Anda di halaman 1dari 1

TEKS UCAPAN YDP PIBG

SEMPENA BOLING MUAFAKAT SKPJ 2021

Terima kasih,tuan Pengacara Majlis.

Yang Berbahagia,
YB Azmizam bin Zaman Huri, ADUN Pelabuhan Klang,

Yang Berusaha,
En.Mahat bin Abd Hamid, Guru Besar SK Pandamaran Jaya,

Yang Dihormati,
Barisan pentadbir,guru-guru, AJK PIBG, ALUMNI SKPJ dan ibu bapa sekalian.

Assalamualaikum w.b.t , salam sejahtera dan salam muafakat.


Pertama sekali, saya Encik Hadith bin Jamaluddin, selaku Yang Di-Pertua PIBG
SK Pandamaran Jaya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan rasa syukur
kerana kita semua dapat berkumpul bersama-sama pada hari ini dalam menjayakan
program Boling Muafakat SKPJ tahun 2021.

Hadirin yang dihormati,


Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan PIBG dengan pihak
sekolah selain dapat menghilangkan stres dan tekanan tugas semasa bekerja. Pada masa
inilah kita dapat mengenali dengan lebih erat keluarga besar SKPJ. Dalam gelak ketawa dan
keseronokan pada hari ini, kita masih mengikuti SOP yang ditetapkan.

Hadirin sekalian,
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Badan Kebajikan Guru dan
Kakitangan yang bekerjasama dengan PIBG dalam menganjurkan program pada hari ini.
Akhir kata, terimalah serangkap pantun daripada saya.

Mudik ke laut cari gelama,


Naik perahu melempar pukat,
Ukhwah bertaut erat bersama,
Berganding bahu kita muafakat.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai