Anda di halaman 1dari 28

Kuliah 9:

Interpretasi Data:

o Pemerhatian
o Rekod anekdot
Interpretasi Data
1.
Mengintegrasikan pelbagai sumber
data

2.
Menghubungkaitkan data dengan
literatur

3.
Merumus hasil kajian dan membuat
kesimpulan
Maksud
• Kaedah yang digunakan oleh penyelidik untuk memberi
makna/pengertian/pengolahan kepada data-data yang dikumpulkan melalui
penggunaan instrumen-instrumen

• Satu proses pemindahan data kepada maklumat, pengetahuan, penerangan


yang boleh difahami dan dikongsi kepada orang lain

• Tujuan :
o Mampu membuat kesimpulan generalisasi
o Dapat menjadi pertimbangan asas untuk membuat cadangan dan tindakan
selanjutnya bagi membaiki situasi dan amalan yang kurang
memuaskan/mengubah suai pelan tindakan dalam kajian yang kedua
o Menunjukkan suatu pola, tema/hubungan
o Memudahkan pembaca/penyelidik lain untuk membaca & memahami serta
menganalisis dapatan data
Statistik
• Terbahagi kepada dua jenis :
A) Analisis statistik deskriptif
 menggunakan jadual taburan frekuensi, peratusan, min, mod, median, sisihan piawai,
carta bar, histogram, graf dan sebagainya
 menerangkan :
i. kecenderungan umum dalam data
(ukuran kecenderungan memusat-min, mod dan median)
ii. sejauh mana data terserak
(ukuran serakan – varian, sisihan piawai dan julat)
iii. perbandingan bagaimana 1 skor berkait dengan 1 sama lain (kedudukan relatif – skor z
dan pangkat persentil)

B) Analisis statistik inferensi


 menggunakan data, teknik persampelan, dan ujian statistik
(ujian-t, ANOVA, pekali kolerasi [r] )
Pemerhatian
Rekod
Anekdot

Senarai
semak

Perkongsian maklumat Cadangan penambahbaikan

Dapatan
bermakna
1. Pemerhatian
 Pemerhatian merupakan salah satu jenis kaedah soal
selidik yang digunakan ketika memungut data kajian.
 Pemerhatian merupakan penilaian melalui
pemerhatian melibatkan pengumpulan maklumat
dengan kaedah memerhati dan merekod apa yang
dilakukan oleh peserta

Pemerhatian Pemerhatian Tidak


Berstruktur Berstruktur
Menggunakan senarai semak pemerhatian dan
rekod anekdot.

Dianalisis menggunakan frekuensi dan peratus


melalui senarai semak yang disediakan.

Borang catatan pemerhatian digunakan

Contoh senarai semak perhatian berstruktur:


Bil Item tingkah laku Ada Tidak
negatif
Pemerhatian 1 Engkar arahan guru
Berstruktur 2 Mengganggu kawan
3 Menconteng buku
4 Bermain
5 Kurang tumpuan
Panduan Melaksanakan Pemerhatian

• Buat catatan
• Guna Singkatan
• Semak nota selepas pemerhatian
• Bezakan antara kejadian sebenar dengan
tafsiran
Interpretasi data pemerhatian

 Hasil analisis pemerhatian yang dijalankan untuk


menyokong dapatan yang diperoleh.
 Hasil analisis data pemerhatian dipamerkan dalam
bentuk grafik.
 Pemerhatian dipersembahkan dalam bentuk naratif
dan peratus iaitu kekerapan tingkah laku yang
diperhatikan semasa membuat pemerhatian.
*** Penyelidik membuat ulasan / komen hasil dapatan
yang diperoleh daripada kajian yang dijalankan.
Proses Interpretasi Data
1. Data-data dibahagi
kepada unit yang
bermakna
6. Mensintesis data:
Mencari 2. Unit yang disalur
perhubungan, dan kemudian
membanding dan diklasifikasi
membeza di antara mengikut kategori
kategori dengan enkod
kategori.

3. Asimilasi unit-unit
dalam kategori yang
sama, dan akomodasi
5. Menyemak data
unit-unit dengan
membentuk kategori
baru.
4. Mencari kategori
yang sama dan
menggabungkan
mereka dalam
kategori yang sama
2. Rekod Anekdot
Apakah Rekod Anekdot?
• Laporan bertulis tentang sesuatu tingkah laku murid yang kadangkala terjadi.
• Ia merupakan pengumpulan data daripada beberapa individu daripada
berbagai-bagai punca dari satu jangka masa.
• Rekod Anekdot sangat berguna kepada kaunselor dan guru. Kaedah
pemerihalan yang dilakukan untuk menyediakan laporan ini dapat memberi
pemahaman yang baik tentang murid.
• Rekod anekdot ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku,
bila dan di mana berlaku.
• Data anekdot ini memberikan data perbandingan antara beberapa jarak
masa, dahulu, dan masa kini dan juga membantu menunjukkan jika cir-ciri
murid tekal / berubah.
• Rekod ini memberikan celik akal dan memperlihatkan pola tingkah
laku yang dapat memperkayakan kajian tentang murid tersebut
dengan memberikan sebab berlakunya tingkah laku tersebut.
• Data sebegini sangat baik untuk melengkapkan data yang
dikumpulkan daripada skor ujian.
• Data anekdot ini dapat memberi gambaran yang baik dan membantu
pemahaman yang mendalam tentang murid-murid yang berada di
sekolah, bukan sahaja murid yang bermasalah tetapi juga murid yang
kadangkala normal dan ditimpa kerungsingan dalam kehidupan
mereka.
• Data anekdot yang baik menyatakan tindakan yang tertentu,
perbualan dan urutan peristiwa yang berlaku.
Contoh Laporan Anekdot
Contoh Rumusan Data Anekdot
Interpretasi Data Anekdot
Langkah 1: Kenal pasti tema atau kategori (PENGKODAN)
APA YANG BOLEH DIKODKAN
• Idea, konsep, terminologi, kata kunci yang 1) Tingkahlaku, aksi spesifik
boleh diperolehi daripada teks / transkrip. 2) Peristiwa –yang dilakukan dan menjadi
perbualan.
• Tujuan mengenalpasti tema atau kategori ini 3) Activiti – melibatkan manusia dalam seting
tertentu
adalah untuk memilih perkataan atau frasa 4) Strategi, amalan atau taktik
5) Keadaan umum yang dialami oleh murid
yang relevan dan diperlukan. 6) Makna.
i. Norma, nilai dan peraturan yang,menjadi panduan
• Langkah seterusnya ialah mengumpulkan bertingkahlaku
ii. Makna serta signifikan keadaan yang dihadapi ke
perkataan dan frasa dalam tema atau atas peserta
iii. Apakah symbol yang digunakan untuk memahami
kategori tadi di atas kertas kosong (data keadaan? Apakah panggilan atau gelaran yang
diberikan kepada objek, peristiwa, peranan, seting
display) dalam bentuk jadual atau peta dan peralatan?
7) Penyertaan – adaptasi kepada situasi baru
minda dan mula memotong maklumat 8) Perhubungan dan interaksi
berulang. Proses ini dikenali sebagai proses 9) Syarat atau kekangan
10) Akibat
pengurangan data (data reduction). 11) Seting – konteks keseluruhan yang dikaji
12) Refleksif – peranan pengkaji dalam proses,
bagaimana data diperoleh
Langkah 2: Semak Semula Kategori

• Kategori yang terhasil akan disemak semula untuk memastikan


tidak terdapat kategori yang sama (tetapi menggunakan perkataan
yang lain seperti “seronok” dan “gembira”).
• Contoh:
– Seronok dan gembira boleh dimasukkan dalam satu kategori “perasaan”

– Kategori “positif” dan “negatif” (untuk perasaan “bosan”, “tidak seronok”


dan sebagainya).
Langkah 3: Menganalisis data

• Tandakan perkataan, frasa atau ayat yang menggambarkan


maklumat atau data yang dikehendaki.
• Gunakan warna (highlighter) yang berlainan dan mulakan dengan
proses mengekod menggunakan kod-kod yang telah disediakan
lebih awal (lihat langkah 1) pada ruang kanan jawapan (sekiranya
lajur berkenaan telah disediakan) atau tandakan di tepi transkrip
( untuk tujuan data reduction).
– Pada masa ini ada kemungkinan kod atau tema baru perlu diwujudkan
apabila terdapat maklumat lain yang relevan.
Langkah 4: Memaparkan Data (Displayed data)

• Membuat interpretasi berdasarkan kepada ilmu


pengetahuan (asas teori) dan pengalaman.
• Sebaiknya, pengkaji melibatkan pihak ketiga (third party)
seperti rakan sejawat (untuk peer review) atau “rakan
kritikal” untuk mengesahkannya (memastikan rigour dan
trustworthy yang lebih tinggi).
Langkah 5: Susunkan maklumat

• Mengikut kategori berdasarkan hirarki keutamaan (sila libatkan


rakan kolaborasi / rakan penyelidik / rakan kritikal untuk memastikan
pengkategorian yang dilakukan adalah boleh dipercayai atau
mempunyai trustworthiness yang tinggi). [axial coding]
• Contohnya, tema suka, seronok, demotivasi dan bermotivasi boleh
disatukan di bawah kategori motivasi.
• Seterusnya kenal pasti corak dan perkaitan antara kategori.
Contohnya perasaan suka dan seronok boleh dikaitkan dengan
pembelajaran (boleh ingat, boleh faham dan senang tengok).
Langkah 6: Interpretasi data dengan bantuan

• Pakar / berkebolehan melakukan interpretasi dengan baik.


• Semasa melakukan analisis data kualitatif, saya tidak mengambil kira
kekerapan munculnya data seperti kata kunci, peta minda dan lain-lain.
Sekiranya saya berhajat untuk melakukan analisis mixed method (kaedah
gabungan), maka saya akan menghitung kekerapan munculnya frasa peta
minda, kata kunci, saya suka dan sebagainya dan melakukan analisis
statistikal. (Dalam contoh di sini, saya tidak akan melakukannya kerana
saya hanya memilih analisis kualitatif).
Langkah 7: Menulis, menghuraikan / merumus

• Mula menulis (menghurai atau merumus) dapatan kajian


untuk menjawab soalan kajian. Sebaiknya dikaitkan
dengan dapatan kajian awal (jika ada).
Data bukan ujian yang dikumpulkan adalah data
kualitatif.

Huraikan.

Pemerhatian merupakan antara kaedah yang


popular digunakan dalam membuat pentaksiran
bukan ujia

Perincikan pertimbangan yang perlu dibuat


semasa kaedah pemerhatian
dilaksanakan.
Data bukan ujian yang dikumpulkan adalah data
kualitatif.

Huraikan.

Pemerhatian merupakan antara kaedah yang


popular digunakan dalam membuat pentaksiran
bukan ujia

Perincikan pertimbangan yang perlu dibuat


semasa kaedah pemerhatian
dilaksanakan.

Anda mungkin juga menyukai