Anda di halaman 1dari 5

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

LARUT MATANG DAN SELAMA

KERTAS KONSEP
KARNIVAL
SEJARAH
2022

ANJURAN :
PANITIA SEJARAH
DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA

KARNIVAL SEJARAH DAERAH LMS 2022

1.0 PENGENALAN
Karnival Sejarah telah menjadi satu acara tahunan bagi Panitia Sejarah Daerah. Pada tahun
ini, ia merupakan kali pertama Karnival Sejarah ini dijalankan secara bersemuka setelah
negara di landa pandemik covid. Program Karnival Sejarah melibatkan sekolah-sekolah rendah
di zon Taiping, zon Kamunting, zon Trong, zon Batu Kurau, zon Simpang dan zon Selama.
Pelbagai aktiviti dijalankan yang melibatkan murid sebagai suatu usaha menarik minat murid
terhadap sejarah. Sejarah bukan lagi subjek pinggiran yang dianggap mudah oleh sesetengah
pihak. Sehubungan itu menjadi tanggungjawab Panitia Sejarah Daerah LMS dalam
membangkitkan usaha menyemai sikap minat dalam kalangan murid terhadap subjek ini.

2.0 OBJEKTIF
 Melahirkan murid yang mempunyai jati diri, semangat patriotisme dan nilai murni
 Memupuk perpaduan dalam kalangan murid dengan pelibatan pelbagai kaum
 Mencungkil bakat murid
 Memupuk semangat bekerjasama antara murid
 Mengekalkan warisan sejarah negara dalam bidang kebudayaan.

3.0 TARIKH :
28 Oktober 2022

4.0 PENYERTAAN
Semua murid sekolah rendah bantuan kerajaan Daerah Larut Matang dan Selama layak
menyertai pertandingan yang dianjurkan.

4.0 PERTANDINGAN YANG DIANJURKAN :


4.1 PERTANDINGAN MELAFAZKAN SYAIR
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1. Pertandingan ini terbuka kepada murid Tahap Dua sekolah rendah bantuan
kerajaan di Daerah Larut Matang dan Selama.
2. Setiap sekolah hanya layak menghantar SATU penyertaan sahaja.
3. Peserta akan dinilai pada peringkat zon dan 2 peserta terbaik peringkat zon akan
bertanding pada peringkat daerah.
4. Pertandingan ini akan diadili oleh juri berkecuali yang dilantik oleh pihak penganjur
5. Semua keputusan juri adalah MUKTAMAD.
6. Peserta perlu memilih SATU daripada irama syair yang ditetapkan oleh pihak
penganjur.
7. Tema syair adalah bebas.
8. Muzik latar dan penggunaan props yang bersesuaian adalah dibenarkan.
9. Peserta adalah digalakkan memakai pakaian yang bersesuaian mengikut tema
syair yang dipilih.
10. Masa melafazkan syair adalah tidak melebihi 10 minit.
11. Markah akan dipotong 1 markah bagi peserta melebihi masa yang diperuntukkan.
12. Teks syair perlu dihantar seminggu sebelum tarikh pertandingan peringkat Daerah
diadakan.
13.  Perlakuan yang kurang sopan semasa di atas pentas adalah dilarang.
14. Peserta digalakkan untuk menghafal dan menghayati syair yang ingin
disampaikan daripada membaca teks syair. Markah akan dipotong jika melihat
teks syair secara berterusan.
15. Sijil dan hadiah diberi pemenang pertama, kedua dan ketiga.
16. Aspek penghakiman juri yang dinilai adalah seperti berikut:

IRAMA (40%) SUARA (40%) GAYA DAN TEKNIK (20%) JUMLAH


MARKAH
IRAMA Pata Nad Kelancara Voka Intonas Kelancara Penghayatan Penampilan
h a n l i n / Mimik / Ketertiban
Lagu Muka/
Bahasa
Tubuh

MARKAH 20 10 10 10 20 10 10 10

16. Senarai Irama syair yang dibenarkan :


 Irama Dandan Setia
 Irama Siti Zubaidah
 Irama Narasi
 Irama Selendang Delima
 Irama Hiasan
 Irama Dodoi

4.2 PERTANDINGAN TARIAN LAGU RAKYAT


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN :
1. Pertandingan ini terbuka kepada SEMUA murid sekolah rendah bantuan
kerajaan di Daerah Larut Matang dan Selama.
2. Setiap sekolah perlu menghantar SATU penyertaan sahaja pada peringkat zon.
3. Peserta akan dinilai pada peringkat zon dan 2 peserta terbaik peringkat zon akan
bertanding pada peringkat daerah.
4. Pertandingan ini akan diadili oleh juri berkecuali yang dilantik oleh pihak penganjur
5. Semua keputusan juri adalah MUKTAMAD.
6. Pertandingan ini adalah berbentuk kumpulan dan setiap kumpulan tarian TIDAK
melebihi 8 orang peserta.
7. Dibenarkan menggunakan muzik iringan secara minus-one ataupun nyanyian.
8. Setiap kumpulan tarian dikehendaki membuat persembahan tarian berdasarkan
lagu rakyat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. (Pilih SATU sahaja
daripada senarai yang disediakan)
9. Masa persembahan adalah tidak melebihi 10 minit.
10. Sijil dan hadiah diberi kepada pemenang pertama, kedua dan ketiga.
11. Pemarkahan adalah berdasarkan :
a) Kareografi - 35 markah
b) Koordinasi muzik dan gerak tari - 10 markah
c) Pecah tari/ pola lantai - 15 markah
d) Busana dan tatarias - 20 markah.
e) Kesantunan - 20 markah

12. Senarai tarian lagu rakyat


 Ayam Didik
 Itik Gembo-gembo
 Zapin
 Joget Kelantan
 Jong-jong Inai
 Watimang Landak
 Laksamana Raja dilaut
 Kurik Kundi

4.3 PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL – CONGKAK


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1. Pertandingan ini terbuka kepada SEMUA murid sekolah rendah bantuan
kerajaan di Daerah Larut Matang dan Selama.
2. Pertandingan ini terbuka kepada kategori Lelaki dan Perempuan.
3. Setiap zon perlu menghantar 2 orang bagi kategori Lelaki dan Perempuan.
4. Semua keputusan juri adalah MUKTAMAD.
6. Pertandingan dijalankan secara kalah mati. Peserta akan diundi sebelum
pertandingan dijalankan. Peserta yang menang akan layak ke pusingan
seterusnya.
7. Pertandingan akan dijalankan serentak setelah undian dijalankan.
8. Papan congkak yang mengandungi sekampung tujuh (7) rumah anak serta satu (1)
rumah ibu.
9. Dua (2) orang pemain yang bertanding akan berkedudukan secara mengadap.
10. Kedua-dua pemain yang bertanding akan memulakan permainan dengan ‘jalan’
secara serentak.
11. Permainan pusingan seterusnya akan dimulakan oleh pemenang pusingan
tersebut untuk ‘jalan’ dahulu.
12. Pemain akan dikira mati giliran ‘jalan’ jika buah guli akhir masuk ke
mana-mana rumah kosong.
13. Permainan secara ‘menikam’ buah pihak lawan adalah dibenarkan.
14. Buah atau guli yang dimasukkan ke dalam ‘rumah/lubang terbakar’ akan dikira
sebagai hak pihak lawan.
15. Pertandingan akan diadakan tiga pusingan secara kalah mati. Pemenang akan
masuk ke pusingan seterusnya.
16. Pada peringkat daerah peralatan pertandingan akan disediakan oleh penganjur.
. 17. Hadiah dan sijil akan diberi kepada pemenang pertama, kedua dan ketiga bagi
kategori Lelaki dan Perempuan.

4.4 PERTANDINGAN MELUKIS PERALATAN TRADISIONAL

1. Pertandingan ini terbuka kepada SEMUA murid sekolah rendah bantuan


kerajaan di Daerah Larut Matang dan Selama.
2. Setiap zon perlu menghantar 2 peserta terbaik peringkat zon untuk
dipertandingkan peringkat daerah.
3. Perlu menggunakan kertas lukisan saiz A3.
4. Peserta bebas menggunakan medium dalam pertandingan ini.
5. Peserta perlu melukis peralatan tradisional Melayu misalnya keris, tepak sireh,
tengkolok dan sebagainya.
6. Semua keputusan juri adalah MUKTAMAD.
7. Sijil penyertaan akan diberi kepada semua peserta yang layak bertanding ke
peringkat daerah.
8. Hadiah diberi kepada tempat pertama, kedua dan ketiga.

Anda mungkin juga menyukai