Anda di halaman 1dari 4

SINONIM/ANTONIM/IMBUHAN/PERKATAAN BERGARIS DENGAN BETUL

Pilih jawapan yang tepat.

1 Lucy merupakan murid yang ______ di kelas kami.

A sepandai
B terpandai
C memadai
D berpandai-pandai

2 Peserta dari Kanada itu _____ dalam perlumbaan dengan penuh bersemangat.

A setanding
B bertanding
C menandingi
D pertandingan

3. ______ ibu bapa harus kita patuhi selalu.

A Mengajar
B Pelajaran
C Ajaran
D Belajar

4. “Tolong ______ salam saya kepada keluarga kamu, “ kata Rosana kepada Faiza.

A sampaikan
B kesampaian
C penyampaian
D menyampaikan

5. _____ Hui Ling menjadi contoh kepada murid-murid lain.

A Ketekunan
B Bertekun
C Tertekun
D Menentunkan

6. Daun-daun kering ______ di halaman rumah apabila ditiup angin.

A penaburan
B pertaburan
C menaburkan
D bertaburan

SOALAN 7-11. Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

7. I Cahaya hari ini hangat sekali.


II Tidak lama lagi, abang akan memperoleh seorang cahaya mata.
III Tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup.
IV Air muka Sara cahaya sekali setelah mendengar berita baik itu.

A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV
SINONIM/ANTONIM/IMBUHAN/PERKATAAN BERGARIS DENGAN BETUL

8. I Kawasan yang rendah itu selalu dilanda banjir.


II Barang yang murah tidak semestinya bermutu rendah.
III Harga kereta nasional lebih rendah daripada harga kereta import.
IV Kebanyakan murid daripada kelas ini rendah dalam mata pelajaran Sains.

A II dan III
B III dan IV
C I,II dan III
D I,III dan IV

9. I Dia diminta bentang permaidani di ruang tamu.


II Bentang yang ditarik oleh kerbau itu sudah reput.
III Kertas kerja ini akan kami bentang pada petang ini.
IV Penyakitnya bentang kerana mengingkari arahan doktor.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

10. I Kami sampai sejambak bunga kepada guru.


II Paras banjir di Taman Tuna sudah sampai aras bahaya.
III Kereta api dari Johor akan sampai pada pukul 8:00 malam.
IV Sampai hari ini, dia masih belum memulangkan buku cerita itu.

A I dan III
B III dan IV
C I, II dan IV
D II,III dan IV

11. I Pegawai yang makan suap itu telah ditangkap.


II Perjalanan kami tadi makan masa selama setengah jam.
III Letupan bom itu telah makan beberapa buah bangunan.
IV Kemalangan itu berpunca daripada brek keretanya yang tidak makan.

A I,II dan III


B I, II dan IV
C I,III dan IV
D II,III dan IV

SOALAN 12- 15. Pilih perkataan berlawanan erti dengan perkataan bergaris dalam ayat-ayat di bawah ini.

12. Selepas Tan berpindah tempat duduk, penglihatannya menjadi jelas.

A kabur
B pudar
C terang
D senang
SINONIM/ANTONIM/IMBUHAN/PERKATAAN BERGARIS DENGAN BETUL

13. ìKevin sering datang ke rumah saya,” kata Muniandy.

A jarang-jarang
B kadangkala
C selalu
D kerap

14. Persembahan budak itu mendapat pujian daripada orang ramai.

A sokongan
B galakan
C sindiran
D cacian

15. Orang yang berbaju merah itu gila.

A baik
B waras
C berguna
D sempurna

SOALAN 16-20. Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.

16. Bunga mawar yang ditanam oleh emaknya di taman itu sedang mekar.

A layu
B hidup
C kuncup
D kembang

17. Puan Hasnah merupakan seorang wanita yang tabah menghadapi dugaan.

A kuat
B berani
C gentar
D kasar

18. Ketika fajar menyinsing, kedengaran bunyi kicauan burung dan kokokan ayam dari desa itu.

A petang
B senja
C malam
D subuh
SINONIM/ANTONIM/IMBUHAN/PERKATAAN BERGARIS DENGAN BETUL

19. Hasnul tidak dapat tidur nyenyak semalam kerana diganggu nyamuk.

A leka
B lena
C mudah
D selesa

20. Kucing ialah binatang yang boleh melihat dengan terang pada waktu malam.

A sepi
B nyata
C jelas
D kabur

Anda mungkin juga menyukai