Anda di halaman 1dari 4

PENTAKSIRAN TOPIK 1 (SEKILAS KURIKULUM BAHASA ARAB TAHUN 6)

Setelah anda membaca dan meneliti kandungan bahan kursus di bawah topik ini. Sila catatkan
secara ringkas maklumat yang anda fahami pada ruang yang disediakan dibawah.

JAWAPAN :

DSKP mengandungi standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi.

Pembelajaran Bahasa Arab di sekolah rendah menumpukan pembelajaran dan penguasaan


kemahiran bahasa sahaja tanpa melibatkan pembelajaran kandungan Pendidikan Islam.

KSSR Bahasa Arab berfokus kepada kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis yang
merangkumi domain personal, sosial, pekerjaan dan pendidikan dalam CEFR.

Aspek tatabahasa pula di ajar secara fungsian dengan lebih menekankan aplikasi dalam
pertuturan, pembacaan dan penulisan.

PENTAKSIRAN TOPIK 2 ( PENERANGAN DSKP KSSR )

Setelah anda menyaksikan video penerangan tadi. Sila rumuskan kandungannya secara ringkas.

JAWAPAN :

Perbezaan antara KSSR 2011 dan KSSR 2017 adalah, KSSR 2011 lebih menumpukan kepada
kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul, manakala KSSR 2017 lebih menumpukan
kepada kemahiran membaca, menulis, mengira, menaakul, kemahiran berfikir aras tinggi KBAT,
deep learning dan deep understanding.

Pendekatan deep learning dan deep understanding dalam Bahasa Arab adalah dengan
mengurangkann separuh tema untuk memberi ruang kepada murid dan guru untuk menumpukan
kepada deep learning dan deep understanding.

Pendekatan KBAT dalam pembelajaran melibatkan kemahiran mengaplikasi, menganalisis,


menilai dan mencipta.

Untuk melaksanakan pendekatan KBAT, disarankan untuk menjalankan aktiviti pembelajaran abad
ke 21.

PENTAKSIRAN TOPIK 3 (KEMAHIRAN BERBAHASA ARAB)


Setelah anda membaca dan meneliti kandungan bahan kursus di bawah topik ini. Sila catatkan
secara ringkas maklumat-maklumat yang anda kuasai terhadap kandungan setiap kemahiran
berbahasa yang dinyatakan dibawah topik ini.

JAWAPAN :

Kurikulum masih lagi mengekalkan pengajaran di tahun 5 dan 6, adalah merupakan salah satu
pendekatan deep learning dan deep understanding.

Standard pembelajaran adalah kriteria atau indikator pencapaian dalam bentuk objektif tingkah
laku yang boleh diukur. Ianya juga merupakan proses untuk mencapai standard kandungan, ansur
maju pembelajaran murid dan juga merupakan objektif pembelajaran.

Setiap standard pembelajaran boleh dipecahkan kepada beberapa objektif pembelajaran mengikut
tahap murid.

Pada setiap standard pembelajaran, terdapat cadangan aktiviti yang disarankan untuk guru
melaksanakan dalam pdpc berdasarkan PAK 21

PENTAKSIRAN TOPIK 4 (PANDUAN PENGGUNAAN BUKU TEKS TAHUN 6)

Setelah anda membaca dan meneliti kandungan bahan kursus di bawah topik ini. Sila rumuskan
kandunganya secara ringkas di ruang penilaian yang telah disediakan.

JAWAPAN :

Buku teks disusun secara bertahap berdasarkan DSKP.

Terdapat 6 topi berfikir

Mempunyai kata kunci KBAT

Mempunyai glosari dan penilaian sumatif di helaian akhir buku teks

PENTAKSIRAN TOPIK 5 (PEMBELAJARAN ABAD KE-21)

Setelah anda menonton video mengenai PAK21 yang telah disediakan. Sila ringkaskan maklumat
bagi setiap bahagian hasil tontonan pada ruang penilaian yang telah disediakan.

JAWAPAN :
Aktiviti PAK 21 Carousel Brainstorming
1. Guru perlu menyediakan soalan-soalan
2. Soalan-soalan tersebut hendaklah diletakkan atau ditampal di sekeliling kelas
3. Murid hendaklah bergerak dalam kumpulan ke satu soalan dan soalan yang lain dengan
menunggu arahan
4. Perlu memastikan murid menunggu arahan sebelum bergerak dan mereka mestilah
bergerak dalam kumpulan yang ditentukan
5. Murid akan bergerak ke setiap soalan yang ditampal dan akan berlakunya perbincangan
sesama mereka.
6. Setelah perbincangan berlaku, murid hendaklah meminta mereka menulis hasil
perbincangan di atas kertas

Aktiviti PAK 21 Scramble Sentences


1. Guru menulis tajuk tertentu di papan tulis
2. Guru membahagikan kumpulan murid yang terdiribdaripada 3 atau 4 orang
3. Setiap murid akan menulis satu perkataan sahaja dan ini bermakna setiap kumpulan akan
ada 3 atau 4 perkataan.
4. Setiap kumpulan akan menukar senarai perkataan dengan kumpulan yang lain.
5. Setiap kumpulan akan membuat ayat mudah dan ayat berkesinambungan dengan
menggunakan perkataan yang mereka perolehi.
6. Kumpulan yang dapat menggunakan semua perkataan dan membuat ayat dengan betul
dikira sebagai pemenang.

Aktiviti PAK 21 Mix-Freeze-Pair


1. Murid-murid diarahkan bergerak bebas dan berkomunikasi sendiri semasa muzik
dimainkan
2. Semasa muzik dihentikan murid-murid hendaklah berada dalam keadaan diam disamping
seoranv rakan yang paling hampir atau rakan yang berada di hadapannya.
3. Setiap pasangan murid akan berkongsi maklumat dan menjawab soalan yang diajukan
oleh guru mereka kepada setiap pasangan murid tersebut
4. Setelah selesai perkongsian menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh guru mereka,
muzik akan dimainkan semula.
5. Setelah muzik diamainkan semula, murid-murid akan mengulanginlangkah 1 hingga 3
semula.

PENTAKSIRAN TOPIK 6 ( PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) )

Setelah anda membaca bahan kursus dan menonton video-video yang disediakan. Sila rumuskan
kandungan bahan kursus dan video pada ruang yang disediakan.
JAWAPAN :

PBD- menentukan kaedah pentaksiran

PBD- melaksanakan pentaksiran dengan berkesan

PBD- pertimbangan profesional


PBD- menjalankan tindakan susulan

REFLEKSI TOPIK 7 (MODUL KEMAHIRAN BERTUTUR)

Setelah anda meneliti Modul yang dibekalkan ini. Sila berikan ulasan terhadap modul berkenaan
pada sisi pandang anda pada ruang di bawah.

ULASAN ANDA :

Idea dan usaha menghasilkan modul ini amat baik dan dapat membantu guru untuk digunakan
semasa pembelajaran kemahiran bertutur dan semasa pelaksanaan pentaksiran PBD untuk
menguji kemahiran bertutur murid-murid.

Cuma saya harap modul ini haruslah bersesuaian dengan tema yang dipelajari oleh murid pada
tahun tersebut.

Akan menjadi lebih baik jika modul yg dihasilkan ini lebih banyak menggunakan perkataan-
perkataan yang dipelajari oleh murid-murid dalam tema yang diketengahkan. Hal ini kerana, murid-
murid lebih terbiasa dengan perkataan-perkataan tersebut semasa di dalam kelas.

(boleh tambah ruangan ini jika jawapan anda tidak mencukupi)

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Anda mungkin juga menyukai