Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 SEKOLAH

KEBANGSAAN PARIT KEROMA

 Bismillahirrahmanirrahim.
 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera
 Yang Dihormati, Puan Rozlina Binti Matjelis , Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit
Keroma
 Yang Berusaha , Encik MUHAMMAD SHAHRIZAN BIN BASAR. , Tuan Yang
Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Parit Keroma
 Barisan Guru Penolong Kanan , ahli-ahli jawatankuasa PIBG , warga pendidik yang
dedikasi , staf-staf sekolah, ibu-ibu , bapa-bapa seterusnya hadirin dan hadirat yang
dihormati sekalian.
 Sirih berlipat bersama pinang,
Pinang berasal Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.
 Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, kerana dengan berkat limpah
kurnia-Nya yang amat banyak, dapat kita berkumpul dan berkenal mesra dalam majlis
yang penuh permuafakatan iaitu Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Parit Keroma
bagi edisi yang ke-48
 Sebelum tari kata diatur lebih lanjut lagi , pihak Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada para ibubapa dan penjaga yang sudi meluangkan masa seketika
dalam pautan Google Meet ini bagi mencapai satu kata sepakat dan berkongsi pendapat
dalam merencana agenda kecemerlangan akademik dan sahsiah anak-anak yang belajar
di sini . Kehadirin tuan puan sekalian menandakan tuan puan begitu positif dan saling
memberi kerjasama dalam program anjuran sekolah ini. Syabas dan tahniah diucapkan .
 Terlebih dahulu saya ingin mengingatkan tuan puan, ibu bapa dan penjaga untuk merujuk
buku program yang telah diedarkan bagi mengetahui aturcara majlis kita pada hari ini.
 Izinkan saya terlebih dahulu berkongsi dengan tuan dan puan berkenaan acara cabutan
bertuah yang akan diadakan pada akhir program ini.
 -Peraturan _Nama_ untuk diletakkan dalam cabutan bertuah ialah 1 keluarga 1 nama, jika
didapati terdapat lebih satu nama, pendaftaran nama kedua akan dibatalkan
 -Nama akan dicabut menggunakan aplikasi Wheel of Names.
 - Nama pemenang akan disebut sebanyak dua kali oleh pengacara majlis.
 - Pemenang yang disebut haruslah menyahut dan menyatakan nama penuh.
 - Jika pemenang tidak menyahut, nama seterusnya akan dicabut menggunakan Wheel of
Names.
 - Untuk maklumat tuan dan puan, hadiah cabutan bertuah ini akan diserahkan secara
drive thru pada 30 Mei 2022 dari jam 12:20-1.00 tgh hari.
 (NAK MULAKAN PROGRAM)
 Tanpa melengahkan masa, ayuhlah kita mulakan majlis kita pada malam ini dengan
nyanyian dua lagu rasmi iaitu Lagu Bangsa Johor dan Negaraku.
 Tahniah kerana turut serta menyanyikan kedua lagu rasmi itu tadi.

Tetak buluh panjangnya tujuh,

Buat menjolok sarang penyengat;

Menadah tangan jari sepuluh,

Doa dipohon supaya berkat.

 Bagi memakmurkan lagi majlis kita pada malam ini, majlis dengan sukacitanya
mempersilakan Ustaz Zailani bin Kadir untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala
hormatnya , dipersilakan.
(BACAAN DOA DAN APABILA SELESAI)

 Alhamdulillah. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Zailani bin Kadir di atas
bacaan doa itu tadi. Semoga program pada hari ini mendapat barakah daripada Allah
SWT dan berjalan dalam suasana penuh harmonis .

1. (UCAPAN TNC)

 Hadirin dan hadirat sekalian,


Marilah kita bergerak pula ke aturcara yang seterusnya . Sesungguhnya ,Tidak lengkap
rasanya majlis ini sekiranya kita tidak mendengar ucapan daripada pentadbir Sekolah
Kebangsaan Parit Keroma . Oleh yang demikian , bagi menyempurnakan aturcara
seterusnya , marilah kita bersama-sama mendengar ucapan dan kata-kata aluan
daripada Puan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit Keroma , Puan Rozlina binti
Matjelis . Dengan segala hormatnya dipersilakan .

 Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dikasihi, Puan Rozlina binti
Matjelis di atas ucapan itu…………………………………………

2. (UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI)

Dayung sampan dulu-duluan,

Singgah berlabuh di Tanjung Jati;

Ucapan sebagai alu-aluan,

Mari tuan sama-sama amati.

 Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha, Muhammad Shahrizan bin


Basar selaku YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Parit Keroma untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan dan merasmikan program kita pada hari ini. Dengan
hormatnya dipersilakan.

 (UCAPAN PENGERUSI DAN APABILA SELESAI)

 Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Muhammad Shahrizan bin Basar
di atas ucapan itu tadi.

 (MEETING PIBG MULA)


 Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, ayuhlah kita beralih ke agenda utama program
pada hari ini iaitu Mesyuarat Agung PIBG SK Parit Keroma kali ke-48. Dengan ini,
dengan segalanya saya mempersilakan Tuan Yang Dipertua PIBG SK Parit Keroma, Encik
Muhammad Shahrizan bin Basar untuk mengambil alih program ini. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
 (SETELAH MEETING SELESAI)
 Alhamdulillah, selesai sudah mesyuarat kita pada hari ini. Maka, inilah waktu yang
ditunggu-tunggu. Acara cabutan bertuah anjuran PIBG SK Parit Keroma. Sebelum kita
memulakan acara, izinkan saya menerangkan serba sedikit terlebih dahulu berkenaan acara
ini.
 Hadiah untuk cabutan bertuah pada tahun ini terdiri daripada 45 buah hadiah yang terdiri
daripada barangan elektrik, kelengkapan rumah dan kelengkapan harian. Kesemua hadiah
ini adalah hasil daripada kutipan sumbangan ibu bapa sebelum majlis ini dijalankan. Pihak
PIBG SK Parit Keroma mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pemberi
sumbangan. Semoga tuan dan puan diberkati oleh Allah SWT.
 Dengan ini saya memperkenalkan hadiah utama cabutan bertuah pada hari ini. Hadiah
utama ialah sebuah oven elektrik berjenama Khind, Hadiah utama kedua ialah pengisar
makanan berjenama Khind dan Hadiah utama ketiga ialah kipas meja berjenama Khind.
Maklumat berkenaan hadiah cabutan yang lain boleh dilihat pada poster cabutan bertuah
yang telah diedarkan di dalam group kelas pada petang tadi.
 Nama di dalam cabutan bertuah ini diambil daripada maklumat yang telah diisi di dalam
Google Form sebentar tadi.
 Syarat cabutan bertuah ini ialah :
- Nama akan dicabut menggunakan aplikasi Wheel of Names.
- Nama pemenang akan disebut sebanyak dua kali oleh pengacara majlis.
- Pemenang yang disebut haruslah menyahut dan menyatakan nama penuh.
- Jika pemenang tidak menyahut, nama seterusnya akan dicabut menggunakan Wheel of
Names.
 Mari kita mulakan dengan hadiah cabutan bertuah ke-45. Jom beralih ke paparan cikgu
Shafiq.
 -------sampai cabutan bertuah habis------

Para hadirin sekalian.

Ibarat berjalan dah sampai di halaman,


Ibarat berenang dah sampai di tebing,
Ibarat terbang dah hinggap di dahan,
Ibarat mendaki dah sampai di puncak.

 Terima kasih kepada hadirin dan hadirat yang sudi melapangkan masa untuk bersama-
sama menjayakan program ini.
 Ayuhlah kita membuka kamera untuk sesi bergambar.

 Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan padu dalam
menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Parit Keroma kali ke-48
ini.

Akhir kata,

Kalau ada jarum yang patah,

Jangan disimpan di dalam peti;

Yang baik itu ketentuan Allah,

Yang cela itu kelemahan diri.

 Wabillahi Taufik wal Hidayah Wassalamualaikum


Warahmatullahi Wabarakatuh.

-TAMAT-

Anda mungkin juga menyukai