Anda di halaman 1dari 5

Peperiksaan 3 Tingkatan 4

Kertas 2
Bahagian B
Soalan 3
Pendahuluan
Salam sejahtera saya ucapkan kepada __________________________, Encik Abdul
Rahman bin Husin, Ketua Kampung Sri Delima, saudara-saudari dan remaja sekalian. Terima
kasih saya ucapkan kerana _________________________ saya untuk menyampaikan
ceramah yang bertajuk “ ____________________________________________________”.
Remaja yang saya kasihi,
Tidak dapat dinafikan bahawa setiap pelajar pasti mempunyai keinginan untuk
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Kecemerlangan ini hanya akan dapat dicapai
sekiranya pelajar-pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Kecemerlangan
dalam peperiksaan bukanlah sesuatu yang sangat sukar untuk dicapai sekiranya pelajar itu
sendiri mempunyai iltizam 投入 dan keazaman 意志 yang tinggi  untuk mencapainya. Namun
begitu, dalam menelusuri 沿 着 arus globalisasi yang pantas bergerak bagai belut diketil
ekor 迅 速 ini masih terdapat segelintir pelajar yang masih tidak menitikberatkan
kecemerlangan akademik lantaran masih dibuai 被 摇 篮 lena 睡 得 酐 甜 oleh budaya
hedonisme 享 乐 . Mereka ini lebih mementingkan keseronokan dan hiburan daripada
pendidikan. Pelajar-pelajar  tidak sepatutnya menganggap perkara ini sesuatu yang remeh 琐
碎 atau mudah kerana keputusan peperiksaan mampu menjamin masa hadapan seseorang
pelajar yang lebih cerah. Oleh itu, pelajar-pelajar janganlah menyesal pada masa hadapan
disebabkan tidak dapat memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan jika asyik
mengabaikan pelajaran, bak kata orang tua-tua, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tiada berguna 三 思 而 后 行 . Persoalannya, apakah langkah-langkah yang patut dilakukan
untuk mencapai kecemerlangan seseorang murid?

            Langkah perdana yang perlu dilakukan oleh seseorang pelajar yang sentiasa
mendambakan 期望 kecemerlangan ialah dia haruslah mempunyai sahsiah 个性 dan peribadi
个 人 yang unggul 杰 出 . Seorang pelajar yang mempunyai peribadi yang unggul akan
sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia tidak kiralah ketika bersama keluarga, guru
mahupun rakan-rakan. Mereka haruslah bercakap dengan menggunakan bahasa yang  sopan
santun bagaikan butir-butir mutiara yang berharga. Sebagai contoh, seseorang pelajar itu
perlu sentiasa menghormati dan menyayangi guru mereka. Mereka juga perlu sentiasa
berlapang dada 没有牵挂 untuk membantu rakan-rakan dalam pelajaran. Hal ini dikatakan
demikian kerana bantuan yang diberikan dapat mengukuhkan pemahaman mereka atas
penerangan yang diberikan. Sifat sombong dan angkuh tidak pernah wujud dalam kamus
hidup seorang pelajar yang ingin cemerlang. Mereka sentiasa mengamalkan sikap bermurah
hati dan tidak pilih kasih dalam pergaulan dengan membeza-bezakan bangsa, agama dan
prestasi akademik kerana menyedari bahawa setiap manusia adalah sama di sisi Tuhan.
Sahsiah dan peribadi pelajar yang cemerlang yang unggul disenangi oleh orang di
sekelilingnya kerana mereka tetap bergaul mesra kerana tidak bersikap seperti kera sumbang
孤 芳 自 赏 者 . Oleh itu, jelaslah bahawa kecemerlangan dapat dicapai melalui sahsiah dan
peribadi yang unggul.
Saudara-saudari sekalian,
            Langkah yang seterusnya ialah pelajar haruslah sentiasa mengikut ajaran agama.
Setiap agama di dunia ini menganjurkan manusia melakukan kebaikan tidak kiralah agama
Islam, Kristian, Hindu mahupun Buddha. Mereka perlu menjadikan agama sebagai panduan
hidup. Agama menjadi landasan yang paling ampuh dalam membentuk diri pelajar yang
cemerlang seperti kata seorang cendekiawan, permulaan hidup seseorang manusia adalah
mengenal Tuhan dan agamanya.  Mereka seharusnya mempunyai nawaitu yang suci dalam
setiap tindakan yang dilakukan oleh mereka. Sebagai contoh, seorang pelajar Islam yang
ingin cemerlang perlu menunaikan tanggungjawabnya terhadap Allah,iaitu dengan
menunaikan solat serta sentiasa berdoa untuk mencapai kejayaan. Menurut Albert Einstein,
“Agama tanpa ilmu ada buta, ilmu tanpa agama adalah lumpuh 瘫痪.” Izharlah bahawa
agama menjadi pegangan pelajar yang cemerlang agar mereka tidak terpesong daripada
matlamat sebenar hidup di dunia ini serta seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial (JERIS).

            Jika ditinjau dari dimensi yang lain, kecemerlangan seseorang pelajar dapat dicapai
jika pelajar itu sentiasa mengisi masa lapang dengan bijak. Setiap pelajar haruslah menyedari
hakikat bahawa masa itu emas dan tidak mensia-siakan setiap saat yang dimilikinya. Mereka
perlu sentiasa mengisi masa terluang dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah
seperti membaca buku, mengulang kaji pelajaran, dan beriadah. Mereka juga menyediakan
jadual aktiviti harian yang fleksibel 伸缩性 agar aktiviti yang dilakukan seimbang daripada
aspek jasmani dan rohani. Penyediaan jadual aktiviti harian amat penting bagi memastikan
pelajar tidak hanya menghabiskan masa selama 24 jam di meja belajar sahaja. Pelajar yang
ingin cemerlang juga sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan mereka dengan
membaca buku sekiranya mempunyai masa yang terluang. Hal ini demikian kerana mereka
menyedari melalui pembacaan, mereka akan dapat meluaskan horizon 限 度 pemikiran
mereka dan seterusnya menjadikan diri mereka seorang pelajar yang cemerlang bak kata
slogan, membaca jambatan ilmu. Mereka juga perlu menyiapkan setiap tugasan yang diberi
dan tidak menangguhkannya. Bagi mereka, bertangguh itu pencuri masa. Mereka juga
tidak akan mengamalkan sikap seperti pahat dengan penukul 被动 dalam proses menuntut
ilmu. Secara tidak langsung, pengisian masa yang bijak dapat mengekang mereka daripada
terjebak dalam kebejatan sosial yang kian menghambat golongan pelajar kita seperti
vandalisme, gengsterime, melepak dan sebagainya. Pelajar yang berdisiplin dalam pengisian
masa dengan aktiviti yang berfaedah juga dapat dilahirkan. Jadi, jelaslah kepada kita semua
bahawa pengisian 补充 masa yang bijak dapat membantu seseorang pelajar untuk mencapai
kecemerlangan yang diimpikan.

Tuan-tuan dan puan-puan,


            Di samping itu, seseorang pelajar juga perlulah sentiasa memberikan tumpuan ketika
guru sedang mengajar. Hal ini dikatakan demikian dikatakan demikian kerana perhatian dan
tumpuan yang diberikan menjadi salah satu medium pembentukan pelajar yang cemerlang di
samping meningkatkan pemahaman mengenai subjek yang dipelajari. Seorang pakar
psikologi pernah mengatakan bahawa lima puluh peratus kejayaan pelajar-pelajar disebabkan
faktor memberikan sepenuh tumpuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang
dijalankan. Sebagai contoh, seseorang pelajar haruslah memberikan sepenuh perhatian dan
fokus ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Mereka harus
menghargai setiap detik waktu dalam proses tersebut kerana masa itu ibarat pedang, jika
kita tidak memotongnya, maka ia akan memotong kita. Tumpuan dan perhatian pelajar di
dalam kelas bukan sahaja menjadi salah satu ciri kecemerlangan pelajar malahan juga dapat
meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam sesuatu subjek yang dipelajari. Tambahan
lagi, sekiranya mereka menerapkan ciri yang berikut dalam diri mereka, mereka akan
disenangi oleh para guru. Para guru akan berasa senang hati ketika mengajar seterusnya
memberi keberkatan kepada pelajar tersebut untuk memperoleh kejayaan dalam pelajaran,
peperiksaan bahkan dalam kerjaya mereka pada masa akan datang. Ringkasnya, pemberian
tumpuan semasa guru sedang mengajar di dalam kelas turut mendorong kecemerlangan
pelajar dalam bidang akademik.

            Bukan itu sahaja, kecemerlangan juga dapat dicapai dengan menetapkan wawasan
hidup. Hal ini dikatakan demikian kerana wawasan hidup diperlukan supaya mereka sentiasa
dapat mencapai segala cita-cita dalam hidup mereka. Wawasan hidup merupakan ciri
dominan pada diri pelajar cemerlang kerana apabila mereka berwawasan, mereka sentiasa
berusaha gigih kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang
melayang 没 有 不 劳 而 获 . Sebagai contoh, mereka yang cemerlang sentiasa mempunyai
sasaran dalam peperiksaan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Selain itu,
wawasan hidup mampu mengajar mereka erti berdisiplin dan bertanggungjawab dalam hidup
berikutan mereka akan lebih teliti dan kreatif dalam menyusun masa belajar dan melakukan
aktiviti seharian. Pelajar yang mempunyai wawasan juga lebih mengetahui hala tuju
kehidupan serta tidak mudah berputus asa dalam kehidupan mereka. Walaupun mereka
mungkin menemui kegagalan dalam sesuatu perkara, mereka tidak akan mudah bersedih
malahan menjadikan kegagalan tersebut sebagai batu loncatan untuk berusaha dengan lebih
gigih pada masa hadapan. Wawasan hidup juga mampu menjauhkan diri daripada sifat
menangguhkan kerja dalam kalangan pelajar cemerlang. Setiap pekerjaan haruslah dilakukan
hingga selesai, bak kata peribahasa, alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal
lengan. Sifat negatif tersebut tidak akan lagi menjadi penghalang kepada diri mereka dalam
menempa kejayaan hidup. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa pelajar yang berwawasan
merupakan pelajar yang cemerlang.

Sidang dewan yang disegani,


           Seperkara lagi, untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, setiap pelajar
hendaklah sentiasa aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini kerana melalui
aktiviti kokurikulum di sekolah, bakat dan kebolehan para pelajar akan terserlah dan dapat
terus digilap untuk mencapai kejayaan. Pelajar cemerlang tidak rela dicop atau dilabel
sebagai ulat buku semata-mata. Mereka juga menunjukkan pencapaian yang tinggi dalam
bidang kokurikulum. Sebenarnya bidang kokurikulum ialah pelengkap kepada aktiviti
kurikulum di bilik darjah. Aktiviti kokurikulum ialah wahana bagi aplikasi pengetahuan dan
kemahiran kurikulum. Oleh itu, para pelajar haruslah menyertai sebarang pertandingan bagi
mengenal pasti potensi diri sama ada melalui unit beruniform mahupun akademik. Para
pelajar boleh melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang diadakan oleh unit beruniform,
serta kelab dan persatuan seperti berkawad dan berkhemah. Dengan menyertai pertandingan
yang dapat menguji minda serta pemikiran mereka seperti pertandingan perbahasan, forum
dan catur, minda pelajar akan menjadi cemerlang lalu dapat menjana idea yang kreatif dan
kritis. Dalam konteks ini, para pelajar bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan mereka
malah turut dapat mencerdaskan otak mereka kerana otak yang cerdas lahir daripada badan
yang cergas. Tegasnya, setiap pelajar perlu bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk
menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan seimbang.

           Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa terdapat beberapa langkah yang
dapat diimplementasikan oleh seseorang pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam apa-
apa jua lapangan yang diceburi. Kecemerlangan seseorang pelajar dapat menjamin masa
depan seseorang pelajar yang lebih cerah. Pelajar cemerlang memiliki sejumlah kualiti diri
yang tinggi dari segi akademik, kokurikulum, disiplin dan sahsiah. Mereka menepati ciri-ciri
modal insan minda kelas pertama yang disebut sebagai hala tuju pendidikan negara. Oleh itu,
para pelajar haruslah fokus akan matlamat hidup mereka untuk menjadi insan yang syumul
dengan melakukan beberapa pendekatan yang telah dibincangkan. Namun begitu, sekiranya
kita meletakkan usaha ini atas bahu pelajar sahaja tidak mencukupi kerana bertepuk sebelah
tangan tidak akan berbunyi. Jadi, semua pihak terutamanya ibu bapa, guru dan Kementerian
Pendidikan haruslah menggembleng tenaga dan bersemangat tinggi setinggi Gunung
Himalaya untuk melahirkan insan kerdil yang berjiwa besar dalam memburu kecemerlangan.
Komitmen jitu daripada semua pihak sudah pasti dapat melahirkan modal insan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang sekali gus usaha untuk merealisasikan Wawasan 2020
yang dicetuskan oleh Mantan Perdana Menteri dapat dicapai dengan mudah. Diharapkan
usaha untuk melahirkan modal insan yang holistik dan syumul untuk bersaing di peringkat
antarabangsa tidak akan menjadi angan-angan Mat Jenin. Benarlah kata Soekarno, “Berikan
aku 10 orang belia waja nescaya akan aku gegarkan dunia,” kerana pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara.

Sekian, terima kasih.

Soalan 4
Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah
menyumbang kepada perkembangan ekonomi pesat yang menjana pelbagai sektor pekerjaan
di Malaysia. Dalam sistem pendidikan di Malaysia, kita menghabiskan masa selama enam
tahun di sekolah rendah dan lima tahun di sekolah menengah. Selama sebelas tahun ini,
pelajar sentiasa disoal oleh guru-guru, “apakah kerjaya yang anda inginkan?”   Semasa dalam
tingkatan empat, pelajar perlu memilih gabungan mata pelajaran yang sesuai berdasarkan
minat mereka untuk mengejar kerjaya impian. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,
kerjaya merujuk kepada profesion atau pekerjaan yang dipilih sebagai cara mencari nafkah
hidup. Kerjaya merupakan panduan dalam kehidupan kita. Pada masa ini, pelajar sepatutnya
telah menetapkan matlamat tentang kursus dan kerjaya yang diingini mereka supaya mereka
ada hala tuju dalam hidup tidaklah seperti layang- layang yang terputus tali dan tidak
menyesal dengan keputusan yang diambil dikemudian hari. Antara kerjaya yang menjadi
pilihan ialah doktor, juruterbang, jurutera, ahli kimia dan sebagainya. Persoalannya, apakah
faktor-faktor yang mempengaruhi dalam pemilihan sesuatu bidang kerjaya dalam kalangan
pelajar SPM? 

Fokus perbincangan pertama saya berkaitan sokongan dan doa ibu bapa amat perlu
untuk memastikan kerjaya idaman remaja dapat direalisasinan. Ironisnya, jika minat
seseorang itu tidak mendapat sokongan daripada kedua-dua ibu bapa, sudah tentulah punah
harapan mereka.  Hal ini bermakna, seseorang yang hanya mempunyai minat tetapi tidak
mendapat restu daripada kedua-dua ibu bapa mereka tentang pemilihan kerjayanya, sudah
pasti mereka akan kecundang di peringkat awal lagi.  Oleh hal yang demikian, ibu bapa
sewajarnya menyokong minat anak-anak walaupun pemilihan kerjaya mereka bertentangan
dengan harapan kedua-dua ibu bapa.  Bagi menyokong pemilihan kerjaya anak-anak mereka,
ibu bapa boleh memperlengkapkan segala keperluan anak-anak dalam memenuhi kriteria
yang diperlukan.  Sebagai buktinya, ibu bapa bolehlah memberikan dorongan, semangat dan
motivasi kepada anak-anak sama ada dalam bentuk material mahupun spiritual. Sekiranya,
ibu bapa tidak turut serta membantu usaha anak mereka untuk menggapai kerjaya idaman
mereka sudah pasti usaha berkenaan tidak akan kesampaian. Izharlah bahawa ibu bapa juga
berperanan menyokong minat anak-anak mereka dalam merealisasikan kerjaya masa depan 
anak-anak mereka.

Perbincangan saya telah meniti ke puncaknya, maka sebagai akhirulkalam, minat


menjadi prioriti utama dalam pemilihan sesuatu kerjaya. Dalam konteks ini, ibu bapa
memainkan peranan penting dalam pemilihan kerjaya anak-anak mereka. Hal ini demikian
kerana anak-anak mereka memerlukan sokongan dan dorongan daripada mereka sama ada
dari aspek mental, spiritual mahupun fizikal. Contoh ketara dari aspek sokongan mental dan
spiritual ialah ibu bapa perlu memberikan motivasi kepada anak-anak, manakala sokongan
dari aspek fizikal pula ialah mereka perlu menyediakan kelengkapan belajar anak-anak
seperti buku rujukan dan menghantar mereka ke pusat tuisyen. Sekiranya hal ini dapat
dilaksanakan maka tidak ada lagi orang yang akan sesat di perjalanan untuk memilih kerjaya
kerana mereka menetapkan sasaran dari awal lagi. Walaupun demikian, jika seseorang
mempunyai minat dan hala tuju yang jelas, tetapi mereka bersikap genggam-genggam bara,
terasa panas dilepaskan dan tidak ada semangat kegigihan, ketabahan, keiltizaman dan
kecekalan, sudah pasti segala hasrat termasuk kerjaya yang menjadi idaman akan hancur
lebur umpama kubur tanpa nisan.

Tuntasnya, perkara-perkara yang dinyatakan di atas hendaklah dilaksanakan secara


efektif dan janganlah bersikap keras-keras kerak nasi yang mudah putus asa supaya pemilihan
bidang kerjaya impian akan menjadi lebih jelas lagi.

Anda mungkin juga menyukai