Anda di halaman 1dari 1

KEWANGAN :

Sokongan kewangan merupakan aspek yang paling penting dalam menjayakan sesuatu
projek. Bagi permainan hoki, kos yang diperlukan adalah agak tinggi perbelanjaannya.
Tambahan pula pemainan hoki adalah merupakan permainan yang tidak bermusim bagi
pelajar SKST, justeru itu alatannya digunakan sepanjang masa. Hal ini akan
menyebabkan masalah kerosakannya. Oleh itu diharapkan semua pihak dapat memberi
sokongan dan sumbangan agar dapat dibeli peralatan yang baru. Kejayaan tidak akan
dapat dicapai tanpa bantuan dari semua pihak. Segala yang dirancang akan menjadi sia-
sia sahaja seandainya masalah kewangan menghimpit sesuatu projek yang dirancangkan.
Justeru itu kewangan menjadi kunci utama sesuatu perancangan untuk mencapai
objektifnya.

Berikut adalah anggaran perbelanjaan pasukan hoki SK. Sungai Tinggi bagi tahun 2006 :

Bil PERKARA RM JUMLAH


1. Yuran peryertaan Pertandingan ( Zon ) 2 Pasukan X 60 RM 120.00

2. Kayu hoki 20 batang X 70.00 RM 1400.00

3. Set Penjaga Gol 1 set RM 1000.00

4. Makanan dan Minuman ( hari Pertandingan ) 36 pemain X 4.00 RM 144.00

5. Pengangkutan 5 kereta X 20.00 RM 100.00

6. Kos Perubatan 50.00 RM 50.00

JUMLAH BESAR RM 2814.00

Catatan :

Jumlah perbelanjaan akan sentiasa berubah pada tahun berikutnya.

Anda mungkin juga menyukai