Anda di halaman 1dari 2

Alkitab mengajar bahawa Yesus Kristus adalah Allah dan manusia serentak.

Bukan sahaja orang


ramai, tetapi banyak orang Kristian juga yang masih bergumul dengan pemahaman bagaimana Yesus
adalah Allah serta manusia sekaligus. Bagaimanakah Pencipta alam semesta boleh menjadi manusia
fana? Benarkah seorang lelaki Yahudi dari abad yang pertama Selepas Masihi adalah Allah sekaligus?
Tidak dinafikan bahawa persoalan akan timbul, tetapi Alkitab (serta tradisi gereja yang tertentu)
mengandungi bukti-bukti yang penting untuk menolong kita memahami hal ini.

Majlis gereja dari zaman dahulu pernah mempertimbangkan isu-isu berkaitan dengan Kristus dan
hubungan-Nya dengan Allah Bapa. Majlis Chalcedon (451 SM) mengesahkan bahawa Kristus adalah
“sempurna secara ilahi dan sempurna secara manusia, Allah serta manusia serentak.” Kenyataan
tersebut benar bukan kerana Majlis Chalcedon mengajar begitu, tetapi kerana pengajaran itu selari
dengan apa yang Alkitab menyatakan tentang keilahian dan kemanusiaan Yesus. Alkitab sangat jelas
menunjukkan bahawa Yesus adalah Allah (Yohanes 20:28; Titus 2:13; Ibrani 1:8), dan manusia (Roma
1:2–4; 1 Yohanes 4:2–3). Yesus sendiri menuntut nama yang ilahi (Yohanes 8:58) dan melakukan
perkara yang hanya dapat Allah lakukan (Markus 2:1–12; Lukas 7:48–50). Namun demikian, Yesus
juga menunjukkan ciri-ciri kemanusiaan yang kita semua alami (Lukas 19:41; Yohanes 19:28).

Kepercayaan bahawa Yesus adalah Allah dan manusia serentak merupakan salah satu asas
kepercayaan yang sangat penting. Rasul Paulus menulis bahawa seseorang perlu mengaku keilahian
Yesus sebagai syarat penyelamatan (Roma 10:9), dan Yohanes juga memberi amaran kepada mereka
yang menafikan kemanusiaan Kristus sebagai golongan yang mengajar doktrin anti-Kristus (2
Yoahnes 1:7).

Allah Tritunggal di dalam Alkitab adalah abadi, dan peribadi Tritunggal yang Kedua, Allah Anak,
menjadi manusia di dalam satu detik masa (Lukas 1:35; Ibrani 1:5). Allah Anak menambahkan fitrah
manusia yang tidak berdosa kepada keilahian-Nya. Penjelmaan Yesus Kristus sebagai manusia
(Yohanes 1:1, 14) sesuatu yang sangat nyata. Ibrani 2:17 menjelaskan mengapa Yesus sebagai perlu
menjelma sebagai manusia juga: “Hal ini bererti Dia harus menjadi seperti saudara-saudara-Nya
dalam segala hal. Dengan demikian Dia dapat menjadi Imam Agung yang setia dan berbelas kasihan.
Dengan pelayanan-Nya itu dosa manusia dapat diampunkan.” Anak Allah menjadi manusia untuk
menebus mereka yang hidup di bawah Taurat (Galatia 4:4–5).
Yesus tidak pernah berhenti menjadi Allah. Walaupun Dia menjadi manusia, Dia tidak pernah
memansuhkan keilahian-Nya (rujuk Lukas 6:5, 8). Ia juga benar bahawa setelah Dia menjelma
sebagai manusia, Allah Anak tidak memansuhkan kemanusiaan-Nya. Seperti yang ditulis oleh rasul
Paulus, “…kerana hanya ada satu Allah dan hanya ada satu yang dapat memimpin manusia kepada
Allah, iaitu Kristus Yesus yang datang ke bumi sebagai manusia” (1 Timotius 2:5). Yesus bukan
setengah ilahi dan setengah manusia. Disebaliknya, Dia adalah Theanthropos, Allah-manusia. Tuhan
Yesus Kristus adalah Peribadi ilahi yang abadi, yang senantiasa memiliki dua fitrah yang berbeza
tetapi tidak boleh dipisahkan: satunya ilahi dan satunya manusia.

Anda mungkin juga menyukai