Anda di halaman 1dari 2

Baca 

petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di


bawah,kemudian buat satu rumusan  yang panjangnya tidak melebihi
120 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan.

Bahan 1 – Petikan
        Bencana alam yang sering terjadi dan menghantui masyarakat kita
dewasa ini ialah banjir lumpur.  Banjir teruk yang membawa lumpur
bukanlah disebabkan oleh faktor semula jadi seperti hujan lebat yang
berterusan dalam jangka masa yang lama semata-mata, sebaliknya
diburukkan dengan aktiviti penggondolan hutan untuk mendapatkan kayu
balak yang semakin berleluasa.  Menurut Pakar Geologi Kejuruteraan dan
Mekanik Tanah dari Universiti Kebangsaan Malaysia, masyarakat yang
tinggal di kawasan mudah dilanda banjir berdepan risiko banjir teruk
sepanjang tahun sekiranya aktiviti tersebut dibiarkan berterusan tanpa
sistem tadahan air sebagai penampan.  Banjir lumpur boleh dielakkan jika
pembalakan dilakukan secara terancang dan terkawal. 
        Kita tidak dapat menyangkal bahawa aspek pemodenan yang ingin
dilaksanakan seperti pembangunan infrastruktur atau pembinaan jalan
raya turut menyumbang kepada kejadian bencana ini.  Selain itu, tiada
pemetaan dkawasan sensitif banjir oleh pihak pemaju sebelum
membangunkan sesuatu kawasan turut menyebabkan keadaan banjir
lumpur bertambah teruk.  Walhal, pemetaan tersebut sangat penting
untuk mengenal pasti kawasan yang tidak ada risiko banjir sebelum
bertindak melakukan pembersihan kawasan.  Oleh sebab itu, agensi
berkaitan seharusnya mempunyai sistem pemetaan kawasan sensitif
banjir agar masalah bencana banjir lumpur tidak berulang atau
menghantui masyarakat. 
        Bencana banjir lumpur juga boleh berlaku akibat kegagalan pemilik
tanah untuk menyelenggara sistem saliran dengan baik.  Kegagalan
tersebut mengundang risiko banjir kilat atau banjir lumpur.  Pemilik tanah
sepatutnya memastikan sistem saliran tidak tersumbat dan berfungsi
dengan baik agar air hujan dapat mengalir dengan sempurna.  Kejadian
banjir lumpur juga dapat dielakkan andai kata pihak berkuasa lebih tegas
dalam pelaksanaan undang-undang.  Tamsilnya, jika mendapati syarikat
konsesi atau pihak yang berkenaan tidak memiliki lessen dan
menjalankan pembalakan haram, hukuman keras perlu dikenakan tanpa
sebarang kompromi.
                (Dipetik dan diubah suai daripada Gondol Hutan Punca Banjir
Makin Buruk Oleh Suzalina halid, BHarian Online, 11 Januari 2021)
Bahan 2 - Grafik

Anda mungkin juga menyukai