Anda di halaman 1dari 2

Matlamat 

mengadakan  aktiviti  senamrobik  ini  adalah  untuk  melahirkan 


generasi  murid yang  cergas  dan  sihat,  dan  membudayakan  senaman  sebagai 
amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka.  Menerusi senamrobik, setiap
murid akan  tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan
iringan muzik beserta  dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan.
Di samping itu, aktiviti  senamrobik  ini  juga  bertujuan  membina  keyakinan  diri 
murid  supaya  yakin  melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan
sukan.

·
meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan. 
· melibatkan penyertaan semua murid.
· mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas. 
· mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul. 
· meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de corp

Cadangan program intervensi yang perlu dilaksanakan oleh guru untuk murid lemah:
MOHAMAD ROZI BIN KASIM
1. Aspek karangan (kemahiran menulis)
- Ajarkan kepada murid karangan aras paling rendah (tajuk yang mudah) supaya murid
dapat belajar membina ayat dengan baik.
- Ajarkan murid teknik mencari isi penting terlebih dahulu sebelum menulis karangan
dengan menggunakan WH Questions.
- Ajarkan murid teknik 5 ayat, ayat 1 (isi penting), ayat 2 dan 3 (contoh), ayat 4
(sebab/penegasan kenapa isi atau contoh tadi diberikan) ayat 5 (bonus iaitu peribahasa
sekiranya murid ingat untuk suaikan dgn isi)
2. Aspek Tatabahasa
- penerangan yang jelas dan latih tubi. Seperti matematik, tatabahasa sangat
memerlukan latih tubi menjawab kesalahan tatabahasa.
- teknik susun perkataan. Guru berikan susunan perkataan yang salah, murid diminta
susun semula dan nyatakan golongan kata, kemudian bina ayat daripada perkataan
tersebut.
3. Aspek Seni bahasa (Komsas atau Novel)
- Sudah semestinya guru perlu ajar murid membaca Drama, Sajak dan banyak lagi.
Tetapi perkara paling penting berikan mereka nota ringkas untuk mereka hafal. Soalan
peperiksaan pasti akan bertanya tentang aspek2 komsas tersebut, jadi murid perlu hafal
nota.
- selain itu, murid perlu diajar memahami soalan. Ada soalan yang jawapan di dalam
teks, ada soalan yang jawapan murid perlu fikir. Contoh soalan "pada pendapat anda"
murid memang kena fikir jawapan dan tidak boleh copy daripada teks.
4. Kemahiran mendengar dan bertutur.
- jika murid bukan penutur jati bahasa Melayu, ajar mereka sebut dan eja perkataan
bahasa Melayu dengan betul. Contoh aktiviti nyanyian. Paling penting objektif murid
bercakap dan mendengar di dalam kelas tercapai.

Anda mungkin juga menyukai