Anda di halaman 1dari 2

INOVASI DAN KREATIVITI MINDA SIHAT

MURID SEJAHTERA
SINOPSIS /PROJEK INOVASI
“COLOURS AND CAREERS KIT
PENGENALAN
Ujian Warna dan Kerjaya Mengikut Kamus RIASEK merupakan satu inovasi yang
dibina dalam bentuk permainan. Ia merupakan satu intervensi di bawah fokus
perekayasaan Bimbingan dan kaunseling iaitu Perkembangan Kerjaya Murid (PK).
  “Colours and Careers Kit” adalah kit mudah alih info berkaitan kerjaya.
Idea asas hasilan inovasi ini adalah hasil gabungan Inventori Personaliti Warna yang
dibina oleh Dr Sidek Mohd Noh dan Kerjaya Holland yang mempunyai enam bidang
kerjaya iaitu R,I,A,S,E,dan C yang mewakili R untuk Realistik, I untuk Investigatif, A
untuk Aratistik, S untuk Sosial , E untuk Enterprisisng dan akhirnya C untuk
Convensional. Semua kerjaya ini dikelaskan mengikut Kamus kerjaya. Hasil inovasi
dan kreativiti dipersembahkan dalam bentuk bahan bercetak dan kit yang mudah
dibawa terutamanya ke bilik darjah atau kelas.
Idea asas hasilan inovasi ini adalah hasil kajian dijalankan oleh Ahmad
Jazimin Jusoh yang bertajuk Hubungan Personaliti Warna Dengan Minat
Kerjaya Di Kalangan Pelajar Universiti Putra Malaysia (2000). Keputusan kajian
juga menunjukkan bahawa alat ukuran IPW yang telah dibentuk oleh Dr Sidek Mohd
Noah et al. (1997) mempunyai kesahan gagasan yang tinggi berbanding dengan alat
ukuran SDS yang dibentuk oleh John L Holland tentang tret-tret personaliti individu
mempengaruhi pemilihan kerjaya oleh seseorang individu melalui Ujian personaliti
warna yang dijalankan . Hasil Inovasi dan kreativiti di persembahkan dalam bentuk
Kad Kamus Kerjaya (bahan bercetak) dan Kit yang mudahalih boleh dibawa ke
mana-mana terutamanya ke bilik darjah.

Sebahagian besar , ramai murid atau pelajar yang ingin menyambung


pelajaran masih kurang jelas kerjaya sesuai dengan personality mereka. Pemilihan
kerjaya di dorong oleh desakan ibu bapa , rakan-rakan dan pemerhatian mereka
sahaja.
Kit yang dibina ini dapat membantu individu mengenalpasti personaliti diri
mereka dengan bidang dan kursus yang akan diambil sermasa memohon kursus di
pusat pengajian tinggi nanti. Apabila personaliti warna dan bidang kerjaya
mempunyai kongruen maka individu akan mendapat kepuasan apabila bekerja
nanti. Biasa individu akan berasa lebih seronok bekerja berbanding dengan individu
yang personality dan bidang kerjaya yang mempunyai kongruen yang rendah.
Di samping itu juga, kit ini dapat membantu individu untuk meneroka
personaliti dan kerjaya mereka. Kit ini dibina dengan menggabungkan elemen
permainan. Tambahan pula kit ini membolehkan individu yang menjawab ujian
personaliti ini dapat mengurangkan rasa bosan dan stress kerana ujian yang
digunakan adalah menggunakan borang yang mengandungi 100 soalan.
IMPAK INOVASI
a. Menjadikan murid lebih memahami personaliti diri terhadap kerjaya yang
dipilih dengan lebih yakin.
b Meningkatkan kredibiliti dan keyakinan GBK untuk membimbing murid
memilih kerjaya.
c Menjimatkan wang kerana tidak memerlukan kertas yang banyak.
d Menghasilkan sebuah kit untuk membantu GBK dalam mengendalikan
Bimbingan Kelompok kerjaya mengikut personaliti warna.
e Peningkatan tahap kepuasan klien bila mereka jelas personaliti dan
kerjaya dengan kaedah permainan.
PENUTUP
Kit ini membolehkan murid bermain dengan cara yang seronok dan menarik.
Alat ini mudah dibawa dan mudah difahami. Guru boleh menjadikan alat ini sebagai
BBB dalam PdPc. Alat ini juga boleh digunakan oleh murid dalam pembelajaran
kendiri. Kit ini juga diharap dapat membantu murid-murid mengenalpasti kerjaya
mereka dengan jelas.

RUJUKAN

1 Sidek Mohd Noah.2005.Pengujian & Penilaian dalam Kaunseling:Teori


dan Aplikasi, Universiti Putra Malaysia , Serdang.
2 Muhamad Tajudin bin Mustafa dan Noraimi Aainaa binti
Omar.2017.Kamus RIASEK,QC Group Sdn. Bhd.
3 K.Kriahnan.2015.Kamus Pekerjaan ARK,ARK Publication,Klang
Selangor

Anda mungkin juga menyukai