Anda di halaman 1dari 1

Covid-19

Disember 2019,
Di saat manusia berlumba mengakhiri sisa 2019,
Tekun melakar azam 2020 di atas secebis kertas,
Berharap 2020 akan menjadi permulaan dekad kegemilangan,
Namun tidak ada yang menyangka,
2020 adalah permulaan sebuah pengakhiran,

Belum sempat menjejakkan kaki ke 2020,


Dunia digemparkan dengan kelahiran Covid-19,
Namun manusia memekakkan telinga,
Kerana sambutan tahun baru lebih penting,
Nyawa yang dikandung bertahun sanggup dipertaruhkan,
2020 disambut ibarat 2021 tidak akan muncul setelah genap 366 hari,
Benar, kebahagiaan datang bersama kecelakaan,

13 hari selepas menjejaki 2020,


Virus yang dilahirkan di Tanah Besar China,
Mula menjelajah ke negara gajah putih,
Belum sempat Februari menjengah,
Covid-19 berjaya mengembara ke negara-negara besar dunia,
Tidak cukup dengan penaklukan ini ,
Covid-19 kini menjadi mimpi ngeri dunia,
Apabila mengisytiharkan diri sebagai pembunuh,
Manusia mula berteriak, menunding jari kepada China,
Tetapi bukankah China telah memberi amaran awal,

Di dalam kekalutan bencana lain di dunia,


Covid-19 berjaya mencuri tumpuan umat manusia,
Ilmuwan dikerah untuk mencari penawar,
Pengamal perubatan bertaruh nyawa demi rakyat marhain,
Seluruh dunia hampir lumpuh kerana musuh halus ini,
Apakah masih relevan untuk kita menyalahkan China,

Wahai manusia,
Tunduklah engkau kepada Tuhanmu,
Apakah engkau masih tidak sedar,
Bahawa ini semua amaran daripada Sang Pencipta,
Ingatkah engkau akan kalam yang diberikan kepada Muhammad,
Apakah engkau masih meragui kesahihan kalam itu,
Bacalah dan carilah Tuhan engkau sebelum terlambat.

Ditulis oleh,
Nur Nadirah binti Salman
171240307

Anda mungkin juga menyukai