Anda di halaman 1dari 15

JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

IPGM KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

Nama & No. Kad Pengenalan NOORAIN MAISARAH BINTI ZAINAL (020913-10-1542)
Nombor Matriks & Angka
P16201663 (2021162344162)
Giliran

Kod & Nama Kursus RBTS3033 REKA BENTUK BERBANTU KOMPUTER

Nama Pensyarah Pembimbing MOHAMED SHARIFF BIN SALEHUADIN

Deskripsi Tugasan PENULISAN ILMIAH (TUGASAN 2)

“Saya maklum mengenai peraturan tugasan ini yang melarang sebarang aktiviti plagiat.
Dengan ini saya akui tugasan ini hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya dijelaskan sumbernya”.

Tanda tangan pelajar : Noorain


Tarikh : 11 Mac 2022

UNTUK KEGUNAAN JABATAN

Tarikh dihantar:_______/_______/_______ Diterima oleh : _____________________

Tarikh disemak : _______/_______/_______ Dinilai oleh : _____________________

Markah :
PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat


masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada


En.Mohamed Shariff Bin Salehuadin kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu
bapa saya yang memberi saya pemudah cara untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak
terhingga sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu
saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.
ISI KANDUNGAN

Bil. Perkara Muka Surat

1.0 Pengenalan 1

2.0 Sinopsis 2

3.0 Pernyataan Masalah 3

4.0 Pencetusan Idea 3

5.0 Carta Gantt Proses Pelaksanaan Tugas 4

6.0 Analisis SWOT 5

7.0 Senarai Bahan & Alatan 6-7

8.0 Startegi Pemasaran 8

9.0 Refleksi 9 - 10

10.0 Rujukan 11

11.0 Lampiran 12
1.0 PENGENALAN

Tugasan kedua bagi subjek RBTS3033 Reka Bentuk Berbantu Komputer


adalah penulisan ilmiah. Penulisan ilmiah yang dihasilkan adalah berkait dengan
satu reka bentuk inovasi yang dihasilkan dengan merujuk kepada pelbagai sumber
yang relavan. Idea reka bentuk produk inovasi perlulah berdasarkan kreativiti dan
daya imaginasi saya sendiri. Untuk penghasilan tugasan ini, saya telah membuat
carian dan rujukan tentang reka bentuk produk inovasi yang ingin saya hasilkan.
Bagi tugasan ini saya telah membuat pilihan untuk membuat reka bentuk
produk inovasi untuk sebuah katil ‘Pull Out Bed’. Inovasi katil yang ingin saya cipta
mempunyai dua katil dimana katil kedua berada dibawah katil pertama dan boleh
dibawa keluar dan masuk di bawah katil pertama. Perbezaan produk katil ini
dengan produk katil yang telah ada dipasaran adalah produk katil yang ingin saya
cipta mempunyai ruang dibawah katil pertama untuk digunakan sebagai tempat
penyimpanan barang. Ruang tersebut boleh digunakan untuk meletakkan bantal
lebihan atau barangan peribadi.
2.0 SINOPSIS

Industri pembuatan di Malaysia telah mengalami fasa-fasa perubahan dan


perkembangan dari satu tahap ke satu tahap yang lebih maju dalam sejarah
tamadun manusia. Fasa terkini pembuatan ialah Industri 4.0. Bermula dari skala
mikro dibuat dengan tangan untuk kegunaan sendiri sehingga berskala mega
dibuat di kilang-kilang untuk tujuan ekonomi dan perdagangan.
Jika kita meneliti sumbangan sektor pembuatan kepada ekonomi negara
adalah sekitar 20 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Sumbangan
sektor perkhidmatan pula ialah sekitar 60 peratus. Dari sudut perusahaan kecil dan
sederhana (PKS) pula, yang merupakah tunggak utama ekonomi negara,
komposisinya terdiri 85 peratus PKS adalah sektor perkhidmatan dan hanya 5
peratus adalah dari sektor pembuatan.
Hal ini menunjukkan bahawa sumbangan sektor pembuatan kepada
ekonomi negara masih berada di tahap yang perlu ditambah baik. Dengan itu,
penghasilan projek inovasi ‘Pull Out Bed’ adalah salah satu inisiatif terbaik yang
dapat memberi sumbangan kepada industri pembuatan negara.
3.0 PERNYATAAN MASALAH

Bagi keluarga dengan adik beradik yang ramai masalah kekurangan ruang,
bilik, dan katil sering berlaku. Bukan sahaja keluarga dengan adik beradik yang
ramai malah golongan yang kurang berkemampuan juga turut mengalami masalah
yang sama. Walaupun begitu ada juga golongan yang berkemampuan tetapi lebih
gemar menggunakan katil tarik kerana bagi mereka ianya lebih mudah sekiranya
ada tetamu yang ingin bermalam dirumah mereka. Disamping itu, pelajar-pelajar
yang tidak tinggal di asrama dan menyewa rumah atau bilik juga turut terkesan
dengan masalah ruang di tempat sewa mereka. Selain daripada masalah ruang,
ramai juga pengguna yang sukar mencari reka bentuk katil yang sesuai dengan
estetika tema bilik mereka. Justeru itu, saya ingin menyelesaikan masalah-
masalah ini dengan melakukan satu inovasi terhadap katil yang sedia ada
dipasaran.

4.0 PENCETUSAN IDEA

Selepas penelitian terhadap pernyataan masalah yang dikemukakan, saya telah


mendapat satu ilham untuk menghasilkan sebuah reka bentuk katil dengan dua
tempat tidur yang diberi nama ‘Pull Out Bed’. Katil ini direka bertujuan untuk
menjimatkan ruang dan menjimatkan kos daripada membeli dua katil yang
berasingan. Tercetusnya Idea ini adalah melalui pengalaman saya sendiri dimana
keluarga saya merupakan keluarga yang besar dengan adik beradik seramai 8
orang. Sebuah rumah teres dua tingkat dengan 4 bilik tidur amatlah mustahil untuk
10 orang penghuni medapatkan bilik bagi setiap seorang, untuk penyelesaian
haruslah bertolak ansur dan berkongsi bilik. Jadi ‘Pull Out Bed’ direka khas untuk
kegunaan dua orang pengguna sekali gus menyelesaikan masalah kesempitan
ruang dalam bilik tidur.
5.0 CARTA GANTT

Aktiviti Februari Mac April


1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
Taklimat daripada penysarah
Mengkaji dan mengumpul maklumat
yang diperlukan
Pernyataan masalah
Pencetusan idea inovasi reka
bentuk produk
Melukis lakaran inovasi reka bentuk
produk
Membuat senarai bahan yang
diperlukan
Membuat analisis SWOT tentang
produk inovasi
Perbincangan bersama pensyarah
berkaitan lakaran pilihan
Melakukan perkembangan idea
inovasi reka bentuk produk
Merangka strategi pemasaran
Membuat lukisan ceraian
Membuat lukisan isometri
Membuat lukisan ortografik
Membuat lukisan material
Membuat lukisan kamera
Membuat semakan semula kertas
kerja
Penghantaran kerja kursus kepada
pensyarah
Pendokumentasian – mengumpul
dan merekod maklumat berkaitan
projek
6.0 ANALISIS SWOT PRODUK INOVASI – Pull Out Bed
Aspek SWOT Huraian
Strenghts - Menjimatkan ruang
(Kekuatan) - Kukuh dari segi reka bentuk
- Bahan pembuatan utama adalah kayu oak padat, iaitu
kayu yang berkualiti tinggi, tahan lama dan tahan lasak.
- Reka bentuk yang menarik dan sesuai dengan semua
jenis estetik bilik.
- Selamat digunakan untuk kanak-kanak berusia 8 hingga
12 tahun
- Ruang penyimpanan yang luas, lebih daripada sepuluh
bantal bersize besar dapat dimuatkan.
- Pilihan warna yang menarik iaitu putih, khaki, dah coklat
gelap
Weakness - Proses pemindahan agak leceh kerana perlu
(Kelemahan) mengasingkan bahagian katil pertama dan kedua terlebih
dahulu
- Mempunyai bucu tajam dan tidak sesuai untuk kegunaan
kanak-kanak newborn hingga 7 tahun.
- Harga yang mahal kerana kayu oak padat sukar
diproses.
- Produk kayu memerlukan penjagaan yang rumit dan
tidak boleh terdedah dengan cahaya matahari secara
langsung kerana boleh mengubah warna kayu.
Opportunities - Produk mudah untuk dipasarkan kerana katil adalah
(Peluang) antara perabot yang penting bagi setiap rumah.
- Kualiti produk sangat tinggi dan bahan yang digunakan
digemari ramai
- Pilihan warna dan reka bentuk yang menarik dapat
membuat pengguna berpuas hati dengan pilihan mereka.
Threat - Daya saing dengan produk yang telah ada dipasaran
(Ancaman) sangat tinggi.
- Sukar mendapatkan tempat di kedai perabot kerana
terlalu banyak produk yang hampir sama.
- Persaingan harga dengan produk yang menggunakan
bahan yang lebih murah
7.0 SENARAI BAHAN & ALATAN PENGHASILAN PRODUK INOVASI
7.1 Senarai Bahan Penghasilan Produk
Bil Nama Bahan Kegunaan
1 Kayu Oak Padat - Sebagai badan katil.

2 Vaneer Kayu - Melindungi badan katil daripada mudah


rosak.
- Memberi tekstur yang licin pada
permukaan produk.

3 Papan plywood - Menjadi rangka katil untuk menahan


beban tilam.

4 Roda Kastor - Menggerakkan katil keluar dan masuk.

5 Skru - Mencamtumkan bahagain-bahagian


badan produk.
- Mencantumkan roda kastor pada
bahagian katil.
7.2 Senarai Alatan Penghasilan Produk
Bil Nama Alatan & Mesin Kegunaan
1 Gergaji Tangan - Memotong papan kayu mengikut ukuran
yang ditanda.

2 Mesin Jig Saw - Mendapatkan potongan kayu yang lebih


rumit.

3 Mesin Gerudi Tangan - Membuat lubang pada permukaan kayu.


- Memasang skru.

4 Sesiku L - Mendapatkan sudut tepat 90 darjah.

5 Pita Pengukur - Mengukur panjang dan lebar bahan


yang diperlukan dengan tepat.
- Mengukur panjang dan lebar produk
yang diperlukan dengan tepat.
8.0 STRATEGI PEMASARAN
Amalan 4P dalam aplikasi pemasaran;
Bil Aspek Huraian

1.0 Product - Produk yang dihasilkan menggunakan bahan


(Produk) pembuatan yang sangat berkualiti seperti kayu oak
padat.
- Produk didatangi dengan 3 pilihan warna asas yang
mampu disesuaikan dengan semua jenis tema bilik.
Warna : Putih, Khaki, Coklat Gelap
- Reka bentuk produk yang moden dengan konsep
minimalist. Reka bentuk seperti ini sesuai dengan
kehendak dan permintaan pasaran semasa.

2.0 Price - Harga yang berpatutan dengan kualiti yang ditawarkan.


(Harga) - Bagi kegunaan untuk dua pengguna harga sebuah katil
‘Pull Out Bed’ lebih murah berbanding harga dua katil
yang dibeli secara berasingan berasingan.

3.0 Promotion - Penggunaan media sosial sebagai medium pengiklanan


(Promosi) seperti Instagram, Tiktok, Facebook dan sebagainya.
- Membuat pengiklanan berbayar dengan selebriti-
selebriti terkenal untuk mengiklankan dan menjadi
pengguna produk

4.0 Place - Bagi pusat pengedaran produk, tempat paling sesuai


(Tempat) ialah di kawasan yang sedang membangun dengan
kawasan tempat tinggal seperti rumah teres,
kondominium dan sebagainya.
- Puncak Alam, Selangor, Malaysia merupakan tempat
paling strategik untuk dijadikan pusat pengedaran
produk. Hal ini kerana kawasan tersebut sedang pesat
membangun dengan kawasan perumahan sejurus
selepas sebuah intstitusi pengajian tempatan dibuka
pada dua tahun yang lepas
9.0 REFLEKSI

Semasa melaksanakan tugasan penulisan ilmiah bagi RBTS3033 iaitu


subjek Reka Bentuk Berbantu Komputer, saya telah menerima banyak
pengalaman dan faedah yang berguna untuk diri saya sebagai bakal guru.
Tugasan ini mengandungi beberapa kebaikan dan kelemahannya yang tersendiri.
Semasa proses menyiapkan tugasan ini, saya mempunyai masalah untuk
menghasilkan tugasan kerana pembelajaran menggunakan autocad memerlukan
saya untuk memahami dan mendalami setiap fungsi yang terhadap dalam autocad.
Hal ini kerana autocad merupakan satu pembelajaran yang rumit dan memerlukan
perhatian yang khusus supaya dapat memahaminya. Saya dikehendaki untuk
membuat empat tugasan iaitu dua daripadanya melalui aplikasi lukisan 2D dan
dua lagi daripada aplikasi lukisan 3D. Hal-hal seperti ini memberi ilmu
pengetahuan dan analogi baru kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Di
samping itu juga, banyak bahan bacaan telah dibuat serta rujukan daripada rakan-
rakan yang sudah mahir dalam penggunaan aplikasi autocad telah memudahkan
kerja saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Selain itu, saya juga mempunyai masalah semasa menjalankan tugasan
ini kerana kerja kursus dalam mata pelajaran yang lain yang harus disiapkan di
samping masa terluang yang saya ada amatlah singkat., jadi banyak kerja yang
terpaksa dibuat. Bagi mengatasinya, saya perlulah menguruskan masa dengan
lebih efisien supaya semua kerja dapat disiapkan pada tarikh yang telah ditetapkan.
Walaubagaimanapun, saya menganggap ia sebagai cabaran kepada diri saya
sendiri sebagai bakal guru dimana saya haruslah pandai membahagikan masa
semasa menjadi seorang guru suatu masa nanti. Saya bersyukur kerana saya
sempat menyiapkan tugasan ini dan masalah kekangan masa yang dihadapi dapat
diatasi.
Melalui proses membuat tugasan ini hubungan silaturrahim antara saya
dan rakan-rakan yang lain semakin rapat kerana saling berkongsi idea dan
pendapat. Sikap toleransi, bekerjasa sama, dan disiplin antara pensyarah dan
semua rakan-rakan juga dapat di tingkatkan melalui proses membuat tugasan
projek ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara
pengajaran pensyarah dan hal ini sekali gus mengukuhkan hubungan dua hala
kami. Tambahan pula, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam
proses menyiapkan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang
terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.
Secara keseluruhannya, melalui proses membuat tugasan projek ini
memberikan banyak faedah dan ilmu kepada saya serta menjadikan diri saya lebih
matang dan berusaha. Berbekalkan ilmu dan pengalaman, saya akan menjadikan
tugasan ini sebagai panduan untuk menghasilkan tugasan yang lebih baik pada
masa akan datang.
10.0 RUJUKAN

Bot Protection. (2021, March 24). PropertyGuru.


https://www.propertyguru.com.my/property-guides/jenis-kayu-dan-perabot-
kayu-malaysia-44811

J. (2020, October 19). Mengenal Veneer Kayu, Fungsi dan Jenis-Jenisnya. Courtina.
https://courtina.id/veneer-kayu/

Katil oak pepejal: bagaimana untuk memilih? (n.d.). Designluxpro.com.


https://ms.designluxpro.com/krovati/krovat-iz-massiva-duba-plyusy-i-minusy/

MALM Bed frame, high, w 2 storage boxes, white stained oak veneer/Luröy, 150x200
cm. (n.d.). IKEA. https://www.ikea.com/my/en/p/malm-bed-frame-high-w-2-
storage-boxes-white-stained-oak-veneer-luroey-s79200968/

Siti Anisah Atan. (2021, October 20). - Memperkasa Ekonomi Negara Melalui Sektor
Pembuatan. BERNAMA.
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=2014928
11.0 LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai