Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 
Tahniah dan syabas diucapkan kepada PIBG SK Parit Keroma, Muar kerana dapat
mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-48 Tahun 2022.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan wadah yang bertanggungjawab
memikul amanah yang membantu menggilap kecemerlangan anak-anak murid dan
memperkasakan SK Parit Keroma Muar. Sesungguhnya segala aktiviti yang dirancang dan
dilaksanakan oleh PIBG merupakan pelengkap ke arah kecemerlangan arena pendidikan
masa kini. Ibu bapa seharusnya sedia berkorban masa dan tenaga serta berupaya
melengkapkan minda dengan pelbagai ilmu bagi menghadapi situasi masa kini yang
mencabar, demi memastikan anak-anak terdidik sebagai masyarakat yang berilmu dan
berjiwa murni.
 
Keakraban dan kesefahaman antara ibu bapa dan guru sewajarnya diperkukuhkan
lagi melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru demi meningkatkan lagi mutu kecemerlangan
anak-anak, sama ada dalam bidang kurikulum, kokurikulum mahu pun sahsiah. Kesediaan
dan keterbukaan kita menerima segala bentuk perubahan dalam arena pendidikan di
samping galakkan yang berterusan menjadi tunggak kejayaan kepada anak-anak kita.
 
Di SK Parit Keroma Muar, hubungan erat antara semua kaum merupakan salah satu
faktor yang menyebabkan sekolah ini mampu menghasilkan murid cemerlang dalam
pelbagai bidang. Amat membanggakan, murid SK Parit Keroma sudah mula menempa nama
dalam pelbagai pertandingan di peringkat zon Maharani, daerah Muar, dan negeri Johor.
Murid di sekolah ini adalah aset yang harus kita pelihara dan pelengkapkan dengan semua
nilai murni, kemahiran dan kriteria modal insan kami.
 
Justeru, bersama-samalah kita berganding bahu menyumbangkan sesuatu yang
bermakna sama ada buah fikiran, tenaga, material mahu pun wang ringgit demi
merealisasikan sesuatu program yang dirancangkan. Diharapkan dengan komitmen yang
diberi, akan dapat meningkatkan lagi kecemerlangan sekolah amnya dan murid-murid
khasnya.

Sekian. Terima Kasih.


 
 
 
…………………...………..
(ROZLINA BINTI MAT JELIS)
Guru Besar
SK Parit Keroma, Muar.
 

Anda mungkin juga menyukai