rumah’ yang hadir selepas kata adjektif
‘luar’. Bagi Sampel 19 dan 20 pula, kelewahan berlaku ketika kata adjektif ‘busuk’ dan ‘bersih’
digandakan. Dalam konteks ini, ‘busuk’ merujuk kepada bau yang tidak sedap manakala
‘bersih’ bererti keadaan sesuatu yang bebas daripada pencemaran. Kedua-dua kata ini tidak
perlu digandakan kerana bukan berfungsi untuk membawa maksud ‘banyak’.

1620
Kelewahan Bahasa dalam Penulisan Murid SJK(C)
Kekerapan Kelewahan Kata Tugas
Dapatan kajian menunjukkan terdapat sebanyak 10 peratus, iaitu seramai dua orang murid
yang melakukan kelewahan kata tugas sekurang-kurangnya sekali dalam ujian penulisan
bahasa Melayu. Seterusnya, tiada murid yang melakukan kelewahan kata tugas sebanyak dua
kali dan sebanyak 90 peratus yang mewakili 18 orang murid tidak melakukan sebarang
kelewahan kata tugas ketika menulis karangan dalam kajian ini.
Jadual 3.5
Kelewahan Kata Tugas dalam Penulisan
Sampel Ayat yang Mengandungi Cadangan Penambahbaikan
Kelewahan
Sampel 5 …dan hidup pun bahagia. … dan hidup bahagia.
Sampel 9 Oleh sebab itu, kita perlu… Oleh itu, kita perlu…
Sampel 12 Antara contoh cara-cara … Antara cara…
Sampel 17 Termasuk di antaranya... Antaranya...
Sampel 19 …kita sepatutnya mesti mandi… …kita mesti mandi…

Berdasarkan Jadual 3.5, Sampel 5 menyelitkan kata tugas ‘pun’ di antara frasa nama
‘hidup bahagia’. Misalnya, ‘pun’ merupakan unsur yang tidak diperlukan dan menimbul
kelewahan. Sampel 19 pula menggunakan kata tugas secara berturut-tutut, iaitu ‘sepatutnya’
dan ‘mesti’. Berdasarkan jadual, ‘oleh sebab itu’ yang dilakukan oleh Sampel 9 dikatakan
lewah kerana mengandungi dua frasa sendi nama yang seerti. Sebagaimana yang terdapat
dalam Sampel 17 yang mengandungi dua unsur lebih kurang seerti, misalnya ‘termasuklah’
dan ‘di antaranya’. Bagi Sampel 12, kelewahan muncul ketika berlaku pengulangan unsur
yang sama dalam frasa ‘antara contoh cara-cara’.

Kekerapan Kelewahan Frasa Nama


Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 25 peratus, iaitu seramai lima orang murid Tahun 5
telah melakukan sekurang-kurangnya sekali kelewahan frasa nama dalam ujian penulisan
bahasa Melayu. Tiada murid yang melakukan kelewahan frasa nama sebanyak dua kali dan
terdapat 75 peratus, iaitu seramai 15 orang murid tidak melakukan sebarang kelewahan frasa
nama ketika menulis karangan dalam kajian ini.

1621
Jadual 3.6
Kelewahan Frasa Nama dalam Penulisan
Sampel Ayat yang Mengandungi Kelewahan Cadangan Penambahbaikan
Sampel 3 …memotong kuku tangan dan kaki yang …memotong kuku yang
panjang. panjang.
Sampel 9 … menjaga kebersihan diri kita sendiri. … menjaga kebersihan diri.
Sampel …menggosok gigi setiap hari malam dan …menggosok gigi setiap hari.
13 pagi.
Sampel …tempat restoran yang bersih. …restoran yang bersih.
16
Sampel Setiap hari, kita hendaklah mandi Kita hendaklah mandi
18 sekurang-kurangnya 2 kali sehari… sekurang-kurangnya 2 kali
sehari…

Berdasarkan Jadual 3.6, Sampel 3 menggunakan frasa nama ‘tangan dan kaki’ untuk
memberi penerangan terhadap kata nama ‘kuku’. Kata nama ‘kuku’ sudah cukup mewakili
kuku anggota badan. Sampel 9 pula menambah kata nama ‘sendiri’ ke frasa ‘kebersihan diri
kita’. Perkataan ‘diri’ dan ‘sendiri’ mendukung makna yang sama, maka kata nama ‘sendiri’
patut digugurkan. Bagi Sampel 13, kelewahan berlaku melalui keterangan ‘malam’ dan ‘pagi’
terhadap frasa nama ‘setiap hari’. Hal ini kerana ‘setiap hari’ meliputi waktu malam dan pagi.
Bagi Sampel 16, kelewahan wujud melalui frasa nama iaitu ‘tempat restoran’. ‘Tempat’
merupakan sesuatu yang lewah kerana ‘restoran’ memang merujuk kepada sesuatu ‘tempat’.
Bagi Sampel 18, kelewahan berlaku ketika muncul dua frasa yang seerti, iaitu ‘setiap hari’ dan
‘sehari’. Makna yang sama sekiranya berulang akan berlaku jamak.

Kekerapan Kelewahan Frasa Kerja


Dapatan kajian menunjukkan hanya lima peratus, iaitu seorang murid yang melakukan
kelewahan frasa kerja sebanyak dua kali dalam ujian penulisan bahasa Melayu. Seterusnya,
tiada murid yang melakukan kelewahan frasa kerja sekurang-kurangnya sekali dan 95 peratus,
iaitu seramai 19 orang murid tidak melakukan sebarang kelewahan frasa kerja ketika menulis
karangan dalam kajian ini.

1622
Jadual 3.7
Kelewahan Frasa Kerja dalam Penulisan
Sampel Ayat yang Mengandungi Cadangan Penambahbaikan
Kelewahan
Sampel 8 …mengutip sampah yang jatuh… …mengutip sampah…
…membasuh tangan sebelum …membasuh tangan sebelum
menyediakan atau makan makan dan menyediakan
makanan… makanan…

Berdasarkan Jadual 3.7, Sampel 8 telah melakukan dua kali kelewahan dalam frasa
kerja. Kata kerja ‘mengutip’ merujuk kepada perlakuan memungut sesuatu yang berada di
kedudukan lebih rendah daripada kita. Maka, keterangan ‘yang jatuh’ itu sudah menjadi unsur
lewah dalam frasa tersebut. Kata kerja ‘makan’ meliputi proses mengunyah lalu menelan
makanan. Maka, tidak perlu menambah kata nama ‘makanan’ sebagai keterangan kerana
secara logiknya manusia tidak akan makan sesuatu selain daripada makanan.

Kekerapan Kelewahan Frasa Adjektif


Dapatan kajian menunjukkan terdapat lima peratus yang mewakili seorang murid telah
melakukan kelewahan frasa adjektif sebanyak dua kali dalam ujian penulisan bahasa Melayu.
Seterusnya, terdapat 15 peratus, iaitu tiga orang murid yang melakukan kelewahan frasa
adjektif sekurang-kurangnya sekali dan sebanyak 80 peratus yang mewakili 16 orang murid
tidak melakukan sebarang kelewahan frasa adjektif ketika menulis karangan dalam kajian ini.

Jadual 3.8
Kelewahan Frasa Adjektif dalam Penulisan
Sampel Ayat yang mengandungi kelewahan Cadangan penambahbaikan
Sampel 4 …menjaga semua orang lain. …menjaga semua orang.
Sampel 2 …mempunyai cara-cara yang banyak… …mempunyai cara yang
banyak…
Sampel 6 … dilindungi dari kuman yang berbahaya. … dihindari dari kuman.
…membuatkan kita demam yang suhu … membuatkan kita demam.
tinggi.
Sampel Kita mesti berjoging, bersenaman, bermain Kita mesti berjogong, bersenam
10 dan kuat minum air putih. dan kuat minum air.

Berdasarkan Jadual 3.8, Sampel 2 menambah penerangan ‘yang banyak’ terhadap


frasa nama ‘cara-cara’ menimbul kelewahan makna. Misalnya, ‘cara-cara’ sudah mewakili
1623
cara yang banyak. Sampel 4 pula mencantumkan kata adjektif ‘lain’ terhadap frasa nama
‘semua orang’. Hal ini bukan sahaja menimbulkan kelewahan tetapi juga melanggar hukum
tatabahasa. Sampel 6 turut menggunakan penerangan ‘yang berbahaya’ terhadap kata nama
‘kuman’. Kuman merupakan organisma halus yang membawa kesan kimia yang berbahaya.
Oleh itu, kata adjektif ‘bahaya’ tidak perlu ditambah di hujung kata nama ‘kuman’. Kata nama
‘demam’ pula merupakan masalah kesihatan ketika suhu tubuh meningkat dan cecah lebih
daripada 37.5 darjah celsius. Maka, ‘demam’ sudah mewakili suhu badan yang tinggi.
Keterangan ‘suhu tinggi’ sudah menjadi unsur jamak terhadap perkataan ‘demam’.
Seterusnya, Sampel 10 pula menggunakan kata adjektif ‘putih’ untuk dijadikan sebagai
penerangan terhadap kata nama ‘air’. Keterangan ini dianggap lewah kerana merupakan
unsur yang tidak diperlukan.

Perbezaan Kekerapan Kelewahan Bahasa dalam Penulisan Murid SK dan SJK(C)


Bahagian ini membincangkan dapatan kajian bagi menjawab soalan kajian yang kedua iaitu
perbezaan kekerapan kelewahan bahasa dalam penulisan murid di SK dan SJK(C). Bagi
mengenal pasti perbezaan kekerapan bahasa antara murid, pengkaji merumuskan
berdasarkan perbincangan dapatan kajian yang telah dipaparkan sebelumnya. Secara
keseluruhan dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan dalam kekerapan kelewahan
bahasa yang dilakukan oleh murid SK dan SJK(C) dalam ujian penulisan yang dijalankan pada
awal kajian. Perbezaannya boleh ditinjau daripada beberapa aspek kelewahan bahasa,
misalnya kelewahan kata tugas, frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan akhirnya kelewahan
frasa sendi nama.
Jadual 3.9
Kekerapan Kelewahan Bahasa Keseluruhan
Jenis Kelewahan SK Dalili SJK(C) Gua Liu
Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus
KKT 5 28% 5 29%
KFN 5 28% 5 29%
KFK 2 11% 2 12%
KFA 6 33% 5 30%
Jumlah / Peratus 18 100% 17 100%

1624
Jadual 3.10
Perbezaan Kekerapan Kelewahan Bahasa antara murid SK dan SJK(C)
Persampelan Bilangan Sampel Kekerapan Peratus
SK Dalili 20 18 51%
SJK(C) Gua Liu 20 17 49%
Jumlah 40 35 100%
Jadual 4.20 dan 4.21 menunjuk bahawa terdapat beberapa jenis kelewahan bahasa
yang telah dikesan dalam ujian penulisan bahasa Melayu. Misalnya Kelewahan Kata Tugas
(KKT), Kelewahan Frasa Nama (KFN), Kelewahan Frasa Kerja (KFK) dan Kelewahan Frasa
Adjektif (KFA). Pengaji telah menyemak kertas penulisan sampel dengan teliti dan sudah
memberikan contoh pembetulan serta cadangan penambahbaikan terhadap setiap kelewahan
bahasa yang dilakukan. Dengan sampel 40 orang murid (N=40), jumlah keseluruhan
kekerapan kelewahan bahasa SK ialah 18 manakala SJK(C) ialah 17.
Berdasarkan jadual 3.10, kumpulan sampel yang banyak melakukan kelewahan
bahasa ialah SK Dalili, iaitu sebanyak 18 (51%), diikuti oleh kumpulan sampel SJK(C) Gua Liu
sebanyak 17 (49%). Hal ini menunjukkan murid SK lebih banyak melakukan kesalahan dalam
penulisan karangan. Merujuk kepada dapatan kajian yang dibincangkan sebelum ini, jenis
kelewahan yang paling kerap dilakukan oleh sampel kajian ialah kelewahan frasa adjektif, iaitu
sebanyak enam kali (33%) di SK dan lima kali (30%) di SJK(C).
Sementara itu, tiga jenis kelewahan bahasa dalam kumpulan sampel SJK(C)
mempunyai kekerapan yang sama, iaitu KFA sebanyak lima kali (30%), KKT sebanyak lima
kali (29%) dan KFN juga sebanyak lima kali (29%). Walaupun mempunyai kekerapan yang
sama, namun peratusnya masing-masing berbeza. KKT dan KFN merupakan kelewahan
bahasa yang kedua tinggi dalam penulisan sampel. Misalnya, sampel SJK(C) melakukan KKT
sebanyak lima kali (29%) dan SK juga sebanyak lima kali (28%).
Jadual juga menunjukkan bahawa kumpulan sampel yang lebih kerap melakukan KFN
ialah sampel SJK(C), iaitu sebanyak lima kali (30%) manakala sampel SK melalukan KFN
sebanyak lima kali (28%) sahaja. KFK merupakan kelewahan bahasa yang paling jarang
dilakukan oleh sampel SK dan SJK(C). Kumpulan sampel yang banyak melakukan KFK ialah
kumpulan sampel SJK(C), iaitu sebanyak dua kali (12%) manakala SK melakukan KFK
sebanyak dua kali (11%) sahaja.

Triangulasi Data
Jadual 3.11 menunjukkan matriks triangulasi data yang dijalankan selepas data utama
diperoleh. Proses ini bertujuan untuk memperoleh data-data sokongan untuk menyokong data
utama kajian serta memperkukuh dan meningkatkan lagi tahap kebolehpercayaan kajian.

1625
Jadual 3.11
Borang Matriks Proses Triangulasi Data
Soalan Kajian Analisis Dokumen Tajuk Karangan
Ujian
1. Apakah kekerapan  Kekerapan kelewahan bahasa tertinggi
kelewahan bahasa di SK dan SJK(C) ialah kelewahan frasa
yang terdapat dalam adjektif.
penulisan murid SK
dan SJK? Sambutan Hari
Jadi (SK)
2. Apakah perbezaan  Kekerapan kelewahan bahasa yang
kekerapan dikesan dalam penulisan tiga sampel SK Aku Sebatang
kelewahan bahasa secara rawak ialah sebanyak tiga kali Pensel (SJK(C))
yang terdapat dalam (60%). Setiap sampel melakukan
penulisan antara kelewahan bahasa dalam karangan
murid SK dan SJK? sekurang-kurangnya sekali.

 Kekerapan kelewahan bahasa dalam


penulisan SJK pula sebanyak dua kali
(40%). Seorang sampel kajian tidak
melakukan sebarang kelewahan bahasa
dalam karangannya.

Triangulasi data dijalankan dengan melibatkan enam sampel, iaitu tiga sampel SK dan
tiga sampel SJK(C). Sampel tersebut dipilih secara rawak daripada kumpulan sampel yang
menyertai ujian menulis karangan pada awal kajian. Data sokongan diperoleh melalui
pendekatan analisis dokumen yang menganalisis kekerapan kelewahan bahasa dalam kertas
karangan ujian formatif Mac 2021.
Proses ini berbeza dari segi instrumen tajuk karangan jenis fakta yang ditetapkan oleh
pengkaji dalam ujian penulisan karangan pada awal kajian, pengkaji menumpuh kepada tajuk
karangan yang berbentuk autobiografi. Didapati bahawa tajuk karangan autobiografi dalam
ujian formatif antara SK dan SJK(C) adalah berbeza. Tajuk karangan ujian di SK ialah
‘Sambutan Hari Jadi’ manakala karangan ujian SJK(C) pula bertajuk ‘Aku Sebatang Pensel’.
Hasil dapatan triangulasi data dapat menjawab kedua-dua soalan kajian. Data
menunjukkan terdapat kelewahan bahasa dalam karangan murid. Di samping itu, kekerapan
tertinggi dalam karangan murid SK dan SJK(C) ialah KFA, murid SK melakukan KFA sebanyak
dua kali (67%) manakala murid SJK(C) juga sebanyak dua kali (100%). Hal ini selari dengan
1626
data yang dipaparkan. Kekerapan kelewahan bahasa yang dikesan dalam penulisan tiga
sampel SK secara rawak ialah sebanyak tiga kali (60%). Setiap sampel melakukan kelewahan
bahasa dalam karangan sekurang-kurangnya sekali. Kekerapan kelewahan bahasa dalam
penulisan SJK pula sebanyak dua kali (40%). Seorang sampel kajian tidak melakukan
sebarang kelewahan bahasa dalam karangannya. Perincikan perbezaan kekerapan
kelewahan bahasa SK dan SJK(C) dalam trangulasi data dalam jadual berikut.

Jadual 3.12
Kekerapan Kelewahan Bahasa SK dan SJK(C) dalam Triangulasi Data
Jenis Kelewahan SK Dalili SJK(C) Gua Liu
Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus
KFN 1 33% 2 100%
KFA 2 67% 0 0

Jadual 3.13
Kelewahan Bahasa yang Dikesan dalam Proses Triangulasi
Sampel,S Jenis Kelewahan Bahasa Cadangan Penambahbaikan
Kelewahan
SKS8 KFA …daripada tekanan yang …daripada tekanan.
stres.
SKS19 KFA …perasaan sedih-sedih… …perasaan sedih…
SKS20 KKT …kerana disebabkan …disebabkan berpisah.
berpisah.
SJK(C)S15 KFA …mempunyai alat-alat …mempunyai alat tulis yang
tulis yang banyak banyak
SJK(C)S16 KFA …pelbagai warna pensel …pelbagai pensel warna.
yang berwarna-wani.

IMPLIKASI KAJIAN
Implikasi Pengetahuan
Dapatan kajian ini memberikan beberapa implikasi dari aspek pengetahuan khalayak.
Pertama, kajian ini menyokong pengetahuan sedia ada bahawa kesalahan tatabahasa itu
merupakan isu yang tidak dapat dikecualikan daripada penulisan murid. Selaras dengan
dapatan kajian Hazlina Halim et.al (2020), murid sering melakukan kesalahan baik dari aspek
pemilihan unsur, pengurangan unsur mahupun penambahan unsur. Maka, pengetahuan ini
memberi desakan terhadap pihak-pihak terbabit untuk terus berusaha melaksanakan inisiatif-

1627
inisiatif pembelajaran bahasa murid bagi mengatasi masalah kesalahan tatabahasa,
terutamanya unsur-unsur lewah bahasa.
Selain itu, implikasi kajian ini juga memberikan pengetahuan terhadap guru, khususnya
guru bahasa Melayu. Selaras dengan pandangan Sivaneswary Sivaratanam (2019) dalam
kajiannya ‘Penguasaan Golongan Kata dalam Kalangan Murid SJKT’, rincian data membantu
guru dan pihak sekolah untuk melihat tahap penguasaan murid cemerlang dalam mengenali
golongan kata. Namun, kebanyakan pengajaran pada masa ini masih menumpuh kepada
kaedah tradisional (Farah Mokter, 2019). Berdasarkan pengetahuan yang diutarakan, maka
guru boleh memberi penekanan terhadap bahasa pengantar yang dituturkan murid setiap hari.
Kajian ini turut memberikan pengetahuan sedia ada terhadap murid-murid mengenai
cabaran yang dihadapi oleh sampel kajian semasa menulis karangan. Menurut Fatin Kadir dan
Zaitul Hamzah (2017), kesilapan yang dilakukan bukanlah suatu kelemahan tetapi perlu dilihat
sebagai penanda aras atau tahap kecekapan yang dimiliki pelajar bahasa kedua bagi
memperbaiki kecekapan bahasa keduanya. Kajian membuka ruang kepada murid-murid untuk
memperbaiki kelemahan tatabahasa masing-masing, terutamanya kelemahan kelewahan
bahasa dalam karangan.

Implikasi Praktikal
Kajian ini memberi implikasi terhadap SK Dalili dan SJK(C) Gua Liu dengan memberi peluang
kepada pihak sekolah untuk meningkatkan prestasi penulisan murid dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu. Kajian ini membantu guru Bahasa Melayu untuk meningkatkan lagi
keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dengan merangka satu pelan tindakan
bagi mengatasi masalah kelewahan bahasa yang dilakukan oleh murid-murid dalam karangan.
Dengan pelan tindakan yang dirancangkan, diharapkan peratus atau markah pencapaian
penulisan bahasa Melayu di SK Dalili dan SJK(C) Gua Liu dapat dipertingkatkan dengan
efektif.

Implikasi Teori
Kajian ini membuktikan bahawa kepentingan Teori Behaviorisme oleh B.F Skinner, Teori
Mentalis oleh Noam Chomsky serta Teori Analisis Kesalahan Bahasa oleh Corder kepada
seseorang guru untuk memahami komponen pemerolehan bahasa secara menyeluruh bagi
mengatasi isu penguasaan tatabahasa, khususnya kelewahan bahasa dalam penulisan murid-
murid. Berdasarkan kajian lampau di Malaysia, contoh kajian yang menggunakan Teori
Analisis Kesalahan Bahasa seperti kajian oleh Nor Azman dan Nur Rusli (2020) yang bertajuk
‘Analisis Penggunaan Kata Sendi Nama dalam Penulisan Berdasarkan Teori Kesalahan
Bahasa’. Kajian bahasa seterusnya yang menggunakan Teori Behaviorisme dan Teori

1628
Mentalis ialah kajian oleh Hazlina Halim dan Ang, L.H. (2015) yang bertajuk ‘Kesalahan
Pemilihan dan Pembentukan Kata dalam Terjemahan Bahasa Perancis’.
Di luar negara, pengkaji Indonesia yang pernah menjalankan kajian berlandaskan
Teori Behaviorisme ialah Marcelina Raharjo dan Misabah Nursalim (2020), mereka memerihal
pemerolehan bahasa pada tataran fonologi dan semantik. Oleh itu, hasil dapatan kajian yang
dilaksanakan oleh kajian-kajian berkenaan, ternyata masih kurang kajian-kajian mahupun di
Malaysia atau di luar negara yang mengaitkan ketiga-tiga dengan isu kelewahan bahasa
dalam penulisan. Oleh itu, pengkaji menggunakan ketiga-tiga ini ini untuk mengisi
kelompongan tersebut.
Pelaksanaan kajian ini telah memberikan implikasi terhadap penggunaan ketiga-tiga
teori ini. Kajian ini menemui teori lain yang boleh dimasukkan oleh seseorang pengkaji
sekiranya ingin menjalankan kajian berkenaan kelewahan bahasa dalam penulisan murid.
Contohnya, pengkaji boleh memasukkan Teori Kognitif Jean Piaget dan Teori Interaksional
Haliday, seterusnya mengintegrasi dengan Teori Behavioris, Teori Mentalis serta Teori
Analisis Kesalahan Bahasa.

CADANGAN KAJIAN
Cadangan Praktikal
Dapatan kajian membuktikan faktor-faktor kelewahan bahasa berlaku dalam penulisan murid,
misalnya mereka kebanyakan terpengaruh oleh bahasa ibunda masing-masig. Berdasarkan
kenyataan tersebut, pihak sekolah disarankan untuk menumpuhkan perhatian dalam aspek
kurikulum mahupun kokurikulum. Pihak sekolah dicadangkan untuk melaksanakan ujian
menulis bagi menilai prestasi murid dalam penulisan karangan secara terperinci. Penilaian
tersebut mengesan sejauh manakah tahap kelewahan bahasa yang terkandung dalam
penulisan. Langkah seterusnya, pihak sekolah mengkategorikan golongan murid berdasarkan
pemerolehan data kekerapan lewah bahasa dalam karangan untuk menjalankan tindakan
susulan kepada golongan yang kerap melakukan kesilapan tersebut. Modul yang menekankan
aspek kelewahan bahasa dibina untuk dijadikan sebagai garis panduan dalam kelas tambahan
bagi murid kategori kerap membuat lewah dalam bahasa. Kelas tambahan tersebut
dilaksanakan bertujuan untuk memperkukuh lagi kefasihan bahasa murid baik dari aspek lisan
mahupun tulisan. Dengan inisiatif tersebut, maka masalah kelewahan bahasa murid dapat
diatasi di samping melestarikan bahasa Melayu bermula dari peringkat akar umbi lagi.
Bagi barisan SJK, guru memikul tanggungjawab untuk merekakan pendekatan PdP
yang boleh menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam bilik darjah.
Bahasa Melayu baku wajib dijadikan sebagai bahasa pengantar utama dalam bilik darjah,
khususnya untuk mata pelajaran bahasa Melayu. Dengan adanya usaha yang berterusan,
kecekapan berbahasa murid dapat ditingkatkan.

1629
Kalangan ibu bapa masa kini lebih cenderung menyajikan buku-buku versi Inggeris
berbanding versi Melayu kepada anak-anak. Sehubungan itu, bahasa Inggeris dijadikan
bahasa utama dalam medan bacaan dan komunikasi mereka. Cadangan terhadap kalangan
ibu bapa ialah memperbanyakan pendedahan bahan bacaan bahasa Melayu terhadap anak
mereka. Minat membaca yang ada pada diri pasti dapat meningkatkan daya mental anak
dengan meluaskan konsep, perbendaharaan kata serta meluaskan alam pengetahuan dan
pemikiran.

Cadangan Kajian Lanjutan


Kajian lanjutan yang berkaitan kelewahan bahasa hendaklah dilakukan secara berterusan bagi
mengatasi isu tatabahasa tersebut dalam penulisan murid. Kajian lanjutan dijalankan dengan
membandingkan kekerapan kelewahan bahasa antara murid Sekolah Kebangsaan (SK),
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK(C)) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJK(T)).
Pengkaji perlu membuat penambahbaikan terhadap reka bentuk kajian, misalnya kajian
diubah kepada kajian tinjauan yang menggunakan pendekatan kaedah gabungan (mixed
method) yang mengabungkan kaedah kualitatif dengan kuantitatif.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, boleh dirumuskan bahawa dapatan kajian ini menunjukkan murid
kerap melakukan unsur lewah bahasa dalam penulisan karangan bahasa Melayu. Proses
pembelajaran yang dilalui oleh murid menjadikan murid kurang peka terhadap isu ini. Maka,
murid memerlukan sokongan dan bimbingan yang mencukupi untuk meningkatkan lagi
penguasaan bahasa Melayu agar aspek kelewahan bahasa dalam karangan berkurang.

RUJUKAN

Fatin Kadir & Zaitul Hamzah. (2017). Bahasa antara dalam komunikasi lisan penutur Melayu
dan penutur bukan Melayu. International Journal of Language Education and Applied
Linguistics, 17 Vol. (7), 1-16.

Farah Mokter. (2019). Keberkesanan pembelajaran berasaskan masalah terhadap


pencapaian dan kemahiran berfikir aras tinggi murid dalam penulisan karangan
Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9 Vol. (1), 33-46.

Graeszila Bajang & Ruhizan Yasin. (2020). Analisis kesalahan tatabahasa dalam penulisan
bahasa Inggeris: satu kajian kes. Conference Prosiding, 14 March, 78-84.

Hazlina Halim, Ang, L. H. & Koh, S. F. (2017). Kesilapan struktur ayat Bahasa Mandarin
dalam kalangan penutur natif. Jurnal Kesidang, 2 Vol. (3), 203-223.

1630
Hazlina Halim & Ang, L.H. (2015). Kesalahan pemilihan dan pembentukan kata dalam
terjemahan bahasa Perancis. Journal of Language Studies, 15 Vol. (2), 151-164.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2012). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Pelaporan pentaksiran sekolah rendah 2019.

Khairul Zuki. (2017). Penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan
murid berbangsa Bajau. International Journal of Humanities and Social Science
Invention. 6 Vol. (10), 01-11.

Marcelina Raharjo & Misabah Nursalim. (2020). Pemerolehan bahasa pada tataran fonologi
dan semantik. Jurnal Pendidikan Bahasa dan Sastra Indonesia, 4 Vol. (12), 79-89.

Nor Azman & Nur Rusli. (2020). Analysis of preposition in writing based on the theory of
language error. LSP International Journal, 1 Vol. (7), 39-59.

Rohaida Yusop & Zamri Mahamod. (2016). Keberkesanan peta pemikiran (I-Think) dalam
meningkatkan pencapaian penulisan bahasa Melayu murid Tahun Enam. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 5 Vol. (2), 31-37.

Siti Misnan & Siti Ghazali. (2019). Analisis kesalahan tatabahasa bahasa arab dalam kalangan
pelajar dalam pembelajaran bahasa Arab di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur
(KPBKL). Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2019,
24-25 April.

Sivaneswary Sivaratanam. (2019). Penguasaan golongan kata dalam kalangan murid SJKT.
International Journal of Malay Letters, 7 Vol. (1), 1-24.

Yong, C.C. & Vijayaletchumy Subramaniam. (2012). Analisis kesilapan dalam pembelajaran
bahasa Melayu oleh pelajar asing. Journal of Language Studies, 12 Vol. (2), 667-692.

1631
KEBERKESANAN TEKNIK 5W1H DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID
MEMAHAMI ISI SAJAK TAHUN 5

Fatin Sakinah binti Zamhuri


fatin09-950@epembelajaran.edu.my

Zabedah binti Mohammed PhD


zabedah.mohammed@gmail.com

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990, Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan teknik 5W1H dalam meningkatkan kefahaman murid
dalam memahami isi sajak tahun 5. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan
kaedah kuasi eksperimental. Ujian pra dan ujian pasca telah dilaksanakan kepada kumpulan kawalan
dan kumpulan rawatan. Sampel bagi kajian ini adalah terdiri daripada dua buah kelas murid tahun 5.
Pengkaji memlih dua kelas sebagai sampel kajian. Sebuah kelas merupakan kumpulan kawalan dan
sebuah kelas ialah kumpulan rawatan. Hasil dapatan kajian membuktikan bahawa tahap pencapaian
murid bagi kumpulan rawatan meningkat setelah melaksanakan intervensi dengan menggunakan teknik
5W1H. Terdapat perbezaan skor min antara kumpulan kawalan dengan kumpulan rawatan. Selain itu,
kajian ini berupaya memberikan implikasi kepada pendidikan murid sekolah rendah terutamanya murid
tahun 5 dalam meningkatkan kefahaman memahami isi sajak. Oleh itu, Kementerian Pendidikan
Malaysia, sekolah, dan guru-guru disarankan menggunakan teknik 5W1H bagi meningkatkan
kefahaman murid dalam memahami isi sajak.
Kata Kunci: Teknik 5W1H, Kefahaman, Isi Sajak

ABSTRACT
This study aims to see the effectiveness of the 5W1H technique in improving students’ comprehension
in understanding the content of year 5 poems. This study uses quantitative approach and quasi-
experimental methods. Pre-test and post-test were administered to the controlled group and the
treatment group. The sample for this study consisted of two classes of year 5 students. The researcher
chose two classes as the study sample. One class was the controlled group and one class was the
treatment group. The results of the study proved that the level of student’s achievement for the treatment
group increased after implementing the intervention using the 5W1H technique. There was a difference
in mean scores between the controlled group and the treatment group. Besides, this study is able to
provide implications to the education of primary school students, especially year 5 students in improving
students’ understanding of the poem. Therefore, the Ministry of Education Malaysia, schools, and
teachers are advised to use the 5W1H technique to improve students’ understanding in understanding
the content of the poem.
Key Words: 5W1H Technique, Understanding, Poem Content

PENGENALAN
Pengajaran membaca dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) kepada murid
untuk melatih murid memahami kandungan teks yang dibaca. Oleh itu,kemahiran membaca
perlu dikuasai oleh seseorang murid dalam mempelajari subjek Bahasa Melayu. Ini adalah
kerana seseorang murid dapat menguasai kemahiran yang lebih tinggi berdasarkan kognitif

1632
apabila mereka menguasai kemahiran membaca (Naimah et al., 2014). Selain itu, kemahiran
membaca dapat melahirkan murid yang berkeyakinan, aktif dan bertenaga dalam
melaksanakan sesuatu aktiviti berdasarkan pembacaan mereka tentang sesuatu ilmu.
Kemahiran membaca yang dinyatakan dikaitkan dengan Dokumen Standard Kandungan
Pembelajaran (DSKP) yang menjadi asas utama kepada guru-guru untuk merancang
pengajaran di dalam kelas.
Bagi meningkatkan penguasaan murid, teknik pengajaran dalam kemahiran
membaca perlu digunakan oleh guru dalam PdP. Pelbagai teknik dan kaedah boleh
diaplikasikan untuk meningkatkan kefahaman murid memahami maklumat dalam kemahiran
membaca terutamanya bagi subjek Bahasa Melayu. Antara teknik yang boleh diaplikasi dalam
pengajaran dan pembelajaran seperti Teknik KWLH, 5W1H, Teknik SQ3R serta skimming dan
scanning. Menurut Norakma et al. (2015), pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
bukan sekadar menyampaikan fakta semata-mata tetapi melibatkan pemahaman murid dari
pelbagai aspek sama ada isi tersurat mahupun tersirat. Ini adalah kerana isi tersirat terdiri
daripada makna yang tersembunyi seperti kosa kata serta makna kiasan.
Kajian ini adalah berkisarkan penggunaan teknik penyoalan pengajaran bagi
kemahiran membaca, iaitu teknik 5W1H. Menurut Abdul Rasid et al. (2012), membaca
merupakan antara sumber pengetahuan dan asas pembentukan diri ke arah memperoleh ilmu
pengetahuan. Ini menunjukkan bahawa seseorang individu akan memperoleh pengetahuan
yang banyak melalui pembacaan bagi meningkatkan penguasaan mereka dalam subjek
Bahasa Melayu. Namun begitu, masih terdapat masalah kemahiran membaca sering berlaku
kepada murid. Menurut Nurul Haniza et al. (2018), masalah membaca menjadi asbab yang
utama wujudnya masalah pembelajaran. Oleh itu, guru berperanan penting dalam
menggunakan teknik yang sesuai untuk membantu murid meningkatkan lagi kefahaman
maklumat berdasarkan teks yang dibaca dalam kemahiran membaca melalui teknik penyoalan
5W1H.
Teknik ini membolehkan murid untuk mengaitkan pengetahuan sedia dengan perkara
yang dibaca, menentukan perkara yang telah diperoleh daripada pembacaannya serta
menentukan maklumat lain yang perlu dibaca. Teknik ini menggunakan singkatan 5W1H yang
merujuk kepada Who, What, Where, When, Why dan How. Secara tidak langsung, murid
bukan sahaja dapat memahami isi maklumat dengan mudah malah penambahan maklumat
daripada isi yang dibaca. Kefahaman isi maklumat yang dibaca dikaitkan dengan bahan
bacaan yang dibaca. Bahan bacaan dikategorikan kepada pelbagai jenis sama ada puisi
mahupun sastera. Kajian yang akan dilaksanakan oleh pengkaji adalah berkaitan dengan
sajak. Sajak merupakan bentuk puisi yang dikategorikan sebagai puisi moden. Isi maklumat
juga terdiri daripada isi tersurat dan isi tersirat. Isi tersurat yang disampaikan adalah lebih jelas
berbanding daripada isi tersirat (Syamsidah dan Raja, 2014). Ini menunjukkan isi tersirat tidak

1633
disampaikan secara terus kepada pembaca. Kajian ini berfokuskan kepada kefahaman murid
dalam memahami isi tersirat sajak
Secara keseluruhannya, penggunaan teknik pengajaran sangat penting dari segi
penggunaannya untuk guru mengetahui kepentingannya dalam PdP. Hal ini secara tidak
langsung, penguasaan murid dapat dicapai apabila guru mengubah teknik pengajaran
daripada tradisional kepada arah yang lebih baik. Teknik yang baharu dapat mewujudkan rasa
ingin tahu murid untuk menguasainya dengan lebih cepat dan mudah. Hal ini selari dengan
jiwa kanak-kanak yang suka akan sesuatu yang baharu (Wan dan Vijayaletchumy, 2014).
Dengan ini, teknik pengajaran yang digunakan dapat mengekalkan perhatian murid.
Sehubungan dengan itu, kajian ini akan dilaksanakan dengan ujian pra dan ujian pasca bagi
menilai peningkatan kefahaman murid memahami isi sajak dengan menggunakan teknik
5W1H. Kajian ini akan melihat sama ada keberkesanan teknik 5W1H dalam meningkatkan
kefahaman murid memahami isi sajak adalah berkesan ataupun kurang berkesan.

PERNYATAAN MASALAH
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, kajian ini berfokuskan kepada murid tidak
memahami maklumat berdasarkan puisi. Hal ini kerana menurut Abdul Rasid (2011), kajian
lampau menunjukkan kebanyakan murid mempunyai masalah dari segi memahami
maklumat menerusi pembacaaan. Selain itu, masalah kefahaman sering kali dikaitkan
dengan teknik pembacaan yang tidak betul. Ini menyebabkan murid tidak dapat memahami
isi maklumat dengan tepat. Hal ini ditambah lagi dengan pendapat oleh Siti et al. (2019)
menyatakan bahawa strategi pengajaran yang dikendalikan secara tradisional dikenal pasti
menjadi punca murid lemah akademik atau berisiko menjadi kurang bermotivasi terhadap
pembelajaran.
Minat murid juga memainkan peranan penting dalam memahami sesuatu
maklumat melalui aktiviti pembacaan. Masalah ini dinyatakan dalam kajian Zamri (2015),
murid kurang berminat untuk membaca sesuatu teks terutamanya yang berkaitan dengan
kesusasteraan kerana mereka perlu mentafsir maklumat yang ada. Pentafsiran maklumat
melalui pembacaan sahaja tidak dapat membantu murid mengenali maklumat terutamanya
dari segi isi tersirat yang disampaikan. Masalah yang sama turut dinyatakan oleh Nurul
Haniza et al. (2018), murid hanya sekadar membaca sepintas lalu tanpa memikirkan cara
untuk mengeluarkan idea atau maklumat berdasarkan bahan. Justeru, teknik yang sesuai
perlu digunakan bagi membantu menarik murid membaca dalam mencungkil atau
mengeluarkan isi tersurat dan tersirat daripada teks. Murid akan memahami maklumat yang
dibaca secara tidak langsung serta mengeluarkan maklumat yang diperlukan.
Selain itu, masalah membaca murid untuk memahami maklumat ini dapat dilihat
dengan jelas berdasarkan kajian Mohd Ashri (2018), murid masih lemah dalam

1634
mengemukakan jawapan berdasarkan kehendak soalan yang melibatkan pertanyaan
seperti “siapa”, “apa”, “di mana”, “bila”, “bagaimana” dan “mengapa”. Implikasinya, murid
tidak dapat menjawab secara jelas dan jitu serta memahami bahan bacaan yang dibaca. Ini
menunjukkan guru berperanan dalam membantu murid untuk meningkatkan keupayaan
mereka dalam menjawab soalan kefahaman supaya mereka dapat memahami maklumat
dengan lebih jelas.
Perkara ini perlu ditangani oleh guru untuk menyelesaikan masalah murid dalam
memahami maklumat teks. Oleh itu, guru disarankan untuk menggunakan pelbagai amalan
pengajaran dari segi pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran (Ragbir, 2012). Kajian
Ismail (2013) membuktikan penggunaan teknik 5W1H merupakan antara strategi yang
boleh digunakan oleh guru dalam kemahiran membaca. Sehubungan dengan itu, kajian ini
bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan teknik 5W1H dalam meningkatkan
kefahaman murid memahami isi sajak bagi murid tahun lima. Teknik ini juga akan membantu
murid untuk mencari kata kunci berdasarkan teknik penyoalan yang digunakan. Sebagai
contoh, murid dapat menyatakan maklumat tentang tempat yang dinyatakan dalam puisi
dengan kata tanya “di manakah” yang merujuk pada tempat. Begitu juga teknik penyoalan
yang lain.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Secara umumnya, tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan teknik 5W1H
dalam kemahiran membaca. Berdasarkan tujuan kajian tersebut, objektif kajian ini adalah
untuk mengenal pasti tahap pencapaian murid bagi kumpulan kawalan dan kumpulan
rawatan dalam ujian pra dan ujian pasca serta mengkaji keberkesanan teknik 5W1H dalam
meningkatkan kefahaman murid dalam memahami isi sajak. Seterusnya, bagi mengenal
pasti keberkesanan teknik 5W1H dalam meningkatkan kefahaman murid memahami isi
sajak maka kajian ini telah membina dua soalan kajian. Soalan kajian adalah pindahan
bentuk objektif penyeldikan kepada ayat soalan. Soalan kajian adalah seperti yang berikut:
1. Apakah tahap pencapaian murid kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan pada
peringkat ujian pra dan ujian pasca?
2. Adakah terdapat keberkesanan penggunaan teknik 5W1H dalam meningkatkan
kefahaman dalam memahami isi sajak?

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kuasi eksperimental.
Kajian kuasi eksperimental melibatkan kesahan kerana kumpulan rawatan dan kumpulan
kawalan tidak boleh dibandingkan pada baseline (Lee et al., 2018). Kajian ini melibatkan
seramai 70 orang responden yang terdiri daripada murid di sebuah sekolah di Selangor.
Kumpulan sasaran bagi penyelidikan ini terdiri daripada murid tahun 5. Sampel kajian yang

1635
dipilih adalah menggunakan kaedah pensampelan secara rawak, iaitu pensampelan
berkelompok. Menurut Kartini (2012), persampelan kelompok merupakan satu proses
persampelan populasi yang berada dalam kumpulan-kumpulan tertentu dan pemilihan sampel
dibuat dengan memilih kumpulan secara rawak dan kemudian mengambil kesemua ahli dalam
kumpulan itu sebagai sampel kajian.

Kajian ini menggunakan instrumen yang berbentuk ujian pra dan ujian pasca.
Kebolehpercayaan instrumen ini ialah α = 0.819. Ujian pra diberikan bertujuan untuk melihat
tahap pencapaian murid sebelum menerima PdP menggunakan teknik 5W1H. Ujian pasca
pula diberikan untuk melihat keberkesanan teknik 5W1H melalui skor pencapaian murid.
Selain itu, ujian pasca juga dilaksanakan untuk mengetahui perbezaan skor antara kumpulan
kawalan dengan kumpulan rawatan. Namun begitu, kumpulan rawatan diberikan tiga kali
intervensi sebelum dilaksanakan ujian pasca berbanding kumpulan kawalan yang tidak
diberikan intervensi. Ujian pra dan pasca yang diberikan adalah berbentuk soalan
pemahaman. Data ujian pra dan ujian pasca dianalisis secara deskriptif, iaitu melihat kepada
min dan sisihan piawai.

DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan jadual di bawah, dapat dilihat tahap pencapaian bagi kumpulan kawalan dan
kumpulan rawatan dalam ujian pra serta ujian pasca melalui skor min dan sisihan piawai.
Dalam kajian ini, kedua-dua kumpulan tidak menggunakan teknik 5W1H dalam ujian pra.
Namun, bagi ujian pasca, hanya kumpulan rawatan sahaja menggunakan teknik 5W1H.

Jadual 1
Analisis min dan sisihan piawai bagi skor kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan
Kumpulan N Jenis Ujian Min (µ) Sisihan Piawai
(𝛔)
Kawalan 35 Ujian Pra 4.23 2.211
Ujian Pasca 4.40 2.075
Rawatan 35 Ujian Pra 4.66 2.182
Ujian Pasca 7.86 1.498

Jadual ini menunjukkan ringkasan perbezaan min dan sisihan piawai bagi ujian pra dan
ujian pasca kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Dapatan kajian menunjukkan nilai min
skor kumpulan kawalan ujian pra adalah 4.23 manakala ujian pasca ialah 4.40. Sisihan piawai
bagi kumpulan kawalan untuk ujian pra adalah 2.211 dan lebih tinggi berbanding kumpulan
rawatan, iaitu 2.075. Berdasarkan analisis data bagi kumpulan rawatan pula, nilai min skor
bagi ujian pra ialah 4.66 manakala ujian pasca ialah 7.86. Nilai bagi ujian pasca adalah lebih

1636
tinggi berbanding ujian pra. Namun begitu, sisihan piawai bagi ujian pasca 1.498 adalah lebih
rendah berbanding ujian pra, iaitu 2.182. Menerusi dapatan kajian di atas dapat disimpulkan
bahawa terdapat perbezaan nilai min antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Nilai
min bagi ujian pasca kumpulan rawatan adalah lebih tinggi, iaitu 7.86.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik ini berkesan melalui perbezaan skor ujian
pra dan ujian pasca dalam kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Terdapat perbezaan
yang ketara pada ujian pasca kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan. Perbezaan
ini menunjukkan prestasi murid bagi kumpulan rawatan adalah lebih baik berbanding
kumpulan kawalan selepas diaplikasikan teknik 5W1H dalam meningkatkan kefahaman
memahami isi sajak. Menurut Alan (2018) serta Haini dan Khalijah (2016) teknik 5W1H dapat
menarik minat, meningkatkan daya ingatan serta meningkatkan kefahaman murid dalam isi
pelajaran. Ini menunjukkan bahawa teknik ini berkesan dalam meningkatkan pencapaian
murid. Teknik ini juga dapat memberi panduan kepada murid bagi membantu dalam
meningkatkan kefahaman memahami isi sajak.
Teknik 5W1H sangat penting digunakan dalam kemahiran membaca bagi
meningkatkan mereka untuk mengenal kosa kata atau gaya bahasa yang jarang diaplikasikan
dalam PdP. Dapatan ini bersesuaian dengan kajian Siti et al. (2018) menyatakan bahawa
teknik yang sesuai penting untuk membantu murid dalam menguasai isi pembelajaran dengan
baik. Selain itu, teknik ini juga dapat membantu murid dalam meningkatkan penguasaan
kemahiran membaca dengan mengaitkan pengetahuan sedia ada serta mengecam idea
berdasarkan teks. Hal ini bersesuaian dengan kajian Junainah dan Matufa (2014) teknik yang
sesuai perlu dilaksanakan dalam membantu murid menjawab soalan pemahaman yang
melibatkan komponen membaca untuk membantu mereka mengecam idea teks yang dibaca.

KESIMPULAN
Keseluruhannya, teknik yang sesuai perlu dilaksanakan oleh guru sebagai usaha dlam
meningkatkan pencapaian murid dalam kemahiran membaca. Guru perlu berfikir secara kreatif
dan kritis untuk menentukan teknik yang sesuai dalam PdP bagi meningkatkan prestasi murid.
Selain itu, teknik yang berkesan juga bukan hanya berfokus kepada guru malah murid juga
berperanan penting dalam meningkatka pencapaian dalam kefahaman memahami teks.
Dengan ini, guru perlu bertindk sebagai pembimbing dalam membimbing murid untuk
menguasai teknik ini bagi memudahkan mereka untuk mengingat, memahami maklumat yang
dibaca dengan lebih jelas.
Dapatan kajian telah memberikan implikasi kepada pengetahuan, praktikal, teori serta
empirikal. Penggunaan teknik 5W1H dalam kemahiran membaca adalah bertujuan untuk
meningkatkan kefahaman murid dalam memahami isi sajak. Banyak kajian yang berkaitan
dengan teknik 5W1H dalam kemahiran membaca. Namun begitu, kajian-kajian yang

1637
dilaksanakan adalah berfokus kepada prosa. Di samping itu, kajian yang dilaksanakan juga
melibatkan subjek bukan Bahasa Melayu seperti Sejarah dan Sains berbanding Bahasa
Melayu. Maka, kajian yang telah dilaksanakan ini telah mengisi kelompongan tersebut. Guru
Bahasa Melayu boleh mengaplikasikan teknik 5W1H ini semasa mengajar sajak dalam PdP.
Selain itu, implikasi kajian ini juga memberi impak yang positif kepada murid apabila
intervensi dijalankan kepada kumpulan rawatan. Hal ini adalah kerana interensi yang
dilaksanakan adalah sebagai latih tubi untuk membantu murid meningkatkan kefahaman
mereka dalam memahami isi sajak. Ini menunjukkan teori Behaviorisme dikaitkan dalam
menjalankan kajian ini. Penekanan latih tubi diterapkan dalam pelaksanaan kajian. Tidak
dinafikan juga, murid-murid mempelajari sesuatu melalui peniruan untuk merangsang ingatan
mereka melalui latihan yang berulang kali. Hal ini bertepatan dengan kajian Naimah et al.
(2014) yang menggunakan teori Behaviorisme untuk mempengaruhi murid dalam
meningkatkan prestasi murid dalam membaca. Kajian ini telah membuktikan keberkesanan
teori Behaviorisme secara intervensi melalui peningkatan skor murid bagi kumpulan rawatan.
Oleh itu, pengkaji telah memberikan beberapa cadangan kajian lanjutan pada masa
akan datang. Kajian ini dilaksanakan menggunakan pendekatan kuantitatif, iaitu kaedah kuasi
eksperimental. Pengkaji mencadangkan pendekatan gabungan dijalankan sebagai cadangan
kajian lanjutan. Ini adalah kerana kaedah gabungan dapat memberikan pandangan yang lebih
lengkap serta menyeluruh. Hasil dapatan akan menjadi lebih kukuh apabila mendapat
sokongan dengan adanya instrumen soal selidik, analisis dokumen, pemerhatian dan temu
bual. Dengan ini, kajian ini dapat diteliti dengan lebih terperinci untuk mengkaji keberkesanan
teknik 5W1H dalam meningkatkan kefahaman murid memahami isi sajak.
Kajian ini hanya melibatkan responden seramai 35 orang murid bagi kumpulan
kawalan dan 35 orang kumpulan rawatan. Bagi memantapkan kajian ini, responden yang lebih
ramai diperlukan. Kajian perbandingan yang melibatkan dua kumpulan sangat bagus. Pengkaji
mencadangkan agar kesinambungan kajian adalah dengan menambah lebih ramai
responden. Hal ini juga boleh menghasilkan dan mencapai kajian pada peringkat yang lebih
besar yang bersepadu. Hasilnya, golongan murid dan para pendidik dapat manfaatnya.
Turut dicadangkan juga supaya kajian ini dapat dilaksanakan kepada responden yang
berlainan latar belakang. Dengan ini, kajian yang bakal dilaksanakan dapat dikaji
keberkesanan penggunaannya dengan mengambil kira faktor sosioekonomi. Hal ini dapat
memberikan dapatan kajian yang lebih menyeluruh berdasarkan keberkesanan teknik 5W1H
dalam PdP. Sebagai contoh, kajian yang dilaksanakan dapat dilihat dari segi
keberkesanannya kepada murid yang tinggal di luar bandar untuk membantu mereka berfikir
secara kritis.
Akhir sekali, fokus kajian ini adalah untuk menilai pencapaian murid dalam
meningkatkan kefahaman membaca isi sajak. Oleh itu, cadangan seterusnya memberi fokus

1638
yang lebih terperinci, iaitu kefahaman memahami isi tersirat sajak. Dalam kajian ini,
dicadangkan kepada pengkaji untuk melaksanakan perbandingan antara dua teknik yang
dipilih bagi melihat keberkesanannya dalam memahami isi tersirat sajak.

RUJUKAN
Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 1(1), 1-12.

Abdul Rasid Jamian, Norhashimah Hashim dan Shamsudin Othman. (2012). Multimedia
Interaktif Mempertingkatkan Pembelajaran Kemahiran Membaca Murid-Murid Probim.
Malay Language Education Journal – MyLEJ, 46(2), 2180–4842.

Alan Bong Chung Leong. (2018). Penggunaan teknik bercerita untuk meningkatkan minat dan
kefahaman murid tahun dua terhadap topik cahaya di Kuching [Paper presentation].
Seminar Penyelidikan Tindakan IPGKBL.

Haini Shafikah Mohd Shaharudin, & Khalijah Binti Ahmad. (2016). Meningkatkan kemahiran
menguasai fakta sejarah penciptaan bendera Malaysia dalam kalangan murid tahun 5
melalui kaedah "peta dakap". In International Seminar on Generating Knowledge
Through Research, UUM-UMSIDA (pp. 721-732). Knowledge Through Research,
UUM-UMSIDA, 25-27 October 2016, Universiti Utara Malaysia.

Junainah Mohamed Yusoff, & Matufa Latiff. (2014). Penggunaan teknik penyusun
grafik dan penyoalan 5W1H dalam mengecam idea teks naratif melalui
pembelajaran koperatif [Conference session]. International Conference on
Language Studies, Pusat Bahasa Melayu Singapura.

Kartini Abdul Mutalib. (2012). Menguasai penyelidikan tindakan: untuk pismp dan dpli.
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

Lee Keok Cheong, Zakri Abdullah, & Chua Lay Nee. (2018). Penyelidikan dalam pendidikan.
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Mohd Ashri bin Ismail. (2018). Strategi pembacaan untuk memahami teks komsas
dalam kalangan pelajar orang asli. Tesis Master. Universiti Putra Malaysia.

Naimah Yusoff, Nor Hashimah Hashim, & Hashim Othman. (2014). Kemahiran bacaan awal
Bahasa Melayu prasekolah. Universiti Sains Malaysia.

Norakma Mohd Daud, Abdul Razak Ahmad, & Noria Munirah Yaakob. (2015).
Pembelajaran berteraskan kemahiran berfikir aras tinggi (kbat) di dalam pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Proceeding: 7th International Seminar on
Regional Education, November 5-7.

Nurul Haniza, Puteri Roslina, & Salinah Ja’afar. (2018). Pengaplikasian Model Awal Kit Asas
Membaca Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Kanak-Kanak Pemulihan Khas.
Volume 3 (Sains Insani eISSN: [0127-7871]), 1–9.

Ragbir Kaur Joginder Singh. (2012). Pedagogi. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

1639
Siti Nazurana Konaen, Fadzilah Abd Rahman, & Samsilah Roslan. (2019). Meneroka
sikap dan motivasi murid rendah pencapaian Bahasa Melayu: Satu kajian kes di
FELDA. International Journal of Education and Training (InjET), 5(1), 1-9.

Siti Noridah Ali, Nur Liyana Khalid Khan, & Ahmad Taufiq Wafi Abdul Ghani.
(2018). Abad 21:Trend pembelajaran dan pengajaran. Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Syamsidah Saad, & Raja Masittah Raja Ariffin. (2014). Makna tersurat dan tersirat
dalam iklan di radio berdasarkan teori imej. International Journal of Language
Education and Applied Linguistics, 1, 65-75.

Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad, & Vijayaletchumy Subramaniam. (2014). Daya
kreativiti kanak-kanak: Satu kajian kes. Procedia - Social and Behavioral
Sciences,134, 436- 445.

Zamri Mahamod. 2015. Strategi pembelajaran: inventori cara belajar Bahasa Melayu.
Bahasa dan Pustaka.

1640
TINJAUAN TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN GRAFIK DIGITAL DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Hilman Hakim bin Harun


hhilmanhakim16@gmail.com

Mastura binti Halim PhD


masturahalim@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990, Kuala Lumpur

ABSTRAK
Bahan grafik digital merupakan bahan bantu mengajar (BBM) relevan pada masa kini. Sehubungan itu,
kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji persepsi guru terhadap penggunaan bahan grafik digital dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu serta tahap penggunaan guru dalam
mengaplikasikan bahan grafik digital dalam PdP Bahasa Melayu. Seterusnya, kajian ini juga mengenal
pasti faktor yang mempengaruhi penggunaan bahan grafik digital dalam PdP Bahasa Melayu. Reka
bentuk kajian ialah penyelidikan tinjauan yang menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi
35 item. Sampel kajian terdiri daripada 86 orang guru Bahasa Melayu di 16 buah sekolah rendah
kawasan mukim Kuala Kuantan 2. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan
analisis skor min dan sisihan piawai menggunakan perisian Statistical For Social Science (SPSS) Versi
26.0. Hasil dapatan menemukan persepsi guru terhadap penggunaan bahan grafik digital dalam PdP
Bahasa Melayu adalah positif dan berada di tahap tinggi (skor min, µ =4.48). Manakala, tahap
penggunaan guru dalam mengaplikasikan bahan grafik digital juga sangat baik dan berada di tahap
tinggi (skor min, µ = 4.21). Faktor yang mempengaruhi penggunaan bahan grafik digital dalam PdP
Bahasa Melayu juga berada di tahap tinggi apabila nilai min, µ = 4.05. Kesimpulannya, sebahagian
besar guru mempunyai persepsi positif terhadap kepentingan penggunaan bahan grafik digital yang
selari dengan tahap penggunaannya yang tinggi sehingga berupaya memperlihatkan faktor
mempengaruhi penggunaannya.
Kata kunci: grafik digital, persepsi, tahap penggunaan, faktor mempengaruhi, guru Bahasa Melayu

ABSTRACT
Digital graphic materials as teaching aids are relevant nowadays. Therefore, this study was conducted
to identify teachers' perception in the use of digital graphics in teaching and learning process as well as
the level usage of Malay Language teachers in the application of digital graphic material. Hence, this
study was also conducted to identify factors that influence the use of digital graphics in Malay Language
learning process. This survey study used a set of 35 items questionnaire. The sample comprised of 86
Malay Language teachers of 16 primary schools teaching in Kuala Kuantan 2. Data was analyzed in
descriptive form of mean and standard deviation by using Statistical For Social Science (SPSS) Version
26.0 software. Findings shows that the teachers’ perception level on digital graphics in Malay Language
is positive and is in a high level (mean, μ = 4:48). Meanwhile, the level usage of Malay Language
teacher’s in applying digital graphic materials is also very good and is at a high level (mean value, µ =
4.21). Factors affecting the use of digital graphics in Malay Language are also at a high level when the
mean, μ = 4.05. In conclusion, most teachers have a positive perception of the importance digital graphic
materials in line with the high level of use so as to be able to show the factors influencing its use.
Keywords: digital graphic, perspective, usage level, factors influencing, Malay Language teachers

PENGENALAN
Menurut Zulkifley (2004), aspek dan kemahiran dalam Bahasa Melayu perlu guru kuasai bagi
menyampaikan sesuatu yang bermakna. Selari dengan sistem pendidikan kini yang sedang
bergerak pantas mengejar dasar pendidikan negara Jepun, pelbagai elemen pengajaran,

1641
bahan atau alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu
telah dihasilkan. Tujuan utama adalah untuk memastikan semua rakyat Malaysia mampu
menguasai bahasa terutamanya bahasa Melayu dalam kehidupan harian. Siti Suhaila (2015)
menyatakan bahawa kandungan dan pedagogi dalam PdP Bahasa Melayu di Malaysia telah
berubah apabila Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan. Tujuan
diperkenalkan adalah untuk melengkapkan murid kepada cabaran alaf baru. Kementerian
Pelajaran Malaysia telah mengambil tindakan dengan menyeru warga pendidik
mengaplikasikan pengajaran berintegrasikan teknologi dalam bidang pendidikan (Bambang,
2008). Oleh hal yang demikian, guru abad ke-21 kini perlu berfikiran aktif dan kreatif bagi
memastikan penguasaan kemahiran dalam bahasa Melayu dapat dikuasai oleh semua murid
bermula dari sekolah rendah.
Pelbagai bahan bantu mengajar dapat diaplikasi seiring dengan Pembelajaran Abad ke
21 (PAK21) yang mampu menarik fokus murid terhadap pengajaran Bahasa Melayu.
Penggunaan elemen multimedia atau alat berbantukan teknologi dalam PdP di bilik darjah
juga dapat diaplikasikan oleh guru terhadap pengajaran Bahasa Melayu. Penggunaan
teknologi seperti multimedia dapat membantu meningkatkan kemahiran visual pelajar kerana
gabungan elemen yang terdiri daripada grafik, teks, animasi, video dan audio yang dapat
merangsang seluruh anggota deria (Wan dan Lee, 2008).

PERNYATAAN MASALAH
Seorang guru perlu berfikiran kreatif dan kritis dalam merancang strategi pengajaran yang
sesuai dengan keperluan dan kehendak murid yang berada dalam perkembangan abad ke 21.
Oleh yang demikian, terlalu banyak BBM yang dapat membantu guru untuk meningkatkan
kefahaman dan penguasaan murid terhadap sesuatu topik Bahasa Melayu dengan mudah di
samping mereka berada dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
Kajian Abdul Rashid, Norhashimah dan Shamsudin (2012) berpendapat bahawa kaedah
pengajaran guru berasaskan pendekatan tradisional dilihat semakin kurang sesuai dengan
keperluan murid-murid sekarang kerana pedagogi tradisional kurang menumpukan
pengajaran dan pembelajaran (PdP) berpusatkan murid berbanding teknologi multimedia yang
merupakan bahan bantu mengajar (BBM) bersifat dua hala. Oleh itu, penggunaan bahan grafik
digital telah menarik minat pengkaji untuk meninjau dan mengenal pasti persepsi guru
terhadap penggunaan bahan grafik digital dalam pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa
Melayu.
Mahyuddin dan Hasnisham (2011), mengatakan bahawa penggunaan (BBM) yang tidak
menggunakan elemen elektronik lebih digemari oleh guru. Oleh hal yang demikian, pengkaji
turut meninjau tahap penggunaan guru dalam mengaplikasikan bahan grafik digital dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Pengkaji turut mengenal pasti tahap

1642
penggunaan guru dalam pengaplikasian bahan grafik digital dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu.
Berdasarkan kajian Azhar, Hoseen dan Morsalin (2008), penggunaan BBM dan teknologi
pengajaran merupakan perkara yang didapati masih kurang digunakan oleh guru dalam
pengajaran bahasa di sekolah dan kelemahan dalam penggunaan BBM dan teknologi boleh
menjejaskan daya tarikan dan penguasaan kemahiran bahasa. Sehubungan permasalahan
tersebut, pengkaji tertarik untuk meninjau faktor yang mempengaruhi penggunaan bahan
grafik digital dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu oleh guru. Pengkaji juga
ingin mengenal pasti apakah faktor yang mendorong guru untuk menggunakan bahan grafik
digital dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan tujuan tersebut, kajian ini berupaya untuk mencapai tiga objektif berikut:
1. Mengenal pasti persepsi guru terhadap penggunaan bahan grafik digital dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu.
2. Mengenal pasti tahap penggunaan guru dalam mengaplikasikan bahan grafik digital dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
3. Mengenal pasti faktor yang mempengaruhi penggunaan bahan grafik digital dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu oleh guru.

SOALAN KAJIAN
Soalan kajian ini adalah selari dengan objektif kajian yang dikemukakan seperti yang berikut:
1. Apakah persepsi guru terhadap penggunaan bahan grafik digital dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu?
2. Apakah tahap penggunaan guru dalam mengaplikasikan bahan grafik digital dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu?
3. Apakah faktor yang mempengaruhi penggunaan bahan grafik digital dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu oleh guru?

METADOLOGI KAJIAN
Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan bagi
mengenal pasti persepsi, tahap penggunaan dan faktor guru menggunakan bahan grafik
digital dalam pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa Melayu sekolah rendah. Sampel
dalam kajian ini melibatkan 86 orang responden yang merupakan guru-guru Bahasa Melayu
yang mengajar di sekolah rendah mukim Kuala Kuantan 2, Kuantan, Pahang. Responden
terdiri daripada 69 orang guru perempuan dan 17 orang guru lelaki.

1643
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan
telah dikumpul melalui borang soal selidik. Bagi meninjau penggunaan bahan grafik digital
dalam PdP guru Bahasa Melayu sekolah rendah, kajian ini telah mengubahsuai soal selidik
pengkaji Siti Aminah & Fazlinda (2019). Soal selidik yang dibina telah mendapat kesahan
daripada pakar bidang dan juga pakar metadologi.
Soal selidik terbahagi kepada empat bahagian iaitu Bahagian A, B, C dan D. Bahagian A
mempunyai soalan berkaitan profil responden. Bahagian B pula berkaitan persepsi guru
terhadap penggunaan bahan grafik digital dalam PdP Bahasa Melayu. Bahagian C
mengandungi soalan berkaitan tahap penggunaan guru dalam mengaplikasikan bahan grafik
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Manakala, bahagian D pula berkaitan
faktor yang mempengaruhi penggunaan bahan grafik digital. Soal selidik diedarkan secara
maya kepada responden guru melalui perkongsian pautan Googleform. Setelah kesemua soal
selidik dikumpulkan, data-data dianalisis oleh pengkaji menggunakan statistik deskriptif.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Dapatan kajian ini menjawab kepada tiga soalan kajian iaitu berkaitan persepsi guru dan tahap
penggunaan guru dan faktor yang mempengaruhi penggunaan bahan grafik digital dalam
pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa Melayu sekolah rendah.

Jadual 1
Analisis item persepsi guru terhadap penggunaan bahan grafik digital dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu
Bil. Item Skor Min Taha SP
(μ) p
B1. Dengan menggunakan bahan bantu mengajar 4.48 Tinggi 0.59
berasaskan bahan grafik digital, saya dapati
perancangan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih
lancar.
B2. Dengan menggunakan bahan bantu mengajar 4.27 Tinggi 0.69
berasaskan bahan grafik digital, saya dapati silibus
dapat dihabiskan mengikut tempoh yang telah
ditetapkan dalam Rancangan Pelajaran Tahunan
(RPT).
B3. Dengan menggunakan bahan bantu mengajar 4.48 Tinggi 0.61
berasaskan bahan grafik digital, saya dapati kecekapan
dan kreativiti guru dalam penggunaan BBM berasaskan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dapat
ditingkatkan.
B4. Dengan menggunakan bahan bantu mengajar 4.56 Tinggi 0.59
berasaskan bahan grafik digital, saya dapati penjelasan
bagi sesuatu topik dalam Bahasa Melayu menjadi lebih
mudah kerana menggunakan elemen animasi dan
grafik yang lebih realistik berbanding hanya
penerangan lisan semata-mata.

1644
B5. Dengan menggunakan bahan bantu mengajar 4.64 Tinggi 0.55
berasaskan bahan grafik digital, saya dapati proses
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menjadi
lebih seronok dan menarik.
B6. Dengan menggunakan bahan bantu mengajar 4.62 Tinggi 0.54
berasaskan bahan grafik digital, saya dapati lebih
mengikuti trend terkini dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu.
B7. Dengan menggunakan bahan bantu mengajar 4.37 Tinggi 0.67
berasaskan bahan grafik digital, saya dapati tahap
penguasaan murid meningkat terutama bagi topik
kemahiran bahasa yang lebih abstrak berdasarkan
semakan hasil kerja murid dalam lembaran latihan.
B8. Dengan menggunakan bahan bantu mengajar 4.51 Tinggi 0.59
berasaskan bahan grafik digital, saya dapati murid
memberi respons positif terhadap bahan grafik digital
yang guru gunakan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu.
B9. Dengan menggunakan bahan bantu mengajar 4.45 Tinggi 0.66
berasaskan bahan grafik digital, saya dapati murid
melibatkan diri secara aktif sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
B10. Dengan menggunakan bahan bantu mengajar 4.47 Tinggi 0.63
berasaskan bahan grafik digital, saya dapati bahan
grafik digital ini bersesuaian dengan peringkat umur
murid sekolah rendah.
Skor min keseluruhan 4.48 Tinggi 0.47

Dapatan berdasarkan Jadual 2 menunjukkan skor min persepsi guru Bahasa Melayu
terhadap penggunaan bahan grafik digital secara keseluruhan ialah 4.48 yang menunjukkan
responden mempunyai persepsi yang sangat baik dan positif terhadap kepentingan bahan
bantu mengajar yang mengaplikasikan bahan grafik digital. Nilai sisihan piawai (SP) ialah 0.47
yang menunjukkan bahawa set data dalam kajian ini sedikit terserak namun masih
menghampiri ukuran pusat. Skor min paling tinggi dalam konstruk ini dapat dilihat melalui item
B5 iaitu 4.64 yang menunjukkan responden sangat bersetuju bahawa dengan menggunakan
bahan bantu mengajar berasaskan bahan grafik digital, proses pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu menjadi lebih seronok dan menarik. Skor min paling rendah pula ialah 4.27
iaitu berkenaan respons daripada item B2 yang ingin mengenal pasti persepsi guru terhadap
BBM berasaskan bahan grafik digital berupaya menghabiskan silibus mengikut tempoh dalam
Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT). Melalui item tersebut, persepsi guru kurang baik
berbanding item yang lain namun masih berada di tahap persepsi yang positif dan tinggi.

1645
Jadual 2
Analisis item tahap penggunaan guru dalam mengaplikasikan bahan grafik digital dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Bil. Item Skor Tahap SP
Min (μ)
C1. Saya menggunakan ICT dalam mengaplikasikan 4.29 Tinggi 0.68
Bahan Bantu Mengajar (BBM) bagi proses
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
C2. Saya mengintegrasikan elemen multimedia dalam 4.20 Tinggi 0.72
pembinaan BBM bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu. (grafik, animasi, audio, video)
C3. Saya memaparkan BBM yang menggunakan bahan 4.21 Tinggi 0.67
grafik digital terutama bagi topik Bahasa Melayu
yang sukar difahami.
C4. Saya mengamalkan pembelajaran interaktif dalam 4.14 Tinggi 0.74
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
dengan memasukkan unsur grafik digital.
C5. Saya mencari maklumat berkaitan elemen grafik 4.38 Tinggi 0.67
digital yang boleh digunakan sebagai BBM.
C6. Saya memainkan bahan grafik digital mengikut 4.24 Tinggi 0.70
topik semasa pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu bagi menarik minat murid.
C7. Saya menggunakan aplikasi digital seperti Power 4.10 Tinggi 0.78
Point, Canva, Powtoon dan lain-lain bagi
menghasilkan bahan bantu mengajar berasaskan
bahan grafik digital.
C8. Saya memuat naik nota berkaitan topik Bahasa 4.14 Tinggi 0.72
Melayu ke dalam bentuk bahan grafik digital.
C9. Saya menggunakan bahan grafik digital yang 4.26 Tinggi 0.65
menarik.
C10. Saya berjaya mengendalikan bilik darjah dalam 4.17 Tinggi 0.71
menggunakan bahan grafik digital.
Skor min keseluruhan 4.21 Tinggi 0.54

Berdasarkan Jadual 2, skor min keseluruhannya ialah 4.21 iaitu guru-guru Bahasa Melayu
sekolah rendah di kawasan mukim Kuala Kuantan 2 berada pada tahap tinggi dan sangat baik
dalam menggunakan bahan grafik digital dalam PdP Bahasa Melayu. Nilai sisihan piawai ialah
0.54 menunjukkan set data bagi keseluruhan konstruk sedikit terserak daripada ukuran pusat.
Skor min paling tinggi dapat dilihat melalui item C5 yang menunjukkan guru mencari maklumat
berkaitan elemen grafik digital yang boleh digunakan sebagai BBM. Manakala, skor min paling
rendah pula ialah 4.10 bagi item C7 yang berkaitan guru menggunakan aplikasi digital seperti
Power Point, Canva, Powtoon dan lain-lain bagi menghasilkan BBM berasaskan bahan grafik
digital. Item C7 menunjukkan bahawa guru kurang menggunakan aplikasi tersebut namun
masih berada pada tahap penggunaan yang tinggi dan sangat baik.

1646
Jadual 3
Analisis item faktor yang mempengaruhi penggunaan bahan grafik digital dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Bil. Item Skor Tahap SP
Min
(μ)
D1. Saya sering menggunakan bahan grafik digital dalam 3.70 Tinggi 0.9
pengajaran dan pembelajaran kerana selalu menghadiri 3
kursus pembangunan bahan bantu mengajar seperti
bahan grafik digital.
D2. Saya sering menggunakan bahan grafik digital dalam 3.91 Tinggi 0.8
pengajaran dan pembelajaran kerana mempunyai ilmu 1
dalam menggunakan komponen atau aplikasi bahan grafik
digital.
D3. Saya sering menggunakan bahan grafik digital dalam 3.97 Tinggi 0.8
pengajaran dan pembelajaran kerana boleh menghasilkan 5
bahan grafik digital seperti slaid Power Point, Canva dan
Powtoon yang menarik.
D4. Saya sering menggunakan bahan grafik digital dalam 4.27 Tinggi 0.8
pengajaran dan pembelajaran kerana menjadikan internet 0
sebagai rujukan untuk saya laksanakan pengajaran dan
pembelajaran.
D5. Saya sering menggunakan bahan grafik digital dalam 4.09 Tinggi 0.8
pengajaran dan pembelajaran kerana mahir meneroka 1
bahan melalui internet dalam menghasilkan bahan grafik
digital.
D6. Saya sering menggunakan bahan grafik digital dalam 3.87 Tinggi 0.8
pengajaran dan pembelajaran kerana mahir 5
menggunakan perisian Power Point, Canva dan Powtoon
bagi menyediakan bahan grafik digital.
D7. Saya sering menggunakan bahan grafik digital dalam 4.07 Tinggi 0.7
pengajaran dan pembelajaran kerana berupaya untuk 9
berinteraksi dan memberi arahan kepada murid dalam
menggunakan bahan grafik digital.
D8. Saya sering menggunakan bahan grafik digital dalam 4.16 Tinggi 0.8
pengajaran dan pembelajaran kerana bahan grafik digital 1
yang menarik boleh meningkatkan kualiti imej saya.
D9. Saya sering menggunakan bahan grafik digital dalam 4.20 Tinggi 0.7
pengajaran dan pembelajaran kerana menyedari 6
kepentingan bahan grafik digital dalam pengajaran dan
pembelajaran.
D10. Saya sering menggunakan bahan grafik digital dalam 4.29 Tinggi 0.8
pengajaran dan pembelajaran kerana menggunakan 0
elemen teknologi maklumat dan komunikasi.
Skor min keseluruhan 4.05 Tinggi 0.7
0

Berdasarkan jadual 3, skor min bagi keseluruhan konstruk faktor yang mempengaruhi
penggunaan bahan grafik digital dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ialah
4.05 sekali gus, berada pada tahap tinggi. Nilai sisihan piawai bagi konstruk ini ialah 0.70 dan
menunjukkan set data sedikit terserak daripada ukuran pusat. Melalui item D10 yang

1647
menunjukkan nilai min yang paling tinggi iaitu 4.29, pengkaji dapat lihat bahawa elemen
teknologi maklumat dan komunikasi merupakan faktor yang paling mempengaruhi
penggunaan grafik digital dalam PdP guru Bahasa Melayu.
Dapatan kajian ini menunjukkan guru-guru Bahasa Melayu di 16 buah sekolah sekitar
mukim Kuala Kuantan 2 mempunyai persepsi yang amat baik dan positif terhadap penggunaan
bahan grafik digital dalam bilik darjah. Kajian ini juga mendapati tahap penggunaan guru
terhadap bahan grafik digital berada pada tahap tinggi serta faktor yang mempengaruhi
penggunaan bahan grafik digital tersebut juga adalah sangat baik. Dalam kajian ini, masalah
yang terdapat dalam kajian turut dibincangkan dan menjadi cadangan pengkaji dalam usaha
meningkatkan kesedaran guru untuk mengaplikasikan bahan grafik digital dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


Dapatan kajian menunjukkan guru Bahasa Melayu sekolah rendah di kawasan kajian
mempunyai persepsi sangat baik dan positif terhadap kelebihan bahan grafik digital dalam
PdP Bahasa Melayu. Dapatan melalui persepsi guru ini adalah sebuah tanda mereka sangat
setuju terhadap manfaat yang guru dan murid terima apabila menggunakan bahan grafik
digital misalnya sesi PdP lebih lancar, menjimatkan masa, meningkatkan kecekapan dan
kreativiti guru, penjelasan topik lebih mudah difahami, proses PdP lebih seronok serta menarik.
Dapatan kajian ini disokong oleh beberapa kajian lain yang turut menyatakan hal yang
sama. Antaranya, kajian Norhasyimah, Siti Nadiah, Siti Nur Kamariah, Arihasnida dan Tamil
Selvan (2016) yang menunjukkan kesan amat baik terhadap penggunaan aplikasi android
menggunakan reka bentuk grafik digital. Hasil dapatan kajian ini selari dengan tahap persepsi
positif guru yang ditunjukkan dalam kajian ini iaitu penggunaan grafik digital dalam PdP adalah
menarik dengan penerangan isi pelajaran yang jelas dan membolehkan sesi PdP berjalan
lancar. Selain itu, kajian ini turut disokong oleh dapatan Nurul Syafiqah dan Nurul Nazirah
(2018) yang mendapati bahawa grafik berkomputer pembelajaran memberi kesan serta
meningkatkan minat dan motivasi murid. Meskipun kedua-dua pengkaji ini tidak menggunakan
guru sebagai sampel, namun dapatannya selari dengan tahap persepsi yang amat positif
melalui item konstruk yang menghuraikan berkenaan bahan grafik mampu memudahkan
penerangan guru dan menarik minat murid untuk menyertai sesi pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu.
Dapatan kajian ini memperlihatkan tahap penggunaan guru dalam mengaplikasikan bahan
grafik digital yang berada di tahap tinggi. Hal ini membuktikan guru-guru di sekolah rendah
sekitar mukim Kuala Kuantan 2 mempunyai tahap penggunaan sangat baik dan majoriti
responden sangat bersetuju dengan setiap konstruk item bahagian ini. Rumusan kajian
menunjukkan guru-guru Bahasa Melayu sekolah rendah sememangnya menggunakan bahan

1648
grafik digital dalam PdP Bahasa Melayu dengan menerapkan elemen multimedia terutamanya
bagi topik Bahasa Melayu. Kebanyakan responden juga amat bersetuju bahawa tahap
penggunaan guru dapat dibuktikan melalui amalan pembelajaran interaktif dalam PdP apabila
mereka memasukkan elemen grafik digital untuk menarik minat murid. Di samping itu, antara
aplikasi digunakan oleh majoriti responden dalam kajian ini adalah Microsoft Powerpoint,
Canva dan Powtoon sehingga sesi pengajaran dan pembelajaran berjaya dikendalikan.
Dapatan yang sama dapat dilihat dalam kajian lepas seperti Abdul Murad (2013) yang
menjalankan kajian terhadap pelajar pendidikan khas melalui pembangunan dan
pengaplikasian komik penceritaan digital bagi pembelajaran Bahasa Melayu yang merupakan
salah satu pengintegrasian elemen grafik digital. Pengkaji tersebut menyatakan bahawa
sekiranya guru sering memasukkan elemen grafik digital menarik dalam pembelajaran, ia
mampu memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran murid. Dapatan tersebut selari
dengan dapatan item C9, di mana sebahagian besar responden sering menggunakan grafik
digital yang menarik. Hal ini kerana, menurut Jamaludin dan Zaidatun (2003), penggunaan
grafik dan animasi membolehkan penyampaian menjadi lebih mudah dan berkesan serta
mampu menarik fokus murid terhadap isi kandungan yang disampaikan.
Dapatan kajian berdasarkan persoalan ketiga menunjukkan guru Bahasa Melayu sekolah
rendah dalam kawasan kajian yang menggunakan bahan grafik digital dalam PdP telah
dipengaruhi oleh beberapa faktor. Faktor-faktor tersebut menjurus kepada perkara yang
menyumbang guru menggunakan grafik digital dalam bilik darjah meskipun lokasi sekolah
berada dalam kawasan luar bandar yang kurang kemudahan teknologi yang baik. Antara
faktor yang dipersetujui dan mendapat respons yang amat positif daripada responden adalah
guru sering menggunakan grafik digital kerana mereka mempunyai ilmu dalam menggunakan
komponen atau aplikasi grafik digital. Responden juga amat bersetuju bahawa grafik digital
berupaya meningkatkan interaksi dalam memberikan arahan kepada murid.
Dapatan ini disokong dengan kajian daripada Juliana dan Jamaludin (2006) yang telah
menjalankan sebuah kajian menggunakan grafik digital dalam pembelajaran berasaskan
masalah Dapatan kajian ini telah merumuskan bahawa pembelajaran berasaskan masalah
yang dilaksanakan oleh para pensyarah dalam sesi kuliah menerusi bahan grafik digital
mampu memberi kesan kepada pelajar. Keselarian dapatan kajian tersebut membuktikan
bahawa ilmu dan kemahiran guru dalam menggunakan komponen teknologi seperti grafik
digital sangat memberikan kesan yang positif terhadap pembelajaran murid dan secara tidak
langsung kesan terhadap ilmu guru yang menjadi pendorong dan faktor untuk terus
mengintegrasikan grafik digital dalam PdP Bahasa Melayu.
Kajian ini memberi implikasi empirikal terhadap pembacanya. Ia dapat dilihat apabila
sebahagian besar kajian lepas menjalankan kajian berkaitan keberkesanan bahan grafik
digital terhadap murid sebagai sampel, namun ia masih mampu menunjukkan keselarian

1649
dapatan yang dapat dilihat ke atas persepsi, tahap penggunaan dan faktor mempengaruhi
guru. Kajian kali ini juga dapat mengisi kelompongan kajian lepas yang kebanyakannya
melaksanakan kajian kuasi eksperimental terhadap pelajar di universiti dan murid sekolah.
Kajian pada kali ini yang meninjau kesan pengaplikasian bahan grafik digital ke atas guru
mampu memperlihatkan perbezaan antara kajian lepas dengan kajian baharu.
Sebagai cadangan kajian lanjutan, beberapa kajian lanjutan yang serupa boleh diperluas
ke peringkat negeri dan kebangsaan untuk mengenal pasti tahap kemahiran guru yang lebih
jelas dan menyeluruh terhadap penggunaan bahan grafik digital. Hal ini kerana, kajian
terhadap penggunaan bahan grafik digital dalam PdP guru bahasa melayu sekolah rendah ini
telah dijalankan di mukim Kuala Kuantan 2 dan hanya melibatkan guru-guru dari 16 buah
sekolah rendah di kawasan tersebut. Sehubungan itu, kajian ini tidak wajar digeneralisasikan
kepada keseluruhan pendidik di negara ini.
Selain itu, kajian berbentuk perbandingan antara guru Bahasa Melayu di pelbagai jenis
sekolah boleh dijalankan. Kajian seperti ini boleh meninjau sama ada guru-guru di Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil mempunyai persepsi, tahap penggunaan serta faktor yang
sama seperti guru di Sekolah Kebangsaan. Kajian korelasi juga boleh dilakukan untuk melihat
sama ada wujud faktor yang mempengaruhi tahap kemahiran guru dalam mengaplikasikan
permainan bahasa seperti pengalaman mengajar, pengkhususan, jantina, pengalaman
mengikuti kursus, lokasi dan budaya sekolah.
Bukan itu sahaja, kajian lanjutan juga boleh dijalankan dengan lebih mendalam perihal
penggunaan bahan grafik digital seperti kekerapan penggunaan bahan grafik digital, tahap
kesediaan guru serta tahap murid yang sesuai untuk menyertai pengajaran dan pembelajaran
yang mengaplikasikan bahan grafik digital. Seterusnya, kajian ini secara keseluruhannya
menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik sahaja bagi
menjawab persoalan kajian. Justeru itu, kajian lanjutan boleh dilakukan dengan menggunakan
pendekatan kualitatif seperti kaedah temu bual bersama guru-guru Bahasa Melayu serta
pemerhatian di sekolah bagi mendapat maklumat lebih jelas dan kukuh tentang persepsi,
tahap penggunaan dan faktor yang mempengaruhi penggunaan bahan grafik digital dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Kesimpulannya, guru yang berkesan bukan hanya menguasai ilmu pengetahuan dan
kandungan mata pelajaran semata-mata sebaliknya perlu mahir memilih dan menggunakan
BBM yang mengikut perkembangan semasa. Bahan grafik digital merupakan satu daripada
BBM wajar diaplikasikan dalam PdP kerana pelbagai kelebihan bakal diperoleh oleh guru serta
murid. Bahan grafik digital tidak seharusnya sekadar menjadi sebutan sebagai bahan bantu
mengajar masa kini namun tidak diaplikasikan, sebaliknya perlu ditambah baik sebagai
komponen utama untuk menyampaikan kandungan yang sesuai dengan kurikulum Bahasa
Melayu. Faktor yang mempengaruhi penggunaan bahan grafik digital dalam pengajaran dan

1650
pembelajaran perlu dititik beratkan oleh peranan dari pelbagai pihak bermula daripada
peringkat tertinggi iaitu, Kementerian Pendidikan Malaysia sehinggalah individu guru sendiri.

RUJUKAN

Abdul Murad Abd Hamid. (2013). Pembangunan Dan Penilaian Komik Penceritaan Digital
Dalam Persekitaran Pembelajaran Berasaskan Teori Konstruktivisme Bagi
Pembelajaran Bahasa Melayu Pelajar Pendidikan Khas. Universiti Teknologi Malaysia.

Abdul Rashid Jamian, Norhashimah Hashim & Shamsudin Othman. (2012). Multimedia
Interaktif Mempertingkatkan Pembelajaran Kemahiran Membaca Murid-Murid Probim.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(2), 46–53.

Abdul Rasid & Hasmah Ismail. (2013). Pelaksanaan Pembelajaran Menyeronokkan Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Penyelidikan Bahasa Melayu,
3(2), 49-63.

Arihasnida Ariffin. (2015). Kesan Persembahan Masalah Berbentuk Grafik dan Animasi Bagi
Pembelajaran Berasaskan Masalah dalam Talian Kursus Lukisan Kejuruteraan.
Universiti Sains Malaysia.

Azhar Ahmad, Hoseen Morip & Morsalin Pawi. (2008). Kajian Tinjauan Pelaksanaan
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di Sekolah Menengah di Negeri Sarawak.
Paper Presented at The Prosiding Wacana Pendidikan Islam.

Bambang Shaidi. (2008). Penggunaan Bahan Pengajaran Berbentuk Powerpoint Interaktif


Kementerian Pelajaran Malaysia Di Sekolah Menengah Teknik. Universiti Tun Hussien
Onn Malaysia.

Jamaludin, H. & Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia Dalam Pendidikan. PTS Publication.

Juliana Baharudin & Jamaludin Harun. (2006). Pembangunan Dan Penilaian Sistem
Pembelajaran Berasaskan Masalah Menerusi Web Bagi Grafik Digital Dalam
Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

Mahyuddin Arsat & Hasnisham Khalip. (2011). Penggunaan Perisian Multimedia Dalam
Pengajaran Guru-guru Teknikal. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik, 1-10.

Norhasyimah Hamzah, Siti Nadiah Zulkiflee, Siti Nur Kamariah Rubani, Arihasnida Ariffin &
Tamil Selvan Subramaniam. (2016). Pembangunan Aplikasi Android Pembelajaran
Reka Bentuk Grafik Digital. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Nur Syafiqah Isa & Nurul Nazirah Mohd Imam Ma'arof. (2018). Keberkesanan Penggunaan
Grafik Berkomputer Sebagai Alat Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Pelajar Reka
Bentuk Dan Teknologi. Fakultif Teknikal dan Vokasional. Universiti Pendidikan Sultan
Idris, Perak.

Siti Aminah Sallehin & Fazlinda Ab Halim. (2019). Penggunaan Alat Bahan Bantu Mengajar
Berasaskan Multimedia Dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Menengah
Zon Benut. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Siti Suhaila Sutaji. (2015). Kesan Penggunaan Koswer Multimedia Animasi Visual Terhadap
Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Matematik. Universiti Tun Hussien Onn.

1651
Wan Othman, & Lee.M.F. (2008). Peningkatan Tahap Kognitif Visualisasi Pelajar Jurusan
Teknikal Melalui Latihan-Latihan Visualisasi. International Conference On The
Education Of Learner Diversity, 65–67.

Zulkifley Hamid. (2004). Kebitaraan Program Pendidikan Bahasa Melayu : Faktor-Faktor


Yang Menyumbang. Jurnal Melayu, 101–113.

1652
KEBERKESANAN PETA DAKAP DALAM MENINGKATKAN PENCAPAIAN KEMAHIRAN
MENULIS KARANGAN FAKTA BAHASA MELAYU TAHUN EMPAT

Lim Yan Qi
lim09-952@epembelajaran.edu.my

Mastura binti Halim PhD


masturahalim@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai,
59990 Kuala Lumpur.

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan Peta Dakap dalam meningkatkan pencapaian
kemahiran menulis karangan fakta Bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun 4 di sebuah sekolah
kebangsaan. Kajian ini telah menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif dan kaedah kuasi-eksperimen.
Kajian yang dijalankan ini melibatkan 52 orang murid di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Seri
Petaling, Kuala Lumpur. 26 murid kelas 4A dipilih sebagai kumpulan kawalan manakala 26 murid kelas
4B dipilih sebagai kumpulan rawatan. Pengkaji telah menggunakan ujian pra dan ujian pasca sebagai
instrumen kajian. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the
Social Sciences (SPSS) Versi 26. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang
signifikan dalam tahap pencapaian kemahiran menulis karangan fakta murid kumpulan rawatan dengan
t = -7.446 dan nilai p = 0.000 (p<0.05). Dapatan kajian ini telah membuktikan bahawa pengaplikasian
Peta Dakap dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berupaya untuk meningkatkan
pencapaian kemahiran menulis karangan fakta murid. Maka, dapat disimpulkan bahawa Peta Dakap
adalah satu kaedah baharu yang dapat merangsang murid-murid untuk menjana idea dan seterusnya
memberikan implikasi kepada guru untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran menulis
karangan fakta dan meningkatkan tahap pencapaian mereka dalam kemahiran ini.
Kata kunci: Peta Dakap, kemahiran menulis, karangan fakta, kuasi-eksperimen, Bahasa Melayu

ABSTRACT
The research was aimed to investigate the effectiveness of Brace Map in increasing the level of
achievement in expository essay writing skills over year 4 students in a primary school. The research
used quantitative method and quasi-experiment as a research design. The research conducted involved
52 students in a primary school located at Seri Petaling district, Kuala Lumpur. Both controlled group
and treatment group consists of 26 students from class 4A and class 4B respectively. Pre-test and post-
test were used by researcher as research instrument. Data were analyzed using Statistical Package for
the Social Sciences (SPSS) Version 26. Analysis results showed that there was significant difference in
achievement of expository essay writing skills of the treatment group with t = -7.446 and p = 0.000
(p<0.05). The result proved that the using of Brace Map in teaching and learning of Malay Language
was able to increase the level of achievement in expository essay writing skills among the students.
Hence, concluded that Brace Map as a new method that can stimulate students to generate ideas, and
therefore enhance the teachers in helping the students to master expository essay writing skills and
increases the level of achievement in their writing skills.
Key words: Brace Map, writing skills, expository essay, quasi-experiment, Malay Language

PENGENALAN
Sejajar dengan transformasi pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
memperkenalkan empat modular iaitu modular mendengar dan bertutur, modular membaca,
modular menulis serta modular aspek tatabahasa dan seni bahasa dalam Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Melayu pada tahun 2014. Penetapan kemahiran menulis
sebagai salah satu modular kurikulum adalah kerana menulis merupakan satu kemahiran asas

1653
yang penting untuk dikuasai oleh semua murid. Kemahiran menulis dalam modular KSSR
merujuk kepada keupayaan murid untuk menulis perkataan dan melahirkan idea melalui
pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi
yang telah dilalui. Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad (2012) juga menyatakan kemahiran
menulis sebagai satu proses yang rumit dan susah diajar kerana murid bukan sahaja
memerlukan penguasaan dari segi tatabahasa, tetapi juga keupayaan kognitif untuk
menyusun dan membentuk ayat.
Sehubungan itu, sukatan KSSR Bahasa Melayu yang ditetapkan oleh KPM juga
menerangkan bahawa tujuan mengarang adalah untuk melahirkan idea dan mengembangkan
karangan dalam bentuk pemerenggan yang betul dan menggunakan bentuk bahasa yang
betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017).
Oleh itu, murid-murid perlu mempunyai keupayaan untuk menjana idea dan mengembangkan
idea dengan huraian yang tepat dan ayat yang gramatis. Dalam hal ini, pemetaan i-Think yang
berteraskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dilihat sebagai satu wadah untuk
membantu murid dalam kemahiran menulis karangan. Peta Dakap yang merupakan salah satu
alat berfikir dalam pemetaan i-Think dapat meningkatkan kemahiran berfikir dan keupayaan
penjanaan idea yang kreatif dan kritis (Hyerle dan Yeager, 2007). Oleh itu, Peta Dakap dilihat
sebagai alat yang dapat membantu murid untuk melahirkan idea dan pemikiran secara terarah
dan tersusun terutamanya dalam penulisan karangan fakta yang memerlukan percambahan
idea yang relevan dan membina.

PERNYATAAN MASALAH
Musliha Salma (2020) berpendapat bahawa masalah yang wujud dalam penulisan karangan
adalah disebabkan murid-murid tidak diberikan penekanan kepada unsur pemetaan minda
dalam karangan. Kesannya, murid tidak dapat menjana idea dan mengembangkan isi dengan
baik dan terarah. Hujah ini turut disokong oleh Abd. Aziz Abd. Talib (2007) bahawa masalah
penulisan dalam kalangan murid adalah kerana pengajaran konvensional masih menjadi
amalan di dalam kelas. Pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara konvensional ini
menyebabkan murid-murid tidak didedahkan dengan kaedah berifikir. Amalan ini memberi
impak kepada murid ketika menulis karangan terutamanya karangan fakta. Hal ini dikatakan
demikian kerana karangan fakta merupakan karangan deskriptif yang memerlukan fakta dan
isi yang amat tepat untuk menjawab kehendak soalan. Karangan berbentuk ini amat menguji
kemahiran murid-murid untuk menjana idea iaitu fakta yang bernas dan huraian isi yang
menyokong idea utama.
Karangan fakta yang baik mengandungi perenggan yang mempunyai isi yang padat,
dan kemas. Kesemua isi ini harus dihuraikan dengan idea sampingan yang jelas serta contoh
yang relevan. Lantaran itu, masalah yang wujud dalam penulisan karangan berpunca daripada

1654
ketiadaan isi utama dalam sesuatu perenggan, kelemahan penghuraian bagi menyokong isi
utama, isi karangan kurang relevan dan isi karangan yang tiada perkaitan antara satu ayat
dengan ayat yang lain atau dari satu perenggan ke perenggan yang lain. Bertitik tolak daripada
itu, pemetaan i-Think dilihat sebagai usaha untuk memperbaharui kaedah penulisan karangan.
Justeru, pengkaji telah menggariskan peta pemikiran i-Think iaitu Peta Dakap untuk
membantu murid-murid menjana idea kerana sifat Peta Dakap yang sesuai unuk
menghuraikan fakta atau idea secara berperingkat dan bersinambungan (Muhamad Sidek
Said, 2013). Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi melihat keberkesanan Peta Dakap dalam
meningkatkan pencapaian kemahiran menulis karangan fakta Bahasa Melayu dalam kalangan
murid sekolah rendah.

OBJEKTIF KAJIAN
Bagi mencapai tujuan kajian ini, beberapa objektif khusus telah dihasilkan. Antaranya adalah
seperti berikut:
1. Mengenal pasti tahap pencapaian murid dalam kemahiran menulis karangan fakta
ujian pra dan ujian pasca.
2. Mengenal pasti keberkesanan penggunaan Peta Dakap dalam meningkatkan pencapaian
kemahiran menulis karangan fakta.

SOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian tersebut, kajian ini telah membina dua soalan kajian. Antaranya
adalah seperti berikut:
1. Apakah tahap pencapaian murid dalam kemahiran menulis karangan fakta ujian pra
dan ujian pasca?
2. Apakah keberkesanan penggunaan Peta Dakap dalam meningkatkan pencapaian
kemahiran menulis karangan fakta?

HIPOTESIS KAJIAN
Berdasarkan soalan kajian tersebut, kajian ini telah membina tiga hipotesis kajian. Antaranya
adalah seperti berikut:
Ho1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min ujian pra dengan
skor min ujian pasca bagi kumpulan kawalan.
Ho2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min ujian pra dengan
skor min ujian pasca bagi kumpulan rawatan.
Ho3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min ujian kemahiran
menulis karangan fakta yang menggunakan kaedah konvensional dengan skor

1655
min ujian kemahiran menulis karangan fakta yang menggunakan kaedah Peta
Dakap.

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian bersifat kuantitatif dan menggunakan kaedah kuasi-eksperimen.
Menurut Krejcie dan Morgan (1970) dalam Kumar, R (2019), populasi yang mempunyai 60
orang murid akan mempunyai 52 orang murid dipilih sebagai peserta kajian. Oleh itu, sampel
kajian ini melibatkan 26 orang murid sebagai kumpulan kawalan dan 26 orang murid sebagai
kumpulan rawatan.
Dalam kajian ini, ujian pra dan ujian pasca telah dibina sebagai instrumen kajian.
Instrumen kajian seperti rubrik pemarkahan dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) juga
telah disediakan. Rubrik pemarkahan penting untuk memberikan markah kepada soalan ujian
pra dan soalan ujian pasca manakala RPH disediakan sebagai panduan untuk proses
intervensi bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Semua instrumen yang digunakan
dalam kajian ini, iaitu ujian pra dan ujian pasca yang berbentuk esei, rubrik pemarkahan dan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) telah disemak dan disahkan oleh pihak yang pakar
dalam bidang tersebut untuk melihat tahap kesahannya.
Seterusnya, kajian rintis telah dilakukan di sekolah lain yang bukan sampel kajian untuk
kajian sebenar bagi menentukan kebolehpercayaan instrumen. Kebolehpercayaan instrumen
kajian telah diuji menggunakan nilai Indeks Kesukaran (IK) dan nilai Indeks Diskriminasi (ID).
Setelah menganalisis item ujian yang dijalankan, didapati bahawa nilai Indeks Kesukaran ialah
0.496. Nilai ini menunjukkan bahawa soalan ujian yang digunakan merupakan item yang boleh
diterima kerana item soalan tersebut berada pada tahap sederhana sukar. Manakala, nilai
Indeks Diskriminasi untuk item soalan ujian ini ialah 0.656. Nilai ini menunjukkan bahawa item
yang digunakan mampu membezakan murid berpencapaian tinggi dan murid berpencapaian
rendah. Selain itu, pekali Cronbach Alpha telah digunakan melalui perisian Statistical Package
for the Social Sciences (SPSS) Versi 26. Dapatan analisis Cronbach Alpha menunjukkan nilai
0.780 iaitu instrumen boleh diterima dan digunakan untuk mengumpul data kajian sebenar.
Untuk kajian sebenar, kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan
rawatan akan menjalani ujian pra terlebih dahulu. Setelah murid-murid menjawab ujian pra,
murid kumpulan kawalan akan menjalani proses intervensi menggunakan kaedah
konvensional manakala murid kumpulan rawatan akan menjalani proses intervensi
menggunakan kaedah Peta Dakap. Seterusnya, kedua-dua kumpulan akan menjawab ujian
pasca setelah proses intervensi dilakukan. Data-data yang diperoleh akan dianalisis
menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) Versi 26. Analisis
statistik deskriptif seperti kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai akan dilakukan. Analisis

1656
statistik ujian-t juga akan digunakan untuk menjawab dan menguji hipotesis kajian yang telah
dibina.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Bahagian ini akan membincangkan dapatan kajian bagi menjawab hipotesis kajian.

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min ujian pra dengan skor
min ujian pasca bagi kumpulan kawalan.

Jadual 1
Ujian-T Sampel Padanan (Paired-Samples T Test) antara Ujian Pra dengan Ujian Pasca bagi
Kumpulan Kawalan
Kumpulan Jenis Ujian N Min (µ) Sisihan Piawai (σ) Sig. (2-tailed)
Kumpulan Ujian Pra 12.62 6.963
26 0.002
Kawalan Ujian Pasca 14.31 6.692

Dapatan analisis menunjukkan skor min ujian pra, iaitu 12.62 manakala skor min ujian pasca,
iaitu 14.31. Skor min ujian pasca adalah lebih tinggi daripada skor min ujian pra dalam
kumpulan kawalan. Buktinya, terdapat perbezaan antara ujian pra dan ujian pasca dalam
kumpulan kawalan kerana terdapat peningkatan skor min. Seterusnya, nilai signifikan (2-
tailed) yang diperoleh adalah 0.002. Memandangkan nilai p=0.002 adalah lebih kecil daripada
0.05 (p<0.05), maka hal ini bermaksud wujud perbezaan yang bermakna. Maka, hipotesis
pertama ditolak. Hipotesis pertama ditolak kerana terdapat perbezaan signifikan antara skor
min ujian pra dengan skor min ujian pasca bagi kumpulan kawalan.

Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min ujian pra dengan skor
min ujian pasca bagi kumpulan rawatan.

Jadual 2
Ujian-T Sampel Padanan (Paired-Samples T Test) antara Ujian Pra dengan Ujian Pasca bagi
Kumpulan Rawatan
Kumpulan Jenis Ujian N Min (µ) Sisihan Piawai (σ) Sig. (2-tailed)

Kumpulan Ujian Pra 12.50 6.042


26 0.000
Rawatan Ujian Pasca 16.81 5.521

1657
Dapatan analisis menunjukkan skor min ujian pra, iaitu 12.50 manakala skor min ujian pasca,
iaitu 16.81. Skor min ujian pasca adalah lebih tinggi daripada skor min ujian pra dalam
kumpulan rawatan. Buktinya, terdapat perbezaan yang sangat ketara antara ujian pra dengan
ujian pasca dalam kumpulan rawatan kerana terdapat peningkatan skor min yang banyak
selepas murid kumpulan rawatan menjalani intervensi menggunakan kaedah Peta Dakap.
Seterusnya, nilai signifikan (2-tailed) yang diperoleh adalah 0.000. Memandangkan nilai
p=0.000 adalah lebih kecil daripada 0.05 (p<0.05), maka hal ini bermaksud wujud perbezaan
yang bermakna. Maka, hipotesis kedua ditolak. Hipotesis kedua ditolak kerana terdapat
perbezaan signifikan antara skor min ujian pra dengan skor min ujian pasca bagi kumpulan
rawatan.

Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min ujian kemahiran menulis
karangan fakta yang menggunakan kaedah konvensional dengan skor min ujian
kemahiran menulis karangan fakta yang menggunakan kaedah Peta Dakap.

Jadual 3
Perbezaan Min Signifikan antara Kumpulan Kawalan dengan Kumpulan Rawatan
Kumpulan Min (µ) Sisihan Piawai (σ) t Sig. (2-tailed)

Kawalan 14.31 6.692 -3.552 0.002

Rawatan 16.81 5.521 -7.446 0.000

Jadual 3 merupakan rumusan dapatan analisis min bagi mengenal pasti perbezaan min yang
signifikan antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Hasil dapatan kajian telah
mendapati min bagi kumpulan kawalan adalah 14.31 (t= -3.552, p=0.002), manakala min bagi
kumpulan rawatan adalah 16.81 (t= -7.446, p=0.000). Nilai min untuk kumpulan rawatan
adalah lebih tinggi berbanding dengan nilai min untuk kumpulan kawalan. Hal ini juga
bermaksud jumlah skor keseluruhan ujian pasca kumpulan rawatan adalah lebih tinggi
daripada jumlah skor keseluruhan ujian pasca kumpulan kawalan. Maka, berdasarkan dapatan
min, boleh dirumuskan bahawa terdapat perbezaan yang sangat ketara antara skor ujian
kemahiran menulis karangan fakta yang menggunakan kaedah konvensional dengan skor
ujian kemahiran menulis karangan fakta yang menggunakan Peta Dakap.
Selain itu, dapatan analisis ini juga menunjukkan bahawa nilai signifikan (2-tailed) bagi
kumpulan kawalan adalah 0.002 manakala nilai signifikan (2-tailed) bagi kumpulan rawatan
adalah 0.000. Nilai signifikan (2-tailed) kumpulan rawatan iaitu p=0.000 adalah lebih kecil
berbanding dengan nilai signifikan (2-tailed) kumpulan kawalan iaitu p=0.002. Hal ini juga
menunjukkan bahawa kumpulan rawatan mempunyai perbezaan yang lebih ketara berbanding

1658
dengan kumpulan kawalan. Maka, dapat disimpulkan bahawa terdapat perbezaan yang
sangat signifikan dalam nilai min pemboleh ubah bagi Peta Dakap dalam kumpulan rawatan.
Secara ringkasnya, semua dapatan analisis ini menunjukkan bahawa Peta Dakap adalah
berkesan untuk meningkatkan tahap pencapaian murid dalam kemahiran menulis karangan
fakta. Maka, hipotesis ketiga ditolak. Hipotesis ketiga ditolak kerana terdapat perbezaan yang
signifikan antara skor min ujian kemahiran menulis karangan fakta yang menggunakan kaedah
konvensional dengan skor min ujian kemahiran menulis karangan fakta yang menggunakan
Peta Dakap.

IMPLIKASI, CADANGAN DAN KESIMPULAN


Kajian ini telah memberi implikasi kajian daripada aspek implikasi pengetahuan, implikasi
praktikal dan implikasi teori. Implikasi kajian ialah hujah yang menunjukkan sesuatu kajian
telah menambah nilai kajian sedia ada yang berkemungkinan dapat memberi kepentingan
nasional (Dissnayake, 2013).
Dari segi implikasi pengetahuan, kajian ini dapat memberikan pengetahuan kepada
guru untuk mengaplikasikan Peta Dakap sebagai satu kaedah dalam membantu murid-murid
menguasai kemahiran menulis karangan fakta dengan lebih baik. Hal ini adalah penting
kerana pengetahuan guru mengenai kandungan pedagogi sangat mempengaruhi
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas (Kleickman et al., 2013).
Pengetahuan yang diperoleh oleh guru juga dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam
penggunaan kaedah Peta Dakap dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh
menggunakan pengetahuan Peta Dakap ini sebagai satu kaedah baharu yang dapat
membantu murid-murid untuk menghasilkan karangan fakta yang baik dan seterusnya
meningkatkan pencapaian mereka dalam kemahiran menulis karangan fakta. Dari segi
implikasi praktikal pula, guru boleh mengaplikasikan Peta Dakap dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu untuk membantu murid yang mempunyai masalah dalam
kemahiran menulis karangan fakta kerana telah terbukti bahawa kaedah ini berkesan.
Pengaplikasian Peta Dakap dapat meningkatkan kemahiran menulis karangan fakta murid dari
segi pengolahan isi, pengembangan isi dan penyusunan isi yang lebih teratur dan menepati
kehendak soalan. Hal ini kerana Peta Dakap dapat digunakan dan disesuaikan dengan tajuk
karangan untuk membantu murid melakukan penulisan dengan lebih sistematik dan
seterusnya meningkatkan pencapaian kemahiran menulis karangan fakta. Seterusnya, kajian
ini juga memberikan implikasi teori. Dapatan kajian juga telah membuktikan bahawa
penggabungan Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget dan Model Flower and Hayes dapat
menghasilkan kajian yang baik dan sesuai digunakan oleh guru Bahasa Melayu di Malaysia.
Hal ini demikian kerana kedua-dua teori dan model ini telah memberi implikasi tentang cara

1659
murid dapat menguasai sesuatu kemahiran dengan berjaya melalui proses kognitif yang
diterangkan dalam teori dan model ini.
Kajian ini juga telah mengemukakan beberapa cadangan yang boleh dijadikan
panduan dan tindakan kepada pelbagai pihak yang terlibat secara langsung dalam organisasi
pendidikan. Saranan pertama dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
KPM boleh mengadakan bengkel dan kursus berkaitan pengaplikasian Peta Dakap dalam
kemahiran menulis karangan fakta kepada guru sekolah dan guru pelatih. Hal ini adalah untuk
memberikan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran guru untuk menggunakan Peta
Dakap dalam pengajaran dan pembelajaran. Cadangan seterusnya adalah kepada pihak
sekolah. Pihak sekolah terutamanya ketua panitia Bahasa Melayu boleh mengadakan sesi
perkongsian ilmu berkaitan cara pelaksanaan Peta Dakap dalam kemahiran menulis karangan
fakta terutamanya kepada murid tahap dua. Hal ini dapat membantu guru untuk melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih lancar menggunakan Peta Dakap. Cadangan
kepada guru pula adalah guru perlu sentiasa memantau perkembangan murid sama ada
mereka menggunakan Peta Dakap dalam penulisan karangan atau sebaliknya. Pemantuan
yang berterusan ini dapat memberi refleksi kepada guru tentang amalan murid dalam
penggunaan Peta Dakap yang berterusan dalam kemahiran menulis karangan fakta.
Seterusnya, pengkaji juga telah mencadangkan saranan untuk kajian lanjutan. Hal ini
kerana pendekatan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini tidak mampu
digeneralisasikan kepada semua pengkaji. Oleh itu, kajian yang menggunakan pendekatan
lain dilihat dapat melangkaui batasan dan mengisi kelompangan dalam kajian ini. Kajian
lanjutan yang dicadangkan adalah untuk menjalankan kajian dengan menggunakan
pendekatan kualitatif. Pemecky (2016) menjelaskan pendekatkan kualitatif sebagai
pendekatan yang membolehkan kefahaman mendalam tentang sesuatu fenomena, keadaan
atau peristiwa. Maka, pengkaji lain boleh mengisi kelompangan ini untuk menghasilkan kajian
yang sama tajuk dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Dengan ini, hasil dapatan kajian
ini akan menjadi pelbagai seperti analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual. Pendekatan
kualitatif yang menggunakan kaedah fenomenologi membolehkan pengkaji mendalami
keadaan, perasaan dan tingkah laku guru dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran.
Kesimpulannya, kajian ini telah memberikan implikasi dari aspek pengetahuan, aspek
praktikal dan aspek teori. Beberapa cadangan juga telah dikemukakan bagi menambah baik
kajian ini. Cadangan-cadangan yang disarankan ini diharapkan dapat membantu murid-murid
untuk meningkatkan pencapaian mereka dan menghasilkan karangan fakta yang bermutu.
Seterusnya, hasil dapatan kajian ini juga telah menunjukkan bahawa kaedah Peta Dakap
sesuai digunakan untuk membantu murid yang tidak mahir dalam kemahiran menulis
karangan fakta. Rentetan itu, peranan pelbagai pihak amat vital dalam meningkatkan

1660
pelaksanaan kaedah Peta Dakap dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Hal
ini demikian kerana kajian ini telah membuktikan bahawa kaedah tersebut mampu memberi
manfaat dan kepentingan kepada pelbagai pihak selain meningkatkan tahap pencapaian
murid dalam kemahiran menulis karangan fakta Bahasa Melayu. Tuntasnya, kajian ini telah
memperlihatkan keberkesanan kaedah Peta Dakap dalam meningkatkan pencapaian
kemahiran menulis karangan fakta Bahasa Melayu Tahun Empat.

RUJUKAN
Abd. Aziz Abd. Talib. (2007). Pedagogi bahasa Melayu: Prinsip dan kaedah. (4th Ed). Utusan
Publications and Distribution Sdn. Bhd.

Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah pengajaran Bahasa Melayu. Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

Dissnayake. (2013). The impact of perceived desirability and preceived feasibility on


entrepreneurial intention among undergraduate students in Sri Lanka: an extended
model. The Kelaniya Journal of Management, 2(1), 39-57.

Hyerle, D. & Yeager, C. (2007). A language for learning: thinking maps incorporated. Thinking
Maps Inc.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


Bahasa Melayu Tahun 4 Semakan 2017. Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kleickman, L., Richter, D., Kunter, M., Elsner, J., Besser, M., Krauss, S. & Baumart, J. (2013).
Teachers’ content knowledge and pedagogical content knowledge: the role of structural
differences in teacher education. Journal of Teacher Education, 64, 90-106.

Kumar, R. (2019). Research methodology: a step by step guide for beginners. Sage
Publications.

Muhamad Sidek Said. (2013). Transformasi minda: Program i-Think akses kemahiran berfikir
cara baru. Jurnal akademik. Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

Musliha Salma. (2010). Aplikasi kemahiran berfikir aras tinggi melalui pembelajaran
berasaskan masalah. Universiti Teknologi Malaysia.

Pemecky, T. (2016). Epistemology and metaphysics for quantitative research. SAGE


Publications.

1661
TAHAP PENGETAHUAN, PEMAHAMAN DAN KEMAHIRAN GURU BAHASA MELAYU
TERHADAP PELAKSANAAN KBAT DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Lye Chuan Loon


lye09-953@epembelajaran.edu.my

Sharifah Hanim binti Syed Akbar


sharifahhanim@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, pemahaman dan kemahiran guru Bahasa
Melayu terhadap pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran Bahasa
Melayu di sekolah rendah di Kuala Lumpur. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif,
iaitu kajian tinjauan. Instrumen kajian ini ialah menggunakan soal selidik. Seramai 32 daripada 35 orang
guru yang mengajar Bahasa Melayu di lima buah sekolah rendah di Kuala Lumpur telah menjawab soal
selidik yang telah diagihkan. Pengkaji menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data
dianalisis menggunakan Statistic Package for the Social Science (SPSS) versi 26.0. Dapatan kajian
menunjukkan tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan KBAT dalam pengajaran
Bahasa Melayu mempunyai min 3.00 dan berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga
menunjukkan tahap pemahaman guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan KBAT dalam pengajaran
Bahasa Melayu mempunyai min 2.96 dan berada pada tahap sederhana. Seterusnya, dapatan kajian
menunjukkan tahap kemahiran guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan KBAT dalam pengajaran
Bahasa Melayu mempunyai min 3.02 dan berada pada tahap sederhana. Jadi, pengkaji kajian ini dapat
membantu guru, pihak sekolah dan kementerian pendidikan Malaysia dalam usaha untuk meningkatkan
kejayaan pelaksannan KBAT dalam pengajaran di sekolah.
Kata kunci: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), tahap pengetahuan, tahap pemahaman, tahap
kemahiran, guru Bahasa Melayu, pengajaran Bahasa Melayu

ABSTRACT
The purpose of this research is to study the knowledge level, understanding level dan skill level of Malay
Language teachers towards the implementation of High Order Thinking Skills (HOTS) during teaching
process of Malay Language in primary schools in Kuala Lumpur. The design of this study uses a
quantitative approach, which is a survey research. 32 out of 35 teachers who teach Malay Language in
five primary schools in Kuala Lumpur have answered the questionnaires that have been distributed.
Researcher used questionnaire as research instrument. Data collected were analyzed using Statistic
Package for Social Science (SPSS) version 26.0. The findings of the research show that the average
mean for the knowledge level of Malay Language teachers towards the implementation of High Order
Thinking Skills (HOTS) during teaching process of Malay Language is 3.00 and at a moderate level. The
findings of the research also show that the average mean for the understanding level of Malay Language
teachers towards the implementation of High Order Thinking Skills (HOTS) during teaching process of
Malay Language is 2.96 and at a moderate level. Next, the findings of the research show that the
average mean for the skill level of Malay Language teachers towards the implementation of High Order
Thinking Skills (HOTS) during teaching process of Malay Language is 3.02 and at a moderate level.
Therefore, researcher hope this study will help teachers, schools and Ministry of Education Malaysia in
an effort to improve the success of KBAT implementation in the teaching process in school.
Keywords: High Order Thinking Skills (HOTS), knowledge level, understanding level and skill level,
Malay Language teachers, teaching process of Malay Language

1662
PENGENALAN
Kurikulum yang menekankan kepentingan kemahiran berfikir dalam pengajaran dapat
membantu murid-murid untuk mempunyai semangat ingin tahu, mampu menghubung kait
pelbagai pengetahuan yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025,
menyatakan pada tahap gelombang tiga (2021-2025), setiap orang murid akan mempunyai
kemahiran berfikir di samping kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran memimpin dan
kemahiran dwibahasa. Aspirasi ini dilihat sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) dan rentetan daripada kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tersebut,
guru perlu dilengkapkan pengetahuan dan kemahiran tentang kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT) supaya negara mampu menghasilkan sumber insan kelas pertama di Malaysia serta
dapat melahirkan murid dengan kebolehan pemikiran yang kreatif dan kritis (Chew dan
Nadaraja, 2014).
Memenuhi peredaran teknologi yang sangat pesat masa kini, guru perlu memastikan
murid dapat menguasai pemikiran kreatif, pemikiran kritis dan penaakulan serta keupayaan
yang baik (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melahirkan
generasi yang seimbang dan mempunyai tanggungjawab terhadap pembangunan negara.
Pelaksanaan KBAT dapat membantu murid menjana pemikiran bagi meningkatkan
kefahaman serta meningkatkan prestasi pencapaian murid-murid (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2013). Proses pelaksanaan KBAT adalah bersumberkan Taksonomi Bloom dan
diubah suai oleh Lorin Anderson menerusi empat hieraki teratas iaitu mengaplikasi,
menganalisis, menilai dan mencipta.
KBAT diperkenalkan adalah untuk mengubah amalan hafalan kepada pemahaman dan
meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015). Jadi,
guru merupakan tonggak utama dalam usaha pelaksanaan KBAT dalam pengajaran. Oleh itu,
seseorang guru perlu mempunyai kompetensi terutamanya pengetahuan, kemahiran dan
tindakan untuk memastikan kecekapan dan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran (Syed Jaafar, 2014).

PERNYATAAN MASALAH
Laporan kajian keperluan oleh Perunding Kestrel Education (UK) dan 21st Century Schools
(USA) yang dibentangkan pada 2 November 2011 mendapati bahawa pemikiran aras tinggi
dalam kalangan guru dan murid di Malaysia masih berada pada tahap yang rendah (Bahagian
Pembangunan Kurikulum, 2012). Hal ini selari dengan pendapat bahawa guru-guru masih lagi
kurang pendedahan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam KBAT (Norakma Mohd Daud,
Abdul Razak Ahmad, dan Noriza Munirah Yakub. 2015). Dengan kata lain, guru kurang

1663
melengkapkan diri dengan pengetahuan, pemahaman dan kemahiran terhadap pelaksanaan
KBAT yang relevan dengan keperluan pendidikan abad ke-21 bagi merealisasikan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).
Antara cabaran terhadap pelaksanaan KBAT dalam pengajaran ialah terdapat guru
yang tidak pernah didedahkan dengan KBAT secara khusus kerana kursus berkaitan dengan
KBAT hanya diberikan dari peringkat dalaman sahaja (Nooriza Kassim dan Effandi Zakaria,
2015). Selain itu, guru yang telah menghadiri kursus KBAT tidak menyampaikan maklumat
berkaitan KBAT kepada guru-guru lain di sekolah. Jadi, guru secara keseluruhannya tidak
dapat memahami prinsip KBAT dengan baik. Sehubungan dengan itu, pengetahuan dan
kemahiran guru adalah masih kurang sehingga menyebabkan mereka lebih suka
melaksanakan pengajaran tradisional kerana mereka tidak dapat melakukan kepelbagaian
dalam pengajaran (Robiah Sidin dan Nor Sakinah Mohamad, 2007). Hal ini jelas menunjuk
bahawa terdapat cabaran dan halangan yang dihadapi oleh guru dalam usaha melaksanakan
KBAT dalam pengajaran.
Walau bagaimanapun, cabangan dan halangan ini bukanlah suatu halangan kepada
guru daripada menguasai pengetahuan, pemahaman dan kemahiran yang tinggi dalam KBAT.
Malahan, guru perlu mengambil inisiatif dalam usaha menguasai KBAT dalam pengajaran.
Oleh yang demikian kerana KBAT bukan sahaja dapat memberikan impak yang positif kepada
guru malahan juga dapat memberi kesan yang lebih besar kepada murid di sekolah. Ini
menunjukkan bahawa tahap pengetahuan, pemahaman dan kemahiran guru terhadap
pelaksanaan KBAT adalah sangat penting. Jadi, satu kajian berkaitan tahap pengetahuan,
pemahaman dan kemahiran guru terhadap pelaksanaan KBAT perlu dilaksanakan. Kajian ini
memberi fokus kepada tahap pengetahuan, pemahaman dan kemahiran guru Bahasa Melayu
terhadap pelaksanaan KBAT dalam pengajaran Bahasa Melayu.

TUJUAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, pemahaman dan kemahiran
guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan KBAT dalam pengajaran Bahasa Melayu di Kuala
Lumpur.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian dijalankan untuk mencapai objektif berikut:
i. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan KBAT dalam
pengajaran Bahasa Melayu.
ii. Mengenal pasti tahap pemahaman guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan KBAT dalam
pengajaran Bahasa Melayu.

1664
iii. Mengenal pasti tahap kemahiran guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan KBAT dalam
pengajaran Bahasa Melayu.

SOALAN KAJIAN
Kajian dibuat untuk menjawab soalan-soalan berikut:
i. Apakah tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan KBAT dalam
pengajaran Bahasa Melayu?
ii. Apakah tahap pemahaman guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan KBAT dalam
pengajaran Bahasa Melayu?
iii. Apakah tahap kemahiran guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan KBAT dalam
pengajaran Bahasa Melayu?

METODOLOGI
Metodologi adalah suatu prosedur sistematik yang menggabungkan pendekatan kajian serta
analisis data bagi memastikan prestasi penyelidikan dapat dicapai dengan sempurna. Kajian
ini dijalankan menggunakan kaedah tinjauan. Kajian tinjauan adalah kaedah penyelidikan
untuk mengumpulkan maklumat dari kumpulan orang yang dipilih menggunakan soal selidik.
Penyelidikan tinjauan boleh menggunakan pelbagai kaedah pengumpulan data dengan soal
selidik atau temu bual. Kajian ini menggunakan soal selidik yang dijawab oleh sampel kajian.

REKA BENTUK
Kajian tinjauan ini adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan pendekatan penyelidikan
kuantitatif iaitu menggunakan borang soal selidik yang diedarkan oleh pengkaji kepada guru-
guru bahasa Melayu. Kajian tinjauan berbentuk deskriptif ini digunakan bagi menerangkan
tahap pengetahuan, pemahaman dan kemahiran guru bahasa melayu terhadap pelaksanaan
KBAT dalam pengajaran

PERSAMPELAN
Saiz sampel ditentukan berdasarkan jumlah populasi lokasi kajian yang dilaksanakan dengan
merujuk kepada Jadual Penentu Saiz Sampel Krejcie dan Morgan (1970). Pengkaji memilih
secara rawak guru Bahasa Melayu di lima buah sekolah rendah iaitu sekolah kebangsaan di
Kuala Lumpur. Selain itu, populasi kajian yang terdapat dalam lima buah sekolah kebangsaan
ialah 35 orang manakala jumlah sampel kajian dijalankan ke atas 32 orang yang terdiri
daripada guru lelaki dan guru perempuan.

1665
INSTRUMEN
Instrumen yang digunakan adalah soal selidik yang diadaptasi daripada Nor Hasmaliza Hasan
dan Zamri Mahamod (2016) yang mengukur persepsi guru Bahasa Melayu sekolah menengah
terhadap kemahiran berfikir aras tinggi. Item-item yang terdapat dalam soal selidik ini
dibahagikan kepada empat bahagian iaitu bahagian A, bahagian B, bahagian C dan bahagian
D. Bahagian A berkaitan maklumat demografik responden manakala bahagian B, C dan D
untuk mendapatkan maklumat tentang persoalan kajian. Soal selidik ini menggunakan skala
Likert iaitu 1 (kurang kaitan), 2 (rendah), 3 (sederhana) dan 4 (tinggi).

KESAHAN
Kesahan instrumen soal selidik ini disahkan oleh pakar bahasa, pakar konstruk dan pakar
kandungan.

KEBOLEHPERCAYAAN
Kebolehpercayaan merujuk kepada konsistensi responden memberi jawapan (Mohd Najib,
2003). Model Alpha Cronbach digunakan untuk mengukur kebolehpercayaan instrumen kajian
ini. Instrumen soal selidik mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi oleh sebab nilai Alpha
Cronbach (α) ialah 0.921. Ini menunjukkan indeks kebolehpercayaan mempunyai tahap yang
tinggi dan setiap item boleh diterima.

PROSEDUR PENGUMPULAN DATA


Soal selidik diedarkan dalam bentuk Google Forms secara atas talian kepada sampel pada
setiap sekolah yang dipilih berdasarkan suatu populasi yang hendak diuji dan meminta sampel
menjawab soal selidik tersebut secara atas talian. Jadi, sampel diberi masa yang secukupnya
untuk membaca, berfikir dan menjawab soal selidik tersebut secara atas talian dan jawapan
soal selidik dikumpulkan dalam Google Forms.

PROSEDUR PENGANALISIS DATA


Perisian Statistical Packeges for the Social Sciences (SPSS) version 26.0 digunakan untuk
mengumpul, merekodkan serta menganalisis data. Pengkaji membuat saringan data terlebih
dahulu sebelum analisis dijalankan, Analisis deskriptif juga digunakan bagi menganalisis data
soal selidik dalam Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D dengan melihat kepada nilai min,
kekerapan dan peratusan bagi mengenal pasti tahap pengetahuan, pemahaman dan
kemahiran guru bahasa Melayu terhadap pelaksanaan KBAT dalam pengajaran serta
menggunakan interpretasi skor min skala Likert empat min.

1666
Jadual 1:
Interpretasi skor min skala Likert empat min
Skor Min Interpretasi Min
1.00 – 1.50 Kurang kaitan
1.51 – 2.50 Rendah
2.51 – 3.50 Sederhana
3.51 – 4.00 Tinggi

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian menunjukkan seramai 32 orang guru Bahasa Melayu terlibat dalam kajian ini.
Kebanyakan guru Bahasa Melayu yang terlibat dalam kajian ini adalah perempuan iaitu 26
orang (81.3%). Majoriti responden ialah guru Bahasa Melayu mempunyai umur 31-40 tahun
iaitu 13 orang (40.6%) dan mempunyai kelulusan akademik tertinggi ijazah sarjana muda iaitu
26 orang (81.3%) serta mempunyai mempunyai pengalaman mengajar 10 tahun ke atas iaitu
20 orang (62.5%). Kebanyakan guru Bahasa Melayu iaitu 26 orang (81.3%) pernah menghadiri
kursus berkaitan KBAT.

Jadual 2:
Analisis Tahap Pengetahuan, Pemahaman dan Kemahiran Guru Bahasa Melayu terhadap
Pelaksanaan KBAT dalam Pengajaran Bahasa Melayu
Aspek Min (μ) Sisihan piawai Varian (V)
(SP)
Tahap pengetahuan guru 3.00 0.206 0.043
Bahasa Melayu terhadap
pelaksanaan KBAT dalam
pengajaran Bahasa Melayu
Tahap pemahaman guru Bahasa 2.96 0.222 0.050
Melayu terhadap pelaksanaan
KBAT dalam pengajaran Bahasa
Melayu
Tahap kemahiran guru Bahasa 3.02 0.317 0.100
Melayu terhadap pelaksanaan
KBAT dalam pengajaran Bahasa
Melayu

1667
Jadual 3 memaparkan data tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu terhadap
pelaksanaan KBAT dalam pengajaran Bahasa Melayu secara keseluruhannya adalah berada
pada tahap sederhana. Item B6 “saya mengetahui kandungan Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu mengandungi unsur KBAT” pula mempunyai nilai
min 3.19 yang paling tinggi antara sepuluh item. Item B7 iaitu guru mengetahui ciri-ciri umum
soalan KBAT mempunyai nilai min 2.87 yang terendah antara sepuluh item.

Jadual 3:
Tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan KBAT dalam pengajaran
Bahasa Melayu
Pengetahuan KBAT μ SP V
B1 Saya mengetahui prinsip yang mendasari 2.94 0.435 0.190
KBAT
B2 Saya mengetahui isu-isu berkaitan KBAT 2.94 0.246 0.060
B3 Saya mengetahui kepentingan pelaksanaan 3.06 0.246 0.060
KBAT dalam pengajaran Bahasa Melayu
B4 Saya mengetahui aras kognitif dalam 2.97 0.177 0.031
Kemahiran Berfikir Aras Rendah
B5 Saya mengetahui aras kognitif dalam KBAT 3.00 0.254 0.065
B6 Saya mengetahui kandungan Dokumen 3.19 0.535 0.286
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Bahasa Melayu mengandungi unsur KBAT
B7 Saya mengetahui ciri-ciri umum soalan KBAT 2.87 0.609 0.371
B8 Saya mengetahui penggunaan i-Think dalam 3.09 0.390 0.152
pengajaran Bahasa Melayu
B9 Saya mengetahui cara menilai pencapaian 3.00 0.254 0.065
murid dalam KBAT
B10 Saya mengetahui cara pembinaan item KBAT 3.00 0.359 0.129
dalam pentaksiran

Jadual 4 menunjukkan tahap pemahaman guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan


KBAT dalam pengajaran Bahasa Melayu secara keseluruhannya adalah berada pada tahap
sederhana. Item C2 “saya memahami konsep kemahiran berfikir menggunakan alat CoRT
oleh De Bono” mempunyai nilai min 2.59 yang paling rendah antara sepuluh item dan berada
pada tahap sederhana. Sebaliknya item C10 “kursus yang saya hadiri memberikan manfaat

1668
bagi kefahaman yang baik tentang KBAT” mempunyai nilai min 3.12 yang paling tinggi antara
sepuluh item.

Jadual 4:
Tahap pemahaman guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan KBAT dalam pengajaran
Bahasa Melayu
Kod Pemahaman KBAT μ SP V
C1 Saya memahami konsep pelaksanaan KBAT 3.03 0.400 0.160
dalam pengajaran Bahasa Melayu
C2 Saya memahami konsep kemahiran berfikir 2.59 0.499 0.249
menggunakan alat CoRT oleh De Bono
C3 Saya memahami ciri-ciri bahan bantu mengajar 2.97 0.309 0.096
KBAT
C4 Saya memahami aspek pelaksanaan KBAT 2.97 0.309 0.096
dalam penyelesaian masalah
C5 Saya memahami setiap fungsi alat berfikir yang 2.91 0.296 0.088
boleh digunakan dalam KBAT
C6 Saya memahami cara untuk mengaplikasikan 2.97 0.400 0.160
KBAT dalam pengajaran Bahasa Melayu
C7 Saya mempunyai pemahaman mengenai aspek 2.94 0.246 0.060
kognitif dan metakognitif
C8 Saya memahami konsep i-Think dalam 3.06 0.435 0.190
pengajaran Bahasa Melayu
C9 Saya memahami objektif KBAT dalam 3.06 0.435 0.190
pengajaran Bahasa Melayu
C10 Kursus yang saya hadiri memberikan manfaat 3.12 0.609 0.371
bagi kefahaman yang baik tentang KBAT

Jadual 5 menunjukkan tahap kemahiran guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan


KBAT dalam pengajaran Bahasa Melayu secara keseluruhannya adalah berada pada tahap
sederhana. Item D2 “saya menyediakan bahan bantu mengajar berasaskan KBAT dalam
pengajaran Bahasa Melayu” mempunyai min 2.84 yang paling rendah antara speuluh item.
Sebaliknya item D1 “saya merancang pelaksanaan KBAT dalam pengajaran Bahasa Melayu”
mempunyai nilai min 3.12 yang paling tinggi antara sepuluh item.

1669
Jadual 5:
Tahap kemahiran guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan KBAT dalam pengajaran
Bahasa Melayu

Kod Kemahiran KBAT μ SP V


D1 Saya merancang pelaksanaan KBAT dalam 3.12 0.553 0.306
pengajaran Bahasa Melayu
D2 Saya menyediakan bahan bantu mengajar 2.84 0.515 0.265
berasaskan KBAT
D3 Saya menyediakan aktiviti-aktiviti berasaskan 3.00 0.359 0.129
KBAT dalam pengajaran Bahasa Melayu
D4 Saya dapat mengaitkan tajuk-tajuk dalam 3.00 0.359 0.129
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) dengan KBAT
D5 Saya menggunakan pelbagai strategi 2.97 0.400 0.160
berasaskan KBAT dalam pengajaran Bahasa
Melayu
D6 Saya menggunakan pelbagai teknik 2.97 0.400 0.160
berasaskan KBAT dalam pengajaran Bahasa
Melayu
D7 Saya menggunakan teknik penyoalan 3.09 0.296 0.088
berasaskan KBAT dalam pengajaran Bahasa
Melayu
D8 Saya menggunakan peta i-Think dalam 3.09 0.465 0.217
pengajaran Bahasa Melayu
D9 Saya menilai tahap pencapaian KBAT murid 3.03 0.400 0.160
dalam pengajaran Bahasa Melayu
D10 Saya melibatkan murid secara aktif dalam 3.09 0.390 0.152
pengajaran Bahasa Melayu yang berasaskan
KBAT

Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu


terhadap pelaksanaan KBAT dalam pengajaran Bahasa Melayu berada pada tahap yang
sederhana. Skor min keseluruhan bagi tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu terhadap
pelaksanaan KBAT dalam pengajaran Bahasa Melayu ialah nilai min 3.00. Dapatan kajian ini
selari dengan kajian Shariza Said, Mastura Mohamed Berawi, Simah Mamat, Zaiton Mat Deris

1670
dan Maridah Alias (2019) yang menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru pelatih
IPGKBM tentang KBAT adalah pada tahap yang sederhana. Item B7 iaitu guru mengetahui
ciri-ciri umum soalan KBAT mempunyai nilai min 2.87 yang terendah manakala item B6 “saya
mengetahui kandungan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa
Melayu mengandungi unsur KBAT” pula mempunyai nilai min 3.19 yang paling tinggi antara
sepuluh item.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pemahaman guru Bahasa Melayu
terhadap pelaksanaan KBAT dalam pengajaran Bahasa Melayu berada pada tahap yang
sederhana. Skor min keseluruhan bagi tahap pemahaman guru Bahasa Melayu terhadap
pelaksanaan KBAT dalam pengajaran Bahasa Melayu ialah nilai min 2.96. Dapatan kajian ini
selari dengan kajian Nor Hasmaliza (2016) yang menunjukkan tahap pemahaman guru
terhadap KBAT di sekolah menengah pada tahap yang sederhana. Item C2 “saya memahami
konsep kemahiran berfikir menggunakan alat CoRT oleh De Bono” mempunyai nilai min 2.59
yang paling rendah manakala item C10 “kursus yang saya hadiri memberikan manfaat bagi
kefahaman yang baik tentang KBAT” mempunyai nilai min 3.12 yang paling tinggi.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran guru Bahasa Melayu terhadap
pelaksanaan KBAT dalam pengajaran Bahasa Melayu berada pada tahap yang sederhana.
Skor min keseluruhan bagi tahap kemahiran guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan
KBAT dalam pengajaran Bahasa Melayu ialah nilai min 3.02. Dapatan kajian ini selari dengan
kajian Mohamad Zaidir dan Kamisah (2017) yang menunjukkan bahawa tahap kemahiran guru
tentang KBAT berada pada tahap sederhana. Item D2 “saya menyediakan bahan bantu
mengajar berasaskan KBAT dalam pengajaran Bahasa Melayu” mempunyai min 2.84 yang
paling rendah manakala item D1 “saya merancang pelaksanaan KBAT dalam pengajaran
Bahasa Melayu” mempunyai nilai min 3.12 yang paling tinggi.

KESIMPULAN, CADANDAN DAN IMPLIKASI


Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, pemahaman dan kemahiran
guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan KBAT dalam pengajaran Bahasa Melayu di lima
buah sekolah rendah di Kuala Lumpur. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap pengetahuan,
pemahaman dan kemahiran guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan KBAT dalam
pengajaran Bahasa Melayu pada tahap sederhana. Kajian ini dilaksanakan untuk menjawab
tiga soalan kajian disediakan dan menggunakan Model Taksonomi Bloom sebagai asas kajian.
Jadi, kajian ini amat penting oleh yang demikian kerana unsur KBAT dititikberatkan dalam
PPPM merupakan suatu hasrat bagi melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan,
kemahiran bertaraf dunia dan berupaya bersaing di peringkat dunia
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu melakukan inisiatif untuk memantapkan
pengetahuan, pemahaman dan kemahiran guru terhadap pelaksanaan KBAT dalam

1671
pengajaran. KPM perlu melakukan usaha secara berterusan bagi memastikan guru-guru di
sekolah dapat menguasai pengetahuan, pemahaman dan kemahiran terhadap pelaksanaan
KBAT dalam pengajaran. Antara usaha yang boleh dilakukan adalah dengan mengadakan
kursus-kursus dan latihan secara berterusan kepada guru-guru di sekolah dengan menjemput
guru pakar Pembelajaran Abad ke-21 (PAK 21), guru pakar didik hibur, guru pakar pedagogi
dari seluruh negara bagi berkongsi pengetahuan, pemahaman dan kemahiran merancang
aktiviti PdP yang mengutamakan KBAT.
Pihak sekolah perlu mewujudkan satu jawatankuasa yang mengendalikan amalan
KBAT. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah menyediakan satu sudut berorientasi KBAT
di sekolah yang mengandungi maklumat atau bahan bahan berkaitan KBAT supaya dapat
menggalakkan murid membuat bacaan yang berasaskan KBAT. Seterusnya, guru sewajarnya
memahami dan menguasai konsep inovasi dalam pendidikan. Dalam konteks inovasi
pendidikan, guru perlu melibatkan pendekatan, teknik dan strategi yang berasaskan KBAT
dalam pengajaran supaya dapat meningkatkan pemikiran dan membantu murid membina
kefahaman kandungan, merangsang penglibatan serta membantu murid menguasai
kemahiran berfikir aras tinggi.
Berdasarkan kajian-kajian lepas dan dapatan kajian ini, pengkaji berharap agar
dapatan kajian ini dapat memberikan impak positif dari aspek pengetahuan, praktikal dan
empirikal. Walau bagaimanapun, penyelidikan ini mempunyai ruang yang masih boleh
ditambah baik oleh pengkaji lain. Sebagai contoh, kurang penyelidikan yang dijalankan
terhadap amalan pelaksanaan pedagogi abad ke-21 dalam pengajaran KBAT dan juga
cabaran guru melaksanakan pedagogi abad ke-21 dalam pengajaran KBAT.

RUJUKAN

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2012). Buku panduan program i-THINK. Putrajaya:


Kementerian Pendidikan Malaysia.

Chew, F. P., & Nadaraja, S. (2014). Pelaksanaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif
dalam pengajaran dan pembelajaran KOMSAS di sekolah menengah. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 4(2), 10-24.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Konsep KBAT. Putrajaya, Malaysia:


Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mohamad Zaidir Zainal Abidin & Kamisah Othman. (2017). Pelaksanaan amalan
pengajaran guru pendidikan Islam sekolah menerusi kaedah penyoalan
berdasarkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Tinta Artikulasi Membina
Ummah, 3(1), 41-53.

Mohd Najib Abdul Ghafar. (2003). Reka bentuk tinjauan soal selidik pendidikan. Johor
Bahru: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

1672
Nooriza Kassim, & Effandi Zakaria. (2015). Integrasi kemahiran berfikir aras tinggi
dalam pengajaran & pembelajaran matematik: Analisis keperluan guru. Jurnal
Mathematics, 3(1), 1-12.

Nor Hasmaliza binti Hasan. (2016). Persepsi Bahasa Melayu sekolah menengah
kebangsaan terhadap penerapan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran.
Bangi: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nor Hasmaliza Hasan & Zamri Mahamod & Zamri Mahamod. (2016). Persepsi guru
Bahasa Melayu sekolah menengah terhadap kemahiran berfikir aras tinggi. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 78-90.

Norakma Mohd Daud, Abdul Razak Ahmad & Noria Munirah Yakub. (2015).
Pembelajaran Berteraskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah. 7th International Seminar on
Regional Education, 352-360.

Robiah Sidin, & Nor Sakinah Mohamad. (2007). ICT dalam pendidikan: Prospek dan
cabaran dalam pembaharuan pedagogi. Jurnal Pendidikan Malaysia, 32(1), 139-
152.

Shariza Said, Mastura Mohamed Berawi, Simah Mamat, Zaiton Mat Deris & Maridah
Alias. (2019). Tahap Pemahaman dan Pengetahuan Pelajar PISMP Major Bahasa
Melayu Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Prosiding Kolokium Scholarly
Activities 2019, 476-484.

Syed Jaafar Syed Ali. (2014). Kompetensi guru dalam pengajaran amali teknologi
pembinaan di Kolej Vokasional. Tesis Ijazah Sarjana. Batu Pahat: Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia. Diperolehi daripada
http://eprints.uthm.edu.my/7101/1/SYED

1673
ANALISIS KESALAHAN CARA MENULIS KATA SENDI NAMA ‘DI’ DALAM PENULISAN
KARANGAN BAHASA MELAYU TAHUN 5

Mohamad Raimi Syazwan bin Mohd Saad


mohamad09-954@epembelajaran.edu.my

Norliyah binti Sulaiman


norliyah@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kata sendi nama merupakan satu unsur tatabahasa dalam morfologi bahasa Melayu yang digunakan
dalam kehidupan seharian sama ada semasa berkomunikasi mahupun dalam penulisan. Kajian ini
bertujuan untuk menganalisis kesalahan cara menulis kata sendi nama ‘di’ dalam penulisan karangan
bahasa Melayu tahun 5. Aspek lain yang turut dikaji merupakan punca kesalahan cara menulis kata
sendi nama ‘di’ dalam karangan bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif
berbentuk kajian tinjauan menggunakan kaedah triangulasi data melalui pemerhatian, temu bual dan
analisis dokumen. Peserta kajian dipilih melalui teknik persampelan rawak bertujuan yang terdiri
daripada 5 orang murid dan seorang guru Bahasa Melayu yang berkhidmat di daerah Petaling Jaya.
Analisis kajian dibuat secara tematik berdasarkan tema yang telah ditetapkan. Dapatan kajian
seterusnya akan dihuraikan secara naratif berpandukan kajian lepas yang berkaitan dengan masalah
cara penulisan kata sendi nama ‘di’ dalam penulisan karangan bahasa Melayu. Hasil dapatan kajian
menunjukkan bahawa terdapat kesalahan cara menulis kata sendi nama ‘di’ dalam penulisan karangan
disebabkan oleh kekeliruan terhadap konsep penulisan kata sendi nama ‘di’ dan imbuhan awalan ‘-di’.
Justeru, masalah seperti sikap murid yang bersaing untuk menyiapkan tugasan dengan pantas turut
menjadi punca berlakunya kesalahan dalam penulisan kata sendi nama ‘di’ dalam penulisan karangan.
Implikasi dapatan kajian menyarankan agar kajian lanjutan dilaksanakan dengan bilangan sampel yang
lebih besar dan populasi yang menyeluruh dengan menggunakan penyelidikan berbentuk kuasi
eksperimen bagi mengatasi masalah kesalahan cara menulis kata sendi nama ‘di’ dalam penulisan
karangan.
Kata Kunci: Kata sendi nama ‘di’, Kemahiran menulis, Penulisan karangan, punca kesalahan,
kekeliruan konsep

ABSTACT
Prepositions are one of a grammatical element in the morphology of the Malay language and it is used
in everyday life, either for communicating or writing. This study aimed to analyze the improper use of
the preposition 'di' in the essay writing of Year 5. Besides that, the cause of the improper use of
prepositions was studied. This study uses a qualitative approach; data triangulation methods which are
through observation, interview, and document analysis. The sample was selected through random
sampling techniques, consisting of five pupils and an English teacher, currently served in the Petaling
Jaya district. The analysis of the study was done thematically based on a predetermined theme. Then,
the findings will be described narratively based on past studies related to the issue mentioned. Based
on the data collected, it is shown that the improper use of prepositions in essay writing is due to pupil’s
confusion on a basic concept: use of prepositions ‘di’ and the prefix ‘-di’. Thus, problems such as the
attitude of pupils who compete to complete tasks quickly are also the cause of errors in using
prepositions ‘di’. As a result, the researcher suggests that further studies should be conducted with a
larger number of samples and a comprehensive population by using quasi-experimental research to
overcome the problem of improper use of prepositions ‘di’ in essay writing.
Keywords: Prepositions ‘on’, writing skills, essay writing, cause of the error, concept confusion

1674
PENGENALAN
Kurikulum Standard Bahasa Melayu telah distrukturkan dengan menggunakan pendekatan
modular untuk memastikan penguasaan dan kecekapan berbahasa yang baik dalam kalangan
murid-murid. Seperti yang diketahui, kurikulum ini memberi fokus kepada tiga kemahiran dan
dua aspek berbahasa yang perlu dikuasai oleh setiap murid. Tiga kemahiran yang difokuskan
adalah kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis manakala aspek yang
difokuskan pula adalah aspek tatabahasa dan seni bahasa. Tatabahasa sangat sinonim
dengan pembelajaran bahasa Melayu yang menjadi subjek penting dalam sistem pendidikan
di Malaysia kerana setiap kemahiran seperti bertutur, membaca dan menulis memerlukan
pengetahuan tatabahasa yang mendalam lebih-lebih lagi melibatkan penggunaan kata sendi
nama.
Kata sendi nama ialah perkataan yang terletaknya pada bahagian hadapan
frasa nama (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2013). Setiap kata sendi nama mempunyai
fungsi yang tersendiri dan perlu digunakan dengan betul. Namun begitu, penggunaan kata
sendi nama ‘di’ sering disalah gunakan berpunca daripada kekeliruan konsep yang seakan-
akan imbuhan awalan ‘-di’ dalam penulisan karangan yang dihasilkan oleh murid. Perkara ini
tidak boleh diambil mudah oleh guru kerana kesalahan-kesalahan sebegini akan
mengakibatkan suatu penulisan karangan itu menjadi kurang gramatis dan tidak berkualiti.

PERNYATAAN MASALAH
Tatabahasa merupakan salah satu modul dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Tambahan
pula, Modul Kemahiran Menulis dan Tatabahasa saling berkait rapat antara satu sama lain.
Hal ini kerana, murid perlu menguasai sistem tatabahasa yang berperanan untuk
menghasilkan ayat atau sebuah karangan yang gramatis. Berdasarkan Tatabahasa Dewan
Edisi Ketiga (2013), kata sendi nama tergolong dalam aspek morfologi. Morfologi merupakan
satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji berkaitan dengan struktur, bentuk dan golongan kata.
Oleh itu, permasalahan yang dapat dikenal pasti berkenaan kata sendi ini ialah murid-murid
keliru dengan cara menulis kata sendi nama terutamanya kata sendi nama 'di'. Justeru, hal ini
telah menarik minat saya untuk mengkaji permasalahan ini.

Pemasalahan yang dinyatakan ini disokong dengan kenyataan yang dinyatakan oleh
Wan Azlinda (2003) dalam kajian beliau. Beliau telah menyatakan sebilangan besar pelajar
masih keliru tentang cara menulis kata sendi nama ‘di' dengan betul sama ada secara dekat
atau jarak. Jelas di sini bahawa murid mengalami masalah kekeliruan antara konsep cara
menulis kata sendi nama ‘di’ dengan imbuhan awalan ‘-di’. Selain itu, kajian lain pula telah
menyatakan bahawa murid menghadapi masalah untuk membezakan cara menulis kata sendi
nama ‘di’ dan imbuhan awalan ‘-di‘ (Mary Charity, 2010). Oleh yang demikian, tatabahasa

1675
merupakan satu bidang yang agak kompleks dengan terdapatnya peraturan atau hukum-
hukum yang telah ditetapkan dalam ilmu bahasa.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian dinyatakan seperti di bawah:
i. Mengenal pasti kesalahan cara menulis kata sendi nama ‘di’ dalam karangan bahasa
Melayu.
ii. Mengenal pasti punca kesalahan cara menulis kata sendi nama ‘di’ dalam karangan
bahasa Melayu.

SOALAN KAJIAN
Soalan kajian dinyatakan seperti di bawah:
i. Adakah terdapat kesalahan cara menulis kata sendi ‘di’ dalam karangan?
ii. Mengapakah murid membuat kesalahan cara menulis kata sendi ‘di’ dalam karangan?

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini berbentuk kajian tinjauan iaitu menganalisis masalah murid berkaitan kesalahan cara
penulisan kata sendi nama ‘di’ dalam karangan bahasa Melayu dengan menggunakan data
kualitatif yang akan dipungut melalui kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen.
Sampel kajian terdiri daripada lima orang murid sekolah rendah iaitu kelas Tahun 5 di sebuah
sekolah di daerah Petaling Jaya. Responden kajian yang diambil merupakan murid dari kelas
yang sama, belajar kemahiran menulis yang sama dan diajar oleh guru yang sama supaya
data yang diperoleh lebih berfokus kepada murid yang mempunyai ciri yang sama atau lebih
dikenali sebagai rawak bertujuan. Seterusnya, sampel ini terdiri daripada lelaki dan
perempuan. Hal ini bertujuan supaya dapatan kajian tidak tertumpu kepada satu jantina
sahaja.
Kajian ini menggunakan kaedah pungutan data melalui pemerhatian, temu bual dan
analisis dokumen. Teknik triangulasi data ialah teknik yang melibatkan penggunaan pelbagai
sumber untuk meningkatkan kesahihan kajian (Khan Ferdousour, 2012). Yin (2003),
menyatakan penggunaan pelbagai sumber merupakan salah satu cara atau bukti untuk
memastikan kesahihan hasil kajian. Pengkaji menggunakan pelbagai kaedah seperti
pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen secara serentak dalam memastikan kesahihan
data. Kaedah triangulasi membolehkan pengkaji membuktikan kualiti data dan interpretasi
daripada pengkaji. Sebelum menjalankan pemerhatian dan temu bual, pengkaji mendapatkan
kesahan daripada pakar tentang kaedah dan instrumen yang digunakan sebelum kajian
dilakukan mengikut keperluan.

1676
Pengkaji menjalankan pemerhatian secara berstruktur untuk mendapatkan hasil kajian
yang sesuai. Senarai semak disediakan sebagai pengukur semasa pemerhatian dijalankan.
Aspek dan perkara yang ingin diperhatikan akan ditentukan melalui borang senarai semak
yang disediakan. Seterusnya, pengkaji akan menggunakan perakam suara dan perakam video
untuk merekod perbualan antara peserta kajian dan pengkaji sewaktu sesi temu bual. Hal ini
dibuat bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dalam pengumpulan dan penganalisisan data.
Data temu bual ini akan dijelaskan dalam bentuk kualitatif dan dianalisis untuk mendapatkan
keputusan yang lebih terperinci. Akhir sekali, analisis dokumen juga dibuat untuk pengkaji
melihat kesalahan yang dilakukan dengan lebih jelas berkaitan cara menulis peserta kajian
tentang penggunaan kata sendi nama ‘di’ dalam penulisan karangan mereka. Ketiga-tiga
kaedah yang digunakan ini membantu pengkaji memantapkan lagi kebolehpercayaan dan
kesahan data yang dipungut.

DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian ini menjawab kepada dua soalan kajian berkaitan kesalahan cara menulis
kata sendi ‘di’ dalam karangan dan punca kesalahan cara menulis kata sendi nama ‘di
tersebut boleh berlaku.

Jadual 1
Analisis Data Borang Senarai Semak Pemerhatian Latihan Penulisan
Bil Item S1 S2 S3 S4 S5 Kekerapan Peratus
i. Kata Sendi Nama ‘di’
Terdapat
penggunaan kata
1. sendi nama ‘di’ Tidak Tidak Ya Ya Ya 3/5 60%
dalam penulisan
karangan
Terdapat
kesalahan cara
menulis kata
2. Tidak Tidak Ya Ya Ya 3/5 60%
sendi nama ‘di’
dalam penulisan
karangan
Dapat
3. membezakan Tidak Tidak Tidak Tidak tidak 0/5 0%
konsep antara

1677
kata sendi nama
‘di’ dan imbuhan
awalan ‘di-’
ii. Imbuhan Awalan ‘-di’
Terdapat
penggunaan
imbuhan awalan ‘-
1. Ya Ya Tidak Tidak Tidak 2/5 40%
di’ dalam
penulisan
karangan
Terdapat
kesalahan cara
menulis imbuhan
2. Ya Ya Tidak Tidak Tidak 2/5 40%
awalan ‘-di’ dalam
penulisan
karangan
Dapat
membezakan
konsep antara
3. Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak 0/5 0%
kata sendi nama
‘di’ dan imbuhan
awalan ‘di-’

Berdasarkan Jadual 1, pengkaji telah mendapati bahawa secara keseluruhannya semua


peserta kajian (S1, S2, S3, S4 dan S5) menggunakan kata sendi nama ‘di’ dalam penulisan
karangan Bahasa Melayu. Namun, peserta-peserta kajian ini masih keliru akan konsep kata
sendi nama ‘di’ dan imbuhan awalan ‘-di’.
Setelah proses temu bual dibuat, pengkaji juga telah mengetahui dengan lebih
mendalam mengenai punca berlakunya kesalahan cara menulis kata sendi nama ‘di’ dalam
karangan Bahasa Melayu. Jika diteliti hasil analisis temu bual yang telah dijalankan, peserta-
peserta kajian ini masih keliru akan konsep kata sendi nama ‘di’ dan imbuhan awalan ‘-di’.
Responden telah menyatakan bahawa tahap penguasaan konsep tersebut berada dalam
lingkungan 60 peratus ke 70 peratus.

1678
Rajah 1: Hasil dapatan temu bual berkenaan penguasaan murid terhadap konsep kata sendi
nama ‘di’.

Rajah 2: Hasil dapatan temu bual berkenaan penguasaan murid terhadap konsep kata sendi
nama ‘di’.

Di samping itu, sikap murid yang bersaing untuk menyiapkan tugasan dengan pantas
turut menjadi satu punca berlakunya kesalahan cara menulis kata sendi nama ‘di’ dalam
karangan yang dihasilkan.

Hasil analisis dokumen pula mendapati semua perserta kajian (S1, S2, S3, S4 dan S5)
telah menggunakan kata sendi nama ‘di’ dalam penulisan karangan Bahasa Melayu.
Kekerapan penggunaan kata sendi nama ‘di’ dalam penulisan karangan bergantung kepada
penggunaan peserta kajian itu sendiri. Peserta-peserta kajian ini masih keliru akan konsep
kata sendi nama ‘di’ dan imbuhan awalan ‘-di’. Hal ini dapat dibuktikan kerana kebanyakan
peserta kajian akan akan mempunyai satu atau dua kesalahan dalam menulis kata sendi nama
‘di’ meskipun telah menggunakannya berulang kali. Menurut responden yang telah ditemu

1679
bual, beliau menyatakan bahawa peserta kajian menggunakan kata sendi nama ‘di’
berdasarkan pengalaman semata-mata.

Rajah 3: Pengunaan Kata Sendi Nama Peserta Kajian S1

Rajah 4: Pengunaan Kata Sendi Nama Peserta Kajian S2

Rajah 5: Pengunaan Kata Sendi Nama Peserta Kajian S3

Rajah 6: Pengunaan Kata Sendi Nama Peserta Kajian S4

1680
Rajah 7: Pengunaan Kata Sendi Nama Peserta Kajian S5

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


Kajian ini boleh dirumuskan bahawa terdapat murid yang melakukan kesalahan ketika
menggunakan kata sendi nama ‘di’ dalam penulisan karangan yang dihasilkan. Dalam kajian
ini, pengkaji telah melaksanakan pemerhatian terhadap peserta kajian dan mengadakan sesi
temu bual secara bersemuka bersama responden. Seterusnya, pengkaji juga telah
menganalisis dokumen iaitu latihan penulisan karangan yang bertajuk ‘Pengalaman Bercuti
Bersama Keluarga’ bagi menyokong dapatan kajian yang diperoleh.
Hasil daripada kaedah pemerhatian yang dilakukan terhadap peserta kajian melalui
latihan penulisan karangan yang dibuat dalam bilik darjah, dapatan telah menunjukkan
terdapat penggunaan kata sendi nama ‘di’ dalam penulisan karangan. Di samping itu, perkara
ini turut disebut oleh responden pada sesi temu bual secara bersemuka yang dilaksanakan
oleh pengkaji. Responden telah menyatakan bahawa terdapat penggunaan kata sendi nama
‘di’ dalam penulisan karangan peserta kajian. Malahan, kenyataan ini turut disokong dengan
bukti analisis dokumen terhadap latihan penulisan karangan peserta kajian. Jelaslah bahawa,
kewujudan kata sendi nama ‘di’ diakui dan tidak dinafikan serta fenomena kewujudannya boleh
dijelaskan dari perspektif pragmatik berdasarkan prinsip relevan kognitif dan prinsip relevan
komunikatif serta idea-idea asas gagasan Sperber dan Wilson (Hasmidar Hassan ,2009).
Seterusnya, kesalahan ini dapat dikaitkan dengan masalah yang dialami oleh murid-
murid iaitu kekeliruan dalam memahami konsep dan fungsi utama kata sendi nama ‘di’ dalam
kemahiran menulis terutamanya ketika menulis karangan Bahasa Melayu. Bertepatan dengan
kajian yang dibuat oleh Zaharani Ahmad dan Teresa Jabah (2010), pelajar mendapati bahawa
pelajar sekolah turut mengalami masalah gagal membezakan imbuhan awalan ‘-di’ dan kata
sendi nama ‘di’. Kemudian, sikap persaingan antara rakan-rakan untuk menyiapkan tugasan
dengan pantas tanpa membuat semakan semula juga merupakan salah punca berlakunya
kesalahan penulisan tersebut. Hal ini dibuktikan oleh Hajiyah (2010) menyatakan pelajar-
pelajar bukan tidak pasti tentang fungsi penggunaan kata sendi nama dengan tepat malah
kesalahan ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti ketidakpastian, kekeliruan, kesalahan
ketika membuat tanggapan dan kecuaian yang boleh menyebabkan berlakunya kesalahan
dalam penggunaan kata sendi nama dengan tepat.

1681
Walau bagaimanapun, masih terdapat ruang dan peluang kepada pengkaji lain untuk
melaksanakan penyelidikan dalam topik dan bidang yang sama. Bagi kajian yang akan datang,
pengkaji menyarankan agar menjalankan penyelidikan berbentuk kuasi eksperimen seperti
cara mengatasi masalah kesalahan cara menulis kata sendi nama ‘di’ dalam penulisan
karangan murid-murid. Selain itu, pengkaji juga mencadangkan kajian yang seterusnya perlu
dibuat menggunakan pendekatan kauntitatif atau menggabungkan kedua-dua pendekatan
iaitu kualitatif dan kuantitatif. Dengan menggunakan pendekatan tersebut, pengkaji
seterusnya dapat melihat keberkesanan cara atau langkah yang dicipta oleh pengkaji untuk
mengatasi masalah yang dinyatakan. Seterusnya, pemilihan peserta kajian sebanyak 5 orang
kajian untuk menghasilkan satu dapatan adalah terhad. Justeru itu, disarankan untuk pengkaji
yang akan datang agar memilih bilangan sampel yang lebih besar dan populasi yang
menyeluruh serta menjalankan lanjutan kajian ini terhadap murid berbangsa lain seperti Cina,
India, etnik Sabah dan Sarawak atau secara bercampur.
Implikasi daripada kajian ini, guru-guru perlu mempersiapkan diri untuk melaksanakan
strategi pengajaran dan pembelajaran alaf baru untuk meningkatkan penguasaan murid
terhadap bidang tatabahasa. Di samping itu, pengetahuan guru turut memberikan impak yang
besar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dari segi praktikal
pula, guru juga boleh mempraktikkan Model Pengajaran Konsep seperti yang dinyatakan
untuk mengatasi masalah yang dialami oleh murid-murid iaitu melakukan kesalahan cara
menulis kata sendi nama ‘di’ dalam penulisan karangan.

RUJUKAN
Hajiyah Kechik @ Mohamed Zain. (2010). Penggunaan Kata Sendi Nama Bahasa
Melayu dalam Kalangan Pelajar Universiti. Thesis Ijazah Sarjana. Universiti
Putra Malaysia.

Hasmidar Hassan. (2009). Pola Ayat Dasar ke-4 Bahasa Melayu. Pemerian dari Perspektif
Pragmatik. Jurnal Bahasa. 9(1) : 1-18.

Khan Ferdousour Rahman. (2012). ‘Triangulation’ research method as the tool of


social science research. Bangladesh University of Professional Journal, 1, 156.

Mary Charity Anak Jitlep. (2010). Kesan Kata Tanya ‘di mana’ dalam Membantu Murid
Tahun Empat Menulis Kata Sendi Nama ‘di’ dalam Ayat Bahasa Melayu. Buku
Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun
2010. IPG Kampus Batu Lintang. 184-198.

Nik Safiah Karim. (2013). Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood.
(2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Wan Azlinda Wan Mukhtar. (2003). Kata Sendi Nama dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Menengah: Satu Tinjauan. Thesis
Ijazah Sarjana Muda. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

1682
Yin, Robert K. (2003). Case study research, design and methods (3rd ed, vol. 5). Thousand
Oaks: Sage

Zaharani Ahmad & Teressa Jabbar. (2010). Tahap Penguasaan Bahasa Melayu Remaja
Malaysia: Analisis Aspek Tatabahasa. Jurnal Lingusitik. Vol 10: 48-62.

1683
TAHAP PENGUASAAN GURU TERHADAP PELAKSANAAN PEMBELAJARAN
KOPERATIF DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Mohd Redzuan bin Shukor


redzuan09-955@epembelajaran.edu.my

Norliyah binti Sulaiman


norliyah@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


59990, Lembah Pantai
Kuala Lumpur

ABSTRAK
Pembelajaran koperatif merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berkumpulan yang kini
dititikberatkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menghasilkan kemahiran abad ke-21
murid. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji tahap penguasaan guru terhadap pelaksanaan
Pembelajaran Koperatif dalam pengajaran Bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan
dan pendekatan kuantitatif iaitu menggunakan borang soal selidik. Soalan tersebut meninjau tahap
pengetahuan guru terhadap pelaksanaan pembelajaran koperatif serta tahap penguasaan pedagogi
guru terhadap pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam pengajaran Bahasa Melayu. Kajian ini
melibatkan 84 orang responden yang terdiri daripada guru-guru Bahasa Melayu sekolah rendah di
sekitar zon Subang. Data-data kajian ini dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan
kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian mendapati tahap pengetahuan guru
terhadap pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam pengajaran Bahasa Melayu adalah pada tahap
yang tinggi iaitu dengan skor min 4.40. Majoriti guru telah mendapat pengetahuan tentang pembelajaran
koperatif melalui kursus-kursus dan taklimat yang telah dihadiri. Kajian ini juga mendapati bahawa tahap
penguasaan pedagogi guru terhadap pelaksanaan pembelajaran koperatif berada pada tahap yang
tinggi iaitu dengan skor min 4.53. Hal ini menunjukkan bahawa guru-guru telah bersedia untuk
melaksanakan pembelajaran koperatif dalam pengajaran di sekolah.
Kata kunci: Koperatif, Penguasaan, Pengetahuan, Pedagogi.

ABSTRACT
Cooperative learning is a method of group teaching and learning that is now emphasized by the Ministry
of Education Malaysia to produce 21st century skills of students. This study aims to assess the level of
teachers on the implementation of Cooperative Learning in teaching English. This study uses a survey
method and a quantitative approach that is using a questionnaire. Question of the review of the level of
knowledge about the implementation of cooperative learning and pedagogical proficiency level on the
implementation of cooperative learning in teaching Malay Language. The study involved 84 respondents
from teachers who teach Malay Language in primary school around Subang zone. The data of this study
were analyzed using descriptive statistics involving frequency, percentage, mean and standard
deviation. Results showed that the level of knowledge about the implementation of cooperative learning
in teaching English is at a high level, namely with a mean score of 4.40. The majority of teachers have
gained knowledge about cooperative learning through the courses and briefings they have attended.
This study also found that the level of pedagogical mastery of teachers on the implementation of
cooperative learning is at a high level with a mean score of 4.53. This indicates that teachers are ready
to implement cooperative learning in teaching in schools.
Keywords: Cooperative, Mastery, Knowledge, Pedagogy

1684
PENGENALAN
Dalam menghadapi pendidikan global dan merealisasikan FPK, seseorang guru seharusnya
bertanggungjawab dalam meningkatkan prestasi murid dalam usaha membina modal insan
kelas pertama pada masa hadapan. Melalui penghayatan FPK, guru akan mengubah teknik
serta strategi pengajaran yang berorientasikan untuk membentuk dan melahirkan insan yang
memenuhi keperluan tunjang FPK iaitu JERIS dalam memastikan PdP menjadi lebih menarik
dan berkesan. Oleh hal yang demikian, strategi dan kaedah pengajaran hendaklah
dipelbagaikan oleh guru secara kreatif dan inovatif semasa menjalankan sesi pengajaran dan
pembelajaran. Dengan ini, pembelajaran akan menjadi lebih lancar, menarik dan efektif
kepada murid jika kaedah dan pengajaran yang dilaksanakan adalah pelbagai dan sesuai
dengan isi pelajaran serta mengikut keperluan dan kemampuan murid (Mohamad Johdi,
2007).
Guru mestilah sekurang-kurangnya mengamalkan satu daripada kaedah pengajaran
yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Hal ini untuk memastikan murid tidak
merasa bosan dengan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Robiah (2000)
menyatakan bahawa terdapat murid yang mempersoalkan kualiti pengajar kerana pengajaran
mereka membosankan dan tidak menarik. Selain itu, terdapat juga guru yang hanya
mengamalkan kaedah pengajaran konvensional atau chalk and talk tanpa berusaha untuk
mempelbagaikan kaedah pengajaran mengikut kumpulan murid yang berbeza. Oleh hal yang
demikian, nilai kreativiti dalam diri guru amat diperlukan agar pendekatan pengajaran yang
lebih menarik dapat dilaksanakan di dalam bilik darjah. Merujuk Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu Tahun 5 (semakan 2017), Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) telah menyenaraikan beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran
berasaskan abad ke-21 dalam usaha untuk mencapai hasrat dan matlamat FPK. Satu
daripadanya ialah pembelajaran koperatif.
Pembelajaran koperatif secara langsungnya dapat meningkatkan pemahaman murid,
menggalakkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, meningkatkan pencapaian dan
motivasi murid serta meningkatkan pengetahuan murid tentang sesuatu perkara. Rumusnya,
pembelajaran koperatif merupakan satu daripada pembelajaran berasaskan abad ke-21 yang
sekali gus berjaya menggalakkan scenario pembelajaran yang aktif dan kondusif di dalam bilik
darjah.

PERNYATAAN MASALAH
Kaedah pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 sering menjadi topik perbahasan dalam
aspek penerapan nilai dan peningkatan motivasi murid untuk belajar. Pengajaran berbentuk
pasif tanpa menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang menarik akan
menjurus kepada kelemahan proses pengajaran yang seterusnya akan memberi kesan

1685
kepada penurunan prestasi murid di dalam kelas. Selain itu, isu penyediaan bahan serta
kawalan masa di dalam kelas juga menjadi kekangan dalam pelaksanaan pembelajaran
koperatif. Seterusnya, penguasaan guru dalam aspek pedagogi juga perlu dipandang serius
kerana kebanyakan guru lebih gemar dan masih mengamalkan pengajaran secara
konvensional berbanding menggunakan kaedah koperatif terutamanya kaedah chalk and talk.
Dengan ini, komunikasi dua hala antara guru dan murid tidak dapat berlaku kerana pengajaran
konvensional ini lebih berpusatkan guru. Hamid et al (2015) menyatakan bahawa pemahaman
murid sukar dicapai apabila berdepan dengan penyampaian guru yang lemah di samping
mengamalkan pengajaran dan pembelajaran yang membosankan. Hal ini disokong oleh
Carlgren (2013) yang menyatakan bahawa satu daripada faktor kelemahan murid dalam
menguasai kemahiran komunikasi, penyelesaian masalah dan pemikiran kritikal adalah
disumbangkan oleh guru. Oleh itu, kaedah chalk and talk ini sepatutnya sudah tidak relevan
untuk dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 ini.

OBJEKTIF KAJIAN
Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk:
1. Menentukan tahap pengetahuan guru terhadap pelaksanaan pembelajaran koperatif
dalam pengajaran Bahasa Melayu.
2. Menentukan tahap penguasaan pedagogi guru terhadap pelaksanaan pembelajaran
koperatif dalam pengajaran Bahasa Melayu.

SOALAN KAJIAN
Berdasarkan obejektif kajian, tiga soalan kajian telah dibina iaitu:
1. Apakah tahap pengetahuan guru terhadap pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam
pengajaran Bahasa Melayu?
2. Apakah tahap penguasaan pedagogi guru terhadap pelaksanaan pembelajaran
koperatif dalam pengajaran Bahasa Melayu?

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif. Kaedah
ini membolehkan kajian dilaksanakan mengenai tahap penguasaan guru terhadap
pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam pengajaran Bahasa Melayu menggunakan
intrumen soal selidik sebagai instrumen kajian. Kajian berbentuk kuantitatif dipilih kerana ia
melibatkan analisis statistik data numerik yang boleh menggambarkan sesuatu fenomena
dengan jelas. Kerlinger (1986) pula menyatakan bahawa data yang didapati melalui kaedah
tinjauan lazimnya tepat, dalam lingkungan “sampling error”, jika faktor kebolehpercayaannya
ialah 0.80 dan ke atas.

1686
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik. Menurut Cresswell
(2012), penggunaan kaedah soal selidik dipilih berdasarkan kepada rasional bahawa kajian ini
melibatkan saiz sampel dan capaian besar dan luas yang memerlukan pentadbiran serta
pengurusan cekap. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada item yang
dibina secara adaptasi dan modifikasi daripada soal selidik kajian terdahulu. Pengkaji juga
telah mendapatkan kebenaran daripada pemilik asal instrumen untuk mengubah suai item
sedia ada iaitu Pelaksanaan Pengajaran dan pembelajaran koperatif berasaskan abad ke-21:
Satu tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nenas oleh Aimi Hafizah (2017).
Pembinaan item secara adaptasi dan modifikasi ini perlu dilakukan agar soal selidik yang
dibina bersesuaian dengan objektif kajian (Creswell, 2012).
Soal selidik ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A mengenai latar belakang
responden yang mempunyai 5 item. Bahagian B mengandungi 10 item soalan tentang tahap
pengetahuan guru terhadap pelaksanaan pembelajaran koperatif. Bahagian C pula
mengandungi 10 item soalan tentang tahap penguasaan pedagogi guru terhadap pelaksanaan
pembelajaran koperatif dalam pengajaran Bahasa Melayu.
Instrumen soal selidik ini diuji melalui kajian rintis terhadap 32 orang responden. Hasil
analisis data kajian rintis mendapati bahawa nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi soal
selidik ini ialah 0.885. Hal ini menunjukkan kesemua item soal selidik ini melepasi tahap
kebolehpercayaan yang sangat baik. Oleh itu, soal selidik ini sesuai dan boleh diguna pakai
bagi menjalankan kajian sebenar.
Kajian sebenar telah dijalanan terhadap 84 orang guru Bahasa Melayu di zon Subang.
Data bagi soal selidik ini telah dianalisis secara deskriptif yang menerangkan nilai statistik
seperti min dan sisihan piawai. Bagi menjawab persoalan kajian, pengkaji telah menggunakan
interpretasi skor min yang diperoleh berdasarkan formula Nunnaly (1978) seperti jadual di 3.4
di bawah.

Jadual 1
Interpretasi Skor Min
Interpretasi Skor
Skor Min
Min
1.00 – 2.00 Rendah
2.01 – 3.00 Sederhana Rendah
3.01 – 4.00 Sederhana Tinggi
4.01 – 5.00 Tinggi

1687
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Dapatan kajian ini menjawab dua soalan kajian yang dibina iaitu tahap pengetahuan guru dan
tahap penguasaan pedagogi guru terhadap pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam
pengajaran Bahasa Melayu.

Jadual 2
Analisis item Tahap Pengetahuan Guru terhadap Pelaksanaan Pembelajaran Koperatif dalam
Pengajaran Bahasa Melayu
No. Sisihan
Item Min Tahap
item Piawai
B01 Saya amat memahami perkara berkaitan Pengajaran
4.22 0.67 Tinggi
Koperatif melalui taklimat dan kursus.
B02 Saya bersedia berkongsi pengetahuan kepada rakan
sekerja yang ingin mengamalkan Pengajaran 4.28 0.68 Tinggi
Koperatif.
B03 Interaksi pengajaran koperatif berlaku apabila murid
bertindak untuk menerangkan, berbincang dan
4.46 0.68 Tinggi
mengajar apa yang diketahui kepada ahli kumpulan
lain.
B04 Pengajaran Koperatif menekankan kemahiran sosial
murid seperti kepimpinan, membuat keputusan,
4.43 0.62 Tinggi
membina kepercayaan, komunikasi dan
penyelesaian konflik.
B05 Pengajaran Koperatif merujuk kepada kumpulan
murid yang berbeza kebolehan bekerjasama,
4.39 0.64 Tinggi
berkongsi idea, dan saling membantu untuk
mencapai matlamat yang sama.
B06 Pengajaran koperatif ialah kaedah PdP yang
memberi fokus terhadap interaksi sosial dalam 4.47 0.62 Tinggi
kalangan murid dengan kumpulan yang kecil.
B07 Perbezaan Pengajaran Koperatif dan konvensional
ialah guru sebagai fasilitator dan penglibatan guru 4.23 0.64 Tinggi
adalah di tahap yang minimum.
B08 Saya tahu pencapaian setiap murid dalam
Pengajaran Koperatif akan mempengaruhi markah 4.60 0.61 Tinggi
kumpulan

1688
B09 Saya tahu bahawa kumpulan Pengajaran Koperatif
yang baik adalah seramai empat hingga enam orang 4.48 0.54 Tinggi
ahli.
B10 Saya tahu Pengajaran Koperatif memerlukan murid
4.42 0.61 Tinggi
bergerak aktif dalam kumpulan.

Skor min keseluruhan 4.40 0.42 Tinggi

Berdasarkan jadual 2, min keseluruhan bagi tahap pengetahuan guru terhadap pelaksanaan
pembelajaran koperatif dalam pengajaran Bahasa Melayu ialah µ=4.40. Nilai min bagi aspek
pengetahuan guru ini berada pada tahap tinggi. Hal ini menunjukkan guru-guru Bahasa
Melayu di zon Subang mempunyai tahap pengetahuan pelaksanaan pembelajaran koperatif
dalam pengajaran Bahasa Melayu yang sangat baik. Nilai sisihan piawai keseluruhan pula
iaitu SP=0.42 menunjukkan bahawa set data kurang terserak dan menghampiri garis pusat.
Keadaan ini menunjukkan bahawa sebahagian besar guru-guru memberikan jawapan “tidak
pasti”, “setuju” dan “sangat setuju”.
Dalam kajian ini, dapatan bagi setiap item juga diberikan kerana menurut Hoffmann
(2017), laporan dapatan setiap item dapat membolehkan pembaca memahami dengan lebih
mendalam aspek yang dikaji. Item pertama ialah “Saya memahami perkara berkaitan
Pengajaran Koperatif melalui taklimat dan kursus”. Min bagi item tersebut ialah µ=4.22
manakala nilai sisihan piawai ialah SP=0.67. Nilai min dan sisihan piawai tersebut
menunjukkan bahawa set data sedikit terserak tetapi masih menghampiri garis pusat. Hal ini
menunjukkan sebahagian besar guru Bahasa Melayu memberikan jawapan “setuju” dan
“sangat setuju” manakala hanya segelintir menjawab “kurang pasti” dengan item tersebut.
Bagi analisis item kedua, iaitu “Saya bersedia berkongsi pengetahuan kepada rakan
sekerja yang ingin mengamalkan Pengajaran Koperatif.”, min bagi item ini ialah µ=4.28 yang
berada pada tahap tinggi. Hal ini bermaksud kebanyakan guru telah bersedia untuk berkongsi
pengetahuan mengenai pengajaran koperatif kepada rakan sekerja sekiranya diminta. Nilai
sisihan piawai bagi item ini ialah SP=0.68 menunjukkan data sedikit terserak tetapi masih
mendekati ukuran pusat. Keadaan ini menunjukkan bahawa kebanyakkan guru menjawab
“setuju” dan hanya segelintir yang menjawab “sangat setuju”.
Analisis item ketiga iaitu “Interaksi pengajaran koperatif berlaku apabila murid
bertindak untuk menerangkan, berbincang dan mengajar apa yang diketahui kepada ahli
kumpulan lain.” menunjukkan nilai min µ=4.46 yang berada pada tahap tinggi. Nilai sisihan
piawai bagi item ini pula ialah SP=0.68. Ini menunjukkan bahawa set data bagi item ini sedikit
terserak di sekitar min yang bermaksud kebanyakan guru menjawab “setuju” dan “sangat

1689
setuju” bagi item ini. Keadaan ini bermaksud guru mengetahui konsep asas pembelajaran
koperatif di mana murid perlu berkongsi idea dengan ahli kumpulan.
Item keempat pula mengenai “Pengajaran Koperatif menekankan kemahiran sosial
murid seperti kepimpinan, membuat keputusan, membina kepercayaan, komunikasi dan
penyelesaian konflik.” Menunjukkan nilai min µ=4.43. Nilai sisihan piawai bagi item ini pula
ialah SP=0.62. Keadaan ini menunjukkan bahawa kebanyakan guru bersetuju bahawa
pengajaran koperatif menekankan kemahiran sosial murid seperti kepimpinan, membuat
keputusan, membina kepercayaan, komunikasi dan penyelesaian konflik.
Seterusnya, item kelima iaitu “Pengajaran Koperatif merujuk kepada kumpulan murid
yang berbeza kebolehan bekerjasama, berkongsi idea, dan saling membantu untuk mencapai
matlamat yang sama.” Menunjukkan nilai min µ=4.39 yang berada pada tahap tinggi. Nilai
sisihan piawai pula ialah SP=0.64. Hal ini menunjukkan bahawa set data bagi item ini adalah
sedikit terserak tetapi masih mendekati pusat. Keadaan ini kerana kebanyakkan guru
menjawab “setuju” dan “sangat setuju” mengenai konsep pembelajaran koperatif yang
dinyatakan dalam item ini.
Analisis item keenam pula iaitu “Pengajaran koperatif ialah kaedah PdP yang memberi
fokus terhadap interaksi sosial dalam kalangan murid dengan kumpulan yang kecil.”, dapatan
kajian menunjukkan nilai min bagi item ini ialah µ=4.47 yang berada pada tahap tinggi. Nilai
sisihan piawai pula iaitu SP=0.62 menunjukkan bahawa set data bagi item ini sedikit terserak
tetapi tidak menjauhi pusat. Keadaan ini menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu
menjawab “setuju” dan “sangat setuju” bagi item ini.
Seterusnya, item ketujuh iaitu pernyataan tentang “Perbezaan Pengajaran Koperatif
dan konvensional ialah guru sebagai fasilitator dan penglibatan guru adalah di tahap yang
minimum.”, menunjukkan nilai min µ=4.23 dan nilai sisihan piawai SP=0.64. Ini menunjukkan
bahawa set data ini sedikit terserak tetapi mendekati pusat. Nilai skor min pula menunjukkan
bahawa kebanyakkan guru Bahasa Melayu menjawab “setuju” dan hanya segelintir guru
menjawab “sangat setuju” bagi item ini.
Item kelapan pula iaitu “Saya tahu pencapaian setiap murid dalam Pengajaran
Koperatif akan mempengaruhi markah kumpulan” mencapai skor min µ=4.60 yang berada
pada tahap tinggi. Hal ini menunjukkan kebanyakkan guru mengetahui bahawa pencapaian
murid dalam pengajran koperatif akan mempengaruhi markah kumpulan. Nilai sisihan piawai
bagi item ini pula iaitu SP=0.61 menunjukkan bahawa set data bagi item ini sedikit terserak
dan hampir keseluruhan guru menjawab “sangat setuju” dan “setuju” bagi item ini.
Item kesembilan pula iaitu “Saya tahu bahawa kumpulan Pengajaran Koperatif yang
baik adalah seramai empat hingga enam orang ahli.”, menunjukkan nilai skor min µ=4.48 yang
berada pada tahap tinggi. Hal ini menunjukkan guru mengetahui tentang jumlah murid yang
sesuai dalam sesuatu kumpulan dalam pelaksanaan pengajaran koperatif. Nilai sisihan piawai

1690
pula iaitu SP=0.54 menunjukkan bahawa set data bagi item ini agak terserak antara “setuju”
dan “sangat setuju” tetapi nilai sisihan piawai masih mendekati garis pusat.
Akhir sekali, item kesepuluh iaitu pernyataan tentang “Pengajaran Koperatif
memerlukan murid bergerak aktif dalam kumpulan.”, mendapati nilai skor min ialah µ=4.42
iaitu pada tahap yang tinggi. Nilai sisihan piawai pula menunjukkan nilai 0.61 yang bermaksud
bahawa set data bagi item ini sedikit terserak tetapi tidak menjauhi garis pusat. Keadaan ini
menunjukkan bahawa kebanyakkan guru bersetuju bahawa pengajaran koperatif memerlukan
murid bergerak aktif dalam kumpulan agar teknik perbincangan, perkongsian idea dapat
dilaksanakan.

Jadual 3
Analisis item Tahap Penguasaan Pedagogi Guru terhadap Pelaksanaan Pembelajaran
Koperatif dalam Pengajaran Bahasa Melayu
No. Sisihan
Item Min Tahap
item Piawai
C01 Saya memberi peluang murid memberi maklum
balas kepada satu sama lain dalam aktiviti 4.53 0.58 Tinggi
Pengajaran Koperatif
C02 Saya menggunakan struktur Pengajaran Koperatif
yang sesuai dengan aras pemikiran dan jelas 4.57 0.56 Tinggi
difahami untuk menggalakkan kemahiran kolaboratif.
C03 Saya merancang pelbagai aktiviti Pengajaran
Koperatif yang relevan dan berkualiti sepanjang 4.50 0.52 Tinggi
pengajaran dan pembelajaran.
C04 Saya memastikan pengajaran dan pembelajaran
saya mempunyai kaitan yang jelas dengan konteks 4.50 0.62 Tinggi
dunia sebenar dan merentas kurikulum.
C05 Saya memberi peluang kepada murid melakukan
pentaksiran kendiri dan rakan sebaya dalam
Pengajaran Koperatif untuk mengetahui sama ada 4.53 0.58 Tinggi
mereka telah mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran atau tidak.
C06 Saya telah membina persekitaran fizikal kelas yang
menggalakkan pembelajaran berpusatkan murid 4.58 0.56 Tinggi
iaitu Pengajaran Koperatif.

1691
C07 Saya mewujudkan aktiviti Pengajaran Koperatif
4.52 0.54 Tinggi
dengan persekitaran emosi yang positif.
C08 Saya merancang teknik pembezaan dalam
Pengajaran Koperatif untuk memberi peluang
4.53 0.56 Tinggi
penyertaan yang sama dalam pengajaran dan
pembelajaran.
C09 Saya memberi kebebasan berfikir kepada murid
dalam menyelesaikan tugasan yang diberi dalam 4.61 0.53 Tinggi
pengajaran dan pembelajaran koperatif
C10 Saya memastikan aktiviti Pengajaran Koperatif yang
dirancang selari dengan objektif pengajaran yang 4.48 0.58 Tinggi
ingin dicapai.

Skor min keseluruhan 4.53 0.32 Tinggi

Berdasarkan jadual 3, min keseluruhan bagi tahap penguasaan pedagogi guru terhadap
pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam pengajaran Bahasa Melayu ialah µ=4.53. Nilai min
bagi aspek penguasaan pedagogi guru ini berada pada tahap tinggi. Hal ini menunjukkan guru-
guru Bahasa Melayu di zon Subang mempunyai tahap penguasaan pedagogi pelaksanaan
pembelajaran koperatif dalam pengajaran Bahasa Melayu yang sangat baik. Nilai sisihan
piawai keseluruhan pula iaitu SP=0.32 menunjukkan bahawa set data kurang terserak dan
menghampiri garis pusat. Keadaan ini menunjukkan bahawa sebahagian besar guru-guru
memberikan jawapan “setuju” dan “sangat setuju” dan hanya segelintir guru menjawab “tidak
pasti”.
Seterusnya, bagi penganalisisan setiap item, item pertama iaitu “Saya memberi
peluang murid memberi maklum balas kepada satu sama lain dalam aktiviti Pengajaran
Koperatif.” menunjukkan nilai skor min µ=4.53 iaitu pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan
bahawa guru sentiasa memberi peluang kepada murid untuk memberi maklum balas kepada
satu sama lain untuk menggalakkan perkongsian idea antara mereka. Nilai sisihan piawai bagi
item ini pula ialah SP=0.58. Nilai ini menunjukkan bahawa set data bagi item ini sedikit terserak
dan mendekati garis pusat.
Item kedua pula iaitu “Saya menggunakan struktur Pengajaran Koperatif yang sesuai
dengan aras pemikiran dan jelas difahami untuk menggalakkan kemahiran kolaboratif.”,
mendapati nilai min ialah µ=4.57 yang berada pada tahap tinggi. Ini menunjukkan bahawa
guru sentiasa menitikberatkan aras pemikiran murid untuk memastikan pengajaran koperatif
dapat dilaksanakan dengan berkesan. Nilai sisihan piawai pula iaitu SP=0.56 menunjukkan
bahawa data sedikit terserak dan mendekati garisan pusat.

1692
Seterusnya, item ketiga pula iaitu “Saya merancang pelbagai aktiviti Pengajaran
Koperatif yang relevan dan berkualiti sepanjang pengajaran dan pembelajaran.” mendapati
nilai min ialah µ=4.50 iaitu pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa guru sentiasa
memastikan aktiviti yang dilaksanakan adalah berasaskan PAK-21 untuk memupuk
pengajaran koperatif yang berkualiti. Nilai sisihan piawai bagi item ini pula ialah SP=0.52.
Keadaan ini menunjukkan set data bagi item ini sedikit terserak jauh daripada garis pusat.
Item keempat iaitu “Saya memastikan pengajaran dan pembelajaran saya mempunyai
kaitan yang jelas dengan konteks dunia sebenar dan merentas kurikulum.”, menunjukkan nilai
min µ=4.50 dengan sisihan piawai SP=0.62. Ini menunjukkan tahap interpretasi min bagi item
ini berada pada tahap tinggi yang bermaksud kebanyakan guru memastikan pengajaran
koperatif yang dirancang mempunyai kaitan dengan konteks dunia sebenar dan merentas
kurikulum bagi merangsang minda murid dan sentiasa peka dengan isu semasa.
Seterusnya, item kelima “Saya memberi peluang kepada murid melakukan pentaksiran
kendiri dan rakan sebaya dalam Pengajaran Koperatif untuk mengetahui sama ada mereka
telah mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran atau tidak.”, mencapai nilai skor min
µ=4.53 iaitu tahap yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa guru-guru sentiasa memberi peluang
kepada murid untuk membuat penilaian kendiri sebagai salah satu langkah dalam
pelaksanaan pembelajaran koperatif. Nilai sisihan piawai bagi item ini pula ialah SP=0.58
menunjukkan bahawa set data sedikit terserak tetapi mendekati garis pusat.
Item keenam pula iaitu “Saya telah membina persekitaran fizikal kelas yang
menggalakkan pembelajaran berpusatkan murid iaitu Pengajaran Koperatif.”, mendapati nilai
skor min berada pada tahap tinggi iaitu µ=4.58. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan guru
memastikan persekitaran fizikal kelas sentiasa dalam keadaan baik untuk menggalakkan
pembelajaran koperatif. Nilai sisihan piawai bagi item ini ialah SP=0.56 menunjukkan bahawa
set data bagi item ini agak terserak tetapi mendekati garis pusat.
Item ketujuh pula ialah “Saya mewujudkan aktiviti Pengajaran Koperatif dengan
persekitaran emosi yang positif.” dengan nilai skor min µ=4.52 iaitu pada tahap yang tinggi.
Nilai sisihan piawai pula menunjukkan skor SP=0.54. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan
guru bersetuju bahawa mereka perlu membina persekitaran emosi yang positif seperti
menggalakkan perbincangan, memberikan peneguhan positif bagi memastikan murid sentiasa
memberikan tumpuan dalam pengajaran Bahasa Melayu berasaskan pembelajaran koperatif.
Item kelapan berkenaan “Saya merancang teknik pembezaan dalam Pengajaran
Koperatif untuk memberi peluang penyertaan yang sama dalam pengajaran dan
pembelajaran.”, mendapat skor min µ=4.53 iaitu pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan
bahawa guru mengaplikasi teknik pembezaan dalam pengajaran koperatif supaya setiap murid
dapat melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran kelas. Sisihan piawai bagi item ini iaitu
SP=0.56 menunjukkan bahawa set data ini agak terserak tetapi mendekati garis pusat.

1693
Item kesembilan iaitu “Saya memberi kebebasan berfikir kepada murid dalam
menyelesaikan tugasan yang diberi dalam pengajaran dan pembelajaran koperatif.”,
menunjukkan nilai skor min berada pada tahap tinggi µ=4.61. Ini menunjukkan bahawa guru
memberi kebebasan berfikir kepada murid untuk merangsang pemikiran secara kritis dan
kreatif dalam melaksanakan tugasan. Sisihan piawai bagi item ini ialah SP=0.58 menunjukkan
set data bagi item ini agak terserak tetapi mendekati garis pusat.
Akhir sekali, item kesepuluh iaitu “Saya memastikan aktiviti Pengajaran Koperatif yang
dirancang selari dengan objektif pengajaran yang ingin dicapai.”, mencapai skor min µ=4.48
yang berada pada tahap tinggi. Sisihan piawai bagi item ini ialah SP=0.58 menunjukkan
bahawa set data bagi item ini agak terserak tetapi mendekati garis pusat. Keadaan ini
menunjukkan bahawa kebanyakan guru sangat bersetuju bahawa mereka memastikan aktiviti
pengajaran koperatif yang dirancang sesuai dan selari dengan objektif pengajaran supaya
objektif pengajaran tersebut dapat dicapai.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru terhadap pelaksanaan
pembelajaran koperatif dalam pengajaran Bahasa Melayu ialah tinggi. Hasil kajian ini
membuktikan bahawa guru-guru menguasai dengan baik pengetahuan tentang pelaksanaan
pembelajaran koperatif dalam pengajaran Bahasa Melayu. Selain itu, majoriti guru juga
memahami dan bersetuju dengan konsep-konsep dan ciri-ciri pembelajaran koperatif yang
telah dikemukakan dalam bahagian ini. Hal ini demikian kerana kebanyakan guru telah
mendapat pendedahan tentang pembelajaran koperatif melalui taklimat dan kursus seperti
Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP). Hal ini dapat dilihat dalam item pertama bagi soal
selidik bahagian ini yang mencapai skor min µ=4.22 dan sisihan piawai SP=0.67.
Dapatan kajian ini disokong oleh dapatan kajian yang dijalankan oleh Salimah (2013)
dalam kajian Persepsi Guru terhadap Pembelajaran Koperatif yang menyatakan bahawa
responden kajian beliau telah dapat menjelaskan konsep pembelajaran koperatif dengan jelas.
Dapatan kajian tersebut dapat diulas dengan jelas kerana pengkaji telah menggunakan
kaedah kualitatif. Seterusnya, kajian yang dijalankan oleh Aimi Hafizah (2017) yang bertajuk
Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Koperatif berasaskan Abad ke-21: Satu tinjauan
di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nenas, mendapati tahap pengetahuan guru dalam
pelaksanaan pembelajaran koperatif berada pada tahap yang sangat baik. Hal ini demikian
kerana kajian ini telah dilaksanakan ke atas guru-guru yang mengajar di Sekolah Amanah.
Selain itu, kajian oleh Bhavani dan Zamri (2017) mendapati bahawa pencapaian murid yang
tinggi dipengaruhi oleh pengajaran guru yang menguasai pengetahuan, pedagogi dan amalan
dalam memastikan keberkesanan dapat dicapai.

1694
Dapatan kajian ini juga membuktikan bahawa guru-guru Bahasa Melayu di zon Subang
telah menguasai dengan baik pedagogi berkaitan pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam
pengajaran Bahasa Melayu dan ini sangat penting bagi memastikan kualiti pengajaran
mencapai tahap optimum di samping dapat meningkatkan kemahiran guru terhadap
pelaksanaan pembelajaran koperatif. Dapatan kajian ini seakan sama dengan dapatan kajian
lain seperti kajian oleh Nurul ‘Ain, Md Nasir dan Abd. Manaf (2019) yang menyatakan bahawa
tahap amalan guru dalam pelaksanaan pembelajaran koperatif adalah baik. Walau
bagaimanapun, guru-guru masih berusaha mempelajari secara mendalam tentang aktiviti
pembelajaran koperatif untuk mengoptimumkan pembelajaran murid dari segi kognitif,
psikomotor dan afektif. Walau bagaimanapun, kajian yang dijalankan oleh Norazlin dan Siti
Rohaimah (2019) mendapati pedagogi guru terhadap pembelajaran koperatif masih pada
tahap rendah atau sederhana. Hal ini berlaku kerana faktor demografi kerana kajian oleh
Norazlin dan Siti Rohaimah (2019) telah dilaksanakan di sebuah sekolah kawasan luar bandar.
Oleh hal yang demikian, guru-guru sekolah tersebut mungkin kurang mendapat pendedahan
tentang pelaksanaan pembelajaran koperatif secara jelas melalui taklimat atau kursus.
Implikasinya, kajian ini dapat mendorong guru-guru untuk menekankan kepentingan
penguasaan pengetahuan dan pedagogi pembelajaran koperatif bagi mewujudkan proses
pengajaran yang lebih berkesan. Jika dibandingkan dengan kajian-kajian lepas seperti kajian
yang dilaksanakan oleh Sarimah, Mohaimin dan Rohana (2012), kajian ini lebih berfokus
kepada masalah-masalah yang berlaku dalam pengaplikasian pembelajaran koperatif. Oleh
hal yang demikian, guru-guru boleh menggabungkan dapatan kedua-dua kajian dengan
meneliti ciri-ciri pembelajaran koperatif yang perlu dikuasai serta masalah-masalah yang
dihadapi semasa melaksanakan pembelajaran koperatif supaya pelaksanaan pembelajaran
koperatif dapat berjalan dengan lancar. Hal ini sangat penting supaya dapat mewujudkan
suasana pembelajaran yang menarik serta murid-murid akan lebih berminat dan seronok
untuk mempelajari mata pelajaran Bahasa Melayu.
Cadangan kajian lanjutan boleh dibuat oleh pengkaji kepada pengkaji lain ialah
pengkaji lain boleh menggunakan topik kajian yang sama tetapi hanya menukarkan sasaran
responden kajian yang dilakukan. Kajian ini mensasarkan guru-guru Bahasa Melayu di zon
Subang iaitu guru-guru di sekolah bandar. Oleh itu, para pengkaji lain boleh menukarkan
sasaran responden kepada guru-guru di sekolah luar bandar mahupun guru di sekolah
pedalaman. Hal ini demikian kerana kemungkinan terdapat perbezaan amalan pedagogi
antara guru-guru di bandar dengan guru-guru di luar bandar (Che Nidzam, Saidatul Ainoor &
Asmayati, 2016). Oleh hal yang demikian, kajian lanjutan yang dilaksanakan dapat menjawab
persoalan tersebut di samping meninjau tahap penguasaan pengetahuan dan pedagogi guru
di luiar bandar.

1695
Seterusnya, kajian ini dilaksanakan menggunakan pendekatan kuantitatif yang
melibatkan jumlah responden yang besar dan menggunakan instrumen soal selidik. Oleh itu,
pengkaji mencadangkan supaya pengkaji lain untuk melaksanakan tinjauan tahap
pengetahuan dan penguasaan pedagogi guru terhadap pelaksanaan pembelajaran koperatif
menggunakan pendekatan kajian kualitatif. Hal ini demikian kerana kajian berbentuk kualitatif
dapat memberikan dapatan kajian yang lebih mendalam dan menyeluruh melalui kaedah
pengumpulan data temu bual, pemerhatian dan penganalisisan dokumen (Taylor, Bogdan &
De Vault, 2015). Oleh hal yang demikian, pengkaji dapat menetukan tahap penguasaan
pengetahuan dan pedagogi guru berkaitan pembelajaran koperatif dengan lebih jelas
menggunakan pendekatan kualitatif.
Kesimpulannya, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan guru
serta tahap penguasaan pedagogi guru terhadap pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam
pengajaran Bahasa Melayu. Walaupun telah banyak kajian berkaitan pembelajaran koperatif
dilakukan namun kajian berkaitan pelaksanaan pembelajaran koperatif oleh guru Bahasa
Melayu di sekolah rendah masih kurang. Oleh hal yang demikian, kajian ini dilaksanakan bagi
mengenal pasti sama ada guru-guru di sekolah rendah menguasai pengetahuan dan pedagogi
berkaitan pembelajaran koperatif atau tidak. Melalui dapatan kajian ini, para guru dapat
merujuk kesesuaian elemen pembelajaran koperatif yang patut diaplikasikan dalam
pengajaran Bahasa Melayu.

RUJUKAN

Aimi Hafizah Fadzilah. (2017). Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran koperatif


berasaskan abad ke-21: Satu tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nenas.
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Bhavani Somasundram & Zamri Mahamod. (2017). Keberkesanan pembelajaran koperatif


terhadap pencapaian dan motivasi murid sekolah menengah dalam pembelajaran Bahasa
Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Jld. 7(1), 11-23.

Carlgren, L. (2013). Design Thinking asan Enabler of Innovation: Exploring theConcept and Its
Relation to BuildingInnovation Capabilities. PhD thesis, Chalmers University, Gothenburg.

Che Nidzam Che Ahmad, Saidatul Ainoor Shaharim & Asmayati Yahaya. (2016). Kesesuaian
persekitaran pembelajaran, interaksi guru-pelajar, komitmen belajar dan keselesaan
pembelajaran dalam kalangan pelajar. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, Jld
6(1), 101-120.

Cresswell, J. W. (2012). Educating research: Planning conducting and evaluating quantitative


and qualitative research. (4th edition). Pearson Education.

Hamid K. A., Ahmad A., Awang M.M., Ahmad A.R (2015). Kepentingan Pengetahuan
Pedagogi Isi kandungan (PPIK) Bagi Guru Bukan Opsyen Dalam Mata Pelajaran Sejarah
Di Sekolah Menengah: Satu Kajian Retrospektif Di Malaysia. Proceeding: 7th International

1696
Seminar on Regional Education. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi, Selangor. Vol 1, 253-258.

Hoffmann, S. (2017). Methods and procedures of transdisciplinary knowledge intergration:


Empirical insights from four thematic synthesis processes. Ecology and Society. 22(1), 27-
40.

Kerlinger, F. N. (1986). Foundation of behavioral research (2nd edition). Holt Rinehart and
Winston.

Mohamad Johdi, S. (2007). Guru efektif dan peranan guru dalam mencapai objektif
persekolahan sekolah rendah: Perspektif guru besar. Kuching, Malaysia: Institut Perguruan
Batu Lintang, Mei 2007.

Norazlin Mohd Rusdin & Siti Rohaimah Ali. (2019). Amalan dan cabaran pelaksanaan
pembelajaran abad ke-21. Reseach Institute for Islamic Product and Malay Civilization
(INSPIRE). 87-105.

Nunnaly, J. C. (1978). Psychometric theory. McGraw Hill Book Company.

Nurul ‘Ain Saffah Ullah, Md Nasir Ibrahim & Abd Manaf Bejau. (2019). Amalan aktiviti
pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) Pendidikan Seni
Visual di sekolah rendah. Journal of Educational Research and Indigenous Studies, Jld.
2(1), 1-15.

Robiah Sidin (2000). Inovasi kaedah pengajaran: Pengalaman di Universiti Kebangsaan


Malaysia. Prosiding National Conference on Teaching and Learning in Higher Education,
Oktober 9- 10, Universiti Utara Malaysia.

Salimah Alias. (2013). Persepsi guru terhadap pembelajaran koperatif. International


Conference on Public Policy and Social Science (ICoPS).

Sarimah Ismail, Mohaimin Tabrani & Rohana Hamzah. (2012). Kekangan aplikasi pengajaran
koperatif di sekolah rendah. Fakulti Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia.

Taylor, J. S., Bogdan, R. & De Vault, M. (2015). Introduction to qualitative research methods:
A guidebook and resource. New Jersey: John Wiley & Sons, Inc.

1697
PENGAPLIKASIAN DIDIK HIBUR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH SECARA DALAM TALIAN

Muhamad Wafiy bin Mohd Noor


muhamad09-956@epembelajaran.edu.my

Norliyah binti Sulaiman


norliyah@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


59990, Lembah Pantai Kuala
Lumpur

ABSTRAK
Cabaran pandemik COVID-19 telah mengubah corak pengajaran guru-guru Bahasa Melayu sekolah
rendah secara bersemuka kepada pengajaran dalam talian. Pelaksanaan pengajaran dalam talian telah
menuntut mereka untuk memastikan mereka sentiasa kompeten dalam menjalankan tanggungjawab
mereka. Teknik didik hibur merupakan salah satu teknik yang digunakan oleh guru dalam mewujudkan
suasana pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka
pengaplikasian didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran oleh guru Bahasa Melayu sekolah
rendah secara dalam talian. Oleh itu, kaedah kajian kuantitatif dengan pendekatan tinjauan telah
digunakan. Dalam kajian ini, sampel yang terlibat merupakan 73 orang guru Bahasa Melayu sekolah
rendah yang mengajar di Keramat, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Data yang diperoleh dianalisis
menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 26 untuk mendapatkan peratus, min
dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati teknik nyanyian mempunyai nilai min tertinggi bagi tahap
pengaplikasian didik hibur secara dalam talian dan bagi tahap keberkesanan pengaplikasian didik hibur
secara dalam talian. Teknik lakonan pula mempunyai nilai min terendah bagi tahap pengaplikasian didik
hibur secara dalam talian dan bagi tahap keberkesanan pengaplikasian didik hibur secara dalam talian.
Dapatan kajian ini dapat memberi panduan kepada guru-guru Bahasa Melayu sekolah rendah dalam
mengaplikasi didik hibur semasa melaksanakan PdP secara dalam talian terhadap murid.
Kata kunci: Teknik didik hibur, pandemik COVID-19, pengajaran dalam talian, Bahasa Melayu, kaedah
tinjauan

ABSTRACT
COVID-19 pandemic has changed the way of Malay Language teachers deliver their teaching from face
to face to online teaching and learning. The implementation of online teaching and learning has
demanded them to equip themselves with competency to diliver their responsibility. Entertainment
teaching technique is one of the techniques used by teachers in creating an effective and fun learning
environment. The objective of this study is to explore the application of fun learning in online teaching
and learning process by primary school of Malay Languange teachers. Therefore, this research was
designed using qualitative approach and survey method. This reseach was participated by 73 of primary
Malay Language teacher in Keramat, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. The collected datas was
analysed using Statitical Package for Social Science (SPSS) version 26 to get percentage, mean and
standard deviation. The results of the study found that singing technique has the highest mean value for
the level of online entertainment education application and for the level of effectiveness of online
entertainment education application. The acting technique has the lowest mean value for the level of
online entertainment application and for the level of effectiveness of online entertainment application.
The findings of this study can provide guidance to tMalay primary school teachers in applying
entertainment teaching technique when implementing an online PDP against students.
Keyword: Entertainment teaching technique, COVID-19 pandemic, online teaching, Malay Language,
survey method

1698
PENGENALAN
Pada Januari 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan situasi
pandemik yang sangat bahaya akibat daripada penularan sejenis wabak baharu jenis korona,
yang dikenali sebagai wabak Covid-19 (Ehwan Ngadi, 2020). Pada ketika itu, dunia telah
dikejutkan dengan berita penularan wabak baharu ini yang telah dikenal pasti berpunca
daripada Bandar Wuhan di China. Ekoran daripada penularan wabak ini, ia telah
mengakibatkan banyak bilangan kes kematian dengan angka yang sangat tinggi. Susulan
daripada penularan Covid-19 ini, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020 yang lalu yang menuntut seluruh masyarakat untuk
mengawal penularan wabak Covid-19 daripada terus merebak (Muzaffar Syah, 2020).
Disebabkan ini, sektor pendidikan turut menerima impak daripada pelaksanaan PKP
ini. Kemudian, pihak kerajaan telah mewartakan agar proses pengajaran dan pembalajaran
dijalankan secara dalam talian ataupun Pengajaran dan Pembelajaran dari rumah (PdPr).
Berdasarkan PPPM, pengaplikasian didik hibur merupakan salah satu cara untuk mewujudkan
pembelajaran yang menyeronokkan. Norhidani & Norasmah (2018) menyatakan bahawa
pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik didik hibur mempunyai ciri-ciri sesi
pembelajaran yang menyeronokkan kerana mengandungi unsur kelakar, kecindan, estetik,
permainan, muzik dan lakonan. Namun begitu, pengajaran dan pembelajaran berunsurkan
didik hibur tidak dapat dilaksanakan seperti biasa kerana PdPr. Oleh itu, kajian ini
dilaksanakan bagi melihat tahap pengaplikasian didik hibur dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah secara dalam talian serta melihat keberkesanan
pengaplikasian teknik didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu secara
dalam talian.

PERNYATAAN MASALAH
Dalam era norma baharu ini, semua pihak perlu melaksanakan kerja-kerja seharian mereka
menerusi platform secara atas talian. Jika dilihat pada masa kini, terdapat pelbagai jenis
medium yang boleh digunakan oleh golongan pendidik untuk menjalankan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran secara atas talian. Guru merupakan antara saluran utama penyampaian
ilmu serta maklumat kepada murid-murid. Hal ini kerana guru merupakan individu yang
dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pelan serta perancangan yang telah
dibincangkan oleh pihak kementerian. Namun, sekiranya guru tidak menguasai serta
melaksanakan kaedah dan teknik mengajar dengan baik, maka perkara ini boleh
mempengaruhi kualiti serta kesan pengajaran dan pembelajaran. Kurang pengetahuan
mengenai kaedah serta pendekatan menyukarkan proses Pengajaran dan Pembelajaran dari
Rumah (PdPR). Menurut Ramlah Jantan (2002), dalam kajiaannya mendapati sistem
pendidikan yang bergantung sepenuhnya kepada guru, papan hitam dan buku teks dirasakan
kurang sesuai digunakan dalam system pendidikan moden. Oleh itu, guru seharusnya

1699
menggunakan pendekatan, teknik dan kaedah yang lebih sesuai tambahan lagi proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara atas talian.
Berfokus kepada PdPR, Objektif PdPR adalah tidak berubah dan sama seperti objektif
pdp di sekolah iaitu bagi memastikan setiap sesi pdp yang dijalankan mencapai objektif
pengajaran. Abdullah Hassan (2013), kegagalan dalam merancang dan menentukan teknik
pengajaran Bahasa Melayu menyebabkan isi pelajaran gagal disampaikan secara berkesan.
Kegagalan guru untuk merancang dan melaksanakan pdp dengan menggunakan pendekatan
yang tidak sesuai boleh menyebabkan murid tidak memahami isi pelajaran dengan jelas.
Kegagalan guru untuk menarik perhatian murid serta tumpuan murid sepanjang sesi
pembelajaran boleh menyebabkan suasana pembelajaran membosakan dan tidak
menyeronokkan.
Manakala kajian Kamsani (2012), mendapati bahawa guru tidak memberi peluang
kepada murid untuk terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru
kurang memberikan ruang serta peluang untuk murid berfikir secara kritis dan kreatif dalam
pelajaran yang diajar. Guru hanya mengikut prosedur yang terdapat dalam buku teks tanpa
mengambil kira keadaan murid. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan didik hibur
merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid. Murid akan
diberikan peluang untuk bergerak aktif dan melakukan aktiviti. Kurangnya aktviti pergerakan
dan hanya menggunakan kaedah pengajaran tradisional akan menyebabkan murid bersikap
pasif. Rasa minat serta keseronokan semasa belajar tidak akan diperolehi oleh murid-murid.
Pembelajaran yang menyeronokkan serta menyenangkan akan dapat membantu murid
mengingati apa yang dipelajari sekaligus dapat diaplikasi dalam kehidupan seharian.
Yahya Othman (2004), pula mendapati murid kurang berminat belajar disebabkan gaya
pengajaran guru yang tidak memenuhi gaya pembelajaran mereka. Murid tidak memahami
kandungan pelajaran kerana strategi pengajaran guru tidak sesuai. Guru hanya tertumpu
kepada menyiapkan buku kerja sahaja. Kurangnya variasi dalam teknik dan kaedah
pengajaran oleh guru akan menyulitkan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana
setiap murid adalah berbeza-beza. Oleh itu, didik hibur merupakan salah satu wahana yang
boleh digunakan dan diaplikasi oleh guru-guru kerana pengajaran dan pembelajaran
menggunakan didik hibur mampu meberikan variasi serta keseronokkan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran kepada murid.
Secara tuntasnya, kesan sesuatu pembelajaran itu boleh dinilai apabila pelajar
menunjukan perubahan pada cara pembelajarannya (Roselan Baki, 2006). Proses
pembelajaran perlu penglibatan kedua-dua pihak secara aktif iaitu murid perlu memiliki
kesanggupan untuk menerima semua maklumat yang disampaikan oleh guru serta
memberikan kerjasama semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Guru pula perlu
memiliki pelbagai teknik pengajaran yang bersesuaian dengan kepelbagaian murid. Oleh itu,

1700
tujuan kajian ini ditulis untuk memfokuskan kepada teknik dan implikasi didik hibur ke atas
proses pembelajaran.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dilakukan untuk mengetahui pengaplikasian didik hibur dalam proses pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu secara dalam talian. Objektif kajian adalah seperti berikut:
i. Mengenal pasti pengaplikasian teknik didik hibur yang digunakan oleh guru Bahasa
Melayu Sekolah Rendah secara dalam talian.
ii. Mengenal pasti sejauh manakah keberkesanan didik hibur yang digunakan oleh guru
Bahasa Melayu Sekolah Rendah secara dalam talian

SOALAN KAJIAN
Persoalan-persoalan yang diutarakan dalam kajian ini adalah seperti berikut, iaitu:
iii. Apakah pengaplikasian teknik didik hibur yang digunakan oleh guru Bahasa Melayu
Sekolah Rendah secara dalam talian.
iv. Sejauah manakah keberkesanan didik hibur yang digunakan oleh guru Bahasa Melayu
secara atas talian?

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan menggunakan kaedah kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjaun
yang sering dijalankan dalam penyelidikan (Mohd Majid, 2009). Idris Awang (2001),
menyatakan data dalam penyelidikan kuantitaif adalah bentuk angka atau bilangan dan
dikumpulkan dengan menggunakan kaedah tertentu seperti soal selidik ke ayas sampel.
Mokhtar (2001), pula berpendapat bahawa kajian seperti ini amat sesuai dijalankan untuk
mengetahui respos responden terhadap sesuatu cadangan. Oleh itu, pengkaji menggunakan
instrumen soal selidik untuk mengumpul data bagi menjawab persoalan kajian.
Bagi kajian ini, populasi kajian ini melibatkan 90 orang guru Bahasa Melayu di 10 buah
sekolah di daerah Keramat. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan rawak mudah
kerana amat sesuai digunakan dalam pemilihan responden yang mempunyai populasi guru
yang terlalu besar di kawasan kajian seperti di Keramat Berdasarkan jadual Krejcie & Morgan
(1970), seramai 73 orang guru Bahasa Melayu telah dipilih secara rawak mudah untuk
dijadikan sampel kajian. Pemilihan secara rawak bertujuan untuk membolehkan setiap individu
mempunyai peluang yang sama untuk terpilih mewakili populasi (Noraini, 2013).
Menurut Azizi Yahaya (2006) pemilihan soal selidik sebagai instrumen adalah
berdasarkan kepada ciri-cirinya yang mudah dikendalikan, menjimatkan masa, tenaga dan kos
terutamanya semasa proses menganalisis data dijalankan. Soal selidik yang digunakan
terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian A: Latar belakang responden berkenaan jantina,
umur, kaum dan tahap pendidikan. Bahagian B: Tahap pengaplikasian teknik didik hibur yang

1701
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu secara dalam Talian.
Bahagian C: Keberkesanan pengaplikasian teknik didik hibur dalam pengajaran Bahasa
Melayu secara dalam Talian.
Skala likert lima aras digunakan dalam kajian ini kerana mudah untuk ditadbir bagi
jumlah sampel yang besar sekaligus memudahkan proses penganalisisan data kajian.
Kenyataan ini disokong oleh Chua (2006) yang menerangkan bahawa data yang dikumpul
menerusi skala likert mempunyai nilai kebolehpercayaan yang lebih tinggi.
Jadual 1
Skala soal selidik
Skor Maklum balas soal selidik

1 Sangat tidak kerap

2 Tidak kerap

3 Kurang kerap

4 Kerap

5 Sangat kerap

Menurut Chua (2010) kesahan merujuk kepada kebolehan sesuatu pengukuran dalam
mengukur nilai sebenar konsep dalam hipotesis kajian, kesahan dikatakan tinggi jika ia benar-
benar berkeupayaan untuk mengukur konsep yang dinyatakan dalam hipotesis. Oleh yang
demikian, sebelum borang soal selidik diedarkan, dua orang Panel Penyemak Instrumen
Kajian telah dilantik untuk menyemak item-item yang terdapat dalam soal selidik bagi
mendapatkan kesahan alat instrumen tersebut. Semakan pakar adalah perlu untuk
memastikan ketepatan konstruk serta kejelasan kandungan (Kline, 2005). Kesahan bagi item
telah disahkan oleh dua orang pakar bidang mata pelajaran bahasa Melayu, iaitu dua orang
pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Bahasa Melayu. Kesahan yang
disahkan meliputi kesahan kandungan dan kesahan metod. Borang soal selidik mula
diedarkan setelah kedua-dua panel meluluskannya.
Kebolehpercayaan instrumen kajian ini dibuat dengan mengenal pasti tahap ketekalan
dalaman item yang digunakan dalam instrumen penyelidikan ini. Melalui ketekalan dalam item
soal selidik, kebolehpercayaan terhadap instrumen kajian dapat dibuktikan. Untuk
mendapatkan nilai ketekalan item instrumen, nilai Alpha berasaskan Koeffisien Cronbach telah
digunakan. Data bagi kajian ini akan dianalisis menggunakan Statistical Package for School
Science (SPSS). Sebelum menjalankan kajian sebenar, satu kajian rintis telah dilakukan di
beberapa buah sekolah di kawasan Bangsar. Prosedur kajian rintis adalah berdasarkan
rangka persampelan yang akan dilakukan dalam kajian sebenar. Tujuan perkara ini dilakukan

1702
adalah untuk menilai kesesuaian reka bentuk kajian dan menguji kebolehgunaan atau
keberkesanan setiap item yang terdapat dalam soal selidik. Bagi kajian ini, seramai 30 orang
guru Bahasa Melayu daripada beberapa buah sekolah di kawasan Bangsar telah dipilih untuk
menjadi responden. Berdasarkan kajian rintis yang telah dilaksanakan, data hasil kajian rintis
telah dianalisis menggunakan SPSS versi 26.0. Nilai Alpha Cronbach keseluruhan soal selidik
menunjukkan 0.885. Berdasarkan interpretasi nilai Alpha Cronbach Bond dan Fox (2015) nilai
ini boleh diterima dan digunakan untuk mengumpul data sebenar.
Sebelum menjalankan proses pengumpulan data, terdapat beberapa prosedur yang
telah dilaksanakan dalam mengumpul data bagi kajian ini. Pertama, pengkaji telah
mendapatkan kebenaran untuk menggunakan set soalan selidik daripada pengkaji lepas yang
telah diadaptasi dalam kajian ini. Setelah mendapat kebenaran tersebut, pengkaji telah
mengubah suai soal selidik dan menghantar soal selidik tersebut kepada pakar kandungan,
pakar bahasa dan pakar konstruk untuk memastikan instrumen yang dibina mempunyai
kesahan yang tinggi. Seterusnya, pengkaji menjalankan kajian rintis dengan kebenaran pihak
sekolah terbabit untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan item yang terkandung dalam
instrumen kajian. Kajian rintis ini melibatkan seramai 31 responden yang terdiri daripada guru
Bahasa Melayu sekolah rendah daerah Bangsar. Di samping itu, pengumpulan data kajian
sebenar pula dijalankan setelah mendapat persetujuan daripada pihak pentadbir sekolah yang
telah dipilih. Persetujuan ini diperoleh menggunakan surat kebenaran menjalankan kajian
yang telah disediakan oleh pihak IPG Kampus Bahasa Melayu. Pengkaji telah mengedarkan
soal selidik secara dalam talian menggunakan Goggle Form untuk diisi oleh guru-guru Bahasa
Melayu di sekolah rendah daerah Keramat.
Proses penganalisisan data berlaku setelah maklumat, data dikumpul dan dipilih
mengikut kesesuaian penyelidikan (Sulaiman Masri, 2005). Data yang diperoleh dinanalisi
menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26.0. Data kajian
ini hanya dianalisis secara deksriptif, iaitu kekerapan dan peratusan, min, sisihan piawai dan
varian. Analisis ini hanya melibatkan statistik deskriptif untuk memberi ringkasan daripada
keseluruhan set data yang telah diambil. Statistik ini digunakan untuk menganalisis profil
responden dan analisis soal selidik tentang pengaplikasian teknik yang digunakan oleh guru
dan keberkesanan pengaplikasian didik hibur dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah secara dalam talian.
Min dan sishan piawai telah digunakan untuk mengukur tahap pengaplikasian didik
hibur dalam pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah secara dalam talian dan
keberkesanan pengaplikasian didik hibur dalam pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
secar dalam talian. Interprestasi skor min bagi kajian ini menggunakan sumber dari Dr. Jamil
Ahmad (2002). Kaedah ini digunakan untuk memudahkan pengkaji menilai pemberatan
dengan bagi setiap aspek yang dikukur atau membandingkannya dengan data yang lain.

1703
Jadual 2
Skala skor min
Skor Min Tahap
1.0 hingga 2.33 Rendah

2.34 hingga 3.66 Sederhana

3,67 hingga 5.00 Tinggi

Perancangan metodologi kajian yang jelas amat penting sebelum menjalankan


sesuatu kajian. Hal ini demikian kerana, perancangan yang rapi memberikan panduan kepada
pengkaji untuk menjalankan kajian dengan tersusun dan lebih mudah. Kualiti setiap kajian
yang dijalankan bergantung kepada kaedah yang digunakan oleh pengkaji sama ada
bersesuaian ataupun tidak dengan objektif dan persoalan kajian. Secara tuntasnya, pengkaji
telah menggunakan instrument soal selidik untuk mendapatkan maklumat serta data bagi
menjawab persoalan kajian berkaitan pengaplikasian didik hibur dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah secara dalam talian.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Bab ini membincangkan hasil dapatan kajian yang telah diperoleh daripada prosedur
pengananalisisan data yang telah dilaksanakan. Kajian mengenai pengaplikasian didik hibur
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah secara dalam talian
dianalisis dalam dua bahagian iaitu analisis profil responden dan analisis deskriptif.

Jadual 3
Pengaplikasian Teknik Didik Hibir
Sisihan
Bil Item Min (µ) Piawai Tahap
(SP)
Teknik Nyanyian 4.79 0.316 Tinggi
B1 Menggunakan teknik ini untuk setiap 4.75 0.434 Tinggi
pengajaran dan pembelajaran.
B2 Menggunakan teknik ini melebihi empat 4.84 0.360 Tinggi
kali dalam sebulan.

1704
B3 Menggunakan teknik ini untuk aspek 4.76 0.457 Tinggi
selain aspek seni bahasa.
Teknik Lakonan 1.90 0.495 Rendah
B4 Menggunakan teknik ini untuk setiap 2.09 0.413 Rendah
pengajaran dan pembelajaran.
B5 Menggunakan teknik ini melebihi empat 1.63 0.716 Rendah
kali dalam sebulan.
B6 Menggunakan teknik ini untuk aspek 1.98 0.565 Rendah
selain aspek seni bahasa.
Teknik Bercerita 3.77 0.496 Tinggi
B7 Menggunakan teknik ini untuk setiap 3.80 0.461 Tinggi
pengajaran dan pembelajaran.
B8 Menggunakan teknik ini melebihi empat 3.76 0.677 Tinggi
kali dalam sebulan.
B9 Menggunakan teknik ini untuk aspek 3.73 0.553 Tinggi
selain aspek seni bahasa.
Teknik Puisi 3.01 0.424 Sederhana
B10 Menggunakan teknik ini untuk setiap 3.09 0.446 Sederhana
pengajaran dan pembelajaran.
B11 Menggunakan teknik ini melebihi empat 2.98 0.456 Sederhana
kali dalam sebulan.
B12 Menggunakan teknik ini untuk aspek 2.95 0.538 Sederhana
selain aspek seni bahasa.

Berdasarkan jadual 3, min keseluruhan bagi teknik nyanyian ialah µ=4.79 dan nilai
sisihan piawai 0.316. Nilai min dan sisihan piawai tersebut menunjukkan bahawa set data
dalam kajian ini menghampiri ukuran pusat. Kedua-dua nilai ini menunjukkan pengaplikasian
teknik nyanyian dalam pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian berada pada tahap
tinggi. Hal ini membuktikan bahawa guru-guru kerap menggunakan teknik nyanyian semasa
pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian.
Seterusnya, min keseluruhan bagi teknik lakonan ialah µ=1.90 dan nilai sisihan piawai
0.49. Nilai min dan sisihan piawai tersebut menunjukkan bahawa set data dalam kajian ini
menghampiri ukuran pusat. Kedua-dua nilai ini menunjukkan pengaplikasian teknik lakonan
dalam pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian berada pada tahap rendah. Hal ini
membuktikan bahawa guru-guru sangat tidak kerap menggunakan teknik lakonan semasa
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu secara dalam talian.

1705
Disamping itu, min keseluruhan bagi teknik bercerita ialah µ=3.77 dan nilai sisihan
piawai 0.496. Nilai min dan sisihan piawai tersebut menunjukkan bahawa set data dalam kajian
ini menghampiri ukuran pusat. Kedua-dua nilai ini menunjukkan pengaplikasian teknik
bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian berada pada tahap tinggi.
Hal ini membuktikan bahawa guru-guru kerap menggunakan teknik bercerita semasa
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu secara dalam talian.
Akhir sekali, min keseluruhan bagi teknik puisi ialah µ=3.01 dan nilai sisihan piawai
0.42. Nilai min dan sisihan piawai tersebut menunjukkan bahawa set data dalam kajian ini
menghampiri ukuran pusat. Kedua-dua nilai ini menunjukkan pengaplikasian teknik puisi
dalam pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian berada pada tahap sederhana. Hal
ini membuktikan bahawa guru-guru sangat kurang kerap menggunakan teknik lakonan.

Jadual 4
Keberkesanan Pengaplikasian Teknik Didik Hibur
Sisihan
Bil Item Min (µ) Piawai Tahap
(SP)
Teknik Nyanyian 4.89 0.226 Tinggi
C1 Dapat mewujudkan interaksi positif 4.93 0.254 Tinggi
sepanjang sesi pdp.
C2 Murid memberikan kerjasama dan kelas 4.87 0.331 Tinggi
dapat dikawal.
C3 Objektif pengajaran dan pembelajaran 4.89 0.314 Tinggi
dapat dicapai.
Teknik Lakonan 1.9863 0.6722 Rendah
C4 Dapat mewujudkan interaksi positif 2.1644 0.66695 Rendah
sepanjang sesi pdp.
C5 Murid memberikan kerjasama dan kelas 1.6986 0.82807 Rendah
dapat dikawal.
C6 Objektif pengajaran dan pembelajaran 2.0959 0.74841 Rendah
dapat dicapai.
Teknik Bercerita 3.9406 0.4822 Tinggi
C7 Dapat mewujudkan interaksi positif 4.0000 0.50000 Tinggi
sepanjang sesi pdp.
C8 Murid memberikan kerjasama dan kelas 3.8356 0.60124 Tinggi
dapat dikawal.

1706
C9 Objektif pengajaran dan pembelajaran 3.9863 0.67686 Tinggi
dapat dicapai.
Teknik Puisi 3.004 0.386 Sederhana
C10 Dapat mewujudkan interaksi positif 3.054 0.437 Sederhana
sepanjang sesi pdp.
C11 Murid memberikan kerjasama dan kelas 2.986 0.390 Sederhana
dapat dikawal.
C12 Objektif pengajaran dan pembelajaran 2.972 0.552 Sederhana
dapat dicapai.

Berdasarkan jadual 4, min keseluruhan bagi teknik nyanyian ialah µ=4.89 dan nilai
sisihan piawai 0.22. Nilai min dan sisihan piawai tersebut menunjukkan bahawa set data dalam
kajian ini menghampiri ukuran pusat. Kedua-dua nilai ini menunjukkan keberkesanan teknik
nyanyian dalam pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian berada pada tahap tinggi.
Hal ini membuktikan keberkesanan guru-guru menggunakan teknik nyanyian semasa
pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian sangat berkesan.
Seterusnya, min keseluruhan bagi teknik lakonan ialah µ=1.98 dan nilai sisihan piawai
0.67. Nilai min dan sisihan piawai tersebut menunjukkan bahawa set data dalam kajian ini
terserak tetapi masih menghampiri ukuran pusat. Kedua-dua nilai ini menunjukkan
keberkesanan teknik lakonan dalam pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian berada
pada tahap rendah. Hal ini membuktikan keberkesanan guru-guru menggunakan teknik
nyanyian semasa pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian kurang berkesan.
Di samping itu, min keseluruhan bagi teknik bercerita ialah µ=3.94 dan nilai sisihan
piawai 0.48. Nilai min dan sisihan piawai tersebut menunjukkan bahawa set data dalam kajian
ini menghampiri ukuran pusat. Kedua-dua nilai ini menunjukkan keberkesanan teknik bercerita
dalam pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian berada pada tahap tinggi. Hal ini
membuktikan keberkesanan guru-guru menggunakan teknik bercerita semasa pengajaran
dan pembelajaran secara dalam talian sangat berkesan.
Akhir sekali, min keseluruhan bagi teknik berpuisi ialah µ=3.00 dan nilai sisihan piawai
0.67. Nilai min dan sisihan piawai tersebut menunjukkan bahawa set data dalam kajian ini
menghampiri ukuran pusat. Kedua-dua nilai ini menunjukkan keberkesanan teknik lakonan
dalam pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian berada pada tahap sederhana. Hal
ini membuktikan keberkesanan guru-guru menggunakan teknik nyanyian semasa pengajaran
dan pembelajaran secara dalam talian kurang berkesan.
Berdasarkan hasil dapatan kajian, data-data yang diperloleh telah menjawab kedua-
dua persoalan kajian. Konstruk bahagian B menjawab persoalan kajian yang pertama iaitu
pengaplikasian teknik didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah

1707
rendah secara dalam talian. Konstruk bahagian C pula menjawab persoalan kajian yang kedua
iaitu keberkesanan pengaplikasian teknik didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu sekolah rendah secara dalam talian.

KESIMPULAN CADANGAN DAN IMPLIKASI

Secara keseluruhan pada objektif pertama ini, dapat dirumuskan bahawa guru-guru di Zon
Keramat kerap dalam mengaplikasi didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu secara dalam talian. Namun begitu, tidak semua teknik dalam didik hibur dapat
dilaksanakan secara optimum. Hal ini disebabkan tiada garis panduan yang jelas mengenai
pengaplikasian didik hibur secara dalam talian. Hal ini juga disebabkan guru-guru kurang
mahir menggunakan teknik ini secara atas talian disamping perlu menyesuaikan dengan
medium yang digunakan bagi pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. Teknik yang
mempunyai nilai min yang paling rendah bagi pengaplikasian didik hibur ialah teknik lakonan.
Nilai min bagi item ‘Menggunakan teknik ini untuk setiap pengajaran dan pembelajaran’,
‘Menggunakan teknik ini melebihi empat kali dalam sebulan’ dan ‘Menggunakan teknik ini
untuk aspek selain aspek seni bahasa’ pada bahagian teknik lakonan adalah rendah.
Penganalisan data secara kuantitaif ini menunjukkan, kurangnya pengetahuan dan kemahiran
guru menyebabkan teknik ini sukar diaplikasi bagi pengajaran dan pembelajaran secara dalam
talian. Dapatan kajian ini disokong oleh hasil dapatan kajian Zanariah dan Zamri (2017),
dapatan kajian menunjukkan guru mempunyai tahap sederhana dalam aspek kemahiran
melaksanakan teknik didik hibur dalam pengajaran Bahasa Melayu. Perkara ini menunjukkan
bahawa kemahiran guru dalam mengaplikasikan teknik didik hibur perlu ditingkatkan untuk
pelaksanaan yang berkesan.
Dapatan kajian pada objektif kedua ini, dapat dirumuskan bahawa guru-guru di Zon
Keramat bersetuju bahawa pengaplikasian didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran
memberikan impak yang sangat positif bagi sesi PdP. Antara aktviti didik hibur yang
mempunyai keberkesanan paling tinggi apabila dilaksanakan semasa pengajaran dan
pembelajaran secara dalam talian ialah teknik nyanyian. Hampir sebahagian daripada item
memperoleh nilai interpretasi skor min yang tinggi. Nilai min bagi item ‘Dapat mewujudkan
interaksi positif sepanjang sesi pdp’, ‘Murid memberikan kerjasama dan kelas dapat dikawal’
dan ‘Objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai’ pada bahagian teknik nyanyian
adalah tinggi. Penganalisan data secara kuantitaif ini menunjukkan, teknik nyanyian
memberikan keberkesanan paling tinggi apabila dilaksanakan secara dalam talian. Dapatan
kajian ini disokong oleh hasil kajian Mohd lzzudin (2011), aktiviti nyanyian dapat meningkatkan
kemahiran mengingat nama-nama Rasul khususnya murid yang lemah jika dibandingkan
dengan pengajaran konvensional. Beliau telah mengkaji kaedah nyanyian melodi ria bagi
menguji keberkesanan kemahiran mengingat murid. Dalam kajian itu, responden yang dipilih

1708
terdiri daripada murid tahun 2 Delima di Sekolah Kebangsaan Kampung Gemuroh, Kuala
Terengganu.
Zanariah dan Zamri (2017) menyatakan bahawa aspek pengetahuan pedagogi,
kemahiran pelaksanaan dan sikap merupakan tiga elemen yang mampu membawa kepada
keberkesanan dalam sesuatu pangajaran. Maka dapatan kajian ini berupaya memberi
pengetahuan kepada guru mengenai pengaplikasian teknik didik hibur dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu sekolah rendah. Dapatan kajian ini memberi implikasi kepada
amalan pengajaran dan pembelajaran terutamanya kepada guru Bahasa Melayu. Terdapat
beberapa penemuan penting yang boleh dijadikan panduan kepada pihak-pihak berkenaan.
Yang pertama, tumpuan perlu diberikan kepada penguasaan pengetahuan dan kemahiran
tentang didik hibur yang betul oleh guru Bahasa Melayu di Malaysia. Penguasaan dari segi
pengetahuan boleh dibahagikan kepada beberapa aspek iaitu konsep, ciri-ciri utama, aktiviti
pembelajaran, kelebihan pelaksanaan, kaedah pelaksanaan dan peranan guru melaksanakan
teknik didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Dengan adanya
pengetahuan dan kemahiran mengenai teknik didik hibur, guru akan dapat melaksanakannya
dengan berkesan dan terancang mengikut objektif yang telah ditetapkan.
Pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik didik
hibur dapat memberi banyak kesan positif kepada prestasi guru dan murid. Malahan,
penggunaan teknik didik hibur juga dapat meningkatkan minat dan motivasi murid untuk
mengikuti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu secara langsung mahupun secara
dalam talian. Oleh itu, terdapat beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi membantu meningkatkan pengaplikasian teknik
didik hibur oleh guru Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Pihak KPM merupakan pihak yang bertanggungjawab menyediakan kursus dan latihan dalam
perkhidmatan kepada guru dan bakal guru. Sebagai contoh, Bahagian Perkembangan
Kurikulum (BPK) perlu memastikan setiap teknik pengajaran mempunyai garis panduan yang
jelas untuk dilaksanakan secara dalam talin. Hal ini kerana tidak semua guru mampu untuk
mengubah suai teknik sedia ada mengikut kesesuaian pengajaran dengan norma baharu iatu
secara dalam talian. Dengan wujudnya satu modul atau garis panduan, setap teknik dalam
teknik didik hibur dapat diaplikasikan dengan kadar lebih optimum. Hal ini juga secara tidak
langsung dapat meningkatkan kualti pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, BPK perlu memastikan semua guru mendapat pendedahan yang lebih
meluas dan terkini tentang teknik didik hibur melalui bengkel dan kursus yang bersesuaiam
agar guru dapat melaksanakan teknik didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran dengan
lebih berkesan dan sesuai mengikut perkembangan pendidikan. Bengkel dan kursus yang
diadakan dapat meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran guru-guru untuk
melaksanakan teknik didik hibur melalui pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas

1709
mahupun secara dalam talian. Bukan itu sahaja, dalam kursus dan bengkel tersebut,
penekanan terhadap kaedah pelaksanaan pengajaran menggunakan teknik didik hibur yang
betul dan menyediakan banhan bantu belajar juga perlu dititikberatkan oleh BPK. Modul-modul
tentang teknik didik hibur juga perlu disebarluas kepada semua guru terutamanya guru bahasa
Melayu supaya dapat melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik
didik hibur secara berkesan dan berterusan.
Dalam menjalankan PdPR, suah pasti ramai yang meluahkan pandangan bahawa
PdPR ini memenatkan atau masa yang terhad. Hal ini kerana, proses penyediaan bahan,
proses mengajar dan proses menyemak hasil kerja murid mengambil masa yang lama kepada
guru-guru khususnya guru-guru senior. Hal ini berlaku disebabkan oleh faktor persekitaran
yang memaksa guru-guru mengunakan teknologi sebagai medium dalam menyampaikan ilmu.
Perkara ini sebenarnya boleh diatasi dengan adanya semangat untuk mempelajari sesuatu
perkara yang baharu. Guru sebagai ejen perubahan harus memberikan contoh yang terbaik
kepada masyarakat. Antara usaha guru untuk mengatasi masalah ini adalah dengan
menghadiri banayak kursus dalam talian atau webinar yang ada di platform media massa.
Dengan menghadiri webinar atau kursus secara dalam talian, guru dapat meningkatkan
pengetahuan diri dan menguba sikap dan persepsi guru terhadap sesuatu pendekatan
kursusnya pendekatan didik hibur yang dijalankan secara dalam talian. Antara contoh webinar
yang pernah dijalankan adalah Minggun GEG APAC yang berlangsung selama tiga hari di
platfom Youtube. Dengan menghadiri kursus seperti ini, guru dapat meningkatkan dan
membuka mata bahawa pendekatan didik hibur dapat memberikan pengalaman PdPR yang
menarik kepada murid. Hal ini tidak menghalang guru untuk menghasilkan pembelajaran yang
menarik pada masa akan datang.
Berdasarkan tinjauan literature, terdapat beberapa kajian yang dilaksanakn
menggunakan kajian kuantitatif terhadap keberkesanan teknik didik hibur dalam pengajaran
dan pembelajaran seperti kajian Nur Aliah Izzaty (2019). Kajian beliau dilaksanakan bagi
mengenal pasti keberkesanan teknik didik hibur dalam mata pelajaran Matematik. Bagi hasil
dapatan kajian penyelidik sendiri, berdasrakan data telah menunjukkan tahap pengaplikasian
dan keberkesanan teknik lakonan dan teknik puisi berada pada tahap rendah dan sederhana.
Oleh itu, satu modul akan dibangunkan untuk membantu guru-guru dan dijadikan garis
panduangn untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. Oleh itu,
cadangan yang pertama adalah menjalankan satu kajian tinjauan mengenai keberkesanan
modul pengajaran dan pembelajaran didik hibur secara dalam talian. Kajian ini amat penting
sekali untuk dilaksnakan sebelum satu-satu modul itu disebarluaskan kepada semua guru-
guru untuk menguji keberkesanan modul tersebut.
Cadangan seterusnya ialah cadangan menjalankan penyelidikan menggunakan
pendekatakan kualitatif. Hal ini kerana kajian kualitatif mempunyai kelebihan dalam

1710
menerangkan secara mendalam tentang sesuatu fenomena, keadaan atau peristiwa seperti
yang dinyatakan oleh Rasud dan Raman (2014). Pendekatan kualitatif digunakan untuk
mengenal pasti situasi sebenar tentang tahap pengaplikasian teknik didik hibur dalam
pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. Instrumen yang digunakan dalam
pendekatan ini seperti pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen akan dapat meninjau
dengan lebih mendalam tentang pelaksanaan teknik didik hibur dalam pengajaran dan
pembelajaran khususnya Bahasa Melayu. Hal ini kerana pengumpulan data menggunakan
deria penglihatan dan pendengaran untuk memerhati situasi sebenar membolehkan pengkaji
melihat secara menyeluruh proses pelaksanaan teknik didik hibur.

RUJUKAN

Abdullah Hassan (1987). Isu-isu dalam Pengaiaran Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Azizi Ahmad. (2010). Pentaksiran pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chua Yan Piaw. (2006). Asas statistik penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Sdn.
Bhd.

Jamil Ahmad. (2002). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatif dan
Kuantitatif in Kursus Penyelidikan Kualitatif dan Kuantitatif Siri 1 2012 at Puteri
Resort Melaka on 28-29 Mac 2012. Organized by Institut Pendidikan Guru Kampus
Temenggong Ibrahim.

Mohd Majid Konting. (2009). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Noraini Idris (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill Education.

Norhidani Buyong & Norasmah Othman (2018). Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
Dalam Program Sekolah Dalam Hospital. Jurnal Pendidikan Malaysia 43(1), 11-16.

Nur Aliah Izzaty Hisamudin. (2019). Penggunaan kaedah didik hibur untuk pembelajaran
matematik dalam kalangan murid Sekolah Rendah Taman Sri Rampai / Nur Aliah
Izzaty Hisamudin.

Rasid Mail & Raman Noordin (2016). Penyelidikan peringkat sarjana: Pendekatan kualitatif
sebagai alternatif. Kota Kinabalu, Sabah: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.

Ramlah Jantan & Mahani Razali (2004). Psikologi pendidikan: pendekatan kontemporari.
Kuala Lumpur: McGraw Hill.

Ramlah Jantan, Nor Afni Resad &Siti Fathimah Az-Zahra Mohd Fauzi. (2016). Aktiviti Didik
Hibur Dalam Kalangan Guru Prasekolah di Daerah Gombak. Jurnal Pendidikan Awal
Kanak-Kanak Kebangsaan, 5, 19 – 29.

Roselan Baki. (2006). Kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam:
Karisma Publications Sdn. Bhd.

1711
Yahya Othman & Dayang Raini Pakar. (2011). Kesan Aplikasi Perisian Cerita Interaktif
Semasa Mengajarkam Kemahiran Bacaan dan Kefahaman dalam Kalangan Murid
Tahun 4 di Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 1(1), 27-65.

1712
KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA PEMIKIRAN BAGI MENJANA IDEA
PENULISAN KARANGAN NARATIF BAHASA MELAYU TAHUN 5

Muhammad Idzzudidn bin Mohd Norashid


idzzuddin09-957@epembelajaran.edu.my

Ab Razak bin Mohd Amin


abrazak09-03@epembelajaran.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu,


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian berbentuk kuantitatif ini merupakan sebuah kajian kuasi-eksperimental yang bertujuan untuk
menilai keberkesanan penggunaan peta pemikiran bagi menjana idea penulisan karangan naratif
bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun 5 di sebuah sekolah kebangsaan di ibu kota. Seramai 60
orang murid dijadikan sampel kajian ini iaitu, 30 orang murid sebagai sampel bagi kumpulan rawatan
dan 30 orang murid sebagai sampel bagi kumpulan kawalan. Melalui sesi pengajaran dan
pembelajaran, murid dalam kumpulan rawatan diberikan intervensi menggunakan peta pemikiran
berbentuk peta alir. Data bagi kajian ini diperoleh daripada ujian pra dan ujian pasca yang diberikan
kepada kedua-dua kumpulan sampel. Kemudian, data tersebut dianalisis menggunakan perisian
Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26 bagi mendapatkan data deskriptif dan data ujian-
t. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kebolehan menjana idea
bagi menulis karangan naratif bagi sampel kumpulan rawatan dalam pasca ujian dengan nilai t = 2.292
dan sig (2-tailed) = 0.029 (p<0.05). Dapatan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan peta
pemikiran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu berjaya meningkatkan kebolehan murid
dalam menjana idea bagi menulis karangan naratif bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun 5 di
sebuah sekolah kebangsaan di ibu kota
Kata Kunci: Peta pemikiran, peta alir, idea bagi penulisan karangan, karangan naratif, kuasi-
eksperimental.

ABSTRACT
This quantitative research is a quasi-experimental research aimed at assessing the effectiveness on
using I-think maps to generate the idea of narrative essays writing in Malay language among year 5
pupils in a primary school in urban area. A total of 60 pupils were selected as the sampling in this
research, 30 pupils as the samples for treatment group and 30 pupils as the samples for control group.
During teaching and learning sessions, pupils in the treatment group were given interventions using I-
think map in the form of flow charts. The data for this research was obtained from pre and post-tests
given to both sample groups. The data was then analyzed using Statistical Package for Social Science
(SPSS) version 26 software for descriptive data and t-test data. The findings showed that there were
significant differences in the ability to generate ideas for narrative essays writing for samples of post-
test treatment groups with t = 2.292 and sig (2-tailed) = 0.029 (p<0.05). The findings of this research
proved that the use of I-think maps in teaching and learning Malay language has significantly improved
the ability of pupils to generate ideas for narrative essays writing in Malay language among year 5 pupils
in primary school in urban area.
Keywords: i-Think maps, flow maps, idea for writing essays, narrative essays, quasi-experimental.

PENGENALAN
Berdasarkan standard kurikulum pembelajaran bahasa di seluruh dunia, terdapat empat
kemahiran bahasa yang ditekankan dan wajib untuk dikuasai oleh semua murid iaitu
kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.
Winddowson (1979) menerangkan bahawa terdapat dua jenis kemahiran komunikasi yang

1713
merangkumi keempat-empat kemahiran bahasa tersebut. Kemahiran komunikasi tersebut
adalah kemahiran reseptif (menerima komunikasi) dan kemahiran produktif (menyampaikan
komunikasi). Kemahiran mendengar dan kemahiran membaca tergolong dalam kemahiran
reseptif, manakala kemahiran bertutur dan menulis pula tergolong dalam kemahiran produktif.
Kemahiran mendengar dan bertutur masing-masing menggunakan media lisan sebagai
wahana penerimaan (audio-oral), manakala kemahiran menulis dan membaca pula masing-
masing menggunakan media tulisan sebagai medium menyampaian (visual-grafik).
Selari dengan perkembangan di peringkat global, kurikulum pembelajaran bahasa
Melayu sekolah rendah di Malaysia juga disusun rapi oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum
(BPK) melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Melayu. Perkara ini juga
selari dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dalam
menyediakan pembelajaran yang berkualiti dan menyediakan individu yang menyeluruh serta
mampu bersaing di peringkat global. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015). Bagi
mencapai hasrat ini, semua guru hendaklah menggerakkan langkah bersama-sama dalam
memberi penekanan terhadap keempat-empat aspek tersebut khususnya. Namun, Kamarudin
(2008) menyatakan, sebahagian besar guru lebih memberikan fokus dalam pengajaran
membaca dan menulis, lantas mengetepikan kepentingan kemahiran mendengar dan bertutur
meskipun sedar akan kepentingannya dan kesan jika mengabaikannya.
Perkara ini juga dibuktikan melalui kajian Chew dan Abdul Jalil (2008), yang
menyatakan bahawa 100% guru yang telah dikajinya mengaku bahawa penekanan bagi
menyiapkan murid untuk menghadapi peperiksaan menjadi pendorong utama kemahiran
mendengar dan bertutur diabaikan dan diketepikan. Bagi mereka, kedua-dua kemahiran ini
boleh dikuasai secara semulajadi dan berperingkat bermula dari hari pertama mereka
dilahirkan.
Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang paling sukar diajarkan dan dikuasai
oleh murid (Nik Safiah, 2004) kerana penulisan melibatkan tahap literasi yang paling kompleks
dan memerlukan proses kognisi yang tinggi (Van de Kopple et al. dlm. Roselan 2003). Para
guru perlu mengajarkan kemahiran menulis dengan menggunakan pelbagai pendekatan,
teknik atau strategi yang mengutamakan ciri-ciri pembelajaran aktif, seperti menggunakan
pendekatan pembelajaran ‘Ceria, Bermain dan Belajar’ (Jabatan Perkembangan Kurikulum,
2009). Pendekatan pengajaran ini dicadangkan penggunaannya dengan tujuan untuk
mengelakkan agar pengajaran menulis tidak membosankan murid (Siti Zabidah, 2006).
Teknik pengajaran menulis menggunakan peta pemikiran merupakan salah satu usaha
dalam pengukuhan pedagogi guru bagi membantu guru mengubah mentaliti dan amalan lama.
Teknik ini dapat mewujudkan suasana pengajaran yang menyeronokkan murid, mudah,
berinformasi selain masa dan bahan turut dijimatkan. Melalui penekanan peta pemikiran,
aktiviti berpusatkan murid dapat dilaksanakan dan menggalakkan kolaboratif dalam kalangan

1714
murid selain daripada guru yang cenderung menjadi fasilitator dalam bilik darjah mampu
menimbulkan kerakraban hubungan antara guru dan murid (Wahidah, 2011).

PERNYATAAN MASALAH
Merujuk kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, kerajaan
Malaysia komited dan tegas dalam menyatakan bahawa pengabaian terhadap asas
pendidikan tidak akan membawa Malaysia seiring dengan dengan negara maju yang lain.
Berdasarkan PPPM 2013-2025 juga, terdapat enam ciri utama yang wajib ada pada setiap
murid untuk menyediakan diri mereka teguh untuk bersaing di peringkat global bagi
memantapkan sistem pendidikan yang sedia ada merupakan perkara yang sangat penting dan
perlu dititikberatkan oleh semua pihak. Salah satunya adalah meningkatkan kemahiran
berfikir. Alat berfikir yang digunakan bagi mendokong tugas ini seperti penggunaan
pengurusan grafik secara visual mahupun digital telah dibuktikan keberkesanannya di
sekolah-sekolah di United Kingdom, Kanada dan Amerika Syarikat. Selain itu, kemahiran
berfikir juga diterapkan dan digilapkan melalui soalan-soalan aras tinggi, aktiviti-aktiviti yang
menggalakkan pemikiran dan penyelesaian masalah pengajaran yang boleh mendorong
murid-murid ke arah meningkatkan kemahiran berfikir.
Permasalahannya, sistem persekolahan di Malaysia kurang memberi penekanan dan
pendedahan terhadap kepentingan tugas memperkembang daya pemikiran murid. Menurut
Abdul Fatah Hassan dalam kajian Mohd Sidek et al. (2013), penggunaan pengurusan grafik
dalam amalan pengajaran guru di Malaysia seperti peta pemikiran masih berada di tahap yang
kurang memuaskan serta tidak menggalakkan murid untuk berfikiran secara kreatif dan kritis
dalam pembelajaran mereka. Antara punca kemahiran berfikir kurang ditekankan dalam
sistem persekolahan kerana sikap segelintir guru yang berpendapat bahawa murid perlu
menguasai semua fakta dan konsep sesuatu pengajaran terlebih dahulu sebelum murid boleh
berfikir secara kreatif dan kritis (Sharifah Nor, 2012).
Dalam meniti era pendidikan yang serba moden ini, perubahan gaya pendidikan
daripada kaedah konvensional kepada kaedah PdPc abad ke-21 memerlukan komitmen yang
sangat tinggi disusuli oleh cabaran yang sangat besar. Zamri (2012), memberikan penekanan
dalam kajiannya bahawa kejayaan dan kecemerlangan murid dalam sesuatu mata pelajaran
tidak akan menjadi kenyataan sekiranya pengajaran guru masih berada pada takuk yang lama
iaitu masih menggunakan kaedah konvensional dan tidak menerapkan atau menekankan
unsur kemahiran berfikir dalam proses PdPc dan semestinya meninggalkan kesan yang
negatif kepada pencapaian murid-murid khususnya.
Keselesaan guru-guru untuk terus berada pada takuk yang lama menjadi tembok dan
penghalang kepada pengajaran masa kini untuk menerima perubahan terutamanya dalam
aspek penekanan unsur kemahiran berfikir khususnya. Kenyataan ini juga dipersetujui oleh

1715
Sharifah Nor (2012) yang juga menyatakan bahawa cabaran paling besar dalam menangani
permasalahan berkenaan keberkesanan kaedah pengajaran adalah memastikan semua guru
menggunakan amalan-amalan yang mampu merangsang kemahiran berfikir secara berkesan
dalam PdPc mereka. Oleh itu, warga guru seharusnya sedar akan tanggungjawab besar yang
perlu dipikul oleh mereka pada masa ini dalam memastikan PdPc mereka dibawa selari
dengan keperluan peribadi murid-murid berdasarkan PPPM 2013-2025.
Kajian Che Zanariah dan Fadzilah (2011) menunjukkan bahawa guru-guru tidak
mengajar murid menguasai kemahiran mencari, memahami, menganalisis dan menggunakan
maklumat. Kajian oleh Siti Zabidah (2006) pula mendapati bahawa guru masih belum dapat
menyebatikan kemahiran berfikir dalam proses PdPc. Oleh itu, kajian yang dilaksanakan ini
akan menilai keberkesanan penggunaan peta pemikiran dalam menggalakkan murid-murid
untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam penjanaan idea bagi menulis karangan lantas
menyediakan mereka untuk sentiasa teguh bagi bersaing di peringkat global selari dengan
hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia melalui PPPM 2013-2025.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah merujuk kepada:
i. Mengenal pasti tahap penguasaan murid terhadap kemahiran menjana idea
penulisan karangan naratif bahasa Melayu sebelum dan selepas ujian dengan
menggunakan peta pemikiran.
ii. Mengenal pasti tahap keberkesanan penggunaan peta pemikiran bagi meningkatkan
kemahiran menjana idea penulisan karangan naratif bahasa Melayu dalam kalangan
murid tahun 5
SOALAN KAJIAN
i. Adakah terhadap peningkatan dalam tahap penguasaan murid terhadap kemahiran
menjana idea penulisan karangan naratif bahasa Melayu sebelum dan selepas ujian
dengan menggunakan peta pemikiran?
ii. Adakah terdapat perbezaan antara skor murid kumpulan rawatan dengan murid
kumpulan kawalan terhadap penjanaan idea dalam penulisan karangan naratif
bahasa Melayu?
METADOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan penyelidikan kuantitatif dengan menggunakan kaedah kuasi-
eskperimen. Pendekatan penyelidikan kuantitatif dipilih kerana mementingkan keobjektifan
dalam pengumpulan data. Kuasi eksperimen pula digunakan untuk melihat keberkesanan peta
pemikiran dalam meningkatkan pencapaian penulisan karangan naratif Bahasa Melayu bagi
murid Tahun 5. Menurut Azeem (2012), kaedah kuasi-eksperimen digunakan untuk

1716
mengumpul maklumat mengenai pembolehubah-pembolehubah dan digunakan untuk
mengukur pembolehubah yang berkaitan dengan sesuatu fenomena.
Selain itu, kajian ini juga memilih ujian untuk dijadikan sebagai instrumen kerana
menurut Mahzan (2014), reka bentuk kajian kuasi-eksperimen acapkali berkisar melalui ujian
pra dan ujian pasca bagi kumpulan-kumpulan murid. Data kajian ini dianalisis secara statistik-
deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian Statistical Package fot Social Science
(SPSS) versi 26.0. Namun, sebelum menganalisis data deskriptif, pengkaji terlebih dahulu
menjalankan analisis ujian kenormalan bagi data yang diperoleh. Hal ini adalah bertujuan
untuk mengetahui data yang diperoleh tersebut menunjukkan data yang bertaburan normal
atau tidak normal. Seterusnya, pengkaji juga menggunakan perisian SPSS untuk menganalisis
data bagi hipotesis-hipotesis kajian. Pengkaji telah menggunakan Ujian-T, iaitu Ujian-T sampel
bebas (Independent Sample T-Test) dan Ujian-T sampel berpasangan (Paired Sample T-Test)
dalam menganalisis data kajian. Hasil daripada analisis data yang diperoleh, pengkaji dapat
mengetahui bahawa hipotesis yang telah dibina dalam kajian ini diterima atau ditolak.
Populasi kajian ini ialah murid-murid tahun lima di sebuah sekolah kebangsaan di
Kuala Lumpur. Kajian ini menyasarkan sasaran melalui persampelan secara berkelompok
yang terdiri daripada 60 orang murid dari Sekolah Kebangsaan A, iaitu seramai 30 orang murid
kelas 5(A) sebagai responden kumpulan kawalan dan 30 orang murid kelas 5(B) sebagai
responden kumpulan rawatan tanpa mengira jantina, bangsa dan latar belakang murid.
Keseluruhan sampel adalah setara iaitu mendapat purata pencapaian gred yang sederhana
dalam Ujian Pra iaitu gred B – [10 hingga 12 markah] dan gred C – [7 hingga 9 markah].
Markah tersebut adalah merujuk kepada rubrik pemarkahan peta pemikiran yang disediakan
oleh pengkaji.

DAPATAN KAJIAN
Keputusan ujian pra dan ujian pasca bagi murid kumpulan rawatan dan murid kumpulan
kawalan ditunjukkan oleh pengkaji dalam jadual 4.5. Berdasarkan jadual tersebut, dapat dilihat
dengan jelas bilangan murid yang disusun berdasarkan lima tahap, iaitu cemerlang, baik,
memuaskan, kurang memuaskan serta pencapaian tahap minimum, iaitu berdasarkan rubrik
pemarkahan yang telah dibina.

Jadual 4.5
Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan
Kumpulan Rawatan Kumpulan Kawalan
Tahap Julat
Ujian Ujian
Pencapaian Markah Ujian Pra Ujian Pra
Pasca Pasca

1717
Cemerlang 13-15 0 9 0 6
Baik 10-12 7 18 6 14
Memuaskan 7-9 19 3 17 7
Kurang
4-6 4 0 7 3
Memuaskan
Pencapaian
Tahap 1-3 0 0 0 0
Minimum

Berdasarkan Jadual 4.5, dapat ditafsir bahawa tidak ada seorang pun murid yang mencapai
tahap cemerlang dalam ujian pra bagi kumpulan rawatan. Namun, selepas melakukan tiga kali
proses intervensi, terdapat sembilan orang murid yang berjaya mencapai tahap penguasaan
cemerlang dalam kemahiran menjana idea penulisan karangan naratif Bahasa Melayu. Bagi
kumpulan kawalan pula, dapatan skor bagi ujian pra juga menunjukkan tidak ada seorang pun
murid yang mencapai tahap cemerlang dalam ujian pra. Namun selepas melalui proses
intervensi, enam orang murid telah berjaya mencapai tahap penguasaan cemerlang, iaitu
memperoleh skor antara 13 hingga 15 markah.
Bagi tahap pencapaian baik pula, dapat dianalisis pada kumpulan rawatan bahawa
terdapat 7 orang murid yang berjaya mendapat skor 10 hingga 12 markah dalam ujian pra.
Namun, setelah mengikuti tiga intervensi, bilangan murid bagi tahap pencapaian ini meningkat
kepada 18 orang murid bagi ujian pasca. Bagi kumpulan kawalan pula, data ujian pra
menunjukkan bahawa terdapat enam orang murid yang memperoleh skor 10 hingga 12
markah. Namun, pada ujian pasca pula dapat dilihat berlaku peningkatan dalam bilangan
murid yang berjaya memperoleh skor 10 hingga 12 markah iaitu seramai 14 orang murid.
Seterusnya, tahap penguasaan bagi memuaskan pula dalam kumpulan rawatan
adalah seramai 19 orang yang memperoleh tahap tersebut semasa ujian pra, namun jumlah
tersebut menurun kepada 3 orang sahaja selepas ujian pasca dijalankan. Di samping itu, bagi
kumpulan kawalan pula jumlah bagi murid yang menguasai tahap penguasaan memuaskan
tersebut adalah seramai 17 orang semasa ujian pra namun jumlah tersebut menurun kepada
7 orang sahaja selepas menjalankan ujian pasca. Penurunan jumlah murid yang memiliki julat
markah antara 7 hingga 9 tersebut, adalah membawa maksud bahawa tahap penguasaan
murid-murid lebih meningkat selepas menjalani proses rawatan-rawatan dan pengajaran
daripada guru sebelum melaksanakan ujian pasca tersebut.
Selain itu, bagi kumpulan rawatan, terdapat 4 orang murid yang mempunyai tahap
penguasaan kurang memuaskan semasa ujian pra, namun jumlah tersebut menjadi sifar
selepas ujian pasca. Berbeza dengan kumpulan kawalan, terdapat 7 orang murid atau

1718
responden yang mempunyai tahap penguasaan kurang memuaskan bagi ujian pra, tetapi
jumlah tersebut menurun kepada 3 orang selepas menjalani ujian pasca.
Akhir sekali, kedua-dua kumpulan, baik rawatan mahupun kawalan tidak mempunyai
sebarang responden yang memiliki pencapaian tahap minimum atau memiliki julat markah
antara 1 hingga 3 dalam ujian pra dan ujian pasca. Dapat disimpulkan bahawa tahap
penguasaan murid-murid dalam menjana idea penulisan karangan naratif semakin meningkat
antara ujian pra dan ujian pasca, terutamanya bagi kelas rawatan yang mempunyai tahap
penguasaan yang lebih baik selepas menerima rawatan berbanding kelas kawalan.

KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN


Menerusi penulisan Bab 1 hingga Bab 4, dapat disimpulkan bahawa kajian ini
dijalankan adalah bertujuan untuk melihat dan menilai tahap keberkesanan peta pemikiran
dalam menjana idea penulisan karangan naratif bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun
5.
Berpandukan soalan kajian yang pertama, dapatan data menunjukkan penggunaan
peta pemikiran terbukti mampu meningkatkan kebolehan murid-murid tahun 5 dalam menjana
idea penulisan karangan naratif Bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana, melalui penggunaan
peta pemikiran tersebut, murid-murid lebih terarah dan jelas dalam mengembangkan idea
penulisan karangan naratif bahasa Melayu. Selain itu, dapatan kajian juga telah menunjukkan
berlaku peningkatan dalam peratus bilangan murid-murid yang menguasai peta pemikiran
dalam menjana idea penulisan karangan naratif mereka selepas ujian pasca dijalankan.
Misalnya, terdapat 9 daripada 30 orang murid dalam kumpulan rawatan yang memperoleh
tahap penguasaan cemerlang selepas menjalankan ujian pasca, berbanding dengan
kumpulan kawalan hanya 6 daripada 30 orang sahaja.
Berpandukan soalan kajian yang kedua pula, pengkaji mendapati bahawa penggunaan
peta pemikiran mampu meningkatkan tahap pencapaian murid-murid dalam penjanaan idea
karangan naratif bahasa Melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana, dapatan kajian
menunjukkan terdapatnya perbezaan antara skor pasca bagi kedua-dua kumpulan, iaitu
kumpulan rawatan mempunyai skor yang lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan.
Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh, nilai min skor ujian pencapaian bagi kumpulan
rawatan dalam ujian pasca adalah lebih tinggi, iaitu 11.67 berbanding dengan nilai min skor
kumpulan kawalan, iaitu hanya 10.13. Hal ini menunjukkan bahawa perbezaan nilai min skor
antara dua kumpulan tersebut adalah sebanyak 1.54. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa
terdapat perbezaan signifikan dalam skor penggunaan peta pemikiran dengan tidak
menggunakan peta pemikiran antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian
pasca.

1719
Menurut Dissanayake (2013), perbincangan berkaitan implikasi kajian merupakan
hujah yang menunjukkan sesuatu kajian yang telah menambah nilai kajian sedia ada yang
berkemungkinan dapat memberi kepentingan nasional. Bagi implikasi pengetahuan yang
berfokuskan kepada profesionalisme guru, olahan PdPc menggunakan peta pemikiran terbukti
memberi kesan yang positif bukan sahaja terhadap pencapaian murid, akan tetapi juga
terhadap pengetahuan guru. Perkara ini adalah selari dengan kenyataan Kleickmann et al.,
(2013), pengetahuan guru mengenai kandungan pedagogi dan bahan pengajaran amat
mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pemudahcaraan di dalam bilik darjah. Di
samping itu, dengan menerapkan peta pemikiran dalam PdPc bukan sahaja dapat
meningkatkan kemahiran menulis karangan murid, akan tetapi juga membuatkan suasana
P&P lebih menyeronokkan.
Selain itu, kajian ini juga memberikan implikasi praktikal yang berfokuskan kepada
amalan pedagogi guru. Dapatan kajian ini telah membuktikan bahawa kumpulan murid yang
menggunakan peta pemikiran mempunyai skor ujian pasca yang lebih tinggi daripada
kumpulan murid yang tidak menggunakan peta pemikiran dalam menjana idea penulisan
karangan naratif bahasa Melayu. Menurut Hidayu Rahim (2016), kemahiran menulis karangan
naratif memerlukan murid membuat perancangan untuk merangka isi-isi, memahami,
menguasai bahasa dan kemahiran berfikir yang tinggi. Oleh itu, guru Bahasa Melayu dalam
pembelajaran kemahiran menulis karangan naratif juga boleh menggunakan peta pemikiran
sebagai pengenalan kepada sesuatu tajuk yang ingin disampaikan. Hal ini akan menjadikan
murid lebih memahami kerana semasa membina peta pemikiran, murid akan mengemukakan
lebih banyak persoalan malah secara tidak langsung kemahiran berfikir dapat ditingkatkan.
Bagi implikasi teori pula, kajian ini berlandaskan pandangan Harkirat et.al (2010) yang
menyatakan bahawa gabungan peta minda dengan teori pembelajaran konstruktivisme adalah
sesuai oleh kerana pembelajaran menerusi teori konstruktivisme memberi penekanan
terhadap penglibatan aktif murid yang memanfaatkan struktur pengetahuan yang sedia ada
dan mengkonstruk pengetahuan baru yang diperoleh dan menggabungjalinkan pengetahuan
serta kefahaman di dalam ingatan murid. Oleh itu, dapat dilihat secara jelas dalam kajian ini,
murid-murid berupaya menggabungjalinkan pengalaman sedia ada dengan pengetahuan baru
dalam menggunakan peta pemikiran bagi menjana idea penulisan karangan naratif bahasa
Melayu secara berpandu bagi menghasilkan sebuah penceritaan yang logik dan menarik.
Akhir kata, pengkaji bersetuju bahawa teori konstruktivisme sangat relevan dan
bersesuaian untuk digunakan dalam kajian-kajian berkaitan pendidikan melihat kepada
dapatan data serta kenyataan yang diberikan melalui kajian-kajian yang lampau.
Dalam menambahbaik baik sistem pendidikan di Malaysia yang berkaitan dengan
keberkesanan penggunaan peta pemikiran dalam menjana idea penulisan karangan naratif
bahasa Melayu murid tahun 5, pengkaji mengemukakan beberapa cadangan menerusi

1720
bahagian ini. Pengkaji juga mengagihkan cadangan secara berperingkat bermula daripada
cadangan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), cadangan kepada sekolah dan
akhir sekali, cadangan kepada guru. Selain itu, pengkaji juga menyatakan pendapat dan
cadangan kajian lanjutan bagi meningkatkan kualiti dan mutu bagi kajian ini.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh mengadakan bengkel kepada guru-
guru di Malaysia bagi mendedahkan keberkesanan penggunaan peta pemikiran bagi
membantu murid-murid menjana idea penulisan karangan naratif. Selain guru, bengkel
tersebut juga boleh disertai oleh guru-guru pelatih di IPG atau mana-mana institusi pengajian
tinggi yang berkaitan bagi mengetengahkan lagi kaedah yang relevan bagi pengajaran
karangan naratif. Dapatan bengkel tersebut dapat diaplikasikan dalam PdPc guru-guru di
sekolah, mahupun bekalan kepada para guru pelatih bagi menempuhi praktikum dan
internship pada masa yang akan datang.
Selain itu, pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dengan kerjasama barisan
pentadbir sekolah perlu bersama-sama membangunkan satu panduan lengkap kepada guru-
guru bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan memperluaskan pemikiran murid-murid dalam
pembelajaran mereka, khususnya dalam pengajaran bahasa Melayu. Misalnya, murid-murid
perlu diberikan pendedahan mengenai penggunaan peta pemikiran tersebut dalam menjana
idea penulisan karangan naratif agar dapat membantu mereka dalam menguasai kaedah
penjanaan idea yang betul dalam penulisan karangan sekali gus dapat meningkatkan
pencapaian mereka bagi subjek Bahasa Melayu.
Seterusnya, pengkaji mendapati sebilangan besar guru-guru di Malaysia sebenarnya
masih mengekalkan kaedah tradsional dalam sesi PdPc mereka. Perkara yang lebih
membimbangkan, terdapat segelintir guru yang lansung tidak berminat dan bertegas untuk
tidak menggunakan teknik-teknik baharu dalam PdPc mereka termasuklah penggunaan peta
pemikiran. Oleh itu, pengkaji mencadangkan agar guru-guru yang tergolong dalam kumpulan
yang dinyatakan di atas mengambil inisiatif untuk menambahbaik proses PdPc dengan
mengaplikasikan peta pemikiran kepada murid-murid terutamanya dalam penulisan karangan.
Sebagai cadangan kajian lanjutan, pengkaji mencadangkan agar kajian lanjutan
dijalankan ke atas responden yang berlaian latar belakangnya (heterogenous), sama ada
melibatkan responden dari kawasan bandar, kota raya atau kawasan pedalaman. Hal ini
dikatakan demikian kerana, kajian ini hanya dijalankan dari kumpulan yang sama
(homogeneous) latar belakangnya iaitu dari sekolah di kawasan bandar.
Selain itu, pengkaji juga mencadangkan agar kajian lanjutan yang seterusnya akan
melibatkan responden dengan bilangan yang lebih besar. Berbanding dengan kajian ini,
sampel kajian adalah seramai 60 orang yang diambil dari sekolah yang sama. Oleh itu, bagi
mendapatkan gambaran lebih jelas tentang keberkesanan peta pemikiran kepada majoriti

1721
murid-murid, satu kajian dengan responden yang merangkumi semua peringkat murid boleh
dilakukan.
Akhir sekali, pengkaji juga mencadangkan agar kajian lanjutan dapat dilakukan dari
sudut pandang reka bentuk penyelidikan yang berbagai. Sebagai contoh, penyelidikan ini
menggunakan kuasi-eksperimen sebagai reka bentuk kajian bagi mengkaji keberkesanan peta
pemikiran dalam penjanaan idea penulisan karangan naratif, maka kajian lanjut yang
seterusnya boleh menggunakan penyelidikan tinjauan, penyelidikan etnografi mahupun
kajian-kajian jenis kualitatif. Pendekatan multimetodologi atau pendekatan gabungan (mixed
method) juga boleh digunakan dalam kajian ini. Menurut Sharifah Nor Puteh (2012) kaedah
campuran atau gabungan dapat memberikan pandangan yang lebih lengkap dan menyeluruh.

RUJUKAN

Che Zahariah Che Hassan & Fadzilah Abd Rahman. (2011). Pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran kemahiran menulis di sekolah rendah.

Dissanayake. (2013). The Impact Of Perceived Desirability And Perceived Feasibility On


Entrepreneurial Intention Amon Undergraduate Students In Sri Lanka: An Extended
Model. The Kelaniya Journal Of Management, 2(1), pp. 39-57.

Harkirat, S.D., Makarimi Kasim & Anderson, O.R. (2010). Constructivist-mind map teaching
approach and the quality of students’ cognitive structures. Journal

Walton, M. (1983). Explorations in Applied Linguistics, H.G. Winddowson Oxford: Oxford


University Press, 1979. Pp. 273. Studies in Second Language Acquisition, 5(2), 264–
265. https://doi.org/10.1017/s0272263100004940

Jabatan Perkembangan Kurikulum. (2009). Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21: SPN 21.
Seri Begawan: Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam.

Kamarudin, M. R. (2008). Syoknya Belajar! Melakar Kejayaan dalam Pelajaran. Shah Alam,
Selangor. Karya Bestari Sdn. Bhd.

Mohd Mahzan awing, Abdul Razaq Ahmad, Mohd Muhaimi Abdul Rahman. (2014).
Penggunaan Peta Minda Oleh Pelajar Pintar Cerdas Dalam Pembelajaran Sejarah,
Jurnal Pendidikan Malaysia 39(2) (2014):95-100

Muhamad Sidek, Mohamad Ab Kadir & Mohamad Sabri Awang Hitam. (2013). Penilaian
Pelaksanaan Program i-Think: Satu Pengenalan.

Nik Safiah Karim. (2004). Bahasa Melayu sedekad yang lalu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
& Pustaka.

Noor Hidayu Mohd Rahim. (2016). Keberkesanan Peta Bulatan Dan Peta Alir Dalam
Meningkatkan Penguasaan Menulis Karangan Naratif Murid-Murid Cina. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu –JPBM. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan Bahasa Melayu: Senario, teori
dan panduan untuk guru dan murid. Kuala Lumpur: Karisma Publications Sdn.Bhd

1722
Siti Zabidah Mohamed. (2006). Kesan pendekatan penyebatian kemahiran berfikir kreatif
dalam pengajaran karangan deskriptif dan karangan imaginatif dalam kalangan murid
tingkatan IV. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Sains Malaysia.

Sharifah Nor Puteh. 2012. Keprihatinan guru bahasa Melayu dalam melaksanakan kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 2(11): 19-31.

Wahidah Abu Bakar. (2011). Keberkesanan konsep peta minda dalam pembelajaran
berasaskan masalah. Diss. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2011.

Zamri Mahamod (2012). Inovasi P&P dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Tanjung Malim :
UPSI

1723
PELAKSANAAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA
MELAYU SEKOLAH RENDAH: SATU TINJAUAN

Noorul Shaminazatul Fariesha binti Azmi


noorul09-958@epembelajaran.edu.my

Hisamuddin bin Abdul Ghani PhD


hisamuddin@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Pendekatan pengajaran guru yang masih menggunakan kaedah tradisional menyebabkan murid kurang
berminat dan berasa bosan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kajian ini dijalankan
untuk mengenal pasti kecenderungan pendekatan pengajaran guru bahasa Melayu sekolah rendah.
Seramai 84 orang guru bahasa Melayu sekolah rendah di Zon Subang dari 11 buah sekolah telah
diambil sebagai sampel kajian. Kaedah soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian untuk
mengumpul data. Instrumen kajian menggunakan skala likert 1 hingga 5. Soal selidik ini terbahagi
kepada dua bahagian iaitu maklumat demografi responden dan pendekatan pengajaran guru yang
terbahagi kepada tiga konstruk yang merangkumi pendekatan pengajaran berpusatkan guru, murid dan
bahan. Data mentah dianalisis menggunakan perisian SPSS for Windows Version 26.0. Analisis
deskriptif menunjukkan latar belakang responden dan menunjukkan kecenderungan kecenderungan
pendekatan pengajaran guru Bahasa Melayu sekolah rendah di Zon Subang adalah lebih cenderung
kepada pendekatan berpusatkan guru . Oleh itu, sudah tiba masanya untuk guru mengubah atau
menukar corak pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas kepada lebih berpusatkan murid atau
bahan agar mata pelajaran bahasa Melayu terus diminati.
Kata kunci: Kata Kunci: pendekatan pengajaran, pembelajaran, guru, Bahasa Melayu,

ABSTRACT
Teachers' teaching approaches that still use traditional methods cause students to be less interested
and feel bored with teaching and learning in the classroom. This study was conducted to identify the
trend and method of Malay language teachers of primary school. A total number of 84 city zone Malay
language teachers of primary school in Subang from 11 schools are choosen as samples for this study.
Questionnaire method used as a research instrument to collect data. The instrument uses a Likert scale
of 1 to 5. The questionnaire is divided into two parts, namely the demographic information of the
respondents and the teaching approach of primary Malay Language teachers which is divided into three
constructs which include teacher, student and material centered teaching approach. Data were analyzed
using SPSS for Windows Version 26.0 software. Descriptive analysis showed the respondents'
background and the tendency of approach teaching Malay languague teacher in Subang is more likely
to teacher-centered approach. Therefore, it is time for the teacher to modify or change the pattern of
teaching and learning in the classroom to a more student-centered subjects or materials to increase
student’s interest on Malay language.
Keywords: Malay Language Teacher, teaching approaches, student-centred, primary school,
tendency.

PENGENALAN
Bahasa ialah alat perhubungan penting dalam kehidupan manusia. Menurut Raminah Hj.
Sabran (1993), melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk
menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran, pengetahuan,

1724
memahami orang lain dan sebagainya. Pelaksanaan pembelajaran dan penggunaan bahasa
Melayu sebagai bahasa utama secara formalnya berlaku di sekolah. Perkara ini adalah
selaras dengan perancangan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956
yang diperkukuh oleh Jawatankuasa Penyemak Pelajaran Rahman Talib 1960 dan
dimaktubkan oleh Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996.
Bidang pendidikan mementingkan penguasaan bahasa kerana bahasa merupakan
medium utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks penguasaan
bahasa, setiap individu mempunyai tahap penguasaan bahasa yang berbeza dalam
pembelajaran bahasa (Zamri Mohamad et al, 2015). Pengajaran Bahasa Melayu yang
berkesan adalah penting dalam memastikan matlamat dan objektif pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu dapat dicapai. Hal ini jelas dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang menyenaraikan matlamat dan objektif mata pelajaran
Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan murid berketrampilan berbahasa dan menghargai
serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan
bahasa ilmu, sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara.
Namun, perubahan dasar pendidikan dari semasa ke semasa seperti pengenalan mata
pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeri telah menyebabkan murid kurang
mengambil cakna terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu meskipun dengan
adanya inisiatif kerajaan memperkenalkan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan
Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab guru
bahasa Melayu dalam memastikan prestasi mata pelajaran bahasa Melayu sentiasa berada
pada tahap cemerlang. Guru memainkan peranan dalam pemilihan dan pelaksanaan
pendekatan pengajaran yang digunakan untuk dapat memberi impak atau kesan kepada
pencapaian murid dalam subjek bahasa Melayu.

PERMASALAHAN KAJIAN
Permasalahan yang beraku pada harini menyebabkan murid kurang cakna terhadap
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu terutamanya setelah pengenalan Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris. Malahan, menurut Seman Salleh (2005), ada segelintir
masyarakat dan guru yang berpendapat Bahasa Melayu merupakan subjek dan tugas yang
mudah. Hassan Ahmad (2006) berpendapat bahawa kedudukan Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan sebagai pembentukan tamadun bangsa kian tercalar. Hal ini
disebabkan sikap sesetengah pihak yang memandang enteng terhadap bahasa Melayu,
khususnya sebagai bahasa pengantar ilmu dan dalam pentadbiran negara. Punca hal ini
berlaku disebabkan guru yang mengajar adalah bukan dari pengkhususan mereka dan
perkara ini berlarutan sehingga terdapat ramai guru Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah

1725
bukan dari opsyen Bahasa Melayu (Siti Ruziha Mohd Riffin, 2007). Mereka tidak
menggunakan pendekatan pengajaran yang sesuai dengan keperluan pelajar.
Dengan itu, guru bertanggungjawab dalam memainkan peranan menggunakan
pendekatan pengajaran yang berkesan bagi menarik perhatian murid untuk belajar dan
menguasai bahasa Melayu serta mendapat pencapaian cemerlang. Malahan, menurut
Tamam et. al., (2010), penggunaan sesuatu kaedah pengajaran dalam proses pengajaran dan
pembelajaran boleh mempengaruhi tahap keberkesanan sesebuah pengajaran. Hal ini kerana
menurut Nor Hashimah Jalaludin (2010) masih ramai murid yang belum menguasai bahasa
Melayu dengan baik meskipun sudah bertahun-tahun Bahasa Melayu dijadikan sebagai
bahasa pengantar dan mata pelajaran wajib di sekolah. Permasalahan ini sangat
membimbangkan dan harus ditangani dengan kadar segera. Oleh itu, guru perlu
menggunakan pendekatan pengajaran yang menarik dan berpusatkan murid untuk
meningkatkan penguasaan murid dalam bahasa Melayu.
Murid menjadi kurang berminat dan berasa bosan dalam pengajaran dan pembelajaran
di kelas berpunca daripada masalah pendekatan pengajaran yang hanya berpusatkan guru
sehingga menyebabkan kemerosotan dalam keputusan Bahasa Melayu. Perkara ini jelas
dinyatakan Zulkifley Hamid (2005) iaitu peratusan murid dalam peperiksaan Bahasa Melayu
merosot dan seterusnya mengundang kegusaran dan kebimbangan. Pendekatan guru yang
kurang menekankan pembelajaran berpusatkan murid menyebabkan murid tidak berminat
terhadap Bahasa Melayu. Menurut Awang Sariyan (1996), 55.7% guru mengatakan murid
mereka berandaian bahawa mereka sudah cekap berbahasa Melayu sehingga tidak perlu
menumpukan perhatian terhadap mata pelajaran tersebut.
Malahan, menurut Abdul Rasid et al. (2009), antara punca pengajar Bahasa Melayu
sentiasa berbalik kepada amalan pengajaran tradisional semasa mengajar adalah disebabkan
oleh faktor persekitaran kelas dan ruang pembelajaran yang kurang memberangsangkan.
Proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dilihat kurang menarik akibat daripada
amalan pengajaran tradisional oleh pihak guru yang telah menyebabkan murid kurang
berminat untuk bersama-sama turut serta dan sesi pengajaran dan pembelajaran. Ramai
dalam kalangan guru yang mengamalkan pembelajaran secara arahan, berpandukan buku
teks dan latih tubi agar dapat menghabiskan sukatan mata pelajaran kerana berasa tertekan
terhadap kehendak peperiksaan. Kesan terhadap murid ialah murid tidak dapat berfikir secara
kritis dan kreatif dan akhirnya melahirkan masyarakat yang tidak berfikiran atau minda kelas
pertama.
Hal ini memerlukan guru untuk lebih bersedia dalam memperbaiki pendekatan
pengajaran yang digunakan dan memahami dengan lebih jelas konsep bersepadu dan objektif
mata pelajaran. Oleh itu, adalah penting untuk mengetahui pendekatan pengajaran yang
digunakan sama ada berpusatkan guru, murid atau bahan agar langkah yang sewarnya dapat

1726
diambil bagi memastikan guru bahasa Melayu menggunakan pendekatan pengajaran yang
selaras dengan keperluan pengajaran masa kini.

OBJEKTIF KAJIAN
Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk:
i. Mengenal pasti kecenderungan pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

SOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian tersebut, soalan kajian adalah seperti berikut:
i. Apakah kecenderungan pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di?

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kajian tinjauan. Chua
(2011) dalam Ang Kean Hua (2016) menghuraikan kaedah tinjauan melibatkan pengumpulan
data secara terus daripada kumpulan subjek dengan menggunakan soalan kajian, iaitu soal
selidik melalui lisan atau kertas-pensel. Menurut Sulaiman (2005), strategi tinjauan
menekankan data yang lengkap, tuntas dan meliputi tajuk pengkajian yang diputuskan. Oleh
itu, pengkaji menggunakan reka bentuk ini kerana reka bentuk ini lebih sesuai digunakan
berbanding dengan reka bentuk kajian yang lain seperti temu bual, pemerhatian dan
sebagainya.
Dalam kajian ini instrumen utama yang digunakan adalah soal selidik menggunakan
kaedah tinjauan dan pendekatan kuantitatif. Hal ini demikian kerana soal selidik yang
digunakan dalam kajian ini akan memberikan gambaran mengenai pendekatan pengajaran
guru Bahasa Melayu yang dilaksanakan di sekolah rendah. Soal selidik yang digunakan dalam
kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A, demografi dan bahagian B yang
mengandungi 24 item merangkumi tiga konstruk. Soal selidik yang dibina telah diadaptasi
berdasarkan kajian Muliana (2011).
Item soal selidik dibina dan diadaptasi berdasarkan soal selidik yang telah diakui
kesahannya. Hal ini demikian kerana item soal selidik dalam kajian ini diadaptasi daripada
kajian Muliana (2011) yang telah diuji kesahan konstruk dan kesahan kandungannya.
Walaupun demikian, pengkaji tetap menjalankan kesahan metodologi, bahasa dan kandungan
memandangkan ini merupakan kajian lanjutannya. Sehubungan dengan itu, pengkaji telah
merujuk tiga orang pakar yang melibatkan bahasa, pakar meotodologi dan kandungan yang
bertugas di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.

1727
Dalam konteks kajian ini, kebolehpercayaan item soal selidik dianggarkan
menggunakan nilai Alpha Cronbach. Dalam hal ini, analisis data berdasarkan ujian rintis telah
diakukan untuk mendapatkan nilai Alpha Cronbach. Dalam proses rintis, seramai 30 orang
bukan dalam kalangan responden telah mengisi borang soal selidik dan diproses serta
dianalisis datanya menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 26.0.
Didapati instrumen soal selidik tersebut mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi, iaitu 0.93.
Sampel kajian terdiri daripada 84 orang guru Bahasa Melayu yang berkhidmat di 11 buah
sekolah rendah kebangsaan di Zon Subang.
Akhir sekali, analisis statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis profil responden
dan kecenderungan pendekatan pengajaran guru bahasa Melayu sekolah rendah.
Penganalisisan kecenderungan pendekatan pengajaran guru bahasa Melayu menggunakan
analisis deskriptif melibatkan nilai skor min dan sisihan piawai. Tafsiran skor min telah
diadaptasi daripada Jamil et al. (2014) dan ditunjukkan dalam Jadual 1. Selang skala skor
min dikekalkan tetapi tafsiran bagi setiap konstruk diubah suai menggunakan istilah yang lebih
sesuai agar dapat menyampaikan tafsiran yang tepat dan difahami.
Jadual 1

Interpretasi Skor Min


Selang Skala Skor Min Interpretasi
1.00 – 2.00 Rendah
2.01 – 3.00 Sederhana Rendah
3.01 – 4.00 Sederhana Tinggi
4.01 – 5.00 Tinggi

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Jadual 2

Analisis Item Pendekatan Pengajaran Berpusatkan Guru


No. Sisihan
Item Min Tahap
item Piawai
1 Saya beranggapan pelajar mempunyai
pengetahuan sedia ada tentang topik yang akan 4.69 .62 Tinggi
diajar.
2 Saya menggambarkan sepenuhnya apa yang
perlu diketahui oleh pelajar melalui objektif yang 4.58 .59 Tinggi
spesifik.
3 Saya menyampaikan fakta yang banyak kepada
pelajar supaya mereka mengetahui apa yang perlu 4.69 .58 Tinggi
dipelajari.

1728
4 Saya menumpukan perhatian untuk
menyampaikan semua maklumat diperolehi 4.41 .61 Tinggi
daripada buku/ buku teks.
5 Saya menyusunkan pengajaran Bahasa Melayu
untuk membantu pelajar lulus dalam penilaian 4.48 .67 Tinggi
formal.
6 Saya menjalankan sesi pengajaran Bahasa
Melayu dengan memberikan pelajar satu set nota 4.21 .85 Tinggi
yang baik.
7 Saya hanya membekalkan pelajar dengan Sederhana
maklumat yang diperlukan untuk lulus dalam 2.68 1.10
Rendah
penilaian formal.
8 Saya perlu mengetahui jawapan soalan yang
dikemukakan tentang subjek Bahasa Melayu. 4.63 .53 Tinggi

Skor min keseluruhan 4.30 0.41 Tinggi

Berdasarkan jadual 2, tujuh item mempunyai tahap yang tinggi dan satu item
mempunyai tahap sederhana rendah. Min keseluruhan bagi konstruk pendekatan pengajaran
berpusatkan guru ialah 4.30 iaitu berada pada tahap yang tinggi. Manakala bagi nilai sisihan
piawai ialah 0.41 menunjukkan data kurang terserak dan masih menghampiri pusat ukuran
serta menunjukkan tahap kesepakatan yang tinggi antara responden terhadap item.
Seterusnya, nilai min paling tinggi ialah 4.69 bagi item 1 dan 3 menunjukkan kebanyakan guru
beranggapan murid mempunyai pengetahuan sedia ada tentang topik yang diajar dan sering
menyampaikan fakta yang bnauak kepada murid supaya murid mendapat gambaran yang
jelas perkara yang perlu dipelajari. Dapatan kajian mendapati guru menunjukkan
kecenderungan yang tinggi terhadap pendekatan pengajaran berpusatkan guru.

Jadual 3

Analisis Item Pendekatan Pengajaran Berpusatkan Murid


Bil. Item Min Sisihan Tahap
Piawai
1 Saya mewujudkan perbualan dengan pelajar
mengenai topik yang sedang dipelajari. 4.40 .67 Tinggi

2 Saya melaksanakan penilaian dengan memberi


peluang pelajar mengemukakan pemahaman 4.20 .68 Tinggi
mereka
3 Saya meluangkan masa pengajaran agar pelajar
berbincang sesama mereka mengenai kekeliruan 4.32 .68 Tinggi
yang dihadapi

1729
4 Saya menggalakkan pelajar menyusun
semula pengetahuan sedia ada mereka dengan 4.07 .62 Tinggi
menggunakan cara pemikiran yang baru
5 Saya menggunakan contoh yang susah atau yang Sederhana
belum diterangkan bagi mencetuskan perbahasan 3.98 .64
Tinggi
6 Saya memberi peluang pelajar berbincang tentang
perubahan dari segi pemahaman mereka. 4.19 .62 Tinggi

7 Saya menggalakkan pelajar membina nota mereka


sendiri. 4.01 .64 Tinggi

8 Kebanyakan masa pengajaran Bahasa Melayu Sederhana


saya digunakan untuk bertanyakan idea pelajar. 3.99 .61
Tinggi

Skor min keseluruhan 4.14 0.39 Tinggi

Berdasarkan jadual 3, enam item berada pada tahap yang tinggi dan dua itemberada
pada tahap sederhana tinggi. Min keseluruhan bagi konstruk pendekatan pengajaran
berpusatkan murid ialah 4.14 iaitu berada pada tahap yang tinggi. Manakala bagi nilai sisihan
piawai ialah 0.39 menunjukkan data kurang terserak dan masih menghampiri pusat ukuran
serta menunjukkan tahap kesepakatan yang tinggi antara responden terhadap item.
Seterusnya, nilai min paling tinggi ialah 4.40 bagi item 1 menunjukkan kebanyakan guru sering
mewujudkan interaksi dua hala antara murid dan guru dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Namun, dapatan kajian mendapati kecenderungan
pendekatan berpusatkan murid adalah lebih rendah berbanding pendekatan pengajaran
berpusatkan guru.

Jadual 4

Analisis Item Pendekatan Pengajaran Berpusatkan Bahan


No. Sisihan
Item Min Tahap
item Piawai
1 Saya menggunakan bahan pembelajaran dalam
memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran 4.33 .55 Tinggi
dapat dicapai.
2 Saya sentiasa mempelbagaikan bentuk bahan Sederhana
bantu mengajar untuk menjalankan sesi 3.64 .89
Tinggi
pengajaran dan pembelajaran.

1730
3 Saya memberi ruang untuk murid belajar
berdasarkan bahan yang diberi mengikut kadar 4.05 .58 Tinggi
sendiri
4 Saya menggalakkan murid meneroka dan
membuat perkaitan berdasarkan bahan-bahan 4.11 .58 Tinggi
yang diberi dengan topik pelajaran.
5 Saya menggunakan bahan maujud dalam langkah Sederhana
pengajaran dan pembelajaran untuk membuat 3.82 .75
Tinggi
penilaian terhadap pemahaman murid.
6 Saya mencipta bahan bantu mengajar untuk murid 4.14 .52 Tinggi
bina pengetahuan berdasarkan bahan tersebut.
7 Saya membantu murid dalam mengaplikasikan
ilmu pengetahuan yang abstrak dengan membuat 4.02 .64 Tinggi
perkaitan terhadap bahan konkrit.
8 Saya membantu murid membentuk soalan yang
sesuai berdasarkan sifat ingin tahu murid terhadap 4.31 .54 Tinggi
bahan pembelajaran yang digunakan.

Skor min keseluruhan 4.11 0.38 Tinggi

Berdasarkan jadual 4, enam item berada pada tahap yang tinggi dan dua item berada
pada tahap sederhana tinggi. Min keseluruhan bagi konstruk pendekatan pengajaran
berpusatkan murid ialah 4.11 iaitu berada pada tahap yang tinggi. Manakala bagi nilai sisihan
piawai ialah 0.38 menunjukkan data kurang terserak dan masih menghampiri pusat ukuran
serta menunjukkan tahap kesepakatan yang tinggi antara responden terhadap item.
Seterusnya, nilai min paling tinggi ialah 4.33 bagi item 1 menunjukkan guru-guru kerap
menggunakan bahan bantu mengajar untuk memastikan objektif pengajaran dan
pembelajaran dapat dicapai. Namun, dapatan kajian mendapati kecenderungan pendekatan
berpusatkan bahan adalah lebih rendah berbanding pendekatan pengajaran berpusatkan guru
dan murid.
Kecenderungan pendekatan pengajaran guru diukur berdasarkan min yang tertinggi.
Didapati min yang tertinggi ialah pendekatan pengajaran berpusatkan guru (4.30) berbanding
min pendekatan pengajaran berpusatkan murid (4.15) dan pendekatan berpusatkan bahan
(4.11). Kesimpulannya, guru bahasa Melayu sekolah rendah di Zon Subang cenderung dalam
menggunakan pendekatan pengajaran berpusatkan guru.

KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN


Kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan guru-guru bahasa Melayu sekolah rendah
lebih cenderung menggunakan pendekatan pengajaran berpusatkan guru berbanding
pendekatan pengajaran berpusatkan murid dan bahan. Dapatan kajian ini hampir sama

1731
dengan kajian Abdul Razak dan Nor Asmah (2010) serta Muliana (2011) yang melihat kepada
pendekatan pengajaran guru dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Melayu. Malah
dapatan kajian ini juga menunjukkan perbezaan skor min antara pendekatan pengajaran guru
merangkumi tiga aspek iaitu pendekatan pengajaran berpusatkan guru, murid dan bahan.
Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik. Sehubungan dengan itu, implikasi
praktikal yang terdapat dalam kajian ini ialah pengkaji akan datang dapat memanfaatkannya
untuk diadaptasi dan disesuaikan dengan kajian masa depan yang juga melihat kepada
kecenderungan pendekatan pengajaran guru. Penggunaan soal selidik dapat memastikan
setiap responden dapat menjawab item soal selidik tanpa dipengaruhi unsur bias (Yuznaili,
2021). Hasil daripada itu, guru dapat sentiasa memperbaiki sebarang kekurangan dalam
pendekatan pengajaran yang dilaksanakan sama ada masih secara tradisional atau
sebaliknya.
Kajian ini berupaya memberi pengetahuan dan kesedaran kepada guru bahawa sudah
tiba masanya untuk guru mengubah atau menukar corak pengajaran dan pembelajaran guru
di dalam kelas kepada lebih berpusatkan murid atau bahan agar mata pelajaran bahasa
Melayu terus diminati. Hal ini disokong oleh Yong Chyn et al, (2012), dengan mengenal pasti
strategi pembelajaran bahasa yang digunakan oleh murid semasa mempelajari bahasa
khususnya bahasa Melayu (BM), guru dapat merancang sesi pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih baik dan efektif Dengan ini akan melibatkan murid dengan lebih aktif dan murid
diberi peluang untuk belajar secara bebas seterusnya dapat meningkatkan motivasi,
pemahaman dan murid akan lebih meminati pelajaran yang diajar (Abdul Razak & Nor Asmah,
2010). Manakala bagi guru novis pula perlu sentiasa mempelbagaikan teknik dan kaedah
pengajaran berpusatkan pelajar di dalam kelas. Menurut Suhaimi Muhamad (2007),
keupayaan guru mempelbagaikan pendekatan strategi dan kaedah pedagogi mampu
meningkatkan keupayaan dan penguasaan prestasi akademik pelajar, di samping sebagai
pemangkin kepada perubahan sikap dan minat pelajar.
Seterusnya, walaupun telah banyak kajian berkaitan pendekatan pengajaran guru
dilakukan, namun kajian yang meliputi tiga konstruk kajian iaitu pendekatan pengajaran
berpusatkan guru, murid dan bahan masih belum ada pihak mengkaji. Sebagai contoh dalam
kajian Muliana (2011) yang mengkaji pendekatan pengajaran guru bahasa Melayu sekolah
rendah di zon Bandar Lahad Datu hanya meliputi dua konstruk kajian iaitu pendekatan
pengajaran berpusatkan guru dan berpusatkan murid. Malahan, kajian ini juga mengambil
tempat di kawasan bandar iaitu daerah Petaling Utama, Selangor. Ini berbeza dengan skop
kajian lepas yang menjalankan kajian meliputi kawasan luar bandar. Pengkaji ingin melihat
jika terdapat perbezaan terhadap kecenderungan pendekatan pengajaran guru di bandar dan
di luar bandar berdasarkan perbezaan kelebihan dari aspek kemudahan pembelajaran dan

1732
teknologi maklumat. Oleh itu melalui dapatan kajian ini dapat dilihat tiada berlaku perbezaan
terhadap kecenderungan pendekatan pengajaran guru di kawasan bandar dan luar bandar.
Oleh itu, beberapa cadangan boleh dimanfaatkan oleh pihak yang terlibat seperti pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sekolah, dan guru untuk menambah baik
pendekatan pengajaran guru dalam bilik darjah untuk memastikan pendekatan pengajaran
lebih berkesan. Cadangan kepada pihak KPM adalah untuk merancang kursus, bengkel dan
latian dalaman secara intensif untuk guru mendapat pendedahan agar dapat lebih memahami
dan menguasai ilmu pedagogi yang berkait rapat dengan pendekatan pengajaran. Hal ini
kerana guru perlu berilmu, berinisiatif dan memahami apa dan bagaimana perlu mengajar
serta mengapa dan bagaimana pula murid perlu belajar (Abdul Razak Idris & Nor Asmah
Salleh, 2010). Selain itu, pihak KPM juga perlu menggiatkan kursus dan bengkel ini terhadap
guru-guru yang berada di kawasan luar bandar dan kawasan pedalaman. Hal ini kerana
kajian-kajian lepas telah mendapati tahap penguasaan pedagogi guru-guru dari kawasan luar
bandar dan kawasan pedalaman masih berada pada tahap yang rendah dan sederhana. Oleh
hal yang demikian, perkara ini adalah perlu bagi memastikan guru-guru tersebut juga tidak
ketinggalan dalam menguasai kemahiran pedagogi yang terkini dalam usaha untuk
meningkatkan pencapaian murid. cadangan ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti
pengajaran guru bahasa Melayu yang lebih berkesan.
Seterusnya, pihak KPM juga perlu membantu guru melaksanakan pendekatan
pengajaran yang berkesan. Bantuan ini boleh dilihat dalam penyediaan prasarana dan
persekitaran sekolah yang kondusif. Penyediaan bilik-bilik khas seperti bilik tayangan dan
dewan terbuka sentiasa diselenggara dan dalam keadaan yang bersih bagi memastikan
pendekatan pengajaran yang ingin dilaksana dapat dijalankan dengan mudah. Hal ini kerana
pendekatan pengajaran akan lebih menarik melalui penggunaan ruang yang lebih luas seperti
di bilik-bilik khas di sekolah (Abdullah, 2004). Cadangan yang berikutnya adalah kepada pihak
sekolah. Pihak sekolah boleh melakukan pemantauan secara berkala dan kerap tentang
pelaksanaan pendekatan pengajaran dalam bilik darjah. Hal ini penting untuk memastikan
sama ada guru-guru menggunakan kaedah pengajaran tradisional atau lebih terarah kepada
pendekatan pengajaran masa kini. Ini kerana pemilihan pendekatan pengajaran guru
memainkan peranan yang penting terhadap keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran
(Ee Ah Meng, 1992).
Cadangan kepada pihak sekolah sebagai langkah untuk meningkatkan lagi
pengaplikasian pendekatan pengajaran yang berkesan ialah pihak pentadbir sekolah perlu
sentiasa menyokong segala usaha guru pelaksanaan pendekatan pengajaran. Dalam usaha
untuk menyokong guru-guru, pihak sekolah mestilah menggalakkan perkongsian ilmu antara
guru-guru bagi memastikan guru yang mahir terhadap setiap elemen yang terkandung dalam
aspek pendekatan pengajaran guru agar dapat berkongsi idea dengan memberikan taklimat

1733
kepada guru-guru lain berkenaan pelaksanaan pendekatan pengajaran yang berkesan.
Cadangan terhadap guru pula adalah para guru mestilah sentiasa berusaha untuk meneroka
dengan lebih dalam tentang ilmu pendekatan pengajaran yang berkesan. Penerokaan ini
boleh dibuat melalui pembacaan pelbagai sumber, perbincangan bersama guru lain serta
menghadirkan diri ke kursus dan bengkel-bengkel berkaitan pendekatan pengajaran
(Azieyana & Christina, 2018).
Seterusnya bagi cadangan untuk kajian lanjutan pula ialah pengkaji mencadangkan
agar penyelidikan masa hadapan melihat kepada empat pendekatan berikut iaitu pendekatan
berpusatkan guru, pendekatan berpusatkan murid, pendekatan berpusatkan bahan dan
pendekatan berpusatkan aktiviti memandangkan kajian ini hanya melihat kepada tiga
pendekatan iaitu pendekatan berpusatkan guru, berpusatkan murid dan berpusatkan bahan.
Cadangan lain pada masa akan datang ialah sampel kajian diperluaskan lagi tidak hanya
tertumpu kepada guru sekolah rendah seperti dalam kajian Muliana (2011) dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu tetapi kajian juga perlu dilakukan di sekolah menengah. Kajian ini
juga boleh membandingkan antara pendekatan pengajaran yang digunakan di sekolah rendah
dan sekolah menengah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sama ada berpusatkan guru,
murid atau pun bahan. Ini adalah perlu untuk memastikan guru-guru pada masa kini
menggunakan pendekatan dan teknik yang betul semasa melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.
Malahan, responden kajian juga perlu diperbanyakkan lagi. Responden kajian seramai
84 orang dalam kajian ini terlalu kecil. Oleh itu, pada masa akan datang responden dari
daerah-daerah lain perlu dilibatkan. Sebagai contoh, mengambil responden kajian di daerah
berdekatan seperti Keramat, Pudu, Klang dan sebagainya. Selain itu, pengkaji juga boleh
menggunakan kaedah tinjauan yang menggunakan pendekatan kualitatif bagi melihat
bagaimana pelaksanaan pendekatan pengajaran guru secara lebih mendalam yang melibatka
sampel yang kecil. Penyelidikan kualitatif mempunyai bentuk data yang tersendiri yang
berbeza dengan penyelidikan kuantitatif. Pendekatan ini berusaha untuk memperoleh
maklumat berkualiti dengan memberikan tumpuan terhadap sampel yang kecil. (Azizah
Hamzah, 2010).
Seterusnya, oleh kerana kajian ini hanya tertumpu di sekolah Zon Subang sahaja,
maka dicadangkan pada masa akan datang penyelidik akan melakukan penyelidikan dengan
mengambil sampel kajian di semua sekolah di daerah Petaling Utama atau membuat
penyelidikan di kawasan luar bandar. Ini penting untuk melihat pendekatan pengajaran guru-
guru di kawasan luar bandar yang kurang kemudahan tetapi tetap berusaha menggunakan
pendekatan pengajaran berpusatkan murid dengan teknik pengajaran yang menarik. Hal ini
demikian kerana kemungkinan terdapat perbezaan amalan pedagogi antara guru-guru di
bandar dengan guru-guru di luar bandar (Che Nidzam, Saidatul Ainoor & Asmayati, 2016).

1734
Dengan adanya kajian pendekatan pengajaran guru kawasan luar bandar dan guru di
kawasan bandar maka diharapkan pihak kementerian dapat mengambil langkah mengatasi
masalah guru kawasan luar bandar dan pedalaman dalam meningkatkan keberkesanan
pengajaran mereka.
Seterusnya, kajian ini dilaksanakan menggunakan pendekatan kuantitatif yang
melibatkan jumlah responden yang besar dan menggunakan instrumen soal selidik. Oleh itu,
pengkaji mencadangkan supaya pengkaji lain untuk melaksanakan tinjauan pelaksanaan
pendekatan pengajaran guru Bahasa Melayu menggunakan pendekatan kajian kualitatif. Hal
ini demikian kerana kajian berbentuk kualitatif dapat memberikan dapatan kajian yang lebih
mendalam dan menyeluruh melalui kaedah pengumpulan data temu bual, pemerhatian dan
penganalisisan dokumen (Taylor, Bogdan & De Vault, 2015). Oleh hal yang demikian,
pengkaji dapat menetukan tahap penguasaan pengetahuan dan pedagogi guru berkaitan
pembelajaran koperatif dengan lebih jelas menggunakan pendekatan kualitatif.

RUJUKAN
Abdul Rasid Jamian, Soaib Asimiran & Zakaria Kasa. (2009). Guru pelatih dan
pelaksanaan aktiviti guru semasa menjalani latihan mengajar dalam
pembentukan guru novis. Prosiding Seminar Pengajaran Berkesan Teras
Pembangunan Modal Insan. Seminar Kebangsaan Jawatankuasa Penyelarasan
pendidikan Guru 2009, 22-24 Disember 2009. Anjuran bersama UPSI dan Majlis
Dekan-Dekan Fakulti Pendidikan IPTA (MDFPIPTA) Impiana Casuarina, Ipoh.

Abdullah, I. (2004). Pembelajaran berpusatkan pelajar dan kaitannya dengan


pembangunan diri dan peluang pekerjaan. Proceedings of the Seminar
Penyelidikan Pendidikan Guru Peringkat Kebangsaan.

Ang Kean Hua. (2016). Pengenalan rangka kerja metodologi dalam kajian penyelidikan: Satu
kajian literatur. Malaysian Journal Of Social Science and Humanities, 1(1), 17- 24.

Awang Sariyan. (1996). Warna dan Suasana dalam Perancangan Bahasa Melayu di
Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azieyana Aziz, and Christina Andin, (2018) Penggunaan strategi pembelajaran koperatif
untuk meningkatkan tahap kemahiran berfikir aras tinggi pelajar. Jurnal Pendidikan
Malaysia, 43 (1). pp. 1-9.

Azizah Hamzah. 2010. Kaedah Kualitatif Dalam Penyelidikan Sosiobudaya. Jurnal


Pengajian Media Malaysia, 6 (1)

Bond, T. G., & Fox, C. M. (2015). Applying The Rasch Model Fundamental Measurement
in the Human Sciences. (Routledge & T. & F. Group, Eds.) (Third Edit).

Ee Ah Meng. (1992). Pedagogi: Satu Pengenalan. Fajar Bakti.

Hassan Ahmad. (2006). Membetulkan sikap dan persepsi manusia terhadap bahasa
Melayu. (Atas Talian). Telah dimuat turun 12 Februari, 2021, dari
http://www.kongresbahasa.org

1735
Jamil Abd Baser, Nurul Syahada Mohd Suhaimi, Hisyamuddin Othman, Azman Hassan,
Mohd Bekri Rahim dan Mohd Faizal Askor min Nur Yunus. (2014). Standard
guru Malaysia dalam program persediaan guru reka bentuk dan teknologi. Online
Journal for TVET Practioners, 2(2).

Muliana Tanah. (2011). Pendekatan Pengajaran Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah Di
Zon Bandar Lahad Datu. Disertasi Sarjana. Universiti Utara Malaysia

Nor Hashimah Jalaluddin. (2010). Sosiokognitif dan penguasaan pragmatik bahasa


Melayu remaja Malaysia: Analisis linguistik. Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Raminah Hj. Sabran. (1993). Kecekapan berkomunikasi dalam bahasa Malaysia. Fajar
Bakti.

Seman Salleh. (2005). Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu:


Kajian Kes di sebuah sekolah rendah di Daerah Jerantut, Pahang Darul Maklur.
Jurnal IPBA, 3, 27-44.

Siti Ruzaiha Mohd Riffin. (2007). Memperkasakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa
melayu dalam sistem persekolahan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Suhaimi Muhamad. (2007). Tahap kesediaan guru terhadap pelaksanaan modul pengajaran
simulasi bagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Tesis Sarjana. Johor: Universiti
Teknologi Malaysia.

Sulaiman Masri. (2005). Kaedah penyelidikan dan panduan penulisan: Esei, proposal dan
tesis. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Tamam Timbang, Zamri Mahamod, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & Jamaludin Badushah.
(2010). Masalah membaca murid-murid sekolah rendah kerajaan di Brunei
Darussalam: Satu kajian kes. Jurnal Pendidikan Malaysia 35 (2): 77-85

Yong Chyn Chye, Siti Saniah Abu Bakar, Chan Tze-Haw & Vijayalecthumy
Subramaniam. (2012). Strategi Pelajar Antarabangsa Belajar Bahasa Melayu di
Instutusi Pengajian Tinggi. Proceeding of The 4th International Conference on
Teacher Education; Join Conference UPI & UPSI Bandung, Indonesia, 8-10
November 2010. 366-378.

Yuznaili Salleh. (2021). Panduan Komprehensif Penyelidikan: Navigasi Penyelidikan


Anda. Penerbit IPG Kampus Bahasa Melayu.

Zamri Mahamod, Kamiliah Ayu Ab. Ghani, Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad.
(2015). Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Kalangan
Murid Cina Berdasarkan Sikap Dan Kemahiran Bahasa. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu. Vol. 6, Bil. 1 (Mei 2016): 38-51. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zulkifley Hamid. (2005). Penilaian pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

1736
TINJAUAN PENGGUNAAN PETMIN TERHADAP KUALITI PENGHASILAN KARANGAN
BERFAKTA DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4

Nur Azmina binti Mohd Azmi


azmina09_959@epembelajaran.edu.my

Rozeha binti Harun


rozeha@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji tinjauan penggunaan peta minda terhadap kualiti penghasilan
karangan berfakta dalam kalangan murid tahun 4. Reka bentuk kajian adalah menggunakan
pendekatan kuantitatif dan kaedah tinjauan deskriptif. Kajian ini menggunakan satu set soal selidik yang
mengandungi 33 item. Sampel kajian terdiri daripada 92 orang murid tahun 4 sekolah rendah di daerah
Kinta, Perak. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif, iaitu melibatkan analisis
skor min dan sisihan piawai dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science SPSS
(Version 26.0). Hasil dapatan menemukan persepsi murid terhadap penggunaan peta minda sebagai
alat bantu belajar menunjukkan skor min yang tinggi (4.35). Selain itu, manfaat penggunaan peta minda
dalam menghasilkan karangan berfakta dengan baik juga menunjukkan skor min yang tinggi (4.45).
Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan penggunaan peta minda dapat meningkatkan kualiti
penghasilan karangan berfakta jug menunjukkan persepsi yang positif yang mendapati skor min yang
tinggi (4.41). Secara keseluruhannya, persepsi penggunaan peta minda terhadap kualiti penghasilan
karangan berfakta dalam kalangan murid berada pada tahap tinggi dan membuktikan penggunaan peta
minda dapat membantu murid menghasilkan karangan berfakta dengan baik dan berkualiti.
Kata Kunci: peta minda, persepsi, kemahiran menulis, karangan berfakta, Bahasa Melayu

ABSTRACT
This study aims to identify the perspective of mind maps on the quality of factual essay among student
in year 4. The reseacrh design that been used in quantitative method and descriptive survey method.
This study used a set of 33 items questionnaires. The sample comprised of 92 year 4 primary school
students in Kinta, Perak. Collected data was analyzed in descriptive form of mean and standard devision
by using Statistical Package for Social Science SPSS (version 26.0). Findings shows that students’
perceptions by using mind maps as learning aids showed a high mean score (4.35). in addition, the
benefits of using mind maps in producing well factual essay also showed a high mean score (4.45).
Furthermore, the findings of the study showed that the use of mind maps can improve the quality of the
production of factual essays also showed a positive perception that a high mean score (4.41). Overall,
the perception of the use of mind maps on the quality of factual essay production among students is at
a high level and proves that the use of mind maps can help students produce good and quality factual
essays.
Keywords: mind maps, perception, writing skill, factual essays, Bahasa Melayu

PENGENALAN
Pendidikan merupakan salah satu bidang yang penting bagi menyumbang kepada
pembangunan negara. Oleh itu, sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
dicetuskan pada tahun 1979 bagi menggariskan kecemerlangan individu secara menyeluruh
dan bersepadu bagi melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial. Keseimbangan individu seharusnya dipupuk sejak zaman sekolah lagi.
Lantaran itu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah digubal bertujuan untuk

1737
memantapkan Akta Pendidikan 1996 dan memenuhi semangat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Hal ini demikian adalah untuk menyediakan warga Malaysia menghadapi
cabaran-cabaran pendidikan yang lebih mencabar sehingga peringkat global.
Kemahiran menulis merupakan satu elemen yang terkandung dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bahasa Melayu di sekolah rendah adalah
keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis
penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan berdasarkan pengalaman peribadi
yang dilalui oleh murid itu sendiri. Oleh itu, penggunaan PetMin ini membolehkan murid
memberikan pendapat dan hujah yang kritis serta kreatif dalam pelbagai bentuk berdasarkan
kreativiti murid serta dapat membantu murid menghasilkan karangan berfakta dengan baik.
Dalam kajian ini, perbincangan akan lebih menjurus kepada persepsi penggunaan peta
minda dalam kalangan murid tahun 4 bagi menghasilkan karangan berfakta yang baik dan
berkualiti. Sehubungan itu, bagi memastikan murid-murid menguasai kemahiran menulis maka
penggunaan peta minda digunakan untuk membantu murid-murid mengemukakan idea secara
tersusun dan terancang sebelum membina sebuah karangan yang baik. Oleh yang demikian
penggunaan peta minda ini memberi kesan dengan merangsang pemikiran murid secara
kreatif, kritis dan inovatif. Oleh itu, pengkaji mendapati bahawa kemahiran menulis merupakan
kemahiran mengarang yang melibatkan kognitif dan linguistik bagi menghasilkan buah fikiran
mereka dalam bentuk wacana.

PERNYATAAN MASALAH
Kelemahan murid-murid dalam menguasai aspek penulisan karangan seperti kegagalan
dalam menguasai tajuk atau tema karangan, idea karangan yang tidak relevan, huraian
karangan yang tidak matang, penggunaan bahasa yang tidak gramatis dan kemampuan
mengolah karangan dengan baik. Hal ini demikian kerana pengkaji berpendapat bahawa
murid-murid tidak menguasai kemahiran menjana idea atau isi-isi penting dalam karangan
serta tidak menguasai kemahiran menyusun struktur isi-isi penulisan.
Selain itu, sebilangan murid tidak tahu mengarang secara sistematik, karangan hanya
merupakan longgokan isi-isi yang tidak tersusun dan tidak diolah dengan sifat kematangan
lantas hanya terhasil sebuah karangan yang hanya memenuhi jumlah perkataan. Sehubungan
itu, dapat lihat tindakan guru semasa mengajar kemahiran menulis terutamanya menghasilkan
karangan yang mereka sering menggunakan catatan nota baris demi baris dan muka surat
demi muka surat (catatan bentuk linear).
Di samping itu, murid-murid menghadapi kesukaran untuk memahami dan tidak mahir
dengan pemilihan kata, penguasaan tatabahasa dan tidak menguasai topik yang ingin ditulis.
Maka, perubahan gaya pendidikan daripada kaedah konvensional yang hanya menggunakan
‘chalk and talk’ kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 sejajar dengan

1738
hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025). Asma Ishak (2017)
yang menyatakan guru merupakan agen terbesar bagi memastikan kecemerlangan murid-
murid dengan mengamalkan aktiviti-aktiviti yang dapat merangsang kemahiran berfikir secara
berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak dapat
menjana idea atau isi serta menyusun dan mengolah idea tersebut menjadi sebuah karangan
yang bermakna. Oleh itu, keperluan alat bantu belajar dalam pengajaran dan pembelajaran
yang bersesuaian adalah peta minda dengan menggalakkan pemikiran dan kaedah
pengajaran yang mendorong ke arah meningkatkan kemahiran berfikir.
OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan tujuan tersebut, kajian ini cuba untuk mencapai tiga objektif berikut:
1. Mengenalpasti penggunaan peta minda kepada murid sebagai alat bantu belajar untuk
membuat catatan isi-isi penting.
2. Mengenalpasti manfaat penggunaan peta minda untuk menghasilkan karangan
berfakta yang baik.
3. Untuk melihat kualiti penghasilan karangan berfakta bagi murid tahun 4

SOALAN KAJIAN
Soalan kajian yang dikemukakan adalah selari dengan tiga objektif kajian ini seperti yang
berikut:
1. Apakah persepsi penggunaan peta minda kepada murid sebagai alat bantu belajar
untuk membuat catatan isi-isi penting?
2. Apakah manfaat penggunaan peta minda dapat menghasilkan karangan berfakta
dengan baik?
3. Adakah penggunaan peta minda dapat meningkatkan kualiti penghasilan karangan
berfakta bagi murid tahun 4?

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kajian
tinjauan. Responden kajian ini terdiri daripada 92 orang murid tahun 4 di dua buah sekolah
daerah Kinta, Perak. Seterusnya, kaedah persampelan yang digunakan oleh pengkaji ialah
kaedah berkelompok. Cresswell (2016) menyatakan kaedah soal selidik merupakan teknik
yang paling sesuai untuk mengumpul data berbentuk melihat pola sesuatu pemboleh ubah.
Maka, instrumen soal selidik dalam kajian ini telah dibangunkan sendiri oleh pengkaji dengan
berpandukan kajian-kajian terdahulu. Instrumen ini telah mendapatkan kesahan kandungan,
kesahan konstruk serta melihat kesahan kebolehpercayaan dengan menjalankan kajian rintis
yang melibatkan 30 orang responden. Kebolehpercayaan ini diukur dengan menggunakan
Statistical Package of Social Science (SPSS) Version 2.6. Analisis nilai Alpha Cronbach yang

1739
diperoleh adalah sebanyak .932. Berdasarkan skor Alpha Cronbach menunjukkan instrumen
soal selidik berada dalam keadaan sangat baik dan efektif dengan tahap konsisten yang tinggi
sekaligus boleh digunakan dalam penyelidikan sebenar. (Bond & Foz. 2015). Oleh itu,
instrumen soal selidik ini boleh diterima dan digunakan untuk mendapatkan data sebenar.
Nilai min yang diperoleh digunakan untuk merumuskan tindak balas responden
terhadap semua kenyataan yang diberi dalam borang soal selidik. Manakala interprestasi min
bagi kajian ini menggunakan sumber Azhar Ahmad (2017). Pemeringkatan skala skor min
seperti jadual 1 dan pengkaji menggunakan sisihan piawai untuk mengenalpasti data tersebut
bertumpu atau terserak kepada pusat ukuran.
Jadual 1

Pemeringkatan Skala Skor Min


Skor Min Interpretasi Min
1.00 - 2.00 Rendah
2.01 - 3.00 Sederhana Rendah
3.01 - 4.00 Sederhana Tinggi
4.01 - 5.00 Tinggi

DAPATAN KAJIAN
Dalam bahagian ini, pengkaji akan membincangkan tentang hasil dapatan kajian bagi
menjawab soalan kajian dan seterusnya mencapai objektif kajian. Terdapat objektif persepsi
penggunaan peta minda sebagai alat bantu belajar untuk menulis isi-isi penting, manfaat
penggunaan peta minda dalam menghasilkan karangan berfakta dengan baik dan
penggunaan peta minda terhadap kualiti penghasilan karangan berfakta.

Jadual 2

Persepsi Penggunaan Peta Minda Sebagai Alat Bantu Belajar Untuk Menulis Isi-isi Penting

Bil Item Min Sisihan Tahap


Piawai
1 Saya suka belajar karangan menggunakan peta 3.97 .852 Sederhana
minda. Tinggi

2 Peta minda dapat membantu saya menulis isi-isi 4.35 .762 Tinggi
penting.

3 Saya suka menggunakan peta minda semasa 4.11 .850 Tinggi


membuat latihan karangan.

4 Pembelajaran menggunakan peta minda mudah 4.45 .776 Tinggi


untuk saya menulis isi-isi penting.

1740
5 Peta minda membolehkan saya lebih kreatif dalam 4.40 .757 Tinggi
menulis isi-isi penting.

6 Saya lebih mudah mengingat isi-isi penting dengan 4.33 .813 Tinggi
menggunakan peta minda.

7 Peta minda dapat digunakan sebagai alat bantu 4.50 .749 Tinggi
belajar kepada saya.

8 Peta minda dapat menarik minat saya untuk 4.37 .822 Tinggi
membuat latihan.

9 Penggunaan peta minda kurang berguna kepada 4.37 .822 Tinggi


saya untuk menulis isi-isi penting.

10 Peta minda membantu saya tidak mengulang isi-isi 4.43 .918 Tinggi
penting yang sama.
Min Keseluruhan 4.35 .374 Tinggi

Berdasarkan jadual di atas, secara keseluruhannya min bagi konstruk mengenai


persepsi penggunaan peta minda sebagai alat bantu belajar untuk menulis isi-isi penting
ialah 4.35 iaitu berada pada tahap yang tinggi. Nilai sisihan piawai ialah .374. Setersunya,
nilai min paling tinggi ialah 4.50 bagi item 7 yang menunjukkan peta minda dapat
digunakan sebagai alat bantu belajar kepada responden. Oleh itu, hasil kajian
menunjukkan sebilangan besar daripada responden bersetuju bahawa peta minda dapat
membantu sebagai alat bantu belajar. Min paling rendah ialah 3.97 yang menunjukkan
persepsi murid terhadap penggunaan peta minda semasa belajar karangan berada pada
tahap sederhana tinggi. Oelh itu, kajian ini mendapati bahawa hampir kesemua
responden bersetuju bahawa penggunaan peta minda ini dapat membantu mereka
menulis isi-isi penting dalam menghasilkan karangan berfakta.

Jadual 3

Manfaat Penggunaan Peta Minda Dapat Menghasilkan Karangan Berfakta Dengan Baik.

Bi Item Min Sisihan Tahap


l Piawai
1 Peta minda dapat membantu saya membuat 4.40 .664 Tinggi
karangan berfakta dengan baik.

2 Peta minda dapat meningkatkan daya ingatan saya 4.21 .734 Tinggi
untuk mengingat isi-isi penting.

3 Peta minda membantu saya fokus kepada isi-isi 4.50 .687 Tinggi
penting sahaja untuk membuat karangan.

1741
4 Pembelajaran menggunakan peta minda mudah 4.52 .583 Tinggi
untuk saya menulis isi-isi penting.

5 Pembelajaran berpandukan peta minda mudah 3.93 .859 Sederhana


untuk saya mengingat fakta untuk membuat Tinggi
karangan.

6 Saya dapat menghasilkan karangan berfakta 4.33 .758 Tinggi


dengan baik apabila menggunakan peta minda.

7 Pengajaran guru menggunakan peta minda lebih 4.50 .687 Tinggi


berkesan untuk membuat karangan berfakta.

8 Peta minda menjimatkan masa saya untuk 4.48 .718 Tinggi


membuat karangan berfakta.

9 Penggunaan peta minda membantu saya sebagai 4.41 .698 Tinggi


alat berfikir.

1 Peta minda membantu saya membuat panduan 4.58 .560 Tinggi


0 untuk menghasilkan karangan berfakta.
Min Keseluruhan 4.45 .385 Tinggi

Berdasarkan jadual 3, min bagi keseluruhan konstruk manfaat penggunaan peta


minda dapat menghasilkan karangan berfakta dengan baik ialah 4.45 yang berada pada
tahap tinggi. Nilai sisihan piawai .385. Nilai min yang paling tinggi ialah 4.58 bagi item 10
yang menunjukkan persepsi responden terhadap penggunaan peta minda membantu
responden membuat panduan untuk menghasilkan karangan berfakta. Min paling rendah
bagi konstruk ini ialah 3.93 iaitu bgai item 5. Hal ini menunjukkan bahawa majoriti
responden kurang bersetuju terhadap pembelajaran berpandukan peta minda mudah
untuk mengingat fakta untuk membuat karangan.

Jadual 4

Kualiti Penghasilan Karangan Berfakta Mengikut Persepsi Murid Tahun 4

Bil Item Min Sisihan Tahap


Piawai
1 Saya dapat menulis karangan berfakta dengan 4.39 .726 Tinggi
lebih baik setelah menggunakan peta minda.

2 Saya boleh menggunakan lebih banyak perkataan 4.47 .637 Tinggi


dengan menggunakan peta minda.

3 Saya boleh membuat perkaitan satu isi dengan isi 4.37 .722 Tinggi
yang lain dalam penulisan karangan berfakta.

1742
4 Saya dapat mengenal pasti fakta utama dan fakta 4.30 .737 Tinggi
sampingan dalam penulisan karangan berfakta.

5 Saya dapat mengembangkan idea utama apabila 4.51 .638 Tinggi


menggunakan peta minda.

6 Saya bebas untuk menyusun fakta utama dan isi 4.35 .818 Tinggi
penting apabila menggunakan peta minda.

7 Saya dapat menghasilkan karangan berfakta 4.35 .686 Tinggi


dengan matang dengan menggunakan peta minda.

8 Saya dapat memberi contoh yang berkaitan dengan 4.34 .745 Tinggi
fakta utama apabila menggunakan peta minda.

9 Saya dapat menyusun perenggan dalam karangan 4.53 .687 Tinggi


dengan baik dengan menggunakan peta minda.

10 Saya boleh menggunakan bahasa yang jelas dan 4.52 .687 Tinggi
ringkas dengan penggunaan peta minda.
Min Keseluruhan 4.41 .415 Tinggi

Berdasarkan jadual 4, nilai min keseluruhan bagi konstruk kualiti penghasilan karangan
berfakta mengikut persepsi murid tahun 4 yang menunjukkan pada tahap yang tinggi iaitu 4.41.
Nilai sisihan piawai ialah .415. Nilai min paling tinggi bagi konstruk ini ialah 4.53 pada item 9
yang menunjukkan persepsi responden majoritinya bersetuju bahawa penggunaan peta minda
dapat membantu responden menyusun perenggan dalam karangan dengan baik. Nilai min
yang paling rendah ialah 4.30 pada item 4 berada pada tahap sederhana tinggi yang
menunjukkan persepsi murid terhadap mengenal pasti fakta utama dan fakta sampingan
dalam penulisan karangan berfakta. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa murid-murid tahun
mempunyai persepsi yang tinggi terhadap penggunaan peta minda dapat meningkatkan kualiti
penghasilan karangan berfakta bagi murid tahun 4.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


Dapatan kajian ini menunjukkan murid-murid tahun 4 sekolah rendah di kawasan kajian
pengkaji mempunyai persepsi yang sangat baik terhadap penggunaan peta minda terhadap
kualiti penghasilan karangan berfakta. Dapatan kajian ini disokong oleh beberapa kajian lain
yang turut menyatakan hal yang sama.
Selain itu, dalam kajian Morrission Jement (2010) yang menyatakan bahawa peta
minda ini dapat meningkatkan kemahiran mengenalpasti isi utama dan isi huraian dalam
karangan. Sehubungan itu, dalam kajian ini juga menunjukkan penggunaan peta minda dapat
meningkatkan kemahiran penulisan karangan bagi murid. Oleh itu, kenyataan ini

1743
menampakkan penggunaan peta minda ini membantu murid-murid dalam menulis isi-isi
penting dalam karangan.
Antara kajian yang berkaitan dengan manfaat penggunaan peta minda ini ialah
menerusi kajian yang dibuat oleh Khairani (2016) menerusi kajiannya mengukur efeksi
pengajaran guru pelatih di sesebuah Institusi Tinggi. Selain itu, kajian Zainuddin et. al (2015)
dalam Tahap Penggunaan Peta Minda dalam kalangan guru pelatih mempunyai kaitan dengan
manfaat sekiranya guru menggunakan peta minda dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Jelas bahawa hasil dapatan yang diperolehi daripada kajian-kajian lepas
tersebut menunjukkan kesan yang positif terhadap penggunaan peta minda dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Kajian yang dilaksanakan dengan menggunakan peta minda sebagai rawatan kepada
pelajar-pelajar Biologi Peringkat pra ijazah. Sampel telah diberikan dua kumpulan, iaitu
kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Hasil kajian yang dilaksanakan oleh Guastello,
Beasley dan Sinatra (2017) juga turut menyokong dapatan kajian ini. Hal ini demikian kerana
mereka telah melakukan ujian dalam kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.
Pelaksanaan kajian ini telah menunjukkan kumpulan eksperimen secara statistiknya
menunjukkan keputusan yang jelas dan baik berbanding kumpulan kawalan sebagaimana
ukurna oleh analisis ‘co-varian’ menggunakan ujian awalan sebagai ‘covarian’.
Natijhanya, berdasarkan kajian-kajian ini mendapati bahawa peta minda dapat
meningkatkan pemahaman konsep pelajar. Peta minda boleh digunakan sebagai satu strategi
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Penggunaan peta minda dapat menarik
minda murid di samping meningkatkan kefahaman murid terutamanya murid yang berada
pada tahap yang rendah. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa penggunaan peta minda
masih lagi sesuai dan relevan digunakan pada hari ini. Mahupun peta minda ini merupakan
alat berfikir yang telah digunakan lebih dari dua dekad. Maka, dapat disimpulkan bahawa
penggunaan peta minda kepada murid dalam pengajaran dan pembelajaran dapat
meningkatkan penguasaan serta pencapaian murid.
Implikasinya, kajian ini berupaya memberi kesan kepada pemahaman dan
penguasaan murid dengan menjadikan peta minda ini sebagai panduan dalam menghasilkan
karangan. Oleh itu, kajian ini berupaya memberi pengetahuan kepada guru tentang keupayaan
penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran yang mampu membantu murid
dalam menghasilkan karangan berfakta dengan baik. Selain itu, dapat membuat
penambahbaikan terhadap amalan sedia ada kepada amalan yang lebih berkesan (Bomman.
2017). Guru boleh mengimplimentasikan penggunaan peta minda tersebut dalam kalangan
murid sekolah rendah atau sekolah menengah yang tidak dapat menguasai penulisan
karangan berfakta. Hal ini demikian kerana peta minda ini sesuai untuk semua peringkat umur
persekolahan (NurulHuda, 2014).

1744
Kesimpulannya, pengkaji juga mencadangkan beberapa cadangan yang wajar
dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, iaitu KPM boleh menjadikan buku
teks Bahasa Melayu mengaplikasikan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu. Selain itu, cadangan yang dapat dilaksanakan oleh KPM ialah dengan
membuat modul yang berkaitan dengan peta minda yang membolehkan pengaplikasiannya
dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
sekolah rendah. Cadangan yang boleh diusulkan oleh pihak sekolah ialah dengan
meningkatkan lagi pelaksanaan atau pengaplikasian bahan bantu mengajar seperti peta
minda dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah.
Penglibatan guru dalam setiap kursus yang dianjurkan oleh pihak KPM perlu
dititikberatkan oleh pihak sekolah dalam usaha untuk menyokong pihak KPM dalam
meningkatkan lagi pengaplikasian bahan bantu mengajar yang pelbagai contohnya peta minda
dalam kalangan guru-guru Bahasa Melayu di Malaysia. Guru Bahasa Melayu perlu melakukan
sedikit perubahan yang mana boleh mengamalkan peta minda dalam setiap pengajaran dan
pembelajaran mereka. Hal ini kerana rata-rata guru di Malaysia seperti guru veteran masih
lagi mengamalkan cara tradisional iaitu ‘chalk and talk’ semasa pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah. Cadangan yang boleh dilakukan oleh guru Bahasa Melayu ialah dengan
menggunakan perisian dan aplikasi-aplikasi yang membolehkan guru membina peta minda
secara atas talian.
Di samping itu, pengkaji mensyorkan agar pengkaji yang ingin melaksanakan kajian
berkaitan dengan peta minda harus menggunakan sampel yang terdiri daripada pelbagai latar
belakang, iaitu murid di bandar dan di luar bandar. Pengkaji kajian lanjutan juga dicadangkan
melaksanakan kajian yang berkaitan dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan institusi
pendidikan tinggi kerana pelajar-pelajar tersebut juga masih melakukan kesilapan dalam
penulisan. Pengkaji menyarankan untuk kajian seterusnya dilaksanakan di sekolah-sekolah
jenis kebangsaan seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (SJKC). Kajian yang dilaksanakan di sekolah jenis kebangsaan yang
berbeza akan menyebabkan hasil dapatan yang diperoleh pengkaji juga akan turut berbeza
dengan ketara.
RUJUKAN

Ab. Halim Tamuri. (2010). Persepsi guru terhadap penggunaan peta minda dalam transformasi
pengajaran penulisan karangan Bahasa Melayu. Jurnal pendidikan bahasa melayu,
2(1), 129-140.

Adenan Ayob. (2010). Kesan penggunaan peta minda interaktif dalam penulisan cerita. UKM.
http://www.ukm.my/s/Proceeding/PDF.Adenan.pdf

1745
Altablig Ali. (2006). Penggunaan peta minda dalam meningkatkan konsep atau fakta dalam
karangan. Jabatan Pendidikan Perak.

Asma Ishak. (2017). Meningkatkan kemahiran mencatat isi-isi penting di kalangan murid tahun
4 dengan menggunakan peta minda. Jurnal Kajian Tindakan Guru., 1(3), 133-145.

Azhar Ahmad. (2017). Research methods in education (6th ed.). Routledge.

Bomman J. (2017). South African teachers' attitudes toward learners with barriers to learning:
Attention-deficit and hyperactivity disorder and little or no functional speech.
International journal of disability, development and education, 60(2), 85-104.

Bond. F & Fond. R. (2015). Constract measurement in information systems research. Journal
of teacher education, 22(3), 455-472.

Chua Yan Piaw. (2017). Asas statistik penyelidikan analisis data skala likert (3rd ed.). McGraw-
Hill (M).

Creswell, J. W. (2016). Educational research, planning, conducting, and evaluating


quantitative and qualitative research. Prentice hall.

Fraenkel, J.R. & Wallen, N.E. (2015). How to design and evalute researche in education. New
York: Mc Graw-Hill Inc.

Guastello, E.F. Beasley, T.M. Sinatra, R.C. (2017). Concept mapping: Effects on science
contest comprehension of low-achieving inner-city seventh gradaers. Remedial &
special education.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013-


2025 (Pendidikan pra sekolah hingga lepas menengah), (Bab 1 – 4).

Khairani & Ahmad Zamri. (2016). Latar belakang, mengukur efeksi pengajaran dalam
kalangan guru-guru pelatih. Universiti Sains Malaysia.

Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining sampel size for research activities.
Education and Psychological measurement, 30(3), 607-610.

Mohd Yusri Ibrahim [@Mohd Yusri Ibrahim]. (2021, February 4). Berapa bilangan responden
kajian rintis? YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=-VthQ6bI_Eg

Morrission Jement. (2010). Penggunaan peta minda membantu murid-murid dalam menulis
isi-isi penting dalam karangan. Journal of educators and education, 28(1), 1-9.

NurulHuda Hamid. (2014). Penggunaan peta minda bagi mata pelajaran Matematik dalam
kalangan pelajar perakaunan. Kolej Matrikulasi Melaka, 2(4), 134-151.

Persatuan Penerbit Buku Malaysia. (2013). Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), (ms. 131-148).
International Law Book Services.

Siti Fatimah Ahmad & Ab Halim Tamuri. (2010). Persepsi guru terhadap penggunaan peta
minda dalam pengajaran dan pembelajaran. Jurnal kajian pendidikan, 53-64.

1746
Siti Sakinah Yusof. (2017). Keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar interaktif. Latar
belakang kajian, 13-17.

Siti Salwa. (2017). Keberkesanan penggunaan peta minda terhadap penulisan karangan
berfakta dalam kalangan murid berbilang kaum. Jurnal pendidikan Bahasa Melayu,
1(3), 45-65.

Zaharah Aziz & Nurliah Jair. (2017). Penggunaan peta minda untuk meningkatkan pencapaian
mata pelajaran bahasa Melayu bagi pelajar tingkatan dua. Jurnal pendidikan Malaysia,
34(1), 3-15.

Zainuddin Hassan, Tengku Suhashila Tengku Langjuna, Mohd Najib Ghaffar, Hamdan Said.
(2015). Tahap penggunaan peta minda dalam kalangan guru pelatih. Pembudayaan
penyelidikan ke arah kecemerlangan profesionalisme keguruan, 2(12), 145-156.

Zalekha Jusoh. (2015). Perkaitan antara prestasi murid dengan penggunaan peta minda.
Jurnal pendidikan Malaysia, 1(3), 30-36.

Zikmund, W. G. (2017). Kaedah penyelidikan sains sosial. Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

1747
PENGAPLIKASIAN PEMBELAJARAN DIGITAL DALAM PENGAJARAN GURU BAHASA
MELAYU DI SEKOLAH RENDAH

Nurul Adiba binti Ahmad Khir


adiba09-960@epembelajaran.edu.my

Hisamuddin bin Abdul Ghani PhD


hisamuddin@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaplikasian pembelajaran digital dalam pengajaran guru bahasa
Melayu sekolah rendah dan kesan pengaplikasian pembelajaran digital dalam pengajaran guru bahasa
Melayu di sekolah rendah.Reka bentuk kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah
kajian kes. Pemilihan peserta kajian adalah secara persampelan bertujuan yang melibatkan tiga orang
guru bahasa Melayu yang mengajar di sekolah kebangsaan di negeri Pulau Pinang, Selangor dan
Perak. Instrumen kajian yang digunakan ialah protokol temu bual, senarai semak pemerhatian dan
analisis dokumen (rancangan pengajaran harian guru). Penganalisisan data kajian ini menggunakan
analisis tematik untuk menjawab soalan kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa minat guru
terhadap penggunaan teknologi itu perlu dalam diri setiap guru supaya pembelajaran digital dapat
diterapkan dalam pengajaran bahasa Melayu di sekolah. Guru-guru juga perlu mempelbagaikan strategi
dan kaedah pengajaran bahasa Melayu dan mengubah corak pengajaran secara tradisional dengan
bantuan teknologi. Kemudahan infrastruktur di sekolah juga perlu diberikan perhatian oleh KPM supaya
mudah untuk guru mengaplikasikan pembelajaran digital di dalam kelas. Dapatan kajian juga
menunjukkan bahawa guru perlu sentiasa meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tentang teknologi
supaya guru mahir untuk menggunakannya dalam pengajaran di dalam kelas. Pengaplikasian
pembelajaran digital ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan minat dan penglibatan murid
secara aktif di dalam kelas kerana penggunaan teknologi ini mampu menarik perhatian murid-murid.
Oleh itu, guru bahasa Melayu disarankan untuk mengaplikasikan pembelajaran digital dalam
pengajaran bahasa Melayu di sekolah rendah.
Kata Kunci : Pengaplikasian pembelajaran digital, kesan pembelajaran digital, aplikasi digital,
pengajaran guru bahasa Melayu, pembelajaran secara dalam talian, Model TAM

ABSTRACT
The aim of this study is to identify the knowledge of teachers for applying digital learning in learning and
teaching of Malay language in primary schools and the impact of digital learning. This research run to
see how teacher use digital learning and the impact of digital learning in primary schools. The design of
this study uses qualitative approach using case study method. The selection of the research participants
was based on purposive sampling.This study was being run for three teacher as study participants for
the researcher to get the data in three states which is Pulau Pinang, Selangor and Perak. This study
uses instrument interview, observation and analysis document. The data was analysed by thematic
analysis that is examining the themes and sub themes to answer each research question. The findings
of this study shows that interest of the teacher to the technology is a must to apply digital learning in
their teaching and learning in schools. Convinient infrastructure also must been pay attention from the
schools to detect whether the infrastructure complete or not for the teacher to implement digital learning
in the class. The findings also show that teacher must increase their pedagogy, content and knowledge
about technology for education field. The application of digital learning will increase interest and
involvement student in the class. Therefore, teachers that teaches Malay language must apply digital
learning in their teaching and learning in the schools.
Keywords : Applicaton of digital learning, the effects of digital learning, digital application, teaching and
learning of Malay language, online learning, Model TAM

1748
PENGENALAN
Pada era globalisasi ini, bidang pendidikan merupakan bidang yang sangat penting kerana
bidang ini merupakan penyumbang terbesar terhadap pembangunan negara Malaysia. Oleh
itu, produk yang dihasilkan iaitu murid-murid perlulah berkualiti selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Tambahan pula, perubahan dalam bidang
pendidikan seiring dunia moden bukan topik yang baharu diperkatakan namun perlu
diingatkan betapa pentingnya asas membina polisi berkaitan digital terutamanya di sekolah.
Pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam
mengajarkan bahasa Melayu akan menjadi lebih menarik, bermakna dan produktif dengan
penggabungjalinan penggunaan multimedia interaktif, visual, audio dan video dalam
pembelajaran digital. Pembelajaran digital ini merupakan satu tapak pembelajaran yang
menggunakan teknologi di dalamnya. Pembelajaran digital ini merupakan sistem
pembelajaran yang berasaskan web atau digital. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah
menggariskan untuk memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia
dalam anjakan ke-7. Melalui anjakan ke-7 ini, pembudayaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) menjadi perancangan yang telah dikenal pasti untuk menjamin
penyampaian kemahiran penting abad ke-21 dalam kalangan murid (Pejabat Daerah Muar,
2015). Tambahan pula, Gabare (2014) menyatakan bahawa TMK dapat mewujudkan
pendidikan yang futuristik, dinamik dan persekitaran pembelajaran yang produktif. Jadi,
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu perlu bergerak seiring dengan perkembangan
teknologi masa kini. Oleh itu, pembelajaran digital masa kini dapat membantu proses
pengajaran dan pembelajaran berkembang dengan pesat supaya input yang akan
disampaikan oleh guru tersusun dan lebih efektif dan berkesan dengan penggunaan
pembelajaran digital di dalam bilik darjah.
Menurut Umar & Jamiat (2011), Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) meliputi
semua teknologi yang membantu penyampaian maklumat seperti radio, televisyen, komputer,
internet dan telefon mudah alih. Selain berfunsgi sebagai penyampai maklumat, TMK juga
digunakan dalam teknologi komunikasi sama ada jarak dekat atau jauh. Tambahan pula,
Othman et. al (2010) berpendapat bahawa TMK merujuk kepada manipulasi teknologi digital
untuk membantu individu, ahli perniagaan atau organisasi supaya kerja lebih teratur. Jadi, ini

1749
menunjukkan kepentingan TMK dalam kehidupan terutama dalam bidang pendidikan
sekarang di mana dunia dilanda pandemik covid-19 jadi keperluan TMK ini digunakan sebagai
penghubung dan perantara antara guru dan murid-murid dengan menggunakan ibu bapa
sebagai orang tengah. Dalam dunia pendidikan sekarang yang menggesa kepada corak
perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan aplikasi digital. Hal ini
kerana, penggunaan digital merupakan satu medium yang sesuai digunakan dalam
menangani masalah yang berlaku. Walaupun penggunaan digital sudah lama digunakan di
dunia namun di Malaysia penggunaan digital masih berada di tahap rendah jadi keadaan yang
mendesak memaksa penggunaan digital ini digunakan dapat dilihat sebagai norma baharu
dalam dunia pendidikan. Jadi, TMK telah digunakan secara meluas termasuklah dalam dunia
pendidikan iaitu melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Namun, terdapat kekangan
dalam menggunakan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana berhadapan
dengan situasi yang sukar dan di luar pengalaman pendidik itu sendiri sehingga situasi atau
subjek sukar untuk diajarkan dan menjadi lebih malang apabila sukar difahami oleh murid-
murid.
Abad ke-21 memperlihatkan perubahan corak kehidupan di mana penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) memainkan peranan yang penting dalam setiap
bidang termasuk pendidikan (Choo et al., 2009). Mutakhir ini, penggunaan teknologi
dipergiatkan secara meluas dengan menggabungkan kurikulum pendidikan sebagai satu daya
usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap positif terhadap perkembangan
teknologi (Dziuban et al., 2004; Lau et al., 2010; Ling, 2010). Kepantasan jaringan internet
membenarkan lebih banyak institusi pengajian tinggi melaksanakan pembelajaran dalam
talian. Cara ini membolehkan pelajar mengakses kandungan pendidikan dan berkomunikasi
dengan pelajar-pelajar lain dan pengajar menggunakan rangkaian komputer, intranet, dan
internet yang bersifat pantas, mudah dan fleksibel untuk mengakses semua jenis kandungan
menerusi teknologi digital (Pombo & Moreira, 2013). Secara tidak langsung, perkembangan
yang pesat teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran dan produk-produk teknologi ini
telah mendorong para pendidik melihat semula strategi, kaedah dan teknik yang sesuai
digunakan dalam menyampaikan isi kandungan pelajaran semasa mengajar di dalam kelas.
Pembelajaran digital merupakan sebuah bentuk teknologi informasi yang telah
diterapkan dalam bidang pendidikan untuk digunakan oleh para pendidik secara bentuk maya
semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini bagi memudahkan
pendidik untuk menyalurkan informasi dan isi kandungan pelajaran kepada murid-murid
dengan mudah dan cepat. Tambahan pula, pembelajaran secara digital ini menjurus ke arah
pembelajaran abad ke -21 yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) yang menekankan proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen
komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis dan kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika.

1750
Pembelajaran digital ini juga merupakan satu usaha untuk mentransformasikan proses
pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Secara tidak langsung, ini akan memberi
satu pembaharuan terhadap murid-murid dan menjadi pemangkin untuk belajar di dalam kelas
berbanding guru yang menggunakan pengajaran secara tradisional. Jadi, untuk
menyeragamkan kandungan dalam pengajaran dan pembelajaran seperti subjek bahasa
Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan portal pembelajaran digital
yang memuatkan sukatan pembelajaran dan latih tubi yang bersesuaian yang boleh diakses
secara percuma.
Tambahan pula, pelaksanaan projek sekolah digital ini adalah sebagai persediaan
untuk menghadapi era sains dan teknologi. Sekolah digital ini telah menjadi sebuah institusi
pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dari segi amalan pengajaran dan
pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi zaman
maklumat moden masa kini. Objektif utama projek sekolah bestari ini adalah murid-murid jadi
ini penggunaan pembelajaran digital di sekolah ini merupakan salah satu langkah awal untuk
memenuhi permintaan tenaga mahir pada zaman revolusi industri 4.0. Dalam era revolusi
industri 4.0 , sistem pendidikan yang diperlukan adalah sistem yang bukan sahaja mampu
melahirkan pelajar yang belajar sepanjang hayat tapi berkebolehan dengan mempunyai set
kemahiran yang menyeluruh yang menyediakan mereka untuk menangani perubahan pantas.
Jadi, guru perlu kreatif dan inovatif dalam mengaplikasikan bahan bantu mengajar secara
digital. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Abdul Hadi et al. (2005) yang telah
menggunakan animasi 3D digital mendapati murid-murid memperoleh pencapaian yang tinggi
secara signifikan. Jelas, berdasarkan kajian ini menunjukkan bahawa pembelajaran digital
dalam pengajaran dan pembelaran mampu meningkatkan tahap pencapaian murid-murid di
dalam kelas terutama bahasa Melayu. Hakkinen (2006) telah membuktikan bahawa Power
Point membolehkan tenaga pengajar membuat penambahan dalam taklimat garis panduan,
gambar-gambar dan penggunaan audio dan klip video jadi ini akan memudahkan tugas guru
untuk menyediakan bahan bantu mengajar yang pelbagai dan menarik serta memberi impak
yang positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pembelajaran digital telah menjadi kaedah pembelajaran pada masa kini kerana telah
berupaya mempercepatkan pengajaran dan menjadikan proses pembelajaran berlangsung
dengan lebih efektif. Tambahan pula, pembelajaran digital bukan sahaja mampu menukarkan
modul tradisional, kos program dan bilik darjah dalam bentuk versi atas talian malah
penggunaan teknologi dalam pembelajaran digital juga boleh menyumbang kepada
persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang sangat fleksibel (Hasifah Abdul Aziz, 2011).
Selain itu, kehidupan pada zaman sekarang yang dikelilingi oleh peralatan canggih telah
memungkinkan satu sistem atau corak pembelajaran yang laun dari yang lain terhasil. Jadi,
sedikit demi sedikit proses pengajaran dan pembelajaran tradisional berubah ke arah

1751
pembelajaran berasaskan teknologi komputer. Hal ini kerana, melalui perkembangan dalam
bidang teknologi ini mampu mengubah cara manusia belajar (Naismith, Lonsdale, Vavoula &
Sharples, 2004; Ting, 2007). Bahkan proses pengajaran dan pembelajaran kini sudah
melampaui ruang fizikal bilik darjah (Kukulska-Hulme & Traxler, 2005) dan bersifat globalisasi
serta sepanjang hayat (Sharples, 2000).
Oleh itu, ramai penyelidik dalam bidang akademik dan industri mula meneroka potensi
teknologi dan peralatan mudah alih untuk menyokong pembelajaran (Sharples, 2000). Ini juga
disokong oleh kajian-kajian lalu yang menunjukkan bahawa teknologi mudah alih ini dapat
memberikan kesan yang signifikan dalam menyokong proses pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih berkesan (Perry, 2003). Wood (2003) pula berpendapat penggunaan teknologi
wireless dalam pendidikan dapat menyumbang ke arah menyelesaikan jurang digital dalam
kalangan negara-negara membangun kerana umumnya peralatan teknologi seperti telefon
bimbit adalah lebih murah berbanding komputer meja. Amin Ilias (2010) juga menganggap
pembelajaran digital ini sebagai pelengkap kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan teknologi masa kini yang semakin canggih dan mudah digunakan
membolehkan sesuatu aktiviti bermain dilakukan secara maksimum dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Perkembangan industri permainan digital yang semakin berkembang pesat
menjadikan reka bentuk permainan digital sebagai salah satu platform terbaik yang berpotensi
menggalakkan perkembangan kognitif dan pembelajaran kanak-kanak berbanding kaedah
konvensional. Kemajuan dan penularan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) dalam masyarakat membawa maksud bahawa sistem pendidikan di rantau ini semakin
memanfaatkan TMK dalam mengendalikan banyak cabaran yang timbul yang dihadapi oleh
sistem pendidikan di seluruh dunia. Perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi ini
telah membawa banyak perubahan terhadap kaedah PdP dalam kalangan guru-guru sekarang
yang menggunakan pembelajaran secara dalam talian. Perubahan yang berlaku dalam dunia
pendidikan sekarang dilihat sebagai satu perubahan yang positif kerana semakin lama
penggunaan teknologi digunakan sesuai dengan keadaan sekarang. Secara tidak langsung,
ini dapat meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia walaupun kita masih dalam fasa berubah
dan beradaptasi dengan norma baharu. Namun tidak dinafikan bahawa di Malaysia masih
terdapat jurang antara negeri di luar bandar dan bandar terutama dalam pendidikan yang
mengekang kepada penggunaan teknologi secara meluas. Noor Azhar (2003) berpendapat
kekurangan penggunaan TMK di sekolah luar bandar ini menyebabkan murid-murid luar
bandar tidak dapat mengikuti perkembangan mata pelajaran ini dengan lebih cekap dan tidak
dapat menghasilkan pencapaian prestasi yang cemerlang dalam mata pelajaran.
Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas secara pembelajaran
digital perlu ditingkatkan lagi bagi menghasilkan murid-murid yang berkualiti. Jadi, bakal
pendidik juga perlu diberi penekanan dalam bidang teknologi semasa pengajian supaya dapat

1752
dipraktikkan dalam dunia pekerjaan sebenar dan tidak menjadi satu bebanan buat bakal
pendidik jika sudah diberi pendedahan sejak daripada awal lagi. Kenyataan ini disokong oleh
Abu Bakar et. al (2008) dengan menyatakan bakal-bakal guru perlu didedahkan dengan
proses peningkatan pengetahuan dan kemahiran teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran semasa mengikuti kursus perguruan di institusi masing-masing. Selain itu,
beliau juga berpendapat bahawa perkara ini dapat meningkatkan kemahiran bakal-bakal guru
dalam bidang mata pelajaran masing-masing dalam menggunakan teknologi sebagai bahan
bantu mengajar apabila mengajar kelak.

PERNYATAAN MASALAH
Pembelajaran secara digital merupakan salah satu alat bantu belajar yang menarik untuk
diaplikasikan bagi tujuan pembelajaran di dalam bilik darjah pada zaman sekarang di mana
generasi muda yang sudah mahir menggunakan pelbagai alat teknologi untuk tujuan
pelajaran. Walaubagaimanapun, tidak ramai pendidik yang menggunakan kelebihan yang ada
pada internet sepenuhnya sebagai satu cara alternatif yang menyediakan akses kepada
pelbagai maklumat yang dapat membantu memantapkan bahan pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah. Menurut Abu Bakar et. al (2008), penggunaan pembelajaran elektronik
di sekolah terutamanya penggunaan internet atau www masih lagi rendah. Berdasarkan kajian
beliau yang dilakukan di UiTM menunjukkan tahap penggunaan TMK yang berkaitan
pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pensyarah UiTM adalah sekitar 30%. Menurut
beliau lagi, jika kajian ini diperluaskan di peringkat sekolah sudah pasti mendapat peratusan
yang lebih rendah kerana terdapat kekangan dari segi kemudahan dan kemahiran.
Selain itu, kerajaan juga telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk melahirkan
prasarana penggunaan TMK di dalam bilik darjah. Justeru itu, sebanyak 5,037 sekolah telah
disediakan makmal komputer dan dibekalkan 133,000 komputer dan 4,700 pelayar dalam
merintis perubahan dalam dunia pendidikan. Branford et al. (1999) menunjukkan bahawa ICT
dapat meningkatkan kemahiran pemikiran secara kritis, kemahiran mencari maklumat dan
kemampuan menyelesaikan masalah. Jadi, sesuailah pembelajaran digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran guru di sekolah rendah. Penggunaan ICT boleh memberi
banyak sumbangan untuk memperbaiki sistem persekolahan sekiranya persekitaran
pembelajaran yang interaktif dan bertenaga bertapak seiring dengan konteks pedagogi,
kurikulum dan organisaso sekolah yang bersesuaian (Deetya, 1996).
Tambahan pula, perubahan dalam sistem pendidikan sekarang yang memerlukan
guru-guru untuk membuat perubahan dalam kaedah pengajaran mereka dan menjurus kepada
pembelajaran abad ke-21. Kaedah penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran
dan pembelajaran juga perlu untuk meningkatkan tahap kemahiran guru dalam
menyampaikan sesuatu perkara kepada murid-murid. Tetapi, masih terdapat segelintir guru

1753
yang masih tidak mahu mengubah kaedah pengajaran mereka mengikut perubahan dalam
sistem pendidikan terutamanya guru-guru yang veteran atau sudah lama berkhidmat dalam
dunia pendidikan di mana mereka lebih selesa menggunakan kaedah pengajaran yang lebih
menumpukan kepada penggunaan buku teks serta papan tulis dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mereka. Walhal menurut Ting & Woo (2005), guru-guru tidak menyedari bahawa
cara tradisional menggunakan kos yang lebih mahal kerana terpaksa membeli buku, jurnal
atau peralatan tulis yang banyak untuk menghasilkan bahan bantu mengajar yang besar dan
menarik di dalam bilik darjah. Corak pengajaran membosankan yang bersifat konvensional,
bercorak sehala merupakan salah satu penyumbang kepada kelemahan pelajar (Jeniri, 2007).
Masa guru yang terhad semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung
merupakan salah satu sebab mengapa pembelajaran secara digital amat diperlukan oleh guru
bagi membantu guru menyelesaikan masalah ini. Hal ini kerana, dengan pembelajaran digital
bahan pelajaran atau lembaran kerja yang akan diberikan oleh guru hanya perlu diletakkan di
dalam pembelajaran digital sahaja. Oleh itu, ini dapat menjimatkan masa yang digunakan oleh
guru kerana setiap guru tidak hanya mengajar satu kelas sahaja malah perlu mengajar lebih
daripada satu jadi pembelajaran secara digital ini secara tidak langsung memudahkan urusan
guru serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran secara efektif dan efisien kerana
penggunaan masa secara minima.
Berdasarkan kepada permasalahan di atas, sejauh mana pembelajaran digital dalam
kalangan guru merupakan faktor utama dalam pengajaran dan pembelajaran yang kurang
menyeronokkan serta tidak membantu dalam meningkatkan tahap pencapaian murid-murid
dalam bahasa Melayu di sekolah rendah. Tidak dinafikan bahawa penggunaan pelbagai media
penting dalam merangsang pemikiran murid-murid terutama TMK yang merupakan elemen
penting dalam pembelajaran digital dapat diaplikasikan bagi membantu guru menghadapi
dunia yang serba moden ini. Jadi, jelaslah bahawa pembelajaran digital dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu ini perlu dikaji supaya isu-isu berbangkit dapat diberi perhatian
oleh semua pihak. Kajian ini juga diharapkan dapat menghasilkan input baharu dalam
pembelajaran digital dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah
selari dengan perkembangan teknologi pada masa kini.

OBJEKTIF KAJIAN
1) Mengkaji pengaplikasian pembelajaran digital dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu.
2) Mengkaji cara guru melaksanakan pembelajaran digital dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu.
3) Mengkaji kesan pengaplikasian pembelajaran digital dalam pengajaran guru bahasa
Melayu di sekolah rendah.

1754
SOALAN KAJIAN

1) Bagaimanakah pengaplikasian pembelajaran digital dalam pengajaran guru bahasa


Melayu di sekolah rendah?
2) Bagaimanakah cara guru melaksanakan pembelajaran digital dalam pengajaran bahasa
Melayu di sekolah rendah?
3) Sejauh manakah kesan pembelajaran digital dalam pengajaran guru bahasa Melayu di
sekolah rendah?

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualititatif dengan menggunakan kaedah
kajian kes. Kajian kes ialah kaedah kajian yang mengkaji individu, kumpulan atau program
pada sesuatu fenomena yang terbatas dalam aspek masa, tempat dan lain-lain. Kajian kes
digunakan untuk menjelaskan perkara atau proses tertentu (Yin, 2018). Ciri-ciri kajian kes ialah
khusus, deskriptif dan heuristik. Selain itu, kajian kes ini juga ialah kes khusus yang berlaku
kepada individu, perkara program, keadaan, tempat atau tempoh tertentu (Yuznaili, 2021).
Sehubungan dengan itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji pengaplikasian pembelajaran
digital dalam pengajaran guru bahasa Melayu di sekolah rendah. Sampel kajian ini terdiri
daripada tiga orang guru yang mengajar bahasa Melayu di tiga buah buah sekolah di Pulau
Pinang, Selangor dan Perak. Kaedah persampelan yang digunakan dalam kajian ini ialah
persampelan bertujuan untuk memilih sampel peserta kajian yang memenuhi kriteria yang
dikehendaki oleh pengkaji. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah temu bual
semi struktur, senarai semak pemerhatian dan analisis dokumen (Rancangan Pengajaran
Harian). Kesahan sesuatu instrumen kajian merujuk sejauh mana instrumen tersebut
mengukur data yang sepatutnya diukur (Lee, Zakri, dan Chua, 2018). Instrumen-instrumen
tersebut telah disemak dan disahkan oleh seorang pensyarah pakar dalam bidang
penyelidikan untuk memastikan kesahan konstruk. Setelah itu, kajian prelimeneri telah
dijalankan bagi memastikan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan. Sampel kajian
prelimeneri ini terdiri daripada seorang guru bahasa Melayu yang merupakan ketua panitia
bahasa Melayu di sekolah. Kajian prelimeneri ini dilaksanakan untuk mempelajari proses
penyelidikan secara menyeluruh, membiasakan diri dengan murid dan mengenal pasti
kesesuaian prosedur kajian. Bagi kebolehpercayaan juga, kajian ini menggunakan triangulasi
kaedah di mana pengkaji mengumpul data secara temu bual, pemerhatian dan analisis
dokumen. Data-data yang diperoleh daripada pengumpulan data telah dianalisis secara
analisis tematik dan data temu bual itu ditranskrip secara manual.

1755
DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Minat Guru Terhadap Pengaplikasian Pembelajaran Digital Dalam Pengajaran Guru


Bahasa Melayu di Sekolah Rendah
Dapatan kajian menunjukkan peserta kajian mempunyai minat terhadap penggunaan
teknologi. Jadi, secara tidak langsung minat terhadap penggunaan teknologi itu mendorong
peserta kajian untuk mengaplikasikan pembelajaran digital dalam pengajaran bahasa Melayu
di sekolah. Ini kerana, jika tiada minat dalam diri peserta kajian kebarangkalian peserta kajian
untuk menggunakan pembelajaran digital itu rendah kerana menganggap pembelajaran digital
itu tidak memberi impak dalam pengajaran. peserta kajian pertama iaitu G1 menyatakan
bahawa minat terhadap penggunaan teknologi ini sangat penting supaya guru itu dapat
mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam pengajaran. Jika guru itu tidak mempunyai
minat jadi agak sukar untuk guru itu menggunakan teknologi dalam pengajaran di dalam kelas.
Berdasarkan pernyataan yang diberikan jelas menunjukkan bahawa G1 minat dan suka
menggunakan teknologi dalam pengajaran bahasa Melayu di sekolah. Tambahan pula, G1
merupakan guru penyelaras bestari di sekolah jadi secara tidak langsung itu mendorong G1
untuk mengaplikasikan teknologi dalam pengajaran. Selain itu, G1 juga melibatkan diri secara
aktif dalam akademi youtuber dan banyak input dan kemahiran baharu yang dipelajari yang
dapat meningkatkan minat dan pengetahuan G1 dalam penggunaan teknologi dalam dunia
pendidikan. temu bual dengan G2 juga menunjukkan bahawa G2 juga mengaplikasikan
teknologi dalam pengajaran bahasa Melayu di sekolah kerana minat yang ada dalam dirinya.

Selain itu, G2 juga menyatakan bahawa beliau menghadap teknologi hari-hari kerana
beliau merupakan guru panitia TMK jadi secara tidak langsung memang penggunaan teknologi
merupakan perkara yang biasa dan sudah menjadi rutin hariannya. Tambahan pula, G2
berpendapat bahawa dengan penggunaan teknologi ini memudahkan urusannya dan juga
menarik untuk digunakan di dalam kelas terutama untuk murid-murid sekolah rendah. temu
bual bersama peserta kajian yang ketiga iaitu G3 juga menyatakan bahawa G3 juga suka
menggunakan teknologi dalam pengajaran bahasa Melayu di sekolah. Hal ini kerana, menurut
G3 penggunaan teknologi dalam pengajaran kerana dapat menarik minat murid-murid
terhadap isi pelajaran yang ingin disampaikan. Tambahan pula, G3 bersetuju bahawa
penggunaan teknologi dalam pengajaran ini bergantung pada minat guru itu juga. Ini kerana,
jika guru tidak minat kita paksa macam mana pon tetap mereka tidak minat. Jadi, jelas
menunjukkan bahawa tanggapan seseorang individu itu terhadap sesuatu akan
mempengaruhi penggunaannya juga. Data ini disokong oleh data pemerhatian dan analisis
dokumen yang menunjukkan G1, G2 dan G3 menggunakan pelbagai jenis aplikasi digital

1756
semasa mengajar. Jadi, di sini menunjukkan bahawa guru itu minat dan suka menggunakan
teknologi dalam pengajaran.

Kesan Pengaplikasian Pembelajaran Digital Dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu di


Sekolah Rendah

Dapatan kajian menunjukkan yang G1, G2 dan G3 mengatakan bahawa murid-murid seronok
apabila guru menggunakan pembelajaran digital di dalam kelas kerana murid-murid akan
tertarik dengan pembelajaran digital yang digunakan oleh guru. Hal ini kerana, tidak semua
murid mempunyai kelengkapan dan fasiliti yang lengkap di rumah jadi di sekolah merupakan
tempat untuk murid-murid menggunakan teknologi. Secara tidak langsung, penggunaan
teknologi dalam pengajaran membantu murid-murid untuk meneroka dengan sendiri tajuk
yang diajar oleh guru. Sehubungan dengan itu, ini akan meningkatkan kemahiran dan
pengetahuan murid tentang teknologi. G2 menyatakan bahawa murid lebih teruja dan aktif
apabila guru menggunakan pembelajaran digital kerana murid-murid lebih aktif untuk
menjawab soalan di dalam kelas. G3 menyatakan bahawa murid-murid seronok apabila guru
menggunakan pembelajaran digital kerana murid-murid itu dapat melihat visual. Jadi, ini
menunjukkan bahawa penggunaan visual ini dalam pembelajaran digital ini membantu
pengajaran guru bahasa Melayu di sekolah untuk menampakkan kepada murid-murid supaya
mereka lebih faham.

Keperluan Guru Mempelajari Pembelajaran Digital

Dapatan kajian menunjukkan bahawa pembelajaran digital ini menjadi satu keperluan
terhadap guru kerana penggunaan teknologi ini semakin hari semakin berkembang jadi
sebagai guru dalam dunia pendidikan kita tidak boleh mundur ke belakang. Oleh itu, kita juga
perlu bergerak seiring dengan perkembangan teknologi jadi ia menjadi satu keperluan kepada
guru-guru untuk mempelajarinya. G2 berpendapat bahawa pembelajaran digital ini menjadi
satu keperluan kerana guru wajib memahirkan diri dalam penggunaan pembelajaram digital
untuk keperluan sendiri. Ini kerana, apabila guru itu mempunyai ouput tentang penggunaan
teknologi dalam pengajaran di dalam kelas secara tidak langsung guru dapat menghasilkan
bahan bantu mengajar sendiri dengan lebih mudah. G3 menyatakan bahawa pembelajaran
digital ini menjadi satu keperluan kepad semua guru kerana dapat menarik minat murid dan
dapat menambahkan ilmu pengetahuan guru.

1757
KESIMPULAN, CADANGAN, IMPLIKASI
Berdasarkan dapatan kajian, pengkaji memperoleh tiga kesimpulan utama (i) Minat
terhadap penggunaan teknologi dalam pengajaran di sekolah, (ii) kepelbagaian teknik
pengajaran bahasa Melayu dan (iii) impak penggunaan pembelajaran di sekolah.

Minat Terhadap Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran di Sekolah


Minat terhadap penggunaan teknologi ini amat penting. Hal ini kerana, apabila seseorang
individu itu sudah mempunyai minat secara tidak langsung perkara itu akan diguna pakai
dalam kehidupan seharian. Ini sama juga dengan penggunaan teknologi kerana jika guru itu
minat terhadap penggunaan teknologi jadi secara tidak langsung guru itu akan menggunakan
teknologi dalam pengajaran di sekolah.

Kepelbagaian Teknik Pengajaran Bahasa Melayu


Kepelbagaian teknik pengajaran bahasa Melayu ini dapat dilihat apabila guru menggunakan
pembelajaran digital dalam pengajaran di sekolah. Hal ini kerana, pembelajaran digital ini
berupaya untuk mempelbagaikan dan memvariasikan teknik pengajaran guru di dalam kelas
agar tidak menggunakan teknik yang sama sahaja. Ini kerana, pembelajaran digital
merupakan satu tapak yang luas jadi apabila guru mengaplikasikannya dalam pengajaran guru
dapat mempelbagaikan teknik penyampaian di dalam kelas. Sebagai contoh, guru boleh
menggunakan aplikasi yang bersesuaian dengan topik pelajaran supaya murid-murid seronok
dan berminat dengan cara penyampaian guru di dalam kelas.
Seterusnya, kita dapat lihat yang penggunaan pembelajaran digital di sekolah rendah
ini memberi impak yang sangat besar terutama kepada murid-murid dan guru-guru. Antara
impak penggunaan pembelajaran digital ini ialah murid-murid seronok dan berminat untuk
belajar apabila guru menggunakan teknologi di dalam kelas. Jadi, ini jelas menunjukkan
bahawa penggunaan pembelajaran digital ini mampu memberi kesan terhadap murid-murid.
Tambahan pula, penggunaan pembelajaran digital ini di sekolah rendah juga dapat
meningkatkan profesionalisme keguruan. Hal ini kerana, teknologi semakin hari semakin
berkembang dan akan ada pembaharuan dari semasa ke semasa. Jadi, guru perlu sentiasa
belajar untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang ada supaya seiring dengan
perkembangan teknologi yang melanda negara.
Antara cadangan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah KPM perlu
memantau kemudahan infrastruktur di setiap sekolah sama ada mencukupi untuk
menjalankan pembelajaran digital di sekolah dengan lebih efektif dan berkesan. Hal ini kerana,
kemudahan infrastruktur yang mencukupi membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan lancar. KPM perlu memperuntukkan dan membelanjakan wang yang lebih dalam
dunia pendidikan supaya keperluan dan kemudahan cukup untuk murid-murid. Selain itu, KPM

1758
juga boleh menganjurkan pelbagai kursus dan latihan untuk meningkatkan kualiti guru dari
segi kesediaan dan penguasaan dalam teknologi di sekolah.
Sekolah boleh menyediakan satu modul tentang penggunaan aplikasi digital yang
boleh digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran di sekolah. Secara tidak langsung, modul
itu boleh digunakan sebagai panduan untuk guru-guru mengajar dan implementasikannya di
dalam kelas. Tambahan pula, penggunaan modul itu membolehkan guru-guru untuk
mempelbagaikan teknik pengajaran di dalam kelas supaya murid-murid tidak bosan di dalam
kelas kerana guru asyik menggunakan aplikasi digital yang sama.
Selain itu, pihak sekolah boleh menyediakan satu tapak sebagai medium penyimpanan
koleksi dan bahan-bahan pengajaran yang telah dihasilkan oleh guru-guru supaya dapat
disebarluas dan digunakan oleh guru-guru sekolah lain. Secara tidak langsung, ini
menggalakkan perkongsian antara satu sekolah dengan sekolah yang lain. Medium
penyimpanan koleksi dan bahan-bahan pengajaran yang dihasilkan oleh guru boleh dihasilkan
secara digital bagi memudahkan penggunaan di dalam kelas dan boleh diubah suai mengikut
kesesuaian. Jika bahan pengajaran yang dihasilkan oleh guru dipamer dan digunakan oleh
orang lain secara tidak langsung dapat meningkatkan motivasi dan semangat guru untuk
menghasilkan bahan pengajaran yang lebih banyak dan berkualiti supaya boleh memberi
manfaat kepada rakan-rakan yang lain juga.
Pihak sekolah juga perlu kerap memantau pelaksanaan pembelajaran digital di sekolah
supaya menggalakkan guru-guru untuk mengaplikasikan pembelajaran digital di sekolah. Hal
ini kerana, apabila pemantauan dilaksanakan guru-guru akan terdorong mengaplikasikan
pembelajaran digital dan lama-kelamaan akan menjadi kebiasaan guru-guru tidak kira muda
atau tua untuk menggunakan teknologi dalam pengajaran di sekolah. Pihak sekolah boleh
mengatur pencerapan proses pengajaran guru secara berkala. Dengan ini, pihak sekolah
boleh mengenal pasti kelebihan dan kelemahan yang terdapat dalam pelaksanaan
pembelajaran digital dan cuba menambah baik kekurangan yang ada dengan memberikan
laporan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk tujuan tindakan susulan. Selain itu,
sokongan daripada pihak pentadbir terutama guru besar boleh ditunjukkan dengan cara
menyediakan insentif sebagai galakan melalui penilaian penggunaan oleh guru yang aktif
mengaplikasikan pembelajaran digital dalam pengajaran bahasa Melayu di sekolah. Ini dapat
meningkatkan semangat guru untuk terus membudayakan pembelajaran digital di sekolah.
Secara tidak langsung, situasi ini boleh menjadikan sekolah sebagai sekolah contoh dalam
penggunaan teknologi dalam pengajaran yang boleh memberikan impak positif dalam dunia
pendidikan di Malaysia.
Cadangan kepada guru ialah guru perlu mengikuti pelbagai kursus yang dianjurkan
oleh pihak luar untuk peningkatan profesionalisme guru. Hal ini kerana, guru sekarang perlu
serba boleh dan perlu meneroka untuk mendapatkan sesuatu input yang baharu. Tambahan

1759
pula, guru merupakan tonggak utama bagi memastikan kejayaan pelaksanaan pembelajaran
digital ini sebagai medium utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa guru perlu mempunyai minat dan berani untuk mencuba sesuatu yang
baharu terutama hal-hal berkaitan teknologi kerana dunia teknologi semakin pesat
membangun. Guru tidak boleh menjadikan umur sebagai faktor penghalang untuk guru
mengaplikasikan pembelajaran digital dalam pengajaran kerana sebagai seorang guru kita
perlu terus belajar sebagai pembelajaran sepanjang hayat supaya input dan kemahiran kita
berkembang serta sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa. Kita juga dapat lihat
bagaimana penggunaan digital apabila dunia dilanda pandemic covid-19 dan negara kita
berada pada tahap yang belum bersedia oleh itu guru sebagai barisan hadapan perlu
mengubah perspektif dan perlu sentiasa bersedia untuk berubah mengikut keadaan semasa
supaya guru dapat mengadaptasi dengan cepat perubahan yang berlaku.
Guru juga perlu sentiasa kreatif dan inovatif untuk mempelbagaikan kaedah dan
strategi pengajaran di dalam kelas supaya murid-murid tidak bosan dan dapat menarik
perhatian murid-murid untuk terus belajar. Oleh itu, guru disarankan untuk lebih banyak
meneroka kemudahan dan aplikasi-aplikasi yang ada dalam pembelajaran digital supaya
dapat disesuaikan dan digunakan dalam pengajaran bahasa Melayu di sekolah. Jadi, guru-
guru boleh menyertai pelbagai bengkel dan seminar terbuka berkaitan pembelajaran digital
seperti Google Classroom, Microsoft Team, Padlet dan lain-lain yang dianjurkan oleh pasukan
EDidik, Kelab Guru Malaysia dan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Guru-guru juga boleh
melihat perkongsian-perkongsian daripada rakan guru lain di sosial media seperti Facebook
dan Telegram.
RUJUKAN

Abdul Hadi et. al. (2005). Animasi 3d digital : alatan kognitif bagi meningkatkan prestasi
visualisasi mental dalam pendidikan untuk pembangunan lestari. Prosiding Seminar
Penyelidikan Pendidikan JPPG 2005.

Abu Bakar et. al. (2008). Penguasaan kemahiran ict guru-guru pelatih. Universiti Teknologi
Malaysia.

Amin Ilias. (2010). Pelaksanaan e-pembelajaran menggunakan spin: panduan amalan


pengajaran dan pembelajaran berkesan. 161-174.

Amaratunga, D. and Baldry, D. (2001). Case study methodology as a means of theory building:
performance measurement in facilities management organisations. Work study, 50, (3):
95-104.

Bogdan, R. C. AND Biklen, S. K. (1992). Qualitative research for education: an introduction to


theory and methods. Boston: Allyn & Bacon.

Bogdan, R. C., & Biklen, S. K. (2003). Qualitative research of education: an introductive to


theories and methods (4th ed). Boston : Allyn and Bacon.

1760
Creswell, J. W. (1998). Qualitative inquiry and research design: choosing among five traditions.
Thousand Oaksm CA: Sage Publications.

Creswell J.W. Poth C.N. (2018). Qualitative inquiry and research design. Journal of Chemical
Information and Modelling (Vol 53). Sage Publications.

Creswell, J. W. (2014). Research design (4th ed.). Los Angeles: Sage Publications Ltd.

Eisenhardt, K. M. (1989). Building theories from case study research. Academy of


management review, 14, (4): pp. 532-550.

Gummerson, E. (2007). Case study research and network theory: birds of a feather. Qualitative
research in organizations and management: an international journal, 2, (3): pp. 226-
248.

Hasifah Abdul Aziz. (2011). Keberkesanan pembelajaran menggunakan forum dalam sistem
e-learning: kajian kes pelajar tahun 4 spi. Universiti Teknologi Malaysia.

Irfan Naufal Umar & Nurullizam Jamiat. (2011). Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru
di Malaysia: analisis prosiding teknologi pendidikan Malaysia. Asia Pacific Journal of
Educatiors And Education, Vol. 26, No. 1, 1-14.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2010). Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi


dalam pengajaran dan pembelajaran. Pusat Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.


Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-


2025. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Pelan pembangunan profesionalisme berterusan


(guru dan pemimpin sekolah). Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lincoln, YS. & Guba, EG. (1985). Naturalistic inquiry. Newburry Park, CA: Sage Publications.

Merriam, S. B. (1998). Qualitative research and case study applications in education. Jossey
Bass Publishers.

Robson, C. (2002). Real world research. 2nd ed. Oxford, UK: Blackwell Publications.

Salmons, Janet. (2015). Qualitative online interviews. British Journal of Educational


Technologu. Volume 45, Issue 6.

Siti Uzairiah Mohd Tobi. (2017). Kajian kualitatif dan analisis temu bual. Aras Publisher.

Silverman, D. (1985). Qualitative methodology in sociology. Aldershot: Gower Publication.

Silverman, D. (1993). Interpreting qualitative data. 1st ed. London: SAGE Publications.

Silverman, D. (2000). Doing qualitative research: a practical handbook. London: Sage


Publications.

Silverman, D. (2007). Interpreting qualitative data. 3rd ed. London: SAGE Publications Ltd.

Stake, R. (1995). The art of case study research. Thousand Oaks, CA: Sage.

1761
Yuznaili Salleh. ( 2021). Panduan komprehensif penyelidikan : navigasi penyelidikan anda.
Percetakan JiwaBaru Sdn. Bhd.

Whittermore, R., et al. (2001). Validity in qualitative research. Qualitative Healith Research,
11, (4): pp. 522-537.

Wolcott, H. F. (1994). Transforming qualitative data: description, analysis and interpretation.


Thousand Oak, California: Sage.

1762
PENGAPLIKASIAN TENIK SALAK BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN
MENULIS AYAT TUNGGAL MURID TAHAP 2

Nurul Azlin binti Abd Aziz


azlin09-961@epembelajaran.edu.my

Rozeha binti Harun


rozeha@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan pengaplikasian teknik SALAK dalam pengajaran dan
pembelajaran murid tahap 2. Sehubungan itu, kajian ini akan mengenal pasti keberkesanan
pengaplikasian teknik SALAK bagi meningkatkan penguasaan kemahiran menulis ayat tunggal bahasa
Melayu murid dan mengenal pasti kesesuaian teknik SALAK sebagai bahan bantu mengajar kemahiran
menulis ayat tunggal bahasa Melayu murid. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan
menggunakan kaedah kajian kes. Pemilihan persampelan berdasarkan kaedah persampelan bertujuan
yang melibatkan tiga orang guru bahasa Melayu daripada kawasan yang berbeza iaitu dari Subang
Jaya, Selangor, Jempol, Negeri Sembilan dan Seremban, Negeri Sembilan. Tiga instrumen digunakan
di dalam kajian ini iaitu protokol temu bual, senarai semak pemerhatian, dan analisis dokumen. Data
dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik SALAK dapat meningkatkan
penguasaan kemahiran menulis ayat tunggal murid dan teknik ini juga sesuai untuk dijadikan sebagai
bahan bantu mengajar kemahiran menulis ayat tunggal murid bagi subjek Bahasa Melayu.
Kesimpulanya, diharapkan kajian ini dapat membantu guru bahasa Melayu mendapat pendedahan
tentang teknik SALAK dan mengaplikasikannya di dalam bilik darjah. Hal ini sebagai satu usaha untuk
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis bahasa Melayu.
Kata Kunci: Pengaplikasian, Keberkesanan, teknik SALAK, Menulis ayat tunggal, Peningkatan

ABSTRACT

This study was conducted to see the effect of the application of SALAK technique in teaching and
student learning for level 2 students. In regards to that, this study will identify the effectiveness of the
application of SALAK technique to improve the mastery and identify the technical suitability of SALAK
technique as a teaching aid skill of writing single verse of Malay language for students. The design of
this study is a qualitative study using case study method. Selection of samples based on purposive
sampling method involving three Malay Language teachers from different areas; Selangor, Jempol and
Seremban. Three instruments were used in this study namely interview protocol, observation checklist,
and document analysis. Data were analysed descriptively. The results showed that the SALAK
technique can improve their skills in writing a single verse and this technique is also suitable to be used
as teaching aids in helping students in writing a single verse in bahasa Melayu. In conclusion, hopefully
this study can help Malay Language teachers to have exposure regarding SALAK technique and be
able to apply it in the classroom. It is also considered an effort to improve the effectiveness of teaching
and learning of Malay language writing skills.

Keyword: Application, Effectiveness, SALAK technique, Writing a single verse, Increases

1763
PENGENALAN

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (SPBM 2003)
memberikan tumpuan kepada kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur,
kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Kesemua kemahiran ini berkait rapat dan saling
melengkapi bagi menjadikan kesemua murid dapat menguasai kecekapan berbahasa dan
berkomunikasi dengan peraturan tatabahasa secara betul dan tepat. Namun, terdapat cabaran
dalam melaksanakan objektif tersebut. Hal ini kerana muncul pelbagai permasalahan yang
melibat keempat-empat kemahiran tersebut. Menurut Azizi (2008), hal ini timbul mungkin
berpunca daripada masalah fizikal, emosi, mental atau suasana pembelajaran murid itu sendiri.
Berdasarkan kajian yang ditekan oleh pengkaji adalah mengenai masalah kemahiran
menulis dalam kalangan murid, iaitu pembinaan ayat tunggal. Penekanan terhadap aspek
kemahiran menulis seperti yang diterapkan dalam KBSR bermula pada tahun 1988 lagi tetapi ini
tidak menjamin murid benar-benar menguasai kemahiran menulis kerana dipengaruhi oleh cara
mereka berfikir (Mohd Nashuha, 1995). Oleh itu, penguasaan penulisan yang kurang memuaskan
dalam kalangan murid perlu ditangani segera demi merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) iaitu melahirkan warganegara yang berkualiti.
Oleh itu, kajian ini merangkumi elemen tatabahasa bagi pembentukan ayat tunggal yang
gramatis melalui teknik SALAK. Teknik SALAK ini diperkenalkan untuk meningkatkan kebolehan
murid menulis ayat berdasarkan gambar dengan menggunakan jadual yang mengandungi elemen
S (Siapa) A (Aktiviti) L (Lokasi) A (Alatan) K (Keterangan). Alat atau bahan yang digunakan untuk
menguji tahapkeberkesanan teknik SALAK ini ialah menggunakan grafik dan jadual. Oleh itu,
kajian ini akan dikaji berkenaan dengan pengaplikasian teknik SALAK bagi meningkatkan
penguasaan kemahiran menulis ayat tunggal murid tahap 2.

PERNYATAAN MASALAH

Kebayakan ayat yang dibina oleh murid yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) tidak mengikut penggunaan tatabahasa yang betul secara gramatis. Hal ini dapat dilihat
melalui pengolahan ayat yang tidak menarik dengan pemilihan kosa kata yang tidak bersesuaian
dengan grafik (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2008). Penyataan daripada kajian A. Rahman et.
al. (2012), penggunaan bahasa pasar juga selalu digunakan dalam ayat penulisan murid. Selain
itu, penggunaan imbuhan, kata sendi, kata hubung, penjodoh bilangan dan kata adjektif tidak
digunakan dengan sebaik-baiknya dalam ayat yang dibina. Hal ini kerana murid masih lagi tidak
mahir dalam membina ayat yang pelbagai dan hanya kukuh pada pembinaan ayat yang ringkas
seperti “Ali bermain bola”.
1764
Selain itu, murid juga mempunyai masalah untuk menguasai cara-cara untuk mengubah
maklumat daripada gambar kepada bentuk penulisan. Hal ini dapat dilihat murid mempunyai
kesukaran dan mengambil masa yang lama untuk menyusun maklumat yang diperoleh daripada
gambar. Hal ini adalah seperti yang dikehendaki dalam soalan Bahasa Malaysia Kertas 2
Bahagian A. Contoh permasalahan ini boleh didapati pada kajian Saiful Anwar Mustaffa (2010).
Berdasarkan kajian tersebut, pengkaji dapat mengesan kesalahan yang dilakukan oleh murid.
Kesalahan yang paling ketara adalah berkaitan dengan struktur dan tatabahasa ayat. Sebagai
contoh, seorang murid menulis ayat ‘Saya sekolah pergi’ dan ‘Surat baca ayah’. Ayat ini jelas
menunjukkan kesalahan dari segi sintaksis iaitu tidak mengikut pola ayat dasar yang betul.
Hal ini juga dapat dilihat pada kajian Tang (2013), responden gagal membina ayat yang
bermakna dan tidak lengkap. Di samping itu, pengkaji juga mengenal pasti murid sukar untuk
mengembangkan ayat mereka walaupun berpandukan grafik. Pengkaji juga mengenal pasti murid
menghadapi kesukaran dalam membina struktur ayat yang betul. Justeru, dakwaan di atas telah
menarik minat pengkaji untuk menyelidik secara mendalam dan menjadikannya sebagai tujuan
utama kajian ini.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk meneroka pengaplikasian teknik SALAK oleh guru bahasa Melayu
bagi meningkatkan penguasaan kemahiran menulis ayat tunggal murid tahap 2. Objektif
kajian ini adalah:
1. Mengenal pasti pengaplikasian teknik SALAK bagi meningkatkan penguasaan
kemahiran menulis ayat tunggal murid tahap 2.
Berdasarkan pernyataan masalah dan objektif kajian yang telah dinyatakan, kajian ini akan
merungkai jawapan bagi persoalan kajian berikut:
1. Sejauh manakah pengaplikasian teknik SALAK dapat meningkatkan penguasaan
kemahiran menulis ayat tunggal murid tahap 2?

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian merujuk kepada satu tatacara pengolahan data yang dikumpul berdasarkan
perancangan khusus serta sistematik yang melibatkan rangkaian pembolehubah dalam kajian
berkenaan. Hal ini melibatkan kaedah reka bentuk penyelidikan, instrumen, penyelidikan, sampel,
serta teknik pengolahan dan analisis data (Neuman, 2006). Oleh itu, reka bentuk kajian yang
digunakan adalah berbentuk kajian kes kualitatif (Yin, 2009). Kajian ini merupakan kajian bersifat
1765
kualitatif yang menggunakan kaedah kajian kes. Pendekatan kualitatif merupakan kaedah
penyelidikan yang menjelaskan sesuatu fenomena atau situasi sebenar berdasarkan kajian
lapangan yang menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual sebagai sumber data
(Khairuddin et.al, 2016; Pernecky, 2016). Dari sudut pemilihan sampel, pengkaji menggunakan
kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling), iaitu kelompok peserta kajian yang mewakili
populasi yang hendak dikaji dan dikenal pasti. Semua individu dalam kelompok tersebut diambil
kira sebagai sampel (Sabitha, 2005). Dalam kajian ini, pengkaji memlilih 3 orang sampel yang
dapat menjawab persoalan kajian ini iaitu guru bahasa Melayu yang menerapkan teknik SALAK
dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, Kajian ini melibatkan 3 orang responden yang
terdiri daripada guru bahasa melayu yang menggunakan teknik SALAK dalam PdP di 3 buah
kawasan yang berbeza iaitu Subang Jaya, Jempol dan Seremban.
Kajian ini menggunakan protokol temu bual, senarai semak pemerhatian dan analisis
dokumen untuk mendapatkan data sebagai instrumen melalui triangulasi kaedah. Menurut Hengki
Wijaya (2018), trigulasi data merupakan cara yang terbaik untuk meneliti satu perkara melalui
pelbagai aspek yang berbeza. Namun, instrumen utama yang dipilih dalam kajian ini ialah senarai
semak temu bual. Kamarul Azmi Jasmi (2012) menjelaskan bahawa menerusi temu bual
mendalam apa-apa yang disebutkan oleh responden merupakan data penting kajian dan tindak
balas yang relevan akan dicatatkan kata demi kata. Temu bual yang dijalankan mengikut
kelapangan masa responden dan dijalankan secara atas talian kerana mengambil kira isu
Pandemik COVID-19. Seterusnya, pemerhatian yang dibuat akan melihat situasi dan suasana
yang sesuai untuk dijalankan kerana mengambil kira faktor Pandemik COVID-19 dan dirakam
sebagai bahan bukti kajian. Catatan sepanjang pemerhatian turut direkod. Dalam kajian ini juga,
beberapa dokumen akan diambil untuk dianalisis secara mendalam seperti Rancangan
Pengajaran Harian guru, hasil kerja murid dan laporan prestasi murid sebagai bukti tambahan
serta sokongan dalam menganalisis data.
Bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan kajian, pengkaji menggunakan kaedah
semakan pakar bahasa dan penyelia, semakan rakan dan semakan responden. Pengkaji
menggunakan triangulasi kaedah antara data temu bual dengan data analisis dokumen serta
pemerhatian. Triangulasi antara pelbagai lapangan (multisite studies) merupakan salah satu
bentuk triangulasi data yang tinggi kebolehpercayaannya (Merriam, 1998). Tujuan melakukan
trangulasi data pelbagai tempat kajian agar mendapatkan ketepuan data antara tempat (Trojan et
al., 2009; Sharp et al., 2012).
Dalam kajian ini, pengkaji akan menyediakan soalan–soalan yang berkaitan mengikut
konteks kajian. Penganalisisan data ini memerlukan pengekodan untuk memastikan data yang

1766
dianalisis dikelompokkan mengikut kod yang betul dan sebagai rujukan pengkaji. Penganalisisan
pemerhatian dilakukan melalui senarai semak yang mana pengkaji memfokuskan pemahaman
atau respon murid semasa guru mengaplikasikan teknik SALAK serta kesesusaian penggunaan
teknik tersebut sebagai bahan bantu mengajar. Penganalisisan dokumen pula dilihat melalui
dokumen-dokumen yang berkaitan seterusnya pengkaji membuat rumusan daripada keseluruhan
dapatan kajian.
DAPATAN KAJIAN

Pengaplikasian Teknik SALAK bagi Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menulis Ayat


Tunggal Murid Tahap Dua
Berdasarkan temu bual mendalam yang menjadi tunjang kepada kajian ini, tiga tema atau aspek
akan dibincangkan iaitu (i) Struktur Teknik SALAK, (ii) Kebolehcapaian Objektif Pengajaran, (iii)
Penerimaan Murid Terhadap Teknik SALAK, dan (iv) Peningkatan Kemahiran Menulis Murid.

Struktur Teknik SALAK

“Hm pada saya takde masalah sebab nak guna untuk ayat tunggal lagi
senang. Cuma bagi saya keterangan tu saya tak wajibkan sangat untuk murid
yang lemah ni sebab kalau kita tengok SALAK sampai keterangan. Walaupun
murid boleh bina hanya sampai lokasi, ayat tu masih betul. Jadi maksudnya
SALAK tu boleh digunakan untuk pelbagai cuma cikgu tak boleh lah nak
paksa budak untuk bina sampai keterangan. Kita kena ada ansur maju lah
mungkin harini sampai peralatan, tapi kalau kita latih-latih murid boleh buat
sampai keterangan. Kena ada langkah demi langkah untuk murid lemah
dengan yang biasa.”

Kod: BA/STS01/ G1TB1B217-226

“...Dah boleh bina satu ayat tunggal. Cuma bila kita guna teknik ni, ayat murid
tu lebih lebih gramatis lebih bermakna. Maksudnya bila kita baca ayat tu tak
tergantung. Kita nak guna ayat tunggal pon boleh guna”
Kod: BA/STS01/ G2TB2B112-117

“Membina ayat tunggal boleh, sesuai.”


Kod: BA/STS01/ G3TB3B135

Berdasarkan temu bual di atas kesemua responden menunjukkan pola yang sama. Ketiga-tiga
responden didapati bahawa struktur teknik ini adalah sesuai bagi membina ayat tunggal murid.
1767
Selain itu, kesesuaian teknik ini juga adalah penting bagi memberi impak yang berkesan kepada
kemahiran menulis murid. Hal ini demikian dapat memberi pandangan kepada penyelidik bahawa
teknik ini dapat memperkukuhkan asas penulisan murid dengan pembinaan ayat tunggal yang
baik seterusnya menjadi ayat tunggal yang gramatis. Melalui ayat tunggal yang kukuh, penulisan
murid boleh berkembang menjadi ayat yang lebih gramatis berdasarkan kaedah ansur maju.
Gambaran penyelidik di atas juga dapat diperkukuhkan dengan analisis dokumen
responden yang menunjukkan hasil kerja murid dalam binaan ayat. Analisis dokumen tersebut
boleh dilihat pada (AD/LK/M2G1), (AD/LK/M1G2) dan (AD/LK/M1G3). Hal ini menunjukkan
bahawa murid dapat membina ayat tunggal yang betul iaitu dengan adanya konstituen subjek dan
predikat dalam sesebuah ayat. Dokumen tersebut juga memperlihatkan bahawa binaan ayat
murid tidak tergantung dan mampu memberikan makna ayat kepada pembaca. Data pemerhatian
juga dapat diteroka bagi menghasilkan triangulasi data aspek ini. Pemerhatian melihat bahawa
murid-murid dapat menghasikan ayat yang gramatis menggunakan teknik SALAK dengan
bantuan guru. Hal ini sekaligus menyokong aspek ini kerana murid berjaya membina ayat yang
menepati ciri-ciri ayat tunggal iaitu adanya subjek dan predikat. Rujuk silang dengan data
pemerhatian semua responden juga terdapat fenomena yang sama iaitu murid dapat membina
ayat tunggal yang lengkap sepanjang PdP berlangsung.

Rajah 1:
Hasil Kerja Murid (AD/LK/M2G1)

1768
Jadual 1:
Data Pemerhatian G1, G2 dan G3

Tema Item Soalan G1 G2 G3 Catatan

Respon Murid dapat / / / Murid dapat membina


Murid menghasilkan ayat yang ayat lengkap daripada
gramatis menggunakan jadual SALAK dengan
teknik SALAK. bantuan guru

Kebolehcapaian Objektif Pengajaran.

Hasil dapatan mendapati bahawa kandungan teknik SALAK dapat mencapai objektif pengajaran.
Kesemua responden menyatakan pola yang sama. Keratan temu bual di bawah dapat
memperlihatkan hal ini:
“Ha dapat. Kalau setakat nak bina ayat tu dapat...”

Kod: BA/KOP01/G1TB1B229-233

“Bolehlah kita gunakan. Ya teknik ini bolehlah pastikan objektif pengaran tu


tercapai”

Kod: BA/KOP01/G2TB2B120-121

“Ya betul bagi saya teknik ini memang boleh nak capai objektif pengajaran
kelas tu.”

Kod: BA/KOP01/G3TB3B138-139

Berdasarkan dapatan di atas dapat dilihat bahawa ketiga-tiga responden memberi


persamaan positif terhadap KOP. Hal ini memberi gambaran kepada penyelidik bahawa teknik ini
dapat mencapai objektif pengajaran berdasarkan dapatan berikut. Rujuk silang dengan analisis
dokumen (AD/RPH/G1), (AD/RPH/G2), (AD/RPH/G3) juga menunjukkan dapatan yang sama.
Responden berjaya mencapai objektif pengajaran dalam pengajaran kemahiran menulis dengan
menggunakan teknik ini. Objektif pengajaran yang dinyatakan di dalam dokumen RPH ini secara
tidak langsung menggambarkan keberkesanan teknik ini dalam membantu murid membina lima
ayat yang lengkap berdasarkan gambar. Selain itu, pengkaji mengesan pencapaian objektif
pengajaran yang dinyatakan pada dokumen RPH melalui analisis pemerhatian.

1769
Rajah 2: Dokumen Rancangan Pengajaran Harian G1 (AD/RPH/G1)
Dapatan pemerhatian kesemua responden menunjukkan bahawa objektif pembelajaran
tercapai iaitu murid berjaya membina lima ayat lengkap berdasarkan gambar. Hal ini memberi
gambaran kepada pengkaji bahawa teknik ini mencapai objektif pengajaran lantas menjadi
triangulasi data pada aspek ini. Dapatan pemerhatian dapat dilihat pada jadual berikut:

Jadual 2:

Data Pemerhatian G1, G2 dan G3

Tema Item G1 G2 G3 Catatan


Soalan
Pengajaran Objektif / / / Murid dapat membina lima ayat
Guru pengajaran lengkap berdasarkan gambar
Menggunakan dapat sepanjang PdP berlangsung.
Teknik dicapai
SALAK

Dapatan analisis dokumen dapat mengukuhkan dapatan temu bual di atas. Dapatan
(AD/KOP/M1G3), (AD/KOP/M2G3), (AD/KOP/M3G3) menunjukkan markah tiga orang murid pada
Ujian Pentaksiran Bulanan Februari Tahun 2021. Ujian ketiga-tiga orang murid tersebut
menunjukkan markah yang tinggi pada bahagian penulisan 1 iaitu binaan ayat berdasarkan
gambar. Hal ini memberi gambaran kepada pengkaji bahawa teknik ini mampu membantu murid
untuk membina ayat yang gramatis selepas murid menguasainya.

1770
Markah yang tinggi bagi
penulisan bahagian 1
murid iaitu 9/10.

Rajah 3: Markah Ujian Murid (AD/KOP/M1G3)

Penerimaan Murid Terhadap Teknik SALAK


“Sebenarnya, apa-apa teknik pon murid boleh terima. Cumanya murid
terutamanya murid SJKC, penerimaan dia dari siapa aktiviti takde masalah.
Tapi yang lain tu yang masalah, yang lokasi tu. Teknik SALAK ni dia boleh
ingat takde masalah, dia boleh tau S untuk siapa dan yang lain-lain...”
Kod: BA/PTTS01/ G1TB1B198-205
“Untuk penerimaan murid alhamdulillah mereka boleh ikut. Dia membantu
murid untuk memudahkan. Biasanya kita tengok punca kita guna teknik ni
mungkin sebab murid kan ayat murid biasanya tergantung, terbalik. Jadi
kita bagi benda jadi ayat mereka lebih tersusun. Maksudnya, diorang baca
pon diorang faham, kita baca pon kita faham.”
Kod: BA/PTTS01/ G2TB2B102-106
“Penerimaan so far positif. Maksudnya diorang ikut, diorang boleh ikut,
diorang terima dan buat.”
Kod: BA/PTTS01/ G3TB3B128-129
Berdasarkan temu bual di atas, teknik SALAK ini diterima oleh murid secara postitif ke atas
pengaplikasianya. Murid suka terhadap penerapan teknik dalam PdP mereka dan dilihat
menimbulkan motivasi terhadap mereka. Hal ini kerana, dapatan menunjukkan bahawa teknik ini
diterima dan mudah untuk diikuti oleh murid-murid.
Rujuk silang data pemerhatian dapat dilihat berdasarkan jadual 3. Pengkaji melihat
bahawa murid-murid dapat membina ayat berdasarkan jadual tersebut dengan bimbingan guru
sepanjang PdP berlangsung. Selain itu, murid-murid juga memberi kerjasama yang baik dengan
fokus dan rajin bertanya sekiranya terdapat sebarang pertanyaan untuk topik tersebut. Hal ini

1771
memberi gambaran bahawa murid dapat menerima teknik ini dengan baik.

Jadual 3:
Data Pemerhatian G1, G2 dan G3

Tema Item Soalan G1 G2 G3 Catatan

Respon 1. Murid dapat membina / / / Murid dapat mengisi


Murid perkataan yang tepat jadual SALAK dengan
menggunakan teknik perkataan yang tepat
SALAK bersama guru. dengan bimbingan guru.

2. Murid berusaha / / / Murid menjawab semua


menjawab soalan guru persoalan guru dengan
semasa pembelajaran jelas.
berlangsung.
3. Murid cuba / / / Murid menyoal perkataan
menanyakan soalan dalam BM. Murid juga
kepada guru. meminta pandangan guru
untuk mengisi jadual
SALAK dengan perkataan
yang sesuai.

Peningkatan Kemahiran Membaca

Dapatan kajian juga menunjukkan pengaplikasian teknik SALAK memberi kesan kepada
peningkatan dalam penguasaan kemahiran ayat tunggal murid. Hal ini dapat dilihat seperti
keratan temu bual di bawah:

“Peningkatan ada. Macam sekolah saya guru panitia kami tetapkan tajuk bina
ayat, kami bincang sama-sama lepastu satu perenggan berapa jadi kami
memang nampaklah murid itu meningkat. Banyaknya latihan yang tersusun
sebab kami selaraskan.”

Kod: BA/PKM01/ G1TB1B261

“Kalau ikut pengalaman saya, memang ada peningkatanlah. Daripada


1772
diperkenalkan dan digunakan teknik ini. Kalau dalam kertas bahagian B ujian
kan, untuk dapat 10 tu mereka dapatlah. Biasanya dalam 5 ayat tu ada 1 2
3 betul kan? Sekarang dah lima lima ayat dah boleh betul.”

Kod: BA/PKM01/ G2TB2B154-157

“Ada ada. Sebab kita macam, macam saya sendiri ukur peningkatan tu
melalui keputusan exam lah. Kita akan ambil exam diorang sebelum join
tuisyen dan selepas. Maksudnya sebelum tahu teknik SALAK ha dan selepas
itu.”
Kod: BA/PKM01/G3TB3/B152-154

Daripada temu bual di atas, dapatan kesemua responden jelas dalam memberi gambaran
kepada penyelidik bahawa teknik ini menunjukkan peningkatan dalam penguasaan kemahiran
menulis ayat tunggal murid. Dapatan temu bual ini juga dapat dikukuhkan dengan analisis
dokumen (AD/PKM/M1G3). Analisis ini dapat lihat dengan jelas terdapat peningkatan markah
murid-murid pada bahagian Bahasa Melayu Penulisan iaitu dari gred rendah meningkat kepada
gred yang lebih tinggi.

Markah murid meningkat


dari 86% kepada 98%
dalam BM penulisan

Rajah 4: Laporan Prestasi Murid (AD/PKM/M1G3)

1773
PERBINCANGAN

Pengaplikasian teknik SALAK dalam PdP dilihat mempunyai kekuatan dalam mempengaruhi
kemahiran menulis ayat tunggal murid. Kajian mendapati bahawa struktur teknik ini sesuai
digunakan untuk murid membina ayat asas seterusnya berkembang ke ayat yang lebih gramatis.
Dapatan mengesahkan bahawa teknik ini sangat sesuai digunakan untuk binaan ayat tunggal iaitu
adanya konstituen subjek dan konstituen predikat. Responden menyatakan bahawa teknik juga
mempunyai kaedah unsur maju dari tahap mudah hingga sukar berdasarkan jadual SALAK
tersebut. Oleh itu, semua tahap murid sama ada murid yang lemah hingga murid yang bagus
boleh membina ayat gramatis menggunakan teknik ini. Hal ini disokong oleh kajian Norafidah
(2017), dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa para peserta kajian lebih fokus kepada
proses pembelajaran iaitu membina setiap komponen karangan secara berperingkat-peringkat
kepada murid. Pembelajaran murid lebih mudah apabila setiap komponen telah diajar secara
ansur maju dan proses untuk menguasai kemahiran itu dialami sendiri oleh murid dengan
bimbingan guru.
Seterusnya, kajian memperlihatkan bahawa terdapat kesan positif terhadap teknik SALAK
ini kerana boleh mencapai objektif pengajaran kemahiran menulis bahasa Melayu. Dapatan ini
juga turut diperkukuhkan dengan triangulasi kaedah yang disemak oleh pengkaji. Kebiasaanya
objektif yang ingin disasarkan dalam pengajaran kemahiran menulis adalah murid dapat membina
lima ayat berdasarkan gambar. Oleh itu, pengkaji mendapati bahawa teknik ini berkesan dalam
membantu murid bagi penguasaan kemahiran menulis ayat tunggal seterusnya membina ayat
yang lebih gramatis dan bermakna. Dapatan kajian ini bertepatan dengan dapatan Osman (2013)
yang mendapati pengajaran bahasa Melayu yang menggunakan modul atau teknik sebagai BBM
dapat mencapai objektif dengan bilangan responden 112 orang (89.6%).
Berikutan penerimaan positif oleh murid ini, dapat dilihat bahawa reaksi murid adalah
positif terhadap pengaplikasian teknik SALAK sepanjang PdP. Penerimaan murid terhadap teknik
adalah baik dan berjaya memberi penjelasan yang jelas kepada murid. Di samping itu, murid juga
dapat menerima teknik ini dan tidak mengelirukan murid untuk membina ayat. Hal ini dilihat sama
dengan kajian oleh Saiful (2010) yang mengkaji teknik Rajah Tukar Ganti (RTG) untuk kemahiran
membina ayat tunggal murid. RTG dilihat berkesan untuk meningkatkan kemahiran membina ayat
tunggal murid tahun 4. Dapat dilihat bahawa dengan adanya teknik dalam pengajaran, murid lebih
tertarik dan PdP juga akan lebih berkesan.
Pada waktu yang sama, teknik SALAK juga memberi kesan kepada meningkatkan
penguasaan kemahiran menulis ayat tunggal murid. Dapatan ini dilihat sama dengan kajian
Dunstan (2019) yang mengkaji keberkesanan teknik SALAK melalui kajian jenis kuasi-
1774
eksperimental. Dapatan kajian beliau menunjukkan terdapat perbezaan signifikan dalam
pencapaian skor antara kumpulan kawalan dan rawatan. Jumlah min kawalan rawatan adalah
lebih tinggi berbanding jumlah min kumpulan kawalan dalam penggunaan teknik SALAK untuk
membina ayat tunggal. Hasil kajian beliau membuktikan penggunaan teknik SALAK adalah lebih
berkesan daripada teknik konvensional dalam membina ayat tunggal bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu. Jelaslah bahawa, penerapan sesebuah teknik dalam pengajaran kemahiran menulis
mampu meningkatkan penguasaan kemahiran menulis ayat tunggal murid.

IMPLIKASI DAN CADANGAN

Kajian ini diharapkan dapat membina pengetahuan guru iaitu kepentingan untuk meningkatkan
kemahiran menulis murid yang lemah dalam penulisannya dan pentingnya pengetahuan dalam
menyediakan bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam pengajaran kemahiran menulis
seperti teknik SALAK ini. Salah satu impak yang jelas berkaitan pengetahuan guru ialah
kepentingan membina kemahiran penulisan dalam diri iaitu dalam kalangan murid. Berdasarkan
ciri-ciri teori konstruktivisme, guru sedar bahawa untuk menulis ayat yang gramatis, kemahiran
bagi setiap komponen teknik iaitu S (siapa), A (aktiviti), L (lokasi), A (alatan) dan K (keterangan)
perlu diberi penerangan yang jelas dan lancar kepada murid-murid. Kajian ini menunjukkan
bahawa setiap komponen perlu diajar secara berkala dan ansur maju.
Selain itu, sumbangan dapatan kajian ini terhadap teori kajian juga telah berjaya
menunjukkan bahawa pelbagai teori boleh dijadikan panduan seperti teori konstruktivisme untuk
mengaplikasikan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran penulisan karangan
bahasa Melayu. Hal ini menunjukkan bahawa teori ini bersifat fleksibel untuk semua mata
pelajaran dan tidak mengkhusus kepada satu-satu bidang sahaja. Oleh itu pemikiran guru yang
menganggap teori hanya untuk bidang-bidang saintifik sahaja perlu diubah. Sehubungan dengan
itu, dicadangkan agar para guru melengkapkan dirinya dalam pelbagai kemahiran dan
pendekatan dalam menghasilkan pengajaran binaan ayat yang berkesan. Pendekatan-
pendekatan yang boleh menarik minat dan mudah dilaksanakan oleh murid juga mesti berada
dalam pengetahuan para pendidik. Di samping itu, ketua Panitia dan guru-guru Bahasa Melayu
di semua sekolah wajar mengadakan bengkel cara membina ayat tunggal dengan menggunakan
teknik SALAK kepada murid tahap dua. Dengan pendedahan awal ini, murid dapat menggunakan
teknik tersebut dengan lebih mudah di dalam kelas bersama bimbingan guru.
Oleh itu, kajian ini mencadangkan agar pihak institusi mendedahkan contoh-contoh teknik
kepada guru pelatih bagi setiap kemahiran. Bagi kemahiran menulis ayat tunggal, teknik SALAK.
Pihak IPG juga disarankan untuk adakan bengkel teknik SALAK kepada guru-guru pelatih BM.
1775
Menerusi bengkel teknik SALAK ini juga, pihak IPG mampu meningkatkan kualiti bakal guru
keluaran IPG yang akan berkhidmat di sekolah kelak sekaligus membantu meningkatkan
penguasaan kemahiran menulis ayat tunggal murid di sekolah tersebut.

KESIMPULAN

Pembelajaran kemahiran berbahasa perlulah dipandang serius lebih-lebih lagi kemahiran menulis
ayat tunggal bahasa Melayu. Penguasaan kemahiran menulis ayat tunggal ini merupakan asas
penting untuk murid membina ayat seterusnya karangan yang terbaik pada masa akan datang.
Sekiranya murid masih tidak kukuh dalam binaan ayat tunggal, semestinya murid akan
menghadapi masalah dalam membina karangan dan aspek kemahiran menulis yang lain. Oleh
itu, kajian ini dapat dilihat bahawa teknik SALAK dapat membantu murid untuk meningkatkan
penguasaan kemahiran menulis ayat tunggal mereka. Sementara itu, teknik SALAK juga sesuai
untuk dijadikan bahan bantu mengajar kemahiran menulis yang bermanfaat kepada pengajaran
guru. Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa teknik SALAK adalah terbukti dapat meningkatkan
penguasaan kemahiran menulis ayat tunggal murid. Ringkasnya, guru bahasa Melayu disarankan
agar mengaplikasikan teknik ini kepada murid yang ingin disasarkan lantas memaksimumkan
pengunaan teknik dan pendekatan yang pelbagai di dalam bilik darjah.

RUJUKAN

A. Rahman Haron, Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi, Nik Mohd Rahimi Nik Yusof,
Sharifah Nor Puteh, & Jamaludin Badusah. (2012). Teknik SALAK dalam menjana idea
membina ayat dengan cepat dan efektif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(2), 83-92.

Azizi Ahmad, & Mohd Isha Awang. (2008). Pengukuran dan penilaian pendidikan. Dewan Bahasa
Dan Pustaka. California: Sage Publications.

Dunstan Geraman Anak Gerigih. (2019). Penggunaan teknik 'SALAK' dalammembina ayat
tunggal berdasarkan grafik dalam kalangan murid tahun empat. Seminar Penyelidikan Dalam
Pendidikan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Jun 2015.

Hengki Wijaya. (2018). Analisis data kualitatif ilmu pendidikan teologi. Sekolah Tinggi Theologia
Jaffray.

Kamarul Azmi Jasmi. (2012, March). Metodologi pengumpulan data dalam penyelidikan kualitatif
[Conference session]. Kursus penyelidikan kualitatif siri 1, Puteri Resort Melaka.

Khairuddin Mohamad, Ibrahim Yusof, & Zaridah Ramli. (2016). Penyelidikan dalam
pendidikan bahasa Melayu. Sasbadi Sdn. Bhd.

Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2008). Manual penyelarasan pentaksiran berasaskan sekolah.


Kementerian Pendidikan Malaysia.

1776
Merriam, S. B. (1998). Case Study Research in Education: A Qualitative Approach.

Merriam, S.B. (2002). Qualitative research and case study applications in education. Jossey-Bass.

Mohd Nasuha Jamidin. (1995). Kemahiran berfikir dan belajar. Fajar Bakti.

Neuman, W. L. (2006). Social research methods: Qualitative and quantitative approaches.


Boston: Pearson/A and B.

Norafidah Binti Noralidin. (2017). Pembinaan model pengajaran kemahiran menulis


karangan berdasarkan teori konstruktivisme. Fakulti Bahasa Dan Komunikasi Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Pernecky, T., (2016). Epistemology and Metaphysics for Qualitative Research. London: Sage
Pulications Ltd.

Sabitha Marican. (2005). Kaedah penyelidikan sains sosial. Pearson Prentice Hall. San Francisco,
CA: Jossey-Bass.

Saiful Anwar Mustaffa. (2010). Meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal dengan
menggunakan Rajah Tukar Ganti (RTG) dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran
tahun 4. Buku Koleksi Artikel Tindakan Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun 2010
IPG Ilmu Khas.

Sharp, Julia L, Mobley, Catherine, Hammond, Cathy, et al. (2012). “A Mixed Methods Sampling
Methodology for A Multisite Case Study”. Journal of Mixed Methods Research, 6 (1), 34
54.

Tang Kui Hung. (2013). Keberkesanan penggunaan kaedah 5W1H dalam meningkatkan minat
murid tahap 2 untuk membina ayat yang bermakna berpandunkan gambar. OUM: Fakulti
Pendidikan dan Bahasa.

Trojan, Lana, Suter, Esther, Arthur, Nancy, et al. (2009). “Evaluation Framework for A Multi-Site
Practice-Based Interprofessional Education Intervention”. Journal of Interprofessional
Car e, 23 (4), 380-389.

Yin, R. K. (2009). Case Study Research Design and Methods. Ed. Ke-4. Thousand Oaks, CA:
Sage.

Zukifli Osman. (2013). Kebolehlaksanaan dan Kebolehgunaan Modul Pengajaran Bahasa


Berlandaskan Pendekatan Holistik. PENDETA: Journal of Malay Language, Education
and Literature, 4, 202 - 230. Retrieved from
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1172.

1777
PELAKSANAAN DIDIK HIBUR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA
MELAYU

Nurul Nabihah binti Muhamad Hashim


nabihah09-962@epembelajaran.edu.my

Hisamuddin bin Abdul Ghani PhD


hisamuddin09-25@epembelajaran.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu,


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pelaksanaan didik hibur dalam kalangan guru bahasa Melayu sekolah
rendah di tiga buah sekolah yang berlainan negeri iaitu negeri Kelantan, Sabah dan Kuala Lumpur. Aspek
yang dikaji ialah pengaplikasian didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, cara
pelaksanaaan didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dan kesan didik hibur dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif kajian kes.
Seramai tiga orang guru dari tiga buah sekolah dijadikan sebagai sampel kajian. Data ini telah dikumpulkan
melalui temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Dapatan menunjukkan bahawa ketiga-tiga sekolah
melaksanakan didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Namun, elemen didik hibur
yang sering digunakan ialah nyanyian. Dapatan juga menunjukkan bahawa pelaksanaan didik hibur
membantu guru mencapai objektif pembelajaran, meningkatkan kemahiran murid terutama kemahiran
bertutur dan berkomunikasi serta meningkatkan keyakinan diri murid. Kajian ini mampu membantu guru-
guru bahasa Melayu meningkatkan kemahiran pelaksanaan didik hibur dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu.
Kata kunci: Didik hibur, sekolah rendah, pengajaran dan pembelajaran, bahasa Melayu, nyanyian

ABSTRACT
This study was conducted to examine the implementation of ‘didik hibur’ among primary school Malay
language teachers schools in three different states namely Kelantan, Sabah and Kuala Lumpur. The aspects
studied are the application of comfort education in the teaching and learning of Malay language, how to
implement education entertain in the teaching and learning of Malay language and the impression of being
educated entertain in the teaching and learning of Malay language. This study uses a qualitative design of
case studies. Three teachers from three schools were used as sample studies. This data was collected
through interviews, observations and analysis of documents. The findings show that all three schools
performed their ‘didik hibur’ in teaching and learning the Malay language. However, the most commonly
used element of ‘didik hibur’ is singing. It also shows that the implementation of ‘didik hibur’ education helps
teachers achieve learning objectives, improving students' skills especially the ability to speak and
communicate and increase students' confidence. This study was able to help Malay language teachers
improve the skills of the implementation of ‘didik hibur’ in teaching and learning Malay language.
Keywords: ‘Didik hibur’, primary school, teaching and learning, Malay language, singing

PENGENALAN

Bagi meningkatkan potensi murid dari segi JERIS, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
telah mengetengahkan pendekatan secara modular dan didik hibur bagi mencungkil bakat dan
potensi murid-murid untuk meneroka pelbagai bidang ilmu pengetahuan khususnya ketika proses
1778
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Didik hibur telah diambil perhatian oleh Bahagian
Pembangunan Kurikulum (BKP) yang jelas dinyatakan dalam Dokumen Standard KSSR BM,
murid belajar melalui pembelajaran didik hibur iaitu melalui aktiviti lakonan, bercerita, nyanyian
dan berpuisi. Pengajaran bahasa Melayu yang dilaksanakan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran tidak hanya memberi penekanan kepada isi kandungan semata-mata, tetapi juga
menekankan kepada suasana pembelajaran yang selesa dan menyeronokkan ( Melvina Chung
Hui Ching, 2012). Oleh itu, didik hibur merupakan kaedah yang sesuai untuk dilaksanakan dalam
pengajaran bahasa Melayu bagi meningkatkan keselesaan dan keseronokan kepada murid ketika
aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kaedah pembelajaran secara didik hibur
merupakan pembelajaran yang sejajar dengan pedagogi abad ke 21 iaitu murid berperanan
secara aktif sepanjang proses pembelajaran. Bahkan murid juga bertindak aktif melalui pencarian
ilmu dan maklumat serta murid berupaya untuk berdikari dan bekerjasama dalam proses
pembelajaran.
Berdasarkan Standard Jemaah Nazir (2004), dalam elemen disposisi guru menyatakan
bahawa pentingnya melaksanakan unsur amalan yang menyeronokkan dalam pengajaran.
Bahkan guru mempunyai peranan yang penting untuk mewujudkan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan (Tay Meng Guat, 2015). Guru juga bertindak sebagai fasilitator,
pengurus, penilai dan pemudah cara dalam membantu murid mencapai objektif pembelajaran
melalui aktiviti didik hibur. Hal ini akan mendorong kepada proses pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan.
PERNYATAAN MASALAH

Strategi untuk memartabatkan bahasa Melayu melibatkan penggunaan serta penambahbaikkan


terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Oleh itu, didik hibur
merupakan kaedah pembelajaran yang menyeronokkan kerana mengandungi unsur jenaka,
estetik, permainan, muzik dan lakonan. Bahkan didik hibur merupakan teknik yang mampu
mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan kepada guru kerana didik hibur berkonsepkan
santai dan berhibur. Namun, masih ramai lagi guru yang kurang menggunakan didik hibur dalam
pengajaran bahasa Melayu kerana tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan
kepelbagaian kaedah pengajaran.
Menurut Shaffe Mohd Daud et.al (2011), sikap guru yang tegas semasa mengajar bahasa
Melayu menyebabkan murid berasa tertekan dan bimbang untuk terlibat dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Mereka akan bertindak untuk ponteng kelas dan tidak mampu mendapat
markah penilaian bahasa Melayu dengan baik. Hal ini akan menyebabkan guru-guru
menyalahkan kelemahan murid. Bahkan Zamri Mahamod (2012), menyatakan bahawa akibat
1779
sikap guru yang kurang mengamalkan pendekatan, kaedah dan teknik yang kreatif dan inovasi
telah menyebabkan minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran berkurang.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah seperti berikut :


1. Mengenal pasti pengaplikasian didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu.
2. Mengenal pasti cara pelaksanaan didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu.
3. Mengkaji kesan pelaksanaan didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

SOALAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mencari jawapan kepada beberapa soalan di bawah:
1. Bagaimanakah pengaplikasian didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu?
2. Bagaimanakah cara pelaksanaan didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu?
3. Apakah kesan pelaksanaan didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian yang dilaksanakan ini merupakan kajian kualitatif. Menurut Zainal Arifin dan Saiful Azmi
(2012), reka bentuk kajian berfungsi untuk menukarkan persoalan kajian kepada projek yang
melibatkan komponen tujuan, persoalan kajian, metod dan strategi persampelan. Reka bentuk
kajian yang dijalankan oleh pengkaji berbentuk kajian kes. Kajian kes merupakan kajian yang
mengkaji individu, kumpulan atau program sesuatu fenomena untuk menjelaskan perkara atau
proses tertentu (Yuznaili, 2021). Kajian ini bertujuan untuk mengkaji secara khusus apa yang
berlaku terhadap individu, perkara, keadaan dan tempoh tertentu. Pengkaji menggunakan tiga
alat kajian yang dikenali sebagai triangulasi data iaitu temu bual, pemerhatian, analisis dokumen.
Berdasarkan temu bual yang dijalankan, pengkaji akan menemu bual tiga orang guru
bahasa Melayu yang menggunakan didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.
Guru tersebut merupakan guru-guru perempuan dan mempunyai pengalaman mengajar yang
berbeza. Guru-guru tersebut merupakan guru di sekolah rendah yang berlainan negeri iaitu negeri
Kelantan, Sabah dan Kuala Lumpur. Temu bual yang dijalankan adalah secara bersemuka, mesej
suara whatsapp dan aplikasi Google Meet. Pemerhatian yang dibuat oleh pengkaji berfokuskan
1780
kepada pengaplikasian, cara pelaksanaan dan kesan didik hibur dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu. Pemerhatian dibuat secara bersemuka dan Google Meet.
Manakala analisis dokumen yang digunakan ialah Rancangan Pengajaran Harian guru dan hasil
kerja murid iaitu lembaran kerja murid.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

PENGAPLIKASIAN DIDIK HIBUR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA


MELAYU

Hasil kajian yang telah dijalankan, pengkaji mendapati bahawa kesemua responden
menggunakan elemen didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Elemen
didik hibur tersebut ialah nyanyian, lakonan, puisi dan bercerita. Pada pandangan mereka,
penggunaan didik hibur mampu menarik minat murid untuk belajar. Hasil dapatan ini disokong
oleh kajian Ismail Affero (2016), yang menyatakan bahawa didik hibur menjadi faktor minat murid
terhadap pdpr. Namun, berdasarkan kesemua elemen didik hibur tersebut, responden sering
menggunakan elemen nyanyian dalam pdpr bahasa Melayu. Hal ini kerana, nyanyian merupakan
elemen yang paling mudah untuk digunakan serta lebih memberikan keseronokan kepada murid-
murid. Dapatan ini disokong oleh kajian Azam Samsuddin (2018) yang menyatakan bahawa
penggunaan elemen nyanyian adalah mudah dan menyeronokkan.
Ketika melaksanakan didik hibur dalam pdpr, pengkaji mendapati bahawa responden
menggunakan bahan didik hibur yang disediakan oleh pihak sekolah dan inisiatif sendiri.
Penyediaan bahan didik hibur yang disediakan oleh pihak sekolah seperti speaker, LCD dan
internet membantu guru untuk melaksanakan didik hibur dalam pdpr. Namun, masih ada lagi
bahan didik hibur yang tidak disediakan. Oleh itu, responden mengambil inisiatif dengan
menyediakan bahan didik hibur secara sendiri. Hal ini kerana, mereka ingin memudahkan
pelaksanaan didik hibur dan tidak mahu terikat dengan pihak sekolah. Dapatan ini disokong oleh
kajian Tay Meng Guat (2015) yang menyatakan bahawa penyediaan bahan untuk pelaksanaan
didik hibur oleh pihak sekolah memberi kemudahan kepada guru melaksanakan didik hibur dalam
pdpr. Namun, guru tidak semestinya bergantung sepenuhnya kepada pihak sekolah. Guru juga
perlu menyediakan bahan didik hibur sendiri untuk memudahkan proses pelaksanaan didik hibur
dalam PdPR.

1781
CARA PENGAPLIKASIAN DIDIK HIBUR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA MELAYU
Hasil kajian mendapati bahawa responden melaksanakan didik hibur dalam kesemua langkah
pengajaran tidak semestinya set induksi, langkah pengajaran ataupun penutup. Pelaksanaan
didik hibur adalah bergantung kepada objektif dan aktiviti pengajaran pada hari tersebut.
Pelaksanaan didik hibur tidak semestinya dilaksanakan pada set induksi atau langkah pengajaran
atau penutup sahaja. Setiap aktiviti didik hibur yang dirancang haruslah bersesuaian dengan
objektif yang dibina.
Pengkaji juga mendapati bahawa responden melaksanakan aktiviti didik hibur secara
individu dan berkumpulan. Namun, pelaksanaan tersebut bergantung kepada aktiviti yang
dijalankan. Walau bagaimanapun, responden kerap melaksanakan aktiviti didik hibur secara
berkumpulan. Hal ini kerana, ketika melaksanakan aktiviti secara individu responden perlu
memastikan bahawa murid betul-betul mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk menonjolkan
diri. Oleh itu, mereka kerap menggunakan aktiviti secara berkumpulan kerana hasil kajian
mendapati bahawa murid lebih seronok melaksanakan aktiviti secara beramai- ramai. Hal ini akan
melahirkan sifat teruja dalam diri mereka. Hasil dapatan ini disokong oleh kajian Nik Nur Azizah
et.al (2019) yang menyatakan bahawa didik hibur secara berkumpulan mampu mendatangkan
keseronokan kepada murid-murid.
Pengkaji juga mendapati bahawa pelaksanaan didik hibur tidak hanya dilaksanakan ketika
sesi aspek seni bahasa yang ditetapkan dalam Standard Kandungan sahaja iaitu sebanyak
seminggu sekali. Namun, responden melaksanakan didik hibur bergantung kepada aktiviti yang
dilaksanakan. Ini menunjukkan bahawa pelaksanaan didik hibur tidak hanya dihadkan kepada
seminggu sekali sahaja. Penerapan didik hibur bergantung kepada kesesuaian aktiviti pdpr pada
hari tersebut.

KESAN PELAKSANAAN DIDIK HIBUR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


BAHASA MELAYU
Hasil kajian mendapati bahawa pelaksanaan didik hibur mampu meningkatkan kemahiran murid
terutama kemahiran bertutur dan berkomunikasi. Hal ini kerana pelaksanaan didik hibur yang
berbentuk santai dan hiburan mampu mengurangkan perasaan malu serta meningkatkan sifat
berani murid. Oleh itu, mereka tidak akan berasa tertekan untuk menjalani proses pdpr bahasa
Melayu. Justeru, secara tidak langsung aktiviti pembelajaran menjadi lebih seronok. Oleh itu,
mereka akan menjadi berani untuk berkomunikasi dengan guru dan rakan-rakannya yang lain.

1782
Hasil dapatan ini disokong oleh kajian Ramlah et.al (2016) yang menyatakan bahawa didik hibur
mampu meningkatkan kemahiran lisan murid iaitu kemahiran berkomunikasi murid.
Seterusnya, pengkaji mendapati bahawa pelaksanaan didik hibur dalam pdpr mampu
membantu responden mencapai objektif pengajaran dengan baik. Hal ini kerana, pelaksanaan
didik hibur merupakan aktiviti yang berbentuk hiburan. Oleh itu, murid akan bersemangat dan aktif
dalam proses pdpr. Justeru, mereka akan mudah untuk memahami isi pelajaran yang
disampaikan oleh responden. Kesannya, objektif pengajaran responden dapat dicapai dengan
sebaik mungkin. Dapatan ini disokong oleh Tan See Ching et.al (2012) yang menyatakan bahawa
pelaksanaan didik hibur mampu membantu guru mencapai objektif pembelajaran kerana aktiviti
yang berunsurkan didik hibur mampu membantu murid untuk memahami isi pelajaran yang
disampaikan.
Pengkaji juga mendapati bahawa pelaksanaan didik hibur mampu meningkatkan
keyakinan diri murid. Meskipun pada permulaan pengajaran, murid agak malu untuk menonjolkan
diri, namun dari kesan pelaksanaan didik hibur mereka berani untuk menonjolkan diri secara
perlahan. Namun, peningkatan keyakinan diri murid bergantung kepada responden itu sendiri.
Jika responden menggunakan kata pujian untuk memberikan semangat kepada murid-murid,
maka secara tidak langsung mereka akan berani untuk mencuba menonjolkan diri. Hasil dapatan
ini disokong oleh kajian Ani Omar (2018) yang menyatakan bahawa pelaksanaan didik hibur
secara tidak langsung membantu murid meningkatkan keyakinan diri mereka serta memberi
kesan yang baik terhadap pencapaian akademik mereka.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Hasil daripada dapatan kajian ini mendapati bahawa ketiga-tiga responden menggunakan
elemen nyanyian sebagai elemen pertama didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu. Faktor elemen nyanyian menjadi elemen pertama adalah kerana murid-murid
lebih gemar membuat aktiviti nyanyian berbanding elemen didik hibur lain. Hal ini disebabkan oleh
elemen didik hibur yang lain memerlukan mereka bersikap terbuka dan berani untuk tampil
kehadapan contohnya lakonan dan berpuisi. Namun, jika mereka melakukan aktiviti nyanyian,
mereka akan lebih bersemangat untuk mengikuti pembelajaran terutama murid tahap 1. Mereka
juga mudah untuk mengikuti rentak nyanyian tersebut kerana lagu yang dipasang sudahpun
sering mereka dengar. Dapatan ini menyokong kajian Azam Samsuddin (2018) yang menyatakan
bahawa penggunaan elemen nyanyian adalah mudah dan menyeronokkan. Oleh itu, bagi guru-
guru novis ataupun guru yang baru menggunakan elemen didik hibur dalam pengajaran dan

1783
pembelajaran bahasa Melayu, mereka boleh memulakan aktiviti didik hibur menggunakan elemen
nyanyian. Oleh itu, apabila murid sudah terbiasa dengan elemen nyanyian, maka guru-guru boleh
mengetengahkan elemen didik hibur yang lain.
Berdasarkan kajian ini, guru boleh menerapkan elemen didik hibur seperti lakonan,
berpuisi dan bercerita menggunakan kaedah berkumpulan kepada individu. Pada peringkat
permulaan, guru perlu menunjukkan simulasi kepada murid-murid tentang elemen didik hibur
yang diterapkan contohnya lakonan. Guru perlu terlebih dahulu membuat simulasi kepada murid-
murid. Selepas itu, guru boleh membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dengan
menyediakan dialog supaya murid dapat melaksanakan aktiviti lakonan. Apabila murid
mempunyai peningkatan dalam aktiviti tersebut, guru boleh meminta murid membuat dialog dan
jalan cerita sendiri. Murid akan lebih seronok jika pelaksanaan didik hibur dilaksanakan secara
berkumpulan. Hasil dapatan ini menyokong kajian Nik Nur Azizah et.al(2019) yang menyatakan
bahawa didik hibur secara berkumpulan mampu mendatangkan keseronokan kepada murid-
murid. Oleh itu, murid dapat membina keyakinan diri dengan baik. Jika murid sudahpun mampu
membina keyakinan diri yang tinggi, guru boleh meminta murid membuat lakonan secara individu.
Melalui cara tersebut iaitu daripada peringkat rendah kepada peringkat tinggi, maka murid akan
mudah mengadaptasi aktiviti yang dijalankan oleh guru. Secara tidak langsung secara perlahan
murid dapat menangkis sifat malu yang ada dalam diri mereka. Oleh itu, mereka dapat
melaksanakan aktiviti yang mempunyai elemen didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu dengan sebaik mungkin dan membina keyakinan diri mereka dengan lebih baik.
Pihak sekolah perlu menyediakan bahan-bahan untuk guru melaksanakan didik hibur
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Tujuan penyediaan bahan didik hibur
adalah untuk memudahkan guru dalam proses pengajaran. Bahkan, jika guru menghadapi
sebarang kekangan untuk menyediakan bahan didik hibur, maka guru boleh menggunakan bahan
yang disediakan oleh pihak sekolah. Oleh hal sedemikian, pelaksanaan didik hibur dalam
pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sebaik mungkin. Pihak pentadbir sekolah
perlu menyediakan alatan pengajaran yang bersesuaian kepada guru bagi memastikan
pelaksanaan didik hibur sewaktu mengajar dijalankan dengan lancar dan berkesan. Hal ini secara
tidak langsung memudahkan kerja guru dan objektif pembelajaran tercapai. Kekurangan bahan
dalam melaksanakan didik hibur menyukarkan guru untuk mencapai objektif pengajaran. Jika
pihak sekolah tidak menyediakan bahan kepada guru-guru kemungkinan besar guru mengalami
kesukaran dalam melaksanakan didik hibur kerana guru juga mempunyai sumber yang terhad
dalam menyediakan bahan seperti LCD, speaker, internet dan peralatan didik hibur.

1784
Antara cadangan yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah ialah mengadakan bengkel
atau kursus didik hibur kepada guru-guru bahasa Melayu di sekolah. Bengkel atau kursus ini
bertujuan memperkenalkan elemen didik hibur secara mendalam kepada guru-guru. Bengkel ini
diadakan khas untuk semua guru-guru bahasa Melayu termasuk guru-guru novis dan guru yang
sudah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang didik hibur. Melalui pelaksanaan
bengkel ini, guru-guru dibimbing tentang didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu. Mereka saling berkongsi idea dan pandangan dalam kursus tersebut. Guru-guru yang
sudahpun mempunyai banyak pengalaman dalam pelaksanaan didik hibur akan berkongsi idea
mereka bersama-sama guru novis dan guru-guru lain. Modul-modul tentang pelaksanaan didik
hibur perlu diperbanyakkan dan diedarkan kepada semua guru bahasa Melayu agar dapat
melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan elemen didik hibur secara
berterusan. Dengan adanya modul tersebut, guru boleh membuat rujukan ketika ingin
melaksanakan aktiviti pengajaran. Bahkan, pihak sekolah perlu membuat penilaian dan
pemantauan terhadap pelaksanaan didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu selepas pelaksanaan bengkel ini. Hal ini bertujuan untuk memastikan guru sentiasa
bermotivasi melaksanakan didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Guru memainkan peranan yang penting dalam proses pelaksanaan didik hibur dalam
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, konsep didik hibur yang ingin dilaksanakan oleh guru
haruslah dirancang dengan baik terlebih dahulu sebelum dilaksanakan di dalam bilik darjah.
Terdapat beberapa cadangan yang boleh dilakukan oleh guru dalam melaksanakan didik hibur
dengan sebaik mungkin dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Antaranya
ialah guru perlu menguasai sepenuhnya elemen didik hibur. Melalui penguasaan elemen didik
hibur tersebut, guru lebih tahu cara mengaplikasikannya di dalam bilik darjah. Contohnya guru
perlu menggunakan bahasa yang boleh menzahirkan perasaan lucu, penggunaan grafik yang
menarik dan penggunaan bahasa tubuh yang dapat menimbulkan keseronokan kepada murid-
murid. Kesannya, murid akan lebih berasa seronok untuk mengikuti pdpr yang dilaksanakan. Hal
ini bertepatan dengan pandangan Yahya Othman (2012), yang mengatakan bahawa apabila
mengaitkan humor dengan kelucuan, maka seseorang akan menjadi seronok untuk mendengar.
Oleh itu, pengajaran bahasa Melayu bukan hanya menekankan kepada penguasaan isi semata-
mata, namun perlu diajar dalam suasana yang menyeronokkan. Bahkan, murid tidak akan selesa
jika pengajaran yang dilakukan dalam keadaan membosankan.
Selain itu, guru boleh mengikuti kelas atau kursus yang berkaitan dengan didik hibur
seperti kelas nyanyian, lakonan, puisi dan bercerita. Tujuan menghadiri kelas atau kursus ini
adalah untuk membolehkan guru menerapkan elemen didik hibur dengan sebaik mungkin kepada

1785
murid-murid. Contohnya, jika guru menguasai sepenuhnya elemen lakonan seperti improvisasi
dan mimos, guru boleh menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Oleh itu, secara tidak langsung guru dapat membantu murid meningkatkan keyakinan diri,
kemahiran komunikasi dan kemahiran bertutur mereka. Secara tidak langsung objektif
pembelajaran dapat dicapai dengan sebaik mungkin bahkan kemahiran fokus murid dapat
ditingkatkan. Melalui penerapan ilmu lakonan, puisi, nyanyian dan bercerita kepada murid-murid,
secara tidak langsung mereka memperoleh pengetahuan yang tidak hanya berfokuskan kepada
isi pengajaran bahasa Melayu sahaja, bahkan mereka dapat menguasai bidang-bidang lain iaitu
bidang lakonan dan nyanyian. Guru juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok
sekaligus memupuk minat murid untuk lebih belajar serta menjadikan murid lebih berani untuk
tampil di hadapan rakan-rakan mereka.
Pengkaji mencadangkan beberapa kajian lanjutan yang boleh dibuat pada masa akan
datang. Antaranya menukarkan kajian berbentuk kualitatif kepada kajian berbentuk kuantitatif.
Kajian berbentuk kuantitatif merupakan kajian yang melibatkan responden dalam bilangan yang
ramai. Kajian ini hanya menggunakan tiga orang responden yang terdiri daripada tiga orang guru
perempuan yang mengajar subjek bahasa Melayu sekolah rendah. Oleh itu, pengkaji
mencadangkan kajian yang sama digunakan kepada responden yang lebih ramai. Kajian boleh
dilakukan kepada semua guru yang berada di Malaysia pada berlainan negeri yang menjalankan
didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Melalui pelaksanaan kajian
berbentuk kuantitatif, pengkaji perlu menggunakan analisis statistik yang lebih bersifat objektif dan
berorientasikan kepada hasil. Oleh itu data yang diperoleh lebih tepat kerana ia berkaitan dengan
numerika dan ketepatan.
Pengkaji mencadangkan supaya kajian berbentuk kajian kes ditukarkan kepada kajian
yang berbentuk kajian tindakan. Kajian tindakan merupakan kajian ke atas amalan oleh pengamal
samada secara individu ataupun bersama pengamal yang lain bertujuan untuk menambah baik
amalan sedia ada. Oleh itu, kajian lanjutan yang berbentuk kajian tindakan ini boleh dilakukan
terhadap guru bahasa Melayu sekolah rendah yang mengamalkan didik hibur. Bahkan, melalui
pelaksanaan kajian tersebut, pengkaji boleh membuat penambahbaikan dengan mencipta teknik-
teknik khusus didik hibur yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran dan
pembelajarannya. Justeru, kajian ini boleh membantu guru memperbaiki amalan dalam
pengajaran dan pembelajaran serta mampu meningkatkan keberkesanan pengajaran didik hibur
yang dilaksanakan oleh guru.

1786
RUJUKAN

Abu Hassan. (2003). Lifelong learning in Malaysia. In IIEP/UNESCO KRIVET International Policy
Seminar, Seoul, Korea.

Abdul Rasid Jamian dan Hasmah Ismail. (2016). Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 3(2), 49-63.

Abdul Rasid Jamian et.al. (2012). Persepsi guru terhadap penggunaan kartun dalam transformasi
pengajaran penulisan karangan bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(1),
129-140.

Abdul Rasid Jamian et.al. (2016). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis Bahasa
Melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 1(1), 1-12.

Alizah Lambri dan Zamri Mahamod. (2015). Pelaksanaan Aktiviti Pembelajaran Berasaskan
Masalah dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Pendeta: Jurnal
Bahasa, Pendidikan dan Sastera Melayu, 6, 98-117.

Ani Omar. (2018). Biblioterapi Kaedah Didik Hibur Memotivasikan Kanak-Kanak Sekolah Dalam
Hospital. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak, 59-69.

Ismail Affero. (2016). Penerapan Kaedah Didik Hibur Terhadap Motivasi Belajar di Kalangan Murid
di Sebuah Sekolah Rendah Daerah Kluang. 1-7.

Melvina (2012). Sikap Guru Bahasa Melayu terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran di Sekolah-sekolah Rendah di Bintulu,
Sarawak. MalaysianJournal of Education (0126-6020), 35(1).

Mohd Razak dan Masitah Ahmad. (2015). Pendekatan didik hibur dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu: Tinjauan terhadap sikap dan minat murid orang Asli di
negeri Perak. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 9, 77-90.

Mohd Razak Mohd Nordin. (2015). Pendekatan didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu: Tinjauan terhadap sikap dan minat murid orang Asli di negeri Perak.
Jurnal Pendidikan Dedikasi, Jilid 9.

Mohd Zahar bin Hj Kusnun dan Affero bin Ismail. (2016). Penerapan kaedah didik hibur terhadap
motivasi belajar di kalangan murid di sebuah sekolah rendah daerah kluang. 67-89.

Mohd Zahar dan Affero. (2017). Penerapan kaedah didik hibur terhadap motivasi belajar di
kalangan murid di sebuah sekolah rendah daerah Kluang. Seminar Pendidikan Johor
2016, Johor. Pp 2-7.

Nik Nur Azizah et.al. (2019). Penggunaan Pendekatan Didik Hibur Dalam Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) Harian di Sekolah Kebangsaan Sungai Berua. Journal of Educational
Research & Indigenous Studies, 1-6.

Ramlah et.al (2016). Aktiviti Didik Hibur Dalam Kalangan Guru Prasekolah di Daerah Gombak.
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak, 1-11.
1787
Shaffe Mohd Daud et.al. (2011). PENGARUH AMALAN JENAKA TERHADAP PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN MURID. Journal of Educators & Education/Jurnal Pendidik dan
Pendidikan, 26.

Standard Jemaah Nazir. (2004). Standard kualiti pendidikan Malaysia–Sekolah; Instrumen


Pemastian Standard.

Ta Meng Guat. (2015). Pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran


bahasa Melayu. Jurnal Penyelidikan IPG KL, 12, 1-16.

Tay Meng Guat. (2015). Tahap Kepimpinan Coaching Guru Besar dan Kesediaan Guru dalam
Pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 di Sekolah Rendah. International Journal of
Education and Pedagogy, 1(1), 50-70.

Zainal Arifin dan Saiful Azmi. (2012). Research Methodology Kajian Kualitatif. Universiti Utara
Malaysia.

Zamri Mahamod. (2012). Inovasi P dan P: dalam pendidikan bahasa Melayu. Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

1788
ANALISIS KESALAHAN TATABAHASA DALAM PENULISAN KARANGAN MURID TAHUN
6: SATU KAJIAN KES

Siet Chai Lee


siet09-963@epembelajaran.edu.my

Sharifah binti Said


sharifah@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini mengkaji analisis kesalahan tatabahasa dalam penulisan karangan murid Tahun 6. Reka bentuk
kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah kajian kes. Kajian kes ini menggunakan tiga
instrumen kajian, iaitu analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian. Kajian ini melibatkan tiga orang murid
Tahun 6 di sebuah sekolah rendah sekitar Segambut. Berdasarkan dapatan kajian, murid banyak membuat
kesalahan tatabahasa dalam penulisan karangan bahasa Melayu, khususnya kesalahan kata, iaitu imbuhan
dan kosa kata, kesalahan frasa, iaitu frasa kerja dan frasa sendi nama, kesalahan struktur ayat tunggal
serta kesalahan ortografi, iaitu ejaan, huruf besar dan huruf kecil dan tanda baca. Hasil dapatan kajian juga
mendapati murid melakukan kesalahan tatabahasa adalah disebabkan pengaruh bahasa, sikap guru
kendiri, sikap murid dan faktor kelupaan, kekurangan pengetahuan tentang tatabahasa, keletihan diri sendiri
dan faktor gangguan persekitaran. Implikasinya kajian ini dapat mengisi kelompangan Teori Analisis
Kesalahan Bahasa serta penyelidikan berkaitan kesalahan tatabahasa dalam penulisan karangan. Justeru,
guru-guru dan pihak berkepentingan yang lain perlu memastikan murid menguasai tatabahasa agar mereka
mahir menggunakan tatabahasa yang betul, tepat dan sesuai semasa menulis karangan.
Kata kunci: kesalahan, tatabahasa, penulisan karangan, tahun enam, sekolah rendah

ABSTRACT
This study examined the analysis of grammatical errors in writing by Year 6 pupils. The design of this study
uses a qualitative approach and case study method. This case study uses three research instruments,
namely document analysis, interviews and observations. The study involved three Year 6 pupils at a primary
school around Segambut. Based on the findings of the study, students made many grammatical errors in
the writing of Malay essays, especially word errors, spelling and vocabulary, phrase errors, work phrases
and phrases of joint names, faults of single sentence structure and orthographical errors, namely spelling,
uppercase and lowercase letters and punctuation. The results of the study also found that the students did
grammatical mistakes due to the influence of language, attitude of the teacher, attitudes of students and
forgetfulness factors, lack of knowledge about grammar, personal fatigue and environmental disturbance
factors. The implications of this study can fill the voidness of the Theory of Analysis of Language Errors as
well as research on grammatical errors in writing essays. Therefore, teachers and other stakeholders should
ensure that students master grammar so that they are proficient in using the correct, accurate and
appropriate grammar when writing essays.
Keywords: errors, grammar, essay writing, year six, primary school

1789
PENGENALAN

Suatu kurikulum berasaskan standard yang menjadi amalan antarabangsa telah dijelmakan
dalam KSSR menerusi penggubalan DSKP bagi semua mata pelajaran, termasuklah mata
pelajaran Bahasa Melayu (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016). KSSR Bahasa Melayu turut
disusun oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum untuk memenuhi dasar baharu bawah Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 supaya kualiti kurikulum yang
dilaksanakan di sekolah rendah setanding dengan standard antarabangsa (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2014).
Matlamat KSSR Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk melengkapkan murid
dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri, memperoleh
ilmu, perhubungan sosial dan urusan harian (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016). Bagi
mencapai penguasaan bahasa pada tahap yang maksimum, guru hendak memberikan
penekanan sama rata terhadap keempat-empat kemahiran berbahasa. Namun dari aspek
pelaksanaan, sebahagian besar guru lebih memfokuskan pengajaran dan latihan dalam
kemahiran membaca dan menulis, manakala kemahiran mendengar dan bertutur kurang diberi
penekanan.
Dalam penggubalan DSKP, kemahiran bahasa turut dijadikan teras bagi Standard
Kurikulum Bahasa Melayu. Kemahiran bahasa ini diorganisasikan dalam lima modul kemahiran
bahasa, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis,
aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016). Pengajaran
BM sekolah rendah memberikan tumpuan kepada murid untuk menguasai hasil pembelajaran
dalam kelima-lima kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran
membaca, kemahiran menulis, aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa. Antara kelima-lima
kemahiran, kemahiran menulis dianggap sukar untuk dikuasai dan telah dijadikan tumpuan dalam
penyelidikan. Hal ini bertepatan dengan pernyataan Noor Hidayu dan Yahya (2016), iaitu
kemahiran menulis merupakan peringkat tertinggi dalam kemahiran berbahasa.
Menurut Siti Aishah (2019), penulisan merupakan satu daripada komponen yang diajar
dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Siti berpendapat menulis adalah proses untuk
menyampaikan buah fikiran atau idea kepada khalayak melalui media tulisan. DSKP Bahasa
Melayu menyatakan kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid mengeluarkan idea
melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang
telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca, dan ejaan yang betul serta
tulisan yang jelas.

1790
PERNYATAAN MASALAH
Menulis merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh semua murid (Chew, 2016).
Namaun, menulis turut menjadi kelemahan paling ketara dalam kalangan murid di sekolah. Hal
ini dikatakan kerana ketika PdP kemahiran menulis berlangsung, didapati murid akan menghadapi
masalah dalam pembinaan ayat lengkap dan betul serta tidak dapat mengekspresi dengan baik
untuk memastikan penulisan karangan disiapkan mengikut tujuan yang telah ditetapkan. Selain
itu, penggunaan tatabahasa dalam penulisan amat penting. Kegagalan murid menggunakan
tatabahasa yang betul dan tepat dalam penulisan akan menyebabkan murid tidak dapat
menyampaikan maklumat dengan berkesan.
Kajian Alhaadi Ismail dan Zaitul Azma (2018) turut dijalankan mengenai kesalahan dalam
penulisan pelajar bahasa kedua dari aspek morfologi. Hasil dapatan menunjukkan kesalahan
morfologi yang dilakukan oleh murid-murid Cina dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua ialah kesalahan dalam penggunaan imbuhan awalan ‘di-‘, imbuhan awalan ‘meN-
‘ dan alomorfnya serta kesalahan dalam pemilihan istilah dalam penulisan murid-murid Cina.
Kedua-duanya berpendapat bahawa perbezaan linguistik antara dua bahasa boleh menimbulkan
kesukaran kepada murid untuk mempelajari bahasa kedua, malahan bahasa asing termasuklah
Bahasa Melayu yang merupakan bahasa kedua dalam kalangan penutur berbangsa Cina.
Nurul Adzwa, et. al. (2020) juga menjalankan satu kajian terhadap 30 orang pelajar
Tingkatan 4 mengenai kesalahan imbuhan dalam penulisan karangan dan hubung kait dari segi
makna gramatikal. Dapatan kajian menunjukkan 66 kesalahan imbuhan yang terdiri daripada
imbuhan kata nama sebanyak 14 kesalahan, imbuhan kata kerja sebanyak 41 kesalahan dan
imbuhan kata adjektif dengan satu kesalahan sahaja. Kesalahan ini turut merangkumi kesalahan
tidak menggunakan imbuhan pada perkataan yang memerlukan imbuhan, iaitu sebanyak empat
kesalahan dan penggunaan imbuhan yang tidak terdapat dalam nahu sebanyak enam kesalahan.
Kajian Amirra Shazreena dan Vijayaletchumy (2019) mengkaji kesalahan penggunaan
imbuhan awalan dan akhiran dalam kalangan murid di lima buah Sekolah Jenis Kebangsaan
(SJK) Tamil turut menunjukkan penguasaan imbuhan yang lemah dalam kalangan responden.
Hasil kajian menunjukkan 56% murid tidak menguasai imbuhan men-, 62% murid tidak menguasai
imbuhan me-, 69% pelajar tidak menguasai imbuhan menge- dan 72% murid lain tidak menguasai
imbuhan meny-. Kedua-dua pengkaji mengaitkan situasi kesalahan imbuhan ini dengan faktor
murid yang tidak dapat memahami kehendak soalan yang dikemukakan selain tidak biasa
menggunakan imbuhan di rumah dan di sekolah.
Shamsul Aizuwani dan Tee (2020) juga membuat kajian mengenai kesilapan penggunaan
aspek ayat majmuk dalam karangan bahasa Melayu murid Melayu dan bukan Melayu tahap dua

1791
di sekolah rendah. Sampel yang terlibat seramai 60 orang murid, iaitu 30 orang murid Melayu dan
30 orang murid bukan Melayu tahap dua di sebuah sekolah di zon Bangsar. Berdasarkan dapatan
kajian, kesilapan penggunaan aspek ayat majmuk yang dikaji ialah kesilapan penggunaan
imbuhan, kata hubung, frasa nama, frasa kerja, frasa sendi nama, frasa adjektif, ejaan, huruf
besar dan huruf kecil. Sebanyak 472 kesilapan aspek ayat majmuk telah dilakukan, iaitu kesilapan
ayat majmuk gabungan yang dilakukan 33.4%, kesilapan ayat majmuk pancangan sebanyak 27%
dan kesilapan ayat majmuk campuran 39.6%.
Walaupun terdapat beberapa kajian yang mengkaji mengenai tatabahasa murid bukan
penutur jati dalam penulisan karangan, tetapi masih kurang kajian tentang kesalahan tatabahasa
dalam karangan murid penutur jati. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk melihat kesalahan
tatabahasa murid dan faktor-faktor menyebabkan murid melakukan kesalahan tertentu dalam
penulisan karangan dengan mengaplikasikan Teori Analisis Kesalahan Tatabahasa Corder
(1981).

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN


Kajian analisis kesalahan tatabahasa dalam penulisan karangan murid Tahun 6 dijalankan untuk
menganalisis penggunaan tatabahasa murid semasa menulis karangan. Kajian ini turut mengenal
pasti faktor-faktor berlakunya kesalahan tatabahasa dalam penulisan karangan murid.
Berdasarkan tujuan tersebut, kajian ini mengemukakan dua jenis objektif utama, iaitu:
i. Mengenal pasti kesalahan tatabahasa dalam penulisan karangan murid Tahun 6.
ii. Mengenal pasti faktor-faktor menyebabkan murid melakukan kesalahan tatabahasa
semasa menulis karangan.
Berdasarkan objektif kajian tersebut, kajian ini telah membina dua soalan kajian, iaitu:
i. Apakah kesalahan tatabahasa dalam penulisan karangan murid Tahun 6?
ii. Apakah faktor-faktor menyebabkan murid melakukan kesalahan tatabahasa semasa
menulis karangan?

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kajian kes berteraskan pendekatan kualitatif.
Penyelidik menggunakan jumlah sampel yang kecil, iaitu melibatkan tiga orang peserta kajian
sahaja untuk mengenal pasti kesalahan tatabahasa murid serta faktor-faktor menyebabkan murid
melakukan kesalahan tatabahasa dalam karangan murid Tahun 6 di sebuah sekolah sekitar
Segambut. Kaedah persampelan bertujuan digunakan dengan memilih murid sederhana dalam
bahasa Melayu bagi mendapatkan maklumat mencukupi dan mendalam dalam kajian.

1792
Kaedah pengutipan data yang digunakan ialah kaedah temu bual sebagai kaedah utama
yang disokong dengan kaedah analisis dokumen dan pemerhatian. Dalam kajian ini, latihan
karangan murid dipilih sebagai data analisis dokumen kerana murid tidak perlu membuat
persediaan awal. Kaedah temu bual separa berstruktur juga digunakan kerana bersifat fleksibel
dan diberi kebebasan kepada penyelidik untuk menyoal lebih mendalam mengenai jawapan
peserta kajian yang diberi semasa menjalankan temu bual (Fadz Dila, 2016). Setiap interaksi yang
berlaku antara penyelidik dengan peserta turut dirakam secara audio melalui medium Google
Meet sebagai data mentah untuk dianalisis. Soalan terbuka dan tertutup akan ditanya sepanjang
temu bual dilaksanakan. Sehubungan itu, soalan temu bual yang dibina dijadikan panduan utama
agar lebih fokus dan tidak terpesong daripada objektif kajian. Kaedah pemerhatian tidak turut
serta juga digunakan ketika proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu berlangsung
secara dalam talian. Dalam pemerhatian, senarai semak digunakan untuk mencatat hasil
pemerhatian. Rakaman video melalui medium Google Meet juga dilakukan sepanjang
pemerhatian.
Kesahan instrumen kajian bermaksud sejauh mana instrumen tersebut mengukur data
yang sepatutnya diukur dan bergantung pada jenis pemboleh ubah yang dikaji (Lee, et. al., 2018).
Justeru, kesahan instrumen kajian telah mendapatkan pengesahan pakar metodologi, pakar
bidang dan pakar bahasa bagi menyemak kesahan kandungan selain meninggikan kesahan
instrumen dalam kajian. Kebolehpercayaan pula merujuk kepada sesuatu instrumen kajian adalah
kestabilan, ketepatan dan ketekalan bagi mengukur pemboleh ubah (Sabitha Marican, 2005).
Kajian rintis temu bual telah dijalankan dengan bantuan seorang murid Tahun Enam di sebuah
sekolah sekitar Petaling Jaya yang tidak terlibat dalam kajian sebenar. Data-data yang diperoleh
dianalisis untuk mengesan perkara-perkara yang harus diberi perhatian sewaktu sesi temu bual.
Setelah ditranskripsi teks temu bual, data juga diserahkan kepada peserta kajian untuk
mengukuhkan kesahan dan kebolehpercayaan data yang dikutip dalam kajian.
Pengumpulan data akan dikutip dengan mendapatkan kebenaran guru bahasa Melayu
dan peserta kajian yang terlibat serta akan dianalisis secara deskriptif. Selain itu, triangulasi
kaedah turut digunakan untuk menyemak data, iaitu ketiga-tiga kaedah pengutipan data
digunakan untuk menyelidik fenomena yang sama bagi memastikan kesahan dan
kebolehpercayaan kajian.

1793
DAPATAN DAN PERBINCANGAN

SOALAN 1: APAKAH KESALAHAN TATABAHASA DALAM PENULISAN KARANGAN


MURID TAHUN 6?
Empat kategori kesalahan dalam Teori Analisis Kesalahan Bahasa digunakan bagi menjawab
soalan kajian pertama, iaitu pengguguran unsur-unsur yang perlu, penambahan unsur yang tidak
perlu, pemilihan unsur yang tidak tepat dan penyusunan unsur yang salah. Dapatan kajian
menunjukkan PK1 melakukan kesalahan kata, kesalahan struktur ayat dan kesalahan ortografi.
Dalam aspek kesalahan kata, PK1 membuat kesalahan imbuhan dan kosa kata. Manakala,
kesalahan struktur ayat tunggal dilakukan. Bagi kesalahan ortografi, tiga kesalahan dibuat, iaitu
ejaan, huruf besar dan huruf kecil serta tanda baca. Dapatan analisis dokumen ini dapat disokong
dengan kaedah temu bual, iaitu PK1 menghadapi kesukaran meletakkan tanda seru dan tanda
sempang dalam karangan. Selain itu, PK1 menyemak kesalahan huruf besar dan huruf kecil serta
tanda baca. PK1 juga menyatakan guru memberitahu kesalahan PK1, seperti huruf besar dan
huruf kecil. Hal ini bermaksud kesalahan ortografi akan dilakukan oleh PK1.
Seterusnya, penyelidik mendapati PK2 membuat kesalahan kesalahan kata, kesalahan
frasa dan kesalahan ortografi. Dalam aspek kesalahan kata, PK2 membuat kesalahan imbuhan
dan kosa kata. Manakala, kesalahan frasa kerja dilakukan. Bagi kesalahan ortografi pula, tiga
kesalahan dibuat, iaitu ejaan, huruf besar dan huruf kecil serta tanda baca. Dapatan analisis
dokumen ini disokong dengan kaedah temu bual di mana PK2 menyatakan pembinaan ayat,
kesalahan ejaan, tanda noktah dan tanda koma dapat dikesan setelah menyemak karangan. Hal
ini bermaksud PK2 akan melakukan kesalahan struktur ayat dan kesalahan ortografi dalam
karangan.
PK3 juga melakukan kesalahan kata, kesalahan frasa dan kesalahan ortografi. Dalam
aspek kesalahan kata, kesalahan imbuhan dan kosa kata dibuat. Kesalahan frasa sendi nama
dan kesalahan struktur ayat tunggal juga dilakukan. Bagi kesalahan ortografi pula, tiga kesalahan
dibuat, iaitu ejaan, huruf besar dan huruf kecil serta tanda baca. Dapatan analisis dokumen ini
dapat disokong dengan kaedah temu bual, iaitu PK3 menyatakan pembetulan ayat dan peletakan
tanda noktah akan disemak setelah menyiapkan karangan. Hal ini bermaksud kesalahan struktur
ayat dan tanda baca akan dilakukan oleh PK3 sendiri.
Kesimpulannya, kesalahan tatabahasa yang dilakukan oleh ketiga-tiga peserta kajian
dalam karangan ialah kesalahan kata, iaitu kesalahan imbuhan dan kosa kata, kesalahan frasa,
iaitu frasa kerja dan frasa sendi nama, kesalahan struktur ayat tunggal serta kesalahan ortografi,
iaitu ejaan, huruf besar dan huruf kecil serta tanda baca. Dapatan kajian ini hampir sama dengan
beberapa kajian lain yang mengkaji kesalahan tatabahasa dalam penulisan. Antaranya, kajian
1794
Nurul Adzwa, et. al. (2020) yang mengkaji kesalahan imbuhan dalam penulisan karangan pelajar
Tingkatan Empat dan mendapati terdapat 66 kesalahan imbuhan. Kajian Zaliza (2017) bagi
menganalisis kesalahan tatabahasa pelajar Indonesia yang mempelajari kursus Bahasa Malaysia
Penulisan Ilmiah banyak melakukan kesalahan penggunaan aspek kata, kata sendi dan kata ganti
nama diri dalam karangan.
Kajian Shamsul Aizuwani & Tee (2020) dilaksanakan bagi mengkaji kesilapan
penggunaan aspek ayat majmuk dalam karangan bahasa Melayu murid Melayu dan bukan
Melayu Tahap Dua, iaitu kesilapan imbuhan, kata hubung, frasa nama, frasa kerja, frasa sendi
nama, frasa adjektif, ejaan, huruf besar dan huruf kecil. Kajian Siti Rahayu dan Sharil Nizam
(2020) dijalankan bagi menganalisis kesalahan tatabahasa dari aspek morfologi dalam penulisan
murid-murid Cina Tahun 6 dan mendapati murid banyak melakukan kesalahan imbuhan awalan
meN- dan imbuhan awalan di-. Selain itu, kajian Alhaadi Ismail dan Zaitul Azma (2018)
dilaksanakan bagi menganalisis kesalahan bahasa dari aspek morfologi dalam penulisan murid-
murid Cina Tahun 5 dan mendapati kesalahan dibuat dalam imbuhan awalan di-, imbuhan awalan
meN- serta kesalahan dalam pemilihan istilah dalam penulisan murid-murid Cina. Hasil dapatan
kajian yang disenaraikan membuktikan bahawa kesalahan tatabahasa murid dalam karangan
turut berlaku dalam bahasa Melayu.

SOALAN 2: APAKAH FAKTOR-FAKTOR MENYEBABKAN MURID MELAKUKAN


KESALAHAN TATABAHASA DALAM PENULISAN KARANGAN?

Hasil dapatan temu bual mendapati PK1 menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang
jarang dalam karangan. Hal ini kerana PK1 suka akan bahasa Inggeris dan selesa didengar
walaupun berbahasa Melayu dengan keluarga. Jika PK1 mengalami kesukaran dalam pembinaan
ayat dalam karangan, maka bahasa Inggeris akan digunakan. PK1 juga menggunakan bahasa
percakapan dalam segelintir penulisan karangan mengikut kehendak soalan kerana bahasa
percakapan mudah digunakan dan menjadi kebiasaan dalam komunikasi harian. Hal ini disokong
dengan kaedah analisis dokumen, iaitu PK1 menggunakan bahasa percakapan, seperti ‘manusia
menjalar seperti ular’. Semasa menulis karangan, PK1 tidak berasa letih dan dapat memberi
fokus. PK1 juga menghadapi kesukaran meletakkan tanda seru dan tanda sempang. Tanda
tertentu diletakkan mengikut pengetahuan sendiri sahaja. Selain itu, PK1 hanya merujuk dan
bertanyakan guru ketika guru memanggil PK1 dalam Google Meet. Hal ini disokong dengan
kaedah pemerhatian, iaitu PK1 menulis karangan tanpa merujuk kepada guru. Ketika menulis
karangan, PK1 tidak diganggu sama ada di rumah atau di sekolah. Namun, PK1 lebih menyukai

1795
suasana dewan di sekolah kerana lebih fokus dalam karangan. Setelah menyiapkan karangan,
karangan hanya akan dihantar ketika guru menyuruh untuk menghantar. Pada waktu yang sama,
PK1 tidak meminta guru membetulkan karangan. Hal ini disokong dengan kaedah pemerhatian,
iaitu PK1 tidak meminta guru membetulkan karangan.
Seterusnya, penyelidik mendapati PK2 menggunakan bahasa Melayu sahaja semasa
menulis karangan kerana menjadi kebiasaan untuk digunakan semasa berkomunikasi dengan
keluarga. PK2 suka akan bahasa Melayu dan tidak menggunakan bahasa percakapan dalam
karangan walaupun menggunakannya ketika berkomunikasi dengan rakan-rakan. Dapatan ini
disokong dengan kaedah analisis dokumen di mana PK2 tidak menggunakan bahasa Inggeris
dan bahasa percakapan dalam karangan. Semasa menulis karangan, PK2 tidak berasa letih dan
dapat memberi fokus. Pada waktu yang sama, perkataan-perkataan akan dieja mengikut
pengetahuan sendiri sahaja. Selain itu, PK2 hanya merujuk kepada guru melalui Whatsapp. Hal
ini disokong dengan kaedah pemerhatian, iaitu PK2 tidak bertanyakan guru dalam Google Meet.
Ketika penerangan guru tidak difahami, PK2 bertanyakan kawan-kawan. Namun, PK2 akan lupa
dan mengingat balik sedikit perkara sahaja yang diterangkan oleh guru. Ketika menulis karangan,
PK2 diganggu oleh adik-beradik di rumah dan kawan-kawan di sekolah. PK2 lebih menyukai
suasana di rumah kerana situasi tenang untuk PK2. Setelah menyiapkan karangan, karangan
tidak dihantar kerana sibuk dan ketidaksempatan waktu. Guru juga tidak memesan menghantar
karangan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan. Pada waktu yang sama, PK2 tidak meminta
guru menyemak karangan. Hal ini disokong dengan kaedah pemerhatian, iaitu PK2 menulis
karangan tanpa meminta guru membetulkan karangan.
Di samping itu, penyelidik juga mendapati PK3 hanya menggunakan bahasa Melayu
dalam karangan di samping ketika berkomunikasi dengan keluarga. PK3 suka akan bahasa
Melayu dan tidak menggunakan bahasa percakapan semasa menulis karangan walaupun
menggunakannya ketika berkomunikasi dengan keluarga dan rakan-rakan. Hal ini disokong
dengan kaedah analisis dokumen mengenai PK3 tidak menggunakan bahasa Inggeris dan
bahasa percakapan. Semasa menulis karangan, kadang-kadang PK3 berasa letih walaupun
dapat memberi fokus. PK3 juga merujuk kepada guru melalui Google Meet dan Whatsapp.
Dapatan ini disokong dengan kaedah pemerhatian, iaitu PK3 merujuk kepada guru dalam Google
Meet. Namun, PK3 akan lupa dan hanya dapat mengingat balik segelintir perkara yang
diterangkan oleh guru. Ketika menulis karangan, PK3 diganggu oleh adik-beradik di rumah
walaupun tidak diganggu di sekolah. PK3 juga menyukai kedua-dua tempat untuk menulis
karangan. Setelah menyiap karangan, karangan dihantar melalui Whatsapp. Namun, guru tidak
memberitahu kesalahan-kesalahan yang dibuat dalam hasil karangan. Selain itu, PK3 tidak

1796
meminta guru membetulkan karangan. Hal ini dapat disokong dengan kaedah pemerhatian, iaitu
PK3 menulis karangan tanpa meminta guru membetulkan karangan.
Kesimpulannya, hasil dapatan kajian mendapati murid melakukan kesalahan tatabahasa
adalah disebabkan oleh pengaruh bahasa, sikap guru kendiri, sikap murid dan faktor kelupaan,
kekurangan pengetahuan tentang tatabahasa, keletihan diri sendiri dan faktor gangguan
persekitaran. Faktor pengaruh bahasa yang tidak menggunakan bahasa Melayu baku dengan
sepenuhnya dalam pertuturan seharian menyebabkan murid hanya mampu mengujarkan
perkataan, tetapi tidak dapat mengeja dengan betul. Dapatan kajian ini hampir sama dengan
beberapa kajian lain yang mengkaji faktor murid melakukan kesalahan tatabahasa. Antaranya,
kajian Amirra Shazreena dan Vijayaletchumy (2019) menunjukkan kedua-dua pengkaji
mengaitkan situasi kesalahan penggunaan imbuhan awalan dan akhiran dalam kalangan murid
di lima buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil adalah disebabkan faktor persekitaran murid yang
terdedah dengan perkataan, murid yang tidak dapat memahami kehendak soalan yang
dikemukakan selain tidak biasa menggunakan imbuhan di rumah dan di sekolah.
Kajian Minah Sintian dan Athira Najwa (2019) dijalankan bagi mengkaji kesalahan
tatabahasa dalam ucapan guru semasa perhimpunan rasmi sekolah yang bertujuan untuk
mengenal pasti kesalahan tatabahasa dalam aspek morfologi, khususnya kesalahan kata kerja,
kata tugas dan imbuhan dalam ucapan guru. Hasil dapatan kajian mendapati tatabahasa yang
salah kerap digunakan ialah kata kerja sebanyak 17 kesalahan, diikuti kata tugas dan imbuhan
masing-masing 10 kesalahan. Kajian ini turut memberi implikasi bahawa kegagalan guru yang
menunjukkan tatabahasa yang baik dan betul akan menyebabkan murid melakukan kesalahan
yang serupa dalam komunikasi.
Selain itu, kajian Siti Khodijah Che Mee (2020) dijalankan bagi memfokuskan penguasaan
sintaksis bahasa Melayu bagi pelajar tahun akhir Bahasa dan Linguistik Melayu di Universiti Putra
Malaysia. Hasil daripada tinjauan awal mendapati kebanyakan pelajar tahun akhir tidak
menguasai komponen bahasa Melayu yang dipelajari dan hanya mengambil subjek bahasa untuk
memenuhi kursus yang ditawarkan oleh pihak universiti. Hal ini turut membuktikan faktor sikap
pelajar sendiri dalam pembelajaran bahasa Melayu. Dapatan kajian Zaliza (2017) juga bertepatan
dengan hasil dapatan kajian ini yang menunjukkan pelajar Indonesia banyak melakukan
kesalahan tatabahasa dalam karangan adalah disebabkan faktor kekurangan pengetahuan
tentang sistem nahu bahasa Melayu dan kekeliruan tentang makna perkataan.

1797
KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

KESIMPULAN

Secara keseluruhan, dapatan kajian bagi soalan kajian pertama hampir sama dengan kajian lepas
yang mengkaji kesalahan tatabahasa, seperti kajian Nurul Adzwa, et. al. (2020), Zaliza (2017),
Shamsul Aizuwani & Tee (2020), Siti Rahayu dan Sharil Nizam (2020) serta Alhaadi Ismail dan
Zaitul Azma (2018). Hasil dapatan kajian yang disenaraikan membuktikan bahawa kesalahan
tatabahasa murid dalam karangan turut berlaku dalam bahasa Melayu. Kebanyakan kajian sedia
ada juga lebih banyak mengkaji kesalahan tatabahasa Melayu dalam karangan murid atau pelajar
bukan penutur jati di Malaysia. Analisis kajian literatur mendapati masih kurang kajian kesalahan
tatabahasa dalam karangan murid penutur jati di Malaysia atau di luar negara. Selain itu, kajian
ini memberi nilai tambah kepada kajian analisis kesalahan tatabahasa dalam penulisan karangan,
khususnya dalam bahasa Melayu kerana kebanyakan kajian sedia ada lebih banyak mengkaji
murid sekolah rendah. Oleh itu, kajian ini dapat mengisi kelompangan tersebut selain
membuktikan kajian ini sangat penting dalam sistem pendidikan di Malaysia mahupun di global.
Manakala, dapatan kajian bagi soalan kajian kedua hampir sama dengan kajian lepas
yang mengkaji faktor murid melakukan kesalahan tatabahasa, iaitu kajian Amirra Shazreena dan
Vijayaletchumy (2019), Minah Sintian dan Athira Najwa (2019), Siti Khodijah Che Mee (2020)
serta Zaliza (2017). Kebanyakan kajian sedia ada lebih banyak mengkaji faktor murid atau pelajar
membuat kesalahan tatabahasa dalam bahasa Melayu di Malaysia. Analisis kajian literatur juga
mendapati masih kurang kajian berkenaan ilmu tatabahasa guru dan ketepatan amalan pedagogi
mengenai tatabahasa yang mendorong kesalahan tatabahasa berlaku dalam karangan di
Malaysia atau di luar negara. Selain itu, kajian ini memberi nilai tambah kepada kajian analisis
kesalahan tatabahasa dalam penulisan karangan, khususnya dalam bahasa Melayu kerana
kebanyakan kajian sedia ada lebih banyak mengkaji faktor pelajar membuat kesalahan
tatabahasa. Oleh itu, kajian ini dapat mengisi kelompangan tersebut selain membuktikan kajian
ini sangat penting dalam sistem pendidikan di Malaysia mahupun di global.

IMPLIKASI

Implikasinya, kajian ini turut memberi implikasi pengtetahuan, implikasi praktikal dan implikasi
teori. Menurut Noor Hisham (2011), pengetahuan yang bermakna dapat menambah baik amalan
profesional pengajaran. Oleh itu, pengetahuan guru mengenai kandungan pengajaran dan
pedagogi mempunyai perkaitan yang signifikan serta dapat mempengaruhi keberkesanan PdP.
Dapatan kajian ini jelas menunjukkan murid tidak dapat menggunakan tatabahasa yang betul,

1798
sesuai dan tepat sewaktu menulis karangan. Susulan daripada itu, hasil dapatan sudah tentu
membawa implikasi terhadap guru di sekolah. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2014),
guru merupakan agen pembentukan murid agar mereka menjadi lebih kreatif dan kritis dalam
pemikiran. Guru juga merupakan insan yang dapat mempengaruhi pencapaian murid. Murid perlu
dipupuk sentiasa berusaha sendiri bagi menguasai dan memantapkan tatabahasa kerana faktor
sikap kendiri banyak menyumbang kepada penguasaan pembelajaran murid. Justeru, murid
perlulah sentiasa menimba ilmu tatabahasa dengan bertanyakan rakan-rakan cerdik yang
menguasai tatabahasa agar dapat menggunakan tatabahasa tertentu dalam konteks yang betul.
Manakala, murid yang dapat menggunakan tatabahasa dengan baik perlu sentiasa membantu
rakan yang menghadapi masalah dalam penggunaan tatabahasa agar rakan tidak akan terus
menggunakan tatabahasa yang tidak sesuai tanpa disedari oleh sendiri. Penggunaan tatabahasa
yang tidak betul mengakibatkan maklumat sebenar yang ingin disampaikan oleh murid di samping
mengelirukan pembaca. Justeru, murid perlu fokus dan berusaha ketika proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung bagi menguasai tatabahasa dengan berkesan.
Implikasi praktikal merupakan keupayaan sesuatu kajian menambah baik amalan sedia
ada kepada amalan yang lebih berkesan. Hasil dapatan kajian menunjukkan kesalahan
tatabahasa yang dilakukan turut menyebabkan murid menghadapi masalah menggunakan
tatabahasa dengan betul. Faktor penggunaan bahasa percakapan dengan sepenuhnya dalam
pertuturan seharian menyebabkan murid terpengaruh dengan bahasa tertentu selain menulis
karangan dengan ayat-ayat yang tidak betul dan kekurangan pengetahuan murid dalam ilmu
tatabahasa Melayu. Oleh itu, guru yang mempunyai murid yang lemah dalam tatabahasa
hendaklah sentiasa mengamalkan pendekatan pengajaran tatabahasa dengan berkesan. Hal ini
kerana pendekatan ini akan dapat membantu murid memantapkan ilmu tatabahasa dan berjaya
menyampaikan makna dengan tepat. Justeru, guru perlu sentiasa memberikan bimbingan kepada
murid lemah supaya murid dapat menyampaikan fikiran dengan mudah, tepat dan jelas melalui
penulisan karangan masing-masing. Selain itu, guru harus mengelakkan diri daripada
menggunakan bahasa dialek atau bahasa-bahasa yang lain daripada bahasa Melayu sama ada
di dalam bilik darjah atau dalam penggunaan medium secara dalam talian, seperti Whatsapp dan
Google Meet. Pada waktu yang sama, guru haruslah sentiasa mengehadkan waktu menghantar
kerja karangan di samping memesan murid menghantar karangan dalam waktu yang ditetapkan.
Penilaian dan kesalahan tatabahasa yang dibuat perlu diberitahu agar murid mampu mengetahui
kesalahan tertentu yang dilakukan dalam penulisan karangan masing-masing.
Pihak-pihak yang terlibat dalam penulisan dan penerbitan buku teks, seperti Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia dan panel penyemak mesti teliti ketika

1799
menghasilkan buku teks untuk kegunaan pihak sekolah di Malaysia. Penggunaan jenis kata,
frasa, struktur ayat serta ejaan, huruf besar dan huruf kecil dan tanda baca dalam buku teks
hendaklah tepat, betul dan sesuai dengan peringkat umur murid. Pihak berkenaan hendak
memastikan kedudukan kata dan ayat disusun dalam tempat menarik dan mencabar bagi
memudahkan murid memahami kepelbagaian konteks penggunaan. Pada waktu yang sama, ilmu
tatabahasa yang ingin dikuasai oleh murid perlu diulang beberapa kali sama ada melalui buku
teks atau aktiviti pertuturan dan penulisan. Oleh itu, perbincangan ini membuktikan bahawa kajian
ini berupaya mengisi kelompangan dari aspek praktikal.
Implikasi teori menghasilkan percambahan konstruk, subkonstruk dan aspek lain yang
dapat meningkatkan lagi keupayaan sesuatu teori (Pintrich, 2000). Teori dijadikan rangka rujukan
untuk memahami tingkah laku manusia, seterusnya merancang tindakan yang sesuai. Teori yang
digunakan dalam kajian ini ialah Teori Analisis Kesalahan Bahasa oleh Corder (1981). Teori ini
digunakan untuk mengenal pasti kesalahan tatabahasa murid dalam karangan, membetulkan
kesalahan tatabahasa yang dibuat serta menganalisis faktor-faktor menyebabkan murid
melakukan kesalahan tatabahasa dalam penulisan karangan. Oleh itu, enam langkah Teori
Analisis Kesalahan Bahasa turut digunakan dalam kajian, iaitu penyelidik mendapatkan
kesalahan daripada data mentah peserta kajian, mengenal pasti kesalahan-kesalahan
tatabahasa, mengkategorikan jenis-jenis kesalahan yang dilakukan, menganalisis dan membina
semula ayat antara bahasa murid, mengenal pasti faktor-faktor menyebabkan murid melakukan
kesalahan tatabahasa dalam karangan serta memberi saranan strategi untuk mengatasi masalah-
masalah yang dihadapi oleh murid tertentu. Dalam langkah mengenal pasti kesalahan tatabahasa
murid, empat kategori kesalahan bagi Teori Analisis Kesalahan Bahasa turut diaplikasikan, iaitu
pengguguran unsur-unsur yang perlu, penambahan unsur yang tidak perlu, pemilihan unsur yang
tidak tepat dan penyusunan unsur yang salah.
Terdapat kajian yang dijalankan berteraskan Teori Analisis Kesalahan Bahasa di
tempatan, seperti kajian Nurul Adzwa, et. al. (2020), Siti Rahayu dan Sharil Nizam (2020) serta
Alhaadi dan Zaitul Azma (2018) turut menggunakan Teori Analisis Kesalahan Bahasa berkaitan
bidang morfologi. Namun, masih kurang kajian yang menggunakan Teori Analisis Kesalahan
Bahasa mengenai sintaksis dalam tatabahasa dalam penulisan karangan murid penutur jati.
Sehubungan dengan itu, kajian ini turut menggunakan Teori Analisis Kesalahan Bahasa bagi
mengkaji kesalahan tatabahasa murid dalam karangan serta faktor-faktor menyebabkan murid
melakukan kesalahan tatabahasa semasa menulis karangan. Teori Analisis Kesalahan Bahasa
turut diaplikasikan dalam kajian kerana teori ini dapat menjelaskan dan mengelaskan jenis
kesalahan tatabahasa yang dilakukan oleh murid dengan lebih terperinci. Selain itu, teori ini akan

1800
turut memudahkan guru memantau kesalahan yang kerap dilakukan oleh murid dan memudahkan
pembetulan dilakukan pada masa akan datang. Oleh itu, kajian menggunakan Teori Analisis
Kesalahan Bahasa akan dapat membuka peluang penyelidikan kepada para penyelidik dalam
bidang bahasa Melayu. Justeru, perbincangan ini dapat dirumuskan bahawa kajian yang
dijalankan berupaya mengisi kelompangan dari aspek teori.

CADANGAN

Kajian ini memberi cadangan kepada pihak yang terlibat secara langsung dalam organisasi
pendidikan. Antaranya, Kementerian Pendidikan Malaysia berada dalam hala tuju yang betul
untuk melahirkan murid yang menguasai kemahiran menulis melalui penggubalan DSKP
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016). Namun, dapatan kajian menunjukkan masih terdapat
kelemahan murid dalam penggunaan tatabahasa. Penggunaan tatabahasa yang baik atau lemah
mempunyai pengaruh signifikan dalam kalangan murid. Oleh itu, pihak kementerian melalui pihak
Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) wajar melaksanakan pemantauan berkala ke sekolah untuk
membantu guru meningkatkan penguasaan tatabahasa dalam kalangan murid. Tindakan ini wajar
kerana menulis bukan hanya digunakan untuk mengekspresikan perasaan atau menyampaikan
fikiran murid, malah dapat menunjukkan keterampilan murid menggunakan bahasa Melayu.
Pemantauan dan bimbingan ini dapat memastikan kolaborasi efektif dengan pihak sekolah bagi
merangka kepelbagaian kursus atau bengkel yang bersesuaian untuk mengukuhkan dan
memantapkan penggunaan tatabahasa murid dalam penulisan karangan bahasa Melayu.
Selain itu, pihak sekolah hendaklah memastikan setiap murid menguasai tatabahasa
sama ada dalam pembinaan ayat ataupun dalam penulisan karangan. Ilmu tatabahasa murid
perlu dikukuhkan dan diperkayakan agar murid tidak menghadapi masalah mengenai tatabahasa
dalam penulisan serta dalam kemahiran lisan dan kemahiran membaca. Pihak sekolah juga harus
melaksanakan kelas tambahan untuk meningkatkan penguasaan tatabahasa murid. Berdasarkan
dapatan kajian ini, kesalahan yang ketara turut diwujudkan dalam tatabahasa peserta kajian
semasa menulis karangan bahasa Melayu. Kesalahan ini dapat dilihat apabila peserta kajian
menyampaikan idea menggunakan tatabahasa yang tidak betul dalam penulisan karangan. Hasil
daripada kajian Yahaya, et. al. (2011) yang berkaitan keberkesanan kelas tambahan di sekolah
didapati tahap keberkesanan kelas tambahan pada pandangan pelajar Tingkatan Empat berada
pada tahap yang tinggi. Prestasi responden dalam kelas juga turut meningkat setelah menghadiri
kelas tambahan yang diadakan oleh pihak sekolah. Oleh itu, kelas tambahan mengenai ilmu
tatabahasa boleh dilaksanakan. Dalam pelaksanaan kelas tambahan, guru juga dapat merancang

1801
pengajaran lebih berfokus untuk mengatasi kelemahan tatabahasa murid. Hal ini dapat
memantapkan proses PdP yang dilaksanakan pada waktu formal.
Di samping itu, pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan tatabahasa Melayu.
Melalui pertandingan tertentu, bukan sahaja pengetahuan tatabahasa Melayu murid dapat
ditingkatkan, malah dapat meningkatkan penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu dalam
kalangan murid selaras dengan usaha sekolah bagi melahirkan murid yang berketerampilan
dalam penggunaan bahasa Melayu. Pihak sekolah juga wajar menganjurkan program, bengkel
atau kursus penggunaan dan pemantapan tatabahasa terhadap murid-murid di sekolah. Pihak
sekolah mengadakan program pengukuhan dan pemulihan yang membolehkan guru
membimbing beberapa orang murid lemah dalam tatabahasa di bawahnya. Cara menggunakan
tatabahasa juga harus diterapkan bagi memastikan murid mengetahui kepentingan penguasaan
ilmu tatabahasa dalam penulisan karangan.
Dapatan kajian menunjukkan murid banyak membuat kesalahan dari aspek kata, frasa,
struktur ayat dan ortografi. Kejadian faktor pengaruh bahasa, faktor gangguan persekitaran, faktor
guru kendiri dan sikap murid didapati akan menyebabkan murid melakukan kesalahan tatabahasa
dalam penulisan karangan. Justeru, guru hendak mengambil inisiatif bertindak secara proaktif
dengan mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran selesa dan positif, menggalakkan
kerjasama antara murid dan membimbing antara satu sama lain agar penguasaan tatabahasa
dapat ditingkatkan. Apabila murid dapat memahami ilmu tatabahasa yang betul, maka murid
dapat menggunakan tatabahasa dengan betul semasa membina ayat dalam karangan. Selain itu,
guru boleh mereflek hasil pembelajaran murid kepada pihak ibu bapa masing-masing. Kamarudin
Ismail, et. al. (2019) pernah menyatakan amalan kolaboratif dapat dilaksanakan melalui inisiatif
PLC yang dikenali sebagai Professional Learning Community. Oleh itu, guru boleh turut
bekerjasama dan merujuk kepada guru-guru cemerlang lain dan pakar bidang melalui PLC
mengenai strategi mengatasi kesalahan tatabahasa Melayu murid dalam penulisan karangan.
Dalam PLC ini, guru-guru dapat bekerjasama dalam budaya kolaborasi untuk menganalisis hasil
tingkah laku murid selain berkongsi ilmu pedagogi tatabahasa atau pengalaman PdP masing-
masing (Asmadi Ibrahim, 2010).
Seterusnya, pembelajaran abad ke-21 perlu dijadikan paksi dalam proses PdP harian.
Guru perlu mewujudkan pembelajaran yang berpusatkan murid melalui tugasan berkumpulan
agar murid dapat bekerjasama dan saling membimbing untuk menyelesaikan. Seiring dengan
perkembangan revolusi perindustrian 4.0, guru boleh mengintegrasikan penggunaan teknologi
dalam pembelajaran tatabahasa untuk mewujudkan interaksi pembelajaran secara maya.
Sebagai contoh, bahan nota tambahan mengenai tatabahasa turut dimasukkan dalam Google

1802
Classroom atau Whatsapp. Permainan Wordwall, Quizizz dan Liveworksheets secara dalam
talian juga boleh didedahkan. Kepelbagaian hasil inovasi daripada pelajar IPT dan pensyarah IPT
mengenai tatabahasa juga boleh digunakan oleh para guru di sekolah dalam usaha meningkatkan
penguasaan tatabahasa dalam kalangan murid. Oleh sebab pembelajaran kini tidak hanya terikat
di dalam bilik darjah, maka murid berupaya untuk mengakses kepelbagaian bahan secara atas
talian melalui penggunaan gajet di rumah.
Ingvaldsen & Gulla (2015) pernah menyatakan tidak ada kajian yang sempurna dan
sesuatu kajian tidak akan menjadi sempurna kerana sentiasa ada teknik dan inovasi baharu yang
boleh dilaksanakan untuk menambah baik kajian sedia ada. Justeru, kajian ini turut memberi
cadangan kajian lanjutan bagi mempertingkatkan kualiti penyelidikan di Malaysia. Penyelidik
mencadangkan kajian lanjutan berkaitan penggunaan tatabahasa boleh dilaksanakan melalui
pendekatan kajian tindakan. Menurut Khairuddin, et. al. (2016), kajian tindakan dapat membantu
guru memperbaik amalan pengajaran dengan sentiasa mencari jalan dan peluang untuk
menyelesaikan masalah pembelajaran murid. Melalui kajian tindakan, kelemahan tatabahasa
murid juga dapat diatasi melalui tindakan praktis serta refleksi terhadap kesan atau akibat
tindakan yang diimplementasikan oleh penyelidik. Oleh itu, kajian tindakan sesuai dijalankan
untuk meningkatkan penguasaan dan penggunaan tatabahasa dalam penulisan karangan murid.
Selain itu, kajian ini dijalankan berteraskan pendekatan kualitatif dan peserta kajian adalah tidak
ramai. Oleh itu, kajian korelasi boleh dilakukan. Menurut Khairuddin, et. al. (2016), kajian korelasi
merupakan kajian yang mengkaji sejauh mana perkaitan antara pemboleh-pemboleh ubah yang
wujud dalam sesuatu masalah. Dalam kajian kolerasi ini, penyelidik boleh mengkaji sejauh mana
penggunaan tatabahasa murid mempengaruhi penulisan dalam karangan bahasa Melayu.
Pendekatan kualitatif mengizinkan pengkaji mengutip data peserta kajian dalam jumlah dan
merumuskan satu generalisasi daripada hasil kajian.
Selain itu, fokus kajian ini memfokuskan aspek tatabahasa dalam penulisan karangan.
Justeru, cadangan kajian lanjutan berkenaan tatabahasa boleh dilaksanakan dalam kemahiran
dan aspek lain, seperti kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca serta aspek seni
bahasa. Hal ini kerana masalah penguasaan tatabahasa bukan hanya terhad dalam satu bidang,
malah akan berlaku dalam kemahiran berbahasa lain. Seterusnya, persampelan kajian ini hanya
memfokuskan murid Tahun Enam di sebuah sekolah kawasan Segambut. Penyelidik
mencadangkan persampelan kajian untuk kajian lanjutan boleh melibatkan pelajar sekolah
menengah. Hal ini kerana kajian lepas banyak dilaksanakan dalam kalangan murid di sekolah
rendah, seperti Alhaadi Ismail dan Zaitul Azma (2018), Amirra Shazreena dan Vijayaletchumy
(2019), Shamsul Aizuwani dan Tee (2020) serta Siti Rahayu dan Sharil Nizam (2020) mengenai

1803
penggunaan tatabahasa Melayu. Oleh itu, disarankan agar pengkaji dapat mengkaji tatabahasa
Melayu murid di peringkat sekolah menengah.

RUJUKAN

Alhaadi Ismail & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2018). Analisis Kesalahan dalam Penulisan Pelajar
Bahasa Kedua dari Aspek Morfologi. Jurnal Linguistik, 22(1), 24-31.

Amirra Shazreena Aminul Razin & Vijayaletchumy Subramaniam. (2019). Kesalahan Penggunaan
Imbuhan Awalan dan Akhiran dalam kalangan Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Berdasarkan Teori Analisis Kesalahan Corder (1973). International Journal of the Malay
World and Civilisation, 7(1), 3-13.

Asmadi Ibrahim. (2010). Modul Komuniti Pembelajaran Profesional. Diakses dari:


https://www.academia.edu/22497906/MODUL_KOMUNITI_PEMBELAJARAN_PROFESI
ONAL

Chew, F. P. (2016). Masalah Pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan Murid Cina Sekolah
Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 10-22.

Corder, S. P. (1981). Error Analysis and Interlanguage. Oxford University Press.

Fadz Dila. (2016). Temu Bual. Diakses dari: https://www.slideshare.net/fadzdila1/temu-bual

Ingvaldsen J. S. & Gulla, J.A. (2015). Taming News Streams With Linked Data. Retrieved from:
https://www.researchgate.net/publication/282377314_Taming_news_streams_with_linke
d_data

Kamarudin Ismail, Rosnah Ishak, Kho, F. C. Y. & Siti Hajar Kamaruddin. (2019). Komuniti
Pembelajaran Profesional sebagai Budaya Kolaborasi Profesional Sekolah: Teori dan
Amalan. Malaysian Journal of Society and Space, 15(4), 261-273.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan:


Guru dan Pemimpin Sekolah. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran:


Bahasa Melayu Tahun 2. Kuala Lumpur: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Khairuddin Mohamad, Ibrahim Yusof & Zaridah Ramli. (2016). Penyelidikan dalam Pendidikan
Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Lee, K. C., Zakri Abdullah & Chua, L. N. (2018). Siri Pendidikan Guru: Penyelidikan dalam
Pendidikan. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Minah Sintian & Athira Najwa Zakaria. (2019). Kesalahan Tatabahasa dalam Ucapan Guru
Semasa Perhimpunan Rasmi Sekolah. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

1804
Noor Hidayu Mohd Rahim & Yahya Othman. (2016). Keberkesanan peta bulatan dan peta alir
dalam meningkatkan penguasaan menulis karangan naratif murid-murid Cina. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 68-77.

Noor Hisham Md Nawi. (2011). Pengajaran dan Pembelajaran; Penelitian Semula Konsep-konsep
Asas Menurut Perspektif Gagasan Islamilsasi Ilmu Moden. Kertas kerja dibentangkan
dalam Kongres Pengajaran Dan Pembelajaran. Diakses dari:
http://umkeprints.umk.edu.my/111/1/P%26P%20Penelitian%20semula%20menurut%20
GIIM.pdf

Nurul Adzwa Ahamad, Farahkhana Mohd Rusli & Norfaizah Abdul Jobar. (2020). Analisis
Kesalahan Imbuhan dalam Penulisan Karangan Pelajar dan Hubung Kait dari Segi Makna
Gramatikal. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10 (1), 77-90.

Sabitha Marican. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Pearson Prentice Hall.

Shamsul Aizuwani Nawi & Tee, H. F. (2020). Analisis Kesilapan Bahasa dalam Penulisan Ayat
Majmuk Murid Melayu dan Bukan Melayu Tahap Dua: Sayu Kajian Kes. Prosiding Seminar
Penyelidikan dalam Pendidikan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Jun
2016.

Siti Aishah Abu Bakar. (2019). Pengajaran Karangan Argumentatif Menggunakan Teknik Drama
Kepada Pelajar Berisiko Harapan Lulus (Halus). Universiti Putra Malaysia. Diakses dari:
https://icge.unespadang.ac.id/asset/file/files/icge%20II/VOL%202/International%20Semin
ar%20On%20Global%20Education%20II%20(Volume%20II)_64.pdf

Siti Khodijah Che Mee. (2020). Penguasaan Sintaksis Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar
Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Melayu di Universiti Putra Malaysia. International
Journal of the Malay World and Civilisation, 8(1), 59-73.

Siti Rahayu Muhammad & Sharil Nizam Shari. (2020). Kesalahan Tatabahasa dari Aspek
Morfologi dalam Penulisan Karangan Murid Sekolah Rendah. Journal International Social
Science dan Humanities, 3(2), 77-89.

Yahaya, Azizi & Ramli, Jamaludin. (2011). Persepsi Pelajar Terhadap Keberkesanan Kelas
Tambahan Di Sekolah: Sejauhmanakah Berkesan?. Journal of Science & Mathematics
Education. Diakses dari: http://eprints.utm.my/id/eprint/13434/.

Zaliza Mohamad Nasir. (2017). Kesalahan Tatabahasa Melayu Dalam Penulisan Karangan
Pelajar. LSP International Journal, 4(1), 23-35.

1805
ANALISIS KESALAHAN KATA SENDI NAMA ‘DI’ DAN ‘KE’ MURID SEKOLAH RENDAH
PUTERI PANDAN 2

Siti Najwani binti Abd Rahim


najwani09-964@epembelajaran.edu.my

Patarai bin Hj Cholen


patarai@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan menjelaskan kesalahan penggunaan Kata Sendi Nama ‘di’ dan ‘ke’ dalam penulisan
murid berdasarkan Teori Analisis Kesalahan (Corder, 1981). Dapatan kajian diperoleh melalui kaedah
analisis dokumen, kepustakaan dan pemerhatian. Sampel kajian terdiri daripada 16 orang murid tahun 5 di
Sekolah Rendah Puteri Pandan 2, Kuala Lumpur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat murid
yang melakukan kesalahan penggunaan Kata Sendi Nama ‘di’ dan ‘ke’ dalam penulisan karangan. Hal ini
berikutan murid masih keliru mengenai konsep dan rumus penggunaan Kata Sendi Nama ‘di’ dan ‘ke’.
Kajian ini merupakan satu usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam konteks
tatabahasa khususnya Kata Sendi Nama ‘di’ dan ‘ke’.

Kata kunci: Kata Sendi Nama ‘di’ dan ‘ke’, Teori Analisis Kesalahan, murid tahun 5, bahasa Melayu,
penulisan karangan.

ABSTRACT
This paper aims to explain the misuse of prepositions ‘di’ and ‘ke’ among students in writing on Error
Analysis Theory (Corder, 1981). The findings of the study were obtained through document analysis,
literature- based and observation methods. The sample of this study consist of 16 year 5 students at Sekolah
Rendah Puteri Pandan 2, Kuala Lumpur. The findings of this study shows there were students that’s made
mistake about misuse of prepositions in writing. Students are found to be confused with the concept and
formula of prepositions ‘di’ and ‘ke’. This study is an effort to improve the mastery of Malay speakers,
especially in prepositions ‘di’ and ‘ke’.

Keywords: Prepositions ‘di’ and ‘ke’, Error Analysis Theory, students year 5, Malay Language, writings.

PENGENALAN
DSKP Bahasa Melayu Sekolah Rendah menitikberatkan pendekatan pengajaran
Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan bertujuan menjunjung
peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi sekaligus bahasa pengantar di sekolah.
Terdapat tiga kemahiran dan dua aspek yang ditekankan dalam pengajaran Bahasa Melayu
bertujuan memastikan murid dapat menguasai bahasa dengan baik. Antara kemahiran tersebut
termasuklah kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.
Dua aspek yang utama ialah aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa. Tatabahasa terdiri

1806
kepada dua komponen yang utama iaitu morfologi dan sintaksis.
Fokus kajian yang dijalankan berkaitan bidang morfologi. Morfologi merupakan satu
bidang ilmu bahasa mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata (Nik Safiah Karim, 2013). Kata
sendi nama merupakan salah satu jenis kata prafrasa yang tergolong dalam golongan kata.
Murid perlu menguasai penggunaan kata sendi nama seperti ‘di’ dan ‘ke’ terutama dalam
penulisan karangan bahasa Melayu. Penguasaan tatabahasa yang baik akan meningkatkan
kualiti serta kecekapan berbahasa murid sama ada secara lisan mahupun tulisan. Kesalahan
kata sendi nama ‘di dan ‘ke’ juga dapat diatasi sekiranya murid menguasai tatabahasa bahasa
Melayu. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan menganalisis kesalahan penggunaan kata
sendi nama ‘di’ dan ‘ke’ murid Sekolah Rendah Puteri Pandan 2, Kuala Lumpur.

PERNYATAAN MASALAH
Aspek tentang kesalahan penggunaan bahasa sering mendapat perhatian dalam kalangan
pencinta bahasa. Menurut Jeniri (2005), Bahasa Melayu mudah untuk dipelajari namun sukar
untuk dikuasai. Pengkaji bahasa banyak melakukan kajian tentang kesalahan bahasa yang boleh
didapati daripada buku-buku, jurnal bahasa dan majalah bahasa. Dewan Bahasa Pustaka
misalnya pernah menerbitkan Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia
(1981) yang berkisarkan kepada perkembangan penggunaan bahasa Melayu dalam sektor awam
dan swasta di negara ini. Laporan ini telah mendapati bahawa penggunaan bahasa Melayu dalam
sektor pentadbiran dan pengurusan, sektor media am, di tempat awam dan institusi pendidikan
masih lagi mempunyai banyak kesalahan bahasa. Kesalahan bahasa boleh dilihat hampir semua
aspek sehingga ke peringkat asas. Antara yang akan diteliti dalam kajian ini ialah kesalahan
penggunaan kata sendi nama.
Kajian Mohamed Zain (2010) berkaitan penggunaan kata sendi nama merumuskan
bahawa masih terdapat kesalahan yang dilakukan terutama penggunaan kata sendi nama yang
mudah. Pengkaji berpendapat murid masih tidak pasti tentang fungsi penggunaan kata sendi
nama dengan tepat. Kesalahan ini disebabkan faktor-faktor seperti ketidakpastian aspek yang
betul dan salah, kekeliruan dan kesalahan ketika membuat tanggapan yang akhirnya akan
menyebabkan berlaku kesalahan penggunaan kata sendi nama yang tepat.
Zaliza Mohamad Nasir (2017) menjelaskan kurang pengetahuan tentang sistem bahasa,
selain keliru terhadap penggunaan unsur-unsur bahasa dalam konteks tertentu menjadi
penyumbang utama yang mendorong fenomena kesalahan bahasa. Oleh itu, murid yang tidak
mampu mengenal pasti dan memahami struktur tatabahasaa cenderung melakukan kesalahan
dalam penulisan mereka. Sehubungan dengan itu, kajian ini memberi fokus terhadap kesalahan.

1807
Kata sendi nama ‘di’ dan ‘ke’ yang dikenal pasti masih menimbulkan kekeliruan murid-murid
menggunakannya dalam konteks ayat.
Wan Azlinda Binti Wan Mukhtar (2003) turut menyatakan bahawa ramai murid masih
mengalami kekeliruan cara penulisan kata sendi nama ‘di’ dan ‘ke’ yang betul. Kekeliruan
tersebut berkaitan penulisan sama ada secara jarak atau dekat dengan sesuatu perkataan yang
lain. Selain itu, murid keliru berkaitan konsep penulisan kata sendi nama ‘di’ dengan imbuhan
awalan ‘di’. Kenyataan ini disokong dalam kajian Mary Harity Anak Jitlep (2010) yang turut
menyatakan bahawa murid mengalami masalah bagi membezakan cara penulisan kata sendi
nama ‘di’ dan imbuhan awalan ‘di’. Dalam kenyataan tersebut membuktikan bahawa murid
masih lagi tidak menguasai konsep serta cara penggunaan kata sendi dalam penulisan
karangan. Masalah ini timbul berpunca tahap penguasaan tatabahasa murid yang lemah.
Implikasinya, murid akan sering melakukan kesalahan kata sendi nama ‘di’ dalam penulisan
karangan mereka.
Kajian terhadap kesalahan kata sendi nama ‘di’ dan ‘ke’ perlu dilakukan khusus dalam
kalangan murid sekolah rendah untuk mengenal pasti punca kesalahan dan cara penulisan
mereka agar sesuatu tindakan dapat dilaksanakan. Murid-murid di peringkat sekolah rendah
wajar mempunyai asas yang kukuh pada peringkat awal agar kesalahan bahasa dapat
dikurangkan atau tidak berterusan hingga peringkat yang seterusnya. Terdapat kajian yang
mengkaji kesilapan penggunaan kata sendi nama dalam kalangan pelajar Melayu di Institusi
Pendidikan Tinggi (IPTA) dengan meneliti faktor kesilapan tersebut berlaku (seperti Suraiya,
1989 dan Choong, 2005).

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan untuk menganalisis kesalahan kata sendi nama ‘di’ dan ‘ke’ dalam
kalangan murid tahun lima. Oleh itu, terdapat dua objektif kajian iaitu:
1. Mengenal pasti kesalahan kata sendi nama ‘di’ dan ‘ke’ murid tahun lima
2. Menjelaskan kesalahan penggunaan kata sendi nama ‘di’ dan ‘ke’ dalam karangan

PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk menjawab dua persoalan tentang kesalahan kata sendi nama ‘di’ dan
‘ke’ iaitu:
1. Adakah terdapat kesalahan cara menulis kata sendi ‘di’ dan ‘ke’ dalam karangan?
2. Adakah murid menggunakan kata sendi ‘di’ dan ‘ke’ dalam karangan dengan betul?

1808
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini pada keseluruhannya berbentuk kualitatif deskriptif yang berbentuk tinjauan. Data
kualitatif berbentuk deskriptif, berupa kata-kata lisan atau tulisan tentang tingkah laku manusia
yang dapat diamati (Taylor & Bogdan, 1984). Kajian ini menggunakan bahan tulisan murid iaitu
karangan untuk memperoleh data. Selain itu, kajian kepustakaan juga dilakukan untuk membuat
rujukan tentang kajian lalu yang bersesuaian dengan kajian ini. Sumber seperti buku akademik,
jurnal dan tesis digunakan oleh pengkaji sebagai bahan rujukan bagi memperoleh data yang
berkaitan dengan isu kesalahan penggunaan kata sendi nama seperti ‘di’ dan ‘ke’. Kaedah ini
berperanan menjadi pelengkap kepada huraian yang mampu menyokong analisis yang
dibincangkan berdasarkan pandangan yang telah dikemukakan oleh pengkaji lain berkenaan isu
yang dikaji.
Sampel kajian terdiri daripada murid tahun lima di Sekolah Rendah Puteri Pandan 2, Kuala
Lumpur yang akan menduduki peperiksaan UPSR kelak. Sampel yang diambil seramai 16 orang.
Hal ini berikutan murid tahun lima di sekolah tersebut hanyalah seramai 16 orang dan ditempatkan
dalam satu kelas sahaja. Sampel kajian terdiri daripada perempuan sahaja. Kajian ini
menggunakan penulisan karangan dan senarai semak sebagai instrumen kajian. Sampel kajian
akan membina karangan berdasarkan tajuk yang telah diberikan oleh pengkaji. Panjang karangan
antara 80 hingga 120 patah perkataan. Hal ini berikutan panjang karangan berdasarkan format
arahan soalan peperiksaan bahasa Melayu kertas 2 bahagian C. Murid membuat penulisan
karangan sewaktu dalam dalam sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung secara dalam
talian. Data yang berkaitan kesalahan penggunaan kata sendi nama ‘di’ dan ‘ke’ dalam penulisan
karangan dijadikan sebagai data utama dalam kajian ini.
Analisis data dilakukan secara manual. Dapatan kajian melalui instrumen penulisan
karangan diteliti bagi menentukan kekerapan kesalahan kata sendi nama ‘di’ dan ‘ke’ dalam
penulisan. Dengan mengaplikasikan Teori Analisis Kesalahan Bahasa, pengkaji mengenal pasti
kesalahan kata sendi nama yang terdapat dalam penulisan karangan tersebut. Data yang
diperoleh diproses dan dianalisis dalam bentuk jadual mengikut jenis kesalahan kata sendi nama.
Tujuan supaya kesalahan yang dilakukan dapat diterangkan lebih teratur dan jelas berdasarkan
objektif kajian. Pengkaji merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu oleh Nik Safiah Karim et. al,
(2003) sebagai pegangan utama bagi menentukan kesalahan dan pembetulan tentang kata sendi
nama ‘di’ dan ‘ke’ yang dikaji.

1809
DAPATAN KAJIAN
Setelah dianalisis dapatan berdasarkan prosedur yang ditetapkan, menunjukkan bahawa hampir
keseluruhan penulisan karangan sampel kajian kesalahan kata sendi nama ‘di’ dan ‘ke’.
Fenomena ini biasa berlaku dalam kalangan murid yang tidak menguasai rumus bahasa yang
mereka pelajari.
Pengkaji telah memperoleh data melalui pengumpulan hasil penulisan karangan yang telah
dijelaskan pada bab 2. Data ini bagi menjawab persoalan kajian iaitu :
1.0 Adakah terdapat kesalahan cara menulis kata sendi ‘di’ dan ‘ke’ dalam karangan?
Jadual 2
Bilangan Kesalahan Kata Sendi Nama ‘di’ dan ‘ke’

Bilangan Kesalahan KSN Kesalahan KSN


Penulisan ‘di’ ‘ke’
Karangan
1 1 4
2 0 1
3 1 4
4 3 5
5 7 8
6 2 1
7 0 1
8 1 1
9 8 1
10 1 1
11 0 3
12 4 1
13 0 1
14 0 0
15 1 0
16 1 1
JUMLAH 30 33

Jadual 2 menunjukkan bilangan kesalahan yang dilakukan oleh murid tahun 5 Sekolah
Rendah Puteri Pandan 2 sewaktu menulis karangan berdasarkan tajuk yang telah diberikan.
Pengkaji mendapati bahawa seramai 11 orang murid yang telah melakukan kesalahan
penggunaan kata sendi nama ‘di’ dalam penulisan karangan. Pengkaji juga mendapati bilangan
murid yang melakukan kesalahan penggunaan kata sendi nama ‘ke’ sewaktu membina karangan
seramai 14 orang. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa jumlah kekerapan murid melakukan

1810
kesalahan penggunaan kata sendi nama ‘di’ dan ‘ke’ dalam penulisan karangan seperti yang
berikut:
Jadual 3
Kekerapan Kesalahan Kata Sendi Nama ‘di’ dan ‘ke’

Jenis Kesalahan KSN Jumlah Kekerapan Peratusan (%)


KSN ‘di’ 30 69
KSN ‘ke’ 33 87

Berdasarkan 16 penulisan karangan yang dikumpul daripada sampel kajian, menunjukkan


bahawa jumlah kekerapan kesalahan kata sendi nama ‘di’ yang tertera sebanyak 30 kesalahan
bersamaan 69 peratus. Peratusan tersebut mewakili jumlah murid yang melakukan kesalahan
penggunaan kata sendi nama ‘di’ iaitu seramai 11 orang murid. Jumlah kekerapan kesalahan kata
sendi nama ‘ke’ yang terdapat dalam penulisan karangan pula sebanyak 33 kesalahan
bersamaan 87 peratus. Peratusan tersebut mewakili jumlah murid yang melakukan kesalahan
penggunaan kata sendi nama ‘ke’ sewaktu membina karangan iaitu seramai 14 orang murid.
Jumlah kekerapan dan kadar peratusan kesalahan kata sendi nama ‘di’ yang dijelaskan
berdasarkan data yang diperoleh melalui analisis penulisan karangan adalah lebih rendah
berbanding kekerapan dan kadar peratusan kesalahan kata sendi nama ‘ke’. Kesalahfahaman
penggunan kata sendi nama ‘di’ dan ‘ke’ tidak boleh dibiarkan berterusan berlaku dalam kalangan
murid sehingga ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa
murid masih tidak menguasai rumus penggunaan kata sendi nama ‘di dan ‘ke’ dalam penulisan
karangan. Hal ini seharusnya dibetulkan agar mereka mampu menguasai tatabahasa dengan
tepat dalam penulisan karangan.

2.0 Adakah murid menggunakan kata sendi ‘di’ dan ‘ke’ dalam karangan dengan betul?
Perbincangan ini bertujuan untuk menjawab persoalan kedua kajian. Penerangan kesalahan
penggunaan kata sendi nama ‘di’ dan ‘ke’ berdasarkan Teori Analisis Kesalahan.

I. Kesalahan penggunaan kata sendi nama yang menunjukkan tempat


Contoh ayat seperti yang berikut:
1a. Pada sebelah petang, saya di Dataran Helang untuk menangkap gambar sekeluarga untuk
dijadikan kenang- kenangan.
2a. Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga bercuti ke Langkawi.
Ayat di atas dibetulkan seperti yang berikut:

1811
1b. Pada sebelah petang, saya ke Dataran Helang untuk menangkap gambar sekeluarga untuk
dijadikan kenang- kenangan.
2b. Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga bercuti di Langkawi.

Berdasarkan contoh ayat yang dinyatakan mendapati bahawa terdapat segelintir murid
melakukan kesalahan kata sendi nama ‘di’ disebabkan mereka keliru mengenai penggunaan
fungsi kata sendi nama ‘di’ dan ‘ke’ bagi menunjukkan tempat atau arah. Kajian Mohamad Nasir
(2017) menyatakan antara kesalahan tatabahasa berlaku disebabkan faktor murid keliru dengan
makna perkataan. Kedua- dua kata sendi nama tersebut boleh digunakan di hadapan kata nama
atau frasa nama bagi menunjukkan tempat dan arah. Namun, kata sendi nama ‘di’ menunjukkan
situasi sudah tiba atau berlaku di tempat itu manakala kata sendi nama ‘ke’ pula menunjukkan
situasi akan, sedang menuju atau melakukan sesuatu ke tempat tersebut. Berdasarkan ayat
pertama menunjukkan bahawa situasi sedang berlaku manakala ayat kedua menunjukkan
bahawa situasi sudah berlaku. Oleh itu, penggunaan kata sendi nama ‘di’ dalam ayat pertama
dan kata sendi nama ‘ke’ dalam ayat kedua perlu dibetulkan. Rumusnya, murid harus melihat
keseluruhan konteks ayat dan bukan tertumpu kepada kata sendi nama sahaja. Hal ini sangat
penting bagi membolehkan murid memilih kata sendi nama yang bersesuaian dengan konteks
ayat.

II. Tidak mampu membezakan kata sendi nama ‘di’ dengan imbuhan awalan- di.
Contoh kesalahan penggunaan kata sendi nama ‘di’ dalam ayat seperti yang berikut:
1a. Pada sebelah petang, mereka menikmati laska diPekan Kuah.
2a. Apabila tiba dijeti, ayah segera menyewa sebuah kereta.

Kesalahan kata sendi nama ‘di’ dalam ayat tersebut dapat dibetulkan seperti yang berikut:
1b. Pada sebelah petang, mereka menikmati laksa di Pekan Kuah.
2b. Apabila tiba di jeti, ayah segera menyewa sebuah kereta.

Contoh kesalahan kata sendi nama ‘di’ yang dilakukan oleh murid dalam ayat tersebut
membuktikan bahawa kebanyakkan murid keliru cara penulisan antara kata sendi nama ‘di’
dengan imbuhan awalan- di. Kata sendi nama ‘di’ digunakan di hadapan kata nama atau frasa
nama dan ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Awalan- di
pula merupakan awalan yang digabungkan dengan kata dasar iaitu kata kerja dan ditulis rapat
dengan kata kerja yang mengikutinya. Berdasarkan contoh ayat yang dinyatakan, perkataan

1812
‘Pekan’ dan ‘jeti’ merupakan kata nama. Oleh itu, penggunaan kata sendi nama ‘di’ dalam kedua-
dua ayat tersebut perlulah ditulis secara terpisah daripada kata nama yang mengikutinya. Dalam
hal ini, menunjukkan bahawa tahap kefahaman murid berkaitan perbezaan kata sendi nama ‘di’
dengan imbuhan awalan- di masih kurang memuaskan.

III. Tidak menguasai rumus kata sendi nama ‘di’ dan ‘ke’
Contoh kesalahan ayat seperti yang berikut:
1a. Saya berada di 10:30 di rumah saudara.
2a. Aku dapat melihat pemandangan yang begitu indah melalui tingkap ke kereta kabel.
Kesalahan ayat di atas dibetulkan seperti yang berikut:
1b. Saya berada pada 10:30 di rumah saudara.
2b. Aku dapat melihat pemandangan yang begitu indah melalui tingkap kereta kabel.

Berdasarkan analisis penulisan karangan, mendapati bahawa terdapat sebahagian murid


yang melakukan kesalahan penggunaan konsep kata sendi nama ‘di’ dan ‘ke’. Murid tidak
mengetahui fungsi penggunaan kata sendi nama ‘di’ dan ‘ke’ yang betul dalam penulisan
karangan. Kata sendi nama 'di' tidak boleh digunakan untuk menerangkan waktu, masa atau
zaman. Penggunaan kata sendi nama ‘di’ dalam contoh ayat pertama tidak tepat dan perlu
dibetulkan kepada pengunaan kata sendi nama ‘pada’. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi
Keempat (2015), kata sendi nama ‘pada’ digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama bagi
menerangkan keterangan waktu dan tempat. Contoh kesalahan penggunaan kata sendi nama
‘ke’ dalam ayat kedua pula menunjukkan bahawa murid masih lagi keliru rumus pengunaan kata
sendi nama ‘ke’. Kata sendi nama ‘ke’ hanya dapat digunakan bagi menunjukkan tempat, arah,
waktu dan masa. Dalam konteks ayat tersebut, murid tidak perlu menggunakan sebarang kata
sendi nama kerana ‘tingkap kereta kabel’ sudah menunjukkan maksud yang jelas dalam ayat
tersebut.

IV. Penulisan murid


Contoh ayat seperti yang berikut:
1a. Setelah sampai disawah, saya menghirup udara yang segar.
2a. Keesokkan harinya, adik ikut datuk kesawah padi untuk menghirup udara segar.
Pembetulan ayat tersebut seperti yang berikut:
1b. Setelah sampai di sawah, saya menghirup udara yang segar.
2b. Keesokkan harinya, adik ikut datuk ke sawah padi untuk menghirup udara segar.

1813
Berdasarkan contoh ayat tersebut menunjukkan bahawa beberapa orang murid
melakukan kesalahan kata sendi nama ‘di’ disebabkan cara penulisan yang rapat. Oleh yang
demikian, kata sendi nama ‘di’ seperti contoh ayat pertama yang dinyatakan ditulis secara rapat.
Namun, kesalahan ini bukan merupakan kesalahan yang tekal berikutan faktor kesalahan
berdasarkan cara penulisan murid tersebut yang boleh diubah dan murid mengetahui konsep
penggunaan kata sendi nama ‘di’ dalam penulisan karangan. Contoh ayat kedua pula merupakan
kesalahan penggunaan kata sendi nama ‘ke’ yang tidak tepat. Kata sendi nama ‘ke’ seharusnya
ditulis secara terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Oleh yang
demikian, ‘kerumah’ perlulah dibetulkan. Kesalahan cara menulis kata sendi nama sepatutnya
tidak berlaku dalam kalangan murid. Walau bagaimanapun, kesalahan tetap berlaku berikutan
faktor murid yang tidak berhati- hati ketika menggunakan kata sendi nama (Corder, 1973).

IMPLIKASI DAN CADANGAN


Dapatan kajian mendapati bahawa hampir kesemua sampel kajian melakukan kesalahan
kata sendi nama ‘di’ dan ‘ke’ dalam penulisan karangan. Hal ini memberi kesan terhadap pelbagai
pihak terutama guru. Kajian ini dapat memberi pengetahuan kepada guru berkaitan jenis
kesalahan kata sendi nama ‘di’ dan ‘ke’ yang sering dilakukan oleh murid dalam penulisan
karangan. Kleickman et. al (2013) menyatakan bahawa pengetahuan yang bermakna membantu
menambah baik amalan profesional pengajaran. Oleh itu, guru harus mempunyai ilmu
pengetahuan yang meluas berkaitan pedagogi yang signifikan bertujuan memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan berkesan. Guru perlu mempelbagai teknik dan
pendekatan pengajaran ilmu tatabahasa yang lebih menarik dan berkesan. Pembelajaran abad
ke-21 perlu dijadikan panduan dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian. Guru perlu
mewujudkan pembelajaran berpusatkan murid secara kolaboratif. Usaha ini bertujuan membantu
murid menguasai ilmu tatabahasa terutama penggunaan kata sendi nama ‘di’ dan ‘ke’ dengan
betul.
Dapatan kajian membuktikan bahawa masih terdapat murid yang belum menguasai ilmu
tatabahasa terutama kata sendi nama ‘di’ dan ‘ke’ dalam penulisan karangan. Pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia dengan kerjasama panel penyemak perlulah meneliti silibus dan kandungan
dalam setiap penghasilan buku berkaitan ilmu tatabahasa. Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka
perlulah sentiasa mengemas kini sumber rujukan utama iaitu buku teks bagi memastikan murid
sentiasa mendapat maklumat dan pengetahuan terkini berkaitan perubahan ilmu tatabahasa.
Pelbagai kursus atau bengkel dapat dijalankan oleh pihak KPM dengan kerjasama pihak sekolah

1814
dari masa ke masa bagi memastikan semua guru bahasa dapat mendapat info terkini berkaitan
perkembangan bahasa. Tindakan ini dapat mengukuhkan lagi tahap kemahiran serta ilmu
pengetahuan guru berdasarkan latihan dan kursus yang disertai. Pihak sekolah boleh
mengadakan kelas tambahan subjek Bahasa Melayu, program serta bengkel bertujuan
meningkatkan penguasaan ilmu tatabahasa dalam kalangan murid.
Kajian ini menggunakan Teori Analisis Kesalahan yang dipolopori oleh Corder (1981).
Teori ini digunakan untuk menganalisis kesalahan kata sendi nama ‘di’ dan ‘ke’ dalam penulisan
karangan murid tahun lima sekolah rendah. Pengaplikasian teori ini bukan sahaja bertujuan
mengenal pasti kesalahan kata sendi nama ‘di’ dan ‘ke’, malah pengkaji dapat menghuraikan
kesalahan kata sendi nama ‘di’ dan ‘ke’ yang sering dilakukan oleh murid. Guru khususnya dapat
menggunakan model ini untuk menjelaskan kesalahan terutamanya kata sendi nama ‘di’ dan ‘ke’
yang dilakukan dalam penulisan karangan kepada murid. Inisiatif ini dapat mengatasi masalah
yang dialami oleh murid berkaitan aspek tatabahasa iaitu kesalahan kata sendi nama sendi nama
‘di’ dan ‘ke’ dengan tepat.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, sampel kajian kerap menggunakan kata sendi nama ‘di ‘ dan ‘ke’ dalam
penulisan karangan. Murid melakukan kesalahan kata sendi tersebut daripada pelbagai aspek
penggunaannya. Murid masih keliru berkaitan penggunaan konsep dan fungsi rumus kata sendi
nama ‘di’ dan ‘ke’ dalam penulisan karangan. Menurut Hajiyah (2010), murid masih lagi keliru
tentang penggunaan kata sendi nama berikutan fungsi nahu bertumpang tindih antara satu sama
lain. Berdasarkan kesalahan kata sendi nama ‘di’ dan ‘ke’ yang dilakukan oleh murid, jelaslah
bahawa murid memahami ayat yang dibina dari segi makna tetapi pemilihan kata sendi nama
yang sesuai masih belum menepati tahap penguasaan bahasa yang baik dalam penulisan
karangan (W. Azlinda, 2003). Hal ini dapat dibuktikan dalam dapatan kajian berkaitan huraian
jenis kesalahan kata sendi nama ‘di’ dan ‘ke’ yang menunjukkan murid menggunakan konsep kata
sendi nama yang tidak tepat dalam konteks ayat. Berdasarkan hasil kajian juga, pengkaji
mendapati bahawa murid yang tidak menguasai penggunaan kata sendi nama ‘di’ dan ‘ke’ lebih
ramai berbanding murid yang menggunakan kata sendi nama tersebut dengan betul sewaktu
menghasilkan penulisan karangan. Masalah ini perlu diberi penekanan oleh pelbagai pihak agar
murid tidak melakukan kesalahan yang sama secara berterusan sewaktu membina karangan.

1815
RUJUKAN

Corder, S.P. (1984). The Significance of Learner’s Errors. Richards, J.C. (ed.) Error Analysis:
Perspectives on Second Language Acquisition. pp. 19-27. London: Longman.

Corder,S.P. (1973). .Introducing Applied Linguistics. Baltimore: Penguin Education.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2015). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Hajiyah Kechik @ Mohamed Zain. (2010). Penggunaan Kata Sendi Nama Bahasa Melayu Dalam
Kalangan Pelajar Universiti: Thesis Ijazah Sarjana. Universiti Putra Malaysia.

Jeniri Amir. (2005). Politik Dalam Novel. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1981). Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa


Melayu. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kleickman, T et.al. (2013, Mac 10). Tearcher’s Content Knowledge and Pedagogical Content
Knowledge: The Role of Structural Differences in Teacher Education. Dipetik daripada
Journal of Teacher Education, 64(1), 90-106: http://doi.org/10.1177/0022487112460398

Malaysia, K. P. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan


Prasekolah hingga Menengah Atas). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mary Charity Anak Jitlep. (2010). Kesan Kata Tanya ‘di mana’ dalam Membantu Murid Tahun
Empat Menulis Kata Sendi Nama ‘di’ dalam Ayat Bahasa Melayu. Buku Koleksi Artikel
Penyelidikan Tindakan Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun 2010, 184-198.

Mohamad Nasir. (2017). Kesalahan Tatabahasa Melayu dalam Penulisan Karangan Pelajar.
International Journal, 4(1): 23-35.

Mohamed Zain. (Johor Bharu). Penggunaan Kata Sendi Nama Bahasa Melayu dalam Kalangan
Pelajar Universiti. tesis Sarjana yang tidak diterbitkan, Universiti Putra Malaysia.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashm Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2015). Tatabahasa
Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Taylor, SJ & R Bogdan. (1984). Introduction to Qualitative Research Methods. The Search for
Meanings. Second Edition, John Wiley and Sons.

Wan Azlinda Wan Mukhtar. (2003). Kata Sendi Nama dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu di Sekolah Menengah. Satu Tinjauan. Thesis Ijazah Sarjana Muda,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Zaliza Mohamad Nasir. (2017). Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu dalam Penulisan
Karangan Pelajar. LSP International Journal, 4(1): 23-35.

Zaliza Mohamad Nasir, Zaitul Azma Zainon Hamzah, Normahdiah Sheikh Said & Norizan Che Su.
(2017). Penguasaan Tatabahasa Melayu dalam kalangan Pelajar di Universiti Teknologi
Malaysia. Jurnal Linguistik, Vol 17(2): 84-90.
1816
PENGAPLIKASIAN BAHAN BANTU BELAJAR (BBB) BERASASKAN TEKNOLOGI DALAM
PENGAJARAN ASPEK TATABAHASA TAHAP DUA MENDEPANI PANDEMIK COVID-19

Bryan Chew Ching Gee


bryan009-965@epembelajaran.edu.my

Yuznaili binti Saleh PhD


yuznaili09-116@epembelajaran.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan meneroka pengaplikasian Bahan Bantu Belajar (BBB) berasaskan teknologi dalam
pembelajaran aspek tatabahasa tahap dua yang diamalkan oleh guru Bahasa Melayu Tahap Dua di sekolah
kebangsaan. Kajian yang menggunakan reka bentuk kajian penerokaan kualitatif ini menggunakan tiga
sampel yang dipilih melalui kaedah pensampelan bertujuan. Data dipungut melalui kaedah temu bual,
pemerhatian dan analisis dokumen dengan menggunakan instrumen protokol temu bual dan borang senarai
semak pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan pengintegrasian BBB berasaskan teknologi dalam
pengajaran aspek tatabahasa memberikan pelbagai implikasi kepada guru secara khususnya. Didapati
pelbagai kelebihan yang akan diperoleh dengan penggunaan BBB berasaskan teknologi dalam proses PdP.
Namun, terdapat juga kelemahan dan cabaran yang dihadapi oleh guru untuk menggunakan BBB
berasaskan teknologi dalam PdP. Oleh itu, dapatan kajian ini berupaya untuk dijadikan sumber rujukan
dan panduan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, pentadbir sekolah, guru dan ibu bapa dalam
usaha untuk membudayakan integrasi BBB berasaskan teknologi dalam bidang pendidikan.
Kata Kunci: teknologi, fenomenologi, bahan bantu belajar, Covid-19

ABSTRACT
This study aims to explore the application of technology-based learning aids among Malay Language
teachers in primary school level. This study uses qualitative research designs and the respondents consist
of 3 teachers teaching in national school. This study uses two instruments to help the researcher to acquire
and analyze data. The first instrument is an interview protocol used by the researcher as a guide in
conducting semi-structured interviews. The second instrument is the descriptive checklist form used to
facilitate the researcher analyzing observation data. The findings show that the integration of technology-
based learning aids in teaching grammatical aspects provides various implications for teachers particularly.
It is found that multiple advantages will be obtained with the integration of technology-based learning aids
in the learning process. However, there are also weaknesses and challenges faced by teachers. Therefore,
the findings of this study can be a source of reference and guidance for the Ministry of Education, school
administrators, teachers, and parents to fully integrate the use of technology-based learning aids in
education.
Keywords: technology-based learning aids, Covid-19, phenomenological

1817
PENGENALAN
Akta 152 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
yang wajib diketahui dan dituturkan oleh warganegara Malaysia. Oleh itu, subjek bahasa Melayu
telah dijadikan sebagai subjek teras di sekolah-sekolah dan diperuntukkan masa yang paling
banyak dalam waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Lantaran itu, sebagai rakyat Malaysia menjadi satu kewajipan kita untuk menguasai
bahasa ini dengan baik daripada ujaran serta hukumnya. Penguasaan yang baik akan memberi
cerminan kepada bangsa pengguna bahasa tersebut. Ini dapat menggambarkan melalui penutur
dan pengguna bahasa ini terutama warga Malaysia itu sendiri. Ketinggian ilmu dan ketinggian
intelektual warga akan digambarkan melalui ketinggian kualiti bahasa Melayu itu sendiri sebagai
Bahasa Kebangsaan.
Untuk mencapai hasrat itu, guru memainkan peranan yang sangat penting. Seseorang
guru harus merancang, melaksanakan dan membuat penilaian sesi pengajaran dan pembelajaran
agar menepati hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, strategi guru untuk
mempelbagaikan bahan dan aktiviti pengajaran adalah satu kewajipan agar dapat membantu
murid dalam proses pembelajaran tatabahasa bahasa Melayu (Abdul Rasid, Shamsudin dan Nur
Farah Athirah, 2014).

PERNYATAAN MASALAH
Perkembangan sumber teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) pada masa kini haruslah
dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru-guru bagi mewujudkan suasana yang menarik semasa PdP.
Penggunaan teknologi dalam pendidikan mendukung gagasan Kementerian Pendidikan seiring
dengan perkembangan pembelajaran abad ke-21 (Ismail Zain, 2002). Namun begitu, berdasarkan
kajian Bhavani dan Zamri Mahamod (2017), kebanyakan guru masih mengamalkan kaedah
pengajaran tradisional ataupun pembelajaran berpusatkan guru. Hal ini adalah kerana mereka
terlalu menumpukan kepada usaha untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan penguasaan
teknik menjawab soalan peperiksaan.
Perkara tersebut disokong oleh kajian Zamri dan Nur Aisyah (2011) yang mendapati
bahawa perkembangan pengajaran yang menerapkan pengajaran yang pelbagai dalam bilik
darjah masih berada pada tahap yang kurang menggalakkan. Bagi mengatasi permasalahan yang
timbul, kaedah pengajaran yang efektif seperti pembelajaran koperatif perlu dijalankan bagi
meningkatkan tahap penglibatan dan motivasi murid dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kemahiran abad ke-21 dapat dikaitkan dengan pelbagai elemen yang diperlukan pada
zaman ini, antara kemahiran yang sering ditekankan merupakan kemahiran sains dan teknologi

1818
(Ainun Rahmah et al., 2017). Maka, guru bertanggungjawab untuk menggunakan segala sumber
yang ada untuk menjadikan pembelajaran selaras dengan perkembangan semasa. Kajian
berkaitan penggunaan sumber teknologi dalam bidang pendidikan telah banyak dijalankan oleh
pengkaji baik di Malaysia, mahupun negara-negara lain. Namun begitu, kajian yang menyeluruh
berkaitan pengaplikasian BBB berasaskan teknologi dalam pengajaran aspek tatabahasa Melayu
tidak banyak dilakukan. Oleh hal yang demikian, kajian yang bakal dijalankan akan memberi fokus
kepada pengaplikasian Bahan Bantu Belajar (BBB) berasaskan teknologi dalam pembelajaran
aspek tatabahasa Tahap Dua.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN


Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:
1. Menyelidik pengaplikasian Bahan Bantu Belajar (BBB) berasaskan teknologi dalam
pembelajaran aspek tatabahasa Tahap Dua.

Soalan kajian ini adalah selari dengan objektif kajian yang dikemukakan seperti yang berikut:
1. Bagaimanakah penerimaan guru terhadap penggunaan BBB berasaskan teknologi?
2. Apakah kelebihan BBB berasaskan teknologi dalam proses pembelajaran aspek
tatabahasa?
3. Apakah kelemahan penggunaan BBB berasaskan teknologi dalam proses PdP dan PdPr
aspek tatabahasa?
4. Apakah cabaran penggunaan BBB berasaskan teknologi dalam proses PdP dan PdPr
aspek tatabahasa?

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah kajian fenomenologi. Sehubungan itu,
terdapat tiga kaedah pengumpulan data iaitu melalui proses temu bual, pemerhatian dan analisis
dokumen. Sebelum pengumpulan data dijalankan, pengkaji terlebih dahulu memilih responden
berdasarkan beberapa kriteria yang tertentu. Sehubungan itu, kajian ini menemu bual tiga orang
responden yang dipilih berdasarkan kriteria untuk pemilihan sampel kajian ini ialah:
1. mempunyai sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman mengajar Bahasa Melayu tahap
dua,
2. memahami sepenuhnya tentang konsep BBB berasaskan teknologi,
3. aktif menggunakan BBB berasaskan teknologi dalam pengajaran,

1819
4. mempunyai masa yang cukup untuk memberikan maklumat kepada penyelidik semasa
temu bual dijalankan,
5. dapat memberikan maklumat yang selari dengan fakta.
Proses temu bual dijalankan secara individu dengan menggunakan kaedah temu bual
separa berstruktur. Hal ini bermakna, sampel kajian telah dimaklumkan terlebih dahulu berkenaan
soalan-soalan yang bakal dikemukakan. Namun, soalan tersebut bersifat fleksibel dan boleh
berubah berdasarkan jawapan sampel semasa temu bual dijalankan. Pengkaji menggunakan
temu bual bagi memudahkan proses pengumpulan data yang lebih autentik dan memberi
gambaran yang meluas tentang persoalan kajian (Nor Ilyani Harun et al., 2012).
Temu bual sampel pertama dijalankan pada 15 Februari 2021. Temu bual sampel kedua
pula dijalankan pada 16 Februari 2021. Seterusnya, temu bual sampel ketiga dijalankan pada 23
Februari 2021. Kesemua temu bual ditadbir menggunakan pelantar Google Meet untuk
mengelakkan perjumpaan secara bersemuka dan kerana kawasan sekitar masih dalam tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Temu bual secara dalam talian juga pernah dilaksanakan
oleh pengkaji seperti Mohd Zarawi (2012) yang menggunakan kaedah temu bual menggunakan
e-mel dan telefon.
Seterusnya, pengkaji juga telah menjalankan pemerhatian terhadap proses pengajaran
dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh responden menggunakan instrumen senarai semak
pemerhatian yang telah dibina. Bagi meningkatkan kredibiliti kajian ini, pengkaji juga membuat
analisis beberapa jenis dokumen iaitu, rancangan pengajaran harian (RPH) yang dihasilkan oleh
responden dan jawapan latihan yang diberikan kepada murid. Akhir sekali, setelah sekolah dibuka
pada 1 Mac 2021, pengkaji turut melawat sekolah-sekolah sampel kajian ini untuk mengukuhkan
lagi dapatan kajian secara keseluruhannya.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Dapatan kajian ini dihuraikan berdasarkan empat soalan kajian. Dapatan kajian dihuraikan secara
terperinci selari dengan analisis data yang diperoleh daripada temu bual, pemerhatian dan
analisis dokumen.

Penerimaan Guru Terhadap Penggunaan BBB berasaskan Teknologi dalam Proses


Pembelajaran Aspek Tatababahasa
Berdasarkan triangulasi data temu bual dan data pemerhatian, analisis menunjukkan bahawa
ketiga-tiga sampel mampu melaksanakan proses PdP dengan lancar. Dapatan ini dikukuhkan lagi
dengan analisis dokumen RPH yang menunjukkan bahawa ketiga-tiga sampel telah
1820
melaksanakan proses pengajaran menggunakan BBB berasaskan teknologi yang sesuai dengan
apa yang telah dirancang. Perkara ini menjadi bukti bahawa ketiga-tiga sampel berupaya
menerima dan mengadaptasikan penggunaan BBB berasaskan teknologi dalam proses PdPr.
Secara umumnya, kajian ini mendapati bahawa guru berupaya untuk menerima
penggunaan BBB berasaskan teknologi dalam proses pembelajaran aspek tatabahasa. Walau
bagaimanapun, guru-guru masih menghadapi masalah kerana kurangnya kesediaan dari segi
kemahiran untuk mengintegrasikan sepenuhnya penggunaan BBB berasaskan teknologi dalam
PdP aspek tatabahasa. Umum mengetahui guru merupakan tulang belakang dalam usaha untuk
melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi, kreatif, inovatif dan berdaya
saing. Oleh itu, untuk menjadi seorang guru yang proaktif, guru perlu bersedia dari segi mental
dan fizikal untuk menempuh sebarang kebarangkalian perubahan. Guru juga perlu menyesuaikan
diri mereka dengan pendekatan serta kaedah penyampaian ilmu yang berkesan serta mesra
pelajar, sesuai dengan kaedah semasa.
Terdapat pelbagai kursus latihan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM). Tujuan KPM menjalankan kursus-kursus tersebut adalah untuk menyediakan
guru dengan kemahiran yang holistik (Rohaida Mazlan, 2017). Dalam mendepani cabaran
pengajaran dalam talian, terdapat banyak kursus yang telah dianjurkan untuk membantu guru
menggunakan pelantar pembelajaran digital serta membina bahan pengajaran dengan berkesan.
Oleh itu, setiap guru perlu terus berusaha meningkatkan kemahiran diri agar lebih ramai guru
mampu membina sendiri BBB berasaskan teknologi mereka untuk digunakan oleh murid dan
seterusnya dikongsikan dengan rakan guru lain.

Kelebihan Penggunaan BBB berasaskan Teknologi dalam Pengajaran Aspek Tatabahasa


Dapatan kajian ini menggariskan pelbagai kelebihan yang bakal diperoleh dengan menerapkan
penggunaan BBB berasaskan teknologi dalam pengajaran aspek tatabahasa. Ini termasuklah
kelebihan daripada aspek penggunaan BBB berasaskan teknologi mampu menarik minat murid,
menggalakkan interaksi dua hala, membolehkan murid fahami topik dengan lebih baik,
menggalakkan penglibatan murid secara aktif dan membuatkan murid berasa seronok dalam
proses pembelajaran.
Dapatan kajian ini secara tidak langsung menyokong dapatan kajian terdahulu tentang
kelebihan penerapan teknologi dalam proses PdP. Namun kajian ini telah memberi satu nilai
tambah untuk guru-guru sekolah rendah kerana kajian-kajian lepas kurang memberikan fokus
kepada sekolah rendah semasa mengkaji kelebihan penggunaan BBB berasaskan teknologi. Di
samping itu, pemilihan kaedah fenomenologi juga membolehkan dapatan yang diperoleh dalam

1821
kajian ini bersifat lebih mendalam dan terperinci tentang fenomena penggunaan teknologi dalam
PdP terutamanya setelah berlakunya pandemik COVID-19.
Sehubungan itu, guru adalah pemimpin yang berperanan sebagai agen perubahan
masyarakat. Perubahan yang dimaksudkan adalah melibatkan perubahan yang berlaku kepada
sekolah, komuniti pembelajaran dan gaya pengajaran dalam bilik darjah. Dalam masa yang sama,
guru juga adalah individu yang berperanan untuk membantu murid ke arah mencapai matlamat
pembelajaran (Yahya dan Lailinanita, 2011). Tuntasnya, guru sebagai pengajar perlu berusaha
membantu murid untuk memahami sesuatu konsep dengan mudah, sistematik, seronok dan
bermakna.

Kelemahan Penggunaan BBB berasaskan Teknologi dalam Pengajaran Aspek Tatabahasa


Dapatan kajian ini menekankan tentang kelemahan penggunaan BBB berasaskan teknologi
melibatkan kelemahan daripada aspek infrastruktur dan kelengkapan. Secara umumnya, pengkaji
berpendapat perkara ini boleh diatasi jika ada usaha untuk menambah baik kemudahan yang
berkaitan.
Perkara ini merupakan kelemahan yang biasa berlaku di sekolah-sekolah. Menurut kajian
yang dijalankan oleh Ahmad, Noor Azlan, Kassim dan Noraziah (2010), guru-guru kurang
menggemari menggunakan alatan berbentuk teknologi dalam proses pembelajaran kerana
ketiadaan kemudahan yang disediakan atau kerosakan kemudahan peralatan berasaskan
teknologi yang ada. Contohnya projektor LCD yang tidak berfungsi dan bilangan bilik multimedia
yang terhad dan bilik ini haruslah ditempah terlebih dahulu sebelum digunakan.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah aset terpenting dalam era globalisasi
ini. Oleh itu, KPM wajar memastikan sarana dan prasarana yang melibatkan TMK tersedia rapi di
sekolah-sekolah seluruh negara. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa keadaan kelas di
Sekolah-sekolah Kebangsaan masih dalam keadaan kurang kondusif untuk melaksanakan
pembelajaran menggunakan BBB berasaskan teknologi.
Perkara ini bukanlah satu isu yang baharu. Malahan, dapatan kajian yang dijalankan Lilia
et al. (2006) turut menyatakan isu yang sama. Jurang perbezaan 15 tahun menunjukkan masalah
yang sama masih berterusan. Oleh itu, pihak KPM sewajarnya mengambil langkah yang agresif
untuk memastikan sistem pendidikan di negara kita mampu duduk sama rendah, berdiri sama
tinggi dengan negara-negara maju yang lain.

1822
Cabaran Penggunaan BBB berasaskan Teknologi dalam Pengajaran Aspek Tatabahasa
Kajian ini mendapati cabaran yang dihadapi untuk menerapkan penggunaan BBB berasaskan
teknologi dalam pengajaran aspek tatabahasa melibatkan pelbagai pihak. Ini termasuklah
cabaran daripada kemahiran guru itu sendiri, kesediaan murid dan juga kesediaan ibu bapa.
Secara umumnya cabaran ini timbul kerana pengintegrasian sepenuhnya teknologi dalam bidang
pendidikan berlaku secara mengejut dan tiba-tiba.
Menurut Losius et, al. (2020), pelaksanaan kaedah pembelajaran yang baharu
mengundang pelbagai cabaran yang tidak pernah diduga selama ini. Peristiwa ini bukan sahaja
memberi cabaran kepada guru tetapi juga murid-murid dan ibu bapa. Perubahan drastik kaedah
pembelajaran daripada kaedah konvensional kepada konsep pembelajaran menggunakan
teknologi sedikit sebanyak menyebabkan berlakunya “kejutan budaya” dalam kalangan guru dan
murid. Oleh hal yang demikian, guru dan murid mengambil masa yang agak lama untuk
menyesuaikan diri dengan normal baharu dalam melaksanakan PdPr.
Dapatan kajian ini membuktikan bahawa pembelajaran murid bukan hanya bergantung
kepada keupayaan guru untuk menyampaikan pelajaran tetapi juga melibatkan kolaboratif antara
murid dan ibu bapa. Dapatan kajian menerangkan bahawa murid masih kurang berkemahiran
untuk menggunakan teknologi bagi tujuan pembelajaran dalam talian. Oleh hal yang demikian,
pihak KPM perlu mewujudkan satu inisiatif baharu untuk membantu menangani masalah ini.
Bimbingan secara terarah perlu diberikan kepada murid agar murid lebih mahir untuk
memanfaatkan teknologi bagi tujuan menjalani pembelajaran secara dalam talian.
Di samping itu, pihak KPM juga perlu mencari inisiatif untuk membantu meringankan
beban kesediaan ibu bapa. Dapatan kajian ini jelas menunjukkan bahawa rata-rata ibu bapa dan
penjaga tidak bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi situasi pembelajaran dalam
talian. Dapatan ini adalah selari dengan kajian yang dijalankan oleh Briliannur et al. (2020) yang
mendapati bahawa pembelajaran secara dalam talian bagi pelajar sekolah adalah kurang
berkesan kerana wujudnya kekangan ekonomi dari segi sarana dan prasarana ibu bapa. Oleh itu,
pihak KPM perlu mengambil langkah proaktif untuk menangani masalah ini. Sebagai contoh,
pihak KPM boleh meneruskan kembali inisiatif pemberian komputer riba dan tablet percuma
kepada murid-murid daripada keluarga yang memerlukan.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


Kesimpulannya, penggunaan BBB berasaskan teknologi dalam pengajaran aspek tatabahasa
memberikan pelbagai implikasi kepada guru, murid dan ibu bapa. Dalam era globalisasi kini,
masyarakat perlu berhadapan dengan realiti pentingnya penggunaan teknologi secara meluas,

1823
terutamanya dalam bidang pendidikan. Oleh hal yang demikian, semua pihak perlu memberikan
kerjasama yang jitu agar negara kita mampu meningkatkan pengintegrasian teknologi untuk
tujuan pembelajaran.
Oleh itu, guru perlu melakukan eksplorasi agar dapat mengaplikasikan lebih banyak BBB
berasaskan teknologi dalam proses pembelajaran. Guru juga perlu melengkapkan diri dengan
kemahiran mengendalikan BBB berasaskan teknologi ini terutamanya untuk pembelajaran secara
dalam talian. Penambahbaikan ini perlu dijalankan bukan semata-mata disebabkan oleh
fenomena Covid-19 yang melanda sekarang tetapi bagi mempersiapkan diri dengan realiti
penggunaan teknologi ini secara perlahan-lahan akan mengambil alih amalan pembelajaran
secara konvensional.
Selain itu, pihak KPM perlu mengambil langkah yang sewajarnya untuk memastikan
sistem pendidikan di negara kita tersedia daripada aspek kesediaan sarana dan prasarana.
Perkara ini perlu mendapat dukungan daripada pihak pentadbir. Hal ini demikian kerana pihak
pentadbir berperanan besar untuk memastikan keadaan sekolah adalah dalam keadaan yang
terbaik agar aktiviti PdP dapat berjalan dengan lancar dan efektif.
Pengkaji turut mencadangkan agar ibu bapa membantu guru secara aktif bagi menjamin
perkembangan pendidikan anak-anak. Antara langkahnya adalah dengan memantau aktiviti anak
ketika pembelajaran sedang dijalankan. Seterusnya, ibu bapa juga perlu mengambil tahu adakah
anak-anak telah melakukan tugasan yang diberikan oleh guru. Keterlibatan ibu bapa dalam setiap
aktiviti kanak-kanak membantu perkembangan kanak-kanak sama ada dari segi perkembangan
emosi, rohani, jasmani dan sahsiah kanak-kanak itu sendiri. Oleh sebab itulah, ibu bapa juga perlu
terlibat secara aktif untuk membantu anak-anak dalam aspek pembelajaran.

RUMUSAN
Rumusannya, pelaksanaan kajian ini telah berjaya memenuhi keperluan semasa dalam bidang
penyelidikan. Implikasi-implikasi yang berlaku hasil daripada pengaplikasian BBB berasaskan
teknologi dalam pengajaran aspek tatabahasa telah dinyatakan secara terperinci dalam kajian ini.
Pelaksanaan kajian ini diharapkan dapat memberikan impak yang tinggi kepada sistem
pendidikan negara. Peristiwa semasa membuktikan bahawa globalisasi dan penggunaan
teknologi telah berjaya mewujudkan senario pembelajaran baharu (Losius et al., 2020). Sebab
itulah pengkaji ada memberikan beberapa cadangan dan saranan kepada pihak-pihak yang
berkaitan seperti pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak pentadbir, guru dan ibu bapa.
Langkah ini diambil agar isu pengaplikasian BBB berasaskan teknologi dalam proses PdP akan
mendapat perhatian yang sewajarnya. Jika cadangan-cadangan ini direalisasikan, pengkaji yakin

1824
bahawa pengaplikasian BBB berasaskan teknologi dalam bidang pendidikan di negara kita akan
berada pada tahap yang lebih baik lagi pada masa-masa akan datang.

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian Shamsudin Othman & Nur Farah Athirah Khuzaini. (2014). Strategi
pengajaran dan pembelajaran tatabahasa Bahasa Melayu (1).

Ahmad Zanzali, Noor Azlan & Kassim @ Aziz, Noraziah. (2010). Penggunaan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik di kalangan guru-guru pelatih UTM.

Ainun Rahmah Iberahim, Zamri Mahamod, & Wan Muna Ruzanna. (2017). Pembelajaran abad
ke-21 dan pengaruhnya terhadap sikap, motivasi dan pencapaian bahasa melayu pelajar
sekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(2), 77–88.

Bhavani Somasundram & Zamri Mahamod. (2017). Keberkesanan pembelajaran koperatif


terhadap pencapaian dan motivasi murid sekolah menengah dalam pembelajaran Bahasa
Melayu (The Effectiveness of Cooperative Learning Towards Achievement and Students
Motivation Secondary School in Malay Language Learning). Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 7(1), 11-23.

Briliannur Dwi C, Aisyah Amelia, Uswatun Hasanah, Abdy Mahesha Putra & Hidayatur Rahman.
(2020). Analisis keefektifan pembelajaran online di masa pandemi Covid-19. Jurnal
Pendidikan Guru Sekolah Dasar, Vol.2, No.1, 28-37

Ismail Zain. (2002). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran. Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd.

Lilia Halim, Mohamad Idris Abdul Hamid, T. Subahan M. Meerah & Kamisah Osman. (2006).
Analisis Keperluan Guru- Guru Sains Sekolah Rendah Dalam Aspek Pengajaran Sains Di
Daerah Kota Setar, Kedah. Jurnal Teknologi,13-30.

Losius Goliong, Ahsly Kasin, Marcelus Johnny & Nazarius G. Yulip. (2020). Cabaran pelaksanaan
Pengajaran dan Pembelajaran Jarak Jauh (PDPCJJ) semasa Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP). Jurnal Pejabat Pendidikan Daerah Ranau.

Mohd Zarawi Bin Mat Nor. (2012). Pola penyeliaan praktikum guru bimbingan dan kaunseling
sekolah rendah. (Disertasi Ijazah Kedoktoran, Universiti Malaya).

Nor Ilyani Harun, Ahmad Fauzi Mohd. Ayub, & Rahman, F. A. (2012). Keberkesanan penggunaan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, Vol. 2 (1) (Mei 2012), 31–42.

Rohaida Mazlan. (2017). Tahap Pengetahuan, Pemahaman Dan Kesediaan Guru Bahasa Melayu
Dalam Melaksanakan Kajian Pengajaran (Level Of Knowledge, Understanding And
Readiness Malay Language Teachers To Implementing Lesson Study). Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, 7(2), 30-40.

Yahya Buntat & Lailinanita Ahamad (2011). Inovasi pengajaran dan pembelajaran dalam
1825
kalangan guru-guru teknikal di sekolah menengah teknik dari perspektif guru. Eprints. utm.
my [2 Jun 2012] Pengaruh Bimbingan School Improvement Partner (SIPartner) Terhadap
Pencapaian Sekolah.

Zamri Mahamod, Nur Aisyah Mohamad Noor. (2011). Persepsi guru tentang penggunaan aplikasi
multimedia dalam pengajaran komponen sastera bahasa Melayu. GEMA Online® Journal of
Language Studies, 11(3).

1826
PENGAPLIKASIAN ELEMEN PERMAINAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA MELAYU

Effa Madiha binti Mohd Saidin


effa09-966@epembelajaran.edu.my

Rozeha binti Harun


rozeha@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Elemen permainan merupakan reka bentuk pembangunan pendekatan gamifikasi yang menjadi trend
pembelajaran abad ke-21. Dalam mereka bentuk sesuatu permainan, seseorang pereka harus mengambil
kira mekanisma elemen permainan supaya permainan yang dihasilkan tidak membosankan dan mencapai
tujuannya. Kajian bagi menyelidik penerapan elemen permainan dalam PdP lebih banyak dikaji secara
umum iaitu dalam konteks pelbagai. Walau bagaimanapun didapati masih kurang kajian dilaksanakan bagi
meneliti pengaplikasian elemen permainan oleh guru dalam PdP Bahasa Melayu sekolah rendah.
Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan mengkaji pengaplikasian elemen permainan dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu yang diterapkan oleh guru. Reka bentuk kajian ini menggunakan
pendekatan kualitatif dan kaedah kajian kes. Responden kajian ini terdiri daripada tiga orang guru bahasa
Melayu di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur. Kajian ini telah menggunakan tiga kaedah bagi
pengumpulan data iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Instrumen yang digunakan dalam
kajian ini ialah protokol temu bual dan senarai semak yang mewakili item bagi mengkaji pengaplikasian
elemen permainan daripada segi cara, masa, aktiviti dan kesannya. Dapatan kajian menunjukkan
kebanyakan guru bahasa Melayu mengaplikasikan elemen permainan dalam PdP dengan baik dan
berkesan. Walau bagaimanapun, hasil kajian mengenal pasti bahawa tidak semua elemen permainan
dipraktikkan oleh guru. Perkara ini akan memberi kesan kepada keberkesanan PdP sekiranya tidak diambil
berat. Oleh itu, dapatan kajian ini dapat membolehkan guru membuat penambahbaikan dalam
mengaplikasikan elemen permainan semasa PdP.
Kata Kunci: Gamifikasi, Elemen permainan, Bahasa Melayu

ABSTRACT
The game elements is the design of gamification that has become a 21st century learning trend. In
designing a game, a designer should take into account the mechanism of the game elements so that the
game produced is not boring and achieves its purpose. Studies to investigate the application of game
elements in education are more studied in general that is in various contexts. However, there were fewer
studies undertaken to examine the application of the game elements by Malay language teachers in primary
school. Therefore, this study aims to examine the application of the game elements in the teaching and
learning of Malay implemented by teachers. The design of this study used a qualitative approach and case
study methods. The respondents consist of three Malay language teachers at a primary school in Kuala
Lumpur. This study has used three methods for data collection, namely observation, interview and document
analysis. The instruments used in this study were interview protocols and checklists representing items to
study the application of game elements in terms of means, timing, activities and effects. The findings show
that most of the Malay language teachers apply the game elements in the classes effectively. However, the
results of the study identified that not all elements of the game were practiced by teachers. This will affect
the effectiveness of teaching and learning process if not taken into account. Therefore, the findings of this
study can enable teachers to make improvements in applying the elements of the game during lessons.

1827
Keywords: Gamification, game elements, Malay language

PENGENALAN

Menurut Rohaila & Fariza (2017), murid generasi kini sentiasa terangsang untuk mencuba
sesuatu yang baharu, cenderung untuk belajar secara kreatif serta berfikir di luar kotak seiring
dengan perkembangan teknologi. Dalam konteks pendidikan bahasa Melayu, pelajar yang
menggunakan pelbagai strategi pembelajaran bahasa iaitu strategi kognitif dan metakognitif dapat
membantu mereka menguasai sesuatu pelajaran (Zamri Mahamod & Mohamed Amin, 2008).
Guru perlu memastikan pendekatan yang digunakan dapat menarik minat murid untuk
memberikan perhatian dan melibatkan diri dalam sesi PdP. Oleh itu, antara pendekatan dan
strategi pembelajaran baharu yang berkesan dalam PdP bahasa Melayu ialah pengintegrasian
gamifikasi iaitu pembelajaran berasaskan permainan. (Shariful, Abd Hakim & Kamarul, 2019).

Gamifikasi sering digunakan dalam pembelajaran abad ke-21. Penggunaan permainan digital
dalam pendidikan, minat dan motivasi murid dapat dipertingkatkan kerana bidang kurikulum
terutamanya bidang bahasa sememangnya sukar diajar tanpa ada dorongan yang menarik.
Pendekatan gamifikasi ini mempunyai elemennya yang tersendiri untuk memudahkan guru
melihat dan menilai prestasi sebenar murid. Memberi keseronokan dan hiburan semasa proses
pembelajaran adalah penting terutamanya apabila menghadapi mata pelajaran yang bosan dan
sukar. Firas Layth et al. (2016) dalam kajiannya telah memilih dan mengkaji elemen permainan
yang sesuai dan dapat memberikan kesan positif untuk digunakan dalam aplikasi pembelajaran.
Dapat disimpulkan bahawa elemen permainan yang sesuai untuk pembelajaran ialah elemen
pencapaian, ganjaran, status, waktu sebenar dan profil. Elemen permainan membolehkan guru
melaksanakan PdP bercirikan pembelajaran abad ke-21 serta menghasilkan pengajaran yang
menarik dan berkesan.

PERNYATAAN MASALAH
Pengaplikasian elemen permainan dalam pengajaran dan pembelajaran perlu diteliti untuk
memastikan aktiviti permainan yang dijalankan memberi manfaat kepada guru dan juga murid.
Guru hendaklah mengetahui dan menguasai pengendalian setiap elemen permainan yang
diterapkan supaya elemen tersebut berfungsi secara maksimum. Pembelajaran bahasa yang
menitikberatkan kuliah semata-mata menyebabkan kebosanan dan hilang tumpuan dalam
kalangan murid. Cara ini juga tidak membantu murid untuk mengeluarkan dan mengembangkan
1828
idea-idea mereka sendiri kerana keupayaan mereka untuk berfikir telah dihadkan. (Nurfazliah
Muhamad et al., 2013).
Justeru, pendekatan gamifikasi atau Game Based Learning (GBL) dalam pedagogi
merupakan suatu perubahan yang dapat dilaksanakan untuk membantu terutamanya murid yang
bermasalah dalam memahami isi kandungan pelajaran yang diberikan. Antara kesan gamifikasi
ialah dapat memberi ruang kepada penghasilan pembelajaran yang lebih inovatif dan fleksibel.
Tambahan, sistem pendidikan di Malaysia menyekat motivasi intrinsik dengan mengarahkan
tumpuan pelajar terhadap ganjaran ekstrinsik iaitu prestasi yang baik di sekolah yang akan
memberi kesan kepada emosi pelajar. (Rajaratenam, 2012). Perkara ini dapat dielakkan dengan
pengaplikasian elemen permainan kerana elemen permainan dapat merangsang dan
memberikan motivasi kepada pengamalnya. Walaupun pendekatan gamifikasi sering digunakan
dalam strategi pemasaran untuk mencapai objektif yang lebih berkesan, tidak dinafikan bahawa
gamifikasi juga berpotensi memberi impak besar dalam bidang pendidikan. (Lee & Hammer,
2011). Pembelajaran bahasa terutamanya memerlukan elemen permainan bagi mewujudkan
pembelajaran berkesan daripada pelbagai aspek. Hal ini kerana, tanggapan pelajar terhadap
mata pelajaran bahasa iaitu Bahasa Melayu ialah sesuatu yang tidak menarik dan bersifat
tradisional.

Penerapan elemen permainan boleh mempengaruhi keberkesanan sesebuah PdP. Kajian


literatur menunjukkan masih kurang kajian berkenaan elemen permainan dalam pengajaran dan
pembelajaran yang menggunakan responden guru sebagai pelaksana. Kebanyakan kajian hanya
meneroka elemen yang terdapat dalam gamifikasi tetapi masih kurang kajian yang mengkaji
pengaplikasiannya di dalam bilik darjah. Antara kajian yang menggunakan responden murid ialah
Firas Layth et al. (2016) manakala kajian Irwan Mahazir et al. (2018) mengkaji elemen permainan
berkaitan pembelajaran murid prasekolah. Kajian lepas juga memfokuskan penerapan elemen
permainan dalam mata pelajaran bahasa Arab seperti kajian Siti Rohani, Suhaila dan Hakim
(2019) dan kajian Khairuddin Nisa et al. (2017) yang tertumpu kepada mata pelajaran Geografi.
Didapati masih kurang maklumat diperoleh berkaitan penerapan elemen permainan oleh guru
dalam mata pelajaran bahasa Melayu.

OBJEKTIF KAJIAN
Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bagi melaksanakan objektif kajian yang berikut:

i. Mengkaji pengaplikasian elemen permainan dalam PdP Bahasa melayu.

1829
SOALAN KAJIAN
Kajian ini untuk mendapat maklumat bagi menjawab persoalan yang berikut:

1. Apakah elemen permainan yang diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu?
2. Bagaimanakah elemen permainan diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu?
3. Bilakah elemen permainan diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu?
4. Di manakah elemen permainan diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu?
5. Mengapakah elemen permainan diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu?

METODOLOGI
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah kajian kes. Kajian ini
bertujuan untuk mengkaji secara mendalam pengaplikasian elemen permainan. Sehubungan itu,
kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif kerana menurut Patton (2002), pendekatan kualitatif
ini sesuai bagi pengkaji yang ingin mendapatkan maklumat terperinci, terbuka dan mendalam
tentang sesuatu perkara atau pengalaman. Kajian ini melibatkan seramai 3 rang responden yang
merupakan guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah di daerah
Sentul. Sampel telah dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan kerana menurut
Creswell (2014) kaedah pensampelan bertujuan ialah sampel bukan kebarangkalian yang dipilih
berdasarkan ciri-ciri populasi dan objektif kajian. Purata umur responden ialah 44 hingga 47 tahun.
Ketiga-tiga responden ialah perempuan dan berbangsa Melayu.

Kajian ini menggunakan instrumen senarai semak dan protokol temu bual. Senarai semak
merangkumi lima bahagian manakala protokol temu bual yang dibina mengandungi soalan yang
dibina untuk menjawab soalan kajian. Data dalam kajian ini dikumpul menggunakan tiga kaedah
iaitu temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Temu bual dijalankan untuk memperoleh
maklumat secara langsung daripada responden. Seterusnya, data yang dikumpulkan daripada
pemerhatian dapat membekalkan maklumat yang kaya dan boleh menambah kebolehpercayaan
kepada kajian. Analisis dokumen pula dilaksanakan bagi membuat kesimpulan yang boleh diulang
dan sah daripada teks bagi konteks yang diguna.
Sebelum menjalankan temu bual, responden dihubungi untuk makluman tentang prosedur,
tujuan dan implikasi temu bual yang dilaksanakan. Seterusnya, pengkaji menggunakan teknik
pemerhatian tidak ikut serta setelah menjelaskan objektif dan kaedah pemerhatian kepada
responden. Analisis dokumen pula dilakukan setelah memperoleh penulisan RPH daripada
responden. Data yang telah dikumpul dimasukkan ke dalam perisian Nvivo 12. Dapatan kajian
1830
dianalisis dengan menggunakan analisis tematik untuk membentuk kriteria dan tema bagi meneliti
pengaplikasian elemen permainan dalam PdP Bahasa Melayu.

DAPATAN KAJIAN
Kebanyakan guru bahasa Melayu menerapkan elemen pencapaian dan elemen ganjaran dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian juga mendapati bahawa sebahagian kecil guru
mengaplikasikan elemen waktu sebenar

Jadual 1
Senarai semak pemerhatian elemen permainan yang diterapkan
Item R1 R2 R3 Purata Peratus
Guru menerapkan elemen pencapaian/ / / / 3/3 100
sistem mata dalam PdP

Guru menerapkan elemen status dalam - -


PdP

Guru menerapkan elemen ganjaran / / / 3/3 100


dalam PdP

Guru menerapkan elemen waktu / 1/3 33


sebenar (real-time) dalam PdP

Guru menerapkan elemen profil dalam - -


PdP

Berdasarkan senarai semak pemerhatian yang dilaksanakan, Responden 1 dan Responden


3 menerapkan dua elemen permainan manakala Responden 2 menerapkan tiga elemen
permainan dalam PdP Bahasa Melayu. Elemen permainan yang diaplikasikan oleh ketiga-tiga
responden ialah elemen ganjaran dan elemen pencapaian. Bagi Responden 2, terdapat satu
tambahan elemen permainan yang digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran iaitu elemen
waktu sebenar (real-time). Perkara ini menunjukkan amalan dan pengetahuan responden
terhadap elemen permainan adalah berbeza. Tambahan, tidak semua elemen permainan yang
bersesuaian untuk pengajaran dan pembelajaran diaplikasikan oleh responden.
Pola menunjukkan responden menerapkan elemen ganjaran dan elemen pencapaian dalam
pendekatan gamifikasi yang dilaksanakan. Hal ini menjelaskan bahawa kebanyakan guru bahasa
Melayu menguasai elemen ganjaran dan pencapaian dan sering mengaplikasikannya dalam PdP.
Dapatan ini sama dengan kajian Irwan Mahazir et al. (2018) yang mengetengahkan elemen

1831
ganjaran sebagai elemen yang memberi kesan kepada sosio-emosi kanak-kanak. Hanya
Responden 2 menerapkan elemen waktu sebenar (real-time) yang membuktikan tahap
pengetahuan mereka berbeza berdasarkan rujuk silang dapatan semasa temu bual dan analisis
dokumen dijalankan. Responden menunjukkan kurang pengetahuan dan penguasaan terhadap
elemen status dan profil dalam permainan semasa proses PdP. Ini menjelaskan dapatan yang
menunjukkan elemen status dan profil tidak diaplikasikan oleh guru. Dapatan ini disokong dengan
hasil analisis transkripsi temu bual bersama responden seperti berikut:

“…Antara elemen permainan yang saya biasa dan sering guna ialah ganjaran dan
pencapaian” – R1TB1B1-B2

“Berdasarkan senarai, elemen yang saya pernah gunakan dalam bilik darjah ialah ganjaran.
Ganjaran memang penting sebab murid suka penghargaan. Pencapaian dan elemen waktu
juga saya selalu gunakan dalam kelas saya. Penekanan masa bagi saya sangat membantu
supaya PdP lancar…” – R2TB1B3-B7

“…Yang saya biasa guna ialah elemen ganjaran. Bila murid berusaha, guru wajar beri
ganjaran supaya murid seronok. Untuk persaingan sihat pula, saya guna elemen pencapaian”
– R3TB1B8-B10

Sehubungan itu dapat dibuktikan bahawa guru bahasa Melayu sememangnya


mengaplikasikan elemen permainan dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, hanya
beberapa elemen permainan yang dijadikan amalan. Sekiranya perkara ini dibiarkan, elemen
permainan yang terdapat dalam pendekatan gamifikasi tidak dapat dimanfaatkan secara
menyeluruh. Jelasnya, guru memainkan peranan untuk menguasai semua elemen permainan
yang bermanfaat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian elemen permainan
dalam sesebuah PdP akan menghasilkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan dalam
setiap aspek.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, guru bahasa Melayu sekolah rendah mengaplikasikan elemen permainan


semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian ini membuktikan bahawa sebahagian
besar guru bahasa Melayu mengaplikasikan elemen pencapaian dan elemen ganjaran dan hanya

1832
sebahagian kecil guru menggunakan elemen waktu sebenar dalam PdP. Perkara ini menunjukkan
bahawa kebanyakan guru tidak menguasai dan menerapkan elemen status dan elemen profil.
Kajian ini dapat memberi maklumat kepada guru tentang elemen permainan yang seharusnya
diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini juga boleh dijadikan panduan bagi
guru yang ingin menerapkan elemen permainan yang sewajarnya semasa melaksanakan
pendekatan gamifikasi dalam bilik darjah kerana dapatan menunjukkan bahawa elemen
permainan ini dapat menghasilkan proses PdP yang menarik. Guru yang kurang penguasaan atau
kemahiran untuk menerapkan elemen permainan boleh mempraktikkan amalan yang diperoleh
daripada kajian. Guru juga boleh meneroka elemen-elemen permainan yang telah diperincikan
dalam kajian ini. Oleh itu, tindakan segera perlu dilaksanakan bagi memastikan pengaplikasian
elemen permainan dalam PdP dapat dikuasai oleh guru-guru bahasa Melayu.

KPM boleh menyediakan panduan pelaksanaan setiap elemen permainan yang perlu
diterapkan dalam pendekatan gamifikasi semasa proses PdP. Hal ini untuk memastikan guru-
guru di sekolah mempunyai pengetahuan cara penggunaan dan pengaplikasian elemen
permainan yang terdapat dalam pendekatan gamifikasi. Selain itu, Bahagian Teknologi
Pendidikan (BTP) Kementerian Pendidikan Malaysia perlulah melaksanakan program untuk
menggalakkan guru menggunakan portal serta laman-laman web pendidikan yang telah
disediakan oleh KPM. Portal dan laman-laman web yang mengandungi pelbagai bahan berkaitan
peningkatan pedagogi tersebut perlulah dimanfaatkan sebaiknya supaya kemahiran guru dapat
diperkukuh. Selain itu, kajian ini ingin mencadangkan pihak sekolah untuk menghasilkan bahan
permainan yang lengkap dan khusus untuk setiap matapelajaran agar guru tidak perlu mengerah
tenaga untuk menyediakan bahan sendiri. Hasilnya, guru lebih berminat untuk mengaplikasikan
elemen permainan dalam PdP. Guru juga boleh menyertai bengkel atau kursus berkaitan yang
akan memperkukuh kemahiran dan pengetahuan guru tentang pendekatan gamifikasi. Hal ini
akan membantu guru untuk memastikan teknik atau cara pengaplikasian elemen permainan yang
diamalkan adalah tepat.

Beberapa kajian berkaitan penggunaan elemen permainan dalam gamifikasi telah dijalankan
namun sedikit yang menjelaskan pelaksanaannya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kajian
ini berupaya menjelaskan dan memberi penerangan tentang pengaplikasian elemen permainan
yang wajar diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu khususnya. Selain
itu, pemilihan tiga orang responden kajian daripada sebuah sekolah di kawasan Kuala Lumpur
sebagai sampel kajian menghasilkan satu dapatan kajian yang terhad. Oleh itu, saranan diberikan

1833
untuk melaksanakan penyelidikan akan datang dengan menggunakan bilangan sampel yang lebih
besar dan populasi yang agak menyeluruh. Hasilnya, sebuah dapatan kajian yang lebih universal
dan seimbang dapat diperoleh pengkaji.

RUJUKAN

Creswell, John W. (2014): Research design. qualitataive, quantiative and mixed methods approaches
(4th ed.) Lincoln: Sage Publications

Firas Layth Khaleel et al. (2016). Gamification elements for learning applications. International Journal
on Advanced Science, Engineering and Information Technology. Vol.6 (2016) No. 6 ISSN:
2088-5334
Irwan Mahazir Ismail et al. (2018). Penerapan elemen perkembangan kognitif, psikomotor dan sosio-
emosi dalam permainan dalam mencapai objektif kurikulum standard prasekolah kebangsaan.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Khairuddin Nisa et al. (2017). Reka Bentuk Gamifikasi Pembelajaran Geografi Berasaskan Permainan
Geoplay. Geografi Vol. (5), No. (1), (2017), 46-61. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris,
2017 ISSN 2289-4470 /eISSN 2462-2400

Lee, J. J. J. & Hammer, J. 2011. Gamification in Education: What, How, Why Bother? Academic
Exchange Quarterly, 15(2), 1–5.

Nurfazliah Muhammad et al. (2013). Penggunaan game-based learning bagi meningkatkan


kemahiran penyelesaian masalah kreatif dalam matematik. Universiti Teknologi Malaysia.
Patton, M. (2002). Qualitative research and evaluation methods (3rd ed.). Thousand Oaks, CA: Sage.

Rajaratenam, R. M. (2012) Public Exams: Motivations for Studying Importan’. New Straits Times.

Rohaila Mohamed Rosly & Khalid, F. (2017). Gamifikasi: Konsep dan Implikasi dalam Pendidikan.
Dalam Rohaila Mohamed Rosly, Nabila Atika Razali & Nur Atikah Jamilluddin. (Editor).,
Pembelajaran Abad ke-21: Trend Integrasi Teknologi (pp 144- 154). Bangi: Fakulti Pendidikan
UKM.

Shariful Hafizi, Abd Hakim & Kamarul Shukri. Gamifikasi dalam pendidikan: satu kajian literatur.
ASIAN PEOPLE JOURNAL 2019, VOL 2(2), 31-41 e-ISSN: 2600-8971

Siti Rohani, Suhaila & Hakim. (2019). Pendekatan gamifikasi dalam pembelajaran bahasa arab.
Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa ISSN: 2232-1047 eISSN: 0127-8886
Zamri Mahamood, Mohammad Amin Embi (2008). Teknologi maklumat dan komunikasi dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu teori dan praktis http://dx.doi.org/
https://journal.unisza.edu.my/apj

1834
PENGAPLIKASIAN ANIMASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Fifiana Puteri binti Rosli


fifiana09-967@epembelajaran.edu.my

Sabariah binti Yaakub


sabariah@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Animasi adalah aplikasi paling kerap murid gunakan namun tahap kesedaran terhadap penggunaannya
masih rendah dalam kalangan guru Bahasa Melayu. Bahan bantuan mengajar (BBM) bukan elektronik
juga lebih digemari guru manakala BBM elektronik sangat jarang digunakan. Kajian ini dijalankan untuk
mengenalpasti persepsi guru terhadap pengaplikasian animasi serta tahap pengetahuan guru terhadap
penggunaan animasi dalam PdP Bahasa Melayu. Reka bentuk kajian ialah penyelidikan tinjauan yang
menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 25 item. Sampel kajian terdiri daripada 86 orang
guru Bahasa Melayu di 16 buah sekolah rendah di mukim Kuala Kuantan 2. Analisis data menggunakan
perisian Statistical For Social Science (SPSS) Versi 22.0 yang melibatkan analisis skor min dan sisihan
piawai. Dapatan kajian menunjukkan persepsi guru terhadap pengaplikasian animasi dalam PdP Bahasa
Melayu adalah positif dan berada di tahap tinggi yang menunjukkan nilai min, µ=4.41. Manakala, tahap
pengetahuan guru terhadap penggunaan animasi dalam PdP Bahasa Melayu sekolah rendah juga sangat
baik dan berada di tahap tinggi yang menunjukkan nilai min, µ= 3.79. Kesimpulannya, sebahagian besar
guru mempunyai persepsi positif terhadap kepentingan pengaplikasian animasi yang selari dengan tahap
pengetahuannya yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa apabila persepsi dan tahap pengetahuan guru telah
berjaya dikenalpasti, maka kebarangkalian untuk guru menggunakan animasi dalam bilik darjah adalah
tinggi meskipun berada di sekolah luar bandar.
Kata kunci : animasi, persepsi, tahap pengetahuan guru, guru Bahasa Melayu

ABSTRACT
Animation is an application that is most often used by students but it is still insignificant among Malay
Language’s teachers. Non -electronic teaching aids are also preferred by teachers while electronic BBM is
rarely used. Therefore, this study was undertaken to identify teachers' perception towards application of
animation in the teaching and learning process in Malay Language, as well as to study the teachers’ level
of knowledge towards their comprehension of animation. This survey study used a set of 25 items
questionnaire. The sample comprised of 86 Malay Language teachers of primary schools in Kuala Kuantan
2, Kuantan Pahang. The collected data was analyzed by using Statistical for Social Science (SPSS) Version
22.0 software in descriptive form of mean and standard deviation. The findings showed that teachers'
perception level towards animation in the Malay Language learning process is positive and is in a high level
that indicates a mean value, μ = 4:41. Meanwhile, the teacher’s level of knowledge about the use of
animation in the Malay Language learning process in primary school is also very good and is in a high level
that indicates a mean value, μ = 3.79. In conclusion, most of the teachers have a positive perception towards
the importance on applying animation in line with their high level of knowledge. This suggests that when
teachers’ perceptions and levels of knowledge have been successfully identified, then the probability for
teachers to use animation in the classroom is higher despite being in a rural school.
Keywords : animation, perspective, knowledge level, Malay Languange teachers
1835
PENGENALAN

Sistem pendidikan Malaysia telah berubah seiring perkembangan murid generasi abad-21. Bagi
melengkapkan murid menempuh cabaran alaf baru, kandungan dan pedagogi dalam PdP Bahasa
Melayu turut berubah apabila Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan. Maka,
pelbagai strategi PdP yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk merangsang tumpuan,
penglibatan aktif dan menyeronokkan bagi mewujudkan sebuah iklim pembelajaran yang
berkesan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyeru agar warga pendidik
mengaplikasikan pengajaran berintegrasikan teknologi dalam bidang pendidikan (Bambang
Shaidi,2008). Murid di abad ke-21 merupakan generasi Z dan Alfa yang sememangnya dikenali
sebagai golongan digital native kerana terdedah sejak kecil dengan penggunaan rangkaian
media. Maka, guru perlu berfikiran kreatif bagi memastikan penguasaan kemahiran dalam Bahasa
Melayu dapat dikuasai oleh semua murid bermula dari sekolah rendah. Pelbagai BBM dapat
diaplikasi oleh guru seiring dengan Pembelajaran Abad ke 21 (PAK21) yang mampu menarik
fokus murid terhadap pengajaran guru lebih-lebih lagi dengan penggunaan elemen multimedia
atau alat berbantukan teknologi dalam PdP di bilik darjah.

Dalam kajian ini, perbincangan akan lebih menjurus kepada pengaplikasian bahan bantu
mengajar yang menggunakan animasi dalam PdP Bahasa Melayu. Menurut Noriati et al. (2017),
pengaplikasian teknologi dapat membantu manusia dalam menghasilkan pekerjaan yang lebih
efisien terutama dalam bidang pendidikan. Tugas guru untuk menyampaikan pengajaran dengan
jelas dan menarik akan lebih mudah dengan adanya bantuan daripada bahan berbantukan
teknologi yang mempunyai elemen multimedia interaktif seperti bahan animasi. Menurut
Jamalludin & Zaidatun (2000), animasi merupakan proses penambahan pergerakan terhadap imej
statik dan dikatakan sebagai satu set grafik yang dipaparkan dengan pantas dan menarik. Ia dapat
disokong dengan kenyataan Abdul Hadi et. al (2005) yang menyatakan bahawa animasi
terkandung dalam set multimedia yang mempunyai gabungan unsur-unsur teks, grafik, audio,
animasi dan video. Bahan multimedia yang mempunyai elemen animasi seperti ini adalah sangat
bersesuaian dengan perkembangan dan kemahiran sedia ada murid yang lebih cenderung
kepada bahan berteknologi digital kerana mereka turut menggunakan bahan yang sama dalam
kehidupan seharian. Sehubungan itu, bahan ini menggunakan medium teknologi dan ia
memerlukan pengetahuan dan kemahiran guru yang tinggi untuk mengaplikasi bahan digital
supaya dapat menarik fokus murid dalam bilik darjah.

1836
PERNYATAAN MASALAH

Guru perlu mempelbagaikan kaedah atau teknik pengajaran agar dapat mencapai keberkesanan
dalam proses PdP bilik darjah. Penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar yang menarik dan
sesuai dengan keperluan murid sangat membantu proses pembelajaran dari aspek kefahaman
dan penguasaan sesuatu topik. Pernyataan ini selari dengan Ismail (2002) yang menyatakan
bahawa penggunaan komputer dalam pembelajaran melibatkan animasi dua dan tiga dimensi
adalah lebih mudah dan cepat untuk difahami berbanding dengan kaedah penggunaan bahan
tradisional. Menurut Siti Suhaila (2015) pula, melalui pendedahan guru terhadap perisian
multimedia interaktif seperti animasi ini, murid akan faham terhadap maklumat visual di samping
memudahkan mereka menjawab soalan.

Walau bagaimanapun, kajian Abdul Rasid et.al (2012) menjelaskan bahawa animasi
adalah aplikasi paling kerap digunakan oleh murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu namun
tahap kesedaran terhadap penggunaannya masih rendah dalam kalangan guru yang mengajar
Bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru
terhadap pengaplikasian animasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah
rendah. Kajian ini juga dikaji dengan mengenalpasti persepsi guru terhadap pengaplikasian
animasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Manakala, berdasarkan kajian Mahyuddin & Hasnisham (2006), pengkaji ini berpendapat
bahawa penggunaan alat bantuan mengajar bukan elektronik lebih digemari oleh guru misalnya
penggunaan papan kapur, manakala BBM elektronik sangat jarang digunakan. Hal ini telah
membawa pengkaji untuk turut meninjau tahap pengetahuan guru dalam mengaplikasi animasi
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Pengkaji turut ingin mengenalpasti tahap
pengetahuan guru dalam mengaplikasi animasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu. Justeru, kajian ini dilaksanakan untuk meninjau persepsi dan tahap pengetahuan guru
terhadap pengaplikasian ini kerana masih kurang kajian terhadap pengaplikasian animasi secara
digital yang memfokuskan kepada mata pelajaran Bahasa Melayu yang bersifat abstrak dan
kurang realistik.

OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan tujuan tersebut, kajian ini berupaya untuk mencapai dua objektif berikut :

1. Mengenalpasti persepsi guru terhadap pengaplikasian animasi dalam pengajaran dan


pembelajaran Bahasa Melayu.

1837
2. Mengenalpasti tahap pengetahuan guru terhadap penggunaan animasi dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu.
SOALAN KAJIAN

Soalan kajian ini adalah selari dengan objektif kajian yang dikemukakan seperti yang berikut :

1. Apakah persepsi guru terhadap pengaplikasian animasi dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu ?
2. Apakah tahap pengetahuan guru terhadap penggunaan animasi dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu ?

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kajian tinjauan. Kajian
ini bertujuan untuk meninjau persepsi dan tahap pengetahuan guru terhadap pengaplikasian
animasi dalam PdP Bahasa Melayu. Sampel dalam kajian ini melibatkan 86 responden yang terdiri
daripada guru-guru Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah rendah sekitar kawasan mukim
Kuala Kuantan 2, Kuantan Pahang yang merupakan kawasan luar bandar. Seramai 66 orang
responden ialah guru perempuan manakala 20 orang lagi terdiri daripada guru lelaki.

Dalam kajian ini, instrumen soal selidik digunakan. Mohd Syahman et.al (2020)
menyatakan selain tidak memerlukan kos yang tinggi, soal selidik memudahkan responden
menjawab soalan yang diberikan. Bagi tujuan ini, kajian ini telah mengubahsuai soal selidik
pengkaji Siti Aminah & Fazlinda (2019) dan Maimun Aqsha et.al (2017) untuk meninjau
pengaplikasian animasi dalam PdP guru Bahasa Melayu sekolah rendah. Soal selidik ini juga
telah disahkan oleh pakar bidang dan metodologi.

Soal selidik dalam kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian A meliputi lima
soalan profil responden. Bahagian B pula meliputi 10 item berkaitan persepsi guru terhadap
pengaplikasian animasi dalam PdP Bahasa Melayu sekolah rendah. Manakala, 10 item dalam
bahagian C soal selidik ini meliputi tahap pengetahuan guru terhadap penggunaan animasi dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Pada 10 Mac 2021, soal selidik mula diedarkan secara maya kepada responden guru
melalui perkongsian pautan ‘Googleform’. Menurut Yuznaili (2021), soal selidik boleh dilakukan
melalui telefon, mel, internet ataupun bersemuka. Responden juga dimaklumkan tempoh selesai
menjawab soal selidik sebelum 17 Mac 2021. Setelah kesemua soal selidik dikumpulkan, data-
data dianalisis oleh pengkaji menggunakan statistik deskriptif. Pengkaji akan menggunakan skor
1838
min dan sisihan piawai untuk menganalisis data tersebut. Tafsiran bagi skor min telah diadaptasi
daripada Pallant, J. (2010) dan Sumarni (2000) yang ditunjukkan dalam jadual 1.

Jadual 1

Interpretasi skor min (Pallant, 2010 & Sumarni, 2000)

Selang Skala Skor min Tahap Interpretasi

1.0 Hingga 2.33 Rendah (kurang setuju/kurang membantu/kurang


mahir/kurang memenuhi/tidak pasti/kadang-
kadang/tiada/sebahagian kecil)
Sederhana
(setuju/membantu/mahir/memenuhi/separuh)
2.34 hingga 3.67
(sangat setuju/sangat membantu/sangat
Tinggi mahir/sangat memenuhi/sangat
3.68 hingga 5.00 selalu/semua/sebahagian besar)

Dalam kajian ini, tahap persepsi dan pengetahuan guru diukur berdasarkan empat kategori tahap
iaitu skor min 1.00 hingga 2.33 menunjukkan tahap yang rendah, skor min 2.34 hingga 3.67
menunjukkan tahap sederhana manakala skor min 3.68 hingga 5.00 pula menunjukkan tahap
persepsi dan pengetahuan guru yang tinggi.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini menjawab kepada dua soalan kajian iaitu berkaitan persepsi guru dan tahap
pengetahuan guru terhadap pengaplikasian animasi dalam PdP Bahasa Melayu sekolah rendah.

Jadual 2

Analisis item persepsi guru terhadap pengaplikasian animasi dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu

Bil Item Skor Tahap SP


min
(µ)

B1 Sesi pengajaran guru dan pembelajaran murid menjadi lebih 4.31 Tinggi 0.5
teratur dan lancar. 6

B2 Proses PdP Bahasa Melayu menjadi lebih ceria dan 4.52 Tinggi 0.5
menarik. 5

1839
B3 Kecekapan dan kreativiti guru dalam penggunaan BBM 4.33 Tinggi 0.6
berasaskan TMK dapat ditingkatkan. 8

B4 Penjelasan guru bagi sesuatu topik dalam Bahasa Melayu 4.40 Tinggi 0.5
menjadi lebih mudah sehingga murid memahami pelajaran 6
dengan cepat.
B5 BBM yang menggunakan animasi dapat membantu murid 4.15 Tinggi 0.6
mengaplikasikan apa-apa yang dipelajari dalam kehidupan 4
seharian.

B6 Murid mudah mengingati perkara yang diajarkan oleh guru. 4.43 Tinggi 0.5
4

B7 Tahap penguasaan murid meningkat terutama bagi topik 4.30 Tinggi 0.6
kemahiran bahasa yang lebih abstrak berdasarkan semakan 2
hasil kerja murid dalam lembaran latihan.

B8 Animasi membantu guru menarik perhatian murid sepanjang 4.58 Tinggi 0.5
sesi PdP berjalan. 6
B9 Murid melibatkan diri secara aktif sepanjang proses PdP 4.51 Tinggi 0.5
berlangsung. 9

B1 Murid lebih bersemangat semasa mengikuti sesi pengajaran 4.52 Tinggi 0.5
0 guru. 0
Skor min keseluruhan 4.41 Tingg 0.4
i 3

Dapatan berdasarkan Jadual 2 menunjukkan skor min persepsi guru Bahasa Melayu terhadap
pengaplikasian animasi secara keseluruhan ialah 4.41 yang menunjukkan responden mempunyai
persepsi yang sangat baik dan positif terhadap kepentingan bahan bantu mengajar yang
mengaplikasikan animasi. Nilai sisihan piawai (SP) ialah 0.43 yang menunjukkan bahawa set data
dalam kajian ini sedikit terserak namun masih menghampiri ukuran pusat. Skor min yang paling
tinggi dalam konstruk ini dapat dilihat melalui item B8 iaitu 4.58 yang menunjukkan responden
sangat bersetuju bahawa pengaplikasian animasi mampu membantu guru menarik perhatian
murid sepanjang sesi PdP berjalan. Skor min paling rendah pula ialah 4.15 iaitu berkenaan
respons daripada item yang ingin mengenalpasti bahawa BBM yang menggunakan animasi dapat
membantu murid mengaplikasikan apa-apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian.

1840
Jadual 3

Analisis item tahap pengetahuan guru terhadap penggunaan animasi dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu

Bil Item Skor Tahap SP


min

1. Saya tahu menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) 3.58 Sederhan 0.86
berasaskan multimedia interaktif seperti animasi. a

2. Saya tahu mengintegrasikan elemen animasi dalam 3.57 Sederhan 0.79


pembinaan BBM bagi mata pelajaran Bahasa melayu. a

3. Saya tahu animasi merangkumi gabungan grafik statik, teks, 3.94 Tinggi 0.85
bunyi, gerakan, dan multimedia interaktif yang lain.

4. Saya tahu cara mengendalikan bilik darjah menggunakan 3.55 Sederhan 0.85
animasi terutama melibatkan PdPc murid sekolah rendah. a

5. Saya tahu menggunakan peranti digital seperti komputer dan 4.05 Tinggi 0.68
tablet dalam sesi PdPc bagi memaparkan bahan animasi
dalam bilik darjah.

6. Saya tahu menghasilkan bahan animasi menggunakan 3.42 Sederhan 0.94


aplikasi power point, Canva atau powtoon yang menarik a

7. Saya tahu cara mengaplikasikan animasi mengikut 3.58 Sederhan 0.85


kesesuaian tajuk dan objektif pengajaran dalam Bahasa a
Melayu.

8. Saya tahu menggunakan animasi seperti kartun untuk 3.80 Tinggi 0.79
memberi contoh yang lebih realistik.

9. Saya tahu animasi mampu membantu menjadikan 4.26 Tinggi 0.62


pengajaran lebih kreatif dan menarik perhatian murid.

10. Saya tahu animasi boleh membantu meningkatkan 4.20 Tinggi 0.65
pencapaian murid dalam Bahasa Melayu.

Skor min keseluruhan 3.79 Tinggi 0.62

Berdasarkan Jadual 3, skor min keseluruhannya ialah 3.79 iaitu guru-guru Bahasa Melayu
sekolah rendah di kawasan mukim Kuala Kuantan 2 memiliki tahap pengetahuan yang tinggi
dalam menggunakan animasi dalam PdP Bahasa Melayu. Nilai sisihan piawai ialah 0.62
menunjukkan set data bagi keseluruhan konstruk ini sedikit terserak daripada ukuran pusat. Skor
min paling tinggi dapat dilihat melalui item 9 yang menunjukkan guru tahu bahawa animasi mampu
1841
membantu guru menjadikan pengajaran lebih kreatif dan menarik perhatian murid. Manakala, skor
min paling rendah pula ialah 3.42 bagi item 6 yang berkaitan dengan pengetahuan guru
menghasilkan bahan animasi menggunakan aplikasi power point, Canva atau powtoon yang
menarik.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu di 16 buah sekolah
sekitar mukim Kuala Kuantan 2, Kuantan Pahang mempunyai persepsi yang amat baik dan positif
terhadap pengaplikasian animasi dalam bilik darjah. Kajian ini juga mendapati bahawa guru-guru
tersebut mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi meskipun terdapat beberapa item yang
berada di tahap sederhana. Dalam kajian ini, masalah yang terdapat dalam kajian turut
dibincangkan dan menjadi cadangan pengkaji dalam usaha meningkatkan kesedaran guru untuk
mengaplikasikan animasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Berdasarkan persoalan kajian pertama, dapatan kajian menunjukkan persepsi guru terhadap
pengaplikasian animasi dalam PdP Bahasa Melayu sekolah rendah secara keseluruhannya
sangat positif dan baik untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Pengkaji juga mendapati guru mempunyai persepsi bahawa animasi berupaya mewujudkan
suasana sepanjang sesi PdP yang menyeronokkan dan menarik perhatian murid.

Dapatan kajian ini hampir sama dengan kajian lain yang mengkaji pengaplikasian animasi.
Satu kajian yang paling hampir dari aspek dapatannya ialah kajian Abdul Rasid, Shamsudin, dan
Humaizah (2012) yang menunjukkan persepsi terhadap penggunaan kartun sebagai animasi
dalam transformasi pengajaran penulisan karangan bahasa melayu adalah sederhana. Meskipun
terdapat perbezaan tahap persepsi guru, namun sebahagian besar responden guru dalam kajian
tersebut mempunyai persepsi yang sangat positif dan bersetuju bahawa penggunaan animasi
kartun sebagai BBM penulisan karangan Bahasa Melayu mampu mewujudkan suasana yang
seronok dan boleh mempengaruhi emosi murid sewaktu belajar. Dapatan ini turut disokong oleh
Aminordin (2007) yang menyatakan bahawa animasi merupakan cara yang efektif untuk menarik
perhatian dan berpotensi menjadikan pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan.

Manakala, bagi dapatan kajian yang menjawab soalan kajian kedua, pengkaji
merumuskan bahawa sebahagian responden mempunyai tahap pengetahuan terhadap
penggunaan animasi yang sangat baik. Melalui dapatan ini juga, pengkaji dapat melihat bahawa
sebahagian besar guru mempunyai pengetahuan dalam mengintegrasikan elemen animasi dalam
pembinaan BBM yang baik, tahu menghasilkan animasi menggunakan pelbagai perisian dan
1842
pengkaji juga dapat mengetahui bahawa guru tahu menyesuaikan objektif PdP dengan animasi
serta guru juga sememangnya amat berpengetahuan menggunakan animasi untuk menjadikan
pengajaran lebih kreatif dan menarik sehingga mampu meningkatkan pencapaian mereka dalam
Bahasa Melayu.

Bagi menyokong dapatan di atas, kebanyakan pengkaji lepas mengkaji keberkesanan


bahan animasi terhadap pembelajaran murid sekolah rendah seperti kajian Nagavalli et al. (2019).
Oleh itu, masih kurang kajian terhadap tahap pengetahuan guru yang menjadi pendorong
pengaplikasian animasi. Keberkesanan animasi yang tinggi terhadap murid dalam kajian lepas
sememangnya dicetuskan melalui kaedah pengajaran guru sehingga berupaya mengukur tahap
pengetahuan guru dalam penggunaan animasi. Keberkesanan tersebut dapat diselarikan dengan
kemahiran dan tahap pengetahuan guru di sekolah rendah sebagai sampel dalam kajian ini.
Namun begitu, melalui perbezaan ini, pengkaji dapat melihat perkaitan yang menjadi faktor
kepada keberkesanan tersebut sama ada ia berkait dengan tahap pengetahuan guru atau tidak.

Terdapat beberapa implikasi dalam kajian ini daripada aspek empirikalnya. Kebanyakan
kajian lepas menggunakan sampel murid sekolah rendah seperti kajian Nagavalli et al (2019), dan
Ronaldi et al. (2011). Namun begitu, berbeza dengan kajian kali ini yang mengkaji pengaplikasian
animasi terhadap sampel guru Bahasa Melayu sekolah rendah. Secara tidak langsung, kajian ini
berupaya mengisi kelompangan kajian-kajian lepas yang hanya menggunakan murid sahaja
sebagai sampel.

Sebagai cadangan lanjutan, pendekatan gabungan (mixed method) boleh digunakan.


Kajian dalam pengaplikasian animasi dalam PdP Bahasa Melayu akan lebih lancar dan lengkap
jika kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan gabungan. Di samping itu,
pendekatan gabungan akan menghasilkan dapatan kajian yang sangat kukuh serta datanya tidak
dapat dimanipulasi. Hal ini kerana, kesemua hasil dapatan telah disokong dengan pemerhatian,
analisis dokumen dan temu bual.

Selain itu, cadangan melaksanakan penyelidikan akan datang menggunakan sampel


murid sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Hal ini kerana, sampel kajian dalam kalangan
murid di SJKC atau SJKT belum ada dalam kajian lepas. Apabila memilih sampel tersebut sudah
pasti ia menyumbang hasil dapatan berbeza. Hal ini disebabkan oleh tahap penguasaan murid
terhadap Bahasa Melayu berada pada tahap kurang memuaskan terutama bagi murid bukan
penutur jati Bahasa Melayu (Chew F. P, 2016).

1843
Seterusnya, pengkaji boleh mencadangkan kajian akan datang untuk melaksana kajian
pengaplikasian animasi memfokuskan topik tertentu seperti aspek tatabahasa kata adjektif. Hal
ini dapat membantu pengkaji akan datang untuk melihat keberkesanan animasi dengan lebih
mendalam dan menjurus kepada sesuatu topik atau kemahiran. Hasil dapatan kajian sama ada
berjaya atau kurang berjaya berupaya meningkatkan lagi keyakinan guru di luar sana untuk
mengaplikasikan animasi dalam pengajaran.

Kesimpulannya, persepsi guru terhadap pengaplikasian animasi berada di tahap yang


sangat baik manakala tahap pengetahuan guru terhadap penggunaan animasi dalam PdP
Bahasa Melayu juga berada di tahap yang tinggi meskipun 86 orang guru sebagai responden ini
mengajar di sekolah luar bandar. Dapatan kajian yang diperoleh melalui kedua-dua persoalan
kajian yang berjaya dijawab dapat dilihat sebagai nilai tambah dalam bidang pedagogi pengajaran
Bahasa Melayu di mana guru berupaya mempelbagaikan BBM yang selaras dengan
perkembangan pembelajaran abad ke-21 (PAK21). Rumusannya, guru-guru hendaklah sentiasa
bersedia dalam mengaplikasikan animasi di dalam PdP yang merentas kurikulum. Berdasarkan
dapatan kajian ini, guru-guru dan pihak bertanggungjawab disarankan untuk sentiasa melatih diri
menggunakan bahan berteknologi dalam PdP untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan
kemahiran diri sebagai seorang guru serba boleh.

RUJUKAN

Abdul Hadi Mat Dawi, Fong, S. F., & Toh, S. C. (Ogos 2005). Animasi 3D Digital: Alatan kognitif
bagi meningkatkan Prestasi Visualisasi Mental dalam Pendidikan Untuk Pembangunan
Lestari. Prosiding Seminar Pendidikan JPPG (Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan
Guru) 2005, Hotel Shangri La Pulau Pinang.
Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman, & Humaizah Hashim. (2012). Persepsi guru terhadap
penggunaan kartun dalam transformasi pengajaran penulisan karangan bahasa
melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(1), 129-131.
Aminordin Che Lah. (2007). Grafik animasi dalam pengajaran dan pembelajaran [Tesis tidak
diterbitkan]. Universiti Sains Malaysia.
Bambang Shaidi. (2008). Penggunaan Bahan Pengajaran Berbentuk Powerpoint Interaktif
Kementerian Pelajaran Malaysia Di Sekolah Menengah Teknik. Jurnal Teknologi
Universiti Tun Hussien Onn.
Chew Fong Peng. (2016). Masalah pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina
sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM, 6(2), 10-22.

1844
Chua, Y. P. (2006). Kaedah Penyelidikan - Kaedah dan Statistik Penyelidikan Buku 1. Mc Graw
Hill Education.
Jamalludin Harun, & Zaidatun Tasir. (2000). Pengenalan kepada multimedia. Venton Publishing.
Mahyuddin Arsat, & Hasnisham Khalip. (2011). Penggunaan perisian multimedia dalam
pengajaran guru-guru teknikal. Journal of Science & Mathematics Education, 1-10.
Maimun Aqsha Lubis, Wan Nurul Syuhada' Wan Hassan, & Mohd Isa Hamzah. (2017). Tahap
pengetahuan dan kesediaan guru-guru Pendidikan Islam sekolah menengah di Selangor
terhadap penggunaan multimedia dalam pengajaran pendidikan islam. ASEAN
Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J), 1(1), 1-13.
Muhamad Syahman Mahdi, Yusmilayati Yunos, & Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff. (2020).
Penerimaan Pelajar Terhadap Animasi Upin & Ipin Sebagai Alat Bantu Mengajar. Jurnal
Melayu Sedunia, 3(1), 48-78.
Nagavalli Poobalan, Rozniza Zaharudin, & Voon Yeun Ting. (2019). Penggunaan bahan
multimedia interaktif 3D animasi (‘scratch’) dalam kaedah pembelajaran teradun terhadap
minat dan pencapaian murid Tahun 5 bagi mata pelajaran Sains. Jurnal Pendidikan Sains
dan Matematik Malaysia, 9(1), 49-56.
Noriati A. Rashid, Ying, B. P., & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Siri Pendidikan Guru :
Murid dan Pembelajaran (1st ed.). Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Pallant. J. (2010). SPSS Survival Manual A Step by Step Guide to Data Analysis using SPSS for
Windows (4th ed.). Crows West.
Ronaldi Saleh Umar, Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar, & Nor Aziah Alias. (2011).
Menggunakan Animasi di dalam Instruksi Khas untuk Kanak-Kanak Disleksia. Jurnal
Teknologi Pendidikan Malaysia, 1(2), 27-39.
Siti Aminah Sallehin, & Fazlinda Ab Halim. (2019). Penggunaan alat bahan bantu mengajar
berasaskan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah zon
Benut.
Siti Suhaila Sutaji. (2015). Kesan Penggunaan Koswer Multimedia Animasi Visual Terhadap
Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Matematik [Tesis tidak diterbitkan]. Universiti
Tun Hussien Onn.
Sumarni Junin. (2000). Kebimbangan dan punca-punca kebimbangan di kalangan pelajar di
sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur [Unpublished master's thesis]. University of
Malaya.
Yuznaili Saleh. (2021). Panduan komprehensif penyelidikan : Navigasi penyelidikan anda. Global
Mediastreet Sdn Bhd.

1845
KESEDIAAN GURU MENGAPLIKASIKAN TEKNIK BERCERITA DALAM PENULISAN
KARANGAN BAHASA MELAYU

Hafizuddin bin Mohd Sabri


hafizuddin09-968@epembelajaran.edu.my

Badrul Hisham bin Ghazali


badrulhisham@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap sikap guru Bahasa Melayu terhadap pendekatan didik
hibur dan tahap pengaplikasian teknik bercerita dalam pengajaran penulisan karangan. Seramai 52 orang
sampel yang terdiri daripada guru yang mengajar Bahasa Melayu di sekolah rendah di kawasan Changloon
telah dipilih untuk kajian ini. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal
selidik. Soal selidik tersebut mengandungi demografi responden, tahap sikap guru Bahasa Melayu terhadap
pendekatan didik hibur dan tahap pengaplikasian teknik bercerita dalam pengajaran penulisan karangan.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap sikap guru Bahasa Melayu terhadap pendekatan didik hibur
secara keseluruhannya min 3.61 (S.P = 0.55). Dari segi teknik bercerita dalam pendekatan didik hibur yang
digunakan secara keseluruhannya memperoleh min 4.16 (S.P = 0.41). Keseluruhan data dianalisis
menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS). Hasil kajian mendapati bahawa tahap sikap
guru Bahasa Melayu terhadap pendekatan didik hibur berada pada tahap yang sederhana tinggi. Selain itu,
hasil kajian juga mendapati bahawa tahap pengaplikasian teknik bercerita dalam pengajaran penulisan
karangan berada pada tahap yang tinggi.
Kata Kunci: Pendekatan didik hibur; Teknik bercerita,; Pembelajaran Bahasa Melayu

ABSTRACT
This study is to identify the level Malay Language teacher attitudes toward fun learning technique and level
of application of narrative techniques in essay writing education. A total of 52 samples comprised of teachers
who teach in Malay Language School in Changloon was selected for this study. This study quantitatively
using a survey instrument. The instrument contains demographic, attitudes and techniques used in essay
writing through education techniques, storytelling elements used in education techniques and difficulties
encountered in teaching essay writing techniques education. The result shows the attitudes and essay
writing techniques used by the technique of education as a whole found the mean 3.61 (s.d. = 0.55). In
terms of storytelling elements in edutainment techniques used to find the overall mean 4.16 (s.d. = 0.41).
The whole data was analyzed by using Statistical Package For Social Science (SPSS). The study found
that the level of Malay teachers' attitudes toward edutainment approach at the level of medium-high. In
addition, the results of the study also found that the level of application of storytelling techniques in the
teaching of essay writing is at a high level.
Keywords: Fun learning approach; storytelling techniques; Malay Language learning.

1846
PENGENALAN
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Melayu telah mengetengahkan pendekatan
berbentuk modular dan pembelajaran secara didik hibur bagi mencungkil potensi murid untuk
meneroka pelbagai bidang ilmu pengetahuan, khususnya sewaktu dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa di dalam kelas. Menurut Che Zanariah (2011), mengajar menggunakan
kaedah yang betul dan berkesan menjadi faktor peningkatan pencapaian pelajar dalam penulisan.
Pengajaran kemahiran menulis dalam elemen didik hibur yang dilakukan melalui aktiviti secara
kreatif dan terancang oleh guru sudah pasti dapat memberi perubahan yang lebih efektif dalam
pembelajaran. Oleh itu, guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu perlu mengkaji dan
mencari teknik yang terbaik bagi meningkatkan pencapaian pelajar serta mencari satu kaedah
pengajaran penulisan Bahasa Melayu yang menarik.

PERNYATAAN MASALAH

Berlakunya kegagalan dalam sesuatu pelaksanaan kurikulum adalah disebabkan kurang


penekanan aspek kesediaan agen pelaksana iaitu para guru. Keberkesanan proses PdP amat
berkait rapat dengan kebijaksanaan seorang guru dalam memilih kaedah yang sesuai dengan
tahap dan kebolehan pelajar (Zaleha 2011). Penggunaan teknik dan strategi pengajaran guru
yang kurang menarik akan mewujudkan suasana yang membosankan, apatah lagi apabila tidak
dirancang dengan baik.

Beberapa kajian antaranya Abdul Rasid Jamian (2013), menyatakan bahawa pengajaran
penulisan karangan di dalam bilik darjah perlulah menarik minat pelajar untuk mendapatkan idea,
pandangan, ulasan dan sebagainya. Kreativiti yang tinggi dalam pengajaran dapat mencorakkan
perkembangan minda, emosi, sikap dan diri pelajar. Kajian lepas juga mendapati bahawa isi
pengajaran dan pembelajaran yang dipenuhi dengan fakta telah menyukarkan pelajar untuk
memahami dan meminati sesi pembelajaran.

Salah satu pendekatan yang didapati berkesan untuk membantu penulisan karangan
murid dalam Bahasa Melayu adalah menerusi didik hibur khususnya teknik bercerita. Didik hibur
yang digunakan secara kritis mampu melahirkan semangat dan motivasi murid untuk terus belajar.
Pengajaran dan pembelajaran sebegini dapat mengembang dan meningkatkan lagi daya intelek
serta pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012).

1847
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk melihat tahap sikap dan tahap pengaplikasian guru Bahasa Melayu
terhadap pendekatan didik hibur dan teknik bercerita. Antara objektif utama pelaksanaan kajian
ini ialah adalah seperti yang berikut:

1. Mengenal pasti tahap sikap guru Bahasa Melayu terhadap pendekatan didik hibur.
2. Mengenal pasti tahap pengaplikasian teknik bercerita dalam pengajaran penulisan
karangan.

PERSOALAN KAJIAN

Soalan kajian ini adalah selari dengan objektif yang dikemukakan seperti yang berikut:

1. Apakah tahap sikap guru Bahasa Melayu terhadap pendekatan didik hibur?
2. Apakah tahap pengaplikasian teknik bercerita dalam pengajaran penulisan karangan?

METODOLOGI

REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan menggunakan kaedah kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan
yang sering dijalankan dalam penyelidikan (Mohd Majid 2009). Oleh itu, pengkaji menggunakan
instrumen soal selidik untuk mengumpul data bagi menjawab persoalan kajian. Mohd Majid (2009)
menjelaskan soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas subjek
terhadap rangsangan soalan yang diberi kerana tidak dipengaruhi oleh personaliti dan tingkah
laku penyelidik. Justeru itu, penyelidik tidak hadir semasa responden menjawab soalan.
Responden kajian ini terdiri daripada 52 orang guru Bahasa Melayu di sekolah yang telah dipilih.
Soal selidik ini terdapat tiga bahagian untuk dijawab oleh guru. Hasil dapatan kajian yang
diperoleh, data dianalisis dengan statistik deskriptif iaitu peratusan, min, dan sisihan piawai bagi
melihat tahap sikap guru Bahasa Melayu terhadap pendekatan didik hibur dan tahap
pengaplikasian teknik bercerita dalam pengajaran penulisan karangan.

LOKASI KAJIAN

Kajian ini melibatkan beberapa buah sekolah rendah di sekitar Changloon. Pemilihan sekolah
berdasarkan tempat yang mudah dikunjungi oleh pengkaji, iaitu hanya sekolah rendah yang
terletak di dalam zon Changloon sahaja. Pengkaji berpendapat penggunaan responden
dijangkakan akan menjawab semua persoalan kajian. Pihak sekolah juga memberi sokongan
kepada pengkaji bagi melaksanakan kajian. Ini akan memudahkan kajian pengkaji.

1848
RESPONDEN KAJIAN

Sampel kajian ini terdiri daripada 52 orang guru Bahasa Melayu. Menurut Mohd Majid (2009),
populasi didefinisikan sebagai satu set ciri yang menunjukkan cerapan atau ukuran yang tertentu
terhadap sekumpulan individu atau objek. Penggunaan saiz sampel perlu digalakkan melebihi 30
unit. Pertambahan saiz sampel akan melebihi populasi dan mengurangkan ralat pensampelan.
Jadi, dalam kajian ini sampel yang digunakan adalah melebihi 30 bagi mengurangkan ralat
pensampelan tersebut. Formula penentuan saiz sampel oleh Krejcie dan Morgan (1970),
dibangunkan pada aras 95% aras keyakinan.

Jadual 1

Jadual penentuan sampel mengikut Krejcie dan Morgan

Jadual (N) Sampel (S)


60 52
65 56
70 59
N = saiz populasi

S = saiz sampel

PENGANALISIAN DATA

Pengkaji menggunakan satu prosedur pengumpulan data, iaitu menggunakan borang soal selidik.
Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for School
Science (SPSS) versi 26 untuk mendapatkan taburan min dan sisihan piawai. Skor min yang
diperoleh untuk semua soalan dalam kajian ini ditafsirkan menggunakan cara interpretasi dapatan
statistik deskriptif yang dicadangkan oleh Mohd Paris Saleh & Saedah Siraj (2016) seperti dalam
Jadual 2.

Jadual 2

Interpretasi tahap min

Skor purata Interpretasi


1.00-2.00 Tahap rendah
2.01-3.00 Tahap sederhana rendah

3.01-4.00 Tahap sederhana tinggi

4.01-5.00 Tahap tinggi

1849
DAPATAN KAJIAN

DEMOGRAFI RESPONDEN

Demografi responden dalam kajian ini terbahagi kepada tiga, iaitu jantina, bangsa dan agama.
Berdasarkan Jadual 2, daripada 52 orang guru hanya 10 orang guru lelaki (19.23%) sahaja terlibat
dan selebihnya 42 orang guru perempuan (80.8%). Responden daripada bangsa Melayu adalah
yang paling ramai iaitu seramai 49 orang (94.2%). Manakala bagi kaum lain-lain ialah 3 orang
(5.8%). Namun begitu, tiada responden yang mewakili kaum Cina dan India terlibat dalam kajian
ini. bilangan responden yang beragama Islam seramai 52 orang (100%). Namun begitu, tiada
responden yang mewakili agama Buddha , Hindu, Kristian dan lain-lain terlibat dalam kajian ini.

Jadual 2

Demografi responden berdasarkan jantina, bangsa dan agama

Kategori Jumlah Peratus


(N=52) (%)

Jantina Lelaki 10 19.23


Perempuan 42 80.8
Bangsa Melayu 49 94.2
Cina 0 5.8
India 0 0
Lain-lain 3 0
Agama Islam 100 100
Buddha 0 0
Hindu 0 0
Kristian 0 0

DAPATAN BAHAGIAN B

Jadual 3

Analisis Item Bagi Sikap Guru Bahasa Melayu terhadap Pendekatan Didik Hibur

Bil Item Min Sisihan Tahap


(µ) Piawai
(SP)

1850
1. Saya kerap mengaplikasi elemen nyanyian 3.21 .936 Sederhana Tinggi
dalam pengajaran karangan.
2. Saya kerap menerapkan elemen lakonan 3.40 .799 Sederhana Tinggi
dalam pengajaran karangan.
3. Saya kerap menerapkan elemen bercerita 4.19 .595 Tinggi
dalam pengajaran karangan.
4. Saya mengadakan aktiviti lawatan sambil 2.81 1.103 Sederhana
belajar dan meminta murid menghasilkan Rendah
karangan berdasarkan aktiviti tersebut.
5. Saya menyediakan gambar dan meminta 4.33 .648 Tinggi
murid menghasilkan karangan berdasarkan
gambar tersebut.
6. Saya meminta murid melakonkan watak dan 3.63 .768 Sederhana Tinggi
menghasilkan karangan berdasarkan lakonan
tersebut.
7. Saya meminta murid menghasilkan karangan 4.04 .839 Tinggi
berdasarkan imaginasi mereka mengikut
arahan yang diberikan.
8. Saya selalu menayangkan video yang sesuai 3.54 .959 Sederhana Tinggi
dengan isi pelajaran bagi memudahkan murid
mendapatkan idea.
9. Saya kerap meminta murid melakukan aktiviti 3.21 .800 Sederhana Tinggi
didik hibur secara individu.
10. Saya kerap meminta murid melakukan aktiviti 3.75 .837 Sederhana Tinggi
didik hibur secara berkumpulan.
Keseluruhan 3.61 .553 Sederhana
Tinggi

Dapatan kajian secara keseluruhan berdasarkan jadual 3 menunjukan min tahap sikap
guru Bahasa Melayu terhadap pendekatan didik hibur ialah µ=3.61. Manakala nilai sisihan piawai
SP= .553. Min dan sisihan piawai tersebut menunjukkan bahawa sebahagian besar responden
memberikan jawapan baik dan hanya sebahagian kecil memberikan jawapan sederhana.

1851
Kesimpulannya, dapatan ini menunjukkan bahawa penggunaan pendekatan didik hibur
dalam pengajaran karangan yang digunakan oleh guru adalah pada tahap sederhana tinggi.
Dalam kajian ini, dapatan item turut diberikan kerana dengan menjelaskan bahawa data yang
lebih besar membolehkan penjelasan dari sudut pandangan yang neutral dan objektif.

DAPATAN BAHAGIAN C

Jadual 4

Analisis Item Bagi Tahap Pengaplikasian Teknik Bercerita Dalam Pengajaran Penulisan
Karangan

Bil Item Min Sisihan Tahap


(µ) Piawai
(SP)
1. Aktiviti bercerita secara berkumpulan 3.92 .652 Sederhana Tinggi
dilaksanakan bagi menghasilkan isi
karangan.
2. Aktiviti bercerita secara individu 3.75 .711 Sederhana Tinggi
dilaksanakan bagi menghasilkan isi
karangan.
3. Aktiviti bercerita yang dilaksanakan secara 4.13 .595 Tinggi
sistematik mampu melahirkan idea dalam
penghasilan karangan.
4. Aktiviti bercerita dapat dilaksanakan oleh 4.10 .721 Tinggi
murid.
5. Aktiviti bercerita memerlukan tempoh 4.15 .638 Tinggi
pelaksanaan dan peruntukan masa
pembelajaran yang sesuai dan fleksibel.
6. Aktiviti bercerita diterapkan dalam sesi 4.40 .634 Tinggi
pengajaran Bahasa Melayu agar PdP lebih
menarik, memperkaya kosa kata dan
pengukuhan pemahaman yang baik.

1852
7. Guru membantu murid mengujarkan suku 4.44 .608 Tinggi
kata dengan sebutan yang jelas dan intonasi
yang sesuai.
8. Guru berjaya melahirkan suasana bercerita 4.27 .660 Tinggi
dengan bermakna melalui bahasa badan
yang kreatif.
9. Bahasa badan yang kreatif seperti gerak-geri 4.48 .577 Tinggi
dan mimik muka akan memudahkan
pemahaman murid terhadap isi pelajaran.
10. Elemen bercerita lebih berkesan berbanding 3.98 .671 Sederhana Tinggi
dengan elemen nyanyian, lakonan dan puisi.
Keseluruhan 4.16 .409 Tinggi

Dapatan kajian berdasarkan jadual 4 menunjukkan min tahap pengaplikasian teknik


bercerita dalam pengajaran penulisan karangan oleh guru Bahasa Bahasa ialah (µ=4.16).
Manakala nilai sisihan piawai SP= .409. Min dan sisihan piawai tersebut menunjukkan bahawa
set data dalam kajian ini menghampiri ukuran pusat. Situasi ini menunjukkan bahawa sebahagian
besar responden memberikan jawapan setuju dan sebahagian lagi memberikan jawapan kurang
setuju dan segelintir memberikan jawapan sangat setuju.

Kesimpulannya, guru-guru yang mengajarkan Bahasa Melayu di sekolah rendah dalam


zon Changloon mempunyai tahap pengaplikasian teknik bercerita dalam pengajaran penulisan
karangan yang tinggi semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menunjukkan bahawa
guru telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan pemikiran kritis dan
menggalakkan murid ke arah pembelajaran abad ke-21.

KESIMPULAN, CADANGAN, IMPLIKASI

Pengkaji membuat rumusan bahawa guru-guru lebih gemar menggunakan gambar rangsangan
kepada murid dalam pengajaran karangan. Buktinya dapat dilihat pada min item bahagian B
(µ=4.33). Justeru itu, usaha ini dilihat sebagai sesuatu yang memberangsangkan dan patut
diamalkan oleh guru-guru yang lain. Bukan itu sahaja, guru juga perlu menambah ilmu mengenai
pendekatan didik hibur ini supaya dapat mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran yang
menyerokan dalam pdp mereka.

1853
Dari segi teknik bercerita dalam teknik didik hibur yang digunakan secara keseluruhannya
mendapati kebanyakan guru melaksanakan aktiviti bercerita berfokuskan kepada aktiviti
berkumpulan bagi menghasilkan isi karangan. Kebanyakan guru bersetuju bahawa teknik
bercerita yang digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu memerlukan tempoh pelaksanaan
dan peruntukan masa pembelajaran yang sesuai dan fleksibel. Di samping itu, aktiviti lakonan
yang dilaksanakan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dapat meningkatkan kemahiran
mengarang pelajar. Penyerapan didik hibur elemen bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran
yang perlu dilakukan secara kreatif dan sesuai dengan persekitaran pelajar dan apabila mereka
sudah seronok dan aktif, secara tidak langsung mampu mengekalkan motivasi mereka untuk
mengikuti pelajaran penulisan karangan melalui aktiviti didik hibur yang dirancang secara
sistematik oleh guru.

Implikasi kajian ini ialah pendekatan didik hibur dapat mendedahkan guru-guru Bahasa
Melayu tentang kaedah pembelajaran aktif. Guru Bahasa Melayu akan lebih jelas serta faham
tentang definisi konsep pembelajaran aktif. Setelah faham, mereka boleh mengaplikasikan
konsep pembelajaran aktif ke dalam pengajaran agar lebih menarik serta dapat menarik minat
murid.

Melalui kajian ini pengkaji mempunyai beberapa cadangan kepada pihak tertentu. Antara
cadangan pengkaji ialah KPM perlu menyarankan supaya para guru menggunakan teknik
bercerita sebagai satu daripada alat berfikir yang harus diaplikasikan semasa proses PdP sebagai
cara untuk meningkatkan tahap berfikir murid-murid. Sehubungan dengan itu, guru-guru perlu
sentiasa mempersiapi diri dengan segala imu pengetahuan tentang teknik bercerita supaya
penggunaannya tidak menjadi masalah kepada guru sebagai usaha untuk meningkatkan tahap
berfikir murid. Bagi guru yang kurang berpengetahuan untuk mengaplikasikan teknik ini, guru
seharusnya menghadiri kursus-kursus atau bengkel berkaitan teknik bercerita tersebut. Oleh yang
demikian, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) harus memainkan peranan bagi meningkatkan tahap
profesionalisme keguruan dari segi konteks ilmu pengetahuan. BPG perlu mengadakan pelbagai
kursus berkaitan pendekatan didik hibur khususnya teknik bercerita bagi memberikan
pengetahuan kepada guru-guru tentang cara pengaplikasian teknik bercerita. Di samping itu, BPG
harus mengadakan pelbagai program seperti pembentangan kertas kerja supaya para guru
terdedah kepada maklumat-maklumat ini.

Secara keseluruhannya, hasil kajian ini menunjukkan bahawa penyerapan didik hibur
elemen bercerita mampu meningkatkan penguasaan kemahiran menulis pelajar. Terdapat
beberapa kekangan seperti kekurangan masa dan masalah murid itu sendiri menyebabkan guru
1854
kurang menggunakan teknik didik hibur ini sepenuhnya. Jadi, guru perlulah kreatif dan menuntut
komitmen yang tinggi bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.

RUJUKAN
Adenan Ayob. (2009). Bahasa Kebangsaan. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Abdul Jalil Othman & Bahtiar Omar. (2005). Aplikasi pembelajaran secara
konstruktivisme dalam pengajaran karangan berpandu. Makalah Pendidikan, 4:
6- 8.
Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail. (2013). Pelaksanaan Pembelajaran
Menyeronokkan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu Vol3 Bil 2 (Nov. 2015) 49.03.
Abdul Rasid Jamian, Nurul Nadiah Razali & Shamsudin Othman. (2016). Pengaplikasian
Teknik Didik Hibur Meningkatkan Pencapaian Penulisan Karangan Bahasa
Ashaari. (1990). Pengajaran Kreatif untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Bryman, AE and Cramer, D. (2005). Quantitative Data Analysis with SPSS 12 and 13:
A Guide for Social Scientists. Routledge, ISBN 0 415 34081 0.
Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd Rahman. (2011). Pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran kemahiran menulis di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 1 (1): 67-87.
Chua, Y. (2006). Kaedah dan statistik penyelidikan. McGraw-Hill.
Hashim Musa. (2005). Bahasa dan pemikiran Melayu. Akademi Pengajian Melayu, Kuala
Lumpur.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khalid Johari. (2003). Penyelidikan dalam pendidikan: Konsep dan prosedur. Petaling Jaya:
Prentice Hall.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Kuala Lumpur Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Kerlinger, F. N. (1986). Foundations of behavioral research (3rd ed.). New York: CBS
Publishing.
Krejcie, R.V & Morgan, D.W. (1970). Determining sampel size for research activities.
Educational and Psychological Measurement: 30-608.
Lee Keok Cheong, Zakri Abdullah & Chua Lay Mee. (2018). Penyelidikan dalam pendidikan.
Oxford Fajar Sdn Bhd.
Lim Chong Hin. (2007). Penyelidikan Pendidikan: Pendekatan Kuantitatif dan Kualitatif.
Mcgraw Hill: Selangor.

1855
Mohd Majid Konting. (2009). Penyelidikan pendidikan Kuala Lumpur Dewan Bahasa &
Pustaka.
Noraini Idris. (2010). Persampelan: Penyelidikan dalam Pendidikan. Mc Graw Hill
Education ( Malaysia) Sdn Bhd. Hlm 111-134.
Nik Aziz Nik Pa. (1999). Pendekatan konstruktivisme radikal dalam pendidikan Matematik.
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Noresah Baharom. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
Nor Razah Lim dan Zamri. (2011). Kepelbagaian kaedah penyoalan lisan dalam pengajaran
guru bahasa melayu: kaedah pemerhatian. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu
;Malay Language Education (MyLEJ), 1 (1). pp. 51-65.
Ramlah Jantan. (2016). Aktiviti Didik Hibur Dalam kalangan Guru Prasekolah Di Daerah
Gombak. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Jilid 5, 19-29.
Roselan Baki. (2003). Kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam:
Karisma Publications Sdn. Bhd.
Syed Ismail, Ismail Raduan & Bushro Ali. (2018). Asas Penyelidikan dalam Pendidikan.
Petaling Jaya: Sasbadi Sdn Bhd.
Sabitha Marican. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial Petaling Jaya, Selangor:
Pearson Malaysian Sdn Bhd.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Siri pendidikan guru: Bahasa Melayu II. Shah Alam: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
Shahabuddin & Rohizani. (2003). Pedagogi : strategi dan teknik mengajar dengan
berkesan. Bentong : PTS Publications & Distributors 2003.
Sulaiman Masri. (2005). Kaedah penyelidikan dan panduan penulisan (esei, proposal, tesis).
Kuala Lumpur: Cheras Utusan Publications & Distributors 2005.
Zaidatun Tasir & Mohd Salleh Abu. (2003). Analisis Data Komputer SPSS 11.5 For
Windows, Kuala Lumpur: VENTON Publishing.
Zaleha Abu Bakar. (2011). Kreativiti guru. Meningkatkan minat pelajar dan keberkesanan
Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Islam Dalam Azizul Rahman Mohammad
Saleh Rahamad. Hlm 477-497 MDK Intelek Enterprise.

1856
PENGAPLIKASIAN GOOGLE EARTH DALAM PENULISAN KARANGAN RANGSANGAN
BAHASA MELAYU TAHUN 5

Irfan Izzudin bin Md Jais


irfan09-969@epembelajaran.edu.my

Nor Rul Azlifah binti Zukafali


norrulazlifah@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kemahiran menulis merupakan kemahiran tertinggi dalam kemahiran berbahasa. Antara faktor yang
mempengaruhi kesukaran dalam penulisan karangan Bahasa Melayu ialah ketiadaan isi atau idea-idea
yang meluas. Begitu juga faktor persekitaran pembelajaran yang tidak kondusif seperti pengajaran
konvensional yang digunakan oleh guru menyebabkan suasana pembelajaran menjadi suram. Tujuan
kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesesuaian penggunaan aplikasi Google Earth dalam menulis
karangan rangsangan Tahun 5 dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Bahasa Melayu. Kajian
ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah fenomenologi. Bagi kajian ini tiga orang guru Bahasa
Melayu sekitar Kuala Lumpur telah dipilih. Tiga kaedah pengumpulan data telah digunakan dalam kajian ini
iaitu temu bual, senarai semak pemerhatian dan analisis dokumen. Secara keseluruhannya, dapatan kajian
menunjukkan penggunaan aplikasi Google Earth sangat berkesan dalam membantu murid merangsang
idea yang lebih meluas dan tepat serta mewujudkan suasana PdPc yang menyeronokkan. Implikasi kajian
ini berupaya memberi pengetahuan tambahan kepada guru khususnya guru Bahasa Melayu tentang
keupayaan aplikasi Google Earth ini dalam PdPc penulisan karangan rangsangan. Kajian ini juga dapat
menyokong aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam melestarikan penggunaan TMK dalam
sistem pendidikan di Malaysia.
Kata kunci: Google Earth, kemahiran menulis, karangan rangsangan, Bahasa Melayu, fenomenologi

ABSTRACT

Writing skills are the highest skills in language skills. Among the factors that affect the difficulty in essay
writing English is the absence of content or ideas widely. Similarly, unconducive learning environment
factors such as conventional teaching used by teachers cause the learning environment to be gloomy. The
aim of this study was to identify the suitability of using the Google Earth application in stimulus essay Year
5 in teaching and learning process of Bahasa Melayu. This study uses a qualitative approach and
phenomenological methods. In this study, three Bahasa Melayu teachers around Kuala Lumpur have been
included as samples. Three data collection methods were used in this study such as interviews, observation
checklists and document analysis. Overall, the findings of the study show that the use of the Google Earth
application is very effective in helping students stimulate broader and more precise ideas as well as creating
a fun in teaching and learning atmosphere. The implications of this study seeks to provide knowledge to the
teachers, especially Bahasa Melayu teachers on the Google Earth application's ability in stimulus essay
writing. This study can also support the aspirations of the Ministry of Education Malaysia (MOE) in sustaining
the use of ICT in the education system in Malaysia.
Keywords: Google Earth, writing skills, stimulus essay, Bahasa Melayu, phenomenology
1857
PENGENALAN

Sesebuah karangan yang baik harus diolah dengan menggunakan bahasa yang tepat dan
menarik. Untuk menghasilkan sebuah karangan yang baik si penulis perlu menggabungkan
beberapa kemahiran dan pengalaman yang berkaitan dengan kepengarangan (Abd. Aziz Abd.
Talib, 2007). Penggunaan bahan bantu multimedia seperti pengaplikasian pengajaran
menggunakan aplikasi yang memaparkan gambaran sebenar tentang satu-satu tempat boleh
merangsang murid untuk mengetahui sesuatu perkara secara kritis dan lebih tepat Rosilawati
Zainol et al., (2017).

Dalam pembangunan sektor pendidikan juga tidak terlepas dengan hasrat mampu
menyediakan murid-murid untuk menghadapi gelombang teknologi pada masa akan datang.
Kaedah yang dibangunkan dalam kajian ini ialah penggunaan Google Earth sebagai alat bantu
mengajar dalam topik karangan rangsangan. Hal ini bertujuan bagi membina suatu pengalaman
bagi murid itu sendiri apabila menulis karangan rangsangan. Sebagai contoh, murid diminta
membina karangan melawat ke bandaraya Melaka atau ke luar negara. Maka, murid yang tidak
pernah ke Melaka atau ke luar negara boleh merasai pengalaman itu dengan menggunakan
aplikasi Google Earth itu sendiri berbanding dengan hanya menggunakan bahan visual semata-
mata.

PERNYATAAN MASALAH DAN OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat kajian yang menunjukkan pengaplikasian literasi digital dapat membantu murid dalam
PdPc. Kajian Thankachan dan Franklin (2013) penggunaan Google Earth telah ditunjukkan
bahawa aplikasi ini mampu menyokong pembelajaran murid, meningkatkan keaktifan murid di
dalam kelas dan pengalaman pembelajaran itu sendiri. Dalam kajian Nurul Aisyah et al., (2016),
antara faktor yang mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu ialah ketiadaan isi atau
idea-idea yang meluas. Begitu juga faktor persekitaran pembelajaran yang tidak kondusif seperti
pengajaran konvensional yang digunakan oleh guru menyebabkan suasana pembelajaran
menjadi suram (Abd. Aziz, 2007).

Menurut Syahida Nadia (2015) dalam Teori Konstruktivisme, PdPc akan berpusatkan
murid. Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh
murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif. Guru pula berperanan sebagai
fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah. Guru juga
sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk
membina pengetahuan baharu. Guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan
1858
merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut. Oleh itu,
penggunaan Google Earth dapat dilihat sebagai salah satu alat literasi digital dalam PdPc Bahasa
Melayu yang terkini. Murid perlu didedahkan dengan penerokaan dan penemuan yang baharu
dalam pelajaran mereka. Justeru kajian ini akan meninjau pengaplikasian Google Earth dalam
penulisan karangan rangsangan Bahasa Melayu Tahun 5.

Penggunaan aplikasi Google Earth amat mempengaruhi suasana PdPc penulisan


karangan rangsangan yang membuatkan murid lebih bersemangat di samping dapat
mengeluarkan idea-idea yang lebih luas dan tepat. Kebanyakan kajian lepas dijalankan dalam
mata pelajaran yang lain dan luar daripada bidang Bahasa. Hanya terdapat satu sahaja yang
menggunakan Google Earth yang digunakan dalam kajian bidang bahasa iaitu kajian pengajaran
Bahasa Inggeris yang menggunakan Google Earth sebagai alat bantu juga telah dilaksanakan di
Amerika Syarikat oleh Yan Chen et al., (2019). Kajian penggunaan Google Earth dalam
pengajaran Geografi di Romania yang dijalankan oleh Gabriela Osaci-Costache et al., (2015). Lei
Luo (2018) juga mengaplikasikan Google Earth sebagai alat yang sangat berkesan dalam bidang
arkeologi dan sejarah di China. Selain itu, kajian Bismarck Jigena et al., (2018) menggunakan
aplikasi Google Earth dalam pengajaran mata pelajaran asas maritim di Sepanyol. Kajian
penggunaan Google Earth dalam pengajaran Town Planning di beberapa buah universiti di India
juga telah dijalankan oleh K. Malarvizhi (2015).

Hasil kajian ini dan juga hasil kajian-kajian yang telah disenaraikan membuktikan bahawa
penggunaan Google Earth sebagai alat bantu dapat meningkatkan penguasaan dalam
merangsang idea-idea yang lebih meluas dan tepat. Hal ini disokong oleh Lei Luo (2018) yang
menyatakan Google Earth mampu menunjukkan gambar dan maklumat yang jelas kepada
pengguna di samping mesra pengguna dan tiada caj apabila digunakan. Oleh itu, Google Earth
sangat sesuai diaplikasikan dalam pengajaran penulisan karangan di sekolah. Dalam
perbincangan di atas kebanyakan kajian sedia ada lebih banyak mengkaji mata pelajaran yang
berkaitan dengan persekitaran muka bumi dan ada satu kajian yang melibatkan Bahasa Inggeris.
Analisis kajian literatur juga mendapati masih tiada kajian penggunaan aplikasi Google Earth
dalam PdPc Bahasa Melayu di Malaysia atau di luar negara khususnya dalam kemahiran
penulisan.

Sehubungan dengan itu, kajian ini bagi melaksanakan objektif kajian yang berikut:

i. Mengenal pasti kesesuaian penggunaan aplikasi Google Earth dalam menulis karangan
rangsangan Tahun 5 dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Bahasa Melayu.

1859
Kajian ini untuk mendapat maklumat bagi menjawab persoalan yang berikut:

i. Bagaimanakah aplikasi Google Earth boleh membantu murid dalam menulis karangan
rangsangan Tahun 5 dalam PdPc Bahasa Melayu?
ii. Mengapakah Google Earth sesuai diaplikasikan dalam menulis karangan rangsangan
Tahun 5 dalam PdPc Bahasa Melayu?

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah fenomenologi. Kajian ini
melibatkan seramai tiga orang responden yang terdiri daripada guru-guru di sekitar Kuala Lumpur.
Ketiga-tiga orang responden ialah guru perempuan. Purata umur responden adalah antara 28
tahun hingga 42 tahun. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan instrumen temu bual, senarai
semak pemerhatian dan analisis dokumen. Ini kerana trangulasi data lebih praktikal dan berkesan
untuk digunakan dalam populasi yang kecil. Triangulasi bermaksud penggunaan pelbagai sumber
data, pengkaji, kaedah pemungutan data dan analisis (Bailey, 2007; Merriam, 2001; Othman
Lebar, 2006). Temu bual diadakan pada 1 Oktober 2020 bagi Responden 1, 28 September 2020
untuk Responden 2 dan 5 Oktober 2020 bagi Responden 3 sejurus sahaja PdPc guru-guru
berjalan. Bagi ketiga-tiga responden ini pengkaji terlebih dahulu telah berbincang dengan
responden untuk menetapkan tarikh, tempat dan sebagainya. Kemudian senarai semak dan
dokumen seperti RPH dan lembaran kerja murid telah dikumpul dan dianalisis oleh pengkaji
menggunakan analisis tematik

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini menunjukkan penggunaan aplikasi Google Earth sangat berkesan dalam
membantu murid merangsang idea yang lebih meluas dan tepat bagi satu-satu situasi yang
diberikan dalam PdPc kemahiran menulis karangan rangsangan Bahasa Melayu Tahun 5. Hal ini
dapat dibuktikan melalui temu bual yang dijalankan bersama guru-guru yang terlibat. Sebagai
contoh, Responden 1 dan 2 ada menyatakan bahawa aplikasi Google Earth ini membolehkan
murid mengeluarkan idea dengan lebih tepat.

“…dalam penulisan karangan jenis rangsangan, idea merupakan kunci utama yang
akan memandu murid untuk menulis karangan yang baik. Oleh itu, sama seperti
keadaan murid saya yang saya cerita tadi, mereka memerlukan pengalaman walau
hanya dengan melihat, sekurang-kurangnya ada. Hal ini akan mendatangkan idea

1860
yang tepat dan terperinci kepada mereka untuk bercerita, bahkan menulis karangan
tentang pengalaman tersebut.” R2T(b)

Hal ini juga telah dinyatakan oleh Rosilawati Zainol et al., (2017) dalam kajian beliau
bahawa aplikasi yang boleh memaparkan bentuk sebenar (3D) bagi sesuatu tempat boleh
merangsang pelajar untuk mengetahui sesuatu topik secara kritis dan lebih tepat. Dapatan temu
bual ini dapat diperkukuhkan dengan dapatan daripada senarai semak pemerhatian. Hasil
pemerhatian tersebut yang dibuat terhadap Responden 1, Responden 2 dan Responden 3
menunjukkan ‘Ya’ pada item (6) iaitu dapat membantu murid mendapat maklumat dengan lebih
tepat mengenai tajuk soalan karangan yang diberikan oleh guru.

Menurut Jamaludin dan Zaidatun (2003), dalam proses penyebaran maklumat, bidang
pendidikan kini telah maju dengan perkembangan pelbagai media. Penggunaan perisian
multimedia dikatakan menjadi pemangkin kepada bidang pendidikan kerana multimedia dapat
dilihat sebagai medium yang berkesan terhadap pembelajaran murid. Rangsangan corak ingatan
terhadap sesuatu perkara yang kompleks akan menjadikan penyampaian maklumat lebih tepat,
mudah diingati dan disimpan lebih lama dalam kotak memori seseorang individu. Oleh itu, guru
haruslah bersedia dan menanamkan minat dalam mengaplikasikan PdPc yang berasaskan media
teknologi kerana kesediaan guru memberi ruang dan keyakinan kepada murid-murid untuk
mendapat pembelajaran yang lebih bermakna. Dengan ini apabila murid menggunakan perisian
Google Earth ini mereka akan dapat menulis karangan rangsangan tersebut dengan lebih mudah
di samping percambahan idea yang lebih meluas.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Kesimpulannya penggunaan Google Earth mampu membawa satu hasil yang positif dalam
pengajaran karangan rangsangan. Hasil kajian ini membuktikan bahawa penggunaan aplikasi
Google Earth sangat berkesan dalam membantu murid merangsang idea yang lebih meluas dan
tepat bagi satu-satu situasi yang diberikan dalam PdPc kemahiran menulis karangan rangsangan
Bahasa Melayu Tahun 5. Penggunaan aplikasi ini juga dapat dapat membantu murid membina
pengalaman baharu serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang seronok dan aktif. Kajian
ini dapat memberi maklumat kepada guru dan pihak yang terlibat bahawa penggunaan literasi
digital khususnya Google Earth mampu menjadikan satu pembelajaran yang lebih
menyeronokkan dan bermakna kepada murid. Oleh itu, guru sebagai agen pelaksana haruslah
memantapkan kemahiran kendiri khususnya dalam bidang TMK.

1861
Pengajaran dan pengajaran di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) mengajar betapa pentingnya kemahiran penggunaan TMK pada zaman ini. KPM perlu
melakukan semakan sistem kurikulum sedia ada dan diselaraskan dengan perkembangan
teknologi maklumat yang terkini agar kurikulum dan bahan kurikulum sentiasa berjalan seiring
dengan kerancakan era teknologi. Murid juga perlulah bersedia dengan kemahiran-kemahiran
asas TMK seperti penggunaan e-mel, Google Classroom, Google Meet dan aplikasi-aplikasi yang
terkini sebagai persediaan dalam pembelajaran yang berasaskan teknologi di samping
penekanan dan pendedahan yang diberikan oleh guru semasa di sekolah. Pembelajaran juga
tidak seharusnya terbatas dalam bilik kuliah, malah persekitaran pembelajaran perlu secara
pembelajaran kendiri. Hal ini kerana, aplikasi Google Earth boleh diakses di mana-mana sahaja
dan siapa-siapa sahaja boleh mengaksesnya. Maka, murid juga mungkin diberikan latihan
penulisan karangan dengan bantuan Google Earth yang perlu disiapkan di rumah.

RUJUKAN

Abd. Aziz Abd. Talib. (2007). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik. Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Bailey, C. A. (2007). A guide to qualitative field research. London: Pine Forge Press.

Bismarck Jigena, Amos de Gil, Jorge Walliser. (2016). Improving the learning process in the
subject of basic maritime training using GPS and Google Earth as useful tools. Proceedings
of the 10th International Technology, Education and Development Conference (INTED),
2016, 6161-6171.

Gabriela Osaci-Costache, Oana-Ramona Ilovan, Flaviu Meseşan, Maria Eliza Dulamă. (2015).
Google Earth Helping Virtual Learning in the Geographical University Education System in
Romania. The 10th International Conference on Virtual Learning ICVL 2015.

Jamaludin & Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia dalam pendikan. PTS Publication.

K. Malarvizhi, S. Vasantha Kumar, P. Porchelvan. Use of high resolution Google Earth satellite
imagery in landuse map preparation for urban related applications. International Conference
on Emerging Trends in Engineering, Science and Technology (ICETEST-2015).

Lei Luo. (2018). Google Earth as a powerful tool for archaeological and cultural heritage
applications: a review. Remote Sens. 2018, 10, 1558.

Merriam, S. B. (2001). Qualitative research and case study applications in education. San
Francisco, CA: Jossey-Bass.

Nurul Aishah Abdullah, Zamri Mahamod, Nor Azwa Hanum. (2016). Faktor-faktor yang
mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu pelajar sekolah menengah. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2.
1862
Othman Lebar. (2006). Penyelidikan kualitatif: pengenalan kepada teori dan metod. Tanjung
Malim, Malaysia: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rosilawati Zainol, Zainab Abu Bakar dan Syed Jamaluddin Sayed Ali. (2017). Aplikasi sistem
maklumat Geografi (GIS) dalam meningkatkan potensi warisan peninggalan Sejarah. Journal
of the Department of History.

Syahida Nadia Zakaria. (2015). Kesan pendekatan konstruktivisme dan pendekatan tradisional
dalam pengajaran dan pembelajaran komponen sastera Bahasa Melayu. Malay Language
Education Journal (MyLEJ), Vol.5, Bil.2.

Thankachan, B., & Franklin, T. (2013). Impact of Google Earth on student learning. International
Journal of Humanities and Social Science, 3(21), 11–16.

Yan Chen, Thomas J. Smith, Cindy S. York & Hayley J. Mayall (2019): Google Earth virtual reality
and expository writing for young English learners from a funds of knowledge perspective.
Computer Assisted Language Learning.

1863
PENGAPLIKASIAN TEKNIK KNOW-WANT-LEARNED-HOW (KWLH) DALAM
PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN KEMAHIRAN MEMBACA INTENSIF
BAHASA MELAYU TAHAP DUA

Khoo Yu Ting
khoo09-970@epembelajaran.edu.my

Norhayati binti Md Yatim PhD


norhayati@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meneliti pengaplikasian teknik KWLH dalam pengajaran dan pemudahcaraan
(PdPc) kemahiran membaca intensif bahasa Melayu Tahap Dua. Kajian kualitatif ini menggunakan reka
bentuk kajian fenomenologi yang dijalankan di salah sebuah sekolah rendah di Sentul, Kuala Lumpur. Tiga
responden terpilih adalah terdiri daripada guru yang mengajar bahasa Melayu pada Tahap Dua. Data kajian
diperoleh menerusi kaedah temu bual separa berstruktur, pemerhatian pengajaran dan analisis dokumen.
Data dianalisis secara manual dan dapatan kajian dilaporkan dalam dua bahagian, iaitu profil responden
kajian dan data berdasarkan kepada soalan kajian. Pelaksanaan kajian menunjukkan guru telah
mengaplikasikan teknik KWLH dengan menggunakan lima langkah dalam kemahiran membaca intensif,
iaitu merangsangkan pengetahuan sedia ada murid, membimbing murid meneliti kehendak petikan,
membimbing murid meneliti isi penting daripada petikan, membimbing murid untuk berkongsi idea dan
pendapat serta membimbing murid untuk berfikir kritis berdasarkan petikan. Oleh itu, dapatan kajian ini
diharapkan dapat memberi input kepada guru untuk menjadikan teknik KWLH sebagai medium penting
dalam PdPc bahasa Melayu supaya dapat meningkatkan kemahiran membaca intensif dalam kalangan
murid Tahap Dua.

Kata kunci: Pengaplikasian, Teknik KWLH, Pengajaran dan Pemudahcaraan, Kemahiran, Membaca
Intensif

ABSTRACT
The purpose of this research was to study the application of KWLH strategy in teaching-facilitating intensive
reading skills in Malay Language for the 2nd grade students. The qualitative study used a design of
phenomenological approach, was conducted in one of the primary schools in Sentul, Kuala Lumpur. Three
respondents were selected among the teachers who teach Malay Language for 2nd grade students. Data
was collected through semi-structured interviews, observations and document analysis. These data were
then analyzed manually and the findings were reported in two parts: the profiles of the respondents as well
as the data reported on the research questions. From this research, implementation of the study showed
that teachers have applied KWLH strategy by using five steps in teaching intensive reading skills, such as
stimulating students' existing knowledge, guiding students to examine the requirements of the passage,
guiding students to examine the important content of the passage, guiding students to share ideas and
opinions and so guiding students to think critically based on the passage. Thus, the research is expected to
provide input for teachers to carry out KWLH strategy as important medium in teaching-facilitating Malay
Language in order to improve the intensive reading skills among 2nd grade students.

Keywords: Applications, KWLH Strategy, Teaching-Facilitating, Skills, Intensive Reading

1864
PENGENALAN
Di Malaysia, bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan mahupun
bahasa rasmi sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
(Siti A'isyah Sukaimi, 2018). Bahasa Melayu memainkan peranan penting sebagai medium
komunikasi antara masyarakat untuk menyebar dan mendapatkan maklumat tertentu. Maka,
bahasa ini merupakan bahasa pengantar dan wajib dipelajari di setiap peringkat sekolah supaya
dapat memartabatkan bahasa Melayu pada peringkat antarabangsa. Dalam konteks bahasa
Melayu, terdapat empat jenis kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid, antaranya ialah
kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis (Siti
Hajar Abdul Aziz, 2009). Kemahiran membaca merupakan kemahiran yang paling asas dan perlu
dikuasai supaya dapat memperoleh maklumat yang ingin disampaikan melalui konteks bacaan
tertentu. Yahya Othman (2005) telah menyatakan bahawa tujuan membaca bagi memahami
kandungan teks tersebut adalah untuk memberikan makna kepada pembaca. Murid yang dapat
menguasai kemahiran membaca bukan sahaja dapat membaca teks secara lisan, malahan juga
dapat memahami dan mentafsirkan makna yang disampaikan dalam bahan bacaan.

Kemahiran membaca dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu bacaan mekanis,
bacaan mentalis, bacaan ekstensif dan bacaan intensif (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009). Kajian ini
memfokuskan bacaan intensif yang melibatkan kemahiran, pemikiran kritis dan kreatif, kognitif
serta proses mental yang lebih tinggi. Dengan kata lain, aspek ini melibatkan keupayaan murid
dalam kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Hal ini kerana kemahiran membaca amat penting
untuk menjamin murid daripada memahami maklumat daripada petikan yang dibaca. Menurut Siti
Hajar Abdul Aziz (2009) sekali lagi, kemahiran membaca merangkumi proses mental yang
komplek dalam mendapatkan maklumat daripada komunikasi, sama ada melalui lisan, tulisan
atau penggunaan simbol tertentu. Dalam hal ini, membaca bukan sahaja dapat memahami makna
teks semata-mata, malah juga berkebolehan untuk membuat andaian yang betul berdasarkan
contoh-contoh tertentu ataupun pengalaman yang lepas.

Kajian ini mengutamakan pengaplikasian teknik Know, Want, Learned, How (KWLH)
dalam PdPc kemahiran membaca intensif bagi subjek bahasa Melayu. Teknik ini merupakan
teknik membaca yang dapat mengaktifkan pengetahuan masa lalu murid. Menurut Awatif Abdul
Rahman et al. (2014), pembacaan yang menggunakan teknik ini akan mengaitkan pengalaman
yang sedia ada dengan perkara yang dibaca. Teknik KWLH pada dasarnya bertujuan untuk
meningkatkan ilmu pengetahuan murid mengenai sesuatu topik atau perkara yang dipelajari
(Abdul Rasid Jamian & Nurfatin Nabihah Baharom, 2018). Secara ringkasnya, teknik ini
1865
menekankan keupayaan berfikir ketika membaca dalam usaha mendapatkan makna yang
terkandung dalam teks. Dengan ini, pengaplikasian teknik KWLH dapat meningkatkan kemahiran
murid untuk mentafsirkan idea petikan teks tertentu supaya dapat membantu mereka lebih
mengingati dan memahami idea hasil pembacaan tersebut.

PERNYATAAN MASALAH
Kemahiran dalam proses membaca merupakan kemahiran asas yang dijadikan prasyarat bagi
mempercepatkan penguasaan kemahiran-kemahiran lain yang lebih kompleks. Dalam konteks
membaca, murid perlu dapat membaca secara kritis, kreatif, inferensi dan afektif. Namun,
kelemahan murid dalam menguasai kemahiran asas ini menyukarkan mereka untuk menguasai
kemahiran membaca pada peringkat yang lebih tinggi, terutamanya sewaktu menjawab soalan
yang melibatkan pemahaman dalam konteks bahasa Melayu. Hal ini dapat dibuktikan dengan
kajian Tamam Timbang et al. (2011) yang menunjukkan kelemahan murid dalam memahami teks
boleh menimbulkan pelbagai kesulitan kepada mereka untuk mengikuti proses pembelajaran
yang seterusnya. Perkara ini semata-mata akan mempengaruhi pencapaian akademik sekolah
dalam subjek bahasa Melayu.

Berdasarkan dapatan kajian daripada Baharin Abu et al. (2007), skor min bagi aspek
kemahiran membaca murid pada keseluruhannya adalah antara tahap sederhana di mana murid
masih kurang menggunakan teknik membaca yang betul seperti mengkaji rangka topik terlebih
dahulu sebelum membaca sepenuhnya serta kurang membuat rumusan maklumat dengan
perkataan sendiri. Carrell dalam penulisan Yahya Othman (2008) menyatakan bahawa
keupayaan untuk memahami sesuatu perkara banyak dipengaruhi oleh latar belakang bahan
yang dibaca, bahasa yang sukar difahami serta jenis dan panjang sesuatu teks petikan.
Penguasaan kemahiran berfikir dalam murid juga dapat dilihat dari segi penguasaan kemahiran
membaca intensif murid. Menurut Chew Fong Peng (2016), kebolehan dan penguasaan
kemahiran murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif serta menghasilkan idea baharu
merupakan tujuan kesepaduan kemahiran berfikir dalam proses PdPc.

Oleh itu, terdapat pelbagai teknik telah diusahakan bagi membantu murid mengatasi
masalah kemahiran membaca intensif dalam proses PdPc. Salah satu daripada teknik membaca
yang menarik minat pengkaji untuk mengkaji pengaplikasiannya terhadap perkembangan
penguasaan kemahiran membaca intensif dalam diri murid ialah teknik KWLH. Teknik ini
menekankan teknik pembacaan yang berkaitan dengan pemikiran kritis dalam kalangan murid.
Hal ini dapat dibuktikan dengan kajian Abdul Rasid Jamian & Nurfatin Nabihah Baharom (2018)

1866
yang menunjukkan bahawa teknik KWLH dapat meningkatkan penguasaan kemahiran membaca
serta dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada murid dengan perkara yang dipelajari.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan bagi mencapai objektif kajian seperti yang berikut:

1. Mengenal pasti cara pengaplikasian teknik KWLH dalam PdPc kemahiran membaca
intensif bahasa Melayu Tahap Dua.

SOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian tersebut, kajian ini telah membina soalan kajian seperti yang berikut:

1. Bagaimanakah teknik KWLH diaplikasikan dalam PdPc kemahiran membaca intensif


bahasa Melayu Tahap Dua?

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan pendekatan kualitatif yang menggunakan kaedah kajian fenomenologi. Data
kualitatif kajian ini berbentuk deskriptif yang terhasil daripada tiga jenis pengumpulan data, iaitu
pemerhatian pengajaran, temu bual separa berstruktur dan analisis dokumen, yang berupaya
menjawab soalan kajian sepenuhnya. Kaedah pemilihan responden dalam kajian ini bersifat
persampelan bertujuan. Tiga orang guru bahasa Melayu yang mengajar pada Tahap Dua dan
mampu memberikan maklumat tentang pengajaran teknik KWLH telah dipilih sebagai responden
kajian ini. Dalam hal ini, dapatan kajian tersebut dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan
kaedah analisis tematik yang telah menggunakan tiga jenis proses pengekodan, iaitu pengekodan
terbuka (open coding), pengekodan paksi (axial coding) dan pengekodan terpilih (selective
coding).

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Bahagian ini membincangkan cara pelaksanaan teknik KWLH dalam PdPc kemahiran membaca
intensif dalam kalangan responden kajian. Menerusi data kajian yang diperolehi, didapati terdapat
lima langkah yang telah diamalkan oleh responden-responden kajian berdasarkan empat
peringkat teknik KWLH dalam PdPc kemahiran membaca intensif.

Dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga responden kajian telah melaksanakan langkah


untuk merangsangkan pengetahuan sedia ada murid dalam PdPc kemahiran membaca. Langkah
ini dilaksanakan berdasarkan peringkat know dalam teknik KWLH. Pengkaji mendapati R1 dan

1867
R2 telah menggunakan video bergambar sebagai bahan rangsangan dalam usaha
merangsangkan pengetahuan sedia ada murid berkaitan dengan petikan yang diajar, manakala
R3 pula hanya menggunakan kaedah soal jawab untuk mengingatkan murid kepada pengetahuan
awal. Namun, ketiga-tiga responden kajian tersebut turut mengadakan sesi perbincangan
bersama murid untuk membantu murid menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada mereka
dengan petikan teks yang dipelajari. Dengan kata lain, guru sepatutnya perlu membimbing murid
untuk mengingat semula pengetahuan awal yang pernah dipelajari dengan memanfaatkannya
dalam kemahiran membaca intensif.

Selain itu, dapatan kajian telah menunjukkan R1 dan R3 telah menjalankan langkah
membimbing murid dalam meneliti kehendak petikan sebelum memulakan aktiviti pembacaan.
Langkah ini dilaksanakan berdasarkan peringkat want dalam teknik KWLH. Data menunjukkan
R1 telah memperkenalkan objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan terlebih dahulu sebelum
memulakan PdPc. Menerusi perkenalan objektif pembelajaran, R1 membimbing murid untuk
mengenal pasti aktiviti pembelajaran yang akan dilakukan dan perkara apa yang perlu murid
mempelajari daripada petikan pada sesi PdPc hari tersebut. Catatan data pemerhatian turut
menunjukkan R1 telah membimbing murid meneliti kehendak petikan dengan mengaitkan
pengalaman sedia ada dengan topik petikan yang dipelajari. Langkah ini juga diamalkan oleh R3
yang telah menggunakan kaedah soal jawab dengan mengemukakan soalan bertumpu kepada
murid bagi membimbing mereka meneliti isi pelajaran yang perlu dipelajari pada petikan tersebut.
R3 didapati mengadakan sesi perbincangan bersama-sama murid untuk meneliti topik yang akan
dipelajari dalam petikan teks. Perbincangan yang diadakan tersebut secara tidak langsung dapat
mewujudkan komunikasi dua hala serta dapat memfokuskan murid dalam PdPc tersebut.

Seterusnya, R1, R2 dan R3 didapati telah mengamalkan langkah membimbing murid


meneliti isi penting berdasarkan petikan semasa melaksanakan teknik KWLH dalam PdPc
membaca petikan. Langkah ini dilaksanakan berdasarkan peringkat learned dalam teknik KWLH.
Pengkaji mendapati bahawa R1, R2 dan R3 telah cuba sedaya upaya untuk membantu murid
menyatakan dan memahami isi penting yang didapatkan daripada petikan teks. Langkah ini dilihat
amat penting dan perlu dilaksanakan dalam teknik KWLH kerana hasil temu bual bersama
responden kajian menunjukkan bahawa guru perlu memberikan contoh-contoh yang bersesuaian
dengan tajuk petikan bagi membimbing murid berfikir terhadap isi-isi penting yang didapatkan
tersebut. Bimbingan tersebut secara tidak langsung mampu mendorong kepada kefahaman murid
terhadap petikan yang dibaca. Hal ini dapat dibuktikan R1, R2 dan R3 telah melaksanakan teknik
KWLH dalam PdPc melalui bimbingan terhadap murid untuk meneliti dan memahami isi-isi penting
1868
petikan itu dengan bertanyakan soalan-soalan yang sesuai. Kemudian, mereka membimbing
murid berbincang jawapan yang diberikan tersebut untuk mengaitkannya dengan petikan tertentu.

Di samping itu, hasil dapatan kajian juga menunjukkan ketiga-tiga responden kajian telah
menjalankan langkah membimbing murid untuk berkongsi pendapat dan idea dalam pelaksanaan
teknik KWLH terhadap PdPc kemahiran membaca tertentu. Langkah ini dilaksanakan
berdasarkan peringkat how dalam teknik KWLH. Pengkaji mendapati bahawa R1, R2 dan R3 telah
banyak kali menggalakkan murid-murid untuk berkongsi pendapat dan idea masing-masing
berkaitan dengan petikan yang dibaca. dalam hal ini, R1 dan R2 didapati telah mengemukakan
pelbagai soalan dan kata kunci bagi mendorong murid untuk berfikir tentang perkara yang
berkaitan dengan topik yang dibincangkan tentang petikan tersebut. Sementara itu, R3 juga
membimbing muridnya untuk berkongsi idea dan pendapat mereka berkaitan dengan petikan
yang dibaca tersebut. Dapatan menunjukkan murid-murid menjadi aktif untuk memberikan idea
dan pendapat masing-masing untuk menjawab soalan melalui bimbingan responden. Dengan ini,
dapat dikenal pasti bahawa bimbingan guru untuk mendorong murid berkongsi idea dan pendapat
perlu dilakukan semasa pelaksanaan teknik KWLH dalam PdPc kemahiran membaca.
Perkongsian idea dan pendapat daripada murid tertentu melalui bimbingan guru secara tidak
langsung mampu mendorong murid lain merangsang idea sendiri dan seterusnya melibatkan diri
untuk berkongsi idea mereka.

Dapatan kajian juga mendapati R2 dan R3 menjalankan langkah membimbing murid


berfikir kritis semasa teknik KWLH dilaksanakan dalam PdPc kemahiran membaca. Langkah ini
juga dilaksanakan di bawah peringkat how dalam teknik KWLH. Menerusi pemerhatian, R2 dan
R3 telah mengaktifkan kemahiran kognitif murid dengan memberikan contoh dan soalan bertumpu
bagi mendorong murid untuk berfikir kritis tentang pengetahuan yang lain selain daripada yang
sedia ada dalam petikan tertentu. Buktinya, R2 membimbing murid untuk mengaitkan
pengetahuan yang diperolehi daripada petikan dengan kehidupan mereka, manakala R3 pula
membimbing muridnya untuk menyatakan idea dan pendapat lain yang selain daripada yang
didapatkan dalam petikan. Langkah bimbingan guru untuk mendorong murid berfikir kritis ini
diperlihat perlu dilakukan semasa pelaksanaan teknik KWLH dalam PdPc kemahiran membaca
intensif. Hal ini demikian contoh-contoh dan soalan-soalan bertumpu yang dikemukakan oleh guru
mampu merangsangkan pemikiran dan kognitif murid untuk berfikir di luar kotak mengenai
perkara-perkara yang dibincangkan berdasarkan tajuk petikan yang dipelajari tersebut.

1869
IMPLIKASI DAN CADANGAN
Kajian ini berupaya memberikan pengetahuan jelas kepada guru tentang pengaplikasian teknik
KWLH dalam PdPc kemahiran membaca intensif secara berkesan dalam kalangan murid Tahap
Dua. Pengaplikasian teknik KWLH dalam PdPc ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan
murid terhadap kemahiran membaca intensif bagi mata pelajaran bahasa Melayu, terutamanya
dalam kalangan murid Tahap Dua yang mula didedahkan dengan kemahiran penulisan. Teknik
ini merupakan antara aspek yang perlu diambil kira oleh guru dalam mengajar kemahiran bahasa
Melayu bagi meningkatkan keberkesanan proses PdPc. Hal ini demikian secara tidak langsung
mampu meningkatkan pencapaian murid dalam bidang-bidang tertentu. Hal ini dapat disokong
berdasarkan kajian literatur terhadap kajian Bou Aisha (2018) yang mengkaji pelaksanaan teknik
KWLH dalam meningkatkan pencapaian akademik murid pada peringkat sekolah menengah bagi
kursus komputer dalam kalangan pelajar sekolah menengah Arab.

Sehubungan dengan itu, pelaksanaan langkah pengajaran berdasarkan teknik KWLH


berupaya memberikan implikasi terhadap peningkatan penguasaan kemahiran membaca intensif
dalam kalangan murid Tahap Dua. Hal ini demikian penguasaan aspek membaca intensif merujuk
kepada kebolehan dan keupayaan murid dalam menguasai dan memahami sepenuhnya terhadap
bahan petikan yang telah dibaca (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009). Pengetahuan tentang pelaksanaan
dan keberkesanan teknik KWLH ini dapat membantu guru-guru tersebut menjalankan PdPc
secara berkesan. Maka, kajian ini boleh dijadikan pendorong kepada guru yang masih tercari-cari
teknik pengajaran yang sesuai untuk mengajar murid membaca dengan berkesan. Dengan ini,
kajian ini berupaya meningkatkan pengetahuan guru tentang cara pelaksanaan teknik KWLH
dalam PdPc kemahiran membaca intensif bagi meningkatkan kemahiran membaca dalam
kalangan murid Tahap Dua serta dapat mengisi kelompangan dalam aspek pengetahuan.

Berdasarkan dapatan kajian, terdapat beberapa cadangan dikemukakan bagi


menjayakan pelaksanaan teknik KWLH dalam PdPc kemahiran membaca intensif bahasa Melayu
dengan lebih berkesan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seharusnya meneruskan
bengkel-bengkel berkaitan teknik KWLH dengan menjemput guru-guru yang berpengalaman dari
semasa ke semasa. Hal ini kerana teknik pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan pada
zaman dahulu tidak sesuai dengan budaya pembelajaran pada zaman kini. Berikutan dengan
perkembangan dalam dunia pendidikan, guru-guru ini juga perlu mempelajari Pendidikan Abad
Ke-21 supaya dapat menarik perhatian murid untuk mengikuti sesi PdPc serta mewujudkan
suasana bilik darjah yang kondusif. Menerusi bengkel-bengkel tersebut, guru-guru akan berupaya
melaksanakan teknik KWLH dalam bilik darjah. Selain itu, pihak pentadbir seperti guru besar, guru
1870
penolong kanan dan sebagainya harus memantau pelaksanaan PdPc guru melalui penyeliaan
klinikal. Dengan ini, guru akan mendapat maklum balas tentang kekuatan dan kekurangan PdPc
tersebut dan mencari penyelesaian untuk menghasilkan PdPc kemahiran membaca intensif yang
lebih berkesan melalui perbincangan antara penyelia dan guru. Begitu juga cadangan kepada
guru untuk merancang dan menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti PdPc yang berkesan
dengan mengambil kira keupayaan dan gaya pembelajaran murid sewaktu melaksanakan teknik
KWLH dalam PdPc dalam bahasa Melayu. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik minat
murid untuk terus belajar dalam sesi PdPc tersebut.

Seterusnya, didapati masih terdapat banyak ruang dan peluang kepada pengkaji-
pengkaji lain untuk melaksanakan kajian ini dengan menggunakan teknik KWLH dalam bidang
kemahiran membaca intensif. Para pengkaji disarankan untuk menggunakan pendekatan
penyelidikan yang menggabungkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif sebagaimana yang
dilaksanakan dalam kajian Saepudin (2018). Dengan ini, pendekatan gabungan kajian tentang
pengaplikasian teknik KWLH dalam PdPc kemahiran membaca bahasa Melayu dapat
dilaksanakan dengan lebih lengkap kerana data yang diperolehi secara kuantitatif dan kualitatif
saling melengkapi dan menyokong untuk menghasilkan triangulasi data. Penyelidikan tentang
pengaplikasian teknik KWLH dalam PdPc juga didapati kurang dilaksanakan dalam kalangan
murid sekolah rendah di negara Malaysia. Oleh itu, para pengkaji disarankan untuk memilih
responden kajian dalam kalangan murid sekolah rendah yang belajar di sekolah rendah pada
masa akan datang, sama ada di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
(SJKC) mahupun Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Hal ini demikian kerana murid-murid
di sekolah rendah juga perlu meningkatkan kemahiran membaca intensif dengan menguasai
kefahaman terhadap topik pembelajaran yang dipelajari. Tambahan pula, murid-murid di sekolah
rendah juga masing-masing menggunakan kurikulum bahasa Melayu yang sama tanpa mengira
jenis-jenis sekolah. Maka, kajian tentang pengaplikasian teknik KWLH dalam PdPc kemahiran
membaca dicadangkan untuk dilaksanakan dalam kalangan murid ini demi meningkatkan
penguasaan mereka dalam kemahiran membaca intensif.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kajian ini telah memberi kefahaman tentang pengaplikasian teknik KWLH
dalam PdPc kemahiran membaca intensif bahasa Melayu Tahap Dua. Dapatan kajian juga
menunjukkan teknik KWLH turut diaplikasikan oleh guru di sekolah semasa PdPc kemahiran
membaca dijalankan. Hal ini menunjukkan guru mempunyai pemahaman yang baik dengan
menggunakan pelbagai kaedah dan langkah pengajaran yang sesuai semasa mengaplikasikan
1871
teknik KWLH dalam PdPc kemahiran membaca intensif bagi mata pelajaran bahasa Melayu. Oleh
hal yang demikian, guru-guru bahasa Melayu amat digalakkan menggunakan teknik KWLH ini
dalam PdPc kemahiran membaca dengan berkesan dan membantu membimbing murid yang
kurang mahir dalam aspek membaca. Berdasarkan cadangan-cadangan yang dikemukakan,
diharapkan teknik KWLH ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan holistik bagi
meningkatkan penguasaan kemahiran membaca intensif murid dalam mata pelajaran bahasa
Melayu. Dengan ini, murid dapat menguasai kemahiran membaca intensif dengan cekap dan lebih
berkeyakinan untuk belajar kemahiran bahasa Melayu.

RUJUKAN
Abdul Rasid Jamian & Nurfatin Nabihah Baharom. (2018). Kesan penggunaan teknik KWLH
dalam kemahiran membaca kalangan murid sekolah jenis kebangsaan cina. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 8(2), 48-56

Awatif Abdul Rahman, Hairun Najuwah Jamali & Ku Fatahiyah Ku Azizan. (2014). Teknik
membaca Know Want Learn How (KWLH) dalam kalangan pelajar. GSE e-journal of
Global Summit on Education, 1(2), 9-19.

Baharin Abu, Othman Md Johan, Syed Mohd Shafeq Syed Mansor & Haliza Jaafar. (2007).
Kepelbagaian gaya pembelajaran dan kemahiran belajar pelajar universiti di Fakulti
Pendidikan: Laporan penyelidikan. Johor, Malaysia: UTM.

Bou Aisha, W. (2018). Using the self-schedule strategy (KWL) to teach the computer course to
develop academic achievement for first-year high school students in Dhahran, Saudi
Arabia. The Scientific Journal of the Faculty of Education - Assiut University, 34(4), 413-
438.

Chew, F. P. (2016). Masalah pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid cina sekolah
rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 10-22.

Saepudin. (2018). The use of K-W-L (KNOW-WANT to KNOW-LEARNED) strategy to improve


students' reading comprehension. JIPIS, 27(1), 57-62.

Siti A'isyah Sukaimi. (2018, Jun 25). Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan jelas. Retrieved
fromBerita Harian Online:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/06/441594/perkara-152-
perlembagaan-persekutuan-jelas

Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Siri pendidikan guru: bahasa Melayu 2. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Tamam Timbang, Zamri Mahamod & Afendi Hamat. (2011). Faktor dan kesan masalah membaca
dalam kalangan murid sekolah rendah kerajaan di Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, 1(1), 89-107.

Yahya Othman. (2005). Trend dalam pengajaran bahasa Melayu. PTS Professional Publishing
Sdn. Bhd.

Yahya Othman. (2008). Proses & strategi membaca berkesan. Penerbit Universiti Putra Malaysia.

1872
PENGAPLIKASIAN TEKNIK KWLH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KEMAHIRAN MEMBACA MENTALIS TAHUN 4

Mohd Akmal bin Majid


akmal09-971@epembelajaran.edu.my

Nor Rul Azlifah binti Zulkafali


norrulazlifah@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti pengaplikasian teknik KWLH dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu kemahiran membaca mentalis murid Tahun 4. Kajian ini telah dilaksanakan
berdasarkan pendekatan kajian kualitatif menggunakan reka bentuk kajian fenomenologi. Pendekatan dan
reka bentuk kajian ini digunakan bertujuan untuk menerangkan secara mendalam pengalaman responden
semasa pengaplikasikan teknik KWLH di dalam kelas. Responden kajian ini terdiri daripada tiga orang guru
di sebuah sekolah yang terletak di sekitar Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Ketiga-tiga responden yang
dipilih merupakan guru yang sering mengaplikasikan teknik KWLH dalam pengajaran dan pembelajaran
kemahiran membaca mentalis. Pengumpulan data yang telah dibuat adalah melalui kaedah temu bual,
pemerhatian dan analisis dokumen. Implikasi daripada kajian ini dapat memberi pengetahuan kepada guru
bahasa Melayu khusunya berkaitan pengaruh pengaplikasian teknik KWLH yang sangat besar terhadap
pengajaran dan pembelajaran murid. Hasil dapatan dalam kajian ini menerangkan bahawa pengaplikasian
teknik KWLH dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca mentalis dan
merangsang pemikiran murid untuk menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan
yang ingin diperoleh melalui pembacaan secara mentalis. Teknik ini dapat dijadikan sebagai panduan untuk
murid lebih memahami bahan bacaan yang dibaca seterusnya dapat meningkatkan penguasaan murid
dalam kemahiran membaca mentalis. Murid berupaya untuk memindahkan maklumat yang telah difahami
dalam bentuk peta pemikiran tanpa perlu merujuk kembali terhadap bahan bacaan yang telah dibaca.
Kata Kunci: teknik KWLH, membaca mentalis, Tahun 4, kajian kualitatif, fenomenologi.

ABSTRACT
This study aimed at identifying the application of KWLH technique in teaching and learning for Malay
language specifically on mental reading skill for standard 4 students. The study was conducted based on
qualitative research approach via phenomenological research design. The approach and research design
used was intended to further elucidate the respondent experience during the application of KWLH technique
in class. Besides, the respondents of this study consists of three teachers in a school located around Jalan
Klang Lama, Kuala Lumpur. The selected respondents are the teachers who often apply the KWLH
technique in teaching and learning of mental reading skill. Data collection has been made through several
methods of interview, observation and document analysis. The implication from this research able to provide
substantial knowledge to Malay language teachers especially on the effects of KWLH technique applied in
teaching and learning process for student. The findings in this study described that KWLH technique able
to assist the teaching and learning process of mental reading skill. Through the approach of KWLH
technique in teaching and learning session, it able to stimulate the students’ thinking to co-relate the existing
1873
knowledge with the knowledge acquired through mental reading. This technique can be used as a guide for
student to deeply understand the reading materials also improves the student ability in mastering their
mental reading skills. They are able to transfer the information that has been understood in the form of mind
map without referring back to their reading materials.
Keywords: KWLH technique, mental reading, standard 4, qualitative research, phenomenology.

PENGENALAN
Penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid perlu diberi penekanan oleh guru-guru
di sekolah khusunya guru yang mengajarkan subjek bahasa Melayu. Menurut Nurul Shahira Salim
(2013), kemahiran membaca adalah salah satu komponen penting dalam pengajaran subjek
bahasa. Guru-guru yang mengajarkan subjek bahasa Melayu di sekolah perlu memastikan setiap
murid menguasai kemahiran asas dalam bacaan. Dalam hal ini, kemahiran asas dalam bacaan
bukan hanya menguasai kemahiran mengenal abjad, mengeja suku kata dan membaca
perkataan tetapi kemahiran ini perlu dipertingkatkan dengan penguasaan kelancaran dan
kefahaman supaya proses membaca menjadi lebih berkesan.
Kemahiran membaca secara mentalis atau senyap bertujuan untuk mendapatkan makna
daripada bahan bacaan. Proses membaca secara mentalis adalah melibatkan pembacaan di
dalam hati atau tanpa suara. Kebiasaannya, kemahiran ini akan diajarkan kepada murid setelah
murid menguasai kemahiran membaca mekanis. Menurut Yahya Othman (2008), terdapat lima
teknik yang biasa digunakan oleh guru dalam pengajaran kemahiran membaca mentalis. Walau
bagaimanapun, teknik KWLH dan SQ3R dikenal pasti sebagai teknik membaca yang terkenal
dalam meningkatkan kemahiran membaca secara mentalis. Pengaplikasian teknik, kaedah atau
strategi pengajaran yang berkesan dapat meningkatkan penguasaan murid dalam sesuatu
kemahiran. Kajian ini akan memfokuskan penyelidikkan terhadap pengaplikasian teknik KWLH
dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Melayu kemahiran membaca mentalis murid
Tahun 4.

PERNYATAAN MASALAH DAN OBJEKTIF KAJIAN


Masalah murid menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak
berminat dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Pernyataan ini disokong berdasarkan dapatan
dalam kajian yang dijalankan oleh Abdul Rasid Jamian dan Zulkafli Abu Zarin (2008) yang
mengkaji tentang keupayaan kemahiran membaca dan menulis bahasa Melayu murid sekolah
rendah di kawasan luar bandar. Menurut Chew Fong Peng (2016), penguasaan murid terhadap
sesuatu kemahiran berpunca daripada teknik pengajaran yang digunakan oleh guru. Murid kurang
menggunakan sepenuhnya pemikiran berpunca daripada guru yang tidak menggunakan teknik
1874
atau kaedah yang sepatutnya semasa sesi PdP dijalankan. Membaca merupakan proses interaksi
teks dengan imaginasi pembaca. Justeru, guru perlu mempelbagaikan teknik pengajaran
membaca agar dapat menjadikan pengajaran lebih bervariasi, menarik serta dapat menimbulkan
minat murid untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.

Dalam kajian yang dilaksanakan oleh Gusnetti et al. (2019), Sulikhah et al. (2020), Basar
dan Gurbuz (2017), yang masing-masing mengkaji pengaruh teknik SQ3R atau SQ4R terhadap
kemahiran membaca pemahaman dalam kalangan pelajar universiti dan murid sekolah rendah di
Indonesia dan Turki membuktikan dapatan yang sememangnya penerapan teknik membaca
sangat membantu proses semasa PdP dijalankan. Dalam kajian lain yang dijalankan oleh Husni
Lanai dan Shalehuddin (2019), berkaitan pengaruh kaedah inkuiri dalam peningkatan
pembelajaran membaca dan kajian yang dijalankan oleh Andrea Putri Rajab (2018) berkaitan
model pembelajaran kooperatif terhadap kemampuan membaca pemahaman turut membuktikan
dapatan yang seakan-akan sama.

Kebanyakkan kajian sedia ada lebih banyak mengkaji pengunaan teknik, strategi atau
kaedah dalam PdP kemahiran membaca selain daripada teknik KWLH. Dalam tempoh lima tahun
kebelakang, terdapat hanya dua kajian berkaitan penerapan teknik KWLH dalam kemahiran
membaca mentalis atau kefahaman membaca yang telah dijalankan di Malaysia. Kajian pertama
telah dijalankan oleh Awatif Abdul Rahman et al. (2017) yang mengkaji berkaitan kesan
penerapan teknik KWLH dalam PdP kemahiran membaca bahasa Arab di KUIS. Kajian kedua
pula dijalankan oleh Abdul Rasid Jamian dan Nurfatin Nabihah Baharom (2018) berkaitan kesan
pengaplikasian teknik KWLH dalam PdP bahasa Melayu di sebuah sekolah jenis kebangsaan cina
(SJKC). Hasil tinjauan literatur juga mendapati, kedua-dua kajian ini mengkaji kesan penerapan
teknik KWLH ini terhadap sampel yang menggunakan bahasa Arab dan bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua. Didapati masih kurang pengkajian berkaitan teknik KWLH dalam PdP bahasa
Melayu di sekolah kebangsaan (SK) sebagai bahasa pertama yang dijalankan di Malaysia.

Sehubungan itu, kajian ini bagi melaksanakan objektif kajian yang berikut:

i. Mengenal pasti pengaplikasian teknik KWLH dalam pengajaran dan pembelajaran


kemahiran membaca mentalis Tahun 4.
Kajian ini bagi mendapatkan maklumat bagi menjawab persoalan yang berikut:

i. Bagaimanakah pengaplikasian teknik KWLH dapat membantu pengajaran dan


pembelajaran kemahiran membaca mentalis Tahun 4?

1875
ii. Adakah pengaplikasian teknik KWLH mampu meningkatkan penguasaan kemahiran
membaca mentalis murid Tahun 4?

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah kajian fenomenologi.
Kajian ini melibatkan seramai tiga orang responden guru bahasa Melayu yang mengajar di
sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Ketiga-tiga
responden yang terlibat dalam kajian ini merupakan guru yang berpengalaman lebih 10 tahun
mengajar subjek bahasa Melayu di sekolah. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan
instrumen temu bual, senarai semak pemerhatian dan analisis dokumen bagi tujuan
pengumpulan data. Oleh itu, pengkaji melaksanakan kaedah triangulasi bagi memastikan
kebolehpercayaan data. Menurut Cresswell dan Plano Clark (2011), triangulasi adalah satu
teknik kajian yang menggunakan dua atau lebih kaedah dalam kutipan data untuk mengkaji
tingkah laku manusia. Temu bual bersama Responden 1 telah dijalankan pada 23 Februari
2021, Responden 2 pada 24 Februari 2021 dan Responden 3 pada 25 Februari 2021 secara
atas talian. Seterusnya, pemerhatian terhadap PdP bersama Responden 1 telah dijalankan
pada 09 Mac 2021, Responden 2 pada 10 Mac 2021 dan Responden 3 pada 11 Mac 2021.
Akhir sekali, dokumen seperti Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan hasil kerja murid
telah dikumpul dan dianalisis oleh pengkaji menggunakan analisis tematik.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Hasil dapatan kajian ini menunjukkan pengaplikasian teknik KWLH ini dapat merangsang
pemikiran murid sepanjang sesi PdP berlangsung. , dapatan kajian diperoleh berdasarkan
jawapan yang diberikan oleh responden semasa sesi temu bual atas talian dijalankan. Jawapan
yang dinyatakan oleh Responden 1 merujuk kepada kod TBR1:P18B1-4, Responden 2
TBR2:P24B3-6 dan Responden 3 TBR3:P22B4-7.

“..Teknik ini sangat bagus sebenarnya kerana teknik ini digunakan untuk merangsang
keupayaan murid berfikir secara pantas dan nak uji apa yang murid faham.” –
TBR1:P18B1-4

“…Sebagai contoh, sebelum kita mula mengajar kita kena tanya dulu apa murid tahu
semasa set induksi. Dekat sini kita dah mula rangsang pemikiran murid.” – TBR2:P24B3-
6

1876
“…Jadi pengaplikasian teknik KWLH ini dapat membuka pemikiran mereka secara meluas
melalui teknik penyoalan yang sesuai dengan teknik KWLH ini.” – TBR3:P22B4-7

Dapatan ini berupaya menjawab soalan kajian yang pertama iaitu bagaimanakah
pengaplikasian teknik KWLH dapat membantu PdP kemahiran membaca mentalis murid Tahun
4. Hasil dapatan temu bual ini dapat dikukuhkan dengan data pemerhatian melalui senarai semak
yang telah dibina. Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat terhadap Responden 1,
Responden 2 dan Responden 3 menunjukkan catatan yang positif pada item 3, 5 dan 7 iaitu murid
memberi respons yang cepat terhadap pertanyaan guru berkaitan pengetahuan sedia ada
sebelum aktiviti membaca dijalankan, murid dapat menerangkan semula kefahaman berkaitan
bahan bacaan yang telah dibaca secara lisan dengan baik dan murid dapat mengutarakan
pandangan berkaitan bahan-bahan bacaan lain yang boleh dibaca untuk mendapatkan maklumat
tambahan berkaitan perkara yang telah dibaca.

Elemen penyoalan berkaitan pengetahuan sedia ada murid (K) dan apa yang ingin murid
ketahui sesuai untuk diselitkan semasa langkah set induksi atau sebelum murid mula membaca.
Elemen penyoalan berkaitan apa yang murid telah pelajari (L) pula sesuai untuk diselitkan selepas
murid habis membaca untuk meguji tahap awal kefahamannya mengenai bahan yang telah
dibaca. Seterusnya, semasa guru melaksanakan langkah penutup elemen penyoalan tentang
bagaimana murid boleh mendapatkan maklumat tambahan berkaitan perkara yang telah difahami
dan dipelajari (H) adalah amat sesuai untuk diselitkan semasa langkah ini. Proses ini disokong
melalui dapatan dalam kajian yang dijalankan oleh Abdul Rasid Jamian dan Nurfatin Nabihah
Baharom (2018). Sehubungan dengan itu, guru yang mempunyai kesukaran atau masalah
semasa mengajar kemahiran membaca mentalis boleh mempraktikkan langkah pengajaran
seperti yang dinyatakan kerana telah terbukti berkesan.

Menurut Manisah dan Muhammad Nazeri (2014), pemilihan sesuatu topik atau bahan
bacaan yang diberikan mestilah bersesuaian dengan tahap murid supaya murid dapat memberi
respons yang baik semasa di dalam kelas. Dalam satu sesi PdP yang dijalankan oleh Responden
1, murid-murid Tahun 4 di dalam kelas 4 Alfa dilihat berebut-rebut untuk mengambil giliran
menjawab soalan berkaitan pengetahuan sedia ada tentang topik keselamatan. Murid juga tidak
mengambil masa yang lama untuk memberi respons terhadap penyoalan guru tentang perkara
yang telah difahami melalui pembacaan berkaitan ‘Ciri-ciri Keselamatan Tadika Taman Impian’.
Seterusnya, murid juga berupaya memberi pandangan mengenai bahan-bahan seperti majalah
dan surat khbar untuk mendapatkan maklumat tambahan berkaitan topik yang dipelajari. Perkara

1877
ini jelas dapat membuktikan bahawa pengaplikasian teknik KWLH ini dapat merangsang
pemikiran murid dengan cepat melalui penyolan berkaitan K (Know) pengetahuan sedia ada
murid, W (Want) apa yang murid ingin tahu, L (Learned) apa yang murid faham dan pelajari
melalui pembacaan dan H (How) bagaimana murid boleh dapatkan maklumat tambahan tentang
bahan yang telah dibaca.

KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

Kesimpulannya, pengaplikasian teknik pengajaran yang berkesan dan sesuai dapat


meningkatkan kualiti pengajaran dan hasil pembelajaran murid. Pencapaian objektif dalam
sesuatu pengajaran bergantung kepada pemilihan dan perancangan guru dalam aspek
pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti yang sesuai diterapkan terhadap murid. Berdasarkan
dapatan kajian yang telah diperoleh membuktikan bahawa pengaplikasian teknik KWLH dapat
membantu merangsang pemikiran murid dan memberi panduan kepada murid untuk lebih
memhami bahan bacaan semasa sesi PdP di bilik darjah dijalankan. Penerapan teknik ini dalam
pembelajaran murid juga berupaya meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran membaca
mentalis.

Kajian ini dapat memberi maklumat kepada guru dan pihak yang terlibat bahawa
pengaplikasian teknik KWLH dalam PdP di bilik darjah mampu mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang kondusif dan lebih baik untuk murid belajar berbanding kaedah pembelajaran
secara tradisional. Kajian seterusnya diharapkan dapat memberi nilai tambah kepada kajian ini
agar pengaplikasian teknik KWLH dalam proses PdP di bilik darjah sentiasa akan dapat dijalankan
secara berkesan dan efektif. Kajian ini juga diharapkan dapat memberi dorongan kepada guru-
guru untuk mengaplikasikan teknik pengajaran yang berkesan dalam usaha untuk meningkatkan
kualiti dalam bidang pendidikan di Malaysia.

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian dan Nurfatin Nabihah Baharom. (2018). Kesan Penggunaan Teknik
KWLH dalam Kemahiran Membaca Kalangan Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 8(2). 48-56.

Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan Kemahiran Membaca dan Menulis
bahasa Melayu Murid Sekolah Rendah Kebangsaan Luar Bandar. Kertas kerja di
Konvensyen Pendidikan Nasional 2008. Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2 – 4 Jun
2008.
1878
Andrea Putri Rajab. (2018). Pengaruh Model Cooperative Script Terhadap Kemampuan
Membaca Pemahaman Siswa Kelas V SD Negeri 137 Palembang. Program Studi
Pendidikan Guru Sekolah Dasar. Universiti Sriwijaya.

Awatif Abdul Rahman et al. (2017). Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Membaca
bahasa Arab di KUIS. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, B Bil.6,135-155.

Awatif Abdul Rahman et al. (2017). Teori Skemata Melalui Penguasaan Bahan B Bacaan: satu
Proses Interaktif. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Bil.2, 82-92.

Başar, Murat & Gürbüz, Mehmet. (2017). Effect of the SQ4R Technique on the Reading
Comprehension of Elementary School 4th Grade Elementary School Students. International
Journal of Instruction, Vol.10, 131-144.

Chew Fong Peng. 2016. Masalah Pembelajaran bahasa Melayu dalam Kalangan Murid
Cina Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 10-22.

Creswell, J. W & Plano Clark, V. L. (2011). Designing and Conducting Mixed Methods
Research 2nd ed. Sage Publications Ltd.

Gusnetti et al. (2019). Pengaruh Teknik Membaca SQ3R terhadap Membaca Pemahaman
Mahasiswa FKIP Universitas Bung Hatta Padang. Ta’dib, 21(2), 121-137.

Husni Lanai & Shalehuddin. (2018). Peningkatan Pembelajaran Membaca Ekstensif melalui
Metode Inquiri pada Siswa Kelas 5 SDN Makarti Jaya Kecematan Bahodopi Kabupaten
Morowali. Jurnal Kreatif Online, Vol.7(2), 200-210

Manisah Mohd Ali & Muhammad Nazeri Saiden. (2014). Graded Reading Materials for
Children with Reading Difficulties. Procedia-Social & Behavioral Science, 191.

1879
KEBERKESANAN TEKNIK BOGRAF DAN BAHAN RANGSANGAN BERGAMBAR DALAM
MENJANA IDEA BAGI MENULIS KARANGAN LAPORAN MURID TAHUN 5

Mohd Zikri Naim bin Mohd Zaki


zikrinaim98@gmail.com

Nurulhana binti Hussain


nurulhana@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990, Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan teknik BoGraf dan teknik bahan rangsangan bergambar
dalam menjana idea bagi menulis karangan laporan murid tahun 5. Reka bentuk kajian ini menggunakan
pendekatan kuantitatif dan kaedah kuasi eksperimental. Ujian pra dan ujian pasca telah digunakan untuk
menguji kumpulan tindakan 1 dan kumpulan tindakan 2. Sampel bagi kajian ini terdiri daripada dua kelas
murid tahun 5 di sebuah sekolah. Pengkaji memilih dua kelas sebagai sampel kajian. Sebuah kelas
dijadikan sebagai kumpulan tindakan 1, manakala sebuah kelas lagi dijadikan kumpulan tindakan 2. Hasil
daripada dapatan kajian membukti bahawa tahap penguasaan murid bagi kedua-dua kumpulan
menunjukkan peningkatan setelah mengaplikasikan kedua-dua teknik ini dan tidak terdapat perbezaan skor
yang signifikan antara kumpulan tindakan 1 dan kumpulan tindakan 2. Namun, kumpulan tindakan 1 yang
mengaplikasikan teknik bahan rangsangan bergambar menunjukkan peningkatan yang lebih tinggi
berbanding kumpulan tindakan 2 yang mengaplikasikan teknik BoGraf. Selain itu, kajian ini juga berupaya
untuk memberi implikasi kepada sistem pendidikan murid sekolah rendah kerana mampu menambah baik
penguasaan mereka terutamanya dalam kemahiran menulis karangan. Oleh itu, pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia, pihak sekolah dan guru-guru disarankan untuk menggunakan teknik BoGraf dan
teknik bahan rangsangan bergambar untuk meningkatkan tahap penguasaan murid-murid dalam menjana
idea bagi menulis karangan laporan.

Kata Kunci : Teknik BoGraf, Teknik Bahan Rangsangan Bergambar, Menjana Idea, Karangan Laporan.

ABSTRACT
This study aims to see the effectiveness of BoGraf technique and pictorial stimulating materials technique
in generating ideas for report writing for year 5 pupils. This study uses quantitative approach and quasi
experimental approach. Pre-test and post test have been used to test the action group 1 and the action
group 2. The sample for this study consists of two classes of Year 5 pupils in a school. The researcher
chooses two classes as a sample of the study. A class is used as an action group 1 while another class is
used as an action group 2. The findings of the study proved that the pupils' mastery level for both groups
showed some improvement after applying these two techniques and there was no significant difference in
scores between the action group 1 and the action group 2. However, the action group 1 which applied the
pictorial stimulating materials technique shows higher enhancement over the action group 2 that applied the
BoGraf technique. Apart from that, this study is also able to give some implications to primary school
education system for improving their mastery especially in writing skills. Therefore, the Ministry of Education,
the schools and the teachers are advised to use BoGraf technique and pictorial stimulating materials
technique to enhance the pupils' mastery level in generating ideas for report writing.

Key Words : BoGraf Technique, Pictorial Stimulating Materials, Generating Ideas, Report Writing.
1880
PENGENALAN
Pengajaran adalah suatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya
manakala pembelajaran pula diertikan sebagai proses interaksi antara peserta didik dengan
pendidik agar berlakunya proses pemerolehan ilmu dan pengetahuan atau penguasaan
kemahiran dan pembentukan sikap pada peserta didik (Noor Hisham Nawi, 2011). Proses
pengajaran dan pembelajaran ini merupakan elemen yang penting untuk memastikan murid-murid
dapat mengikuti isi kandungan subjek yang disampaikan oleh guru. Oleh itu, guru perlu berusaha
untuk menyampaikan pengajaran dengan cara yang terbaik seperti mempelbagaikan Teknik dan
kaedah pengajaran supaya murid-murid dapat memahami dan seterusnya menguasai isi
pengajaran yang disampaikan itu.
Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), kaedah mengajar merupakan satu peredaran ke
arah menuju satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Setiap guru perlu
berusaha mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mampu menarik minat
murid-murid untuk belajar. Bagi mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran yang boleh
dipraktikkan oleh guru-guru, banyak kaedah baharu yang dicadangkan seperti pembelajaran
berasaskan projek, pembelajaran berasaskan masalah dan juga Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-
21). Kaedah pembelajaran seperti ini memberikan pengalaman kepada murid-murid serta
memerlukan murid-murid untuk berfikir secara aktif dan seterusnya membantu proses
pembelajaran mereka. Alexander dan McDougall (2001) juga berpendapat bahawa situasi
pembelajaran yang aktif seperti pembelajaran kolaboratif perlu diaplikasikan untuk mengatasi
masalah pengajaran sehala ini. Kesimpulannya, sebagai guru yang terbaik yang
bertanggungjawab mendidik pewaris negara kita, setiap guru sewajarnya mempelbagaikan
kaedah dan teknik pengajaran agar objektif pembelajaran yang ditetapkan dapat dicapai dan
perkara yang paling penting ialah murid-murid dapat memahami isi pengajaran guru.
Bahasa Melayu mempunyai beberapa kemahiran yang perlu murid-murid mahir
kuasainya. Antara kemahiran tersebut ialah kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran
membaca dan kemahiran menulis selain aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa. Kemahiran
berbahasa merupakan isu penting dalam bidang pengajaran dan pembelajaran di sekolah yang
dibahaskan sejak dahulu lagi (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009). Isu ini menjadi bualan hangat kerana
terdapat segelintir murid-murid yang masih tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran ini
walaupun telah belajar di sekolah rendah selama enam tahun. Perkara ini tidak seharusnya
diambil mudah kerana kemahiran-kemahiran ini merupakan perkara asas yang mesti dikuasai
oleh semua murid. Namun, untuk kajian ini, pengkaji lebih memfokuskan kepada kemahiran
menulis dalam kalangan murid tahun 5.

1881
Kemahiran menulis merupakan satu bentuk kemahiran berbahasa dan komunikasi yang
penting dalam kehidupan manusia pada hari ini. Menurut Che Zanariah dan Fadzilah Rahman
(2011), murid perlu mahir menulis kerana hampir semua kertas peperiksaan di negara ini
memerlukan murid untuk menjawab dalam bentuk tulisan dan ada juga yang memerlukan
jawapan yang panjang lebar dalam bentuk ayat. Perkara ini dapat menyebabkan murid-murid
yang tidak menguasai kemahiran menulis akan menghadapi masalah untuk menjawab soalan
peperiksaan. Sehubungan itu, murid perlu menguasai kemahiran menulis ini dengan baik untuk
menghuraikan data-data yang tepat, berupaya menyusun jawapan dalam bentuk yang mudah,
teratur dan meyakinkan. Kemahiran menulis yang efektif amatlah penting untuk kejayaan
akademik dalam sistem persekolahan bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia.
Kemahiran menulis dilihat begitu penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
kerana kemahiran ini mesti dikuasai oleh murid-murid untuk menduduki peperiksaan bertulis
(Suhaimi Yunus, 2009).
Oleh itu, pengkaji menjalankan kajian menggunakan teknik yang berkesan untuk
membantu murid-murid tahun 5 menjana idea untuk menulis karangan laporan bahasa Melayu.
Teknik yang digunakan adalah untuk melihat keberkesanan menjana idea untuk menulis
karangan laporan menggunakan teknik BoGraf dan bahan rangsangan bergambar bagi
membantu murid-murid menguasai kemahiran menulis karangan laporan. Teknik BoGraf dan
bahan rangsangan bergambar ini diperkenalkan kepada murid-murid tahun 5 untuk memudahkan
proses menulis karangan laporan. Teknik BoGraf bermaksud teknik borang grafik manakala teknik
bahan rangsangan bergambar pula bermaksud menggunakan gambar-gambar sebagai
rangsangan untuk membantu murid-murid menjana idea untuk menulis karangan laporan.

PERNYATAAN MASALAH
Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan idea
melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman
peribadi yang telah dilalui. Terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam
bidang penulisan ini, antaranya adalah masalah ketika hendak memulakan proses menulis
karangan apabila kekurangan idea dan menjadikan karangan yang ditulis tidak bermutu (Che
Zanariah & Fadzilah 2011). Perkara ini dapat mendatangkan masalah kepada murid-murid kerana
hampir semua kertas peperiksaan yang terdapat di negara kita memerlukan murid untuk
menjawab dalam bentuk penulisan. Oleh itu, jika murid-murid tidak mahir dalam kemahiran
menulis, maka boleh dikatakan bahawa murid-murid ini akan menghadapi masalah untuk

1882
mendapatkan gred yang terbaik dalam peperiksaan terutamanya peperiksaan yang melibatkan
aspek menulis karangan.
Selain itu, sikap guru juga boleh menjadi salah satu faktor kegagalan murid untuk
menguasai kemahiran menulis. Hal ini kerana cara dan gaya guru mengajar karangan di dalam
kelas lebih kepada memberi pendedahan secara menyeluruh tentang sesuatu tajuk demi
memenuhi keperluan peperiksaan (Haris Fadzilah Kassim, 2002). Perkara ini seterusnya akan
memberi impak yang buruk terhadap tahap penguasaan murid dalam penulisan karangan kerana
guru tidak memberikan fokus terhadap proses mengarang karangan tetapi hanya memberi
tumpuan kepada hasil karangan sahaja. Guru juga kurang memberi pendedahan terhadap
kemahiran, teknik dan strategi menulis karangan dalam kelas menyebabkan murid-murid tidak
bersedia untuk menulis karangan dengan sendiri. Selain daripada hasil karangan yang dianggap
penting, guru juga perlu memberi perhatian terhadap proses menghasilkan karangan oleh murid-
murid kerana proses tersebut merupakan perkara penting untuk murid-murid dapat menghasilkan
karangan dengan sendirinya kelak. Tuntasnya, guru perlu sentiasa berusaha untuk mengajar
kemahiran menulis terutamanya kemahiran menulis karangan walaupun kemahiran menulis
merupakan satu kemahiran yang sukar untuk diajar.
Selain daripada sikap guru yang menjadi punca kegagalan murid untuk menguasai
kemahiran menulis terutamanya kemahiran menulis karangan, kaedah pengajaran konvensional
yang masih diamalkan oleh guru-guru juga menjadi salah satu faktor masalah ini masih lagi
berterusan. Hal ini berlaku kerana guru lebih banyak bercakap tentang isi karangan yang perlu
ditulis oleh murid-murid dan memberikan idea dengan menyediakan rangka karangan yang
memerlukan murid-murid menulis semula tajuk karangan yang diajarkan pada hari tersebut
(Yahya Othman & Suzanawaty Osman, 2014). Menurut Siti Zabidah (2006), pengajaran yang
bercorak konvensional dan berpusatkan guru ini dapat menyebabkan murid menjadi pasif dan
suasana pembelajaran kurang menyeronokkan. Selain itu, Marohaini (2004) pula menyatakan
bahawa kaedah pengajaran karangan yang mementingkan huraian daripada guru tidak banyak
membantu kemahiran murid menulis. Oleh itu, kaedah konvensional ataupun “spoon feeding” ini
tidak sepatutnya dilakukan lagi oleh guru masa kini kerana tidak mendatangkan kebaikan kepada
murid-murid. Malah, murid hanya akan menjadi pasif dan tidak berusaha untuk mempelajari
perkara yang baharu.
Justeru, teknik BoGraf dan bahan rangsangan bergambar telah diperkenalkan untuk
membimbing murid-murid menjana idea untuk menulis karangan laporan. Melalui penggunaan
teknik-teknik ini, guru-guru dapat membantu murid-murid menjana idea untuk menulis karangan
laporan di samping dapat meningkatkan penguasaan murid-murid dalam kemahiran menulis

1883
karangan laporan. Dapatan kajian ini akan memperlihatkan kesan penggunaan teknik BoGraf dan
bahan rangsangan bergambar untuk membantu murid tahun 5 sekolah rendah menjana idea bagi
menulis karangan laporan.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN


Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan teknik BoGraf dan bahan rangsangan
bergambar dalam menjana idea untuk menulis karangan laporan murid tahun 5. Objektif kajian ini
adalah seperti berikut :
Mengenal pasti keberkesanan teknik BoGraf dan bahan rangsangan bergambar bagi mencari
idea untuk menulis karangan laporan murid tahun 5.
Berdasarkan objektif kajian tersebut, pengkaji telah membina satu soalan kajian. Berikut
merupakan soalan kajian yang diutarakan oleh pengkaji :
Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan yang menggunakan teknik BoGraf
dan kumpulan yang menggunakan bahan rangsangan bergambar dalam kemahiran mencari idea
bagi penulisan karangan laporan murid tahun 5?

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian merupakan satu kaedah perancangan khas bagi suatu kaedah dan prosedur
untuk mengumpul dan menganalisis data (Zikmund, 2003). Reka bentuk bagi kajian ini
menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kuasi eksperimental. Kajian ini melibatkan
responden seramai 60 orang murid di sebuah sekolah di negeri Kedah. Seramai 29 orang
responden merupakan murid perempuan manakala 31 orang responden merupakan murid lelaki.
Responden yang dipilih oleh pengkaji terdiri daripada murid-murid tahun 5.
Kajian ini melibatkan penggunaan ujian pra dan ujian pasca. Kajian ini bersifat kuantitatif
kerana terdapat penggunaan numerikal dalam menganalisis sampel kajian di samping kajian
dijalankan secara empirikal dan sistematik mengenai keberkesanan dua teknik yang difokuskan
dalam menjana idea untuk menulis karangan laporan. Pengkaji memilih untuk menggunakan
kajian kuantitatif juga kerana apabila analisis terhadap keputusan ujian yang dilaksanakan,
maklumat yang ditunjukkan lebih mudah untuk dilihat tahap keberkesanannya kerana dapat dilihat
dalam bentuk skor.
Bagi kajian ini, ujian pra dan pasca akan dijalankan kepada kumpulan-kumpulan yang
terlibat. Hal ini kerana kajian ini melibatkan suatu kajian mengenai keberkesanan sesuatu teknik
pengajaran yang digunakan oleh guru. Oleh itu, bagi mendapatkan keputusan yang tepat tentang
keberkesanan teknik yang digunakan, ujian pra dan pasca seharusnya dijalankan untuk diuji

1884
kepada murid-murid yang terlibat dalam kajian ini. Keberkesanan teknik yang dipilih akan dapat
diuji sepenuhnya selepas keputusan ujian pasca yang diperoleh dianalisis oleh guru.
Seterusnya, instrumen soalan ujian dalam kajian ini diuji melalui kajian rintis yang
dijalankan kepada 30 orang responden. Analisis nilai Alpha Cronbach menunjukkan nilai .66, iaitu
instrumen ini boleh diterima dan ditadbir dalam ujian pra dan ujian pasca untuk mengumpul data
sebenar kelak. Soalan ujian pra dan pasca akan dijawab oleh 60 orang responden yang terdiri
daripada dua kumpulan, iaitu kumpulan tindakan 1 dan kumpulan tindakan 2. Akhirnya, data ujian
pra dan ujian pasca dianalisis secara deskriptif, iaitu mengkaji skor min dan sisihan piawai.

DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan jadual 1, dapat dilihat tahap penguasaan bagi setiap kumpulan untuk ujian pra dan
ujian pasca yang telah dilaksanakan. Tahap penguasaan murid-murid dibahagikan kepada lima
tahap, iaitu cemerlang, baik, memuaskan, kurang memuaskan dan belum menguasai tahap
minimum. Tahap penguasaan ini adalah berdasarkan rubrik pemarkahan yang telah dibina.
Semasa kajian ini dilaksanakan, kumpulan tindakan 1 tidak mengaplikasikan teknik bahan
rangsangan bergambar semasa ujian pra, tetapi telah mengaplikasikan teknik tersebut ketika
menjawab ujian pasca seperti mana mereka mempelajarinya semasa intervensi dijalankan. Bagi
kumpulan tindakan 2 pula, mereka tidak mengaplikasikan teknik BoGraf semasa ujian pra
dijalankan tetapi telah mengaplikasikan teknik tersebut ketika ujian pasca dilaksanakan kepada
mereka.

Jadual 1

Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca Kumpulan Tindakan 1 dan Kumpulan Tindakan 2.

Julat Tahap Kumpulan Tindakan 1 Kumpulan Tindakan 2


markah Penguasaan
Ujian Pra Ujian Pasca Ujian Pra Ujian
Pasca
21-25 Cemerlang 0 10 0 4
16-20 Baik 9 10 5 15
11-15 Memuaskan 12 10 9 8
6-10 Kurang 9 0 16 3
Memuaskan

1885
1-5 Belum Menguasai 0 0 0 0
Tahap
Penguasaan
Minimum

Berdasarkan jadual 1, tahap penguasaan cemerlang bagi penulisan karangan untuk ujian
pra kumpulan tindakan 1 adalah kosong atau tidak terdapat sorang murid pun yang mencapai
tahap cemerlang itu. Perkara ini berbeza selepas murid-murid menjalani ujian pasca kerana
terdapat 10 orang murid yang berjaya mencapai tahap penguasaan cemerlang dalam penulisan
karangan laporan. Bagi kumpulan tindakan 2 pula, dapatan bagi ujian pra juga menunjukkan
bahawa tiada seorang murid yang berjaya mendapatkan tahap cemerlang. Namun, selepas
melaksanakan ujian pasca, seramai empat orang murid berjaya memperoleh tahap penguasaan
cemerlang dalam ujian tersebut selepas mengaplikasikan teknik BoGraf tersebut.
Seterusnya, hasil dapatan menunjukkan seramai sembilan orang murid dari kumpulan
tindakan 1 berjaya mendapatkan tahap baik untuk ujian pra manakala bagi ujian pasca pula
seramai 10 orang murid berjaya mencapai tahap baik. Perkara ini menunjukkan seramai 10 orang
murid berjaya mendapat markah antara 16 hingga 20 bagi ujian pasca ini. Bagi kumpulan tindakan
2 pula, seramai lima orang murid berjaya mendapatkan tahap penguasaan baik ketika ujian pra
dilaksanakan. Bilangan murid yang berada pada tahap baik telah meningkat kepada 15 orang
murid apabila ujian pasca dilaksanakan.
Bagi tahap memuaskan pula, seramai 12 orang murid dalam kumpulan tindakan 1 berjaya
mencapai tahap ini apabila ujian pra dilaksanakan. Namun, jumlah murid pada tahap memuaskan
ini telah menurun apabila ujian pasca dilaksanakan, iaitu seramai 10 orang murid berjaya
mendapatkan tahap memuaskan. Hal ini kerana bilangan murid yang berjaya mencapai tahap
cemerlang dan baik telah meningkat selepas pelaksanaan teknik bahan rangsangan bergambar
ini dilaksanakan. Bagi kumpulan tindakan 2 pula, bilangan murid yang berjaya mendapatkan
tahap penguasaan memuaskan bagi ujian pra adalah seramai sembilan orang murid. Bilangan ini
telah menurun apabila ujian pasca dilaksanakan apabila seramai lapan orang murid sahaja yang
berada pada tahap ini. Hal ini berlaku kerana terdapat peningkatan dalam penguasaan murid-
murid menulis karangan laporan setelah pengaplikasian teknik BoGraf ini dilaksanakan kepada
murid-murid.
Bagi tahap kurang memuaskan pula, seramai sembilan orang murid daripada kumpulan
tindakan 1 berada pada tahap ini. Namun, bilangan murid menjadi sifar pada ujian pasca setelah
teknik bahan rangsangan bergambar dilaksanakan kepada kumpulan tindakan 1 ini. Ujian pra
bagi kumpulan tindakan 2 pula menunjukkan bilangan murid seramai 16 orang murid berada pada

1886
tahap kurang memuaskan tetapi bilangan ini berkurang menjadi tiga orang murid sahaja apabila
ujian pasca dilaksanakan. Perkara ini menunjukkan peningkatan tahap penguasaan murid-murid
dalam kumpulan tindakan 2 apabila teknik BoGraf diperkenalkan kepada mereka. Walaupun
masih terdapat murid-murid yang berada pada tahap kurang memuaskan dalam kumpulan
tindakan 2 ini, namun penurunan bilangan murid yang drastik merupakan satu kejayaan bagi
pengkaji kerana teknik BoGraf ini berjaya membantu murid-murid menulis karangan laporan. Bagi
tahap belum menguasai tahap penguasaan minimum pula, tidak terdapat seorang murid yang
berada pada tahap ini bagi ujian pra dan pos untuk kedua-dua kumpulan, iaitu kumpulan tindakan
1 dan kumpulan tindakan 2. Kesimpulannya, tahap penguasaan murid-murid dalam kemahiran
menulis karangan laporan semakin meningkat antara ujian pra dengan ujian pasca, terutamanya
bagi kumpulan tindakan 1 yang mempunyai tahap penguasaan yang lebih baik berbanding murid-
murid dalam kumpulan tindakan 2.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


Kesimpulannya, dapatan bagi soalan kajian ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan
yang signifikan antara penggunaan teknik BoGraf dan teknik bahan rangsangan bergambar bagi
membantu murid-murid menjana idea untuk menulis karangan laporan. Hal ini kerana dapatan
kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan antara skor yang
diperoleh murid-murid daripada kumpulan tindakan 1 dan kumpulan tindakan 2 yang masing-
masing menggunakan teknik bahan rangsangan bergambar dan teknik BoGraf. Berdasarkan
dapatan kajian yang diperoleh pengkaji, nilai min skor ujian pencapaian bagi kumpulan tindakan
1 yang menggunakan teknik bahan rangsangan bergambar dalam ujian pasca adalah lebih tinggi,
iaitu 18.23 berbanding nilai min skor kumpulan tindakan 2 yang menggunakan teknik BoGraf, iaitu
17.57. Perkara ini menunjukkan perbezaan nilai min skor antara kedua-dua kumpulan adalah
sebanyak 0.66. Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa tidak terdapat perbezaan
signifikan dalam skor bagi kumpulan yang menggunakan teknik bahan rangsangan bergambar
dengan kumpulan yang mengggunakan teknik BoGraf dalam membantu murid-murid menjana
idea bagi menulis karangan laporan dalam ujian pasca.
Dapatan kajian ini telah memberi implikasi kepada pengetahuan, praktikal dan empirikal.
Kajian yang dijalankan oleh pengkaji ini mampu untuk mengisi kelompongan dalam aspek
pengetahuan. Hal ini kerana kajian mengenai penggunaan teknik yang memberi fokus kepada
peningkatan kemahiran menjana idea untuk menulis karangan dalam mata pelajaran bahasa
Melayu sekolah rendah masih berada pada tahap yang rendah. Selain itu, teknik ini juga
memberikan implikasi dari aspek praktikal. Perkara ini disebabkan, teknik ini boleh diaplikasikan

1887
oleh semua guru sama ada di bandar ataupun di luar bandar kerana teknik ini tidak memerlukan
peralatan berbentuk teknologi. Hal ini kerana teknik BoGraf boleh diaplikasikan pada papan putih
kemudian diikuti oleh murid-murid dengan melakukannya dalam buku tulis.
Bagi teknik bahan rangsangan bergambar pula, guru bolehlah mencetak beberapa keping
gambar dan menunjukkan kepada murid-murid sewaktu mereka diarahkan untuk menulis
karangan sebagai bahan rangsangan kepada mereka. Jika guru mempunyai mesin pencetak,
maka guru boleh mencetak gambar dan juga BoGraf tersebut untuk diberikan kepada murid-
murid. Perkara ini dapat membantu murid-murid menjana idea dan menulis karangan laporan
dengan lebih baik dan berkualiti berpandukan teknik-teknik tersebut. Pengajaran guru menjadi
lebih berkesan dan seterusnya dapat membantu murid-murid yang kurang menguasai kemahiran
menulis karangan laporan. Kesimpulannya, perbincangan pada bahagian ini membuktikan
bahawa kajian ini berupaya untuk mengisi kelompongan dalam aspek praktikal.
Di samping itu, kajian yang dijalankan oleh pengkaji ini yang menggunakan reka bentuk
kuantitatif dan menggunakan kaedah kuasi eksperimental menunjukkan bahawa kajian ini adalah
empirikal dan membolehkan teknik BoGraf dan bahan rangsangan bergambar dalam menjana
idea untuk menulis karangan laporan berupaya untuk diuji keberkesanannya. Oleh itu, kajian
“Keberkesanan Teknik BoGraf dan Bahan Rangsangan Bergambar Dalam Menjana Idea Untuk
Menulis Karangan Laporan Murid Tahun 5” yang telah dijalankan oleh pengkaji ini dapat mengisi
kelompongan dalam aspek empirikal.
Berdasarkan kajian ini juga, pengkaji telah memberikan beberapa cadangan kajian
lanjutan pada masa akan datang. Antara cadangan yang boleh dilakukan oleh KPM adalah
memperkenalkan teknik BoGraf dan teknik bahan rangsangan bergambar dalam siaran televisyen
pendidikan yang diwujudkan oleh KPM seperti siaran DidikTV. DidikTV KPM merupakan antara
inisiatif yang dilakukan oleh KPM untuk meningkatkan akses pendidikan berkualiti bagi semua
murid di seluruh negara dan juga sebagai usaha membekalkan ilmu secara berterusan kepada
murid-murid semasa situasi pandemik Covid-19 yang melanda negara kita ini yang menghalang
pembukaan semula sekolah. Selain itu, guru besar dan guru penolong kanan bolehlah
menyediakan satu panduan dalam pengajaran bahasa Melayu yang merangkumi pelbagai teknik
untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Buku panduan ini perlulah
memasukkan teknik BoGraf dan bahan rangsangan bergambar ini juga.
Cadangan kajian lanjutan pula perlulah melibatkan bilangan responden yang lebih besar
merangkumi setiap peringkat murid perlu dilaksanakan bagi mendapatkan gambaran yang lebih
jelas mengenai tahap keberkesanan teknik BoGraf dan bahan rangsangan bergambar ini. Kajian
yang melibatkan perbandingan dua atau lebih sekolah juga sesuai untuk dilaksanakan. Hal ini

1888
berkemungkinan dapat menghasilkan dapatan kajian pada peringkat yang lebih besar dan
hasilnya dapat memberi manfaat yang besar kepada guru dan juga murid.
Cadangan yang seterusnya adalah untuk menjalankan kajian terhadap responden yang
berlainan latar belakang. Hal ini kerana kajian yang dilakukan oleh pengkaji pada kajian ini telah
dijalankan terhadap kumpulan yang homogenous atau sama dari segi latar belakangnya sahaja.
Responden-responden yang terlibat dalam kajian ini adalah daripada sekolah yang sama dan
berada pada usia yang sama. Oleh itu, kajian yang seterusnya bolehlah melibatkan responden
yang heterogeneous atau berlainan latar belakang seperti usia yang berbeza ataupun kawasan
sekolah yang berbeza sama ada bandar atau luar bandar. Perkara ini dapat menyebabkan
dapatan kajian yang diterima memberikan hasil yang menyeluruh tentang keberkesanan teknik
BoGraf dan bahan rangsangan bergambar ini terhadap pelbagai peringkat murid.

RUJUKAN
Alexander, R.J. & McDougall, R.S. (2001). Collaborative Problem Solving in Student
Learning. New Zealand : University of Otago.

Che Zanariah & Fadzilah Abd. Rahman. (2011). Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
kemahiran menulis di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 1(1), 67-87.

Haris Fadzilah Kassim. (2002). Masalah Menulis Karangan di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat
: Satu Kajian Kes. Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala
Lumpur.

Marohaini. (2004). Perlakuan dan Proses Menulis Karangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur :
Penerbit Universiti Malaysia.

Noor Hisham Nawi. (2011). Pengajaran dan Pembelajaran; Penelitian Semula Konsep-Konsep
Asas Menurut Perspektif Gagasan Islamiah Ilmu Moden. Kongres Pengajaran dan
Pembelajaran UKM. Universiti Kebangsaan Malaysia, 18-20 Disember.

Sharifah Alwiah Alsagoff. (1986). Ilmu Pendidikan : Pedagogi. Kuala Lumpur : Heinemann Sdn.
Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Siti Zabidah. (2006). Kesan Pendekatan Penyebatian Kemahiran Berfikir Kreatif dalam
Pengajaran Karangan Deskriptif dan Karangan Imaginatif dalam Kalangan Murid
Tingkatan 4. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Sains Malaysia.

Suhaimi Yunus. (2009). Permasalahan Pembelajaran Penulisan Bahasa Melayu dalam Kalangan
Murid Orang Asli. Projek Master Sains. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra
Malaysia.

1889
Yahya Othman & Suzanawaty Osman. (2014). Keupayaan Menguasai Kemahiran Menulis
Melalui Pembelajaran Berasaskan Projek dalam Penulisan Berbentuk Risalah di Sekolah
Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 4(1), 19-29.

Zikmund W. G. (2003). Business Research Methods 7th Ed. Ohio : Thomson South-Western.

1890
PENERIMAAN GURU UNTUK MENGAPLIKASIKAN MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Muhammad Ezam bin Abdullah


pju17_c410@ipgkbm.edu.my

Ku Muhamad Asmadi bin Ku Mohd Saad PhD


kuasmadi@ipgkbm.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji tahap persepsi dan tahap kesediaan guru Bahasa Melayu dalam
mengaplikasikan multimedia di dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini juga ingin mengenal pasti
tahap kekangan yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu semasa mengaplikasikan multimedia di dalam
pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini telah dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif. Reka
bentuk kajian ini merupakan kaedah tinjauan iaitu menggunakan instrumen borang soal selidik yang
mengandungi 29 item soalan. Sampel kajian terdiri daripada 59 orang guru Bahasa Melayu yang berada di
sekolah rendah sekitar Bangsar dan Petaling Jaya. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik
deskriptif yang melibatkan analisis skor min, sisihan piawai dan varian. Hasil dapatan menunjukkan tahap
persepsi guru terhadap pengaplikasian multimedia berada pada tahap yang tinggi (skor min 4.59) dan tahap
kesediaan guru juga berada pada tahap yang tinggi (skor min 4.50). Namun, tahap kekangan guru untuk
mengaplikasikan multimedia pula berada pada tahap sederhana rendah (skor min 2.38). Antara masalah
guru dalam mengaplikasikan multimedia ialah capaian internet yang tidak stabil, kemudahan prasarana
yang tidak mencukupi, kekurangan latihan teknikal dan pelbagai lagi. Justeru, guru-guru disarankan untuk
membuat persediaan diri dengan pedagogi baharu terutamanya dalam pengaplikasian multimedia. Pihak
berkepentingan juga perlu membantu guru untuk mengatasi kekangan-kekangan yang dihadapi.

Kata Kunci: pengaplikasian multimedia, tahap persepsi, tahap kesediaan, tahap kekangan, guru Bahasa
Melayu

ABSTRACT
This study was conducted to assess the level of perception and the level of preparedness of Malay
Language teachers in the application of multimedia in teaching and learning. This research is also to identify
the constraints faced by the Malay Language teachers during the application of multimedia in teaching and
learning. It was carried out using a quantitative approach. The design of this study is a survey method that
uses a questionnaire instrument that contains 29 question items. The sample consisted of 59 Malay
Language teachers in primary schools around Bangsar and Petaling Jaya. The data obtained were analyzed
using descriptive statistics involving analysis of mean, standard deviation and variance. The results showed
that the level of teachers' perception of multimedia applications was at a high level (mean 4.59) and the
level of teacher preparedness was also at a high level (mean 4.50). However, the level of constraint of
teachers to apply multimedia is at a moderately low level (mean 2.38). Among the problems of teachers in
applying multimedia are unstable internet access, lack of infrastructure facilities, lack of technical training

1891
and many more. Thus, teachers are advised to prepare themselves with new pedagogy especially in using
multimedia. Stakeholders also need to help teachers to overcome the problems they had face.

Keywords: application of multimedia, the level of perception, the level of preparedness, the level of
constraints

PENGENALAN
Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan satu medium yang berupaya
memberikan anjakan paradigma untuk merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum,
mempelbagaikan pedagogi, meningkatkan penguasaan murid dan sebagainya. Menyedari
kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi ini, KPM telah merangka Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dengan tujuan ingin memanfaatkan penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran guru. Hal ini jelas menunjukkan
bahawa kaedah penyampaian guru akan mengalami perubahan daripada kaedah tradisional
seperti penggunaan buku teks kepada kaedah yang berasaskan teknologi maklumat dan
komunikasi seperti penggunaan bahan multimedia iaitu aplikasi-aplikasi digital, video interaktif
dan sebagainya. Husni et al. (2018) juga menyatakan bahawa kaedah pengajaran dan
pembelajaran perlulah berubah bersesuaian dengan perkembangan teknologi siber dan akses
internet yang semakin maju. Justeru, para guru hendaklah menjadikan bahan bantu mengajar
berasaskan multimedia ini sebagai salah satu medium yang utama dalam mengembangkan
potensi murid dan memberikan kefahaman tentang sesuatu topik yang diajarkan di dalam bilik
darjah.

Tambahan lagi, teknologi maklumat dan komunikasi ini bukan lagi perkara asing di dalam
masyarakat Malaysia. Segala bahan digital seperti telefon pintar, tablet, komputer riba, aplikasi-
aplikasi digital telah menjadi satu keperluan di dalam kehidupan. Kelebihan kemajuan teknologi
ini jelas berupaya dalam memberikan impak yang positif dalam bidang pendidikan seperti
penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan multimedia yang lebih efektif dan sebagainya.
Pengaplikasian bahan berasaskan multimedia di dalam proses pengajaran dan pembelajaran
juga mampu mempengaruhi minat murid dan keupayaan para guru untuk mengubah proses
pengajaran dan pembelajaran sedia ada ke peringkat yang lebih berkualiti dan menjurus kearah
pembelajaran abad ke-21. Maka, KPM telah mensasarkan semua Sekolah Rendah Kebangsaan
(SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dilengkapkan dengan kemudahan, peralatan
dan perisian yang lengkap, serta guru dan kakitangan mendapat latihan yang mencukupi.

Walaupun penggunaan bahan berasaskan multimedia ini telah didedahkan oleh KPM,
masih terdapat guru-guru yang tidak mengambil peluang ini untuk dijadikan sebagai bahan bantu
1892
mengajar yang lebih efektif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Para guru dilihat masih
menggunakan kaedah pengajaran konvensional di dalam kelas dan tidak mengaplikasikan
pengggunaan multimedia semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kesannya,
kebanyakkan murid-murid akan mula mengalami penurunan motivasi untuk belajar sekaligus
menjejaskan prestasi akademik murid-murid tersebut. Oleh itu, para guru hendaklah sentiasa
bersedia mengalami perubahan dengan menjadikan teknologi multimedia ini sebagai salah satu
elemen penting yang perlu diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran agar aktiviti
pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan sesuai dengan kecenderungan murid pada
era digital ini.

PERNYATAAN MASALAH
Peredaran masa dan ledakan teknologi menuntut guru untuk memberi persepsi positif dalam
menggunakan multimedia atau teknologi maklumat sebagai sebahagian daripada bahan bantu
mengajar (Siti Fatimah Ahmad et al., 2010). Dalam hal ini, majoriti murid yang tidak berminat di
dalam sesuatu mata pelajaran ialah berpunca dari kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru
tersebut. Dapat juga dilihat bahawa terdapat juga guru-guru yang masih mengamalkan
pendekatan lama dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana persepsi guru itu sendiri
yang masih tidak mahu menerima perubahan di dalam pendidikan. Sebagai contoh, guru Bahasa
Melayu masih terlalu bergantung kepada buku teks sebagai bahan utama pengajaran dan sumber
fakta untuk mengajar. Penggunaan buku teks tidak menjadi satu kesalahan namun penggunaan
yang berlebihan menjadikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu itu kurang daya kreatif
dan imaginatif. Ini juga menunjukkan bahawa guru Bahasa Melayu itu masih mempunyai persepsi
yang rendah terhadap penggunaan multimedia dan kurang bersedia untuk menggunakan kaedah
pengajaran yang sesuai bagi menarik minat murid tersebut untuk terus belajar.

Seterusnya, guru juga hendaklah bersedia memberi penekanan terhadap penggunaan


bahan bantu mengajar dalam mata pelajaran seperti pengunaan multimedia yang menarik
(Khodijah et al, 2018). Kebanyakan murid-murid mengalami masalah dalam mengembangkan
idea, mengingati sesuatu topik pembelajaran dalam subjek Bahasa Melayu kerana isi pelajaran
atau fakta yang terlalu banyak dan ini menyebabkan murid tidak dapat sepenuhnya isi
pembelajaran yang dipelajari pada hari tersebut (Roselan Baki, 2013). Selain itu juga, antara
faktor yang menyebabkan murid tidak berminat dengan subjek Bahasa Melayu ialah murid sukar
mengingati fakta-fakta seperti tatabahasa, topik yang tidak menarik minat murid, buku teks yang
tidak menarik dan sebagainya. Justeru itu, secara tidak langsung akan menyebabkan murid tidak
meminati mata pelajaran Bahasa Melayu atas sebab tanggapan murid bahawa Bahasa Melayu

1893
ialah mata pelajaran yang susah dan memerlukan mereka untuk memahami banyak fakta,
mempelajari tatabahasa yang banyak dan sebagainya. Maka, dalam hal ini guru memainkan
peranan besar dalam membuat persediaan diri dengan elemen TMK bagi memilih kaedah
penyampaian yang sesuai dan perlu menggunakan pendekatan yang boleh menarik minat murid
seperti mengaplikasikan multimedia di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Selain itu, terdapat juga kekangan-kekangan yang perlu dihadapi oleh guru dalam
penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan multimedia di pengajaran dan pembelajaran
(Johari Hassan et. al, 2010). Hal ini kerana wujudnya masalah seperti beban tugas guru yang
semakin tinggi mengakibatkan guru kurang bermotivasi dalam di dalam kelas, masalah
kekurangan kemahiran dan kursus, jaringan internet yang perlahan, kemudahan ICT yang terhad
dan sokongan teknikal pihak sekolah yang rendah, kekurangan masa untuk menyediakan bahan
dan sebagainya. Oleh itu, isu-isu tersebut juga mendorong pengkaji untuk mengenal pasti tahap
kekangan guru bahasa Melayu dalam mengaplikasikan bahan bantu mengajar berasaskan
multimedia di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap persepsi dan tahap
kesediaan guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan multimedia sebagai langkah permulaan
untuk mengimplementasikan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan. Kajian
berkaitan tahap kekangan yang dihadapi oleh guru semasa mengaplikasikan multimedia juga
perlu dilaksanakan bagi melihat masalah yang dihadapi sekaligus dapat membuat
penambahbaikan pada masa akan datang.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini berasaskan kepada beberapa objektif tertentu, antaranya:

1. Mengenal pasti tahap persepsi guru terhadap pengaplikasian multimedia dalam


pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
2. Mengkaji tahap kesediaan guru untuk mengaplikasikan multimedia dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu.
3. Menentukan tahap kekangan guru untuk mengaplikasikan multimedia dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu.

SOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan, soalan kajian yang dibentuk ialah:

1894
1. Apakah tahap persepsi guru terhadap pengaplikasian multimedia dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu?
2. Apakah tahap kesediaan guru untuk mengaplikasikan multimedia dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu?
3. Apakah tahap kekangan guru untuk mengaplikasikan multimedia dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu?

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah tinjauan. Kajian ini
bertujuan untuk mengenal pasti tahap persepsi guru dan tahap kesediaan guru terhadap
penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini juga
ingin mengkaji tahap kekangan yang dihadapi oleh guru semasa mengaplikasikan multimedia di
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Dalam kajian yang dijalankan ini, populasi dan sampel ditentukan berpandukan jadual
penentu saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970). Berdasarkan jadual penentu saiz sampel
tersebut, jumlah saiz sampel minimum yang diperlukan bagi populasi 70 orang adalah seramai
59 orang guru. Oleh itu, responden sebenar yang digunakan dalam kajian ini adalah melibatkan
seramai 59 orang guru Bahasa Melayu dari lima buah sekolah kebangsaan yang terdapat di
sekitar kawasan Bangsar dan Petaling Jaya yang dipilih berdasarkan teknik persampelan rawak
mudah.

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah terdiri daripada satu set soal selidik
yang dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan
Bahagian D. Pada bahagian A ialah berkaitan demografi responden kajian seperti jantina, umur,
bangsa, taraf pendidikan dan pengalaman mengajar di sekolah. Bahagian B pula mengandungi
tujuh item yang berkaitan tahap persepsi guru terhadap pengaplikasian multimedia dalam
pengajaran dan pembelajaran. Bahagian C pula mengandungi tujuh item berkaitan tahap
kesediaan guru mengaplikasikan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya,
bahagian D pula mengandungi 10 item soalan yang berkaitan tahap kekangan guru
mengaplikasikan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kesemua item
ini telah diuji rintis untuk memperoleh kebolehpercayaan.

Tahap kesahan dan kebolehpercayaan item telah diuji menggunakan pekali Alpha
Cronbach. Nilai alpha yang kurang daripada 0.6 dianggap lemah manakala nilai alpha 0.8 ke atas
dianggap baik. Hasil analisis menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan bagi keseluruhan data
1895
kajian ini adalah berada pada tahap yang baik iaitu 0.81. Oleh itu, pernyataan item boleh diterima
pakai dalam kalangan sampel kajian sebenar. Data kuantitatif dianalisis menggunakan statistik
deskriptif dengan bantuan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 26.0.
Analisis deskriptif bertujuan mendapatkan data min, sisihan piawai dan varian bagi mengukur
tahap persepsi, tahap kesediaan dan tahap kekangan guru dalam mengaplikasikan multimedia di
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bagi menentukan tahap tersebut, pengkaji
telah menggunaan interpretasi skor min yang diadaptasi daripada Jamil et. al (2014) seperti dalam
jadual berikut:

Jadual 1.0

Interpretasi Skor Min

Selang Skala Skor Min Interpretasi


1.00 – 2.00 Rendah
2.01 – 3.00 Sederhana Rendah
3.01 – 4.00 Sederhana Tinggi
4.01 – 5.00 Tinggi

Dalam kajian ini, tahap persepsi, tahap kesediaan dan tahap kekangan dikategorikan
kepada empat tahap iaitu skor min 1.00 hingga 2.00 menunjukkan tahap yang rendah, skor min
2.01 hingga 3.00 menunjukkan tahap yang sederhana rendah, skor min 3.01 hingga 4.00
menunjukkan tahap yang sederhana tinggi dan skor min 4.01 hingga 5.00 menunjukkan tahap
yang tinggi.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Dapatan kajian ini menjawab kepada tiga soalan kajian iaitu berkaitan tahap persepsi guru, tahap
kesediaan guru dan tahap kekangan yang dihadapi guru dalam mengaplikasikan multimedia.

Jadual 2.0

Analisis Item Tahap Persepsi Guru Terhadap Pengaplikasian Multimedia (N=59)

Bil. Item Min Sisihan Varian Tahap


(µ) Piawai (V)
(SP)
B1. Penggunaan multimedia dapat 4.58 0.593 0.352 Tinggi
menjadikan proses pengajaran dan

1896
pembelajaran Bahasa Melayu lebih
menarik.
B2. Penggunaan multimedia boleh 4.56 0.623 0.389 Tinggi
meningkatkan tahap motivasi dan
minat murid untuk belajar.
B3. Penggunaan multimedia dapat 4.58 0.622 0.386 Tinggi
memudahkan pemahaman murid
dalam topik-topik yang diajarkan.
B4. Penggunaan multimedia dapat 4.58 0.593 0.352 Tinggi
meningkatkan pencapaian murid
dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu.
B5. Guru hendaklah bersedia meneroka 4.61 0.588 0.345 Tinggi
segala aspek multimedia untuk
digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
B6. Guru hendaklah berfikiran positif 4.61 0.616 0.380 Tinggi
terhadap penggunaan multimedia di
dalam pengajaran dan
pembelajaran.
B7. Guru hendaklah sentiasa 4.63 0.613 0.376 Tinggi
mempelbagaikan kandungan
penggunaan multimedia agar murid
tidak bosan untuk belajar.
Keseluruhan 4.591 0.537 0.288 Tinggi

Berdasarkan jadual 2.0 iaitu tahap persepsi guru terhadap pengaplikasian multimedia di
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, min keseluruhan bagi soalan kajian
pertama ini dilihat berada pada tahap tinggi iaitu (µ=4.591). Nilai sisihan piawai (SP=0.537) dan
varian (V=0.288) pula menunjukkan bahawa set data dalam kajian ini sedikit terserak dan masih
menghampiri ukuran pusat. Secara keseluruhannya, ini jelas menunjukkan bahawa responden
(N=59) dalam kajian ini mempunyai tahap persepsi yang sangat baik terhadap pengaplikasian
multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Hal ini juga menjelaskan
bahawa guru-guru mempunyai tanggapan yang tinggi berkaitan keperluan seorang guru untuk
menerima teknologi multimedia selari dengan perkembangan di dalam sektor pendidikan
Malaysia.

1897
Jadual 3.0

Analisis Item Tahap Kesediaan Guru Untuk Mengaplikasikan Multimedia (N=59)

Bil. Item Min Sisihan Varian Tahap


(µ) Piawai (V)
(SP)
C1. Saya bersedia untuk mencari 4.47 0.626 0.392 Tinggi
maklumat berkaitan multimedia yang
sesuai dengan objektif pengajaran.
C2. Saya bersedia menjadikan 4.53 0.653 0.426 Tinggi
penggunaan multimedia sebagai
bahan bantu mengajar yang
berkesan.
C3. Saya bersedia untuk menghadiri 4.49 0.679 0.461 Tinggi
kursus-kursus yang boleh
menambahkan lagi ilmu
pengetahuan saya berkaitan
multimedia.
C4. Saya bersedia untuk meneroka 4.51 0.728 0.530 Tinggi
aspek multimedia dalam pengajaran
bagi meningkatkan kemahiran dan
pencapaian murid.
C5. Saya bersedia mengajar 4.49 0.626 0.392 Tinggi
menggunakan multimedia sama ada
secara elektronik atau mengedarkan
bahan bercetak.
C6. Saya bersedia mengendalikan kuiz 4.59 0.591 0.349 Tinggi
secara multimedia di dalam
pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu.
C7. Saya bersedia mengintegrasikan 4.42 0.814 0.662 Tinggi
penggunaan multimedia di dalam
pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu.
Keseluruhan 4.501 0.573 0.328 Tinggi

Berdasarkan jadual 3.0 iaitu tahap kesediaan guru untuk mengaplikasikan multimedia di
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, min keseluruhan bagi soalan kajian kedua
ini dilihat berada pada tahap tinggi iaitu (µ=4.501). Nilai sisihan piawai (SP=0.573) dan varian
(V=0.328) pula menunjukkan bahawa set data dalam kajian ini sedikit terserak dan masih
menghampiri ukuran pusat. Secara keseluruhannya, ini jelas menunjukkan bahawa responden
1898
(N=59) dalam kajian ini mempunyai tahap kesediaan yang sangat baik untuk mengaplikasikan
multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu selari dengan pembelajaran
abad ke-21 yang menekankan penggunaan TMK di dalam bilik darjah.

Jadual 4.0

Analisis Item Tahap Kekangan Guru Untuk Mengaplikasikan Multimedia (N=59)

Bil. Item Min Sisihan Varian Tahap


(µ) Piawai (V)
(SP)
D1. Saya kekurangan latihan teknikal 2.78 1.327 1.761 Sederhana
dan kursus untuk mengaplikasikan Rendah
multimedia di dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu.
D2. Saya mempunyai kekangan masa 2.69 1.290 1.664 Sederhana
untuk menyediakan bahan bantu Rendah
mengajar yang berasaskan
multimedia.
D3. Saya tidak mempunyai kemudahan 3.53 1.194 1.426 Sederhana
capaian internet yang stabil untuk Tinggi
menggunakan multimedia di dalam
bilik darjah.
D4. Saya tidak dapat menggunakan 2.00 1.099 1.207 Rendah
bahan bantu mengajar berasaskan
multimedia kerana kurang jelas
berkaitan cara pelaksanaannya di
dalam PdP.
D5. Kemudahan prasarana sekolah 3.46 1.222 1.494 Sederhana
seperti komputer dan LCD untuk Tinggi
menggunakan multimedia adalah
tidak mencukupi.
D6. Saya tidak dapat mengaplikasikan 2.24 1.135 1.288 Sederhana
multimedia kerana mengalami Rendah
kesukaran untuk mencari aplikasi
atau platform yang sesuai.
D7. Saya tidak dapat mengaplikasikan 2.32 1.181 1.395 Sederhana
multimedia atas faktor isi kandungan Rendah
pembelajaran yang terlalu padat.
D8. Saya mendapati bahawa murid 1.61 0.851 0.725 Rendah
kurang pengetahuan dan kemahiran
untuk menggunakan multimedia.
D9. Saya tidak mendapat sokongan dari 1.49 0.679 0.461 Rendah
pihak sekolah untuk menjalankan
1899
aktiviti pengajaran dan pembelajaran
menggunakan multimedia.
D10. Saya melihat murid-murid tidak 1.69 1.021 1.043 Rendah
memberikan kerjasama dalam
aktiviti-aktiviti yang melibatkan
penggunaan multimedia.
Keseluruhan 2.381 0.824 0.678 Sederhana
Rendah

Berdasarkan jadual 4.0 iaitu tahap kekangan guru untuk mengaplikasikan multimedia di
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, min keseluruhan bagi soalan kajian ketiga
ini dilihat berada pada tahap sederhana rendah iaitu (µ=2.381). Nilai sisihan piawai (SP=0.824)
dan varian (V=0.678) pula menunjukkan bahawa set data dalam kajian ini lebih terserak dan
sedikit menjauhi ukuran pusat. Secara keseluruhannya, ini jelas menunjukkan bahawa responden
(N=59) dalam kajian ini mempunyai tahap kekangan yang sederhana rendah untuk
mengaplikasikan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Hal ini juga
menjelaskan bahawa guru-guru tidak mempunyai masalah yang besar untuk untuk
mengaplikasikan multimedia walaupun terdapat beberapa faktor yang kemungkinan sedikit
memberi kesukaran kepada guru untuk mengaplikasikannya.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


Kesimpulannya, bagi konstruk pertama iaitu tahap persepsi guru terhadap pengaplikasian
multimedia di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, hasil dapatan menunjukkan
tahap persepsi guru berada pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian ini disokong oleh beberapa
kajian lain yang turut menyatakan hal yang sama seperti di dalam kajian Mahyuddin Arsat &
Hasnisham Khalip (2011) dan Nor Fadila et al., (2010) yang turut menyatakan bahawa guru-guru
di dalam kajian mereka turut memberi persepsi yang positif terhadap penggunaan perisian
multimedia dalam membantu pengajaran mereka di dalam kelas.

Bagi konstruk kedua pula iaitu tahap kesediaan guru untuk mengaplikasikan multimedia
di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, hasil dapatan menunjukkan tahap
kesediaan guru juga berada pada tahap yang tinggi. Hasil dapatan kajian ini juga selari dengan
dapatan kajian yang dijalankan oleh Khodijah et.al (2018) dan Maimun Aqsha et.al (2017) yang
menunjukkan harapan guru dan kesediaan guru untuk bersama-sama memperbaiki teknik
pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 agar terus utuh dan mencapai visi utama dalam
melahirkan murid yang memiliki ciri-ciri holistik.
1900
Bagi konstruk yang ketiga pula iaitu tahap kekangan guru untuk mengaplikasikan
multimedia di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, hasil dapatan menunjukkan
tahap kekangan guru berada pada tahap yang sederhana rendah. Hasil dapatan kajian ini sedikit
berbeza dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Alagesan et al., (2020) dan Johari Hassan
& Siti Norazlina (2010) yang menunjukkan tahap kekangan guru berada pada tahap yang tinggi.
Antara halangan-halangan yang timbul terhadap penggunaan multimedia dalam kalangan guru
semasa mengaplikasikannya di dalam pengajaran dan pembelajaran adalah berkaitan dengan
faktor masa, faktor latihan, faktor sikap dan banyak lagi.

Seterusnya, dari aspek pengetahuan, penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan


multimedia yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah bertujuan
untuk membudayakan elemen Teknologi Maklumat Dan Komunikasi dalam kalangan guru dan
murid. Aspek pedagogi seperti ini dapat membantu khususnya dalam kalangan guru-guru untuk
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang bermakna kepada murid agar ilmu yang
disampaikan dapat difahami dengan lebih mudah. Oleh hal yang demikian, pengenalan kepada
penggunaan elemen multimedia yang terdapat dalam kajian ini telah memberikan input
pengetahuan yang penting kepada guru-guru tentang bahan bantu mengajar yang sesuai bagi
menerapkan elemen TMK khususnya di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini juga
berupaya memberi pengetahuan khususnya kepada guru-guru tentang kelebihan penggunaan
multimedia di dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan multimedia merupakan aspek
yang perlu dititikberatkan oleh guru bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkesan.

Tambahan lagi, hasil kajian ini juga dapat memberi maklumat secara deskriptif kepada
KPM mengenai cabaran yang dilalui oleh guru-guru sekolah rendah. Dalam hal ini, KPM perlu
mengambil inisiatif untuk menjemput guru-guru pakar sama ada pakar dalam penggunaan TMK,
pakar dalam pembelajaran abad ke-21 dan pakar-pakar dari seluruh negara untuk berkongsi
pengalaman khususnya tentang budaya kerja dan meningkatkan pemahaman tentang
pengaplikasian multimedia di dalam pengajaran dan pembelajaran. Elemen-elemen multimedia
di dalam pengajaran dan pembelajaran juga perlu disediakan di dalam bentuk modul yang lengkap
dan aktiviti-aktiviti yang disusun rapi sebagai panduan kepada guru tentang konsep
pengaplikasian multimedia. Guru juga perlu diberi pendedahan, pengalaman, pemahaman dan
pengetahuan yang lebih luas tentang pengaplikasian multimedia sekaligus dapat
mengoptimumkan penggunaan multimedia di dalam pengajaran dan pembelajaran.

1901
Sebagai cadangan kajian lanjutan, pengkaji akan datang disarankan menggunakan
pendekatan kualitatif bagi menilai tahap dan cara pengaplikasian multimedia dalam kalangan guru
di luar bandar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan kualitatif juga
membolehkan pengkaji memahami pengaplikasian multimedia yang lebih mendalam dan
terperinci bagi sesuatu persoalan. Tambahan pula, kajian berkaitan tahap kesediaan penggunaan
multimedia bagi guru luar bandar masih kurang dilaksanakan. Dalam hal ini, guru di luar bandar
dilihat secara umumnya mempunyai masalah penggunaan multimedia yang lebih tinggi lagi
kerana masalah-masalah yang dihadapi di kawasan luar bandar. Ini juga secara tidak langsung
akan mengganggu tahap kesediaan guru untuk menggunakan multimedia di dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu. Oleh itu, kajian ini amat penting untuk diteliti dan dilaksanakan
oleh pengkaji berikutnya bagi menjawab persoalan berkaitan tahap kesediaan guru menggunakan
multimedia di kawasan luar bandar.

RUJUKAN

Alagesan Ambikapathy, Siti Hajar Halili & Mohana Dass Ramasamy. (2020). Kemahiran
TMK dalam kalangan guru-guru Bahasa Tamil sekolah menengah. Muallim Journal Of
Social Science And Humanities, 99-114.

Husni Abdullah, Abd Razif Zaini, Khairatul Akmar Ab Latif, Hasanah Ihsan, Ku Fatahiyah Ku
Azizan, Wan Sakiah Wan Ngah & Naqibah Mansor. (2018). Pendidikan Abad ke-21 dalam
Pengajaran Bahasa Arab di Sekolah Menengah di Malaysia: Amalan dan Cabaran. Kertas
dibentangkan pada International Research Management dan Innovation Conference.

Jamil Abd Baser, Nurul Syahada Mohd Suhaimi, Hisyamuddin Othman, Azman Hassan, Mohd
Bekri Rahim & Mohd Faizal Askor Nur Yunus. (2014). Standard Guru Malaysia dalam
program persediaan guru reka bentuk dan teknologi maklumat. Online Journal For TVET
Practioners, 2(2).

Johari Hassan & Siti Norazlina Kamisan. (2010). Halangan Terhadap Penggunaan
Komputer Dan Ict Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Di Kalangan Guru
Di Sekolah Menengah Kebangsaan Luar Bandar Di Daerah Kulai Jaya, Johor. Jurnal
Penyelidikan, 19-25.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-


2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Khodijah Abdul Rahman, Siti Zaharah Mohid, Roslinda Ramli. (2018). Kesediaan guru
menggunakan teknologi multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah
rendah agama di Selangor. 4th International Conference on Information Technology &
Society, 5-11.

Krejcie, R.V & Morgan D.W. (1970). Determining Sample Size For Research Activities.
Educational And Psychological Measurement, 607-610.
1902
Mahyuddin Arsat & Hasnisham Khalip. (2011). Penggunaaan Perisian Multimedia dalam
Pengajaran Guru-Guru Teknikal. Journal of Science & Mathematics Education, 12-16.

Maimun Aqsha Lubis, Wan Nurul Syuhada & Mohd Isa Hamzah. (2017). Tahap pengetahuan
dan kesediaan guru-guru Pendidikan Islam sekolah menengah di Selangor terhadap
penggunaan multimedia dalam pengajaran Pendidikan Islam. ASEAN Comparative
Education Research Journal on Islam and Civilization, 1(1), 1-13.

Nor Fadila, Mohd Amin & Chiew Kai Wan. (2010). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan
Perisian Multimedia Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Jurnal Penyelidikan, 1-12.

Roselan Baki. (2013). Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam:
Karisma Publications Sdn. Bhd.

Siti Fatimah Ahmad & Abdul Halim Tamuri. (2010). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan
Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia Dalam Pengajaran j-Qaf.
Journal Of Islamic And Arabic Education. 2(2), 53-64.

1903
KEBERKESANAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMIK DIGITAL DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KATA GANTI NAMA DIRI MURID TAHUN 3

Nur Aisyah binti Kamaruddin


aisyah09-974@epembelajaran.edu.my

Zabedah binti Mohammed PhD


zabedah.mohammed@gmail.com

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menentukan nilai keberkesanan pengajaran berbantukan komik digital dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP) kata ganti nama diri murid Tahun Tiga. Kajian kuantitatif ini
menggunakan reka bentuk kajian kuasi eksperimen. Kajian ini melibatkan 62 orang murid Tahun Tiga di
sebuah sekolah kebangsaan zon Sentul, Kuala Lumpur sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan
persampelan berkelompok, iaitu kumpulan rawatan yang menggunakan komik digital dan kumpulan
kawalan menggunakan teks petikan. Pengumpulan maklumat adalah melalui ujian pra dan ujian pasca
dengan menggunakan instrumen ujian kefahaman kata ganti nama diri. Data yang diperoleh dianalisis
menggunakan Statistic Package for Sosial Science (SPSS) versi 26 bagi menjalankan analisis statistik
deskriptif dan statistik inferensi. Berdasarkan dapatan kajian, menunjukkan bahawa terdapat perbezaan
yang signifikan antara skor min ujian pra dengan ujian pasca bagi kumpulan rawatan dan kumpulan
kawalan. Namun, skor min pencapaian bagi kumpulan rawatan lebih tinggi berbanding dengan skor min
pencapaian kumpulan kawalan. Pencapaian kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan ini dirujuk
melalui nilai impak perbezaan sebanyak 12%. Secara keseluruhannya, kumpulan rawatan yang
menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) berasaskan komik digital lebih berkesan dalam PdP kata ganti
nama diri murid Tahun Tiga. Maka, kajian ini berupaya memberikan implikasi kepada guru agar
menggunakan komik digital dalam PdP kata ganti nama diri supaya tahap penguasaan murid lebih
meningkat dan berada pada tahap yang bermakna.
Kata kunci : komik digital, kata ganti nama diri, murid Tahun Tiga, pengajaran dan pembelajaran.

ABSTRACT

This studies aims to determine the effectiveness of digital comic in the teaching and learning (T&L) of
pronouns of year three students. This quantitative study used a design of quasi-experimental method. This
study involved 62 year three students in a national school in Sentul zone, Kuala Lumpur as samples. Cluster
sampling was used in this study, i.e. the treatment group used digital comics and the control group used
citation text. The collection of data were through pre-test and post-test by using the instrument of self-
pronoun comprehension test. The data obtained were analyzed using the SPSS version 26 to analyze
descriptive statistical analysis and inferential statistics. Based on the findings of the study, it shows that
there is a significant difference between the mean scores of pre-test and post-test for the treatment group
and control group. However, the mean achievement score of the treatment group was higher than the mean
achievement score for the control group. The achievement of the treatment group compared to the control
group was analyzed rethrough the impact value of the difference of 10%. Overall, it was found that the
treatment group that used teaching aids based on digital comics was more effective in teaching pronouns
to year three students. Thus, this study is able to provide implications for teachers to use digital comics in
the teaching pf personal pronouns so that the level of mastery of students is better and more meaningful.
Keywords: digital comics, personal pronouns, year three students, teaching and learning
1904
PENGENALAN

Bahasa Melayu merupakan bahasa Malaysia yang tidak boleh dipertikaikan peranan dan
fungsinya sebagai Bahasa Kebangsaan. Berikutan kepada hal ini, Bahasa Melayu telah menjadi
mata pelajaran wajib atau mata pelajaran teras yang perlu diambil oleh semua murid yang
bersekolah di Malaysia yang diajar berasaskan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP). DSKP terkandung beberapa komponen utama, iaitu kemahiran membaca, menulis,
mendengar & bertutur, seni bahasa serta tatabahasa (Salinah & Norhisham, 2015). Aspek
tatabahasa menjadi perkara yang susah untuk difahami murid dan sukar untuk diajar guru.
Perkara ini disebabkan guru hanya mementingkan isi pengajaran, namun tiada bahan pengajaran
yang sesuai dan menarik untuk menyampaikan isi pengajaran dengan lebih berkesan.

Dalam lingkungan pendidikan di Malaysia, guru perlu memikul peranan ini untuk
memberikan input atau ilmu tatabahasa yang betul kepada setiap muridnya tidak kira bangsa,
kaum dan agama. Nik Safiah et al. (2011), menjelaskan bahawa tatabahasa dalam Bahasa
Melayu merangkumi dua bidang utama, iaitu morfologi dan sintaksis. Namun, dalam kajian ini
hanya akan ditekankan berkenaan dengan ilmu morfologi dalam komponen kata ganti nama diri.
Penggunaan kata ganti nama diri dalam kehidupan adalah amat penting dan perlu diambil berat
kerana merupakan rumus-rumus yang telah ditetapkan dari dahulu lagi. Kata ganti nama diri
digunakan sepanjang masa tidak kiralah dalam penulisan mahupun pertuturan kerana amat
penting dalam kesantunan bahasa seseorang.

Pada era globalisasi ini, guru perlu mencari kaedah, strategi dan bahan bantu mengajar
(BBM) yang terbaik untuk meningkatkan keperluan murid-murid bagi memahami dalam
menyampaikan aspek yang terdapat dalam DSKP. Selari dengan perkembangan semasa, sistem
pendidikan juga telah mengalami perubahan seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang mengetengahkan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) yang digariskan dalam satu daripada 11 anjakan utama (Mastor Surat &
Muhammad Arif Baharum, 2012). Perubahan paradigma ini menuntut guru-guru untuk lebih
bersedia dalam menambah dan meningkatkan pengetahuan sesuai dengan pedagogi dan
kandungan alaf ke-21 (PAK-21). Guru perlu menyediakan BBM yang kreatif dan inovatif bagi
memastikan input pengajaran kata ganti nama diri dalam meningkatkan kefahaman dan imaginasi
murid khususnya dalam percakapan dan perbualan seharian mereka. Oleh itu, berteraskan
kepada bahan berkomponen TMK, iaitu bahan komik digital yang menjurus kepada elemen
multimedia dan penggunaan komputer serta diaplikasikan melalui kemudahan-kemudahan lain
seperti internet. Penggabungan antara bahan konvensional dan aspek TMK melalui komik digital
1905
telah menghasilkan variasi bahan y

Anda mungkin juga menyukai