Anda di halaman 1dari 3

Prinsip Autonomi

-meliputi pertimbangan bebas & kebebasan memilih


-merujuk kepada sesuatu pertimbangan yang dilakukan
secara bebas tanpa dipengaruhi oleh unsur luaran
-hal tersebut bermaksud bahawa seseorang individu
bebas membuat apa yang diingininya
-dapat memberikan alasan sekiranya individu tersebut
dihalang daripada melakukan apa yang dirasakannya
baik
-Pertimbangan atau Tindakan seseorang tidak boleh
dikategorikan sebagai bermoral jika dia melaksanakan
sesuatu perkara yang disebabkan oleh paksaan dari
luaran atau kepatuhan kepada autoriti secara membuta
tuli
-disebabkan individu yang berkenaan tidak berupaya
untuk bertingkah laku secara rasional & adil
-individu itu tidak melaksanakan tanggungjawab moral
tetapi hanya mematuhi perintah daripada kuasa luar
[Koo & Tang ,1990]
-prinsip autonomi ini tidak merangkumi perkara-perkara
yang boleh meruntuhkan atau memusnahkan kebajikan
orang lain
-terutama sekali sekiranya Tindakan seseorang tersebut
memudaratkan orang lain ataupun melakukan sesuatu
yang berkepentingan kepada diri sendiri
-maka ia boleh dikatakan sebagai menyalahgunakan
konsep autonomi tersebut

Anda mungkin juga menyukai