Anda di halaman 1dari 17

CONTOH CADANGAN

PENGAJARAN KEMAHIRAN
MENDENGAR DAN BERTUTUR
TAHUN 5

IDEA NUKILAN
CIKGU ANATI DAN CIKGU MAT ARIFFIN  
Contoh Cadangan RPH Bahasa Melayu Tahun 5 SJK

OPKK TAHUN 5 MENGIKUT DSKP DAN BUKU TEKS SK DAN SJK

SK1.1
Mendengar dan memberikan respons semasa berkomunikasi dalam situasi formal dan tidak
formal.
SP 1.1.1 BT SK BT SJK
Mendengar, mengecam sebutan, dan menyebut semula ujaran MS 2, 81, MS 2, 52
yang terdapat dalam situasi formal. 144
OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
Menyebut ujaran yang dicam semasa mendengar atau yang diperdengarkan dengan sebutan
yang betul.
ATAU
boleh tulis dalam angka sebelum pernyataan:
OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
Menyebut sekurang-kurangnya 3 daripada 5 ujaran yang dicam semasa mendengar atau yang
diperdengarkan dengan sebutan yang betul.

KRITERIA KEJAYAAN
Pada akhir pembelajaran, saya dapat:
 Mendengar sekurang-kurangnya 2 daripada 4 ujaran dalam dialog dengan jelasnya.
 Mengecam sebutan sekurang-kurangnya 1 ujaran daripada 3 ujaran dengan betulnya.
 Menyebut sekurang-kurangnya 1 ujaran daripada 3 ujaran yang diminta.

CADANGAN LANGKAH PDP


1. Murid mendengar sebutan yang disebut oleh guru dengan jelasnya semasa berdialog. /
Murid mendengar rakaman dialog.
2. Murid melakonkan dialog/rakaman dialog yang didengar.
3. Murid mengecam sebutan
4. Murid menyebut semula ujaran yang didengar/diperdengarkan dengan sebutan yang
betul.
5. AKTIVITI PAK-21 PERMAINAN KOTAK MADU / FAN AND PICK. PAK-21
6. Secara berpasangan/berkumpulan, murid menyebut ujaran yang didengar dengan
sebutan yang betul dan jelas.

CADANGAN AKTIVITI PAK-21


AKTIVITI PERMAINAN KOTAK MADU
1. Muzik dibunyikan oleh guru.
2. Dua Kotak madu akan bergerak. Satu kotak untuk kumpulan A dan satu kotak lagi
untuk kumpulan B .
3. Muzik dihentikan.
4. Murid yang memegang kotak madu daripada kumpulan A diminta mengambil kad ayat
dalam kotak A dan membacakan ayat itu. Kemudian, minta murid yang memegang
kotak B sebut ayat itu semula dengan betulnya.

Kemahiran Mendengar dan Bertutur


Contoh Cadangan RPH Bahasa Melayu Tahun 5 SJK

5. Seterusnya, murid yang memegang kotak B mengambil kad ayat dari dalam kotak B
lalu dibacanya. Minta murid yang memegang kotak A menyebut semula ayat itu.
6. Permainan itu diteruskan. Mainkan muzik sehingga semua murid dapat menyebut
ayat.
7. Murid yang mendengar dan menyebut itu dinilai.
8. Markah diberi kepada setiap kumpulan oleh guru jika sebutannya betul.

CADANGAN AKTIVITI PAK-21


AKTIVITI FAN AND PICK
1. Murid dibahagikan dalam kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang murid.
2. Setiap ahli ada peranan dan setiap peranan dimainkan secara bergilir-gilir.
3. Murid 1 akan susun kad ayat seperti kipas.
4. Murid 2 akan memilih kad dan menyebut ayat yang terdapat pada kad tersebut.
5. Murid 3 akan mendengar, mengecam dan menyebut semula ayat yang didengar
dengan sebutan yang betul dan jelas.
6. Murid 4 akan menyemak serta memberi respons dan pujian kepada jawapan yang
diberikan.

Dapatkan bahan asal daripada Cikgu Anati secara sah agar ilmu atau bahan ini bermanfaat
kepada pemiliknya. Hubungi melalui whatsapp/telegram 0149420293.

Kemahiran Mendengar dan Bertutur


Contoh Cadangan RPH Bahasa Melayu Tahun 5 SJK

SK1.1
Mendengar dan memberikan respons semasa berkomunikasi dalam situasi formal dan
tidak formal.
SP 1.1.2 BT SK BT SJK
Mendengar, memahami dan memberikan respons MS 7, 87, 151 MS 7, 62,
terhadap maklumat yang diujarkan dalam situasi formal. 108
OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
Memberikan respons terhadap ujaran yang didengar atau diperdengarkan.
ATAU
boleh tulis dalam angka sebelum pernyataan
OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
Memberikan sekurang-kurangnya 2 daripada 3 respons terhadap ujaran yang didengar
atau diperdengarkan.

KRITERIA KEJAYAAN
Pada akhir pembelajaran, saya dapat:
 Mendengar sekurang-kurangnya 3 daripapda 5 dialog dengan jelasnya.
 Menyatakan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 maksud ayat dialog/maklumat
 Memberikan sekurang-kurangnya 1 daripada 3 respons terhadap ujaran

CADANGAN LANGKAH PDP


1. Guru berlakon dengan menyampaikan maklumat/memberikan arahan kepada
murid-murid.
2. Murid-murid perlu memberikan respons terhadap maklumat/arahan yang
disampaikan/diberikan oleh guru.
3. Murid mendengar ujaran yang disampaikan oleh guru/rakan-rakan dengan
jelasnya.
4. Murid memahami sesuatu maklumat dalam ujaran yang didengarkan.
5. AKTIVITI PAK-21 RALLY COACH (JURULATIH RALLY) / INSIDE-OUTSIDE CIRCLE
6. Murid memberikan respons terhadap maklumat yang didengarkan.

*NOTA KAKI
Respons = tindak balas yang diberikan dalam bentuk lisan
Situasi formal = situasi rasmi

CADANGAN AKTIVITI PAK-21


AKTIVITI RALLY COACH (JURULATIH RALLY)
1. Aktiviti ini dijalankan secara berpasangan.
2. Murid A memberikan respons berdasarkan (arahan/ ayat tanya/ pesanan) yang
diperdengarkan atau disampaikan atau dibisikan oleh guru atau murid yang dipilih
oleh guru. (Bahan maklumat boleh rujuk buku teks)
3. Murid B akan menyemak jawapan murid A.
4. Aktiviti dilakukan secara selang seli. Murid B akan menjawab manakala murid A

Kemahiran Mendengar dan Bertutur


Contoh Cadangan RPH Bahasa Melayu Tahun 5 SJK

menyemak jawapan.
5. Guru memantau dan membantu murid yang menyemak jawapan.

CADANGAN AKTIVITI PAK-21


AKTIVITI INSIDE-OUTSIDE CIRCLE
1. Murid mencari pasangan masing-masing.
2. Murid perlu membentuk 2 bulatan, murid 1 di dalam bulatan 1 dan murid 2 di
dalam bulatan 2 di luar bulatan 1. Murid perlu berdiri menghadap pasangan.
3. Murid 1 bulatan 1 akan memberikan maklumat(arahan/pesanan/ayat tanya).
4. Murid 2 bulatan 2 akan mendengar dan memberikan respons berdasarkan
(arahan/ayat tanya/pesanan) yang didengar/disampaikan/dibisikkan.
5. Murid 1 akan memberikan pujian atau kukuhkan jawapan rakan apabila rakan
mereka telah habis bercakap.
6. Akhir sekali, murid bulatan 2 akan tukar pasangan dengan rakan di sebelah dalam
bulatan.
7. Aktiviti diteruskan dengan pasangan yang lain sehingga semua murid sudah
memberikan respons.
8. Guru memantau dan membimbing murid yang memberikan respons.

Dapatkan bahan asal daripada Cikgu Anati secara sah agar ilmu atau bahan ini
bermanfaat kepada pemiliknya. Hubungi melalui whatsapp/telegram 0149420293.

Kemahiran Mendengar dan Bertutur


Contoh Cadangan RPH Bahasa Melayu Tahun 5 SJK

SK1.1
Mendengar dan memberikan respons semasa berkomunikasi dalam situasi formal dan
tidak formal.
SP 1.1.3 BT SK BT SJK
Mendengar, mentafsir dan memberikan respons terhadap MS 13, MS 12, 67,
soalan secara kritis dan kreatif. 98, 157 114, 154
OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
Memberikan respons sesuatu yang ditafsir daripada soalan yang didengar atau
diperdengarkan
ATAU
boleh tulis dalam angka sebelum pernyataan :
OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
Memberikan sekurang-kurangnya 2 daripada 4 respons sesuatu yang ditafsir daripada
soalan yang didengar atau diperdengarkan.

KRITERIA KEJAYAAN
Pada akhir pembelajaran, saya dapat:
 Mendengar sekurang-kurangnya 2 daripapda 4 dialog dengan jelasnya.
 Menyatakan sekurang-kurangnya 1 daripada 3 maksud soalan.
 Memberikan sekurang-kurangnya 1 daripada 3 respons terhadapsoalan secara
kritis dan kreatif

CADANGAN LANGKAH PDP


1. Guru mengajukan beberapa soalan kepada murid.(guru bertanya tentang minat
murid/keadaan semasa)
2. Murid memberikan respons terhadap soalan yang ditanyakan oleh guru.
3. Murid mendengar dialog/soalan yang diujarkan.
4. Murid mentafsir soalan dengan menyatakan kehendak soalan.
5. Murid memberikan respons secara lisan terhadap soalan yang
didengarkan/diajukan.
6. AKTIVITI PAK-21 BULATAN MASA (CIRCLE TIME)/RALLY ROBIN
7. Murid memberikan respons terhadap soalan yang didengarkan/diajukan.

*NOTA KAKI
Mentafsir = memahami kehendak soalan
Kritis = menimbang untuk menerima atau menolak idea atau maklumat 

CADANGAN AKTIVITI PAK-21


AKTIVITI BULATAN MASA (CIRCLE TIME)
1. Murid duduk dalam kumpulan dalam bulatan.
2. Guru mengajukan soalan. Semua murid diberi masa untuk mentafsir soalan.
3. Guru menyediakan bola atau beg kacang kepada seorang murid.

Kemahiran Mendengar dan Bertutur


Contoh Cadangan RPH Bahasa Melayu Tahun 5 SJK

4. Guru memasang muzik dan bola itu diberikan kepada kawan seorang demi
seorang.
5. Muzik diberhentikan oleh guru. Murid yang memegang bola itu berdiri untuk
memberikan respons secara lisan terhadap soalan.
6. Muzik dipasang semula untuk untuk murid lain berdiri dan memberikan respons.

CADANGAN AKTIVITI PAK-21


AKTIVITI RALLY ROBIN
1. Aktiviti ini dijalankan secara berpasangan.
2. Murid A memberikan respons berdasarkan (soalan) yang diperdengarkan/
disampaikan/dibisikan oleh guru atau murid yang dipilih oleh guru. (contoh
bahan/soalan boleh rujuk buku teks.)
3. Murid B akan menyemak jawapan murid A.
4. Aktiviti ini dilakukan secara selang seli.
5. Murid B memberikan respons manakala murid A semak.
6. Murid-murid melakukan aktiviti ini secara lisan dalam bentuk simulasi.

Dapatkan bahan asal daripada Cikgu Anati secara sah agar ilmu atau bahan ini
bermanfaat kepada pemiliknya. Hubungi melalui whatsapp/telegram 0149420293.

Kemahiran Mendengar dan Bertutur


Contoh Cadangan RPH Bahasa Melayu Tahun 5 SJK

SK1.2
Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan.
SP 1.2.1 BT SK BT SJK
Bertutur untuk menyatakan pertimbangan dan keputusan MS 24&25, MS 22,
tentang bahan multimedia secara bertatasusila mengikut 44,103, 168 73, 123
konteks.
OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
Menyatakan pertimbangan dan keputusan yang sesuai tentang……(sesuatu perkara)
secara bertatasusila semasa bertutur.
ATAU
boleh tulis dalam angka sebelum pernyataan:
OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
Menyatakan pertimbangan dan keputusan yang sesuai sekurang-kurangnya 1 daripada 3
keputusan tentang……(sesuatu perkara) secara bertatasusila semasa bertutur.

KRITERIA KEJAYAAN
Pada akhir pembelajaran, saya dapat:
 Bertutur sekurang-kurangnya 3 daripada 4 dialog dengan jelasnya.
 Menyatakan pertimbangan sekurang-kurangnya 1 daripada 3 sesuatu perkara
dengan betulnya.
 Menyatakan keputusan pertimbangan sekurang-kurangnya 1 daripada 3
keputusan dan beralasan dengan bertatasusila.

CADANGAN LANGKAH PDP


1. Guru dan murid bersoal jawab tentang sesuatu perkara.
2. Murid bertutur tentang sesuatu maklumat.
3. Murid membuat pertimbangan untuk membuat keputusan tentang bahan
multimedia.
4. Murid memberikan keputusan secara bertatasusila
5. Murid bertutur dengan melaksanakan aktiviti PAK-21
6. AKTIVITI PAK21 RALLY ROBIN/ INSIDE-OUTSIDE CIRCLE
7. Murid main peranan seperti watak dalam dialog.

CADANGAN AKTIVITI PAK-21


AKTIVITI RALLY ROBIN
1. Guru memilih murid secara rawak.
2. Guru menyoal murid atau murid yang menyoal rakannya.
3. Murid memberikan pertimbangan dan keputusan kepada rakan sebelah.
Kemudian, rakan di hadapan seterusnya atau secara bersilang. Murid Boleh juga
memberikan pertimbangan dan keputusan secara sehala sahaja.
4. Guru meminta wakil kumpulan memberikan pertimbangan dan keputusan
daripada anggota kumpulan.

Kemahiran Mendengar dan Bertutur


Contoh Cadangan RPH Bahasa Melayu Tahun 5 SJK

CADANGAN AKTIVITI PAK-21


AKTIVITI INSIDE-OUTSIDE CIRCLE (BULATAN DALAM DAN LUAR)
1. Murid mencari pasangan mereka.
2. Murid membentuk dua bulatan. Bulatan 1 di dalam dan bulatan 2 di luar.
3. Murid berdiri menghadap pasangan masing-masing.
4. Guru memberi soalan/tugasan kepada murid di dalam bulatan 1.
5. Murid di dalam bulatan 2 memberikan pertimbangan dan keputusan dan rakannya
hanya mendengar.
6. Murid di dalam bulatan 1 akan memberi pujian atau mengukuhkan jawapan rakan
mereka apabila rakan bulatan 2 telah habis bercakap.
7. Kemudian, tukar peranan.
8. Seterusnya, murid akan bertukar pasangan dengan rakan di sebelah kanan dalam
bulatan.
9. Murid akan mendapat soalan/tugasan yang baru.
10. Aktiviti yang sama diteruskan sehingga murid selesai memberikan pertimbangan
dan keputusan.
11. Guru memantau dan membimbing murid yang memberikan pertimbangan dan
keputusan.

Dapatkan bahan asal daripada Cikgu Anati secara sah agar ilmu atau bahan ini
bermanfaat kepada pemiliknya. Hubungi melalui whatsapp/telegram 0149420293.

Kemahiran Mendengar dan Bertutur


Contoh Cadangan RPH Bahasa Melayu Tahun 5 SJK

SK1.2
Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan.
SP 1.2.2 BT SK BT SJK
Bertutur untuk menghuraikan maklumat tersurat dan MS 31, 37,48, MS 27,
tersirat yang dikenal pasti dengan menggunakan idea 109,115, 173 83,128
yang kritis dan kreatif.
OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
Menyatakan dan menghuraikan maklumat tersurat dan tersirat semasa bertutur daripada
maklumat yang diperoleh.
ATAU
OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
Menyatakan dan menghuraikan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 maklumat tersurat dan
tersirat semasa bertutur daripada maklumat yang diperoleh.

*NOTA KAKI
Idea Baharu
* Idea yang kritis = menimbang untuk menerima atau menolak idea
*Idea yang kreatif = mempunyai kebolehan mengembangkan sesuatu idea atau
mencetuskan

KRITERIA KEJAYAAN
Pada akhir pembelajaran, saya dapat:
 Bertutur dan mendapatkan sekurang-kurangnya 2 daripada 4 maklumat dalam
dialog.
 Bertutur sekurang-kurangnya 1 daripada 3 maklumat tersurat
 Bertutur sekurang-kurangnya 1 daripada 3 maklumat tersirat.
 Menghuraikan sekurang-kurangnya 1 daripada 3 maklumat tersurat dan tersirat
dengan kritis dan kreatif

CADANGAN LANGKAH PDP


1. Murid dibimbing oleh guru bertutur berdasarkan maklumat tersurat dan tersirat.
2. Murid bertutur untuk menghuraikan maklumat yang tersurat dan tersirat.
3. Murid menggunakan idea yang kritis dan kreatif.
4. Murid melengkapkan peta I-Think untuk bertutur melalui aktiviti PAK-21
5. AKTIVITI PAK21 PETA I-THINK: PETA PELBAGAI ALIR/TIGA SERANGKAI A-B-C
6. Murid melakonkan dialog dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai.

CADANGAN AKTIVITI PAK-21


AKTIVITI PETA I-THINK: PETA PELBAGAI ALIR
1. Murid diedarkan peta pelbagai alir.
2. Murid mengisi maklumat tersurat.
3. Murid mengisi maklumat tersirat.

Kemahiran Mendengar dan Bertutur


Contoh Cadangan RPH Bahasa Melayu Tahun 5 SJK

4. Murid berbual dengan maklumat daripada peta pelbagai alir.


5. Murid membentangkan hasil tugasan.

CADANGAN AKTIVITI PAK-21


AKTIVITI LEARNING TRIOS A-B-C (TIGA SERANGKAI A-B-C)
1. Murid akan bertutur berdasarkan maklumat tersurat dan tersirat.
2. Murid A akan bertutur menyatakan dan menghuraikan maklumat tersurat dan
tersirat. Murid B & C dengar dan bertanya soalan.
3. Murid B bertutur dan menghuraikan maklumat tersurat dan tersirat. Murid A&C
dengar dan bertanya soalan.
4. Murid C akan bertutur dan menghuraikan maklumat tersurat dan tersirat. Murid
B&C dengar dan bertanya soalan.
5. Akhir sekali, murid boleh membuat catatan bertulis maklumat tersurat dan tersirat
hasil daripada perbincangan mereka.

Dapatkan bahan asal daripada Cikgu Anati secara sah agar ilmu atau bahan ini
bermanfaat kepada pemiliknya. Hubungi melalui whatsapp/telegram 0149420293.

Kemahiran Mendengar dan Bertutur


Contoh Cadangan RPH Bahasa Melayu Tahun 5 SJK

SK1.2
Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan.
SP 1.2.3 BT SK BT SJK
Bersoal jawab untuk menjana idea tentang sesuatu perkara. MS 55,120,179, 187, MS 32, 88,
203 133
OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
Menjana idea dan mendapat penjelasan tentang…… (sesuatu perkara) semasa bersoal jawab.
ATAU
OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
Menjana idea dan mendapat penjelasan tentang…… (sesuatu perkara) sekurang-kurangnya 1 daripada 3
soalan semasa bersoal jawab.

KRITERIA KEJAYAAN
Pada akhir pembelajaran, saya dapat:
 Bertutur dan mendapatkan sekurang-kurangnya 2 daripada 4 maklumat dalam dialog/bahan.
 Menggunakan sekurang-kurangnya 1 daripada 3 kata tanya atau ayat tanya.
 Menjawab sekurang-kurangnya 1 daripada 3 soalan.
 Menjelaskan sekurang-kurangnya 1 daripada 3 soalan dengan kritis dan kreatif.

CADANGAN LANGKAH PDP


1. Murid membaca sesuatu bahan untuk mendapatkan maklumat.
2. Murid membaca maklumat yang boleh dilihat atau disebaliknya.
3. Murid bertutur berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam bahan.
4. Murid memberikan tindak balas selepas melaksanakan aktiviti PAK-21.
5. AKTIVITI PAK21 MANGKUK IKAN EMAS/TRADE A PROBLEM/PETA ALIR KAEDAH GAMES.
6. Murid mengemukakan soalan/bersoal jawab untuk mendapatkan maklumat.
7. Murid menjelaskan untuk menyampaikan maklumat daripada sesi soal jawab.
8. Murid dan guru memberikan markah (TP)

CADANGAN AKTIVITI PAK-21 CADANGAN AKTIVITI PAK-21


AKTIVITI TRADE A PROBLEM AKTIVITI GOLDFISH BOWL (MANGKUK IKAN
1. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan. EMAS)
2. Di dalam kumpulan, murid perlu membina 1. Satu kumpulan dipilih tampil di depan
soalan. kelas.
3. Wakil murid dalam kumpulan A akan 2. Kumpulan tersebut bertindak untuk
menghantar soalan kepada kumpulan menjawab soalan atau menyatakan
B/C/D/E/F. pandangan.
4. Kumpulan yang menerima soalan perlu 3. Murid-murid lain akan mengajukan
mencari jawapan atau menyelesaikan soalan kepada kumpulan ini untuk
masalah. mendapatkan maklumat.
5. Aktiviti diteruskan dengan kumpulan lain 4. Setelah maklumat dikumpul, wakil
bertukar-tukar soalan sehingga semua kumpulan lain membuat penjelasan

Kemahiran Mendengar dan Bertutur


Contoh Cadangan RPH Bahasa Melayu Tahun 5 SJK

kumpulan selesai menjawab soalan. berdasarkan maklumat/bahan.

CADANGAN AKTIVITI PAK-21


PETA ALIR KAEDAH GAMES
1. Guru memilih murid secara rawak.
2. Murid mencabut soalan dalam kotak undi.
3. Murid yang dipilih secara rawak menjawab soalan.
4. Guru membuka peluang kepada murid lain sekiranya murid dipilih tidak boleh menjawab.
5. Guru memberi ganjaran kepada murid yang berjaya menjawab.

Dapatkan bahan asal daripada Cikgu Anati secara sah agar ilmu atau bahan ini bermanfaat kepada
pemiliknya. Hubungi melalui whatsapp/telegram 0149420293.

Kemahiran Mendengar dan Bertutur


Contoh Cadangan RPH Bahasa Melayu Tahun 5 SJK

SK1.3
Bercerita, dan menceritakan perkara yang didengar, ditonton dan dibaca dengan sebutan dan
intonasi yang betul.
SP 1.3.1 BT SK BT SJK
Bercerita dengan sebutan yang betul, intonasi dan gaya yang sesuai. MS 63,127, MS 42,93,143
190
OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
Bercerita tentang …… (sesuatu perkara) dengan menggunakan frasa yang diberikan dengan sebutan
yang betul, intonasi dan gaya yang sesuai.
ATAU
boleh tulis dalam angka sebelum pernyataan:
OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
Bercerita tentang …… (sesuatu perkara) dengan menggunakan sekurang-kurangnya 8 daripada 10 frasa
yang diberikan dengan sebutan yang betul, intonasi dan gaya yang sesuai.

KRITERIA KEJAYAAN
Pada akhir pembelajaran, saya dapat:
 Bercerita sekurang-kurangnya 3 daripada 5 gambar.
 Menggunakan sekurang-kurangnya 8 daripada 10 frasa yang diberikan dengan sebutan yang
betul.
 Bercerita dengan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 maklumat dengan sebutan yang betul dan
intonasi yang sesuai.
 Bercerita dengan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 maklumat dengan gaya yang sesuai.

CADANGAN LANGKAH PDP


1. Guru menayangkan video/memperdengarkan audio cara bercerita dengan sebutan yang betul,
intonasi dan gaya yang sesuai.
2. Murid dibimbing untuk bercerita dengan sebutan yang betul, intonasi dan gaya yang sesuai.
3. Murid bercerita tentang sesuatu perkara.(bahan rujuk buku teks/bahan yang diberikan oleh
guru)
4. Murid dapat bercerita dengan menyebut perkataan dengan sebutan yang jelas serta
menggunakan intonasi yang sesuai.
5. Murid bercerita melalui aktiviti PAK-21.
6. AKTIVITI PAK-21 THINK PAIR SHARE/THUMBS UP/NUMBERED HEAD TOGETHER

CADANGAN AKTIVITI PAK-21


AKTIVITI THINK PAIR SHARE
1. Secara berpasangan, murid akan bercerita dengan rakan mereka.
2. Murid diberi masa untuk berfikir dan mengembang idea cerita dalam masa tertentu.
3. Murid bercerita menggunakan frasa yang diberikan dengan sebutan yang betul, intonasi dan
gaya yang sesuai kepada rakannya.
4. Rakan yang lain boleh mengembangkan idea cerita/memberi pujian/membuat penambahbaikan

Kemahiran Mendengar dan Bertutur


Contoh Cadangan RPH Bahasa Melayu Tahun 5 SJK

cerita rakan mereka.


5. Aktiviti diteruskan dengan bertukar peranan.
6. Guru memantau dan membimbing murid yang bercerita.

CADANGAN AKTIVITI PAK-21


AKTIVITI THUMBS UP (ISYARAT IBU JARI)
1. Murid berbincang dalam kumpulan untuk bercerita dengan menggunakan frasa yang diberikan.
2. Wakil murid tampil ke hadapan mempersembahkan cerita.
3. Murid kumpulan lain menilai kebolehan kawan yang mempersembahkan cerita.
4. Murid melihat semua aspek yang diberikan oleh guru.
5. Murid membuat keputusan untuk menunjukkan isyarat bagus, kurang bagus dan tidak.

CADANGAN AKTIVITI PAK-21


AKTIVITI NUMBERED HEAD TOGETHER (GABUNGAN IDEA)
1. Murid berada di dalam kumpulan. Setiap ahli kumpulan dinomborkan.
2. Guru memberikan tajuk cerita/bahan untuk bercerita. (rujuk buku teks/bahan guru)
3. Murid berbincang dan menghasilkan cerita.
4. Guru memanggil nombor. Contoh “3”.
5. Murid yang bernombor 3 akan bercerita bagi pihak kumpulannya.
6. Guru memantau dan membuat penilaian murid yang bercerita.

Dapatkan bahan asal daripada Cikgu Anati secara sah agar ilmu atau bahan ini bermanfaat kepada
pemiliknya. Hubungi melalui whatsapp/telegram 0149420293.

Kemahiran Mendengar dan Bertutur


Contoh Cadangan RPH Bahasa Melayu Tahun 5 SJK

SK1.3
Bercerita, dan menceritakan perkara yang didengar, ditonton dan dibaca dengan sebutan
dan intonasi yang betul.
SP 1.3.2 BT SK BT SJK
Menceritakan sesuatu perkara yang didengar, ditonton dan MS 74&75, MS 47, 103,
dibaca dengan sebutan yang betul dan intonasi serta gaya yang 133, 197 148
sesuai.
OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
Menceritakan maklumat tentang ……. (sesuatu perkara) yang didengar/dibaca/ditonton
semula dengan sebutan yang betul dan intonasi serta gaya yang sesuai.
ATAU
boleh tulis dalam angka sebelum pernyataan:
OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
Menceritakan maklumat dengan menggunakan sekurang-kurangnya 6 daripada 8 ayat tentang
……. (sesuatu perkara) yang didengar/dibaca/ditonton semula dengan sebutan yang betul dan
intonasi serta gaya yang sesuai.

KRITERIA KEJAYAAN
Pada akhir pembelajaran, saya dapat:
 Menceritakan sekurang-kurangnya 6 daripada 8 perkara yang
didengar/dibaca/ditonton.
 Menceritakan maklumat dengan menggunakan sekurang-kurangnya 6 daripada 8 ayat
yang gramatis dari segi aspek sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai.
 Menceritakan maklumat dengan menggunakan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 gaya
sesuai.

CADANGAN LANGKAH PDP


1. Murid mendengar/membaca/menonton sesuatu bahan multimedia. (Bahan
Multimedia: Video, Televisyen, Internet, Gajet Dll)
2. Murid dibimbing oleh guru menceritakan maklumat tentang bahan dengan sebutan
yang betul dan intonasi serta gaya yang sesuai.
3. Murid menceritakan bahan yang didengar/dibaca/ditonton melalui aktiviti PAK-21
4. AKTIVITI PAK-21 : THINK PAIR SHARE/CIRCLE TIME/THREE STRAY, ONE STAY
5. Murid lain boleh memberikan bintang tahap bercerita rakan mereka.

CADANGAN AKTIVITI PAK-21


AKTIVITI THINK PAIR SHARE (FIKIR DAN KONGSI KEPADA PASANGAN)
1. Murid diberi masa untuk memahami bahan dan berfikir sendirian tentang maklumat
yang terdapat dalam bahan.
2. Murid akan bercerita dengan rakan bersebelahan.
3. Seterusnya, murid boleh becerita dalam kumpulan perkara yang difikirkan bersama
rakan.
4. Rakan yang lain boleh menyoal untuk mengetahui maklumat lanjut tentang ceritanya.

Kemahiran Mendengar dan Bertutur


Contoh Cadangan RPH Bahasa Melayu Tahun 5 SJK

CADANGAN AKTIVITI PAK-21


AKTIVITI CIRCLE TIME (BULATAN MASA)
1. Murid duduk dalam kumpulan secara bulatan sama ada di atas kerusi atau di atas
lantai.
2. Guru menyediakan bola/beg kacang. Guru memasang muzik.
3. Apabila muzik dihentikan, murid yang memegang bola/beg kacang tersebut
dikehendaki menceritakan maklumat tentang bahan yang didengar/dibaca/ditonton
semula dengan sebutan yang betul dan intonasi serta gaya yang sesuai.
4. Murid akan memberikan bola/beg kacang kepada murid lain pula untuk memberi
giliran bercerita.
5. Guru memantau dan membuat penilaian bagi murid yang bercerita.

CADANGAN AKTIVITI PAK-21


AKTIVITI THREE STRAY, ONE STAY (SATU TINGGAL, TIGA GERAK)
1. Murid dipecahkan kepada kumpulan.
2. Murid berbincang di dalam kumpulan tentang bahan yang didengar/dibaca/ditonton
semula.
3. Murid memilih seorang wakil yang akan menjadi jurucakap/bercerita.
4. 3 orang murid lagi akan bergerak ke kumpulan lain untuk mendapatkan
maklumat/mendengar cerita.
5. Murid yang menjadi wakil akan menceritakan tentang bahan yang
didengar/dibaca/ditonton semula dengan sebutan yang betul dan intonasi serta gaya
yang sesuai.
6. Murid kumpulan lain yang mendengar boleh bertanya soalan untuk mendapatkan
maklumat.

Dapatkan bahan asal daripada Cikgu Anati secara sah agar ilmu atau bahan ini bermanfaat
kepada pemiliknya. Hubungi melalui whatsapp/telegram 0149420293.

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Anda mungkin juga menyukai