Anda di halaman 1dari 1

Cerita: Langgar lari

Pada suatu petang, aku dan dan jiranku Amin bermain layang-layang di tengah padang di hadapan
rumahku. Aku ingin mencuba layang-layang yang baru dibeli oleh ayah semalam. Kebetulan pula
masa itu cuaca cerah dengan angin bertiup kencang tentu amat sesuai untuk bermain layang-
layang. 

Sedang kami leka berusaha menaikkan layang-layang tersebut, tiba-tiba kedengaran satu jeritan di
jalan raya. Aku menoleh dan mendapati seorang nenek jatuh terjelepok di tepi jalan. Manakala,
sebuah motosikal pula memecut laju meninggalkannya. 

Tanpa berlengah, aku berlari mendapatkan nenek tersebut. Setibanya di situ, kami segera
membantunya bangun tetapi dihalang olehnya. Beberapa tompok darah kelihatan di atas jalan raya.
Kasihan sungguh melihatnya, apatah lagi apabila medengar dia mengerang kesakitan. 

Aku meminta Amin mengutip barang-barang nenek yang bertaburan sementara aku pulang ke
rumah untuk memberitahu keluargaku tentang kejadian tersebut. Setelah melihat keadaan nenek itu,
ayahku segera menelefon ambulan bagi membawanya ke hospital. 

Kira-kira 20 minit selepas itu, ambulan pun tiba. Sebelum bertolak ke hospital, nenek itu sempat
mengucapkan terima kasih kepada kami semua. 

Selepas itu, aku bermain layang-layang semula dengan perasaan bangga kerana dapat menolong
nenek itu. Walau bagaimanapun, terdetik juga kesedihan di hatiku daripada peristiwa ini. Janganlah
bertindak zalim serta bertanggungjawablah atas kesalahan yang kita lakukan.

Anda mungkin juga menyukai