Anda di halaman 1dari 7

TUTORIAL

SOALAN TUTORIAL:

Jelaskan maksud ‘Rabb’.

JAWAPAN:

Rabb adalah perkataan arab yang dinisbahkan kepada Allah. Perkataan manusia rabbani,
contohnya, membawa maksud, manusia yang berpengetahuan tentang Allah, berpegang
teguh dan beramal dengan ajaran Allah.

Firman Allah yang bermaksud : Akan tetapi (ia berkata), “hendaklah kamu menjadi orang-
orang rabbani, kerana kamu selalu mengajar al-kitab dan disebabkan kamu tetap
mempelajarinya”(ali-imran:79).
TUTORIAL

SOALAN TUTORIAL:

Jelaskan maksud ‘Rabbaniyyah’.

JAWAPAN:

Rabbaniyyah membawa maksud ketuhanan. Segala hukum, konsep, prinsip, nilai dan
peraturan adalah datang dari Allah swt. Islam itu adalah agama yang sangat sempurna
merangkupi kecukupan sebagai hamba Allah dibumi ini.

Semua makhluk bertanggungjawab melaksanakan tugas sebagai hamba Allah swt. Setiap
aturan dan undang-undang yang terkandung dalam ajaran Islam adalah datang dari Allah swt
danmanusia tiada berhak untuk mempertikaikannya apatah lagi mengengkarinya.

Sebagai seorang hamba Allah berikan sumber2 pegangan Islam dan sebutkan matlamat dan
tujuan hidup sebagai makhluk Allah.
TUTORIAL

SOALAN TUTORIAL:

Agama islam adalah agama yang syumul. Bincangkan dari sudut kehakiman

JAWAPAN:

Maksud kehakiman:

Kehakiman atau al-qada’ dari segi bahasanya bermaksud menghukum, menyelesaikan,


menetapkan, memutuskan dan mencegah. Dari sudut syarak pula bermaksud
menyelesaikan perbalahan dan pertelingkahan yang berlaku antara manusia berasaskan
syariah Islam.

Prinsip Kehakiman

i. Bersifat Rabbani iaitu ketuhanan. Institusi kehakiman Islam berteraskan prinsip


rabbani kerana sumber asas kehakiman dalam Islam adalah daripada wahyu Allah
s.w.t. iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah. Sebarang keputusan dan tindakan hakim mesti
berasaskan panduan al-Quran dan al-Sunnah.
ii. Menegakkan keadilan dan menyeru kebaikan serta mencegah kemungkaran. Ia
dapat dilakukan dengan pelaksanaan hukuman yang bersifat pencegahan,
pemulihan dan pengajaran demi menjamin kesejahteraan dan keharmonian hidup.
iii. Mengamalkan adab dan akhlak Islam yang mulia seperti amanah, adil, jujur, tegas,
berani dan tidak zalim semasa menjalankan hukuman. Sistem kehakiman Islam
menjunjung dan memelihara nilai-nilai mulia dalam masyarakat supaya tidak
dicemari oleh golongan yang bertuhankan nafsu sehingga melakukan kezaliman ke
atas orang lain.
TUTORIAL

Matlamat Kehakiman Islam:

Menegakkan keadilan tanpa mengira darjat, pangkat, keturunan dan agama. Malah,
keadilan yang dianjurkan dalam Islam adalah keadilan sejagat. Jadi, sesiapa yang terbukti
bersalah harus dihukum seperti mana firman Allah s.w.t. dalam surah :

1. Menegakkan keadilan

… dan jika kamu menghukum sesama manusia, hukumlah antara mereka dengan adil.
(Surah al-Maidah: 42)

2. Menentang kezaliman

… janganlah kamu cenderung kepada orang zalim (kalau kamu berbuat demikian) api
neraka akan membakar kamu. (Surah Hud: 113)
TUTORIAL

SOALAN TUTORIAL:

Agama islam adalah agama yang syumul. Bincangkan dari sudut akhlak.

JAWAPAN:

Agama Islam adalah agama yang syumul dari segi akhlak kerana akhlak Islam ialah
kelengkapan dan luas bidangnya yang meliputi semua aspek perbuatan manusia sama ada
mengenai dirinya, orang lain atau orang yang berkaitan dengan perseorangan atau
kemasyarakatan dan kenegaraan. Tidak ada sesuatu pun perbuatan manusia yang terkeluar
dan tidak diatur oleh peraturan akhlak Islam. Kesyumulan akhlak Islam tidak terpisah dengan
semua bidang-bidang manusia. Oleh itu, binaan akhlak yang mulia hanya dapat tegak di atas
aqidah yang sahih dan syumul. Sedangkan sesuatu perbuatan yang pada zahirnya dianggap
sebagai akhlak yang mulia tidak dapat teguh dan kekal sekiranya tidak ditegakkan di atas
asas aqidah. 

Barang siapa mengerjakan amal soleh, baik laki-laki mau pun perempuan dalam keadaan
beriman, maka sesungguhnya akan diberikan kepadanya kehidupan yang balk.” (Q.S. An
Nahl: 97)
TUTORIAL

SOALAN TUTORIAL:

Agama islam adalah agama yang syumul. Bincangkan dari sudut bidang ilmu.

JAWAPAN:

Definisi ilmu dalam Islam:

Pengetahuan dan kebenaran tentang sesuatu yang datang dari Allah yang diturunkan
kepada Rasul-rasulnya dan alam ciptaannya termasuk manusia yang memiliki aspek lahiriah
dan batiniah. Contoh ayat tentang ilmu: surah al mujahadah :11, surah al fathit :28, surah al
zumar :9

Dalam Al-Quran, terdapat pelbagai ilmu yang digunakan dlm kehidupan


seharian..Contohnya:

a) Aqidah
b) Fiqh
c) Tasaud
d) Ilmu mantik
e) Badik
f) Bayan
g) ma'kulat

Kesemua ilmu ini sangat penting dan perlu dipelajari bagi membentuk umat Islam yang
dipandang mulia oleh umat yangg ada di dunia ini.
TUTORIAL

SOALAN TUTORIAL:

Agama islam adalah agama yang syumul. Bincangkan dari sudut matlamat dan tujuan hidup.

JAWAPAN:

Islam itu syumul maka jadikan yang syumul itu cara hidup yang sebenar-benarnya dan
marilah kita berpesa-pesan untuk menuju matlamat akhir kehidupan kita iaitu mendapatkan
keredaan Ilahi menerusi cara hidup (addin) yang dilingkari oleh panduan islam. Hal ini kerana
dunia adalah satu perjalanan yang harus dimanfaatkan dalam proses pengabdian manusia
kepada Allah SWT dengan menyempurnakan tanggungjawab fardu kifayah secara
sempurna, jujur, telus dan amanah. Manusia tidak mungkin berjaya memanfaatkan dunia ini
dengan baik jika sikap dan pandangannya terhadap dunia tidak tepat sebagaimana mestinya,
kerana alam dan fenomenanya diciptakan dan ditundukkan oleh Allah SWT untuk manusia
diturunkan sebagai khalifah.

Kerana itu, amatlah penting untuk umat manusia itu diperlengkap dengan ilmu pengetahuan
dan kemahiran, supaya membolehkan manusia menguasai dunia. Di samping itu, penting
bagi umat Islam untuk memahami dan menghayati Islam sebagai sistem kehidupan
menyeluruh untuk menggerakkan pembinaan satu tamadun. Kehidupan menyeluruh yang
bijak mengimbangkan tanggungjawab dunia dengan tanggungjawab akhirat. Islam bukanlah
satu ritual kerana ritualisme memberi tumpuan kepada akhirat semata-mata. Kerajaan juga
tidak pernah bersifat sekularisme yang menolak akhirat dan memberi tumpuan kepada dunia
semata- mata. Islam mestilah dihayati sebagai sistem yang mengintegrasikan kehidupan
duniawi dan persiapan ukhrawi. 

Allah SWT berfirman, yang bermaksud: "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah
dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah
engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah
(kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan
pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan
di muka bumi 
sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan".(Surah al-
Qasas: Ayat 77)

Anda mungkin juga menyukai