Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 2022

SJKC PIN HWA 2, KLANG


(BBC00591)
BORANG ULASAN WEBINAR
Nama Peserta : TEE CHEE CHENG

MAJLIS PELANCARAN SEKOLAHKU SEJAHTERA YANG AKAN


Tajuk Webinar : DISEMPURNAKAN OLEH YB DATUK DR. RADZI JIDIN, MENTERI KANAN
PENDIDIKAN SECARA LANGSUNG DI FACEBOOK RASMI KPM.

Anjuran : BPGSPLG

Tarikh Siaran : 21-02-2022

Masa Mula : 9.00 pagi Masa Tamat : 1.00 petang

Ulasan :

Penerapan konsep Sekolahku Sejahtera bakal melahirkan generasi berdaya saing di peringkat dunia.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, ia boleh dicapai
menerusi 14 elemen Sekolahku Sejahtera yang diketengahkan kementerian.

Konsep Sekolahku Sejahtera digagaskan sebagai satu kerangka yang memayungi pelbagai tema,
inisiatif dan program sedia ada KPM berteraskan penerapan nilai murni.

Menurutnya, elemen tersebut tidak akan membebani murid dan guru sebalik diterap secara semula
jadi dalam sesi pembelajaran dan pengajaran.

Ini bukan mata pelajaran baharu, bukan juga sisipan serta tidak akan membebankan guru

Beliau berkata, elemen Sekolahku Sejahtera terdapat daripada selamat, seronok, sihat, etika, empati,
jati diri, adab sopan, harmoni, tekun, teliti, terampil, eksplorasi, rasional dan artikulasi.

Konsep ini merupakan penjiwaan dan penerapan di sekolah yang perlu diberi penekanan khusus bagi
membentuk generasi akan datang.

Mohd Radzi berkata, sekiranya guru mengajar mata pelajaran Sejarah dan mempunyai kaitan dengan
14 elemen, ia boleh diperjelaskan kepada murid.

Begitu juga dengan elemen artikulasi, di mana murid diajar keupayaan untuk mengolah dan
menyampaikan pandangan, hujahan atau huraian mengenai sesuatu perkara dengan jelas serta
teratur berdasarkan fakta.

Ujarnya, sekiranya proses penerapan konsep Sekolahku Sejahtera dibuat awal, ia akan membentuk
generasi akan datang yang lebih hebat.

Pelaksanaan konsep ini akan dimulakan pada sesi persekolahan akan datang.

Konsep Sekolahku Sejahtera yang dilancarkan dirangka berteraskan prinsip dan hasrat bagi
mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman, selesa, menggembirakan, membina dan inklusif
ke arah mencapai kesejahteraan masyarakat.

Konsep ini juga akan memayungi pelbagai tema, inisiatif dan program KPM yang berteraskan
penerapan nilai-nilai murni.

Impak pada diri / Penerapan konsep Sekolahku Sejahtera dalam kalangan murid oleh para guru
tugas harian anda secara semula jadi dalam sesi pembelajaran dan pengajaran akan membentuk
generasi akan datang yang lebih hebat.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

Nama : TEE CHEE CHENG Nama :


Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai